Khamis, 27 Jun 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 26 Jun 2013 11:41 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Peniaga Cina akan uji larangan KM Melaka Jumaat ini

Posted: 26 Jun 2013 05:44 AM PDT


Pada setiap malam Jumaat , Sabtu dan Ahad, Jonker Walk di Melaka ditutup untuk sebarang lalu lintas. Ini memboleh para peniaga melakukan urusan perniagaan.Malangnya perniagaan disekitar Jonker Walk dimonopoli 100% oleh peniaga cina. Tiada ruang langsung diberikan kepada peniaga Melayu.

Penutupan Jonker Walk juga menyebabkan berlakunya kesesakan yang teruk di bandar Melaka sehingga ke Ayer Keroh. Rungutan rakyat yang mahu Jonker Walk tidak ditutup kepada lalu lintas telah mendapat perhatian KM Melaka, dan atas alasan itu beliau mengarahkan penutupan sementara Jonker Walk selama sebulan sebelum keputusan rasmi dibuat setelah kajian trafik dilakukan di dalam tempoh tersebut.

Penutupan Jonker Walk telah menimbulkan kemarahan para peniaga cina. Hampir 100 peniaga cina telah melakukan demonstrasi HARAM bagi membantah penutupan Jonker Walk. DAP melakukan provokasi rasis kononnya KM Melaka membuat keputusan balas dendam terhadap pengundi cina yang hampir  97% menyokong parti mereka pada pru yang lepas. Hari ini dilaporkan oleh akhbar Sin Chew , bahawa larangan berniaga di Jonker Walk oleh KM Melaka ini akan dicabar , pada Jumaat ini. 

Mereka akan berkeras berniaga seperti biasa dan mencabar larangan kerajaan negeri.Kita lihat, apa tindakan kerajaan negeri terhadap mereka yang terang-terangan cuba melanggar undang-undnag negeri.

Jika kerajaan Cina DAP biole meruntuh premis perniagaan milik Melayu sesuka hati. Menutup bazar ramdahan yang rata-ratanya dijalankan oleh peniaga Melayu sesuka hati, berlandaskan kepada undnag-undang, mengapa tidak kerajaan negeri Melaka?Adakah undang-undang hanya terpakai terhadap kaum Melayu, tidak terhadap kaum Cina? 

Sumber: JDTNews
http://www.jdtnews.com/index.php/umum/88-peniaga-cina-akan-uji-larangan-km-melaka-jumaat-ini

Hot!!!!!! NFCorp saman Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan MalaysiaKini?

Posted: 26 Jun 2013 04:41 AM PDT

KENYATAAN MEDIA OLEH

WAN SHAHRIZAL WAN LADIN
PEGUAM
WAN SHAHRIZAL, HARI & CO

KUALA LUMPUR --- Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) telah memfailkan saman terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pandan – Mohd Rafizi bin Ramli, dan MKini Dotcom Sdn Bhd – Pemilik portal berita MalaysiaKini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Jun 2013.

Pengurusan kes ditetapkan dihadapan Penolong Pendaftar Puan Siti Nur Shafrida binti Hashim hari ini.

Melalui saman ini, pihak plantif menuntut kerugian akibat daripada pembohongan, putar belit maklumat, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh kedua-dua defendan.

Mohd Rafizi Ramli pada 7 Mac 2012 di satu sidang media di ibu pejabat PKR mendakwa bahawa lapan pinjaman telah diambil untuk pembelian hartanah di KL Eco City dengan menggunakan wang deposit pinjaman kerajaan sebagai 'jaminan' di bank tersebut.

Pada sidang media tersebut, Rafizi Ramli telah mengedarkan maklumat sulit perbankan daripada Public Bank Berhad, sekali gus melanggar undang-undang BAFIA untuk menyokong pembohongan dan fitnah beliau.

Rafizi Ramli mendakwa bahawa Datuk Seri Dr Mohamad Salleh bin Ismail hanya mempunyai simpanan yang sedikit di dalam akaun bank beliau, tidak layak untuk mendapatkan pinjaman, gagal membuat bayaran balik pinjaman pada bulan Julai dan Ogos 2011, dan dengan itu mempunyai kecenderungan untuk menggugat deposit pinjaman kerajaan.

Walau bagaimanapun, hakikatnya tiada sebarang pinjaman pernah diambil daripada pihak bank untuk pembelian lapan hartanah di KL Eco City.

Peguam Datuk Seri Dr Salleh, Wan Shahrizal Wan Ladin juga menegaskan bahawa, "Tidak akan wujud sebarang kegagalan dalam membuat pembayaran balik pinjaman pada bulan Julai dan Ogos 2011 seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli kerana Perjanjian Jual Beli (S & P Agreement) untuk lapan hartanah KL Eco City hanya ditandatangani pada 15 Disember 2011, sekali gus menegaskan bahawa tiada sebarang pinjaman yang diambil dari bank untuk hartanah KL Eco City pada masa yang dinyatakan.

"Oleh itu, Rafizi Ramli perlu menjustifikasikan dakwaan beliau khusus berkenaan perkara ini melalui pembelaannya."

Dalam pernyataan tuntutan, pengerusi NFCorp telah menuntut gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi teruk, faedah, kos-kos dan relif-relif lain yang mana mahkamah rasakan sesuai serta manfaat untuk diberikan.

Datuk Seri Dr Salleh juga telah memohon untuk mendapatkan satu perintah injunksi terhadap defendan-defendan bagi menghalang mereka daripada berterusan membuat kenyataan, ucapan, penerbitan semula dan idea berkenaan pembelian 8 hartanah KL Eco City dengan menggunakan maklumat-maklumat peribadi perbankan plaintif untuk berbohong, mengelirukan, menipu dan menimbulkan amarah rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan