Sabtu, 13 Oktober 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 13 Oct 2012 03:50 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Jabatan Perbendaharaan akui Belanjawan Pakatan 2013 tepat

Posted: 13 Oct 2012 03:50 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

KUALA LUMPUR : Analisa yang dibuat Jabatan Perbendaharaan atas arahan Umno BN mengesahkan anggaran kos yang dirangka Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 bagi membiayai program ekonominya adalah tepat.

Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013, Rafizi Ramli berkata, angka-angka yang diumum oleh jabatan itu hampir sama dengan angka yang digunakan Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Dalam program Pakatan, kita peruntukkan RM6 bilion setahun untuk menghapuskan tol, manakala anggaran terbaru Perbendaharaan juga RM6 bilion. (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin sebelum ini menganggarkan RM50 bilion.

"Kos untuk pendidikan percuma, kita anggarkan RM4 bilion manakala Perbendaharaan mengganggar RM5 bilion. Sebelum ini Umno BN menganggarkan RM18.5 bilion.

"Kos untuk hapus hutang PTPTN pula dianggarkan RM2 bilion, manakala BN tidak memperincikan tetapi bersetuju RM30 bilion boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun dengan kos RM2 bilion setahun," kata Pengarah Strategi KEADILAN itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir, ahli jawatankuasa yang lain termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, seperti yang disiarkan akhbar The Sun semalam mendakwa Belanjawan Pakatan menggunakan matematik yang salah.

Rafizi berkata, pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima, Pakatan memerlukan peruntukan tambahan RM2 bilion, tidak jauh seperti yang dianggarkan Jabatan Perbendaharaan iaitu sebanyak RM4.4 bilion.

Selain itu katanya, untuk Caruman Wanita Nasional dan bonus kepada warga emas, Pakatan memerlukan RM3 bilion setahun, menakala kos tersebut tidak dibantah oleh Perbendaharaan.

Katanya lagi, kenaikan royalti minyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, Pakatan memerlukan RM12.5 bilion dan jumlah itu turut dipersetujui perbendaharaan.

"Sebelum ini Umno BN juga mengganggar RM12.5 bilion untuk bayaran royalti minyak kepada negeri pengeluar minyak," kata Rafizi.

Bagi peruntukan untuk pengurangan duti eksais kereta secara berperingkat pula, Rafizi berkata, Pakatan memerlukan RM2 bilion setahun dan jumlah itu turut dipersetujui Perbendaharaan, tidak seperti anggaran Umno BN sebelum ini sehingga RM8 bilion.

Nurul Izzah pula berkata, tuduhan Ahmad Husni kononnya tiada peruntukan menghapus PTPTN, tol, bonus kepada warga emas, dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 adalah tidak berasas.

Menurut beliau, peruntukan sepenuhnya telah dibuat dengan kos keseluruhan sebanyak RM50 bilion.

"Untuk menghapuskan tol, kita sediakan RM6 bilion, pendidikan percuma (RM4 bilion), hapus PTPTN (RM2 bilion), gaji minima (RM2 bilion), Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion), bonus warga emas (RM3 bilion), royalti minyak (RM12.5 bilion), duti eksais kereta (RM2 bilion), suntikan dana perumahan (RM5 bilion) dan elaun khas perguruan RM500 sebulan (RM2.4 bilion)," katanya.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, peruntukan dibuat dengan mengambil kira penjimatan, ketirisan rasuah dan kronisme.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, Belanjawan 2013 Pakatan memperuntukkan RM216.4 bilion.

Katanya ia termasuk belanja mengurus untuk perkhidmatan dan perbekalan sebanyak RM33.7 bilion, pembelian aset (RM1.1 bilion), caj perkhidmatan hutang (RM22.2 bilion), subsidi dan bayaran tetap (RM37.6 bilion), kos perolahan badan kerajaan melalui geran kerajaan (RM7 bilion) dan lain-lain perbelanjaan (RM14.8 bilion).

Bagi perbelanjaan pembangunan pula, Dzulkefly berkata, Pakatan memperuntukkan RM50 bilion untuk projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain.

"Belanja perolehan, kontrak dan pelaburan oleh Petronas dan syarikat-syarikat kerajaan sebanyak RM50 bilion," katanya.

Mahathir restu kapal nuklear Amerika masuk Malaysia

Posted: 13 Oct 2012 03:47 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

KUALA LUMPUR : Kerajaan Umno BN pernah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk membenarkan kapal tentera negara itu menggunakan kemudahan ketenteraan di sini, dedah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Menurutnya, perjanjian oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan kapal-kapal perang Amerika yang sarat dengan senjata nuklear berlabuh di perairan negara.

"Kita perlu faham, kapal Amerika yang penuh dengan senjata nuklear bukan bersifat pertahanan tetapi provokatif.



"Amerika telah menghantar kapal perang mereka jauh dari sempadan negara mereka ke negara-negara Asia dan ini merupakan tindakan yang sangat provokatif.

"Di negara lain termasuk NATO, mereka tidak membenarkan kapal perang yang bersenjata nuklear berlabuh ke negara mereka," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Sebelum itu, Kamaruddin mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat di bawah Perkara 18 (1) bagi mendesak sidang mesyuarat membincangkan kekerapan kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun menolak usul tersebut dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan dan boleh dibahas pada sidang mesyuarat akan datang.

Kamaruddin berkata, banyak kapal perang Amerika bersenjata nuklear berlabuh di perairan negara sejak Jun lalu.

Antara kapal tersebut termasuk kapal pengangkut pesawat USS George Washington yang diiringi kapal perang bersenjata nuklear berlabuh di Pelabuhan Kelang selama lima hari bermula 7 Oktober lalu.

Beliau berkata, kapal perang Paul Hamilton pernah berlabuh di Teluk Sepanggar Sabah, pada 5 hingga 9 Oktober lalu.

Pada 30 September hingga 2 Oktober lalu, dua kapal perang John Stanish dan dua kapal pembawa pesawat telah berlabuh di perairan negara ini.

Menurut Kamaruddin lagi, kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika bercanggah dengan dasar luar negara yang mahu menjadikan Asia sebagai rantau bebas nuklear.

"Kita mendesak kerajaan mengambil kira dasar luar negara dan pandangan daripada rakan-rakan lain yang mahu menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan aman daripada nuklear," katanya.

Dalam pada itu, Johari berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu Malaysia dijadikan sebagai pangkalan tentera asing di rantau ini.

"Kehadiran mereka seolah-olah kita sedang dipantau atau ada yang tidak kena dan jelas bertentangan dengan dasar negara," katanya.

Nurul Izzah jumpa PM bela peniaga Melayu dihalau

Posted: 13 Oct 2012 03:43 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR- Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar akan bertemu Perdana Menteri bagi membela nasib peniaga Melayu yang dihalau dari Kompleks Niaga Utama Bandar Utama Bangsar (KNUBUB) ekoran tindakan kejam Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) yang mahu meroboh bangunan itu.



Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan turut menghantar surat rasmi kepada Datuk Seri Najib Razak bagi membawa aduan 56 peniaga terbabit berhubung bantahan terhadap tindakan itu.

"Kita jumpa Menteri (Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) dia tak layan. Datuk Bandar DBKL pun tak dapat jumpa. Jadi kita putuskan untuk jumpa Perdana Menteri terus. Ini isu penting," katanya kepada Keadilan Daily.

UDA ditubuhkan pada 1971 bertujuan membina kompleks-kompleks perniagaan Melayu di bandar besar.

Apabila UDA dikorporatkan, fokusnya beralih kepada perniagaan.

Suara Keadilan edisi Selasa lalu melaporkan kezaliman UDA yang mahu menukar kompleks niaga tersebut menjadi pangsapuri tanpa menyediakan tapak alternatif kepada peniaga.



Lebih malang apabila Menteri, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin langsung tidak berusaha menolong peniaga di situ.

Ketua Badan Bertindak KNUBUB, Fizan Mohd Nor Ar-Jamli berkata, satu memorandum bantahan telah dihantar kepada Perdana Menteri.

Memorandum itu menyenaraikan tiga tuntutan, iaitu mengekalkan KNUBUB, jika pembangunan diteruskan peniaga dipindah ke kawasan berhampiran dan peniaga minta dimaklumkan perkembangan pembangunan.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut bertindak zalim apabila mengarahkan peniaga pasar malam Kampung Kerinchi menghentikan perniagaan bagi memberi laluan projek pembangunan di kawasan itu.

BN dan Petronas berkomplot hentam janji Pakatan naikkan royalti 20%

Posted: 13 Oct 2012 03:40 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menempelak kenyataan Petronas yang mendakwa operasinya akan terjejas jika bayaran royalti kepada negeri-negeri dinaikkan daripada kadar lima peratus sekarang kepada 20 peratus.

Menangkis sekeras-kerasnya dakwaan itu, Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013, Rafizi Ramli berkata, Petronas dan BN bersekongkol untuk menghentam Belanjawan Pakatan yang menjanjikan bayaran royalti pada kadar 20 peratus jika membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.

"Saya bimbang Petronas dikenakan tekanan untuk sama-sama menghentam dan mengkritik Belanjawan Pakatan.

"Petronas turut terseret dalam permainan politik BN terutamanya apabila Pakatan Rakyat telah jelas bahawa kenaikan mekanisme itu langsung tiada kena-mengena dengan hasil dan operasi Petronas kerana ia datang daripada peruntukan tambahan daripada belanjawan persekutuan," katanya.

Semalam, Petronas mengatakan operasi dan hasilnya akan terjejas jika bayaran royalti kepada negeri-negeri dinaikkan kepada 20 peratus.

Syarikat minyak itu turut menyatakan kebimbangan bakal kehilangan projek terancang dengan modal sebesar RM170 bilion yang dirancang untuk lima tahun akan datang.

Pengarah Strategi KEADILAN itu menjelaskan, tambahan 15 peratus royalti yang terkandung dalam Belanjawan Pakatan seperti dibentang baru-baru ini akan diperutukkan daripada belanjawan Kerajaan Persekutuan.

"Pembayaran cukai dan royalti oleh syarikat-syarikat minyak yang lain sebenarnya lebih daripada cukup untuk diperuntukkan sebagai tambahan royalti untuk menaikkan lima peratus kepada 20 peratus," katanya.

Kata Rafizi lagi, setiap tahun pengeluaran minyak dan gas dijangka mencecah sehingga RM70 bilion, bukan sahaja daripada Petronas tetapi merangkumi syarikat-syarikat minyak yang lain.

"Apakah Kerajaan Persekutuan tidak boleh untuk memastikan bahawa sebahagian kecil daripada RM70 bilion itu dikhaskan kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak dan gas supaya pembangunan di negeri-negeri tersebut boleh berjalan sama cepat dengan di tempat-tempat lain," jelasnya dipetik Sinar Harian Online.

Scorpene: Peguam Perancis beri taklimat di parlimen, visa sudah dipohon

Posted: 13 Oct 2012 03:29 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Peguam mewakili Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di Perancis.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini.

"Kita sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke Malaysia telah dimohon minggu lalu.

"Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai," ujar Cynthia.

"Kalau boleh kita tak nak buat penerangan di Singapura. Itu hanya pilihan terakhir," katanya kepada keadilan daily

Menurut Cynthia, kerajaan tiada alasan untuk menghalang peguam berkenan masuk ke Malaysia sepertimana berlaku terhadap Wiliam Bourdon, Julai tahun lalu.

"Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini guna alasan William salah guna Pas lawatan. Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur.

"Kita bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan beri kerjasama. Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam jumpa klien (Suaram)," tegas Cynthia.

Awal bulan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan surat kepada peguam berkenaan di Paris bagi menjemput mereka hadir memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Malaysia sebelum sidang berakhir 22 November depan.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu menjangkakan sesi berkenaan akan diadakan di Singapura, ekoran halangan dari kerajaan Malaysia.

Walaupun dituduh rasuah, BN Sabah puji Musa kerana kerja keras

Posted: 12 Oct 2012 11:56 PM PDT

Oleh Ida Lim

Pemimpin BN tetap memuji Datuk Musa Aman walaupun dilemparkan tuduhan menerima rasuah. — Gambar fail
 
KUALA LUMPUR — Walaupun ditampar dengan tuduhan menerima rasuah, Ketua Menteri (KM) Sabah, Datuk Musa Aman telah digambarkan sebagai "melakukan kerja yang besar" dan "bekerja keras" bagi negeri di bawah bayu ini, kata rakan-rakannya dari kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Mereka juga berkata bahawa Umno Sabah boleh menerima sumbangan politik walaupun mereka tidak menghubungkannya kepada Musa yang telah dibersihkan daripada dakwaan rasuah dan pemindahan wang haram lebih S$16 juta (RM40 juta), yang telah didakwa diseludup dari Hong Kong ke negeri itu oleh laman web pendedah maklumat, Sarawak Report.

"Saya rasa pembangkang perlu memohon maaf kerana merosakkan reputasi KM oleh kerana dia bekerja keras untuk Sabah," kata setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada The Malaysian Insider.

"Tidak ada kebenaran kepada dakwaan yang dibuat oleh pembangkang kepada KM. Mereka telah mempunyai masa yang menyeronokkan mengejek KM, menuduhnya ...

"Keputusan oleh pihak berkuasa ini adalah testimoni wataknya," kata ahli parlimen Kota Belud itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membersihkan Musa selepas mendapati RM40 juta itu bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan kegunaan peribadi ketua menteri seperti yang dituduh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada Parlimen minggu ini.

Nazri juga berkata, Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan perkara tersebut selepas mendapati tiada unsur rasuah dalam kes itu.

Musa adalah kedua-dua ketua Umno Sabah dan BN Sabah. Negeri tersebut telah digambarkan sebagai "simpanan tetap" BN walaupun terdapat rentetan pembelotan telah menggegarkan parti pemerintah.

Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun, berkongsi pandangan Abdul Rahman tentang Musa dengan berkata: "Kami serahkan kepada rakyat Sabah kerana kita tahu sesiapa melakukan pekerjaan besar, ramai orang akan mengkritik.

Abdul Rahman juga mempertikaikan dakwaan bahawa ketua menteri telah terlibat dalam rasuah, dengan berkata bahawa bajet negeri "adalah lebih besar daripada Selangor dan Pulau Pinang jika digabungkan" dan tahap rizab tunai Sabah adalah "tertinggi yang pernah berlaku."

Minggu lepas, Datuk VK Liew, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) berkata bahawa Sabah mempunyai RM4 bilion dalam tabung, lebih daripada negeri Pakatan Rakyat (PR) - Pulau Pinang dan Selangor.

Apabila ditanya tentang perhatian sekarang mungkin kearah Umno Sabah, Abdul Rahman berkata: "Anda lihat, apabila anda bercakap tentang sumbangan ... mereka kata ia adalah satu kesalahan?"

"Mari kita bersikap adil. Jika anda fikir Umno tidak boleh menerima wang dari orang yang percaya kepada perjuangan Umno ... Setakat yang saya tahu, ia tidak menyalahi undang-undang. Sesiapa yang percaya dengan Umno boleh menyumbang," kata penyokong kanan kerajaan dari Umno itu.

Malam tadi, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan sumber dana RM40 juta dan mendakwa pembangkang juga menerima derma politik bagi menjalankan operasi parti mereka.

"Saya tidak akan mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima derma politik."

"Ia satu derma politik. Semua parti mempunyai hak untuk menerima derma politik. "Selagi ia melalui saluran yang betul, ia tidak menjadi kesalahan," kata Najib.

Pemantau anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) semalam mendesak agar pendedahan sepenuhnya sumber "sumbangan politik" RM40 juta itu dengan mengatakan bahawa "ketelusan mutlak" diperlukan untuk "menolak kemungkinan pengaruh menjajakan dalam proses politik. "

Abdul Rahman juga berkata "apa yang paling penting" adalah ketua menteri telah dibersihkan oleh SPRM.

"Sekarang jika anda tidak percaya SPRM ... baik, lihat di Hong Kong; pihak berkuasa Hong Kong diiktiraf oleh pembangkang sebagai sukar, telus dan adil dalam berurusan dengan dakwaan itu.

"Di sini anda mempunyai pihak berkuasa Hong Kong yang membebaskan KM dari sebarang salah laku," katanya.

Parlimen juga telah diberitahu Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) telah menyiasat kes itu tetapi "tidak mengambil tindakan selanjutnya".

Mositun juga berkata: "Oleh kerana SPRM telah membersihkan dirinya, biarlah perkara ini diselesaikan sekali dan untuk semua."

"Kami berharap ia tidak akan dipolitikkan lagi kerana dia sudah dibersihkan," kata Adun Inanam itu lagi.

Pada April tahun ini, laman Sarawak Report telah mendedahkan dokumen kononnya daripada ICAC menunjukkan bahawa seorang peguam Sabah memegang kira-kira AS$30 juta dalam akaun bank Switzerland bagi pihak Musa.

Laporan itu juga mendakwa bahawa jejak kertas menunjukkan bahawa berjuta-juta dalam euro serta Amerika Syarikat, Hong Kong dan dolar Singapura telah disalurkan daripada beberapa firma diuruskan oleh peniaga kayu berpangkalan di Hong Kong Michael Chia, kepada beberapa syarikat British Virgin Island dan seterusnya kepada akaun Swiss peguam.

Musa telah menafikan sebarang kaitan dengan Chia, yang telah ditahan dan didakwa dengan penyeludupan wang haram selepas cuba menyeludup S$16 juta (RM40 juta) kembali ke Malaysia pada tahun 2008.

Menurut laporan media, Chia telah pada masa yang didakwa memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang adalah milik Musa.

Musa sebelum ini menuduh Sarawak Report memfitnah beliau, dengan mendakwa dakwaan rasuah adalah mungkin sebahagian daripada konspirasi oleh pengkritik beliau yang mahu menjatuhkan BN di negeri Malaysia timur itu.

Beliau telah berkata beliau akan menawarkan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika dikehendaki tetapi menegaskan pada masa yang sama, tumpuan beliau adalah pada berkhidmat untuk negeri dan bukannya "melayan dakwaan-dakwaan remeh seperti ini".

Pemandu Teksi Desak Syed Hamid Albar Letak Jawatan Dari SPAD

Posted: 12 Oct 2012 11:48 PM PDT

 
KELAB GREENBOC

Badan Bertindak Pemandu-pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) mendakwa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) gagal berfungsi menjalankan tanggungjawab meningkatkan mutu perkhidmatan teksi dan menggesa pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar meletak jawatan.

BBPTB menggariskan lima faktor kegagalan SPAD yang menyebabkan kemarahan pemandu teksi tidak dapat lagi dibendung dalam kenyataan oleh pengerusinya, Amran Jan kepada The Malaysian Insider.

Perkara tersebut ialah gagal mengiktiraf mahupun melantik wakil pemandu teksi di dalam jawatankuasanya, gagal memansuhkan sistem kupon, gagal mengeluarkan permit khas kepada Duta Kecil Pelancongan seperti yang diminta sendiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, gagal menangani kemelut perkhidmatan teksi yang berlarutan sejak berpuluh tahun dan gagal melaksanakan langkah satu warna untuk teksi bermeter walaupun cadangan itu sudah lama diutarakan.

"Kelima-lima kegagalan ini jelas membuktikan SPAD adalah sebuah badan yang gagal.

"Syed Hamid perlu meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya," kata Amran.

Dalam laporan The Malaysian Insider semalam, Amran juga menyelar kenyataan presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Kuala Lumpur, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah yang menyokong perkhidmatan percuma bas Go-KL.

Sikap dan kecenderungan Aslah yang sering memihak kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan gagal membela kebajikan pemandu teksi menyebabkan kredibilitinya dipertikaikan rata-rata pemandu teksi.

Amran juga memberi amaran kepada SPAD untuk mengambil serius perkara ini sambil mengugut untuk menggunakan "media" terbesar di ibu kota itu untuk memberikan imej buruk kepada kerajaan.

"SPAD dan kerajaan perlu ingat, pemandu teksi adalah "media" terbesar di ibu kota.

Kalau mereka abaikan, tanggunglah akibatnya nanti.

"Kami boleh sampaikan perkara buruk dan baik mengenai kerajaan," tambah Amran lagi.

Pada Selasa minggu lalu, 250 pemandu teksi bertindak mengadakan piket di Jalan Bukit Bintang ekoran tidak puas hati dengan perkhidmatan bas percuma Go KL yang didakwa menyebabkan kemerosotan pendapatan sehingga 70 peratus.

Himpunan secara aman itu bermula kira-kira jam 2 petang hingga 7.30 malam membabitkan sekitar kawasan pusat beli-belah Pavillion hingga ke Lot 10.

Perbuatan pemandu terbabit yang kebanyakannya ahli Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur menyebabkan kawasan di sekitar Bukit Bintang sesak teruk apabila laluan digunakan untuk melakukan bantahan itu terpaksa ditutup.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat persatuan itu kelmarin, perhimpunan juga dibuat sebagai bantahan terhadap masalah ulat teksi "Arab" dan perkhidmatan teksi sapu serta beberapa tindakan SPAD yang mereka anggap menekan pemandu-pemandu teksi berlesen.

Umno terlibat seludup wang ke Hong Kong

Posted: 12 Oct 2012 11:37 PM PDT



Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta.



PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui wujudnya wang sebanyak RM40 juta milik seorang ahli perniagaan yang diseludup melalui Hong Kong adalah untuk sumbangan kepada Umno Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal undang-undang itu mengaku berlakunya kejadian ini di Dewan Rakyat semalam, demikian menurut Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham @ CheguBard berkata, seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

"Namun berita ini diselindung sebaik mungkin dan tidak mendapat liputan dari media tempatan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, terbaru semalam apabila hal ini dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua ekoran jawapan bertulis yang diperolehinya dari Menteri terbabit yang mengatakan ia bukan wang untuk Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tetapi untuk Umno Sabah.

Bankrap negara

"Apa yang harus disedari ialah mungkin dalam keghairahan regim pertahan pemimpin mereka maka mereka tidak sedar secara tidak langsung diakui bahawa penyeludupan wang RM40 juta itu memang wujud. Makanya apa tindakan undang-undang terhadap kejadian yang diakui wujud itu?

CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menegaskan, untuk membela Musa, Nazri mengakui wang itu bukan untuk Musa secara peribadi tetapi untuk Musa selaku Ketua Umno Sabah maka ini bermakna sahlah Umno Sabah terlibat dalam penyeludupan wang.

Kata beliau, menurut satu sumber, wang tersebut ada kaitan dengan kawasan balak yang diluluskan di Sabah dan adalah amalan biasa sebahagian keuntungan harus dipulangkan sebagai dana politik untuk komponen Barisan Nasional (BN) atau terus kepada pemimpin tertentu.

"Bukan sedikit wang negara diseludup keluar berkaitan kepentingan pemimpin BN," jelas CheguBard.

Contoh katanya sebelum ini terbongkar bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dikaitkan dengan penyeludupan wang RM10 juta ke London dan setelah didapati sahih berlaku, hanya syarikat penghantaran yang dihukum dengan lesennya ditarik.

"Inilah pengkhianat sebenar menjejaskan ekonomi negara. Sudahlah terlibat merompak wang rakyat terlibat pula melarikan wang keluar negara.

"Yakinlah jika regim ini terus berkuasa pasti tidak akan ada antara mereka yang diambil tindakan, lebih penting kegiatan mereka ini akan pasti membankrapkan negara," ujar beliau.

Umno terdesak tamatkan sistem kroni AP CPO?

Posted: 12 Oct 2012 11:24 PM PDT

Nazri Abdullah,


Keputusan Kabinet semalam untuk menurunkan cukai ekspot minyak sawit mentah (CPO) dan menamatkan kuota AP penjualan CPO tanpa cukai sebanyak 5 juta metrik tan, pastinya mengizinkan pelbagai pihak, khasnya pengilang penapis kelapa sawit (Refiners) menarik nafas lega.

 Perkara ini adalah sebahagian isu yang saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan Belanjawaan saya pada hari khamis lalu, yan mendesak kerajaan suapaya segera mengambil tindakan segera atas isu ini.

Saya telah tegaskan dalam perbahasan bahawa Kementerian Perladangan dan Komoditi mesti mengubah ke struktur duti ekspot yang rendah, fleksibel dan terbuka supaya syarikat penapisan minyak sawit Malaysia boleh berdaya saing dengan Indonesia. Malaysia sebelum ini mengenakan duti ekspot 23% yang tidak fleksible atas CPOnya, berbanding Indonesia yang bukan sahaja serendah 13.5% tetapi mempunyai regim duti ekspot yang fleksible mengikut pergerakan harga CPO dunia.
 
Krisis isu penapisan minyak sawit ini bermula pada bulan Oktober tahun lepas. Seharusnya masalah ini di selesaikan secepat mungkin, tetapi Kementerian gagal mengambil apa-apa tidakan selama 10 bulan. Menjadi lebih parah lagi apabila dua bulan lalu, Kementerian bertindak dengan meningkatkan jumlah kuota AP Minyak Sawit sebanyak 2 juta metrik tan lagi.
Peningkatan AP Minyak Sawit ini bukan merupakan satu langkah yang bijak, tetapi telah memburukan lagi situasi yang sudah teruk. Ini disebabkan kebanyakkan kuota diberi kepada syarikat syarikat yang memang tak berupaya untuk menjual CPO. Penambahan 2 juta metrik tan CPO kepada pasaran yang sudah lembap nyata gagal menarik minat pembeli-pembeli baru. Menteri Tan Sri Benard Dompok minggu lalu mengakui dalam penerangangnya kepada media bahawa masih ada 2.5 juta metrik tan AP yang tak terjual.

 Malah penambahan AP ini telah menyebabkan satu situasi dimana CPO tidak dapat di hantar kepada pembeli kerana tangki-tangki minyak sawit di loji-loji penapisan dan pelabuhan-pelabuhan sudah sesak penuh dengan minyak kelapa sawit yang telah diproses, tetapi tak terjual.

Kesesakan logisitik ini mencetuskan satu  'backlog' yang bukan sahaja 'mencekik'  industri hilir tetapi telah merebak ke industry huluan serentak menyebabkan rantaian bekalan lumpuh (choked the supply chain). Ramai pengusaha sawit termasuk Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM)  dan pengusaha kilang sawit bahawa tangki-tangki di kilang sawit (oil mill) kini sudah pun dekat penuh, dan pengeluar dan peneroka FFB (Fresh Fruit Bunch) dipaksa untuk menjual buah-buahan mereka kepada pengilang dengan harga murah dan dengan diskaun.

 Ramai pemerhati industri sawit juga percaya bahawa dasar penambahan 2 juta AP tanpa duti ekspot ini  adalah faktor utama yang menyebabkan kejatuhan harga CPO yang mendadak baru-baru ini.

 Dalam perbahasan Belanjawaan saya yang menekankan betapa kerajaan Umno-BN terus-terusan enggan dan tidak bersedia merungkaikan system monopoli, sistem rentier atau kronisme yang sebenarnya beperanan mengherot pasaran yang seharusnya mesti diiznkan berfungsi secara efisien dan berkesan. Sistem menopoli secara jelasnya adalah petualang besar yang merosakkan pasaran sekaligus, menjejaskan pendapatan rakyat dan meningkatkan kos saran hidup. Monopoli dan memberi keutamaan kepda kroni dalam pelbagai urus-tadbir perniagaan termasuk beras, gula, telekomunikasi, akhbar, penerbangan, media satelit seperti Astro, lessen teksi dll, secara langsung menjejaskan kos saran hidup rakyat dan mengurangkan pendapatan boleh berbelanja mereka (disposable income).

Atas nama ketelusan dan kebertangungjawaban saya juga mendesak Kementerian mendedahkan nama-nama penerima AP yang telah mendapat menfaatkan dari sistem pemberian hak menjual tanpa duti ekspot disamping yang merupakan the big-boys KLK, IOI, Kwantas, Felda, United Plantation) yang telah diberikan AP dahulu untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kompetitif kerana mempunyai kilang penapis di luar Negara.
 
 Persoalannya siapakah pihak penerima AP penjualan CPO yang lain, yang ada yang mendakwa, seperti AP kereta juga, yang tidak ada apa-apa pengopersian kilang mahupun 'network' marketing global, tetapi diberikan AP hampir 600 ribu tan setahun dan membuat keuntungan ratusan jutaan atas perniagaan seperti ini. Berapa jutakah diberikan kembali kepada penguasa politik pemerintah dalam urus-tadbir yang mengherot pasaran ini?
 Persoalan kedua, meskipun bersifat teknikal, adalah mengapakah perlu tunggu sehingga awal tahun depan untuk merungkaikan sistem AP yang jelas telah mencekik industry dan rakyat dinegara ini? Dua bulan lebih adalah masa yang panjang yang akan memburukkan lagi keadaan backlog yang telah 'stroke'kan seluruh 'supply-chain' komoditi ini.

Jelasnya ketika berlaku pertentangan kepentingan, Umno-BN lebih mementingkan kroninya dari membela rakyat, peneroka, pengusaha dan membantu membangunkan industri-indusrti di Negara ini.

Masa untuk merobah dan menamatkan kesemua kebejatan dan kebobrokan urus-tadbir kewangan dan pembangunan yang mengorbankan rakyat dan membela kroni telah sampai!

*Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

TNC Unisel saman akhbar Sinar Harian

Posted: 12 Oct 2012 11:13 PM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan Universiti Selangor (Unisel) Prof Ir Dr Mohamed Daud telah memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Sinar Harian dan seorang bekas kakitangannya Halid Hasbullah.

Ianya berikutan satu kenyataan dalam artikel yang disiar akhbar berbahasa Melayu itu pada 5 Julai 2012 yang bertajuk "Terpalit imej negatif".

Artikel itu telah memetik sumber Halid sebagai bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel.

Kenyataan yang dipetik akhbar itu antara lain berbunyi :

"Bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel, Halid Hasbullah berkata, kes rogol yang mengaitkan seorang TNC juga menyebabkan ibu bapa berasa gusar untuk menghantar anak mereka belajar di Unisel.

"Unisel pernah mencatat jumlah pelajar melebihi 10,000 orang namun angka tersebut semakin merosot selepas 2008. Pada tahun 2007, jumlah kemasukan pelajar ke Unisel adalah lebih kurang 6,800 pelajar," katanya."

Dalam satu kenyataan hari ini, Noorazmir Zakaria selaku peguam yang mewakili Mohamed, berkata anak guamnya itu berpendirian bahawa kenyataan tersebut adalah fitnah terhadapnya.

Lima pihak lagi yang turut dinamakan sebagai difenden adalah wartawan yang menulis bertia tersebut Nurul Fatihah Muah, Ketua Pengarang Norden Mohamed, penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd, serta syariakt percetakan Ultimate Print Sdn Bhd.

Sehubungan itu, saman itu turut menuntut gantirugi am termasuk gantirugi teladan dan gantirugi teruk berjumlah RM240,000 daripada defendan.

Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menetapkan tarikh 5 Disember 2012 sebagai tarikh sebutan untuk kes tersebut.

Seludup RM40j pada Umno Sabah Untuk Apa?

Posted: 12 Oct 2012 10:26 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

"Kami tidak boleh mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima sumbangan. Mereka (juga) tidak mendedahkannya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Diminta oleh wartawan untuk mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:

"Ya... Apa sahaja selagi ia dilakukan mengikut saluran atas nama parti."

Ditanya wartawan bahawa jumlah wang tersebut itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan umum, Najib hanya membalas:

"Tanya pembangkang berapa banyak mereka menerima (sumbangan politik)."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang berjumlah RM40 juta yang diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Transperancy International Malaysia turut mendesak Umno mendedahkan sumber wang tersebut. -MK

Patuhi 3 prinsip teguhkan PAS - Salahudin

Posted: 12 Oct 2012 10:18 PM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Menghormati Majlis Syura, berpegang kepada keputusan muktamar dan mentaati keputusan kepimpinan yang dibuat secara kolektif adalah antara prinsip paling asas yang perlu dipegang oleh semua ahli dan kepimpinan PAS.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, ketiga-tiganya perlu menjadi prinsip paling asas kepada semua kepimpinan dan ahli PAS yang mahu melihat parti itu sentiasa teguh dan mampu menempuh apapun cabaran yang dihadapinya.

"Selain menyokong penuh pandangan presiden, saya berpendapat, apapun pandangan pribadi yang mahu dikemukakan mestilah melalui saluran yang diizinkan dan bukan dibuat secara tidak bertanggungjawab," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana PAS di sepanjang 60  tahun kewujudannya ini teguh dan berdiri seutuhnya.

"Sekiranya kesemua pimpinan dan ahli-ahli memiliki disiplin yang tinggi, saya percaya kita mampu menghadapi musuh dalam akhlak berjamaah yang disyaratkan kepada semua," katanya.

Scorpene: Peguam Perancis akan hadir ke Parlimen

Posted: 12 Oct 2012 10:16 PM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Dua peguam Suaram dalam kes Scorpene di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham akan datang ke Malaysia dalam masa terdekat untuk memberi taklimat berhubung isu itu kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

KeadilanDaily melaporkan, Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini.

"Kita sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke Malaysia telah dimohon minggu lalu.

"Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai," ujar Cynthia yang dipetik portal PKR itu.

"Kalau boleh kita tak nak buat penerangan di Singapura. Itu hanya pilihan terakhir," ujar beliau lagi.

Menurut Cynthia, kemasukan itu dibuat mengikut prosedur selepas Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini mengguna alasan untuk mengusir Bourdon atas alasan menyalahguna pas lawatan.

"Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur.

"Kita bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan beri kerjasama. Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam jumpa klien (Suaram)," tegas Cynthia.

Siapa penyumbang RM40 juta untuk Umno Sabah

Posted: 12 Oct 2012 10:05 PM PDT

Abdul Aziz Mustafa,
KUALA LUMPUR: Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.

Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.

"Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.

"Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.

"Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan," kata beliau.

Apa yang berlaku itu juga membuktikan penguatkuasaaan undang-undang di negara ini dibuat secara double standard dan berpilih-pilih, kata Mahfuz.

"Kalau pihak yang kerajaan Umno BN tidak suka, sudah pasti dibongkar dan diburu habis-habisan seperti yang berlaku kepada Suaram sekarang.

"Umno bukan sahaja terima wang dari luar negara malah RM40 juta itu diseludup, tetapi menteri kata dalam Parlimen kononnya tidak ada unsur rasuah," katanya.

Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, "tidak ada unsur rasuah dibuktikan" di dalam kes itu.

Mahfuz juga mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menimbulkan kecurigaan besar berhubung siasatannya terhadap penyeludupan wang RM40 juta itu.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Bagaimanapun, SPRM membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.

Dalam poket Soroskah pemimpin kita?

Posted: 12 Oct 2012 05:09 PM PDT

 
Husam Musa


 
ULASAN Sejak kecil saya adalah pembaca setia Utusan. Di Kelantan, dulu Utusan sampai belah petang.

Pulang dari sekolah, sejak darjah tiga, singgah di kedai depan Sekolah Kota, sekolah saya, membimbit Utusan dan menekuninya dari laman ke laman.

Malangnya, untuk tujuh lapan tahun ke belakang, setiap kali menatap Utusan, saya merasa seakan diperlakukan sebagai pembaca terbantut akal - tidak mampu berfikir. Terasa diri diperbodohkan.

Malang, bagi sebuah institusi media yang disegani, dibina oleh pelopor dan pejuang awal, akhirnya tertiarap di kamar mahkamah atas satu isu demi satu isu yang lain.

Hampir saban minggu Utusan didakwa atas pelbagai saman malu, fitnah dan berita bohong.

Terakhir, pengakuan Sdr Chamil Wariya, Utusan telah mengubah cerpen gubahan Chamil. Serendah itu, Utusan menjatuhkan dirinya?

Apa yang PM bincangkang?
Penjelasan beberapa paderi atas laporan Utusan yang membarakan api permusuhan agama, menjadikan Utusan kelihatan sebuah mesin propaganda murahan yang rendah mutu dan kehilangan kompas akhlak.

Saya tidak fakir itu baik untuk negara dan khususnya umat Melayu.

Pendedahan kian tersebar bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib menemui Soros secara diam-diam di Amerika Syarikat - sewaktu Utusan menghayun serangan bertubi-tubi terhadap pelbagai pihak sebagai agen Soros untuk tujuan buruk - menemplak Utusan dengan cara yang amat menghiris maruah dan integriti.

Belum lama laporan muka depan Utusan "Lagi Kaitan Soros". Kenapa Utusan tidak sanggup 'memukadepankan' laporan pertemuan itu? Najisnya Soros pada mata Utusan seharusnya tidak membezakan sesiapa.

Bertemu, bersua muka dan 'secara sulit beragenda' dengan Soros, tanpa dimaklumkan kepada rakyat jelata, menjadi sebesar-besar tanda tanya: "Dalam poket Soroskah pemimpin kita?"

Apakah yang dibincangkan? Apa pentingnya perdana menteri yang baru memegang jawatan menemui 'Penyangak Yahudi' (Seperti logik di ketengahkan Utusan) seperti Soros?

Ke pangkal jalan
Tidak dapat tidak kita memerlukan pendekatan rasional dan manipulasi keterlaluan akhirnya hanya menjerat leher pemasang jerat itu sendiri.

Lebih menghibakan, sekali sekala terkilas laporan muka depan Utusan berunsur seks (yang dipolitikkan) yang sangat keterlaluan. Sampai kesannya kepada generasi muda dan anak-anak kecil parahnya tidak dapat lagi dijangkau.

Sedang, pembaca jelik itu termasuk anak cucu Sdr Ketua Pengarang sendiri, anak cucu pengerusi dan ahli lembaga pengarah Utusan, mungkin terbentuk dengan bentukan liar sepanjang hayat mereka.

Tidakkah terbetik di hari saudara-saudara kecemburuan terhadap runtuhnya nanti akhlak generasi yang masih putih bersih itu lantaran kegelojohan membinasakan 'lawan' dengan laporan-laporan resam Melayu pun menolak, apa lagi nas Tuhan.

Masih belum terlambat kembali ke pangkal jalan. Laporan berprestasi, profesional dan beretika.

Di dunia mendapat sanjungan, di sisi Tuhan nanti tidak terlaknat.

Islam selamanya meletakkan kebenaran, kejujuran, menolak aib, permusuhan dan keterlaluan dan itu kekal sebagai jalan selamat, bermaruah dan terhormat.

Maafkan saya.

HUSAM MUSA exco kanan kerajaan Kelantan.

Aktivis bantah kapal perang Amerika di Pelabuhan Klang

Posted: 12 Oct 2012 05:05 PM PDT

 
Abdul Rahim Sabri


 
Sekumpulan aktivis NGO dan mahasiswa hari ini berhimpun di pintu masuk utama Port Klang Cruise Centre (PKCC) di Pelabuhan Klang bagi memprotes kehadiran kapal berkuasa nuklear dari Amerika Syarikat USS George Washington baru-baru ini.

Penganjurnya Khalid Mohd Ismath (kiri) berkata, dalam perhimpunan itu mereka cuba menghantar memorandum bantahan kepada PKCC, bagaimanapun wakil pelabuhan itu didakwa enggan menerimanya.

NONE"(Dalam memorandum itu) kita menuntut supaya PKCC tidak (lagi) membenarkan kapal Amerika berlabuh.

"Kita tidak mahu kuasa jahat yang terlibat dengan perang di Afghanistan dan Iraq diagung-agungkan.

"Kita juga mendesak pihak PKCC dan wakil-wakil kerajaan tidak membuat keputusan mesra dengan perjuangan Amerika," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Kumpulan yang terlibat dalam perhimpunan bermula jam 2 petang disertai aktivis NGO Jingga 13, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gabungan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) dan Persatuan Anak Muda Klang (PAMK).

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutcelvan.

Dilaporkan USS George Washington - kapal induk pesawat udara berkuasa nuklear singgah ke Pelabuhan Klang untuk mempromosi kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat.

Kapal yang ditauliahkan pada 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal itu singgah lima hari di pelabuhan tersebut Ahad lalu. Ia dijadual meninggalkan negara ini semalam.

Ekoran itu, pelbagai pihak, termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah dan mendesak kerajaan menghentikan membenarkan atau mengundang kapal perang negara kuasa besar dunia itu untuk tujuan diplomasi disertai kekerasan (gunboat diplomacy).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun dilapor menegaskan Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing dan berkata rakyat tidak perlu bimbang dengan "lawatan muhibah" tentera laut dari negara-negara sahabat.

Ratusan piket bantah tawaran jutawan ambil alih KTMB

Posted: 12 Oct 2012 05:02 PM PDT

 
Koh Jun Lin


 
Lebih 500 pekerja keretapi berpiket di ibupejabat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di ibunegara hari ini kerana membantah tawaran MMC Corp Bhd untuk mengambil alih syarikat tersebut.

NONEMMC Corp dikuasai oleh ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, yang juga memiliki Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd, yang mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang.

Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor serta mengambil alih Pos Malaysia melalui DRB Hicom.

NONEKumpulan tersebut yang diketuai oleh pemimpin Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), melaungkan slogan, menyanyi sambil memegang kain rentang selama sejam mulai 5.30 petang.

Mereka melaungkan RUM menentang tawaran MMC untuk mengambil alih KTMB, serta menggesa supaya presiden baru KTMB, Elias Kadir diberi peluang untuk memulihkan syarikat tersebut.

PM: Tiada salahnya saya jumpa Soros

Posted: 12 Oct 2012 04:56 PM PDT

 
Abdul Rahim Sabri


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.

PRU13: SPR sudah sedia 85%

Posted: 12 Oct 2012 04:42 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof - Foto Sinar Harian Rosli Talib
 
PUTRAJAYA –  Persiapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka diadakan bila-bila masa, sudah mencapai 85 peratus, demikian menurut Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Bercakap dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian Online di pejabatnya di sini hari ini, Abdul Aziz berkata, hanya tinggal beberapa perkara yang perlu diuruskan kerana ia melibatkan kos yang tinggi jika dibuat terlalu awal.

"Saya difahamkan kalau dakwat, kita tidak boleh beli sekarang. Dakwat tidak boleh disimpan lebih tiga bulan.

"Nak tempah kapal terbang, nak tempah helikopter, sewa pun mahal... beratus-ratus ribu, kemudian bolehlah ambil dakwat kita dan sebagainya," katanya merujuk kepada kos pengangkutan dan tempoh sah laku dakwat kekal, yang pertama kali akan digunakan.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pilihan raya kali ini perlu dilakukan dengan teliti memandangkan beberapa perubahan besar telah dilakukan seperti penggunaan dakwat kekal dan undi awal bagi menggantikan undi pos di kalangan anggota tentera, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan isteri masing-masing kerana bertugas pada hari pengundian.

"Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini terlalu banyak perkara baru. Jadi kita perlu berhati-hati.

"Sebagai contoh penggunaan dakwat  kekal dan pengundian awal akan dilaksanakan dalam PRU yang akan datang. Ini kali pertama akan digunakan. Bunyinya memang mudah tetapi melaksanakannya, ia adalah perkara yang perlu berhati-hati. Takut tersilap dan sebagainya," ulasnya.

"Jadi maknanya kalau dari segi persediaan itu, saya boleh katakan 85 peratus. Cuma ada beberapa perkara (sahaja lagi perlu disiapkan)… tapi kalau kata pilihan raya esok, tak bolehlah," kata beliau dengan berseloroh.

Sekiranya Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya pada 28 April 2013, pilihan raya selewat-lewatnya akan diadakan pada penghujung Jun atau awal Julai 2013.

Angin bertiup kencang, PRU13 tidak akan diadakan tahun ini bagi memberi laluan kepada beberapa insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2013 sampai kepada rakyat.

Namun ada juga desas-desus yang mengatakan Najib akan membubarkan Parlimen bulan depan.

Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April 2013 manakala Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berperingkat di akhir Mei depan, bergantung pada tarikh sidang penggal pertama masing-masing.

Mengulas negeri-negeri pembangkang seperti Selangor yang mahu mengadakan pilihan raya secara berasingan jika Parlimen dibubar awal, Abdul Aziz berkata, "kalau undi tidak dibuat terlalu awal, semua akan ikut... kalau buat November, saya rasa semua ikut."

Agensi Pusat Enggan Serah Statistik Jenayah Di Selangor

Posted: 12 Oct 2012 04:36 PM PDT




KUALA LUMPUR : Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua mempersoalkan tindakan Kerajaan Pusat yang enggan memberikan statistik bagi setiap jenis jenayah mengikut daerah di Selangor.

Sebaliknya, Tony mendakwa 'ada udang disebalik batu' dengan jika Kerajaan Pusat masih berdolak dalik dengan statistik itu.

"Jika mereka kata ada penurunan dalam indeks jenayah negara tetapi kenapa bila kita minta statistik mereka tidak mahu nyatakan dalam parlimen?.

"Saya tidak tahulah sama ada angka penurunan yang mereka berikan itu releven atau tidak," katanya dalam sidang media, semalam.

Tambahnya, angka-angka itu memberikan bukti jelas terhadap manipulasi statistik oleh pihak berkuasa untuk mencerminkan pencapaian yang lebih baik berbanding realiti dihadapi rakyat di luar sana.

Dalam jawapan yang diterima Tony, Kerajaan Pusat berpendirian adalah kurang munasabah untuk statistik bagi setiap jenayah mengikut daerah di Selangor dan negeri untuk dikemukakan secara terperinci.

Walaubagaimanapun, statistik bagi kes-kes jenayah indeks yang memberikan impak signifikan kepada keselamatan rakyat adalah lebih releven untuk dikemukakan.

Sehubungan itu, Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mempersoalkan peruntukkan sebanyak RM272 juta yang diberikan Menteri Dalam Negeri khusus memperbaiki  "indeks persepsi jenayah" bawah  atau NKRA.

Penduduk Jeram Lega Peroleh Masjid Baru

Posted: 12 Oct 2012 04:31 PM PDT





KUALA SELANGOR : Dulu, penduduk Pekan Jeram terpaksa berhimpit-himpit dan mendirikan solat berjemaah di luar perkarangan masjid lama mereka yang kecil dan serba kekurangan.

Sehingga pada satu solat Hari Raya Aidilfitri, jemaah yang berdiri di luar masjid tersebut lari bertempiaran apabila hujan lebat pada hari itu.

Tetapi situasi masa dulu diharap tidak berulang lagi selepas mereka menerima sebuah Masjid baru yang lebih luas, selesa dan tersergam indah akhir bulan lepas.

Masjid yang baru itu mampu menampung kira-kira lebih 2,000 jemaah dengan kemudahan meletak kereta lebih luas serta ruang solat berhawa dingin.

 

Ia dibina dengan kos RM 6.4 juta dan menyediakan bilik pengurusan jenazah, bilik persediaan jenazah, bilik penyediaan makanan dan bilik mesyuarat.

Seorang penduduk Rahmat Shafie, 71, berkata, semasa menggunakan masjid lama kerap berlaku situasi tatakala waktu Solat Hari Raya yang jemaahnya melebihi kapasiti ruang masjid itu walaupun disediakan khemah tambahan di luar masjid.

"Alhamdulillah hari ini penduduk Jeram mendapat kemudahan sebuah masjid baru yang lebih besar yang mana masyarakat Islam di sini lebih 90 peratus terdiri daripada masyarakat Islam," ujarnya.

Beliau ditemui semasa majlis penyerahan masjid itu daripada Kerajaan Negeri yang dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Nama rasmi masjid tersebut akan diumumkan semasa upacara perasmian yang bakal disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Rahmat, yang sebelum ini ahli jawatankuasa masjid berkata, permohonan untuk mendapatkan masjid baru telah dikemukakan sejak 2002 kepada negeri pada masa itu, tetapi pelbagai rintangan yang perlu dihadapi.

Ianya menjadi kenyataan selepas kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat meluluskan pembinaannya pada tahun 2010 dan akhirnya boleh digunakan untuk Solat Jumaat kira-kira dua minggu yang lalu.

Piala Malaysia: Kelantan mara ke final

Posted: 12 Oct 2012 04:20 PM PDT

Noor hafiza Che Abdullah dan Siti Fatimah Muhammad Ali

Kelantan - Piala Malaysia
Sebahagian pemain dan pengurusan pasukan Kelantan menunjukkan isyarat tiga selepas berjaya mara ke final Piala Malaysia. 
 
Aksi pemain Kelantan dan Selangor pada perlawanan separuh masa pertama pusingan kedua separuh akhir
Aksi pemain Kelantan dan Selangor pada perlawanan separuh masa pertama pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. - Foto Safwan Mansor
 
GERGASI Pantai Timur, Kelantan mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia dengan bergaya selepas mengetepikan Selangor menerusi agregat 3-0 dalam saingan separuh akhir kedua  di Stadium Shah Alam, malam ini.

Malah ini Kelantan memperoleh dua gol. Dengan kemenangan ini, misi Kelantan dalam mencari kejuaraan treble musim ini semakin tercapai.

Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi percubaan Safiq Rahim. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

Pasukan pelawat melakukan serangan balas dan percubaan Mohamed Ghaddar pada minit ke-12 menerusi hantaran cantik Nik Mohd Shahrul gagal dilaksanakan apabila tandukannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Selangor, NorAzlan Razali.

Selang seminit kemudian, Ghaddar sekali lagi terlepas peluang apabila tendangannya melambung tinggi.

Memasuki pertengahan babak pertama perlawanan, pasukan pelawat melalui detik cemas  Amri Yahya bangkit melancarkan serangan nyaris merobek gawang Kelantan pada minit ke-22,  begitu pun berjaya didakap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat beberapa percubaan bagi mendapatkan gol meskipun percubaan Bosko Balaban pada minit ke-43 masih gagal untuk menewaskan Khairul Fahmi.

Sepuluh minit separuh masa kedua bermula, Kelantan terus ghairah mencari jaringan gol apabila tendangan kencang  Nurul Azwan Roya hampir membolosi gawang lawan, namun berjaya ditolak keluar oleh Azlan.

Kelantan sekali lagi melancarkan serangan menerusi penyerang berbisanya, Modh Idhan Talaha pada minit ke-57, tetapi tendangannya juga ditepis keluar oleh Azlan.

Biarpun ketika Kelantan dilihat lebih menguasai perlawanan, Selangor tetap enggan menyerah kalah apabila Shafiq Rahim terus mara membuat cubaan ke arah pintu gol lawan pada minit ke-64.

Bagaimanapun ia mudah diselamatkan Khairul Fahmi.

Pada minit ke-67, giliran Indra Putra Mahiyudin pula melancarkan serangan. Tendangannya tersasar melepasi tiang gol.

Keghairahan pelawat mencari jaringan gol akhirnya tertunai apabila tendangan pemain import Kelantan, Ghaddar berjaya menewaskan penjaga gol Selangor, Azlan.

Selepas itu, Mohd Badri Radzi menutup tirai perlawanan dengan menjaringkan gol kedua buat Kelantan  sekali gus meranapkan Misi 33 yang dicanang anak buah Irfan Bakti.

Dengan itu, Kelantan akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia di pentas final yang akan berlangsung 20 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

Senarai barisan pemain Selangor
Mohd Razman Roslan
Ramez Dayoud
Adip Aizuddin Latif
Safiq Rahim
Solihin Kanasian
Basko Balaban
Mohd Bunyamin Umar
Mohd Amri Yahya
Norazlan Razali (GK)
Mohd Rozaimi Abdul Rahman
S.Vanood


Senarai barisan pemain Kelantan
S.Subramaniam
Obinna Nwaneri
Nik Mohd Shahrul Azim
Mohd Shakir Shaari
NorShahrul Idlan Talaha
Mohhd Norfarhan
Mohd Nurul Azwan Roya
Indra Putra Mahiyudin
Mohd Daudsu Jamaluddin
Khairul Fahmi Che Mat
Mohamed Ghadar

Berhenti ugut penulis sukan, NUJ gesa MSN

Posted: 12 Oct 2012 04:16 PM PDT

SINAR HARIAN

KESATUAN Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) menggesa Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan kebangsaan agar berhenti mengugut penulis sukan dengan tindakan menghantar notis perundangan kerana menerbitkan laporan yang tidak memihak kepada mereka.

Setiausaha Agung NUJ, V.Anbalagan berkata penulis sukan seperti juga wartawan lain menjalankan tangungjawab awam mereka untuk berkhidmat kepada para penonton, pembaca, pemerhati atau pendengar.

"Kerajaan memperuntukkan dana untuk membangun dan mempromosi acara sukan dan wartawan mempunyai hak untuk mendedahkan perbuatan salah dan salah urus.

"NUJ percaya penulis sukan dan organisasi media menyumbang laporan yang adil  termasuk memberi hak menjawab kepada pihak yang terkilan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu sebagai respons kepada dua bekas wartawan Malay Mail yang diberikan surat permintaan oleh MSN atas berita yang diterbitkan tahun lepas dan tahun ini.

Anbalagan juga memberi jaminan akan mempertahankan hak penulis sukan dalam menjalankan tugas mereka agar bebas daripada sebarang gangguan. - Bernama

Pelawaan Umno tidak ikhlas, tegas Pas

Posted: 12 Oct 2012 04:14 PM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Pas mengulangi pendirian menolak ajakan berterusan Umno mahu menjalin kerjasama sambil menyifatkan pelawaan itu bukan kerana perpaduan ummah, sebaliknya hanya bermotifkan politik semata-mata.

Sehubungan itu Pas menegaskan pihaknya tidak akan "melayan mereka", meskipun Umno kelihatan mengulangi pelawaan pihaknya sejak 2008.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak akan wujud kerjasama antara Pas dan Umno walaupun atas dasar perpaduan ummah kerana baginya isu perpaduan dalam konteks negara sengaja ditimbulkan tetapi ia bukan tujuan utama.

"Kami tidak akan kerjasama dengan Umno. Mereka (Umno) hanya guna isu perpaduan dalam negara tetapi realitinya, perpaduan yang dibangkitkan itu hanya menjurus kepada kepentingan politik semata-mata," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi menyokong kuat agar Pas dan Umno menjalin kerjasama demi perpaduan umat Islam dan ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dijadikan realiti.

Menurutnya, jika dilihat dari sejarah, Pas dan Umno sendiri pernah berada dalam kerajaan campuran pada awal 1970-an.
"Saya tidak nafikan Pas dan Umno pernah jalin kerjasama dengan mewujudkan kerajaan campuran satu ketika dahulu tetapi kami sendiri sudah belajar dari pengalaman lepas,

"Sebaliknya yang berlaku ialah, jika mereka (Umno) terdesak, baru mahu berpakat supaya bersatu tetapi tindakan mereka tidak sejajar dengan apa yang mereka lakukan," tegas Tuan Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau menghargai ajakan Umno supaya menjalin kerjasama bersama Pas tetapi mereka tidak akan melayan ajakan tersebut.

"Bagi saya, ajakan yang dibuat ini sebagai satu perangkap semata-mata kerana Umno mula tergugat dengan sokongan rakyat yang diberi kepada Pas ketika ini," katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan Ahli Majlis Syura Pas, Nasharudin Mat Isa yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah.

Sebelum ini, Nasharudin mengingatkan Pas supaya tidak terlalu mengejar kuasa hingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali turut sepakat dengan pandangan yang diberi oleh Tuan Ibrahim dan menegaskan sekali lagi yang tidak akan wujud kerjasama antara Pas dan Umno buat masa ini.

"Pendirian kami tetap sama, kerjasama antara Pas dan Umno tidak akan wujud," tegasnya.

Beliau berkata, pihaknya percaya yang ajakan itu bukan semata-mata kerana perpaduan tetapi hanya bermotif ajakan politik.

"Mereka (Umno) ajak bersatu tetapi saya yakin yang mereka cakap dalam konteks politik saja," ujarnya.

Beliau juga menambah, Pas ketika ini hanya akan fokus kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma tidak lama lagi.

"Kita tak mahu layan mereka, itu pendirian kita," tegasnya.

Biaqpila

Posted: 13 Oct 2012 03:19 PM PDT

Biaqpila


Panas!!! Video seks ini akan menggegarkan bumi Malaysia!!!

Posted: 13 Oct 2012 05:18 AM PDT



Sex Sex Sex.. apa yang blogger UMNO mampu fikir selain dari sex dalam propaganda mereka. Padan benar dengan jolokan UMporNO dan Utusex Meloya. Terbaru kononnya video sex pemimpin PKR Perak. Macam biasanya semuanya fitnah belaka, maklumlah Rukun Nombor Satu UMNO ialah fitnah....



Mai baca penjelasan dari blog MiLoSuaM


RASANYA sudah berpuluh kali blogger United Malays No Otak, Umno menyebarkan video seks kononnya pemimpin Pakatan Rakyat. Kali ini mereka mendakwa ada memiliki video seks Pemimpin Pakatan Rakyat Perak.


Blogger-blogger Umno waktu ini sedang rancak menyebarkan cerita ini. Kononnya ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat dari Perak yang berwatak alim telah melakukan seks haram di Indonesia bersama pelacur di sana.


Dakwa mereka lagi video itu kini dalam simpanan salah seorang kawan baik pemimpin itu dan akan disebarkan kerana sahabatnya itu tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara yang tidak dinyatakan.



Di bawah ini screenshot salah seorang blogger United Malays No Otak, Umno atau UMporNO (Umno + Porno) yang sedang rancak menghebahkan berita ini.




Seperti biasa, nama pun blogger United Malays No Otak, Umno (Kesatuan Melayu-melayu Tiada Otak), tentu sekali kebodohan mereka tidak dapat dibendung lagi. Al-maklumlah, nak tulis blog tapi tiada otak, maka keluarlah cerita bodoh daripada tengkorak mereka yang kosong itu.


Sebelum mereka menyebarkan cerita bangang ini, mari kita kantoikan mereka seperti biasa.

Cerita lucah ini sebenarnya diambil daripada salah satu blog Indonesia yang sudah menyiarkan cerita ini sejak bulan 5 yang lalu.


Menurut blog tersebut,video ini adalah adengan panas seorang warga Sanden, sebuah kawasan di Indonesia. Lelaki yang melakukan adengan seks ini dikatakan seorang pelajar SMA (sekolah menengah) yang sengaja merakam aksinya bersama teman wanita di sebuah bilik hotel.


Di bawah ini printscreen diambil daripada blog tersebut. Gambar yang digunakan di blog Indonesia itu sebijik macam yang disebarkan oleh blogger-blogger Umno pada masa ini. Link blog lucah ini tidak akan disiarkan kerana blog ini bukan blog lucah harap maklum.




Kalau kita lihat handphone yang ditunjukkan dalam gambar pun jelas sekali jenis model lama. Rasanya dah tak ada orang pakai di Malaysia ini. Jelas sekali handphone itu milik warga Indonesia.

kedahla


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Ketagih Makan Ubat Nyamuk

Posted: 12 Oct 2012 09:00 PM PDT


Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif. Kanak-kanak ini gemar memakan racun nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus racun nyamuk.

Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.

Adit mula gemar memakan racun nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati racun nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan racun nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.

"Enak dan manis," katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan racun nyamuk.
Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan racun nyamuk dari rumah jiran mereka.

"Biasanya kalau tidak menemukan racun nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran," kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.

"Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap racun nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya," katanya.

Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.

Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.


Sumber: Informasi.my

kakisembang


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

BERITA MENJILAT FITNAH SENSASI

Posted: 12 Oct 2012 06:00 PM PDT


PROPAGANDA BN SEMAKIN HODOH DAN BODOH..

Sekurang-kurangnya mulai sekarang sehingga berakhirnya bulan Oktober, ia menjadi masa yang tidak munasabah untuk diadakan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13). Faktor utamanya ialah musim haji. Namun senario politik semasa dalam negara seolah-olah Parlimen sangat hampir untuk dibubarkan. Setiap hari rakyat menatap dada akhbar, skrin televisyen dan suara radio yang dikumandangkan ia sarat dengan propaganda politik UMNO/BN sedang berkempen. Kempen politik di negara 1Malaysia ini sangatlah hodoh kerana ia hanya propaganda sebelah pihak tetapi kejelikan itulah yang berlangsung sejak 55 tahun mencapai kemerdekaan hingga ke saat ini. Tidak ada barang satu hari dalam sejarah Malaysia, media utama negara merdeka dari dijajah oleh BN. Semua media tersebut terpaksa tunduk dan patuh kepada arahan penguasa politik BN seperti lembu yang dicucuk hidung.

Permainan propaganda politik menjadi lebih hodoh di zaman langit terbuka ini kerana sewaktu mereka cuba memperbodohkan rakyat seluruhnya, bahan serangan balas tersebar dengan lumayannya di alam maya.



Apabila media BN mencanangkan 'kebiadapan' segelintir peserta himpunan Janji Bersih menghina foto Perdana Menteri lalu diambil tindakan, pihak lawan mereka punya menyiarkan foto bagaimana gambar Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin-pemimpin utama Pakatan dipijak, dikencing dan dibakar tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh polis.

Selepas media BN mendedahkan penunjuk punggung terhadap gambar Perdana Menteri akan diambil tindakan, pihak lawan mereka pula mendedahkan kelucahan Pemuda UMNO beraksi ala liwat, Puteri UMNO menonggeng punggung, senaman punggung di hadapan rumah Datuk Ambiga dan aksi simbol lucah oleh seorang Menteri Besar BN; semuanya tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis.

Sebaik media BN mengecam kerajaan Selangor kerana tidak mengundang Sultan di majlis sambutan ambang merdeka, pihak lawannya juga mendedahkan kebiadapan kerajaan BN Pusat yang tidak mengundang Yang DiPertuan Agong di sambutan ambang merdeka yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Apabila media BN menceritakan bahawa kumpulan anti Anwar diserang di hadapan ibu pejabat KeADILan, pihak lawannya mendedahkan dengan bukti audio video bahawa kumpulan tersebut yang mula mencetuskan provokasi dan membuat kacau secara agresif. 

Selepas media BN mengecam Anwar kerana berucap dalam masjid (kononnya memperalatkan masjid untuk politik) maka media maya menyiarkan foto semua pemimpin-pemimpin BN yang berucap dalam masjid, termasuk juga Rosmah bersama sebahagian Puteri UMNO yang tidak menutup aurat mengadakan program politik dan berucap dalam masjid.

Semua pantun bersambut, semua soalan berjawab. Langit terbuka menjadi masalah besar BN melakukan propaganda sehingga media-media utama yang mereka kuasai kelihatan betul-betul bodoh kerana hanya bergantung nyawa dengan khalayak yang berfikir tidak menggunakan akal serta tiada maklumat kedua lalu menelan bulat-bulat setiap propaganda yang ditaburkan. Lagi masalah besar bagi BN ialah golongan yang jahil isu semasa ini makin mengecil dalam masyarakat.

Cabaran kedua yang dihadapi BN ialah ketidakupayaan menyembunyikan sesuatu yang merugikan mereka. Apabila Perkasa dan UMNO menyerang masjid, mengganggu tazkiroh dan didakwa membaling selipar ke dalam masjid, tiada satu pun siaran media utama negara berani menyiarkan insiden tersebut. Tetapi video keganasan kumpulan itu tersebar seantero dunia melalui You Tube. Semua golongan rasional yang menyaksikan video itu dipasak kebencian yang meluap-luap menyaksikan kebiadapan kumpulan itu menyerang masjid.

Sewaktu bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan dicurah cat oleh kumpulan samseng anti Pakatan, tidak ada juga media utama yang menjadi perkakas BN berani menyiarkan insiden itu. Peristiwa itu cuba disembunyikan namun di alam maya ia tersebar sepantas kilat seluas-luasnya. Tiba-tiba insiden tersebut menjadi pemangkin melonjakkan kehadiran orang ramai ke setiap ceramah Anwar yang sedang menjelajah ke seluruh negara.

Tidak ada sebuah pun media utama dalam negara yang menyiarkan walaupun satu sudut yang terpencil Himpunan Hijau anti Lynas yang diadakan di Raub, Pahang namun media maya menyiarkan himpunan yang dihadiri puluhan ribu manusia itu. Begitu juga dengan semua himpunan besar anjuran kerajaan negeri Pakatan dan parti-parti komponen Pakatan sama ada jamuan Aidil Fitri atau ceramah umum.

Kejatuhan saham FGVH, kenaikan harga minyak Petrol Ron 97, pertambahan indeks jenayah, pergolakan di Sabah dan Sarawak, pertelingkahan dalaman UMNO serta seribu satu keburukan yang membabitkan BN dan kerajaannya yang disembunyikan semuanya terdedah di media maya.

Kebijakan dalam membuat propaganda ialah sehingga orang ramai terkesan tetapintidak tahu itu propaganda. Malangnya BN, semua propaganda mereka yang dimainkan oleh media terserlah sangat bahawa ianya fitnah, pembohongan, putarbelit, penggelapan dan manipulasi. Maka ia adalah propaganda yang gagal. 

Rakyat nampak BN mengada-ngada apabila; ada yang dipaksa untuk berterima kasih, isu kecil dibesarkan, laporan polis terhadap spekulasi dibuat, eksploitasi racisme dalam menonjolan isu bahkan pemberian bahkan sumbangan untuk rakyat jelata juga sangat mudah difahami bahawa 'ianya rasuah politik!' justeru hilang rasa terima kasih.

Setiap hari apabila Buletin Utama TV3 atau RTM menyiarkan laporan versi sebelah pihak dalam beritanya, hakikatnya ia sedang membakar perasaan jutaan rakyat negara ini yang sedang menyaksikan propaganda bodoh yang sungguh menyakitkan hati itu. Mereka berjaya menyemarakkan kebencian di kalangan pengikut tegar mereka di samping menyemarakkan kebencian sebahagian besar rakyat terhadap mereka sendiri iaitu BN dan media propagandanya.



Sumber : Warta Utara

kopitarikkaw2

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

DUNIACACAMARBA

Posted: 13 Oct 2012 03:09 PM PDT

DUNIACACAMARBA


Sesiapa yang Gemar Pakai Cincin Zakar, Sila Baca Berita Ini!

Posted: 12 Oct 2012 08:40 PM PDT


POTONG...alat yang digunakan bomba untuk menyelamatkan mangsa.

IPOH: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.


Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.

Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam.



P/s: Malu dapat, sakit dapat...silap-silap burung tidak berfungsi dengan baik selepas ini!





SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 13 Oct 2012 01:54 PM PDT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


HARUN DIN GANTI NIK AZIZ?

Posted: 12 Oct 2012 11:45 PM PDT

Dr Hasan Ali mencadangkan Dr Harun  Din sebagai Mursyidul Am Pas untuk mengganti TG Nik Aziz.

Hasan Ali, kawan lama seforum perdana dengan Dr Harun Din.

Hasan Ali macam tau pendirian sebenar Dr Harun Din.  Atau dia salah baca siapa sebenar Dr Harun Din. Memang ada cakap-cakap Dr Harun Din juga merupakan salah seorang pendokong UG dahulu. Ada bisik-bisik juga mengatakan Dr Harun Din semacam alegik dengan DAP dan lebih "senang" dengan Umno.

Jika benar telahan Hasan Ali terhadap Dr Harun Din, apakah Dr Harun Din mampu mempengaruhi pimpinan Pas yang lain untuk karam bersama dengan Umno. Ada cakap-cakap Harun Taib  pun satu geng dengan Dr Harun Din dalam agenda ini.   Mungkin agenda ini tidak mampu pergi jauh kerana Mustafa Ali belum terbuka hati dengan idea ini. Wooooo.

TG Haji Hadi pada kenyataan terakhirnya; tetap bersama dengan PR. Hanya beliau terlalu bagi muka kat Nasharudin Mat Isa!!!!  Takut orang kata Pas parti tiada displin. Siapa pun boleh kata apa-apa pun kepada parti.  Kita boleh kritik peribadi pemimpin  tetapi jika tidak setuju dengan dasar dan strategi semasa parti, eloklah keluar mencari gelanggang baru, jika benar-benar anak jantan.  Biar lebih banyak lagi jenama beras di pasaran selain beras JATI.   Wooooo.

Muslimeen United

Posted: 13 Oct 2012 01:50 PM PDT

Muslimeen United


Laungan "ROYALTI HAK KELANTAN" di Stadium Shah Alam

Posted: 13 Oct 2012 08:54 AM PDT


Daim Kata UMNO BN Hanya Menang 3 Negeri Dalam PRU Akan Datang

Posted: 13 Oct 2012 08:53 AM PDT




Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama "jeneral tanpa askar" dalam berdepan cabaran PRU.

"Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama 'jeneral tanpa askar'.

"Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai," kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.

Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.

Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.

Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.

Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.

Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.

Muslimat sumbang gelang emas RM3,000

Posted: 13 Oct 2012 08:48 AM PDT


PENGKALAN CHEPA: Seutas gelang tangan yang dianggarkan bernilai RM3,000 telah didermakan oleh seorang muslimat untuk dana Pilihanraya Umum 13 bagi Dun Chempaka.
(Tuan Guru Nik Aziz menunjukkan gelang emas yang disumbangkan oleh seorang muslimat)

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika membuat pengumuman itu memberitahu gelang tangan berkenaan didermakan untuk Muslimat Dun Chempaka.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga Mawaddah dan Pertandingan Kerajinan Tangan Dun Chempaka pagi tadi.

Menurutnya, tidak ramai yang sanggup menderma barang kemas yang sering di pakainya, apa lagi dengan kadar harga bukan sedikit.

"Saya serahkanlah pada Muslimat Chempaka, nak buat apa tentang barang kemas ni, nak jual ke atau macamana kemudian masukkan sumbangan itu dalam tabung sebagaimana yang dihajati,"ujarnya.

Beliau juga berkata hanya mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi sanggup berbuat demikian tanpa diminta.

Menyentuh tentang keluarga mawaddah hanya Islam sahaja yang tonjolkan perkara berkenaan.

"Yang lain hanya mampu menyogok rakyatnya atau pengikutnya dengan wang ringgit dan kebendaan semata-mata,"ujarnya.

Sempena majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada penerima Skim Az-Ziwaj, selain itu penerima anugerah keluarga mawaddah melalui tiga kategori antaranya zamrud dan delima. -Hrkh

Nasha Sengaja Cari Pasal Supaya Dipecat Dari PAS

Posted: 13 Oct 2012 08:47 AM PDT


TG Nik Aziz sifatkan Nasha 'lidah panjang'

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin 'lidah panjang' ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.

Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura Pas mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

"(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok, sikap itu seperti 'lidah panjang'," kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini. -SH


Nasha mahu dipecat PAS kerana tidak berani langgar 'Bai'ah'

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Tindakan Nasharuddin Mat Isa memprovokasi hubungan diantara PAS dan DAP sejak akhir-akhir ini dalam isu Hudud dan negara Islam dipercayai mahu dipecat daripada parti tersebut kerana tidak berani melanggar "Bai'ah" dengan meninggalkan PAS secara sukarela.

"Jika kita lihat, semenjak dua menjak ni, Nasha agresif melaga-lagakan PAS dan DAP supaya Pakatan Rakyat (PR) berpecah," kata seorang pemimpin tertinggi PAS kepada The Malaysian Insider.

"Beliau lakukan semua ini dengan tujuan agar PAS memecat beliau dan bukannya beliau meninggalkan PAS.

"Meninggalkan PAS bererti melanggar sumpah 'Bai'ah' dan ini mungkin menjadi sebab besar mengapa beliau tidak tinggalkan PAS secara sukarela.

" "Bai'ah" bermaksud sumpah untuk taat kepada perjuangan Islam yang kebiasaan diamalkan oleh gerakan Islam.

Jika melanggar Bai'ah, dipercayai balasan daripada Allah akan menimpa seseorang itu.

Nasharuddin merupakan bekas timbalan presiden PAS yang gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas ditangan Mohamad Sabu dalam Muktamar Agung PAS pada tahun 2011 dalam pertarungan tiga penjuru diantara dirinya, Mohamad dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, apa sahaja yang berlaku kepada Nasharuddin tidak akan memberikan impak yang besar kepada PAS dari sokongan.

"Pada saya, apa yang dilakukan oleh Nasha ini lebih kepada mengukuhkan orang Umno yang sudah Umno," kata penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM) itu apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Prof Mohamad juga menambah, jika Nasha meninggalkan PAS dan menyertai Umno sekalipun, beliau hanya akan mengulangi nasib pemimpin PAS terdahulu yang menyertai Umno seperti Datuk Mohd Asri Muda (bekas presiden) dan Nakhaie Ahmad (timbalan presiden).

"Jika Nasha menyertai Umno, beliau tidak akan mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada parti tersebut kerana semua sudah tahu hati dan sanubarinya bersama PAS," katanya sambil menjadikan Datuk Dr Hasan Ali sebagai contoh terkini.

Dr Hasan walaupun telah meninggalkan PAS tidak disambut menyertai Umno sebaliknya terpaksa menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) Jalur Tiga (Jati) yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan tentang keikhlasan Nasharuddin dalam memperjuangkan agenda Hudud seperti yang dilakukan kebelakangan ini.

"Dulu masa nak yakinkan PAS menyertai Umno tubuhkan kerajaan perpaduan, Ustaz Nasa (Nasharuddin) beritahu PAS, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) nak beri tiga kerusi menteri jika PAS bersetuju bersama Umno.

"Saya nak tanya dia, masa Pak Lah tawar tiga kerusi menteri tu, ada tak beliau dibincangkan sekali tentang pelaksanaan hukum Hudud?" kata beliau melalui perbualan telefon bersama The Malaysian Insider beberapa hari lalu.

Tambah Husam lagi dengan sinis, jika Umno benar-benar ikhlas mahu bermuzakarah dengan PAS, Nasharuddin harus diberikan laluan untuk menang tanpa bertanding di kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya ke 13 nanti.

"Kita nak tengok Umno letak atau tidak calon di Bachok nanti," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di parlimen beberapa hari lalu menegaskan kenyataan-kenyataan Nasha seolah-olah mempunyai agenda politik tertentu yang menguntungkan Barisan Nasional (BN) dan cuba mewujudkan ketegangan dalam PR.

"Kebelakangan ini hubungan beliau (Nasha) dengan PAS tidak serapat berbanding hubungannya dengan kerajaan (Barisan Nasional) BN.

"Kenyataan dikeluarkan jelas bertujuan untuk menguntungkan BN dan wujudkan ketegangan antara parti PR walaupun dikeluarkan tanpa bukti," kata Khalid kepada pemberita di lobi Parlimen.

Kenyataan terbaru dikeluarkan Nasha adalah DAP cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dengan mendakwa parti komponen PR itu pernah menganjurkan majlis dan berdoa memohon negara dijadikan sebagai negara Kristian selepas DAP memenangi 12 kerusi di Sarawak tahun lalu.

Khalid turut menegaskan, perkara itu tidak pernah dibangkitkan Nasha dalam pertemuan dengan Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Prof Mohamad bersetuju dengan kenyataan Khalid itu dengan mengatakan menjelang pilihan raya ke 13 yang semakin hampir ini, strategi Umno adalah untuk mewujudkan konflik dalam PR.

"Apabila parti dalam PR berlaga sepertimana perselisihan PAS dan DAP dalam isu Hudud, Umno dan BN yang untung.

"PR akan dilihat tidak bersatu jika terus bergaduh sesama sendiri dan inilah yang dimahukan Umno," katanya lagi.

Kisah Imam Hoslan Semasa Di Penjara

Posted: 12 Oct 2012 04:08 PM PDT


Imam Hoslan Husin, 46, yang baru sahaja kembali ke pangkuan anak dan isterinya semalam selepas hampir tujuh bulan menjalani hukuman penjara akan meneruskan kehidupan biasa dengan berniaga buku dan kitab-kitab pengajian agama Islam.

Itulah sumber pendapatan beliau selain bekerja makan gaji dengan vendor alam sekitar sebagai 'water monitoring'.

Bagaimanapun, beliau akan merujuk semula dengan majikannya itu kerana difahamkan akan diberi ruang untuknya di sana selepas ini.

Malah katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong penuh perjuangannya.

"Saya berterima kasih dengan pegawai Jawi yang sama-sama bertugas di Masjid Ar Rahimah kerana menghulurkan sumbangan kepada keluarga selama saya dipenjara," katanya ketika ditemui.

Hoslan cukup teruja untuk menceritakan pengalaman yang baru sepanjang beliau berada di Penjara Kajang.

Menurut Hoslan yang juga bekas Imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, sepanjang berada di sana beliau mengambil tugas-tugas sebagai pendakwah di dalam Unit Halaqah.

"Saya cukup sedih, ramai banduan orang Melayu Islam di dalam sana tidak tahu apa itu syahadah apatah lagi mahu mengucap (syahadah).

"Saya juga pernah melakukan sembahyang ghaib untuk salah seorang pegawai penjara yang meninggal dunia. Walaupun ada sedikit pertikaian tetapi saya berjaya menjelaskan sebaiknya," katanya.

Selama berada di sana, beliau cukup gembira apabila berpeluang berdakwah dan memberi kata-kata nasihat kepada banduan-banduan lain.

"Saya diberi kebenaran menyampaikan nasihat oleh pegawai penjara. Antara yang saya tekankan 'jalan kehidupan Allah telah tunjuk, tugas kita hanya ikut sahaja jalan itu'," ujarnya.

Namun, beliau menyifatkan hukuman yang diterimanya sebagai pengajaran dan mengibaratkan penjara itu sebagai madrasah tarbiyah.

Sementara itu, isteri beliau Noorliza Mat Isa, 43, melahirkan kegembiraan yang teramat sangat sehingga tidak terluah dengan kata-kata sebaik sahaja melihat suami yang kini sudah berada di depan mata.

"Tidak tahu nak cakap, saya cukup gembira. Suami dan ayah kepada anak-anak saya akhirnya berada di depan mata kami," katanya dengan linangan air mata.

Jika hari raya Aidilfitri yang lalu, Noorliza berhari raya tanpa suami untuk Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut akhir bulan ini adalah cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

"Bersyukur, raya nanti kami gembira sangat, baru ada mood nak raya. Macam Aidilfitri lalu kami tak ada 'mood' nak raya. Anak-anaklah yang paling gembira dan mungkin mereka tidak sabar untuk berbaju raya sedondong," katanya ketika ditemui. -Hrkh


Owhh!! Menyentuh jiwa betoi cerita neh...

Posted: 12 Oct 2012 04:07 PM PDT

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : "Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu
nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?"

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: "Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya."

"Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!" jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : "Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah."

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : "Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri."

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

"Alhamudillah. Anak saudara selamat!"

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, "Ada apa-apa tanya jururawat saya."

Bapa budak tadi tersinggung, "Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?" kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, "Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya."

Bapa budak tu tersengam.

Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.

Adakah anda seorang daripadanya?

Senyum.
(Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man)

Akhirna Najib mengaku pernah jumpa Soros.

Posted: 12 Oct 2012 03:54 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya. -M'kini

PENYAPU SIAL

Posted: 13 Oct 2012 01:04 PM PDT

PENYAPU SIAL


Janji Di Tepati...PATI Di Sayangi...Burid Najib Dan Rosmah Di Jilati....!!!!

Posted: 13 Oct 2012 08:36 AM PDT

nasha tiada konek nak langgar baiah...maka dia melaga lagakan sesama PR supaya di pecat dari PAS,,,,!!!

Posted: 13 Oct 2012 08:29 AM PDT

Tindakan Nasharuddin Mat Isa memprovokasi hubungan diantara PAS dan DAP sejak akhir-akhir ini dalam isu Hudud dan negara Islam  adalah supaya mahu dipecat daripada parti tersebut kerana tidak berani melanggar “Bai’ah” dengan meninggalkan PAS secara sukarela.

Jika kita lihat, semenjak dua menjak ni, Nasha agresif melaga-lagakan PAS dan DAP supaya Pakatan Rakyat (PR) berpecah.

Beliau lakukan semua ini dengan tujuan agar PAS memecat beliau dan bukannya beliau meninggalkan PAS.Meninggalkan PAS bererti melanggar sumpah ‘Bai’ah’ dan ini mungkin menjadi sebab besar mengapa beliau tidak berani  tinggalkan PAS secara sukarela.

“Bai’ah” bermaksud sumpah untuk taat kepada perjuangan Islam yang kebiasaan diamalkan oleh gerakan Islam.Jika melanggar Bai’ah, dipercayai balasan daripada Allah akan menimpa seseorang itu.

Nasharuddin merupakan bekas timbalan presiden PAS yang gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas ditangan Mohamad Sabu dalam Muktamar Agung PAS pada tahun 2011 dalam pertarungan tiga penjuru diantara dirinya, Mohamad dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Apa sahaja yang berlaku kepada Nasharuddin tidak akan memberikan impak yang besar kepada PAS dari sokongan.Apa yang dilakukan oleh Nasha ini lebih kepada mengukuhkan orang Umno yang sudah Umno.

Jika Nasha meninggalkan PAS dan menyertai Umno sekalipun, beliau hanya akan mengulangi nasib pemimpin PAS terdahulu yang menyertai Umno seperti Datuk Mohd Asri Muda (bekas presiden) dan Nakhaie Ahmad (timbalan presiden).

Jika Nasha menyertai Umno, beliau tidak akan mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada parti tersebut kerana semua sudah tahu hati dan sanubarinya yang sememangnya tidak ikhlas malah boleh menjadi parasit  kepada parti baru yang di anutinya .

Sebagai  Contoh Hasan  akidah walaupun telah meninggalkan PAS tidak disambut menyertai Umno sebaliknya terpaksa menubuhkan  badan bukan kerajaan (NGO) Jalur Tiga (Jati) yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.

Turut  di persoalkan adalah  tentang keikhlasan Nasharuddin dalam memperjuangkan agenda Hudud seperti yang dilakukan kebelakangan ini.

Dulu masa nak yakinkan PAS menyertai Umno tubuhkan kerajaan perpaduan, si nasha ini  beritahu PAS, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) nak beri tiga kerusi menteri jika PAS bersetuju bersama Umno.

Kita nak tanya dia, masa Pak Lah tawar tiga kerusi menteri tu, ada tak beliau dibincangkan sekali tentang pelaksanaan hukum Hudud?.

Jika Umno benar-benar ikhlas mahu bermuzakarah dengan PAS, Nasharuddin harus diberikan laluan untuk menang tanpa bertanding di kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya ke 13 nanti.

Kita nak tengok Umno letak atau tidak calon di Bachok nanti.

Beberapa hari lalu  kenyataan-kenyataan Nasha jelas mempunyai agenda politik tertentu yang menguntungkan Barisan Nasional (BN) dan cuba mewujudkan ketegangan dalam PR.

Kebelakangan ini hubungan beliau (Nasha) dengan PAS tidak serapat berbanding hubungannya dengan kerajaan (Barisan Nasional) BN.

Kenyataan dikeluarkan jelas bertujuan untuk menguntungkan BN dan wujudkan ketegangan antara parti PR walaupun dikeluarkan tanpa bukti.

Kenyataan terbaru dikeluarkan Nasha adalah DAP cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dengan mendakwa parti komponen PR itu pernah menganjurkan majlis dan berdoa memohon negara dijadikan sebagai negara Kristian selepas DAP memenangi 12 kerusi di Sarawak tahun lalu.

Perkara itu tidak pernah dibangkitkan Nasha dalam pertemuan dengan Majlis Syura Ulama sebelum ini.Menjelang pilihan raya ke 13 yang semakin hampir ini, strategi Umno adalah untuk mewujudkan konflik dalam PR.

Apabila parti dalam PR berlaga sepertimana perselisihan PAS dan DAP dalam isu Hudud, Umno dan BN yang untung.

PR akan dilihat tidak bersatu jika terus bergaduh sesama sendiri dan inilah yang dimahukan Umno.

 

 

 

penyapu sial

 

 

Wang dan tergila-gila nak jagi Ahli Parlimen mungkin menguasai segala-galanya. Kalau percaya orang macam ini, habislah rakyat tak kira ulama ataupun sebaliknya . mata nasha sudah silau dgn jawatn menteri & duit

skandal pemimpin syaitan yang di kenali jumpa soros....dulu puas kutuk anwar kini dah kantoiii....baru ngaku jumpa soros....babi sial dan pukimak punya bangsa melayu macam ini....!!!!

Posted: 13 Oct 2012 07:39 AM PDT

Najib: ‘Memang saya ada jumpa Soros’

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.

Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.

Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi."

"Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat.

"Beliau (Soros) mahu jumpa saya. Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Beberapa pihak mendakwa Najib dan Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan dengan Soros.

Sehubungan itu mereka meminta agar Najib memberi penjelasan segera di sebalik laporan media bahawa beberapa pihak menerima dana daripada institusi milik jutawan tersebut.

bila syaitan yang di kenali jadi penjarah hasil PETRONAS....rakyat cuba di perbodohkan....!!!

Posted: 13 Oct 2012 06:34 AM PDT

lambang  pembaziran hasil kerja  syaitan yang di kenali

Minyak mcm juga seperti air atau dulu bijih timah. Sewajarnya air tidak dijual kpd rakyat dgn harga yg mahal kerana ia hasil semulajadi yg diberikan Allah.

Begitu juga dgn minyak. Bukannya Petronas lahirkan minyak tapi ia sudah ada cuma dicarigali oleh Petronas utk mendapatkannya. Ia bukan dicipta tetapi telah tercipta oleh yg Maha Esa. Biarlah Petronas mencari hasil keuntungan berganda syarikat milik rakyat ini di luar negara dgn pelaburan seperti paip saluran gas, loji2 penapis, loji2 petrokimia dan sebagainya.

Dgn rakyat Malaysia utk apa dpt keuntungan yg melampau. Cukup utk operasi dan untung sikit2 sudah la. Bukankah minyak itu milik rakyat. Kamu uruskan sahaja dan kami rakyat yg bayarkan gaji. Tak perlulah cekik darah kami. Malah Allah berikan bonus pula utk Petronas apabila gas juga boleh digunakan atau dlm erti kata lain 2 in 1 keuntungan Petronas.

Petronas mesti ingat hasil yg mereka perolehi itu dtg dari negeri mana. Jika keuntungan RM 100 juta, adakah salah utk kerajaan negeri tersebut memprolehi RM 20 juta...tak sampai separuh pun. Kita tahu yg di di atas itu kroni2   celaka akhirnya terpaksalah akur utk menyokong kempen belanjawan 2013 kerajaan utk mengelakkan dipersalahkan.

Patutnya Petronas langsung tidak boleh bersuara demikian. Biar kerajaan negeri agih-agihkan kekayaan negeri masing2 utk rakyat mereka merasainya. Ini hasil dipungut tetapi mereka menjadi negeri yg termiskin. Contohnya Sabah.

Negara miskin bukan kerana duit Petronas 20% itu diagih-agihkan kpd rakyat tetapi kerana ketirisan atau kebocoran. Contohnya RM 5700 utk membeli seunit jek kereta kerajaan yg berharga RM50. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dgn harga RM30,000. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dgn harga RM143.

Lebih teruk apabila kerajaan membayar subsidi RM17 billion kpd Penjana Tenaga Bebas (IPP).Projek e-mel 1Malaysia yg menelan belanja RM50 juta. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion dan byk lagi yg berjumlah berbillion ringgit.

Cukuplah kalau nak bodohkan org. kita marah sgt sb Pteronas ini ingat kita masih tidak bijak mcm tok nenek kita dulu agaknya. Kalau tak bagi kerajaan negeri habis dkt kerajaan pusat juga. Cukuplah KLCC itu lambang pembaziran dan Formula 1. Org kampung boleh masuk KLCC tapi tak mampu nak beli barangan di dlmnya sedangkan ia terbina hasil bumi yg Allah berikan kpd rakyat Malaysia.

dah kantoiii....tak payah nak spin lagi dah....UMNO kalau tak buat kerja kerja haram bukan UMNO namanya sementara SPRM dan Jabatan Peguam Negara menjadi budak pencuci najisnya....!!!!

Posted: 12 Oct 2012 05:41 PM PDT

Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan adalah untuk Umno Sabah tetapi menafikan ia milik Tan Sri Musa Aman.

Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri,” kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Ekoran itu, kita mendesak kerajaan menjelaskan tujuan ahli perniagaan, Michael Chia memberikan RM40 juta tersebut kepada Umno Sabah lantaran  tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengenai pendirian Peguam Negara terhadap skandal itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai melakukan siasataan.

Penjelasan perlu kerana  wujud penyelewengan dan aktiviti penggubahan wang haram oleh mereka yang terbabit.
Kita ingin tahu adakah sumbangan ini tidak melanggar undang-undang dan tiada rasuah. Apa tujuan seorang ahli perniagaan beri sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah?

Mengapa wang ini dibawa ke Hong Kong?

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Nazri dalam jawapan bertulisnya semalam mengatakan Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbang keterangan yang dikemuka SPRM dan memutuskan tiada elemen rasuah.

Nazri mendakwa, Jabatan Peguam Negara mengesahkan dana tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah, dan bukan untuk kegunaan persendirian Ketua Menteri.

Jelas sudah  ada konspirasi antara Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Umno BN untuk menutup skandal tersebut.Ini adalah kali pertama SPRM dan Jabatan Peguam Negara mengakui wang ini adalah wang Umno Sabah.

melayu hilang jati diri angkara keling paria mahathir al malaun.....

Posted: 12 Oct 2012 05:26 PM PDT

Mahathir Mohamad yang lebih mementingkan pembinaan monumen hebat dan bersejarah di zaman pentadbirannya didakwa menjadi punca negara hilang daya saing dalam pelbagai bidang berikutan kemerosotan moral di kalangan rakyat.

Pembinaan monumen yang dikatakan menjadikan negara lebih maju dan moden berkisar dari segi pembangunan fizikal dan material semata-mata.

Amalan sebegitu yang lebih diutamakan Mahathir menyebabkan negara pada masakini menghadapi masalah moral yang kritikal di samping sistem pentadbiran negara dibelenggu gejala rasuah berleluasa.

Pembangunan insan diabaikan menjadi punca umat Melayu beragama Islam hilang jati diri serta tahap kerohanian runtuh dan lemah.

Di zaman Dr Mahathir dulu apa dipentingkan ialah pembinaan monumen-monumen yang dibanggakan hingga apa dikatakan dengan slogan seperti “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Malaysia Boleh” dan yang lain tinggal slogan sahaja.

Apa ditinggalkan ialah pembangunan dan pembentukan insan yang merupakan asas kekuatan umat Melayu Islam,.

Jati diri Melayu sama juga dengan jati diri bangsa lain, harus dipertahankan dengan masing-masing punya kelebihan dan kelainan.Bagi bangsa Melayu tentunya Islam menjadi paksi jati diri mereka.

 

 

penyapu sial

 

 

Umno memang nak melayu terus bergantung pd mereka..x nak lihat melayu maju,bila melawan ugut bantuan akan di tarik balik ..tanpa kite sedar sgala harta negara mereka dah rompak

felda makin tenat....kerja kerja gerombolan syaitan di kenali menghianati orang melayu sampai terlingkup...!!!!

Posted: 12 Oct 2012 05:07 PM PDT

hanya satu satu di dunia....semakin di senaraikan di BSKL semakin melingkup....inilah  kerja kerja  gerombolan syaitan yang di kenali  menghirup darah  peneroka felda  sampai terlingkup...

  • Penyingkiran Pengarah Jabatan Kewangan, Hanif Ahmad, Pengarah Jabatan Tanah, Syeikh Hadi Syeikh Omar dan Pengarah Jabatan Sumber Manusia, A. Karim Ahmad. Ini adalah jabatan terpenting di Felda. Kesemua mereka ditukarkan ke Unit Gedung Makanan yg ketika ini operasinya hidup segan mati tak mau. Bayangkan pengarah2 profesional ini berjawatan Gred Jusa C ditugaskan menjadi gembala lembu dan kerbau!
  • Antara yg turut ditukarkan ialah Pengurus Besar Wilayah Raja Alias, Izham, Penolong Pengarah Jabatan Komuniti, Pn Hamimah dan Pegawai Kewangan, Pn Mastura. Fasa 2 rombakan bakal melibatkan hampir 20 orang lagi Pegawai Kanan akan dilakukan tidak berapa lama lagi.
  • Ketidak stabilan saham FGVH telah membawa kesan yg banyak. Antaranya aduan kakitangan Felda yg diarah membuat pinjaman saham tetapi bila nak jual rugi. Peneroka Felda masih menerima surat arahan bayar pinjaman 800 unit saham dpd bank, meskipun kononnya ada disediakan skim bayaran RM50 sebulan.
  • FGVH berdepan masalah besar untuk membayar RM257 juta kepada Felda seperti dalam perjanjian ekoran kejatuhan harga komoditi. Harga Minyak Sawit Mentah(MSM) tinggal RM2,300 setan metrik berbanding pernah mencapai RM3,200 sebelum ini. Jika FGVH gagal membayar Felda seperti yg dijanjikan, pendapatan Felda akan terus jatuh. Ini semakin menyukarkan perlaksanaan projek dan aktiviti di Felda sebagaimana bajet Felda yg di unjurkan sebelum ini.
  • Harga komoditi sawit semakin merudum seiring dengan kejatuhan saham FGVH. Disesetengah tempat hanya tinggal RM300 setan berbanding RM850 setan waktu pilihanraya 2008. Pendapatan peneroka menjunam 70% dimana waktu ini baki setelah tolak potongan hanya tinggal antara RM700-1,500 sahaja. Kenapa harga sawit jatuh dengan begitu mendadak?

Ia juga berkait dengan harga getah yg juga jatuh teruk, ses tanam semula Risda yg bermasalah dan pokok2 getah yg tidak lagi mengeluarkan susu yg banyak seperti dulu. Pokok2 getah seperti berpenyakit. Ini aduan dari penoreh2 getah.

Apa perancangan Kerajaan di saat kritikal seperti ini

Datuk Ahmad Maslan beria2 menafikan Genting Berhad ada membeli 407,005,000 unit saham dlm FGVH. Satu sen pun tida ada kata beliau. Manakala para wartawan   telah  menerima  salinan yang di edarkan dari papan utama Bursa Malaysia yg dikeluarkan Bloomberg Peers mengenai pembelian saham FGVH oleh Genting Berhad. Pihak Genting sehingga hari ini tidak membuat apa2 penjelasan mengenainya. Sejak bila Ahmad Maslan jadi jurucakap Genting?

maklumat terkini seramai 42 orang Pengurus Ladang Felda Plantation yg ketika ini diambilalih FGVH tidak lagi disambung perkhidmatan mereka. Sebahagian besar mereka telah berkhidmat lebih 30 tahun dan bergaji tidak lebih RM6 ribu sebulan. FGVH telah membawa masuk Penolong Pengurus di Golden Hope dan Sime Darby sebagai Pengurus Ladang FGVH dengan gaji permulaan RM7,500 sebulan.
Mangsa terbaru kesan penyenaraian FGVH!

 

satu satu di dunia....sayang kan bangsa melayu....kasi terlungkup  sampai mampos....selamat memamposkan orang melayu wahai gerombolan syaitan yang di kenali....!!!!

Addin

Posted: 13 Oct 2012 12:01 PM PDT

Addin


Biadap!! Hari Raya Haji Dan Halloween Di Raikan Bersama..Lihat Gambar Ni

Posted: 13 Oct 2012 04:02 PM PDT


Mohon pihak bertanggungjawab batalkan event kurang ajar dan menghina agama Islam serta merta! Kenapa permit untuk event ini diluluskan kerajaan Pahang?

Pihak berkuasa tak nak cancelkan ke event ni? seperti mana mu arahkan kuliah Ustaz Azhar dibatalkan serta merta di UMP??? Sebarkan.. dan protes sehingga event biadap ini dibatalkan. ~fb





Iklan




Musa Hassan Atau Rahim Noor Bakal Sertai PAS?

Posted: 13 Oct 2012 09:03 AM PDT

Jumaat lepas semasa makan tengah hari bersama seorang tokoh politik dia membisikkan kepada saya; "Sayuti ini cerita menggemparkan!" katanya tidak menghabiskan kata-kata menyebabkan saya sedikit terkejut dan terganggu untuk menyenduk su p tulang ke dalam pinggan. "Apa dia?" tanya saya meletak semula sudu ke dalam mangkuk sup.Dia menjeling kepada tetamu lain yang duduk sebaris dengan kami. Saya sengaja dia panggil duduk berdepanan dengannya bagi mudah untuk berbicara.

"Ini masih belum diketahui sesiapa lagi, tetapi saya mendapat maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai," katanya.Pada masa itu juga tokoh politik itu menceritakan mengenai perihal Datuk Paduka Raja Terengganu yang akan mengumumkan menyertai Pas. Perkara itu sudah pun berlaku beberapa hari lepas. Kalau merujuk kepada maklumat mengenai Datuk Paduka Raja itu, maklumat mengenai bekas Ketua Polis itu juga ada kebenarannya.Tokoh itu lantas membisikkan kepada saya. "*********"... katanya perlahan.

Tetamu lain tidak mendengarnya dan ada yang menjeling anak mata cemburu kepada perbualan saya dengan tokoh berkenaan yang agak eksklusif.Saya mengangguk-angguk kecil sambil memamah nasi dalam mulut. Ketika itu juga terbayang dalam mata akan wajah bekas ketua polis berkenaan. Entah kenapa segera itu juga saya digodam bimbang sekiranya benar bekas ketua polis yang satu ini benar akan menyertai Pas.Entah kenapa juga saya rasa ini perkembangan cukup membimbangkan.

Tidak seperti biasa kalau ada mana-mana tokoh baik dari Umno maupun pegawai kerajaan ingin menyertai Pas, saya merasa lega dan ia dianggap memberi suntikan semangat kepada Pas. Tetapi yang ini agak berlainan sedikit, hati saya rasa kurang selesa. Selepas mendapat berita itu saya terus cuba merisik apakah pihak Pas sudah mendapat tahu akan hal ini. Apakah ianya sudah sampai ke peringkat dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Harian Pas, ataupun ia hanya diketahui orang-orang tertentu sahaja.

Adalah malang sekali kalau penerimaan atau pun rancangan hendak membawa masuk bekas ketua polis ini tidak dibincang selumatnya dalam Dewan Harian Pas. Perkara besar begini elok dibincang secara menghalusi di dalam Pas dan tengok baik dan buruknya serta kaji apakah tujuan dan maksudnya. Saya bimbang kalau rancangan itu tadi diterima secara mudah ia akan menyusahkan Pas.

Seseorang yang menganggotai pasukan polis sudah dilatih dengan berbagai ilmu dan juga taktik. Mereka diajar ilmu bagaimana hendak memecahkan sesuatu kumpulan atau pun melagakan di antara dua pihak agak bergaduh sesama sendiri. Natijahnya mahu melihat puak atau oragnisasi itu runtuh dan punah.Dalam hal ini saya bukan prejudis atau busuk hati kalau niat kemasukan itu baik.

Tetapi kalau ia adalah agenda dan nawaitu buruk, biarlah rancangan ini gagal. Kalaupun Pas ingin mendapatkan bekas ketua polis itu biarlah selepas selesai pilihan raya. Dan kalau beliau ikhlas dia benar-benar ikhlas untuk sertai Pas biarlah selepas pilihan raya. ~mso



Iklan





Gelagat Ustaz Nasha Supaya Di Pecat Dari PAS

Posted: 13 Oct 2012 05:42 AM PDT

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin 'lidah panjang' ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.

Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura Pas mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

 "(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok,  sikap itu seperti  'lidah panjang'," kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini. ~sinar



Iklan





Siapa Menteri Yang Kurang Ajar Dengan Najib Ni?.. Berani Sungguh

Posted: 13 Oct 2012 04:34 AM PDT

Tidak seperti banyak rakan-rakannya dalam BN, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bersikap positif terhadap idea mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan.Bagi Saifuddin, perkara itu penting dalam aspek demokrasi negara ini.

Bercakap dalam "Forum Anak Muda dan Demokrasi Tempatan" di Pulau Pinang malam tadi, Saiffuddin berkata, beliau menuntut pilihan raya yang diharamkan pada 1960 itu dikembalikan sejak di zaman mahasiswa lagi.

Anggota Parlimen Temerloh itu juga berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya lebih proaktif menjawab permintaan kerajaan negeri seperti Pulau Pinang yang mahu mengembalikan pilihan raya itu.

SPR sebelum ini membangkitkan isu Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 yang sudah pun dimansuhkan. ~malaysiakini

Addin :

Orang Umnokan taat membuta tuli, walaupun pemimpin tu terang-terang melakukan kesalahan tetapi tetap di angkat sebagai pemimpin.





Iklan





Bisikan Syaitan : Komen Dr M Akibatkan Rakyat Kecoh Dan Takut

Posted: 13 Oct 2012 12:54 AM PDT

Tulisan mantan perdana menteri Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mengakibatkan perasaan gusar dikalangan rakyat diseluruh Negara. Dengan memanggil parti pemerintahnya iaitu UMNO-BN sebagai "Syaitan yang dikenali dan pembangkang malaikat yang tidak dikenali" menjadikan ramai mengucap dan menggelengkan kepada.

Ramai diantara mereka yang fasih berbahasa Inggeris faham akan apa yang dimaksudkan iaitu rakyat Malaysia patut mengundi BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Namun, tidak hairanlah jika hampir semua mengambil perumpamaan itu secara literal dan ini perlu difikirkan oleh Mahathir dan kerajaan BN.


Jika diambil kira dari ribuan pemberi komen di alam maya, bukan sahaja rakyat Malaysia memberi Mahathir pengajaran dari sikapnya sendiri- sinis dan suka menghasut- mereka sudah menganggap BN sebagai Syaitan dan Mahathir ketua syaitan.

Ramai yang sudah bosan

Walaupun selepas persaraan, ulasan Mahathir tetap menyemarakkan api perkauman dan pemikirannya bukanlah seperti dia seorang bekas pemimpin sebuah Negara. Adakah dia sengaja mensensasikan dirinya sendiri untuk mencuri perhatian media dari PM Najib Razak yang diberinya sokongan di khalayak ramai tetapi secara peribadinya dianggap bodoh.

Mahathir bagaikan menyangka rakyat Malaysia masih bodoh dan jahil kerana tidak boleh membaca apa yang ada dalam kepalanya dan memahami tindakannya. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kenyataannya begitu mengejutkan dan menjadikan rakyat merasa hairan dan memprotes.

Contohnya, Ketua Syaitan Malaysia ini menyatakan dia bukanlah seorang yang bijak dan cepat menegaskan bahawa kita tidak perlukan seorang yang bijak untuk memrintah Negara ini. Begitu bodoh kenyataan ini sehinggakan ia menjadikan Najib malu akan perumpamaan bahawa dirinya adalah tin kosong. Ia juga mengesahkan pendapat rakyat bahawa Malaysia sememangnya ditadbir secara 'auto-pilot'!

Tidak, BN tidak pernah melakukan sesuatu kerana rakyat, mereka akan melakukannya jika ia menjana wang. Tidak hairanlah jika Negara berada dalam keadaan yang menyedihkan jika dibandingkan dengan Singapura yang berada di selatan Tanah Air.

Terima kasih kepada pujian pencacai dan banyak lagi komen-komen tidak masuk akal yang membawa kita kepada satu perkara-Mahathir adalah yang TERBAIK dan HANYA DIA sahaja yang mampu melakukan apa sahaja untuk Malaysia. Tidak hairanlah jika kredibiliti BN telah tenggelam ke dasar laut dan tidak mungkin akan dapat dinaikkan ke daratan lagi.

Mungkin inilah sebab kenapa rakyat Malaysia tidak mengambil serius dan menerima bulat-bulat perumpamaan Mahathir tentang syaitan dan malaikat. Yang pasti, rakyat sudah membuat keputusan tentang apa pendirian Mahathir yang sebenar. Pembangkang yang dilabel Mahathir sebagai 'malaikat' juga seronok dan menikmati lawak terbaru dari Mahathir ini. Padan muka UMNO!

Politik 'Syaitan & Iblis'

Sekarang, perkataan Syaitan telah digunakan oleh 'Ketua Syaitan' sendiri untuk merujuk kepada BN dan terminologi itu akan menjadi perbualan topik politik di Malaysia seperti slogan 'Janji ditepati', 1Malaysia dan Malaysia Boleh.

Hari demi hari, keadaan semakin kecoh dengan media Melayu dan blog-blog memetik politik 'Syaitan'. Mula-mula, mungkin ada pemimpin BN yang hanya mentertawakannya namun, mereka pasti semakin risau akan perkembangan ini. Komen Ketua Syaitan telah mengena batang hidung ahli politik BN sendiri dan sekarang cuba sedaya upaya untuk mengawal keadaan.

Tiba-tiba, semua mula melihat BN dari sudut yang berbeza iaitu menakutkan. Pakatan Rakyat digambarkan Mahathir sebagai Malaikat. Bukan sahaja ini mengiakan pengundi bandar yang sudah sedia jemu dan inginkan perubahan, mereka yang hidup di luar bandar juga berkemungkinan akan menukar fikiran mereka. Tambahan pula, orang yang waras tidak akan menyokong Syaitan.

Bagi orang Cina pula, dengan bermulanya bulan perayaan 'Hantu Lapar', dimana orang Cina percaya pagar neraka dibuka dan melepaskan roh-roh sesat untuk merayau-rayau di bumi, tiada seorang pun yang mahu dikaitkan dengan Syaitan. Ada yang tidak mahu berjalan jauh kerana takut akan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh hantu.

Dan bagi orang Melayu yang kuat kepercayaan dan sering peka pada pelbagai jenis 'Syaitan', Jin dan cerita tanah kubur yang lain di kaca televisyen dan mengambilnya sebagai sesuatu yang serius juga tidak akan gembira dengan perkembangan ini. Yang alim akan memberi amaran pada orang Islam yang lain terhadap ajaran negatif Mahathir yang jujurnya tidak begitu popular dikalangan tokoh keagamaan kerana sering mempunyai pandangan kontroversi terhadap Islam.

Bisikan syaitan

Pemimpin PAS yang konservatif seperti Dr Haron Din telah mengutuk gambaran Mahathir sebagai merbahaya dan memetik Al Quran yang menyatakan bahawa jangan pernah memilih Syaitan dan menyatakan ia lebih baik dari Malaikat. Walaupun hanya perumpamaan, ia masih tidak dibenarkan.

Dr Haron juga menegaskan bahawa Mahathir salah kerana rakyat, terutamanya orang Islam percaya bahawa Syaitan merupakan makhluk Tuhan yang paling jahat. Dan sebagai bekas pemimpin Negara, yang telah mengetuai kerajaan UMNO-BN untuk 22 tahun, ia amat tidak sesuai bagi Mahathir untuk memberi kenyataan atau melabel seseorang mahupun sebuah organisasi dengan sesuatu yang tidak baik.

Dalam pada itu, pemimpin kerohanian PAS, Nik Aziz Nik Mat juga telah memberi amaran bahawa kenyataan yang tidak diingini dan tidak bijak akan mempercepatkan kehancuran UMNO. Dia juga meminta orang Islam supaya membezakan antara Syaitan dan Malaikat supaya mereka tidak disesatkan oleh bisikan Syaitan.

Ya, orang Islam juga amat prihatin dan ramai yang keliru dengan penggunaan terminologi Mahathir yang kurang bijak. Mungkinkah dia tdak bijak atau telah benar-benar menjadi pembisik Syaitan seperti yang didakwa sesetengah pihak? Bagaimana boleh Mahathir, seorang yang lahir sebagai Islam, tidak tahu bahawa tiada yang lebih dijauhi oleh umat Islam selain Syaitan. Tetapi, dia dengan begitu bersahaja menganjurkan rakyat untuk memilih dirinya dan BN walaupun mereka dikatakan Syaitan dan bukan pembangkang walaupun mereka adalah malaikat.

Dari menafikan dirinya diktator, kepada menafikan dirinya syaitan

Mungkin peristiwa ini lebih tepat dirumuskan oleh apa yang dikatakan oleh seorang pemberi komen ini:

"MADEY BETUL-BETUL TELAH MENJATUHKAN NAMA BAIK BN DENGAN BERKATA BN TU SYAITAN, TAU LAH MASYARAKAT ISLAM MEMANG PANTANG DAN BENCI PERKATAAN SYAITAN DAN SUKA PERKATAAN MALAIKAT. RAMAI MELAYU TEMASUK MELAYU BN AKAN MENGUNDI PAKATAN KERANA TAK NAK BERSEKONGKOL DENGAN PERKATAAN SYAITAN."

Ia juga ironi apabila, beberapa minggu yang lalu, dia telah memarahi mereka yang melabelnya sebagai 'Diktator'. Dia marah akan sikap sesetengah pihak yang suka melabel orang lain untuk memusnahkan karier politik mereka. Mahathir berkeras bahawa dia bukanlah seorang diktator, dan membandingkan dirinya dengan penjahat timur tengah seperti Mubarak dan Gadaffidan mencabar rakyat Malaysia menyatakan kenapa dia layak dipanggil diktator.

Rakyat Malaysia memberi respon yang mencecah ribuan dan banyak komen diberi menyatakan bahawa dia, suka atau tidak adalah seorang diktator di mata mereka. Sama seperti sekarang, di mata kebanyakkan rakyat Malaysia, BN umpama Syaitan kerana telah merompak sebahagian besar harta kekayaan Negara dan dia sebagai ketua perancang, adalah ketua syaitan.

Seperti yang kita selalu dengar, setiap kejahatan ada pembalasannya!

~malaysiachronicle 


Iklan





Ahli Dan Penyokong PAS!!.. Hang Mai Sini Jap..

Posted: 13 Oct 2012 12:22 AM PDT

Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :

لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).

(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud'aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).

Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila  bapa-bapa saudara baginda  membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. 

Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi  diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.

Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid  Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah  bernama Al 'Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.

Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.

Rasulullah S.A.W. bersabda  tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam  Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).

Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:

الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).

(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).

Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman  tersebut , walaupun mereka itu daripada  kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan  daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar  termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya :

المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).

(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).

PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.

Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias.

Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf  yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf  Siyasi  yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.

Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara  yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti  amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan  Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.

Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat  gatal.

Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara  hantu  yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.

Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu  dan mewarisi kemerdekaan  yang diletak diatas dulang  emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.

PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.

PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan  menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya  dengan keputusan Muktamar Khas  supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk  ahli parlimennya  yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.

Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas  selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.

Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.

PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan  tahaluf  siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.

PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya,  kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang  PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.

Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang  dan lain-lain.

Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.

Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.

Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.

Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.

Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin  Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.

Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.

Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud  laksana ayam jantan kukuk berderai  pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.

Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting  juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.

Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan  dan ekonomi.

Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik  menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.

Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini  tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya.

Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang  tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.

Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah S.A.W.  "sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya." Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Addin :

Baca, faham dan patuhi..




Iklan





Najib Bakal Lari Lintang Pukang Dalam Parlimen?

Posted: 13 Oct 2012 12:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Oktober: Peguam mewakili Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di Perancis.Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini."Kita sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke Malaysia telah dimohon minggu lalu.

Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai," ujar Cynthia."Kalau boleh kita tak nak buat penerangan di Singapura. Itu hanya pilihan terakhir," katanya kepada keadilan dailyMenurut Cynthia, kerajaan tiada alasan untuk menghalang peguam berkenan masuk ke Malaysia sepertimana berlaku terhadap Wiliam Bourdon, Julai tahun lalu.

"Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini guna alasan William salah guna Pas lawatan. Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur."Kita bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan beri kerjasama. Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam jumpa klien (Suaram)," tegas Cynthia.

Awal bulan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan surat kepada peguam berkenaan di Paris bagi menjemput mereka hadir memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Malaysia sebelum sidang berakhir 22 November depan.Bagaimanapun, ketua pembangkang itu menjangkakan sesi berkenaan akan diadakan di Singapura, ekoran halangan dari kerajaan Malaysia. ~kd




Iklan





Petanda Terkini BN Sabah Bakal Pupus..

Posted: 12 Oct 2012 08:40 PM PDT

Sambutan di luar jangkaan kali ini!Kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) di parlimen presidennya sendiri akhirnya berjaya ditembusi!Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sedang mengadakan lawatan ke Sabah terus mendapat perhatian masyarakat di negeri itu yang selama ini dianak tirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan bersama Malaysia pada 1963.Buktinya, ke mana saja Anwar tiba, orang ramai berpusu-pusu menyambut ketibaan ahli parlimen Permatang Pauh setelah hebahan mengenainya disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook.

Dalam majlis di kubu kuat PBS di Keningau itu, Anwar terkejut dengan sambutan luar dugaan masyarakat setempat apabila kira-kira 1,500 orang hadir menyaksikan penyerahan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membabitkan 100 ahli PBS yang bertindak keluar parti serta-merta.Borang permohonan tersebut diterima sendiri Anwar yang turut disaksikan pimpinan KEADILAN negeri dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang mengikuti jelajah tersebut yang bermula hari ini.Bertempat di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2 dekat Keningau, Anwar menyeru supaya rakyat Sabah keluar dari kelompok kemiskinan selama kerajaan BN memerintah dengan mengundi calon Pakatan Rakyat.

Majlis kira-kira jam 3 petang tadi turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta ucapan bersemangat yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat sekaligus mencatat sejarah tersendiri berjaya memecah dominasi PBS sejak berusaha lebih tiga tahun lalu.Parlimen Keningau diwakili presiden PBS yang juga timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusinya sejak 1999.Dikhabarkan PBS yang mengetahui tindakan bekas ahlinya keluar beramai-ramai dari beberapa cawangannya di sekitar Keningau cuba bertindak mengganggu majlis namun atas kecekapan pihak berkuasa, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu di Pensiangan pula yang menjadi persinggahan pertama Anwar dalam jadual padat Ke Sabah kali ini, beliau turut disambut dengan tarian tradisional kaum Kadazan bagi meraikan kedatangan Anwar bersama rombongannya meninjau masalah dan bertanya khabar dengan penduduk setempat.Majlis yang dijalankan di Kampung Sarikan, Nabawan itu turut dihadiri kira-kira 1,000 penduduk yang datang tanpa dipaksa atau diberi upah bagi meramaikan majlis.

Anwar sekali lagi mengulangi janjinya menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada Sabah berbanding hanya lima peratus yang diberikan BN sehingga kini.Malam ini pula, Anwar dijangka akan bertemu dengan masyarakat Sipitang  di Kampung Gadung, Lumada bersama-sama dengan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburung dan Senator Majiol Mahap yang keluar BN bulan lalu.Dikhabarkan ada berita gembira akan diumumkan Anwar malam ini namun ia hanya akan diketahui apabila majlis tersebut yang bermula jam 9.30 malam ini.Sama-samalah kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi. ~mpr


Iklan






Akhirnya.. Najib Mengakui Dirinya Bermuka-Muka

Posted: 12 Oct 2012 08:29 PM PDT

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah."Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media  selepas  mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.

Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi.""Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat."Beliau (Soros) mahu jumpa saya.

Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.Beberapa pihak mendakwa Najib dan Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan dengan Soros.

Sehubungan itu mereka meminta agar Najib memberi penjelasan segera di sebalik laporan media bahawa beberapa pihak menerima dana daripada institusi milik jutawan tersebut. ~sinar


Iklan




Patutlah Najib Beria-Ria Nak Swastakan KTMB

Posted: 12 Oct 2012 06:56 PM PDT

KUALA LUMPUR - KEADILAN bimbang aset dan pegangan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dianggar berjumlah RM50 bilion tergadai selepas diserah kepada MMC Corporation Berhad, kata Senator Syed Shahir Syed Mohamud. Katanya, syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari itu tidak mungkin mengambil alih KTMB yang pada asasnya memberi perkhidmatan kepada rakyat, tanpa sebarang keuntungan.

"Persoalannya mengapa Syed Mokhtar berminat (mengambialih KTMB)? Jika kita lihat aset kepunyaan KTMB antaranya (adalah) tanah.

"Kedudukan tanah KTMB adalah di semua kawasan strategik di negara ini seperti di Butterworth, Ipoh, Kuala Lumpur, Gemas dan Johor Bahru," katanya kepada Keadilandaily.

Beliau sebelum itu menyertai kira-kira 500 ahli Kesatuan Pekerja KTMB (RUM) berpiket di depan ibu pejabatnya di Jalan Hishamuddin, bagi membantah pengambilalihan itu.

Tambah beliau, jika keputusan pengambilalihan itu dibuat berdasarkan pegangan hartanah yang dimiliki KTMB, ia bakal memberi pulangan lumayan kepada MMC Corp.

"Jika itu kebarangkaliannya, maka itu kebimbangan kita.

"Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada tanah KTMB di Singapura. Di Woodlands, Keppel Road, Bukit Timah hingga ke Tanjung Pagar. Nilainya berbilion ringgit," kata Syed Shahir.

KEADILAN sebelum mendedahkan usaha penswastaan operasi KTMB kepada MMC Corp sebagai satu lagi usaha mengkayakan kroni BN.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, pengambilalihan itu bermakna syarikat-syarikat yang dikawal Syed Mokhtar akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan sektor terpenting di negara ini. ~kd



Iklan




shalehudin

Posted: 13 Oct 2012 11:53 AM PDT

shalehudin


Pak Lah tawarkan tiga kerusi Menteri kat PAS?

Posted: 13 Oct 2012 09:17 AM PDT

Nasha mahu dipecat PAS kerana tidak berani langgar 'Bai'ah'

Seorang pemimpin tertinggi PAS berkata bahawa tindakan Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini dipercayai disebabkan mahu dipecat dari parti PAS. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Tindakan Nasharuddin Mat Isa memprovokasi hubungan diantara PAS dan DAP sejak akhir-akhir ini dalam isu Hudud dan negara Islam dipercayai mahu dipecat daripada parti tersebut kerana tidak berani melanggar "Bai'ah" dengan meninggalkan PAS secara sukarela.
"Jika kita lihat, semenjak dua menjak ni, Nasha agresif melaga-lagakan PAS dan DAP supaya Pakatan Rakyat (PR) berpecah," kata seorang pemimpin tertinggi PAS kepada The Malaysian Insider. 
"Beliau lakukan semua ini dengan tujuan agar PAS memecat beliau dan bukannya beliau meninggalkan PAS. 
"Meninggalkan PAS bererti melanggar sumpah 'Bai'ah' dan ini mungkin menjadi sebab besar mengapa beliau tidak tinggalkan PAS secara sukarela." 
"Bai'ah" bermaksud sumpah untuk taat kepada perjuangan Islam yang kebiasaan diamalkan oleh gerakan Islam.
Jika melanggar Bai'ah, dipercayai balasan daripada Allah akan menimpa seseorang itu.

Nasharuddin merupakan bekas timbalan presiden PAS yang gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas ditangan Mohamad Sabu dalam Muktamar Agung PAS pada tahun 2011 dalam pertarungan tiga penjuru diantara dirinya, Mohamad dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, apa sahaja yang berlaku kepada Nasharuddin tidak akan memberikan impak yang besar kepada PAS dari sokongan.
"Pada saya, apa yang dilakukan oleh Nasha ini lebih kepada mengukuhkan orang Umno yang sudah Umno," kata penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM) itu apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Prof Mohamad juga menambah, jika Nasha meninggalkan PAS dan menyertai Umno sekalipun, beliau hanya akan mengulangi nasib pemimpin PAS terdahulu yang menyertai Umno seperti Datuk Mohd Asri Muda (bekas presiden) dan Nakhaie Ahmad (timbalan presiden).
"Jika Nasha menyertai Umno, beliau tidak akan mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada parti tersebut kerana semua sudah tahu hati dan sanubarinya bersama PAS," katanya sambil menjadikan Datuk Dr Hasan Ali sebagai contoh terkini.
Dr Hasan walaupun telah meninggalkan PAS tidak disambut menyertai Umno sebaliknya terpaksa menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) Jalur Tiga (Jati) yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan tentang keikhlasan Nasharuddin dalam memperjuangkan agenda Hudud seperti yang dilakukan kebelakangan ini.
"Dulu masa nak yakinkan PAS menyertai Umno tubuhkan kerajaan perpaduan, Ustaz Nasa (Nasharuddin) beritahu PAS, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) nak beri tiga kerusi menteri jika PAS bersetuju bersama Umno. 
"Saya nak tanya dia, masa Pak Lah tawar tiga kerusi menteri tu, ada tak beliau dibincangkan sekali tentang pelaksanaan hukum Hudud?" kata beliau melalui perbualan telefon bersama The Malaysian Insider beberapa hari lalu.
Tambah Husam lagi dengan sinis, jika Umno benar-benar ikhlas mahu bermuzakarah dengan PAS, Nasharuddin harus diberikan laluan untuk menang tanpa bertanding di kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya ke 13 nanti.
"Kita nak tengok Umno letak atau tidak calon di Bachok nanti," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di parlimen beberapa hari lalu menegaskan kenyataan-kenyataan Nasha seolah-olah mempunyai agenda politik tertentu yang menguntungkan Barisan Nasional (BN) dan cuba mewujudkan ketegangan dalam PR.
"Kebelakangan ini hubungan beliau (Nasha) dengan PAS tidak serapat berbanding hubungannya dengan kerajaan (Barisan Nasional) BN. 
"Kenyataan dikeluarkan jelas bertujuan untuk menguntungkan BN dan wujudkan ketegangan antara parti PR walaupun dikeluarkan tanpa bukti," kata Khalid kepada pemberita di lobi Parlimen.
Kenyataan terbaru dikeluarkan Nasha adalah DAP cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dengan mendakwa parti komponen PR itu pernah menganjurkan majlis dan berdoa memohon negara dijadikan sebagai negara Kristian selepas DAP memenangi 12 kerusi di Sarawak tahun lalu.

Khalid turut menegaskan, perkara itu tidak pernah dibangkitkan Nasha dalam pertemuan dengan Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Prof Mohamad bersetuju dengan kenyataan Khalid itu dengan mengatakan menjelang pilihan raya ke 13 yang semakin hampir ini, strategi Umno adalah untuk mewujudkan konflik dalam PR.
"Apabila parti dalam PR berlaga sepertimana perselisihan PAS dan DAP dalam isu Hudud, Umno dan BN yang untung. 
"PR akan dilihat tidak bersatu jika terus bergaduh sesama sendiri dan inilah yang dimahukan Umno," katanya lagi.- TMI


Mai tengok cara Najib perli Mahathir... hehe...

Posted: 13 Oct 2012 07:02 AM PDT

Masyarakat India Muslim Banyak Berjasa Kepada Negara - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata agenda transformasi negara, termasuk matlamat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020, memerlukan sokongan padu semua pihak.
"Kita perlu sokongan padu untuk dapat mandat yang kuat kerana kita ada agenda yang cukup indah untuk negara ini, ini bukan mimpi-mimpi yang tidak berpijak pada bumi yang nyata," katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) ke-36 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.
Beliau berkata untuk itu, Kimma yang merupakan rakan akrab dan setia BN sejak kongres itu ditubuhkan 36 tahun lepas perlu terus memberi sokongan padunya kepada kerajaan BN.

Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata kesetiaan Kimma kepada kerajaan tidak dapat dinafikan, malah "Kimma akan terus merupaka satu tenaga yang kuat dalam landskap politik tanah air ini."
"Kimma akan terus merupakan rakan setia, rakan komited kepada BN," katanya mengenai ahli gabungan Umno sejak Ogos, 2010.
Najib juga turut memuji pencapaian masyarakat India Muslim dalam mengendalikan lebih 120 jenis perniagaan, terutamanya dalam bidang pertukaran wang asing dan restoran. -BERNAMA


TOLONG: Najib dah tak cukup jari nak GIGIT nih...

Posted: 13 Oct 2012 05:32 AM PDT


Kita sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke Malaysia telah dimohon minggu lalu.

Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai.

Kerajaan tiada alasan untuk menghalang peguam berkenan masuk ke Malaysia sepertimana berlaku terhadap Wiliam Bourdon, Julai tahun lalu.

Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini guna alasan William salah guna Pas lawatan. Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur.

Kita bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan beri kerjasama. Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam jumpa klien.

Suaram

P/S : Bukan main depa punya dok serang SUARAM dalam media perdana tapi setakat serangan dan tekanan sebelah pihak ja yang depa berani...

La ni berani ke dak nak dengar pulak dari pihak yang lagi sebelah... UNTUK BERI PENERANGAN KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA.....

APA MACAM...

Kahkahkah...


Dah ada RM40 juta dalam tangan, mesti la kata baguih...

Posted: 13 Oct 2012 02:20 AM PDT

Walaupun dituduh rasuah, BN Sabah puji Musa kerana kerja keras

Pemimpin BN tetap memuji Datuk Musa Aman walaupun dilemparkan tuduhan menerima rasuah. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Walaupun ditampar dengan tuduhan menerima rasuah, Ketua Menteri (KM) Sabah, Datuk Musa Aman telah digambarkan sebagai "melakukan kerja yang besar" dan "bekerja keras" bagi negeri di bawah bayu ini, kata rakan-rakannya dari kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Mereka juga berkata bahawa Umno Sabah boleh menerima sumbangan politik walaupun mereka tidak menghubungkannya kepada Musa yang telah dibersihkan daripada dakwaan rasuah dan pemindahan wang haram lebih S$16 juta (RM40 juta), yang telah didakwa diseludup dari Hong Kong ke negeri itu oleh laman web pendedah maklumat, Sarawak Report.
"Saya rasa pembangkang perlu memohon maaf kerana merosakkan reputasi KM oleh kerana dia bekerja keras untuk Sabah," kata setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada The Malaysian Insider. 
"Tidak ada kebenaran kepada dakwaan yang dibuat oleh pembangkang kepada KM. Mereka telah mempunyai masa yang menyeronokkan mengejek KM, menuduhnya ... 
"Keputusan oleh pihak berkuasa ini adalah testimoni wataknya," kata ahli parlimen Kota Belud itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membersihkan Musa selepas mendapati RM40 juta itu bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan kegunaan peribadi ketua menteri seperti yang dituduh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada Parlimen minggu ini.

Nazri juga berkata, Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan perkara tersebut selepas mendapati tiada unsur rasuah dalam kes itu.

Musa adalah kedua-dua ketua Umno Sabah dan BN Sabah. Negeri tersebut telah digambarkan sebagai "simpanan tetap" BN walaupun terdapat rentetan pembelotan telah menggegarkan parti pemerintah.

Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun, berkongsi pandangan Abdul Rahman tentang Musa dengan berkata: "Kami serahkan kepada rakyat Sabah kerana kita tahu sesiapa melakukan pekerjaan besar, ramai orang akan mengkritik.

Abdul Rahman juga mempertikaikan dakwaan bahawa ketua menteri telah terlibat dalam rasuah, dengan berkata bahawa bajet negeri "adalah lebih besar daripada Selangor dan Pulau Pinang jika digabungkan" dan tahap rizab tunai Sabah adalah "tertinggi yang pernah berlaku."

Minggu lepas, Datuk VK Liew, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) berkata bahawa Sabah mempunyai RM4 bilion dalam tabung, lebih daripada negeri Pakatan Rakyat (PR) - Pulau Pinang dan Selangor.

Apabila ditanya tentang perhatian sekarang mungkin kearah Umno Sabah, Abdul Rahman berkata: "Anda lihat, apabila anda bercakap tentang sumbangan ... mereka kata ia adalah satu kesalahan?"
"Mari kita bersikap adil. Jika anda fikir Umno tidak boleh menerima wang dari orang yang percaya kepada perjuangan Umno ... Setakat yang saya tahu, ia tidak menyalahi undang-undang. Sesiapa yang percaya dengan Umno boleh menyumbang," kata penyokong kanan kerajaan dari Umno itu.
Malam tadi, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan sumber dana RM40 juta dan mendakwa pembangkang juga menerima derma politik bagi menjalankan operasi parti mereka.
"Saya tidak akan mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima derma politik." 
"Ia satu derma politik. Semua parti mempunyai hak untuk menerima derma politik. "Selagi ia melalui saluran yang betul, ia tidak menjadi kesalahan," kata Najib.
Pemantau anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) semalam mendesak agar pendedahan sepenuhnya sumber "sumbangan politik" RM40 juta itu dengan mengatakan bahawa "ketelusan mutlak" diperlukan untuk "menolak kemungkinan pengaruh menjajakan dalam proses politik. "

Abdul Rahman juga berkata "apa yang paling penting" adalah ketua menteri telah dibersihkan oleh SPRM.
"Sekarang jika anda tidak percaya SPRM ... baik, lihat di Hong Kong; pihak berkuasa Hong Kong diiktiraf oleh pembangkang sebagai sukar, telus dan adil dalam berurusan dengan dakwaan itu. 
"Di sini anda mempunyai pihak berkuasa Hong Kong yang membebaskan KM dari sebarang salah laku," katanya.
Parlimen juga telah diberitahu Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) telah menyiasat kes itu tetapi "tidak mengambil tindakan selanjutnya".

Mositun juga berkata: "Oleh kerana SPRM telah membersihkan dirinya, biarlah perkara ini diselesaikan sekali dan untuk semua."
"Kami berharap ia tidak akan dipolitikkan lagi kerana dia sudah dibersihkan," kata Adun Inanam itu lagi.
Pada April tahun ini, laman Sarawak Report telah mendedahkan dokumen kononnya daripada ICAC menunjukkan bahawa seorang peguam Sabah memegang kira-kira AS$30 juta dalam akaun bank Switzerland bagi pihak Musa.

Laporan itu juga mendakwa bahawa jejak kertas menunjukkan bahawa berjuta-juta dalam euro serta Amerika Syarikat, Hong Kong dan dolar Singapura telah disalurkan daripada beberapa firma diuruskan oleh peniaga kayu berpangkalan di Hong Kong Michael Chia, kepada beberapa syarikat British Virgin Island dan seterusnya kepada akaun Swiss peguam.

Musa telah menafikan sebarang kaitan dengan Chia, yang telah ditahan dan didakwa dengan penyeludupan wang haram selepas cuba menyeludup S$16 juta (RM40 juta) kembali ke Malaysia pada tahun 2008.

Menurut laporan media, Chia telah pada masa yang didakwa memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang adalah milik Musa.

Musa sebelum ini menuduh Sarawak Report memfitnah beliau, dengan mendakwa dakwaan rasuah adalah mungkin sebahagian daripada konspirasi oleh pengkritik beliau yang mahu menjatuhkan BN di negeri Malaysia timur itu.

Beliau telah berkata beliau akan menawarkan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika dikehendaki tetapi menegaskan pada masa yang sama, tumpuan beliau adalah pada berkhidmat untuk negeri dan bukannya "melayan dakwaan-dakwaan remeh seperti ini".- TMI


Wow!! Shahrizat mesti jeles gila neh... [GAMBAR]

Posted: 13 Oct 2012 12:44 AM PDT

Kandang lembu paling mewah di dunia

Inilah kandang lembu paling elit di dunia yang dilengkapi dengan skrin rata LED TV. Skrin LED TV ini dipasang bagi mengurangkan tekanan dan mententeramkan lembu-lembu yang terkurung di dalam kandang ini. Wow, lembu pun boleh stress!

 
 
 
 
 

sumber: ibenkztrilogy.blogspot.com

Cari penyakit betoi la depa neh...

Posted: 12 Oct 2012 11:32 PM PDT

ROSMAN DAN CINCIN!!! Buku bacaan Bahasa Melayu untuk kanak-kanak ini bakal diharamkan

Kelas Pemulihan Bijak Fikir: Buku bacaan Bahasa Melayu.. macam itulah tajuk didepan buku ini, ada nama Sekolah (Tak perlulah aku nyatakan kat sini..hehehe...)

Mungkin buku ini dikeluarkan bagi sekolah-sekolah rendah bagi negeri Perak saja,negeri lain aku tak tahu..hahaha…

Dalam muka surat buku tersebut ada bacaan yang secara langsung menyentuh perkara berkaitan dengan Rosmah dan Cincin..hahaha..

Syabas kepada yang terlibat mencetak dan menerbitkan buku ini dan dijadikan bahan pembelajaran murid-murid,sekurang-kurang mereka tahu siapa itu Rosmah dan apa kaitanya dengan cincin..hehehe…. Orang ni


Owhh!! Dahsyatnya Najib...

Posted: 12 Oct 2012 08:44 PM PDT

Huh!! Jangan main-main tau...
Najib memang berani...
Najib memang hebat...

Dasat-dasat...

Kahkahkah...


Najib buat pengakuan: ‘Memang saya ada jumpa Soros’

Posted: 12 Oct 2012 06:09 PM PDT

Jawab jangan tak jawab.....

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.

Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.


"Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.

Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi."

"Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat.

"Beliau (Soros) mahu jumpa saya. Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Beberapa pihak mendakwa Najib dan Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan dengan Soros.

Sehubungan itu mereka meminta agar Najib memberi penjelasan segera di sebalik laporan media bahawa beberapa pihak menerima dana daripada institusi milik jutawan tersebut.


Owhh!! Menyentuh jiwa betoi cerita neh...

Posted: 12 Oct 2012 05:42 PM PDT

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : "Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu
nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?"

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: "Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya."

"Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!" jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : "Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah."

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : "Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri."

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

"Alhamudillah. Anak saudara selamat!"

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, "Ada apa-apa tanya jururawat saya."

Bapa budak tadi tersinggung, "Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?" kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, "Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya."

Bapa budak tu tersengam.

Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.

Adakah anda seorang daripadanya?

Senyum.
(Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man)


AdukaTaruna

Posted: 13 Oct 2012 11:46 AM PDT

AdukaTaruna


Ingin kenal watak Jeming Hassan?

Posted: 13 Oct 2012 01:46 AM PDT



Aku Budak Balun

Posted: 13 Oct 2012 10:35 AM PDT

Aku Budak Balun


DAP Semakin Menggila!

Posted: 12 Oct 2012 07:00 PM PDT

Tak gitu Tengku Aziz @ Trojan Horse? hahahahahah!



Teman yakin sangat-sangat!

Ini semua keje DAP!
DAP yang aturkan sumbangan ni untuk bagi ke UMNO Sabah!

Bukankah DAP ni pengkhianat melayu?
Bukankah DAP ni pengkhianat Islam?

Insaflah wahai umat melayu!
DAP ini sangat-sangat bahaya!
DAP ni serpihan PAP Singapura!

Yang bagi Singapura ke Lee Kuan Yew pun DAP jugakk!
Cer tanya Ibrahim Ali.. wakakakakaa!

budakbalun 13102012

'Dedahkan sumber RM40 juta pada Umno Sabah'


 
Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Tian Chua (PKR-Batu) di Parlimen, Setiausaha Agung TI-M Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.

Nazri semalam dilaporkan berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam dakwaan melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, selepas mengambil kira keterangan SPRM.

Katanya, dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Umno Sabah dan bukan untuk tujuan persendirian ketua menteri.-Mkini

Al Ikram

Posted: 13 Oct 2012 09:42 AM PDT

Al Ikram


SPRM ALAT UMNO-APCO PENGKHIANAT NEGARA

Posted: 12 Oct 2012 09:29 PM PDT

Anak Sungai Derhaka

Posted: 13 Oct 2012 09:27 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Video seks pemimpin PR Perak akan disebar oleh blogger UMNO.. tapi tak sempat sebar dah KANTOI!!

Posted: 13 Oct 2012 07:03 AM PDT

Sehari dua yang lalu Blogger-blogger UMNO sedang rancak menyebarkan cerita kononnya ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat dari Perak yang berwatak alim telah melakukan seks haram di Indonesia bersama pelacur di sana.

Dakwa mereka lagi video itu kini dalam simpanan salah seorang kawan baik pemimpin itu dan akan disebarkan kerana sahabatnya itu tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara yang tidak dinyatakan.

Menariknya kali ini ianya disebarkan oleh sebuah blog yang menggunakan nama Tok Guru 86, satu gelaran yang biasanya kita berikan kepada seseorang yang punya ilmu agama..

Tetapi apa yang disiarkannya adalah kontras sama sekali dengan nama blognya.. Blog pencacai UMNO itu telah menyiarkan gambar di bawah.. lihat printscreen di bawah..


Ayat yang paling menarik yang ni.. "Tiada yang rahsia di blog tokguru86. Yang hak pasti berdiri dan yang bathil kita bakal bongkarkan. Tungguuuu..."

Benarkah apa yang didakwa oleh pencacai UMNO itu? atau ianya sekadar satu lagi fitnah?

Tok Guru adalah satu gelaran yang diberikan kepada seseorang yang berilmu.. tetapi apa ilmu yang ada pada Admin Blog Tok Guru 86 akupun tak tahu..

Oleh kerana kebodohan yang dimiliki oleh Admin Blog Tok Guru 86 itu.. fitnah yang hendak disebarnya itu dengan mudah dikantoikan..

Berdasarkan tajuk yang tertera pada image ditelefon bimbit iaitu 'Sanden Bergoyang'.. ianya adalah videoclip dari Indonesia.

Cerita lucah ini sebenarnya diambil daripada salah satu blog Indonesia yang sudah menyiarkan cerita ini sejak bulan Mei 2011.

Menurut blog tersebut, video ini adalah adengan panas seorang warga Sanden, sebuah kawasan di Indonesia. Lelaki yang melakukan adengan seks ini dikatakan seorang pelajar SMA (sekolah menengah) yang sengaja merakam aksinya bersama teman wanita di sebuah bilik hotel..


Benarlah kata Mahathir.. hanya golongon yang bodoh kini bersama UMNO.. pencacai yang bernama Tok Guru 86 ini adalah antara buktinya...

Pinjam ayat MiLo SuaM ni.. nak tulis blog tapi tiada otak, maka keluarlah cerita bodoh daripada tengkorak mereka yang kosong itu...

Dalang bagi isu Soros dan Pakatan Rakyat akhirnya terdedah!!

Posted: 13 Oct 2012 12:51 AM PDT


Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen JASA satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.

Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.

Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.


Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.
"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

Bagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.



Soros (kanan) menjadi perhatian semula sejak awal bulan lalu apabila kerajaan mempertikaikan dana NGO hak asasi Suaram yang dikaitkan dengan jutawan tersebut.

Ia disusuli laporan konsisten media-media pro-kerajaan yang mengaitkan dana Soros dengan sejumlah NGO lain termasuk pendesak pilihan raya bebas BERSIH dan portal berita Malaysiakini.

Dana berjumlah ratusan juta ringgit itu kononnya untuk "menggugat" kerajaan.

Ekoran itu, kumpulan NGO berkenaan mengugut untuk menyaman New Straits Times yang memuatkan laporan tersebut di muka depannya.

Baru-baru ini pula, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan "undi untuk Pakatan Rakyat bermakna undi untuk Soros" dengan alasan beliau mendalangi usaha "pertukaran regim" di negara ini dalam pilihan raya umum nanti.


Isu-isu lain yang dimuatkan dalam buku panduan ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.

Sumpah PM tentang Altantuya

Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.

Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".

Bagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.

Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya. Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut:

Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).

Ia juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."


Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.

Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.

Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.

~ Malaysiakini

Bukan perjumpaan biasa tapi Najib lakukan 'Kunjungan Hormat' terhadap Soros..

Posted: 12 Oct 2012 08:02 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata: "Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata: "Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

 "Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya ~ Malaysiakini

Baca juga apa agaknya yang berlegar difikiran Mahathir bila Najib sekali lagi menjahanamkan propagandanya di ( SINI )

Najib mengaku beliau berjumpa Soros... apa pencacai UMNO nak kata ?

Posted: 12 Oct 2012 09:35 AM PDT


Akhirnya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia mengakui dua tahun yang lalu beliau telah berjumpa dengan Soros, individu yang tiba-tiba dijadikan musuh nombor satu oleh pencacai-pencacai UMNO.

Meskipun pengakuannya ini akan membuatkan pencacai-pencacai UMNO yang enggan mempercayai ( SINI )pendedahan dan pengesahan mengenai pertemuan tersebut sebelum ini terkedu dan menggigit kuku, seharusnya kita akui ini adalah sikap yang terpuji.


Iaitu mengaku apa yang telah dilakukannya.. meskipun ianya akan menyebabkan pencacai-pencacai UMNO terkebil-kebil bagaikan cicak tertelan kapur...

Namun begitu.. Najib berkata "Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah,"

Soros nak jumpa Najib????

Ha..ha..ha.. apa faedahnya Soros nak jumpa Najib?

Lagipun.. biasanya apabila kita hendak bertemu dengan seseorang kita akan pergi kepadanya untuk bertemu dengannya..

Lainlah kalau yang hendak bertemu dengan kita itu boss kepada kita atau seseorang yang kita hormati.. kita yang akan menemuinya jika kita diberitahu bahawa beliau ingin berjumpa dengan kita..

Tapi dalam hal Najib ni pulak..  Najib dan Rosmah telah dilaporkan menemui Soros di New York..

Kenapa Najib dan Rosmah yang menemui Soros.. bukannya Soros yang datang menemui Najib dan Rosmah sedangkan Soros yang mahu bertemu dengan Najib?


Apa pula pencacai nak kata tentang Soros selepas ni agaknya?

pemuda cheh

Posted: 13 Oct 2012 09:17 AM PDT

pemuda cheh


KEBAIKAN MEROKOK

Posted: 12 Oct 2012 06:23 PM PDT


Siapa kata merokok tidak mendatangkan faedah? Selain daripada World Health Organisation (WHO), Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebagainya, merokok sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri yang tidak dapat diperjelaskan oleh sains. Berikut adalah 5 kebaikan merokok :


1) Merokok dapat mengurangkan risiko menjalani pembedahan lutut.

Seorang perokok mungkin pokai kerana kehabisan wang membeli berkotak-kotak rokok, namun mereka masih boleh menyelamatkan wang mereka pada masa hadapan daripada menjalani pembedahan lutut. Ini kerana kajian yang telah dilakukan mendapati mereka yang merokok kurang mengalami risiko pembedahan tisu penyambung di bahagian lutut berbanding mereka yang tidak merokok. Kajian ini telah dilakukan di Universiti Adelaide, Australia dan telah disiarkan di jurnal Arthritis & Rheumatism isu keluaran Julai 2011. Namun bagaimanakah kaitannya? Pembedahan penggantian tisu lutut biasanya terjadi di kalangan mereka yang obes dan juga mereka yang gemar berjogging. Walaubagaimanapun, perokok didapati jarang berjogging dan juga tidak cenderung untuk mengalami obesiti. Inilah sebabnya mengapa perokok kurang risiko menjalani pembedahan lutut. Selain itu, dalam beberapa kajian yang telah dilakukan, pengkaji juga gagal mengaitkan risiko kejadian tulang rapuh dengan tabiat merokok. Mereka berpendapat bahawa nikotin di dalam tembakau telah melindungi tisu di lutut daripada musnah. Kemungkinan inilah sebabnya mengapa perokok boleh terselamat daripada mengalami penyakit kerosakan tisu lutut.

2) Merokok mengurangkan risiko terkena penyakit Parkinson

Beberapa kajian yang telah dilakukan juga mendapati mereka yang merokok kurang terdedah kepada risiko penyakit Parkinson. Ini telah didedahkan dalam jurnal neurologi isu keluaran Mac 2010. Menurut jurnal tersebut, semakin meningkat jumlah tahun dan juga jumlah rokok yang dihisap, semakin meningkat kesan perlindungan seorang  individu terhadap penyakit Parkinson. Pengkaji-pengkaji daripada Universiti Harvard adalah di antara yang pertama mendapat bukti meyakinkan bahawa perokok kurang terdedah kepada risiko Parkinson. Walaubagaimanapun, kajian lain yang telah dilakukan dan diterbitkan di dalam jurnal Neurologi isu keluaran Mac 2007 sebaliknya mendapati kesan perlindungan seorang individu terhadap Parkinson berkurangan sekiranya perokok berhenti daripada merokok. Para pengkaji ini membuat kesimpulan di dalam kajian sains khas mereka bahawa mereka tidak mempunyai jawapan bagaimana perkara ini boleh terjadi.

3) Merokok juga mengurangkan risiko mengalami obesiti

Nikotin di dalam rokok bertindak sebagai 'pengurang' selera makan. Perkara ini telah diketahui berabad lamanya iaitu semenjak zaman Christopher Colombus lagi. Pada tahun 1920, pembuat rokok mensasarkan rokok kepada golongan wanita yang menganggap merokok dapat melangsingkan badan mereka. Suatu kajian yang diterbitkan di dalam sebuah jurnal bertajuk Psikologi dan Tingkahlaku isu keluaran Julai 2011 mendapati faktor utama mengapa seorang perokok sukar berhenti merokok adalah kerana faktor berat badan yang mungkin naik sekiranya mereka berhenti merokok, selain daripada faktor ketagihan. Kaitan di antara kenaikan berat badan dan berhenti merokok sangat sukar diperjelaskan. Tabiat merokok akan menyebabkan perubahan tingkahlaku di mana perokok akan kurang makan. Sebagai 'pengurang' selera makan, merokok juga akan menyebabkan makanan yang dimakan kurang sedap seterusnya mengurangkan selera makan. Seorang pengkaji dari Yale melakukan kajian terhadap tikus yang diberi nikotin dan tindakbalas 'hipotalamus' otak tikus menjadikan tikus tersebut kurang selera makan dan kajian ini diterbitkan pada isu keluaran Jun 10, 2011 dalam jurnal Sains. Tiada seorang doktor pun yang akan menyarankan rokok sebagai pengawal berat badan, selain daripada faktor rokok itu sendiri yang mengandungi berbagai bahan kimia beracun. Kajian yang dilakukan di Yale ini bagaimanapun telah membuka mata kepada mereka yang menghidap obesiti dan cuba menggunakan ubatan berbahaya sebagai alternatif untuk menurunkan berat badan dengan menggantikan ubatan berbahaya tersebut kepada rokok.

4) Merokok mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung

Berbanding mereka yang tidak merokok, kadar kematian seorang perokok akibat serangan jantung adalah kurang berbanding mereka yang tidak merokok. Perokok juga didapati lebih harapan untuk sembuh apabila menjalani rawatan jantung seperti 'fibrinolytic'(penggunaan ubatan tertentu) dan juga 'angioplasty' iaitu kaedah rawatan menggunakan 'belon' dan  'tiub' di dalam arteri berbanding mereka yang menghidap penyakit jantung tetapi tidak merokok. Terdapat sebab yang menarik mengapa perkara ini berlaku. Perokok cenderung mengalami luka di dalam arteri yang menyebabkan pengumpulan 'plak' dan lemak di dalam arteri mereka. Oleh itu teori mengapa perokok lebih mempunyai harapan berbanding mereka yang tidak merokok selepas beberapa kaedah rawatan dilakukan adalah kerana mereka mengalami serangan jantung pada usia muda iaitu lebih kurang 10 tahun lebih muda daripada mereka yang tidak merokok.(plak dan lemak yang terkumpul tidak pada tahap yang serius pada usia yang muda). Suatu kajian yang diterbitkan pada isu keluaran Ogos 2005 jurnal bertajuk 'American Heart' walaubagaimanapun menyangkal dakwaan ini dengan menyatakan bahawa faktor umur sahaja tidak memadai bagi menerangkan perbezaan kelebihan antara mereka yang merokok dan tidak, dan juga paradoks yang mengatakan bahawa merokok membawa kebaikan dan sebagainya. Tiada teori selanjutnya bagi menyangkal dakwaan ini dikeluarkan selepas itu.


5) Merokok membantu ubat 'clopidogrel' berfungsi dengan lebih baik.

'Clopidogrel' ialah sejenis ubat yang digunakan bagi menghalang darah menjadi pekat dan bermanfaat kepada mereka yang menghidap penyakit koronari arteri dan penyakit saluran darah lain kerana ia dapat mengurangkan risiko terkena 'strok' dan serangan jantung. Merokok didapati membantu 'clopidogrel' berfungsi dengan lebih baik. Suatu kajian dilakukan oleh pengkaji dari Korea dalam isu keluaran Oktober 2010 dalam jurnal bertajuk 'Kajian Trombosis' sebagai lanjutan daripada hasil kajian dilakukan oleh pengkaji dari Harvard yang diterbitkan pada 2009 adalah bagi menunjukkan kebaikan merokok 10 batang rokok sehari. Dalam kajian tersebut didapati terdapat sesuatu di dalam rokok yang akan mengaktifkan sejenis protein dipanggil 'sitokrom' yang akan mengubah 'clopidogrel' ke tahap yang lebih aktif. Sekali lagi, tiada seorang pun doktor bertauliah yang akan menggalakkan pesakitnya menghisap rokok bagi menjadikan 'clopidogrel' lebih baik. Tetapi kelebihan merokok ini dan juga 4 kelebihan lain yang telah disebutkan tadi menunjukkan kepada kita bahawa tembakau dan nikotin (tidak termasuk tumbuhan beracun yang lain) mempunyai beberapa kebaikan dan ianya amat berguna sebagai nilai tambah di dalam rawatan penyakit tertentu pada masa hadapan.

P.S : Seperti yang telah dihuraikan, terdapat hanya 5 kebaikan merokok berbanding keburukannya yang mungkin berkali-kali ganda. Inilah sebabnya mengapa hukum merokok adalah haram dan ini dipersetujui sebahagian besar para ulama'. Pilihlah untuk tidak merokok. 

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 13 Oct 2012 09:14 AM PDT

BRIGED MP SEGAMBUT


Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan

Posted: 13 Oct 2012 12:37 AM PDT

Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 icg anwarDengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

soros lse fund raising dinner 181206 sorosBagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.

Soros (kanan) menjadi perhatian semula sejak awal bulan lalu apabila kerajaan mempertikaikan dana NGO hak asasi Suaram yang dikaitkan dengan jutawan tersebut.

Ia disusuli laporan konsisten media-media pro-kerajaan yang mengaitkan dana Soros dengan sejumlah NGO lain termasuk pendesak pilihan raya bebas BERSIH dan portal berita Malaysiakini.

Dana berjumlah ratusan juta ringgit itu kononnya untuk "menggugat" kerajaan. Ekoran itu, kumpulan NGO berkenaan mengugut untuk menyaman New Straits Times yang memuatkan laporan tersebut di muka depannya.

Baru-baru ini pula, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan "undi untuk Pakatan Rakyat bermakna undi untuk Soros" dengan alasan beliau mendalangi usaha "pertukaran regim" di negara ini dalam pilihan raya umum nanti.

Isu-isu lain yang dimuatkan dalam buku panduan ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.

Sumpah PM tentang Altantuya
Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.

Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 altantuyaBagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.

Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya.

Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut: Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 contentIa juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."

Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.

Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.

50,000 naskhah dicetak
Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.

Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen JASA -- satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan -- dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 najib"Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian."

Dalam kata pengantarnya, ketua pengarah JASA, yang juga pemimpin lama Umno, Fuad Hassan berkata buku ini disediakan bagi menjawab sebaran maklumat pantas melalui media Internet.

Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.

Selain JASA, menurut beliau lagi, agensi-agensi yang merujuk buku panduan itu termasuklah Jabatan Penerangan, agensi berita rasmi Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Satu salinan buku ini diperolehi oleh Malaysiakini bulan lalu sewaktu menghadiri siri penjelasan JASA di Kuala Lumpur berhubung bantahan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan.

Edisi digital buku ini boleh juga diperolehi di laman web rasmi Jasa.

Walaupun bahan-bahan ini disediakan di antara selepas perhimpunan BERSIH pada hujung April lalu dan menjelang penyenaraian FGV akhir Jun, tidak dapat dipastikan bila ia mula dicetak dan diedarkan

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 13 Oct 2012 09:04 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Aik ...! Bekas IGP nak masuk PAS ...?

Posted: 12 Oct 2012 10:35 PM PDT

Aik ...! Bekas IGP nak masuk PAS ...?
Biar betul ...?
Hancus jua BN akhirnya ...?

Hah haa ...? Apa kat tangan tuu ...?

Posted: 12 Oct 2012 08:34 PM PDT

Hah haa ...?
Apa kat tangan tuu ...?
Wow ...?

Pendapat peribadi hamba.

Posted: 13 Oct 2012 07:55 AM PDT

Pendapat peribadi hamba.


LELAKI INDIA YANG BAIK HATI. (SATU CERITA BENAR)

Posted: 13 Oct 2012 01:09 AM PDT

OTAI MANJUNG

Posted: 13 Oct 2012 07:34 AM PDT

OTAI MANJUNG


Minyak Itu Pemberian Allah...

Posted: 12 Oct 2012 10:44 AM PDT

Penulis Tamu OM: Norman

PETRONAS PULA MCM NAK BERPOLITIK
 

Sambil menunggu bola sepak, sempat tgk berita. Terkejut saya apabila Petronas pula mengeluarkan kenyataan, kemampuan Petronas utk menyumbang kpd negara secara berterusan akn me

njadi membebankan jika bayaran royalti kpd negeri2 dinaikkan daripada kadar lima peratus sekarang kpd 20 peratus.

Kwn saya ramai yg bekerja di Petronas. Namun ada yg saya setuju pendapat mereka mengenai Petronas dan ada yg saya tak bersetuju. Bagi saya minyak mcm juga seperti air atau dulu bijih timah. Sewajarnya air tidak dijual kpd rakyat dgn harga yg mahal kerana ia hasil semulajadi yg diberikan Allah.

Begitu juga dgn minyak. Bukannya Petronas lahirkan minyak tapi ia sudah ada cuma dicarigali oleh Petronas utk mendapatkannya. Ia bukan dicipta tetapi telah tercipta oleh yg Maha Esa. Biarlah Petronas mencari hasil keuntungan berganda syarikat milik rakyat ini di luar negara dgn pelaburan seperti paip saluran gas, loji2 penapis, loji2 petrokimia dan sebagainya.

Dgn rakyat Malaysia utk apa dpt keuntungan yg melampau. Cukup utk operasi dan untung sikit2 sudah la. Bukankah minyak itu milik rakyat. Kamu uruskan sahaja dan kami rakyat yg bayarkan gaji. Tak perlulah cekik darah kami. Malah Allah berikan bonus pula utk Petronas apabila gas juga boleh digunakan atau dlm erti kata lain 2 in 1 keuntungan Petronas.

Petronas mesti ingat hasil yg mereka perolehi itu dtg dari negeri mana. Jika keuntungan RM 100 juta, adakah salah utk kerajaan negeri tersebut memprolehi RM 20 juta...tak sampai separuh pun. Kita tahu yg di di atas itu kroni2 berlaka akhirnya terpaksalah akur utk menyokong kempen belanjawan 2013 kerajaan utk mengelakkan dipersalahkan.

Patutnya Petronas langsung tidak boleh bersuara demikian. Biar kerajaan negeri agih-agihkan kekayaan negeri masing2 utk rakyat mereka merasainya. Ini hasil dipungut tetapi mereka menjadi negeri yg termiskin. Contohnya Sabah.

Negara miskin bukan kerana duit Petronas 20% itu diagih-agihkan kpd rakyat tetapi kerana ketirisan atau kebocoran. Contohnya RM 5700 utk membeli seunit jek kereta kerajaan yg berharga RM50. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dgn harga RM30,000. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dgn harga RM143.

Lebih teruk apabila kerajaan membayar subsidi RM17 billion kpd Penjana Tenaga Bebas (IPP).Projek e-mel 1Malaysia yg menelan belanja RM50 juta. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion dan byk lagi yg berjumlah berbillion ringgit.

Cukuplah kalau nak bodohkan org. Saya marah sgt sb Pteronas ini ingat kita masih tidak bijak mcm tok nenek kita dulu agaknya. Kalau tak bagi kerajaan negeri habis dkt kerajaan pusat juga. Cukuplah KLCC itu lambang pembaziran dan Formula 1. Org kampung boleh masuk KLCC tapi tak mampu nak beli barangan di dlmnya sedangkan ia terbina hasil bumi yg Allah berikan kpd rakyat Malaysia.

labun KulupSakah...

Posted: 13 Oct 2012 03:56 AM PDT

labun KulupSakah...


Jom ke konsert hari ini

Posted: 12 Oct 2012 05:45 PM PDT

Konsert 8T Bersih di Stadium Kelana Jaya dari jam 4pm-11pm.
Gerai Hope2Walk ada di sana.
Band dan penyanyi yang hebat lagi melawan!

Era Pasca

Posted: 13 Oct 2012 03:45 AM PDT

Era Pasca


Najib minta dana Pilihan Raya dari George Soros?

Posted: 13 Oct 2012 03:30 AM PDT

1st of all
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

2nd of all
Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Last but not least
"Saya berjumpa dengannya kerana beliau (George Soros) mahu bertemu dengan saya. Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," kata Datuk Seri Najib Razak.


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

.

Posted: 13 Oct 2012 03:09 AM PDT

.


Hasan Akidah Sama Kelas Dengan Salentia

Posted: 13 Oct 2012 12:15 AM PDT

SENGGANG PETANG                                                                                                                 
 
Tidak semena-mena Hasan Akidah menyentuh prihal Pas. Mungkin kalau dia tidak sentuh Pas orang tidak mengenangnya. Umno melihat Hasan tidak ubah seperti supit aiskrim yang dilempar ke dalam tong sampah tetapi tidak masuk ke dalam. Supik aiskrim nampak cantik tetapi tidak boleh diguna lagi sebab bucunya sudah dikekah (gigit), tembus. kalau bubuh air pun akan bocor.

Kali ini dia mencadangkan supaya Nik Aziz Nik Mat berundur dari jawatan Mursyidul Am Pas dan diganti dengan Haron Din. Dia juga mendakwa Nik Aziz sebagai amat berkuasa, sebagai presiden, sebai MB dan sebagai mursyidul am Pas. Soalnya kenapa Hasan mengungkitkan perkara ini, dengki ke?

Hasan tidak payah dengki atas sanjungan dan penghormatan tinggi diberikan ahli Pas dan rakyat negara dari berbilang kaum kepada beliau. Nik Aziz berhak untuk mendapat sanjungan itu melihat kepada beberapa keistimewaan dan pendekatan politiknya yang futuristik.

Kehidupan Nik Aziz tidak mewah walaupun dia berhak hidup mewah dengan jawatan itu. Sepanjang dia menjadi MB selama 22 tahun dia tidak pernah mengubah suai pejabatnya. Apa yang berlaku dia ubah tempat saja dari tingkat dua ke tingkat satu. Begitu juga dengan rumahnya. Nilai rumah Nik Aziz jauh lebih rendah dengan nilai rumah Hasan semasa jadi Exco atas tikit Pas.

Berbeza dengan Hasan Akidah, baru hanya menjadi Exco sudah ubahsuai pejabat mencecah puluhan ribu. Sudah baiki rumah. Perbelanjaan untuk majlis hari raya saja habis berpuloh ribu. Bukan itu sahaja Hasan juga siap tambah bini dari satu menjadi dua. Khabarnya suasana rumah tangganya masih belum lendik sampai kini?

Kalau pun Nik Aziz perlu meletak jawatan kerana sebab-sebab kesihatan dan sebagainya, bukan Hasan yang perlu mendesaknya. Pas masih ada ahli untuk berbuat demikian. Selepas Hasan ditalaq oleh Pas beliau tidak ada hak lagi untuk membuat apa-apa teguran apa lagi cuba menyusun strukrur pimpinan Pas. Kalaupun dia bercakap dan mengenang Pas itu adalah jenis gilakan sangkak.

Begitu juga kalau pun alasan digunakan Hasan itu benar sekali pun dia tidak ada lokus standi untuk berbuat demikian. Ahli Pas tidak akan mendengar cadangan dari orang yang fasik dan murtad dari politik. Apa boleh Hasan lakukan hanya menyerang sendiri sehingga Nik Aziz jatuh. Tindakan dan cadangan Hasan itu sedarjah dengan cadangan Abdullah Samaah sahaja. Siapa dia Abdullah Samaah?

Saya bersetuju dengan pandangan Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hasan, ahli Pas tidak pernah terasa sakit hati dengan pandangan politik Nik Aziz. Sebaliknya ahli Pas sakit hati, terkilan, kecewa dan terhiris dengan perbuatan Hasan Akidah yang menjadi agen musuh dan berbaik dengan Umno. Siang malam round negara memburukkan Pas. Jenis tidak tahu berterima kasih kepada orang memberi budi menjadikan kedudukan dan darjah Hasan sama dengan si Salentia saja.

Eloklah Hasan menjaga dirinya dan tidak payah membuat komen kepada mana-mana pemimpin Pas. Hasan perlu memastikan Pas Selangor akan kalah teruk dalam pilihan raya nanti untuk memastikan survivenya selamat. Apabila isteri sudah ada dua kerja pun kena kuat sedikit.

Hasan dan beberapa orang pengikutnya yang 12 orang itu kena pastikan Umno akan mengambil mereka bertanding dalam pilhan raya untuk menganggu undi Pas. Pastikan duit untuk deposit RM5,000 untuk kerusi Dun dijelaskan... jangan pula teraniaya... Umno hanya taja dan janji tetapi Hasan kena cari duit dari orang kaya lain.

Berpakatlah dengan bekas timbalan presiden Pas dan beberapa ali parlimen yang mengkhianati janji dengan majikan dan rakyat itu. Cuba bersatu dan lancarkan gerakan secara gentlemen untuk menghancurkan Pas. Cubalah.

Membaca cadangan Hasan itu, beliau mencadangkan agar Haron menjadi mursyidul am Pas yang dianggap layak, saya dapat agakkan apa yang ada dalam tempurung kepalanya. Hasan mungkin masih berharap Haron Din membelanya. Jauh dari itu mahukan Hasan menguasi Pas untuk membolehkan dia dikembalikan semula ke dalam Pas.

Hoi Hasan sedarlah sikit. Diri anda tidak sama nilai dengan diri Mahathir Mohamed yang digilai Umno dan dianggap sebagai tunggul keramat. Pas sebagai parti Islam tidak akan teruja dengan orang-orang berperwatakan Abdullah bin Ubai. Betapa hebat, kaya, petah panadia sandiwara, Pas tidak akan sedia untuk menerima para munafik dalam perjuangan. Pas rela kalah bersama laskar kampung yang setia, ikhlas dan jujur.

Kepada Hasan Akidah berhentilah menjual ubat di dalam Pas sebab pembeli sudah tahu mujarab atau tidak ubat dijaja Hasan. Sebaiknya Hasan juga berhentilah membubuh anak tikus dalam seluar dalam seperti Mahathir, bagi mengelakkan malu besar. Awas. [wm.kl.2:56 pm 13/10/12]

Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros

Posted: 12 Oct 2012 07:04 PM PDT

ULASAN SABTU                                                                                                                       

Barang kali Najib Razak sudah habis cara dan buntu fikiran sehingga akhirnya dia terpaksa mengakui yang dia memang ada berjumpa dengan George Soros. Bagaimana pun beliau berlapik dan sedikit ego dengan mengatakan yang hendak berjumpa dengannya Soros bukan dia.

Peristiwa penting dan eksklusif itu berlaku tahun 2010.

Saya percaya kalau boleh mengelak Najib tidak akan mengaku semudah itu. Tetapi kerana sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi akhirnya dia terpaksa angkat tangan. Betul bagi Najib baik dia mengakui sesuatu yang benar. Menegak benang basah tidak ada faedah dan menjadi sesuatu yang menyusahkan. Apa lagi bukti-bukti jelas menunjukkan Najib 'berlaga' gelas dengan Soros.

Walaupun Najib nampak hebat kerana diminati Soros tetapi pendedahan itu memberi sedikit kesusahan kepadanya. Apa lagi Mahathir tidak habis-habis menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan Najib itu. Perjuangan Mahathir untuk memastikan UBN memang bagi membolehkan anaknya jadi timbalan perdana menteri terganggu dengan pengakuan Najib yang mugkin dianggap pandir itu. Mahathir merasakan usahanya memburukkan pembangkang dengan mengaitkan Soros jadi anti klimek.

Pengakuan Najib itu menjadikan Mahathir tersandar di kerusi malas, sikap dan gelagatnya sebelum ini yang menghentam Soros dan mengaitkan Soros dalam membantu pembangkang dapat diterjemah dengan mudah oleh rakyat. Selain orang Umno totok sudah mengetahui siapa dan apa dia Mahathir ini.

Selain itu pengakuan Najib itu juga ada implikasinya. Apabila Najib membuat pengakuan itu maka timbullah berbagai persepsi terhadapnya dan intgeritinya sendiri. Orang akan mengait dengan beberapa hal misteri lagi mengenai Najib. Apa yang Najib sembunyikan selama ini dianggap benar. Cuma Najib tidak mengaku kerana tidak ada bukti nyata, tetapi hakikatnya benar.

Misalnya orang akan ingat tuduhan ke atas Najib yang beliau pernah dicekup dengan seorang artis di Port Dickson beberapa tahun lalu. Orang juga akan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shahribbu. Selama ini Najib tidak mengaku yang dia mengenali dan berjumpa dengan Altantuya. Penafian itu dibuat dengan bersumpah "Demi Allah". Sumpah ini dilapaz dihadapan saya sendiri.

Juga akan dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Semuanya bermula dengan pengakuan Najib berjumpa dengan Soros itu. Orang akan menganggap mungkin kisah-kisah lain Najib itu benar belaka cuma ia tidak terbongkar lagi. Bagi Najib kalau boleh selindung dia akan selindung sampai ke bila-bila.

Perjumpaan Najib dengan Soros bukan rekaan, ada bukti dan paling penting sekali apabila Najib mengakui. Sebenarnya tidak ada salah pun pertemuan itu ia perkara biasa. Namun apabila Soros itu dianggap hanyir dan jahat oleh Mahathir menyebabkan pertemuan itu juga menjadi hanyir. Mahathir cuba mendedahkan kehanyiran pembangkang bila berjumpa dengan Soros. Jadi bila Soros berjumpa dengan Najib kehanyiran itu kini terlumur di tubuh Najib.

Kesimpulan cerita Soros yang cuba dijadikan isu Mahatir ini tidak memberi bekas apa-apa lagi. Isu Soros sudah tawar 'lembar' dan menjadi senjata memakan tuan.

Bagaimana pun bagi saya Najib tidak perlu gementar dengan pertemuan itu. Sebaliknya yang perlu Najib takut dan berwaspada ialah bertemu dengan Mahathir kerana Mahathir dalam konteks politik Najib lebih bahaya dari Soros. Mahathir lebih berpotensi untuk menjatuhkan Najib berbanding dengan Soros. Soros tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi kalau kerajaan UBN jatuh tetapi Mahathir dapat merasai apa yang akan berlaku kepadanya.  Ini menyebabkan Mahathir lebih jahat dan celaka dari Soros. Padan muka.

Soros juga tidak ada anak dan harta untuk dilindungi di Malaysia, sebaliknya keperluan melindungi anak dan harta itulah yang ada kepada Mahathir. [wm.kl.9:51 am 13/10/12]

Kelab Greenboc

Posted: 13 Oct 2012 01:29 AM PDT

Kelab Greenboc


Pemandu Teksi Desak Syed Hamid Albar Letak Jawatan Dari SPAD

Posted: 13 Oct 2012 12:51 AM PDT

Badan Bertindak Pemandu-pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) mendakwa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) gagal berfungsi menjalankan tanggungjawab meningkatkan mutu perkhidmatan teksi dan menggesa pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar meletak jawatan.

BBPTB menggariskan lima faktor kegagalan SPAD yang menyebabkan kemarahan pemandu teksi tidak dapat lagi dibendung dalam kenyataan oleh pengerusinya, Amran Jan kepada The Malaysian Insider.

Perkara tersebut ialah gagal mengiktiraf mahupun melantik wakil pemandu teksi di dalam jawatankuasanya, gagal memansuhkan sistem kupon, gagal mengeluarkan permit khas kepada Duta Kecil Pelancongan seperti yang diminta sendiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, gagal menangani kemelut perkhidmatan teksi yang berlarutan sejak berpuluh tahun dan gagal melaksanakan langkah satu warna untuk teksi bermeter walaupun cadangan itu sudah lama diutarakan.

"Kelima-lima kegagalan ini jelas membuktikan SPAD adalah sebuah badan yang gagal.

"Syed Hamid perlu meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya," kata Amran.

Dalam laporan The Malaysian Insider semalam, Amran juga menyelar kenyataan presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Kuala Lumpur, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah yang menyokong perkhidmatan percuma bas Go-KL.

Sikap dan kecenderungan Aslah yang sering memihak kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan gagal membela kebajikan pemandu teksi menyebabkan kredibilitinya dipertikaikan rata-rata pemandu teksi.

Amran juga memberi amaran kepada SPAD untuk mengambil serius perkara ini sambil mengugut untuk menggunakan "media" terbesar di ibu kota itu untuk memberikan imej buruk kepada kerajaan.

"SPAD dan kerajaan perlu ingat, pemandu teksi adalah "media" terbesar di ibu kota.

Kalau mereka abaikan, tanggunglah akibatnya nanti.

"Kami boleh sampaikan perkara buruk dan baik mengenai kerajaan," tambah Amran lagi.

Pada Selasa minggu lalu, 250 pemandu teksi bertindak mengadakan piket di Jalan Bukit Bintang ekoran tidak puas hati dengan perkhidmatan bas percuma Go KL yang didakwa menyebabkan kemerosotan pendapatan sehingga 70 peratus.

Himpunan secara aman itu bermula kira-kira jam 2 petang hingga 7.30 malam membabitkan sekitar kawasan pusat beli-belah Pavillion hingga ke Lot 10.

Perbuatan pemandu terbabit yang kebanyakannya ahli Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur menyebabkan kawasan di sekitar Bukit Bintang sesak teruk apabila laluan digunakan untuk melakukan bantahan itu terpaksa ditutup.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat persatuan itu kelmarin, perhimpunan juga dibuat sebagai bantahan terhadap masalah ulat teksi "Arab" dan perkhidmatan teksi sapu serta beberapa tindakan SPAD yang mereka anggap menekan pemandu-pemandu teksi berlesen.

Terbukti SPRM Alat UMNO BN, Tutup Skandal RM40 juta UMNO Sabah

Posted: 12 Oct 2012 10:25 PM PDT

BN ingat rakyat senang ditipu kes RM40 juta?

Kuala Lumpur: "Adakah SPRM telah membuat siasatan penuh termasuk mengambil kenyataan Datuk Seri Musa?" tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Semalam, katanya kerajaan BN bangga mengumumkan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada skandal wang tunai S$16 juta (RM40 juta) ekoran tindakan SPRM untuk menggugurkannya daripada dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura.

Katanya, Nazri berkata bahawa siasatan menunjukkan duit itu sebenarnya merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukan kepada Musa.

"Adakah BN ingat bahawa rakyat Malaysia senang tertipu dengan cerita sebegini dan menerima bahawa tidak ada masalah kerana duit yang diseludup itu adalah untuk Umno Sabah dan bukan untuk Musa?" soalnya dalam satu kenyataan.

Tanya beliau lagi, apakah syarat-syarat di sebalik sumbangan RM40 juta itu dan kenapakah ia dilakukan dengan mata wang Singapura.

Bagi Ahli Parlimen Bagan itu, sekali lagi SPRM cuba untuk menutup skandal politik wang oleh BN.

"Skandal penyeludupan RM40 juta wang tunai ini menyusul selepas dua lagi skandal yang melibatkan dua orang lagi ketua menteri BN," katanya.

Baru-baru ini, ujarnya sebuah NGO Switzerland telah mendakwa bahawa kekayaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dianggarkan mencecah RM46 bilion, lantas menobatkannya sebagai orang terkaya di Malaysia.

"Lepas itu, kita berhadapan dengan majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, di mana 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam sambutan yang memecah rekod.

Sehingga hari ini, ujarnya Ali Rustam masih lagi gagal menjelaskan bagaimana beliau mampu menanggung kenduri yang begitu mewah yang mendakwa kosnya hanya RM600,000 dan mendapat tajaan.

Justeru, kata Lim, rakyat Malaysia sudah tidak boleh tahan dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut kekayaan yang luar biasa tetapi juga menonjolkannya di khalayak umum. -HD

Umno terlibat seludup wang ke Hong Kong
. Petaling Jaya: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui wujudnya wang sebanyak RM40 juta milik seorang ahli perniagaan yang diseludup melalui Hong Kong adalah untuk sumbangan kepada Umno Sabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal undang-undang itu mengaku berlakunya kejadian ini di Dewan Rakyat semalam, demikian menurut Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin. Badrul Hisham @ CheguBard berkata, seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur. "Namun berita ini diselindung sebaik mungkin dan tidak mendapat liputan dari media tempatan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut beliau, terbaru semalam apabila hal ini dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua ekoran jawapan bertulis yang diperolehinya dari Menteri terbabit yang mengatakan ia bukan wang untuk Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tetapi untuk Umno Sabah. Bankrap negara"Apa yang harus disedari ialah mungkin dalam keghairahan regim pertahan pemimpin mereka maka mereka tidak sedar secara tidak langsung diakui bahawa penyeludupan wang RM40 juta itu memang wujud. Makanya apa tindakan undang-undang terhadap kejadian yang diakui wujud itu? CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menegaskan, untuk membela Musa, Nazri mengakui wang itu bukan untuk Musa secara peribadi tetapi untuk Musa selaku Ketua Umno Sabah maka ini bermakna sahlah Umno Sabah terlibat dalam penyeludupan wang. Kata beliau, menurut satu sumber, wang tersebut ada kaitan dengan kawasan balak yang diluluskan di Sabah dan adalah amalan biasa sebahagian keuntungan harus dipulangkan sebagai dana politik untuk komponen Barisan Nasional (BN) atau terus kepada pemimpin tertentu. "Bukan sedikit wang negara diseludup keluar berkaitan kepentingan pemimpin BN," jelas CheguBard. Contoh katanya sebelum ini terbongkar bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dikaitkan dengan penyeludupan wang RM10 juta ke London dan setelah didapati sahih berlaku, hanya syarikat penghantaran yang dihukum dengan lesennya ditarik. "Inilah pengkhianat sebenar menjejaskan ekonomi negara. Sudahlah terlibat merompak wang rakyat terlibat pula melarikan wang keluar negara. "Yakinlah jika regim ini terus berkuasa pasti tidak akan ada antara mereka yang diambil tindakan, lebih penting kegiatan mereka ini akan pasti membankrapkan negara," ujar beliau. -FMT

Najib, Mahathir Hipokrit, Sembunyi Jumpa Soros

Posted: 12 Oct 2012 07:01 PM PDT



Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak hipokrit menyalak kononnya George Soros musuh yang cuba memporak-perandakan negara dan mengaitkan spekulator mata wang itu dengan Pembangkang, tetapi dalam masa sama bertemu untuk meminta bantuan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Sekarang sudah terdedah topeng kedua-dua mereka. Di satu sisi mereka memainkan sentimen kononnya Soros musuh luar yang cuba huru harakan negara.

"Dalam masa sama mereka sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Soros yang turut dijalin bersama pemimpin Umno lain.


"Kemudian dia tuduh kita (Pakatan Rakyat) pula. Sedangkan Najib dan Soros secara sembunyi-sembunyi bertemu," kata Setiausaha Agung KEADILAN itu ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah minggu lalu mendedahkan pertemuan antara Perdana Menteri dengan Soros di sebuah hotel mewah, Hotel Plaza di Manhattan, New York 27 September 2010.

Saifuddin turut menempelak pertemuan pemimpin Umno dengan agen Yahudi.

"Dalam episod boneka asing, Dr Mahathir sendiri membayar jutaan ringgit kepada pelobi Yahudi, Jack Abramoff hanya untuk bertemu Presiden Amerika.

"Terbaru Dr Mahathir mengatakan Soros akan melantik Perdana Menteri boneka, walhal beliau sendiri pernah menulis tiga pucuk surat kepada tiga Perdana Menteri Israel yang berbeza," katanya.

"Beberapa tahun sebelum itu, Menteri Luar, (ketika itu) Datuk Seri Syed Hamid Albar turut bertemu David Levy (Menteri Luar Israel)," kata Saifuddin.

Perkara itu merujuk pertemuan kedua-dua pemimpin itu pada Ogos 1999 semasa Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan pungutan dana untuk Umno dalam persediaannya menghadapi pilihan raya umum ke-10.

"Pendedahan terbaru ini akan menyebabkan rakyat lebih kenal wajah pemimpin Umno yang bermuka-muka," tegas Ahli Parlimen Machang itu lagi.

Sementara itu, Naib Presiden, Tian Chua mendedahkan pertemuan sulit tersebut adalah untuk meyakinkan Soros bahawa Najib seorang yang mengambil pendekatan sederhana dalam pentadbiran.

"Kononnya negara (Malaysia) diancam kumpulan ekstrim dan (Najib) nak dapatkan sokongan (Soros). Adakah Utusan (Malaysia) dan media arus perdana diberitahu? Kemudian beranikah media ini menyerang mereka?" soal Tian.

"Mereka serang orang lain kononnya pengkhianat. Mereka menuduh orang lain tanpa asas. Sedangkan Dr Mahathir dan Najib menipu untuk mengekalkan kuasa," tegas Ahli Parlimen Batu itu.

Najib: 'Memang saya ada jumpa Soros'


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.

Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.

Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi.

" "Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat.

"Beliau (Soros) mahu jumpa saya. Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Beberapa pihak mendakwa Najib dan Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan dengan Soros.

Sehubungan itu mereka meminta agar Najib memberi penjelasan segera di sebalik laporan media bahawa beberapa pihak menerima dana daripada institusi milik jutawan tersebut.
-SH



Ulasan GB

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Terdedah tembelang pemimpin-pemimpin UMNO. Menunjuk jarinya ke arah Pakatan Rakyat ada hubungan dengan Soros sedangkan mereka tidak menyedari empat jari yang lainnya menunjuk ke arah mereka sendiri.

Itulah yang dinamakan hipokrit yang tak terkata dasyatnya!

UMNO tetap binasa. Hanya menunggu detik dan ketikanya!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Kisah Imam Hoslan Semasa Di Penjara

Posted: 12 Oct 2012 05:33 PM PDT

Imam Hoslan Husin, 46, yang baru sahaja kembali ke pangkuan anak dan isterinya semalam selepas hampir tujuh bulan menjalani hukuman penjara akan meneruskan kehidupan biasa dengan berniaga buku dan kitab-kitab pengajian agama Islam.

Itulah sumber pendapatan beliau selain bekerja makan gaji dengan vendor alam sekitar sebagai 'water monitoring'.

Bagaimanapun, beliau akan merujuk semula dengan majikannya itu kerana difahamkan akan diberi ruang untuknya di sana selepas ini.

Malah katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong penuh perjuangannya.

"Saya berterima kasih dengan pegawai Jawi yang sama-sama bertugas di Masjid Ar Rahimah kerana menghulurkan sumbangan kepada keluarga selama saya dipenjara," katanya ketika ditemui.

Hoslan cukup teruja untuk menceritakan pengalaman yang baru sepanjang beliau berada di Penjara Kajang.

Menurut Hoslan yang juga bekas Imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, sepanjang berada di sana beliau mengambil tugas-tugas sebagai pendakwah di dalam Unit Halaqah.

"Saya cukup sedih, ramai banduan orang Melayu Islam di dalam sana tidak tahu apa itu syahadah apatah lagi mahu mengucap (syahadah).

"Saya juga pernah melakukan sembahyang ghaib untuk salah seorang pegawai penjara yang meninggal dunia. Walaupun ada sedikit pertikaian tetapi saya berjaya menjelaskan sebaiknya," katanya.

Selama berada di sana, beliau cukup gembira apabila berpeluang berdakwah dan memberi kata-kata nasihat kepada banduan-banduan lain.

"Saya diberi kebenaran menyampaikan nasihat oleh pegawai penjara. Antara yang saya tekankan 'jalan kehidupan Allah telah tunjuk, tugas kita hanya ikut sahaja jalan itu'," ujarnya.

Namun, beliau menyifatkan hukuman yang diterimanya sebagai pengajaran dan mengibaratkan penjara itu sebagai madrasah tarbiyah.

Sementara itu, isteri beliau Noorliza Mat Isa, 43, melahirkan kegembiraan yang teramat sangat sehingga tidak terluah dengan kata-kata sebaik sahaja melihat suami yang kini sudah berada di depan mata.

"Tidak tahu nak cakap, saya cukup gembira. Suami dan ayah kepada anak-anak saya akhirnya berada di depan mata kami," katanya dengan linangan air mata.

Jika hari raya Aidilfitri yang lalu, Noorliza berhari raya tanpa suami untuk Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut akhir bulan ini adalah cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

"Bersyukur, raya nanti kami gembira sangat, baru ada mood nak raya. Macam Aidilfitri lalu kami tak ada 'mood' nak raya. Anak-anaklah yang paling gembira dan mungkin mereka tidak sabar untuk berbaju raya sedondong," katanya ketika ditemui. -Hrkh

Mahkamah Keluar Waran Pemenjaraan Terhadap Datuk Paiman

Posted: 12 Oct 2012 07:26 AM PDT

Kuala Lumpur - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap ahli perniagaan Datuk Paiman Shakimon selepas beliau gagal hadir untuk perbicaraan rayuannya atas sabitan dan hukuman dalam kes menipu dan memalsukan dokumen.

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah turut melucutkan hak penjamin Paiman, Dr Norma Ahmad ke atas wang jaminan berjumlah RM700,000 selepas perayu gagal hadir di mahkamah sejak disabitkan hukuman penjara 26 tahun pada tahun lepas.

Dalam kes rayuan, Dr Norma, yang merupakan saudara kepada Paiman, juga gagal hadir pada prosiding hari ini.

"Walaupun mahkamah pada 21 Sept lepas telah memberi peluang terakhir kepada penjamin untuk membawa perayu ke mahkamah tetapi dia (penjamin) masih tidak membawanya malahan penjamin juga tidak datang.

"Memandangkan beliau (Paiman) bersalah kerana tidak hadir ke mahkamah, mahkamah turut melucutkan hak jaminannya iaitu berjumlah RM700,000," kata hakim itu.

Terdahulu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir, memohon rayuan perayu dibatalkan dan waran pemenjaraan dikeluarkan.

"Peguam Gobind Singh Deo, yang telah menarik diri daripada mewakili Paiman pernah memberitahu pihak pendakwaan bahawa perayu pernah mengarahkannya untuk memfailkan petisyen rayuan. Ini bermakna perayu sudah sedia maklum kes ini sedang berjalan," kata Syed Faisal.

Paiman, 53, dihukum penjara 26 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 19 April 2011 selepas didapati bersalah menipu dan memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta milik dua Datuk lain dalam satu kes penipuan pelaburan antara 2005 dan 2006.

Bagaimanapun, Paiman hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 tahun selepas Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh memerintahkan hukuman itu berjalan serentak. - Bernama

[PAKATAN BOLEH!] Tahniah MPKB, Terima Anugerah Audit Terbaik

Posted: 12 Oct 2012 05:32 AM PDT



KKota Bharu: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), mendapat pengiktirafan sebagai Audit Kewangan Terbaik seluruh negara peringkat PBT 2011 baru-baru ini.

Sempena pengiktirafan yang diadakan di sebuah hotel itu, Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat menerima cenderahati dari Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob.

Pengarah Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham, berkata dengan penganugerahan itu membuktikan MPKB-BRI merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang bersih khususnya dalam menyalurkan sumber kewangan.

Katanya, ekoran pentadbiran kerajaan negeri khususnya MPKB-BRI sendiri yang teliti dalam menjaga sumber kewangan, akhirnya hasil yang baik telah diperolehi.

"Ia juga turut membuktikan pengurusan kewangan yang cekap serta tidak boros,"ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Fauzi serta semua kakitangan MPKB-BRI kerana telah memberikan contoh yang baik kepada semua hingga ianya diakui di peringkat negara.

Baru-baru ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob, menyampaikan cenderahati kepada Fauzi yang mewakili kerajaan negeri dan MPKB sempena pengiktirafan itu. -HD

ANAK SENGAT

Posted: 13 Oct 2012 01:12 AM PDT

ANAK SENGAT


BABI YANG DISEMBELIH ...HALAL..

Posted: 12 Oct 2012 09:06 PM PDT

Dunia politik memang menarik...kalut kerajaan melalui pelbagai agensi menyerang SUARAM atas alasan menjadi alat negara lua kerana menerima dana asing... Ada yang melatah sampai nak suruh ISA dan macam macam lagi...semua itu lahir dari lidah pengampu dan penjilat yang sedia menjilat ludah pemimpin mereka... setelah pemimpin meludah kahak...maka penjilat ini berebut menjilat kahak sampai licin...

Penjilat tadi tetiba jadi patung berdiri apabila peludah kahak tetiba mengaku umNO Sabah menerima dana RM 40 Juta yang diseludup dari Hong Kong! Jawapan tersedak air liur Najib mungkin satu kebenaran... tapi mungkin lebih kepada satu penipuan untuk membela Ketua Menteri Sabah... Najib gagap menjawab apabila ditanya apakah ianaya satu kesalahan...

Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."

"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.

Najib ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta. Sinar harian ( rujukan ).

Memang politik umNO...haram untuk orang...walaupun hanya itik yang dipancung...halal untuk umNO sekalipun babai yang disembelih...

Antara yang menarik juga... ia berlaku hampir serentak dengan jawapan Najib bahawa beliau jumpa Soros... sedangkan Soros adalah babi hutan yang sangat najis di bibir umNO dan Najib.

Kesimpulan mudahnya... Babi yang haram akan menjadi halal jika disembelih oleh umNO... Ayam yang halal menjadi haram hanya kerana dimasak dengan kualai Pakatan Rakyat...begitulah tanda orang nazak bercakap...

MiLo SuaM

Posted: 13 Oct 2012 01:07 AM PDT

MiLo SuaM


Najib mengaku Umno terima dana asing secara seludup dari Hong Kong

Posted: 12 Oct 2012 10:59 PM PDT

RIUH rendah, hampir sebulan media arus perdana mencanangkan kisah NGO Suara Rakyat Malaysia, Suaram yang dikatakan menerima dana asing. Malah sudah ada laporan Polis dibuat kerana NGO ini dikatakan bersalah menerima dana asing.

Selain itu portal bebas Malaysiakini juga diserang bertalu-talu oleh Utusan Malaysia kerana membenarkan pelabur asing memiliki pegangan sahamnya. Mereka mengecam Malaysiakini kerana menerima dana asing.

Tapi apabila Umno Sabah didedahkan menerima dana asing yang diseludup masuk daripada Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Najib terpaksa membuat pusingan "U turn". Tiba-tiba penerimaan dana asing sudah dihalalkan oleh Najib.

Malah Najib Razak berkata penerimaan dana asing ini adalah hak setiap parti politik yang disifatkannya sebagai "sumbangan politik" dan ia mengikut saluran yang betul [Sinar]



Selepas ini sila bawa masuk wang asing secara seludup dari luar negara kerana Najib Razak Perdana Menteri Malaysia sudah mengesahkan bahawa ia adalah saluran yang betul.

Najib jelas membayangkan kepada kita bahawa penerimaan dana asing merupakan perbuatan biasa parti yang diketuainya. Nampaknya kes dana seludup RM40 juta untuk Umno ini hanyalah isu kecil, lebih banyak lagi dana asing yang diterima oleh Umno akan didedahkan selepas ini.

Najib Razak, sila jawab! Berapa banyak United Malays National Organization, Umno terima dana asing daripada Zionist Israel dan Amerika?


ReJaM© "Bila kena batang hidung sendiri semuanya dihalalkan kah kah kah... "


Blog-list Malaysia

Posted: 13 Oct 2012 01:03 AM PDT

Blog-list Malaysia


Scorpene: Peguam Perancis beri taklimat di parlimen, visa sudah dipohon

Posted: 12 Oct 2012 11:21 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Oktober: Peguam mewakili Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di Perancis.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini.

"Kita sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke Malaysia telah dimohon minggu lalu.



"Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai," ujar Cynthia.

"Kalau boleh kita tak nak buat penerangan di Singapura. Itu hanya pilihan terakhir," katanya kepada keadilan daily

Menurut Cynthia, kerajaan tiada alasan untuk menghalang peguam berkenan masuk ke Malaysia sepertimana berlaku terhadap Wiliam Bourdon, Julai tahun lalu.

"Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini guna alasan William salah guna Pas lawatan. Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur.

"Kita bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan beri kerjasama. Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam jumpa klien (Suaram)," tegas Cynthia.

Awal bulan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan surat kepada peguam berkenaan di Paris bagi menjemput mereka hadir memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Malaysia sebelum sidang berakhir 22 November depan.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu menjangkakan sesi berkenaan akan diadakan di Singapura, ekoran halangan dari kerajaan Malaysia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37821



PM: RM40 juta diterima Umno Sabah 'sumbangan politik'

Posted: 12 Oct 2012 07:05 PM PDT

SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."



"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.

Najib ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.

Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.

Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.

-sinarharian.com



Aset, tanah KTMB RM50 bilion bakal lesap

Posted: 12 Oct 2012 05:54 PM PDT

KUALA LUMPUR 12 Oktober: KEADILAN bimbang aset dan pegangan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dianggar berjumlah RM50 bilion tergadai selepas diserah kepada MMC Corporation Berhad, kata Senator Syed Shahir Syed Mohamud.

Katanya, syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari itu tidak mungkin mengambil alih KTMB yang pada asasnya memberi perkhidmatan kepada rakyat, tanpa sebarang keuntungan.

"Persoalannya mengapa Syed Mokhtar berminat (mengambialih KTMB)? Jika kita lihat aset kepunyaan KTMB antaranya (adalah) tanah.



"Kedudukan tanah KTMB adalah di semua kawasan strategik di negara ini seperti di Butterworth, Ipoh, Kuala Lumpur, Gemas dan Johor Bahru," katanya kepada Keadilandaily.

Beliau sebelum itu menyertai kira-kira 500 ahli Kesatuan Pekerja KTMB (RUM) berpiket di depan ibu pejabatnya di Jalan Hishamuddin, bagi membantah pengambilalihan itu.

Tambah beliau, jika keputusan pengambilalihan itu dibuat berdasarkan pegangan hartanah yang dimiliki KTMB, ia bakal memberi pulangan lumayan kepada MMC Corp.

"Jika itu kebarangkaliannya, maka itu kebimbangan kita.

"Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada tanah KTMB di Singapura. Di Woodlands, Keppel Road, Bukit Timah hingga ke Tanjung Pagar. Nilainya berbilion ringgit," kata Syed Shahir.

KEADILAN sebelum mendedahkan usaha penswastaan operasi KTMB kepada MMC Corp sebagai satu lagi usaha mengkayakan kroni BN.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, pengambilalihan itu bermakna syarikat-syarikat yang dikawal Syed Mokhtar akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan sektor terpenting di negara ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37811



PM: Tiada salahnya saya jumpa Soros

Posted: 12 Oct 2012 05:44 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.



"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.



Umno terlibat seludup wang ke Hong Kong

Posted: 12 Oct 2012 05:16 AM PDT

ETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui wujudnya wang sebanyak RM40 juta milik seorang ahli perniagaan yang diseludup melalui Hong Kong adalah untuk sumbangan kepada Umno Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal undang-undang itu mengaku berlakunya kejadian ini di Dewan Rakyat semalam, demikian menurut Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham @ CheguBard berkata, seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.



"Namun berita ini diselindung sebaik mungkin dan tidak mendapat liputan dari media tempatan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, terbaru semalam apabila hal ini dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua ekoran jawapan bertulis yang diperolehinya dari Menteri terbabit yang mengatakan ia bukan wang untuk Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tetapi untuk Umno Sabah. Bankrap negara

"Apa yang harus disedari ialah mungkin dalam keghairahan regim pertahan pemimpin mereka maka mereka tidak sedar secara tidak langsung diakui bahawa penyeludupan wang RM40 juta itu memang wujud. Makanya apa tindakan undang-undang terhadap kejadian yang diakui wujud itu?

CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menegaskan, untuk membela Musa, Nazri mengakui wang itu bukan untuk Musa secara peribadi tetapi untuk Musa selaku Ketua Umno Sabah maka ini bermakna sahlah Umno Sabah terlibat dalam penyeludupan wang.

Kata beliau, menurut satu sumber, wang tersebut ada kaitan dengan kawasan balak yang diluluskan di Sabah dan adalah amalan biasa sebahagian keuntungan harus dipulangkan sebagai dana politik untuk komponen Barisan Nasional (BN) atau terus kepada pemimpin tertentu.

"Bukan sedikit wang negara diseludup keluar berkaitan kepentingan pemimpin BN," jelas CheguBard.

Contoh katanya sebelum ini terbongkar bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dikaitkan dengan penyeludupan wang RM10 juta ke London dan setelah didapati sahih berlaku, hanya syarikat penghantaran yang dihukum dengan lesennya ditarik.

"Inilah pengkhianat sebenar menjejaskan ekonomi negara. Sudahlah terlibat merompak wang rakyat terlibat pula melarikan wang keluar negara.

"Yakinlah jika regim ini terus berkuasa pasti tidak akan ada antara mereka yang diambil tindakan, lebih penting kegiatan mereka ini akan pasti membankrapkan negara," ujar beliau.

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/10/12/umno-terlibat-seludup-wang-ke-hong-kong/



MIMPI SENJA

Posted: 12 Oct 2012 11:43 PM PDT

MIMPI SENJA


Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros

Posted: 12 Oct 2012 09:08 PM PDT



Barang kali Najib Razak sudah habis cara dan buntu fikiran sehingga akhirnya dia terpaksa mengakui yang dia memang ada berjumpa dengan George Soros. Bagaimana pun beliau berlapik dan sedikit ego dengan mengatakan yang hendak berjumpa dengannya Soros bukan dia.

Peristiwa penting dan eksklusif itu berlaku tahun 2010.

Saya percaya kalau boleh mengelak Najib tidak akan mengaku semudah itu. Tetapi kerana sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi akhirnya dia terpaksa angkat tangan. Betul bagi Najib baik dia mengakui sesuatu yang benar. Menegak benang basah tidak ada faedah dan menjadi sesuatu yang menyusahkan. Apa lagi bukti-bukti jelas menunjukkan Najib 'berlaga' gelas dengan Soros.

Walaupun Najib nampak hebat kerana diminati Soros tetapi pendedahan itu memberi sedikit kesusahan kepadanya. Apa lagi Mahathir tidak habis-habis menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan Najib itu. Perjuangan Mahathir untuk memastikan UBN memang bagi membolehkan anaknya jadi timbalan perdana menteri terganggu dengan pengakuan Najib yang mugkin dianggap pandir itu. Mahathir merasakan usahanya memburukkan pembangkang dengan mengaitkan Soros jadi anti klimek.


Pengakuan Najib itu menjadikan Mahathir tersandar di kerusi malas, sikap dan gelagatnya sebelum ini yang menghentam Soros dan mengaitkan Soros dalam membantu pembangkang dapat diterjemah dengan mudah oleh rakyat. Selain orang Umno totok sudah mengetahui siapa dan apa dia Mahathir ini.

Selain itu pengakuan Najib itu juga ada implikasinya. Apabila Najib membuat pengakuan itu maka timbullah berbagai persepsi terhadapnya dan intgeritinya sendiri. Orang akan mengait dengan beberapa hal misteri lagi mengenai Najib. Apa yang Najib sembunyikan selama ini dianggap benar. Cuma Najib tidak mengaku kerana tidak ada bukti nyata, tetapi hakikatnya benar.

Misalnya orang akan ingat tuduhan ke atas Najib yang beliau pernah dicekup dengan seorang artis di Port Dickson beberapa tahun lalu. Orang juga akan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shahribbu. Selama ini Najib tidak mengaku yang dia mengenali dan berjumpa dengan Altantuya. Penafian itu dibuat dengan bersumpah "Demi Allah". Sumpah ini dilapaz dihadapan saya sendiri.

Juga akan dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Semuanya bermula dengan pengakuan Najib berjumpa dengan Soros itu. Orang akan menganggap mungkin kisah-kisah lain Najib itu benar belaka cuma ia tidak terbongkar lagi. Bagi Najib kalau boleh selindung dia akan selindung sampai ke bila-bila.

Perjumpaan Najib dengan Soros bukan rekaan, ada bukti dan paling penting sekali apabila Najib mengakui. Sebenarnya tidak ada salah pun pertemuan itu ia perkara biasa. Namun apabila Soros itu dianggap hanyir dan jahat oleh Mahathir menyebabkan pertemuan itu juga menjadi hanyir. Mahathir cuba mendedahkan kehanyiran pembangkang bila berjumpa dengan Soros. Jadi bila Soros berjumpa dengan Najib kehanyiran itu kini terlumur di tubuh Najib.

Kesimpulan cerita Soros yang cuba dijadikan isu Mahatir ini tidak memberi bekas apa-apa lagi. Isu Soros sudah tawar 'lembar' dan menjadi senjata memakan tuan.

Bagaimana pun bagi saya Najib tidak perlu gementar dengan pertemuan itu. Sebaliknya yang perlu Najib takut dan berwaspada ialah bertemu dengan Mahathir kerana Mahathir dalam konteks politik Najib lebih bahaya dari Soros. Mahathir lebih berpotensi untuk menjatuhkan Najib berbanding dengan Soros. Soros tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi kalau kerajaan UBN jatuh tetapi Mahathir dapat merasai apa yang akan berlaku kepadanya.  Ini menyebabkan Mahathir lebih jahat dan celaka dari Soros. Padan muka.

Soros juga tidak ada anak dan harta untuk dilindungi di Malaysia, sebaliknya keperluan melindungi anak dan harta itulah yang ada kepada Mahathir. - MSO

HARAMJADAH : Bapa 53, rogol anak sendiri 18

Posted: 12 Oct 2012 08:52 PM PDT


Bapa 53 tahun rogol anak OKU
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Oktober 2012
 Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias
Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias
IPOH – Nafsu binatang! Gelaran tepat bagi seorang lelaki yang tergamak merogol anak sendiri berusia 18 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias berkata, kejadian sumbang mahram itu disedari kakak mangsa yang membuat laporan polis kelmarin.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, mangsa yang mempunyai masalah mental tinggal bersama-sama keluarganya termasuk suspek di sini.

"Mangsa merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik dan masih bersekolah di sebuah sekolah pendidikan khas di daerah Ipoh.

"Semalam (kelmarin), mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan media yang difakskan kepada Sinar Harian, semalam.
Bagaimanapun, suspek yang berusia 53 tahun itu ditahan pada jam 1.40 pagi, semalam, di rumahnya dan direman tujuh hari  untuk siasatan.

Dalam perkembangan lain, Azisman berkata, pihaknya juga sedang mengesan suspek yang merempuh kereta polis di kawasan perumahan di Lebuh Bercham Selatan di sini, kelmarin.

Katanya, tindakan agresif itu menyebabkan salah seorang anggotanya melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek.

"Kejadian jam 12.30 tengah malam itu, anggota bertugas melakukan rondaan ternampak sebuah kereta Hyundai warna kuning dengan nombor pendaftaran WLX 659 dalam keadaan mencurigakan.

"Walaupun disekat di kawasan kejadian, suspek bertindak nekad membuat pusingan U lalu melanggar kereta yang dinaik anggota polis," katanya.

Suspek yang dipercayai terlibat dalam kes dadah berjaya meloloskan diri setelah merempuh dan menghimpit kereta polis.- SINAR

[Video] Ceramah DSAI di Tenom Sabah 12/10/2012

Posted: 12 Oct 2012 07:43 PM PDT

Hampa tengok la Najib, betapa hebat nya dia. Soros yang minta nak jumpa dia tau, bukan dia yang pi jumpa Soros ... hahaha hampa dengaq la klentong Najib tu ....

Posted: 12 Oct 2012 09:41 AM PDT


October 12, 2012
KUALA LUMPUR, 12 Okt — Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak mengakui mengadakan perjumpaan dengan asing George Soros tetapi atas dasar memenuhi permintaan yang dibuat oleh  spekulator mata wang tersebut.
Najib juga berkata pertemuan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan malahan berkata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad turut pernah melakukan perkara sama bertemu Soros.
"Ya, saya ada berjumpa dengan Soros. Ia hanya sekadar memenuhi permintaan beliau dan adalah satu kunjungan hormat yang biasa.
"Lagipun dia (Soros) yang meminta untuk berjumpa dengan saya," kata Najib (gambar).
Apabila ditanya mengenai perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak, Najib enggan mendedahkan dan berkata ia hanya perbincangan biasa.
"Ia bukan satu masalah mengadakan pertemuan dengan Soros.
"Asalkan ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan dan tidak mengenai mendapatkan bantuan kewangan, saya rasa ia bukan satu kesalahan," tambah Najib lagi.
Semalam, naib presiden PKR, Chua Tian Chang, menggesa PM memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan spekulator mata wang asing Soros pada tahun 2010.
Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang semalam.
"Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros," kata Chua (foto fail).
Pendedahan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lepas semasa perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim.
Chua juga menyelar sikap kerajaan yang bersandiwara dan memutar belit fakta dengan bertindak menyerang badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima dana asing dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan pusat.
Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga didakwa oleh Chua pernah bertemu dengan Soros bagi melobi untuk mendapatkan dana bagi sebuah NGO yang menentang peperangan pada 2006.
Susulan pendedahan dalam debat tersebut, media hari ini melaporkan Najib pada telah bertemu Soros pada hari sama dia menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.Sebelum itu, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
Najib, yang juga pengerusi BN, tiba di Menara Datuk Onn pada pukul 8.20 malam dan disambut oleh setiausaha agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 9 malam itu dijangka membincangkan beberapa isu politik semasa termasuk kemungkinan tentang persiapan jentera pilihan raya umum parti-parti komponen.
Turut hadir presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M.Kayveas, presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong, naib presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti-parti komponen BN lain.

[Video] Ceramah DSAI di Pensiangan Sabah 12/10/2012

Posted: 12 Oct 2012 03:32 AM PDT