Rabu, 20 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 19 Feb 2013 09:20 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Bangsat , lu sudah main kotor. Bendera Besar & banner UPU Kg. Gajah dibakar!

Posted: 19 Feb 2013 07:13 PM PST

Roadshow Anak Muda bersama DS Nizar , Cikgu Bad & Sahabat2 , gempur dan humban!

Posted: 19 Feb 2013 03:45 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Feb 2013 09:19 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Pengambilan Pelajar Tahfiz

Posted: 19 Feb 2013 12:29 AM PST



Pengambilan Pelajar Tahfiz Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim
- Terhad kepada 15 orang pelajar sahaja
- Guru berkemahiran

Syarat-Syarat :
- Menguasai bacaan Al-Quran dengan baik
- Lelaki 10 tahun ke atas
- Yuran bulanan RM200 sebulan (mereka yang tidak mampu, boleh berunding dengan Mudir Madrasah)

Hubungi segera :
Ustaz Mohd Khairuddin Yusoff
Mudir Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim
Bongek Acheh ,
71300 Rembau ,
Negeri Sembilan .
Tel : 012-3752240
madrasahbongek.blogspot.com

Dr Azman Ibrahim

Posted: 19 Feb 2013 07:34 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Muhasabah Untuk Rakan Media

Posted: 18 Feb 2013 09:28 PM PST

keyboard wartawan boleh mengundang dosa dan pahala

Kemurnian tugas seorangpenulis telah dipelopori oleh sahabat Nabi s.a.w, Zaid bin Thabit r.a apabila beliauditugaskan oleh Khalifah Abu Bakar as Siddiq mengumpulkan dan menulis semulaKalam Allah al Quranul Karim yang ketika itu tersimpan didalam dada-dada para penghafal, tertulis di helaian belulangdan sebagainya. Melihat ramainya para huffaz yang gugur syahid dimedan perjuangan, serta kebimbangan akan hilangnya lembaran suci ini, Abu Bakar memanggil Zaid bin Thabit dan mengamanahkan beliau dengan tugasyang teramat berat sehingga Zaid berkata, "kalaulah aku ditugaskan untuk memindahkan Bukit Uhud seorang diri, nescayaaku merasakan bahawa kerja itulebih ringan dari tanggungjawab mengumpulkan dan menyalin semula al Quran."

Begitu juga ketelitian yang dipamerkan oleh para penulishadis nabi s.a.w seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim. Pernah Imam Bukhari menempuhperjalanan sehingga beribu batu jauhnyasemata-mata demi untuk mempastikan kesohehan dan kebenaransesuatu hadis yang didengarnya. Tidak ada kompromi dalam persoalan kebenaran dan kepalsuan.Bayangkan dengan beribu hadisyang dikumpulkan dan ditulis oleh beliau, betapa hebatnya usaha yang telah dilakukannya sehingga kita yang terkemudian bisa menikmati khazanah ilmu yang tak ternilai ini.

Berbalik kepada fokus kita, setiapketipan pada keyboard para penulis danwartawan ketika mengolah dan menysusunsuatu pemberitaan sepatutnya ada hintungan dosa dan pahala. Setiap perkataan dan barisyang dibaca oleh masyarakat hasil nukilan kita, adatanggungjawab yang akan kita pikul di hadapanAllah walaupun hakikatnya di dunia inikita mempunyai majikan yang membayar gaji dan elaun. Pastinya kita sebagai seorangMuslim, kita juga amat mengharapkan 'elaun pahala' daripadaAllah atas setiap titik peluh yang menitis semasa mencari rezeki.

Memang kerja kita halal, tapi kalauwartawan sekadar berperanan sebagai penulis dan pelaporyang 'diremote control' demiagenda tertentu oleh sesuatu  pihak dengan mengenepikan prinsip kewartawanan yang luhur sebagai penyampaidan penyebar kebenaran, maka tentunya kita layakmenyalahkan diri sendiri jika profesionkita tidak dihormati  serta menerima pelbagai label negatif.

Sebagai Pengerusi KAMI, saya terpanggil untuk membangkitkan perkara ini yang tentunya bukan kali pertama ditimbulkan oleh pelbagai pihaklantaran apabila meneliti semula rakaman sidang media Presiden Pas usai Program HKR-PGU 7.0 di Banggol Peradong baru-baru ini. Mendengar soalan-soalan remeh-temehserta menyentuh isu-isu lapuk ditanyaberulang kali yang sebahagiannyatelah lama selesai tapi masih diulangsiar semula oleh rakan-rakan media kepada Presiden Pas, saya terkilan danterfikir apakah serendah itu tahapintelektual sahabat-sahabatmedia terbabit? Atau merekahanyalah melaksanakan arahan atasan denganterpaksa mengenepikan prinsip dan etikaprofesion suci ini.

Saya mengajak rakan-rakan media untuk sama-sama memperhalusi perkara penting ini dengan sayamengambil kira bahawa setiap kitatentunya memiliki kecenderungan fahaman politik yang berbeza. Perbezaan ini lumrah biasa dalam kehidupandan ianya hak setiap individu.Cuma dalam persoalan asas akan kewajipanditekankan prinsip ketelusan, kebenaran dan kebertanggungjawaban dalam setiap aspekpemberitaan, saya yakin kita akansependapat tentang perlunya nilai-nilai ini terus menjaditeras profesion kewartawanan.

Saya juga meyakini, walaupun kelihatan agak sukar untukmengubah tradisi pemberitaan yang telah menjadi amalan sekian lama tetapi semuanya boleh berlaku dengan perubahan sikap dan tindakan daripenulis dan wartawan sendiri sekalipun akhirnya editor akan menjadipemutus dan penentu kandungan sesuatu berita. Letakkan diri kita diposisi penyambung tugas suci untukmenyebarkan kebenaran yang mungkin ada ketikanyapahit.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan AktivisMedia Independen (KAMI)
Terengganu

Rembau Hari Ini

Posted: 19 Feb 2013 07:13 PM PST

Rembau Hari Ini


Pengambilan Pelajar Tahfiz

Posted: 19 Feb 2013 12:29 AM PST



Pengambilan Pelajar Tahfiz Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim
- Terhad kepada 15 orang pelajar sahaja
- Guru berkemahiran

Syarat-Syarat :
- Menguasai bacaan Al-Quran dengan baik
- Lelaki 10 tahun ke atas
- Yuran bulanan RM200 sebulan (mereka yang tidak mampu, boleh berunding dengan Mudir Madrasah)

Hubungi segera :
Ustaz Mohd Khairuddin Yusoff
Mudir Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim
Bongek Acheh ,
71300 Rembau ,
Negeri Sembilan .
Tel : 012-3752240
madrasahbongek.blogspot.com

PAS LENGGONG

Posted: 19 Feb 2013 07:12 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 18 Feb 2013 09:30 PM PST



Umcedel: Pembangkang sedia hadapi p'raya
 
BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel), Mohamad Redzuan Othman.
Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008. 

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.

"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 2009. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya.

Posted: 18 Feb 2013 09:28 PM PST



PRU13: Pakatan Rakyat lancar manifesto 25 Feb

Muhammad Faizal,19 Feb 2013

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan melancarkan manifestonya pada 25 Februari nanti sempena Konvesyen Pakatan Rakyat ke-4 yang akan diadakan di Pusat Konvesyen Shah Alam.

Manifesto yang dinamakan Manifesto Rakyat yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Jelas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, intipati manifesto itu telah mengambil masa selama 18 bulan untuk proses rundingan dan kajian serta telah dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

"Manifesto ini mengabungkan ke semua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan juga belanjawan 2013.

"Barisan Nasional (BN) selalu menuduh Pakatan tidak ada dasar yang khusus untuk membawa kebaikkan kepada rakyat dan negara ini, namum apa yang kita putuskan dalam manifesto ini memastikan kepentingan dan kebajikan setiap rakyat dan negara diberi keutamaan," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini. (Gambar atas)

Jelas Rafizi lagi, pelancaran manifesto ini menandakan bermulanya kempen pilihanraya umum ke-13 (PRU13), malah beliau juga turut mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam manifesto rakyat.

"Pelancaran awal manifesto ini juga membuktikan komitmen Pakatan untuk memastikan kempen kali ini lebih tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa oleh BN.

"Kelewatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk membubar parlimen telah memberi peluang kepada Pakatan untuk memperjelaskan dengan lebih terperinci apa yang terkandung dalam manifesto tersebut," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu semakin lama Najib mengambil keputusan untuk membubar parlimen telah memberi peluang kepada rakyat untuk memahami manifesto ini.

Malah menurutnya, manifesto yang telah dipersetujui ini merupakan satu dokumen yang ringkas tetapi padat serta senang difahami oleh setiap lapisan rakyat.

"Kita tidak mengamalkan politik longkang tetapi apa yang kita bawa untuk rakyat adalah satu yang akan meningkatkan martabat rakyat serta keupayaan negara pada masa akan datang," jelas beliau.

Pakatan yang mula bersidang pada bulan September 2011 melibatkan seramai empat belas orang Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat.

Selain Dr Dzulkifly, wakil daripada PAS ialah Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Posted: 18 Feb 2013 09:27 PM PST



Jika parlimen dibubarkan pada 22 Feb

Harakahdaily,19 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Berdasarkan keadaan terkini Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 (Jumaat). Kini semua orang sedang ternanti-nanti waktu pembubaran yang akan diumumkan.

Adakah tarikh 22.2.2013 akan benar-benar menjadi kenyataan atau hanya spekulasi seperti sebelumnya?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan menerusi bloghttp://www.utusankini.com.


Ulasan seterusnya seperti di bawah.

Walaupun sebelum ini telah banyak tarikh dan spekulasi mengenai PRU13 ini diramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Ianya berlalu begitu sahaja sehinggakan peramal dan ahli nujum sudah hilang minat untuk memperkatakan bila tarikh pembubaran parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.


Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh sebenarnya bila pembubaran parlimen akan diumumkan. Sehinggakan Datin Seri Rosmah Mansor ada berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya.


Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat kejutan untuk  membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei. Katanya ini adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersedia.

"Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan...ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi."

Beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya. Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.


Tanda PRU13 yang paling nyata akan dibuat Mac 2013 bila semua pembayaran beberapa bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 sedang rancak dilaksanakan. Antaranya bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.

Perdana Menteri tentunya tidak mahu membiarkan Menteri Besar Selangor mendahuluinya atau membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya pada hujung April 2013.

Jika benar tarikh 22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian.

Posted: 18 Feb 2013 09:25 PM PST


ROS akui kesilapan, cuma Hishamuddin belum minta maaf
Posted on Tuesday, February 19 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Roketkini

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akhirnya terpaksa mengaku dan memohon maaf terhadap kesilapannya berhubung isu penyerahan laporan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, 12 Disember lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, kenyataannya sebelum ini adalah berdasarkan maklumat yang tidak dikemaskini dan menimbulkan kekeliruan.

"ROS memohon maaf kepada semua pihak berhubung kesilapan itu," katanya dalam kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, sehingga kini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menggesa ROS memulakan siasatan terhadap DAP kerana gagal menyerahkan laporan pemilihan CEC DAP kepada agensi itu sehingga 15 Februari lalu, masih belum memohon maaf berhubung kenyataannya yang menjatuhkan imej dan kredibiliti DAP.

Hishammuddin dilaporkan media berkata, DAP sepatutnya menyerahkan laporan itu dalam tempoh 60 hari pemilihan CEC, pada 12 Disember lalu, namun didapati tidak berbuat demikian sehingga tempoh berkenaan berakhir.

Semalam, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, Menteri Dalam Negeri itu telah melakukan pembohongan apabila mendakwa parti itu masih gagal menghantar penyata tahunan kepada ROS sedangkan ia sudah dihantar pada 8 Februari lalu.

"Saya sendiri pergi bersama pegawai saya dan menyerahkan borang dan laporan yang diperlukan itu melalui kaunter dan ia sudah dicop terima," katanya.

Kenyataan Hishammuddin sebelum ini telah menimbulkan persoalan serius adakah pembohongan itu merupakan satu konspirasi untuk membatalkan pendaftaran DAP.

"Kami ada bukti sudah hantar laporan berkenaan. Adakah ini satu konspirasi oleh Barisan Nasional  (BN) untuk pastikan DAP dibatalkan pendaftarannya," katanya dalam sidang media, hari ini.

Sumber
 

Posted: 18 Feb 2013 09:24 PM PST


Perdana Menteri Australia minta penjelasan Malaysia
Posted on Tuesday, February 19 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"Perdana Menteri Australia, Cik Julia GillardJulia Gillard CANBERRA: Australia meminta penjelasan daripada Malaysia mengapa ia mengusir seorang senator Australia yang berkunjung ke Malaysia bagi tujuan menimba maklumat mengenai sistem pilihan raya negara itu menjelang pilihan raya umumnya dalam beberapa bulan ini, kata Perdana Menteri Australia, Cik Julia Gillard, semalam.

Encik Nick Xenophon, seorang senator bebas dari Australia Selatan, pulang dari Malaysia ke tanah airnya semalam sambil berkata beliau telah diusir atas arahan pemimpin "peringkat tertinggi" kerajaan Malaysia kerana sokongannya kepada aktivis pembaharuan demokrasi di Malaysia.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne selepas penerbangan lapan jam semalam, Encik Xenophon berkata beliau adalah anggota parlimen pertama Australia yang diusir pulang dari mana-mana negara.
Encik Xenophon berkata beliau ditahan dan diarah pulang ke tanah airnya oleh pihak berkuasa Malaysia setibanya beliau di salah satu lapangan terbang dekat Kuala Lumpur, kelmarin.

Cik Gillard semalam mendedahkan bahawa kerajaannya telah "segera membuat bantahan dan bertegas" bagi pihak Encik Xenophon agar beliau dibenarkan membuat kunjungannya ke Malaysia.
"Saya terkejut dan hampa melihat layanan yang diterima Senator Xenophon semalam (kelmarin)," kata Cik Gillard kepada wartawan, seperti yang ditukil dalam laporan agensi berita The Associated Press(AP), semalam.
"Jelas sekali, kami gagal mendapatkan persetujuan kerajaan Malaysia bagi beliau kekal berada di Malaysia. Kami akan terus menimbulkan isu ini dengan kerajaan Malaysia," tambahnya.
Encik Xenophon menyifatkan keputusan yang diambil kerajaan Malaysia itu sebagai berpunca daripada sokongannya kepada sebuah kumpulan pembaharuan demokrasi setempat, Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang cuba memastikan pilihan raya umum akan datang di Malayisa dijalankan dengan telus dan bersih.
"Saya tahu keputusan mengusir saya datang daripada (arahan) peringkat tertinggi kerajaan Malaysia," kata Encik Xenophon.
"Saya telah diberitahu bahawa saya diusir di bawah seksyen tertentu Akta Imigrasi, yang pada dasarnya dikaitkan dengan risiko keselamatan, tetapi kelihatannya risiko yang saya bawa ialah memalukan kerajaan Malaysia kerana saya menyokong pilihan raya bersih di Malaysia," tambahnya.
Encik Xenophon berkunjung ke Malaysia untuk bertemu dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang menteri Kabinet, para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia dan para aktivis politik bagi membincangkan isu ketelusan dalam pilihan raya negara itu, yang harus diadakan menjelang akhir Jun ini.
Ketua polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata Encik Xenophon ditahan ketika beliau tiba di lapangan terbang awal kelmarin dan tidak dibenarkan masuk Malaysia "atas sebab-sebab keselamatan".
Encik Xenophon, yang juga bekas peguam, ditahan dalam kawasan soal siasat lapangan terbang berkenaan sehingga beliau menaiki pesawat untuk pulang ke Melbourne pada malam kelmarin.
Pengarah besar Jabatan Imigrasi Malaysia, Datuk Alias Ahmad, pula berkata kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Encik Xenophon diharamkan masuk ke negara itu kerana beliau pernah hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih di Kuala Lumpur tahun lalu.
Sementara itu, mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam dipetik portal berita, The Malaysian Insider (TMI), sebagai berkata bahawa Putrajaya tidak perlu melayani kritikan Canberra kerana mengusir pulang senatornya.
"Jika beliau datang ke sini dengan hasrat tidak baik, lebih baik jangan datang ke sini," kata Dr Mahathir.
"Jika mereka mahu mengkritik, mereka boleh kritik. Kami tidak perlu melayani mereka," katanya kepada wartawan selepas meraikan majlis perayaan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, semalam.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 19 Feb 2013 03:26 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


DIGODAM ATAU RINDU DENDAM!

Posted: 18 Feb 2013 04:45 PM PST

Komen : Kira projek IT Cyberjaya Tun Mahathir memang fel/gagal/kantoi. Kununnya melahirkan teknolgi IT tinggi dan pakar IT Malaysia.Tapi dan hingga kini laman web kerajaan boleh digodam.Itu pasal asyik PDRM rujuk blogger pro UMNO yang teruk macam pisau.net. Dapat berita yg tak tentu pasal dan tak pasti hujungpangkal terus nak diguna akhbar Utusan dan Berita hairan.BN/UMNO persaan atau saja tak perasan bahawa mereka ada musuh dilkalangn mereka sendiri. Ada yang tak sabar dengan PRU13 dan menunggu tahta dalam kerajaan dan meerebut puncak pimpinan? Bila dah digodam sebegini mulalah cari kambinghitam utuk dituduh. Sebenarnya mungkin 'musuh dalam selimut'?Mereka dalam kumpulan BN yang merindui pimpinan selain dari DS Najib?

KUALA LUMPUR 18 FEB: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang selama ini dipermainkan rakyat, turut diperolok-olok kakitangan kerajaan apabila laporan berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia disiarkan di laman Jabatan Penerangan pagi ini.

Terkesan dengan penyebaran maklumat itu di beberapa laman sosial, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilapor menafikan laporan itu dan berkata, sistem penerbitan dalam taliannya menyiarkan 'kenyataan palsu'.

Najib 1Katanya, penyiaran kenyataan itu mungkin digodam, sebelum ia dipadam daripada sistem e-akhbar dan sistem e-press oleh Jabatan Penerangan, selepas dikesan tersebar.

Kenyataan itu bertajuk 'Memo permohonan rakyat Malaysia' dan 'Perdana Menteri secara rasminya meletak jawatan'.

Turut dimuatkan, alasan Najib meletakkan jawatan ekoran desakan rakyat.

Najib juga menyatakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti lawan yang difitnahnya.

Mengulas isu ini, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, penyebaran berita itu menerusi saluran kerajaan bukti kepimpinan Najib ditolak kakitangan kerajaan.

Najib"Kita tahu Najib tidak berupaya lagi dapat sokongan rakyat. Orang kerajaan sendiri sudah pandai permainkan Najib.

"Walaupun mereka kata itu semua palsu dan laman itu diserang, namun tidak terfikirkah kita bagaimana laman web kerajaan boleh digodam. Seperti ada yang tidak kena dengan penyerang itu. Adakah mereka daripada kalangan orang Najib," katanya ketika dihubungi.

"Ini semua berlaku kerana Najib tiada tokoh kepimpinan. Orang bawahnya sendiri meluat dengan sikapnya hingga menjadikan Najib bahan jenaka mereka. Saya yakin pentadbiran Najib pasti berakhir pada pilihan raya umum akan datang," kata Khai Loon.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 19 Feb 2013 01:52 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kerajaan Melaka abai sekolah agama

Posted: 18 Feb 2013 03:02 PM PST


Kerajaan Negeri Melaka didakwa mengabaikan pembinaan sekolah-sekolah agama sedangkan ia menjadi keperluan penting bagi membina modal insan yang berguna di masa hadapan.

Justeru, Kerajaan Negeri digesa menyediakan tempat yang secukupnya kepada para pelajar yang ingin menyambung pengajian aliran agama di peringkat menengah berikutan kekurangan tempat bagi pelajar tersebut.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek hampir separuh daripada pelajar itu tidak dapat meneruskan pengajian agama di peringkat menengah kerana kekurangan sekolah menengah agama di negeri ini.

"Ramai ibu bapa datang berjumpa saya mengadu anak mereka yang belajar di sekolah rendah agama yang di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) tak dapat sambung aliran agama sebab tak cukup tempat.


"Mereka nak daftar anak di Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebab sekolah menengah cuma bagi 1,600 murid sedangkan murid sekolah rendah lebih 3,300 orang di mana mereka nak sambung pengajian agama mereka.

"Isu pendidikan ini sepatutnya disediakan kerajaan, kenapa sekolah rendah ada tapi sekolah menengah tak disediakan, bila dibangkitkan exco berkenaan cuma jawab tak cukup tempat dan kami akan sediakan," kata beliau kepada Harakah di sini baru-baru ini.

Tambahnya, kerajaan negeri seharusnya prihatin dengan isu tersebut dan tangani dengan segera permasalahan itu kerana ianya melibatkan kepentingan seluruh masyarakat khususnya orang Islam di Melaka.

Harakah 30 RABIULAWAL – 3 RABIULAKHIR 1434 / 11 – 14 FEBRUARI 2013

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 19 Feb 2013 11:49 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 19 Feb 2013 02:22 AM PST

Umno Sudah Tutup Buku Akaun?

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/Gotong%20royong%20wat%20rumah%20kecil%20utk%20mangsa%20penyakit%20kronik%20kuala%20kemaman1.jpgKEMAMAN - Puan Mahani Binti Ibrahim, 50, dari Kampung Kuala Kemaman dekat sini, mengidap penyakit kencing manis tahap 'kronik' dan pernah melakukan pembedahan. Oleh kerana tidak mampu, beliau sekeluarga tinggal di rumah yang sangat dhaif dengan sebahagian dinding, hanya menggunakan zink.

Suaminya, Mat Akil, ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada PAS Dun Chukai kerana membantu beliau mendirikan sebuah rumah kecil untuk tujuan rawatan penyakit isterinya.

"Doktor minta (di) sediakan sebuah bilik yang bersih untuk isteri saya yang sakit kencing manis, tapi saya tak mampu, saya tak tahu tahu apa nak buat......... kawan saya bawa saya (ber)jumpa dengan Ketua Pemuda PAS Chukai untuk pohon pertolongan,

"AlhamduliLlah, saya ucapkan terima kasih kepada PAS yang memberikan bantuan dan bergotong royong buat rumah untuk isteri saya,"ujarnya.

Beliau yang bekerja mengambil upah membawa lori mendakwa, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan tidak peduli kepada rayuannya.

Katanya, sudah berkali-kali beliau menemui JKKK bagi memohon bantuan, namun pada setiap kali JKKK akan memberi jawaban 'tidak ada peruntukan'.

Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Haji Hanafiah berkata, Umno sudah tutup 'buku akaun' dan tidak lagi boleh diharapkan untuk membantu rakyat.

"Dah tutup akaun dah gamaknya (mungkin), tak dok pitih (tak ada wang) dah tak boleh nak bantu rakyat............. ini bukan kali pertama, sudah berkali-kali jawapan yang kita dengar JKKK kata tidak ada peruntukan........tak ada duit,

"tapi pemimpin Umno terus hidup mewah, terus berhibur........ sanggup bawa artis dari luar negeri dan belanja RM6 juta......pada masa yang sama, rakyat nak minta bantuan kecil pun tak ada duit,"kata Hanafiah yang turut bersama-sama turun padang.

Menurut Hanafiah, MTD Chukai mengeluarkan perbelanjaan sebanya RM7000 bagi membina sebuah rumah kecil bersaiz 16x14 dengan kemudahan tandas dan bilik air.

Katanya, keadaan dalam rumah Puan Mahani tidak mempunyai ruang untuk ditambah sebuah bilik menyebabkan pihaknya terpaksa mendirikan sebuah binaan berasingan.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 19 Feb 2013 09:28 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


KONVENSYEN DAN PELANCARAN PEMBUDAYAAN SPIES

Posted: 19 Feb 2013 08:23 AM PST










19 Feb 2013
SHAH ALAM

Selangor Darul EHSAN. Semua orang tahu gelaran Selangor ini. Bahkan semua orang yang menulis alamat di Selangor akan melengkapkan alamat itu dengan gelaran DARUL EHSAN itu. Tetapi apakah makna ehsan itu? Hj Baha salah seorang konsultan SPIES berseloroh dengan mengatakan ramai orang memahami perkataan ehsan sebagai 'kasihan' seperti 'mohon belas ehsan Encik'.
Saya tersentak.....Patutlah ramai orang yang kurang produktif kerana mereka mengharapkan belah ehsan orang lain bagi melangsungkan kehidupan diri dan keluarganya.

Menyoroti sejarah SPIES.

Tanggal 24 Mac 2008 sangat bermakna. Itulah tarikh YB Dr Halimah dilantik menjadi EXCO Kerajaan Selangor. Inilah detik permulaan lanskap baru pembangunan insan di seluruh Selangor. Sejurus beliau dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor, beliau meneliti keadaan seluruh Selangor dengan cermat. Kesimpulan beliau, yang diluahkan dalam ucapan sulungnya dalam sidang dewan undangan negeri Selangor walaupun Selangor dikatakan negeri paling maju dan kaya di Malaysia, Selangor juga dibebani dengan masalah multi negatif R(ragut, rompak, rogol, rempit, rasuah...) selain dadah dll.
    Bila diteliti punca utama masalah gejala sosial ini ialah kegagalan proses pendidikan. Proses pendidikan yang dilalui oleh pelajar tidak mampu membekalkannya dengan kemahiran yang cukup bagi menyelesaikan masalah dalam hidup.Pendidikan pra matang ini juga  gagal memenuhi keperluan hidupnya. Maka timbullah masalah kekurangan bekalan makanan/ tempat tinggal yang selesa dan kehilangan pedoman. tidak terarah menyebabkan wujud masyarakat yang kurang harmonis, mudah bertelagah dan bersifat negatif dan destruktif.

Pengamatan keadaan ini mencetuskan satu pencarian formula sukses bagi mengeluarkan belenggu masalah sosial yang semakin hari semakin meruncing.Alhamdulillah Mei 2008, YB Dr Halimah mendapat ilham formula pembangunan modal insan. Model yang holistik dan sepadu. Model yang mengambilkira semua unsur insan yakni jasad('physical'), ruh dan akal fikiran. Daripada unsur ini di fokuskan kepada 5 aspek potensi atau modal yang perlu dibangunkan secara terancang dan kaedah berkesan. Pendekatan pembangunan 5 modal asas insan ini perlulah bersifat berterusan dan sinergistik.Ia juga menggunakan metodologi yang mudah dan realistik. Siri Program Tingkat Diri (SPTD) UNTUK MODAL SPIRITUAL(S), 'physical'(S), Intelek(I), Emosi(E) dan Sosial(S.P.I.E.S) mesti dirancang secara sedar dan agresif. Pelan Tindakan untuk hidup berkesan bagi memungkinkan mencapai kejayaan dunia dan akhirat MESTI dilakukan oleh setiap insan.Lebih lebih lagi kalau ia bergelar pemimpin mana-mana peringkat.

Alhamdulillah setelah bertarung hampir 5tahun, akhirnya telah tiba masanya untuk melancarkan program pembudayaan SPIES untuk rakyat Selangor yang melibatkan penjawam awam dan swasta, pendidik, ketua kampung/komuniti/ nazir masjid/surau, ahli majlis, siswa-siswi dan pelbagai kelompok dan kaum.Setelah mencecah lebih 101 ribu peserta kursus SPIES......KITA MAHU BUDAYA SPIES ...budaya masyarakat yang EHSAN, yang cemerlang....kita mahu lahirkan INSAN YANG EHSAN, INSAN YANG EHSAN....untuk mencapai visi kerajaan Selangor baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Aamiin....ya ALLAH



DAP BERTANDING 50 KERUSI PARLIMEN BOLEH JADI PM?

Posted: 18 Feb 2013 04:41 PM PST

 "Tidak ada apa yang kita perlu takut dengan DAP ini. Saya boleh bercakap dari segi objektifnya, DAP ini bertanding pun tidak sampai 50 kerusi parlimen. Jadi apa yang perlu kita takutkan dengan DAP?  Sebenarnya momokan itu datangnya daripada propaganda BN, Cina akan jadi PM, DAP akan jadi menteri besar. Itu sebenarnya fakta yang tidak ada asas sama sekali" tegas Naib Presiden PAS.


Pemimpin Pas kena berani, kata Salahuddin


SALMIAH/ sinar harian online
18 Februari 2013


SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin Pas perlu berani tampil bagi menjelaskan  kerjasama politik parti itu dengan DAP dan PKR tidak bertunjangkan kepada cita-cita politik semata-mata -  memperoleh kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin parti itu tidak perlu takut untuk menjawab apabila timbul dakwaan dan persepsi kononnya Pas sudah tersasar daripada landasan perjuangannya serta menjadi kuda tunggangan DAP dan mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

"Tidak ada apa yang kita perlu takut dengan DAP ini. Saya boleh bercakap dari segi objektifnya, DAP ini bertanding pun tidak sampai 50 kerusi parlimen. Jadi apa yang perlu kita takutkan dengan DAP?

"Sebenarnya momokan itu datangnya daripada propaganda BN, Cina akan jadi PM, DAP akan jadi menteri besar. Itu sebenarnya fakta yang tidak ada asas sama sekali," katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian Online.

Mengakui begitulah cara Umno dan medianya berfungsi dalam menjatuhkan seteru politik mereka, Salahuddin mahu pemimpin Pas lebih bersikap terbuka dan proaktif dengan menerangkan kepada rakyat akan situasi sebenar dalam perikatan itu.

"Saya rasa, kita harus tampil menerangkan kepada masyarakat, tidak ada apa yang mereka perlu ditakutkan dengan DAP ini," katanya yang akan bertanding di Johor pada PRU13.

Bahkan perlu diingat katanya, Pas sama sekali tidak pernah menggadai prinsipnya apatah lagi jika ia melibatkan Melayu dan Islam.

"Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Kita tidak gadai dasar Islam kita. Kita tidak tinggal prinsip-prinsip asas tentang moral, akhlak, tentang apa sahaja yang menjadi pegangan Pas selama ini," ujar Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sebaliknya, kata Salahuddin, Pas pada hari ini bersama-sama dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat telah pergi ke suatu dimensi yang lebih luas bagi menyediakan kehidupan jauh lebih selesa kepada rakyat.

"Kita tidak terikat kepada sentimen perkauman, Pas tidak duduk dalam kelompoknya sendiri pada hari ini. Tetapi kita telah mula keluar, kita telah mencipta satu platform yang lebih luas. Kita hari ini sudah bercakap tentang negara," kata Salahuddin.

Malah katanya, Pas terus mendapat dokongan daripada masyarakat khususnya Melayu berdasarkan kepada penyertaan dan komitmen ahlinya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti yang ditonjolkan dalam Himpunan Perdana Ummah bersama Pas dua minggu lalu.

"Ini membuktikan bahawa kelompok-kelompok teras Melayu itu terus memberi dokongan kepada Pas. Tidak timbul isu Pas ini ditinggalkan oleh penyokong tegar mereka kerana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Pas, tidak benar sama sekali," tegasnya lagi.

Pada majlis itu, lebih 200 ahli baru Pas dari pelbagai latar belakang menyertai himpunan tersebut yang diadakan di sebuah hotel di Ampang dekat ibu negara.

Mereka berhimpun sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Pas bersama pimpinan parti menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Mengulas mengenai penegasan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sama sekali tidak akan mengulangi kerjasama politiknya dengan Umno, adakah itu bermakna Pas menolak perpaduan ummah, Salahuddin berkata, "tidak timbul pula satu teori yang mengatakan hanya bersama Umno sahajalah maknanya boleh membuktikan kita berpadu."

"Tidak betul sekiranya ada yang mendakwa begitu," katanya.

Tambah beliau, isu perpecahan ummah seperti satu kariah dua imam, suami isteri bercerai kerana perbezaan fahaman politik hanyalah kes terpencil yang berlaku di negara ini.

"Sebenarnya tidak pernah berlaku perpecahan ummah. Yang berlaku hanya perbezaan pandangan politik.
"Ummah khususnya orang Melayu pada hari ini tidak pernah berpecah memutuskan silaturrahim.

"Pas tidak memusuhi orang Melayu, kita hanya berlawan dengan Umno sebagai parti politik tetapi apa yang menjadi kekuatan Melayu, asas perjuangan Islam, tetap kita perjuangkan bersama," tegasnya lagi.

Pas pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan kerajaan bersama BN. Hubungan itu retak pada tahun 1978.

Pas juga pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46). Parti S46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP. Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan Pas, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat.

Akhirnya Pas mengadakan tahaluf siyasi bersama PKR diikuti dengan DAP sejak PRU12.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 19 Feb 2013 09:21 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pengambilan Pelajar Tahfiz

Posted: 19 Feb 2013 12:30 AM PST



Pengambilan Pelajar Tahfiz Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim
- Terhad kepada 15 orang pelajar sahaja
- Guru berkemahiran

Syarat-Syarat :
- Menguasai bacaan Al-Quran dengan baik
- Lelaki 10 tahun ke atas
- Yuran bulanan RM200 sebulan (mereka yang tidak mampu, boleh berunding dengan Mudir Madrasah)

Hubungi segera :
Ustaz Mohd Khairuddin Yusoff
Mudir Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim
Bongek Acheh ,
71300 Rembau ,
Negeri Sembilan .
Tel : 012-3752240
madrasahbongek.blogspot.com

Jasindaily Online

Posted: 19 Feb 2013 09:21 AM PST

Jasindaily Online


Bangga Rasanya Bila Jadi Anak Melaka

Posted: 19 Feb 2013 03:29 AM PST

Maunya tak bangga, negeri kecil tapi banyak hutang. yer lah dari dulu lagi KM Melaka suka sangat membanding bezakan negeri yang diperintahnya dengan negeri yang diperintah oleh parti lain. Kalau kita tengok dan nilai sendiri apa yang telah diusahakan oleh KM Melaka sebelum sebelum ini telah berjaya ditenggelamkan oleh KM Melaka yang sorang nie. Mana tidaknya cuba kita nilai dari paparan yang ada diatas dan dibawah ini. 


Kegagalan Eye On Malaysia. Orang lain mampu sewa tapi KM Melaka lebih berminat beli dan guna 

Monorel Melaka yang dulunya dirasmikan lepas tu rosak sampai sekarang .. 
tapi kalau nak buat perbandingan dengan selangor memang jauh bezalah 


Fikir-fikirkan ....






Hutang Negara Makin Meningkat

Posted: 19 Feb 2013 02:44 AM PST

saya tahu anda memang tak tahu, pasal TV3 & utusan tak beritahu, bahawa pendapatan Negara pada tahun 2012 hanya berjumlah RM208.6 billion manakala hutang dijangka terus meningkat sebanyak RM502 billion, meningkat 107.4% dari hutang lapan tahun lalu, dari 2003 hingga 2008, Hutang negara bertambah dari 21.9% dari RM10.5 billion kepada RM12.8 billion tetapi melonjak dalam masa lima tahun sebanyak 73.4% .

 Hutang kerajaan persekutuan juga dijangka meningkat memandangkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK dari 51.8% kepada 53.7% di bawah 55% dari had hutang kerajaan persekutuan, Kerajaan juga telah secara terus menerus memotong perbelanjaan untuk pembangunan "yang akan memberi kesan kepada ekonomi" "Apa yang menakutkan ialah liabiliti kerajaan dijangka meningkat pada tahun 2013 kerana projek MRT sebanyak RM53 billion dan juga projek mega infrastruktur yang lain " Sebagai contoh Sepanyol, di mana negara Eropah itu berhutang 68.5 % dari KDNK dan masih mengalami masalah krisis ekonomi dan perlu ditebus hutang sebanyak ratusan billion Euro yang menyebabkan kehancuran ekonomi kerana menanggung liabiliti dan tebus hutang bank. FAKTA ! 

 hilight by : Salman Al Farisy

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 19 Feb 2013 09:20 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


BUKAN HARAM UNDI PAS BAHKAN WAJIB

Posted: 18 Feb 2013 11:24 PM PST

Pengenalan

Menurut sistem politik Islam/siasah syar`iyyah, sumber rujukan tertinggi dalam negara ialah al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber tersebut menggariskan prinsip pentadbiran yang menjadi teras kepada tercapainya keadilan dan ketelusan pentadbiran negara. Sebaliknya tanpa al-Quran dan al-Sunnah, maka pentadbiran yang dijalankan akan menjadi pentadbiran yang cacat dan lemah, kerana dipergunakan oleh golongan pemimpin untuk mengaut keuntungan diri serta menindas pihak lain. 

Dalam ayat al-Quran di atas, Allah Taala menetapkan dua prinsip politik Islam yang sangat utuh iaitu; Menunaikan amanah/tanggungjawab dan melaksanakan keadilan. Bertolak dari situ, kerajaan Kelantan, di bawah kepimpinan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz, dengan beraninya telah menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber pentadbiran sejak tahun 1990 lagi bagi memandu kerajaan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat, bukannya mengaut keuntungan diri di atas penderitaan rakyat. Pihak kerajaan telah mengisytiharkan dasar keislaman secara terbuka, melalui slogan "Membangun Bersama Islam". Peristiwa ini menjadi detik bersejarah dalam sistem politik dan pentadbiran di Malaysia

Peranan al-Quran dan al-Sunnah dalam Pentadbiran Kelantan

Menteri Besar Kelantan mengakui bahawa banyak sekali pengajaran yang terdapat dalam al-Quran yang dilaksanakan melalui program pembangunan Islam, dakwah dan pembangunan insan di Kelantan. Contohnya, mengajak orang Islam menghayati solat iaitu Kerajaan Negeri menganjurkan program Bulan Sembahyang. Begitu juga Kerajaan Negeri meluluskan Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan.

Dalam perkara-perkara yang tidak dinyatakan al-Quran dan al-Sunnah secara langsung, maka kerajaan Kelantan menggunakan kaedah ijtihad untuk menyelesaikan perkara tersebut. Banyak pembaharuan yang dilakukan berlandasakan kaedah ijtihad ini seperti mengadakan papan tanda berunsurkan Islam, menambah cuti bersalin kepada 60 hari dan sebagainya.

Di antara petunjuk al-Quran dan al-Sunnah yang dilaksanakan dalam pentadbiran Kelantan ialah:

Pertama: Menghidupkan Prinsip Kedaulatan Syariah, Prinsip Syura, Prinsip Amanah/Mas'uliah, Prinsip Keadilan.

i: Prinsip kedaulatan Syariah Islamiyyah

Kerajaan Kelantan menjadikan Syariah Islamiyyah sebagai landasan utama dalam urusan pentadbiran, berpandukan Firman Allah, maksudnya: 

"... dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah : ayat 44)

Dasar ini dikira sebagai asas akidah atau kepercayaan (usul i`tiqadiyyah ) bagi kerajaan. Dengan itu kerajaan menolak teori dan kaedah yang bercanggah dengan Islam. 

ii: Prinsip Syura

Kerajaan Kelantan menetapkan sesuatu keputusan melalui perbincangan berbagai pihak yang memiliki kepakaran, tanpa melanggar prinsip Islam, seperti yang dinyatakan dalam firman Allah Taala, bermaksud:

"...dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." (Surah Ali Imran : ayat 159)

Prinsip Syura ini amat penting kerana dapat mengelakkan daripada pemerintahan secara kuku besi. Sebaliknya syura dapat melahirkan sikap tanggungjawab bersama yang tinggi, kerana masing-masing mengetahui bahawa keputusan yang diambil itu adalah keputusan bersama. Semangat dan roh syura merupakan perkara pokok dalam kegiatan pentadbiran Kelantan..

iii:Prinsip menunaikan amanah/mas'uliyyah

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa kepimpinan Kerajaan bukanlah suatu anugerah untuk mengaut keuntungan diri sendiri. Sebaliknya kepimpinan merupakan amanah dan mas'uliyah yang berat terhadap Allah dan masyarakat sebagaimana yang dinyatakan dalam Firman Allah Taala dalam ayat 58 Surah an-Nisa di atas.

Pemimpin akan menghadapi soal jawab di akhirat dan sentiasa terdedah kepada kritikan orang ramai di dunia, sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. 

Prinsip ini menekankan supaya pemimpin melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin, tanpa menyeleweng, kerana segala perbuatan mereka akan disoal oleh rakyat dan disoal oleh Allah di akhirat. Menurut Ibn Taymiyyah, prinsip amanah ini amat penting kerana dapat menjamin pihak berkuasa benar-benar menjalankan siasah yang adil, berpegang kepada sistem dan peraturan, etika dan nilai yang mulia. Dengan itu dapat menghindarkan daripada kegiatan rasuah, penyelewengan, kronisme dan sebagainya. 

iv: Prinsip menegakkan keadilan

Kerajaan Kelantan mendokong dasar keadilan sejagat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik berpandukan Firman Allah Taala dalam ayat 58 Surah an-Nisa di atas.

Oleh itu, kerajaan Kelantan menentang keras sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan oleh pihak kerajaan ke atas rakyat. 

Dasar keadilan kerajaan Kelantan sangat menekankan jaminan perlindungan hak-hak warganegara yang beragama Islam dan yang bukan Islam dalam semua aspek kehidupan. Menurut Ibn Khaldun, kezaliman akan mendedahkan negara kepada kemusnahan. 

Kedua: Merealisasikan Konsep Kepimpinan Ulama

Kepimpinan Ulama telah diangkat menjadi peneraju kepada Kerajaan Kelantan. MB Kelantan menyatakan bahawa beliau adalah pemikul amanah Allah untuk melaksanakan segala perintah-Nya dalam Negeri Kelantan. Beliau berpegang kepada peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjadi pemimpin masyarakat Islam, kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan mengkhianati mereka itu, maka diharamkan syurga baginya." (Hadis Imam al-Bukhari)

Beliau faham bahawa seorang pemimpin dikira melakukan ibadat sewaktu mentadbir negeri mengikut panduan Islam. MB menegaskan bahawa, beliau tidak boleh mengubah atau lari daripada dasar Islam, kerana dasar yang bercanggah dengan Islam akan membawa kerosakan

Kepimpinan Ulama di Kelantan sangat menekankan ciri-ciri dan kelayakan yang tinggi dari segi ketakwaan, ketinggian akhlak, kemampuan ilmu dan kemahiran mengurus.

Tanpa kelayakan tersebut, pemimpin tidak mampu melaksanakan tugasnya untuk mendaulatkan Islam dan membangunkan negara. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yakin bahawa pemimpin yang bersih jiwa dan hartanya sahaja akan dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan mampu menjaga kepentingan rakyat jelata. Sebaliknya para pemimpin yang kotor hati dan hartanya akan sentiasa tenggelam dalam gelombang keduniaan yang merasuk jiwa dan akhirnya rakyat menjadi mangsa dan korban kerakusan serta kezaliman mereka itu. 

Para pemimpin kerajaan dijaga daripada perlakuan buruk seperti rasuah. Beliau yakin dengan janji Allah untuk mengangkat tinggi kedudukan orang berilmu dan yang beriman.

Ketiga : Mencetuskan Pembaharuan Yang Hebat

Antara pembaharuan yang berjaya dilakukan ialah :

i. Menyelamatkan wang rakyat daripada unsur riba dengan memindahkan simpanan tetap Kerajaan Negeri daripada bank yang mengamalkan sistem konvensional (Bank Bumiputra Malaysia Berhad) ke Bank Islam Malaysia Berhad. Melaksanakan Sistem Gadaian Islam (al-Rahn) mulai tahun 1992 dan mengarahkan semua pajak gadai yang beroperasi menggunakan kaedah riba ditukar kepada sistem Islam mulai tahun 1993. Sistem ini kemudiannya ditiru oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia dan Bank Rakyat. 

Menjadi satu kesalahan besar menurut al-Quran dan al-Sunnah apabila kerajaan membiarkan rakyat bergelomang dengan gejala riba dan maksiat. 

ii. Menguatkuasakan etika berpakaian menutup aurat kepada kakitangan kerajaan sebagaimana yang dikehendaki oleh al-Quran. Malah Kerajaan Negeri tidak lagi membenarkan papan iklan yang memperagakan wanita yang mendedahkan aurat.

iii. Mengharamkan terus perjudian pada 1 Januari 1992 berpandukan nas al-Quran dan hadith Nabi yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah Taala, bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah al-Maidah : ayat 90)

MB Kelantan menyatakan bahawa pengharaman judi ini adalah selaras dengan prinsip semua agama kerana terdapat unsur-unsur tipu muslihat 

iv. Menghidupkan amalan Solat Sebagai Instrumen Siasah dan pentadbiran

Sebenarnya kedudukan solat sebagai instrumen penting dalam kehidupan telah ditegaskan oleh al-Quran melalui ayat berikut, maksudnya:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah : ayat 45)

Allah SWT menjadikan solat sebagai mekanisme yang hebat untuk membantu manusia menyelesaikan berbagai persoalan hidup. Manusia perlu menggunakan solat untuk melicinkan hidup mereka.

Atas dasar itu, kerajaan Kelantan menjadikan solat hajat beramai-ramai sebagai cara menghadapi masalah yang besar, contohnya dalam krisis Pergau 1992. Melalui solat hajat beramai-ramai, pihak kerajaan pusat bersedia menyelesaikannya, malah jumlah pampasan yang diberikan adalah melebihi daripada jumlah yang dituntut. Apabila Umno mencadangkan perkataan Islam dibuang daripada parti politik, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz telah menganjurkan solat hajat peringkat negeri pada 8 Disember 1994. Semasa krisis dengan S46 juga solat hajat telah diadakan pada bulan Mei 1996 di padang SMU(A) Maahad Muhammadi. 

v. Menghapuskan kegiatan pelacuran bagi menyelamatkan masyarakat daripada kehancuran. 

vi. Menggubal undang-undang Islam yang diberi nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

vii. Menyediakan perkhidmatan pinjaman tanpa riba untuk kakitangan kerajaan negeri kerana riba adalah haram, walaupun kerajaan kehilangan pendapatan sebanyak RM123,000 setahun. 

Kelebihan Pentadbiran Al-Quran dan Al-Sunnah Kepada Masyarakat

Antara kelebihannya ialah:

Pertama: Mengawal kerajaan daripada dipengaruhi perkara negatif.

Penghayatan al-Quran dan al-Sunnah dalam pentadbiran dapat mengawal daripada berlakunya gejala penyelewengan, rasuah, pecah amanah dan khianat. Oleh itu, didapati dalam tempoh 20 tahun kerajaan Kelantan telah mencatatkan rekod bersih tanpa kes rasuah yang didakwa di mahkamah yang melibatkan para pemimpin Kerajaan.

Kedua: Meningkatkan sokongan masyarakat 

Berpandukan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah, kerajaan berjaya memperkenalkan banyak produk pentadbiran Islam yang dapat memenuhi cita rasa masyarakat, terutamanya produk keislaman dan kebajikan. Masyarakat sentiasa menanti-nanti program keislaman tanpa jemu-jemu, Mereka senang hati kepada kerajaan dan percaya kepada keberkatan dalam amalan politik Islam seperti yang dinyatakan dalam firman Allah SWT, bermaksud: 

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." (Surah Al-Araf : 96) 

Ketiga: Mengubah Persepsi buruk terhadap Islam dalam pentadbiran

Apabila Tuan Guru Nik Aziz memegang jawatan Menteri Besar, beliau dengan tegas menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber pentadbiran. Yang terjadi selepas itu ialah tidak ada huru hara yang berlaku, tiada kegagalan ekonomi, tiada penyelewengan, tiada perbalahan kaum dan agama, sebaliknya wujudnya keharmonian, perkembangan ekonomi dengan penglibatan golongan pelabur yang sanggup menjalankan aktiviti perniagaan besar. Tambahan pula banyaknya peningkatan aktiviti dakwah dan kebajikan masyarakat dari semasa ke semasa. Hal ini telah membuka pandangan positif masyarakat terhadap kemampuan Islam dalam pentadbiran yang bergantung sepenuhnya kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijtihad.

Keempat: Membentuk Pemikiran positif terhadap ulama sebagai peneraju Kerajaan

Umno dari awal lagi telah memperlekeh kepimpinan ulama kerana dianggap tidak tahu mengurus pentadbiran. Mereka berkata kerajaan Nik Aziz akan jatuh dalam masa tiga bulan atau tidak sampai setahun. Namun begitu segala tuduhan itu tidak benar, sebaliknya kepimpinan Nik Aziz telah bertahan sekian lama dengan rekod pembaharuan dan bersih. Akhirnya membuka mata masyarakat bahawa ulama sebenarnya golongan yang berwibawa dalam pentadbiran kerajaan

Penutup
Al-Quran dan al-Sunnah telah berjaya membawa berbagai kebaikan kepada masyarakat apabila kedua-dua sumber itu dijadikan rujukan utama dalam kerajaan. Namun, harus diingat bahawa penghayatan al-Quran dan al-Sunnah itu hendaklah diterajui oleh golongan ulama yang bertakwa dan tidak menjadi hamba abdi kepada dunia. Inilah intipati sistem pemerintahan yang bernaung di bawah bayangan al-Quran dan al-Sunnah seperti yang dibawa oleh Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. 

Beliau telah berjaya merubah landskap politik tanah air. Melalui penghayatan al-Quran dan al-Sunnah dalam pentadbiran menjadikan aktiviti kerajaan terpimpin dan selamat daripada penyelewengan, mendapat sokongan padu masyarakat, mengubah persepsi buruk terhadap Islam sama ada daripada orang Islam sendiri atau bukan Islam, mencetus sikap baru terhadap kebaikan Islam dalam pemerintahan, memperkasakan amalan Islam dalam perbankan dan skim gadaian Islam, menyuburkan minat golongan bukan Islam untuk mengenali Ajaran Islam.

Shukeri bin Mohamad berasal dari Kg Kuala Nipah, Bachok, Kelantan. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah. -  Shahril Azman Al-Hafiz

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 19 Feb 2013 03:20 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Lupa kaki sudah tiada

Posted: 18 Feb 2013 08:04 PM PST

Petikan Sinar Harian :               
Lupa kaki sudah tiada
Rumah milik Yahya dan isterinya, yang tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar berniaga, hangus dalam kebakaran di Kampung Titian Baru, Bukit Payung, Marang, semalam.
 
Lupa kaki sudah tiada
Mariam menunjukkan kaki kanannya yang sudah dipotong 10 tahun lalu.
 
Lupa kaki sudah tiada
Rumah milik Yahya dan isterinya, Fazilat hangus dalam kebakaran berkenaan.
 
MARANG - Terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi letupan kecil menyelamatkan nyawa seorang nenek dan cucunya dalam kejadian kebakaran yang membabitkan dua rumah di Kampung Titian Baru, Bukit Payung, di sini, semalam.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu bermula dari sebuah rumah milik seorang peniaga makanan dan minuman, Yahya Harun, 41, yang terletak bersebelahan rumah dua beranak itu, Mariam Abdul Rahman, 60, dan Norsyuhaidah Zamari, 21.

Kebakaran itu menyebabkan bahagian tepi dinding rumah dua beranak itu musnah manakala rumah milik peniaga terbabit, Yahya dan isterinya, Fazilat Mamat, 49, yang tiada di rumah ketika kejadian, kerana keluar berniaga, hangus sama sekali.

Mariam berkata, dia dimaklumkan mengenai kebakaran itu oleh cucunya, Norsyuhaidah yang tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi letupan kecil bersebelahan rumah mereka sebelum cucunya segera keluar untuk meminta pertolongan.

"Kerana terlalu takut mak cik pula bingkas bangun dan berjalan namun rebah semula. Mak cik rebah kerana mak cik terlupa kaki kanan telah dipotong akibat penyakit kencing manis dan mak cik dah tidak boleh berjalan sejak 10 tahun lalu.

"Mak cik sampai terlupa kaki kanan sudah tiada kerana terlalu takut sebelum cucu dan beberapa orang penduduk naik semula ke atas rumah dan mengangkat mak cik turun ke bawah untuk menyelamatkan mak cik," katanya kepada Sinar Harian.

Selepas kedua beranak itu diselamatkan, penduduk kampung cuba membantu pasukan Bomba dan Penyelamat daerah memadamkan kebakaran tetapi gagal menyelamatkan rumah Yahaya namun pihak bomba berjaya mengawal api dari merebak.

Anggaran kerugian RM100,000

Sementara itu, bagi pasangan peniaga terbabit, Yahya dan isteri Fazilat, mereka bukan sahaja mengalami kerugian besar apabila rumah musnah, bahkan kesemua dokumen penting, termasuk sijil pengajian anak-anak mereka, juga tidak dapat diselamatkan.

Menurut Yahya, dia reda dengan kejadian yang menimpa keluarganya itu namun agak sedih apabila mengenangkan nasib anak-anak apabila pelbagai barangan penting anak mereka tidak dapat diselamatkan termasuk barang hantaran perkahwinan.

"Saya sedikit terkilan, barang-barang hantaran perkahwinan anak keempat untuk majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan turut musnah," kata bapa kepada lima anak itu ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Menurutnya, kesemua barangan seperti pakaian dan aksesori hantaran perkahwinan anak kelimanya yang kini bekerja di sebuah pelantar minyak milik syarikat tempatan itu musnah, manakala kerugian keseluruhan dianggarkan lebih kurang RM100,000.

"Kini semuanya sudah tiada, hasrat kami yang ingin mengekalkan rumah pusaka ini sebagai warisan keluarga juga tidak kesampaian, namun seperti yang saya katakan sebelum ini, kami reda dengan ujian ALLAH ini, walaupun perit," katanya.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Marang, Zamri Awang Long, mengesahkan terima laporan pada jam 3.41 petang dan kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 4.08 petang oleh sepasukan 22 anggota bomba.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 19 Feb 2013 01:29 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Pejabat PM tekan forum politik UM dibatal

Posted: 19 Feb 2013 12:33 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




(Prof Ridhuan membentangkan hasil kajiannya salam seminar pilihan raya di UM pagi ini)

KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), terpaksa membatalkan forum politik anjurannya petang ini akibat arahan dari Pejabat Perdana Menteri dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagaimana, Pengarah Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, arahan untuk membatalkan seminar ini tidak boleh diterima oleh pihaknya sebagai penganjur.

Oleh itu, forum yang disertai oleh pemimpin media alternatif iaitu dari Harakahdaily, Malaysiakini dan Sinar Harian diteruskan pagi tadi.

Namun forum yang sepatutnya disertai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifudin Abdullah dan anggota Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dibatalkan.

Mereka digantikan oleh beberapa ahli akademik petang ini.

"Apabila saya maklukan kepada Nurul Izzah, dia bertanya bolehkah beliau datang, saya kata dia bebas untuk datang," kata Prof Ridhuan ketika memberikan ucapan pembukaan di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera hari ini.

Sejak semalam pelbagai maklumat tersebar kononnya program perbincangan ilmiah ini dibatalkan.

Ridhuan berkata, sebaik saja balik dari luar negara, pelbagai pesanan diterima beliau agar seminar pilihan raya ini dibatalkan termasuk dari  Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Secara berseloroh Ridhuan berkata, sebelum ini nama Profesor Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menjadi sasaran di samping Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

"Ada orang kata, selepas mereka, saya pula menjadi sasaran sekarang," katanya.

Sehubungan itu, beliau kata, seminar sebegini hanya boleh diikuti di Universiti Malaya sahaja sekarang ini.

harakah/-

Berikan Hak Kerakyatan Kepada Penduduk Asal Sarawak

Posted: 19 Feb 2013 12:32 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Baru-baru ini rombongan PAS, PKR dan DAP bersama-sama dengan penduduk asal Sarawak telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Miri menuntut agar mereka diberi taraf kerakyatan yang sah sebagai warganegara Malaysia.

Rombongan PAS diwakili oleh Robby Tandang Ketua Pemuda PAS Sibuti, bersama dengan Dr Teo dari PKR dan YB Alan Ling dari DAP. Mereka telah berjumpa dengan pegawai JPN Miri ingin tahu masalah sebenar yang dihadapi oleh pribumi yang tidak boleh mempunyai kad pengenalan / MyKad. Menurut para pegawai tersebut semua keputusan bergantung dengan Kementerian Dalam Negeri, kerana mereka yang berkuasa untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan.

Sebelum ini kami juga menerima banyak aduan dari penduduk asal di kawasan parlimen Sibuti yang mereka tidak memiliki kad pengenalan dan juga tidak memiliki surat beranak. Mereka sudah banyak kali mengadu masalah ini kepada pihak JPN di Miri tetapi sehingga kini tiada jawaban yang diberi mengapa mereka masih belum lagi dapat memiliki Mykad. Mereka juga kesal dengan sikap pihak JPN yang tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara Malaysia sedangkan mereka adalah penduduk asal bukannya pendatang asing.

Menurut mereka pemohonan ditolak dengan alasan mereka tidak memiliki dokumen yang lengkap serta tiada surat beranak walaupun ada diantara mereka ini sudah mendapat pengesahan dari Tuai Rumah yang mereka adalah penduduk asal di kawasan tempat mereka tinggal.

Disebabkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan, mereka terus terpinggir dan nasib mereka lebih teruk dari pendatang tanpa izin. Mereka tidak mendapat bantuan kebajikan, BR1M dan bantuan persekolahan. Anak-anak mereka tidak dapat bersekolah dan melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti akibat tiada kad pengenalan.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab dalam urusan mendaftar setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.
Sepatutnya JPN yang bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran orang awam, turun padang berjumpa dengan rakyat tempatan yang masih belum memiliki kad pengenalan dan surat beranak terutama sekali penduduk tempatan yang tinggal jauh di pedalaman.

Ada beberapa sebab kenapa ramai penduduk asal Sarawak terlalu sukar untuk mendaftar dan memiliki surat beranak kerana faktor jalan penghubungan sukar ditembusi serta kos pengangkutan yang mahal terutama sekali yang tinggal jauh di pedalaman. Setelah sekian lama mereka menanti, mereka berharap pemohonan mereka untuk memiliki kad pengenalan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri demi masa depan mereka dan anak cucu mereka.

Kami mengesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri yang berkuasa dalam memberi dan  mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada penduduk asal Sarawak. Jangan biarkan penduduk asal Sarawak hak mereka diceroboh dan terus terpinggir dari arus pembangunan kerana mereka adalah penduduk asal yang sepatutnya diberi hak sebagai warganegara yang sah bukannya pendatang asing.

Kita mengesa agar pihak kerajaan jangan pilih bulu dalam mengatasi masalah rakyat ini.  Kita harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Bayi mati selepas 'dipulau' 10 hospital

Posted: 19 Feb 2013 12:21 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



JAKARTA, Indonesia - Seorang bayi berusia seminggu meninggal dunia akibat masalah pernafasan selepas 10 buah hospital di sini enggan merawatnya, kata bapa bayi tersebut semalam.

Elias Setya Nugroho yang bekerja sebagai penjaja berkata, dia tidak mampu membayar caj yang dikenakan oleh sebahagian hospital berkenaan untuk merawat bayinya.

Bayi tersebut, Dera Nur Anggraini dilahirkan tidak cukup bulan bersama saudara kembarnya, Dara pada 10 Februari lalu. 

Dera turut mengalami kecacatan tekak yang menghalang pernafasannya.

Menurut lelaki tersebut, keluarganya cuba mendapatkan rawatan tetapi ditolak oleh pihak pengurusan 10 buah hospital.

Sebahagian mereka memberikan alasan tidak memiliki peralatan yang diperlukan manakala sebahagian lagi mendakwa hospital mereka penuh.

"Dera dikebumikan kelmarin tidak jauh dari rumah kami," kata Elias.
Menurutnya, bayi itu meninggal dunia selepas dibawa kembali ke Hospital Zahira tempat dia dilahirkan di sini.

Menurut Elias, hospital-hospital swasta di sini meminta bayaran pendahuluan berjumlah 15 juta rupiah (RM4,795) walaupun keluarganya memiliki kad kesihatan yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah sepertinya mendapat perkhidmatan kesihatan percuma. - AFP

Pembantu rumah dera bayi dipenjara 20 tahun

Posted: 19 Feb 2013 12:15 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Yuliana
Pembantu rumah dari Sukarame, Acheh, Yuliana, 23, kelihatan sugul ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan selepas dijatuhi hukuman penjara 20 tahun
Ibu panik anak tiada tindak balas
Nina Suraya Sulaiman mengucup anaknya Mohamed Hareez.
KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah.

"Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.

Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang.

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.
Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba.

Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut".

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. - Bernama

Deepak Minta Mahathir Bagitahu Najib Jangan Gigit Tangan Yang Suapnya

Posted: 18 Feb 2013 11:58 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir agar jangan menggigit tangan yang menyuap anda dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar jangan juga menggigit tangan yang merasuah anda.

"Tun Mahathir meminta peneroka Felda agar bersyukur dan jangan menggigit tangan yang menyuap mereka.

"Tun, tolong beri nasihat yang sama kepada (Datuk Seri) Najib dan (Datin Seri) Rosmah, yang mereka tidak sepatutnya menggigit mereka yang memberikan rasuah kepada mereka," kata Deepak bekas rakan perniagaan Rosmah hampir 10 tahun dalam kenyataannya kepada media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir kepada peneroka Felda agar jangan sesekali melupakan jasa kerajaan kepada mereka dengan meminta mereka 'jangan menggigit tangan yang menyuap mereka.

' Deepak sebelum ini mendakwa telah memberikan puluhan juta kepada rakan perniagaannya itu melalui projek yang mereka usahakan bersama.

Namun sejak kes Akuan Bersumpah P Balasubramaniam yang kedua, Deepak telah diketepikan dan diberikan pelbagai tekanan oleh rakannya.

Deepak juga meminta Najib tidak melupakan rakyat yang memberikan undi kepadanya selama ini.

"Juga yang memberikan undi kepada mereka kerana ia sangat berbahaya untuk berbuat demikian.

"Mereka boleh jadi hilang pekerjaan dan yang lebih teruknya berakhir di (penjara) Sungai Buluh," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.


Perhatian: Tolong 'share' dan sebarkan

Posted: 18 Feb 2013 11:50 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -





PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BANYAK YANG BOLEH.

Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani.

Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini!

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.

Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah.

Jangan abaikan...sila share


Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

PRU13: SPRM seolah-olah beri laluan beli undi

Posted: 18 Feb 2013 11:40 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Biarpun kempen pilihan raya umum belum bermula, Bersih 2.0 mendapati terdapat parti-parti politik yang mula melakukan kempen secara terang-terangan.

Perbuatan tersebut, menurut Bersih, merupakan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, tegas koordinatornya, Maria Chin Abdullah, hari ini.

Bercakap pada sidang media di Dewan Himpunan Cina, Maria berkata pihaknya menerima aduan daripada rakyat tentang surat-surat dan bendera-bendera dengan logo parti yang menggesa mereka mengundi parti dan calon tertentu.

"Malah, ada yang turut menjanjikan pemberian kewangan dan lain-lain faedah sebagai tukaran undi. Tindakan ini memerlukan perhatian serius daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tambah Maria, pihaknya sebelum ini mendapati salah satu salah laku yang dilaporkan kepada Bersih merupakan satu bendera parti politik dikibarkan di Jambatan Permas Jaya, Johor Bharu.

Pada bendera tersebut, tegas Maria jelas kelihatan logo dan lambang parti, selain perkataan 'Undilah Barisan Nasional'.

Katanya, jika bendera parti itu hanya meletakkan lambang atau logo parti semata-mata, ia tidak menjadi masalah, sebaliknya kata-kata 'undilah' itu menjurus kepada kempen pilihan raya.

Maria turut menyelar kenyataan SPRM, yang disifatkannya sebagai mengelirukan pelbagai pihak.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, itu dipetik berkata 'sekiranya motif memberi wang atau hdiah oleh clon, ejen atau penyokong kepada pengundi itu adalah untuk meraih kemenangan untuk parti politik tertentu, maka ia bukan satu kesalahan'.

Menurut Maria, laras bahasa akta jelas, semua perbuatan ini merupakan kesalahan, tidak kira siapa melakukannya dan siapa yang mendapat manfaat apabila perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mempengaruhi undi sesiapa.

"Justeru, amatlah mengecewakan apabila SPRM seolah-olah memberi laluan percuma kepada parti-parti politik untuk membeli undi dan mengamalkan rasuah," tegas Maria.

Sehubungan itu, Bersih menyeru orang ramai untuk terus menyumbangkn peranan sebagai pemantau pilihan raya bagi melaporkan segala salah laku yang dilakukan mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya.

Bersih 2.0, bersama Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) dan Pusat Komas melancarkan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) yang berperanan memerhati proses pilihn raya, bagi menghalang dan mengurangkan usaha-usaha penipuan dan salah laku semasa pilihan raya.

Bagi rakyat Malaysia yang berminat menjadi sukarelawan Pemantau, bolehlah mendaftar di www.pru13.info.

harakah/-

Patah leher dihempap jentera

Posted: 18 Feb 2013 11:39 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

pix_topright

Sebiji limau mandarin menjadi juadah terakhir seorang warga emas sebelum maut selepas lehernya dihempap besi pemutar jentera menuai padi di Kampung Parit Haji Dollah, Selinsing, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 59, dikatakan sedang berehat di bahagian bawah jentera berat itu sambil berbual-bual dengan dua rakan lain.

Kemalangan dikatakan berlaku ketika pemandu jentera itu, Nasriq Yunos,32, sedang membaiki sistem hidraulik jentera menuai padi berkenaan yang rosak di bahagian belakangnya.
Nasriq berkata, kemalangan mendadak itu berlaku sebaik bahagian besi pemutar seberat dua tan di hadapan jentera itu tiba-tiba terjatuh sebelum menghempap mangsa dan seorang lagi rakannya.

"Sebaik dihempap besi berat itu, Abdul Aziz terus tidak sedarkan diri dan rakannya menjerit kesakitan meminta tolong akibat tersepit.

"Kami segera memanggil orang kampung berdekatan untuk membantu mengangkat bahagian besi pemutar itu. Sebaik dialihkan, saya dapati Abdul Aziz sudah tidak lagi bernyawa," katanya ketika ditemui wartawan 

Harian Metro

Air mata peragut

Posted: 18 Feb 2013 11:37 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Seorang daripada dua peragut yang ditahan orang ramai dalam kejadian di Jalan Persiaran Kewajipan berhampiran sebuah pusat beli-belah di USJ 19 di sini, menangis teresak-esak sambil merayu agar dia dilepaskan.

Lelaki berusia 26 tahun itu cuba menagih simpati orang ramai dengan memberi alasan dia perlu menyara isteri dan seorang anak kecil berusia setahun.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, lelaki berkenaan bersama rakannya yang menaiki sebuah motosikal Yamaha 125Z meragut beg tangan pramugari warga Jepun dari arah belakang.

Bagaimanapun, malang bagi kedua-dua peragut berkenaan apabila motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dan melanggar kenderaan lain ketika cuba memecut.

Akibatnya, penunggang motosikal yang berusia 27 tahun cedera parah iaitu patah tangan kanan dan kaki kiri manakala pemboncengnya dilaporkan luka dan calar di bahagian lutut.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kedua-dua suspek diberkas orang awam selepas terdengar jeritan mangsa yang meminta tolong.

"Siasatan awal mendapati, suspek pertama iaitu penunggang motosikal berkenaan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan satu rekod dikehendaki manakala rakannya pula tiada rekod jenayah tetapi positif ujian air kencing," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan polis ke atas motosikal suspek menemui parang pendek dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah samun dan ragut.

"Kedua-dua suspek berkenaan dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah ragut dan samun di daerah ini dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan lain," katanya.

Katanya, beg tangan mangsa yang berisi RM700, telefon pintar dan dokumen perjalanan yang diragut dirampas semula.

Seorang daripada suspek yang cedera dirawat di Hospital Serdang manakala rakannya ditahan di lokap Balai Polis USJ untuk siasatan lanjut selepas dibenarkan hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

metro/-

Aliran wang haram: M’sia kedua tertinggi di dunia

Posted: 18 Feb 2013 11:29 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 18 Dis: Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 – meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

Badan pemantau – Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington – dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal berkata, tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.
Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion).

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38  bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".

Laporan GFI – 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010′ – dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001 hingga 2010 – Malaysia berada di kedudukan ketiga di dunia, selepas China dan Mexico.
Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertikai angka GFI dan memaklumkan kepada Parlimen tahun lepas angka yang lebih rendah sebanyak RM135.3 bilion bagi aliran keluar modal haram 2000-2009.
Bagaimanapun, data GFI disokong oleh penyelidikan yang berbeza awal tahun ini oleh organisasi lain – Tax Justice Network yang berpangkalan di London – yang mendapati Malaysia adalah antara negara teratas di dunia dalam aliran modal. – Malaysiakini

Pengerang: Air bertakung, binatang liar di kubur baru

Posted: 18 Feb 2013 11:27 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tanah perkuburan baru di Punggai berdekatan Dasaru Johor yang menempatkan mayat-mayat yang dipindahkan dari empat buah kampung didapati tidak diuruskan dengan sempurna.

Bukan itu sahaja, difahamkan pengalihan kubur-kubur serta penyempurnaan semula juga didakwa tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

Menurut Pengerusi Gabungan NGO Pengerang Anis Afida (gambar), jalan masuk ke kubur Punggai sehingga hari ini masih tidak ditar, bahkan kawasan kubur pula tidak dipagar dan terdedah kepada binatang liar.

Sedangkan katanya, Mufti Johor turut menegaskan sebelum berlakunya pengalihan mayat-mayat kawasan kubur baru perlulah dipagar dan ditanam pokok terlebih dahulu seperti tapak kubur yang lain.

"Dalam beberapa siri tinjuan, kita dapati ada kesan tapak kaki babi di kawasan kubur baru ini, bukan itu sahaja kita mendapati ada kesan korek dari binatang liar yang masuk berkeliaran di tapak itu," katanya kepada Harakahdaily.

Ketika hari hujan pula katanya, air menjadi bertakung di kawasan tanah perkuburan itu akibat sistem saliran yang tidak sempurna, malah ada di antara tanah kubur baru itu mendap sehingga nampak berlubang.

Anis turut melahirkan kekecewaan apabila proses pemindahan kubur dilakukan oleh pihak kontraktor yang didakwa tidak dilakukan dengan tertib dan sempurna.

"Rangka mayat yang dikutip dalam kubur hanya dibunjut dalam kain putih dan dilonggokan satu tempat tidak ubah seperti angkut baja, kemudian sampai di kubur baru dikeluarkan dari kenderaan tanpa ikut amalan formal yang biasa dibuat oleh orang Islam, bahkan waris pula tidak dipanggil," katanya ketika dihubungi.

Apa yang menyedihkan katanya, kubur-kubur baru sebelum ini diletakkan rapat-rapat antara satu sama lain, sehingga pihak kontraktor mengorek semula untuk memindahkan mayat dengan keluasan kubur yang munasabah.

"Sedih, mayat-mayat ini dipindah berkali-kali, tanpa ada tertib yang sempurna. Mayat-mayat ini pun perlu dihormati dan mereka perlu disempurnakan dengan baik, kita ada tata tertib yang diamalkan dalam Islam.

"Inilah akibatnya bila kerja-kerja pemidahan dibuat secara tergesa-gesa hingga segala prosedur dan akhlak mengurus jenazah tidak mengikut Syarak," katanya.

Empat kubur terbabit di Kampung Sg Kapal, Kampung Jawa Laut, Kampung Jawa Darat, dan Kampung Sebong mula dikorek pada 21 Disember tahun lepas.

Pengalihan kubur di kampung terbabit dibuat akibat tindakan kerajaan Umno-BN mahu menkalankan projek pembangunan Pusat Penapisan Petroleum di Penggerang sejak 13 Mei 2011.

Projek bernilai RM170 bilion dikatakan mengancam lebih 11 kawasan tanah perkuburan Islam dengan lebih 12,000 kubur telah dan bakal dialihkan jika projek itu berterusan.

harakah/-

Saintis dakwa temui serpihan tahi bintang

Posted: 18 Feb 2013 11:18 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




MOSCOW - Sepasukan saintis semalam mendakwa yang mereka telah menemui serpihan tahi bintang yang jatuh di Pergunungan Ural, Rusia selepas mencetuskan gelombang yang menyebabkan 1,200 orang cedera dan beribu-ribu buah rumah rosak.

Batu angkasa lepas gergasi itu meluncur di langit bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu dengan tenaga bersamaan 30 butir bom atom yang digugurkan ke bandar Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Tahi bintang tersebut meletup beberapa kilometer dari Bumi tetapi serpihan-serpihannya dipercayai bertaburan di serata rantau tersebut.

Sebelum ini, sekumpulan petugas yang memeriksa sebuah tasik kecil di mana serpihan-serpihan tahi bintang itu dipercayai jatuh gagal membuat sebarang penemuan. 

Namun, sepasukan saintis Akademi Sains Rusia yang melakukan beberapa ujian kimia ke atas beberapa batu aneh kelmarin berkata, serpihan itu datang dari angkasa lepas.

"Kami mengesahkan bahawa beberapa partikel yang ditemui oleh pasukan ekspedisi kami berhampiran Tasik Chebarkul benar-benar memiliki komposisi meteorit," kata saintis berkenaan, Viktor Grokhovsky menurut agensi berita RIA Novsosti.

Universiti Persekutuan Ural tempat Grokhovsky bertugas turut menyiarkan gambar seorang lelaki memegang sebutir batu hitam kecil semalam.

"Meteorit ini berasal daripada kondrit kelas biasa (angkasa lepas)," kata pihak universiti berkenaan dalam satu kenyataannya.

Menurut Grokhovsky, batu itu mengandungi komposisi besi metalik selain krisalit dan sulfit.
Kandungan besi dalam batu tersebut dianggarkan sebanyak 10 peratus.

"Besar kemungkinan, batu ini akan dinamakan sebagai Meteorit Most Chebarkul," kata kenyataan.
Gelombang kuat tahi bintang itu memecahkan tingkap-tingkap hampir 5,000 bangunan dan menyebabkan 40 orang termasuk tiga kanak-kanak dirawat di hospital kelmarin kerana mengalami luka dan kecederaan lebih serius.

Sekitar 24,000 petugas kecemasan dan sukarelawan sibuk menggantikan tingkap-tingkap yang pecah pada hujung minggu lalu sebelum orang ramai mula bekerja.

Serpihan-serpihan tahi bintang tersebut yang jatuh ke Bumi turut mencetuskan minat banyak pihak.
Beberapa pengumpul serpihan angkasa lepas di Rusia telah menyiarkan iklan di internet yang menawarkan bayaran AS$10,000 (RM30,900) untuk serpihan batu tersebut. - AFP

Mesir dilanda gelombang protes anti-Mursi

Posted: 18 Feb 2013 10:59 PM PST

Mesir dilanda gelombang protes anti-Mursi8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Mesir dilanda gelombang protes anti-Mursi
 
SELEPAS revolusi kebangkitan rakyat kira-kira dua tahun lalu, Mesir dikatakan sudah mengalami perubahan walaupun negara itu masih dibayangi pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak selama tiga dekad.

Sebagai contoh, kira-kira dua minggu lepas ketika di satu persidangan di Kaherah, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tersasul memanggil Presiden Mohammed Mursi sebagai Hosni sebelum beliau segera membetulkan kesilapan itu.

Perjuangan rakyat menerusi protes besar-besaran selama 18 hari untuk menuntut hak mereka menyaksikan Mubarak digulingkan pada 11 Februari 2011.

Pengunduran beliau dilihat memberi harapan baru kepada rakyat Mesir untuk menjalani kehidupan lebih baik di bawah pemerintahan pemimpin baru.

Pada masa ini, segelintir rakyat merasakan pakej ikrar Mursi yang dijanjikan beliau ketika kempen pilihan raya presiden pada tahun lalu masih gagal ditepati hingga kini walaupun pemimpin itu cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua pihak.

Seorang wanita yang enggan dikenali  menyertai gelombang protes baru di Dataran Tahrir turut menyuarakan kekecewaannya.

"Tidak ada apa yang berubah selepas negara ini bertukar kepimpinan. Presiden Mursi tidak melakukan sebarang perubahan untuk kami," katanya.

Masih di takuk lama

Pada sambutan ulang tahun ke-2 revolusi kebangkitan rakyat di negara itu baru-baru ini, Dataran Tahrir kekal menjadi titik tumpuan protes penduduk.

Protes yang tercetus sejak November lalu dikatakan sekali lagi berpunca akibat rasa tidak puas hati penduduk.

Rakyat juga mendakwa kepimpinan Mursi lebih memberi tumpuan kepada kepentingan Ikhwanul Muslimin dan kegagalan untuk beliau merealisasikan matlamat revolusi.

Ahli politik sosiologi, Said Sadek dari Universiti Amerika di Kaherah menyatakan bahawa beliau percaya bahawa situasi di Mesir akan menjadi lebih buruk sebelum bertukar ke fasa lebih baik berdasarkan rentetan sejarah sebelum ini.

"Kita perlu sentiasa ingat bahawa selepas era revolusi, presiden dan sesebuah kerajaan termasuk keselamatan, negara itu akan menjadi lemah," jelasnya.

Pencapaian Mursi yang baru menyandang jawatan Presiden kira-kira lapan bulan tidak boleh secara terus dibandingkan dengan rejim Mubarak berusia lebih 30 tahun.

Sejak beberapa minggu lalu, kebanyakan golongan muda di Mesir menyertai tunjuk perasaan bertujuan untuk menagih janji Mursi.

Mereka semakin hilang sabar kerana banyak kekurangan melibatkan infrastruktur dan kemudahan yang masih berada di takuk lama hingga kini.

Kebanyakan rakyat terutamanya golongan belia juga tidak pernah putus asa membawa harapan dua tahun lalu untuk mendapat pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan lebih baik di bawah pemerintahan presiden pertama yang dipilih secara demokrasi.

Pengaruh Ikhwanul Muslimin makin kuat

Dalam tempoh 24 bulan ini, negara itu dilihat telah berpecah kepada tiga cabang: tentera dan penyokong rejim Mubarak; Ikhwanul Muslimin; aktivis liberal dan sekular.

Menjelang akhir tahun lalu, pengaruh Ikhwanul Muslimin dilaporkan semakin kukuh di Mesir selepas Mursi menyingkirkan pemerintah tentera beberapa bulan selepas beliau dilantik sebagai presiden.

Kedudukan Mursi sebagai pemimpin tertinggi telah memberi banyak kelebihan kepada Ikhwanul Muslimin yang turut diberi kepercayaan memegang portfolio penting di negara tersebut.

Proses peralihan untuk membawa negara itu kepada pemerintahan bercorak demokrasi juga dikatakan makin sukar selepas banyak pihak mula mempersoalkan kredibiliti pemimpin itu yang didakwa hanya berusaha menonjolkan dirinya sebagai pemimpin berkarisma di rantau Arab.

Selain itu, ada pihak mempertikaikan beliau menggunakan dasar luar untuk meraih populariti berbanding mengotakan janjinya kepada rakyat.

harakah/-

Jika parlimen dibubarkan pada 22 Feb

Posted: 18 Feb 2013 10:58 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Berdasarkan keadaan terkini Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 (Jumaat). Kini semua orang sedang ternanti-nanti waktu pembubaran yang akan diumumkan.

Adakah tarikh 22.2.2013 akan benar-benar menjadi kenyataan atau hanya spekulasi seperti sebelumnya?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan menerusi blog http://www.utusankini.com.



Ulasan seterusnya seperti di bawah.

Walaupun sebelum ini telah banyak tarikh dan spekulasi mengenai PRU13 ini diramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Ianya berlalu begitu sahaja sehinggakan peramal dan ahli nujum sudah hilang minat untuk memperkatakan bila tarikh pembubaran parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.



Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh sebenarnya bila pembubaran parlimen akan diumumkan. Sehinggakan Datin Seri Rosmah Mansor ada berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya.



Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat kejutan untuk  membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei. Katanya ini adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersedia.


"Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan...ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi."


Beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya. Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.



Tanda PRU13 yang paling nyata akan dibuat Mac 2013 bila semua pembayaran beberapa bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 sedang rancak dilaksanakan. Antaranya bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.

Perdana Menteri tentunya tidak mahu membiarkan Menteri Besar Selangor mendahuluinya atau membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya pada hujung April 2013.

Jika benar tarikh 22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian.

harkah/-

Penduduk Gaza belajar kuasai bahasa musuh

Posted: 18 Feb 2013 10:03 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Gaza
Pelajar Palestin jurusan kajian bahasa Ibrani di Universiti Islam di Gaza mengikuti kelas bahasa itu bagi memahami budaya dan pemikiran 'musuh mereka'.
Gaza
Kanak-kanak belajar menulis dan membaca bahasa Ibrani di Sekolah Persediaan Hasan Salama, Gaza.
Gaza
Kanak-kanak belajar menulis dan membaca bahasa Ibrani di Sekolah Persediaan Hasan Salama, Gaza.
Selepas lebih 15 tahun pengajaran bahasa Ibrani dihentikan di sekolah-sekolah Palestin, Kementerian Pendidikan kendalian Hamas di Gaza memutuskan memperkenalkan semula kursus bahasa itu di sekolah kerajaan dari gred tujuh hingga sembilan.

Bahasa Ibrani adalah salah satu bahasa rasmi selepas Arab dituturkan lebih tujuh juta orang di Israel.

Menurut pegawai Kementerian Pelajaran, Sumayya al-Nakhala, penting bagi suatu bangsa mahir menguasai bahasa negara yang mereka duduki kerana Palestin masih berada di bawah pendudukan Israel.

Sungguhpun, tentera mereka telah keluar dari Gaza pada 2005, namun wilayah itu masih bergantung kepada ekonomi Israel dalam pembangunan setempat.

"Pembelajaran Ibrani membuat kan kehidupan pelajar lebih mudah. Mereka dapat memahami media Israel dan dapat berurusan dengan mereka jika perlu berbuat demikian," katanya.

Pada ketika ini, ramai penduduk Gaza mampu berkomunikasi dalam bahasa Ibrani, terutama mereka yang bekerja di Israel sebelum pengambilan buruh dari Gaza dihentikan sejak tujuh tahun lalu.

Kini, bilangan terhad penduduk Gaza dibenarkan ke Israel, iaitu pesakit kritikal, ahli perniagaan dan pekerja organisasi antarabangsa.

Pada tahun pertama projek itu dilaksanakan, berpuluh sekolah asas di Gaza mula mempelajari bahasa Ibrani sebagai kelas elektif dalam gred sembilan.

Di Sekolah Persediaan Hasan Salama, di bandar Gaza, pelajar dilatih menulis Ibrani dan pada semester pertama mereka diajar membaca dalam bahasa itu.

Seorang pelajar, Nadine Al-Ashi, 15, berkata, beliau mendapati pembelajaran itu berguna dan menarik untuk dikuasai.

"Ia bahasa musuh kami. Penguasaan ini membantu memahami cara mereka berfikir," katanya.

Guru dari Sekolah Persediaan Nadine, Maysam Al-Khateeb, 45, berkata, walaupun berpuas hati dengan pencapaian pelajarnya, tetapi perkara itu banyak cabarannya.

"Selain perlu mengajar di Gaza dan Israel, medium pembelajaran terpaksa mengambil masa lama untuk disediakan," katanya.

Menurutnya, bahasa Ibrani tidak lagi diajar di semua sekolah persediaan di Gaza kerana kekurangan guru.

"Kami ingin guru berkelayakan dan dapat mengambil tanggungjawab mengajar bahasa ini secara berterusan," katanya.

Dalam usaha mendapatkan lebih ramai guru bahasa Ibrani, Universiti Islam Gaza baru-baru ini memperkenalkan program diploma dalam melahirkan lebih ramai tenaga pengajar.

Dekan di Universiti Islam di Gaza, Khaled Al-Kahlout mengatakan, tujuan  program bahasa ini adalah untuk meningkatkan pemahaman budaya lain.

"Ia sangat berfaedah terutama dalam memahami masyarakat Israel yang menjadi jiran penempatan mereka," katanya.

Seorang pekerja bank, Mohammad, 54, berkata, beliau menyertai program ini selepas melihat iklan kelas tuisyen bahasa Ibrani di bandar Gaza.

"Saya berminat mempelajari banyak bahasa dan bahasa ini adalah penting untuk memahami apa yang berlaku di Israel sebagai sebuah kuasa penjajah," katanya.

Pensyarah bahasa Inggeris dan Ibrani di Universiti Tel Aviv, Subhi Bahlol berkata, bahasa Ibrani akan digunakan di semua sekolah dan universiti di Gaza kelak.

"Bahasa Ibrani adalah kunci segalanya," katanya.

Profesor kesusasteraan Ibrani berbangsa Amerika Syarikat, Gilead Morahg memberitahu, pengenalan bahasa Ibrani ke dalam kurikulum di sekolah adalah anjakan pembelajaran yang bagus.

Beliau yang lebih 35 tahun menguasai bahasa itu berpendapat, penduduk Gaza perlu menguasai bahasa tersebut supaya boleh memahami budaya masyarakat yang dianggap musuh untuk sekian lama.

"Mengetahui bahasa dan mengkaji budaya "musuh" mampu mengurangkan satu musuh," katanya.

Tetapi wajarkan Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat membenarkan kurikulum ini disebarkan terhadap penduduk Palestin, sekali gus menyaksikan penjajahan 'secara halus' terus berlaku di Palestin.

sinar/-

Paip minyak utama Iraq kena bom

Posted: 18 Feb 2013 08:00 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Puluhan maut dalam siri letupan kereta di tiga kawasan puak Sunnah di Baghdad, Iraq.
Puluhan maut dalam siri letupan kereta di tiga kawasan puak Sunnah di Baghdad, Iraq.
BAGHDAD - Rangkaian paip minyak dari loji penapisan terbesar di wilayah utara Iraq lumpuh akibat di bom, semalam.

Jurucakap Kementerian Minyak Iraq, Assem Jihad berkata, pasukan teknikal kini giat membaiki rangkaian paip berkenaan sejurus serangan itu.

"Rangkaian paip terjejas adalah dari loji penapis Beiji ke Wilayah Ninevah. Ia mengambil masa beberapa hari untuk dipulihkan," katanya.

Menurutnya, tiada laporan kecederaan diterima akibat daripada letupan bom itu.

Sementara itu,  kumpulan Al-Qaeda di Iraq mengaku bertanggungjawab terhadap letupan kelmarin yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang maut dalam siri letupan bom kereta yang berlaku secara berturut-turut di di bandar Sadr.

Jurucakap pemantau SITE berpangkalan di Washington berkata, kejadian itu berlaku disebabkan krisis politik.

"Sekutu Al-Qaeda Iraq  mendakwa bertanggungjawab selepas mengisytiharkan untuk tindakan membalas dendam terhadap kerajaan pimpinan Syiah, katanya.

Letupan semalam berlaku di kawasan perumahan Al-Amin di Husseiniya dan Kamaliya, kawasan luar bandar di timur Baghdad.

Ketika pertempuran puak semakin meningkat, puak Sunnah mengadakan demonstrasi setiap minggu terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Nouri al-Maliki yang merupakan anggota puak Syiah. - AFP

Beruang, kuda mati diracun

Posted: 18 Feb 2013 07:30 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

pix_topright

Seekor beruang betina dan kuda jantan di Zoo Melaka, di sini, ditemui mati dipercayai diberi makanan beracun pihak tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, beruang Matahari atau nama saintifiknya, Helarctos Malayanus berusia 14 hingga 16 tahun ditemui mati jam 5 petang, kelmarin.

Sementara itu, kuda jenis Arab berusia 17 tahun itu pula ditemui mati oleh seorang petugas pada jam 7 pagi semalam. Kejadian pertama dikatakan disedari pengunjung yang memaklumkan kepada kakitangan bertugas selepas pelik melihat beruang itu terbaring di dalam kurungan dalam keadaan meniarap dengan seekor beruang lain menindih badannya.

Pegawai Veterinar Zoo Melaka Dr Zubaidah Kamarudin berkata, pemeriksaan lanjut dijalankan, namun binatang yang berada di zoo berkenaan sejak 2000 mati beberapa minit kemudian. "Beruang dibawa ke Bilik Bedah Siasat Khas zoo dan mendapati ia memakan pisang dipercayai mengandungi serbuk atau racun yang belum pasti jenisnya.

"Pisang dan racun itu dikesan berada di dalam usus binatang berkenaan yang sudah dihadam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

metro/-

Takdir pujuk bekas isteri

Posted: 18 Feb 2013 07:00 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

"Bekas suami sempat menghadiahkan cincin perak dipakainya dan beberapa kali merayu mahu rujuk semula sebelum memberitahu mahu ke Kuala Lumpur ketika kami bertemu di kedai runcit saya petang semalam (kelmarin)," kata Wahida Mohd Hanif, 40, bekas isteri Mohd Nasaruddin Sidek, 39, yang maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan bas ekspres berhampiran Kampung Jubakar, semalam.
Dalam kejadian jam 5.20 pagi di Kilometer 19 Jalan Pengkalan Kubor – Kota Bharu itu, seorang wanita warga Thailand, Rohanee Samamae, 35, yang menaiki kereta bersama Mohd Nasaruddin turut maut manakala seorang lagi penumpang kereta, Waehanisah Kolu, 22, cedera parah.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu rakan Mohd Nasaruddin dan kedua-duanya sedang hamil. Kemalangan berlaku apabila Mohd Nasaruddin dari Kok Lanas, Kota Bharu yang dalam perjalanan ke Kota Bharu dari Pengkalan Kubor gagal mengawal kereta Honda Accord dipandunya lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan ke Pengkalan Kubor.
Mohd Nasaruddin dan Rohanee meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala Waehanisah kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Jenazah Mohd Nasaruddin dan Rohanee dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Menurut Wahida, bekas suaminya sempat membelikan kek seperti diminta anaknya, Nurnisren Afifah, 13.
"Saya sempat berbual dengannya berhubung permintaannya untuk rujuk semula selepas lebih 10 tahun kami bercerai. Saya meminta tempoh untuk berfikir sebelum dia menyerahkan cincin perak yang selalu dipakainya kepada saya.

metro/-

Tak mustahil PR tawan Perlis

Posted: 18 Feb 2013 06:40 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


PRU13
PRU13
KANGAR – Barisan Nasional (BN) didakwa mempunyai peluang besar untuk menjadi pembangkang di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Anuar Tahir berkata, rakyat negeri ini sudah bosan dengan kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan Umno dan BN Perlis yang dilihat tidak membawa kebaikan kepada rakyat.

Menurutnya, walaupun tsunami politik semasa PRU12 tidak secara menyeluruh sampai ke negeri ini, tapi rakyat sudah sedar akan keupayaan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri dengan baik.

"Rakyat sudah sedar dan melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan PR diterajui Pas umpamanya di Kedah.

"Kita dapat lihat kemampuan pentadbiran yang bersih rasuah dan pembaziran dalam pengurusan kewangan negeri, maka rakyat negeri ini pun mahukan perubahan sedemikian.

"Saya yakin perpecahan dalam Umno dan BN sudah hampir menjadi sempurna dan mereka berpeluang untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini. Mereka boleh ikut jejak rakan-rakan mereka di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang menjadi
pembangkang yang baik," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, rakyat juga sudah bosan dengan pentadbiran Umno dan BN sejak puluhan tahun lamanya yang tidak membawa pembaharuan di negeri ini.

"Selepas adakan program rumah ke rumah, saya dapati rakyat negeri ini sudah boleh menerima pentadbiran PR. Mereka sudah boleh menerima Pas di negeri ini dan bosan dengan pentadbiran lama.

"Ini tidak pernah berlaku sejak 1997. Pada awalnya, rakyat negeri ini tidak pernah terbuka untuk menerima PR. Tapi sekarang ini mereka sudah terbuka untuk bersama dengan PR," katanya.

Anuar berkata, golongan muda terutamanya juga semakin berani dan mahukan perubahan di negeri ini dengan pentadbiran baru.

"Kita faham orang muda ini tidak akan hadir ke program ceramah-ceramah yang kita buat. Tapi kita yang bergerak bertemu dengan mereka sebab mereka ini lebih banyak masa melayari laman sesawang dan sebagainya.

"Dari situlah mereka akan mendapat cukup maklumat dan berdasarkan itulah mereka tahu ketirisan yang berlaku dalam Umno dan BN," katanya.

sinar/-

KABEL PUTUS NYAWA TERCABUT

Posted: 18 Feb 2013 06:00 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

"Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini," kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus. 

Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.

Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan. "Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah 'haus' kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini," katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.

Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan.

"Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.

"Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu," katanya.

Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu.

Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

metro/-

Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat

Posted: 18 Feb 2013 05:30 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Choong
Choong
Aliran trafik bergerak perlahan berikutan kejadian banjir semalam.
Aliran trafik bergerak perlahan berikutan kejadian banjir semalam.
Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat
Keadaan dalam pusat beli-belah turut dinaiki air semalam.
banjir p
Lebih 30 kenderaan tenggelam akibat kejadian banjir kilat, petang semalam
Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat
Beberapa kenderaan ditenggelami air dalam kejadian petang semalam. Foto : oriental daily
Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat
Sebahagian Bandar Puchong Jaya tenggelam dalam kejadian banjir kilat petang semalam
 
sinar/- 

Rosman Lancar Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia , Bantu juga anak Altantuya !

Posted: 18 Feb 2013 05:05 PM PST

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Saya tertarik dengan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang melancarkan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia bagi memberi sinar kebahagiaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh dunia.

Beliau berkata, tabung yang menyasarkan kutipan dana sebanyak mungkin itu akan membantu kanak-kanak yang terlibat dengan pelbagai bentuk musibah seperti peperangan, bencana alam, kebuluran dan kemiskinan.

"Saya berharap badan-badan korporat dan individu agar tampil menghulurkan sumbangan bagi tabung itu," katanya.


Harapan saya Nasib anak kepada Wanita Monggolia yang dibunuh menggunakan C4 yang berada dalam kawalan ketat Kementerian pertahanan semasa Najib Razak menjadi Menteri Pertanahan juga terbela dengan tabung yang dikumpulkan itu.


Bantuan kepada anak Altantuya itu saya kira malah perlu didahulukan.


R disabotaj lagi, billboard disimbah cat merah

Posted: 18 Feb 2013 05:00 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) terus berdepan tindakan khianat pihak yang tidak senang terhadap perjuangan mereka.

Terbaru, billboard R yang dipasang di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa disimbah cat merah.

Menurut aktivis R, Jeming Hassan kejadian itu disedari kira-kira jam sembilan pagi semalam.

"Kami sudah buat laporan polis selepas itu juga dan minta pihak polis siasat segeralah.

"Apa salah billboard itu sedangkan duit untuk cetak billboard ini kami kumpul dari rakyat yang memperjuangkan royalti untuk Kelantan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Billboard bertulis 'Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami' itu mula dipasang Januari lalu sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan lawatan ke negeri itu.

Awal Januari lalu, dua kereta milik Presiden R, Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah.

Seminggu selpas itu pula, cermin kereta milik Setiausaha R, Hishamuddin Ghazali dipecahkan di Greenwood, Gombak sehari selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Beberapa dokumen penting berkaitan R, plak R dan beberapa beg aktivis R dicuri.

Tambah Jeming, walaupun beberapa laporan polis dibuat, namun kejadian sabotaj sebegini masih berlaku.

"Kejadian sabotaj begini tidak sedikit pun melunturkan semangat kami untuk terus memperjuangkan royalti untuk rakyat Kelantan," katanya.

harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan