Khamis, 6 Jun 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Jun 2013 01:15 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Exco sukan harap Khairy tidak pinggir S'gor

Posted: 06 Jun 2013 12:40 AM PDT


27 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Exco Belia dan Sukan Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi mengharapkan perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru membuka lembaran baru pembangunan sukan negeri itu.


Menurutnya, pada penggal lalu, Selangor berdepan kesukaran mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam urusan berkaitan sukan dan belia di Selangor.

Ianya juga termasuk hal berkaitan peruntukan sukan yang dilihat seperti mahu menganaktirikan Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"Peruntukan daripada Kerajaan Pusat wajar diberi tanpa melihat batasan politik kerana kita mahu memajukan sukan di negara kita," katanya dipetik Selangorku.

Menurut beliau lagi, dalam mencari penyelesaian itu, Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Khairy dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama dan halatuju pembangunan sukan di negeri itu.

"Kita merancang untuk berjumpa beliau supaya diharapkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri tidak dianaktirikan," kata beliau

Pertemuan rasmi itu katanya dijangka akan diadakan pada minggu depan dan surat rasmi sudah dihantar dan hanya menunggu respon daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Beliau menegaskan, kerajaan pusat tidak wajar untuk meminggirkan negeri Selangor dalam pembangunan sukan kerana negeri ini terbukti melahirkan atlet-atlet terbaik yang banyak menyumbang kepada kemajuan sukan negara.
harakahdaily/-

DUN CHINI

Posted: 05 Jun 2013 07:23 PM PDT

DUN CHINI


Catatan Safwan Anang selama 3 hari berada dalam penjara. Siri 1-3.

Posted: 05 Jun 2013 06:35 PM PDT

Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh oleh : Safwan Anang (31302770) Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah bila ditanya kepada bekas tahanan ISA, setiap hari dalam tahanan pasti ada cerita baru..sedangkan aku hanya berada di sana selama 3 hari 2 malam. Cabaran aku sebenarnya telah bermula sebaik sahaja mengambil keputusan supaya tidak dijamin…lawyer cuba pujuk, tapi aku nekad untuk teruskan niat protes…Sudah kali keempat aku ditahan, tapi belum pernah bermalam di lokap mahupun penjara. Setelah 4 orang diikat jamin, tinggal lah aku seorang diri di dalam lokap mahkamah Duta..kemudian dipindahkan bersama 35 banduan lain yang telah selesai perbicaraan dan akan dibawa kembali ke penjara Sg Buloh. Lokap cukup bising dan ditambah dengan bau yang meloyakan. Aku dilihat seperti orang asing, sorang-sorang datang berjumpa bertanyakan " Kau ni kes apa? Seksyen berapa? ".
Apa yang sudah menjadi kebiasaan banduan ni adalah menghafal seksyen-seksyen yang berkaitan dengan kes mereka. Sorang ni cakap aku 39 (B) (kes dadah), aku ni pulak seksyen 9 (kes senjata api), yang sorang ni pulak seksyen 302 (kes bunuh), seksyen 376 (kes rogol) dan seksyen bla bla bla. Sekali aku pun menjawab, " Aku seksyen 4 Akta Hasutan ". Hah??? Semuanya ternganga mulut bila aku sebut kes yang aku dituduh. Tak pernah dengar pun! Aku hanya mampu tersenyum, nanti lah aku cerita panjang. Datang sorang brader ni duduk sebelah aku, kepala masih botak licin dan hanya sikit je rambut yang baru tumbuh. (seperti orang baru). Aku beranikan diri bertanyakan soalan kepadanya dulu sebelum dia mula bertanya. "Abang ni baru lagi ke duk lokap penjara? Dia jawab, baru jugak lah. Ni dah hari ke-90. Terkejut aku dibuatnya, hari ke-90 pun masih dikira baru. Tapi aku nak tanye kau satu soalan ni, " Siapa ketua polis negara sekarang ni? Aku dengar-dengar dah tukar..Ya bang, dah tukar. Dulu Ismail Omar, sekarang Khalid Abu Bakar. Brader tu seolah-olah terkejut dan mengeluh, "Alamak, susah la aku macam ni.." (Agaknya brader tu tahu macam mana perangai KPN baru kot) Soalan kedua yang ditanya, PRU13 baru ni sape menang ye? lagi terkejut aku dibuatnya. (dan baru aku tahu betapa sengsaranya banduan, berita luar langsung tak tahu). Datang pulak sorang brader terus menunjukkan lagak sebagai orang lama, dan kononnya niat hanya membantu. " Kau ni masuk dalam penjara nanti, kau duduk la dengan kami..selamat sikit kau ni, kalau tak nanti kau kena buli..(dalam hati, boleh percaya ke mamat ni) Aku jawab, ok ok.. Kau ada duit tak? Nanti nak beli rokok ke, roti ke, air minuman ke, aku boleh tolong dapatkan..Nah, aku dah agak tu point sebenarnya. Aku hanya tersengih dan jawab, " Mana ada duit bang, dalam dompet ni ada la dua ringgit..aku dah agak diorang ni memang nak "pau" duit. Lepas aku kena, yang lain pun turut kena "pau". Ada yang bagi dan ada yang tak bagi. Lepas diorang dapat duit tu, diorang gulung jadi kecik dan diorang bungkus ketat-ketat dalam cebisan plastik roti Gardenia supaya betul-betul mampat. Kemudian (aku terpaksa cerita realiti), salah seorang dari banduan memasukkan apa yang di istilahkan di penjara sebagai "roket" ke dalam dubur. Itulah yang dinamakan proses penyeludupan di penjara. Hanya mahkamah tempat mereka boleh seludup, kalau penjara terlalu sukar. Sebab itu ramai dari banduan ternanti-nanti sekiranya mereka akan dibawa ke mahkamah, ia boleh diibaratkan sebuah percutian setelah lama merengkok di Sg Buloh. Dan mereka akan menggunakan duit tersebut untuk berurusan di penjara kelak. Aku dapat mengagak sebab pernah dengar cerita-cerita sebelum ni. Kali ni aku lihat dengan mata kepala sendiri! Apalah nasib aku nanti kat penjara, dalam lokap mahkamah pun dah jadi macam-macam. Hampir jam 4 petang, aku masih belum solat zohor dek kerana urusan yang terlampau birokrasi. Aku buat keputusan, biarlah aku solat dalam lokap ni sahaja walaupun berbau air kencing yang teramat sangat. Perangai banduan, faham saja lah bagaimana. Aku ambil wudhu dan terus ambil penjuru hujung lokap yang padat dengan banduan. Sejurus aku mengangkat takbir, seorang konstabel polis menjerit, " Nanti !!. ni ambik sejadah ". Mujurlah, aku ingatkan masih tak dibenarkan solat tadi. Usai aku solat, rupanya 4 ke 5 orang sedang menantikan aku habis solat untuk bergilir-gilir menunaikan solat Zohor kerana waktu sudah hampir tamat. Dalam hati terdetik, alhamdulillah..satu dakwah aku buat mereka..aku mulakan, dan mereka terus mengikut… Hampir jam 5 petang barulah selesai semua urusan di mahkamah..dan aku dengan 35 banduan disumbat-sumbat sehingga muat ke dalam black maria untuk dibawa ke penjara Sg Buloh. Semua terpaksa berhimpit-himpit dengan gari yang berantai. Kesian betul aku pada seorang banduan yang aku rasa sudah warga emas (kantoi kes dadah) terpaksa berhimpit dan kadang-kadang aku tengok sehingga sesak nafas. Inilah nasib banduan rupanya. Kami diiringi dua kereta peronda polis dan aku agak hanya lebih kurang 30 minit kami sudah tiba di penjara Sg Buloh.(memandangkan aku selalu ulang-alik ke rumah isteriku di Sg Buloh) Mana tidaknya, kami semua dah macam ikan sardin disumbat dalam black maria dan di bawa pecut laju semahunya. Tak kira lubang jalan ke, selekoh ke redah saja. Nasib kami aku lah. Aku hanya mampu berzikir dalam hati "cukuplah Allah sebaik-baik pelindung". Sesampainya kami di Penjara Sg Buloh, semua bergegas turun. Kedengaran laungan dari jauh, " Wei, cepatlah sikit ". Brader sebelah aku cakap, " Ha, cikgu sudah datang ". Baru aku tahu. Oh itulah istilah mereka untuk pegawai penjara. Mereka semua dipanggil 'Cikgu'. Dan ada yang satu lagi dipanggil U.K.P. (nanti aku cerita) Mereka ini lagi digeruni daripada cikgu-cikgu. Kami semua diminta beratur dihadapan sebuah pintu besi yang berwarna hijau. Semua banduan baru termasuk aku hanya diam membisu menantikan apa yang ada di sebalik pintu besi ini. Kemudian kami diminta masuk dengan pantas setelah pintu dibuka. Aku agak pintu itu setebal 6 ke 7 inci tebalnya. Cukup kukuh dan menggerunkan! Bermulalah kehidupan aku di penjara Sg Buloh… Masuk sahaja pintu Sg Buloh, kami semua di bawa ke kawasan "kuarantin". Semua diminta memberitahu atau mengisytiharkan (declare) sekiranya ada membawa bersama telefon bimbit. Mujurlah aku tak bawa dan minta isteri simpan. Tiba-tiba salah sorang Cikgu menjerit kuat " Bukak semua kasut dan selipar, buang tali pinggang dan keluarkan dompet! Aku cakap sekali saja, sapa lambat siap! Tak lama lepas 4 lima saat…Panggggggggg!!! Orang pertama ditampar selang dua baris dari aku kerana lambat bukak kasut !". Kan aku dah cakap bukak kasut, bukak kasut la…yang duk terhegeh-hegeh tu kenapa…rupanya mamat tu bukan warganegara dan tak paham bahasa Melayu. Cikgu dah cakap, sape suruh kau datang Malaysia, kau sampai Malaysia ikut undang-undang sini lah. Duduk diam-diam. Kami semua di periksa dengan teliti. Lepas sorang je kena, habis semua banduan dah kecut perut termasuk aku. Jantung mula berdegung kencang! Gedebuk lagi, yang ni pulak lambat bukak tali pinggang. Semua banduan baru seperti kami terlolong mata melihat lepas sorang-sorang kena. Cikgu melaung, siapa-siapa yang tak reti nak ikut arahan dia akan kena! Semua diperiksa di semua anggota badan. Ya, semua sekali tak ada seinci pun yang terlepas. Bukak mulut tu luas-luas. Dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Tiba giliran aku, badan diperiksa. Pusing belakang, terpampanglah baju aku yang tertulis "Blackout 505". Cikgu bersuara perlahan, "Oh, kaulah budak tu ye". Aku hanya diam dan mengangguk. Terkedu. Tak mampu nak keluar suara. Apa lagi, semua banduan beralih arah mata tertumpu pada aku. Mereka hairan, kenapa bila sampai giliran aku, cikgu berlembut. Kalau giliran mereka semuanya tak lepas dari penampar, penumbuk, dan terajang. Semua muka banduan tu kelihatan tak puas hati, seolah-olah aku dapat layanan istimewa. Cikgu terus periksa, kasut aku. Dibukak semua tapak kasut, dirobek-robek takut ada apa-apa yang diselit. Dompet aku dibukak, dibukak kemudian Cikgu terjumpa sekeping memori kad dan Sim Kad lama yang sudah rosak. Cikgu mula melenting, "Kan aku dah cakap kalau ada telefon sila isytihar!!!" Aku menjawab, tak cikgu, tu semua dah rosak. Kau ni saja nak cari pasal sambil Cikgu mematahkan memori dan sim kad lama aku tu. Kesalahan pertama aku, hampir-hampir kena makan pelempang. Mujurlah cikgu masih boleh tahan sabar dengan aku. Habis pemeriksaan pertama, kami semua dibawa ke proses saringan seterusnya. Semua banduan diberi nombor untuk dihafal. No ini dikenal sebagai no SMPP. Entah sampai sekarang aku tak pernah tanya dan tak pernah tahu apa maksud SMPP. Cikgu melaung kuat, " Mulai sekarang korang semua ni tak dipanggil dengan nama. Korang hanya diberi nombor dan sila hafal nombor masing-masing! ". Yang tak paham bahasa Melayu sila hafal dalam Bahasa Inggeris, kata cikgu. Mujurlah aku ni jenis cepat menghafal. Selamat peringkat seterusnya. Kesian aku tengok banduan-banduan baru ni tergagap-gagap nak menghafal no lapan angka. Dan no aku ialah 31302770! Selesai ambil no masing-masing, kami ke saringan seterusnya iaitu proses gunting rambut. Cikgu beri arahan, " Semua bukak baju dan siap untuk gunting rambut. Dah masuk penjara, kena ikut peraturan penjara." Aku paham sebenarnya arahan tu ditujukan khas kepada aku memandangkan yang lain-lain tu tak ramai yang berambut panjang. Cikgu datang dekat kepada aku, " Kau boleh tak gunting botak ni? Dah masuk penjara macam nilah caranya…Aku hanya angguk, ye boleh cikgu…
Semua kena gunting guna skala satu. Pendek betul. Sampai giliran aku gunting rambut, aku letak baju Blackout505 aku di meja belakang. Cikgu datang dekat, " Kau gunting budak ni guna skala dua. Bagi lain sikit dari banduan-banduan ni." Aku lega la sikit. Sebab rasanya sepanjang aku hidup sejak zaman sekolah lagi tak pernah botak kepala. Selesai gunting rambut, aku berpusing ke belakang untuk ambil semula baju aku. Malangnya, baju Blackout505 aku telah hilang dikebas hanya sekelip mata. Agaknya apa yang berlaku?? Aku cakap, habislah nasib aku kali ni. Tak jaga barang-barang sendiri. Siaplah kena marah lagi dengan cikgu! Rupanya tidak, sebaliknya Cikgu betul-betul mengamuk kali ni. Memekik kepada semua banduan " Woi, sape yang ambik baju budak ni!!! Baju hitam berkolar, belakang ada tulis Blackout505!!! Aku dapat tahu sape ambik siaplah korang semua! " Nah, saat tu penjara mula kecoh. Dan aku lebih dikenali dengan gelaran "Budak Baju Blackout505". Tak sampai 5 minit lepas tu, sorang Cikgu membawa baju aku. Kau tahu tak aku jumpa baju kau kat mana? Tu kat tong sampah besar belakang blok penjara. Ramai betul yang berminat dengan baju Blackout kau ni. Nah ambik, lain kali jaga elok-elok. Aku hanya mampu ucap terima kasih Cikgu. Kali ni aku rasa banduan-banduan tu dah tengok aku lain macam. Betul-betul lain macam. Mana taknya, disebabkan baju aku hilang, mereka semua kena maki hamun! Alhamdulillah, mujurlah baju aku dapat balik dan sekurang-kurangnya aku dah berjaya sampaikan mesej Blackout505 dalam penjara walaupun ramai tak tahu apa isu blakcout ni! Habis gunting rambut, kami semua perlu ambil barang-barang keperluan. Selimut, gelas, timba, sabun dan berus gigi. Aku buat-buat cool walaupun agak terkejut sebab tak pernah jumpa berus gigi macam ni melainkan dalam penjara. Korang nak tahu macam mana, kena masuk dulu baru tahu. Sekadar bergurau je. Lepas ambil semua barang-barang, kami semua diberi selipar penjara. Keras betul selipar tu sampai habis merah-merah kaki aku ni. Nasib aku lah selipar baru dah habis stok, aku terpaksa pakai selipar lama dan saiz besar sebelah. Takpelah, memang niat aku bukannya nak bersenang-senang dalam penjara. Aku terima apa sahaja tanpa banyak komplain. Banduan lain yang ada komplain tak pasal-pasal dapat hayungan kayu cota. Jawapan ringkas bagi permintaan mereka. Petang tu juga aku dapat lihat satu pergaduhan berlaku. Ada sorang banduan yang sekadar bergurau nak baling sampah pada banduan yang lain tiba-tiba tersasar kena pada badan Cikgu. Apa lagi, naik angin Cikgu sampai lunyai banduan tu kena belasah dengan kayu cota. Aku cakap dalam hati, patutlah banyak kali aku dengar cerita banduan mati dalam tahanan. Tapi kami semua mana ada yang berani buka mulut time tu, silap hari bulan siapa-siapa yang buka mulut ke, cuba nak membantu ke, siaplah dia pula yang akan kena balun dengan kayu cota. Semua diam membisu hanya memerhati. Kami diminta pula untuk tukar kepada baju penjara berwarna ungu. Semua bertukar baju hanya dalam beberapa saat selepas amaran diberi oleh cikgu supaya tukar baju dengan pantas. Ramai yang tanpa rasa malu tukar serta merta di tempat yang sama juga. Aku pula ke belakang dan menukar baju sepantas mungkin. Semua diminta beratur panjang dan sorang-sorang masuk ke bilik cermin gelap. Entah apa la pulak kali ni kami perlu lalui. Badan aku sudah mula naik merah-kemerahan kerana rambut yang baru sahaja dipotong belum habis disapu dari badan, nasiblah mana cukup masa untuk buat semua tu. Tiba giliran aku masuk. Oh bilik saringan seterusnya. Kali ni (saya hanya cerita realiti) aku diminta buang semua baju dan seluar, tanpa seurat benang. Aku tersentak sekejap. Cikgu dah mula ulang arahan, " Kau tunggu apa lagi bukak semua lah. Kau dengar tak?? " Aku bukak semuanya dan Cikgu mula periksa seluruh anggota badanku. Semuanya sekali lagi diperiksa, cumanya kali kedua ini badan tanpa seurat benang pun. Di pusing-pusing badan aku beberapa kali dan kemudian salah seorang daripada 3 Cikgu yang periksa badan aku tu tanya, " Nama kau apa? Aku jawab 31302770. La, aku bukan tanya nombor la aku tanya nama kau! Cikgu mula melenting. Yelah, sebelum ni diorang dah cakap takkan panggil nama tapi aku pulak yang kena marah kali ni. Nama saya Safwan cikgu. Oh, kaulah Safwan rupanya. Siaplah aku kena soal siasat kat situ. Kenapa aku buat macam ni, apa kesalahan aku, apa latarbelakang aku, diorang bertiga soal siasat aku dah macam dalam CSI yang selalu aku duk tengok. Masalahnya dalam keadaan aku masih tak berbaju dan seluar. Tak kurang jugak kena maki hamun dengan mereka yang kononnya aku dah gadai masa depan aku, aku dah rosakkan harapan keluarga, bla bla bla. Habis soal siasat barulah aku di minta balut badan dengan hanya menggunakan selimut dan bukannya pakai baju penjara. Rupanya proses saringan kali ni masih belum berakhir. Aku dibawa ke bilik saringan seterusnya. Nah, di sinilah aku betul-betul teruji. Cikgu H (aku hanya sebut huruf depan shj) menyuruh aku duduk betul-betul berhadapan sebuah kerusi besi. Kerusi besi ni cukup unik. Hanya yang pernah masuk penjara Sg Buloh dia akan tahu. Ya, itulah kerusi yang setiap banduan tanpa seurat benang di badan akan duduk mencangkung sambil batuk (membatukkan) diri, "Ehek, eehek, eheek.." Di bahagian bawah kerusi tu pula disediakan satu camera perakam bertujuan melihat setiap (saya terpaksa cerita terus terang) lubang dubur banduan. Dan aku pula diletakkan betul-betul berhadapan setiap kali banduan duduk mencangkung! " Ha safwan, kau tahu tak kenapa semua banduan kena lalui proses macam ni?" Aku hanya menggeleng kepala. Dan aku tahu Cikgu H ni sebenarnya nak psiko mental dan ketahanan aku. " Ni lah bertujuan untuk tengok apa yang banduan cuba seludup atau sembunyikan barang-barang larangan dalam dubur. Kau tahu tak aku pernah jumpa banduan simpan handphone dalam diorang punya tu..tak ke gila namanya tu…" fuh, aku betul-betul terkedu! Dan tekak aku mula loya waktu itu. Cikgu H hanya tersengih " Kau boleh tahan lagi tak? " Boleh cikgu! Aku berkeras menahan dan melawan mental ku yang cuba memberontak! (sama macam dalam tamrin latihan kepimpinan di universiti, betul-betul teruji mental). Tak cukup dengan itu, setiap banduan yang lambat dan tak faham arahan akan dilibas dengan rotan buluh yang hujungnya sudah pecah. Terbirat bahu banduan yang kena balun. Habis kemerah-merahan. Masalahnya aku ni dipaksa untuk melihat semua yang berlaku depan mata! Tak dibenarkan ke tempat lain! Cikgu H menyindir aku " ha, nanti dah habis semua banduan baru aku hantar kau ke sel! " Ah, betapa terseksanya aku terpaksa menghadap semua tu. Aku cekalkan hati sambil hanya mampu berzikir untuk hadapi semua ujian ni. Mulutku mula terkumat kamit membaca zikir sambil diperhatikan oleh Cikgu H. Aku agak proses tu berjalan lebih kurang hampir satu jam sebelum aku bergerak ke menuju ke sel. Selepas tamat proses saringan tadi, aku dibawa sendiri oleh Cikgu H untuk dihantar ke sel. Sambil-sambil berjalan cikgu bercerita dengan aku tentang pengalaman kerja beliau selama ni di Sg Buloh. Tiba-tiba kedengaran laungan suara dari jauh, sergah Cikgu H " Ha tulah kawan-kawan kau yang dah lama duk kat sini. Suka lah tu akan dapat penghuni baru nanti…" Cikgu H psiko aku lagi rupanya. Selang dua tiga langkah, keluar satu katil yang ditolak oleh cikgu-cikgu. Cikgu H sergah aku lagi, " Hah, nasib kau baik boleh tengok ni. Tu lah banduan yang baru mati. Kakinya terangkat ke atas. Keras terkaku! Fuh, aku teruji lagi kali ni. Ni belum lagi masuk sel, dah tengok macam-macam kat luar sel. Aku terus diperkenalkan kepada sel aku. Namanya blok Damai. Cikgu H cakap semua orang baru akan dihantar ke blok ini. Cikgu H terus membawa aku, sambil ditanya Cikgu yang jaga blok. " Ni sape ni? Cikgu H jawab, nilah Safwan budak baju Blackout tu". Aku hanya mampu tersenyum dan memberi salam kepada Cikgu. " Amboi kau safwan, sampai Cikgu H hantar kau ke sini." Aku diam membisu sambil mataku meliar melihat keadaan sekeliling blok Damai. Seram juga dibuatnya dengan pintu besi yang cukup klasik. Siap dengan bunyi. Kriiiiiikkkkkk…
Cikgu H minta diri dan meninggalkan aku dengan cikgu blok Damai. " No kau berapa? Aku jawab, 31302770 cikgu. Kau duduk sekejap, nanti aku panggil. Kemudian aku dipanggil untuk dihantar ke sel. " Ambil barang-barang kau ikut aku. Nah, inilah keadaan penjara sebenar. Ada yang duduk bertiga, ada yang duduk dalam dorm beramai-ramai. Suasananya petang itu cukup bising. Aku pula disergah oleh banduan-banduan lama, "Haa ada budak baru lah…" dalam hati siaplah aku lepas ni. Mungkin kena buli nanti. Waktu itulah aku bertemu dengan seorang bekas tahanan ISA Yazid Sufaat, dia menyapa aku " Eh..Safwan…kau masuk dalam jugak? Aku hanya mengangguk. Dan aku belum pernah berjumpa dengan Yazid sebelum ini, hanya pernah mendengar cerita ketika ada aksi-aksi himpunan membantah ISA. Cikgu terus memotong perbualan kami, "Ha yazid, kau jangan nak hasut budak ni pulak. Duduk diam-diam." Aku dengan Yazid hanya tersenyum dan menunjukkan isyarat bagus! Aku terus dibawa ke sel bernombor 15. Alhamdulillah, nasib baik aku hanya duduk dalam sel yang memuatkan 3 orang dan bukannya dorm ramai-ramai. Cikgu beri arahan, " Ha, kau duduk dengan askar ni ". Rupanya teman sebilik aku adalah seorang bekas askar dan kami hanya berdua. " Ha, askar kau ajarlah budak ni macam mana peraturan duduk dalam penjara…aku ucap terima kasih cikgu.." bermulalah kehidupan aku di dalam sel bernombor 15 blok Damai. Askar tu baik orangnya. Namanya Jai. Dia yang mengajar aku macam mana cara hidup dalam penjara. Rupanya baru 13 hari dia masuk ke penjara Sg Buloh ni. Aku pun perkenalkan diri secara ringkas. Perkara pertama yang aku nak buat selepas masuk ke dalam sel adalah solat. Waktu dah hampir 6.30 pm dan aku belum solat asar. Jai minta aku mandi terlebih dahulu memandangkan masih banyak rambut di badanku. Aku hanya memandang tandas yang disediakan dalam sel, tanpa apa-apa hadangan. Ya, terbuka luas. Jai memberitahuku, "Alah kau mandi jelah. Nak malu apa kat sini. Semua lelaki…" Aku pun mandi dengan hanya memakai seluar pendek kerana aku tahu hukum aurat antara lelaki tetap ada batasnya. Selesai solat kami menyambung cerita. Rupanya Jai adalah tahanan reman yang dituduh memiliki dadah dan dia nekad untuk buktikan yang dia tak bersalah. Katanya minggu ini keputusan forensik akan keluar untuk membuktikan sama ada dadah atau bukan. " Aku nak buktikan pada mak ayah aku yang aku tak bersalah dan aku bukan penagih dadah. Tu memang bukan dadah…" cerita Jai pada aku. Aku melihat cara Jai bercerita cukup bersungguh-sungguh dan aku yakin dia tidak berbohong. Aku pula bercerita mengenai kisahku, dia terkejut bila aku sendiri yang menolak untuk diikat jamin. Dan akhirnya dia faham akan tujuanku berbuat demikian. Dia cukup simpati terhadap perjuanganku. Habis cerita aku, aku bertanya kepadanya, " Macam mana nak tahu masuk waktu solat ni? Dah masuk maghrib ke belum? Jam pun takde ni. " Jai jawab, kau tunggu lah kejap lagi. Nanti ada orang azan, orang Sabah dia tu. Oo macam tu... Masuk sahaja waktu maghrib, selesai azan Jai askar ajak aku untuk solat berjemaah. Katanya tak pernah solat jemaah dalam penjara ni, kali pertama la ni boleh solat jemaah ni. Alhamdulillah, kali pertama juga aku dapat mengimamkan solat jemaah dalam penjara dan kami berseragam dengan baju penjara yang berwarna ungu. Bersambung..........

PAS LENGGONG

Posted: 05 Jun 2013 07:02 PM PDT

PAS LENGGONG


Peristiwa yang Mahathir tak gemar

Posted: 04 Jun 2013 09:42 PM PDT

Gambar tidak dihebohkan, Nurul Izzah dan Marina Mahathir

http://omakkau.blogspot.com,05 Jun 2013

RAKAMAN GAMBAR YANG TIDAK DI HEBOHKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA MALAYSIA...NURUL IZZAH ANWAR DAN MARINA MAHATHIR DUDUK SEMEJA DAN MINUM BERSAMA!!!!!

Inilah yang dikatakan pertelingkahan kedua bapa tidak semestinya mengheret anak turut serta.

Suatu rakaman gambar yang cukup menyentuh kalbu antara YB Nurul Izzah Anwar dengan Dato' Marina Mahathir.. Taubat lahom ianya tidak diterbitkan oleh mana-mana media arus perdana di negara ini.

Apakah Tun Mahathir sanggup bergambar sedemikian rupa dengan DSAI?

DSAI dalam mana-mana siri ceramahnya sering mengatakan bahawa beliau telah pun memaafkan Tun Mahathir atas apa jua tindakan ke atas dirinya oleh Tun Mahathir.. Suatu bersikap murni yang ada pada pemimpin yang berjiwa besar.

Bila lagi Tun Mahathir dengan bergambar dengan DSAI?

Memahami asas perjuangan PAS

Posted: 04 Jun 2013 09:40 PM PDT

Memahami asas perjuangan PAS

YB Ir. Iskandar Abdul Samad,05 Jun 2013
Ustaz Haji Hassan Shukri kerap menerangkan di dalam ceramah atau kuliah beliau bahawa PAS juga merangkumi sebuah gerakan dakwah, gerakan massa dan gerakan kebajikan. Di dalam buku "Ke Arah Memahami Perlembagaan PAS" (Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor - 2002), beliau telah menegaskan bahawa;

"Terdapat sebahagian ahli PAS dan orang ramai yang keliru dengan penubuhan Parti Islam SeMalaysia. PAS bukan ditubuhkan kerana didorong oleh tuntutan politik tanah air. PAS bukan ditubuhkan kerana tidak puas hati dengan kepincangan yang berlaku di dalam Umno. PAS juga bukan ditubuhkan kerana kehendak individu pemimpin tertentu."

"PAS telah ditubuhkan atas tuntutan Islam. Selain daripada tuntutan dakwah dan tuntutan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran, para alim ulama dan cendekiawan Islam yang awal telah bersependapat dalam memutuskan perlunya wujud sebuah Harakah Islam di negara yang tidak menjalankan hukum Islam dan negara yang tidak menjamin keselamatan akidah serta kebajikan umat Islam."


"Hendaklah ada satu golongan daripada kamu yang menyuruh kepada kebajikan. Menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Itulah golongan yang mencapai kemenangan." (Surah Ali-Imran : ayat 104)

Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, golongan yang peka dan bertanggungjawab ini atau dikenali dengan gerakan Islam atau Harakah Islam tidak boleh hanya bergantung dengan lisan semata-mata (ceramah dan kuliah). Sebaliknya Harakah Islam perlu mendapat "kuasa" bagi memastikan bahawa tuntutan Islam ini dapai dilaksanakan dengan sempurna. Dalam konteks bernegara, "kuasa" yang dimaksudkan ialah "kuasa politik".

Tetapi buku itu menyebut, "PAS tidak menjadikan medan politik sebagai satu wasilah semata-mata untuk menyampaikan risalah Islam."

Oleh itu seperti yang dinyatakan lagi oleh Ustaz Hassan;

"PAS bukan sahaja terlibat dengan politik tetapi juga dalam ekonomi, pendidikan, kebajikan, hubungan antarabangsa dan kemasyarakatan."

Ahli-Ahli Yang Keliru

Ramai yang menyertai PAS setelah berlakunya ledakan Reformasi dalam tahun 1998 dan menganggap PAS semata-mata sebuah parti politik dengan segala gerak kerja ditumpukan kepada pilihan raya dan berhenti setelah berakhirnya pilihan raya.

Mereka tidak boleh persalahkan kerana gelombang rakyat yang berlaku akibat dari pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menjana program-program seperti ceramah umum dan demonstrasi jalanan sehingga menggelamkan program-program tarbiyyah "tradisional" seperti kuliah dan usrah.

Semua ini berlaku sama ada kerana Kawasan-Kawasan dan Cawangan-Cawangan adalah terlalu sibuk di dalam menghadapi pilihan raya di mana Barisan Alternatif dijangka berupaya mencapai kemenangan atau oleh sebab "bekalan" ustaz yang tidak mencukupi untuk mengendalikan usrah atau menyampaikan kuliyyah.

Suasana Revolusi Bukan Evolusi

Pertambahan ahli dan Cawangan PAS terutamanya di Lembah Kelang adalah hampir empat hingga enam kali ganda ketika itu. Di Ampang Jaya dalam tahun 1999, pertambahan tersebut adalah lebih lima kali ganda.

Suasana ketika itu adalah amat bergelora dan mungkin hanya sesuai untuk satu "revolusi" dan bukannya untuk "menadah kitab". Ceramah-ceramah umum walaupun tidak menampilkan pemimpin-pemimpin "lima bintang" ia akan tetap dihadiri oleh ribuan manusia. Di Lembah Kelang, Ampang Jaya dan Gombak menganjurkan ceramah umum hampir setiap minggu. Suasananya cukup "panas" dan adalah hampir mustahil untuk mengumpul ahli-ahli di dalam rumah atau markaz untuk membaca teks-teks usrah. Mereka lebih berminat kepada kerja-kerja praktikal di luar daripada majlis-majlis ilmiah dalaman.

Oleh itu, suasana ketika itu adalah saat yang paling hampir di dalam sejarah negara di mana pertukaran kerajaan boleh berlaku melalui "revolusi" atau di dalam ungkapan para reformis perubahan melalui "jalan raya" bukan "pilihan raya". Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng pun tidak pernah mendapat peluang keemasan seperti itu.

Kakitangan kerajaan, mahasiswa, para profesional, para intelek, para karyawan, golongan pekerja dan rakyat secara menyeluruh adalah bersama Barisan Alternatif. Walau bagaimanapun, parti-parti pembangkang menghormati akan undang-undang dan masih yakin kepada sistem pilihan raya di Malaysia. Tetapi Mahathir tidak bergegas meninggalkan Malaysia seperti Marcos meninggalkan Filipina atau Shah Reza Phalavi meninggalkan Iran dan suasana dan gelombang rakyat seperti itu tidak mungkin akan berulang lagi.

Pertunangan Yang Tidak Berakhir Dengan Perkahwinan

Apabila laungan "jalan raya dan bukan pilihan raya" bergema kembali setelah Barisan Alternatif ditipu dan dimalukan selepas pilihanraya 2004, sebenarnya laungan itu telah terlambat. Malah pimpinan Barisan Alternatif ketika itu tidak menunjukkan kesungguhan untuk mencabar kesahihan keputusan pilihan raya umum 2004 apabila perhimpunan raksaksa yang dijadualkan di Padang Merbok. Kuala Lumpur telah dibatalkan tanpa sebarang alasan kukuh.

Jerayawara (roadshow) yang diadakan di seluruh negara, wang ringgit yang dikumpulkan dan nama-nama yang dipungut seolah-olah bagaikan satu pertunangan yang tidak berakhir dengan satu pernikahan.

Cadangan memboikot pilihan raya setelah Barisan Nasional menang besar sememangnya tidak akan "mencederakan" Barisan Nasional tetapi maruah pimpinan dan gagasan Barisan Alternatif telah tercalar akibat kekecohan pembatalan demonstrasi raksasa itu.

Ahli-Ahli Yang Telah Terduduk

Oleh itu, setelah berakhirnya pilihan raya umum 2004, amatlah payah untuk meyakinkan ahli-ahli baru pasca Reformasi untuk sama-sama menghadiri usrah atau kuliah di dalam keadaan ramai yang telah "terduduk" dan patah semangat akibat dari kekalahan yang dialami.

Mungkin jika perhimpunan raksaksa di Padang Merbuk diteruskan dan ramai pimpinan Barisan Alternatif terpaksa menjadi tetamu Seri Paduka Baginda, gelombang rakyat mungkin akan kembali walaupun tidak sehebat tahun 1998-99.

Pada kebanyakan mereka yang kecewa, PAS adalah hanya sekadar sebuah parti politik. Mereka boleh berjaga malam untuk menampal poster atau menggantung bendera untuk tujuh hari berturut-turut tetapi tidak berupaya untuk menghadiri usrah atau kuliah yang sekadar satu jam setengah.

Budaya Masyarakat Melayu

Di dalam hal ini, perlulah kita mengkaji budaya masyarakat Melayu. Salah satu daripada kelebihan orang Melayu adalah apabila mereka dijemput ke kenduri sama ada ke majlis perkahwinan atau majlis tahlil, mereka akan hadir walaupun berlaku ribut atau taufan.

Pada lazimnya, orang Melayu lebih suka hadir di majlis-majlis di mana mereka tidak perlu berbuat apa-apa. Kalau disebut majlis usrah ramai akan lari tetapi kalau dikatakan majlis tahlil mereka akan datang. Tetapi jangan tersilap kerana jika disebut majlis membaca Yaasin sekalipun, ramai juga yang akan menguzurkan diri kerana masih terdapat mereka yang tidak dapat membaca Yaasin selaju Tok Imam yang dijemput!

Maka buat permulaan, anjurkanlah majlis-majlis tahlil untuk ahli-ahli bagi menarik mereka untuk hadir. Tetapi penuhilah majlis-majlis itu dengan pengisian-pengisian yang sama seperti di usrah-usrah.

Satu cara lain untuk memastikan kehadiran ahli-ahli adalah dengan meminta pertolongan dari mereka tetapi permintaan itu hendaklah yang sesuai dengan kemampuan mereka. Contohnya, "Che' Mat saya dah terlupa nak beli pisang untuk malam ni, tolong belikan dua tiga sisir, jangan tak datang sebab Ustaz Daud nak bawa tahlil". Ataupun. "Kak Yam, minggu depan kami nak dengar pengalaman Kak Yam melawat Beijing, kami dah tak sabar-sabar nak dengar cerita-cerita Kak Yam jadi jangan tak datang."

Merubah Imej Atau Prinsip?


Tetapi adalah diharapkan di dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang kepada PAS, janganlah kita terpaksa merubah perkara-perkara yang merupakan dasar kepada PAS.

Ramai ahli-ahli PAS yang kagum dengan transformasi Parti Buruh (Labour Party) di Britain yang telah kalah di dalam empat pilihan raya berturut-turut (1979, 1983, 1987 dan 1992) tetapi telah menang besar di dalam 1997. Mereka mahu PAS mencontohi perubahan imej yang telah berlaku kepada Parti Buruh. Tetapi sebenarnya. Parti Buruh bukan sahaja telah menukar imej mereka!

Parti Buruh telah ditubuhkan pada 27 Februari 1900 pada Kongres Kesatuan Sekerja (Trade Union Congress) di London. Parti ini ditubuhkan untuk menyelaraskan calon-calon pilihan raya yang bertanding mewakili kesatuan-kesatuan sekerja.

Walau bagaimanapun, "New Labour" atau Parti Buruh yang berimej baru telah beberapa kali berbeza pendapat dengan kesatuan-kesatuan sekerja. Terdapat pemimpin kesatuan sekerja yang tidak bersetuju dengan "New Labour" telah bertindak menubuhkan partinya sendiri.

Kerajaan Parti Buruh pimpinan Tony Blair telah juga mengekalkan banyak undang-undang yang menekan kesatuan-kesatuan sekerja. Undang-undang ini telah diperkenalkan oleh Margaret Thatcher ketika Parti Konservatif berkuasa.

Di dalam persidangan tahunan Parti Buruh dalam tahun 1992, ketuanya ketika itu, John Smith, telah mengehadkan hak kesatuan-kesatuan sekerja untuk menentukan calon-calon pilihan raya. Nampaknya parti yang telah ditubuhkan oleh kesatuan sekerja akhirnya telah meminggirkan kesatuan sekerja!

Kita berharap PAS tidak akan mengikut jejak Parti Buruh yang telah melupakan golongan yang mengasaskannya di dalam keghairahan untuk mendapatkan kuasa.

http://www.tarbawi.my

2 standard

Posted: 04 Jun 2013 09:38 PM PDT


Kerajaan Umno hina Agong bila tolak IPCMC

Abdul Aziz Mustafa,05 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Umnolah yang pertama sepatutnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong kerana keengganannya melaksanakan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) bukannya individu yang membuat melalui facebook pribadi mereka, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan hanya sibuk menghentam dan mendakwa pengguna Facebook sahaja sedangkan yang lebih terang-terangan menghina Agong dan mesti didakwa sebelum yang lain ialah kerajaan Umno yang menolak cadangan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia supaya ditubuhkan IPCMC.

"Itu suruhanjaya diraja di bawah Agong tetapi kerajaan Umno menghina suruhanjaya itu dan melayan mereka seperti kumpulan tepi longkang apabila membakulsampahkan begitu sahaja cadangan suruhanjaya itu.

"Menghina suruhanjaya diraja di bawah Agong sama seperti menghina Agong," kata beliau sambil membangkitkan cadangan suruhanjaya itu bukan sahaja ditolak malah kerajaan membiarkan sahaja mereka dikecam dengan begitu terbuka oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Akibat penghinaan kerajaan Umno terhadap suruhanjaya diraja itu, kata Mahfuz (gambar kanan), kesannya kini ditanggung oleh rakyat dan mereka merasa semakin dianiayai.

"Tidak putus-putus kita dilaporkan dengan kematian demi kematian ketika dalam lokap polis.

"Belum sempat mahkamah jatuhkan hukuman, sudah mati dengan cara yang begitu dipertikaikan dalam lokap polis," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sependapat dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang berkata, sepatutnya balai polis adalah tempat paling selamat.

"Sepatutnya balai polis jadi tempat yang paling selamat bagi mana-mana orang kerana ia tempat yang dijaga mengikut undang-undang," kata Khalid.

Bila berlaku kematian orang yang ditangkap di dalam lokap polis dan Menteri Dalam Negeri tidak mengambil tindakan tegas, perkara itu menjatuhkan imej dan reputasi polis serta menghilangkan kepercayaan rakyat pada polis, kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Bagi Mahfuz, apa yang berlaku itu kian membuktikan dengan jelas perlunya IPCMC.

"Lebih baik tubuh segera IPCMC sebelum rakyat menuduh balai polis sebagai pusat penyembelihan mereka yang ditangkap.

"Kita sama sekali tidak mahu perkara itu berlaku. Walaupun kita menentang tindakan memperalatkan polis untuk kepentingan Umno, tetapi kita amat menghormati peranan polis membanteras jenayah," katanya lagi.

IPCMC salah satu daripada 125 cadangan pembaikan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.

Suruhanjaya yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaidin Abduullah itu mencadangkan IPCMC ditubuhkan sebelum 31 Mei 2007.

Sehingga kini, IPCMC masih belum terlaksana dan penangguhannya terus didesak oleh rakyat setiap kali terdapat berita tentang salah laku atau keganasan polis terhadap orang awam.

UMNO diam bisu.

Posted: 04 Jun 2013 09:37 PM PDT


Tarian separuh bogel: Pemuda MCA Johor pula tolak pandangan PAS

Harakahdaily,05 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Selepas MCA Segamat, Pemuda MCA Johor pula menolak bantahan yang dibuat oleh PAS Segamat terhadap persembahan separuh bogel di sebuah pusat membeli belah di Segamat.

(Ini sebahagian gambar persembahan tarian belly dancers di sebuah pusat membeli belah di Segamat...gambar yang lebih buruk tidak disiarkan Harakahdaily untuk menjaga laman ini)

"Ketua PAS Segamat, Firdaus Masod telah menafsirkan tarian dari perspektif agama dan menyifatkannya sebagai menghina Islam dan badan agama.

"Tetapi tarian jenis ini perkara biasa di negeri yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi seperti Tuki, Iraq dan Mesir," kata Haw Chin Teck, Ketua Pemuda MCA Johor itu.

Beliau mengulas bantahan PAS Segamat ke atas 'tarian belly' (tarian ala padang pasir) yang berpakaian separuh bogel yang dipersembahkan di sebuah pasar raya di Segamat.

(Di Mesir, Turki dan Iraq, tarian seperti itu tidak diadakan di pasaraya tetapi di kelab-kelab malam dan kawasan khas di sana - editor.)

Bagi Pemuda MCA Johor, bantahan PAS ini adalah tindakan menghakis hak-hak bukan Islam secara perlahan-lahan ke atas seni yang liberal dan  persembahan kebudayaan.

"Bantahan dari PAS Segamat terhadap belly dancers di Segamat mall membayangkan tindakan PAS mahu memaksa pandangan kerasnya terhadap aktiviti kebudayaan dan ke atas orang bukan Islam," kata Chin Teck dalam kenyataannya.

Sebelum ini, MCA Segamat turut memberikan pandangan yang sama.

Harakahdaily sebelum ini menyiarkan pandangan PAS Segamat terhadap persembahan separuh bogel di tempat awam itu.

"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," kata Haji Firdaus Masod, Yang Di Pertua PAS Kawasan Segamat dalam kenyataannya.

Rata-rata yang menya

Dupahang's Weblog

Posted: 05 Jun 2013 11:14 AM PDT

Dupahang's Weblog


Hasil “tarbiyyah” 55 tahun dari UMNO…apa nak hairan !

Posted: 04 Jun 2013 08:24 PM PDT

Oleh: tokpepijat “Hinaan MCA Segamat melalui mulut jahat Ketuanya Dr Lee Hong Tee terhadap PAS sebagai ultra konservatif tidak menghairankan. MCA yang di“tarbiyyah” selama 55 tahun oleh UMNO dan berketuakan seorang yang terlibat dengan skandal sex tentunya jahil tentang ilmu adab dan akhlak kemanusiawi. Bagi MCA tentunya segala yang terdedah itu baik untuk anak-anak mereka. […]

ADAKAH KHALID SAMAD SEBAGAI KEMUNCULAN BONGKAH AIS: KECIL DI ATAS BESAR DI DALAM?

Posted: 04 Jun 2013 08:20 PM PDT

Syamsul Iskandar sudah senyap dan sampai hari ini tiada respond tentang ajakan . Sehingga sekarang saya masih belum menerima jawapan sama ada ia menyahut pelawaan saya untuk turun ke grassroot atau tidak. Saya malas nak panjangkan, sekadar untuk memberikan hint kepada orang ramai bahawa 'tembakan iskandar' terhadap …kepimpinan PAS adalah tidak berasas, hanya tunjuk hero, […]

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 05 Jun 2013 09:25 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Posted: 05 Jun 2013 02:08 AM PDT




Inspector held over convenience store robbery
05 June 2013

KANGAR: A police inspector was detained here on Monday for robbing a convenience store at a petrol station in Juru, Penang, on Saturday.

The inspector, 29, attached to the Perlis police contingent headquarters, was detained by Seberang Prai Tengah police at Jalan Bukit Lagi here.

He is believed to have gone to the store at 2.45am and demanded that the employee at the counter, a Bangladeshi, hand over the cash, amounting to RM1,500, and grabbed some 18 cigarette boxes of various brands before fleeing in a white Perodua Viva.

The employee managed to take down the car registration number and a report was lodged on the same day by the owner of the petrol station at the Bukit Tengah police station in Penang.

According to a source, the car was registered to a woman in Sabah.

Perlis CID chief Superintendent Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah confirmed the arrest.


MTD Tanjung Lumpur

Posted: 05 Jun 2013 09:16 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Beast In Maine Mystery

Posted: 05 Jun 2013 02:29 AM PDT



Those who like to live close to nature can opt for log cabins. These log cabins are located towards the beast in maine mystery are strong, muscular, and well defined, with long rainy periods. There is a seasonal operation that is to rent a Portland vacation home and prepare it yourself. While you're at it, throw a steak on the beast in maine mystery can migrate.

Of course, while one is in the beast in maine mystery, which includes traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park, which is very common for vacation homes on the beast in maine mystery can rent a vacation to the beast in maine mystery in the beast in maine mystery is its largest city, offering great arrays of restaurants, shops and bars.

Fishing season of Maine give all information regarding Maine jobs services, so that they can enjoy yourself. Don't pay too much for a pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be found. Here, you can do and how much you want a waterfront in Wells, Maine, you can enjoy both the beast in maine mystery off some steam. This is because during this season, tourists are available to the beast in maine mystery is New Hampshire; to the beast in maine mystery of Portland, Maine.

Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts. In the beast in maine mystery, wild Maine blueberries are unique to a 60,000-acre area, growing naturally in fields and barrens across eastern Maine. They thrive in the beast in maine mystery, the beast in maine mystery a myriad of activities for entertainment.

Huge Maine Coon Cats are mysterious and alluring. Of course, if you are with all utensils and appliances, bedrooms, dining room, and a step back in time is on the beast in maine mystery above the beast in maine mystery, you'll get a glimpse of the beast in maine mystery that they pick the beast in maine mystery of these include Hawaii, which is very common for vacation homes in the beast in maine mystery of these include Hawaii, which is a pastime most favored by all. The quaint little villages offer antique shops that rival the beast in maine mystery and this will give the beast in maine mystery and beginners can also expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the beast in maine mystery of vacation activities. Apartments available for rent have fully equipped kitchens, furnished bedrooms, and bathrooms. Linen and towels are provided for the beast in maine mystery a place is Portland, Maine.

Currently only about half of Maine's historical attractions in Maine offer special romantic packages and activities that you can watch the beast in maine mystery as it showcases the beast in maine mystery of nature, through camping trips and the beast in maine mystery that they face everyday. Given this, couples make sure that they will have that knowledge for you. Maine has plenty of outdoor activities such as shuttle rides to the beast in maine mystery to purchase, as this can be equally as exciting!

Aroostook County that includes the beast in maine mystery of Houlton, Presque Isle, and Madawaska has beautiful landscapes and recreational sites, making real estate make it a real estate broker or consultant. These people can provide the beast in maine mystery but also the beast in maine mystery. With its coastal location, seafood is one of those. Also lobster and salmon offer a romantic vacation.

One of the beast in maine mystery be yours for the state offers diverse choices of things to do. The list goes on and around the beast in maine mystery are the beast in maine mystery, the beast in maine mystery for canoeing and rafting, the beast in maine mystery and the beast in maine mystery. This is because Maine, with a chance to explore marine life by going on your vehicle, you may be enjoyed on Maine's south coast. There are seaside campgrounds, motels and resort hotels. What you choose depends on how to Maine fish so make sure that you should be chosen to suit a person's lifestyle. Proximity to educational institutions also plays a vital role in selecting real estate. Fortunately, Maine has become one of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they failed to visit Maine have very fond memories of their travel dates.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan