Khamis, 8 Ogos 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Other Perspektif

Posted: 08 Aug 2013 01:06 PM PDT

Other Perspektif


Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Posted: 08 Aug 2013 08:29 AM PDT

otai

Posted: 08 Aug 2013 11:25 AM PDT

otai


Reminder: Haji Ramly added you as a contact on Twoo and wants to connect

Posted: 07 Aug 2013 11:05 PM PDT

I found an exclusive and fun way to meet new people online: Twoo.com.
Read this mail in: Bahasa Melayu, 中文, Tamil, Telugu, Malayalam, and 32 other languages.

You received this mail because Haji Ramly wants to connect with aberamly.ramlyotai@blogger.com on Twoo. Unsubscribe.
Haji Ramly added you as a contact on Twoo and wants to connect.
Check their profiles and photos
Recent activity
Haji Ramly, 56 from Kuala Lumpur picked up a Message in a Bottle.

Do you sing in the shower?



Go to profile

Twoo
Massive Media Match NV, Emile Braunplein 18, 9000 Ghent, Belgium BE0537240636. info-en@twoo.com

tunku

Posted: 08 Aug 2013 03:23 AM PDT

tunku


EID MUBARAK - SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Posted: 07 Aug 2013 09:00 AM PDT


Wishing all Muslims  a very happy Eid and may Allah bless us all.

bumiyang

Posted: 08 Aug 2013 03:17 AM PDT

bumiyang


3 Penyakit "Gila" Yang Paling Merbahaya di Malaysia???

Posted: 07 Aug 2013 06:00 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 08 Aug 2013 01:17 AM PDT

Taipingmali (tm)


Bunuh bunuh bunuh Mati mati mati mati,

Posted: 08 Aug 2013 12:17 AM PDT

Setelah berjaya mendesak kerajaan memansuhkan ISA, kini rakyat hidup dalam kebimbangan.

Tahanan ISA bebas, samseng, pembunuh upahan dan penyangak kembali berkuasa. Mereka mencari mangsa untuk dihukam.

" A 37-year-old man was killed at 11.50am after being shot 14 times at close range while driving along Jalan Anson, George Town."

Nak salah siapa lagi? Dap, Pkr, Pas, Suaram ! Apa lu mau cakap?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Alan Tang cari gaduh dengan orang Melayu

Posted: 07 Aug 2013 06:59 PM PDT

Nak dikatakan tak faham silang budaya tak masuk akal kerana dia anak kelahiran Malaysia.

Nak kata apa lagi selain dari perkataan kurang ajar. Kad ucapan hari raya khas ditujukan kepada all muslim mengajak orang malayu beragama Islam untuk menikmati lemang dan ketupat bersama kepala babi panggang.

Biadap sungguh sehingga kad secara maya itu ditujukan kepada menteri SKMM Dato Seri Sabry Check .

Jom viralkan dan desak PDRM segera menangkap haram jadis ini. Nampaknya kad tersebut sengaja mengajak orang melayu dan cina bergaduh.

http://t.co/L4c5LjUZAW

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sumbangan Barangan Dapur Kepada Petugas JPAM Taiping Sempena Hari Raya Puasa

Posted: 07 Aug 2013 07:39 AM PDT




Hari ini YB Dato Muhammad Zahir Mohd Khalid Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Adun Kamunting telah menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada petugas-petugas Jabatan Pertahanan Awam Cawangan Taiping. ( JPAM)

Ia sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat mereka kepada masyarakat setempat lebih-lebih lagi yang sedang menjalankan tugas dalam operasi Ops Selamat sempena perayaan hari raya puasa tahun ini.

Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Zahir kepada pegawai bertugas Leftenan PA Zainuddin di Pusat Khidmat DUN Kamunting petang tadi.

sekupangdua

Posted: 07 Aug 2013 11:21 PM PDT

sekupangdua


SEBAK BILA BERKHIR RAMADHAN DAN KEHADIRAN SYAWAL TANDA KEMENANGAN

Posted: 07 Aug 2013 01:00 AM PDT

Assalamualaikum semua... Sekadar berkongsi rasa...

Mungkin ramai yang tak tahu, teman akur... Teman akui..
sekupangdua tk ler sehebat mana pun, sekupangdua tak ler sekuat dan hebat mana pun... teman akur dan akui segala kelemahanyang ada...

Memang teman tak dapat bertahan, 
Memang teman tak boleh memenangi saat itu... 
Memang teman akui teman gagal dan sentiasa gagal disetiap ramadhan bila ketibaan Syawal tanda kemenagan... Kerana...

Setiap kali berakhirnya ramadhan dan muncul lah Syawal tanda kemenangan, setiap kali itulah juga Teman pastinya Kecundang...
teman Akur memang teman TEWAS dan teman Tumbang...

Setiap kali bergema laungan takbir aidilfitri tanda Ramadhan berakhir meninggalkan kita... Syawal datang untuk kemenangan umat Islam...

Setiap kali itu juga teman sebak, tidak dapat menahan cucuran air mata teman,  Ramadhan terpaksa ditinggalkan, syawal pula hadir memastikan berakhirnya perjuangan dalam memenuhi rukun Islam yang kelima, banyak terlalu banyak sebab untuk diperkatakan bila Ramadhan berakhir...

Sepanjang Ramadhan memanglah segalanya kita lihat perpaduan, ketulusan, keperihatinan, hilangnya darjat yang sebelum ini menjadi dinding hijab yang memisahkan kasta sesama umat Rasullulah saw kepada keberkesanan dan kesyukuran sesama umat Islam. Segala kenaikan boleh kita lihat...

- Melihat kebesaran Tuhan bila mana umatnya menjalankan perintah dalam rukun Islam

- Melihat surau kampung teman yang sesak dengan jemaah lelaki dan perempuan. 

- Saf sentiasa penuh adanya bagi Mereka mencari keberkatan dan tuntutan di bulan yang lebihnya sehingga seribu bulan sebagaimana yg dijanjikan Allah swt

- Sekata memberikan fitrah untuk kita berkongsi sesama lain yang serba kekurangan dan memerlukan

- Melihat yang miskin dan memerlukan dihulur sedikit sebanyak untuk meringgankan

- Melihat kegembiraan Ayahanda teman menanti kepulangan anak-anaknya di perantauan 

- Melihat kegembiraan anak-anak yag gembira dengan kehadiran syawal dan bermimpi baju baru disetiap malam yg menyukarkan mereka tidur

- Melihat kantung, Tabung ataupun peti derma yang sentiasa padat

- Melihat yang miskin dan berkurangan menjamah hidangan dengan selera semeja yg tak kira miskin atau kaya dalam setiap malam moreh

- Melihat umat lebih berhemah sepanjang hari bagi mendapatkan Ramadhan sebaik mungkin dan penyatuan dalam mengerjakan Rukun Islam tanpa ada sebarang warna kulit, bangsa dan rupa

- Melihat pekuburan yang ramai menziarahi

- Melihat runtuhnya tembok miskin dan kaya yang sama menahan lapar dan dahaga, 

- Melihat kegigihan Ayahanda yang dimakan usia meneruskan sehingga sempurna tarawih sepanjang ramadhan

- Melihat penyatuan sesama rakan dalam mengerjakan ibadah dan melupakan segala yang ditelagahkan sebelum ini

- Melihat keletah anak-anak yang meyempurnakan rukun islam

- Melihat AlQuran diselak setiap malam dan kemundangkan tadarus sepanjang malam

- Melihat kebesaran Allah swt dalam tidak membezakan warna kulit, keturunan, bangsa, kaya atau miskin dan berlainan fahaman bersatu disetiap jemaah yang didirikan

- Melihat yang daif tersenyum dengan segala bantuan dan dialirkan zakat

banyak dan memang banyak sekali, semuanya dengan hadirnya ramadhan, sekalipun hanya sebulan tetapi semua berlumba untuk bersama menghulurkan, melupakan tembok hijab yang menghalang tau dikastakan. Melupakan darjat bila menjamah hidangan samada kaya atau pun miskin...
Ramadhan sungguh bererti buat umat Islam...

Teman akur dan teman akui semuanya seperti disenaraikan diatas ataupun berpuluh lagi yang tidak disenaraikan segala keberkatan ramadhan maupun pahala yang dikejarkan, teman rasanya tidak mungkin teman kecundang.
Cumanya hanya satu pekara yang membuatkan teman tidak mampu bertahan dengan linangan airmata disetiap kalai dari dulu yang membuatkan teman sebak... Hanya satu... Biar pun beratus kelebihan rasanya tidaklah tergugat resah teman, 

Cuma satu, satu diantara semua... Hanya satu dari nya...

- Melihat kegigihan Ayahanda yang dimakan usia meneruskan sehingga sempurna tarawih sepanjang ramadhan

Itulah sebab yang teman tak dapat menahan sebak dan menyembunyikan runtuhnya hati teman, apa tah lagi bila mendengar gema Takbir Aidil fitri menandakan Ramadhan berakhir,  Ayah... Ayah yang disayangi... Usia cukup menjangkau... 

Persoalannya yang menjadi tanda tanya teman... 

APAKAH TEMAN AKAN MELIHAT DILAIN RAMADHAN SAMA SEPERTI SEKARANG? APAKAH SEMUA WAJAH KESAYANGAN MASIH MENJADI WAJAH YANG DITATAP SAMA DI RAMADHAN KETIKA INI DAN AKAN DATANG... ?

Allahuakbar, semoga Allah swt mendengar dan memberikan kelebihan serta rahmat kepada Ayahanda teman , Insyallah... Kabulkan lah doa kami ya Allah, engkau maha mendengar dan engkau jugalah yang maha menentukan...

Amin Yarabbulalamin....

Pulang lah, berikan lah kegembiraan kepada mereka, Ayah, ibu, abang, adik, kakak dan sesapa sahaja yang menanti dengan penuh harap...

Berikanlah usahamu semampu yang boleh sepanjang Ramadhan... Sambutkanlah kemenangan ini bersama syawal... Wahai perantau... Kepulangan mu yang dinantikan oleh ibu bapamu, selagi mereka mampu bertahan usia, semuanya kehendak Allah Swt adanya...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...


Belantan

Posted: 07 Aug 2013 11:16 PM PDT

Belantan


Aidilfitri mengembalikan diri kepada fitrah - Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin?

Posted: 07 Aug 2013 09:35 AM PDT


Aidilfitri adalah bulan yang ditunggu selepas sebulan melalui madrasah Ramadan. Seperti juga ibadat-ibadat lain maksud yang dipedomankan oleh Islam supaya setiap umat Islam dapat membina jiwa kehambaan yang tinggi dan berperanan sebagai khalifah yang penuh hikmah.

Kehambaan yang tinggi membangun jiwa rukuk dan sujud yang tinggi juga. Ia mendukung maksud ketaatan, kepatuhan, keakuran dan ketundukan kepada Allah SWT. Dalam maksud yang luas tarbiyyah Ramadan mengukuhkan asas rohaniah dan membawa perubahan kepada diri.

Ramadan tidak saja amalan yang berifat rohaniah dan jasmaniah. Ada dorongan rohaniah yang menyebabkan manusia berubah dan ada dorongan jasmaniah yang menyebabkan manusia insaf.

Pengekangan hawa nafsu dari bersifat haiwani mempengaruhi tabiat, sikap dan tingkah laku. Kalau sebelum tarbiyyah ini terjadi, sikap sombong, angkuh, ego seseorang agak tinggi. Tetapi selepas melalui tarbiyyah Ramadan ia jadi berubah. Menginsafi betapa kerdil dirinya di sisi Allah dan menyedari bahawa puncak kebanggaan manusia ialah Allah Yang Maha Pencipta dan Pemberi Rahmat.

Justeru kesedaran dalaman diri manusia terlalu amat penting. Mengukur tarbiyyah Ramadan di lalui dengan jayanya adalah perubahan sikap dan tingkah laku yang ada pada diri. Daripada seorang yang kedekut dan bakhil, seorang yang bengis dan suka dipuji bertukar menjadi seorang yang pemurah dan suka bersedekah dan seorang yang penyayang dan membantu yang susah. Dari seorang yang pendendam dan hasad dengki bertukar menjadi seorang yang sabar dan sentiasa berhemah dalam melakukan sesuatu.

Tetapi bagaimana harus terjadi sedangkan ibadah ini dianggap sebagai rutin hidup yang hanya terhubung dengan Allah tetapi tidak terhubung dengan diri dan manusia atau diri dengan orang lain. Setiap tahun orang berpuasa, melakukan tarawih, bangun sahur, bertadarus dan solat sunat, wataknya tidak berubah. Dimensi hablumminallah ada tetapi dimensi hablumminannas tidak banyak berubah.

Selepas Ramadan dengan melalui segala macam cabaran wataknya tidak banyak berubah. Secara zahir produktiviti rohaniahnya tinggi dengan aktiviti ibadah yang banyak tetapi pada hakikatnya produktiviti amaliahnya masih rendah. Ia memerlukan muhasabah yang tinggi supaya ada upaya merenung ke dalam diri mengapa watak diri tetap sama dan perubahan tidak juga berlaku. Perubahan diri manusia bergantung kepada niat yang bersih dan ilmu yang memberi suluh supaya perubahan diri terjadi.

Kalau ada tekad untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan keyakinan yang sungguh-sungguh bahawa ibadat bukan hanya ritual, ikut-ikutan dan turut-turutan semata tetapi ia suatu proses mengukuhkan rohani supaya perubahan diri itu bermula dari dalam.

Apabila hati dan niat mahu berubah ikhlas kerana Allah kerana sifat-sifat mazmumah yang ada pada diri seperti gelojoh, ego, sombong, pendendam, tidak ada jiwa pemaaf adalah dibenci oleh Allah, maka dengan sendirinya ahli ibadah ingin kembali kepada diri yang fitrah.

Inilah maksud Aidilfitri sebenarnya iaitu diri yang menang dalam pertarungan dengan hawa nafsu, diri yang berjaya dibebaskan daripada belenggu sifat-sifat mazmumah (terkeji) kepada sifat-sifat mahmudah (terpuji).

Jika ini berlaku di saat merayakan Aidilfitri, fitrah diri akan kelihatan seolah-olah kita baru dilahirkan dengan sifat dan sikap baru dan menjadikan watak dan amal kita sesuatu yang sangat bermakna.

Takbir dan tahmid yang dilafazkan, kesediaan menerima maaf dan saling memaafkan, memperbanyakkan ziarah, meraikan golongan miskin dan daif adalah gambaran awal memahami bahawa Kebesaran Allah itu terlihat dalam tingkah laku kita menyantuni yang tidak bernasib dan rasa syukur yang tinggi terhadap rahmah dan nikmah yang kita terima.

Sekiranya bawaan ini diperkukuh dengan ilmu yang membawa kepada keinsafan, ibadah yang mengukuh rohani bakal terpancar perubahan diri dalam bentuk amal dan perbuatan yang benar-benar bermakna.

Aidilfitri diharapkan menjadi sempadan zaman silam yang dilalui dengan pekerti mazmumah yang jelik dengan pekerti mahmudah yang ramah dan menjadikan diri kita orang yang dekat dengan Allah (taqarrub Ilallah) dan hampir dengan manusia.

Penulis mengambil kesempatan ini memohon maaf zahir batin sekiranya penampilan Belantan selama ini menyinggung perasaan. Bacalah apa yang tersirat moga ia memberi manfaat. Wallahuallam.

Ikhlas dari : Suara Politik
Belantan

oyabun

Posted: 07 Aug 2013 11:12 PM PDT

oyabun


Aidilfitri: PM seru rakyat rungkai prejudis, hargai kesejahteraan?

Posted: 07 Aug 2013 09:53 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia sentiasa menghargai dan memelihara keamanan serta kemakmuran yang dikecapi serta merungkai rasa prejudis antara satu sama lain demi memastikan kelangsungan dan kestabilan negara terus dikekalkan.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar bahawa bukan mudah untuk membina dan memastikan kelangsungan sebuah negara yang stabil seperti Malaysia hari ini.

Malah dalam konteks Islam, katanya perpaduan nasional yang tuntas tidak mungkin dicapai jika tiadanya kesepakatan (ijmak) di kalangan umatnya dalam perkara-perkara asas beragama, dan polemik tanpa kesudahan hanya akan merugikan semua pihak.

Berucap menyampaikan perutusan Aidilfitri 2013, Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana rakyat di negara ini masih berpeluang meraikan hari lebaran dalam keadaan aman dan bebas daripada peperangan, persengketaan, mahupun bencana alam melampau, sepertimana yang melanda saudara-saudara seakidah di beberapa negara seluruh dunia.

"Makanya, pada hari-hari kebesaran seperti ini, atas nama negara yang tercinta, pupuklah dan teruskanlah menyemai bibit-bibit kesatuan sesama kita, bukannya perpecahan demi pengukuhan perpaduan kebangsaan," katanya.

Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung di RTM.

Beliau juga mahu rakyat negara ini mengambil iktibar daripada pengalaman dan pergolakan yang sedang dihadapi beberapa negara luar yang berlaku kerana fahaman melampau yang menjadi elemen negatif yang memporak-perandakan sesebuah negara bangsa dan menghancurkan kelestarian tamadunnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam ucapannya turut menyeru umat Islam di negara ini agar tidak tersasar daripada ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah baik daripada segi akidah, syariah dan keperibadian.

Katanya, kerajaan telah memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam, dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.

Penetapan dasar itu, katanya, sesuai dengan konsep maqasid syariah yang meletakkan pemeliharaan agama sebagai objektif utamanya.

"Kerana itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam supaya berwaspada dan berhati-hati, janganlah sesekali terpedaya pada pengaruh atau fahaman menyimpang yang sedang menular dan cuba merosakkan tradisi amalan Islam di Malaysia ini," katanya.

Najib berkata, umat Islam di negara ini haruslah memahami bahawa penetapan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai mazhab rasmi negara adalah bertujuan untuk mempastikan kesucian akidah dan syariah Islam dapat dibela sekali gus dipertahankan agar perpaduan umat Islam sentiasa berkekalan.

"Sebagai umat Islam, kita seharusnya berwaspada dan berhati-hati dengan fahaman yang menyongsang daripada ajaran murni Ahli Sunnah Wal-Jamaah selama ini. Pokoknya, kita tidak mahu sifat taksub dan fanatik yang akan mengelirukan rakyat khususnya orang Islam kerana akan memecahbelahkan ummah," katanya.

Seterusnya perdana menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengambil yang jernih dengan meruntuhkan dan merungkaikan prejudis antara satu sama lain, sebaliknya membuka 'pintu hati' dan pintu rumah dengan jujur dan ikhlas dalam meraikan perayaan Aidilfitri.

Beliau juga mahu rakyat meneruskan tradisi kunjung-mengunjung dan mempertautkan muhibah rakyat Malaysia.

Perdana Menteri turut mengajak masyarakat Malaysia untuk menzahirkan penghargaan kepada prajurit tanah air terutamanya yang bertugas di perbatasan, serta anggota pasukan keselamatan yang sejak sekian lama telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Najib turut mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf bagi pihak dirinya, isteri serta keluarga di atas apa-apa kekhilafan dan memanjatkan doa supaya seluruh rakyat negara ini dapat menyambut hari lebaran kali ini dengan penuh kegembiraan di samping mereka yang tersayang.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

Posted: 07 Aug 2013 11:06 PM PDT

The Unspinners


Tahniah berjaya hadapi Ramadhan! Salam Aidilfitri!

Posted: 07 Aug 2013 05:00 AM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 07 Aug 2013 11:05 PM PDT

Panglima Perang Cyber


12 Perkara dilakukan Nabi Kesayangan Kita Di Hari raya

Posted: 07 Aug 2013 11:51 AM PDT

Pantun raya Arab

فرض علينا الصيام وعليكم
في رمضان شهر البركة والخير
تقبل الله منا الأعمال ومنكم
وكل عام وأنتم بألف خير 😃


Cara Nabi SAW Berhari Raya.

1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.

2. Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil".

3. Mandi sunat hari raya.

4. Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.

5. Memakai pakaian terbaik yang ada berdasarkan kemampuan.

Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

6. Bertegur sapa. Ucap selamat dan mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

7. Sesampainya di masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan solat hari raya.

8. Sementara menuggu dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

9. Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.

11. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

12. Perkataan yang baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh diucapkan. Tapi kalau nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu; تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna wa
minkum,"Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda."

Itulah antara cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.

Sent from my iPhone

Salam Adilfitri 2013 : Ucapan Presiden UMNO Malaysia

Posted: 07 Aug 2013 11:43 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/nrFOMi1M0jk


Sent from my iPhone

Jemputan PM @NajibRazak Ke Seri Perdana Pagi Hari Raya Pertama

Posted: 07 Aug 2013 11:32 AM PDT

Panglima mengucapkan terima kasih kepada YAB PM atas jemputan ini.

Insya Allah saya sekeluarga akan hadir memenuhi undangan kebetulan saya beraya di sini tahun ini.

Berikut email yang diterima :



Salam 1Malaysia,
 
Alhamdulillah, kita telah dapat menyempurnakan ibadah puasa dalam suasana yang aman dan sejahtera. Sudah tentu anda dan kaum keluarga sibuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.
 
Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana setiap tahun rakyat Malaysia secara amnya dapat menyambut kedatangan Syawal dengan aman dan sentosa. Tatkala negara-negara saudara Islam kita mengalami pergolakan politik yang mengakibatkan pertumpahan darah dan kesengsaraan, kita di Malaysia begitu bernasib baik kerana dapat menikmati juadah Hari Raya dan menziarahi saudara mara dalam penuh keselesaan. Kirimkanlah sedikit doa kepada mereka yang sedang menghadapi pelbagai dugaan besar di waktu ini.
 
Sekiranya anda merancang perjalanan jauh sepanjang musim perayaan ini, diharap agar anda berhati-hati di jalan raya demi keselamatan diri dan kaum keluarga yang tersayang. Bagi anda yang menyambut Aidilfitri di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya atau kawasan berhampiran, saya menjemput anda bersama keluarga dan rakan taulan untuk menghadiri majlis rumah terbuka di kediaman rasmi saya, Seri Perdana pada Hari Raya pertama dari jam 10.30 pagi hingga 4 petang. Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook saya.
 
Akhir kata, sampaikanlah salam Aidilfitri saya sekeluarga kepada saudara mara anda. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
 
Najib Razak


Sent from my iPhone

Reports Islamists massacre 450 Kurds in Syria, including 120 kids

Posted: 07 Aug 2013 06:41 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/m018ca5In0E


Di saat kita menyambut Aidilfitri mari doa untuk saudara kita di Syria.

Moga pihak yang benar akan mendapat pertolongan Allah Taala.

Moga keamanan negara akan kekal.

Sent from my iPhone

Ucapan 'Selamat Hari Raya' PM @NajibRazak Kepada Online Followers

Posted: 07 Aug 2013 05:58 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/DiT5LBA3LtA


Sent from my iPhone

Takbir Raya dan Ucapan Aidilfitri YB Menteri Dalam Negeri @Zahid_Hamidi

Posted: 07 Aug 2013 05:55 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/-CAXaUrWnGk


Sent from my iPhone

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 07 Aug 2013 11:02 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Menjelang Raya, Panduan Solat Sunat Aidilfitri.

Posted: 07 Aug 2013 07:00 AM PDT

Sumber gambar : http://shw.mymutiara.fotopages.com/12830431/solat-sunat-Aidilfitri.html
MyMassa kongsikan beberapa informasi mengenai solat sunat yang kita lakukan sekali setahun (sekali lagi semasa Hari Raya Qurban).

Mungkin ramai yang terlupa kerana jarang kita lakukan. Sama-sama kita sampaikan maklumat ini kepada ahli keluarga atau kenalan kita.


Panduan Solat Aidilfitri dan Aidiladha

  1. Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )
  2. Telah berkata Jaabir (R.A.): Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi (S.A.W.). Beliau memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai beliau turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )
  3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar (R.A.). ia berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah (S.A.W.). lalu berkata : Ya Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan untuk menerima utusan. Maka beliaupun menjawab : Sesungguhnya pakaian ini adalah bagian orang-orang yang tidak punya bagian di akhirat (yakni orang kafir). ( H.R Bukhary dan Muslim )
  4. Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat 'ied ), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Yaa Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda: Supaya saudaaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama'ah)
  5. Diriwayatkan dari Anas bin Malik (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )
  6. Diriwayatkan dari Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali dari solat 'ied. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)
  7. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat Aidilfitri dua raka'at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim )
  8. Diriwayatkan dari Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk solat 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhary )
  9. Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair Arrahbiyyi (R.A.). ia berkata : Sesungguhnya Abdullah bin Busri seorang sahabat nabi (S.A.W.). keluar bersama manusia untuk solat Aidilfitri atau Aidiladha, maka beliau mengingkari keterlambatan imam, lalu berkata : Sesungguhnya kami dahulu ( pada zaman Nabi (S.A.W.) pada jam-jam seperti ini sudah selesai mengerjakan solat 'ied. Pada waktu ia berkata demikian adalah pada solat Dhuha. (H.R. : Abu Daud dan Ibnu Majah)
  10. Diriwayatkan dari Abi Umair bin Anas, diriwayatkan dari seora)ng pamannya dari golongan Anshar, ia berkata: Mereka berkata: Karena tertutup awan maka tidak terlihat oleh kami hilal Syawal, maka pada pagi harinya kami masih tetap puasa, kemudian datanglah satu kafilah berkendaraan di akhir siang, mereka bersaksi di hadapan asulullah (S.A.W.).bahawa mereka kelmarin melihat hilal. Maka Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan semua manusia ( ummat Islam ) agar berbuka pada hari itu dan keluar menunaikan solat 'ied pada hari esoknya. (H.R. : Lima kecuali At-Tirmidzi)
  11. Diriwayatkan dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat 'ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat 'ied ) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah)
  12. Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud (R.A.). bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz sbb: (artinya): Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu Abi Syaibah dengan sanad shahih )
  13. Diriwayatkan dari Amru bin Syu'aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi (S.A.W.). bertakbir pada solat 'ied dua belas kali takbir. dalam raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah )
  14. Diriwayatkan dari Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabihisma rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad )
  15. Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat 'ied . Aku menjawab : beliau membaca surah (qtarabatissa'ah ) dan ( Qaaf walqur'anul majid). (H.R. : Muslim )
  16. Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat 'ied, kemudian beliau memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian beliau bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )
  17. Diriwayatkan dari Abu Hurairah (R.A.). bahwasanya Nabi (S.A.W.). bersabda pada hari kamu ini, telah berkumpul dua hari raya (hari Jumaat dan hari raya), maka barang siapa yang suka solat Jum'at, maka solatnya diberi pahala sedang kami akan melaksanakan solat Jum'at. (H.R: Abu Daud )
KESIMPULAN Hadits-hadits tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang adab-adab solat hari raya sbb : Pakaian pada saat mendirikan solat kedua hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3 )

Makan a. Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja.

b. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6 )

Mendengungkan takbir a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir didengungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir didengungkan sampai solat dimulai. (Dalil : 11 )

b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ). (Dalil: 12)

Jalan yang dilalui Disunnahkan membedakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat 'ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ). (Dalil: 8 )

Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya. (Dalil : 10 )

Yang menghadiri solat 'ied Solat 'ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci dari haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4 )

Tempat solat 'ied Solat 'ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat 'ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat 'ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat 'ied di mushalla (padang tempat solat ), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid karena hujan. (Dalil: 1 dan 8 )

Cara solat 'ied a. solat 'ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7 )

b. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka'at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali. (Dalil: 13 )

c. Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a'la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa'ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka'at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul majid/surat ke 50 ).(Dalil : 15)

d. Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.

e. Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.

f. Khutbah hari raya ini tidak diselingi duduk. (Dalil: 1 dan 2 )

Waktu solat Solat 'ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha. (Dalil: 9 )

Hari raya jatuh pada hari Jum'at. Bila hari raya jatuh pada hari Jum'at, maka solat Jum'at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak, tetapi untuk pemuka umat atau imam masjid jami' sebaiknya tetap mengadakan solat Jum'at. (dalil: 16 dan 17 )

*Sumber Berita Harian (http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/Fadilat/20090819135229/Article/)

Sempena AidilFitri (Kembali Ke Fitrah), Semoga ISA dan EO Dikembalikan.

Posted: 07 Aug 2013 02:14 AM PDT

Aidil Fitri = kembali kepada fitrah.

MyMassa harap sempena AidilFitri kali ini, undang-undang yang sama seperti ISA dan EO juga dikembalikan. Mungkin cadangan ini akan menimbulkan rasa marah di kalangan 'pejuang hak asasi' di luar sana. Bagi mereka, akta yang menahan seseorang tanpa bicara dalah di luar batas kemanusian. Bagi mereka juga, penjenayah mempunyai hak untuk dibicarakan.

Itu fitrah bagi 'pejuang hak asasi'. Mereka kononnya memperjuangkan hak asasi semua manusia termasuk penjenayah. Tapi bagaimana pula dengan FITRAH PENJENAYAH? Fitrah penjenayah pula adalah melanggar apa sahaja undang-undang yang ada. Dalam kes jenayah berat pula, FITRAH PENJENAYAH BERAT akan menutup apa sahaja bukti-bukti yang membolehkan mereka tertangkap. Jika mereka tertangkap, ada pula peguam-peguam hebat yang boleh diupah untuk membebaskan mereka. Amat sukar sekali untuk sabitkan dan menghukum mereka.

Itu baru fitrah pejuang hak asasi dan fitrah penjenayah. Bagaimana pula dengan fitrah Kerajaan? Sudah tentu fitrah Kerajaan adalah untuk memastikan keselamatan rakyatnya terjamin. Selamatkah sebuah negara apabila penjenayah-penjenayah berat (bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat )telah dibebaskan? Selamatkah bila penjenayah ini kes pembunuhan terbuka semakin meningkat apabila EO dimansuhkan?

Sebab itulah MyMassa sokong dengan kenyataan YB Menteri Dalam Negeri supaya akta baru yang menggantikan ISA dan EO perlu mempunyai unsur yang sama seperti akta tersebut sekali pun tiada penangkapan pencegahan.

Tidak perlu dilayan sangat dengan desakan pejuang hak asasi kerana mereka semua berkiblatkan barat. Bagi mereka, Malaysia perlu setaraf Amerika. Tetapi apa yang mereka sorokkan, Amerika juga mempunyai akta yang sama (tahan tanpa bicara) di bawah pentadbiran Obama.


*Selamat hari raya, maaf zahir & batin.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 07 Aug 2013 09:07 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


SALAM AIDILFITRI KEPADA PEMBACA BLOG GAP. HATI HATI DENGAN LAKONAN CINABENG ?

Posted: 07 Aug 2013 12:25 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 07 Aug 2013 09:07 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin #SalamAidilfitri

Posted: 07 Aug 2013 06:18 AM PDT



tok gajah

Posted: 07 Aug 2013 09:07 PM PDT

tok gajah


Perutusan Perdana Menteri Sempena Hari Raya Aidilfitri

Posted: 07 Aug 2013 09:00 PM PDT

Perutusan Perdana Menteri Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013
  
Ogos 7th, 2013 by Najib Razak

YAB. DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,

1. Pertama-tamanya, bersamalah kita dengan penuh rasa syahdu menggemakan takbir dan kalimah-kalimah tahmid bagi menyambut detik kemenangan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd'

Saudara dan saudari,

2. Alhamdulillah, kita rafakkan rasa syukur tidak terhingga, bersempena hari lebaran penuh syahdu dan barakah ini. Pastinya, segala ini mampu dinikmati dek kerana keamanan, kemakmuran serta keharmonian yang wujud. Tentunya juga, dengan izin Allah SWT, kita dalam keadaan bebas daripada peperangan, persengketaan, mahupun bencana alam melampau sepertimana yang melanda saudara-saudara seakidah di beberapa negara seluruh dunia.

3. Justeru, setiap seorang daripada kita perlu menginsafi betapa bukannya mudah untuk membina tapak seterusnya mempastikan keberlangsungan sebuah negara yang stabil seperti Malaysia hari ini. Pucuk pangkalnya, benarlah kata orang bijak pandai bahawa perpaduan bukannya barang boleh diganti, perpaduan bukannya barang yang boleh dijual beli. Jelas sekali, perpaduan nasional yang mapan adalah tunjang kepada haluan Malaysia menjadi sebuah negara maju yang dijangkakan sekitar 7 tahun lagi.

Saudara dan Saudari,

4. Dalam konteks Islam pula, perpaduan nasional yang tuntas tidak mungkin dicapai oleh umat jikalau tiadanya ijmak di dalam perkara-perkara asas beragama, ditambah pula polemik tanpa kesudahan yang akhirnya akan merugikan semua pihak. Makanya, pada hari-hari kebesaran seperti ini, atas nama negara yang tercinta, pupuklah dan teruskanlah menyemai bibit-bibit kesatuan sesama kita, bukannya perpecahan demi pengukuhan perpaduan kebangsaan.

5. Kata orang, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Ini merujuk kepada apa yang dapat kita saksikan di pelbagai sudut dunia, di mana ketidakstabilan dan di mana fahaman melampau, menjadi elemen negatif yang sedang memporak-perandakan sesebuah negara bangsa, hatta menghancurkan kelestarian tamadunnya. Sesungguhnya, kita hendaklah beringat-ingat bahawa untuk membina sebuah peradaban memerlukan tempoh yang panjang. Namun, untuk meranap dan merudumkannya hanyalah dalam sekelip mata.

Saudara dan Saudari,

6. Di Malaysia, Islam bukan sahaja termaktub sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara, tetapi juga syiar pengamalannya bersifat meluas merangkumi bukan sahaja bidang ibadah tetapi juga munakahah, muammalah dan jinayah. Melaluinya, kita berjaya mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang syumul di negara ini.

7. Dalam konteks yang sama juga, Malaysia adalah negara Islam berasaskan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah. Maka, umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dari segi akidah, syariah dan keperibadian. Kerajaan juga memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang–Undang Islam, dengan demikian penyebaran apa–apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah adalah dilarang.

8. Penetapan dasar ini sesuai dengan konsep maqasid syariah yang meletakkan pemeliharaan agama sebagai objektif utamanya. Dalam hal sebuah negara, sememangnya tanggungjawab menjaga keluhuran dan kesucian agama terletak di bahu pemerintah. Di sinilah Kerajaan Malaysia berperanan menjalankan prinsip memelihara agama dan mentadbir negara berteraskan siyasah syar-iyyah.

9. Lantaran itu, sebagai umat Islam, kita haruslah memahami bahawa penetapan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah sebagai mazhab rasmi negara adalah bertujuan untuk mempastikan kesucian akidah dan syariah Islam dapat dibela sekaligus dipertahankan agar perpaduan umat Islam sentiasa berkekalan. Kerana itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam supaya berwaspada dan berhati-hati, janganlah sesekali terpedaya pada pengaruh atau fahaman menyimpang yang sedang menular dan cuba merosakkan tradisi amalan Islam di Malaysia ini.

10. Sejak dahulu, perkembangan syiar Islam di Nusantara dan Malaysia khususnya, menjadi lambang betapa Islam adalah agama yang syumul. Berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah, Islam adalah cara hidup yang paling sesuai dengan fitrah manusia dan sesuai untuk semua zaman serta situasi. Dengan demikian, sebagai umat Islam, kita seharusnya berwaspada dan berhati-hati dengan fahaman yang menyongsang daripada ajaran murni Ahli Sunnah Wal-jama'ah selama ini. Pokoknya, kita tidak mahu sifat taksub dan fanatik yang akan mengelirukan rakyat khususnya orang Islam kerana akan memecahbelahkan ummah.

