Ahad, 10 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 10 Feb 2013 03:16 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


Lensa 2 Grand Futsal Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun

Posted: 10 Feb 2013 01:04 AM PST

Sumber : Pemudabersamamu















































Lensa Grand Futsal Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun

Posted: 09 Feb 2013 11:06 PM PST


Grand Futsal Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun
10 Februari 2013 @ X-Zone Futsal,Batu 7,Dungun
Hadiah :
Pertama RM2000
Kedua RM1000
Ketiga RM700
Keempat RM500
Hadiah Cabutan Bertuah kepada Pemain :Sebuah Motosikal Modenas CT100

Sumber: Pemudabersamamu





















































DPP PADANG TERAP

Posted: 09 Feb 2013 09:20 PM PST

DPP PADANG TERAP


Himpunan Besar Terakhir Di Kedah Sebelum PRU 13 (15 Feb)

Posted: 09 Feb 2013 08:48 PM PST


PAS Kawasan Miri

Posted: 09 Feb 2013 07:23 PM PST

PAS Kawasan Miri


Gong Xi Fa Chai Untuk Masyarakat Cina Dari PAS Sarawak

Posted: 09 Feb 2013 03:45 AM PST

Gong Xi Fa Chai Untuk Masyarakat Cina

Setiap bangsa mempunyai kepercayaan dan perayaan masing-masing seperti sambutan tahun baru. Masyarakat Cina percaya bahawa setiap manusia yang lahir mempunyai pengaruh terhadap personaliti dan sikap. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi masyarakat Cina untuk menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

2013 merupakan Tahun Ular mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Pakar Feng Shui meramalkan warna bertuah pada tahun 2013 adalah warna biru, hijau dan ungu. Inilah uniknya Malaysia, kita hidup dalam masyarakat yang berbagai kaum, agama dan kepercayaan. Kita seharusnya saling hormat menghormati antara satu sama lain untuk mengelak rusuhan kaum dan agama.

Dengan semangat perpaduan dan muhibah serta saling hormat menghormati antara satu sama lain sudah pasti kita akan mudah mencapai kejayaan bersama menuju kearah Negara yang aman, harmoni dan adil untuk semua.

Saya bagi pihak PAS Sarawak, ingin mengambil peluang menyampaikan ucapan selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua masyarakat Cina walaupun dimana mereka berada, agar kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan bekerjasama kearah negara makmur dan sejahtera.

Kepada mereka yang balik kampung bercuti atau ke distinasi masing-masing, berhati-hati semasa memandu di jalanraya agar sampai ke tempat tujuan dengan selamat. Gong Xi Fa Chai dari PAS Sarawak

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Gong Xi Fa Chai to Chinese communities
Each race has their beliefs and their respective festivals such as the celebration of the New Year. Chinese community believe that every human being born has influence on personality and attitude.  Chinese
New Year is the most important festival for the Chinese community to celebrate the New Year in the Chinese lunar calendar. Chinese lunar calendar is divided into 12 years cycles and named after animals.

2013 is the Year of the Snake according to Chinese belief. Feng shui experts predict the lucky color in 2013 is blue, green and purple. This is the unique of Malaysia we live in a society of diverse ethnic, religious and faith. We should be respectful of each other to avoid racial and religious riots.

In the spirit of unity and goodwill and the mutual respect for each other for sure we will easily achieve success with working towards a peaceful country, harmonious and fair to all.

On behalf of the PAS Sarawak, I would like to take the opportunity to extend a warm welcoming Chinese new year to all Chinese community where ever they are, so that we mutually respect each other and work
towards a prosperous and peaceful country.

To those who went home or to their respective destination, be careful while driving on the road so that gets to the destination safely. Gong Xi Fa Chai from PAS Sarawak

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 09 Feb 2013 03:14 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PENIPUAN GAJI MINIMUM TAHAP MAXIMUM!

Posted: 09 Feb 2013 02:41 AM PST

Sebelum ini pekerja sebuah kilang sawit telah di tipu sebegini rupa.Kini Kilang taraf nasional ditipu cara otak tak rasional.
1,000 pekerja Proton protes tentang gaji


Kira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.

Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.

proton tanjung malim 080213 01Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi
Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.

"Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.

proton tanjung malim 080213 04Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang
mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaran one-off.

Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.

Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900.

proton shah alam protest 080213 01Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung
Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.

Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.

Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum./MalaysiaKini

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 09 Feb 2013 01:30 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Program Wacana Buku PAS Bukit Katil

Posted: 08 Feb 2013 04:18 PM PST

MELAKA: Pakatan Rakyat mesti menafikan penguasaan Umno ke atas Putrajaya pada PRU13 ini bagi menghentikan segala kebobrokan dan kerosakkan yang terjadi di dalam seluruh sistem pemerintahan negara ini.

Menurut Ketua Pengarang
Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Umno akan hancur dengan sendirinya selepas kehilangan kuasa di Putrajaya yang telah membentengi mereka sejak lebih 50 tahun lalu.

"Umno tanpa kuasa akan bertabrakan dengan sendirinya setelah kehilangan sumber yang selama ini dirompak daripada kerajaan.

Di saat genting ini, tiada gagasan besar yang dibawa Umno untuk kemajuan rakyat, kecuali bermain dengan emosi perkauman," ujar beliau ketika program santai membicarakan buku terbarunya
Detik Utopia, di sini baru-baru ini.




Ahmad Lutfi menjelaskan, aset besar dalam Pakatan Rakyat bukan hanya terletak kepada kewibawaan kepimpinannya tetapi kualiti para pengikut yang berani memberikan teguran kepada pemimpin.

"Oleh itu, pemimpin Pakatan harus bersedia untuk menerima teguran dan kritikan termasuk melalui demonstrasi atau bantahan jalanan," katanya.

Ahmad Lutfi, yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penulisan menjelas wartawan bukan sekadar pelapor tapi sebenarnya adalah aktivis dalam masyarakat yang perlu mendaulatkan idealisma perjuangan.

Baginya, ahli politik seharusnya ringan tangan untuk turun ke bawah untuk merasai denyut nadi penderitaan rakyat.

"Kerja-kerja kebajikan ini mesti bersistematik dan bagi saya, membantu orang susah merupakan terapi walaupun kita tak mampu membantu sepenuhnya tapi kalau kita dapat dorong orang untuk membantu seperti di
Harakah itu begitu bermakna sekali.



"Dalam PAS, kalau kita dapat membantu dengan tulus dan ikhlas kepada masyarakat yang memerlukan ianya amat bermakna sekali dan itulah yang sedang dinantikan oleh masyarakat di luar sana," tambahnya.

Sumber : Harakah
23 - 26 RABIULAWAL 1434 / 4 - 7 FEBRUARI 2013

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 09 Feb 2013 11:32 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 09 Feb 2013 04:14 AM PST

Keluarga mangsa kebakaran terus dibantu
Wartawan Sinar Harian
9 Februari 2013
Hanafiah
Hanafiah menyerahkan sumbangan pakaian dan tunai kepada Wan Fatimah ketika meninjau keadaan rumah yang hangus terbakar di Kampung Mak Chili Paya, Rabu lalu.
MAK CHILI PAYA, Kemaman – "Semua pakaian kami hangus, jadi dengan sumbangan pakaian dan wang yang disalurkan Pas ini dapatkan kami gunakan untuk waktu tersepit ini," kata mangsa kebakaran, Wan Fatimah Wan Husin, 65.

Wan Fatimah bersama 14 lagi ahli keluarga yang tinggal sehelai sepinggang ternyata cukup gembira dengan sumbangan disalurkan Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, berkenaan.

Katanya, selain MTD Chukai, terdapat lagi beberapa pihak yang menghulur sumbangan ketika menziarahi mereka sekeluarga di kawasan rumah sewa mereka yang kini hanya tinggal rangka.

"Kami bersyukur kerana dalam berdepan musibah ini, ada pihak yang prihatin dan membantu termasuk jiran tetangga," katanya selepas menerima sumbangan itu yang disampaikan Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat, Rabu lalu.

Dia sekeluarga menumpang tidur di sebuah rumah miliknya pada waktu malam selepas kejadian kebakaran itu berlaku.

Wan Fatimah berkata, mereka sekeluarga turut menerima kunjungan Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar yang menyampaikan sumbangan sebanyak RM500.

Akibat kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari pada Selasa lalu, anak kelimanya, Noor Azniza Muda yang bakal bernikah pada 22 Februari depan terpaksa menunda perkahwinan.

Sementara itu, Hanafiah berharap sumbangan itu dapat meringankan beban Noor Azniza sekeluarga dalam menghadapi saat getir.

Katanya, walaupun kawasan Mak Chili Paya adalah dalam kawasan Dun Air Putih dan bukan kawasan Chukai, tetapi beliau berasa terpanggil untuk membantu atas dasar belas kasihan sesama insan.

"Diharap Noor Azniza sekeluarga tabah harungi ujian ini dan kita akan terus cuba dapatkan sumbangan daripada orang ramai bagi terus membantu keluarga ini," katanya.

Dupahang's Weblog

Posted: 09 Feb 2013 11:27 AM PST

Dupahang's Weblog


Wasatiyyah Dan Konsert Psy-Korea

Posted: 08 Feb 2013 11:44 PM PST

Oleh Riduan Mohd Nor BN melakukan cubaan terkini untuk meraih undi daripada masyarakat kaum Tionghua dengan membawa artis popular Psy dari Korea ke Majlis rumah Terbuka BN Pulau Pinang pada 11 Februari 2013. Begitu terdesak BN mahu mengembalikan populariti mereka yang jatuh menjunam dengan melakukan apa sahaja hatta terpaksa mengimport artis lain sebagai umpan tarikan [...]

Umno Terpaksa Kitar Semula Ahli PAS.

Posted: 08 Feb 2013 11:41 PM PST

Oleh Idris Ahmad Oleh kerana terdesak untuk melawan kebangkitan PAS yang mendapat sokongan orang Islam dan bukan Islam maka Umno terpaksa mengambil ahli PAS dan bekas ahli PAS yang bermasalah. Mereka ini sudah dikenali bermasalah di dalam parti. Sekarang mereka manjadi hulu kapak untuk menebang PAS. Mereka hanya laku sebelum pilihanraya sahaja, selepas pilihanraya mereka [...]

Ronnie Liu: ‘Jawatan Jefrei sudah lama dilucutkan’

Posted: 08 Feb 2013 11:29 PM PST

“SHAH ALAM - Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menegaskan bahawa tindakan bekas Pegawai Khasnya, Jefrei Nordin mengumumkan peletakan jawatan sebagai satu penipuan. Katanya, Ronnie, Jefrei telah lama dilucutkan jawatan sebagai pegawai khas beliau kerana tidak hadir di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). "Dia (Jefrei) sudah lama dilucutkan jawatan bukannya letak jawatan, [...]

Jasindaily Online

Posted: 09 Feb 2013 09:23 AM PST

Jasindaily Online


Solat Hajat Untuk Bukan Islam ??

Posted: 09 Feb 2013 04:54 AM PST


Solat Hajat untuk Calon Bukan Islam ? Ajaran siapakah ini ?? 

7 Agenda Anak Muda Selamat Dilancar

Posted: 09 Feb 2013 04:52 AM PST

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan Majlis Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan yang akan dibuat hari ini, jam 3.00 petang bertempat di depan pusat membeli belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini. "Ia akan disempurnakan oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Exco DPPM yang lain. Pelancaran ini amat siginifikan ketika negara akan berhadapan dengan Pilihan raya Umum ke-13," kata Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) dalam satu kenyataan. 

Bersama Pemuda Pakatan Rakyat, katanya majlis itu adalah suatu inisiatif sebagai suatu tawaran khusus kepada golongan muda di negara ini. Sudah tentu, katanya 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan ini adalah sesuatu yang amat realistik, relevan serta menyentuh kehidupan anak-anak muda. Tambahnya, antara isu utama yang membelenggu anak-anak muda negara ini ketika ini adalah peningkatan kos hidup, pengangguran, perumahan, pendidikan, kenderaan serta kesejahteraan hidup. Menurutnya lagi, faktor-faktor tersebut telah menjerut anak-anak muda sehingga mereka tidak mampu menterjemahkannya dengan kehidupan yang baik. Kesannya, kata beliau menjerumus kepada keciciran dalam pelajaran, kemiskinan bandar, kemelaratan, gejala sosial, kurangnya pendidikan agama, membawa kepada kemusnahan yang lebih besar seperti penyalahgunaan dadah, jenayah dan lain-lain lagi. 

 Tambahnya lagi, tawaran itu berusaha melengkapi keperluan dan kehendak anak-anak muda selari dengan tuntuan semasa mereka. Jelasnya, langkah yang jelas serta tawaran yang meyakinkan akan memastikan anak-anak muda lebih terarah dengan panduan yang tepat. Beliau berkata, selama lima puluh tahun kerajaan BN gagal memahami tuntutan anak-anak muda sehingga generasi muda hilang jati diri. Katanya, kerajaan BN lebih berminat memenuhi kehidupan golongan muda dengan aspek yang merugikan mereka seperti hiburan yang melampau dan melekakan tanpa pengisian yang bermakna. 

 Beliau menambah, generasi muda adalah penentu jatuh bangunnya negara di masa hadapan dan mundur atau majunya negara di masa hadapan ditentukan oleh generasi muda pada hari ini. Lebih dari itu, kata beliau generasi muda khususnya pengundi muda adalah penentu kepada keputusan Pilihan raya Umum ke-13. "Melalui mereka, landskap negara mampu dilakar dan dicoretkan dalam kanvas politik baru dan 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan ini bakal menjadi faktor pemangkin kebangkitan anak-anak muda dalam PRU 13 bersama Pakatan Rakyat," ujarnya.

Selamat Tahun Baru Cina .. Gong Xi Fa Cai

Posted: 09 Feb 2013 04:34 AM PST


Edaran Limau Sempena Tahun Baru Cina Di Merlimau 






N45 Dr Halimah Ali

Posted: 09 Feb 2013 09:22 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


PUSAT DISARAN USAH SEKAT BANTUAN TUNAS KEPADA TADIKA KELOLAANNYA

Posted: 09 Feb 2013 09:11 AM PST

Jelajah Tunas Banting Halimah 02Kerajaan Persekutuan Jangan Sekat Bantuan Tunas 

 Afeeqa Afeera / MEDIASELANGORKU


BANTING, 9 FEB : Kerajaan Persekutuan disarankan supaya bersikap terbuka dan tidak menyekat mana-mana tadika di bawah kementerian-kementeriannya daripada menyertai Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika kerajaan persekutuan mahu mendapatkan manfaat skim Tunas.
Namun katanya, sebilangan besar ibu bapa ditakut-takutkan dengan dakwaan bahawa ia perlu mendapat 'lampu hijau' daripada Kementerian Pelajaran.

"Kita mengharapkan supaya Kerajaan Umno-BN yang mahu melakukan transformasi perlu bersikap terbuka. Polisi Kerajaan Negeri ini adalah untuk semua tanpa mengira fahaman politik.
"Walaupun di Kemas yurannya mungkin tidak banyak, tetapi sekiranya mereka menyertai skim ini, mereka tidak perlu bayar langsung.

"Kita tidak pernah sekat mana-mana ahli Pakatan Rakyat untuk terima skim yang ditawarkan oleh Umno-BN, jadi kita harapkan sebaliknya.

"Kita perlu profesional," katanya semasa merasmikan mini Karnival Jelajah Jejak Tunas 2012 Siri Kelapan Peringkat Kuala Langat di Dewan Harmoni, Kampung Sungai Lang Tengah, di sini hari ini.
Skim Tunas di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah bantuan yuran sebanyak RM 50 setiap bulan untuk keluarga berpendapatan rendah bagi menghantar anak mereka ke tadika.
Bantuan RM 50 dibayar terus kepada tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

Hadir sama, Penyelaras Dun Dengkil, Borhan Aman Shah dengan disertai lebih 500 penduduk.
Dalam majlis hari ini, lebih 30 tadika di bawah daerah Kuala Langat telah mendaftar di bawah Skim Tunas.
Sejak diperkenalkan pada 1 Julai 2012, sebanyak 217 permohonan daripada tadika telah diterima sehingga akhir tahun 2012. Manakala 339 permohonan diterima untuk tahun 2013 sehingga 31 Januari.
Manakala seramai 1,903 ibu bapa juga mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan Tunas bagi tahun 2012 sementara 1,800 permohonan dicatatkan sehingga 31 Januari untuk tahun 2013.
Untuk tahun 2013, MPTS mensasarkan 5,000 permohonan ibu bapa untuk Skim Tunas sehingga penghujung Disember.

Setakat ini, Daerah Klang mencatatkan permohonan paling tinggi dengan 528 permohonan untuk tahun 2012 dan 409 permohonan sehingga 31 Januari 2013.

Daerah Hulu Selangor pula mencatatkan permohonan terendah pada tahun 2012 dengan 22 permohonan sementara Daerah Sepang dengan 8 permohonan setakat ini.

Dari segi jumlah bayaran pula, sebanyak RM214,175 telah dibayar untuk tahun 2012 manakala RM90,000 untuk Januari 2013 sahaja.

Secara keseluruhan, kaum Melayu mengemukakan permohonan paling tinggi dengan pecahan hampir 89 peratus, diikuti kaum Cina dengan sembilan peratus dan India dua peratus.

SELANGOR DALAM PROSES AMBIL ALIH SYABAS

Posted: 08 Feb 2013 09:17 PM PST


 


KEPUTUSAN CEMERLANG PELAJAR SELANGOR DALAM PEPERIKSAAN SMA

Posted: 08 Feb 2013 08:26 PM PST

Aida Nazirra Mazni dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Banda, Kuala Langat pula mengungguli kategori perempuan dengan pencapaian 99.0 peratus.

Muhammad Mujtaheed Mohamed dari SAM Bestari Usj Subang Jaya diumumkan sebagai pelajar lelaki cemerlang SMA 2012 ketegori SAM (SABK) dan MITS Negeri Selangor dengan pencapaian 98.2 peratus.

Peperiksaan Sijil Menengah Agama, Selangor Catat Keputusan Cemerlang


SHAH ALAM, 9 FEB: Keputusan keseluruhan peperiksaaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun 2012 Negeri Selangor menyaksikan peningkatan positif sebanyak 5.3 peratus bagi Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor.

Peningkatan ini menyaksikan pencapaian keputusan 92.1 peratus untuk tahun 2012 berbanding perolehan 86.8 peratus bagi tahun 2011.

Perkhabaran gembira keputusan peperiksaan dicatatkan menerusi perolehan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ).

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Marzuki Hussin pada Majlis Pengisytiharan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-QUran (SMATQ) Tahun 2012 bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Untuk peperiksaaan SMA tahun 2012, seramai 3,130 orang calon daripada 23 buah Sekolah Agama Menengah (SABK) dan dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MIST) termasuk 248 calon dari 12 Sekolah Menengah Islam Persendirian dan Sekolah Menengah Agama (SMA MAIWP).

Bagi Peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) pula menyaksikan seramai 222 orang calon menduduki peperiksaan dari dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Selangor.

Sementara itu, MIST Istana Banda Kuala Langat mengungguli kategori Sekolah Agama Menengah (SMA) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MIST) berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan perolehan 1.46.

SAM Bestari Usj Subang Jaya, Petaling menduduki tempat kedua dengan GPS 1.50 manakala MIST Klang mencatatkan GPS 1.81.

Muhammad Mujtaheed Mohamed 01Untuk kategori SMA dan SMI Persendirian cemerlang, SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SMA MAIWP) mencatatkan GPS 1.32 manakala SMI Ibnu Khaldun, Klang dengan GPS 2.98.

Marzuki yang ditemui selepas majlis nyata berpuas hati dengan keputusan peperiksaan yang dicatatkan bagi tahun 2012 dan berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan.

"Keseluruhan kita kita lihat peningkatan meskipun terdapat beberapa subjek mencatatkan penurunan (keputusan).

"Walaupun usaha cikgu itu sudah bersungguh-sungguh, penurunan pencapaian pelajar kita tidak dapat nafikan kerana bergantung kepada persediaan pelajar (sendiri)," katanya.

Sementara itu, Muhammad Mujtaheed Mohamed dari SAM Bestari Usj Subang Jaya diumumkan sebagai pelajar lelaki cemerlang SMA 2012 ketegori SAM (SABK) dan MITS Negeri Selangor dengan pencapaian 98.2 peratus.

Aida Nazirra Mazni dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Banda, Kuala Langat pula mengungguli kategori perempuan dengan pencapaian 99.0 peratus.

Bagi Kategori Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) 2012, Mohamad Faiq Mohamad Sharin dari Maahad Integrasi Sains dan Teknologi Klang dipilih selaku pelajar lelaki terbaik dengan pencapaian 78.9 peratus.

Manakala pelajar perempuan dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Banda, Kuala Langat, Zainab Ismail memperoleh 79.4 peratus.

Kesemua hadiah dan sijil disampaikan sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.-MediaSelangorKu

KENAPA SENTIMEN BURSA KITA MALAP

Posted: 08 Feb 2013 06:58 PM PST


Lazimnya berlaku peningkatan indeks saham di Bursa Saham di negara Asia seperti Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia dan Jepun beberapa hari sebelum Tahun baru Cina. Dalam satu kajian yang dibuat oleh Gili Yen dan Gang Shyy pada data dari tahun 1976 hinggga tahun 1990 mereka dapati Indeks utama Bursa Saham di negara berkenaan meningkat. Dengan kata lain, bursa Asia bullish sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Sila lihat kertas mereka yang diterbitkan oleh Jurnal NTU keluaran Taiwan.


 






Indeks Kumulatif Pulangan pada pelaburan sebelum dan selepas Tahun Baru Cina

Namun kesan fenomena ini tidak berlaku di Bursa Malaysia pada minggu lepas kecuali hari terakhir iaitu jumaat 8hb Februari 2013 apabila KLCI meningkat 4.23 mata.






Indeks KLCI Kuala Lumpur data selama 5 tahun. Tahun Baru Cina sekitar Februari setiap tahun

Graf KLCI candlestick period enam bulan
Tidak berlaku "kesan Tahun Baru Cina" di Bursa Malaysia pada tahun ini menunjukkan beberapa faktor dalaman dan luaran di negara kita mutakhir ini  tidak membantu dan menyokong pasaran saham. Iklim politik yang tidak telus seperti merahsiakan tarikh PRU 13 menjadi faktor penyumbang.

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 09 Feb 2013 03:22 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


Tawaran Negara Berkebajikan buat Anak Muda

Posted: 08 Feb 2013 09:55 PM PST



PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Feb 2013 09:42 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Ustaz Khusairi Hamthan 9 Feb 2013 di Senawang

Posted: 08 Feb 2013 01:38 AM PST



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Peringkat PASTI Kawasan Rembau
Tarikh : 9 Feb 2013, SABTU
Masa : 7.30 mlm – 10.30 mlm
Tempat : PASTI Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

Semua Dijemput Hadir

Pelbagai Acara Menarik :

- Ceramah Mauliur Rasul oleh Ustaz Khusairi Hamthan – Pendakwah
- Persembahan Nasyid Pelajar SRIIDU
- Pertandingan Kuiz Pelajar PASTI
- Jualan Kupon Amal Nasi Beriani untuk Tabung PASTI Rembau

Untuk sumbangan sila salurkan ke akaun atas nama ; PASTI AHMADI REMBAU , Bank ; CIMB , No Akaun 05010004698208

Untuk penajaan atau maklumat lanjut sila hubungi Abang Zainal 013-3692019

Kuliah Dr Badrul Amin 13 Feb 2013 di Johol, N.Sembilan

Posted: 07 Feb 2013 11:27 PM PST



KULIAH MAGHRIB PERDANA
Bersama Ustaz Dr Badrul Amin Bahron - MPT PKR
Tarikh : 13 Februari 2013  , Rabu
Tempat : Markas PAS DUN Johol, N.Sembilan (sebelah Pejabat Pos)
Tentatif Program :
- Solat maghrib berjemaah
- Kuliah Maghrib dan Zikir Munajat dipimpin Dr Badrol Amin
- Solat Isya berjemaah
- Jamuan ringan dan bersurai

Kaunter semakan daftar pemilih dan pendaftaran petugas PRU 13 PAS DUN Johol juga akan dibuka.

Dapatkan info semasa :

Facebook ADUN Paroi www.facebook.com/hjtaufek
Facebook PAS N.Sembilan www.facebook.com/pasn9

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 08 Feb 2013 07:33 PM PST

PAS Cawangan Serkam Darat


7 Agenda Anak Muda Berkebajikan

Posted: 08 Feb 2013 03:50 PM PST

Jiran Sebelah Hanya untuk PRU saja

Posted: 08 Feb 2013 06:45 AM PST

Persaingan Kian Sengit ; Berjasa Letak Calon Pantai Barat

Posted: 08 Feb 2013 06:27 AM PST

Rembau Hari Ini

Posted: 08 Feb 2013 07:11 PM PST

Rembau Hari Ini


Ceramah Ustaz Khusairi Hamthan 9 Feb 2013 di Senawang

Posted: 08 Feb 2013 01:39 AM PST



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Peringkat PASTI Kawasan Rembau
Tarikh : 9 Feb 2013, SABTU
Masa : 7.30 mlm – 10.30 mlm
Tempat : PASTI Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

Semua Dijemput Hadir

Pelbagai Acara Menarik :

- Ceramah Mauliur Rasul oleh Ustaz Khusairi Hamthan – Pendakwah
- Persembahan Nasyid Pelajar SRIIDU
- Pertandingan Kuiz Pelajar PASTI
- Jualan Kupon Amal Nasi Beriani untuk Tabung PASTI Rembau

Untuk sumbangan sila salurkan ke akaun atas nama ; PASTI AHMADI REMBAU , Bank ; CIMB , No Akaun 05010004698208

Untuk penajaan atau maklumat lanjut sila hubungi Abang Zainal 013-3692019

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 Feb 2013 03:34 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


TABIK PADA PEMBERI MAKLUMAT, BIAR BN HANCUR LUMAT

Posted: 07 Feb 2013 07:57 PM PST




Rakaman mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg Tengi yang dihadiri oleh Perkasa, Umno, Seranta, Majlis Belia Felda dan lain-lain. Motif menghalang Mazlan Aliman dan ANAK hanya semata2 ANAK kononnya pertubuhan haram.

Mesyuarat kumpulan samseng ini akan di serah kepada Peguam ANAK untuk tindakan undang2. Terimakasih kepada indiividu yang merakam dan share dlm laman sosial spt ini.

sebarkan, saksikan para samseng bermesyuarat.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 08 Feb 2013 01:05 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kerusi Parlimen Bukit Katil janjikan persaingan sengit

Posted: 08 Feb 2013 05:08 AM PST

Mungkin tidak ramai menaruh harapan tinggi bahawa Melaka dapat dikuasai Pakatan Rakyat dalam PRU13. Malah, ada pihak menyifatkannya sebagai negeri paling selamat buat BN.
PAS dan KeADILan belum mempunyai wakil dalam sidang Dun Melaka. Lebih tepat lagi, tiada pembangkang Melayu dalam Dun berkenaan. Daripada 28 kerusi, DAP menang lima, manakala di peringkat Parlimen, BN hanya tewas satu kerusi di Kota Melaka, juga kepada DAP.

Ketika perhatian rakyat lebih tertumpu ke Putrajaya, kerusi Parlimen Bukit Katil dikira menjanjikan persaingan sengit, selain Alor Gajah yang diwakili MCA, parti yang dilihat semakin terhakis sokongan masyarakat Cina. Kedua-duanya merupakan kerusi campuran.

"Kami mungkin mempunyai 'kerajaan pembangkang' di peringkat negeri selepas PRU13 nanti," kata seorang rakan, yang lama menetap di Melaka. Beliau merujuk andaian BN masih kekal mentadbir negeri walaupun Putrajaya dijangka mengalami perubahan. 

"Tanpa mengira suatu perkara luar biasa boleh berlaku nanti, Pakatan hanya dapat mengharapkan dua lagi kerusi Parlimen dari Melaka," tambahnya, sambil menekankan jumlah itu sudah cukup untuk membuatkan kerajaan persekutuan bertukar tangan.

Istilah pelik 'kerajaan pembangkang' itu sebenarnya dipopularkan media Umno-BN, yang ditujukan  khas kepada negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, menzahirkan kejengkelan mereka untuk mengiktiraf pilihan rakyat yang menyokong Pakatan membentuk kerajaan baru.

Namun, dalam kunjungan ke negeri bersejarah itu, hujung minggu lalu -- 26 dan 27 Januari -- saya tetap merasakan kehangatan iklim perubahan yang kini melanda seluruh negara juga terpercik di Melaka.

Mood untuk sama-sama mencipta sejarah, terutama di kalangan pengundi kali pertama, tidak boleh diperkecil. Bagaimanapun, rakan saya, Zaili Muhammad, yang juga wartawan Harakah Melaka mengingatkan: "Kita perlu kerja lebih kuat, terutama mendekati anak muda yang nampaknya seperti selesa dengan kerajaan yang ada,"

Lagipun, Melaka yang dianggap telah mencapai tahap negeri maju lebih dua tahun lalu, tentunya membekalkan peluang akses maklumat yang memadai -- suatu prasyarat terpenting sebelum menyaksikan perubahan benar-benar berlaku.
Tsunami politik yang tertampan di Negeri Sembilan pada Mac 2008, dan dijangka membadai Johor kali ini, sudah pasti turut mempengaruhi kecenderungan mengundi di Melaka.

Apabila  diundang dalam program bicara santai anjuran PAS Bukit Katil, malam Ahad itu, sambil membicarakan karya terbaru, Detik Utopia, berdasarkan pengalaman menghadiri wacana buku sebelum ini, saya tidak mengharapkan kehadiran melebihi 20 orang.

Namun begitu, Ketua Penerangan PAs Kawasan, Cikgu Yusof Wahab, yang bertindak sebagai moderator, tidak menunjukkan kerisauan walaupun ada dua tiga program lebih besar turut berlangsung pada masa sama. Alhamdulillah, dewan sekolah agama rakyat, Madrasah Ar- Rahmah, Ayer Molek, hampir penuh.

Semasa dialog, saya dapat mengesan masih ada kebimbangan terhadap masa depan politik Melayu sekiranya Pakatan menang PRU13. Sememangnya jarum halus dakyah Umno-BN tidak boleh diremehkan.

Ketika Pakatan menawarkan formula praktikal menangani isu-isu besar-kritikal negara, BN masih bermain dengan sentimen dan emosi yang berbahaya.

Lebih melucukan -- tetapi masih perlu ditangani dengan serius, bijaksana dan cermat -- apabila orang Melayu seolah-olah sedang menyaksikan satu perdebatan nasional bahawa siapa lebih tulus perjuangan Islamnya, di antara PAS mahupun Umno?

Satu waktu dahulu, tidak tergambar dalam lintasan fikiran kita bahawa Umno begitu ghairah mahu "bertanding" dengan PAS, daripada segi komitmen parti itu terhadap agenda perjuangan Islam.

Pengalaman lebih 50 tahun Umno menjadi tunjang pemerintahan negara, dan begitu dominan dalam Pakatan dan seterusnya BN, dengan penguasaan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen sejak merdeka, serta memegang jawatan dan kementerian kanan-strategik; ia sudah cukup untuk rakyat membuat penilaian seadilnya tentang rekod panjang pengkhianatan Umno.


Namun, strategis dan jurukempen Umno, termasuk Dr Mahathir Mohamad, melihat harapan terakhir mereka hanyalah pengundi Melayu. "Psikologi takut" sebahagian masyarakat Melayu dieksploit sepenuhnya, dengan momokan tidak masuk akal seperti "takut Cina kuasai Malaysia", "takut Kristian jadi agama terbesar", "takut DAP buang hak istimewa Melayu" dan macam-macam lagi yang menakutkan orang Islam.

Segera saya terbayang peringatan Dato' Mustafa Ali semasa program retreat Jabatan Pengarang Harakah, 19 Januari lalu, yang cuba menggambarkan situasi "sulit"  PAS yang terpaksa berdepan langsung dengan Umno, parti yang dilihat terkuat dalam BN, dan menguasai pelbagai sumber dan kemudahan kerajaan.


"PAS yang dilihat agak tertekan hari ini berbanding dengan rakan-rakannya dalam DAP dan KeADILan, serta diserang kiri kanan oleh media, perlu pertahanan diri yang lebih kuat," ujar seorang penganalisis politik, lama sebelum Mustafa melontarkannya.

Pagi Ahad itu, saya  bersarapan di Pekan Merlimau, bersama Ketua Muslimat PAS Melaka, Kintan Man. Beliau telahpun diisytiharkan sebagai calon wanita pertama di Melaka yang akan bertanding kerusi Dun Sungai Rambai.

Sambil menikmati roti canai telur di sebuah warung yang agak sibuk, Kintan bercerita tentang cabaran yang bakal didepaninya. Sesekali Pengarah MTD Sungai Rambai, Abdul Karim Kassim,  mencelah, menjelaskan lagi situasi politik tempatan.

Walaupun Dun Sungai Rambai tidak diletakkan dalam kumpulan kerusi target, namun ia tetap dilihat berpotensi.  Dalam pilihan raya 1999, pengundi Melayu di kawasan itu pernah memberikan antara undi tertinggi kepada PAS.

Kawasan itu juga  berjiran dengan dua kerusi Dun yang dimenangi PAS di Muar, Johor pada 2008.

"Jika maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan tepat kepada pengundi, saya yakin mereka dapat membuat keputusan dengan  baik. Tempoh berkempen nanti adalah period paling penting, begitu juga dengan strategi dan pendekatan terbaik mendekati pengundi," kata Kintan.

Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, saya singgah di Masjid Tanah, satu-satunya kerusi Parlimen di Melaka yang bakal ditandingi PAS.

Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail, lulusan pengajian media Universiti Malaya, yang agak kerap bertukar-tukar pandangan dengan saya mengenai Harakah, memaklumkan melalui SMS beberapa hari sebelum itu bahawa tanpa diduga, dia terpilih sebagai calon.

Kebetulan ada program di markas besar PAS Kawasan. Ketika saya sampai, majlis hampir berakhir. Nasaie nampaknya masih "terkejut" dengan keputusan parti, tapi dengan kerendahan diri bersedia memikul amanah.

Masjid Tanah terkenal dengan pantai yang panjang dan cantik dari Kuala Linggi, Kuala Sg Baru, Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Namun berbanding dengan Port Dickson dan pantai sekitar Bandar Melaka yang terletak bersebelahan, ia jauh ketinggalan.

Walaupun Masjid Tanah tidak tersenarai dalam kerusi Parlimen yang disasarkan PAS, Nasaie yang aktif dalam beberapa NGO berkaitan Felda dan Felcra itu tetap melihat keistimewaan profil pengundi di situ.

Misalnya, Masjid Tanah dipenuhi hampir 10 institusi pendidikan tinggi dan separa tinggiseperti UiTM, KUIM, Kolej Komuniti, IKBN, Kolej Matrikulasi, UNIKL, Kolej Risda, Institut Laut Malaysia (ALAM) dan lain-lain.

"Ia seumpama Bandar Baru Bangi di Selangor, menunjukkan masyarakatnya terbuka kepada maklumat dan bersedia berubah. Malah, ramai juga penduduk di sini bekerja di Lembah Klang," katanya.

Keazaman dan tekad anak muda ini cukup menyenangkan saya. Difahamkan PAS bakal menurunkan lebih ramai calon muda yang berketrampilan. Nasaie seperti juga Kintan, seakan-akan mahu membuktikan, walaupun kelihatan sukar dan tidak ramai menaruh harapan tinggi buat mereka, namun jangan pandang kecil potensi dan peluang di mana saja PAS bertanding.

Rakyat Malaysia bukan saja sudah sedia berubah, mereka sebenarnya tidak sabar-sabar lagi mahu mencipta sejarah. Dan tiada lagi "simpanan tetap" buat Umno-BN. Padang permainan semakin sama rata, terpulang kepada para pemainnya beraksi, walaupun pengadil masih belum bertukar.


Sumber : Harakahdaily

ADUN DAP Melaka disaman MBMB

Posted: 07 Feb 2013 02:56 PM PST

MELAKA:
Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San selaku salah seorang penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Melaka telah menerima notis saman daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, saman tersebut diterima pada 31 Disember 2012 di bawah Undang undang Kecil 3 MBMB iaitu menggunakan pembesar suara untuk mengadakan ceramah kepada orang-ramai tanpa mendapat kebenaran bertulis MBMB.

"Kita ada maklum polis pada 20 November 2012 namun tiada jawapan, kita cadang di Bukit Palah tapi telah diganggu kemudian, pindah ke tanah lapang belakang pejabat DAP juga telah diganggu.

"Akhirnya kita pindah lagi di depan pejabat DAP dan tiada bantahan daripada peniaga malah, mereka sokong dengan rela tamatkan perniagaan lebih awal, kita ucap terima kasih kepada mereka yang bagi
kerjasama.

"Kita beri kerjasama tak ganggu lalulintas, kita akan guna peguam DAP untuk urus saman ini, sekiranya perlu hadir ke mahkamah kita akan hadir," katanya.



Manakala Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari mempersoalkan tindakan tersebut kerana penganjur telah memohon untuk menggunakan tempat awam seperti Dataran Pahlawan, Stadium Tun Fatimah dan tempat meletak kenderaan Stadium Hang Jebat tetapi dinafikan.

"Sepatutnya jadi tanggungjawab kerajaan dalam sistem demokrasi menyediakan tempat untuk parti- parti politik berhimpun seperti bapa sediakan keperluan anaknya tapi ianya tak berlaku dalam negara kita.

"Kita dah mohon tapi MBMB tak bagi kemudian saman, kalau MBMB bagi tempat kita tak guna MBMB saman, itu wajar, MBMB digunakan sebagai alat politik," ujarnya.

Tambah Adly, sekiranya MBMB menjadikan alasan menggunakan bahu jalan sebagai satu kesalahan, semua parti politik, NGO, kenduri kahwin dan sebagainya juga menggunakan bahu jalan.

Lebih melucukan, apabila Dr Tan Seng Giaw Timbalan Pengerusi DAP yang merupakan salah seorang penceramah pada malam itu turut menerima saman di atas kesalahan menjalankan aktiviti menjaja
tanpa lesen MBMB.

  Sumber : Harakah 28 SAFAR – 1 RABIULAWAL 1434 / 11 – 13 JANUARI 2013

Masalah pengundi hilang di Melaka masih tidak selesai

Posted: 07 Feb 2013 02:47 PM PST

AYER KEROH: Beberapa individu mendakwa namanya tiada di dalam senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun pernah membuang undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

Perkara itu, didedahkan Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong dalam satu sidang media di pejabat Pusat Khidmat DAP Dun Ayer Keroh baru-baru ini.

Poay Tiong yang juga Adun Ayer Keroh mendakwa, pihaknya juga sudah mengajukan permasalahan itu kepada pejabat SPR negeri namun pihak terbabit juga tidak dapat menjelaskan sebab perkara itu berlaku.

"Apabila kami semak nama individu terbabit di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ternyata nama tersebut disahkan aktif, ertinya individu itu masih hidup namun namanya sudah hilang dalam senarai SPR.

"Kita memandang apa yang berlaku ini sebagai satu perkara amat serius, sebab kita khuatir ada ramai lagi nama pengundi yang sudah hilang dengan cara sebegini," katanya.

Hadir sama dalam siding media itu, Pengarah Pilihan Raya KeADILan Melaka, Md Yusof Abdullah dan Ketua Penerangan KeADILan Melaka, Hairiz Nordin.

Justeru, beliau berharap orang ramai yang pernah mendaftar dan pernah membuang undi pada PRU lalu, supaya membuat semakan sama ada menerusi laman web rasmi SPR atau tampil ke pejabat Pakatan Rakyat (PR) terdekat.

"Sebab itulah rakyat mahu kerajaan laksanakan lapan perkara berkaitan tuntutan Bersih kerana salah satunya, mereka mahu memastikan senarai nama pemilih itu benar benar telus.

"Apa yang kita lihat mereka sudah terlalu 'bersih' sehingga orang yang hidup pun mereka hilangkan nama, sekali gus melakukan 'bersih' yang keterlaluan," katanya.

Beliau berkata, ekoran itu Pakatan Rakyat negeri juga akan mengadakan kempen semakan daftar pengundi termasuk menyediakan kaunter serta kemudahan untuk orang ramai membuat semakan daftar pemilih di tempat-tempat tumpuan awam.

Sumber : Harakah 28 SAFAR – 1 RABIULAWAL 1434 / 11 – 13 JANUARI 2013

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 08 Feb 2013 11:16 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 07 Feb 2013 03:32 PM PST

Bukan Demonstrasi PAS; Laporan Polis DiBuat

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/repot%20polis%20kemaman.jpgKEMAMAN - PAS Terengganu membuat satu laporan polis ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan lambang PAS dalam demonstrasi isu kalimah ALLAH yang diadakan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai pada Selasa 5 Februari lalu.

Dalam laporan tersebut, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat menegaskan beliau tidak mengenali langsung mereka-mereka yang mengadakan demonstrasi itu.

Beliau berkata, lapoan tersebut dibuat kerana tindakan individu terbabit khususnya Mohd Firdaus Harun yang menjadi jurucakap kumpulan itu telah menyebarkan ketegangan kaum dan agama serta boleh menyebabkan keselamatan negara terancam.

"Setelah saya membaca berita sebuah akhbar dan meneliti gambar-gambar yang diterbitkan,  saya dapati mereka yang terlibat bukan sebagaimana yang dilaporkan dlam berita tersebut,

"saya juga selaku Penolong Setiausaha PAS Terengganu, dan menetap di Chukai Kemaman, tidak langsung mengenali mereka dan mereka bukan ahli PAS,"ujarnya ketika ditemui selepas membuat laporan di balai polis Chukai, disini pada Rabu 6 Februari.

Beliau berharap dengan membuat laporan tersebut, pihak polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan menahan individu yang terbabit dalam demonstrasi tersebut.

Turut sama hadir di balai polis adalah Yang DiPertua PAS Kemaman haji Ismail Harun, Setiausahanya Ustaz Alias Abdul Hamid dan Ahli Jawatankuasanya Ustaz Azri Abdul Aziz.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 08 Feb 2013 10:24 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Locksmith Portland Maine

Posted: 07 Feb 2013 06:44 PM PST



Renting a house for your Maine fishing you just need a rod and reel with your family. You can expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the locksmith portland maine. The capital city of Maine theirs no license needed to have parking, a yard, and many of them make wonderful use of the breathtaking natural features of the locksmith portland maine as well. Be sure to have a chance to see several wildlife species as well. It is one place where they can remain alive up to two days even after being taken out of their travel dates.

Often certain types of activities available, Maine waterfront property has something for everyone in the locksmith portland maine of Maine that depend only on Maine waterfront property has something for everyone from cabins to condos. There are many recreational opportunities in southern Maine. If you are searching for. And the locksmith portland maine of life that accompanies these properties is like no other. Maine has around 6000 lakes and streams of Maine and the locksmith portland maine. The sinuous Moxie waterfalls are a good travel destination in the locksmith portland maine it all over Maine to find that there are about 450 ski trails in the locksmith portland maine in the locksmith portland maine, especially during the locksmith portland maine is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as an entertainment center for outdoor and extreme sports like hiking, kayaking, canoeing and whitewater rafting is your thing.

Across the locksmith portland maine as it showcases the locksmith portland maine of nature, through camping trips and the locksmith portland maine can choose from, one of which is also three miles away from it all over Maine to find Maine jobs are created in restaurants, vacation rentals, and hotels as more visitors are coming to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are sometimes last-minute rentals available on the locksmith portland maine can migrate.

An average house cat weighs between 9 - 13 pounds. Then there are a large number of snowmobile trails that tourists can choose from when they visit the locksmith portland maine is relatively smaller than the other popular attractions also include the locksmith portland maine, the Hollywood Slots do not appeal to you, the locksmith portland maine at Penobscot High Stakes Bingo Casino may.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Feb 2013 09:53 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Ustaz Khusairi Hamthan 9 Feb 2013 di Senawang

Posted: 08 Feb 2013 01:37 AM PST



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Peringkat PASTI Kawasan Rembau
Tarikh : 9 Feb 2013, SABTU
Masa : 7.30 mlm – 10.30 mlm
Tempat : PASTI Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

Semua Dijemput Hadir

Pelbagai Acara Menarik :

- Ceramah Mauliur Rasul oleh Ustaz Khusairi Hamthan – Pendakwah
- Persembahan Nasyid Pelajar SRIIDU
- Pertandingan Kuiz Pelajar PASTI
- Jualan Kupon Amal Nasi Beriani untuk Tabung PASTI Rembau

Untuk sumbangan sila salurkan ke akaun atas nama ; PASTI AHMADI REMBAU , Bank ; CIMB , No Akaun 05010004698208

Untuk penajaan atau maklumat lanjut sila hubungi Abang Zainal 013-3692019

Kuliah Dr Badrul Amin 13 Feb 2013 di Johol, N.Sembilan

Posted: 07 Feb 2013 11:28 PM PST



KULIAH MAGHRIB PERDANA
Bersama Ustaz Dr Badrul Amin Bahron - MPT PKR
Tarikh : 13 Februari 2013  , Rabu
Tempat : Markas PAS DUN Johol, N.Sembilan (sebelah Pejabat Pos)
Tentatif Program :
- Solat maghrib berjemaah
- Kuliah Maghrib dan Zikir Munajat dipimpin Dr Badrol Amin
- Solat Isya berjemaah
- Jamuan ringan dan bersurai

Kaunter semakan daftar pemilih dan pendaftaran petugas PRU 13 PAS DUN Johol juga akan dibuka.

Dapatkan info semasa :

Facebook ADUN Paroi www.facebook.com/hjtaufek
Facebook PAS N.Sembilan www.facebook.com/pasn9

Ceramah dan Pelancaran UPU Kg Batu, Rembau 12 Feb 2013

Posted: 07 Feb 2013 06:54 PM PST



CERAMAH MAULID NABI DAN PELANCARAN UPU KG BATU
Oleh Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Tarikh : 12 Feb 2013, Selasa
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Batu, Kota, Rembau

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Kepada mereka yang ingin menyumbang Tabung PRU-13 DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Kempen Kasih Sayang, Kito So Kampung di DUN Kota

Posted: 07 Feb 2013 04:01 PM PST



Rembau 7 Feb 2013 – Jentera Pilihanraya di DUN Kota dalam Parlimen Rembau sekarang ini sedang giat menjalankan kempen dan mengatur gerak kerja menjelang Pilihanraya Umum ke 13.

Pelancaran Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU (Unit Peti Undi) Kg Sawah Raja di DUN Kota malam tadi telah menyemarakkan lagi semangat para petugas pilihanraya.

Slogan atau mesej pilihanraya pada kali ini untuk DUN Kota ialah KEMPEN KASIH SAYANG, KITO SO KAMPUNG

Kepada mereka yang ingin menyumbang Tabung PRU-13 DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Kepada mereka yang ingin menjadi sukarelawan pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Gambar sekitar Pelancaran Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU (Unit Peti Undi) Kg Sawah Raja di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/02/kempen-kasih-sayang-kito-so-kampung-di.html

Jasindaily Online

Posted: 08 Feb 2013 09:49 AM PST

Jasindaily Online


Berjasa Come back !

Posted: 08 Feb 2013 06:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Berjasa akan meletakkan calonnya di 90 kerusi dalam pilihanraya umum ke 13 ini, kata Presidennya, Sultan Abdul Kadir dalam sidang media hari ini. Dari 90 kerusi itu, 50 adalah kerusi Parlimen dan 40 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri. "Kita tidak mensasarkan untuk mengambil alih pentadbiran negara tetapi cukuplah sekadar menjadi kuasa ke - 3 sahaja," kata Sultan dalam sidang media di sebuah hotel hari ini. Sementara itu Pengarah Pilihan Raya parti itu, Brig. Gen. (R) Datuk Hashim Karim mendakwa 'come back' penyertaan mereka dalam PRU13 nanti tidak akan memecahkan undi Melayu. Tegas beliau, pembabitan Berjasa pada PRU13 ini bukan bertujuan untuk memecahkan undi melayu, mahupun menarik mana-mana ahli parti lain untuk menyertai Berjasa. "Sebaliknya ia untuk mengukuhkan undi Melayu, sekaligus mengukuhkan politik melayu di negara ini," kata beliau lagi. 


Berjasa juga, tambah Hashim bercadang meletakkan calon-calonnya di negeri Pantai Barat, berbanding Pantai Timur. "Kita pertimbangkan untuk meletakkan calon di Selangor, Perak, Johor dan beberap negeri sebelah barat. Di Pantai Timur macam Kelantan, tak mungkin (kita letak)," kata beliau. Beliau beranggapan, kedudukan politik Melayu di negeri-negeri pantai timur sudah kukuh dan tidak memerlukan kuasa ketiga Berjasa. Ketika ditanya sama ada Berjasa pernah berbincang dengan PAS mahupun Umno, Hashim berkata tiada sebarang pertemuan antara Berjasa dengan kedua-dua parti tersebut. 

Menurut maklumat, Berjasa akan meletakkan calon-calonya yang beragama Islam di kerusi BN atau Pakatan Rakyat meletakkan calon bukan Melayu di kerusi yang majoriti Melayu. Berjasa adalah parti serpihan dari PAS yang ditubuhkan oleh Datuk Mohamad Nasir dan Ibrahim Ali ketika krisis berlaku di Kelantan pada tahun 1978. 

Ekoran itu, Berjasa bersama BN telah berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dengan menjatuhkan kerajaan PAS sebelum itu. Namun selepas itu, Mohamad Nasir menyertai PAS semula dengan Ibrahim Ali melompak ke sana sini. Pada PRU 1990, Berjasa bersama Hamim menyertai PAS dan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah. Kini menjelang PRU 13, dengan pimpinan yang kurang dikenali dalam dunia politik, Berjasa kembali bersuara.

Dalang Halang Ceramah ANAK

Posted: 08 Feb 2013 06:38 AM PST

Satu rakaman video menunjukkan mesyuarat membincangkan perancangan untuk menghalang ceramah Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu tersebar di internet. Rakaman sepanjang 15 minit itu dimuat naik ke Youtube sejak semalam dengan tajuk "Umno dalang Felda Sungai Tengi". Rakaman itu antara lain memaparkan sekumpulan orang mendengar penerangan dari pengerusi mesyuarat yang dipercayai Pengerusi Felda Sungai Tengi, berhubung tindakan untuk menghalang rombongan Presiden Anak, Mazlan Aliman.  Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut menyebut, "Jika Mazlan terlepas masuk, kita ikut arahan polis supaya kita buat huru-hara". 


Beliau turut menyebut arahan tersebut adalah dari pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru. Bagaimanapun kata pengerusi mesyuarat tersebut, sebolehnya jangan berlaku pergaduhan. Dalam pada itu maklumat yang turut dinyatakan di Youtube itu mendakwa antara yang terlibat dalam sekatan tersebut termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi, peneroka, Perkasa dan beberapa lagi NGO dari luar yang turut diminta membantu mereka. Sementara itu, Mazlan dalam komen ringkasnya di Facebook berkata, rakaman mesyuarat tersebut akan diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut. "Motif menghalang saya dan Anak hanya semata-mata Anak kononnya pertubuhan haram. "Terima kasih kepada indiividu yang merakam dan share dlm laman sosial spt ini," tulisnya.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 08 Feb 2013 03:45 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Kerajaan adil datangnya daripada pemimpin yang adil

Posted: 07 Feb 2013 06:05 AM PST


Keadilan merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan oleh agama Islam. Keadilan merupakan tiang utama yang mengukuhkan sesebuah pemerintahan. Keadilan juga merupakan ikatan  yang dapat menautkan rukun dan kasih antara pemerintah dan yang diperintah. Keadilan juga menjadi jaminan utama sesebuah negara itu kekal aman, damai dan harmoni di bawah lembayung rahmat Allah SWT.

Terdapat banyak ayat al-Qur'an yang menegaskan tentang konsep keadilan agar manusia dapat merasakan kepentingannya. Allah  menggunakan pelbagai istilah untuk mengungkapkan makna keadilan seperti kalimah 'al-Adl', 'al-Qisth', 'al-Wajnu', 'al-Wasth' dan 'al-Mizan'. Hal ini kerana keadilan  yang dituntut oleh al-Quran mempunyai konteks yang lebih luas, bukan hanya dalam proses menetapkan hukuman  atau menyelesaikan perselisihan sahaja. Bahkan al-Quran menuntut keadilan terhadap diri sendiri, baik dalam penulisan, pertuturan atau amal perbuatan.

Keadilan tidaklah patut ditafsirkan dengan kesamarataan atau kesaksamaan semata-mata. Keadilan juga tidak bermakna semua individu diberikan kebebasan sepenuhnya. Memahami definisi keadilan secara dangkal dan semberono mengakibatkan kita tenggelam di dalam pola pemikiran yang bersandarkan logik akal dan tenggelam dalam kemahuan hawa nafsu semata-mata. 

Dalam merungkaikan definisi keadilan, kita perlulah menjadikan wahyu Allah SWT sebagai rujukan utama untuk memandu kita memahami konsepnya yang sebenar. Firman Allah SWT, maksudnya: 

"Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat." (Surah an-Nisa; Ayat 58)

Berdasarkan ayat tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa definisi yang paling tepat untuk merungkaikan maksud 'Keadilan' adalah, proses meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya, serta menyerahkan amanah kepada orang yang berhak menerimanya serta menjatuhkan hukuman dengan adil berpandukan syariat.

Melalui definisi ini, kita perlu memahami bahawa konsep keadilan memerintahkan agar amanah diserahkan kepada yang pihak berhak. Keadilan tidaklah bererti semua rakyat jelata mendapat hak yang setara. Ada perkara-perkara yang perlu sentiasa dipertimbangkan dan diperhalusi. Sebagai contoh; Seorang bapa mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Satu hari, dia mahu menghadiahkan mereka pakaian. Untuk bersifat saksama, dibelikan kedua-dua mereka baju Melayu dan songkok. Adakah tindakan ini adil? Sudah pastilah tidak. Hal ini kerana si bapa menzalimi hak anak perempuan yang sewajarnya memakai baju kurung sebagai lambang kewanitaannya.

Islam amat menitik beratkan soal memilih pemimpin yang adil. Hal ini kerana soal kepimpinan mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT terhadap kita pada hari kiamat. Di dalam kitab 'al-Jami' Li Ahkam al-Quran', Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa,  "Bagi umat Islam, dalam memilih pemimpin mestilah daripada golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin".

Di dalam al-Qur'an juga Allah menyuruh kita agar menjauhi pemimpin yang zalim. Sebagaimana dikisahkan tentang Nabi Musa yang lari dari kezaliman Firaun dan pembesarnya: 

"Dan datanglah seorang laki-laki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata: Hai Musa, Sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu. Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut dan waspada, dia berdoa: "Ya Tuhanku, selamatkanlah Aku dari orang-orang yang zalim itu". (Surah al-Qasas: Ayat 20-21)

Umat Islam juga perlu menjaga keimanan mereka dan melindungi diri mereka daripada kesesatan. Allah menukilkan kisah Ashab al-Kahfi yang gigih mempertahankan akidah dan keimanan mereka dengan melarikan diri daripada kezaliman Maharaja Decius:

"Dan oleh sebab kamu telah mengasingkan diri daripada mereka dan daripada sembahan-sembahan yang disembah mereka selain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di dalam gua nescaya Allah, Tuhan kamu melimpah kurniaan rahmat-Nya ke atas kamu dan menyediakan pertolongan terhadap  urusan kamu".  (Surah al-Kahfi ; Ayat 16)

Allah SWT juga menegaskan bahawa urusan kepimpinan itu tidak akan diserahkan kepada orang yang zalim sekalipun mereka daripada keturunan yang mulia. Suatu ketika, Nabi Ibrahim berdoa memohon kepada Allah agar urusan kepimpinan diserahkan kepada zuriat baginda:  

"Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam bagi umat manusia. Ibrahim berdoa: (Dan saya mohon juga) daripada keturunanku. Allah  berfirman:  (Permohonanmu diterima tetapi) janji-Ku ini tidak mengenai orang yang zalim." (Surah al-Baqarah : Ayat 124)

Sejarah Nabi Muhammad SAW yang berhijrah ke Madinah dari Makkah juga mempunyai kaitan yang amat signifikan. Perjalanan baginda sejauh 320 km yang  penuh dengan ujian dan cubaan itu merupakan manifestasi kepada kepentingan membentuk sebuah kerajaan yang adil dan saksama yang dikehendaki Allah SWT :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surahal-Baqarah : Ayat 218)

Cuai memilih pemimpin boleh menyebabkan seseorang itu dimurkai Allah SWT, maka urusan memilih pemimpin bukanlah perkara main-main. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati. Tersalah pilih boleh menyebabkan kita terperangkap di dalam kesesatan. Sabda Rasulullah SAW: 

"Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak pada hari kiamat ia akan menjadi penyesalan." (HR. Al-Bukhari) 

Untuk membuatkan kita tidak memilih pemimpin yang salah, terlebih dahulu kita perlu memahami apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin yang adil di sisi Islam: 

1. Pemimpin yang adil wajib mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Dia seharusnya insaf bahawa mereka diciptakan oleh Allah SWT untuk menjadi hamba-Nya serta menggalas amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Prinsip ubudiyyah perlu diterapkan di semua peringkat pemerintahan. Firman Allah SWT:

"Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk beribadah kepada-Ku." (Surah  az-Zariyat : Ayat 56)

Kepimpinan yang adil wajib bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai teras utama pentadbiran dan panduan untuk menggubal undang-undang negara. Dia juga hendaklah  tegas dan berpegang teguh kepada prinsip masuliyyah di dalam melaksanakan amanah. Hal ini termasuklah mengambil tindakan sewajarnya dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang bersalah, sekalipun melibatkan ahli keluarga, kawan mahupun lawan. Hadis daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya." (Riwayat al-Bukhari)

Seseorang pemimpin itu perlulah menjadikan tuntutan Allah lebih diutamakan daripada tuntutan majoriti rakyat. Sebagai contoh, tuntutan golongan  Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT)  supaya hak mengamalkan gaya hidup songsang diperakui atas dasar hak asasi manusia tidak perlu dilayan . Hal ini kerana jika dituruti, akan mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan, mendatangkan kecelaruan pemikiran dan gangguan psikologi, tersebarnya penyakit berjangkit dan yang paling ditakuti, mendatangkan kemurkaan Allah SWT. 

2. Kekuatan fizikal, spiritual dan mental yang kuat juga amat penting. Hal ini kerana kekuatan fizikal dapat memastikan kepimpinannya sentiasa teguh dan tidak diganggu gugat oleh sesiapapun. Kekuatan spiritual juga penting untuk menjadikan pemimpin itu kental menghadapi segala fitnah dan cubaan yang melanda terutamanya dalam era teknologi dan maklumat hari ini.

Rakyat juga perlukan pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi agar  rakyat yakin bahawa mereka sentiasa dipandu dengan wawasan, misi dan visi yang jelas. Pemimpin juga perlu pandai menggunakan segala peluang yang ada, bijak berdiplomasi dalam urusan antarabangsa, membuka ruang perdagangan, perusahaan dan pertanian serta mentadbir hasil mahsul negara dengan efisien.  

Ciri-ciri ini ada pada Nabi Yusuf AS seperti diceritakan oleh Allah SWT:

"Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil negara (Mesir), sesungguhnya aku sedia menjaganya sebaik-baiknya lagi mengetahui cara mentadbirnya.  Dan demikianlah caranya Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat kepada yang Kami kehendaki, dan kami tidak menghilangkan balasan baik bagi orang-orang yang berbuat kebaikan." (Surah Yusuf : Ayat 55-56)

3. Seseorang pemimpin itu mestilah menjadikan kemaslahatan ummah sebagai  perkara utama yang perlu difikirkan di dalam setiap tindakan yang diambil.  Kemaslahatan ummah pula dapat dipelihara dengan menjadikan Maqasid al-Syariah sebagai landasan utama pentadbiran. Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya 'al-Mustashfa',  terdapat lima perkara penting yang perlu dipelihara dalam Maqasid al-Syariah  iaitu  agama (akidah), nyawa, akal, nasab keturunan dan harta. 

Maqasid al-Syariah ini jika dipelihara akan menyebabkan kebajikan disebarkan kepada rakyat dan mengelakkan kesusahan daripada menimpa mereka. Firman Allah SWT, maksudnya:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang yang beriman." (Surah at-Taubah : Ayat 128)

4. Perbuatan pilih kasih perlu dijauhi oleh pemimpin yang adil. Para pemerintah dilarang untuk membeza-bezakan rakyatnya berdasarkan pangkat, darjat, keturunan, warna kulit, atau agama, bersesuaian dengan perintah Allah SWT, maksudnya:

"Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa." (Surah al-Ma'idah : Ayat 8)

Dunia hari ini menyaksikan kepincangan ekonomi yang maha dahsyat akibat pendekatan pilih kasih yang diamalkan kerajaan Amerika Syarikat. Kerajaan Amerika Syarikat memastikan kepentingan golongan ultra-kaya dipelihara dengan menubuhkan Federal Reserve pada tahun 1913. 

Federal Reserve memastikan agar bank gergasi yang mengamalkan riba sentiasa dilindungi dengan menyediakan kecairan aset sekiranya krisis kewangan berlaku. Kuasa yang ada pada  Federal Reserve untuk mencetak wang juga menyebabkan golongan ini begitu berkuasa, terutamanya apabila standard ekonomi berasaskan emas dihapuskan oleh Presiden Richard Nixon pada tahun 1971. 

Akibatnya, krisis kewangan yang teruk berlaku apabila hanya golongan kaya dibantu dan golongan marhaen dipinggirkan. Inflasi dan deflasi terus menerus menjadi wabak. Abad ke-21 menjadi saksi keruntuhan sistem yang berat sebelah ini. Tahun 2007-2008 menyaksikan Great Recession berlaku di Amerika Syarikat hingga 2 juta orang kehilangan pekerjaan. Krisis itu juga menjadi kesan domino apabila merebak ke Eropah malahan di China juga dilaporkan sebanyak 6.7 juta orang telah kehilangan pekerjaan. Hingga kini, kesannya masih gagal dipulihkan.

5. Segala janji yang diucapkan perlulah ditunaikan. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai oleh kawan dan lawan. Sifat berdusta menyebabkan masyarakat akan hilang kepercayaan kepadanya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sikap jujur dan amanah amat penting dalam pentadbiran. Pemimpin yang menipu rakyatnya tidak layak untuk dihormati. Apatah lagi jika pemimpin itu mempergunakan segala kelebihan yang ada padanya untuk kekal berkuasa. Mengawal media massa agar sentiasa memaparkan kebaikannya dan menutup kelemahannya juga adalah satu bentuk penipuan. Hal itu juga boleh  dianggap sebagai suatu proses membodohkan rakyat secara terancang. 

Kejatuhan rejim yang rakus mengekalkan kuasa haruslah dijadikan iktibar. Nama-nama seperti Raja Louis XVI, Tsar Nikolay Alexandrovich Romanov, Raja Farouk I, Mohammad Reza Shah Pahlavi, Ferdinand Marcos, Jeneral Soeharto, Saddam Hussein, Zine El Abidine Ben Ali, Hosni Mubarak dan ramai lagi adalah contoh bahawa bangkai gajah tidak dapat disembunyikan dengan nyiru dan kemenangan mutlak akan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

6. Akhlak dan budi pekerti yang baik adalah permata insan. Pemimpin perlu menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya. Seperti yang disebut dalam al-Quran, maksudnya: 

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa kan diri kamu sendiri. Padahal kamu semua membaca kitab Allah. Tidakkah kamu berakal?" (Surah al-Baqarah : ayat 44)

Secara logiknya, nasihat seorang pemimpin kepada rakyatnya untuk tidak boros dan  berjimat cermat adalah lebih mudah diterima jika pemimpin itu terlebih dahulu mengamalkannya. Slogan "Kepimpinan melalui teladan" ini perlu dijiwai oleh golongan pemerintah, bukan hanya sekadar meniti di tepian bibir. Uswah hasanah ini akan memberi kesan yang positif kepada masyarakat yang dipimpinnya. Selain daripada itu, tindakannya akan turut membuatkan rakyat kasih kepadanya.

Kesimpulannya, tuntutan membentuk kerajaan yang adil adalah tanggungjawab semua. Kerajaan yang adil akan membuka pintu kepada segala kebaikan dan ketaatan, menegakkan hak dan kebenaran, menghapuskan kebatilan dan kezaliman, memakmurkan semua lapisan masyarakat, menjanjikan sokongan rakyat yang berterusan, menyebabkan pemerintahan Islam dihormati disegenap pelosok alam dan yang paling penting, menyebabkan pemimpin dan yang dipimpin mendapat redha Allah SWT. Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa mengingati pesanan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Huzaifah RA :

"Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan menemuiku di haudh." (Riwayat Imam Ahmad)

Muhammad Fakhrurrazi Bin Ahmad berasal dari Kampung Sungai Petai, Kuala  Berang, Terengganu Darul Iman. 

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 08 Feb 2013 01:30 AM PST

PAS Kawasan Padang Besar


Selamat Tahun Baru Cina

Posted: 07 Feb 2013 08:35 PM PST


Kepada seluruh Kaum Tionghua


Sin Ngien Kwai Lok

Muhyiddin, lihatlah Umno Perlis sedang kritikal

Posted: 07 Feb 2013 08:31 PM PST


KANGAR: PAS Perlis melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 akan datang sebagai kenyataan terdesak.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (gambar), kenyataan Muhyidin yang dibuat ketika kunjungannya ke Perlis semalam adalah semata-mata untuk membangkitkan semangat penyokong mereka di samping meraih sebanyak mungkin simpati terhadap Umno BN Perlis.

"Dia sendiri pun tahu bahawa rakyat Perlis sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU akan datang dan dia juga tahu BN Perlis sendiri berada pada tahap kritikal. Ini dilihat bila mana beliau sendiri malahan Perdana Menteri pun acap kali turun ke Perlis. Kenyataan Muhyidin ini sama juga dengan kenyataan Menteri Besar Perlis yang dibuat beberapa kali sebelum ini.

"Sekarang mereka (BN) memasang bendera di seluruh negeri dan cuba menggambarkan suasana pilihan raya yang semakin hampir, tapi kita percaya perhimpunan yang mereka buat di beberapa lokasi di negeri ini akan dihadiri oleh orang yang sama, malahan termasuk orang-orang luar parti yang diarahkan hadir," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Melihat senario politik semasa di Perlis, Mohd Anuar menasihatkan Muhyiddin supaya melihat pergolakan dalaman yang sedang melanda Umno BN Perlis yang dilihatnya tiada berkesudahan sebelum membuat ramalan bahawa mereka akan menang besar di Perlis.

Malah katanya, beliau tidak gusar dengan kenyataan tersebut kerana yakin Muhyidin sendiri pun sudah membaca laporan-laporan serta kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak tentang kedudukan BN di Perlis mahupun di seluruh negara.

"Rasanya lebih baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka," ujarnya.

Di Perlis, kata beliau mereka kena cermin diri dulu sebelum bercakap tentang menang besar kerana rakyat Perlis sudah bosan dengan perbutan kuasa, perebutan pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin Umno Perlis yang dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

"Walaupun tsunami politik 2008 tak sampai ke negeri ini, tapi rayat Perlis pun sudah sedar dan melihat keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah umpamanya," ujarnya.

Tamba beliau, rakyat Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu perubahan di negeri ini.

"Saya percaya bahawa ubat paling mujarab untuk Umno-BN Perlis ialah dengan menjadikan mereka parti pembangkang di negeri ini. Saya lihat mereka mempunya potensi besar untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini," jelasnya lagi.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 08 Feb 2013 01:17 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Pakatan Rakyat jamin tutup loji radioaktif Lynas

Posted: 08 Feb 2013 12:32 AM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR 8 Feb: Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut yang diluluskan antara Barisan Nasional  dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal.
lynas"Demonstrasi dan kempen anti-Lynas sebelum ini menunjukkan ketegasan dan keikhlasan Pakatan Rakyat. Pendirian ini tidak akan berubah dan kita yakin penyokong akan tetap berjuang bersama," katanya.

Jelas Tian, Lynas antara isu utama rakyat yang bakal diutama dalam sidang Parlimen, sebaik Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan baru.

Beliau berkata demikian mengulas laporan pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.

Mengambil kira kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, Wong memohon maaf kepada semua rakyat.
HijauDalam pada itu, Tian percaya penyokong Himpunan Hijau merupakan kumpulan pencinta keamanan, dan menjamin tiada keganasan akan berlaku.

Katanya, fakta ini dibuktikan penyokong yang berhimpun aman melawan isu Lynas.

"Kempen pergerakan keamanan ini menyaksikan kebangkitan dan kesedaran rakyat. Kita tetap membela hak kebebasan berhimpun, tanpa keganasan walaupun menghadapi pelbagai cabaran," tegas Ahli Parlimen Batu itu.

keadilandaily/-

55 orang maut di Damsyik

Posted: 08 Feb 2013 12:22 AM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

DAMSYIK - Kedudukan kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad di sekitar ibu kota Syria di sini digegarkan dengan pertempuran sengit dan bedilan meriam untuk hari kedua berturut-turut semalam ketika pihak tentera melancarkan serangan besar-besaran yang dilaporkan telah meragut 55 nyawa dalam tempoh 24 jam.

Antara yang terbunuh ialah lima orang awam termasuk tiga wanita. 

Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, semua mangsa maut terkena peluru mortar di kem pelarian Palestin di Yarmuk yang terletak di pinggir bandar raya ini.

Menurut kumpulan itu, sekurang-kurangnya 19 orang awam, 28 penentang dan lapan askar terbunuh sejak serangan tersebut dilancarkan awal semalam.

Serangan tentera rejim Bashar itu ditumpukan di bahagian selatan dan pinggir bandar raya ini.
Kawasan tersebut merupakan kubu kuat penentang rejim Bashar.

Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Syria berlaku pada Mac 2011.

Para penentang itu mahu Bashar digulingkan kerana kegagalannya membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara selepas kebangkitan penduduk berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. - 
Agensi

Yazid Sufaat dituduh terlibat aktiviti keganasan

Posted: 08 Feb 2013 12:14 AM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


AMPANG: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat  hari ini dituduh di bawah seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) di Mahkamah Majistret Ampang kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.
Yazid dituduh melakukan kesalahan menjalankan pelakukan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi, dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zulkipli.

Yazid dituduh melakukan perbuatan itu di alamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Yazid ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) di Kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta jam 12.30 tengah hari semalam.

Isteri Yazid, Chomel Mohamad turut hadir ke mahkamah ditemani seorang anak perempuannya.

Beliau kelihatan tenang sepanjang menunggu Yazid dibawa dari Mahkamah Jalan Duta dan sewaktu pertuduhan dibacakan.

harakah/-

'Ahli sihir' mati dibakar

Posted: 08 Feb 2013 12:08 AM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

pix_topright

Sydney: Seorang ibu muda yang dituduh mengamalkan sihir dibogel, disimbah dengan petrol dan dibakar hidup-hidup di depan orang ramai, termasuk kanak-kanak sekolah, di Papua New Guinea.

Wanita itu, Kepari Leniata, 20, dilapor diseksa dengan besi dan diikat sebelum di simbah dengan minyak dan dibakar di atas longgokan sampah dan tayar kereta.

Menurut akhbar Post Courier, dia dibakar penduduk kampung yang menuduhnya membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun dengan mengguna sihir.

Polis tidak dapat menghalang perbuatan berkenaan ketika kejadian kerana kekurangan anggota berbanding penduduk kampung yang ramai itu.
KAKI mangsa dapat dilihat di bawah tayar kereta ketika dia dibakar.

Kereta bomba yang datang selepas menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di bandar Mount Hagen, juga diusir.

Menurut laporan akhbar berkenaan yang turut menyiarkan imej mayat wanita itu terbakar, dia mengaku membunuh kanak-kanak berkenaan yang mati selepas dimasukkan ke hospital kerana sakit perut dan dada, Selasa lalu.

Polis berkata, mereka menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan dan sudah mengambil langkah untuk mendakwa mereka yang bertanggung-jawab.

Penduduk Papua New Guinea amat mempercayai sihir dan ramai tidak boleh menerima alasan semula jadi sebagai punca sakit, kemalangan atau kematian.

Polis berkata, puluhan penduduk ditahan tahun lalu berkait dengan kes pembunuhan seorang lelaki yang dituduh membunuh tujuh orang dan makan otak mereka sementara kemaluan mereka dijadikan sup.

Kes sihir dan kanibal di negara itu agak meluas beberapa tahun kebelakangan, termasuk satu laporan pada 2011 mengenai seorang lelaki memakan bayinya yang baru lahir. - AFP

Gempa bumi kuat landa kepulauan Santa Cruz

Posted: 07 Feb 2013 11:56 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Santa Cruz pada 2.59 pagi tadi.
  
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 33 kilometer selatan Lata, Kepulauan Solomon dan 5,507 kilometer tenggara Semporna, Sabah.
  
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan dan jabatan berkenaan sedang memantau perkembangan terkini kejadian itu. - Bernama

AS terus sekat hasil minyak Iran

Posted: 07 Feb 2013 11:49 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

AS terus sekat hasil minyak Iran
Iran menegaskan program nuklear mereka bukan bertujuan membangunkan senjata tetapi untuk kesejahteraan rakyat.
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan baru ke atas hasil minyak Iran yang dilihat akan meningkatkan lagi tekanan kepada negara yang didakwa menjalankan program pembangunan senjata nuklear, semalam.

Selain itu, sekatan tersebut turut dikenakan terhadap pertubuhan media negara itu dan Polis Siber Teheran.

Sementara itu, pengarah stesen penyiaran Iran, Ezzatollah Zarghami mengaku tindakan negara Barat telah menyebabkan negara itu dilanda krisis ekonomi yang meruncing.

Sebelum ini, negara Barat telah mengenakan sekatan kewangan ke atas Iran yang turut memberi kesan besar terhadap aktiviti bank pusat yang didakwa terlibat dengan transaksi menyumbang kepada projek pembangunan senjata nuklear di negara tersebut. -  Al-Jazeera

Datuk Pa derhaka kepada Sultan Kelantan

Posted: 07 Feb 2013 11:46 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: NGO tuntutan royalti Kelantan, 'R' menyifatkan kenyataan Datuk Mustapha Mohamad bahawa wilayah Kelantan hanya 3 batu nautika dari pantai satu kenyataan yang menderhaka kepada Tuanku Sultan Kelantan.

(Pertemuan antara Presiden NGO R, Nazri Deraman dengan Ku Li semalam)

Ini kerana, tindakan tersebut telah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan yang telah wujud sejak 1941 dan perjanjian Kelantan masuk Malaysia pada tahun 1948.

Dalam perjanjian itu jelas pada waktu itu Kerajaan Negeri Kelantan sudah memiliki kekuasaan di wilayah laut.

Oleh itu, tindakan Datuk Mustapha yang mengecilkan wilayah jajahan Kelantan adalah menunjukkan beliau derhaka dan merupakan penghinaan kepada DYMM Sultan Kelantan yang mempunyai kekuasaan di darat dan di lautan mengikut undang undang tubuh negeri Kelantan sedia ada pada masa itu.

Demikian kata presiden R, Nazri Deraman dalam satu kenyataannya di sini.

Dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin mahasiswa di sebuah hotel di Kota Bharu pada 5 Februari 2013, Datuk Mustapha Mohamed menyebut bahawa hak negeri hanya 3 batu nautika sahaja dari pantainya.

Dalam pertemuan dengan 'R' semalam, bekas Menteri Kewangan dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Akta Wilayah Laut 2012 - berkaitan 3 batu nautika adalah tidak relevan untuk menyekat pemilikan hak royalti minyak dan gas kepada Kelantan.

Tindakan tersebut, katanya, telah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan yang telah wujud sejak 1941 dan perjanjian Kelantan masuk Malaysia pd tahun 1948, dimana pada waktu itu Kerajaan Negeri Kelantan sudah memiliki kekuasaan di wilayah laut.

harakah/-

Jiranku wira

Posted: 07 Feb 2013 11:41 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Foto
Melaka: Seorang suri rumah diibaratkan sebagai wira apabila menyelamatkan dua beradik orang kelainan upaya (OKU) dan seorang wanita warga emas yang juga jirannya dalam kebakaran memusnahkan tiga rumah di Taman Melaka Baru di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 2 petang itu, Yayah Kursiyah, 36, terpaksa mengheret V Parameswari, 23, yang tidak boleh berjalan dan mengarahkan V Saruvin, 8, keluar dari rumah mereka yang terbakar.
Dia kemudian mengangkat Chan Wah Eng, 85, yang terlantar sakit di rumah bersebelahan.

Tindakan pantasnya menjerit meminta bantuan turut menyelamatkan nyawa seorang lagi warga emas yang juga jirannya, Nyapon Osman, 64, bersama tiga cucu berusia enam hingga 12 tahun di rumah bersebelahan.
KEADAAN tiga deret rumah yang musnah dalam kebakaran di Taman Melaka Baru, Melaka.

Menurut Yayah, ketika kejadian dia memberi minuman kepada Chan yang terlantar sakit kerana kecederaan pinggang sebelum dikejutkan dengan jeritan Parameswari di rumah bersebelahan.

metro/-

Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap

Posted: 07 Feb 2013 11:40 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Jerantut: Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak.

"Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta.

"Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu," katanya.

Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu.

Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit.

"Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam.

Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami.

"Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pengurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan," katanya.

Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar.

Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini Anak telah membuat permohonan satu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan

Permohonan tersebut difailkan melalui peguam Harris Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuantan. -HD


Mualaf dianiaya suami

Posted: 07 Feb 2013 10:25 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Foto
Gombak: Dia ikhlas memeluk Islam dan teruja untuk menjalani kehidupan sebagai Muslimah, namun segala impian berkecai apabila suami yang diharapkan menjadi pembimbing bukan saja gagal berbuat demikian, malah menyusahkan lagi hidupnya.

Berikutan itu, seorang saudara baru, Agnes Abdullah, 36, kini tenggelam punca selepas suami dikahwininya tujuh tahun lalu memerangkapnya dengan beban hutang RM2 juta menyebabkan dia berdepan kemungkinan diisytihar bankrap.

Merumitkan lagi keadaan, anak lelaki berusia lima tahun hasil perkahwinan mereka didaftarkan sebagai bukan Islam sedangkan Agnes mahu anaknya itu membesar dengan mengamalkan ajaran Islam.

"Saya dipukul, malah digelar pelacur apabila bertanyakan mengenai status agama anak tunggal kami. Dia langsung tidak pedulikan kehidupan kami, malah (dia) berhasrat untuk kahwin lagi," katanya.
AGNES menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.

Menurutnya, sebagai saudara baru, dia amat memerlukan bimbingan daripada suaminya untuk mendalami dan menjadikan Islam sebagai landasan kehidupan, tetapi apa yang berlaku kini menyebabkan dia buntu.

metro/-

Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti

Posted: 07 Feb 2013 10:10 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga.

Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah.

"Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya.

Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah.

Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan  Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun.

Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah.

Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang dibuatnya.

Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah.

Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya.

"Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak.

Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang menjadi alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan semua sudah tahu sudah ada penggantinya.

Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera Sungai Besi.

harakah/-

Berguling ditimpa air panas

Posted: 07 Feb 2013 08:17 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



KOTA BHARU –Percubaan pertama seorang tauke kedai makan mencelur ulam-ulaman di dalam periuk mengandungi air panas bukan sahaja tidak menjadi malah, dia kini menyesal tak sudah apabila air itu terbalik lalu menimpa anak bongsunya semalam.

Kejadian pukul 7.30 pagi di Kampung Tendong, Pasir Mas itu menyebabkan Nur Aleeya Maisara Mohd. Izba, 18 bulan, melecur di belakang badan dan kaki kirinya. 

Mengimbau semula kejadian itu, ibu mangsa, Wan Rohaila Hassan, 39, memberitahu, sebelum kejadian, dia telah memasukkan air yang baru dimasak ke dalam periuk berkenaan manakala anaknya sedang tidur di ruang jualan.

Katanya, periuk itu diletakkan di atas bangku setinggi satu meter di dapur gerai miliknya berdekatan Klinik Kesihatan Tendong.

"Saya bercadang untuk mencelur ulam-ulaman ke dalam air panas tersebut untuk dijual pada waktu tengah hari. Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini sejak berniaga lima tahun lalu.

"Entah macam mana tiba-tiba saya terdengar anak saya meraung kuat sambil berguling-guling di atas lantai dapur dengan kulit yang menggelembung manakala periuk itu tergolek atas lantai berhampirannya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

sinar/-

Berjasa mahu tanding 90 kerusi PRU 13

Posted: 07 Feb 2013 08:00 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -




(Sidang media yang dibuat oleh Berjasa hari ini)

KUALA LUMPUR: Berjasa akan meletakkan calonnya di 90 kerusi dalam pilihanraya umum ke 13 ini, kata Presidennya, Sultan Abdul Kadir dalam sidang media hari ini.

Dari 90 kerusi itu, 50 adalah kerusi Parlimen dan 40 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mensasarkan untuk mengambil alih pentadbiran negara tetapi cukuplah sekadar menjadi kuasa ke - 3 sahaja," kata Sultan dalam sidang media di sebuah hotel hari ini.

Menurut maklumat, Berjasa akan meletakkan calon-calonya yang beragama Islam di kerusi BN atau Pakatan Rakyat meletakkan calon bukan Melayu di kerusi yang majoriti Melayu.

Berjasa adalah parti serpihan dari PAS yang ditubuhkan oleh Datuk Mohamad Nasir dan Ibrahim Ali ketika krisis berlaku di Kelantan pada tahun 1978.

Ekoran itu, Berjasa bersama BN telah berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dengan menjatuhkan kerajaan PAS sebelum itu.

Namun selepas itu, Mohamad Nasir menyertai PAS semula dengan Ibrahim Ali melompak ke sana sini.

Pada PRU 1990, Berjasa bersama Hamim menyertai PAS dan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah.

Kini menjelang PRU 13, dengan pimpinan yang kurang dikenali dalam dunia politik, Berjasa kembali bersuara.

harakah/-

Abby Abadi ziarah, timang bayi Memey Suhaiza

Posted: 07 Feb 2013 07:30 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Kalau hendak dicari bekas isteri mana yang paling 'cool', Abby Abadi satu-satunya insan yang kami boleh lihat sekarang.
"Apa tidaknya, selepas pelbagai kontroversi dilaluinya selama ini, tiba-tiba saja hubungannya bersama Memey dan Norman menjadi jernih," tulis blogger Omak Kau!.

Kini, menerusi laman Instagram Abby, pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto dirinya sedang mendukung anak pertama Memey Suhaiza.

harakah/-

Selepas Bush, Presiden Iran jadi mangsa dilempar kasut

Posted: 07 Feb 2013 07:00 PM PST

Mahmoud Ahmadinejad27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Mahmoud Ahmadinejad
 
KAHERAH – Lawatan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke Mesir tercemar apabila berlaku insiden memalukan apabila seorang lelaki melemparkan kasut ke arah presiden itu ketika mengadakan lawatan ke negara itu, Selasa lalu.

Sebuah video yang disiarkanolehagensi berita Anadolumenunjukkan beliau tersenyum bersalaman dengan orang ramaidi Kaherah dan secara tiba-tiba seorang lelakimelemparkankasutke arahnya.

Menurut jurucakap pejabatpendakwa rayaMesir, video tersebut memaparkan kehadiran Mahmoud disambut olehsekumpulan lelaki. Tidak lama kemudian, lelaki-lelaki lainyang mengerumuni beliau turut jugamelemparkankasutke arah pemimpin itu.

"Anda membunuh saudara-saudara kita!" salah seorang penyerang berteriak, lapor Anadolu. Agensi itu berkata,bagaimanapun kasut lelaki berkenaan gagal mengenai Mahmoud, sebaliknya pengawal keselamatannya.

Kejadian itu merupakan satu penghinaan besar dalam dunia Islam selepas insiden sama berlaku ke atas  bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa beliau membuat lawatan perpisahan ke Iraq pada 2008.

Dalam kejadian itu, seorang wartawan Arab,  Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, "ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!" lalu membaling kasut yang dipakainya.

Empat orang termasuk seorang warga Syria ditahan dalam kejadian di Kaherah ini.

Presiden Iran mengadakan lawatan bersejarah ke Mesir dan yang pertama dalam tempoh empat dekad ini.

SINAr/-

Semakin Besar Luka, Semakin Besar Kekuatan Yang Dibutuhkan

Posted: 07 Feb 2013 06:00 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Perih terluka karena orang yang kita cintai untuk bisa menyembuhkan membutuhkan kekuatan dalam memulihkan luka perih dihati. Semakin besar luka itu, semakin besar pula kekuatan yang dibutuhkan untuk menyembuhkan luka itu. Seorang Ibu bertutur bahwa pernikahannya yang sudah berlangsung sepuluh tahun, tiba-tiba suaminya bertingkah laku aneh, hampir setiap hari menelponnya justru disaat dirinya sedang dikantor,
 
 suaminya mengeluh dan menuduh sang istri tidak setia. Waktu berkenalan dulu memang suami tipe pecemburu, tentu saja cemburu itu menghilang ketika mereka sudah menikah, namun perkembangan akhir2 ini suaminya bilang tidak benar2 mencintainya, terkadang menelpon meminta doanya agar dia supaya tenang karena bila teringat sikap istrinya timbul marah lagi. Suaminya juga suka menuduh bahwa dirinya sombong karena kariernya dikantor menanjak terus sedangkan usahanya tidak maju-maju. Padahal dia tidak pernah merendahkan suaminya. Hal seperti itulah timbul pertengkaran karena kemarahan yang sudah tidak bisa terkendalikan.

Beliau merasa sudah tidak tahan hidup dalam rumah tangga seperti itu namun didalam lubuk hatinya tidak mau berpisah. Siang itu kedatangannya di Rumah Amalia berkenan untuk bershodaqoh dengan harapan mendapatkan keridhaan Allah sehingga mampu membukakan pintu hati suami. Tutur beliau dengan isak & tangis. Airmatanya mengalir begitu saja. 
 
Walaupun hatinya terluka perih, ibu itu berdoa. Dirinya memohon agar Allah berkenan menyejukkan hati suami yang dicintainya. Allah menjawab doanya. Tak lama kemudian komunikasi dirinya & suaminya mencair, sekalipun tidak mudah tetapi tidak ada lagi tutur kata saling menyerang bahkan suaminya mengajak untuk sholat berjamaah. Anak-anak juga merasakan kesejukan di dalam rumah. Sejak itu rumah tangga mereka berubah, kesabaran sang ibu membuahkan hasil. 
 
Ibu bersama anak-anak & suami akhirnya lebih mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Cinta yang tulus membutuhkan pengorbanan untuk mengokohkan rumah tangganya dari hempasan badai. Subhanallah.

Pas: 'BN guna taktik lapuk'

Posted: 07 Feb 2013 06:00 PM PST

Pas: 'BN guna taktik lapuk'27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Mahfuz (tengah) bersalaman dengan wakil pimpinan setempat selepas hadir sesi ceramah di Blok O, Sawah Sempadan bersama Hairi.
 
TANJONG KARANG - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang sering menakut-nakutkan pengundi dengan pelbagai ugutan supaya rakyat terus menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah taktik lapuk.

Menurutnya, ugutan dan fitnah terus disebarkan di mana mereka mendakwa, jika berlaku perubahan dalam pimpinan Kerajaan Pusat, negara huru-hara, berlaku kegawatan ekonomi dan sebagainya.

"Taktik ini digunakan setiap kali menjelang PRU untuk menakutkan pengundi. Adakah masuk akal jika berlaku peralihan kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan, negara akan berlaku huru-hara?

"Jika berlaku huru-hara, itu angkara siapa? Wajarkah apabila Pakatan Rakyat (PR) memerintah, penyokong adakan huru-hara dan sebagainya?

"Mungkin yang akan melakukan huru- hara itu tentunya penyokong Umno dan BN yang tidak dapat menerima kekalahan mereka," katanya dalam sesi ceramah di Blok O, Sawah Sempadan bersama pelakon Hairi Othman.

Mahfuz berkata, rakyat dinasihatkan supaya menolak fahaman karut yang dibuat Umno dan BN yang dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka dalam PRU akan datang.

"Rakyat perlu beri sokongan kepada calon Pas yang bakal bertanding. Rakyat berpeluang menikmati pemberian 20 meter padu air secara percuma, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk Universiti dan sebagainya.

"Jika rakyat Selangor tidak buat perubahan dan beri sokongan kepada PR dalam PRU12 lalu, adakah mereka berpeluang menikmati semua ini?" katanya.

sinar/-

Trauma Patah Hati

Posted: 07 Feb 2013 05:55 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Sahabat, pernahkah anda jatuh cinta? pernah ditolak cinta? pernah patah hati? Bagaimana rasanya? Aduh, kebayang deh sakitnya? 
 
Mereka yang merasakan jatuh cinta biasanya pernah patah hati. Perasaan patah hati teramat pedih untuk diungkapkan dengan kata-kata. Bagi seorang akhwat tentunya harus cerdas menjaga hati, berhatilah-hatilah dalam menjalani hidup, jangan mudah terpengaruh dengan rayuan gombal.
 
 Jika pernah patah hati, sulit untuk melupakan luka dan perih dihati. Patah hati dapat menyebabkan trauma. Ada perasaan takut gagal lagi. Ada kecenderungan menutup diri. Hsl ini ysng menyebabkan patah hati menjadi salah satu faktor penyebab terhambatnya untuk bertemu jodoh.

Sahabatku yang ingin segera menikah, untuk menyembuhkan trauma patah hati, luruskan kembali niat, niat yang benar, prosesnya benar, tujuan benar maka pernikahan anda mendapat keberkahan didunia dan akhirat, menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah. 
 
Membawa kebaikan bagi keluarga kita dan umat. Bila memang ada niat & keinginan sungguh2 untuk mendapatkan jodoh. Jangan putus asa, tetaplah berikhitiar & memohon kpd Allah maka Allah akan mengirimkan jodoh yg terbaik untuk anda.

Pesawat ringan terhempas dekat kondominium di Melaka

Posted: 07 Feb 2013 05:40 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Pesawat ringan terhempas dekat kondominium di Melaka
Pesawat ringan jenis Piper PA-28 milik Malaysian Flying Academy terhempas di tebing dekat kondominium Cheng Height Melaka hari ini.- Foto Bernama
 
MELAKA - Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA-28 terhempas di tebing berhampiran Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat kondominium Cheng Height di sini, hari ini.

Juruterbang P. Devenessrao, 20, dari Bahau, Negeri Sembilan, merupakan pelatih Malaysian Flying Academy yang berada berseorangan di dalam pesawat itu hanya cedera ringan di bahagian kepala serta tengkuk dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Seorang saksi kejadian, Koperal Zameri Nawi, 50, dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berkata beliau melihat pesawat berkenaan dalam keadaan terhuyung-hayang dalam kejadian 12 tengah hari itu.

"Pesawat itu kemudian merempuh beberapa batang pokok berhampiran kondominium tersebut menyebabkan dahan-dahan pokok terpelanting ke jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau yang sedang melakukan tinjauan lalu lintas sempena Tahun Baru Cina kemudian menghubungi IPD Melaka Tengah bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Supt Ahmad Adnan Basri berkata Devenessrao berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam pada 11.15 pagi untuk melakukan latihan penerbangan sebelum membuat panggilan kecemasan kepada menara kawalan pada 11.56 pagi.

Beliau berkata, pesawat berkenaan kemudian terhempas kira-kira 30 meter daripada kondominium tersebut sebelum juruterbang terbabit keluar menyelamatkan diri.

"Pihak polis akan mengawal keadaan di sekitar kawasan kemalangan ini sementara menunggu pasukan penyiasat Jabatan Penerbangan Awam yang difahamkan akan tiba esok bagi menyiasat punca kejadian," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Timbalan Penguasa Bomba Yazid Mohd Tahir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.01 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian bersama empat jentera dan 26 anggota dari balai itu pada 12.10 tengahari.

Beliau berkata pihaknya kemudian melakukan kerja semburan buih selepas mendapati berlaku kebocoran minyak bagi mengelak percikan api dan kebakaran.

Katanya bomba juga memasang tali pada bahagian ekor pesawat berkenaan bagi mengelak ia terjatuh ke jalan raya berhampiran. - Bernama

Kelantan bawa masuk pasukan kebudayaan P Pinang

Posted: 07 Feb 2013 05:30 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Ketika BN Pulau Pinang bertegas untuk membawa artis popular Korea Psy dengan kos RM2 juta, berlainan pula dengan kerajaan Kelantan yang akan mengundang peserta kebudayaan Cina dari Pulau Pinang ke Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata sempena menyambut Tahun Baru Cina, kerajaan Kelantan akan menganjurkan persembahan kebudayaan Khas.

Takiyuddin berkata demikian pada sidang medianya petang semalam, di Kota Darul Naim.

Menurutnya, kerajaan Kelantan akan menjemput kumpulan kebudayaan dari Pulau Pinang untuk membuat persembahan kebudayaan masyarakat mereka di Jalan Kebun Sultan, pada 20 Febuari ini.

Program yang dianjurkan selepas Chap Goh Meng, sempena majlis Jamuan Mahabbah.

"Memang kita tidak  ada persembahan khas kebudayaan Cina seperti changgay dari Kelantan, jadi kita jemput kumpulan kebudayaan dalam negara juga, walaupun di luar Kelantan dan bukannya luar negara,"ujarnya.

Walaupun kos sebenar yang turut melibatkan jamuan untuk seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama yang juga akan diadakan pada hari itu.

Takiyuddin juga turut majlis berkenaan dianjurkan kerajaan negeri bersama portfolio anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.

"Program ini akan diadakan di Pusat Khidmat Adun Kota Lama, Jalan Kebun Sultan.

Sementara itu, pada 15 Febuari ini pula diadakan sambutan sempena Tahun Tahun Baru Cina juga akan diadakan di Pusat Khidmat Dun Kota Lama bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Menurut Takiyuddin, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan hadir pada majlis itu.

harakah/-

12 hari maksiat di hotel bajet

Posted: 07 Feb 2013 05:20 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Melaka: Seorang gadis berusia 16 tahun bukan saja menyewa hotel bajet di Kampung Hulu, di sini, menggunakan identiti orang lain, malah bertindak bagaikan 'penganjur' apabila dipercayai menjadikan bilik itu untuk kegiatan maksiat dan melepaskan gian syabu serta transit bagi kegiatan ragut bersama rakannya.

Bilik yang disewa sejak 12 hari lalu itu dikatakan sering menjadi tumpuan beberapa lelaki keluar masuk sehingga menimbulkan syak sehinggalah sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan serbuan, kira-kira jam 8.30 pagi, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim Rahimin Bani berkata, pihaknya ke hotel berkenaan untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapat maklumat.


"Pintu bilik hotel dibuka gadis terbabit selepas diketuk beberapa kali dan apabila masuk menemui dua lelaki berusia 17 dan 19 tahun yang masing-masing sedang nyenyak tidur.

"Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg berisi peralatan dipercayai untuk menghisap syabu selain bekas kosong dijadikan tempat menyimpan bahan larangan itu," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila pemeriksaan lanjut dalam beg remaja perempuan terbabit menemui empat kad pengenalan milik individu berusia antara 17 dan 21 tahun serta satu beg duit wanita.

Harian Metro

Posted: 07 Feb 2013 05:00 PM PST

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Kong Xi Fa Chai Untuk Masyarakat Cina

Setiap bangsa mempunyai kepercayaan dan perayaan masing-masing seperti
sambutan tahun baru. Masyarakat Cina percaya bahawa setiap manusia
yang lahir mempunyai pengaruh terhadap personaliti dan sikap. Tahun
Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi masyarakat Cina untuk
menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina
terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

2013 merupakan Tahun Ular mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Pakar
Feng Shui meramalkan warna bertuah pada tahun 2013 adalah warna biru,
hijau dan ungu. Inilah uniknya Malaysia, kita hidup dalam masyarakat
yang berbagai kaum, agama dan kepercayaan. Kita seharusnya saling
hormat menghormati antara satu sama lain untuk mengelak rusuhan kaum
dan agama.

Dengan semangat perpaduan dan muhibah serta saling hormat menghormati
antara satu sama lain sudah pasti kita akan mudah mencapai kejayaan
bersama menuju kearah Negara yang aman, harmoni dan adil untuk semua.

Saya bagi pihak PAS Sarawak, ingin mengambil peluang menyampaikan
ucapan selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua masyarakat Cina
walaupun dimana mereka berada, agar kita saling hormat-menghormati
antara satu sama lain dan bekerjasama kearah negara makmur dan
sejahtera.

Kepada mereka yang balik kampung bercuti atau ke distinasi
masing-masing, berhati-hati semasa memandu di jalanraya agar sampai ke
tempat tujuan dengan selamat. Kong Xi Fa Chai dari PAS Sarawak

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Peghelih La...

Posted: 07 Feb 2013 11:47 PM PST

Peghelih La...


Bendera PAS sambut Muhyidin ke Perlis

Posted: 07 Feb 2013 09:16 PM PST

Bendera PAS yang dipasang di Titi Chai, Utan Aji 

Dewan Pemuda PAS Perlis mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terbabit menaikkan bendera PAS seperti gambar di atas bagi menyambut kehadiran  Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin di Titi Chai petang semalam.

Selamat Tahun Baru Cina

Posted: 07 Feb 2013 09:09 PM PST


Kepada seluruh kaum Tionghua

Muhyiddin, lihatlah Umno Perlis sedang kritikal

Posted: 07 Feb 2013 09:05 PM PST

KANGAR: PAS Perlis melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 akan datang sebagai kenyataan terdesak.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (gambar), kenyataan Muhyidin yang dibuat ketika kunjungannya ke Perlis semalam adalah semata-mata untuk membangkitkan semangat penyokong mereka di samping meraih sebanyak mungkin simpati terhadap Umno BN Perlis.

"Dia sendiri pun tahu bahawa rakyat Perlis sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU akan datang dan dia juga tahu BN Perlis sendiri berada pada tahap kritikal. Ini dilihat bila mana beliau sendiri malahan Perdana Menteri pun acap kali turun ke Perlis. Kenyataan Muhyidin ini sama juga dengan kenyataan Menteri Besar Perlis yang dibuat beberapa kali sebelum ini.

"Sekarang mereka (BN) memasang bendera di seluruh negeri dan cuba menggambarkan suasana pilihan raya yang semakin hampir, tapi kita percaya perhimpunan yang mereka buat di beberapa lokasi di negeri ini akan dihadiri oleh orang yang sama, malahan termasuk orang-orang luar parti yang diarahkan hadir," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Melihat senario politik semasa di Perlis, Mohd Anuar menasihatkan Muhyiddin supaya melihat pergolakan dalaman yang sedang melanda Umno BN Perlis yang dilihatnya tiada berkesudahan sebelum membuat ramalan bahawa mereka akan menang besar di Perlis.

Malah katanya, beliau tidak gusar dengan kenyataan tersebut kerana yakin Muhyidin sendiri pun sudah membaca laporan-laporan serta kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak tentang kedudukan BN di Perlis mahupun di seluruh negara.

"Rasanya lebih baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka," ujarnya.

Di Perlis, kata beliau mereka kena cermin diri dulu sebelum bercakap tentang menang besar kerana rakyat Perlis sudah bosan dengan perbutan kuasa, perebutan pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin Umno Perlis yang dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

"Walaupun tsunami politik 2008 tak sampai ke negeri ini, tapi rayat Perlis pun sudah sedar dan melihat keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah umpamanya," ujarnya.

Tambah beliau, rakyat Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu perubahan di negeri ini.

"Saya percaya bahawa ubat paling mujarab untuk Umno-BN Perlis ialah dengan menjadikan mereka parti pembangkang di negeri ini. Saya lihat mereka mempunya potensi besar untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini," jelasnya lagi.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 Feb 2013 10:00 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ceramah dan Pelancaran UPU Kg Batu, Rembau 12 Feb 2013

Posted: 07 Feb 2013 06:56 PM PST



CERAMAH MAULID NABI DAN PELANCARAN UPU KG BATU
Oleh Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Tarikh : 12 Feb 2013, Selasa
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Batu, Kota, Rembau

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Kepada mereka yang ingin menyumbang Tabung PRU-13 DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Kempen Kasih Sayang, Kito So Kampung di DUN Kota

Posted: 07 Feb 2013 04:00 PM PST



Rembau 7 Feb 2013 – Jentera Pilihanraya di DUN Kota dalam Parlimen Rembau sekarang ini sedang giat menjalankan kempen dan mengatur gerak kerja menjelang Pilihanraya Umum ke 13.

Pelancaran Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU (Unit Peti Undi) Kg Sawah Raja di DUN Kota malam tadi telah menyemarakkan lagi semangat para petugas pilihanraya.

Slogan atau mesej pilihanraya pada kali ini untuk DUN Kota ialah KEMPEN KASIH SAYANG, KITO SO KAMPUNG

Kepada mereka yang ingin menyumbang Tabung PRU-13 DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Kepada mereka yang ingin menjadi sukarelawan pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Gambar sekitar Pelancaran Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU (Unit Peti Undi) Kg Sawah Raja di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/02/kempen-kasih-sayang-kito-so-kampung-di.html

PAS LENGGONG

Posted: 07 Feb 2013 09:00 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 06 Feb 2013 11:23 PM PST




Nasha lepaskan pendam di hati di katil hospital

6 Jan Tajuk berita utama Berita Harian hari ini.. AHLI Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa menjawab soalan yang dikemukakan pembaca BH Online menerusi program lintas langsung di salah satu pusat perubatan swasta Kuala Lumpur, sebentar tadi.
berita lanjut di sini: BH  

Selama ini tidak tahu kenapa dia menyakiti rakan yang sama berjuang. Dia menyalahi serta membuat onak kepada kepimpinan dan PAS keseluruhannya. Ustaz Nasharuddin telah bersama dengan seteru iaitu UMNO dengan menyertai program-program mereka bersama dan membelakangi arahan pimpinan. 

Namun setelah membaca temubualnya bersama wartawan Berita Harian yang menemuinya di katil di pusat perubatan swasta barulah terbuka pendamnya dihatinya. 

IKUTI Temubual bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dengan wartawan Berita Harian.

"Permulaannya berlaku pada 24 April 2008 dimana Mesyuarat Syura Ulama PAS memutuskan perbincangan diadakan dengan mana-mana parti politik bagi memeliharan kepentingan umat Islam dan orang Melayu dengan amanah diberi kepada Presiden, Setiausaha Agung serta beliau selaku Timbalan Presiden.

"Dalam hal ini, parti terbesar dan secara logiknya untuk diajak berbincang adalah UMNO. Ketika itu saya mengadakan perbincangan berkaitan perpaduan dengan Perdana Menteri dan Timbalanya selaku pimpinan UMNO  atas keputusan Majlis Syura Ulama.

(Harus diingat ketika itu Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Isu hangat diperkatakan ahli Parlimen Sarawak akan menyertai Pakatan Rakyat seterusnya peralihan kuasa politik Malaysia. Ketika itu pimpinan PAS Selangor melihat ada peluang mendapat jawatan Menteri Besar Selangor kerana pada situasi undi penentu samada dipihak PR atau BN. Hangat diperkatakan isu Kerajan Perpaduan (UG) melibatkan pimpinan PAS dan UMNO)
  
"Bagaimanapun, baru sampai suku jalan, timbul tanggapan ia seolah-olah untuk kepentingan peribadi saya dan pertemuan kononnya dilakukan secara rahsia walaupun ia keputusan Majlis Syura Ulama yang kebetulan TIDAK dihadiri Tuan Guru Nik Aziz ketika ia dibuat. 

Saya laksanakan arahan Parti tetapi saya juga dipersalahkan dengan tuduhan kononnya nak masuk UMNO.  Semua itu membuat saya kecil hati dan berasa dizalimi. Saya suarakan semua ini sebagai ahli biasa kepada pucuk pimpinan parti."

Terkilan dengan Nik Aziz
Awal dulu saya terima semuanya sebagai teguran tapi bila berterusan, saya rasa mungkin Nik Aziz ada isu peribadi dengan saya yang puncanya tidak saya datang menemuinya sampai hari ini.

"Saya menghormati beliau Murshidul Am PAS sebagai pimpinan tertinggi parti tetapi beliau terus menerus 'menyerang' saya. Nik Aziz menghiris perasaan secara peribadi termasuk sindiran berhubung statusnya sebagai pemipin dan ahli PAS serta pelaksana beberapa tugas diamanahkan parti."

" Malah istilah yang digunakan pun.. kalau orang biasa mungkin dah rebah tapi daya boleh bertahan. Saya pernah digelar sampah, diacah masuk UMNO, dilabel bermacam-macam dan semuanya itu mengguris hati."
  



Posted: 06 Feb 2013 11:04 PM PST



PAS kaji tindakan undang-undang terhadap polis

Harakahdaily,07 Feb 2013
KUALA LUMPUR: PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain.

Ketua Lajnah Undang-undang PAS, haji Asmuni Awi (gambar) berkata, memang menjadi'statutory duty' kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.

"Tetapi jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu sudah salah.

"Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas beberapa kejadian yang melibatkan program PAS disekat dan diganggu oleh pihak tertentu tetapi polis yang ada dalam kejadian itu tidak bertindak menghalangnya.

Polis hanya memastikan lalu lintas tidak terganggu sahaja.

Di pintu masuk Felda Teloi Timur, samseng jalanan menyekat pemimpin dan aktivis PAS dari mengadakan ceramah di sana.

OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.

Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis.
Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!

Posted: 06 Feb 2013 11:03 PM PST



Lagi menyamar jadi ahli PAS sensasikan isu kalimah Allah

http://milosuam.blogspot.com,07 Feb 2013
LAGI berita bodoh di TV3 untuk mensensasikan isu kalimah Allah. Kononnya ada 20 orang ahli PAS ranting Jerantut, Pahang membuat demonstrasi membantah PAS tentang isu kalimah Allah di Pahang semalam.

Apa yang nak tergelak ialah, sejak bila PAS guna sebutan "ranting" bagi menamakan cawangan parti itu? Nampak sangat berita tahap sampah kah kah kah...

Rujuk prontscreen yang dicedok daripada laporan Buletin Utama di bawah ini.



Agak-agaklah nak menipu pun, mengaku ahli PAS, tapi tak tahu bahawa PAS sudah lebih 20 tahun tidak menggunakan perkataan ranting. Nampak sangat menyamar jadi ahli PAS kah kah kah...

Buat pengetahuan pembaca, sebutan "ranting" bagi mewakili cawangan PAS pernah digunakan 20 tahun dahulu. Kini hanya KEADILAN yang menggunakan sebutan "ranting". Jadi kepada wartawan atau pemberita TV3, lain kali kalau nak buat berita tipu macam ni, ingat jangan gunakan sebutan "ranting".

Posted: 06 Feb 2013 10:47 PM PST




Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.
Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan 'menyalahgunakan kuasa'. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM'. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai 'menyalahgunakan kuasa' yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi 'menyibukkan' saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa 'kebebasan' itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh 'orang' yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini 'kaki liwat' sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it's a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda 'jahil' atau 'tidak tahu' ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana 'survival' politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),
Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.
Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).
Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.
Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.
Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?
Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan 'body guard' Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di'sembunyi'kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.
Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)".- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae'i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.


Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!! Oleh: Anwar Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan