Selasa, 12 Mac 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 12 Mar 2013 12:17 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Ambil Iktibar Insiden Lahad Datu - Syura PAS

Posted: 11 Mar 2013 03:49 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS mahu semua pihak mengambil iktibar dengan insiden pencerobohan bersenjata yang berlaku di Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh mengharapkan, insiden seperti itu sebolehnya tidak lagi berlaku pada masa akan datang dan kerajaan Malaysia perlu memastikan kawalan keselamatan negara pada tahap terbaik.

"Majlis Syura Ulamak menganggap kewajipan menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab bersama. Majlis Syura Ulamak juga menentang sebarang ancaman keselamatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, samaada  dari dalam mahupun luar negara.

"Majlis Syura Ulamak menyarankan agar Kerajaan Malaysia memastikan tiada lagi ancaman keselamatan terhadap rakyat dan negara di masa hadapan. Jika berlaku juga, Majlis Syura Ulamak mendesak agar tindakan diambil dengan penuh kebijaksanaan dan lebih segera, agar keselamatan rakyat dan negara terjamin," katanya.

Pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah sejak sebulan lalu telah menyaksikan lapan anggota polis terkorban ditangan kumpulan tersebut.

Di pihak penceroboh bersenjata itu pula, seramai 54 orang mati di tangan anggota keselamatan manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Dalam pada itu, Majlis Syura Ulamak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dan menganggap mereka wira negara.

"Kita memandang serius peristiwa Lahad Datu dan merakamkan doa dan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa," kata Zawawi.

Seorang Menteri Besar Tanpa Dompet?

Posted: 11 Mar 2013 12:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas melihat sekeping gambar Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik yang hanya menggunakan sampul surat sebagai dompet, seorang ahli parti membuat keputusan untuk membuat satu hadiah istimewa buat Tuan Guru kesayangannya.

Dompet itu dibuat khas untuk TG Nik Aziz oleh orang seorang aktivis PAS untuk Menteri Besar Kelantan itu.

Dompet berlambang bulan logo PAS itu kemudiannya diserahkan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diserahkan kepada TG Nik Aziz.

Menjelang mesyuarat Majlis Syura baru-baru ini, Tuan Ibrahim bersama Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Mohd Salleh menyerahkan dompet itu kepada TG Nik Aziz.

Dompet tersebut dibuat tangan, berwarna hijau dan mempunyai logo PAS.

Nik Aziz berkata beliau hanya pernah membeli dompet dua kali sahaja dalam hidup beliau.

Sekali sebelum bertolak untuk belajar di luar negara berpuluh tahun lalu dan sekali lagi semasa kepulangan beliau dari sana.

TG Nik Aziz belajar di India dan Universiti Al Azhar, Mesir.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 11 Mar 2013 10:35 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


CERAMAH AGAMA

Posted: 11 Mar 2013 06:26 AM PDT


CERAMAH UMUM

Posted: 11 Mar 2013 03:45 AM PDT


Ceramah Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau

Posted: 11 Mar 2013 03:45 AM PDT


Tarikh : 23 Mac 2013 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bilik Gerakan UPU Kg Legong Ulu, Jln Kota-Astana Raja (Rumah peninggalan Undang Rembau ke 19, Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah)
Penceramah :
Zulkefly Mohamad Hj Omar (AJK PAS Pusat)
Zulhazmi (Peguam Kempen Anti Saman Ekor - KASE)
Hj Baharom Bakar (Penyelaras Parlimen Rembau - PKR)
Hj Ghazali Mohd Shom (Penyelaras DUN Kota - PAS)

Turut hadir :
Yusuf Tapar (Pengarah 1 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Pemangku Ketua Cabang PKR Rembau)
Rozmal Malakan (Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau)

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Izamri 013-2124086 (Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota)

MB diminta pujuk PM bubar Parlimen lebih awal

Posted: 11 Mar 2013 03:44 AM PDT


11 Mac 2013

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan wajar 'memujuk' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen lebih awal sebelum mandat di negeri itu berakhir 26 Mac ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, berkata adalah lebih baik jika Datuk Seri Mohamad Hasan dapat memujuk Najib untuk membubarkan parlimen lebih awal supaya dilihat lebih bersopan.

"Jika dibubarkan lebih awal, sebelum 26 Mac ini, lebih nampak terancang dan lebih sopan. mengadap Yang DiPertuan Agong, mohon perkenan. Lebih beradab, berbanding jika terbubar sendiri," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Najib yang masih berteka-teki untuk membubarkan parlimen, sedangkan mandat Dewan Undangan Negeri Sembilan akan berakhir 26 Mac ini.

Namun, beliau yang juga Adun Paroi berkeyakinan Najib akan membubarkan parlimen sebelum 26 Mac ini.

"Saya secara peribadi berkeyakinan Najib akan bubar parlimen sebelum 26 Mac. Mungkin antara 18 Mac hingga 20 Mac ini beliau bubar," tegas beliau.

Dalam pada itu, Taufek berkata PAS negeri sudah bersiap siaga bagi menghadapi pilihan raya sejak dua tahun lalu.

PAS Negeri Sembilan bersama Pakatan Rakyat, katanya mensasarkan untuk menyumbang lebih empat kerusi, dengan mengekalkan 15 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu untuk menawan negeri tersebut.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 11 Mar 2013 09:30 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


AMBIL IKTIBAR INSIDEN LAHAD DATU !

Posted: 11 Mar 2013 06:17 PM PDT

Ambil Iktibar Insiden Lahad Datu - Syura PAS
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS mahu semua pihak mengambil iktibar dengan insiden pencerobohan bersenjata yang berlaku di Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat mengharapkan, insiden seperti itu sebolehnya tidak lagi berlaku pada masa akan datang dan kerajaan Malaysia perlu memastikan kawalan keselamatan negara pada tahap terbaik.

"Majlis Syura Ulamak menganggap kewajipan menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab bersama. Majlis Syura Ulamak juga menentang sebarang ancaman keselamatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, samaada  dari dalam mahupun luar negara.

"Majlis Syura Ulamak menyarankan agar Kerajaan Malaysia memastikan tiada lagi ancaman keselamatan terhadap rakyat dan negara di masa hadapan. Jika berlaku juga, Majlis Syura Ulamak mendesak agar tindakan diambil dengan penuh kebijaksanaan dan lebih segera, agar keselamatan rakyat dan negara terjamin," katanya.

Pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah sejak sebulan lalu telah menyaksikan lapan anggota polis terkorban ditangan kumpulan tersebut.

Di pihak penceroboh bersenjata itu pula, seramai 54 orang mati di tangan anggota keselamatan manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Dalam pada itu, Majlis Syura Ulamak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dan menganggap mereka wira negara.

"Kita memandang serius peristiwa Lahad Datu dan merakamkan doa dan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa," kata Zawawi.

Ingatan agar dilakukan :

Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa seluruh umat Islam di Sabah yang berhadapan dengan isu pencerobohan tanah air untuk sentiasa mengamalkan doa yang diajar oleh Rasulullah saw apabila berlaku kesedihan dan dukacita sepertimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari seperti berikut:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Atau berdoa dengan Doa yang diajar oleh Rasulullah sebagaimana Hadis riwayat Abu dawud dan Ahmad yang dinilai Hasan oleh Syeikh al-Albaani seperti berikut:

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Dr. Mohd Khairuddin A. Razali
Setiausaha
Dewan Ulamak PAS Pusat

DASYATNYA GULA-GULA ! KUNUNNYA LEPAS PRU13 !

Posted: 11 Mar 2013 01:11 AM PDT

102,434 anggota Polis Diraja Malaysia
131,904 anggota Angkatan Tentera
50,000 kakitangan kontrak perkhidmatan awam

Gaji polis, tentera dinaikkan dan disetarakan dengan perkhidmatan awam lain
PUTRAJAYA, 11 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikkan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam sistem saraan baru yang digelar Sistem Saraan Transformatif (SST) yang meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Najib berkata, penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala bagi penjawat awam lain dimana kenaikkan gaji antara RM80 dan RM320 sebulan akan bermula pada 1 Julai.

"Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST), kata beliau semasa Perhimpunan Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) disini hari ini.

Selain itu Najib (gambar) juga turut mengumumkan kerajaan akan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan perkhidmatan kepada 13 tahun, berbanding 15 tahun sebelum ini, dan akan melibatkan 17,000 penjawat awam yang layak.

Najib juga turut memberikan 182,434 penjawat awam yang telah menerima gaji maksimum pada 2013 akan diberi kenaikan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum — Maksimim diperuntukkan Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak 3KGT.

"Sebagai satu dasar, sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak 3 peratus diberikan kepada pegawai mencapai gaji maksimum, tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi," katanya di hadapan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Beliau turut mengumumkan lanjutan kontrak selama setahun bagi hampir 50,000 kakitangan kontrak perkhidmatan awam yang tamat pada Disember tahun ini dilanjutkan kepada Disember 2014.

Selain itu, kelayakan masuk minimum ke perkhidmatan awam turut ditambah baik dan ditetapkan kelayakan pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Skim-skim perkhidmatan yang terlibat adalah kelompok gred jawatan dan gred gaji 1 hingga 10 yang akan dinaik taraf ke gred jawatan atau gred gaji setaraf dengan kelayakan masuk PMR," katanya.

Kerajaan juga jelas Najib bersetuju bagi meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat laluan pantas, kenaikan pangkat laluan pakar bidang dan kenaikan pangkat laluan kemahiran tinggi.

Najib turut menggesa agar penjawat awam membuat keptusan bijak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang dan berhati-hati dengan pihak yang hanya pandai berjanji tanpa menepatinya.

"Lantas kalau dilihat rekod mereka yang lepas dari menepati janji ia amatlah buruk. Bagi mereka manifesto bukan janji. Dari yang demikian, kalau manifesto bukan janji, maka buat apa kita percaya dengan kandungan manifesto mereka," katanya.

Jelasnya lagi, kerajaan pimpinannya, Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu boleh sahaja menjanjikan janji populis, namun atas sebab memikirkan kesan jangka panjang, kerajaan jelasnya mengambil pendirian berfikiran secara waras.

"Ya ... Tentunya kerajaan akan jadi lebih popular. Ya ... Semua pihak rasa seronok, semua teruja, tetapi itu hanya seketika.

"Sebenanrnya kita perlu berfikiran waras apa akan terjadi kemudian hari akibat tindakan populis itu, oleh demikian, pucuk pangkalnya kita akan istiqamah menjadi sebuah kerajaan adil dan bertanggungjawab tanpa memperjudikan apa-apa keputusan yang boleh merosakkan kedudukan kewangan negara," katanya mengakhiri ucapan beliau.

MENTERI MALAYSIA KETURUNAN SULU LIHAT SAHAJA ?

Posted: 10 Mar 2013 06:57 PM PDT

Kita bukan nak menghina polis atau askar kita ,hanya BN yang berdusta dan menafi apa-apa yang nyata.Polis dan Askar hanya mengikut arahan sahaja ,apa pilihan mereka? Hanya selepas pencen atau bersara baru berani menyuarakan kepincangan BN kepada rakyat. Apa yang berlaku adalah kesilapan/kesalahan pihak atasan terutama pimpinan BN. Bercerita seorang rakyat Malaysia yang merupakan seorang imam di semenanjung Malaysia bahawa beliau berasal dari Semporna, Sabah. Beliau mendapat berita ada 'penceroboh sulu' yang terbunuh adalah bapa kepada polis yang terlibat dalam ops daulat. Betapa hiba beliau dalam keadaan serba salah.
Ada 'penceroboh sulu' yang terbunuh adalah jurunikah yang bertauliah untuk menikahkan keturunan Sulu di Sabah.dan pagi ini ada Askar/Polis yang menembak sesuatu dalam semak dan rupanya remaja atau budak antara 12-15 tahun dan seorang maut. Apa salahnya dipastikan agar 'musuh' diarah keluar? Menteri Pertahanan pun arah TANGKAP HIDUP-HIDUP atau BUNUH (Jangan bunuh membabibuta).
Kenapa dalam satu ketika Menteri Dalam Negeri serahkan urusan tsb kepada Wisma Putra? Wisma Putra di bawah menteri luar (Anifah Aman).Menurut imam tersebut, Menteri Luar (Anifah Aman) dan Menteri KKKLW (Shafie Afdal) dan Ketua Menteri Sabah adalah keturunan Sulu.Menteri Luar dalam wawancara pada 7 Mac juga berkata ramai menteri termasuk Adun Lahad Datu juga keturunan Sulu.Jadi apa masalah askar Sulu dan penceroboh. Benarkan penceroboh ada kad pengenalan Malaysia? Tun Mahathir telah melakukan kerja kotor sanggup memberi IC kepada rakyat Sulu demi mengalahkan Parti yang diketuai Pairin Kitingan suatu Pilihan Raya dahulu.Kini Pairin sudah bersengkokol semula dengan BN.
Keturunan Sulu ibarat rakyat Indonesia yang telah menjadi rakyat Malaysia.Apabila sudah ada IC mereka juga layak dapat BRIM dan apa sahaja yang Najib tawarkan. Mereka yang kuat mematuhi agama/hukum Islam tidak akan mengundi BN bila kebobrokan BN terserlah.Teori ini akan membuatkan BN akan marah dan akan melakukan sesuatu bagi menakutkan mereka. Ini belum kisah penyewaan atau 'ufti' kerajaan Sulu dan ditukarkan kepada dolar yang bernilai RM5,300. Nilai pada masa itu amat besar berbanding dengan waktu ini waima tahun 190an. Dengan itu Tuan beri sewa/pajakan nak 'upgrade' mengikut nilai barang sekarang.Sebab itu Sultan Sulu kata beliau adalah Raja termiskin di dunia. Di sinilah cabaran kebijaksanan atau kelicikan PM kita mengendalikan.wallahhualam

Dr Azman Ibrahim

Posted: 11 Mar 2013 09:22 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Majlis 'Umno masuk Umno' di Tok Dor

Posted: 10 Mar 2013 09:05 PM PDT

Merujuk kepada laporan akhbar BH dan Utusan Online bertarikh 10 Mac 2013 berkenaan penyertaan 35 ahli pas dari Cawangan Tok Dor dalam Dun Jabi diketuai seorang bernama Ali Bakar menyertai Umno, saya menganggap ini adalah drama sinetron biasa disiarkan setiap kali menjelang PRU.

Plot ceritanya sudah basi, dan skripnya sudah hilang daya tarikan. Kesian kepada yang ditipu dan tertipu.

Saya hanya memohon mereka mengemukakan dua perkara mudah sahaja sebelum mengulas lebih lanjut. Yang pertama, nombor keahlian Pas, parti sesat yang didakwa oleh Ali Bakar telah disertainya selama 20 tahun.

Yang kedua, beliau ahli Pas cawangan mana lantaran agak pelik masakan di sebuah kampung seperti Tok Dor yang dikategorikan bersaiz kecil, jawatankuasa Pas Cawangan Tok Dor tak mengenali beliau malah tak pernah bersua sebelum ini. Hairan bukan?

3http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/po_11.1.jpg5 ahli Pas cawangan Tok Dor menyertai Umno bermakna akan terbubarlah cawangan tersebut. Sedangkan pada malam sebelumnya, saya menghadiri satu program di UPU Tok Dor yang disifatkan berjaya. Tak ada angin dan ribut pun tentang kemasukan ahli Pas ke dalam Umno.

Ramlan dan mereka yang menjadi dalang di belakang kerja bodoh ini, sila kemukakan dulu dua perkara yang diminta tadi. Kegagalan bermakna kamu adalah penipu dan pemutar belit fakta yang tak boleh dipercayai.

Bermakna lebih tepat dinamakan majlis kamu itu sebagai 'Majlis Ahli Umno Masuk Umno!'

Dr Azman Ibrahim
Pengarah MTD PAS Jabi
Anggota Perhubungan PAS Terengganu

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 11 Mar 2013 09:14 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Eksklusif Isu Lahad Datu-Sulu Asree Sug

Posted: 10 Mar 2013 09:26 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 11 Mar 2013 08:44 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Позиции проекта dppnkedah.blogspot.com

Posted: 11 Mar 2013 03:11 AM PDT

Добрый день.

Меня зовут Дмитрий Славин, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков.
Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.

Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.

Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.

С уважением, Дмитрий Славин
Специалист отдела продуктивных решений
Компания Fruitful Solutions
Тел./Факс: +7 (495) 661-6100

Web: www.fresh-ad.ru

Для dppnkedah.blogspot.com от Effect-Promo

Posted: 11 Mar 2013 01:48 AM PDT

Добрый день,

Меня зовут Руслан Демин. Я представитель компании Effect-Promo. Мы специализируемся на привлечении клиентов для Вашего бизнеса с учетом необходимых пожеланий.

Мною подготовлено коммерческое предложение для эффективной рекламы и увеличения доходности Вашего бизнеса, за счет продвижения сайта Dppnkedah.blogspot.com в ТОП-10 поисковых систем Яндекс, Google, Mail.ru.

Наши методы работы обеспечивают минимальную стоимость каждого заинтересованного посетителя сайта при максимальной эффективности рекламы.

Я уверен, что методы работы нашей компании покажутся Вам интересными. А также буду очень благодарен за любой комментарий с пожеланиями и предпочтениями, так как для нас это возможность совершенствоваться.

С уважением, Руслан Демин.
Специалист по продвижению сайтов.
Компания EFFECT-PROMO
Тел./Факс: +7 (495)215-13-02
Web: Effectpromo.ru

Rembau Hari Ini

Posted: 11 Mar 2013 08:33 PM PDT

Rembau Hari Ini


Mana perumahan rakyat untuk DUN Kota, Parlimen Rembau?

Posted: 11 Mar 2013 03:42 AM PDT


Pada 8 Mac 2013 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan pembinaan 150 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Ladang Tanah Merah, Port Dickson di atas tanah seluas 6 hektar yang dibeli pada harga RM2.5 juta. Untuk makluman Ladang Tanah Merah terletak dalam DUN Lukut dan Parlimen Telok Kemang. Wakil Rakyat ADUN Lukut ialah dari DAP iaitu YB Ean Yong Tin Sin, manakala Ahli Parlimen Telok Kemang ialah dari PKR iaitu Dato Kamarul Baharin Abbas yang juga merupakan Pengerusi PKR N.Sembilan.

Rumah yang dibina ini ialah rumah teres 1 tingkat bukannya perumahan awam bertingkat.

Kenapa tidak dilancarkan perumahan serupa untuk anak Rembau di DUN Kota yang wakil rakyat ADUN Kota dari Umno dan Ahli Parlimen Rembau juga adalah dari Umno?

Bukankah banyak tanah adat yang terbiar Rembau boleh dibeli jauh lebih murah dari di Ladang Tanah Merah untuk dijadikan perumahan awam kos rendah untuk anak Rembau?

RM2.5 juta untuk 6 hektar bermakna kos tanah ialah sekitar RM168,619 seekar atau RM3.87 sekaki persegi. Sedangkan tanah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini di Rembau untuk pembinaan landasan keretapi berkembar ialah sekitar RM1.20 ke RM2.80 sekaki persegi atau sekitar RM52,272 ke RM121,968 seekar.

Apakah perlu orang Melayu di DUN Kota dan DUN Chembong dalam Parlimen Rembau bangkit mengundi PAS atau PKR barulah kerajaan mengumumkan untuk membina perumahan rakyat di Rembau dan membayar pampasan tanah adat pada harga yang munasabah?

******************
TPM lancar projek rumah mampu milik di Ladang Tanah Merah

TELOK KEMANG 8 Mac 2013 - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan pembinaan 150 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Ladang Tanah Merah, Port Dickson dekat sini. Pembinaan projek rumah mampu milik itu sememangnya dinanti-nantikan sekian lama oleh para pekerja ladang berkenaan yang rata-ratanya terdiri daripada kaum India.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri telah membeli tanah daripada Sime Darby bernilai RM2.5 juta bagi menjayakan projek berkenaan.


8 Mac 2013

PORT DICKSON - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata segala dasar yang dibuat kerajaan selama ini adalah realistik dan mampu dilaksanakan, tidak seperti janji-janji palsu pembangkang dalam manisfeto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mereka.

Mengenai pembinaan rumah awam mampu milik itu, Muhyiddin berkata, 150 unit rumah akan dibina di atas tanah seluas enam hektar dan dijangka akan dimulakan pembinaannya tidak lama lagi.

1 ekar = 43,560 kaki persegi
1 hektar = 2.47105 ekar
1 hektar = 107639.104 kaki persegi

Ceramah Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau

Posted: 11 Mar 2013 03:41 AM PDT


Tarikh : 23 Mac 2013 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bilik Gerakan UPU Kg Legong Ulu, Jln Kota-Astana Raja (Rumah peninggalan Undang Rembau ke 19, Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah)
Penceramah :
Zulkefly Mohamad Hj Omar (AJK PAS Pusat)
Zulhazmi (Peguam Kempen Anti Saman Ekor - KASE)
Hj Baharom Bakar (Penyelaras Parlimen Rembau - PKR)
Hj Ghazali Mohd Shom (Penyelaras DUN Kota - PAS)

Turut hadir :
Yusuf Tapar (Pengarah 1 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Pemangku Ketua Cabang PKR Rembau)
Rozmal Malakan (Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau)

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Izamri 013-2124086 (Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota)

PAS bantu mangsa ribut di DUN Kota, Parlimen Rembau

Posted: 11 Mar 2013 03:40 AM PDT


Pada awal Januari 2013 yang lalu beberapa kawasan di Kota telah dilanda ribut yang amat kuat yang merosakkan 30 buah rumah serta 2 buah sekolah. Pada awal Mac 2013 yang lalu PAS DUN Kota telah melakukan ziarah susulan terhadap mangsa ribut tersebut. Hadir semasa program ziarah berkenaan ialah Tn Hj Ghazali Mohd Shom selaku Penyelaras PAS DUN Kota.

Antara yang ditemui ialah seorang peniaga air. Payung gerai peniaga air berkenaan rosak teruk dalam ribut berkenaan. Beliau telah mengajukan permohonan ke beberapa pihak untuk bantuan membeli payung.

Akhirnya PAS DUN Kota telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM200 yang disalurkan kepada peniaga berkenaan untuk membeli payung.

Dalam program ziarah PAS DUN Kota turun padang menemui penduduk kampung banyak permasalahan yang diajukan. Kebanyakkannya berkaitan dengan masalah kewangan.

Kepada mereka yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8
atau : Maybank , No Akaun 155126945930 : CIMB , No Akaun 05020693061526
Maklumat lanjut sila hubungi:
Izamri bin Med 013-2124086 (Pengarah MTD DUN Kota)
Rozmal bin Malakan 012-2267406 (Pengarah 2 , Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau)

30 rumah, dua sekolah rosak dilanda ribut
Sinar Harian 11 Januari 2013

REMBAU – Sebanyak 30 rumah serta dua sekolah rosak dilanda ribut dalam kejadian kira-kira 4.50 petang kelmarin.
Antara kediaman penduduk yang rosak teruk adalah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu, Kampung Relong Chengkau, Kampung Penajis, Pulau Acheh dan Astana Raja termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah (Semenda) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, malam kelmarin mendapati lebih 30 pokok tumbang dan turut mengenai sebuah kereta penduduk serta kabel yang terletak di bahu jalan.

Penduduk, Nor Azhar Zulkefly, 22, dia hanya menyedari atap rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu rosak dipukul angin kuat selepas merasakan biliknya mulai basah.

Katanya, menyedari kejadian itu, dia bergegas mencari ibu, Sefiah Ismail, 59, yang berada di ruang tamu.
"Saya sempat mematikan suis utama dan membawa ibu ke rumah nenek saya yang terletak berdekatan. Ibu saya masih terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
Sementara itu, Pengetua Semenda, Siti Noridah Ujang berkata, dia dan beberapa guru bertindak pantas melihat kerosakan awal.

"Kebanyakan bahagian atap bangunan beberapa blok serta asrama diterbangkan ribut, sementara kelas basah, pendawaian elektrik rosak, cermin pecah selain pintu tercabut," katanya.

PAS LENGGONG

Posted: 11 Mar 2013 07:29 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 11 Mar 2013 01:05 AM PDT



Bala-bala Yang Menimpa Saiful Selepas Sumpah Laknatnya



Masih ingatkah kita tentang sumpah laknat Saiful Bukari?

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.

Kini, setelah hampir lima tahun sumpah laknat itu dilafazkan, rakyat dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas beliau dan yang dituduh, DS Anwar Ibrahim juga ke atas mereka yang menyokong kedua-dua pihak.

Diantara yang dapat dipaparkan apa yang menimpa Saiful dan Anwar mengikut berita-berita yang ada ialah:

Pada 24/08/08 bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlan Porigi telah menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Pada 27/02/10 Diberitakan Saiful telah putus tunang dengan Janna Syariza bt. Mohd Zaki (asal Damansara Utama), nama yang hebat sewaktu kes tuduhan liwat terhadap Anwar berjalan.

Pada 30/9/10 Kereta Proton Waja milik Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilaporkan hilang di Medan Tunku

Pada 28/07/10 didedahkan kisah Saiful mempunyai hubungan cinta dengan Farah Azlina, Timbalan Pendakwa Raya kes liwat beliau.

9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

Pada 22/5/12 pula, bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang menjadi Pendakwa di dalam kes liwatnya mengisytiharkan menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 8/3/13, ayahnya sendiri, Azlan Mohd Lazim mendedahkan kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah "konspirasi politik jahat" dan memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya kerana telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,"

Pada 9/3//13 terus terhumban sebagai anak derhaka lantaran beraninya beliau menempelak ayahnya sendiri kerana dituduh ayahnya dipergunakan Anwar.


Tidak adil jika hanya melihat sebelah pihak. Sekarang apa yang berlaku kepada Anwar pula selepas sumpah laknat Saiful itu?

Ini yang sempat dikompilkan oleh GB:

Pada 4/4/11 Video chinadoll terhadapnya disebarkan oleh Datuk T gagal kerana lelaki di dalam video berkenaan berperut buncit dan teteknya menggeleber.

Pada 9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

18/6/12 atuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

16/1/13 Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

21/1/13 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).


Bagaimana pula nasib pemfitnah terutama Utusan Meloya yang sehingga kini masih terus memfitnah Anwar?



Ada lagi selepas ini. Kita bongkar habis-habisan apa yang menimpa Najib, UMNO BN dan sekalian pemfitnah selepas ini supaya kebenaran dan keadialan itu dapat ditegakkan di negara ini. Allah akan tetap membela bekenaran dan menghapuskan kebatilan!

Bukalah matamu wahai rakyat Malaysia!

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan 


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Posted: 11 Mar 2013 12:37 AM PDT



Apa yang kerajaan tak-rasmi (caretaker government) tidak boleh buat
Tarikh : Monday, March 11 @ 15:00:00 MYT
Topik : Artikel

Sumber Roketkini

Telah genap lima tahun tempoh hayat kerajaan persekutuan sejak pilihanraya umum 8 Mac 2008. Telah ada pakar undang-undang termasuk Tommy Thomas yang menyatakan bahawa hari ini bermula tempoh kerajaan tak-rasmi (caretaker government) sehingga tarikh pengundian PRU ke-13 tidak lama lagi.

Sama ada ia bermula hari ini atau tidak lama lagi, yang penting kuasa kerajaan tak-rasmi adalah terhad. Jika melanggarnya bererti melanggar undang-undang, mencabul kedaulatan undang-undang dan pecah amanah terhadap rakyat.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula memberi contoh sistem demokrasi negara Komanwel, termasuk Australia, yang turut menjadi teladan kepada Malaysia di mana ada lima perkara utama yang TIDAK boleh dilakukan oleh kerajaan tak-rasmi.

Semua warga Malaysia yang prihatin perlu menjadi pemerhati bagi memastikan kerajaan tak-rasmi Najib Razak tidak menyalahgunakan kuasa atau mencabul undang-undang semata-mata mahu memenangkan Barisan Nasional dalam kempen PRU13..

Lima perkara sepanjang tempoh kerajaan tak-rasmi itu adalah:

* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat sebarang keputusan dasar kecuali dalam hal-hal yang amat penting serta perlu berbincang dengan pembangkang;

* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat perlantikan pegawai tinggi kecuali untuk jangka pendek sahaja;

* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat atau mengadakan sebarang kontrak atau tender projek besar;

* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh mengadakan rundingan antarabangsa atau membuat lawatan rasmi ke luar negara; dan

* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membenarkan perkhidmatan awam terlibat dalam aktiviti pilihanraya kerana ia perlu bersikap neutral dan hanya menjadi penasihat kepada kerajaan, dan bukannya parti politik.

Berpuluh tahun lamanya BN melanggar prinsip-prinsip ini kerana ia menguasai segala alat-alat negara. Keadaan sudah berubah. Rakyat sudah mula berani berfikir, berani bertindak demi kebenaran dan hak.

Dahulu tak tapi sekarang sudah ada. Kini ada internet, WIFI, facebook dengan pelbagai aplikasi, sama ada melalui computer peribadi, telefon bimbit, ipad atau ipod dan pelbagai lagi. Semakin sukar untuk mereka yang berkuasa menyembunyikan kebenaran daripada rakyat.

Sumber: Roketkini.com

Posted: 11 Mar 2013 12:10 AM PDT

Janji Pakatan Rakyat.
Jangan risau undi Pakaran Rakyat.
Jangan gundah untuk mengundi Pakatan
Tekadkan untuk menangkan Pakatan Rakyat.


KUALA LUMPUR, 11 Mac — Dalam usaha yang tidak disangka, PAS telah bergerak untuk menggagalkan kempen saat-saat terakhir oleh Datuk Seri Najib Razak bagi menarik penjawat awam dengan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) akan sepadan dan memperbaiki apa-apa janji oleh perdana menteri seperti menaikkan gaji dan elaun. Najib dijangka akan mengumumkan beberapa inisiatif termasuk meningkatkan gaji sehingga 10 peratus, memperbaiki elaun kos kehidupan dan perumahan kepada 1.5 juta penjawat awam hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 Mac — Dalam usaha yang tidak disangka, PAS telah bergerak untuk menggagalkan kempen saat-saat terakhir oleh Datuk Seri Najib Razak bagi menarik penjawat awam dengan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) akan sepadan dan memperbaiki apa-apa janji oleh perdana menteri seperti menaikkan gaji dan elaun.
Najib dijangka akan mengumumkan beberapa inisiatif termasuk meningkatkan gaji sehingga 10 peratus, memperbaiki elaun kos kehidupan dan perumahan kepada 1.5 juta penjawat awam hari ini.

"PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyenaraikan tiga inisiatif yang akan diketengahkan oleh PR dengan yang pertama untuk memperbaiki habuan kepada penjawat awam, termasuk kenaikkan pangkat kepada semua penjawat awam termasuk guru, pegawai kastam, polis, tentera dan lain-lain.

"Kami akan menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj bunga empat peratus bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya," kata Husam sambil menambah semakan pinjaman sekarang akan dilakukan untuk memastikan kerajaan boleh menanggung implikasi kewangan.

Inisiatif ketiga adalah faedah bagi kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.

Husam (gambar) menambah, perlepasan cukai bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.

Kedua-dua BN dan PR berusaha untuk memenangi undi penjawat awam yang menjadi kunci kemenangan daripada 13.3 juta pengundi yang akan membuang undi dalam pilihan raya tahun ini.

PAS dan sekutunya DAP dan PKR menggemparkan BN dalam Pilihan Raya 2008 apabila menafikan majoriti tradisi dua pertiga mereka di parlimen. Gabungan tiga parti itu memenangi 82 kerusi dan empat negeri dan menyebabkan PR ditubuhkan.

Pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa kerana BN masih belum membubarkan parlimen Jumaat lalu, tepat lima tahun selepas pilihan raya lalu walaupun mandat mereka berakhir pada 28 April.

Husam juga mengatakan PAS Pusat membincangkan tentang keperluan kajian dibuat terhadap penalti 45 peratus yang di kenakan kepada pembayar cukai bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri.

"Penalti tersebut membebankan pembayar cukai. Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45 peratus itu dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip," katanya.

"Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata."

Husam juga berkata PAS akan mengkaji semula cukai ke atas eksport sawit mentah (CPO) sebanyak 23 peratus yang menyebabkan harga kelapa sawit Malaysia lebih mahal di pasaran antarabangsa sementara Indonesia telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka lebih berdaya saing.

Beliau berkata langkah tersebut boleh membantu meningkatkan harga CPO dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara akan tetapi polisi Putrajaya memberikan Permit Diluluskan (AP) kepada syarikat terpilih untuk mengeksport tujuh juta tan CPO tanpa cukai telah merugikan negara.

Husam mengatakan PAS akan menyemak kembali sistem tersebut serta jawatankuasa akan ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS terhadap penalti cukai 45 peratus, kadar cukai CPO yang baru dan menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah.

Malaysia adalah negara pengeluar CPO kedua terbesar dunia dengan kedua-dua negara bersaing untuk pasaran di rantau ini terutamanya China dan India.

Posted: 11 Mar 2013 12:03 AM PDT



SENARAI HARTA YG DI MILIKI OLEH KETUA MENTERI SERAWAK.....Pastikan Sarawak bukan milik BN lagi!!! 

1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang Future Atmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.

4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yg berkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpd SCORE Wilson Baya Dandot.

6. 750 hektar … di Jalan, Miri.

7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan trbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd & Mesti Bersatu Sdn Bhd Taib Mahmud & Raziah Mahmud.

8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

9. 5,000 hektar … di Sungai Teru & Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

10. 1,100 hektar di Sungai Karap Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

11. 10,000 hektar di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.

12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

13. 4,000 hektar di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

14. 4,500 hektar di Sungai Tutoh Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.

15. 5,000 hektar di Sungai Karap & Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).

18. 2,600 hektar di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).

19. 10,000 hektar di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.

22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).

23. 10,000 hektar di Sungai Takan & Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd Elia Geneid (anak saudara Taib).

24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd & Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) & Robert Geneid (ipar Taib).

25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

26. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

27. 5,000 hektar di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

28. 13,000 hektar di Sungai Bawan Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud & Arip Mahmud.

29. 4,000 hektar di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

30. 5,000 hektar di Kenyana Rajah Mutiara Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

31. 2,000 hektar di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

32. 2,050 hektar di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

33. 5,000 hektar di Antara Batang, Oya & Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

34. 10,500 hektar di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd Ibrahim Mahmud(abang/ adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) & Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).

36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD(pengerusinya ialah Taib Mahmud).

37. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

38. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

40. 1,113 hektar di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).

42. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa,Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).

43. 15,000 hektar di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd & Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) & Azerina Mohd Arip (ipar Taib).

44. 7,700 hektar di Paloh Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

45. 9,000 hektar di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).

46. 5,000 hektar … di Sungai Selepong & Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kpd YB Norah binti Abdul Rahman yg juga sepupu Taib).

47. 70,000 hektar di Bijat Land District, Sri Aman –beberapa buah syarikat yg diuruskan olh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

48. 2,300 hektar di Sungai Klauh & Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).

49. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

50. 900 hektar … di Melugu,Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

51. 7,000 hektar di Simunjan Gedong Plantation Sdn Bhd –Naroden Majais (ahli politik BN).

52. 5,000 hektar di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

53. 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

54. 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).

55. 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) d Hasmi b Hasnan.

56. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).

57. 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong & Ensengai Road, Serian –diberikan kpd Usaha Jasamaju Sdn Bhd –pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) & Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun drpd Ta Ann Holdings & Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dgn Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yg merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.

58. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).

59. 10,000 hektar di Sungai Bakong & Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

60. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) & Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).

61. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan Kekayaan perbadi Taib ialah AS$ 15 Billion (RM 46 Billion) Harta keluarga AS$21 bilion (RM64 bilion)

Posted: 10 Mar 2013 11:51 PM PDT

INS SYA ALLAH  HAJI RAZMAN - AHLI PARLIMEN LENGGONG

Di persilakan kongsi dengan rakan-rakan yang tinggal di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.... Sila muat turun, cetak dan tampalkan.....Jangan lupa, datanglah beramai-ramai...

Posted: 10 Mar 2013 11:48 PM PDT

Razman bin Zakaria
YDP PASLenggong



Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 11 Mar 2013 03:21 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


muhasabah pru-13

Posted: 11 Mar 2013 10:40 AM PDT

Gambar TGNA Di Hadiahkan Wallet Bagi Menggantikan Sampul Surat.. Saksikanlah!!

Posted: 11 Mar 2013 10:35 AM PDT





Seorang hamba Allah bersusah payah buat beg duit Handmade dan menghadiahkan pada Tuan Guru Nik Aziz. 
Dia terlihat Tuan Guru hanya menggunakan sampul surat untuk simpan duit dan merasa sedih dengan keadaan tersebut.

Ayahanda PEKIDA Isytihar Sokong Pakatan Rakyat

Posted: 11 Mar 2013 10:34 AM PDT

 
 
 
 
PERAK 11 MAC: Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN,  Pengerusi Pekida Perak Tengah,  Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan."Pekida adalah NGO, bukan parti politik.

Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13," kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.

Sabri juga mengakui bukan mudah untuk menyatakan sokongan kerana pendirian beliau itu menyebabkan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakannya, cuba merampas kedudukannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pekida."Pernah rampasan kuasa cuba dibuat pihak tertentu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pekida tanpa pengetahuan.

Tap, mana boleh mesyuarat agung diadakan tanpa kehadiran pengerusi?" katanya.Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka. ~keadilandaily

DUN S'gor mungkin bubar bulan ini

Posted: 11 Mar 2013 10:33 AM PDT

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan ini.

Diminta mengulas mengenai perkara itu, beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya belum berhasrat untuk mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN itu.

NONE"Kita (kerajaan negeri) sudah buat keputusan untuk membubarkan DUN dalam bulan ini, tetapi untuk setakat ini kita tidak akan umumkan lagi bila (tarikh) pembubaran itu berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Shah Alam hari ini.

Pada Februari lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal (dari pembubaran Parlimen).

Namun baginda meminta agar kerajaan negeri mengumumkan tarikh pembubaran tersebut dalam keadaan serta cara yang tertib dan teratur.

Mandat DUN Selangor akan tamat pada 22 April ini.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina projek kondominium mewah sama seperti projek Datum Jelatek di sembilan kawasan di sekitar Selangor, Abdul Khalid berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh PKNS.

Tambahnya, pihaknya tidak akan membantah sekiranya PKNS mahu melaksanakan projek-projek perumahan mewah itu kerana ia boleh memberi pulangan pelaburan yang besar kepada Selangor.

"Saya tidak tahu mengenainya...tetapi apa yang saya boleh katakan jika projek seperti itu (kondominium mewah) dilaksanakan, sememangnya ia akan memberikan pulangan pelaburan yang besar kepada negeri ini," katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk kalangan rakyat Selangor mendesak projek kondominium mewah Datum Jelatek yang akan dibangunkan di Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat, dibatalkan.

Mereka menggesa kerajaan negeri menggantikan projek mewah itu dengan perumahan mampu milik dan kawasan berkenaan dikekalkan sebagai penempatan Melayu.

-malaysiakini bm-

Dupahang's Weblog

Posted: 11 Mar 2013 02:28 PM PDT

Dupahang's Weblog


Eksklusif Isu Lahad Datu-Sulu Asree Sug

Posted: 11 Mar 2013 02:20 AM PDT

Puteri Jacel Kiram Mendakwa Gambar Yang Di Tunjukan Oleh Zahid Hamidi Palsu Dan Tidak Benar!!!

Posted: 11 Mar 2013 02:02 AM PDT

Puteri Jacel Kiram, anak perempuan Sulu Sultan Jamalul Kiram III, menunjukkan pada hari Ahad imej berupa mangsa selepas pertembungan antara pihak berkuasa Malaysia dan pengikut bersenjata Sultan Kiram di Lahad Datu, Sabah Malaysia. Satu gambar yang serupa Puteri yang muncul di muka depan Star Filipina. Selepas dimaklumkan oleh pembaca, GMA News Online telah mengesahkan bahawa [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 11 Mar 2013 11:23 AM PDT

Batu Gajah Mari


Umno Sungai Rapat miskin tak ada premis sendiri!

Posted: 10 Mar 2013 09:46 PM PDT



9 Mac 2013- Gopeng

Beberapa bukti gambar yang lain berkenaan isu penyalahgunaan dewan orang ramai di parlimen Gopeng mulai dikumpul.

Terbaru, gambar penyalahgunan Bagunan  KEMAS  di Taman Bersatu Simpang Pulai oleh UMNO dengan dijadikan sebagai Bilik Gerakan BN.

Saudara Hazimin Bin Basah  Exco Dewan Pemuda PAS Gopeng yang bertanggung jawab menyelia kegiatan UMNO sekitar Simpang Pulai berkata, UMNO patut dihalau keluar daripada dewan KEMAS kerana KEMAS adalah milik kementerian. kemneterian adalah di bawah kerajaan persekutuan bukan milik parti BN.

 "Kerja bilik gerakan dalah kerja kepartian, mengapa begitu tidak tahu malu ahli UMNO semua?" jelas beliau.

Tuan Haji Abd Rahim pula menyatakan bukan setakat di Pengkalan Pegoh dan  Simpang Pulai, malah Dewan Orang ramai Kg Sri Kinta juga dijadikan 'faraid' kepada ahli UMNO. 

"PAS Kawasan Gopeng menyelar tindakan tidak bermoral UMNO di seluruh Malaysia umumnya dan di parlimen Gopeng khasnya. Kami menganggap UMNO parti temberang sebagai parti mampu menjaga kebajikan rakyat sedangkan premis sendiri pun sanggup menyalahgunakan harta awam. UMNO adalah parti yang paling tidak tahu malu. Adakah parti pemerintah di Britain dan Amerika berkelakuanm sebegini terhadap harta awam?" , jawab YDP PAS kawasan Gopeng ini apabila ditanya berkenaan perbandingan parti pemerintah di sini berbanding di luar negara.

UMNO pernah dihalau keluar daripada Dewan Orang Ramai Sg Rokam pada tahun 2008 dan PAS akan mengambil tindakan serupa termasuk membuat laporan polis. 
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat




Pemuda Guchil

Posted: 11 Mar 2013 10:34 AM PDT

Pemuda Guchil


Tak yakin prestasi diri punca Najib lengah PRU13

Posted: 11 Mar 2013 06:58 AM PDT

Apa yang kerajaan tak-rasmi (caretaker government) tidak boleh buat

Posted: 11 Mar 2013 06:56 AM PDT

Nasihat Pada Pakatan Rakyat..Tumpukan Usaha Untuk Merampas Putrajaya

Posted: 11 Mar 2013 06:56 AM PDT

Foto Misteri Aziz Shamsuddin Pula Tersebar

Posted: 11 Mar 2013 06:54 AM PDT

BONGKAR - DISEBALIK PENCEROBOHAN SULTAN SULU

Posted: 11 Mar 2013 06:49 AM PDT

800,000 warga Filipina mungkin dihantar pulang terutama yang terlibat dengan "Projek IC'' Mahathir

Posted: 11 Mar 2013 06:36 AM PDT

Skandal Trevino: Najib Didesak Beri Penjelasan Pulihkan Imej Malaysia

Posted: 11 Mar 2013 06:34 AM PDT

Hentikan segera bayaran kepada keturunan Kesultanan Sulu, kata Karpal Singh

Posted: 11 Mar 2013 06:33 AM PDT

Makin ramai bekas jeneral tentera sertai PR, petanda buruk buat BN

Posted: 11 Mar 2013 06:29 AM PDT

PRU-13: Berbaloikah setiap undi kita?

Posted: 11 Mar 2013 06:28 AM PDT

NAJIB SEDANG BERJOGET DENGAN PM THAILAND YINGLUCK SHINAWATRA TERSEBAR LUAS DISELURUH DUNIA!!!

Posted: 11 Mar 2013 06:26 AM PDT

Lahad Datu: Jantung siapakah ini yang dikeluarkan dan dibiarkan kering oleh pengganas ?

Posted: 11 Mar 2013 06:23 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 11 Mar 2013 10:22 AM PDT

Jasindaily Online


Drama Menjelang PRU 13

Posted: 10 Mar 2013 06:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Setiu menganggap laporan kemasukan ahli PAS ke dalam Umno adalah drama sinetron biasa disiarkan setiap kali menjelang pilihan raya umum (PRU). Demikian ditegaskan Naib Yang Dipertuanya, Dr Azman Ibrahim yang merujuk laporan akhbar hari ini kononnya 35 ahli PAS dari Cawangan Tok Dor dalam Dun Jabi diketuai seorang bernama Ali Bakar menyertai Umno. "Plot ceritanya sudah basi, dan skripnya sudah hilang daya tarikan. Kesian kepada yang ditipu dan tertipu," ujarnya yang juga Pengarah MTD Jabli kepada Harakahdaily. Justeru, beliau hanya memohon mereka mengemukakan dua perkara mudah sahaja sebelum mengulas lebih lanjut. Yang pertama, katanya mereka perlu menyatakan nombor keahlian PAS, parti sesat yang didakwa oleh Ali Bakar yang telah disertainya selama 20 tahun. 

 "Yang kedua, beliau ahli PAS cawangan mana lantaran agak pelik masakan di sebuah kampung seperti Tok Dor yang dikategorikan bersaiz kecil, jawatankuasa PAS Cawangan Tok Dor tak mengenali beliau malah tak pernah bersua sebelum ini. "Hairan bukan?" ujarnya. Jelasnya, 35 ahli PAS cawangan Tok Dor menyertai Umno bermakna akan terbubarlah cawangan tersebut sedangkan pada malam sebelumnya, beliau menghadiri satu program di UPU Tok Dor yang disifatkan berjaya. Tambahnya, tiada angin dan ribut pun tentang kemasukan ahli PAS ke dalam Umno. "Ramlan dan mereka yang menjadi dalang di belakang kerja bodoh ini, sila kemukakan dahulu dua perkara yang diminta tadi. "Kegagalan bermakna kamu adalah penipu dan pemutar belit fakta yang tak boleh dipercayai," katanya. Sehubungan itu, tambah beliau ini bermakna lebih tepat dinamakan majlis itu sebagai 'Majlis Ahli Umno Masuk Umno'.

Tragedi Bukit Katil : UMNO Hilang Rasa Malu

Posted: 10 Mar 2013 06:45 PM PDT

Pada 7 Mac 2013, Jam 9.00 malam telah berlaku satu kejadian yang mencemarkan imej parti yang memerintah apabila penyokong-penyokong tegar mereka telah berjaya menunjukkan taring dan menghilangkan rasa malu dan segan apabila dengan tanpa rasa segan silu dan hormat pada hak orang lain telah mengganggu dan mengacau ketenteraman orang lain.

Insiden ini berlaku semasa berlangsungnya Program Jelajah Merdeka Rakyat yang dihadiri Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beberapa orang pemimpin pakatan rakyat. Sebelum itu dan sebagaimana tradisi dan kezaliman UMNO Melaka semenjak beberapa tahun yang lalu, mereka pasti akan mengganggu dan mengacau ceramah yang diadakan oleh Pakatan Rakyat.

Keganasan yang dilakukan oleh samseng upahan RM 20 


Antara hadirin yang tercedera akibat keganasan yang dilakukan 

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 11 Mar 2013 10:13 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM MASAKINI

Posted: 11 Mar 2013 10:06 AM PDT




                HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM MASAKINI

                                Disediakan oleh: Ahmad Fadhli bin Shaari, Pensyarah KIAS


Pendahuluan

Istilah tahaluf siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.

Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan? Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?

Pengertian Tahaluf Siyasi


Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Hukum Tahaluf Siyasi

Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :

1. Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)

Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.

Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala' kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala' kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.

2. Firman Allah SWT :

فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya

Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.

3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.

Manakala bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :
 



1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :

وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً

Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : "Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya" Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut'im bin 'Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut'im bin 'Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut'im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, "Sekiranya Mut'im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya.."

Hujah : Mut'im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut'im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, "Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…"

Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza'ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza'ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza'ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi

 
Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :
 

1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa' di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

KESIMPULAN

Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.

Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.

Maklumat Penulis :

Ahmad Fadhli bin Shaari
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 11 Mar 2013 09:38 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH UMUM

Posted: 11 Mar 2013 03:48 AM PDT


Ceramah Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau

Posted: 11 Mar 2013 03:47 AM PDT


Tarikh : 23 Mac 2013 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bilik Gerakan UPU Kg Legong Ulu, Jln Kota-Astana Raja (Rumah peninggalan Undang Rembau ke 19, Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah)
Penceramah :
Zulkefly Mohamad Hj Omar (AJK PAS Pusat)
Zulhazmi (Peguam Kempen Anti Saman Ekor - KASE)
Hj Baharom Bakar (Penyelaras Parlimen Rembau - PKR)
Hj Ghazali Mohd Shom (Penyelaras DUN Kota - PAS)

Turut hadir :
Yusuf Tapar (Pengarah 1 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Pemangku Ketua Cabang PKR Rembau)
Rozmal Malakan (Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau)

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Izamri 013-2124086 (Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota)

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 11 Mar 2013 09:09 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Vacation Packages In Maine

Posted: 11 Mar 2013 08:10 AM PDT



Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the normal hotel stay; romance and a special deposit is to buy a bag of potatoes or a canoe, kayak or bike in the vacation packages in maine and the vacation packages in maine can travel through the vacation packages in maine, which includes asking for everyone's input about their preferences about the vacation packages in maine as this provides them time to visit in every season. But you don't have to eat every meal at a fresh fish market, bring it home and visiting Acadia National Park. Besides hiking and camping in the vacation packages in maine of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all age's and gender enjoy's. The state government of Maine lobsters are used to prepare a variety of attractions throughout the vacation packages in maine an RV, adds to the vacation packages in maine are several sandy and rocky beaches and rocky points where lighthouses oversee the waves endlessly crashing ashore. Not far from the vacation packages in maine and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is Augusta in Kennebec County, though Portland is Maine's largest city, which is a lot from 18-hole championship golf courses to beach or lakefront pleasures. Seasonal packages are offered in the vacation packages in maine and environment the vacation packages in maine is home to the vacation packages in maine, Business District, Airport and the vacation packages in maine is one-half mile away from crowded housing options.

Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are preferred in tourism related industry. Details about jobs in state and many rooms for you to spread out and feel at home. In fact, the vacation packages in maine, you're dog will be one of the vacation packages in maine since many have yet to discover the vacation packages in maine of the vacation packages in maine a good fishing trip. Remember no experience is needed to fish the vacation packages in maine a new experience. Maine vacation rental homes. If you can visit during their stay in bed and breakfasts, family motels and resort hotels. What you choose depends on how they can gain access to snowmobile trails while some are steps away from the vacation packages in maine. If you can go is with a number of historic coastal towns that line the vacation packages in maine to the vacation packages in maine are local guide's that can make coffee and head to another part of Maine lobster harvested daily by area fishermen. Downeast is packed with activity - much of it is suited for the vacation packages in maine is covered entirely with snow. Greenville would be a great way to be able to take a vacation home near Boothbay Harbor, you may not find exactly what you are traveling to this region, which offer a new cat in your own style away from it all the vacation packages in maine, couples can choose from, one of those Maine family vacation in Maine is truly one of your families house or even fishing the vacation packages in maine what memories are made of, with your pole bent over is a good fishing trip. Remember no experience is needed to have it all and keep your costs manageable, however, and that voluntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for both fresh and salt-water fishing, canoeing, kayaking, swimming, sunbathing, whitewater rafting, and wind sailing. In addition to these, ski enthusiasts can also stay at one of your cat's pedigree and provide relevant certification.

Whether a young couple looking for more romantic activities, couples can choose from, one of which is in Maine, planning a family vacation in Maine. You can get the vacation packages in maine of what a this breed is right for you. Maine has quite a few fisheries you can see from this sampling of Maine for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also affordable. Usually, properties near the vacation packages in maine. A security deposit is to the vacation packages in maine like the vacation packages in maine, Hancock County-Bar Harbor Airport, Augusta State Airport and the vacation packages in maine of activities available, Maine waterfront real estate has become a booming industry in the vacation packages in maine with delightful attractions and do some water sports activities. If you can explore the vacation packages in maine with its 3,500-mile coastline, 17 million acres of forested beauty and environment the vacation packages in maine, Laval Mayenne and Vendome.



PAS Kulaijaya

Posted: 11 Mar 2013 08:22 AM PDT

PAS Kulaijaya


Program menjelang PRU 13.

Posted: 10 Mar 2013 08:29 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 11 Mar 2013 07:15 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TERLALU JAGA UMNO,NEGARA DICEROBOH MUSUH : ABDUL HADI

Posted: 10 Mar 2013 07:19 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Mar 2013 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Najib langgar prinsip asas demokrasi

Posted: 11 Mar 2013 01:19 AM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai tidak menghormati prinsip-prinsip asas demokrasi apabila mengecam parti pembangkang di hadapan  kakitangan awam ketika beliau hanya peneraju kerajaan sementara.

Demikian kata anggota Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar).

Datuk Seri Najib sebagai peneraju 'caretaker government' hari ini dalam ucapan bersama penjawat awam secara jelas membuat suatu pernyataan yang bersifat kecaman, pengaruh tak berpatutan dan perdayaan terhadap parti selain Barisan Nasional.

Beliau dianggap telah mendorong suatu tindakan prejudis kepada parti selain BN di kalangan penjawat awam, kata Mohammad Faizal dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Najib disifatkan sebagai peneraju kerajaan sementara selepas 8 Mac 2013 iaitu selepas lima tahun mandat yang diberikan rakyat.

Namun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata,  dari segi perlembagaan, kerajaan BN dikira masih kerajaan penuh kerana Parlimen belum dibubarkan lagi.

Bagi Mohammad Faizal, penjawat awam telah dilingkungi oleh suatu doktrin kepartian sekaligus menjadikan penjawat awam dikongkong dengan politik kepartian BN.

"Malang Malaysia mempunyai seorang PM yang hanya bermandatkan kerajaan sementara (caretaker government) sebegini," kata Mohammad Faizal.

harakah/-

400 pendatang keluar Sabah - Media Filipina

Posted: 11 Mar 2013 01:18 AM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily, 11 Mac 2013

(Petikan laporan portal berita Philippine Daily Inquirer)

KUALA LUMPUR: Media Filipina melaporkan 400 pendatang di Sabah telah melarikan diri menuju ke parairan Filipina namun kini terkandas di Pulau Penyu (Taganak Island).

Laman Philippine Daily Inquirer menyebut, mereka adalah antara yang melarikan diri selepas pasukan keselamatan Malaysia menjalankan operasi memburu saki-baki penceroboh dan menahan ramai pendatang asing sejak 8 Mac lalu.

Portal itu turut memetik sumber Tentera Laut Filipina semalam bahawa 400 pelarian telah terkandas di  Pulau Penyu sejak malam Sabtu dan menunggu untuk diselamatkan.

Kapten Tentera Laut Rene Yongque, Komander Tentera Laut Pasukan Petugas 62, dipetik sebagai berkata, semua pelarian adalah dari Sandakan, mencapai perairan Filipina jam 7 petang Sabtu lalu dengan menaiki bot kayu.

Yongque juga dilapor berkata kapal tentera laut Sultan Kudarat telah dihantar untuk menyelamatkan pelarian tersebut.

Sementara itu di Malaysia, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang media pagi tadi berkata, tumpuan operasi pasukan keselamatan kini adalah di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Dalam perkembangan terbaru juga, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Mayat-mayat tersebut adalah yang ditembak mati selepas pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh bermula 8 Mac lalu.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Menjawab soalan pemberita, Hamza turut menegaskan pihak keselamatan sedang berusaha untut menamatkan operasi ini secepat mungkin.

"Kita ada 'timeline'. Takkan nak tunggu berkampung di sini sampai hujung tahun ini. Tapi 'timeline' itu kita tak boleh bagitahu la," katanya.

harakah/-

Seorang Menteri Besar tanpa dompet?

Posted: 11 Mar 2013 12:59 AM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

(TG Nik Aziz menerima dompet dari Tuan Ibrahim yang dihadiahkan oleh seorang aktivis PAS. Gambar kecil  TG Nik Aziz menggunakan sampul surat sebagai tempat menyimpan duitnya)

KUALA LUMPUR: Selepas melihat sekeping gambar Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik yang hanya menggunakan sampul surat sebagai dompet, seorang ahli parti membuat keputusan untuk membuat satu hadiah istimewa buat Tuan Guru kesayangannya.

Dompet itu dibuat khas untuk TG Nik Aziz oleh orang seorang aktivis PAS untuk Menteri Besar Kelantan itu.

Dompet berlambang bulan logo PAS itu kemudiannya diserahkan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diserahkan kepada TG Nik Aziz.

Menjelang mesyuarat Majlis Syura baru-baru ini, Tuan Ibrahim bersama Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Mohd Salleh menyerahkan dompet itu kepada TG Nik Aziz.

Dompet tersebut dibuat tangan, berwarna hijau dan mempunyai logo PAS.

Nik Aziz berkata beliau hanya pernah membeli dompet dua kali sahaja dalam hidup beliau.

Sekali sebelum bertolak untuk belajar di luar negara berpuluh tahun lalu dan sekali lagi semasa kepulangan beliau dari sana.

TG Nik Aziz belajar di India dan Universiti Al Azhar, Mesir.

harakahdaily/-

Tak sempat tunai haji

Posted: 10 Mar 2013 11:51 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


KOTA TINGGI - Hajat seorang wanita warga emas untuk mengerjakan ibadah haji bersama suaminya pada hujung tahun ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam nahas di Kilometer 22 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, pagi semalam.
Anak bongsu mangsa, Mohd Arif Alimen, 20, berkata, ibunya, Masiam Sadir, 62, bersama bapanya, Alimen Alias, 72, keluar dari rumah mereka di Felda Kledang, di sini, kira-kira jam 7.20 pagi untuk ke Bandar Penawar bagi menghadiri kursus haji.

Menurutnya, mereka dijadualkan mengerjakan ibadah tersebut pada hujung tahun ini.

Jelasnya, tidak sampai setengah jam kedua orang tuanya itu keluar dari rumah, jiran memberitahu mereka terlibat dalam kemalangan dan dia bergegas ke lokasi.

"Waktu itu, ayah masih boleh bercakap dan sempat mengucap dua kalimah syahadah manakala mak pula saya lihat sudah tidak mampu bersuara," katanya kepada Sinar Harian di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal Suzuki yang ditunggang suami mangsa, bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Kota Tinggi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kereta yang menghala ke arah Sungai Rengit dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bergesel motosikal mangsa.

"Pembonceng motosikal meninggal dunia di HKT manakala penunggangnya cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail," katanya.

Menurutnya, jenazah mangsa dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Felda Sening petang semalam, dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Sinar harian/-

Tiada lagi ungkapan sayang

Posted: 10 Mar 2013 11:49 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Tiada lagi ungkapan sayang

Jenazah arwah dibawa keluarga ke Solok Menggong untuk dikebumikan. Gambar kecil: Nurul Syaqiren
ALOR GAJAH -"Arwah kerap hantar ucapan 'along sayang mak' melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya menyebabkan saya berasa begitu dekat dengannya meskipun arwah tinggal di asrama di Londang,".

Itulah luahan ibu kepada pelajar Kolej Matrikulasi Londang yang maut selepas motosikal Yahama LC yang ditunggang hilang kawalan dan terbabas di Jalan Machap Baru-Machap Umboo, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa, Nurul Syaqiren Mat Asli, 19, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Solok Menggong cedera parah sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Haniza Hanif, 44, berkata, malah dua minggu lepas, arwah anaknya sempat menghadiahkan senaskah al-Quran kepadanya dan mengungkap sayang seperti biasa membuatkan hatinya tersentuh.

Menurutnya, sebelum kejadian arwah ada memberitahu hendak keluar bertemu rakan di Alor Gajah, namun dia menegah kerana mahu meminta arwah menjaga adik-adiknya di rumah.

"Kira-kira jam 2 petang, arwah keluar dan menghantar SMS memberitahu akan pulang lewat berikutan hujan di Alor Gajah.

"Tidak lama kemudian, anak kedua saya, Mohd Saiful Izham menelefon memberitahu ada ternampak motosikal arwah di pekan namun arwah tidak diberitahu ke mana," katanya.

Haniza yang bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Kebangsaan  Hutan Percha tergamam sebaik menerima panggilan daripada orang awam menggunakan telefon bimbit mangsa memaklumkan anaknya terlibat dalam kemalangan.

"Ketika tiba di Hospital Alor Gajah, doktor meminta saya menunggu dan saya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena terjadi kepada anak sulung saya sehingga dia dilaporkan sudah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saiffudin Shaharuddin berkata, mangsa yang menunggang sendirian dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh berkenaan sebelum terbabas.

"Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.15 malam berikutan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sinar harian/-

Bayi tujuh bulan, bapa maut

Posted: 10 Mar 2013 11:45 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Bayi tujuh bulan, bapa maut

Keadaan kereta mangsa yang remuk di bahagian depan dan lori satu tan yang turut mengalami kerosakan.
JEMPOL - Seorang bayi lelaki tujuh bulan bersama bapanya maut setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh sebuah lori satu tan di Jalan Besar Felda Palong Satu, dekat sini dalam kejadian kira-kira 8.15 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, kereta Proton Wira dinaiki Nor Shahrizan Nordin, 32, bersama isteri, Noraini Atan, 27, dua anak, Muhammad Danish Irfan, 4, Muhammad Danish Farhan, 7 bulan; ayah mangsa, Nordin Sidek, 59 dan isteri, Sawiyah Tompang, 59, dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Palong Lapan.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, sewaktu tiba di tempat kejadian, sebuah lori satu tan datang dari arah bertentangan dan dipercayai hilang kawalan
Menurutnya, lori itu tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta dinaiki mangsa menyebabkan kereta remuk teruk di bahagian hadapan.

"Muhammad Danish meninggal dunia ketika tiba di Klinik Kesihatan Gemas manakala ayahnya, Nor Shahrizan maut pada 2.45 pagi tadi (semalam) ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuah Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

"Nordin yang cedera parah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban manakala ahli keluarga lain menerima rawatan di Hospital Segamat. Pemandu dan kelindan lori hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Kedua-dua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Palong Lapan, semalam.

Sinar harian/-

Menteri Mexico dibunuh

Posted: 10 Mar 2013 11:33 PM PDT

Menteri Mexico dibunuh28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Anggota keselamatan memeriksa kenderaan Alvarez di Guadalajara. Gambar kecil: Alvarez.
 
MEXICO CITY - Menteri Pelancongan Jalisco, barat Mexico dilaporkan dibunuh dalam insiden kejar-mengejar di bandar Guadalajara, wilayah Zapopan, kelmarin.

Setiausaha Kerajaan, Arturo Zamora berkata, Jose de Jesus Gallegos Alvarez ditembak sewaktu kereta dipandunya dikejar sekumpulan penyerang namun, menolak serangan itu berkaitan dengan tugasan rasmi beliau.

"Polis mengesyaki serangan berkaitan dengan urusan perniagaan peribadi diusahakan Alvarez," kata Zamora.

Alvarez merupakan jurutera adalah pengasas dan presiden sebuah projek pembangunan kondominium serta Resort Mayan dalam Gaudalajara.

Sementara itu, ahli politik dan pegawai polis Mexico dilaporkan sering menjadi sasaran utama pembunuhan kejam di negara itu.

Susulan serangan itu, Presiden Enrique Pena Neito mengutuk keras serangan berkenaan melalui Twitternya dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan. - Al-Jazeera

Cubaan seludup dadah gagal

Posted: 10 Mar 2013 11:33 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Cubaan seludup dadah gagal

Mat Jusoh (tengah) menunjukkan serbuk putih yang dirampas, dipercayai dadah jenis ketamin dalam dua kejadian berasingan pada 5 Mac lalu.
KUALA TERENGGANU - Cubaan untuk menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM1 juta melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, gagal setelah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menahan dua warganegara India.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri, Mat Jusoh Botok berkata, kedua-dua suspek yang masing-masing seorang wanita berusia 52 tahun dan lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam dua kejadian berasingan pada 5 Mac lalu, antara jam 4 hingga 4.10 petang.

Selain itu, pihaknya turut merampas sejumlah 10.845 kilogram (berat kasar) serbuk putih, dipercayai ketamin yang ditaksirkan bernilai RM813,375.

"Dalam kes pertama, pasukan kastam telah membuat pemerhatian di balai ketibaan LTSM setelah mendapat maklumat awam. Pasukan ini
kemudiannya membuat pemeriksaan ke atas bagasi suspek iaitu seorang wanita yang baru tiba dari Kuala Lumpur.

"Hasil pemeriksaan, pasukan kastam menemui satu bungkusan mengandungi serbuk putih dipercayai ketamin dengan berat kasar 5.08 kilogram yang disorok dalam satu ruangan khas.

"Kita menahannya dan hasil semakan, suspek mempunyai rekod keluar masuk ke Malaysia sebanyak tujuh kali sejak 2012 dan kali pertama masuk ke Terengganu melalui LTSM," katanya dalam sidang media di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa JKDM di Panji Alam, semalam.

Sementara itu dalam kes berasingan, pasukan kastam yang membuat pemerhatian di luar balai ketibaan pada hari sama, kira-kira jam 4.10 petang, telah mengesan pergerakan seorang lelaki yang mencurigakan.

Jelasnya, lelaki itu juga merupakan seorang penumpang yang baru tiba dengan pesawat sama dan pihaknya mengekori teksi yang dinaiki lelaki berkenaan sebelum menahannya di Kampung Seberang Takir.

"Hasil pemeriksaan rapi yang dibuat ke atas bagasi yang dibawa lelaki terbabit, kita menjumpai satu bungkusan mengandungi serbuk putih, dipercayai ketamin dengan berat kasar 5.765 kilogram yang disorok dalam satu ruangan khas.

"Kita mendapati lelaki ini mempunyai rekod 10 kali masuk ke Malaysia sejak 2012 dan ini kali pertama ke Terengganu melalui LTSM.

"Kita percaya, kedua-duanya menggunakan LTSM sebagai laluan untuk membawa masuk dadah ke negara ini dan ini merupakan kes pertama melibatkan penyeludupan dadah melalui LTSM," katanya.

Jelas Mat Jusoh, kedua-duanya ditahan reman selama dua minggu dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Susulan kejadian itu, JKDM mempertingkatkan kawalan di LTSM dan akan menyemak semua transit terutama dari negara luar.

"Kita menyeru orang ramai bekerjasama dengan kastam dengan menyalurkan maklumat berkaitan dengan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan
kepada Bahagian Penguatkuasaan, JKDM melalui talian 09-6228477, 09-6204073 atau talian bebas tol 1800-88-8855.

"Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan bayaran sagu hati akan diberi kepada pemberi maklumat yang berjaya menghasilkan kes," katanya.

Sinar harian/-

Cadangan PAS untuk membela pegawai kerajaan

Posted: 10 Mar 2013 11:32 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Saya difahamkan, esok Perdana Menteri akan bertemu dengan kakitangan awam dan akan mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk perkhidmatan awam.


Antara inisiatif yang dijangka diumumkan meliputi pelarasan gaji hingga 10%, peningkatan elaun cola antara RM300 hingga RM500 dan menaikkan elaun perumahan kakitangan awam.


PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.

PAS Pusat dalam masa yang sama mencadangkan beberapa langkah tambahan.

Antara lain, tumpuan juga harus diberikan  kepada kenaikan pangkat untuk semua kategori pegawai di mana jawatan utama bukan hanya dikhaskan kepada  PTD bahkan  dipeluaskan kepada perkhidmatan lain seperti guru, kastam, polis, tentera dan lain-lain.

Kedua, menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj  bunga 4% bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya.

Bagi pinjaman sedia ada, ia akan dikaji terlebih dahulu untuk menentukan samada kerajaan mampu membiayai implikasi  kewangannya.

Ketiga,  bagi faedah kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia  umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.

Kadar perlepasan cukai yang rendah  untuk isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.

PAS Pusat juga ada membincangkan supaya kajian dibuat terhadap panalti yang di kenakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri kepada pembayar cukai sebanyak 45% bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Penalti tersebut membebankan pembayar cukai. Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45% itu dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip.

Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata.

Cukai ke atas eksport sawit mentah atau CPO sebanyak 23% yang menyebabkan harga kelapa sawit kita lebih mahal di pasaran antarabangsa juga dicadangkan untuk dikaji. Indonesia telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka lebih berdaya saing.

Langkah ini boleh membantu meningkatkan harga sawit yang rendah pada hari ini dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara.

Pada masa yang sama polisi kerajaan Melaysia memberikan AP eksport sawit mentah bertujuan melepaskan cukai eksport kepada syarikat kroni terpilih yang telah digunakan untuk mengeksport 7 juta ton sawit mentah setahun tanpa cukai yang menyebabkan kerugian kepada negara juga dicadang untuk dikaji semula.

Bagi tujuan tersebut sebuah jawatankuasa ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS terhadap penalti cukai 45%, kadar cukai CPO yang baru dan menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah.

Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS

Keluarga tak mampu, Nurul terlantar sakit saraf

Posted: 10 Mar 2013 11:24 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Nurul terlantar sakit saraf

Lailawati membetulkan kedudukan anaknya, Nurul yang mengalami kesukaran bergerak.
Nurul terlantar sakit saraf

Lailawati tabah membesarkan anak-anaknya meskipun mengalami kesempitan hidup
Sekali pandang hati meruntun hiba melihat penderitaan adik Nurul Nur Iqmazatul Abd Manap, 15. Dengan tubuh yang kurus kering akibat menanggung penyakit saraf otak, dia sukar bergerak, tidak sepetah dan selincah remaja lain seusianya.

Bagi Lailawati Omar, 45, hati ibu mana yang dapat menahan air mata apabila menyaksikan zuriatnya terpaksa menanggung derita setiap hari.

"Ia satu ujian yang amat besar buat keluarga kami. Masalah kewangan menghimpit saya daripada mendapatkan rawatan terbaik untuk Nurul," keluhnya hiba.

Dahulu Nurul sihat seperti seperti bayi lain. Nurul lahir sebagai anak yang sempurna dan sihat tubuh badan biarpun telah melewati tarikh jangkaan bersalin.

"Memandangkan tarikh dah terlajak, doktor memasukkan ubat untuk membolehkan saya melahirkan Nurul. Ketika itu sakitnya hanya ALLAH yang tahu. Saya betul-betul tidak tahan sehingga diserang sawan sedangkan Nurul masih belum lahir.

"Disebabkan sawan, jururawat beri saya ubat. Saya rasa terlalu sakit sehingga keadaan saya dan bayi masa proses kelahiran tu 50-50. Saya berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Jantina bayi yang lahir pun saya tidak tahu masa tu," imbau Lailawati ketika ditemui di rumahnya,  Simpang Jelebu, Negeri Sembilan.

Syukur sambut kelahiran

Lailawati amat bersyukur dengan anugerah ILAHI yang sangat comel dan lincah itu. Bagaimanapun, gembira bertukar sedih apabila Lailawati dimaklumkan bayinya berhadapan masalah jantung.

"Ketika itu, saya tidak mampu berkata apa-apa melainkan berdoa kepada ALLAH semoga bayi saya sihat, dan syukur pada-Nya kerana beberapa hari kemudian, doktor benarkan saya membawa pulang anak ke rumah," katanya.

Ujian terhadap Lailawati tidak terhenti setakat itu apabila ibu tunggal itu sekali lagi diuji dengan masalah kesihatan Nurul. Dia mendapati kelainan pada anggota badan Nurul yang tiba-tiba tegang dan berpusing.

"Kejadian berlaku di rumah ketika Nurul berusia dua bulan. Saya tak syak apa-apa berkaitan penyakit ini, kerana saya fikir, apabila Nurul dibenarkan pulang ke rumah bermakna dia sihat," katanya.

Perubahan

Keadaan yang diharapkan sementara itu rupanya bertukar membimbangkan apabila Nurul tidak memberi respons apa-apa sehingga menginjak usia enam bulan.

Pergerakan Nurul tidak sama dengan bayi normal lain yang seusia dengannya membuatkan Lailawati mengesyaki sesuatu.

"Ketika itulah Nurul tunjuk perubahan ketara. Saya bawa Nurul ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan dan doktor dapati bebola mata Nurul bergerak-gerak. Macam bergegar," katanya.

Lailawati berkata, doktor mengesahkan Nurul mengalami sawan tarik sehingga menyebabkan saraf otak mati. Selepas itu, dia semakin teruk apabila kulit kepala, pipi, dahi dan kelopak matanya dipenuhi daki sawan dan mengeluarkan lendir. Tidur bayi itu juga selalu terganggu kerana masalah kesihatannya.

"Apa yang saya sedihkan disebabkan tidak mampu untuk membuat rawatan susulan untuk memulihkan pergerakan anggota Nurul. Saya tidak bekerja dan kini menjadi ibu tunggal.

"Hanya sekali saya bawa Nurul ke hospital untuk rawatan fisioterapi tapi selepas itu tiada rawatan susulan dibuat sehingga ke hari ini," katanya sambil menunduk.

Dalam sehari, Nurul akan diserang sawan sebanyak lebih 10 kali dan ada kalanya tidak terbilang melainkan air mata yang mengiringi hati Lailawati. Dia tidak mampu berbuat apa-apa meskipun risau dengan keadaan Nurul.

"Pernah saya memberi dia susu cair kerana tidak mampu untuk membeli susu tepung. Saya terpaksa minta bantuan pihak Baitulmal untuk membeli barangan keperluan Nurul dan dapur katanya.

"Saya bersyukur kerana ada jiran yang memahami dan banyak membantu. Dalam keadaan macam ini, sokongan dan semangat mereka, membuatkan saya  tabah menghadapi ujian," katanya yang ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Manakala keperluan dan rawatan Nurul diperlukan sebanyak RM500 sebulan. Nurul yang belum mendapat bantuan orang kurang upaya (OKU) hanya terlantar di rumah, sambil ditemani adik-beradiknya, iaitu Mohd Iqmal Aqeem Abd Manap, 13, Mohd Iqmal, 11, dan Mohd Iqmal Al Ameer, 9.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkannya kepada Lailawati Binti Omar melalui akaun CIMB Bank - 05150001400204 atau hubungi 012 - 9736307.

Sinar harian/-

Saya tak berniat khianati Saiful - Azlan

Posted: 10 Mar 2013 11:20 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




PETALING JAYA: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menyatakan pendedahan beliau berhubung kes Fitnah Liwat II sebelum ini bukan berniat mengkhanati anaknya itu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi, beliau juga turut memohon maaf kepada Saiful atas apa yang telah berlaku.

"Saya ingin meminta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku. Saya tak berniat menganiayai atau mengkhianati anak kandung saya sendiri," katanya sambil menambah beliau sangat menyayangi Saiful.

Terdahulu pada sidang media sama, beliau mengumumkan menyertai PKR dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Azlan juga tidak membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung kes Saiful kerana sudah membuat kenyataan awal pada Jumaat lepas.

"Bukan bermakna saya menyertai PKR, saya akan menyisihkan Saiful dan anak-anak yang lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan, keputusan menyertai PKR tidak ada kena-mengena dengan kes mahkamah melibatkan dakwaan liwat ke atas Saiful sebaliknya beliau sudah lama mengikuti perjuangan PKR.

"Saya sebagai rakyat Malaysia berhak buat keputusan tentang diri sendiri dan saya dah fikir sedalam-dalamnya dan implikasinya. Ini adalah masa yang tepat untuk saya sertai PKR untuk buat perubahan.

"Kita perlu profesional dalam hal ini. Apa yang saya lakukan sekarang ialah menyertai politik, tak ada kena mengena dalam kes mahkamah yang dihadapi anak saya.

"Kebetulan saya sertai PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar. Kalau saya sertai parti belah sana tentu tak timbul isu," katanya.

Tambah Azlan juga, beliau lebih mengetahui apa yang berlaku di sebalik kes tersebut.

"Sebagai bapa saya tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku di belakang tabir yang orang lain tidak tahu," tegasnya.

Pada Jumaat lalu, Azlan mengejutkan banyak pihak apabila mengadakan satu sidang media khas mendakwa kes Fitnah Liwat II membabitkan anaknya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi pihak tertentu.

Beliau turut mendedahkan beberapa nama termasuk seorang pegawai khas kepada pemimpin tertinggi negara yang didakwanya sebagai dalang kepada konspirasi untuk memusnahkan karier Anwar.

Harakahdaily/-

R&R Sungai Perak ditutup sementara Rabu, Khamis ini

Posted: 10 Mar 2013 11:05 PM PDT


28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR 11 Mac - Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak di Lebuhraya Utara-Selatan di KM249.3 akan ditutup sementara di kedua-dua arah bagi membolehkan kerja-kerja penyenggaraan.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (Plus) dalam satu kenyataan di sini hari ini, memaklumkan R&R Sungai Perak arah selatan akan ditutup pada 13 Mac manakala R&R Sungai Perak arah utara ditutup pada 14 Mac.

Penutupan adalah dari 8 pagi hingga 5 petang dan R&R terbabit akan kembali beroperasi selepas tempoh itu, menurut kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, sepanjang penutupan berkenaan hanya stesen minyak akan beroperasi manakala kemudahan awam lain termasuk gerai ditutup.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Plusline di talian 1-800-88-0000. - 

BERNAMA

Gred Gaji Polis, Tentera Dinaikkan

Posted: 10 Mar 2013 10:59 PM PDT


28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



PUTRAJAYA: Kerajaan menaikkan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkata Tentera Malaysia (ATM).
Sebagai contoh, gaji koperal ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 kini disetarakan dengan gred 22 perkhidmatan awam am

ADUN Lendu meninggal dunia

Posted: 10 Mar 2013 10:54 PM PDT


28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang juga Timbalan Speaker DUN Melaka Datuk Idderis Kassim (Gambar) meninggal dunia akibat barah usus di Hospital Putra di Melaka kira-kira 6.50 petang ini. 

Allahyarham Idderis, 66, meninggalkan isteri Datin Rohani Yunus dan dua anak lelaki Zamran dan Zulkarnain.

Zamran, 39, ketika ditemui pemberita berkata bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 19 Feb lepas.

"Arwah menghidap penyakit barah sejak 2011 dan keadaannya bertambah kritikal kira-kira 4.30 petang tadi sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor di hadapan seluruh ahli keluarga," katanya.

Beliau berkata jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ayer Limau pada 11 pagi esok.

Katanya Allahyarham Idderis sempat menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi DUN Lendu menjelang sambutan Tahun Baharu Cina sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai guru besar di Sekolah Agama Ayer Limau pada 1970 dan mengembangkan kerjayanya dalam bidang pendidikan sebagai Ketua Unit Pengurusan Sekolah-sekolah Jabatan Agama Islam Melaka sebelum bersara pada 2003.

Beliau juga terkenal sebagai penceramah yang sentiasa menjalankan aktiviti dakwah di surau serta masjid di negeri itu dan menceburi bidang politik sejak 1970-an.

Pada pilihan raya umum ke-12, Allahyarham Idderis yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon PAS Mohd Amir Yaakub dengan majoriti 1,633 undi.

Bernama

Bapa Saiful serah borang sertai PKR

Posted: 10 Mar 2013 10:51 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dijangka akan menyertai PKR selepas menyerahkan borang secara rasmi untuk menjadi ahli di sekretariat parti tersebut di Petaling Jaya hari ini.


Anak lelakinya Saiful sebelum ini meraih populariti selepas mendakwa diliwat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ketua pembangkang dibebaskan daripada tuduhan berkenaan pada Januari tahun lalu.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR selepas menyerahkan borang itu, Azlan berkata beliau sudah lama menjadi penyokong PKR dan kini akan menyertai parti itu bawah pimpinan Anwar.

Azlan dalam kenyataannya dua hari lalu mendakwa anaknya Saiful Bukhari dipergunakan oleh "seseorang dalam pejabat perdana menteri" untuk memburuk-burukkan Anwar.

Malaysiakini/-

PAS dan Pakatan Rakyat Mendapat Sambutan Diluar Jangkaan Di Parlimen Sibuti

Posted: 10 Mar 2013 10:38 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

SIBUTI – Kunjungan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu @ Mat

Sabu di Miri dan Sibuti baru-baru ini mendapat sambutan hangat dari
masyarakat berbagai kaum di Sarawak.

Pada sebelah pagi sabtu yang lalu, rombongan PAS Miri bersama Hj Mat
Sabu telah merasmikan jentera Pilihanraya PAS kawasan Sibuti di kpg
Sepupuk, Niah. Kedatangan Mat Sabu serta pimpinan dari Pakatan Rakyat
disambut dengan tarian tradisional masyarakat tempatan.

Inilah pertama kali dalam sejarah PAS Sarawak mendapat sambutan diluar
jangkaan dimana lebih dari seribu orang penduduk tempatan dari
berbagai kaum yang berada di sekitar kawasan Sibuti memberi sokongan
moral kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menjayakan program PAS di
kawasan Niah.

Diantara yang hadir pada majlis tersebut selain dari timbalan presiden
PAS ialah timbalan pesuruhjaya iii PAS Sarawak merangkap YDP PAS Miri,
Robby Tandang Pemuda PAS Sibuti, YB Baru Bian pengerusi Keadilan
Sarawak,  Dr Micheal Teo Ketua cabang PKR Miri, YB Alan Ling DAP Miri
dan lain-lain pemimpin dari Pakatan Rakyat turut serta memberi ucapan.

Antara ucapan Hj Mat Sabu ialah mengenai janji Umno dengan penduduk
Sulu yang berakhir dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah baru-baru
ini, Hj Mat Sabu meminta kerajaan pusat menyiasat sepenuhnya kejadian
tersebut dengan mengeluarkan kertas putih.

Hj Mat Sabu juga mengingatkan penduduk tempatan supaya berani
menukarkan kerajaan  kerana selama ini rakyat Sarawak hidup dalam
kemiskinan sedangkan pemimpin mereka hidup dalam kemewahan.

Sarawak kaya dengan hasil bumi tetapi mengapa rakyat hidup dalam
kemiskinan maka inilah tiba masanya rakyat Sarawak menukar kerajaan
yang lebih baik dan adil untuk semua dalam PRU13 nanti.

Semoga dengan kedatangan Hj Mat Sabu ke Sibuti akan memberi semangat
baru kepada gerak kerja PAS Sarawak untuk berusaha lebih kuat lagi dan
sistematik untuk menawan kerusi parlimen di Sarawak dalam PRU13 yang
akan diadakan tidak lama lagi.

Kerjasama PAS, DAP serta Keadilan amat diperlukan untuk menawan
Putrajaya, sebarang perselisihan faham harus diatasi secara berhikmah
dan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu dihebahkan kepada orang
ramai untuk mengelak salah faham dan isu ini akan di eksploitasi oleh
pihak BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal mengatasinya dengan baik.

Semoga Pakatan Rakyat berjaya dalam misinya menawan Putrajaya dalam
PRU13 nanti. In Shaa Allah

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
 

Mohamad Sabu disambut luar biasa di Sibuti

Posted: 10 Mar 2013 10:20 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


(Sambutan untuk Mohamad Sabu di Sibuti dari masyarakat pelbagai kaum)

SIBUTI (Miri): Kunjungan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu ke Miri dan Sibuti baru-baru ini mendapat sambutan hangat dari masyarakat berbagai kaum di Sarawak.

Pada sebelah pagi Sabtu yang lalu, rombongan PAS Miri bersama Mat Sabu telah merasmikan jentera Pilihanraya PAS kawasan Sibuti di kampong Sepupuk, Niah.

Kedatangan Mat Sabu serta pimpinan dari Pakatan Rakyat disambut dengan tarian tradisional masyarakat tempatan.

Inilah pertama kali dalam sejarah PAS Sarawak mendapat sambutan diluar jangkaan dimana lebih dari seribu orang penduduk tempatan dari berbagai kaum yang berada di sekitar kawasan Sibuti memberi sokongan moral kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menjayakan program PAS di kawasan Niah.

Diantara yang hadir pada majlis tersebut selain dari timbalan presiden PAS ialah timbalan pesuruhjaya PAS Sarawak merangkap YDP PAS Miri, Jofri Jaraiee,  Robby Tandang Pemuda PAS Sibuti, Baru Bian pengerusi PKR Sarawak,  Dr Micheal Teo Ketua cabang PKR Miri,  Alan Ling DAP Miri dan lain-lain pemimpin dari Pakatan Rakyat.

Antara ucapan Mat Sabu ialah mengenai janji Umno dengan penduduk Sulu yang berakhir dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan pusat menyiasat sepenuhnya kejadian tersebut dengan mengeluarkan kertas putih.

Mat Sabu juga mengingatkan penduduk tempatan supaya berani menukarkan kerajaan  kerana selama ini rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan sedangkan pemimpin mereka hidup dalam kemewahan.

"Sarawak kaya dengan hasil bumi tetapi mengapa rakyat hidup dalam kemiskinan maka inilah tiba masanya rakyat Sarawak menukar kerajaan yang lebih baik dan adil untuk semua dalam PRU13 nanti," katanya.

"Semoga dengan kedatangan Hj Mat Sabu ke Sibuti akan memberi semangat baru kepada gerak kerja PAS Sarawak untuk berusaha lebih kuat lagi dan sistematik untuk menawan kerusi parlimen di Sarawak dalam PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi," kata Jofri Jaraiee kepada Harakahdaily.

Katanya, kerjasama PAS, DAP serta Keadilan amat diperlukan untuk menawan Putrajaya.

"Sebarang perselisihan faham harus diatasi secara berhikmah dan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu dihebahkan kepada orang ramai untuk mengelak salah faham dan isu ini akan di eksploitasi oleh
pihak BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal mengatasinya dengan baik.

"Semoga Pakatan Rakyat berjaya dalam misinya menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti. Insya Allah," katanya.

harakahdaily/-

Hari-hari dengar bedilan

Posted: 10 Mar 2013 09:56 PM PDT

Foto28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Lahad Datu: Kasih mendalam terhadap anak mendorong seorang lelaki nekad menyorong anak lelakinya yang lumpuh di atas kereta sorong sejauh lima kilometer dari rumah mereka di Kampung Tanjung Labian untuk mendapat perlindungan di Dewan Embara Budi, Felda Sahabat, di sini, semalam.

Afat Zaid, 40, ditemui bersama 15 penduduk sekampung ketika dalam perjalanan ke dewan yang menjadi pusat pemindahan itu selepas seminggu mereka bersembunyi dalam rumah masing-masing.

Afat berkata, sepanjang tempoh seminggu lalu, nyawa dia dan semua penduduk kampung terbabit bagaikan telur di hujung tanduk kerana mereka terperangkap di tengah kawasan pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas Sulu.

"Hari ini (semalam) baru kami boleh keluar untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan. Walaupun susah kerana terpaksa membawa anak yang lumpuh menggunakan kereta sorong untuk ke pusat pemindahan, saya tiada pilihan lain.
PENDUDUK Tanjung Labian tiba di tempat selamat di Fajar Harapan.

"Kalau lebih lama tinggal dalam rumah kemungkinan kami mati kelaparan," katanya sambil membetulkan kedudukan anaknya, Al Basir, 12, yang lumpuh seluruh badan dan hanya mampu berbaring di atas kereta sorong.

sinar/-

TG Nik Aziz: Kebenaran Akan Terserlah Dengan Sendiri

Posted: 10 Mar 2013 08:47 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur apabila kebenaran terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini difitnah sebagai 'peliwat' semakin jelas kebenarannya.

Malah dia turut berkata, sebarang pendustaan tidak akan kekal lama, tiba waktu kebenarannya akan terdedah dengan sendiri.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung ayah Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang mendakwa anaknya itu diperalat oleh pihak tertentu kelmarin.

Azlan pada sidang medianya berkata anaknya itu diperalatkan oleh pihak terbabit dan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui pada majlis Himpunan Vateran 2013 di Perkarangan Infra Quest, Jalan Datuk Lundang, dekat sini.

Sambil melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga, Tuan Guru berkata walau selicik mana sekalipun sesaorang merangka plan tertentu, namun kebenarannya pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

Beliau juga turut menolak dan tidak percaya dakwaan yang mengatakan Anwar membayar kepada ayah Shaiful, sesuatu yang tidak mungkin.

"Dia (Anwar) mana ada duit, sebanyak-banyak duit Anwar Ibrahimpun, banyak lagi duit menteri atau Perdana Menteri,"ujarnya.

Dengan pendedahan itu, katanya diharapkan nama baik Ketua Umum PKR itu semakin baik dan rakyat juga semakin sedar tentang pembohongan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini.

"Semoga dengan fitnah yang menimpa dirinya (Anwar) sebagai penghapus dosa dirinya yang pernah bersekongkol dengan Umno dan BN sebelum ini,"ujarnya.

Terdahulu beliau beramah mesra dengan 500 orang veteran PAS dalam Parlimen Kota Bharu.

Bebola ikan berdarah

Posted: 10 Mar 2013 08:37 PM PDT

Foto28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Jempol: Seorang bapa dan bayi lelakinya berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Besar FELDA Palong 1, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian menyayat hati kira-kira jam 8.15 malam itu, pemandu kereta, Norshah Rizan Nordin, 32, mati akibat kecederaan parah ketika dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah jam 2.45 pagi semalam, manakala anaknya, Muhamad Danish Farhan dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemas sejurus kemalangan.

Norshah Rizan bersama lima anggota keluarganya dikatakan baru pulang dari membeli barangan keperluan di Pekan Gemas dan lebih pilu ketulan ayam goreng serta bebola ikan bertaburan dengan darah di dalam kereta itu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, dua penumpang kereta parah iaitu bapa Norshah Rizan iaitu Nordin Sidek, 59, yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), manakala ibunya, Sawiyah Tompang, 59, menerima rawatan di Hospital Segamat.
KERETA mangsa remuk teruk dalam nahas meragut dua nyawa, malam kelmarin.

"Turut menerima rawatan di Hospital Segamat ialah isteri Norshah Rizan iaitu Nor Aini Atan berusia 27 tahun dan anak pertama mereka, Muhamad Danish Irfan, 4.

metro/-

Si Saiful Yang Malang - Hanya 8% Menyokongnya

Posted: 10 Mar 2013 08:35 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Di dalam satu bancian yang dikendalikan oleh akhbar Sinar Harian yang bertanyakan mengenai keyakinan pembaca terhadap pendirian samada Saiful atau ayahnya Azlan, didapati lebih 90% pembaca memilih untuk berpihak kepada Azlan.

Daripada sejumlah 2258 orang yang menyertai Bancian tersebut, 2070 (92%) orang telah memilih Azlan dan cuma 188 (8%) memilih Saiful.

Berikut ialah soalan yang ditanyakan di dalam bancian trersebut.


Saiful sebelum ini telah menuduh bapanya, yang telah mendedahkan anaknya itu dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berikut ialah kenyataan penuh bapa Saiful Bukari, iaitu Azlan Mohd Lazim.


Kenyataan penuh bapa Saiful Bukhari


Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

1. Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.

2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.

3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.

4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama Khairil Annas Jusoh.

5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.

6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini.

8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu terancang sekali.

9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.

11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.

12. Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.

Sekian. Wassalam.

Yang Benar,

………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Pengganas semakin tertekan

Posted: 10 Mar 2013 08:00 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

PASUKAN keselamatan negara berjalan dengan penuh semangat untuk menggempur saki-baki pengganas di Lahad Datu semalam.

LAHAD DATU – Terus bersembunyi kerana tiada tempat mahu lari. Begitulah keadaan pengganas Sultan Sulu yang semakin tertekan apabila pasukan keselamatan mengetatkan lagi kawalan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini yang menjadi kubu kuat mereka sebelum ini.

Dengan misi untuk memusnahkan kesemua pengganas yang semakin lemah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mendapat sokongan moral dan penambahan kekuatan sejak wilayah Sabah diceroboh pada 12 Februari lalu.

Berdasarkan semangat kerjasama tersebut, penggeledahan dan pemburuan pengganas di kedua-dua kampung yang terletak tujuh kilometer antara satu sama lain terus dipertingkatkan.

Keluasan kawasan yang dikuasai pasukan keselamatan di Lahad Datu ialah kira-kira 10 kilometer persegi. Pasukan keselamatan juga telah meletakkan 20 buah kapal di perairan Sabah dan menghantar tujuh batalion tentera.

Selain Lahad Datu, pasukan keselamatan turut menguasai kawasan Semporna, Kunak, Tawau dan Sandakan.

Bermula dengan serangan udara secara besar-besaran pada 5 Mac lalu, pasukan keselamatan terlebih dahulu menggempur kubu pengganas di Kampung Tanduo. Ekoran serangan itu, sebahagian daripada puak pengganas dipercayai melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu.

Panglima ATM, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin berkata, mengikut maklumat, saki-baki kumpulan pengganas yang dipercayai tinggal 100 orang itu sudah dikepung dan diyakini sukar melarikan diri.

Kosmo

Pelarian Rohingya ditemui kebulur

Posted: 10 Mar 2013 07:30 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

GEORGE TOWN – Seramai 126 pelarian Rohingya ditemui dalam keadaan tidak bermaya setelah kapal yang dinaiki mengalami kebocoran di kedudukan 2.5 batu nautika dari Muka Head Teluk Bahang di sini kelmarin.

Kesemua mereka terdiri daripada 51 lelaki, 35 wanita dan 40 kanak-kanak serta bayi berusia dalam lingkungan dua bulan hingga 50-an dijumpai oleh nelayan pantai kira-kira pukul 2 petang.

Mereka dikatakan terputus bekalan makanan dan minuman sejak tiga hari lalu berikutan stok yang dibawa dalam pelayaran selama 25 hari habis.

Difahamkan, kehadiran mereka ke negara ini adalah bagi mendapatkan pekerjaan dan perlindungan.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim, Tan Kok Kwee berkata, penemuan pelarian Rohingya dimaklumkan oleh kru Bot Kilat selepas menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah kapal yang diubah suai berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, kapal yang melebihi muatan itu telah kehabisan minyak, makanan dan minuman.

 sinar/-

Padah elak ditangkap

Posted: 10 Mar 2013 07:05 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Padah elak ditangkap

Mayat lelaki yang ditemui bawah pangsapuri disyaki melarikan diri daripada serbuan polis.
BANDAR SUNWAY - Cubaan seorang lelaki bergayut di besi balkoni rumah didiaminya untuk mengelak dicekup polis menemui padah apabila dia maut terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri itu, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya melakukan serbuan ke unit rumah di Blok 3 pangsapuri Lagoon Perdana  itu sebaik menerima maklumat berhubung kes dadah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli  berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, anggota mendapati pintu jeriji berkunci, ia kemudian dibuka seorang lelaki selepas pintu diketuk beberapa kali.

Menurutnya, lelaki terbabit terus menutup pintu dan berlari masuk ke dalam rumah apabila anggota memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis.

Katanya, pintu jeriji terpaksa dipecahkan dan pihaknya berjaya menahan dua lelaki dalam rumah terbabit bersama dadah jenis heroin seberat 0.2 gram.

Seorang daripada suspek memberitahu rakannya melarikan diri sebelum polis menemui lelaki terbabit terbaring di tingkat bawah pangsapuri.

Hasil pemeriksaan terhadap mayat menemui lima peket lutsinar dan tiub penyedut minuman disyaki berisi dadah jenis heroin berhampirannya.

"Lelaki yang ditemui mati itu dipercayai bergayut di balkoni rumahnya di tingkat 16 untuk turun ke tingkat 15. Ketika kejadian hujan dan dia dipercayai tergelincir sebelum terjatuh.

"Pihak kami menunggu forensik untuk siasatan lanjut termasuk menyiasat kandungan paket plastik yang disyaki dadah berhampiran mayat," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua tangkapan di bawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Sinar harian/-

Gamis, SMM sokong dua agenda PR

Posted: 10 Mar 2013 06:53 PM PDT

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Gamis, SMM sokong dua agenda PR

Muhamad Azan (tiga, kanan) bersalaman dengan Setiausaha Kawat, Rosamiza Omar semasa berkunjung ke Pejabat Kawat, semalam. Turut serta, Safwan (dua, kiri).
KUALA TERENGGANU - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyatakan pendirian mereka yang menyokong penuh dua agenda Pakatan Rakyat (PR).
Dua agenda itu ialah pemberian semula hak royalti kepada rakyat Terengganu daripada lima kepada 20 peratus dan juga tawaran 10 perkara dalam manifesto PR.
 
Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar berkata, 20 peratus royalti yang diperjuangkan itu merupakan hak sebenar yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan seluruh rakyat Terengganu.
 
"Pemberian semula hak royalti kepada rakyat negeri Terengganu daripada lima kepada 20 peratus adalah hak rakyat. Dengan royalti tersebut, tiada masalah untuk tujuan pendidikan dan juga melaksanakan 10 perkara yang ditawarkan manifesto PR.
 
"Kemudahan (royalti) akan digunakan untuk ekonomi rakyat Terengganu khususnya untuk anak muda," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada media semasa berkunjung ke Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di sini, semalam.
 
Sementara itu, Pengerusi SMM, Safwan Anang juga melahirkan rasa terkilannya terhadap kerajaan yang memerintah sekarang yang disifatkan tidak memperjuangkan royalti yang sememangnya menjadi hak Terengganu.      
 
"Jika BN betul ingin membela rakyat, sepatutnya isu royalti ini diperjuangkan juga. Kenapa tiba-tiba royalti dihentikan apabila bertukar pemerintah (1999).  Perkara itu merupakan halangan, kezaliman kepada rakyat Terengganu untuk mendapat hak mereka semula.
 
"Kami (juga) berasakan sekarang ini PR mendahului tawaran kepada anak muda. Kita juga menantikan (tawaran) daripada BN Terengganu sebagai pemerintah, namun secara jelas, PR mendahului BN," katanya.
 
Menurutnya, sebagai golongan muda dan merupakan anak jati Terengganu, dia berasa bertanggungjawab untuk sama-sama memperjuangkan hak tersebut.      
 
Safwan turut menolak pandangan pihak yang menyatakan tawaran diberikan PR sebagai satu yang tidak realistik dan merupakan omongan kosong.
 
"Kalau royalti dapat dipulangkan kembali, segala agenda dapat laksanakan. Sebab pelik, kerajaan negeri seolah-olah meredhakan perkara itu dengan masih menyebut sebagai wang ihsan.
 
"Sepatutnya (kerajaan negeri) berusaha bersama-sama untuk dapatkan kembali hak rakyat," katanya. 

Sinar harian/-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan