Rabu, 30 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 30 Jan 2013 01:02 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Pertemuan TG Nik Aziz, Bishop buktikan dua agama boleh berbincang

Posted: 29 Jan 2013 07:18 AM PST

BAYAN BARU: Pertemuan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Bishop Wilayah Utara bagi Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan, Sebastian Josef di sebuah hotel semalam membuktikan dua agama boleh duduk berbincang dan berdialog. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa berpendapat, kesediaan Tuan Guru Nik [...]

Dana Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU)

Posted: 29 Jan 2013 07:08 AM PST

PAS KDAS 3

Posted: 29 Jan 2013 09:46 PM PST

PAS KDAS 3


Mat Sabu: UMNO BN Sudah Sampai Tarikh Luput, Expiry Date

Posted: 29 Jan 2013 08:58 AM PST

Anwar Ibrahim: Saya Tidak Sekali-Kali Akan Korbankan Kepentingan Melayu ...

Posted: 29 Jan 2013 08:46 AM PST

DPP PADANG TERAP

Posted: 29 Jan 2013 09:18 PM PST

DPP PADANG TERAP


Agenda 9 : Kemudahan Prasarana berkualiti, Cekap & Bertaraf dunia

Posted: 29 Jan 2013 08:52 PM PST


PAS LENGGONG

Posted: 29 Jan 2013 07:05 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 28 Jan 2013 10:21 PM PST


Dua dol yang doh


Kerajaan Membenarkan penggunaan Kalimah Allah digunakan dalam masyarakat kristian?   Hai apa dah jadi dengan orang-orang UMNO ini?   Kenapakah orang-orang UMNO tidak  melarangnya sebaliknya membenarkannya? Apa dah jadi ni?    Sepatutnya penggunaan Kalimah Allah hanya boleh digunakan dalam masyarakat islam sahaja ataupun semasa orang-orang kristian itu membuat perbincangan  dengan orang-orang Islam. Mereka tidak boleh menggunakan kalimah Allah itu secara eksklusif tanpa merujuk kepada ayat-ayat al qur'an dan dengan tujuan mendapatkan penjelasan orang-orang Islam mengenai persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh mereka.   Ingatlah Perkataan Allah itu bukan hak mereka. Ianya tidak ada dalam bible bahasa English yang jadi rujukan utama mereka. Kenapa mereka tak terus guna perkataan "God" ataupun "Lord" sebagaimana yang terdapat dalam bible itu.    Jadi kenapalah pula kepimpinan UMNO pandai-pandai mengizinkan orang-orang kristian menggunakan perkataan Allah didalam "masyarakat kristian"?
Kerajaan Membenarkan penggunaan Kalimah Allah digunakan dalam masyarakat kristian?


Hai apa dah jadi dengan orang-orang UMNO ini?


Kenapakah orang-orang UMNO tidak melarangnya sebaliknya membenarkannya? Apa dah jadi ni?



Sepatutnya penggunaan Kalimah Allah hanya boleh digunakan dalam masyarakat islam sahaja ataupun semasa orang-orang kristian itu membuat perbincangan dengan orang-orang Islam. Mereka tidak boleh menggunakan kalimah Allah itu secara eksklusif tanpa merujuk kepada ayat-ayat al qur'an dan dengan tujuan mendapatkan penjelasan orang-orang Islam mengenai persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh mereka.


Ingatlah Perkataan Allah itu bukan hak mereka. Ianya tidak ada dalam bible bahasa English yang jadi rujukan utama mereka. Kenapa mereka tak terus guna perkataan "God" ataupun "Lord" sebagaimana yang terdapat dalam bible itu.



Jadi kenapalah pula kepimpinan UMNO pandai-pandai mengizinkan orang-orang kristian menggunakan perkataan Allah didalam "masyarakat kristian"?

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 29 Jan 2013 03:56 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


TIGA FEBRUARI PENENTU HARI? JOM MARI

Posted: 29 Jan 2013 10:03 AM PST


Dupahang's Weblog

Posted: 29 Jan 2013 11:41 AM PST

Dupahang's Weblog


Bayar balik saham FGVH: Felda tipu peneroka?

Posted: 28 Jan 2013 11:51 PM PST

http://selamatkanpahang.blogspot.com/ TEMERLOH: Surat perjanjian pinjaman Bank yang ditandatangani sebagai jaminan membayar semula pinjaman saham Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) sebanyak RM50 sebulan kepada Felda, mula menimbulkan keraguan kepada peneroka. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, terdapat beberapa keraguan dalam perjanjian setebal 27 muka surat itu, sekali gus menimbulkan kebimbangan aset [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 29 Jan 2013 11:07 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


TG Nik Aziz pelawa rakyat P Pinang lawat Kelantan

Posted: 28 Jan 2013 03:49 PM PST


JELUTONG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengahari tadi.

Menurutnya, mengikut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Negeri Kelantan perlu dinaik tarafkan menjadi negeri yang lebih maju setanding negeri lain.

"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen.  Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancung tiba, " jelasnya.

Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.

Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani.

Justeru itu sambung beliau, tidak hairan tiba-tiba sahaja Perdana Menteri mengistiharkan  tujuh agenda pembangunan semula kelantan.

Agenda itu, sekadar manis di bibir dan sedap mata kerana jika diukur itulah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang jika wang royalti diperolehi.

Menyentuh  mengenai kepentingan menjagai rumah Allah s.w.t beliau yang juga Pengerusi Majlis Syura  Ulamak PAS begitu bangga dapat bersembahyang sunat di atas tapak masjid tertua di Pulau Pinang.

Sebagai umat Islam katanya, mesti memelihara masjid kerana masjid merupakan tunggak perpaduan.

"Hilangnya masjid maka hilanglah seri tunggak Islam maka sebab itu kita disuruh mengimarahkan masjid.

"Nak masuk ke masjid langkah kaki kanan manakala kaki kiri untuk ke tandas.

"Insya Allah jika kita amalkan perbuatan yang disuruh sepertimana dalam Al Quran hidup kita akan berkat buat selama lamanya," terangnya.

Hadir sama ke program itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man,  Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husain, Adun Batu Maung, Datuk Haji Abdul Malik Abul Kasim, Adun Batu Uban, Raveentharan, Yang Dipertua PAS Jelutong, Yaacob Omar, Yang Dipertua Bayan Baru, Ahmad Rasdan Mohd Nor, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dan ramai lagi.
Batu asas dipecah

Sementara itu, batu asas pembinaan menara Masjid Jamek Batu Uban, Pulau Pinang yang akan dirasmikan oleh TG Nik Aziz telah dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab awal pagi tadi.

Ketika menghubungi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim beliau sendiri mengesahkan tanpa memberitahu siapa punya angkara.

"Pagi tadi sebelum subuh salah seorang anak qariah ternampak batu asal yang siap dibina selepas Insyak semalam runtuh.

"Ia adalah permainan individu yang tidak senang dengan kehadiran Datuk Nik Aziz untuk melawat Masjid tertua di Pulau Pinang.  Apa pun kami sedang menyiasat," tegasnya.

Menurut Iszuree,  pembinaan menara masjid amat penting sebab selama ini masjid berkenaan tidak mempunyai menara.

Sempena lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang untuk berceramah pada malam ini di Sungai Nibung bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, maka pihak masjid menjemputnya untuk makan tengahari di samping bertemu rakyat Batu Uban.

Mereka berada dalam dilema kerana terpaksa pindah akibat pembangunan oleh sebuah syarikat kroni Umno untuk projek perumahan.

Boleh undi calon bukan Islam - Dewan Ulama

Posted: 28 Jan 2013 03:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah bagi orang Islam untuk mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti jika langkah itu boleh menjuruskan ke arah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam negara ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.

Begitu juga menegakkan kerajaan yang adil lagi berkebajikan adalah wajib. Maka sebarang usaha yang boleh membawa kepada tertegak perkara yang wajib itu juga menjadi wajib.

"Ia dijelaskan oleh banyak ayat al Quran dan Hadis. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.

"Maka sebarang cara yang boleh membawa kepada terhapusnya kezaliman perlu diusahakan termasuk dengan kerjasama antara muslim dan bukan muslim dalam pilihanraya. Justeru itu mengundi calon pilihanraya bukan Islam yang boleh menyumbang kepada usaha tersebut tentulah sangat wajar sekali," katanya kepada Harakahdaily.

Atas tujuan itu juga ujarnya, memilih calon-calon bukan Islam di kalangan DAP dan PKR yang bekerjasama dengan PAS dalam konteks PRU13 adalah sangat perlu bagi menyumbang kepada usaha menggantikan sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan amanah pemerintahan dengan kerajaan baru yang lebih berintegriti.

Apa yang jelas katanya, kerjasama antara PAS, PKR dan DAP dalam PRU13 adalah bertujuan menegakkan kerajaan yang adil dan berkebajikan.

Umat Islam yang sedar tegasnya, tidak akan mudah terpengaruh dengan sentimen kebencian kepada calon bukan Islam Pakatan Rakyat sehingga melupakan kezaliman dan kemungkaran pemerintah BN sedia ada sejak puluhan tahun.

"Justeru rakyat Malaysia wajar sekali memberikan undi yang padu kepada calon-calon pilihanraya Pakatan Rakyat termasuk kepada calon-calon bukan Islam," ujar beliau.

111 ahli Umno di Kemahang sertai PAS

Posted: 28 Jan 2013 03:48 PM PST




TANAH MERAH: Di Pasir Gudang sembilan bilik gerakan Umno ditutup, di Pengkalan Chepa ahli di peringkat cawangan mendesak ketua bahagian meletak jawatan.

Manakala di Bendang Nyiur Dun Kemahang malam tadi 111 ahli dan penyokong Umno menyertai PAS.

Kumpulan ahli dan penyokong Umno itu diketuai Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Nyiur A, Ali Lizon Isa, 45. Turut menyertai PAS 11 lagi adik beradik dan emaknya Che Som Mamat.

Ali yakin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Beliau mengetuai sayap pemuda Umno di cawangan berkenaan sejak dua penggal lalu, sebelum itu memegang jawatan timbalan ketua pemuda Umno cawangan.

"Segalanya bermula selepas saya mendengar ceramah penceramah Umno Abdullah Saamah dari Geting, Tumpat tidak jauh dari rumah tahun lepas.

"Ketika itu penceramah yang disebut sebagai ustaz itu mencerca Menteri Besar Kelantan sehingga bagi saya langsung tidak masuk akal.

"Bermula dari situlah jiwa saya mulai pudar untuk terus berjuang bersama Umno kerana penceramahnya menabur fitnah tanpa berlapik langsung," katanya ditemui di program berkenaan.

Pada majlis itu beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Hadir sama Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Selain itu Penyelaras NGO Jingga 13, Fariz Musa dan bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua.

Bendang Nyiur sebelum ini dianggap kubu Umno. Malam tadi menyaksikan kehadiran begitu ramai penduduk tempatan sehingga memenuhi ruang padang.

Ali yang bekerja sendiri kini sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno.

Ketika ucapan ringkasnya sebelum itu Ali berkata, Umno sudah terlalu penat bagi menghadapi pelbagai kerenah ahli dan penyokong.

Sebelum ini pada 15 Januari lalu seramai 43 ahli dan penyokong Umno di Kampung Gobek, Dun Gual Ipoh meninggalkan parti lama dan menyerah borang menyertai PAS.

Mereka diketuai Sudin Nuh, 37 menyerahkan borang kepada Nasuruddin, yang juga Adun Meranti.

PAS Kulaijaya

Posted: 29 Jan 2013 07:44 AM PST

PAS Kulaijaya


Listen.....Listen......Listen......I Speak You Listen

Posted: 28 Jan 2013 10:46 PM PST

Konvoi Penerangan dan Kebajikan PAS Kawasan Kulai.

Posted: 28 Jan 2013 10:15 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan