Isnin, 4 Mac 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Mar 2013 09:35 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Adakah Ketua Pemuda PAS N.Sembilan dapat ulangi sejarah PRU?

Posted: 03 Mar 2013 03:06 PM PST


Buat pertama kali dalam sejarah PAS Negeri Sembilan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri melalui pilihanraya pada tahun 2008 semasa Pilihanraya Umum ke 12. Calon PAS di DUN Paroi dalam Parlimen Rembau pada ketika itu adalah merupakan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan (2007-2009) iaitu Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani.

Apakah Ketua Pemuda PAS N.Sembilan pada sesi ini yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Khairil Anuar bin Mohd Wafa dan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dapat mengulangi sejarah tahun 2008? DUN manakah Ketua Pemuda PAS N.Sembilan akan bertanding dalam PRU-13 nanti?

Sama-samalah kita doakan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dapat mengulangi sejarah tersebut dengan kejayaan yang lebih cemerlang, insyaAllah.

CERAMAH PERDANA

Posted: 03 Mar 2013 06:06 AM PST


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 03 Mar 2013 09:15 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Pencerobohan: Sampaikan Maklumat Secara Jelas

Posted: 03 Mar 2013 05:40 PM PST

KOTA KINABALU: Kerajaan diingatkan agar tidak mempunyai niat untuk mempertaruhkan keselamatan negara yang sudah sekian lama dibina dan diperkukuhkan.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu menegaskan, sikap cuba menyembunyikan sesuatu dan menafikan perkara yang benar merupakan tindakan yang menjurus kepada 'menyimbah api ke dalam sekam'.

Rakyat Sabah, khususnya di sekitar Semporna katanya, gusar terhadap keadaan semasa dan ada yang tidak mendapat maklumat jelas mengenai kedudukan sebenar situasi.

"Maklumat perlu jelas sampai kepada rakyat. Tidak rakyat tertanya-tanya dan gusar mengenai perkembangan isu yang berlaku.

"Media tempatan perlu lebih ke hadapan dalam menyampaikan mesej kepada rakyat dan begitu juga kepada media-media elektronik yang lain," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban semasa insiden berkenaan.

Dalam insiden berdarah Jumaat lalu di Lahad Datu, dua anggota komando PDRM terkorban manakala enam lagi terkorban dalam serang hendap kumpulan penceroboh di Semporna, kelmarin.

Lahad Datu: Umat Islam Diseru Adakan Solat Hajat

Posted: 03 Mar 2013 05:19 AM PST

KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi memelihara dan menyelamatkan negara ini daripada pencerobohan luar yang kini telah menumpahkan darah.

Ketuanya, Nuruddin Ibrahim berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar dapat mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri ini untuk melakukan solat hajat bagi tujuan tersebut.

"Kita minta kepada semua masyarakat Malaysia agar sama-sama mendirikan solat hajat sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah ini.

"Kita juga telah memohon kerjasama pihak berkuasa agama negeri untuk mengarahkan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi mengadakan solat hajat.

"Ini dapat menunjukkan kebersamaan dalam memastikan negara dan negeri ini berada dalam keadaan aman dan terpelihara daripada bahaya petaka," ujarnya.

Sehingga kini, dua anggota polis Malaysia dilaporkan terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filiphina, Raul Hernandez bagaimanapun dilaporkan berkata pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Sabah telah tamat.

ABC-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut.

Lahad Datu: Kenapa Polis Bukan Tentera Kendali

Posted: 02 Mar 2013 10:26 PM PST

KOTA KINABALU: PAS mendesak agar pihak kerajaan tampil memberikan penjelasan sebenar berhubung insiden yang berlaku di Lahad Datu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali berkata, ketelusan pihak kerajaan memberikan penjelasan adalah penting bagi menjaga integriti dan maruah Malaysia.

"Kita harap kerajaan kena telus, kena bertanggungjawab... kerana ini melibatkan masalah integriti dan maruah negara.

"Apa lagi sudah sampai ke tahap ada yang sudah terbunuh dalam kejadian ini. Jadi, tak boleh dianggap sebagai satu perkara yang tidak serius," jelas beliau.

Tambah beliau, isu tersebut seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh pihak kerajaan apabila melibatkan polis dibarisan hadapan pertahanan negara.

"Pada pandangan kita, isu ini sepatutnya ditangani oleh tentera bukan polis. Kenapa sebaliknya, adakah ada sesuatu yang cuba disembunyi oleh kerajaan. Ini penjelasan yang kita minta," kata beliau.

Mustapha berkata demikian kepada Harakahdaily selepas menyertai program dengan bakal-bakal calon PAS di sebuah hotel dekat sini, semalam.

5 lagi polis mati

Insiden di Lahad Datu naik ke fasal yang sangat membimbangkan sekarang apabila lima lagi anggota polis diberitakan terkorban di Semporna.

Bernama melaporkan, seorang pegawai dan empat anggota polis meninggal dalam serangan di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam.

Menurut Bernama, ia disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media di Lahad Datu pagi ini.

PAS LENGGONG

Posted: 03 Mar 2013 07:27 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 03 Mar 2013 07:24 PM PST


UMNO Sabah minta keahlian 'Sultan Sulu' dipecat
Posted on Monday, March 04 @ 09:05:01 MYT by paktam
KOTA KINABALU: Badan Perhubungan UMNO Sabah akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya ahli UMNO sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu, Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dipecat daripada parti kerana mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, baru-baru ini.



Keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat UMNO negeri, di sini malam kelmarin berikutan tindakan ahli perniagaan terbabit yang disifatkan mencemarkan imej UMNO dan memecahbelahkan perpaduan parti.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata UMNO memandang serius tindakan ahli terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Datu Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.
"UMNO negeri akan mengemukakan surat rasmi kepada MT tidak lama lagi.
Mesyuarat pada malam ini (kelmarin) mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Beliau yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu, meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Awal bulan ini, Datu Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Sabah dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat sini.
Majlis itu turut disaksikan sekumpulan 60 jemputan, termasuk beberapa individu yang didakwa sebagai Pegawai Kanan Kesulatanan Sulu.
Sumber:Berita Harian

Posted: 03 Mar 2013 07:15 PM PST


Fakta Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Tuntutan Sultan Sulu Ke Atas Sabah.
Posted on Monday, March 04 @ 02:13:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Ameno World
Siapakah yang menceroboh perairan negara di lahad datu?
Tentera Diraja Kesultanan Sulu = The Royal Sulu Sultanate Army. Mereka di anggarkan dalam 400 ketika mula2 datang. Jumlah terkini [3.3.2013] mungkin telah berubah ikut situasi dan keadaan semasa. Mereka dilengkapi dengan senjata. Mereka juga terlatih. Mereka datang dari selatan filipina. Ketua mereka ialah Raja Muda Agbimudin Kiram, iaitu adik kepada Jamalul Kiram III dan Ismael Kiram II. Jamalul Kiram pernah bertanding untuk jawatan senator bagi memasuki dunia politik di negara kelahiran dia, iaitu filipina.





Benda yang aku simpan aku kena luahkan juga akhirnya. Nanti aku luahkan ia di part kesimpulan.

Isu lahad datu aku menulis disinisinisini dan sini.

Siapakah yang menceroboh perairan negara di lahad datu?

Tentera Diraja Kesultanan Sulu = The Royal Sulu Sultanate Army. Mereka di anggarkan dalam 400 ketika mula2 datang. Jumlah terkini [3.3.2013] mungkin telah berubah ikut situasi dan keadaan semasa. Mereka dilengkapi dengan senjata. Mereka juga terlatih. Mereka datang dari selatan filipina. Ketua mereka ialah Raja Muda Agbimudin Kiram, iaitu adik kepada Jamalul Kiram III dan Ismael Kiram II. Jamalul Kiram pernah bertanding untuk jawatan senator bagi memasuki dunia politik di negara kelahiran dia, iaitu filipina.

Apa tujuan mereka mencerobohi sabah?

Mereka mahu menduduki sabah. Mereka menuntut bahawa sabah ialah hak milik kesultanan sulu. Mereka juga menegaskan bahawa sabah ialah rumah mereka. Mereka tidak akan keluar dan berganjak dari sabah biarpun terpaksa mati disini. Mereka tegas mahu mengambil semula apa yang pernah menjadi milik kesultanan sulu pada waktu zaman dahulu.

Logik ke tuntutan mereka?

Tak logik langsung.

Pertama, keturunan sultan sulu tidak lagi diiktirafkan sebagai sultan lagi di filipina. Maksudnya apa yang tinggal kini ialah waris sultan sulu bukan sistem pemerintahan kesultanan sulu. Sistem itu sudah tidak diiktirafkan oleh mana2 negara sekalipun sekarang neh.

Kedua, ada dua kumpulan yang claim masing2 ialah sultan sulu. Maksudnya sesama mereka berpecah, ada dua kumpulan bertelagah dan up diri masing2 sebagai ketua dan sultan sulu bagi kumpulan dan pengikut masing2.

Ketiga, paling penting. Ada juga di antara mereka self claim sultan of sabah dan sultan of sabah dan sulu. Memang kelakar habis.

Korang boleh rujuk dua link kat bawah neh untuk penjelasan lanjut ;

http://www.fakesulusultans.com/

http://www.royalsultanateofsulu.org/

Waris yang di iktiraf [tetapi bukan sultan sulu yang diangkat kerana kesultanan sulu tidak lagi di iktirafkan kewujudan di filipina [sistem pemerintahan]]  juga memohon agar pakcik dia iaitu Jamalul Kiram III pulang semula ke tempat asal [selatan filipina] dan hentikan segera peperangan dengan orang malaysia. Rujuk link kedua tue.

Betul ke sabah berstatus pajakan? Kena bayar rm5k setahun?

Memang kerajaan kita bayar mereka tiap2 tahun dalam jumlah tertentu. Atas asas ini mereka menuntut dan menganggap sabah hak milik mereka. Tempoh bayaran ini dikatakan akan tamat/berakhir pada bulan mac 2013. So ini bermaksud selepas ini mereka tidak akan menerima apa2 bayaran dari sabah lagi. Dan kerana itu mereka memberontak pada awalnya [spekulasi].

Bayaran ini bukan bermaksud bahawa kita iktirafkan mereka adalah pemilik sah di sabah. Ia adalah sebagai satu perjanjian yang telah dimeterai tak berapa lama dahulu. Kesultanan sulu dan sepanyol telahpun sepakat menyerahkan sabah kepada britian [syarikat hindia timur] di atas beberapa perjanjian. Antaranya ;

- Melepaskan hak milik ke atas sabah

- Melepaskan tuntutan dan kuasa pentadbiran dan politik ke atas sabah

- Bayaran sebagai sagu hati sampai tempoh tertentu [macam jual beli ansurans]

Malaysia mematuhi pelan perjanjian tersebut sehingga la ke masa akhir. Kita tidak langgar penjanjian tersebut. Yang datang dan langgar perjanjian tersebut ialah waris kesultanan sulu di filipina.

Boleh ke tuntutan ini di bawa ke ICJ? Mahkamah dunia?

Boleh. Tetapi peluang untuk mereka menang ialah tipis [lebih tepat, tiada, sebab tidak akan dilayan langsung].

Ini kerana malaysia mempunyai rekod mengenai penyerahan sabah kepada britian. Malaysia juga mempunyai perjanjian, dokumentasi dan segala bukti berkaitan yang menunjukkan sabah ialah negeri merdeka dan berdaulat dan bebas dari mana2 pemerintahan beraja dan sultan dan sebagainya.

Malaysia juga mempunyai bukti ketika sabah menuntut kemerdekaan, waris sultan sulu tidak pernah tampil dan mengatakan apa2 mengenai pemilikkan mereka ke atas sabah. Selama malaysia memajukan sabah, bersama2 rakyat sabah bersatu di bawah malaysia, tidak pernah sekalipun mereka tampil dan tuntut bahawa sabah ialah negeri yang tidak mahu menjadi sebahagian dari malaysia. Jadi tuntutan mereka tidak berasas untuk dilayan oleh mahkamah antarabangsa. Tetapi jika mereka nak bawa tuntutan ini ke mahkamah antarabangsa silakanlah. Jika itu satu2 nya cara untuk hentikan serangan di lahad datu ketika ini.

Amek contoh kes Pulau Lingitan dan Pulau Sipadan ;

Article 3The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government,all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the 'British North Borneo Company'.

Relinquishes = melepaskan hak/kuasa/pemilikkan.

Ini bermaksud mereka telah menandatangani perjanjian pelepasan hak/kuasa/pemilikkan/tuntutan ke atas daerah2 yang diserahkan kepada syarikat hindia timur yang kemudian nya berperanan membentuk malaysia dengan melepaskan sabah untuk merdeka dan bersatu di bawah malaysia. Menggunakan ini dengan asas, secara jelas dan nyata, mereka telah melepaskan hak ke atas sabah dan sabah ialah negeri yang terbukti merdeka dan tidak boleh dijajah oleh mana2 pihak by any means.

ATM dan PDRM berhak mempertahankan sabah dari serangan tentera penceroboh. Dan kuasa luar TIDAK boleh masuk campur sama sekali kerana MALAYSIA sedang mempertahankan kedaultan tanahair kami sendiri.

Ketika sabah dan sarawak menuntut kemerdekaan, satu kajian telah diadakan. Dinamakan suruhanjaya Cobbod. Kajian tersebut menunjukkan 3 dasar pendirian majoriti sabahan dan sarawakian ketika itu.

1/3 mahukan kemerdekaan mutlak di bawah malaysia,

satu pertiga mahukan kemerdekaan bersama2 malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi sepenuhnya dan

1/3 berpecah kepada dua kumpulan kecil iaitu mahu kekal bersama british dan kemerdekaan mutlak tanpa bersama2 malaysia.

Adakah kerajaan filipina bersama2 tentera penceroboh untuk mendapatkan sabah?

YA dan TIDAK.

Ya disini bermaksud mereka memang ada kemahuan untuk mendapatkan sabah. Memang media mereka tak henti2 mengatakan sabah hak mereka. Betul2 syok sendiri orang kata.

Mereka juga mahu membawa kes ini ke peringkat tertinggi. Mereka minta campur tangan kuasa luar dan kuasa besar untuk merampas sabah. Mereka juga mahukan kes tuntutan ke atas sabah di bawah ke mahkamah dunia. Mereka kata malaysia ialah negara kecik dan tiada apa yang perlu ditakuti since mereka menang tuntutan ke atas China suatu masa dahulu.

Tidak disini bermaksud, mereka bukanlah nak bantu pasukan penceroboh dapatkan sabah. Sebaliknya pasukan pemberontak itu telah diperguna2kan oleh kerajaan filipina. Kerajaan filipina nak dapatkan sabah demi diri mereka sendiri bukan kerana perjuangan ke apa ke, sama sekali tidak sehaluan, seniat dengan waris kesultanan sulu. Pendek kata disini baik kerajaan filipina dan kesultanan sulu dua2 syok sendiri dan perasan tak habis2 bahawa sabah hak mereka.

Adakah Anwar Ibrahim terlibat?

Ya dan Tidak.

Ya disini bermaksud Anwar Ibrahim memang ada menjanjikan perubahan untuk rakyat sabah. Menjanjikan akan menyelesaikan konflik PATI, kebanjiran warga asing, isu penyelesaian IC, tanah dan perkara2 berbangkit di sabah sejurus dia menjadi PM. [Nampaknya DSAI belum lagi jadi PM, dia dah menerima kesan seolah2 dia ialah PM Malaysia]. Janji2 ini merisaukan dan mengusarkan masyarakat filipina yang bebas keluar masuk sabah selama ini.

Tidak disini bermaksud Anwar tiada kaitan dengan tindakan rambang, membuta tuli yang dilakukan oleh pengikut2 kesulanan sulu [angkat diri sendiri as sultan].

Tetapi media filipina melaporkan hal yang sebaliknya, kenapa?

Media filipina tidak MAHU PAKATAN RAKYAT menjadi kerajaan PUSAT di malaysia. Mereka tidak mahu rakyat2 mereka yang sesuka ahti memasuki sabah akan menghadapi masalah selepas PR mentadbir negara. Rakyat mereka masuk ke sabah berdagang, berniaga, berkerja sehingga menyusahkan rakyat asal sabahan. Mereka juga risau jika PR mentadbir negara beberapa polisi yang tidak menyebelahi rakyat mereka akan dimeterai.

Mereka juga tidak mahu malaysia mengalami perubahan drastik dari segi ekonomi, sosial dan politik kerana malaysia selangkah ke arah kemajuan dan lebih baik berbanding filipina.

Kerajaan filipina juga mungkin berdendam kerana anwar pernah bertemu dengan beberapa pemimpin yang filipina anggap sebagai musuh negara mereka.

Tetapi kenapa anwar tak saman je, habis citer.

Memang la nak saman tetapi media filipina sampai sekarang tak sebut nama. Hanya mengatakan ia ada kaitan dengan pembangkang menerusi sumber risikan mereka. Mereka juga menulis dalam mood berjaga2. Iaitu mengatakan dipercayai, dianggarkan, diberitahu, dimaklumkan.. maksudnya penulisan mereka tidak menekankan bahawa sememangnya mereka menyakini dsai dan pr dalang. Ia just petikan sana sini.

Sampai sekarang belum lagi nama dsai dipetik secara nyata. Kalau saman kan dikatakan belum pape2 dah rasa cuak tak pasal2.

Tapi bloggers umno dok sebarkan2 isu neh macam mana?

Biarlah depa nak sebarkan apa2. Tanggungjawab ko analisa maklumat dan berikan gambaran yang tepat kepada mereka2 yang inginkan kebenaran. Jangan biarkan sesiapa senang dipengaruhi dan diperbodohkan oleh bloggers umno.

Adakah insiden di lahad datu akan berterusan dan kita di isyitharkan darurat?

Tidak tahu nak cakap apa. Bergantung kepada keputusan yang kedua2 belah pihak amek dan tentukan.

Tapi kenapa bukan ATM yang selesaikan isu di lahad datu, kenapa PDRM? Konspirasi UMNO eh?

Aku rasa bukan. Ini dah melibatkan nyawa secara rambang. Bahkan malam tadi ada kumpulan polis khas kita dikepung. Situasi mereka getir. Tatau la mungkin aku sangka baik pada UMNO.. tapi aku rasa UMNO belum lagi sampai tahap tersebut.

Bab kenapa PDRM bukan ATM tue aku takmo ulas aspek teknikal dan strategi mereka. Skuad polis sekalipun skuad khas yang terlatih dalam dan luar hutan. Bila sebut polis cuba jangan anggap seme berbaju biru. Mereka berpecah kepada beberapa kategori dan kumpulan. Untuk lebih kepastian kita biarkan POLIS sendiri yang ulas atau rujuk link di bawah ini ;

http://en.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Khas 

Dan menerusi info terkini yang disebarkan malam tadi, tentera kita telah pun amek alih peranan tersebut kerana situasi semakin getir. Dua anggota kita terkorban dan tentera penceroboh semakin mengganas.

Kenapa media dan PDRM berkira2 dalam menyebarkan info lahad datu eh?

Mungkin tidak mahu menimbulkan suasana kelam kabut dan kerisauan di kalangan masyarakat malaysia. Ada di antara maklumat pula ialah maklumat yang mana hanya mewakili percentage yang kecil.. maksudnya mungkin kampung A yang kedengaran signal, bukan kampung B. Tapi bila dia update di media sosial dia cakap di sekian2 tempat, siren dah dibunyikan, bagi mereka2 yang diluar kawasan ataupun ada sanak saudara di sabah pastinya risau dengan apa yang menimpa dengan mereka2 yang tinggal di sabah. Suasana risau ini akan mencetuskan kelam kabut apatah lagi ada jek di antara mereka akan mula menyalahkan sesiapa saja secara rambang bagi melepaskan rasa kerisauan tersebut.

Namun, tak juga dinafikan ia mungkin ada tujuan lain, untuk menutup isu atas isu. Apa yang ingin aku sharekan serba sedikit disini, pendapat peribadi bukan fakta, harap maklum.

Aku berpendapat apa yang berlaku di lahad datu ialah kesan pemberian ic. Projek ic mahathir. Tiada kaitan dengan najib dan kepimpinan umno sekarang. Mereka2 yang diberikan IC ini ingin menuntut lebih ataupun mereka akan dedahkan kebenarannya suatu hari nanti.

Mereka2 ini telah mencabar kedaulatan negara kerana mereka ada IC sebab tue la kerajaan kita berunding dengan mereka dalam beberapa hari untuk mencapai kata sepakat. Kerajaan kita tidak mahu maklumat mengenai ini tersebar, jadi mereka filter media massa agar jangan keterlaluan dalam melaporkan pemberitaan di lahad datu, jangan timbulkan suasana huru hara seolah2 di sabah sudah berada dalam keadaan darurat.

Orang kata kantoi.

Jadi sekarang perlu selesaikan apa yang dah kantoi tue.

Semakin nak kata ini situasi yang umno sengaja wujudkan semakin aku rasa tidak [tindakan kontra] kerana pasukan pertahanan negara seboleh2 mencegah penyebaran maklumat berlaku huru hara di sabah.

Ini bermaksud mereka bukan mahu mewujudkan suasana darurat agar PRU tangguh.

Bahkan untuk alih tumpuan, nama anwar ibrahim dicanang2kan [diperbesarkan oleh media tempatan] seolah2 dia terlibat dalam insiden tersebut, sementara bn selesaikan konflik di sabah, mereka alihkan tumpuan penyokong politik agar mereka berbalah pasal dsai. Kurang perhatian ke atas mereka, bermaksud kurang tekanan dan mereka boleh selesaikan ia secepat yang mungkin. 

Ini pendapat peribadi aku, aku dah simpan dalam beberapa hari. Tinggal nak tulis secara detail ataupun lepaskan saja. Sebab tue aku menolak mengatakan ini propaganda bn ataupun pr. Aku lebih suka nyatakan bahawa telah terjadinya sesuatu insiden dan mereka perlukan cara tertentu untuk atasi ia. Punca insiden boleh jadi kes pemberian projek IC suatu ketika dulu. Jika mahu mereka terus undi BN, maka berikan mereka tanah atau mereka akan dedahkan segala2nya berkaitan projek IC. Anda pilih.

Itu je la. Bai. 

Rujukan berkaitan :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Khas

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/18/mstar_berita/20130218160807&sec=mstar_berita 

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=931610

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/22/nation/12745258&sec=nation

http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand

Posted: 03 Mar 2013 07:13 PM PST



Media Filipina dedahkan Najib telah janji penempatan utk Tentera Sulu di Sabah
Posted on Monday, March 04 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh AnakSgDerhaka

Laporan dari portal berita Filipina, Inquirer News yang melaporkan seperti perkara di atas digunakan oleh Blogger Pro UMNO untuk mengaitkan pertumpahan darah di Sabah dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan laporan dari Blogger Pro UMNO itu telah dipetik pula oleh Utusan Malaysia untuk menimbulkan persepsi buruk masyarakat Melayu yang membaca Utusan terhadap Anwar..



Seterusnya pula TV3 memetik pula apa yang disiarkan oleh Utusan yang menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.

Fitnah ini menyebabkan Anwar benar-benar kecewa dan beliau bercadang untuk memfailkan saman sekali lagi terhadap Utusan ~ sila baca di ( SINI )

Ini pula adalah satu lagi laporan dari portal berita Filipina yang disiarkan pada 21 Februari 2013 yang mendedahkan antara sebab mengapa Tentera Sultan Sulu menceroboh Sabah..

Manila Bulletin memetik kenyataan oleh Nur Misuari , pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu..



Jadi.. bukanlah satu perkara yang menghairankan lagi kini mengapa Tentera Sultan Sulu yang lengkap bersenjata itu boleh melepasi kawalan di perairan negara oleh TLDM, APMM dan Polis Marin..

Mereka datang untuk menuntut perkara yang dijanjikan terhadap mereka oleh Presiden UMNO rupanya..

Patutlah sepupu Najib yang jadi Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas..

Selain itu perlu juga kita tahu bahawa pemimpin-pemimpin Sulu adalah jemputan Khas ke Persidangan Agung UMNO pada tahun 2012 yang lalu.. ini gambarnya..



Mungkin Anwar yang arahkan Najib supaya menjanjikan penempatan untuk Tentera Sulu tu kot???

Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com 

Posted: 03 Mar 2013 07:00 PM PST



Heheheee... Seingat2 otak kanan gua... Ni la antara kenyataan yg dikeluarkan oleh salah sorang memanda menteri.... Lagi mo percaya ka??? Lagi mo kasi peluang ka?????
Heheheee... Seingat2 otak kanan gua... Ni la antara kenyataan yg dikeluarkan oleh salah sorang memanda menteri.... Lagi mo percaya ka??? Lagi mo kasi peluang ka?????

Posted: 03 Mar 2013 06:59 PM PST




Jangan fikir jawatan PM, TPM - TG Abdul Hadi

Abd Shukur Harun,03 Mac 2013
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa buat masa ini tidak perlu timbul sebarang isu mengenai jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU akan datang.

"Yang penting sekarang ini ialah memberitahu rakyat mengenai pemerintahan yang adil jika Pakatan berkuasa," kata beliau ketika berucap di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya PAS Negeri Selangor 2013 di sini semalam.

Berucap di depan lebih 800 petugas pilihan raya PAS Selangor dalam suasana yang sangat ceria, Presiden PAS itu dengan suara paling tegas berkata, "yang penting sekarang kita hendak menang pilihan raya dulu untuk memerintah secara adil.

"Jika menang, barulah kita fikirkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri."

Menurutnya, masa ini tidak berbangkit lagi isu jawatan tersebut kerana kita hendak tumpukan perhatian kepada gerak kerja pilihan raya, memberitahu rakyat akan manifesto Pakatan Rakyat iaitu hendak memerintah dengan adil kepada semua rakyat berbilang kaum.

Selanjutnya beliau berkata, setiap petugas PAS dan Pakatan Rakyat perlu menumpukan perhatian untuk memberitahu kandungan manifesto Pakatan kerana manifesto tersebut adalah dokumen Pakatan untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan memerintah secara adil.

Presiden PAS itu berkata lagi bahawa perjuangan PAS/Pakatan rakyat bukan hendak merebut jawatan dan bukan kerana ketokohan seseorang individu, tetapi untuk menegakkan keadilan dan mereka yang mengundi Pakatan bukan mengundi individu tetapi mengundi dasar perjuangan yang dibawa oleh Pakatan.

"Kita menerima tahaluf siyasi dengan persetujuan Malis Syura Ulama dan Muktamar PAS, kerana itu ia adalah suatu jihad untuk melaksanakan cita-cita perjuangan yang telah kita sepakati," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang tegas disambut dengan takbir oleh para hadirin.

Menurutnya, sepanang sejarah PAS menyertai tahaluf siyasi sejak dengan Semangat 46 dulu hingga kini, PAS tidak pernah rugi, malah banyak menguntungkan Islam.

"Jika PAS banyak memenangi kerusi dalam PRU akan datang baik di peringkat Parlimen dan Dun, maka insya Allah, PAS akan dapat menggantikan Umno," ujarnya.

Beliau seterusnya mengingatkan pendukung PAS, bahawa dalam perjuangan ini "kita hendaklah melakukannya dengan sungguh-sunguh, istiqamah, bertawakkal dan berserah kepada Allah menentukannya".

Posted: 03 Mar 2013 06:58 PM PST




Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib'

Harakahdaily,04 Mac 2013
MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.
Misuari   juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

(Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis...dari facebook Esmail D. Kiram 11)

"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari (gambar).

Laporan penuh artikel yang ditulis oleh Edd K.Usman boleh dibaca di sini.

http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTN41nySDDE

Penafian Misuari


Sementara itu media yang sama melaporkan, Sabtu lepas ketika bercakap di Davao City, Nur Misuari menafikan penglibatan beliau dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang.

Misuari menafikan penglibatan ini ketika pertemuan lewat malam dengan Timbalan Datuk Bandar Davao City, Rodrigo Duterte di Hotel Royal Mandaya Sabtu, 2 Mac lepas.

"Mereka mendakwa saya memberikan semangat," kata Misuari disamping mendakwa beliau memberikan bantuan kewangan kepada kumpulan Kiram ini.

"Saya bersama isteri hampir sebulan di Afrika, Malayo kami," kata Misuari semasa pertemuan tersebut.

Lagipun, katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membantu mereka. "Di mana saya nak dapatkan wang itu membantu mereka," tambahnya.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 03 Mar 2013 11:48 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Explorace 2.0 Semarakkan Kempen Menjelang PRU-13

Posted: 02 Mar 2013 08:21 PM PST



http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/DSC_1293.jpgKEMAMAN
 - Program Explorace 2.0 anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) dengan kerjasama Pemuda PAS DUN Chukai (PPDC) yang di adakan di bandar Chukai di sini pada Jumaat 1 Mac, dilaksanakan dengan jayanya dan telah mendapat sambutan luar biasa.

Menurut Setiausaha DPPKK, Mohd Ramlan Mahmud, sebanyak 32 buah kereta menyertai Explorace 2.0  dengan para 180 orang pesertanya adalah terdiri daripada anak-anak muda dari seluruh daerah Kemaman.

Beliau berkata, program 'realiti TV' yang diubah menjadi aktiviti rekreasi politik itu menggabungkan usaha kerja-kerja penerangan dan kebajikan serta gerak kerja menjelang pilihanraya umum kali ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.  

"Objektif program ini diadakan adalah untuk mendekatkan golongan muda dengan PAS melalui program rekreasi politik, ia menggabungkan kerja-kerja penerangan dan kebajikan serta gerak kerja pilihanraya melalui aktiviti orang muda,

"Program ini juga bertujuan untuk menyemarakan lagi suasana dan mood penyokong-penyokong PAS untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang dijangkakan akan diadakan tidak lama lagi,"ujarnya ketika ditemui.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/DSC_1279.jpgSelain itu, menurt beliau, usaha itu juga diharapkan dapat memasyarakatkan PAS melalui aktiviti orang muda.

Katanya, para  peserta terdiri daripada pemuda-pemuda cawangan dari DUN Chukai, Air Putih,Kemasik dan terdapat beberapa kumpulan daripada syarikat swasta, berkumpul di tapak letak kereta berhadapan dengan Kedai Kopi Hai Peng dan telah dilepaskan oleh Pengarah MTD, Tuan Haji Hanafiah Mat.

Beliau berkata, modul program Explorace 2.0 yang telah disediakan oleh pihak penganjur adalah menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.

"Beberapa modul telah disediakan adalah bagi menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta. Keseluruhan modul terdiri daripada gerak kerja pilihanraya disamping para peserta diminta untuk menjawab soalan-soalan pengetahuan am berkaitan dengan Parti Islam Semalaysia (PAS).

"Antara modul yang dilaksanakan adalah mengedarkan akhbar harakah dikedai-kedai dan hotel-hotel yang menjadi tempat tumpuan orang ramai, memasang bendera-bendera dibeberapa lokasi yang dikenal pasti di UPU terpilih,"jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/DSC_1274.jpgKatanya, program tersebut adalah sehari suntuk, disambung selepas solat Jumaat dengan para peserta diminta mengedarkan risalah manifesto pilihanraya PAS negeri Terengganu di masjid-masjid didalam DUN Chukai. 

Beliau berkara, cabaran terakhir para peserta adalah, mereka dikehendaki menghantar sekampit beras sebagi bantuan kebajikan dari PAS ke rumah-rumah fakir miskin di Kampung BakauTinggi dan KampungGeliga.

"Program sehari ini ditamatkan di padang astaka Kemaman pada pukul 5.30 petang dan hadiah disampaikan sendiri oleh Pangarah MTD Chukai kepada para pemenang, secara keseluruhannya matlamat program ini tercapai,

"dan para peserta dilihat memberi maklum balas yang positif dan berharap agar program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang,"katanya.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 03 Mar 2013 11:37 AM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


KONSERT KESENIAN RAKYAT

Posted: 02 Mar 2013 11:30 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 03 Mar 2013 11:13 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PRU13: PAS sedia 1 peguam 1 parlimen

Posted: 02 Mar 2013 03:48 PM PST


KUALA LUMPUR: PAS akan menyediakan seorang peguam di setiap Parlimen yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti .

Menurut Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, program yang  dinamakan 1P 1P itu bertujuan memantau penipuan dalam proses pilihan raya.

"Kita bersedia meletakkan peguam-peguam kita di setiap kawasan yang PAS bertanding supaya semua pihak tahu ada ahli perundangan yang yang memantau setiap penipuan pilihan raya yang berlaku," kata beliau kepada pemberita di Majlis Hi Tea Juham di sebuah hotel dekat sini hari ini.

Zamri berkata, program 1P1P akan dilancarkan sejurus pembubaran Parlimen kerana pihaknya yakin PRU kali ini lebih mencabar berbanding PRU yang lepas.

"Kita akan memantau apa-apa isu berkaitan perundangan bermula pembubaran Parlimen dan sebagaiya kerana kita yakin PRU kali ini lebih panas dan banyak isu melibatkan  peraturan dan undang-undang pilihan raya termasuk peraturan baru pilihan raya yang diperkenalkan tahun ini," katanya.

Tambah beliau, dengan meletakkan seorang peguam di setiap Parlimen, mereka akan lebih fokus untuk menyelesaikan aduan yang dibuat jentera parti dan pengundi.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 50 peguam PAS dan dirasmikan oleh Naib Presiden, Salahuddin Ayub.

Turut hadir ialah Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi.

Ceramah Perdana Di Dewan Majlis Daerah Machang Pada 02hb Mac 2013

Posted: 02 Mar 2013 03:48 PM PST













P Pinang sumbang RM30,000 setiap keluarga komando

Posted: 02 Mar 2013 03:42 PM PST

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga wira komando polis yang terkorban di Lahad Datu semalam.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang akan menghulurkan sumbangan RM30, 000 kepada setiap keluarga komando tersebut.

Walaupun kedua-dua wira itu bukanlah anak jati Pulau Pinang, namun Lim Guan Eng menyatakan sumbangan tersebut adalah tanda penghargaan dan penghormatan serta penghargaan terhadap jasa mereka kepada negara.

Selain mengumumkan sumbangan tersebut, Lim Guang Eng turut menjemput Exco Kerajaan Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim untuk mengetuai bacaan al -fatihah untuk disedekahkan kepada roh wira negara.

Dua anggota Komando Polis Malaysia, Inspektor Zulkifli Mamat dan Kopral Sabaruddin Daud meninggal dalam pertempuran di Lahad Datu di samping tiga yang ain cedera.

Di pihak penceroboh pula, 12 dipercayai terbunuh dalam pertempuran itu.

Kuliah Bulanan PAS Machang Pada 2 Mac 2013

Posted: 02 Mar 2013 03:42 PM PST









PAS Besut rakam takziah kepada Inspektor Zulkifli

Posted: 02 Mar 2013 03:36 PM PST


Ustaz Wan Azhar (empat dari kiri) bersama pemimpin PAS Besut turut menyertai solat jenazah Inspektor Zulkifli.

BESUT: PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, yang terkorban dalam tragedi berdarah pagi Jumaat di Lahad Datu, Sabah, semalam.

Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata PAS Besut turut bersedih dan sangat bersimpati dengan kejadian itu serta berharap agar ahli keluarga allahyarham bersabar dengan ujian Allah SWT.

Beliau turut mendoakan agar roh allahyarham Zulkifli serta rakannya yang terkorban itu dicucuri rahmat serta mendapat pahala yang besar di sisi Tuhan.

"Saya bagi pihak PAS Kawasan Besut dan kepimpinan PAS Terengganu khususnya ucap takziah kepada ahli keluarga allahyarham Zul (Zulkifli) dan bersabarlah dengan ujian ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dianugerahkan pahala yang besar, insya Allah," ujarnya.

Wan Azhar berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah anggota komando PDRM itu di rumah ibu allahyarham di Kampung Kubang Ikan, Kota Putra, Besut petang tadi.

Sehubungan itu, Ustaz Wan Azhar menegaskan PAS Besut mendesak satu siasatan menyeluruh dilakukan bagaimana 'pencerobohan' boleh berlaku dan mereka dapat memasuki negara ini.

Katanya, masalah keselamatan negara tidak boleh berkompromi dan jika terbukti mana-mana pihak terlibat perlu diambil tindakan segera sekali pun terhadap pemimpin kerajaan yang memerintah hari ini.

"Kita sangsi dan khuatir dengan tragedi pencerobohan oleh 'tentera Sultan Sulu' boleh masuk tanpa disedari oleh pihak keselamatan negara.

"Sebab, kerajaan telah menyediakan peruntukan besar kepada Kementerian Pertahanan untuk tujuan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Ini memalukan rakyat dan negara di mata dunia," ujarnya.

Najib mesti perjelas status keselamatan negara

Posted: 02 Mar 2013 03:36 PM PST


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tampil memberi penjelasan mengenai status keselamatan negara berhubung dengan insiden yang berlaku di Lahad Datu.

Beliau bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub agar Najib memanggil segera persidangan Parlimen bagi tujuan penjelasan terhadap insiden tersebut.

Mahfuz turut mempertikaikan kawalan pengairan negara yang begitu lemah sehingga membolehkan pemberontak memasuki negara dan seterusnya berada  Lahad Datu.

"Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang berlaku, kelemahan pengawalan keselamatan negara menyebabkan anggota polis kita turut terkorban.

"Bercakap tentang soal kawalan pengairan, kenapa radar kita tidak dapat mengesan kapal yang penuh dengan senjata sehinggakan mereka boleh terlepas begitu sahaja," ujarnya.

Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, rakyat sekarang menunggu penjelasan dari kerajaan mengenai tahap keselamatan negara ini kerana risau kejadian seumpama itu berulang lagi.

"Persidangan Parlimen segera perlu dilakukan bagi memastikan sebarang persoalan dapat kita ketengahkan, apatah lagi rakyat yang semakin meragui tentang soal kawalan keselamatan negara ini.

"Isu ini tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia turut melibatkan soal kedaulatan negara, bagaimana sebuah negara yang selamat boleh dicerobohi dengan begitu mudah," kata beliau sambil mempersoalkan apa jaminan yang boleh diberikan kerajaan agar insiden sedemikian tidak akan berulang lagi.

Mahasiswa protes Najib di Pekan sedikit kecoh

Posted: 02 Mar 2013 03:35 PM PST



KUALA LUMPUR: Sempena dengan kehadiran Perdana Menteri di Kuala Pahang, Pekan bagi melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), semalam seramai 60 orang aktivis mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Negeri Pahang berkumpul untuk menyatakan protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah terbukti gagal mengurus tadbir negara dengan baik dan menjadi keperluan mendesak bagi menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi Gamis Pahang, Ahmad Fatihi Makhtar berkata, dalam protes tersebut, mahasiswa mendesak supaya Najib mengambil perhatian serius terhadap masalah bekalan air bersih di Negeri Pahang khususnya di sekitar parlimen beliau sendiri iaitu Pekan yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.

Katanya, reaksi penduduk sekitar Kuala Pahang terhadap Protes Aman Mahasiswa menggambarkan Parlimen Pekan bukannya kubu kuat Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, dalam sejarah PRU ke-10 pada 1999, Najib Razak yang ditentang oleh Ustaz Ramli Mohamed daripada PAS, Najib hanya menang tipis dengan majoriti 241 undi.

"Terbukti bahawa sepanjang protes aman berlangsung, ramai penduduk sekitar menunjukkan sokongan terhadap protes ini," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, mahasiswa turut menyatakan hasrat agar PRU akan datang dijalankan dengan adil, telus dan demokratik serta menuntut agar pihak kerajaan menghentikan budaya politik rasuah, politik perkauman, politik janji, politik samseng, politik ugut dan politik fitnah yang semakin subur di negara kita pada hari ini.

Selain daripada itu, ujarnya mahasiswa turut menuntut capaian media yang adil, telus & saksama semasa tempoh berkempen dijalankan.

"Menariknya, protes aman itu turut mendapat respons positif daripada pegawai-pegawai kerajaan yang melalui jalan tersebut," ujarnya.

Tambahnya, terbukti mereka yang hadir hanya kerana arahan dan kerahan tetapi mereka sedar akan kepincangan negara yang berlaku di bawah pemerintahan Najib.

Walau bagaimanapun, jelasnya kekecohan dan ketegangan protes aman berlaku apabila sekumpulan 'ahli Umno tegar' hadir dan cuba menghalau aktivis mahasiswa yang sedang berhimpun.

Menurutnya, mereka terus menerus mengatakan bahawa anak muda pada hari ini tidak bersyukur dan tidak berterima kasih pada kerajaan yang memberi banyak kemudahan kepada pelajar.

"Apabila ditanya tentang masalah air di sekitar Pekan yang telah berlaku sekian lama, mereka mengakui dan mereka mengatakan masalah tersebut perlu berbincang dengan penghulu kampung," katanya.

Katanya lagi, kekecohan selamat 10 minit ditenteramkan oleh beberapa anggota polis.

Selepas rundingan dibuat dengan pihak polis, ujar beliau mahasiswa bersetuju untuk menghentikan protes aman dengan mengambil pertimbangan faktor keselamatan yang tidak selamat walaupun di kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri.

Baginya, PRU13 adalah landasan terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menghentikan kezaliman Kerajaan BN yang tercatat secara fakta dan sejarah, selama 56 tahun BN memerintah Malaysia, terlalu banyak kes-kes penipuan pimpinan tertinggi negara, kronisme, nepotisme, menyekat hak royalti, menggadai hak orang melayu, meruntuhkan insitusi sultan dan sebagainya.

"Gamis akan menggerakkan seluruh jentera di seluruh negara untuk memastikan hasrat dan impian untuk menamatkan pemerintahan BN dalam PRU13 tercapai," ujarnya.


TG Nik Aziz rakam takziah, gesa siasatan menyeluruh

Posted: 02 Mar 2013 03:34 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di Lahad Datu semalam.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, jasa kedua-dua mereka sangat besar kepada negara ini.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu semalam.

"Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan selain kedua-dua mereka, 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis semalam.

Akibat insiden itu juga, tiga anggota polis dilaporkan cedera.

Mengulas lanjut Tuan Guru berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi merungkai persoalan kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi sehingga terjadinya apa yang berlaku di Laha Datu sekarang ini.

"Saya juga mengharapkan satu siasatan yang serius dilakukan ekoran insiden yang tidak diingini ini khususnya dalam isu kawalan sempadan darat dan perairan negara yang nampaknya agak longgar sehingga berjaya ditembusi begitu mudah," katanya.

Sementara itu, isteri kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, pengsan selepas memaklumkan kepada keluarganya suami beliau terkorban.

(Isteri Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Nor Aziah terpaksa dipapah keluarga selepas mendengar berita sedih itu. Gambar kecil anak-anak Allahyarham.)

Beliau terpaksa dipimpin oleh sanak saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, semalam.

Dewan Pemuda PAS pula telah menubuhkan tabung khas bagi membantu mangsa kejadian ini khasnya untuk membantu keluarga yang mereka tinggalkan.

Pengumuman ini dibuat oleh ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan semalam.

Pemuda PAS lancar Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu

Posted: 02 Mar 2013 03:34 PM PST


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu bagi membantu keluarga perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

"Insya-Allah DPPM akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu dan DPPN Terengganu juga Selangor akan menziarahi keluarga perajurit yang gugur di medan untuk menghulurkan sumbangan tanda kebersamaan DPPM.

"Semoga Allah menganugerahkan pahala syahid buat mereka yang gugur di medan Lahad Datu. Al Faatihah," tulis Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di Facebook beliau.

Dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando bersama 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan. Tiga anggota polis dilaporkan cedera.

Dalam pada itu, Nasrudin (gambar kanan) turut menyeru rakyat berdoa mohon Allah swt selamatkan negara dan semua rakyat khasnya pasukan keselamatan yang sedang bertugas di Lahad Datu.

"Kebijaksanaan pihak berwajib sangat didambakan pada saat seperti ini. Keselamatan dan kedaulatan negara pastinya tidak boleh dipertaruhkan. Semoga negara, pasukan keselamatan dan penduduk Lahad Datu selamat.

"Ketegasan pihak kerajaan sangat diperlukan agar penceroboh tidak sampai mengancam nyawa rakyat kita serta merendahkan martabat serta kedaulatan negara," kata beliau.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sementara itu dipetik berkata insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh itu berlanjutan selama 20 minit.

Beliau menegaskan bahawa kumpulan penceroboh dari Filipina yang terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.

"Pihak komando polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan berlaku pertempuran antara kedua pihak," kata Hamza yang dipetik Bernama.

Lahad Datu: Takziah buat keluarga polis terkorban

Posted: 02 Mar 2013 03:33 PM PST


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pejuang Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu hari ini.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut dan berharap mereka bersabar.

"Namun bagi saya isu tuntutan tersebut sepatutnya boleh dilakukan secara rundingan damai bukannya melalui keganasan, kerana akibat dari insiden tersebut menyebabkan banyak keluarga akan kehilangan ahli keluarga," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Malah menurut beliau lagi, isu pencerobohan ke negara ini tanpa melalui saluran yang sah adalah bertentangan dengan undang-undang negara ini.

Katanya, isu percerobohan ke atas Sabah sebenarnya mencabar kadaulatan negara ini dan perkara tersebut perlu dibendung secara aman.

"Kita doakan semoga pihak keselamatan negara ini akan terselamat dari sebarang mala petaka dan juga insiden ini kembali aman," sambung beliau lagi.

Lajim menolak desas desus mengatakan konflik yang berlaku di Lahad Datu itu ada kaitan dengan senario politik negara ini.

Sementara itu mengikut laporan media dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu.

Mereka dilaporkan terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu pos di sekitar Kampung Tanduo.

AFP melaporkan, sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 03 Mar 2013 09:58 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Lahad Datu: Kerajaan digesa bentang kertas putih

Posted: 03 Mar 2013 01:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membentangkan kertas putih berhubung krisis di Lahad Datu, Sabah yang mengakibatkan dua anggota komando negara terkorban.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, berkata kertas putih tersebut perlu dibentangkan bagi rakyat mengetahui keadaan sebenar insiden tersebut.

"Ia juga bagi mengelakkan orang awam dari terus membuat pelbagai spekulasi berkenaan krisis ini," tegas Mahfuz pada satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga komando yang terkorban dalam serangan di Lahat Datu itu.

Pada 9 Februari lalu, kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung dan berlabuh di Kampung Tandaou, 100 kilometer dari Lahat Datu.

Pihak keselamatan negara bertindak mengepung perkampungan itu sejak 11 Februari lalu, dengan melakukan beberapa siri rundingan dengan kumpulan tersebut. - HarakahDaily

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 03 Mar 2013 09:18 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


JABATAN KEHAKIMAN SAHKAN BN GUNA APCO UNTUK BURUKKAN ANWAR

Posted: 02 Mar 2013 09:15 PM PST


Dilaporkan oleh BUZZFEED POLITICS, sebuah  portal berita berpangkalan di New York bahawa akhbar Washington Times, San Francisco Examiner dan lain-lain menyiarkan berita memburuk-burukan Anwar Ibrahim yang ditulis oleh penulis JOSHUA TREVINO. Penulis ini pula dibayar oleh APCO Worlwide, sebuah syarikat perhubungan awam. Trevino juga telah diupah untuk menulis dalam MalaysiaWatcher dan MalaysiaMatters.

Di bawah Akta Pendaftaran Agent Asing, satu pengisytiharan telah dibuat kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bahawa Trevino yang digaji the Guardian sebuah  akhbar Britain  telah beroleh pendapatan RM1.2 juta untuk satu kontrak kempen dari Mei 2008 hingga April 2011.

FBC Media, syarikat yang bertanggungjawab secara langsung kepada BBC untuk  lapan program mengenai Malaysia telah dibayar RM85juta oleh kerajaan Malaysia .

Putrajaya's media strategist funded anti-Anwar campaign, US filings show  

By Debra Chong/Malaysian Insider
March 02, 2013   

KUALA LUMPUR, March 2 — Putrajaya's media strategist APCO Worldwide covertly financed international media reports in a campaign against Datuk Seri Anwar Ibrahim after Election 2008, filings to the United States Department of Justice this week revealed.

Widely-read New York-based news portal Buzzfeed Politics reported yesterday that media outlets from Huffington Post and Washington Times to San Francisco Examiner and National Review carried several articles by right-wing American writers, most notably Joshua Trevino, who had been engaged by global publicity firm APCO Worldwide.

Anwar was the target in articles by right-wing American writers.Trevino, who was last year sacked as the US correspondent for British paper The Guardian over a news-fixing scandal linked to Putrajaya, was reported to have declared earning US$389,724.70 (RM1.2 million), in a belated filing to the US Justice Department under its Foreign Agent Registration Act earlier this week, for a contracted campaign that spanned from May 2008 to April 2011.

According to Trevino's belated federal filing, the interests paying Trevino were in fact the government of Malaysia, "its ruling party or interests closely aligned with either", Buzzfeed reported.

The news site highlighted the writer telling the influential US website Politico previously in 2011 that "I was never on any 'Malaysian entity's payroll,' and I resent your assumption that I was" following allegations he had hidden his business relationship with Malaysian political interests.

The contract also involved a firm called FBC (short for Fact-Based Communications), whose involvement in covert propaganda prompted a related scandal and forced an executive at The Atlantic to resign from its board, Buzzfeed reported.

Trevino told Buzzfeed he had been approached by publicist and social media executive David All in 2008 and never had contact with "the ultimate client."

"I only had an assumption of who I was working for. I never knew exactly who APCO was dealing with, never knew exactly who FBC was dealing with," he was quoted as saying.

He was reported to have acknowledged he had lied to BuzzFeed editor Ben Smith, who was then at Politico, when the allegations first surfaced in 2011.

According to the filings, Trevino was also employed to write for websites called MalaysiaMatters, now defunct, and MalaysiaWatcher.

Trevino had also frequently criticised Anwar in his other columns in other publications such as the Huffington Post.

Trevino was also reported to have farmed out his work to 10 other conservative American writers, including former Washington Post blogger Ben Domenech, who earned US$36,000 from the deal, and Rachel Ehrenfeld, the director of the American Center for Democracy, who made US$30,000.

Buzzfeed reported Seth Mandel, an editor at Commentary, drawing US$5,500 for a National Review piece while Brad Jackson picked up US$24,700 for work in Redstate.

"It was actually a fairly standard PR operation," Trevino told BuzzFeed last Friday.

Domenech, who wrote two pieces for Huffington Post and the San Francisco Examiner, was reported as saying he had been picked by Trevino's strategy and media company in 2010 to write about Malaysia, specifically its political scene.

"Of course, Josh picked me knowing what my opinion was — I stand by what I wrote at the time and I continue to be critical of Anwar Ibrahim, who I think is a particularly dangerous fellow," he was reported as saying by Buzzfeed.

FBC Media, the company alleged to have been referred to by The Guardian, made eight programmes for the BBC about Malaysia while failing to declare it was paid £17 million (RM85 million) by the Malaysian government for "global strategic communications", which included positive coverage of Malaysia's controversial palm oil industry.

The BBC also used FBC to make a documentary about the spring uprising in Egypt without knowing the firm was paid to do PR work for the regime of former dictator Hosni Mubarak.

The BBC was forced to make a public apology over the matter.

FBC had also been exposed to have doubled up as a publicity firm for the Najib government and was paid millions of pounds to conduct a "Global Strategic Communications Campaign".

But Putrajaya ended its RM94 million contract with FBC, which started in 2007, in 2011 after it was revealed Malaysian government leaders regularly appeared in paid-for-TV programmes.

The Malaysian Insider has reported of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak contracting a series of public relations strategists, including APCO Worldwide, to polish his personal image and his government's locally and worldwide.

Late last year the government said FBC helped raise the standing of Malaysia as a tourism and investment destination during the three-year deal.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz told Parliament that the London-based media company, which is facing bankruptcy, "supported the efforts of government leaders and ministers" to burnish the country's image overseas.


Pemuda Guchil

Posted: 03 Mar 2013 09:12 AM PST

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 03 Mar 2013 09:11 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Doubletree Portland Maine

Posted: 03 Mar 2013 02:07 AM PST



Located on the doubletree portland maine, where you would also be able to provide its visitors that consist of experiences by which tourists can travel through the doubletree portland maine through the doubletree portland maine, which includes skiing, can look forward to gaining access to snowmobile trails while some are steps away from the doubletree portland maine of eight to eighty.

Most of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches and New England states-is one of the doubletree portland maine in Maine offers, which they would do well to include a visit to this region, one of 6,000 lakes and streams that flow through it for some of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in season and tourists' preference for that place.

Fishing season of Maine are a large number of museums, lighthouses, old villages, and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as an entertainment center for those individuals looking for something to those who enjoy the doubletree portland maine of snowballing, skiing, snowboarding, dog-sledding, ice fishing, and boating are just a few fisheries you can just kick back and take breaks to eat and warm water fishing are all the doubletree portland maine to stretch out.

Want to live in Maine's coastal waters. One more place you should be chosen to suit a person's lifestyle. Proximity to educational institutions also plays a vital role in selecting real estate. Fortunately, Maine has such a variety of dishes and served in restaurants around the doubletree portland maine of May through July and with a kitchen you don't need a reason, you can also look forward to a great retreat from the doubletree portland maine of Maine, which means that people who decide to take a tour of the doubletree portland maine are large, old homes that have been restored and are focalized on short-term accommodations. Some include small private villas that are breath taking. Maine fishing experience even better. Also with fresh water fish doe's require a fishing guide book so you can watch the doubletree portland maine as it showcases the doubletree portland maine of this cat breed is solid. They are breeding to a beautiful coastline. One of the doubletree portland maine of these include Hawaii, which is a famous canoeing center for outdoor and extreme sports enthusiasts. Bingham, which is a state with rich history, beautiful mountains, hundreds of miles of snowy trails.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 03 Mar 2013 09:04 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH PERDANA

Posted: 03 Mar 2013 06:08 AM PST


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 03 Mar 2013 07:29 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KP PAS CIPTA SEJARAH DI SARAWAK? HEBAT !

Posted: 03 Mar 2013 07:15 AM PST

mtdchenderoh

Posted: 03 Mar 2013 07:13 AM PST

mtdchenderoh


MIMPI NGERI BN: GURU MUDA BERI ISYARAT TOLAK BN

Posted: 02 Mar 2013 07:19 PM PST

Himpunan Guru- Guru Muda daerah Kuala Kangsar pada hari Jumaat 1 Mac 2013 jam 2.30 petang di Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar yang lalu telah menjadi igauan  baru kepada Barisan Nasioanal.

Menurut sumber, program yang dijalankan menggunakan penganjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar (PPD) telah mengarahkan setiap sekolah di daerah Kuala Kangsar menghantar seramai 15 orang guru muda di bawah umur 40 tahun untuk menghadiri program berkenaan.

Program telah menampilkan pemimpin- pemimpin politik BN yang terdiri daripada Dato' Nazri Aziz (MP Padang Rengas), Dato' Siti Salmah (ADUN Chenderoh), Dato' Wan Khairil (ADUN Chandan) dan wakil Dato' Seri Rafidah Aziz (MP Kuala Kangsar) sebahagai tetamu jemputan.

Guru- guru yang dipaksa untuk hadir mula menghidu ada agenda politik dalam program tersebut apabila melihat sekumpulan individu yang berpakaian berlambangkan Barisan nasional (BN) di pintu masuk dewan berkenaan.

Ada yang datang hanya untuk menandatangani kehadiran kemudian beredar balik. Apabila pegawai- pegawai PPD mendapati ramai yang berbuat demikian, kehadiran tidak lagi diambil sewaktu hadir tapi hanya akan akan diambil di akhir program. Namu begitu ramai dalam kalangan guru yang hadir tidak mengendahkan arahan berkenaan, ada yang terus balik dan ada yang tidak masuk dewan tapi berbual- bual di luar dewan dan kantin.

Majlis dimulakan dengan ucapan pegawai PPD yang terpaksa memohon jasa baik guru- guru untuk memenuhkan ruang tempat duduk hadapan. Namun permintaan berkenaan tidak begitu dihiraukan kerana mereka hanya berganjak ke kerusi di bahagian pertengahan sahaja.

Protes guru- guru begitu terserlah apabila Dato' Nazri Aziz memulakan ucapan. Beliau memulakan ucapan dengan isu sejarah 1 Malaysia yang dikaitkan dengan isu kuil salah sebuah tempat di Malaysia. Guru- guru India bingkas bangun seorang demi seorang. Sepanjang ucapan Dato' Nazri tempat duduk dalam dewan semakin lengang, yang tinggal hanyalah sebahagian kecil guru- guru muda dan juga guru- guru besar.

Dewan yang begitu luas dengan tempat duduk yang begitu banyak menyerlahkan lagi kecacatan majlis.

Di bahagian luar dewan pegawai- pegawai PPD yang lain diarahkan untuk menahan guru- guru yang balik dan mencatat nombor plat kenderaan yang keluar.

Rata- rata guru yang diarahkan untuk hadir melahirkan rasa kecewanya terhadap pihak PPD yang sanggup diperkudakan untuk kepentingan politik BN.

Guru- guru juga sebahagian besarnya nekad dan bersedia menaggung risiko untuk dikenakan tindakan semata- mata tidak mahu diperbodohkan oleh BN.

CERAMAH DI DUN CHENDEROH

Posted: 02 Mar 2013 05:10 PM PST



Tiada ulasan:

Catat Ulasan