Saudara dan Saudari,

11. Makanya, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, untuk mengambil yang jernih dengan meruntuhkan dan merungkaikan prejudis antara satu sama lain. Bukalah pintu hati dan pintu rumah dengan jujur dan ikhlas dalam meraikan perayaan Aidilfitri. Pada yang berkelapangan teruskanlah tradisi kunjung-mengunjung dan mempertautkan muhibbah rakyat Malaysia.

12. Dalam pada itu, rahmat kesejahteraan yang tercipta, telah membolehkan kita menyambut hari raya dalam suasana damai. Sebab itu, marilah kita juga sama-sama mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada prajurit tanah air terutamanya yang bertugas di perbatasan, serta anggota pasukan keselamatan yang sejak sekian lama telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

13. Akhir kalam, pada kesempatan ini, saya turut menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf bagi pihak diri saya, isteri serta keluarga di atas apa-apa kekhilafan. Saya juga berdoa ke hadrat Allah SWT supaya kita semua dapat menyambut hari lebaran ini dengan penuh kegembiraaan di samping mereka yang tersayang.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd'

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Mencari Damai Abadi

Posted: 07 Aug 2013 03:19 PM PDT

Mencari Damai Abadi


Aidilfitri

Posted: 07 Aug 2013 06:47 AM PDT

Bismillah...

Selepas 29 hari berpuasa, maka esok seluruh umat Islam akan meraikan kemenangan dengan menyambut syawal

Alhamdulillah

Semoga Syawal kali ini membawa beribu rahmat untuk seluruh umat Islam. Raikanlah dengan penuh kesyukuran dan tidak membazir.

Semoga Allah memberkati kita semua

Amin

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 07 Aug 2013 03:10 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


'Anak saya terima RM20 setiap kali selesai lakukan seks bersama teman lelakinya'

Posted: 07 Aug 2013 09:35 AM PDT

Gambar hiasan
MELAKA – Seorang lelaki merempuh masuk sebuah rumah dan berlawan dengan dua lelaki demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur.

Dia menerima panggilan telefon daripada tuan rumah wanita, yang memaklumkan dia ternampak dua lelaki membawa seorang lagi lelaki ke dalam rumah di mana kanak-kanak itu berada.

Dia bergegas ke rumah tersebut dan merempuh masuk ke dalamnya.

Ketika itu dia melihat dua lelaki ada di dalam rumah.

Kedua-dua lelaki itu cuba meghalang dia daripad menyelamatkan anak perempuannya.

Dia menjerit sekuat hati ketika dua lelaki berkenaan cuba menyerangnya.

Jiran yang terdengar jeritan tersebut segera bergegas ke tempat kejadian dan membantunya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran.

"Saya mahu bertanya mengapa dia terlibat dengan dadah. Saya telah banyak kali memberitahu dia supaya tidak bercampur dengan budak jahat," katanya semalam sambil mengakui yang dia tidak boleh tidur sejak insiden tersebut berlaku.

"Saya tidak percaya yang perkara ini sedang berlaku. Saya masih trauma."

"Anak perempuan saya berkata bahawa dia terlibat dengan dadah dan menerima RM20 setiap kali dia mengadakan hubungan seks bersama teman lelakinya, yang juga membawa dia ke hotel," tambahnya

"Hati saya hancur ketika saya melihat anak perempuan saya selain berasa malu apabila diberitahu jiran bahawa dia adalah seorang daripada remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di kawasan tersebut."

Bapa remaja tersebut berkata bahawa insiden 26 Julai itu adalah kali ketiga anaknya lari dari rumah.

Bapa kepada empat orang anak yang berumur 46 tahun itu memberitahu, anak perempuannya sering mendapat keputusan cemerlang sehinggalah dia mula bercampur dengan rakan yang 'tidak baik' selepas peperiksaan UPSR.

Usahawan tersebut berkata, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang melacurkan "anak kesayangannya' itu.

Mengimbas kembali insiden melibatkan anaknya itu, lelaki berkenaan mendakwa, anaknya lari dari rumah untuk pertama kali bersama teman lelaki berumur 26 tahun pada bulan Oktober tahun lalu.

Pihak polis kemudiannya berjaya menjejaki remaja tersebut setelah bapanya membuat laporan dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia telah dirogol.

Dia kemudiannya lagi sekali lari bersama teman lelakinya dalam masa beberapa jam setelah dijumpai. Kali ini, mereka didapati pergi ke Ampang, Kuala Lumpur.

Keluarga remaja tersebut kembali mencari dan pada masa yang sama memeriksa akaun Facebook anak perempuannya itu.

Apa yang memeranjatkan, teman lelaki anaknya itu telah menawarkan perkhidmatan seks – lengkap dengan butir anak perempuannya dalam laman sosial tersebut.

Sementara itu, pihak polis Melaka telah melancarkan operasi untuk menjejaki seorang lelaki yang berumur 26 tahun, yang dipercayai telah melacurkan remaja tersebut kepada sembilan orang lelaki.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata bahawa seorang lelaki berumur 36 tahun yang dipercayai adalah salah seorang pelanggan remaja tersebut kini telah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 2 Ogos lalu.

Beliau juga berkata bahawa pihak polis kini sedang menjejaki baki lapan lelaki yang terlibat. – The Star

Chong Wei 'semput' sebelum mara

Posted: 07 Aug 2013 09:10 AM PDT

GUANGZHOU - Datuk Lee Chong Wei membuatkan ribuan penyokongnya di Gimnasium Tianhe terpaku seketika selepas mengharungi detik yang amat mencemaskan sebelum melepasi halangan pemain muda Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka untuk melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia, semalam.

Chong Wei, 30, yang mendapat sokongan padu penyokong tempatan terkejut dengan aksi agresif yang dipamerkan Hayom, namun mujur dia sempat menemui rentak permainannya untuk mencatat kemenangan 14-21, 21-18, 21-11 dalam pertarungan yang berlangsung selama 61 minit.

Selepas menarik nafas lega kerana berjaya mengelak kejutan terbesar kejohanan, jaguh No. 1 dunia itu mengakui, tentangan hebat yang diberikan Hayom menyedarkan dia betapa lebih banyak kejutan bakal menantinya selepas ini.

"Memang saya terkejut dengan permainannya dan itu mendorong saya melakukan banyak kesilapan sendiri, terutama di set pertama. Tengok baju saya hari ini, basah lencun kerana dikerah berkerja keras.

"Bukan dia (Hayom) bermain dengan terlalu bagus tetapi dia telah melakukan persiapan yang baik untuk berdepan saya. Keadaan angin, ditambah permainan saya yang tidak berapa baik hari ini menyebabkan keadaan menjadi sukar.

"Namun dari sudut positif, elok juga saya diuji dengan hebat di pusingan awal kerana ia memberi persiapan yang lebih baik kepada saya untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Memasuki peringkat 16 terbaik, cabaran saya akan lebih getir.

"Semua orang tahu, saya akan bertemu ramai pemain-pemain muda dalam laluan ke final, hari ini Hayom kejutkan saya dan saya harus bersiap sedia dengan kejutan-kejutan lain yang bakal diberi pemain muda selepas ini," ujar Chong Wei.

Chong Wei, yang dijangka berdepan bintang muda China, Wang Zhengming pada pusingan ketiga hari ini, namun bagaikan hilang arah di awal permainan dengan memberi terlalu banyak ruang kepada Hayom untuk melakukan pukulan kegemarannya, iaitu smash kencang. - Utusan

(Gambar) Pasangan kekasih bikin 'love bite' ditempat awam

Posted: 07 Aug 2013 08:50 AM PDT

Seorang pelayar web Stomp dan rakanya berasa jelik apabila melihat sepasang kekasih sedang enak bercumbuan dan sambil memberi gigitan cinta di khalayak umum.

Beliau juga mendakwa beberapa orang yang kebetulan lalu lalang di situ berasa kurang selesa dengan perbuatan pasangan ini.

​Shock4evakia berkata:

"Saya sangat terkejut pasangan ini bercium dan bercumbu di tempat awam.

"Ada orang awam yang lalu lalang di situ dan berasa terganggu dengan perbuatan mereka berdua.

"Saya dan rakan saya sedang menelaah pelajaran ketika kejadian itu berlaku, kami berasa menyampah dan terus berlalu dari situ.

"Saya harap perbuatan sebegini tidak akan berulang lagi.

"Ianya amat menjelekkan dan tak manis dipandang.

"Mereka juga sempat memberikan 'love bite'!"

Stomp.sg

Singapore’s Kuan Yew says Malaysia bleeding talent due to race policy

Posted: 07 Aug 2013 12:00 AM PDT

PETALING JAYA, Aug 6 ― Malaysia's acute brain drain problem is due to its government's insistence on promoting "one race" above all others, former Singapore Prime Minister Lee Kuan Yew wrote in his latest book.

Malaysia experiences a severe talent flight issue with an estimated 5 per cent of skilled locals exiting the country on an annual basis, with the main beneficiary being Singapore.

A World Bank report from 2011 concluded that 20 per cent of Malaysian graduates opt to quit the country, again with Singapore cited as the preferred destinations. Worryingly for Malaysia, the report concluded that these migrants were being replaced by unskilled and uneducated foreigners.

"They are prepared to lose that talent in order to maintain the dominance of one race," read an excerpt of Lee's book, "One Man's View of the World".

"This is putting the country at a disadvantage. It is voluntarily shrinking the talent pool needed to build the kind of society that makes use of talent from all races," Lee continued in parts of the book reproduced by news portal The Malaysian Insider.

In a report last month, British newspaper The Guardian cited analysts as saying the cloud of the New Economic Policy (NEP) race-based affirmative action may stifle investment and hamper Malaysia's quest for developed nation status come 2020 and drag the bottom 40 per cent of its population into high-income status.

Born from the communal dissatisfaction that climaxed during the May 13, 1969 race riots, the NEP was designed ostensibly to lift the poorer sections of the Bumiputera Malay group in a bid to help it catch up to the economic progress of other communities.

Although technically defunct since 1990, the application of the NEP remains very much alive albeit unofficially.

The NEP and other policies in its vein have been blamed for driving the country's non-Malays to find an exit, with Singapore being the destination of choice for geographic and cultural reasons.

"The Chinese made up 35.6 per cent of the population in 1970. They were down to 24.6 per cent at the last census in 2010," Lee wrote in his book

"Over that same period, the Indian numbers fell from 10.8 per cent to 7.3 per cent," he said.

While saying "40 per cent of our migrants are from Malaysia", Lee said the group were now casting their sights farther afield, heading for Europe, America and Australia.

"Some have done very well for themselves, such as Penny Wong, Australia's current finance minister."

But perhaps most damning of Lee's assessments was why some non-Malays who remain, do.

"Among those who have chosen to remain in Malaysia, some lack the means to leave and others are making a good living through business despite the discriminatory policies. Many in this latter class partner with Malays who have connections."

Lee stepped down as prime minister in 1990, handing power to Goh Chok Tong, but remaining influential as senior minister in Goh's cabinet and subsequently as "minister mentor" when Lee Hsien Loong became prime minister in 2004.

The elder Lee resigned from his cabinet position in 2011 after his long-ruling People's Action Party (PAP) stumbled to its worst electoral showing since independence in 1965.

During his time, the 89-year-old Lee shared rocky ties with contemporary Tun Dr Mahathir Mohamad.

In their previous books, "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going" and "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", the two traded acerbic remarks about one another
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/singapores-kuan-yew-says-malaysia-bleeding-talent-due-to-race-policy#sthash.HbVB0YV8.dpuf

(Gambar) Suami isteri lakukan hubungan seks di taman depan anak

Posted: 06 Aug 2013 10:01 PM PDT

Gila!

Kalau anda biasa melihat perlakuan sumbang berpelukan anak muda di Malaysia di taman bunga atau rekreasi, anda mungkin tidak jumpa perlakuan di bawah ini di mana-mana.

Sepasang suami isteri (rasanyalah kot) dirakamkan sedang melakukan perlakuan lucah di sebuah taman bunga tanpa segan silu.

Pasangan wanitanya dilihat sedang bertenggek di atas riba lelaki tersebut sambil berlaku sedikit henjutan yang konsisten.

Agak mengejutkan, perlakuan mereka itu dilakukan dihadapan seorang budak lelaki yang dipercayai anak mereka. Budak lelaki tersebut dilihat bermain-main seorang diri ketika ibu bapanya sibuk 'berhenjutan'. Ada kalanya beliau menarik-narik tangan dan menyelak skirt ibunya kerana kebosanan!

Hmmm...lagi teruk dari binatang aja perangainya ni..







Panji Hitam Langkasuka, cegah sebelum parah!

Posted: 06 Aug 2013 08:01 PM PDT

Jelas kumpulan Panji Hitam Langkasuka yang cuba pecah masuk Istana Negara pagi Isnin adalah kumpulan ajaran sesat.

Ini berkembang dari kisah-kisah seperti 'Pemuda Bani Tamim' sehinggalah ke kisah dongeng Merong Mahawangsa.

Dan fakta pentingnya, kumpulan dengan cerita khayalan begini ada pengikut. Ini merbahaya jika tidak dicegah dari awal. Hari ini mungkin 10 orang, jika dibiarkan, silap-silap tahun depan 300 orang.

Kerana itulah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi menangani kumpulan Panji Hitam Langkasuka.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu diminta memaklumkannya kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

"Melalui perkembangan terkini yang berlaku semalam, kumpulan berkenaan dilihat semakin berani untuk menterjemahkan ideologi mereka dalam bentuk tindakan bagi menyatakan hasrat mereka," katanya dalam kenyataan Selasa.

Semalam, polis menahan 10 individu yang mendakwa anggota kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara, di luar pintu Istana Negara kerana dipercayai cuba melancarkan rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan itu yang turut dianggotai dua wanita dan berpakaian serba hitam tiba di Pintu 1, Istana Negara, pada 4.10 pagi menaiki tiga kenderaan yang turut dipasang bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara.

Menurut Othman, meskipun doktrin yang dibawa kumpulan berkenaan jelas bertentangan dengan fakta sejarah dan menyeleweng dari sudut agama, termasuk doktrin raja utusan Allah dan tentera Al-Mahdi, namun mereka diyakini mempunyai pengikut yang setia.

"Gerakan ini mula dikesan sejak awal menerusi media-media sosial yang didedahkan serta dikongsi bersama masyarakat, walaupun ia dilihat sebagai perkara yang tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata, oleh kerana kumpulan ini telah mencetuskan isu keselamatan, pihak keselamatan wajar mengambil tindakan.

Sementara itu, mereka yang mendakwa dirinya sebagai "agong", "permaisuri agong" dan "anakanda agong" merupakan antara sekumpulan 10 individu yang ditahan kerana cuba memasuki Istana Negara di Jalan Duta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati lelaki yang berusia 40 tahun itu mendakwa sebagai "Yang di-Pertuan Agong yang sah".

"Kedua-dua wanita yang ditahan dengan kumpulan adalah isteri kepada 'pemimpin' yang berusia 52 tahun dan anak perempuan mereka berumur 11 tahun.

"Kami telah menahan kesemua mereka untuk membantu siasatan lanjut," katanya pada sidang media Selasa.

Menurutnya, polis sedang mengenal pasti dalang dan motif sebenar kumpulan tersebut berbuat demikian.

"Susulan itu, lapan lelaki termasuk ketua kumpulan yang berumur 40 tahun direman seminggu mulai hari ini. Seorang wanita berusia 52 tahun yang merupakan isteri kepada ketua kumpulan itu serta anak perempuan mereka berumur 11 tahun direman dua hari sehingga esok," katanya.

Ku berkata kesemua lapan suspek lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau didenda.

Ku berkata, pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen yang dirampas daripada kenderaan mereka mendedahkan terdapat beberapa dokumen yang berasal dari Filipina.

AD

Siapa sebenarnya Kumpulan Panji Hitam Langkasuka?

Posted: 06 Aug 2013 07:01 PM PDT

PETALING JAYA: Persoalan yang berlegar-legar di fikiran kita sekarang, siapa sebenarnya Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara?

Semalam, 10 individu berpakaian serba hitam telah ditangkap pihak polis setelah mengadakan cubaan untuk merampas Istana Negara.

Semakan untuk mencari perihal mereka telah menjumpai beberapa "maklumat penting" mengenai kumpulan ini.

Ehsan dari http://myalexanderwathern.blogspot.com:

  • Nama kerajaannya ialah Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara.
  • Pemimpinnya ialah Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II (dialah Pemuda Bani Tamim merangkap Pemegang Panji Al-Mahdi).
  • Raja Langkasuka II itu berketurunan campuran antara keturunan Nabi Sulaiman dengan keturunan Nabi Muhammad.
  • Mendakwa ada lebih 80 hadith sahih tentang Pemuda Bani Tamim dan yang seumpama dengannya.
  • Jemaah mereka iaitu 313 Panji Hitam Langkasuka sudah dibentuk dan jemaahnya sudah dibai'ah dan disahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup, iaitu guru pondok Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan. (Tiga hari kemudian guru pondok itu meninggal dunia).
  • Jemaah mereka turut diakui kewujudannya oleh Zionist.
  • Mereka boleh berhubung dengan arwah Tok Kenali.
  • Majlis mereka sering diadakan di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan.
  • Majlis-majlis mereka ada yang dihadiri oleh wali-wali Songo, wali-wali kutub, jin-jin Islam, malah nabi-nabi seperti Nabi Khidhir, Nabi Ilyas dan ramai nabi lagi. Jemaah mereka mendapat 100% sokongan daripada tokoh-tokoh berkenaan.
  • Dalam salah satu majlis mereka berlaku "keajaiban dari langit".
  • Sebagai bantuan kepada pasukan mereka, Allah menghantar tenteranya menghuru-harakan New York.
  • Mereka akan sampai kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

Maklumat di atas hanyalah hasil dialog penulis blog dengan seorang pengikut Kumpulan Panji Hitam. Maklumat ini harus diselidiki dan dipertimbangkan sendiri oleh para pembaca..

Akaun Facebook parodi

Sementara itu, semakan di laman sosial Facebook oleh FMT untuk mencari Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II tidak membuahkan hasil, tetapi sebuah laman parodi telah dijumpai di https://www.facebook.com/pages/RajaNusantaragroup-Empayar-Langkasuka-Nusantara/142455975929096

"Page untuk hamba rakyat beta semua. Akaun original Raja Nusantara sudah kena hacked oleh RileksCrew. This Is Parody Page Beta," seperti yang tertera di laman tersebut.

Posting pertama berkenaan insiden penangkapan pengikut Kumpulan Panji Hitam memaparkan: "Yang kena tahan semalam tu rakyat beta, beta tengah rileks kat Kota Bharu lg ni, semalam bersama sahabat Sultan Kelantan kat istana beliau kt majlis Qiam With Me. Malam ni beta balik Kedah..get ready hangpaaa semuaa..beta balik ni."

"Gampang betol..rakyat beta gi istana sebab nk qiamullail mcm kt istana sultan Kelantan tu..habis seme diangkutnya…dah tu masuk tv free2 je…ingat rakyat beta ni bangang2 macam TV3 sama Utusan ke nk tawan istana dengan 10 orang?

"'Walk the talk'. Beta cakap, beta berani tunaikan gi istana tu. hangpa semua keyboard warrior pong pang dalam facebook. bukti beta ada telur. tak mcm aljibby. Misi beta sekarang nak tawan kerusi Presiden FAM dari sultan bolo," kata 'Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II'.

Di insiden sekitar jam 4.10 pagi semalam, kumpulan yang terdiri daripada lapan orang lelaki dan dua orang perempuan itu telah menaiki tiga buah kereta untuk datang ke Istana Negara.

Mereka dikatakan bertujuan datang ke Istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa merekalah pewaris agong yang sah.

Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.

Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tidak menjumpai sebarang barang atau senjata, hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.

Sementara itu Bernama melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi menangani kumpulan Panji Hitam Langkasuka.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu diminta memaklumkannya kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

"Melalui perkembangan terkini yang berlaku semalam, kumpulan berkenaan dilihat semakin berani untuk menterjemahkan ideologi mereka dalam bentuk tindakan bagi menyatakan hasrat mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis menahan 10 individu yang mendakwa anggota kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara, di luar pintu Istana Negara kerana dipercayai cuba melancarkan rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan itu yang turut dianggotai dua wanita dan berpakaian serba hitam tiba di Pintu 1, Istana Negara, pada 4.10 pagi menaiki tiga kenderaan yang turut dipasang bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara.

Menurut Othman, meskipun doktrin yang dibawa kumpulan berkenaan jelas bertentangan dengan fakta sejarah dan menyeleweng dari sudut agama, termasuk doktrin raja utusan Allah dan tentera Al-Mahdi, namun mereka diyakini mempunyaipengikut yang setia.

"Gerakan ini mula dikesan sejak awal menerusi media-media sosial yang didedahkan serta dikongsi bersama masyarakat, walaupun ia dilihat sebagai perkara yang tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata, oleh kerana kumpulan ini telah mencetuskan isu keselamatan,pihak keselamatan wajar mengambil tindakan.

THE FLYING KICK

Posted: 07 Aug 2013 01:25 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan