Isnin, 5 Ogos 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 05 Aug 2013 01:21 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Betulkah Penculik Aisyah Adalah Bapanya Sendiri? #prayforaisyah

Posted: 04 Aug 2013 05:21 PM PDT


Update 12:30PM:

Ada cerita di sebalik cerita di sebalik kehilangan Wan Aisyah. Bukan bapa, tapi bakal bapa tiri rupanya. Hmm ... dunia, dunia. Baca kisah sinetron ini di MStar, di sini.

Update 1:30PM:



Alhamdulillah. Wan Aisyah sudah dijumpai. Keluarga lelaki berkenaan telah menghantar Wan Aisyah ke Balai Polis Sungai Nibong.

Posting Asal:

Sejak semalam pelayar-pelayar laman sosial Facebook begitu aktif mengemaskini berita seorang budak perempuan bernama Wan Aisyah bt Wan Exzan, 3, yang dilaporkan diculik di Jusco Rawang, Selangor pada 03/08/2013, oleh seorang lelaki. CTS difahamkan lelaki tersebut adalah kenalan rapat atau saudara terdekat kepada kanak-kanak tersebut. Kita faham keprihatinan masyarakat kita. Ini mungkin masalah keluarga. Jangan kita buat lelaki tersebut seperti seorang penjenayah sebelum pihak Polis mengesahkan cerita yang sebenarnya.

Secara logiknya, bagaimana maklumat tepat lelaki berkenaan boleh diperolehi dengan cepat seperti kereta apa, warna apa, nombor plet apa serta nombor kad pengenalan lelaki berkenaaan. Lagipun, cuba lihat gambar di atas. Kita boleh lihat betapa erat si anak memeluk lelaki berkenan dengan botol susu di mulut. Agak pelik tapi tidak mustahil bagi kanak-kanak rapat dengan orang yang tidak dikenalinya.

Tidak mungkin "penculik" berkenaan merupakan seorang yang tidak dikenali oleh Si Ibu yang bernama Cikgu Arbaiyah. Mungkin juga lelaki berkenaan merupakan saudara terdekat dengan keluarga atau kenalan rapat. Walau bagaimanapun, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Aisyah. Semoga beliau kembali ke pangkuan Ibunya menjelang Aidil Fitri.

SPAD Luluskan Lesen Perubahan Sementara Sempena Aidil Fitri

Posted: 03 Aug 2013 08:30 AM PDT

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah meluluskan 437 Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada pengendali-pengendali bas ekspres tambahan sempena perayaan Hari Raya Adilfitri. Perkara ini di maklumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar selepas membuat lawatan ke Pudu Sentral. 

Beliau berkata, SPAD yakin kelulusan kepada 437 syarikat pengendali bas itu yang membabitkan tambahan hampir 700 bas dapat mengatasi masalah kekurangan bas pada musim perayaan. Syed Hamid juga memaklumkan, bahawa penguatkuasaan SPAD telah melipatkan gandakan operasi mereka bagi menangani kegiatan ulat tiket bermula 1 Ogos dan akan diteruskan sehingga 18 Ogos 24 jam sehari.

"Sepanjang tempoh itu SPAD akan mengadakan operasi bersepadu bersama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selain memantau kegiatan ulat tiket, SPAD juga akan memeriksa keadaan fizikal bas bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat dipandu, seperti lampur, viper, tayar serta pemandunya bebas dari pengaruh dadah".

Syed Hamid juga berpesan kepada semua yang mengunakan kenderaan Bas untuk pulan Berhari Raya supaya menaiki bas yang berlesen kerana mereka dilindungi insurans. Beliau juga memohon maaf kepada penguna kenderaan bas sekiranya mereka rasa terganggu dengan operasi yang di jalankan. "Kami buat ini untuk memastikan mereka selamat dan menaiki bas yang baik. Aktiviti operasi seperti ini bukan dibuat bermusim tetapi juga dari semasa ke semasa cuma ia dipertingkatkan menjelang hari perayaan. Saya harap orangramai tidak salah tafsir tindakan SPAD menggandakan operasi," katanya.

Syed Hamid juga berkata SPAD tidak akan berkompromi dengan pengendali bas ekspres yang menggunakan ulat sebagai ejen mereka. Ini kerana dalam operasi yang dilakukan, SPAD mendapati ramai di kalangan ulat tiket itu bekerja untuk ejen kaunter. "Sasaran kita bukanlah untuk menangkap ulat tapi untuk menentukan pengangkutan awam darat lebih efisien, teratur, lancar dan selamat," katanya.

Duke of UMNO

Posted: 05 Aug 2013 01:01 PM PDT

Duke of UMNO


MEMORI BLOGGERS UTARA DAN PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI DI KEDAH....

Posted: 04 Aug 2013 11:17 PM PDT

Lepas sahur tadi, aku tetiba teringat pasal perjalanan perjuangan Blogger pro-UMNO kat Kedah ni. Asal-usul penubuhan blog dan ikatan gerakan Bloggers Utara di Kedah terbayang dalam kenangan aku...rasa sentimental pulakkkk...heh!

Aku masih ingat lagi macamana aku mula berblog dulu. Mula-mula pada sekitar tahun 2006, aku menulis di portal Mykmu.net sebelum aku mula bukak blog pada tahun 2008. Masa tu tak banyak blog politik kat Kedah ni...

Memandangkan kami tak ramai, aku selalu ajak kawan-kawan blogger kat Kedah ni jumpa dalam sesi teh tarik. Antara penggerak blog time tu ialah AloqStaq, KedahTimes, PakTeh, Depakata, Tok Pauh, Bapak3 dan aku sendiri...


Masa tu, aku terfikir nak adakan majlis perjumpaan dengan lebih ramai blogger kat utara ni. Maka aku usaha dengan kawan-kawan aku untuk anjurkan perjumpaan pertama Bloggers Utara...

Aku risau jugak kalau perjumpaan tu tak dapat sambutan. Tapi alhamdulillah, yang datang lebih dari bilangan yang aku target. Lebih 30 orang yang hadir dalam perjumpaan tertutup tu. 

Antara yang hadir ialah PusakaAyahanda (sekarang MPP) dan Pejuang Bangsa dari Penang, Pak Teh, webmaster Mykmu, AloqStaq, Bapak3, geng KedahTimes, Pelantaq Hujah, Tok Pauh, Akram Shah Sanusi dan ramai lagi...

Memang meriah time tu. Aku puas dapat kumpul semua pejuang dalam dunia maya di Utara ni. Makin ramai, makin kuat, kan? Masa tu,Mctheory dan geng TMK belum ada..blog depa pun takdak lagi.. McTheory masa tu jadi tukang komen tegar dalam blog-blog kami...

Tapi lepas aku terpaksa ke KL sebab kena kerja kat sana, dengan berat hati aku lepaskan semua hal ehwal Bloggers Utara pada Pelantaq Hujah dan rakan-rakan KedahTimes. Kalau balik ke Kedah, aku ada jumpa dengan depa sekali sekala... hubungan kami tak putus...

Agak lama aku merantau di KL. Niat memang nak balik ke Kedah untuk bersama geng-geng perintis blog di Kedah...tapi apalah daya aku, kan? Sehingga itu, kedudukan Bloggers Utara agak "tergantung" tanpa penggerak utama... masing-masing berblog dengan cara masing-masing.. sedaya mungkin...respect la bro semua...

Lebih kurang setahun sebelum PRU ke-13, akhirnya aku pulang ke Kedah. Mungkin Allah mahu aku lebih serius untuk bantu UMNO/BN di Kedah kot?

Masa aku balik, dan ramai dah blogger kat Kedah. Paling aktif ialah Mctheory dan TMK. Aku join bekerjasama dengan depa. Tapi aku tak lupa pada kawan-kawan lama dalam Bloggers Utara, aku masih hubungi depa walau depa busy dengan kerjaya masing-masing...

Kami serang habis-habisan. Segala isu yang ada kami ketengahkan di medium blog. Sehingga malam menunggu keputusan PRU ke-13, kami berdebar-debar menunggu hasil perjuangan kami....

Alhamdulillah, Kedah berjaya ditawan kembali dari jajahan PAS. Kebobrokan PAS Kedah menyebabkan depa tewas. Aku macam nak menangis malam tu depan kawan-kawan blogger...

Kini, dunia blog di Kedah agak tenang. Blogger PAS ada keluarkan beberapa isu remeh. Senang sangat nak patahkan hujah dangkal depa tu. Tapi kami tetap berhati-hati dan terus berjuang...

Tak lama lagi kita umat Islam akan berhari raya. InsyaAllah, kalau umur panjang dan diberi kekuatan, aku akan sambung kembali perjuangan Bloggers Utara yang "tergantung" dulu. Kini bloggers di Kedah makin ramai, bersatu dan semakin kuat...

InsyaAllah, aku akan anjurkan pertemuan bersama Bloggers Utara secara tertutup nanti selepas raya. Itupun kalau diizinkan Allah. Ada banyak lagi perkara serius yang perlu kami bincangkan. Setuju? Apa yang aku tahu, perjuangan kami belum selesai....

PEJUANG BANGSA

Posted: 05 Aug 2013 11:30 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Dr Mazlan terus buat Anwar panik , surat misteri sudah di tangan SPRM !!

Posted: 05 Aug 2013 08:34 AM PDT




Bekas calon BN Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail semalam menyerahkan semua "surat misteri" Bankleaks Anwar/Karpal yang diterimanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONEMazlan berkata beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat yang didakwa mengandungi 'urus niaga' oleh pemimpin berkenaan, lapor Utusan Malaysia."Seperti dimaklumkan sebelum ini saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya seperti dilapor akhbar itu.
Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatlaporan polis terhadap dakwaan Mazlan yang memetik dakwaan "surat misteri" bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Turut membuat laporan, Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan calon BN itu. 

Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya dan kedua-dua pemimpin itu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan dan media arus perdana itu

Kumpulan gila Raja Nusantara ditangkap polis cuba serang Istana Negara !

Posted: 05 Aug 2013 08:05 AM PDT



 Polis menahan 10 individu termasuk dua wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara kerana mendakwa pewaris Yang di-Pertuan Agong yang sah dan cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara, awal pagi ini.



Kesemua mereka yang berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta ditahan ketika berhimpun di hadapan pintu 1, Istana Negara di sini, pukul 4.10 pagi sambil membawa 13 helai bendera serta beberapa helai watikah bai'ah (perjanjian untuk taat).

Hasil pemeriksaan mendapati tujuh daripadanya tidak mempunyai kad pengenalan manakala bakinya berasal dari Melaka, Perak, Kedah dan Johor.
Kesemua individu terlibat dan kenderaan yang setiap satunya turut dipasang bendera bertulis jawi 'Lailahaillaahmuhadarsullullah' telah dibawa ke Balai Polis Travers untuk siasatan lanjut.



Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Aida Abdul Hamid ketika dihubungi memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang Dipertuan Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau dikenakan denda.

Sementara itu, tinjauan mendapati seorang daripada ahli kumpulan tersebut telah mendakwa sebagai Raja Nusantara Kumpulan Empayar Langkasuka dan membuat pengakuan tersebut di dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.
Lelaki itu turut mendakwa sebagai Pemuda Bani Tamim yang menjadi penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahdi. - UTUSAN ONLINE

TERKINI ! KANAK -KANAK @FINDAISYAH TELAH DITEMUI DI P.PINANG !

Posted: 05 Aug 2013 12:22 AM PDT



GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Rawang baru-baru ini. 

Seorang wanita yang menghantar Wan Aisyah Wan Exzam ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin berkata, anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi Isnin. 

Wanita tersebut berkata anak lelakinya, 44, memberitahunya supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran. 

Anak lelakinya terus menghilangkan diri selepas insiden itu. 

Kanak-kanak itu dipercayai anak perempuan seorang guru matematik, Arbaiyah Md Zin yang mengajar di Rawang.

ANWAR SOUND JAKIM , IBARAT LUDAH TERPERCIK KE MUKA SENDIRI !

Posted: 04 Aug 2013 10:54 PM PDT



Agak melucukan sekali bila baca kenyataan Anwar yang sound JAKIM pasal tindakan terhadap jurulatih anjing yang menghina Islam .

Cermin la diri itu dulu sebelum nak mengutuk orang kononnya pilih bulu . Cerita video seks dengan China Doll itu awat Anwar tak mahu minta kenyataan JAKIM ?? Double standard sebab u ketua pembangkang ?



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata memadai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberikan teguran kepada jurulatih anjing, Maznah Mohd Yusof, 38, yang didakwa menghina Islam.

Justeru Jakim tidak perlu membesarkan isu itu sekaligus menjadikan ia sebagai isu nasional.  

"Sepatutnya (jurulatih itu) dipanggil dan beri nasihat supaya dia jelaskan. Panggil bagi teguran. Jangan jadikan isu nasional," katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Jakim sebelum ini memutuskan status klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, SKMM turut mencadangkan kepada Jakim agar mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah Mohd Yusof, 38, atau dikenali Chetz yang kini menjadi kritikan ekoran video pemaparan dirinya bersama tiga ekor anjing di YouTube baru-baru ini.

Anwar berkata, Jakim sepatutnya 'bersuara' dalam banyak perkara membabitkan isu yang lebih besar melibatkan soal akidah.

"Orang Islam pegang (saham syarikat) San Miguel, syarikat perjudian, (Jakim) tak ada kenyataan," ujarnya.

Anwar tuduh Dr Mazlan fitnahnya penyebaran surat layang

Posted: 04 Aug 2013 07:36 PM PDT




 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis bagi menafikan pendedahan kandungan 6,000 keping surat yang mengaitkan mereka di Permatang Pauh, kelmarin.


Kedua-dua pemimpin pembangkang itu hadir di Balai Polis Tropicana di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari untuk membuat laporan polis supaya satu siasatan dan tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa.

Dalam laporan itu, Anwar dan Karpal memandang serius tentang dakwaan tersebut dan berharap Peguam Negara (AG) akan mengarahkan perkara berkenaan disiasat polis.

Anwar dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR selepas membuat laporan itu berkata, dakwaan yang dibuat bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pendedahan surat layang itu disifatkannya sebagai satu fitnah yang dilemparkan UMNO terhadapnya.

Kelmarin, Mazlan mendedahkan kira-kira 6,000 laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang mendedahkan 'urus-niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Anwar dan Karpal yang telah tersebar secara meluas di Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu.

Mengulas dakwaan 'urus-niaga' itu, Anwar memberitahu, beliau dan sekeluarga amat berterima kasih kepada Karpal yang banyak membantunya selama ini dan tidak timbul isu kewangan antara mereka.

"Sepanjang Karpal membantu saya menjadi panel guamannya, tidak pernah timbul tentang isu pembayaran. Apabila dakwaan sebegini berlaku, sekali gus menjejaskan maruah Karpal," katanya.

Tambahnya, beliau setuju jika Karpal mahu mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menjejaskan imej mereka dan pemimpin PKR lain.

Sementara itu, Karpal pula mencabar Mazlan mendedahkan identiti dan dokumen mengaitkan dirinya dan Anwar seperti yang didedahkannya sebelum ini.
"Saya cabar Mazlan jika dia 'anak jantan' supaya tunjukkan slip cek, akaun bank, slip pembayaran dan identiti pihak yang membuat surat itu.


"Saya juga mencabar stesen televisyen TV3, akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times untuk turut melakukan perkara sama," katanya.


Beliau turut berkata, pihaknya dan Anwar sedang mengumpul bukti untuk melakukan tindakan dalam masa terdekat.


"Tuduhan yang dilemparkan begitu serius dan saya menafikan kewujudan tuduhan itu kerana saya telah lama bersahabat dengan Anwar. Oleh itu saya menggesa pejabat AG mengarahkan siasatan mendalam tentang perkara in

Terkini ! Suspek lahanat culik kanak-kanak dah dikenalpasti #findaisyah

Posted: 04 Aug 2013 06:12 PM PDT

Musibat betul lahanat ni yang disahkan menculik seorang kanak-kanak perempuan melalui rakaman CCTV pasaraya.


tunku

Posted: 05 Aug 2013 03:34 AM PDT

tunku


Duties of Muslims in the Last Third of Ramadan

Posted: 04 Aug 2013 01:10 PM PDT

The last third of Ramadan is the time for the release from Hell-fire, as the Prophet (peace and blessings be upon him) said in the hadith reported by Salman Al-Farisi:

 "O people, a great and a blessed month is approaching you. In this month there is a night that is better than one thousand months. Allah has made fasting during its daytime obligatory and prayers at night commendable during this month. Whosoever will do a voluntary good deed during this month, it is as if he performed an obligatory good deed at another time and whosoever will perform an obligatory good deed, it is as if he performed seventy obligatory good deeds at another time. This is the month of patience and the reward of patience is Paradise. This is the month of kindness and charity. In this month the believer's provision is enlarged. Anyone who will give food to a fasting person in this month, it will bring forgiveness for his sins, will save him from the hellfire and he shall have his reward without the person who is fed losing any of his reward… The first third of the month of Ramadan is the time for rahmah (mercy), the second third is for forgiveness, the third is for the release from Hell-fire…"
 
The duties of the Muslim in this last third of Ramadan is to try his best to perfect his fasting, to avoid any shortcomings or sins that can harm his fasting, to offer more prayers, preferably in jama`ah (congregation), to advance in reading the Qur'an, to make dhikr (remembrance of Allah), to help others to be more committed to religion, to enter i`tikaf if it is possible for him/her, and to remember that the Prophet (peace and blessings be upon him) used to give extra attention to the last ten days of Ramadan. He could hardly sleep, and his family used also to stay in vigilance with him. The Prophet's generosity in this month and particularly in the last ten days was compared to a fast wind.

We should not miss to remind you and all Muslims to try to settle disputes. It is the best occasion to forgive one another and forget about all enmities and grudges. We should come out of Ramadan in a better shape, understanding, and moral behavior. The Prophet (peace and blessings be upon him) made it clear that "if any Muslim comes out of Ramadan without gaining forgiveness and goodness, he/she is a real loser."

DAP grassroots want CEC re-election, says ROS

Posted: 04 Aug 2013 09:40 AM PDT

DAP should hold its central executive committee (CEC) re-election immediately as this is what the party grassroots want, said Registrar of Societies (ROS) director-general Datuk Abdul Rahman Othman.

In a statement Sunday, he said this was the best decision and which would also show transparency on the part of the party leadership, which had promised the public that it would implement whatever decision announced by ROS.

Abdul Rahman said all matters related to any body was handled in accordance with the Societies Act 1966 and ROS made the decision on the CEC election issue based on the statements given by the parties involved.

He said the Act did not provide the need for ROS to explain the matter to the public, adding that ROS took a humanistic approach with regard to the DAP leadership.

On July 30, ROS ordered DAP to hold a CEC re-election and informed that he was not satisfied with the explanation given by the party on the issue of manipulation of votes during the CEC election.
A day later, DAP secretary-general Lim Guan Eng questioned the legal provisions used by ROS in making the decision.

Lim was also reported to have said that DAP would not abide by the directive given by ROS issued via a notice for the CEC election be reconvened as long as the order was not fully explained.

Ohpolitik!™

Posted: 05 Aug 2013 03:30 AM PDT

Ohpolitik!™


AES dan Speed Trap Polis Tidak Akan Dilaksanakan - PM

Posted: 05 Aug 2013 01:23 AM PDT

Untuk makluman. Sistem AES dan juga Speed trap Polis tidak akan dilaksanakan dinegara ini. Keputusan ini dibuat oleh kerana pihak kerajaan telah menerima pelbagai rintihan rakyat berkaitan perkara tersebut. Dasar kerajaan yang menitik beratkan pandangan dan keluhan rakyat maka sistem AES dan juga speed trap polis tidak akan samasekali dilaksanakan dinegara ini. Tegas Perdana Menteri lagi. Bagi menangani kes kemalangan pihak kerajaan akan mencari jalan penyelesaian yang lebih baik dan memenuhi kehendak dan persetujuan rakyat. Situasi win win diantara kerajaan dan rakyat sememangnya menjadi harapan kerajaan dan tidak sesekali kerajaan akan mengetepikan rakyat dlm membuat sesuatu keputusan yang turut memberi kesan kepada rakyat. Oleh itu biarlah sistem AES dilaksanakan dinegara lain tetapi tidak dinegara ini. Kata Perdana Menteri Pasir Berdengung semasa merasmikan kenderaan tentera berkuda di pasir Dua butir.

Biarlah berlaku banyak kemalangan dan hilang nyawa, janji rakyat boleh pandu laju-laju terutama musim perayaan ini. Biarlah kepulangan ditangisi dengan kematian, kerana mudah nanti nak register lebih ramai pengundi hantu mahupun bangla pada PRU14...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Alahai Politik! Bagi Duit Raya Pun Nak Pakai #DakwatKekal

Posted: 04 Aug 2013 07:52 AM PDT

Politik sana sini, jangan sampai hari raya turut memberi kesan.. Masanya sudah tiba, semua rakyat yang beragama Islam bersatu kembali. Jadikan titik pertemuan ramadhan dan aidilfitri ini sebagai detik permulaan bersatunya dunia politik Islam dan bangsa Melayu umumnya. Janganlah kita berpecah lagi...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

bumiyang

Posted: 05 Aug 2013 03:26 AM PDT

bumiyang


Awas Penculik Kanak2???

Posted: 04 Aug 2013 03:44 PM PDT

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 05 Aug 2013 03:25 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Peringatan hari raya dari SPR

Posted: 04 Aug 2013 10:34 PM PDT


Politik Harian

Posted: 05 Aug 2013 03:22 AM PDT

Politik Harian


Faisal Anak Muda Malaysia Ambil Keputusan Berperang Di Syria!

Posted: 04 Aug 2013 07:00 PM PDT


Seorang pemuda warga Malaysia yang pada mulanya hanya pergi menghantar bantuan kemanusiaan di Syria mengambil keputusan untuk terus tinggal di sana dan mengangkat senjata menentang tentera rejim syiah Basyar Assad.

Faisal Hamdi, anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah namun menetap di Kuala Lumpur dikatakan berlepas bersama kumpulan team kemanusiaan ke Syria untuk berkhidmat membantu rakyat dan pelarian Syria pada 28 Julai lalu.

Namun tidak tahan melihat kekejaman berlaku di Syria dan dia sendiri sudah lama memendam hasrat untuk jihad fisabilillah, Faisal dikatakan menyertai mujahidin Free Syrian Army (FSA) untuk turut sama menggempur rejim Syiah Basyar Assad.

Keputusannya ini disokong oleh keluarga malah isterinya, dilihat turut memberikan kata-kata semangat.

Bagaimanapun dalam gambar yang memaparkan dirinya memegang senapang, Faisal meletakkan 'disclaimer' bahawa keputusan untuk bertempur dengan tentera rejim adalah keputusan peribadi dan tidak melibatkan kumpulan team kemanusiaan yang diwakilinya.

Sebagai persediaan sebelum berjihad di Syria, Faisal dikatakan sudah mempersiapkan diri termasuk dengan menyertai latihan keras rejimen askar wataniah di samping mendalami ilmu agama.

Jika dilihat pada laman Facebook Faisal, dia sentiasa memberikan update terkini keadaan di Syria termasuk kawasan tempatnya berada yang sering digempur rejim Basyar. – REM RAMZI


Keberanian Faisal amat dikagummi... marilah para sahabat kita mendoakan agar Faisal sentiasa dilindunggi Allah s.w.t... Allhuakbar!





Taipingmali (tm)

Posted: 05 Aug 2013 01:14 AM PDT

Taipingmali (tm)


PANAS : YB BUDIMAN MERAJUK DENGAN ISTERI PULAK DAH

Posted: 05 Aug 2013 01:04 AM PDT

PENIAGA HARAM SEMAKIN BONGKAK DAN GARANG SANGGUP KELUAR PARANG PANJANG

Posted: 04 Aug 2013 11:33 PM PDT

OKU TERDEDAH KEPADA BAHAYA ANGKARA PENIAGA HARAM

Isu kedai haram, bengkel haram, gerai haram semakin menjadi wabak penyakit yang merosakkan negara. Pihak kerajaan menghabiskan jutaan ringgit untuk mencantikkan lanskap negara. Namun dengan bertambahnya pembinaan haram di bahu-bahu jalan telah menjejaskan hasrat negara untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara bersih, cantik dan menjadi negara contoh.

Fenomena haram ini bukan sahaja berlaku di Lembah Kelang tetapi ke seluruh negara. Jika zaman dahulu gerai-gerai haram dibina menggunakan kayu-kayu terbuang tetapi hari ini subjek haram ini menggunakan besi, pintu keluli gelongsor dan sebagainya.

Biasanya ia dibina di bahu-bahu jalan dan ada yang membina objek haram ini di atas tapak parkir kenderaan.

Begitu juga halnya di RR lebuh raya PLUS. hampir semua RR mempunyai gerai haram yang dibina di belakang pagar dan yang terlibat ialah terdiri daripada pekerja-pekerja RR sendiri.

Di RR Sungai Perak terdapat banyak gerai haram dibelah atas jalan dan mereka ini meroboh dan merosakkan pagar yang dibina oleh PLUS untuk membolehkan mereka menarik pelanggan. Paling hina ialah apabila mereka ditegur oleh pegawai PLUS, peniaga akan keluarkan parang panjang untuk menakutkan pegawai PLUS. Dengan muka tak malu juga mereka akan turun ke tandas untuk mandi dan buang hajat mereka malah mengambil air dari RR secara haram.

Baru-baru ini tersebar insiden seorang pemuda cina yang mengamuk dan memaki hamun penguat kuasa di Kelana Jaya. Budaya samseng seperti itu bukan sahaja ada pada satu bangsa sahaja malah semua bangsa yang menjadi penduduk Malaysia berperangai sama, sama seperti di RR Sungai Perak, semua Melayu pun perangai sama.
Penduduk Desa Tasik dan Bandar Tasik Selatan, mendakwa seperti tinggal di penempatan setinggan berikutan peniaga gerai haram terus kebal menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan terbabit.
Pengerusi Jawatan kuasa Bertindak Pemindahan Gerai-Gerai Haram, Kapten (B) Rusli Ismail berkata, penduduk buntu seperti negara tiada undang-undang mengekang kewujudan gerai haram di sepanjang laluan siar kaki terbabit.
Menurutnya, gerai haram ini dibina secara tidak terkawal, namun rintihan dan aduan penduduk kepada pihak berwajib terus diketepikan didakwa demi kepentingan peniaga ini.
"Penduduk yang membayar cukai terus dihimpit masalah ini bertahun-tahun lamanya sedangkan peniaga haram ini terus mengaut untung tanpa menyumbang sebarang manfaat, malah memberi masalah kepada kami di sini," katanya kepada Sinar Harian.
Rusli berkata, 55 peratus peniaga adalah orang tempatan manakala selebihnya adalah warga asing yang menyewa gerai dari warga tempatan dan sudah pastinya mereka ini tiada lesen untuk berniaga.
Menurutnya, dianggarkan kira-kira 250 gerai yang berniaga di laluan siar kaki adalah binaan kekal, 75 gerai didaftar dan hanya lapan gerai berlesen seperti didakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Persoalan timbul bagaimana mereka ini cukup kebal dari sebarang tindakan undang-undang mahu pun peraturan di mana antara syarat pemberian lesen, gerai mesti dibina 3.04 meter dari bahu jalan.
"Malah sepatutnya tiada binaan kekal dibenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) atas parit dan longkang untuk menjalankan perniagaan," katanya
Jelas Rusli, implikasi dari gerai haram ini menimbulkan seribu satu masalah seperti kemalangan pejalan kaki yang terpaksa berjalan di jalan raya, peningkatan wabak denggi kerana longkang tersumbat, banjir kilat, peningkatan populasi tikus dan sampah haram, termasuk membuangnya ke kawasan perumahan.
"Peniaga juga menyambung bekalan elektrik haram, jalan rosak kesan peniaga membuang air basuhan di jalan selain peniaga cuci kereta di atas laluan siar kaki.
"Sikap tidak bertimbang rasa peniaga ini turut membahayakan pengguna jalan raya apabila pandangan terhad kepada pemandu dan pejalan kaki, papan tanda dirosakkan, lampu isyarat di dalam gerai, objek bahaya diletakkan di bahu jalan seperti pasu, meja dan kerusi sehingga menyebabkan laluan jalan dua hala menjadi sehala," katanya.

Di Taiping Perak, fenomena ini juga hampir sama, jika dirakam gambar-gambar jumlah gerai haram bukan lagi puluh dan ratus tetapi beribu-ribu. Ini lah yang dikatakan orang Malaysia tidak mempunyai minda kelas pertama.

PBT pula gagal bertindak kerana campur tangan parti politik. Saya masih ingat YDP Majlis Perbandaran Taiping satu ketika dahulu Allahyarham Datuk Ismail, jika dia kata roboh kedai dan gerai haram, tidak ada seorang pun ahli politik berani menentang beliau. Waktu itu bandar Taiping kelihatan cantik dan bersih. Kini 2013 jumlah kedai, gerai atau premis haram semakin membiak bagaikan virus HIV dan AIDS.

PENGGANAS DARI PERAK GAGAL DALAM CUBAAN RAMPAS ISTANA NEGARA

Posted: 04 Aug 2013 10:47 PM PDT

Written By Azmy Klanajaya on Monday, 5 August 2013 | 12:14



Sekitar jam 4 pagi tadi sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur dalam cubaan kononnya nak rampas Istana !!

Kumpulan ini terdiri seramai 8 orang lelaki dan 2 orang perempuan berpakaian serba hitam menaiki 3 buah kereta.

Mereka mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.

Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.

Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.

Setiap kenderaan di pasang bendera bertulisan kalimah tauhid dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.

Suspek yang d tahan adalah seperti berikut :


1. HASBUL JALIL B HASSAN, KPT: 730719-02-5087,
Alamat: 204, KG KUALA SAMAK, 09300 KUALA KETIL, KEDAH


2. MOHD ZULKIFLE B HJ HAMIDI, KPT: 600708-08-5177, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR RANTAU PANJANG 34110 SELAMA, PERAK


3. ZULHILMI B. SARIMAN, KPT: 890417-01-5847, Alamat: NO 79, JLN KEMPAS, TAMAN MEGAH RIA, 81750 MASAI, JOHOR


4. AZHAR B. HAMIDI, KPT: 720210-08-6355, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR 34110 SELAMA, PERAK


5. MOHD HAZIQ HILMI B SALLEH, KPT: 891227-01-6181, Alamat: NO. 54, JLN NENAS 2, TMN KOTA MASAI, 81750 MASAI, JOHOR


6. ABDUL HAFIZ B SULAIMAN, KPT: 880327-04-5453, Alamat: LOT 241, KG GHAFAR BABA, 76400 TANJONG KELING, MELAKA


7. RAJA NOORAINI BT RAJA AHMAD, KPT: 611222-08-5760, Alamat: NO. 31, LORONG 5, TMN SRI KURAU, KEMUNTING 34010 TAIPING, PERAK


8. MADKAYA B ABDUL GAPUL, KPT: 690714-12-5229

Buat pun kalah, tak buat salah

Posted: 04 Aug 2013 09:04 PM PDT

Kerajaan Persekutuan akan membina sebuah jambatan dan meninggikan aras jalan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Km 326.7 Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, berdekatan Sungai Durian, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata jambatan yang akan dibina itu adalah sepanjang satu kilometer dan menelan belanja kira-kira RM16 juta.

"Laluan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan Kota Baharu ke Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir terutama ketika musim tengkujuh," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNg) Kelantan, di sini, hari ini.

Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli berkata dengan adanya jambatan tersebut, ia diharap dapat menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan itu.

"Setiap tahun, sekurang-kurangnya sebanyak empat kali pengguna jalan raya akan mengalami masalah banjir sekali gus menyebabkan terputus laluan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata kerajaan Persekutuan turut mengutamakan perkara berkaitan kerohanian dengan mengadakan program dakwah dan majlis ilmu secara berkala.

Buat pun kalah, tak buat pun salah. Inilah delima Kelantan. Orang Umno kelantan suka Umno kalah sebab 'masyuk lebih'.

Sekarang fenomena Kelantan dah jadi ikutan di Selangor.

Sama kes macam subsidi diesel kepada nalayan. 20 tahun dahulu, jumlah minyak digunakan nelayan kecil tetapi jumlah tangkapan ikan besar, sekarang jualan minyak melampau-lampau tinggi tetapi hasil ikan yang naik ke darat ciput.

"Walaupun program yang kita adakan sering dipertikaikan oleh kebanyakan pihak, namum saya rasa usaha ini harus diteruskan bagi memperkasakan sebuah negara yang memperjuangkan agama Islam," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mayat Syiah Ditanam Berdiri

Posted: 04 Aug 2013 08:32 PM PDT

Dalam Rencana halaman 30 Berita Harian hari ini menceritakan pengalaman Penolong SUK KDN En Zamihan Mat Zin yang berdepan dengan jemaah Syiah di Kedah dalam perebutan untuk menguruskan jenazah 3 minggu lalu.

Zamihan juga pernah dijemput untuk hadir dalam majlis debat dengan ketua Syiah Kedah iaitu Abdullah Hasan dan turut serta dalam debat tersebut ialah Mahfuz Omar sendiri. Dialog atau debat berjalan dalam suasana tegang dan ada pengikut Syiah yang membawa senjata dan bertindak kasar.

Jelas menunjukkan Mahfuz tahu bahawa Syiah sememangnya wujud dan kuat di Kedah.

Kenyataan bodoh beliau baru-baru ini yang cuba tidak tahu dan tidak faham apa itu syiah jelas telah mencemarkan nama beliau dan tidak mustahil juga Mahfuz juga seorang Syiah.

Sekian/....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ISA perlu kajian mendalam?

Posted: 04 Aug 2013 03:39 PM PDT

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.

Katanya cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.

TM menyokong cadangan mewujudkan semula ISA tanpa perlu membuat kajian yang mendalam, sebab ianya sudah lama diguna pakai, segala garis panduan, fasa-fasa sudah ada. Apa yang perlu ialah, buka balik buku akta tersebut dan laksanakan sahaja.

Tak perlu dibahaskan di dalam kabinet sebab sewaktu memansuhkan dahulu pun tak perlu kelulusan dewan rakyat pun.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GAJAH MAKAN SAMPAH UNTUK HIDUP DI LEBUH RAYA TIMUR BARAT

Posted: 04 Aug 2013 03:12 PM PDT

Islam Di Persenda, Melayu Di Hina

Posted: 04 Aug 2013 02:45 PM PDT

sekupangdua

Posted: 04 Aug 2013 11:34 PM PDT

sekupangdua


WAKIL TUHAN AJAIB ATAU PENIPU BESAR?

Posted: 04 Aug 2013 11:00 PM PDT



Bila melihat keajaiban yang dilakukan oleh seorang sami yang membolehkan dia mengubat seoarang penduduk kampung yang dirasuk, apatah lagi bila kita dapati dia memindahkan saka kedalam sebijik buah kelapa, paling mengejutkan bila buah kelapa tersebut dipecahkan dan bersembur darah yang keluar dari dalam kelapa tersebut

Apa-apa pun kena tengok sehingga selesai bagaimana mereka merancang semua strategi untuk pengaruh penduduk kampung ini. seorang pengurus Bank yang menyamar sebagai Sami yang punya kuasa ajaib  dan ditakuti oleh seluruh penduduk kampung dengan kononnya dia punya kuasa ghaib... 

PEROGOL BAYI 4 BULAN DIPENGGAL N DI POTONG KEMALUANNYA

Posted: 04 Aug 2013 09:30 PM PDT

Seorang perogol yang merogol bayi berusia 4 bulan dipenggal kepalanya dan kemaluannya dipotong oleh samseng-samseng tempatan. Kejadian tersebut berlaku di Brazil..


Memang dahsyat orang disini kerana marah dengan jenayah berat perogol ini.

Bayangkan bayi berusia 4 bulan yang dirogolnya, adakah penamat hidup sebegini yang paling layak untuk si perogol yang lebih binatang dari binatang… ??
Atau, apakah ada hukuman lain yang PAALING LAYAK DITERIMA..??

NAGA MEMANG WUJUD? KENAPA TAK DEDAHKAN? SEBAB TERLALU KECIL DAN PECAH TEMBELANG?

Posted: 04 Aug 2013 05:30 PM PDT




Naga merupakan makhluk mitos atau khayalan sahaja, yang bererti tidak mungkin ada di dunia nyata, tetapi di China ada seorang pemuda yang sedang membelah perut seekor Naga.



Mungkin untuk dijadikan ubat kuat. Tidak banyak maklumat yang didapati disebalik gambar ini, juga tiada sebarang maklumat tentang pemuda ini dan dimana dia menangkap Naga ini. Segalanya di rahsiakan.


Ramai yang mengatakan Naga ini adalah palsu, tetapi setelah pemeriksaan lebih dekat dari gambar-gambar diatas didapati Naga yang dipegang pemuda ini memang Naga asli, Inilah buktinya :



1 - Pemuda dalam gambar ini menunjukkan reaksi semulajadi seorang manusia semasa membelah perut seekor binatang (dia tidak sedar kamera mengambil gambarnya)



2 - Ada seekor anjing yang sedang memainkan ekor Naga tersebut dan ini jelas bukan rekaan photoshop.



Ulasan alamcyber2020-Mungkin binatang berbentuk Naga ini wujud di negara China. Cuma tidak di dedahkan oleh media sahaja atas sebab-sebab tertentu. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau pun tidak.

MAHLUK ASING DIKESAN DALAM GAMBAR

Posted: 04 Aug 2013 07:00 AM PDT

Sepanjang pasca Perang Dunia Kedua, ramai juruterbang tentere Berikatmendakwa melihat objek pelik terbang mengekori pesawat mereka. Objek pelik berbentuk bebola cahaya itu biasanya muncul secara tiba – tiba sahaja dan jumplahnya kadang kalaboleh mencapai sehingga 15 biji bebola cahaya dalam satu – satu formasi. Bebola cahaya itu akan muncul dalam cahaya berwarna putih dan akan berubah warnanya kepada merah dan oren sebelum kembali ke warna asal. Para juruterbang kemudian menggelarkan bebola ini dengan panggilan Foo Fighter!
Walaupun ada laporan dari juruterbang yang pernah melihat objek tersebut muncul di beberapa bahagian lain yang dikuasai tentera Berikat Eropah dan di kawasan yang dikuasai Jepun, Foo Fighter dilaporkan lebih kerap muncul apabila juruterbang Berikat memasuki ruang udara pihak Jerman. Beberapa juruterbang pernah mendakwa, apabila mereka bertindak mengubah haluan untuk mengelak, Foo Fighter juga akan turut mengubah haluan dan kekal dalam kedudukan relatif mereka.
Pihak Berikat menbuat tafsiran bebola cahaya Foo Fighters mungkin sebahagian dari teknologi rahsia Jerman. Ini memandangkan pencapaian saintis Jerman dan jurutera senjata mereka pada ketika agak mengagumkan. Sebagai contoh, pencapaian mereka mereka dalam teknologi rocketry (piring terbang) dan enjin tujahan pesawat adalah antara pencapaian teknologi paling maju yang superb pada zamannya. Maka, tidak mustahil juga Foo Fighters ini sebahagian dari teknologi hebat mereka. Mungkin ia kamera pengintip atau senjata anti pesawat yang aneh.
Beberapa penulis mendakwa kewujudan Foo Fighters telah mendatangkan masalah da gangguan pada radar, memaksa beberapa misi pengeboman terpaksa dibatalkan. Ada yang meepertikaikan dakwaan itu. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan. Tiada pula sebarang laporan Foo Fighters merosakkan atau mengapa – apakan pesawat – pesawat tentera Berikat dan tiada pula sebarang peristiwa berlaku sepanjang kemunculan objek ini yang boleh dihubung-kaitkan 'mereka' dengan tentera musuh. Juruterbang – juruterbang tentera Bersekutu juga pernah juga mencuba untuk mengekori Foo Fighters namun mereka gagal kerana ia akan menghilangkan diri dalam kelajuan yang amat pantas.
"A new German weapon has made its appearance on the westrn air front. It was discloded today. Airmen of American Air Force report that they are encountering silver coloured spheres in the air over German territory. The spheres are encountered either singly or in clusters. Sometimes they are semi-translucent." – New York Times on December 1944
Terjemahan petikan
"Senjata Jerman yang baru telah muncul di bahagian runag udara sebelah barat. Ia telah didedahkan hari ini. Menurut laporan juruterbang tentera udara Amerika Syarikat, mereka telah bertembung dengan objek sfera berwarna perak di ruang udara wilayah Jerman. Objek sfera ini boleh ditemui bergerak secara tunggal atau berkumpulan. Kadang kala ia bersifat separa lut cahaya."
Tidak ada sebarang kata sepakat dan persetujuan di sebalik fenomena aneh Foo Fighters sehingga ke hari ini. Namun, pendapat yang rata – rata menjadi bualan umum adalah Foo Fighters merupakan makhluk angkasa lepas atau mungkin kapal peninjau mereka yang dikendalikan dari jauh.
Pendapat bahawa Foo Fighters adalah sebuah senjata anti pesawat ciptaan Jerman pula disangkal. Jika benar ia dicipta untuk mendatangkan kemusnahan, sepanjang kemunculannya, tiada pula sebarang laporan kemusnahan pada pesawat tentera Berikat. Ada yang mendakwa ia adalah sebuah senjata yang masih di peringkat prototaip yang mana penggunaannya hanya terhad untuk menjejaki musuh.
Jika benar Foo Fighters ini senjata rekaan Jerman, sudah pasti salah satu dari mereka ini berjaya menemuinya. Beberapa pendapat mengatakan perang dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang dicatat tercetus akibat konflik ekonomi, tekanan ketenteraan dan konflik politik hanyalah 'penyebab perang yang direka mereka' kerana perang dingin itu sebenarnya hanya demi menjaga kepentingan teknologi masing – masing, teknologi yang diperoleh dari Jerman.

Berdasarkan teknologi aeroangkasa Jerman yang maju pada era itu, berkemungkinan besar wujudnya senjata seakan Foo Fighters serta senjata – senjata rahsia lain dan secara terang – terangan tercatat dalam sejarah bahawa Kesatuan Soviet dan Amerika merampas segala teknologi ciptaan para saintis Jerman ketika mereka berjaya menawan Jerman. Adakah mereka benar menemui teknologi Foo Fighters tidak pula dapat dipastikan namun apa yang diketahui, Jerman mampu menbangunkan sebuah pesawat prototaip mirip piring terbang melalui teknologi yang dimiliki mereka pada era perang dunia kedua. Tidak mustahil untuk mengatakan bahawa piring terbang atau sinonim dengan nama UFO yang seringkali dikaitkan dengan makhluk angkasa lepas sebenarnya ciptaan dari salah satu kuasa besar ini hasil dari rekaan asas Jerman yang dirampas.  

RIHANNA BUAT TATU DEWI FIRAUN DI CELAH BUAH DADANYA

Posted: 04 Aug 2013 05:30 AM PDT

Baru-baru ini Rihanna telah membuat tatu baru di London. Tatu itu diabdikan sebagai penghormatan buat mendiang neneknya yang dianggapnya sebagai dewi kerana personaliti wanita itu. 


Penyanyi Russian Roulette itu mengupload gambar tatu terbarunya itu menerusi laman Instagram. Dalam gambar itu Rihanna kelihatan berbogel dengan tangannya menutup kedua payudara dan tatu berbentuk dewi Mesir iaitu Isis terletak di bahagian bawah antara payudara Rihanna.

Entri lain yang Menarik

MAKHLUK ASING ATAU MAYAT ORANG KENIT?

Posted: 04 Aug 2013 01:30 AM PDT

makhluk asing

Rangka Makhluk Asing?

Pengarah biologi di Stanford Universiti, California, Garry Nolan, melakukan ujian DNA bagi mengenal pasti rangka dipercayai makhluk asing bersaiz 15 sentimeter dijumpai di Chile.

Menurutnya, ujian awal mengesahkan, rangka berusia kira-kira enam ke lapan tahun itu bukan dari spesies monyet kerana ia mempunyai gigi dan sembilan tulang rusuk.

makhluk asing
Ada gigi dan sembilan tulang rusuk

Rangka tersebut dijumpai Oscar Munoz pada 2003 di La Noria, sebuah bandar hantu di Gurun Atacama, dipetik daripada MailOnline.

JENIS MANUSIA YANG MAKAN DAGING MANUSIA

Posted: 04 Aug 2013 12:49 AM PDT


Menurut salah seorang Aghoris yang ditemuramah seorang wartawan Australia, cannabis mahupun alkohol adalah penyumbang utama atas 'keberaniannya' mengunyah daging manusia! Dengan halusinasi dan mabuk, seorang Aghoris mampu mengelak rasa mual dan rasa luar biasa ketika makan daging manusia terutama daging yang sudah membusuk. Itulah salah satu cara mematikan segala rasa untuk dapat menikmati daging manusia.
Para Aghoris atau disebut juga cukup dengan Aghor, umumnya tinggal di tepi sungai Gangga tidak jauh dari tempat-tempat pembakaran. Mereka meninggalkan kesenangan duniawi dan hidup secara natural, dan makan apa-apa yang terdapat di hadapannya.
Untuk menjadi seorang Aghor tentulah tidak mudah, perlu melalui ritual-ritual khusus yang diberikan oleh gurunya, sebagai tahap awal seperti: minum air atau makan abu mayat pembakaran, kemudian melumuri seluruh badan mereka dengan abu mayat, serta calon Aghori harus mencari tengkorak kepala manusia yang banyak bertaburan di sepanjang sungai Gangga untuk dijadikan mangkuk suci dan sebagai tempat minum seharian.
Mereka juga tidak boleh berkahwin namun boleh melakukan hubungan seksual dengan perempuan mana-mana dengan syarat tidak boleh ejakulasi ketika melakukan bubungan seksual tersebut. Dan konon para Aghori ini tidak susah untuk mencari perempuan yang rela tidur dengannya kerana banyak wanita yang rela menyerahkan diri kepada mereka. Para perempuan tersebut malah bangga jika berjaya melakukan hubungan badan dengan orang suci ini.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 04 Aug 2013 11:31 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Gempar! Ibu Aisyah rancang kahwin dengan suspek culik. #FINDAISYAH

Posted: 04 Aug 2013 09:54 PM PDT


PETALING JAYA: Di saat bahang sambutan Aidilfitri semakin terasa, seorang ibu memohon bantuan rakyat Malaysia dalam usaha mengesan anak perempuannya berusia tiga tahun, Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang di Rawang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.

Walupun hanya mengenali lelaki tersebut selama beberapa minggu, Arbaiyah, seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya itu dibawah jagaan suspek pada 30 Julai.

Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.

Ibu kanak-kanak itu turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.

"Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.

"Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.

Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.

Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak.

Abdul Rahim berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.

Sementara itu, #findaisyah tersebar pantas di laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh negara menggunakan medium tersebut untuk mencari kanak-kanak tersebut selepas berita penculikannya disebarkan dalam laman media sosial awal pagi Isnin.

Sumber : Mstar.com.my


PERHATIAN: Kanak-kanak Hilang JUSCO RAWANG. #FINDAISYAH

Posted: 04 Aug 2013 09:52 AM PDT


URGENT! PLEASE SHARE! 

Doakan juga agar anak ini akan ditemukan seberapa segera!!!! 

APANAMA

Posted: 04 Aug 2013 11:27 PM PDT

APANAMA


Pearls Of Peace - Episode 3 ~ Mufti Menk

Posted: 04 Aug 2013 10:00 PM PDT

Pearls Of Peace - Episode 2 ~ Mufti Menk

Posted: 04 Aug 2013 06:00 PM PDT

Pearls Of Peace - Episode 1 ~ Mufti Menk

Posted: 04 Aug 2013 02:00 PM PDT

Al-Fatihah to our fallen heroes - Ops Daulat

Posted: 04 Aug 2013 12:05 AM PDT

The Unspinners

Posted: 04 Aug 2013 11:23 PM PDT

The Unspinners


Cina ni .. undi tak, kempen tikam belakang, tak renti minta

Posted: 04 Aug 2013 09:28 PM PDT

Masa raya, ajak dan jelaskan kenapa perlu boikot Cina DAP

Posted: 04 Aug 2013 07:00 PM PDT

Dalam perjalanan, jangan berenti kedai-kedai ini

Posted: 04 Aug 2013 05:23 AM PDT

Belantan

Posted: 04 Aug 2013 11:19 PM PDT

Belantan


Surat misteri Anwar & Karpal : Jelas segera elak tohmahan?

Posted: 04 Aug 2013 04:52 PM PDT


Mereka yang dikaitkan dalam surat misteri seperti didedahkan bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail diminta segera tampil memberi penjelasan.

Menurut Mazlan, semakin lambat mereka berbuat demikian maka pelbagai prasangka negatif mungkin timbul.

"Sesiapa yang disebut terlibat dalam surat tersebut diminta memberi penjelasan segera kerana perkara itu sudah menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk Permatang Pauh.

"Penjelasan segera amat penting, kalau tidak akan timbul spekulasi yang tidak elok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kemunculan surat misteri yang mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.

Surat lapan halaman yang dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada Mazlan.

Mazlan yang menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari sejak minggu lalu sama ada melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya dalam sidang akhbarnya semalam meminta Karpal dan Anwar memberi penjelasan berhubung isi kandungan surat itu.

Beliau percaya surat itu dihantar ke kediaman penduduk Permatang Pauh dan mereka kemudiannya menghantar semula ke rumahnya.

Mazlan memberitahu, sejak pendedahan itu dalam media, beliau menerima beberapa panggilan daripada penduduk Permatang Pauh yang mengakui turut menerima surat sama.


Sementara itu, Anwar & Karpal dicabar saman Mazlan?

Anwar Ibrahim dan Karpal Singh dicabar mengambil tindakan saman fitnah terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pelbagai pendedahan melibatkan mereka menerusi 6,000 keping surat misteri semalam.

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan itu bagi mengelak pelbagai spekulasi yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.

Apatah lagi, kata beliau, Karpal sendiri sudah menafikan tuduhan yang terkandung dalam surat-surat tersebut dengan dakwaan kandungannya tidak berasas.

"Karpal juga telah memberi amaran kepada Dr. Mazlan untuk bersedia menghadapi akibatnya.

"Memandangkan tuduhan itu serius, maka Anwar dan Karpal tidak perlu teragak-agak memulakan saman fitnah terhadap Dr. Mazlan sebagai usaha membersihkan nama mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Choo Keong mengulas kemunculan surat misteri itu yang mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang berkenaan yang menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.

Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.-UMO

Suara Politik
Belantan

Surat misteri Anwar & Karpal : Rakyat minta penjelasan?

Posted: 04 Aug 2013 10:02 AM PDT

Mazlan Ismail menunjukkan laporan yang diterima daripada pihak tidak dikenali sejak beberapa hari lalu dalam sidang akhbar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Kemunculan surat misteri mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pakatan pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di daerah ini.

Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah-rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail.

Mazlan yang menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari sejak minggu lalu sama ada melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya dalam sidang akhbarnya di sini hari ini, meminta Karpal dan Anwar memberi penjelasan berhubung isi kandungan surat itu.

Beliau percaya surat itu dihantar ke kediaman para penduduk Permatang Pauh dan mereka kemudiannya menghantar semula ke rumahnya.

"Ada juga individu tidak dikenali menelefon saya bertanyakan sama ada sudah menerima laporan yang dikirimkan ke rumahnya. Mungkin mereka (penduduk) tiada saluran lain untuk mendapatkan penjelasan tentang kandungan laporan tersebut.

"Memandangkan saya tidak lagi menjadi calon BN, mungkin mereka beranggapan saya tiada komitmen lain dan merupakan orang paling sesuai untuk membantu mereka bagi mendapatkan penjelasan," katanya.

Mazlan yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri memberitahu, beliau tidak mahu mengulas tentang kandungan surat berkenaan kerana melibatkan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Sehubungan itu, beliau akan mengembalikan kesemua laporan yang ada padanya ke pejabat Karpal di Pulau Pinang sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Saya tidak mahu simpan laporan ini. Saya anggap Karpal dan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh perlu atau wajar memberi keterangan serta penjelasan kepada seluruh penduduk di sini yang menerima laporan tersebut," ujarnya.


Mazlan percaya Karpal mengenali orang yang mendakwa menulis laporan dalam surat berkenaan.

"Saya juga yakin Anwar dan Karpal akan menafikan (terlibat seperti dalam laporan itu)," katanya.

Menurut Mazlan, beliau tidak membuat laporan polis kerana mahu pihak berkuasa terbabit menyiasat sendiri selepas mendengar penjelasan Anwar dan Karpal.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Fadzil Ariffin, 51, semasa ditemui berkata, dia pada mulanya menyangka surat itu seperti surat biasa lain.

"Saya dapat surat itu dari peti surat di hadapan rumah pada pukul 2.30 petang, Rabu lalu. Saya tidak faham apa yang dinyatakan di dalam helaian muka surat itu sebelum menyerahkan kepada Dr. Mazlan," katanya yang bertugas sebagai juruteknik sebuah kilang dekat sini.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Sarudin Puteh, 30, berkata, dia juga menemui surat sama diletakkan di dalam peti surat di rumahnya di Kampung Simpang Tiga, Kubang Ulu di sini.

Mohd. Sarudin kemudiannya membawa surat itu kepada Mazlan.

Walau bagaimanapun Anwar gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. Beliau juga belum memberikan sebarang reaksi dalam media sosial.

Sementara itu, Laporan ditulis bekas pekerja Karpal Singh!

Laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang diedarkan kepada penduduk di kawasan ini sejak beberapa hari lalu didakwa ditulis oleh bekas kakitangan pejabat guaman di Kuala Lumpur.

Menurut penulis laporan setebal lapan muka surat itu, dia terpaksa merahsiakan identitinya atas faktor keselamatan.

Katanya, dia mendedahkan perkara tersebut berikutan rasa tanggungjawab kerana maklumat yang disimpannya selama ini terlalu penting.

Sejak 2008, dakwanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat beberapa pembayaran guaman berjumlah jutaan ringgit.

Bagi membuktikan perakuannya itu benar, dia menyenaraikan beberapa akaun bank yang dikatakan milik Anwar dan baki setakat 15 Februari lalu.

"Saya sangat berharap agar penduduk Permatang Pauh dapat berbuat sesuatu daripada pendedahan ini," katanya.

Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Karpal gagal kerana difahamkan beliau masih berada di hospital.-UMO

Suara Politik
Belantan

Kekalkan Akta Hasutan 1948?

Posted: 04 Aug 2013 05:56 AM PDT


Penulis dan rakan-rakan rasa amat gembira sekali membaca berita bahawa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri akan mempertahankan Akta Hasutan 1948 daripada dimansuhkan.

Pendirian beliau untuk berbuat demikian adalah sangat terpuji kerana beliau sedar bahawa tanpa akta ini, rakyat yang tidak bertanggungjawab akan bebas menghasut rakyat dengan segala macam propaganda dan niat jahat yang akhirnya akan memusnahkan kestabilan negara yang kita kecapi sekarang ini.

Kita hormat kepada Datuk Seri kerana keberanian, keazaman dan keprihatinannya memikul tanggungjawab, walaupun digugat. Menteri seperti inilah yang kita mahu dan yang mesti kita sokong dan pertahankan.

Kami tabik kepada Datuk Seri Menteri kerana berpegang teguh dan patuh pada undang-undang yang ada untuk mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu.

Rakyat boleh hidup dalam harmoni dan aman apabila mematuhi undang-undang negara yang dibuat oleh rakyat negara itu sendiri.

Tetapi apabila undang-undang dicabul, maka hilanglah keamanan dan kestabilan negara dan rakyat akan berbuat sesuka hati mengikut nafsu buas untuk memenuhi kepentingan diri sendiri tanpa menghormati hak orang lain.

Sekiranya Akta Hasutan 1948 ini dihapuskan, maka akan berpestalah orang berhati busuk menabur fitnah di sana sini. Mereka tidak akan lagi takut untuk berbuat demikian kerana tiada undang-undang untuk menyekat mereka.

Buruk sangka akan terjadi antara rakyat negeri ini secara berleluasa, yang akhirnya akan menimbulkan malapetaka yang dahsyat.

Rakyat Malaysia tidak mahu perkara ini terjadi. Semua orang akan rugi dan kalah, tiada siapa yang untung dan menang. Ketika kita masih mempunyai Akta Hasutan 1948 pun sudah ada manusia menghasut demi untuk kepentingan mereka sendiri, seperti menghina Islam dan nabinya , Raja dan kedudukan orang Melayu yang terang-terang ditegah oleh undang-undang. Apatah lagi sekiranya akta itu dihapuskan! Penulis pasti keadaan akan menjadi bertambah buruk.

Negara bertamadun yang kononnya mengamalkan demokrasi pun mempunyai undang-undang untuk menjaga keselamatan rakyat masing-masing.

Umpamanya, Amerika Syarikat yang mempunyai Akta Patriot dengan 10 tujuan, merangkumi hasrat untuk memperkuatkan keselamatan dalam negeri dan memperluaskan kuasa kerajaan untuk mengenal pasti dan memerangi pengganas.

Akta ini digunakan untuk menangani banyak perkara termasuklah bagi menentang anasir-anasir yang akan memporakperandakan negara.

Pada dasarnya Akta Patriot Amerika Syarikat ini adalah lebih kurang menyerupai Akta Hasutan 1948 negara kita. Tetapi demi untuk keselamatan negara mereka, rakyat Amerika Syarikat masih mengekalkan Akta Patriot mereka ini. Mengapa pula kita mahu menghapuskannya?

Semua agama mengajar kita supaya tidak menghasut. Dalam Islam, al-Quran dan hadis menyimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.

Dalam agama Buddha disebut If a person fails to have faith but instead slanders the sutra, immediately he will destroy all the seeds for becoming a Buddha in this world; To seek enlightenment without repudiating slander is as futile as trying to find water in the midst of fire or fire in the midst of water; And he is a slanderer, having heard something at one place, he makes it known elsewhere for causing variance among other people. Agama Hindu menyatakan One giving false evidence or uttering falsehood goes to Raurava hell.

Agama Kristian menyatakan You shall not bear false witness against your neighbor.

Taoism menyatakan To break up friendships and set kinfolk at odds is called maliciousness.

Orang yang tidak beragama sekalipun, sekiranya mereka mempunyai fikiran yang waras, tidak akan mengutuk perbuatan menghasut.

Teruskanlah usaha murni Datuk Seri dalam menegakkan undang-undang negara. Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan akan sentiasa menyokong usaha murni ini.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 04 Aug 2013 11:16 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Keengganan @Anwaribrahim Mengisytihar Harta Selepas Didakwa Bayar Karpal Singh RM50 Juta Guaman - Dipersoalkan !!!

Posted: 04 Aug 2013 09:35 PM PDT


Artikel boleh dibaca di sini :

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/08/mazlan-ismail-saya-cabar-anwar-karpal.html

Selepas gagal membalas sumpah liwat Saiful Bukhari, Anwar juga gagal menyempurnakan perkataan beliau sendiri untuk isytihar harta di kalangan Pakatan Rakyat.

Ini jelas menunjukkan PR hanya pandai bercakap namun tidak pula mahu mempraktikkan.

Bila Anwar terus buat laporan polis, nampak ini isu yang ada asasnya dan penafian itu seperti satu pengakuan pula mengikut gaya tindakan mereka.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua suatu hari nanti.


Anwar, Karpal buat laporan polis, nafi pendedahan surat

ANWAR Ibrahim dan Karpal Singh selepas membuat laporan polis berhubung isu surat-surat misteri di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

PETALING JAYA 4 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis bagi menafikan pendedahan kandungan 6,000 keping surat yang mengaitkan mereka di Permatang Pauh, kelmarin.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu hadir di Balai Polis Tropicana di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari untuk membuat laporan polis supaya satu siasatan dan tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa.

Dalam laporan itu, Anwar dan Karpal memandang serius tentang dakwaan tersebut dan berharap Peguam Negara (AG) akan mengarahkan perkara berkenaan disiasat polis.

Anwar dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR selepas membuat laporan itu berkata, dakwaan yang dibuat bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pendedahan surat layang itu disifatkannya sebagai satu fitnah yang dilemparkan UMNO terhadapnya.

Kelmarin, Mazlan mendedahkan kira-kira 6,000 laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang mendedahkan 'urus-niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Anwar dan Karpal yang telah tersebar secara meluas di Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu.

Mengulas dakwaan 'urus-niaga' itu, Anwar memberitahu, beliau dan sekeluarga amat berterima kasih kepada Karpal yang banyak membantunya selama ini dan tidak timbul isu kewangan antara mereka.

"Sepanjang Karpal membantu saya menjadi panel guamannya, tidak pernah timbul tentang isu pembayaran. Apabila dakwaan sebegini berlaku, sekali gus menjejaskan maruah Karpal," katanya.

Tambahnya, beliau setuju jika Karpal mahu mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menjejaskan imej mereka dan pemimpin PKR lain.

Sementara itu, Karpal pula mencabar Mazlan mendedahkan identiti dan dokumen mengaitkan dirinya dan Anwar seperti yang didedahkannya sebelum ini.

"Saya cabar Mazlan jika dia 'anak jantan' supaya tunjukkan slip cek, akaun bank, slip pembayaran dan identiti pihak yang membuat surat itu.

"Saya juga mencabar stesen televisyen TV3, akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times untuk turut melakukan perkara sama," katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya dan Anwar sedang mengumpul bukti untuk melakukan tindakan dalam masa terdekat.

"Tuduhan yang dilemparkan begitu serius dan saya menafikan kewujudan tuduhan itu kerana saya telah lama bersahabat dengan Anwar. Oleh itu saya menggesa pejabat AG mengarahkan siasatan mendalam tentang perkara ini," katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130805/po_02/Anwar-Karpal-buat-laporan-polis-nafi-pendedahan-surat#ixzz2b4B0EpkK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Sahkan Bakal Tanding Jawatan Wanita Pemilihan 2013

Posted: 04 Aug 2013 09:16 PM PDT


SHAH ALAM – Selepas mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Puteri Umno kerana faktor usia, Datuk Rosnah Abdul Rashid hari ini mengesahkan untuk merebut salah satu jawatan dalam kepimpinan Wanita Umno pada pemilihan parti itu September ini.

Mengakui sedang mendapatkan maklum balas dan sokongan ahli terhadapnya, Rosnah bagaimanapun belum memutuskan jawatan yang ingin ditandinginya itu.

"Ya, saya akan menawarkan diri untuk bertanding di peringkat Wanita.

"Saya tengah melihat sokongan baik rakan-rakan, saya akan lihat perkembangannya, bagi ruang kepada saya untuk lihat perkembangannya dulu.

"Lagipun saya ada masa sampai 7 September untuk lihat semua itu, bagaimana aksesnya, saya tak mahu kelam kabut," jelasnya pada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Rosnah masih belum memutuskan untuk bertanding merebut jawatan dalam Wanita Umno selepas mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Puteri Umno.

Mengakui dirinya orang baru dalam Pergerakan Wanita Umno, tentunya beliau memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

"Saya orang baru, baru sahaja nak ketuk 'pintu' Wanita, saya perlukan masa.

"Insya-ALLAH, saya dapat melakukan persediaan sebelum tiba masanya," katanya lagi.

PM @NajibRazak Sedih - Berita Harian

Posted: 04 Aug 2013 03:06 PM PDT

Ahli seumur hidup PAS dakwa ramai pengikut Syiah dalam parti

Posted: 04 Aug 2013 03:51 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/dK5fTD6Q9Xw


Sent from my iPhone

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 04 Aug 2013 11:09 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Siapa Punya Idea Dari Perdana V6 Tukar Honda Accord...???

Posted: 04 Aug 2013 10:00 PM PDT


Ini realiti, proton perdana v6 memang ada problem, semua orang tahu, banyak orang kata v6 ada problem gear box, aku tak tau pasal aku tak pakai, tapi itulah orang kata...

Di sebabkan perdana v6 ada problem dan kos maintenance yang tinggi, maka kerajaan 9 bulan di perak, selangor dan penang berhajat untuk menukar perdana v6 ke toyota camry...

Ketika itu berdedai-dedai pemimpin umno/bn menemplak kerajaan tiga negeri itu konon nya mereka tak patriotik dan cuba me-second class kan produk tempatan...

Nah sekarang kerajaan pusat pulak nak me-second class kan produk tempatan dengan menukar kereta rasmi kerajaan dari perdana v6 ke honda accord atas apa pula alasan...???

Kalau alasan maintenance terlalu mahal, maka bernarlah apa yang dikatakan oleh pembangkang dulu...

Aku di fahamkan penukaran dari perdana v6 ke honda accord menelan kos sebanyak RM 1.440 Bilion, adakah ianya di buat secara open tander??? kalau ada mana kenyataan tawan tander/sebut harga itu...???


Pegawai Di Pejabat PM Semuanya Bangang Dan Bodoh...

Posted: 04 Aug 2013 07:00 PM PDT


Banyak orang kata, pegawai-pegawai di pejabat pm atau pmo semuanya bodoh-bodoh, tapi aku tak percaya, malah aku pertahan mereka, takan lah pm pilih orang bodoh jadi pegawai di pejabatnya ye tak...

Akhirnya baru aku sedar, memang betul cakap-cakap orang, pegawai-pegawai di pejabat pm nie memang bodoh-bodoh belaka selepas terkeluarnya berita seperti di bawah...

"Insiden sulu: PM hargai jasa wartawan malaysiakini" 


Aku tak mau tulis panjang-panjang, cuba korang baca sendiri artikel yang di tulis oleh wartawan malaysiakini dan apa jasa mereka semasa insiden sulu tempoh hari, adakah mereka layak untuk menerima pingat "kedaulatan negara"?




Jadi perlukah portal sebegini di beri pengiktirafan...??? 

Itu belum di kira lagi dengan segala fitnah yang mereka reka untuk memburukan Islam, melayu, umno/bn, najib razak dan rosmah...

Aku tak pasti sapa punya idea yang nak bagi pengiktirafan pada malaysiakini, tapi apa yang pasti ialah pegawai-pegawai di pmo pasti terlibat...

oyabun

Posted: 04 Aug 2013 11:04 PM PDT

oyabun


Pembunuhan Hussain Ahmad Najadi Dirancang?

Posted: 04 Aug 2013 07:58 AM PDT


Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, demikian dakwa anaknya.

Pascal Najadi menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanah sebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawa bapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.

Beliau berkata bapanya menjadi orang tengah untuk tokong berkenaan dan sekumpulan orang yang beliau katakan 'seseorang' yang meminta wang dari dana amanah tokong itu.

"Bapa saya merupakan perunding antara dua pihak. Tidak ada perjanjian hartanah yang gagal dalam pembunuhan bapa saya kerana syarikat kami tidak terlibat dalam urusan itu," katanya kepada Bernama melalui telefon dari Moscow, Rusia.

Isnin lalu, Hussain Ahmad Najadi, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan tokong tersebut yang terletak di Lorong Ceylon di sini.

Semalam polis mengeluarkan gambar yang disyaki sebagai suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan menahan seorang pemandu teksi berumur 44 tahun yang membawa suspek meninggalkan tempat kejadian.

Pascal, 45, yang memegang kerakyatan Swiss dan British berkata semasa rundingan pada Isnin itu, bapa beliau bertegas tidak membenarkan sebarang pihak mengambil dana amanah tokong itu kerana ia merupakan wang tokong berkenaan.

Jurubank itu berkata jawatankuasa tokong telah memberitahunya bahawa suspek yang menembak bapanya sedang menunggu bapanya sebelum perjumpaan berlangsung.

Bapanya berminat untuk melindungi tokong itu sejak 2008 sementara Chong merupakan salah seorang anggota jawatankuasa itu.

Bimbang bahawa polis belum lagi menahan pembunuh bapanya, Pascal berkata : Saya tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapa saya ditangkap."

Wasabi Oyabun..!!!

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 04 Aug 2013 09:27 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Mari Kita Bantu Cari Adik Ini

Posted: 04 Aug 2013 10:01 AM PDT



tok gajah

Posted: 04 Aug 2013 09:22 PM PDT

tok gajah


Jangan cakap tak serupe bikin.........................

Posted: 04 Aug 2013 03:00 AM PDT


Tok sangat berharaf pemimpin2 UMNO kite yang sedang berkuase tu bersikap lebih perhatin dan tegas terhadap segale permasalahan negare yang sedang giat di taburkan oleh musuh2 islam. Pade pendapat Tok parti pembangkang lah yang menjadi batu loncatan kepade musuh2 negare.

Kite tidak ade sesiape lagi yang boleh diharafkan melainkan UMNO sahaje. Jike UMNO tidak mampu berbuat sesuatu tindakan yang tegas make kaum melayu/islam pasti akan musnah dan dengan mudah di hancurkan oleh musuh2 islam.

Selame ni Tok peratikan bahawe pemimpin2 UMNO kite sudah nampak semakin layu dan tidak bermaye untuk menangani permasalahan yang di timbulkan oleh musih2 islam ni. Ape yang Tok nampak pemimpin2 UMNO ni hanye bertindak dengan 'amaran', 'langkah2' dan 'perbincangan' sahaje, akhirnye ianye tidak pernah mendatangkan keputusan yang muktamat.

Kelemahan2 yang ujud dan tergambar dari pemimpin UMNO ini telah di pergunekan dan diambil kesempatan oleh musuh2 islam untuk menghine, memburuk2 kan dan menekan orang2 melayu/islam. Kini nampak nye musuh2 islam ni sudah semakin berani dan bertambah angkuh.

Keberanian dan keangkuhan musuh2 islam ni sedikit sebanyak berpunce dari parti pembangkang yang se olah2 merestui dan membele segale tindak tanduk yang di lakukan oleh musuh2 islam. Sebagai contoh, Tok peratikan care hujah pemimpin2 PAS yang berkaitan isu kalimah 'Allah'. PAS se olah2 mempersetujui tanpa bangkangan bagi kaum kristian menggune kan nye.

Kini UMNO masih lagi menjadi parti tonggak dan harapan bagi orang melayu/islam. PAS atau PKR memang sudah tidak boleh di haraf kan lagi, mereke hanye mementingkan sokongan dari kaum kafir. PAS dan PKR telah menjadikan kaum kafir sebagai talian hayat nye untuk terus bernafas.

Jike UMNO masih mahu terus kekal sebagai parti yang utuh dan agung maka dengarlah segale rintihan orang2 melayu/islam, bertindak tegas dengan berkesan jangan hanye 'cakap tak serupe bikin'. Ape saje tindakan tegas yang di buat, pasti kaum melayu/islam akan menyokong dan berdiri teguh di belakang atau pun di hadapan UMNO..............


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 04 Aug 2013 09:11 PM PDT

PenangWasabi

Posted: 04 Aug 2013 09:07 PM PDT

PenangWasabi


Zina Bulan Puasa !! Foto Pasangan Di Tangkap Tanpa Pakaian !!

Posted: 04 Aug 2013 07:03 AM PDT


Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.

Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.

Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.

Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.

Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.

Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim. Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.

Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.

Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.

Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Penang Wasabi..

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 04 Aug 2013 03:32 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pasangan dicekup bogel pada malam tujuh likur

Posted: 04 Aug 2013 04:02 PM PDT

Gambar hiasan
DUNGUN - Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.

Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.

Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.

Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.

Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.
Pasangan yang dicekup penguat kuasa ketika berdua-duaan dalam bilik.

Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim.

Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.

Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.

Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.

Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Video seks artis negara seberang pula muncul

Posted: 04 Aug 2013 08:02 AM PDT

Manila: Skandal seks pasangan selebriti bukan perkara baru dan berlaku di mana saja. Ada kalanya skandal itu membabitkan penyiaran rakaman video menunjukkan pasangan terbabit sedang beraksi.

Terbaru, khabar angin bertiup kencang di internet mengenai rakaman itu membabitkan penyanyi utama kumpulan Parokya Ni Edgar, Chito Miranda dan teman wanitanya yang juga aktres, Neri Naig.

Satu video didakwa menunjukkan mereka tidak berpakaian dan sedang berasmara dimuat naik ke dalam laman web YouTube sebelum ditarik balik.

Bagaimanapun, ada beberapa gambar disiarkan semula oleh media sosial, lapor akhbar The Inquirer.

Minta maaf
Miranda, 37, yang juga penulis lirik, dalam laman web Instagram - chitomirandajr -meminta maaf atas tindakan pihak tertentu membocorkan video peribadi itu.

Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu menunjukkan video peribadi saya dengan teman wanita saya, Neri Naig.

Saya memohon maaf daripada keluarga kami atas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini, kata Miranda.

Tidak lama selepas itu, dia mendedahkan lagi: Cakera keras kami dicuri dari rumah termasuk beberapa barangan lain.

Bagaimanapun, dia tidak mengesahkan sama ada pasangan dalam video seks itu benar-benar dirinya dan Naig, 27.

Beberapa tahun lalu, Indonesia turut digemparkan dengan penyiaran video seks penyanyi utama Peter Pan, Ariel dengan dua pelakon wanita terkenal negara itu, Luna Maya dan Cut Tari.

AGENSI

DAP rancang tubuh parti baharu?

Posted: 04 Aug 2013 06:31 AM PDT

SEREMBAN 3 Ogos - Barisan kepimpinan DAP didakwa sedang memberi tumpuan kepada usaha untuk menubuhkan sebuah parti baharu berlandaskan prinsip kronisme bagi memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.

Malah, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass (gambar) turut mendakwa, inisiatif itu merupakan rentetan atau jalan penyelesaian bagi pemimpin DAP daripada menjalankan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

"Kalau benar mereka telus dan adil, 10 kali diadakan CEC pun, ahli akan tetap pilih mereka. Apa yang perlu dibimbangkan? Sebaliknya mereka memberi pelbagai alasan serta menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Oleh sebab itu, mereka kini memberi tumpuan untuk membatalkan parti tersebut supaya dapat menubuhkan parti baharu yang bakal dipimpin oleh kroni mereka, sekali gus terus menguasai parti yang sepatutnya menjadi milik rakyat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajasheger yang telah menerima surat pemecatan keahlian daripada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Kok Wai pada 6 Julai lalu.

Kontroversi pemilihan CEC DAP semakin menarik selepas pendedahan Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) tulisan Father Augustus Chen yang menyatakan secara terperinci penipuan dalam pemilihan itu sejak 47 tahun lalu.

Laporan itu pertama kali didedahkan Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G. Asoghan pada 20 Julai lalu yang menerima nya dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Tamil melalui kiriman pos.

Ekoran pendedahan buku itu, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa, Father Chen pernah menjadi rakan karib kepada Guan Eng sekali gus memperlihatkan buku tersebut mempunyai kredibiliti.

Menurut Dass, melalui penubuhan parti baharu itu, pemimpin DAP boleh melantik anggota yang hanya benar-benar memberi sokongan kepada mereka tanpa mempersoalkan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat.

"Mereka mahu anggota yang angkat bendera parti menyokong mereka, tetapi mana-mana anggota yang mempersoalkan mereka, akan dicantas.

"Itulah yang berlaku terhadap ramai ahli sekarang yang dikenakan tindakan dipecat, banyak cawangan yang ahlinya terdiri dalam kalangan orang India tidak dipedulikan malah diabaikan," tegasnya.

Dakwa beliau, pemimpin sedia ada kini bersikap 'kuku besi' dan membuat keputusan sesuka hati tanpa berpandukan pegangan demokratik yang konon dilaungkan menjadi prinsip utama parti berkenaan.

"Mereka langsung tidak memberi ruang kepada ahli untuk bersuara, sebagai contoh isu ahli yang dipecat, mereka semua hanya diberi notis pemecatan.

"Sedangkan jikalau mengikut perlembagaan, sebuah jawatankuasa akan meneliti sesuatu dakwaan sebelum memanggil ahli berkenaan untuk disiasat dan ahli juga perlu diberi masa 14 hari untuk membuat rayuan. Ini tidak, mereka hantar surat pecat ahli begitu sahaja.

"Mereka cuba cantas orang India dan saya lihat DAP semakin didominasi oleh satu kaum iaitu Cina. Lebih menyedihkan, mereka pandai bersandiwara," ujarnya.

Surat misteri: Anwar, Karpal lapor polis

Posted: 04 Aug 2013 06:01 AM PDT

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini membuat laporan polis terhadap calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail bersabit pendedahan surat misteri melibatkan mereka semalam.

Semalam Mazlan memberitahu kira-kira 6000 keping surat dihantar ke rumahnya oleh penduduk Permatang Pauh.

Surat itu dilaporkan mendedahkan Anwar membayar RM50 juta kepada Karpal sebagai rasuah sejak 2008.

Karpal berkata Mazlan tidak seharusnya menggunakan media untuk mendedahkan perkara tersebut sebaliknya perlu membawa isu itu ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

"Surat yang tidak diketahui pengirimnya tidak mempunyai asas kukuh dalam undang-undang," kata Karpal ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Malah katanya lagi, pihaknya juga akan memfailkan saman fitnah terhadap Mazlan.

Akhbar Utusan Malaysia semalam melaporkan pendedahan surat lapan muka surat yang dibuat Mazlan.

Surat yang dihantar kepada pengundi Parlimen Permatang Pauh itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

Penduduk kemudiannya memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk 'Bankleaks Anwar/Karpal' berkenaan kepada Mazlan untuk tindakan susulan.

Rentetan itu, Mazlan meminta Anwar dan Karpal memberikan penjelasan lanjut bersabit pendedahan surat yang dikirim oleh seorang pengirim yang tidak diketahui identitinya.

Bagaimanapun Mazlan percaya Karpal mengenali orang yang mendakwa menulis laporan dalam surat berkenaan.

Antarapos

Mahu betulkan akidah, Latifah Koya tuduh JAKIM berniat jahat

Posted: 04 Aug 2013 05:15 AM PDT

SHAH ALAM – Kedua-dua peguambela pelatih anjing, Maznah Mohd Yusof, 38 mendakwa kenyataan kerajaan yang mencadangkan wanita berkenaan dipulihkan akhlaknya sebagai perkara yang berniat jahat dan tidak berasas.

"Kenyataan tersebut berniat jahat, tidak berasas dan berat sebelah kepada hak perundangan Chetz (Maznah) yang ketika ini dalam siasatan.

"Ia jelas menunjukkan pihak berkuasa meneruskan serangan tidak adil mereka dan propaganda ke atas Chetz," menurut N. Surendran dan Latheefa Koya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah yang kini menjadi kritikan ekoran video memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing yang menyambut hari raya di YouTube baru-baru ini.

Dalam pada itu, Surendran dan Latheefa berkata, anak guamnya itu masih belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan dan sikap menghakimi sesuatu perkara sebelum diputuskan di muka pengadilan telah menafikan hak asasi Maznah untuk membela diri.

"Timbalan Menteri berkenaan, Jabatan Perdana Menteri dan Jakim perlu tahu Maznah belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan.

"Apakah asas Maznah dikritik atas tingkah lakunya? Ini menunjukkan kerajaan dan Jakim bertindak sebagai hakim, juri dan pendakwa tanpa Maznah diberi peluang untuk membela dirinya," tulisnya lagi.

Pelakon wanita popular 80an meninggal dunia

Posted: 04 Aug 2013 02:01 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, iaitu Rosnah Mohd Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini.

Menurut rakannya, Zaridah Ishak, Allahyarham meninggal dunia di wad Onkologi hospital itu kira-kira pukul 2.55 petang Ahad.

"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online kira-kira pukul 3.30 petang Ahad.

Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ Subang Jaya sejurus selapas anak sulung Allahyarham iaitu Wan Ramada Agus Putra tiba dari Australia.

Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.

Gambar fail yang dirakamkan pada Februari lalu menunjukkan Rosnah bersama keluarganya di Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranyaHantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).

Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra,24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.

Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.

Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.

Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.

mStar

Hanya RM20 untuk pelacur kanak-kanak di Malaysia

Posted: 04 Aug 2013 12:31 AM PDT

MELAKA: Harga yang ditawarkan untuk enam pelacur kanak-kanak hanyalah RM20 bagi setiap sesi berserta pil psikotropik untuk menjadikan mereka khayal.

Keenam-enam mereka yang semuanya berusia di bawah 14 tahun, telah ditahan ketika operasi anti-narkotik dijalankan oleh beberapa agensi penguatkuasaan.

Apabila ditanya, mereka mengaku secara rela menjual diri mereka untuk khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah mereka.

Pihak berkuasa mendapati sukar untuk mendakwa mereka yang mengadakan hubungan seks dengan gadis-gadis bawah umur ini kerana identiti 'pelanggan' tidak diketahui.

"Dan, anak-anak gadis ini enggan memeberitahu nama mereka," kata Pengerusi Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar.

Beliau percaya terdapat banyak lagi gadis-gadis yang bersedia untuk dieksploitasi secara seksual kerana mereka mengalami ketagihan dadah.

"Kita bimbang. Pelacur remaja amat terdedah kepada HIV kerana kekurangan pengetahuan atau akses kepada kaedah pencegahan," katanya.

Latipah berkata polis baru-baru ini menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang telah memaksa teman wanita berusia 13 tahun dari Merlimau terlibat dalam kancah perdagangan seks.

Bapa gadis yang melarikan diri dari rumah itu telah menyerbu masuk ke dalam sebuah rumah di Peringgit Pantai pada 26 Julai lalu selepas menerima maklumat bahawa anaknya dipaksa melayan lelaki lain oleh teman lelakinya yang merupakan penagih dadah.

"Gadis itu berkata, dia juga terbabit dengan dadah dan menerima RM20 untuk setiap sesi seks daripada teman lelakinya," kata Latipah.

Siasatan polis mendapati gadis itu telah diminta untuk melayan pelanggan di hotel dan juga di rumah sejak Jun.

Latipah berkata remaja-remaja perempuan itu sedang menjalani pemulihan.

Sumber berkata beberapa pelacur kanak-kanak juga telah melancarkan perniagaan mereka secara bersendirian yang mana 'hasilnya' tidak perlu dikongsi dengan orang tengah dan bapa ayam.

"Mereka menawarkan perkhidmatan mereka melalui media sosial," kata satu sumber.

"Kebanyakan mereka menyewa rumah secara kumpulan untuk melayan pelanggan mereka," katanya.

"Ada juga yang melakukannya di lorong-lorong belakang."

Ahmad Shabery Cheek terkejut dapat bil internet RM4,500

Posted: 03 Aug 2013 11:35 PM PDT

PETALING JAYA: Seorang pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dan telah menerima satu 'kejutan' bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat 'data roaming'.

Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh tersebut.

Justeru, anda perlu berhati-hati dengan penggunaan telefon pintar.

Melayari Internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil anda melambung tinggi.

Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan melebihi harga sebuah kereta.

Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan situasi ini.

Seorang "mangsa" yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima 'bil kejutan' selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia.

"Saya hanya menggunakan 'data roaming' selama beberapa minit sehingga akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk itu," katanya kepada The Star.

Menurut Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), aduan terhadap syarikat telekomunikasi meningkat dalam tempoh dua tahun lepas, dengan caj data mudah alih dan caj 'data roaming' menjadi rungutan utama.

Pengarah CFM Ahmad Izham Khairuddin menambah: "suatu ketika dulu aduan kebanyakannya mengenai liputan yang buruk, tetapi telah berubah sejak 2011."

CFM ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2001.

Dalam kes yang melibatkan pengadu dengan bil berjumlah RM122,703, CFM menjadi pengantara dan pengguna telah diberi diskaun sebanyak 88 peratus, dengan rebat 10 peratus dan peraturan pembayaran separa.

Pengadu, bagaimanapun, masih belum bersetuju dengan penyelesaian tersebut.

Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis 'data roaming' selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun 2011.

"Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana. Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya.

mStar

Dr. Mazlan bakal disaman DS Anwar dan Karpal Singh

Posted: 03 Aug 2013 11:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar mengambil tindakan saman fitnah terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pelbagai pendedahan melibatkan mereka menerusi 6,000 keping surat misteri semalam.

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan itu bagi mengelak pelbagai spekulasi yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.

Apatah lagi, kata beliau, Karpal sendiri sudah menafikan tuduhan yang terkandung dalam surat-surat tersebut dengan dakwaan kandungannya tidak berasas.

"Karpal juga telah memberi amaran kepada Dr. Mazlan untuk bersedia menghadapi akibatnya.

"Memandangkan tuduhan itu serius, maka Anwar dan Karpal tidak perlu teragak-agak memulakan saman fitnah terhadap Dr. Mazlan sebagai usaha membersihkan nama mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Choo Keong mengulas kemunculan surat misteri itu yang mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang berkenaan yang menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.

Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

(Gambar) Anak jutawan kosmetik Vida Beauty maut dalam kebakaran rumah

Posted: 03 Aug 2013 10:31 PM PDT

ANGGOTA-anggota bomba memadamkan kebakaran rumah jutawan kosmetik, Vida Beauty yang mengorbankan tiga orang dalam kejadian di Meru Hill, Bandar Meru Raya, Ipoh, malam tadi.
IPOH 4 Ogos - Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.

Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.

Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.

"Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.

Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.

- UTUSAN

Filem The New Village diharamkan terus tayangan di semua media

Posted: 03 Aug 2013 10:01 PM PDT

PADANG RENGAS 3 Ogos - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin filem The New Village yang dikatakan mengagung-agungkan perjuangan komunis tidak akan ditayangkan langsung.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, larangan tayangan itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube.

Katanya, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia.

"Saya dan rakan-rakan dalam UMNO, kita akan berterus-terusan dan berhabis-habisan memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan.

"Jika didapati betul filem ini mendewa-dewakan komunisme, kita mahu filem itu tidak dipertontonkan langsung. Sekalipun keluar dalam blog dan YouTube, kita akan cari mereka sampai dapat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai desakan banyak pihak supaya filem The New Village tidak ditayangkan kerana mengagung-agungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, filem atau apa jua bentuk penghargaan terhadap pengganas komunis tidak boleh diberikan tempat di negara ini kerana kumpulan itu telah mengisytiharkan perang terhadap negara sehingga menyebabkan darurat dari 1948 hingga 1960.

Katanya, dalam pertempuran sepanjang tempoh darurat dan selepas itu, ramai anggota pasukan keselamatan negara terkorban dan mengalami kecacatan kekal sehingga hari ini.

"Ada antara mereka kehilangan kaki, tangan dan buta kerana jerangkap samar dan banyak keluarga kehilangan bapa, abang dan adik mereka hasil daripada pengisytiharan perang yang dilakukan oleh komunis terhadap kita. Kehilangan dan kecacatan ini tidak boleh dikembalikan," katanya.

Selain itu, kata Mohamed Nazri, fahaman komunis yang tidak bertuhan tidak konsisten dengan prinsip pertama Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada tuhan.

JAWI ucap terima kasih kepada 4 finalis ratu cantik

Posted: 03 Aug 2013 08:01 PM PDT

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam telah menarik diri daripada pertandingan ratu cantik itu yang berlangsung di ibu negara semalam.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata pihaknya telah melakukan beberapa operasi penguatkuasaan di perkarangan premis semasa pertandingan itu dan penganjur memaklumkan keempat-empat finalis telah menarik diri sebelum majlis tersebut berlangsung.

Beliau berkata jika keempat-empat wanita itu tetap terus menyertai pertandingan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Seksyen 9 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Hanya 15 wanita bukan Islam sahaja didapati bertanding dan saya mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat wanita Islam itu kerana membatalkan hasrat mereka dengan tidak terus mencabar pelaksanaan hukum dan peruntukan akta agama Islam Wilayah Persekutuan.

"Ini menunjukkan mereka faham dan menghormati undang-undang, malah saya harap mereka tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut dan mana-mana individu lain seharusnya mengambil iktibar daripada insiden itu agar tidak berulang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Che Mat berkata penguatkuasaan yang dilaksanakan pihaknya terhadap isu pertandingan ratu cantik itu sepatutnya dijadikan platform agar semua umat Islam terus meninggalkan kegiatan seumpama itu.

Mengulas mengenai klip video '1 Hari di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini, Che Mat berkata jika ada kes sedemikian berlaku di Wilayah Persekutuan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan tersebut.

Katanya perkara seperti itu tidak patut terus dibiarkan kerana saban hari, semakin banyak kes menghina kesucian Islam timbul malah umat Islam tidak perlu terus diuji seperti itu.

"Jika ada kami kesan kes menghina agama Islam di sini, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta 505 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993," katanya. - Bernama

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 04 Aug 2013 03:18 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


TERHARU MELIHAT COMRADESHIP PARA PEMIMPIN UMNO!!

Posted: 04 Aug 2013 07:03 AM PDT

Hari ini Shahrizat Jalil pula menyeru jangan dipertandingkan 2 jawatan tertinggi parti demi perpaduan, dan pelbagai demi dan demi lagi.

3 Naib Presiden juga sudah sarankan Presiden dan Timbalan Presiden jangan dilawan. Ketua Pemuda juga sarankan Presiden dan Timbalan jangan ada pertandingan. 

Naib Ketua Pemuda dan barisan Exco pula sarankan jawatan Ketua Pemuda jangan dilawan dan beri peluang kepada Khairy meneruskan kepimpinannya. Tiada cacat celanya kepimpinan Khairy.

Exco wanita pula sarankan jangan lawan Shahrizat sebagai Ketua wanita. Tiada siapa yang lebih baik dari Shahrizat.

Pendek kata semua pemegang-pemegang jawatan ini saling bantu-membantu dan sokong menyokong di antara satu sama lain untuk menyelamatkan jawatan "kawan-kawan masing-masing" atau pimpinan atasan masing-masing.

Perpaduan para-para pemimpin ini begitu mantap sekali dalam "bab" menyelamatkan jawatan masing-masing dari dipertandingkan.

Cuma pemegang jawatan Naib Presiden saja setakat ini tiada orang bawahan untuk bercakap bagi pihak mereka agar jangan dipertandingkan. Kalau ada pun Ku Nan sendiri pernah cuba membayangkan jawatan VP jangan ditandingi. 

Kalau MKT boleh membuat saranan agar kekalkan 3 Naib Presiden yang ada, maka bolehlah disimpulkan bahawa semua incumbent 5 jawatan tertinggi berserta dengan ketua sayap-sayap parti tidak perlu ditandingi. 

Beri saja mereka pegang terus jawatan masing-masing kerana mereka semua tiada cacat celanya sepanjang memegang jawatan tersebut dan tiada siapa yang lebih layak dari mereka-mereka yang telah sedia memegang jawatan ini.

"Comradeship" di kalangan para incumbent dalam "bab" mempertahankan kedudukan dan kepentingan maaing-masing cukup mantap! Mereka bersatu dan berpadu dan salibg sokong menyokong. Perpaduan mereka sangat-sangat mantap.

Tetapi pada hakikatnya, "pasukan yang punya comradeship yang begitu mantap" inilah yang secara keseluruhannya telah membawa prestasi BN keseluruhannya semakin merudum selepas PRU13 lalu. PRU12 dulu pasukan Pak Lah dapat juga 140 kerusi, tapi PRU13 ini, pasukan Najib hanya mendapat 133 kerusi! 

Inilah pasukan pimpinan zaman di mana BN/UMNO paling merudum. Macam mana tu?

Padanlah masing-masing pakat-pakat saling tolong-menolong pertahankan jawatan "teammates" masing-masing dari dilanggar. 

Dalam bab menyelamatkan diri masing-masing, mereka sungguh bijak bistari dan ada comradeship.

Tap sayang, "bijak bistari dan comradeship" para pemimpin incumbent ini hilang dan lenyap entah ke mana dalam bab mempertahankan kepentingan agama Islam, kepentingan melayu dan kepentingan tanah air.

Masing-masing telor termasuk ke dalam bila ada orang luar yang hina agama dan hina bangsa melayu. Semuanya "sonot dan kecut" menurut saiz, suhu badan serta jenis bahan pemakanan yang masing-masing makan.

Puaslah melayu dan NGO melayu di bawah ini mengingatkan, memberi semangat, "mengambung-ngambung" dan memanaskan hati mereka agar telor mereka terkeluar dan kembang bila melihat agama dan bangsa dihina oleh bangsa dan penganut agama lain 

Tapi tetap sonot dan kecut macam tu jugak...

KABINET NAJIB DARI BAHAN DAN KAYU BERKUALITI TINGGI!!

Posted: 03 Aug 2013 10:36 PM PDT

"Nazri mengingatkan Namewee supaya menghormati sensitiviti sebuah negara yang berbilang kaum dan mengelarkan Namewee seorang budak bodoh yang tidak tahu tentang sejarah serta tidak akan pertahankannya lagi selepas ini.."

Inilah antara pemimpin UMNO yang wajib "ditiadakan" dalam hairaki kepimpinan UMNO dalam pemilihan parti oleh perwakilan cawangan ke bahagian kali ini.

Tapi, masalahnya kalau si Nazri ni kalah pun nanti, Presiden UMNO pulak bawak juga dia duduk MKT dilantik. Inilah masalah masalah besar DS Najib. Lemah tak bertempat, berani tak bertempat, takut pun tak bertempat.

Lihatlah perlantikan barisan kabinet. 

Perlantikan yang dibuat bukan berdasarkan  kebolehan yang ada pada individu yang dilantik, dan bukan juga disebabkan individu tersebut sangat diperlukan bagi membantu menaikkan imej atau prestasi kerajaan yang memerintah dalam menghadapi cabaran dalaman atau kekangan luaran, samada dari sudut politik, ekonomi, hubungan dua hala, hubungan antara kaum mahupun keharmonian antara penganut agama. 

Tiada ahli kabinet yang dibawa khusus untuk tujuan tertentu atau yang mempunyai kepakaran tertentu, untuk menyelesaikan krisis tertentu ataupun ancaman tertentu yang sedang dihadapi oleh negara.

Dulu Tun Dr Ismail diminta secara khusus untuk kembali berkhidmat untuk negara bagi menyelesaikan krisis tertentu. Tun Ghafar Baba juga dibawa masuk ke kabinet selaku TPM atas tujuan tertentu. Tun Daim juga dibawa kembali untuk tujuan khusus. 

Pendek kata, apabila berlaku sesuatu krisis yang kronik pasti akan dijemput personaliti tertentu untuk duduk di kabinet di atas maksud khusus berdasarkan merit dan keupayaan tertentu yang ada pada pemimpin tersebut.

Tapi, di zaman DS Najib ini seolah-olah tiada apa-apa masalah atau krisis yang terjadi. Seolah-olah hubungan antara kaum dan agama berada di kedudukan terbaik. Kekuatan dan kestabilan politik dalaman BN berada di kedudukan paling kuat dan UMNO atau parti-parti komponen BN semua dalam keadaan sifar masalah atau sifar baggage. 

Seolah-olah UMNO, BN dan kepimpiinannya sedang menikmati sokongan rakyat yang sangat kuat. Semua baik belaka-laka sehingga tidak perlu kepada apa-apa pembaharuan atau kepakaran mahupun keupayaan tertentu kalangan ahli kabinet. Kabinet boleh "main tangkap muat" dan pilih siapa saja asal syaratnya, rapat dengan Perdana Menteri dan tidak menimbulkan apa-apa masalah terhadap kedudukan Perdana Menteri.

Jika ahli kabinet ini menimbulkan masalah atau merosakkan imej kerajaan tidak mengapa. Asal jangan ada masalah dengan PM sudah. Kebodohan dalam bertindak atau bertindak tidak pakai otak atau pun berotak kosong bukanlah halangan kepada seseorang itu untuk duduk di kabinet Najib. Malah mungkin kriteria ini juga yang menyebabkan mereka ini dibawa masuk ke kabinet kerana personaliti begini selalunya tidak akan menimbulkan masalah kepada PM. Samiqna wa'ataqna.   

Kabinet sulong Najib kali ini adalah kabinet yang dibentuk bagi tujuan untuk mengimbangi kekuatan dan survival politik individu Perdana Menteri itu sendiri. Ini keutamaannya dan lain-lain faktor adalah secondary.

Hanya seorang saja menteri yang dimasukkan ke dalam barisan kabinet bagi "maksud khusus dan tertentu". Di dalam apa keadaan pun beliau mesti dikekalkan dan diberi tanggungjawab khusus kerana beliau dikatakanbmempunyai kepakaran hampir dalam semua bidang, baik bidang ekonomi, politik mahu pun jenayah berat. 

Tanpa beliau, mungkin sudah lama kerajaan Barisan Nasional lenyap dari persada kuasa dan negara ini mungkin sudah lama bangkrap. 

Orangnya IALAH IDRIS JALA, seorang anak kampong dari suku kaum kelabit yang sudah melalui keperitan dan pengalaman kehidupan di bahagian pendalaman Sarawak. Beliau telah berjaya memulihkan "Financial Statement" MAS dengan cemerlang melalui perakaunan kreatif.

Hasil dari kebijaksanaan beliau menyediakan penyata kewangan MAS dari penyata kewangan tahunan yang menunjukkan kerugian, menjadi penyata kewangan tahunan yang dilihat sudah hilang kerugian, beliau telah dijemput oleh Pak Lah menganggotai kabinetnya. 

Apabila DS Najib mengambil-alih pentadbiran dari Pak Lah, DS Najib telah melihat potensi besar yang "tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun" yang ada pada anak Jala ini. DS Najib telah memberi tanggungjawab yang begitu besar kepada anak yang "berpengalaman luas dalam kehidupan susah di pendalaman ini" untuk memperbaiki segala kelemahan pentadbiran kerajaan. 

Beliau telah berjaya memperkenalkan Dasar Akronim Negara yang mampu menyelesaikan dan mentransformasi setiap proses atau SOP BUNTUT pentadbiran kerajaan hanya dengan memperkenalkan pelbagai Akronim yang begitu kreatif hingga semua orang pening dan darah tinggi.

GTP, NKRA, NKEA, BRIM, BROOM BROOM, BLIM, BLOOM BLOOM, KRIM, KEREMOT, 1PRIMA, 2MUFLIS dan lain-lain akronim lagi yang menyayat hati.

Akhirnya hampir 1Malaysia rakyat tak faham. Hasilnya 1BN hampir-hampir tumbang dibuatnya.

Walau bagaimana pun tiada siapa yang berhak menyalahkan ahli-ahli kabinet DS Najib. Mereka semua dilantik atas prerogatif PM.

Kalau nak salahkan, salahkanlah orang yang melantik...

THE FLYING KICK

Posted: 04 Aug 2013 01:33 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 04 Aug 2013 01:25 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Cybertroopers PR Sedang Serang DS @NajibRazak, Mana Penerima Pingat PKN Untuk Pertahankan Beliau?

Posted: 04 Aug 2013 07:37 AM PDT


Ini adalah serangan terbaru yang dilakukan oleh cybertroopers PR. Artikel terbaru salah seorang daripada cybertroopers PR telah sejam berada di internet. Mana penerima-penerima Pingat Kedaulatan Negara untuk mempertahankan DS Najib? 

Mana artikel dari dua wartawan Malaysiakini yang turut menerima pingat berkenaan untuk membersihkan nama DS Najib. Jangan hanya sewaktu penerimaan pingat terhegeh-hegeh datang ke Seri Perdana. Masa DS Najib diserang oleh cybertroopers PR, khidmat dan kudrat bloggers dan cybertroopers mesra BN yang dipertanggungjawabkan. Ada akal ke? 

Kalau setakat gagal pertahankan DS Najib dan gagal menjawab isu-isu yang dikeluarkan oleh cybertroopers PR, buat malu sahaja gelaran Pingat Kedaulatan Negara tersemat di nama anda. Perdana Menteri sendiri pun gagal dipertahankan.

Lagi Keluarga Islam Mengucapkan Hari Raya Di Facebook Bersama Anjing

Posted: 03 Aug 2013 10:35 PM PDT


Tidak dapat dipastikan apa masalah Umat Islam di Malaysia. Hukum hakam Agama tolak ketepi. Gambar di atas diambil di sebuah laman sosial Facebook, di sini. Kelakuan keluarga ini tidaklah seteruk lakonan "tomboy" yang melakonkan adengan di pagi Aidil Fitri berlatar belakangkan takbir Raya. Keluarga ini hanya bergambar sekeluarga dengan seekor anjing dan seekor kucing yang dinamakan "Al Kalb The Halal Dog" dan "Julie The Cat". 

Namun agak sedih apabila melihat seorang Makcik (kanan sekali) bertudung labuh dan seorang nenek yang memakai skaf di atas kerusi yang boleh terlibat dengan perkara sebegini. Di mana salahnya, di mana silapnya orang-orang Islam sekarang? Apakah tidak cukup syiar Islam yang tersebar di bumi Malaysia sehinggakan Umat Islam menjadi jahil mukarrab?
Sabda nabi: "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" (Muttafaq 'alaih). Daripada Ibn Umar r.a.meriwayatkan bahawa malaikat Jibril as berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sekian lama menanti, Jibril as tidak juga muncul. Lalu Rasulullah saw pun keluar, dan baginda menemui Jibril di luar. Rasulullah s.a.w. mengadu akan kelewatan tibanya. Jibril menjelaskan dengan berkata: "Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar" (Hadis riwayat al-Bukhari). Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing". (Hadis Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan