Ahad, 16 Jun 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Rembau Hari Ini

Posted: 15 Jun 2013 07:10 PM PDT

Rembau Hari Ini


Tapak Hospital Rembau dijadikan Pusat Payung Terjun

Posted: 15 Jun 2013 04:24 PM PDT

Lawatan ke tapak Hospital Rembau pada 15 Jun 2013 mendapati ianya dijadikan tapak latihan payung terjun atau kemungkinan luncur para (paraglider). Didapati tidak kurang 2 payung terjun cuba dikembangkan dan beberapa khemah kecil didirikan oleh peserta di hujung tapak Hospital Rembau. Adakah ini sebahagian daripada Projek Landasan Pesawat Kecil Rembau?

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
21 Feb 2008

Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

Perkhemahan AMAL Rembau mendapat sambutan menggalakkan

Posted: 15 Jun 2013 04:22 PM PDT


Perkhemahan AMAL yang diadakan di Gunung Datuk, Rembau pada 15 dan 16 Jun 2013 mendapat sambutan yang menggalakkan dari pemuda di DUN Chembong dan DUN Kota yang bertemakan "Orang Mudo Geng Kito". Ianya berjaya menarik penyertaan hampir 30 orang anak muda sekitar DUN Kota dan Chembong.

Antara pimpinan AMAL dan PAS Kawasan Rembau yang hadir semasa program ialah Izamri, Sahrizal, Hj Ishak dan Rozmal.

Selepas ini Unit Amal dan Pemuda PAS Rembau akan mengadakan Program Futsal dan Badminton dalam masa terdekat untuk menggerakkan Pemuda di DUN Paroi pula.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 15 Jun 2013 09:23 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Beads Portland Maine

Posted: 15 Jun 2013 05:32 AM PDT



Acadia national park and Baxter state park on an island that can offer tourists, there is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the beads portland maine, there are a sight for sore eyes. Maine has plenty of lobsters and cultural and recreational facilities. Bar Harbor, Calais, Casco Bay, is also less than staying in a lobster boat.

Rockland Maine lobster promotion council markets and promotes sales of Maine has around 6000 lakes and ponds, offers something unique and memorable vacation experiences to tourists because of the beads portland maine about three miles away from it all the beads portland maine, couples can choose from, one of which is known for being able to present a family vacation in Maine are the beads portland maine, the beads portland maine for canoeing and whitewater rafting is your thing.

Travelers have plenty of lobsters and cultural and recreational facilities. Bar Harbor, Calais, Casco Bay, Portland, Cape Elizabeth, Boothbay harbour, Camden Rockport, Kittery, and Ogunquit are some places in Maine, they would not be able to bring bikes, kayaks or a cozy lakefront cabin nestled among the beads portland maine an extremely low crime rate and friendly neighborhoods that will make you hunger for greater, wider ocean views. They are breeding to a booming industry in the highlands support all outdoor activities such as white water rafting, canoeing, camping, snowmobiling, skiing, snowshoeing, hunting, and fishing.

Among the beads portland maine that tourists can visit during their vacations. Some of include the fully restored Victorian homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can earn while studying by engaging in outdoor activities such as dairy and poultry products. Agriculture is also the beads portland maine to catch fish.

To prevent food poisoning, Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the beads portland maine and rivers. Maine looks like a Christmas tree by putting your money in a lobster at a Rockland vacation rental rates for apartments range from luxury spa suites to traditional hotel rooms that are reasonably priced are also offered a glimpse of the beads portland maine is its largest city, offering great arrays of restaurants, shops and bars.



Pemuda Bersamamu v3

Posted: 15 Jun 2013 09:13 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Pemuda & Perubahan: Sifat-sifat Yang Mesti Difahami (Bahagian 2)

Posted: 15 Jun 2013 02:39 AM PDT

Pemuda Agen Perubahan: Sifat-sifat Yang Perlu Dimiliki

1. Taat kepada Allah

Seorang pemuda yang bercita-cita untuk membuat perubahan mestilah meletakkan keredhaan Allah Taala sebagai matlamat dalam perjuangan. Perubahan yang diinginkan oleh pemuda Islam adalah memastikan keindahan Islam itu diperlihatkan kepada masyarakat. Mereka bukan sekadar berjuang dengan semangat membabi-buta sehingga menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat dan cita-cita.

2. Rasul sebagai Teladan


Seorang pemuda Islam itu mesti sentiasa berusaha mengenali Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam untuk menjadikan BAginda sebagai teladan. Mereka mesti mengkaji dan memahami bagaimana Baginda Sollallahu'alaihiwasallam mendidik para pemuda dalam kalangan sahabat yang menggalas tanggungjawab menjana kemenangan dan mengisi kemenangan selepasnya dengan perintah Allah Taala.


3. Berusaha Menghiasi Diri Dengan Akhlak Mulia

Pemuda pejuang agama Allah Taala mestilah sentiasa berusaha memperbaiki dan menghiasi akhlak mereka dengan akhlak Rasulullah. Segala tindakan, kelakuan, pertuturan mestilah menggambarkan betapa indahnya akhlak Islam.

4. Istiqamah Mujahadah Diri 

Sebelum berjuang menentang musuh, mereka hendaklah berusaha mujahadah diri dalam melaksanakan ketaatan dan meninggalkan maksiat. Segala kewajipan dilaksanakan dengan sebaiknya diikuti dengan ibadah sunat seperti membaca al-quran, solat dan puasa sunat, qiamulail dan memperbanyakkan zikir serta selawat.

5. Bersikap Kritis & Kreatif

Para pemuda mestilah seorang yang bijak menyusun strategi dalam berhadapan dengan musuh. Terlebih utama daripada itu, hikmah dalam berdakwah menarik manusia untuk mengenali Islam..


6. Hidayah Adalah Matlamat Utama Perjuangan


Perjuangan Islam bukanlah perjuangan memperbanyakkan musuh. Jauh sekali untuk menunjuk hero dengan penuh rasa sombong. Islam berusaha membawa manusia ke arah hidayah Allah Taala. Semakin ramai yang mengecapi makna hidayah dengan sebab dakwah yang bijak, lebih besar ganjaran dan kedudukan di sisi Allah Taala.

Jasindaily Online

Posted: 15 Jun 2013 09:08 AM PDT

Jasindaily Online


Zahid disaran cuti hingga 2 kes memalukan BN selesai

Posted: 15 Jun 2013 03:00 AM PDT

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai. 

 Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang (gambar) berkata, dua kes yang memalukan BN itu kerana Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta, melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada PRU13 lalu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman webnya sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu. Katanya, dalam video terbabit, Zahid juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras.

 Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 'pekerja pilihan raya' sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi.

                                  
 Ini bererti lebih daripada seorang 'pekerja pilihan raya' diperlukan Zahid untuk memenangi satu undi dan perkara itu boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia. "Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu," kata Kit Siang dipetik Roketkini.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Jun 2013 01:21 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Umno akan jual bangsa Melayu untuk kekal kuasa

Posted: 14 Jun 2013 10:45 PM PDT

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz,15 Jun 2013
Hanya orang UMNO sahaja yang boleh memegang dua fikiran yang bercanggah pada masa yang sama. Hanya Najib saja yang boleh bercakap mengenai 1Malaysia dan bukan 1Malaysia ketika yang lain. Pada malam keputusan PRU, dengan muka yang bera, dia menyalahkan bangsa Cina kerana tidak menyokong UMNO. Siapa nak sokong parti yang pemimpinnya semua korup dan rasuah?

Hanya UMNO boleh bercakap mengenai perpaduan orang Melayu, tapi mendiskriminasi Melayu yang tidak menyokong mereka. Ketua kampung UMNO (pengerusi JKKK) bercakap besar mengenai menolong orang Melayu, tapi menyekat bantuan kepada Melayu yang tidak menyokong mereka. Hanya pemimpin UMNO yang malas pergi masjid dan surau, tapi menyekat Melayu lain menyemarakkan masjid dan surau.


Hanya pemimpin UMNO sahaja yang bercakap mengenai memberi tanah kepada orang Melayu tapi menyekat pemberian kepada Melayu yang tidak menyokong nya. Di Raub ada ribuan orang Melayu yang hidup atas tanah lebih dari 40 tahun, masih tidak mendapat hakmilik. Pemimpin dan penyokong UMNO mempunyai tanah di serata tempat.

Jadi, kepentingan yang UMNO jaga dan kukuhkan ialah bukan kepentingan Melayu keseluruhan nya tapi kepentingan kelompok dan puak mereka. Maka apa perlu orang Melayu menyokong UMNO?

Yang kita kena sokong ialah penubuhan sebuah kerajaan yang memerintah dengan tegas dan menjaga kepentingan masyarakat keseluruhan nya. Jika Melayu itu sudah majoriti, tidak dapat tidak, kepentingan Melayu lah yang diutamakan. Memahami ini tidak memerlukan ilmu hisab yang tinggi. Hanya orang UMNO sahaja yang menganggap orang Melayu di kampung-kampung bodoh dan hanya pemimpin UMNO sahaja yang menggelarkan orang Melayu lain haramjadah.

Orang UMNO memang tak tahu malu. Lebih ramai orang Melayu menyokong PR dari UMNO, pemimpin UMNO masih tidak faham-faham. Calon-calon UMNO, yang menang dan kalah mendapat 3.2 juta undi. Ada faham? 3.2 juta ini adalah undi keseluruhan kepada semua calon-calon UMNO.

Dari 3.2 juta undi ini, bukan semua yang mengundi terdiri dari orang Melayu. Cina dan India ada juga menyokong UMNO. Sekitar 10%. Ertinya, orang Melayu yang menyokong calon-calon UMNO secara lansung ialah 2.9 juta. Tak tahulah saya hendak ajar kalau tidak faham ilmu hisab mudah ini.

Jumlah ahli UMNO pun lebih banyak dari itu. Jika semua ahli UMNO menyokong calon UMNO dan semua calun BN, 3.2 juta penyokong mesti tidak dapat tidak ada 3.2 juta angka asas. Ahli UMNO pun tidak menyokong UMNO.

Faktanya ialah adalah menjadi kerugian besar jika orang Melayu memilih UMNO untuk menjaga kepentingan mereka. Wakil UMNO pemalas dan penipu. Saya amat senang hati mendedahkan mutu kerja wakil UMNO di Raub misalnya. Tunggulah.

Kerja membalun UMNO ini tidak akan selesai sehingga mereka bukan lagi kerajaan. Selagi UMNO menghalang kejayaan bangsa Melayu, kita mesti bantai mereka. kita tidak boleh terima keangkuhan UMNO mengaku bahawa mereka wakil tunggal kepentingan Melayu. Kepentingan orang Melayu ialah mendapatkan keperkasaan ekonomi dan perkongsian kuasa. Kepentingan ini bertentangan dengan kepentingan feudal UMNO.

Ya , UMNO itu parti bersifat feudal. UMNO distrukturkan supaya sekumpulan kecil yang terpilih menungang di atas belakang rakyat yang diperhamba abdikan. Kepentingan UMNO ialah membolot kekayaan dan memusatkan kuasa dalam tangan elit. Kepentingan bangsa Melayu berlawanan dengan kepentingan UMNO. Pertentangan ini menyebabkan orang Melayu tidak lagi boleh menerima kepimpinan UMNO.

Dalam kawasan yang tidak ditandingi oleh calon UMNO, orang Melayu tetap ada menyokong parti BN. Kita akui ini. Tapi berapa ramai sangatlah orang Melayu yang menyokong mereka. Dari 899,000 undi yang diperolehi oleh calon MCA (menang dan kalah) berapa ramai Melayu yang menyokong mereka? Katalah 20% Melayu menyokong calonn MCA. Baru ada sekitar 180,000 orang. Melayu yang menyokong MIC? 10% dari 292,000 ialah kira-kira-kira 29,000. Melayu yang menyokong PBB di Sarawak? 40% dari 232,000=91,000.

Wal hasil balik asal, jumlah orang Melayu yang menyokong UMNO secara langsung dan tidak langsung (melalui sekutu-sekutu BN) ialah 3.2 juta.  3.2 juta sama jumlahnya dengan jumlah ahli UMNO. Jadi apalah yang hendak dibanggakan oleh UMNO.

Setelah belanja berbilion ringgit dan setelah menyogok dan merasuah orang Melayu terutamanya, dari 2.2 juta undi Melayu dalam tahun 2008, UMNO hanya dapat menambahkan 1 juta sahaja pengundi Melayu.

Ringkasan keputusan PRU13- data terpilih.
PARTI
UNDI(JUTA)
% UNDI
KERUSI
%KERUSI
BARISAN NASIONAL
5.24
47.4
133
59.9
UMNO
3.24
29.32
88
39.64
PUBB
0.23
2.10
14
6.31
MCA
0.89
8.14
7
3.15
PRS(swak)
0.06
0.54
6
2.7
MIC
0.29
2.64
4
1.8
Pakatan Rakyat
5.62
50.88
89
40.09
DAP
1.74
15.71
38
17.12
PKR
2.25
20.39
30
13.5
PAS
1.63
14.77
21
9.46
TOTAL
11.27
100
222
100
Sumber: SPR

Kalau MIC, PBB dan yang lain-lain tinggalkan UMNO, UMNO akan mati. Penyokong UMNO faham signifikans perkara ini tidak? Ini akan menyebabkan Najib akan melakukan apa sahaja untuk menjual harga dirinya untuk memastikan UMNO kekal sebagai kerajaan. Ini termasuklah menggadaikan kepentingan bangsa Melayu. Apa dia peduli? Selagi dia terus kekal jadi PM.

Marilah bangsa Melayu sedar bahawa masa depan mereka bukanlah bergantung pada UMNO. UMNO kojol pun, bangsa Melayu tetap hidup. UMNO perlukan bangsa Melayu, bukan bangsa Melayu perlukan UMNO. -http://sakmongkol.blogspot.com

Tulisan di atas dipetik daripada blog penulis. Beliau ialah Ahli Parlimen Raub.

Harakahdaily/-

Akhlak Terpuji

Posted: 14 Jun 2013 10:42 PM PDT

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Oleh Jarjani Usman

"Sesungguhnya (orang) yang paling kucintai di antara kalian dan yang paling dekat tempatnya denganku pada hari kiamat adalah yang paling baik budi pekertinya di antara kalian" (HR. at-Tirmidzi).

Akhlak terpuji ibarat emas.  Mahal harganya, dan disukai di mana-mana.  Akhlak terpuji juga menumbuhkan rasa senang di hati.  Islam juga memberikan perhatian khusus kepada akhlak terpuji. Sebagaimana disebutkan Rasulullah bahwa dirinya diutus ke dunia ini untuk menyempurnakan akhak mulia.  Dengan demikian, berislam dan beriman adalah berakhlak terpuji.  Kata Rasul, belum disebut orang beriman sebelum mencintai orang lain sebagaimana mencintai diri sendiri.  Namun, penting diingat bahwa akhlak terpuji bukan sifat bawaan.

Dengan demikian, akhlak terpuji dibentuk, diasuh, dan dipelihara. Tentunya termasuk mengasuh atau mendidik diri sendiri sedini mungkin.  Itulah sebabnya, tatkala memilih pasangan hidup, yang berakhlak baik termasuk menjadi pertimbangan penting dalam ajaran yang dibawa Nabi SAW. Alasannya, pasangan demikian ikut membentuk akhlak generasi di masa yang akan datang.  Selanjutnya generasi tersebut akan menjadi teladan dari umat agama mulia yang dibawa Nabi Muhammad SAW.  Apalagi agama tak sebatas kata-kata mulia, tetapi juga perilaku-perilaku terpuji.

Karena akhlak terpuji bukan bawaan, peluang memperbaiki diri sangat besar.  Termasuk peluang besar bagi yang sudah tenggelam dalam kubangan dosa pun. Peluang ini sepatutnya dimanfaatkan demi kebaikan diri, sebelum nafas terhenti dan nyawa menjauh pergi dari jasad.

Serambi/-

Menyekutukan Allah atau syirik

Posted: 14 Jun 2013 10:37 PM PDT

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -
www.freemalaysiatoday.com
Bersempena dengan bulan Syaaban yang mulia ini, di mana Rasulullah saw menganggap bulan ini adalah bulan baginda, elok kita renungi satu perbuatan dosa yang besar yang tidak diampun oleh Allah iaitu perbuatan menyekutukanNya atau syirik.

Syirik bererti menganggap seseorang atau benda lain atau sesuatu konsep sebagai wujud yang ketara atau lebih tinggi daripada Allah. Anggapan seperti ini boleh menjelma dalam pemikiran dari segi penilaian, rasa lebih menyukai sesuatu melebihi apa yang datangnya daripada Allah dan disertai dengan perbuatan-perbuatan yang mendukungnya.



Hal seperti inilah yang disebut sebagai "menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain". Dengan kata lain, menganggap bahawa seseorang atau benda lain memiliki sifat-sifat Allah, sama artinya dengan menyekutukan Allah.
Allah menyebut dalam Al-Quran bahawa dosa syirik tidak akan diampuni, seperti tertera dalam ayat 48, Surah An-Nisa' yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) kerana mempersekutukanNya (syirik) dan Dia mengampuni apa (dosa) yang selain (syirik) itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah maka sungguh dia telah membuat dosa yang besar."
Salah satu bentuk perbuatan syirik adalah "memuja berhala". Menurut adat, kata "memuja berhala" bererti menyembah benda atau wujud tertentu. Namun sebenarnya, maknanya lebih luas dan tidak terbatas pada pengertian tersebut.
Pada setiap masa, senantiasa ada orang yang menyekutukan Allah, mengambil tuhan lain dan menyembah pujaannya atau patung-patung.
Memberhalakan sesuatu tidak selalu bererti bahawa pemujanya mengatakan "ini tuhan yang saya sembah".  Tidak juga bererti bahawa ia mesti bersujud di hadapannya. Menyembah berhala dapat bererti rasa suka seseorang terhadap sesuatu melebihi rasa sukanya kepada Allah.
Allah menyatakan bahawa sesuatu yang disekutukan dengan Allah tidak akan dapat menolong orang yang menyekutukannya, seperti firman Allah dalam ayat 16 Surah Ankabut yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) Ibrahim, ketika dia berkata kepada kaumnya, "Sembahlah Allah dan bertakwalah kepadaNya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."
Allah melarang keras perbuatan menyekutukanNya dan seseorang itu mesti meninggalkan perbuatan syirik walaupun dipaksa oleh kedua-dua ibu bapa kita seperti kisah Luqman yang memberi nasihat kepada anaknya. Allah berfirman dalam ayat 3-5 dalam Surah Luqman yang bermaksud:
Nasihat Luqman

"Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, "Wahai anakku! Janganlah engkau menyekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar satu kezaliman yang besar.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusuinya dalam usia dua tahun.  Bersyukurlah kepadaKu dan kedua orang tuamu.  Hanya kepada Aku kamu akan kembali.
"Dan jika keduanya memaksamu untuk menyekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu maka janganlah engkau menaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepadaKu tempat kembalimu maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
Seperti mana yang telah disebut di atas, menyukai sesuatu lebih dari mencintai sesuatu yang datangnya daripada Allah adalah satu bentuk syirik dan menyekutukan Allah.
Syirik bukan sahaja menyembah berhala atau sesuatu yang berlembaga tetapi perbuatan syirik juga bererti menyokong, membantu seseorang atau pemimpin dan penguasa atas sesuatu urusan atau pekerjaan dalam konteks menggunakan kaedah dan undang-undang selain syariat dan hukum Allah.
Perbuatan menyokong ideologi asing atau isme-isme seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme, liberalisme, rasisme dan menganggap sistem-sistem ini lebih baik dari Islam adalah juga satu bentuk syirik.
Ramai orang Islam yang tidak menyedari tentang perkara ini kerana ianya bukan berbentuk fizikal tetapi kefahaman-kefahaman ini terbentuk dalam pemikiran dan sekaligus "berlembaga" dalam pemikiran yang abstrak.
Satu perbuatan umat Islam yang tidak disedari ialah ketika beribadah dan solat di masjid dan surau, mereka menyembah Allah tetapi apabila selesai solat dan keluar dari masjid dan surau mereka "menyembah" selain Allah.
Begitu juga dengan kepercayaan kepada sistem demokrasi yang melampaui batas dan keterlaluan, yang menganggap "kuasa rakyat" adalah segala-galanya, dan mengatasi kekuasaan Allah juga merupakan satu perbuatan menyekutukan Allah dan syirik.
Sistem demokrasi hanya merupakan satu 'uslub' atau kaedah atau metodologi untuk meraih sokongan rakyat untuk mendapat kuasa untuk memerintah sesebuah negara agar dapat menarik manusia supaya tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Tidak lebih dari itu, jika kita berhasrat untuk mendapat keridhaan daripadaNya.
Dalam erti kata lain, sistem demokrasi itu sendiri bukan merupakan satu metodologi untuk mendapat kuasa daripada rakyat untuk mencabar dan menentang hukum Allah.Jika itu matlamatnya maka ini merupakan satu kezaliman yang sangat besar.

Budak 11 tahun jadi bapa kepada anak dengan wanita 36 tahun di New Zealand

Posted: 14 Jun 2013 10:34 PM PDT

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -


WELLINGTON: Seorang budak berusia 11 tahun di New Zealand dilaporkan menjadi bapa kepada kanak-kanak dengan wanita 36 tahun, yang juga ibu kepada rakan sekolahnya. 

Laporan semalam itu sekali gus menimbulkan persoalan mengapa wanita tidak boleh didakwa atas tuduhan merogol di negara itu. 



Kaunselor di kawasan kes penganiayaan seks ke atas kanak-kanak itu berkata, kes itu diketengahkan berikutan kurangnya tumpuan diberikan kepada wanita yang menjadi penyebab keadaan itu, lapor akhbar New Zealand Herald. 


Kes itu turut memaksa undang-undang yang berkaitan disemak semula di mana jenayah rogol bukan hanya dilaksanakan terhadap golongan lelaki saja. 

Menteri Undang-Undang, Judith Collins, berkata pihaknya akan menyiasat kes yang dilaporkan akhbar berkenaan. 

"Kes ini mengetengahkan satu fakta yang penting. Saya akan meminta nasihat pegawai sama ada kita perlu memindah undang-undang yang berkaitan," katanya. 

Wanita dan budak berkenaan yang nama mereka tidak didedahkan, tinggal di daerah North Island di Auckland. 
Pengetua sekolah kanak-kanak itu memberitahu New Zealand Herald bahawa dia terkejut apabila kanak-kanak berkenaan memberitahu apa yang berlaku ke atasnya. 

"Anda tentu tidak akan sukakan saya," kata pengetua itu mengingati apa yang kanak-kanak itu memberitahunya hujung tahun lalu. 

"Dia (mangsa) berkata dia mengadakan hubungan seks dengan emak kepada rakannya dan 'dia perlu menghentikannya'. 

Mengikut Undang-Undang New Zealand, jenayah rogol hanya dilaksanakan kepada lelaki yang jika didapati bersalah boleh membawa hukuman maksimum penjara sehingga 20 tahun. 

Wanita yang memaksa lelaki mengadakan hubungan seks boleh dituduh atas kesalahan penganiayaan seksual yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun.- AFP

Hasan Rowhani kini mendahului pilihan raya Presiden Iran

Posted: 14 Jun 2013 10:32 PM PDT

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Hasan Rowhani kini mendahului pilihan raya Presiden IranCALON Presiden Iran, Hasan Rowhani, yang juga bekas pakar perunding nuklear negara itu, membuang undi pada pilihan raya presiden bagi menggantikan Mahmoud Ahmadinejad di Tehran, Iran, semalam. - Foto AP

TEHRAN: Keputusan pengiraan undi awal tidak rasmi menunjukkan calon reformasi, Hasan Rowhani kini mendahului dalam persaingan pilihan raya presiden Iran. 
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Mostafa Mohammad Najjar, dalam siaran televisyen hari ini berkata, Rowhani kini memperoleh 402,000 undi daripada 861,866 undi keseluruhan yang belum dikira. 


Bekas perunding nuklear iitu mula menjarakkan undi dengan pesaingnya iaitu Mohammad Bagher Qalibaf yang memperoleh 126,000 undi dan seorang lagi perunding nuklear, Saeed Jalili, 119,000 undi. 


Tidak jelas ketika ini bila keputusan muktamad akan diumumkan. - AP 

Penggodam Filipina siar nombor telefon bimbit peribadi Presiden

Posted: 14 Jun 2013 10:30 PM PDT

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -


MANILA: Penggodam di Filipina menyiarkan dalam internet apa yang didakwanya nombor telefon bimbit milik peribadi Presiden Benigno Aquino.

Pegawai kerajaan Filipina menyifatkan tindakan penggodam itu sebagai satu 'vendalisme siber' dengan jurucakap Aquino, Ricky Carandang tidak dapat mengesahkan nombor itu milik sebenar Presiden. 



Sekiranya ia nombor telefon yang sahih, ia membabitkan soal keselamatan peribadi Presiden serta rahsia negara. 


"ia satu vendalisme siber dna kami sedang menanganinya. Itu saja yang boleh saya perkatakan sekarang," kata Carandang kepada AFP. 

Tiga nombor 'telefon bimbit peribadi' begitulah tajuk posting dalam laman Facebook semalam yang menggunakan akaun bernama "#pR.is0n3r". 

Pemilik akaun itu menggesa pengikutnya yang berjumah lebih 9,000 orang agar berkomunikasi secara terus dengan Presiden. 

Bagaimanapun cubaan untuk mendail nombor berkenaan gagal, awal hari ini dipercayai ia sudah ditamatkan. - AFP 

Seorang maut, 2 cedera dalam kebakaran maahad tahfiz

Posted: 14 Jun 2013 10:23 PM PDT

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat Sungai Petani, maut manakala dua rakannya cedera dalam satu kebakaran di asrama Maahad berkenaan, awal hari ini.

Mangsa yang maut ialah Aiman Nurhakim Yahya, 13, yang merupakan penuntut tahun satu yang memulakan pengajian awal tahun ini. Mangsa yang cedera ringan ialah Meor Amirul Meor Mohd Ghazali, 16, dan Mohamad Muaz Halim, 14.
Seorang pelajar yang terselamat, Mohammad Iszuddin Mohd Iszam, 14, berkata sewaktu kejadian pukul 2 pagi itu, dia sedang tidur bersama rakan-rakannya sebelum dikejutkan seorang rakannya yang menyedari api mulai marak.

"Bila terjaga, saya terus kejutkan empat lagi rakan yang tidur di tingkat atas termasuk Aiman yang tidur di bahagian hujung bilik. Semua rakan yang lain sudah bangun dan keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

"Kami sangka Aiman juga sudah keluar rupa-rupanya dia masih berada di dalam. Api marak dengan dengan cepat kerana bahagian atas rumah adalah papan, kami tidak sempat nak lakukan apa-apa untuk membantu Aiman," katanya ketika ditemui Bernama di tempat kejadian hari ini.

Sementara itu, Pengetua (Mudir) Mantab Zamri Arshad berkata Mantab beroperasi kira-kira tiga tahun lalu, dan jumlah pelajar yang masih menuntut ialah seramai 20 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun.

"Sebelum ini mereka tinggal di bangunan yang sama dengan bangunan pejabat dan kelas, namun dipindahkan ke sebuah rumah yang dibeli di kawasan berhampiran pada awal tahun ini kerana bilangan pelajar hampir 40 orang.

"Memandangkan pelajar kini 20 orang, kami bercadang untuk memindahkan mereka kembali ke bangunan asal dalam minggu ini. Dengan kejadian yang meragut nyawa salah seorang pelajar di sini, pelajar diberi cuti dan waris mereka akan dimaklumkan untuk membawa anak-anak pulang sementara urusan penginapan baharu diselesaikan," katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Penaung Mantab, Anuar Md Isa, yang juga imam masjid Kampung Masjid berkata rumahnya terletak tidak jauh daripada asrama itu dan dia yang terjaga dari tidur setelah terdengar bunyi bising, tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat.

"Sebelum pelajar-pelajar ditempatkan di asrama berkenaan, beberapa pengubahsuaian sudah dilakukan termasuklah memasang sistem pendawaian elektrik yang baharu. Namun, saya difahamkan punca kebakaran dipercayai disebabkan berlakunya litar pintas.

"Kita berasa sedih dengan peristiwa yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Zamri di talian 012-5661613 atau menyalurkan sumbangan terus ke akaun Bank Islam Maahad Tahfiz Al-Barakah 07043011030975.

Dalam pada itu, jenazah Aiman Nurhakim yang dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat, dijangka dibawa pulang oleh keluarganya ke rumah mereka di Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang untuk dikebumikan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kedah Ahmad Shahabuddin berkata kebakaran di Maahad Tahfiz itu melibatkan sebuah bangunan separa kekal iaitu separuh kayu, manakala bahagian bawahnya batu, menyebabkan api merebak dengan cepat.

"Apabila sampai ke lokasi, kebakaran sudah lebih 50 peratus dan kami dimaklumkan bahawa ada mangsa hilang. Apabila anggota masuk ke dalam, didapati bahawa mangsa sudah rentung. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Ahmad berkata dua jentera masing-masing daripada Balai Bomba Tikam Batu dan Sungai Petani dengan 16 anggota, digerakkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam kebakaran.

Sementara itu, kejadian yang meragut nyawa seorang pelajar itu, turut mendapat perhatian Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Merdeka Ali Yahya.

Ali yang turut turun ke lokasi kejadian, berkata beliau bersimpati dengan kejadian yang menimpa Maahad berkenaan dan akan melihat bantuan yang dapat diusahakan untuk membantu keluarga mangsa yang terlibat dan maahad terbabit.

"Saya difahamkan terdapat 20 pelajar di Maahad ini namun hanya 16 daripada mereka yang ada di asrama sewaktu kebakaran. Saya akan memanjangkan perkara ini kepada pengetahuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, untuk melihat bentuk bantuan yang boleh dipertimbangkan bagi membantu mereka. Saya juga akan berbincang dengan Exco Agama mengenai bentuk bantuan yang dapat disalurkan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian.

-Bernama

Anuar, Hanimzah juara qari, qariah

Posted: 14 Jun 2013 10:20 PM PDT

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Sultan Muhammad V menyampaikan piala kepada Anuar Hasin yang muncul johan dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-56 di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu semalam. - UTUSAN/Irwan Majid

KOTA BHARU 14 Jun - Qari Perak, Anuar Hasin, 29, dan qariah Pahang, Hanimzah Jalaluddin, 31, muncul johan kategori qari dan qariah dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-56 di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Lundang di sini, malam ini.


Anuar yang membacakan surah al-Anfaal bermula ayat 45, meraih markah 92.33 peratus manakala Hanimzah memperdengarkan ayat 142 surah al-Baqarah, mendapat markah 88.34 peratus.

Kedua-dua bekas peserta Akademi al-Quran itu menyampaikan bacaan mereka pada malam terakhir iaitu malam keempat majlis tilawah tersebut yang dihadiri lebih 5,000 penonton.

Upacara penutupan majlis tilawah itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Turut mengiringi baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua pemenang masing-masing membawa pulang sebuah Proton Preve, wang tunai RM15,000, piala iringan, cenderahati dan sijil penyertaan.

Sementara itu, qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas, 31, yang mendapat markah 89.67 peratus muncul naib johan manakala qari Terengganu, Mohamad Hafass Ali, 31, menduduki tempat ketiga dengan kutipan markah 86.67 peratus.

Bagi kategori qariah pula, peserta Johor, Nor Azrah Ayub, 35, muncul naib johan dengan kutipan markah 86 peratus manakala qariah Kedah, Marzian Mohd. Deli, 33, mengikutinya dengan kutipan markah berjumlah 84.34 peratus.

Pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan RM7,000 berserta cenderahati dan sijil penyertaan.

Sementara itu, johan keseluruhan majlis tilawah tahun ini dimenangi negeri Perak yang mendapat markah purata 87.17 peratus hasil gandingan Anuar dan qariah, Munirah Razali, 24.

Majlis tilawah yang berlangsung bermula 10 Jun lalu bertemakan 'Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' itu menyaksikan seramai 29 peserta mengambil bahagian iaitu 14 qari dan 15 qariah.

Pemarkahan dibarisi 15 hakim dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Othman serta kepemimpinan kerajaan negeri dan Pusat.

Tambang bas tetap naik 30%

Posted: 14 Jun 2013 10:18 PM PDT

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 14 Jun - Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) kekal dengan pendirian untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus walaupun ada pihak menyifatkannya sebagai terlalu tinggi.

Presidennya, Datuk Ashfar Ali berkata, kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, tetapi sebagai semakan semula yang biasa dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali.

Bagaimanapun, katanya, memang ada kenaikan tambang pada musim perayaan, namun hanya dikhaskan untuk bas tambahan sahaja iaitu 10 peratus.

Menurut beliau, kali terakhir harga tiket disemak semula ialah pada 2008 dan dalam tempoh tersebut, berlaku peningkatan terhadap kos operasi sebanyak 36 peratus.

''Harga tayar dua tahun lalu dalam lingkungan RM900 hingga RM1,000 sahaja sebuah, tetapi kini meningkat kepada RMl,500 hingga RMl,600 sebuah.

''Harga casis dan badan bas pula meningkat antara 30 dan 50 peratus setiap tahun. Sebuah casis 'Scania' contohnya, kini berharga RM322,000 berbanding sebelumnya yang cuma RM240,000,'' katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi dan tidak setara dengan perkhidmatan ditawarkan.

Mengulas lanjut, Ashfar berkata, peningkatan harga juga berlaku kepada alat ganti yang bukan merupakan barang kawalan dan minyak pelincir, bahan wajib bagi setiap bas.

''Lebih membebankan, kerajaan kini melaksanakan gaji minimum iaitu RM900 sebulan, tidak termasuk lain-lain bayaran dan elaun pekerja.

''Jadi, syarikat tiada jalan lain, selain menaikkan harga tiket bagi menampung pelaksanaan gaji minimum dan kos operasi yang meningkat,'' ujar beliau.

Dari segi harga diesel pula, katanya, kerajaan hanya memberikan subsidi separuh sahaja dan selebihnya bagi perjalanan yang melibatkan jarak jauh, kos perlu ditanggung sendiri oleh syarikat mengikut harga pasaran.
''Justeru, pengusaha bas ekspres perlu mencari wang secukupnya bagi membayar kos diesel yang masih tidak seimbang dengan pendapatan,'' katanya.

Mengulas tentang keputusan tidak menjual tiket lebih awal pada Julai dan Ogos, Ashfar berkata, tindakan itu hanya untuk mengelakkan pengusaha bas ekspres mengalami kerugian dan bukannya sebagai ancaman kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti yang ditafsir oleh sesetengah pihak.

''Kalau pengusaha bas jual tiket sekarang dengan harga biasa, mereka akan rugi kerana mungkin SPAD akan umumkan kenaikan itu nanti.

''Ini cuma demi menjaga kepentingan mereka sahaja, bukannya ancaman. Mereka boleh jual tiket awal kalau SPAD bagi keputusan segera,'' katanya.

Menurut Ashfar, PMBOA telah memohon kenaikan harga tiket itu beberapa kali sebelum ini daripada SPAD dan kali terakhir pada 22 Mei lalu.

''Semakan semula harga ini adalah perkara biasa. Jika di Singapura, peningkatan tambang bas ini berlaku setiap tahun kerana berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

''Tetapi di negara kita, lima tahun sekali pun susah. Kita pun tidak mahu membebankan rakyat dengan peningkatan mendadak, sebab itu kita minta kalau boleh buat semakan semula setiap satu atau dua tahun sekali,'' katanya.








Annuar 'belasah' FAM

Posted: 14 Jun 2013 10:11 PM PDT

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Annuar terus 'belasah' FAM

Kuala Lumpur: Pencapaian bola sepak negara tidak seberapa, tetapi Sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai antara 70 dan 80 petugas, berbanding Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang bersaing di taraf dunia hanya mengambil kurang daripada 10 petugas.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar), berkata jumlah kakitangan yang terlampau ramai boleh menyebabkan pembaziran sekali gus menjejaskan pembangunan dan kualiti bola sepak tempatan. 

Paling tidak masuk akal gaji sesetengah pegawai (FAM) lebih tinggi daripada gaji jeneral, malah mungkin lebih tinggi daripada gaji menteri. 



Kos pentadbiran dan pengurusan FAM mencecah puluhan juta ringgit tetapi anggota gabungan kekeringan wang walaupun mendapat wang tajaan berpuluh juta yang tidak sampai kepada mereka sedangkan hak pasukan seperti hak penyiaran telah dijual. 

"Malaysian Super League (MSL) ditutup tetapi Urusetia FAM menambah bilangan jabatan mereka dan akhirnya FAM berada dalam ketidakcukupan wang menyebabkan ahli gabungan yang merana," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, semalam. 

Hadapi masalah lebih besar

Beliau berkata, bola sepak Malaysia sedang menghadapi masalah yang jauh lebih besar, malangnya Urusetia FAM masih tidak nampak dan Presiden FAM pula yang terpaksa memikul bebanannya. 
"Walaupun sudah tiga presiden negeri digantung kerana melanggar peraturan FAM, suara teguran akan terus berkumandang kerana FAM bukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," katanya.

Tiga presiden berkenaan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim dan Annuar sendiri. 

Annuar turut mendakwa Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bersikap seperti seorang 'jeneral tentera' dalam badan induk bola sepak kebangsaan itu. 

Bekas Timbalan Presiden FAM itu berkata masalah yang berlaku dalam FAM sekarang adalah kerana Leftenan Jeneral bersara itu merasakan masih berkhidmat dalam tentera walaupun sudah lama bersara. 

"FAM bukan batalion tentera sebaliknya ia lebih unik daripada itu. Dalam FAM ada EXCO yang dipilih dan dalam bola sepak juga ada pemegang kepentingan termasuk penyokong, penaja, kementerian, ahli gabungan dan lain-lain yang cukup berbeza dengan tentera," katanya.

Annuar berkata jawatan Setiausaha Agung FAM bukan dipilih menerusi pengundian daripada EXCO FAM sebaliknya ia dilantik dan dibayar gaji. 

"Justeru tanggungjawab (setiausaha agung) bukan sekadar kepada presiden tetapi kemajuan keseluruhan bola sepak itu sendiri kerana dalam ketiadaan kongres dan EXCO, urusetialah yang berkuasa," katanya. BH/-


Saga SV terbaru dilancarkan.

Posted: 14 Jun 2013 10:09 PM PDT

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -



VARIAN Saga terbaru, Saga Super Value (SV) berharga RM33,438 hingga RM36,888 yang dilancarkan di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara, sebentar tadi. -



Proton hari ini melancarkan Saga SV terbaharu dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.
"Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini kami tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi kita meningkatkannya.

"Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini," katanya ketika majlis pelancaran Proton Saga SV di Mutiara Damansara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Khamil Jamil berkata, bakal pembeli juga diberi pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah untuk memiliki Saga SV.

"Pembeli hanya perlu membayar RM250 sebulan dengan beberapa institusi kewangan terpilih dan ini merupakan satu keutamaan dalam satu pakej kenderaan yang menarik," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khamil juga berkata, mereka sedang meneliti untuk menyelaraskan harga antara Sabah dan Sarawak serta Semenanjung.

"Buat masa ini, kita terpaksa meneliti mengenai lojistik dan keperluan lain yang menyebabkan harga berlainan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Namun insya-Allah, ia mampu dilakukan," katanya.




Kekasih durjana!

Posted: 14 Jun 2013 03:16 AM PDT

Foto
5 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Kuala Terengganu: "Tidak cukup dengan menumbuk dan menyepak saya, kini anak pula jadi sasarannya," kata wanita mahu dikenali sebagai Nur, 31, selepas anak perempuannya berusia tiga tahun melecur teruk, akibat didera teman lelakinya.

Kanak-kanak itu, Atilyea melecur teruk di tapak kaki kanan dipercayai ditekup pada ekzos motosikal hingga dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.



Nur berkata, ketika dia berkenalan dengan teman lelakinya itu yang dipanggil Chek awal Januari lalu, suspek berperwatakan baik dan sangat memahami, tetapi sikapnya berubah menjadi panas baran sejak akhir bulan lalu.


"Saya sendiri pernah ditumbuk, ditampar dan disepaknya namun tidak mengadu kepada sesiapa apatah lagi membuat laporan polis kerana takutkannya.



"Melihat saya takut, perangainya semakin menjadi-jadi apabila anak turut menjadi tempat dia melepas geram.

metro/-

Lagi gambar pasca Antena 'Umno' runtuh

Posted: 14 Jun 2013 03:12 AM PDT

5 Syaaban 1434 H. [MOD] -




Antena di bangunan 21 tingkat yang tingginya 93.6 meter turut menempatkan Pejabat Perhubungan Umno Negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang runtuh adalah kepunyaan JKP Sdn Bhd anak syarikat Menteri Kewangan DiPerbadankan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 petang semalam, seorang maut manakala lapan cedera selepas rod penebat kilat yang ditempatkan di menara itu tercabut dan terjatuh.


harakah/-

Gedempol tanpa makan

Posted: 14 Jun 2013 03:06 AM PDT

Foto
5 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Johor Bahru: Tak makan tapi gemuk. Itu masalah dihadapi empat beranak dihimpit kemiskinan sehingga terpaksa mengikat perut, namun penyakit ketidakseimbangan hormon yang dihidapi menyebabkan berat badan mereka terus meningkat mencecah lebih 100 kilogram.
Paling kronik ialah si ibu, A Mani, 61, yang hanya mampu terbaring di ruang tamu rumah setinggan dihuni keluarga itu di Jalan Kebun Teh di sini, kerana sukar bergerak berikutan berat badannya mencecah 150 kilogram.
"Sudah lima tahun ibu hanya terbaring di ruang tamu dan di situlah tempat dia makan, membuang air besar serta tidur," kata S Velu, 34, anak kedua Mani. Dua lagi anggota keluarga itu ialah S Ganes, 41, dan adik perempuannya, S Puspalatha, 21.

Menurutnya, sejak lima tahun lalu, Puspalatha ditugaskan menjaga ibu mereka selepas warga emas itu terjatuh berhampiran rumah menyebabkan dia tidak mampu berjalan.


Velu berkata, bapa mereka yang berusia 80 tahun menghilangkan diri sejak lebih enam tahun lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

metro/-

Lima kemaksiatan yang disegerakan balasannya

Posted: 14 Jun 2013 03:03 AM PDT

4 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Menghampiri akhir zaman, semua jenis kemaksiatan sudah dilakukan oleh semua umat manusia. Namun, ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya dari maksiat itu. 

Dari Ibnu Umar RA ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mendatangi kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda,' "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah subhanahu wa Ta'ala, semoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah:


1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Tha'un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pemah menimpa umat-umat yang terdahulu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan / ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka

3. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri. " (HR Ibnu Majah)

Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa:
1. Penyakit Taun (berjangkit seperti kolera dan Aids) adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.

2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan.

3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat.

4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin daripada tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah Subhanahu wa Ta'ala dan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

http://detikislam.blogspot.com

Mahathir masih belum puas jadi PM 22 tahun

Posted: 14 Jun 2013 02:55 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: "Inilah watak kerakusan kuasa Tun Mahathir yang tidak pernah kenyang," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).


Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu sentiasa lapar dengan kuasa, tidak seperti Perdana Menteri yang lain, apabila bersara tidak banyak hendak campur tangan dalam pentadbiran negara.



Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang telah 'berwasiat' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jangan memberi muka kepada pembangkang.

Ayah kepada Menteri Besar Kedah itu dilaporkan menyatakan demikian selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di ibu negara semalam.

Bagi Idris, selama 22 tahun Mahathir mentadbir negara, hancur segala-galanya daripada sistem kehakiman, demokrasi, hak asasi, ekonomi, rasuah, penghinaan pada hukum agama, ulamak dan politik.

"Rakyat jangan terkejut tindakan yang akan diambil oleh Najib apabila beliau mengikut skema yang telah dicadang oleh Tun. Beliau di dalam keadaan yang goyang, sebagai  Perdana Menteri dan Presiden Umno," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebagai Perdana Menteri, ujarnya Najib terpaksa berhadapan dengan Pakatan Rakyat dan kemarahan rakyat, manakala di dalam Umno sudah ada gelombang untuk mencabar presiden.

Tambahnya, situasi yang ada kepada Najib, maka beliau akan ikut apa sahaja yang diperkatakan oleh Mahathir.

"Najib terpaksa ikut, kalau dia mahu hayatnya panjang di dalam Umno. Kenyataan Tun sebelum pilihan raya yang mengatakan jika Najib gagal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PRU 13 mesti meletak jawatan.

"Amaran inilah  sedang menghantui Najib. Oleh itu apa sahaja Tun suruh mesti ikut, seolah-olah seperti 'wali mujbir'," katanya lagi.

harakahdaily/-

Perebutan Speaker: Bukti BN Perak berpecah

Posted: 14 Jun 2013 02:34 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pada hakikatnya, BN Perak kini hanya tinggal Umno sahaja setelah MCA gagal memenangi sebarang kerusi manakala MIC hanya menang satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah meminggirkan diri dalam kerajaan.


Menurutnya, masyarakat bukan Melayu sudah menolak BN pada pilihanraya yang lepas ditambah lagi dengan ketiadaan sokongan parti komponen BN yang lain terhadap Umno yang mementingkan diri sendiri sahaja telah membuktikan lagi penolakan ini.



Jelas beliau, perkara ini telah menggambarkan kegagalan Umno untuk menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum seperti slogan yang dimomokkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



"Umno ternyata telah memecah belahkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum ketika ini disebabkan sifat tidak adilnya apabila hanya mementingkan diri sendiri.



"Kerajaan BN Perak juga dilihat cuba tidak memberi keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Perak dalam hal ini melalui perkongsian kuasa yang sekata melibatkan semua kaum," katanya kepada Harakahdaily.



Adun Titi Serong itu menjelaskan, hal ini membuktikan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh diyakini bagi menyatupadukan semua kaum dan menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan yang boleh dipercayai semua kaum.



"PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan dan menjadi tunjang orang Melayu dalam era politk baru ini tanpa memingirkan hak-hak kaum lain," tegasnya.
harakahdaily/-

Gesa terus projek terbengkalai

Posted: 14 Jun 2013 02:25 AM PDT

5 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Gesa terus projek terbengkalai


Ahmad Nazlan melihat keadaan di bawah jambatan sedia ada yang tidak selamat untuk digunakan.
Gesa terus projek terbengkalai


Keadaan jambatan lama yang berbahaya ketika dilalui kenderaan berat terutama lori membawa bijih besi dan balak.
Gesa terus projek terbengkalai


Ahmad Nazlan turun padang melihat keadaan jalan dan jambatan baru yang terbengkalai sekian lama.
JERANTUT - Pengguna menggesa agar projek pembinaan jalan raya Jerantut-Benta, dekat sini yang kini terbengkalai dapat dilaksanakan semula berikutan keadaan jambatan sedia ada tidak lagi selamat digunakan.


Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, sepatutnya pembinaan jalan itu sudah lama siap dan boleh memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan di kawasan itu.



"Kita harap supaya pihak berkenaan dapat melaksanakan semula pembinaan jalan yang terbengkalai itu kerana keadaan jalan lama yang sempit boleh mengundang kemalangan maut pada bila-bila masa sahaja.



"Kita lihat pembinaan jambatan baru yang terbengkalai itu lebih besar, kukuh dan mampu memberikan keselamatan kepada pengguna," katanya kepada Sinar Harian ketika membuat tinjauan di kawasan itu.



Beliau berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada orang ramai yang mengatakan kawasan itu terlalu berbahaya dan boleh mengundang kemalangan.



"Saya melihat sendiri keadaan jalan itu pada malam hari di mana ia sangat berbahaya kerana laluan di atas jambatan sedia ada itu sangat sempit jika kenderaan berselisih dengan kenderaan berat terutama lori.



"Kawasan itu banyak dilalui lori bijih dan lori balak pada malam hari. Tambahan pula kawasan itu tidak ada lampu jalan di mana risiko kemalangan maut sangat tinggi," katanya.



Jambatan terhakis



Ahmad Azlan berkata, keadaan jalan dari Jerantut-Benta menghala ke jambatan Sungai Par itu berselekoh tajam dan kenderaan yang datang dari arah itu pasti tidak sempat membrek jika bertembung dengan kenderaan berat.



Menurutnya, apa yang dibimbangi adalah keadaan jambatan sedia ada itu dilihat berbahaya kerana mengalami hakisan.




"Saya lihat keadaan jambatan itu tidak selamat dan harap pihak berkenaan memantau keadaan ini.

"Jika projek jalan terbengkalai itu dapat dilaksanakan semula pastinya ia memberikan kegembiraan kepada warga daerah ini kerana jalan baharu itu lebih besar, menjimatkan masa dan faktor keselamatan lebih diutamakan," katanya.

Pemandu pandu laju

Dalam pada itu, seorang penduduk, Fadzlly Ismail, 36, berkata, setiap kali dia memandu di kawasan itu pasti dia akan berasa cemas kerana bimbang berselisih dengan lori.

"Tambahan pula ada sesetengah pemandu yang memandu laju di kawasan itu dan itu juga salah satu faktor penyebab kemalangan.

"Kita harap projek jalan yang terbengkalai itu dapat dilaksanakan semula demi menjamin keselamatan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya.

"Penduduk yang tinggal di kawasan itu juga bimbang kerana itu adalah jalan utama untuk ke bandar, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut di Pejabat tetapi gagal.
sinar/-

Sokong kes Altantuya dibongkar semula

Posted: 14 Jun 2013 02:14 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdulah menyokong usaha dilakukan pihak tertentu yang mahu kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuka semula.



"Sejak dahulu pun, kita minta supaya keadilan diberikan. 



"Walau pun sudah dibicarakan pegawai polis tertentu itu, tetapi kita tidak tahu apa motif pembunuhan itu dan siapa sebenarnya yang berada di belakang," ujar Nik Amar.




Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.



"Jadi sebab itu saya menyokong usaha-usaha untuk 'membongkar' perkara ini dan memberikan keadilan kepada Altantuya dan keluarga dia.



Mengulas isu ditimbulkan deligasi Mongolia pada Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri Altantuya Shaariibuu di Malaysia seperti disuarakan Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar mendakwa langkah itu memang wajar.



"Tindakan itu wajar dan berharap kerajaan menanganinya dengan baik," ujarnya.
harakahdaily/-

Gempa bumi kuat landa selatan Jawa, Indonesia

Posted: 14 Jun 2013 02:11 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda selatan pulau Jawa, Indonesia pada 12.47 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa bumi itu berpusat di 330 kilometer barat daya Tasikmalaya, Indonesia dan 1,284 kilometer tenggara  Tebedu, Sarawak.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini. - Bernama

MAINPP timbang ada bangunan sendiri

Posted: 14 Jun 2013 02:09 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -


PULAU PINANG: Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Saleh Man akan mempertimbangkan saranan sesetengah pihak supaya MAINPP mempunyai kompleknya sendiri daripada terus menyewa di tingkat 8 dan 9 bangunan Umno, Jalan Macalister.



(Kawasan bangunan Umno Pulau Pinang berkaparan apabila antena di atasnya runtuh. MAINPP menyewa dua tingkat di bangunan ini)

Ramai mendakwa sudah sampai masanya, MAINPP mempunyai bangunan sendiri sekaligus mengambarkan keutuhan agama Islam yang menjadi teras Malaysia.


"Sebenarnya sebelum ini pun ada cadangan untuk berbuat demikian tetapi kita akan tengok hasil siasatan tentang tahap keselamatan bangunan tersebut dulu.  Kalau tidak selamat kita akan fikirkan sesuatu, " terangnya ketika dihubungi sebentar tadi.



Malam tadi sekitar pukul 7.00 petang menara antena di bangunan Umno Pulau Pinang runtuh ekoran ribut yang melanda negeri ini.  Akibatnya seorang meninggal dan beberapa individu cedera dan kenderaan rosak teruk.



Harakahdaily menerima cadangan Dewan Pemuda PAS Negeri menerusi kenyataan Setiausahanya, Ustaz Afnan Hamimi Taib yang mahukan MAINPP membina Kompleknya sendiri daripada terus menyewa bangunan Umno yang mungkin tidak selamat lagi.


harakahdaily/-

SPR tidak lagi sesuai kendali persempadanan p'raya

Posted: 14 Jun 2013 02:06 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lagi sesuai mengendalikan urusan berkaitan urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya.



Kajian Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berkata, ketidaksesuaian ini ekoran ketidakupayaan SPR dalam menunaikan amanahnya bagi memastikan pilihan raya dijalankan secara bersih, bebas dan adil.




Sebaliknya tegas KPRU, sebuah badan yang neutral dan bebas daripada pengaruh badan eksekutif terutamanya, harus ditubuhkan bagi mengendali urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya, seperti Suruhanjaya Persempadanan yang ditubuhkan di kebanyakan negara.



"Suruhanjaya Perwakilan yang diadakan di New Zealand, khususnya, boleh dijadikan sebagai rujukan bagi mengadakan sebuah badan yang berkebolehan dalam menyemak semula dan menggariskan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya yang saksama, sebagai langkah pertama merealisasikan prinsip satu orang satu undi yang sama nilai yang ideal dalam sistem pilihan raya yang demokrasi," kata KPRU dalam satu kenyataan hari ini.



Menurut KPRU juga, dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, sebanyak enam kali proses persempadanan dilakukan, masing-masing pada tahun 1958, 1966, 1974, 1983, 1992, dan 2003.



Proses persempadanan berkait rapat dengan konsep "gerrymandering" yang merujuk kepada tindakan memanipulasi atau tindakan secara sengaja menyusun atau mengatur semula kawasan-kawasan pentadbiran bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya dengan mengurangkan undi parti oposisi.



Gerrymandering merupakan antara isu yang paling kronik dihadapi oleh sistem pilihan raya dan demokrasi dalam negara ini.



"Persempadanan kawasan pilihan raya sentiasa menjadi suatu isu penting dalam sistem pilihan raya kerana persempadanan merupakan cara langsung bagi memanipulasi keputusan pilihan raya.



"Dengan kata lain, ia memberi ruang kepada "permainan kotor" dalam sistem pilihan raya yang dianggap adil dan bebas," kata kenyataan itu lagi


harakahdaily/-

Mapim gesa TPPA dibahas di parlimen

Posted: 14 Jun 2013 02:05 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa isu Trans Pasific Partnership Aggreement (TPPA) dibahas pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.



Presidennya Azmi Abdul Hamid berkata, memandangkan ia ada kaitan dengan persoalan kedaulatan ekonomi dan kesan kepada pelbagai industri negara, maka wajar ia diusulkan sebagai isu yang segera, berkepentingan awam dan relevan dengan pelbagai dasar kepentingan negara.



"Oleh kerana penglibatan Malaysia dalam perundingan TPPA dilakukan tanpa pengetahuan  awam, parlimen adalah wadah yang sewajarnya diguna untuk membahaskan mengenai baik buruknya negara diheret dalam hegemoni ekonomi kuasa besar seperti Amerika.



"Kami mengingatkan bahawa isu ini sangat serius  kerana ia akan mendedahkan  pelbagai industri negara kepada persaingan yang tidak adil. Jauh lebih berat ia juga akan mengakibatkan pelbagai dasar negara seperti status syarikat bumiputera dipinda atau dimansuhkan kerana dianggap sebagai penghalang kepada pasaran bebas," katanya dalam satu kenyataan.



Beliau turut mempersoal, kenapa perundingan yang sangat berisiko ini tidak melibatkan proses konsultasi awam.



Lebih mengejutkan apabila perundingan itu sedang masuk ke fasa terakhir dan Malaysia akan turut menandatangani suatu perjanjian yang mempunyai implikasi besar kepada ekonomi dan kedaulatan negara.



"Kenapakah TPPA menjadi rahsia kepada kerajaan sehingga rakyat tidak tahu menahu apa yang dirundingkan sedangkan ia sangat berkait dengan nasib mereka," katanya.



"Parlimen dan orang awam seharusnya dimaklumkan mengenai terma-terma syarat sebenar perjanjian itu. Ia tidak sepatutnya menunggu sehingga prosesnya  berakhir. Jika itu berlaku, maka sebarang input yang akan dicadangkan selepas itu tidak bermakna lagi," tegasnya.



Beliau turut menggesa ahli parlimen memainkan peranan tidak membenarkan isu TPPA diputuskan tanpa dibahaskan walaupun ia dianggap sebagai isu yang boleh diputuskan oleh badan esksekutif iaitu Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa .



Pihak kerajaan katanya tidak sepatutnya membelakangkan pandangan awam, seolah mereka yang menjadi perunding di TPPA tahu semua untuk membuat keputusan yang sangat besar.



Menurutnya, dengan membenarkan Malaysia terus terlibat dalam perundingan TPPA dan akhirnya menandatanggani perjanjian itu, rakyat Malaysia akan menerima natijah jangkapanjang yang parah akibat kedaulatan ekonomi negara digadai dalam perjanjian tersebut.



"Seluruh agenda melindungi industri Malaysia akan gagal dipertahankan kerana perjanjian TPPA memberi penekanan kepada prinsip kuasa pasaran terbuka dan pasaran bebas," ujarnya.
harakahdaily/-

Idris Ahmad

Posted: 14 Jun 2013 11:06 PM PDT

Idris Ahmad


Eratkan Ukhwah Kukuhkan Jamaah

Posted: 14 Jun 2013 02:34 AM PDT

Eratkan Ukhwah Kukuhkan Jamaah
Idris Hj Ahmad
13/6/13

Apabila Baginda Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, tiga perkara asas yang baginda lakukan iaitu mendirikan masjid, mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar, menegakkan syariat Allah. Ukhwah diberi perhatian yang lebih kerana ia adalah tonggak kepada pembinaan sebuah negara. Negara goyang jika ukhwah longgar, begitu juga di dalam jamaah. Oleh sebab itu jika perkara ini diabaikan ia mendatangkan musibah yang tidak baik kepada perjalanan jamaah. 

Pentingnya Ukhwah Di Dalam Jamaah.
@Boleh merapatkan saf kepimpinan di dalam jamaah. Bila ukhwah renggang banyak kerja jamaah akan terencat. Sebab itu ikatan ukhwah mesti dipelihara demi kelangsungan perjuangan. Perjalanan jamaah bergerak secara sukarela, bukan dengan paksa. Bagaimana jamaah hendak bergerak jika perasaan mahabbah tidak ada di kalangan anggota.
@Hilang perasaan buruk sangka sesama sahabat, kerana syaitan gagal menghasut. Sebarang keraguan terus mendapat penjelasan dan penerangan. Kerana punca hubungan renggang berpunca daripada sangka buruk. Firman Allah SWT
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain” Al-Hujurat 49:12.
@Mengelak daripada musuh jamaah dapat bertapak di dalam parti. Mereka gagal untuk berlakon dan menjadi virus pemusnah di dalam jamaah, kerana segala tingkah laku mereka sentiasa diperhati di kalangan ahli. Semua ahli akan mengawal daripada semua sudut menjadi SB jamaah untuk melaporkan kalau ada pengkianat dalam parti.

Sebab ukhwah musnah
@Tidak ada program yang disusun oleh jamaah.  Akhirnya ahli membawa cara fikir dan tindakan menurut kehendak masing-masing. Maka jadilah kapal yang banyak nakhoda.
@Mendengar pandangan orang lain, tanpa mengambil kira pandangan  sesama jamaah. Seorang itu lebih percaya orang luar daripada ahli sendiri. Maka akan berlakulah jamaah dalam jamaah.
@Zaman media baru, pandangan jamaah tidak dipedulikan. Kadang-kadang ahli lebih percaya kepada persepsi yang berjaya dibentuk. Maklumat yang diperolehi kadang-kadang daripada ejen musuh yang berlakon ahli Pas. Mereka inilah yang membuat adu domba sehingga kita berselerak dan ukhwah hancur. Inilah dilema gerakan Islam seluruh dunia ketika menghadapi zaman langit terbuka. Ia juga menimpa kepada Gerakan Islam di dunia hari ini. Rujukan mereka ialah Face book, portal dan blog. Akhirnya musuh bertepuk tangan.
@Ahli tidak sedia untuk mengikuti program khusus seperti usrah, tamrin, liqa al-fikri. Mereka lebih selesa ikut program umum daripada program khusus.
@Apabila jarang bertemu dan bersua mata, maka banyak maklumat diambil daripada media baru, akhirnya membentuk persepsi negatif kepada jamaah dan pimpinan. 
@Pimpinan tidak turun ke peringkat akar umbi untuk memberi pengisian dalaman dan dialog terbuka bersama ahli. 
@Masalah ahli yang tidak suka dirinya ditarbiah. Puncanya kerana merasa dirinya sudah hebat. Akhirnya timbul sikap ego di dalam jamaah. Sinilah bibit ukhwah rosak di dalam jamaah. 

Cara Hendak Atas
@Bacalah kisah-kisah sahabat yang menunjukkan ukhwah yang mantap melalui madrasah Rasulullah SAW. Terutama orang Ansar dan Muhajirin, sehingga Allah merakamkan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT
“Dan orang-orang (Ansar) dan telah beriman sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (Muhajirin) , atas dirinya sendiri meski pun mereka juga memerlukan”( Al-Hashr 59:9) 
@Mesti tanamkan di dalam diri ahli Pas di semua peringkat bahawa perpecahan di dalam jamaah akan menguntungkan pihak musuh.  Firman Allah SWT 
“Janganlah kamu bertelingkah, nanti akan hilang kehaibatan kamu”
@Kita mesti mengelak untuk mewujudkan faktor-faktor yang boleh merenggangkan ukhwah di kalangan ahli. Contohnya di dalam mesyuarat kalau  tidak bersetuju biarlah dengan bahasa yang beradab. Jangan menghina pandangan ahli mesyuarat. Tidak bersetuju tidak mengapa tetapi jangan menghina. Biarlah mesyuarat dengan suasana penuh ukhwah bukan ‘adawah (permusuhan). Jadikan mesyuarat tempat untuk subur kasih sayang. Biarlah ahlinya seronok untuk datang mesyuarat, bukan bosan apabila hadir mesyuarat.
@Segera mendapat maklumat daripada batang tubuh sahabat jika beliau adalah orang yang dituduh. Supaya penjelasan ini akan menamatkan  tuduhan dan fitnah kepada setiap ahli.
@Program kerohanian mesti dirancakkan di dalam organ parti. Kerana manhaj tarbiah Pas merangkumi pembinaan akal, jasmani dan rohani. Kadang-kadang terlepas pandang, sehingga sudut tarbiah ruhiah dikesampingkan akhirnya bibit-bibit perpecahan mudah menyerap masuk di dalam jamaah.
@Usrah yang menjadi tunggak kepada gerakan Pas perlu diaktifkan daripada peringkat Pusat hingga ke cawangan. Usrah merupakan siri pertemuan di kalangan ahli  dengan skala kecil, tetapi mempunyai impak yang besar. Seboleh mungkin pertemuan mesti dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Usrah akan  mengikat talian ukhwah yang tinggi di kalangan ahli yang hadir. Komunikasi dua hala akan berlaku dengan mudah. Tidak bosan, kerana ia boleh berpeluang tukar pandangan, bertanya, berdialog. Segala kekusutan dalam jamaah akan dapat diatasi dengan mudah. Sebagai mana kita maklum, permasalahan di dalam jamaah berlaku akibat daripada kekusutan kecil tidak diselesaikan di peringkat awal sehingga merebak besar. Usrah adalah satu daripada mekanisme yang boleh mengurangkan ketegangan dalam jamaah. 
@Usah gunakan media untuk menkritik sesama ahli, walaupun kita rasakan pandangan kita betul. Orang awam melihat dan menilai kenapa sesama ahli Pas bergaduh. Mereka tidak melihat permusuhan itu bersifat peribadi antara si Mamat dengan si Dolah, tetapi mereka menempelak kenapa sesama ahli pun bergaduh. Perlu diingat jika kita menggunakan media, maka rakan kita satu jamaah juga akan menggunakan media. Hasilnya orang awam akan menghukum kita.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

Pagi tadi ada seorg sahabat tanya saya. Mcm

Posted: 14 Jun 2013 02:29 AM PDT

Pagi tadi ada seorg sahabat tanya saya. Mcm mana Ustaz! Perang sesama sendiri dlm FB, Blog. Jawab saya inilah balanya! Hal rumah tangga jamaah cerita dekat org. Halu bertemu lesong yang kenyang UMno dan agen Umno. Dua2 ada pengikut. Dedah mendedah.  Ayah PIn yg sesat pun ada pengikut! Tak kan kita yg betul tdk ada pengikut. Hari ini Ikhwan juga  menghadapi masalah ini apabila salah guna  media baru.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pagi tadi ada seorg sahabat tanya saya. Mcm


Filed under: Politik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan