Khamis, 29 November 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 29 Nov 2012 03:19 PM PST

DUNIACACAMARBA


Kenyataan Husam Musa tentang Pendedahan Deepak Jaikishan

Posted: 28 Nov 2012 09:18 PM PST



Kenyataan Terbuka Deepak Jaikishan: Hayat Politik Najib Berakhir Sebelum PRU 13?

[HD] Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik.

Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO di mana Najib akan berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib.

Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya - sehingga bagi insan waras - Najib sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara.

Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, UMNO adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah 'diam itu emas'.




(Gambar: Kenyataan Deepak dalam tiga media semalam)

Kenyataan Deepak sangat serius kesannya:
1. "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya".

"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala".

2. "Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti".

3. "Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori".

4. "Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam".

5. "Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka".

Setiap satu dari kenyataan ini adalah ekplosif. Semuanya dengan jelas tertuju kepada isu pembunuhan Altantuya dan PM dan keluarganya dengan beraninya dilibatkan.

Bagaimana Najib akan menerajui UMNO/BN menghadapi pilihanraya paling genting dengan isu peribadi membelit dirinya?

Adakah UMNO sanggup mempertahankan Presiden mereka jika mereka sedar survival UMNO ditambah beban oleh isu peribadi Presiden partinya, ketika UMNO sendiri tercungap-cungap keletihan?

Semua perkembangan, termasuk isu Scorpene yang semakin membarah dan kenyataan akuan bersumpah Bala yang terus hidup, menunjuk kepada terbebannya UMNO dengan isu peribadi Najib.

UMNO mempunyai pilihan.

Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru.

Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak.

Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya tidak mengambil apa-apa langkah susulan. Satu kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir atau Muhyidin cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum PRU 13.

Malaysia tentunya sangat malang mempunyai PM selemah itu dan terbelit dengan isu sekejam itu.

Malaysia tidak akan terasa aman selagi Perdana Menterinya tidak dibersihkan dengan isu pembunuhan Altantuya oleh satu badan bebas.

Najib yang benar-benar tidak bersalah harus mengizinkan pihak ketiga yang bebas menyiasat isu ini secara menyeluruh.

Jika tidak, kenyataan Deepak dan Bala adalah benar dan kita juga dalam bahaya!


Husam Musa
Naib Presiden PAS
28 November 2012



Laporan MK tentang hal ini:

Husam: Najib Tak Boleh Diam Lagi Isu Deepak


[MK] Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.

"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.

Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.

Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.

"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.

"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.

Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:

"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala.

"Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya.

"Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.

Balasubramaniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib.

Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, dengan alasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.

Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.

Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama.

Polis Buru 4 Suspek Kes Rogol & Rompak Pusat Refleksologi

Posted: 28 Nov 2012 08:26 PM PST

Suspek

[SH] KUALA LUMPUR - Polis mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan rogol dua pekerja warga asing di sebuah pusat refleksologi, Setapak, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

"Empat lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 20-an, dipercayai menaiki motosikal ke lokasi kejadian," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, seorang lelaki penjaga premis berkenaan menerima banyak jahitan selepas telinga kirinya hampir putus, manakala seorang lagi mangsa cedera ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang.

Dua suspek dipercayai turut merogol dua pekerja wanita warga Vietnam di premis itu selain melarikan wang tunai dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000.

Orang ramai mempunyai maklumat boleh hubungi Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 597 atau mana-mana balai polis berhampiran atau melalui hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merogol dan samun dengan mendatangkan cedera.

Polis buru 4 lelaki
Polis mengesan keempat-empat lelaki ini bagi membantu siasatan.
Polis buru 4 lelaki
Polis mengesan keempat-empat lelaki ini bagi membantu siasatan.
 
 

Jururawat Akui Terbabit dalam Skandal Rasuah Seks Pemimpin China

Posted: 28 Nov 2012 06:54 PM PST



[HM] BEIJING: Inilah wanita yang dirakam mengadakan seks dengan pegawai Parti Komunis China dalam video yang tersebar di Internet sehingga menggemparkan seluruh negara itu.

Lei Zhengfu, ketua parti peringkat daerah di Chongqing, bandar di barat daya China, dipecat selepas video itu tersebar awal bulan ini.

Wanita itu mulanya didakwa perempuan simpanan Lei. Bagaimanapun, laporan terbaru berkata, dia sebenarnya pelacur yang diupah oleh sebuah syarikat pembinaan bagi mendapatkan kontrak daripada pegawai terbabit.

Zhao Hongxia yang berusia 18 tahun ketika video itu dirakam pada 2007, menulis dalam blognya bahawa dia dibayar RM25,000 untuk tidur bersama Lei.

Katanya, wang berkenaan digunakan untuk membayar bil perubatan bapanya.

Zhao yang kini berusaia 23 tahun dan sudah menjadi jururawat berkata, dia ditawarkan wang itu oleh ketua sebuah syarikat hartanah.

"Dia berterus terang, bertanya sama ada saya mahu jadi pelacur, melayani pegawai kerajaan yang mempunyai hubungan perniagaan dengannya," kata Zhao.

Video itu mencetuskan satu lagi skandal dalam Parti Komunis di bandar yang sebelum ini diketuai oleh Bo Xilai, ahli politik yang dipecat sebelum ini.

Bagaimanapun, ia mungkin hanya satu permulaan apabila seorang bekas wartawan berkata, dia mungkin mendedahkan video serupa membabitkan lebih ramai pegawai bandar raya itu sedikit masa lagi.

Parti itu sebelum ini berdepan dengan skandal yang menyebabkan pemecatan Bo dan memburukkan lagi reputasi parti di mata orang ramai.

Chongqing, bandar raya yang diketuainya, digambarkan oleh pendakwa raya dan media sebagai penuh dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Isteri Bo didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan Britain sementara dia sendiri berdepan dengan tuduhan rasuah serta menghalang keadilan dalam kes pembunuhan itu.

Berita mengenai video seks itu yang dipercayai dirakam pada 2007 hanya tersebar bulan ini ketika barisan pemimpin baru China meningkatkan usaha memerangi rasuah.

Video itu tersebar di Internet negara itu pada 20 November selepas imej rakaman itu dimuatnaikkan oleh bekas wartawan, Zhu Ruifen menerusi laman webnya yang didaftarkan di Hong Kong.

Video berkenaan yang dirakam secara sulit dari meja sebelah katil menunjukkan Lei mengadakan seks dengan wanita itu.

Zhu memberitahu wartawan bahawa Zhao, yang wajahnya tidak kelihatan dalam gambar yang dipetik daripada video itu, diupah oleh sebuah syarikat pembinaan untuk tidur dengan Lei sebagai balasan memperoleh kontrak.

Syarikat itu kemudian cuba menggunakan video itu untuk memeras lebih banyak kontrak daripada Lei.

Zhu berkata, dia memperoleh video itu daripada petugas Biro Keselamatan Awam Chongqing yang tidak mahu dikenali.

Menurutnya, dia juga diberikan video serupa membabitkan lima pegawai bandar raya itu yang lain tetapi kini berusaha mengesahkan kandungannya sebelum mendedahkannya kepada umum. - DT

™ kaasii peecaahhh laaa...®

Posted: 29 Nov 2012 01:37 PM PST

™ kaasii peecaahhh laaa...®


SAMM desak Hishamuddin Hussien letak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya.

Posted: 29 Nov 2012 10:49 AM PST

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Dalam satu sidang media semalam di Kuala Lumpur menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media semalam dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera.

SAMM dan sekutu akan melakukan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini. Semua pihak dijemput bersama :

Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)
Masa : 11.50 pagi
Tempat : IPD Kuala Terengganu, Terengganu
Pertanyaan : 0179645763 / 0199809974 (Rafzi, Penyelaras SAMM Terengganu)

Laporan polis dan himpunan akan diketuai oleh cheGuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan sendiri.

Ayuh ramai ramai !

Sekian

Norazizi A.Aziz
Pengarah Seketeriat
SAMM Kebangsaan
0123696474



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Muslimeen United

Posted: 29 Nov 2012 01:18 PM PST

Muslimeen United


PANAS! Pemuda Umno Mengaku Jangan Mimpi Mahu Rampas Pulau Pinang!

Posted: 28 Nov 2012 04:24 PM PST


Adehh...

Hakikat pahit tapi mesti ditelan Umno berdasarkan pengakuan seorang perwakilan yang mendedahkan kepincangan pemimpinnya sendiri!

Umno dan Barisan Nasional (BN) boleh melupakan hasrat untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihanraya umum ke 13.
Alasannya pemimpin Umno di peringkat bahagian mementingkan diri serta tidak menemui rakyat di tempat masing-masing.

Perwakilan Pemuda dari Bukit Mertajam, Ramlan Ahmad memberitahu, "beberapa bahagian sangat teruk."
"Ketua bahagian Umno Pulau Pinang teruk-teruk belaka…orang yang lawan akan diblack list (senarai hitam).
"Cawangan pula akan dikeluarkan dari senarai Umno bahagian.
"Tempat saya tujuh lapan cawangan telah dikeluarkan.
"Mereka nak jadi ketua saja kerana nak buat rumah atas bukit.
"Tetapi tak mahu jumpa rakyat, macam mana Umno nak menang," kata Ramlan lagi.
`Terpinggir dan terhapus'
Bagaimanapun, beliau enggan fotonya diambil kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pemimpin Umno di bahagiannya.
Rakannya yang mahu dikenali sebagai Mahmud dari Bukit Gelugor menambah, Pakatan Rakyat akan menang lagi di Pulau Pinang dalam pilihanraya akan datang.
Pemimpin Umno bercakap sahaja tetapi tidak buat kerja untuk rakyat, dakwa Mahmud.
Beliau mengaku takut jika DAP terus berkuasa di Pulau Pinang kerana orang akan semakin terhapus.
"Sekarangpun dalam tempoh empat tahun Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, kami sudah terpinggir.
"Kalau tambah empat tahun lagi kami semua akan terhapus," ujar Mahmud.
Dalam pilihanraya umum lalu, Pakatan Rakyat menyapu bersih 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diketuai DAP dan KEADILAN manakala Umno keseorangan menjadi pembangkang dengan 11 kerusi setelah kesemua calon BN lain dari MCA, MIC dan Gerakan tumbang satu-persatu hingga tidak ada seorang pun wakil BN selain Umno dalam dewan undangan negeri.
Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen di seluruh negeri itu termasuk di bahagian pulau dan tanah besar.
Sekali lagi DAP mendahului dengan tujuh kerusi parlimen diikuti KEADILAN dengan empat manakala Umno cuma tinggal dua masing-masing di parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor di bahagian tanah besar.

Wakil UMNO 'Mengamuk' Bila Isu 'Sapu' Tanah Didedahkan

Posted: 28 Nov 2012 04:16 PM PST


Gambar Ketua Pengarah JAKIM Hadiri Perhimpunan Agung Umno Tersebar..

Posted: 28 Nov 2012 04:12 PM PST


Cuba perhatikan di sebelah kiri Khairy Jamaluddin, dalam bulatan tu.. kalau ko orang nak tau itulah Ketua Pengarah JAKIM sekarang, Dato' Hj. Othman bin Mustapha.

Beliau hadir semasa ucapan amanat Presiden Umno sempena perhimpunan agong Umno semalam (27 Nov 2012).  
Yang menjadi persoalannya, beliau hadir atas kapasiti apa? Sebagai penjawat awam ke? Ataupun perwakilan?

Double standard apa yang di amalkan oleh Umno ni, kalau penjawat awam sokong parti pemerintah di benarkan walaupun hadir pada waktu bekerja.
Manakala, penjawat awam yang sokong Pakatan Rakyat di beri tekanan yang pelbagai termasuklah di buang kerja. Adakah ini amalan murni yang diterapkan daripada slogan "Rakyat Di Dahulukan"...


SHAH ALAM, 26 NOV - Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga mengakibatkan pemecatan seorang guru sementara di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan, Qatrun Nada Mohd Latfi (gambar).

Koordinator Insan, Mohd Faris Abdullah menyatakan sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan.

Katanya, campur tangan ini hanya mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

"Jawi juga gagal memberi sebab yang munasabah atas pemecatan Qatrun Nada (gambar kecil). Hal ini menguatkan dakwaan bahawa Jawi dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

"Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam," katanya dalam satu kenyataan media kepada Tv Selangor.

Pada 15 September 2012, Qatrun Nada menghadiri satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat yang disampaikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau disiasat dan menerima surat pemecatan pada 24 Oktober 2012 daripada pihak Jawi.

Notis yang diterima beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan.

Qatrun Nada kemudiannya menghantar surat rayuan untuk bertanyakan sebab secara terperinci, Jawi hanya menjawab dengan mengatakan beliau sememangnya boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa berdasarkan kontrak perlantikan.

Sebelum itu, beliau juga menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lalu.

Dalam panggilan tersebut individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Pada 22 Oktober, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk diselidik mengenai kegiatan luar beliau. Akhirnya, Qatrun Nada menerima notis sebulan penamatan jawatan yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember ini pada 24 Oktober lalu.

Mohd Faris juga mengecam tindakan Umno-BN yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

"Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

"Insan menggesa pimpinan tertinggi Umno mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang terlibat kerana melakukan tindakan yang memburukkan imej Umno.

"Tindakan Tatatertib itu juga penting bagi menunjukkan Umno juga menentang sebarang salah guna kuasa dalam pengurusan parti mahupun pengurusan kerajaan," katanya lagi.

Sehubungan itu, Insan akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan Jawi daripada sebarang campur tangan politik sempit. ~selangorku

Tanpa disedari makin Umno menekan rakyat makin rakyat menolak mereka...

PENYAPU SIAL

Posted: 29 Nov 2012 01:05 PM PST

PENYAPU SIAL


lembu betina buat ugutan 13 mei jika UMNO kalah...laporan polis wajib di lakukan keatasnya kerana menghasut...!!!

Posted: 28 Nov 2012 05:42 PM PST

Kita  menyifatkan kenyataan  lembu  betina Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Kenyataan ketua wanita  lembu Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa.Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu  dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.Kenyataan lembu betina itu adalah hasil didikan 'mentor politik'  bapak syaitan yang di kenali  Umno iaitu keling kutty  Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.

Jadi kita  meminta  ahli  pakatan rakyat di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan  lembu ini  yang disifatkan 'bahaya' itu.

Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

 

Shahrizat selar media ‘pro pembangkang’ dalam ucapan penggulungan.

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam hari ini menyelar portal media yang dikatakan ‘pro pembangkang’ dan meminta mereka agar tidak menulis dengan sesuka hati.

“Media hari ini.... Twitterlah, FBlah, saya dah belajar dah. Belum terlambat untuk belajar.

Media sosial ini ada kebaikan dan keburukan kerana tiada 'limit', mereka mahu kata, mereka kata tanpa tanggungjawab.

“Tambah portal-portal ni. Guna nama Malaysian… Betul? "Apa ni? Kamu guna perkataan Malaysian, ia perlu datang dengan bangga dan maruah.

“Betul atau tidak? Janganlah, portal you (kamu) boleh nak kata saja tanpa tanggungjawab. Helah kamu — letak tajuk macam tu, kemudian orang yang dikenakan nak kena jawab, kamu tak payah jawab.

“Mana boleh macam tu, kamu yang nak perjuangkan demokrasi betul tak? Portal berita pro pembangkang pun kena bersikap adil dalam profesyen kamu, buatlah. Boleh?” kata Ketua Wanita Umno itu dalam ucapan penggulungannya.

Sebelum itu, Shahrizat turut meminta media massa agar bersikap adil kepada Wanita Umno dengan memberikan lebih bayak liputan dan bukan hanya kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang hanya mempunyai dua tiga orang ahli .

“Susah sangat untuk keluarga Wanita Umno dapat coverage (liputan).

“Saya minta media berlaku adil kepada Wanita Umno,” katanya.

Dalam ucapan dasarnya pagi tadi, Shahrizat memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Jika kita tidak lagi di tampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

“Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

“Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno ke 66 berlangsung selama lima hari dari 27 November hingga 1 Disember.

Lebih 5000 perwakilan parti tersebut dari seluruh negara membanjiri PWTC untuk mendengar amanat pemimpin mereka menjelang pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

 

 

penyapu sial

 

helooo betina babi sial...adakah media dan arus perdana seperti utusan ,berita harian ,tv 3 .astro dan sebagainya memberi liputan yang adil kepada pembangkang...??...sila jawab

oleh kerana ketidakadilan geng geng pukimak arus perdana kamu...maka kita guna media sosial seperti fb dan blog untuk melahirkan serta menjawab setiap tuduhan puak syaitan yang di kenali kamu UMNO...ada pihak lahabau kamu bagi peluang menjawab tuduhan di kaca tv....ada ke...kalau ada pun dah kena cencor...macam biasa lah...tapi memang tak der pon...

malas nak layan betina lembu yang masih x tau malu terpalit dengan skandal Lembu di kondo yang masih nak mencari si kambing hitam untuk di jadikan mangsa tapi masih x berjaya...!!!

penjenayah kaw tim penjenayah...pembunuh altantuya berkawan dengan pembunuh etnik...tiada yang pelik...halang peguam peranchis datang ke malaysia bukti rasuah scorpene wujud

Posted: 28 Nov 2012 04:40 PM PST

Kerajaan Umno BN sanggup membenarkan Penjenayah Perang Sri Lanka yang terlibat dengan pembunuhan dan penghapusan etnik iaitu Presiden Mahinda Rajapaksa ke Malaysia untuk meghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia di Johor Bahru pada 4-6 Disember 2012 benar-benar mengecewakan dan menggambarkan sikap  kepura puraan  sebenar Najib Razak dan Kerajaan Umno BN

Sikap berbeza terhadap kehadiran Peguam Perancis iaitu William Bourdon dan Joseph Breham dengan tidak membenarkan masuk ke Malaysia untuk sekian kalinya sedangkan ianya adalah jemputan rasmi yang di buat oleh Ketua Pembangkang , DS Anwar Ibrahim pada 7 November lalu.

kita  hairan kenapa  Hisamuddin Hussein, Menteri  SOTONG Dalam Negeri begitu tegas terhadap kehadiran 2 Peguam tersebut hingga mengugut akan menahan mereka jika hadir ke Malaysia seolah-olah mereka adalah penjenayah atau terroris yang boleh mengugat keselamatan rakyat dan negara ini.

Malah kedua-dua Peguam Perancis tersebut tidak sedikit memiliki rekod jenayah sepertimana Presiden Sri Lanka yang terpalit dengan rekod jenayah membunuh 30,000 orang awam berketurunan Tamil di Utara-Timur Sri Lanka pada pertengahan tahun 2009 dengan menyerang hospital,kawasan perumahan dan sebagainya dalam misi ‘ethnic cleansing’.

Kehadiran Peguam Scorpene adalah untuk memberikan taklimat perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis iaitu pembelian kapal selam yang dibeli dari DCNS di Perancis melibatkan dana awam serta komisyen sejumlah RM500juta dibayar kepada Perimekar Sdn. Bhd. iaitu syarikat kepunyaan rakan baik  Najib Razak, Razak Baginda .

Sebelum ini kerajaan cuba menafikan bahawa tidak wujud sebarang kes dan perbicaraan di Perancis berkaitan skandal tersebut. Justeru, kenapa begitu takut dengan kehadiran 2 peguam daripada Perancis yang mewakili Suaram dalam kes rasuah tersebut?

Kita memang  yakin bahawa tindakan menafikan Peguam Perancis tersebut untuk hadir memberikan taklimat di Parlimen kepada Ahli-Ahli Parlimen adalah membuktikan bahawa wujud rasuah terhadap pembelian kapal selam tersebut di Perancis sehingga  si sotong  sepupu   haramjadah ini  terpaksa mengambil tindakan tegas tanpa sebab yang munasabah tidak membenarkan Peguam Perancis tersebut masuk ke Malaysia untuk meyelamat ‘sepupu’ beliau.

Tindakan tersebut adalah turut membuktikan bahawa Najib Razak ketika itu sebagai Menteri Pertahanan Malaysia terlibat dengan skandal rasuah yang melibatkan RM500 juta bersama rakan baik beliau Razak Baginda sehingga melibatkan pembunuhan Altantuyya Sharibuu.

Terbukti Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan ‘kuku besi’ dan terus memberikan tekanan kepada kebenaran dan sanggup melakukan apa sahaja demi survival politik  Najib Razak dan Umno BN yang semakin tertekan dengan kebangkitan rakyat yang bakal mejatuhkan Umno BN dalam PRU 13 akan datang.



Pengakuan Deepak menjadi bukti bahawa pembunuh altantuya cuba mempergaruhi pengakuan saksi

Posted: 28 Nov 2012 04:29 PM PST

Merujuk kepada pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.

Oleh kerana itu kita  mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.

Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib. Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.

Kita  melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.

kita ingin  memastikan  seluruh  rakyat celik dalam isu ini, termasuklah  dengan menjelajah  dan sesi taklimat penerangan di setiap negeri supaya  dengan ini rakyat di seru  menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene yang merosakan ekonomi dan memalukan negara .

Hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara.

otaiblues

Posted: 29 Nov 2012 12:12 PM PST

otaiblues


"hanya umno yang mempertahankan islam" kata tun det

Posted: 29 Nov 2012 05:31 AM PST

Sempat mendengar di penghujung buletin utama, bagitulah yang di cakap kan oleh che det,,
hanya umno lah mempertahan kan islam,bukan pas,nik aziz tak buat ape hanya tau memurtad kan orang je,,
sungguh ke hanya umno yang mempertahan kan islam?
kalau aku orang umno.aku akan jawa ye,,hanya umno je yg pertahan islam

alasan aku,,,hanya kerajaan umno lah yang membina masjid,dalam dunia ini, hanya umno lah yang mengadakan musabaqah alquran,,
memnag benar,,hanya umno yang buat itu semua,
tetapi mempertahankan islam itu bermakna membuat segala suruhan, meninggalkan yang dilarang..

Lihat la pada diri sendiri wahai che det,,isterimu,anakmu tak mempertahan kan agama pun,larangan menutup aurat perkara asas.tak terbuat pun.lihat la anak lelaki mu..arak itu haram,tetapi anak mu pemegang saham terbesar dalam syarikat arak..
ini ke yang kamu kata mempertahan kan islam?

ikut hang la che det..

ikut logik akal,,setelah 12 kali kalah,tiada sebarang rusuhan.sekali menang satu negara kecoh pertumpahan darah,

Posted: 28 Nov 2012 07:52 PM PST

Macam mana boleh jadi macam ni,
awal awal lagi berkata jika pakatan rakyat menang,mereka bakal membuat kekecohan
mereka tu siapa?
orang yang kalah atau orang yang menang yang di maksudkan akan membuat kekecohan?
Makcik pakcik adik kakak,,ingat la,,dalam perjuangan rasullah menegakkan agama,rasullah juga pernah merasai kekalahan.
takunnya mereka nak hadapi kenyataan yang mereka bakal kalah di PRU akan datang ini.
kenapa nak takut sangat?
ni mesti banyak buat salah kan.mesti ada penyelewengan,
takut nanti bila tak berkuasa,ape yang mereka buat dulu akan di bongkarkan,
belum kalah lagi dah main ugut ugut,
secara logik akal manusia ni...orang yang biasa kalah,jika sekali menang, mereka buat kenduri kesyukuran.
tapi orang biasa menang,bila kalah,pasti tak kan boleh terima kekalahan..

allah bersama utusan

Posted: 28 Nov 2012 04:13 PM PST

inilah kali pertama terbaca,allah bersama utusan malaysia,
utusan menyampaikan semua yang baik ke? mengajak manusia yang membaca untuk beriman dengan allah ke?
sape lah yang bawak cerita allah bersama utusan ni...berat dah ni.
sebanyak mana yang utusan tarbiah kan pembacanya sahingga ramai yang bertambah teguh imannya selepas membaca utusan?
nampaknya utusan dah jadi kitab kedua orang islam di malaysia,
lidah penyambung syaitan syaitan yang di kenali..

Ikut hangpa la..

Membela nasib melayu,islam

Posted: 28 Nov 2012 04:03 PM PST

Alasan membela nasib melayu lah yang membuat kan tanah rezab melayu banyak tergadai.semalkin lama berkuasa,,semakin hilang tanah melayu,,terima kasih la..
tanah felda pun macam nak tergadai je,,majoritinya yang duduk kat felda tu, bukan melayu ke?
janji peneroka mendapat durian runtuh,,memnag benar,,ramai yang berniaga durian tepi jalan nak cari rezki,,,harapkan durian runtuh dari saham felda,,bukan kata durian runtuh,,pokok pun dah nak tumbang,
terima kasih kerana membela nasib mereka dengan menggadai tanah mereka.

parti keramat..parti yang dah mati,

Posted: 28 Nov 2012 03:55 PM PST

teringat cerita p ramlee dalam filem bujang lapuk,,berkata lah si ramlee
aku berniat mandi di keramat si luncai jika benar la cik normah suka kan aku,,,
keramat yang di maksud tu,,,keramat si luncai,,si  luncai dah lama mati,,yang ada hanya keramat nya,,
samalah dengan parti keramat,,yang ada sekarang hanya lah parti yang baru di tubuh kan,,

shalehudin

Posted: 29 Nov 2012 12:03 PM PST

shalehudin


TERHOT: Nampak sangat dia langsung tak baca....

Posted: 29 Nov 2012 12:00 PM PST

Negara hilang kedaulatan ekonomi jika Buku Jingga pembangkang dilaksana


KUALA LUMPUR: Negara akan hilang kedaulatan ekonomi seperti Greece jika manifesto pembangkang yang digariskan melalui 59 janji dalam Buku Jingga dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pelaksanaannya akan menjurus kepada defisit bajet kerajaan pusat melonjak kepada hampir 30 peratus pada tahun pertama, dan kadar nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melambung 140 peratus menjelang 2015.
"Dalam tahun ketiga, kita akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti Greece.
"Waktu itu pengurusan iktisad negara tidak lagi berada dalam tangan kerajaan yang dipilih rakyat tetapi beralih ke tangan institusi antarabangsa. Adakah itu yang kita inginkan?" soal Najib yang juga Presiden UMNO dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, hari ini.
Beliau berkata, inilah tahap kualiti dan ketidakmampuan perancangan ekonomi parti lawan yang tidak langsung mengejutkan.
"(Ini) kerana semasa krisis kewangan Asia melanda Malaysia pada 1997 hingga 1998, terbukti, Menteri Kewangan ketika itulah orangnya yang kini menjadi ketua pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap," kata Najib tanpa menyebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, tindakan beliau (Anwar) memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan, menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak, khususnya masyarakat perniagaan.

Sebaliknya, Najib berkata, di bawah kepimpinan Barisan Nasional, Malaysia kini antara negara dagangan terbesar dunia dengan nilai eksport dan import lebih RM1 trilion.

Malaysia juga diiktiraf Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) dalam barisan 20 negara paling berdaya saing di dunia.

Bank Dunia pula mengiktiraf Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah untuk berurusniaga, manakala Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pula menilai status Malaysia sebagai negara yang mempunyai Indeks Pembangunan Manusia yang tinggi.

Najib menarik perhatian, Dasar Transformasi Nasional yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu, telah memeta transformasi kerajaan, ekonomi dan politik secara rapi bagi memastikan Wawasan 2020 tercapai.

Hasil pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Model Ekonomi baharu misalnya, menjadikan pendapatan per kapita GNI negara meningkat 30 peratus antara 2009 dan 2011, iaitu daripada AS$6,700 kepada AS$9,700.
"Kemuncaknya nanti ialah mencapai pendapatan per kapita US$15,000. Hakikatnya, jika kita menggunakan kayu ukur mutakhir Bank Dunia bagi mengklasifikasi sebuah negara sebagai berpendapatan tinggi iaitu AS$12,476, ia jelas menunjukkan Malaysia sudahpun berada pada landasan yang betul untuk mencapai taraf tersebut lebih awal," katanya.
Tambah beliau, perjuangan UMNO sejak merdeka memperlihat kejayaan yang monumental melalui penciptaan kelas menengah profesional Melayu yang besar selain berjaya menangani permasalahan kemiskinan.
"UMNO akan terus memperjuang agenda Melayu dan Bumiputera supaya kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di negara tercinta ini," tegas Najib. - BERNAMA

Untungnya jadi bangsa Umno [GAMBAR]

Posted: 29 Nov 2012 10:48 AM PST



Amboii...
Untungnya hampa jadi bangsa umno neh noo...
Hujung-hujung tahun ja dapat cuci mata...

Kagumnya aku dengan Harussani...
Terpegunnya aku dengan Ust Fathul Bari...
Takkan semuanya jadi halal hanya kerana depa neh Melayu sejati...

Hihihi...

Bukan main no, hampa tuduh Anwar Ibrahim penyokong pluralisma...
Pluralisma hotak hampa kalau dah lagu neh...!!


Gambar KJ sapu air liur meleleh... kahkahkah...

Posted: 29 Nov 2012 06:55 AM PST

Perubahan Negara Melalui BN, Bukan Ubah Kerajaan - Khairy


KUALA LUMPUR: Perubahan terhadap negara bukan perlu dilakukan dengan mengubah kerajaan yang memerintah tetapi sebaliknya menerusi perubahan melalui Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu jelas sekiranya rakyat terutama generasi muda di negara ini menuntut perubahan negara.
"Kita tidak perlu ubah kerajaan untuk mendapat perubahan negara disebabkan agenda Umno dan Barisan Nasional di bawah (kepimpinan) Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah agenda transformasi.
"Segala transformasi yang kita buat seperti ekonomi, politik dan kerajaan, semuanya daripada kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita mengenai ucapan dasar presiden parti sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Sehubungan itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, idea dan cadangan bahawa perubahan hanya dapat dilakukan sekiranya kerajaan diubah tidak diperlukan, di mana ia sama sekali ditolak dan disangkal.
"Menerusi ucapan presiden parti, perubahan itu akan datang melalui BN tanpa menjejaskan masa depan negara," katanya.
Menurut Khairy, Najib sebagai Presiden Umno memberi isyarat yang serius bahawa pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang amat penting mengenai soal masa depan parti dan rakyat.
"Pilihan yang terbaik iaitu Barisan Nasional dan bukannya pakatan pembangkang yang memusnahkan negara," katanya.
Perhimpunan Agung Umno 2012 membuka tirai secara rasmi pada Khamis dengan fokus kepada amanat Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan Umno memimpin Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan yang dihadiri 2,759 perwakilan akan berlangsung selama tiga hari di Dewan Merdeka, PWTC di sini.



Najib dah tak cukup tangan nak picit kepala...

Posted: 29 Nov 2012 04:37 AM PST

Najib setuju urusniaga tanah, kata Deepak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Hakim Zabariah Mohd Yusof bagaimanapun tidak membenarkan Deepak mengemukakan satu surat bertarikh 25 September 2006 daripada Awan Megah kepada Najib sebagai bukti, memandangkan beliau tidak memfailkan dokumen tersebut sebagai sebahagian daripada dokumennya semasa pengurusan kes.

Deepak dalam keterangannya hari ini mendakwa, Najib mempersetujui urusan berkenaan dan mahu timbalan ketua setiausaha kementerian pertahanan meneliti pemindahan milik tersebut.

Deepak memberitahu mahkamah bahawa beliau membantu untuk mengatur pertemuan di antara Awan Mega, yang diwakili pengarahnya Senator Raja Ropiah Raja Abdullah dengan Najib melalui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ahli perniagaan tersebut memberitahu mahkamah ketika disoal peguamnya R Sivarasa, bahawa transaksi yang berlaku memandangkan Awan Megah tidak berjaya mendapatkan bond tanah yang ditetapkan sebagai syarat untuk meneruskan projek Institut Pengajian Pertahanan Nasional di Putrajaya.

Deepak melalui syarikat Astacanggih Sdn Bhd, di mana beliau merupakan pengarah, menamakan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta Sdn Bhd, Awan Megah dan Cebur Megah Development Sdn Bhd, di mana beliau turut menjadi pengarah, sebagai defendan.

Bagaimanapun, Hakim Zabariah mengeluarkan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta, dan Cebur Megah sebagai defendan dalam saman tersebut.

Keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.- Malaysiakini


Jangan marahkan Musa Hassan, dia hanya sahkan apa yang kita dah tau...

Posted: 29 Nov 2012 03:25 AM PST

Desak Musa Hassan dedah campur tangan Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan didesak jelaskan secara terperinci berkenaan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam penyiasatan polis seperti yang didedahkan beliau semalam.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pendedahan Musa itu mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa menteri memang campur tangan dalam pentadbiran polis.
"Pendedahan itu mengesahkan kenyataan kita selama ini menteri ada campur tangan dalam pentadbiran polis, khususnya hal ehwal politik," kata Shamsul.
"Justeru, jika pendedahan Musa itu berdasarkan prinsip dan ingin membetulkan keadaan, kita minta beliau dedahkan lebih terperinci dalam kes mana Hishammuddin telah campur tangan," katanya ketika dihubungi.
Mengikut laporan Malaysiakini, Musa menyatakan Hishamuddin campur tangan dalam pentadbiran PDRM semasa dalam kepimpinan beliau.

Musa mendakwa, Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Shamsul berkata, AMK sedia membawa kes tersebut ke peringkat seterusnya, jika Musa tampil menjelaskan mengenai campur tangan tersebut.
"Pesanan kita kepada ketua polis sekarang, janganlah terikat dengan arahan menteri, siasat kes dengan adil tanpa sebarang pengaruh politik," katanya.

KD


Sedap betoi Hj Hadi KENEN Umno... hehe...

Posted: 29 Nov 2012 03:00 AM PST

Hadi: Orang Umno salah naik "bas"

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Perhimpunan Agung UMNO ke-66 tahun ini dijangka menjadi medan untuk menghentam PAS selain menonjolkan partinya konon lebih Islam dan membela orang Melayu.

Katanya, Umno cenderung bertindak begitu kerana berada dalam keadaan terdesak menjelang PRU-13 yang bila-bila masa sahaja akan diadakan daripada sekarang.

"Umno sudah berada dalam fasa defensif dan seolah-olah lupa Malaysia ini negara demokrasi. Dalam isu doa kepada orang zalim misalnya, kalau Umno tidak zalim, tidak perlulah takut," bidas Ustaz Abdul Hadi mengulas polemik tersebut yang masih ditimbulkan dalam media perdana cengkaman kuasa kerajaan Umno-BN.
Ujarnya, apabila PAS mendoakan kehancuran Umno bukanlah bermaksud mendoakan turunnya bencana alam atau menggunakan bom atom hingga memusnahkan semua orang.
"Kita mendoakan supaya Umno kalah pilihanraya bukannya doakan kemusnahan individu, " tegasnya sambil menyebut bahtera sebagai analogi kepada Umno manakala kelasi untuk pemimpin dan ahli parti tersebut.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, perlu dibezakan antara parti Umno dengan orang (pemimpin dan ahli) Umno. Kelasi-kelasinya pelbagai sifat. Ada kelasi yang jaga, kelasi mabuk dan kelasi tidur.
"Itu sebab kita tidak nafikan ada orang Umno yang baik yang mahu tolong bangsa dan agamanya. Sayangnya, mereka ini salah naik bahtera. Samalah seperti naik bas.
"Nak pergi Pulau Pinang tapi naik bas ke Johor Bahru. Bagaimana nak sampai? Kenalah tukar bas yang betul," seloroh beliau ketika ditemui Harakah di Pejabat Agung.


Rosmah makin kembang, Aspan Alias puji dia jelita... kahkahkah...

Posted: 29 Nov 2012 01:32 AM PST

Banyak istighfar dengar ucapan pemimpin Umno

Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC.

Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu.

Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.

Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masa kini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.

Apa yang amat mengaibkan sebagai pemimpin parti yang sudah matang dan berusia, ucapan itu dihamburkan kata-kata seolah-olah usaha Pakatan Rakyat untuk mendapatkan mandat itu adalah sebagai usaha jenayah dan seolah-olah pembangkang itu dipenuhi oleh binatang haiwan yang liar dan tidak langsung wajar hidup dan bernyawa di dunia ini. Muhyiddin telah menghina dan memberikan segala keburukan kepada pembangkang sedangkan ucapan itu diselang dan selikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith Nabi yang sohih.

Pembangkang dikatakan oleh Muhyiddin sebagai penentang agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu untuk memberikan UMNO sekali lagi untuk mentadbir negara ini setelah mentadbir sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi Muhyiddin yang menjaga agama hanyalah UMNO tetapi Muhyiddin tidak pula menyebut bahawa rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan BN khususnya UMNO, sekarang ini merupakan tentangan secara 'head-on' dengan kehendak agama dan negara.

Muhyiddin sepatutnya menyeru ahli-ahli dan pimpinan UMNO supaya hentikan rasuah kerana rasuah itu lebih buruk dari membunuh dan disamakan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri oleh agama kita. Rasuah adalah perbuatan yang sehina-hinanya, malah rasuah merupakan penyebab utama kejatuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun manusia.

Ancaman Muhyiddin terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang itu menunjukkan yang UMNO begitu 'desperate' untuk terus berkuasa dan menganggap sesiapa yang mencuba untuk mengambilalih kuasa itu adalah kumpulan yang beliau anggap seperti binatang dan haiwan ternakan semata-mata, sedangkan parti-parti pembangkang itu adalah parti yang halal dan mempunyai hak untuk mencuba membetulkan apa yang telah di lakukan oleh BN sejak mentadbir negara secara terus-terusan selama ini.

Muhyiddin menuduh PR tidak mengotakan janji-janjinya kepada rakyat tetapi Muhyiddin tidak sedar janji-janji UMNO sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu masih belum tercapai. UMNO masih gagal untuk meletakkan Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu tetapi Muhyiddin tidak malu-malu menuduh PR tidak melaksanakan janji-janjinya.

Kalau lah UMNO telah melaksanakan janji-janjinya selama ini, masakan orang melayu masih ketinggalan dalam serba serbi. Jika UMNO telah berjaya sebagai parti pemerintah masakan orang melayu masih diharapkan bersandar kepada UMNO untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari. Malahan anak-anak pemimpin besar negara seperti anak-anak Dr Mahathir masih bersandar dan menggunakan UMNO sebagai modal perniagaan sehingga menjadi 'billionaire' dan menjadi salah satu keluarga yang terkaya di dalam negara ini.

Jika UMNO benar-benar berjaya masakan Mirzan Mahathir mengambil hampir RM2 billion wang rakyat untuk menyelesaikan kegagalan perniagaannya. Tetapi Mahathir semasa berkuasa memandang hina kepada bangsanya sendiri kerana terlalu lazim menggunakan tongkat. Dr Mahathir meminta orang Melayu supaya berdiri dengan kepandaian sendiri dan membuang tongkat yang di sebut di dalam perlembagaan negara itu. Tetapi kenapa anak-anaknya sendiri menggunakan kuasa dan pengaruh UMNO untuk menjadi kaya raya.

Itulah sebabnya kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal emosi saya kerana apa yang diseru oleh Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu semuanya menggunakan tongkat iaitu UMNO. Muhyiddin tidak menyebut ini semua. Sebab apa? Kerana beliau tidak malu seolah-olah rakyat boleh dikotak-katikkan dengan seruan dan ucapan yang beremosi itu.

Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan bukannya hak kekal UMNO dan BN.

Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO. Momokan yang 'tiada UMNO tiada Melayu' itu hanya terpakai semasa rakyat belum berfikir dan tidak nampak yang 'there is life after UMNO'. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir.

Rakyat yang berfikir sekarang ini faham yang Najib atau UMNO bukan untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa yang 'subservient' kepada UMNO. Penyatuan Melayu kepada UMNO ialah apabila orang melayu hanya tunduk dan menyembah UMNO dan tidak yang lain. Bagi Najib beliau mahukan rakyat menafikan segala-galanya melainkan UMNO, sama seperti orang mukmin yang sebenar-benarnya menafikan segala-galanya melainkan Allah swt. Pemimpin UMNO seolah-olah mahukan orang melayu Islam hanya menzuhudkan UMNO bukannya yang lain-lain.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Muhyiddin UMNO itu adalah parti yang akan memisahkan semua umat yang bangkit di yaumil mahsyar nanti dengan ahli-ahli UMNO kerana hanya ahli-ahli UMNO itu sahaja yang akan memasukki syurga Allah.

Sepatutnya Muhyddin bercakap tentang permasalahan dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ini dalam mana beliau merupakan agen yang memecah belahkan UMNO sekarang. Ramai yang tidak mempercayai keadaan ini, tetapi tunggu sahaja lah apabila calon-calon UMNO diumumkan dalam PRU nanti. Keadaan dan masa akan membuktikannya.

Hanya satu yang perlu kita sedar apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO itu: UMNO begitu gentar dengan Pakatan Rakyat dan kita juga melihat dengan mata hati yang UMNO sendiri sedang berpecah di setiap peringkat.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, apa yang perlu dilakukan sekarang hanya beristighfar banyak-banyak semasa menghadapi serangan iblis dan syaitan yang tidak mahu kita bersatu dan berpadu di luar UMNO dan BN ini. - Aspan Alias


Rosmah dah silap pilih kawan daaa....

Posted: 28 Nov 2012 06:51 PM PST

Altantuya: Pengakuan Deepak bukti akuan sumpah kedua PI Bala tak sah

Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.

Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib. Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.

SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai 'bapak' kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.

Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk 'Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia' pada bulan hadapan.

Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara.

Badrul Hisham Shaharin
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia


Makcik ni lebih bermaruah dari ibu tunggal bergincu merah jambu...

Posted: 28 Nov 2012 05:21 PM PST

Saya simpati dan kagum dengan kegigihan warga emas yang kebanyakannya ibu tunggal yang membimbit supik besar menjaja berbagai kerepek di kedai-kdai mamak di sekitar kediman saya. Ada kalanya lewat tengah malam mereka masih menjaja barangan julan mereka. Umurnya yang sama baya dengan ibu saya. Mereka seharusnya tidak berada di tempat itu lagi dalam usia sebegitu dan pada masa yg begitu larut. Tetapi apa boleh buat demi menyambung hidup.

Malam tadi saya memberanikan diri bertanya kepada salah seorang yang mengheret supik besar menjaja kerepek itu. Saya tanya makcik itu; makcik dari mana? jawabnya dari Kuala Selangor... Makcik kenapa berniaga tengah malam begini? Untuk hidup Incek?

Saya tanya lagi makcik ini tak ada suami ke? Tak ada inche sudah lama suami saya meninggal. Anak ada? tanya saya lagi. Ada tujuh orang.

Jadi makcik ni jandalah? Soal saya lagi. Dia tersenyum... dan mengangguk sambil mengeluarkan berbagai kerepek di atas meja untuk dipilih.

Kalau janda kenapa makcik tak pegi tunjuk perasaan tuntutan bayaran RM10.9 juta dari Menteri Besar Selangor?

Ooo biarlah Inchek saya tak nak jual muka begitu. Khabarnya yang tunjuk perasaan itu dapat RM100 seorang... dan dibawa dengan kenderaan free... biarlah saya bersusah menjual kerepek ini....dari menyelak kain dan menyingsing lengan baju di khalayak.

Panjang lebar balas makcik itu. Saya mendengar penuh minat. Selepas membelinya dua supik kerepek ubi kayu... makcik itu pergi mendekati meja lain pula. Dalam hati saya merunggut, makcik ini jauh lebih bermaruah dan mendiri berbanding dengan ibu tunggal yang berbedak bergincu merah jambu, berhora hore melaungkan Khalid pembohong, Khalid pembogong sampai ada yang terlondeh kain tudung. Wou... Wassalam

~ MSO


Addin

Posted: 29 Nov 2012 11:54 AM PST

Addin


Syed Hussein Al-Attas Di Tahan Polis Kerana Jual Buku Setan, Syaitan, Sultan Di PWTC

Posted: 29 Nov 2012 09:06 AM PST


Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.

Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.



Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.

"Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah," ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.




~asd



Iklan C(ii)





Umno Berbohong Kehadiran Israel

Posted: 29 Nov 2012 07:58 AM PST

SHAH ALAM 29 November: NGO Jingga 13 hari ini mendedahkan pembohongan Umno berhubung penafian mereka tentang kehadiran delegasi Israel di Persidangan Gas Sedunia di Kuala Lumpur 4 hingga 8 Jun lalu.Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, ia adalah taktik Umno untuk mengaburi rakyat, sedangkan bukti delegasi Israel tertera dalam senarai kehadiran, sebelum data itu ditukar kepada Belanda."Ubahsuai yang dibuat Umno tidak boleh mengelak daripada rakyat yang aktif menggunakan internet melalui cariangoogle."Pada 25 Mei 2012, sekretariat memaparkan senarai pendaftaran terkini dengan menukar data delegasi dari Israel kepada Belanda.

"Ubah suai ini dibuat oleh Persatuan Gas Malaysia (MGA) untuk tidak memaparkan ada delegasi dari Israel," katanya pada sidang media di bangunan SUK, di sini.Sebelum ini, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli mendedahkan surat kerajaan mendapatkan bantuan Israel dengan melobi untuk sokongan cadangan Malaysia menjadi tuan rumah persidangan tersebut dan membantu negara memenangi jawatan Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) bagi sesi 2009-2012.

Turut didedah, kerajaan menawar secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke IGU di Tianjin, China dengan restu Wisma Putra."MGA telah berbohong dan ternyata delegasi dari Israel ada mendaftar bagi menghadiri persidangan."Kita mencabar kerajaan untuk dedahkan maklumat sebenar senarai pendaftaran delegasi khususnya selepas 15 April 2012, iaitu tarikh tutup pendaftaran yang dibuat melalui bank transfer payment.

"Selepas tarikh tutup, sekretariat menyenaraikan pula senarai delegasi di mana salah seorang delegasi, Han Peter Doorneweert iaitu Pengurus Kormesial LNG Development dari Noble Energy, sebuah syarikat beroperasi di Israel," jelasnya.Mengulas lanjut, Fariz desak supaya Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengadakan siasatan dalaman secara telus kerana beberapa kakitangan kanan Petronas turut terlibat dalam persidangan dan persatuan gas tersebut.

"Ia demi menjaga kredibiliti dan integriti Petronas, kerana terdapat penglibatan beberapa kakitangan kanan Petronas dalam persidangan dan persatuan gas tersebut."Ini bertentangan dengan perlembagaan dan inspirasi rakyat mengenai isu hubungan dengan Zionis kerana boleh menghakis kepercayan kakitangan Petronas keseluruhannya," ujar Fariz. ~kd





Iklan C(ii)





Pencacai Umno.. Hang Mai Sini Jap!!

Posted: 29 Nov 2012 05:26 AM PST

Pencacai Umno mai sini jap.. baca ni!! Cakap pejuang Islam, cakap pejuang rakyat Palestin. Tapi diam-diam ada hubungan dengan Israel.



Dalam perhimpunan Umno macam-macam goreng rakyat.. akhirnya tembelang pecah.. sekarang jawablah..


Jingga 13 Dedah Delegasi Israel Hadir Persidangan Gas Sedunia Di Kuala Lumpur
SHAH ALAM, 29 NOV: NGO Jingga 13 hari ini mendedahkan bahawa delegasi dari Israel telah menghadiri Persidangan Gas Sedunia (WGC) yang diadakan di Kuala Lumpur Jun lalu.

Jingga 13 mendakwa terdapat bukti dalam senarai pendaftaran delegasi ke persidangan itu yang menunjukkan nama delegasi dari Israel.
Dalam daftar senarai delegasi WGC yang ditunjukkan kepada media didapati Pengurus Pembangunan Komersial LNG dari syarikat Noble Energy, Doorneweeret, Hans Peter merupakan salah seorang delegasi Israel yang hadir.

Demikian menurut Ketua Kordinator Jingga 13, Fariz Musa dalam sidang media yang diadakan di lobi Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor hari ini.

"Kami desak Wisma Putra dan Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini.

Kerana ia bertentangan dengan dengan solidariti rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan tidak mahu sebarang hubungan diplomatik dengan Israel," kata Fariz.

Jingga 13 juga mencabar kerajaan, Petronas dan MGA untuk mendedahkan maklumat sebenar senarai delegasi khususnya selepas 15 April 2012.

Fariz juga mendakwa MGA pernah menulis surat kepada persatuan gas di Israel bagi merayu sokongan mereka terhadap pencalonan Naib Presiden Urusniaga Gas Petronas, Datuk Abdul Rahim Hashim bagi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012. ~selangorku

Pejuang rakyat Palestin konon..



Iklan C(ii)




Di Tuduh Campurtangan Siasatan Polis.. Ini Penjelasan Hishamuddin Hussein

Posted: 29 Nov 2012 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov - Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat isu dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang berlakunya campurtangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung. Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya telah pun memberi penjelasan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini.

"Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka.

"Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno)," kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan kenyataan Musa tersebut.

"KDN sudah jawab (isu tersebut)," katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu yang lebih besar.

"Dalam BN kita nak lihat isu besar," tambahnya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun melihat kenyataan Musa itu umpama beliau sedang "lemas" dan memerlukan "ranting" untuk berpaut.

"Bekas IGP (Ketua Polis Negara) umpama manusia, kalau dia lemas, ranting pun akan digunakan, tidak kira ranting baik atau tidak baik pun tak mengapa.

"Namun saya yakin Musa Hassan matang, tidak semudah itu untuk beliau diperalatkan pihak seumpama ini," kata menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu lag. ~themalaysianinsider 



Iklan C(ii)




Dalang Pendedahan Deepak Di Kesan?

Posted: 29 Nov 2012 01:51 AM PST

KUALA LUMPUR 29 November: KEADILAN percaya kenyataan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan berhubung peranannya dalam akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) didorong oleh tekanan pihak Umno yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak menolak kemungkinan kempen memburukkan imej Najib itu sengaja diatur sempena Perhimpunan Agung Umno. "Kemungkinan besar (ia berlaku) memandangkan wawancara dibuat ketika Perhimpunan Agung Umno berlangsung.

Lagipun Deepak sejak dahulu bukanlah bersama kita," katanya ketika dihubungi.

Menurut Shamsul, ia dikuatkan lagi apabila Presiden Umno ketika taklimatnya dalam perhimpunan itu meminta ahli Umno bersatu dan tidak mengkhianati parti.

"Ini menunjukkan wujud perpecahan dan perebutan kuasa dalam Umno," katanya.

Deepak yang juga kawan baik Rosmah Mansor dalam wawancara Malaysiakini menyatakan kekesalannya ekoran terlibat dalam mengaturkan akuan bersumpah (SD) kedua Bala.

Antara lain, Deepak mendedahkan, SD kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Bala, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaaribuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

Memetik wawancara sama, Deepak turut mengaku membayar sejumlah wang kepada keluarga Najib pada 2007 agar Najib, Menteri Pertahanan ketika itu campur tangan bagi membolehkan beliau mengambil bahagian dalam satu projek kementerian itu.

Mengulas kenyataan tersebut, Shamsul menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas dan menilai pendedahan Deepak dengan bertanggungjawab.

"Polis perlu ambil sikap tegas. Panggil Deepak ambil keterangan beliau dan minta maklumat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang buat siasatan sebelum ini," kata Shamsul.

12 April 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan SPRM mengambil keterangan Deepak dan adik Najib, Datuk Nazim Razak berkenaan akuan bersumpah Bala itu.

Bala sebelum ini menggemparkan negara apabila pada 3 Julai 2009 muncul di ibu pejabat KEADILAN dan mengumumkan akuan bersumpahnya mengaitkan Najib (waktu itu Timbalan Perdana Menteri) dengan Altantuya.

Bagaimanapun keesokannya pula, dia menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara bersama keluarga.

Beliau juga pernah mendakwa keluarga Perdana Menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.

Bala mendakwa bahawa Deepak memainkan peranan dalam menggesa penyiasat persendirian itu supaya menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri.

Malah beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Nazim bagi menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu. ~kd


Iklan C(ii)




Risalah PAS-Parti Ajaran Sesat Di Edar Di Perhimpunan Agung Umno

Posted: 29 Nov 2012 12:06 AM PST


Bukti fitnah sudah menjadi hadam dalam Umno, dari pemimpin hinggalah ke pencacainya. Terbaru, Umno edarkan risalah enam muka surat bertajuk, PAS - Parti Ajaran Sesat di perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung.

Sekiranya ada bukti PAS, Parti Ajaran Sesat sila dakwa ke mahkamah tetapi malangnya sehingga sekarang Umno menikus.

Berani cakap belakang sahaja.. ajak berdebat, cakap debat bukan budaya kita tetapi di belakang hentam macam-macam. Itulah budaya Umno.. budaya seorang pengecut..


Risalah PAS - Parti ajaran sesat di edar di PWTC

KUALA LUMPUR: Sekeping risalah enam muka surat bertajuk PAS – Parti Ajaran Sesat turut diedar di PWTC sempena perhimpunan agung Umno.

Risalah itu diterbitkan oleh Unit Komunikasi Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Pegawai Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu.

Ia dibahagikan secara percuma untuk bacaan ahli dan penyokong Umno yang hadir di perhimpunan tersebut.

Muka depan risalah itu memaparkan foto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memeluk tokoh veteran DAP Lim Kit Siang sambil mengukir senyuman.

Ia dipercayai berlaku ketika Lim mengunjungi Abdul Hadi yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.

Juga tertera gambar sekumpulan orang menunaikan solat bendera PAS serta seorang wanita sedang menyampaikan ucapan di dalam masjid atau surau.

Di antara kandungan risalah itu ialah berpegang kepada kepercayaan PAS itu Islam, Islam itu PAS; ajaran karut dan khurafat; kepercayaan sesat; fatwa Hadi dan kafir mengkafir sesama Islam dan (PAS) hukum mengikut rasa.

Tajuk lain ialah perpecahan umat; merosakkan amal ibadat; PAS menentang pelaksanaan program Islam dan amanat Hadi membawa kesesatan.

Ia turut memetik ucapan Abdul Hadi di Banggol Peradong Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dilaporkan sebagai berkata, "Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."

Risalah itu turut menyatakan fatwa Haji Hadi pada tarikh sama bahawa pengikut PAS yang mati melawan Umno adalah syahid. ~freemalaysiatoday




Iklan C(ii)




Bukti Tidak Boleh Di Sorok Lagi.. Ucapan Najib Serlahkan Umno BN Akan Kalah PRU13

Posted: 28 Nov 2012 10:52 PM PST


Ramai pemerhati melihat ini adalah perhimpunan agung Umno terakhir sebelum Umno bergelar parti pembangkang selepas PRU 13.

Mungkin tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, apabila seorang Perdana Menteri merayu dan meratap supaya memilih parti Umno dalam pilihanraya.

Apa perlu merayu kepada pengundi sekiranya parti Umno masih kuat dan berpengaruh. Sudah pasti rakyat akan memilihnya berdasarkan prestasi semasa yang dimiliki.

Namun, Najib selaku Perdana Menteri melihat peluang Umno BN agak tipis untuk mencapai kemenangan pada PRU 13 nanti.

Segala gula-gula pilihanraya telah di tabur kepada rakyat namun tidak jalan. Dari BR1M, KR1M dan pelbagai gula-gula di beri rakyat sebagai pengundi tidak memberi respon tidak baik terhadap Umno BN.

Dari Himpunan Hijau, Bersih, Oren.. rakyat turun beramai-ramai menunjukkan tanda protes terhadap pentadbiran Najib sekarang.

Jadi.. tiada jalan lagi terpaksalah merayu dan maratap pada rakyat. Segala pemberian kerajaan, prestasi terdahulu di ungkit kembali bagi memancing jiwa rakyat.. namun hasilnya masih lesu..

Maafkan kesilapan lalu, Najib mahu BN kekal

KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan "pilihan raya yang biasa", Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.

Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, "bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah."

"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah. ~sinar


Iklan C(ii)






Deepak Dedah Lagi.. Najib Makin Menggelupur

Posted: 28 Nov 2012 10:22 PM PST

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno."Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna.

Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.

Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak."Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak."Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira."Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.

"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita.

Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya."Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala."Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya."Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.

Balasubraniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib. Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, denganalasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.

Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama. 




Iklan C(ii)






Utusan, Media Pencacai No. 1 M'sia Bakal Muflis.. Ini Buktinya

Posted: 28 Nov 2012 07:17 PM PST


KUALA LUMPUR, 28 Nov —Utusan Melayu (M) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta."Utusan menjual anak syarikatnya, Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas.

Ekoran itu kumpulan ini meraih keuntungan RM14.1 juta daripada penjualan itu, yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi," katanya.

Mengenai prospek, Utusan Melayu berkata kumpulan itu akan terus memanfaatkan acara-cara seperti jualan mega dan kempen kembali ke sekolah untuk meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan dan mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan ini. ~bernama



Iklan C(ii)





Shahrizat Ugut Tragedi 13 Mei Berulang Jika Umno Kalah

Posted: 28 Nov 2012 05:54 PM PST

Kuala Lumpur: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat."Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat,kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu."Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya. ~harakahdaily


Iklan C(ii)






PERAKITE

Posted: 29 Nov 2012 11:50 AM PST

PERAKITE


Hanya Umno Kelate bijok urus pasukan bola ...

Posted: 29 Nov 2012 08:40 AM PST

Wakil Umno kata PAS tak sokong apapun pasukan Red Warriors.. satu sen tak bantu.  Pasukan tu berjayapun kerana Umno kelate jah, kata Datuk Alwi Che Ahmad. 

Oo gitu guana Melako, Negeri Sembilan..Johor yang juga diterajui Umno tak menang.

Makno Umno negeri lain tak bijok macam dio kot.. bodoh rupanyer Ketua Menteri Melako Ali Rustam,, Menteri Besar Johor dna Menteri Besari Negeri Sembilan. Terengganu dan Pahang pun bodoh juga,, apalah Perak di bawah Zambry AK... tak pandai serupo Umno Kelate weh.... 

Patutlah weh...

Alwi adalah Ketua Pembangkang DUN Kelantan. Dio kata Umno bertungkus-lumus dalam memastikan kejuaraan tersebut berjaya dicapai, kerajaan negeri dapat namo.

Baru tau.. itulah bijaknya kerajaan negeri Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

"Red Warriors adalah menifestasi Umno Kelantan, Pas satu sen pun tidak pernah menolong Red Warriors. Sedangkan Umno bantu dengan menyumbangkang RM1.2 juta. Ini baru RM1 juta, cuba kalau RM3 juta." kata beliau. Sombong weh bunyi...

Stadium negeri tu hok sapo weh..... negeri tu bawah sapo.. sampai maso ambik kelik lah weh pasukan bola tu

Reezal Merican kata Nik Aziz penyesat nombor satu

Posted: 29 Nov 2012 08:14 AM PST

Calon Umno-BN Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican yang tidak disenangi kebanyakan pimpinan Umno kawasan berkenaan, khususnya orang lama bakal menghadapi slent boikot pada PRU13 nanti.

Silap hari kelantangan Ketua Pemuda Umno Kepala Batas itu yang beriya-iya untuk mengambil alih tempat legasi Tun Abdullah Badawi sebenarnya tidak disenangi oleh kalangan pimpinan veteran di kawasan itu.

DS Reezal menghentam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membahaskan usul menyokong ucapan dasar presiden di sini.  Itu je modal yang menjadi teras ucapan sebagai mewakili Kepala Batas Pergerakan Pemuda UMNO. 


Beliau berkata, banyak yang dilakukan oleh UMNO untuk menegakkan syiar Islam dalam negara, antaranya mengetengahkan sistem kewangan Islam dan melahirkan lebih ramai cerdik pandai serta ulama. 


Cuma tak pula disebut kebanyakan selepas menjadi ulama mereka tidak menyertai umno... he he

Reezal Merican berkata, juga menyifatkan TG Nik Aziz Nik Mat adalah 'penyesat nombor satu."


Namun pandai ler mamak ini meletak mamak sebagai satun etnik yang sebaris dengan Melayu Jawa, Bugis, Banjar dan Mamak. 

Putar alam sungguh...

Tok Mudin kata Umno pulih dah.. sakit rupanya selama ni

Posted: 29 Nov 2012 07:58 AM PST

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO dah pulih selepas kejutan pilihan raya 2008, dan kini cukup bersedia menghadapi PRU 13. 

Beliau berkata, kini terdapat perubahan ketara dalam soal kekuatan dan perpaduan dalam parti, ditambah lagi dengan proses tranformasi menguntungkan rakyat yang dilaksana Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. 


Ini, katanya, dilihat sewaktu tinjauan turun padang yang dilakukan beliau selain perjumpaan dengan kepimpinan parti di peringkat bawah. 

Ooook alah.. semua import...tak ramai bakpo


"Kita dapat lihat pada peringkat awal pada 2008 selepas kita hadapi pilihan raya sampai terkini 2012, saya lihat ketara bahawa parti kita sudah pulih malah lebih daripada itu menerusi proses transformasi yang dipimpin oleh presiden parti melalui kerajaan yang ada. 

"Memang nyata ada perubahan. Cuma kita harap ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan daripada pengundi dalam PRU akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini. 
Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan apa jua perkara yang diputuskan oleh pemimpin parti perlu diterima dengan sepenuhnya oleh anggota UMNO kerana aspek taat setia amat penting dalam menentukan kejayaan sebuah organisasi. 


(tak konfiden lak dah)

"Komitmen anggota parti mesti ada untuk turun bertarung dengan musuh politik kita dan sekali gus meraih sokongan rakyat untuk memenangi PRU nanti," katanya. - BERNAMA 

Telok Bakong Online

Posted: 29 Nov 2012 11:08 AM PST

Telok Bakong Online


Satu Gambar..Pukulan Maut Untuk Umno..

Posted: 29 Nov 2012 08:56 AM PST


Msinc- biarlah gambar yang bercerita..Disuatu majlis di Air Kuning Kampar Perak.

Apa Yang Rakyat Akan Dapat Jika Undi Pakatan Rakyat..?

Posted: 28 Nov 2012 04:24 PM PST


               Hari ini 28 November 2012,Kempen Jentera Pilihanraya Dun Bota diteruskan di Kg Talang Lambor Kanan dengan siri ceramah kelompok oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim,Siri ceramah kelompok ini bertujuan untuk menyampaikan mesej dan maklumat sehingga ke peringkat akar umbi.Ini bermakna informasi yang ingin diterapkan meliputi segenap lapisan masyarakat.Majlis dimulakan dengan ucapan alu aluan oleh Tuan Haji Ramli selaku pengerusi majlis yang juga merupakan Pemangku Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Bota.Didalam ucapan nya Tuan Haji Ramli menekankan kepada keperluan kesedaran yang tinggi oleh masyarakat tentang perlunya melakukan perubahan secara besar besaran untuk menukar kerajaan yang sedia ada kepada kerajaan yang lebih baik.



          Dalam ucapannya Ustaz Zulkifli Ibrahim yang akan bertanding untuk kerusi DUN Bota itu telah menekankan tentang dasar dasar kerajaan Pakatan Rakyat apabila berjaya menawan Putrajaya kelak.Menurut beliau perkara pertama yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah menurunkan harga minyak diseluruh negara.Ianya akan dilakukan dalam tempoh 100 hari pemerintahan.Setelah itu beberapa dasar Negara Berkebajikan akan dilaksanakan seperti memansuhkan tol diseluruh negara.Langkah seterusnya ialah memansuhkan pembayaran balik PTPTN serta pendidikan percuma disemua sekolah dan institusi pengajian tinggi.Elaun guru guru sekolah akan diberi sebanyak RM 500 sebulan.Elaun Orang Kurang Upaya juga akan dinaikkan dari RM300 kepada RM 550 setiap bulan.Tidak dilupakan juga kepada Warga Emas,elaun sebanyak RM 1000 akan diberi setahun sekali.Sejumlah yang sama akan diberi kepada keluarga yang berpendapatan RM 1000.


             Selain dari yang dinyatakan diatas beberapa dasar dilakukan terhadap peniaga peniaga.Pemberian projek atau kontrak yang bersifat monopoli akan dihentikan.Suatu sistem yang lebih adil akan dirangka bagi menentukan agihan pemberian kontrak atau projek.Petani pula akan dilindungi daripada kejatuhan harga komoditi seperti getah,kelapa sawit dan lain lain melalui jaringan keselamatan sosial.Subsidi juga akan diberi secara terus,bukan nya monopoli kroni (BERNAS).Bagi Sabah dan Sarawak,negeri ini akan mendapat 20% royalti minyak dan syarikat minyak milik negeri akan ditubuhkan.

 Msinc- Percaya bahawa mengagihan kekayaan nagara akan lebih telus dan adil dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Anak Sungai Derhaka

Posted: 29 Nov 2012 09:42 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Pak Habib ditahan Polis kerana jual buku Setan, Syaitan, Sultan

Posted: 29 Nov 2012 07:59 AM PST


Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.

Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.




Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.

"Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah," ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.

Tersentuhnya aku dengan keprihatinan dan rendah diri Rosmah Mansor nie...

Posted: 29 Nov 2012 05:46 AM PST


Ketika Timbalan Presiden UMNO sedang berucap malam semalam, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba agak lambat.

Beliau yang agak prihatin dan berusaha mahu mendengar sendiri ucapan Tan Sri Muhyiddin, sedia duduk di tepi saja.


Menyedari Datin Rosmah duduk di tempat yang tidak sesuai, dengan begitu gentleman Tan Sri meminta Datin Rosmah meminta ke kerusi yang lebih sesuai untuknya.

Bukan setakat malam pembukaan persidangan sayap, Rosmah turut menunjukkan minat untuk hadhir pada hari ucaptama Ketua Wanita UMNO.


Bersama PM, beliau hanya duduk di tepi juga.

Artikel ini aku copy dari Blog Pro UMNO ( The Unspinner )

Tersentuhnya akuuuuu bila melihat Rosmah dan Najib duduk kat tepi.... kah..kah..kah..

Mudah sajakan Rosmah Mansor meraih simpati dari pencacai UMNO.. datang lambat lepas tu duduk ditepi pun dah berjaya menyentuh hati dan perasaan pencacai UMNO.. hingga berjaya menenggelamkan segala sifat boros yang dia dah tunjukkan...

Dituduh campur siasatan Polis.. ini jawapan dari Hishamuddin buat Musa Hassan..

Posted: 29 Nov 2012 02:50 AM PST


Dalam sidang akhbar yang dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) semalam, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah mendakwa Menteri Kabinet dan Ahli Politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu.

Tindakan Hishammuddin Hussein melanggar Sesyen 4(1) Akta Polis dimana arahan dan kawalan dalam Pasukan Polis adalah hak Ketua Polis Negara bukannya hak seorang Menteri - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Berikut adalah jawapan dari Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai dakwaan itu..

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat isu dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang berlakunya campurtangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya telah pun memberi penjelasan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini.

"Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka.

"Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno)," kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan kenyataan Musa tersebut.

"KDN sudah jawab (isu tersebut)," katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu yang lebih besar.

"Dalam BN kita nak lihat isu besar," tambahnya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun melihat kenyataan Musa itu umpama beliau sedang "lemas" dan memerlukan "ranting" untuk berpaut.

"Bekas IGP (Ketua Polis Negara) umpama manusia, kalau dia lemas, ranting pun akan digunakan, tidak kira ranting baik atau tidak baik pun tak mengapa.

"Namun saya yakin Musa Hassan matang, tidak semudah itu untuk beliau diperalatkan pihak seumpama ini," kata menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu lagi ~ The Malaysian Insider

Ada tak dia jawab tuduhan Musa Hassan tu??

Apa yang aku nampak ialah dia tidak menjawab langsung berkenaan tuduhan itu tetapi cuba mengalih isu sepertimana yang sering Pencacai UMNO lakukan bila tak boleh menepis tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka..

Akhirnya budi Peniaga Burger depan rumah Ambiga dibalas oleh UMNO.. (Video Inside)

Posted: 28 Nov 2012 08:54 PM PST


Ingat lagi tak sebuah NGO yang mendirikan gerai burger di hadapan rumah Ambiga kerana memprotes tindakan Ambiga kerana menggerakkan BERSIH 3.0 dulu?


NGO dengan nama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang mewakili peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) itu telah memberi tempoh dua minggu kepada Ambiga untuk membayar ganti rugi dianggarkan RM200,000.

Setelah bermati-matian menunjukkan sokongan mereka terhadap UMNO yang menentang BERSIH 3.0 itu.. semalam budi mereka terhadap UMNO telah dibalas oleh UMNO melalui DBKL..

Ini laporan dari KL Today..

DANAU KOTA – Isu Bazar Larut Malam Uptown Danau Kota semakin panas apabila empat peniaga ditahan polis dalam situasi tegang, malam kelmarin.

Kekecohan yang berlaku hampir dua jam itu melibatkan kira-kira 200 peniaga Uptown Danau Kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis selepas perbincangan berhubung isu penutupan aktiviti berniaga pada hari Isnin dan Selasa menemui jalan buntu.

Sebelum itu, perbincangan berlangsung dalam keadaan tegang antara Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abdul Karim; Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah 1 Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja (JPPP) DBKL, Saifol Mazli Ahmad.

Keadaan semakin kritikal apabila DBKL mengarahkan tiga gerai yang dibuka pada malam itu ditutup atau berdepan tindakan sita.

Bagaimanapun, peniaga-peniaga tidak berganjak dan mengancam mahu membakar gerai tersebut sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu.

Kedegilan peniaga terbabit bagaimanapun membawa padah apabila pemilik gerai tersebut ditahan polis.

Empat peniaga tersebut di bawa ke Balai Polis Setapak untuk disiasat di atas kesalahan mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.

Ketegangan di situ dileraikan kira-kira jam 11.45 malam hasil kerjasama kira-kira 80 anggota DBKL dan juga anggota polis dari Balai Polis Setapak.

Fauzi menafikan peniaga mahu menentang pihak berkuasa tetapi berasa dimalukan kerana kekerasan yang dilakukan terhadap mereka.

Menurutnya, bagaimanapun, apa peniaga mahu tercapai iaitu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat negara ini bahawa peniaga-peniaga Melayu di Uptown Danau Kota kini ditekan dan beliau turut mendakwa terdapat unsur rasuah di Uptown Danau Kota.

"Selama ini apa yang peniaga mahu adalah lanjutan tempoh berniaga sempena cuti sekolah tetapi permohonan kami ditolak dengan alasan aduan penduduk oleh DBKL.

"Walhal masalah ini bukan berpunca daripada peniaga tetapi disebabkan oleh segelintir pihak yang tamak dan wujudnya unsur rasuah sehingga peniaga menjadi mangsa kepada isu ini," katanya.

Fauzi berkata, peniaga-peniaga tidak akan berganjak dan akan mempertahankan Uptown Danau Kota kerana ia milik rakyat.

Keputusan DBKL jelas

Saifol Mazli berkata, keputusan DBKL tidak membenarkan aktiviti perniagaan pada hari Isnin dan Selasa telah diputuskan.

"Peniaga harus menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa.

"Pada masa sama, DBKL akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan kepada peniaga yang ingkar," katanya.

Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, kira-kira 200 peniaga akan membuat laporan polis bagi menyatakan sokongan kepada pihaknya dalam membantu peniaga di situ.

"Ikhlas tidak akan berganjak dalam isu di Danau Kota dan sekiranya masih tidak selesai, isu ini akan dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri. Kita akan berarak ke Parlimen.

"Ikhlas juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan terdapat unsur rasuah dan penyelewengan dalam penganjuran bazar di Uptown Danau Kota," katanya.

Berikut pula adalah video dari Free Malaysia Today..



Kenapa nak marah?? penghargaan dari pemimpin UMNO buat korang tu...

Video: Pesanan dari Arman (Panglima Ludah) buat NGO 'R' dan Penyokong Pakatan Rakyat..

Posted: 28 Nov 2012 05:44 PM PST


Mantan Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah adalah individu yang kelihatan telah mengiringi Wakil NGO Royalti (R) yang hadir ke Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang cuba masuk ke dewan itu beberapa hari lalu.

Kenyataan ringkas di Facebook Setiausaha NGO itu, Hishamuddin Ghazali, selepas kejadian.. beliau mendakwa telah dihalau oleh sekumpulan 'samseng' Umno.


"Kami hadir dengan aman untuk membawa suara rakyat Kelantan bagi menyerahkan memorandum kepada perwakilan Umno Kelantan untuk mencadangkan usul tergempar berikan royalti Kelantan.

"Berginikah layanan parti yg kononnya memperjuangkn Melayu. Adakah rakyat masih tidur selepas kami diperlakukan bergini?" soal Hishamuddin.

Video berikut adalah kenyataan dari Arman mengenai kejadian tersebut.

Disamping memberikan penjelasan tentang insiden itu Arman juga berpesan buat penyokong Pakatan Rakyat..

Katanya "saya nak bagitau kat puak-puak Pakatan di luar sana.. sila hormati budaya Melayu, sila hormati tatasusila, sila hormati majlis orang.. jangan datang ke majlis orang untuk membuat kacau…"

Saksikan!!.. mula-mula di cakap elok saja.. lepas tu...


Senyum Tangis Sendu

Posted: 29 Nov 2012 09:33 AM PST

Senyum Tangis Sendu


Muka Tertusuk Pemutar Skru

Posted: 28 Nov 2012 05:00 PM PST



BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas sebatang pemutar skru tertusuk pada mukanya.

Jiali dari Tianshui di wilayah Gansu, jatuh tersembam pada pemutar skru yang dipegangnya ketika melawat neneknya hingga menyebabkan alat itu menembusi hidungnya hingga ke soket mata. 

Dia bernasib baik kerana pemutar berkenaan tidak terkena otaknya. 

Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke hospital. Pakar perubatan melakukan beberapa siri imbasan sinar-X bagi memastikan dia tidak mengalami kecederaan berkekalan.

Pemutar berkenaan tertusuk begitu kuat dan berhampiran otaknya hingga menyebabkan doktor pada mulanya tidak pasti sama ada boleh menariknya keluar tanpa menyebabkan kecederaan serius berpanjangan pada Jiali.

Jiali dibawa ke hospital tempatan tetapi dipindahkan dua kali kerana kakitangan merasakan mereka tidak dapat menangani kes itu. 

Satu sumber berkata: "Ada kebimbangan pemutar skru itu tidak dapat dicabut dengan selamat. Dua hospital pertama tidak dapat memikirkan tindakan yang perlu dilakukan. Mereka tidak pernah berdepan dengan kes seperti itu sebelum ini." 

Bagaimanapun, ketua pakar bedah di hospital ketiga, Yu Qin mampu melakukannya kerana pernah berdepan dengan kes sama. - TS

Perempuan Ini Bagi Seks Untuk Dapatkan Kontrak

Posted: 28 Nov 2012 03:13 PM PST


BEIJING: Inilah wanita yang dirakam mengadakan seks dengan pegawai Parti Komunis China dalam video yang tersebar di Internet sehingga menggemparkan seluruh negara itu.

Lei Zhengfu, ketua parti peringkat daerah di Chongqing, bandar di barat daya China, dipecat selepas video itu tersebar awal bulan ini.

Wanita itu mulanya didakwa perempuan simpanan Lei. Bagaimanapun, laporan terbaru berkata, dia sebenarnya pelacur yang diupah oleh sebuah syarikat pembinaan bagi mendapatkan kontrak daripada pegawai terbabit.

Zhao Hongxia yang berusia 18 tahun ketika video itu dirakam pada 2007, menulis dalam blognya bahawa dia dibayar RM25,000 untuk tidur bersama Lei.

Katanya, wang berkenaan digunakan untuk membayar bil perubatan bapanya.

Zhao yang kini berusaia 23 tahun dan sudah menjadi jururawat berkata, dia ditawarkan wang itu oleh ketua sebuah syarikat hartanah.

"Dia berterus terang, bertanya sama ada saya mahu jadi pelacur, melayani pegawai kerajaan yang mempunyai hubungan perniagaan dengannya," kata Zhao.

Video itu mencetuskan satu lagi skandal dalam Parti Komunis di bandar yang sebelum ini diketuai oleh Bo Xilai, ahli politik yang dipecat sebelum ini.

Bagaimanapun, ia mungkin hanya satu permulaan apabila seorang bekas wartawan berkata, dia mungkin mendedahkan video serupa membabitkan lebih ramai pegawai bandar raya itu sedikit masa lagi.

Parti itu sebelum ini berdepan dengan skandal yang menyebabkan pemecatan Bo dan memburukkan lagi reputasi parti di mata orang ramai. 

Chongqing, bandar raya yang diketuainya, digambarkan oleh pendakwa raya dan media sebagai penuh dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Isteri Bo didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan Britain sementara dia sendiri berdepan dengan tuduhan rasuah serta menghalang keadilan dalam kes pembunuhan itu.

Berita mengenai video seks itu yang dipercayai dirakam pada 2007 hanya tersebar bulan ini ketika barisan pemimpin baru China meningkatkan usaha memerangi rasuah.

Video itu tersebar di Internet negara itu pada 20 November selepas imej rakaman itu dimuatnaikkan oleh bekas wartawan, Zhu Ruifen menerusi laman webnya yang didaftarkan di Hong Kong.

Video berkenaan yang dirakam secara sulit dari meja sebelah katil menunjukkan Lei mengadakan seks dengan wanita itu.

Zhu memberitahu wartawan bahawa Zhao, yang wajahnya tidak kelihatan dalam gambar yang dipetik daripada video itu, diupah oleh sebuah syarikat pembinaan untuk tidur dengan Lei sebagai balasan memperoleh kontrak.

Syarikat itu kemudian cuba menggunakan video itu untuk memeras lebih banyak kontrak daripada Lei.

Zhu berkata, dia memperoleh video itu daripada petugas Biro Keselamatan Awam Chongqing yang tidak mahu dikenali.

Menurutnya, dia juga diberikan video serupa membabitkan lima pegawai bandar raya itu yang lain tetapi kini berusaha mengesahkan kandungannya sebelum mendedahkannya kepada umum. - DT

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 29 Nov 2012 09:31 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


rancangan pengakuan pembunuhan Altantuya?

Posted: 29 Nov 2012 12:25 AM PST

Akuan Bersumpah (SD) kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat persendirian (PI) P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu, dakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder case 040708SD pertama, dakwanya, adalah permulaan sebelum salah seorang
daripada individu yang terlibat dalam pembunuhan itu, membuat pengakuan dan mendedahkan siapa yang telah mengarahkan pembunuhan itu, tetapi personaliti yang dinamakan dalam SD pertama, telah bertindak menghalangnya daripada berlaku.

Berikut adalah petikan daripada sidang akhbar  Deepak mengenai perkara itu di Kuala Lumpur petang semalam:

[Baca berita penuh]

Al Ikram

Posted: 29 Nov 2012 09:03 AM PST

Al Ikram


UMNO-APCO MAHU RAMPAS PULAU PINANG

Posted: 28 Nov 2012 07:10 PM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 29 Nov 2012 09:03 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Antara Bukti UMporNO perjuang Islam ...?

Posted: 29 Nov 2012 04:00 AM PST

Antara Bukti UMporNO perjuang Islam ...?
Tutup Masjid Ar-Rahman ...?
Dot dot ...?

KRAI Utara

Posted: 29 Nov 2012 07:32 AM PST

KRAI Utara


13 Mei berulang, jika umno hilang kuasa ugutan dayus dari shahrizat

Posted: 28 Nov 2012 11:28 PM PST

TEMERLOH: PAS menyifatkan kenyataan berbentuk ugutan dan hasutan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai ketakutan yang jelas di pihak Umno untuk berdepan dengan pilihanraya.Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kenyataan Shahrizat jelas berupa ugutan kepada rakyat Malaysia dan meminta polis bertindak segera.“Dan dalam sistem demokrasi berparlimen, kenyataan tersebut adalah sangat tidak wajar,” kata beliau.Tuan Ibrahim turut menyangkal bahawa perubahan kuasa politik dan kejatuhan Umno di PRU13 akan menggugat kedudukan orang Melayu di Malaysia.“Ini kerana yang akan menggantikan Umno ialah PAS yang juga terdiri dari orang Islam yang kebanyakannya Melayu. Kenyataan beliau jelas menggambarkan ketakutan Umno yang berhadapan dengan PRU akan datang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka semalam.Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menyelar kenyataan Shahrizat yang disifatkkannya 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.(Shahrizat dalam Himpunan Agung Umno semalam. Foto The Star)"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya."Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.Ahli parlimen Pokok Sena itu turut meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu."Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu."Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.

Orang utan blasteran lahir di tpkyo, bapak dari singapore, ibu indonesia,

Posted: 28 Nov 2012 10:40 PM PST

TRIBUNNEWS.COM - Bukan hanya manusia saja bisa kawin campur, orangutan pun bisa kawin campur dan anaknya jadi campuran bahkan lahir di tempat lain. Bayangkan ayahnya, orangutan dari kebun binatang di Singapura. Ibunya dari Taman Safari yang terletak di Cisarua, dan Rabu 14 November lalu anaknya baru lahir di kebun binatang Tama, Tokyo. Kalau orangutan punya warga negara, diperkenankan menggunakan warga negara Jepang karena siapa pun yang lahir di Jepang, berhak memiliki warga negara Jepang. Itulah hukum Jepang bagi manusia.Kelahiran anak orangutan ini di kebun binatang Tama, pertama kali sejak 6 tahun lalu juga ada kelahiran orangutan di sana, tulis majalah Tokyo Walker yang terbit, Selasa (27/11/2012). Bayi orangutan laki-laki itu adalah bayi pertama yang ke luar dari ibu asal Indonesia bernama Kiki yang tiba di Tokyo 11 Juni 2007 saat itu berusia 12 tahun.Sedangkan ayahnya kelahiran Singapura, bernama Borneo, yang tiba di Tokyo 24 September 1998 saat itu berusia 27 tahun. Jadi perbedaan 15 tahun antara ibu dan ayah."Saat melahirkan kita semua agak tegang juga takut gagal takut ada masalah arena bayi itu pertama kali dilahirkan. Kami menantikan selama dua jam untuk kelahiran tersebut dan setelah lahir sehat tentu sangat senang. Kini setelah lahir kami juga harus memikirkan bagaimana hubungan si bayi atau anak dengan orangtua nantinya. Berbagai hal harus kami persiapkan dan tata lebih lanjut bagi kehidupan anak baru tersebut," papar petugas kebun binatang Tama, perjalanan 52 menit berkereta api dari Tokyo dengan biaya 620 yen (Rp 72 ribu) sekali jalan. Biaya masuk kebun binatang Tama 600 yen per orang atau sekitar Rp 70 ribu (kurs Rp 117 per yen). Sedangkan anak-anak hanya 200 yen (Rp 23 ribu) per orang.Nama bayi itu sudah ada lima calon nama dan pengunjung diminta memilih mana yang terbaik dan terbanyak dipilih akan dijadikan namanya. Karena itu pihak pengurus kebun binatang menghimbau agar sebanyak mungkin masyarakat datang ke sana melihat dan memilih sendiri nama buat sang bayi. Pengumpulan suara terbanyak untuk nama bayi itu sampai dengan 4 Desember 2012. Setelah itu akan diumumkan pihak kebun binatang.Menarik sekali nama bayi yang benar-benar dipilih dari masyarakat, bukan dari perorangan atau dari kelompok tertentu.

Pahang Daily Online

Posted: 29 Nov 2012 07:23 AM PST

Pahang Daily Online


Panas: Seorang Lagi "Pegawai Tinggi Kerajaan" Bakal Di Letakkan Sebagai Calon BN Di Pahang PRU-13 Ini !

Posted: 28 Nov 2012 09:53 AM PST

KUANTAN, 29 Nov - Presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) Dato' Hashim Abdul Wahab (foto) dikatakan antara nama baru yang bakal dicalonkan oleh BN pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Beliau yang juga bekas Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dikatakan bakal diletakkan di kerusi DUN Pulau Manis iaitu kerusi baru yang diwujudkan akibat persempadanan semula kawasan mengundi bagi Parlimen Pekan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi itu agak selesa bagi BN kerana terdapat ribuan undi pos tentera yang dikatakan sudah pasti akan berpihak kepada BN seperti kebiasaannya. Sebelum kewujudan DUN Pulau Manis, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak hampir tumbang di kerusi Parlimen Pekan apabila hanya mendapat kemenangan tipis sebanyak 241 undi pada Pilihanraya Umum Ke-10 tahun 1999 yang lalu. Ketika itu, dua kerusi DUN di Pekan iaitu DUN Chini dan DUN Kuala Pahang dimenangi oleh pembangkang dari PAS dan KeADILan. Kerusi DUN Pulau Manis yang baru diwujudkan bagi membantu kemenangan mutlak Najib sebelum ini pernah diwakili oleh Dato' Ariff Sabri Abd Aziz (Sakmongkol). Beliau kini telah mengisytiharkan dirinya bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai pari DAP awal tahun ini. Persoalannya, jika benar Dato' Hashim akan bertanding kali ini, maka apakah pemimpin UMNO yang lebih senior daripada beliau di situ boleh menerimanya?. DUN terbabit kini diwakili oleh Khairuddin Mahmud, dan jika ini berlaku maknanya beliau juga mungkin tidak dicalonkan pada PRU-13 nanti. Nasib yang sama seperti Dato' Ariff Sabri menjadi ADUN sepenggal. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya hal ini. Apakah BN boleh mempertahankan kerusi itu lagi atau mereka akan tumbang kali ini kerana ada dakwaan ramai anggota tentera kini sudah muak dengan janji-janji kerajaan UMNO BN terhadap kebajikan mereka. Undi mereka sekadar jadi pelengkap kejayaan BN, tetapi selepas itu nasib mereka dipinggirkan hinggalah pilihanraya yang berikutnya muncul semula. Inilah yang terjadi kepada mereka !!.

[PDO pernah mendedahkan ura-ura mantan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Dato' Yahya Zainal Abidin bakal dicalonkan oleh UMNO untuk mewakili BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor, Parlimen Maran. Susulan pendedahan itu, kami telah dihujani dengan berbagai info bahawa sememangnya BN akan menggunakan pegawai kerajaan terutamanya yang berjawatan tinggi untuk menjadi calon bagi menarik undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Ini kerana jawatan Pegawai Kerajaan dari Institusi Pengajian Tinggi amat disegani dan disanjungi oleh masyarakat terutamanya orang Felda dan kampung-kampung Melayu. Maka itu, anda golongan terbabit dipilih sebagai calon maka sudah pasti ia dapat menarik kembali undi mereka yang banyak hilang pada PRU-12 lalu. Apapun, tindakan parti meletakkan orang diluar sebagai calon ini sudah pasti akan membuatkan calon-calon pilihan sedia ada marah dan undi protes pasti akan berlaku. Justeru, semua pihak perlulah berhati-hati membuat pilihan calon].

Merah Hitam

Posted: 29 Nov 2012 03:51 AM PST

Merah Hitam


Bagaimana keadaan di Makkah?

Posted: 28 Nov 2012 06:34 AM PST

Pada hari Sabtu 6 Oktober 2012, selepas Zohor, semua jemaah haji dari KT42 bertolak ke Makkah. Kami menaiki bas.Barang2 kami di letakkan diatas bumbung bas. Aku melihat sendiri beg2 itu di campakkan dan di tangkap dengan begitu "expert' oleh para petugas Muassasah, iaitu pengurus tempatan@ dari Arab Saudi  yang akan mengendalikan pergerakan kami di Makkah di sepanjang musim haji ini. Patutlah beg besar@ beg bagasi ku rosak teruk, "ganas" juga mereka ni buat kerja....Walau apa pun yang terjadi, kami tak berani nak komen apa pun...sabar je.....

Dari Madinah , bas berhenti di Bir Ali dan kami menunaikan Solat 2 rakaat di sebuah masjid di situ. Kami sebenarnya telah niat berihram sejak keluar dari hotel  di Madinah lah lagi dan di sini, semua jemaah haji di peringatkan oleh petugas Tabung Haji supaya tidak lupa berniat ihram untuk melakukan umrah wajib ketika tiba di Makkah 7-8 jam kemudiannya.

Tepat  jam 10 malam, bas tiba di hadapan hotel kami iaitu Rawdhat As Shooroq....kedudukan hotel ini , yang kami panggil Maktab, memang agak tersorok....al Hamdulillah selamat tiba di sana dan kami segera bergerak ke bilik yang di sediakan. Di hotel ini, aku mendapat dua orang "room mate" yang baru ,tapi kehilangan Ti, kerana namanya terletak di bilik lain. Setelah meletakkan beg galas di bilik, aku mendapat sms dari suami supaya menanti beliau di lobby maktab.....

Ketika dalam ihram, kaum wanita tidak menghadapi sebarang masaalah kerana kami hanya perlu menutup aurat sepertimana bisa...namun yang agak kelihatan janggal ialah orang lelaki kerana mereka hanya memakai dua helai tuala besar untuk menutupi tubuh.Ada beberapa pantang larang yang wajib di patuhi ketika dalam ihram dan semua pantang larang itu tamat sebaik saja selesai tawaf, saie dan bertahlul.....

"Kita akan ke Masjidil Haram sebentar lagi untuk tawaf, saie  dan tahlul@ (bercukur atau memotong beberapa helai rambut)...." kata  Dr K, seorang pensyarah@ustaz dari sebuah universiti ternama di M'sia, rakan sebilik suamiku.Hatiku berdebar-debar kerana sebentar lagi, aku akan dapat melihat kaabah dari dekat!!!

"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami...." doa ku.

Jika di Madinah, hotel kami jauhnya cuma 50 meter dari Masjid, tapi di Makkah, jarak hotel ke Masjidil Haram ialah 900meter.....jauh tu!! Jam 11 malam waktu Makkah, kami  lima pasangan bergerak ke Masjid. Kami berjalan melalu bawah jejantas, menyeberangi jalan  yang agak sibuk dan terus bergerak ke arah Masjid. Kasut Croc yang ku pakai, walaupun amat lembut tidak dapat menampung kesakitan  kakiku sebaik saja tiba di hadapan masjid. Buat pertama kalinya aku merasa agak dukacita kerana hayalan ku untuk melihat Masjidil Haram yang asli, telah musnah. Kini, petanda masjid ialah sebuah jam besar empat segi yang di bina diatas sebuah hotel lima bintang!!

"Kita  turun tawaf di Pintu King Abd Aziz  nanti selepas saie dan  tahlul, kalau terpisah.... kita jumpa di hadapan kedai Bin Dawood.." demikian jelasnya arahan dari Ustaz. Kami semua mencatat sesuatu dan segera menuruti Ustaz dr K  turun ke dataran Kaabah. Pertama kali melihat Kaabah dari dekat membuatkan hatiku sayu... keliling kaabah penuh dengan jentera krane yang besar dan tinggi. Sekeliling Kaabah sedang dalam pembinaan. Patutlah kami para jemaah haji di wajibkan menutup muka samada menggunakan "surgical mask " atau berniqab.Keadaannya seolah-olah Kaabah berada di tengah-tengah hotel yang mengelilingi Masjidil Haram ini!!


Debu? Aku tidak berani nak komplen atau komen apa-apa. Segala perasaan negatif di hati, di buang jauh-jauh....kerna di tanah haram ini, walau ada sedikit pun perasaan yang tidak enak, biasanya Allah akan tunjukkan ketika itu juga secara tunai!!

Sebaik turun di dataran Kaabah, kami segera menuju ke arah Hajar Aswad yang di tanda dengan sebuah lampu hijau dan memulakan tawaf. Ibadah Tawaf  ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali bermula dari Hajar Aswad  dan berakhir di Rukun Yamani. Pergerakan ini di mulai dengan doa  dan istilam, kemudian berdoa disepanjang pusingan pertama, di akhri dengan doa "Robbana atina fid dunya hasanah..."..ketika tiba di Rukun Yamani sebelum memulakan pusingan selanjutnya...Untuk tawaf yang pertama ini, kami mengikuti segala pergerakan Ustaz . Hampir kebas tangan ku memegang talipinggang suami kerana khuatir aku tertinggal di belakang. Kebetulan ketika itu keadaan tidak terlalu sesak, jadi kami berjaya menyempurnakan tawaf dalam masa yang tidak terlalu lama. Selepas itu kami beredar ke arah Safa dan Marwah untuk melakukan saie.....


Jika tawaf, kami mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, ibadah saie pula kami lakukan dengan berjalan ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali dan  jaraknya dalam 4.3 km....Aktiviti  tawaf dan saie di lakukan dengan berkaki ayam. Ibadah saie di lakukan sempena kisah Hajar, isteri Nabi Ibrahim Alaihissalam yang di perintahkan supaya mencari air dengan berjalan@ berlari anak antara dua bukit iaitu Safa dan Marwah..Pastinya perjalanan Hajar ketika itu amat payah ,dengan cuaca panas dan jalan yang berbatu batan dan tidak rata...Semuanya dilakukan hanya kerana pmenuruti perintah Allah SWT!

.Ya, amat jauh bezanya dengan ibadah yang kita lakukan pada hari ini dimana para jemaah haji berjalan diatas lantai tile yang di kiri kanannya terdapat deretan tong berisi air zam-zam "cold" dan persekitaran yang ada aircond......Disebalik semua kemudahan itu, aku masih merasakan "penatnya" sebaik saja selesai melakukan dua ibdah penting tersebut.

Sebaik saja selesai bertahlul iaitu dengan memotong beberapa helai rambut, maknanya kami sudah selesai melengkapkan  umrah wajib dan selepas ini, kami sudah bebas dari pantang larang ihram....Sebelum pulang ke hotel, aku dan suami sempat bergambar di hadapan Kaabah ........................bersambung.








Ketika

.

Posted: 29 Nov 2012 03:41 AM PST

.


Najib Harus Jadi Kelip-Kelip Bukan Siput

Posted: 28 Nov 2012 09:06 PM PST

ULASAN UCAPAN NAJIB                                                                                              

Ha Najib Razak tampil di hadapan kira-kira 2,500 perwakilan dan pemerhati Umno di PWTC dengan membuat kejutan awal membangkit semangat perwakilan agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Awal-awal lagi beliau melaungkan bahawa Umno sudah pulih dari segala kecederaan dan sedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa. Biasanya pembangkitan semangat sebegitu akan dibuat di penghujung ucapan, tetapi berlainan kali ini.

Najib: mengulangi perkara lama.
Mungkin Najib ingin membuat semakan sejauh mana perwakilan sedar atau terbangkit dengan laungan dan jaminan itu. Malangnya sikap para perwakilan tidak seghairah Najib. Perwakilan tidak memberi 'respon' sewajarnya. Ini boleh disimpulkan pengakuan Najib bahawa Umno suah pulih dan bersedia menghadapi pilihan raya itu kurang disetujui para perwakilan dan pemerhati.

Orang bawahanlah yang dapat menentukan apakah semangat Umno sudah pulih atau sedang menggeleter dan takut kehilangan kuasa dan kedudukan. Atau yang ada terlibat dengan jenayah sedang menghitung hari dan apakah bnetuk tuduhan ke atas mereka dan bila masa mereka akan ditangkap. Sebab itu ungkitan Najib itu tidak disambut meriah.

Mereka lebih arif dan mengerti sebab mereka berdepan dengan serangan dan kebangkitan semangat pembangkang. Mereka yang menyaksikan berbagai-bagai majlis dan himpunan Pakatan Rakyat yang penuh dengan manusia di semua peringkat. Jadi mereka tidak mahu berbohong kepada diri sendiri untuk bersetuju dengan Najb mengatakan Umno sudah pulih sedangkan apa yang disaksikan tidak menggambarkan keadaan itu bahkan Umno semakin parah dan pengarunya menirus macam ekor tikus di kalangan Melayu.

Jadi penegasan dan jeritan histeria Najib itu sia-sia saja. Tampak sekali perwakilan Umno dalam kebingungan dan semangat mereka tidak sedikit pun terbangkit.  Ini dapat disaksikan sepanjang ucapan Najib perwakilan hanya dingin dan sesekali saja kedengaran tepukan tangan persis tahi lembu jatuh dari punggung. Reaksi perwakilan dapat dilihat jelas sejauh mana mereka terkesan dengan upacan Najib.

Penyediaan stiker I love PM, jelas menunjukan kedinginan sambutan kepada amanat itu. Bahawa perwakilan kena dibekalkan dengan stiker khas untuk menzahirkan sokongan kepada Najib. Kalaulah tidak ada stiker itu yang diangkat dan didendingkan ke muka Najib bermakna Najib tidak mendapat apa-apa sanjungan hari ini. Secara psikologisnya bila ada stiker, perwkailan kena angkat untuk menandakan mereka sporting. Dalam hal ini perwakilan menipu diri sendiri dan Najib juga tertipu dengan sikap ahli sendiri.

Kejutan, henjutan semangat dari Najib untuk perwakilan khasnya dan ahli Umno amnya bagi menghadapi pilihan raya yang dinanti-natikan tidak ada apa-apa disepanjang ucapan Najib itu. Beliau hanya mengulang-ulangi perkara yang sama. Apa yang disebut oleh ketua-ketua sayap dan Udin anak Yassin semasa merasmikan persidangan serentak sayap parti, juga diulangi oleh Najib. Ucapan itu boleh diumpamakan empat dalam satu!

Tampak sangat ucapan Najib tidak mengambil idea menyeluruh daripada pakar-pakar politik Umno. Apakah tidak ada perkongsian idea dalam menyediakan teks ucapan itu. Najib hanya merujuk kepada Rosmah yang ikut sama membaiki titik dan koma. Dan beliau berpuas hati dengan pujian isterinya dan orang di sekeliling mengenai teks ucapan itu? Kerana itu jadilah teks ucapan itu seperti pembuat kueh dia sendiri yang menguji dan dimakannya.

Dari konteks orang luar dan rakyat biasa banyak hal yang terlupa oleh Najib. Dalam usaha untuk menarik perhatian orang ramai menyokong Umno Najib terlupa membuat ajakan yang rasional dan bebas dari bersifat 'keUmnoan'. Mengenai orang Cina dan India langsung tidak disentuh. Tidak ada jaminan atau harapan baru khusus oleh Najib kepada mereka sekiranya menyokong Umno.

Keterlupaan ini boleh dianggap Najib juga rasis, tidak lagi mengharapkan kepada sokongan orang bukan Melayu. Kerterlupaan atau pengabaian ini tidak menguntungkan Umno. Orang bukan Melayu tidak melihat Umno mengambil kira peranan mereka. Najib sepatutnya mengikhtiraf undi bukan Melayu untuk perubahan ke atas negara ini dan juga memberi kesedaran kepada Umno sendiri. Sikap dan pendirian demikian baru ia sejajar dengan kata-kata Najib bahawa Umno berjuang untuk semua bangsa dan tidak 'temooh' kepada Melayu saja.

Isu-isu pembangunan atau jasa bakti yang dibuat Umno disebut Najib sudah tidak penting lagi sebab orang sudah tahu. Ia bukan pembaharuan yang mempesonakan. Kerana perkara itu setiap hari disebut ia memualkan seperti mana mualnya terhadap iklan sabun dalam televisyen. Kerana orang tahu Najib baru empat tahun menjadi PM, apalah sangat jasa-jasa yang dibuatnya. Orang faham antara Umno - pemimpin terdahulu dengan apa yang dibuat dan dicapai Najib untuk negara. Najib tidak boleh membualkan bahawa pembangunan hari ini adalah atas usaha beliau.

Seperkara lagi rakyat akan melihat juga sejauh mana kemampuan, wawasan dan idealisme Najib. Sedang ini tidak cuba diterapkan dalam ucapan itu. Ucapan dasar tidak melambangkan atau Najib tidak cuba menunjukkan dia hebat sebagai seorang negarawan dan pemimpin berpotensi besar. Dia patut berlawan dan cuba menandingi kehebatan Anwar Ibrahim yang dipamirkan dalam masa perdebatan di parlimen atau pun di pentas-pentas politik.

Misalnya kalau pun Najib tidak berani berdebat dengan Anwar tetapi beliau harus menjawab segala persoalan dibangkitkan Anwar dalam apa jua majlis dan prgoramnya. Misalnya orang akan kaji dan membuat ukuran sejauh mana ketelusan dan keberanian Najib dalam berhadapan dengan Anwar Ibrahim, tidak payah pergi jauh, apa yang berlaku dalam parlimen sudah cukup. Macam mana Najib absen dari hadir sidang parlimen tatkala Anwar hendak membahas bajetnya baru-baru ini. Sikap Najib melarikan diri dan tidak sedia mendengar ucapan Anwar membuktikan beliau pengecut dan hanya berani berkokok di luar gelanggang.

Beberapa hujah politik yang diberikan Anwar tidak cuba dijawab oleh Najib. Kelemahan dalam sistem pilihan raya, skandal-skandal yang berlaku yang masih membelit kepala orang ramai tidak dihurai dengan tuntas. Masalah sosial dialami anak-anak muda, masalah pengganguran, keruntuhan moral, ataupun isu dihadapi pegawai kerajaan yang tertekan dengan beban kerja kerana pertukaran sistem dan polisi tidak dibangkit. Najib lebih bernafsu menghentam dan mengkritik Anwar dengan mempersoalkan Islam liberal atau pluralisme di dalam agama yang beliau sendiri tidak begitu mengarifinya.

Sebagai pemimpin Najib jangan hanya tahu menyebut dan membaca teks ucapan penuh retorik atau istilah-istilah yang terkandung dalam teks, tetapi juga perlu memahami apa yang hendak disampai dan diluar teks itu sendiri.

Ucapan Najib juga tadi tidak menyentuh perasaan dan menggetarkan jiwa. Saya sebagai orang Melayu tidak pun berdiri bulu roma apabila beliau menjerit histeria membangkitkan soal kepentingan Melayu, soal ancaman ke atas Melayu kalau Umno tidak lagi menjadi kerajaan. Mengenai hal ini beliau harus menghurai secara fakta dan persejarahan (historika) menegnai nasib malang negara dan Melayu sekiranya ia telah terlepas dari tanbgan Umno.

Najib sepatutnya menjawab persoalan, bahwa negara ini hak dan tanggungjawab rakyat semua kaum bukan hak sebuah parti bernama Umno. Apabila Najib meletakkan atau menegaskan hanya Umno yang mampu, ia menjelaskan betapa rasis dan asobiyahnya Najib dan kecuriagan kepada bangsa lain begitu tebal sekali. Sikap eksklusif Umno itu menjadikan bangsa lain akan menjauhinya.

Ringkasnnya bukan saja Melayu tidak terpanggil dengan ucapan Najib itu tetapi orang bukan Melayu juga semakin meragui Najib bertapa keikhlasan apa yang dinyatakan dalam ucapannya boleh dipertikaikan. Apa lagi dengan tawaran keadilan dan sikap liberal Pekatan Rakyat menjadikan orang bukan Melayu merasakan mereka sudah ada alternatif untuk pembentukan kerajaan akan datang.

Demikian juga huraian-huraian dan penjajaan Najib mengenai dapatan dan ujuran ekonomi negara di masa akan datang tidak lebih dari sihir dan gula-gula saja. Najib boleh bercakap di hadapan mereka yang cetek ilmu ekonomi dan jahil dengan situasi semasa, tetapi tidak di depan anak muda yang kritis dan berilmu. Manakala orang kampung yang mudah akur dengan orang bernama pemimpin bercakap pula tidak pun memahami mengenai apa itu pendapatan kasar (KDNK) negara itu dan juga percambahan ekonomi yang mampan. Mereka akan mengukur dengan apa yang ada di dapur mereka saja, misalnya kalau gula naik, bawang naik, sabun naik harganya bagi mereka itu menandakan negara makin parah.

Ucapan Najib bukan saja tidak membawa gagasan dan idea serta kejutan baru tetap gagal menjawab beberapa persoalan penting di dalam kepala rakyat umum ini yang sudah bersiap sedia melakukan perubahan. Yang terpenting bagi Najib dan ahli Umno semua sedar bahawa semangat untuk menumbangkan kerajaan UBN kini tinggi, melebihi dari ketinggian penghormat kepada Najib sebagai anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri.

Najib tidak boleh berpuas hati dengan kemilau masa lampau bapaknya tetapi dia perlu mengeluarkan sinar dari liang roma perjuangannya sendiri. Najib harus menjadi kelip-kelip yang mengeluarkan neonnya sendiri bukan seperti siput membalikkan cahaya bulan yang tertimpa di atas cengkerangnya ke dalam gelap malam. 

Orang juga sudah sedar bahawa kata-kata dan dakwaan hanya Umno saja yang layak dan mampu memimpin negara sementara kalau parti lain memerintah negara akan porak peranda adalah mitos bersifat kurafah dan bidaah semata-mata. Doktrin agama seperti itu tidak  mampu lagi menjamin kelangsungan sokongan membuta tuli orang Melayu kepada Umno. [wm.kl 1:02 t/hari 29/11/12]

Utusan Malaysia Bakal Berkubur?

Posted: 28 Nov 2012 03:35 PM PST

SESUDAH SUBUH                                                                                                          

Surat khbar Utusan Malaysia kemungkinan akan hilang lenyap dari atas muka bumi ini sekiranya lembaga pengarah dan editorial akhbar berkenaan tidak mengambil langkah awal meletakkan ahbar berkenaan di atas paksi kewujudannya yang sebenar. Sekiranya akhbar itu tidak dilakukan perubahan drastik Utusan Malaysia hanya akan meninggalkan nama saja didunia ini tanpa jasadnya lagi.

Kemungkinan ini dirasakan terjadi apabila jualan akhbar berkenaan merosot teruk setiap hari. Dari sumber dalaman memberi tahu jumlah edaran akhbar itu kini 70,000 perhari. Kedudukan syarikat Utusan Malelayu (M) Berhad juga senafas dengan parti yang didokongnya Umno yang kini nyawanya berada di hujung pedang.   

Dalam kenyataan urusniaga terbarunya menunjukkan Utusan Melayu (M) Berhad mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah  RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Keuntungan tahun lepas bukan kerana hasil jualan dan uruniaga lain termasuk iklan tetapi kerana penjualan anak syarikatnya Utusan Print Corp Sdn. Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta.

Kesusutan pendapatan itu disebabkan jualan akhbar berkenaan merudum teruk. Utusan bukan lagi menjadi bacaan wajib bagi orang Melayu. Semua ini ialah kerana kredibiliti akhbar berkenaan haprak bila mana banyak kes-kes saman ke atasnya akhbar berkenaan kalah dan terpaksa membayar jutaan ringgit.

Pembaca yang sebelum ini menjadikan akhbar itu sebagai cake untuk dihirup bersam kopi waktu pagi juga sudah mengubah tabiat dengan memilih akbar lain yang lebih berwibawa. Ini semua berlaku kerana sikap akhbar berkenaan bukan lagi menjadi media yang membangun minda sosial secara profesional sebaliknya menjadi lidah penyambung lidah-lidah pemimpin Umno yang bercakap syok sendiri di samping kaporan tidak adil.

Ekoran kemerosotan julan dan pendapatan syarikat itu juga telah menjual anaknya syarikatnya Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Penjualan anak syarikat itu dirasakan sebahagian persediaan untuk penggulungan syarikat akhbar berkenaan sebaik saja Umno tewas.

Perkembangan 'masam' mengenai akhbar milik Umno itu ia berpotensi untuk tutup sebaik saja partinya kalah terus dan tidak memegang teraju selepas pilihan raya akan datang. Sesungguhnya penutupan Utusan Melayu akan membawa ketenangan buat orang Melayu di negara ini yang digumbal dengan fitnah, provokasi dan penyiaran berita-berita yang tidak boleh dipertanggungjawab.

Kesan daripada sikap melampau dan tidak bijak pengurusan menyebabkan lebih 600 pekerjanya berada di dalam dilema. [wm.kl.7:34 am 29/11/12]

Era Pasca

Posted: 29 Nov 2012 03:40 AM PST

Era Pasca


Pecah Berita! Najib Razak Belasah Anwar Ibrahim Dalam PAU2012!!

Posted: 29 Nov 2012 01:01 AM PST

Kuala Lumpur - by @tiewnama 
seperti di ketahui umum perhimpunan agung umno kali terakhir sebelum pembubaran 
parlimen dan seterusnya Barisan Nasional akan menjadi pembangkang dan tukang penuh 
penjara, di warnai dengan pelbagai tohmahan dan cacian kepada Pakatan Rakyat 
terutamanya Anwar Ibrahim,

presiden umno Najib Razak mempamerkan dirinya seorang harimau yang buat buat berani 
apabila menggunakan platform perhimpunan agung umno atau PAU untuk membidas dan
memperleceh ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah pengurus 
ekonomi yang cekap sewaktu krisis ekonomi yang melanda malaysia pada tahun 1997 1998.

Najib Razak mendakwa Anwar Ibrahim yang menjadi menteri kewangan ketika itu mengguna
pakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF bagi menangani krisis ekonomi
ketika itu.

berikut ucapan Najib Razak dalam berdebat seorang diri di pentas perhimpunan agung umno 
atau pau hari ini.
"tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan. orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. 
 bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya, semasa bersama kita dalam umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan peelnya berubah pulak," 
Anwar Ibrahim telah berpuluh kali mempelawa Najib Razak agar berdebat dengannya untuk
rakyat mengetahui akan hakikat sebenar ekonomi malaysia tetapi telah tidak dihiraukan 
Najib Razak dengan pelbagai alasan atas dasar debat bukan budaya kita dan budaya melayu.

Najib Razak hanya mengambil setiap kesempatan yang ada di dalam mana mana perhimpunan
sehala dan sekroni dengannya untuk membidas dan mencaci Anwar Ibrahim. menurut kajian
ilmiah dan kajian salafiah, ternyata Najib Razak hanya harimau malaya di gelanggang sendiri
tetapi menjadi harimeow untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim dan rakyat khususnya.

menurut kajian, Najib Razak di gelar TIADA BATU oleh anak muda berusia 20-an 
dalam perbualan seharian mereka di warung warung dan di restoran dan sebagainya.

Najib Razak di gelar TIADA TELUR oleh anak muda berusia 30-an dalam situasi yang sama
Najib Razak di gelar PENGECUT DAN PENAKUT oleh rakyat malaysia berusia 40-an ke atas.

by @tiewnama - 12-1-2013 bersedia anak muda semua! kita kejalanraya sebelum pilihanraya!
dataran merdeka 1 juta anak muda dan rakyat malaysia berdemo tumbangkan kerajaan Barisan Nasional. kahkahkahkah

Mahu tahu adakah Najib Razak & Barisan Nasional Bijak mengurus ekonomi malaysia
boleh layari link di bawah ini. hanya era pasca pecah berita! 
a. Ekonomi Jahanam 
b. AES adalah ekonomi untuk Kroni Barisan Nasional  
c. Najib Pakar Ekonomi? 
d. 76 malapetaka BN hancurkan ekonomi negara 
e. Soros Pecah Lubang umno!



VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

EDISI KANTOI: UMNO-BN MELOBI SOKONGAN ISRAEL!!!

Posted: 28 Nov 2012 10:15 PM PST

Pendaftaran delegasi Israel secara rasmi telah memberi laluan hubungan dan penglibatan serta kehadiran delegasi dari Israel ke Malaysia dalam penganjuran persidangan-persidangan peringkat antarabangsa di sini. 

Didalam usaha untuk memenangi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012 dan mendapat hak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference), 
PETRONAS / MGA dengan bantuan kerajaan telah membelakangkan kedaulatan negara dengan menjalin hubungan serta merayu bantuan kerjasama dan sokongan Israel bagi menentukan calon/wakil PETRONAS memenangi jawatan Presiden IGU sekaligus mendapat hak mutlak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference 2012) di Kuala Lumpur.

Petronas bertanggungjawab secara langsung kepada Perdana Menteri telah mencalonkan Datuk Abdul Rahim Hj Hashim, iaitu Naib Presiden, Urusniaga Gas PETRONAS yang juga Presiden MGA sebagai Presiden IGU sessi 2009-2012 . 

Surat pencalonan bertarikh 23 Februari 2005   kepada sekretariat IGU di Copenhagen, Denmark ditandatangan oleh Tan Sri Mohd Hassan Merican, Presiden PETRONAS ketika itu di mana Petronas juga telah memberi akurjanji kepada badan IGU untuk membiayai segala perbelanjaan bagi menjayakan penganjuran Persidangan Gas Sedunia di Kuala Lumpur sekiranya Malaysia berjaya. 



 


Petronas di dalam surat ke Wisma Putra pada 22 Ogos 2005 mengakui persaingan untuk pemilihan Presiden IGU & WGC 2012 adalah sengit, dan meminta bantuan Wisma Putra melalui kedutaan mereka membantu dalam kempen ini khususnya negara (yang di kenalpasti oleh Petronas terlebih dahulu) dari blok Asia, Afrika dan Timur Tengah. 

Petronas/MGA/Malaysia menghadapi saat getir apabila menjelang mesyuarat pemilihan dan pada saat akhir masih ramai peserta (yang di jangka menyokong Malaysia) tidak mendaftar untuk menghadiri mesyuarat pemilihan di Tianjin, China pada 16 Oktober 2005.

 


Berdasarkan situasi ini, pilihan yang ada ialah mendapatkan sokongan dan bantuan dari Israel yang di anggap penting bagi Malaysia/Petronas/MGA kerana mereka  dapat mempengaruhi wakil dari blok Eropah melalui kedutaan mereka di kebanyakan negara berkenaan.  

Kesempatan untuk meminta bantuan Israel di ambil oleh MGA dengan 'response' kepada surat bertarikh 20 Julai 2005 yang diterima dari Israel yang menyatakan sokongan kepada Malaysia dan ingin mengetahui samada delegasi dari Israel boleh menghadiri persidangan di Kuala Lumpur jika di anjurkan oleh IGU. 

Kandungan surat ke Israel jelas menunjukan hasrat yang tersirat di dalam perenggan akhir surat berkenaan. Datuk Rahim Hj. Hashim selaku Presiden MGA sendiri tidak menafikan, malah mengakui menandatangani/menghantar surat bertarikh 6 hb September 2005ke Israel Institute of Petroleum and Gas, 

sebuah organisasi di Tel Aviv, Israel dengan hasrat meminta sokongan dan kerjasama Tel Aviv yang juga ahli Charter IGU (charter member) bagi menentukan kemenangan kepada beliau sebagai calon dari Malaysia di dalam persaingan sengit menentang Russia. 

Beliau pernah menyatakan bahawa surat ini dibuat melalui MGA dimana Ahli-Ahli Majlis MGA (MGA Council Members) yang terdiri dari wakil korporat seperti Petronas, Shell, Esso, BP dan agensi kerajaan (GLCs) dan bertanggung jawab sepenuhnya.


 


Pendaftaran nama delegasi/pembayaran yang di buat secara bayaran pemindahan Bank(bank transfer payment) ini juga di paparkan didalam laman web dan seterusnya senarai nama-nama delegasi di 'upload' didalam laman web resmi WGC 2012 berdasarkan susunan organisasi dan negara dari mana bayaran pendaftaran di buat (bukan mengikut taraf warganegara seseorang delegasi). 

Access kepada laman web dan penyemakan pendaftaran boleh juga di buat   dengan menghubungi Maria Luz Varela, secretariat pendaftaran sepertimana nombor telefon, fax dan email yang boleh di rujuk dalam laman web WGC 2012 ketika itu. 

Melalui pendaftaran dan pembayaran pemindahan bank (bank transfer payment) yang dibuat secara online menerusi WGC 2012 official website yang telah dibuat sebelum tarikh tutup pada 15 April 2012. Setiap delegasi yang berdaftar dan yang telah membuat bayaran di kehendaki menghantar salinan dokumen pembayaran wang pendaftaran yang dibuat (bank transfer document) melalui fax atau email kepada secretariat pendaftaran di Buenos Aires. Bayaran sebanyak US 3,200adalah bagi menghadiri persidangan dan layak untuk mendapat kemudahan-kemudahan seperti menghadiri semua sessi persidangan, jamuan, lawatan-lawatan, pengankutan dan sebagainya.

Berdasarkan dokumen pendaftaran, Sekretariat WGC 2012 telah menyediakan senarai delegasi (delegate list) secara berkala mengikut susunan organisasi dan menyenaraikan negara berdasarkan dari Negara mana bayaran di buat dan bukannya taraf warga Negara seseorang delegasi. Maklumat mengenai senarai delegasi ini seterusnya di muat naik (upload) didalam laman resmi WGC 2012 yang boleh di access oleh umum. Selepas tarikh tutup 'pendaftaran secara pindahan wang (bank transfer)',  Sekretariat pendaftaran, telah menyenaraikan  senarai delegasi yang akan menghadiri persidangan 
http://www.wgc2012.com/assets/pdf/3E00ZJ9XN.pdf (Pdf file; 104 muka surat). Data dan maklumat yang 'last updated' pada hari Isnin 23 April 2012  itu mengandungi seramai 2,485 peserta/delagasi yang telah berdaftar untuk menghadiri persidangan  dimana salah seorang delegasi (muka surat 52 ) ialah HANS PETER DOORNEWEERT , iaitu Commercial Manager, LNG Development dari Noble Energy , sebuah syarikat beroperasi di Israel

Semakan yang di buat mendapati bahawa Noble Energy ( http://www.nobleenergyinc.com ), selain beroperasi di Amerika Syarikat juga sedang mengusahakan lapangan gas terbesar di Israel dan mempunyai pejabat di Tel Aviv, Israel. Selepas pendaftaran (melalui pembayaran pemindahan bank) di tutup pada 15 April 2012. Secretariat WGC 2012 telah di pindahkan ke Kuala Lumpur, iaitu Tingkat 20, Tower 1, Etiqa Tower. Segala dokumen pendaftaran dan senarai delegasi seterusnya di kendalikan dari Kuala Lumpur dan di dalam mengemaskini maklumat pendaftaran, MGA/secretariat telah membuat pindaan data delegasi dari Negara Israel bagi mengelakkan kecaman dari rakyat.

 

Pada 25 Mei 2012, Sekretariat memaparkan senarai pendaftaran terkini dengan menukar data delegasi dari ISRAEL kepada dari Negara NETHERLAND. Ubahsuai ini di buat oleh MGA untuk tidak mahu memaparkan ada delegasi dari Israel selepas penafian bahawa tiada peserta dari Israel mendaftar untuk menghadiri persidangan WGC 2012 di Kuala Lumpur. 

Walaubagaimanapun ubahsuai yang dibuat ini tidak boleh mengelak daripada rakyat yang masih boleh access di internet melalui  carian Google. 


JINGGA 13 menegaskan bahawa di dalam usaha untuk memenangi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012 dan mendapat hak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference), PETRONAS/MGA dengan bantuan kerajaan telah membelakangkan kedaulatan negara dengan menjalin hubungan serta merayu bantuan kerjasama dan sokongan Israel bagi menentukan calon/wakil PETRONAS memenangi jawatan Presiden IGU sekaligus mendapat hak mutlak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference 2012) di Kuala Lumpur. 

JINGGA 13 mencabar kerajaan untuk menyatakan secara terbuka pendirian kerajaan di dalam hubungan dan kerjasama dengan Israel yang sebelum ini di buat secara sembunyi/rahsia dan ingin mendapat kepastian bahawa kerajaan tidak akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. 

kerana sebelum ini kerajaan banyak menyembunyikan fakta mengenai hubungan dengan Israel termasuk yang terkini Felda yang menjual minyak sawit ke Israel yang telah menimbulkan kemarahan rakyat melalui tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat Felda. 

Malah sebelum ini JINGGA 13 juga turut mendedahkan hubungan perdagangan eksport dan import melalui kemasukan kapal-kapal ZIM SHIPPING INTEGRATED LTD di Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari 2012 menguatkan lagi hubungan 'intim' Malaysia – Israel .

JINGGA 13 meminta agar Kerajaan / Petronas/MGA menjelaskan beberapa perkara sepertimana berikut :

1.    MENCABAR kerajaan/Petronas/MGA untuk memberitahu rakyat Malaysia apakah yang di maksudkan dengan 'we are counting on your support, once again to be present and  to encourage  other IGU member countries to make similar effort to be there andvote for Malaysia into the IGU Presidency for the triennium 2009-2012' didalam surat kepada Israel yang dinafikan mengenai dakwaan yang di buat.

2.     MENDESAK Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad (Penasihat Petronas) menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel,"

3.   MENDESAK Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian terhadap kehadiraan dan kemasukan delegasi Isreal ke Malaysia dan menyertai WGC 2012, sedangkan menjadi dasar kepada Negara bahawa tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara Isreal . Adakah Kementerian Dalam Negeri mengetahui akan kehadiran delegasi Isreal tersebut ?

4.     MENDESAK Menteri Luar Negeri menjelaskan atas prinsip apakah iaitu berdasarkan kenyataan MGA "telah mendapatkan nasihat dari Kementerian Luar dan telah di beritahu bahawa Malaysia akan membenarkan delegasi dari Israel, seperti juga delegasi dari negara lain untuk datang ke Malaysia bagi mengambil bahagian di dalam persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa yang relevan"?

5.     MENDESAK supaya Pengerusi Petronas yang baru di lantik,Tan Sri Mohd Sidek Hassan (bekas KSN) untuk mengadakan siasatan dalaman secara telus  dan memaklumkan kepada umum , demi menjaga kredibiliti dan integriti Petronas, kerana terdapat penglibatan beberapa kakitangan kanan Petronas di dalam MGA dan WGC 2012 yang bertindak bertentangan dengan perlembagaan dan inspirasi rakyat mengenai isu hubungan dengan zionis yang mana boleh menghakis kepercayaan kakitangan petronas secara keseluruhannya kepada pengurusan tertinggi petronas .

Ternyata sikap hipokrasi dan khianat Kerajaan UMNOBN Malaysia / Petronas / MGA hingga sanggup 'sujud' kepada Zionis Isreal tanpa rasa malu dan bermaruah kepada seluruh rakyat Malaysia. Sedangkan rakyat Palastine terus dizalimi dan dibunuh tanpa perikemanusiaan dan Kerajaan UMNOBN Malaysia / Petronas / MGA sanggup secara 'halus dan sulit' bersikap mengiktiraf kerajaan haram Isreal.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
           Orenji Ren Oren
Ketua Koordinator Penerangan
      JINGGA 13 MALAYSIA 

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Gempar! Pau2012, Bloger Lucah Umno Tempatan Di Sampahkan Ahmad Maslan?

Posted: 28 Nov 2012 05:49 PM PST

Kuala Lumpur - by @tiewnama 
Para pemimpin kelab umno luar negara diminta memainkan peranan penting sebagai 
penggempur siber bagi menghadapi perang siber dan psikologi oleh pihak bloger anak muda
pembangkang yang menguasai ruang maya dengan pelbagai fakta dan bukti.

ketua penerangan umno, Ahmad Maslan berkata, sebagai pemimpin muda yang tinggal 
dan belajar di luar negara, mereka mempunyai banyak kelebihan bagi mengimbangi serangan
pihak bloger anak muda pembangkang di alam maya yang berada di serata dunia.

berikut adalah ucapannya pada pertemuan dengan wakil wakil kelab umno luar negara 
di pusat dagangan dunia putra atau PWTC.
"oleh sebab itu hari ini saya nak umumkan bahawa anda semua dilantik sebagai para pejuang siber bagi umno," 
seramai 72 wakil kelab itu dari 16 buah negara di seluruh dunia berada di tanah air bagi menghadiri perhimpunan agung umno, 

sementara itu 
pihak pihak bloger sampah dari Barisan Nasional yang ada di malaysia tidak 
dapat di harapkan langsung jasa jasa dan pertolongan mereka kerana umum tahu mereka 
lebih kepada blog artis dan lucah berbanding politik yang mana telah mengikis kepercayaan rakyat terhadap 'ketelusan' pendedahan mereka dan fitnah tegar mereka,

bloger bloger sampah Barisan Nasional yang ada di dalam malaysia hanya bersifat peribadi 
dan sentiasa berperang sesama sendiri untuk membuktikan mereka lebih tidak matang dari 
bloger anak muda pembangkang yang di lihat lebih tersusun dan mengolah pendapat sendiri,

menurut kajian pejuang siber umno yang belajar di luar negara lebih bagus dan lebih bijak
mengampu kerajaan Barisan Nasional berbanding bloger sampah Barisan Nasional yang ada 
di malaysia kerana tahap intelektual dan tahap kelucahannya mereka terlalu tinggi sehingga mengakibatkan rakyat malaysia telah hilang kenyakinan hampir 100%.

by @tiewnama - bloger umno adalah sampah - ahmad maslan. kikikiki

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Pecah Berita!! Menteri Dalam Negeri Letak Jawatan!!

Posted: 28 Nov 2012 05:18 PM PST

Bercakap di Parlimen semalam, KDN jelas sekali tidak mahu menjawab langsung berkenaan bagaimana rekod Altantunya tiada dalam Malaysia, satu polemik baru pula timbul, jika Altantunya tidak pernah memasuki Malaysia bagaimana Najib boleh tahu yang berkecai itu adalah wanita Monggol Altantunya yang mati? Persoalan.?



Berkenaan KDN meletak jawatan sila rujuk gambar bawah,

Kerana tidak dapat menawan Palestine, akhirnya KDN Israel meletak jawatan, lebih bermaruah dari KDN kita, pengurusan gagal tapi buat muka toya je. dan Tahniah kepada umat Islam terhadap kemenangan pertama ini.

COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

PAU2012: MUHYIDDIN KECEWA DENGAN PAS KERANA TIDAK MAHU UG

Posted: 28 Nov 2012 03:48 PM PST

PAS dijadikan mangsa amarah Muhyiddin kerana gagal mengikut telunjuknya menjayakan kerajaan perpaduan tajaan broker mereka dengan beberapa pemimpin
 PAS hingga menyebabkan terpelantingnya bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali pada 8 Januari lalu.

Di Perhimpunan Agung Umno 2012, Ucapannya di penuhi dengan menghentam PAS kerana bersama DAP.  Kelihatan Muhyiddin sangat marah dengan cadangan UG nya tidak berjaya, malah mengangkat Hasan Ali sebagai pejuang kerana di pecat PAS.. kah3


Sepatutnya Muhyiddin menasihatkan partinya sendiri terlebih dahulu sebelum menunding jari ke mana-mana pihak hingga menyebabkan Umno sendiri yang luka berdarah hasil daripada ucapan paling tidak bertanggungjawab sepanjang menjawat jawatan sejak April 2009.

Bukan sedikit kesannya terhadap parti malah ia mencerminkan Umno sudah semakin sasau dan risau akan untung nasibnya sendiri kerana Muhyiddin tahu hanya dengan cara inilah kununnya semangat perwakilan mampu dinaikkan sedangkan parti itu kini umpama melukut di tepi gantang mengharap bagai pengemis kuasa yang hampir pasti hilang sengatnya biarpun pilihanraya umum sudah berada di depan mata.

Baca lagi di blog GREENBOG

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Breaking News! Utusan and umno's from Malaysia is not allow the Egyptian President to Change the Constitution to attack their friends zionist israel!

Posted: 28 Nov 2012 08:46 AM PST

Jika kita baca paper-paper Malaysia, Malaysia memang tidak mengiktiraf Mursi sebagai President, Najib sendiri menganggap Ikhwanul Muslimin adalah pengganas kerana menyokong penggulingan terhadap Hosni Mubarak (senada dengan Amerika), Malah Paper-paper Malaysia menggambarkan Mursi adalah pemerintah yang diktaktor kerana perubahan yang di bawa Mursi di anggap sebagai kehendak sendiri bukannya rakyat Mesir secara umumnya.
Kuala Lumpur - by @tiewnama 
Presiden Mesir Mohamed Mursi menegaskan bahawa perintah perintah baru yang sedang beliau laksanakan hanya bersifat sementara, beliau sebaliknya telah pun mengusahakan sesi dialog untuk mencari penyelesaian politik ketika terpaksa berhadapan dengan halangan para hakim yang masih lagi menjadi orang kroni hosni mubarak yang pro israel sebelum dapat membentuk perlembagaan baru.

tujuan utama presiden mesir ini bertindak sedemikian adalah kerana mahu mengubah dasar perlembagaan mesir supaya ianya berupaya membuka pintu untuk menyerang negara haram israel yang menceroboh dan membunuh umat islam dan kristian palestine.

"presiden mengulangi sifat sementara akan langkah langkah yang diambilnya, yang tidak bertujuan untuk menumpukan kuasa tetapi untuk menyerahkanya kepada parlimen yang dipilih secara demokratik dan memelihara kesaksamaan badan kehakiman serta mengelakkannya daripada  dipolitikkan," 

di bawah deklarasi perlembagaan pada hari khamis lepas, Mursi boleh mengeluarkan apa apa keputusan atau langkah untuk melindungi revolusi yang mana ia adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada rayuan kerana umum tahu perlembagaan mesir ketika ini masih lagi mengekalkan bahawa mesir tidak boleh menyerang negara haram israel zionis atau mencampuri urusan negara Israel.

perkara tersebut mencetuskan bangkangan daripada para hakim dan pembangkang yang menuduh Mursi mengamalkan kuasa diktator walaupun keadaan semasa di mesir adalah rakyat mahukan perang jihad keatas israel zionis.

bagaimanapun kenyataan terbaru mengesahkan apa yang telah dikatakan pada hari khamis lalu bahawa langkah langkah yang akan dilaksanakan hanya sehingga perlembagaan baru diguna pakai dan pilihan raya diadakan kerana kerajaan islam mesir yang baru ini akan menukar perlembagaan baru yang berteraskan islam sejahtera dan berkuasa untuk meluluskan serangan dan pelancaran perang ke atas negara haram israel zionis.

ia dikatakan sangat perlu untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab dalam kes rasuah serta jenayah lain semasa rejim Hosni Mubarak sebelumnya dan semasa tempoh peralihan, kenyataan tersebut merujuk kepada rejim lama Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan oleh demostarsi besar besaran kuasa anak muda pada awal tahun lepas, 

kira kira 850 orang penunjuk perasaan terbunuh dan hampir 2.5 juta memenuhi ruang dataran tahrir manakala beratus ratus lagi meninggal dunia sejak peristiwa jihad fisabilillah itu.

Mursi mengarahkan siasatan baru terhadap semua kematian dan dalam pada itu pendakwaraya yang baru Talaat Ibrahim Abdallah mengatakan mahkamah mahkamah revolusi akan ditubuhkan yang mana Mubarak dan anak anaknya serta ketua ketua keselamatan akan dibicarakan semula jika terdapat bukti baru.

Mubarak dan bekas menteri dalam negeri contoh Hishamuddin Hussien telah dihukum penjara seumur hidup atas pembunuhan penunjuk perasaan dalam kebangkitan anak muda mesir pada tahun lepas tetapi enam ketua keselamatan telah dibebaskan dalam kes yang sama

ini telah mencetuskan kemarahan di seluruh negara mesir kerana mereka tidak faham ada juga yang terpaksa bertindak mengikut arahan pihak atasan walau tanpa kerelaan hati melihat penganiaan kejam terhadap anak muda yang terbunuh dalam jihad menggulingkan hosni mubarak. 

Mursi akan menemui majlis kehakiman agung pada hari ini manakala Menteri KeADILan beliau Ahmed Mekki mengadakan perbincangan awal dengan Majlis pada hari Ahad, demikian menurut jurucakap presiden Yasser Ali.

bekas ketua pemantau nuklear pertubuhan bangsa bangsa bersatu atau PBB Mohamed El Baradei yang juga pro israel zionis, bekas calon calon presiden Hamdeen Sabbahi, Amr Mussa dan Abdelmoneim Abul Futuh yang juga rakan sekutu israel zionis berkata dalam satu kenyataan bersama pada hari Sabtu bahawa mereka akan tidak berdialog dengan Mursi sehingga presiden Mesir itu membatalkan perintahnya.

di sekitar Dataran Tahrir pertempuran antara pihak polis dengan penunjuk perasaan anti Mursi atau pro israel zionis memasuki minggu kedua, dengan keganasan kadang kadang melimpah ke dataran.

sementara itu para penyokong Mursi turut berdemonstrasi pada hari Ahad di hadapan masjid masjid di kaherah dan di seluruh negara. menurut saksi, tunjuk perasaan menyokong presiden itu dianjurkan oleh Ikhwanul Muslimin dan umat islam dari seluruh mesir yang mana mereka mahukan perang jihad keatas israel zionis laknatullah.

polis anti rusuhan mula mendirikan halangan konkrit untuk memastikan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir tidak menghampiri bangunan kerajaan berdekatan kerana umum tahu bahawa mereka ini adalah pro israel zionis dan sudah tentu mereka boleh melakukan apa saja untuk menghalang mesir dari menyerang israel zionis.

musri di tentang oleh golongan yang pro kepada israel dan seperti semulajadinya manusia, 
kita tidak dapat memuaskan hati semua manusia dan penyokong penyokong presiden mesir ini mahukan perlembagaan baru di buat dengan Al Quran dan As Sunnah di letakkan di peringkat paling tinggi dan menukar perlembagaan lapuk yang di buat oleh negara amerika dan british yang mana termaktub dalam perlembagaan mesir ''tidak boleh menyampuri hal-hal negara haram israel malah di wajibkan berdagang dengan israel zionis''

Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :


Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Al Quran

Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith

Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah Al Quran
Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran
Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta
Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun
by @tiewnama - ini lah President Mursi yang media Malaysia pun tidak siarkan, 
Egyptian people live! long live revolution! Islamic constitutional life! final assault 
on the zionist israel!

COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Pecah Berita! 29,792 ahli Puteri umno bakal bertukar status Janda!

Posted: 28 Nov 2012 07:13 AM PST


Kuala Lumpur - by @tiewnama 
Kepimpinan pergerakan puteri umno perlu mengambil perhatian berhubung 29,792 ahli pergerakan itu yang akan bertukar status kepada wanita Janda ekoran peningkatan 
kemungkinan suami mereka akan ke penjara selepas pru 13 ini akibat dari pelbagai faktor 
seperti rasuah dan salah guna kuasa dan sebagainya.

penolong setiausaha puteri umno Nor Azita Abd. Rahman berkata, gerak kerja penambahan 
ahli perlu dipergiatkan dan dilaksanakan secara berterusan, menurut beliau pada masa kini keahlian puteri umno seluruh negara mencapai 395,674 orang dengan Sabah yang mana 
di berikan warga filipina mykad untuk menjadi puteri umno mencatatkan jumlah keahlian 
tertinggi diikuti oleh selangor dan johor.

beliau berkata demikian dalam ucapan aluan sempena perhimpunan agung puteri umno 2012 
di pusat dagangan dunia putra atau PWTC.



by @tiewnama - ramai lah yang menjanda lepas ni. kahkahkahkah

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

labun KulupSakah...

Posted: 29 Nov 2012 03:30 AM PST

labun KulupSakah...


Bersedia

Posted: 28 Nov 2012 06:08 PM PST

14 tahun bersama...

Posted: 28 Nov 2012 09:15 AM PST

14 tahun melayar bahtera

 musim bunga, luruh, terang dan gelap bersama..
 gugur sebutir permata...
 14 tahun lalu janji dan cinta diikat...
untuk terus bersama hendaknya...pulang menjejak sebutir permata yang setia menanti...


selamat ulangtahun perkahwinan ke empat belas, Sham!
aku bukan terbaik namun aku cuba...

MiLo SuaM

Posted: 29 Nov 2012 01:30 AM PST

MiLo SuaM


Politik ketakutan lawan politik harapan - Nurul Izzah

Posted: 28 Nov 2012 09:35 PM PST

KENYATAAN DS Shahrizat Jalil yang, serupa apa disebut Tun Dr Mahathir,
berusaha untuk  menakut-nakutkan rakyat menunjukan sifat sebenar lagi
hakiki sebuah rejim yang semakin hari semakin nazak. Sebagai seorang
pemimpin, beliau seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua dan bukannya
mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan UMNO.

Nada DS Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika
Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara
hati para pengundi, terumanya rakyat Malaysia yang sudah celik politik
dan punyai keinginan kuat untuk berubah.

Pakatan Rakyat tekad pada perubahan dan agenda reformasi melalui
proses demokrasi, dan akan berusaha untuk memperkukuh dan memperkasa
sistem demokrasi pilihan raya di Malaysia. Oleh itu, saya tidak segan
mengulangi kata-kata Dato' Ambiga Sreenevasan: "Kami mahu perubahan
melalui peti undi, jika perubahan tiba."

PAU UMNO 2012 menunjukkan bahawa rakyat perlu memilih antara Politik
Ketakutan yang dijulang UMNO dan Politik Harapan yang diperjuang
Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik. Dan satu-satunya cara
untuk membuktikan UMNO tidak takut mahupun panik dalam hari-hari
menjelang PRU13 ini adalah dengan Presiden UMNO berdebat dengan Dato'
Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN
Sent from my BlackBerry®

Blog-list Malaysia

Posted: 29 Nov 2012 01:29 AM PST

Blog-list Malaysia


Ugutan Shahrizat: PAS Akan Buat Laporan Polis

Posted: 28 Nov 2012 11:00 PM PST

Kenyataan Shahrizat boleh cetus huru-hara

Kuala Lumpur: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.


"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat, kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya. -HD

Shahrizat selar media 'pro pembangkang' dalam ucapan penggulungan.

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam hari ini menyelar portal media yang dikatakan 'pro pembangkang' dan meminta mereka agar tidak menulis dengan sesuka hati.

"Media hari ini…. Twitterlah, FBlah, saya dah belajar dah. Belum terlambat untuk belajar.

Media sosial ini ada kebaikan dan keburukan kerana tiada 'limit', mereka mahu kata, mereka kata tanpa tanggungjawab.

"Tambah portal-portal ni. Guna nama Malaysian… Betul? "Apa ni? Kamu guna perkataan Malaysian, ia perlu datang dengan bangga dan maruah.

"Betul atau tidak? Janganlah, portal you (kamu) boleh nak kata saja tanpa tanggungjawab. Helah kamu — letak tajuk macam tu, kemudian orang yang dikenakan nak kena jawab, kamu tak payah jawab.

"Mana boleh macam tu, kamu yang nak perjuangkan demokrasi betul tak? Portal berita pro pembangkang pun kena bersikap adil dalam profesyen kamu, buatlah. Boleh?" kata Ketua Wanita Umno itu dalam ucapan penggulungannya.

Sebelum itu, Shahrizat turut meminta media massa agar bersikap adil kepada Wanita Umno dengan memberikan lebih bayak liputan dan bukan hanya kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang hanya mempunyai dua tiga orang ahli .

"Susah sangat untuk keluarga Wanita Umno dapat coverage (liputan).

"Saya minta media berlaku adil kepada Wanita Umno," katanya.

Dalam ucapan dasarnya pagi tadi, Shahrizat memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

"Jika kita tidak lagi di tampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

"Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

"Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

"Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," katanya.

Perhimpunan Agung Umno ke 66 berlangsung selama lima hari dari 27 November hingga 1 Disember.

Lebih 5000 perwakilan parti tersebut dari seluruh negara membanjiri PWTC untuk mendengar amanat pemimpin mereka menjelang pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

-Kelab Greenboc-


Najib Hilang Arah.. Asal Pembangkang Semua Kena Maki..

Posted: 28 Nov 2012 09:30 PM PST

Najib: Anwar bukan pengurus ekonomi cekap, sesumpah politik

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah "pengurus ekonomi yang cekap" sewaktu krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.

Najib mendakwa Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib ketua umum PKR itu, bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.


"Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

"Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.

http://www.malaysiakini.com/news/215425


Pemuda Akur Bahawa Umno Mimpi Disiang Hari

Posted: 28 Nov 2012 08:00 PM PST

KEBENARAN ITU PAHIT DAN MENYAKITKAN

Inilah hakikat yang UMNO mesti terima dan telan, berdasarkan pengakuan seorang perwakilan yang mendedahkan kepincangan pemimpinnya sendiri!!!!!

UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh melupakan hasrat untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihanraya umum ke 13.

Alasannya pemimpin UMNO di peringkat bahagian mementingkan diri serta tidak menemui rakyat di tempat masing-masing.

Perwakilan Pemuda dari Bukit Mertajam, Ramlan Ahmad memberitahu, "beberapa bahagian sangat teruk."


"Ketua bahagian Umno Pulau Pinang teruk-teruk belaka…orang yang lawan akan diblack list (senarai hitam).

"Cawangan pula akan dikeluarkan dari senarai Umno bahagian.

"Tempat saya tujuh lapan cawangan telah dikeluarkan.

"Mereka nak jadi ketua saja kerana nak buat rumah atas bukit.

"Tetapi tak mahu jumpa rakyat, macam mana Umno nak menang," kata Ramlan lagi.

`Terpinggir dan terhapus'

Bagaimanapun, beliau enggan fotonya diambil kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pemimpin UMNO di bahagiannya.

Rakannya yang mahu dikenali sebagai Mahmud dari Bukit Gelugor menambah, Pakatan Rakyat akan menang lagi di Pulau Pinang dalam pilihanraya akan datang.

Pemimpin UMNO bercakap sahaja tetapi tidak buat kerja untuk rakyat, dakwa Mahmud.
Beliau mengaku takut jika DAP terus berkuasa di Pulau Pinang kerana orang akan semakin terhapus.

"Sekarangpun dalam tempoh empat tahun Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, kami sudah terpinggir.

"Kalau tambah empat tahun lagi kami semua akan terhapus," ujar Mahmud.

Dalam pilihanraya umum lalu, Pakatan Rakyat menyapu bersih 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diketuai DAP dan KEADILAN manakala Umno keseorangan menjadi pembangkang dengan 11 kerusi setelah kesemua calon BN lain dari MCA, MIC dan Gerakan tumbang satu-persatu hingga tidak ada seorang pun wakil BN selain Umno dalam dewan undangan negeri.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen di seluruh negeri itu termasuk di bahagian pulau dan tanah besar.

Sekali lagi DAP mendahului dengan tujuh kerusi parlimen diikuti KEADILAN dengan empat manakala UMNO cuma tinggal dua masing-masing di parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor di bahagian tanah besar.


Najib Perlu Saman Deepak Kerana Menfitnahnya..

Posted: 28 Nov 2012 06:57 PM PST

Husam: Najib tak boleh diam lagi isu Deepak

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.

"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.


Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.

Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.

"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.

"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.

Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:

"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala.

"Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya.

"Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.

Balasubramaniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib.

Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, dengan alasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.

Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.

Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama.

http://www.malaysiakini.com/news/215421


Umno Perak Mimpi Disiang Hari

Posted: 28 Nov 2012 06:41 PM PST

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kejayaan strategi yang dilaksanakan oleh BN sepanjang lebih tiga tahun memerintah negeri itu.

"Insya-Allah, apabila diberi amanah untuk mengepalai negeri ini, tentu kita mempunyai strategi taktikal, peralatan perang dan sebagainya, dan BN yakin dapat
mempertahankan kedudukannya di Perak," katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.


Zambry berkata, Umno dan BN Perak kini berada di peringkat persiapan akhir menghadapi PRU yang bakal diadakan bila-bila masa.

"Kalau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum pilihan raya akan diadakan esokpun, kita sudah bersedia menghadapinya," tegasnya.

Mengulas lanjut, Zambry berkata kemenangan BN di Perak akan ditentukan oleh undi daripada semua kaum, bukan kaum tertentu sahaja.

Mengenai undi kaum Cina, beliau menjelaskan: "Keadaan di Perak berbeza dengan negeri lain. Kita tidak boleh buat tahap pengundian masyarakat Cina secara umum, ada yang tinggal di bandar dan ada yang tinggal di desa."

Zambry berkata, beliau melihat sokongan masyarakat Cina terhadap BN ketika ini adalah baik.

Menyentuh soal calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya umum, beliau berkata, penyediaan senarai calon kini berada di peringkat akhir, dan penilaian
secara berterusan akan dilakukan sehingga waktu pilihan raya.

Ditanya mengenai muka baru, beliau berkata BN Perak akan mengetengahkan kira-kira 40 hingga 50 peratus muka baru pada PRU kali ini.

Mengenai sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkor atau berpindah ke Parlimen, Zambry berkata segala-galanya bergantung kepada keputusan Najib.

Setakat ini, arahan yang diterimanya daripada Najib adalah untuk mengepalai jentera pilihan raya Perak bagi menghadapi PRU, katanya.
BN Perak kini mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, pakatan pembangkang 27 manakala wakil Bebas pula empat kerusi.

- Bernama



AL FUTHUHAT

Posted: 29 Nov 2012 01:12 AM PST

AL FUTHUHAT


Desak tangkap Hishammuddin Hussein

Posted: 28 Nov 2012 08:00 AM PST

Kelab Greenboc

Posted: 29 Nov 2012 01:11 AM PST

Kelab Greenboc


Memang Najib Bacul, Kutuk Anwar Tetapi Takut Berdebat

Posted: 29 Nov 2012 12:46 AM PST

Sekali lagi, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mempamirkan dirinya seorang "pengecut" apabila menggunakan platform Perhimpunan UMNO untuk membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah "pengurus ekonomi yang cekap" sewaktu krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.

Malaysiakini melaporkan Najib mendakwa Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib ketua umum PKR itu, bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.

"Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

"Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.

Anwar telah berulangkali mempelawa Najib untuk berdebat tetapi telah tidak dihiraukan Najib dengan pelbagai alasan kononnya debat bukan budaya kita.

Tetapi Najib mengambil setiap kesempatan yang ada di dalam mana-mana perhimpunan sehala untuk membidas dan mencaci Ketua Pembangkang berkenaan.

Ternyata Najib hanya berani di gelanggang sendiri, tetapi pengecut untuk berdepan dengan DS Anwar.




Sahut debat Anwar-Najib untuk buktikan Umno tidak takut

KUALA LUMPUR 29 November: Pakatan Rakyat mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika benar Umno tidak takut.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 menunjukkan rakyat perlu memilih antara politik ketakutan yang dijulang parti itu dan politik harapan yang diperjuang Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik.

"Satu-satunya cara untuk membuktikan Umno tidak takut mahupun panik dalam hari-hari menjelang PRU 13 ini adalah dengan Presiden Umno berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang serupa disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menakut-nakutkan rakyat menunjukkan sifat sebenar rejim Umno yang semakin nazak.

Izzah berkata, sebagai pemimpin, Shahrizat harus menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua, bukannya mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan Umno.

"Nada Datuk Seri Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU 13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara hati para pengundi, teruma rakyat Malaysia yang sudah celik politik dan punyai keinginan kuat untuk berubah," katanya.

Tegas beliau, Pakatan Rakyat tekad pada perubahan dan agenda reformasi melalui proses demokrasi, dan akan berusaha untuk perkukuh dan memperkasa sistem demokrasi pilihan raya di Malaysia.

"Oleh itu, saya tidak segan mengulangi kata-kata Datuk Ambiga Sreenevasan: 'Kami mahu perubahan melalui peti undi, jika perubahan tiba'," kata Izzah.
-KD


FMT readers want Najib to lock horns with Anwar

PETALING JAYA: Of the 4,675 readers who took part in the latest FMT poll, 95% or 4,442 of them want Najib Tun Razak and Anwar Ibrahim to debate on government policies and the general election.

Calls for Najib to debate with Anwar reignited three days ago when Bersih 2.0 co-chairman, S Ambiga said Bersih would initiate a petition to push for the debate.

Penang chief Minister Lim Guan Eng said that Najib is dodging calls for a debate whilst PKR vice president and Anwar's daughter, Nurul Izzah Anwar called Najib a false democrat.

BN component leaders like MCA president Dr Chua Soi Lek and MIC secretary-general S Murugesan defended Najib's decision to not debate, saying it was a waste of time.

Only 2% or 128 people did not want Najib and Anwar to debate whereas 3% or 128 people did not care whether the two leaders had a debate or not.



Pendedahan Deepak: Najib Perlu Jawab Kerana Dikaitkan Dengan Pembunuhan Altantuya

Posted: 28 Nov 2012 11:11 PM PST


Husam: Najib tak boleh diam lagi isu Deepak

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.

"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.

Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.

Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.

"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.

"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.

Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:

"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala.

"Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya.

"Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.

Balasubramaniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib.

Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, dengan alasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.

Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.

Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama. -mk

Berikut adalah kenyataan penuh Husam

Kenyataan Terbuka Deepak Jaikishan: Hayat Politik Najib Berakhir Sebelum PRU 13? Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik.

Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO di mana Najib akan berucap merasmikannya.

Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib.

Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya - sehingga bagi insan waras - Najib sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara.

Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, UMNO adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah 'diam itu emas'.

Kenyataan Deepak sangat serius kesannya :

1. "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya".

"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya.

Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala".

2. "Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil.

Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti".

3. "Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori".

4. "Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam".

5. "Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka".

Setiap satu dari kenyataan ini adalah ekplosif. Semuanya dengan jelas tertuju kepada isu pembunuhan Altantuya dan PM dan keluarganya dengan beraninya dilibatkan.

Bagaimana Najib akan menerajui UMNO/BN menghadapi pilihanraya paling genting dengan isu peribadi membelit dirinya?

Adakah UMNO sanggup mempertahankan Presiden mereka jika mereka sedar survival UMNO ditambah beban oleh isu peribadi Presiden partinya, ketika UMNO sendiri tercungap-cungap keletihan?

Semua perkembangan, termasuk isu Scorpene yang semakin membarah dan kenyataan akuan bersumpah Bala yang terus hidup, menunjuk kepada terbebannya UMNO dengan isu peribadi Najib.

UMNO mempunyai pilihan

Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru.

Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa.

Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak.

Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya tidak mengambil apa-apa langkah susulan. Satu kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir atau Muhyidin cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum PRU 13.

Malaysia tentunya sangat malang mempunyai PM selemah itu dan terbelit dengan isu sekejam itu.

Malaysia tidak akan terasa aman selagi Perdana Menterinya tidak dibersihkan dengan isu pembunuhan Altantuya oleh satu badan bebas.

Najib yang benar-benar tidak bersalah harus mengizinkan pihak ketiga yang bebas menyiasat isu ini secara menyeluruh.

Jika tidak, kenyataan Deepak dan Bala adalah benar dan kita juga dalam bahaya!

Husam Musa
Naib Presiden PAS
28 November 2012



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

MyWATCH : Kadar Jenayah Semakin Meningkat, Kerajaan Perlu Bertindak

Posted: 28 Nov 2012 08:48 PM PST

NGO Malaysian Crime Watch Task Force (MyWATCH) mendakwa statistik Kerajaan Pusat tidak melambangkan realiti sebenar di mana kes-kes jenayah semakin menular sehingga anggota polis menjadi mangsa.

Pengerusinya, R Sri Sanjaven berkata masyarakat kini dibelenggu rasa ketakutan kerana jenayah boleh berlaku tidak mengira waktu dan tempat.

"Kita sekarang dalam keadaan tidak selamat lagi, kejadian kecurian dan pembunuhan semakin meningkat itupun kerajaan mendakwa bahawa negara masih lagi selamat," katanya di dalam satu sidang media di sini semalam.

Hadir bersama Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang juga penaung MyWatch.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka yang menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu, manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Akan tetapi statistik tersebut dipertikaikan Sanjaven yang merujuk kepada kes berprofil tinggi seperti kecurian kereta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang ketika itu menjawat Ketua Polis Selangor.

Malah juga terdapat cubaan untuk merompak rumah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye turut Oktober lepas.

Ujar beliau, kerajaan perlu memberi penjelasan dan telus dalam mengumumkan indeks statistik jenayah.

Dalam pada itu, Musa berkata pihak polis dan kerajaan sewajarnya melantik pihak ketiga yang bebas seperti universiti untuk memberikan data statistik jenayah.

Katanya semasa beliau menjadi Ketua Polis Negara, pakar-pakar bebas yang mempunyai pengalaman luas dipanggil bersama untuk membuat kajian berkenaan indeks statistik jenayah.

"Semasa menjadi KPN, kita mendapatkan geran daripada kerajaan untuk Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membuat penyelidikan terhadap statistik kadar jenayah dari pihak polis.

"Kajian itu telah dijalankan oleh Professor Sundramorthy, dan program itu sepatutnya terus berjalan sehingga kini," katanya. -selangorku

Ugutan Shahrizat: 13 Mei Jika UMNO Kalah, PAS Akan Buat Laporan Polis Seluruh Negara

Posted: 28 Nov 2012 07:02 PM PST

Kenyataan Shahrizat boleh cetus huru-hara

Kuala Lumpur: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa,"
katanya.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat, kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.


"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku,"
katanya. -HD

Shahrizat selar media 'pro pembangkang' dalam ucapan penggulungan.

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam hari ini menyelar portal media yang dikatakan 'pro pembangkang' dan meminta mereka agar tidak menulis dengan sesuka hati.

"Media hari ini.... Twitterlah, FBlah, saya dah belajar dah. Belum terlambat untuk belajar.

Media sosial ini ada kebaikan dan keburukan kerana tiada 'limit', mereka mahu kata, mereka kata tanpa tanggungjawab.

"Tambah portal-portal ni. Guna nama Malaysian… Betul? "Apa ni? Kamu guna perkataan Malaysian, ia perlu datang dengan bangga dan maruah.

"Betul atau tidak? Janganlah, portal you (kamu) boleh nak kata saja tanpa tanggungjawab. Helah kamu — letak tajuk macam tu, kemudian orang yang dikenakan nak kena jawab, kamu tak payah jawab.

"Mana boleh macam tu, kamu yang nak perjuangkan demokrasi betul tak? Portal berita pro pembangkang pun kena bersikap adil dalam profesyen kamu, buatlah. Boleh?" kata Ketua Wanita Umno itu dalam ucapan penggulungannya.

Sebelum itu, Shahrizat turut meminta media massa agar bersikap adil kepada Wanita Umno dengan memberikan lebih bayak liputan dan bukan hanya kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang hanya mempunyai dua tiga orang ahli .

"Susah sangat untuk keluarga Wanita Umno dapat coverage (liputan).

"Saya minta media berlaku adil kepada Wanita Umno," katanya.

Dalam ucapan dasarnya pagi tadi, Shahrizat memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

"Jika kita tidak lagi di tampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

"Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

"Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.


"Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," katanya.

Perhimpunan Agung Umno ke 66 berlangsung selama lima hari dari 27 November hingga 1 Disember.

Lebih 5000 perwakilan parti tersebut dari seluruh negara membanjiri PWTC untuk mendengar amanat pemimpin mereka menjelang pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.


[IMBAS KEMBALI] Menteri KDN Gagal Jawab Siapa & Mengapa Rekod Perjalanan Altantuya Dipadam

Posted: 28 Nov 2012 03:31 PM PST

Menteri Keselamatan Dalam negeri, Hishamuddin Tun Hussein gagal untuk memberikan penjelasan terhadap soalan ahli parlimen Pakatan Rakyat di parlimen mengenai pemadaman rekod perjalanan Altantuya oleh pihak Imigresen.

Ahli Parlimen PKR Gombak di dalam soalan tambahannya kepada soalan asal No. 3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) adakah pihak Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kaedah tertentu bagi menghalang warganegara asing daripada memasuki Malaysia semula setelah dihantar pulang ke negara asal mereka apabila didapati berkelakuan salah; dan

(b) berapa jumlah warganegara asing yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka dan berapakah jumlah yang berjaya ditangkap semula setakat ini sejak 2005. [7 Jun 2010]

BERKAITAN:

Siapa padam rekod perjalanan Altantuya?

Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.

Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan.

"Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hishammuddin tentang tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk memantau pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini.

"Hishamuddin menjawab bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab dalam memantau pergerakan berdasarkan aspek keselamatan dan ancaman kepada negara. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan itu sudah tentulah Jabatan Imigresen memerlukan satu pengkalan data bagi memastikan segala maklumat warga asing akan disimpan dengan baik, agar menyenangkan untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Pada masa yang sama saya inginkan penjelasan dari kementerian apakah bidang kuasa Jabatan Imigresen untuk memadamkan dan menghilangkan rekod perjalanan warga negara asing khususnya Altantuya.

"Sekiranya rekod ini dipadamkan siapakan yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

"Kita melihat tindakkan memadam rekod pergerakkan warga asing adalah satu jenayah yang besar dan perlu diambil serius.Perkara ini perlu diatasi bukannya membiarkan begitu sahaja," jelas beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Azmin juga merasa dukacita dengan tindakan Hishammuddin kerana cuba mengelak memberi jawapan kepada soalan beliau sehingga jawapan yang diberikan terdapat percanggahan.

"Saya dukacita dengan kenyataan yang diberikan oleh Hishammuddin terhadap soalan tersebut, beliau cuba untuk mengelak memberi jawapan. Saya dapat melihat dengan jelas beliau cuba mendapat isyarat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan berada di dalam Dewan.

"Kenapa perlu tunggu isyarat dari Najib dan apa kaitannya dengan Najib, bukankah itu adalah tanggungjawab Jabatan Imigresen yang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Reaksinya jelas tidak mahu memberi jawapan dan akhirnya beliau memberitahu jawapan telah diberikan sebelum ini.

"Bagi saya tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh kementerian terbabit berhubung rekod warga Mongolia yang telah dipadamkan itu. Tindakan kementerian yang cuba mengelakan dan membuat penafian ini jelas menimbulkan pertanyaan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kita perlukan jawapan yang jelas dari kementerian, beliau bukan selalu ada di Dewan jadi kesempatan inilah yang sepatut digunakan untuk memberi penjelasan bukan membuat penafian. Kita tahu kehadiran Altantuya di Malaysia tetapi kenapa rekod perjalannya memasuki Malaysia telah dipadamkan, kementerian perlu berani berhadapan dengan situasi sedemikian," tegas Azmin lagi.


[EDISI PECAH LUBANG] Musa Hassan Dakwa Hishamuddin Campurtangan Dalam PDRM

Posted: 28 Nov 2012 06:26 AM PST

Bekas IGP tuduh Hisham campurtangan dalam PDRM

Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.

"Sudah tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang menteri.

Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka," kata Musa.

Beliau menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan polis negara. Musa bersara pada September 2010.

Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.

Ditanya lagi sama ada Hishammuddin menunjukkan reaksi negatif, Musa menjawab: "Saya fikir begitulah.

Itulah sebabnya (kontrak saya) tidak dilanjutkan." -mk

Bekas KPN dakwa menteri campur tangan siasatan

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Tan Sri Musa Hassan (gambar) menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

"Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

"Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekarang, siapa yang kawal sekarang?" soal Musa.

Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

"Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO (Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?

"Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan."

Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

"Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.

"Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

"Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) "Saya arahkan polis buat itu... buat ini," jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.

"(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas.

"Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.

"Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya," gurau beliau.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

"Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.

"Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.

"Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung," dakwa Musa.

Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan "mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM".

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah "sebenar" daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah "dimanipulasi" sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Posted: 28 Nov 2012 11:45 PM PST

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERLAKU 13 MEI, TIDAK PAYAH BAYAR HUTANG LEMBU

Posted: 28 Nov 2012 12:24 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA berkatalah betina bernama Kak Ijat, seorang tokey lembu bahawasanya sekiranya PR memerintah maka negara ini akan huru-hara seperti 13 Mei dahulu kala.  Ertinya, di Selangor, Kedah, Kelantan dan P.Pinang sekarang telah lama berlaku huru-hara dan banyak darah orang-orang Melayu, Cina dan India tumpah ke bumi semenjak 2008.

Begitulah andaian tokey lembu yang bercakap di dalam kandang lembu untuk memberi peringatan kepada seluruh isi kandang.  Apakah beliau sememangnya ingin sangat berlaku peristiwa seperti 13 Mei?  Pada kepala otaknya yang berjambul itu, jika berlaku 13 Mei nanti maka negara akan huru-hara dan bila negara huru-hara sudah pastilah 'hutang beli lembu' RM250 juta tak perlu dibayar.  Kirim salam bebanyak.....

Peliknya, masih ada lagi yang masih percaya kepada kata-kata betina yang tidak tahu anaknya bekerja apa itu?  Kalau dah dia dengan anaknya pun dia tak ambil tahu, korang semua nak ikut cakap dia lagi?  Paling melucukan, sekumpulan lembu betina memujuk merayu agar bos mereka itu diberi peluang sekali lagi.  Peluang untuk bela lembu lagikah?  Budaya ampu dan bodek tidak boleh dipisahkan.....maka jadilah mereka kartun 'transformer' yang berubah-ubah bentuk mengikut apa jua pemimpin arahkan.