Ahad, 17 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 17 Feb 2013 01:27 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Nyawa Psy terancam konon.. padahal BN nak cover malu..

Posted: 16 Feb 2013 07:33 AM PST

Tengok gambar kat atas tu.. meskipun Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow kata nyawa Psy diancam.. tapi bersahaja saja dia berjalan.. tak ada pulak Polis mengelilinginya untuk melindungi beliau dari sebarang penembak curi.. Psy dah buat persembahan di serata dunia, namun tidak pernah kita dengar nyawa bintang terkenal ini diancam. Tapi bila [...]

UMNO Buat Lawak : Fathul Bari Dan Satim Diman Berlakon Dengan Ustaz Jadian PAS

Posted: 16 Feb 2013 07:20 AM PST

KRONOLOGI KISAH PALING TAK CERDIK – ARAHAN FATHUL BARI DI TAMAN EQUINE ?? •Jam 9.30pm, YB Satim mula bicara. Serangan pada Kerajaan Negeri bermula. Termasuklah auta2 yg disorak penyokong Umno lebih kurang 150 orang. Agak lucu bila dia menipu ahlinya yg berkitab Utusan mengatakan bila Umno jatuh, gereja terbesar di Asis Tenggara dibina di Selangor [...]

PAS Negeri Sembilan

Posted: 16 Feb 2013 09:39 PM PST

PAS Negeri Sembilan


JOM UBAH 2

Posted: 16 Feb 2013 06:03 AM PST


JOM UBAH

Posted: 16 Feb 2013 06:03 AM PST


DPP PADANG TERAP

Posted: 16 Feb 2013 09:29 PM PST

DPP PADANG TERAP


Lensa HKR Tasik Pedu : Sejarah Kebangkitan Rakyat Kedah

Posted: 15 Feb 2013 11:45 PM PST
















































DUN CHINI

Posted: 16 Feb 2013 07:43 PM PST

DUN CHINI


Ahli Adun Haramjadah

Posted: 15 Feb 2013 09:04 PM PST

Ahli Parlimen Haramjadah, ADUN Tampor, Mnatang
Saya tak suka dengan tajuk di atas. Kasar bunyinya. Tapi menonton klip video ADUN Pulau Manis, Pekan memaki hamun kepada mahasiswa/i GM13 selama 18 minit memperlihatkan memang itulah agaknya budaya pemimpin Umno.

Bermula dari perjuangan yang salah kerana asasnya bukan Islam tapi hanya Melayu dan sekular, cari duitnya salah kerana yang banyaknya terlibat rasuah hingga cara cakapnya yang salah kerana banyaknya maki hamun.

Pepatah Melayu kata: Bapa borek, anak rintik. Ahli Parlmennya Najib pernah sebut haramjadah kepada rakyat. ADUN bodohnya cakap tampor, mnatang kepada mahasiswa. MB Terengganu pernah cakap: Dari beri orang PAS baik beri harimau. Semuanya menggambakan tahap akal budi pemimpin Umno (tak layak memimpin pun, naikpun nasib je, meluat adalah)

Yang jadi ahli Parlimen Pekan pun menang dengan undi siapa? Myanmar yang penuh di sana? Kampung terpencil yang dikawal siapa penduduknya? Kalau menang dengan cara tipu, projek dengan cara rasuah, ada jawatan YB ke, ADUN ke..memang tak berkat.

Salahkah mahasisiwa mengedar risalah dari rumah ke rumah? Apa yang ada dalam risalah itu? Kenapa mahasiswa sanggup berbuat demikian?

Mungkin jawab ADUN bodoh itu, kamu semua jadi alat, tak pandai bersyukur, tampor kang...bla, bla..

Cuba agaknya yang masuk kampung itu mahasiswa pro Umno, BN. Dilayan sama macam GM13?

Negara ini demokrasi kan. Masuk kampung pun takkan nak kenan izin. Dimaki hamun macam mahasiswa itu budak-budak bodoh. Ugut pula dengan halau. Ditambah pula dengan samseng-samseng.

Najib kata debat bukan budaya Melayu. Maki hamun budaya Melayu? Tampor, mnatang itu kata-kata ADUN Melayu kepada anak Melayu?

Zaman IT sekarang, ucapan senang dirakam. Listen..listen..lsten memperlihatkan kesombongan seorang manusia Melayu di hadapan mahasiswi India. Are U Ready.. menunjukkan kebebalan seorang pemimpin melayu di hadapan penonton Cina. Tampor, mnatang mendedahkan bodoh sombong ADUN Melayu depan anak Melayu.

Saya Melayu, tapi saya malu dengan pemimpin Melayu yang sombong, bodoh dan bodoh sombong.

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=3623

Rembau Hari Ini

Posted: 16 Feb 2013 07:07 PM PST

Rembau Hari Ini


JOM UBAH 1

Posted: 16 Feb 2013 06:12 AM PST


JOM UBAH

Posted: 16 Feb 2013 06:12 AM PST


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 16 Feb 2013 01:08 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Lelaki dan perempuan kongsi tandas di Melaka - Apa nak jadi?

Posted: 15 Feb 2013 05:46 PM PST

JASIN - Orang awam mendakwa tandas awam lelaki di Bandar Baru Jasin, dekat sini, sering kali berkunci sehinggakan ada kalanya lelaki dan perempuan terpaksa berkongsi tandas.

Ketua Cawangan DAP Bandar Baru Jasin, K Ramukutty berkata, dia telah beberapa kali menerima aduan daripada orang awam berhubung masalah itu dan lebih membimbangkan pernah terjadi perselisihan faham di antara lelaki dan wanita hanya disebabkan tandas terbabit.

Menurutnya, bagi memastikan aduan tersebut sahih dia telah pun membuat tinjauan di tandas tersebut dan mendapati tandas lelaki berkunci dan hanya tandas wanita sahaja terbuka.

Tambahnya, sebagai kawasan tumpuan, kemudahan awam seperti itu bukan saja perlu dibuka malah harus dalam keadaan baik dan sempurna bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

"Saya yang tinggal berdekatan kawasan ini sering mendapati salah satu tandas tersebut berkunci dan ada masa tertentu tandas lelaki dibuka.

"Ia memang menyukarkan memandangkan lokasi tandas awam tumpuan orang ramai dan di kawasan bandar serta tidak seharusnya  berlaku," katanya.

Jelasnya, dia berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menangani segera dan melakukan pemantauan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Selain itu, seorang peniaga berdekatan yang enggan dikenali berkata, bukan sekali tandas itu berkunci sejak sebulan lalu.

Menurutnya, mungkin bagi orang lain masalah ini nampak ringan, tetapi sudah beberapa kali dia  melihat orang awam bertengkar kerana berebut tandas.

"Tidak dinafikan ada kalanya tandas itu dibuka, namun harap biarlah sentiasa dibuka supaya tidak menimbulkan masalah dan memberi keselesaan kepada pengguna," katanya.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian semalam, mendapati kedua-dua tandas tersebut dibuka dan usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak berhasil apabila tidak dapat dihubungi.

Sumber : Sinar Harian

Pakatan Rakyat sudah sedia ambil alih Melaka

Posted: 15 Feb 2013 04:54 PM PST


MELAKA: Sekretariat Pakatan Rakyat Melaka, sudah bersedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri dari Barisan Nasional. Keyakinan ini dilihat berputik dari sokongan padu rakyat Melaka terhadap ketiga-tiga parti komponen Pakatan iaitu PAS, KeADILan dan DAP.

Walaupun banyak pihak mentertawakan hasrat dan kemahuan Pakatan ini, tetapi ianya tidak mustahil akan berlaku, rakyat dewasa kini sudah terdedah kepada maklumat dari media baru khususnya pengundi muda.

Mereka ini adalah silent voters yang hanya menunggu masa untuk mengundi dan mengenepikan kerajaan BN dari Seri Negeri.

"BN sudah tidak dapat menutup mata, memekakkan telinga rakyat dan menutup pekung di dada mereka semuanya telah terdedah kepada umum. Rasuah, penyalahgunaan kuasa, amalan kronisme, keborosan dan ketirisan sudah menzalimi rakyat lebih dari 54 tahun.


Siapakah lagi yang boleh bertahan dengan pemerintah semacam ini?" soal sekretariat PR dalam satu kenyataan.

Oleh itu, berdasarkan congakan pemerhati politik dalam negeri bahawa Pakatan Melaka akan memenangi sekurang-kurangnya 18 kerusi.

Kerusi-kerusi tersebut sudah tentu kerusi majoriti pengundi Cina, kawasan campuran dan beberapa kerusi majoriti Melayu. Walaupun BN Melaka perasan mereka begitu gagah tetapi itu syok sendiri kerana majoriti rakyat hari ini tidak menzahirkan sokongan mereka secara terbuka. Mereka akan tahu bila pengiraan undi dibuat nanti.

Sumber : Harakah
28 SAFAR - 1 RABIULAWAL 1434 / 11 - 13 JANUARI 2013

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 16 Feb 2013 11:46 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 16 Feb 2013 06:51 AM PST


Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Masuk PAS

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/Dato%27%20Nazli.jpgKUALA NERUS - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Dato' Mohamad Nazli bin Abd Majid yang pernah berkhidmat selama 30 tahun di bawah Kementerian Pertanian secara rasminya memilih PAS sebagai wadah perjuangan politiknya.

Berasal yang berasal dari negeri Perak darul Ridzwan dan menetap di Paka, Dungun, Teengganu denga menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang do Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) di Kampung Banggol Pradong dekat sini, Sabtu petang 16 Februari.

Berumur 62 tahun, Dato' Nazli bersara dari perkhidmatannya pada tahun 2006, setelah berkhidmat selama 30 tahun di bawah Kementerian Pertanian Malaysia.

Beiau berkelulusan Bachelor of Agriculture Science (University of Tasmania, Australia) dan Master of Science Agriculture, SHSU, Texas, USA. 

Jawatan akhir disandang beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia.

Sebelumnya, Dato' Nazli pernah berkhidmat selama 12 tahun di Besut selaku Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Besut dan Pengarah Lembaga Kemaajuan Terengganu Utara (KETARA). 

Selain itu, belau pernah berkhidmat selama dua tahun di Johor selaku Pengarah Lembaga Kemajuan Johor Barat 2 dan selama tiga tahun di Melaka serta lima tahun di Kedah selaku Pengarah Pertanian Negeri.

Posted: 16 Feb 2013 06:50 AM PST


PAS Keluar PR Sekiranya Pakatan Merugikan Melayu Islam

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/tghh%20pgu7a.jpgKUALA NERUS - PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

"PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat. 

"Apabila DAP, orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak agama lain diberi (kebebasan) hak dengan adil. Hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan hak kaum lain (diberi) adil. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ibunda diberi (kepada semua kaum). Raja mengikut Perlembagaan. Semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU7.0) di Kampung Banggol Peradong, Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, Kuala Nerus, hari ini.

Dato' Seri Abdul Hadi menjelaskan PAS menerima hakikat kehidupan masyarakat dalam negara ini berbilang kaum dan mengiktiraf semua rakyat berbilang kaum yang terdapat dalam negara ini merupakan rakyat Malaysia.

"Kita (PAS) menerima hakikat kita (rakyat) adalah masyarakat majmuk. Semua rakyat pelbagai kaum adalah rakyat kita. Ini sudah jadi kenyataan yang tidak boleh dinafikan. 

"Semua kaum menerima Melayu Islam adalah sebagai teras. Penganut semua agama menerima Islam yang ada dalam Perlembagaan. Tapi Umno tidak pandai hendak jaga Islam, apa hendak jadi dia (Umno) tidak peduli. Asal Umno menang sudah, Islam hendak jadi apa ikut sukalah. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan. 

"Sebab itu, PAS mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam dalam DAP dan orang bukan dalam PKR," ujarnya di hadapan 10,000 hadirin. 

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS mengajar ahlinya berpolitik dengan mengabdikan diri kepada Allah serta tidak berkompromi dalam perkara halal dan haram.

"PAS mengajar berpolitik mengabdikan diri kepada Allah. Apa yang halal itu halal dan yang haram itu haram. Bukannya yang ada lesen halal dan yang tidak ada lesen itu haram," ujarnya.

Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyangkal dakwaan Umno yang melabelkan PAS sebagai 'kuda tunggangan' DAP.

Sebaliknya, kata beliau, Umno telah lama menjadi kuda tunggangan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan Gerakan.

"Umno kata PAS jadi kuda tunggangan DAP. Umno sudah lama jadi 'kuda tunggangan' MCA, MIC dan Gerakan. 

"Sedarkah kita (rakyat) apabila MCA kalah, MIC kalah, Gerakan kalah…Umno bagi kerusi (Parlimen) Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan. Umno sanggup bagi kerusi Melayu kepada orang lain demi dia (BN) mengekalkan kuasa memerintah negara. Dia (Umno) tidak kira bagaimana kekuatan politik orang Islam," jelasnya. 

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, Ahli Parlimen Kota Raja Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran GK, Bendahari PKR Terengganu, Wan Ismail Wan Long dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/pgu07.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/alfateh2.jpg

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 16 Feb 2013 09:45 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


YANG MANA SATU PILIHAN ANDA

Posted: 16 Feb 2013 09:30 AM PST


Jambatan Ketiga Klang Akan Disiap Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

Siraj Mohd Zaini/ Mediaselangorku

KLANG, 15 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa pembinaan jambatan ketiga Klang akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Katanya, peruntukkan pembinaan jambatan sepanjang 500 meter itu sudah disediakan melalui wang rizab simpanan negeri sejumlah RM300 juta.

"Negeri Selangor sudah ada dana yang kita umumkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) tahun lepas bahawa rizab RM300 juta sekurang-kurangnya akan digunakan untuk pembangunan jambatan di Klang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Jambatan Ke-Tiga Klang di Jalan Tepi Sungai, Klang hari ini.

Turut hadir, barisan ahli Exco Selangor, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Adun Meru, Dr Rani Osman, Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri serta ahli-ahli Majlis MPK.

Menurut Abdul Khalid, proses memilih reka bentuk jambatan baru itu akan dimulakan mulai minggu depan sebelum tender dikeluarkan.

"Selepas kita tender, kita juga akan mengumumkan pemenangnya," katanya lagi.

Katanya, tempoh pembinaan jambatan itu juga akan ditetapkan iaitu diantara 18 bulan sehingga 24 bulan.

Sebelum ini, Kerajaan Umno-BN berjanji untuk membina jambatan ke-tiga ini pada tahun 2008 tetapi tidak menunaikannya walaupun Majlis Pecah Tanah pembinaan jambatan itu telah dilakukan.

Pembinaan jambatan merentasi Sungai Klang ini penting kepada pengguna jalan raya khususnya penduduk di Klang kerana tidak perlu meredah kesesakan di tengah bandar Klang untuk ke Kuala Lumpur atau ke Pelabuhan Klang.

KENAPA PENDIDIKAN MESTI PERCUMA

Posted: 16 Feb 2013 02:19 AM PST

 Pembiayaan pendidikan tinggi di Amerika Syarikat ditanggung oleh individu manakala kebanyakan negara Eropah pula menyediakan pendidikan tinggi secara percuma di institusi-institusi awam. Sistem Eropah lebih sesuai dan baik untuk diamalkan di Malaysia. Harus diingat, pembentukan dasar pendidikan negara tidak hanya bergantung pada satu faktor, tetapi melibatkan interaksi pelbagai faktor ekonomi, sosial dan politik dalam jangka masa yang panjang. Kenapa penting untuk kerajaan membiayai pendidikan tinggi sepenuhnya. Pertama Faedah pendidikan itu dinikmati segenap masyarakat. Kedua Malaysia kini terperangkap di tengah-tengah status maju dan mundur. Ketiga Pendidikan sebagai batu asas ekonomi berdaya saing tinggi. Keempat Ekonomi berteraskan kecekapan dan ekonomi berteraskan inovasi. Kelima Pendidikan merupakan satu pelaburan. Keenam Potensi  pulangan pelaburan bersih yang positif. Ketujuh Pendidikan berkadar langsung dengan kekayaan dan pendapatan. Kelapan Pendidikan solusi untuk merapatkan jurang pendapatan kaya miskin.


Lapan realiti mengapa kerajaan Malaysia wajar biayai pendidikan tinggi 

Anas Alam Faizli/Malaysian Insider


16 FEB — Penubuhan institusi pendidikan ialah satu usaha murni dalam mewartakan proses penggarapan ilmu pengetahuan dan penyelidikan secara formal. Universiti-universiti terawal dalam sejarah dunia seperti Al-Azhar, Bologna, Oxford, Palencia, Cambridge dan University of Naples (universiti awam tertua dunia, 1224) telah dibina oleh tamadun-tamadun awal dunia berlandaskan satu tujuan — sebagai pusat penyelidikan, penyampaian ide, pendidikan dan pembelajaran, serta perkembangan ilmu pengetahuan melalui medium penulisan.

Realitinya hal ini bercanggah sama sekali dengan tujuan penubuhan kebanyakan universiti hari ini yang kelihatan berubah menjadi institusi pengiktirafan, pengijazahan dan yang paling malang sekali, sebagai satu perniagaan bertunjangkan keuntungan.

Ibnu Khaldun, tokoh sejarawan, sosiologi dan ekonomi dalam makalah beliau Muqadimmah (Prolegomenon) telah mengemukakan hujah berikut: rakyat ialah wadah mencapai kedaulatan dan kekuatan sesebuah kerajaan. Kekuatan ini lahir daripada kemakmuran ekonomi yang dibina oleh pembangunan modal insan (pendidikan). Kemajuan ini hanya boleh terhasil melalui keadilan dan keterangkuman untuk semua. Aristotle turut mencadangkan bahawa "Pendidikan itu seharusnya bersifat tunggal dan sama rata untuk semua."

Sesebuah sistem yang mengamalkan diskriminasi dalam pendidikan berdasarkan kemampuan ekonomi bakal menatijahkan ketidakseimbangan dalam kualiti modal insan dan tenaga kerja yang bakal menjadi tulang belakang sesebuah masyarakat. Kedua-dua hujah di atas ialah tesis utama artikel ini.

Pembiayaan pendidikan tinggi di Amerika Syarikat ditanggung oleh individu manakala kebanyakan negara Eropah pula menyediakan pendidikan tinggi secara percuma di institusi-institusi awam. Sistem Eropah lebih sesuai dan baik untuk diamalkan di Malaysia. Harus diingat, pembentukan dasar pendidikan negara tidak hanya bergantung pada satu faktor, tetapi melibatkan interaksi pelbagai faktor ekonomi, sosial dan politik dalam jangka masa yang panjang. Berikut terdapat beberapa realiti tentang Malaysia yang disingkap dan disampaikan di sini untuk memahami peri pentingnya untuk kerajaan membiayai pendidikan tinggi sepenuhnya.

Realiti #1: Faedah pendidikan itu dinikmati segenap masyarakat

Nilai positif sebenar sesebuah masyarakat yang berpendidikan itu sukar diukur dari segi kuantitatif semata-mata. Dalam konteks Malaysia sebagai negara yang sedang membangun, pendidikan tinggi menjadi resipi utama dalam membentuk masyarakat berkesedaran sivik, tenaga kerja berkemahiran tinggi dan nilai modal insan serta hasil keluaran negara yang kompetitif. Tidak dinafikan pembiayaan pengajian tinggi oleh kerajaan memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit, tetapi jika kita lalai dalam pelaburan ini, masa depan negara yang bakal "terkorban". Walter W. McMahon (pakar ekonomi University of Illinois) telah menggariskan manfaat individu berkelulusan ijazah seperti kesihatan tubuh badan yang lebih baik serta pembangunan kognitif yang lebih baik di kalangan anak-anak mereka. Kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, penurunan kadar dan kos jenayah seperti kos penjara adalah antara manfaat lain yang disumbangkan oleh individu berpendidikan kepada masyarakat.

Realiti #2: "Terperangkap di tengah-tengah"

Malaysia kini terperangkap di tengah-tengah status maju dan mundur, dan peluang pendidikan merupakan salah satu faktor utama penyebab keadaan ini. Hujah Robert Reich, mantan Setiausaha (Menteri) Tenaga Buruh dan Profesor di UC Berkeley, boleh dianggap cocok untuk menerangkan belenggu yang sedang dihadapi oleh Malaysia kini. Untuk menarik pelaburan modal dan kontrak asing, sesebuah negara itu mempunyai dua pilihan; sama ada menawarkan kepada para pelabur asing sebuah ekonomi yang bersaing melalui harga yang rendah dengan mengenakan cukai dan gaji pekerja yang rendah, ataupun ekonomi yang menawarkan modal kerja dan infrastruktur berkualiti tinggi hasil pelaburan kerajaan yang tinggi.

Di Malaysia, pertumbuhan gaji hanya setanding dengan pertumbuhan produktiviti sehingga lewat 1990-an. Sejak 1996 pula, kita terperangkap dalam "middle-income trap", di mana majoriti isi-isi rumah Malaysia berpendapatan sederhana-tinggi, menurut definisi World Bank. Malah, Malaysia mengalami pertumbuhan gaji riil (real) yang negatif secara puratanya sejak 10 tahun lepas; pertumbuhan gaji di Malaysia negatif jika tidak kerana inflasi. Bagaimanakah Malaysia ingin memacu ke arah negara berpendapatan tinggi jika 77 peratus tenaga kerja Malaysia hanya berkelulusan SPM atau lebih rendah? Majoriti pekerja Malaysia dikategorikan sebagai kurang mahir yang mana tidak akan memungkinkan mereka mendapat gaji yang lebih tinggi.

Realiti #3: Pendidikan sebagai batu asas ekonomi berdaya saing tinggi

Dalam konteks pelaburan asing secara langsung (FDI) pula, Malaysia perlu menawarkan sesuatu yang mampu menarik minat pelabur asing secara komersial. Permasalahannya berlaku, sekali lagi di mana Malaysia berada di tengah-tengah; tenaga kerja Malaysia tidak murah namun tidak juga berkemahiran tinggi. Justeru itu, nilai komersial yang ditawarkan oleh Malaysia kepada bisnes-bisnes asing tampak kerdil berbanding negara-negara seperti Vietnam, yang tenaga buruhnya murah atau Singapura, yang tenaga kerjanya mahal tetapi berkemahiran tinggi. Hasilnya, proses-proses yang bernilai rendah seperti pemasangan dan pembungkusan berlokasi di Malaysia menggunakan khidmat mesin dan teknologi sederhana moden, manakala proses-proses yang bernilai lumayan seperti R&D dan inovasi tidak mampu ditawarkan kerana kurangnya dari segi kemahiran dan kepakaran. Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah jika Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang mengalami kemasukan FDI bersih yang negatif sejak 2007.

Hal ini menggagalkan Malaysia menaik taraf menjadi ekonomi perkhidmatan bernilai tinggi dan tetap terus bergantung kepada pengeluaran bahan agrikultur dan minyak. Kita hanya berjaya dalam industri ringan seperti barangan pengguna dan perkakasan elektrik. Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga pekerja mahir serta berpendidikan tinggi untuk memperkasakan sektor perkhidmatannya.

Realiti #4: Ekonomi berteraskan kecekapan dan ekonomi berteraskan inovasi

Kajian yang dijalankan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM) melabel Malaysia sebagai ekonomi yang berteraskan kecekapan, meletakkan Malaysia di belakang ekonomi-ekonomi berteraskan inovasi. Kita hanya mampu menambahbaik sistem dan proses yang sedia ada, tetapi ketinggalan dari segi daya inovasi yang membolehkan negara mencapai pendapatan yang jauh lebih lumayan. Malaysia wajar bergerak ke arah ekonomi berteraskan inovasi. Kita tidak lagi berdaya saing tinggi menawarkan tenaga buruh mahupun tanah dan kilang-kilang yang murah lagi seperti dahulu.

Kekuatan tenaga penyelidik di Malaysia bagi setiap 1 juta penduduk hanyalah 365 orang berbanding 5,416 orang di Jepun dan 4,231 di Korea Selatan. Berapa banyakkah bakat yang boleh muncul sebagai tenaga penyelidik hebat dari Malaysia tetapi malangnya tidak dapat dicungkil kerana kurang peluang melanjutkan pendidikan tinggi?

Realiti #5: Pendidikan merupakan satu pelaburan…

Seperti ibu bapa yang melabur demi kecerahan masa hadapan anak-anak mereka, kerajaan juga wajib melabur dalam masa depan modal insan rakyat Malaysia. Negara-negara maju seperti Denmark dan Norway melaburkan 7.8 peratus dan 6.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mereka untuk pendidikan, manakala Malaysia hanya membelanjakan peruntukan sebanyak 4.1 peratus! Majoriti daripada peratusan itu dilaburkan untuk infrastruktur dan gaji! Malah, bajet pendidikan telah dicantas daripada RM50 bilion kepada RM37 bilion tahun ini. Bayangkan logikanya, jika Cuba (13.6 peratus) dan Timor Leste (16.8 peratus) sekali pun mampu membelanjakan lebih daripada Malaysia.

Kira-kira 80 peratus daripada isi rumah dalam kelompok 40 peratus pendapatan paling rendah di Malaysia hanya mempunyai kelulusan setinggi sijil SPM atau lebih rendah, manakala hanya 5 peratus yang menerima pendidikan peringkat tinggi. Baki selebihnya langsung tidak pernah bersekolah. Hal ini berbeza dengan kelompok tertinggi pendapatan yang 65 peratus berpendidikan tinggi. Jelaslah bahawa taraf pendidikan berkadar langsung dengan pendapatan. Peluang pendidikan tinggi yang sama rata dapat menegakkan keadilan sosial serta memberi peluang yang sama rata kepada semua terutamanya golongan miskin. Seterusnya, apabila golongan ini diberi peluang pendidikan tinggi, sekurang-kurangnya negara akan mendapat pulangannya melalui cukai pendapatan.

Realiti #6:… dengan pulangan pelaburan bersih yang positif

Jika kerajaan menanggung penuh pembiayaan pendidikan tinggi kosnya berjumlah sekitar RM60,000 (kejuruteraan) dan RM160,000 (perubatan), 94 peratus dan 90 peratus daripada kos-kos ini sudahpun dibiayai kerajaan kini. Jika graduan itu mula bekerja dengan gaji RM2,500 dan mendapat peningkatan sebanyak 5 peratus setahun secara purata selama 30 tahun, graduan tersebut akan telah membayar lebih daripada RM290,000 kepada kerajaan hanya dalam bentuk cukai pendapatan. Jika graduan dengan prestasi minimum ini mampu membayar pulangan kepada kerajaan bayangkan graduan berprestasi tinggi dengan kadar peningkatan gaji yang lebih tinggi?

Realiti #7: Pendidikan berkadar langsung dengan kekayaan dan pendapatan

Individu yang berpendidikan tinggi secara puratanya memiliki harta bernilai RM182,000, iaitu 2.2 kali ganda berbanding individu lepasan SPM dengan RM82,000 sahaja. Akan tetapi, kadar kemasukan rakyat Malaysia ke dalam sistem pendidikan tinggi cuma 36.5 peratus. Nombor ini bukan sahaja jauh  di belakang berbanding purata negara-negara "very high human development" iaitu 75 peratus, malah juga di belakang negara-negara "high human development", iaitu 50 peratus. Sebagai perbandingan, kadar kemasukan di negara lain adalah; Amerika 86 peratus, New Zealand 84 peratus, Korea 100 peratus, British 99 peratus, Thailand 45 peratus, Turki 38.4 peratus.

Hal ini menyebabkan majoriti pekerja di Malaysia hanya mampu memenuhi keperluan sektor tenaga pekerja kurang mahir. Bagaimanakah Malaysia mampu memacu seluruh rakyatnya ke arah negara berpendapatan tinggi secara sama rata? Perbelanjaan dalam projek-projek mega yang menjadi shortcut sebagai satu usaha untuk melonjakkan pendapatan purata rakyat Malaysia sebelum ini bukanlah satu solusi yang mapan dan bersifat jangka panjang. Penyediaan pendidikan tinggi secara percuma kepada seluruh rakyat ialah satu-satunya usaha penggerak Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi secara holistik.

Realiti #8: Pendidikan solusi untuk merapatkan jurang pendapatan kaya miskin

Malaysia menduduki tempat ketiga tertinggi di Asia dari segi jurang antara golongan kaya dan miskin, mengikut ukuran GINI 0.4621 (sumber: World Bank). Memang zahirnya rakyat Malaysia tidak semiskin kebanyakan rakyat Indonesia ataupun India namun jurang antara kaya dan miskin kita sangat besar. Dengan pendapatan isi rumah RM15,000 sebulan (jumlah) sahaja sudah boleh meletakkan anda sebagai 1 peratus terkaya di Malaysia. 75 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan!

Cuba kita teliti statistik ini; 60 peratus isi rumah berpendapatan tertinggi mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli yang menerima pendidikan tinggi manakala 60 peratus daripada isi rumah berpendapatan paling rendah di Malaysia pula paling tinggi kelulusannya ialah SPM. Jurang pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin semakin lebar sejak tahun 1970. Hanya peluang pendidikan tinggi yang adil untuk semua rakyat yang akan dapat merapatkan jurang pendapatan ini, lalu menggerakkan Malaysia menjadi satu negara yang ekonominya lebih adil.

Amerika mengganggap bahawa manfaat pendidikan tinggi adalah lebih kepada individu, maka rakyat Amerika membiayai pendidikan tinggi mereka sendiri. Warga Skandinavia pula percaya bahawa kerajaanlah yang bertanggungjawab membiayai kos pendidikan tinggi. Bagaimana pula situasi jurang pendapatan di negara-negara terbabit? Di Amerika, hutang pinjaman pelajar melarat sehingga sebesar US$902 bilion (sumber: Federal Reserve New York). Natijahnya, jurang kaya dan miskin Amerika juga antara yang semakin melarat di dunia. Negara-negara Skandinavia yang memberikan pendidikan tinggi percuma pula diletakkan pada kedudukan tertinggi di kalangan negara-negara paling sama rata di peringkat global. Justeru, hubungkait sistem pendidikan dan akibatnya terhadap jurang pendapatan kaya dan miskin sukar dinafikan.

Pendidikan percuma akan memberikan individu yang layak satu peluang untuk menaikkan taraf kehidupan mereka serta generasi seterusnya dan juga merapatkan jurang pendapatan. Jika halangan ekonomi ini tidak dibantu, nasib kelompok berpendapatan rendah ini tidak akan berubah. Mereka akan tetap dalam kepompong yang sama, dan jurang pendapatan di Malaysia akan terus melebar dengan parah.

Satu Keluarga, Satu Graduan

Malaysia memerlukan satu sistem pendidikan yang merangkumi setiap pelusuk masyarakat, bagi yang cemerlang mahupun yang lemah dalam bidang akademik. Bagi mereka yang lemah akademik, kemahiran vokasional perlu diberi penekanan yang lebih berat. Paling penting, sistem pendidikan itu perlu memastikan pelajar tidak menamatkan pendidikan dengan bebanan hutang di atas bahu mereka, tanpa kemahiran mahupun prospek pekerjaan, meskipun sekadar untuk membayar kembali hutang itu.

Malaysia telah menikmati banyak manfaat positif dengan menyediakan pendidikan rendah dan menengah percuma. 100 peratus rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan sekolah rendah dan 68 peratus berjaya tamat Tingkatan Lima.

Tetapi, keadaan sosio-ekonomi Malaysia dewasa ini menuntun kepada semua rakyat Malaysia diwajibkan secara undang-undang untuk sekurang-kurangnya menamatkan tingkatan lima, serta sebuah sistem pembiayaan pendidikan tinggi oleh pihak kerajaan.

Saya dengan rendah diri menyeru kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pembuat dasar, dan kumpulan-kumpulan lobi untuk memastikan pendidikan tinggi yang percuma di semua IPTA. Jika IPTA tidak mampu menampung bilangan pelajar yang layak, adalah dicadangkan jumlah yang sama dibiayai oleh kerajaan melalui IPTS, secara berperingkat. Ini bertujuan memastikan peluang pendidikan tinggi disediakan sebanyak mungkin dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Saya turut mencadangkan sasaran Satu Keluarga, Satu Graduan; iaitu setiap satu keluarga mempunyai minimum satu graduan. Tuntasnya sasaran ini bakal menyaksikan mobiliti antara generasi direalisasikan; di mana seorang anak nelayan, mahupun anak pekerja kilang bergaji rendah, bakal menjadi ejen pengubah yang membawa keluarganya keluar dari status ekonomi rendah kepada kehidupan yang lebih selesa. Mekanisme ini seterusnya dijangkakan bercambah kepada generasi-generasi berikutnya, dan memakmurkan keadaan ekonomi bagi kelompok-kelompok rakyat yang asalnya terperangkap dalam kemiskinan.

Pendidikan merupakan asas paling penting dalam memastikan kedaulatan sesebuah negara. Tiada sebarang salah tadbir atau kesalahan polisi dalam pendidikan yang mampu ditoleransi, sama ada dari sudut pelaksanaan, pengawasan mahupun perbelanjaan. Sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dengan urus tadbir yang cekap bakal menjadi penentu hala tuju Malaysia. Sekiranya baik sistem itu, maka baiklah negara Malaysia. Hanya dengan menyediakan peluang pendidikan kepada semua, Malaysia mampu menuju ke arah negara berpendapatan tinggi yang bersifat inclusive dan untuk semua. Di sini marilah kita muhasabah kata-kata Nelson Mandela: "Pendidikan merupakan senjata yang paling berkuasa untuk mengubah dunia."

* Anas Alam Faizli berkhidmat di industri minyak dan gas dan sedang menamatkan ijazah kedoktoran serta merupakan pengarah eksekutif Teach for the Needs (TFTN).

* Data dan statistik diperolehi dari EPU, DOSM, HIS 2009, HDR 2011, World databank dan BNM. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BLINDSPOT (http://www.facebook.com/blindspot.msia).

Pemuda Guchil

Posted: 16 Feb 2013 09:34 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 Feb 2013 09:25 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


JOM UBAH 2

Posted: 16 Feb 2013 06:06 AM PST


JOM UBAH

Posted: 16 Feb 2013 06:05 AM PST


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 16 Feb 2013 07:41 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MASYARAKAT TIONG HUA GEMBIRA SAMBUT ZIARAH PIMPINAN PR BAGAN DATOH.

Posted: 16 Feb 2013 12:09 AM PST

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 16 Feb 2013 03:38 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Gerakan PAS Betul dan Syumul

Posted: 15 Feb 2013 09:42 AM PST

Petikan : Buletin Online
 
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/rasmi%20itqan.jpgKUALA TERENGGANU - PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam, melangkah luas serta memasuki semua medan yang ada dalam negara ini, dengan pendekatan dakwah yang berbeza-beza mengikut sasaran.

Setiausaha Majlis Syura Ulama' PAS, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, medan dakwah sangat luas, daripada masyarakat asli hingga kepada pembesar-pembesar serta tokoh-tokoh dalam negara yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama yang berlainan.

Menurutnya, pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat kristian, budha, hindu dan lain-lain mengikut kaedah serta cara-cara yang berbeza.

"Pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat Kristian, pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat Budha, masyarakat Hindu dan sebagainya.

"Alhamdulillah, menggambarkan gerakan yang kita (PAS) bawa ini adalah gerakan yang betul, gerakan yang syumul dan tidak ada selain gerakan Islam di Malaysia ini kecuali Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang boleh melangkah begitu luas dan memasuki semua medan yang ada di dalam negara.

"Kita (PAS) menceburi bidang politik, bidang ekonomi, bidang pendidikan, bidang sosial dan berbagai-bagai bidang," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Institut Itqanul Muluk atau Pusat Kajian dan Pengajian Strategi Pembangunan Terengganu, di Km 14 Kampung Tok Jiring, dekat sini, pada Khamis, 14 Februari.

Ustaz Nik Zawawi menjelaskan, situasi tersebut bukan sahaja baru berlaku di zaman ini tetapi sejarah telah berlaku di zaman Rasulullah SAW yang diukirkan oleh Allah Ta'ala dalam beberapa surah al-Quran seperti dalam surah at-taubah.

Katanya, Islam meletakkan cara pendekatan yang berbeza-beza antara satu sama lain mengikut tahap serta kemampuan kumpulan sasaran tersebut.

Inilah, kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu cara pendekatan yang diambil oleh Rasulullah dalam dakwah Baginda SAW.

"Islam meletakkan cara pendekatan yang berbeza antara satu sama lain. Cara kita (Islam) mendekati mereka dan mengajak mereka supaya balik ke jalan agama Allah SWT adalah jalan yang berbeza di antara satu sama lain.

"Inilah pendekatan yang diambil oleh Rasulullah dan apa yang hendak dibentuk melalui Institut Itqanul Muluk iaitu untuk menyampaikan mesej Islam ini tepat sebagaimana yang disusun atur dalam agama,"jelasnya di hadapan 100 hadirin.
.
Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Ulama' PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Pengerusi Eksekutif Institut Itqanul Muluk, Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Ketua Ulama' PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin Ismail dan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan