Sabtu, 13 Julai 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tun faisal dot com

Posted: 13 Jul 2013 01:10 PM PDT

tun faisal dot com


Idris Jusoh - Calon Pas Azlan @ Endut dipecat dari Pemuda UMNO sebab pil kuda?

Posted: 12 Jul 2013 05:00 PM PDT

Post Pic

Adakah calon Pas kena pecat sebab pernah terlibat dengan penjualan pil kuda dan dadah? 

Dalam video kontroversi calon Pas, Azlan mengakui bahawa duit gaji yang diterima dia akan digunakan untuk menguruskan perniagaannya. "Tapi saya nak keluar sikit-sikit untuk berniaga". 

Bagaimana seseorang yang bergelar YB menggunakan gaji yang diterima untuk kepentingan diri sendiri?

Sebaliknya dia perlu mendengar masalah serta mengutamakan kebajikan rakyat di kawasannya. Malah, Azlan juga dilihat lebih mementingkan perniagaannya berbanding rakyat dikawasan tersebut jika dia memenangi PRK.

"Kerja-kerja yang perlu diuruskan oleh seseorang wakil itu akan diuruskan oleh orang lain. "Saya akan gaji dia…," ujar Azlan.

Menggaji seseorang untuk menguruskan masalah rakyat tanpa menghiraukan nasib rakyat makalah dia sibuk menguruskan perniagaannya.

Adakah ini manifesto terbaik untuk dibawa kepada rakyat?


Calon PAS PRK Kuala Besut pernah dipecat 
daripada Umno
Oleh Farah Eliana Mohd Adnand


KUALA BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa.

"Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini.

Pada penamaan calon pagi tadi, PAS menampilkan calon anak tempatan, Azlan @ Endut Yusof.

Endut yang lebih dikenali sebagai Che Long bakal berentap dengan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut.

Selain itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN lebih menyerlah berbanding PAS.

Katanya tiga faktor utama seperti profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) serta calon muda bakal menjadikan kerusi itu kekal milik BN.

Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, katanya dan menambah jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi.

"Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa.

"Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah," jelas beliau.



Cucu Tok Selampit

Posted: 13 Jul 2013 01:03 PM PDT

Cucu Tok Selampit


"Ubah" Raksaksa Akhirnya Di Promenade Sungai Pinang - Lambang Ego DAP Pulau Pinang

Posted: 13 Jul 2013 12:43 AM PDT


Maskot DAP berbentuk burung enggang yang digelar "Ubah" akhirnya dilepaskan di Promenade Sungai Pinang pagi tadi. 'Ubah' raksasa terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki, dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg, ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm. 'Ubah' ini dikatakan bernilai RM60,000, merupakan lambang pembaziran penyokong-penyokong DAP yang mengumpul dana untuk membuat patung pelampung berkenaan agar masyarakat dapat mengetahui bahawa DAP memerintah di Pulau Pinang dan akan kekal memerintah. 

Lebih menambah keegoan mereka, patung Ubah ini akan dipamerkan di sini sehinggalah sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos depan. Bayangkan saja apa mesej yang cuba DAP sampaikan. DAP boleh belanjakan berapa sahaja wang mereka untuk pembaziran. Cuba bayangkan apa yang berlaku sekiranya UMNO yang melakukan ini semua.

Apa yang pasti, kos puluhan ribu ini yang mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan hanya untuk 'kepuasan dan kegembiraan' penyokong-penyokong tegar DAP, bagi membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan masyarakat Cina.

Duke of UMNO

Posted: 13 Jul 2013 01:00 PM PDT

Duke of UMNO


PANASSS..!!! BLOGGER PRO-BN FITNAH CALON PAS KUALA BESUT..???

Posted: 12 Jul 2013 11:37 PM PDT





Orang kata, kitorang fitnah calon PAS di Kuala Besut. Kononnya kitorang fitnah Azlan ni dahulukan projek kelas A dan sanggup tinggalkan kerja khidmat untuk rakyat...


Persoalannya, betul ke kitoran fitnah di bulan Ramadhan ni?

Meh sini aku buktikan bahawa perkara ni bukan fitnah... ingat kitorang ni macam blogger PAS ke yang terlalu terdesak nak menang sampai sanggup ikut cara Red Bean Army untuk menang pilihanraya..? 

Cuba tengok kat bawah ni buktinya...



PRK KUALA BESUT: FATWA TERBARU NIK AZIZ..!!!

Posted: 12 Jul 2013 08:18 PM PDT

pok nik PRK KBesut

Dalam kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengenai Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, dia menganggap pertembungan di antara PAS dan UMNO kali ini bagaikan pertembungan di antara yang "haq" dan yang "batil".

Katanya, proses yang berlaku di PRK Kuala Besut itu adalah sama dengan pergolakan yang berlaku di Mesir dan Syria di mana hanya "yang benar di sisi syariat dan ikhlas di benak hati sahaja yang mampu menggapai baton kemenangan".

Nik Aziz menegaskan bahawa hanya "Furqan" (Al-Quran) saja yang akan menjadi pengukur yang jelas dan nyata dalam pertembungan tersebut.

"Di garisan yang terakhir, hanya perjuangan yang benar di sisi syariat dan ikhlas di benak hati sahaja yang mampu menggapai baton kemenangan!," – Nik Aziz Nik Mat, 12 Julai 2013.

Dalam kenyataan Nik Aziz itu, saya hanya bersetuju satu perkara saja iaitu "hanya yang benar di sisi syariat dan ikhlas di hati saja" yang mampu menang pada PRK DUN Kuala Besut itu. Kenyataannya yang lain hanyalah retorik politik sahaja bunyinya.

Saya tertanya-tanya, siapakah yang dimaksudkan Nik Aziz sebagai "haq" dan siapa pula yang "batil"?

PRK kali ini hanya ditandingi oleh UMNO dan PAS. Saya yakin, Nik Aziz tidak sesekali akan membayangkan PAS sebagai mewakili yang "batil". Jadi, siapa lagi yang dimaksudkan Nik Aziz sebagai yang "batil" kalau bukan UMNO, bukan?

Dalam ertikata lain, Nik Aziz cuba meletakkan imej buruk pada UMNO kali ini dengan menyamakannya dengan sifat "batil". Kononnya, PAS mewakili yang "haq"? Betulkah begitu? Anda setuju dengan Nik Aziz?

Terus terang saya katakan, Nik Aziz tidak berhak menghukum siapa yang haq dan siapa yang batil dalam soal ini. Allah SWT lebih berhak untuk menentukan siapa yang haq dan batil. Siapa Nik Aziz untuk tentukan soal ini? Dia cuba menjadi Tuhan, kah?

Rasanya Nik Aziz boleh rujuk kembali pada Al-Furqan yang menjadi sumber utama akhlak dan pertimbangan umat Islam sebelum menghukum mana-mana pihak, sama ada PAS mahupun UMNO.

Dan saya yakin, berdasarkan Al-Quran, Nik Aziz akan sedar bahawa hanya yang benar di sisi syariat dan ikhlas di hati saja yang berhak disifatkan sebagai yang HAQ, sebagaimana yang dia katakan di akhir kenyataannya itu.

Namun sebelum kemenangan dicapai oleh mana-mana pihak, tidak wajarlah Nik Aziz melabelkan UMNO sebagai "batil", bukan? Apakah PAS itu terlalu "haq" dan benar sangat di sisi Islam, Allah dan RasulNya?

Sekiranya kemenangan pada PRK Kuala Besut kali ini berpihak pada PAS, saya yakin bahawa Nik Aziz akan mencanang ke seluruh dunia mengatakan PAS itu adalah "haq" dan benar. Manakala UMNO itu batil, bukan?

Bagaimana jika UMNO yang menang? Apakah Nik Aziz berani mengeluarkan kenyataan bahawa PAS itu batil dan UMNO itu haq? Saya hemat saya, sampai dimasukkan ke liang lahad sekali pun dia takkan berbuat demikian…

Begitulah sifat Nik Aziz dalam usaha memenangkan PAS. Tak kira sama ada wajar atau tidak disisi Islam, dia pakai "langgar" saja asalkan PAS menang. Saya suka mengingatkan Nik Aziz bahawa "matlamat tidak menghalalkan cara". Islam larang muamalah bersifat begitu.

Seandainya UMNO berjaya mempertahankan kemenangan di PRK DUN Kuala Besut kali ini, saya yakin SPR dan BN akan sekali lagi dilabel sebagai penipu dan tidak telus. Mungkin dia akan curi ayat Anwar Ibrahim, "UMNO curi kemenangan PAS di Kuala Besut".

Ketika itu, Furqan tidak lagi dirujuk Nik Aziz. Ketika itu ayat "hanya perjuangan yang benar di sisi syariat dan ikhlas di benak hati" saja yang akan menang di PRK Kuala Besut tidak akan terbit dari mulutnya, bukan?

Cukup-cukuplah mengelirukan umat Islam di negara ini. Kami sudah muak dengan fatwa-fatwa memperdagangkan Islam untuk mendapatkan kuasa politik di Malaysia. Tolonglah insaf sebelum bertemu Maha Pencipta…

Sumber: Mykmu.net

MUDA ADUN DAP MERAH PADAM BROOO..!!! KAH! KAH! KAHHH..!!!

Posted: 12 Jul 2013 02:18 PM PDT



Kahh..!!! Kahhhh...!!! Kahhhh...!!! Marah betul tuuu...!!! Sampai merah padam mukanya...! Muahahahahahaaa.... kena seligi sekali dah merah padam... kalau kena balun lagi, terus koma rasanya.... kah! kah! kahhh..!!!

PEJUANG BANGSA

Posted: 13 Jul 2013 11:20 AM PDT

PEJUANG BANGSA


TUN MAHATHIR DAH BERSUARA , MALAYSIA TAK PERLU SERTAI TTPA @NajibRazak

Posted: 13 Jul 2013 01:31 AM PDT



 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata". 



"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.
"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam. 
Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan. 
Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec). 
"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar. 
"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya.
Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober. 
Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya. 
Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton. 
TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia. 
Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar. 
Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai - MK

Burung UBAH DAP simbol penguasaan Cina di P.Pinang

Posted: 12 Jul 2013 11:17 PM PDT




Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan simbol 'UBAH' dalam bentuk burung kenyalang terapung, pada 13 Julai lalu. Burung UBAH terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki. Ia dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm.

Menurut laporan rasmi DAP, kos pembuatan burung ini dianggarkan berjumlah RM60,000 yang mana ditanggung oleh penyokong-penyokong DAP dan juga penaja. Ia mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan dengan semua yang terlibat menyatakan bahawa tujuan mereka membuatnya hanyalah untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata.

Apa yang menarik ialah burung UBAH ini diilhamkan dari itik getah kuning yang mahsyur di Hong Kong.
Kita tidak hairan jika apa-apa saja yang dibuat oleh DAP diilhamkan dari Hong Kong, China, Singapura, Taiwan dan negara-negara yang se-sepet dengannya.

Sesungguhnya, DAP terus mengimpikan sebuah negara yang didominasi bangsa Cina dan berdegil enggan menerima hakikat bahawa negara ini adalah milik Melayu.

Tidak diketahui sama ada kerajaan Pulau Pinang ada membuat audit ke atas 'derma' dan 'tajaan' yang diterima bagi menyiapkan burung ini. Tetapi yang pasti, kos RM60,000 dan masa 2 bulan yang diambil untuk menyiapkannya hanya untuk 'kepuasan dan kegembiraan' membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan Cina.

Sebenarnya, cita-cita kaum Cina negara ini terlalu besar dan tinggi dan bukan sekadar ingin membela atau mempertahankan kaum mereka.

Penting untuk semua pihak di negara ini untuk memahami perbezaan pemikiran kaum Cina dengan kaum-kaum lain. Jika politikus selalunya memegang kuasa politik dengan fahaman bahawa mereka perlu berkhidmat kepada rakyat kawasan mereka atau negara ini, tetapi tapi apa yang politikus dari kaum Cina faham mengenai kuasa politik ialah beliau mewakili kaumnya. Oleh itu, kaum Cina sekarang melihat kuasa yang mereka pegang di Pulau Pinang sebagai lambang kuasa kaum mereka.

Ini menjelaskan bagaimana seorang rakan penulis yang pergi bercuti di Cameron Highland boleh terdengar seorang dengan anak Cina sekolah rendah di situ menyanyi-nyanyi sendiri lagu Negaraku dengan mengubahsuai lirik yang menyebut negaranya sebagai Pulau Pinang.

Maka, tidak hairanlah jika benar ada yang sanggup menaja dan menderma serta mencurahkan khidmat bakti mereka-bentuk dan menyiapkan burung UBAH secara percuma. Ini kerana, semangat yang mereka 'jana' dari kemenangan PRU-13 lalu merupakan semangat 'kenegaraan baru', bukan lagi sekadar semangat politik kepartian.

Mungkin ada yang menuduh artikel ini sebagai keterlaluan dalam berprasangka terhadap kaum Cina. Namun, penulis ingin menegaskan bahawa pihak yang kalah selalunya adalah pihak yang merendah-rendahkan matlamat dan kemampuan musuh. Pihak yang menang pula sentiasa merupakan pihak yang berpandangan jauh dan ke hadapan menjangkaui imaginasi musuhnya.

Sudah sampai masanya orang Melayu membuang sifat 'tidak apa' dan 'tidak mungkin' dalam menilai sesuatu. Tidak cukupkah PRU-13 dan sikap MCA hari ini memberi pengajaran agar jangan sesekali 'mengtidak-apakan' sebarang bentuk kebarangkalian? -mykmu- 

MELAMPAU ! DUTA VATICAN CAMPUR TANGAN ISU KALIMAH ALLAH DI MALAYSIA

Posted: 12 Jul 2013 10:20 PM PDT




Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara.

"Tindakan biadab dan kurang ajar duta tersebut secara jelas membuktikan kehadiran beliau di negara ini bukanlah dengan niat yang baik tetapi tersirat agenda yang lebih licik.

"Seharusnya duta yang dilantik membantu menjalinkan hubungan yang baik di antara negara tetapi perbuatan Marino sudah tentu melampaui batas bidang tugasnya sebagai duta dan berniat jahat," kata kenyataan itu.

Pertubuhan tersebut mewakili beberapa NGO Melayu dan Islam termasuk Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa Malaysia), Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) dan Pewaris Bangsa (ProWaris).

Dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini semalam, Marino menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Marino memuji hujah-hujah dikemukakan Persekutuan Kristian Malaysia bagi membolehkan perkataan 'Allah' dalam teks dirujuk kepada tuhan.

Walaupun isu itu masih belum diputuskan di mahkamah selain menjadi isu dalaman di negara ini, Marino tetap menyifatkan hujah-hujah yang dikemukakan sebagai agak logik dan boleh diterima.

Dalam pada itu, pertubuhan itu berkata, mereka bimbang jika perbuatan di luar batasan diplomatik tersebut tidak ditangani dengan segera dan tegas oleh Kementerian Luar maka sehingga menjurus kepada campur tangan yang lebih serius termasuk mendokong gerakan Kristianisasi yang disasarkan kepada umat Islam di negara ini.

Tegasnya, Marino sudah melangkaui bidang tugasnya sebagai seorang diplomat yang mewakili Paus Francis dengan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta memihak kepada penganut Kristian di negara ini dengan menekan umat Islam.

Sehubungan itu kata pertubuhan berkenaan, perbuatan biadab mencampuri urusan negara ini yang dilihat begitu sensitif yang boleh merosakkan perhubungan kaum di negara ini harus ditangani dengan tegas tanpa sebarang kompromi sebelum nasi menjadi bubur.

"Kami juga khuatir apa yang dilakukan sudah tentu akan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini yang tidak mustahil akan mengambil tindakan undang-undang sendiri yang boleh menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin serta kemakmuran negara ini dengan berbangkitnya isu-isu keagamaan seperti ini.

"Sehubungan itu kami, mendesak Kementerian Luar mengecam kenyataan Marino tersebut bagi menandakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu ini. Gabungan NGO Islam-Melayu akan menulis surat bantahan kepada Paus Francis mengenai tingkah laku dan kenyataan biadab duta beliau," tegas kenyataan tersebut. 

TERKINI ! DAP NAK HAPUS SUBJEK TAMADUN ISLAM , MENGAPA PAS DIAM ??

Posted: 12 Jul 2013 08:30 PM PDT



Desakan DAP mahu kerajaaan mengugurkan subjek Tamadun Islam di IPTS sekali lagi membuktikan parti chauvinis & rasis ini adalah selamanya ANTI ISLAM !!

Kepada macai2 Melayu  bangang PAS  & PKR  yang masih lagi memuja DAP ini , jangan jadi pekak & buta .  DAP adalah parti yang cukup konsisten menyerang isu-isu berkaitan Islam .


Malah Dr Asri sendiri dalam status facebooknya semakin bimbang dengan sikap DAP yang seolah-olah anti perkara bersifat Islam yang mana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama .


Jika subjek Tamadun Islam didesak   mahu digugurkan sewaktu mereka menjadi pembangkang , tak mustahil bila mereka mereka berkuasa nanti , subjek Pendidikan Islam pulak akan diterajang keluar di sekolah !!

Apakah DAP takut bila pelajar bukan Islam mempelajari subjek ini akan membuatkan mereka tertarik kepada Islam  ??  





Kementerian Pengajian Tinggi tidak perlu melayan gesaan pihak pembangkang supaya subjek Tamadun Islam digugurkan sebagai subjek wajib kepada penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kata Datuk Aidit Ghazali. 

 Sebaliknya, Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) itu berkata kementerian berkaitan perlu mempertahankan subjek tersebut. Malah, Aidit berkata bantahan yang disuarakan ahli Parlimen DAP Kampar Dr Ko Chung Sen itu jelas memperlihatkan kejahilan beliau tentang kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

 "Ahli Parlimen DAP sebenarnya menunjukkan kejahilan beliau tentang apakah model yang kita ikut di Malaysia yang mana rakyat kita lebih-lebih lagi di kalangan belia dan mahasiswa kena tahu tonggak-tonggak dalam negara kita.

 "Mempelajari tamadun Islam sebenarnya adalah mempelajari tentang nilai murni, prinsip yang unggul untuk menjadikan sebuah tamadun itu tamadun yang gemilang. Jadi kalau mana-mana mahasiswa menguasai subjek itu dengan syarat pengisian tamadun Islam itu betul termasuk cara mengajar dan guru yang mithali maka saya lihat kita akan dapat kesan yang baik. 

 "Pada saya kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi kena berdiri tegas dalam mempertahankan pengajaran tentang Tamadun Islam. Kalau kita nak laksanakan subjek ini, saya cadangkan tenaga pengajar mesti di kalangan mereka yang berilmu dan mithali dari segi perlakuan dan pembawaan diri. 

Pada saya jangan kita mengalah. Apa yang dikatakan pemimpin DAP ini ada intipati atau niat serong yang tak sihat untuk jangka masa hadapan," katanya kepada Antarapos. 

 Sehubungan itu, Aidit turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan negara dengan mempolitikkan isu agama Islam

."Saya memberi amaran jangan bermain api, kerana kalau mereka menyentuh terlebih-lebih lagi, ia akan menimbulkan kemarahan yang amat di kalangan orang Islam khususnya di kalangan bangsa Melayu," tegasnya. Aidit juga turut menempelak rakan seperjuanga DAP iaitu PAS dan PKR apabila mengambil sikap berdiam diri terhadapa apa yang dilakukan oleh sekutunya.

 "Puak-puak DAP sekarang semakin berani untuk memacukan cadangan yang boleh merapuhkan, menghancur dan menghakis kedudukan Islam dalam negara. Bukan disebabkan DAP sahaja biadap, tetapi rakan PAS dan PKR berdiam sahaja, tambah pula kesan kepada generasi muda apabila perkara ini berlaku ada di kalangan mereka malu bergelar mereka itu Muslim dan Melayu," kata Aidit lagi. 

 Ko semalam didakwa mempersoalkan ketetapan baru Kementerian Pengajian Tinggi yang mewajibkan setiap pelajar di universiti swasta mempelajari mata pelajaran Tamadun Islam yang akan berkuatkuasa pada 1 September depan. 

 Ujarnya, ketetapan berkenaan tiada kena-mengena dengan kursus dan ijazah yang akan diambil setiap pelajar. Malah dakwanya, pengwajipan Tamadun Islam kepada pelajar bukan Islam sebagai tidak adil sedangkan golongan itu mempunyai latar belakang agama yang berbeza.

HOT ! SEBAB VIDEO INI ANWAR TAK BERANI TURUN #PRKKUALABESUT @TUNFAISAL

Posted: 12 Jul 2013 07:00 PM PDT




Patut la Anwar tak berani turun PRK Kuala Besut di hari penamaan calon ...ye la Idris Jusoh dah ready Bazooka untuk tembak kaki pembohong gila nak jadi Perdana Menteri ini .

Ini baru warm up je Idris Jusoh tibai Anwar ....hahaha




 UMNO Bahagian Besut meletakkan sasaran untuk menang 4000 undi majoriti pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini. Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, persediaan telah dibuat dengan baik, jentera sudah digerakkan bukan sahaja di peringkat UMNO Bahagian, malah mendpaat bantuan dan kerjasama dari UMNO pusat dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dalam memastikan BN menang dan mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.


 "Saya lihat pemilihan calon BN merupakan satu pilihan yang tepat oleh Perdana Menteri dan parti, kerana kriteria winnable candidate ialah orang yang amanah, orang yang ada integriti dan orang yang ada pelajaran, serta orang muda. Semua kriteria itu ada pada calon kita, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, sebab itu tagline yang kita guna pada calon kita adalah anak ustaz kerana bapanya itu juga seorang ustaz dan seorang mubalig di kawasan Kuala Besut, dia seorang profesional kerana dia seorang jurutera dan dia juga seorang anak muda.

 'Anak Ustaz-Profesional-Ore Mudo', itu satu pakej yang sempurna dan begitu baik sekali," ujarnya yang juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut.

 Dalam perkembangan sama, Datuk Idris melihat dakwaan pihak pembangkang kononnya pihak Suruhan Jaya Pilihanraya tidak telus namun dalam masa yang sama, hari ini bertanding untuk menentang calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut sebagai sandiwara kerana mereka sebenarnya hendak membuat demostasi jalanan.

 "Itu stail mereka, sebab tak telus pun mereka pergi ke parlimen (angkat sumpah), marah pada Perdana Menteri tetapi makan sekali, tetapi dalam masa yang sama, penyokong-penyokong di luar berpanas melakukan demostrasi di tengah panas dan berjerubu..... saya dah biasa sangat dengan pendekatan pihak pembangkang ini," tambahnya.

 Datuk Idris yakin, pihak pembangkang tidak mempunyai isu untuk dimainkan di PRK Kuala Besut ini sebaliknya pihak pembangkang akan mereka-cipta isu seperti isu 40,000 pengundi Bangla supaya mengelirukan rakyat dan seperti isu blackout505.

 "Mereka memang pandai create isu, mereka memang pandai berbohong walaupun dalam bulan Ramadhan ini, mereka akan buat.

Namun kita akan maklumkan kepada rakyat tentang siri pembohongan dan sandiwara pihak pembangkang ini agar mereka khususnya pengundi di Kuala Besut tidak akan terpedaya dan akhirnya membuat pilihan yang salah dengan mengundi PAS pada 24 Julai nanti," tambahnya lagi.

HOT ! PENGUNDI KUALA BESUT WAJIB TONTON MANIFESTO CALON PAS JIKA MENANG !!

Posted: 12 Jul 2013 05:30 PM PDT




KALAU 17,000 PENGUNDI DUN KUALA BESUT DAPAT MELIHAT KATA-KATA CALON PAS CHE LONG JIKA MENJADI WAKIL RAKYAT DI SITU, MAMPUIH TAK UNDI DAH CALON SEPERTI INI.


 KALAU YB DOK GILA BISNES DI KOTA BHARU DAN SAMPAI NAK MENGAJIKAN SEORANG PEKERJA UNTUK MENJADI WAKILNYA DI SINI ,  PATUT DITENDANG PADA 24 /7/2013 INI DENGAN MENGUNDI CALON BN TENGKU ZAIHAN



 


 Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti. 

 Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan. "Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa.

 "Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini. Pada penamaan calon pagi tadi, PAS menampilkan calon anak tempatan, Azlan @ Endut Yusof. Endut yang lebih dikenali sebagai Che Long bakal berentap dengan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut.

 Selain itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN lebih menyerlah berbanding PAS. Katanya tiga faktor utama seperti profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) serta calon muda bakal menjadikan kerusi itu kekal milik BN.

 Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, katanya dan menambah jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi. 

 "Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa. "Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah," jelas beliau.

JANGAN SAMPAI HORMAT SAYA TERHADAP BANGSA CINA HILANG KERANA GAMBAR INI !!

Posted: 12 Jul 2013 04:00 PM PDT






- Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang pernah mencemarkan maruah negara di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog, terus mencipta kontroversi.

Kali ini, di laman Facebook rasmi milik kedua-dua bekas pelajar National University of Singapore berkenaan, mereka seakan-akan mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan'.

Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu 'Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Penyiaran poster itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Ratusan pembaca beragama Islam dan lain-lain kaum termasuk Cina menyatakan kemarahan mereka dan mengkritik tindakan pasangan yang popular dengan gelaran Alvin dan Vivian itu.

Seorang pembaca Melayu, Aizat Ahmad berkata, 'saya harap isu sensitif orang Islam jangan dipermainkan. Saya masih lagi hormat bangsa Cina kerana kawan-kawan saya ramai yang Cina, Jangan sampai hormat saya terhadap bangsa Cina hilang kerana isu ini...Mohon jangan ulangi kesilapan ini'.

 seorang wanita menggunakan nama Hazel Sia yang berkata, Can we just ignore this shameless couple? They do not represent the Malaysian Chinese, they are the worse garbage...no respect for others and their own families' (Boleh tak kita jangan mempedulikan pasangan yang memalukan ini? Mereka tidak mewakili Cina Malaysia, mereka sampah paling teruk...tidak hormat kepada orang lain dan keluarga sendiri).

Seorang lagi pembaca, Kelly Lee berkata, not all Malay call us babi and cina tsunami. Only certain malays...I am good with my Malay friends...sad to see Alvin was a law student. Disgrace to the Chinese and as a Malaysian. Sometimes I wonder, how did he get his scholarship' (bukan semua Melayu panggil kita babi dan Cina tsunami. Hanya sebahagian Melayu...saya baik dengan kawan-kawan Melayu...sedih melihat Alvin bekas seorang pelajar undang-undang. Satu penghinaan terhadap Cina dan sebagai rakyat Malaysia. Saya tertanya-tanya, bagaimana dia boleh dapat biasiswa).



Sementara itu, MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis petang ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit. Pengerusi MCA negeri tersebut, Datuk Dr. Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan tindakan tersebut telah mencetuskan masalah yang besar.
Ini bukanlah kali pertama kedua-duanya menimbulkan isu sensitif di laman sosial berkenaan.

Pada 3 Julai lalu, mereka memuat naik video daripada salah sebuah portal berita yang menunjukkan operasi oleh pihak berkuasa menahan sekumpulan remaja Islam terlibat dengan parti buih. Pada video berkenaan, ditulis keterangan 'susahnya jadi Melayu'.
Dalam ruangan komen pula, mereka mempertikaikan tindakan yang diambil dengan mendakwa kebebasan beragama tidak wujud di Malaysia terutamanya untuk kaum Melayu.


MCA buat laporan polis gambar penghinaan agama Islam ini , pemimpin Melayu bila lagi ??

Posted: 12 Jul 2013 02:46 PM PDT



MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan 'Selamat Berbuka Puasa' dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook.
Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar.
"Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka.
"Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia," katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis di sini.
Dr Yeow, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pasangan itu sebagai memberi pengajaran kepada orang lain.
"Mereka merupakan graduan universiti dan mereka sepatutnya tahu tindakan itu tidak boleh diterima.
"Mereka perlu tahu apakah yang dikatakan sebagai jenaka dan apakah yang tidak boleh," katanya.
-mStar









Keris Pusaka Melayu

Posted: 13 Jul 2013 11:18 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


Kabinet kekal keputusan mansuh Akta Hasutan … | Agenda Daily

Posted: 12 Jul 2013 10:21 PM PDT

kabinetnajib513Kabinet mengekalkan keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan kini dalam proses penggubalan.

“Akta Keharmonian Nasional ini akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Sebaik perlindungan ada di tempatnya, kita akan menarik balik Akta Hasutan,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya ,Jumaat.

Pada Julai tahun lepas, Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

Namun, akhir-akhir ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Ahmad Zahid menegaskan Akta Hasutan harus dikekalkan bagi memelihara empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu akan dipersoal sesetengah pihak.

Selanjutnya :

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/kabinet-kekal-keputusan-mansuh-akta-hasutan-dr-ssubramaniam.html

Apa dah jadi ? Nampak seperti suara ramai pihak mahu kekalkan Akta Hasutan jadi abu tidak ada makna.

Nampak seperti Melayu sudah tidak ada lagi kekuatan pertahankan apa yang dikata.

Jika dikekalkan sudah tentu Kerajaan boleh beri alasan ia adalah mengikut suara ramai pihak walau PM sudah memberi komitmen untuk menghapuskannya.

Apa sudah jadi?


Burung UBAH simbol jiwa pendatang DAP

Posted: 12 Jul 2013 08:11 PM PDT

Burung UBAH Simbol Jiwa Pendatang DAP

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan simbol UBAH dalam bentuk burung kenyalang terapung, pada 13 Julai lalu. Burung UBAH terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki. Ia dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm.

Menurut laporan rasmi DAP, kos pembuatan burung ini dianggarkan berjumlah RM60,000 yang mana ditanggung oleh penyokong-penyokong DAP dan juga penaja. Ia mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan dengan semua yang terlibat menyatakan bahawa tujuan mereka membuatnya hanyalah untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata.

Apa yang menarik ialah burung UBAH ini diilhamkan dari itik getah kuning yang mahsyur di Hong Kong.

Kita tidak hairan jika apa-apa saja yang dibuat oleh DAP diilhamkan dari Hong Kong, China, Singapura, Taiwan dan negara-negara yang se-sepet dengannya. Sesungguhnya, DAP terus mengimpikan sebuah negara yang didominasi bangsa Cina dan berdegil enggan menerima hakikat bahawa negara ini adalah milik Melayu.

Tidak diketahui sama ada kerajaan Pulau Pinang ada membuat audit ke atas derma dan tajaan yang diterima bagi menyiapkan burung ini. Tetapi yang pasti, kos RM60,000 dan masa 2 bulan yang diambil untuk menyiapkannya hanya untuk kepuasan dan kegembiraan membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan Cina.

Sebenarnya, cita-cita kaum Cina negara ini terlalu besar dan tinggi dan bukan sekadar ingin membela atau mempertahankan kaum mereka.

Penting untuk semua pihak di negara ini untuk memahami perbezaan pemikiran kaum Cina dengan kaum-kaum lain. Jika politikus selalunya memegang kuasa politik dengan fahaman bahawa mereka perlu berkhidmat kepada rakyat kawasan mereka atau negara ini, tetapi tapi apa yang politikus dari kaum Cina faham mengenai kuasa politik ialah beliau mewakili kaumnya. Oleh itu, kaum Cina sekarang melihat kuasa yang mereka pegang di Pulau Pinang sebagai lambang kuasa kaum mereka.

Ini menjelaskan bagaimana seorang rakan penulis yang pergi bercuti di Cameron Highland boleh terdengar seorang dengan anak Cina sekolah rendah di situ menyanyi-nyanyi sendiri lagu Negaraku dengan mengubahsuai lirik yang menyebut negaranya sebagai Pulau Pinang.

Maka, tidak hairanlah jika benar ada yang sanggup menaja dan menderma serta mencurahkan khidmat bakti mereka-bentuk dan menyiapkan burung UBAH secara percuma. Ini kerana, semangat yang mereka jana dari kemenangan PRU-13 lalu merupakan semangat kenegaraan baru, bukan lagi sekadar semangat politik kepartian.

Mungkin ada yang menuduh artikel ini sebagai keterlaluan dalam berprasangka terhadap kaum Cina. Namun, penulis ingin menegaskan bahawa pihak yang kalah selalunya adalah pihak yang merendah-rendahkan matlamat dan kemampuan musuh. Pihak yang menang pula sentiasa merupakan pihak yang berpandangan jauh dan ke hadapan menjangkaui imaginasi musuhnya.

Sudah sampai masanya orang Melayu membuang sifat tidak apa dan tidak mungkin dalam menilai sesuatu. Tidak cukupkah PRU-13 dan sikap MCA hari ini memberi pengajaran agar jangan sesekali mengtidak-apakan sebarang bentuk kebarangkalian?


IPOHMALAY

Posted: 13 Jul 2013 09:06 AM PDT

IPOHMALAY


Ribut Landa Lembah Klang, Beberapa Bazar Ramadhan Rosak

Posted: 13 Jul 2013 02:40 AM PDT

Ribut yang melanda Lembah Klang sebentar tadi meranapkan perniagaan beberapa pengusaha Bazar Ramadhan di beberapa lokasi. Antara yang terkena dampak ialah di Desa Pandan.




Selorohan seorang kawan di media sosial ialah " agaknya ini peringatan 'KPDNKK' di langit sana ". Apa maksud dia, teman ntak tahu lah. Teman tafsir mungkin maksud dia, harga jualan makanan yang agak mahal kali ini. Apapun semoga mereka bersabar menghadapinya.

Cina Jual Al-Quran?

Posted: 12 Jul 2013 10:06 PM PDT



Beginilah perangai Cina kiasu, asal dapat duit mereka akan jual apa sahaja, sampai kitab Al Quran pun mereka jual, dan mengikut cerita seorang yang merakam gambar penjual di Plaza Lowyat ni dia meletak al quran ni di bawah kotak laci bawah kaki mereka, walhal Al Quran tidak boleh di letak sesuka hati dan perlu berada di tempat tinggi,saya harap pihak berkuasa JAIS ambil tindakan. Al Quran bukan buku tapi kitab suci orang islam .

Ћ : Huruf Baru Bagi Menggantikan Perkataan "The"

Posted: 12 Jul 2013 06:31 PM PDT


Huruf " Ð‹ " yang dipanggil "tap" telah diideakan oleh Paul Mathis dari Britain bagi mewakili perkataan THE. Dia turut mengusahakan agar huruf ini boleh digunakan di papan kekunci komputer dan gajet-gajet.

Ћ adalah kombinasi huruf T dan h dan dipanggil "tap" kerana bentuknya seperti pili air (tap) dan penciptanya berharap penciptaan ini dapat menjadikan kerja menaip menjadi lebih ringkas.

Menurut Paul Mathis,  perkataan THE adalah yang paling banyak digunakan dalam Bahasa Inggeris dan perlulah ia diwakili satu simbol bagi memudahkan urusan menaip. Menurutnya lagi, dia tidak berhasrat mengubah perkataan "THE" tetapi berusaha menyerlahkannya lagi.

Ћ letter changing how we type


Paul Mathis has a problem - the amount of time we waste typing out THE, the most frequently used word in the English language.
So he has invented a new symbol for use on our keyboards: Ћ.
A combination of T and H - and dubbed the "tap" because of its shape - Paul hopes the letter will make typing more efficient.
He told BBC Radio 5 live's Up All Night, "I'm not about changing the word 'the' - I'm simply enhancing it."

Taiwan Menanti Bahana Taufan Soulik Pagi Ini

Posted: 12 Jul 2013 03:00 PM PDT

Negara yang menjadi kubu luar negara DAP , Taiwan, kini  dihentam Taufan Soulik yang diramalkan akan berlalu menuju ke China beberapa jam lagi.

Taufan Soulik yang disetaraf Hurricane Category 2 di Amerika dengan angin mencapai 216km/j membawa bersama ombak setinggi sehingga 11 meter.

Laluan Taufan Soulik adalah utara Taiwan iaitu betul-betul melalui Kota Taipei yang mempunyai 2.6 juta penduduk.

Kemusnahan adalah diramalkan tetapi ia bergantung kepada bagaimana persediaan Taiwan menghadapi taufan tersebut dan Soulik yang sebelum ini dikategorikan sebagai Super Typhoon telah berusia lebih seminggu dan semakin melemah.

Taiwan braces for powerful Typhoon Soulik

TAIPEI, Taiwan (AP) - Taiwan on Friday canceled dozens of international flights and evacuated more than 1,000 people from a vulnerable coastal village as a powerful typhoon threatened to bring strong winds and heavy rains to the island.

China was also making preparations in advance of the arrival of Typhoon Soulik, the first of the year to hit the region.

Taiwan's Central Weather Bureau said at 4 p.m. Friday that Soulik was at sea about 200 miles southeast of Yilan county in northeastern Taiwan. The typhoon has winds of 107 mph, which is equivalent to a Category 2 hurricane.

Slight rain was falling in Taipei at midday. The weather bureau forecast heavy rains by afternoon for northern Taiwan and torrential rains for the south of the island later Friday.

"At this point, we can't tell if the center of the storm will make landfall, but we can expect the fiercest of winds tonight and early Saturday before it moves over to seas north of Taiwan," said forecaster Chang Ting-yi.

Schools and offices were closing in the afternoon. Officials are readying water pumps and sandbags to prevent flooding in low-lying areas, the government said.

In Yilan, hundreds of soldiers equipped with amphibious vehicles have moved into mountainous areas to help with evacuations and rescues. Farmers harvested fruits and vegetables to reduce damage.

Across the Taiwan Strait, the China Meteorological Administration said Soulik would make landfall in the eastern coastal provinces of Zhejiang and Fujian on Saturday before moving inland.

Local authorities were urged to suspend all maritime activities and cancel large-scale gatherings while reinforcing port and seafood farming facilities to reduce the chances of damage.

West Pacific Hurricane & Tropical Storm Center


s

Taufan Soulik Mula Hentam Taiwan

Posted: 12 Jul 2013 10:31 AM PDT


Taiwan kini dihentam Taufan Soulik yang dikatakan menyamai Kategori 2 mengikut ukuran di Amerika Syarikat. Angin yang bertiup cukup kuat sehingga 216 km/j dengan ombak membadai setinggi 10 - 11 meter dan kemusnahan adalah diramalkan.

Lebih malang, Taipei , ibu negara Taiwan berada di tengah laluan taufan tersebut. Sehingga tengah malam ini 200 orang telah dilaporkan hilang menurut MSN Weather.

Taiwan merupakan kubu DAP luar negara seperti kita sedia maklum dan inilah taufan pertama yang menghentam negara tersebut dalam tahun ini.



MCA Lapor Polis KebiaDAPan Pasangan Sundal Porno Hina Islam

Posted: 12 Jul 2013 09:33 AM PDT

SEREMBAN: MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan 'Selamat Berbuka Puasa' dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook.
Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar.
"Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka.
"Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia," katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis di sini.
Dr Yeow, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pasangan itu sebagai memberi pengajaran kepada orang lain.
"Mereka merupakan graduan universiti dan mereka sepatutnya tahu tindakan itu tidak boleh diterima.
"Mereka perlu tahu apakah yang dikatakan sebagai jenaka dan apakah yang tidak boleh," katanya. -mStar


Pedang Alif Ba Ta

Posted: 13 Jul 2013 07:07 AM PDT

Pedang Alif Ba Ta


Kisah Husam Musa dilantik Pengarah #PRKKualaBesut

Posted: 12 Jul 2013 08:32 PM PDT

Husam Musa diLantik Pengarah PRK Supaya Tak Merajuk Lagi

Perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut dilihat sebagai tindakan PAS untuk memujuk hatinya yang masih lagi tidak dapat menerima kekalahan dalam PRU lalu serta terlepas jawatan dalam kabinet Kelantan.

PAS sebenarnya tidak menaruh harapan tinggi terhadap kerusi Kuala Besut yang disandang oleh UMNO. Maka, tidak hairanlah parti tersebut sanggup meletakkan Husam sebagai Pengarah PRK walaupun tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Husam merupakan antara parasit di dalam PAS yang disebut-sebut oleh Datuk Hassan Ali.

Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa Husam adalah orang Anwar dan membawa aspirasi Anwar. Kewujudan beliau di dalam PAS hanyalah untuk memesongkan orang-orang PAS agar menerima aspirasi Anwar. Namun kini, warna sebenar Husam telah terserlah dan beliau tidak mampu lagi menyamar sebagai pendokong perjuangan PAS sebenar.

Ini adalah antara sebab utama beliau diketepikan dari sebarang jawatan.

Husam yang kecewa dengan nasib yang menimpa dirinya telah bertindak meragam bagai anak kecil. Beliau dikatakan dengan sengaja memboikot Majlis Persaraan Nik Aziz sebagai usaha menunjuk perasaan akibat tidak terlantik EXCO. Malah, Husam juga dikhabarkan beberapa kali mengambil sikap kurang wajar dengan mengkritik PAS secara terbuka. Beliau seolah-olah menuduh PAS menikam belakangnya.

Justeru, bagi mengelak Husam memperbesarkan masalah yang kecil, PAS mengambil keputusan melantik beliau sebagai Pengarah PRK Kuala Besut. Dengan cara ini, beliau merasakan yang beliau masih mempunyai peranan penting dan masih lagi dihargai oleh parti.

Namun, tidak pasti berapa lama taktik memujuk ini akan berjaya menenangkan Husam. Yalah, Pengarah PRK bukanlah satu tugas tetap, dan selepas PRK ini berlalu Husam akan kembali menjadi nobody.

Pada waktu itu, Husam mungkin akan kembali meragam dan PAS perlu pantas mencari jalan untuk menenangkan Husam selamanya.


tunku

Posted: 13 Jul 2013 03:24 AM PDT

tunku


STRAIGHT FIGHT BETWEEN BN AND PAS IN KUALA BESUT – PROXY FIGHT FOR ANWAR IBRAHIM AGAINST NAJIB TUN RAZAK

Posted: 12 Jul 2013 09:00 AM PDT

It is a straight fight for the Kuala Besut state seat in Terengganu between incumbent Barisan nasional (BN) and PAS.

BN fielded a 37-year civil old engineer Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman while PAS fielded 48-year old businessman Azlan Yusof and both are local 'boys' – one a former civil servant and the other a self-made businessman.

The by-election was called following the death of Dr Abdul Rahman Mokhtar, 55.
Nominations went smoothly in the morning at Dewan Kompleks Rakan Muda with supporters of the two candidates filling up the road in a normally quiet and tranquil town which is the popular and famous gateway to Pulau Perhentian, a paradise island for tourist all over the world.

Tengku Zaihan was accompanied by Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin who is the director of the by-election for BN while Azlan was accompanied by PAS president Abdul Hadi Awang.
The stake is high for both sides of the political divide in this by-election given that if PAS wins, the state will have a 'hung assembly' – while BN is hard-pushed to retain the seat – or else risk losing the state.

With just a 17 to 15 seats in the state assembly, BN is not going to take things easy as losing the state or even a 'hung assembly' will reflect the ruling coalition's weakness is 'sustaining' its hold, especially it is just about two months ago when the party emerged victorious with a 2,484 majority.

And PAS is also not taking things 'sitting down' as it promoted a new approach – having young leaders at the front line – Husam Musa and gang and not the religious fundamentalists leaders such as Abdul Hadi himself, whose bastion is Rusila, about a 100km away from Kuala Besut.

Taipingmali (tm)

Posted: 13 Jul 2013 01:21 AM PDT

Taipingmali (tm)


PRK Kuala Besut: Jangan Terkejut Selepas Bangladesh Timbul Pula Pengundi Siam

Posted: 12 Jul 2013 09:50 PM PDT

Jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 rakyat dimomokkan dengan cerita pengundi hantu berketurunan Bangladesh yang sehingga kini tiada kesahihannya, maka tidak mustahil pembangkang akan mula meracuni pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan wujudnya pengundi hantu berketurunan Siam pula.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Datuk Wan Salleh berkata, beliau tidak menafikan bahawa telah kedengaran desas-desus kononnya terdapat mengundi Siam bakal mengundi di PRK kelak.

"Ini memang telah menjadi alasan lazim pembangkang bila mereka rasa akan kalah atau membuat persediaan sekiranya kalah. Sepatutnya mereka kena buktikan sekarang siapa daripada daftar pemilih yang dikatakan orang tidak layak mengundi atau pengundi hantu.

"Bukan sebar fitnah dan kemudiannya apabila mereka kalah mereka akan mainkan isu ini sama seperti apa yang terjadi pada PRU-13. Mereka buat perhimpunan haram 505 kononnya PRU tidak telus dan terdapat pengundi Bangladesh tetapi sehingga kini mereka tidak mampu membuktikan dakwaan tersebut," ujarnya kepada UMNO-Online.

Walau apapun ujar Ahmad Farid, beliau yakin bahawa pengundi di di Kuala Besut akan membuat pilihan tepat dan mengulangi keyakinan mereka terhadap BN sepertimana yang mereka terjemahkan di peti undi semasa PRU-13 yang lalu.

Tambah beliau lagi, pengundi Kuala Besut bukanlah objek yang boleh pembangkang 'gula-gulakan' kerana mereka sentiasa yakin dengan kredibiliti BN sepanjang memerintah Negara ini.

"Saya penuh yakin bahawa BN akan mampu mengekalkan kerusi di DUN Kuala Besut ini. Walaupun pembangkang akan cuba pelbagai taktik untuk meracuni fikiran pengundi di sini namun saya percaya kepada para pengundi Kuala Besut yang matang dan mampu menilai kebenaran," ujarnya lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lebih 41,000 Calon Dapat Tawaran Ke IPTA Sesi 2013/2014

Posted: 12 Jul 2013 05:49 PM PDT

Posted: 11 Jul 2013 12:58 AM PDT
PUTRAJAYA, 11 Julai –  Seramai 41,573 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Morshidi Sirat berkata, mereka dipilih daripada 68,702 permohonan.

"Seramai 24,489 atau 58.9 peratus adalah daripada aliran sains dan 17,084 (41.1) peratus lagi aliran sastera.

"Daripada jumlah ini seramai 28,280 calon wanita berjaya mendapat tempat di IPTA dan selebihnya lelaki," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain itu 49 calon Orang Asli turut menerima tawaran ke IPTA, 68 calon orang kelainan upaya, dan 1,515 atlet kebangsaan dan antarabangsa, katanya.

Morshidi berkata, pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepadacalon yang berjaya mulai Jumaat.

Prestasi calon yang berjaya mengikut kaum adalah 30,903 (74.3 peratus) Bumiputera, 7,913 (19 peratus) Cina, 1,824 (4.4 peratus) India dan 933 (2.3 peratus) kaum-kaum lain, katanya.

Morshidi berkata, seramai 5,765 calon ditawar mengikuti program pengajian kompetitif iaitu perubatan (699), pergigian (119), farmasi (260), undang-undang (385), kejuruteraan kimia (953), kejuruteraan mekanikal (1,304), kejuruteraan elektrik dan elektronik (1,122) dan perakaunan (923).

Beliau berkata, kejayaan calon untuk memperoleh tempat di IPTA bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang dipohon.

"Jika merit calon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar calon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka," katanya.

Morshidi berkata selain itu, jika calon hanya memohon di IPTA yang popular, mereka akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata semakan keputusan permohonan ke IPTA bolehdibuat melalui laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my bermula Khamis, atau menghubungi talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

"Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 21 Julai. Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA," katanya.

Mereka juga boleh datang ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, JabatanPengajian Tinggi di Presint 5 untuk membuat semakan mulai hari ini sehingga 21 Julai.

Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari melalui e-Rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my mulai Khamis dan berakhir 21 Julai 12 tengah malam.

Katanya, keputusan pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat danrayuan dianggap gagal jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30September depan.

Morshidi berkata, tarikh pendaftaran pelajar baharu ke IPTA ialah dari 1sehingga 2 September.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Manifesto Azlan, Calon PAS Jika Menang PRK Kuala Besut KEH KEH KEH

Posted: 12 Jul 2013 08:12 AM PDT

Husam Musa dilantik Pengarah PRK Supaya Tak Merajuk Lagi

Posted: 12 Jul 2013 05:09 AM PDT

Perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut dilihat sebagai tindakan PAS untuk memujuk hatinya yang masih lagi tidak dapat menerima kekalahan dalam PRU lalu serta terlepas jawatan dalam kabinet Kelantan.

PAS sebenarnya tidak menaruh harapan tinggi terhadap kerusi Kuala Besut yang disandang oleh UMNO. Maka, tidak hairanlah parti tersebut sanggup meletakkan Husam sebagai Pengarah PRK walaupun tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Husam merupakan antara 'parasit' di dalam PAS yang disebut-sebut oleh Datuk Hassan Ali.

Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa Husam adalah orang Anwar dan membawa aspirasi Anwar. Kewujudan beliau di dalam PAS hanyalah untuk memesongkan orang-orang PAS agar menerima aspirasi Anwar. Namun kini, warna sebenar Husam telah terserlah dan beliau tidak mampu lagi menyamar sebagai pendokong perjuangan PAS sebenar.

Ini adalah antara sebab utama beliau diketepikan dari sebarang jawatan.

Husam yang kecewa dengan nasib yang menimpa dirinya telah bertindak meragam bagai anak kecil. Beliau dikatakan dengan sengaja memboikot Majlis Persaraan Nik Aziz sebagai usaha 'menunjuk perasaan' akibat tidak terlantik EXCO. Malah, Husam juga dikhabarkan beberapa kali mengambil sikap 'kurang wajar' dengan mengkritik PAS secara terbuka. Beliau seolah-olah menuduh PAS menikam belakangnya.

Justeru, bagi mengelak Husam memperbesarkan masalah yang kecil, PAS mengambil keputusan melantik beliau sebagai Pengarah PRK Kuala Besut. Dengan cara ini, beliau merasakan yang beliau masih mempunyai peranan penting dan masih lagi dihargai oleh parti.

Namun, tidak pasti berapa lama taktik memujuk ini akan berjaya menenangkan Husam. Yalah, Pengarah PRK bukanlah satu tugas tetap, dan selepas PRK ini berlalu Husam akan kembali menjadi 'nobody'.

Pada waktu itu, Husam mungkin akan kembali meragam dan PAS perlu pantas mencari jalan untuk menenangkan Husam selamanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 13 Jul 2013 01:18 AM PDT

Sahabat-Gunung


'Anak Ustaz-Profesional-Ore Mudo' - Kriteria Terbaik Calon BN PRK Kuala Besut

Posted: 12 Jul 2013 06:45 AM PDT


UMNO Bahagian Besut meletakkan sasaran untuk menang 4000 undi majoriti pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, persediaan telah dibuat dengan baik, jentera sudah digerakkan bukan sahaja di peringkat UMNO Bahagian, malah mendpaat bantuan dan kerjasama dari UMNO pusat dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dalam memastikan BN menang dan mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.

"Saya lihat pemilihan calon BN merupakan satu pilihan yang tepat oleh Perdana Menteri dan parti, kerana kriteria winnable candidate ialah orang yang amanah, orang yang ada integriti dan orang yang ada pelajaran, serta orang muda.

Semua kriteria itu ada pada calon kita, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, sebab itu tagline yang kita guna pada calon kita adalah anak ustaz kerana bapanya itu juga seorang ustaz dan seorang mubalig di kawasan Kuala Besut, dia seorang profesional kerana dia seorang jurutera dan dia juga seorang anak muda.

'Anak Ustaz-Profesional-Ore Mudo', itu satu pakej yang sempurna dan begitu baik sekali," ujarnya yang juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut.

Dalam perkembangan sama, Datuk Idris melihat dakwaan pihak pembangkang kononnya pihak Suruhan Jaya Pilihanraya tidak telus namun dalam masa yang sama, hari ini bertanding untuk menentang calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut sebagai sandiwara kerana mereka sebenarnya hendak membuat demostasi jalanan.

"Itu stail mereka, sebab tak telus pun mereka pergi ke parlimen (angkat sumpah), marah pada Perdana Menteri tetapi makan sekali, tetapi dalam masa yang sama, penyokong-penyokong di luar berpanas melakukan demostrasi di tengah panas dan berjerubu..... saya dah biasa sangat dengan pendekatan pihak pembangkang ini," tambahnya.

Datuk Idris yakin, pihak pembangkang tidak mempunyai isu untuk dimainkan di PRK Kuala Besut ini sebaliknya pihak pembangkang akan mereka-cipta isu seperti isu 40,000 pengundi Bangla supaya mengelirukan rakyat dan seperti isu blackout505.


"Mereka memang pandai create isu, mereka memang pandai berbohong walaupun dalam bulan Ramadhan ini, mereka akan buat. Namun kita akan maklumkan kepada rakyat tentang siri pembohongan dan sandiwara pihak pembangkang ini agar mereka khususnya pengundi di Kuala Besut tidak akan terpedaya dan akhirnya membuat pilihan yang salah dengan mengundi PAS pada 24 Julai nanti," tambahnya lagi. 

Tengku Zaihan Pilihan Terbaik Penuhi Citarasa Pengundi Kuala Besut

Posted: 12 Jul 2013 06:07 AM PDT


Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin menyifatkan calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memenuhi citarasa pengundi di kawasan pilihan raya Kuala Besut kerana beliau merupakan wakil orang muda, mewakili mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan agama dan datang dari keluarga yang dihormati di kawasan ini.

"Saya kira percaturan Barisan Nasional meletakkan Tengku Zaihan merupakan satu keputusan terbaik, kita meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada beliau yang mewakili generasi muda.

Beliau juga merupakan calon yang boleh diterima dan popular di kalangan pengundi di Kuala Besut, selain dapat mengekalkan kerusi BN di kawasan ini," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penamaan Calon Bagi Kawasan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut di sini, pagi tadi.

Tambahnya, tanggungjawab Tengku Zaihan cukup besar untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.

"Kami bagi pihak Jentera Pergerakan Puteri UMNO akan melakukan yang terbaik untuk membantu jentera BN di Kuala Besut ini bagi mengekalkan kerusi DUN 01 Kuala Besut ini untuk kekal bersama BN," tambahnya lagi.         
Dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Dewan Undangan negeri Kuala Besut, Barisan Nasional (BN) menamakan bekas jurutera, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, akan menghadapi tentangan satu lawan satu dengan calon Pas, Endut @ Azlan jusoh.

Tengku Zaihan menyerahkan kertas pencalonannya pada jam 9.10 pagi manakala calon Pas, Endut @ Azlan berbuat demikian pada jam 9.03 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Encik A Rahim Jusoh, mengumumkan hanya dua orang menghantar kertas pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja, setelah tempoh yang ditetapkan tamat jam 10 pagi.

Beliau yang membuat pengumuman itu pada jam 10.25 pagi berkata, setelah diteliti pihaknya menerima permohonan daripada kedua-dua calon tersebut untuk bertanding pada PRK Kuala Besut yang ditetapkan pada 24 Julai depan.


Encik A Rahim turut mengumumkan tarikh mengundi awal ditetapkan pada 20 Julai.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 12 Jul 2013 11:31 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Manifesto Calon PAS terbaik untuk rakyat Kuala Besut?

Posted: 12 Jul 2013 07:00 AM PDT




Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu melibatkan calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

Selesai sahaja penamaan calon pagi tadi, keluar pula video kontroversi yang melibatkan calon PAS, Azlan Endut.

Dalam video kontroversi tersebut, Azlan mengakui bahawa duit gaji yang diterima dia akan digunakan untuk menguruskan perniagaannya.

"…Tapi saya nak keluar sikit-sikit untuk berniaga," jelas Azlan dalam video tersebut.

Bagaimana seseorang yang bergelar YB menggunakan gaji yang diterima untuk kepentingan diri sendiri?

Sebaliknya dia perlu mendengar masalah serta mengutamakan kebajikan rakyat dikawasannya.

Malah, Azlan juga dilihat lebih mementingkan perniagaannya berbanding rakyat dikawasan tersebut jika dia memenangi PRK.

"Kerja-kerja yang perlu diuruskan oleh seseorang wakil itu akan diuruskan oleh orang lain.

"Saya akan gaji dia…," ujar Azlan.

Menggaji seseorang untuk menguruskan masalah rakyat tanpa menghiraukan nasib rakyat makalah dia sibuk menguruskan perniagaannya.

Adakah ini manifesto terbaik untuk dibawa kepada rakyat?

Inilah calon Pas yang ingin makan gaji buta tanpa mahu berkhidmat untuk rakyat tetapi hanya memikirkan perniagaannya dan membaham projek.

Memetik laporan TerengganuToday.com, Azlan merupakan bekas ahli UMNO yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Dun Besut.

Kepada pengundi di kawasan Dun Kuala Besut, buka mata, buka telinga dan fikirkan calon terbaik anda. -mynewshub

Santai PRK Kuala Besut : Video Zizan Jadi Cikgu Stopa

Posted: 12 Jul 2013 12:49 AM PDT


Santai petang Jumaat.


*Layanzz....

MERBOK TIMES

Posted: 12 Jul 2013 11:29 PM PDT

MERBOK TIMES


KALAU SUDAH BERPERANGAI SEPERTI BINATANG.

Posted: 12 Jul 2013 11:18 PM PDT

Perbezaan di antara binatang dan manusia adalah manusia makhluk yang beragama, berbudaya dan beradaban. Manusia membina tamadun dan di dalam binatang tidak ada manusia tetapi di dalam manusia ada binatang. 

Binatang tahu malu dengan bersembunyi apabila ingin mengadakan hubungan sex mereka. Malah manusia sendiri tidak tahu bagaimana expresi wajah kera, anjing dan babi ketika mengadakan hubungan sex mereka malah jauh sekali mengetahui rupa bentuk alat sulit mereka kecuali setelah beberapa tahun dan abad dibuat kajian demi kajian.

Sebaliknya hari ini ada manusia yang mevideokan dengan jelas hubungan sex mereka dan dengan 'happy' nya mendedahkan kepada dunia video hubungan sex mereka melalui media-media sosial. Manusia ini sungguh tinggi kebinatangannya jika dibandingkan dengan binatang itu sendiri. Inilah yang dilakukan oleh blogger 'Binatang' Alvin Tan dan Vivian Lee bekas graduan dari salah sebuah universiti di Singapura. 

Kini perangai 'kebinatangan' Alvin dan Vivian telah menjalar di luar batasan agama sehingga menghina kesucian Ramadan bulan suci orang-orang Islam dan secara langsung menghina penganut agama suci Islam apabila mereka memaparkan dengan memuat turun poster yang sungguh 'sarcastic' di Facebook mereka. 

Visual itu memaparkan mereka sedang menikmati juadah haram 'Bak Kut Teh' sambil mengucapkan selamat berbuka puasa kepada umat Islam. Di sudut bawah kiri visual itu pula turut tertera, logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 

Jelas betapa kedua-dua 'binatang' ini bertindak keji dan kotor menghina umat Islam. Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Tiam telah membuat laporan Polis terhadap kedua-dua 'binatang' ini kerana bimbang penghinaan tersebut boleh mengundang kepada masalah yang lebih besar. 

Semua pihak kini mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas keatas kedua-dua 'binatang' ini sebelum ianya menjadi 'viral'.

The Unspinners

Posted: 12 Jul 2013 11:28 PM PDT

The Unspinners


PRK K Besut: PAS calunkan tapi ragu kesetiaan Azlan

Posted: 12 Jul 2013 06:00 PM PDT

PRK K Besut: Caun BN ore molek, Sedia khidmat

Posted: 12 Jul 2013 07:28 AM PDT

PRK K Besut: Calun PAS nak niaga, Bukan nak kerja

Posted: 12 Jul 2013 03:30 AM PDT

PRK K Besut: SPM Gred 3, kontraktor, banyak kereta

Posted: 12 Jul 2013 12:18 AM PDT

PRK K Besut: PAS guna baiah syiah

Posted: 11 Jul 2013 09:00 PM PDT

APANAMA

Posted: 12 Jul 2013 11:26 PM PDT

APANAMA


RAMADAN by Maher Zain

Posted: 11 Jul 2013 11:35 PM PDT

oyabun

Posted: 12 Jul 2013 11:22 PM PDT

oyabun


Saman Khalid Samad ditolak?

Posted: 12 Jul 2013 10:10 AM PDT


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini gagal dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar teknik tindih yang menunjukkan beliau seperti paderi Kristian.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Hashim Hamzah memutuskan menolak saman itu dan mengarahkan Khalid membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Hamidah.

Hashim dalam penghakimannya berkata, Khalid gagal membuktikan kes tersebut apabila beliau gagal mengemukakan dokumen asal yang didakwa sebagai artikel yang memfitnahnya.


Beliau berkata, Khalid juga telah mengemukakan suatu dokumen yang tidak dikeluarkan daripada laman web yang asal.

Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar Khalid yang disiarkan melalui blognya pada Januari 2010.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid sebagai plaintif mendakwa, gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.

Wasabi Oyabun..

Belantan

Posted: 12 Jul 2013 11:20 PM PDT

Belantan


Isu Kalimah “Allah”: Duta Vatican Cabar Islam Di Malaysia?

Posted: 12 Jul 2013 09:35 PM PDT


Baru beberapa hari umat Islam di negara ini melaksanakan ibadah puasa yang merupakan rukun Islam yang ke-4, kita dikejutkan dengan kenyataan wakil kedutaan Vatican di Malaysia yang menyokong penuh langkah Gereja Katolik menggunakan kalimah "Allah".

Uskup Agung Joseph Marino dalam kenyataannya itu berkata, pihaknya bersetuju dan menyokong penggunaan kalimah "Allah" di dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diperjuangkan oleh golongan Katolik dan Pakatan Haram sebelum ini.

Wah! Wakil Vatican sudah bersuara di bumi Malaysia? Lagaknya bagaikan "Mursyidul Am" Pakatan Haram yang sebelum ini begitu konsisten menyokong penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible? Tidak cukupkah perkara itu dibenarkan di Sabah dan Sarawak? Kini di Semenanjung pula?

Sebagaimana yang kita tahu, isu penggunaan kalimah "Allah" itu cukup sensitif dan sangat mengguris hati seluruh umat Islam di negara ini.

PAS yang pada mulanya menyokong penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible sebelum ini pun terpaksa membuat "U-turn" di saat-saat akhir di ambang PRU ke-13 akibat takut kehilangan undi umat Islam yang marah terhadap tuntutan yang dipelopori DAP dan Kristian itu.

Tidakkah Marino tahu tentang perlembagaan Malaysia sebelum bersuara? Apa haknya untuk bersuara dan mencabar perlembagaan negara kita? Dia fikir Malaysia ini sebahagian dari Vatican City, kah?

Penulis tidak faham sama ada ada mana-mana pihak yang sengaja "menjolok sarang tebuan" di sini. Siapa yang gatal mulut untuk meminta Uskup dari Vatican itu untuk bersuara?

Pada penulis, jika Marino mahu bersuara sekalipun bagi pihak Kristian, dia patut bersikap adil dan sedar diri. Dia tidak wajar untuk mencampuri urusan hal ehwal agama Islam dan perlembagaan negara ini, khususnya tentang hal keistimewaan Islam di Malaysia.

Isu ini sangat sensitif. Khabarnya sebuah gereja pernah dibakar akibat isu yang diperjuang oleh Ambiga, Majlis Peguam dan beberapa pemimpin politik tertinggi DAP ini. Dan kini Marino mahu menjadi sebahagian dari mereka?

Sedarkah Marino di mana dia sedang bertapak sekarang? Tahukah dia bahawa Malaysia ini majoriti penduduknya beragama Islam, khususnya di Semenanjung Malaysia?

Tahukah Marino bahawa umat Islam di negara ini sudah bertolak ansur berkenaan isu ini di Sabah dan Sarawak? Suku dari rakyat Sabah dan separuh dari masyarakat Sarawak beragama Kristian, tapi umat Islam mampu bertoleransi di sana demi menjaga keharmonian beragama di negeri-negeri itu.

Kini Marino mahu ia dilaksanakan di Malaysia pula? Sudah diberi betis, Marino mahu paha? Apa Marino fikir Kristian itu agama rasmi di negara ini?

Pada hemat penulis, Marino tahu tentang sensitiviti mengenai isu ini. Sudah tentu dia diberitahu mengenainya. Namun mengapa dia masih lagi mahu mencabar perasaan umat Islam dan keistimewaan Islam di Malaysia? Dia mahu bermain dengan "api", kah?

Penulis ingin mengingatkan Marino bahawa dia bebas untuk mengamalkan Kristian di Malaysia. Itu haknya sebagai penganut Kristian. Tiada halangan untuk itu. Tapi jangan sesekali mencabar keistimewaan Islam dan mencetus api kemarahan umat Islam. Buruk padahnya nanti.

Penulis mahukan penjelasan dari kedutaan Vatican itu bagi kenyataannya yang biadap itu. Jelaskan dan minta maaf segera. Jika gagal, tak kiralah dia Uskup atau Pope sekalipun, dia wajar dihalau pulang ke Vatican serta merta sebelum umat Islam di Malaysia "naik angin".

"Lakum dinukum waliyadin". Kristian boleh diamalkan di Malaysia, tapi jangan sesekali usik Islam dan keistimewaannya di bumi Tanah Melayu ini!


Sementara itu, Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini, mendesak kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Archbishop Joseph Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengutuk keras kenyataan Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino yang menyokong pendirian Persekutuan Kristian Malaysia bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian di negara ini.

Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal itu kerana kalimah Allah hanya eksklusif untuk umat Islam dan hak tersebut sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Jati, Perkasa dan pertubuhan-pertubuhan Islam lain mahu Marino menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh tujuh hari atau membuat penafian jika berita berkenaan tidak benar.

"Sekiranya Duta Vatican ini gagal berbuat demikian, kami daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mendesak kerajaan supaya satu tindakan paling tegas diambil terhadapnya.

"Kami mahu kerajaan menutup segera pejabat Duta Vatican di Malaysia dan duta tersebut perlu diusir keluar dari negara ini," katanya dalam sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali.

Hasan berkata, kerajaan wajar bertegas dalam perkara tersebut memandangkan duta berkenaan telah menyentuh hak paling eksklusif dimiliki umat Islam negara ini.

"Apa maknanya jika duta tersebut menyokong penganut Kristian menggunakan kalimah Allah serta menyokong kalimah Allah digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu," ujarnya.

"Apa yang dilakukan oleh duta ini benar-benar menyinggung perasaan umat Islam kita di sini. Oleh itu, saya meminta setiap umat Islam termasuk teman-teman dari UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bangkit menentang kenyataan duta tersebut,'' ujarnya.

Sementara itu, Ibrahim ketika mengulas isu sama mahu kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan ketegasannya kerana isu tersebut menyentuh kepentingan serta hak umat Islam negara ini.

"Saya amat berharap Perdana Menteri tunjukkan ketegasannya dengan tidak bertoleransi dalam isu-isu sebegini," katanya.

Suara Politik
Belantan

Zahid smash GOBINDog DAP di Parlimen!

Posted: 12 Jul 2013 10:19 AM PDT



Persidangan Dewan Rakyat pada hari ini kembali mencuri perhatian apabila berlaku sedikit kekecohan dan pertikaman lidah yang melibatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Isu bermula ketika Zahid selaku menteri yang bertanggungjawab menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat ketika seisi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.

Sengaja ingin mencetuskan pertikaian, anak lelaki Karpal itu bangun untuk memohon pencerahan sambil mempertikaikan perlantikan dan menuduh beliau tidak layak untuk menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri. Ahli Parlimen yang mewakili DAP itu turut bertindak biadab dan sengaja melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat ketika meminta penjelasan.

"Adakah kamu ugut dia, adakah kamu ugut dia, adakah kamu ugut dia?" jerit Gobind berulang kali.

Walaupun diasak berulang kali, Zahid tetap tenang menjawab persoalan yang dibangkitkan itu. Malah beliau turut mempertikaikan dan menempelak tindakan Gobind itu, kerana mempunyai kepentingan peribadi.

"Kes itu bukan kes jenayah tetapi kes sivil. Untuk pengetahuan dewan yang mulia, (ahli parlimen) Puchong ini ada kepentingan peribadi kerana menjadi peguam bela…laporan polis tersebut dibuat pada 2006, saya bukan Menteri Dalam Negeri (ketika itu)," katanya.

Zahid kemudiaan membidas Gobind kerana menyalahgunakan dewan apabila membangkitkan kes itu, sebaliknya isu berkenaan diselesaikan menerusi prosedur undang-undang di mahkamah.

"Kita jumpa di mahkamah," kata Ahmad Zahid.

Tidak berpuas hati tindakan Gobind itu yang dilihat sengaja ingin menimbulkan suasana tegang, ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional bangkit dan mempertikaikan kewajaran itu sehingga menyebabkan persidangan pada petang itu kecoh hampir 15 minit.

Antaranya Ahli Parlimen Kepala Batas, Dato Seri Reezal Merican yang membangkitkan Peraturan Mesyuarat bagi meminta Speaker Dewan Rakyat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, 35 (6) menetapkan "Seseorang ahli tidak boleh bercakap berkenaan dengan apa-apa perkara yang ada dalamnya faedah kewangan yang tepat bagi dirinya jika tidak diterangkannya sebanyak mana faedah bagi dirinya dalam perkara itu."

Gobind membangkitkan isu mengenai tindakan saman yang difailkan oleh Amir Bazli Abdullah terhadap Zahid yang dikatakan telah menumbuk muka anak guamannya kerana dikatakan telah melarikan anak perempuan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Gobind menyalahgunakan kepentingan Parlimen untuk kepentingan firma guamannya yang menyaman Zahid dalam satu pertikaian sivil.

Suara Politik
Belantan

Parlimen Gamat Bila “Budak Baru” Disekolahkan Rahman Dahlan!

Posted: 12 Jul 2013 07:16 AM PDT


Memang menarik sidang Dewan Rakyat hari ini apabila menyaksikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan "menyekolahkan" Ahli Parlimen Sepang (PAS), Hanipa Maidin, sehingga tergagap-gagap di Parlimen.

Hanipa cuba membangkitkan soal isu perumahan di Taman Permata yang terletak di negeri Selangor. Rumah-rumah di Taman Permata itu mengalami keretakan serius dan KPKT sebelum ini berjanji akan menyediakan 400 buah rumah bagi menggantikan kerugian penduduk di kawasan itu.

Katanya, Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor sudah memberikan sebanyak 18 ekar tanah pada KPKT, namun kementerian itu dikatakan tidak melakukan sebarang tanda memulakan projek perumahan teres di tanah yang diberikan.

Hanipa mendesak supaya Menteri KPKT selesaikan masalah tersebut dengan segera. Kononnya dia perjuangkan hal rakyat dan tidak berpolitik apabila membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat…

Menariknya, Menteri KPKT begitu "steady" dalam menangani kerenah Hanipa yang merupakan "budak baru" di dalam Parlimen dan cuba bermain politik dengan menggunakan nama rakyat.

Sudahlah baru dapat kerusi dalam Parlimen, terkinja-kinja mahu diberi ruang dan tidak hormat pada Speaker Dewan hingga ditegur beberapa kali. Nama saja peguam, tapi tak tahu bersopan dan ikut tatacara di dalam Parlimen? Tak bertamadun sungguh!

Menjelaskan kedudukan sebenar pada Ahli Parlimen Sepang itu, Abdul Rahman memberitahu memang benar Kerajaan pimpinan Khalid Gagap ada memberi sebanyak 18 ekar tanah untuk dibina 400 rumah teres.

Malangnya, Hanipa tidak diberitahu oleh Khalid Gagap bahawa tanah 18 ekar yang diberikan itu merupakan kawasan takungan sumber air Selangor di Sungai Langat. Macam mana KPKT nak bina rumah teres di kawasan takungan air?

Malah tanah itu juga didapati terlibat dengan projek penebatan banjir. Maksudnya, jika dibina 400 buah rumah teres, maka kawasan itu akan menjejaskan kawasan tebatan banjir dan air sungai boleh melimpah ke taman perumahan itu pada bila-bila masa.

Apakah Hanipa sebagai Ahli Parlimen Sepang sanggup bertanggungjawab jika 400 buah rumah itu ditenggelami banjir dan menahan kemarahan para penduduk di kawasan tersebut? Saya yakin Kerajaan BN tidak sebodoh Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor untuk menzalimi rakyatnya…

Fakta dari Menteri KPKT itu juga menyatakan bahawa tanah 18 ekar tanah itu juga merupakan laluan paip-paip gas bawah tanah. Sesuaikah dibina taman perumahan di atas tanah itu? Baru saja mahu dipasang cerucuk, sudah ada yang mati terkena letupan paip gas. Hanipa nak tanggung?

Paling mengejutkan, Hanipa tidak terbayangkah sebesar mana tapak tanah seluas 18 ekar itu? Berapa buah rumah yang dapat dibina dalam kawasan seekar tanah? Hanipa sudah periksa? Kalau belum, tak payahlah menyalak di Parlimen!

Untuk keluasan 1 ekar tanah, ia hanya boleh memuatkan sebanyak 12 buah rumah saja. Itu pun rumah yang agak sempit dan sederhana. Dengan 18 ekar tanah yang diberikan Khalid Gagap pada KPKT, berapa buah rumah yang boleh dibina? Hanipa kira sendirilah…

Pada saya, dalam isu yang membabitkan kepentingan rakyat ini, saya melihat bagaimana permainan zalim yang cuba dimainkan oleh Kerajaan pimpinan Khalid Gagap, Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor dan Hanipa sendiri.

Kononnya permainan mereka ini mahu mengenakan Kerajaan BN di peringkat Pusat dan sengaja mahu mempermain-mainkan hati rakyat Selangor. Tapi permainan mereka tidak menjadi dan teruk pula "dibelasah" di Parlimen!

Tahniah saya ucapkan pada para penduduk di Taman Permata kerana berikan undi pada Pakatan Haram pada PRU ke-13 yang lalu dan mempertahan jajahan Khalid Gagap di Selangor. Sudah sedar diri dipermainkan Pakatan Haram atau belum?

Dan sekalung tahniah juga saya ucapkan pada Abdul Rahman Dahlan kerana berjaya "sekolah"kan Hanipa Maidin yang menyerbu "tak pakai helmet"! Harapnya "budak baru" itu buat "homework" sebelum dimalukan di Parlimen pada masa yang akan datang…!!!

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 12 Jul 2013 11:18 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


CINA GAMPANG Sudah Mula Naikan Harga Ayam...

Posted: 12 Jul 2013 02:01 AM PDT


BELUM sampai pun lagi seminggu umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan ini namun ada perkhabaran yang membingungkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Ayam. Harga ayam yang tiba-tiba melambung tinggi umpama harga emas apabila masuknya hari pertama umat Islam berpuasa.

Jika sebelum ini harga ayam dipasaran hanya sekitar RM6.80 - RM7.00 sekilogram, namun sejak semalam 1 Ramadhan harga ayam di pasar-pasar basah seluruh negara naik kepada antara RM8.50 - RM9.00 sekilogram. Gila memang gila. Asal ada sambutan perayaan bagi umat Islam dan Melayu pasti harga ayam melambung tinggi bagaikan harga bagi ayam sudah tidak dapat dikawal lagi.

Apa yang perlu kita buat...??? klik sini

Panglima Perang Cyber

Posted: 12 Jul 2013 11:10 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Nampaknya PAS Keseorangan Tanpa PKR DAP di PRK Kuala Besut Seperti Laporan Bergambar Ini

Posted: 12 Jul 2013 10:54 PM PDT


Semalam tidak nampak kelibat Anwar Ibrahim. Lim Kit Siang juga tidak hadir.

Semalam ceramah ketua pemuda dua parti tersebut juga tidak hadir.

Azmin Ali juga sudah mula menyerang kelayakan calon PAS yang rendak kelulusan akademiknya. Nampak PAS akan keseorangan tanpa bantuan DAP PKR di sini yang juga tidak menjadi tempat yang boleh dimenangi oleh PAS.

Adakah ini kerana perlantikan Husam Musa oleh Hj Hadi demi menguburkan kerjaya politik bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan tersebut ???

Baca laporan media massa di bawah :





KUALA BESUT 12 Julai - Ketika pakatan pembangkang mencanangkan kesepakatan untuk memberi tentangan sengit pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kelesuan majlis pelancaran jentera Pemudanya malam tadi memberi gambaran sebaliknya.

Malah, majlis yang disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan di Kampung Nail itu hanya dihadiri pemimpin daripada parti itu tanpa kehadiran rakan-rakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Kira-kira 300 orang menghadirinya, kebanyakannya adalah golongan yang telah berusia, tanpa banyak kelibat golongan muda dan suasana itu menimbulkan tanda tanya.

Majlis itu juga dihadiri Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan beberapa Exco Pemuda Pas Pusat.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Nasrudin hanya menyampaikan salam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin dan memaklumkan keuzuran Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Teo Kok Seong.
Nasrudin berjanji untuk memastikan jentera Pemuda pakatan pembangkang bekerja keras untuk membantu kemenangan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof pada PRK yang bakal berlangsung.

"Kita bukan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tetapi kita belum menang, kalah adalah angkat tangan dan serah diri tetapi kita masih meneruskan perjuangan untuk mencapai kemenangan, jadi kita pemuda pakatan pembangkang akan turun berjuang habis-habisan untuk mencapai kemenangan," katanya.

Tambahnya, PRK tersebut amat penting bagi membawa perubahan kepada landskap politik Terengganu dan Pusat.

Katanya, majoriti undi popular yang diperoleh pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu akan memberikan kesan kepada pilihan raya kecil tersebut.

"Saya percaya inilah satu medan yang sengit bagi kedua-dua parti yang bertanding namun saya yakin kita akan mencatatkan kemenangan dan membawa perubahan yang besar di negeri ini," katanya.

Ketua Penerangan UMNO @AhmadMaslan Nafi Dakwaan PAS Boleh Perintah Terengganu Jika Menang PRK Kuala Besut

Posted: 12 Jul 2013 10:36 PM PDT

Video Bai'ah Sumpah Calon PAS #PRKKUALABESUT Dengan Haji Hadi Awang Atas Pentas - Kerana Bekas Ahli Umno ???

Posted: 12 Jul 2013 09:56 PM PDT


Video oleh Blogger Din Turtle 


"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat. 

"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini." - Baiah yang dilakukan Che Long dipentas ceramah politik di Kuala Besut.




Calon PAS Che Long adalah bekas ahli UMNO. Nampak PAS tidak percaya dengan kesetiaan beliau sehingga terpaksa membuat Baiah untuk mengikatnya. Lebih teruk dari itu ia dilakukan di khalayak ramai, dengan disaksi dan dirakam videonya. Apakah yang mahu disampaikan berhubung tindakan ini ? 

Adakah kerana Azlan juga rakan rapat Husam Musa lalu ia mahu dijadikan tamparan hebat kepadanya ? 

Perlantikan Husam Musa juga dilihat salah satu cara Hj Hadi mahu memadamkan terus pengaruh Husam dan tidak mustahil demi mengangkat imej Husam maka berjuta wang akan turun ke bumi Kuala Besut menjelang hari pengundian.

Patutlah semalam muka Che Long begitu pucat gara-gara telah bersumpah yang dibuat untuk memastikan beliau tidak melompat sedangkan kita tahu sesiapa pun tidak boleh dipaksa jika sudah melihat partinya jauh menyimpang dari jalan dan perintah Allah Maha Esa.

Tengku Zaihan Ada Kelebihan - Bekas Adun Kuala Besut

Posted: 12 Jul 2013 08:00 PM PDT

'Abe Ku ada kelebihan' - Metro

Jertih: "Dulu saya pun muda, baru 34 tahun ketika dilantik calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tahun 1979.

"Sebab itu bila Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, diumum calon Barisan Nasional (BN) PRK DUN Kuala Besut, pada usianya yang lebih kurang saya dulu, saya yakin sejarah boleh berulang," kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu selama lima penggal (1979-1999) Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman.


Menurutnya, BN mempunyai kelebihan memenangi kerusi itu kerana menampilkan calon 11 tahun lebih muda berbanding calon PAS Endut @ Azlan Yusof, 48.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Besut berkata, usia yang masih segar membolehkan Tengku Zaihan atau lebih mesra disapa Abe Ku bekerja kuat untuk memenuhi aspirasi golongan belia.


Beliau berkata demikian pada majlis pengagihan Dana Bakti Remaja di Kampung Baharu, Kuala Besut di sini.

Media Ikhwanul Muslimin Dakwatuna.com Menjalankan Propaganda Palsu Isu 27 Tentera Mesir Dibunuh ???

Posted: 12 Jul 2013 07:51 PM PDT

Panglima : mungkin berita ini boleh memberi sedikit tambahan kepada bacaan kita hari ini. Mungkin ia mempunyai pandangan yang ada hujjahnya tersendiri. Perkara paling menarik ialah kisah Syiah yang dibantai oleh Saddam Hussein dan kisah Muammar Gaddafi yang menjadi imam solat. Teruskan membaca dan berikan komen anda !



Fitnah Mesir1
Setelah Ikhwanul Muslimin dengan Media Massanya mempropagandakan kebiadaban Qaddafi dan Assad dan membuat Perang Saudara di sana, sekarang Mesir gilirannya.
Inilah berita-berita yang hanya ada di jaringan Media Ikhwanul Muslimin. Berita hanya dari 1 sisi. Tidak memuat sisi lain yaitu pihak pemerintah. Sumbernya pun tidak jelas. Tidak ada nama dan alamat sama sekali. Tidak ada Tabayyun kepada pihak yang difitnah, dalam hal ini Militer Mesir.
Fitnah Mesir2

27 Tentara Dieksekusi Mati Karena Menolak Menembaki Demonstran

Ekskusi Mati Tentara (inet)
dakwatuna.com - Dalam sebuah pembicaraan telepon dengan stasiun CNN, ayah seorang perwira militer mengatakan bahwa anaknya termasuk korban yang meninggal dunia. Menurut keterangan pihak militer, anaknya termasuk korban tindakan kekerasan demonstran pendukung Mursi.
Ayah tadi menyebutkan bahwa dirinya telah mengirim pesan singkat, SMS kepada anaknya di tengah malam agar tidak terlibat membunuhi para demonstran damai, dan dia mengiyakan. "Insya Allah, aku tidak akan membunuh seorang pun," demikian dia menirukan.
Kebenaran terungkap ketika salah seorang rekan anaknya menginformasikan bahwa anaknya dieksekusi mati bersama 27 tentara lainnya karena tidak mentaati instruksi menyerang para demonstran. (msa/dakwatuna)
Saya coba cari foto Eksekusi Mati Tentara (inet):
ekskusi-mati-320x160
Ternyata itu adalah Foto  Fotografer Mohammed Ballas, 3rd prize, Spot News di tahun 2006. Padahal peristiwa Kudeta Mursi ini kan Juli 2013? Jelas ini fitnah. Silahkan lihat:
Fitnah Mesir3
Foto di atas terjadi di Jenin, Palestina, 13 Agustus 2006 di mana seorang Kolaborator ditembak mati. Lihat pakaiannya itu bukan seragam tentara Mesir:
http://www.guardian.co.uk/slideshow/page/0,,2009854,00.html (lihat foto no 4 dan arahkan panah mouse ke foto untuk melihat teksnya)

Saat digoogle pun dengan keyword: 27 tentara mesir dieksekusi
Beritanya cuma ada di Dakwatuna. Ada satu lagi di blog di bawahnya, tapi beritanya sama dengan sumber: Dakwatuna!
Fitnah Mesir4
Saya coba cari di CNN dengan keyword: 27 egypt soldiers executed cnn
Fitnah Mesir6
Lagi-lagi berita tersebut tidak ada di CNN. Yang ada berita Desember 2011. Tapi kita tahu saat itu Mursi bahkan belum dilantik jadi Presiden!
Ini menambah daftar dusta "Media Islam".
Sebelumnya Qaddafi mereka fitnah. Mereka demonisasi sehingga Qaddafi terlihat bagaikan monster:
Fitnah satu lagi adalah bahwa Khaddafi mengaku sebagai Tuhan seperti FIr'aun. Fitnah yang klise!
Padahal Khaddafi ini Muslim Sunni (Maliki) dan masih sholat. Bahkan sebagai Imam!
K. H. Muhammad Arifin Ilham Alhamdulillah, sudah 3 X ke Libya, & 2 X sholat berjamaah di lapangan Moratania & Lapangan Tripoli sholat berjamaah yg dihadiri 873 ulama seluruh dunia & rakyat Libya, dg Imam langsung Muammar Qoddafy, bacaan panjang hampir 100 ayat AlBaqoroh, sbgn besar jamaah menangis, sebelumnya syahadat 456 muallaf dari suku2 Afrika, & dakwah beliau sll mengingatkan ttg ancaman Zionis & Barat, Pemimpin Arab boneka AS, selamatkan Palestina, Afghan & Irak…inilah kesanku pd almarhum, sahabatku FIllah.
FB Arifin Ilham Qaddafi
FB Arifin Ilham Qaddafi
Banyak foto2 palsu yg katanya kaum Sunni korban kebiadaban Assad, ternyata itu kaum Syi'ah yg dibantai di Iraq, Afghanistan, dsb. Misalnya foto-foto pembantaian di tempat lain seperti di Gaza, Iraq, dan Afghanistan sebagai korban pembantaian Assad. Bahkan korban gempa pun dibilang sebagai korban kekejaman Assad. Silahkan lihat:
Contoh ini foto yang diklaim sebagai pembantaian kaum Sunni di Houla tahun 2011:
Foto Asli Pembataian di Iraq
Ternyata itu foto pembantaian kaum Syi'ah di Iraq tahun 2003 oleh Saddam Hussein:

Al Musayyib, Iraq – May 27, 2003

An Iraqi child jumps over a line of hundreds of bodies, in a school where they have been transported from a mass grave, to be identified. They were discovered in the desert in the outskirts of Al Musayyib, 40 km south of Baghdad. It has been estimated that between 10,000 and 15,000 Iraqis had been reported missing in the region south of Baghdad. People have been searching for days for identity cards or other clues among the skeletons to try to find the remains of brothers, fathers, mothers, sisters and even children who disappeared when Saddam's government crushed a Shi'ite uprising following the 1991 Gulf War.
Foto itu dijadikan bukti Kekejaman Assad dan jadi alasan guna menimbulkan Fitnah Perang Suriah yang menelan 100 ribu korban termasuk 40 ribu tentara Suriah dari Maret 2011 hingga sekarang.
Itu namanya Fitnah. Dusta itu ciri orang munafik. Jadi jangan lakukan itu.
Jadi kita harus hati-hati menerima berita. Meski blognya memakai nama Islam / Berbau2 Islam, tapi prinsip Islam seperti Jujur, Adil, dan Tabayyun kepada pihak yang difitnah sama sekali tidak ada.
Inilah hasil fitnah mereka:

Syeikh Mardud 
Jendral Asisi adalah anak buah Mubaroq bin Fir'aun yang bersifat Fasis dan Dholim ingin mengembalikan kekuasaan dan kenikmatan korupsi dari Era Mubaroq bin Firaun. Jadi tidak perlu dibahas dengan hukum dan intelektualiatas mereka akan ketawa lebar . Hanya satu kata jawaban yang tepat : L A W A N ! secara terus menerus sampai titik darah terakhir. Lihat di Afghanistan sekarang si NATO dan Si AMRIK sudah kedodoran dan mau ngacir karena jemu, capek dan gentar !!! Teruskan Perlawanan tanpa henti, MERDEKA !!!

Anton Budhiono: tp kan katanya yg mengkudeta adaah militer yg didukung barat sama kaum sekuler dan kristen koptik plus imam al azhar yg merupakan kroni-kroni dari hosni mubarak
GC: Anak haram demokrasi (kudeta) membunuh 42 orang dan 322 luka-luka.. militer dan Liberal lebih sadis dari Firaun..
Allah mengutuk orang yang banyak berbohong:
"Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta" [QS Adz Dzaariyaat:10]
Siksa yang pedih di neraka disediakan bagi para pendusta:
"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta." [Al Baqarah:10]
"Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa" [Al Jaatsiyah:7]
Jika sering berdusta, maka itu akan menyeretnya ke neraka:
"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke surga. Selama seorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta (pembohong). (HR. Bukhari)
Dusta adalah satu ciri orang Munafik:
Nabi Muhammad SAW: "Tanda-tanda orang munafik ada tiga, yaitu bila berbicara dusta, bila berjanji tidak ditepati, dan bila diamanati dia berkhianat. "(HR. Muslim)
"Seorang mukmin mempunyai tabiat atas segala sifat aib kecuali khianat dan dusta. (HR. Al Bazzaar)


Jati, Perkasa kutuk keras Duta Vatican Marino Sokong Kalimah Allah dan Minta Usir Dari Malaysia

Posted: 12 Jul 2013 07:43 PM PDT

Hasan Ali (kiri) dan Aidit Ghazali (tengah) serta Ibrahim Ali dalam sidang akhbar mengutuk kenyataan Bishop Joseph Marino berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 12 Julai - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengutuk keras kenyataan Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino yang menyokong pendirian Persekutuan Kristian Malaysia bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian di negara ini.

Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal itu kerana kalimah Allah hanya eksklusif untuk umat Islam dan hak tersebut sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Jati, Perkasa dan pertubuhan-pertubuhan Islam lain mahu Marino menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh tujuh hari atau membuat penafian jika berita berkenaan tidak benar.



"Sekiranya Duta Vatican ini gagal berbuat demikian, kami daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mendesak kerajaan supaya satu tindakan paling tegas diambil terhadapnya.

"Kami mahu kerajaan menutup segera pejabat Duta Vatican di Malaysia dan duta tersebut perlu diusir keluar dari negara ini," katanya dalam sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali.

Hasan berkata, kerajaan wajar bertegas dalam perkara tersebut memandangkan duta berkenaan telah menyentuh hak paling eksklusif dimiliki umat Islam negara ini.

"Apa maknanya jika duta tersebut menyokong penganut Kristian menggunakan kalimah Allah serta menyokong kalimah Allah digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu," ujarnya.

"Apa yang dilakukan oleh duta ini benar-benar menyinggung perasaan umat Islam kita di sini. Oleh itu, saya meminta setiap umat Islam termasuk teman-teman dari UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bangkit menentang kenyataan duta tersebut,'' ujarnya.

Sementara itu, Ibrahim ketika mengulas isu sama mahu kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan ketegasannya kerana isu tersebut menyentuh kepentingan serta hak umat Islam negara ini.

"Saya amat berharap Perdana Menteri tunjukkan ketegasannya dengan tidak bertoleransi dalam isu-isu sebegini," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130713/dn_02/Jati-Perkasa-kutuk-keras-Marino#ixzz2YtBAhHJ4
© Utusan Melayu (M) Bhd


Panglima : jangan sesekali ada pihak cuba menjadikan isu ini sebagai isu yang boleh mencetuskan pergaduhan antara agama di Malaysia. Kita tahu usaha sebegini sentiasa ada dan akan berterusan sepanjang masa namun ia tidak perlu untuk dibangkitkan ketika umat Islam sedang melaksanakan ibadat bulan Ramadhan. Harap kita dapat tentang dan bantah sekerasnya perkara ini hingga mereka menyuarakan kemaafan.

Media sosial bakal mempengaruhi kemenangan calon di Kuala Besut | Temuramah Astro Awani bersama Aktivis Media @Eizwan

Posted: 12 Jul 2013 03:57 PM PDT

Media sosial bakal memainkan peranan penting dalam penentuan kemenangan calon di Kuala Besut kerana 55 peratus pengundi di sana adalah pengundi muda. Tulis portal Astro Awani.
Semalam sahabat saya juga aktivis sosial saudara Eizwan Abdullah telah ditemuramah oleh Astro Awani untuk memberi pandangan tentang hal ini.



Pandangan beliau boleh dilayari di link portal Astro Awani di bawah.



Secara tidak langsung media memberi pengiktirafan terhadap pengamal media sosial dengan meminta mereka 'bersuara' di udara. Khususnya di saat PRK Kuala Besut yang menjadi tumpuan semua parti politik ketika ini.


Dulu dua tahun lalu ada rakan juga menawarkan kepada Panglima untuk bersiaran di Astro Awani namun belum lagi bersedia kerana faktor identiti panglima yang belum lagi tiba masa dibuka 'topengnya'

Biarlah blog ini menjadi suara maya yang boleh diikuti mereka yang mahu membaca apa yang ada di minda saya. Dengan kadar anggaran 150 ribu sebulan pembaca tetap blog panglima yang kini mencecah 4.6 juta, ia satu jumlah sangat besar di dalam memberi kesan kepada pemikiran pembaca.

Boleh jadi mereka yang datang merupakan seorang Ulama, Menteri, Kerani, KSU, Setpol atau pemandu teksi yang menjadi ahli Umno Pas Pkr dan Dap.

Jika keadaan mengizinkan tidak mustahil pelawaan sebegini akan diterima pada masa akan datang.

Tidak kisah jika ramai tidak kenal siapa di belakang blog ini kerana tidak ada sebaran bahan fitnah di sini selain kritikan membetulkan keadaan demi kebaikan semua pihak termasuk parti Umno sendiri.

Selamat menyambut Ramadhan hari ke-4 dan mari banyakkan beristigfar di separuh permulaan pertama perjalanan kerohanian melalui kewajipan ini.

Ibadat dilakukan atas dasar cinta Allah akan dirasa nikmatnya setiap ketika kita sedang melaksanakannya. Semoga ia dimiliki dan dipenuhi dalam hati kita semua. Hendak mencintai Allah kenalah bersama ulama hakiki keturunan Nabi bukan ulama label parti yang ubah fatwa bila dilihat tidak sesuai dengan parti bukan kehendak Allah Taala itu sendiri.

Tahniah kepada sahabat Eizwan Abdullah yang memberi pandangan bernas sebagai penganalisis media sosial yang sangat aktif memberi penjelasan isu semasa di akan siber dengan cara beliau yang bersih dari kata dusta dan caci hamun penuh emosi yang jelas ia bukan sifat mukmin sejati.

Gambar dua hari lepas bersama Eizwan Abdullah di sebuah hotel Kota Bharu


Kita harap lebih ramai aktivis yang berhati-hati menulis dengan menggunakan fakta yang tepat dan juga bahasa yang tidak kesat!

Wassalam.

Sent from my iPhone

BN berpeluang menang besar di PRK Kuala Besut

Posted: 12 Jul 2013 07:24 AM PDT


PRK Kuala Besut: BN Berpeluang Menang Besar


PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini dilihat memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dari berbagai aspek. Kuala Besut mempunyai 17,638 pengundi dengan majoriti Melayu. Oleh yang demikian pertandingan adalah antara UMNO dan PAS. Dalam PRU-13 yang lalu, BN telah memenangi kerusi ini dengan majoriti yang agak selesa iaitu 2,434. 

Memahami kehendak rakyat masa kini yang inginkan perubahan, BN meletakkan calon muda dan berpendidikan tinggi iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang juga merupakan anak jati Kuala Besut. 

Tengku Zaihan berusia 37 tahun merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Korporat. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM). Bapa beliau adalah seorang guru agama dan amat dikenali oleh penduduk kawasannya. Dengan latarbelakang keluarga dan pekerjaannya, pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon langsung tidak mengejutkan masyarakat setempat. 

Tengku Zaihan juga mempunyai sifat rendah diri dan mudah mesra sepertimana kebanyakan 'orang-orang pantai' iaitu gelaran yang diberi kepada masyarakat di situ. 

Selain faktor calon, BN juga dilihat mempunyai kelebihan dari segi isu-isu semasa. Perkembangan selepas PRU-13 menunjukkan bahawa ramai orang-orang PAS mula kembali ke bumi nyata dan menyedari permainan DAP. Melalui keputusan PRU itu, jelas terbukti bahawa DAP langsung tidak mengundi PAS dan hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina. 

Perlu diingatkan juga bahawa Terengganu merupakan tempat bermulanya perpecahan umat Islam yang bertitik-tolak dari Amanat Haji Hadi, pemimpin PAS negeri itu. Amanat tersebut telah mengkafirkan UMNO kerana dikatakan menggunapakai perlembagaan penjajah yang sekular kerana memisahkan agama dengan politik. 

Walaubagaimanapun, isu pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur yang sedang hangat diperkatakan kini telah memaksa PAS akur bahawa UMNO dan perlembagaan UMNO bukan kafir. Malah UMNO dan perlembagaan itulah yang memastikan agama Islam berada di kemuncak tertinggi di dalam negara ini. 

Namun, DAP terus menerus mencabar kedudukan agama Islam dan Melayu yang mana menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa 'terganggu' dan 'cuak' untuk terus memberi sokongan kepada PAS selagi parti itu bekerjasama dengan DAP. 

Justeru, kita menyangka BN tidak punya masalah untuk menang besar dalam PRK ini andainya jentera parti bijak mengenengahkan isu-isu semasa seperti ini, selain isu-isu setempat yang dekat dengan masyarakat Kuala Besut. 

Keputusan PAS meletakkan seorang kontraktor iaitu Azlan Yusoff, dilihat tidak akan berjaya menggugat BN. Azlan berumur 48 tahun lebih dikenali dengan panggilan 'Che Long' oleh penduduk tempatan pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah itu. 

Dari apa yang tersebar di internet, PAS nampaknya menjulang Azlan sebagai 'orang kaya' sebagai justifikasi kepada pencalonannya. Kita tidak faham bagaimana 'kaya' boleh dijadikan modal politik untuk meyakinkan rakyat bahawa calon tersebut berwibawa. 

Malah, oleh kerana Azlan menjadi kaya melalui perniagaannya sebagai kontraktor (Kelas A), ramai yang tertanya-tanya projek apa atau tender apa yang telah melonjakkan Azlan sebagai orang kaya. Bukan kita tidak tahu bahawa kontraktor merupakan sejenis perniagaan yang paling mudah terdedah kepada berbagai jenis 'kotoran'. Azlan juga hanya berpendidikan SPM yang mana meletakkan beliau jauh di belakang dari calon BN. 

Berdasarkan semua maklumat ini, tidak hairanlah jika kita melihat gelombang di Kuala Besut semakin hari semakin 'biru' warnanya. Semoga keputusan PRK nanti turut memantulkan kebiruan laut di pantai Terengganu.

@HjHusamMusa dilantik pengarah #PRKKualaBesut Untuk Memadamkan Pengaruhnya ?

Posted: 12 Jul 2013 07:15 AM PDT

Husam Musa diLantik Pengarah PRK Supaya Tak Merajuk Lagi

Perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut dilihat sebagai tindakan PAS untuk memujuk hatinya yang masih lagi tidak dapat menerima kekalahan dalam PRU lalu serta terlepas jawatan dalam kabinet Kelantan.

PAS sebenarnya tidak menaruh harapan tinggi terhadap kerusi Kuala Besut yang disandang oleh UMNO. Maka, tidak hairanlah parti tersebut sanggup meletakkan Husam sebagai Pengarah PRK walaupun tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Husam merupakan antara 'parasit' di dalam PAS yang disebut-sebut oleh Datuk Hassan Ali.

Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa Husam adalah orang Anwar dan membawa aspirasi Anwar. Kewujudan beliau di dalam PAS hanyalah untuk memesongkan orang-orang PAS agar menerima aspirasi Anwar. Namun kini, warna sebenar Husam telah terserlah dan beliau tidak mampu lagi menyamar sebagai pendokong perjuangan PAS sebenar.

Ini adalah antara sebab utama beliau diketepikan dari sebarang jawatan.

Husam yang kecewa dengan nasib yang menimpa dirinya telah bertindak meragam bagai anak kecil. Beliau dikatakan dengan sengaja memboikot Majlis Persaraan Nik Aziz sebagai usaha 'menunjuk perasaan' akibat tidak terlantik EXCO. Malah, Husam juga dikhabarkan beberapa kali mengambil sikap 'kurang wajar' dengan mengkritik PAS secara terbuka. Beliau seolah-olah menuduh PAS menikam belakangnya.

Justeru, bagi mengelak Husam memperbesarkan masalah yang kecil, PAS mengambil keputusan melantik beliau sebagai Pengarah PRK Kuala Besut. Dengan cara ini, beliau merasakan yang beliau masih mempunyai peranan penting dan masih lagi dihargai oleh parti.

Namun, tidak pasti berapa lama taktik memujuk ini akan berjaya menenangkan Husam. Yalah, Pengarah PRK bukanlah satu tugas tetap, dan selepas PRK ini berlalu Husam akan kembali menjadi 'nobody'.

Pada waktu itu, Husam mungkin akan kembali meragam dan PAS perlu pantas mencari jalan untuk menenangkan Husam selamanya.

Tsunami Cina : DAP Takut Mengakuinya Angkara Hasutan Mereka

Posted: 12 Jul 2013 07:13 AM PDT

DAP TAKUT TINDAK BALAS TSUNAMI CINA

Pembangkang terutamanya, Dap masih menolak teori Tsunami Cina yang menyebabkan jumlah kerusi Parlimen melonjak secara mendadak pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Dap bermati-matian menolak andaian berlakunya Tsunami Cina dan sebaliknya menyatakan apa yang berlaku sebenarnya adalah Tsunami Malasia.

Jika diminta seorang budak sekolah darjah enam melihat statistik mudah yang menunjukkan peralihan besar undi Cina kepada Dap dan parti pembangkang, sudah tentu budak berusia 12 tahun itu akan dapat mengesan fenomena Tsunami Cina itu.

Dap gentar dikaitkan dengan pengkhianatan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional kerana takut dilabelkan sebagai parti rasis.



Dalam usaha untuk mengaburi mata orang Melayu, imej sikap perkauman yang tebal tentu akan merosakkan strategi untuk merampas kuasa daripada tangan Melayu pada PRU14 kelak.

Oleh kerana itu Dap berusaha keras untuk meminimakan impak negatif Tsunami Cina dengan menafikannya.

Antara logik bodoh yang diberi pembangkang ialah pengundi Melayu juga beralih kepada pembangkang.

Dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia, peralihan atau 'swing' undi Melayu sememangnya ada.

Umpamanya ketika Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998, Umno dan Barisan kehilangan beberapa kerusi sehingga pembangkang mampu merampas sejumlah 31 kerusi di Parlimen dalam PRU10 pada 1999.

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, BN mencapai kejayaaan paling besar dalam sejarah dengan merangkul 198 kerusi Parlimen sekaligus berjaya menumbangkan kerajaan negeri Pas di Terengganu.

Ini mencatat kejayaan paling besar BN sejak PRU pada tahun 1978.

Pada PRU 2008 pula faktor ketidakpuasan hati rakyat terhadap beberapa dasar kerajaan dan mainan politik pembangkang yang memburuk-buruk kerajaan berhubung persepsi rasuah menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dengan 140kerusi sahaja.

PRU13 menyaksikan pembangkang terus meracuni fikiran rakyat terutamanya pengundi Cina sehingga menyebabkan BN kehilangan tujuh lagi kerusi Parlimen kepada 133.

Namun sokongan pengundi Melayu terhadap BN terus meningkat dan kukuh denga UMNO berjaya merampas kembali sembilan buah kawasan parlimen menjadikan jumlah sebanyak 88 kerusi, kurang satu kerusi daripada jumlah keseluruhan yang berjaya dimenangi oleh pakatan pembangkang iaitu 89.

Malan BN berjaya merampas kembali negeri Kedah dari tangan Pas serta mempertahankan Perak.

Ini membuktikan bahawa undi Melayu tidak banyak berubah kepada pembangkang malah terdapat peningkatan ketara.

Faktor yang menyebabkan BN kehilangan banyak kerusi ialah kekalahan teruk calon-calon MCA yang.

Parti itu bertanding 37 kerusi Parlimen tetapi hanya mampu meraih 7 kerusi sahaja manakala pada peringkat Dewan Undangan Negeri, ia mampu menang 11 kerusi sehingga dilabel sebagai parti 7-11!

MCA bertanding di kawasan campuran di mana majoritinya adalah pengundi Cina.

Di kawasan inilah penolakan pengundi Cina berlaku secara mutlak terhadap calon-calon Cina dari MCA.

Ini juga berlaku di semua kawasan-kawasan lain termasuk kawasan majoriti Melayu di mana boleh dikatakan kesemua pengundi Cina memberikan undi mereka kepada pembangkang.

Di kawasan di mana pengundi Cina sudah menolak bulat BN, calon BN tetap menang disebabkan sokongan Melayu masih utuh dan peralihan undi Melayu adalah kecil.

Jadi bagaimana Dap boleh mengatakan ia bukan Tsunami Cina?

Malah jika diteliti statistik keputusan PRU13 akan didapati tujuh calon MCA yang menang di dalam kawasan majoriti Melayu.

Manakala sebahagian besar calon MCA kalah adalah di kawasan yang majoritinya adalah Cina.
Ini kerana kaum Cina merasa mereka sudah cukup kuat pada PRU13 untuk menumbangkan kerajaan BN setelah mendapat keyakinan hasil janji-janji manis Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Polarisasi kaum yang hebat berlaku kerana pengundi Cina telah dijanjikan melalui slogan DAP yang yakin membentuk "Rejim Baru" pada 6 Mei 2013 maka berlakulah penolakan secara total oleh pengundi Cina.

PRK Kuala Besut, Video Kontroversi Manifesto Calon PAS | Terengganu Today

Posted: 12 Jul 2013 01:34 AM PDT

Azlan Endut

Tahukah anda, calon Pas PRK Kuala Besut, Azlan Endut bukanlah jati Pas, tetapi merupakan pendokong dan ahli Umno, malah pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Cawangan di Dun Kuala Besut.

Kalaulah dah yang jenis 'cari makan'? tanpa mengira apa jua parti, malahan sehingga sekarang namanya masih wujud sebagai ahli Umno.

Kadang-kadang atas tiket Umno inilah dia dikatakan memburu projek kerana di kementerian dan agensi di ibu kota tidak mengetahui beliau sebenarnya telah menyusup masuk ke dalam Pas, juga untuk kepentingan perniagaannya.

Kerana kelicikannya itulah beliau mampu menjadi 'manusia dua alam" mengikut keperluan dan kepentingan dirinya.

Apakah makhluk 'dua alam' seperti ini boleh diangkat menjadi pemimpin?

Semasa Husam Musa berkuasa sebagai Exco kanan kerajaan di Kelantan, dikatakan banyak projek diperolehinya, kontraktor kelas A katakan.

Menjadi calon bukanlah untuk menang…bukanlah untuk berkhidmat tetapi untuk cari popular dan mendapat projek…malah beliau minta izin untuk keluar dari kawasan bagi meneruskan perniagaan kayu di Kelantan (sila rujuk perutusan khas calon Pas)

INILAH CALON PAS YANG INGIN MAKAN GAJI BUTA TANPA MAHU BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT TETAPI HANYA MEMIKIRKAN PERNIAGAAN BELIAU & BAHAM PROJEK JIKA DAPAT MENJADI WAKIL RAKYAT. MALAHAN MAHU GAJIKAN ORANG LAIN MENGGANTIKAN WAKIL RAKYAT TANPA MAHU MEMIKIRKAN MASALAH RAKYAT

.

http://terengganutoday.com/muka-hadapan/prk-kuala-besut-video-kontroversi-manifesto-calon-pas


Sent from my iPhone

sekupangdua

Posted: 12 Jul 2013 11:06 PM PDT

sekupangdua


PETISYEN PAS GAGAL DAN DITOLAK, DIARAH BAYAR KOS RM 30 K

Posted: 12 Jul 2013 02:30 AM PDT

Petisyen PAS batal keputusan PRU13 ditolak
KOTA BHARU:  Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Pas untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Selising yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada PRU13 lalu.
 
Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.

Katanya petisyen berkenaan tidak disampaikan dengan sempurna dan menyebabkan ia tidak sah dan ditolak dengan kos.

"Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu.

Zamani kemudian mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000. Petisyen itu difailkan Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Selising, Semsudin Muhammad.

Pada PRU13 lalu, kerusi Dun selising dimenangi calon BN, Zulkifle Ali yang mengalahkan calon PAS, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.

Pada prosiding hari ini, Zamani turut menolak bantahan awal yang difailkan defendan-defendan daripada PAS bagi membatalkan petisyen bagi kawasan Parlimen Bachok, Dun Jelawat dan Dun Gaal yang dibuat oleh BN.
 
Zamani mengarahkan defendan membayar kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu.
 
Sehubungan itu, beliau menetapkan sembilan hari iaitu dari 12 hingga 15 Ogos dan dari 18 hingga 22 Ogos ini untuk tarikh perbicaraan bagi petisyen kawasan Parlimen Bachok dan Dun Jelawat, serta dari 1 hingga 5 Sept untuk tarikh perbicaraan petisyen Dun Gaal.
 
Bagi kawasan Parlimen Machang, Zamani menetapkan 16 Julai ini untuk mendengar keputusan bantahan awal dan jika ditolak, beliau menetapkan 8 hingga 12 Sept sebagai tarikh perbicaraan.

Barisan peguam yang mewakili PAS dan PKR diketuai Hisham Fauzi. Pada PRU13, PAS menguasai 32 kerusi Dun di Kelantan berbanding BN yang memenangi 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Bagi kerusi Parlimen, BN memenangi lima daripada 14 kerusi, yang lainnya dimenangi PAS.

MARATON BOSTON DIBOM SEBABKAN RAMAI YANG PUTUS KAKI

Posted: 12 Jul 2013 12:00 AM PDT

 


NSFW: Beberapa gambar ngeri orang putus kaki sejurus selepas letupan bom ketika acara Boston Marathon di Massachusetts, Amerika Syarikat..





Gambar ngeri yang menunjukkan beberapa orang penonton dan peserta marathon yang mengambil bahagian cedera parah hingga putus kaki selepas letupan selain mengorbankan tiga orang..


Kelibat lelaki misteri yang sedang berjalan di atas bangunan ketika kejadian dipercayai bertanggungjawab ke atas letupan yang berlaku..( NYdaily )



BOSTON, Massachusetts: Dua letupan bom menggegarkan kawasan berhampiran garisan penamat acara Maraton Boston, di sini semalam, menyebabkan sekurang- kurangnya tiga orang maut dan lebih 170 lagi cedera.

Insiden berdarah itu turut meningkatkan kebimbangan bahawa pengganas sekali lagi mungkin melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua letupan yang berlaku hampir serentak dalam jarak kira-kira 91.4 meter itu turut menyebabkan cermin tingkap bangunan pecah dan membentuk kepulan asap tebal di udara.

Kolam darah turut terbentuk dengan kesan letupan dapat dirasai sehingga pada ketinggian bangunan tiga tingkat.

Polis Boston berkata, tiga orang disahkan terbunuh termasuk seorang kanak-kanak berumur lapan tahun.

Pihak hospital pula berkata, sekurang-kurangnya 176 orang cedera dengan 17 daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Dua bom yang belum meletup turut ditemui berhampiran garisan penamat Maraton Boston yang diadakan di Copley Plaza, Boston, sekali gus menunjukkan serangan itu dilakukan secara terancang.

Menurut seorang pegawai perisikan AS yang enggan dikenali, kedua-dua bom itu bagaimanapun berjaya dimusnahkan.

Kira-kira 23,000 orang menyertai acara larian itu yang diadakan di tengah bandar raya Boston, berhampiran mercu tanda Pusat Prudential dan Perpustakaan Awam Boston, tetapi hanya 17,000 daripada mereka yang berjaya menamatkan larian.

Acara itu yang diadakan ketika Hari Patriot, hari cuti bagi negeri Massachusetts untuk memperingati pertempuran pertama Revolusi Amerika pada 1775, turut menarik lebih 500,000 penonton. - AGENSI


PenangWasabi

Posted: 12 Jul 2013 09:20 PM PDT

PenangWasabi


Mahkamah sita barangan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang!

Posted: 12 Jul 2013 10:42 AM PDT


Beberapa pegawai dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menyita barang-barang milik Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Norhayati Jaafar di rumahnya di Taman Sri Kijang di sini.

Tindakan itu dilakukan sejurus mereka menyerahkan writ penyitaan ekoran kegagalan Norhayati mematuhi perintah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah setelah kalah dalam satu kes saman fitnah tahun lalu.

Menurut peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar, tindakan sita terpaksa diambil selepas Norhayati mengingkari arahan mahkamah yang dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese pada 27 September tahun lalu untuk membayar ganti rugi kepada Aminah.


"Hari ini pihak mahkamah telah menyerahkan writ sitaan dan jualan bagi menyita barang-barang milik defendan pertama dalam kes itu iaitu Norhayati.

"Dia diberi masa 14 hari untuk menyelesaikan tuntutan ganti rugi atau barangan terbabit boleh dilelong oleh pihak mahkamah," katanya kepada pemberita di Balai Polis Machang Bubok di sini hari ini.

Selain Norhayati, dua lagi pimpinan PKR iaitu Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamaruddin dan Timbalan Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam, Jab Samad turut diarahkan membayar ganti rugi RM30,000 setiap seorang kepada Aminah.

Aminah mengambil tindakan saman itu ekoran satu kenyataan dalam akhbar parti Pas, Harakah edisi 20-22 Mei 2011 yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya.

Penang Wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 12 Jul 2013 09:17 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 12 Jul 2013 09:13 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


INILAH NASIB BANGSA KU, BILA PEMIMPINNYA SELAMBA BUAT TAK TAHU !

Posted: 12 Jul 2013 08:40 AM PDT

HARI RAYA JANGAN BELI BARANG LETRIK SYARIKAT CINABENG !

Posted: 12 Jul 2013 01:12 AM PDT

r b f

Posted: 12 Jul 2013 07:03 PM PDT

r b f


Video:Azam Calon Pas Sekiranya Beliau Menang Di Kuala Besut

Posted: 12 Jul 2013 01:11 AM PDT




Belum menang lagi dia dah pasang niat apa yang dia nak lakukan sekiranya dia menang. Dia nak serah kepada orang lain untuk jalankan tugas wakil rakyatnya. Dia sibuk dengan urusan perniagaannya.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 12 Jul 2013 03:33 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Suami gila seks, rakam aksi setubuh dan bogel adik kakak

Posted: 12 Jul 2013 09:30 AM PDT

Kuching: Seorang isteri nekad melaporkan kepada polis mengenai suaminya yang suka merakam dan menyimpan video aksi seks mereka serta aksi adik, kakak dan ibu wanita berkenaan yang dirakam curi ketika mereka mandi.

Wanita berusia 24 tahun itu turut kecewa apabila menemui lebih 20 rakaman video aksi seks milik suaminya berusia 31 tahun dengan beberapa wanita tidak dikenali.

Menurut sumber, itu kali kedua suri rumah melaporkan perbuatan jelik suaminya kepada pihak berkuasa selepas kali pertama pada 22 Jun lalu.

Menurutnya, wanita itu terjumpa rakaman video aksi mereka melakukan seks ketika mengemaskan ruang kerja dan memeriksa komputer suaminya, "Lebih memalukan apabila wanita itu turut menemui rakaman adik perempuannya, kakak serta ibunya mandi.

"Wanita itu tidak pasti bila suaminya merakamkan video terbabit, tetapi yakin ia dilakukan sendiri berdasarkan kelibat suspek ketika dia mengambil kamera digunakan selepas rakaman.

"Turut ditemui satu pemacu mudah alih mengandungi rakaman aksi seks suaminya dengan dengan lebih 20 wanita," katanya.

Sumber itu berkata, tidak tahan dengan perangai suaminya yang memalukannya serta ahli keluarga perempuan lain, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tabuan Jaya, petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Amoi diperkosa dan diliwat bergilir-gilir

Posted: 12 Jul 2013 07:11 AM PDT

PETALING JAYA – Seorang wanita warga China bukan sahaja dirogol secara bergilir-gilir, malah turut diliwat selepas dilarikan dalam kejadian di Jalan Pudu, Cheras, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan keluar untuk membeli makanan, sebelum dihampiri tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, dua daripada lelaki terbabit kemudiannya menarik mangsa masuk ke dalam kereta.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan itu, dua daripada suspek bertindak menarik rambut serta baju mangsa, sebelum mencabulnya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah hotel di kawasan Damansara.

Fadil berkata, mangsa yang ketakutan terpaksa bertahan dan menunggu sehingga dua suspek terbabit tidur.

"Setelah yakin dua suspek itu tidur dan seorang lagi sedang mandi, mangsa terus keluar dari bilik untuk mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan hotel.

"Pihak pengurusan hotel terus menghubungi polis dan kita berjaya tangkap ketiga-tiga suspek di bilik berkenaan pada hari yang sama," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok.

Difahamkan, mangsa yang masuk ke negara ini sejak 9 Jun lalu, dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan. -SH

Khalid Samad kalah saman kes 'jubah paderi'

Posted: 12 Jul 2013 04:01 AM PDT

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak saman fitnah Khalid Samad terhadap Ketua Penerangan Umno Hamidah Osman berhubung dakwaan penyiaran gambar superimpose (pertindihan) anggota Parlimen Shah Alam itu yang berpakaian jubah paderi.

NONEKhalid mendakwa gambar itu dimuatkan dalam artikel di blog Hamidah (kanan).

Bagaimanapun Pesuruhjaya Kehakiman Hashim Hamzah mengetepikan saman itu kerana plaintif gagal menunjukkan artikel asal di blog itu.

Hashim memerintahkan Khalid membayar kos RM20,000.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Nor Emelia Iszeham yang mewakili Hamidah mengesahkan perkara itu.

PRK Kuala Besut: Baiah calon PAS undang pelbagai tanggapan

Posted: 12 Jul 2013 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 Julai - Tindakan calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azlan @ Endot Yusof berbaiah (bersumpah) di hadapan umum dalam majlis pengumuman oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikhuatiri mengundang pelbagai persepsi masyarakat.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, ini kerana baiah perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran di antara individu yang melafazkan sumpah berkenaan dengan Allah.

"Saya tiada masalah Azlan berbaiah di hadapan hadirin yang merupakan makhluk Allah juga. Tetapi ia dikhuatiri mengundang pelbagai persepsi kerana dalam baiah, perkara yang paling utama ialah di antara orang bersumpah dengan Allah sementara makhluk lain sekadar saksi.

"Bagi saya kalau sumpah begitu dibuat di hadapan umum dan di gelanggang politik, ia ditakuti dipengaruhi oleh politik dan bukan syariat.

"Oleh itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mesti sanggup menerima bacaan orang ramai yang sesetengahnya bersetuju sementara ada juga ada pihak yang akan mempertikai dan memperlekeh baiah tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas diminta mengulas tindakan Pas yang bertindak di luar kelaziman apabila meminta calonnya melakukan baiah secara terbuka dalam majlis ceramah dan pengumuman calon Kuala Besut malam tadi sempena PRK 24 Julai ini.

Malah, Abdul Hadi sendiri yang memimpin baiah Azlan malam tadi turut mengakui sebelum ini calon Pas hanya berbaiah dengan membaca ikrar di hadapan wakil Majlis Syura Ulama.

Hasan menambah, hanya Allah yang berhak melaknat Azlan sekiranya mengingkari sumpah berkenaan sementara kesemua hadirin lain yang menyaksikan sumpah berkenaan tidak boleh melaknatnya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan ada dalam kalangan pemimpin dan ahli Pas melakukan baiah sehingga sanggup menceraikan isteri dengan talak tiga jika meninggalkan parti itu dan mendakwa baiah itu turut menjadi kekangan dalam kalangan pemimpin bawahan Pas untuk menyertai UMNO meskipun mereka berminat berbuat demikian.

(Gambar) Ada peminat 'teransang nafsu' lihat foto Dato K tak berbaju?

Posted: 12 Jul 2013 01:43 AM PDT

Beberapa jam lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah memuat naik sekeping foto suami tercinta menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi, "Dato K is back".

Foto yang menunjukkan Dato Khalid atau lebih mesra disapa sebagai Dato K sedang melakukan senaman dan mendedahkan sedikit bahagian belakang badan suami penyanyi itu bagaimanapun telah mengundang beberapa respon negatif daripada segelintir peminat Datuk Siti dan ada antara mereka menasihati penyanyi tersebut agar menghormati bulan Ramadhan serta tidak memaparkan foto sebegitu menerusi laman Instagramnya.

Namun begitu, masih ada peminat yang menyokong tindakan Datuk Siti, dan bagi mereka itu hanya foto biasa Dato K serta menyifatkan hanya golongan yang berfikiran sempit sahaja akan memandang foto berkenaan daripada sudut pandangan yang negatif.

Apa pun respon dan pandangan yang diberikan oleh peminat Datuk Siti, bagi OHBULAN! sendiri, ia terpulang pada setiap individu untuk menilai sesuatu perkara. Jika perkara itu dilihat daripada sudut positif, maka positiflah ia. – Ohbulan

PRK Kuala Besut: Pertembungan satu lawan satu

Posted: 12 Jul 2013 12:01 AM PDT

KUALA BESUT 12 Julai _ Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon Pas, Azlan @ Endot Yusof.

Menurut pegawai pengurus PRK N01 DUN Kuala Besut, A. Rahim Jusoh, Azlan telah mengemukakan borang penamaan calon pada pukul 9.03 pagi sebelum diikuti oleh Tengku Zaihan tujuh minit kemudian.

Katanya, tiada calon yang ditolak penamaannya sehingga waktu penamaan ditutup kira-kira pukul 10 pagi tadi di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut di sini. - UTUSAN

Gadis tak tahan, lepas gian dengan teman lelaki

Posted: 11 Jul 2013 09:10 PM PDT

gambar hiasan
HILIR PERAK - Keinginan seorang gadis yang mahu melepaskan gian sehingga sanggup mengikut teman lelakinya ke port dadah popular berakhir apabila ditahan sepasukan polis, di Kampung Sungai Samak, petang Selasa lalu.

Serbuan dibuat kira-kira jam 3 petang, dan gadis berusia 23 tahun itu antara lapan suspek yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di tengah-tengah kebun kelapa sawit, dekat sini.

Apa yang lebih malang apabila teman lelaki gadis itu hanya pentingkan diri sehingga sanggup meninggalkan dan membiarkan suspek ditahan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, gadis itu dikatakan mengikut teman lelakinya yang juga seorang penagih dadah ke port tersebut untuk melepaskan gian.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan gadis itu bersama-sama tujuh suspek lain sedang asyik menghisap dadah di dalam rumah tersebut sehingga mereka tidak sempat melarikan diri.

"Walaupun ketika serbuan, ada penagih dadah sempat melarikan diri, kita berjaya menahan lapan suspek yang sedang asyik menghisap dadah.

"Serbuan adalah hasil aduan orang kampung yang curiga dengan kehadiran ramai orang di premis tersebut tidak mengira masa," katanya.

Kok Liang berkata, pengedar dadah di kawasan itu menjalankan promosi menarik dengan menawarkan hutang bagi pembelian bekalan dadah berkenaan.

"Kita percaya, penagih dadah mendapatkan bekalan dadah daripada Sabak Bernam, Selangor iatas faktor geografi kerana kawasan itu bersempadan dengan negeri tersebut," katanya.

Katanya, pemeriksaan saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan mereka kini ditahan reman.

"Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983," katanya.

Kurang ajar! Pasangan Alvin dan Vivian ajak 'berbuka' dengan sup babi!

Posted: 11 Jul 2013 06:31 PM PDT

Penulis hendak cakap yang dua ekor Cina celaka bernama Alvin dan Vivian ni nampak gayanya begitu terdesak hendak perhatian dan publisiti.

Artis Cina Malaysia yang takda bakat seni bila nak perhatian atau hendak jadi popular, mula la main setimen merendahkan bangsa Melayu dan agama Islam…ambil contoh Namewee.

Dulu penulis tidak kisah dan rasa adalah menjadi hak Alvin dan terutama Vivian yang mempunyai kemaluan yang mampu LRT buat u-turn mensensasikan video peribadi mereka.

(Sila Klik – PENTING!!!! … Bantu Mynewshub … Tolong Lapor Kepada Facebook)

Namun, kali ini mereka sudah terlalu keterlaluan. Bukan mahu memberikan publisiti murahan yang mereka mahukan itu, tetapi kalau benda ini tidak diketengahkan, penyokong DAP macam mereka berdua ini akan makin menjadi.

Lihat gambar di atas, mereka membuat poster di mana kedua mereka sedang menikmati Bak Ku Teh (sup tulung rusuk babi) dan mengajak umat Islam berbuka puasa dengan hidangan tersebut!

Ia dimuat naik ke laman Facebook milik mereka.

Lu dua cibai betul-betul sudah over la ini kali…

Siap ada logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lagi di poster mereka.

Nampak sangat la satu pasangan Cina yang gagal menarik perhatian dan minat orang ramai dengan bakat tidak seberapa mereka apabila turut meletakan alamat saluran tv online mereka pada banner itu!

Berharaplah orang akan menonton beramai-ramai nanti.

Bangsat dua ni pastinya faham, babi adalah sesuatu yang sangat taboo atau buruk di jiwa dan akidah orang Islam….namun, disebabkan terdesak mahukan perhatian…mereka sanggup menghina orang Islam begitu sekali!

Penulis perlu menekankan perkataan Cina kerana mereka sengaja membawa unsur babi dalam kepercayaan masyarakat Islam… mereka faham siapa mereka dan apa yang mereka sedang buat.

Selepas aksi buat projek dan buah dada kecik tak laku…terpaksa menghina agama orang untuk popular.

Rasanya mereka berani buat macm itu kerana yakin mereka tidak akan ditahan…malah mungkin ditawarkan bantuan untuk menghasilkan filem seperti yang diterima Namewee!!!

Nanti makin ramai la artis-artis Cina yang loser akan muncul dengan macam-macam penghinaan lagi.

Sebenarnya, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu membuktikan undi Cina bukanlah penting sangat (tanpa undi mereka BN tetap bentuk kerajaan), jadi tak perlu sangat nak jaga hati masyarakat itu sekarang… jadi sumbat aje kedua pelakon porno yang gagal itu ke penjara … atas kesalahan menghina kepercayaan dan agama rasmi negara ini…atau apa-apa yang sesuai…

Tak perlu risau apa-apa atau terlalu berlembut….

AK-47@mynewshub

JEBAT BERKOKOK

Posted: 12 Jul 2013 01:22 PM PDT

JEBAT BERKOKOK


Berpakaian seksi menarik minat perogol dan peliwat

Posted: 11 Jul 2013 11:49 PM PDT

Ayuh sokong kenyataan Siti Zailah untuk memperjuangkan hukum..!!

Buat pertama kalinya Jebat bersetuju dengan apa yang Ahli Parlimen PAS, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) katakan. Di dalam sidang parlimen, Siti Zailah ada mengatakan bahawa kerajaan perlu mengenakan etika kepada pemakaian wanita di negara ini.

Beliau juga berkata bahawa pakaian seksi dan menjolok mata adalah penyumbang kepada perilaku gangguan seksual  dan rogol.

BENAR. Jebat amat bersetuju dengan kenyataan Siti Zailah. Biarpun seringkali Jebat tidak bersetuju dengan kenyataan hamPAS tetapi apabila yang benar dan menurut hukum tidak ada sebab untuk kita menyangkal hujah itu.

Pun begitu, hujah Siti Zailah itu mendapat bangkangan daripada Wanita DAP yang mengatakan bahawa teguran Siti Zailah itu memalukan kedua-dua jantina, lelaki dan wanita. Biasalah DAP pasti tidak akan bersetuju dengan apa jua hujah yang menurut hukum Islam.

Tetapi hujah oleh Sister in Islam, sedikit menghairankan Jebat.Wanita tidak seharusnya diajar, diarahkan atau dipaksa untuk berpakaian'.  Itu hujah Sister in Islam.

Hello..lupakah pada hukum hakam dalam Al Quran perihal pakaian wanita? Kalau kau nak telanjang, kau telanjanglah sorang-sorang, jangan nak menyisihkan hukum. Tanyalah pada mana-mana suami, ada tak di antara para suami yang mahu 'aset' isterinya diratah oleh lelaki mata keranjang. Kecualilah suami yang tidak ada asas agama.

Benar, bukan semua kejadian gangguan seksual dan rogol berpunca daripada etika wanita berpakaian semata-mata, tetapi pakaian seksi adalah salah satu faktor pendorong utama kepada terjadinya kejadian ini.

Secara ikhlasnya, tanyalah diri anda. Apakah mata anda akan tertarik kepada perempuan berskirt pendek atau berpurdah? Bukankah pandangan itulah yang akan menjurus kepada perilaku seksual?

Kalau anda tidak mahu menutup aurat tolong jangan suruh orang lain berjalan telanjang dan bogel seperti anda!!!

Blogger JUST READ ada huraian lanjut tentang kenyataan Siti Zailah ini.

p/s: Sesekali terfikir bagus jugak berpakaian seperti Mak Lampir. !!! Nak tengok pun tak lalu..Selamat beb..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan