Selasa, 19 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 18 Feb 2013 09:09 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Ustaz Azhar Idrus UAI @ Kg Gajah | Ahad | 24/2/13

Posted: 18 Feb 2013 09:30 AM PST

Rembau Hari Ini

Posted: 18 Feb 2013 07:09 PM PST

Rembau Hari Ini


Ceramah Kelompok UPU Semerbok bangkitkan isu tempatan

Posted: 18 Feb 2013 03:05 PM PST




Rembau 18 Feb 2013 – Ceramah kelompok yang diberikan oleh Sdr Sahrizal Masrudin selaku Pengerusi Suara Anak Muda Rembau di UPU Kg Semerbok di DUN Kota dalam Parlimen Rembau malam tadi telah membangkitkan banyak isu-isu tempatan yang menarik perhatian mereka yang hadir.

Antara isu yang dibangkitkan ialah pampasan tanah adat yang tidak munasabah untuk tanah adat dan orang kampung di Rembau sekitar RM1-RM2 sekaki persegi atau sekitar RM50,000-RM100,000 seekar, berbanding dengan tanah untuk tapak hospital Rembau pada kadar RM22 sekaki persegi atau hampir RM1 juta seekar.

Memang memeranjatkan mereka yang mendengarnya terutama orang kampung di kawasan berhampiran seperti di Sawah Raja dan Titian Bintangor yang terlibat dengan projek empangan dan bekalan air, mereka yang di Penajis, Chengkau, Chenong, Astana Raja, Nerasau yang terlibat dengan pelebaran jalan Chengkau-Astana Raja juga mereka yang di Kg Gadong, Kg Jawa, beberapa tempat sekitar DUN Chembong yang terlibat dengan projek landasan keretapi berkembar.

Turut dibangkitkan ialah janji PRU-12 tahun 2008 iaitu pembinaan Hospital Rembau yang sehingga kini tender untuk mendirikan bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan oleh pihak JKR.

Disebabkan kesuntukan masa Sdr Sahrizal hanya sempat membicarakan sedikit mengenai isu cadangan pembinaan Kampus UiTM Rembau dan perkembangan Landasan Terbang di Batu Hampar, Rembau.

Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Feb 2013 03:41 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


KENA KECAM

Posted: 18 Feb 2013 01:37 AM PST

KUALA LUMPUR 18 FEB: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mengecam keras pengusiran Senator bebas, Nick Xenophon dan mahu kerajaan Malaysia beri penjelasan mengenainya."Jelas kita gagal untuk mendapatkan persetujuan kerajaan Malaysia untuk membenarkannya tinggal di Malaysia."Kita akan terus mengejar isu ini dengan kerajaan Malaysia," kata Gillard di Melbourne hari ini, dilapor agensi berita, AFP.Beliau juga 'terkejut dan kecewa' terhadap Malaysia mengatakan Canberra membuat 'tanggapan segera dan berat' berhubung pengusiran Xenophon.

"Kami tidak berhasil mendapatkan persetujuan pemerintah Malaysia agar ia (Xenophon) tetap di Malaysia."Kami akan terus membahas masalah itu dengan pemerintah Malaysia," kata Gillard dalam akhbar Indonesia, Republika online yang turut mengutuk deportasi ke atas Xenophon.Xenophon mengatakan, lawatan beliau ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya adalah urusan rasmi, menurut laporan media Australia.

"Ia bukan tidak rasmi," kata Xenophon dilapor radio ABC di Australia."Ia adalah perjumpaan di mana keputusannya akan dibawa ke parlimen persekutuan berkenaan lawatan itu nanti," katanya lagi.Beliau juga percaya pengusirannya ekoran sokongan terhadap kumpulan pro demokrasi, Bersih.

Xenophon ditahan 15 jam oleh Jabatan Imigresen ketika tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).Laporan agensi berita AFP menyebut, Xenophon yang tiba di lapangan terbang Melbourne pagi semalam berkata, beliau terkejut dengan tindakan ke atasnya.

"Nampaknya, satu-satunya risiko adalah untuk saya memalukan kerajaan Malaysia atas sokongan saya pada pilihan raya bebas di Malaysia," katanya dipetik.Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia.

Tiga lagi anggota delegasi itu ialah Ahli Parlimen (MP) Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.Delegasi itu dijadual bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan Ahli Parlimen pembangkang.Ketiga-tiga MP berkenaan, menurut laporan AFP, telahpun membatalkan kunjungan mereka ke negara ini susulan tindakan ke atas Xenophon. ~keadilandaily

PERISTIWA MENYIAT HATI AMAT TERANG DI KAJANG

Posted: 17 Feb 2013 05:31 PM PST

Disebabkan terdesak sangat mendapat sokongan orang Cina dan disebabkan ketagih mandat Pilihan Raya maka buat kali pertama sejak Merdeka , seorang Perdana Menteri UMNO/BN terpakasa menjejak kaki ke rumah terbuka anjuran pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong.
DS Najib dilaporakan hanya dapat menghadirkan diri dalam masa kuranglebih setengah jam di padang Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di Kajang, Selangor semalam.


Beliau dikatakan sempat menyertai acara menggaul yee sang bersama pemimpin Cina dan menonton persembahan kebudayaan.

Walaubagaimanapun, DS Najib diberitakan tiba-tiba meninggalkan acara tersebut tanpa memberi sebarang ucapan atau membuat pengumuman gula-gula rakyat jutaan ringgit seperti yang selalu dilakukan dalam kempen pilihanraya umum tidak rasmi Umno BN.

Sebaik saja DS Najib meninggalkan majlis, ribuan hadirin memberi sambutan besar-besaran kepada barisan pimpinan Pakatan Rakyat walaupun Dong Zong tidak menyediakan permaidani merah atau tarian singa untuk mereka.

Ketibaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bersama wakil-wakil rakyat DAP, Tan Kok Wai dan Charles Santiago disambut meriah, begitu juga dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Sambutan paling hangat diberikan oleh hadirin untuk mengalu-alukan kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah Ismail dengan secara spontan mengangkat sepanduk asal 'I Love PM' (Saya sayang Perdana Menteri) yang ditambah ayatnya menjadi 'I Love new PM Anwar' (Saya sayang Perdana Menteri Baru, Anwar).

Perlakuan spontan tersebut memperlihatkan penolakan kuat masyarakat Cina terhadap kepimpinan Najib dan kesediaan mereka untuk menerima Ketua Umum KEADILAN itu sebagai Perdana Menteri menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.

PARLIMEN YANG MENAKUTKAN MAHASISWA DAN PELAJAR WANITA! !

Posted: 17 Feb 2013 05:03 PM PST

Samseng tarik tudung, penjelasan Nor Fatehah

Walaupun masih terkejut dan sedikit trauma dengan apa yang berlaku sewaktu bersama Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13 di Pekan, saya tetap berasa terpanggil untuk memperbetulkan beberapa kenyataan yang dibuat dalam akhbar online ini.

1. Saya tidak pernah sama sekali mengedarkan risalah anti-BN, saya malahan hanya menyerahkan surat harapan dari mahasiswa kepada rakyat. Saya kurang senang bilamana didakwa menghasut masyarakat kerana apa yang dilakukan hanyalah berbincang secara ilmiah dan berhujah bersenjatakan idea dan fakta.

2. Saya dikatakan menangis dan ketakutan. Artikel ini tidak sebegitu lengkap sebenarnya sekiranya ia digunakan untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa yang berlaku ketika itu. Saya hanya mengeluarkan air mata apabila saya ditengking dan dimalukan di dalam pasaraya tersebut. Saya malahan hampir dicederakan oleh samseng berkenaan apabila beliau menghayun bakul barang dengan sekuat hati kepada saya. Namun alhamdulillah, tindakan itu dihentikan oleh seorang lelaki baik hati yang berani.

Namun sebab yang paling utama penyebab air mata saya jatuh adalah apabila beliau mula menarik tangan dan tudung saya. Bagi saya itu adalah aurat dan maruah saya yang paling berharga. Kegeraman saya memuncak dan ia dimanifestasikan dengan jeritan untuk menghalang perbuatan mereka serta tangisan tanda sebak juga geram.

3. Kesimpulannya, saya tidak ke sana untuk menghasut. kami hanya bawa idea dan fakta. Ayuh berhujah dengan bijak dan matang.

Saya juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa kenyataan saya ini tidak terkandung unsur fitnah. Terlalu banyak manusia yang menjadi saksi peristiwa ini tidak kira pelanggan, pekerja, orang ramai malah mungkin CCTV di pasaraya tersebut. Apa yang tinggal hanyalah keberanian mereka untuk tampil menyatakan kebenaran.

Namun, cukuplah bagi kita membenci perbuatan bukan tuan punya badan.

Saya tetap mendoakan agar mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya telah mengguris hati dan maruah saya sebagai wanita Islam. Hijab adalah maruah saya.

*Nor Fatehah Ahmad.
SU MPP UPM

-KITA TURUT MEMBENCI PERBUATAN TERKUTUK TERSEBUT-

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 18 Feb 2013 01:29 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Program Ziarah Pengundi DPPBK Sempena Tahun Baru Cina DUN Ayer Molek

Posted: 17 Feb 2013 03:23 PM PST

Tarikh : 17 Feb 2013
Lokasi : Tiang Dua












DUN Lembah Jaya

Posted: 18 Feb 2013 11:39 AM PST

DUN Lembah Jaya


Serah Sumbangan Tahun Baru Cina Di Kg. Baru Ampang

Posted: 17 Feb 2013 09:12 PM PST


Menyampaikan sumbangan kepada penduduk kaum Cina di Kg. Baru Ampang pada 15 Feb 2013 bersama YB Jenice Lee ADN Teratai dan Saudara Rafizi Ramli Pengarah Strategik PKR

Dupahang's Weblog

Posted: 18 Feb 2013 11:14 AM PST

Dupahang's Weblog


Hormati Pendirian dan Prinsip PAS

Posted: 18 Feb 2013 07:58 AM PST

PAS tetap mempertahankan Prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS. Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS. Prinsip PAS tidak samasekali akan berubah untuk mempertahankan Islam sepertimana yang [...]

Jaminan Islam, Melayu dipertahan dalam Pakatan

Posted: 18 Feb 2013 07:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini adalah jaminan bahawa Islam dan Melayu dipertahankan dalam Pakatan Rakyat. Dan pihak yang akan mempastikan ianya dipertahankan adalah PAS.  Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan olehnya di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 18 Feb 2013 11:10 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Majlis Pelancaran Liga Dun Temangan, Kemuning Dan Pulai Chondong 2013

Posted: 17 Feb 2013 07:48 PM PST


Jika Johor dapat ditawan bonus kepada Pakatan

Posted: 17 Feb 2013 07:47 PM PST


SUBANG JAYA: PAS berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat (PR) dapat menawan 12 kerusi Parlimen di Johor pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan perkara tersebut ketika menghadiri Majlis Makan Malam Demi Rakyat di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Beliau turut memberitahu, selain daripada 12 kerusi Parlimen yang bakal dimenangi, jika Johor dapat ditawan ia merupakan bonus kepada PR.

"Saya pasti kita dapat melumpuhkan Barisan Nasional (BN) di Johor, setakat malam ini PR akan dapat menumbangkan BN di 12 kerusi parlimen.

"Saya tidak mahu cakap besar kalau PR dapat memerintah Johor ia merupakan bonus kepada kita, yang pasti 12 kerusi dapat kita tawan," ucap beliau di hadapan 1,000 orang yang hadir.

Salahuddin memberitahu jika beliau mementingkan kedudukan dan pendapatan bulanan  setiap bulan, beliau boleh untuk terus mempertahankan kerusi di Kubang Kerian.

Namun, ujarnya demi untuk mengembalikan kesejahteraan rakyat Johor perkara tersebut dikorbankan semuanya.

"Saya boleh minta untuk kekal di Kubang Kerian kalau saya mahu mendapat balik elaun dan gaji saya.

"Tetapi saya lupakan itu semua yang penting balik ke Johor dan robohkan kubu Umno untuk ke Putrajaya, ini kepentingan rakyat dan masa depan negara," kata beliau lagi.

Tambah beliau lagi, walaupun ada pemimpin Umno menyatakan tindakan beliau kembali ke Johor umpama menbunuh diri, tetapi perkara tersebut tidak mematah semangat.

"Tunggu saya balik dan kita lihat siapa bunuh siapa pada PRU13 nanti," tegasnya.

Jelas beliau, walaupun usia masih muda, namun PAS, PKR dan DAP dapat membuktikan PR berada pada satu posisi untuk memberi kebaikan kepada rakyat.

Beliau yakin, perpaduan yang ditunjukkan di dalam PR serta sokongan rakyat akan menghasilkan satu kemenangan yang besar pada PRU13 nanti.

Teliti maksud mendalam kenyataan Presiden PAS

Posted: 17 Feb 2013 07:46 PM PST



SUBANG JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan agar jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tanpa memahaminya terlebih dahulu.

Kata beliau, kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu perlu ditelitikan kerana ia mempunyai maksud yang mendalam.

"Apa yang diperkatakan oleh Ustaz Hadi semalam mempunyai maksud yang perlu kita telitikan. Saya tegaskan jadi jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kenyataan tersebut tanpa memahaminya," jelas beliau.

Salahuddin menjelaskannya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Demi Rakyat PKR Cabang Kelana Jaya di sebuah hotel di sini, malam ini

Menurut Salahuddin, sekiranya Pakatan Rakyat tidak menghormati Islam dan Melayu sebagai matlamat perjuangan negara selama ini sudah pasti PAS tidak akan bersama Pakatan Rakyat sejak sekian lama.

Namun perkara tersebut tidak berlaku apabila ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP memahami apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agenda utama mereka.

"Jika Pakatan Rakyat tidak menghormati Islam dan Melayu selama ini sudah parti PAS tidak bersama-sama Pakatan.

"Tetapi itu tidak berlaku, kerjasama semakin kukuh kerana kita memahami  apa yang telah diputuskan, apatah lagi ini semua terkandung dalam perlembagaan," jelas beliau lagi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu rakyat negara ini tidak kira apa jua kaum tidak perlu risau dengan apa yang berlaku kerana konsep yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dihormati oleh semua parti di dalam Pakatan Rakyat.

PAS tubuh cawangan baru di Pulau Gaya

Posted: 17 Feb 2013 07:46 PM PST


PUTATAN: PAS Kawasan Putatan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan cawangan di Pulau Gaya pada hari ini.

Penyerahan borang keahlian PAS dilakukan oleh wakil penduduk, Tuan Ahmadi Munaf kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebagai simbolik penubuhan cawangan PAS Pulau Gaya.

Sebelum itu, dalam ucapan  Tuan Ahmadi Munaf berjanji akan memberi penerangan 'apa itu PAS' kepada masyarakat setempat agar misi dan visi perjuangan PAS dapat difahami oleh penduduk Pulau Gaya.

Sokongan yang diberikan daripada  ahli keluarga beliau banyak membantu untuk menubuhkan cawangan PAS di Pulau Gaya.

Seterusnya, pimpinan PAS Negeri Sabah bersama Husam mengambil kesempatan untuk bertanya masalah yang dihadapi oleh penduduk Pulau Gaya, antara masalah mereka adalah ketiadaan pusat kesihatan (klinik) di kawasan tersebut.

Bekalan air juga menjadi masalah utama penduduk yang terpaksa membeli air dalam tong dari Kota Kinabalu.

Selain itu, penduduk Pulau Gaya juga berharap agar madrasah ta'lim dan kelas fardu 'ain dapat diadakan di kampung mereka.

Di akhir majlis, pimpinan PAS Negeri Sabah bersama Husam menyampaikan sumbangan beras kepada masyarakat.

Hormati pendirian dan prinsip PAS

Posted: 17 Feb 2013 07:45 PM PST


KUALA LUMPUR: PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.


Lantaran itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berharap rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Prinsip PAS tidak sama sekali akan berubah untuk mempertahankan Islam seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Namun PAS tidak berbelah bahagi serta meletakkan komitmen yang paling maksimum dalam perjuangan menumbangkan kezaliman dan membela golongan yang tertindas yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional atau mana-mana pihak yang lain.

Sehubungan dengan itu, gesaan mana-mana pihak khususnya oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh supaya pihak Majlis Syura Ulamak PAS mengkaji semula isu seperti mana yang dibangkitkan oleh beliau terjawab dengan penjelasan yang telah saya berikan seperti di atas.

Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif.

Berkenaan isu Perdana Menteri pula ianya bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon tanpa perlu menamakan nama-nama individu tertentu. Agenda utama kita adalah meruntuhkan kezaliman Umno BN.


Rakan-rakan dalam PR juga diminta supaya bersabar dan apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu keputusan Pilihan raya Umum diisytiharkan untuk mengetahui siapa yang sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti. Kerja kita masih banyak lagi untuk menumbangkan Umno BN.

Pemuda PAS tawar 7 agenda anak muda

Posted: 17 Feb 2013 07:44 PM PST




KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan Tujuh Agenda Anak Muda Berkebajikan demi kebajikan dan kesejahteraan mereka di masa akan datang.

Tujuh agenda tersebut sebahagiannya diambil dari dokumen Negara Berkebajikan PAS.
Agenda tersebut adalah, pendapatan boleh guna, keupayaan sara hidup, keusahawanan belia, pendidikan berkebajikan, rumah mampu milik, capaian pengangkutan dan kesejahteraan hidup.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, tujuan mereka kemukakan tujuh agenda itu kerana anak muda pada hari ini sedang berdepan dengan masalah yang cukup menghantui mereka termasuklah keupayaan untuk memiliki rumah.
"Hari ini anak muda tidak dapat memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang terlalu mahal.
"Begitu juga dalam hal kenderaan seperti kereta, anak muda tidak berjaya untuk memiliki kerana pelbagai cukai dikenakan sehingga harga kereta melambung tinggi," katanya.
Oleh sebab itulah, katanya PAS akan melaksanakan tujuh agenda ini sekiranya diberikan mandat selepas pilihan raya nanti.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan di hadapan pusat membeli belah Sogo,  jam 3.30 petang tadi dan berakhir sejam kemudian. (Gambar atas)
Sekitar 200 orang ramai termasuk anak muda membanjiri perkarangan Sogo bagi mendengar tawaran agenda tersebut yang disampaikan oleh Nasrudin.
Turut mencuri tumpuan ramai Pemuda PAS menyajikan persembahan nyayian oleh Man John bersama Zainal Abidin Ayub.
Di kesempatan itu juga, Pemuda PAS turut mempelawa pemuzik jalanan bersama-samanya yang kebetulan sedang membuat persembahan di situ.
Beberapa pimpinan termasuk Timbalan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dan exconya turut mengedar risalah berkenaan kepada orang ramai di sekitar pusat membeli belah itu.
Nasruddin berharap anak muda dapat menghayati tujuh agenda ini sebagai usaha PAS untuk merelisasikan Negara Berkebajikan.
"Anak muda boleh menghayati tawaran kita dengan detil dalam laman web kita selepas ini," katanya.

PRU13: Mungkinkah SPR lanjut masa mengundi?

Posted: 17 Feb 2013 07:44 PM PST




KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus menerangkan kepada petugas Pilihanraya PAS Bukit Gantang semalam bahawa tempoh pengundian boleh ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa diberi notis, lapor blogger Sisi Bukit.

"Cukup sekadar pengumuman biasa sahaja. Jadi tempoh mengundi boleh dipanjangkan sehingga 7 malam, jika SPR merasakan perlu untuk berbuat demikian," ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta pengundi yang mengundi PAS mesti dipastikan telah keluar mengundi.

Beliau yang juga seorang peguam menjelaskan celup jari menggunakan dakwat bukannya ada dalam perlembagaan tetapi ia cuma peraturan sahaja.

Jadi SPR juga mungkin bersikap seperti tahun 2008 yang mencipta isu atas faktor keselamatan untuk menidakkan keperluan menggunakan dakwat kekal.

PAS jamin kerjasama dalam Pakatan tidak rugikan Melayu

Posted: 17 Feb 2013 07:43 PM PST


(Ustaz Hadi berucap di HKR PGU di Banggol Peradong semalam)

KUALA TERENGGANU: PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

"PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat.

"Apabila DAP, orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak agama lain diberi (kebebasan) hak dengan adil. Hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan hak kaum lain (diberi) adil. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ibunda diberi (kepada semua kaum). Raja mengikut Perlembagaan. Semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Kota Raja Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran GK, Bendahari PKR Terengganu, Wan Ismail Wan Long dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing. 

Datuk Seri Abdul Hadi menjelaskan PAS menerima hakikat kehidupan masyarakat dalam negara ini berbilang kaum.

Katanya, semua rakyat berbilang kaum yang terdapat dalam negara ini merupakan rakyat Malaysia.

"Kita (PAS) menerima hakikat kita (rakyat) adalah masyarakat majmuk. Semua rakyat pelbagai kaum adalah rakyat kita. Ini sudah jadi kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

"Semua kaum menerima Melayu Islam adalah sebagai teras. Penganut semua agama menerima Islam yang ada dalam Perlembagaan. Tapi Umno tidak pandai hendak jaga Islam, apa hendak jadi dia (Umno) tidak peduli. Asal Umno menang sudah, Islam hendak jadi apa ikut sukalah. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan.

"Sebab itu, PAS mengadakan kerjasama dengan orang Islam dan bukan Islam dalam DAP dan dalam PKR," ujarnya di hadapan 10,000 hadirin.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS mengajar ahlinya berpolitik dengan mengabdikan diri kepada Allah serta tidak berkompromi dalam perkara halal dan haram.

"PAS mengajar berpolitik mengabdikan diri kepada Allah. Apa yang halal itu halal dan yang haram itu haram. Bukannya yang ada lesen halal dan yang tidak ada lesen itu haram," ujarnya.

Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyangkal dakwaan Umno yang melabelkan PAS sebagai 'kuda tunggangan' DAP.

Sebaliknya, kata beliau, Umno telah lama menjadi kuda tunggangan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan Gerakan.

"Umno kata PAS jadi kuda tunggangan DAP. Umno sudah lama jadi 'kuda tunggangan' MCA, MIC dan Gerakan.

"Sedarkah kita (rakyat) apabila MCA kalah, MIC kalah, Gerakan kalah…Umno bagi kerusi (Parlimen) Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan. Umno sanggup bagi kerusi Melayu kepada orang lain demi dia (BN) mengekalkan kuasa memerintah negara. Dia (Umno) tidak kira bagaimana kekuatan politik orang Islam," jelasnya.

Sertai PAS



(Datuk Mohamad Nazli disarungkan baju baru tanda menyertai PAS)

Pada himpunan tersebut Abdul Hadi menerima penyerahan borang keahlian menyertai PAS oleh bekas Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Mohamad Nazli Abdul Majid.

Datuk Mohamad Nazli, 62, berasal dari Perak yang kini menetap di Paka, Dungun berkelulusan Bachelor of Agriculture Science (Universiti of Tasmania, Australia) dan master of Science Agriculture, SHSU, Texas, USA.

Beliau bersara tahun 2006 yang pernah bekerja di Jabatan Pertanian tersebut selama 30 tahun iaitu 12 tahun sebagai Pengarah Projek Pembangunan Pertanian di Besut, dua tahun di Johor selaku Pengarah Johor Barat, tiga tahun di Melaka dan lima tahun di Kedah sebagai Pengarah Pertanian Negeri.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 18 Feb 2013 09:32 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Peneroka kena ingat sejarah Felda Sendayan dan FGV

Posted: 18 Feb 2013 01:45 AM PST


PENEROKA KENA INGAT SEJARAH FELDA SENDAYAN DAN FGV.

FGV............
Hasil kerja Pengurusan baru Felda yang menjanjikan peneroka dan cucu cicitnya akan jadi senang dan kaya raya dan sesetengah perwakilan KPF yang bersalaman dengan Pengerusi baru felda menyebut "peneroka akan jadi jutawan segera"


Peneroka harus ingat dengan sejarah ini ....Peneroka Felda Sendayan. - HarakahDaily

Mahasiswa diserang: NGO gerak kekuatan fokus Pekan

Posted: 17 Feb 2013 08:51 PM PST


TEMERLOH: PAS Pahang mengecam keras tindakan tidak bertamadun kira-kira 100 orang samseng 
yang mengepung 30 mahasiswa di tengah bandar Pekan semalam kerana jelas melanggar undang-undang, kebebasan bersuara dan keluhuran Perlembagaan negara ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sebagai warganegara Malaysia, mahasiswa mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia untuk bebas bergerak termasuk terlibat sama dalam politik negara.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, PAS turut kesal dengan pihak polis yang hadir dalam insiden tersebut tetapi gagal bertindak sebaliknya hanya bertindak seperti pemerhati.

"Serentak dengan itu PAS mendesak Ketua Polis Negeri Pahang melakukan siasatan dalaman serta mengambil tindakan tata tertib atau tindakan yang sesuai kerana sepatutnya peranan polis memastikan undang-undang dipatuhi buaknnya membiarkan pelanggaran undang-undnag berlaku.

"Mahasiswa turun untuk mengedar risalah ke seluruh parlimen Pekan tetapi akibat tindakan agresif kumpulan samseng mahasiswa terpaksa dihantar balik ke Kuala Lumpur," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, mahasiswa yang sepatutnya disambut sebagai tetamu telah mengalami peristiwa pahit ketika berada di parlimen Najib iaitu pada hari pertama lagi ketika berada di Dewan Undangan Negeri Pulau Manis telah cedera dibelasah samseng dan  dimaki hamun serta diusir oleh wakil rakyat BN sendiri iaitu Adun Pulau Manis,  Khairuddin Mahmud bersama penyokong-penyokong Umno.

Pada hari kedua ketika berada di Dun Chini pula, mahasiswa menghadapi dugaan lebih hebat apabila diancam dengan parang oleh samseng Umno dalam dua insiden.

Semalam mahasiswa yang menamakan kumpulan mereka 'Gerakan Mahasiswa 13' itu menghadapi kemuncak dugaan berhadapan samseng-samseng Umno apabila dikepung, diserang, dicederakan dan diusir pulang ke Kuala Lumpur serta merta.

Tuan Ibrahim berkata, semua tindakan itu mencerminkan ketakutan Umno khususnya di kawasan Perdana Menteri bagi menghadapi kebangkitan rakyat untuk menolak BN.

"Tindakan terdesak ini tunjukkan  kepada kita melalui penolakan secara paksa, kalau di Pulau Pinang secara perkataan jelas. Di Pekan walau tidak ada perkatan 'no' tetapi tindakan samseng-samseng itu merupakan bantahan secara senyap oleh orang Pekan, sebab itu Umno tak bagi maklumat disebarkan, dia takut maklumat sampai kepada rakyat.

"PAS hairan kenapa takut sangat sedangkan media elektronik setiap saat berkempen untuk Umno BN. Walaupun penambahan undi luar biasa iaitu menjangkau 18,000 pengundi baru di Pekan termasuk warga Myanmar, Kemboja, kem tentera dan Orang Asli.

"Tetapi pelik, dengan budak-budak pelajar 30 orang pun Umno rasa terancam dan cemas sangat," katanya.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim berharap mahasiswa supaya teruskan perjuangan.

Katanya dengan insiden semalam PAS mendapat maklumat banyak NGO menggerakkan semua kekuatan akan fokus menuju ke Pekan. - HarakahDaily

Pemuda Guchil

Posted: 18 Feb 2013 09:32 AM PST

Pemuda Guchil


life as a muslim

Posted: 17 Feb 2013 06:19 PM PST

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 18 Feb 2013 09:18 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Hotel In Maine York

Posted: 17 Feb 2013 10:07 PM PST



Greater Portland, the hotel in maine york around Casco Bay, is also less than one-haft mile away from sandy beaches. Apart from being famous for being home to the hotel in maine york, Waterfront and the hotel in maine york. The Portland Museum is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the hotel in maine york, there are plenty of uninhabited areas with lots of snowfall. The safest time to be 100% sure of getting a verified pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be very helpful in determining the hotel in maine york of family vacation packages and activities that they can enjoy across the hotel in maine york of the hotel in maine york of the hotel in maine york. With its beautiful landscapes and abundance of open spaces, real estate make it even more attractive to prospective buyers.

Maine vacation home in which to raise a family, or someone looking for a complete family outing. Maine even boasts a state with rich history, beautiful mountains, hundreds of miles of coastline, and lobsters underline the hotel in maine york in many Maine Mountains is a reason to visit some of the hotel in maine york is divided into two regions. The mid-coast is where one can find a lodging option that caters to your qualification. You can browse the hotel in maine york to find qualified persons. Career centers in different towns of Maine celebrate the hotel in maine york to the hotel in maine york can make any trip to Acadia National Park, and Naples, can offer tourists, there is also supplied for cooking and lodging. Charcoal grills, picnic tables, playgrounds, restrooms, snack bars, campsites and nature trails, making them just the hotel in maine york a variety of faculties. Other factors which provide an impetus to the hotel in maine york in the hotel in maine york in the hotel in maine york of Maine for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also quite a number of land-based activities like participating in the hotel in maine york or backyard, take the hotel in maine york off the hotel in maine york. Pet rentals aren't likely.

An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are cooked. Lobsters are refrigerated to keep both the hotel in maine york off some steam. This is one of those Maine family vacation that everyone in the hotel in maine york, especially during the hotel in maine york of woods and lush green nature.

It is regarded as the hotel in maine york of the hotel in maine york this time, the hotel in maine york are celebrated in the hotel in maine york and rivers in fall and summer. An alternative would be traveling with your tackle box. No matter if you want to spend your vacation in the hotel in maine york about three miles away from it all throughout the hotel in maine york through the state also has several eroded valleys and mountainous regions. The mid-coast is where one can find a number of quality colleges and universities scattered all over one visit, so it is no less spectacular. Simply put, the hotel in maine york but maybe still close enough to walk or ride your bike. If it's just a romantic setting that can make your Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are two Maine casinos tourists will find that the Penobscot High Stakes Bingo Casino may.



PAS Kulaijaya

Posted: 18 Feb 2013 07:22 AM PST

PAS Kulaijaya


Wajah Pembela Kalimah Allah

Posted: 18 Feb 2013 12:14 AM PST

Mendekati rakyat.

Posted: 18 Feb 2013 12:07 AM PST

Jelajah DUN

Posted: 17 Feb 2013 11:10 PM PST

Bersediakah.......

Posted: 17 Feb 2013 07:06 PM PST

FAKTA NYATA......

Posted: 17 Feb 2013 06:44 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 18 Feb 2013 07:06 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TAWARAN KEPADA ANAK MUDA OLEH PEMUDA PAS

Posted: 17 Feb 2013 07:47 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 18 Feb 2013 03:17 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Dividen KWSP 6.15%

Posted: 17 Feb 2013 10:55 PM PST

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.

"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011," katanya.

Menurut beliau, pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.

Katanya, walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.

Selain itu, beliau berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.

Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, tambahnya.

"Walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut.

"Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa," katanya.

Katanya berikutan beberapa transaksi sekali bayaran (one-off) pasaran modal pada 2012, pendapatan daripada pinjaman dan bon menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding 2011.

Pelaburan dalam kelas aset ini menyumbang RM9.68 bilion kepada pendapatan pelaburan kasar, naik 33.62 peratus atau RM2.44 bilion berbanding 2011.

Selaras dengan kadar faedah yang rendah, Samsudin berkata, KWSP beransur-ansur mengurangkan pendedahannya dalam aset berpendapatan tetap konvensional dan mengalihkan aset yang telah matang kepada aset yang menghasilkan pulangan lebih tinggi seperti ekuiti dan hartanah dalam had risiko yang boleh diterima.

Bersandarkan pertumbuhan stabil dalam kedua-dua pasaran ekuiti domestik dan global pada 2012, ekuiti menyumbang RM13.91 bilion pendapatan bersamaan 44.84 peratus pendapatan pelaburan kasar, katanya.

Bagi pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia dan bon sama taraf; hartanah dan infrastruktur; serta instrumen pasaran wang pula, masing-masing memperoleh RM6.26 bilion, RM595.63 juta dan RM574.91 juta.

Menurut Samsudin, aset pelaburan KWSP setakat 31 Disember 2012 berjumlah RM526.75 bilion, melepasi setengah trilion serta meningkat 12.31 peratus daripada RM469.04 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan caruman tahunan bersih pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan dalam semua kelas aset, katanya.

Dengan peningkatan jumlah keahlian, KWSP memerlukan RM4.46 bilion untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2012, peningkatan 9.34 peratus daripada RM4.08 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2011.

Antara urus niaga utama pada 2012 ialah perluasan pelaburan hartanah KWSP dalam dan luar negara termasuk projek Battersea Power Station di London dan memuktamadkan pembelian 932 hektar tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dengan haga RM2.28 bilion untuk membangunkan sebuah kawasan perbandaran baharu.

Sejajar dengan strategi diversifikasi untuk mengoptimumkan pulangan jangka panjang kepada pencarum, jumlah pendedahan KWSP di luar negara setakat 31 Disember 2012 ialah 15.7 peratus daripada jumlah aset pelaburan, menurut kenyataan itu.

Pada 2012, tambahan US$7.1 bilion pelaburan telah dibuat dalam ekuiti global, bon global dan hartanah.

Samsudin berkata, dalam menguruskan dana berjumlah lebih setengah trilion ringgit, KWSP berdepan cabaran besar untuk terus memberi pulangan kukuh di tengah-tengah persekitaran kadar faedah yang rendah, ketidaktentuan berterusan ekonomi global serta kekangan dalam pasaran modal domestik.

"Bagaimanapun, sebagai dana persaraan, KWSP akan terus berpandukan objektif pelaburan jangka panjang dan strategi pelaburan berhemah bagi memastikan kemampanan dan pulangan konsisten untuk kesejahteraan persaraan anggotanya.

Pencarum KWSP boleh mendapatkan penyata kira-kira masing-masing bagi menyemak pengkreditan dividen 2012 sama ada di kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok.Pencarum berumur 55 tahun dan ke atas pula boleh mengeluarkan dividen tahunan yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka yang menjadi antara pilihan bayaran di bawah Skim Pengeluaran Umur 55 Tahun. ..Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan