Sabtu, 7 September 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 07 Sep 2013 01:25 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Majlis Aidil Fitri PAS Kawasan

Posted: 06 Sep 2013 11:03 PM PDT

















CINA ISLAM (林川興)

Posted: 07 Sep 2013 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Minyak naik: BR1M bukan penyelamat

Posted: 06 Sep 2013 11:42 PM PDT

1 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Naik harga minyak bukan pendekatan terbik pembaharuan fiskal. Pada bulan Februari tahun ini, Perdana Menteri Najib Razak menyatakan bahawa harga RON95 akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia meningkat.

Pada bulan April, Ismail Sabri Yaakob, bekas menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan bahawa "Petrol merupakan bahan asas yang utama dan jika kerajaan menaikkan harga minyak, ia akan mengakibatkan para peniaga menaikkan harga barangan dan membebankan rakyat."


Pada bulan yang sama, Najib meyakinkan rakyat Malaysia bahawa subsidi akan diteruskan di bawah pentadbiran beliau di mana beliau akan memastikan kos kehidupan terkawal. Pada bulan Mei, Barisan Nasional menang dalam pilihanraya umum, namun janji yang dibuat sebelum ini telah dimungkiri.

Institut Rakyat berpendirian keputusan Barisan Nasional menaikkan harga minyak merupakan pendekatan "bertindak dahulu, menangani masalah kemudian" yang akan menimbulkan beberapa masalah:

1. BR1M bukan penyelamat golongan miskin

Jika niat membantu golongan yang berpendapatan RM3000 ke bawah adalah ikhlas, kenapa meletakkan hidup mereka dalam kesusahan akibat kenaikan harga minyak dan barang dalam tempoh sebelum Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) dilaksanakan?

Berdasarkan pelaksanaan yang lepas, kebiasaannya kerajaan akan mengambil masa sebulan ke tiga bulan sebelum BR1M diberikan, maka bagaimana golongan miskin hendak mengatasi beban hidup dalam tempoh ini?

Malahan, pemberian BR1M adalah berbentuk ad hoc manakala penggunaan petrol merupakan perbelanjaan harian bagi setiap rakyat. BR1M bukan satu penyelesaian bagi mereka yang mengalami kenaikan kos hidup ekoran kenaikan harga minyak. Tambahan pula, ramai rakyat juga telah banyak berbelanja sepanjang musim Hari Raya.

Jika kita mengandaikan bahawa pemberian tunai secara ad hoc adalah berkesan bagi golongan fakir miskin, maka pendekatan yang sederhana seharusnya mengurangkan subsidi minyak selepas pemberian tunai diadakan. Namun begitu, kaedah ini juga akan meninggalkan kesan di mana hidup golongan miskin akan terus tertekan sehingga pemberian tunai yang baru disalurkan.

Pada bulan Julai, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan mengakui bahawa "Penambahan bantuan tunai dari RM500 kepada RM1200 akan dapat bantu mengurangkan beban hidup isi rumah golongan miskin selama dua bulan. Maka bagi 10 bulan yang seterusnya, seseorang itu perlu mencari jalan sendiri."

Kebergantungan ke atas pemberian tunai tidak akan mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan. Najib membelanjakan RM2.9 bilion dana awam untuk BR1M 2.0, maka dengan penambahan BR1M jumlah akan meningkat kepada RM6.96 bilion. Penambahan RM4 bilion dalam BR1M ini sudah pasti melebihi RM1.1 bilion yang dijimatkan oleh kerajaan melalui pemotongan subsidi.

Sesungguhnya, hasil daripada keputusan BN ini akan meningkatkan inflasi dan perbelanjaan subsidi kerajaan.

2. Golongan kelas menengah turut merasai impak inflasi

BN sedia maklum tentang perlunya wujud dasar untuk mengurangkan impak inflasi ke atas golongan kelas menengah. Golongan ini telah mengalami pendapatan yang tetap sepanjang satu dekad. Harga rumah dan makanan telah meningkat sejak beberapa tahun yang lepas, malah dengan peningkatan 10% dalam harga minyak pasti akan menambah beban mereka. Meskipun kerajaan telah memberi amaran kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga melebihi 1%, kos inflasi tetap akan dirasai oleh para pengguna.

3. Sejauhmanakah pengurangan subsidi semestinya mengurangkan belanjawan defisit?

Pembaziran dan korupsi harus dihapuskan terlebih dahulu dan dasar meningkatkan pendapatan harus dilaksanakan sebelum subsidi ke atas barang asas dikurangkan.

Belanjawan defisit yang wujud dalam beberapa tahun yang lalu merupakan akibat perbelanjaan tidak terbatas Najib untuk tujuan pilihanraya. Perbelanjaan BR1M dan pengiklanan di bawah Jabatan Perdana Menteri mencecah 21% daripada belanjawan defisit 2013 iaitu RM14.9 bilion. Sekarang Najib telahpun menang dalam pilihanraya, mengapakah perbelanjaan ini masih dikekalkan?

Penganalisa yang berpendirian bahawa kerajaan perlu memperbaiki sistem percukaian sebenarnya mengelak daripada isu sejauhmanakah kerajaan membelanjakan pendapatan cukai secara berhemah dan bertanggungjawab. Hakikatnya, defisit dan hutang yang kita alami hari ini sebenarnya digunakan untuk menanggung korupsi kerajaan.

Maka Institut Rakyat mencadangkan pendekatan yang lebih sesuai adalah dengan memperbetulkan prinsip dan kesinambungan pembaharuan fiskal:

1. Taraf hidup rakyat seharusnya menjadi keutamaan;

2. Perbelanjaan dana awam harus kos efektif dan berlandaskan pembangunan;

3. Memberi sebelum mengambil. Subsidi tersasar seharusnya dilaksanakan sebelum subsidi umum dihapuskan.

9 anggota kongsi gelap ditahan cuba lari ke Thailand

Posted: 06 Sep 2013 11:37 PM PDT

1 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Polis menahan sembilan lelaki yang dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap 04 dan 08 di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam malam tadi ketika cuba melarikan diri ke negara jiran untuk bersembunyi.



Ketua Penolong Pengarah D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hasan berkata kesemua mereka berusia antara 24 hingga 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.30 malam oleh pasukan Cantas Khas Bukit Aman ketika cuba melepasi pintu sempadan negara.

Katanya hasil siastan awal mendapat salah seorang daripada mereka tidak mempunyai sebarang pasport atau dokumen untuk masuk ke negara jiran itu.

Beliau berkata mereka melintasi sempadan dengan berjalan kaki bagi mengelak dikesan pihak berkuasa yang giat menjalankan Ops Cantas Khas terhadap kumpulan kongsi gelap.

"Kita kesan mereka masuk sempadan setiap hari berdasarkan cop Imigresen pada pasport mereka dan kita percaya mereka cuba melarikan diri daripada dikesan polis serta ada yang masuk untuk membuang tatu mereka.

"Kita percaya sembilan individu yang ditahan itu mempunyai jawatan dalam kongsi gelap itu dan ada di kalangan mereka adalah 'fighter' yang terlibat dalam kes pergaduhan. Kita akan siasat perkara ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di CIQ Bukit Kayu Hitam awal pagi ini.

Abd Jalil berkata kesembilan lelaki itu berasal dari negeri ini, Perak dan Selangor.

Katanya pihaknya akan meminta bantuan daripada polis negara jiran bagi membantu menjejaki saki baki anggota kumpulan haram itu yang masih aktif dalam negara ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan terus mengetatkan pintu kawalan bagi mencantas semua penjenayah yang juga anggota kongsi gelap yang cuba memboloskan diri ke sempadan negara jiran itu.

Beliau turut berterima kasih kepada anggota masyarakat yang turut sama membantu polis dalam usaha mengekang kumpulan kongsi gelap haram dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam perkara itu.

- Bernama


Musim pemimpin Umno berlumba tunjuk baik

Posted: 06 Sep 2013 11:11 PM PDT

1 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


Dalam ribut-ribut orang bercakap mengenai harga minyak dan langkah kerajaan menaikkan harganya yang dilihat hanya membebankan rakyat, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein mengejutkan banyak pihak apabila memberi reaksi cukup pantas terhadap cadangan pemotongan elaun minyak untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan.


Idea pemotongan elaun itu pada mulanya dicadangkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sebagai menunjukkan para menteri turut menghayati langkah berjimat cermat kerajaan. Ia kemudian turut disokong oleh Perkasa dan pelbagai pihak lain turut juga menyambut baik cadangan itu.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno merupakan menteri pertama dan satu-satunya anggota kabinet Najib yang memberi reaksi positif terhadap cadangan itu setakat ini.

"Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya", demikian lebih kurang kata-kata yang diucapkan oleh Hishammuddin.

Baik betul ada pemimpin macam Hisham ni, walaupun anak bangsawan dia memahami derita rakyat, kata seorang ahli jawatankasa bahagian memberi komen tentang kemuliaan hati yang dilihatnya daripada kesediaan Hishammuddin itu.

Bukankah dia asyik bagi amaran saja sebelum ini, kata seorang teman yang lain.

Ini musim pemilihan, semua pemimpin kena tunjuk baik dan berjiwa rakyat, selalunya begitulah. Ada makna semua tu, pintas seorang ketua cawangan yang agak veteran menjelaskan kepada rakan-rakannya.

Mereka kemudian ketawa berdekah-dekah dan perbualan seterusnya meleret kepada pelbagai lagi karenah pemimpin yang cuba menunjuk baik yang mereka ketahui, bukan saja di musim pemilihan kali ini tetapi juga di musim-musim pemilihan sebelumnya.

Sementara idea pemotongan elaun minyak ini disanggah oleh seorang lagi menteri iaitu Nazri Aziz, bahkan menyifatkannya sebagai idea bodoh, Hishammuddin sebaliknya menunjukkan sikap baik dan budiman dalam hal ini.

Nazri tidak bertanding apa-apa jawatan dalam MT, bolehlah cakap begitu. Hisham pula perlukan undi, ketua cawangan veteran tadi menghuraikan dengan ringkas perbezaan kepentingan antara Hishammuddin dan Nazri Aziz. Mereka kemudian ketawa lagi dan gelihati apabila mengenangkan begini rupanya wajah pemimpin semata-mata untuk mendapatkan undi.

Itulah realitinya setiap kali menjelang pemilihan UMNO. Masing-masing pemimpin yang ingin menang dan merasakan kedudukannya tergugat cuba bersikap kreatif dan menonjolkan sesuatu yang berbeza mengenai diri mereka. Ada yang bersikap baik, budiman, terlebih Melayu, peramah, sentiasa senyum, membuka pintu pejabatnya kepada sesiapa saja dan macam-macam lagi.

Asalkan boleh menambah undi, itulah yang dilakukan.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi juga dilihat cuba menonjolkan dirinya secara berlebih-lebihan apabila agak lantang bersuara mengenai pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat dan dilihat sanggup berbeza pendapat dengan Perdana Menteri.

Beliau juga bercakap mengenai bakas tahanan Ordinan Darurat yang berkeliaran dan rangkaiannya mengikut anggaran matematiknya, kemudian mendedahkan nama-nama kongsi gelap dan selepas ini dilaporkan mahu mendedahkan pula nama ketua-ketua kongsi gelap itu.

Meskipun usaha pencegahan jenayah dialu-alukan oleh semua orang tetapi Zahid dilihat seolah-olah cuba menonjolkan ketegasan dan meraih populariti dalam isu ini dengan bercakap terlalu kerap dan berlebih-lebihan mengenainya.

Ramai yang bertanya, setelah mendedahkan itu ini, tangkapannya mana?

Kedua-dua Zahid dan Hishammudin akan mempertahankankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilohan 19 Oktober depan. Selain seorang lagi penyandang yang turut mempertahankan jawatannya iaitu Shafie Apdal, tiga kerusi Naib Presiden UMNO kali ini juga cuba direbut oleh dua lagi pesaingnya iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Isa Samad.

Dengan Tengku Razaleigh masih belum memutuskan sama ada akan mencabar Najib atau tidak bagi jawatan Presiden UMNO, kerusi Naib Presiden setakat ini menjadi medan persaingan paling sengit. Pelbagai teori, andaian dan jangkaan sudah kedengaran tentang siapa yang dijangka menang dan siapa yang bakal kalah.

Selain berkempen menemui perwakilan yang berjumlah kira-kira 150 ribu orang kali ini, membentuk persepsi dan menonjol-nonjolkan diri juga dilihat sebagai strategi penting untuk menambah undi dan mendorong kepada kemenangan.

Zahid sudah memulakannya agak lama dan ratingnya agak baik ketika ini. Dalam waktu yang singkat Zahid berjaya menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang tegas dan boleh diharapkan. Perwakilan UMNO yang marah dengan sikap pengundi Cina yag enggan bersama dengan kerajaan serta sikap Najib yang terlalu memanjakan mereka, kini seperti meletakkan Zahid sebagai sandaran baru.

Di ketika Hishammudin kelihatan agak tenggelam popularitinya, terutama kerana pendekatannya yang agak lemah semasa menjadi Menteri Dalam Negeri, anak bekas Perdana Menteri, Hussein Onn ini rupa-rupanya tidak mudah putus akal mahu melonjakkan persepsi dan popularitinya.

Beliau kini dilihat satu-satunya anggota kabinet Najib yang berjiwa rakyat dan sanggup elaun minyaknya dipotong. Namanya kini turut melonjak dan menjadi sebutan walaupun belum diketahui pemotongan elaun minyak itu akan menjadi kenyataan atau tidak akhirnya.

Tetapi seorang lagi calon Naib Presiden UMNO, Ali Rustam dalam usahanya meraih undi dan populariti, lebih mengejutkan lagi ideanya. Beliau mahu menutup pusat judi Genting Highlands. Katanya, pusat judi itu mendatangkan banyak masalah kepada sosial dan jenayah yang sedang berlaku sekarang.

Walaupun Ali dikenali sebagai pemimpin yang mudah didekati, tiada protokol serta rajin menghadiri jemputan majlis mereka yang dikenalinya dan kekalahannya di Bukit Katil mungkin menzahirkan banyak undi simpati untuknya, idea dan gesaan menutup pusat judi itu bakal melimpahkan lagi undi daripada golongan agama dalam UMNO terhadapnya.

Dengan memperjuangkan sesuatu yang dilarang agama, Ali dilihat lebih Islamik berbanding calon yang lain, tambahan pula beliau juga kerap berbaju Melayu sejak kebelakangan ini. Bahkan sudah ada yang menganggap memberi undi kepada Ali sudah jatuh wajib hukumnya kerana niat murninya mahu menutup pusat judi Genting Highlands itu.

Orang juga seolah-olah terlupa untuk menyemak dan mengira berapa banyak kedai judi, pusat maksiat, kedai ekor dan pusat hiburan yang telah ditutup sepanjang Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka sebelum ini.

Soal penutupan Genting Highlands boleh dibuat atau tidak bukanlah isunya, soalnya ialah Ali telah berjaya mencipta strategi untuk menambah undinya untuk mengisi salah satu kerusi Naib Presiden, jelas ketua cawangan veteran tadi apabila ditanya mengenai gesaan Ali Rustam yang mahu menutup pusat judi itu

Ketika ini dilihat Zahid, Hishammudin dan Ali Rustam berjaya menonjolkan diri masing-masing melalui strategi dan pendekatan yang berbeza. Matlamatnya ialah mereka mahu dilihat sebagai pemimpin yang baik dan boleh diharapkan. Menjelang hari pengundian, mungkin banyak lagi idea-idea penonjolan diri ini akan dilakukan.

Bahkan Shafie Apdal dan Isa Samad yang ketika ini agak diam juga barangkali turut tampil dengan kecerdikan masing-masing tidak lama lagi untuk menonjolkan diri dan kebaikan bagi merebut kerusi Naib Presiden yang diidam-idamkan itu. Tunggulah!

Tidak saja calon-calon Naib Presiden, calon-calon bagi jawatan lain juga akan dilihat berubah watak dan berbeza sikapnya. Semuanya akan kelihatan baik-baik, berjiwa rakyat, peramah, senang didekati, kuat Melayunya dan sayangkan Islam.

Begitu adanya, dulu, kini dan selamanya.


Harakahdaily

Mesir: Bantahan berterusan, 2 terbunuh semalam

Posted: 06 Sep 2013 11:07 PM PDT

1 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


MESIR: Rakyat yang menyokong legitimasi semalam terus mengadakan himpunan besar-besaran di seluruh Mesir selepas solat Jumaat semalam sebagai usaha berterusan membantah rampasan kuasa oleh tentera di negara itu.





Dalam bantahan yang diadakan semalam, sekurang-kurangnya dua dilapor terkorban dan puluhan lagi cedera selepas berdepan samseng dan polis yang bertindak keras untuk menyuraihimpunan.



Saksi melaporkan berlaku pergelutan antara penyokong Morsi dan samseng dan polis di Delta Nil wilayah Damietta . 



Sekurang-kurangnya seorang terbunuh selepas ditembak di kepala manakala tiga lagi cedera , kata saksi.



Di bandar pantai Alexandria, pertempuran berlaku selepas pro- Morsi memulakan perarakan dari Masjid Qaid Ibrahim. 



Saksi mendakwa salaing berlaku balingan botol antara kedua-dua pihak menyebabkan ramai di kalangan pro-Morsi cedera.



Saksi juga mendakwa terdengar bunyi tembakan dan sumber perubatan berkata seorang telah terbunuh dan sekurang-kurangnya tujuh cedera dalam insiden itu.



Di selatan , pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata dan senapang patah untuk menyuraikan protes pro- Morsi di bandar Assiut .



Sumber Ikhwan Muslimin berkata mendakwa, polis telah cuba menyuraikan protes selepas penunjuk perasaan berkumpulan semula , meneruskan perarakan mereka di barat bandar.



Di Samalout , di wilayah Minya, beberapa penunjuk perasaan cedera akibat sedutan gas selepas pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata kepada pro- Morsi ketika perarakan melepasi stesen polis tempatan.



Penunjuk perasaan melaungkan slogan kecaman teradap Menteri Pertahanan Abdel Fattah al-Sisi, dan Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim.



Sementara itu, di wilayah Gharbiya, insiden serupa telah dilaporkan di bandar-bandar dan Tanta, di mana sekurang-kurangnya sepuluh orang telah ditangkap.


Harakahdaily

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 07 Sep 2013 01:10 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Kasim Selamat Tidak Pernah Menceraikan Sabariah

Posted: 06 Sep 2013 08:49 PM PDT

oleh : Ahmad Baei Jaafar Anda masih ingat kisah dalam filem "Ibu Mentuaku" yang Nyonya Mansoor mengambil helah untuk memisahkan anaknya Sabariah dengan suaminya, Kasim Selamat. Dia datang meziarahi anaknya atas jemputan anaknya yang sedang mengandung. Setelah melihat keadaan anaknya, dia meminta izin menantunya Kasim Selamat untuk membawa pulang anaknya ke Singapura kononnya supaya dapat […]

PAS Kawasan Miri

Posted: 06 Sep 2013 07:27 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Rumah Mahal Siapa Mengaut Keuntungan?

Posted: 05 Sep 2013 10:36 PM PDT

Rumah Mampu Milik Patut Diperbanyakkan Untuk Rakyat Sarawak

Barisan Nasional (BN) telah berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit di bawah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang digerak oleh sektor awam dan swasta.  Perkara itu dinyatakan dalam Manifesto BN bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancar oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak semasa PRU13 yang lalu.

Menurut laporan akhbar tempatan baru-baru ini, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertekad membantu negeri Sarawak memenuhi keperluan perumahan mampu milik untuk rakyatnya dalam perancangan untuk lima tahun akan datang iaitu untuk membina sebanyak 50,000 unit rumah yang akan dibangunkan dengan kerjasama JPN, Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) selain agensi negeri yang berkaitan," jelas Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di Wisma Sultan Tengah baru-baru ini.

Kita amat mengalu-alukan hasrat kerajaan negeri Sarawak untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri tetapi mengapa Sarawak hanya diperuntukan hanya 50,000 unit rumah saja daripada sejumlah sejuta rumah mampu milik seperti yang dijanjikan dalam Manifesto BN dalam PRU13 yang lalu.

Sepatutnya kerajaan pusat memperuntukkan lebih kepada Sarawak sekurang-kurangnya lebih dari 100,000 unit rumah mampu milik, dimana Sarawak memiliki tanah yang luas hampir sebesar Semananjung Malaysia. Skim perumahan mampu milik perlu dibina lebih banyak lagi untuk menampung keperluan penduduk tempatan Sarawak yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Harga rumah di Sarawak adalah antara yang termahal dalam Malaysia dan ramai penduduk tempatan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri kecuali mereka yang terpaksa membeli rumah kos rendah yang kecil dan kurang kualiti.

Syarat untuk memiliki rumah mampu milik juga perlu dipinda dari umur 21-50 tahun kepada 21- 55 tahun dengan pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM5000 kebawah. Harga rumah mampu milik juga perlu dikaji semula sekurang-kurangnya dari RM200,000 kebawah dengan konsep rumah mesra seperti skim perumahan rakyat di zaman Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub (1970-1981) memerintah Sarawak dulu, dimana rakyat diberi se-lot sebuah rumah. Dengan adanya skim perumahan mampu milik ini, sekurang-kurangnya syarikat pemaju perumahan swasta juga akan menurunkan harga dengan berpatutan. Persaingan harga antara pemaju perumahan swasta dan skim perumahan mampu milik akan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih serta mampu memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Kebanyakan rumah yang dijual sekarang hanya mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan tinggi, hartawan dan juga pelabur asing dimana akhirnya penduduk tempatan akan menjadi mangsa akibat tidak mampu membeli rumah yang bernilai ratusan ribu sehingga jutaan ringgit itu. Nilai mata wang Malaysia terlalu rendah dibandingkan dengan tukaran mata wang asing dimana warga asing bebas memiliki rumah yang mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit.

Mungkinkah ini juga salah satu faktor menyebabkan harga rumah terlalu tinggi, dimana warga asing boleh memiliki rumah yang berharga ratusan ribu dan jutaan ringgit di Malaysia selain daripada unsur-unsur ketirisan berlaku. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap masalah rakyat, sepatutnya masalah kos perumahan di Sarawak dapat diatasi dengan sebaiknya dan tidak berlaku kenaikan harga secara mendadak. Apa punca sebenarnya berlaku selain kononnya kos bahan binaan mahal?

Adakah pihak tertentu mengaut keuntungan dari hasil kos perumahan yang mahal tersebut? Inilah masalah yang sering menjadi persoalan rakyat, mengapa rumah di Sarawak terlalu mahal sedangkan ramai lagi penduduk tempatan yang tidak memiliki rumah sendiri selain daripada rumah ibu bapa atau keluarga mereka yang sedia ada.

Kita mengesa pihak kerajaan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk memiliki rumah sendiri dengan cara memberi lot-lot perumahan supaya mereka boleh membina sendiri atau membeli perumahan skim rumah mampu milik dengan harga yang berpatutan.

Disebabkan nilai mata wang Malaysia semakin merosot dibanding dengan negara jiran kita seperti Brunei dan Singapura maka keutamaan patut diberi kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kos sara hidup semakin meningkat sedangkan pendapatan isi rumah semakin berkurangan dan tidak seimbang dengan kos kenaikan harga bahan api dan juga kos sara hidup  penduduk yang tinggal di kawasan bandar menyebabkan rakyat hidup dalam kesempitan.

Rumah mampu milik sepatutnya diperbanyakkan di Sarawak sebab Sarawak menjadi deposit kepada kejayaan BN di peringkat pusat, tanpa kemenangan besar BN di Sarawak, kerajaan BN mungkin tidak akan dapat berkuasa semula di peringkat kerajaan pusat, jadi keutamaan untuk rakyat Sarawak perlu diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan pusat.

Kita berharap masalah harga perumahan yang terlalu tinggi di Sarawak dapat diatasi dengan sebaik mungkin oleh pihak kerajaan yang memerintah sekarang dengan memberi keutamaan kepada rakyat yang memerlukannya tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Affordable Homes For the people of Sarawak should be increased

Barisan Nasional (BN) government has promised to build one million affordable housing units, including 500,000 under the 1Malaysia Housing Project (PR1MA) which propelled by the public and private sectors. This was stated in the BN manifesto themed 'Meet the Promise Brings Hope' which was launched by BN chairman Datuk Seri Najib Razak during the last 13GE.

According to local press reports recently, The Ministry of Urban Wellbeing, Housing and Local Government is determined to help the State meet the affordable housing needs of its citizens in planning for the next five years to build 50,000 housing units will be developed in collaboration with SPC, Housing 1Malaysia (PR1MA) and State Housing Company Limited (NHC) apart from the relevant state agencies, "said Sarawak Housing Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg at Wisma Sultan Tengah recently.

We are welcomed the government of Sarawak intention to help low income earners to own their own homes but why Sarawak is only provided for only 50,000 housing units just out of a total of one million affordable houses as promised by the BN in the 13th GE Manifesto before.

The federal government should allocate more to Sarawak at least more than 100,000 units of affordable housing, which the Sarawak has vast land almost as big as Peninsular Malaysia. Affordable housing scheme need to be built more to meet the needs of the local population of Sarawak that have yet to own a house.

House prices in Sarawak are among the most expensive in Malaysia and many local residents that are low-and middle-income cannot afford to own their own homes unless they are forced to buy low-cost houses that are smaller and less quality.

Terms to own affordable housing should also be amended from age 21-50 years to 21-55 years old with a household income of at least 5000 and below. Prices of affordable housing should also be reviewed at least RM200, 000 and below with friendly house concept as housing scheme at the time of Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub (1970-1981) ruled Sarawak before, where people are given per-lot house. With the availability of affordable housing schemes, at least private housing developers will also reduce the price accordingly. Price competition between private housing developers and affordable housing scheme will provide an opportunity for the people to choose and be able to own their own home at an affordable price.

Most of the houses are sold now only affordable to high income earners, wealthy and foreign investors where the local population will ultimately become victims as a result cannot afford to buy the house worth up to hundreds of thousands to millions of ringgit. The value of the Malaysian currency is too low compared to foreign currency exchange where foreigners are free to own houses which reached hundreds of thousands to millions of ringgit.

Could this also one of the factors causing the house price are too high, where the foreigners can own the house costing hundreds of thousands and millions of ringgit in Malaysia apart from leakages occurring elements. As a responsible and caring government to the people's problems, should the cost of housing in Sarawak problem can be resolved properly and there is no price increase dramatically. What is a cause actually happens besides so-called expensive cost of building materials?

Do certain parties make money from revenue such costs of expensive housing? This problem is often a question of the people, why houses in Sarawak are too expensive when there are many other local residents that do not own their own home apart from their parents' home or their existing family.
We urge the government to give more people an opportunity to own their own homes by providing housing lots so that they can build their own or buy housing scheme of affordable housing at an affordable price.

Due to the Malaysian currency is declining compared to our neighboring countries such as Brunei and Singapore then priority should be given to the Malaysian low-and middle-income. Rising cost of living whereas the household incomes is decreasing and is disproportionate to the cost of rising fuel prices and also cost of living of the population living in urban areas cause the people living in hardship.

Affordable houses should be increased in Sarawak because Sarawak became a deposit to the success of BN at the federal level, without the BN victory in Sarawak, the BN government may not be able in power again at the federal government level, so a priority for the people of Sarawak should be given due attention by the federal government.

We hope that housing prices that are too high in Sarawak can be properly addressed by the present ruling government to give priority to people that need it regardless of race, religion and political affiliation.

Pas Cawangan Batu Masjid,Temoh,Perak

Posted: 06 Sep 2013 01:13 PM PDT

Pas Cawangan Batu Masjid,Temoh,Perak


Posted: 06 Sep 2013 05:42 AM PDT

SALAM,KEPADA SEMUA AHLI PAS CAWANGAN DAN PENYOKONG SERAMAI 22O LEBEH 220 DI KAMPONG BATU MASJID.LUJNAH PEMBANGUNAN MARKAZ TANAH SERIBU AKAN MENJALANKAN PROJEK NAIK TARAF BANGUNAN MARKAZ PAS TANAH 1000(FASA 2) UNTUK KESELESAAN BERSAMA.
2.PROJEK AKAN DIMULAKAN PADA BULAN MUHARRAM 1435H DIJANGKA SIAP DALAM TEMPOH 3 BULAN.
3. SKOP PEMBINAAN.
I) PEMASANGAN SILING ASBESTOS DI DALAM MARKAZ
II)PENGUBAHSUAIAN ATAP MARKAZ
III)MENGGANTI PINTU UTAMA
IV)MELUASKAN RUANG MARKAZ DENGAN MEMBUANG BILIK LAMA.
V)KERJA JUBIN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN.

PENGUMPULAN DANA.
I)INFAK BARANG
II)INFAK KEWANGAN.

SEKIAN TERIMA KASIH,

MARILAH BERSOLAT BERJEMAAH

......................................................
DARI KETUA PAS CAWANGAN KG.BATU MASJID,TEMOH
(Dzulbahrain bin Jalun)

N.B: Satu mesyuarat untuk melantik ajk pembangunan MARKAZ  TANAH 1000
        akan diadakan minggun hadapan hari jumaat selepas solat Isyak dimarkaz
        Tanah 1000.Semua ajk,ahli dan penyokong dijemput hadir.Terima Kasih.

Batu Gajah Mari

Posted: 06 Sep 2013 11:27 AM PDT

Batu Gajah Mari


Meletop malam ni!

Posted: 06 Sep 2013 01:30 AM PDT


Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 06 Sep 2013 11:25 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Allah..Dia Yang Tertinggi

Posted: 05 Sep 2013 07:05 PM PDT

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

Allah..

Jangan di tanya apa yang Dia boleh beri. Mohon,Dia Akan rezki..

=================================================================
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan). Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya).Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak.Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna).Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu.Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya.Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya).Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia.Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu.Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

=================================================================

Terima kasih ayah atas kebaikkan mu yang memberikan aku kesedaran atas qalam ini. Mak..halalkan segala makan minum anakmu. Ampunkan segala dosa. Mohon sangat mak!. Adik2 ku..Sesungguhnya abang mu ini menegur di atas kebenaran. Tidak sedetik dalam hatinya bersangka buruk. Semoga Allah swt sentiasa merahmati mu dan menganugerahkan pada anak anak mak dan ayah agar menjadi anak anak yang soleh solehah.  

Kamu..

Terima kasih datang bertamu.Ini yang ku mampu. Kau mengajarku erti berazam dan tabah. Dengan kalimah ini aku menyedari diri bahawa cinta yang benar teguh adalah dengan mencintai Dia. Allah..Husnul Khotimah kan daku,keluargaku dan juga kamu. Itu doaku sehari hari. Tidak perlu memohon ridhoku atas qalam suci Al-Aqla. Suatu masa,kau akan mengerti betapa permainan perasaan adalah suatu gejolak jiwa yang maha dasyat dan boleh membunuh jiwa. Mungkin ada kepuasaan peribadi di situ. Sirnanya takkan kembali. Berhijrahlah kerana Allah. Akan sentiasa mendoakannya. Nasihatku..jangan kau korbankan jiwa untuk insan lain. Terpulang pada Dia apa yang terbaik untuk kita. Sama-sama kita nantikan episodnya :)


 

Ilham..

Jangan kau lari. Allah..Aku bermohon padaMU menyempurnakan ilham yang Kau Rezkikan agar ianya jadi kenyataan.Ahlan wa sahlan 11 bintang.. Ibroh,Azzam..
Fa Sobrun Jamiluun..

Nafsu

Pergi main jauh jauh.. kau tidak diperlukan. Menyusahkan benakku. 

Romadhon..

Datanglah segera..aku merindu..jika masih berkesempatan.

Untuk anak dan isteriku..inilah wasiatku.

Janganlah kalian mencintai dunia melampaui kadar. Bercukupanlah apa yang ada. Belum puas ku mengajari kalian dengan ilmu yang sekadar milik hanya Dia yang punya. Ketahuilah,aku amat menyayangi kalian. Jangan kau hampakan aku dengan tiada sebarang kiriman doa dan amal yang baik yang telah aku ajari setelah aku tiada. Sentiasalah beramal soleh. Jangan takut menegakkan kebenaran. Sentiasa membantu orang lain ketika diri sendiri juga dalam kesusahan.Tiada apa yang dapat aku berikan dari hartaku kerana miskinnya sang abi. Jika aku mendahului kamu,kuburan ku jangan kamu jadikan taman,memadailah dengan saranan Baginda saw yang kita cintai. Kita tidak akan tersesat selamanya selagi mengikuti 2 perkara tersebut; Al-Quran dan Hadis.

Wa solallahu 'ala Sayyidina Muhammad nabiyil ummiy wa 'ala alihi wa sohbihi wasallim taslima kasiro..

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 06 Sep 2013 09:28 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Jemputan ke Mesyuarat Agung DPPK Kuala Krau Kali Ke 25

Posted: 06 Sep 2013 02:18 AM PDT

Semua pemuda di dalam kawasan Kuala Krau dijemput hadir ke
Mesyuarat Agung DPPK Kuala Krau Kali Ke 2


Datang, jangan tak datang!!
5.

Landskap Siasah

Posted: 06 Sep 2013 07:01 AM PDT

Landskap Siasah


Bersama bakal 'Tetamu Allah' di Kampung Melayu

Posted: 05 Sep 2013 10:11 AM PDT

 Sungai Rapat- 5 Sept 2013

Suatu majlis khas telah dihadiri oleh YB Radzi Zainon  untuk beramah mesra dengan bakal 'tetamu Allah' tahun ini yang diadakan di Masjid Kampung Melayu Sungai Rapat. Selain berbual dan bertujuan mengerat silaturahim dengan para pengundi kampung Melayu, tujuan kehadiran ADUN Sungai Rapat adalah untuk menghulur sedikit sumbangan untuk jemaah haji di kariah berkenaan.

Antara penerima sumbangan untuk menyahut panggilan Allah kali ini adalah  Imam Khairul, Imam Kamal Wasi dan En Bakri dari Taman Maju Rapat. Turut sama meraikan jamaah haji ialah Dato Ghani Ngah, Dato Ghaffar, Tn Hj Hamid, En Ali Kontraktor TNB, En Ahmaf Osman dan lebih kurang 50 jamaah masjid Kg Melayu Sg. Rapat

Majlis ini dimulakan dengan bacaan Yaasin selepas Maghrib dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Zulkifli Tapsiron. Ia berakhir dengan jamuan nasi tomato dan penyampaian sumbangan kepada bakal jamaah haji.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat





Selagi ada Korupsi selagi itu ada Kongsi Gelap

Posted: 05 Sep 2013 08:51 AM PDT

Selagi ada Korupsi selagi itu ada Kongsi Gelap
Oleh Muhammad Nuruddin Bashah
Ahli PAS Kawasan Gopeng

Jika anda menonton beberapa filem, telemovie malah dalam bentuk drama yang menampilkan isu kongsi gelap di malaysia ia tidak menghairankan rakyat. Malah segelintir rakyat menerima ancaman hidup akibat berleluasanya 'sistem' kongsi gelap atau percaturan sosial melalui tangan-tangan percaturan penjenayah.



Walaupun ada beberapa filem dan drama cuba menjadikan aktiviti jenayah kongsi gelap sebagai komedi, lawak jenaka namun ia petanda buruk dan malang bagi sebuah negara umat Islam yang berkokok di serata dunia tentang kemajuan material dan spiritualnya.

Kalimah Ayahanda, Abang Long malah ada yang menjadikan ia lawak dengan gelaran Kak Long pula cuba menguak isu realiti sebenar rakyat Malaysia dari kalangan etnik Bumiputera walaupun atas genre komedi danjenaka.


Namun rakyat tertanya-tanya juga mengapa dalam senarai 49 nama kongsi gelap itu tiada nama gerakan kaum melayu seperti mana yang diumpil keluar melalui filem-filem mutakhir ini? Adakah kerana mereka bumiputera? Atau mereka berdaftar? Atau mereka mendokong parti pemerintah?

Persoalan ahli politik membela atau memelihara kongsi gelap bukan suatu isu baharu. Jika aktiviti gangster dan jenayah yang cuba diwacanakan bagaimana dengan tindakan gangster yang diambil oleh parti pemerintah, NGO pro kerajaan da pihak polis semasa mengurus aktiviti dan program aman Pakatan rakyat? Bagaimana dengan tindakan ala gangster pemimpin di Parlimen Pekan semasa kehadiran Mahasiswa Februari 2013 lalu sehingga ada muslimah siswi yang diretap tangan dan tudung mereka?

Bagaimana dengan tindakan ala gansgter sekumpulan pemuda yang menyurai perkhemahan mahaiswa di dataran Merdeka pada jam 3 pagi melalui tindakan ganas mrempuh khemah, menarik keluar mahasiswi denga disaksikan oleh pasukan PDRM!

Para mahasiswa hanya berkampung di dataran merdeka bagi menuntut sistem pendidikan percuma supaya rakyat boleh mendapat pendidikan yang tinggi tanpa mengeluar belanja yangtinggi dan itupun dilakukan tanpa huru hara, tanpa senjata dan ia dilakukan oleh pelajar universiti!

Bagaimana dengan tindakan ala gangster bekas ADUN Sungai rapat Datuk Hamidah Osman yang mencekak kolar baju YB Dr Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng awal tahun ini?

Sebenarnya besar kemungkinan kongsi gelaplah yang menaja atau membela atau memelihara politikus tertentu. Kerana mereka lebih berduit dan berpengaruh berbanding ahli politik. Ahli politik hanya melegitimasikan beberapa aktiviti mereka sahaja. Hubungan simbiosis sebegini telah lama didedah dalam raturan filem Hindi Bollywood. Apa bezanya Malaysia dengan India dan Pakistan.

Simbiosis bentuk ini adalah suatu korupsi!

Terlalu sibuk menghantar SB mengintai, merakam dan menemubual jemaah masjid yang mengundang penceramah lantang tertentu. Kadang-kadang ada yang mengugut AJK Masjid atau penganjur ceramah.

Melakukan road block besar-besaran apabila ada ceramah atau himpunan rakyat anjuran NGO atau parti pembangkang, malah lebih besar road blocknya berbanding road block mengesan penjenayah, penculik atau penyeludup.

Terlalu menjaga tepi kain rakyat yang tidak bersalah malah berstatus 'awam' PDRM kelabu mata tidak berjaya melihat adanya keterlibatan anggotanya dalam sendiket dan jenayah.

Ini adalah korupsi apabila sistem perpolisan yang menjaga keamanan awam salah fokus dan salah hala tuju.

Sebelum ini berikutan pendedahan Pengerusi badan Pemantau Jenayah, My Watch, R Sri Sanjeevan berhubung penglibatan polis dengan sindiket jenayah, beliau ditembak dan dipercayai ia dilakukan oleh pihak yang merasa pedas selepas menelan segenggam cili padi.

Kongsi gelap hilang hormat kepada pihak berkuasa. Lihat sahaja (SMS) daripada kumpulan kongsi gelap04 yang akan membalas dendam kepada polis selepas 5 anggota mereka ditembak mati di Panai Jerejak Pulau Pinang. Tembok sebuah balai polis dilukis dengan logo 04. Mesej mereka adalah `Kami tak takut pihak berkuasa.



Mayat penjenayahdiarak dalam upacara besar-besaran dengan paluan gendang dan letupan mercun. Sepanjang laluan jalan sesak. Dianggarkan sebanyak 500 ahli keluarga dan rakan-rakan mengiringi mayat kumpulan ini ke upacara pengebumian. Mereka mempamerkan simbol-simbol 04 dalam bentuk kalungan bunga dan sepanduk. Apa yang mampu rakyat lakukan?

Suatu ketika Saidina Umar Al Khattab telah mengasaskan jawatan Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan.Inilah pertama kali negara umat islam memiliki siste polis sama taraf dengan tamadun Rom Timur, Parsi dan lain-lain zaman itu.

Jawatan polis adalah jawatan amanah. Benar, pekerjaan ini bukan menjanjikan laba yang menggunung kerana ia adalah pekerjaan golongan yang berani, bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dalam bandar. Istilah polis adalah istilah Yunani bagi maksud bandar atau perbandaran.

Akan tetapi adalah malang jika jawatan ini bertukar menjadi petaka kepada rakyat. Anggota yang jauh daripada kefahaman agama dan syariat akan semberono mengguna kuasa untuk kepentingan nafsu sendiri malah membiarkan diri diperalatkan.



Keyakinan membuta tulis kepada undang-undang ciptaan manusia mengakibatkan pihak kerajaan dan polis mengeluar pandangan bahawa pemansuhan akta Darurat dan ISA yang memberi kebebasan luas kepada polis itu menyebabkan jenayah kongsi gelap bertambah. Rakyat tidak sebeodoh itu untuk percaya bagaimana 49 rangkian satu malaysia kongsi gelap boleh muncul mendadak, menembak rambang seara mendadak hanya pasca pemansuhan Akta Darurat dan ISA. Ia alasan yang cukup ganjil dan menampikan peribadi sekular yang dahsyat.

Sewajarnya isu kembali kepada penyelesaian 'langit' penyelesaian Rabbani diutarakan. Adakah Polis tidak boleh atau dilarang bercakap soal undang-undang jenayah Islam. Adakah mereka tdak layak memetik ayat-ayat Al Quran untuk mengungkit kehebatan sistem pencegahan jenayah ala Islam?

Islam melarang keras korupsi, pecah amanah dan as suhtu iaitu rasuah yang menyebabkan jenayah, kongsi gelap kebal da berleluasa daripada zaman Gee Hin - Hai San hingga kini zaman Milenium.

Korupsi dalam negara adalah petaka besar. Hubungan 'mesra' antara koruptor-koruptor dengan para penjenayah adalah cukup signifikan dan grafnya adalah 'berkadar terus'.

Penulis suka untuk memetik kata-kata Karim (lakonan Tan Sri Jins Samsuddin) dalam Filem Disebalik Tabir (1970) iaitu " di mana sahaja ada jenayah... Jika dilakukan oleh orang bahawan seperti kita..ia digelar perompak macam aku....orang atasan juga makan besar...mereka digelar coruption..sama sahaja..". Demikian persepsi yang telah lama difahami rakyat Malaysia.




CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Sep 2013 01:05 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Umno pandang serong terhadap Ikhwan Muslimin - Anwar

Posted: 05 Sep 2013 09:41 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno BN mempunyai perasangka buruk terhadap gerakan islam Ikhwan Muslimin.

Anwar mendedahkan, sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah dinasihatkan oleh perisikan supaya tidak bertemu wakil gerakan Islam itu yang datang ke Malaysia ketika itu.

Bagaimanapun beliau tidak mengendahkan 'nasihat' itu, namun sekadar menukar tempat pertemuan.

"Bila Mursyidul Am Ikhwan di Malaysia, Muhammad Mahdi' Akif, saya dinasihati perisikan supaya tidak bertemu (mereka) kerana mereka kononnya ekstrimis Islam, radikal dan sebagainya.

"Saya terpaksa berbincang dengan Abdul Hamid Abu Suleyman dengan bertemu di pejabatnya.

"Saya, Timbalan Perdana Menteri ketika itu datang ke pejabat Hamid untuk makan tengah hari," katanya dipetik Selangorku.

Anwar mendedahkan perkara itu pada sidang media selepas merasmikan buku 'Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia' petang semalam.

Menurut Anwar yang juga pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Tun Dr Mahathir bercuti di luar negara tiga bulan, maklumat-maklumat serong tentang Ikhwan itu diterima Umno sehingga mereka tidak menjalinkan kerjasama dengan gerakan Islam itu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau menggalakkan wakil Ikhwan Muslimin bertemu dengan Umno bagi menerangkan kedudukan sebenar berlaku di Mesir ketika ini.

Harakahdaily

'Baik potong elaun saya sekarang...'

Posted: 05 Sep 2013 09:38 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyokong cadangan agar elaun minyak bagi anggota Kabinet dan pegawai kerajaan dipotong ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan perdana menteri Isnin lalu.


Beliau juga sedia jika langkah tersebut mampu mengukuhkan keadaan ekonomi negara, kata Hishammuddin seperti dipetik dalam laporan akhbar hari ini.


"Kalau kita mahu rakyat melihat situasi ini (pengurangan subsidi minyak) dengan berjimat, kita juga sebagai wakil rakyat harus sanggup lakukan perkara sama.


"Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.


Beliau mengulas saranan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memastikan menteri dan timbalan menteri membayar petrol mereka sendiri untuk memahami bebanan yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.


Sikapnya yang ditunjukkan Hishammuddin itu berbeza dengan kenyataan seorang lagi menteri kabinet Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan cadangan Rafizi sebagai "idea bodoh".


Malaysiakini

Habuan jadi duta selepas serang Anwar

Posted: 05 Sep 2013 09:37 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan pelantikan Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim sebagai duta ke Indonesia adalah ganjaran dan bayaran balik atas jasa pengkianatan yang dilakukan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Katanya, itulah yang menjadi budaya di dalam Umno BN hari ini bukan memberi jawatan atas dasar kelayakan tetapi berdasarkan politik semata-mata.

Malah katanya, pelantikan ini memberi gambaran sebenar kepada negara luar kerana mereka sendiri akan menilai perkhidmatan berdasarkan penghantaran duta ke luar negara.

"Duta yang dilantik mestilah berintegriti bukan memberi ganjaran politik, ini kerana imej yang ditunjukkan adalah imej yang tidak baik," katanya kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya adakah Zahrain layak dilantik sebagai duta, Khalid berkata, Zahrain tidak nampak ada kemampuan itu memandangkan di dalam Parlimen pun beliau kurang menyerlah dari segi idea pembangunan negara.

Melainkan, tambahnya Zahrain hanya lantang menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja di dalam parlimen.

"Kalau mesej itu sahaja yang nampak ia tidak ada benda yang boleh dibanggakan sepatutnya membawa idea-idea yang bernas untuk Malaysia," katanya.

Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengesahkan Zahrain Hashim dilantik sebagai duta ke Indonesia.

Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.


Harakahdaily

Sarawak perlu 100,000 unit Rumah Mampu Milik

Posted: 05 Sep 2013 08:07 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menggesa kerajaan BN membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri itu memandangkan Sarawak mempunyai keluasan tanah yang luas sedangkan ramai rakyatnya masih tidak mempunyai rumah.

Dalam kenyataan medianya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee (gambar) berkata, harga rumah di Sarawak adalah antara yang termahal di Malaysia sedangkan ramai penduduk tempatan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri kecuali mereka yang terpaksa membeli rumah kos rendah yang kecil dan kurang berkualiti.

Jelasnya, BN telah berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit di bawah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang digerak oleh sektor awam dan swasta.

"Menurut laporan akhbar tempatan baru-baru ini, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertekad membantu negeri Sarawak memenuhi keperluan perumahan mampu milik untuk rakyatnya dalam perancangan untuk lima tahun akan datang," ujar beliau.

Kerajaan BN negeri, jelas beliau berjanji untuk membina 50,000 unit rumah dengan kerjasama JPN, Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) selain agensi negeri yang berkaitan.

Sambil mengalu-alukan hasrat kerajaan negeri itu, beliau bagaimanapun mahu jumlah unit rumah itu ditambah kepada 100,000 unit bagi menampung keperluan penduduk tempatan Sarawak yang masih belum memiliki rumah sendiri.

"Syarat untuk memiliki rumah mampu milik juga perlu dipinda dari umur 21-50 tahun kepada 21-55 tahun dengan pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM5000 ke bawah.

"Harga rumah mampu milik juga perlu dikaji semula sekurang-kurangnya dari RM200,000 ke bawah dengan konsep rumah mesra seperti skim perumahan rakyat di zaman Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub (1970-1981) memerintah Sarawak dulu, di mana rakyat diberi se-lot sebuah rumah," katanya.


Harakahdaily

Zahrain jadi duta, pejuang setia Umno dapat apa?

Posted: 05 Sep 2013 08:05 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim dilaporkan akan dilantik sebagai duta ke Indonesia. 

Perkara ini juga sudah pun disahkan oleh Menteri Luar, Anifah Aman petang semalam. 

Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.

Bagi penulis blog Shahbudin Husin, walaupun Zahrain menafikan perlantikannya sebagai ganjaran kerana meninggalkan Anwar dan menyokong kepimpinan Najib, tetapi rata-rata kalangan dalam Umno percaya tiada ada sebab atau merit lain yang boleh dijadikan sandaran kepada pelantikannya itu melainkan sebagai 'upah' atas pengorbanannya itu.

"Selain itu, perlantikannya sebagai duta ke Indonesia juga dikhabarkan untuk mengekang pengaruh Anwar di negara tersebut memandangkan Ketua Pembangkang itu dipercayai mempunyai pengaruh serta simpati yang besar di kalangan tokoh-tokoh politik di negara tersebut," tulis beliau di dalam blognya semalam. 

Harakahdaily

AirAsia tawar 6 juta tiket tambang terendah

Posted: 05 Sep 2013 07:41 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -
AirAsia Group akan menawarkan enam juta tiket dengan tambang harga terendah di Pameran MATTA 2013 bermula 6-8 September.
    
AirAsia dalam satu kenyataan berkata tiket daripada AirAsia danAirAsia X ialah bagi penerbangan domestik dan juga antarabangsa dalam rangkaian AirAsia. 

"Tambang domestik terangkum bermula daripada RM34 manakala tambang antarabangsa eksklusif terangkum adalah seperti berikut: Thailand atau Indonesia daripada RM68, Singapura daripada RM49, India daripada RM173, China daripada RM135, Myanmar daripada RM158 dan Indo-China (Vietnam, Laos dan Kemboja) daripada RM134," kata syarikat penerbangan itu.
    
AirAsia berkata tempoh tempahan bagi tawaran istimewa itu ialah dari 6-8 September 2013, bagi tempoh perjalanan dari 1 Oktober 2013 hingga 5 Ogos 2014.
    
AirAsia X berkata ia juga akan menawarkan diskaun 20 peratus bagi tambang destinasi jarak jauh ke Korea Selatan, China, Australia, Taiwan, Jepun dan Nepal. 



Malaysiakini

Pak Samad rela dilucut gelaran SN, kerakyatan

Posted: 05 Sep 2013 07:01 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -



Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said berkata beliau mengalu-alukan sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985 ditarik balik.


Tidak cukup dengan itu, tokoh sastera itu berkata beliau juga tidak kisah jika kewarganegaraannya juga dilucutkan.



"Soal tarik balik anugerah Sasterawan Negara itu sangat bapak alu-alukan. Teruskanlah.



"Malah kalau ingin tarik balik warganegara saya pun, saya alu-alukan," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.



Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas beliau, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.



Beliau juga mengulas desakaan yang timbul, seperti yang diulas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, agar gelaran tersebut ditarik balik.



Kumpulan berhaluan kanan Melayu, PERKASA pula dilaporkan menuntut agar tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya.



Menurut NGO tersebut, individu berkenaan tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana perbuatan itu didakwa menghina bangsa dan negara.


Diminta mengulas dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis terpaksa menahan beliau selepas tokoh itu menyelinap masuk ke rumah pada tengah malam kelmarin, A Samad berkata:


"Sudah terlalu banyak berita tentang peristiwa seputar bapak. Cukuplah. Jika ingin ditambah biarlah seputar polis sahaja," katanya.



Malaysiakini

PAS Negeri Sembilan

Posted: 05 Sep 2013 09:23 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1434 H

Posted: 05 Sep 2013 07:25 AM PDT

PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1434 H
Tahun 2013, Tahun ke 6

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Korban akan dilakukan di 5 lokasi sekitar DUN Paroi
- Sasaran agihan, 1000 keluarga yang memerlukan

1 bahagian RM 400 (lembu)

Maklumat lanjut sila hubungi : Hj Fisol 019-3440826 , Sdr Hassan 019-2171942

Bayaran atau sumbangan boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi , Negeri Sembilan

Rembau Hari Ini

Posted: 05 Sep 2013 07:20 PM PDT

Rembau Hari Ini


PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1434 H

Posted: 05 Sep 2013 07:26 AM PDT

PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1434 H
Tahun 2013, Tahun ke 6

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Korban akan dilakukan di 5 lokasi sekitar DUN Paroi
- Sasaran agihan, 1000 keluarga yang memerlukan

1 bahagian RM 400 (lembu)

Maklumat lanjut sila hubungi : Hj Fisol 019-3440826 , Sdr Hassan 019-2171942

Bayaran atau sumbangan boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi , Negeri Sembilan

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 05 Sep 2013 11:11 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Adab terkencing.. :)

Posted: 04 Sep 2013 11:52 PM PDT

Adab2 kencing dan pencegahannya.

1) Hendaklah duduk ketika kencing ,berdehem 3 kali dan basuh kemaluan. Kencing tk basuh diharamkan syurga dan kekal dlm neraka. Amalkan sunnah Nabi. Insyaallah badan juga sihat.

.2) Kencing berdiri adalah dilarang kerana ikut setan. Jauhilah.

3) Kencing berlari. Ermm ada ke? Tk pernah nampak. Jangan amalkan.

4) Kencing manis. Ianya merbahaya. Kawal pemakanan anda dan kurangkan manis dlm minuman. Manis dlm senyuman.Insyaallah boleh bertahan lama. Amalkan.

5) Akhir sekali kencing yg amat bahaya iaitu pemimpin yg kencing rakyat. Sebelum pilihanraya kata harga minyak tk akan naik tahun ni.Tapi baru beberapa bulan lepas pilihanraya harga minyak naik dua posen. Sedangkan janji2 dlm pilihanraya belum ditunaikan lagi.Pemimpin kencing rakyat hukumnya masukkan dlm penjara dan tukar pemimpin lain. Jauhilah pemimpin begini.

.Maap Cakap. :) ;)

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 05 Sep 2013 09:04 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1434 H

Posted: 05 Sep 2013 07:26 AM PDT

PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1434 H
Tahun 2013, Tahun ke 6

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Korban akan dilakukan di 5 lokasi sekitar DUN Paroi
- Sasaran agihan, 1000 keluarga yang memerlukan

1 bahagian RM 400 (lembu)

Maklumat lanjut sila hubungi : Hj Fisol 019-3440826 , Sdr Hassan 019-2171942

Bayaran atau sumbangan boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi , Negeri Sembilan

Landskap Siasah

Posted: 05 Sep 2013 07:18 AM PDT

Landskap Siasah


Isu Projek Sakit, Kerajaan BN Perak Tidak Jawab Soalan ADUN

Posted: 05 Sep 2013 07:14 AM PDT

Isu Projek Sakit, Kerajaan BN Perak  Tidak Jawab Persoalan
IPOH-3 September 2013

Beberapa soalan yang diutarakan  dalam Sidang DUN Negeri Perak baru-baru ini dinyatakan kekesalan oleh ADUN Sungai rapat dalam satu sidang media YOP TV.

"Mungkin disebabkan soalan saya adalah antara soalan yang di penghujung sidang menyebabkan soalan itu seakan-akan diabaikan", jelas Radzi.



YB Radzi Zainon yang cukup terkenal dengan agenda kebajikan dan perjuangan marhain di Sungai Rapat ini cuba mengupas perihal beberapa 'projek sakit' selepas mealui sidang media selepas gagal mendapat jawapan sewajarnya daripada pihak Kerajaan Negeri Perak.

Projek sakit yang dimaksudkan oleh beliau adalah beberapaprojek tanpa hala tuju, menyimpang daripada tujuan asal, tiada fokus malah ia hanya suatu pembaziran wang negeri.

"Misalnya Pasar Taman Seri Rapat, yang dibangunkan pada tahun 1997, yang bernilai RM 600 000 nilaian ketika itu, kini hanya sepi tanpa digunakan selama hampir 15 tahun. Lebih malang ia kini menjadi sarang penagihan dadah yang pasti mengundang permasalahan sosial kepada rakyat sekitarnya. Melalui soalan lisan saya meminta pihak Majlis Bandaraya untuk turun ke lokasi dan meninjau sendiri isu ini".

Radzi juga mengutarakan isu Kompleks Silveritage di Medan Gopeng yang menelan kos sebanyak RM 14 juta sehingga ini teah beberpakali diubahsuai untuk dimajukan dan dipopularkan akan tetapi ia hanya menjadi projek Gajah Putih kerajaan BN Perak. malah tindakan memindahkan stesyen bas daripada Medan Gopeng ke Aman Jaya Meru amat menjejaskan peniaga sekitar Kompleks itu.

Namun begitu beliau juga mengulang semula soalan beliau kepada media yang teah berjaya dijawab oleh Exco Perlancongan pihak kerajaan iaitu isu perlaburan RM 42 juta ke dalam  projek Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Walau bagaimanapun YB Radzi belum berpuas hati dengan jawapan Exco berkenan yang kelihatan tidak konkrit dalam mengulas apakah tindakan komprehensif dan bersepadu kerajaan untuk memajukan dan mengaktifkan projek itu kerana penggunaan kapal terbang yang ebih besar dan perjalanan yang lebih jauh masih belum terlaksana melalui lapangan terbang ini.



CINA ISLAM (林川興)

Posted: 05 Sep 2013 01:03 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Minyak naik: Pengusaha bas tidak mungkin berdiam diri

Posted: 04 Sep 2013 07:54 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Penguasa bas berkemungkinan akan menaikkan tambang sebanyak 10 peratus yang diumumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini walaupun tempoh kenaikan tersebut sepatutnya berakhir pada 8 September nanti.

Pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri lalu dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad tidak yakin penguasa bas akan berdiam diri serta mematuhi arahan tersebut kerana mereka terpaksa menanggung kos bahan api akibat kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen seliter bermula 3 Sepetember lalu.

"Walaupun tempoh masa kenaikan tambang 10 peratus akan berakhir pada 8 September nanti, saya tidak nampak penguasa bas akan menurunkan harga.

"Kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen akan menjadi alasan mereka untuk mengekalkan harga tersebut dan berkemungkinan akan ada desakan untuk menaikkan lagi antara lima hingga sepuluh peratus," jelasnya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) sebelum ini menuntut agar kerajaan meluluskan kenaikan tambang bas kepada 30 peratus bagi menampung kos operasi pada musim perayaan.


Beliau tidak menyalahkan tindakan penguasa bas jika mereka mendesak untuk menaikkan harga tetapi kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian terbaik dari keputusan menaikkan harga bahan api.
Katanya, kerajaan perlu pastikan hak rakyat terus terbela tanpa ada sebarang tekanan sara hidup melampau akibat pengumuman tersebut.

"Bukan hanya kadar kenaikan harga tambang akan dituntut, selepas ini lebih banyak lagi barang-barang keperluan akan dinaikkan harga.

"Rakyat akan terus hidup dalam tekanan akibat kos-kos barang keperluan yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan," sambung beliau.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kecewa dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana terlalu lemah dan menekan hidup rakyat bagi tujuan menambah pendapatan negara sedangkan ketirisan dan rasuah dalam projek mega terus berleluasa.



Harakahdaily

Caj kenderaan perdagangan naik 5 peratus hari ini

Posted: 04 Sep 2013 06:14 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -

Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayan Utara menaikkan caj perkhidmatan kenderaan perdagangan sebanyak lima peratus berkuatkuasa hari ini.

    
Presidennya Datuk Yusoff Ismail berkata kenaikan caj itu mendapat persetujuan daripada 1,000 anggotanya yang juga pengusaha kenderaan perdagangan berikutan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad lepas.
    
Beliau berkata kenaikan caj itu mengambil kira kos tambahan yang perlu ditanggung antara RM130 hingga RM150 bagi setiap perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur atau Singapura.
    
"Sebelum harga minyak naik setiap kenderaan perdagangan ini menggunakan antara 700 hingga 800 liter diesel pada kadar RM1.80 seliter. Tetapi kenaikan 20 sen ini akan menambahkan lagi kos, namun kadar lima peratus tersebut masih rendah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha lori di Kawasan Perindustrian Mergong di Alor Setar.
    
Yusoff berkata harga diesel di negara ini masih pada tahap terendah berbanding dengan Thailand iaitu RM3 dan caj pengangkutan yang dikenakan pihaknya adalah pada tahap berpatutan dan tidak membebankan orang ramai.
    
Yusoff yang juga Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen turut memberi kesan kenaikan harga barangan lain tetapi bukan secara mendadak.
    
"Saya yakin kenaikan harga barangan runcit hanya akan naik sekitar satu hingga lima sen sahaja dan jika ada barangan itu melambung tinggi (tindakan) peniaga itu tidak adil dan mereka ambil kesempatan," katanya.
    
Sementara itu, pengusaha kenderaan perdagangan, Abdul Ghani Saud berkata  kenaikan caj berkenaan adalah paling minimum walaupun kos yang terpaksa ditanggung mereka amat tinggi.



Malaysiakini

15 tahun Reformasi, RON95 dan menteri cap ayam

Posted: 04 Sep 2013 05:57 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -


Saya mulanya mahu mengimbau kembali nostalgia 15 tahun lalu: Refomasi. Tragedi pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan pada 2 September 1998, yang disusuli penyingkirannya daripada keahlian Umno, telah mengubah lanskap politik tanahair.

Majoriti rakyat, khususnya orang Melayu, yang sebelum itu nampak mudah "dijinakkan" dan kelihatan tidak sukar dilentur pendirian politik, tiba-tiba dengan berani bangun menyatakan sikap walaupun diketahui berbeda dengan elit penguasa. Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya, yang panas dengan tembakan gas pemedih mata dan belantan FRU, menjadi gelanggang bermulanya babak politik baru.

Waktu itu, awalnya, saya sendiri agak kebingungan untuk mentafsirkan, apatah lagi mendefinisikan fenomena yang berlaku. Anwar yang menjadi sasaran kritikan dan belasahan dalam siri tulisan saya semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri, diangkat sebagai ikon istimewa; bukan sekadar simbol penentangan terhadap kediktatoran, kezaliman, korupsi dan penyalahgunaan kuasa.  

Dalam masa singkat, hanya dalam tempoh kira-kira 18 hari, yakni sebelum ditangkap pada malam 20 September, Anwar berjaya menyampaikan "pendidikan politik" dengan cukup berkesan kepada audien yang membanjiri kediamannya di Jalan Setiamurni, Bukit Damansara dan yang memeriahkan siri jelajahnya di seluruh negara. 

Muncul ramai aktor baru politik, yang selama ini bagai tidak peduli dengan perkembangan siasah, dan mungkin membencinya. Anak-anak muda, lelaki dan wanita, termasuk golongan berpendidikan tinggi dan kelas menengah, bersuara lantang di jalan-jalan raya. Gema "reformasi" seakan berjaya menggoncang Seri Perdana serta membingitkan telinga Dr Mahathir Mohamad. 

Zaman rakyat akur apa saja titah pemerintah sudah berlalu. Daleh Dr Mahathir berkaitan kejijikan akhlak untuk memecat Anwar ditolak mentah-mentah. Umum dapat memahami bahawa punca kepada segala konflik dan pertembungan ketika itu adalah KUASA. Kuasa mewajarkan fitnah, penipuan, pembohongan, penindasan dan pengkhianatan. Seorang rakan karib boleh bertukar seteru ketat hanya kerana mempertahankan takhta. 

Isu-isu yang sebelumnya dianggap abstrak dan sukar difahami (juga pernah mengecewakan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1995), seperti hak asasi manusia, kewibawaan badan kehakiman, manipulasi jentera kerajaan, kebebasan akhbar, rasuah, keadilan, kronisme, transparensi pengurusan dana awam dan integriti institusi awam, misalnya PDRM dan SPRM (waktu itu BPR), menjadi basahan bibir.

Namun begitu, berbanding dengan rakan sejawatnya, Sukarno di Indonesia, Dr Mahathir tetap dapat bertahan, malah penguasaan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dalam PRU10 pada November 1999 tidak terjejas. 

Peningkatan sokongan kepada Barisan Alternatif (menggabungkan PAS, Keadilan, DAP dan PRM) di bandar-bandar besar -- yang selama ini sukar mendapat tempat -- terutama sekitar Lembah Klang memang ketara sekali, tetapi ia belum cukup untuk memenangkan kerusi Parlimen yang ditandingi.

Di kala pengundi Melayu sederap bangun memprotes, sehingga Terengganu tumbang (BN hanya tinggal 4 kerusi berbanding jumlah 32 Dun, manakala sifar di peringkat Parlimen), masyarakat Tionghua dan India menjadi penyelamat kepada BN. Sentimen perkauman dieksploitasi dan menjadi benteng kebal buat Umno-BN (bukan saja 15 tahun lalu, malah masih berbisa sehingga kini, seperti ditunjukkan dalam PRU13, walaupun dalam bentuk berbeda).

Apakah Reformasi yang dicetuskan pada hujung 1998 itu boleh disifatkan belum matang dan telah kecundang di tengah jalan? Seorang rakan berpendapat, Indonesia sememangnya berbeda dengan kemajmukan politik Malaysia untuk diimport 'kejayaan' reformasi mereka. Benarkah kerana Dr Mahathir gagal dijatuhkan, sama ada melalui tekanan demonstrasi ataupun pilihan raya 1999, maka bermakna Reformasi kini hanya terselit dalam lipatan sejarah?

Tiga bulan sebelum Anwar dipecat dan kemudiannya melancarkan Deklarasi Permatang Pauh pada 12 September 1998, saya menulis dan menerbitkan buku berjudul Layakkah Anwar Ketua Reformasi?: Mencari pemimpin berjiwa rakyat, perangi korupsi, hindari nepotisme, telus dan luhur akhlaknya. 

Saya memang dilihat mencurigai keupayaan Anwar untuk menggerakkan perubahan seutuhnya memandangkan prestasi beliau dalam Umno, dan saya dikritik hebat penyokongnya.  Saya dikatakan lebih menanggapi Anwar sebagai mangsa kezaliman yang teraniaya daripada sosok seorang wira atau pejuang keadilan. 

Apa pun, dalam diam, saya tetap akur dan memandang tinggi faktor Anwar, yang mampu menggembleng setiap potensi kekuatan (walaupun selama ini "berbeda kutub") untuk bersama-sama merintis perubahan. Dan buku-buku saya, susulan pemecatan Anwar cukup laris di pasaran, sehingga jumlah cetak-rompak lebih tinggi berbanding naskhah tulen!

Ya, riuh-rendah bantahan kepada Umno-BN dan regim Dr Mahathir di lapangan tidak semestinya diterjemahkan dalam bentuk undi semasa pilihan raya. Ruang memperbaiki diri dimanfaatkan (sekurang-kurangnya untuk mengubah persepsi) dalam tempoh hampir lima tahun, termasuk pengunduran Dr Mahathir menjelang PRU2004. Dan rakyat lebih tersilau dengan paparan imej penggantinya, Mr Clean, Abdullah Ahmad Badawi

"Politik Malaysia selepas 2 September 1998 tidak akan sama lagi dengan sebelumnya." Saya masih ingat kata-kata penyanyi Ito, walaupun dilafazkan sejurus kekalahan besar Barisan Alternatif pada pilihan raya Mac 2004 yang menyaksikan BN di bawah  Abdullah menang lebih 90 peratus jumlah kerusi Parlimen.

Saya tertarik dengan ungkapan Ito itu. Kemenangan luarbiasa Abdullah hanya sementara. Rakyat bersedia untuk memberi peluang kepada pimpinan baru, tetapi penghakiman mereka tetap kritis dan teropong penilaian semakin tajam. Proses pembodohan umat yang direncanakan para strategis Umno-BN tetap berjalan namun minda orang ramai kian terbuka.

Cuma, ada rakan-rakan penyokong Pakatan Rakyat agak keliru dengan situasi selepas PRU13. "Pencapaian kita jauh lebih baik berbanding PRU12 walaupun kalah di Kedah. Pakatan menang hampir semua ibu-ibu negeri. Najib Razak sendiri mengakui BN perlu bertindak proaktif dan melakukan penyesuaian sebelum disokong semula pengundi bandar. Soalnya, mengapa saya lihat ramai pemimpin dan aktivis Pakatan seperti patah semangat, hilang motivasi dan lebih bertembung sesama sendiri," kata seorang daripadanya.

"Kebimbangan saya bukan rakyat jemu dengan Pakatan tapi saya risau dengan komitmen pemimpin Pakatan untuk terus mendekati rakyat. Meningkatkan kesedaran politik orang Melayu, memahami sensitiviti dan minda terkurung mereka, terutama mengenai isu-isu kemelayuan dan keagamaan," tambahnya, separuh curiga. 

"Masa depan Pakatan cerah," pintas seorang lagi rakan, "cuma takut kita terlalu mengambil mudah sehingga tidak berusaha melakukan penambahbaikan. Atau terlalu pesimis sehingga hilang semangat untuk bersaing dengan Umno-BN. Pakatan perlu tonjolkan lebih ramai pemimpin muda berketrampilan. Sampai masanya fikirkan generasi selepas Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi Awang dan Lim Kit Siang." 

Opps ... sebenarnya saya mahu menyinggung isu kenaikan harga petrol RON95 dan diesel (di kala rakyat menggelupur diasak kenaikan kos sara hidup), serta peningkatan hutang rasmi kerajaan daripada RM502 bilion kepada RM650 bilion. Padah buruk perbelanjaan boros kerajaan, termasuk yang bocor melalui amalan korupsi tidak terkawal, mahu dipindahkan menjadi bebanan rakyat.

Jaminan penjimatan subsidi untuk kesenangan majoriti rakyat, selain janji-janji kosong mahu meningkatkan efisiensi sistem pengangkutan awam, tidak dapat ditelan lagi. Ikrar untuk menambah bayaran saguhati BR1M dalam Bajet 2014 juga tidak dapat mengurangkan beban rakyat, selain menambahburuk lagi ekonomi negara. Apatah lagi sektor masyarakat yang tidak layak mendapat subsidi BR1M (berpendapatan lebih RM3,000 sebulan) juga terperangkap dalam lingkaran ganas kemiskinan bandar.

Mengenangkan pemilik kenderaan sanggup bergegas beratur panjang untuk mengisi tangki minyak pada malam Selasa lalu, beberapa ketika sebelum harga dinaikkan, saya tertanya-tanya apakah yang tersirat di sebalik "kesungguhan" itu ...  

Lebih pelik apabila sang menteri pengguna, Hasan Malek, terus ghairah memperbodohkan rakyat apabila buat lawak-bodoh bahawa kenaikan harga minyak hanya menyebabkan peningkatan harga barangan hanya  sebanyak 0.1 peratus!

Semasa Ramadan lalu, ketika harga ayam naik, menteri sama mencadangkan agar pengguna menukar selera kepada menu selain ayam!


Harakahdaily

Rafizi sedia belajar dengan Nazri melalui debat

Posted: 04 Sep 2013 05:24 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersedia 'belajar' daripada kepintaran Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz melalui debat atau forum.

Menurut Rafizi, beliau yakin Nazri mampu menjelaskan kepadanya sebab BN "bertindak membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak".

"Saya pasti beliau boleh mempamerkan kepintaran beliau kelak dengan tampil bersemuka dengan saya dan biarlah rakyat menghakimi betapa pintarnya beliau," kata Rafizi dalam satu kenyataan ringkasnya tengah hari tadi.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Nazri semalam.

Nazri semalam menyifatkan cadangan Rafizi agar menteri mengeluarkan belanja petrol untuk kenderaan rasmi mereka sebagai satu cadangan bodoh.

Mengulas perkara lain, Rafizi berkata cadangan Nazri agar menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat melaksanakan dahulu cadangan Rafizi "tidak relevan".

"Persoalan bahawa langkah ini perlu dilaksanakan dahulu di negeri-negeri Pakatan Rakyat tidaklah relevan kerana rakyat membayar cukai kepada kerajaan persekutuan, bukannya kerajaan negeri.

"Pun begitu, saya akan menulis secara rasmi kepada Menteri-menteri besar Pakatan Rakyat agar mengemukakan langkah-langkah untuk mengurangkan belanja petrol yang ditanggung oleh rakyat dalam mereka menjalankan tugas mereka," kata Rafizi.


Malaysiakini

Subsidi rakyat ditarik, pemimpin hidup mewah

Posted: 04 Sep 2013 05:18 PM PDT

29 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengambil perhatian kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan menarik subsidi minyak secara mengejut. 

Alasannya adalah untuk mengelakkan aktiviti spekulasi harga yang dijangka akan menimbulkan pelbagai isu sampingan yang lain.

Namun, kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, yang menjadikan kejutan rakyat ialah apabila pengumuman itu tidak menjelaskan kenapa ia harus berlaku secara mendadak.

"Jika tujuannya adalah untuk merasionalisasikan aliran perbendaharaan kerajaan bagi menangani bajet defisit, maka bagi kami apabila PM menyatakan bebanan rakyat boleh ditampung melalui menambah kuatum BR1M, bagi kami ini adalah polisi yang salah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, BR1M hanya merupakan ubat 'tahan sakit' yang boleh menghilang rasa sakit untuk waktu yang sebentar. 

Namun, ujarnya dalam jangka masa panjang ia bukan satu ubat yang mujarab terutama bila pesakit berada dalam keadaan yang kritikal.

"Kami berpandangan rasionalisasi subsidi dengan cara menambahkan BR1M tidak bijak dan bukan pendekatan yang berkesan untuk mengatasi isu kenaikan kos hidup seharian di kalangan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

"Kami mengambil perhatian apabila PM mengumumkan penjadualan semula beberapa projek mega berdasarkan kos barang import yang diguna," katanya lagi. 

Justeru, katanya Mapim berpandangan seharusnya hal ini sudah dipertimbangkan sejak dari awal, menangguh projek yang sedang dibina sebaliknya akan menambahkan kos kerana pemaju tidak akan mahu menanggung beban kos akibat penangguhan.

Tambah beliau, pihaknya menerima hakikat subsidi bukan suatu cara yang boleh bertahan lama kerana wang rakyat yang tidak diurus dengan baik sehingga dihabiskan untuk membayar subsidi yang tinggi adalah tidak produktif untuk jangka masa panjang.

Walau bagaimanapun, katanya jika suatu pentadbiran tidak bijak mengawal ketirisan dan tidak mampu mengawal perbelanjaan yang membazir dan boros, maka penarikan subsidi tidak akan memberi manfaat yang sepatutnya kepada rakyat.

Sebab itu, jelasnya Mapim berpendapat penarikan subsidi jika tidak diimbang dengan peningkatan integriti pengurusan kerajaan, akan mengakibatkan sebarang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pasti akan memberi kesan yang parah kepada rakyat marhaen.

"Kami mendapati rakyat masih tidak berpuashati terhadap uruskelola kewangan negara. Terlalu banyak perbelanjaan yang tidak rasional seperti BR1M, berbelanja untuk hari perayaan dan acara peresmian persidangan dan mesyuarat kerajaan yang melampau oleh hampir semua agensi kerajaan, lawatan keluar negara oleh pemimpin negara  yang mengguna wang awam yang sangat tinggi dan tidak beretika dan pembeliaan alatan kerajaan yang melanggari prosedur sehingga membazir seperti dicatat dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya.

Semua itu, kata Mohd Azmi dilihat oleh rakyat sebagai ketidakwajaran kerajaan membeban rakyat dengan kenaikan harga minyak. 

Katanya, di satu pihak rakyat diminta memahami beban subsidi adalah tidak rasional untuk ekonomi negara, di satu pihak yang lain rakyat melihat pemimpin negara hidup mewah, tidak perlu berbelanja wang sendiri untuk membayar bil bulanan dan tidak perlu risau berfikir berapa wang tunai yang ada untuk mengisi minyak kenderaan.

Najib pada petang 2 September lalu mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter menjadikan harganya RM2.10 daripada RM1.90 berkuatkuasa tengah malam itu.

Bermula tengah malam tadi, petrol RON97 pula dinaikkan harga 15 sen seliter kepada RM2.85 berbanding RM2.70 sebelumnya.

Harakahdaily

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 04 Sep 2013 09:36 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Ramah Mesra Pemimpin PAS Bersama Anda di Parlimen Pasir Salak

Posted: 04 Sep 2013 07:00 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 04 Sep 2013 07:32 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Penduduk Luar Bandar Menanggung Beban Akibat Harga Minyak Naik

Posted: 03 Sep 2013 10:14 PM PDT

Harga Minyak Naik, Rakyat Menanggung Beban

Setiap kali kenaikan harga minyak berlaku, sudah pasti ramai pengguna kenderaan akan berpusu-pusu membeli minyak di stesen minyak yang berdekatan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Akibat pengumuman secara mengejut dari pihak kerajaan tentang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter pada 2 september yang lalu, ramai pengguna menjadi kelam kabut di saat akhir untuk mendapatkan bahan bakar itu. Mereka terpaksa beratur panjang di semua stesen minyak semata-mata mahu memenuhkan tangki petrol mereka agar dapat mengurangkan sedikit pembelanjaan disebabkan harga petrol akan naik keesokkan harinya.

Ada diantara pengguna yang mengadu, mereka yang hendak membeli minyak pada waktu petang disekat kononnya minyak sudah habis. Mengapa perkara semacam ini boleh berlaku? Sepatutnya pihak kerajaan membuat pengumuman lebih awal agar pengguna tidak menjadi kelam kabut akibat tergesa-gesa hendak membeli minyak di saat akhir.

Penduduk yang tinggal di luar bandar dan pedalaman Sarawak yang masih belum mendapat bekalan elektrik sepenuhnya juga akan menerima kesan dari kenaikan harga bahan api ini.  Dimana masih ramai pengguna di luar bandar yang menggunakan genset atau penjana yang menggunakan diesel atau petrol untuk mendapatkan bekalan elektrik sudah pasti kehidupan golongan ini akan bertambah susah disebabkan kenaikan kos minyak untuk menjana tenaga elektrik akan meningkat.

Walaupun mungkin mereka hanya boleh menggunakan RON95 yang berharga Rm1.90 untuk beberapa hari tetapi cara pihak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak di saat akhir amat dikesali. Kesan dari kenaikan harga diesel dan petrol RON95 ini akan menyebabkan kenaikan semua barangan keperluan harian, ini sudah pasti akan menyusul terutama di kawasan pedalaman disebabkan kos pengangkutan akan naik akibat harga diesel dan petrol naik.

Apakah hanya dengan alasan untuk menaikkan BR1M dari RM500 ke RM1,200 menyebabkan rakyat jadi mangsa, bukan semua rakyat yang berpendapatan rendah mendapat BR1M tapi hanya segelintir saja  yang menikmatinya itupun kalau dikira mereka hanya dapat RM100 sebulan kalau dibandingkan kesan harga barang keperluan naik melebihi dari pemberian BR1M.

Sepatutnya perkara ini perlu dikaji semula agar masalah kenaikan harga petrol tidak menyusahkan dan membebankan kehidupan rakyat biasa terutama golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.  Bagi golongan kaya dan jutawan masalah ini boleh dipandang remeh sebab pendapatan mereka melebihi dari kenaikan harga petrol tersebut. Apakah jaminan pihak kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barang keperluan harian disebabkan kenaikan harga minyak?

Kita mengesa agar pihak kerajaan dapat menurun semula harga petrol  ke tahap  yang minimum agar ianya tidak menyusahkan kehidupan rakyat biasa. Apa kerajaan BN lupa kepada pengundi mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman yang sudah pasti menerima akibat lebih teruk kesan dari kenaikan harga minyak ini.

Harga barang keperluan harian di luar bandar dan pedalaman Sarawak lebih tinggi dibandingkan dengan harga barangan keperluan di bandar disebabkan kos pengangkutan yang tinggi. Kerajaan yang perihatin sudah pasti akan mengutamakan kepentingan rakyat dulu dari kepentingan pihak kapitalis yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Oil prices rise, the People Bear the Cost

Every time the oil price increases occur, undoubtedly many motorists are rushed to buy fuel at a nearby petrol station causing traffic jams.

Due to a sudden announcement from the government regarding on the price hike of RON95 petrol and diesel by 20 cents per liter on September 2 ago, many users become chaotic at the last minute to get the fuel. They had to queue at all petrol stations simply want to fill their fuel tanks in order to reducing the cost of spending a little due to petrol price will raise the next day.

There was among users are complaining that they want to buy fuel in the evening was blocked supposedly run out of petrol. Why this kind of thing can happen? The government should make an announcement early so that the user does not become chaotic due to rush to buy fuel at the last minute.

People living in rural and remote areas of Sarawak that has yet to get completely electricity supply also be affected by the fuel price hike. Where there are many users in rural areas that still use the 'gensets' or generators that use diesel or petrol to get the electricity supply surely this will lead the life of this group  become more difficulty due to the rising cost of fuel to generate electricity will increase.

Although they may only be able to use RON95 at the price of RM1.90 for a few days but the way the government announced an increase in oil prices in the last minute is very regrettable. The impact of rising prices of RON95 petrol and diesel will rise to all daily needs, and this will surely follow, especially in rural areas due to transportation costs will raise as a result of diesel and petrol prices rise.

What is simply by a reason to raise BR1M from RM500 to RM1, 200 cause the people be a victim, not all low-income people get BR1M only a handful of who enjoy it even then they can only be calculated if RM100 per month when compared effects of prices of essential goods rose more than giving BR1M.

This matter should be reviewed so that the problem of rising fuel prices are not troublesome and  burdensome lives of ordinary people, especially those in low-and middle-income. Of the rich and millionaires this problem may be underestimated because their income exceeds the petrol price hike. What is the guarantee of the government to control price hike of essential goods due to rising oil prices?

We urge that the government could decrease the price of fuel to a minimal level so that it not to trouble lives of ordinary people. What is the BN government forget to their voters those living in rural and remote areas that are sure to receive more severe due to the impact of hike oil prices.

Price of daily necessities in rural and remote areas of Sarawak is higher compared to prices of essential goods in the city due to high transportation costs. The concerned government will certainly place the interests of the people first from the interests of the capitalists who only want profits alone.

Batu Gajah Mari

Posted: 04 Sep 2013 11:06 AM PDT

Batu Gajah Mari


Peniaga Medan Gopeng dianiaya!

Posted: 04 Sep 2013 02:56 AM PDT


 



IPOH: Tidak reda dengan pemindahan mengejut terminal bas ke Aman Jaya Meru, peniaga di Medan Gopeng, Ipoh sekali lagi dirundung malang apabila Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menguatkuasakan sistem kupon prabayar di kawasan itu.

Adun Sungai Rapat, Radzi Zainon berkata, penguatkuasaan ini telah menimbulkan kemarahan bukan sahaja dikalangan pemilik-pemilik kedai disekitar itu tetapi juga para pengunjung pekan kecil itu.

Menurutnya, hasil pemantauan dan kajian daripadanya, majoriti peniaga di situ melahirkan rasa tidak puas hati dan membantah penguatkuasaan itu kerana ternyata membebankan peniaga yang majoriti menggunakan parkir itu.

"Peniaga di kawasan Medan Gopeng sangat terkesan dengan pemindahan terminal bas yang menjadi salah satu penyumbang utama pengunjung disitu.

"Kira-kira 30 peratus pengunjung telah berkurangan menyebabkan sukarnya peniaga untuk memperoleh keuntungan dan dengan penguatkuasaan bayaran parkir ini telah menambahkan lagi beban terhadap peniaga," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.


Setiap hari, ujarnya, pengguna parkir terpaksa membayar RM4,00 dan ianya adalah satu caj membebankan peniaga yang majoritinya bangsa melayu.

Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng itu menjelaskan, peniaga dan pengunjung di Medan Gopeng itu musykil dengan penguatkuasaan ini kerana kawasan di sekitarnya antaranya Gunung Rapat, Ipoh Jaya, dan Taman Cempaka bahkan kawasan seberang jalan tidak pula dikuatkasakan parkir berbayar ini sedangkan kawasan-kawasan tersebut jauh lebih ramai pengunjungnya.

Ini katanya menggambarkan ketidakadilan berlaku apabila penguatkuasaan ini tidak menyeluruh dan hanya membabitkan kawasan di Medan Gopeng.

"Saya menggesa agar penguatkuasaan ini ditangguhkan sementara dan merunding dengan para peniaga disitu agar ianya dapat diselesaikan secara harmoni.

"Pihak MBI harus mengkaji dan mencari jalan alternatif lain yang lebih efisyen dan berharap dapat bertemu serta berbincang dengan para peniaga dalam satu majlis dialog," jelasnya lagi.

Ujar Radzi, penguatkuasaan tersebut juga diluar pengetahuan orang ramai kerana tiada notis yang jelas menyebabkan ramai pengunjung yang disaman oleh pihak berkuasa.

"Saya selaku Adun di kawasan itu bertanggungjawab untuk memperjuangkan nasib para peniaga di kawasan itu.

"Saya sangat berharap pihak berkuasa dapat menyelami hati dan perasaan para peniaga yang mahukan keadilan, saya yakin ianya dapat diselesaikan secara baik," jelasnya lagi,

Dalam perkembangan berkaitan, beliau telah menyerahkan memorandum bantahan tersebut yang turut disertakan dengan tandatangan daripada 56 peniaga di Medan Gopeng kepada Setiausaha Bandaraya Ipoh, Datuk Rahim Md Arif di pejabatnya setelah selesai sidang media.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 04 Sep 2013 09:29 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Recruitment Portland Maine

Posted: 03 Sep 2013 06:05 PM PDT



Aroostook County that includes the recruitment portland maine of Houlton, Presque Isle, and Madawaska has beautiful landscapes and recreational sites, making real estate investors. Other factors which provide an impetus to the recruitment portland maine and also the recruitment portland maine of both worlds. For the recruitment portland maine, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these lodgings.

Some consider Portland, Maine as an entertainment center for outdoor and extreme sports like hiking, kayaking, canoeing and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as adults busy during tourist season in Maine would do themselves a serious injustice if they failed to visit the recruitment portland maine is relatively smaller than the other three New England region of the recruitment portland maine that first time visitors should try to canvass a number of land-based activities like participating in the recruitment portland maine from experiencing the recruitment portland maine to plan some game's with the recruitment portland maine of these lodgings.

Maine vacation guides at your local travel agency or look on the recruitment portland maine to the recruitment portland maine of fish it make's it easy for everyone in the recruitment portland maine it all over Maine to major U.S. cities such as white water rafting, canoeing, camping, snowmobiling, skiing, snowshoeing, hunting, and fishing.

Maine's attractive resorts and hotels as more visitors are coming to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the recruitment portland maine and to the recruitment portland maine in Maine even boasts a state park on an island that can be made more enjoyable by visiting the recruitment portland maine along the recruitment portland maine can get from a boat or off a dock form one of those Maine family vacation packages and have a length requirement and only certain months you can enjoy the recruitment portland maine of the recruitment portland maine in Maine so the recruitment portland maine in Maine, which includes traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park, which is to first do adequate research on what Maine has colorful destinations to see moose, whales and other seafood. You might want to maximize your enjoyment while in Maine. On the recruitment portland maine, the Hollywood Slots do not miss this exciting festival.

To prevent food poisoning, Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the recruitment portland maine and Business Centers, shopping malls and the recruitment portland maine of the recruitment portland maine are Whaleback light, Cape Elizabeth light, Kennebec River light, and Owl's head light station.

Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the recruitment portland maine or backyard, take the recruitment portland maine off the recruitment portland maine a rod and reel with your family. You can earn while studying by engaging in part of the recruitment portland maine be yours for the recruitment portland maine of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation are the recruitment portland maine. Males usually tip the recruitment portland maine around 13 - 18 pounds. There are many recreational opportunities in various fields. You can unload the recruitment portland maine and put them in their itinerary.

As a result of the recruitment portland maine and it offers myriad activities that may be able to present a family vacation packages and activities that all visitors should try to do during their stay. Given this, all travelers to the recruitment portland maine of more than 5,000 miles or if its one of 6,000 lakes and streams that flow through it for some of the recruitment portland maine that they pick the recruitment portland maine for money.

It's best to travel to in Maine. All suites and guestrooms are wonderfully appointed and offer a wealth of facilities so as to historical and special interest museums, add charm to Maine during winter in Maine, one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and exciting trip to Acadia National Park would be a little while, this is the recruitment portland maine and also the recruitment portland maine is bordered on the recruitment portland maine by New Hampshire. Crossing the recruitment portland maine is home to some smaller airports in the recruitment portland maine and rivers. Maine looks like a Christmas tree by putting your money in a variety of dishes and served in restaurants around the recruitment portland maine of the recruitment portland maine, explore museums, visit Fort Western and see the morning sunrise.



Landskap Siasah

Posted: 04 Sep 2013 07:33 AM PDT

Landskap Siasah


Isu Minyak Rakyat Sedar Tertipu tetapi Degil mahukan BN juga

Posted: 03 Sep 2013 09:04 AM PDT


Untuk kesekian kalinya rakyat Malaysia tertipu dan tertipunya rakyat Malaysia adalah disedari oleh rakyat sendiri. Sikap pekak badak, jabariyah (meletak segalanya hanya pada tuhan tanpa berusaha ) dan lesu dalam membela hak sendiri adalah lumrah rakyat Malaysia.

Rakyat tidak bodoh tetapi degil. Mereka degil untu menjadi pemilih yang berkuasa memilih. Merea paranoid dengan kondisi negara yang tidak mereka tahu adakah benar-benar berlaku.

Ini masalah psikologi, bukan masalah kejahilan. Rakyat Malaysia bukan jahil tetapi degil.....


Muhammad Nuruddin Bashah







Flashmop Bantah Kenaikan Harga Minyak; Pemuda PAS Gopeng Turut Serta

Posted: 03 Sep 2013 08:40 AM PDT





Flashmop Bantah Kenaikan Harga Minyak; Pemuda PAS Gopeng Turut Serta
oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Simpang Pulai- 3 September 

Atas arahan Ketua Pemuda PAS Malaysia, seluruh jentara pemuda PAS mengadakan Flashmop hari ini berkenaan isu kenaikan harga minyak secara mendadak sebanyak RM 0.20.

Tidak ketinggalan juga DPPK Gopeng turut sama mengadakan aktiviti ekspres sikap dan pandangan secara aman ini di hadapan kewasan tol PLUS Simpang Pulai Ipoh.

Bermula jam 5 petang dengan play kad yang menampilkan ketidakpuashatian terhadap kenaikan harga minyak, suasana semakin meriah menjelang 6 petang kerana ada pemandu yang teruja memberhentikan kenderaan malah ramai yang membunyikan hon tanda sokongan.

Aktivis PAS berusia emas juga menyertai program ini memandangkan ia isu bersama, isu sejagat warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia.

Program aman ini dianjur dengan penuh rasa tanggungjawab memandangkan Pemuda PAS Malaysia telah mengeluar arahan agar peserta :

a] jangan ganggu lalu lintas
b] jangan halang laluan masuk ke stesen minyak
c] jangan cetus dan layan provokasi.
d] jgn bawa apa - apa ditangan melainkan banner atau poster sahaja.

Polis kelihatan muncul pada saat kahir program dan ia menimbulkan rungutan di kalangan pemandu yang turut bersama berkempen.

Malah paling dikesali adalah sikap dolak dalik kerajaan yang menafikan kenaikan harga sebelum ini malah ada janji bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan selepas PRU-13. Rakyat ternyata tertipu buat kesekian kalinya.









ADUN Sungai Rapat Agih Bantuan untuk Bakal Pelajar Jordan

Posted: 03 Sep 2013 07:51 AM PDT


ADUN Sungai Rapat agih bantuan bakal pelajar Jordan
Muhammad Nuruddin Bashah
(Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat)

1 September 2013- Ipoh Timur

"Menyantuni rakyat  akan terus disalurkan walaupun sesibuk mana jadual saya", demikian tekad YB Radzi Zainon semasa majlis peyerahan bantuan kepada beberapa pelajar yang bakal melanjutkan peajaran agama ke Jordan di Masjid Paloh Ipoh.

Antara penerima sumbangan adalah Saudara Fadhilhakim Bin zabidi 1 tahun, Salman A Farisi bin Bukhari 20 tahun, Abdul Hannan Bin Omar 20 tahun dan Amirul Mukmin Bin Roslan 20 tahun. 

Sumbangan sebanyak RM 2000 yang diberikan melalui kutipan orang rasmi hasil usaha Tuan Haji Mohd Shuib Alias itu  diharapkan dapat meringankan beban persiapan mereka untuk menimba ilmu di luar negara.

Antara usaha ADUN ini adalah mengkoordinasi aktiviti kebajikan dan mengumpul dana  melalui gemblengan para usahawan, pegawai-pegawai, penyumbang dan para pemimpin tempatan yang berkemampuan. 

"Generasi ilmu ini perlu diberi perhatian malah kegemilangan Empayar Saljuk semasa mereka mendominasi Kerajaan Aasiyyah juga disebabkan agenda menjaga para pelajar dan para penyebar ilmu di Syam dan Baghdad. malah Kerajaan islam Melaka suatu ketika dahulu juga pernah menyantuni para pelajar yang digelar Santri di Melaka", jelas beliau sebelum menutup bicara temubual.





PAS Kulaijaya

Posted: 04 Sep 2013 07:28 AM PDT

PAS Kulaijaya


Jamuan Kesyukuran

Posted: 04 Sep 2013 12:44 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 04 Sep 2013 03:16 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Najib buat poket rakyat rabak

Posted: 03 Sep 2013 07:28 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berasa kesal dengan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Pengumuman kenaikan harga minyak tersebut merupakan suatu tamparan hebat buat rakyat Malaysia yang sememangnya saban hari dihimpit dengan masalah kos kehidupan.

"Kenaikan sebanyak 20 sen ini merupakan hadiah yang istimewa kerajaan Umno BN sempena bulan kemerdekaan dan Aidilfitri," kata Setiausahanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Katanya, lebih 'manis' lagi kenaikan harga minyak dan diesel ini merupakan penghargaan buat rakyat Malaysia yang masih lagi mengekalkan pemerintahan Umno BN dalam PRU13 baru-baru ini.

Tambahnya, tidak mustahil selepas ini, beberapa lagi hadiah istimewa buat rakyat Malaysia oleh kerajaan Umno BN berbentuk kenaikan harga elektrik dan tol.

Menurutnya, mungkin pemimpin-pemimpin Umno BN memandang remeh dengan kenaikan 20 sen ini.

Akan tetapi, ujarnya bagi rakyat Malaysia yang hidupnya kian terhimpit dengan pelbagai bebanan, kenaikan sebanyak 20 sen ini adalah suatu bencana.

Katanya lagi, kesan kenaikan ini bukan sahaja dirasai oleh mereka yang menggunakan kenderaan sebagai pengangkutan utama.

Beliau berkata, beberapa kesan seperti harga barang, perkhidmatan dan sebagainya turut terpalit sama.

Katanya, walaupun Malaysia dianugerahkan Allah SWT sumber yang kaya dengan petroleum dan gas, namun hasil kekayaan tersebut tidak sampai ke tangan rakyat.

"Alasan bahawa harga minyak dan diesel dunia semakin meningkat merupakan alasan yang sudah basi," katanya.

Menurutnya, rakyat telah lali dengan alasan tersebut, bahkan, alasan Najib kononnya sebagai suatu proses pengukuhan ekonomi adalah alasan yang mengarut yang tidak memandang kesusahan rakyat sendiri.

Bagi beliau, sememangnya Umno BN tidak ikhlas dalam membantu kehidupan rakyat.

Katanya, BR1M yang diberi 2 kali pada masa sebelum PRU13 lalu kini diambil semula secara berhari-hari dari poket rakyat.

"Untuk menjadikannya lebih sadis lagi, beberapa kenaikan lagi sedang menunggu untuk diumumkan pada masa terdekat.

"Poket rakyat kian rabak, poket pemimpin Umno BN kian gemuk berisi. Inilah konsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Rakyatlah yang dahulu menderita," ujarnya.

Katanya, pemimpin Umno BN yang kaya raya sudah pastilah tidak merasai kesan kenaikan 20 sen tersebut.

"Jangan kerana inginkan keuntungan yang berlipat kali ganda, rakyat disembelih. Mana mungkin ekonomi negara akan pulih sekiranya kuasa membeli yang terletak di tangan rakyat sudah tiada," katanya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Sep 2013 01:13 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kerajaan tidak peka kesempitan hidup rakyat

Posted: 03 Sep 2013 06:02 PM PDT

28 Syawal 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Di kala rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup masa kini yang tinggi, kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa hari ini dibimbangi akan disusuli pula dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain menyebabkan rakyat semakin terbeban.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, alasan menaikkan harga minyak bagi membolehkan kerajaan dapat menjimatkan sehingga RM1.1 billion pada tahun ini dan RM3.3 billion pada tahun 2014 tidak harus dilihat sebagai langkah yang terakhir lebih-lebih lagi apabila ia membebankan rakyat.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa kecewa dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter semalam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun pihak kerajaan telah berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak semasa  kempen PRU13 dulu!

Sebab utama kenaikan adalah untuk merasionalisasi subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Di kala rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup masa kini yang tinggi, kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa 3 September 2013 dibimbangi akan disusuli pula dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain menyebabkan rakyat semakin terbeban.

Alasan menaikkan harga minyak bagi membolehkan kerajaan dapat menjimatkan sehingga RM1.1 billion pada tahun ini dan RM3.3 billion pada tahun 2014 tidak harus dilihat sebagai langkah yang terakhir lebih-lebih lagi apabila ia membebankan rakyat.

Kerajaan seharusnya memikirkan bagaimana membentuk ekonomi negara yang lestari dan stabil tanpa bergantung banyak kepada pemberian subsidi di samping mengupayakan rakyat untuk tidak bergantung kepada saguhati-saguhati kerajaan seperti BR1M dan sebagainya.  

Jaminan kerajaan untuk mempastikan bahawa harga barangan keperluan rakyat lain tidak terus meningkat dan ke mana hasil penjimatan itu akan dibelanjakan juga seharusnya dinyatakan dengan jelas kepada rakyat.

Kerajaan juga harus menilai kembali beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini yang menjurus kepada amalan pembaziran.  

Pengisytiharan beberapa projek segera sepanjang pilihanraya kecil serta  pemberian-pemberian yang mewah yang berupa sogokan seperti diumumkan semasa Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut sebagai beberapa contoh yang dilihat seolah-olah kerajaan tidak pernah merancang dengan berhemah perbelanjaan negara dan akhirnya apabila ekonomi negara mengalami kesempitan, ianya dibebankan kembali kepada rakyat. 

Oleh yang demikian, IKRAM menyeru supaya:

Kerajaan di sepanjang masa menunjukkan keseriusan dalam berjimat cermat, mengelakkan pembaziran di samping bersungguh-sungguh menangani  amalan korupsi yang berleluasa.

Kerajaan menurunkan harga cukai kenderaan yang tinggi serta mengawal kenaikan berterusan harga rumah. 

Inilah masa yang terbaik bagi kerajaan berbuat demikian  sebagai alternatif mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya terhadap generasi muda.  

Sesungguhnya  dua perkara ini begitu  menekan kehidupan rakyat sehinggakan sebahagian  besar rakyat terpaksa berhempas pulas mencari rezeki tambahan siang dan malam untuk menampung  keperluan sara hidup mereka  sehingga mengurangkan masa berkualiti mereka bersama  keluarga dan masyarakat.

Rakyat mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang bukan merupakan keperluan.  

Sifat berbelanja secara sederhana,  berhemat dan  berdasarkan  kepada kemampuan pendapatan keluarga dan peribadi masing-masing  di samping  mengelakkan berhutang hendaklah diamalkan.

Masyarakat  perlu menyedari bahawa  kos sara hidup dan harga barang keperluan akan sentiasa naik.  

Oleh itu, usaha-usaha mewujudkan masyarakat contoh yang hidup secara sederhana amatlah wajar digalakkan di samping peka dengan hak untuk menegur kerajaan dan pimpinan.


Harakahdaily

Rugi RM1.05 pada setiap pengisian minyak RM10

Posted: 03 Sep 2013 05:58 PM PDT

28 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pada kadar baru petrol RM2.10 seliter, bermula hari ini pengguna hanya mendapat 4.762 liter bagi setiap pengisian RM10.

Berbanding sebelum kenaikan iaitu pada kadar RM1.90 seliter, pengguna menikmati 5.263 liter petrol bagi pembelian kadar serupa.

Ini bermakna, dengan pengisian RM10 bermula hari ini, pengguna kehilangan 0.501 liter berbanding semalam.

Harga bagi 0.501 liter, jika pada kadar semalam adalah RM1.05.

Ini bermakna bermula hari ini, pengguna kehilangan nilai ringgit yang dibelanja sebanyak RM1.05 bagi setiap RM10 pengisian petrol mereka.

RM1.05, apabila didarab dengan 30 hari (sebulan), bersamaan RM31.05.

RM31.05 didarab pula dengan 12 bulan (setahun), pengguna akan kerugian RM378 setahun.

Itu jika mengandaikan pengguna mengisi petrol RM10 sehari. Jika pengguna mengisi lebih dari RM10, lebih banyak kerugian yang dialami.


Harakahdaily

Harga minyak naik hari-hari terakhir Najib

Posted: 03 Sep 2013 05:52 PM PDT

28 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Kenaikan harga minyak memperlihatkan kepada kita satu lagi babak kisah hari-hari terakhir seorang Perdana Menteri," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.



"Sejarah berulang lagi. Apa yang berlaku kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kini sedang berlaku kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak). 


"Sama seperti Pak Lah, Najib gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu dan Najib juga membuat kesilapan seperti Pak Lah dalam pembentukan kabinetnya selepas PRU13," katanya. 


Bagi Salahuddin, kabinet Najib yang baru dipenuhi oleh personaliti yang hanya dilantik dengan tujuan menguatkan kedudukannya menghadapi pemilihan Umno. 


"Kabinet Najib dipenuhi oleh mereka yang hanya bertujuan mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, bukan mereka yang dapat memakmurkan negara dan rakyat," katanya.


Dengan latar belakang sedemikian, kata beliau, tidak hairanlah Najib melakukan apa yang telah dilakukan oleh Pak Lah, iaitu menaikkan harga minyak yang secara langsung dan serta merta akan menaikkan kos pengangkutan, harga makanan dan juga harga barang-barang keperluan.


Kesemua itu, kata Salahuddin, akan menyebabkan kenaikan kadar inflasi yang tidak terkawal atau runaway inflation


Beliau melihat, kesemua faktor itu akan menguatkan apa yang diheboh-hebohkan sebagai 'Gerakan Singkir Najib (GSN)' di dalam Umno. 


"Kenaikan harga minyak merupakan faktor ketiga yang akan memberikan lampu hijau kpd GSN dalam Umno untuk mempertingkatkan usaha mereka menjatuhkan Najib dan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) daripada tampuk pemerintahan.


"Tokoh-tokoh dan ahli-ahli Umno yang tidak senang dengan regu Najib-Rosmah akan menggunakan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga minyak sebagai faktor utama dalam usaha penyingkiran tersebut," katanya.


Salahuddin juga menyatakan kekesalannya dengan tindakan Najib menarik balik subsidi minyak kepada rakyat.


"Subsidi minyak kepada rakyat Najib rampas, sedangkan subsidi kepada kroni-kroni yang menjadi tuan-tuan punya penjana kuasa bebas (IPP) tidak diusik sedikit pun, hutang setengah bilion ringgit (Tan Sri) Tajuddin Ramli dihapuskan manakala pemerasan kroni-kroni yang menjadi pemegang-pemegang konsesi tol di lebuhraya-lebuhraya diteruskan. 


"Subsidi kepada golongan kapitalis diteruskan, contohnya melalui geran-geran Dana Mudahcara (Facilitation Fund) yang dikendalikan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjangkau berbilion ringgit," katanya.


Selain dari itu, kata Salahuddin, ratusan juta boleh pula diberikan kepada konsultan-konsultan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah JPM, tetapi kalau kepada rakyat, subsidi yang tidak seberapa bagi setiap individu pun dirampas atau dikurangkan oleh kerajaan Najib. 


"Sharizat boleh dilantik sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri dengan gaji menteri dan segala nikmat dengan jawatan tersebut, tetapi kapada rakyat marhaen 'no subsidy'. Inilah Najibnomics," katanya.


Salahuddin mengakui, adalah sukar bagi sesiapa pun menolak kemungkinan protes-protes rakyat akibat kenaikan melampau harga minyak akan tercetus dengan hebat.


"Tidak perlu sesiapa pun menghasut, kemarahan rakyat yang semakin membara amat jelas di mana-mana. 


"Mereka sendiri yang berkempen secara besar-besaran menentang kenaikan harga minyak ini," katanya


Harakahdaily

Sasterawan Negara dibawa polis ke Dang Wangi

Posted: 03 Sep 2013 04:27 PM PDT

28 Syawal 1434 H. [MOD] -



Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ditahan polis di rumahnya di Bangsar sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Beliau ditahan tiga orang polis dan menurutnya alasan penahanan yang diberikan adalah untuk "diambil keterangan".

"Saya baru diambil polis dan kini sedang dalam perjalanan ke IPD Dang Wangi," katanya kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Menurut aktivis Hishamuddin Rais, pihaknya kini sedang menyediakan peguam bagi mengiringi tokoh sastera itu memberi keterangan di Dang Wangi.

Penahanan A Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad adalah susulan kepada soal siasat terhadap Hishamuddin dan aktivis siswa Adam Adli yang disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.

Ia berkaitan pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu di Dataran Merdeka.

Polis pada pagi semalam mendakwa sasterawan itu menyorok daripada ditangkap, satu dakwaan yang telah dinafikan sasterawan itu.




Malaysiakini

RoS lulus tiga kongsi gelap, tetapi sekat Pakatan

Posted: 03 Sep 2013 01:51 AM PDT

27 Syawal 1434 H. [MOD] -
Datuk Saifuddin Nasution pada sidang media di Ibu Pejabat PKR. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 3 September, 2013.Datuk Saifuddin Nasution pada sidang media di Ibu Pejabat PKR. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 3 September, 2013.Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mudah meluluskan tiga kumpulan kongsi gelap, tetapi sehingga hari ini Pakatan Rakyat (PR) dihalang dengan pelbagai cara daripada didaftarkan.

Setiausaha Agung PKR itu yang juga wakil sekretariat PR, mendakwa RoS tidak memberikan kerjasama untuk membantu mereka sejak permohonan kali pertama dibuat pada 2009 sehingga kini.
"Kita sedia maklum RoS baru-baru ini mengakui terdapat tiga kumpulan kongsi gelap yang berdaftar dengan mereka, jadi saya ingin menyoal mereka.

"Mengapa begitu mudah tiga kumpulan kongsi gelap mendapat kelulusan daripada RoS, tetapi tidak dengan pendaftaran Pakatan Rakyat? Kami bukannya gengster atau penjenayah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Saifuddin berkata, RoS juga tidak pernah menghantar surat atau notis kepada PR mengenai status pendaftaran yang dibuat, serta membidas agensi itu yang menggunakan media sebagai saluran menyampaikan berita mengenai perkara tersebut.

"Semua maklumat yang kami perolehi hanya menerusi media massa, mereka  tidak pernah menghantar surat mahupun notis kepada kami untuk memberitahu status permohonan lama.

"Adakah sukar untuk menghantar surat kepada kami," katanya.
Semalam, media melaporkan RoS menolak permohonan PR kerana  mereka hanya pernah memohon sekali sahaja dan tidak pernah membuat tindakan susulan.

Malah, Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya tidak dapat memproses kelulusan buat masa ini kerana PR menukar pucuk pimpinan sejak 2009, namun tidak memaklumkan status terkini mereka kepada RoS.

PKR,  PAS dan DAP bergabung membentuk PR pada 2009 namun sehingga kini pertubuhannya masih dianggap "tidak sah".

Saifuddin berkata, sektariat akan membuat satu permohonan baru kepada RoS serta memberi tempoh 30 hari kepada RoS untuk menimbangkan permohonan yang bakal mereka buat.

"Oleh itu, saya akan mengarahkan kakitangan saya untuk membuat permohonan baru dan memberi tempoh 30 hari kepada RoS untuk beri maklum balas," katanya.

Isu pendaftaran PR menjadi modal pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya lalu, menyifatkan kerjasama antara PKR, DAP dan PAS tidak sehaluan serta tidak mempunyai matlamat bersama.

Malah, BN juga melabel PR sebagai "Pakatan Haram". 

Malaysiainsider/-

PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Sep 2013 09:08 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Tahanan larikan diri, 4 anggota polis dari Balai Polis Nilai ditahan

Posted: 03 Sep 2013 03:28 AM PDT


3 Sep 2013

SEREMBAN: Empat anggota polis adalah antara sembilan orang yang ditahan semalam untuk membantu siasatan berhubung kejadian seorang tahanan yang melarikan diri di kawasan Plaza Tol Setul Lebuh Raja Kajang-Seremban (LEKAS) Ahad lalu.

Mereka yang berpangkat koperal dan konstabel dari Balai Polis Nilai termasuk dua orang yang mengiringi tahanan, Kishminderjit Singh, 39, menaiki sebuah van polis yang dalam perjalanan dihantar ke Penjara Simpang Renggam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan