Sabtu, 24 Ogos 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 23 Aug 2013 01:27 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


DAPig Kor Ming cauvinis, rasis?

Posted: 23 Aug 2013 03:06 AM PDT


Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir membidas Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming kerana bersikap amat cauvinis dan rasis apabila menuduhnya cuba membalas dendam terhadap kaum Cina di negeri itu.

Zambry berkata, kenyataan Kor Ming bahawa beliau mengutip semula cukai tanah ke atas sembilan sekolah sumbangan wang awam (Suwa) yang telah dikecualikan seperti disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini amat keterlaluan dan langsung tidak bertanggungjawab.

"Macam mana dia boleh menuduh saya anti dan mahu balas dendam kepada orang Cina kerana tidak sokong Barisan Nasional (BN). Dia telah tunjukkan dia seorang yang rasis. Saya tidak pernah terfikir begitu pun.

"Isu ini tidak sepatutnya dimainkan dalam konteks perkauman. Sepatutnya dia tanya saya kenapa kerajaan negeri dahulu beri pelepasan cukai tanah RM60,000 tetapi sekarang tidak beri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menurut Zambry, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan Kor Ming kerana perlu memeriksa kebenaran cerita tersebut daripada pejabat tanah terlebih dahulu.

Ini kerana katanya, mengikut prosedur, surat cukai tanah akan dihantar oleh pejabat tanah dan pihak sekolah kemudian boleh membuat rayuan atau permohonan bagi mengecualikan bayaran.

Beliau meminta Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang supaya tidak hanya berbangga menjadi popular dalam kalangan satu kaum sahaja tetapi perlu menjadi pemimpin untuk semua kaum.

Zambry juga berkata, beliau bersedia menjawab tuduhan Kor Ming itu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Isnin ini.

Dalam satu laporan berita yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini, Kor Ming menuduh Zambry mahu membalas dendam terhadap masyarakat Cina kerana tidak menyokong BN dalam pilihan raya umum lalu apabila menarik balik pengecualian cukai tanah kepada sekolah persendirian Cina di negeri ini.

Kor Ming mendakwa BN memberikan pengecualian cukai tanah itu hanya untuk memancing undi semasa pilihan raya umum lalu.

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan