Selasa, 9 April 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 09 Apr 2013 01:28 AM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Projek Libatkan Teresa Kok Bernilai RM 1 Bilion Selesai Dalam Masa Lapan Hari

Posted: 08 Apr 2013 10:30 PM PDT

 
Apa yang berlaku yang kami akan dedahkan dibawah ini sungguh mengejutkan. Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim menghalang pusat daripada membina Loji Langat 2, tetapi dalam masa yang sama meluluskan sebuah projek solar yang dinamakan SOLAR PHOTOVALTAIC  POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.
 
Umum mengetahui di Selangor hari ini rakyat menghadapi masalah air yang lebih serius berbanding dengan masalah bekalan eletrik. Tetapi kenapa pula beliau menghalang kerajaan pusat menyelesaikan masalah air , tetapi beliau pula meluluskan projek solar ?
 
Projek 'direct nego' yang bernilai RM 1 bilion yang kami akan dedahkan ini melibatkan DAP, dimana Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP,Kok Chee Keong mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
 
Yayasan Selangor memiliki dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Tanah yang bernombor PT 39693 di Dengkil telah disewakan kepada kroni Dr Halimah Ali (Adun Pas Selat Klang) untuk dijadikan sekolah persendirian dengan sewa yang cukup murah.
 
Tanah kedua bernombor PT 521 di Kuala Kubu Baru yang menempatkan Dua Kem Bina Semangat yang disewakan kepada PLKN. Keluasan kedua-dua kawasan tanah berkenaan dianggarkan 40-50 ekar.
 
Pada 14 Disember 2011 , Yayasan Selangor telah menerima sepucuk surat buat kali pertama dari GOLDSINO INVESTMENT DEVELOPMENT LIMITED yang berpangkalan di Zhuhai, China, untuk menjalankan projek SOLAR PHOTOVALTAIC  POWER PLANT di atas kedua-dua keping tanah tersebut untuk tempoh pajakan 25 tahun.
 
Apa yang mengejutkan surat yang dihantar itu adalah surat pertama , tetapi dalam surat berkenaan syarikat itu telah menyatakan ayat seperti berikut, "we would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project".
 
ys-1
 
ys-2
 
Syarikat berkenaan menggunakan ayat begitu kerana dalam perbincangan awal antara mereka dengan Teresa Kok mereka telah diajar supaya menulis begitu kerana Teresa akan terselamat jika apa-apa yang boleh menyangkutkannya.
 
Dalam masa lapan hari sahaja , iaitu pada 22 Disembar 2011 Yayasan selangor telah mengeluarkan 'letter of intent' (LOI) kepada syarikat berkenaan  yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah. Apa yang mengejutkan, bagaimana projek yang mencecah RM 1 bilion dalam masa 8 hari sahaja boleh dikeluarkan LOI ?
 
Pada 27 Disember 2011 satu mesyuarat telah diadakan melibatkan Yayasan Selangor dengan Goldsino Investment Development Limited, yang mana dalam mesyuarat itu Yayasan Selangor diwakili lapan orang , manakala syarikat berkenaan hanya diwakili oleh, Kok Chee Keong selaku proksi Teresa Kok.
 
Pada 28 Disember 2011 satu majlis telah diadakan untuk menyerahkan LOI secara rasmi kepada syarikat berkenaan.
 
Persoalan yang besar di sini ialah bagaimana sebuah projek yang bernilai RM 1 bilion boleh dikeluarkan surat niat dalam masa 14 hari ? Semuanya kerana campur tangan menteri besar dan Teresa Kok. Mereka semua telah mengeluarkan arahan secara verbal kepada kepada Yayasan Selangor supaya LOI dipercepatkan.
 
Jelas di sini kita boleh melihat bagaimana Yayasan Selangor yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor dalam pendidikan telah dijadikan 'vihicle' oleh DAP untuk mereka mengaut keuntungan. Lima tahun mereka memerintah Selangor kita dapat melihat bagaimana rakusnya DAP dalam menjahanamkan negeri Selangor. Dalam masa 14 hari dua keping tanah Yayasan Selangor melayang kerana kelicikan DAP yang dibantu oleh seorang MB puppet.
 
ys-3

ys-4

source : www.sel13.com

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 08 Apr 2013 11:49 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Manifesto BN Diyakini #GE13 #ManifestoBN #APromiseOfHope #BetterNation

Posted: 08 Apr 2013 10:20 PM PDT

Rakyat yakin BN akan mampu menunaikan janji-janji sekiranya diberikan mandat mentadbir negara untuk 5 tahun yang akan datang.









Manifesto BN bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" diakui ramai antara yang terbaik walaupun tidak bersifat populis tapi impak positif pelaksanaannya kelak bakal memberi manfaat besar kepada pelbagai peringkat anggota masyarakat.

17 perkara utama meliputi 150 komitmen penting yang sedang dan akan terus dilaksanakan sebagaimana termaktub dalam Manifesto BN merupakan satu bukti jelas keprihatinan BN dalam menghalusi denyut nadi rakyat.

Inti patinya lebih realistik, lengkap dengan matlamat hala tuju dan merangkumi hampir segenap bidang dari hal agama, ekonomi, keselamatan, pendidikan, perumahan dan sebagainya.

Penambahan insentif BR1M umpamanya dari RM500 kepada RM1,200 untuk ketua keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya setelah diambil kira kajian menyeluruh kesan positifnya dalam merancakkan ekonomi negara.

Ini memberi gambaran jelas betapa penyediaan Manifesto BN dilakukan dengan penuh persediaan dengan mengetepikan soal populariti sebagai sandaran. Fokus Manifesto BN lebih kepada meningkatkan khidmat bakti kepada rakyat setelah mengambil kira keperluan semasa dan akan datang.

Berbeza sekali dengan Manifesto PR yang dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan perubahan kandungannya dilakukan berkali-kali selepas dilancarkan, seolah-olah tiada keseriusan dan kurangnya komitmen untuk merealisasikannya.

Misalnya janji royalti untuk Kelantan hanya dimasukkan selepas Manifesto PR siap dicetak manakala pelbagai janji penghapusan cukai dan tol pula dilakukan tanpa mengambil pertimbangan soal implikasi kepada kedudukan kewangan negara.

Janji bulan bintang yang dinukilkan dalam Manifesto PR tampak jelas lebih kepada matlamat mengejar populariti tanpa mengukur baju di badan sendiri, tidak realistik kerana terlalu melangit dan penuh fantasi.

Tapi ia tidaklah menghairankan sangat kerana sudah menjadi pegangan PR bahawa manifesto bukannya satu perjanjian, jadi soal realistik atau pun logik bukannya satu perkiraan besar bagi mereka.

Yang penting bagi PR, selagi janji manis itu dirasakan boleh mempopularkan mereka demi meraih undi sokongan selagi itu mereka galak menabur janji.  Ini nyata berbeda dengan BN yang tahu berpijak di bumi nyata dan bijak mengukur baju di badan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan