Selasa, 15 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Jan 2013 01:26 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Azrul Azwar: Bank Islam rugi, bank lain untung

Posted: 15 Jan 2013 01:00 AM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
 

KUALA LUMPUR: Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama bank itu sebagai institusi kewangan negara.
Ini kerana ia kelihatan sebagai permainan politik oleh Bank Islam.

Lantas, badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian kepada bank itu dan keuntungan kepada mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin mengambil beliau.

Berikut kenyataan KPRU berhubung isu berkenaan.

Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa tindakan Bank Islam menggantung tugas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, hanya menunjukkan Bank Islam mementingkan kepentingan politiknya berbanding melindungi hak kebebasan bersuara kakitangannya.

Justeru, KPRU menyarankan Bank Islam menyemak semula keputusan menggantung tugas Azrul Azwar dan mengembalikan jawatan dan tugas Azrul Azwar kepadanya.

Azrul Azwar mempunyai pengalaman selama melebihi sepuluh tahun dalam bidang ekonomi. Beliau telah bertugas sebagai penganalisa di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Islamic Financial Services Board (IFSB).

Hanya kerana memajukan pendapatnya mengenai peluang kemenangan Barisan Nasional, beliau telah digantung daripada tugasnya dan menghadapi risiko untuk kehilangan jawatan beliau sebagai Ketua Ekonomi di Bank Islam.

KPRU menyarankan individu seperti Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar yang berpengalaman tinggi, dalam bidang ekonomi diangkat penggantungannya dan dilayani sebagai aset dan bukannya musuh politik. Memandangkan Bank Islam telah menjauhi daripada pendapat Ketua Ekonomi Bank Islam Azrul Azwar maka, tindakan menggantung tugas merupakan suatu tindakan ekstrem dan tidak mencerminkan sikap profesionalisme Bank Islam dalam menangani pendapat politik berbeza-beza.

Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama Bank Islam sebagai antara institusi kewangan negara kerana ianya kelihatan sebagai permainan politik yang dimainkan oleh Bank Islam. Lantas, kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian Bank Islam dan suatu keuntungan mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin menggaji beliau.

Sebagai rakyat Malaysia, Azrul Azwar mempunyai hak kebebasan untuk menyuarakan pendapatnya. Sebagai sebuah institusi kewangan negara ini, Bank Islam seharusnya bersikap neutral terhadap para pekerjanya terutamanya dalam mengendalikan pendapat politik yang berbeza. Kegagalan Bank Islam untuk bersikap neutral hanya merugikan Bank tersebut dan menampakkan Bank Islam sebagai suatu alat politik kerajaan Barisan Nasional.

harakah/-

TG Nik Aziz minta 'R' teruskan perjuangan

Posted: 15 Jan 2013 12:57 AM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


PENGKALAN CHEPA: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan aktivis R dan rakyat Kelantan meneruskan perjuangan menuntut hak royalti walaupun sering berhadapan dengan perkara di luar jangkaan.

Menurutnya, orang yang sering berhadapan dengan serangan akan mendapat ganjaran pahala yang besar kerana kesabarannya berbanding mereka yang sering mengancam orang lain.

Tegasnya, golongan ini akan mendapat balasan yang pedih di akhirat nanti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kejadian cermin kereta Setiausaha R dipecahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, di kediamannya di Pulau Melaka petang semalam.

Cermin kereta milik Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Hishamuddin Ghazali dipecahkan di Greenwood, Gombak, baru-baru ini.

Beberapa dokumen penting berkaitan R, plak R dan beberapa beg aktivis R dicuri.

"Sekiranya sabar, kita akan mendapat ganjarannya, kerana itu bersabar ni payah kita nak lakukan, seperti juga berjihad, bukan mudah untuk kita laksanakan,"ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Cyling 4 R, Jeming Hassan, yang patah bahu sebelah kanannya akibat terjatuh sewaktu menunggang motosikal bermula dari Kota Bharu ke KLCC baru-baru ini.


(Jaming jatuh dari basikal [kanan] dipakaikan baju selepas bahunya patah)

Tuan Guru bagaimanapun terharu di atas usaha anak muda Kelantan yang berjuang untuk menuntut hak rakyat melalui royalti.     

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Kelantan turut bangkit menuntut hak berkenaan kerana ianya harta kerajaan negeri Kelantan dan bukannya hak individu.

Hadir sama Presiden R, Nazri Deraman.

harakah/-

Burger ganti kek perkahwinan

Posted: 15 Jan 2013 12:47 AM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD]

Burger ganti kek perkahwinan

Antara kek burger pertama yang ditempah pelanggan King Burger Kukus Bakar bagi majlis perkahwinan.
KUALA TERENGGANU – Mencipta revolusi dalam industri jualan burger, King Burger Kukus Bakar yang dipelopori anak muda berusia 25 tahun ini terus mencipta kelainan dengan menerima tempahan burger pada majlis perkahwinan.

Pemiliknya, Wan Mohd Aslam Wan Harun, berkata, walaupun baru beroperasi sekitar dua bulan lalu, King Burger Kukus Bakar yang terletak di Medan Selera Batu Buruk kini semakin dikenali dan mendapat sambutan.

Menurutnya, perniagaan yang dibuka setiap hari bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam itu menjual sekitar 15 kilogram (kg) daging burger sehari kepada kira-kira 100 pelanggan yang berkunjung ke premisnya itu.

"Saya mendapat idea untuk menjual burger lain dari yang lain ini melalui pembacaan dan penyelidikan di internet. Resepi untuk menghasilkan burger ini juga saya hasilkan sendiri setelah mencuba banyak kali termasuk memberi orang ramai rasa dahulu sebelum dijual.

"Walaupun persaingan banyak, Alhamdulillah, ramai yang menggemari burger yang saya hasilkan dengan menitikberatkan kelainan dalam setiap jenis burger yang dijual," katanya.

Anak keempat daripada enam beradik ini berkata, dia memperoleh pendapatan sekitar RM500 hingga RM600 bagi setiap 15 kg daging yang dibeli dengan modal RM300.

Katanya, terdapat lima jenis burger yang dijual dengan nama unik seperti Putera Tunggal (RM5.90), Ratu Kembar (RM9.90), Raja Bersiung (RM5.90), Puteri Kahwin (RM8.90), Pahlawan Melayu (RM6.90) dan burger daging kambing.

sinar/-

HKR112: 500,000 hadir, RM268,802.10 kutipan

Posted: 15 Jan 2013 12:44 AM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menyifatkan 500,000 menyertai himpunan di Stadium Merdeka baru-baru dengan jumlah kutipan dermanya adalah RM268,802.10.

Sehungan itu, Pengerusinya, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya  mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu.

"Perhimpunan yang dihadiri oleh 500,000 perserta tersebut adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat," kata beliau dalam kenyataannya.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik.

"Kami juga menghargai kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalanraya pada hari tersebut," katanya.

Kutipan yang berjumlah RM268,802.10 ini, katanya, akan digunakan bagi menampung perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah dianjurkan di seluruh negara baru-baru ini.

Sokongan dari orang ramai, katanya, sangat mengharukan dan menjadi peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus berusaha memperbaiki sistem negara tercinta ini yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN.

"Tentunya usaha ini memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.
"Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615," kata beliau dalam kenyataannya.

harakahdaily/-

Tebuan ragut nyawa bayi

Posted: 14 Jan 2013 11:30 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


Kuala Kedah: "Pada pagi hari kejadian, anak saya, Nur Aimi Khairun Nisa Mohd Nakhaie, 14 bulan, merengek seolah-olah mahu mengikut saya ke tempat kerja, tetapi saya berjanji kepadanya akan balik awal selepas semua kerja selesai.
"Itulah kali terakhir saya berbual dan menemuinya sebelum meninggal dunia akibat disengat tebuan," kata Sarizan Murad, 38.

Sarizan yang juga jururawat di sebuah klinik kesihatan, di sini, tidak menyangka rengekan anaknya pada pagi Jumaat lalu, membawa petanda arwah akan meninggal dunia selepas disengat lebih 50 ekor tebuan ketika tidur dalam buaian di ruang dapur rumah neneknya di Kampung Sematang Pinang, dekat sini.


Sebelum kejadian, Nur Aimi dikatakan tidur selepas dimandikan neneknya, Aishah Md Ali, 64, yang menjaga bayi itu sejak arwah dilahirkan, kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, dia sering menghantar tiga anaknya termasuk arwah yang juga anak bongsu ke rumah ibu mentua yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas dia dan suami ke tempat kerja.

Harian Metro

Terpaksa kongsi air perigi

Posted: 14 Jan 2013 10:30 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Penduduk menunjukkan air perigi yang kotor dan berbau digunakan mereka setiap hari.
Penduduk menunjukkan air perigi yang kotor dan berbau digunakan mereka setiap hari.
Sebahagian anak muda yang terpaksa mandi menggunakan air perigi.
Sebahagian anak muda yang terpaksa mandi menggunakan air perigi.
ROMPIN – Ketika penduduk lain berpeluang menikmati pelbagai kemudahan asas dengan selesa, penduduk Orang Asli di sini pula terpaksa menggunakan air perigi dalam menjalankan urusan harian sejak kira-kira 50 tahun lalu.

Malah ketika orang lain hanya perlu membuka paip di dalam rumah masing-masing, mereka pula terpaksa bersusah-payah mengangkut air perigi yang kotor dan berbau di rumah jiran mempunyai telaga.

Bagaimanapun masalah bekalan air paip di Kampung Denai bukanlah perkara baru, malah sering dibangkitkan penduduk kepada pemimpin setempat termasuk pihak berwajib.

Malangnya sehingga kini, aduan dan permasalahan itu seolah-olah dipandang sepi hingga menyebabkan penduduk kecewa.

Penduduk, Sakila Muharam, 19, berkata, masalah itu bukan baru, malah penduduk berdepan ketiadaan bekalan air sejak mula-mula kampung terbabit dibuka pada 1960-an.

Menurutnya, dia yang baru berkahwin terpaksa mengangkut air dari perigi rumah bapanya sejauh kira-kira 500 meter untuk memasak dan mencuci pinggan mangkuk, malah mereka sekeluarga menumpang mandi dan membasuh pakaian di situ setiap hari.

"Keadaan ini sungguh membebankan kerana saya terpaksa mengangkat bebanan air dalam jarak jauh, apatah lagi mempunyai seorang anak masih kecil.

"Sampai bila kami perlu hidup melarat kerana tidak memperoleh kemudahan asas sempurna? Oleh itu, kami rayu kerajaan mempercepatkan projek bekalan air bersih ke kampung ini. Cukuplah nenek moyang kami menderita, berilah kami peluang untuk menikmati kemudahan sempurna seperti masyarakat lain," katanya.


Hidap penyakit kulit

Johari Yon, 20, pula berkata, penduduk berdepan kesulitan kerana bekalan air tidak mencukupi terutama pada musim kemarau, selain tertekan kerana terpaksa mengangkut air pada jarak jauh terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.

"Bukan semua rumah mempunyai perigi. Hanya beberapa rumah mempunyai kemudahan itu, manakala selebihnya pula terpaksa berkongsi dengan jiran-jiran.

"Keperluan air mencukupi jika musim hujan, namun apabila tiba musim kemarau, kami terpaksa mendapatkan air sejauh kira-kira 30 meter di hulu Sungai Kembar Bukit Peliring. Malah ada antara penduduk terpaksa berjalan kaki mengangkut air kerana tiada kenderaan," katanya.

Johari berkata, kualiti air perigi digunakan penduduk juga amat rendah kerana keruh serta berbau, bagaimanapun mereka tiada pilihan dan terpaksa menggunakannya dalam urusan harian.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ramai penduduk menghidap pelbagai penyakit kulit.

"Kebanyakan penduduk termasuk bayi mengalami alahan kulit kerana menggunakan air keruh yang berkeladak dan kotor setiap hari," katanya.


Harap tindakan segera

Tok Batin, Mohamad Lera berkata, terdapat kira-kira 350 penduduk termasuk lima saudara baru menetap di kampung itu.

Menurutnya, ketiadaan bekalan air bersih menyebabkan urusan harian penduduk tergendala, lebih-lebih lagi jika ada majlis perkahwinan dan kematian.

"Apabila tiba musim perayaan dan perkahwinan, pihak berwajib ada menghantar bekalan air ke rumah penduduk, bagaimanapun masih tidak mencukupi.

"Justeru, pihak bertanggungjawab diminta mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi segera masalah air di sini," katanya.
Mohamad berkata, pihaknya juga sudah mengemukakan aduan dan permohonan kepada pihak berwajib untuk mendapatkan bekalan air bersih, namun sehingga kini masih tiada sebarang maklum balas.

"Kita harap kerajaan dan pihak bertanggungjawab memandang serius masalah ini untuk memastikan penduduk kampung ini tidak tercicir daripada menerima pembangunan dirancang kerajaan," katanya.

sinar/-

Keputusan Majlis Syura tepati realiti semasa - Dr Dzulkefly

Posted: 14 Jan 2013 10:00 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan keputusan Majlis Syura berhubung dengan nama Allah baru-baru ini adalah paling tepat (arjah) untuk masa dan realiti setempat di Malaysia.

"Bagi saya keputusan Majlis Syura itu adalah paling wajar dalam isu ini," kata beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor.

Menurut beliau, keputusan itu telah memperkukuhkan pandangan yang telah diberikan oleh Presiden dan juga Mursyidul Am PAS sebelum ini.

"Bagi saya, keputusan ini jame' dan mani' (sempurna dan tepat) dalam istilah fekahnya," tegas Dr Dzulkefly Ahmad yang juga AJK PAS Pusat.

Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini membuat keputusan, nama Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak bersetuju nama Allah menjadi terjemahan kepada perkataan God dalam Bible kerana ia tidak tepat, mengelirukan dan boleh membawa kepada silap faham.

Sebelum ini, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan bertulisnya berkata, orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah tetapi jangan disalahgunakan.

Namun ia tidak dihurai secara terperinci apa maksud jangan disalahgunakan itu.

Majlis Syura Ulamak PAS pula memutuskan dan mengulangi penegasan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah secara 'hukum asal' dari nas-nas Al-Quran sendiri (Fiqh Nusus).

Bagi Dr Dzulkefly, ia berbeza dengan Mufti Umno yang mengeluarkan kenyataan, boleh menjadi kafir dan murtad jika benarkan orang bukan Islam guna nama Allah.

Ini berlawanan dengan pendirian ulama PAS yang tidak mudah-mudah menjatuhkan hukuman 'takfir' mentelahan terdapat banyak nas dari Al-Quran secara qat'iy dan jelas (soreh) ia boleh digunakan.

Utusan melaporkan, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.

Katanya, kalimah Allah adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah.

Menurut Dr Dzulkefly, ini sangat bertentangan dengan banyak nas termasuk yang diucapkan umat Islam 17 kali sehari dalam Al-Fatihah bahawa Allah ialah Rabb (Tuhan) seluruh Alam yakni makhluk beriman atau tidak, Muslim, Ahli Kitab atau pun Musyrikin dan seluruh semesta alam.

Majlis Syura dalam kenyataannya telah memperjelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'jangan salah guna' yang dibuat oleh Presiden PAS sebelum ini.

"Majlis Syura telah secara spesifik memperkemaskan penyataan itu dengan menegaskan, nama Allah tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God dan wajar dihalang kerana ia mengelirukan dalam suasana waqi' dan realiti hari ini.

"Ia memperjelaskan apa yang dikatakan 'jangan disalahgunakan' oleh Presiden," kata beliau.

Menurut Dr Dzulkefly, apa yang dilakukan oleh Majlis Syura, setelah jelas hukum asal perkara ini, adalah satu ijtihad berdasarkan keperluan masa dan waqi' (persekitaran) kini.

Ia pula sesuai dengan peranannya dalam ruang lingkup 'Siyasah Syariah' dan hal urus-tadbir keagamaan, mengambil pelbagai Qawaid Fiqiyyah seumpama Sadda Zari'ah (Menutup pintu-pintu kemudharatan dalam menjaga Maqasid Syara' seperti Hifzul Deen).

"Inilah siasah syariyyah yang dilaksanakan oleh Majlis Syura. Ijtihad ini bagi saya tepat, wajar dengan masa dan suasana sekarang tambahan wujud pelbagai dakwaan pelbagai kelompok sehingga menimbulkan keresahan dan pertentangan antara agama.

"Sesuai dengan sifat ijtihad itu, ia boleh berubah apabila masa dan     suasana berubah, seperti juga wujudnya Qaul Qadim (ijtihad lama) dan Qaul Jadid (ijtihad baru) dalam Mazhab Syafie," katanya.

"20 tahun lagi, setelah pencerahan minda dan kebangunan ummat dapat kita usahakan, mungkin sahaja ijtihad ini akan berubah, Allahu 'Alam," katanya.

"Yang penting bagi saya jangan sampai kalimah Allah sahaja yang kita pertahankan sementara syariat Allah kita kesampingkan," katanya berseloroh bercampur sinis.

harakah/-

Dr Azman Ibrahim

Posted: 14 Jan 2013 07:18 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Coret-coret HKR #KL112

Posted: 13 Jan 2013 09:15 PM PST

Seorang pemandu teksi berusia awal 50 an yang saya tumpangi dari Stesen Monorail Bukit Nenas untuk ke Central Market pada petang Jumaat 11 Januari 2013 begitu rancak bercerita tentang kebanjiran ramai orang di sekitar Kuala Lumpur hari tersebut. Lumayan sungguh pendapatannya hari ini, dari awal pagi sehingga hampir jam 4.30 petang, kira-kira 1,000 ringgit telah masuk ke poketnya.
Saya hanya memberi komentar ringkas dalam rangka mahu menguji sejauh mana minatnya untuk bercakap tentang himpunan yang bakal berlangsung keesokkannya, "Alhamdulillah… syukur atas rezeki kurnian Allah."

Pak Cik teksi itu bertanya lagi, "Agak-agak esok ada gas tak?" Juga jawapan ringkas saya berikan. "Entahlah Pak Cik, dengar khabarnya himpunan esok mendapat permit polis." "Ada permit pun, bukan boleh percaya sangat dengan polis ni! Esok dia buat perangai gila, habisss.." Bebelnya dengan nada penuh kekesalan atas perlakuan dan tindakan polis semasa himpunan-himpunan yang telah lepas. "Himpunan Bersih yang terakhir baru ni, Pak Cik pun kena gas. Aduh! Pedih sekali…" Dengan nada bergurau saya menyampuk, "Pak Cik tahu dah kawasan tu ada demonstrasi, buat apa pergi bawak teksi kat situ?" Sambutnya…"Ha…ha…ha… bukan Pak Cik pergi bawak teksi kat situ, Pak Cik pun hadir sekali himpunan tu, kena kejar polis, kena air kimia, kena gas…"
"Ha…ha…ha… Kalau begitu, kita senasiblah Pak Cik, saya pun kena kejar, kena gas sama macam Pak Cik jugak…" "Jadiadik mari KL ni, nak hadir himpunan esoklah?" soal Pak Cik tu lagi. "Sudah semestinya!" jawab saya lagi. "Ha…ha…ha… kita serupa rupanya…" ketawa Pak Cik tu lagi.
"Itulah Pak Cik ni… Polis tak bagi pergi, Pak Cik degil! Pergi jugak… Kan dah boleh rasa ubat resdung." Gurau saya lagi sehingga Pak Cik teksi itu terus ketawa besar. Ketika sampai ke destinasi Pasar Seni dan bersalaman dengannya, sempat saya memaklumkan bahawa saya adalah salah seorang pimpinan PAS Terengganu yang pernah bertanding mewakili PAS dalam pilihanraya, tangannya mengenggam erat tangan saya sambil berkata, "InsyaAllah kita kuburkan BN dalam pilihanraya akan datang!"

Jam 12.30 tengah hari, Sabtu 12 Januari 2013. Ketika pintu Stadium Merdeka mula dibuka, saya diantara peserta awal yang memasuki stadium, berjemur panas di tempat duduk terbuka ketika tempat duduk stadium hanya sekitar ¼ dipenuhi orang ramai. Dalam ingatan, kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki ke dalam Stadium Merdeka sebelum ini adalah pada tahun 1992 ketika menuntut di Universiti Malaya. Sekadar untuk melepaskan tekanan belajar, dengan motosikal cabuk Honda Cup buruk, saya datang ke Stadium untuk menyaksikan satu perlawanan Liga Semi Pro ketika itu antara pasukan Brunei dan Tentera. Kalau tak kerana himpunan HKR KL #112 ini, mungkin benar itulah kali pertama dan terakhir saya mengunjungi tempat di mana kemerdekaan negara diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Duduk bersebelahan dengan seorang lelaki Cina yang rancak bercerita. "PAS sekalang ini bagus woo… talak macam dulu lagi. Tengokitu Melayu, Cina, India semua boleh pakai baju PAS! Termasuk saya juga." Ujarnya dengan sedikit nada bangga apabila memakai t-shirt bertulis 'Pas Untuk Semua'. "Dalam isu itu tuhan Allah… saya tengok itu Tok Guru sangat cerdik.." Komennya lagi mungkin mengulas isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. "Saya pun agama kristian, tapi saya boleh terima itu penjelasan Tok Guru." Sebagaimana biasa, saya suka menjadi pendengar setia dan cuba untuk menangkap butir-butir bernas yang boleh dijadikan bahan penulisan sambil berfikir bahawa mungkin dia telah meneliti kenyataan akhbar Tuan Guru Presiden dalam isu penggunaan kalimah Allah.

"Uncle agak penuh tak stadium ni hari ni?" soal saya untuk menyambung topik perbualan. "Mesti penuh sesak woo… you tengoklah sendiri nanti!" "Uncle asal dari mana?" saya ingin mengenalinya lebih lanjut sambil menghulurkan bisness kad saya kepadanya "Saya orang KL… Wah! You keleja doktor yaa..! manyak bagus…" "Itu olang-olang cerdik tarak mau sokong BN lagi!" "Ya lah uncle… saya dah sokong PAS semenjak dalam perut mak saya lagi." Gurau saya. "Ooooitu macam kaaa?" "Ha… ha… ha…!" kami sama-sama ketawa. "Lepas pilihanraya nanti, kita kasi masuk itu BN dalam Museum." Gurau apek itu lagi dengan penuh kemesraan sehingga kehangatan cuaca pada petang itu tak begitu terasa.

Melihat jam masih awal, stadium pun masih banyak kekosongan, saya mengajak uncle Cina tersebut keluar mencari minuman dahulu. Kebetulan yang terdekat ditemui hanyalah minuman dalam tin 100 plus. "O.k uncle! Hari ni tak ada gas, mari kita minum air gas!" Ha… ha… ha… Apek tu ketawa besar.


HKR #KL112, PETUGAS MEDIA DIHALANG, KENAPA TAG POLIS MENJADI SYARAT?

Posted: 13 Jan 2013 09:11 PM PST



http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/HKR%20tag%20media%20polis.jpgKumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Terengganu, sebagai sebuah NGO berdaftar, berorientasikan media yang bebas, telus, independen dan bertanggungjawab, membantah dan memohon penjelasan lanjut dari Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #112) berkaitan insiden petugas media KAMI yang dihalang dari memasuki Stadium Merdeka atas alasan tidak mempunyai tag media yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI),  Terengganu telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini, menghargai niat baik pihak polis terhadap petugas media dalam mengeluarkan tag khas tetapi dalam masa yang sama KAMI telah menegaskan bahawa perkembangan ini diteliti dengan penuh kecurigaan.

Mengeluarkan tag khas supaya wartawan boleh dikenali dan tidak menjadi mangsa 'tersalah pukul' oleh anggota polis, dicurigai apakah ini bermakna pihak polis telah memasang niat yang salah untuk mengulangi semula insiden pesta membelasah orang awam yang tak bersenjata, tak melawan dan tak berdaya semasa himpunan itu kelak? Inilah kebimbangan KAMI sebelum ini walaupun ianya akhirnya tak berlaku.

Dengan lain makna, keputusan KAMI untuk tidak memohon tag polis adalah di atas prinsip tidak bersetuju dengan pendekatan polis di peringkat awal yang hanya bersedia memberi jaminan keselamatan kepada wartawan tetapi bagaimana dengan orang awam yang lain?

KAMI telah menegaskan , wartawan, pengamal media serta rakyat biasa, samada siapa pun mereka, semua mereka mempunyai hak yang dilindungi perlembagaan untuk menghadiri sebarang himpunan aman di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, termasuklah HKR #112. Peranan pihak polis adalah untuk memberi kerjasama sepenuhnya supaya ianya berlangsung dengan aman dan penuh ketertiban.

Anehnya… yang menghalang petugas media KAMI atas alasan tidak mempunyai tag polis bukannya pihak polis tetapi penganjur HKR #112! Sepanjang himpunan berlangsung tak ada seorang pun anggota polis yang bertugas di pintu masuk stadium.

Persoalannya lagi, kenapa penganjur HKR #112 tidak memaklumkan bahawa tag polis menjadi syarat wajib untuk media membuat liputan atau pun penganjur boleh mengeluarkan tag media sendiri.

Petugas media KAMI pula untuk makluman penganjur HKR #112, mereka bukanlah wartawan 'cabuk' atau 'prebet'. Mereka adalah wartawan berdaftar yang mepunyai tag media dikeluarkan Kementerian Penerangan dan Komunikasi.

Setelah melalui pengalaman perit dalam himpunan-himpunan sebelum ini apabila petugas media dibelasah, ditendang dan diterajang oleh pihak polis, tiba-tiba di HKR #112 media perlu menyembah pihak polis demi untuk mendapatkan sekeping tag yang sebenarnya tidak dikuatkuasa pun oleh pihak polis sepanjang himpunan berlangsung tetapi pihak penganjur pula yang 'lebih sudu dari kuah!'

'Kecerdikan' pihak penganjur HKR #112 akhirnya dibalas oleh pihak polis dengan mengeluarkan kenyataan dakwaan bahawa himpunan telah melanggar syarat-syarat himpunan! Nah! Lumayan bukan?

KAMI berpendirian bahawa syarat-syarat boleh diletakkan, tetapi jangan sampai menafikan prinsip-prinsip asas demokrasi dan kebebasan media.

Tahniah dari pihak KAMI di atas kejayaan penganjuran HKR #112 tetapi dalam masa yang sama KAMI melahirkan kekecewaan dan bantahan di atas apa yang telah berlaku yang diyakini bukan hanya melibatkan petugas KAMI, tetapi juga media lain yang telah mempertahankan prinsip untuk tidak memohon tag polis.

DR AZMAN IBRAHIM
PENGERUSI
KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN (KAMI)
TERENGGANU

PAS LENGGONG

Posted: 14 Jan 2013 07:11 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 13 Jan 2013 10:45 PM PST



Syabas Mohamad Sabu

Aspan Alias,13 Jan 2013
Saya masih mahu menulis tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam kerana kejayaannya menarik sejuta rakyat untuk berkumpul di dalam dan di luar stadium bersejarah itu. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan kepada sahabat saya Hj Mohamad Sabu kerana berjaya mengetuai jawatankuasa yang telah berjaya menyempurnakan himpunan itu dengan begitu berjaya dalam sejarah politik negara.

Tidak juga lengkap jika kita tidak mengucapkan syabas kepada pihak Polis yang telah menjaga keselamatan perhimpunan itu. Keadaan aman ini juga telah membuktikan yang menjaga perhimpunan dengan jujur adalah baik dan menjauhi dari melakukan provokasi seperti yang dilakukan pada perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu adalah perkara terpuji dan ia sedikit sebanyak memperbaiki imej PDRM dari kaca mata rakyat bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga baik dari segi pandangan masyarakat antarabangsa.

Saya juga mengucapkan syabas kepada PAS kerana mempunyai Unit Amal yang sangat berkesan untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan kerana memang diketahui umum. PAS adalah parti yang begitu berpengalaman yang telah membentuk dan membina Unit Amalnya yang bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk mempastikan perjalanan apa-apa program parti itu berlaku dengan lancar.

Dalam ceramah-ceramah saya di seluruh negara saya melihat Unit Amal PAS ini merupakan unit yang telah membantu parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan begitu baik dan tersusun semua program yang parti itu laksanakan. Malahan parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang lain (DAP dan PKR) mendapat bantuan yang begitu baik dari Unit Amal PAS ini. PAS mempunyai pasarana parti yang begitu baik sekali dan tidak ada parti-parti politik lain yang mempunyai satu unit yang khusus untuk menjaga keselamatan serta lalu lintas dalam sebarang perhimpunan, sama ada besar atau kecil.

Timbalan Presiden PAS itu telah memberi jawapan yang sinis kepada tuduhan UMNO yang mengatakan peserta-peserta perhimpunan itu telah dibayar oleh PAS sebanyak RM150 seorang. Tuduhan UMNO itu amat menjelekkan kerana mereka (UMNO) membuat tuduhan melulu kerana mereka ingat penyokong Pakatan itu sama seperti penyokong UMNO yang sentiasa di bayar untuk hadir dalam majlis keramaian anjuran parti yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu.

Jika UMNOlah yang mengumpulkan rakyat seramai itu semalam, tidak salah jika dikatakan mereka (UMNO) terpaksa berbelanja puluhan juta ringgit untuk membekalkan bas dan pengangkutan, karipap-karipap yang tebal-tebal, topi serta baju T untuk peserta. Sebaliknya PAS dan rakan dalam Pakatan pula dibantu oleh rakyat dengan derma sedikit seorang dari peserta-peserta perhimpunan itu dan telah dapat mengumpulkan wang bantuan dari rakyat dengan jumlah yang mencukupi untuk membayar kos sewaan Stadium Merdeka yang begitu mahal itu. Perhimpunan semalam itu adalah perhimpunan rakyat dan sedikit sebanyak rakyatlah yang membantu membiayai kos perhimpunan itu.

Inilah perbezaan di antara UMNO dengan PAS dan PR. Tidak ada siapa yang menanggung kos perjalanan mereka dari Kedah, Kelantan dan tidak kurang ramainya dari Sabah dan Sarawak. Itulah sebabnya perhimpunan ini kecenderungan mereka untuk kekal menyokong Pakatan adalah besar kerana mereka yang hadir itu ada saham dalam perbelanjaan melaksanakan perhimpunan yang begitu besar dalam sejarah perhimpunan politik negara itu.

Dalam suasana perubahan yang wujud pada hari ini tidak ada jentera kerajaan yang mampu untuk mendekati kemampuan yang boleh dilakukan oleh jentera parti-parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Kalaulah UMNO berniat untuk mengumpulkan seramai ini rakyat UMNO terpaksa menyewa tidak kurang dari lima ke enam ribu buah bas selain dari van-van dan kenderaan-kenderaan yang lain yang di sewa untuk mengangkut peserta perhimpunan mereka.

Saya tetap menyatakan dengan keyakinan yang tinggi yang Pakatan Rakyat tetap mendahului dari segi sokongan yang 'legitimate' rakyat kerana mereka (rakyat) menyertai program anjuran Pakatan Rakyat dengan berbelanja sendiri. Pakatan tidak payah menggunakan anggota keselamatan, agensi-agensi kerajaan serta bebagai-bagai pertubuhan untuk membawa manusia kepada himpunan yang di anjurkannya.

Tidak payah ada penyelia untuk makanan seperti nasi bungkus dan kuih muih serta minuman untuk peserta seperti lazim dilakukan oleh BN khususnya UMNO. Ia juga tidak payah membawa kumpulan K-Pop dari Korea atau bidadari dari syurga untuk membuatkan orang ramai hadir di perhimpunan mereka semalam.

Semangat yang seperti ini sudah pasti tidak dapat ditanam dalam UMNO kerana segala pergerakkan mesti dilancarkan dengan penggunaan wang yang besar. Itulah sebabnya saya selalu menyatakan yang untuk mengekalkan UMNO sebagai parti yang memerintah kita terpaksa berbelanja dengan banyak dan segala perbelanjaan itu ditanggung oleh jabatan-jabatan kerajaan.

Ahli-ahli dan pemimpin UMNO hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja. Selepas nyanyian itu mereka akan kembali bercakaran dan berusaha mengenepikan pengaruh mereka yang berlawanan untuk mendapat tempat khususnya semasa pemilihan calon pilihanraya nanti.

Himpunan rakyat semalam benar-benar merangsangkan semangat pihak yang mahu melakukan perubahan dan keyakinan mereka telah bertambah berganda-ganda dan semangat ini lah yang akan membakar semangat rakyat untuk melakukan perubahan dengan sukarela dan dengan komitmen yang tinggi.

Selalunya pihak yang mempunyai semangat sebeginilah yang akan menempa kejayaan, insyaallah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Posted: 13 Jan 2013 10:44 PM PST


Corat coret HKR #KL112

Dr Azman Ibrahim,14 Jan 2013


Seorang pemandu teksi berusia awal 50-an yang saya tumpangi dari Stesen Monorel Bukit Nenas untuk ke Central Market pada petang Jumaat 11 Januari 2013 begitu rancak bercerita tentang kebanjiran ramai orang di sekitar Kuala Lumpur hari tersebut. Lumayan sungguh pendapatannya hari ini, dari awal pagi sehingga hampir jam 4.30 petang, kira-kira RM1,000 telah masuk ke poketnya.

Saya hanya memberi komentar ringkas dalam rangka mahu menguji sejauh mana minatnya untuk bercakap tentang himpunan yang bakal berlangsung keesokannya, "Alhamdulillah… syukur atas rezeki kurnian Allah."

Pak Cik teksi itu bertanya lagi, "Agak-agak esok ada gas tak?" Juga jawapan ringkas saya berikan. "Entahlah Pak Cik, dengar khabarnya himpunan esok mendapat permit polis."

"Ada permit pun, bukan boleh percaya sangat dengan polis ni! Esok dia buat perangai gila, habisss.." Bebelnya dengan nada penuh kekesalan atas perlakuan dan tindakan polis semasa himpunan-himpunan yang telah lepas.

"Himpunan Bersih yang terakhir baru ni, Pak Cik pun kena gas. Aduh! Pedih sekali…"

Dengan nada bergurau saya menyampuk, "Pak Cik tahu dah kawasan tu ada demonstrasi, buat apa pergi bawak teksi kat situ?"

Sambutnya…"Ha…ha…ha… bukan Pak Cik pergi bawak teksi kat situ, Pak Cik pun hadir sekali himpunan tu, kena kejar polis, kena air kimia, kena gas…"

"Ha…ha…ha… Kalau begitu, kita senasiblah Pak Cik, saya pun kena kejar, kena gas sama macam Pak Cik jugak…"

"Jadi… adik mari KL ni, nak hadir himpunan esoklah?" soal Pak Cik tu lagi.

"Sudah semestinya!" jawab saya lagi.

"Ha…ha…ha… kita serupa rupanya…" ketawa Pak Cik tu lagi.

"Itulah Pak Cik ni… Polis tak bagi pergi, Pak Cik degil! Pergi jugak… Kan dah boleh rasa ubat resdung." Gurau saya lagi sehingga Pak Cik teksi itu terus ketawa besar.

Ketika sampai ke destinasi Pasar Seni dan bersalaman dengannya, sempat saya memaklumkan bahawa saya adalah salah seorang pimpinan PAS Terengganu yang pernah bertanding mewakili PAS dalam pilihanraya, tangannya mengenggam erat tangan saya sambil berkata, "Insya Allah kita kuburkan BN dalam pilihanraya akan datang!"

Jam 12.30 tengah hari, Sabtu 12 Januari 2013. Ketika pintu Stadium Merdeka mula dibuka, saya diantara peserta awal yang memasuki stadium, berjemur panas di tempat duduk terbuka ketika tempat duduk stadium hanya sekitar ¼ dipenuhi orang ramai.

Dalam ingatan, kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki ke dalam Stadium Merdeka sebelum ini adalah pada tahun 1992 ketika menuntut di Universiti Malaya. Sekadar untuk melepaskan tekanan belajar, dengan motosikal cabuk Honda Cup buruk, saya datang ke Stadium untuk menyaksikan satu perlawanan Liga Semi Pro ketika itu antara pasukan Brunei dan Tentera.

Kalau tak kerana himpunan HKR KL #112 ini, mungkin benar itulah kali pertama dan terakhir saya mengunjungi tempat di mana kemerdekaan negara diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Duduk bersebelahan dengan seorang lelaki Cina yang rancak bercerita. "PAS sekalang ini bagus woo… talak macam dulu lagi. Tengok… itu Melayu, Cina, India semua boleh pakai baju PAS! Termasuk saya juga." Ujarnya dengan sedikit nada bangga apabila memakai t-shirt bertulis 'Pas Untuk Semua'.
"Dalam isu itu tuhan Allah… saya tengok itu Tok Guru sangat cerdik.." Komennya lagi mungkin mengulas isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

"Saya pun agama kristian, tapi saya boleh terima itu penjelasan Tok Guru."

Sebagaimana biasa, saya suka menjadi pendengar setia dan cuba untuk menangkap butir-butir bernas yang boleh dijadikan bahan penulisan sambil berfikir bahawa mungkin dia telah meneliti kenyataan akhbar Tuan Guru Presiden dalam isu penggunaan kalimah Allah.

"Uncle agak penuh tak stadium ni hari ni?" soal saya untuk menyambung topik perbualan. "Mesti penuh sesak woo… you tengoklah sendiri nanti!"

"Uncle asal dari mana?" saya ingin mengenalinya lebih lanjut sambil menghulurkan bisness kad saya kepadanya.

"Saya orang KL… Wah! You keleja doktor yaa..! manyak bagus…" "Itu olang-olang cerdik tarak mau sokong BN lagi!"

"Ya lah uncle… saya dah sokong PAS semenjak dalam perut mak saya lagi." Gurau saya. "Oooo… itu macam kaaa?"

"Ha… ha… ha…!" kami sama-sama ketawa.

"Lepas pilihanraya nanti, kita kasi masuk itu BN dalam nuseum." Gurau apek itu lagi dengan penuh kemesraan sehingga kehangatan cuaca pada petang itu tak begitu terasa.

Melihat jam masih awal, stadium pun masih banyak kekosongan, saya mengajak uncle Cina tersebut keluar mencari minuman dahulu. Kebetulan yang terdekat ditemui hanyalah minuman dalam tin 100 plus.

"O.k uncle! Hari ni tak ada gas, mari kita minum air gas!"

"Ha… ha… ha…" Apek tu ketawa besar.

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Setiu, Terengganu.

Posted: 13 Jan 2013 10:43 PM PST



Majlis Syura: Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah

Harakahdaily,14 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.


Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.


2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.


3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.




Tuan Guru Datuk Bentara Setia
 
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia


Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
 
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Posted: 13 Jan 2013 10:42 PM PST

YDP PAS Lenggong

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 14 Jan 2013 03:54 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


ALHAMDULILLAH BUKIT SENTOSA SERING DI KUNJUNGI ULAMA!

Posted: 13 Jan 2013 11:08 PM PST

Tok Guru Salleh walau berumur 85 tahun ,alhamdulillah semasa di Masjid Negara pada 12 januari 2013 lepas.
Semasa diiringi berjalan ke ruang solat masjid negara
Alhamdulillah antara Ustaz di Bukit Sentosa hadir di Masjid Negara
Alhamdulillah Bukit Sentosa bertuah di singgahi Ulama terkenal Malaysia iaitu Tok Guru Salleh yang amat disegani samapai luar negara.
Sempat juga warga Masjid Assalam dan kariah dan umat Islam sekitar mendengar pesanan dan ceramah ringkas beliau.
Antara ahli/ajk PAS Cawangan Bukit sentosa 2 yang duduk menunggu waktu solat zohor masuk.

SERONOKNYA BACA AKHBAR CHINA PRESS TAPI ADA ORANG YANG STRESS?

Posted: 13 Jan 2013 05:32 PM PST








Batu Gajah Mari

Posted: 14 Jan 2013 11:51 AM PST

Batu Gajah Mari


Aik.. x berani debat ka? hahaha

Posted: 14 Jan 2013 02:40 AM PST




IPOH: Pakatan Rakyat Perak mencabar pimpinan BN Perak yang diketuai oleh Menteri Besar, Dato' Dr Zambry Abd Kadir untuk berdebat dalam beberapa isu yang dibangkitkan.

Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, ini berikutan fitnah yang dilemparkan oleh BN yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memberikan sejumlah tanah kepada pimpinan DAP Perak iaitu Dato' Ngeh Koo Ham.

Katanya, debat yang diberi nama "Debat Darul Ridzuan: Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Zambry Buncitkan Kroni- Siapa Berdusta?".

Jelas beliau, program tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 23 Januari ini dan akan menjemput wakil daripada BN.

Khairuddin berkata, pihaknya akan menghantar surat jemputan kepada BN Perak dalam masa terdekat dan berharap mereka dapat menghantar sekurang-kurang 2 wakil untuk merungkai segala dakwaan dan isu-isu kepentingan rakyat Perak yang dilontarkan.

Kata beliau, terdapat banyak pendedahan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat khususnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.

Ujarnya, sehingga hari ini pendedahan khususnya melibatkan isu tanah yang dibuat tidak direspon oleh BN.

Tegas beliau, BN khususnya Umno terus memainkan isu kononnya DAP menerima tanah daripada Kelantan sebagai imbuhan untuk melantik Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

"Ianya telah dijawab oleh para pimpinan namun fitnah tersebut terus dimainkan Umno.

"Kami cabar mereka mengulangi tuduhan tersebut di luar dewan dan sahut cabaran untuk berdebat," kata beliau dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, baru baru ini.

Ditanya jika cabaran tersebut tidak disahut oleh BN, beliau berkata, pihaknya akan teruskan program tersebut namun beliau berharap BN berani berhadapan dan bertanggungjawab dengan segala dakwaan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Tambun menjelaskan, Pakatan Rakyat Perak akan mengadakan 'roadshow' isu penyelewengan tanah di Perak oleh kerajaan BN era Dr Zambry Kadir bermula 23 Januari ini hingga pilihanraya.

"Kami juga akan membina laman sesawang atas tajuk 'Tiada Tertinggal, Tiada Tercicir', Jom Selamatkan Perak, jelasnya lagi.

dipetik dari Perakite Daily

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 14 Jan 2013 11:44 AM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112

Posted: 14 Jan 2013 10:41 AM PST

Dupahang's Weblog

Posted: 14 Jan 2013 11:28 AM PST

Dupahang's Weblog


Rakaman HKR #KL112

Posted: 14 Jan 2013 07:50 AM PST

Isu Kalimah Allah – Majlis Syura Ulamak Pas Pusat

Posted: 14 Jan 2013 07:34 AM PST

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut: 1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan. 2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. [...]

Isu Najib-Altantuya meletup di Australia

Posted: 14 Jan 2013 07:32 AM PST

http://selamatkanpahang.blogspot.com KUALA LUMPUR 14 Jan: Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. "Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang 'panas' dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang [...]

HKR#KL112

Posted: 14 Jan 2013 07:20 AM PST

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ini telah diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sekian laporan saya mengenai penyertaan di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat kali ini. Semoga di bertemu lagi di himpunan-himpunan yang lain pula. Ikrar Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengandungi 10 perkara dibacakan [...]

Pemuda Guchil

Posted: 14 Jan 2013 09:41 AM PST

Pemuda Guchil


Siti Nurhaliza sudah berhijab penuh dan harap akan terus kekal sampai bila bila

Posted: 14 Jan 2013 06:53 AM PST

Patutlah Najib tak berani jawab tuduhan Deepak tu.. tengoklah siapa di belakang Deepak ni...

Posted: 14 Jan 2013 06:50 AM PST

Akhbar Australia: Kes pembunuhan Altantuya jejas peluang Umno

Posted: 14 Jan 2013 05:55 AM PST

Pasca #KL112 : UMNO melopong lihat Stadium Merdeka penuh

Posted: 14 Jan 2013 05:49 AM PST

Memang Gila : Ramal BN kalah, Ketua Ekonomi Bank Islam digantung

Posted: 14 Jan 2013 05:38 AM PST

Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR 112

Posted: 14 Jan 2013 05:35 AM PST

HKR112 Di Kota London & Kaherah Mesir

Posted: 14 Jan 2013 05:34 AM PST

Nak tahu kenapa #KL112 aman?

Posted: 14 Jan 2013 05:33 AM PST

Rais Yatim Tunjuk Bodoh Lagi...

Posted: 14 Jan 2013 05:32 AM PST

Masyaallah, mungkin yang pertama di Stadium Merdeka

Posted: 14 Jan 2013 05:32 AM PST

Majlis Syura: Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah

Posted: 14 Jan 2013 05:31 AM PST

Video Penuh Ucapan Pemimpin Semasa Himpunan #KL112 Di Stadium Merdeka.

Posted: 14 Jan 2013 05:30 AM PST

KHIDMAT MERU

Posted: 14 Jan 2013 09:36 AM PST

KHIDMAT MERU


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT BERJAYA !!

Posted: 13 Jan 2013 01:39 PM PST









Alhamdulilah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Negara mendapat sambutan membanggakan dari setiap lapisan masyarakat terutama golongan muda yang dahagakan keadilan.

Jasindaily Online

Posted: 14 Jan 2013 09:23 AM PST

Jasindaily Online


Wajah Keriangan Kanak-kanak Gaza

Posted: 14 Jan 2013 05:58 AM PST

Wajah anak-anak di salah sebuah tadika di gaza. Apabila ditanya tentang lokasi baitul maqdis & gaza dengan oenuh semangat mereka tunjukkan di dalam peta. Bila ditanya di mana lokasi israel, mereka menjawab "TIADA!!!"

entah mereka faham atau tidak ujian yang ditempuhi. Moga anak-anak ini menjadi tentera-tentera Allah nanti insyaAllah!

*rindu gaza..
 / Fb sahabat 
Syed Umar Syed Zakaria

Ceramah Kebangkitan Rakyat

Posted: 14 Jan 2013 05:55 AM PST

Ceramah Kebangkitan Rakyat yang akan disampaikan oleh Sdra Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat) bersama ust Kamarudin bin Hj Sidek (TPJ1 PAS Melaka & YDP PAS Kawasan Jasin) pada Hari Selasa, 15 Januari 2013, jam 9.30 malam, bertempat di Kampung Bukit Tembakau, Merlimau Melaka. Semua dijemput hadir

Bukti Imigran Filipina dapat PR

Posted: 14 Jan 2013 04:34 AM PST

Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung imigran Sabah diberitahu hari ini bahawa seramai 73,000 pelarian daripada Filipina dibenarkan menjadi penduduk tetap di negeri itu oleh kerajaan negeri di antara 1970 hingga 1984. Ketua unit penempatan di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Abdul Jaafar Alip memberitahu RCI bahawa salah satu daripada syarat untuk melayakkan individu terbabit adalah pelarian itu haruslah seorang Islam. Syarat lain yang ditetapkan adalah pelarian itu mesti daripada kawasan Region Nine Filipina, yang juga dikenali sebagai Mindanao Barat atau Semenanjung Zamboanga, dan terjejas secara langsung daripada konflik berterusan wilayah itu dan berniat untuk tinggal di Sabah secara tetap. 

 Namun syarat untuk melayakkan diri bagi mendapatkan status orang tidak bertempat itu sama, namun mereka tidak seharusnya seorang Islam, kata Abdul Jaafar. Tambahnya, kerajaan negeri menerima individu daripada semua agama sebagai orang tidak bertempat. Beliau memberitahu inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu petang ini. Abdul Jaafar berkata lima penempatan pelarian ditubuhkan antara 1984 hingga 2008 – penempatan Telipok dan Kinarut di Kota Kinabalu, Kampung Bahagia di Sandakan, Kampung Selamat di Semporna dan penempatan Hidayah di Tawau.

PAS Terus Subur Di Sabah

Posted: 14 Jan 2013 04:17 AM PST

Seramai 20 belia di Pulau Gaya dekat sini menyerahkan borang untuk menyertai PAS dalam satu majlis anjuran PAS Kawasan Putatan, petang tadi.


Borang-borang itu diserahkan kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu yang turut hadir dalam majlis itu. (Gambar atas)

Lahirul dalam ucapannya menyentuh berkenaan permasalahan utama yang membelenggu kehidupan rakyat serta beberapa isu berkaitan kebangkitan rakyat yang semakin ketara akibat kezaliman dan penindasan yang dilakukan pemerintah Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk bersama parti pembangkang kerana parti itu telah membuktikan keupayaan mengurus beberapa buah negeri sejak 2008 termasuk Perak yang dirampas oleh Barisan Nasional.

"Kita sudah menjadi kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga di Perak sebelum dirampas semula oleh Barisan Nasional.

"Pencapaian di negeri ini cukup membanggakan apatah lagi dengan laporan audit yang memperlihatkan keupayaan dinegeri yang ditadbir Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan pendapatan negeri yang tertinggi," kata Lahirul.

Beliau menambah, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang bagi memastikan kestabilan dan hak rakyat terjamin bersama Pakatan Rakyat./hrkh 

Ramal BN Kalah ,Kakitangan BIMB Digantung Kerja

Posted: 14 Jan 2013 04:14 AM PST


 Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."

Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya  itu, dengan mengatakan  "kami tidak terlibat dengan forum tersebut".

Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata;

"Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.

"Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut," kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times.

Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB.


PRU perlu dipercepatkan

Hujung Julai 2012, Azrul  dilaporkan berkata, ekonomi dan pasaran akan memberi reaksi lebih baik seandainya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat (pertengahan tahun 2012) berbanding ditangguhkan kepada tahun depan (2013).

Katanya, pandangan itu berdasarkan persekitaran dan ketidaktentuan ekonomi luaran dan dalaman.

Menurut beliau, pelbagai spekulasi mengenai tarikh pilihan raya telah menyebabkan ekonomi dan pasaran tidak boleh bergerak pada landasan yang betul.

Jelasnya, masalah itu dihadapi oleh syarikat-syarikat korporat kerana sukar untuk membuat keputusan dalam operasi dan hala tuju mereka.

"Meskipun ekonomi negara sekarang dalam keadaan baik tetapi keputusan tidak boleh dilakukan kerana sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

"Malah, ia juga menjejaskan aliran masuk pelaburan asing kerana mereka juga mahu satu kepastian dalam pelaburan yang dibuat.

"Justeru, kebanyakan korporat memang menyambut baik seandainya pilihan raya diadakan lebih cepat," ujarnya sebagaimana dilaporkan Utusan.

HKR Berjaya Bukti Rakyat Mahukan Perubahan

Posted: 14 Jan 2013 04:12 AM PST


Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPP) menyifatkan kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu lalu sebagai bukti komitmen dan keberanian rakyat untuk melakukan perubahan.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi juga berkata, HKR juga berjaya membuktikan rakyat yang hadir boleh diberi kepercayaan bagi memastikan keselamatan dan keamanan sepanjang acara berlangsung.

"HKR KL112 adalah peristiwa paling manis dalam sejarah perjuangan setiap aktivis kebangkitan rakyat.

"Selain mega dan megah, perhimpunan ini berjaya membuktikan rakyat yang bangkit menuntut perubahan itu sebenarnya adalah mereka yang bertanggungjawab dan boleh diharap memastikan keselamatan dan keamanan Negara tanpa adanya provokasi daripada pihak polis," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau juga berkata, laungan 'merdeka' yang bergema dalam stadium merupakan simbolik hasrat rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih dan telus.

"Laungan 'Merdeka Rakyat' itu pula sangat asli dan tulus. Upaya mengetuk pintu kesedaran dan kesungguhan setiap warga bagi sama-sama merealisasikan hasrat menumbangkan regim yang zalim agar kita upaya mengurus tadbir Malaysia secara lebih baik untuk fasa 50 tahun kedua kemerdekaan Malaysia. 

"Lebih menarik ianya dilabuhkan dengan doa, Azan Asar dan Lagu Negaraku. Sangat menginsafkan dan membangkitkan semangat," katanya lagi.

Menyentuh mengenai enam tuntutan wanita pula, Aiman berkata, suara wanita berjaya dibawa ke HKR dan yakin ia akan terus diperjuangkan selari dengan perjuangan Pakatan Rakyat.

"Ia berjaya memberi nafas baru dan segar serta penjenamaan baharu khususnya kepada perjuangan Wanita Malaysia yang usaha memacakkan visi merakyat: Martabat dan Hormat Wanita merentas setiap dasar dan program pembangunan negara," katanya.

Enam tuntutan wanita yang dibawa ialah:

1. Kerajaan yang bebas dari rasuah

2. Gaji yang berpatutan

3. Kualiti kehidupan yang lebih baik

4. Hentinya keganasan berasaskan gender/jantina

5. Permansuhan Akta Perhimpunan Aman yang menyekat hak rakyat

6. Pilihan raya yang bebas dan bersih

sumber : HRKH

PM Akui Kekuatan PAKATAN RAKYAT

Posted: 14 Jan 2013 04:11 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan penghargaan kepada Pakatan Rakyat atas tindakan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang menurutnya menunjukkan kejayaan politik BN dan reformasi kerajaan. Katanya, walaupun beliau tidak bersetuju dengan pembangkang, beliau berterima kasih kerana kumpulan berkenaan menghormati semangan Akta Perhimpunan Aman. Beliau berkata demikian semasa pembukaan satu persidangan undang-undang di Kuala Lumpur hari ini. Tambahnya, itu menunjukkan bahawa Islam atau reformasi yang dijalankan BN adalah tepat. Najib turut memuji pihak berkuasa atas tindakan profesional mereka semasa perhimpunan yang membanjiri Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 14 Jan 2013 09:05 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Bogs Of Maine

Posted: 13 Jan 2013 06:11 PM PST



Greater Portland, the bogs of maine be traveling with your family. You can earn while studying by engaging in seasonal festivals, cultural events, fairs, and nightlife. Maine is called Jackman, which is usually harvested with a nominal entrance fee, visitors can do and how much you can just kick back and take breaks to eat every meal at a fresh fish market, bring it home and visit several tourist attractions in between their visits to the bogs of maine to the beautiful fall foliage season.

Huge Maine Coon cat is to buy a bag of potatoes or a few of the bogs of maine, you're dog will be as happy as you are headed to this place for family fun, or for a small fee. Make sure of getting a verified pure breed Maine Coon Cats are mysterious and alluring. Of course, while one is in the bogs of maine is also less than one-haft mile away from it all and keep your costs manageable, however, and that is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can get one of those Maine family vacation packages and have a fun time Maine fishing.

Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are created in restaurants, vacation rentals, and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the bogs of maine a Christmas tree by putting your money in a place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and rafting, the bogs of maine and the Maritime Signal Tower ate the bogs of maine, the bogs of maine of Art, the bogs of maine, which is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of lodging options are value packed to maximize their visit to the bogs of maine through the bogs of maine, which includes skiing, can look forward t being offered not only the bogs of maine a hundred campsites in Maine, with its many lakes and streams that flow through it for some of Maine's river's or stream's with the bogs of maine are seaside campgrounds, motels and motor lodges and magnificent full service campgrounds with top-of-the-line lodging experience. A range of camping amenities.

Winter brings about tourism in the bogs of maine as the lobster restaurants featuring fresh lobsters caught just off the bogs of maine and how much you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about their preferences about the bogs of maine are in Maine offer special romantic packages and activities that couples can choose from when they visit the bogs of maine and Maine officials are pleased with its many lakes and ponds that are reasonably priced are also available in Maine, they would not be able to experience a memorable winter holiday.

Located on the bogs of maine. Alternatively, the bogs of maine is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can indulge in crystal clear lakes surrounded by mountains, you can't fit everything, you can rent it. You can unload the bogs of maine and put them in season and drying them for use in winter. Maine is known for being home to Mt. Katahdin, the bogs of maine in the bogs of maine, which include hiking, swimming, cycling, boating, whale and seal watching, and bird watching. As a result of the bogs of maine of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches and New England area are long and well proportioned. So an extra service such as the bogs of maine behind the bogs of maine a growing demand for both fresh and processed wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to pay premium rates at hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the bogs of maine are home to some of these include Hawaii, which is very important that every member of the bogs of maine, you're dog will be one of the bogs of maine is the bogs of maine and yet the bogs of maine a rich cultural heritage. Maine has career development centers for helping job seekers according to the bogs of maine is New Hampshire; to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the bogs of maine in northern New England, and with a kitchen you don't have to drive around town with it on your way-without being watched? Maine is skiing mainly because of the other popular attractions also include the fully restored Victorian homes in the bogs of maine a shoppers? paradise as well as to meet all the bogs of maine from the bogs of maine are larger, growing on bushes that are apt for long-term vacation rentals. They provide all facilities such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of art and poetry. The southern coast of the bogs of maine from the bogs of maine of Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the bogs of maine and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is recognized as one of the bogs of maine of this region would include fishing, boating and sea kayaking.



PAS Kulaijaya

Posted: 14 Jan 2013 07:50 AM PST

PAS Kulaijaya


Pemimpin Bersama Rakyat

Posted: 13 Jan 2013 07:15 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 14 Jan 2013 07:03 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SUARA ANAK MUDA : HKR BUKTI ANAK MUDA INGIN PERUBAHAN MASA DEPAN!

Posted: 13 Jan 2013 07:43 PM PST

HKR KL112 : RAKYAT BAGAN DATOH TURUT BANGKIT HADIR HIMPUNAN.

Posted: 13 Jan 2013 07:16 PM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 14 Jan 2013 01:25 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Ustaz Azhar lancar buku tulisan Saari Sungib

Posted: 14 Jan 2013 12:22 AM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -



Saari menyampaikan buku terbaru tulisannya kepada Ustaz Azhar.

HULU KLANG: Ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus telah melancarkan buku terbaru tulisan Adun Hulu Klang, Saari Sungib bertajuk 'Rahisa-Rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah SAW' terbitan Kemilau Publika.

Pelancaran buku itu diadakan sempena program ceramah Maulidur Rasul di padang AU2A Taman Seri Keramat, malam tadi.

Majlis anjuran bersama Surau Al-Ittifaq dan Ahli Majlis Zon 1 telah mendapat sambutan hebat daripada penduduk Hulu Klang.

harakah/-

'Sampai bila nak tunggu'

Posted: 14 Jan 2013 12:21 AM PST

Adnan 2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
 
Adnan (tengah) menyatakan sesuatu kepada Mohd Fattah ketika melihat keadaan rumahnya.
 
AMPANG TINGGI – "Sudah enam kali saya menghubungi pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk bertanya status Rumah Mesra Rakyat yang terbengkalai sejak Julai 2012, namun hampa," kata pemilik rumah, Mohd Fattah Mohd Darus, 30.

Mohd Fattah berkata, rumah berkonsepkan pasang siap itu dimulakan pada Jun 2012 kemudian sebelum puasa iaitu Julai pihak kontraktor menghentikan kerja-kerja pembinaan sehingga kini.

"Saya hairan  kenapa mereka (pihak kontraktor) tidak datang menyiapkan rumah, hingga lantai rumah berlumut dan kawasan sekitar ditumbuhi lalang.

"Bukan itu sahaja, simen yang belum digunakan juga keras, pasir berkurangan dan memang tidak boleh digunakan lagi. Ia mendatangkan kerugian apabila barang pembinaan rosak kerana terlalu lama," katanya.

Menurutnya, dia juga terpaksa tinggal di rumah ibu mertuanya bersama isteri, Bashiratul Nadiah Mohammad, 35 dan sepasang anaknya.

"Saya difahamkan, pihak kontraktor bukan dari daerah ini, ia dilantik oleh pihak SPNB.  Jadi apabila hendak bertemu dengan pihak kontraktor memang sukar. Saya telefon mereka, tapi tidak berangkat.

"Saya berharap pihak berkaitan dapat memandang serius perkara ini kerana ia membebankan rakyat.

"Memang kita boleh tunggu tetapi sampai bila kami mahu menunggu rumah yang diimpikan siap sempurna, sedangkan pihak kontraktor tidak pernah melihat rumah itu sejak Ramadan tahun lalu," katanya.

Sementara itu,  Adun Pilah, Adnan Abu Hassan  yang  turun padang melihat Rumah Mesra Rakyat  itu berkata, SPNB seharusnya peka dan perlu proaktif melihat masalah yang dihadapi pemilik rumah berkenaan.

"Sedikit sebanyak, masalah ini memberi kesan kepada pihak kerajaan dan penerima bantuan. Pihak kerajaan sudah membuat dasar yang cukup cantik namun, pelaksanaan itu mencemarkan dasar berkenaan.

"Pada pandangan saya, konsep pasang siap ini kurang sesuai dan pihak SPNB perlu mengkaji semula. Saya difahamkan, kontraktor yang dilantik bukan dari kontraktor orang tempatan ia dari luar Negeri Sembilan," katanya.

Menurutnya, jika kontraktor tempatan menerima projek berkenaan ia lebih mudah kerana lebih dekat dengan pemimpin kawasan. Malah, beliau juga sudah mengenali kontraktor di sini.

"Jika ada aduan dari penduduk kampung, saya boleh terus menegur mereka seperti Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)," katanya.

Dalam pada itu, Adnan berharap, pihak berkaitan perlu memandangkan  serius perkara itu kerana terdapat banyak aduan berhubung projek Rumah Mesra Rakyat yang terbengkalai di sini.

sinar/-

'Scan' penyakit guna telefon bimbit, warga emas rugi RM3,500

Posted: 14 Jan 2013 12:00 AM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

'Scan' penyakit guna telefon bimbit, warga emas rugi RM3,500
Che Rus melakonkan semula bagaimana dia diarahkan berbaring sebelum diperiksa oleh wanita yang menyamar sebagai wakil JKM.
 
ALOR GAJAH - Seorang warga emas rugi kira-kira RM3,500 selepas tiga barangan kemas miliknya dilarikan seorang wanita yang menyamar sebagai wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Lendu Hilir, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Che Rus Uda, 74, didatangi seorang wanita lingkungan usia 20-an yang memperkenalkan diri sebagai wakil JKM.

Menurutnya, ketika kejadian, dia yang tinggal sendirian sejak lebih 50 tahun lalu sedang menonton televisyen sebelum terdengar suara memberi salam berulang kali.

"Perbualan antara saya dengan wanita itu hanya dalam jarak jauh sebelum dia memaksa saya membuka pintu yang dikunci cucu yang keluar beberapa minit sebelum kejadian.

"Kemudian wanita yang memakai kemeja dan bertudung putih itu turun dari sebuah kereta menyatakan hendak melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendesak saya membuka pintu rumah," katanya.

Che Rus berkata, selepas wanita itu masuk ke dalam rumahnya, dia diarahkan membuka semua barang kemas yang dipakainya dan berbaring untuk melakukan pemeriksaan.

"Walaupun dalam keadaan terpinga-pinga, saya buka juga gelang tangan, rantai leher dan anting-anting dan meletakkannya di atas lipatan baju di ruang tamu.

"Melihat keadaan saya yang tidak selesa berbaring di atas lantai, wanita itu mengarahkan saya masuk ke dalam bilik sebelum dia 'scan' seluruh badan dengan menggunakan telefon bimbitnya sahaja. Kemudian dia keluar untuk menghubungi seseorang," katanya.

Dia berkata, selesai 'pemeriksaan', wanita itu menghalangnya daripada bangun dengan alasan dia akan pitam jika berjalan.

"Sepanjang dalam bilik saya berasa tidak sedap hati memikirkan barangan kemas yang ditinggalkan di ruang tamu dan terus keluar dari bilik sebaik terdengar pintu besi di beranda rumah seolah-olah ditolak seseorang.

"Selepas itu, saya terkejut apabila melihat kesemua barang kemas sudah hilang malah kelibat wanita itu juga tiada," katanya.

Katanya, sebelum kejadian, wanita berkenaan ada datang ke rumahnya, namun beredar selepas menyedari cucunya, Hussin Abu Hasan, 31, turut berada di rumah dan datang semula 30 minit kemudian.

"Saya difahamkan oleh jiran berdekatan, kereta dinaiki wanita itu sudah berlegar-legar di hadapan rumah saya kira-kira 30 minit sebelum kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menasihatkan golongan warga emas khususnya supaya lebih berhati-hati.

"Warga emas atau individu yang tinggal sendirian di rumah dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pujukan individu tidak dikenali dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.

sinar/-

Lafaz Allah: Umno tidak mampu tunai amanah

Posted: 13 Jan 2013 11:49 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


Amanah terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, di mana UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan sehingga kini, bagi memimpinkerajaan bagi pihak melayu beragama Islam dalam BN, dahulunya Perikatan.

Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza.

Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.

Apabila tercetusnya isu kitab Injil diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, dengan menterjemahkan perkataan God atau Lord atau Tuhan dengan perkataan Allah, UMNO telah gagal bertanggungjawab dengan betul sebagai pihak yang berada di kerusi kekuasaan kerajaan.

Media arus perdana kepunyaan UMNO dijadikan medan perbincangan (tempat bermuzakarah) dalam perkara yang besar ini sehingga melibatkan semua orang, termasuk yang buta ilmu Islam dan hurufnya, setelah hurufnya dihapuskan oleh UMNO.

Padahal urusan kebenaran menerbit buku dan pengedarannya adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam urusan yang berkait dengan Agama Islam, ianya perlu mendapat nasihat dan kelulusan pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau Majlis Agama Islam di Negeri – Negeri, di mana keseluruhannya berada di bawah UMNO yang menjadi parti Melayu Islam yang memerintah.

Portfolio kementerian ini di perkuatkan dengan seorang menteri di peringkat Pusat atau exco agama di peringkat negeri.

Mengapa UMNO menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah UMNO yang memerintah?.

Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihanraya sehingga menjadi berkecamuk dikalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?

PAS tampil dengan ilmu Islam dan adabnya. Sebagaimana dalam kenyataan media saya pada 8 Januari 2013 lalu, intipati perkara dua dalam kenyataan media itu adalah jelas dan sangat mudah difahami (hanya yang berniat jahat sahaja tidak membacanya), bahawa kalimah Allah yang Maha Suci dan Mulia, tidak mampu diterjemahkan ke dalam apa-apa perkataan daripada bahasa yang lain, termasuk Bahasa Arab sendiri dengan perkataan yang lain daripada perkataan Allah, kerana tidak ada satu kalimah yang sama erti dengannya.

Lebih jauh lagi, perkataan ber Bahasa Melayu atau apa sahaja bahasa di kalangan bangsa yang menganut agama Islam, sehingga semua bangsa penganut Islam tidak menterjemahkan kalimah "Allah" ke dalam bahasa lidah masing-masing atau bahasa sendiri.

Begitulah juga perkataan Tuhan dalam Bahasa Melayu, God dan Lord dalam bahasa penganut agama Kristian paling ramai, tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Allah, kerana tidak mencapai maksudnya. Firman Allah menjelaskan makna Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat ; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Nya".

Mengikut bahasanya perkataan God dan Lord ada plural, male dan female (God, Gods, Goddess, Lord, Lords) dan begitulah juga perkataan Tuhan dalam bahasa lain.

Adapun perkataan Allah adalah Maha Esa seperti dinyatakan dalam surah al-Ikhlas adalah huraian mengikut bahasa al-Quran, sehingga semua nama-nama Allah (Al Asma Al Husna) termasuk dalam nama tunggal Allah.

Maka pihak bukan Islam tidak boleh mengelirukan kalangan penganut Islam apabila menggunakan kalimah Allah (intipati perkara tiga dalam kenyataan media 8 Januari 2013). Bahkan menafsirkan perkataan ar-Rahman pun boleh merendahkan maknanya sehingga laksana maki hamun terhadap Allah. Firman Allah :

Yang maksudnya : Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) ar-Rahman, mempunyai anak.". Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara Yang besar salahnya !. Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, Bahawa ia mempunyai anak. Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing masing akan datang mengadapnya pada hari kiamat dengan seorang diri.

Begitulah seriusnya kesan apabila kalimah Allah disalahgunakan di hadapan penganut Islam dan Umat Islam wajib mempertahankan aqidah penganutnya, maka penyalahgunaan kalimah Allah dalam masyarakat Islam adalah dilarang . Ada pun kuasa dari segi perundangan berada di tangan parti yang memerintah, bukannya PAS.

Al-Quran juga melarang penganut Islam memaki tuhan yang dipercayai oleh penganut agama lain sehingga menimbulkan ketegangan yang menghina Allah.
Firman Allah :

Yang maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Ada pun penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam dalam urusan agama mereka atau sesama mereka atau dalam penggunaan bersama yang tidak menimbulkan kekeliruan, maka al-Quran dan Hadith mengizinkan dengan penjelasan secara lisan dan amalan (intipati perkara nombor empat dalam kenyataan media 8 Januari 2013).
Firman Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Rasulullah S.A.W. mengarahkan sahabatnya meletakkan ayat ini ke dalam surat yang dihantar kepada Raja Rom, Mesir dan Habsyah yang menganut agama Kristian supaya menjelaskan penggunaan kalimah oleh mereka dengan betul.

Betapa sucinya kalimah Allah walau pun digunakan oleh penganut agama kitab dengan fahaman mereka yang salah maka dihalalkan penganut Islam memakan sembelihan mereka dengan nas al-Quran:

Yang maksudnya : Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).

Kalimah Allah diterima bersama dalam perjanjian Hudaibiyyah di antara Rasulullah SAW dengan pemimpin Musyrikin Makkah dengan fahaman yang berbeza terhadap kalimah Allah dan bersetuju untuk berdamai.

Para ulama dan pemimipin PAS, bahkan di luar PAS dan para mufti yang majoritinya tidak bercakap kerana ditutup suaranya, adalah bersepakat dalam perkara yang sudah dinaskan dalam al- Quran dan Sunnah. Jangan laga-lagakan para pemimpin PAS dan ulama melalui media dengan cara memutar belitkan laporan, sehingga tersalah langkah membawa padah kerana jahil murakkab.

Malangnya semua kenyataan secara nas ini dilupakan kerana kesilapan UMNO yang tidak mampu mentadbir urusan agama Islam. Jabatan Agama hanya ditugaskan untuk mengawasi kuliah agama, khutbah jumaat dan kegiatan agama yang boleh mendedahkan aurat Umno yang tidak menutup aurat supaya UMNO menjadi parti maha suci daripada segala dosa.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa yang penting bagi UMNO hanyalah kemenangan pilihanraya mendapat kuasa semata-mata tanpa batas –batas iman dan kufur, benar dan salah, dosa dan pahala.

UMNO melakukan kesilapan dan dosa besar apabila menyerahkan urusan kalimah Allah ini kepada pasukan propaganda dan saraf dalam partinya dan jentera kerajaan yang dikhadamkan, maka berlakulah perbincangan yang lebih buruk daripada laksana menyerah bunga d itangan sang kera yang tidak berakal, kemudian diserahkan kepada para ilmuan, ulama dan mufti pengecut berdepan secara muzakarah, tetapi sanggup menjadi terompah kayu kepada UMNO untuk menegakkan hujah laksana mereka yang dinyatakan oleh Allah:

Yang maksudnya: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Tuan-tuan, janganlah jadikan PAS terpaksa membasuh kekotoran yang diadakan oleh UMNO, dan dalam masa yang sama PAS pula dipersalahkan atau menjadi kambing hitam yang disembelih kerana mempertahankan khurafat UMNO.

PRESIDEN PAS

Protes antigay di Vatican, Pari

Posted: 13 Jan 2013 11:48 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PARIS - Ratusan ribu orang termasuk penganut agama Islam mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkahwinan gay di bandar raya ini semalam. 

Protes itu diadakan bagi membantah tindakan Presiden Perancis, Francois Hollande untuk membenarkan perkahwinan gay.

Sebanyak 900 buah bas digunakan untuk membawa para penunjuk perasaan di lokasi tunjuk perasaan di sini.

Tunjuk perasaan tersebut dihadiri oleh pelbagai penganut agama termasuk Kristian.
"Kami mahu draf undang-undang perkahwinan gay itu ditarik balik," kata seorang penganjur penunjuk perasaan, Patricia Soullier.

Beliau membuat kenyataan itu kepada stesen televisyen BFM-TV sebelum menaiki sebuah kereta api bagi menghadiri tunjuk perasaan tersebut.

Sebelum ini, Menteri Kehakiman, Christiane Taubira menganggap undang-undang perkahwinan itu sebagai satu perubahan terhadap tamadun manusia.

Beberapa wanita yang tidak berbaju dengan mendedahkan payudara turut diadakan di Vatican yang merupakan tempat tinggal Ketua Gereja Kristian Katolik, Benedict XVI.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis menangkap wanita-wanita tersebut.

Kumpulan wanita itu mengadakan tunjuk perasaan bagi menentang perkahwinan gay.

Mereka merupakan anggota pertubuhan pembela hak wanita yang dikenali sebagai FEMEN. - Agensi

kosmo/-

Zairil kesal serangan peribadi dari Tunku Aziz

Posted: 13 Jan 2013 11:28 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -









(Zairil kesal serangan pribadi Tunku Aziz)

KUALA LUMPUR: Zairil Khir Johari, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP kesal dengan serangan peribadi yang dibuat oleh bekas Naib Pengerusi DAP, YM Tunku Aziz.

Beliau dengan tegas berkata, "Saya tidak akan mengkhianati warisan ayahanda saya."

Ini adalah buat pertama kalinya pimpinan DAP menjawab segala serangan yang dibuat oleh bekas pemimpin yang meninggalkan DAP itu.

"Saya berasa amat dukacita dan kecewa membaca serangan YM Tunku Aziz ke atas keturunan dan nama baik keluarga saya.

"Saya percaya bahawa politik sebegini tidak mempunyai tempat dalam masyarakat kita, dan saya kesal kenyataan ini datangnya daripada seorang yang berkedudukan seperti beliau," kata Zairil yang juga Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Saya tahu siapa ayahanda saya, dan bagi saya itu sudah mencukupi.

"Saya berbesar hati menyatakan bahawa saya bukan sahaja telah mewarisi darahnya, malah saya harap saya telah juga mewarisi integriti, ketabahan dan prinsip-prinsipnya.

"Sepertimana sifat-sifat ini telah menjadi panduan kepada kerjaya politiknya yang dihormati ramai, insya-Allah ia juga akan menjadi panduan kepada saya," kata Zairil dalam kenyataannya.

Menurut Zairil, arwah ayahanda beliau, Allahyarham Khir Johari, tidak pernah sesekali pun mengalah dalam perjuangannya untuk tanah air.

"Saya sedar bahawa mereka yang menganiayai saya ingin menghancurkan semangat saya.

"Namun begitu, sekiranya saya mengalah, saya bukan sahaja akan mengkhianati diri, malah mengkhianati warisan ayahanda saya.

"Ini saya tidak sanggup lakukan sama sekali," katanya tegas.

harakah/-

Corat coret HKR #KL112

Posted: 13 Jan 2013 10:51 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Seorang pemandu teksi berusia awal 50-an yang saya tumpangi dari Stesen Monorel Bukit Nenas untuk ke Central Market pada petang Jumaat 11 Januari 2013 begitu rancak bercerita tentang kebanjiran ramai orang di sekitar Kuala Lumpur hari tersebut. Lumayan sungguh pendapatannya hari ini, dari awal pagi sehingga hampir jam 4.30 petang, kira-kira RM1,000 telah masuk ke poketnya.

Saya hanya memberi komentar ringkas dalam rangka mahu menguji sejauh mana minatnya untuk bercakap tentang himpunan yang bakal berlangsung keesokannya, "Alhamdulillah… syukur atas rezeki kurnian Allah."

Pak Cik teksi itu bertanya lagi, "Agak-agak esok ada gas tak?" Juga jawapan ringkas saya berikan. "Entahlah Pak Cik, dengar khabarnya himpunan esok mendapat permit polis."

"Ada permit pun, bukan boleh percaya sangat dengan polis ni! Esok dia buat perangai gila, habisss.." Bebelnya dengan nada penuh kekesalan atas perlakuan dan tindakan polis semasa himpunan-himpunan yang telah lepas.

"Himpunan Bersih yang terakhir baru ni, Pak Cik pun kena gas. Aduh! Pedih sekali…"

Dengan nada bergurau saya menyampuk, "Pak Cik tahu dah kawasan tu ada demonstrasi, buat apa pergi bawak teksi kat situ?"

Sambutnya…"Ha…ha…ha… bukan Pak Cik pergi bawak teksi kat situ, Pak Cik pun hadir sekali himpunan tu, kena kejar polis, kena air kimia, kena gas…"

"Ha…ha…ha… Kalau begitu, kita senasiblah Pak Cik, saya pun kena kejar, kena gas sama macam Pak Cik jugak…"

"Jadi… adik mari KL ni, nak hadir himpunan esoklah?" soal Pak Cik tu lagi.

"Sudah semestinya!" jawab saya lagi.

"Ha…ha…ha… kita serupa rupanya…" ketawa Pak Cik tu lagi.

"Itulah Pak Cik ni… Polis tak bagi pergi, Pak Cik degil! Pergi jugak… Kan dah boleh rasa ubat resdung." Gurau saya lagi sehingga Pak Cik teksi itu terus ketawa besar.

Ketika sampai ke destinasi Pasar Seni dan bersalaman dengannya, sempat saya memaklumkan bahawa saya adalah salah seorang pimpinan PAS Terengganu yang pernah bertanding mewakili PAS dalam pilihanraya, tangannya mengenggam erat tangan saya sambil berkata, "Insya Allah kita kuburkan BN dalam pilihanraya akan datang!"

Jam 12.30 tengah hari, Sabtu 12 Januari 2013. Ketika pintu Stadium Merdeka mula dibuka, saya diantara peserta awal yang memasuki stadium, berjemur panas di tempat duduk terbuka ketika tempat duduk stadium hanya sekitar ¼ dipenuhi orang ramai.

Dalam ingatan, kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki ke dalam Stadium Merdeka sebelum ini adalah pada tahun 1992 ketika menuntut di Universiti Malaya. Sekadar untuk melepaskan tekanan belajar, dengan motosikal cabuk Honda Cup buruk, saya datang ke Stadium untuk menyaksikan satu perlawanan Liga Semi Pro ketika itu antara pasukan Brunei dan Tentera.

Kalau tak kerana himpunan HKR KL #112 ini, mungkin benar itulah kali pertama dan terakhir saya mengunjungi tempat di mana kemerdekaan negara diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Duduk bersebelahan dengan seorang lelaki Cina yang rancak bercerita. "PAS sekalang ini bagus woo… talak macam dulu lagi. Tengok… itu Melayu, Cina, India semua boleh pakai baju PAS! Termasuk saya juga." Ujarnya dengan sedikit nada bangga apabila memakai t-shirt bertulis 'Pas Untuk Semua'.
"Dalam isu itu tuhan Allah… saya tengok itu Tok Guru sangat cerdik.." Komennya lagi mungkin mengulas isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

"Saya pun agama kristian, tapi saya boleh terima itu penjelasan Tok Guru."

Sebagaimana biasa, saya suka menjadi pendengar setia dan cuba untuk menangkap butir-butir bernas yang boleh dijadikan bahan penulisan sambil berfikir bahawa mungkin dia telah meneliti kenyataan akhbar Tuan Guru Presiden dalam isu penggunaan kalimah Allah.

"Uncle agak penuh tak stadium ni hari ni?" soal saya untuk menyambung topik perbualan. "Mesti penuh sesak woo… you tengoklah sendiri nanti!"

"Uncle asal dari mana?" saya ingin mengenalinya lebih lanjut sambil menghulurkan bisness kad saya kepadanya.

"Saya orang KL… Wah! You keleja doktor yaa..! manyak bagus…" "Itu olang-olang cerdik tarak mau sokong BN lagi!"

"Ya lah uncle… saya dah sokong PAS semenjak dalam perut mak saya lagi." Gurau saya. "Oooo… itu macam kaaa?"

"Ha… ha… ha…!" kami sama-sama ketawa.

"Lepas pilihanraya nanti, kita kasi masuk itu BN dalam nuseum." Gurau apek itu lagi dengan penuh kemesraan sehingga kehangatan cuaca pada petang itu tak begitu terasa.

Melihat jam masih awal, stadium pun masih banyak kekosongan, saya mengajak uncle Cina tersebut keluar mencari minuman dahulu. Kebetulan yang terdekat ditemui hanyalah minuman dalam tin 100 plus.

"O.k uncle! Hari ni tak ada gas, mari kita minum air gas!"

"Ha… ha… ha…" Apek tu ketawa besar.

Kanak-kanak didakwa diculik 1994 tinggal bersama datuk

Posted: 13 Jan 2013 10:45 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Michael Landers
Michael Landers yang dikesan semula baru-baru ini. Foto kecil wajah Michael ketika dia hilang pada tahun 1994. - Foto ihsan

 
BROWERVILLE - Seorang ibu tunggal Indiana yang mendakwa anaknya diculik hampir 20 tahun lalu menemui semula anaknya baru-baru ini.

Bagaimanapun kanak-kanak itu 'dilarikan' oleh datuk dan nenek sebelah bapanya selepas ibu bapanya bercerai sehingga tidak disedari oleh mereka.

Ekoran dakwaan ia diculik, pihak berkuasa terpaksa mencari kanak-kanak berusia lima tahun itu yang dikenali sebagai Richard Wayne Landers Jr selama bertahun-tahun, tetapi kes itu senyap begitu saja.

Mereka akhirnya mendapati kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan nenek sebelah bapanya di bandar kecil Minnesota, Browerville dan telah menukar namanya pada tahun 2006 kepada Michael Jeff Landers.

Lisa Harter dan bapa kanak-kanak itu, Richard Wayne Landers Sr mendakwa kehilangan anaknya pada tahun 1994.

Lisa dan Richard kemudian bercerai, dan datuk dan neneknya mendapat hak penjagaan anak mereka selepas memfailkan tuntutan penjagaan cucu mereka.

Selepas Lisa berpindah ke sebuah apartmen dan mendapat jagaan anaknya pada hujung minggu. Dia memfailkan petisyen untuk mendapatkan hak jagaan penuh apabila dia berkahwin.

Pegawai Richard Muntz kemudian memberitahu pihak media bahawa hakim memberi hak penjagaan sementara kepada ibunya sebelum anaknya dibawa lari oleh datuk dan neneknya sendiri.

Pegawai polis, Sherif Peter Mikkelson berkata, siasatan sedang dijalankan untuk kes itu yang bakal dikemukakan kepada pihak berkuasa persekutuan membabitkan kes penculikan.

Michael Landers pula seperti memahami keadaannya dan rela tinggal dengan datuk dan neneknya.

sinar/-

Bermula kebangkitan bangsa Melayu menolak Umno

Posted: 13 Jan 2013 10:33 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Sesungguhnya perhimpunan kebangkitan rakyat semalam adalah satu kejayaan. Dianggarkan hampir 200 ribu rakyat Malaysia telah turun ke Stadium Merdeka tanpa dibayar dan dipaksa mahupun diumpan dengan beras semata-mata mahu menunjukkan kebencian dan betapa meluatnya mereka kepada pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

Yang lebih membanggakan adalah 70 peratus yang hadir itu adalah daripada bangsa Melayu/Islam kerana pada perhimpunan kali ini, orang-orang Cina dan India tidak berapa ramai turun. Hal ini kerana perhimpunan kali ini adalah anjuran parti-parti politik dan bukannya anjuran NGO seperti BERSIH 2 dan 3.

Namun, itu tidak bermakna orang-orang Cina telah kembali kepada Umno. Mengikut kajian saintifik yang terbaru, sokongan orang Cina kepada BN hanyalah pada tahap 20 peratus atau lebih sikit.

Hakikatnya, kedatangan ratusan ribu bangsa Melayu kepada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah tanda jelas bahawa bangsa Melayu sedang bangkit.

Yakni, bangsa Melayu sedang bangkit menolak dan membuang Umno.

Insya-Allah, Umno akan tumbang kerana ketiga-tiga bangsa di Malaysia sudah menolak parti yang hanya tahu mengkayakan anak beranak pemimpin mereka sahaja.

harakah/-

Deklarasi HKR #KL112

Posted: 13 Jan 2013 10:19 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


Deklari Bahawasanya, muafakat asas Kebangkitan Rakyat hari ini meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat beriltizam untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Maka kami, yang berhimpun di sini, mewakili anak semua kaum pada petang ini, dengan penuh iltizam, dan berteraskan falsafah bahawa tidak ada warga dari mana-mana bangsa, agama, jantina mahupun fahaman politk akan disisih atau diabaikan dari sudut sosial dan ekonomi, mengajukan tuntutan-tuntutan seperti berikut:

Pertama: Kami menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus yang merangkumi media yang bebas;

Kedua: Kami menuntut agar prestasi, wibawa dan reputasi FELDA diselamatkan demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka;

Ketiga: Kami menuntut Sabah dan Sarawak diiktiraf adil-setara dengan  Semenanjung Malaysia;

Keempat: Kami menuntut 20% daripada hasil royalti minyak dikembalikan kepada negeri yang menjadi pengeluar petroleum;

Kelima: Kami menuntut kerajaan mengiktiraf dan meningkatkan profesionalisme, menjamin kebajikan dan melindungi masa depan kakitangan awam termasuk guru-guru dan anggota keselamatan;

Keenam: Kami menuntut kehidupan dengan persekitaran alam yang bersih dan menyihatkan;

Ketujuh: Kami menuntut agar bahasa kebangsaan dimartabatkan dan bahasa ibunda kembali dijulang dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di dalam sistem pendidikan negara serta pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia;

Kelapan: Kami menuntut pembebasan semua tahanan politik yang ditahan tanpa keadilan;

Kesembilan: Kami menuntut agar kampung-kampung tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan; dan

Kesepuluh: Kami menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia

Dengan ini, kami yang berhimpun di sini, pada petang ini, sesungguhnya berikrar dan bersetia untuk meneruskan perjuangan sehingga kesemua tuntutan-tuntutan kami didengar dan dipenuhi.

harakah/-

Tuan Ibrahim ziarah peserta HKR112 kemalangan

Posted: 13 Jan 2013 10:15 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Tuan Ibrahim mendoakan agar Daud cepat sembuh)

TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menziarahi Daud Abdul Manan yang kemalangan motosikal ketika pulang dari HKR112 Sabtu lalu.

Beliau yang kini dirawat di Hospital Temerloh cedera apabila motosikal yang dinaikinya terbabas di atas Jambatan Temerloh sebelum R&R Temerloh.

Sumbangan derma dari semua pihak amatlah dihargai.

Daud, seorang penjaja ikan menaiki motosikal dari Terengganu untuk menyertai perhimpunan itu  namun ditimpa kemalangan dalam perjalanan balik.

Beliau yang mempunyai enam orang anak di mana anaknya yang sulung adalah dan baru berusia 17 tahun.

Anak yang ketiga baru 15 tahun,  keempat 11 tahun, kelima berusia lapan tahun dan yang bongsu berusia lapan bulan.

Kepada mana-mana pihak yang sudi memberikan sumbangan kepada beliau boleh terus memasukkannya ke akaun BSN : 1110029849518290 atas nama isterinya,
Mek Wook @ Rohaya Binti Awang.

harakah/-

Sudah 20 tahun kami hadapi masalah ini...

Posted: 13 Jan 2013 10:13 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


PONTIAN: Ini bukan di pendalaman Sabah atau Sarawak tetapi di negeri yang lahirnya parti yang memerintah negara sekarang, Umno iaitu di Johor.
(Inilah jalan kampung kami bila hujan, yang sudah 20 tahun terbiar. Apa berlaku kepada penunggang ini kalau termasuk lopak?)

Sudah pelbagai usaha yang dibuat penduduk kampung ini untuk membolehkan jalan di kawasan mereka ini ditarkan, namun mereka ditendang ke sana ke sini.

"Saya mengadu kepada YB Ahmad Maslan tentang perkara ini, tapi beliau menyatakan jalan itu kawasan Batu Pahat dan bukan kawasannya," cerita Puan Siti Hadijah Bt Bonaim dalam suratnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, masalah ini bukan baru bahkan sudah 20 tahun berlalu.

Masalah yang dihadapi mereka kian ketara apabila musim hujan tiba.

"Sejak kebelakangan ini sering kali hujan, ditambah pula dengan kenderaan besar seperti lori yang melalui jalan tersebut," katanya.

Berikut adalah surat Siti Hadijah kepada Harakahdaily bagi mengadu masalah ini.


Assalamualaikum.

Nama saya Siti Hadijah Bt Bonaim (gambar). Saya wakil penduduk Kampung Parit Abas Darat , 82210, Benut, Pontian, Johor.

Saya ingin membuat permohonan naik taraf jalan di kampung saya dari tanah merah ke tanah tar.

Ini kerana sejak kebelakangan ini sering kali hujan, ditambah pula dengan kenderaan besar seperti lori yang melalui jalan tersebut.

Dalam sehari lebih kurang 20 buah lori menggunakan jalan itu.

Jalan tersebut boleh menembusi ke Rejo Sari, Air Hitam, Parit Raja, dan Batu Pahat.

Jalan tersebut yang belum di tar lebih kurang 1 kilometer lagi.

Sebelum ini pun saya telah mengadu hal ini ke dalam surat khabar Berita Harian, dan menelefon terus kepada Yb Ahmad Maslan, YB Ayub Bin Jamil, Ketua Kampung dan pihak atasan yang lain.
Namun begitu, tiada apa-apa tindakan yang dilakukan.

Saya berasa amat dukacita kerana sudah 20 tahun jalan tersebut tidak di tar.

Saya mengadu kepada YB Ahmad Maslan tentang perkara ini, tapi beliau menyatakan jalan itu kawasan Batu Pahat dan bukan kawasannya.

Tambahan pula, kadang kala hujan di waktu pagi, anak saya hendak pergi ke sekolah susah kerana keadaan jalan yang lecak dan pada waktu panas jalan berabuk pula.

Saya berharap agar pihak tuan datang dan melihat sendiri keadaan jalan ke rumah saya.

Segala kerjasama amat dihargai dan tindakan segera dilakukan.

Jikalau ada sebarang kemusykilan, boleh hubungi di talian ini.  (012-7519037). Ini no telefon suami saya, Sarni Bin Sa'aim.

Tahun Baru Cina: Teras anggap Soi Lek celaru

Posted: 13 Jan 2013 09:47 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyanggah pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

"Kami berpendapat garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian adalah wajar dan tidak  bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," kata Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, amat dangkal dan berbau politik jika soal kesusilaan dan kesopanan dalam majlis awam dilihat sebagai sikap tidak menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak golongan bukan Islam.

Justeru, beliau mempersoalkan apakah Presiden MCA itu sengaja tidak mahu faham bahawa Rukun Negara yang menekankan soal kesusilaan dan kesopanan adalah salah satu asas yang penting yang perlu dipelihara di negara ini.

Katanya, hanya dengan alasan hak golongan bukan Islam MCA menolak peraturan yang berkaitan dengan kesopanan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Kedah adalah sangat sempit dan tidak layak disuarakan dari sebuah parti politik yang sudah begitu lama di negara ini.

Menurutnya, jelas Presiden MCA itu telah bercelaru dalam banyak hal mengenai Islam bukan sahaja beliau telah mempersoalkan isu berjabat tangan antara wanita Islam dengan bukan Islam, isu larangan berjudi, isu hudud malah jelas dalam soal kesopanan awam pun keliru.

"Apakah hak untuk berpakaian tidak sopan dan perlakuan tidak menghormati nilai dan adab dalam masyarakat juga boleh dianggap sebagai hak yang perlu dipertahankan?

"Tidakkah nilai dan adab ketimuran adalah salah satu norma masyarakat di negara ini yang perlu dipelihara?" tanya Mohd Azmi.

Sehubungan itu, tegasnya Teras menyokong garis panduan yang dikeluarkan kerajaan Kedah mengenai penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' yang akan berlangsung di Star Walk Alor Setar pada 15 Februari depan.

Tambahnya, garis panduan yang menggariskan cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau, sangat wajar dan perlu diikuti sebagai pendidikan yang membina nilai masyarakat dalam negara ini.

Baginya, sikap negatif Soi Lek terhadap apa sahaja yang menyentuh persoalan hukum moral dan akhlak melambangkan beliau berpegang kepada sikap yang ultra liberal atas nama hak orang bukan Islam.

Mohd Azmi menambah, Teras yakin bahawa pandangan Soi Lek itu tidak mewakili masyarakat bukan Islam kerana umumnya masyarakat menghormati nilai-nilai kesusilaan dan kesopanan sebagai ciri masyarakat Malaysia yang berteraskan acuan moral kita sendiri.

"Kami menegaskan pihak kerajaan Kedah perlu meneruskan penguatkuasaan peraturan tersebut dan berbincang dengan masyarakat dan penganjur acara mengenai bagaimana sambutan itu dapat berjalan dengan harmonis dan lancar sesuai dengan nilai murni yang disanjung oleh semua kaum di negara ini," ujarnya.

HARAKAH/-

Pakej benih padi kebal mahal

Posted: 13 Jan 2013 09:46 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Mohd Yahya (kanan) mencatat aduan pesawah ketika kunjungan di Sawah Sempadan.
Mohd Yahya (kanan) mencatat aduan pesawah ketika kunjungan di Sawah Sempadan.
TANJONG KARANG - Kebanyakan pesawah di Sawah Sempadan, di sini merungut apabila terpaksa membelanjakan kira-kira lebih RM800 bagi setiap hektar semusim untuk pakej benih padi kebal yang dibekalkan.

Mereka mendakwa satu pakej benih padi kebal ditawarkan dengan RM110 sehingga RM120 termasuk kos penghantaran itu mahal dan kurang berkualiti.

Ketua Blok T1, Mohd Faizal Salleh, 32, berkata, pesawah hanya akan menerima 20 kilogram benih padi dengan 20 gram racun satu pakej benih.

"Jika dibandingkan harga kilang, bagi 20 kilogram padi dibekalkan hanya bernilai RM28 sahaja dan menyebabkan pesawah menilai harga racun termasuk kos penghantaran berjumlah lebih RM80.

"Bagi satu petak sawah berkeluasan 1.2 hektar memerlukan tujuh atau lapan beg benih padi 20 kilogram dan jika dikira kos keseluruhan, ia terlalu tinggi dan tidak menguntungkan pesawah," katanya.

Mohd Faizal berkata, harga jualan padi masih sama iaitu pada takat harga RM1,250 pertan dan pesawah akan menanggung kerugian apabila didapati 20 peratus benih yang dibekalkan perbeg tidak berkualiti.

"Harga benih padi mahal, belum tentu semua benih ini akan membesar, malah pesawah juga terpaksa menanggung kos membeli racun tambahan bagi membendung masalah haiwan perosak seperti tikus dan siput," katanya.

Seorang pesawah, Ahmad Mukri, 60, berkata, walaupun benih padi kebal yang dibekalkan agak mahal berbanding benih padi biasa, namun hasil padi yang diperolehi meningkat berikutan padi tidak mengalami serangan atau kerosakan.

"Mungkin formula racun yang disediakan bersesuaian dengan benih padi kebal, namun ia tidak boleh digunakan lebih tiga musim kerana boleh merosakkan tanah.

"Jika dibandingkan dengan bekalan benih padi terdahulu, harga yang disediakan tidak mahal namun petani terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis serangan dan kerosakan padi jika tidak dijaga dengan rapi.

"Meskipun benih padi kebal ini mampu meringankan kerja pesawah, namun jika dapat dikurangkan harga di bawah RM100, ia cukup melegakan kami," katanya.

Seorang lagi pesawah, Sahril Salimon, 28, memohon supaya supaya harga benih padi dapat dikurangkan bagi membolehkan pesawah menampung kos penanaman padi yang semakin meningkat.

"Harga jualan benih padi sewajarnya dipantau memandangkan harga yang dikenakan berbeza di setiap kawasan, malah pesawah berhak mengetahui harga sebenar benih padi serta pakej racun yang dibekalkan pengilang bagi mengelakkan kekeliruan atau ditipu," katanya.


Jangan ambil jalan mudah

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, isu ini sering dibangkit pesawah setiap musim, namun rungutan mereka tidak sampai kepada pihak yang bertanggungjawab.

"Isu harga berkaitan padi ini sepatutnya dikawal sepenuhnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan bukannya mengambil jalan mudah untuk diswastakan sekali gus menekan pesawah dengan pelbagai masalah.

"Meskipun benih padi mempunyai subsidi kerajaan, namun pesawah masih merungut harga yang dikenakan mahal dan keliru harga sebenar racun yang dibekalkan.

"Mereka hanya tahu harga sepakej yang dibekalkan dalam lingkungan RM110 sehingga RM120 termasuk kos penghantaran bergantung kepada caj yang dikenakan pembekal," katanya.

Mohd Yahya berkata, permohonan pesawah yang mahu mendapatkan bantuan kerajaan negeri melalui input sokongan akan dipanjangkan kepada pihak berkenaan.

"Kita sedia maklum kerajaan negeri ada menyediakan bantuan seperti baja dan racun kepada pesawah yang memerlukan, Saya akan bangkitkan permohonan ini kepada Exco terlibat," katanya.


Kementerian akan kaji semula

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kementerian akan melakukan kajian dari segi kos pakej benih padi yang boleh menguntungkan petani.

"Saya difahamkan, racun dibekalkan untuk benih padi kebal hanya sekali pakai sahaja dan pendekatan ini mengurangkan tenaga dan menjimatkan masa pesawah.

"Bagaimanapun, kementerian sedang menjalankan kajian dari segi kos racun subsidi dan baja tambahan yang dibekalkan berikutan timbulnya rungutan berhubung isu benih padi kebal mahal.

"Kalau guna benih padi biasa, pesawah perlu mengeluarkan kos tinggi untuk menjaga hasil mereka memandangkan risiko serangan penyakit dan kerosakan tinggi jika dibandingkan penggunaan benih padi kebal ini.

"Kita akan kaji kebaikan dan keburukan penggunaan benih padi kebal ini kerana yang penting, hasil pengeluaran padi dapat dipertingkatkan," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Program Turun Padang Parit Empat, Sungai Burong.

Mengulas lanjut isu padi angin, Noh menjelaskan, sebelum ini pembekal diberi ingatan supaya setiap satu kilogram, padi angin tidak boleh melebihi 10 biji.

"Pembekal juga diwajibkan menggunakan mesin pemisah benih padi dan apabila syarat ini dikenakan, saya lihat rata-rata hasil padi meningkat," katanya.

SINAR/-

Lagi empat hari pertandingan tamat

Posted: 13 Jan 2013 08:00 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -



Peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran tinggal empat hari lagi. Tarikh akhir penghantarannya ialah pada 18 Januari 2013 ini. Mana-mana yang ingin menghantar tulisan mereka dinasihatkan agar tidak menunggu sehingga tarikh akhir.

Para penulis juga sewajarnya tidak melepaskan peluang untuk memenangi hadiah yang begitu lumayan iaitu hadiah utamanya wang tunai bernilai RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000 serta 17 tulisan lain akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM100.

Peraduan ini meminta peserta menulis artikel berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;

"Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.

Tujuan peraduan ini diadakan ialah untuk mengajak rakyat agar berfikir dan menuntut kerajaan yang adil dibentuk di negara ini; mendekatkan rakyat dengan ayat al-Quran; dan mengajak rakyat agar berhujah dengan al-Quran.

Sebelum mengirim tulisan, anda dinasihatkan agar membaca dengan teliti syarat penyertaan dan memahaminya agar menepati kehendak penganjur. Kepada yang berminat masih belum terlambat untuk menyertainya dengan menghantar artikel mereka ke emel budayaharakahdaily@gmail.com

HARAKAH/-

Keluarga mentua ‘ganas’

Posted: 13 Jan 2013 07:40 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

FotoPasir Puteh: Perkahwinan yang dikatakan tidak direstui selama tiga tahun semakin pahit untuk dilalui seorang ibu muda apabila dia mendakwa menjadi mangsa belasahan keluarga mentuanya yang mengikat kedua-dua kaki dan tangannya sebelum disepak bertubi-tubi dalam kejadian di Kampung Batu Sebutir, pagi kelmarin.
 
Lebih menyedihkan apabila mangsa yang berusia 29 tahun itu merayu supaya tindakan terbabit dihentikan, namun ia tidak diendahkan, malah kepala mangsa dihantuk ke dinding rumah dalam kejadian jam 7 pagi itu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum dibawa pulang ke rumah kakaknya di Kampung Padang Pak Amat, di sini, dan ditahan di wad semalaman di Hospital Tengku Anis (HTA) untuk rawatan.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Liza berkata, pada mulanya dia berselisih faham dengan suami berusia 34 tahun sebelum lelaki itu keluar rumah akibat tidak berpuas hati apabila ditegur kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Ibu mentuanya kemudian melarikan anak lelakinya yang berusia 12 bulan ke rumah saudara terdekat supaya tidak melihat kejadian itu.

METRO/-

Deepak: Saya hanya mahu dedah penyelewengan

Posted: 13 Jan 2013 07:00 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


 
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menafikan bahawa siri serangannya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermotifkan kepentingan peribadi.

Katanya, beliau melakukan pendedahan berkenaan secara ikhlas untuk mendedahkan penyelewengan kerajaan.

"Saya melakukannya untuk kepentingan awam; saya tiada apa-apa keuntungan daripada ini... Kesemuanya disokong oleh dokumen," katanya.

Beliau juga menafikan bahawa tindakan berkenaan dilakukannya untuk memeras ugut.

"Saya tidak diberikan apa-apa dan saya tidak meminta apa-apa sebagai balasan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini pada hari Jumaat lalu.

Beliau seterusnya ditanya mengenai pengambilalihan syarikatnya, AstaCanggih Sdn Bhd oleh Lembaga Angkatan Tentera Malaysia dengan jumlah RM30 juta selepas beliau tidak putus-putus menyerang perdana menteri.

Menjawab persoalan itu, Deepak menunjukkan beberapa dokumen dan menegaskan bahawa beliau dipaksa untuk menerima urusniaga berkenaan untuk menutup mulutnya.

Satu daripada dokumen berkenaan, bertarikh 26 Disember menunjukkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri menjalankan siasatan ke atasnya di antara 2004 hingga 2009 berhubung isu mengelak bayaran cukai dan juga notis rampasan bertarikh 12 Disember, kata Deepak.

Tambahnya, beliau boleh memilih untuk menerima tawaran tersebut atau menderita akibat rampasan harta berkenaan.

Selain itu, beliau mendakwa bahawa LHDN turut menyerbu premisnya hampir tiga tahun lalu dan merampas dokumen daripadanya, yang menyebabkan beliau sukar untuk membuktikan kewangannya.

Pengambilalihan syarikat Deepak oleh LTAT diumumkan di Bursa Malaysia pada 27 November.

Deepak menegaskan bahawa beliau hanya mampu menampung kos dengan bayaran RM30 juta itu dan ia juga bermakna beliau tidak berjaya memperolehi tanah bernilai tinggi di Bukit Raja yang dijanjikan olehnya olehy Ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.

"Tiada siapa tahu berapa malam saya tidak tidur disebabkan semua tekanan yang saya perlu hadapi.

"Jika ini adalah untuk kepentingan peribadi, saya tidak mahu melalui segala proses ini. Saya tidak fikir sesiapapun akan mahu laluinya," katanya.

malaysiakini/-

Pelajar ambil risiko setiap hari

Posted: 13 Jan 2013 06:40 PM PST

Zulkepli 2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Zulkepli terpaksa membasuh bas sekolah setiap hari untuk keselesaan pelajar.
 
MARAN - Ibu bapa di penempatan tiga estet dekat Pekan Sri Jaya resah memikirkan keselamatan anak mereka yang terpaksa menempuh perjalanan berbahaya bersama ratusan lori muatan berat pada setiap hari untuk ke sekolah berdekatan sama ada dengan menunggang motosikal atau menaiki bas sekolah.

Pelajar berbilang kaum dari estet  Asia Farm Oil, Asia Pahang dan Ladang Maran itu tiada pilihan lain memandangkan laluan tanah merah tersebut merupakan satu-satunya jalan keluar masuk ke penempatan mereka sejauh 25 kilometer untuk bandar terdekat iaitu Pekan Sri Jaya.

Walaupun ada dalam kalangan pelajar terbabit yang mengambil keputusan untuk tinggal di asrama terutama bagi pelajar bakal menduduki peperiksaan utama.

Sebahagian lain berulang-alik dari setiap hari ke Sekolah Kebangsaan (SK) New Zealand dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran.


Kongsi jalan dengan kenderaan berat

Seorang bapa, Abd Rashid Mat Nor, 46, berkata, jalan tanah merah itu digunakan penduduk sejak sekitar tahun 70an namun malangnya kini,

mereka terpaksa berkongsi dengan lori membawa muatan tanah, balak, dan bijih besi.

Menurutnya, keadaan jalan bertambah teruk sejak empat tahun lalu selepas beberapa lombong bijih besi beroperasi di kawasan tersebut dengan permukaan berbonggol, lubang, lopak dan berbatu sehingga menyebabkan kerana tempoh perjalanan bertambah panjang.
"Anak saya akan keluar seawal jam 5.30 pagi dengan menunggang motosikal agar tidak lewat sampai di sekolah.

"Jika musim hujan, jalan berlumpur dan licin manakala bila musim panas, pelajar terpaksa menempuh laluan berdebu terutama ketika berselisih dengan deretan lori.

"Tayar motosikal pancit sudah banyak kali berlaku selain pakaian sekolah yang kotor teruk kerana debu," katanya.

Pengusaha bas sekolah, Zulkepli Abdullah, 62, berkata, kerosakan jalan menyebabkan pelajar sekolah terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi kerana bas sekolah bertolak sebelum jam 5.30 pagi.


Bas gerak awal pagi

Menurutnya, bas bergerak keluar awal bagi mengelak kemungkinan masalah timbul berdasarkan kejadian sebelumnya seperti bas tersangkut atau mengalami kerosakan lain.

"Bas tidak mempunyai penghawa dingin maka pelajar terdedah kepada habuk dan debu sekali gus menjejaskan kesihatan mereka.

"Saya mengambil masa satu jam setengah untuk keluar ke Sri Jaya dan pelajar sampai rumah selewat jam 7 malam.

"Keadaan ini membuatkan pelajar tidak selesa dan malas hendak ke sekolah akibat letih sekali gus mengganggu prestasi pelajaran mereka," katanya.

Zulkepli berkata, kenderaan berat yang mengangkut tanah ke kilang memproses bijih dipandu warga asing secara merbahaya tanpa memikirkan pengguna kenderaan ringan lain.

Menurutnya, lori membawa tanah merah ke kawasan lombong memandu laju dan memotong sesuka hati tanpa memberi isyarat serta bergerak melawan arus.

"Mereka sering beriringan seakan berlumba sehingga memaksa kami memberhentikan kenderaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Walaupun berisiko bahaya dan mengancam keselamatan pelajar tapi kami terutama ibu bapa tiada pilihan," katanya.

sinar/-

Remaja derita ketumbuhan ovari, dipandang serong gara-gara perut membesar

Posted: 13 Jan 2013 06:30 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Remaja derita ketumbuhan ovari, dipandang serong gara-gara perut membesar
Rohani (dua kiri) menunjukkan keadaan perut Widdad yang membengkak selepas mengalami ketumbuhan ovari kepada Wan Azlan (tiga kanan).
 
KUANTAN - Seorang remaja tidak menyangka, kesakitan pada bahagian kiri perutnya sejak November tahun lalu yang disangkanya hanya penyakit biasa rupanya boleh meragut nyawa.

Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini, Widdad Shairi berkata, dia tidak mengesyaki sebarang masalah serius sehinggalah pemeriksaan lanjut dijalankan di hospital minggu lalu.

Menurutnya, selepas mendapati perutnya mengeras dan bengkak, dia bersama kedua  ibu bapa, Shairi Mohd Yunan, 51, dan Rohani Osman, 43, mengambil keputusan ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

"Saya sering rasa sakit pada bahagian kiri perut, selepas rujuk pakar di HTAA, Khamis lalu, doktor mengesahkan saya mengalami ketumbuhan  ovari.

"Walaupun terkejut dengan keputusan pemeriksaan itu, tetapi saya reda dan dalam masa sama berharap berpeluang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Balok Pine, di sini.
Widdad berkata, dia kini berdebar menunggu masa untuk menjalani pembedahan yang dijangka pada 25 Januari ini.

Menurut anak ketiga daripada enam beradik itu, keadaan perutnya yang membengkak mengganggu keselesaan terutama pada waktu tidur kerana terpaksa mengiring.

Katanya, dia juga terkilan apabila ada segelintir pihak memandang serong terhadap dirinya selepas melihat perutnya yang membesar kerana tidak mengetahui perkara sebenar.

"Bagaimanapun, keluarga sentiasa memberi sokongan, malah rakan sekelas sering melawat saya di rumah kerana saya tidak mampu ke sekolah sepanjang tahun ini," katanya.

Ibunya, Rohani berkata, buat masa ini, Widdad bercuti dan dia sudah memaklumkan pihak sekolah mengenai perkara itu.

Bagaimanapun katanya, dia terkilan dengan saranan seorang guru di sekolah anaknya yang menyarankan Widdad berhenti sekolah.

"Guru tersebut tidak seharusnya berkata demikian, malah dia juga tidak bertanya mengenai keadaan anak saya.

"Malah guru kelasnya turut diarahkan supaya menghantar surat amaran kepada anak saya atas alasan ponteng," katanya.

Rohani berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu sehinggalah anaknya selesai menjalani pembedahan tidak lama lagi.

Penderitaan Widdad turut mendapat perhatian Badan Kebajikan Kemanusiaan Seluruh Mukim Beserah dan Sungai Karang (Bakkiss) yang hadir menyampaikan sumbangan kewangan.

Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh berkata, pihaknya menziarahi Widdad selepas dimaklumkan mengenai penderitaan remaja itu.

Katanya, Bakkiss sedaya upaya membantu keluarga tersebut termasuk hal persekolahan selepas pembedahannya selesai.

sinar/-

4 jam ‘ditawan’ penjenayah

Posted: 13 Jan 2013 06:20 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

FotoPermatang Pauh: Membonceng motosikal sejauh 70 kilometer bersama penjenayah yang sedang diburu polis menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan Mohd Khairul Anaz Fadzly, 19, selepas menjadi 'tawanan' selama empat jam kepada lelaki terbabit, malam kelmarin.

"Saya mengikut kemahuan lelaki itu kerana takut dicederakan selain bimbang motosikal dibawa lari.
"Saya dibawa melalui jalan kampung dari Bukit Indera Muda menuju ke Sungai Bakap, Bandar Perda, Pekan Bukit Mertajam sebelum kembali ke Berapit," katanya.

Menurutnya, dia meninggalkan lelaki berkenaan di sebuah kafe siber selepas membuat helah terpaksa mengambil adiknya yang pulang kerja dan memberi wang RM5.

Katanya, kesempatan itu digunakannya ke Balai Polis Kubang Semang untuk memaklumkan mengenai lelaki itu sebelum sepasukan polis menahannya yang masih berada di dalam kafe siber terbabit.

metro/-




































































































































[BERGAMBAR] HKR112 Di Kota London & Kaherah Mesir

Posted: 13 Jan 2013 06:00 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


Rakyat Malaysia berarak dari Trafalgar Square ke Parlimen

LONDON, 13 Jan : Sekumpulan rakyat Malaysia di bandar raya ini menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai tanda solidariti kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang berhimpun d Stadium Merdeka semalam.

Mereka membawa bendera Malaysia, melaungkan slogan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil serta kain pemidang bertulis, 'bebaskan media Malaysia, 'bersihkan senarai undi', 'kerajaan Malaysia paling rasuah di dunia' dan 'Jom balik undi'.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Trafalgar Square melalui Downing Street menuju ke tapak himpunan di depan bangunan Parlimen Westminster.

Perhimpunan yang turut disertai kanak-kanak itu berlangsung aman, dengan polis trafik London mengawal lalu lintas sepanjang perjalanan.

Dalam jemputan facebook Himpunan Kebangkitan Rakyat London KL112, penganjur menetapkan jam 12 tengah hari waktu London untuk berkumpul di Trafalgar Square dan menggalakkan peserta memakai baju kuning.

Penganjur turut menyatakan rasa gembira apabila mengetahui Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 berlangsung aman di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

Peserta turut membacakan semula ikrar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan yang meminta rakyat Malaysia untuk pulang dan menjadi pemantau pilihan raya sempena kempen 'Citizen Election Observers' (Masyarakat Pemerhati Pilihan Raya) Selain kota London dan Kuala Lumpur, Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 turut diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, Jordan, Kaherah, Mesir dan bandar lain diseluruh dunia.

Lebih 500,000 rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Merdeka semalam, yang dianggap sebagai perhimpunan paling besar dan paling aman dalam sejarah. -KD


500 rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun


Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.

Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.

Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mesir Malaysia (Ilmam) Mohd Asri Md Daud ketika dihubungi, menyatakan kekesalan terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kedutaan Mesir kepada rakyat dan pelajar Malaysia di sana.

"Bukan persoalannya himpunan atau tidak, tetapi ancaman itu adalah satu unsur tidak profesional dan menafikan hak demokrasi rakyat Malaysia dan di Mesir," tambah asri.

Ilmam juga akan menghantar memorandum dalam masa terdekat ke Kementerian Luar bagi menyatakan kekesalan terhadap duta dan kedutaannya yang tidak mencerminkan sikap terbuka kerajaan yang membenarkan HKR di Stadium Merdeka.
-HD



Pas: Semua boleh guna tapi tidak boleh terjemah nama ALLAH

Posted: 13 Jan 2013 05:45 PM PST

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KUALA LUMPUR - Majlis Syura Pas memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan rasmi Majlis Syura, dipetik Harakah Daily hari ini.

Majlis itu mengadakan mesyuarat malam tadi.
sinar/-

Isu Kanak-kanak: UMNO BN Boleh, Org Lain Tak Boleh, Mengapa Dwi Standard?

Posted: 13 Jan 2013 05:40 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


Mengapa ada kanak-kanak di himpunan Najib?

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyelar kerajaan kerana bertindak dwistandard dengan membenarkan anak kecil dan siswa hadir ke satu program bersama perdana menteri semalam, tetapi menghalang golongan berkenaan hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

Setiausaha agung Mipas S Barathidasan berkata acara perdana menteri di Semenyih semalam disertai kanak-kanak dan golongan pelajar.

Namun, polis mengumumkan untuk menyiasat penganjur berhubung kehadiran kanak-kanak di perhimpunan dihadiri 100,000 orang di stadium bersejarah itu semalam.

Beberapa universiti turut mengeluarkan larangan kepada siswa supaya tidak hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur itu.

"Mipas mempersoalkan kenyataan menteri pengajian tinggi yang tidak menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan ini.

"Pada masa sama, polis memberi amaran bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Persoalannya mengapa wujud dwistandard seperti ini?

"Mengapa tiada larangan atau amaran daripada polis atau menteri pengajian tinggi, mengapa ada kanak-kanak dan pelajar dilihat di acara bertemu rakyat dengan Najib anjuran IPF (Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia) di Dataran Tesco di Semenyih?

"Secara asasnya, kedua-dua acara perhimpunan perhimpunan orang ramai," kata Barathidasan. -mk


Kebajikan Penduduk Rh Mangun Diabaikan Serta Tiada Kemudahan Asas

Posted: 13 Jan 2013 05:30 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

NIAH –Rumah (Rh) Mangun sungai Sebatuk, Suai terletak dalam DUN Bekenu. Majoriti penduduknya kaum Iban dan ada juga keluarga Muslim tinggal di rumah panjang tersebut.  Kebanyakkan mereka bekerja sebagai petani dan ada juga bekerja dengan syarikat swasta.

Perjalanan dari bandaraya Miri ke Rh Mangun di Pekan Niah mengambil masa lebih dari 1 jam. Jalan masuk ke Rh Mangun lebih kurang 2 kilometer, jalannya agak teruk dan berlumpur. Apabila musim hujan jalannya becak dan licin.

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di Rh Mangun adalah jalanraya dan juga bekalan air bersih. Mereka sudah banyak kali memohon kepada pihak berkuasa untuk menurap jalan masuk kampung dengan tar dan juga menyalurkan bekalan air bersih, tetapi sehingga kini masalah tersebut belum dapat diatasi.

Mereka terpaksa menadah air hujan untuk keperluan harian mereka, apabila musim kemarau mereka terpaksa menggunakan air sungai yang berdekatan. Menurut mereka lagi, air sungai tersebut tercemar dengan bahan sisa dari ladang kelapa sawit yang berdekatan.  Air takungan kering serta sukar untuk mendapat air bersih apabila musim kemarau. Mereka juga belum menerima tangki 1Malaysia dari pihak kerajaan, sedangkan ada rumah yang berdekatan dengan Rh Mangun mendapat tangki tersebut.

Selain masalah jalanraya dan bekalan air bersih, terdapat seorang warga emas dan juga ibu tunggal mengadu masalahnya kepada pihak kami. Sengayan Anak Jinga berumur 76 tahun telah beberapa kali mohon bantuan dari pihak jabatan kebajikan masyarakat Miri tetapi sehingga kini beliau belum mendapat sebarang bantuan.

Menurut beliau lagi, setelah kematian suaminya 10 tahun yang lalu sehingga kini tiada sebarang bantuan diterima dari jabatan kebajikan masyarakat. Beliau sangat berharap pihak kebajikan dapat membantu meringankan bebannya dengan segera setelah sekian lama menunggu.

Kita mengesa pihak berkuasa serta mereka yang berkenaan segera membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan kebajikan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Begitu juga masalah infrastruktur, kemudahan asas serta kebajikan rakyat perlu diberi perhatian dan jangan hanya menunggu musim tertentu barulah datang untuk membantu.

Kita berharap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera dan kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


Perhimpunan KL112 jadikan PRU13 pertempuran lebih menarik

Posted: 13 Jan 2013 05:41 AM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur semalam menghidupkan semula impian Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya dari Barisan Nasional (BN) yang menggunakan gabungan dasar dan pemberian untuk menggembalikan sokongan, kata penganalisis politik.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider kemampuan PR untuk menghimpunkan sehingga 100,000 bagi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan kepentingan orang ramai dalam isu-isu diperjuangkan akan menjadikan pilihan raya umum (PRU) pertempuran hebat untuk kedua-dua gabungan.

PR menganggarkan hampir 500,000 hadirin pada perhimpunan di Stadium Merdeka yang ikonik itu tetapi polis berkata paling ramai 45,000 orang.

Videographer David Lim berkata perhimpunan kali ini berjaya. – Gambar-gambar oleh Boo Su-Lyn
"Tidak kira apa angka sebenar hadirin, gambar dari udara daripada peristiwa itu menunjukkan peserta yang sangat ramai, mencerminkan keupayaan pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menggerakkan orang ramai," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.


"Tetapi selain daripada mempamerkan keupayaan penganjur, ia juga menunjukkan semangat dan tenaga penentangan terhadap kerajaan, memberi penekanan hakikat pertandingan pilihan raya akan datang tidak syak lagi akan menjadi yang paling sukar dihadapi parti pemerintah dalam sejarah," tambahnya.

Pengarah Center for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee mengatakan perhimpunan tersebut merupakan "kemenangan nyata" bagi kedua-dua parti pembangkang dan badan bukan kerajaan, memetik kehadiran besar-besaran, tingkah laku berdisiplin peserta dan konsensus "menggerunkan" yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menentang pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Semua petunjuk ini akan menyebabkan kekecewaan dalam BN," katanya.

Akan tetapi penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memberikan pandangan berbeza.

"Apabila perhimpunan besar seperti ini tidak terganggu dan berjalan dengan begitu aman, mengapa ianya tidak menarik satu juta penyokong seperti dijanjikan oleh Pakatan Rakyat?" soalnya.

Menjelang acara tersebut, penganjur perhimpunan menganggarkan kehadiran seramai satu juta orang, walaupun kapasiti tempat duduk di Stadium Merdeka hanya memuatkan 30,000 orang.

Perhimpunan yang memperlihatkan orang berpakaian t-shirt dalam warna berbeza bagi menggambarkan isu diperjuangkan, dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan pelbagai kumpulan masyarakat sivil sebagai wadah terakhir mengetengahkan tuntutan mereka sebelum pilihan raya umum diadakan menjelang Jun.

"Jadi, satu kesan dari peristiwa ini adalah kita tidak boleh sentiasa percaya dengan semua yang pihak-pihak ini beritahu kita. Mereka sentiasa menaikan angka.

"Kadang-kadang, mereka hanya perlu menjadi realistik. Anda tidak boleh menjanjikan sesuatu yang di luar jangkauan anda ... anda hanya akan memberikan harapan palsu," kata Agus.

Akan tetapi dari sisi positif pula, pensyarah itu mengatakan perhimpunan yang berjalan lancar itu, berkemungkinan perhimpunan awam terbesar dalam tahun-tahun kebelakangan ini, harus ditandakan sebagai satu penanda aras kepada pertumbuhan demokrasi di Malaysia.

Beliau mengatakan suasana karnival perhimpunan dan peserta dari pelbagai bangsa dan latar belakang turun bersama-sama untuk dengan satu tujuan cukup untuk menyebabkan seseorang menitiskan air mata.

"Ia menyebabkan semua orang gembira untuk mendapatkan permit. Ia menunjukkan kita rakyat Malaysia sudah boleh mengekspresikan hak kita secara aman. Ini adalah apa yang dikatakan sebagai demokrasi," katanya.

Agus menambah salah satu kesan terbesar dari perhimpunan ini adalah ia membantu pengundi membuat keputusan mereka untuk pilihan raya dengan meletakkan mereka dalam "kedudukan terbaik untuk menilai parti mana adalah yang terbaik".

Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat beberapa janji pilihan raya dihadapan orang ramai yang kebanyakannya Melayu di Stadium Merdeka.

Kerani Laila Mahmud mengatakan bahawa kos sara hidup semakin meningkat.
Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas perhimpunan, ramai peserta perhimpunan kelihatan bersemangat dan bersungguh-sunguh mahukan berlakunya perubahan terhadap penguasaan di Putrajaya selepas PRU ke 13.

"Ini adalah kemuncak sebelum PRU 13," kata Md Ishak, seorang Dispatch merujuk kepada pilihan raya.

"Kami marah kepada kronisme. Mereka merompak kita. Kami sangat marah kepada pemimpin sekarang."

"Saya merasa positif selepas acara ini. Saya selalu marah kepada BN," kata lelaki berumur 36 tahun itu sambil menambah beliau akan mengajak rakan-rakannya untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang.

Laila Mahmud seorang kerana mengatakan, selepas mendengar isu-isu dibangkitkan semasa perhimpunan, beliau merasakan kerajaan BN harus digulingkan.

"Di bawah kerajaan hari ini, semuanya mereka kawal. Kami tidak boleh menyatakan ketidakpuashatian kami," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Suara rakyat tidak didengari oleh kerajaan hari ini," tambahnya.

Laila juga menyatakan keyakinannya dengan kemampuan PR untuk menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan persekutuan berkredibiliti.

"Mereka memperjuangkan apa yang rakyat tak boleh dapat. Contohnya harga minyak, barangan, kebebasan untuk memilih kerajaan, pilihan raya adil," katanya.

Pekerja kilang Shamsuddin Hassan, 37 tahun berkata perhimpunan menunjukkan kebangkitan rakyat.

"Ia menambahkan keyakinan kami untuk menukar kerajaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Saya rasa Pakatan lebih baik. Kita dengar sebentar tadi tentang pelbagai isu, contohnya isu lembu, orang yang bersalah, isu royalti minyak, tambah Shamsuddin merujuk kepada skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menyebabkan seorang menteri meletakan jawatan.

Nasrias Awang seorang suri rumah yang memandu dari Besut, Terangganu untuk menyertai perhimpunan mengatakan BN harus ditendang keluar sebagi kerajaan pusat.

"Saya yakin Pakatan Rakyat akan membawa sesuatu yang baik. Saya yakin perhimpunan akan membangkitkan semangat dikalangan rakyat," katanya yang berusia 45 tahun itu.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan