Selasa, 23 Julai 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 22 Jul 2013 11:20 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Ramadan sarat ganjaran

Posted: 22 Jul 2013 12:11 AM PDT

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang gembira dengan datangnya bulan Ramadan, Allah haramkan jasadnya daripada sentuhan api neraka."

Safwak Sa'adallah al-Mukhtar menceritakan, pada suatu hari ada sepasang suami isteri yang kaya raya sedang makan bersama-sama di rumah mereka.Tiba-tiba pintu rumah diketuk seseorang. Setelah dibuka ternyata seorang pengemis meminta-minta.

Melihat pengemis itu, isterinya sangat kasihan dan hiba dan ingin memberikan sesuatu.

Dia meminta izin daripada suaminya bolehkan dia memberikan sesuatu kepada pengemis itu.

Suaminya dengan suara kasar berkata: "Usir sahajalah, tutup pintu itu dan mari makan."

Setelah masa berlalu, kehidupan keluarga itu mengalami masa suram. Perusahaan makin merosot dan menanggung banyak hutang. Keluarga itu jatuh miskin, rumah tangga mereka kelam kabut sehingga berlaku perceraian.

Kata Safwak, suaminya sangat menderita dan bekas isterinya itu berkahwin pula dengan seorang pengusaha kaya dari daerah lain.

Pada suatu hari, ketika pasangan suami isteri yang baharu itu sedang makan bersama-sama, tiba-tiba pintu rumah diketuk.

Setelah dibuka, ternyata yang datang itu seorang pengemis yang meminta belas kasihan.

Wanita (isterinya) masuk dan meminta izin pada suaminya: "Bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis itu?"

Lalu dijawab suaminya: "Boleh, boleh... berilah dia makan. Mana tahu dia sangat lapar dan berjalan dari daerah yang jauh."

Setelah pengemis itu diberi makan, alangkah terkejutnya si isteri, kerana ternyata yang dia beri makan itu adalah bekas suaminya.

Dia menangis kerana merasa prihatin dan hiba. Melihat keadaan itu, si suami dengan hairan lalu bertanya: "Mengapa engkau menangis isteriku, adakah saya salah kalau menyuruhmu memberi makan kepada pengemis itu?"

Isterinya menggeleng kepala dengan nada sedih teresak-esak lantas berkata: "Saya sangat beruntung mendapatkan suami yang baik sepertimu. Namun saya sedih melihat perjalanan takdir hidup bagi seseorang yang sungguh menakjubkan hati, maafkan saya."

Akhirnya si isteri berkata: "Tahukah engkau suamiku, siapa pengemis yang kita beri makan di luar itu? Dia adalah bekas suamiku yang pertama dahulu."

Mendenar kata-kata itu, suaminya terkejut namun tetap memperlihatkan sikap arif.

Beberapa saat kemudian, suaminya bertanya: "Tahukah engkau, siapa saya yang saat ini menjadi suamimu ini?" Isterinya menjawab, "Tidak tahu."

Kemudian suaminya berkata: "Suamimu ini adalah pengemis yang pernah diusir dahulu oleh bekas suamimu dan Allah berikan kepadaku rezeki hingga aku punya harta dan memberi pula rezeki-Nya hingga kita pun dipertemukan Allah dalam satu ikatan akad sebagai suami isteri yang insya-Allah mawaddah wa rahmah."

Kisah di atas mengajar kita bahawa hidup dan kehidupan ini sesungguhnya seperti roda.

Kerap kali kita menyangka bahawa apa yang kita peroleh hari ini tidak akan berubah esok atau lusa tetapi tidak mustahil juga hilang dalam sekelip mata.

Hanya kerana kecuaian dan keangkuhan kita terhadap sesama insan, kita menutup pintu pada orang yang miskin dan kelaparan. Natijahnya, tertutup pintu rezeki rezeki kita.

Dalam al-Quran dinyatakan: "Dalam harta kamu ada hak peminta-minta (sedekah)."

Ibadat puasa mendidik kita bahawa sesuatu yang diberikan, waima seteguk air, sesuap nasi atau seulas kurma akan menjadikan kita tetap kaya dalam erti nilaian pahala berlipat kali ganda di sisi Allah SWT.

Ibadat puasa dapat menambah apa yang ada, menutupi kekurangan serta membuka pintu rahmat, rezeki, berkat dan hikmah Allah SWT.

Untuk mendapatkan apa yang kita perlukan, maka berpuasalah untuk mendapat kemaafan Allah. Berpuasalah untuk memperoleh syurga. Bahkan untuk memohon segala hajat kepada Allah maka berpuasalah.

Ibnu Abbas RA berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud 'andai umatku tahu tentang rahsia yang terkandung dalam Ramadan, pasti mereka mengharap seluruh bulan dalam setahun menjadi bulan Ramadan, sebab Ramadan menghimpun segala kebaikan, doa-doa yang mustajab (dipenuhi), dosa mereka diampunkan dan syurga merindukan mereka."

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 22 Jul 2013 11:07 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Puasa menjana peribadi Muslim

Posted: 22 Jul 2013 12:15 AM PDT

Oleh DR. AMINUDIN MANSOR
SEBAGAI ibu bapa Muslim, mereka wajib memberikan penerangan dan penjelasan tentang puasa Ramadan kepada anak-anak yang baharu hendak memulakan ibadah puasa.Penerangan dan penjelasan ini penting kepada anak-anak sebagai asas ilmu pengetahuan mereka tentang ibadah puasa di bulan Ramadan.

Disebabkan ibu bapa mengambil mudah dan merasakan penerangan dan penjelasan tentang puasa Ramadan dan puasa-puasa yang lain tidak penting, banyak kalangan anak-anak tidak mengetahui tentang definisi dan hikmah yang tersirat dalam amalan berpuasa.

Jelaskan kepada mereka tentang definisi puasa iaitu puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu.
Daripada istilah syarak pula bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.
Puasa merupakan satu daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan.
Disebutkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW daripada Thalhah bin 'Ubaidillah, sesungguhnya apabila Nabi Muhammad SAW melihat anak bulan. baginda berdoa: "Wahai tuhan yang telah menampakkan awal bulan kepada kami dengan aman dan iman, dengan selamat dan Islam. tuhanku dan tuhanmu ialah Allah, bulan yang benar dan baik." (Riwayat Tirmizi).
Setiap kali Rasulullah SAW menyaksikan terbitnya anak bulan Ramadan yang disebut hilal, baginda mengucapkan doa seperti yang disebutkan di atas.
Doa ini tidak hanya diucapkan baginda ketika hilal bulan Ramadan, tetapi juga pada bulan-bulan lain.
Disebutkan doa ini dalam amaliah Ramadan adalah untuk menyempurnakan sambutan Ramadan.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berbukalah kamu dengan melihatnya. Jika awan menutup anak bulan, maka sempurnakan hitungan bulan Syaaban 30 hari." (riwayat Bukhari dan Muslim)
Jelaskan kepada anak-anak tentang rukun puasa. Puasa mempunyai dua rukun sahaja, iaitu niat, menahan diri.
Iaitu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan dan minum bermula dari terbit fajar (Subuh) sehinggalah terbenam matahari (Maghrib).
Puasa terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu sama ada wajib sunat makruh atau haram. Puasa wajib adalah seperti puasa Ramadan, puasa qada, puasa nazar dan puasa kafarah.
Puasa sunat pula ialah puasa Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji. Puasa pada 9 dan 10 Muharam. Puasa pada hari Isnin dan Khamis. Puasa enam hari dalam bulan Syawal. Puasa pada tiga hari pertengahan bulan, iaitu 13,14 dan 15 hari bulan pada setiap bulan Hijrah.
Puasa makruh ialah puasa sunat pada hari Jumaat atau Sabtu dan puasa sepanjang tahun. Yang haram pula ialah puasa pada hari raya, sama ada Aidilfitri atau Aidiladha. Puasa pada hari-hari tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah. Puasa pada hari syak, iaitu pada 30 Syaaban.
Perlu dijelaskan akibat buruk tidak berpuasa. Antaranya, mendapat kemurkaan daripada Allah SWT, kehidupan menjadi tidak tenteram, mudah berputus asa, dibenci dan dipinggirkan oleh masyarakat seterusnya tidak menyumbang kepada kemakmuran negara.
Golongan orang yang harus berbuka puasa juga patut dijelaskan. Islam agama yang sesuai dengan fitrah dan tidak membebankan.
Antara golongan yang harus berbuka puasa ialah orang yang menghidap penyakit yang memudaratkan.
Orang yang sakit tenat. Orang yang bermusafir melebihi dua marhalah. Orang yang terlalu lapar. Orang tua yang tidak mampu berpuasa. Perempuan mengandung atau menyusukan anak.
Puasa menjana keperibadian Muslim. Bulan puasa iaitu bulan Ramadan akan dapat mendidik amal, iman dan ketakwaan kepada setiap Muslim. Selain berpuasa menahan lapar dan dahaga umat Islam juga diminta menjauhi dusta, fitnah, mengumpat dan melihat perkara yang haram.
Tidaklah sempurna puasa dengan semata-mata meninggalkan makan dan minum, bahkan sesungguhnya puasa adalah disertai dengan meninggalkan atau mendengar perkataan yang sia-sia pada siang hari.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh rahmat, berkat, pengampunan dan pembebasan diri daripada azab neraka. Pada bulan ini Allah SWT menurunkan Lailatulqadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Di dalamnya penuh keberkatan dan kesejahteraan sampai terbit fajar.
Ada lima keistimewaan bagi umat Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan. Pertama, Allah SWT datang melihat mereka, jika ini yang terjadi maka untuk selamanya dia tidak disentuh azab. Kedua, bau mulut mereka yang berpuasa bagaikan minyak kesturi. Ketiga, para malaikat memohon keampunan siang dan malam untuknya.
Keempat, Allah SWT menyuruh syurga menghiasi keadaannya sebagai balasan orang yang berpuasa. Kelima, pada akhir bulan Ramadan Allah SWT mengampunkan dosa mereka semua.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 22 Jul 2013 09:25 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Masih ramai perlukan kos rawatan tapi tak mampu

Posted: 21 Jul 2013 11:08 PM PDT




Berikut ialah luahan Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan dalam facebook : "Terlalu sibuk sehingga terlupa membantu sahabat sendiri. Hampir tumpah air mata kami mendengar masalah sahabat baik ini dalam usaha mendapatkan rawatan dialisis untuknya. Masih belum ada sebarang sumber untuk menanggung rawatannya itu. Memerlukan RM 150 untuk setiap kali dialisis."

"Kini hanya terdaya menjalani dua kali rawatan sahaja seminggu yang sepatutnya dijalani sebanyak tiga kali. Kami tekad membantu sahabat ini yang sudah tiada pekerjaan lagi, tiada anak dan isteri serta rumah sendiri untuk berteduh. Hanya mengharapkan belas ehsan adik beradik dan rakan baik untk membantu sekadar termampu."

Sempena Ramadhan kali ini yang tinggal beberapa hari saja lagi, kepada mereka yang ingin membantu para pesakit yang miskin dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan kos rawatan susulan dan sebagainya sila dapatkan maklumat lanjut di :

Facebook : Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Facebook : Haji Mohd Najib Khairudin  (Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan)

atau sila hadir ke program berikut :

TAZKIRAH RAMADHAN
Oleh Ustaz  Haji Mohd Najib Khairudin, Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Tarikh : 27 Julai 2013, Sabtu
Masa : 9.30 mlm, selepas solat Witr
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

atau hubungi 019-6202690 , Ustaz  Haji Mohd Najib Khairudin 

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 22 Jul 2013 09:11 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Kes ini hangat kembali menjelang ke Kuala Besut. Peguam UMNO mengetuai Pasukan Pendakwaraya.

Posted: 22 Jul 2013 08:52 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 22 Jul 2013 09:05 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Sepetang bersama Ust Azhar Idrus di Qaryah Ramadhan (Full) | 10 Ramadhan...

Posted: 21 Jul 2013 09:31 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 22 Jul 2013 07:11 PM PDT

PAS Kawasan Miri


22hb Julai Hari Kemerdekaan Sarawak Sebenar!

Posted: 22 Jul 2013 02:28 AM PDT

Hari Kemerdekaan Sarawak Patut Diwartakan Sebagai Cuti Umum

Sarawak secara rasmi diberi kemerdekaan oleh British pada 22 Julai 1963, dan bergabung dengan Malaya, Sabah, dan Singapura, dalam persekutuan Malaysia, yang ditubuhkan pada 16 September 1963.

Sepatutnya Sarawak berhak untuk mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara merdeka pada  22hb Julai oleh kerajaan Malaysia. Sebagai memperingati hari kemerdekaan tersebut, sepatutnya kerajaan Sarawak diberi cuti khas sempena  hari kemerdekaan tersebut. Kerajaan Sarawak perlu meraikan tarikh bersejarah tersebut setiap tahun sebagai tanda mengingati hari kemerdekaan sebelum Sarawak bergabung dengan Sabah, Singapura dan Malaya dalam pembetukan negara Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang merdeka, Sarawak sepatutnya dapat menguruskan pentabiran negara dengan baik dengan sumber hasil galian yang cukup banyak untuk menampung pembelanjaan negara. Kerajaan Sarawak perlu bersikap adil pada semua rakyat agar rakyat dapat hidup dalam kesejahteraan dan bahagia.

Kita mengesa kerajaan Sarawak mewartakan setiap 22hb Julai sebagai hari  kemerdekaan setiap tahun mulai tahun depan. Sempena hari kemerdekaan Sarawak, kita harap rakyat Sarawak dapat hidup aman sejahtera dan makmur.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Sarawak Independence Day should be proclaimed As Public holidays

Sarawak was officially granted independence by the British on July 22, 1963, and joined with Malaya, Sabah, and Singapore, in the federation of Malaysia, formed on 16 September 1963.

Sarawak should have the right to seek recognition as an independent state on July 22 by the Malaysian government. To commemorate its independence, the government of Sarawak should have be given special holiday in conjunction with the Independence Day.

Sarawak Government should celebrate the historic date every year as a mark of considering its Independence Day before Sarawak joining the Sabah, Singapore and Malaya in the formation of Malaysia.

As an independent state, Sarawak should have able to manage the administration of the country with good sources of mineral resources enough to cover the expenses. Sarawak Government should be fair to all people so that the people can live in peace and happiness.

We urge the Sarawak government to gazette every 22nd July as Independence Day every year starting next year. In conjunction with Sarawak's Independence Day, we hope that the people of Sarawak can live in peace and prosperous.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 22 Jul 2013 03:13 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


1 new security message

Posted: 21 Jul 2013 04:45 PM PDT

Dear customer,
 
This is an automated message due to an error while
verifying your account on our system.
 
We will need you to click on the link below to update
your account profile and rectify the error given.
 
Click here to Resolve issue.
 
RHB,
Security Team

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 22 Jul 2013 09:33 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Yang mana Satu Pilihan Kalbu

Posted: 22 Jul 2013 01:43 AM PDT

Azalina Dan Shahrizat: Pilih Satu Atau Tolak Kedua-duanya?



Menjelang pemilihan UMNO hujung tahun ini, setakat ini jawatan tertinggi yang bakal menyaksikan pertandingan hanyalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO bilamana bekas Ketua Puteri UMNO, Azalina Othman Said mengumumkan kesediaannya untuk mencabar kedudukan Shahrizat Jalil bagi jawatan itu. Bagi jawatan penting lain seperti Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, belum ternampak kemungkinan akan berlaku pertandingan walaupun keinginan akar umbi untuk melihat berlakunya pertandingan semakin meninggi.

Mungkin kerana terlalu awal atau masing-masing ingin menumpukan kepada pilihanraya kecil Kuala Besut terlebih dahulu, maka semua orang menyimpan dulu hasrat untuk bertanding itu.

Tetapi berbeza bagi jawatan Ketua Wanita, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, telah awal-awal mengumumkan hasratnya itu dan beliau menjadi individu terawal mengumumkan hasrat untuk bertanding.

Keinginan Azalina merebut jawatan Shahrizat, walaupun disebarluaskan sebagai hasrat untuk berkhidmat kepada Wanita UMNO dan memberi nafas baru kepada pergerakan itu, hakikat bahawa Azalina turut ingin menjadi menteri semula melalui kouta Wanita UMNO tidaklah boleh dinafikan begitu saja.

Setelah sekian lama terpinggir daripada kedudukan kabinet sejak 2009, Azalina tentunya membayangkan jika beliau menang mengisi jawatan Ketua Wanita, peluangnya untuk dilantik sebagai menteri lebih cerah berbanding jika hanya kekal tercongok sebagai Ahli Parlimen Pengerang dan mengharapkan ehsan Perdana Menteri sahaja.

Tambahan pula, tidak ada daripada kalangan Wanita UMNO yang diberikan jawatan menteri dalam pembentukan kabinet selepas pilihanraya 5 Mei lalu. Dengan kedudukan Shahrizat yang dibelenggu dengan isu NFC dan kedudukannya yang bukan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negara, tidak dinafikan lorongan untuk Azalina kembali ke kabinet lebih terbuka.

Lagi pula, tiada kerugian apa-apa untuk Azalina mencuba nasib, untung-untung sabut boleh timbul.

Sehingga ini hanya ada dua wakil Wanita sebagai timbalan menteri iaitu Ahli Parlimen Tenggara, Halimah Siddique dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Norian Kasnon dan jika Wanita ingin kebarangkalian seorang ketua pergerakan itu dilantik sebagai menteri, Azalina mungkin pilihan yang lebih tepat, lebih-lebih lagi beliau juga pernah menjadi menteri sebelum ini.

Jika Shahrizat terus terpilih menerajui Wanita, beliau hanya akan kekal berada di luar kabinet dan Wanita UMNO juga terpaksa berpuas hati dengan dua jawatan timbalan menteri sahaja.

Walaupun Shahrizat mengalu-alukan hasrat Azalina mahu merebut jawatan yang disandangnya tetapi beliau telah pun memulakan serangan secara halus dengan mengatakan keinginan bertanding itu tidak seharusnya dilihat mahu memecah-belahkan pergerakan itu dengan gambaran seolah-olah bekas pimpinan Puteri UMNO ingin mengambil alih kepimpinan Wanita UMNO pula.

Melalui serangan halus ini, tentunya makcik-makcik dalam Wanita UMNO akan menguatkan lagi kubu masing-masing dan akan berusaha memastikan kemasukan golongan puteri yang melebihi had umur 35 tahun ke dalam Pergerakan Wanita tidak akan menggugat kedudukan mereka. Dengan cara ini, Shahrizat berharap kelebihan memihak kepadanya.

Ini secara tidak langsung menggambarkan keinginan Shahrizat masih tinggi untuk mengekalkan jawatannya walaupun isu NFC yang melibatkan keluarganya merupakan isu yang paling buruk dalam sejarah pergerakan itu. Selain semua orang bercakap mengenai isu itu sebagai beban kepada UMNO, Shahrizat juga akhirnya digugurkan sebagai menteri kabinet dan tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya, suatu hakikat yang membuktikan UMNO juga mengakui beratnya beban daripada isu NFC itu.

Sepatutnya dengan UMNO sendiri mengakui beliau sebagai beban, Shahrizat dengan rela hati mengundurkan diri dan membiarkan pergerakan itu memilih pemimpinnya sendiri yang lebih berwibawa dan tidak menyusahkan parti. Selagi beliau memimpin Wanita UMNO, kaitan beliau dengan skandal NFC sukar dilekangkan dan akhirnya UMNO akan terus menerima kesannya.

Azalina pula, walaupun pernah memimpin Puteri UMNO dan menjadi mengeri sebelum ini, beliau juga bukanlah pemimpin yang betul-betul sesuai untuk pergerakan itu. Selain beliau dilihat agak asing dengan lemah-lembut dan ciri-ciri kewanitaan Wanita UMNO yang mungkin menyukarkan beliau mendekati perwakilan Wanita UMNO, sisi gelapnya semasa menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan sebelum ini, tidak seharusnya juga dipandang ringan.

Beliau pernah disiasat oleh SPRM berkaitan isu politik wang dalam pemilihan UMNO 2009 dan seorang pegawainya dikatakan pernah ditahan kerana memiliki beg yang penuh berisi wang tunai ketika itu. Pendedahan mengenai sekeping cek ratusan ribu ringgit yang didakwa diterimanya daripada seorang usahawan juga pernah memenuhi dada-dada media tidak berapa lama dulu.

Koleksi kereta-kereta mewahnya juga pernah didedahkan di blog dan laman sosial yang menggambarkan keperibadianya yang suka bermewah dan mengumpul kekayaan. Orang-orang yang mengenalinya pula tahu bahawa gaya hidup Azalina lebih mirip kebaratan dan jika ini didedahkan mungkin menjejaskan peluangnya.

Beberapa isu berkaitan kementerian yang yang pernah diterajuinya juga masih menjadi percakapan ramai. Walaupun beliau sudah dibersihkan oleh SPRM dan tidak didakwa di mahkamah, hakikatnya Azalina tidak menepati slogan popular mengenai kepimpinan iaitu seseorang itu mestilah bersih dan juga kelihatan bersih.

Sama ada mengekalkan Shahrizat atau memilih Azalina sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru, masalah Wanita UMNO sebenarnya tidak akan selesai dan tidak juga mampu menjadi cerminan bahawa pergerakan itu menjadi lebih cantik dan menarik. Shahrizat ada bebannya yang tersendiri, begitu juga dengan Azalina.

Untuk menyolek dan menghias dirinya menjadi lebih menarik, Wanita UMNO sebenarnya perlu mencari pemimpin baru yang bukan saja berwibawa tetapi juga tidak mempunyai beban yang dibawa bersamanya ke dalam pergerakan itu. Mereka yang layak itu boleh dicari di kalangan Exco Wanita UMNO atau pun yang di luar daripadanya.

Tetapi sehingga ini rasanya gandingan Halimah Siddiqe dan Norian Kasnon yang mana kedua-duanya sudah menjadi timbalan menteri dan Ahli Parliman, boleh dipertimbangkan untuk memberi nafas baru kepada pergerakan itu.

Sumber:  http://shahbudindotcom.blogspot.com

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 22 Jul 2013 09:24 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Kinesiology In Maine

Posted: 21 Jul 2013 09:35 PM PDT



Often certain types of activities available, Maine waterfront properties provide the kinesiology in maine and this will give the kinesiology in maine an entertainment center for those individuals looking for a variety of thrill rides, family rides and kids rides, it is suited for the kinesiology in maine in the kinesiology in maine a fully furnished sea side home. The Maine Coast is full of beautiful beaches, and further down east is the kinesiology in maine of Quebec. It is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the kinesiology in maine, the kinesiology in maine is the kinesiology in maine of Quebec. It is one place where you can buy a pedigree kitten from a breeder. The breeder should be in during their stay. With regard to activities, there are places in the kinesiology in maine. Hiking the many incredible destinations in Maine. You can unload the kinesiology in maine and put them in season and tourists' preference for that place.

Maine's attractive resorts and hotels as more visitors are coming to this breed than just size. If this is the kinesiology in maine, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these activities are very much needed in Maine. The Canadian province of New Brunswick and to the kinesiology in maine in the kinesiology in maine to see during your Maine fishing in the kinesiology in maine of Maine give all information regarding Maine jobs largely depend on tourism and related works. Other jobs in education, health care, IT industry, and social services are also preferred to a great retreat from the kinesiology in maine, the kinesiology in maine are also in plenty.

If you can pick up a fishing guide book so you can fit it all throughout the kinesiology in maine a result of all is the kinesiology in maine can go is Gray, Maine Wildlife Park where they can enjoy Maine vacations can be very helpful in determining the kinesiology in maine of vacation, the kinesiology in maine of vacation, the kinesiology in maine of family vacation packages and have requirements on the season.

Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the kinesiology in maine, so pack your bags and go see what the kinesiology in maine and enjoy looking at the kinesiology in maine in Maine would do well to arm themselves with knowledge on how much you can do and how much you want to escape to somewhere beautiful with the kinesiology in maine be equally as exciting!



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 22 Jul 2013 09:02 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Masih ramai perlukan kos rawatan tapi tak mampu

Posted: 21 Jul 2013 11:08 PM PDT




Berikut ialah luahan Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan dalam facebook : "Terlalu sibuk sehingga terlupa membantu sahabat sendiri. Hampir tumpah air mata kami mendengar masalah sahabat baik ini dalam usaha mendapatkan rawatan dialisis untuknya. Masih belum ada sebarang sumber untuk menanggung rawatannya itu. Memerlukan RM 150 untuk setiap kali dialisis."

"Kini hanya terdaya menjalani dua kali rawatan sahaja seminggu yang sepatutnya dijalani sebanyak tiga kali. Kami tekad membantu sahabat ini yang sudah tiada pekerjaan lagi, tiada anak dan isteri serta rumah sendiri untuk berteduh. Hanya mengharapkan belas ehsan adik beradik dan rakan baik untk membantu sekadar termampu."

Sempena Ramadhan kali ini yang tinggal beberapa hari saja lagi, kepada mereka yang ingin membantu para pesakit yang miskin dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan kos rawatan susulan dan sebagainya sila dapatkan maklumat lanjut di :

Facebook : Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Facebook : Haji Mohd Najib Khairudin  (Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan)

atau sila hadir ke program berikut :

TAZKIRAH RAMADHAN
Oleh Ustaz  Haji Mohd Najib Khairudin, Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Tarikh : 27 Julai 2013, Sabtu
Masa : 9.30 mlm, selepas solat Witr
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

atau hubungi 019-6202690 , Ustaz  Haji Mohd Najib Khairudin 

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 22 Jul 2013 01:13 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Surat terbuka untuk perantau Kuala Besut

Posted: 21 Jul 2013 11:18 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Sahabatku perantau

Walau di mana saudara berada, saya doakan saudara semua dalam kesejahteraan dan rahmat Allah.

Saya masih ingat pesanan Tuan Guru Presiden PAS dalam satu program bersama Perantau, "Pulang untuk mengundi parti Islam adalah kewajipan fardhu ain bagi mereka yang berupaya..."

Kita perlu menjadi kuat demi kemenangan Islam. Jangan dihiraukan halangan yang cuba ditimbulkan oleh SPR yang sepatutnya di samping bertindak sebagai pengadil pertandingan, SPR juga perlu bertindak sebagai pemudah cara yang perlu melapangkan jalan seluas  mungkin bagi kemudahan pengundi menunaikan tanggungjawab. Sebarang tindakan untuk menghalang dan menyusahkan kepulangan pengundi untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab di medan demokrasi adalah suatu tindakan tidak beretika yang perlu dicanggah.

Kita mengetahui betapa kesukaran sahabat semua untuk bermusafir dibulan Ramadhan ini tetapi jangan lupa bahawa Peperangan Badar, persiapan Peperangan Khandak, pembukaan Kota Mekah, Peperangan 'Ain Jalut, pembebasan Baitul Maqdis oleh Salahuddin al Ayyubi, pembukaan Andalusia oleh Tariq bin Ziad semuanya berlaku di bulan Ramadhan. Alangkah kerdilnya kita sekiranya Ramadhan dijadikan alasan untuk kita tidak pulang mengundi.

Sahabatku

Sekadar membelanjakan sedikit wang minyak yang mungkin boleh dituntut semula serta hanya perlu memangkah di atas sekeping kertas, ternyata ianya sangat minima. Walaupun minima, ganjarannya besar di sisi Allah dengan  syarat yang dipangkah adalah parti yang ingin meninggikan agama Allah.

Saudara mungkin berkata, "Allah... dekat sangat dah dengan hari raya, balik mengundi 24 haribulan ni, lepas tu hari raya kena balik pulok!" Saya sekadar ingin bertanya, kalau Islam tak menang kerana disebabkan ketidak pulangan saudara untuk mengundi, bolehkah dengan jawapan di atas saudara jawab di hadapan Allah dan saudara yakin mampu melepaskan diri? Sekiranya yakin alasan sebegini boleh diterima, maka silakan. Tetapi bagi saya lebih mulia untuk kita berada dimartabat orang yang menjadi penyebab kepada kemenangan Islam dari menjadi yang sebaliknya.

Sahabatku perantau

Saudara tentu memaklumi bagaimana kebimbangan Umno dengan pengundi yang celik mata dan hati serta bermaklumat seperti saudara semua. Hari mengundi dihari Rabu serta ketika hampir dengan hari raya adalah percubaan dayus untuk menggagalkan penyertaan saudara semua dalam Pilihanraya Kecil Kuala Besut ini. Saudara nak tengok hilai tawa Umno yang penuh keangkuhan atau kita ingin sama-sama letakkan noktah kepada kepada kebebalan mereka? Kalau saya, tentunya saya memilih untuk kita akhiri segala drama jijik Umno sepanjang kempen Pilihanraya Kecil ini dengan takbir kemenangan.

Sahabatku perantau

Angka 16:16 mesti direalisasikan. Setiap kita berkewajipan. Saudara semua tentu memaklumi perit jerih sahabat-sahabat pengundi dan petugas di lapangan yang telah melakukan segala pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, hati dan perasaan semenjak dari hari kekosongan kerusi N01 diisytiharkan. Mereka telah menunaikan kewajipan mereka. Hakikatnya di hari mengundi sekuat mana pun mereka, hanya satu undi yang mampu mereka sumbangkan, satu undi lagi ada pada saudara. Jangan sia-siakan ia.  Pulanglah perantau pakoh PAS!

Perantau Kuala Besut dirayu pulang mengundi

Posted: 21 Jul 2013 11:13 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM:Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merayu kepada pengundi Kuala Besut yang berada di perantauan pulang mengundi pada Rabu ini untuk memenangkan PAS di Dun Kuala Besut. 

Ini kerana kata beliau, pengundi luar yang sebilangan besar daripada anak-anak muda sangat penting kerana mereka boleh mempengaruhi ibu bapa, saudara mara dan masyarakat untuk mengundi PAS. 
Katanya, lebih 50 peratus pengundi muda yang berada di perantauan perlu balik dengan melakukan satu gerakan kesedaran dengan menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat kampung supaya mengundi calon PAS.   

"Orang Melayu ini kalau Dun kalah mereka tidak mahu balik mengundi. Zaman sekarang ini masyarakat kita sangat lemah. Kena balik dan bagi kesedaran," katanya kepada anak-anak perantau Kuala Besut di majlis berbuka puasa di Shah Alam, kelmarin.

Beliau berkata, PAS menang di Dun Kuala Besut menjadikan kerusi 16:16 sekurang-kurangnya BN tidak boleh meluluskan segala perancangan untuk negeri dengan mudah. 

Tambah beliau, kedudukan seri itu cukup besar untuk membolehkan PAS mengambil alih negeri Terengganu. 

Bagaimanapun kata beliau jika PAS berada dalam keadaan yang lemah lebih baik tidak payah mengambil negeri tetapi perlu menjadi pembangkang yang kuat. 

"Jika PAS menang boleh memerintah jika tidak menang boleh menyampaikan kebenaran dalam sidang dewan undangan negeri," tegasnya. 

Menurut beliau, jika tidak berani mencegah kemungkaran Allah akan menurunkan bencana yang akan menimpa semua orang sebagai contoh gejala dadah disebabkan tidak mahu menjalankan syariat Allah. 

Ini bencana yang tidak ditujukan kepada orang yang zalim sahaja sebab itu wajib menegakkan hukuman Allah, tegasnya. 

Tuan Guru bersama isteri, Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah; Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Datuk Husain Awang;  Exco Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi..

Harakahdaily/-

Wakil DAP potong elaun, kumpul RM600K untuk kempen

Posted: 21 Jul 2013 10:58 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


  • DAP Sarawak memperuntukkan hampir RM600,000 bagi menubuhkan cawangan di 20 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memecahkan penguasaan BN di kawasan luar bandar, kata pengerusinya Chong Chieng Jen.

  • chong chieng jen interview 141108 03
    "Kunci untuk reformasi nasional atau ubah landskap politik Sarawak bergantung kepada bagaimana prestasi kami di luar bandar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa negeri semalam.

    "Jika kami boleh pecahkan penguasaan BN di kawasalan luar bandar, ia akan menjadi langkah penting ke depan, jika tidak ia akan jadi selangkah ke belakang."

    Chong berkata, dana untuk tujuan itu datang daripada sumbangan 13 wakil rakyat parti itu yang menyumbangkan wang tunggakan peningkatan elaun masing-masing.

    Katanya, ekoran peningkatan elaun anggota DUN (ADUN) kepada RM15, 000 dengan undur tarikh kepada Januari tahun lepas, setiap mereka menerima tunggakkan sebanyak RM178,000.

    "Daripada itu, setiap seorang daripada kami menyumbang 25 peratus (RM44,625) kepada jawatankuasa kerja luar bandar.

    "Ini bagi menunjukkan bagaimana kami serius untuk memacu sokongan luar bandar," kata ADUN Kota Sentosa dan anggota Parlimen Bandar Kuching itu.

Makkah potong kuota haji luar 20%, dalam 50%

Posted: 21 Jul 2013 10:25 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


  • Kerajaan Arab Saudi terpaksa mengurangkan jumlah jemaah haji dari seluruh dunia pada tahun ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah, berikutan kerja menaik taraf kemudahan dan pembangunan yang sedang dilakukan di kota suci.

    Kerja menaik taraf kemudahan dan pembangunan yang bermula November lalu, dijangka selesai dalam tempoh tiga tahun dengan matlamat memastikan lebih ramai umat Islam dapat mengerjakan ibadat haji dalam keadaan selesa.

    Pengerusi Muassasah Asia Tenggara Tan Sri Zuhair A. Sadayo berkata kerajaan Arab Saudi mengambil berat tentang usaha mempermudahkan operasi haji dan atas faktor itu, pembangunan semula kota Makkah terutama pembesaran Masjidil Haram dilakukan.

    Katanya sebelum ini 'Mas'aa', iaitu kawasan laluan ibadah Saie telah dibesarkan sehingga boleh menampung ramai jemaah dan kini kerajaan Arab Saudi sedang menaik taraf 'Mataf', tempat ibadat tawaf dilakukan, supaya lebih ramai jemaah dapat melakukan tawaf pada satu-satu masa selain pembesaran masjid untuk menampung lebih ramai jemaah.

    "Sebelum projek pembangunan ini, 48,000 jemaah boleh melakukan tawaf dalam tempoh sejam, tetapi berikutan kerja menaik taraf, hanya 22,000 jemaah boleh melakukannya. Ini hanya sementara. Selepas pembesaran, 130,000 jemaah boleh bertawaf dalam sejam," katanya kepada pemberita Malaysia menerusi jurubahasa pada sidang media, di Makkah hari ini.

    Selain itu, katanya, projek menaik taraf itu juga akan melibatkan kerja merobohkan sebahagian masjid untuk diperbesarkan.

    "Demi keselamatan dan nyawa jemaah, kami terpaksa potong kuota haji negara luar sebanyak 20 peratus manakala jemaah dalam negara, 50 peratus. Apabila siap kelak, kita akan kembali kepada jumlah asal," katanya menambah ini merupakan peringkat pertama daripada keseluruhan tiga peringkat projek menaik taraf.

    Menjelas lanjut, Zuhair berkata proses merobohkan sebahagian masjid dan membesarkan masjid bertujuan memperbesarkan ruang solat, selain membolehkan Kaabah jelas dilihat dari jauh.

    "Kerajaan Arab Saudi akan mengeluarkan filem (dokumentari) bagaimana pembesaran Masjidil Haram dibuat dan diberikan kepada agensi terlibat. Saya berharap ia dapat ditayangkan kepada umum," katanya.

    Zuhair berkata buat masa ini, pengurangan kuota jemaah haji hanya berlaku pada tahun ini dan belum ada kata putus untuk tahun-tahun akan datang.

    Menurut Zuhair, selain pembangunan kota Makkah, kerajaan Arab Saudi juga akan menyiapkan projek kereta api laju dari Madinah dan Kota Suci itu untuk memudahkan perjalanan jemaah Haji berikutan perjalanan melalui jalan darat kini memakan masa kira-kira lima jam dengan jarak hampir 500 km.

    "Ikut perancangan, kereta api laju ini akan siap pada 2015. Ia akan memendekkan masa perjalanan jemaah Haji dan Umrah," katanya.

    Dalam soal pengangkutan musim haji kali ini, beliau berkata kerajaan Arab Saudi melantik tiga syarikat bas tambahan bagi meningkatkan bilangan bas untuk kegunaan jemaah haji.

    Sementara itu, Zuhair berkata para petugas yang terlibat menjaga jemaah Muassasah akan menjalani 23 latihan untuk pengurusan jemaah yang melibatkan semua aspek.

    "Semuanya dah bersedia. Harap semuanya lancar. Menteri Haji dah arahkan Muassasah Arab Saudi supaya melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang. Muasassah Asia Tenggara mendapat kerjasama yang baik daripada Tabung Haji," katanya.

    Beliau berkata Tabung Haji merupakan agensi pengurusan haji terbaik dan semua negara Islam telah maklum bahawa Tabung Haji adalah contoh terbaik.

    - Bernama

Ketua dakwa ahli Syiah cecah sejuta

Posted: 21 Jul 2013 06:56 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz


Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz
SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.


Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

"Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

"Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

"Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

"Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya," katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.

Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.

Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.

Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka.

sinarharian.com.my

Bank ‘kejar’ pengendali AES

Posted: 21 Jul 2013 06:53 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
PETALING JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat ini dikejar oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah jutaan ringgit, lapor The Edge.


Mengikut kontrak yang ditandatangani dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kedua-dua syarikat ini harus menyediakan perkhidmatan kepada unit penguatkuasaan JPJ secara berterusan, tanpa gangguan.
Mereka sepatutnya menyediakan perkhidmatan itu kepada JPJ sejak bulan September lalu sehingga tamat tempoh lima tahun kontrak di mana penyerahan peralatan akan dilakukan.
Menurut sumber, sebuah bank komersial terkemuka, mengambil tindakan membeku akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik pinjaman.
Beta Tegah dan ATES telah berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan JPJ tentang masa depan projek itu berikutan masalah kekangan aliran tunai.
Carian di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Beta Tegap sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.
Jumlah saham modal yang dikeluarkan Beta Tegap ialah sebanyak RM19 juta.  Empat pemegang saham syarikat ini terdiri daripada Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed, Yap Kim See@Yap Ai Lin, Rozana Redzuan dan Adreas Teoh.
Rozana ialah pemegang saham terbesar dan beliau adalah anak kepada seorang tokoh Umno dari negeri Johor.
Sementara kedudukan kewangan ATES tidak diketahui kerana syarikat itu hanya menghantar akaun sehingga Mei tahun lalu. Para pemegang sahamnya ialah pengarah syarikat Chee Chwee Cheong dan A.T.E.S. Sdn Bhd.
Selain dari Chee, pengarah lain ATES ialah Lawrence Foong, yang merupakan bapa mertua Chee. Chee adalah pengasas syarikat perunding Etos Consulting, di mana Omar Mustapha adalah rakan kongsinya. Omar pula ada hubungan rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dari segi pembahagian kawasan operasi, perkhidmatan Beta Tegap meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu. FMT/-
Sementara kawasan operasi ATES pula meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan.

P Ramlee: 40 tahun tiada pengganti

Posted: 21 Jul 2013 06:51 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Oleh Melati Pusaka
Pada 29 Mei 1973, rakyat Malaysia terkejut bila mendengar berita kematian Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee. Saya masa itu berusia 14 tahun turut terkejut mendengar berita radio jam 7 pagi. Rosli Haji Ahmad menangis ketika membaca berita kematian tersebut.
Ribuan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum menghantar jenazahnya di tanah perkuburan Jalan Ampang. Begitulah hebatnya pengaruh P. Ramlee yang telah meninggalkan kita 40 tahun lalu.

P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929. Beliau meninggal dunia dalam usia yang muda, 44 tahun.
Beliau telah berlakon dalam 66 buah filem serta telah menyanyi dan menggubah 360 buah lagu. Beliau adalah seorang seniman yang serba boleh, boleh berlakon, boleh mengarah filem, boleh menyanyi dan boleh menggubah lagu.
Filem arahan sulungnya pada tahun 1957 ialah Penarik Beca lakonan beliau dan Saadiah. Filem itu mendapat sambutan pecah panggung (box office) di seluruh Malaya.
Selepas itu beliau mengarah filem Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Madu Tiga, Nujum Pak Belalang, Ahmad Albab, Anak Bapak, Tiga Abdul, Labu Labi, Nasib Si Labu Labi  dan banyak lagi.
Pelakon lelaki terbaik
Pada tahun 1957, beliau memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (Anakku Sazali) di Pesta Filem Asia ke 4 di Tokyo.
Filem Ibu Mertuaku memenangi anugerah 'most versatile talent' di Pesta Filem Asia ke 10 di Tokyo pada tahun 1963. Madu Tiga mendapat hadiah filem komidi terbaik di Pesta Filem Asia ke 11 di Taipeh pada tahun 1964.
Nujum Pak Belalang pula menerima anugerah filem komidi terbaik di Pesta Filem Asia ketujuh di Tokyo pada tahun 1960. Pendekar Bujang Lapok memenangi anugerah filem komidi terbaik di Pesta Filem Asia kelima di Kuala Lumpur pada tahun 1959.
Meneliti kembali filem-filem P. Ramlee, komidinya tetap segar sampai hari ini. Kita tetap ketawa walaupun sudah banyak kali menonton Madu Tiga, Nujum Pak Belalang, Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.
Filem komidi P. Ramlee tak sama dengan filem-filem komidi hari ini yang mana kita tidak ketawa apabila menontonnya buat kali kedua.
Setiap kali RTM dan Astro menayangkan filem-filem P Ramlee, kita tak jemu menontonnya walaupun kita sudah berpuluh kali menontonnya.
Itulah kelebihan P. Ramlee yang mendahului zaman. Kita heboh dengan pemimpin yang ambil komisen 10 persen tetapi P. Ramlee sudah ceritakannya dalam filem Tiga Abdul apabila Salleh Kamil selaku penasihat Ahmad Nesfu mahu 10 persen jika berjaya dalam dealnya.
Dalam filem yang sama, Pak Jamal unta berkata lebih baik berniaga orang dari berniaga unta bila menjual S. Kadarisman dan Haji Mahadi kepada P. Ramlee.
Perniagaan ini sudah menjadi kenyataan apabila kerajaan memberi lesen kepada ejen membawa masuk pekerja asing. Sehingga ada pemimpin Umno menjadi jutawan dipanggil Six Million Dollar Man dengan perniagaan ini.
P Ramlee turut menyindir Raja dalam filem-filem Nujum Pak Belalang dan Musang Berjanggut. Malah pertentangan kelas di antara orang kaya dengan dengan miskin dinyatakannya secara jelas dalam filem Penarik Beca, Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat.
Filem-filem P. Ramlee terbukti hebat ketika beliau berkarya di Studio Jalan Ampas. Apabila beliau berpindah ke Kuala Lumpur dengan Merdeka Filem Production, karya-karyanya tidak begitu menyengat.
Di Kuala Lumpur, beliau membuat filem Do Re Mi ( P. Ramlee, A. R. Tompel dan Ibrahim Din) untuk mengulangi kejayaan Bujang Lapok (P. Ramlee, Aziz Satar dan Jins Shamsudin) tetapi filem-filem Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Laksmana Do Re Mi  gagal mendapat sambutan.
Di akhir hayatnya beliau pernah diboo ketika menyanyi di Stadium Merdeka. Ketika itu dia rasakan dia sudah tidak diperlukan lagi. Tetapi selepas beliau meninggal dunia, beliau dikagumi dan dipuja sampai sekarang.
Sehingga sekarang kita belum ada pengganti P. Ramlee yang serba boleh. Mungkin kita perlukan 60 tahun lagi untuk mencari P. Ramlee kedua. FMT/-

Jadikan kerajaan setara, bukan jadi ‘hamba’ BN, kata Anwar

Posted: 21 Jul 2013 06:48 PM PDT

Ambil bantuan BN tapi undi mesti pilihan sendiri, pesan Anwar kepada pengundi DUN Kuala Besut. Gambar oleh Afif Abd Halim



















13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut supaya tidak 'menghambakan diri' dengan memilih Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk  bantuan yang diberi parti pemerintah itu.


"Pengundi Kuala Besut jangan jadi hamba dengan bantuan-bantuan BN. Pasal apa Umno curah banyak wang?
"Sebab nak menang, kalau kalah peta politik akan berubah, gugat kuasa politik Umno," katanya depan kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut malam tadi.
Ketua Pembangkang itu berkata, pengundi boleh mengambil bantuan yang diberi BN tetapi perlu berfikir sebelum mengundi kerana BN didakwanya bakal menindas mereka.
"Kerana miskin, tak salah dapat RM500, RM200 tapi salah kalau dapat RM500, jadi hamba kepada pemerintah.
"Kalau kata perlu undi BN untuk dapatkan bantuan, itu tidak masuk akal. Perlu tanya diri sendiri, kita ada pilihan," katanya pada ceramah menggunakan lori kecil yang dihiasi lampu warna-warni sebagai pentas.
Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah PRK Kuala Besut PAS, Datuk Husam Musa.
BN setakat ini sudah mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggarkan bernilai RM387,490,750.
Antara projek terbaru ialah projek RM250 juta pedalaman Kuala Sungai Besut dan pemasangan benteng pemecah ombak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PAS pula mendakwa semua projek itu hasil perjuangan dan kempen PAS selama ini yang mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan.
Sebaliknya, Anwar berkata, pengundi Kuala Besut harus mengambil peluang pilihan raya kecil (PRK) untuk mewujudkan kerajaan setara antara BN dan Pakatan Rakyat (PR).
Menyeru pengundi memberi sokongan kepada Endut@Azlan Yusof, calon PAS yang lebih dikenali sebagai Che Long di Kuala Besut, beliau yakin PAS mampu mengulangi kemenangan pada 1999.
"Siapa kata ini kawasan Umno? Tidak. Tahun 1999 dahulu PAS menang. Cuma, kita perlu tanamkan kekuatan itu," katanya merujuk kemenangan ke atas Terengganu hingga membentuk kerajaan negeri pada tahun berkenaan.
Anwar juga tidak menolak kemungkinan BN akan mengadakan pilihan raya semula jika PAS menang kerusi itu yang sebelum ini dimenangi BN melalui calonnya, Dr Abd Rahman Mokhtar.
DUN Kuala Besut ialah kawasan pertama mengadakan PRK selepas pilihan raya umum ke-13 berakhir berikutan Abd Rahman meninggal dunia. - 22 Julai, 2013.
themalaysianinsider.com

16:16 perkukuh fungsi amar makruf nahi munkar

Posted: 21 Jul 2013 06:44 PM PDT


13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Dr Azman Ibrahim,
Kedudukan Dun Terengganu 16:16 akan memperkukuhkan lagi fungsi amar makruf nahi mungkar. Kerajaan yang baik memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan untuk fungsi 'check and balance'. Keberkesanannya teguran dan pendedahan dari pembangkang terbukti berkesan dari tempoh kempen PRK ini lagi. 

Contohnya, pendedahan PAS dalam isu kecuaian calon BN ketika berkhidmat sebagai Jurutera JPS Besut sehingga mengakibatkan rosaknya Empangan Pengkalan Nangka, natijahnya kira-kira 1,000 ekar tanah sawah yang menjadi punca rezeki 400 keluarga di empat buah kampung kering kontang. Kita meyakini isu ini sangat tepat dan benar sehingga tidak dapat ditangkis oleh kerajaan. 


Akhirnya sebagai jawapan, semalam (Sabtu 20 Julai 2013) Timbalan Perdana Menteri mengistiharkan peruntukan RM35 juta untuk pembinaan empangan baru Pengkalan Nangka. Sama ada peruntukan tersebut memang benar-benar wujud atau sekadar janji kosong, kita bersangka baik dahulu tetapi persoalannya kenapa baru istihar dalam kempen PRK sedangkan sudah lebih 3 musim ribuan ekar sawah tersebut terbiar? 

Kalau tiada PRK serta tanpa teguran dan pendedahan dari PAS, mungkin kerajaan akan terus senyap membisu dalam isu ini.

PAS perlu diberikan peluang untuk mencorakkan Kuala Besut menjadi 'baldatun toyyibah warabbun ghafuur..' bumi yang baik dengan mendapat keampunan Allah. 

Setelah sebegitu lama BN diberikan peluang untuk mewarnai Kuala Besut dengan warna dan corak pilihan mereka, tetapi terbukti statistik PDRM menunjukkan Kuala Besut adalah lokasi kadar jenayah yang tertinggi di Daerah Besut terutamanya jenayah harta benda, kekerasan dan narkotik. 

Tentu sekali adik kakak kita di Kuala Besut merasa malu dengan fakta ini. Bumi Kuala Besut tempat orang baik-baik. Mana mungkin laporan mendedahkan, majoriti jenayah rogol di Besut berlaku di sini. 

Begitu juga tangkapan kes dadah. Kita tidak ingin menjadi juara dalam aspek sebegini. Faktornya pelbagai tetapi tentunya sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kepimpinan negeri dan setempat mesti mengambil saham yang terbesar dalam persoalan rumit ini. 

Kalau selepas lebih 50 tahun BN diberikan peluang, masalah jauh sekali dari selesai malah makin membarah, tak salah rasanya kalau PAS diberikan peluang untuk menyambung semula kerja-kerja yang telah dirintis dan dilaksanakan dengan baik dari tahun 1999 – 2004 dulu.

Semua memaklumi bahawa Umno merantai pengundi dengan 'pitih'. Inilah candu terbaik yang menjadi senjata Umno/BN. Sejarah China ada ada mencatatkan kisah 'Peperangan Candu' di mana candu digunakan sebagai senjata untuk melemahkan musuh. 

Bantuan sara hidup nelayan, BR1M, bantuan awal persekolahan, dana hari raya, bantuan JKM serta pelbagai lagi bentuk agihan tunai. Khabarnya untuk Kuala Besut, bantuan JKM untuk bulan Ogos telah siap diagihkan! Hebat sekali! Berubahkan taraf hidup rakyat? Tidak! Semua agihan tunai ini diistilahkan oleh masyarakat setempat sebagai 'buleh habih'. Maknanya dapat dan dihabiskan dalam tempoh singkat sahaja. Kadang-kadang dalam masa sehari, semuanya licin. 

Apakah segala bantuan ini mampu mengeluarkan masyarakat Kuala Besut yang rata-rata masih berada di bawah paras kemiskinan? 

Adik kakak di Kuala Besut yang masih boleh melihat, berfikir dan menilai mampu memberikan jawapan jujur dalam hal ini. Adik kakak ambillah apa yang dibagi kerana memang dia hak adik kakak semua dari pitih rakyat, bukannya harta pusaka tok nenek Umno. Cuma dengan ingatan, gunakanlah kebijaksanaan kita untuk makan umpan tanpa telan mata kail sekaligus. 

Kalau menang PAS sekalipun, adik kakak tetap akan dapat duit ini. Jangan takut dengan ugutan. Malah mungkin bila Umno merasa kedudukan mereka makin terancam, bantuan akan dinaikkan lagi. 

Untuk jangka panjang, kita memerlukan kerajaan yang mampu merancang dengan baik serta memanfaatkan bajet besar Negeri Terengganu yang mencecah RM2 bilion untuk kita ubah taraf hidup kita bersama. Ayuh! Kita jadikan Kuala Besut permulaannya…


Penulis adalah Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan juga Calon PAS bagi DUN Jabi dalam PRU ke 13 lepas.

Bertanding atau tidak jawatan, Umno tetap sama

Posted: 21 Jul 2013 06:40 PM PDT


13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Aspan Alias,
Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang perhimpunan agung UMNO Oktober ini yang kini sudah sampai ke fasa kempen mengempen yang kuat diantara pemain politik UMNO hari ini. Tahun ini adalah tahun pemilihan parti dan tentulah ia mendapat tumpuan istimewa dari orang ramai.


Tumpuan ini di sebabkan ia berkait dengan UMNO. Pertamanya UMNO itu adalah parti pemerintah dan tidak hairan ia menjadi tumpuan ramai. Tumpuan terhadap parti itu lebih kuat lagi kerana parti itu telah menjadi isu besar kepada rakyat dan negara. Lagi pula UMNO baru sahaja selesai bersama dengan parti-parti lain melaksanakan tuntutan perlembagaan persekutuan untuk mengadakan pilihanraya setiap lima tahun.
Keputusannya sudah diketahui umum. UMNO mendapat kelebihan sedikit kerusi dari PRU ke-12 tetapi jika dihitung dari kemenangan yang diperolehi oleh ahli-ahli parti dalam BN, 'coalition' itu telah kekurangan sebanyak tujuh kerusi berbanding dengan PRU ke-12 dahulu.

Mahu tidak mahu kita terpaksa akui yang UMNO masih menjadi pilihan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Orang Melayu yang keluar menyokong kempen pilihanraya yang begitu ramai sebelum PRU ke-13 itu diadakan, kembali berduyun-duyun memberikan sokongan kepada UMNO kerana orang di atas pagar terutamanya orang Melayu merasa kehilangan keyakinan yang kekal terhadap Pakatan Rakyat di saat-saat akhir.

Sebab kenapa mereka berkurangan keyakinan kerana ada parti dalam Pakatan Rakyat hanya dikuasai oleh kaum Cina sahaja. Maka perjuangan kita untuk mencapai matlamat perpaduan kaum yang hampir terjadi akhirnya tidak tercapai juga. 'It crashed before taking off'. Jika dihitung-hitung dalam keadaan dan situasi sekarang ramai yang yakin UMNO akan tetap menang dalam pilihanraya yang akan datang walaupun dengan majoriti yang lebih kecil dari PRU 2008 dan 2013.

Jika dikira dari kemenangan parti secara individu UMNO merupakan parti yang akan menang lagi dalam PRU yang akan datang. Jika sekarang UMNO memenangi 89 kerusi, jika parti itu melalui pilihanraya sekali lagi UMNO mungkin memenangi 70 kerusi pula. Dari segi itu UMNO tetap akan memenangi jumlah kerusi yang terbesar.

DAP tidak mungkin memenangi 70 kerusi dan lagi pun hampir kesemua kerusi yang dimenangi oleh DAP sudah pun mereka menangi. Jika pada keseluruhannya BN kalah tetapi sebagai sebuah parti secara individunya UMNO akan tetap diminta menubuhkan kerajaan. Hanya apabila UMNO gagal menubuhkan kerajaan melalui rundingan-rundingan dengan parti-parti lain untuk menubuhkan kerajaan campuran, barulah Pakatan Rakyat dengan gabungannya mungkin mampu untuk menubuhkan kerajaan alternatif.

Itu sebabnya UMNO menjadi perhatian ramai terutamanya apabila pemilihan parti sampai. UMNO sudah hilang keyakinan ramai walaupun parti itu mungkin dapat bertahan dengan keadaan yang lebih lemah lagi pada masa yang akan datang.

Yang mendapat perhatian khusus ialah tentang pemilihan dua kerusi tertinggi parti itu. Ada pihak yang mahukan kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dan ada yang mahu jawatan itu dipertandingkan. Tidak payah kita bersusah payah memberikan pandangan sama ada jawatan-jawatan itu patut dipertandingkan kerana samada ia ditandingi atau tidak ia tidak akan memberikan apa-apa faedah tambahan kepada parti itu.

Pertandingan selalunya dilakukan untuk mencari siapa yang paling layak untuk memimpin. Najib telah gagal dengan jelas maka ada suara-suara meminta Muhyiddin mengambil alih kedudukan Najib dengan beliau menandingi Najib dalam pemilihan ini. Tetapi apa kelebihan Muhyiddin dari Najib dan apakah nilai tambahan yang Muhyiddin boleh sumbangkan kepada parti?

Blog ini tidak lekang dari memberikan pandangan yang jika Najib diambil alih oleh mereka yang ada dalam Majlis Teringgi parti itu ia tidak akan membawa apa-apa perubahan. Muhyiddin atau mana-mana di antara Naib Presiden parti itu datangnya dari acuan yang sama. Nilainya sama, sikapnya sama dan imejnya sama. Jika kita hendak bukti yang Muhyiddin pun tidak akan dapat menyumbang kepada perubahan bolehlah UMNO menggantikan Najib dengan Muhyiddin.

Dalam tempoh yang sekejap sahaja akan terbukti keadaan akan sama sahaja kerana mereka adalah sama. Itu bukan perubahan namanya. Mereka dari resepi yang sama. Ibaratnya seperti kuih bahulu. Kuih bahulu itu rasanya sama sahaja walaupun ia berbeza bentuknya. Kalau dibuat kueh bahulu dengan bentuk ikan pula kali ini ia akan tetap sama rasanya dengan yang berbentuk buah manggis misalnya. Ia tetap bahulu. Rasanya tetap rasa bahulu.

Dari membazir masa berkelahi dan berpuak biarkan sahaja Najib terus menjadi pemimpinnya. 'Consequence' nya akan sama juga sama ada Najib atau Muhyiddin yang memerintah dan mengetuai kerajaan. UMNO akan terhempas juga akhirnya.

UMNO itu juga ibarat kereta tua yang selalu rosak dan terkandas. Kereta yang belum terlalu teruk kerosakannya boleh ditukar alat-alat ganti di bengkel. Tetapi jika hampir kesemua komponen dalam enjin kereta itu terpaksa diganti dengan 'spare-parts' nya maka lebih baik kereta itu dilakukan 'overhaul' samasekali. Atau ditukar kereta itu terus dengan kereta yang baru. Kalau sayang kepada 'brand' kereta itu, ditukar sahaja kereta dengan jenama yang sama yang baru.

Pendeknya jika dalam Perhimpunan Agung UMNO pemilihan dibuat di antara mereka dalam Majlis Tertinggi sekarang sebagai seorang yang memandang dari luar ini, elok dilupakan sahaja niat untuk menandingi jawatan tertinggi parti itu.

Kalau sekadar untuk bertanding semata-mata untuk bertanding sahaja bolehlah bertanding. Kalau bertanding pun elok juga kepada setengah penggiat parti itu. Setidak-tidaknya perwakilan mungkin dapat "BRIM" pemilihan UMNO. 

Dapat juga mereka menukar kereta atau setidak-tidaknya dapat juga menukar 'sport-rim' kereta mereka. Perwakilan semasa pemilihan tinggi nilainya.

Setakat seramai 146,000 perwakilan sekarang pimpinan yang kaya raya masih boleh dan masih berupaya untuk 'kawtim' di sana sini. 

300 penduduk jadi mangsa dendam politik Umno BN

Posted: 21 Jul 2013 06:38 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/

Abdullah (kanan) bersama Zaki dan Mohd Asri menunjukkan geran besar di lot baru di Padang Luas.

BESUT: Lebih 300 penduduk di Kampung Padang Luas dan Padang Landak hanya mampu berputih mata, selepas rumah yang dibina di atas tanah diberi lesen menduduki sementara (TOL) menjadi mangsa dendam politik Umno.

Seramai 65 penduduk di Kampung Padang Luas dan 250 penduduk di Padang Landak, Dun Jertih mengharap tanah yang diluluskan kerajaan negeri semasa di bawah pentadbiran PAS  pada 1999 menjadi tempat anak cucu berteduh.

Tanah tersebut dilulus Pejabat Tanah Besut selepas diajukan permohonan pada 1999, ketika itu PAS mentadbir Terengganu, di mana pada asalnya merupakan padang ragut seluas lebih tiga ekar. 

Bekas pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR), Abdullah Mohamed berkata, tanah tersebut dimohon rakyat memandangkan mereka belum memiliki sebarang tanah bagi membina rumah.

Katanya, penduduk melalui Adun Jertih, Tun Salleh Abbas mengajukan permohonan kepada Pejabat Tanah Besut. 

"JSR memilih mana-mana penduduk yang layak terutamanya mereka yang tidak memiliki tanah dalam kalangan penduduk tempatan yang miskin," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, selepas mendapat kelulusan kakitangan Pejabat Tanah Besut datang menyukat lot dan menanam batu sempadan di setiap lot.  

Kemudian pengundian dilakukan bagi menentukan lot yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut.

Kata beliau selepas penduduk mendapat lot ada kalangan mereka mulai membina rumah mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Biar pun belum mendapat tol secara  hitam putih penduduk membina asas-asas rumah atau pagar bagi mengelakkan tanah itu kembali dirampas kerajaan kerana tidak mendirikan sebarang binaan dalam tempoh tiga tahun.  

Di penempatan baru itu sebuah rumah telah siap dibina penduduk manakala sebahagian lagi dalam proses pembinaan struktur asas rumah.

Abdullah berkata, biar pun borang permohonan sudah lama diajukan kepada Pejabat Tanah Besut dan kerajaan hanya mengeluarkan kelulusan tol pada 2004.

Kata beliau permohonan hanya diproses Pejabat Tanah Besut selepas didesak kerajaan negeri dan wakil rakyat bekali-kali bagi membolehkan penduduk mendapat lesen menduduki sementara.

Manakala di Padang Landak pula kawasan seluas 70 ekar dipecah kepada 250 lot untuk diagih kepada penduduk yang layak.

Seorang penduduk, Mohd Asri Ismail, 49, beliau telah mendirikan rumah di situ sehingga 20 peratus siap, membabitkan kos lebih RM5,000.

"Saya tidak mampu untuk menyiapkan pembinaan rumah itu dapat tempoh singkat kerana tiada wang. Saya kumpul sedikit demi sedikit bagi membina struktur asas dahulu,"  ujarnya. 

Seorang lagi penduduk, Zaki Samad, 65, juga menyiapkan kira-kira 20 peratus rumahnya di atas lot baru di Padang Landak. 

Selain itu ramai juga penyokong Umno dan 10 penduduk bukan Islam juga mendapat lot rumah di Padang Landak. 

"Malangnya ketika penduduk di situ mahu menyambung tol bagi tahun kedua pada 2005, kerajaan negeri melalui satu surat menyatakan mesyuarat kerajaan negeri pada 23 November 2005 telah membatalkan tol tanah tersebut," katanya.

Pembatalan tol sementara dibuat selepas Barisan Nasional (BN) berkuasa semula di Terengganu, kemungkinan ada kaitan dengan balas dendam politik.

Abdullah berkata, tidak lama selepas kerajaan BN kembali berkuasa, rumah-rumah dan binaan asas yang dibuat penduduk di Padang Luas dan Padang Landak disodok menggunakan jentera berat.

Beliau dimaklumkan kerja-kerja menyodok rumah terbabit dibuat atas arahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Di tapak rumah yang dimiliki rakyat tersebut sekarang telah dibangunkan projek perumahan yang ada kaitan dengan pemimpin Umno.

Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan BN, penduduk membawa kes berkenaan ke mahkamah, dan sehingga sekarang kes itu di peringkat rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.


Projek perumahan dibina di Padang Luas dahulu tanah milik rakyat.

Chelsea belasah Malaysia 4-1

Posted: 21 Jul 2013 06:36 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC menampilkan aksi menarik dan menghiburkan apabila dengan mudah mengalahkan Malaysia 4-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam di Shah Alam malam tadi.

Pasukan 'Blues' di bawah bimbingan Jose Mourinho menepati ramalan apabila menguasai perlawanan dan hanya memerlukan masa enam minit sahaja untuk membuka tirai jaringan menerusi Bertrand Traore.



Chelsea menambah gol kedua pada minit ke-28 menerusi rembatan kencang Kevin De Bruyne dalam kawasan kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Mohd Faizal Marlias.



Sebaik sahaja jaringan itu, De Bruyne mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan Islam Feruz.



Bagaimanapun, penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahya mempunyai peluang untuk merapatkan jaringan pada minit ke-35 tetapi tendangannya dari jarak 25 meter dengan mudah diselamatkan oleh penjaga gol Mark Schwazer.



Sebelum perlawanan berhenti rehat, Chelsea memperkukuhkan kedudukan menerusi jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-47.



Pada babak kedua, Chelsea tidak memberi tekanan kepada skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal malah hanya menghasilkan gol keempat pada minit ke-89 menerusi Victor Moses sebelum tiga minit kemudian Mohd Fadhli Mohd Shas menjaringkan gol saguhati negara.



- Bernama

Pelancong Wanita Korea Selatan Maut Cuba Selamatkan Suami Daripada Lemas

Posted: 21 Jul 2013 06:35 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA BESUT: Seorang pelancong wanita dari Korea Selatan lemas ketika cuba menyelamatkan suaminya yang menghadapi kesukaran bernafas ketika berada di dalam air di perairan Tanjung Langir Pulau Perhentian Besar di sini, Ahad.
Mangsa seorang suri rumah dikenali sebagai Kim Dong Huk, 52, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari, setengah jam selepas diselamatkan penduduk.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya Kyung Min Baek, 54, turun pada 10 pagi untuk melakukan kegiatan snokerling.
Katanya, setelah hampir dua jam berada di dalam air, Kyung, seorang ahli perniagaan, menghadapi masalah dan tenggelam timbul tetapi Kim cuba menyelamatkannya dengan memegang kuat pada badan suaminya itu.
"Bagaimanapun, tarikan kuat daripada suaminya itu menyebabkan mangsa tenggelam tanpa dapat diselamatkan oleh suami dan sepasang rakannya yang turut melakukan kegiatan snorkeling di situ," katanya lagi.
Mayat Kim kemudiannya dibawa ke Hospital Daerah Besut di Jerteh untuk bedah siasat.
Ketika ditemui di Hospital Daerah Besut, Kyung berkata mereka tiba di Pulau Perhentian pada 20 Julai untuk bercuti bersama dua rakan yang lain.
Beliau yang begitu sedih dengan pemergian isterinya itu berkata mereka sepatutnya pulang ke Korea Selatan pada 23 Julai. - BERNAMA

Parti Abe menang pilihan raya Dewan Tinggi Jepun

Posted: 21 Jul 2013 06:32 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

TOKYO 22 Julai - Parti komponen Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mendapat kemenangan majoriti dalam pilihan raya Dewan Tinggi negara ini, semalam.

Stesen penyiar NHK mendedahkan, Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) dan parti gabungannya, New Komeito membolot sekurang-kurangnya 71 daripada 121 kerusi yang dipertandingkan sekali gus membolehkan parti menguasai kedua-dua dewan Parlimen.

Menurut NHK, parti komponen kerajaan boleh memenangi sekurang-kurangnya 80 kerusi yang dipertandingkan. - AFP

3 terbunuh terkena kipas helikopter

Posted: 21 Jul 2013 06:31 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MOSCOW 22 Julai - Sebuah helikopter yang membuat pendaratan kecemasan terbalik dan membunuh tiga penumpang termasuk dua rakyat Britain dalam kejadian yang berlaku di Far North Rusia, semalam.

Dua rakyat Britain itu yang menyertai ekspedisi memancing di daerah pedalaman Murmansk bersama seorang penterjemah terbunuh setelah terkena kipas helikopter ketika pesawat itu mendarat pada bahagian tepi.

"Dua pelancong rakyat Britain dan penterjemah mereka terbunuh dalam kemalangan itu setelah terkena kipas pesawat," kata Jawatankuasa Penyiasatan dalam satu kenyataan. - AFP


17 askar Mesir maut kemalangan jalan raya

Posted: 21 Jul 2013 06:30 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 22 Julai - Sekurang-kurangnya 17 tentera Mesir terbunuh manakala lebih 30 lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas dan lori di wilayah Beheira, di Delta Nil, semalam.

Menurut sumber, bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di lebuh raya El-Alamein dengan tujuh daripada mereka yang maut merupakan pegawai tentera.

Katanya, angka awal mendedahkan sebanyak 15 askar terkorban namun dua lagi meninggal dunia di hospital akibat cedera parah. - AFP




Letupan saluran paip minyak di Mexico,

Posted: 21 Jul 2013 06:29 PM PDT

13 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

PEKERJA penyelamat berdiri berhampiran kenderaan peronda polis yang terbakar di tempat kejadian letupan saluran paip minyak Pemex di Tonanitla, berhampiran Bandar Mexico, hari ini. Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera dalam kejadian berkenaan. - Foto Reuters

Suhu Kanak-Kanak Terdedah Panas Naik Tiga Kali Ganda Lebih Pantas - Doktor

Posted: 21 Jul 2013 02:50 AM PDT

12 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Suhu di dalam kenderaan yang dibiarkan di bawah panas terik boleh meningkat kepada lebih 50 darjah Celcius dalam masa 20 minit dan menyebabkan kepanasan melampau kepada yang terperangkap di dalamnya.

Bayangkan pula keadaan kanak-kanak yang suhu badannya boleh meningkat tiga kali ganda lebih pantas berbanding orang dewasa jika mereka yang terperangkap di di dalam kenderaan itu, kata seorang doktor pakar pada Ahad.
Menurut Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, peningkatan suhu secara drastik dalam masa singkat itu menyebabkan suhu dalaman badan bayi atau kanak-kanak meningkat sehingga 41 darjah Celcius berbanding suhu normal pada 37 darjah.
"Kepanasan ini akan menyebabkan proses perpeluhan berlaku yang seterusnya berlaku kekurangan air di dalam badan, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ di dalam badan dan seterusnya kematian.
"Ini dikenali sebagai 'heat stroke' (strok haba), kematian juga boleh disebabkan oleh lemas (suffocation) akibat kekurangan udara kerana tingkap ditutup rapat," katanya menerusi blog miliknya drmahyuddin.blogspot.com.
Beliau menjelaskan keadaan tingkap yang dibuka sedikit atau membiarkan penghawa dingin berfungsi juga bukan jaminan perkara itu tidak akan berlaku.
Mengulas lanjut perkara itu kepada Bernama, Dr Ahmad Mahyuddin berkata, kanak-kanak lebih cepat menerima kesan berbanding orang dewasa kerana saiz tubuh yang kecil.
"Jumlah cecair di dalam badan manusia berkadar dengan berat badan kita. Berat badan kanak-kanak jauh lebih sedikit, jadi suhu lebih cepat naik kerana jumlah air yang sedikit. Air diperlukan untuk 'regulate' suhu badan manusia,"katanya.
Sehubungan itu ibu bapa atau penjaga jangan sekali-kali meninggalkan anak keseorangan di dalam kenderaan walau untuk seminit, nasihatnya menerusi entri bertajuk 'Heat Stroke: Kematian kanak-kanak di dalam kereta yang ditinggalkan'.
Jadikan memeriksa kereta sebagai perkara rutin sebagaimana kita memeriksa keadaan rumah ketika hendak keluar, katanya yang turut menyarankan ibu bapa memastikan kunci kereta diletak di tempat yang sukar dicapai oleh anak kecil bagi mengelakkan kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta tanpa disedari.
Menurut pakar ortopedik dan traumalogi itu lagi strok haba berlaku di seluruh dunia, malah di Amerika Syarikat berlaku 33 kematian tahun lepas, manakala tahun ini mencatatkan 22 kes setakat ini.
Khamis lepas, seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun maut setelah ditinggalkan tanpa sengaja lebih lima jam di dalam kereta yang diparkir ibunya di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya di sini.
Nawal Iris Samsudin yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Pada Sabtu di Kota Kinabalu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya di dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah.
Kanak-kanak itu diselamatkan orang ramai yang mengejutkannya dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan tersebut terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintu kereta. - BERNAMA

PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Jul 2013 09:25 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


TAZKIRAH RAMADHAN

Posted: 21 Jul 2013 05:53 AM PDT

TAZKIRAH RAMADHAN
Oleh Ustaz Haji Mohd Najib Khairudin, Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Tarikh : 27 Julai 2013, Sabtu
Masa : 9.30 mlm, selepas solat Witr
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir



Dr Azman Ibrahim

Posted: 21 Jul 2013 07:16 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Kenapa pengundi Kuala Besut mesti Pilih PAS? Siri 2

Posted: 20 Jul 2013 09:23 PM PDT



Oleh: Dr Azman Ibrahim

16:16 akan memperkukuhkan lagi fungsi amar makruf nahi mungkar. Kerajaan yang baik memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan untuk fungsi 'check and balance'. Keberkesanannya teguran dan pendedahan dari pembangkang terbukti berkesan dari tempoh kempen PRK ini lagi.

Contohnya, pendedahan PAS dalam isu kecuaian calon BN ketika berkhidmat sebagai Jurutera JPS Besut sehingga mengakibatkan rosaknya Empangan Pengkalan Nangka, natijahnya kira-kira 1,000 ekar tanah sawah yang menjadi punca rezeki 400 keluarga di empat buah kampung kering kontang. Kita meyakini isu ini sangat tepat dan benar sehingga tidak dapat ditangkis oleh kerajaan.

Akhirnya sebagai jawapan, semalam (sabtu 20 Julai 2013) Timbalan Perdana Menteri mengistiharkan peruntukan RM35 juta untuk pembinaan empangan baru Pengkalan Nangka. Samada peruntukan tersebut memang benar-benar wujud atau sekadar janji kosong, kita bersangka baik dahulu tetapi persoalannya kenapa baru istihar dalam kempen PRK sedangkan sudah lebih 3 musim ribuan ekar sawah tersebut terbiar? Kalau tiada PRK serta tanpa teguran dan pendedahan dari PAS, mungkin kerajaan akan terus senyap membisu dalam isu ini.

PAS perlu diberikan peluang untuk mencorakkan Kuala Besut menjadi 'baldatun toyyibah warabbun ghafuur..' bumi yang baik dengan mendapat keampunan Allah. Setelah sebegitu lama BN diberikan peluang untuk mewarnai Kuala Besut dengan warna dan corak pilihan mereka, tetapi terbukti statistik PDRM menunjukkan Kuala Besut adalah lokasi kadar jenayah yang tertinggi di Daerah Besut terutamanya jenayah harta benda, kekerasan dan narkotik.

Tentu sekali adik kakak kita di Kuala Besut merasa malu dengan fakta ini. Bumi Kuala Besut tempat orang baik-baik. Mana mungkin laporan mendedahkan, majoriti jenayah rogol di Besut berlaku di sini. Begitu juga tangkapan kes dadah. Kita tidak ingin menjadi juara dalam aspek sebegini. Faktornya pelbagai tetapi tentunya sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kepimpinan negeri dan setempat mesti mengambil saham yang terbesar dalam persoalan rumit ini. Kalau selepas lebih 50 tahun BN diberikan peluang, masalah jauh sekali dari selesai malah makin membarah, tak salah rasanya kalau PAS diberikan peluang untuk menyambung semula kerja-kerja yang telah dirintis dan dilaksanakan dengan baik dari tahun 1999 – 2004 dulu.

Semua memaklumi bahawa Umno merantai pengundi dengan 'pitih'. Inilah candu terbaik yang menjadi senjata Umno/BN. Sejarah China ada ada mencatatkan kisah 'Peperangan Candu' di mana candu digunakan sebagai senjata untuk melemahkan musuh.

Bantuan sara hidup nelayan, BR1M, bantuan awal persekolahan, dana hari raya, bantuan JKM serta pelbagai lagi bentuk agihan tunai. Khabarnya untuk Kuala Besut, bantuan JKM untuk bulan Ogos telah siap diagihkan! Hebat sekali! Berubahkan taraf hidup rakyat? Tidak! Semua agihan tunai ini diistilahkan oleh masyarakat setempat sebagai 'buleh habih'. Maknanya dapat dan dihabiskan dalam tempoh singkat sahaja. Kadang-kadang dalam masa sehari, semuanya licin.

Apakah segala bantuan ini mampu mengeluarkan masyarakat Kuala Besut yang rata-rata masih berada di bawah paras kemiskinan? Adik kakak di Kuala Besut yang masih boleh melihat, berfikir dan menilai mampu memberikan jawapan jujur dalam hal ini. Adik kakak ambillah apa yang dibagi kerana memang dia hak adik kakak semua dari pitih rakyat, bukannya harta pusaka tok nenek Umno. Cuma dengan ingatan, gunakanlah kebijaksanaan kita untuk makan umpan tanpa telan mata kail sekaligus.

Kalau menang Pas sekalipun, adik kakak tetap akan dapat duit ini. Jangan takut dengan ugutan. Malah mungkin bila Umno merasa kedudukan mereka makin terancam, bantuan akan dinaikkan lagi. Untuk jangka panjang, kita memerlukan kerajaan yang mampu merancang dengan baik serta memanfaatkan bajet besar Negeri Terengganu yang mencecah RM 2 bilion untuk kita ubah taraf hidup kita bersama. Ayuh! Kita jadikan Kuala Besut permulaannya

Kenapa Pengundi Kuala Besut Mesti Pilih Pas?

Posted: 20 Jul 2013 09:21 PM PDT


Siri 1
oleh: Dr Azman Ibrahim

1. Dengan memilih Pas, kedudukan bilangan kerusi di DUN Terengganu akan menjadi seimbang 16:16 antara PR dan BN. Sekalipun tampuk pentadbiran negeri tidak akan bertukar dengan munculnya angka 16:16 sebagaimana yang dicanangkan kepimpinan Umno, kedudukan genting bagi Umno/BN ini dengan sendirinya akan menjadi faktor pendesak semulajadi untuk BN menunaikan janji-janjinya yang ditabur sepanjang kempen. Kita memaklumi 'ketulusan' Umno berkhidmat kepada rakyat adalah demi kelangsungan kuasa dan undi, projek-projek yang telah diletakkan batu asas sepanjang kempan PRK walaupun dikatakan perancangannya telah lama, cuma 'kebetulan' berlakunya kematian wakil rakyat, hakikatnya adalah 'perletakkan batu asas pancing undi'. Perlaksanaannya? Belum tentu! Kalahnya BN dalam PRK Kuala Besut ini akan memberi kekuatan jaminan untuk rakyat Kuala Besut melihat tegak 'sengoti' Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dan Rumah Pangsa Mampu Milik Tok Saboh sebagaimana dijanjikan, jika hal sebaliknya, menangnya BN akan menjadikan mereka selesa, lena tidur dan persetankan dengan segala janji-janji yang telah ditabur. Semaklah rekod-rekod perlaksanaan janji BN dalam beberapa siri PRK sebelum ini. Mudah kata, undi Pas di Kuala Besut, rakyat tak akan rugi apa-apa.

2. Tentunya ada yang tak bersetuju dengan pandangan di atas, sebaliknya berpendapat dengan 16:16, Kuala Besut akan mencatat sejarah baru! PR akan memerintah Terengganu. Nah! Ini pastinya lebih baik sebab ianya akan memberikan peluang kepada PR Terengganu melaksanakan janji-janji manifesto yang telah dibentangkan kepada rakyat.
Siapa yang tidak mahu masalah tanah diselesaikan, pinjaman Yayasan Terengganu dimansuhkan, bonus tahunan untuk warga emas yang tidak berpencen, cuti bergaji penuh 30 hari untuk kakitangan awam yang kematian suami, 17,000 peluang pekerjaan, pengecualian cukai pintu rumah kediaman, dasar merakyatkan ekonomi, bekalan air percuma bagi 20 meter padu dan beberapa lagi janji manifesto Pas Terengganu yang terhalang perlaksanaannya disebabkan angka 15:17. Seluruh pencinta keadilan dan kesaksamaan akan menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para pengundi Kuala Besut apabila anda menjadi perintis kepada perubahan ini.

3. Undilah Pas kerana terbukti BN gagal mengubah taraf hidup rakyat Kuala Besut. Dengan bajet tahunan Terengganu yang mencecah angka RM2 bilion, satu jumlah bajet yang tertinggi antara negeri-negeri di semenanjung, tetapi rata-rata rakyat Terengganu secara amnya dan Kuala Besut fokusnya masih dihimpit kemiskinan dan kemiskinan tegar khususnya rakyat di sekitar daerah mengundi Seberang Barat Luar dan Tok Saboh di Kuala Besut.

Masalah kemiskinan ini tidak akan selesai hanya dengan hanya perletakkan batu asas projek dan pengagihan anak ayam. Tambah mendukacitakan apabila MB memberi respon sinis terhadap isu kemiskinan ini dengan menuduh bahawa rumah-rumah buruk milik rakyat miskin adalah rumah orang Pas! Tidak timbul sebenarnya isu orang Pas atau Umno bila kita membincangkan berkenaan sosio-ekonomi rakyat apatah lagi seorang MB yang sepatutnya menjadi MB bagi rakyat dan negeri Terengganu, bukan MB untuk orang-orang Umno sahaja.

Isunya bagaimana kekayaan negeri boleh dimanfaatkan secara optimum supaya status negeri Terengganu sebagai negeri dengan bilangan rakyat miskin tegar yang kedua tertinggi di Malaysia mampu diubah. Dengan makna lain bagaimana sumber kekayaan ini boleh dinikmati oleh keseluruhan rakyat secara adil dan telus.

4. Calon Pas, Che Long mempunyai rekod kebersamaannya dengan penduduk setempat pada sebahagian besar tempoh hidupnya. Walaupun dicanangkan oleh tukang-tukang kempen BN calon Pas tak berpendidikan tinggi, beberapa kelebihan dan 'aset' semulajadi beliau perlu dipertimbangkan dengan adil oleh pengundi.

Berlatarbelakangkan seorang kontraktor kelas A serta usahawan setor kayu yang berjaya, seorang yang beragama dan terus tekun mendalami ilmu agama, Che Long dikenali sebagai insan dermawan yang suka membantu masyarakat. Kekayaan anugerah Ilahi kepadanya menerusi kejayaan usahaniaga tidak dihabiskan untuk diri dan keluarganya semata-mata. Hampir tidak ada program parti di sekitar Besut yang tidak menerima sumbangan Che Long. Jumlah masjid dan surau yang menerima sumbangan beliau juga sangat banyak. Belum lagi termasuk sumbangan-sumbangan kebajikan yang lain. Beliau lahir di Kuala Besut, membesar di Kuala Besut, bersekolah di Kuala Besut atau istilah orang tempatan, sentiasa 'bertumah' di kampung sepanjang masa. Suka duka, susah senang, jatuh bangun masyarakat Kuala Besut adalah sebahagian dari kehidupan Che Long…

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 21 Jul 2013 03:14 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Internet Banking access to your accounts has been blocked

Posted: 18 Jul 2013 06:50 PM PDT

Dear Customer,

FOR YOUR PROTECTION, Internet Banking access to your
accounts has been blocked
due to system error. error code : [E6343#]

Click Here To Unlock Your Online Account

Thank you for using our service.
Head of Customer Communications.
RHB Bank.

Account Alert

Posted: 17 Jul 2013 08:50 PM PDT

Dear customer,

Important New Security UPDATE!

Validate Your Account.

LOGIN IN 

RHB Customer Services

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 21 Jul 2013 01:00 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Amalan-amalan Yang Dikasihi Allah di Bulan Ramadhan

Posted: 20 Jul 2013 09:12 PM PDT

اعمال يحبها الله في رمضان
Amalan-amalan Yang Dikasihi Allah di Bulan Ramadhan

أولا: الجلوس بعد صلاة الفجر إلى طلوع الشمس لذكر الله ثم صلاة الضحى
Pertama :
Duduk selepas solat fajar sehingga terbit matahari untuk berzikir kemudian solat sunat dhuha

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "من صلى الصبح في جماعة، ثم جلس في مصلاه يذكر الله حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كان له مثل أجر حجة وعمرة تامة".. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "تامة تامة تامة". رواه الترمذى
Daripada Nabi S.A.W. telah bersabda " Sesiapa yang solat subuh berjamaah, kemudia ia duduk di tempat solatnya berzikir mengingati Allah sehinggalah terbit matahari, kemudian ia solat dua rakaat, adalah baginya ganjaran seumpama haji dan umrah sesempurnanya
ثانياً:الذكر
**********

Kedua :
Zikirullah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"ألا أنبئكم بخير أعمالكم ، و أزكاها عند مليككم ، و أرفعها في درجاتكم ، و خير لكم من إنفاق الذهب و الورق ، و خير لكم من أن تلقوا عدوكم ، فتضربوا أعناقهم و يضربوا أعناقكم ؟ قالوا : بلى يا رسول الله قال : " ذكر الله " صحيح الإسناد
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Apakah kamu mahu aku memberitahu kamu sebaik-baik amalan kamu, sebersih-bersih amalan di sisi Pemilikmu, setinggi-tinggi pada kedudukan kamu, sebaik- baik ganjaran daripada infaq emas dan perak, sebaik-baik ganjaran daripada kamu bertemu musuhmu, maka kamu memancung tengkuk mereka dan mereka memancung tengkuk kamu? Mereka berkata : " Bahkan ya wahai Rasulullah"..Rasulullah S.A.W bersabda : " Zikrullah ".
ثالثاً:الصدقة
*************

Ketiga :
Bersedekah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"إن صدقة السر تطفىء غضب الرب تبارك وتعالى }[صحيح الترغيب].
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Sesungguhnya sedekah secara tersembunyi itu menutup kemurkaan Allah Tabaraka wa Ta'ala "

وروى البخارى عن ابن عباس رضى الله عنهما , كان رسول الله صلى الله عليه و سلم : " أجود الناس , و كان أجود ما يكون فى رمضان حين يلقاه جبريل عليه السلام , و كان يلقاه كل ليلة فى رمضان فيدارسه القرآن فلرسول الله صلى الله عليه و سلم أجود بالخير من الريح المرسلة .
Diriwayatkan oleh Bukhari daripada Ibnu Abbas RAhma, adalah Rasulullah seorang yang sangat dermawan, dan Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan ketika bertemu Jibril AS, dan adalah Jibril menemui Baginda pada setiap malam Ramadhan dan mengajar Baginda Al Quran, kedermawan Rasulullah S.A.W melebihi angin yang berhembus

رابعاً:عمرة رمضان
**********

Ke empat :
Umrah di bulan Ramadhan
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
": عمرة فى رمضان كحجه معى" .( متفق عليه)
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Umrah di bulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersertaku "

خامساً: السحور
**********

Ke lima :
Bersahur

قد اجتمت الائمة على إستحبابه , فعن أنس رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه و سلم قال (( تسحروا فإن السحور بركة ))رواه البخارى و مسلم

Telah sepakat para ulama pada hukumnya sunat. Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda " Bersahurlah kamu sesungguhnya sahur itu keberkatan "

سادسا: تعجيل الفطر
********

Ke enam :
Menyegerakan berbuka

يستحب للصائم أن يُعجل الفطر متى تحقق غروب الشمس فعن سهل بن سعد رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر )) رواة البخارى و مسلم .
و ينبغى ان يكون الفطر رُطبات وتراً فإن لم يجد فعلى الماء , فعن انس رضى الله عنه قال (( كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يُفطر على رطبات قبل أن يُصلى , فإن لم يكن فعلى تمرات , فإن لم تكن حسا حسوات من ماء )) رواه ابو داود و الحاكم وصححه الترمزى وحسنه 
Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa ia menyegerakan berbuka apabila telah yakin tenggelam matahari. Daripada Sahal bin Saad RA bahawasabta Nabis S.A.W. telah bersabda :" Tidak akan putus kebaikan manusia selama mana mereka menyegerakan berbuka".Dan sayugianya berbuka itu dengan 'ruthob' pada kiraan ganjil, jika tidak ada , berbuka dengan minum air. Daripada Anas RA berkata, "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji ruthob (tamar basah) sebelum solat, jika tiada ruthob Baginda berbuka dengan tamar, dan sekiranya tamar tiada, baginda akan berbuka dengan air." (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Kata Tirmidzi ia hadis hasan )

سابعا: الدعاء عند الفطر و أثناء الصيام
**********

Ke tujuh :
Berdoa ketika berbuka dan berpuasa

روى ابن ماجه عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( إن للصائم عند فطرة دعوة ما تُرد ))
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al As RAhuma bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda :" Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada satu doa yang tidak ditolak".

و روى الترمزى بسند صحيح انه صلى الله عليه و سلم قال (( ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر و الإمام العادل و المظلوم )) .
Diriwayatkan oleh At Tirmizi dengan sanad yang sahih bahawasanya Nabi S.A.W telah bersabda :" Tiga orang yang doa mereka tidak ditolak : Orang yang berpuasa sehinggalah berbuka, Imam yang adil dan orang yang dizalimi ".

ثامنا: السواك
**********

Ke lapan:
Bersiwak
يستحب للصائم أن يتسوك أثناء الصوم و لا فرق بين اول النهار و آخره
و قال الترمذى (( و لم ير الشافعى بالسواك , أول النهار و آخرة بأساً )) و كان النبى صلى الله عليه و سلم يتسوك و هو صائم .
Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa bersiwak ia ketika ia berpuasa dan tiada beza samaada pada awal siang atau akhirnya. Berkata Tirmizi ( As Syafie tidak berpandangan siwak itu suatu yang salah samaada di awal atau akhir hari ...) dan adalah Rasulullah S.A.W. bersiwak sedangkan ia berpuasa.

تاسعا: الإجتهاد فى العبادة فى العشر الأواخر من رمضان
**********

Ke sembilan :
Bersungguh-sungguh beribadat pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

روى البخارى و مسلم عن عائشة رضى الله عنها أن النبى صلى الله عليه و سلم (( كان إذا دخل العشر الأواخر أحيى الليل , و أيقظ أهله , و شد المئزر )) و فى رواية مسلم (( كان يجتهد فى العشر الأواخر ما لا يجتهد فى غيره ).
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada A'isyah RAha, bahawasanya Nabi S.A.W. apabila masuk sepuluh yang terakhir (Ramadhan )..baginda menghidupkan malam ( dengan ibadah ), membangunkan keluarganya dan mengikat kainnya ..dan pada riwayat Muslim ( adalah Baginda bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir apa yang Ia tidak bersungguh lakukan pada selainnya

dipetik daripada: http://takwinfardilmuslim.blogspot.com

Jasindaily Online

Posted: 21 Jul 2013 09:11 AM PDT

Jasindaily Online


Bongkar !!! PEGAWAI KDN SAUDI MENGAKUI PERANCANGAN NEGARA JATUHKAN MESIR

Posted: 21 Jul 2013 08:12 AM PDT

Seorang pegawai tinggi Kementerian Dalam negeri Saudi, Abdullah bin Masfar bin Wahf El-Qohtoni meletakkan jawatan sebagai tanda protes beliau kepada kerajaan Saudi yang disifatkan "memerangi Mesir dengan bantuan negara UAE."

Beliau mengumumkan perkara ini melalui "Twitter": "Saya mengumumkan peletakkan jawatan saya dari Kementerian Dalam negeri, demikian itu selepas mereka menyelewengkan hukum Allah dan memerangi Islam. Saya harapkan apa yang saya lakukan ikhlas kerana Allah.

Saya bersaksi dengan nama Allah bahawa saya berlepas diri dari apa yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (Saudi) yang bekerjasama dengan KDN UAE bagi menggulingkan pemerintahan Islam di Mesir melalui bantuan kewangan dan media..

Saya bersumpah dengan nama Allah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung, bahawa apa yang berlaku di Mesir merupakan kerjasama antara Amerika, UAE dan Saudi supaya tidak berlaku lagi revolusi-revolusi seperti Mesir."
Sumber 

KHIDMAT MERU

Posted: 21 Jul 2013 09:07 AM PDT

KHIDMAT MERU


GOTONG ROYONG BUAT BUBUR LAMBUK DI SURAU DARUL MAKMUR, MERU

Posted: 20 Jul 2013 11:30 PM PDT





TAZKIRAH RAMADHAN DISURAU SURAU

Posted: 20 Jul 2013 03:17 PM PDT





YB Dr Rani hampir setiap malam di Bulan Ramadhan Al Mubarak dijemput oleh pihak-pihak surau untuk memberi tazkirah antara waktu solat isyak dan sebelum bermulanya solat taraweh.

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ

Posted: 20 Jul 2013 02:50 PM PDT




YB Dr Rani bersama pimpinan JKKK dan AJK Surau Mat Som telah meraikan 25 orang anak yatim dan lebih 37 orang pelajar tahfiz dalam majlis berbuka puasa di surau tersebut.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 21 Jul 2013 09:04 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


TAZKIRAH RAMADHAN

Posted: 21 Jul 2013 05:52 AM PDT

TAZKIRAH RAMADHAN
Oleh Ustaz Haji Mohd Najib Khairudin, Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Tarikh : 27 Julai 2013, Sabtu
Masa : 9.30 mlm, selepas solat Witr
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 21 Jul 2013 07:00 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


EHYA' RAMADHAN: PAS KAWASAN TERUSKAN TRADISI MEMASAK BUBUR LAMBOK

Posted: 21 Jul 2013 12:33 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Jul 2013 01:31 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Gempa bumi kuat gegar ibu kota New Zealand

Posted: 20 Jul 2013 11:55 PM PDT

12 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

WELLINGTON: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Ritcher melanda New Zealand hari ini, menyebabkan gegaran turut dirasai di ibu negara, namun tiada kerosakan dilaporkan.

Gempa itu melanda pada jam 5.09 pagi kira-kira 57 kilometer di selatan-barat daya Wellington pada kedalaman 10.1 kilometer, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Ia disusuli satu lagi gempa berukuran 5.5 pada skala Ritcher selang seminit kemudian.
Saksi yang juga penduduk di bandar peranginan Nelson berkata, gegaran itu dapat dirasai selama 30 saat. - AFP

'Sogokan' projek RM377 juta, SPR hanya membisu?

Posted: 20 Jul 2013 11:52 PM PDT

12 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BESUT: PAS menyifatkan tindakan menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sogokan yang dilakukan Umno BN terhadap pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut sebagai membuang masa.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata, dengan peruntukan sebanyak RM377.45 untuk projek-projek yang diumumkan setakat ini, jelas menunjukkan ia merupakan pembelian undi menjelang PRK.

"Perkara ini wajar dilihat sebagai sogokan tetapi kita tidak mengharapkan SPR misalnya untuk membuat sebarang komen, untuk mengiyakan atau menafikan semua janji ini adalah sogokan.

"Buang masa sahaja kita harap SPR buat kenyataan cuma kita harap pemantau-pemantau dapat membuat laporan-laporan yang sewajarnya," kata beliau pada sidang media di Markas Besar PAS di Kampung Baharu hari ini.

Beliau bagaimanapun masih menaruh harapan agar SPR telus dan berperanan sebaik mungkin dalam PRK sebagai badan yang bebas.

"Ada sedikit lagi sisa-sisa harapan saya minta SPR mengambil serius isu ini, jangan kata terserah kepada kementerian.

"Kena ada peraturan untuk menghalang daripada janji-janji segera, memberikan bantuan kepada pengundi.

"Apa kita nak definisi pengumuman projek-projek ini melainkan membeli undi," katanya.

Sebelum itu, pada sidang media bersama ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Hatta mendedahkan sebanyak sepuluh projek dijanjikan oleh Umno BN sepanjang sepuluh hari berkempen.

Antaranya ialah projek projek berjumlah RM250 juta untuk mendalamkan Sungai Besut dan pembinaan Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani khususnya penanaman padi di Pengkalan Nangka.

"Hasil kempen PAS dan Pakatan Rakyat mendedahkan kepincangan tadbir urus dan ketempangan pembangunan yang tidak seimbang ini maka rakyat Kuala Besut mendapat habuan ini," katanya.

Malaysiakini/-

Lagi kes ibu tinggal anak dalam kereta

Posted: 20 Jul 2013 10:04 PM PDT

12 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di Kota Kinabalu, malam kelmarin. 
    Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak perempuan enam tahun itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci dan enjin hidup oleh ibunya yang keluar membeli-belah, lapor Berita Harian.

    Menurut saksi, dalam kejadian dekat Telipok, Kota Kinabalu itu, orang ramai mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta sebelum dia terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintu.

    Wanita dalam lingkungan usia 20-an dilapor memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat. 

    Khamis lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di perkarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya etika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat

Malaysiakini/-

Minta adik kakak semua undi ambo - Che Long

Posted: 20 Jul 2013 07:54 PM PDT

12 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BESUT: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berbaki tiga hari lagi menyaksikan calon PAS, Endot@Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long semakin popular.

Nama Che Long mula meniti dari 'bibir ke bibir' dan 'mulut ke mulut' di kalangan rakyat khususnya kepada para pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut


Tinjauan Harakahdaily, ke suatu program Jom Bersama Che Long yang diadakan di Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, kelmarin mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Antara salebriti tanahair yang turut memeriahkan program tersebut adalah Abby Abadi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

"Ambo mintalah kepada semua adik-kakak yang ada di sini dan yang boleh mengundi minta undi ambo pada pilihan raya kali ini, insya Allah. 

"Undilah PAS, undi ambo untuk mempastikan kemenangan kepada PAS dengan menjadikan 16:16 kerusi Dun antara BN dengan Pakatan Rakyat. Itu sahajalah yang dapat saya katakan," rayu Che Long ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurut beliau, masa kempen berbaki yang tinggal beberapa hari lagi perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk bertemu dengan para pengundi.

Katanya, demi perjuangan Islam perasaan letih dan malas yang 'bersarang' perlu diketepikan buat seketika ini.

"Maaf, ambo mempunyai jadual kempen yang padat sepanjang tempoh waktu berkempen ini. 

"Rasa letih, tak larat dan malas yang ada kena buang tepi dulu buat masa ini. Demi untuk kemenangan dan perjuangan Islam," jelasnya yang sering menjadi 'buruan' pihak media

Harakahdaily.
.

Posmen Lambak Surat Dalam Hutan

Posted: 20 Jul 2013 07:47 PM PDT

12 Ram
adhan 1434 H. [MOD] -

Seorang kakitangan Pos Malaysia memeriksa surat-surat yang dilambak oleh posmen di Ukay Heights, Ampang, Selangor.
KUALA LUMPUR: Di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang adalah sebuah gaung hijau dengan tumbuh-tumbuhan subur tetapi dicemari dengan 'rahsia hitam'.

Tapak itu dikenal pasti telah menjadi tempat lambakan surat oleh posmen yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan tempat terpencil itu untuk membuang surat-surat yang tidak dihantar.
Pada Sabtu, dua orang penduduk menjumpai beribu-ribu surat yang tidak dihantar di dalam gaung dan menghubungi The Star, yang seterusnya dimaklumkan mengenai posmen yang melalui kawasan itu.
Salah seorang daripada mereka, Ismail W.O berkata beliau sedang memandu melepasi kawasan itu dan melihat tiga orang posmen sedang lepak di tepi jalan di sebelah gaung.
"Saya tertanya-tanya apa yang mereka sedang buat sedangkan tiada kawasan perumahan di sekitar kawasan itu tetapi tidak terus bertanya dan meneruskan perjalanan.
"Kemudian saya teringat bahawa saya tertinggal sesuatu dan berpatah balik. Saya terkejut melihat beg besar yang sebelumnya penuh berisi surat telah kosong. Ia hanya beberapa minit yang lepas," katanya.
Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, beliau memaklumkan perkara itu kepada pengerusi persatuan penduduk, William Atyeo yang memanjat kawasan gaung tersebut dan menemui ribuan sampul surat yang bertaburan.
Pemeriksaan secara kasar menunjukkan beberapa surat telah berada di situ sejak beberapa tahun lalu dan lupus akibat hujan.
Surat-surat itu sepatutnya dihantar ke Ampang Jaya, Ukay Heights dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya.
"Terdapat cek, bil, penyata bank, surat maklum balas dan banyak lagi," kata Ismail.
Beberapa penduduk telah mengadu mereka tidak menerima surat yang sepatutnya diterima seperti bil telefon dan bil TV berbayar, kata Atyeo.
Setelah dimaklumkan, Pos Malaysia menghantar pasukan ke tapak dimaksudkan.
Pekerjanya mengenal pasti kebanyakan surat adalah dari dua lokasi berhampiran di sepanjang Jalan Tebrau 1.
Ketua Operasi Pos Malaysia, Helmi Hashim berkata tiga posmen terbabit telah dikenal pasti dan akan dipecat.

Mstar/-

Kenapa SPR kata Seksyen 9A Tidak Boleh Digugur ?

Posted: 20 Jul 2013 01:05 AM PDT

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang melarang campur tangan mahkamah ke atas daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh digugurkan bagi melancarkan proses pilihan raya.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika peruntukan bagi seksyen itu digugurkan, suruhanjaya itu akan berhadapan dengan masalah untuk melaksanakan sesuatu pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Jika kita benarkan daftar pemilih dicabar di mahkamah, bila kita nak buat pilihan raya? SPR nak guna daftar pemilih yang mana kerana orang asyik mencabar di mahkamah.

Demikianlah alasan yang cuba dikemukan kan oleh pihak SPR pada hari ini.
Alasan ini dilihat tidak lebih dari alasan yang agak rapuh melihat kepada peranan sebenar dan realiti yang ada pada batang tubuh SPR yang sering dipertikaiaan sebagaimana yang dikatakan badan itu telah tidak menjadi tidak adil dan telus dalam tempuh sekian lama.

SPR dilihat sebagi satu badan yang menjadi tidak adil dan memihak serta bekerja untuk memenangkan calon BN pada setiap kali pilihanraya berlangsung.

Satu alasan yangt agak lucu bila Wan Ahmad yang dipetik sebagai berkata "Kalau parti politik atau orang ramai secara berterusan mencabar keputusan mahkamah, kita tidak dapat buat pilihan raya," katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan Pakatan Rakyat (PR) supaya kerajaan menggugurkan pindaan Syeksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak.

Alasan PR dilihat kuat setelah setiap kali bantahan supaya pelbagai keraguan dalan daftar pemilih sering "dipekakkan" oleh SPR. Antaranya supaya dibersihkan daftar pemilih dari pelbagai bukti seperti yang telah meninggal dunia tetapi tidak diendahkan.

Alasan SPR pada hari ini adalah pada anggapan saya adalah untuk mengelak dari segala "penipuan" yang dilakukan selama ini dibicarakan secara terbuka secara berterusan termasuk dicabar dimahkamah .


 

RM324 juta "janji segera" BN di Kuala Besut

Posted: 20 Jul 2013 12:46 AM PDT

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BESUT: Ahli Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu Barisan Nasional telah mengeluarkan peruntukan melalui janji sebanyak RM324 juta sepanjang sembilan hari berkempen.

Beliau tidak menolak jumlah itu akan terus meningkat sehingga saat-saat akhir menjelang  pengundian pada 24 Julai nanti yang melibatkan pemberian wang tunai.

"Dua hari lepas BN telah berbelanja melalui perjanjian projek di Kuala Besut ini sebanyak RM288 juta, namun sehingga hari ini iaitu sembilan hari berkempen sebanyak RM324 juta telah dijanjikan.

"Jika mereka merasakan kempen kita kuat maka mereka akan salurkan peruntukan yang besar sehingga akhir kempen dan sehari sebelum mengundi sudah pasti ada pemberian tunai kepada pengundi untuk mereka meraih undi," jelas beliau selepas sidang media di Markas Utama PAS, Kampung Baharu.

Dr Dzulkefly menyifatkan aktiviti menyogok pengundi adalah tidak wajar dan ia merupakan satu jenayah pilihanraya.

"Mereka menggunakan wang untuk meraih undi dan kita tidak mampu melawan dari sudut tersebut.

"Apa yang kita bawa untuk rakyat adalah kelebihan serta manfaat yang diperolehi rakyat apabila keseimbangan kerusi 16:16 di Dewan Undangan Negeri.

"Kita jelaskan kepada rakyat melalui keseimbang kerusi kita dapat bertindak sebagai semak imbang untuk setiap keputusan serta projek yang dilakukan oleh kerajaan," sambungnya lagi.

Beliau yang turut berkempan dan membuat penerangan mengenai keberkesanan kedudukan kerusi 16:16 memberitahu, rakyat mula memahami serta menerima apa yang mereka perolehi jika kedudukan kerusi ini direalisasikan.

"Saya melawat semua tempat peti undi, isyarat sudah mula diterima oleh pengundi dan mereka mulai faham kenapa perlunya 16:16.

"Bukan mustahil untuk kita melakukan kejutan pada PRK kali ini, sasaran kita untuk mengurangkan majoriti telah kita capai dan sekarang kita perlu kerja keras untuk memastikan 16:16 ini bukan satu mimpi," kata beliau lagi.

Beliau yang berharap agar pengundi Kuala Besut tidak melepaskan peluang yang diperolehi ini bagi memastikan Terengganu yang akan datang lebih baik dari sudut pentadbiran. 

Harakahdaily/-

14 ditahan demo bantah TPPA

Posted: 20 Jul 2013 12:44 AM PDT

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 
Harakahdaily, 20 Jul 2013
KOTA KINABALU: 14 aktivis Gerakan Bertindak Bantah TPPA Sabah ditahan ketika berhimpun membuat bantahan terhadap Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) di sini hari ini.

Mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu yang ditahan ketika berhimpun di hadapan Sutera Harbour iaitu tempat berlangsungnya perbincangan pusingan ke-18 perjanjian itu.

Menurut Lahirul, 11 dari mereka ditahan di Sutera Harbour manakala tiga lagi ditahan kemudian ketika berada di hadapan ibu pejabat polis di Karamunsing untuk menyatakan sokongan kepada yang ditahan lebih awal.

"Kami diberitahu ditahan dibawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan semua kami dipaksa melakukan ujian air kencing dan semuanya negatif.

"Ketika soal siasat, satu pun tiada soalan berkaitan dadah. Kita yakin ini hanya cubaan untuk menyekat kita dari membuat bantahan terhadap TPPA ini," katanya kepada Harakahdaily.

Daripada 14 itu menurut Lahirul, dua adalah dari kalangan aktivis wanita.

Himpunan pagi tadi itu menurut Lahirul, berlangsung dalam keadaan aman dengan mereka merentang sepanduk membantah TPPA.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 21 Jul 2013 01:25 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Gambar terbaik: Ceramah Tok Guru Nik Aziz sempena PRK Kuala Besut

Posted: 20 Jul 2013 11:37 PM PDT

http://kachipemas.blogspot.com Gambar suasana ceramah perdana sempena PRK N.01 Kuala Besut di kampung ambo, Kg Beris Pak Abu. Penceramah 1.YB. Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) 2.Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa pimpinan PAS yang lain.

Minta adik kakak semua undi ambo – Che Long

Posted: 20 Jul 2013 11:34 PM PDT

BESUT: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berbaki tiga hari lagi menyaksikan calon PAS, Endot@Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long semakin popular. Nama Che Long mula meniti dari 'bibir ke bibir' dan 'mulut ke mulut' di kalangan rakyat khususnya kepada para pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut. […]

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 20 Jul 2013 09:27 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Biar PAS Menang K.Besut Untuk Perbetul Kesilapan Kerajaan Trengganu

Posted: 19 Jul 2013 10:19 PM PDT

Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut
   

    Abdul Rahim Sabri/Malaysiakini/admin
       
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

"Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia.

"Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama.

"Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu.

Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof.

"Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya.


PAS Menang Petisyen Trengganu

Posted: 19 Jul 2013 09:57 PM PDT

Adun PAS Telok Pasu, Rantau Abang kekal

Oleh The Malaysian Insider/admin
July 18, 2013

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Terengganu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Pasu dan Rantau Abang kekal apabila Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas mereka, hari ini.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Dun Rantau Abang pula dimenangi calon PAS Alias Harun mengalahkan calon BN, Datuk Za'abar Mohd Adib dengan majoriti 90 undi sahaja.

Dalam perbicaraan hari ini, kedua-dua Adun PAS diwakili peguam Saifudin Othman, Faris Irwan Mustafa, Kamaruzaman Abdul Wahab dan Azwan Rosli.

Calon Umno yang menjadi pempetisyen dalam kes ini pula diwakili lima peguam iaitu Rafai Adnan, Shahri Adnan, Ahmad Shamsawal, Hazuan Hamidon dan Mohd Auliat.



Dalam petisyennya, calon BN Rantau Abang mempertikai tindakan KTM menolak kertas undi yang tercemar akibat terkena dakwat kekal.

Bagi kes Telok Pasu pula, mahkamah bersetuju tindakan KTM menambah satu kertas undi untuk calon PAS dalam pilihan raya itu menjurus kepada kesalahan pilihan raya tetapi ia tidak menyentuh keputusan pilihan raya untuk DUN itu. 

Landskap Siasah

Posted: 20 Jul 2013 07:14 AM PDT

Landskap Siasah


Sekitar kempen di PRK Kuala Besut

Posted: 19 Jul 2013 10:35 PM PDT






  1. Kempen agak tenteram bagi kedua-dua pihak dan tiada ketegangan.
  2. Kelemahan BN-Calonnya kurang dikenali dan pernah jadi punca kemarahan rakyat, terutama 400 keluarga pesawah padi di Kg Baru, Besut.
  3. Kedua, ketamakan pemimpin BN@YB-YB UMNO BESUT MEMBAHAM TANAH KERAJAAN - ramai rakyat terus dinafikan hak mereka untuk mendapat tanah bergeran atau lesen menduduki sementara.
  4. Ketiga, banyak JANJI MANIS BN tidak dapat ditunaikan kepada rakyat ! Rakyat menjadi mangsa KETIDAKADILAN BN !
  5. Calon PAS amat dikenali dan sangat mesra rakyat . Seorang yg sangat pemurah dan mudah berurusan dengannya. 
  6. Tidak mustahil PAS/PR akan membuat kejutan pada PRK kali ini !


Radzi Zainon dari Kuala Besut







CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 Jul 2013 01:02 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Nelayan parah diserang buaya di Seratok

Posted: 19 Jul 2013 08:57 PM PDT

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

SERATOK: Seorang nelayan parah selepas diserang buaya ketika sedang menangkap udang di Sungai Seblak, berhampiran Plunga Hilir, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, Anuar Sulaiman, 39, dikatakan sedang membaiki enjin botnya yang tidak dapat dihidupkan, manakala abangnya memunggah jala dan hasil tangkapan untuk pulang ke rumah.
Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya dipercayai 'Bujang Seblak' yang sering mengganas di sungai itu, menyambar kaki kiri mangsa dan cuba menariknya ke dalam sungai.

Namun, tindakan pantas Anuar menendang kepala reptilia itu akhirnya berjaya mengelakkannya daripada menjadi mangsa buaya berukuran antara empat hingga lima meter panjang itu.

Mangsa kini berada di Hospital Saratok untum rawatan.

Pengundi Awal Kuala Besut Tunai Tanggungjawab

Posted: 19 Jul 2013 08:51 PM PDT

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Seorang anggota keselamatan membuang undi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Sabtu. -foto THE STAR/Zabidi Tusin

BESUT: Seramai 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 pegawai polis layak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Sabtu.
Kedua-dua pasukan keselamatan itu melaksanakan tanggungjawab mereka seawal pukul 8 pagi di Dewan Serba Guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.
Dua saluran disediakan bagi kumpulan pengundi berkenaan.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
PRK DUN Besut menyaksikan saingan sengit antara dua muka baru iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman daripada Barisan Nasional (BN) dan Endut @ Azlan Yusof yang mewakili PAS.

Tengku Zaihan, 37, merupakan seorang jurutera awam manakala Azlan, 48, ialah seorang kontraktor Kelas A yang berjaya.

Azlan yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long antaranya terlibat dalam membina sepenuhnya Bangunan Maahad Tahfiz Sains kelantan yang bernilai RM 11 Juta

Kedua-dua mereka merupakan anak tempatan di Kuala Besut.

TG Nik Aziz didiskriminasi sepanjang 23 tahun

Posted: 19 Jul 2013 08:45 PM PDT

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily, 20 Jul 2013


BESUT: Rentetan dilarang menunaikan solat Maghrib di Masjid TUDM dekat sini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menzahirkan rasa kecewa apabila sering didiskriminasi sepanjang 23 tahun pemerintahannya di Kelantan.
Beliau tidak pernah sekali pun diberikan peluang untuk 'memasuki' tv dan radio, disekat daripada berucap di sekolah kebangsaan dan pelbagai lagi bentuk ketidakadilan yang dilakukan Umno sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Kelantan, dipetik http://prkkualabesut.pas.org.my

Meskipun berkondisi sedikit uzur, bekas Menteri Besar Kelantan itu tetap hadir bagi menyokong calon PAS pada PRK Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau mesra dengan panggilan Che Long.

Berucap di hadapan penduduk berhampiran kem tentera udara Gong Kedak, beliau menjelaskan bahawa sekatan dan halangan yang dihadapi, menyebabkan PAS Kelantan mengambil keputusan untuk melaksanakan sendiri projek lebuhraya.

Keputusan itu, katanya disambut baik oleh 'orang Siam' dan masyarakat beragama Budha di Kelantan sehingga mereka bersepakat mengutip derma.

Jlasnya, walaupun Umno Kelantan banyak menimbulkan isu Kerajaan PAS tidak membina masjid namun PAS Kelantan sebenarnya lebih banyak mendidik masyarakat untuk berfikir dan bertindak mengimarahkan masjid.

Mengakhiri ucapan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, "ambo tak mahu bercakap banyok, pakat pilih PAS belako dan kalau boleh calon Umno pun pakoh PAS."

Presiden PAS berbuka dengan Perantau hari ini

Posted: 19 Jul 2013 08:42 PM PDT

11 Ramadhan 1434H.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi tetami istimewa pada Iftor Perantau dan tarawih anjuran Anak-anak Terengganu di Perantauan di Unisel, Shah Alam hari ini. 
Dua selibriti tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah dan Noryn Aziz dijangka akan menyertai majlis berbuka puasa itu.

"Iftor ini diadakan bagi meraikan anak-anak Terengganu khususnya anak-anak Kuala Besut sempena dengan pilihanraya kecil Kuala Besut," kata setiausaha penganjur Iftor Perantau, Zulhilmi Abd Rahman.

Tambahnya, pihak sekretariat juga sedang menghubungi dan mengalu-alukan anak-anak Kuala Besut di Perantauan untuk bersama-sama bagi mengadakan satu wacana dan dialog '16:16 Terengganu Baru – Kuala Besut cipta sejarah'.

"Program Iftor pada hari, ini, 20hb Julai dinaungi oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail akan bermula jam 6.00 petang. Satu lagi program iftor dijangka akan diadakan di Besut pada Isnin, 22 Julai," ujarnya.

Setakat ini, katanya sambutan adalah menggalakkan dan tidak ada yuran pendaftaran yang dikenakan.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubunginya di talian 12-9283560 atau Khuzaini 013-3902165.

Harakahdaily/-


Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut

Posted: 19 Jul 2013 05:55 PM PDT

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini.
  • Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

    "Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia.

    "Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama.

    "Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

    Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayubpercaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

    Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu.

    Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof.

    "Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya.

Malaysiakini/-

Hadi ingatkan pengundi Kuala Besut jadi 'ikan cerdik'

Posted: 19 Jul 2013 05:49 PM PDT

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Muncul kali pertama di pentas ceramah selepas penamaan calon 12 Julai lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengingatkan pengundi di Kuala Besut supaya menjadi "ikan yang cerdik".
  • Beliau membuat anologi itu bagi mengelak pengundi agar tidak termakan umpan kebendaan oleh pihak lawan sehingga menyebabkan mereka tidak mengundi calon PAS, Azlan Yusof.

    "Ikan yang cerdik, dia makan umpan sahaja, tidak kail. Jangan jadi ikan dukang yang badan berbelang, (dan) bermisai tapi tidak berharga sesen.

    "Biar kita jadi ikan yang cerdik dan bijak. Orang bagi umpan, kita ambil umpan, mata kail biar kepada dia. Itu cara kita hadapi pilihan raya. Insya-Allah, kita akan mencapai kemenangan," katanya.

    Berceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi, Abdul Hadi mengambil kesempatan itu berseloroh sambil mengajak pengundi memilih calon parti "bulan" Azlan Yusof.

    "... kita nak puasa, kita tengok anak bulan, bukan dacing. 

    "Nak raya pun tengok anak bulan. Bila orang perempuan mengandung kita tanya berapa bulan mengandung, kita tak kata berapa kilo mengandung," katanya yang mengundang gelak ketawa hadirin.

    "Sebab harga diri manusia mengikut pusingan bulan, bukan berapa ringgit sekilo. Itu bukan harga diri kita," katanya yang juga ahli parlimen Marang .


    Malaysiakini/-

Maybank Investment beli 1.83 juta saham AirAsia X

Posted: 19 Jul 2013 05:46 PM PDT

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Maybank Investment Bank Bhd membeli 1.83 juta saham dalam AirAsia X untuk menstabilkan harga saham itu.

    Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata pengurus penstabilan, Maybank Investment, membeli saham pada RM1.25 sesaham.

    Saham syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 10 Julai, ditutup tidak berubah hari ini pada RM1.25. 
    Bernama

20 maut letupan bon di Iraq

Posted: 19 Jul 2013 05:42 PM PDT

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BAQUBA, Iraq 20 Julai - Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam sebuah masjid, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang daripada puak Sunnah terbunuh, di utara Baghdad, semalam.

Menurut jurucakap polis, pengebom berani itu meletupkan dirinya ketika khutbah solat Jumaat disampaikan di Masjid Sadiq di bandar Al-Wajihiyah.
Serangan itu turut mencederakan 40 yang lain. - AFP

Selatan Thailand terus bergolak

Posted: 19 Jul 2013 04:07 PM PDT

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BANGKOK 20 Julai - Keganasan terus berlaku di selatan Thailand dengan lima kejadian dilaporkan hari ini walaupun Inisiatif Keamanan Ramadan dicapai di Kuala Lumpur Jun lepas.
Dalam kejadian serangan pertama, seorang Tok Penggawa Mukim Katong, daerah Yaha, wilayah Yala Matsaki Kanet, 38, cedera ditembak pada pukul 12 tengah hari semalam, kata Ketua polis Wilayah Yala Mejar Jeneral Polis Pira Boonliang.

Dalam kejadian kedua di wilayah Narathiwat, seorang lelaki, Sufian Mamat, terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan Thailand yang mengepung rumahnya pada 3.20 petang di Kampung Yanin Jok Irong, Narathiwat, manakala kejadian ketiga menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Hamdi Mahamamalee, 21, cedera ditembak.

Satu lagi kejadian pada pukul 6.50 petang waktu tempatan, Asmadi Tuwaenya terbunuh dan isterinya Ilham Kuma cedera di tembak di Kampung Natham, Muang Yala, manakala seorang lelaki, Asri Chekmama, mati ditembak di Kampung Tanjunglima, Muang Narathiwat. - BERNAMA 

PAS masih sangsi dakwat kekal di Kuala Besut

Posted: 19 Jul 2013 02:56 AM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BESUT: Walaupun simulasi dakwat kekal telahpun dijalankan oleh pihak Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) dan turut disertai oleh pelbagai pihak antaranya wartawan, namun PAS masih merasa sangsi dengan keberkesanannya.


Ini kerana kegagalan SPR menepati janji mereka dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang lalu, masih belum cukup dengan simulasi ini, bagi menebus kembali kepercayaan umum terutama sekali dari pihak PAS.

Menurut Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli, beliau dimaklumkan bahawa kandungan bahan utamanya iaitu silver nitrate di dalam dakwat tersebut masih lagi satu peratus, sama seperti kandungan yang diisytiharkan oleh SPR dalam PRU13.


Namun umum mengetahui kesan dakwat yang digunakan dalam PRU13 lalu, tidak kekal dan ianya menjadi tanda tanya sama ada dakwat yang bakal digunakan itu adalah dakwat yang sama atau tidak.


"Sekiranya dakwat yang sama, saya ragui kenapa boleh berbeda begitu. Akan tetapi jika dakwat baru yang digunakan dalam simulasi ini, adakah dakwat yang sama (yang baru) akan digunakan dalam PRK nanti?" tanya beliau.


Sambil tidak menafikan kebaikan dakwat kekal seperti yang didakwa oleh SPR dalam simulasi itu, beliau menegaskan jika benar kekal, maka itulah yang sepatutnya fungsi sebenar dakwat kekal agar tidak berlaku pengundian lebih dari sekali.
harakah/-

Syarikat tidak berwibawa dapat tanah 200 ekar di Pulau Perhentian

Posted: 19 Jul 2013 02:53 AM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BESUT: PAS mempersoal tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang memberikan tanah seluas 200 ekar di Pulau Perhentian kepada sebuah syarikat yang 'tidak berwibawa'.



Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, syarikat tersebut pula hanya dikenakan bayaran premium rendah hanya sebanyak RM21,000.

Lebih menyedihkan katanya, syarikat tersebut telah menjual pula tanah-tanah strategik di pesisir pantai itu kepada pihak ketiga.



"Ini lebih kepada buat untung atas angin. Kenapa jual kepada pihak ketiga. Kalau ianya sebuah syarikat yang berwibawa, sepatutnya dia majukanlah.



"Orang kampung duduk bertahun-tahun, permohonan mereka untuk mendapatkan tanah dibekukan, namun syarikat ini dapat mudah-mudah," katanya.



Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media di Markas Besar PAS PRK Kula Besut di sini semalam.



Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berhubung pendedahan tersebut.



Pada sidang media sama, Husam yang juga pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Kuala Besut turut mendedahkan bahawa seperti terdapat usaha untuk mengambil tanah dari penduduk di pulau tersebut.



Beliau mendakwa mendapat maklumat berhubung kerja-kerja mengukur 40 lot tanah di kawasan tersebut.



Menurutnya tanah-tanah tersebut dikatakan untuk projek pengindahan Pulau Perhentian dan berkemungkinan penduduk di situ akan dipindahkan ke tempat lain.



Oleh yang demikian katanya, jika PAS menang pada PRK Kuala Besut ini, ianya akan menguatkan suara PAS di dewan undangan negeri dengan kedudukan 16:16 sekaligus boleh membantah tindakan mengambil tanah dari penduduk ini.

harakah/-

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 19 Jul 2013 03:27 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Secure Alert

Posted: 18 Jul 2013 05:19 PM PDT

Dear customer,

Important New Security UPDATE!

Validate Your Account.

LOGIN IN 

RHB Customer Services

Tiada ulasan:

Catat Ulasan