Isnin, 6 Mei 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


DunSemarang

Posted: 06 May 2013 01:48 AM PDT

DunSemarang


DSBJ DunSemarang tetap bersamaMu

Posted: 05 May 2013 09:53 AM PDT


Dun Semarang di bawah Pimpinan Datuk Haji Samsolbari bin Jamali akan tetap bersamamu dan membela masa depan tanpa sebarang prajudis dan perkauman. Melayu dan UMNO Dun Yong Peng anda tidak bersalah, kuatkan semangat dan teruskan berusaha kerana kita bangsa yang penuh toleransi, ikhlas dan tidak ada element Rasis. Kita sedia maklum Yong Peng...Go Peng...Tai Peng..semuanya Peng Peng...tempat kawasan hitam suatu masa dahulu. Semua kawasan yang hitam dulu akan hidup sebagai DAP...lihat Penggaram....Bekok....Gelang patah...Scudei...buatlah analisis sendiri wahai anak bangsaKu yang kini  ramai di menara gading. Jangan lupa bangsamu, agamamu dan negaramu.

Tahniah Parlimen Ayer Hitam DWKS

Posted: 05 May 2013 07:45 AM PDT

Tahniah...Ir Dr W.K.Siong Parlimen Ayer Hitam, Terima kasih kepada semua pengundi UMNO yang menyokong calon Barisan Nasional. Undi anda adalah ikhlas tanpa ada sentimen perkauman..Tahniah Melayu UMNO. Semuga bertambah sedar dan bersatu wahai anak-anak bangsaKU.

TAHNIAH! Datuk Samsolbari bin Jamali.

Posted: 05 May 2013 07:40 AM PDT

Tahniah!!! kami warga Dun Semarang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Samsobari Bin Jamali. Terima kasih atas sokongan sepenuh hati pengundi Dun Semarang. Semua AJK dan Petugas UMNO Dun Semarang. Tahniah kepada semua yang menyokong UMNO.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 06 May 2013 01:40 AM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PRU13: Najib menghadap Agong sembah warkah pelantikan

Posted: 06 May 2013 01:10 AM PDT

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak pagi tadi menghadap Yang di-Pertuan Agong dan menyembah warkah bagi melantik beliau sebagai Perdana Menteri berikutan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umun Ke-13 (PRU-13) semalam. 

Perdana Menteri dalam satu kenyataannya am berkata perkara itu selari dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan bahawa Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. 

"Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpah Rahsia sebagai Perdana Menteri akan diadakan pada jam 4 petang ini di Istana Negara Kuala Lumpur. 

"Saya akan menghadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah warkah memohon perkenan baginda selaras dengan Fasal (2)(b) Perkara 43 dan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan terhadap Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini.

-berita harian

PRU13: BN berjaya kekalkan penguasaan di negeri-negeri, tawan semula Kedah

Posted: 06 May 2013 01:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prestasi Barisan Nasional (BN) pada keseluruhannya baik dengan berjaya mengekalkan penguasaan di negeri-negeri selain menawan semula Kedah dan menambah kerusi di Kelantan. 

BN dapat membentuk kerajaan di negeri jelapang padi selepas menang 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. 

BN berjaya menambah sebanyak tujuh kerusi daripada hanya 14 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008. 

Di Kelantan, BN menangi 12 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan, peningkatan sekali ganda daripada enam kerusi yang dimenangi pada 2008. 

Enam kerusi yang ditambah adalah Galas, Air Lanas, Selising, Semerak, Gual Ipoh dan Dabong selain mempertahankan kerusi Nenggiri, Paloh, Kuala Balah, Bukit Bunga, Kok Lanas dan Pengkalan Kubor. 

Selain itu, prestasi baik BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga di Melaka, Pahang, Perlis dan Sabah. 

BN juga berjaya mengekalkan kuasa di negeri-negeri yang didakwa kononnya akan dimenangi pakatan pembangkang iaitu Negeri Sembilan, Johor, dan Perak. 
Parti gabungan turut kekal memerintah Terengganu setelah memperoleh majoriti mudah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi yang ditandingi. 

Bagaimanpun BN masih gagal menebus kekalahan di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang terlepas ke tangan pakatan pembangkang pada pilihan raya tahun 2008. - BERNAMA

PRU13: PAS hilang Kedah, merosot di Kelantan

Posted: 06 May 2013 01:06 AM PDT


KUALA LUMPUR: Selain hilang Kedah, PAS hanya peroleh 21 kerusi Parlimen serta hilang lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). 

Bagaimanapun PAS berjaya meningkat penguasaannya di peringkat DUN dengan peroleh 85 kerusi berbanding 83 kerusi pada pilihan raya umum 2008 iaitu di Terengganu, Johor, Melaka dan Selangor. 

Beberapa pemimpin tertinggi PAS juga tewas kepada BN pada PRU13 termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub di Johor dan seorang lagi Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya. 

PRU-13 menyaksikan PAS kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya dengan hanya peroleh 21 kerusi Parlimen.

Ia sekali gus memperlihatkan kemerosotannya berbanding pada 2008 apabila parti itu kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen ditandinginya dan memperoleh 23 kerusi.

Genggaman 21 kerusi DUN Kedah oleh pakatan pembangkang pada 2008, kini terlepas apabila BN menguasai 22 daripada 36 kerusi DUN Kedah pada PRU13 yang menyaksikan kerajaan negeri PAS hanya memerintah sepenggal negeri Jelapang Padi itu.

Bagaimanapun, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategi Universiti Malaya Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata biarpun merosot di peringkat Parlimen namun PAS berjaya mengukuhkan kedudukannya di peringkat DUN. 
"PAS telah meningkatkan kedudukan di peringkat DUN dengan peroleh 85 kerusi pada PRU13 berbanding 83 kerusi pada 2008," katanya kepada Bernama.

Prof Mohamad berkata PAS bersama PKR berjaya mengekalkan Kelantan dengan peroleh dua pertiga daripada 45 kerusi DUN, iaitu 32 PAS dan satu kerusi PKR.
Berbanding 2008, PAS memiliki 37 kerusi DUN, PKR (satu) dan BN (tujuh) di Kelantan manakala parti itu memperoleh 12 kerusi Parlimen dan BN hanya dua kerusi.

Bagaimanapun PAS hanya menguasai sembilan daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan dengan lima kerusi itu berjaya direbut BN dalam PRU-13.

Pilihan raya kali ini juga menyaksikan PAS hanya menguasai satu daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah diikuti sekutunya PKR empat kerusi manakala BN 10 kerusi.

Pada 2008, masing-masing mengekalkan lima kerusi Parlimen di Kedah bagi PAS, PKR dan BN.

PRU-13 juga menyaksikan PAS merupakan parti pakatan pembangkang yang peroleh jumlah yang kecil untuk Parlimen berbanding DAP 38 kerusi dan PKR 30 kerusi. - BERNAMA

Barisan Nasional menang 133 Kerusi Parlimen pada PRU13

Posted: 06 May 2013 01:03 AM PDT

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menguasai 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. 

Pakatan pembangkang pula mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi, PKR (28 kerusi) dan PAS (21 kerusi). 

"Kita perlu mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional" Najib Razak, Perdana Menteri

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen pada jam 12.50 tengah malam.

BN juga berjaya merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang, tetapi Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang kekal dikuasai pembangkang.

Pembangkang di Selangor berjaya mendapat 44 daripada 56 kerusi bagi membentuk kerajaan berbanding hanya 12 kerusi dimenangi oleh BN.

Pembangkang juga berjaya memperoleh kemenangan dua pertiga di Kelantan dengan mendapat 33 kerusi, berbanding BN hanya 12 kerusi. 

BN tambah kerusi

Di Pulau Pinang; pembangkang turut menang majoriti dua pertiga apabila memperoleh 30 kerusi dan BN menang 10 kerusi dengan DAP menyapu bersih semua 19 kerusi yang ditandingi, PKR mendapat 10 kerusi dan PAS hanya satu kerusi.

Bagaimanapun, BN menang tipis di Kedah, Terengganu dan Perak. Di Kedah BN mendapat 21 kerusi berbanding 15 untuk pembangkang, manakala di Terengganu BN memperoleh 17 kerusi dan pembangkang 15 kerusi.

Di Perak; BN berjaya melepasi jumlah majoriti mudah apabila mendapat 31 daripada 59 kerusi, berbanding 28 untuk pembangkang. Pada pilihan raya umum 2008, BN tewas tetapi berjaya membentuk kerajaan pada 2009 selepas tiga ADUN pembangkang menyokong BN.

Sementara itu, di Wilayah Persekutuan, BN menambah kerusi Parlimen apabila berjaya merampas Titiwangsa daripada PAS dan mengekalkan Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan. 

Kerusi lain yang dimenangi pembangkang ialah Kepong, Wangsa Maju, Segambut, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak dan Batu.

BN buat analisis

Datuk Seri Najib Razak, dalam persidangan media selepas kejayaan itu berkata, keputusan yang kurang memberangsangkan kepada BN, berpunca daripada 'tsunami kaum Cina' yang tidak memberikan sokongan kepada BN sehingga MCA dan 
GERAKAN yang mewakili kaum itu tewas di kebanyakan kerusi kepada DAP.

Katanya, BN akan membuat analisis terhadap keputusan pengundi Cina, selain kajian mengenai kegagalan mencatat kemenangan dua pertiga di Terengganu.

Beliau berkata, 'tsunami kaum Cina' berlaku kerana pihak pembangkang memainkan sentimen perkauman tidak sihat untuk negara ini kerana Malaysia mahu menyatukan rakyat pelbagai kaum.

Amalan demokrasi lancar

Najib juga berkata, keputusan itu membuktikan amalan demokrasi di negara ini berjalan lancar dan teratur.

"Keputusan rakyat ini turut menunjukkan aliran polarisasi pengundi dan ini membimbangkan. Jika tidak ditangani, ia boleh menimbulkan perbalahan dan ketegangan di negara ini. 

"Kita perlu mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional," katanya.

Kepada pembangkang Najib berkata, demi kepentingan negara beliau berharap pembangkang menerima keputusan dengan hati terbuka dan biarkan proses demokrasi berjalan lancar.

Najib juga memberi jaminan semua aku janji akan dilaksanakan dan ditunaikan oleh kerajaan BN. 

"BN akan menubuhkan mekanisme khusus bagi memantau pelaksanaan aku janji supaya rakyat sedar apabila kita membuat komitmen, kita akan tepati," katanya.

-berita harian

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 05 May 2013 03:13 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Interested To Invest In Your Country. (GOLD DUST AND FUND)..

Posted: 05 May 2013 05:45 AM PDT

Firstly, I must notify you that internet is not the right place to discuss this proposition. On this ground, it becomes unavoidable that a meeting  should be schedule to enable us have a face to face business discussion. Sincerely speaking, i need no education to understand the reason why people finds it extremely difficult in trusting strangers in this wicked world. It is not my duty to blow my trumpet but trial will surely convince you on how transparent, honest and absolute truthfulness i am in this project and i can't wait to prove to you the authenticity  of this deal beyond any reasonable doubt. I believe in practical view ad demonstrations.
 
Secondly, let me start by introducing myself officially.  My name is Dr. Mrs. Ada Emillia Ahmed Bin Venezuela Citizen married to Libyan and wife of late Retire General Ahmed Diko Bin, who was shot dead during the civil war in Libya. ,My late Husband was Financial adviser and business associate with Mr.Saif Al-Arab Gaddafi that deals in Crude Oil lifting, Gold Dust/Bars situated in Tripoli-Libya. I was married with 6 kids,two boys and four girl.I lost my two daughters during Libya War last year. it was a terribly situation for me and my Family Right now in the desert.
 
My Husband was executed with the late Libyan president Gadaffi during the Libyan civil war which claimed the souls of uncountable innocent people mostly women and children. We have been in hiding for over months now in the desert without good food, water or medication. It is tougher that a jungle full of wild beasts here in the desert. After the death of my husband, we have been in the desert in Bani Walid with my children and my youngest daughter but unfortunately another incredible tragedy yet occurred as my daughter was shot by the Militants who has vehemently refused to lay down their arms as ordered by present regime while she was searching for medication for us. And i was left completely helpless. May their soul rest in peace.
 
I have been trapped here with my children for the past months and have not been able to locate internet service around the refugee camp.
 
Your indication of interest to this great opportunity proposal shall be highly appreciated as I will be glad to receive your response and answer to my email as below,
 
1 .  I seeking that company or individual who have the ability to assist me for the transfer of the fund, invest and manage it.
2.   Do you have the ability to invest the total fund?
3.   The fund will be transferred bit by bit into your account if you are ready and capable to handle it .?
4.   Do your account have the ability to accommodate the sum of $40Million to $240Million?
5.   The fund is completely out of Libya .
6.   What area of investment do you think this amount will be invested?
7.   Have you received money overseas before?
8.   Do you know or have idea of Gold Bar and Dust?
9.   Do you know any buyer who can travel down to where the Gold is lodged to enable him see, pick up sample straight to the refinery to confirm the purity before discussing on the affordable price to be given.
10.  I seeking that Mandate/broker who can assist me to find buyer the below commodity.
11.  The buyer have to arrange for trip to where the Goods was located. This will provide him the avenue to take some sample to
a)                                COMMODITY:        Aurum Uranium (AU)
b)                                FORM:                    Gold Dust or Dore Bars
c)                                PURITY:                  93.5% minimum
d)                                FINENESS:           22+ Karats minimum
e)                                QUANTITY             550 kgs
f)                                PACKAGING :        In Metal Boxes
 
This is where you comes in as i tremendously needs your helping hands.What am seeking for is nothing but a trust worthy fellow who will assist me in getting the money into his company or private account for better investment. Somebody that can take us as sister, brother, mother and father. Ready to relocate us out of the desert once the transfer of the fund is completed into your account. Can I rely on you?
 
Yours Madam Ada Emillia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan