Ahad, 6 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 05 Jan 2013 09:24 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Dinding retak, tanah gelongsor

Posted: 05 Jan 2013 04:32 PM PST


Sinar Harian
5 Januari 2013

SEREMBAN - "Kehidupan saya dan keluarga tidak lagi tenang kerana bimbang rumah kami akan musnah disebabkan bencana tanah runtuh," kata Yusof Ibrahim 60, yang diselubungi resah berikutan keadaan rumahnya di Taman Bukti, Ampangan di sini, didakwa berisiko.

Menurutnya, beberapa bahagian dinding rumahnya yang dihuni lebih 30 tahun itu mula mengalami keretakan serius sejak 10 tahun lalu disebabkan kejadian tanah menggelongsor di belakang rumahnya yang dikesan dari masa ke semasa.

"Masalah ini telah lama berlaku, tapi ia semakin serius sejak kebelakangan ini menyebabkan saya bersama penduduk lain mula bimbang.

"Jika dulu setiap kali ada keretakan berlaku, saya akan baiki. Tapi selepas beberapa tahun retak baru akan timbul dan saya dah muak," katanya.

Yusof berkata, masalah itu telah diadukan beberapa kali kepada pihak bertanggungjawab untuk diambil tindakan namun ia memerlukan tindakan penyelesaian menyeluruh.
Katanya, disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, kejadian gelongsoran tanah di kawasan itu semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan segera.

Yusof berkata, lama-kelamaan ia menyebabkan struktur tanah menjadi tidak kuat sehingga berlakunya hakisan dan tanah runtuh.

Menurutnya, dia berharap tindakan segera dapat diambil sebelum kejadian buruk terjadi.
"Bayangkan pagar bahagian belakang rumah jiran saya 'tergantung' sejak sebulan lalu disebabkan kejadian itu.

"Saya pun tidak berani membuang semak samun di belakang rumah kerana itulah yang menjadi penahan tanah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kudus Thamby Ibrahim ketika melawat lokasi berkata, pihaknya mendapati masalah itu melibatkan sembilan buah rumah penduduk di taman itu membabitkan nombor rumah 135 hingga 142.

"Sebenarnya masalah sama pernah berlaku di rumah penduduk lain di kawasan ini, tapi ia telah pun dibaik pulih.

"Tapi saya lihat ia memerlukan tindakan menyeluruh kerana ia membabitkan kawasan lereng bukit yang sama dan tidak mustahil ia mudah merebak ke bahagian lain," katanya.


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 05 Jan 2013 09:15 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Ayuh bersedia Himpunan KL 112 : Dunia Saksi Kebangkitan Rakyat Malaysia

Posted: 05 Jan 2013 01:34 AM PST

DPP PADANG TERAP

Posted: 05 Jan 2013 09:07 PM PST

DPP PADANG TERAP


Agenda 2 : Masyarakat Penyayang, Aman dan Bersatupadu

Posted: 05 Jan 2013 06:11 PM PST


Rembau Hari Ini

Posted: 05 Jan 2013 07:43 PM PST

Rembau Hari Ini


Kesian mereka di Taman Pedas Perdana

Posted: 05 Jan 2013 04:34 PM PST


Ubah suai jadi van jenazah

Posted: 05 Jan 2013 04:34 PM PST


5 Januari 2013

PEDAS – Berikutan kesukaran untuk mendapatkan van jenazah, seorang penduduk di sini, tekad menyediakan kemudahan itu kegunaan penduduk di sekitarnya.

Sahat Kachat, 61, berkata, sekitar lima tahun lalu, hanya satu unit sahaja van jenazah disediakan di Pejabat Daerah.

Menurutnya, mujurlah terdapat rakan sekampung yang membuka perniagaan Nash Auto menyumbangkan sebuah van kepadanya untuk dijadikan sebagai van jenazah.

"Pakcik bukan kejar untung, tapi pak cik rasa soal fardu kifayah ini tidak boleh dibuat main dan sebagai penduduk pak cik sanggup ambil tanggungjawab menyediakan van jenazah sendiri," katanya ketika ditemui di Surau Pedas Hilir, dekat sini, baru-baru ini.

Sahat atau lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai Haji Nasir berkata, pada peringkat awal, dia mengeluarkan modal kira-kira RM5,000 untuk mengubahsuai keadaan dalam van jenazah itu iaitu bagi meletakkan peti mayat dan tempat duduk di kiri dan kanan bahagian belakang.

"Sebelum ini, pakcik bekerja sebagai pemandu teksi selama 36 tahun. Kini, pakcik dan anak, Mohamad Jeffry Sahat, 35, sedia menawarkan perkhidmatan van jenazah kepada mana-mana pihak," katanya.

Haji Nasir berkata, jika lima tahun sebelum ini, perkhidmatan van jenazah sukar untuk diperoleh susulan ianya hanya disediakan satu unit sahaja dan kini ianya semakin berkembang susulan peningkatan kesedaran syarikat tertentu untuk menyumbang kemudahan berkenaan kepada pihak masjid mahupun surau.
"Alhamdulillah, kini pakcik berasa lega kerana akhirnya tanggungjawab fardu kifayah ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Malah, sepanjang lebih lima tahun ini sudah lebih 200 kali pakcik menghantar jenazah.

"Pak cik tidak mengenakan kadar yang tinggi iaitu hanya RM50 bagi penduduk di sekitar Pedas dan Pekan Rembau. Bagaimanapun, bagi kawasan di luar pula, kadar lain bakal dikenakan," katanya.
Katanya, walaupun kadangkala ianya tidak berbaloi kerana kos minyak dan penyelenggaraan, namun dia tetap juga berasa lega kerana turut sama menyediakan kemudahan fardu kifayah berkenaan kepada komuniti setempat.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 05 Jan 2013 07:06 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Sudah 4 malam kami di sini… Penduduk Nyatoh

Posted: 04 Jan 2013 08:37 PM PST


-Tahun ke 3, Penduduk Kg Nyatoh  dilanda banjir luar biasa
"Itu rumah saya" - Pok Ya

Ismail Ishak atau dikenali sebagai Pok Ya, 53 tahun telah mendiami Kampung Nyatoh, Pemaisuri melangkaui jangkamasa lebih 35 tahun. Pendek kata, pasang surut air Sungai Setiu berhampiran, panas, kemarau, hujan, banjir di kampung ini, semuanya telah sebati menjadi menjadi sebahagian dari pengalaman hidup yang tersimpan kukuh dalam ingatannya.

Memang kawasan kampung ini adalah adalah kawasan tanah rendah yang mudah dinaiki air setiap kali musim tengkujuh berlaku, tetapi banjir yang berlaku sejak 3 tahun kebelakangan ini adalah sangat di luar kebiasaan. PuncanyaProjek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP) yang diusahakan oleh Syarikat Blue Archipelago Berhad.

Menyantuni sebahagian mangsa banjir di Surau Kg Nyatoh
Walaupun pihak pemaju sering menafikan dengan pelbagai alasan bodoh dan remah, antaranya… "banjir kat mana-mana pun berlaku, bukan kampung ini saja.." "sebelum ada projek udang ini pun dah banjir.." tetapi bolehkah alasan-alasan ini menyelesaikan kesengsaraan penduduk yang telah berpanjangan sejak 3 tahun lalu.

Ketika mangsa banjir lain telah pulang ke rumah masing-masing, kira-kira 61 orang dari 7 keluarga di kampong Nyatoh ini masih menghuni surau di pinggir jalan Permaisuri-Penarik ekoran belum kelihatan tanda-tanda air banjir akan surut yang membolehkan mereka kembali ke kediaman masing-masing sekalipun cuaca semakin cerah dan mentari telah bersinar terang.
Bahana i-Sharp

Rumah Pok Ya contohnya telah ditenggelami air sehingga paras jendela, sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu. AjaibnyaPermaju i-Sharp masih menafikannya!

Kita telah membangkitkan ketika peringkat awal perlaksanaan projek dahulu bahawa kawasan yang dibangunkan itu adalah kawasan paya bertanah rendah yang terdedah kepada kesan pasang surut Sungai Setiu dan dilimpahi air ketika musim banjir. Dari segi ekosistem, kawasan paya bertanah rendah dikategorikan sebagai kawasan takungan air. Lantas, untuk mengelakkan kawasan projek bernilai ratusan juta ringgit ini ditenggelami air banjir, kerja-kerja tebus guna tanah telah dan sedang dilakukan supaya kolam udang berada di aras yang lebih tinggi dari air banjir. Keadaan ini akan menyebabkan aliran air itu beralih ke kawasan yang lebih rendah di sekitar tapak projek dan ini akan menyebabkan air membanjiri kawasan penempatan penduduk sekitar. Tambakan tanah juga akan menghalang pengaliran air banjir ke Sungai Setiu.

Jalan projek i-sharp yang menjadi seperti benteng empangan, lihat size calvert


Tinjauan skuad Lujnah Alam sekitar Pas Terengganu ke lokasi semalam (Jumaat 4 januari 2013) mendapati, pembinaan jalan masuk ke dalam tapak projek sepanjang lebih kurang 2 km sebenarnya menjadi penghalang utama aliran air banjir ke Sungai Setiu yang menyebabkan berlaku fenomena 'air sebak' mengikut istilah penduduk tempatan, walaupun paras air Sungai Setiu sebenarnya tidaklah terlalu tinggi.  Jalan masuk ke kawasan projek udang ini memang telah berkesan sebagai banteng empangan yang menghalang aliran air. Laluan air (calvert) yang dibina nyata terlalu kecil dan tidak memadai. Ukuran kasar mendapati beza paras ketinggian air di sebelah Sungai Setiu dengan paras air yang terhalang disebabkan kewujudan jalan i-SHARP ini kira-kira 4 kaki lebih tinggi.

Langkah drastik yang perlu diambil oleh pemaju adalah menggantikan calvert tersebut dengan jambatan yang akan melancarkan aliran air dengan cepat. Pok Ya ada memaklumkan bahawa, penduduk Nyatoh ada menemui wakil pemaju dan idea berkaitan pembinaan jambatan ini telah dikemukakan tetapi maklum balas yang diterima, kos pembinaan jambatan adalah terlalu tinggi.

apakah kesukaran ini akan berpanjangan?
Alasan ini sukar untuk diterima! Ianya bukanlah sebuah jambatan untuk menyemberangi sungai, tetapi ia hanyalah sebuah jambatan di atas darat yang membelah jalan masuk ke tapak projek dengan matlamat untuk meminimakan rintangan jalan ini kepada aliran air. Kos projek pula melebihi RM300 juta. Tak kan itu pun tak mampu wahai pemaju i-SHARP yang budiman! Apakah dengan alasan kos ini, bermakna penduduk akan terus berhadapan dengan kesukaran dan bencana untuk tempoh 30 tahun lagi akan datang?

Bukan setakat penduduk Nyatoh, tetapi juga penduduk setempat sekitar Kampung Buloh dan Kampong Bukit Kemudu juga mengakui bahawa kejadian banjir sepanjang musim tengkujuh 3  tahun kebelakangan ini adalah luar biasa dan tidak berpadanan dengan jumlah hujan yang turun.

Walaupun perlaksanaan projek telah berjalan dalam tempoh melebihi tiga tahun dengan pelbagai impak sampingan mulai dirasai dan terdedah, kerajaan seolah-olah ingin menyembunyikan hakikat sebenar projek ini dari makluman umum. Apabila didedahkan dengan fakta-fakta yang sukar disangkal barulah kerajaan berjanji akan memantau perlaksanaan projek yang dikatakan akan menjadi penanda aras bagi kerajaan negeri untuk menerima pelabur lain yang ingin melabur di dalam bidang yang sama di negeri ini.

Betul atau tidak pemantauan dilakukan, masih menimbulkan kesangsian. Kalaulah betul kerajaan melakukan pemantauan terhadap projek ini, maka saya dengan segala hormatnya menyimpulkan bahawa jawatankuasa pemantauan ini memang tidak melaksanakan kerja yang diamanahkan. Kalau tidak, mana mungkin kerajaan boleh berlagak bodoh dengan satu demi satu impak negatif yang berlaku di depan mata. Isu pembinaan jambatan untuk mengantikan calvert telah ditimbulkan oleh Menteri Besar ketika melakukan lawatan ke tapak projek dulu, tapi di mana perlaksanaannya?

Tuntutan kita bukannya supaya pihak kerajaan memberikan jawapan politik yang tak berkesudahan, tetapi tindakan tegas dan berkesan sebelum nasi menjadi bubur. Ditambah lagi dengan cuaca yang belum lagi menentu dengan kemungkinan banjir gelombang seterusnya akan melanda sekali lagi. Kalau pun bukan ditahun ini, selagi ada bulan dan matahari, tengkujuh akan melanda lagi.

Suatu perjudian yang besar apabila sebuah syarikat yang belum berjaya membuktikan hasil dan prestasi dalam industri berkaitan dianugerahkan 1,000 hektar tanah dengan taraf pajakan selama 30 tahun yang turut mengorbankan hak dan mata pencarian rakyat kemudian menghasilkan pula impak negatif alam sekitar dan sosio ekonomi setempat sedangkan hasilnya masih terlalu samar.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar
PAS Terengganu.

Jasindaily Online

Posted: 05 Jan 2013 09:17 AM PST

Jasindaily Online


Buku Deepak kini Di Pasaran

Posted: 05 Jan 2013 02:06 AM PST

The Black Rose - satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan, yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya muncul di ruang siber. Siri pertama - Black Rose 1.0 - telah diedarkan kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai 'Spirit of Altantuya'. 

 Buku ini tidak menyebut mana-mana personaliti tertentu dengan nama, tetapi jalan ceritanya hampir dengan kisah hidup Deepak sendiri. Buku ini mengandungi watak-watak yang dipaparkan menggunakan nama samaran tetapi jalan ceritanya mirip kepada kisah Depak. Antara mereka termasuk Kapeed, Bijan, Black Rose, Popiah, Lala, Jim dan beberapa personaliti lain yang dikaitkannya atau dirujuk olehnya sewaktu 'berperang' dengan keluarga Najib. Dari cerita Deepak mengenai hubungannya dengan keluarga Najib sehingga penglibatannya untuk menterbalikkan akuan bersumpah (SD) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengaitkan perdana menteri dengan Altantuya Shaariibuu, buku ini dilihat mencerminkan cerita tersebut, tetapi dikisahkan dalam bentuk ceritera.Untuk baca penuh atau download sila klik [SINI]

Dr.Rani : UMNO Pengecut dan Penakut

Posted: 04 Jan 2013 11:38 PM PST

Pas Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersiaran langsung menerusi RTM dan TV3 kerana takut kepada kebenaran. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, siaran langsung sejam itu membolehkan Abdul Hadi beri penjelasan lanjut. 


 "Kita tidak mahu rakaman, takut dipotong (disunting). Barisan Nasional (BN) kata siaran langsung Abdul Hadi berbahaya dan menteri tidak benar penjelasan dibuat secara langsung. "Di negara luar, mereka akan tunjuk (siaran) secara langsung, tapi di sini, tidak berani," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas Selangor mengenai isu Amanat Haji Hadi. Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya menjawab soalan dikemukakan sepanjang sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataannya berkata, pihaknya tiada masalah memberi ruang berkenaan, tetapi ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau tidak. 

 Abdul Rani yang juga Adun Meru mendakwa, BN tiada isu baru untuk dimainkan sehingga terdesak membangkitkan isu lama yang semakin dilupakan itu. Ditanya sebab Pas menolak menggunakan media lain sebagai alternatif untuk beri penjelasan itu, Abdul Rani menegaskan, ia kerana dua stesen televisyen itu didakwa antara media memulakan isu itu. "Kita tak guna media alternatif lain sebab media pro-BN yang cabar kita lebih baik kita guna media mereka kerana isu teritu dibangkitkan mereka" katanya.

Generasi Kedua Felda Mahu Ustaz Hadi Diberi Peluang

Posted: 04 Jan 2013 11:35 PM PST

Golongan pertengahan generasi kedua menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyekat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan isu amanat beliau secara langsung di RTM dan TV3 sebagai tidak adil. Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Generasi Felda Jenderak Utara (Wajaf), Mohd Nazri Pilus berkata, generasi muda Felda perlu tahu kebenaran dan apa yang berlaku sebenarnya. 

 Menurutnya, mereka bimbang isu itu sengaja dimainkan BN bagi memancing undi rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. "Walaupun sesetengah pihak menganggap isu ini sudah lapuk, namun mengapa ia dibangkitkan sekarang ketika kita hampir kepada pilihan raya. Kita bimbang BN ada agenda tersendiri. "BN ketandusan isu untuk diketengahkan sedangkan banyak isu semasa yang patut diselesaikan oleh kepimpinan negara," katanya kepada Sinar Harian. Mohd Nazri berkata, sekarang ini isu Perdana Menteri diaibkan dan dituduh oleh seorang jutawan karpet sedang hangat diperkatakan dalam media pakatan pembangkang. "Kenapa tidak ada satu pun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela tuduhan terhadap PM? "Ini juga adalah isu besar yang perlu diberi perhatian berbanding Amanat Hadi yang kita kira isu lapuk pada 2013 ini," katanya. 

 Mohd Nazri berkata, generasi muda kini bersikap lebih terbuka dan mereka akan menilai sebarang isu, tambahan PRU13 dianggap penting kerana ia bakal menentukan arah kebajikan anak peneroka. "Walaupun kenyataan ini kelihatan 'mesra' Pakatan Rakyat (PR), namun sebagai generasi muda, kami mahu BN beri fokus terus pada pembangunan negara dan rakyat. "Tambahan pula, manifesto PR Pahang amat sesuai dengan selera generasi muda Felda masa kini dan kita bimbang anak muda akan tertarik dengan tawaran pembangkang," katanya. Menurutnya, Presiden Pas itu wajar diberi peluang menjelaskan isu amanat beliau secara langsung di televisyen supaya rakyat dapat menilai sendiri.

PAS Tolak Muzakarah Tertutup

Posted: 04 Jan 2013 11:33 PM PST

Pas menolak cadangan agar diadakan muzakarah secara tertutup, seperti yang diutarakan oleh seorang penonton satu program siaran langsung RTM malam tadi, sambil menyifatkannya sebagai tidak adil kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, media arus perdana setiap hari memaparkan kritikan dan kutukan terhadap Hadi secara terbuka dan boleh ditonton oleh semua rakyat Malaysia. Menurutnya, cadangan yang diberikan untuk mengadakan sesi muzakarah secara tertutup itu tidak adil kepada Hadi. Beliau juga berkata, Pas tidak bersetuju bukan kerana takut atau untuk lari daripada isu tersebut, tetapi cadangan itu dilihat tidak adil. 

 "Bukan kita tidak setuju buat secara tertutup, tetapi masalahnya media arus perdana menghentam dan mengkritik Hadi secara terbuka. "Tetapi bila dekat Hadi, nak buat secara tertutup, ini tak adil. "Sekarang ini pun semakin melampau kritikan dibuat terhadap Hadi, kita tak setuju bukan sebab kita nak lari dari isu, (atau) sebab kita takut, tapi cadangan itu tak adil," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Dalam laporan media yang dikeluarkan Bernama lewat semalam, sesi muzakarah tertutup dicadangkan sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan isu Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan lebih 30 tahun dulu dan didakwa menjadi punca perpecahan dikalangan umat Islam di negara ini. Cadangan berkenaan diutarakan oleh seorang penonton di studio ketika siaran langsung program bual bicara RTM, Bicara Rakyat menerusi TV1 pada pukul 9 malam tadi. 

 "Saya mencadangkan supaya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pas dipanggil bersama beberapa tokoh yang tidak berkepentingan politik seperti mufti dan ahli akedamik. "Kesan Amanat Haji Hadi masih berlaku sehingga kini. Kafir-mengkafir masih wujud. Melalui muzakarah, kita bukan berpolitik tetapi membincangkan masalah ummah," kata penonton tersebut sebelum program berkenaan berakhir. 

 Mengulas lanjut Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, muzakarah yang dilakukan secara tertutup tidak akan sampai kepada rakyat yang menanti penjelasan daripada Hadi. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas turut menolak cadangan agar diadakan muzakarah secara tertutup itu. Mustafa berkata, Pas tetap berpendirian untuk menyelesaikan isu Amanat Haji Hadi itu secara langsung.

 Tambahnya, melalui rakaman atau tertutup penjelasan yang akan dilakukan tidak akan sampai kepada masyarakat. "... seperti yang kita katakan sebelum ini, kita mahukan secara langsung. "Kita tolak cadangan itu, kalau secara tertutup penjelasan itu tidak akan sampai kepada masyarakat," katanya.

Bukti Ulamak UMNO Hina Ulama'

Posted: 04 Jan 2013 11:17 PM PST


Nak Kata bangang karang marah pulak .. dikata tak beradab tapi inilah hakikatnya bila kepala dah penuh dengan dunia sampai cakap pun dah merapu tak tentu pasal. 

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 05 Jan 2013 09:06 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA PELAJAR JADI MANGSA

Posted: 04 Jan 2013 10:04 PM PST

Industri pembinaan melibatkan proses kontrak yang mengandungi tiga fasa iaitu spesifikasi kontrak, penilaian sebutharga atau bidaan dan pengurusan kontrak. Dalam penilaian bidaan atau tender, aspek yang paling penting dalam memilih kontaktor antara lain ialah pengalaman, kedudukan kewangan  dan rekod yang bersih.  Dalam aspek pengurusan kontrak pula, tuan empunya atau pemilik projek mestilah sentiasa memantau dan menyelia aktiviti kontraktor dan subkontraktor. Untuk tujian ini, pemilik projek hendaklah melantik perunding yang amanah dan berwibawa. Pemantauan dan penyeliaan hendaklah fokus kepada unsur-unsur penting dalam kontrak semasa fasa pra-pembinaan, peringkat pembinaan dan pasca pembinaan. Sebarang bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kecuaian akan mengakibatkan cerita di bawah.....




 JKR arah tutup sementara asrama Unisel - Khalid   

Harakahdaily,     04 Jan 2013



KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan arahan mengosongkan asrama Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya.



Beliau berkata, ia bukan daripada pihak pengurusan Unisel sebaliknya keputusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).



Ini, katanya kerana hasil kajian yang dibuat mendapati, sistem saluran air yang sepatutnya dihubungkan ke kolam utama berada dalam keadaan tidak sempurna sehingga mengakibatkan takungan air bawah tanah.



"Masalah ini berlaku lebih dah lebih dua tahun," katanya pada satu sidang media dipetik Selangorku.



Semalam, Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan atas faktor keselamatan, Unisel memindahkan 2,000 pelajarnya yang menghuni di asrama Bestari Jaya ke beberapa kediaman di luar kampus.



Langkah tersebut diambil bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan kawasan kampus yang dijangka mengambil masa kira-kira 12 bulan.



Sebelum itu, dilaporkan pada 20 Disember lalu, atas permintaan Unisel, Bahagian Senggara Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor melakukan tinjauan di kawasan asrama Unisel Kampus Bestari Jaya.



Tinjaun tersebut mendapati keadaan tanah mengalami mendapan yang serius sehingga menganggu kelancaran sistem kumbahan, perparitan dan kabel bawah tanah



Susulan dari itu, JKR pada 26 Disember menyarankan agar kerja-kerja pembaikan dilakukan segera dan bangunan asrama perlu dikosongkan penghuni.



Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM20 juta untuk kerja-kerja pembaikan asrama tersebut sekiranya Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) enggan bertanggungjawab.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 05 Jan 2013 07:06 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


RAKYAT MESTI TURUN BERSAMA KE HKR 12 JAN. INI !

Posted: 05 Jan 2013 12:15 AM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan