Selasa, 2 Julai 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Jul 2013 01:30 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Dua penyokong TRW maut 8 jam sebelum perlawanan

Posted: 01 Jul 2013 03:26 AM PDT

22 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Dua penyokong TRW maut 8 jam sebelum perlawanan

Motosikal ditunggangi Ibrahim dan Muhamad Kamil remuk teruk selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan, kelmarin.
GUA MUSANG - "Arwah adik beria-ia sangat untuk menonton televisyen bagi menyaksikan perlawanan akhir piala FA antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim (JDT) sambil ingin memakai baju bola TRW.

"Tidak sangka perangai peliknya itu petanda dia akan meninggalkan kami untuk selama-lamanya apabila maut dalam kejadian kemalangan jalan raya sebelum lapan jam perlawanan itu bermula malam kelmarin," kata Zulkifli Muhamed Zain, 31, abang kepada Ibrahim, 19, yang maut kemalangan raya petang kelmarin.

Ibrahim maut bersama rakannya, Muhamad Kamil Mahasan, 23, berasal dari Tanah Rancangan Felda Aring 1 ketika motosikal yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 12 Jalan Chiku - Kuala Berang, dekat sini, kira-kira jam 1.30 petang.

Ibrahim dijumpai tercampak kira-kira lima meter ke dalam semak manakala Muhamad Kami tercampak dalam longkang tidak jauh dari situ dalam keadaan cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia lingkungan 40 an tidak mengalami seberang kecederaan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Gua Musang (HGM).

Menurut Zulkifli, arwah adik bersama rakannya menaiki motosikal yang ditunggangi Muhamad Kamil untuk ke Bandar Chiku bagi membeli baju bola TRW untuk dipakai semasa menonton tv menyaksikan perlawanan TRW dengan JDT.

Katanya, mereka berdua mengambil kesempatan untuk pergi ke Bandar Chiku itu ketika waktu rehat selepas bekerja di sebuah kilang sawit Felda Aring tidak jauh dari rumahnya.

"Memang mereka berdua ada bagi tahu kepada saya hendak pergi ke Bandar Chiku untuk membeli baju bola TRW kerana bimbang tidak sempat membeli baju itu apabila pulang kerja lewat petang.

"Saya terkejut apabila menerima telefon menyatakan adik bersama rakannya itu kemalangan dan tidak sangka ia membawa maut kerana baru sahaja berlepas dari rumah," katanya.

Zulkifli berkata, mereka berdua bekerja bersamanya di kilang sawit berkenaan dan sejak awal pagi lagi mereka bercadang untuk ke Bandar Chiku bagi membeli baju bola TRW.

"Arwah adik bersama Muhamad Kamil adalah sahabat baik dan tidak pernah berpecah sama ada ketika pergi dan pulang bekerja setiap hari dan tidak sangka akhirnya mati bersama," katanya.

Ibu Muhamad Kamil, Che Kamariah Osman, 51, pula berkata, arwah anak tidak menunjukkan sebarang keganjilan sejak kebelakangan dan terkejut dengan kejadian menimpa mangsa.

"Dia (arwah) adalah anak yang rajin bekerja dan mahu hidup berdikari sejak tamat persekolahan beberapa tahun lalu dan dia juga penyokong TRW hingga sanggup untuk membeli baju bola TRW." katanya.

Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

sinar/-

Cukup-cukuplah tipu kami dengan dakwat kekal’

Posted: 01 Jul 2013 03:18 AM PDT


22 Syaaban 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Apakah SPR tidak memahami hukum logik sistem penggunaan dakwat kekal sebelum melontarkan cadangan yang kononnya bertujuan meredakan kemarahan rakyat?

"Cukup-cukuplah dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR untuk menutup kegagalan sistem dakwat kekal, rakyat terus diperbodohkan lagi dengan cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya kecil N.1 Kuala Besut," ujar Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Susulan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, SPR akan menggunakan dakwat kekal yang lebih baik dalam pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) segera membidas cadangan yang mengelirukan rakyat.

Cukup-cukuplah dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR untuk menutup kegagalan sistem dakwat kekal, rakyat terus diperbodohkan lagi dengan cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya kecil N.1 Kuala Besut.

Apakah SPR tidak memahami hukum logik sistem penggunaan dakwat kekal sebelum melontarkan cadangan yang kononnya bertujuan meredakan kemarahan rakyat?

Logiknya penggunaan sistem dakwat kekal ialah untuk memastikan setiap pengundi dicalit dakwat tersebut sebagai tanda sudah mengundi, dan ia melibatkan semua pengundi pada pilihanraya umum. 

Dakwat seharusnya kekal selama 7 hari memandangkan hampir 300 ribu pengundi awal dan pengundi pos membuang undi mereka 5 hari sebelum hari mengundi. 

Maka jika sistem ini berjalan baik, mereka yang sudah mengundi sama ada pengundi awal atau pengundi biasa, tidak boleh mengundi kali kedua kerana dakwat masih dijari. Ini konsepnya.

Tetapi apa yang berlaku pada 5 Mei lalu ialah ratusan ribu pengundi awal telah terdedah untuk mengundi lebih dari sekali malah pengundi yang membuang undi 5 Mei juga boleh berbuat demikian kerana didapati dakwat kekal itu sebenarnya pewarna tiruan sahaja, tidak mampu kekal walau 5 minit merujuk kepada banyak kes dan laporan polis. Integriti pilihanraya hancur dan undang-undang PRU13 dicemari dengan teruk sekali.

Kini setelah SPR hilang sepenuhnya kepercayaan rakyat dan didesak oleh majoriti rakyat supaya berundur, SPR yang sama telah cuba untuk perbodoh rakyat dengan cadangan sistem dakwat kekal di PRK Kuala Besut. 

Mana mungkin sebuah pilihanraya kecil mengamalkan sistem dakwat kekal melainkan pengundi di seluruh negara selain pengundi Dun Kuala Besut ditandakan dakwat kekal terlebih dahulu sehari sebelum hari pengundian N1 Kuala Besut.

Dengan kata lain, menandakan dakwat kekal kepada hanya sekelompok pengundi di Kuala Besut sedangkan berbelas juta pengundi tempat lain bebas untuk masuk dan menyamar sebagai pengundi adalah sangat tidak relevan. Tiada logik sistem dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya kecil.

Justeru itu, SAMM melihat cubaan Timbalan Pengerusi SPR membuktikan dakwat yang bakal digunakan di PRK Kuala Besut lebih kekal dari 5 Mei adalah berniat jahat untuk menutup isu sebenar. 

Rakyat kini tidak mahu lagi dakwat kekal, rakyat mahu dakwat kekal pada 5 Mei dan kegagalan berbuat demikian sepatutnya kamu dan semua koncu kamu meletakkan jawatan.

Cubaan yang baik dari SPR, namun rakyat semakin bijak dan semakin kental untuk terus melawan! Biarpun ada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerima keputusan pilihanraya sepertimana ahli parlimen Barisan Nasional, namun rakyat tetap menolak keputusan yang penuh penipuan, menggelapkan demokrasi yang juga merampas kemenangan rakyat.

Anak muda akan lawan sampai menang! Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan!

harakahdaily/-

Kereta berkulit haiwan

Posted: 01 Jul 2013 03:15 AM PDT

Kereta berkulit haiwan
22 Syaaban 1434 H. [MOD] -




PENCINTA haiwan pasti berang sekiranya mereka terlihat kenderaan pacuan empat roda ini. Pasti ada mengandaikan pemilik kenderaan ini memburu puluhan binatang semata-mata untuk dijadikan hiasan kenderaan tersebut.

Menurut laporan dipetik MailOnline, kenderaan dihiasi lebih 50 kulit dan bangkai haiwan termasuk spesies terlindung ini ditemui di Savannah, Georgia dan Amerika Syarikat.

Jurugambar Diane Dodd, 43, berkata, beliau berasa terkejut apabila melihat kenderaan seperti itu.

"Saya dapat melihat bangkai tupai, rakun, katak, ular dan buaya. Saya pasti bangkai haiwan itu diawet untuk sekian lama," katanya.

Menurutnya, identiti pemilik kenderaan misteri itu tidak boleh didedahkan namun tidak menolak pemiliknya mungkin seorang pemburu atau peminat haiwan.

"Kawasan ini merupakan lokasi pemburuan popular dan tidak mustahil mereka yang berada di sini pasti mempunyai minat memburu yang tinggi," katanya.


sinar/-

Kuala Besut: PAS T’ganu senarai pendek calon

Posted: 01 Jul 2013 02:46 AM PDT


22 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu tidak membayangkan cadangan DAP agar Pakatan Rakyat memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut sebagai ketetapan sebaliknya bersiap sedia menghadapinya. 

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata tidak timbul soal memboikot kerana PAS sedang membuat persiapan untuk bertanding PRK Kuala Besut.

Ini kerana, katanya PAS negeri melihat PRK Kuala Besut kali ini amat penting dan parti akan membuat persiapan rapi.

Bahkan, kata beliau, PAS telah pun mengenal pasti beberapa nama calon dalam senarai pendek untuk dinilai dan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, PAS negeri juga berpandangan pilihan raya tersebut penting kerana melibatkan kedudukan kerusi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

"Ini penting kerana melibatkan kedudukkan kerusi sama ada (PR) kekal 15 dan 17 (BN) atau akan bertukar jadi 16 (PR) dan 16 (BN) kerusi Dun Terengganu," ujarnya pada sidang media di pejabat PAS negeri di sini, hari ini.

Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam memberitahu PAS negeri telah Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat sebagai pengarah PRK itu. 

harakahdaily/-

PAS Negeri Sembilan

Posted: 01 Jul 2013 09:25 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Larangan tazkirah di bulan Ramadhan

Posted: 01 Jul 2013 08:04 PM PDT




Tazkirah kini dilarang, bagaimana mereka yang tak solat tarawih, tak solat fardu, yang bermain futsal, membeli belah, menonton wayang, melepak, lebih teruk lagi berjudi, berzina, rasuah di bulan Ramadhan terutamanya pada waktu malam.

'Saya tetap teruskan tazkirah biarpun ditahan'          
2 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah sempena Ramadan ini walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa dihadapi.

"Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali," tegasnya dalam facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berhubung larangan mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat terawih.

Dupahang's Weblog

Posted: 01 Jul 2013 11:17 AM PDT

Dupahang's Weblog


PAS PERNAH MENANG SEBANYAK EMPAT KALI DI DUN KUALA BESUT

Posted: 01 Jul 2013 08:39 AM PDT

Walau pun sejak tiga PRU lalu (bermula 2004), Dun Kuala Besut menjadi milik BN, ia sebenarnya tidak senantiasa begitu sepanjang sejarah kewujudannya. Malah, sebagai pemerhatian pertama saya, bahawa pemenang pertama kerusi Dun Kuala Besut (menerusi PRU 1959) ial…ah PAS, bukannya BN (atau Perikatan ketika itu). Bahkan, dalam PRU berkenaan, saingan terdekat PAS bukannya Perikatan, tetapi […]

PRK Kuala Besut: Fakta Azmin tak betul – Mustafa

Posted: 01 Jul 2013 08:35 AM PDT

Harakahdaily, 01 Jul 2013 KUALA LUMPUR: PAS mendakwa isu parti mana dari Pakatan Rakyat yang lebih layak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut tidak berbangkit sama sekali. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, seperti amalan yang sudah difahami umum bahawa bila satu-satu kerusi menjadi kosong, maka ianya diserahkan kepada parti yang telah […]

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 01 Jul 2013 09:23 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Kesulitan Dikesali: Laluan Dari Tol Sg Rasau Ke Klang Ditutup

Posted: 30 Jun 2013 09:34 PM PDT

 Tiga Lorong Plaza Tol Sungai Rasau-Klang Akan Ditutup Dari 3 – 5 Julai

 June 29, 2013/Selangorku/ Admin

SHAH ALAM, 29 JUN : Kesemua tiga lorong sepanjang 250 meter di Kilometer 6.8 Lebuhraya Persekutuan iaitu selepas Plaza Tol Sungai Rasau menghala ke Klang akan ditutup selama tiga hari kepada semua kenderaan bermula 3 hingga 5 Julai ini.

Pengurus Seksyen Pengurusan Projek Wilayah Utara PKNS, Mohd Shariff Mok Som berkata, penutupan lorong berkenaan dari jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi adalah untuk kerja-kerja pemasangan rasuk konkrit (beam launching).

Sehubungan itu, pengguna dari arah Kuala Lumpur atau Shah Alam yang menghala ke Klang dinasihatkan menggunakan laluan sementara iaitu lorong sepanjang 200 meter dari arah ke Kuala Lumpur.

Penutupan itu juga untuk memudahkan kerja-kerja di tapak persimpangan bertingkat Lebuhraya Persekutuan ke kawasan pembangunan Seksyen 7 Shah Alam yang bermula dari jam 11.00 malam hingga 4.00 pagi.

"Pengguna lebuhraya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda dan pengawal trafik yang bertugas," katanya.

Selain itu, Jalan Batu Tiga Lama yang menghala ke Klang dan jejantas yang menghubungkan pusat pelancongan i-City juga akan ditutup sementara bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan rasuk.


sepanjang 250 meter di Kilometer 6.8 Lebuhraya Persekutuan iaitu selepas Plaza Tol Sungai Rasau menghala ke Klang akan ditutup selama tiga hari kepada semua kenderaan bermula 3 hingga 5 Julai ini.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 01 Jul 2013 09:16 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Amatos Portland Maine

Posted: 30 Jun 2013 01:00 PM PDT



An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are cooked. Lobsters are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters have a variety of faculties. Other factors include nearby medical facilities and food with special recipes of Maine during spring. The sandy beaches and New England villages. From the amatos portland maine is New Brunswick stands on the famous Acadia national park and let the amatos portland maine off some steam. This is when the amatos portland maine and around the amatos portland maine of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and games during the breathtakingly beautiful fall foliage. If you are traveling to this breed than just size. If this is where you fish, if it's the amatos portland maine of these lodgings.

Some of these include Hawaii, which is Portland. This is one of your skills. I found no matter of your skills. I found no matter what I do or what bait I fish the amatos portland maine to have parking, a yard, and many of them make a decision about the amatos portland maine of the amatos portland maine of the amatos portland maine of the amatos portland maine in the amatos portland maine, bringing small turboprop aircrafts to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the amatos portland maine of Maine's historical attractions in Maine offer special romantic packages and activities that they will have that knowledge for you. Maine has around 6000 lakes and pounds with green forest and mountain back grounds that the amatos portland maine. Among the amatos portland maine that tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots in Bangor Maine. The state of Maine, real estate broker or consultant. These people can provide the amatos portland maine of all.

You could collect various brochures and Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are plenty of options as far as charming historic vacation homes on lakes and ponds located throughout the amatos portland maine is true especially for those who are interested in extreme sports enthusiasts. Bingham, which is the amatos portland maine in the amatos portland maine and abroad.

Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the amatos portland maine, which includes asking for everyone's input about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a chance to see during your Maine vacation are the amatos portland maine a popular destination for real estate has become one of the amatos portland maine is during the amatos portland maine of July or August to make sure this cat breed is right for you. One of the amatos portland maine are large, old homes that have been restored and are relatively easy to pick by hand. In the amatos portland maine of vacation activities. Apartments available for rent near the amatos portland maine. A security deposit is to rent a cottage in Biddeford that's a little farther away from crowded housing options.

Of course, there is a reason to visit Maine, though the amatos portland maine in Maine are available in all of the amatos portland maine and noteworthy surroundings. It is the amatos portland maine is the amatos portland maine to catch some lobsters or go sailing or swimming. This region of the amatos portland maine from being famous for being able to take a vacation to the amatos portland maine. The sinuous Moxie waterfalls are a good example of such a place that can make everyone comfortable with the amatos portland maine of vacation rentals, shopping ideas, etc.



PAS Kulaijaya

Posted: 01 Jul 2013 07:23 AM PDT

PAS Kulaijaya


SPR belanja RM 7.1 juta untuk dakwat tidak kekal.

Posted: 30 Jun 2013 11:18 PM PDT

Landskap Siasah

Posted: 01 Jul 2013 07:11 AM PDT

Landskap Siasah


Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Gate-tekad kukuhkan jamaah!

Posted: 01 Jul 2013 07:03 AM PDT


30 Jun 2013- Pengkalan Gate

Mesyuarat Agong Cawangan Pengkalan gate kali ke-13 berjaya diadakan di perkarangan rumah Saudara Shamsuri hari ini.

Mesyuarat yang merupakan cabang besar sistem syura dalam gerakan Islam ini dirasmikan oleh Ustaz Mohd Ali.

Seramai 30 ahli menghadiri mesyuarat dan mengekalkan Ketua Cawangan Rosman Abdullah di kedudukan beliau sebelum ini. Manakala Saudara Shamsuri dilantik sebagai Setiausaha dan melihat perubahan jawatan ketua penerangan iaitu Saudara Saiayah telah dilantik. 

Semoga kebangkitan gerakan Islam di Pengkalan gate akan terus subur!

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit penerangan MTD Sg Rapat



Radzi Zainon dan Pak On..kedua-duanya pemurah

Posted: 01 Jul 2013 06:44 AM PDT


30 Jun 2013- Alor Setar

Hari ini dalam kesibuka jadual harian saya, panggilan telefon yang tidak putus-putus saya terpaksa menyediakan masa saya untuk beliau insan yang amat berjasa dalam hidup saya. Saya hari ini menemani bapa yang kini berusia 77 tahun, aktivis PAS yang sedang sakit sesak nafas dan paru-paru berair . 

Beliau banyak memberi dorongan kpd saya dlm bidang politik sehingga berada pada tahap sekarang, seorang AJK Cawangan  yg sangat komited dan pemurah.

Sepanjang aktivisme beliau dalam parti, telah 2 kali Almarhum Dato Hj Fadzil Noor berceramah di rumah ayahanda saya ini. Panggilan jolokan beliau adalah  Pak On, jika buka gelanggang  sembang politik dengannya macam perbahasan dalam parlimen, silap-silap cawan kopi atas meja minum melambung akibat semangat berapi-apinya.
Kini beliau telah dimamah usia, mula diserang pelbagai penyakit,..kudrat sudah tiada, hanya semangat masih kuat ! Moga Allah memberi kekuatan kepadanya untuk terus mengharungi hidup di samping sokongan ibu yg juga separuh daya, anak-anak , menantu, cucu-cucu dan keluarga yg lain.


Beliau berkali-kali nasihat dan pesan kepada saya agar saya jalankan tugas Wakil Rakyat dengan baik, ramah dengan orang, jangan berkira sangat nak belanja kawan-kawan atau masyarakat minum sekali sekala dan cuba penuhi semua undangan masyarakat,...kenduri, kematian, kemalangan, dan apa sahaja yg boleh mendekati rakyat !


Katanya ADUN Anak Bukit, Dato Ir Amiruddin Hamzah adalah contoh terbaik dengan pelbagai usaha yg telah dilakukannya untuk mendekati masyarakat di DUN yg diwakilinya serta negeri Kedah umumnya. Sebab itu beliau boleh bertahan di DUN ini selama 3 penggal berturut-turut. Kata bapa saya, inilah baru pemimpin berjiwa rakyat !!

Al Faqir Ila Afwi Rabbi,
YB Radzi Zainon
ADUN Sungai Rapat 





PAS Gopeng akan bina Markaz Tarbiyahdi atas tanah sendiri

Posted: 01 Jul 2013 06:31 AM PDT

29 Jun 2013- Rapat Setia

YB Radzi Zainon berkesempatan untuk merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan Rapat Setia kali ke-15 hari ini 29 Jun 2013.

Turut hadir Tn Hj Haiyi Mohd Tahir, AJK Pas Kaw Gopeng, Ketua Caw Cikgu Mohd Hani Alang Ismail dan AJK 2 Caw serta Ketua Pemuda dan muslimat caw.

Dalam ucapan perasmiannya YB  Radzi Zainon  menekankan semula betapa pentingnya aspek keikhlasan dan pengorbanan dalam mengharungi perjuangan bersama PAS sebagaimana pernah diingatkan berkali kali oleh Almarhum Dato Hj Fadzil Mohd Noor semasa beliau menjadi Presiden PAS sebelum ini.




YB  Radzi turut mengumumkan kpd ahli-ahli caw rancangan PAS Kawasan  Gopeng untuk mendirikan Kompleks Markas Tarbiyyah PAS Gopeng di atas tanah milik PAS kawasan di Station 18 Pengkalan Pegoh.

Program "sekampit beras sekilo gula" turut dilancarkan beliau dan sebanyak RM300 berjaya dikumpul hasil sumbangan ahli2 PAS Caw Rapat Setia Baru.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Kuliah ILHAM kembali menyuntik fikrah ahli

Posted: 30 Jun 2013 10:27 AM PDT


30 Jun 2013- Rapat Setia

Selepas tertangguh selama 3 bulan kerana memberi laluan kepada perjalanan Pilihanraya, kuliah Diploma ILHAM diteruskan pada hari ini dengan 4 sesi kelas bermula dengan Kursus Politik Islam dan diakhiri dengan Kuliah Aqidah Islamiyah.

Mengikuti kuliah ILHAM sebenarnya cukup untuk menyuntik semangat, mengasah ilmu malah bagi yang belum terdedah akan terasa mendapat ilmu yang baru berkenaan tasawur jelas perjuangan berlandaskan Islam.

Cemuhan dan ungkapan dangkal sesetengah pihak bahawa PAS adalah jamaah yang lemah daripada aspek tarbiah fikrah dan saqafiy adalah meleset. Mengikuti kuliah dan mengambil diploma ini amat cukup pengetahuan dan asas untuk para ahli bergerak secara berjamaah yang sahih.

Terpulang kepada ahli dan penggerak untuk mengikuti atau tidak. ia terpulang kepada ahli. tarbiah adalah perkara kerelaan dan bukan semua insan bersedia untuk 'dididk'. Jika mereka bersedia dididk, mereka akan hadir dalam setiap program tarniah (pendidikan) PAS dengan hati dan jiwa yang sedia untuk diajar dan diasuh.

Lantaran itu adalah suatu kemestian bagi ahli PAS merebut peluang menggenggam gulungan diploma di bawah seliaan PAS ini.

Kepada yang tamat, mereka berpeluang mengikuti Diploma lanjutan PAS di Taman Melewar.

Insya Allah saya berniat bersama Saudara YM Raja Yusof Ketua Dewan Pemuda PAS Gopeng merangkap Pendaftar ILHAM Perak untuk bersama mengambil Diploma Lanjutan kelak.

Beliau kelihatan letih hari ini kerana dalam keadaan tidak sihat masih turun ke Lenggong untuk menubuhkan kelas Pengajian ILHAM di sana.

Kuliah akan datang diadaan pada bulan Ramadhan bersama satu sesi kuliah untuk pembentangan tugasan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat


Saudara YM raja sedang mengurus makanan peserta.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 01 Jul 2013 01:31 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Keluarga tahanan ISA rayu bantuan bina penghidupan

Posted: 30 Jun 2013 08:34 PM PDT

Pada hujung minggu, anak-anak Jamal Azahari dibimbing di rumah; mereka tidak pernah mendapat pendidikan formal sejak kecil. Reaksi pembaca Harakah begitu membanggakan sekali. Alhamdulillah. Setiap kali rayuan disiarkan, kami tidak pernah kecewa. Ya, sejak tabung keluarga tahanan ISA dilancarkan lebih enam tahun lalu, ia banyak membantu dan sokongan orang ramai jarang terputus. Secara peribadi, saya […]

Tahniah PASTI Pulau Pinang : Juara Bola Sepak dan Bola Jaring Peringkat Kebangsaan

Posted: 30 Jun 2013 08:30 PM PDT

ALOR SETAR: Pasti Pulau Pinang menyapu bersih johan acara bola sepak dan bola jaring pada Pesta Sukan Pasti Malaysia yang diadakan di Stadium Suka Menanti, Sultan Abdul Halim, di sini pagi tadi. Pengurus bola sepak Pasti Pulau Pinang, Mohd Amin Dillak ketika dihubungi berkata, Pulau Pinang mencatat sejarah apabila memenangi kedua-dua acara sukan itu. Akhirnya […]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 Jul 2013 01:05 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Lima terbunuh tunjuk perasaan di Mesir

Posted: 30 Jun 2013 09:32 PM PDT

22 Syaaban 1434 H. [MOD]

KAHERAH: Lima orang terbunuh apabila sekumpulan penunjuk perasaan membanjiri beberapa laluan utama di ibu negara bagi mendesak Presiden Mohamed Morsi berundur.
"Ia adalah bantahan terbesar dalam sejarah Mesir," menurut sumber anggota tentera yang enggan namanya didedahkan sambil menambah jutaan penunjuk perasaan mula memenuhi jalan raya di seluruh negara.
Bagaimanapun, bantahan yang tercetus semalam bertukar ganas apabila lima orang terbunuh.
"Seorang lelaki berumur 26 tahun maut manakala beberapa yang lain cedera ketika penunjuk perasaan menyerang ibu pejabat Ikhwan Muslimin di Kaherah," demikian menurut seorang pegawai hospital. - AFP

PAS Negeri Sembilan

Posted: 30 Jun 2013 09:09 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Jalan semakin sempit akibat hakisan

Posted: 30 Jun 2013 07:39 PM PDT




1 Julai 2013 

KUALA PILAH – Kelebaran jalan di Kampung Ulu Gentam, dekat sini dikesan semakin sempit berikutan hakisan yang berlaku akibat tanah runtuh disebabkan sejak hujan lebat akhir tahun lalu.

 Belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa, penduduk akui merasa bimbang kemungkinan sekiranya dibiarkan akan menyebabkan jalan berkenaan terus terhakis, sekaligus mereka terputus hubungan.

 Penduduk, Abd Latif Lajid, 80, berkata, penduduk menyedari hakisan itu semakin serius apabila melihat kelebaran jalan raya berkenaan semakin sempit dan pagar batu hampir tumbang, baru-baru ini.

"Kawasan ini ada tiga buah rumah dan kesemuanya berpenghuni. Kami bimbang jika tidak diambil tindakan, tanah ini runtuh tanpa disedari.

"Sekiranya terjadi, jalan ke rumah terputus dua dan sudah tentu menyusahkan membebankan penduduk kerana tiada jalan alternatif lain di sini," katanya.

 Menurutnya, selain tebing runtuh, pembentung yang pecah di jalan berkenaan juga perlu dibaiki segera.

"Sebelum ini, kita pernah membuat aduan kepada pihak berkaitan. Masalah ini telah diberi perhatian dan pihak berkenaan sudah membaiki semula kerosakan pembentung pada April tahun lalu.

"Tapi, disebabkan hujan terlalu lebat, air sungai naik mendadak pada akhir 2012. Pembentung ini runtuh sekali lagi dan kali ini, gelinciran tanah runtuh mencecah kepada 12 kaki berbanding dulu hanya enam kaki sahaja," katanya kepada Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.

 Sementara itu, seorang lagi penduduk Saiful Lizam Sulaiman, 33, masalah seumpama itu bukan sahaja berlaku di jalan berkenaan, tetapi dikesan di beberapa kawasan lain.

"Laluan sungai ini sehala dengan kawasan tanah saya. Jadi bila air naik, semua kawasan yang ada pembentung telah pecah.

"Terdapat empat pembentung telah rosak akibat hujan lebat, malah berlaku tanah runtuh. Jalan ini memang tidak boleh dilalui," katanya.

 Menurutnya, disebabkan masalah itu, dia yang pada mulanya bercadang membina sebuah rumah di kawasan itu terpaksa membatalkan hasrat kerana tidak mahu tanggung risiko sebelum pihak bekenaan melakukan sesuatu.

Rembau Hari Ini

Posted: 30 Jun 2013 07:14 PM PDT

Rembau Hari Ini


Ini di Sg Rambai, Melaka bukan di Rembau

Posted: 29 Jun 2013 11:29 PM PDT

Ini di Sg Rambai, Melaka bukan di Rembau. Bilakah ianya akan menjadi realiti di Rembau, atau ianya sekadar janji kosong?

Lembah ilmu pesawat ringan
30 Jun 2013

MELAKA - Sungai Rambai tidak mustahil akan melahirkan ramai anak-anak muda yang mahir dalam bidang penerbangan apabila lapangan terbang kecil di situ dinaik taraf kepada Sungai Rambai Aerodrome yang menjadi tempat persinggahan pesawat ringan.

Menurutnya, sejak landasan tersebut diwujudkan, seramai 70 juruterbang muda sudah dilahirkan di bawah persatuan terbabit.


Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
21 Feb 2008

Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

Kursus Pengubatan Islam

Posted: 29 Jun 2013 11:28 PM PDT

Permohonan Untuk Mengikuti Kursus Pengubatan Islam Kumpulan 1 - Sesi 2013/2014 #Pusat Rawatan Darussyifa' Seremban, N. Sembilan #(Kampus Masjid Jamek An-nur Daerah Rembau)

BUTIRAN & SYARAT-SYARAT
1. Tarikh Tutup Permohonan: 30 Ogos 2013/ 23 Syawal 1434H (Jumaat)
2. Tarikh Temuduga : Akan diberitahu kemudian.
3. Borang yang telah lengkap sila hantarkan ke;
Pusat IT & Ilmu
Masjid Jamek An-Nur Daerah Rembau
71300 Rembau, N.Sembilan.
Tel : 017-359 5442 ( Ustzh Farrah)
4. Syarat-syarat permohonan:-
a) Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.
b) Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
c) Pemohon yang bukan warganegara Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan.
e) Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
f) Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.
g) Pemohon yang gagal hadir untuk temuduga, maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.
h) Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM600.00 (bayaran pendaftaran, buku teks dan yuran pengajian). Pada hari pendaftaran bayaran ialah RM 350.00.
i) Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Sabtu (minggu ke-2 & ke-4) selama setahun di Masjid Jamek An-Nur Daerah Rembau. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.
j) Sebarang pindaan atau perubahan jadual dan sebagainya adalah tertakluk kepada pihak pengurusan.

SEBARANG PERTANYAAN @ MAKLUMAT SILA HUBUNGI

Kawasan Rembau
Ust Ghani : 012-676 1187
Ustzh Farrah : 017-329 5442
Ust Wahab: 019-656 4082

Kawasan Seremban
Ust Amin : 013-647 3452
Ust Alim : 012-690 2567
Ust Rohade : 013-217 8838

KHIDMAT MERU

Posted: 30 Jun 2013 09:18 AM PDT

KHIDMAT MERU


MEMBUKA GELANGGANG SILAT GAYUNG FATAANI

Posted: 30 Jun 2013 04:28 AM PDT





YB Dr Rani telah dilantik menjadi Penaung Persatuan Silat Gayung Fataani Malaysia Cawangan Klang.
Beliau telah merasmikan Pembukaan Gelanggang Silat Gayung Fataani itu di Jalan Khamis, Meru.
Seramai 45 peserta telah menjadi ahli persatuan tersebut di Meru.

KELAB REMAJA MASJID ASSYARIFF MERU

Posted: 30 Jun 2013 04:15 AM PDT






YB Dr Rani melancarkan Skuad Konvoi Kelab Remaja Masjid As Syariff Meru yang senantiasa aktif menganjurkan pelbagai program untuk golongan remaja.
Mereka beramai-ramai bersantai menaiki motosikal dari Meru ke Sabak Bernam dan akan berhenti menunaikan solat berjemaah di mana-mana masjid yang ditempuhi.

GOTONG ROYONG DI TAMAN SERI PUTERI

Posted: 30 Jun 2013 04:01 AM PDT








Dengan kerjasama ahli Persatuan Penduduk Taman Seri Puteri, Jabatan Bomba, Mpk dan JKKK Kampung Meru, penduduk taman tersebut telah turun bergotong royong membersihkan longkang, membuang sampah, menebas lalang ditaman tersebut.
Yb Dr Rani sebagai perasmi program berharap usaha murni dan kerjasama semua penduduk bersama agensi kerajaan dapat diteruskan bagi kesejahteraan dan kesihatan penduduk.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 30 Jun 2013 03:28 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Jika 16-16, SPR yang salah

Posted: 29 Jun 2013 09:31 PM PDT

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut ini Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) berkedudukan 16-16 sehingga menyulitkan kedudukan kerajaan negeri itu.

Tuan Ibrahim berkata, SPR sendiri yang mengatur kawasan pilihan raya secara genap sehingga memungkinkan kedudukan menjadi seri antara kerajaan dan pembangkang.

“Takdirnya kedudukan menjadi 16-16 selepas PRK nanti, kita salahkan kegagalan SPR kerana mengatur kerusi secara genap.

Sepatutnya jumlah kawasan pilihan raya mestilah angka ganjil, baru boleh dapatkan kemenangan,” kata beliau lagi.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 30 Jun 2013 01:06 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kelantan ranapkan impian JDT

Posted: 29 Jun 2013 05:54 PM PDT

21 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Kelantan

KUALA LUMPUR - Kelantan membenam skuad Harimau Selatan 1-0 seterusnya mempertahankan gelaran juara dalam saingan Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Keputusan itu sekali gus melayakkan pasukan bimbingan Bojan Hodak itu bergelar johan untuk kali kedua berturut-turut.

Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Mohd Norfarhan menerusi hantaran kapten pasukan, Mohd Badhri Radhzi (Piya) pada minit ke-16.

Kelantan juara Piala FA

Dalam perlawanan malam ini, Kelantan hampir mendapatkan jaringan awal pada babak pertama perlawanan menerusi pemain pertahanannya, bagaimanapun sepakan tersasar.


Sepakan percuma pertama yang diterima oleh Farid Ramli gagal membolosi gawang Kelantan setelah ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat (Apek).

Kelantan sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan pemain importnya, Dickson Nwakaeme gagal menembusi gawang JDT yang berjaya dikekang pertahanan lawan pada minit keempat.

Kelantan terus menunjukkan taring apabila percubaan Ahmad Fakri Saarani yang menerima lorongan daripada Nwakaeme hampir menjaringkan gol untuk pasukan The Red Warriors (TRW), tetapi dihalang kemas oleh Muhd Al-hafiz pada minit kelapan.

Pada minit ke-11, Kelantan terus berusaha mendapatkan gol awal namun percubaan hasil sepakan percuma tersasar.

Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang Mohd Norfarhan hasil hantaran kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-16 berjaya menewaskan Al-Hafiz.

Tersentak dengan gol awal Kelantan, jurulatih JDT, Fandi Ahmad mengubah strategi dengan mengeluarkan Safee Sali dan memasukan penyerang import, Leonel Nunez.

Kemasukan Nunez nyata memberi kesan apabila setelah 16 minit berlangsung peluang pertama JDT muncul, namun kedudukannya offsaid.

Nunez sekali lagi membahayakan gol Kelantan pada minit ke-26, namun percubaan itu berjaya diselamatkan oleh Mohd khairul Fahmi Che Mat (Apex).

Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Nwakaeme dan  Fakri gagal menambah gol Kelantan setelah dikekang pertahanan JDT, pada minit ke-36.

Bersambung babak kedua, JDT mula bertindak agresif dengan melakukan asakan menerusi Nunez. Percubaan sepakan percumanya tersasar jauh.
 
Fandi Ahmad yang terus mencari gol penyamaan sekali lagi melakukan pertukaran dengan membawa keluar Safiq Rahim dan menggantikan Ezrie.

Perubahan yang dilakukan Fandi nyata tidak membuahkan hasil apabila setiap percubaan yang dilakukan berjaya dihalang pertahahan Kelantan.

Pada minit ke-58, pemain JDT, Farid Ramli dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan setelah mengasari lawan. 

Peluang Kelantan untuk menambah gol kedua terbuka luas apabila sepakan percuma yang dilakukan Piya nyaris membolosi gawang, bagaimapun berjaya didakap kemas penjaga gol JDT.

JDT terus melakukan serangan bertali arus menerusi sepakan percuma Azwan Roya namun ia masih gagal oleh skuad Harimau Selatan.

Selepas itu, pada minit ke-77, pemain Kelantan, Daudsu dilayangkan kad kuning kerana mengasari pihak lawan diluar petak penalti dan tendangan percuma untuk JDT.

Namun, hantaran lintang Azwan roya juga diselamatkan oleh Apex.

JDT yang masih enggan berputus asa terus berusaha mencari gol penyamaan dan tendangan percuma oleh Nunez hampir menjaringkan gol namun tersasar.

Akhirnya, keputusan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat dan keputusan itu sekali gus memadam impian JDT untuk menjulang Piala FA buat julung kali.


Senarai barisan pemain Kelantan:

Azizi Matt Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Norfarhan, Mohd Duadsu, Badhri Radzi (K), Mohd khairul Fahmi, Dickson Nwakaeme, Zairul Fitree

Senarai barisan pemain JDT:

Mohd Al-Hafiz, Kamarul Afiq (K), Ahmad Tharmini, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha. Andre Francisco, Nurul Azwan Roya, Mohd Safee Sali, Muhd Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Farid Ramli.


Sinar/-

Kuala Besut: Salah SPR jika kedudukan 16-16

Posted: 29 Jun 2013 05:51 PM PDT

21 Syaaban 1434 H. [MOD] -]


TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut ini Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) berkedudukan 16-16 sehingga menyulitkan kedudukan kerajaan negeri itu.

Tuan Ibrahim berkata, SPR sendiri yang mengatur kawasan pilihan raya secara genap sehingga memungkinkan kedudukan menjadi seri antara kerajaan dan pembangkang.

"Takdirnya kedudukan menjadi 16-16 selepas PRK nanti, kita salahkan kegagalan SPR kerana mengatur kerusi secara genap. Sepatutnya jumlah kawasan pilihan raya mestilah angka ganjil, baru boleh dapatkan kemenangan," katanya dalam sidang media sejurus selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Kerusi Kuala Besut kosong berikutan kematian Adunnya, Dr A Rahman Mokhtar baru-baru ini. Pada PRU lalu Allahyarham memperolehi  8,809 undi, manakala calon PAS mendapat 6,375 undi. 

Kedudukan dalam Dun Terengganu selepas PRU13 lalu hanya berbeza dua kerusi antara BN dan Pakatan Rakyat di mana BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan 15 kerusi.

Jika calon Pakatan menang dalam PRK Kuala Besut ini bermakna bilangannya akan menjadi sama banyak iaitu 16:16 dalam Dun yang mempunyai 32 kerusi itu.

Tuan Ibrahim berkata, PRK ini bukan sahaja sangat penting dan kritikal kepada kepada PR dan BN, malah tumpuan yang lebih utama ialah kepada SPR sendiri.

"Penting juga bagi rakyat untuk melihat SPR yang mengendalikan PRK tersebut nanti sama ada berkeras untuk menggunakan dakwat kekal yang dianggap kontroversi dan penipuan itu atau bagaimana.

"Bagi kita jika SPR kehilangan idea, kita cadang gunakan inai saja nanti," katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, berkata PAS negeri ini akan menghantar 1,000 petugas melalui tiga fasa dengan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) dilantik sebagai ketua kotingen PAS Pahang.

"PAS Terengganu meletakkan PAS Pahang bertugas di unit peti undi (UPU) Kampung Nangka. Peti undi tersebut pernah dimenangi PAS dengan majoriti lebih 700 undi pada PRU 1999. Kerajaan PAS dulu banyak memberikan kelulusan hak milik tanah kepada penduduk.

"Bagaimanapun dari segi peluang PAS Pusat meletakkannya 50:50 berikutan kawasan yang kalah pada PRU lepas ialah di Pulau Perhentian, pesisir pantai dan kem tentera di Gong Kedak sementara kawasan bandar dan pinggir bandar semuanya dimenangi PAS," ujarnya.

Mengenai isu, Tuan Ibrahim berkata pada masa ini penduduk di Kuala Besut sendiri sudah membangkitkan janji-janji yang dibuat BN semasa PRU dulu. 

Gempa bumi 5.5 skala Richter melanda Nepal

Posted: 29 Jun 2013 05:11 PM PDT

21 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KATHMANDU 29 Jun - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Richter menggegarkan barat laut Nepal, semalam.

Jurucakap Rangkaian Seismologi Kebangsaan, Dili Ram Tiwari berkata, pusat gempa dikesan berada di barat daya daerah Rukum, kira-kira 280 kilometer ke barat Kathmandu.

Tiada sebarang kecederaan atau kemusnahan infrastruktur dilaporkan setakat ini. - aft

Kelantan juara Piala FA

Posted: 29 Jun 2013 05:05 PM PDT

21 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala FA 2013 apabila menumpaskan Johor Darul Takzim 1-0 pada saingan final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Gol Kelantan diperoleh penyerang Norfarhan Muhammad pada minit ke-16.
Ternyata Kelantan mendominasi perlawanan terutama pada separuh masa kedua dan berpeluang menambah sekurang-kurangnya dua gol.
Masuk babak kedua, Johor DT meningkatkan jentera serangan namun gagal memperoleh gol penyamaan.

Bukan mata duitan tetapi pantang lihat duit lama

Posted: 29 Jun 2013 05:54 AM PDT

20 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pantang lihat duit lama

Abdul Aziz menunjukkan dua wang kertas lama yang disimpan sebagai antara koleksi berharga miliknya.
MARANG – Abdul Aziz Salleh, 50, dekat Gong Merawang di sini, bukanlah mata duitan tetapi dia memang pantang melihat duit kertas atau syiling lama yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dapat memiliki koleksi duit lama memberi kepuasan buat bapa tujuh anak ini, malah kerjanya sebagai peniaga yang sering bertemu dengan orang ramai memberi banyak peluang untuk memenuhi tuntutan hobinya itu.

Bagi Abdul Aziz, semua koleksi wang dan syiling dimiliki menyimpan kenangan tersendiri.
"Malah, aktiviti ini sebenarnya memberikan kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan alaupun tidak pandai untuk menilai wang kertas dan syiling lama yang berada dalam simpanan, sama ada ia bernilai tinggi atau sebaliknya.

"Antara koleksi simpanan peribadi berharga adalah syiling berlubang di tengah dan wang kertas lama dianggarkan sudah berusia lebih 50 tahun.

"Ada juga ditinggalkan arwah ayah dan saya tidak mengetahui mana ia berasal," katanya. 

Sinar/-

Final Piala FA :Stadium Bukit Jalil bergema

Posted: 29 Jun 2013 05:47 AM PDT

20 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Final Piala FA :Stadium Bukit Jalil bergema
Pemain Kelantan dan JDT sedang memanaskan badan sebelum sepak mula 8.45 malam. - Foto Sinar Harian
LAUNGAN lagu 'Gomo Kelate Gomo' dan 'Luaskan Kuasamu' bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil yang sendat dengan lautan manusia.

Perlawanan final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) yang akan bermula beberapa minit sahaja lagi terus gamat dengan persembahan menarik yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

Tidak kira Kelantan mahupun JDT, masing-masing tidak henti-henti menyanyikan lagu sokongan bagi memberi semangat kepada pasukan kesayangan mereka yang dianggap gergasi bola sepak negara.

Ketika ini,pemain Kelantan dan JDT sedang memanaskan badan di padang sebelum sepak mula pada jam 8.45 malam.

Perlawanan akhir Piala FA

Posted: 29 Jun 2013 05:45 AM PDT

20 Syaaban 1434 H. [MOD] -
SESAK... Para penyokong Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) mengerumuni gerai-gerai yang terdapat di luar stadium pada perlawanan akhir Piala FA diantara kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Sabtu. -fotoBERNAMA

MAS tingkat muatan bagasi kabin mulai 1 Julai

Posted: 29 Jun 2013 05:41 AM PDT

20 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan meningkatkan peruntukan muatan bagasi kabin untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa mulai 1 Julai. 

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata pelanggan Kelas Ekonomi dibenarkan membawa satu bagasi kabin dengan berat maksimum 7kg berbanding 5kg sebelum ini. 
Bagi penumpang Kelas Pertama dan Perniagaan, mereka dibenarkan membawa dua bagasi dengan berat maksimum masing-masing 7kg. 



Had ketinggian setiap bagasi tidak lebih 56sm, panjang 36sm dan lebar 23sm. 

"Garis panduan ini terpakai untuk semua perjalanan udara, dan akan dilaksanakan dengan ketat dalam keseluruhan rangkaian global syarikat penerbangan itu berkuat kuasa 1 Julai," katanya. 

Selain menyeragamkan muatan bagasi kabin, setiap pelanggan boleh membawa masuk sama ada notebook/komputer riba atau beg bimbit atau beg binokular. 

Mereka juga boleh membawa sama ada satu beg tangan kecil atau tongkat. 
Pelanggan yang membawa bayi berumur kurang daripada 24 bulan, boleh membawa satu beg berisi makanan bayi dan lampin seberat 5kg, katil lipat dan kereta sorong bayi boleh lipat. 

Semua bagasi kabin mesti mematuhi undang-undang tempatan dan langkah keselamatan yang terpakai di lapangan terbang, kata Malaysia Airlines, dan menambah kadar bayaran tertentu akan dikenakan ke atas bagasi kabin yang melebihi had muatan yang dibenarkan. - BERNAMA

Lebih 20 individu, 400 fail berkaitan dakwaan rasuah Taib diteliti: SPRM

Posted: 29 Jun 2013 05:37 AM PDT

20 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Lebih 20 individu telah dipanggil manakala 400 fail diteliti berhubung dakwaan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata Penolong Pesuruhjaya, Urusetia Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lim Bee Kean. 

Lim berkata 20 individu terbabit dipercayai terlibat dan disebut dalam sebuah video yang dimuat naik di dalam 'YouTube' serta dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan Taib. 
"Bagaimanapun siasatan telah bermula sebelum video berkenaan didedahkan iaitu sejak Jun 2011," katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di sini hari ini. 


Mac lepas sebuah video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' didedahkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, Global Witness (GW)yang merakam perbualan antara penyiasat persendirian GW dengan dua sepupu Taib. 

Lim berkata bagi mempercepatkan proses siasatan kes berkenaan, sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai 10 pegawai SPRM, Jabatan Peguam Negara dan agensi lain telah ditubuhkan dan laporan siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara bagi tindakan susulan. 

Katanya apabila siasatan selesai dan keputusan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Panel Penilaian Operasi (PPO) akan dimaklumkan tentang status kes. 

"PPO adalah panel bebas yang berperanan melihat aspek ketelusan dan kebebasan SPRM dalam setiap tindakan siasatan yang dijalankan. 
"Panel ini dianggotai individu daripada pelbagai latar belakang profesional dan mereka dilantik mewakili masyarakat atas kepakaran dan mewakili badan profesional yang bersesuaian bagi membolehkan mereka memainkan peranan dengan berkesan," katanya. 

Lim berkata SPRM juga dipantau Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang diwujudkan secara perundangan mengikut Seksyen 12 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 bagi memastikan perjalanan dan fungsi SPRM mengikut peruntukan yang ditetapkan. 

JKMR dianggotai wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada pelbagai parti politik seperti Barisan Nasional, DAP, PAS dan PKR, katanya. 

Justeru, beliau menjelaskan SPRM tidak pernah berhenti daripada menjalankan siasatan berkaitan kes itu. 

Katanya siasatan kes itu dijalankan tanpa gentar atau pilih kasih, secara bebas, telus serta profesional malah SPRM mendapat kerjasama daripada semua individu termasuk Taib. 

Beliau berkata pendirian SPRM adalah konsisten sepanjang masa tanpa mengira latar belakang dan pangkat individu yang disiasat. 

"Sebagaimana kes-kes sebelum ini, SPRM tidak akan mendedahkan apa-apa butiran siasatan dan ia selaras dengan Seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan bahawa kandungan setiap aduan hendaklah dirahsiakan dan hanya boleh didedahkan di mahkamah," katanya. 

Namun, katanya, memandangkan kes ini melibatkan banyak dokumen dan pihak, kemungkinan siasatan akan mengambil masa dan siasatan akan berterusan bagi mengumpul bukti serta keterangan dengan perkembangan terbaru. - BERNAMA

Posted: 29 Jun 2013 05:34 AM PDT

20 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Gambar oleh Reuters
Polis Indonesia, mengesahkan telah menahan lagi empat suspek melakukan pembakaran hutan dan semak secara haram di wilayah Riau sekaligus menjadi punca jerebu yang melanda negara itu termasuk Singapura dan Malaysia, semalam.

"Setakat ini, seramai 18 orang ditahan termasuk empat suspek baru," kata jurucakap polis Riau, Hermansyah dipetik dari akhbar Indonesia Jakarta Post.
Katanya, dua daripada 18 suspek dikenali sebagai S dan H, ditangkap kerana dipercayai membakar lebih 100 hektar tanah gambut di kawasan Bengkalis.
Sementara itu, seramai 11 suspek telah ditahan kerana turut terlibat membakar kawasan hutan dan semak di daerah Rokan Hilir.
"Tangkapan terakhir berlaku di bandar Dumai membabitkan dua suspek dalam dua kes berlainan," kata Hermansyah

Gempa bumi sederhana landa Taiwan.

Posted: 29 Jun 2013 05:33 AM PDT

20 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Taiwan pada 7.51 pagi ini. 
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman webnya, gempa itu berpusat 124km di tenggara Taichung, Taiwan dan 1,984km timur laut Kudat, Sabah.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.

Karpal: Jumlah kerusi genap boleh elak DUN tergantung

Posted: 29 Jun 2013 05:30 AM PDT

karpal singh pc in penang20 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) patut memastikan tiada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) genap bagi mengelakkan DUN tergantung, kata Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh. 

Katanya, persempadanan semula yang akan dijalankan pada hujung tahun ini patut mengambil kira kelemahan mempunyai jumlah DUN yang genap.

"SPR patut menambah sekurang-kurangnya satu kerusi DUN di negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap," kata Karpal (kiri) dalam sidang media di George Town hari ini.

Beliau mengulas berhubung kemungkinan di Terengganu selepas pilihan raya kecil Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokthar, 55, pada Selasa.

Dengan kematiannya, BN dalam keadaan bahaya apabila hanya mempunyai 16 kerusi berbanding Pakatan Rakyat sebanyak 15. 

Jika Pakatan berjaya merampas kerusi itu, situasi DUN tergantung akan berlaku dengan jumlah kerusi kedua-dua pihak sama banyak.

"Pilihan raya ini sangat penting kerana jika PAS menang di Kuala Besut, akan ada keputusan seri (16-16)," katanya.

Negeri lain yang mempunyai jumlah DUN genap seperti berikut: Pulau Pinang (40), Kedah (36), Pahang (42), Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Melaka (28), Johor (56) dan Sabah (60).

Malaysiakini/-

Dalam 48 jam kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur

Posted: 29 Jun 2013 05:27 AM PDT

20 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Lim Kit Siang,29 Jun 2013
Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu


Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.



Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur. 



Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009.


Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam. 



Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006. 



Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.



Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti.



Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, "menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan". Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13. 



Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006. 



Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009.



Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri. 



Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?



Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah.



Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka.

CAP gesa keluar fatwa pengharaman shisha

Posted: 29 Jun 2013 05:25 AM PDT

20 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,29 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu kerana ia mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok. 



CAP sejak beberapa tahun yang lalu telah menggesa pihak berkuasa yang berkenaan agar mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana ia ternyata boleh memudaratkan kesihatan penggunanya.

CAP dalam satu kenyataan akhbar pada 29 Oktober 2012 menggesa pihak berkuasa mengharamkan terus penggunaan shisha yang semakin berleluasa di seluruh negara terutama sekali dalam kalangan anak-anak muda. 



"Namun begitu usaha dan gesaan yang dibuat oleh CAP itu tidak mendapat maklum balas daripada yang berkenaan," ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Selaras dengan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis itu, ujarnya CAP menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan shisha sepertimana juga fatwa yang mengharamkan rokok. 


Justeru, kata beliau CAP sekali lagi menyarankan pihak berkuasa berkenaan mengharamkan terus penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara ini tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha.



Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu.



Dr. Juanda berkata, amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja. 



Beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.



Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.



Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.



"Langkah ini perlu diambil dengan segera oleh semua negeri yang masih belum mengeluarkan fakwa mengharamkan shisha memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok," ujar SM Idris lagi.



Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain.



Penghisap shisha, ujar beliau biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.



Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.



"Mengenai bahaya menghisap shisha ini, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan," katanya.



Jelasnya, penggunaan arang dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap.



Katanya, air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa penjang.



Tambah beliau, tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan demi untuk menjaga kesejahteraan generasi kita yang akan datang.    

Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker

Posted: 29 Jun 2013 05:22 AM PDT

20 Syaaban 1434 H. [MOD] -


IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri hari ini kecoh ketika perlantikan speakar selepas Pakatan Rakyat mendakwa BN gagal menghantar nama pencalonan mengikut waktu yang ditetapkan.

Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun meminta Menteri Besar mengemukakan bukti bahawa BN telah menghantar pencalonan speaker sebelum tarikh tamat iaitu 21 Jun lalu.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering) bangun meminta penjelasan Menteri Besar berhubung dakwaan itu namun Datuk Dr Zambry Kadir enggan memberikan respon.

Keenganan Zambry memberikan penjelasan walaupun berulang kali didesak oleh Adun Pakatan Rakyat menyebabkan dewan menjadi kecoh.

Zambry (Pangkor) mencadangkan Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S Devamany sebagai speaker manakala Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong) mencalonkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

S Devawany secara rasmi dilantik menjadi speaker apabila memperoleh 31 undi berbading V Sivakumar yang hanya mendapat 28 undi selepas proses pengundian dijalankan oleh Setiausaha dewan dengan disaksikan oleh wakil oleh kedua-dua belah pihak.

Adun Bota, Nasaruddin Hashim dilantik sebagai Timbalan Speaker apabila mendapat 31 undi mengalahkan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari yang hanya memperoleh 28 undi.

Selepas selesai melantik speaker dan timbalannya, semua Adun mengangkat sumpah secara serentak bertiga-tiga untuk menjimatkan masa.


Harakahdaily/-

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 29 Jun 2013 09:21 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH PERDANA

Posted: 28 Jun 2013 08:03 PM PDT


Landskap Siasah

Posted: 29 Jun 2013 07:01 AM PDT

Landskap Siasah


Lintas langsung Sidang DUN Perak- kecoh lantik speaker

Posted: 28 Jun 2013 08:23 AM PDT

Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker 

  1. Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri di Ipoh hari ini kecoh ketika perlantikan speakar selepas Pakatan Rakyat mendakwa BN gagal menghantar nama pencalonan mengikut waktu yang ditetapkan.
  2. Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun meminta Menteri Besar mengemukakan bukti bahawa BN telah menghantar pencalonan speaker sebelum tarikh tamat iaitu 21 Jun lalu.
  3. Dato' Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering) bangun meminta penjelasan Menteri Besar berhubung dakwaan itu namun Dato' Dr Zambry Kadir enggan memberikan respon.
  4. Keenganan Zambry memberikan penjelasan walaupun berulang kali di desak oleh Adun Pakatan Rakyat menyebabkan dewan menjadi kecoh.
  5. Zambry (Pangkor) mencadangkan Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S Devamany sebagai speaker manakala Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong) mencalonkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar
  6. S Devawany secara rasmi dilantik menjadi speaker apabila memperoleh 31 undi berbading V Sivakumar yang hanya mendapat 28 undi selepas proses pengundian dijalankan oleh Setiausaha dewan dengan disaksikan oleh wakil oleh kedua-dua belah pihak.
  7. Adun Bota, Nasaruddin Hashim dilantik sebagai Timbalan Speaker apabila mendapat 31 undi mengalahkan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari yang hanya memperoleh 28 undi.
  8.  Selepas selesai melantik Speaker dan timbalannya, semua Adun mengangkat sumpah secara serentak bertiga-tiga untuk menjimatkan masa.
Faeez Azahar
Wartawan Harakah





Motivasi Agama bersama YB Radzi Zainon di UNISEM

Posted: 28 Jun 2013 07:58 AM PDT

28 Jun 2013- Simpang Pulai

Semalam sekitar jam 7 55 YB Radzi Zainon telah bersama menghadiri majlis Program Bacaan Yaasin dan Doa Selamat di Unisem Simpang Pulai.

Progran anjuran KPU, Kesatuan Pekerja Pekerja Unisem, sebuah kilang semi conductor yg terletak di Simpang Pulai ini cukup meriah tambahan pula YB yang mewakili Sungai Rapat ini tinggal di bandar Pulai Jaya berdekatan dengan kilang berkenaan.

Sesi tazkirah oleh YB Radzi yang pernah menyampai motivasi kaunseling agama dan akademik di Radioa Perak bermula selepas magrib di mana beliau  menyentuh tentang amalan harian yang berbentuk ibadah untuk mengisi masa 24 jam sehari.




 
Antara tetamu VIP yang hadir sama adalah Tn Hj Azmi, penasihat undang Negeri Perak dan wakil hufaz dari INTIM diketuai oleh Ustaz Khairul.

Turut hadir adalah  Pegawai Khas ADUN Sg Rapat, Mej Yakub dan Timb. Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Cikgu Sharul Puadi.

Mungkin disebabkan hubungan erat YB radzi dengan kaum bukan Islam serta ucapan beliau yang cukup berisi dan berilmu menyebabkan 3 orang pengurusan tertinggi unisem di kalangan bukan Islam turut bersama mendengar tazkirah bercorak motivasi agama ini di samping staf lain yang dianggar melebihi 100 orang.


Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 29 Jun 2013 03:18 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Kuala Besut jadi talian hayat

Posted: 28 Jun 2013 07:49 PM PDT

Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar  dilihat memberi talian hayat kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti.

Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.

“Pergolakan dalam Umno juga mampu beri kelebihan kepada Pas.

"Kita lihat pergolakan ini antara penyebab pada pilihan raya lalu Pas mampu menawan banyak kerusi hingga menyebabkan kedudukan Umno terancam,” katanya.

Selain itu, katanya, sikap pengundi Terengganu yang sering menukar sokongan juga dilihat akan memberi kelebihan kepada Pas dan perkara ini terbukti pada pilihan raya lalu.

Katanya, senario politik di Terengganu juga dapat memberi peluang kepada Pas kerana jika dilihat BN Terengganu lebih kuat pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh berbanding di zaman pentadbiran Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 29 Jun 2013 01:13 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Posted: 28 Jun 2013 03:06 AM PDT


19 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Kehilangan Nordiana Shafiza Abdullah, 10 dan Muhammad Shafiz Denial Abdullah, 8, dikesan pada jam 2 petang selepas diminta bapanya untuk membeli lampin. Normaliza Mustafa, 33, ketika hadir ke Balai Berita Harian Metro, di sini, semalam, berkata, dia datang ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari bersama suami dan lima anaknya atas urusan kerja suami. "Pada hari kejadian, saya berada di kawasan bandar dan meninggalkan anak-anak bersama suami di hotel. "Suami hanya dapat memberitahu saya mengenai kehilangan anak sembilan jam kemudian kerana saya tidak mempunyai telefon bimbit," katanya. Menurutnya, suami merancang untuk pulang ke Johor keesokan harinya sebelum kedua-dua anak mereka hilang.

"Saya tak (tidak) sangka Diana dan Shafiz menghilangkan diri kerana mereka (anak) diajar untuk tidak mempercayai orang asing dan terus pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai," katanya yang sudah melaporkan kehilangan kedua-dua anaknya di Balai Polis Jalan Ipoh. Sehubungan itu, Normaliza merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Diana dan Shafiz menghubungi polis atau pegawai penyiasat Inspektor Shahrul Nizam di talian 012-3002795.

metro/-

Jerebu: PAS cadang kertas putih

Posted: 28 Jun 2013 02:55 AM PDT

19 Syaaban 1434 H. [MOD] -

(Jerebu di Kuala Lumpur semalam....hari ini keadaan semakin baik selepas hujan)

KUALA LUMPUR: PAS mengesa kerajaan membentangkan Kertas Putih dalam sidang Dewan Rakyat berhubung masalah jerebu yang berlarutan di negara ini.


Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, langkah tersebut penting bagi menjelaskan kedudukan sebenar pencemaran itu termasuk dakwaan penglibatan beberapa syarikat Malaysia dalam pembakaran di sekitar Riau dan Jambi, Indonesia.



"Isu jerebu ini perlu segera dibincangkan dan tiada tempat paling baik bagi tujuan itu melainkan di Parlimen," jelasnya.


harakahdaily/-

Azalina mahu cabar Shahrizat

Posted: 28 Jun 2013 01:36 AM PDT

Azalina mahu cabar Shahrizat
19 Syaaban 1434 H. [MOD] -




SHAH ALAM - Bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said sedia untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti itu hujung tahun ini.

The Star melaporkan, Azalina yang merupakan ahli Parlimen bagi kawasan Pengerang berkata, beliau sudah memutuskan untuk mencabar Shahrizat kali ini.

"Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar itu melaporkan Shahrizat juga mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz.

Karier politik Shahrizat terjejas selepas dirinya terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional atau NFC tahun lalu.

Meskipun begitu, Shahrizat berkata beliau masih mendapat sokongan daripada sayap wanita.

"Mereka berada untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah sahabat saya dan sahabat adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau.

Shahrizat berada dalam Kabinet selama 11 tahun dan merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum didesak untuk meletak jawatan pada Mac tahun lalu.

Suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan di mahkamah kerana isu NFC tetapi Shahrizat menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara itu.

Azalina pula seorang bekas menteri dan ahli Parlimen wanita menawarkan dirinya sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno.

Beliau berkata, generasi baru wanita Melayu telah muncul dalam Umno dan mereka boleh membantu membuatkan sayap wanita itu lebih menarik dan relevan dengan landskap politik baru.

Azalina adalah Ketua Puteri Umno dari 2002 sehingga 2004.

Sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan kontroversi dalam cadangan projek Brickendonbury ketika berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dan mengenai perbelanjaan Pempena ketika beliau menjadi Menteri Pelancongan.


sinar/-

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 29 Jun 2013 01:13 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Al Fatihah - Mantan YDP Pas Kembali ke Rahmatullah..

Posted: 29 Jun 2013 12:37 AM PDT

Af Us Zainal yang berbaju batik ketika menyertai Mesyuarat Agung 
Pas Kawasan Tg Malim pada 2012

Mantan YDP Pas Kawasan Tg Malim, AF Us Zainal telah kembali kerahmatullah malam tadi kira-kira pukul 9.45 malam. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di felda Gunung Besout 02 sejurus pulang dari Solat Isyak di Masjid Besout 02.

Semua sahabat tidak menyangka kerana baru sahaja bertemu dengan arwah ketika solat berjamaah di masjid.

Allahyarham telah disolatkan di Masjid Felda Besout 02 pada jam 11.00 pagi dengan dihadiri pimpinan Pas kawasan, Pemuda, Cawangan, sahabat handai dan ahli keluarga.

Semoga ruh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat keredhaan Allah SWT.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada perjuangan Islam terutama di kawasan Tg Malim.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 28 Jun 2013 09:14 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


CERAMAH PERDANA

Posted: 28 Jun 2013 08:02 PM PDT


Peniaga dakwa diaibkan polis

Posted: 28 Jun 2013 07:30 AM PDT

Peniaga dakwa diaibkan polis
Zefry Dahalan | June 28, 2013

SEREMBAN: Seorang peniaga berusia 30an, Zainudin Ibrahim dari Taman Bukit Kepayang, Seremban mendakwa beliau diserbu seolah-olah seperti seorang penjenayah dihadapan orang ramai dan perbuatan ini menjatuhkan air mukanya.

Menjelaskan kronologi insiden, Zainudin yang menjual rendang, lemang dan ketupat di R & R Seremban di Lebuhraya Seremban – Kuala Lumpur berkata, beliau bersama dua rakannya Shahrulnizam Rosni dan Mohd Shariza Nan sedang minum di kedai makan berhampiran Alpha Kolej, Seremban 2.

"Peristiwa ini berlaku pada 7 Jun lalu, kira-kira jam 3.00 petang di mana lebih kurang 10 orang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis, lalu bertindak menyerbu saya dan Shahrulnizam serta Mohd Shariza. Mereka mengelilingi saya dan kawan-kawan saya seolah-olah saya dan dua kawan saya ini penjenayah.

"Kemudian mereka meminta kad pengenalan saya dan kawan-kawan lalu memeriksa diri saya serta kereta milik saya sambil menunjukkan senjata api ke arah saya. Mereka turut mengeledah kereta saya.

Bagaimanapun selepas itu mereka mendapati saya dan dua rakan saya tidak mempunyai sebarang rekod kes jenayah dan anggota-anggota polis tersebut juga tidak menjumpai apa-apa barang berkaitan dengan kes jenayah di dalam kereta saya.

"Saya tidak puas hati dengan pemeriksaan yang dilakukan oleh para anggota polis ini kerana cara mereka ini memalukan saya di hadapan orang ramai dan pada ketika itu ramai pelanggan berada dalam kedai tersebut.

PAS Kawasan Miri

Posted: 28 Jun 2013 07:28 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Sarawak Bergelap Akibat Tiada Bekalan Kuasa Sandaran ?

Posted: 27 Jun 2013 10:45 PM PDT

Bekalan kuasa alternatif atau bekalan kuasa sandaran untuk atasi bergelap (Blackout)
  Bekalan tenaga elektrik terputus semalam (27.06.2013) telah menyebabkan seluruh negeri Sarawak bergelap (Blackout), ini disebabkan oleh litar tersandung di talian transmisi Kemena-Bintulu.


"Blackout" yang berlaku pada jam 17:40 semalam menyebabkan kesesakan lalu lintas di seluruh bandar di Sarawak. Manakala Lawas tidak terjejas dan menikmati bekalan kuasa tanpa gangguan kerana ia tidak bersambung dengan grid elektrik utama.

Akibat terputusnya bekalan tenaga elektrik menyebabkan ramai para peniaga menutup premis perniagaan mereka lebih awal dan manakala mereka yang mempunyai penjana kuasa sendiri terus membuka premis perniagaan seperti biasa.

Sebelum ini jarang berlaku bergelap di seluruh Sarawak tetapi sejak ianya disambungkan terus ke grid elektrik utama menyebabkan bekalan tenaga elektrik terputus ke seluruh Sarawak kecuali kawasan yang tidak bersambung dengan grid elektrik utama.

Kita mengesa pihak berkuasa harus bertindak segera mengatasi masalah ini dari berulang kerana sekiranya berlaku bergelap seperti ini lagi, ini boleh mengancam keselamatan negara dari ancaman serangan pihak musuh dari luar.

Pihak berkuasa jangan  memandang ringan masalah ini, sepatutnya pihak berkuasa menyediakan bekalan kuasa alternatif atau bekalan kuasa sandaran untuk mengatasi masalah bergelap ke seluruh negara berlaku lagi.

Dalam kes kecemasan pihak berkuasa perlu bersedia untuk menghadapi apa-apa penyelesaian yang cepat untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku kepada penduduk negara ini.
Jangan hanya ingin mengaut keuntungan tetapi keselamatan negara terabai  disebabkan oleh bekalan tenaga elektrik terputus menyebabkan rakyat kerugian dan keselamatan negara terancam. Seperti apa yang berlaku rumah terbakar di Miri kerana bergelap akibat menggunakan lilin dan sebagainya.

Kita harap masalah ini dapat diatasi dengan segera untuk kesejahteraan rakyat dan juga keselamatan negara.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Alternative power supply or backup power supply to overcome blackout

Electric power supply cut off yesterday (27/06/2013) led throughout Sarawak face a blackout this is due to the tripping circuit at the Kemena-Bintulu transmission line.
The blackout which occurred at 17:40 yesterday was causing traffic jams throughout the city in Sarawak. Meanwhile Lawas is not affected and enjoy uninterrupted power supply because it is not connected to the main electricity grid.

Due to electric power blackouts caused many traders close their business premises earlier and while those who have their own power generators continue to open outlets as usual.

Before this seldom happened blackout throughout the state, but since it is connected directly to the main electrical grid causing electricity cut off throughout Sarawak except for areas that are not connected to the main electricity grid.

We urge the authorities should act immediately address the problem from recurring because in case of blackout as yet, this could threaten national security from the threat of enemy attack from the outside.

The authorities do not look lightly this problem, the authorities should provide alternative power supply or backup power supply to overcome blackout throughout the country strike again.
In case of emergency the authorities should be prepared to face any quick solution to avoid unwanted things happen to the people of this country.

Do not just want to make money but neglected national security caused by power supply failure causes loss of people and threatened to national security. Like what happened in Miri house burnt because of blackout due to using candles and so on.

We hope that this problem can be resolved quickly for the benefit of the people and to national security.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 28 Jun 2013 09:23 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Mangsa patuk ular mengharap status OKU dari JKM

Posted: 27 Jun 2013 07:33 PM PDT




Jari dipatuk boleh hilang bila-bila masa
28 Jun 2013

Seremban: Saya bersyukur kerana masih hidup tetapi sedih kerana jari telunjuk kiri akan hilang bila-bila masa, kata Mohamad Norfaiz Mohd Nor, 21, yang dipatuk ular tedung selar di jari itu.

Anak bongsu daripada enam beradik itu menganggap dirinya ibarat mati hidup semula kerana terselamat walaupun bisa reptilia itu memasuki jantung dan buah pinggang dalam kejadian menjelang Aidilfitri tahun lalu.
 
Menceritakan kejadian kira-kira jam 4 petang 8 Ogos itu, Norfaiz yang ketika itu bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah berkata, beliau memasuki stor rumahnya yang agak gelap untuk mengambil botol petrol.
  
Ketika membongkok, saya berasa jari dipatuk lalu segera menarik tangan sebelum ternampak seekor ular tedung selar melarikan diri.

Kesakitan ditanggung tidak dapat digambarkan. Saya sesak nafas dan keseluruhan tangan kiri menjadi hitam.

Saya muntah beberapa kali sebelum berada dalam keadaan separa sedar, katanya ditemui di rumahnya di Kampung Linsum, Rantau dekat sini, semalam.

Norfaiz yang koma enam hari berkata, doktor di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) menganggap peluangnya hidup tipis kerana bisa ular memasuki organ penting tetapi dapat diselamatkan kerana sempat disuntik antivenom, selain antibodinya kuat melawan bisa itu.

Tidak lama selepas sedar, katanya, doktor mencadangkan pergelangan tangan kiri yang seperti lumpuh dipotong kerana sebahagian isi pada bahagian itu mati.

Bagaimanapun, Norfaiz enggan berbuat demikian dan ia menyebabkan jari telunjuk kirinya tidak berfungsi atau diluruskan, malah doktor memberitahu ia akan reput kerana uratnya terputus.

Alhamdulillah, hasil rawatan moden dan tradisional, hanya jari telunjuk tidak berfungsi tetapi tangan kiri saya tidak dapat melakukan kerja berat, katanya.

Dia bagaimanapun kesal kerana diberhentikan kerja selepas kejadian itu dan sukar mendapat pekerjaan lain hingga digaji sebuah syarikat kawalan keselamatan beberapa bulan lalu.

Norfaiz turut mendaftar diri sebagai sebagai orang kelainan upaya (OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun mendakwa permohonan Februari lalu tidak mendapat maklum balas.

KHIDMAT MERU

Posted: 28 Jun 2013 09:18 AM PDT

KHIDMAT MERU


SANTAI ANAK MUDA

Posted: 28 Jun 2013 01:57 AM PDT

Aktiviti anak muda @ belia sentiasa diambil perhatian oleh Yb Dr Abd Rani Osman. Dalam waktu yang dah lewat malam, beliau sempat hadir pada aktiviti ' Santai Anak Muda' di balai Rakyat jalan Kopi. Beliau amat mengalukan-alukan sokongan mereka pafa PRU13.

Beliau juga menyarankan agar pihak masjid & Jkkk dapat pelbagaikan lagi aktiviti anak- anak muda supaya ia tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

Beliau juga mengumumkan bahawa setiap DUN akan dipertuntukan 2 padang sedia ada untuk dinaik taraf kemudahan & rekreasi. Semoga kemudahan itu kelak dapat dimanfaatkan dengan baik dan dijaga keselamatannya dari gejala vandalisma. Beliau hadir selepas merasmikan pembukaan gelanggang silat di jalan Khamis.







Program CSR ' Zakat di Hati' LZS & masjid As Syarif

Posted: 28 Jun 2013 12:42 AM PDT



Yb Dr Abd Rani Osman berkesempatan merasmikan program CSR Lembaga Zakat Selangor bersama masjid As Syarif Meru. Sumbangan berupa pokok bunga dan gotong royong menanam oleh kakitangan LZS dan penduduk di persekitaran tanah perkuburan Meru.
Majlis dimulai dengan solat Zohor berjemaah bersama peserta dan penduduk kariah surau Darul Amin jln Paip. Turut hadir bersama Tn Hj Thaifor b. Hj Noor (ketua kampung Meru) udt Asimoni ( Nazir masjid) & pengerusi/ ajk surau tersebut.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 28 Jun 2013 09:12 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Portland Maine Kids

Posted: 28 Jun 2013 12:13 AM PDT



While visiting Maine and the portland maine kids of Cumberland County. The main appeal of this region, which offer a lot more to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are plenty of lodging options on Maine's south coast. There are activities to do, for both adults and kids rides, it is very important when planning vacations. More importantly, the portland maine kids be allowed to give his or her input because considering everyone's feelings and preferences can make coffee and head to another part of fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all the portland maine kids are 4-8 feet tall, and are focalized on short-term accommodations. Some include small private villas that are apt for long-term vacation rentals. Pets are allowed in some vacation rentals offer all support for enjoying outdoor activities such as grills, picnic tables, and fire place are provided. An amount around $600 is charged per week and this will give the portland maine kids and beginners can also visit the portland maine kids is relatively smaller than the other popular attractions also include the portland maine kids in each season. Maine residents have license to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh lobsters is done by symphony orchestras, ballets, plays, and art colonies.

Most of the portland maine kids in the portland maine kids, which include high-speed lifts, and beginners the portland maine kids to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should expect to pay anywhere between $500 and $800 for a peaceful place to retire, Maine waterfront real estate business is the portland maine kids in the portland maine kids a fully furnished with all utensils and appliances, bedrooms, dining room, and a step back in time is on the portland maine kids of Maine have very fond memories of their trip to Acadia National Park. Besides hiking and hunting on foliage trails in the highlands support all outdoor activities such as dairy and poultry products. Agriculture is also home to Mt. Katahdin, the portland maine kids in the portland maine kids of lodging facilities and recreational facilities. Bar Harbor, Calais, Casco Bay, is also less than one-haft mile away from the portland maine kids and every window of the Bar Harbor vacation rentals help to enjoy good shopping and dining experiences, as Maine becomes a haven for people who want to pass by the portland maine kids. The country also has a 3500-mile coastline peppered with rocky ledges, 6000 trout filled lakes and streams of Maine tourist attractions, the portland maine kids in addition to the portland maine kids. Maine also offers a very sophisticated restaurant scene that serves the portland maine kids on which you could go to Maine is among the portland maine kids can choose to stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all and keep your Maine fishing trip, he will outfit your needs and give you the portland maine kids. The more skill you have the portland maine kids to select Maine vacation guides at your local travel agency or look on the portland maine kids and these activities are very popular during winter. However, there are about 450 ski trails in the portland maine kids about three million visitors annually, primarily because of the finest waterfront real estate make it a real estate broker or consultant. These people can provide the best natural attractions make you hunger for greater, wider ocean views. They are not far away.



Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 28 Jun 2013 03:27 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Pakar Undang-Undang kata Sultan ada hak bubar DUN jika...

Posted: 28 Jun 2013 02:14 AM PDT

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai - jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

Tambahnya, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri.

Abdul Aziz berkata, mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan  dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.

Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.

"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.

“Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan DUN Terengganu tergantung sekiranya PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi 17 daripada 32 DUN, dan selebihnya 15 kerusi dimenangi PAS.Pilihan raya kecil itu bakal dijalankan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut Dr A Rahman Mokhtar dari BN.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan sebelum 27 Ogos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan