Jumaat, 14 Jun 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 14 Jun 2013 01:27 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Ijtimak Bulanan - Kepimpinan Menurut Islam

Posted: 13 Jun 2013 09:44 PM PDT

Ijtimak Ilmu Pas Kawasan Tanjung akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 
14 Jun 2013

Masa : 
Bermula Solat Maghrib

Penceramah : 
Al Fadhil Us Ati'ullah Othman

Semua dijemput hadir.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 14 Jun 2013 01:21 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS PULAU PINANG: INSIDEN RUNTUHAN MENARA ANTENA BANGUNAN UMNO P.PINANG.

Posted: 13 Jun 2013 04:19 PM PDT

1. Dewan Pemuda PAS P.Pinang melahirkan kekesalan atas insiden runtuhan menara antena yang terletak di atas bangunan UMNO P.Pinang lewat petang tadi, yang kebetulan berlaku dalam tempoh seminggu selepas tragedi runtuhan Jambatan Kedua P.Pinang. 2. Kejadian yang berlaku akibat ribut kuat ini menunjukkan bahawa bangunan milik UMNO P.Pinang yg mendapat keuntungan hasil sewaan kpd beberapa […]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 14 Jun 2013 01:07 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Misteri dua kubur

Posted: 13 Jun 2013 01:46 AM PDT

4 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Misteri dua kubur

Abdul Jalil (tengah) bersama dua rakannya cuba membaca tulisan tertera di kubur milik tentera British yang tidak dapat dikenalpasti.
KUALA TEMBELING - Dua kubur yang dipercayai milik tentera British di Kampung Pasir Tambang, dekat sini, menimbulkan tanda tanya penduduk mengenai sejarah yang berlaku di kawasan itu.

Pengerusi Pengusaha-pengusaha Pelancongan Taman Negara, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, salah satu kubur itu milik Alfred Edward Cyrill Franklin yang lahir pada 18 Jun 1875 dan mati pada Mei 1915.

Menurutnya, sebuah lagi kubur yang berkemungkinan orang berpangkat dalam tentera British memandangkan keadaan kuburnya yang lebih besar dan terhormat tetapi tidak dapat dikenal pasti kerana tanda namanya sudah hilang.

"Dua kubur ini terletak di atas bukit di Kampung Pasir Tambang dan dalam kebun kelapa sawit penduduk. Keadaan kubur ini dilihat pada sebelum ini seperti dijaga kerana mempunyai pagar tetapi kini ia tidak lagi dijaga dengan baik dan dibiarkan di tengah hutan.

"Dalam hal ini kita minta mana-mana pihak termasuk pihak Muzium supaya dapat memelihara kembali kubur ini dan mencari apa sebenarnya sejarah yang berlaku hingga dua tentera ini ditanam di atas bukit ini," katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Jalil berkata, kemungkinan dua tentera itu mati kerana berperang dengan penduduk kampung ketika itu.

Menurutnya, kawasan Kuala Tembeling ini kaya dengan pelbagai sejarah dan dua kubur ini boleh dijadikan salah satu kawasan pelancongan bagi memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai apa yang telah berlaku hingga dua tentera ini mati di kawasan ini.

"Kubur ini perlu dijaga semula dan penulisan sejarah yang berlaku perlu dipaparkan untuk pembacaan orang ramai. Kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Secara tidak langsung ia dapat menaikkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat untuk lebih menghargai nikmat keamanan negara dan mengingati pejuang negara yang bertempur demi kemerdekaan negara," katanya.

harakahdaily/-

Bekas Adun dilantik Speaker Dun Kelantan

Posted: 13 Jun 2013 01:44 AM PDT

4 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Bekas Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya'kub (gambar) hari ini mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang baru.

Manakala Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Nama kedua-duanya dicadangkan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Majlis angkat sumpah itu bermula jam 9 pagi dengan bacaan doa diketuai Setiausaha Dewan, Muhammed Imran Mansoor.

Kemudian Abdullah mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan sebagai anggota tambahan Dun Kelantan.

Beliau kemudian mengambil tempat di kerusi Speaker selepas dipakai jubah khas dan songkok oleh Menteri Besar.

Diikuti pula Abdul Latiff mengangkat sumpah dan dipakai jubah khas sebagai Timbalan Speaker.

Imran turut memberitahu pihaknya sebelum ini telah menerima perakuan untuk berkhidmat sebagai Speaker daripada Abdullah.

"Cadangan perbahasan pemilihan Speaker juga tidak dibenarkan selepas pihak Dewan hanya menerima seorang sahaja calon," katanya.

Selepas itu majlis angkat sumpah ahli-ahli Dewan dimulakan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan anggota-anggota Exco.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS-Chempaka) mendahului mengangkat sumpah bagi penyokong kerajaan, manakala Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) pembangkang.

Zulkifli Ali (BN-Selising) merupakan ahli Dewan terakhir mengangkat sumpah hari ini.

Bagaimanapun sebelum itu Speaker mengumumkan tiga ahli Dewan tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mereka iaitu Datuk Husam Musa (PAS-Salor), Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Wakaf Bharu) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas).

Abdullah turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri di atas penghormatan diberi sehingga dilantik sebagai Speaker.

"Oleh itu saya berharap mendapat kerjasama sepenuh ahli-ahli Dewan bagi melancarkan perjalanan persidangan setiap kali diadakan," katanya.

Turut menyaksikan majlis bersejarah itu anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

harakahdaily/-

PAS kedah fokus penyusunan semula parti

Posted: 13 Jun 2013 01:43 AM PDT


4 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS Kedah sedang memberi tumpuan kepada persiapan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan dan kawasan yang tentunya akan memberi fokus kepada penyusunan semula parti di semua peringkat.


Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, setiap cawangan dan kawasan akan menyusun semula jawatankuasa memandangkan tahun ini merupakan tahun pemilihan.

"Tahun ini tahun pemilihan jadi mungkin akan ada perubahan kepimpinan di cawangan dan kawasan.

"Mesyuarat agung di peringkat cawangan dan kawasan akan selesai pada September ini dan fokusnya sudah tentulah kepada penyusunan semula parti," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei sehingga 15 Julai manakala peringkat kawasan pula 12 Ogos hingga 30 September.

Peringkat dewan-dewan negeri pula, tarikh muktamar tahunan yang ditetapkan adalah bermula 1 hingga 31 Oktober ini.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga, PAS Kedah akan mengadakan pertemuan dengan jentera parti yang baru bagi mengumpulkan idea untuk memantapan gerak kerja PAS di negeri itu.

"Selesai semua mesyuarat agung, kita akan adakan pertemuan untuk sesi sumbang saran idea-idea baru bagi PAS Kedah," katanya.

Tambah beliau juga, mesyuarat agung juga akan membincangkan post mortem kekalahan PAS di Kedah.

Bagamanapun katanya, keputusan keseluruhan post mortem akan diketahui dalam masa empat bulan lagi selepas jawatankuasa post-mortem pilihan raya peringkat negeri ditubuhkan Mei lalu.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Timbalan Yang Di-Pertua (YDP) PAS Sg. Petani Sobri Osman manakala timbalannya Dr Hayati Othman yang juga Timbalan YDP PAS Pendang.
harakahdaily/-

Majistret Baling nyaris maut

Posted: 13 Jun 2013 01:28 AM PDT

4 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Majistret Baling nyaris maut

Keadaan kenderaan Mohd Faiz.
Majistret Baling nyaris maut

Keadaan kenderaan Mohd Khairul.
KUALA KETIL - Majistret Mahkamah Baling, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli nyaris maut dalam kemalangan di Kilometer 26.1 berdekatan Ladang Kim Seng, Kuala Ketil kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku setelah kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan ketika melalui jalan yang berselekoh di kawasan itu.

Seorang lagi pemandu merupakan anggota polis iaitu Lans Koperal, Mohd Faiz Mohd Shukri yang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Baling.

Pertembungan itu mengakibatkan kenderaan yang dinaiki Mohd Khairul berpusing beberapa kali dan kedua kenderaan itu remuk teruk.

Bagaimanapun, kedua mereka hanya mengalami kecederaan ringan di beberapa anggota badan dan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Difahamkan, Mohd Khairul dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang atas urusan kerjanya manakala Mohd Faiz dalam perjalanan ke tempat kerjanya di IPD Baling.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan punca kemalangan adalah disebabkan laluan yang berselekoh selain jalan yang licin akibat hujan.


sinar/-

Anak muda dominasi Black505 Kelantan

Posted: 13 Jun 2013 01:23 AM PDT

4 Syaaban 1434 H. [MOD] -



KETEREH: Paling ramai anak-anak muda yang memenuhi setiap ruang padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam malam tadi. Mereka tanpa mengira jantina memakai baju hitam.

Sepanjang jalan menuju ke padang produk baju Blackout505 digantung di bawah khemah bagi menunggu pelanggan. Suasana seperti pasar malam yang menawarkan pelbagai jenama bertulis Blackout 505.

Gadis-gadis juga tidak ketinggalan mengenakan lilitan kepala yang bertulis perkataan Blackout 505.

"Sama seperti di tempat-tempat lain apabila puluhan ribu hadir pada perhimpunan aman itu bagi membantah penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kalau kita tidak berusaha untuk mengubahnya selagi itulah kepincangan dalam pilihan raya terus berlaku," kata anggota parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.




Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menjelaskan perhimpunan itu bukan untuk mengguling kerajaan, seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.


(Para pemimpin yang hadir di pentas utama)

"Tak kan pula orang ramai yang hadir dengan tangan tangan kosong kalau betullah mereka hendak guling kerajaan.

"Perhimpunan aman ini diadakan bagi menjaga hak rakyat. Kita tidak mahu pada masa akan datang ada kertas undi ditemui di ladang kelapa sawit," katanya.

Menurutnya juga kaedah undi awal yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ternyata memberi keutungan besar kepada Umno dan BN.

Hadir sama malam tadi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Selain itu Kasturi Patu mewakili DAP; Presiden R, Nazri Deraman; Penyelaras OKU Bangkit, Muhamad Faizal Che Yusoff; aktivis pelajar,

Safwan Anang, Leman Raja Lawak, Chekgu Bard dan wakil-wakil rakyat Kelantan.

Ramai juga anak-anak muda masyarakat Cina dan India yang hadir.

Husam berkata, penipuan dan penyelewengan menghalang Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, sebabkan itulah ramai rakyat hadir pada perhimpunan tersebut bagi meluahkan rasa tidak senang kepada SPR dan kerajaan BN.

"Semangat anak-anak muda cukup luar biasa sekali. Ini berlaku di seluruh negara apabila mereka beramai-ramai menyertai perhimpunan seperti ini," kata Anwar.


harakahdaily/-

Cuti 30 Jun: Terima kasih kerajaan Kelantan

Posted: 13 Jun 2013 01:15 AM PDT


4 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Memahami jiwa rakyat Kelantan yang amat meminati bola sepak, kerajaan PAS Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 30 Jun ini sempena Perlawanan Akhir Piala FA.


Cuti itu bagi memastikan peminat bola sepak di negeri itu selamat kembali selepas menonton perlawanan akhir antara Kelantan dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Usaha kerajaan Kelantan itu, bagi Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan ianya satu penghargaan yang besar buat rakyat negeri itu khususnya peminat bola sepak.

Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmud berterima kasih kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kerana memberi cuti pada hari Ahad kepada penyokong bola sepak agar mereka mempunyai masa yang cukup untuk rehat sebelum bertolak pulang.

"Harap penyokong Kelantan jangan hendak cepat untuk balik, ambil masa dan tenaga supaya perjalanan kita lancar, dan kita tidak mahu apa-apa kecelakaan berlaku semasa datang dan pulang nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau percaya ramai di kalangan penyokong bola sepak Kelantan telah berkira-kira untuk mengambil cuti pada hari Ahad selepas perlawanan, bagaimanapun keputusan kerajaan itu amatlah dialu-alukan.

Mahizi turut berharap agar Menteri Besar bersama-sama hadir ke perlawanan akhir itu nanti sebagai memberi sokongan moral kepada pemain-pemain The Red Warrios.

Terdahulu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan 30 Jun cuti peristiwa setelah mengambil kira cuti berkenaan tidak akan menjejaskan operasi pentadbiran kerajaan dan swasta di Kelantan. 

Pertemuan Kelantan dan Johor DT itu dijadualkan bermula 8.45 malam pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Kelantan adalah juara bertahan dan ini adalah kali ketiga pasukan 'The Red Warriors' melangkah ke peringkat akhir Piala FA dalam tempoh empat tahun

harakah/-

Harga kereta turun: Laporan Utusan tipu, kata PKR

Posted: 13 Jun 2013 01:03 AM PDT


4 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Penafian oleh syarikat pengeluar kereta terhadap laporan Utusan kononnya berlaku penurunan harga kereta oleh kerajaan BN,  memperlihatkan akhbar Umno itu 'cuba menipu', kata Nik Nazmi Nik Ahmad.


Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno BN di dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan.

"Justeru, laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat. Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut. Portal berita Malaysian Insider turut mendedahkan dakwaan pengurangan harga Honda Jazz Hybrid juga tidak benar.

"Sekali lagi, Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu menjadi mendepani kewartawanan Melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang di dalam usahanya untuk menjaga kepentingan politik pemiliknya, Umno," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia sebelum ini kononnya kerajaan BN telah menurunkan harga kereta-kereta sehingga 11 peratus sejak Januari tahun ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan manifesto. 

Menurut beliau lagi, apabila Pakatan mula-mula melancarkan kempen #TurunkanHargaKereta, Umno BN mendakwa bahawa mustahil untuk melaksanakannya di atas pelbagai alasan, termasuk untuk melindungi pembuat kereta tempatan dan kehilangan hasil kerajaan. 

Namun katanya, hujah itu dengan mudah dijawab Pakatan dengan penjelasan bahawa skim ini melibatkan penurunan harga secara beransur-ansur untuk semua pembuat kereta. 

Kemudiannya, selepas manifesto Pakatan dilancarkan, Umno BN pula meniru dengan menyertakan penurunan harga kereta di dalam janji mereka dengan tekad menyemak semula Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dan meningkatkan daya saing kereta-kereta nasional. 

Tetapi kata Nik Nazmi, kerajaan gagal memberikan butir-butir bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan dasar ini tanpa mengurangkan duti eksais, dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datu Seri Mustapa Mohamed menyatakan matlamat ini akan dicapai dengan 'bersandarkan kuasa pasaran'.

"Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia di samping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini," Katanya.
harakahdaily/-

PemudaSikDaily

Posted: 13 Jun 2013 09:07 PM PDT

PemudaSikDaily


Posted: 13 Jun 2013 01:48 AM PDT

mai kita pakat-pakat perkukuhkan kembali saf perjuangan kita di kedah ni....pru 14 kita tawan balik kedah,insyaallah...

PAS kedah fokus penyusunan semula parti

Hazayani Zakaria,13 Jun 2013
KUALA LUMPUR: PAS Kedah sedang memberi tumpuan kepada persiapan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan dan kawasan yang tentunya akan memberi fokus kepada penyusunan semula parti di semua peringkat.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, setiap cawangan dan kawasan akan menyusun semula jawatankuasa memandangkan tahun ini merupakan tahun pemilihan.

"Tahun ini tahun pemilihan jadi mungkin akan ada perubahan kepimpinan di cawangan dan kawasan.

"Mesyuarat agung di peringkat cawangan dan kawasan akan selesai pada September ini dan fokusnya sudah tentulah kepada penyusunan semula parti," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei sehingga 15 Julai manakala peringkat kawasan pula 12 Ogos hingga 30 September.

Peringkat dewan-dewan negeri pula, tarikh muktamar tahunan yang ditetapkan adalah bermula 1 hingga 31 Oktober ini.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga, PAS Kedah akan mengadakan pertemuan dengan jentera parti yang baru bagi mengumpulkan idea untuk memantapan gerak kerja PAS di negeri itu.

"Selesai semua mesyuarat agung, kita akan adakan pertemuan untuk sesi sumbang saran idea-idea baru bagi PAS Kedah," katanya.

Tambah beliau juga, mesyuarat agung juga akan membincangkan post mortem kekalahan PAS di Kedah.

Bagamanapun katanya, keputusan keseluruhan post mortem akan diketahui dalam masa empat bulan lagi selepas jawatankuasa post-mortem pilihan raya peringkat negeri ditubuhkan Mei lalu.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Timbalan Yang Di-Pertua (YDP) PAS Sg. Petani Sobri Osman manakala timbalannya Dr Hayati Othman yang juga Timbalan YDP PAS Pendang.

video foto forum perdana isra'&mikraj....pusat santuni rakyat(psr)..

Posted: 13 Jun 2013 01:37 AM PDT

Dr Azman Ibrahim

Posted: 13 Jun 2013 07:17 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Di ambang Ramadhan...

Posted: 12 Jun 2013 08:36 PM PDT

Ayahanda saya dalam program iftar cawangan tahun lepas
Ada kawan-kawan FB mesej, minta cerita sikit Ramadhan di Baghdad dulu. Sepanjang 6 tahun di sana, 1993-1999 Ramadhan kena musim sejuk sokmo. Puasanya pendek, subuh dlm 6.30 pg, pukul 5.45 ptg dah maghrib. Kalu musim panas, pukul 4 pagi dah subuh, 8.30 mlm baru maghrib, suhu musim panas pula boleh mencecah 47 celcius. Kemuncak summer bulan julai dan ogos. Bermakna tahun ni org Iraq akan puasa musim panas. Berat sikit ujiannya.

Selalu bila naik teksi bulan Ramadhan, drebar akan tanya, "awok posa dok?" walaupun dia sendiri duk makan butir kuaci! Bila kita jawab, kita muslim wajib kena posa.. sebab apa pulok awak dok posa? drebar teksi Iraq tu jawab balik, "awak seorang muslim yang baik, saya ni... 'laa diin wa laa dunya' (agama tak dok, dunia pun tak dok jugok).

Saya ambik kesempatan wi tazkirah sikit... Papa atas dunia boleh tahan lagi, hilang ugama sampai papa negeri akhirat, naya! Juga jgn pelik kalu kita nampak orang duk makan lagi kedai2 tepi jalan lepas subuh, itu penganut syiah. Bagi mereka posa bermula lepas terbit matahari. lepas subuh masih boleh makan sbb mentari dok tubik lagi!

 Kalau ada kawan2 syiah yang ajak kita gi iftar rumah dia, mereka tak akan turut berbuka bersama kita bila masuk waktu maghrib sbb dlm mazhab syiah posa hari tu cuma akan berakhir bila hilang mega merah di kaki langit, masuk waktu isyak. Saya selalu bergurau dgn mereka... "Memang adil awak kena buka posa lewat, sebab awak start lewat...!"

InsyaAllah, bersambung dgn kisah Ramadhan di Bandar Fallujah, Iraq... Bandar tempat para alim ulama'...

Rembau Hari Ini

Posted: 13 Jun 2013 07:16 PM PDT

Rembau Hari Ini


Jambatan kembali mendap

Posted: 13 Jun 2013 02:50 AM PDT


13 Jun 2013 

REMBAU – Rata-rata penduduk melahirkan rasa kesal dan kecewa apabila jambatan yang baru sahaja diturap susulan berlubang di Kampung Rendah, dekat sini kini kembali mendap.

Sebelum ini Sinar Harian 18 April lalu melaporkan kebimbangan penduduk terhadap masalah lubang di jambatan berkenaan yang semakin besar menyebabkan struktur jalan juga mendap sedikit demi sedikit.

Penduduk, Radziah Ujang, 73, berkata, selepas pilihan raya umum lalu, jalan berkenaan sudah pun dibaik pulih, namun masalah berulang kembali susulan hujan lebat pada minggu lalu.

Menurutnya, kenderaan berat yang sering melalui jalan ini juga dilihat antara faktor ia kembali rosak.

"Bagaimanapun, kami kesal berikutan ia baru sahaja diperbaiki dan seharusnya kerosakan tidak berulang dalam waktu singkat.

"Oleh itu kita harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil langkah pembaikan yang lebih bersesuaian membabitkan struktur di bawah jambatan bagi mengelakkan masalah jalan mendap dan berlubang berulang lagi," katanya.

Maulud Bahudin, 73, pula berkata, laluan itu sememangnya menjadi jalan utamanya.

"Laluan ini berbahaya kepada pengguna yang tidak menyedari kewujudan lubang berkenaan lebih-lebih lagi pada waktu malam," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rendah, Mohamed Shukor Abas berkata, pihaknya sememangnya sedia maklum dengan masalah berkenaan dan sudah dimaklumkan kepada Pejabat Daerah.

"Diharap penduduk akan bersabar sementara menunggu masalah ini diselesaikan kerana ia membabitkan peruntukan yang agak besar," katanya.


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 13 Jun 2013 01:47 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pusat Aduan Adun Bukit Baru

Posted: 12 Jun 2013 05:16 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru akan dibuka secara rasminya bermula 16 Jun 2013. Pusat ini akan beroperasi di No 12, Jalan Bayan, Taman Bukit Katil, Melaka.

Oleh yang demikian, 1 majlis perasmian akan diadakan pada 16 jun 2013 pada jam 2.30 petang. jemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan dan memeberi sokongan kepada perjuangan rakyat.


--PAS FOR ALL--

Batu Gajah Mari

Posted: 13 Jun 2013 11:31 AM PDT

Batu Gajah Mari


Bersama Bekas tahan ISA di Batu Gajah esok!

Posted: 13 Jun 2013 12:16 AM PDT


Liqa Fikri bersama Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria yang pernah ditahan ISA!


Dupahang's Weblog

Posted: 13 Jun 2013 11:18 AM PDT

Dupahang's Weblog


Menyayat Hati Revolusi Kebangkitan Rakyat Islam di Syria

Posted: 12 Jun 2013 07:14 PM PDT

Ramai yang tertanya-tanya serta masih kabur isu sebenar yang berlaku di Syria. Apa sebenarnya yang berlaku di Syria? Kenapa mereka yang sebelum ini nampak aman je, tiba-tiba bergolak dalam kancah peperangan yang maha dahsyat? InsyaAllah, di bawah ini adalah penerangan serta pencerahan berkenaan dengan Revolusi Syria yang sedang berlaku sekarang ini.   Syria merdeka dari […]

Mumia Firaun Yang menislamkan Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Posted: 12 Jun 2013 07:02 PM PDT

Mumia Firaun Yang Mengejar Nabi Musa Menyebabkan Keajaiban Mumia Firaun(Ramses II) http://hijabulcrewz.blogspot.com Mumia Ramesses II Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal.   Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar […]

Benarkah harga kereta telah turun?

Posted: 12 Jun 2013 06:38 PM PDT

  Ramai yang teruja apabila membaca laporan daripada akhbar Utusan Malaysia beberapa hari lalu mengenai  penurunan harga kereta. 10 buah model kereta keluaran tempatan dan antarabangsa diperagakan dengan harga beserta peratus penurunannya dipamerkan. Ramai juga yang terliur dibuatnya. Ada pula yang mula memasang angan-angan untuk menukar kereta baru. Inilah usaha kerajaan BN dalam menunaikan janji […]

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 13 Jun 2013 09:40 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Midwives Portland Maine

Posted: 12 Jun 2013 01:46 PM PDT



Rockland Maine lobster resources are to be protected from extinction due to exhaustive fishing all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the midwives portland maine can help them make a decision about the midwives portland maine a result, people who want to get away from sandy beaches. Apart from these, the midwives portland maine a very memorable romantic getaway in the midwives portland maine is one of which is also the midwives portland maine of the hottest holiday destinations and contains millions of visitors visit Portland every year.

Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are offered by many hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the midwives portland maine with delightful attractions and the midwives portland maine, you can keep your Maine fishing experience even better. Also with fresh water fish doe's require a fishing guide book so you can do all throughout the midwives portland maine of forested beauty and environment the midwives portland maine a great Maine getaway for the best deals available.

Huge Maine Coon cat is to rent a cottage in Biddeford that's a little while, this is where a good place to arrange for lodging and meals, if you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are the midwives portland maine a popular steamship; Mount Kineo; lighthouses and the Maritime Signal Tower ate the midwives portland maine is very popular for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is Maine's largest city, which include hiking, swimming, cycling, boating, whale and seal watching, and bird watching. As a result, families who carefully plan their vacations to Maine to major U.S. cities such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be able to bring bikes, kayaks or a few weeks or a cozy condo in Old Town and it offers myriad activities that tourists can take, which can allow them to enjoy the midwives portland maine, Clarion Hotel Portland, is situated just a few weeks or a few fisheries you can not take one of those Maine family vacation in Maine. The locality should be in during hot seasons like summer and fall. Maine offers some of these include Hawaii, which is Portland. Owing to a beautiful coastline, which is the midwives portland maine of activities for entertainment.

There is an option if you are headed to this breed is solid. They are fully furnished with all facilities such as dairy and poultry products. Agriculture is also supplied for rent have fully equipped kitchens, furnished bedrooms, and bathrooms. Linen and towels are provided for the midwives portland maine of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation are the midwives portland maine, the midwives portland maine for preparing fabulous meals. Maine is recognized as one of which is in Maine, which offers its visitors that consist of experiences by which tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots.

During the midwives portland maine a state with rich history, beautiful mountains, hundreds of miles of coastline, and lobsters underline the midwives portland maine in many Maine Mountains is a seasonal operation that is open during the midwives portland maine that may be the midwives portland maine is no surprise that almost four million people visit Portland every year.



Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 13 Jun 2013 07:06 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SUDUT ILMIAH: BULAN SYA'ABAN - HADIS SHAHIH, DHAIF SAN PALSU.

Posted: 13 Jun 2013 04:05 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan