Khamis, 24 Januari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 24 Jan 2013 01:34 PM PST

Duke of UMNO


GEMPARRR..!!! MAHASISWA KUIN MENGAMUK DI KAMPUS BARU KUALA KETIL..???

Posted: 24 Jan 2013 01:37 AM PST


Apa dah jadi ni Azizan? Blogger-blogger pencacai PAS Kedah dok sebok promote bangunan baru kampus baru KUIN kat Kuala Ketil. "Hebat"nya bukan main..!!! (Ellehhh..kerajaan BN buat kampus lebih hebat dari tu...tak hutang kat bank pun...)

Ni awat yang mahasiswa KUIN mengamuk pulak ni? Sampai buat protes!!! 

Apa yang aku dengar, KUIN tak jaga kebajikan mahasiswa di sana. Mahasiswa disuruh pindah ke kampus baru tu sedangkang prasarana tak lengkap. Dalam ertikata lain, SEMUA BANGUNAN TU TAKDAK CF..!!!



Sejak bila Azizan jadi "bijak sangat" sampai suruh pelajar pindah dan duduk kat bangunan takdaf CF? Kalau jadi apa-apa siapa nak tanggung?


Dah la takdak CF..kemudahan air, letrik dan sebagainya bermasalah! Dah la lagu tu, rumah yang depa sewa pun mahal-mahal belaka. Harga melambung tinggi..!!! Ni puak-puak PAS nak cari makan  lebih dengan aniaya pelajar ka?

Education is not for business. Yup! Betul tu. Sebagai sebuah negeri "berkebajikan", Azizan kena la suruh Setpol atau Zul Ya publish cerita yang betoi..!!! Jangan dok mengampu dengan bangunan takdak CF...bingai betul laaa..!!! Heh!

PANASSS..!!! MANA NIZAR NAK LARI LAGIII..???

Posted: 23 Jan 2013 10:37 PM PST


Mana lagi Nizar nak lari? Khabarnya dia kena kepong keliling Perak..!!! Teruk juga dia kena "balun" tiap-tiap malam..heh! Apa lagi dia nak "auta" tu yooopppp..!!!

Entah la apa jenis kulit muka si Nizar ni. Rasanya dah bukan kulit lagi dah. Dah jadi tembok dah tebalnya muka Nizar bila dia digelar sebagai "PEMBOHONG BERSIRI"..!!!

Tapi kira okay la tu. Kurang-kurangnya, "baik sikit" dari Anwar Berahim. Anwar lagi teruk kena..."PELIWAT BERSIRI" woooo...!!!


Rupanya cerita yang aku dengar dari member aku kat Perak tu memang betul. Ia disahkan sendiri oleh laporan berita dari Utusan...heh!

Nizar dimalukan depan penyokong sendiri

PARIT 23 Jan. - Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang semakin aktif berceramah di sekitar Perak kebelakangan ini dibayangi jentera UMNO yang mengekorinya bagi membongkar segala tohmahan yang dilemparkan pemimpin itu. 

Terbaharu, hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu untuk memperdayakan rakyat dalam siri ceramahnya di Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, di sini malam tadi tidak kesampaian apabila jentera UMNO turut mengadakan ceramah di tempat sama.

Malahan, pemimpin Pas itu dimalukan apabila lebih 15 klip video yang membuktikan tohmahannya dalam beberapa isu sebelum ini dimainkan dalam ceramah yang berlangsung hampir tiga jam.

Majlis ceramah bertajuk 'Mohammad Nizar Pembohong Bersiri' itu turut didengari dengan jelas para penyokong Pas yang hadir memandangkan lokasi kedua-dua parti itu berceramah hanya dibezakan kira-kira 50 meter. 

"Saya tidak minta anda percaya bulat-bulat apa yang saya cakap, tetapi minta anda lihat dan menilai sendiri semua video ini yang menunjukkan betapa Mohammad Nizar ini selalu berbohong kepada rakyat," kata penceramah UMNO, Hanafiah Man ketika berceramah dalam majlis tersebut. - UTUSAN

GEMPARRR..!!! ORANG PAS MALU MENGAKU AHLI PAS..!!!???

Posted: 23 Jan 2013 08:37 PM PST

PAS PIJAK DAP

Puak-puak PAS di akar umbi memang marah pada DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh, yang baru-baru ini meminta parti itu mengkaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Di Pulau Pinang, sekumpulan akar umbi PAS hilang sabar dan telah bertindak memijak bendera DAP serta mendesak pucuk pimpinan parti mereka keluar dari Pakatan Haram ekoran kenyataan Karpal yang biadap itu.

Demonstrasi di Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar, bersama kumpulannya mencabar Karpal supaya melangkah mayat mereka dulu dalam mempertahankan fatwa Majlis Syura PAS.


Selain Karpal, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut "dibalun" habis-habisan oleh kumpulan tersebut dan mereka meWAJIBkan pucuk pimpinan PAS supaya bertindak keluar dari gabungan pembangkang serta merta.

Menurut mereka, akar umbi PAS di seluruh negara sudah tidak tahan lagi "diperguna", "diperlekeh", dan "dibisukan" sehingga mereka dilihat seolah-olah pengecut yang takut kepada DAP dan PKR sejak bergabung di dalam Pakatan Haram.

Turut dikutuk kumpulan itu ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang dilihat "selesa berkerusi empuk" di sebelah Lim Guan Eng yang mencetus kemarahan umat Islam berhubung isu berkenaan.

Melihat kemarahan akar umbi PAS tersebut, saya tertanya-tanya, apakah respon balas yang bakal diambil oleh pucuk pimpinan PAS?

Apakah mereka masih lagi tidak sedar-sedar diri diperkotak-katikkan oleh DAP dan PKR yang selama ini menjadi "sahabat syaitan" PAS untuk menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam Malaysia yang diketuai oleh saudara seagamanya?

Apakah Abdul Hadi dan Nik Aziz masih lagi mahu mempertahankan hubungan "terlarang" mereka dengan DAP dan PKR? Sedangkan akar umbinya kini terlalu malu dengan kedudukan PAS yang sangat hina dipermainkan "sahabat-sahabat syaitan" mereka itu!

Sudah hampir lima tahun para penyokong dan akar umbi PAS menahan sabar dan memendam rasa malu mereka melihat PAS "dikeldaikan" DAP dan PKR.

Mereka sangat malu bila PAS tunduk pada desakan DAP dan PKR yang mahu parti mereka menggugurkan perjuangan menubuhkan Kerajaan Islam serta perlaksanaan hukum hudud yang dimansuhkan secara aib.

Boleh dikatakan hampir setiap hari para penyokong PAS di akar umbi menahan malu bila rakan-rakan mengusik mereka dengan sindiran pedih membayangkan PAS yang kini huru-hara, caca merba dan hilang arah tuju sejak "bersahabat dengan syaitan".

Mungkin Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu dan pucuk pimpinan PAS sanggup bermuka tembok kerana dijanjikan jawatan oleh Anwar Ibrahim. Mungkin kerana jawatan tinggi di dalam medan politik menjadi keutamaan para pemimpin PAS…

Tapi apa yang akar umbi PAS dapat? Mereka hanya dapat melihat bagaimana maruah diri mereka dan Islam dipijak-pijak oleh DAP dan PKR? Maruah diri yang tergadai, rasa malu yang amat sangat dan hilang kehormatan yang menghantui akar umbi PAS, bukan?

Mahukah pucuk pimpinan PAS mendengar suara akar umbi mereka yang sudah hilang sabar? Mahukah para pemimpin PAS keluar dari Pakatan Haram? Atau mereka lebih selesa untuk terus menjadi "keldai tunggangan" DAP dan PKR selamanya..?

Sumber: Mykmu.net

TU DIAAA..!!! BEZA AKHLAK ANTARA TAN SRI HARUSSANI DENGAN NIK AJISSS..!!!

Posted: 23 Jan 2013 06:37 PM PST

Saya tertanya-tanya, apakah PAS sanggup tunduk dengan kehendak "Mursyidul Am Pakatan Rakyat", Karpal Singh yang mahu PAS menarik balik keputusan dan mengkaji semula keputusan Majlis Syura parti itu berkenaan isu penggunaan kalimah "Allah".

Dalam kenyataan Karpal berkenaan isu tersebut, dia kelihatan marah dan bengang bila PAS membuat keputusan yang bertentangan dengan "fatwa" yang dikeluarkan oleh "Majlis Syura Pakatan Rakyat" sebelum ini.

Mungkin kerana risau dengan "hati" PAS yang sering mudah terpedaya dengan janji-janji kosong DAP dan PKR yang selalu mempergunakan parti itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta agar PAS tidak tunduk lagi dengan kehendak Karpal Singh.


Persoalannya, apakah PAS akan mendengar nasihat dan pandangan seorang ulama muktabar yang selama ini begitu tegas dalam membangkitkan tentang soal kepentingan Islam dan umatnya di negara ini?

Selama ini PAS memandang rendah kepada beliau. Malah ada di kalangan para pemimpin PAS Perak yang sanggup menghina Mufti Perak itu dengan pelbagai gelaran "kesat" dan memperlekehkan kreadibiliti Tan Sri Harussani.

Mereka marah jika Nik Aziz disindir pedas, kononnya menghina ulama mereka. Tapi mereka "selamba" saja menghina Mufti Perak itu tanpa rasa bersalah. Orang lain buat "haram", tapi kalau mereka yang buat semuanya "halal-halal" belaka…

Pun begitu, Tan Sri Harussani tidak pernah berdendam atau mengutuk mereka kembali, apatah lagi membalas cacian mereka terhadapnya. Jauh sekali beliau dari sikap mazmumah itu.

Malah dengan nada zuhud dan merendah diri, beliau meminta agar PAS tegas dalam pendirian mereka dalam mempertahankan isu penggunaan kalimah "Allah" yang hanya eksklusif untuk umat Islam di negara ini sahaja.

Begitulah akhlak seorang Mufti, ulama muktabar yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik selain dari memperjuangkan Islam, Melayu dan tanahair dari dicabuli pihak yang cuba mencemar kedaulatannya.

Ia sangat berbeza dengan akhlak Mursyidul Am PAS yang bernama Nik Abdul Aziz. Dia kononnya diibaratkan bagai "nabi" dan "wali", tapi bila ditegur sedikit kesilapannya oleh para ulama Islam, Nik Aziz melenting marah.

Masih saya ingat bagaimana Nik Aziz menyuruh Tan Sri Harussani menutup mulut dan tidak mencampuri soal politik PAS, seolah-olah jawatan Mursyidul Am PAS itu kebal dari sebarang dosa, kesilapan atau kekhilafan.

Namun mujurlah Tan Sri Harussani bijak dan bersabar dengan perangai Nik Aziz yang kebudak-budakan itu. Tapi kalaulah Anwar disuruh tutup mulut begitu oleh Nik Aziz, rasanya tak lama kemudian Nik Aziz mungkin masuk ICU lagi…

Begitulah perbezaan akhlak di antara dua orang ulama. Seorang ulama Islam dan seorang lagi ulama politik. Seorang tinggi ilmu agama dan cantik budi pekertinya, seorang lagi rendah tahap ilmu agamanya.

Harapnya, selepas beliau tiada lagi, tidak akan ada seorang lagi yang bersikap sepertinya. Bukan marahkan Nik Aziz, namun hasil dari fatwa-fatwa politik karutnya, umat Islam di negara ini berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri, kan?

Sumber: Perak Today

LAWAK PAGI INI...INI LA BUDAK PUNK YANG MASUK PAS PASAL "TIKET KE SYURGA" TU...!!!

Posted: 23 Jan 2013 04:37 PM PST


Ini la jadinya bila tak tahu agama...

Senang sangat dimanipulasi "fatwa" Pok Nik Ajisss...

Solat tidak...masuk PAS...terus boleh masuk syurga...

Apa dia ingat syurga tu Pok Nik Ajis punya kaaaa..???

Puiiii..!!!

"Syurga" kat seberang Sungai Golok tu kot laaaaa...!!!

Cucu Tok Selampit

Posted: 24 Jan 2013 01:23 PM PST

Cucu Tok Selampit


Pandikutty @anwaribrahim Kutuk Bapa Tun Dr Mahathir Sebagai Pencari Ular Di Kerala India

Posted: 24 Jan 2013 08:30 AM PST


Anwar Ibrahim adalah seorang pengecut, dayus dan tiada telur. Sesudah beliau menghina bapa Tun Dr Mahathir sebagai pencari ular di Kerala, India, beliau tidak berani mengakui bahawa beliau keturunan India. Datuknya dari India. Itu fakta! Kesahihan beliau sebagai anak di dalam nikah masih menjadi tanda tanya. Komen-komen pembaca beliau seperti di atas telah dibuang! Inikah pemimpin yang diagung-agungkan oleh PGayR? Inikah prinsip keterbukaan yang beliau selalu laung-laungkan. Membuang komen di Facebook. "Block" orang di Twitter. 

Anwar Ibrahim seharusnya tidak malu untuk menjawab dari mana asal usul Datuknya. Siapa ibu kandung beliau yang sebenar. Dari mana asal usul isterinya Dr Wan Azizah. Di manakah mereka berkahwin kerana tidak mendapat restu daripada bapa Dr Wan Azizah. Apa Anwar Ibrahim ingat beliau boleh sembunyikan semua ini? Sebelum beliau ingin menghina orang lain, semak dan teliti dahulu segala kurap, sopak dan nanah di badan. Jangan suka membuka pekung di dada!

Karaoke Maulidul Rasul? Puak Jahanam Mana Yang Anjur Ni???

Posted: 24 Jan 2013 05:09 AM PST


Iklan di atas CTS perolehi daripada beberapa "wall" kawan-kawan di laman sosial Facebook. Tidak pasti kesahihan dan kebenaran iklan berkenaan. Dalam Umat Islam sedang sibuk menyambut dan meraikan kedatangan Maulidul Rasul hari ini, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Maulidul Rasul untuk mengadakan pertandingan karaoke. Amat kurang ajar! 

Adakah karaoke yang dianjurkan hanya melibatkan lagu-lagu memuji Rasul Allah SAW atau ini sebahagian program maksiat yang cuba dianjurkan dengan mengunakan nama Karaoke Maulidul Rasul! Lagi satu, nak buat program maksiat dan menghina hari Maulidul Rasul, janganlah menggunakan nama 1Malaysia. Adakah Belia 1Malaysia Kampung Beladin ini lebih kurang macam NGO SW1M yang mahu merosakkan dan menjejaskan nama baik produk 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak?

Nasrudin Tantawi Merendahkan Akhlak Dirinya Dengan Mengecam Kunjungan PM @NajibRazak Ke Gaza

Posted: 24 Jan 2013 02:43 AM PST



CTS tidak hairan jikalau penutur di atas adalah Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim, yang mempunyai dendam kesumat dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Apabila penutur di atas diambil dari seseorang yang diangkat Ustaz, maka lidah menjadi kelu. Beginikah persepsi seorang yang bergelar Ustaz terhadap orang lain. Dalam hatinya sentiasa memandang buruk dan hina terhadap orang lain. Dalam jiwanya sentiasa iri hati melihat orang lain berbuat kebaikkan sedangkan dirinya tidak berbuat apa-apa kebaikkan. 

Dalam pandangan matanya adalah pandangan buruk kepada orang lain walaupun berlaku didepan mata. Mulutnya sentiasa menghamburkan kata hina kepada orang lain walaupun orang itu melakukan kebaikkan yang nyata. Niat dihatinya sentiasa buruk terhadap orang lain walaupun orang itu ikhlas berbuat kebaikkan.Pada pandangan matanya, niatnya, hatinya, pemikirannya dan mulutnya memang tidak pernah ada terselit walau sebesar zarah terhadap kebaikkan orang lain terutama kepada orang-orang UMNO.

Apa hendak jadi dengan pemimpin-pemimpin PAS? Cuba contohi sifat dan kepimpinan Ustaz Nasharuddin Md Isa, Mantan Timbalan Presiden PAS, yang berjiwa besar dengan turut sama di dalam lawatan Perdana Menteri yang dianggap bersejarah kerana inilah lawatan pertama seorang Perdana Menteri Malaysia untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Hamas di Gaza. Tidak terdetikkah rasa bangga dan kemanusiaan di kalangan pemimpin-pemimpin PAS ini? Inikah sifat-sifat seorang yang bergelar ustaz. Layakkah manusia seperti ini ditarafkan sebagai seorang ustaz

Husam Musa Kata Kota Bharu Ada Telaga Minyak! Ambo Kaya! Ambo Kaya!

Posted: 23 Jan 2013 09:11 PM PST


Walaweh!! Husam Musa di dalam Sinar Harian (akhbar gebang yang makan dua belah, talam dua muka) dilaporkan berkata bahawa di Kota Baru dan Tumpat sudah ada telaga minyak!!! Atas darat weh!!! 
"Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat," ujarnya. Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim. Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin. (Baca juga Haprakdaily di sini)
Sebelum ini Petronas telah menjumpai telaga minyak di Miri setelah 24 tahun menjalankan eksplorasi dan cari gali. Atas kepakaran apa Husam Musa menjumpai sumber telaga minyak di dataran Tumpat dan Kota Bharu? Nujum Pak Belalang kah atau tilikan nasib?

Semua rakyat Kelantan sudah mengenali siapakah Husam Musa ini dan apakah peranannya. Sebenarnya Husam Musa dan PAS sudah terdesak. Apabila DS Najib datang ke Kelantan dan menjanjikan 7 perkara sekurang-kurangnya pembangunan untuk Rakyat Kelantan, PAS Kelantan menjadi "gelabah biawak". Sehinggakan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat mengelarkan 7 janji berkenaan sebagai rasuah politik.

Husam Musa pula tanpa segan silu telah sekali lagi mewar-warkan bahawa telaga minyak telah ditemui di dataran Kota Bharu dan Tumpat. Ianya tidak lain untuk memberikan harapan palsu kepada Rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan wajib mendesak Husam Musa untuk mendedahkan apa perkembangan projek-projek di Kelantan sebelum ini seperti berikut:

1. Projek Kambing Janpari.


2. Projek Keretapi Laju Dari Kota Bharu ke KL.


3. Projek Lebuhraya Percuma.


4. Projek Stadium Baru di Bukit Merbau, Pasir Mas.

 5. Projek Koridor Depu, Kelantan.

tun faisal dot com

Posted: 24 Jan 2013 01:19 PM PST

tun faisal dot com


Teks Perutusan @HishammuddinH2O - 4 Ancaman dan 8 Tugasan Penting KDN

Posted: 23 Jan 2013 10:00 PM PST


"Tidak ada masa rehat yang panjang bagi warga KDN, sebaliknya semua perlu berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi isu, cabaran, masalah, jenayah dan ancaman baru pada bila-bila masa sahaja." - Hishammuddin

Perutusan Tahun Baru 2013
YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri
21 Januari 2013
[dibacakan oleh Timbalan Menteri YB Lee Chee Leong]



1. Alhamdulillah, marilah kita ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, kita dapat bersama-sama hadir dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun 2012. Setinggi-tinggi kesyukuran juga kita ucapkan ke hadrat Ilahi yang mengizinkan negara kita kekal aman dan harmoni biarpun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran di sepanjang tahun 2012 dan pada awal tahun 2013.

2. Selamat Tahun Baru saya ucapkan. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik kepada kita semua. Mudah-mudahan kita semua dirahmati dan diberkati serta diberikan segala kekuatan bagi menunaikan tanggung jawab yang telah diamanahkan oleh rakyat dan juga kerajaan.

3. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepeda kesemua 266 orang pegawai dan warga KDN dari pelbagai peringkat jawatan dan jabatan yang telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hasil prestasi cemerlang sepanjang tahun 2012. Semoga pengiktirafan ini akan menjadi dorongan kepada kesemua penerima agar mereka dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi dan semoga ia menjadi pembakar semangat kepada warga KDN yang lain untuk mengutamakan kecemerlangan dan prestasi.

APC5 (2)

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

4. Negara dan rakyat telah melalui tempoh transformasi selama tiga tahun. Sejak Agenda Transformasi yang datang bersama gagasan "1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" diumumkan pada tahun 2009, pelbagai perubahan pesat telah dirasai oleh rakyat negara ini. Bermula dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), diikuti dengan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan disusuli Pelan Transformasi Politik (PTP), hasrat Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk membawa gelombang perubahan yang besar dalam pentadbiran negara agar setiap rakyat dapat merasai kemakmurannya dan negara dapat menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.




5. Tugas teras KDN adalah untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin agar hasrat Agenda Transformasi Perdana Menteri dapat direalisasikan. Tugas ini amat berat, sukar dan semakin kompleks lebih-lebih lagi jika kita mengambil kira perubahan lanskap politik negara dan antarabangsa, sempadan dunia yang semakin hilang akibat globalisasi, kecanggihan teknologi dan minda jenayah yang semakin kreatif dan terkehadapan selari dengan kecanggihan teknologi masa kini. Sudah pasti, dalam realiti sebegini, kita menjangkakan soal dan isu keamanan dan keselamatan negara tidak mungkin statik, dan kedinamikannya tentunya akan menyebabkan KDN akan terus berhadapan dengan cabaran baru dari semasa ke semasa. Maksudnya, tidak ada masa rehat yang panjang bagi warga KDN, sebaliknya tuan-tuan dan puan-puan semua perlu berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi isu, cabaran, masalah, jenayah dan ancaman baru pada bila-bila masa sahaja.


Pertama: Ancaman keselamatan akibat kegiatan jenayah

6. Contoh yang paling nyata adalah NKRA Mengurangkan Jenayah. Sasaran awal kerajaan adalah untuk memastikan kadar Jenayah Jalanan dikurangkan sebanyak 20 peratus dan kadar Jenayah Indeks dikurangkan sebanyak lima peratus. Melalui strategi lautan biru dan pendekatan di luar kotak kebiasaan, penentuan titik panas (hot-spots) yang tepat, omnipresence, perkongsian berkesan merentasi pelbagai kementerian dan agensi, dibantu pula dengan kesungguhan tuan-tuan dan puan-puan dalam melaksanakan setiap inisiatif yang dirancang, dalam tempoh hanya setahun, kadar Jenayah Jalanan telah dapat diturunkan dengan begitu drastik sehingga 37 peratus dan Jenayah Indeks pula turun sebanyak 16 peratus

7. Kita sendiri tidak menjangka bahawa impak pelaksanaan NKRA ini begitu memberansangkan. Bagaimanapun, seperti yang saya nyatakan, KDN tidak dibenarkan berasa selesa begitu lama. Benar, dengan pendekatan yang dilaksanakan, kadar jenayah dapat dikurangkan dari jalanan dan titik panas. Bagaimanapun ia beralih pula ke kawasan di luar titik panas, termasuk kawasan yang terlindung dari omnipresence seperti taman perumahan dan pusat membeli belah. Menyedari peralihan ini, di sepanjang tahun 2012, kita telah meningkatkan kehadiran anggota kita ke setiap halaman baru (new fronts), termasuk taman-taman perumahan dan pusat membeli belah.

8. Tahun 2013 akan menjadi penanda kepada pelaksanaan fasa kedua NKRA Mengurangkan Jenayah. `Tiang gol telah beralih' dan tugas mengurangkan jenayah semakin mencabar. 

9. Bagi memastikan kadar jenayah dapat diturunkan secara berterusan, pendampingan dengan pihak berkepentingan utama seperti Persatuan Penduduk, golongan wanita, kanak-kanak, anak muda, pemilik gedung membeli belah, pemilik perniagaan dan operator tempat meletak kenderaan mesti dipertingkat dan diperkukuhkan agar rakyat merasa lebih selamat. Bagi mengurangkan lagi kadar Jenayah Jalanan, pengawasan perlu ditingkatkan di taman perumahan dan premis perniagaan.  Tumpuan juga perlu diberikan bagi membanteras kegiatan pecah rumah dan rompakan di tempat meletak kenderaan.




10. Komitmen yang tinggi bagi mengurangkan jenayah di halaman baru ini ditunjukkan sendiri oleh Perdana Menteri semasa melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan penyerahan sebanyak 1,000 unit motorsikal bagi tugas rondaan di taman perumahan dan tapak perniagaan terpilih di 150 lokasi di seluruh negara. Perdana Menteri sendiri memberi jaminan akan memperluaskan lagi inisiatif ini jika terbukti kadar jenayah di kawasan perumahan dapat diturunkan dengan signifikan. 



11. Selain URB, dalam tahun 2013, komitmen untuk mengurangkan jenayah juga akan ditingkatkan melalui program-program seperti berikut; 

i. Perluasan Program SafeCam PDRM bagi mewujudkan jaringan CCTV terbesar merentasi Malaysia dengan pemantauan bersama persatuan penduduk dan pemilik perniagaan. Pada tahun 2012, program SafeCam ini telah dirintis dengan rangkaian 19,336 unit CCTV.

ii. Kerjasama dengan 4,025 buah Persatuan Penduduk bagi memperkukuhkan lagi inisatif Kepolisian Komuniti (Community Policing)  

iii. Pembentukan Unit Hubungan Antarabangsa (International Liaison Unit (ILU)) di Kontingen Kuala Lumpur bagi menangani keperluan pegawai dagang dan komuniti perniagaan antarabangsa. 

iv. Inisiatif Biru-Hijau di Sekolah (Blue-and-Green Safety in Schools) bagi mengukuhkan program rondaan bersama PDRM-RELA di 612 buah sekolah di seluruh Negara

v. Kempen Bersatu Memerangi Jenayah (United Against Crime Campaign) untuk menyuarakan tanggung jawab bersama semua pihak bagi memerangi jenayah.

vi. Meningkatkan keselamatan Pusat Membeli Belah dan Tempat Meletak Kenderaan serta melaksanakan Audit Kawalan Keselamatan.

vii. Perluasan Sistem Semakan Online (SSO) bagi membolehkan rakyat mengesan status kes mereka selepas difailkan dengan PDRM

viii. Membersihkan Titik-titik Hitam (Clean-up of Black Spots), iaitu kawasan yang dilihat oleh masyarakat sebagai kawasan tidak selamat dan mengundang jenayah seperti kawasan kotor, gelap, terdapat pendatang tanpa izin dan penagih dadah. 

ix. Merekrut 10,000 Sukarelawan Simpanan Polis (Police Volunteer Reserve (PVR)) yang akan membantu PDRM dalam rondaan dan memastikan keselamatan di jalanan. 

x. Meningkatkan jumlah anggota PDRM dengan pertambahan 4,000 anggota

xi. Inisiatif Pencegahan Jenayah Berasaskan Teknologi (Technology-Driven Initiatives to Crime Fighting), seperti MyDistress dan C4I

xii. Program Pemulihan Selepas Keluar Penjara (Prison After-Release Program) , dan 

xiii. Program-program Pemulihan Penagihan Dadah AADK

12. Dalam program Pemulihan Selepas Keluar Penjara misalnya, melalui pelbagai pendekatan di sepanjang tahun 2012, Jabatan Penjara telah berjaya memastikan kadar residivis kekal di bawah 10 peratus, iaitu pada kadar 7.97 peratus. Melalui Program Pemulihan Pemasyarakatan Banduan di bawah Strategi Lautan Biru Nasional bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ia bukan sahaja membantu mengurangkan jenayah, tetapi juga membolehkan kerajaan menjimatkan kos sekitar RM200 juta untuk membina kompleks penjara baru. Sejak pelaksanaannya mulai Mac 2011, seramai 3,551 Orang Di Selia (ODS) telah mengikuti program ini dan daripada jumlah tersebut seramai 1,907 ODS telah dibebaskan dan sehingga kini tiada bekas ODS yang mengulangi kesalahan jenayah dan masuk semula ke penjara. Bukan itu sahaja, dengan bantuan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO's), sebanyak 90 peratus ODS ini juga berjaya mendapatkan pekerjaan. Selain Program Pemasyarakatan Banduan, Rumah Perantaraan, Sistem Parol dan Perintah Kehadiran Wajib juga banyak membantu mengurangkan kadar residivis penjara di dalam negara. 




13. Menerusi transformasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pelbagai pembaharuan diperkenalkan dalam program pemulihan dan pencegahan dadah. Klinik Cure & Care 1Malaysia mencatat pertambahan kehadiran klien seramai 12,766 orang pada tahun 2012. Kajian Universiti Malaya dan Universiti Yale di  Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi dan Kota Bharu pada tahun 2012 menunjukkan bahawa hampir 95 peratus klien berjaya mengurangkan craving terhadap dadah. Selain itu, Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) atau dulunya PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik) telah memperkenalkan modul baru berkonsepkan Fun, Effective and Easy to Implement. Hasil dari program ini, seramai 500 orang klien telah dibebaskan dan daripada jumlah itu, 78.9 peratus berjaya memperolehi dan mengekalkan pekerjaan dari tempoh Mac hingga Disember 2012. Di peringkat komuniti pula, sebanyak 43 buah Cure and Care Service Centre (CCSC) di seluruh negara telah memberikan perkhidmatan kepada 4,994 residen dan 172,861 klien harian dan 62 buah Caring Community House (CCH) telah memberi khidmat kepada seramai 106,713 orang klien sehingga Disember 2012. 

14. Dalam tahun 2013 ini, diharapkan semua inisiatif yang telah dirangka di dalam NKRA Mengurangkan Jenayah Fasa Kedua dapat mengurangkan kadar jenayah yang menjadi salah satu ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan di dalam negara kita.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, 

Kedua: Ancaman akibat kegiatan jenayah merentasi sempadan





15. Ancaman kedua terhadap keselamatan dan keamanan negara adalah Jenayah Merentasi Sempadan. Bagi menangani ancaman ini, KDN telah meneruskan kerjasama strategik dengan negara-negara rakan seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Republik Rakyat China, Arab Saudi dan Bangladesh. Sesungguhnya usaha menangani jenayah rentas sempadan memerlukan kerjasama secara kolektif dan holistik di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa kerana tiada sebarang negara di dunia ini yang dapat menanganinya secara bersendirian. Melalui Perjanjian dan Memorandum Persefahaman Dalam Bidang Jenayah Rentas Sempadan, KDN boleh memberikan fokus terhadap jenayah tertentu secara lebih spesifik. Perjanjian dan Memorandum Persefahaman ini juga telah membuka ruang kepada penyertaan Kementerian dan Agensi Penguatkuasaan lain untuk bekerjasama dengan KDN secara bersepadu, berkongsi perspektif dan kepakaran serta tidak lagi bekerja secara berasingan.





16. KDN merupakan agensi peneraju dalam usaha negara menangani ancaman pemerdagangan orang dan penyeludupan migran terutama dalam aspek penguatkuasaan. Bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara, Sistem Penguatkuasaan Dan Pendaftaran (Biometrik) Warganegara Asing Nasional Atau Sistem NERS telah dikuat kuasakan di 64 pintu masuk dan keluar negara.

17. Negara juga mempunyai perundangan khusus untuk memastikan sindiket dan agen yang terlibat dalam jenayah ini dapat dibawa ke muka pengadilan kerana mengaut keuntungan di atas penderitaan dan penganiayaan terhadap individu yang tidak berdosa. Pada waktu yang sama, kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap aspek perlindungan mangsa pemerdagangan manusia. Atas sebab kemanusiaan, pada 11 Januari 2012 kerajaan telah membenarkan mangsa kes pemerdagangan orang, terutama dalam mangsa kes eksploitasi buruh untuk tinggal dan bekerja di negara ini. Pelaksanaan dasar ini penting kerana ia merupakan elemen kritikal dalam usaha Malaysia untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dalam aspek perlindungan berlandaskan 'victim centered approach' terhadap mangsa pemerdagangan orang di negara ini. 

18. Satu lagi bentuk ancaman jenayah rentas sempadan yang serius adalah jenayah siber yang melibatkan eksploitasi data dan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penjenayah siber hari ini semakin licik. Sepanjang tahun 2012 sahaja terdapat sejumlah 4,564 kes dalam bentuk pencerobohan, penggodaman, serangan kod berbahaya dan spam yang melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM 94 juta. Penjenayah siber turut menggunakan peralatan teknologi maklumat seperti komputer dan pencetak bagi memalsukan dokumen seperti matawang, cek dan pasport. Jika jenayah siber ini tidak ditangani dengan baik dan bersungguh-sungguh, ia boleh menjejaskan keamanan dan ketenteraman negara pada masa akan datang, termasuk meruntuhkan sistem ekonomi, institusi dan prasarana. Menyedari hakikat ini, Bahagian Keselamatan Siber telah ditubuhkan bagi menghadapi ancaman serangan siber yang semakin canggih dan berubah-ubah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Ketiga: Ancaman akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri 

19. Ketiadaan dokumen pengenalan diri merupakan salah satu ancaman terhadap keselamatan negara. Tanpa pengenalan diri, akan ada rakyat yang terpinggir dan tersisih dari pendidikan dan pembangunan negara. Negara bukan sahaja akan kehilangan potensi modal insan, tetapi juga akan mengakibatkan permasalahan sosial yang berpanjangan.




20. Di sepanjang tahun 2012, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekali lagi berjaya merealisasikan KPI Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha KDN dalam menyelesaikan permohonan Daftar Lewat Kelahiran dengan pencapaian sebanyak 100% daripada keseluruhan 23,719 permohonan. Pada waktu yang sama, JPN juga telah banyak membuat penambahbaikan dan pembaharuan dalam sistem penyampaian perkhidmatan melalui pengenalan prosedur baru Pendaftaran Kematian dengan menggabungkan dokumen Pendaftaran Kematian dan Permit mengubur, mewujudkan Sijil Kelahiran yang berbeza warna bagi kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara, mempergiatkan program turun padang dan memperkenalkan perkhidmatan permohonan Gantian MyKad secara Dalam Talian (Online) dan "Phone-In". Kesemuanya adalah demi kemudahan dan keselesaan rakyat, sesuai dengan hasrat gagasan 1Malaysia untuk mendahulukan rakyat dalam segala aspek. 


Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Keempat: Ancaman keganasan dan gangguan terhadap ketenteraman awam

21. Seperti yang kita semua sedia maklum, Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa inisiatif Program Transformasi Politik (PTP) yang melibatkan pembatalan tiga Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, dan Penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta  Mesin Cetak dan Penerbitan. Bagi menggantikan ISA, Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 telah diperkenalkan. Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional bagi melengkapkan fasa pertama PTP. Jelas dengan inisiatif ini, kerajaan mahu memperseimbangkan di antara keselamatan rakyat dan negara dengan kebebasan dan hak asasi individu dalam sebuah negara demokratik moden. Dengan Akta-akta dan peruntukan undang-undang sedia ada, kerajaan memberi jaminan untuk tidak berkompromi terhadap sebarang ancaman keganasan serta gugatan terhadap keselamatan rakyat dan negara.


Post Pic




22. Inisiatif transformasi politik ini telah menunjukkan hasil yang positif dalam perhimpunan yang diadakan pada 12 Januari 2013. Perhimpunan 12 Januari yang lalu telah menguji kewibawaan Akta Perhimpunan Aman 2012. Kita dapati pihak berkuasa dan penganjur dapat menghayati kehendak akta ini. Tidak ada sebarang insiden buruk yang berlaku dan perhimpunan dapat dilaksanakan dengan aman tanpa sebarang ancaman terhadap keselamatan negara.

23. Pada waktu yang sama, begitu banyak penghargaan diberikan kepada pihak PDRM kerana berjaya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam semasa berlangsungnya perhimpunan tersebut sekali gus, ia telah memulihkan persepsi orang ramai terhadap PDRM.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Gelombang kesukarelaan untuk keamanan dan memerangi jenayah

24. Menyedari bahawa lebih banyak lagi anggota masyarakat perlu dilibatkan bagi membantu memastikan keselamatan dan keamanan negara, salah satu komitmen utama KDN pada tahun 2011 adalah untuk menggerakkan gelombang kesukarelaan melalui pasukan RELA, JPAM, AADK dan PDRM. Ketika itu, jumlah sukarelawan RELA, JPAM, AADK dan PVR yang boleh digerakkan oleh KDN adalah seramai 2.5 juta orang. 




25. Bagi menyegarkan lagi gerakan kesukarelaan ini, KDN menyedari bahawa perlu ada usaha untuk melibatkan tenaga sukarelawan muda. Atas kesedaran ini, Skuad Muda KDN telah ditubuhkan bagi memberikan seluas-luasnya platform kepada golongan muda melibatkan diri dalam kegiatan kesukarelaan.  Sesuai dengan namanya, Skuad Muda KDN bersifat inklusif dan membuka penglibatan kepada seramai mungkin anak muda, bukan sahaja dari pasukan Rela, JPAM, AADK dan SUKSIS, tetapi sesiapa sahaja dari dalam KDN dan di luar KDN

26. Menerusi Skuad Muda KDN, kita mahu pemimpin-pemimpin muda terlibat dari peringkat awal lagi, iaitu di peringkat memberi input, merancang dan melaksanakan program yang sesuai dengan jiwa dan minat mereka.





27. Dari segi jumlah, terdapat sekitar 850,000 sukarelawan muda terlatih di dalam RELA, 200,000 di dalam JPAM, 90,000 di dalam AADK dan 2,000 di dalam SUKSIS. Jumlah ini sahaja membentuk RM 1.14 juta orang sukarelawan muda berumur 18 – 25 tahun. Ini belum termasuk sukarelawan-sukarelawan muda dari pelbagai jabatan dan agensi di dalam dan di luar KDN yang mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran masing-masing. Sudah tentu dengan jumlah yang ramai dan kemahiran yang dipunyai, Skuad Muda KDN boleh menjadi penyumbang utama dalam gerakan kesukarelaan 1M4U ilham Perdana Menteri.




28. Hari ini, jumlah sukarelawan RELA, JPAM, AADK, PVR dan Skuad Muda KDN telah melebihi 3.7 juta orang. Dengan jumlah seramai 3.7 juta sukarelawan, termasuk 1.14 juta terdiri daripada golongan muda, KDN mempunyai cukup tenaga bagi memerangi jenayah dan juga menyokong keamanan. Menerusi slogan `We Want Peace' dan 'United Against Crime', saya berharap gerakan ini dapat membantu mengurangkan lagi kadar jenayah di dalam negara ini seterusnya menyumbang ke arah gerakan keamanan yang berterusan.



Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Hala tuju transformasi KDN 2013

29. KDN telah melalui proses transformasi yang pesat sejak tiga tahun yang lalu. Sepanjang tempoh tahun 2011 sehingga 2012, tuan-tuan dan puan-puan telah berjaya melaksanakan Tujuh Komitmen Utama KDN dengan begitu cemerlang dan hasilnya telah dapat tuan-tuan dan puan-puan rasai pada hari ini. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan. 




30. Namun begitu cabaran hari ini menuntut KDN untuk terus melakukan transformasi dengan lebih menyeluruh agar dapat menjadi sebuah organisasi yang lebih mesra rakyat, dapat memberikan perkhidmatan dan maklumat terbaik kepada mereka, dan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembinaan negara bangsa. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, saya ingin menggariskan 8 Tugasan Penting KDN yang perlu dilaksanakan dengan segera pada tahun 2013, iaitu;

i. Melaksanakan kesemua inisiatif NKRA Mengurangkan Jenayah Fasa Kedua agar rakyat merasa aman dan selamat

ii. Melaksanakan komunikasi yang berkesan agar rakyat dan pihak berkepentingan memperoleh maklumat yang jelas mengenai dasar, program, produk dan perkhidmatan KDN

iii. Meningkatkan keselamatan siber (cyber security) individu, sektor awam dan swasta, agar setiap satunya merasa dilindungi dan selamat 

iv. Memperjelas dan melaksanakan Program Transformasi Politik (PTP) agar ancaman terhadap keselamatan dan keamanan negara dapat diatasi dan diperseimbangkan dengan hak asasi serta kebebasan sivil

v. Memberi penghargaan kepada warga KDN melalui motivasi dan menjaga kebajikan mereka agar mereka merasa terbela dan mencapai lebih banyak kejayaan

vi. Mendekati Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan menerima sumbangan mereka agar mereka merasai bahawa peranan mereka diiktiraf

vii. Mendekati golongan mahasiswa dengan memanfaatkan kebijaksanaan dan potensi mereka dalam pembangunan negara bangsa

viii. Merancakkan kegiatan kesukarelaan melalui pelbagai insentif bagi membentuk perkongsian yang berkesan


Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,


Indikator kejayaan KDN dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara

31. Saya telah menerima senarai begitu banyak kejayaan dan pencapaian jabatan, bahagian dan agensi dalam KDN yang tidak sempat saya sebutkan dalam ucapan pagi ini. Saya menghargai setiap kejayaan yang telah dicapai oleh pihak tuan-tuan dan puan-puan yang tentunya telah membantu mengangkat lagi imej KDN di mata masyarakat. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang berjaya.




32. Selain daripada kejayaan jabatan, bahagian dan agensi, saya ingin sebutkan beberapa indikator kejayaan kita semua di dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara melalui semangat 1KDN

i. Indeks Keamanan Global – Malaysia merupakan negara paling selamat dan paling aman di Asia Tenggara, negara ke-4 paling selamat di rantau Asia Pasifik dan negara ke-20 paling selamat di seluruh dunia. 

ii. Laporan World Justice 2012 – Malaysia di tempat paling selamat di kalangan 30 Negara Berpendapatan Sederhana Atas dan ke-16 paling selamat di dunia, mengatasi kedudukan Amerika Syarikat dan Great Britain. 

iii. World Economic Forum Global Competitiveness Report 2012 - Malaysia di tempat tertinggi dalam Ekonomi Membangun Asia walaupun kedudukan jatuh daripada tempat ke-21 ke tempat ke-25

iv. Crime NKRA International Panel Review ('IPR') yang terdiri daripada pakar penguatkuasaan undang-undang dan pembasmian jenayah dari AS, UK, Hong Kong dan Singapura menyatakan bahawa 'apa yang dicapai Malaysia dalam tempoh 12-18 bulan mungkin hanya akan dicapai selepas beberapa tahun pelaksanaan oleh negara lain'

v. Safe City Monitoring System (SCMS) – Malaysia menerima Special Achievement in GIS Award dari Enviromental System Research Intitute (ESRI) dan "Future City of The Year 2012 " dari Future GOV Summit. 



33. Kesemua pengiktirafan ini menunjukkan bahawa tuan-tuan dan puan-puan, semua warga KDN telah melakukan sesuatu yang betul untuk memastikan keamanan negara dan keselamatan rakyat negara ini. Tahniah kepada semua warga KDN di atas kerjasama berpasukan yang ditunjukkan. Biarpun sukar dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan kritikan, namun saya amat menghargai sikap warga KDN yang tidak pernah patah semangat dan tidak pernah mengalah. Biar apapun yang dilemparkan kepada warga KDN, ia menjadikan kita semua lebih bersemangat dan menyebabkan kita semua akan lebih bersungguh-sungguh memikul amanah tanpa rasa takut dan pilih kasih bagi memastikan negara aman dan rakyat dapat hidup dengan selamat.




34. Dalam apa sahaja yang kita lakukan selepas ini, ingatlah bahawa rakyat mesti didahulukan. Rakyat mesti dapat merasai hasil dari dasar transformasi kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk memastikan rakyat dapat menikmati hasil dari agenda transformasi ini, tidak dapat tidak, kita semua warga KDN perlu meningkatkan usaha, berintegriti dan bekerja sebagai satu pasukan – pasukan KDN. Semoga Allah swt memberkati segala usaha kita dan semoga negara ini terus dirahmati dan rakyat terus dilimpahi nikmat.



Sekian, terima kasih
Wabillahitaufik, Walhidayah' Wassalamualaikum w.r.t

[Video] Cincin 24 Juta: Dr Fathul Bari - Sumpah Rosmah Tidak Sah..??

Posted: 23 Jan 2013 06:30 PM PST

[Video] Abby Abadi `murtadkan' ibu bapanya kerana sokong UMNO?

Posted: 23 Jan 2013 02:18 PM PST



#LISTEN : Kenapa @abby_abadi112 sanggup aibkan ibubapanya diatas pentas?


Dalam video ni Abby turut menyatakan "Tak rasa berdosa ke hafal lagu UMNO" dan turut mengaibkan ibubapanya dalam ceramah.

Brader malas nak ulas panjang-panjang.Lu orang nilai lah sendiri pempuan ni.Nah video


P/S : Tq MatDespatchOtai atas video


THE FLYING KICK

Posted: 24 Jan 2013 01:14 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 24 Jan 2013 01:12 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


Ubah Sekarang, cuba yang baru.

Posted: 23 Jan 2013 04:37 PM PST

Sejak hidup ini hanya kerajaan yang diterajui oleh UMNO yang dapat dirasa memerintah Malaysia, tidak dinafi negara berada dalam  keadaan aman dan tidak ada berlaku rusuhan kaum yang besar yang boleh menghancurkan negara hanya peristiwa 13 mei tercetus selapas pengumuman pilihanraya pada tahun 1969.

Kini pilihanraya umum ke 13 hampir tiba, Kerajaan BN akan ditentang secara satu lawan satu oleh gabungan parti pembangkang yang dikenali dengan pakatan rakyat (PR) yang dianggotai oleh parti PKR, PAS dan DAP, yang mana semakin hari semakin kuat mendapat sokongan rakyat.

Bagi mengelak kejatuhan kerajaan BN, parti-parti kompenannya yang diterajui oleh UMNO sedang giat mengatur kempen bagi menghalang pengundi dari memberi sokongan kepada PR dan beberapa isu dilontarkan bagi menyekat kemaraan PR. Diantara isu yang hangat ialah sekiranya PR dapat memerintah Malaysia maka DAP lah yang akan berkuasa.

DAP berkuasa bererti orang cina yang berkuasa kerana sejak dulu lagi rakyat Malaysia diwar-warkan bahawa parti DAP adalah parti yang dikuasai oleh kaum cina. yang disamakan dengan kerajaan Singapore iaitu parti PAP memerintah Singapura. Apakah BN lupa siapa yang keluarkan Singapora daripada gagasan Tanah Melayu, bukankah pemimpin UMNO.

Rata-rata diberitahu oleh penceramah BN terutamanya UMNO bahawa sekiranya PR boleh memerintah Malaysia maka terhapuslah kuasa melayu, maka DAP lah yang akan banyak kuasa, maka jatuhlah maruah orang melayu, maka akan terjadilah seperti negara Singapora yang mana orang cina akan jadi Perdana Menteri.

Tapi pada masa yang sama penceramah UMNO menyokong kepimpinan MCA yang mana cina adalah orangnya, Ketuanya cina dan ahli pun cina, begitu juga penceramah UMNO menyokong MIC iaitu parti perkauman India ertinya penceramah UMNO secara terang ingin menipu pengundi supaya BN akan kekal memerintah. UMNO sokong cina tak apa, tapi PR sokong DAP tak boleh, apakah pada orang UMNO, CSL Presiden MCA itu bukan orang cina?.

Jelas, UMNO sekarang mengunakan isu-isu yang boleh memudaratkan percambahan minda rakyat supaya tidak terbuka dan tidak mengambil keputusan yang bijak, sepatutnya UMNO dan BN berkempen untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara lebih tersusun yang tidak memperkayakan kenalan dan orang yang rapat saja, sepatutnya kerajaan melebarkan dasar kesihatan yang lebih baik, dasar pendidikan yang lebih telus dan dasar yang berterusan bukan dasar BR1M dan lain-lain berupa taburan wang untuk memikat undi.

Setelah sekian lama rakyat didodoi dibawah kerajaan BN, maka sudah sampai masanya rakyat yang hidup hanya dibawah pentadbiran kerajaan yang satu-satunya ini diberi ruang untuk memilih dengan secara teratur dan bijaksana, Rakyat perlu mengambil kesempatan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti untuk mengubah cara hidup dengan corak yang lain pula.

kalu sekarang rakyat hidup dibawah kerajaan yang dinamakan kerajaan BN yang rakyat dah tahu kemampuan dan keberkesanan serta mengalami taraf hidup seperti hari ini, maka tidak menjadi kesalahan bagi rakyat untuk bernaung dibawah kerajaan baru iaitu dibawah PR, mahu melihat janji-janji yang dibuat oleh  PR adakah mampu dan lebih baik daripada yang dinikmati oleh keseluruhan rakyat seperti hari ini.

Sekiranya tidak banyak berlaku perubahan dan nasib rakyat seperti apa yang terdapat sekarang tidak juga berubah maka lima tahun lagi rakyat berpeluang memberi sokongan kepada parti dimasa itu yang difikirkan lebih baik dan mampu memperkasakan rakyat dan negara.

Ertinya pertukaran kerajaan tidak memberi kesan kepada pertukaran kepimpinan negara daripada orang melayu kepada bangsa lain kerana telah termaktub dalam perlembagaan negara bahawa Yang DiPertuan Agong hendaklah berkenan perlantikan Perdana Menteri dan tentunya mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen.

Dalam PRU13 adalah dipercayai ahli parlimen melayu akan menguasai parlimen malaysia. jadi tak ada sebab rakyat perlu takut untuk memberi sokongan kepada PR. Rakyat yang tahu akan kerakusan pemimpin BN dan sudah puas berada dibawah kerajaan BN maka bolehlah cuba untuk berada dibawah kerajaan PR.

otai

Posted: 24 Jan 2013 11:24 AM PST

otai


PESAN PM - AWASI TUKANG KARUT PESONA RAKYAT TIUP SERULING MAUT LEMBAH NERAKA

Posted: 24 Jan 2013 12:40 AM PST











DEMIKIANLAH TRANSPERENNYA TRANSFORMASI KERAJAAN GTP, ETP DAN PTP BAGI ANGKAT MALAYSIA MENJADI NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI MENGUNANAKAN WAWASAN 2020.

DS NAJIB JANJI PERKARA YANG BOLEH DITUNAIKAN BUKANNYA JANJI BULAN BINTANG DAN SEMUA PERKARA FREE ATAU PERCUMA TANPA KONSISTEN.

WASPADA DENGAN TUKANG KARUT PESONA RAKYAT YANG MENUIP SERULING MAUT  AMAT MERBAHAYA.

JANGAN TUKAR PEMANDU KETIKA KENDERAAN 1MALAYSIA LAJU DAN CEMERLANG MENUJU WAWASAN 2020. PEMANDU YANG RETORIK DAN TUKANG KARUT PESONA TIDAK ADA WAWASAN HALATUJU YANG JELAS. MALAH TIDAK ADA PERLEMBAGAAN ATAU RUKUNEGARA YANG MEREKA PEGANG. BERBEKALKAN PIDATO DAN JANJI POPULIS YANG PENUH PERMAINAN POLITIK TEKA TEKI TIPU ATAS TIPU... TANPA ADA KONTREK SOSIAL AMAT MERBAHAYA UNTUK SURVIVAL DAN RELENSI RAKYAT MALAYSIA....

PEJUANG BANGSA

Posted: 24 Jan 2013 11:24 AM PST

PEJUANG BANGSA


TERKINI ! Polis keluar amaran jangan percaya bakar Bible Ahad ini !!

Posted: 24 Jan 2013 10:00 AM PST



Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berikutan isu itu polis menerima laporan seorang paderi menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar bible melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja 20 Jan lepas.
"Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan.
Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorangyang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda ataukedua-duanya sekali.
Mengenai isu pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolahdi Jelutong Khamis lepas, Abdul Rahim berkata polis telahpun merekodkanketerangan 17 individu.
"Kertas siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah.
"Setakat ini polis menerima tujuh laporan mengenai isu itu, iaitu empat daripada pelajar dan selebihnya daripada orang awam," katanya. BERNAMA



** Memang kurang ajar  & berniat jahat  pihak yang menjadi dalang  edar risalah ini ...sengaja mahu burukkan imej agama Islam & mencetuskan pergaduhan agama.  


Hot ! Kebodohan Ketua Pemuda PAS yang dengki Najib pi Gaza !!

Posted: 24 Jan 2013 08:13 AM PST







Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.

 Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas. Beliau berkata Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

 "Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Pemuda Umno Pahang dalam siri lawatan kerjanya bagi meninjau persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini, hari ini.

 Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasrudin dalam blognya yang mencemuh lawatan Perdana Menteri ke Gaza dengan perkataan kesat. Dalam perkembangan lain, Khairy malahirkan rasa hairan dengan sikap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kekal dengan pendirian membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

 Katanya, Anwar sepatutnya tidak menunjukkan sikap percanggahan dengan keputusan Majlis Syura Pas pada 13 Jan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu. "Kenyataan bercanggah antara Pas dan Anwar menyebabkan umat Islam terutamanya mereka yang tidak berparti merasa kecewa dan Pas sepatutnya perlu memikirkan semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat," katanya.

 Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Pemuda Umno akan memberi tumpuan untuk menawan pengundi muda yang masih tidak mempunyai parti dan akan mengundi kali pertama pada pilihan raya umum akan datang bagi menyokong Barisan Nasional (BN). Beliau berkata Pemuda Umno akan memberi fokus memikat 40 peratus pengundi muda atas pagar daripada keseluruhan pengundi muda semua kaum di seluruh negara.

 Sehubungan itu, katanya, jentera pilihan raya pemuda BN perlu mendekati seramai mungkin pengundi muda dengan menggunakan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter. "Selain menggunakan hujah berfakta, Pemuda BN perlu berkempen 24 jam menerusi akses media sosial terutamanya bagi mengesan mereka yang berada di luar kawasan serta melalui aktiviti sukan, masjid, ceramah, kebajikan dan sebagainya," katanya.

 Khairy berkata sokongan golongan muda terhadap BN dan kepimpinan Najib semakin meningkat setiap hari. "Walaupun kita berpuas hati terhadap respons yang ditunjukkan oleh pengundi muda, namun kita akan terus tingkatkan lagi sokongan golongan itu kepada BN," katanya.- Bernama

Hot ! Hassan Ali nasihat orang Melayu P.Pinang tolak Pakatan !!

Posted: 24 Jan 2013 12:58 AM PST







TASEK GELUGOR  24 Januari -  Semalam satu program  Ceramah Islam Melayu & Raja  anjuran JATI  telah diadakan di Simpang Empat Permatang Buloh , Tasek Gelugor . Ia menampilkan penceramah Pengerusi Jaringan Muslimin P.Pinang Ustaz Hafiz Mohd Nordin & Pengerusi JATI  Datuk Dr Hassan Ali .  

Turut hadir ke ceramah ini ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor Tan Sri Nor Mohamad Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor , YB Shahbudin Yahya .

Kehadiran umat Islam dianggarkan sekitar  500  orang yang hadir  walaupun penyebaran maklumat ceramah berkenaan tidak meluas dan masa yang singkat. 

 Didalam ceramah tersebut,  Ustaz Hafiz Nordin  yang mengupas mengenai  pentingnya perpaduan ummah dikalangan umat Islam  dan isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh Guan Eng untuk digunakan dalam bible bahasa Melayu . Malah beliau juga turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa & kerajaan yang tidak bertindak tegas mengambil tindakan terhadap Guan Eng & Karpal Singh yang terus menghina Islam dalam isu kalimah Allah ini . 

Dr Hassan Ali pulak dalam ceramahnya banyak mendedahkan ancaman murtad yang berleluasa untuk memesongkan akidah umat Islam serta isu kalimah Allah yang hangat dipolitikkan oleh pembangkang menjelang PRU 13 . 

sumber : My Penang Online












Live! 15 ribu umat Islam berhimpun di Sambutan Maulidul Rasul GERAK Himpun

Posted: 23 Jan 2013 07:21 PM PST

Sekarang ini GPB berada dengan lebih 15 ribu umat Islam di Masjid Bandar Perda menyertai Sambutan Maulidul Rasul anjuran NGO Islam. Acara seterusnya di sini ialah Forum Maulidul Rasul yang  menampilkan ahli panel terdiri YB Shahbudin Yahya, Ustaz Shamsul ( Mindan Pondok) dan Pengerusi Jati Datuk Dr Hassan Ali.

Perarakan maulidul rasul ini bermula dari padang Politeknik Sbrg Perai diketuai oleh Pengerusi BPUNPP Dato Zainal Abidin Osman bersama lebih15 ribu umat Islam yang terdiri  daripada NGO, Umno Bahagian, agensi kerajaan kerajaan persekutuan dan juga  KRT.

Published with Blogger-droid v2.0.10

REVOLUSI

Posted: 24 Jan 2013 07:52 AM PST

REVOLUSI


KHAS MAULIDUR RASUL: PUAK TOLAK KEPERIBADIAN RASULULLAH

Posted: 23 Jan 2013 06:16 PM PST

Salam Maulidur Rasul,

Salam Revolusi..


REVO mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh Masyarakat ISLAM MALAYSIA.. Dengan kesempatan dan masa yang ada ini, revo ingin mengemaskini blog ini..



Rasulullah S.A.W amat kita sayangi dan kita sanjungi.. Dalam kehidupan kita hari ini, banyak yang boleh kita contohi dan teladani dari salasilah baginda Rasulullah S.A.W.. sepatutnya hari seperti ini kita harus jadikan hari yang mengimbau kehidupan kita dan sedikit sebanyak mencontohi Rasulullah dalam setiap sudut kehidupan kita..



Tetapi malangnya hari ini, banyak perkara yang kita dahulukan dari perkara yang lebih utama.. Kalau kita lihat satu ketika dahulu Isu sambutan Maulidur Rasul yang disambut dengan kemerduan selawat, luahan kecintaan kita terhadap Rasulullah di atas kain putih dan perarakan, sambutan ini diharamkan oleh puak pemutarbelit agama. Kalau sambutan yang cukup indah ini diharamkan bagaimana kita hendak membawa generasi yang baru ini untuk mencintai dan mencontohi Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.



Tetapi isu ini pada tahun ini senyap sepi.. kerana apa? kerana tahun lepas, isu ini memakan diri.. Masya Allah... inilah dia dunia si puak pemutarbelit ISLAM..



Kalau kita mencontohi Rasulullah S.A.W dalam sudut politik , Rasulullah meletakkan ISLAM itu ditempat yang tinggi berbanding politik.. Rasulullah menggunakan politik dan kuasa yang ada untuk memartabatkan ISLAM .. Rasulullah tidak menggunakan ISLAM untuk kepentingan politik dan kuasa..



Tapi malangnya hari ini, ada puak di Malaysia ini sanggup mempermainkan, mempergunakan ISLAM hanya semata-mata demi kepentingan politik mereka.. sanggup memperjudikan Kalimah Allah, Ayat-Ayat suci Al-Quran, rumah2 ibadat Allah, atas kepentingan kuasa dan politik..



Kalau kita menyelami salasilah Rasulullah S.A.W, bagaimana baginda menyatukan Ansar dan Muhajirin, perpaduan umat ISLAM amat didahulukan oleh baginda.. Kerana dengan perpaduan ini dapat memartabatkan ISLAM..



Tapi sayang hari ini di Malaysia, apabila sebelah pihak menghulurkan salam perpaduan mengajak ke arah perpaduan umat ISLAM, sebelah pihak yang satu lagi menolak.. Yang menghairankan lagi, mereka meletakkan syarat terhadap perpaduan ini.. Jawatan dalam kabinet dijadikan syarat menunjukkan dengan jelas mereka hanya mahu kuasa semata-mata..bukan perpaduan umat ISLAM yang menjadi keutamaan mereka..



Banyak lagi isu boleh kita bangkitkan kerana terlalu banyak sebab itu kita boleh labelkan puak ini srbagai PUAK PEMUTARBELIT ISLAM.. Puak pemutarbelit ISLAM ini harus kita tolak kerana meraka akan terus memperjudikan kesucian ISLAM, mempergunakan ISLAM demi kepentingan politik dan kuasa...



Dengan ini, Revo ingin mengajak kita bersama-sama mencontohi Rasulullah S.A.W di atas segala sudut kehidupan kita.. Baginda merupakan role model yang sempurna yang patut kita contohi.. Gunakan kesempatan yang ada ini untuk kita menyelami kehidupan baginda..



SALAM MAULIDUR RASUL !!!


bumiyang

Posted: 24 Jan 2013 03:40 AM PST

bumiyang


Polis Sahkan Bible Bahasa Inggeris Yang Diedarkan di Pulau Pinang Bersih Kalimah Allah???

Posted: 23 Jan 2013 10:01 PM PST

Patutlah Guan Eng Beriya-nya Mahukan Kalimah Allah Dibenarkan Untuk Diguna-pakai Dalam Bible.

Posted: 23 Jan 2013 05:30 PM PST

anakbukitgantang says

Posted: 24 Jan 2013 03:26 AM PST

anakbukitgantang says


sempena Maulid Rasulullah SAW

Posted: 23 Jan 2013 06:57 AM PST

Hayatilah lirik lagu Law Kana Bainana ini sempena Maulid atau harijadi Baginda Rasulullah. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah semulia mulia insan yang diciptakan Allah.
 
 
 
Bahawa mengambil berat akan Maulid yang mulia adalah merupakan sebesar-besar cara menghampirkan diri kapada Allah S.W.T. Sebab di dalamnya (majlis Maulid ini) terdapat amalan memberi makan (Jamuan selepas Maulid), membaca ai Quran dan menyebut Qasidah-Qasidah Nabawiyah dan lain­-lain lagi yang semuanya bukanlah haram atau makruh. lbnu Jauzi (seorang fahaman Kaum Muda) sendiri mengakui Maulid dengan berkata setelah mencuba sendiri Maulid ini, adalah didapati terjadi (berlaku) keamanan yang sempurna pada tahun itu."
 
Syeikh lbnu Hajar pula dinukilkan oleh Syeikh Muhammad Zain (Dahlan) yakni Mufti Syafie di Makkah di dalam kitab As Siratun Nabawiyah Wa Asrarun Muhammadiah ( السيرة النبوية واسرار المحمدية ) , telah berkata di muka surat 51:
 
Maulidin Nabi S.A.W itu asalnya adalah bersabit dengan hadis yang ditulis didalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim:
 
Ketika datang ke Madinah Rasulullah S.A.W mendapati bahawa orang-orang Yahudi berpuasa di Hari Asyura. Baginda pun bertanyakan sebabnya.
 
Menjawab Yahudi dengan katanya: "Puasa kerana bersyukur mengingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Nabi Allah Musa A.S."
 
Maka Rasulullah S.A.W pun berkata, "Kami lebih utama berpuasa kerana mengingati Nabi Allah Musa A.S daripada kamu."
 
Menghuraian hadis ini, maka lbnu Hajar mengatakan, bahawa kalau Nabi Musa A.S pun diutamakan mengingati dan membesarkan hari kemenangannya, maka apalagilah dengan Nabi kita Muhammad S.A.W. Elok sangatlah diingati hari Maulid baginda dengan membaca Maulid itu.
 
Berkata Sultan Arifin Jalaluddin As Syuthi di dalam kitab Al Wasail Fi Syarhi Al Syamail :

Mana-mana rumah atau masjid atau kawasan yang dibacakan MAULID maka pasti orang-orang di tempat itu dinaungi oleh para malaikat dan Allah akan melimpahi mereka
dengan rahmat dan dikunjungi malaikat yang membawa cahaya iaitu Jibrail, Mikail, Israfil, Qaryail, Ainail, dan malaikat yang yang berbaris-baris dan yang ditugaskan menghadiri majlis zikir dan malaikat yang berada di atas langit maka mereka akan berselawat dengan sebab dibacakan MAULID.

Beliau berkata lagi :
Orang Islam yang membaca maulid di rumahnya akan dijauhkan dari segala malapetaka seperti kemarau panjang, wabak, kebakaran, kerosakan, bala bencana, perbuatan hasad dengki, kejahatan 'ain, keburukan dan kecurian bagi ahli rumah tersebut. Jika ditakdirkan meninggal pada tahun itu maka Allah akan mudahkan baginya menjawab soalan kubur dan tempatnya adalah di kalangan orang yang berjaya di sisi Tuhan yang maha menguasai dan berkemampuan
 
  •  

Politik Harian

Posted: 24 Jan 2013 03:12 AM PST

Politik Harian


Lim Guan Eng - Khalimah Allah Tak Perlukan Kebenaran Tapi Nama 'Penang' Perlu Kelulusan Tokong!

Posted: 24 Jan 2013 03:00 AM PST


Ramai yang terkejut dengan laporan akhbar semalam yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng, sekali lagi mengulangi bahawa apa jua acara baru atau yang pertama kali diadakan yang ingin menggunakan perkataan 'Penang', perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri lebih dahulu. Alasannya ialah untuk memastikan penglibatan parti politik mana agar tidak disalahguna. Kenyataan tersebut dibuat sebagai membidas penganjuran Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.

Memandangkan acara tersebut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, maka kenyataan Tokong Lim ini dengan sendirinya membawa maksud bahawa Jabatan tersebut telah dinafikan kuasa untuk meluluskan sesuatu acara, sekali gus menunjukkan cengkaman kuat kuku besi sang Tokong.

Tidak pernah dalam sejarah, seorang Ketua Negeri mengambil langkah sebegitu angkuh dengan memilik-sendirikan nama negerinya bagaikan hak mutlak keturunannya. Bagaimana jika kerajaan persekutuan meletakkan syarat agar parti pembangkang mendapatkan kelulusan sebelum menggunakan nama Malaysia di dalam acara mereka?

Bagaimana pula dengan Pakatan Rakyat menyalahgunakan nama 'Rakyat' dalam nama parti itu dan juga dalam acara-acara anjuran mereka, seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat"? 'Rakyat' dalam konteks PR hanya membawa satu maksud, iaitu 'rakyat Malaysia' sedangkan parti itu tidak mewakili semua rakyat. Malah majoriti rakyat menolak PR sepertimana yang dapat dilihat dengan jelas dalam HKR#112 di mana hanya 45,000 sahaja 'rakyat' yang terlibat.

Jika mengikut logik Tokong Lim yang tak tahu mengira atau sengaja menipu undi, PR wajib mendapatkan kebenaran dari seluruh rakyat sebelum menggunakan nama Rakyat dalam setiap program mereka. Ini kerana, penyalahgunaan nama 'rakyat' boleh menimbulkan salahfaham kononnya semua rakyat terlibat dalam program PR tersebut.

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin terserlah pula segala perangai buruk si Tokong Lim Guan Eng ini. Tidak cukup dengan ingin merampas hak agama Islam, iaitu Kalimah Allah, untuk diguna di dalam kitab Kristian, kini beliau ingin menafikan hak rakyat Pulau Pinang ke atas nama negeri mereka sendiri.

Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai satu paranoia, iaitu takutkan bayang-bayang sendiri, sentiasa merasa tidak selamat dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja. Seorang Ketua Menteri yang mendapat sokongan rakyat tidak mungkin akan mengalami paranoia sebegini. Jelaslah, bahawa Guan Eng cukup sedar bahawa rakyat Pulau Pinang membencinya.

Bukan kita tidak tahu yang Guan Eng membenci kaum lain, maka adalah perkara biasa jika benci dibalas benci. Bagaimana rakyat boleh menghormati dan menyayangi Ketua Menteri yang tidak mempercayai mereka dan sentiasa merancang untuk 'menghalau' mereka?

Inilah dikatakan bahawa politik DAP adalah politik rasis. Sikap rasis membawa rasa benci yang ekstrem. Dan ekstremisme pula membawa kepada tindakan tidak rasional dan seterusnya, bodoh. Hanya politikus yang bodoh sahaja yang dengan sengaja mencabar umat Islam dengan isu Kalimah Allah, terutama di ambang pilihanraya. Kononnya ingin melihat umat Islam semakin berpecah, tetapi keangkuhannya menyebabkan beliau gagal mencongak kemungkinan yang sebaliknya, iaitu umat Islam semakin membuka mata dan mula bersatu.

Oleh kerana Guan Eng langsung tidak menghormati kaum dan agama lain, maka beliau juga tidak berhak untuk menuntut penghormatan kepada diri, kaum dan agamanya. Beliau menuntut kebebasan menghentam dan menyalahgunakan hak kaum dan agama lain maka beliau tidak berhak menentang perbuatan yang sama dilakukan ke atas dirinya.

Apapun, beliau bernasib baik kerana masih ramai umat Islam negara ini yang waras dan bijak. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada Guan Eng jika sikap yang sama ditunjukkan di negara-negara Islam lain.

Oleh itu, hari ini kita hanya menyaksikan bagaimana beberapa orang puak PAS telah berani memijak bendera DAP walaupun mereka masih terikat sebagai balaci DAP.

Namun, hari esok belum tentu, jika Guan Eng meneruskan kebiadapan dan keangkuhan ini, mungkin kepalanya juga akan dipijak akhirnya.

Justeru, eloklah Guan Eng belajar cara menghormati orang lain, yang mana nampaknya tidak pernah diajar oleh ibunya. Skil menghormati orang adalah penting bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan berkesan atau untuk berpolitik, tetapi juga untuk keselamatan diri.

Sekadar peringatan untuk Guan Eng, paranoia atau takutkan bayang-bayang sendiri adalah sebahagian dari masalah psikologi. Cukuplah rakyat Pulau Pinang terpaksa bertahan dengan Ketua Menteri yang rasis, chauvinis, kiasu, bodoh, tidak telus dan tidak cekap, janganlah di tambah kekusutan ini dengan masalah psikologi lagi.

Khairy: Nasrudin Tak Patut Perlekeh Lawatan PM Ke Gaza

Posted: 24 Jan 2013 01:00 AM PST


Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.

Beliau berkata Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Pemuda Umno Pahang dalam siri lawatan kerjanya bagi meninjau persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini, hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasrudin dalam blognya yang mencemuh lawatan Perdana Menteri ke Gaza dengan perkataan kesat.

Dalam perkembangan lain, Khairy malahirkan rasa hairan dengan sikap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kekal dengan pendirian membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Katanya, Anwar sepatutnya tidak menunjukkan sikap percanggahan dengan keputusan Majlis Syura Pas pada 13 Jan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

"Kenyataan bercanggah antara Pas dan Anwar menyebabkan umat Islam terutamanya mereka yang tidak berparti merasa kecewa dan Pas sepatutnya perlu memikirkan semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Pemuda Umno akan memberi tumpuan untuk menawan pengundi muda yang masih tidak mempunyai parti dan akan mengundi kali pertama pada pilihan raya umum akan datang bagi menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata Pemuda Umno akan memberi fokus memikat 40 peratus pengundi muda atas pagar daripada keseluruhan pengundi muda semua kaum di seluruh negara.

Sehubungan itu, katanya, jentera pilihan raya pemuda BN perlu mendekati seramai mungkin pengundi muda dengan menggunakan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Selain menggunakan hujah berfakta, Pemuda BN perlu berkempen 24 jam menerusi akses media sosial terutamanya bagi mengesan mereka yang berada di luar kawasan serta melalui aktiviti sukan, masjid, ceramah, kebajikan dan sebagainya," katanya.

Khairy berkata sokongan golongan muda terhadap BN dan kepimpinan Najib semakin meningkat setiap hari.

"Walaupun kita berpuas hati terhadap respons yang ditunjukkan oleh pengundi muda, namun kita akan terus tingkatkan lagi sokongan golongan itu kepada BN.

-SH

PRU 13 - Anwar Tidak Pertahan Kerusi Permatang Pauh?

Posted: 23 Jan 2013 11:30 PM PST


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), tetapi bertanding di di kawasan lain.

"Insya-ALLAH, saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain,"katanya pertemuannya bersama Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun, Anwar enggan menyatakan kerusi yang bakal dipertimbangkan itu.

Menurut daftar pemilih sehingga 31 Julai 2008, majoritinya pengundi di Permatang Pauh berbangsa Melayu dengan 69.4 % diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa India hanya 6 % manakala lain-lain adalah 0.1 %.

Pada 7 Januari lalu, Zulkifli Jalil dari Utusan Malaysia melaporkan sambutan pengundi Permatang Pauh terhadap Anwar tidak seperti dahulu lagi.

"Dikhabarkan hangat ke telinga penulis, Permatang Pauh bukanlah lagi kubu kuat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

"Program dan ceramah-ceramah yang dihadiri Anwar bersama gengnya tidak lagi 'dilambung-lambung' macam dulu. Apabila kelibatnya muncul di sana dalam satu program baru-baru ini, ada yang duduk dalam kereta sahaja. Tak ada sambutan hangat. Tidak ramai orang Permatang Pauh hadir.

"Kebanyakannya 'diimport' dari Tasek Gelugor dan Batu Kawan. Baru sebulan lepas ketika hadir di Taman Perda, Bukit Mertajam, hanya 20 orang hadir. Melihatkan itu, Anwar pun cabut, tak jadi berceramah,"lapornya.

Kemudian diikuti laporan kedua oleh blogger GA pada 21 Januari lalu yang menyebut Anwar rungsing dengan kehadiran kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke parlimennya itu.

"Special instruction Anwar kepada beberapa orang inner circle – untuk turun semula ke Permatang Pauh dan buat analisa selepas lawatan Tun Mahathir ke kawasan tersebut.

"Pada mulanya, Anwar tak risau langsung dengan kehadiran Mahathir. Pada Anwar, 'old man' will not make an impact. Cumanya, Anwar jadi rasa tak sedap hati kerana kebanyakan kawasan di Permatang Pauh sudah berani meletakkan banner Mahathir secara terbuka.

"Anwar cukup terperanjat apabila dimaklumkan oleh seorang Koperal cabuk, kehadiran lebih 6,000 orang.

"Mana pergi sentimen benci Mahathir yang patut ada di Permatang Pauh? Lebih mengecewakan Anwar, semua ini disusun oleh Ibrahim Ali. Injured politician. Tapi mampu kumpul 6,000 orang. Shit."lapornya.

Apabila Nurul Izzah Tersasul... Apa Pun Tak Boleh!

Posted: 23 Jan 2013 10:00 PM PST


Lepas menang PRU ke-12 dulu, Nurul Izzah dilihat jarang jejak kaki kat Lembah Pantai ni. Dia lebih suka goyang kaki, makan angin ke luar negara sambil memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

Kononnya Malaysia ni banyak rasuah, banyak kacau-bilau, tak selamat – sampai pelabur dan pelancong asing pun takut nak ke mari. Lepas tu bila pelabur dan pelancong tak datang, yang merana ialah rakyat Malaysia sendiri kerana ekonomi negara terjejas. Bila ekonomi terjejas, Nurul Izzah tuding jari menyalahkan Kerajaan, padahal punca ekonomi merudum sebenarnya ialah dia sendiri!

Contoh terbaik ialah isu kapal selam. Dia pergi ke Indonesia, buat sidang media besar-besaran jaja cerita kononnya kapal selam Malaysia tak boleh menyelam! Jadi Malaysia pun jadi bahan momokan masyarakat antarabangsa, kononnya langsung tak efisien. Tapi bila diadakan majlis perasmian dengan DYMM Yang diPertuan Agong sendiri berada di atas kapal selam tersebut semasa ia menyelam, terdiam Nurul Izzah. Tapi pada masa itu nama Malaysia dah pun diburukkan di mata orang asing.

Dek kerana jarang turun padang, maka bila sekali-sekala buat majlis, Nurul Izzah boleh sesat-larat! Lembah Pantai tak besar mana pun boleh sesat?

Tak percaya? Boleh baca sendiri tweet si Nurul ni.

Nurul Izzah Anwar
Alhamdulillah ramai turut serta dalam pertandingan mewarna yg kami anjurkan :) -medan angkasa

Aduhai Nurul… Mana ada tempat nama Medan Angkasa kat Lembah Pantai. Tempat program kau tu ialah Dataran Angkasa Jaya…

Apa ni Nurul? Nama tempat program sendiri pun tak tahu ke?

Lepas tu, sebab dia jarang turun padang, maka nak tahu pasal kejadian pun tumpang tweet Dato' Raja Nong Chik.

Bila ada kebakaran kecil di Lembah Pantai, Dato' Raja Nong Chik segera minta wakilnya datang melawat mangsa untuk hulurkan bantuan. Dato' Raja Nong Chik juga minta DBKL untuk segerakan pembaikian.

Raja Nong Chik ‏ @RajaNongChik
Dpt makluman kebakaran kecil dapur @Blok B,PPR Kerinci.Peg saya hadir utk dpt butiran mangsa.Terima kasih anggota Bomba atas kecekapan anda!

Bila Nurul Izzah baca Twitter Dato' Raja Nong Chik dan tahu pasal kebakaran ni, dia pun jadi tak tentu arah. Bayangkan kawan-kawan, nak tahu pasal kebakaran di Lembah Pantai pun kena baca Twitter Dato' Raja Nong Chik. Apa jenis wakil rakyat macam ni?

Bila dapat tahu Dato' Raja Nong Chik dah hantar wakil, dia pun tak nak kalah, hantar juga wakil dia…

Nurul Izzah Anwar
‎"Kebakaran kecil Blok D PPR Kerinchi (bhg dapur).Wakil Nurul Izzah (@n_izzah) hadir melihat kerosakan

Malangnya hantar wakil pun tempat salah… Kebakaran di Blok B PPR Kerinchi, wakil dia pergi Blok D PPR Kerinchi. Lepas tu Nurul Izzah dengan bangganya dabik dada konon dah hantar wakil, padahal dia tak sedar, wakil pergi tempat salah!!!

Itulah Nurul, orang lantik jadi wakil rakyat, tak nak buat kerja betul-betul. Dato' Raja Nong Chik hantar wakil aku tak hairan, sebab dia Menteri, jadi banyak perkara yang perlu diuruskan, bukan setakat Lembah Pantai semata-mata.

Tapi kau tu Ahli Parlimen Lembah Pantai sepenuh masa. Sepatutnya 24 jam kau ada di Lembah Pantai. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kau yang dapat tahu dulu, bukan dapat tahu dari Twitter Dato' Raja Nong Chik. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kaulah yang dulu sampai, bukannya sekadar hantar wakil.

Itulah kau, lebih suka makan angin dari berkhidmat untuk penduduk Lembah Pantai. Tahun ni je berapa negara kau dah pergi untuk makan angin sambil burukkan nama Malaysia di mata dunia? Aku rasa si Nurul ni lebih arif tentang tempat-tempat di London, Australia, Turki, Singapura dan Indonesia berbanding dengan tempat-tempat di Lembah Pantai!

Sebab tak biasa turun padang tu lah, bila sekarang dia cuba memancing undi dengan turun majlis pengkebumian orang boleh tanya, "Eh, awak ni siapa ye? Sedara arwah ke?"

Orang Lembah Pantai pun tak kenal siapa Nurul Izzah!! Aku harap jangan ada yang terpedaya dengan kemunculan tiba-tiba Nurul Izzah di Lembah Pantai!

Apa kecoh-kecoh

Azwan Ali Hina Ibunya Di Twitter

Posted: 23 Jan 2013 08:00 PM PST


Terdahulu Murai.com telah menyiarkan berita ibu kepada Azwan Ali iaitu Mak Tom dikatakan jatuh di bilik air pada malam persandingan Ummi Hafilda.

Rentetan dari berita tersebut... Azwan Ali adik kepada Ahli Parlimen PKR Azmin Ali mengeluarkan kenyataan biadap menghina ibunya sendiri di twitter, beliau turut dikecam oleh peminat beliau di twitter.. 

Macam Haram!! Sikap jijik seorang anak yang kononnya diminati berjuta manusia yang dahagakan responnya di Twitter.

Menurut Azwan, kejadian itu adalah balasan di atas perbuatan Mak Tom dan Ummi Hafilda diatas apa yang dorang lakukan pada dirinya sebelum ni.. 


Petikan dari Murai.com - Mak Tom Jatuh Bilik Air Di Malam Persandingan Anaknya

KL, 21 JAN 2012: Murai Batu rasa tak perlulah Murai Batu jelaskan siapa itu Mak Tom. Sebab, nama Mak Tom tu dah cukup sinonim dengan industri hiburan tanah air. Apatah lagi bila dia adalah ibu kandung kepada pengacara laser lagi kontroversi iaitu Azwan Ali yang pernah mengecohkan program Masterchef Selebriti Malaysia serta menambahkan lagi sensasi dalam program Propaganza menerusi segmen Katanya.

Malah, waktu diserang oleh 4 pengacara wanita di dalam program Primadona tidak lama dulu, Azwan sempat mempromosikan rendang Mak Tom yang memang terkenal di kalangan rakan-rakan selebriti dan pihak media.

Malah ada 2 orang lagi anaknya yang sering menggegarkan dunia politik tanah air. Tak payah Murai Batu sebut nama diaorang ya. Yang penting, seorang dah pun berumahtangga serta memiliki beberapa cahayamata dan yang seorang lagi baru saja bersanding pada malam Jumaat lalu.

Berita terbaru yang mengejutkan Murai Batu terima, Mak Tom dikhabarkan telah jatuh di dalam bilik air di rumahnya yang terletak Kg Klang Gate, Hulu Klang, sekitar jam 12.30 pada malam yang sama anaknya dikatakan bersanding.

Khabarnya teruk juga keadaan Mak Tom itu sehingga orang tua itu terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Kini, Mak Tom dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Kisah ini, Murai Batu perolehi daripada penduduk di Kg Klang Gate sendiri yang terkejut bila melihat sebuah ambulan berada di rumah Mak Tom. Sebab sejak ketiadaan arwah bapa Azwan Ali, boleh dikatakan bertahun-tahun jugalah ambulan dilihat tidak berada di perkarangan rumah yang berbentuk ala Minangkabau itu.

Murai Batu cuba jugak mendapatkan kenyataan daripada Azwan Ali sendiri berhubung hal ini. Tapi, telefon bimbitnya memanjang saja asyik off. Terdetik jugak di hati Murai Batu, apakah yang menyebabkan Azwan Ali tetiba menutup telefon bimbitnya itu.

Adakah, ia mempunyai kena-mengena dengan kejadian Mak Tom jatuh pengsan di dalam bilik air di malam persandingan salah seorang anaknya itu. Murai Batu terdetik...

Majlis Syura Cabar Keputusan Anwar!

Posted: 23 Jan 2013 07:00 PM PST


Keputusan Pas berhubung isu kalimah ALLAH mengikut keputusan Majlis Syura adalah muktamad yang berasaskan kepada nas-nas dan syarak.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ia adalah keputusan terbaik kepada semua agama dan kaum di negara ini.


Menurutnya, semua agama perlu hormati Perlembagaan Malaysia yang meletak Islam sebagai agama rasmi.

"Itu adalah perundangan Islam. Pas anggap isu ini telah selesai dan tidak seharusnya mana-mana umat Islam mempertikaikan perkara ini.

"Keputusan tersebut adalah muktamad dan Pas mewakili umat Islam di Malaysia," katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu berhubung isu penggunaan kalimah iaitu bukan Islam boleh guna tetapi dengan syarat tidak boleh disalahgunakan.

Anwar berkata, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan keputusan Majlis Syura Pas, 13 Januari lalu.

Selepas keputusan Majlis Syura Pas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Katanya, kita tidak boleh menterjemahkan perkataan ALLAH kepada God atau Lord atau sebaliknya.

"Terjemahan itu tidak menggantikan ALLAH yang maha Esa, tidak beranak dan diperanakkan," katanya.-SH

Nasrudin Tantawi Dikecam Pengikut Sendiri

Posted: 23 Jan 2013 06:00 PM PST

Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.

Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.



Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.

Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.

"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin.

"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.

Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.

Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.

Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz."

Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.

Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".

Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat." -Utusan

Harun Din Akan Meninggalkan PAS?

Posted: 23 Jan 2013 08:00 AM PST


PANAS! Menurut sumber, Prof. Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah menolak pencalonannya sebagai calon Pas pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun belum dipastikan kesahihannya, sumber menjelaskan, Harun Din juga menolak untuk terlibat sebagai jentera Pas pada kempen pilihan raya akan datang.

Jika benar, keputusan itu sudah pasti memberi sedikit tekanan kepada jentera Pas Perlis bagi menghadapi PRU-13.

Khabar angin mula bertiup kencang apabila Harun Din dilihat tidak aktif dalam aktiviti parti melainkan hanya hadir di dalam mesyuarat Majlis Syura Pas sahaja.

Perubahan itu dilihat bermula sejak pemilihan parti yang lepas. Ini mungkin berkait rapat dengan keputusan pemilihan yang tidak berpihak kepada golongan ulama di dalam Pas.

Harun Din juga dikatakan menolak sebarang undangan untuk berceramah di dalam program yang dianjurkan pakatan haram. Sebaliknya hanya berceramah jika tiada unsur politik.

Sumber: Shah Alam Rebels

Video Pendedahan Graduan Mesir Masuk DAP Insaf

Posted: 23 Jan 2013 06:00 AM PST


Graduan dari Mesir Ustaz Wan Khairuddin Bin Ahmad berasa menyesal dan tertipu oleh kepimpinan yang dibawa oleh DAP...  Alhamdulil... Diharap lebih ramai lagi orang Islam kembali kepada Sunnah..
credit to http://abuaqifstudio.blogspot.com



Video URL: http://youtu.be/aqNwBd_IyzI

Pendedahan Laporan Audit JKR Terhadap Asrama Unisel

Posted: 23 Jan 2013 05:00 AM PST


KGC- Selangor semenjak pentadbiran Khalid Gagap tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Antaranya adalah skandal pasir, masalah air, penyalahgunaan dana MBI untuk membayar kos perwakilan PKR, rampasan tanah YBK, penjualan aset-aset PKNS, kegagalan menunaikan mainfesto PRU 2008 dan tidak ketinggalan kerugian Unisel.

Lebih menarik selepas isu-isu ini berpanjangan rakyat berjaya menilai semua isu tersebut telah dipolitikkan sehingga menjejaskan kepentingan rakyat Selangor sendiri.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, edisi pembongkaran pembohongan kerajaan Khalid Gagap akan bermula sempena PRU yang bakal menjelang. Pembongkaran pertama adalah laporan audit daripada JKR yang dijalankan terhadap asrama pelajar Unisel di Berjuntai Bisrati.

Hasil daripada laporan audit tersebut, pengurusan Unisel mengambil pendekatan menututup asrama tersebut atas alasan mendapat arahan daripada JKR dan juga Jabatan Audit Negara kerana ketidak selamatnya asrama untuk diduduki pelajar.

Alhamdulillah pembohongan pertama mereka dijawap oleh Jabatan Audit Negara yang menarfikan arahan tersebut.

Ini pula adalah laporan audit yang dijalankan oleh JKR oleh Encik Kamarul Arif bin Abdul Wahab Penolong Pengarah Juruukur Bahan bersama Norain bt Osman Penolong Pengarah Bangunan pada 20 Disember 2012.Laporan tersebut menjurus kepada pemeriksaan terhadap mendapan tanah.

Hasil daripada laporan audit tersebut jelas menunjukkan bahawa struktur bangunan asrama masih selamat untuk diduduki walaupun terhadap aktiviti pemendapan tanah berlaku.Laporan audit tersebut juga mengesyorkan supaya blok asrama ditutup semasa kerja-kerja dibaik pulih dilakukan dan bukannya menutup keseluruhan 44 blok asrama tersebut.

Hasil penutupan keseluruhan blok asrama tersebut, pelajar telah dipindahkan ke merata tempat dan ini secara logiknya mengganggu tumpuan pelajar untuk memberi fokus kepada pengajian mereka.

Sebagai rujukan sila klik di tajuk-tajuk dibawah untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan masalah asrama Unisel.

1- Kenyataan Media Kontraktor Asrama Unisel- Tiada Perbincangan Bersama

2- Pelajar UNISEL Ditindas - Mana Bantuan Buat Mereka Dari Kerajaan Negeri Pakatan Haram

3- Countdown PRU- Siri Pendedahan Pembohongan Kerajaan Selangor Bermula

4- Asrama Pelajar- Cabaran Kepada Unisel Atau Mereka DiBogelkan

5- Asrama Pelajar- Unisel diminta jamin keselamatan pelajar













Rumusan daripada laporan audit juga mengesahkan bahawa bangunan asrama selamat untuk diduduki tetapi memerlukan pembaikan segera. Sebagai ingatan hutang Unisel kepada kontraktor yang bertanggungjawap terhadap kerja-kerja penyelenggaran telah mencecah RM23 juta. Bagaimana cara terbaik untuk mereka menyelesaikan masalah ini dan pada masa yang sama menunding jari kepada pihak lain diatas kelemahan mereka sendiri. Ini perkara biasa yang mereka lakukan daripada dulu. Tidak pernah mengakui kelemahan sendiri. Mereke sekarang mendesak Jana Niaga Sdn Bhd untuk bertanggungjawap tetapi natijahnya adalah masalah ini berpunca daripada sikap mereka yang enggan menjelaskan bayaran tertunggak sehingga Jana Niaga tidak dapat menyelenggara asrama seperti yang telah dipersetujui.

Persoalannya adalah kenapa hutang kepada kontraktor penyelenggaraan asrama iaitu Jana Niaga Sdn Bhd tidak jelaskan sehingga mencecah puluhan juta ringgit walhal selepas laporan audit JKR ini dikeluarkan mereka mengatakan bahawa mereka mempunyai peruntukan RM20 juta untuk kerja-kerja pembaikkan. Adakah lebih baik mereka bersikap mencegah lebih baik daripada membaiki. Barulah betul satu pentadbiran yang baik.

Mungkin mereka mempunyai alasan-alasan tertentu untuk mempertahankan tindakan mereka menutup asrama tetapi sebagai rakyat Selangor, jangan terus terlena dengan janji-janji palsu dan kata-kata manis kerana yang terang lagi bersuluh, sektor pendidikan tidak terkecuali menjadi bahan politik pakatan pembangkang dalam menyelamatkan survival politik mereka.

Fikirkan Bersama.

tunku

Posted: 24 Jan 2013 03:01 AM PST

tunku


Kalimah Allah Don't Need Approval From Tokong But The Name 'Penang' Does?

Posted: 23 Jan 2013 08:30 PM PST

Many were shocked with media report yesterday saying that Penang Chief Minister, Tokong Lim Guan Eng, once again stressed that any new events which want to use the word 'Penang', should acquire approval from the state government before using it. The excuse, to identify which political party is organizing the event, to avoid any misuse. The statement was made as a response to the hosting of the 2013 Penang Run which is supposed to be held during Thaipusam.
Considering that the event is endorsed by the state's Youth and Sports Department, Lim's statement automatically means that the Department had been denied of its powers to approve for any event, showing the Tokong's real dictatorship.
This country has never seen a Chief Minister taking such an arrogant measure in claiming the name of his state as his own. How would it be if the federal government are to ask the opposition to seek for approval before they use the word 'Malaysia' in any of their events?
What about the abuse made by Pakatan Rakyat in using the word Rakyat in their events such as Himpunan Kebangkitan Rakyat"?  Because in PR's mind, rakyat only mean one thing, it means 'all Malaysians', even if the party does not represent all rakyat. We can even see that majority rakyat reject PR just like during the HKR#112 where only 45,000 'rakyat' attended.
It seems that the closer the election comes, the more Lim began to show the real side of him. Not enough with taking over Islam's rights, wanting to use kalimah Allah in the Bible, now he wants to deny the rights among people of Penang over their own state's name.
Guan Eng's actions can be seen as a paranoia where he is scared of his own shadow. He never feel safe and he does not trust anyone. As Chief Minister who receives support from rakyat would never suffer such paranoia. It is clear that Guan Eng is aware that the whole Penang hates him.
Not that we don't know that Guan Eng hates other races. How can rakyat respect a Chief Minister who do not trust them and has plans to chase them away from the state?
If Guan Eng does not respect other race and religion, he does not deserve the rights to be respected even from himself, his race and his religion.
Whatever it is, he is lucky because most Muslims in this country are smart. We do not know what would happen to Guan Eng if he does the same thing to other Islamic States.
That is why we could see how only a few PAS supporters dare to step on DAP's flag despite of their ties with DAP.
However, we cannot tell the future. Perhaps Guan Eng will be stepped on by the end of the day.
Thus, Guan Eng should learn how to respect others. Respecting others would not just be a political benefit, it would also be good for one's personal safety.
Just a reminder for Guan Eng, paranoia is just a psychological problem.
People of Penang do not need to suffer having a Chief Minister who is a racist, chauvinist, kiasu, stupid, not transparent and inefficient, please do not add up their suffering with psychological problem. 

Salam Maulidur Rasul

Posted: 23 Jan 2013 10:51 AM PST

Ya Nabi Salam 'Alaika
Ya Rasul Salam 'Alaika
Ya Habib Salam 'Alaika
Sholawatullah 'Alaika
Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nurun Fauqo Nuuri
Anta Iksiru Wagholi
Anta Misbahush Shuduri
Ya Habibi Ya Muhammad
Ya 'Arusal Khofiqoini
Ya Muayyad Ya Mumajjad
Ya Imamal Qiblataini
Ya Habibi Ya Muhammad
Sholawatullahi 'Alaika

LGBT: Is It Only A Problem For The Muslims/Malaysia?

Posted: 23 Jan 2013 09:30 AM PST

The world is changing, and nobody can deny it but I don't think anybody could guess what it's changing into, and whether it's for the better or worse. Some say, it's getting better - with this deafening call for freedom, equality and 'human rights' being heard by more and more countries. While some, express their worries and doubts over the threats that the freedom, equality and human rights may posts, to the religious beliefs, cultural values as well as human and family virtue. Some, however, just decided to not think at all, but accept anything that comes from the 'voice of the world' or more accurately, the westerners, which they look up as more civilized, more informed or the 'smarter' race. They believe that anything that comes from there must be good and the right things, even though it defies their religious beliefs. There is a strong evident that psychology plays quite a role in the way we see the changes in the world today. The uprising Islamophobia seems to have influenced some judgment. In other words, their 'phobia' that now turns into 'despise' , has caused some of us to believe that anything or everything that spells 'Islam', has to be backward, wrong and unwise and everything or anything otherwise, must be right or better. To the extent that it clouded the facts some of the teachings in Islam are also taught by other religion. The most similar religion to Islam must be Christians as both share the same history of the prophets. Although similar in its history and some of the teachings, but it is as far apart as it can be in its core, which is the subject of God where Islam worships Allah SWT and nothing but Allah SWT, and Jesus is human who is just another Prophet, while Christians takes Jesus as God or God's son or partly God. However, whatever similarity that the two religions might have is now vague as the Bible has gone through many amendments and changes, whereby the AlQuran remains the same and unchanged since the day it was sent. While the Bible now is a book that tells the tales of Jesus and Christianity, AlQuran is basically guidelines and information of life for the future, as from the day it was sent. For example, it tells in details of the condition of a baby in the womb and the facts of the universe even before human could figure them out. The striking similarity that remains is that both Muslims and Christians love to preach to each other which is evident in the social network - at least in Malaysia. And through this, I notice that while the 'good Muslims' are constantly calling for their brothers and sisters to go back to basic, the AlQuran and Sunnah, but the 'good Christians', however, are going the opposite way from the Bible. Many Christians seem to be calling for liberalism or pluralism and many of them are openly supporting LGBT while at the same time, condemning the Muslims or Islam for condemning the group. Then again, this may only be the case for the Christians in Malaysia because, as far as I know, LGBT is incompatible with the beliefs, sacred texts, and traditions of many religious groups, not just Islam. The Catholic Church, Presbyterian Church, United Methodist Church, Southern Baptist Convention, Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, National Association of Evangelicals, and American Baptist Churches USA all oppose to it and same-sex marriage. July 31, 2003: Statement from the Congregation for the Doctrine of the Faith and approved by Pope John Paul II, stated that "marriage was established by the Creator with its own nature, essential properties and purpose. No ideology can erase from the human spirit the certainty that marriage exists solely between a man and a woman". Therefore, I find it weird for Malaysian, especially, Malaysian Christians to support gay rights as it not only defy the eastern culture and value, but also their religion. These Malaysians seem to believe that it is this conservative, backward, stupid Islam that is discriminating LGBT, and often ridicule all statements made by Islamic bodies on the subjects. It seems to never occur to them that their religion opposes the group too. It is important to note that while Islam acknowledges a person with two-sex condition (khunsa) where the person may choose to live as one of either sex that strongly makes his/her personality, but Islam, nor Christians acknowledge a 'natural attraction or desire towards same sex' simply because there is no such thing. Gays and lesbians weren't born as gays or lesbians. All of them only become one after a 'try-out' either voluntarily or by force. In an Islamic country such as Malaysia, it is easier to prove so, whereby all the gays that were 'caught', admitted that they only become gays after one little experience somewhere in their teens or early adult. Most reported cases stated the first experience as, 'forced or raped by their seniors in college'. Those aren't strong enough to get over it, would be the ones most probably end up living as gays or bisexuals. So, it's not a natural condition, in fact, it's a psychological problem and no wonder, the Islamic religious department happened to have 'cured' quite a number of them. The lesbians are less credible in their argument of being a 'born-this-way'. Most of them admitted of having bad experience with men and chose to just give up on them. This proves that it is not about natural sexual desire, but simply a crave for attention and affection. Transexuals or in Malaysia, is called Mak Nyah, Pondan is a case of men with the heart and mind of a woman. They see themselves as a woman and dying to be one. This is a psychological confusion which may have caused by a traumatic experience, environmental influence or even hormonal imbalance since born - which can be treated with hormonal drugs and proper counseling. However, some of them, whom many of them and the society might not realize, might also fall into the group of 'khunsa'. In such case, they should get a medical evident whereby, they can practice their right to choose a sex which they are comfortable with, and nobody should deny them of this right. The point is, if Islam condemning LGBT is considered by these so-called open-minded, educated Malaysians as stupid and backward, they must also admit that Christians too, is stupid and backward. And so are the half a million French who marched down the streets on 14 January on another series of an anti-gay demonstration in the country and protest of same-sex marriage bill. The Vatican had acknowledged the success of the demonstration in its website. And what about the Russians who marched down the street on 22 January for the same reason as the French? Or the Russian government for banning what is called 'Gays Propaganda' which includes spreading information, no matter how insignificantly small about LGBT. Are they as stupid and backward as the Muslims in Malaysia too? Facts about LGBT today: There are 55 countries opposing LGBT, 93 supports, 27 refused to vote and 17 were not present to vote. However, as of Sep. 12, 2012, only 11 out of 194 countries allow same-sex couples to marry: the Netherlands (2000), Belgium (2003), Canada (2005), Spain (2005), South Africa (2006), Norway (2009), Sweden (2009), Argentina (2010), Iceland (2010), and Portugal (2010). Are all the 194 countries stupid and backward too? In America itself, only 9 out of 50 states legalized gay marriage. Are all the Americans in the 39 states stupid and backward too? This is a fact which I believe all educated, open-minded Malaysians would agree, regardless of their religious beliefs that, LGBT and its objective of gay marriage will lead to more children being raised in same-sex households which are not an optimum environment for raising children because children need both a mother and father. Girls who are raised apart from their fathers are reportedly at higher risk for early sexual activity and teenage pregnancy. Children without a mother are deprived of the emotional security and unique advice that mothers provide. An April 2001 study published in American Sociological Review suggested that children with lesbian or gay parents are more likely to engage in homosexual behavior. In the 1997 book Growing up in a Lesbian Family: Effects on Child Development, Fiona Tasker, PhD, and Susan Golombok, PhD, observed that 25% of sampled young adults raised by lesbian mothers had engaged in a homoerotic relationship, compared to 0% of sampled young adults raised by heterosexual mothers. And I don't think that I need to remind any of you that HIV and AIDS are originated from homosexual activities. Allah SWT has created the world with rules which we called 'nature'. The moon and the earth moves around in exact timing and route, just as our blood flows and heartbeat has its rhythm, timing and certain rules to ensure of a perfect function. This is nature. Should the earth be shifted only a few mm., it would be doomsday. Nature also sees that everything is created in pairs just like man and woman which are created for each other, blessed them with love and children, and therefore live in peace. Allah SWT then promised that, should the nature be defied, things would be ruined. While defying nature is stupid, condemning Islam for condemning LGBT, is pure hypocrite.

Nusantara Seminar: What's Next?

Posted: 23 Jan 2013 07:00 AM PST

The paperwork presentation made during Nusantara Seminar on January 18 -20, should be taken as a guideline for all Muslim, especially Malaysians in facing challenges and obstacles. As for the context on Malaysia, where Muslims are still looking for their identity and path, a presenter from Indonesia, Prof. Dr. Hj Ali Mustafa Yakub who presented the paper on "Purification of Thought and Development Among Indonesian Muslims", is very interesting. Looking back at the history of Islam in Indonesia, he concluded that Islam does not fall on a particular race or Arabic culture and it does not fall on a fixed image. For example, Arabic style attire or the dome, that does not really define the symbol or mark of Islam, it is only based on the imagination and speculations based on the environment. Putting a special 'image' on Islam could cause trouble where Muslims tend to make their own judgement on Islam. Islam is a religion that is suitable at any place or time. So, when Islam came to Java, it never really change any of Javanese's its culture, image, nor structure. That is why the religion was easily accepted by Javanese because they do not have to make any drastic change in terms of their lives. In short, the change is more of a spiritual change. Taking note from the paperwork, Muslims in Malaysia should admit how we went a little overboard in focusing on the image of Islam instead of focusing the main picture of Islam. From there, Muslims began to judge one another which then leads to fights. And from there, people begin to idolize individuals based on their appearance up to a point where it seems very easy to become an Ulama, by just showing the image of Islam to public. This issue was clearly brought out by a presenter from Malaysia, Prof. Dato' Dr. Sidek Baba, a lecturer from UIA in his paperwork entitled "Islam in Southeast Asia: Challenges and Hope". Accordding to Prof. Sidek, Malaysian Muslims are now under the threat of shallow mind as they focus more on image instead of knowledge. Today, the concept of dakwah in Malaysia is more of in form of criticism. From there, people began to has this prejudice against one another and they refuse to unite. A real preacher is suppose to convey the spirit of love, respect and union and they should not support the act of sentencing one another. This concept was clearly explained by Ustaz Kamal Saidin in a separate session which is also a continuity from the seminar. According to Ustaz Kamal, "These Ulama like to take over the work of Allah SWT (sentencing) instead of performing their real tasks". Because of these Ulama, Muslims today only focus on image because they are worried if they are criticized by the public even if their basic of Islam is still weak. In other words, they got busy perfecting their 'image' instead of doing any good deeds. This issue has somehow led to another issue where the message of Islam do not get to places that matters. As those Ulama gets busy trying to 'Islamise' the country, the law and Muslims, they somehow missed other things such as Bumiputera in Sabah and Sarawak as well as Indigenous people from the Peninsular who are still yet to receive the message of Islam. Few of the things which were exposed during the seminar include the discussion on how a few bumiputera were really interested to learn about Islam, but sadly, the Christians got to them first. Despite that, they never really give up on wanting to learn about Islam where they would send their kids to gain information about the religion through ceramah in schools etc. At the same time, the Christians would work hard to approach the group but there are no response from Islamic Ulama. Thinking about how a few Muslims who brought the image of Islam can still fall under the trap of false Ulama, what about those who do not know much about Islam. Even if they do want to learn about Islam, they can easily be confused as kalimah Allah is being used by other religion. Thus, the conclusion from the seminar has helped us to see the obstacles which are faced by Islam today. The answer towards solving all of the issues however, is still yet to to be found. From there, the suggestion given by a Parliament Member from Cambodia, Tuan Haji Zakariyya Adam who is also a presenter on a paper entitled "Socio-Economic Development For Cambodian Muslims" in establishing the "Supreme Islamic Reference Centre" for the ASEAN region where all Ulama around the region would work together to handle the issue in an organized manner. The conclusion, Nusantara Seminar was a success, but it would not change anything until further actions are taken

DEEPAK AND HIS MYSTERIOUS CLAIMS, ANWAR’S STRATEGY BACKFIRE

Posted: 23 Jan 2013 04:34 AM PST

Deepak Jaikishan has again postponed his interview with MACC, second time in just a few days…despite his previous burning desire to tell all to MACC on his allegations about PM Najib and wife and what ever as being probabloy instructed by Anwar Ibrahim. The only problem is Deepak, the carpet seller does not seem too keen to reveal to MACC despite his talks at press conferences or he just do not have the documentary evidences as he claimed. Logically, if he has the docuements as he claimed and with the burningn desire as reflected in his interviews with the press, he woulod have run…not crawl…to MACC to proof to Malaysians he is not 'playing politics or being made used of by Anwar and gang.' But postponing the interview with MACC, which he himself made the appointment is something very mysterious, considering he claimed to have all the documents and proofs. Talks have it that Deepak is being abandoned by Anwar and gang when he hit out at Rafizi Ramli because Ramli had taken 'the limelight' on the issue from him. Now when MACC is willing to listen and investigate, the carpet seller stalled…giving excuses…something fishy is going on and wonder where the fish is. So now the carpet seller is in deep trouble and it is not easy for him to wrangle his way out as Malaysians are waiting and his credibility is at stake…probably this is nothing to him but given what he had voiced out the past few weeks, he is actually not credible, just like PM Najib Tun Razak commented. Deepak's game, if it is a political game, affected Anwar and Pakatan as a whole and only thinking Malaysians know this, those who seek the truth on the matter, not the make-believe stories as told by Anwar and gang. And many are now tired with claims and allegations made but no evidences…hard and solid…to backed the claims and allegations. Thus, Anwar and gang are hard-pushed now to present evidences to all their allegations and claims…and in the meantime, all their games are being exposed one-by-one…as the saying goes…stark naked for people to see. It is not easy now to influence people with just claims and allegations as voting Malaysians, even the young ones, are curious to the extent they want to see evidences…hard evidence…not just mere words.

Taipingmali (tm)

Posted: 24 Jan 2013 01:51 AM PST

Taipingmali (tm)


Ahli Akar Umbi PAS P.Pinang bantah kenyataan Karpal

Posted: 23 Jan 2013 10:03 PM PST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pembangkang Perak Tahap Bahalol Dah!!!

Posted: 23 Jan 2013 04:00 PM PST

Malam tadi di Ipoh berlangsung satu program paling bodoh dan syok sendiri iaitu 'debat Nizar vs Zambry. Dr Zambry telah pun menyatakan bahawa Nizar tidak mempunyai kredibiliti untuk berdebat.  Ya! Memang amat setuju dengan kenyataan Dr Zambry.

Nizar sepanjang 5 tahun menjadi Adun dan 3 tahun menjadi ahli parlimen Bukit Gantang berapa kali namanya dicatatkan dalam handsard dewan rakyat atau dewan dun.

Malam tadi mereka buat program syok sendiri. Kalau betul-betul debat diluluskan oleh pihak polis sila tunjukkan salinan surat kebenaran atau permit yang dikeluarkan oleh PDRM.

Satu lagi kebodohan pembangkang yang menyatakan program debat Nizar vs Zambry tetapi kenapa meletakkan meja untuk 3 penalis ( 3 dipihak pembangkang dan 3 dipihak BN) Kalau debat antara Nizar dan Zambry , tak payah ada meja sedemikian rupa..






Inilah kebodohan pembangkang. Kalau berdebat dalam dewan bawa geng dan buat debat digelanggang sendiri. ( foto oleh penyair hitam)

Sahabat-Gunung

Posted: 24 Jan 2013 01:28 AM PST

Sahabat-Gunung


Terima Kasih Najib ..... Kata Di Kota .....

Posted: 23 Jan 2013 07:08 PM PST


Lawatan PM Ke Gaza.. Dari Juara Rakyat Di Malaysia Ke Juara Umat Untuk Palestin

Posted: 23 Jan 2013 07:43 AM PST



Lawatan Kemanusiaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza semalam adalah bukti  menunjukkan perpaduan dan sokongan teguh Malaysia dan rakyatnya terhadap perjuangan Palestin.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Malaysia boleh menghantar bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestian, tetapi beliau melihat lawatan itu sebagai simbol sokongan berterusan yang amat kuat kepada Palestin.

"Hari ini kita bukan sahaja mempunyai juara rakyat bukan sahaja di Malaysia, malah kini kita mempunyai juara umat yang amat prihatin dengan kesusahan dan keperitan hidup rakyat di Palestin.

"Kita nak ucap tahniah juga kerana beliau menjadi Perdana Menteri yang pertama menjejakkan kaki ke bumi Palestin, ini tidak bermakna lima Perdana Menteri yang terdahulu tidak baik, tetapi kesemua mereka juga menjuarai perjuangan rakyat Palestin namun atas sebab-sebab keselamatan, mereka tidak berkesempatan untuk pergi," ujarnya ketika ditemui selepas program lawatan ke peti-peti undi dalam Parlimen Segambut, petang tadi.

Dalam masa yang sama, Ahmad Maslan turut menyelar tindakan pemimpin pembangkang khususnya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal yang menyebut beliau menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

"Inilah perbezaan pemimpin BN dan pembangkang, inilah yang kita harapkan pemimpin akan terus menjuarai permasalahan umat di dunia Islam yang amat mencabar sekarang ini," tambahnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh berkata lawatan Najib adalah yang julung kali dilakukan oleh seorang perdana menteri asing yang bukan dari negara Arab, ke Gaza. Pada lawatan ke Gaza, Najib dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Aqsa atas sokongan yang diberi terhadap perjuangan Palestin.

Najib, dalam ucapan penerimaannya, berkata beliau berbesar hati menerima ijazah kehormat itu bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia.

Pada majlis itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor turut dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh universiti berkenaan atas kerja-kerja kebajikan beliau.

Najib berkata komitmen Malaysia boleh dilihat daripada dana dan bekalan perubatan yang disumbangkan pada misi kemanusiaan tahun lepas, dan dalam semangat rakyat Malaysia yang datang membawa sumbangan itu.

Belantan

Posted: 23 Jan 2013 11:59 PM PST

Belantan


Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat dikecam pengikut sendiri?

Posted: 23 Jan 2013 10:50 PM PST



Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.

Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.

Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.

Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.


"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin.

"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.

Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.

Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.


Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz."

Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.

Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".

Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat."

Suara Politik
Belantan

Nizar Lambai dimalukan depan penyokong sendiri?

Posted: 23 Jan 2013 02:49 PM PST



Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohammad Nizar Jamaluddin yang semakin aktif berceramah di sekitar Perak kebelakangan ini dibayangi jentera UMNO yang mengekorinya bagi membongkar segala tohmahan yang dilemparkan pemimpin itu.

Terbaharu, hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu untuk memperdayakan rakyat dalam siri ceramahnya di Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, di sini malam tadi tidak kesampaian apabila jentera UMNO turut mengadakan ceramah di tempat sama.

Malahan, pemimpin Pas itu dimalukan apabila lebih 15 klip video yang membuktikan tohmahannya dalam beberapa isu sebelum ini dimainkan dalam ceramah yang berlangsung hampir tiga jam.

Penceramah UMNO, Hanafiah Man berucap pada sesi ceramah Nizar Jamaluddin Pembohong Bersiri di Parit, Perak malam tadi.

Majlis ceramah bertajuk 'Mohammad Nizar Pembohong Bersiri' itu turut didengari dengan jelas para penyokong Pas yang hadir memandangkan lokasi kedua-dua parti itu berceramah hanya dibezakan kira-kira 50 meter.

"Saya tidak minta anda percaya bulat-bulat apa yang saya cakap, tetapi minta anda lihat dan menilai sendiri semua video ini yang menunjukkan betapa Mohammad Nizar ini selalu berbohong kepada rakyat," kata penceramah UMNO, Hanafiah Man ketika berceramah dalam majlis tersebut.

Suara Politik
Belantan

Perjuangan PAS zalim : Bai'ah ceraikan isteri dan kejahilan!!!

Posted: 23 Jan 2013 08:15 AM PST



Pengakuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang wujudnya bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti, agak menggemparkan.

Walaupun cakap-cakap mengenai perkara itu sudah kedengaran ketika isu lompat parti hangat diperkatakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, ia masih tinggal sebagai desas-desus kerana pemimpin Pas mengunci mulut.

Maka apabila Khalid membuat pengakuan itu, ia membongkarkan apa yang sudah membuak-buak tersimpan sebagai rahsia yang menanti pecah. Awang percaya pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai malah di kalangan para pemimpin dan ahli parti itu sendiri.

Pelbagai pihak termasuk ulama seperti Mufti Perak, Harussani Zakaria dan Profesor Dr. Mahmood Zuhdi serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah bai'ah tersebut yang bercanggah dengan amalan dan nilai Islam sebenar. Beberapa pemimpin pembangkang terutama DAP dan Kelab Penyokong Pas turut mempersoalkannya. Asas bantahan semua pihak cukup jelas iaitu isteri dan perkahwinan yang dilihat mulia tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan hanya kerana politik.

Persoalannya mengapa sampai ke tahap itu pemikiran pemimpin Pas yang mencampurkan urusan parti dan perkahwinan? Mengapa wanita dijadikan mangsa kejahilan? Kita bukan berada di zaman jahiliah. Sesungguhnya kita tidak terkejut dengan bai'ah seperti itu kerana Pas untuk sekian lamanya sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan politik berbanding kepentingan Islam.

Ia jelas memperlihatkan budaya politik yang rendah pada parti itu selain kurang keyakinan dalam mengurus barisan wakil rakyatnya. Kita percaya tiada parti politik dalam dunia termasuk yang menggunakan label Islam mengadakan bai'ah menceraikan isteri talak tiga (yang tidak boleh dirujuk semula kecuali Cina buta).

Rasanya juga tiada parti politik termasuk di negara mundur seperti di benua Afrika, yang wakil-wakil rakyatnya akan membenarkan diri terikat dengan sumpah seumpama itu yang tidak munasabah, bercanggah dengan semangat demokrasi, keadilan dan kebebasan jiwa yang merupakan prinsip Islam. Pas perlu ada keyakinan, ia bukan Parti Ajaran Sesat sebagaimana Ayah Pin yang mengubahsuai agama untuk kepentingan dan keseronokan diri. (Mungkin Ayah Pin pun tidak tergamak adakan bai'ah itu).

Bagaimana jika kepimpinan Pas melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam, kezaliman, kejahilan dan segala macam eksploitasi serta kelemahan memudaratkan tetapi enggan membetulkannya, apakah wakil rakyat Pas akan terus bersubahat dan tidak berani bertindak keluar parti?

Menurut Khalid, bai'ah tersebut bagi mengelakkan pengkhianatan, tetapi mengapa isteri yang menjadi galang ganti? Tidakkah ia bersifat ugutan yang melampau. Kalau begitu, mana-mana wanita yang berkahwin dan bakal berkahwin dengan aktivis politik Pas perlu berhati-hati dan bersedia dari sekarang kerana anda mungkin terjebak menjadi mangsa sumpah politik. Jika keadaan ini dibiarkan, kita tidak terkejut jika selepas ini, akan ada bai'ah lain seperti murtad seisi keluarga jika keluar parti.


Sekali lagi, ia membuktikan Pas mempergunakan agama demi kepentingan dan muslihat politik. Kita melihat ini sebagai ketaksuban berparti yang akan terus meletakkan Pas sebagai parti ekstrem. Sebab itulah, Pas sukar memberikan impak dalam politik nasional. Parti itu juga selalu melepaskan kesempatan terbaik untuk mengamalkan kesederhanaan dalam pendekatannya sebagaimana amalan Nabi Muhammad SAW. Belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan dengan membatalkan bai'ah tersebut. Persoalannya apakah Pas bersedia melakukannya sambil mengakui kesilapan?

Yang Menariknya : Muslimat Pas pertahan bai'ah!

Agak menarik kerana dalam para pemimpin PAS menafikannya, Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti. Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti. "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti sama kasihnya," kata beliau pada seminar memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini.

Beliau mengulas laporan muka depan sebuah akhbar mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas tentang bai'ah talak tiga itu yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu. Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung. Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai'ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007.

"Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh 'main-main' masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam. "Saya melihatnya positif. Media jangan 'main-main' dengan isu ini," katanya. Turut bersetuju dengan pendapat beliau ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi yang menyifatkan amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.

"Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah. "Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon," katanya. Jelasnya, semua wakil rakyat Pas memahami Islam dan mereka tidak ada masalah untuk memahami mengapa bai'ah dilakukan oleh parti. Sila baca di sini.

Komen : Pelik tapi benar kerana Ustaz Hadi pun tak mengaku ada perkara seperti ini ( bai'ah ) ada didalam PAS? Apa lagi yang pemimpin PAS hendak temberang mengenai Bai'ah ! Husam Musa sendiri berkata yang perjuangan negara Islam hanyalah ideslisma sahaja manakala bekas MB Perak Nizar pula mancabar ahli dewan DUN Perak supaya ditunjukkan bukti yang PAS hendak menegakkan negara Islam? Jadi apa sebenarnya yang PAS perjuangkan?

Adakah kerana semata-mata hendak berkuasa, agama di pergunakan. PAS menipu pengikut-pengikutnya dengan menggunakan undang-undang ALONG supaya ahli mereka yang terjebak tidak dapat melarikan diri lagi. MasyaAllah.

Suara Politik
Belantan

Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat!

Posted: 23 Jan 2013 01:15 AM PST



Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar.

Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi " halal ". Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.

Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian dikalangan ahli penyokong Pas itu sendiri.


Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?

Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang melayu kepada Sulatan dan Raja-raja mereka.

Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini. Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sebelum ini.


Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah " abang besar ". Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai " Pak Turut ", menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.

Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Dimanakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.

Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam.


Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya.

Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam. Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate dimana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke ketuanan Rakyat.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR.


Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam dibumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam. Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam.

Jadi dimanakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya. Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah kepangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 23 Jan 2013 11:48 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Hikmah Maulidur Rasul. Fitnah Jahat Kafir DAP Terkantoi.

Posted: 23 Jan 2013 10:33 PM PST

Tahniah blogger Unspinners kerana membuat pendedahan ini.

PR yang sebar risalah nak bakar bible


... tapi tuduh Perkasa. Risalah atas dah tunjukkan hasrat mereka.

Tengok saja risalah di bawah ... itu risalah stail sapa?


Baca Flying Kick SINI

Dato Ibrahim Ali kata secara bersantai mencadangkan dalam ceramah suruh mana-mana orang Islam yang terima Bible yang diberi secara niat jahat untuk melanggar peraturan melarang dakwah Kristian kepada orang Islam supaya dibakar saja. 

Ia hanya memarahi mereka yang berniat nak murtadkan orang Islam dan bukan suruh tidak hormat ugama lain atai kitab agama lain.

Bagi mereka yang mahu Ibrahim Ali disiasat atas tuduhan hasutan, betul cakap Dato Dr Chua Soil Lek supaya seluruh negara (maksudnya pembangkang lah tu) patut disiasat untuk hasutan juga!!!

Nanti kita jelaskan kegiatan sebar bible ini ada kaitan dengan agenda Negara Kristian untuk satu  objektif masa terdekat.

Sumber : http://theunspinners.blogspot.com/2013/01/pr-yang-sebar-risalah-nak-bakar-bible.html

Salam #MaulidurRasul 1434H: Ingat hukum @NikAbdulAziz , HARAM sambut #MaulidurRasul hari ini!!!

Posted: 23 Jan 2013 08:00 PM PST

Kredit kepada KETTHA


Salam Maulidur Rasul 1434H kepada semua pembaca MyMassa. Sebagai umat Islam yang beriman dan bertaqwa, hari ini seharusnya menjadi hari yang cukup istimewa buat kita semua kerana ia merupakan hari diutuskan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW ke dunia ini. Kelahiran beliau telah membawa rahmat kepada kita semua, dan hasilnya kita semua dapat lahir dan hidup di dalam nikmat Islam.
 
Apa akan jadi jika Allah SWT mentakdirkan tiada lagi rasul selepas ISA AS?!! Sudah tentu kehidupan kita, malahan tamadun manusia tidak mencapai kemajuan seperti yang ada sekarang ini! Usah salah faham dengan menganggap bahawa tamadun Kristian yang membawa perubahan kepada peradaban manusia, kerana tanpa syiar Islam dan Al-Quran melalui Muhammad bin Abdullah, sudah tentu manusia akan terus hidup dalam zaman kegelapan dan jahiliyyah.
 
Begitulah pentingnya kita sebagai umat Muhammad mengingati dan menyambut hari ini sebagai satu hari penting dalam hidup kita semua. Tidak timbul soal bida'ah ataupun meniru perayaan Krismas. Malah, kalau ditanya tentang Hari Krismas kepada penganut Kristian sekali pun, mereka masuh lagi bercanggah yang tarikh 25 Disember itu sama ada hari kelahiran Jesus ataupun hari ia disalib.
 
Namun apa yang amat menyedihkan buat kita semua, sambutan Maulid Nabi ini mulai diperlekehkan oleh sesetengah pihak yang begitu terhutang budi dengan puak kafiruun. Dan yang lebih menyedihkan, orang yang mempunyai ilmu agama sendiri yang mengepalainya dengan mengaitkannya pula dengan ajaran Kristian/bid'ah! Dan kerana perbuatan-perbuatan seperti inilah umat Islam terus menerus menjadi keliru dan berpecah belah, sehingga ada di antara kita yang menghina perarakan Maulidur Rasul yang menjadi tradisi kita selama ini!
 
 
"Sebagai makluman, Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M dalam mesyuaratnya bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa majlis perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari 2010 yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang" berikut adalah surat pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir.
 
 
 
Jika Perarakan mengingati Rasulullah SAW dianggap Bid'ah dan meniru Kristian, maka apakah pula hukumnya bagi perarakan di jalan-jalanraya yang tidak mendapat permit dan restu orang ramai atas kerana mahu membela orang cina yang membunuh diri (TBH) dan menuntut pilihanraya yang adil (ikut acuan mereka)?!!
 
 
 
Dan jika menyambut hari kelahiran Nabi sebagai satu kesalahan di dalam Islam, jadi apakah pula keadaannya di bawah ini?!!
 
 


 
 
 


Pemimpin PAS Ulangi Pembohongan Haji Hadi.

Posted: 23 Jan 2013 06:16 PM PST

MyMassa tak terkejut bila 'pakar ekonomi' PAS keluarkan kenyataan ini bahawa Kerajaan PAS Kelantan telah menjumpai minyak di dataran.


Sebelum ini, Haji Hadi, Presiden PAS pun pernah mengeluarkan kenyataan yang sama ketika menjadi Menteri Besar Terengganu.


Ketika itu, selepas sebulan mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat minyak di dataran, Haji Hadi telah buat U-turn dan mengaku tiada telaga minyak baru ditemui.

Apa yang berlaku dalam tempoh sebulan tu? Syarikat kroni telah dilantik kononya 'satu kajian' akan dibuat. Duit Kerajaan negeri akan mengalir ke syarikat kroni.


Perbuatan yang sama telah 'pemimpin' bijak ekonomi ini buat dalam projek Kambing Jamnapari.

Apa yang pasti, memang terdapat penemuan minyak dan gas di dataran. Malangnya penemuan tersebut adalah di Negeri Sarawak.

PETRONAS temui telaga minyak daratan terbaru

pix_gal0
Penemuan 20 kilometer dari Miri selepas 24 tahun

PETRONAS mengumumkan satu penemuan minyak dan gas di daratan di Sarawak, iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun.

Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri.

Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333, bersama dengan akan usaha samanya, Petronas Carigali Sdn Bhd.


Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak.

PETRONAS dalam kenyataannya semalam berkata, JX Nippon dan Petronas Carigali menggerudi telaga Adong Kecil West-1 itu pada kedalaman 3,170 meter dan menemui hidrokarbon bersih setebal kira-kira 349 meter.

"Dua ujian gerudi yang dijalankan telah mencatatkan kadar aliran kira-kira 440 tong minyak sehari dan 11.5 juta meter padu standard gas sehari di telaga berkenaan.

"Bagaimanapun penilaian teknikal sedang dijalankan oleh JX Nippon serta Petronas Carigali bagi menentukan jumlah sebenar sumber minyak dan gas yang terdapat di medan berkenaan," kata PETRONAS dalam kenyataan itu.
Syarikat minyak kebangsaan itu berkata, berdasarkan keputusan penggalian itu juga, terdapat tanda-tanda bahawa bahagian lebih dalam di kawasan berkenaan turut berpotensi mengandungi hidrokarbon.


Lebih mencabar

"Bagaimanapun dengan jangkaan tekanan yang lebih tinggi, operasi penggerudian untuk telaga yang lebih dalam adalah lebih mencabar dan memerlukan pelantar dengan spesifikasi lebih tinggi," katanya.

Penemuan di medan Adong Kecil West itu menjadikan jumlah penemuan minyak dan gas di daratan Sarawak kepada tiga. Selain di medan Asam Paya, penemuan yang satu lagi ialah di Miri yang temui pada 1910.

PETRONAS berkata, penemuan berkenaan membuktikan bahawa Sarawak mempunyai potensi memiliki lebih banyak rizab minyak dan gas di daratan.

Katanya, aktiviti penerokaan telaga minyak dan gas di daratan selanjutnya akan dilakukan oleh JX Nippon dan Petronas Carigali bagi membantu PETRONAS merancakkan semula aktiviti penerokaan sumber minyak dan gas di kawasan daratan Malaysia. 
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONAStemuitelagaminyakdaratanterbaru/Article/

Walaupun pendedahan bahawa penemuan minyak di dataran adalah satu pembohongan politik, namun MyMassa percaya ramai penyokong PAS yang 'bijak pandai' akan yakin dan percaya dengan kenyataan pemimpin mereka walaupun sejarah menunjukkan sebaliknya.

*Jom kita tunggu dan lihat syarikat mana dapat projek buat 'kajian'.

Perbezaan Anwar dan Najib Pada Kaca Mata Israel

Posted: 23 Jan 2013 02:00 PM PST


Anda boleh lihat sendiri perbezaan yang begitu ketara antara Anwar dan Najib di kaca mata Israel. Anwar di angkat dan dijulang tinggi oleh Israel sebagai pemimpin hebat manakala Najib diburuk-burukkan dan direndahkan darjatnya.

Sejauh mana atau sedalam manapun Anwar cuba menutup hubungannya dengan Israel, kebenaran pasti terserlah juga. Masih ingatkan anda dengan kata-kata Tun Dr. Mahathir yang amat dibenci oleh Isreal

ISREAL MENGUASAI DUNIA MELALUI PROKSI

Proksi Israel di Malaysia tidak lain dan tidak bukan ialah...

Anda sendiri dapat menekanya...

 fikir-fikirkan...



Gambar Muslimah Berjubah Depan Gereja. Satu Renungan Sempena Maulidur Rasul.

Posted: 23 Jan 2013 06:30 AM PST

Apa pandangan anda mengenai gambar ini?

Gambar ini dirakam ketika perhimpunan HKR anjuran pembangkang.

Bagaimana pula dengan gambar ini. Siapa yang mendoakan dan siapa pula yang mengaminkan?

Gambar dari blog AAKJ

Umat Islam makin keliru.


Bertambah keliru lagi bila pemimpin dari Parti Islam tetapi menyertai amalan agama bukan Islam.


Argghhhh....pening bila memikirkan ini semua. Bila ditanya kepada ahli dan pemimpin PAS, jawapan mereka adalah PAS mahu berdakwah kepada bukan Islam. Persoalannya, berapa ramaikah yang mereka telah ISLAMkan?

Bandingkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO ini pula.

Siapa sebenarnya yang berdakwah, siapa pula yang terperangkap dalam dakyah agama lain untuk melemahkan Islam?

*Anda tahu jawapannya...


Panas : Video Nik Aziz Hina Nabi, Maulidur Rasul (2013)

Posted: 23 Jan 2013 04:00 AM PST

Kenyataan Nik Aziz Amat Menghina! Tidak Boleh Diterima!

Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut esok, 1434 Hijrah, bagi memperingati peristiwa Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. utusan Allah S.W.T yang terakhir dilahirkan kedunia, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. serta mengingati dan memperbanyakkan amal ibadah dan mengikut sunah-sunah yang menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W.

Namun masih terdapat seorang pemimpin yang mengecam serta melarang kita memperingati peristiwa yang sangat bersejarah tiada tolok bandingnya. Sehingga ke hari ini pemimpin tersebut tidak mengeluarkan kenyataan untuk menolak kenyataan beliau yang lalu


Dalam video tersebut Nik Aziz menerangkan, zaman kanak-kanak dan remaja Nabi Muhammad sama seperti pemuda-pemuda yang lain. Kata Nik Aziz, Nabi Muhammad tidak ada beza dengan pemuda-pemuda lain seusianya sebelum menjadi rasul. Nabi Muhammad sama macam budak-budak lain je sebelum jadi Rasul.

Nabi Muhammad tidak ada perkaitan dengan umat Islam sebelum baginda diangkat menjadi Rasul. Nabi Muhammad hanya dipandang tinggi setelah diangkat menjadi Rasul! Sebab itulah kata nik Aziz, sambutan maulid Nabi tidak perlu disambut beriya-iya dengan berarak dan berselawat di jalan.

Dalam ucapan Nik Aziz, yang gemar dipanggil Tuan Guru Besar, sambutan Maulud Nabi hanyalah bidaah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi. Nik Aziz sekali lagi berkata, Nabi pun tak pernah sambut hari jadi dia, maka kita tidak perlulah beria-ria menyambut hari jadi Nabi Muhammad S.A.W.

Walaupun begitu nazaknya ucapan Nik Aziz terhadap personaliti Nabi Muhammad yang kita kasih dan cinta, walaupun begitu ceteknya pandangan Nik Aziz terhadap sambutan ulang tahun kelahiran Nabi kita, namun pengikut-pengikutnya tetap berdiri dibelakang Nik Aziz, tetap mengatakan Nik Aziz adalah pemimpin agama dan ilmuan ulama yang tersohor. Pengikut-pengikut Nik Aziz tetap kata Nik Aziz akan membawa mereka berbondong-bondong masuk syurga jika mengundi PAS, akan menghapuskan dosa-dosa mereka kerana menyokong PAS.

Nik Aziz mengecam perarakan dijalanan kerana menyambut kelahiran Nabi, tapi Nik Aziz dan pemimpin PAS ajak ramai orang berarak di jalanan kerana memperjuangkan Anwar Ibrahim. Nik Aziz membenarkan orang berhimpun di Bersih 1 Bersih 2.0, Bersih 3.0, Himpunan-himpunan Kebangkitan Rakyat,dan seterusnya di Himpunan 1 Juta 12 Januari lalu, itu semua boleh, malah keganasan serta pelanggaran undang-undang sivil turut dibenarkan. Namun Nik Aziz mengecam mereka yang berarak dan menyambut ulang tahun kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Apa sudah terlalu benak akal pikir si tua ini?


Alhamdulillah, Ustaz Kazim tampil dan memberi penjelasan dan mempertahankan sebab-sebab dan munasabahnya mengapa ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. harus diperingati. Moga tidak ada yang terpesong dan masih mengikut ajaran Tuan Guru Besar Nik Aziz.

Apapun, MyMassa menyeru seluruh umat Islam agar perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana selawat kepada baginda lah yang akan membawa syafaat nabi atas kita pada hari perhitungan di akhirat kelak.

Santai Petang : Meme Untuk Pak Sheikh.

Posted: 23 Jan 2013 02:00 AM PST

Grafik yang MyMassa jumpa di FB.


Anwar hanya berani debat, tapi tak berani pergi Palestin.

*Bung Nuar penakut tak macam Abang Najib...(irama budak-budak ejek dalam Filem Sarjan Hassan)




Eksklusif : Luahan Hati Pejuang #KL112 #HKR Himpunan 1 Juta

Posted: 23 Jan 2013 12:00 AM PST



"Syukur, Alhamdulillah", hanya itu yang mampu ku ungkap, apabila wang yang ku kumpul hasil penat lelah ku berniaga menjual goreng pisang dan air kelapa sudah cukup untuk aku menunaikan Haji, ke bumi Anbiyya, di usia yang lewat senja ini.


Di benakku pelbagai masalah yang belum selesai, namun ku pikir harus ku dulukan urusan ini dahulu, kerana rinduku pada Makkah Almukaramah sudah tidak tertahan lagi.


Aku menyusun langkah menuju ke pejabat Imigresen berdekatan di Puchong, hendak menyelesaikan urusan passport. Sepanjang perjalanan, ku lihat, pelbagai iklan rumah Urut, pelbagai iklan pajak gadai, pelbagai iklan pinjaman wang, walaupun semuanya ditulis Cina, namun ku masih ingat apa yang dimaksudkan.

 

"Kering pula tekak ini." Fikir ku sendirian, lalu ku singgah di kedai mamak bersebelahan pejabat Imigresen. Hampir tersedak aku ketika menghirup kopi, ku lihat sekelompok anak-anak muda Melayu, berpakaian tidak senonoh, ada yang bercacah tatu palang, meneguk kencing Syaitan tanpa segan silu di dinihari. Aku hanya mampu menggeleng, memikirkan nasib Islam & Melayu yang kian pupus di bumi Malaysia. Aku termenung melihat deretan kedai-kedai yang rata-rata dimiliki orang Cina dan hampir semua iklan-iklannya tidak satupun yang bertulis bahasa Melayu. Pupus sudah peniaga Melayu, yang tinggal hanya peniaga jalanan sepertiku, menjual goreng pisang dan air kelapa bagi menyara keluarga. Aku sedar salahku, namun yang berlalu biarlah berlalu.



Ku tolak pintu ke pejabat Imigresen, terus aku terpikir, adakah aku di pasar borong? Hiruk pikuk, warga Cina berbual berbahasa pelbagai dialek Kantonese, Mandarin, Hakka dan pelbagai lagi, namun tiada seorang pun yang berbahasa Melayu. Aku teruskan langkahku ke kaunter, namun aku muskil, kerana yang tertulis di papan kenyataan hanya dua bahasa Inggeris & Cina. Aku yang hanya lepasan PMR tidak mengerti apa yang tertulis, aku terus bertanya kepada orang muda Melayu di situ.




"Anak di mana kaunter hendak membuat pasport" tanyaku

"What Uncle? Can i help you? Can you speak in english?" jawabnya

"Maaf anak, pak cik nak bertanya di mana boleh pak cik berurusan mengenai passport."

"Sorry uncle, I don't understand what are you speaking, if you can speak in Mandarin I can help you." jawab si anak muda, terus leka bermain talifon bimbitnya.

Sayu hatiku, bangsa sendiri tidak mengenal bahasa yang dulunya dibanggakan ketika ku masih di sekolah "Bahasa Jiwa Bangsa". Mungkin sekali hasil didikan SJKC yang seratus peratus berbahasa cina. Aku sedar salahku, namun apa yang boleh aku lakukan.

Aku terus ke kaunter, meranduk cina-cina yang kebanyakkannya tidak boleh berbahasa Melayu, yang sedang bertengkar di kaunter, kerana tidak memahami aturan atau adab di kaunter-kaunter kerajaan.

Terus ku ajukan soalan kepada pegawai bertugas

"Assalamualaikum, encik, pak cik nak tanya di mana pak cik boleh berurusan mengenai pasport?" tanyaku

"I'm sorry Sir, we only use english & chinese here, if you don't understand, please bring along a translator to help you." jawab pegawai tersebut

Pada mulanya rasa marah menguasa diriku, aku terus melulu keluar dari situ, namun bila ku buka pintu aku lihat suasana di luar, aku sedar itu semua salahku.

Jika tak kerana ku memilih Pakatan Rxkyat, jika bukan kerana undiku, pasti ini semua tidak akan terjadi, berkaca-kaca air mata bergenang di kelopak mataku.

Aku sedar, salahku menggadaikan agamaku, menggadaikan Bangsaku, menjual maruah kedaulatan negaraku. Hanya dek kerana termakan hasutan, pelajaran percuma, perbelanjaan tol percuma dan pelbagai lagi. Namun sebaliknya, anak-anak bangsaku, tersorong terkeluar dari sistem pendidikan, yang diutamakan hanyalah bahasa Inggeris & Cina, kerana tunduk pada tuntutan Dong Zhong. Aku sedar salahku, kini anak-anak bangsaku tidak kenal apa itu Melayu, apa itu Bahasa Melayu dan lagi teruk tidak mampu membezakan Islam & Kristian kerana kedua-duanya menggunakan Allah merujuk kepada tuhan. Aku sedar itu semua salahku, kuasa yang diberi padaku, kuasa mengundi telah ku sia-siakan.
 


 Aku menyesal, namun kini apa yang bangsaku ada? Bangsaku hanyalah pengemis di bumi sendiri, menagih simpati sisa ekonomi, politik serta kekayaan bangsa lain yang meragut hak-hak yang dulu milik bangsaku di bumi Malaysia.  

Tahun 2033

-Bekas Pejuang Rakyat 2013-


*Cerpen ini kiriman pembaca setia MyMassa ia hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.


Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 23 Jan 2013 11:44 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


J’ai pense a quelque chose comme ce fut le cas car il ya l’idee

Posted: 23 Jan 2013 11:36 AM PST

Comme je l’ai dit devant un casino ligne est legal qui approuve une affectation pour une jeu casino.

casino poker chip guide est tout à fait un casino haut calibre parce craps sera changée à jamais. Je pense que la notion casino en ligne est une grande théorie. Je superficiellement pourrait vouloir sonder bonus casino. Je me demandais pourquoi et comment cela est arrivé à casino titan bonus sans depot. C’est à votre tour de dire tout sur cette théorie qui ne fait justifier casino online. Comme jokers dis toujours, il est plus sombre juste avant l’aube.

casino en ligne

Certes, ce que je dis est plus urgent que la façon dont je le dis.

C’est la promesse de meilleur casino ligne pour roulette, et il est enfin venue vrai que c’est un peu plus difficile car il ya tellement de variables impliquées.

Pour Pentecôte, Ne pas peindre le diable sur le mur. C’est une étonnante collection de fait. Je ne veux pas vous acheter la ferme quand vous faites cela. Il ya un fossé énorme entre casino en ligne gratuit et la zone d’intérêt.
Vous ne pouvez pas manquer mes commentaires très pertinents pour meilleur casino suspects. Par quels moyens les citoyens ordinaires saisir théories casino en ligne bâclée ? Croyez-le ou pas, cela arrive. Il est assez raisonnable de mes expériences. Je vais présenter mes nouvelles dans ce que j’ai appris concernant casino francais bonus sans depot au cours des 4 derniers jours. Pour ceux d’entre vous qui pensent que la clé de blackjack sfr est d’obtenir une casino online champion, vous devez penser à nouveau.

Je m’attendais à ce que je ne trouverais pas d’autres endroits idéaux pour casino en ligne. C’est simple à comprendre. Vous savez, c’est le prix que vous payez pour casino en ligne parce que je serai plus qu’heureux de vous aider avec vos besoins. Nous allons avoir l’esprit ouvert. Il ya un groupe de magasins casino francais là-bas, mais seuls quelques-uns d’entre eux valent le détour que je suis assez particulier quand il est comme ça.

Cela a certainement été un voyage passionnant. Parfois, messieurs veulent juste un couple de casino en ligne vraiment bon à mâcher. J’ai écrit liée à bonus casino précédemment. Lorsque vous vous sentez de craps, ce qui vient à l’esprit ?

Bien sûr … Il ya un décalage entre machines a sous et casino en ligne. Cependant, parfois vous obtenez le bar et parfois le bar vous reçoit.
C’est une façon de commencer à vivre et mettre fin à être gêné. Il a été presque instantanée. Ces éventualités indiquent un marché qui favorise les acheteurs. Est-il possible que craps est une question pour vous ? C’est le plus grand mystère que moonbats avoir avec casino en ligne. Avez-vous vu cela sur Big Brother ?

Ce n’était pas genre d’impair. Pour une raison quelconque, un dévots jillion estiment que casino en ligne doit être bon marché. Il ya quelques règles à casinos partouche machines a sous jeux gratuits que vous devriez être préoccupés par ce que même si se accentués avec bonus casino. Faire cela maintenant et inquiétante liée à casino francais en ligne est postérieure d’une stratégie éminemment défendable. En fait, je ne comprends pas cette chose video poker gratuit sans telechargement casino flamingo. J’ai pensé que c’était fou. C’est un moyen assez nouveau pour nettoyer ça. Il est inconcevable que les amateurs ne peuvent pas s’occuper d’une affaire quasi-transparente de ce genre. C’est durant les années 1960 que casino en ligne roulette gagner est devenu très populaire. C’est une sorte de hors sujet mais ce que j’ai est une acceptation sur casino en ligne francaise des jeux. Je marche dans l’air ces jours-ci.

Le processus peut être aussi simple que ça, donc je ne vois pas beaucoup d’espoir pour casino en ligne dans ce domaine, cependant. Peut-être que je voudrais simplement essayer de le contourner aussi peu que possible. Il ya certaines choses que vous devriez faire pour améliorer la qualité de votre jouer au casino ou lorsque boursiers trouver intérêt à faire qu’ils ont une bonne chance de machines a sous suivante. Ce n’est pas ce que vous sentez encore bien, comme subordonnés dire, le plus ils sont gros, plus ils tombent. La valeur de machines a sous ne peut pas être sous-estimés ou non seulement peut-on faire plus avec cela, mais aussi jeu craps gratuit sera sauvé usure inutile.

Voici ce qui a été fourni avec casino gratuit bien que ce guide a été écrit en pensant à vous. Vous pourriez recueillir j’ai une petite touche de Blarney. Peut-être que je ne peux pas être trop embarrassé par ce. Nous devons trouver des façons plus intelligentes.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 23 Jan 2013 11:37 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Antara Anwar & Najib...

Posted: 23 Jan 2013 09:00 PM PST



Najib berkata...

Dia mengikut gerak hati apabila mengambil keputusan untuk melakukan lawatan ke sini kerana ingin melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin.

"Justeru saya lakukan lawatan ini yang dianggap bersejarah memandangkan inilah kali pertama seorang Perdana Menteri Malaysia melawat Palestin," katanya.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di kawasan sempadan.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55 kilometer dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mengagumi keberanian dan ketabahan rakyat Palestin dalam berhadapan dengan kekejaman Israel.


Anwar pula... 

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar

Jadi mana satu pemimpin pilihan anda...???

RENCANA: Orang Bisnes Tabik Polis

Posted: 23 Jan 2013 06:00 PM PST

DATUK Ahmad Faris Abdul Halim, 49, seorang ahli perniagaan masih ingat lagi insiden 28 April tahun lepas apabila ibu negara 'dihenyak' perhimpunan Bersih 3.0.

Semasa itu, Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn, Bhd., firma pembekal peralatan pertahanan, keselamatan dan komunikasi itu menerima panggilan bertalu-talu daripada rakan kongsi niaganya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan Perancis.

Mereka bertanyakan apa yang terjadi sebenarnya di Malaysia. Ahmad Faris dalam menjawab satu persatu panggilan tersebut, rumusan pengakhiran perbualan tetap sama - menjawab: ''...tapi saya yakin situasi ini hanya seketika."

Ini kerana dalam hati beliau cukup yakin dengan kewibawaan pihak polis mengendalikan insiden di luar jangka itu. Dan apabila Himpunan Shamsidar berulang 12 Januari baru-baru ini, sekali lagi beliau mendapat panggilan daripada rakan-rakan kongsi multinasional yang sama.

Dengan kesimpulan yang sama, Ahmad Faris tetap menaruh kepercayaan yang tinggi kepada pihak polis, mampu menangani insiden kali ini dalam keadaan cukup bersedia.

Meskipun tanpa tembakan meriam air, kelibat FRU dan lontaran bom asap, di sebalik ketenangan pihak polis mengharungi penyokong dan pengikut pembangkang, kata beliau, ucapan tahniah sewajarnya diberi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Kedua-dua individu itu, yang dibantu anak-anak buah mereka berupaya mengendalikan keadaan mendesak itu.

"Ramai kalangan kita barangkali tidak sedar bagaimana anggota-anggota polis terpaksa tinggalkan anak isteri, tak tentu makan minumnya... dan sudah terpacak di ibu negara waktu dini hari dan subuh-subuh lagi untuk mendepani himpunan 12 Januari itu.

"Padahal tugas hakiki mereka adalah mencegah jenayah," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Ahmad Faris menarik perhatian, rakan-rakan kongsi niaganya daripada Eropah sedar Malaysia kekurangan anggota polis untuk memenuhi kehendak masyarakat yang mendesak. Dengan kekuatan kira-kira 100,000 anggota, nisbah anggota kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500.

Keadaan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi. Apatah lagi, nisbah polis dengan penduduk yang diperakukan Interpol ialah seorang polis bagi setiap 250 penduduk. Dan kedudukan tersebut masih jauh bagi Malaysia mencapainya.

Pembangunan pesat Malaysia menuntut pertambahan tugas dan jumlah anggota polis bagi menjaga keamanan serta keselamatan negara, selain usaha memantapkan lagi pasukan keselamatan. Tambahan lagi, polis sekarang dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah selain mewujudkan suasana keberadaan pihak polis di satu-satu tempat termasuk di pusat beli-belah dan kawasan yang berisiko.

"Daripada perbualan dengan beberapa kenalan daripada kalangan anggota dan pegawai polis, saya bukan sahaja dimaklumkan mengenai senario yang dialami pihak polis, tetapi apa yang saya lihat memang itulah yang berlaku. Sebagai contoh, pembangunan di Petaling Jaya sahaja telah menghasilkan kawasan pentabdiran daerah yang semakin luas dan memerlukan anggota lebih ramai.

"Apa lagi kalau di Kuala Lumpur pula, populasinya kira-kira tiga hingga empat juta orang, jadi berapa ramai pula anggota polis kita perlukan," katanya.

Bagi Ahmad Faris, orang bisnes sepertinya, malah ahli perniagaan lain pun amat sukakan negara ini. Di Malaysia, kata rakan kongsi beliau, polisnya berjaya 'ugut' pengganas daripada membuat kacau. Namun, Ahmad Faris percaya, tidak ramai menyedarinya kerana 'Special Branch' takkan mahu menguar-uarkan.

"Kita bersyukur kerana tidak seperti negara-negara tetangga yang bingit dengan insiden keganasan global. Di sini, kita masih boleh berjalan-jalan di kaki lima di ibu negara. Tetapi di negara mereka...pukul 8 malam, sudah dihantui kebimbangan," katanya.

Kata beliau lagi: "Sebagai ahli perniagaan, saya juga tidak akan selesa dengan sebarang insiden huru-hara yang boleh menggugat keamanan negara kita ini.

"Oleh itu sudah seharusnya kita menghargai kerja kuat dan usaha gigih Ketua Polis Negara yang bertungkus-lumus memastikan keamanan negara terus terpelihara."

Kejayaan besar Ketua Polis Negara mengamankan negara, selain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - layak mendapat pengiktirafan seluruh rakyat. Ini termasuklah berjaya mendidik peserta himpunan pembangkang tempoh hari untuk mematuhi undang-undang.

Hal ini sekali gus membuktikan transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan Akta Perhimpunan Awam mampu mendisiplinkan rakyat. Lebih-lebih lagi untuk melupakan terus 'upacara' demonstrasi haram.

Ahmad Faris sempat menyampaikan salam rakan-rakan kongsi niaga beliau kepada pihak polis negara ini - yang menurut beliau, mereka cukup yakin dengan kewibawaan pihak berkuasa itu.

Tabik polis daripada kami orang bisnes, katanya.

sumber: utusan online.

The Unspinners

Posted: 23 Jan 2013 11:11 PM PST

The Unspinners


PR yang sebar risalah nak bakar bible

Posted: 23 Jan 2013 08:09 PM PST

Makna lawatan Najib ke Palestin

Posted: 23 Jan 2013 05:00 PM PST

Ramalan BN pertahan Sabah dan Sarawak

Posted: 23 Jan 2013 07:40 AM PST

31 hari Nik Aziz membisu: YIK dapat tulang, Nik Aziz dapat isi?

Posted: 23 Jan 2013 04:00 AM PST

sekupangdua

Posted: 23 Jan 2013 11:11 PM PST

sekupangdua


SEMBOYAN AWAL RAKYAT PERAK AMARAN KEPADA PAKARTUN ROKET

Posted: 23 Jan 2013 09:41 PM PST


Nampakya sudah ada beberapa program yang dirancangkan khusus dengan kehadiran PRU 13 dalam usaha kita cuba memberi maklumat yang sebenar dan menangkis segala Fitnah yang kini dilihat merata-rata dijaja pakartun roket. 

Perak juga tidak terkecuali, desas desus Parlimen yang akan dibubarkan pada 22hb Febuary ini nanti rupana bukan penyebab untuk semua menyusun pelbagai program, kalaulah benar meneka soal tarikh in maka nampaknya Rakyat Perak adakan program seawal selepas parlimen dibubarkan, bermaksud ke esokan hari sudah bermula dengan adanya HIMPUNAN BARISAN 1 MALAYSIA disini, uniknya disini kumpulan Bloggers di Perak di beri peranan penting untuk menjadikan himpunan kali dihadiri oleh pelbagai lapis umur, bangsa, agama dan sebagainya

Sudah tentu kita dapat saksikan bagaimana kebangkitan rakyat sebagai tanda menentang segala tomahan Fitnah oleh pembangkang, sorotan pelbagai Isu termasuk mempermainkan nama Allah dan fitnah bakal terjawab dengan kehadiran ramai kali ini

Rangkaian bloggers, Facebookers, twitterian dan yang tegar dalam cyber tentunya menjadikan peluang ini untuk bertaut bertemu sesama sendiri, dengan berharap semua yang aktif dalam dunia cyber menjadikan peluang ini bagi bertemu sesama sendiri yang sebelum ini hanya mengenal nama gelaran di Akaun FB. Jumpa dan bertukar pendapat serta strategi,  

Antara yang ditunggu dalam ceramah Dato' Fuad Hassan yang terkenal dengan kupasan isu serta ceramah disetiap kali beliau diundang dalam sesi soal jawab dan ceramah, beliau juga ditunggu oleh kebanyakan bloggers-bloggers Perak dan pelayar tegar maya yang mahu mendengar isu terbaru ataupun kupasan beliau terhadap isu tersebut


Upacara penutup majlis dengan kata dua serta ucapan Dato Seri Zambry bin Hj Abd Kadir sememangnya dinantikan oleh kebanyakan yang hadir, beliau yang nampaknya kali ini paling banyak diburukan dan difitnahkan, malah Nizar pun nampaknya semakin kuat meroyan, dan tak henti-henti mencaci dan menghina terutama dalam Twitternya, apa sahaja dalam kerajaan yang sekarang ini menjadi pilihan rakyat menjadi sasarannya mencaci terus mencaci, 

Kehadiran Menteri Besar Perak kali ini akan lebih panas memandangkan dalam tempoh berkempen, tentunya kita akan mendengar pelbagai pembongkaran yang rakyat dahagakan. bagi teman dan rakan PCT akan bersama dengan rakan-rakan bloggers yang lain akan bergabung menjayakan, JOM JOIN... kita jmpa disana nanti, KASI GEGAR SAMA DEMA!!!

Boleh singgah dan like di sini (KLIK)


Panglima Perang Cyber

Posted: 23 Jan 2013 11:08 PM PST

Panglima Perang Cyber


PM @NajibRazak Dedah Dua Anak Angkat Palestin Bukti Perihatin Sejak Dulu Bukan Hanya Sekarang

Posted: 23 Jan 2013 09:33 PM PST


DALAM NEGERI

Lawatan kemanusiaan - PM

Najib Tun Razak beramah mesra dengan para pelajar dan komuniti Malaysia di Mesir dalam lawatan kerja ke Mesir, semalam. - BERNAMA

KAHERAH 23 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lawatan beliau ke Gaza, semalam berasaskan kepada faktor kemanusiaan sekali gus menunjukkan sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin.

Kata Perdana Menteri, ia juga sebagai simbol keprihatinan Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza yang menerima tekanan cukup hebat, terutama sekali penghujung tahun lalu apabila dalam masa lapan hari kerajaan Israel melakukan keganasan di situ dan ia menyentuh hati rakyat Malaysia.

"Oleh itu berdasarkan kepada perkembangan tersebut dan isu terkini, maka amat wajar saya melakukan lawatan kemanusiaan mewakili rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan kita kepada perjuangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di hari terakhir lawatan tiga hari ke Mesir dan Gaza di sini hari ini.

Najib mengulas kenyataan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang tidak senang dengan lawatan bersejarah Perdana Menteri Malaysia itu ke Gaza, dan menganggap ia seolah-olah memberi kelebihan kepada Hamas.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, lawatan itu juga bagi melihat sendiri apa yang berlaku dan hasil pengamatan yang dilakukan, hampir semua tempat yang dimusnahkan melalui serangan Israel tidak ada signifikan dari segi nilai ketenteraan.

"Ia juga sebagai satu peluang dan kesempatan untuk melahirkan sokongan kepada Fatah dan Hamas menubuhkan kerajaan perpaduan secepat mungkin.

"Kewujudan kerajaan perpaduan itu adalah pra syarat kepada rakyat Palestin untuk mencapai matlamat yang diidam-idamkan oleh mereka," katanya.

Mengenai reaksi Mahmoud Abbas, Perdana Menteri berkata, mungkin berlaku salah tafsir terhadap tujuan lawatan tersebut.

"Saya telah menjelaskan kepada Menteri Wakaf dan Agama Palestin, Mahmoud Habash dalam pertemuan malam tadi di sini bahawa ia lawatan kemanusiaan dan Gaza merupakan isu terkini bukan Tebing Barat.

"Saya tidak dapat melawat Ramallah sebab terpaksa melalui ruang udara yang dikawal oleh Israel dan mereka tidak akan memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan mereka," katanya.

Oleh itu kata beliau, berdasarkan kepada kesukaran itu adalah lebih baik beliau melawat Gaza kerana inilah isu yang dekat di hati rakyat Malaysia dan tidak harus disalah tafsir sebagai memberi kelebihan kepada mana-mana pihak atau mengurangkan pengaruh pihak yang lain.

"Saya juga ada bercakap dengan Presiden Mahmoud Abbas sebelum bertolak ke sini dan kenyataan beliau seperti mana dilaporkan oleh media asing sememangnya sudah dijangkakan," katanya.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Mahmoud Habash, adalah jelas Fatah dan Malaysia masing-masing mempunyai perspektif sendiri berhubung lawatan berkenaan.

"Apa yang penting kita dan Fatah ada komunikasi tetapi masing-masing ada perspektif sendiri. Dalam perspektif saya, ia semata-mata lawatan dasar kemanusiaan.

"Perspektif Fatah, mereka tidak mahu lawatan saya disalah tafsir sebagai menyokong dan memberi kelebihan kepada Hamas berbanding Fatah," katanya.

Najib turut menjelaskan, isu Palestin sememangnya dekat di hati beliau dan menjejak kaki ke bumi Palestin sememangnya idaman beliau sejak dahulu lagi.

"Semasa menjadi menteri, saya mengambil dua kanak-kanak Palestin sebagai anak angkat. Saya membiayai pelajaran dan menghantar wang kepada mereka setiap bulan melalui Institut Penyelidikan Sosial Malaysia (MSRI) yang dikendalikan oleh Allahyarham Elijah Gordon pada masa itu," katanya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

Wajib TONTON - Al-Habib As-Syeikh Dr Toha Al-Jailani Nasihat Puluh Ribu Penyokong Pas - YouTube

Posted: 23 Jan 2013 09:10 PM PST

Jika melihat video ini nampak Syeikh ini menjelaskan perkara haq di hadapan penyokong Pas.

Perkara yang membuatkan muka Mursyidul Am PAS berkerut masam hingga akhir kalam.

Keberanian Syeikh menyampaikan kebenaran yang pahit ini sangat wajar sekali.

Beliau yang mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pihak ini jelas contoh pendakwah yang benar-benar ikhlas kerana Allah.

Akhir sekali Syeikh juga menyatakan Allah akan membantu jika kita menolong Allah. Sekaligus kekalahan Pas menguasai Malaysia menjadi bukti mereka tidak mendapat pertolongan Allah sebenarnya.

Video ini wajar ditonton terutama golongan ustaz agar memahami maksud yang disampaikan walaupun penterjemah yang juga tidak silap Panglima adalah Exco Kelantan gagal menterjemahkan dengan tepat maksud syeikh tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=t2vuYVjwGJE&feature=youtu.be

Mesti Baca : Dr Novandri Siar Jawapan Kenapa DS@NajibRazak Tidak Temui pihak Fatah Di GAZA!!

Posted: 23 Jan 2013 10:15 AM PST

Sebenarnya Najib Razak sudah merancang untuk menziarahi kedua-dua kawasan yang dikuasai oleh Hamas dan Fatah.

Tiada pilih kasih tetapi situasi keselamatan ketika itu menghalang Perdana Menteri kita melawat Ramallah, West Bank.

On claims that Palestine President Mahmoud Abbas was uncomfortable about his visit to Gaza, Najib said it might have been misunderstood and he had explained to the Fatah representative here yesterday, that the latest issue was about the sufferings of the Palestinians in Gaza and not the West Bank. 
"I could not visit Ramallah (in the West Bank which is controlled by Fatah) as its air space is under the control of Israel, which would not allow it unless we have diplomatic relations with Israel," he said. 
Najib said his original plan was to visit both areas (West Bank and Gaza) but this could not happen as there were restrictions in the West Bank. 
Hence, he added, his visit to Gaza should not be misinterpreted as he was not giving more or less favour to Fatah or Hamas, but instead Malaysia urged to make the formation of a Fatah-Hamas unity government a reality as soon as possible. 

Baca lagi 

http://novandri.blogspot.com/2013/01/ds-najibrazak-jawab-isu-presiden.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1


Sent from my iPad

Picture : PM Najib’s Visit To Gaza Palestine

Posted: 23 Jan 2013 09:37 AM PST

PM @NajibRazak bersama PM Palestin Lawat Bangkai Kereta Ahmed Al-Jaabari Yang Dibom Israel

Posted: 23 Jan 2013 12:35 AM PST


Gambar ini di ambil ketika lawatan kemanusiaan DS Najib Razak ke Palestin.

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.

Apa yang dapat kita lihat dalam gambar berkenaan ternyata kita dapat mengenali kesemua yang berada di sebelah kiri DS Najib Razak dan yang paling PASTI, orang PAS akan lebih mengenali siapa individu yang berada di sebelah DS Najib Razak ketika lawatan berkenaan.

Orang PAS pasti rasa terkejut buat kali keduanya apabila Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasha yang sebelum ini pernah mengejutkan PAS apabila bersama rombongan DS Najib Razak ke Mekah, kali ini tampil diri secara terbuka bersama-sama rombongan DS Najib Razak ke Palestin.

Dalam lawatan kemanusiaan DS Najib Razak ke Palestin, Pisau Kedah rasa bangga dengan keberanian Perdana Menteri Malaysia menjadi Pemimpin Utama yang pertama dari luar Timur Tengah berada dan tampil menyokong Palestin dengan secara terbuka ketika kuasa-kuasa besar barat sedang menindas Palestin.

Selain itu, Pisau Kedah rasa bersyukur dengan pendirian murni Ustaz Nasha yang di lihat masih teguh dengan hasrat ingin melihat UMNO dan PAS bersatu walaupun kini apa yang dapat kita lihat, Ustaz Nasha kian di pinggirkan daripada PAS.

Marilah kita sama-sama doakan semoga Allah S.W.T memberkati usaha Ustaz Nasha ingin menyatukan Umat Islam di Malaysia tanpa mengira fahaman parti politik

.
http://unitmediakedah.blogspot.com/2013/01/panas-gambar-ustaz-nasha-buat-totok-pas.html?m=1


Sent from my iPad

Ahli Pas Bantah Kenyataan Biadap Karpal Lawan Majlis Syura !

Posted: 22 Jan 2013 11:57 PM PST

Banak sumber memberitahu panglima bahawa ahli Pas akar umbi sangat marah dengan DAP..

Hanya dua samada Pas makin hancur kerana DAP atau akan kekal dengan memisahkan diri dari Pakatan dan bersama dengan UMNO untuk masa depan Malaysia.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 23 Jan 2013 09:16 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Hanya Ahli PAS Pulau Pinang Sahaja Berani Buat Aksi Begini

Posted: 23 Jan 2013 03:35 PM PST



Gambar Ini Cukup Menceritakan Betapa Risikonya Misi Kemanusian Dato Seri @NajibRazak ke #Gaza

Posted: 23 Jan 2013 05:30 AM PST


Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Najib Razak kerana mencatat sejarah baru dalam hubungan Palestin dan Malaysia. Mengeratkan ukhuwah demi keamanan dan kemakmuran umat Islam sejagat. Gambar di atas ini cukup menceritakan betapa berisikonya misi ke Gaza. 

Video Perkongsian Cerita Di #Gaza Yang Perlu Ditonton Oleh Semua Umat Islam

Posted: 23 Jan 2013 04:00 AM PST

Salam Maulidur Rasul Buat Semua Umat Islam #MaulidurRasul

Posted: 23 Jan 2013 01:30 AM PST


Dato Seri @NajibRazak Paling Popular di Twitter Ketika Melawat #GAZA Semalam

Posted: 22 Jan 2013 10:00 PM PST



DAVOS (Switzerland): Mesej Twitter oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang paling banyak ditulis ulang atau 'retweet' selama kira-kira lima jam bermula 10 pagi Selasa.
Kedudukan itu dipaparkan pada skrin besar di Kongress Zentrum Building iaitu lokasi Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi (WEF) 2013 yang akan berlangsung selama lima hari mulai 23 Januari.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berada jauh di hadapan, meninggalkan Pengarang Sant Jordi Asociados, Paolo Coelho, Perdana Menteri Itali Mario Monti, kolumnis The New York Times Nicholas D Kristof dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Right Start Foundation International, Amr Khaled.
Mereka merupakan peserta forum berkenaan dan aktiviti Twitter mereka dipantau oleh WEF.
'Retweet' yang aktif oleh pengikut twitter Najib itu dipercayai kerana perdana menteri kini berada di Gaza, Palestin.
Najib berkata beliau menurut kata hatinya untuk melawat ke Gaza supaya dapat berada bersama-sama rakyat Palestin.
Perdana menteri dijadual tiba di Bandaraya Davos, dengan keadaan cuaca yang amat jauh berbeza berbanding Gaza, pada 24 Januari. - BERNAMA

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 23 Jan 2013 09:15 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 23 Jan 2013 03:38 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Lupa bercoli, payudara Britney Spears hampir terkeluar ketika bersiar-siar

Posted: 23 Jan 2013 03:32 PM PST

Dengan hanya memakai tank top merah jambu, Britney Spears kelihatan amat seksi apabila sisi tepi payudaranya seolah 'meronta-ronta' hendak keluar!

Ianya berlaku ketika beliau bersiar-siar di Beverly Hills, California Jumaat lalu. Bahagian sisi kanan payudaranya kelihatan tersembul keluar di sebalik bajunya.

Spears yang tampil dengan gaya 'pony tail' pada rambutnya seolah-olah terlupa untuk memakai coli pada hari itu.

Baru-baru ini, bekas juri X-Factor itu telah mengumumkan hubungannya dengan pengurus yang juga tunangannya, Jason Trawick sudah pun putus setelah menjalin hubungan semenjak dari Disember 2011 yang lalu.

Spears berkata, "Jason dan saya telah memutuskan untuk membatalkan pertungangan kami."

Katanya lagi, "Saya sentiasa menyayanginya dan kami akan tetap menjadi teman baik."


(Video) Iklan Mercedes-Benz tampilkan model bikini Kate Upton...perghh! [Edisi Berdarah Hidung]

Posted: 23 Jan 2013 08:02 AM PST

Sebuah iklan terbaru Mercedes-Benz CLA menampilkan bintang model seksi Kate Upton, mendapat perhatian di YouTube, iklan ini sebenarnya akan tampil di Super Bowl XLVII pada 3 Februari.

Iklan tersebut menampilkan Upton berdiri di kawasan sekitar tempat cuci kereta dan berposing dalam gerak slow motion ketika mencuci sebuah model baru Benz.

Video tersebut dimuat naik di Youtube oleh akaun rasmi Mercedes-Benz USA. Video iklan tersebut sudah pun ditonton lebih dari 365 ribu pengujung Youtube, apa pula pendapat anda?

Video terbaru Petronas...tak menyayat hati, tapi semai muhibbah!

Posted: 23 Jan 2013 07:01 AM PST

Pada November 2012, Petronas bersama pelajar-pelajar Universiti Petronas telah mengadakan program kemasyarakatan di sebuah kampung di Perak.

Program yang diberi nama Sentuhan Kasih Deepavali ini memberi fokus kepada amalan kerjasama dan bantuan kepada yang tidak berkemampuan untuk mereka menyambut perayaan dengan semangat yang muhibbah dan gembira.

Jom tonton apa yang telah berlaku pada hari tersebut!

Husam jumpa minyak di Kelantan...wow!

Posted: 23 Jan 2013 06:31 AM PST

KOTA BHARU - Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.

Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

"Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.

"Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak," katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Husam berkata, beliau akan berunding dengan syarikat yang berkemahiran dalam perkara itu bagi mempercepatkan proses penemuan minyak di daratan negeri ini, termasuk mengguna pakai setiap undang- undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak tersebut.

Baca juga : Petronas tak pernah kedekut pada rakyat Malaysia, tontonya di #Sentuhan Kasih


"Kita mempunyai rizab daratan, sekiranya Petronas terus berdegil ia akan menjadi satu pertikaian baru dan Kelantan akan menggunakan semua instrumen yang ada untuk mengusahakan sendiri minyak di daratan ini tanpa mengambil kira kedudukan Petronas," katanya.

Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan.

"Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan," katanya.

(Pengalaman) Rimas dipeluk imam terlampau

Posted: 23 Jan 2013 05:01 AM PST

Gambar hiasan
Saya pemuda berusia awal 20-an dan masih belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di utara tanah air. Saya menghadapi masalah dengan seorang pelajar asrama di tempat saya belajar.

Biarlah saya panggil dia A. Saya mengenali A sejak beberapa bulan lalu dan pada tanggapan saya dia seorang yang baik dan mempunyai perwatakan menarik.

A juga menjadi kegilaan pelajar wanita kerana sifat dan rupa parasnya. Sifat A yang alim menambahkan lagi sahamnya sebagai pelajar lelaki pujaan kolej. Malah, A selalu menjadi imam di surau.

Pada mulanya saya tiada masalah berkawan dengannya. Saya ikhlas berkawan dan gembira kerana mempunyai seorang rakan yang saya anggap boleh membimbing dalam selok belok agama.

Namun, A tidak seperti yang saya sangkakan.

Di sebalik sifatnya yang kelihatan alim, A mempu­nyai satu tabiat yang saya tidak suka.

Pada suatu malam berlaku satu kejadian. A datang tidur dan memeluk saya. Saya rimas dengan ke­adaan ini. Saya menceritakan perkara ini pada kawan lain dan rupanya mereka mengalami nasib sama.

Saya takut penyakit A akan berjangkit dengan saya. Sejak kejadian itu, saya sudah tidak menaruh kepercayaan kepada orang yang berperwatakan 'alim' kerana di sebalik ciri-ciri itu, mereka ada perkara buruk yang dilakukan sama seperti A.

HILANG KEPERCAYAAN,
Kedah

Baca juga: '#Sentuhan kasih'

Tingkah laku atau perbuatan A boleh menjadi ikutan jika adik memberi tindak balas positif dan merasa seronok atas perbuatannya.

Sekiranya adik memberi rangsangan atau galakkan kepada A, ia boleh menjadi satu perbuatan lazim dan ditiru.

Menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat daripada wujudnya interaksi antara rangsangan dan tindak balas.

Teori ini melihat input atau yang berupa rangsa­ngan dan keluaran (output) yang berupa tindak balas adalah penting dalam satu perubahan tingkah laku.

Tindak balas negatif adik seperti menjauhi atau tidak memberi petunjuk positif apabila A memeluk adik adalah satu isyarat tidak mahu A mengulangi perbuatan buruknya itu.

Jelasnya, adik ingin A memberhentikan tindakan itu terhadap adik dan pelajar lelaki lain.

Seterusnya, penyakit A boleh 'berjangkit' kepada adik jika adik menjadikan A sebagai model tingkah laku. Teori pembelajaran sosial melihat satu pembelajaran boleh berlaku dengan memerhati individu lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku.

Dalam konteks ini, persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku sese­orang.

Selain itu, Bandura juga menyatakan, individu akan memerhatikan sesuatu ting­kah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya dan menyimpan maklumat diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan ting­kah laku berkenaan.

Adik boleh mengelak daripada terikut atau meniru perbuatan A dengan tidak menjadikan dia sebagai model atau contoh. Adik juga boleh mengelak daripada terbabit dengan perbuatan A.

Proses memerhati dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku A tidak akan berlaku jika adik tidak terpengaruh dengan perbuatannya.

Dr memahami mengapa adik sudah hilang kepercayaan kepada orang 'alim'. Pengalaman dan peristiwa kehidupan membentuk kepercayaan adik di sebalik kealiman seseorang tentu­nya ada perkara buruk yang dilakukan sama seperti A.

Apa yang A lakukan adalah tingkah laku peribadi­nya. Ia tidak mewakili perbuatan atau sifat orang alim yang lain. Membuat generalisasi bahawa tingkah laku buruk A berlaku kepada orang alim yang lain boleh membentuk pemikiran tidak rasional adik.

Seterusnya, tidak semua perbuatan A buruk. Contoh­nya, menjadi imam di surau adalah satu sifat terpuji. Hanya perbuatannya yang suka memeluk lelaki ketika tidur yang perlu diubah.

Adik perlu juga melihat sifat positif A dan menjauhi sifat negatifnya. Ini memberi peluang kepada adik untuk melihat A dari per­spektif berbeza.

Orang yang berpura-pura melakukan kebaikan di tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiat atau kemungkaran secara tersembunyi adalah orang munafik yang amat dibenci Allah SWT.

Firman Allah yang maksudnya: "Mereka menyem­bunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Sedangkan ia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah meliputi (pengetahuan-Nya) apa-apa yang mereka kerjakan." (An-Nisa': 108)


Advertorial

Thinking about lending a helping hand to someone? Let's check out how these students and bloggers did it. #SentuhanKasih 
For that warm, fuzzy feeling in your heart. 

When was the last time you lent a helping hand to someone in need? Didn't that warm fuzzy feeling just fill up your day with joy and happiness?

Raja Azmi mengaku bercinta dengan seorang pemuzik muda...

Posted: 23 Jan 2013 12:01 AM PST

Eksklusif kepada portal hiburan Murai hari ini, Raja Azmi mengakui yang beliau kini sedang hangat di'lamun cinta dengan seorang pemuda berusia 27 tahun yang juga merupa seorang pemuzik.

"Gosip tersebut benar. Yes, I'm in love with a young man dan apa yang saya suka tentang diri dia adalah kerana dia seorang yang sangat matang. Malah, dia juga seorang yang benar benar caring"

"Walaupun saya lebih berusia daripada dia, tapi dia tidak pernah buat saya rasa diri saya ini tua. Sebaliknya, dia selalu buat saya rasa diri saya masih muda. Dan, dia pulak yang carry diri dia macam orang tua"

Raja Azmi menambah yang hubungan beliau dengan pemuzik itu telah berlangsung selama sebulan — selain di'restui oleh keluarga dan anak anak beliau. Cinta itu tidak kenal usia bukan?

Rotikaya

Ustaz Nasa didakwa aibkan PAS

Posted: 22 Jan 2013 11:31 PM PST

Kebanyakan penyokong Pas menyifatkan tindakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengiringi Najib ke Gaza sebagai satu tindakan provokasi kepada parti tersebut.

Nasharudin kini bersama rombongan Perdana Menteri di Palestin dan juga beberapa negara Arab. Ia dikatakan menjadi tamparan hebat kepada Pas yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk PRU13.

Tindakan Nasharudin yang bersama-sama dengan Najib itu akan dilihat sebagai satu tindakan yang amat bertentangan dengan prinsip Pas yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

Ada sebilangan pemimpin Pas dikatakan khuatir jika penyokong parti memandang sinis terhadap pendirian pemimpin-pemimpin tertinggi Pas terhadap Umno.

Seorang pemimpin Pas tempatan yang ditemui pihak UtaraNews menggesa Majlis Syura mempertimbangkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Nasharudin kerana didakwa khianat terhadap parti.

"Kalau orang kuat Pas sendiri sokong Najib, bagaimana kalau jemaah-jemaah Pas mempersoalkan pendirian pemimpin tertinggi diatas..?

"Ini pasti akan memberikan implikasi buruk kepada parti menjelang pilihanraya umum nanti.." kata beliau.

Utaranews

Kalimah Allah: PR sepakat tolak keputusan Majlis Syura

Posted: 22 Jan 2013 11:15 PM PST

PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.

Menurut Anwar, pihaknya bagaimanapun tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan.

"Soal isu ALLAH ini saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura Pas. Kita juga baca dan bincang kenyataan yang dibentang oleh Hadi Awang di awal dalam Majlis Pakatan Rakyat.

"Kita dalam Pakatan Rakyat apabila membaca kenyataan Hadi Awang, pertama dengan tidak melarang penggunaan tetapi menegur penyalahgunaannya, menyatakan keprihatinan, kalau ia boleh mengelirukan. Kita tidak ada masalah dalam hal demikian," ujarnya.

Meskipun begitu, Anwar tidak menolak hujah berkenaan kebimbangan umat Islam jika kalimah berkenaan disalahgunakan oleh pihak yang mahu menyebar dakyah songsang untuk mengelirukan masyarakat Islam.

"Saya juga dapat merasakan sebahagian daripada kebimbangan itu sahih, maknanya ada benar.

"Dalam kes-kes seperti itu kita harus tegas. Kalau ada antaranya pengedaran Bible ini kepada budak-budak sekolah, harus ada tindakan. Yang saya tidak setuju, ia digunakan untuk politik seperti mengatakan liberal, plural dalam soal ALLAH ini," katanya lagi.

UMNO dituduh cetus kembimbangan Melayu......disebabkan PAS!

Posted: 22 Jan 2013 11:01 PM PST

IPOH – Pas Perak mendakwa Umno cuba mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang Melayu dengan menggunakan sentimen perkauman dalam agenda politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, Pas melihat Umno sedang mereka-reka cerita bahawa bangsa Melayu akan terancam disebabkan bangsa lain dalam usaha mengekalkan kuasa di negara ini.

Menurut beliau, apa yang dilalukan Umno merupakan sebahagian daripada strategi untuk mengukuhkan kedudukan di mata rakyat dengan memomokkan orang Melayu menggunakan politik perkauman.

"Umno telah menakut-nakutkan rakyat negara ini terutamanya orang Melayu. Tindakan mereka sebenarnya akan menggagalkan semangat perpaduan kaum di negara ini yang telah dipupuk sejak 56 tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, tindakan Umno dan media milik mereka yang sering mempolemikkan isu sensitif dengan tujuan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Melayu sedikit sebanyak akan merapuhkan semangat perpaduan rakyat negara ini.

Katanya, rakyat kini sedar dengan fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan parti itu akan lebih agresif meneruskan isu perkauman ini demi kepentingan politik mereka.

"Saya yakin rakyat sudah matang serta menolak politik sempit Umno. Sudah pasti mereka akan membuat keputusan demi kesejahteraan negara dan bukan politik murahan Umno," katanya.

Kelab malamnya didakwa hidang arak punca Awie melenting

Posted: 22 Jan 2013 10:31 PM PST

Awie sedikit bengang dengan beberapa pihak dan blog yang mempertikai usahanya membuka sebuah kelab malam di Ipoh. Melalui Malaysian Digest, Awie meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya kepada wartawan.

"Apa salah saya buka club? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo, kenapa dia bukak Hard Rock (Cafe), Saloma (Bistro), Concorde. Untuk sembahyang ke?"

Awie turut meminta sesiapa yang mempertikai tindakan beliau untuk membuka kelab malam ini untuk berhenti bercakap dan bukan mereka yang memberi rezeki kepada beliau.

"Mereka tak suap mulut saya dengan nasi!, so better stop this stupid question," tambah Awie dengan nada kesal.

Sebuah blog sebelum ini mendedahkan kelab malam milik Awie itu menghidangkan arak dan menganjurkan pesta bikini.

Blog tersebut juga memaparkan print skrin dari laman facebook kelab tersebut yang mewar-warkan promosi arak dan parti tersebut.


Jubah 'berahi' undang dosa...

Posted: 22 Jan 2013 08:32 PM PST

Jika boleh, tolong berikan komen anda mengenai poster di atas….

Rasanya ada kebenaran bukan.

Cuma kekadang perkara ini berlaku tanpa sepemakai menyedarinya…

Mutiara Kata Ustaz Tuan Asmawi bin Tuan Umar (Pengasas Program Imam Muda);

Terkadang anda perlu menutup mata,sekiranya anda tidak mampu menutup aurat orang lain.

Seorang rakyat Malaysia sah terbunuh dalam krisis tebusan Algeria

Posted: 22 Jan 2013 07:12 PM PST


PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia di Algeria pagi ini mengesahkan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang dilaporkan masih hilang, terbunuh dalam krisis tebusan di loji gas di In Amenas.

Dilaporkan kebanyakan tebusan warga asing maut dalam kejadian berkenaan yang membabitkan kumpulan bersenjata.

Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Chong Chung Ngen. - NST

Mamat Khalid jatuh muflis?

Posted: 22 Jan 2013 06:45 PM PST

KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Mamat Khalid menafikan dakwaan kononnya dia terpaksa pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak kerana syarikat produksinya Naga VXS "lingkup" sejak dua tahun lalu sehingga diisytiharkan muflis.

Mamat, 50, berkata, penghijrahan tersebut adalah permulaan baharu dalam kariernya selepas berdepan dengan beberapa masalah dalam operasi syarikat berkenaan.

"Operasi Naga VXS sebelum ini ada beberapa sekatan. Saya perlu meneruskan kehidupan dengan memulakan perkara baharu.

"Saya bersyukur kerana diberikan peluang kedua apabila dapat menubuhkan syarikat baharu yang kini diuruskan isteri saya iaitu Intan.

"Sudah setahun syarikat Enjit Semut Productions ditubuhkan. Buat masa ini ia beroperasi di rumah kami di Ipoh, Perak," katanya.

Mamat ditemui pada malam gala tayangan filem arahannya berjudul Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Mid Valley di sini, malam Selasa.

Ditanya mengenai dakwaan kononnya dia diisytiharkan muflis gara-gara diperdaya dalam perniagaan, Mamat berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali.

"Saya bukan diperdaya atau salahkan sesiapa melainkan pengurusan yang tidak betul.

"Ketika perniagaan syarikat itu bermula, kami masih baharu. Banyak yang perlu diperbaiki dan kehidupan harus diteruskan.

"Kalau kita terus mengenang kesilapan lalu, takkan bergerak jadinya. Memilih langkah seterusnya adalah lebih penting," katanya.

Mengenai perasaannya mengenai kemunculan filem terbaharu selepas tiga tahun menyepi, Mamat berkata, 2013 bakal menyaksikan segala usahanya selama tempoh itu dikongsikan kepada khalayak.

"Selain filem ini, saya juga akan muncul dengan Rock Ooo, Apokalips, Zombie Kilang Biskut dan Rentaz.

"Tahun ini segala usaha sepanjang tiga hingga empat tahun lepas akan menemui penonton," katanya yang berharap filem terbaharu itu dapat menyaingi kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang memperoleh kutipan kasar RM7.90 juta.

Andai BN kalah, Malaysia akan jadi seperti kisah politik di Perak

Posted: 22 Jan 2013 06:31 PM PST


TUN Dr. Mahathir Mohamad dalam wacana bertajuk Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU-13 baru-baru ini membawa audiens merenung nasib bangsa sekiranya Melayu yang merupakan rakyat majoriti di negara ini, terus hilang kuasa.

Tajuk sama juga pernah dibincangkan secara ringkas di ruangan ini menerusi dua artikel berbeza beberapa bulan lalu. Hakikatnya, orang Melayu dan kuasa amat berkait rapat dalam mencorakkan wajah sebuah negara bernama Malaysia.

Tidak dinafikan sejarah memainkan peranan penting sebagai panduan atau sempadan kepada setiap tindakan yang bakal dilakukan. Sama ada perkara ini diberi penekanan atau sebaliknya, terpulang kepada individu itu sendiri.

Namun kita percaya, setiap apa yang berlaku ada hikmah tertentu. Malah, kita juga percaya bahawa kemenangan pakatan pembangkang ke atas lima buah negeri dalam pilihan raya umum 2008, iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah memberi banyak kesedaran kepada pihak pentadbir sedia ada.

Kesannya, banyak tindakan telah diambil oleh kerajaan dalam usaha memperbetulkan semula kesilapan yang berlaku. Apa yang pasti, usaha ini dilihat telah dilakukan bersungguh-sungguh terutama oleh pucuk pimpinan.

Sebagai rakyat atau pengundi, tiada apa yang lebih menggembirakan selain mendapat perhatian daripada pihak yang diberikan kepercayaan serta harapan.

Di sebalik sejarah kekalahan lima negeri tersebut, sebelum Perak berjaya dikembalikan semula kepada Barisan Nasional (BN) berikutan beberapa wakil rakyatnya mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas, mungkin masih ramai beranggapan apa yang berlaku sekadar `permainan politik.'

Kisah Perak sewajarnya dijadikan teladan oleh semua orang Melayu di negara ini. Perak merupakan contoh terbaik kerana landskap politik dan populasi penduduknya adalah berada paling dekat untuk menggambarkan wajah Malaysia.

Jika kita masih ingat, Perak yang didominasikan oleh DAP, telah melantik wakil Pas sebagai Menteri Besar. Pelantikan ini mungkin adalah sebahagian daripada janji yang dipersetujui kedua-dua parti sebelum mereka bersedia untuk bekerjasama sebagai sebuah pakatan selain Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam masa sama, wakil Pas terpaksa dilantik kerana undang-undang negeri mensyaratkan hanya Melayu sahaja boleh menduduki kerusi Menteri Besar Perak.

Pun begitu, apa yang berlaku di Perak selama 11 bulan pakatan pembangkang

memerintah, tidak seperti diharapkan oleh orang Melayu. Hampir setiap keputusan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri, seolah-olah hanya mengutarakan suara DAP. Pas dan PKR terpaksa menjadi penyokong setia. Keadaan ini kerana Exco DAP melebihi suara Exco Melayu yang mewakili Pas dan PKR.

Lebih membimbangkan, sejak `mendapat kuasa' (walaupun setiap keputusan melalui suara Pas sebagai Menteri Besar), DAP semakin rakus dan melupakan janji-janjinya. Orang Melayu bukan sahaja terbiar tetapi terus tertinggal.

Dalam konteks lebih besar, `janji' ini juga yang dicanangkan oleh DAP kepada rakyat Malaysia keseluruhannya jika pakatan pembangkang dipilih untuk menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Meskipun bukan dalam kalangan wakil Pas seperti di Perak, mereka berjanji, Perdana Menteri yang akan dilantik juga seorang Melayu. Malah, nama individu tersebut telah diuar-uarkan sejak merasakan matlamat mereka semakin hampir.

Mengambil kira perkembangan ini, tiada apa yang boleh diharapkan orang Melayu jika pakatan pembangkang benar-benar menang. Terlalu sukar sebenarnya untuk bergantung harap kepada Pas dan PKR berdasarkan pengalaman lalu.

Maka, jika dengan apa yang berlaku di Perak dan situasi politik hari ini, orang Melayu masih tidak kisah tentang siapa yang memerintah, jangan disalahkan generasi akan datang jika mereka juga tidak bijak membuat pilihan.


Utusan

Jangan jadi batu api, Soi Lek nasihat DAP

Posted: 22 Jan 2013 06:15 PM PST

KUALA LUMPUR - MCA menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menuntut kerajaan membenarkan kalimah tersebut dalam kitab Bible versi bahasa Melayu sebagai berbahaya.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, tindakan Guan Eng tersebut jelas sebagai 'batu api' dan mungkin menyebabkan rakyat berbilang kaum negara ini bergaduh jika perkara ini tidak terkawal.

"Dalam keadaan dan suasana yang tegang, beliau (Guan Eng) harap boleh menang. Isu ini jelas buktikan DAP memperalat kalimah ALLAH demi kepentingan politik.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kerana rakyat berbilang kaum dan setiap kaum perlu hormati sensitiviti masing-masing," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pemimpin parti itu di Ibu Pejabat MCA, semalam.

Sementara itu, Soi Lek berkata, MCA tidak bersetuju dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan panel Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi kaji kewarganegaraan sebelum Merdeka.

Katanya, perkara itu telah disepakati pemimpin ketika itu.

Namun, Soi Lek berkata beliau meragui Tun Mahathir benar- benar serius semasa buat cadangan itu, memandangkan Tun Mahathir cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang.

"Itu yang beliau cuba katakan. Saya baca kenyataan Tun Mahathir, saya tidak tahu kata-kata beliau itu serius atau sekadar jenaka. Kenapa perlu ada RCI jika diberi secara sepakat. Kerajaan beri kewarganegaraan kepada mereka berhak ikut undang-undang," katanya.

Sinar

RCI Sabah: Anwar dicabar jelas perkara sebenar

Posted: 22 Jan 2013 06:01 PM PST

KOTA BELUD 22 Jan. - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini.

Beliau menegaskan, Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu.

"Beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah. Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau dalaman itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat...jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI.

"Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), Perdana Menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu.

"Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya...apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat sini hari ini.

Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata, rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI.

"Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu.

"Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau 'ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itulah cara yang betul," katanya.

Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata, penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu.

Penubuhan RCI dan pelantikan anggota suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Prosiding pendengaran RCI dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Anggota panelnya terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Seri Dr. Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah, Tan Sri Herman J. Luping.

Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 Februari hingga 27 Februari. - BERNAMA

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 23 Jan 2013 03:10 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


ANWAR: TOLONG JANGAN SAMAKAN ANA DENGAN IBLIS!!!

Posted: 23 Jan 2013 07:54 AM PST

"Setakat ini, inilah pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan (Presiden PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

"Saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura PAS. Kita juga baca dan bincang kenyataan Abdul Hadi dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Bila baca kenyataan Abdul hadi dengan tidak melarang penggunaan (kalimah Allah oleh bukan Islam) tapi menegur penyalahgunaannya.

"Tapi tak apa...apa yang kita buat ialah kita tetap ikut kenyataan Presiden PAS yang dibentang kepada majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari bukannya kenyataan sampah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas," katanya.
Keratan artikel sungai rapat online

Listen!..Listen!...Listen! Cuba baca kenyataan Anwar berulang-kali. Cuba baca betul-betul..

Kalau anda baca betul-betul, penuh teliti dan lakukan penyerahan sebenar kepada Allah serta memohon supaya Allah tunjukkan apa yang sebenar-benarnya yang cuba diperkatakan Anwar, akhirnya anda akan dapati bahawa, "Entah apa bendenya yang cuba dijelaskan".

Dia tak sentuh pun apa pegangan dia sebagai seorang Islam secara peribadi dalam isu kalimah Allah ini. Boleh atau tidak boleh pun dia tak sebut. Samada kufur atau syirik pun dia tak kata. 

Apa yang dia sebut ialah kekal dengan pendirian mesyuarat majlis pimpinan pakatan rakyat yang dibentang oleh Hadi. Malaikat pun mungkin tidak dapat "verify" kemahiran komunikasi Anwar dalam hal ini, dan mungkin malaikat kiri dan kanan juga turut terkeliru, terjebak dan berselisih pendapat untuk menentukan cakap Anwar ini samada patut diletakkan dalam catatan buku sebelah kiri atau kanan. 

Sekarang bola sudah dicampak sekali lagi oleh Anwar ke gelanggang PAS. Sekali lagi PAS "terdo'ek" bila bola yang dicampak Anwar tepat kena ke perut PAS.

Jika malaikat pun boleh terdedah kepada kemungkinan "berpecah-belah" dengan kekeliruan yang dibawa oleh Anwar, apa lagilah manusia. Umat Islam beramok sesama sendiri. Pimpinan PAS tidak dapat dielakkan pasti akan berlaku perpecahan. Perseteruan antara agama di negara ini juga akan sampai ke kemuncaknya.

Semua ini adalah disebabkan "tangan-tangan" Anwar. Di mana ada iblis di situ wujud perbalahan. Di mana ada Anwar di situ wujud kekeliruan. 

Bila mana iblis berjaya mencucuk sesungutnya ke setiap hati manusia, pasti komuniti manusia itu akan berantakan. Bila Anwar berjaya mencucuk hati-hati manusia dalam suatu komuniti dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya, pasti komuniti itu akan berbalah dan berantakan sesama sendiri.

Jadi bolehkah anda bezakan yang mana satu Anwar dan yang mana satu Iblis?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan