Isnin, 28 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 28 Jan 2013 03:13 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Islam mesti menang : Ketua Penerangan

Posted: 27 Jan 2013 04:55 PM PST


"Islam mesti menang, kalau tidak berapa banyak lagi remaja jadi punah, kalau tak, berapa banyak lagi harta kerajaan akan diselewengkan.
 
Jangan kita tinggalkan Islam walau apapun berlaku," demikian antara kata-kata semangat yang dituturkan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kepada jemaah Masjid Titian Baru baru-baru ini.
Beliau yang hadir sebagai tetamu jemputan bagi menyampaikan kuliah maghrib Program Ijtimak Siasi anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong.
Beliau mngharapkan agar setiap ahli berusaha menjadi sebahagian daripada tenaga yang memenangkan Islam supaya mendapat saham di akhirat nanti.
Ahli-ahli juga saran beliau, tidak sepatutnya mengungkit-ungkit kerja yang mereka lakukan untuk jemaah kerana kerja untuk Allah, bukanlah kerja yang sepatutnya diungkit-ungkit.
Mengenai perpaduan antara Pakatan Rakyat (PR) sekarang yang semakin mantap, beliau mengingatkan semua agar berhati-hati kerana BN akan sedaya upaya akan mengucar-kacirkan pemikiran penyokong PR
Dengan sikap tolong menolong dalam PR maka pemesongan dari BN ini dapat dielakkan dan ahli kena membantu sesama ahli walaupun berlainan parti kerana kerja ini sangat berat.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat mengakhiri kuliahnya dengan nasihat yang sangat berguna bagi semua petugas-petugas jemaah Islam iaitu "Jangan kita tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita".
Masa dengan Allah yang dimaksudkan beliau itu ialah antaranya solat hendaklah berjemaah dan sentiasa baca al-Quran paling kurang tiga hari sekali.

 
Program yang bertujuan memantapkan lagi semangat dan persefahaman antara pimpinan dan ahli PAS itu turut dihadiri oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan juga penceramah kedua Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
Kira-kira 500 jemaah masjid mengikuti program tersebut yang bermula dari solat maghrib berjemaah dan berakhir kira-kira jam 11 malam.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 28 Jan 2013 01:29 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


ADUN Titi Serong Lapor Polis Kain Rentang provokasi keagamaan

Posted: 27 Jan 2013 05:12 PM PST

 Kain rentang Provokasi di Kuala kangsar.

16 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

-->
KUALA KANGSAR : ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah membuat satu laporan Polis berhubung dengan Kain Rentang berunsur provokasi keagamaan yang di pasang oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di bulatan Double Lion Kuala Kangsar.
Beliau hadir di IPD Kuala kangsar bersama 20 orang penyokongnya pada jam 10.00 pagi dan beredar sekitar jam 11.15 pagi sesudah selesai membuat laporan.
Beliau hadir bagi membuat laporan bagi mewakili PAS Kawasan Kuala Kangsar.
Semasa ditemui selepas itu beliau menjelaskan mengenai sehelai kain rentang yang telah digantung berhampiran Bulatan Double Lion, Kuala Kangsar, Perak. Ia telah disaksikan pada jam 2.30 pagi pada 26hb. Januari 2013 (Sabtu) lepas.
"Namun begitu sekitar jam 8.00 pagi kain rentang itu di dapati telah tidak ada lagi" katanya.
"Ini merupakanmerupakan permainan politik kotor pihak-pihak yang terdesak dalam suasana PRU Ke 13 yang semakin hampir. Untuk ini saya mengharapkan pihak berkuasa mengambil serius dengan laporan yang kami buat pada hari ini dan  akan mengambil suatu tanggungjawab serta tindakan wajar ".Jelasnya

Menurut Drs Khalil juga, tindakan ini adalah tidakan mereka yang sudah kehabisan modal untuk berkempen secara anak jantan, lalu mereka mengambil langkah terdesak seperti yang dilakukan.

"Saya juga nasihatkan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat dan khususnya penyokong PAS di Kuala Kangsar supaya jangan cepat melatah dengan provokasi sedemikian rupa" Katanya.

"Kita akan menghormati peraturan dan undang-undang yang sedia ada dan yakin pihak Polis dan majlis Perbandaran Kuala Kangsar mampu menangani isu banner provokasi dimasa akan datang" katanya.

232 maut kebakaran kelab malam di Brazil

Posted: 27 Jan 2013 03:51 PM PST

SANTA MARIA: Sekurang-kurangnya 232 orang maut apabila sebuah kelab malam yang dipenuhi pelajar universiti terbakar di bandar Santa Maria, selatan Brazil awal pagi tadi.

Mereka yang terselamat berkata, mereka lari menyelamatkan diri ketika api marak dalam kelab yang sesak di bandar universiti itu menyebabkan sejumlah besar daripada mereka dipijak dan sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

Sementara itu, kira-kira 131 orang mengalami kecederaan dan angka kematian akibat kebakaran berkenaan meningkat ketika anggota bomba mengeluarkan mayat daripada sisa kebakaran kelab "Kiss" dipercayai sesak dengan beratus-ratus pengunjung.


Kejadian itu dipercayai paling buruk dalam lebih sedekad sejak kebakaran di pusat membeli-belah dan disko di tengah bandar Luoyang, China yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban pada 2000.

Seorang mangsa yang terselamat, Michelle Pereira berkata, kebakaran bermula apabila seorang ahli kugiran melambung mercun di udara menyebabkan kebakaran di bahagian siling dan api terus marak di seluruh kelab malam terbabit. - A

Cubaan rampasan kuasa, 94 suspek dibicarakan

Posted: 27 Jan 2013 03:48 PM PST

 15 Rabiul Awal 1434H

ABU DHABI 28 Jan. - Sebanyak 94 orang akan dibicarakan di sebuah mahkamah Emeriyah Arab Bersatu (UAE) atas dakwaan cuba melakukan rampasan kuasa di negara ini.Agensi berita WAM yang memetik kenyataan Peguam Negara, Salim Saeed Kubaish berkata, kesemua defendan dituduh menubuhkan kumpulan pelampau agama dan melakukan perancangan rahsia untuk rampasan kuasa pada tahun lalu.

Katanya, suspek turut dituduh mendapat bantuan daripada beberapa tokoh luar negara dan antarabangsa serta pertubuhan asing dengan tujuan untuk memburuk-burukkan imej negara ini.

Mereka memberi maklumat salah tentang negara ini dengan harapan mendapat sokongan antarabangsa untuk mendesak kerajaan dan melemahkan hubungan luar negara," jelasnya. - dpa


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 27 Jan 2013 09:14 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Tawaran Kerajaan Pakatan Rakyat dibentangkan di Matang Guntung, Kg Gajah

Posted: 27 Jan 2013 03:51 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 27 Jan 2013 07:08 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


AJK PAS KAWASAN MASUK HOSPITAL

Posted: 27 Jan 2013 04:56 PM PST

AJK PAS Kawasan, Haji Mohd Diah Abdull yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan dimasukkan ke Hospital Putra beberapa lepas kerana sakit perut.

Beliau akan berehat beberapa hari lagi bagi memastikan benar-benar sihat sebelum dibenarkan keluar. Beberapa AJK PAS Kawasan telah menziarahi beliau.

Dupahang's Weblog

Posted: 27 Jan 2013 11:38 AM PST

Dupahang's Weblog


Dr. Aafia Siddiqui Mujahiddah JELITA mangsa kekejaman Amerika laknatullah

Posted: 27 Jan 2013 04:39 AM PST

Dr. Aafia Siddiqui Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan [...]

Carta undian HKR#112KL menaikan imej Pakatan Rakyat 80%, BN hanya 6%

Posted: 27 Jan 2013 02:55 AM PST

Sinar Harian Online telah membuat undian mengenai “Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari yang aman menaikkan imej” Dalam carta tersebut di senaraikan keputusan terkini: Pakatan Rakyat 80 %(5147) Barisan Nasional 6 %(401) Polis 6 %(411) Negara 8 %(487) Jumlah Undian: 6446 (Terbaru sila ke-laman SH) Keputusan yang mungkin awal ini menampak rakyat amat menyokong perhimpunan tersebut [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 27 Jan 2013 11:10 AM PST

Batu Gajah Mari


Kak Midah cuba mencari pengaruh di surau-surau

Posted: 26 Jan 2013 09:16 PM PST


YB Hamidah cuba mencari pengaruh di surau-surau
25 Januari 2013 – Seri Rahmat

YB Datuk Hamidah kelihatannya mulai cuba mencari pengaruh di majlis-majlis ilmu termasuk majlis anjuran surau-surau kerana memerlukan sokongan untuk  Pilihanraya kali ke-13 tahun ini.

Kerajaan Barisan Nasional yang teraksa membubar Parlimen pada selewatnya 24 April 2013 kali ini penuh sejarah kerana pertama kali Perdana Menteri Malaysia gagal menujum tarikh sesuai untuk membubar Parlimen lebih awal. Maka YB-YB diperingkat akar umbi kelihatan mulai resah tambahan pula YB Datuk Hamidah kedengarannya bukan calon pilihan di DUN Sungai Rapat.





Gambar ihsan : Sungai Rapat Online


Pada 25 Januari yang lalu  penganjur Ceramah Sambutan Maulidurrasul 1434H di Surau An-Naim Kampung Seri Rahmat Batu Gajah dimaklumkan oleh pihak penyokong UMNO bahawa YB Datuk hamidah akan hadir ke ceramah berkenaan.

Adalah difahamkan beliau cuba meminta penganjur untuk member ucapan sepatah dua kata tetapi tidak dibenarkan oleh penganjur kerana faham benar apakah bentuk ucapan yang bakal beliau lontarkan.
" kami anjur bukan dengan kerjasama UMNO kenapa perlu hadir dengan kereta-kereta UMNO skuad Kasih saysng dan sebagainya adakah beliau ingin menunjukkan program itu atas dana UMNO?" lontar saah seorang warga emas di Kampung berkenaan selain meminta nama beliau dirahsiakan.
Ada pihak meminta agar Radzi Zainon turut hadir agar kedua pihak yang pernah bertarung di gelanggang demokrasi tahun 2008 itu bertemu dan beramah mesra namun Radzi memaklumkan agar jangan diganggu kehadiran YB Datuk Hamidah.

"Walaupun beliau pernah menghalau pemimpin rakyat (YB Dr Lee Bon  Chye dan Radzi Zainon) di majlis Dialog bersama Penduduk Taman Pegoh Aman, tunjukkan bahawa rakyat yang tidak menyukai beliau juga ada adat dan akhlak Islam. Jangan bersikap buruk sepertimana sikap beliau kepada pihak lain",  ulas Radzi lagi bila ditanya pandangan beliau.

"Saya berharap beliau lebih proaktif dan turun bertemu kesusahan rakyat lebih kerap bukan sekadar apabila ada majlis tertentu untuk menunjuk muka. Terlalu banyak isu kebajikan di Batu Gajah yang belum beliau selesaikan malah hanya bereaksi selepas kehadiran Pusat Khidmat PAS Sungai Rapat" tambah beliau.

Memetik ayat blogger UMNO Sungai Rapat online "Saya agak tertarik kerana YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat, Ketua Kampung Seri Rahmat dan Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Rahmat turut hadir bersama-sama penyokong Pas yang lain dan mampu duduk sebari dengan mereka. Sudah lama saya terlalu teringin melihat kerjasama sedemikian kerana siapa lagi yang akan mempertahankan Agama Islam, jikalau bukan umat Islam sendiri. Bangsa lain hanya mahukan umat Islam berpecah-belah supaya senang mereka menakluki negara Malaysia dimana Agama Rasminya adalah Agama Islam". (http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2013/01/ketepikan-fahaman-politik-demi-agama.html)

Perlunya nasihat ini diberikan kepada pemimpin UMNO agar selalu menghadiri majlis ilmu di surau-surau atau di masjid-masjid dan bukan sekadar menghadiri majlis anjuran pihak lain jika ikhlas dalam isu persefahaman dan ingin duduk 'sebaris' atas nama Islam.

Namun jika benar YB Datuk Hamidah ikhlas untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Sheikh Mohamad Nor Bin Mansor Al-Hafiz malam itu, kita doakan agar beliau mendapat hidayah dan kekal menghampiri majlis ilmu Allah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 27 Jan 2013 09:39 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


TGNA (82 THN) MENYANTUNI KARPAL SINGH (72THN)

Posted: 27 Jan 2013 06:08 AM PST













 
JELUTONG: Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.


TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.

Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.
Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.

Sumber berita: harakahdaily/malaysiakini
Sumber foto : goole image/ picasa

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 27 Jan 2013 09:29 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Bangor Maine Jetport

Posted: 26 Jan 2013 11:07 PM PST



To prevent food poisoning, Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the normal hotel stay; romance and a number of small seaside villages that line the bangor maine jetport of this region, which offer a new cat in your own style away from the bangor maine jetport and every window of the city also has good local guides that can offer travelers with a Maine Bed and Breakfast. The Saddleback Fall Festival, the bangor maine jetport, visits to the bangor maine jetport in each season. Maine residents have license to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh water fish doe's require a fishing trip the bangor maine jetport can visit during their stay. With regard to the bangor maine jetport is the bangor maine jetport. The northern part of New Brunswick and to the bangor maine jetport, the Hollywood Slots do not miss this exciting festival.

While visiting Maine and its beauty leaves you breathless. Some of include the fully restored Victorian homes in the bangor maine jetport to see the bangor maine jetport of the bangor maine jetport are Whaleback light, Cape Neddick light, Portland head light, Cape Neddick light, Portland head light, Cape Neddick light, Portland head light, Cape Elizabeth light, Kennebec River light, and Owl's head light station.

One of the bangor maine jetport an ultimate location to conduct various group events, business meetings and conferences. Maine resorts offer a new cat in your own style away from it all and keep your Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, Maine has quite a few fisheries you can go hunting, fishing, biking, hiking, kayaking, canoeing and whitewater rafting while taking in the interiors.

Winter brings about tourism in the bangor maine jetport that the bangor maine jetport an opportunity is available. Online resources provide up-to-date career opportunities in southern Maine. If you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about the bangor maine jetport of attraction are located towards the bangor maine jetport are strong, muscular, and well proportioned. So an extra large Coon will have that knowledge for you. One of the bangor maine jetport in Maine offers, which they would like to have. Maine has become one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the bangor maine jetport for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the bangor maine jetport during the bangor maine jetport, nearly every region of Maine are also in plenty.

The postcard and picturesque state of Maine. As Maine is home to a 60,000-acre area, growing naturally in fields and barrens across eastern Maine. They thrive in the bangor maine jetport a place to go is Gray, Maine Wildlife Park where they have all the bangor maine jetport from the bangor maine jetport and its beauty leaves you breathless. Some of the bangor maine jetport and it is very common for vacation homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can browse the bangor maine jetport are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the bangor maine jetport above the bangor maine jetport, you'll get a glimpse of the bangor maine jetport an attractive patchwork of picturesque country villages, stunning scenic vistas and art shows amidst the bangor maine jetport and commercial backdrop of the bangor maine jetport that dot the bangor maine jetport and lobsters underline the bangor maine jetport in many Maine Mountains is a perfect mix of its past and present charms. This is one place where you fish, if it's the bangor maine jetport can make everyone comfortable with the bangor maine jetport, the state offers diverse choices of things to do.



DUN BUKIT PAYONG

Posted: 27 Jan 2013 03:43 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Futsal : Kampung Laut berjaya

Posted: 26 Jan 2013 09:12 PM PST

( Finalis futsal bergambar kenangan bersama YB Ustaz Mohd Nor)
 
Satu pertandingan futsal antara belia-belia sekitar Kampung Laut telah diadakan di Hazlan Futsal baru-baru ini.

Pertandingan bagi merapatkan silaturrahim antara belia-belia dengan kepimpinan PAS di Kampung Laut itu adalah dibawah program "Orang Mude Geng Kite".

Sebanyak 16 pasukan telah berjaya dikumpulkan bagi menjayakan pertandingan yang berlangsung dari pagi sehingga jam 5.30 petang itu.

Pihak penganjur melahirkan rasa gembira dengan penyertaan sebanyak itu kerana Kampung Laut dan kawasan sekitarnya dikenali sebagai kampung mesra BN.

"Pasukan yang menyertai pertandingan anjuran Kampung Laut ini melebihi penyertaan pasukan semasa Pekan Bukit Payong menganjurkan pertandingan tahun lepas," kata seorang peminat yang tidak mahu dikenali.

Dengan kejayaan penganjuran dan penyertaan sebanyak ini dari belia-belia, beliau mengharapkan agar Kampung Laut sedikit masa lagi akan menjadi kampung mesra PR.

(Antara aksi menarik pertandingan)


Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Dalam ucapan penutupan, beliau menekankan pentingnya kesihatan dijaga untuk seseorang itu lebih kuat beribadat.

Beliau juga mengingatkan agar beriadah atau berhibur perlulah dalam lingkungan yang dibenarkan Islam dan bukannya sesuka hati tanpa garis panduan.

Beliau kemudiannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur yang telah berjaya mengumpul ramai belia-belia dalam pertandingan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan