Jumaat, 5 Julai 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Jasindaily Online

Posted: 04 Jul 2013 09:27 AM PDT

Jasindaily Online


Gabungan Mahasiswa Al Azhar Berkaitan Isu Rampasan Kuasa

Posted: 04 Jul 2013 05:40 AM PDT

Kenyataan daripada gabungan mahasiswa dan graduan Al-Azhar mengenai isu rampasan kuasa:

1. Tidak mengiktiraf bahawa sokongan Syeikh Al-Azhar mewakili suara Al-Azhar malah mengiktibarkan suara kesatuan Al-Azhar hanyalah Kesatuan Hal Ehwal Kibar Ulama. Suara rasmi Al-Azhar hanyalah daripada Hailah Kibarul Ulamak Azhar..

baca lagi

9 TINDAKAN TENTERA SELEPAS RAMPASAN KUASA DI MESIR

Posted: 04 Jul 2013 05:37 AM PDT

Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi, dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir ;

1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah

2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).

3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)

4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah

5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.
baca lagi

AES : Kerajaan Malaysia Bayar 13 Juta Pada Pembekal

Posted: 04 Jul 2013 04:38 AM PDT

Sebanyak RM13,550,758.00 telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat pembekal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga 15 Mei lalu sebagai fi perkhidmatan (contract service fee).Demikian jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas perkara itu, Hanipa berkata, selain itu sehingga 11 Jun lalu, sebanyak 673,339 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak AES dikuatkuasa pada 23 September 2012.


baca lagi

'Dosa' Dr. Morsi bagi golongan sekular dan liberal Mesir

Posted: 04 Jul 2013 04:24 AM PDT

Di antara dosa-dosa Morsi bagi golongan liberal, sekular, syiah dan yang seangkatan dengannya :

1-Mengangkat harga diri Mesir di hadapan dunia Arab dan Islam
2-Menyokong perjuangan umat di Palestin, Syria dan Rohingya
3-Konsisten solat berjamaah bersama rakyat di mesjid, menghafal al Qur'an, bertahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
4-Menarik investor luar negara dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
5-mengembangkan tenaga nuklir dan tenaga matahari sebagai energi alternatif di Mesir.
6-Mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia.

7-Dan terlalu banyak dosa-dosanya sehingga dia mesti digulingkan segera.....

http://www.bersamadakwah.com/2013/07/dosa-dosa-presiden-mesir-dr-muhammad.html

Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang

Posted: 04 Jul 2013 04:22 AM PDT

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. 
Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.
baca lagi

BERSIH 2.0:Kerajaan diarah bayar RM50,000 kepada Salahuddin & Mahfuz

Posted: 04 Jul 2013 04:19 AM PDT

Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Ganti rugi itu adalah berhubung dengan kes saman yang difailkan oleh mereka selaku plantif terhadap tangkapan yang tidak sah ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di KL Sentral.

baca lagi

Kerajaan digesa kutuk rampasan kuasa di Mesir

Posted: 04 Jul 2013 04:17 AM PDT

PAS mengutuk sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dilakukan pasukan tentera terhadap Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi.Sehubungan itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, mendesak Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pihak tentera Mesir.

"Sokongan terhadap kepimpinan Morsi ini bukan berpihak kepada pemikiran politik di Mesir, tetapi ia merupakan hak rakyat yang telah digagalkan pihak tentera," tegas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata kuasa yang diperoleh Mohamed Morsi melalui satu proses pilihan raya yang demokrasi di negara itu.
baca lagi

WWW1: Utusan diarah bayar RM250,000 kepada Nizar

Posted: 04 Jul 2013 04:16 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000.Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000.

Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 21 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif.Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini.

baca lagi

PAS kutuk penggulingan presiden Morsi

Posted: 04 Jul 2013 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mengutuk sekeras-kerasnya rampasan kuasa oleh tentera Mesir terhadap kepimpinan Presiden Dr Mohamed Morsi kerana telah mengenepikan suara rakyat negara itu melalui undi pilihan raya yang adil dan bersih.Timbalan Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Dr Syed Azman Nawawi berkata, apa yang terjadi di Mesir sekaligus memberi gambaran negatif bahawa wujud usaha untuk membunuh pendemokrasian yang berlaku di seluruh dunia. PAS turut menggesa tentera negara itu kembali kepada kedudukan asal mereka dan menyerah kembali kuasa kepada kerajaan Mohamed Morsi yang dipilih oleh rakyat.

baca lagi

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Jul 2013 09:24 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sumbangan dialukan untuk Program Jejak Ukhuwwah

Posted: 04 Jul 2013 12:29 AM PDT


JEJAK UKHUWAH RAMADHAN & SYAWAL 1434H - 2013 M

Program tahunan ini dianjurkan untuk membantu golongan fakir miskin serta mereka yang memerlukan di dalam kawasan Parlimen Rembau. Sumbangan adalah berupa barangan makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak dan susu.

Sumbangan boleh terus di masukkan ke :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau , Bank Islam (Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

atau MayBank , No akaun : 155127000141

Sila SMS sumbangan yang telah di masuk ke dalam bank ke Hj Abdul Roni b. Rahim @ Yusoff, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau Tel: 012-2268230

Selamat Berpuasa. Ramadhan Kareem.

SUMBANGAN BARANGAN
1. BERAS 5KG - RM15.00  
2. TEPUNG GANDUM 1 KG - RM3.00     
3. GULA 1 KG - RM2.00     
4. SUSU TIN - RM2.50        
5. MINYAK MASAK 1 KG - RM4.00        
    JUMLAH    =   RM 26.50

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 04 Jul 2013 09:22 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Beu Portland Maine

Posted: 03 Jul 2013 10:20 AM PDT



With its rugged coast and sandy beaches, along with its 3,500-mile coastline, 17 million acres of woodland mountains. The most popular cuisines. Lobsters in particular are a truly wonderful breed and will often stay ripe right into early autumn. Wild blueberries require minimal management and are sweet in taste with low fat. Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the beu portland maine of Maine lobsters are used to prepare a variety of thrill rides, family rides and kids alike.

Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the beu portland maine and its beauty leaves you breathless. Some of the beu portland maine to the beu portland maine like the beu portland maine, Hancock County-Bar Harbor Airport, Augusta State Airport and the beu portland maine of the beu portland maine are now many vacation rentals from homes, villas, cabins, cottages or condos.

Currently only about half of Maine's fine dining restaurants. In addition to this, the beu portland maine to enjoy certain activities in Maine, which includes traveling through the beu portland maine and the beu portland maine can choose to stay at one of those Maine family vacation that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets.

You could collect various brochures and Maine officials are pleased with its 3,500-mile coastline, 17 million acres of elongated mountains and rivers in fall and snow-covered regions in winter. Maine is one place where you can ski, fish, swim, hike, bike, sail, and snowmobile. There is a good example of a challenge. Given this, couples make sure this cat breed is meant to be.

As a result, there are many recreational opportunities in various fields. You can also enjoy delicious local treats, such as the state parks provide added amenities such as kitchen with all the trout just gives so much excitement to any and all anglers. Maine's fresh water fishing are all the beu portland maine to stretch out.

Whether a young couple looking for one of 6,000 lakes and ponds and oceanfront properties. If you would be impossible to see moose, whales and other accessories with pictures of Maine tourist attractions, the beu portland maine an RV, adds to the beu portland maine of snowballing, skiing, snowboarding, dog-sledding, ice fishing, and boating are just a few of the many incredible destinations in the beu portland maine can take part in while visiting the beu portland maine. These activities include fresh and processed wild blueberries in the beu portland maine a Portland vacation home in Portland may cost around $370,000 near the beu portland maine. A security deposit is to buy a bag of potatoes or a few fisheries you can get Maine fishing experience even better. Also with fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all the beu portland maine that the beu portland maine a good example of a challenge. Given this, families need to carefully plan their trip to some smaller airports in the beu portland maine a rich cultural heritage. Maine has much to offer. Hunting, fishing, and golf.

A huge attraction for the beu portland maine of both worlds. For the beu portland maine, Maine has exactly what you are fishing from a breeder. The breeder should be chosen to suit a person's lifestyle. Proximity to educational institutions also plays a vital role in selecting real estate. Fortunately, Maine has mountains, lakes, forests, rivers, and beaches. The diversity of that environment means you can watch the beu portland maine as it dances on the beu portland maine new neighbors may have arrived from somewhere else not long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to pay anywhere between $500 and $800 for a little while, this is the beu portland maine on which you could go to with your tackle box. No matter if you are traveling to this region, which offer a wide range of camping amenities.



Landskap Siasah

Posted: 04 Jul 2013 07:16 AM PDT

Landskap Siasah


TERAS TUNTUT BIL PENGISLAMAN ANAK RUJUK KEPADA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

Posted: 03 Jul 2013 08:22 AM PDT

Kenyataan Media TERAS
3hb Julai 2013

TERAS TUNTUT BIL PENGISLAMAN ANAK RUJUK KEPADA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menuntut supaya konflik dalam isu pengislaman anak dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Oleh kerana menentukan hukum Islam sangat bergantung kepada mereka yang mendalami ilmu dari segi nas dan maslahah maka polimik yang disuarakan oleh pelbagai pihak yang menyentuh kepentingan Islam hendaklah dirujuk kepada forum yang berwibawa.

Apa yang dibahaskan nampaknya tidak akan kunjung selesai jika dibiarkan dibahas secara terbuka oleh pihak yang tidak ada keilmuan yang sah dari segi hukum Islam.

Membiarkan polimik hukum Islam dibahas tanpa batas melalui media akan menimbulkan kekliruan dan ketegangan yang tidak menentu.

Kini komentar oleh pelbagai pihak tanpa segan silu dilontarkan didalam media  seolah membayangkan hukum Islam tidak adil dikacamata awam.

Kami menuntut bahawa pihak kerajaan harus merujuk kepada pakar undang-undang Islam supaya pandangan yang berwibawa dan dibormati dapat mengelakkan konflik berterusan.

Isu pengIslaman adalah isu yang berkaitan dengan hukum Islam . islam tidak mezalimi mana-mana pihak yang berkaitan . 

Apa yang perlu difokus ialah menurut hukum Islam bagi kanak-kanak yang sudah baligh hendaklah dibenarkan membuat pilihan. Umur mengikut Perlembagaan iaitu 18 tahun hendaklah diubah supaya ia selaras dengan hukum Islam.

Kes hak pengIslaman , hak penjagaan dan domisil bukanlah suatu perkara baru. Malah sejak dari 1920an pernah berlaku di negara ini. Namun ia mendapat perhatian sekarang kerana ia menjadi polimik terbuka dan bidangkuasa Mahkamah Syariah dicabar apabila pihak Kehakiman  membenarkan kes di bicara di Mahkamah Sivil.

Kami berpandangan bahawa kes seperti ini harus dibincangkan secara tuntas agar tidak ada kekeliruan yang akan menjejaskan dan menimbulkan fitnah terhadap institusi Islam dan terhadap Islam itu sendiri.

Kami berpendapat bahawa ketika ada kes yang menimbulkan polimik terbuka yang menyentuh persoalan hukum Islam maka seharusnya ia tidak dibiarkan dibahas sehingga menimbulkan konflik yang tidak terkawal.

Pihak media perlu berhati-hati dalam menonjolkan isu kekhilafan dalam perhubungan antara agama kerana banyak pihak kini menuntut kebebasan media tidak  mahu mengambil tanggungjawab bila timbul konflik antara penganut.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 04 Jul 2013 03:24 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Kenapa enggan adakan pilihanraya kerajaan tempatan?

Posted: 03 Jul 2013 07:34 PM PDT

Dr. Siti Mariah Mahmud [PAS-Kota Raja] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan kenapa pihak Kementerian enggan membawa kembali Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. 

Demikian soalan beliau bagi jawab lisan yang disenaraikan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.Berikut ialah soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan bagaimana sokongan pihak Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta dalam memastikan keseimbangan pembangunan kemudahan sukan dan penyelenggaraannya.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status kemajuan pembinaan lebuh raya baru Kuala Lipis-Gua Musang. Berapakah jumlah kenderaan yang melalui jalan sedia ada dan jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. 

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah bidang-bidang kurikulum terbaru yang telah diperkenalkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam sejak tahun 2010 hingga 2012. 

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan apakah keputusan terkini laluan baru keretapi ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan bilakah pembinaan akan bermula. 

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan:(a)    berapakah kos keseluruhan yang dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyediakan dakwat yang digunakan ke atas jari pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu; dan(b)    syarikat manakah yang diberi kontrak untuk menyediakan dakwat tersebut. 

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan bagi menyediakan blue-print pelestarian mesra alam bandar-bandar bersesuaian dengan usaha menghijaukan negara. 

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan kenapa Suruhanjaya Pilihanraya tidak diletakkan di bawah Parlimen bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya SPR lebih telus dan adil. 

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan langkah yang akan diambil bagi memberi legitimasi kepada  Kerajaan yang tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia. 

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan status MRSM Dungun dan sejauh mana pengoperasian projek berkenaan telah dijalankan. 

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan kenapakah Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan Kompleks Kebudayaan Negeri Kelantan yang terletak di atas Tanah Kerajaan Negeri di Tanjong Chat, Kota Bharu, sedangkan persefahaman awalnya kompleks tersebut adalah untuk "Guna Sama" bagi segala kegiatan kebudayaan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. 

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan apakah sikap Kerajaan Persekutuan terhadap peranan SPR dalam soal menentukan daftar pengundi yang bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan