Rabu, 17 Oktober 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 17 Oct 2012 02:19 PM PDT

Kata Pakteh...!!

Posted: 17 Oct 2012 01:56 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Analisis bajet 2013 : #Berapa nilai PR beri kepada Islam? eh eh...Pas dok pertikai Najib tak bagi kat SAR

Posted: 16 Oct 2012 07:21 PM PDT

PAS seperti buta hati untuk membuang segala kebaikan dalam bajet 2013. Begitu banyak peruntukan yang jatuh ke tangan umat Islam, Pas masih mempersoalkan itu dan ini...

Hari ini ada baiknya Pakteh tanya Pas...apa Anwar dari berikan untuk Islam dalam bajet PR baru-baru ni?

Berapa untuk sekolah yang majoriti @ 100% pelajarnya Islam?

Berapa?





Berapa?




Berapa Anwar dah sediakan peruntukan?






BERAPA?????????????????

HABAQ LAAA.........BERAPA???

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 17 Oct 2012 01:38 PM PDT

yang ku dengar dan ku lihat


Berdamailah wahai pemimpin melayu.

Posted: 16 Oct 2012 07:21 PM PDT

Saya masih ingat kata-kata enak oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Asri Haji Muda semasa mengulas persekongkolan antara PAS dengan BN yang membentuk kerajaan campuran di Kelantan, katanya DAMAI ertinya NIKMAT.

Semalam ada seorang kuat UMNO memberitahu saya, beliau berdoa tiap2 malam selepas sembahyang isya supaya selepas PRU13 nanti PAS akan bersama UMNO memimpin negara Malaysia sepertimana yang telah berlaku dulu, kerana katanya hanya PAS dan UMNO saja yang boleh menyelamatkan ugama islam dan bangsa melayu di Malaysia ini.

Melihat kepada perkembangan politik tanahair terkini adalah perlu parti2 politik yang dipimpin oleh orang-orang islam dan melayu bersatu untuk mentadbir negara supaya rakyat Malaysia akan dihormati oleh bangsa asing terutamanya diluar negara kerana bangsa malaysia mampu mempertahankan keutuhan bangsa melayu dan terus memertabatkan ugama isalam.

Istilah 'Damai ertinya Nikmat' harus dipupuk dikalangan rakyat malaysia terutamanya bangsa melayu yang berugama islam, maka adalah satu keputusan yang tepat yang telah diambil oleh Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara yang menarik balik saman terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim sekiranya tindakan Musa Hassan itu jujur dan ikhlas tidak mahu bermusuh lagi.

Sekiranya Musa Hassan dan Anwar Ibrahim boleh duduk bersama maka dalamnya makna 'Damai ertinya Nikmat' kerana tidak terlintas dalam benak pemikiran manusia bahawa akan terjalin persahabatan diantara Musa Hassan dengan Anwar Ibrahim.

Fenomena bekas2 pegawai tinggi kerajaan menyokong PR yang diterajui moleh Anwar Ibrahim menampakkan pentadbiran PM Najib semakin kucar kacir, setiap benda baru yang diumumkan oleh kerajaan BN ada saja yang tak kena dan dipertikai oleh rakyat jelata. Apakah itu adalah tanda-tanda awal kejatuhan kerajaan BN.

Manakala terdapat banyak ciri dalam perkembangan politik hari ini, manusia atau pun NGO yang menyokong kerajaan semuanya boleh diibaratkan, 'sokong membawa rebah' kerana suara-suara sokongan tersebut lebih memuakkan rakyat dari terus menyokong kerajaan kerana manusia tersebut dan NGO itu bertindak 'lebih lajak dari laju.

Sesungguhnya kata-kata Allahyarham Dato' Asri Haji Muda masih terdengar ditelinga saya,'Damai Ertinya Nikmat'. Apakah melayu hari ini tidak boleh berdamai, sekiranya boleh dan siapakah patut memulakan perdamaian itu, kepada saya UMNO wajib memulakan kerana UMNO ada kuasa dan saya rela memperhambakan diri untuk kearah mencari ' Damai dan Nikmat'. sepertimana saya memperhambakan diri untuk menghidup UMNO baru.


yeopPERAK

Posted: 17 Oct 2012 01:37 PM PDT

yeopPERAK


Puisi Aku cinta padamu

Posted: 17 Oct 2012 12:53 PM PDT


takdir menemukan dua hati kemerahan
dan lalu menyimpulnya menjadi satu ikatan
lantas terbinalah sebuah mahkota cinta sejati
tementerai satu perjanjian ingin sehidup semati
di saat hati ini suram kekosongan
menagih kasih berpanjangan
merintih kasih tiada berteman
dikau hadir dalam bayangan
menyeri hati dalam kesepian
saat pahit dan manis kita kongsi bersama
riang dan tawa hanya kita berdua


terdetik dihati ini
ingin terus melafaz kata cinta sejati
padamu dambaan hati
teringat di masa itu kita duduk berduaan
kita berpegangan tangan
sambil kita ketawa riang
membuatkan hati ini menjadi tenang
dikala malam dan siang kau selalu ku terbayang
datang kearah ku sambil menyanyi lagu indah
ku nanti saat indah
saat kita bersama
di saksi bulan purnama
kita menjalin cinta

Apa Yang Tersirat

Posted: 17 Oct 2012 01:32 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Mantan IGP Musa Hassan-Nafi Masuk PAS

Posted: 16 Oct 2012 11:39 PM PDT

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dengan keras khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai Pas atau mana-mana parti.

Malah beliau juga menegaskan, keputusannya menarik balik saman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tiada kaitan dengan khabar angin dan spekulasi kononnya akan menyertai parti politik pembangkang termasuk Pas.

"(Khabar angin) tidak ada kaitan dengan kes semalam," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya dakwaan dan spekulasi di laman siber bahawa beliau akan menyertai Pas, Musa yang bersara sebagai Ketua Polis Negara akhir 2010 berkata: "Itu tidak benar."

"Kalau cerita-cerita yang keluar di Internet tu, tahu sahajalah kebenarannya.

"Lagipun sama ada Pas ataupun Umno, tidak ada sesiapa pun yang datang berjumpa saya untuk menawarkan keahlian," kata beliau lagi.

Semalam, Musa menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, berhubung siasatan insiden 'mata lebam' pada 1998.

Keputusan itu dicapai dan diputuskan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad semasa prosiding hari pertama perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memutuskan kes itu dibatalkan tanpa sebarang kos.

Musa menjelaskan, sejak mula berkhidmat sebagai anggota polis, beliau tidak pernah terlibat atau menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti politik.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai Pas jika ada tawaran, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak boleh cakaplah tentang perkara di masa depan.

"Pada diri saya, saya bebas dan undi saya adalah rahsia jika ditanya tentang parti mana yang akan saya pilih pada pilihan raya," kata beliau yang kini mengajar secara kontrak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

tun faisal dot com

Posted: 17 Oct 2012 01:28 PM PDT

tun faisal dot com


Audit: PR sembunyi fakta hutang, perolehan aset mahal 8 kali ganda? #ubahPenang

Posted: 17 Oct 2012 06:30 AM PDT

 Penurunan hutang Penang bukan kerana Lim Guan Eng cekap tetapi kerana dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) – organisasi di bawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).




BONGKAR: Guan Eng Salah Tadbir Di Pulau Pinang


DAP nampaknya begitu berbangga dengan laporan Audit 2011 yang menunjukkan penurunan hutang negeri tersebut antara 94 – 97%.  Konon-kononnya penurunan ini ada kaitan dengan kehebatan mengurus parti rasis, cauvanis cina ini, dibanding dengan BN dan negeri-negeri lain dimana mereka memerintah.

Maka para penyokong Pakatan Rakyat dibawah yang tidak punya keupayaan berfikir yang hebat seperti orang lain, menerima sahaja berita ini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada laporan audit tersebut bagi mendapatkan lebih maklumat bagaimana yang dikatakan penurunan hutang itu

Sebetulnya, yang tidak disebut DAP ialah, penurunan hutang ini dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) – organisasi dibawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Selain dari itu, laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang.  

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan – sekadar menyebut beberapa perkara.

Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini. Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutong dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan, telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.

Sementara dalam masa yang sama, aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam, semakin rancak dijalankan di Pulau Pinang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut.

Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri. Sistem yang digunakan tidak jelas, bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit.

Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang, kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu, tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan.

Paling mencuri tumpuan penulis dalam laporan audit semalam ialah tindakan beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri yang membayar bonus kakitangan dikala syarikat itu sendiri mengalami kerugian.. Kalau tidak salah penulis, masalah sama pernah dikenal pasti di sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri di Selangor beberapa tahun lepas – untung tidak ada tapi bonus berkoyan.

Nampaknya fahaman DAP ini memang lain. Tak tahu teknik perakaunan mana yang digunakannya tapi syarikat kerajaan negeri yang tidak memberi sebarang keuntungan boleh membayar bonus kepada kakitangannya!!

Jadi toksahlah DAP nak cakap besar dan buat bising tentang prestasi kerajaan BN diperingkat persekutuan kalau dalam negeri yang mereka perintah sendiri pun ada banyak masalah yang tidak terjaga.

Penulis nak menyentuh sedikit tentang kos-kos pembelian 'tidak munasabah' yang dikesan berlaku dalam laporan audit kali ini. Nak dijelaskan disini bahawa ianya bukan disebab oleh penyelewengan atau apa pun cuma bajet berlebihan dari akaun lain, dipindahkan ke akaun yang kurang atau telah habis.

Contoh, rekod pembelian TV berharga RM 1,500, tapi dikesan dibeli dengan harga RM 10,000. Wang itu tidak masuk poket sesiapa pun tapi bajet itu yang dipindahkan.

Ini biasa berlaku, tanyalah orang kerajaan terlibat, depa tahulah, yang penting tidak ada kaitan dengan penyelewengan


Audit: tadbir urus PR Kedah hancus, tak telus #tukarKedah

Posted: 17 Oct 2012 03:01 AM PDT

Laporan Audit Kedah: Bukti PAS Tidak Mampu Memerintah

Rata-rata Laporan Audit negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menunjukkan kelemahan di sana sini dan langsung tidak menggambarkan ketelusan atau kecekapan yang jauh lebih baik dari Barisan Nasional sepertimana yang digembar-gemburkan mereka.

Namun begitu, rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa kelemahan pentadbiran Kedah berada di kelasnya yang tersendiri – iaitu paling bawah antara semua negeri-negeri lain kerana sifatnya yang 'tidak masuk akal'.

Walaupun kita cukup maklum akan kelemahan PAS Kedah dalam mentadbir, tetapi apa yang terdedah melalui Laporan Audit 2011 ini adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Kita tidak dapat memahami bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian projek jutaan ringgit.

Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam. Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain. Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud!

Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London.

Entah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan.

Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap.

Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang konkrit.

Penulis tidak berniat untuk mengulas panjang, tetapi cukup bagi rakyat Kedah untuk menilai pentadbiran PAS melalui menilai 3 projek ini sahaja. Apa yang dapat dilihat ialah amalan kronisme, korupsi, ketidakcekapan dan kelemahan keseluruhan jentera pentadbiran PAS Kedah. Seolah-olah tiada sistem jelas berkenaan kelulusan sesuatu projek di mana sesuatu pihak boleh dengan sewenang-wenang membelakangkan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam membuat keputusan termasuk yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Ini juga membuktikan betapa kepimpinan Dato' Seri Azizan Razak tidak mempunyai kawalan atau mungkin juga pengetahuan langsung berkenaan apa yang berlaku di dalam negerinya, seperti siapa yang membelanjakan wang negeri, untuk apa dan ke mana akhirnya.

Keseluruhan audit juga menunjukkan pengurangan yang drastik dalam lebihan pendapatan iaitu daripada lebih RM20 juta pada tahun 2010, menjadi hanya RM2 juta lebih bagi tahun 2011. Alasan yang diberi adalah bagi menampung kos pentadbiran. Namun, dari apa yang dilihat nampaknya begitu banyak wang negeri telah dileburkan untuk projek-projek yang sama ada tidak sesuai, berisiko tinggi sehingga akhirnya tidak terlaksana atau gagal sama sekali, semata-mata kerana pentadbiran dan kepimpinan negeri begitu lemah, tidak cekap dan mengamalkan rasuah dan kronisme.

Rakyat Kedah wajar mendesak siasatan lanjut dilakukan terhadap mereka-mereka yang terlibat sehingga menyebabkan begitu banyak kerugian dialami oleh negeri.

Sumber - Beruang Biru
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AUDIT: PR belanja besar, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal lingkup? #ubahSgor

Posted: 16 Oct 2012 11:30 PM PDT



PR gagal - Perbelanjaan Yawas terlalu besar

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - TAWAS BAKAL LINGKUP?

1. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengesahkan apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ikon kebajikan kerajaan negeri Selangor ini.

2. Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.

3. Biarpun telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan promosi skim, hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya. Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.

4. Dalam soalan bertulis saya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi lalu, kerajaan negeri tidak menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025. Soalan ini tidak dijawab.

5. Menurut maklumat dalam laman webnya, Yawas ditubuhkan pada 5 Februari 2009. Kerajaan negeri menyumbang RM 8.5 juta untuk dana Tawas dan RM 5 juta untuk dana operasinya. Saya tertanya-tanya mengapa begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi Yawas. 

6. LKAN juga mendedahkan bahawa pendapatan daripada pelaburan jangka pendek YAWAS bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM198,101, RM210,716 dan RM213,955. Manakala  kos operasi Yawas RM1.55 juta (2009), RM1.64 juta (2010) dan RM1.71 juta (2011). Ini bermakna jumlah pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa. 

7. LKAN mendedahkan baki dana Yawas pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta. Menurut LKAN, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS."

8. Berdasarkan kenyataan bahawa jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM 13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM 5.68 juta, ini bermakna sejumlah RM 7.82 juta telah dibelanjakan. 

9. Berdasarkan jumlah kos pengurusan skim ini selama 3 tahun ialah RM 4.5 juta, kita beranggapan hanya RM 1.18 juta yang dilaburkan. Adakah wajar sebannyak RM 4.5 juta dihabiskan untuk menguruskan pelaburan 1.18 juta? Atau adakah wajar RM 4.5 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang anak-anak di bawah skim Tawas? 

10. Sebagai kerajaan yang telus, Kerajaan Negeri Selangor wajar menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yawas begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini. 

11. Jika trend perbelanjaan dan pendapatan seperti sekarang berterusan tidak mustahil Yawas dan Tawas akan ditutup dalam lima tahun lagi atau terpaksa diselamatkan oleh kerajaan negeri.

12. Jangan nanti skim Tawas menjadi skim was-was.

[AUDIO] #Kantoi! PR nak menang Putrajaya bukan untuk rakyat tapi diri sendiri

Posted: 16 Oct 2012 06:30 PM PDT

Audit: Kerugian dan liabiliti meningkat, PR Selangor gagal tadbir UNISEL #ubahSgor

Posted: 16 Oct 2012 06:30 PM PDT



Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati secara keseluruhannya, prestasi kewangan PIYSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian sebelum cukai, kerugian terkumpul dan jumlah liabiliti PIYSB telah meningkat pada tahun 2010 berbanding tahun 2009

KETUA AUDIT SAHKAN KEWANGAN, PENTADBIRAN UNISEL BERMASALAH!!!

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2011 untuk aktiviti pengurusan syarikat kerajaan negeri Selangor mengesahkan kepincangan aspek kewangan termasuk urus tadbir korporat Universiti Selangor (Unisel) di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Laporan itu menyebut bahawa prestasi kewangan universiti berkenaan tidak memuaskan, audit dalaman yang gagal berfungsi termasuk Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan tidak ditubuhkan.

Turut dinyatakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Unisel tidak dijalankan seperti syarikat-syarikat lain, malah Piawaian Prosedur Operasi (SOP) universiti itu tidak diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) adalah sebuah syarikat subsidiari Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dengan pegangan saham 100 peratus dimiliki oleh kerajaan negeri yang dipertanggunjawabkan untuk menguruskan Unisel.

"Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati secara keseluruhannya, prestasi kewangan PIYSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian sebelum cukai, kerugian terkumpul dan jumlah liabiliti PIYSB telah meningkat pada tahun 2010 berbanding tahun 2009," memetik laporan berkenaan.

Unisel sebelum ini dipalitkan dengan masalah kewangan ekoran gagal menarik minat pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

Malah kebajikan pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi itu didakwa diabaikan kerana kurang penyelenggaraan bahagian asrama termasuk tidak diberikan kunci.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini mengakui bahawa kerajaan Selangor tidak mampu menjelaskan hutang kos penyelenggaraan Jana Niaga Sdn Bhd (JSNB) melibatkan operasi asrama.

Khalid juga menjelaskan kelewatan pendedahan laporan audit kewangan Unisel disebabkan banyak perkara perlu diperbetulkan oleh kerajaan negeri berikutan laporan itu tidak didedahkan hampir lima tahun.

Justeru pihak audit mengesyorkan PIYSB supaya mengambil tindakan bagi mempertingkatkan prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan kewangan serta tadbir urus korporat.

"Ahli Lembaga Pengarah PIYSB perlu sentiasa memantau prestasi kewangan syarikat untuk mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat serta memastikan syarikat mematuhi peraturan Kerajaan Negeri serta Amalan Terbaik Tadbir Urus Korporat Malaysia."

Lembaga Pengarah PIYSB terdiri daripada 10 ahli iaitu Menteri Besar Selangor sebagai Pengerusi, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Exco Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Peguambela/Peguamcara, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Banking And Finance Institute Malaysia dan dua orang ahli korporat.

Syarikat ini diketuai oleh Presiden atau Naib Canselor dan dibantu oleh 413 orang kakitangan akademik dan 405 orang kakitangan pentadbiran.

SUMBER: Antarapos


Audit: Pas `ghaibkan' RM140 juta peruntukan penyelengaraan jalan di Kelantan? #TukarKelantan

Posted: 16 Oct 2012 03:30 PM PDT


Dalam tempoh 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan sebanyak  RM111.32 juta sedangkan peruntukkan yang diterima dari kerajaan persekutuan adalah RM259.73 juta untuk penyenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PTJ dan PBT



Laporan Audit Negara : Pembangkang Sorok Kelemahan Negeri Sendiri




Media pembangkang seperti Haprak Daily dan Suara Keldaian memfokuskan Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang mula diedarkan di Parlimen semalam di mana 547 teguran dikemukakan kepada agensi Kerajaan Persekutuan, 97 (badan berkanun persekutuan) dan 534 (kerajaan negeri).

Berdasarkan pengauditan terhadap 456 penyata kewangan kerajaan dan agensinya pada 2011, sebanyak 388 atau 85.1 peratus penyata kewangan diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.

Manakala sebanyak 25 atau 5.5 peratus penyata kewangan diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.


Namun di sebalik laporan yang diedarkan di parlimen semalam, media-media pembangkang yang menjadi lidah rasmi kepada parti Pakatan Rakyat cuba menyembunyikan kelemahan pentadbiran mereka dengan memperbesarkan kelemahan di dalam jabatan yang berada di bawah kerajaan Persekutuan.

Laporan audit negeri-negeri yang ditadbir mereka seolah-olah sempurna tanpa sebarang kegagalan atau teguran yang dicatat oleh Ketua Audit Negara. Lihat betapa sempurnanya laporan Suara Keadilan di bawah :


Kah...kah...kah...

Kenapa Anwar tidak mahu tidak cerita kepincangan yang berlaku di Kelantan, kerana ia juga projek untuk rakyat :

Antara kelemahan yang dicatatkan dalam Laporan Audit Negara 2011 adalah seperti projek tidak mengikut jadual dan projek gagal; kelemahan penyenggaraan dan pemantauan; serta kelemahan pengurusan hasil.

Perkara yang perlu diketahui adalah kegagalan pengurusan syarikat kerajaan negeri, iaitu PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN :


Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. (KBCSB) 
  • Ditubuhkan pada 15 Disember 2005. KBCSB merupakan subsidiari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Modal dibenarkan KBCSB adalah berjumlah RM1 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. KBCSB dimiliki 100% oleh PMBK dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac 2007.
  • Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober 2011 mendapati secara keseluruhannya, pengurusan KBCSB adalah kurang memuaskan. KBCSB mencatatkan kerugian terkumpul, defisit ekuiti pemegang saham dan liabiliti semasa bersih bagi tahun 2008 hingga 2010.
    Kijang Kuari Sdn. Bhd. (KKSB) 
    • Ditubuhkan pada 24 Disember 1976. KKSB merupakan subsidiari Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). 
    • Modal dibenarkan KKSB adalah berjumlah RM3 juta dan modal berbayar berjumlah RM2.80 juta. PKINK mempunyai 49% pegangan ekuiti dalam KKSB dan 48% melalui Kelkon Sdn. Bhd.(KSB) iaitu syarikat subsidiari milik PKINK.
    • Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2011 mendapati secara keseluruhannya, pengurusan KKSB adalah kurang memuaskan.
    • Dari segi tadbir urus korporat, pembayaran dividen belum dibuat kepada pemegang saham iaitu PKINK dan KSB bagi tahun 2008. PKINK juga masih tidak menerima dividen bagi tahun 2010.
    Projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan


    Sebuah projek usaha sama dengan sebuah syarikat swasta. Kertas Cadangan projek ini telah dikemukakan oleh Syarikat pada bulan April 2001 dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 Jun 2002. Perjanjian Projek telah ditandatangani pada bulan Julai 2003.
    • Kemajuan projek tidak mengikut Jadual Pelaksanaan.
    • Pindah milik tanah dibuat kepada Syarikat dan sebahagian tanah dicagarkan kepada bank.
    • Bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan oleh Syarikat.
    • Perancangan yang bergantung sepenuhnya kepada Syarikat serta tiada kajian terperinci dan penilaian projek.
    PEMBANGUNAN LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN

    Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (Perbadanan) telah ditubuhkan pada 27 April 2006 melalui Enakmen No. 2, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan. 

    Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2011
    mendapati Program Ladang Rakyat yang dilaksanakan adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dan kegagalan Ladang Rakyat yang diusahakan sendiri oleh Perbadanan.
    • Peserta berpenempatan tidak diambil bekerja.
    • Kebanyakan pekerja di Ladang Rakyat adalah warga asing.
    • Hasil sewaan/pajakan tanah ladang adalah rendah berbanding dengan hasil perladangan.
    • Pengeluaran wang Akaun Amanah Peserta Program tidak mengikut Arahan Amanah.
    • Pertikaian pemilikan tanah Kerajaan.
    Dalam Laporan Audit terhadap kerja-kerja penyengaraan jalan-jalan negeri pula menyatakan kerja tersebut gagal dan tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam
    • Rancangan membaru muka jalan tidak dilaksanakan.
    • Kualiti kerja penurapan kurang memuaskan.
    • Kerosakan permukaan dan bahu jalan tidak disenggarakan dengan baik.
    • Penyenggaraan perabot jalan tidak dilaksanakan.
    • Jambatan dan pembetung tidak disenggarakan serta longkang tersumbat.
    • Perbelanjaan tidak mengikut Arahan Amanah.
    Semakan Audit mendapati prestasi perbelanjaan penyenggaraan jalan oleh JKR dalam tempoh 3 tahun adalah antara 91.6% hingga 96.8%.  


    Dalam tempoh 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan sebanyak  RM111.32 juta sedangkan peruntukkan yang diterima dari kerajaan persekutuan adalah RM259.73 juta untuk penyenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PTJ dan PBT.

    Wahai bro Anwar Ibrahim...

    Ini hanya sedikit kegagalan, ada banyak lagi kelemahan dan kegagalan projek melibatkan kepentingan rakyat yang gagal dilaksanakan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS,PKR dan DAP.

    Tapi cukuplah tunjuk Kelantan dulu...

    Hahaha...

    Arios!~


    Duke of UMNO

    Posted: 17 Oct 2012 01:05 PM PDT

    Duke of UMNO


    LAWAK PAGI INI...BAJET BN VS BAJET PENIPU HARAM...

    Posted: 16 Oct 2012 06:04 PM PDT


    Orang nak buat bajet...depa pun nak buat bajet...

    Bajet orang realistik...bajet depa mimpi bulan bintang...

    Bila orang dapat kuasa, orang laksanakan apa yang dibajet...

    Tapi bila depa berkuasa, depa tak mampu nak buat pun bajet tu...

    Sebab depa tu bajet je bagus...padahal depa lebih teruk dari sampah!

    PEJUANG BANGSA

    Posted: 17 Oct 2012 12:21 PM PDT

    PEJUANG BANGSA


    Farid Kamil minta maaf Diana Amir pasal adegan intim

    Posted: 17 Oct 2012 11:36 AM PDT



    Aktor kacak, Farid Kamil terlebih dahulu memohon maaf kepada pelakon Diana Amir atas penampilannya yang berbeza dan seksi menerusi filem terbaru arahannya, Pe3 bermula 18 Oktober ini.

     "Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Diana Amir kerana imej yang dipaparkan dalam filem ini sangat berbeza dengan penampilannya sekarang.

     "Saya harap, dia boleh menerima perkara ini dengan terbuka dan terus menyokong mempromosikan Pe3 memandangkan filem ini telahpun menjalani penggambaran pada awal Mac tahun lalu,"katanya ketika majlis tayangan media filem Pe3 di TGV Sunway Pyramid, kelmarin.

     Gaya yang ditampilkan Diana Amir di dalam filem tersebut adalah imej sebelum dia mengambil keputusan untuk berhijab.

     Dalam filem berkenaan, Diana Amir telah mengenakan gaun pendek serta melakukan beberapa aksi intim termasuk adengan pipinya dicium oleh Farid Kamil. 

     Kebetulan, pada majlis tayangan media pada malam berkenaan, kelibat Diana Amir tidak kelihatan.

     Ketiadaan pelakon manis itu telah meninggalkan tanda tanya ramai pihak, walaupun beliau merupakan salah seorang teraju utama dalam filem terbitan MIG itu. Penerbit Metrowealth (MIG) , Mejar David Teo tampil memberi penjelasan mengenai ketiadaan Diana Amir pada malam berkenaan.

     "Diana ada datang ke pejabat saya pada Isnin lalu dan meminta izin untuk tidak hadir ke majlis tayangan ini kerana mengakui beliau segan untuk melihat penampilannya yang dahulu. Saya faham mengenai situasinya memandangkan dia kini sudah pun tampil dengan imej berhijab. "

    Mengenai poster Pe3 yang tidak mempunyai gambar beliau pula, bukan Diana yang minta untuk tidak meletakkan gambarnya. Namun, saya sendiri yang minta untuk mengeluarkan gambarnya kerana penampilannya yang tidak bertudung.

    Saya kena jaga hati dia kerana dia sudah berhijrah sekarang," jelasnya. Selain Diana Amir, bintang lain yang turut berlakon dalam filem aksi Pe3 adalah Kamal Adli, Along Zendy, Taiyuddin Bakar dan Farid Kamil sendiri. -MURAI

    Pelacur Siam guna ilmu sende pikat lelaki Malaysia ..

    Posted: 17 Oct 2012 08:00 AM PDT

    gambar hiasan.

     Keghairahan lelaki Malaysia terhadap layanan hebat pelacur Betong sehingga mereka sanggup berhabis duit untuk mendapatkan khidmat wanita terbabit rupa-rupanya tersirat rahsia di sebaliknya.

     Sebelum diulit para pelacur atau dikenali juga sebagai 'Darling Betong' itu, lelaki terbabit terlebih dulu dikatakan terkena ilmu guna-guna atau sende (dalam bahasa Siam) yang dipakai pelacur terbabit untuk menarik perhatian para pelanggan.

     Sama ada menerusi minuman yang diberi, hembusan atau sebutan nama, lelaki yang menjadi mangsa akan terus mendekati wanita tersebut tanpa membuat sebarang rundingan harga. Difahamkan, kegiatan itu sering dilakukan pelacur bukan beragama Islam yang berasal dari Chiangmai dan Chengrai manakala mangsa pula terdiri daripada lelaki beragama Islam atau berketurunan India.

     Dakwa seorang penduduk di situ yang hanya dikenali sebagai Nas, 23, perbuatan seumpama itu telah digunakan sejak dahulu lagi oleh sebilangan wanita yang bekerja sebagai pelacur di pusat hiburan dan hotel-hotel murah di pekan berkenaan. Menurutnya, ilmu guna-guna yang dipakai mereka adalah bagi memikat lelaki Malaysia yang datang berseorangan ataupun berkumpulan tanpa mengira usia dan warna kulit.

    Pendedahan Dinasti Tokong Lim berpindah ke P.Pinang !!

    Posted: 17 Oct 2012 06:00 AM PDT



    TANPA kita sedar, gerakan memindahkan ahli-ahli DAP dari Melaka ke Pulau Pinang sedang rancak dijalankan. Maklumlah, Melaka adalah bumi yang DAP, PKR dan PAS tidak boleh cari makan, nak nak pulak PAS, sepanjang umur ditubuhkan belum pernah menang waima satu kerusi di Melaka. Asal tanding lingkup, asal tanding lingkup – dengan UMNO.

     Bagaimanapun, penulis bukan nak tulis soal itu tapi tentang cina DAP Melaka yang perlahan-lahan pindah nama untuk mengundi ke Pulau Pinang.

     Yang agak memeranjatkan, ikut sekali pindah ialah suku sakat Tokong Lim iaitu isteri dan adik perempuan bongsunya yang asal usul dari Johor tapi lama berkelana di Melaka. Kini dah nak ke Pulau Pinang pula.

     Sudah tentu bukan pindah saja-saja nak menambah undi, tapi untuk bertanding juga. Sedang kita bercakap ini, khabarnya beberapa kawasan di Pulau Pinang sudah diperuntukkan kepada nepotis-nepotis Tokong Lim untuk diisi.

     Khabarnya juga, mana ADUN DAP yang menang secara paracut itu hari, bakal tersingkir untuk digantikan dengan nepotis-nepotis Tokong Lim dari Melaka.

     Nak-nak pulak kalau ADUN tersebut cakap English pun berterabur dan blur-blur macam orang mabuk laut, semuanya boleh berkira-kira cari makan cara lain sebab tempat masing-masing nak diisi nepotis-nepotis dari keluarga Tokong Lim. Besar Pulau Pinang itu penulis rasa, dengan pulaunya, dengan tanah besarnya. Tapi dalam besar-besar itupun Ketua Menteri dan barisan Exco tetap diimport dari Melaka juga. Orang DAP yang sedia ada di dalam negeri Pulau tersebut, bodoh macam lembu, nak jadi Ketua Menteri pun tak tahu. Rakyat dalam hal ini kena jaga-jagalah.

     Pilihanraya akan datang ini pasti meriah dengan saudara mara suku sakat Lim, Singh dan Ibrahim. Memang pilihanraya dan politik ini medan cari makan anak beranak depa sebab jamin pendapatan sampai ke sudah – walaupun kalah (pencen ADUN/MP maaa…).

     Mana ada cerita nak tolong rakyat. Orang lain yang bukan salasilah mana-mana satu di atas, bolehlah hirup kuah yang isinya dah dibelasah mereka anak beranak.

     Kalau puak-puak ini ditakdirkan menang pilihanraya besok (penulis kata kalau), buat pertama kalinya dalam sejarah negara kita, mesyuarat kabinet yang sebenarnya akan betul-betul buat dekat kabinet - kabinet dapur rumah masing-masinglah.

     Yang rasmi setiap hari Rabu atau Jumaat itu hanya mengangguk dan mengesahkan apa yang sebenarnya telah diputuskan di kabinet dapur tadi rumah masing-masing tadi.  Oh kelamnya masa depan negaraku di tangan puak-puak ini

    sumber

    DAP & Dong Zhong malu besar Malaysia negara iktiraf pendidikan Cina

    Posted: 17 Oct 2012 05:01 AM PDT



    Pergi la cari mana-mana negara dalam dunia di luar negara China yang mengiktiraf pendidikan Cina . Hanya negara Malaysia yang  ditadbir oleh pemimpin Melayu  mengiktiraf pendidikan kaum yang bukan majoriti rakyat negara .

    Tak perlu pergi jauh , tengok di Singapura, yang majoriti Cina serta Indonesia  ..ada ke dapat pengiktirafan seperti Malaysia ?

    Itu pun juak-juak chauvinis seperti DAP dan Dong Zhong tak reti  bersyukur lagi. Mereka  menghasut &  membakar semangat kaum Cina bahawa kerajaan Malaysia tidak adil terhadap pendidikan bangsanya .


    Semasa sidang Parlimen baru-baru ini juga,  mereka menyerahkan memorandum kepada PM mengenai tuntutan mereka kononnya menyelamatkan pendidikan orang Cina . Dalang nya sudah tentu parti chauvinis DAP yang mana kita tahu sentiasa memainkan  isu pendidikan Cina .

    Hari semasa PM ditemubual radio Cina , beliau seperti mengajak masyarakat kaum Cina ini agar kembali ingat   apa yang dibuat kerajaan Malaysia  selama ini  yang mana telah mengiktiraf pendidikan Cina berbanding negara lain di luar China .




    Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri yang menggambarkan ia sebagai kepentingan besar, berkata tiada satu pun negara di rantau ini, sebagai contoh, mengiktiraf pendidikan Cina.

     "Kita adalah satu-satunya negara di luar China yang mempunyai pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kita telah mengiktiraf pendidikan Cina di Malaysia, dan saya fikir ia adalah besar, mempunyai kepentingan yang besar.

     "Sila lihat dalam konteks itu, dalam perspektif bahawa kita telah mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem (pendidikan) kebangsaan, katanya semasa sejam diwawancara oleh penyampai radio Melody FM, stesen radio Astro berbahasa Cina kedua, di sini hari ini.

     Najib merupakan tetamu stesen radio itu untuk segmen 'Melody FM Morning Boss' bersama penyampai Chui Ling dan Jentzen Lim. Perdana menteri menjawab soalan yang diajukan oleh seorang daripada penyampai radio itu berhubung usaha Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau lebih dikenali sebagai Dong Zong tentang pendidikan Cina. 

     Najib menjelaskan bahawa ketika beliau memegang jawatan menteri pelajaran, beliau telah menggugurkan Seksyen 21(2) Akta Pendidikan 1961 yang membenarkan menteri untuk menukar sekolah rendah jenis kebangsaan menjadi sekolah rendah kebangsaan.

     Ini, katanya, menunjukkan kerajaan ikhlas dalam mengiktiraf pendidikan Cina. Beliau juga berkata kerajaan mengiktiraf kewujudan 60 sekolah persendirian Cina. "Selebihnya ialah sekolah akuran. Dalam lain perkataan, mereka mengambil peperiksaan kebangsaan," katanya. 

     Najib juga berkata kerajaan menggunakan penyelesaian yang kreatif berhubung permintaan komuniti Cina di Kuantan untuk mewujudkan sekolah Cina, baru-baru ini. "Kami kata, anda boleh wujudkan sekolah, dengan syarat anda (pelajar) mengambil (peperiksaan) SPM tetapi jika anda mahu mengambil Unified Examination Certificate (UEC), terpulang kepada anda. 

     "Jadi mereka membuat keputusan untuk menerima tawaran itu. Oleh itu ia akan menjadi sebuah sekolah menengah, pelajar harus mengambil SPM tetapi mereka juga mengambil UEC, sebagai tambahan kepada SPM. Jadi ia adalah situasi sama menang," katanya. 

     Menjawab soalan daripada pendengar, Najib berkata beliau telah mengumumkan RM100 juta peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara dalam Belanjawan 2013. Beliau juga berkata 50 pelajar terbaik daripada sekolah menengah persendirian Cina juga diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. 

     Berhubung kekurangan guru di sekolah rendah Cina, Najib berkata pelan lapan perkara untuk mengatasi isu sekolah Cina sedang dilaksanakan sekarang. 

     "Ia di bawah skop timbalan menteri pelajaran dan beliau sedang memastikan ia dapat dilaksanakan," katanya. Najib juga berkata sekolah vernakular atau bahasa sendiri, termasuk sekolah Cina, akan menjadi sebahagian daripada pelaksanaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di bawah Rangka Tindakan Pendidikan Kebangsaan. 

     "Saya percaya kita tidak mempunyai apa-apa stigma. Anak saya, Ashman, sendiri fasih bertutur bahasa Mandarin. "Saya percaya adalah baik untuk orang Melayu belajar bahasa Mandarin seperti mana pentingnya bagi rakyat Cina Malaysia untuk fasih berbahasa Melayu yang tentunya bahasa kebangsaan kita," katanya. - Bernama

    Tak belanja duit perumahan , Guan Eng aniaya orang Melayu

    Posted: 17 Oct 2012 03:51 AM PDT


     Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta didakwa adalah satu penganiayaan terhadap orang Melayu di negeri itu.

     Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tindakan itu juga ternyata menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mempedulikan nasib Bumiputera terutama golongan miskin dan tidak mempunyai rumah.

     "Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah mengapa wang itu diperam (disimpan) sahaja tanpa digunakan untuk yang sepatutnya iaitu bina rumah mampu milik dan kos rendah kepada Bumiputera di Pulau Pinang. 

    "Saya kesal dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri (Lim) yang mengabaikan dan tidak mempedulikan nasib Bumiputera terutama orang Melayu di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda)di sini hari ini.

     Beliau mengulas laporan media yang memetik Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd Nor Suhaili Jamali sebagai berkata Guan Eng perlu memberi penjelasan mengenai tindakannya tidak membelanjakan wang Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta bagi membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat.

     Mohd Nor dilaporkan berkata wang itu sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat untuk dibina rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi golongan Bumiputera. Azhar berkata, kerajaan negeri boleh membina lebih 10,000 rumah mampu milik dan kos rendah dengan wang yang terdapat dalam akaun berkenaan tetapi tidak melakukannya.

     Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang ditubuhkan pada September 2009 bertujuan mengakaunkan sumbangan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak lain. Ia bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan dengan pembelian atau pembangunan tanah, rumah, ruang komersial atau hartanah lain untuk manfaat penduduk Bumiputera. - Bernama

    Peranan bloggers Penang dipertikaikan @najibrazak

    Posted: 17 Oct 2012 12:08 AM PDT



    Di ketika serangan bertali arus blogger Penang membongkar & melondehkan pembohongan & kezaliman kerajaan DAP  ,  tiba-tiba ada seorang pemimpin BAHAGIAN  negeri  mempertikaikan keberkesanan  bloggers    melawan Pakatan .

    Blogger No 1 Pro BN , MPP Online juga menulis berkenaan isu ini -KLIK DI SINI

    GPB tak tahu  samada dia baca blog ke tidak  atau hanya mendengar cakap  penyokong tegar facebook di sekelilingnya .

    Bayangkan  kalau tiada blogger P.Pinang , seronok lah  Anwar Ibrahim & Guan Eng  boleh goyang kaki  di samping menghentam  UMNO & BN .Sebabnya tak ada sapa nak londeh setiap hari pembohongannya kepada rakyat negeri ini .

    Nak harapkan jentera parti bahagiannya , berapa kerat sangat  yang boleh buat  ??  Beri impak ke sampai ribuan orang membacanya satu hari   & menjadi sumber berita  di media arus perdana ?

    Sebelum nak menuduh  blogger Penang tak efektif  tu , GPB nasihatkan perkemaskan dulu jenteranya .
    Jangan hanya pandai melalak menjerit dah bersedia untuk pilihanraya je...



    Akhirnya sekali , lihat dulu ranking blogger  dari  Penang yang dikatakan tak efektif  melawan pembangkang ..




    Guan Eng tak belanja duit tabung Perumahan Bumiputra RM 33.36 juta ?

    Posted: 16 Oct 2012 05:30 PM PDT




     Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan mengenai tindakannya tidak membelanjakan baki dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta bagi membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat.

     Berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2011 dalam Laporan Ketua Audit Negara, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM12.25 juta atau 58 peratus berbanding RM21.11 juta pada tahun sebelumnya.

     Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, wang itu sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat untuk dibina rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi golongan bumiputera.

     "Kenapa mahu simpan duit itu? "Kenapa tidak dibelanjakan semula untuk kebajikan rakyat bumiputera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Komen GPB

    Laporan tahun lepas juga lebih kurang sama saja seperti kes ini. Duit ada tapi tak guna ... Pasepa ?? Kena tanya Ah Beng la ..

    Mana dia mau bina rumah murah untuk orang Melayu ...rumah ratusan ribu ok la untuk untung syarikat kroni & pembeli kaya .


    DIMENSI

    Posted: 17 Oct 2012 11:16 AM PDT

    DIMENSI


    Omegay: Mental Anuwar terganggu dek 1Malaysia

    Posted: 17 Oct 2012 04:41 AM PDT


    ANWAR KECEWA DUNIA IKTIRAF KEPIMPINAN NAJIB

    Setelah 11 tahun bertungkus lumus menjadi perantara yang ikhlas dan berdedikasi untuk menyelesaikan konflik berdarah antara kerajaan Filipina dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), akhirnya usaha tersebut membuahkan hasil dengan termeterainya Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro 15 Oktober lalu.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wakil Malaysia berdiri menyaksi upacara menandatangani perjanjian tersebut di Istana Malacanang dengan penuh kebanggaan, kesyukuran dan keinsafan sambil disaksikan juga Presiden Benigno Aquino dan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim.

    Malaysia berasa syukur kepada ALLAH SWT kerana usaha yang dimulakan dengan niat yang baik dan suci akan menghasilkan natijah yang baik jua.

    Malaysia berasa insaf kerana negara akan menerima nasib yang sama sekiranya tidak berhati-hati terhadap segala usaha elemen subversif sekarang yang bermaharajalela di dalam masyarakat.

    Bayangkan pimpinan MILF baru kini menyatakan hasrat supaya Malaysia membantunya membangunkan satu pembangunan tanah seperti skim Felda yang telah terlaksana sebelum merdeka lagi.

    Negara yang huru hara, penuh dengan kacau bilau dan tidak ada kestabilan politik akan tidak berpeluang untuk menikmati kemajuan bagi rakyat apatah lagi mampu untuk mengecapi hasil titik peluh daripada usaha tersebut.

    Malaysia berasa bangga kerana bak kata Perdana Menteri, negara ini adalah model dan ikutan kepada negara-negara lain di rantau ini bahkan di seluruh dunia kerana ia adalah sebuah negara Islam yang maju, stabil dan progresif.

    Kata beliau yang sarat dan penuh bermakna terserlah apabila Datuk Seri Najib mengatakan mana mungkin Malaysia menjadi contoh yang baik jika ia sendiri bergolak dan terbelit dalam konflik yang berpanjangan.

    Sesungguhnya perjanjian yang menamatkan konflik yang menelan lebih daripada 150,000 nyawa serta membawa bersama persengketaan tersebut kerugian yang tidak ternilai harganya adalah satu lagi bukti kejayaan Barisan Nasional membangun negara ini sejak merdeka ke tahap yang amat dibanggakan kini.

    Malaysia adalah model kejayaan sebuah negara yang dahulunya berlandaskan kepada pertanian asas kepada negara perindustrian menuju dan seterusnya kepada negara berpendapatan tinggi.

    Malangnya semua kejayaan ini akan terancam dan musnah sekiranya pembangkang mengambil alih kepimpinan negara.

    Bukan sahaja pihak pembangkang merubah segala polis dan dasar yang baik bagi semua lapiran rakyat tetapi yang menjadi mangsa pertama adalah bangsa Melayu sendiri.

    Jika pembangkang menang, jam kemajuan Malaysia akan dikebelakangkan lebih teruk daripada konflik kerajaan Filipina dan MILF kerana impak kerosakan dan kemusnahan institusi yang telah dibina kukuh selama lima dekad akan lebih dahsyat.

    Kemusnahan dan kebinasaan yang dimaksudkan bukan dalam bentuk fizikal tetapi kehancuran masa depan bangsa Melayu daripada bangsa yang cemerlang dan megah kepada bangsa yang menggemis di bumi sendiri.

    Dasar pembangkang yang di bawa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang sememangnya seperti halwa telinga sedap didengar, manis disebut bibir dan terpesona dipandang.

    Namun apabila dihalusi dengan pengamatan yang realistik dan keinsafan seperti cadangan bajet alternatif pembangkang akan membawa negara ke lembah kehancuran.

    Janji pembangkang tidak ubah seperti kata pepatah pujangga Melayu yang mengatakan disangka intan rupanya kaca yang tidak bernilai.

    PAS nampaknya menyanjung tinggi usaha kerajaan Malaysia  bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina itu tetapi Ketua Pembangkang sepi dengan komennya.

    Mungkinkah Anwar kecewa kerana Datuk Seri Najib yang ditakdirkan penghargaan untuk menyaksikan perjanjian tersebut dan bukan dirinya?

    Itulah akibatnya apabila niat di dalam hati tidak lurus dan ikhlas kerana Tuhan sentiasa menolong hambanya yang dizalimi dengan nikmat kemuliaan.

    Malah Anwar bingung apabila dunia termasuk negara yang dicintainya, Amerika Syarikat memuji kepimpinan Malaysia di bawah Datuk Seri Najib di atas kejayaan membawa keamanan di Nusantara.

    Ini merupakan pukulan hebat kepada Anwar hingga menyebabkan mulutnya tidak dapat berkata-kata dan kepalanya tidak mampu mencari kata-kata untuk menyanggah penghargaan yang dilimpahkan seluruh dunia kepada Malaysia.

    Di bawah pentadbiran Perdana Menteri telah mengejutkan dunia dengan pelbagai strategi pembangunan negara dan kebajikan rakyat yang unik dan innovatif.

    Daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) hinggalah kepada pemberian wang tunai BR1M serta program KR1M, Klinik 1Malaysia, TR1MA, KADS1M dan lain-lain kemudahan untuk rakyat, dunia terpegun dan mengiktirafkan kemampuan Datuk Seri Najib menawarkan penyelesaian bertaraf antarabangsa dikala negara-negara lain di dunia bergelut dengan pelbagai kemelut dan krisis ekonomi.

    Inilah bezanya dengan retorik dan tin kosong Anwar dengan kesungguhan Perdana Menteri menjana kejayaan melalui perancangan dan usaha yang gigih.

    Akhirnya rakyat akan memilih yang mana satu manikam dan yang mana satu kaca. - Beruang Biru

    Omegay: Sketsa pagi Rabu

    Posted: 16 Oct 2012 05:25 PM PDT








    IPOHMALAY

    Posted: 17 Oct 2012 09:07 AM PDT

    IPOHMALAY


    Murahnya Akidah Nik Aziz

    Posted: 17 Oct 2012 02:13 AM PDT

    Kesian penjilat Nik Aziz. Mereka ingat Tuan Garu mereka pandai serba serbi. Tapi dengan mudah sahaja Tuan Garu mereka 'dikristiankan'. Atas nama apa perlakuan itu? Islam liberal ala Anwar? Jangan terkejut kalau lepas ni mereka melakukan ritual yang kehinduan pula.

    Teman seboleh-bolehnya mengelakkan untuk menghina seseorang pemimpin sedemikian rupa. Tetapi jika empunya muka meminta-minta kehinaan, penghinaan lah yang diterima.


    Crossed fingers



    From Wikipedia, the free encyclopedia


    Crossed fingers
    To cross one's fingers is a Christian hand gesture used to implore God for protection, as well as to pray for blessings and wish for good luck. The gesture has also been historically used in order to allow believers to recognize one another during times of persecution.[1]
    In addition, some individuals, namely children, use the gesture to excuse their telling of a white lie; this use has its roots in the belief that the power of the Christian cross might save one from being sent to hell for telling a lie.[2]

    Contents

      [hide



    Inikah ciri seorang "Tuan Guru" ? Kedaifan pengetahuan yang menyesatkan pengikut-pengikut yang bodoh, kosong dan pada saat ini, mula membangkang sesama sendiri atas keterlanjuran dek kebodohan masing-masing. 

    Pasti saat ini mereka sedang bertelagah sesama mereka berhubung siapakah DAJJAL dikalangan mereka yang cuba membatalkan akidah mereka tanpa mereka sedar.

    Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Sesombong-sombong manusia ialah manusia yang bodoh, tetapi mengaku pandai serba-serbi yang lupa dengan mudah sahaja, kebodohannya akan dipertontonkan kepadan masyarakat yang tidak pandai setakat mana pun, tetapi tahu beberapa hal.

    Inilah akibat terlalu lama berkubang dalam negeri penuh bangsa sendiri dan penganut agama yang sama. Akibatnya, sangat mudah pula dibodoh-bodohkan oleh pihak luar. 

    Barangkali selepas ini dia akan mengemukakan alasan serta dalih bagi membenarkan perbuatannya kerana Super Ego yang terselindung di dalam dirinya. Selepas itu pengikutnya akan menternak babi besar-besaran  untuk dijual kepada bukan Islam atas alasan babi hanya haram di makan dan najis untuk disentuh, tetapi tidak haram diternak. 


    Nik Aziz bersimbolkan 'mohon perlindungan Jesus Christ'


    DAP Tak Bantah Pengibar Bendera DAP Berpakaian Islam?

    Posted: 16 Oct 2012 09:52 PM PDT


    ALOR SETAR 15 Okt. - Dewan Ulama Pas Kedah membidas sikap DAP yang selalu tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam khususnya hati' ahli-ahli Pas apabila menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini.

    Setiausaha dewan itu, Syeikh Zainol Asri Ramli berkata, DAP tidak sepatutnya bertindak demikian kerana terdapat perkara yang Pas boleh berpakat dengan DAP dan ada juga perkara yang tidak boleh, dalam pakatan pembangkang.

    "Pada saya, kita (Pas) nak jaga sangat DAP tetapi DAP tidak jaga hati kami. Sebenarnya kerjasama dalam pakatan (pembangkang) bersifat longgar dan fleksibel kerana ada benda yang boleh dan ada benda yang tidak boleh kita berpakat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Lee Guan Aik semalam yang menegaskan DAP tidak sekali-kali akan membenarkan undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini termasuk pelaksanaan garis panduan papan iklan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

    Guan Aik berkata, DAP membantah garis panduan itu yang antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam manakala model bukan Islam perlu berpakaian sopan.

    Tambahan

    Guan Aik membantah pengibar bendera DAP memakai lebai putih yang berunsurkan Islam, tetapi menyedari mereka bukan manusia, tetapi anjing peliharaan DAP, maka dibolehkan.

    Nasib Proton Di Indonesia

    Posted: 16 Oct 2012 07:53 PM PDT

    Sentimen anti-Malaysia di Indonesia masih menebal, terima kasih kepada Anwar Ibrahim, si pengadu domba nombor satu, antara punca produk Proton dipandang sepi di Indonesia dan kos operasinya di sana mungkin sahaja menjadi beban buat Proton sendiri.

    Setelah berapa tahun Proton menembus pasaran Indonesia,  adakah prestasinya semakin membanggakan? Tidak. Jadi atas alasan apa Proton terus berada di sebuah negara berpenduduk 250 juta, dengan penduduk kelas menengah seramai 70 juta,  tetapi jualan keretanya tahun ini tidak sampai 2,000 unit itu. Prestasi apakah itu?

    Hasilnya, Proton menjadi bahan sendaan. Apa untungnya buat Malaysia? 


    Melihat Nasib Mobil Malaysia di Indonesia

    Mobil buatan Malaysia kalah bersaing dengan Korea.

    Rabu, 17 Oktober 2012, 06:09



    VIVAnews - Dominasi mobil buatan Jepang di pasar otomotif nasional masih sulit untuk ditandingi. Agresifitas mobil asal Korea pun belum bisa berbuat banyak.


    Meski begitu nasib mereka lebih baik ketimbang pabrikan asal Malaysia, Proton. Mobil negeri Jiran ini terbilang masih sepi peminat di Tanah Air.



    Berdasarkan data Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (Gaikindo), sejak Januari-September lalu, Proton hanya mampu mengemas penjualan sebanyak 1.990 unit. Penjualan mereka sempat mengalami kenaikan, di mana pada Januari lalu membukukan 200 unit menjadi 572 unit pada bulan berikutnya.



    Sayangnya angka jualan itu justru terus melorot. Pada bulan Agustus mereka hanya bisa menjual 99 unit, dan September sebanyak 81 unit.



    Produk mereka yang paling banyak diminati konsumen Indonesia adalah Exora. Mobil tujuh penumpang itu mampu terserap pasar sebanyak 1.167 unit (Januari-September). Disusul Saga (555 unit), Persona Elegance (111 unit).



    Adapun untuk mobil lainnya masih sepi peminat. Gen2 misalnya, mobil itu hanya terjual 95 unit dan Savvy sebanyak 62 unit. Sedangkan Gen2 Pesona dan Neo tidak mencatatkan penjualan sama sekali alias kosong.

    Pedang Alif Ba Ta

    Posted: 17 Oct 2012 07:57 AM PDT

    Pedang Alif Ba Ta


    Nik Aziz dah murtad guna simbol Kristian Crossfinger ?

    Posted: 16 Oct 2012 09:58 PM PDT

    Hangpa kena baca tulisan ustaz moden di bawah. Bahaya akidah umat Islam kalu lagu ni cara berpolitik orang agama yang digelar ulama.

    Hangpa semua baca jangan dok baca. Pah tu hantaq kat kawan di fb twitter hangpa.

    Tuntutan Royalti Minyak Kelantan Mengguna Simbol Kristian 'Cross Finger'`

    Di dalam Islam kita sangat dilarang meniru perbuatan yang dibuat oleh agama lain. Meskipun di dalam bab lain kita tidak ditegah jika memakai pakaian yang sama dengan bukan Islam. Asalkan sahaja ia tidak menyerupai pakaian keagamaan mereka.

    Dalil melarang perkara ini ialah hadis  "Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka"

    Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila'ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.

    Termasuk di dalam hal ini ialah meniru perbuatan atau simbol agama selain Islam. Menggunakan simbol agama lain boleh merosakkan akidah umat Islam.

    Ustaz sangat kecewa apabila melihat parti politik yang ghairah meraih sokongan orang awam menggunakan simbol agama bukan Islam.

    Perasaan kecewa ini lebih dirasai apabila tokoh yang bergelar Mursyidul Am PAS sendiri menggunakan simbol agama lain.

    Maka tidak pelik lagi apabila akhir zaman Dajal sebelum Dajal itu ialah golongan ulama yang jahat. Kerana itu kita diajar doa berlindung dari Dajjal

    Golongan ini tidak kisahkan syariat tetapi mementingkan dunia dan kuasa dapat diraih oleh golongan parti mereka.

    Umat Islam perlu sedar hakikat ini dan menggunakan akal yang waras untuk menghindar diri dari perbuatan yang merosakkan akidah mereka tanpa sedar.

    Musuh Islam hari ini tidak menggunakan kekerasan memurtadkan umat Islam namun menjadikan aktiviti politik parti Islam menjurus ke arah perkara yang mungkar dan boleh meroskakkan akidah umat Islam. Selepas kalimah Allah juga digadaikan demi keuntungan politik.

    Lihat gambar :

     

     

    gambar dari blog ini http://www.penembak-tepat.com/2012/10/kempen-royalti-diselit-elemen.html


    Awekz Bukit Gantang

    Posted: 17 Oct 2012 07:24 AM PDT

    Awekz Bukit Gantang


    YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir ~ BERKHIDMAT dan TERUS BERKHIDMAT!

    Posted: 16 Oct 2012 10:38 PM PDT


    Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Congrats YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir. Apa yang dapat Awekz katakan, jelas memperlihatkan kematangan beliau dalam berdepan setiap cabaran dan dugaan selaku MB Perak. 'SAYA AKAN TERUS BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT' kata beliau ketika diminta mengulas provokasi terkini terhadap dirinya. 

    Ekoran kejadian terbaru di Manjung, poster YAB DS Dr. Zambry di 3 lokasi yang berbeza telah disimbah cat merah dipercayai hasil kerja tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Awekz rasa, mungkin kerana tidak tahan melihatkan kejayaan MB Perak serta barisan kepimpinan yang lain dalam mentadbir Perak. 

    Tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, walaupun terdapat tulisan Cina di poster yang telah dirosakkan, beliau berpendapat mungkin ada pihak yang mahu mencetuskan perasaan marah dikalangan rakyat, jelas sentimen perkauman mahu diwujudkan. Beliau juga berkata kejadian seperti itu pernah berlaku di Bagan Serai dan Kuala Kangsar dan ia memberikan kekuatan kepada beliau untuk terus bekerja keras memaju dan membela rakyat Perak. 



    Awekz: Kepada setiap pemimpin, teruskan berjuang dan berkhidmat untuk rakyat kerana rakyat kini sudah makin bijak menilai dan seharusnya dapat memilih yang terbaik. Apa yang penting, keikhlasan dalam setiap perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Kemenangan pasti milik kita! 



    The Antics of Husin Lempoyang

    Posted: 17 Oct 2012 04:19 AM PDT

    The Antics of Husin Lempoyang


    Ci-bi-uk ... Bukan Cebuk

    Posted: 16 Oct 2012 07:18 PM PDT


    Seorang rakan baru buka sebuah restoren makanan Sunda di Kajang. Nama restoren itu Rumah Makan Cibiuk.

    Nama Cibiuk (atau dituturkan ci-bi-uk) sebut itu bersempana satu sambal yang popular di Jawa bernama sambal Cibiuk. Selain itu, Ciciuk adalah nama satu desa di Jawa Barat.

    Dalam sembang-sembang, Husin beritahu rakan tersebut bahawa namanya kurang enak dan akan disalaherti dengan cebok.

    Orang Jowo di Johor atau orang Melaka sebut cebok untuk perlakuan membersihkan hadas kecil dengan menyimbah air dari gayung.

    "Nanti nama perniagaan jadi bahan dipermainkan," kata Husin.

    Seorang kawan pula memberi pandangan, "Husin, kita tidak boleh cibuk-cibuk. Itu biznes rakan kita ini. Terpulanglah pada dia."

    Rakan yang isterinya berasal dari kampung sama dengan Husin di Johor, kata mula-mula dia rasa janggal. Lama-lama dia sudah rasa biasa dan tidak apa-apa.

    Kawan tadi pun berpendapat namanya unik dan boleh jadi ingatan ramai. Yang penting, makanannya sedap.

    Rakan itu berkata, "Yang aku mula-mula risau adalah adakah orang ramai akan oder menu yang ada nasi liwet dan sop bontot? Makna liwet adalah tanak dan sup buntut adalah sop ekor."

    Kawan tadi terus berkata, "Kena tukar nama tu."

    "Tadi kau tak kasi tukar nama restoren. Nama menu tak unik ka?" taya Husin.

    Kawan itu ada saja jawabnya.

    "Bayangkan nanti ada pelanggan mintak nasi yang belum di liwet. Takkan pelayan nak jawab maaf Pak nasi kami semua mesti di liwet baru boleh dihidangkan.

    "Lepas tu, ada pelayan jeritkan oder. Sup bontot meja sini! Satu kedai tengok nanti."

    Ketawa kami ...

    Sebenarnya, yang menarik mengenai perniagaan ini adalah amal jariah disebalik usaha ini.

    Johan ke? Oh ... Dr Fadhilah Kamsan

    Rumah Makan Cibiuk ini berasal dari Bandung dan amat terkenal sekali. Ada lebih 34 cawangan di Bandung dan Jakarta.

    Pemilik asal rangkaian restoren ini, Pak Iyus Ruslan merupakan seorang yang soleh yang objektifnya selain dari berniaga, adalah untuk menolong para hafiz dari pensantren di Indonesia.

    Hampir kesemua pekerja dia - panggilan karyawan, (tukang masak dan pelayan) terdiri dari hafiz. Dia melatih para karyawan sehingga boleh pandai berniaga, sekurang-kurangnya membuka restoren.

    Zakat perniagaan restoren Cibiuk juga disalurkan pada pesantren-pesantren di Bandung. Dan nawaitu pengusaha restoren ini adalah untuk menggunakan model ini menyokong pengajian hafiz di Malaysia. Insya Allah ....

    Maka sila mampir ke:

    Rumah Makan Cibiuk 
    No. 1-G, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, 
    43000 Kajang, Selangor Malaysia. 
    GPS: 2.98, 101.8 
    Tel: 03-89254918 Email: cibiukmalaysia@gmail.com
    Laman web: cibiuk.my Blog: cibiuk.blogspot.com


    Nak datang liwet-liwet, pun tak mengapa. Masanya 11.00 pagi hingga ke 11.00 malam.

    Wow! Makanan Sunda yang berjaya di KLCC kini ada di Kajang

    Politik Harian

    Posted: 17 Oct 2012 03:46 AM PDT

    Politik Harian


    Nik Aziz Mahu Jadi Mursyidul Am PAS Sepanjang Hayat

    Posted: 17 Oct 2012 02:42 AM PDT


    Baru-baru ini bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali secara terbuka telah menyarankan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatan Mursyidul Am PAS yang telah disandangnya sejak lebih dua dekad lalu.

    Serentak dengan itu juga, Hasan menobatkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din sebagai calon yang dirasakan layak dan berketrampilan untuk mengambil alih kedudukan tersebut yang diyakini mampu menyegarkan semula peranan PAS sebagai sebuah parti Islam.

    Saranan Hasan itu nyata tidak menyenangkan sesetengah pemimpin dan penyokong PAS sehingga mengundang banyak kritikan balas.

    Nik Abduh, yakni anak lelaki Nik Aziz yang kini adalah Naib Ketua Pemuda Pas Pusat misalnya, pantas tampil ke depan dalam mempertahankan ayahnya untuk kekal sebagai Mursyidul Am PAS.

    Tambahnya lagi, soal siapa pengganti ayahnya tidak timbul lagipun siapa Hasan untuk menyuarakan pandangan berkaitan siapa yang selayaknya menerajui PAS, sedangkan bekas Naib Presiden PAS itu sendiri bukan lagi seorang ahli parti.

    Secara umumnya bagi pemimpin dan ahli PAS serta penyokong mereka, apabila Hasan menimbulkan polemik soal siapa pengganti Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS maka ia dianggap sebagai satu propaganda politik untuk memecah belahkan barisan kepimpinan parti itu.

    Malah apabila pemimpin PAS Kelantan yang juga ADUN Gaal, Dr Nik Mazian yang secara sinis menyuruh Nik Aziz berundur atas faktor sudah lanjut usia dan masalah kesihatan, pun jua dikatakan hanyalah propaganda semata-mata.

    Bak kata Pesuruhajaya PAS Johor, Dr. Mahfodz Mohamed, kepimpinan Nik Aziz tetap diperlukan oleh parti malah tiada cacat celanya. Maksudnya betapa sempurna sekalilah Nik Aziz sebagai manusia sampaikan sedikitpun tak timbul isu kelemahan atau cacatnya. Mulia sungguh.

    Pendek kata, seolah-olah bagi PAS, kedudukan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am parti itu sudah muktamad, tidak boleh dipersoalkan apatah lagi dipertikaikan. Bunyi macam mereka mahu Nik Aziz kekal sampai mati sebagai Mursyidul Am PAS.

    Dalam perkembangan berkaitan, sumber dalaman PAS yang dipetik oleh Utusan Malaysia telah mengesahkan bahawa Nik Aziz sendiri menyatakan akan terus menyandang jawatan Mursyidul Am PAS memandangkan pada pendapatnya belum ada calon yang sesuai yang mampu menggantikan tempatnya.

    Jelas sekali, Nik Aziz masih terlalu amat menyayangi kuasa duniawi kalau boleh mahu saja dibawanya masuk ke liang lahad.

    Januari tahun ini pun sebenarnya, Nik Aziz telah menegaskan betapa tinggi gelodak nafsu duniawinya apabila secara terbuka mengakui akan mengekalkan jawatan dan khidmatnya sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS sampai mati atas alasan jawatan politik tiada had masa atau tempoh persaraan.

    Kiranya bagi Nik Aziz, dia sendiri dah mengakui amat bernafsu besar untuk terus menikmati kuasa duniawi sambil menongkat langit sampai mati sekalipun sejak bertahun lepas, untuk berjalan pun Nik Aziz terpaksa bergantung harap pada bantuan tongkat.

    Kelantan Tanggung Hutang RM1.14 Bilion, Perolehan Pula Berkurangan

    Posted: 17 Oct 2012 12:27 AM PDT

    Sehari dua lepas kita berpeluang menghiburkan diri dengan persembahan silap mata dari Exco kanan Kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa yang cuba menonjolkan bajet negeri kali ini kononnya telah mencatat rekod kerana ada lebihan RM45.8 juta.

    Walhal, apa yang berlaku ialah kerajaan Kelantan dengan sengaja cuba menyembunyikan hakikat bahawa bajet 2013 bagi negeri itu sebenarnya mengalami defisit sebanyak RM154.18 juta.

    Mereka juga cuba mengabui mata khalayak daripada mengetahui hakikat sebenar bahawa anggaran perolehan negeri pada tahun depan telah berkurangan kepada RM381.77 juta.

    Tambahan angka RM200.00 juta yang kononnya adalah wang perolehan tuntutan royalti hakikatnya tidak wujud pun, ia sekadar satu angka perolehan bersifat halusinasi sahaja malah kes perbicaraan di Mahkamah Putrajaya sehingga sekarang masih belum dimuktamadkan.

    Tapi biasalah, Husam itu sendiri adalah anak buah kepada Nik Aziz dan anak didik tersayang Anwar Ibrahim, mahu tak mahu, tetap akan ada bakat menipu sama macam tok guru haprak dan mentornya.

    Sementara itu, mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentangkan beberapa hari lepas, menunjukkan negeri Kelantan yang telah 22 tahun diurus tadbir oleh PAS itu, kini sedang menanggung hutang yang agak besar mencecah RM1.14 bilion.

    Jumlah tersebut menunjukkan sedikit peningkatan berbanding RM1.11 bilion pada tahun sebelumnya. Sebahagian besar hutang ini melibatkan pinjaman bagi projek bekalan air yang berjumlah RM639.00 juta termasuk RM30.00 juta datangnya darinya pinjaman untuk projek baikpulih loji rawatan pembetungan.

    Dari segi pembayaran pinjaman pula, Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat itu juga sedang menanggung bebanan tunggakan pembayaran balik berjumlah RM179.81 juta. Peningkatan lebih RM50.00 juta berbanding sebelumnya yang cuma tertunggak RM121.57 juta sahaja.

    Rupanya dalam pada pemimpin PR sibuk mempertikaikan hutang negara yang kononnya akan memufliskan ekonomi Malaysia, diam tak diam, kerajaan negeri yang diperintah rakan sepakatan mereka pun ada hutang yang besar.

    Bezanya, negara kita walaupun menanggung hutang namun dimasa yang sama ekonomi negara berkembang dan rakyat pula tidak perlu merempat mencari peluang pekerjaan di luar negara.

    Tapi Kelantan pula yang sudah 22 tahun diperintah oleh PAS, hutangnya bukan sahaja meningkat malah penduduknya sendiri pula makin ramai terpaksa berhijrah demi mendapatkan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik di luar dari Kelantan.

    Paling menarik, tatkala belanjawan negara terus menunjukkan peningkatan anggaran perolehan pendapatan tapi PAS di Kelantan pula terpaksa menerima hakikat anggaran perolehan untuk kantung negeri untuk tahun depan semakin menyusut.

    Sementara itu, tatkala Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini tidak perlu pun melakukan silap mata dengan memasukkan anggaran perolehan pendapatan yang tidak wujud atau belum pasti, hanya semata-mata untuk melindungi wujudnya defisit dalam belanjawan.

    Jauh bezanya dengan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS, yang terpaksa bermain silap mata untuk menipu khalayak umum dengan sengaja memasukkan perolehan wang royalti yang tidak pasti hujung pangkalnya semata-mata untuk memberi harapan palsu pada rakyat.

    Hutang dahlah meningkat sehingga melebihi RM1 bilion, perolehan untuk negeri pula makin berkurangan dan tunggakan pembayaran pinjaman pula bertambah. Entah teori ekonomi jenis apa yang digunapakai oleh pemimpin PAS, memanjang saja tak membawa manfaat untuk rakyat.

    Sia-sia 22 tahun PAS diberi peluang memerintah negeri Kelantan.

    Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

    4 Juta Penduduk Lembah Kelang Bakal Diancam Bahaya Arsenik

    Posted: 16 Oct 2012 09:00 PM PDT


    Kerajaan PR Selangor tidak lagi boleh menafikan bahawa negeri itu bakal mengalami krisis bekalan air yang buruk dalam masa terdekat apabila bukti-bukti kukuh mengenai kekurangan air di empangan-empangan didedahkan. Sebelum ini mereka cuba meremehkan isu tersebut konon mainan politik Barisan Nasional, tetapi nada mereka kemudiannya berubah dan cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka punya strategi sendiri untuk menanganinya.

    Antaranya, melakukan pembenihan awan dan menggunakan air dari bekas lombong untuk menampung keperluan di Lembah Kelang. Ini dinyatakan sendiri oleh exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar.

    Bagaimanapun, kedua-dua penyelesaian yang dicanangkan kerajaan PR Selangor ini adalah tidak praktikal. Ini kerana pembenihan awan tidak mampu memastikan seratus peratus kejayaan. Kalau pun berjaya, ia masih tidak menyelesaikan masalah utama iaitu, bukannya kekurangan air mentah, tetapi bekalan air yang dirawat.

    Begitu juga dengan menggunakan air lombong sebagai penyelesaian kerana air lombong mengandungi logam berat yang tinggi selain bakteria dan mikroorganisma yang membahayakan pengguna. Logam berat yang amat membimbangkan yang banyak terdapat di dalam air bekas lombong adalah logam arsenik (As). Arsenik mampu menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah penyakit hati, buah pinggang dan pebagai jenis kanser.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan kadar selamat arsenik inorganik ini sebagai 0.01 mg/l. Namun, beberapa negara di dunia di dapati mempunyai paras arsenik yang sangat tinggi dan ada yang melebihi 200 kali ganda.

    Walaubagaimanapun, memang benar bahawa air bekas lombong boleh dirawat dengan beberapa cara.

    Antaranya, kaedah rawatan secara pasif (passive treatment method). Iaitu air sisa lombong disalurkan ke kolam pengoksidaan sebelum disalurkan ke kolam SAPS (Successive Alkalinity Producing System). Kolam takungan SAPS di lapisi dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama adalah batu kapur (limestone), lapisan kedua adalah lapisan organik dan lapisan ketiga (paling atas) adalah lapisan air sisa. Air akan ditahan di dalam kolam ini selama 3 hari. Selepas itu, air sisa di alirkan ke kolam wetland sebelum dilepaskan keluar. Melalui kaedah ini, pH air dapat ditingkatkan kepada pH 6 dan kandungan logam berat Fe dikurangkan daripada 32 ppm kepada 0.9 ppm.

    Selain itu, ada juga rawatan secara aktif (active treatment facility) iaitu di mana kadar alir air lombong yang tinggi dan kuantiti yang banyak. pH air sisa setelah dirawat dan dialirkan keluar melalui cara ini adalah 7.84.

    Walaupun ada caranya untuk merawat air lombong, cadangan menggunakan mana-mana satu dari kaedah ini untuk menyelesaikan masalah air di Selangor adalah tidak praktikal memandang kos yang begitu tinggi termasuk masa yang terlalu suntuk. Kos pembinaan loji rawatan secara aktif bagi lombong Hamtae di Korea sahaja memakan belanja sebanyak USD3 juta.

    Apatah lagi apabila terdapat cara lain yang lebih mudah, cepat dan murah serta terjamin selamat untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menggunapakai penyelesaian yang telah digariskan oleh kerajaan pusat iaitu Projek Langat 2.

    Oleh itu, bagi kerajaan Selangor untuk memilih cara penyelesaian yang tidak praktikal untuk mengatasi masalah ini, menimbulkan keraguan di kalangan rakyat mengenai motif sebenar serta kredibiliti mereka. Lebih dari itu, adalah tidak wajar bagi sebuah kerajaan negeri untuk membiarkan rakyat menanggung risiko keracunan logam berat, seperti arsenik hanya kerana ego dan enggan menerima atau mengakui sesuatu perancangan yang terbaik yang dicadangkan oleh pihak lawan, iaitu kerajaan Barisan Nasional.

    Sedangkan, pihak PR selama ini yang begitu beria-ia membangkitkan isu alam sekitar walaupun sebenarnya tiada isu. Contohnya, kilang Lynas yang telah disahkan selamat oleh pakar-pakar antarabangsa tetap dituduh mereka sebagai merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat Kuantan.

    Pelik sekali apabila PR konon memperjuangkan keselamatan dan kesihatan rakyat Kuantan tetapi sanggup pula mendedahkan 4 juta rakyat Selangor kepada risiko keracunan arsenik.

    Lagipun, PR sepatutnya lebih peka dengan bahaya arsenik memandangkan Ketua Umum mereka, Anwar Ibrahim pernah mendakwa disuntik dengan racun tersebut oleh kerajaan ketika beliau pertama kali dipenjara kerana meliwat.

    'Ketakutan' Anwar dan keluarga terhadap kesan arsenik begitu hebat sehingga membawa isu itu kepada media antarabangsa. Untuk pengetahuan, kemasukan arsenik dalam jumlah besar ke dalam tubuh secara mendadak akan menyebabkan serangan akut seperti sakit perut akibat sistem pencernaan rosak, muntah, cirit-birit, rasa haus yang hebat, kejang perut, dan akhirnya koma, dan kematian.

    Manakala kemasukan secara sedikit-sedikit dalam jangka waktu lama pula, seperti meminum air yang mengandungi racun arsenik, akan menyebabkan nafas berbau, peluh berlebihan, otot longlai, perubahan warna kulit (menjadi gelap, gangguan saraf, dan seperti yang melanda penduduk Chile dan Bangladesh iaitu penyakit kaki hitam dan juga kanser kulit.

    Kini, ternyata, Anwar telah berbohong kerana beliau jelas sihat sejahtera setelah dibebaskan, malah boleh 'beraksi' dengan begitu hebat tak kira di pentas-pentas ceramah mahupun di bilik-bilik hotel.

    Dengan pengetahuan yang 'mendalam' mengenai arsenik, adalah pelik sekali apabila kerajaan PR Selangor langsung tidak bimbang jika rakyat mereka terdedah kepada racun ini. Ini menunjukkan bahawa kerajaan PR tega mementingkan politik lebih dari rakyat.

    Justeru, kita sarankan agar parti tersebut membuang sahaja nama 'rakyat' kerana ia jelas tidak menepati objektif pakatan mereka.

    Hasan Tetap Bersama PAS Tentang Kumpulan Anwarinas

    Posted: 16 Oct 2012 07:00 PM PDT


    Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

    "Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

    Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.

    "Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

    Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

    Beliau berkata ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama
    Islam.

    "Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PAS akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden PAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.

    Pemimpin PAS Mahu Nik Aziz Segera Berundur

    Posted: 16 Oct 2012 06:00 PM PDT


    Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan.

    Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

    Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?

    "Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat."

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

    Nampak gayanya kemuncak kerjaya politik Mursyidul Am PAS itu sudah hampir sampai ke penghujungnya.

    Masakan tidak, apabila wakil rakyat PAS sendiri sudah bersuara mengungkit usianya yang makin tua lanjut usia, bermakna itu satu signal penting yang sepatutnya mudah untuk ditafsirkan sendiri oleh Nik Aziz.

    Lagipun semenjak Kelantan diterajuinya, tidak banyak perubahan besar yang tampak kelihatan hasil jasa bakti pemimpin PAS itu, ada memang ada sekelumit dua misalnya pecah tanah sana sini sambil menanam batu asas itu begini tapi setakat jadi tanda sajalah.

    Mujurlah dek kerana kemurahan hati para pemimpin Kerajaan Pusat meneruskan usaha-usaha pembangunan dan menggandakan langkah membasmi kemiskinan di Kelantan, setidak-tidaknya adalah juga sedikit sebanyak perubahan.

    Harapnya teguran terbuka dan saranan penuh sinis oleh pemimpin PAS dari Gaal, Pasir Puteh ini tidaklah disalah anggap oleh para penyokong PAS sebagai mainan propaganda UMNO pula.

    Bukan kita tak tahu dikalangan sesetengah penyokong dan ahli PAS, cukup pantang bila ada saranan supaya Nik Aziz mengundur diri, tak semena-mena terus mereka melatah menyalahkan UMNO. Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat langit tu.

    Audit 2011: Banyak Aktiviti Salah Tadbir Di Pulau Pinang

    Posted: 16 Oct 2012 08:45 AM PDT


    DAP nampaknya begitu berbangga dengan laporan Audit 2011 yang menunjukkan penurunan hutang negeri tersebut antara 94 – 97%. Konon-kononnya penurunan ini ada kaitan dengan kehebatan mengurus parti rasis, cauvanis cina ini, dibanding dengan BN dan negeri-negeri lain dimana mereka memerintah.

    Maka para penyokong Pakatan Rakyat dibawah yang tidak punya keupayaan berfikir yang hebat seperti orang lain, menerima sahaja berita ini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada laporan audit tersebut bagi mendapatkan lebih maklumat bagaimana yang dikatakan penurunan hutang itu

    Sebetulnya, yang tidak disebut DAP ialah, penurunan hutang ini dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) – organisasi dibawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

    Selain dari itu, laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang.

    Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan – sekadar menyebut beberapa perkara.

    Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini. Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutung dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan, telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.

    Sementara dalam masa yang sama, aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam, semakin rancak dijalankan di Pulau Pinang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut.

    Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri. Sistem yang digunakan tidak jelas, bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit.

    Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang, kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu, tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan.

    Paling mencuri tumpuan penulis dalam laporan audit semalam ialah tindakan beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri yang membayar bonus kakitangan dikala syarikat itu sendiri mengalami kerugian.. Kalau tidak salah penulis, masalah sama pernah dikenal pasti di sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri di Selangor beberapa tahun lepas – untung tidak ada tapi bonus berkoyan.

    PUNB Tidak Lagi Bergantung Kepada Dana Kerajaan

    Posted: 16 Oct 2012 07:12 AM PDT


    Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) tidak akan memohon pinjaman atau dana daripada kerajaan mulai tahun ini, kata pengerusinya Khairy Jamaluddin.

    Beliau berkata, PUNB, yang mempunyai aset bernilai lebih RM1.5 bilion, berupaya menggunakan sumbernya untuk kekal mapan dan berkeuntungan.

    "Kami akan membayar balik pinjaman-pinjaman itu kepada kerajaan secara berperingkat. Semenjak 1992, PUNB telah menerima pinjaman sejumlah RM800 juta," katanya dalam satu taklimat media di sini hari ini.

    Khairy berkata PUNB, bagaimanapun, masih terbuka untuk menerima geran daripada kerajaan untuk tujuan dan inisiatif khas meningkatkan keusahawanan Bumiputera di Malaysia.

    "Kita tidak patut bergantung kepada kerajaan untuk semuanya. Selepas saya mengambil alih sebagai pengerusi, saya fikir PUNB boleh memastikan kemapanannya sendiri.

    "PUNB tidak diberikan peruntukan pada Belanjawan 2013 kerana kami tidak memintanya," katanya.

    Khairy dilantik sebagai pengerusi PUNB oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April.

    Beliau berkata semenjak penubuhannya pada 1991, PUNB telah memberikan pinjaman untuk membantu lebih 3,000 perniagaan di seluruh negara.

    PUNB menyediakan satu rangkaian pinjaman untuk perniagaan Bumiputera, dengan tumpuan kepada pakej pembangunan usahawan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana.

    Pakej-pakej tersebut direka bentuk untuk membantu usahawan Bumiputera memupuk kepintaran perniagaan, mengekalkan perusahaan yang menguntungkan dan membentuk perniagaan mereka. – BERNAMA

    PUNB Biz Plan Challenge 2012. Win Cash Prizes of RM170,000!

    Posted: 16 Oct 2012 06:00 AM PDT


    PUNB Biz Plan Challenge 2012, terbuka kepada

    1) Pelajar Bumiputera IPTA /Politeknik 18-25 thn.

    2) Golongan awam 18 -25 tahun (termasuk IPTS) yang sedang bekerja, berniaga atau bekerja sendiri.

    Di sidang media Pengerusi PUNB , Khairy Jamaluddin berkata kriteria biz plan antaranya yang berasaskan distributive trade, kearah Model Eko Baru, kreatif/inovatif dan lain lain.

    PUNB Biz Plan terbuka kepada semua sektor, kecuali pertanian, penternakan dan franchais.

    Khairy juga berkata PUNB Biz Plan dianjurkan utk pupuk semangat/terap budaya keusahawanan gol muda. Beri peluang utk mrk berjaya.

    Khairy juga turut mengumumkan hadiah ialah dana perniagaan berjumlah -- tempat (1) RM30k; (2) RM20k; (3) RM15k; (4) RM10k; (5) RM10k

    ----

    Don't keep a good business idea to yourself. Tell us about it! You may be an aspiring entrepreneur we are looking for. Submit your business plan and win cash prizes of RM170,000. Hurry up and grab this opportunity. Send your business plan by 15 November 2012. Click here for more.


    anakbukitgantang says

    Posted: 17 Oct 2012 03:45 AM PDT

    anakbukitgantang says


    PRU14 President pertama Malaysia seorang Kristian?

    Posted: 16 Oct 2012 05:35 PM PDT

    Indokrinasi Syiah dalam PAS menyebabkan hilangnya ADAB di dalam generasi muda

    Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.
     
     
    Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.
     
    Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.
     
    Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.

     
    Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?
     
    Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten.
     
    Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara. Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.
     
    PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN – SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT
     
    Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.
     
    Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.
     
    Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius…
     
    1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?
     
     
    2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.
     
    3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.
     
     
    4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.
     
    5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim.
    Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia.
     
    Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.
     
    6. Jangan hairan LGE kerap ke  Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan.  (catatan ini diambil pada April 2012)
     
     
    Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).
                            kenapa banyak mubaligh Kristian dalam barisan MP DAP?
     
    Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?
     
    Hadi Awang dalam Ceramah Grand Finale di sebuah gereja di Sibu semasa PRK Sibu, Sarawak
    "BN yang menghalang kebebasan pihak Kristian daripada menggunakan nama Allah di penerbitan Herald Tribune dan juga di gereja-gereja seluruh negara.
    Hadi menjelaskan bahawa, Pas tak pernah melarang pihak gereja menggunakan kalimah Allah dan Pas sedia berkerjasama dengan semua agama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sentimen agama yang dimainkan oleh Hj Hadi ini disambut dengan sorakan kegembiraan masyarakat cina Sibu di ceramah tersebut yang hampir keseluruhannya beragama Kristian."- 15 Mei 2010
     
    Sayangnya tawaran UMNO kepada PAS untuk menubuhkan Kerajaan perpaduan di tolak sebegitu sahaja.  PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus. PAS telah jauh terpesong dari perjuangan  Islam mereka.     
     
    Agenda DAP menkristiankan PAS nampak lebih berjaya dari agenda PAS mentarbiyah DAP. Harakah pernah siarkan artikel menghina ilmuan Islam oleh mubaligh Kristian Thomas Seng Hock Lee:-
     
     
     
    "The problem is not the PAS Islamic agenda per se, but the stupidity of its leaders, who are not too intelligent, let alone intellectual.

    Despite so many of them having purported doctorate degrees, they are going about promoting their PAS Islamic ideology the wrong way, by stressing and emphazing on petty irrelevant matters of non substance such as protesting against concerts by foreign artistes, moral policing of personal behaviour, banning fo Valentine celebration, objection to even healthy " Rujuk selanjutnya SINI
     
    Sedeh bila sumber terkini Nik Aziz tetap ingin bekerjasama dengan DAP -untuk apa jika tidak kerana kuasa di Putrajaya!Rujuk Nik Aziz tetap mahu kerjasama dengan DAP

    Umat Islam mahu   bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR…
     

    Edit dan tambahnilai dari sumber asal  BERSIH utk capai negara Kristian Malaysia

    tunku

    Posted: 17 Oct 2012 03:03 AM PDT

    tunku


    Kedah Audit Report: Proof That PAS Cannot Rule

    Posted: 17 Oct 2012 12:50 AM PDT

    Most of of Audit Report on states that are ruled by Pakatan Rakyat shows various weaknesses and they do not even show any transparency nor performance that is better than Barisan Nasional unlike what they have bragged. Despite that, it does not seem wrong to say that the weakness on Kedah's administration is actually stands at its own class - the lowest between all other states because the it simply does not make sense. Even though we are well aware with PAS Kedah's bad management, the information which was revealed from the 2011 Audit is just too much. We do not understand how can a state government could possibly missed basic essentials such as contractors' license, in awarding project which cost millions of Ringgit. This matter involves 5 contractors which were responsible to run maintenance project worth RM2.55 million in 2010 and 2011 for a few Public Housing projects. Not just that the contractors were not licensed, it was also believed that they have family ties between one another. Not just that, the audit also found that RM500,000 was paid to the contractor via other company's bank account and registered number. The audit also found a few repeated claims in the same voucher for the same home at the same place, which then showed that the work which was certified to be finished was not even developed and that it does not even exist! Besides that, the audit on Logging and Farming project in Papua New Guinea also causes confusion. The criticized project which was dubbed as risky involved offshore loans worth USD44 million which was taken from Capital Investment Agency (CIA), a finance consultation company in London. We do not know how and why, such big loan was signed by the Managing Director of the project without even getting any approval from the Board of Directors. Even payments had been made to the consultation company as well as legal fees even though the project was cancelled. The Audit also found that loan worth RM3.01 million from 5 other companies to cover the cost in Papua New Guinea has been made by the Managing Director without any approval from the Board of Directors and the loan was taken without any agreement nor a complete support document. The same thing goes to Projek 99 East in Langkawi which caused Kedah Corp. Berhad suffer huge loss only on such illogical excuse where they had broken the agreement, without any concrete reason. I do not want to say as much, but all of these would be enough for us to know how PAS rule. What we can see here would be the values of cronyism, corruption, incompetence and weakness for the whole of PAS Kedah's administration system. As if they do not have a clear system regarding approval for projects which then lead to people putting aside the state government and the Chief Minister in making decision including using rakyat's money worth millions of Ringgit. This also proves that Dato' Seri Azizan Razak's leadership means nothing to them or perhaps he does not know anything about his state such as who is spending the state's money, for what it is spent and the result. Overall of the audit also show drastic fall in excess income from more than RM20 million in 2010 to only around RM2 million for 2011. The excuse which was given was then they money was used to cover administrative cost. But, it seems that most of the money had been used for projects that are risky and costly that they finally failed, all because of such weak administration and corruption as well as cronyism. Rakyat of Kedah should push for a further investigation to be imposed against those who had cost such huge loss for the state.

    PR's Budget Ignored Islam

    Posted: 16 Oct 2012 05:00 PM PDT

    The recent Budget presentation as well as the Audit Report yesterday has been receiving positive responses from every side. In a way, this can be seen as increasing rakyat's confidence towards Barisan Nasional.
    It has now been proven that Barisan Nasional is not a party which only talks because it is clear that every promises have been fulfilled and every programs have been implemented like how it was planned.
    All of these can be proven through the performance value and the financial state of the federal government.
    Barisan Nasional also did not become hypocrite such as using beautiful slogans, trying to picture that the party is clean from any sins. Barisan Nasional also has never described itself as a party which has the magic to control market prices within a blink of an eye.
    The Budget which was presented by BN was budget that is based on reality and based on the party's capacity and the state of the global economy like what was proven through the Audit Report.
    Even though BN is not tied with the description of being pure like Pakatan Rakyat, Budget that was presented by BN would still consider all of religion's teachings in planning the development of this country.
    PR previously criticized BN for putting aside Sekolah Agama Rakyat (SAR) in this current Budget. PR's hypocrisy is simply sickening especially fi we are to look at the party in issues such as murtad, including the usage of the word Allah SWR by non-Muslims and Bibles in Bahasa Melayu which they support.
    If the matter of akidah is small to them, what qualifies PR to question other matters regarding Islam to other people?
    Muslims also need to understand that knowledge in Islam does not revolve around the religion alone. It was even stressed in the Quran that the task of mankind is to look out for knowledge in various aspect of life such as science, astronomy, mathematics etc. That is why it is right for the government to combine all subjects in education including religious studies in the national budget.
    Meanwhile, religious development in the other hand should not only revolve around ibadah such as zakat or haj, but it should be as a whole such as combating poverty which could lead people to become 'kufur' among Muslims, in terms of social and crime which is rising.
    Despite that, BN's Budget still ensures that all ibadah matters are included in the budget, they include:
    1. Yayasan Wakaf Malaysia, under Jabatan Wakaf Zakat dan Haji which is responsible in drafting the master plan for Corporate Wakaf by taking into account the legal structure of Islamic states.
    2. SME Bank with cooperation with Bank Pembangunan Islam will provide Halal Industry Fund worth RM200 million to cover the cost of PKS's working capital.
    3. Future haj pilgrims who contribute with EPF, can now be allowed to withdraw their savings to cover the cost of their pilgrimage up to the maximum RM3,000.
    But, these things do not have to be 'preched' as much because it has been part of BN's principals which highly respects the constitution which puts Islam as the official religion.
    The question here is regarding PR's Budget and their critic towards BN which is not consistent with the image which they are bringing. Perhaps PR supporters had missed the fact that PR did not even mention anything about Islamic development in their Alternative Budget?
    This is not surprising because PR has never mentioned their intention to defend Islam if they are to rule. Instead, they simply made the statement to unite or be fair to all race and religion.
    That is why PR do not dare to put any Islamic clause in their Budget. Development of mosques, Islamic education not fund for Islamic development never really became any of their focus.
    Thus, their negative comment towards BN was simply a joke if it is not sickening. Especially when PR, which is known to be the backbone for SUARAM and BERSIH which becomes the agents in spreading liberal understanding. There is no way that PR would include Islamic development in their budget even if they are receiving funds from Jewish branches who are from radical liberalists. 

    4 Million Klang Valley Residents Face Risk Of Arsenic Attack

    Posted: 16 Oct 2012 07:50 AM PDT

    PR Selangor Government can no longer deny that the state might face catastrophic water crisis in the near future as clear evidence shows the issue of lack of water in reservoirs. Previously they tried to belittle the issue by saying that it was Barisan Nasional's political play, but their tones suddenly change and since then, they have been trying to convince rakyat that they have their own strategy to solve the issue. Few of them include implementing the could seeding method and using water from used mines to cover the demand for water supply around Klang Valley. This matter was stated by Selangor State Exco, Dr. Xavier Jayakumar. However, both of the solutions proposed by PR Selangor are simply impractical. This is because the could seeding method cannot guarantee a hundred percent success. Even if it works, it could not solve the main problem which is not the lack of raw water, but treated water. The same thing goes to using mine water as solution because mine waters contain high level of heavy metal other than bacteria and microorganisms which could be hazardous to consumers. The heavy metal which element which brings worry when it comes to mine water would be Arsenic metal (As). Arsenic could cause various illness including liver disease, kidneys and various types of cancer. The World Health Organization (WHO) had set the safe amount for inorganic arsenic is at 0.01mg/l. Despite that, a few countries around the world have very high level of arsenic in their water, some goes to more than 200 times the number given by WHO. However, it is true that water from used mines can be treated via a few methods. Few of them include passive treatment method where water from mine would be oxidized before channeling the water to the SAPS reservoir (Successive Alkalinity Producing System). SAPS reservoir contain three layers, first layer contains limestone, followed by organic layer and the third layer (top layer) wastewater layer. Water will be be kept in this reservoir for three days. After that, the wastewater will be channeled to wetland tank before being discharged. Through this method, water pH can be increased to pH6 and element of heavy metal Fe can be reduced from 32ppm to 0.9ppm. Besides that, there is also another treatment known as active treatment facility where the amount of mine water streaming would be high and done in large quantities. Even though there are ways to treat water from used mines, the suggestion to use one of these methods to solve water crisis in Selangor is impractical considering that the cost would be high, not to mention we do not have much time. The cost to develop active treatment plant in Hamtae Korea alone cost USD3 million. Especially when there are a lot of other ways which are a lot easier and cheap and guaranteed safe to solve this issue, which is by implementing the solution which has been proposed by the government which is the Langat 2 Project. That is why, for Selangor government to choose the right method which is impractical to solve this issue, is beginning to raise doubt among rakyat regarding their real motives and credibility. Moreover, it is not wise for a state government to leave rakyat to face risks in getting heavy metal poisoning such as arsenic just for the sake of their ego and refusing to accept plans which was proposed by their opponent, Barisan Nasional government. When the fact is, whenever PR raises environmental issues even when there are no issues at all. For example, despite of the fact that Lynas plant which has been dubbed as safe by international experts, they would go around saying that the plant would endanger the environment and the health of people in Kuantan. It is weird to know that PR raelly fights for the safety and health for Kuantan people but they would let 4 million Selangor rakyat face the risk of catching arsenic poisoning. Besides, PR should have been more aware with the danger of arsenic considering that their General Leader, Anwar Ibrahim did claim that he was given arsenic shot by the government when he was in jail for sodomy charge. Anwar and his family's 'fear' on arsenic is so great that the issue was even raised to the knowledge of international media. For your information, huge amount of arsenic in the body would cause acute attacks such as stomach pain due to damaged digestive system, vomiting, diorhea, thirst, stomach cramps and finally coma, and death. While getting arsenic in the body in small doses for a long term, such as drinking water which contains arsenic, would cause bad breath, excessive sweating, weak muscles, change in skin tone (it gets darker, nerve problems and like what had happened to people of Chile and Bangladesh where they suffered black foot disease and skin cancer. Now, it is clear that Anwar has been lying because he is clearly healthy after being released, he could even 'perform' at ceramah stages and even hotel rooms. With such deep knowledge on arsenic, it is really weird as PR Selangor is not even worried if their rakyat might risk getting infected with this poison. This shows that PR government only values politic more than rakyat. Thus, we would like to suggest that the party should just get rid of the name 'rakyat' because it is clear that they are not following the objective of their coalition.

    Taipingmali (tm)

    Posted: 17 Oct 2012 01:41 AM PDT

    Taipingmali (tm)


    Burukkan Malaysia Di Luar Negara Pembangkang Pengkianat Bangsa - Nizar

    Posted: 16 Oct 2012 08:15 PM PDT

    Saya Akan Terus Berkhidmat Untuk Rakyat Ds Zambry

    Posted: 16 Oct 2012 08:06 PM PDT

    Pembangkang Hidangkan Fantasi, Usaha Kaburi Bajet Realiti BN

    Posted: 16 Oct 2012 07:58 PM PDT


    KUALA LUMPUR, 16 Okt. – Keghairahan pakatan pembangkang untuk mendapat perhatian dan mengelirukan pemikiran rakyat dengan memburukkan kerajaan pentadbiran Barisan Nasional (BN) turut menjadikan Bajet 2013 sebagai antara bahan manipulasi terbaru mereka.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaakob menyelar kepimpinan pembangkang yang melemparkan tohmahan ke atas bajet tersebut sedangkan realitinya telah terbukti berdasarkan perangkaan dan fakta selain kesinambungan kemajuan negara hasil kepimpinan BN sejak merdeka.

    "Tahun lepas selepas bajet dibentangkan pun mereka mengatakan ia adalah untuk pilihan raya ke-13 kerana ketika itu mereka meramalkan bahawa pilihan raya akan dilaksanakan pada awal tahun namun malangnya ia meleset dan hampir semua yang digariskan dalam bajet tahun lalu berjaya dilunaskan oleh BN," katanya kepada UMNO-Online.

    Ujarnya, pepatah yang sesuai untuk pakatan pembangkang ini adalah 'mengata dulang paku serpih, mengata orang sedangkan mereka yang berlebih' ekoran daripada tingkah mereka yang melaksana kan pembentangan bajet dua hari sebelum Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berbuat demikian.

    "Pembangkang melemparkan tuduhan pada BN kerana sebenarnya mereka sendiri yang memberikan gula-gula politik tetapi melemparkan tuduhan pada BN sedangkan realitinya bajet yang mereka bentangkan lebih kepada mimpi-mimpi indah yang tidak mungkin menjadi realiti.

    "BN melakukan pembentangan bajet berdasarkan kepada pendapatan kerajaan yang memberikan keselesaan untuk rakyat termasuklah pakatan pembangkang sendiri kerana mereka juga rakyat Malaysia."

    Terangnya yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, bajet kerajaan adalah untuk rakyat dengan tafsiran daripada pendapatan negara yang dijangka lebih baik dan keuntungan ini diagihkan serta dikongsi bersama-sama rakyat keseluruhannya dalam bentuk pelbagai imbuhan dan bantuan.

    "Jika pakatan pembangkang benar-benar bersikap matang dan bertanggung jawab maka mereka tidak akan melaksanakan pembentangan bajet sebagaimana yang dilakukan oleh ketua pembangkangnya apatah lagi banyak perkiraan dan perangkaan-perangkaan yang salah dan bercanggah dengan keadaan sebenar," katanya.

    Tambah beliau, mana-mana pihak dengan mudah boleh melakar dan menyebut apa saja angka demi untuk mengaburi mata rakyat dan membangunkan satu perincian menarik tanpa melihat kepada situasi dan kedudukan kewangan yang sebenar sebagaimana pembangkang.

    "Merekalah sebenarnya yang menghidang kan ayat-ayat politik kepada rakyat kerana apa yang mereka janjikan tidak perlu ditunaikan sebaliknya hanya permainan angka dan impian kosong sahaja.

    "Lebih dari itu, sebenarnya pakatan pembangkang makan hati kerana rakyat menerima dan gembira dengan pembentangan bajet dan ramai menganggapnya sebagai mesra rakyat."

    Tegas beliau lagi, jika pakatan pembangkang benar-benar bersifat matang dan ingin melakukan kritikan ia boleh dibuat dengan rasional, memberikan cadangan yang bernas dan berdasarkan kepada fakta-fakta sebenar tanpa sebarang manipulasi sebaliknya atas kepentingan masyarakat keseluruhan.

    Antara janji bajet pembangkang 2013 ialah harga semua jenis kereta akan diturunkan , bayaran tol di kesemua laluan lebuh raya akan dihapuskan dan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) pula akan dimansuhkan.

    Jumlah Kes Jenayah Syariah Di Selangor Meningkat – Pengarah Jais

    Posted: 16 Oct 2012 07:46 PM PDT


    SHAH ALAM, 16 Okt – Sebanyak 1,151 kes jenayah syariah direkod oleh Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, melebihi jumlah yang direkod sepanjang tahun lepas, kata pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin.

    Beliau berkata, sepanjang tahun lepas cuma 1,077 kes direkodkan.

    "Peningkatan ini merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012.

    "Kesalahan jenayah syariah di Selangor juga dilakukan oleh pelbagai generasi tanpa mengira usia, jantina dan latar belakang pendidikan seseorang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar 'Tanggungjawab Masyarakat DalamMenangani Jenayah Syariah' di sini, Selasa.



    Marzuki berkata, jenayah syariah bukan sekadar kesalahan seperti khalwat, persetubuhan luar nikah dan lelaki berlagak seperti perempuan, malah melibatkan kesalahan berkaitan akidah seperti dakwaan palsu, kesucian agama Islam serta institusi agama Islam itu sendiri.

    Beliau berkata, tanggungjawab menangani jenayah syariah tidak seharusnya dibebankan kepada penguat kuasa agama sahaja, yang turut menerima kritikan serta tohmahan ketika menjalankan tugas.

    "Sebagai contoh, kes siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh pihak penguat kuasa agama Jais yang dikatakan menyalahi prosedur. Apa dikesali terdapat banyak pihak mengambil kesempatan ke atas isu ini dengan menokok tambah cerita sehingga memberi kesan negatif ke atas institusi agama Islam itu sendiri," katanya.

    Siasatan pada 3 Ogos tahun lepas itu dilakukan selepas Jais mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis anjuran DUMC selain berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka di gereja tersebut.

    Justeru, Marzuki berkata, setiap individu perlu mempunyai sikap 'menjaga tepi kain orang' dalam usaha membantu membendung gejala jenayah syariah di kalangan masyarakat, dengan syarat ia perlu berlandaskan undang-undang.

    Beliau berkata, Jais juga mengambil langkah proaktif dengan memberi kuasa kepada pegawai masjid untuk bersama-sama menggunakan kuasa menangkap pihak yangmelakukan jenayah syariah.

    Selain itu, Marzuki berkata, ekoran kes siasatan DUMC, pihaknya kini di peringkat akhir merangka Pelan Strategik Dakwah Negeri Selangor 2013-2017, yang mengandungi 10 strategi bagi menangani masalah akidah dan memperkasa umat Islam di negeri ini.

    "Pelan ini akan melibatkan semua peringkat termasuk umat Islam, warga emas, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), masyarakat bukan Islam dan badan bukan kerajaan (NGO).

    "Kita akan bentangkan draf di mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan kemudian bukukannya, seterusnya kita rancang memohon perkenan Sultan Selangor untuk melancarkan pelan ini, yang dijangkakan pada awal tahun depan,"katanya.

    Mak Lampir punya projek , bina kondo atas tanah wakaf kubur

    Posted: 16 Oct 2012 12:06 PM PDT

    Tahukah tuan-puan bahawa Tanah Perkuburan Islam ini akan digali dan dipindahkan bagi memberi laluan kepada Projek Perumahan Mewah Mak Lampir dan Koncu-Koncunya?????

    Sebelum ini, kawasan tanah kosong didalam maps ini dicadangkan untuk membina perumahan kos rendah semasa zaman UMNO... Hari ini dengan sokongan PAS, tanah perkuburan ini akan dialihkan dan dipindahkan bagi membina perumahan mewah....

    Ayuh beramai-ramai pada hari Ahad ini jam 10 pagi.... kita hadir ke tapak projek perumahan mewah Taman Sri Lampir, bagi membantah projek yang merugikan umat Islam ini...

    Penyelewengan Ladang Rakyat Di Kelantan Terbongkar

    Posted: 16 Oct 2012 08:23 AM PDT

    "Orang PAS ni guna agama untuk makan duit haram, duit rakyat, masuk dalam perut mereka. Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang UUMNO. Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan).

    Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan. Harapkan PAS, mereka sibuk curi rampas tanah orang, curi balak, tidak bayar pampasan atau ganti rugi," demikian kata Harun Che Anal, warga emas berusia 61 dari Gua Musang, Kelantan.

    Kata-kata di atas adalah luahan kekecewaan salah seorang peneroka yang sebak melihat tanah yang diterokanya sejak dua dekad lalu kini sudah menjadi sebahagian dari Ladang Rakyat, sedangkan sebelumnya pemimpin PAS negeri sudah berjanji untuk memberikan geran hak milik tanah kepada rakyat.

    Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya.

    Mengikut perancangan asalnya, konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA, namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya.

    Kini, para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu PAS, pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan semalam.

    Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan, mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit.

    Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut.

    Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata.

    Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya, itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri.

    Manakala seramai 639 orang lagi yang mendapat manfaat dari Ladang Rakyat adalah warga negara asing yang menerima upah bekerja di ladang yang dikendalikan oleh syarikat swasta dipercayai milik tauke Cina dari Singapura itu.

    Rakyat tempatan termasuk Orang Asli terpaksa menangis tak berlagu kehilangan tanah yang diterokai serta tanah rizab mereka, manakala orang dari Singapura yang banyak memberi sumbangan dan derma politik untuk parti yang memerintah Kelantan pula yang menjadi kaya raya.

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    Bukti-Bukti Mengaitkan suarapakatanrakyat.com Dengan Pakatan Rakyat

    Posted: 16 Oct 2012 07:42 AM PDT

    Saya diberikan tanggungjawab untuk menyelidik laman web kontroversi suarapakatanrakyat.com yang baru-baru ini mencetuskan kekecohan di seluruh negara berikutan penyiaran artikel yang jelas dan terang menghina tarian sumazau oleh masyarakat Kadazandusun Sabah.

    Lanjutan dari penyiaran artikel tersebut, khabarnya berpuluh laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak di Sabah, dan tambah mengejutkan lagi apabila kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sendiri diketuai Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah Ismail pada 11 September 2012, tampil mengadakan sidang media bersama, menafikan bahawa laman web tersebut ada kaitan dengan mereka.

    Sesuatu yang jarang berlaku dalam hal yang penting sekalipun, apatah lagi bagi mengecam sebuah laman web.

    Agak menakjubkan juga, setelah Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man (yang turut hadir dalam sidang media tersebut), meminta supaya artikel ini dikeluarkan dari laman web itu, artikel tersebut memang betul-betul dikeluarkan, malah ada permohonan maaf pula dibuat penulis artikel tersebut!!

    Jadi persoalannya disini, benarkah Pakatan Rakyat tidak ada kaitan dengan laman web itu? Kalau tidak ada kaitan bagaimana pula pengendali laman web ini 'akur' dengan permintaan Tuan Ibrahim? Pada saya, tidak logik perkara ini berlaku secara kebetulan

    Dari pemerhatian saya di laman-laman facebook yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, ada tuduhan yang mengatakan laman web tersebut adalah diuruskan oleh UMNO sendiri, kononnya hasil satu konvensyen media sosial (tidak dinyatakan dimana) yang memutuskan supaya UMNO/BN menubuhkan web tersebut dalam usaha memerangi Pakatan Rakyat di Internet.

    Sebagai seorang yang aktif di dalam konvensyen media sosial yang diadakan UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini, saya tidak pernah ingat program mana satu yang memutuskan perkara sedemikian. Dalam setiap konvensyen, yang dibincangkan ialah bagaimana untuk memantapkan lagi usaha memerangi adu domba fitnah dan putar belit pembangkang. Tidak pernah wujud dalam ingatan saya, ada satu konvensyen yang memutuskan untuk mewujudkan laman web sedemikian.

    Lagipun kos untuk mewujud dan mengendalikan laman web tersebut bukan murah. Siapa yang mahu menanggung semua kos tersebut? Itu satu hal, satu hal yang lain mencari penulis berkaliber yang mampu 'membawakan peranan palsu' sedemikian?

    Maka itu saya mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan sama ada laman web ini benar-benar palsu atau sememangnya berada dibawah kendalian Pakatan Rakyat sendiri.

    Setelah beberapa hari memerhati dan memantau perkembangan laman web tersebut, saya berani mengesahkan disini bahawa laman web ini adalah milik Pakatan Rakyat dan diuruskan oleh mereka yang ada kepentingan langsung dengan PKR, terutama sekali penyokong Penasihat Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Hujah saya disini ialah, satu-satunya bukti yang digunakan penyokong Pakatan Rakyat di facebook untuk mengatakan web ini web palsu ialah kerana laman ini tidak segan silu mengecam pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Itu sahaja, tidak ada bukti lain. Cakap yang mengaitkan kononnya kewujudan web ini hasil konvensyen media sosial UMNO juga, hanya satu kata-kata, tidak ada bukti.

    Hakikatnya, perkara ini (mengecam pemimpin sendiri) sepatutnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana kita tahu bukan semua orang bersetuju dengan pemimpin walaupun dari parti yang sama. Apatah lagi dalam situasi pakatan tidak rasmi seperti Pakatan Rakyat ini yang 'memaksa' PAS, DAP dan PKR untuk bersatu dengan tujuan menumbangkan BN dan membentuk kerajaan semata-mata.

    Satu perkara yang jelas, setelah telah meneliti banyak artikel-artikel yang dikeluarkan laman web suarapakatanrakyat.com sebelum ini, saya mendapati mereka memang konsisten untuk tidak mengecam Anwar secara keterlaluan. Memang ada artikel yang seakan 'mengecam', antaranya berkenaan Seksualiti Merdeka, tapi itu terlalu lembut untuk dipanggil menegur sekalipun, apatah lagi mengecam.

    Nak mengekalkan konsistensi yang semacam ini bukan mudah. Kalau laman web palsu, saya pasti akan ada satu di antara beratus artikel yang telah dikeluarkan laman web ini yang 'tersasul' mengecam Anwar dan DAP secara keras, tapi setakat yang telah saya baca (dari Ogos 2011 hingga sekarang), tidak ada.

    Menariknya, dimuka hadapan laman web ini, gambar Anwar diletakkan dengan petikan "manusia suci" – menggambarkan ketaksuban pengendali laman web ini kepada Anwar Ibrahim, walaupun ada yang mengaitkannya sebagai keterlaluan dan sengaja dibuat. Tapi jangan lupa, mereka konsisten mempertahankan Anwar pada setiap masa.

    Saya juga perasan yang laman web ini kerap menyiarkan pandangan yang 'sebenarnya' mengenai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tertentu, lama sebelum pemimpin berkenaan menjadi isu besar yang menyusahkan Pakatan tersebut. Antaranya Datuk Hasan Ali, Mansor Othman dan Nasharudin Mat Isa. Terbukti ketiga-tiga mereka ini akhirnya mendatangkan masalah kepada Pakatan Rakyat sehingga ada yang sampai ke tahap dipecat!!

    Nasharudin dengan Karpalnya, Mansor dengan tokongnya dan Hasan Ali dipecat kerana mengkritik Anwar!!

    Selain itu juga, beberapa dokumen dalaman/rahsia PKR turut didedahkan di laman web ini, antaranya minit mesyuarat dan temurapat untuk membincangkan strategi pilihanraya yang diadakan di Port Dickson tahun lepas, bagaimana mereka memperolehi semua dokumen ini dikala tidak ada blog pro UMNO/BN yang mendedahkannya?

    Saya juga perasaan yang laman web ini juga dilihat sering mengelak dari mengecam DAP secara terang-terangan. Kalau ada pertikaian antara PAS dan DAP, laman ini pastinya akan menyokong DAP, malah dalam sampai ke satu tahap mengecam Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Aziz Nik Mat!!

    Laman web ini juga agak keras terhadap PAS dan beberapa pemimpin PKR yang kita tahu tidak sebulu dengan Anwar.

    Pada saya, laman ini berkongsi kecenderungan sekular dan liberal Anwar yang selama ini tidak mahu diakuinya secara terang-terangan.

    Walaupun kita tahu Anwar adalah seorang yang sekular dan liberal, tapi mendedahkan perkara tersebut secara terangan hanya akan merenyukkan peluangnya ke Putrajaya.

    Maka itu saya percaya, laman web ini diwujudkan oleh kumpulan penyokong PKR yang taksub kepada Anwar untuk menyampaikan isi hati Anwar dari sudut penceritaan yang tidak mahu disentuh blogger 'stereotype' Pakatan Rakyat yang lain.

    Dan ternyata kecenderungan Anwar terhadap sekular dan liberalisme sedikit demi sedikit terbukti kebelakangan ini seperti dilihat dalam soal Anwar melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India yang dilihat mengecilkan peranan Islam dalam pembentukan kerajaan. Malah Anwar juga terang-terang mengaku mahu melindungi keselamatan Israel dan berjanji untuk menghapuskan undang-undang lapuk berkaitan homoseksual yang selari dengan kehendak golongan liberal.

    Soal Pakatan Rakyat tidak mahu mengaku, itu soal lain. Pakatan Rakyat pun tidak pernah mengaku Milosuam dan Amenoworld adalah blog mereka, tapi kita semua tahulah.

    Lagipun Anwar bukan baru dalam soal tipu menipu ini. Peranan Anwar sebagai tok dalang disebalik skandal Scorpene dan sebagainya sudah diketahui ramai, malah diakui sendiri bekas peguamnya sendiri, Zulkifli Nordin.

    Oh ya,bercakap soal tarian sumazau, nukilan laman web ini yang membangkitkan kemarahan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat, tahukah kita bahawa Pakatan Rakyat begitu bersungguh-sungguh cuba membaiki imejnya sehinggakan dalam konsert Bersih 2.0 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya beberapa hari lepas pun, acara tarian ini diadakan!!

    Tak siapa nak bertanya, kalau tidak ada kaitan, kenapa mesti bersusah payah?

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    Bajet PR Ketepikan Islam

    Posted: 16 Oct 2012 07:33 AM PDT

    Pembentangan Bajet baru-baru ini dan kemudiannya Laporan Audit semalam telah mendapat sambutan positif semua pihak. Secara tidak langsung, ini bolehlah ditafsirkan sebagai keyakinan rakyat yang meningkat terhadap Barisan Nasional. Terbukti kini bahawa Barisan Nasional bukanlah sebuah parti yang bercakap tidak serupa bikin kerana jelas segala janji telah ditepati dan segala program pula telah dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.

    Semua ini terbukti melalui penilaian prestasi dan kewangan kerajaan persekutuan.

    Barisan Nasional juga tidak bersikap hipokrit seperti menggunakan slogan-slogan indah, cuba menggambarkan parti ini sebagai maksum atau malaikat yang suci murni tanpa sekelumit dosa. Barisan Nasional juga tidak pernah menggambarkan parti ini sebagai mempunyai kuasa ghaib yang mampu mengawal harga pasaran mahupun menurunkan harga barang dengan sekelip mata.

    Bajet yang dibentangkan BN adalah bajet yang berasaskan realiti iaitu berdasarkan kemampuan parti dan keadaan ekonomi dunia sepertimana yang terbukti melalui laporan audit negara.

    Walaupun BN tidak terikat dengan gambaran suci murni dan maksum sepertimana Pakatan Rakyat, Bajet yang dibentangkan BN tetap mengambil kira tuntutan agama dalam merancang pembangunan negara.

    PR sebelum ini telah mengkritik BN kononnya telah mengenepikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet kali ini. Hipokrasi PR ini amatlah memualkan terutama apabila merujuk kepada sikap parti tersebut terhadap masalah murtad, termasuk penggunaan nama Allah oleh bukan Islam serta Injil berbahasa Melayu yang mana disokong oleh mereka.

    Jika soal akidah sudah menjadi perkara remeh, apakah layak bagi PR untuk mempersoalkan hal-hal lain berkenaan Islam kepada orang lain?

    Umat Islam harus memahami bahawa ilmu dalam Islam tidak semestinya berkisar soal agama sahaja. Malah, telah ditekankan secara jelas dalam Al-Quran mengenai tugas manusia untuk mencari ilmu di langit, bintang dan alam semesta iaitu meneroka bidang sains, astronomi, matematik dan lain-lain. Oleh itu, adalah tepat bagi kerajaan untuk merangkumkan sekali pendidikan dalam semua bidang ilmu termasuk agama dalam belanjawan negara.

    Manakala pembangunan agama pula tidak semestinya berkisar mengenai ibadah seperti zakat atau haji, tetapi secara menyeluruh iaitu merangkumi membanteras kemiskinan yang mana membawa risiko 'kufur' di kalangan ummah yang boleh diterjemahkan kepada masalah sosial dan jenayah yang meningkat.

    Walaupun begitu, Bajet BN tetap memastikan hal-ehwal ibadah diperuntukkan dengan jelas, antaranya:

    1. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri

    2. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat

    3. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.

    Namun, sebenarnya ini tidak perlu pun dihebohkan kerana telah menjadi prinsip BN menjunjung tinggi perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

    Apa yang menjadi persoalan di sini ialah berkenaan Bajet PR mahupun kritikan PR terhadap BN yang tidak konsisten dengan imej yang ingin dibawa mereka. Mungkinkah penyokong-penyokong PR benar-benar terlepas pandang bahawa PR langsung tidak menyebut mengenai pembangunan Islam di dalam Bajet Alternatif yang dibentangkan mereka?

    Ini tidaklah mengejutkan kerana PR tidak pernah mewar-warkan pendirian untuk memperkasakan Islam jika mereka memerintah tetapi telah dengan tegasnya membuat kenyataan untuk menyamaratakan atau bersifat adil kepada semua kaum dan agama.

    Kerana itu, PR tidak berani memasukkan 'klausa' Islam di dalam Bajet mereka. Pembangunan masjid, pendidikan Islam mahupun dana untuk pembangunan Islam langsung tidak diberi perhatian. Apatah lagi program jangka panjang untuk kemajuan umat Islam.

    Justeru, kritikan mereka terhadap BN amatlah melucukan kalaupun tidak memualkan. Apatah lagi, apabila PR diketahui didokong oleh SUARAM dan BERSIH yang menjadi agen penyebaran fahaman liberal. Mana mungkin PR memperuntukkan Bajet untuk pembangunan Islam sedangkan di masa yang sama menerima bantuan rangkaian-rangkaian Yahudi, para pendokong liberalisme yang radikal?


    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    Calon Wanita macam ini kena ramai untuk PRU13,

    Posted: 16 Oct 2012 07:31 AM PDT

    Audit 2011: Banyak Aktiviti Salah Tadbir Di Pulau Pinang

    Posted: 16 Oct 2012 07:30 AM PDT

    DAP nampaknya begitu berbangga dengan laporan Audit 2011 yang menunjukkan penurunan hutang negeri tersebut antara 94 – 97%. Konon-kononnya penurunan ini ada kaitan dengan kehebatan mengurus parti rasis, cauvanis cina ini, dibanding dengan BN dan negeri-negeri lain dimana mereka memerintah.

    Maka para penyokong Pakatan Rakyat dibawah yang tidak punya keupayaan berfikir yang hebat seperti orang lain, menerima sahaja berita ini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada laporan audit tersebut bagi mendapatkan lebih maklumat bagaimana yang dikatakan penurunan hutang itu

    Sebetulnya, yang tidak disebut DAP ialah, penurunan hutang ini dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) – organisasi dibawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

    Selain dari itu, laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang.

    Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan – sekadar menyebut beberapa perkara.

    Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini. Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutung dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan, telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.

    Sementara dalam masa yang sama, aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam, semakin rancak dijalankan di Pulau Pinang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut.

    Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri. Sistem yang digunakan tidak jelas, bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit.

    Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang, kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu, tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan.

    Paling mencuri tumpuan penulis dalam laporan audit semalam ialah tindakan beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri yang membayar bonus kakitangan dikala syarikat itu sendiri mengalami kerugian.. Kalau tidak salah penulis, masalah sama pernah dikenal pasti di sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri di Selangor beberapa tahun lepas – untung tidak ada tapi bonus berkoyan.

    Nampaknya fahaman DAP ini memang lain. Tak tahu teknik perakaunan mana yang digunakannya tapi syarikat kerajaan negeri yang tidak memberi sebarang keuntungan boleh membayar bonus kepada kakitangannya!!

    Jadi toksahlah DAP nak cakap besar dan buat bising tentang prestasi kerajaan BN diperingkat persekutuan kalau dalam negeri yang mereka perintah sendiri pun ada banyak masalah yang tidak terjaga.

    Penulis nak menyentuh sedikit tentang kos-kos pembelian 'tidak munasabah' yang dikesan berlaku dalam laporan audit kali ini. Nak dijelaskan disini bahawa ianya bukan disebab oleh penyelewengan atau apa pun cuma bajet berlebihan dari akaun lain, dipindahkan ke akaun yang kurang atau telah habis.

    Contoh, rekod pembelian TV berharga RM 1,500, tapi dikesan dibeli dengan harga RM 10,000. Wang itu tidak masuk poket sesiapa pun tapi bajet itu yang dipindahkan.

    Ini biasa berlaku, tanyalah orang kerajaan terlibat, depa tahulah, yang penting tidak ada kaitan dengan penyelewengan.

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    4 Juta Penduduk Lembah Kelang Bakal Diancam Bahaya Arsenik

    Posted: 16 Oct 2012 07:26 AM PDT

    Kerajaan PR Selangor tidak lagi boleh menafikan bahawa negeri itu bakal mengalami krisis bekalan air yang buruk dalam masa terdekat apabila bukti-bukti kukuh mengenai kekurangan air di empangan-empangan didedahkan. Sebelum ini mereka cuba meremehkan isu tersebut konon mainan politik Barisan Nasional, tetapi nada mereka kemudiannya berubah dan cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka punya strategi sendiri untuk menanganinya.

    Antaranya, melakukan pembenihan awan dan menggunakan air dari bekas lombong untuk menampung keperluan di Lembah Kelang. Ini dinyatakan sendiri oleh exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar.

    Bagaimanapun, kedua-dua penyelesaian yang dicanangkan kerajaan PR Selangor ini adalah tidak praktikal. Ini kerana pembenihan awan tidak mampu memastikan seratus peratus kejayaan. Kalau pun berjaya, ia masih tidak menyelesaikan masalah utama iaitu, bukannya kekurangan air mentah, tetapi bekalan air yang dirawat.

    Begitu juga dengan menggunakan air lombong sebagai penyelesaian kerana air lombong mengandungi logam berat yang tinggi selain bakteria dan mikroorganisma yang membahayakan pengguna. Logam berat yang amat membimbangkan yang banyak terdapat di dalam air bekas lombong adalah logam arsenik (As). Arsenik mampu menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah penyakit hati, buah pinggang dan pebagai jenis kanser.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan kadar selamat arsenik inorganik ini sebagai 0.01 mg/l. Namun, beberapa negara di dunia di dapati mempunyai paras arsenik yang sangat tinggi dan ada yang melebihi 200 kali ganda.

    Walaubagaimanapun, memang benar bahawa air bekas lombong boleh dirawat dengan beberapa cara.

    Antaranya, kaedah rawatan secara pasif (passive treatment method). Iaitu air sisa lombong disalurkan ke kolam pengoksidaan sebelum disalurkan ke kolam SAPS (Successive Alkalinity Producing System). Kolam takungan SAPS di lapisi dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama adalah batu kapur (limestone), lapisan kedua adalah lapisan organik dan lapisan ketiga (paling atas) adalah lapisan air sisa. Air akan ditahan di dalam kolam ini selama 3 hari. Selepas itu, air sisa di alirkan ke kolam wetland sebelum dilepaskan keluar. Melalui kaedah ini, pH air dapat ditingkatkan kepada pH 6 dan kandungan logam berat Fe dikurangkan daripada 32 ppm kepada 0.9 ppm.

    Selain itu, ada juga rawatan secara aktif (active treatment facility) iaitu di mana kadar alir air lombong yang tinggi dan kuantiti yang banyak. pH air sisa setelah dirawat dan dialirkan keluar melalui cara ini adalah 7.84.

    Walaupun ada caranya untuk merawat air lombong, cadangan menggunakan mana-mana satu dari kaedah ini untuk menyelesaikan masalah air di Selangor adalah tidak praktikal memandang kos yang begitu tinggi termasuk masa yang terlalu suntuk. Kos pembinaan loji rawatan secara aktif bagi lombong Hamtae di Korea sahaja memakan belanja sebanyak USD3 juta.

    Apatah lagi apabila terdapat cara lain yang lebih mudah, cepat dan murah serta terjamin selamat untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menggunapakai penyelesaian yang telah digariskan oleh kerajaan pusat iaitu Projek Langat 2.

    Oleh itu, bagi kerajaan Selangor untuk memilih cara penyelesaian yang tidak praktikal untuk mengatasi masalah ini, menimbulkan keraguan di kalangan rakyat mengenai motif sebenar serta kredibiliti mereka. Lebih dari itu, adalah tidak wajar bagi sebuah kerajaan negeri untuk membiarkan rakyat menanggung risiko keracunan logam berat, seperti arsenik hanya kerana ego dan enggan menerima atau mengakui sesuatu perancangan yang terbaik yang dicadangkan oleh pihak lawan, iaitu kerajaan Barisan Nasional.

    Sedangkan, pihak PR selama ini yang begitu beria-ia membangkitkan isu alam sekitar walaupun sebenarnya tiada isu. Contohnya, kilang Lynas yang telah disahkan selamat oleh pakar-pakar antarabangsa tetap dituduh mereka sebagai merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat Kuantan.

    Pelik sekali apabila PR konon memperjuangkan keselamatan dan kesihatan rakyat Kuantan tetapi sanggup pula mendedahkan 4 juta rakyat Selangor kepada risiko keracunan arsenik.

    Lagipun, PR sepatutnya lebih peka dengan bahaya arsenik memandangkan Ketua Umum mereka, Anwar Ibrahim pernah mendakwa disuntik dengan racun tersebut oleh kerajaan ketika beliau pertama kali dipenjara kerana meliwat.

    'Ketakutan' Anwar dan keluarga terhadap kesan arsenik begitu hebat sehingga membawa isu itu kepada media antarabangsa. Untuk pengetahuan, kemasukan arsenik dalam jumlah besar ke dalam tubuh secara mendadak akan menyebabkan serangan akut seperti sakit perut akibat sistem pencernaan rosak, muntah, cirit-birit, rasa haus yang hebat, kejang perut, dan akhirnya koma, dan kematian.

    Manakala kemasukan secara sedikit-sedikit dalam jangka waktu lama pula, seperti meminum air yang mengandungi racun arsenik, akan menyebabkan nafas berbau, peluh berlebihan, otot longlai, perubahan warna kulit (menjadi gelap, gangguan saraf, dan seperti yang melanda penduduk Chile dan Bangladesh iaitu penyakit kaki hitam dan juga kanser kulit.

    Kini, ternyata, Anwar telah berbohong kerana beliau jelas sihat sejahtera setelah dibebaskan, malah boleh 'beraksi' dengan begitu hebat tak kira di pentas-pentas ceramah mahupun di bilik-bilik hotel.

    Dengan pengetahuan yang 'mendalam' mengenai arsenik, adalah pelik sekali apabila kerajaan PR Selangor langsung tidak bimbang jika rakyat mereka terdedah kepada racun ini. Ini menunjukkan bahawa kerajaan PR tega mementingkan politik lebih dari rakyat.


    Justeru, kita sarankan agar parti tersebut membuang sahaja nama 'rakyat' kerana ia jelas tidak menepati objektif pakatan mereka.


    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    Bajet 2013 : MP Pkr sememangnya bengong

    Posted: 16 Oct 2012 07:20 AM PDT

    Susur Galur Tokoh Negarawan, Tan Sri Tajudin Ali Wajar Diterbitkan

    Posted: 16 Oct 2012 05:47 AM PDT

    Panglima Perang Cyber

    Posted: 17 Oct 2012 12:15 AM PDT

    Panglima Perang Cyber


    Kempen Royalti Diselit Elemen Kristianisasi - Demi Wang Akidah Ahli PAS Digadaikan !!!

    Posted: 16 Oct 2012 02:39 AM PDT




    1. Banyak perkara pembangkang lakukan hari ini tanpa disedari turut menyelitkan amalan keagamaan agama lain. Beritanya http://www.selangorku.com/?p=15751

    2. Terbaru kumpulan menuntut royalti minyak telah menggunakan 'crossfingers' tanpa disedari ia sebenarnya diambil dari agama Kristian.



    3. Menurut Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Crossed_fingers makna Crossfingers : To cross one's fingers is a Christian hand gesture used to implore God for protection, as well as to pray for blessings and wish for good luck. The gesture has also been historically used in order to allow believers to recognize one another during times of persecution.[1]
    In addition, some individuals, namely children, use the gesture to excuse their telling of a white lie; this use has its roots in the belief that the power of the Christian cross might save one from being sent to hell for telling a lie.[2]

    4. Tidak mustahil penggunaan elemen agama Kristian ini boleh merosakkan akidah umat Islam yang menyokongnya.

    5. Tanpa disedari PARTI ISLAM SEMALAYSIA telah menggunakan lambang agama Kristian untuk tujuan mendapatkan habuan dunia.

    6. Lebih malang Mursyidul AM PAS juga menggunakan simbol yang sama walau digelar ulama oleh penyokongnya.


    7. Adakah ini yang dimaksudkan di akhir zaman seorang itu beriman pada pagi dan menjadi kafir petang hari ???


    Moga Allah selamatkan kita dari kerosakan akidah Insya Allah.

    oyabun

    Posted: 17 Oct 2012 12:02 AM PDT

    oyabun


    MB Khalid takut beri penjelasan fakta sebenar hutang Talam?

    Posted: 16 Oct 2012 09:27 AM PDT


    Barisan Nasional (BN) Selangor mendesak kerajaan negeri memberikan penjelasan berhubung fakta sebenar pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) yang berjumlah RM392 juta yang didakwa bercanggah dan mengelirukan rakyat.

    Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamad berkata, keraguan itu jelas dilihat menerusi soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri mengenai penyusunan hutang tersebut yang disahkan oleh sebuah firma audit, KPMG Transaction & Restructuring Sdn. Bhd. (KPMG).

    Dalam penjelasan itu, katanya, kerajaan negeri menyatakan bahawa anak syarikatnya yang membeli aset Talam adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan anggaran nilai kasar berjumlah RM16.9 juta.

    Selain PKNS, kata beliau, turut membeli aset Talam adalah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) masing-masing dengan anggaran nilai kasar sebanyak RM438.5 juta dan RM44.7 juta.

    "Soalnya bagaimana KPMG boleh membuat rumusan bahawa KHSB membeli hutang Talam sedangkan pada 30 Julai lalu, syarikat itu menafikan mereka dipaksa untuk 'menerima' RM44.7 juta aset dari MBI (Pemerbadanan Menteri Besar). Mana satu yang benar," soalnya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di sini semalam.


    Tambah Mohd. Zin, kekeliruan kedua timbul apabila penjelasan itu menyatakan soalan, sama ada kerajaan negeri berjaya mendapatkan semula hutang daripada Talam yang didakwanya bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi laporan media sebelum ini.

    Kata beliau, berdasarkan laporan Bernama pada 12 Julai lalu, Menteri Besar mengumumkan MBI menerima RM302.7 juta daripada keseluruhan hutang Talam manakala dalam Laporan Tahunan Trinity (dahulu dikenali sebagai Talam), sebahagian tanah syarikat itu di Sepang yang digunakan untuk penyelesaian hutang telah dilelong dan masih dalam pertikaian mahkamah.

    "Maka sebarang transaksi pemindahan tanah tersebut kepada MBI adalah masih tergantung. Persoalannya, bagaimana KPMG boleh menyimpulkan bahawa keseluruhan hutang Talam sebanyak RM392 juta telah berjaya dikumpul oleh kerajaan negeri," tegasnya.

    Menurut beliau, turut menimbulkan keraguan ialah dari segi penilaian aset tanah milik Talam yang dalam penjelasan tersebut, kerajaan negeri tidak mengalami kerugian di sebalik pengambilalihan aset itu membabitkan enam lot tanah di Bukit Beruntung 2, Hulu Selangor yang dianggarkan seluas 534.9 hektar dengan nilai RM354 juta.

    Penjelasan daripada kerajaan negeri itu menyebut laporan penilaian tanah tersebut telah dikemukakan kerajaan negeri dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan disokong oleh pertimbangan kasar yang telah dipersetujui MBI.

    "Namun, berdasarkan laporan penilaian JPPH negeri pada Mac 2010, nilai tanah di Bukit Beruntung 2 hanya berjumlah RM113 juta. Bagaimana KPMG membuat kesimpulan bahawa pembelian dan penerimaa aset ini disokong oleh JPPH. Saya minta kerajaan negeri dan KPMG menjelaskan persoalan ini," kata beliau.

    Dalam perkembangan lain, Mohd. Zin meminta kerajaan negeri supaya bersikap lebih bertanggungjawab menyelesaikan masalah bekalan air terawat serta penyusutan air mentah di empangan-empangan utama di negeri ini termasuk empangan Sungai Selangor yang menyusut kira-kira 56 peratus ketika ini.

    Katanya, kaedah pembenihan awan yang dicadangkan kerajaan negeri tidak boleh dijadikan langkah penyelesaian utama untuk mengatasi masalah tersebut.

    Wasabi Oyabun...

    Belantan

    Posted: 16 Oct 2012 11:44 PM PDT

    Belantan


    Nampaknya hala tuju Pas sudah semakin bercelaru?

    Posted: 16 Oct 2012 06:41 PM PDT



    Beberapa pemimpin Pas secara tiba-tiba memberikan reaksi yang cukup keras terhadap kenyataan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyentuh tentang agenda DAP dan membidas pemimpin-pemimpin Islam yang sanggup mengetepikan kepentingan agama demi kuasa.

    Apa yang menghairankan ketika menyampaikan hujahnya dalam Seminar Dakwah Nasional baru-baru ini, Ahli Parlimen Bachok itu langsung tidak menujukan kenyataan beliau kepada pemimpin UMNO atau Pas.

    Sebaliknya apa yang beliau bentangkan adalah tasawwur umum tentang konsep dakwah dan siasah serta beberapa kemelut yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia dalam hal yang berkaitan dengan politik.

    Namun kenyataan Nasharudin tidak dilihat sebagai satu pandangan daripada seorang pendakwah yang bertanggungjawab untuk mempertahankan agama Islam dengan apa cara sekali pun, sebaliknya sesetengah pemimpin Pas melihat dari sudut politik semata-mata.

    Mereka bimbang kenyataan Nasharudin akan menyebabkan DAP terasa dan ini sekali gus boleh menjejaskan impian politik Pas untuk memburu kuasa bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Sebab itulah kita saksikan tidak ramai pemimpin-pemimpin Pas menyokong kenyataan Timbalan Mursyidul Am parti, Datuk Harun Din yang memberi pandangan berhubung tindakan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim melancarkan buku yang ditulis oleh bekas Ahli Parlimen India berfahaman liberal, Mobashar Jawed Akbar.

    Mobashar secara terbuka meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sesebuah negara sedangkan inilah perjuangan Pas, namun pemimpin-pemimpin Pas masih dilihat sanggup bertolak ansur kerana bimbang menyinggung perasaan Anwar kalau mereka mengkritik Mobashar.

    Begitu juga dalam isu kenyataan Nasharudin, biar pun beliau tidak menyebut mana-mana parti tetapi ada pemimpin Pas yang mengulas panjang lebar untuk mempertegaskan Pas tidak pernah tergelincir daripada landasan perjuangannya.

    Menuduh

    Sebaliknya pemimpin itu menyifatkan orang yang menuduh Pas tergelincir sekarang sedang menjerit-jerit untuk mendapatkan pertolongan daripada UMNO.

    Dalam hujahnya, pemimpin berkenaan turut menyentuh tiga fasal dalam Perlembagaan termasuk fasal 3 yang menyatakan dasar Pas ialah Islam.

    Hujah pemimpin berkenaan, Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata lain yang merangkumi urusan hidup dan mati.


    Beliau juga menyentuh fasal 5 (1) berkaitan tujuan Pas untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

    Malahan beliau juga merujuk kepada fasal 7 yang menyatakan sumber rujukan tertinggi yang menjadi hukum dan kekuasaan Pas ialah al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

    Pemimpin berkenaan cuba mempertegaskan bahawa Pas tidak menggadaikan prinsipnya dalam memburu kuasa dan menganggap tuduhan Pas mengutamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yang tidak betul.

    ''Memang betul dalam Perlembagaan Pas mencatatkan itu semua, tetapi dari segi realitinya apakah parti tersebut benar-benar mematuhi semua yang termaktub dalam perlembagaannya.

    ''Kita bukan bercakap soal Perlembagaan tetapi realiti dari segi pelaksanaan dan perjalanan parti, itu yang sepatutnya difahami pemimpin berkenaan,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi penulis.

    Persoalannya bagaimana pula dengan kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menegaskan, Pas akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang biar pun dibantah oleh ahli-ahli di peringkat umbi. Tidakkah ini membuktikan memburu kuasa menjadi matlamat utama Pas?

    Kalau benar Pas memerlukan kuasa untuk menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW, Nik Abdul Aziz tidak akan mempertahankan kerjasama dengan DAP kerana semua orang tahu bagaimana gangguan DAP terhadap perjuangan Islam Pas.

    Oleh itu tidak perlulah mana-mana pemimpin Pas hendak berdolak-dalih untuk 'menghalalkan' kerjasama berkenaan dan sekali gus berusaha menutup keghairahan parti itu memburu kuasa sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan sendiri.

    Jika Pas memegang teguh prinsip perjuangan Islamnya, kenapakah Pas masih rela bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak hukum hudud dan berpayung di bawah pemimpin-pemimpin PKR yang ada antara mereka menyokong fahaman liberalisme.

    Mengaburi

    Tidak usahlah hendak mengaburi ahli di peringkat akar umbi dan penyokong parti itu dengan menyatakan segala keputusan yang Pas hendak laksanakan seperti tahaluf siyasi diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yang mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber al-Quran, hadis, ijmak dan qias serta segala keputusan yang dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

    Kalau itu hujahnya, kenapakah masih mahu bekerjasama dengan DAP? Apakah kalau betul pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya nanti, Pas akan diberi kuasa sebebas-bebasnya untuk melaksanakan pemerintahan Islam?


    Penulis akui dalam Pas, kelompok yang benar-benar ikhlas untuk meneruskan perjuangan Islam dalam Pas hanyalah golongan ulama, tetapi semua orang tahu sejauh mana kekuatan golongan berkenaan untuk bersuara.

    Memang benar tahaluf siyasi yang dilakukan oleh Pas dengan PKR dan DAP diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tetapi sekarang sudah jelas kerjasama berkenaan lebih banyak merugikan parti itu.

    Jika mereka ikhlas hendak memastikan Pas terus memperjuangkan Islam, mereka sepatutnya menggesa majlis itu mengkaji semula hubungan dengan DAP dan PKR supaya cara berpolitik Pas adalah berlandaskan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

    Kalau itu mereka tidak mahu lakukan jelaslah, Pas sememangnya sedang ghairah memburu kuasa bersama-sama DAP dan PKR sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya hatta prinsip perjuangan sendiri.

    Tidak salah untuk Pas berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi biarlah hubungan itu mendatangkan keuntungan bukan sahaja kepada parti itu tetapi juga umat Islam secara keseluruhannya.

    Pemimpin-pemimpin Pas sudah pasti memahami sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Musa. Baginda bersabda:

    "Permisalan teman yang baik dan teman yang jelek seperti (berteman) dengan pembawa minyak wangi dan tukang pandai besi. Dan adapun (berteman) dengan pembawa minyak wangi kemungkinan dia akan memberimu, kemungkinan engkau membelinya, atau kemungkinan engkau mencium bau yang harum. Dan (berteman) dengan tukang pandai besi kemungkinan dia akan membakar pakaianmu atau engkau mendapatkan bau yang tidak enak."

    Dan dalam soal ini, semua orang tahu siapa kawan karib Pas dan apa sudah terjadi dengan parti itu.

    Oleh : Zulkiflee Bakar

    Suara Politik
    Taminsari

    Dinasti Lim?

    Posted: 16 Oct 2012 09:17 AM PDT



    Selepas menang banyak kerusi peringkat negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), DAP memanggil satu mesyuarat di Hotel Red Rock, Jalan Macalister. Satu soalan ditanya, siapa yang sewajarnya menjadi Ketua Menteri?

    Lim Guan Eng lantas menawarkan diri sambil menyatakan bahawa sebagai Setiausaha Agung, beliau paling layak. Khabarnya, ada pemimpin DAP lain yang hadir pada mesyuarat itu agak tersentak. Sepatutnya, jawatan tersebut diberi kepada tokoh anak tempatan, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

    Kisah tersebut sehingga hari ini menjadi bualan beberapa pemimpin dan bekas pemimpin DAP. Kon Yeow dikatakan lebih layak kerana beliau ialah anak jati Pulau Pinang berbanding Guan Eng yang merupakan calon payung terjun berasal dari Melaka.

    Di peringkat akar umbi DAP negeri, Kon Yeow disenangi ramai kerana dilihat seorang yang berkebolehan, bersikap matang, merendah diri dan bersih. Cuma kekurangannya, beliau bukan anak Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang lebih empat dekad menguasai parti.

    Ramai pemerhati politik termasuk orang dalam DAP sependapat bahawa peranan Kit Siang mempengaruhi pendakian politik Guan Eng. Bukan sahaja bagi jawatan parti sehingga diangkat menjadi Setiausaha Agung, bahkan turut dijadikan Ketua Menteri. Nama sahaja parti berlabel demokratik tetapi dikuasai dua beranak.


    Sejarah menyaksikan bagaimana ramai pemimpin yang berkebolehan terpinggir dalam satu permainan politik halus olahan Kit Siang demi meneruskan dinastinya dalam DAP.

    Hari ini, Guan Eng dilingkari banyak kelemahan dan isu termasuk imej angkuh yang dilemparkan kepadanya oleh pemimpin pakatan. Beliau juga kerap mengeluarkan kenyataan yang memudaratkan imej parti termasuk isu Johor tidak sesuai sebagai destinasi pelaburan kerana banyak berlaku jenayah.

    Cakap-cakap mempersoalkan kewajaran Guan Eng sebagai Ketua Menteri kini berlegar. Ada yang mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri, jika DAP terus memerintah selepas PRU13 dikembalikan kepada anak tempatan.

    Kita percaya itu langkah yang baik. Pulau Pinang tidak ketandusan pemimpin negeri. Adalah suatu penghinaan menafikan hak rakyat negeri itu untuk mendapatkan peneraju rakyat tempatan. Lagipun Guan Eng terlalu yakin bahawa pakatan pembangkang akan memerintah negara. Maka beliau sepatutnya menumpukan sahaja kepada Pusat. Janganlah mahu membolot semua. Guan Eng faham apa yang dimaksudkan.

    Sekadar rekod, antara kejayaan Kit Siang yang pasti dikenang adalah melorongkan laluan istimewa kepada anaknya ke persada kuasa parti. Memang Guan Eng bertuah. Anak bapaklah katakan.

    Suara Politik
    Taminsari

    MB Khalid Ibrahim bongkak, hina rakyat miskin?

    Posted: 16 Oct 2012 12:55 AM PDT



    Dalam satu laporan akhbar 2 Oktober lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kerajaan negeri tidak akan melayan desakan daripada 350 pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menuntut anak syarikat kerajaan negeri itu mengambil alih hutang perumahan mereka.

    Sebaliknya, Abdul Khalid menjelaskan, golongan miskin tidak berkemampuan sepatutnya memohon bantuan zakat dan bukannya mendesak supaya hutang mereka diambil alih oleh PKNS.

    Kenyataan itu menarik perhatian pelbagai pihak kerana Abdul Khalid seolah-olah cuba lepas tangan daripada isu sebenar yang dihadapi golongan pembeli rumah PKNS - yang majoritinya daripada golongan berpendapatan rendah dan miskin.

    Sebagai sebuah kerajaan negeri, kenyataan Abdul Khalid itu tidak menepati slogan pentadbirannya yang selama ini dicanangkan kepada rakyat Selangor bahawa kerajaan negeri yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas merupakan sebuah 'kerajaan berkebajikan'.

    Di manakah istilah 'kebajikan' yang disebut-sebut oleh kerajaan negeri itu? Isu tuntutan pembeli rumah PKNS tidak boleh dianggap remeh oleh kerajaan negeri memandangkan perkara itu diluahkan sendiri oleh mereka yang berpendapatan rendah dan miskin.

    Kamarudin Ahmad (kanan) dan Rushdan Mohamed (tengah) menunjukkan writ saman dan manifesto pilihan raya kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam

    Bermula daripada 350 orang pembeli, bilangan mereka yang membuat tuntutan sedemikian saban hari semakin bertambah. Setakat 12 Oktober lalu, bilangan terkumpul yang membuat tuntutan sedemikian meningkat menjadi 1,150 orang melibatkan nilai hutang jutaan ringgit.

    Jika Abdul Khalid menyuruh para pembeli rumah PKNS itu memohon zakat, bagaimana pula dengan pembeli yang bukan beragama Islam? Apakah kerajaan negeri merasakan mereka tidak berhak untuk mendapat pembelaan ekoran terhimpit dengan masalah kewangan dan kemiskinan?

    Bagaimana pula dengan tindakan kerajaan negeri sebelum ini yang mengambil hutang Talam Corporation Berhad (Talam) berjumlah RM392 juta yang disifatkan para pembeli rumah PKNS tersebut tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat miskin di negeri ini?

    Atas alasan itu penduduk turut menuntut kerajaan negeri mengambil tindakan sama kepada hutang mereka seperti mana mengambil alih hutang Talam termasuk mencari mekanisme sesuai bagi meringankan beban mereka.

    Hakikatnya, sehingga ke hari ini kerajaan negeri tidak mengemukakan perancangan khusus untuk membantu golongan pembeli rumah berkenaan melainkan hanya meminta PKNS menyenaraikan nama para pembeli rumah yang miskin.

    Apa sudah jadi dengan janji kerajaan negeri melalui manifesto pada pilihan raya umum 2008 yang mahu membantu rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri? Janji itu sendiri terkandung di bawah perkara sosial dan kebajikan rakyat dalam manifesto berkenaan.

    Suara Politik
    Taminsari

    DARUL EHSAN TODAY

    Posted: 16 Oct 2012 11:33 PM PDT

    DARUL EHSAN TODAY


    DAP Akan Lantik TYT Dari Kaum Cina

    Posted: 16 Oct 2012 10:00 PM PDT


    Lim guan eng dalam satu kenyataanya kepada berberapa pemimpin dap pulau pinang pernah mengatakan, dia berasa amat terhina kerana mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pulau pinang di hadapan tuan yang terutama (tyt) berbangsa melayu...

    Kata guan eng "kenapa hanya melayu sahaja yang jadi tyt, kenapa tidak cina ? sedangkan orang cina juga adalah warga negara malaysia" dan dia berjanji akan memberi peluang kepada cina menjadi tyt sekiranya dap berjaya mentadbir kerajaan persekutuan, guan eng bukan hanya nak tukar tyt di pulau pinang, tapi dia juga akan tukar tyt di melaka, sabah dan sarawak kepada bangsa cina.

    Bukan hanya tyt yang guan eng nak tukar, ketua polis negara dan panglima angkatan tentera juga akan guang eng tukar, menurut sumber, guan eng telah mengenal pasti dua orang calon berbangsa cina untuk memegang jawatan ketua polis negara dan panglima angkatan tentera, kedua-dua mereka itu kini berada di singapore dan sedang menjalani latihan, sekiranya dap memerintah, kedua-dua mereka ini akan di panggil pulang dan terus dilantik memegang jawatan itu...

    Esok aku akan ceritakan apa akan jadi pada daerah port dickson sekiranya dap mentadbir malaysia...

    Tun Mahathir Beri Taklimat Semalam...

    Posted: 16 Oct 2012 07:00 PM PDT

    Hampir dua jam Tun memberikan taklimat, nasihat, input dan kata-kata perangsang kepada seluruh kepimpina umno negeri selangor semalam, taklimat di adakan di auditorium yayasan kepimpinan perdana putrajaya









    Kementerian Pendidikan Jadi Mangsa Pertama DAP

    Posted: 16 Oct 2012 06:00 AM PDT

    Dalam artikel aku yang lepas, aku ada kata yang aku akan ceritakan apa perancangan dap kalau dapat perintah malaysia, ok antara tindakan pertama dap akan buat ialah, kurangkan kakitangan kerajaan, plan dap tu telah di suarakan oleh tony pua, dan di siarkan dalam akhbar cina sinchew daily...

    terjemahan akhbar cina, klik sini

    Jabatan atau kementerian mana yang menjadi target dap tu...? kementerian pertama yang akan jadi mangsa dap ialah, kementerian pendidikan, kerana dap lihat, kementerian pendidikan lah antara kementerian yang paling ramai mempunyai kakitangan orang melayu...

    Dap tahu, bertapa bahayanya peranan cikgu-cikgu sekolah nie, peranan yang di mainkan oleh cikgu sekolah boleh menggugat dan membahayakan pentadbiran dap, jadi untuk megurangkan bahaya, maka saiz kementerian pendidikan perlu di kecilkan.

    Selain dari kementerian pendidikan, mara, btn, kemas, mkn dan berberapa lagi agensi kerajaan yang berkait dan yang menjaga kepentingan orang melayu akan mereka hapuskan juga, malah bukan sahaja kementerian pelajaran dan berberapa agensi kerajaan, rejimen askar melayu diraja juga akan mereka hapuskan.


    Menghapuskan rejimen askar melayu samalah seperti menghapuskan raja-raja melayu di malaysia, hapuskan RAMD, maka raja-raja melayu sudah boleh di gugat dan tiada lagi pihak yang boleh menolang dan membantu raja-raja melayu, malah lim kit siang antara orang yang paling lantang menyokong menghapuskan RAMD, menurut kit siang, RAMD lah yang banyak membunuh orang cina sewaktu peristiwa 13 mei 1969.

    Esok aku akan ceritakan perancangan dap nak jadikan cina sebagai ketua polis negara dan panglima angkatan tentera....

    The Unspinners

    Posted: 16 Oct 2012 11:20 PM PDT

    sekupangdua

    Posted: 16 Oct 2012 11:13 PM PDT

    sekupangdua


    HARAM JADAH PEYIMBAH CAT KE BANNER DS ZAMBRY KADIR DIKENAL PASTI RAKAMAN CC TV

    Posted: 16 Oct 2012 06:49 AM PDT

    Antara yang dirakam CCTV
    Polis dalam buruan Haram Jadah yang menyimbah Cat di beberapa banner gergasi Dr Zambry Kadir dibeberapa lokasi di Majlis Pembandaran Manjung, semua nya ekoran retetan seorang bloggers yang membongkar perihal Neza yang salah guna kuasa serta mencabar beliau saman beliau kalau mengatakan ia sebagai Fitnah, dengan memaparkan surat yang ditanda tangani nya bagi meluluskan peruntukan tanpa tender dengan memberikan syarikat Sipcomzu dengan peruntukan khas terus siap dengan tanda tangan tertera disisi dan berchop Menteri Besar, ikuti kish penuh di blog BUDAK BENTENG 

    salah satu billboard yang dikhianati...
    Baru-baru nie tadi seorang bloggers dari manjung telahpun mendedahkan rakaman CCTV yang telah menunjukan siapa yang HARAM JADAH nie yang menyimbah cat terhadap Billboard yang terpampang wajah Menteri Besar Kesayangan Rakyat Perak dan Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Abdul Razak. sepatutnya isu begini ditangani dengan baik supaya kalau benar tidak pernah utamakan KRONI sepatutnya tampil dan beri bukti pada rakyat negeri perak bahawa dia tak pernah mementingkan Kroni. jawab juger apa yang dia tanda tangan diatas surat, janga ak mengaku apa yang dibua tapabila ditanya oleh pihak akhbar adakah dia yang menanda tangani surat tersebut




    Gambar-gambar rakaman CCTV di pamerkan oleh bloggers BLACK PANTHER dalam siri pendedahan beliau dalam blog beliau, nampaknya jangan komer asyik tuduh yang orang buat sendiri, ingat sebodoh komer ker kalau dah buat billboard sebesor tu dengan kos yang tinggi tetiba nak curahkan cat untuk apa? kalau komer tu memang ler kita tau benor dah memang busuk perut apa jer yang lain orang buat, rentikanler nak tutup si Meroyan hal, dah banyak benda kebelakangan nie yang didedahkan tak boleh komer jawab, ater kalau dah buat idak pulak mengaku! 


    rakyat marah dengan kerojer si Meroyan?
    Sehubungan itu rakyat mula berhimpun dan bantah serta minta pihak POLIS bertindak keatas haram jadah yang buat kerja terkutuk, rasanya dengan laporan serta bukti CCTV nampaknya tak lama mana lahabau nie rasanya tak kemana, tunggu ler nanti kita tengok muka haram jadah yang buat kerojer nie, tak heran kalau dema ni terima upah sebab dah memang selalu jadi hanjing Pakartun Roket yop! tunggu ler nanti di PRU 13 nanti tau ler komer langit tinggi rendah dihukum oleh rakyat, jangan asyik suka caci maki serta tabur fitnah dan syok sendiri di ceramah komer sendiri jer, yang datang dengor tu orang komer jugak, yang angguk pun orang tu, yang takbirkan bacaan Hadis oleh Kapior laknat pun komer dan yang jadi dajal pun komer jugak ler... ater komer ingat orang suka sangat denga komer? kahak ptuiii!!! jual ler ugama komer, tak lama mana pun yop tak kat akhirat kat duania tuhan boleh bagi CASH!!! 

    APANAMA

    Posted: 16 Oct 2012 11:07 PM PDT

    APANAMA


    Transformation in action

    Posted: 16 Oct 2012 09:23 PM PDT

    Dialog Dewasa Kritik Berasa

    Posted: 16 Oct 2012 11:04 PM PDT

    Dialog Dewasa Kritik Berasa


    Signifikasi MAH Kepada Mat Sabu....

    Posted: 16 Oct 2012 10:15 PM PDT

    Inilah kerja Timbalan Presiden PAS.

    CeraMAH.

    Sumber : blog flyingkick

    MahkaMAH.

    Sumber : nst

    Apa pula sumbangan sesi ceraMAH dan mahkaMAH Mat Sabu kepada perjuangan agama, bangsa dan negara?


    Orang macam ni pun PAS boleh lantik jadi Timbalan Presiden? Haprak punya parti.


    *Lupa pulak tertinggal lagi satu.......NorMAH!


    AMBIGA TUKAR KERAKYATAN...

    Posted: 16 Oct 2012 05:00 PM PDT

    AMBIGA TUKAR KERAKYATAN KEPADA INDIA ATAU AUSTRALIA...
    Ambiga Sari merungut kerana ditahan di Imigresen tempoh hari. Dia bertanya apa salahku.? Apa dosaku?  http://www.sinarharian.com.my/semasa/ambiga-ditahan-di-klia-sebelum-berlepas-ke-australia-1.93252 Dosamu dan salahmu ialah pergi ke negara asing dan memberitahu kononnya Malaysia buruk itu buruk ini buruk, tapi kau tetap buang najismu di Malaysia jua. Bacalah Laporanmu yang ditolak mentah-mentah oleh kerajaan Australia di bawah.

    Patut Ambiga pergilah complain di negara asal usul nenek moyang Ambiga, kat mana tuan-tuan?

    Nak komplen Malaysia buruk sana sini, apa kata Ambiga Sari Tukar Kerakyatan menjadi warga India atau Australia. Kita percaya 27 Juta rakyat Malaysia setuju Ambiga tukar kerakyatan. Itu pun,kalau negara-negara itu mahu terimalah orang "hati Hitam" macam Ambiga ...

    Sila "like" di ruangan komen jika setuju Ambiga Sari tuKar kerakyatan kepada India atau Australia?

    Menteri luar Australia, Bob Carr menolak hujah kuncu Datuk Seri Anwar Ibrahim, senator Nick Xenophone berkaitan dengan pilihanraya di Malaysia, dedah blogger rockybru.com dalam postingnya bertajuk "Australian Senate says NO to Ambiga and Nick X"



    Nick Xenophone mengusulkan kepada kerajaan Australia supaya memantau Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang yang didakwanya tidak akan adil dan bersih.

    Hujah Nick bersumberkan maklumat-maklumat yang dilaporkan oleh Datuk S Ambiga dan Andrew Khoo, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa BERSIH.

    Bob Carr menyangkal usul Nick itu dengan mengemukakan fakta jelas iaitu rekod kerajaan Malaysia telah mempraktikkan pilihanraya yang adil dan bersih di mana dalam PRU ke-12, parti pemerintah kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen, kekalahan di lima negeri yang membawa kepada perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

    Nilai PAS Di Mata DAP Hanya Sampah Sarap.

    Posted: 16 Oct 2012 08:00 AM PDT

    Penduduk PAS mendambakan suara PAS dalam Kerajaan Negeri. Klik imej untuk besarkannya.

    PAS bertakbir kegembiraan jika DAP mendakwa dibawah pemerintahan khalifah @ Tokong Lim Guan Eng kadar kemiskinan rakyat menurun. Sebenarnya yang berlaku ialah orang Melayu, Muslim dan miskin diusir dari tanah-tanah mereka kerana tidak mampu menyewa rumah dan membeli rumah mewah.

    PAS bertakbir kesayuan jika DAP melaungkan bahawa mereka berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri. Padahal wang peruntukkan untuk infrastruktur dialihkan ke dalam akaun membayar hutang negeri, bukan menyediakan infrastruktur rakyat. Akhirnya Kerajaan Pusat juga ditohmah kununnya tak membantu dan menzalimi rakyat.

    PAS bertakbir kesyukuran jika DAP mendakwa regim mereka berjaya membawa banyak pelaburan ke Penang berbanding kerajaan BN terdahulu. Walhal pelaburan tersebut banyak bercirikan maksiat, hiburan, rumah urut dan pelacuran yang merosakkan iman anak-anak kita.

    PAS bertakbir penuh tawaduk jika DAP kerap memberikan sumbangan-sumbangan kepada warga tua muslim, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan tabung-tabung PAS. Kununnya inilah contoh kemurahan hati pemimpin berperwatakan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Padahal wang-wang tersebut adalah hasil judi, duit maksiat, duit haram dan duit hasil babi yang digunakan untuk mengaburi mata dan menghitamkan hati umat Islam PAS agar lebih bebal dan sukar menerima hidayah.

    PAS bertakbir penuh keinsafan kununnya bertahalul siyasi dengan DAP telah melahirkan DAP yang faham Islam dan tidak ganggu perjuangan PAS. Walhal memang DAP tak ganggu PAS, tetapi DAP berjaya mengkaldaikan PAS menjadi pak turut dan selalu menganggu urusan umat Islam dan Melayu.

    PAS bertakbir berkobar kununnya bekerjasama dengan DAP dan PKR, nasib umat Melayu, Muslim dan miskin akan terbela dan kebajikan mereka akan terjaga. Walhal sekian lama memerintah Kelantan, negeri terus mundur hingga ramai terpaksa berhijrah mencari pekerjaan di negeri-negeri lain.

    PAS terus bertakbir dan bertakbir sambil-sambil memungut derma. Wang entah ke mana, pembangunan entah ke mana. Sedar-sedar wang rakyat dileburkan hanya untuk menimbulkan kekacauan di merata ceruk negara yang merosakkan agama dan bangsanya sendiri.

    Jadilah PAS semakin sesat dan menyesatkan...

    *Artikel ini adalah sumbangan pembaca MyMassa.

    Andai Nik Aziz Masih Belum Nyanyuk.

    Posted: 16 Oct 2012 05:30 AM PDT

    Kenyataan Nik Aziz semasa muda.

    Sumber : Carigold

    Yang tak kenal Nik Aziz akan melihat dia sebagai pemimpin yang paling konsisten melawan UMNO dan Barisan Nasional. Jika ada apa-apa usul mengenai perpaduan UMNO dan PAS akan ditentang bulat-bulat.

    Cuma ramai yang terlupa bahawa dia juga yang menggunakan PERPADUAN UMNO dan PAS untuk meningkat naik dalam dunia politik. Pada tahun 1974 merupakan PRU yang kedua bagi Nik Aziz.

    Nik Aziz sering menggunakan alasan bahawa UMNO yang membuang PAS dari Barisan Nasional. Hakikatnya, PAS sendiri keluar dari Barisan Nasional kerana kudeta pemimpin-pemimpin PAS seperti Nik Aziz terhadap Presiden PAS ketika itu, Datuk Asri Muda dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhamed bin Nasir. Bukan UMNO yang menyingkirkan Datuk Muhamed bin Nasir tetapi ahli PAS sendiri yang membuat undi tidak percaya kepada beliau sehingga tersingkir dari jawatan Menteri Besar.


    Oktober 1977 merupakan kemuncak ramai pemimpin PAS tidak setuju penyertaan PAS dalam Barisan Nasional. PAS menang 22 kerusi dan UMNO menang 13 kerusi. Mohd Asri bin Haji Muda adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

    PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir. Antara sebabnya ialah Datuk Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Pada November 1977 darurat kemudiannya diisytiharkan apabila penyokong Nasir mengadakan rusuhan. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Hussein Onn membuat keputusan menyingkirkan PAS dari BN. Datuk Muhammad Nasir pada tahun 1977 menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) setelah dipecat dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhamed_bin_Nasir

    Dan umum mengetahui bahawa taktik PAS dari dahulu sehingga sekarang adalah menyalahkan UMNO dalam semua hal walaupun pemimpin PAS seperti Nik Aziz sendiri yang menjatuhkan parti tersebut dari dalam.

    Andai Nik Aziz masih belum nyanyuk, pasti dia ingat bagaimana dia dan rakan-rakannya berkomplot untuk menjatuhkan Menteri Besar Kelantan dari PAS bernama Datuk Muhamed bin Nasir. Kerana kini, pemimpin muda PAS pula merancang perkara yang sama kepadanya.

    Klik untuk besarkan imej
    *Khas untuk mu....



    Tips Baek Punya!!!

    Posted: 16 Oct 2012 03:16 AM PDT

    PETUA MENGATASI SIMPULAN URAT (KREM) DI KAKI

    Saya mempunyai masaalah suka "krem" di bahagian peha dan betis kaki terutama waktu malam semasa tidur. Keadaan ini akan kerap lagi berlaku bila kaki saya keletihan di sebabkan banyak berdiri atau berjalan jauh.  Semasa tidur, saya secara tiba-tiba akan meraung kesakitan yang teramat sangat dan selalunya serangan ini akan reda selepas 10-15 minit berdiri dan mengurut bahagian yang "tersimpul urat" tersebut. Selepas umur makin meningkat, masaalah tersimpul urat ini makin kerap berlaku dan mengambil masa yang semakin panjang untuk dipulihkan.
    Lebih sebulan yang lepas saya terbaca satu petua dalam internet mencadangkan satu cara mudah bagi mengatasi masaalah ini. Penulis mencadangkan supaya apabila kita terasa mana-mana bahagian kaki kita akan "krem", cepat-cepat naikkan tangan kita di atas kepala. Jika berlaku di kaki kiri, naikkan tangan kanan dan jika berlaku di kaki kanan, naikkan pula tangan kiri. Biarkan tangan di atas kepala tersebut, insyaAllah dalam masa beberapa saat, kekejangan urat tersebut akan tiba-tiba rasa hilang dan keadaan akan balik seperti normal. Ini boleh dilakukan semasa kita berdiri mahupun sedang berbaring tidur.
    Saya mulanya skeptikal juga dengan petua ini tetapi setelah beberapa kali mencuba saya boleh akui tentang kebekesanannya. Sebenarnya saya menulis ini pun selepas saya terjaga disebabkan "krem"  kaki sebentar  tadi. Bagi yang suka "krem" di kaki, jangan lupa mencuba.
    It works for me. Really amazing.

    Sumber : http://unclearengineer.blogspot.com/2012/08/petua-mengatasi-simpulan-urat-krem-di.html

    *Sesiapa yang selalu menghadapi masalah ini, silalah mencuba tips ini. Terutamanya 'time' nak solat Jumaat lepas khutbah yang panjang.