Khamis, 23 Ogos 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 23 Aug 2012 09:03 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Mahathir mengaku Umno/BN adalah 'iblis'

Posted: 23 Aug 2012 07:55 AM PDT

 Aspan Alias: Iblis dan syaitan itu adalah musuh kita yang nyata

"It's better to work with the devils you know than with the angels you don't know," kata Dr Mahathir dalam usaha beliau mempertahankan BN. Dengan kenyataan bekas Perdana Menteri ini mengakui yang UMNO itu adalah syaitan (devil) dan rakyat mesti memihak kepada syaitan kerana kita semua sudah mengenali syaitan itu. Beliau juga sekali gus beranggapan yang PR itu adalah malaikat (angel) tetapi meminta kita supaya menolaknya kerana kita tidak mengenali malaikat itu.

Mengambil seruan beliau itu secara 'literal' Mahathir hanya mengenali syaitan sahaja dan beliau tidak mengenali malaikat dan meminta kita menyokong hanya yang kita kenali, walaupun kita tahu dan mengenali syaitan itu. Oleh kerana kita mengenali syaitan (BN) maka kita diminta oleh beliau untuk menyokong syaitan itu.

Sebagai seorang yang beragama suci ini kita tahu dari kecil lagi yang syaitan dan iblis itu telah berjanji kepada Allah swt untuk menyesatkan manusia dan iblis tidak patuh kepada perintah Tuhan untuk tunduk kepada Adam. Maka dalam perjuangan hidup manusia, perjuangan yang sebesar-besarnya ialah untuk melawan diri sendiri atau dalam kata lain untuk melawan nafsu amarah kita terus-terusan sehingga akhir kalam kita.

Selepas sahaja Islam memenangi perang khandak yang sangat sengit dahulu di mana Islam hampir tewas pada mulanya, Saidina Ali karamallah huwajhah telah bertanya kepada Rasulullah apakah peperangan yang lebih hebat daripada perang khandak ini. Rasulullah telah menjawab yang peperangan yang paling hebat dan sengit ialah peperangan melawan nafsu sendiri.

Sememangnya peperangan yang paling hebat ialah peperangan melawan iblis dan syaitan kerana peperangan itu tidak putus-putus sepanjang hayat kita. Itulah sebabnya lahir sahaja seseorang manusia itu dengan roh yang suci bersih kita akan dihadapkan dengan perjuangan melawan hawa nafsu kita kerana kita terus sahaja berhadapan dengan elemen perjuangan hidup iaitu untuk memerangi hawa nafsu kita.

Kalaulah tidak ada iblis dan syaitan ini maka seseorang itu tidak ada perjuangan dalam kehidupan kita. Itu pun sebabnya kita dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi khalifah Allah kerana untuk kita berperang dengan musuh Allah, iaitu iblis dan syaitan itu. Kita perlu melawan habis-habisan iblis dan syaitan itu dan itu merupakan amalan untuk mengtauhidkan kebesaran Allah Maha Pencipta itu.

Itu sebabnya kita mesti dan wajib mencari dan berusaha untuk meningkatkan makam diri untuk menjadi seorang yang mukminin bukan setakat menjadi seorang muslim semata-mata. Untuk mencapai tahap mukminin ini hanya satu sahaja yang memungkinkan kita berjaya mencapainya, iaitu berjaya melawan hawa nafsu jahat yang dibawa oleh iblis dan syaitan itu. Barulah kita sebenar-benarnya menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Dalam kita yang masih lemah ini kita ditegah untuk memerangi iblis dan syaitan itu, adalah pula manusia yang menyeru kita memberikan dukungan kepada pihak iblis itu kerana beliau lebih mengenali iblis dan syaitan itu. Beliau tidak mengenali malaikat (yang haq) dan kita tidak tahu kenapa beliau menjadi begitu.

Itulah sebabnya ada ulamak yang zuhud memberikan ingatan yang nilai kehidupan seseorang itu bergantung kepada rakan dan taulannya. Jika kita selalu berpeleseran dengan iblis dan syaitan maka kehidupan kita akan terpengaruh dengan elemen yang dibawa oleh syaitan itu dan dia akan jauh dari elemen yang haq kerana tidak pernah mendekatinya.

Kalau kita seorang pemimpin dan selalu berabit dengan iblis dan syaitan maka cara kita memimpin akan dipengaruhi oleh iblis dan syaitan itu. Maka kita akan menjadi pemimpin yang rasuah dan selalu menyalahgunakan kuasa dan seterusnya memecah-belahkan orang-orang yang kita pimpin.

Iblis selalunya tidak suka apabila kita bersatu melawannya, tetapi mereka akan bergembira jika semua kita ini bersatu dan berabit bersamanya. Iblis mahukan semua bani Adam lebih-lebih lagi umat Muhammad untuk bersama dengannya kerana jika kita terpengaruh dengannya, maka mereka (iblis) itu berjaya menyesatkan umat manusia seperti janjinya kepada Allah apabila iblis ingkar perintah Allah untuk tunduk kepada Adam.

Terpulanglah kepada kita semua untuk memilih satu di antara dua pilihan. Kita boleh memilih untuk mengikut perintah Allah untuk melawan iblis dan syaitan itu dan menjadi khalifah Allah, atau bersekutu dengan iblis itu.

Jika kita hendak memilih untuk bersekutu dengan iblis itu elok diikut sahaja nasihat Dr Mahathir itu kerana iblis ini memang senang untuk dikenali dan mudah mesra dengan kita.

Mengenali yang haq memang susah kerana kita terpaksa melalui ujian besar untuk mengenalinya. Bak kata perpatah seorang ulamak tersohor, 'jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan onak, sedangkan jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang enak-enak.'

Kalau sesiapa yang ingin mengikut dan menuruti seruan Dr Mahathir itu silakanlah.

Tetapi kita orang beragama dan bertuhan ini mengakui yang Iblis itu adalah musuh kita yang nyata kerana ia akan membawa kerosakan kepada kehidupan manusia.




- Aspan Alias

Tukar Tiub

Posted: 23 Aug 2012 07:50 PM PDT

Tukar Tiub


BEERITA SEDIH - RAKYAT TAK BACA UTUSAN MELOYA LAGI.

Posted: 23 Aug 2012 06:08 PM PDT





MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA




MALAYSIAKINI GAGAL PENUHI IKRAR - meloya

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Portal berita propembangkang, Malaysiakini dianggap tidak memenuhi ikrarnya kepada rakyat berikutan semakin jauh menyimpang daripada prinsip asal yang dilaung-laungkan iaitu menjadi medium penyampaian maklumat bebas dan seimbang.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Chamil Wariya berkata, ini kerana 'pembingkaian kandungan editorial' portal itu terlalu memihak kepada pembangkang dan begitu agresif memburukkan usaha-usaha kerajaan.

"Ia jelas menampakkan sikap tidak profesional Malaysiakini terutama dalam menjunjung kredibiliti dunia kewartawanan dan media.

"Lebih malang, portal berita ini semakin hanyut dalam mengetengahkan 'suara-suara' yang menentang apa jua inisiatif kerajaan untuk pembangunan dan kebaikan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...PERGI MAMPOOSLAAAA.... kah kah kah..

kah kah kah.... PERGI MATILAAA TAK ADA ORANG BN NAK BACA MELOYA... kah kah kah...

kah kah kah...TAK ADA ORANG NAK BACA BERITA HAIRAN.... kah kah kah...

kah kah kah.... IKRAR KEPALA BANA APA?.... kah kah kah..

kah kah kah.... TAK NAMPAK KE MALAYSIAKINI ADA IKRAR DAN JANJI.... kah kah kah..

kah kah kah...BANGANG!..... BUTA?.... kah kah kah...

kah kah kah...MALAYSIAKINI BERIKRAR NAK GULINGKAN KERAJAAN GEROMBOLAN... kah kah kah...

kah kah kah...MALAYSIAKINI MEMANG BERJANJI UNTUK BURUK KANA GEROMBOLAN... kah kah kah...

kah kah kah.... INI NIAT DAN AKIDAH YANG SUCI.... kah kah kah







MAHATHIR SEDAR BAHAWA DIA AKAN ADI DAKWA DI MAHKAMAH

Posted: 23 Aug 2012 10:41 AM PDT




MENANGIS TAKUT HILANG KUASA






KENYATAAN GOYAH MAHATHIR BUKTI PAKATAN AKAN AMBIL ALIH KUASA


Merujuk kepada kenyataan Tun Mahathir yang bersifat kecut dalam blognya dan beberapa portal kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya membuktikan mantan Perdana Menteri 22 tahun itu akur dan mengakui trend sokongan rakyat pada PRU-13 akan menyebabkan Umno/Bn tumbang menyembah bumi.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya rakyat akan meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan 5 negeri Bn tumbang pada PRU-12 dan kebangkitan rakyat di PRU-13 akan menyebabkan regim Bn hilang kuasa sebagai pemerintah. Bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' Bn, faktor jelas ini menguatkan lagi hujah betapa Umno/Bn bakal kehilangan kuasa pada PRU-13.

Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi.

Mungkin Tun Mahathir terlupa maka SAMM ingin mengingatkan bahawa 5 kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 di mana salah satu kerajaan negeri bukan Bn telah bertahan sejak 1990. Peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir.

Jika ada pun kucar-kacir, ia hanya berlaku pada malam kemenangan Barisan Rakyat (Kini Pakatan Rakyat) di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen 'rahsia' ke dalam mesin shredder. Tidak cukup dengan itu, dokumen yang telah terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan 'bukti'. Kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 dengan lebih panik kucar-kacirnya di Putrajaya sekiranya Bn tumbang.

SAMM juga telah membuat sedikit kajian dan survey, mendapati perubahan yang berlaku di 5 buah negeri (sekarang 4) yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan tanda positif dari pelbagai sudut khususnya dalam soal pengurusan kerajaan negeri, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat. Semua negeri Pakatan Rakyat juga diiktiraf akan ketelusan dalam pentadbiran.

Polisi kebajikan yang diamalkan oleh kerajaan negeri PR juga tidak menyebabkan negeri bankrupt malah keuntungan berganda dalam banyak sektor hasil dari amalan berjimat dan perbelanjaan berhemah. Dalam keadaan regim pusat yang menekan, menyerang dan pengagihan hasil bumi yang tidak adil, kerajaan negeri tetap stabil dan bertahan. Rata-rata rakyat menerima Pakatan Rakyat sebagai peneraju kerajaan negeri dan bersedia untuk giliran menukar kerajaan pusat.

Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal Pakatan Rakyat di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Tun Mahathir? Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas PM ini jika servis kerajaan pusat berubah tangan?

Dalam kenyataannya Tun Mahathir juga cuba menyamakan Anwar Ibrahim dan Barack Obama yang menjanjikan 'perubahan' dalam kempen pilihanraya masing-masing. Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza. Namun SAMM melihat persamaan yang lebih relevan seperti yang dimaksudkan Tun Mahathir ialah antara Obama dengan janji perubahannya dan Najib Razak dengan transformasi palsu serta janji yang tidak pernah ditepatinya(Janji BERSIH Pilihanraya).

Salah satu para kenyataan Tun Mahathir begitu mencuit hati kononnya "tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan" - seolah-olah Tun Mahathir sedang bercakap di depan cermin, kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno Bn, dan di atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak Bn dan mengundi 'Asalkan Bukan Umno'.



Di para terakhir kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan juga agak menakutkan yang berbunyi "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal". SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir namun akhirnya tafsiran paling sesuai untuk kenyataan ini ialah - Tun Mahathir menyeru agar lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali" dalam Barisan Nasional dari mengundi "Malaikat yang belum pasti" dalam Pakatan Rakyat. Tafsiran yang menyamakan Bn dengan syaitan ini tidaklah begitu pelik kerana Tun Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.

Nyata sekali kenyataan Tun Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan. Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentimen hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN).

Akhir sekali SAMM menyeru kepada semua untuk bersama merintis perubahan, kita harus percaya dengan perubahan ini dan tuhan bersama orang yang ingin kepada perubahan (kebaikkan). SAMM juga turut mendoakan supaya Tun Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com



MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA




NOTA:
jangam lupa
memakai baju kuning
berkumpul jam 10: malam
di sebelah air pancut
dataran merdeka


PERUTUSAN PENCERHAN PEMBACA

Posted: 22 Aug 2012 10:54 PM PDT










UCAPAN SELAMAT MAIN MERCUN DARI PEMBACA

siutla koni tt.. kalo yepun bukan islam, jgnla main2 ucapan salam tu. urang kapir pon tau bg salam batul2
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/23/12

Barangsiapa yang bangun pagi dan mandi di kala sebelum subuh di pagi raya, maka dia termasuklah dalam golongan yang mengerjakan isterinya malam tadi..keh keh
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/23/12

13 BEAUTIFUL! Pandai betul TT berlakon seperti pemimpin tinggi UMNO berlakon konon mengucap hari lebaran yang datang dari hati untuk menipu/menjarah/menzalimi lagi rakyat Malaysia yang masih bangan.
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/23/12


macam harammmmmmmmmm TT
By Memanda Perdana on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/23/12

kah kah kah...macam gampang! bang isham, kau mintak maap pada bik mama? kah kah kah...selamba badak je... terbaek la bro!!
By bengkak on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/23/12

terbaek.
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/23/12

macam hare...terus potong selera aku nak makan. hang bagi steady sikit bro... jangan dok buat kelaku lagu ni dah.
By underBear on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12

hehehe kang silap2 keluar fatwa kafir sebab main mercun cino hehehe
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12

kah kah kah ucapan hari raya terbaik tahun ni. nampak hensem pulak berbaju melayu & bersongkok :)
By mek on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12


kah kah kah kah kah kah kah kah kah
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12

Bonne l'année TT !! =)
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12

bonne l'année TT!! =)
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12

hahahahaha perutusan hari raya yang paling cool yang penah aku tengok
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12

tt pkai songkok tinggi? ada apa2 ke? hehehe
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12

Bagus tt..bestttttttttttttt.
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12


DEAR TT, SO COOL!!!!!!!!!!!!
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12

nmpak songkok tinggi ni mcm org UMNo geng malikul sembab ja kah khak kah
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12

kah kah kah part salam tu misti mat2 serban panas dengar kah kah kah selamat hari raya puasa. wahai bani melayu, tak perlu nak jadi arab kah kah kah
By Anonymous on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12

wakakaka~ osah poning
By muhammad aiman Aiman on UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB on 8/22/12


siapa lagi kawan kita yang masih ada dikampong sham?
By Calipso on SELAMAT HARI RAYA DARI TIM TUKAR TIUB on 8/19/12




JEMPUTAN JANJI DEMOKRASI




NOTA:
janji demokrasi
malam 30 ogos 2012
jam 10:00 malam
dataran merdeka
pakai baju kuning!


NAKBA DAN MALAPETAKA - SEKALI LAGI

Posted: 22 Aug 2012 09:20 PM PDT





MATV INDERA PEJUANG NEGARA





NAKBA DAN MALAPETAKA

Setiap tahun pada 15 Mei warga Palestine akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel telah dipacakkan keatas bumi Arab. Justeru pada tarikh ini warga Palestine diseluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.

Semenjak 15 Mei 1948 – warga Palestine telah berhadapan dengan segala macam kesangsaraan. Tanah mereka dirampas. Rumah merdeka diroboh. Mereka kehilangan harta benda. Kehilangan hak demokrasi. Kehilangan kampong halaman. Rakyat Palestine diserang, dibunuh dan dihalau dari kampong halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.

Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestine. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestine.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini yang dieja dengan M huruf besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu dibawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula 5 wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor kuasa kolonial Britsh telah memasuki jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.


Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawa jagaan Raja England dan bukan lagi dibawah East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijeh. British telah juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi bagitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari China dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh China dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan : dimana ada penindasan disana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampoh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh China di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan China. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empire British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun – Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi British Military Administration masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah mengampoh dan laungan kemerdekkan kedengaran disana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS) – semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British scara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini - United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelor, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation – 1946 – agak lewat. Muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.


Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama Putera.

Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan Hidup Melayu. Para pembaca yang budiman, perhatikan betul betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oxygen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerja sama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu Melayu, China China dan India India. Maka lahirlah Perikatan. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan Perikatan masih lagi Melayu, China dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA – badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminn, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk mengahalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa : Mereka bukan bangun menentang British tapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.


Jika tidak percaya apa yang saya tulis ini – sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti – media milik United Malay National Organisation akan membuka kesah-kesah bodoh dimana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi barua British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila Parti Konunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng banguan mengangkat senjata – apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?
Sejarah jelas membuktikan – gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai Merdeka; gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk Merdeka. Untuk saya kalau perbuatan ini bukan kerja barua British maka Rosmah Mansor itu masih lagi dianggap anak dara sunti.

Justeru, sebagai balasan menjadi barua yang setia , pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Untuk saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka bertujun untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestine membolehkan tanah-tanah Palestine dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampong Baru dan Kampong Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat 6 warga penyokong Bersih sedang ditahan tanpa bicara.


Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun – pada 10 Ogos 1511 – Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan disini bahawa Nakba di Palestine pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestine berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah. (TT)



KIBAR SANG SAKA BUKAN JALUR TEMBELANG




NOTA:
tulisan ini telah
pernah disiarkan




MAT INDERA ANGKAT SENJATA LAWAN PENJAJAH BRITISH

Posted: 22 Aug 2012 08:21 PM PDT





MAT INDERA WIRA BANGSA




PENCERAHAN DARI PEMBACA
Ya betul. Dgn Perjuangan semua anak bangsa di tanah air kita, maka British pun telah terpaksa keluar dari Tanah Melayu dan negara kita telah mencapai kemerdekaan. Tabik hormat kepada para pejuang2 kita dari kalangan golongan berhaluan Islam dan dari kalangan golongan berhaluan kiri. Tapi, saya agak sedikit terkilan.

Kita tak dapat merdeka penuh dari british seperti Yaman Selatan. Yaman Selatan adalah satu2nya negara Komunis yg pernah wujud di Tanah Arab (1968-1990). Mereka merdeka penuh daripada British (di samping dpt menumbangkan Sultan2 mereka yg takut dgn British) dengan perjuangn bersenjata. Dari situ, wujud sosok yg gagah spt Salim Rubayyi' Ali, Abdel Fattah Ismail, Ali Antar, dsb. Di bawah ini, saya attachkan dua video perarakan ulangtahun Kemerdekaan Yaman Selatan yg ke-20 pada tahun 1987. Ini adalah antara 'rare video' yg sukar didapati. Dari sosok mereka, jelas terpancar semangat juang mereka menentang penjajah.

Videonya, Bhg1: http://www.youtube.com/watch?v=mAwtgvnj05M& feature=channel&list=UL Bhg2: http://www.youtube.com/watch?v=7L0It7ayI6o Bhg ringkas (tapi ada pbhg perarakan kaum pekerja) http://www.youtube.com/watch?v=_iSkgDEeff0&feature=channel&list=UL Video2 ni saya tgk masa sebelum saya pergi Bersih 3.0 utk naikkan semangat perjuangan.

Dan juga utk tgk lepas Bersih 3.0 utk kenang2an Dari situ, saya tiba2 nak jadi wataniah utk melindungi perjuangan rakyat an melindungi kedaulatan rakyat walaupun BMI saya tak lepas syarat untuk jadi tentera ahaks :p Salam perjuangan kepada seluruh rakyat anak semua bangsa. Biar pemuda hancur asal tanah menjadi luhur.
By all-out on MAT INDERA PEJUANG KEMERDEKAAN - ANGKAT SENJATA LA... on 8/22/12




SEMUA TURUN
semua dijemput turun
untuk malam 30 ogos
jam 10:00 malam dataran merdeka!


Komentar Kini

Posted: 23 Aug 2012 07:24 PM PDT

Komentar Kini


PAS punca DAP tak faham hudud?

Posted: 23 Aug 2012 07:02 PM PDT



Pada Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin PASlah yang salah dan menjadi punca DAP tidak faham hudud.  

Bercakap pasal faham hudud teringat penulis dengan "hidayat". Hidayat hak milik Allah bukan hak milik PAS atau sesiapa.

PAS dan manuisia hanya boleh berdakwah atau menyeru serta mengajak orang kafir kepada meng Isa kan Allah sepertimana dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Oleh itu, hidayat kepunyaan Allah. Allahlah yang memberi hidayat yang membolehkan orang  kafir faham dengan Islam.

Demikian juga peranan PAS. PAS pun berdakwah. Soal DAP faham hudud bukan duduk ditangan PAS, tetapi duduk pada hidayat Allah.

Kita difahamkan Allah tidak akan memberi hidayat kepada orang kafir. Demikian juga orang munafik. Sebab itu orang kafir  dan munafik tak akan faham hudud.

Akan tetapi tidak dinafikan ada sesetengah orang kafir yang faham islam, kerana telah mendapat hidayat dari Allah.

Mereka yang mendapat hidayat atau dengan kata lain Allah telah memberi hidayat kepada mereka dan mereka lantas masuk Islam dan beriman.

Sebab itu sehingga hari ini DAP ke MCA ke dan MIC ke  tak akan faham hudud. Malah mereka tidak boleh faham  jika tanpa hidayat Allah.

Yang peliknya kebanyakan pemimpin melayu umno juga tak faham faham pasal hudud. Bukan setakat tak faham malahan menolak, menentang  serta turut mempersenda sendakan hukum Allah  tersebut.

Adakah  ini PAS yang salah?


:: @ AL-BAKISTANI @ ::

Posted: 23 Aug 2012 03:40 PM PDT

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


NON MUSLIM JADI PEMIMPIN?

Posted: 23 Aug 2012 11:08 AM PDT


Allah swt sebut dalam al-Quran;
jangan kamu cela mereka menyembah selain dari Allah, nanti mereka akan cela Allah dengan permusuhan dan tanpa ilmu'

ayat ini bersifat sad al-zaraie, iaitu larangan itu berfaktorkan bimbang kepada implikasi celaan mereka terhadap Allah SWT. Dengan maksud, hukum mencela sembahan selain Allah pada asalnya adalah boleh, tp jika memungkinkan ada implikasi celaan balas kpd Allah, maka hukumnya haram. Inilah yang dikatakan ayat ini bersifat sad al-zaraie.

Kaedah sad al-zaraie, bukan dengan mengharamkan terus, tetapi ia sudah cukup capai maksud sad al-zaraie dengan adanya syarat2 ketat yang ditetapkan. Ia sama seperti hukum melantik perempuan menjadi pemimpin. Qaradawi mengizinkan itu berdasarkan syarat2 yang ketat. Dengan maksud, sekiranya syarat tidak disempurnakan, maka hukumnya adalah haram. Namun, jika ikut dgn syarat2nya, hukumnya adalah harus.

Serupa juga ayat yang melarang melantik orang kafir menjadi pemimpin. Ayat itu perlu ditengok kpd ayat lain yang merujuk larangan berfaktorkan kebimbangan rahsia-rahsia negara akan dibongkarkan kepada negara musuh.

Dalam kerangka demokrasi, seseorang yang menjadi pemimpin tertakluk kepada undaang2. Dengan maksud, kalau mereka melanggar undang2 tersebut, mereka dikenakan tindakan hukuman, tidak kira pemimpin itu beragama islam atau tidak beragama islam.

Dengan maksud, melantik non muslim yang adil sebagai pemimpin adalah harus sekiranya mereka akur dengan syarat2. Sekiranya mereka langgar syarat, maka hukumnya boleh jadi haram. 

Dalam kes kebimbangan rahsia-rahsia negara akan dibongkarkan kepada negara musuh, masakan non muslim, kadangkala muslim juga boleh buat. 

Ekoran itu, tidak hairan islam letakkan asas amanah amat penting bagi seseorang pemimpin. Ini krn, kalau pemimpin bukan islam itu amanah, sudah pasti kebimbangan rahsia-rahsia negara akan dibongkarkan kepada negara musuh tidak akan berlaku..

KAFIR ZIMMI, MUAHID DALAM NEGARA DEMOKRASI

Posted: 23 Aug 2012 10:38 AM PDT


[1]

Akad zimmah adalah pengakuan non muslim dalam sesebuah kerajaan islam dengan keadaan mereka perlu dikenakan membayar jizyah.

Menurut ibn Al-Qayyim dalam kitab ahkam ahl al-Zimmah, beliau meletakkan ahl al-Zimmah sebagai salah satu dari maksud kafir mu'ahid. Pada Ibn al-Qayyim, selain ahl al-Zimmah, antara termasuk dibawah maksud kafir Mu'ahid adalah Ahl al-Hudnah dan ahl aman. (jld 2, hlmn 837)

maksud ahl al-Hudnah adalah golongan kafir yang memerangi kerajaan islam pada asalnya, kemudian mereka genjatan senjata dan berdamai dalam kerajaan islam. Adapun kafir zimmi pula adalah non muslim yang menjadi rakyat sesebuah negara yang semenjak awal lagi berdamai dengan kerajaan Islam dengan membayar jizyah.

Perbedaan antara kafir hudnah dengan zimmah adalah, zimmah sememangnya sudah ditetapkan kepada mereka membayar jizyah, sedangkan hudnah adalah terpulang kepada kerajaan untuk meletakkan pembayaran yang perlu mereka tunaikan atau tidak.

Di sana terdapat satu lagi jenis disebut sebagai musta'man. Mereka adalah non muslim yang datang dari negara luar, sama ada dengan tujuan berniaga, melawat, merantau dan seumpamanya dalam kerajaan Islam. Bagi musta'man ini, tidak boleh dikenakan jizyah.

Ulama-ulama terdahulu berbeda pendapat dalam mendefinisikan maksud bagi kafir mu'ahid ini. Menurut Ibn Athir, 'mu'ahid banyak disebut dalam hadis merujuk kepada ahl zimmah. Kadangkala digunakan untuk selain ahl zimmah, seperti digunakan untuk non muslim yang melakukan perdamaian atau genjatan senjata dengan orang islam (ahl Hudnah) dalam jangka masa tertentu'

dari definisi Ibn Athir, kita dapati maksud kafir Mu'ahid ini merujuk kepada; 1- kafir zimmi yang membayar jizyah; 2- kafir hudnah yang bergenjatan senjata dengan pemerintahan islam.

Adapun menurut al-Syaukani pula, beliau mendefinisikan Mu'ahid ini adalah lelaki dari kalangan ahl harb (yang asalnya menyerang kerajaan Islam) yang masuk dalam kerajaan Islam dengan aman. Haram bagi pemerintahan Islam membunuhnya'

dengan definisi al-Syaukani pula, kita dapati maksud dengan mu'ahid adalah tertumpu kepada kafir hudnah.

[2]

Fiqh Politik, sifatnya sentiasa berubah berdasarkan perubahan masa dan tempat. Perubahan itu hendaklah tertakluk kepada masih menjaga perinsip, iaitu memberi kemaslahatan kepada rakyat.

Al-Qaradawi menyatakan; 
'politik adalah melaksanakan sesuatu berdasarkan kemaslahatan kepada rakyat' (al-siyasah al-Syariyyah, hlmn    ).

Al-Tufi pula menyatakan;
'adapun maslahah siyasah mukallaf pada hak-hak mereka, maka ia diketahui bagi mereka berdasarkan hukum adat dan akal. Apabila kita dapati dalil syarak mendiamkan diri dari memberi faedah, maka kita ketahui bahawa kita dihalalkan pada penghasilan maslahah terhadap rakyatnya' (Dr Mustafa Zaid, al-Maslahah fi al-Tasyrik al-Islami, hlmn 233, nazariyyah al-Muwazanat, hlmn 305)

dan lagi, sifat politik yang termaktub dalam nas bersifat wasail, bukan maqasid. Dengan maksud, ia adalah mekanisma yang sesuai di zaman dan penurunan wahyu, tetapi di zaman yang lain, mekanisma itu boleh dirobah selama tidak menafikan maqasid dalam politik, iaitu memberi keadilan dan kemaslahatan kepada rakyat.

Ia diumapamakan seperti firman Allah;
'perangilah orang kafir itu hingga tidak berlaku fitnah'

ayat ini, Allah SWT menyatakan bahawa berperang itu sebagai mekanisma untuk menghilangkan fitnah. Dalam beberapa tempat seperti Malaysia, berperang itu wajar dielak, waima disuruh berperang oleh nas, kerana di Malaysia, berperang itu sendiri boleh mendatangkan fitnah.

Makanya, di malaysia, untuk mengelak fitnah, bukan dengan berperang, tetapi dengan menggunakan mekanisma yang lain, seperti mengundi, demokrasi dan sebagainya; selama tidak menyanggahi nas secara saheh dan sareh.

Maka begitujuga dalam fiqh politik. Sifatnya adalah adalah wasail, atau mekanisma. Sedangkan semuanya bertujuan untuk mencapai kemaslahatan dan keadilan kepada rakyat.

[3]

mengklasifikasikan kafir itu kepada muahid, zimmi, musta'man, hudnah, harbi dan sebagainya merupakan pengamalan yang layak berlaku di zaman berperang. Sepertimana yang diketahui, dalam sejarah umat Islam, pemerintahan ketika itu sentiasa berperang, perebutan dan sebagainya. Makanya berlakulah pemerintahan monarki yang lahirnya dinasti umawiyyah, kemudian abbasiyyah dan akhirnya osmaniyyah.

Namun begitu, keadaan politik dunia islam sudah berubah. Ekoran itu, ijtihad-ijtihad politik pada ketika itu tidak wajar diguna pakai di era ini. Lebih-lebih lagi, era ini adalah pemerintahan yang menggunakan sistem demokrasi yang sudah pasti sesuatu pemerintahan itu tertakluk dengan rujukan yang disepakati secara majoriti bernama perlembagaan.

Sifat bagi perlembagaan tersebut wajar ditaati, sehingga dikira sebagai bersalah yang boleh dikenakan hukuman bagi mereka yang melanggarinya.

Non muslim dalam negara umat Islam yang mengamalkan sistem demokrasi mempunyai darjat yang sama dengan muslim atas nama warganegara atau al-Muwatinun. 



Makanya, jika mereka melanggar perlembagaan, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang sepertimana muslim dalam sesebuah negara melanggar perlembagaan‏.‏

[4]

penggunaan istilah mu'ahid, musta'man dan sebagainya adalah sekadar istilah, sedangkan yang paling penting adalah kandungannya.

Ketika saidina Umar memerintah, ada satu golongan nasrani berbangsa arab duduk bawah pemerintahan beliau. Golongan itu dikenali sebagai Bani Tughlub.

Memandangkan ketika itu, pemerintahan menetapkan pembayaran jizyah, menyebabkan Saidina umar didatangi wakil mereka menyatakan bahawa bangsa bani tughlub ini mempunyai perangai tersendiri yang tidak boleh merasakan mereka sebagai golongan kedua dalam sesebuah negara. Ia akan mengakibatkan mereka akan memberontak di masa akan datang. Tindakan menyuruh mereka membayar jizyah, sedikit sebanyak memberikan pemahaman bahawa mereka seperti golongan kedua. Mengenangkan hal itu, Omar telah menetapkan bahawa bani tughlub dikenakan bayaran jizyah, tetapi tidak menggunakan istilah jizyah sebaliknya ditukar kepada istilah zakat.

Menurut fiqh, tidak ada orang bukan islam membayar zakat. Namun, melihat kepentingan menjaga keamanan negara, disamping tidak pentingnya istilah atau nama, menyebabkan bani tughlub membayar jizyah tetapi atas nama zakat.

Ekoran itu, dalam fiqh keluar satu kaedah yang berbunyi, 'hukum berlegar pada perkara yang diberi nama, bukan kepada nama'.

Maka begitulah dalam hal mu'ahid, musta'man dan sebagainya. Pengistilahan ini semuanya hendaklah dalam kerangka tidak mendatangkan implikasi yang buruk. Lebih-lebih lagi, pengistilahan itu diberikan dalam kerangka negara yang jauh tidak sama dengan kerangka negara terdahulu.

Ini kerana, pengistilahan muahid, akan melibatkan jangka tempoh atau keadaan tertentu, mereka akan menjadi tidak muahid, iaitu apabila mereka tidak membayar jizyah dan seumpamanya. Apabila ini berlaku, implikasi yang lebih buruk adalah halal dibunuh dan sebagainya.

Makanya dengan itu, dalam kerangka negara demokrasi, penggunaan muahid tidak digunakan, tetapi menggunakan istilah sedia ada, iaitu al-Muwatinun atau warganegara.

ALHUSSEYN

Posted: 23 Aug 2012 03:34 PM PDT

ALHUSSEYN


Semoga Ujian Ini Menjadi Kifarah Kepadanya ...

Posted: 23 Aug 2012 07:01 AM PDT

AJK PAS Tambun suatu masa dulu. Encik Zainal duduk paling kiri sekali

Kelmarin, sudah agak tengahari bila aku mengajak isteri ku keluar ke hospital untuk menziarah seorang kawan lama, Zainal Abidin namanya. Sudah dua hari aku bercadang nak pergi, tapi tidak berkesempatan. Ada sahaja halangan. Alhamdulillah, hari ini Allah berikan aku kesempatan ini.

Ketika itu cawangan Pas Sungai Rokam ini dalam kawasan Tambun dan markas PAS Cawangan Manjoi merupakan markas Kawasan.

Di markas inilah aku mengenali Zainal ini. Sama-sama aktif dan aku selalu ke Manjoi bersama Azhar Rafaee kerana aktiviti sering diadakan di situ. Dan Zainal inilah yang biasanya menyediakan makanan untuk kami semua. Masak gotong royong, tapi dialah Chief Cooknya!

Bulan puasa, dialah yang main peranan utama kat dapor. Memang dia ligat buat kerja masak memasak hingga kesatu ketika dia buat katering. Aku tidaklah berapa tahu perkembangan beliau selanjutnya sebab dah pecah kawasan - Sungai Rokam masuk Kawasan Gopeng dan Manjoi terus berada dalam Tambun.

Kini terlantar tidak bermaya, bersama anaknya Zairul Azrun

Sewaktu aku dan isteri menjengoknya di wad 5B Hospital Besar Ipoh. Keadaannya sangat menyedihkan. Menurut anakandanya, Zairul, bapanya tidak mempunyai sebarang penyakit kencing manis atau darah tinggi. Beliau sakit hampir setahun lebih dan jangkitan kuman pada paru-paru menyebabkan dia terlantar begitu sejak 2 minggu lalu.


Sama-samalah kita doakan semoga keluarganya tabah menghadapi keadaan yang getir ini. Allah sangat menyayangi hambanya dan semoga apa yang sahabat kita sedang lalui ini menjadi penghapus kepada dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang, sebab setiap ujian termasuklah tercucuk duri, merupakan kifarah (penghapus) dosa bagi orang beriman..

Menurut Zairun sebentar tadi, kaum keluarganya sedang berkumpul diruang hospital malam ini ...
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid 22)

Hudud Jauh Lebih Baik ...

Posted: 22 Aug 2012 09:43 PM PDT

Ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan keupayaan hukum hudud untuk mengatasi jenayah, Tuan Guru Nik Aziz berkata berbanding undang-undang ciptaan manusia, hudud jauh lebih baik.
Jika dibandingkan dengan hukuman gantung sampai mati, hudud jauh lebih baik walaupun pencuri dipotong tangannya atas kesalahan itu.

"Sekurangnya, dia (pesalah) masih boleh bekerja dan hukuman yang diterima, boleh jadi pengajaran kepada masyarakat. Undang-undang Islam sudah semestinya cukup adil. Buat salah, terima hukuman yang setimpal dengan kesalahan," katanya lagi.

Beliau juga yakin kenyataan Pengerusi DAP itu tidak menjejaskan hubungan kedua-dua parti itu dalam Pakatan Rakyat.

"Tidak timbul soal perpecahan kerana sekarang kita tidak menghadapi masalah dan perkara ini hanya diperbesar-besarkan bagi menimbulkan kekeliruan," katanya di sini

Karpal Singh kalau baca kenyataan tuan Guru diatas atau melalui link yang saya letakan itu, tentu beliau tidak berasa nak marah. Beginilah kebijaksanaan orang yang berpengalaman mengulas isu yang sensetif seperti Hudud ini.

Tuan Guru tidak membesar-besarkannya dengan spekulasi sebagaimana dua budak PAS tu buat. Sebaliknya Tuan Guru menaruh keyakinan yang positif mengenai hubungan PAS-DAP. Fikir-fikirlah wahai mereka yang suruh Al-Husseyn disekolahkan!

Biaqpila

Posted: 23 Aug 2012 03:27 PM PDT

Biaqpila


PTPTN: BERTOLAK ANSUR DALAM MENIPU

Posted: 23 Aug 2012 01:00 AM PDT



DEY MACHA!!!
JANGAN JADI BANGANG KELULUT LA
KALAU BAYAQ RM50 SEBULAN
TAPI INTEREST RM60 SEBULAN
SAMPAI MAMPOIH PUN TAK HABIH HUTANG
KAH! KAH! KAH!

1MALAYSIA JANJI MASYUK
RAKYAT DIKELENTONG PEMIMPIN DIUTAMAKAN


PTPTN: Bayar balik pinjaman walau RM50 sebulan

22 Ogos 2012
TEMERLOH- Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak sepatutnya mempunyai masalah membayar balik pinjaman kerana mereka boleh berbuat demikian pada kadar serendah RM50 sebulan.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN juga amat bertolak ansur dengan peminjam kerana agensi itu bersedia berunding menjadualkan semula pembayaran balik.

"Bukan matlamat PTPTN untuk mengambil tindakan tegas kepada pelajar, tetapi bagi memberikan peringatan supaya pelajar yang berhutang dengan PTPTN dapat berhubung dan berurusan dengan kita dan tidak mendiamkan diri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya PTPTN kesal kerana ada peminjam yang sudah mendapat pekerjaan namun bukan sahaja tidak membayar balik pinjaman, tetapi juga tidak mengendahkan notis peringatan.

Sehingga Februari lalu, PTPTN memberi pinjaman kepada 1.95 juta pelajar membabitkan peruntukan RM43.6 bilion.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata sehingga Februari lalu juga seramai 1,201,726 pelajar telah membuka akaun di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) membabitkan simpanan sebanyak RM598.22 juta. -Bernama

SH



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ibu Potong Kemaluan Bayinya Kerana Inginkan Anak Perempuan

Posted: 22 Aug 2012 09:00 PM PDT


Kejam,jahat,zalim,tak berperikemanusiaan dan tak tahu nak kata apa lagi pada perempuan macam ni yang sanggup menyeksa anaknya sendiri..

Jiangsu – Gara-gara terlalu inginkan anak perempuan, seorang ibu muda sanggup bertindak kejam dengan memotong alat sulit bayi lelakinya yang berusia lima bulan.

Xiao Meng, 23, kini dihukum penjara lima tahun.

Menurut kertas pertuduhan di mahkamah, pada bulan Ogos tahun lalu, ibu mertuanya yang terdengar suara bayi berkenaan menangis, telah terkejut selepas mendapati alat sulit cucunya itu dipotong oleh menantunya dengan menggunakan gunting.

Bayi tersebut kemudiannya dihantar ke hospital dengan segera.

Menurut doktor, bayi itu selamat dan boleh membuang air kecil secara normal selepas rawatan dijalankan di Shanghai.

Namun doktor memaklumkan adalah mustahil baginya untuk memberikan zuriat apabila dewasa kelak.

Sementara itu, di mahkamah, Xiao Meng mengaku telah membeli gunting dan memotong kemaluan anaknya itu hanya kerana dia ingin memiliki anak perempuan.
.
Dalam pada itu, suaminya, Zhan berkata, sejak bayi lelaki mereka, Yaya dilahirkan, Xiao Meng sering bercakap seorang diri `saya berharap dia adalah bayi perempuan'.

Zhan turut memaklumkan, Xiao Meng tidak menyukai anak lelaki kerana mereka akan membebankan ibu bapa yang terpaksa membelikan rumah dan mencarikan isteri.

Xiao Meng juga, katanya selalu menampar bayi mereka namun dia tidak begitu mempedulikannya kerana menyangka Xiao Meng mengalami tekanan selepas melahirkan bayi mereka.

busuk.org
ijoks2009


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Reka isu bukti Umno takut dengan perpaduan Pakatan – Anwar

Posted: 22 Aug 2012 06:00 PM PDT


PERMATANG PAUH 21 Ogos: Kekuatan gabungan KEADILAN, PAS dan DAP menakutkan Umno BN hingga parti pemerintah itu mereka-reka isu bagi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat.
Menegaskan ia taktik Umno BN menjelang pilihan raya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Umno sengaja mereka-reka isu bagi melaga-laga pemimpin Pakatan.
"Jika ia terjadi, mereka akan mula menyusun strategi bagi meranapkan sokongan kuat terhadap Pakatan
"Pelbagai bentuk isu akan mereka mainkan. Ini termasuklah agihan dan kedudukan kerusi dalam pilihan raya," kata Ketua Pembangkang itu.
Beliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman di Taman Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang semalam.
Hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pimpinan PAS dan DAP.
Menyatakan keakraban perpaduan KEADILAN-PAS-DAP akan menjatuhkan Umno BN, Anwar berkata, Pakatan tidak akan mengikut tarian parti pemerintah itu.
Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan supaya tidak mudah melatah dengan isu yang dimainkan Umno BN, sebaliknya memelihara kekuatan sedia ada.
"Apabila kita tidak melatah, isu yang mereka timbulkan akan mati dan berlalu begitu sahaja," katanya.

KD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

DIALOG RAKYAT

Posted: 23 Aug 2012 03:19 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Kalau BN adalah parti syaitan, maka Umno mestilah Iblis

Posted: 23 Aug 2012 02:06 AM PDT

Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.


Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. Maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka Umno sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. Umno ialah parti Iblis.

Jumlah penduduk negara ini ialah kira-kira 29 juta orang. Dari jumlah tersebut, Melayu merupakan 65 peratus, Cina 25 peratus , India 7.5 peratus dan lain-lain sebanyak 1.3 peratus. Dalam lain perkataan jumlah orang Melayu lebih kurang 19 juta orang.

Ahli Umno ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli Umno. Kita ramai dari ahli Umno. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi tak perlu takut apa apa pada Umno. Kalau ahli Umno mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jadi tidak benar kalau Umno mati, maka orang Melayu akan hancur.

Seorang ahli Umno mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu. Jadi tidak benar juga kalau Umno mati, maka Islam dan Raja-raja Melayu akan musnah.

Yang mati Dr Mahathir, Najib, Muhyiddin, Noh Omar. Melayu lain terus hidup. Demikian juga.
Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup. Kalau MIC mati, orang India tetap hidup.

Demikian juga kita menolak hasutan Umno. Umno kata kalau Umno tewas maka orang Cina akan ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang, Cina 3 orang dan India seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau India dan Cina bergabung, adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?

Oleh kerana Umno cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam bahasa yang bodoh-bodoh. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh-bodoh mulai sekarang sebab Dr Mahathir kata, ahli Umno semuanya hampas.

Yang jadi sasaran khianat puak Umno ialah DAP. Sebab Umno iri hati DAP boleh bermuafakat dengan PAS. Lagi pun orang Melayu merasakan tidak ada masaalah menyokong DAP sebab mereka tetap Melayu dan tetap Islam. Kita tukar wadah, bukan tukar aqidah.

Kita ada 222 kerusi Parlimen. Siapa dapat 112 kerusi, dapatlah membentuk kerajaan majority mudah. Berapa kerusi yang akan DAP tandingi? Adalah sebanyak 50 kerusi mungkin. Kalau menang semua pun, takkan boleh menubuhkan kerajaan.

Mengapalah Umno mahu membodohkan orang Melayu?

Ingat, dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli Umno. Kita ramai, mereka sedikit. Mati seorang ahli Umno, ada 5 lagi orang Melayu. Takde hal.

Kalau Umno mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab kenyataan bodoh seperti ini. Tidak semua orang Cina kristian. Lebih ramai Cina dan India bukan beragama Kristian. Lebih elok orang Cina mengkristiankan orang Cina dan India terlebih dahulu daripada bercakap mengenai mengkristiankan orang Melayu.

Ramai dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir malam semalam. Umno boleh kelentong ahli-ahli mereka jika mereka mahu, tapi janganlah anggap orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli Umno.

Baru-baru ini, Pemuda Umno membuat lapuran polis kerana ada penyibaran di Internet mengatakan bahawa kalau kita mahu agama Kristian jadi agama rasmi, maka undilah Pakatan.

Kita tidak tahu sama ada siaran Internet ini dilakukan oleh Pemuda Umno atau tidak. Tapi ada kemungkinan besar ianya kerja Pemuda Umno yang kian terdesak. Setelah mendapati menebal muka di stesyen bas, keretapi dan mengagihkan sogokan barangan dan juadah tidak berhasil, besar kemungkinan Pemuda Umno tukar kepada tektik jahat. Menghasut. Kalau ia disiarkan melalui Internet, kita suruh lah MCMC menyiasatnya. Tentu dengan pantas mereka akan tahu, darimana mulanya penyiaran nya.

Pengalaman saya dalam Umno mengatakan bahawa tidak mustahil kerja kotor ini dilakukan oleh Umno. Bukankah Dr Mahathir mengakui bahawa Umno syaitan? Dalam BN, Umno adalah penghulu syaitan. Penghulu syaitan ialah Iblis. Bolehlah kita sebut Umno sebagai Tun Iblis. MCA Tan Sri syaitan. Dan MIC Datuk syaitan.

Semenjak tahun 1981, Umno dipimpin oleh seorang India. Ketika Riz Khan, pengacara temubual CNN bertanya Dr Mahathir adakah Tuan seorang India? Dr Mahathir menjawab dia "by definition" adalah seorang Melayu. Apalah yang susahnya nak jawab dia Melayu atau tidak?

Sebab dia bukan Melayu kerana itulah dia berbelit-belit nak jawab dia Melayu. Definisi Melayu amat mudah, beragama Islam bercakap Melayu dan berbudaya Melayu adalah Melayu. Maka tidak hairanlah kita bila Dr Mahathir kata pendatang haram yang masuk ke Sabah adalah Melayu sebab dari definisinya mereka telah memenuhi syarat-syarat seperti jugak Dr Mahathir.

Dan semenjak tahun 1981, dasar ekonomi kerajaan Umno/BN adalah pro kaya. Pro golongan elit. Umno pegang kuasa, menguasai kerajaan dan setiap struktur kerajaan. Dengan ada kuasa tentulah munasabah kita sangka bahawa banyak kepincangan dalam negara kita, terutama yang melibatkan kepentingan Melayu sudah dibaiki. Rupa-rupanya tidak.

Jurang pendapatan dikalangan orang Melayu adalah yang terbesar. Jika kita bandingkan jurang pendapatan di kalangan Cina sama Cina atau India sama India. Apa pasal? Sebab dasar kerajaan seperti perbelanjaan kerajaan atau public expenditure adalah pro orang kaya.

Sebab itu saya kata, dasar Umno ialah BumiPutera. Dalam istilah tersebut terdapat dua komponen. Bumi mewakili rakyat biasa manakala Putera mewakili Melayu elit, bangsawan, anak raja, anak pemimpin Umno dan seumpamanya. Yang makin kaya ialah golongan Putera dan yang makin menderita ialah golongan Bumi.

Kita ambil contoh. Peneroka FELDA boleh kita anggap sebagai orang Melayu biasa. Ada 112, 655 keluarga FELDA. Bila syarikat FELDA disenaraikan, setiap keluarga dapat 800 unit. 800 unit kalau di jual dapat wang pendapatan. Isa Samad mewakili Melayu terpilih. Mengikut cerita dia dapat 180,000 unit saham. Kita terima ini sebagai benar walaupun kita tahu Isa Samad dapat juta-juta unit saham FGV.

Kalau kita banding pendapatan peneroka (Melayu biasa) dengan Isa Samad (Melayu elit), bagaimana?

Katalah premium saham ialah RM1. Tanpa menolak kos pembiayaan pembelian saham, Melayu biasa dapat RM800. Melayu istimewa dan elit dapat RM180,000. Berapa kali ganda pendapatan tersebut? 225 kali lebih besar.

Jadi kita tahu dan sedar bahawa penyenaraian FGV adalah satu lagi dasar PM Najib yang pro Putera dan bangsawan daripada pro rakyat biasa.

Ini pun masih tidak disedari oleh orang Melayu.— sakmongkol.blogspot.com

Mahathir : Dendam kesumat yang tidak berpenghujung

Posted: 23 Aug 2012 01:40 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Serangan terbaru ini adalah rentetan tekanan demi tekanan yang diterima Mahathir berikutan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang diasak oleh Pakatan Rakyat pimpinan Anwar untuk mara ke Putrajaya.

 

Oleh Saifuddin Shafi Muhammad

Anwar Ibrahim Club (AIC) amat tertarik dengan serangan terbaru Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang disiarkan sebuah portal semalam, dengan menyebut Ketua Umum PKR itu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mempunyai persamaan iaitu menabur banyak janji besar tetapi tidak dipenuhi.

Beliau juga menggesa supaya sokongan diberikan kepada BN kerana Anwar, kata Mahathir, menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

Umum mengetahui sejak lama , Mahathir mempunyai dendam peribadi yang tinggi terhadap Anwar  ekoran perbezaan polisi dalam urustadbir kerajaan semasa Ketua Pembangkang Malaysia itu menjadi orang nombor dua Malaysia dalam kabinet Mahathir yang akhirnya melakar sejarah hitam demokrasi negara pada 1998.

Serangan terbaru ini adalah rentetan tekanan demi tekanan yang diterima Mahathir berikutan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang diasak oleh Pakatan Rakyat pimpinan Anwar  untuk mara ke Putrajaya.

Mahathir melihat situasi ini amat membahayakan kedudukan beliau sebagai 'de facto' kerajaan serta sekali lagi bakal menyebabkan perniagaan anak kesayangan beliau iaitu Datuk Mirzan menemui noktah buruk seperti dulu.

Lupakan Mahathir, Pakatan Rakyat terus mara ke Putrajaya

AIC melihat omongan Mahathir ini sebagai tidak bermaya dan keluar dari mulut seorang bekas Perdana Menteri yang akan dilupakan satu hari nanti. Mahathir sengaja menutup mata melihat pembangunan dan perkembangan baik ekonomi yang dilakukan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.

Mahathir lupa kebanyakkan polisi kerajaan yang ingin segera diubah adalah disadur daripada idea Buku Jingga yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat apabila mentadbir Putrajaya nanti.

Mahathir juga lupa pembangunan bukan sahaja melibatkan pembangunan stuktur bangunan tinggi semata-mata, tetapi asas ekonomi yang melibatkan kehidupan seharian rakyat terbanyak.

AIC yakin rakyat Malaysia tidak lagi memerlukan idea dan buah fikiran Mahathir yang jelas menjaga kepentingan diri dan kroni rapat dengan beliau. Malaysia tidak akan bankrap sekiranya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, hatta melaksanakan polisi penurunan harga kereta. AIC hairan bagaimana seorang diktator selama 22 tahun boleh berfikiran secetek ini apabila menyebut tentang polisi ekonomi.

Negara akan dan sedang menuju bankrap apabila ratusan juta dilaburkan kepada individu dan korporat secara tertutup dan tidak memulangkan hasil seperti skandal NFC melibatkan RM 250 serta skandal Bank Negara yang melibatkan RM 30 bilion wang rakyat yang diniagakan di pasaran mata wang.

Mahathir boleh terus berada dalam dilema yang beliau reka sendiri puluhan tahun lalu, rakyat Malaysia sudah bersedia untuk bersatu di bawah pimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri baru.

Rakyat juga telah bertekad untuk menolak "syaitan" yang mereka kenal, dan memilih seorang pemimpin baru yang betul-betul menunjukkan semangat untuk membawa Malaysia keluar dari kemelut identiti dan keruntuhan ini.

AIC meyakini dalam segala aspek sekalipun, Mahathir terlalu jauh untuk menggapai apa yang telah Anwar berikan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya iaitu -Inspirasi. Di saat Mahathir termanggu manggu merasmikan perhimpunan ultra Melayu seperti Perkasa, Anwar dengan megah dan terhormat menjadi jemputan untuk merasmikan dan berpidato dalam perhimpunan ekonomi sedunia.

Inilah dilema Mahathir, semakin beliau menghasut rakyat untuk membenci Anwar, jalan perubahan semakin terbuka luas. Usahlah berpura-pura mengambil berat tentang negara, jika seorang bekas Perdana Menteri memgang kepentingan dalam industri otomobil dan petroleum negara. Usahlah berbicara tentang moral jika anak sendiri memgang modal besar dalam syarikat arak antarabangsa.

Rakyat boleh mula melupakan Mahathir, dan jadikan pedoman dan doa supaya bangsa Malaysia akan datang tidak lagi dipimpin oleh maha karut seperti ini.

Penulis adalah Presiden  AIC Malaysia

Banjir Kilat Di Ibu Kota, Kereta Ditenggelami Air

Posted: 23 Aug 2012 01:34 AM PDT


KELAB GREENBOC


Hujan lebat lebih dua jam di ibu negara petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan berlaku kesesakan lalu lintas, selain beberapa kenderaan ditenggelami banjir. - Foto Abdullah Yusof/BH

Hujan lebat lebih dua jam di ibu negara petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan berlaku kesesakan lalu lintas, selain beberapa kenderaan ditenggelami banjir.

Antara kawasan lain dilanda banjir ialah Segambut, Taman Kolam Air dan Kampung Kasipillay di Sentul serta Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail, di ibu negara.

Banjir kilat di Segambut turut menyebabkan menjejaskan sambutan Aidilfitri penduduk di beberapa kampung di situ apabila rumah mereka digenangi air.

Hujan lebat yang bermula jam 3 hingga 5 petang itu, bagaimanapun tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dan keadaan kembali pulih kira-kira jam 6 petang.


KL 'panik' sekejap

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat menyebabkan sejumlah kenderaan ditenggelami air berikutan hujan lebat petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) bomba dan penyelamat menerima panggilan mengenai kejadian banjir daripada orang awam sekitar jam 4 petang, semalam.

"Beberapa jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Sentul, Jinjang dan Chow Kit dikejarkan ke lokasi banjir kilat," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, antara kawasan dinaiki air ialah berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Segambut, Kampung Lekuk Kelapa Segambut, Masjid Ubaidiah Segambut, Kampung Kasipillay dan Taman Kolam Air Sentul.

Harian Metro turut difahamkan, lokasi lain yang turut dilanda banjir kilat ialah Jalan Tun Razak, Jalan Rahmat off Jalan Ipoh dan Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, air di semua lokasi itu surut beberapa jam kemudian dan tiada mangsa dipindahkan. Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi memaklumkan pihaknya juga ada menerima panggilan banjir membabitkan Kampung Ladang Segambut dan Masjid Wilayah, Jalan Duta.

Bagaimanapun, lalu lintas terkawal dan hanya beberapa kenderaan mengalami kerosakan diberi bantuan.
-hm

[VIDEO] Polis Berkas 6 Anggota 'Geng Susu Kangkang'

Posted: 23 Aug 2012 01:27 AM PDT

 
KELAB GREENBOC


Kuala Lumpur - Enam anggota 'Geng Susu Kangkang' yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam serbuan pada 16 dan 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata turut ditahan tujuh individu bersubahat termasuk dua pemilik kedai yang membeli susu berkenaan.

Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.

"Susulan penahanan itu, pada hari yang sama, membawa polis ke sebuah kedai ubat di Kuchai Lama sebelum menahan lima lelaki, dua daripadanya dipercayai pemilik kedai berkenaan yang membeli susu-susu daripada geng itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dua wanita warga Indonesia, dipercayai pembantu kedai turut ditahan.

Keesokannya polis menahan dua lelaki dari Sabah, yang merupakan anggota geng terbabit di Klang, menjadikan tangkapan keseluruhan 13 orang, berumur antara 20 dan 48 tahun.

Ab. Rashid berkata geng itu dikesan menggunakan modus operandi sama dengan kecurian susu berjenama di Perlis dan Kedah beberapa bulan lalu, iaitu dengan memasukkan kotak-kotak susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam jubah mereka sebelum keluar dari kedai.

"Sebahagian anggota geng akan menunggu di luar kedai dengan membawa parang, penyembur lada sulah dan batang besi yang akan digunakan sekiranya anggota geng yang berada di dalam kedai itu dihalang pekerja kedai," katanya.

Ab. Rashid berkata pekerja terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan diri terancam.

Katanya susu tepung berjenama yang berharga RM80 sekotak dijual separuh daripada harga pasaran. -Bernama 


LIHAT VIDEO DI SINI

Peralat ibunya untuk politik kotor, Azwan Ali kecam Umno, TV3

Posted: 23 Aug 2012 01:15 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.

Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed
Azmin Ali.

"Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.

"Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating," tulisnya dalam twitter, malam semalam.
 
Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.

Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

"Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya," tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.

Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai 'jijik'.

"Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin," tulisnya.

Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ' Ada aku kisah?' dan 'Amboi amboi amboi…', menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.

Melayu takkan hilang kuasa jika Pakatan tawan Putrajaya

Posted: 23 Aug 2012 01:10 AM PDT

KEADILAN DAILY

PUCHONG : Dominasi kerusi di dalam Parlimen dan di dalam pengurusan syarikat strategik seperti Petronas dan Sime Darby adalah antara bukti yang Melayu akan terus memegang tampuk pemerintahan negara walaupun Umno kalah.

Aktivis gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Al-Jafree Md Yusop menegaskan, momokan orang Melayu akan kehilangan kuasa sering digunakan Umno untuk menakutkan rakyat.

Ini bagi membolehkan Umno terus berkuasa dan memburukkan parti lain kononnya status dan masa depan orang Melayu sedang terancam.



Mengikut statistik, hampir 80 peratus daripada kerusi 222 Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh wakil rakyat Melayu.

Ini termasuk dua jawatan utama negara, Perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kata Al-Jafree.

Sebaliknya, jika Melayu sekarang lemah, bererti Umno gagal dalam membangunkan Melayu selama 55 tahun pemerintahannya.

"Kalau betul Melayu lemah maknanya teruklah Umno sebab secara jelas kuasa di tangan mereka.

"Ini bukan salah pembangkang, tapi salah mereka kerana mereka yang memerintah," katanya dalam program wawancara Terus Terang terbitan TV Selangor.

Bagi aktivis ABU, Haris Ibrahim, sasaran serangan ditujukan kepada Umno dan bukannya Barisan Nasional (BN) kerana Umno merupakan parti dominan dalam gabungan berkenaan.

Katanya lagi, dengan melumpuhkan Umno, maka BN akan ditumbangkan.

ABU dilancarkan pada 15 Disember 2011 dengan memberi fokus terhadap empat kepincangan pemerintahan Umno-BN iaitu kenaikan harga barang, undang-undang zalim, politik perkauman dan pembinaan loji nadir bumi Lynas.

Gabungan JANJI tidak wakili Bersih, rai merdeka bersama semua bangsa

Posted: 23 Aug 2012 01:08 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR  Gabungan JANJI yang dianggotai 49 NGO akan bersama anak semua bangsa merayakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos ini dengan tema 'Janji Demokrasi'.

Sekretariat Gabungan JANJI bertegas, mereka bukan mewakili Bersih 2.0 seperti dilaporkan sesetengah pihak dan tujuan utama himpunan itu untuk meraikan malam ambang kemerdekaan dengan semangat 'Janji Demokrasi'.

"Di bawah tema 'Janji Demokrasi', Gabungan JANJI akan bersama rakyat Malaysia pada pukul 10 malam di kawasan pancuran air sekitar Dataran Merdeka dengan mengenakan pakaian kuning sebagai warna tema.

"Gabungan JANJI juga ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa kami bukan mewakili Bersih 2.0 sepertimana yang dilaporkan oleh sesetengah pihak," katanya dalam kenyataan.

Gabungan JANJI menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama menyambut detik ketibaan hari merdeka yang cukup istimewa kali ini.

"Kami akan berkumpul di Dataran Merdeka secara aman dan damai bersama anak semua bangsa.

"Kami juga menyarankan semua rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor serta Sabah dan Sarawak agar memakai kuning pada malam ambang Merdeka," kata gabungan itu dalam kenyataan.

Menurut gabungan itu, Sasterawan Rakyat, Datuk A Samad Said akan bersama-sama untuk meraikan malam tersebut dengan mendeklamasikan sebuah puisi istimewa.

Gabungan JANJI turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya.

Umno BN hipokrit tolak turun harga kereta, kemudian sokong

Posted: 23 Aug 2012 01:04 AM PDT

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menempelak pemimpin Umno kerana mempertikaikan dasar Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menurunkan harga kereta, tetapi dalam masa sama menyokong langkah ini sekaligus menyerlahkan sikap hipokrit dan bermuka-muka mereka.

"Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.

"Membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN atas alasan ia akan memufliskan negara," katanya pada kenyataan.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris yang memetik sumber dalaman rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.

Beliau menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) serta mengumumkan pendirian kerajaan berhubung penurunan harga kereta.

"Saya menyeru supaya Datuk Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar NAP2012 supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno BN berhubung penurunan harga kereta?

"Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan PR untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional)," ujarnya.

Berhubung dakwaan beberapa pemimpin Umno yang menyifatkan tindakan menurunkan harga kereta boleh menyebabkan negara muflis, Rafizi menggesa supaya menarik balik kenyataan tersebut.

"Saya menyeru supaya Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN.

"Malah, saya mengalu-alukan Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta," katanya.

Kurangkan beban hutang isi rumah

Rafizi turut menjelaskan kesan positif daripada penurunan harga kereta yang membolehkan wang rakyat dilaburkan kepada perkara yang lebih penting.

"Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh diguna untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

"Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya," katanya.

Jelas Rafizi, bukan sahaja dapat mengurangkan beban malahan dengan harga lebih murah, dasar tempoh umur kereta boleh dilaksanakan bagi mengurangkan jumlah kenderaan persendirian.
"Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya.

"Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara," kata beliau.

Jual tanah IPD Brickfields kepada kroni Umno, KEADILAN lapor SPRM

Posted: 23 Aug 2012 01:01 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

PETALING JAYA: KEADILAN akan membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tanah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang dijual kepada kroni Umno.



Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, laporan yang akan dibuat minggu depan bertujuan mendapatkan penjelasan berhubung isu itu dalam masa terdekat selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab.

"InsyaAllah minggu depan saya akan kumpulkan semua bukti yang ada termasuklah akta-akta berkaitan penggunaan tanah untuk diberikan kepada SPRM. Kita juga mengajak supaya rakyat yang mempunyai bukti yang boleh diguna SPRM supaya mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini diheret ke mahkamah.

"Ini sangat serius kerana sehingga ke hari ini, tiada jawapan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berhubung peranan Senator Mariany Yit bagaimana tanah polis boleh dibeli," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Nurul Izzah pada April lalu mendedahkan tapak Lot 18, tempat asal IPD Brickfields diberi kepada Ketua Wanita Umno Bukit Bintang, Senator Mariany Yit.

Tanah itu dianugerah kepada Mariany sebagai balasan syarikatnya, Primamuda Holdings Sdn Bhd membangunkan Lot 55, Balai Polis Jalan Travers.

Mariany sebelum ini dikatakan pernah memegang jawatan penting di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sehingga membolehkan beliau memperoleh projek berkenaan.

Pakatan Rakyat bersatu atas nilai persamaan

Posted: 23 Aug 2012 12:59 AM PDT

Oleh : Mazir Ibrahim



Di Malaysia, apabila disebut tentang keunikan dalam makna yang di'letak' oleh kerajaan, pasti sekali ukuran itu diletak pada zahirnya. Penuh dengan warna warni, beraneka ragam busana dan kraftangan. Jadi, nilai baik yang ada pada setiap bangsa dan agama di Malaysia itu hanya ditumpukan pada aspek zahir atau lahiriah saja.

Begitulah adanya dalam Barisan Nasional, persengkokolan UMNO, MCA, MIC dan komponen lain hanya bersifat perkongsian permukaan, iaitu hubungan kerana faktor kuasa dan pembahagian sumber ekonomi. Bukan kerana perkongsian nilai atau idealisme.

Buktinya, MCA, MIC dan parti komponen lain hanya mampu menurut sahaja kehendak UMNO malah bersama-sama membiakkan budaya rasuah dan fitnah. Nilai rasuah dan fitnah ini memang diketahui oleh mereka, tetapi atas sebab kuasa, maka mereka berkompromi.

Ini tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP khususnya memang berbeza dari segi ideologi namun ketiga-tiga parti komponen utama dalam PR ini telah bersatu kerana satu nilai. Nilai inilah yang telah menyatukan kami. Tanpa nilai ini, PR tidak akan mampu untuk bersama atau bekerjasama.

Basmi rasuah bukan sekadar slogan

Rasuah merupakan satu kanser paling bahaya dalam mana-mana negara, bangsa dan agama.
Kerana rasuahlah budaya kita rosak, kerana rasuahlah sebuah tamadun agung boleh hancur, kerana rasuah jugalah maka agama hanya menjadi barang dagangan, malah dengan rasuahlah maka semua nilai-nilai baik akan rosak binasa.

Kanser rasuah ini amat sukar dikesan dan diubati, hanya dengan semangat dan kejujuran sahaja yang mampu mengawal penyakit ini. Semangat dan kejujuran bukanlah benda yang kita boleh lihat atau ukur secara lahiriah. Tetapi semangat akan dapat dilihat dengan perlaksanaan kata-kata.
Wujud isu, wujud siasatan, wujud pendakwaan, wujud pembelaan dan wujud kesan undang-undang dan moral. Inilah yang dimaksudkan dengan perlaksanaan kata (janji).

Penyakit ini tidak boleh diurus hanya menggunakan institusi kerana insititusi juga boleh dirasuah, kanser ini tidak boleh dibendung hanya dengan kerja satu orang sebaliknya semua pihak mesti terlibat sama dalam membendung penyakit berbahaya ini.

Paling utama, bagaimana nilai ini boleh diajar diperingkat awal usia manusia, diajar diruang awam tanpa melibatkan hal-hal formalistik. Budaya buruk berkembang secara virus dalam amalan masyarakat, begitu juga dengan budaya yang baik, ia sama.

Atas kesedaran tentang bahaya penyakit rasuah inilah maka PAS, DAP, PKR dan parti-parti komponen lain bersatu untuk memerangi, melawan, menentang atau membasmi penyakit kanser yang amat merbahaya ini.

Nilai ini dinamakan reformasi atau Ubah. Maksudnya amat jelas, kita mahu mengubah budaya jelek ini kepada budaya yang amanah, jujur, telus dan berintegriti. Tidak kiralah apa ideologi kita, apa agama kita, dari mana budaya kita, apa warna kulit kita, apa bahasa kita. Yang pasti, ucapan yang sama kita laungkan ialah Ubah.-roketkini.com

“Janji Tidak Ditepati”, DAP beri kata dua buat Najib

Posted: 23 Aug 2012 12:57 AM PDT

 roketkini.com



KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Najib Razak diberi kata dua samada beliau akan memberi respon kepada penubuhan Suruhanjaya  Siasatan Diraja (RCI) "Janji Ditepati" atau bakal berhadapan dengan siri jelajah Pendengaran Awam di seluruh Sabah.

Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang ini dibuat selepas lawatan kerja beliau ke negeri tersebut baru-baru ini.

"Jelajah Pendengaran Awam seluruh Sabah ini  adalah untuk mengetahui samada janji-janji kerajaan BN telah dipenuhi ataupun sebaliknya."

Menurutnya, idea jelajah siri Pendengaran Awam "Janji Ditepati" di Sabah ini lahir dari rasa tidak puas hati yang sangat meluas oleh rakyat Sabah sendiri di atas kegagalan kerajaan BN dalam mengotakan janji-janji yang ditabur kepada mereka sejak sekian lama memerintah.

Malah tambah Kit Siang, slogan "Janji Ditepati" telah menjadi bahan jenaka dikalangan rakyat Sabah.

Masalah PATI yang kritikal

Kit Siang berkata, "Salah satu isu paling kritikal dikalangan rakyat Sabah disebabkan oleh kegagalan empat dekad kerajaan BN sendiri untuk menepati janji mereka menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dan ia tidak dapat disangkal lagi."

Rentetan perkara tersebut, beberapa siri perbincangan dan ceramahnya mendapati bahawa kebanyakan mereka yang hadir menyatakan rasa tidak yakin terhadap penubuhan RCI oleh Najib untuk menyelesaikan masalah PATI yang berlanjutan sejak empat dekad yang lalu.

Dalam lawatan kerjanya ke Sabah, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor turun padang beramah mesra dan memberi ceramah di Kota Marudu, Kg Bavang Jamal di Kudat, Kg Masangkong di Matunggong, Ranau, Kepayang, Tawau dan Sandakan.

Royalti: kini giliran Sabah

Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ketika bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berkata bahawa isu royalti petroleum 5 peratus terbuka untuk dibincangkan secara terbuka.

Sehari sebelum itu Taib dilaporkan berkata bahawa negeri Sarawak akan membincangkan keperluan semakan semula royalti petroleum Sarawak dengan kerajaan persekutuan.

Mempersoalkan tindakan Musa, Kit Siang berkata baru dua minggu yang lalu Musa sendiri telah menolak cadangan dan tuntutan Pakatan Rakyat untuk menaikkan royalti dari 5 ke 20 peratus tetapi sekarang beliau mengubah pendirinnya pula.

"Ini semua berlaku antara lain atas usaha dan peranan Pakatan Rakyat yang membawa suara, aspirasi dan kuasa rakyat."

Tetapi tanda tanya kedua yang timbul adakah sekadar "membuka ruang untuk dibincangkan" sudah memadai kerana rakyat Sabah mahupun Sarawak mahu kerajaan BN negeri menyokong tuntutan 20 peratus royalti yang diusulkan Pakatan Rakyat.

"Adakah Ketua Menteri Sabah dan Sarawak akan melakukannya?"

Gejala '2C' dan '2I' yang membimbangkan

Dalam kehangatan isu royalti, masalah yang ditanggung rakyat Sabah masih banyak yang belum tuntas. Tema "Janji Ditepati" kata Kit Siang boleh dirujuk sebagai gejala 2C dan 2I.

" 2C ialah jenayah dan rasuah (crime and corruption) dan 2I pula merujuk kepada PATI dan pengabaian infrastruktur (illegal immigrants and infrastructure neglect).

'Gejala' ini telah menyebabkan rakyat Sabah semakin terbelenggu dengan masalah yang tidak selesai sejak sekian lamanya BN memerintah.

 

Sabah negeri kaya tapi apa BN buat?

Antara perkara yang disentuh dalam pemerhatian Kit Siang ialah mengenai jaringan jalanraya.

Beliau mengklasifikasikan jaringan jalan dari Kota Belud ke Kota Marudu merupakan yang terburuk di Malaysia dengan keadaan yang sangat daif setelah bertahun-tahun lamanya.

"Ini merupakan perkara yang amat memalukan dimana Sabah yang bergabung dengan Malaysia 49 tahun lalu merupakan salah sebuah negeri terkaya di Malaysia.

"Selain itu, bukan sahaja di Kota Marudu malah di seluruh negeri, masih wujud banyak kontroversi melibatkan tanah NCR yang membuktikan kerajaan BN gagal menghayati slogan "Janji Ditepati" mereka." tambahnya.

Lain pula yang berlaku di Kampung Bavang Jamal dimana paip air telah disediakan sejak 1986 tetapi tanpa mempunyai bekalan air selama 26 tahun kata beliau.

Kit Siang dalam kenyataannya juga memperkatakan mengenai pengabaian industri pelancongan yang berlaku sejak Tan Sri Chong Kah Keat menjadi Ketua Menteri dan Menteri Pelancongn.

Tidak terhenti disitu, "Sekali lagi "Janji Ditepati" dikhianati apabila kerajaan BN gagal memulihara semula tanah lombong tembaga yang terbiar dengan sisa toksik berbahaya yang ditimggalkan Mamut Copper Mine (MCM) setelah untung RM3.4billion."

Lagi menurutnya, wujud dakwaan serius penyalahgunaan kuasa melibatkan penggunaan tanah dan pengasingan terhadap masyarakat tempatan selepas MCM mengembalikan pajakan tanah kepada kerajaan negeri.

Menyentuh soal pembangunan di Sandakan, kerajaan BN juga gagal dalam janji mereka untuk menyediakan infrastruktur asas dengan baik seperti bekalan air, elektrik dan lebuh raya walhal Sandakan pernah menjadi pusat bandar utama di Sabah selama 62 tahun sehingga perang Dunia ke 2.

"Hari ini malangnya, Sandakan ketingalan dari Tawau, Miri dan juga Bintulu di Sarawak di mana ketiga-tiga Bandar ini mempunyai lapangan terbang tetapi tidak bagi Sandakan.

"Saya yakin, sekiranya kerajaan PR mengambil alih pentadbiran dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini, tidak ada masalah bagi dalam tempoh 100 hari kita meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan." katanya.-roketkini.com

Lebih Banyak Pusat Beli-Belah Hantar Pengawal Jadi Polis Bantuan

Posted: 23 Aug 2012 12:52 AM PDT



PETALING JAYA: Lebih banyak pusat membeli-belah menghantar pengawal keselamatan mereka untuk dilatih sebagai polis bantuan, yang menyifatkan ia bukan sahaja akan meningkatkan keselamatan tetapi juga untuk moral kakitangan.

Presiden Pengurusan Kompleks dan Pusat Membeli-Belah, H. C. Chan berkata, sekurang-kurangnya berbelas pengurusan pusat membeli-belah memohon latihan polis bantuan untuk pengawal mereka daripada empat sebelum ini.

Mereka termasuk Pavilion, Tropicana City Mall, Suria KLCC, dan Sunway Pyramid di mana Chan merupakan ketua pegawai eksekutifnya.

"Kami mendapati terdapat produktiviti lebih tinggi di kalangan pengawal. Mereka ternyata lebih peka dan berdisiplin," katanya di pejabatnya pada Rabu.

Beliau menambah, mereka masih dinasihatkan untuk menggaji pengawal yang cukup terlatih daripada yang tidak terlatih.

"Mereka sudah pun bekerja denngan pengurusan pusat membeli-belah, maka latihan hanyalah sebagai tambahan kepada kemahiran yang diperlukan," katanya.

Pengawal tempatan perlu menjalani proses pemilihan yang ketat untuk diterima dilatih sebagai polis bantuan.

Walaupun mereka bukan pasukan polis, mereka akan memakai pakaian yang serupa warna biru, dibenarkan membawa senjata api ketika bertugas dan membuat penangkapan, tetapi tidak menjalankan soal siasat.

Baru sahaja menghantar satu kumpulan yang terdiri daripada 20 orang pengawal, Sunway Pyramid dijangka akan menambahkan bilangan polis bantuannya kepada 50 orang, tambahan kepada 50 pengawal sudah berkhidmat.

Chan berkata, pusat membeli-belah juga boleh kembali kepada asas-asas pencegahan jenayah dengan menaik taraf rekaan bangunan.

"Mereka boleh menerangkan lagi kawasan parkir atau meletakkan dinding bercermin di lif dan tangga lobi bagi menghasilkan kesan cahaya dan juga untuk mengelakkan daripada pandangan mata tersembunyi di mana jenayah boleh berlaku."

Pengurusan pusat membeli-belah di Lembah Klang mula menghantar para pengawal mereka untuk latihan selepas beberapa serangan berprofil tinggi ke atas pelanggan baru-baru ini.

Dengan yuran RM5,000 seorang, setiap pengawal akan menjalani latihan selama lapan minggu di berek polis.

Pengurusan Mid Valley Megamall turut berkata, mereka sudah pun memohon untuk menghantar sebahagian pengawalnya untuk latihan.

Penolong pengurus perhubungan awamnya, Stephanie Tan berkata, pusat membeli-belah itu turut meningkatkan bilangan pengawal.

SPR Diminta Timbang Semula Cadangan Daftar Automatik Pengundi

Posted: 23 Aug 2012 12:50 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menimbang semula cadangan pendaftaran secara automatik rakyat Malaysia berusia 21 tahun sebagai pengundi, yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, SPR perlu mengambil kira cadangan Putera MIC pada satu pendengaran umum itu kerana majoriti daripada 3.3 juta yang layak mengundi adalah anak muda.

"Ia cadangan yang baik dan Pakatan (pakatan pembangkang) sentiasa mengalu-alukan pembaharuan seperti ini, tanpa mengira sama ada ia dikemukakan parti komponen pembangkang atau Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Loke yang juga Anggota Parlimen Rasah, berkata, melalui langkah itu SPR dan semua parti politik boleh menggunakan sumber mereka untuk menjalankan kegiatan lain. - BERNAMA

Undang-Undang Lompat Parti Tidak Akan Berkesan – Para Peguam

Posted: 23 Aug 2012 12:49 AM PDT



GEORGE TOWN: Sebuah undang-undang menentang lompat parti tidak akan berkesan walaupun ia diluluskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana ia bukan perlembagaan, kata para peguam.

Peguam veteran, Datuk C.V. Prabhakaran berkata, undang-undang seperti itu bertentangan dengan ketetapan Mahkamah Agung 1992.

"Anda tidak boleh meluluskan undang-undang yang menyekat kebebasan peribadi. Ia adalah 'ultra vires' (melampaui batasan undang-undang).

"Wakil-wakil (rakyat) dipilih oleh rakyat. Apakah yang Ketua Menteri ingin lakukan," kata Prabhakaran.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa kerajaan negeri merancang untuk menggubal satu undang-undang menentang lompat parti bagi mengelakkan amalan "katak dan berudu" terus berleluasa di Pulau Pinang.

Pada 3 April 1992, Mahkamah Agung telah memerintahkan dalam kes Dewan Undangan Negeri (DUN) v Nordin Salleh bahawa kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS enakmen mengharamkankan lompat parti adalah tidak berpelembagaan.

Mahkamah itu memutuskan bahawa undang-undang sedemikian melanggar Artikel 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan kerana ia menjejaskan hak untuk kebebasan berpersatuan.

Seorang lagi peguam veteran, Datuk K. Kumaraendran berkata, walaupun cadangan itu adalah satu tindakan yang baik, meluluskan rang undang-undang lompat parti sekadar cakap-cakap sahaja.

Semua parti politik, kata beliau, seharusnya menghalang apa-apa perbuatan untuk menarik diri, di mana beliau menyifatkannya sebagai sesuatu "yang buruk".

Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang secara konsisten menyokong anti-melompat parti, berkata bahawa meluluskan undang-undang itu "akan menjadi masalah" kerana ia telah pun diisytiharkan sebagai tidak berpelembagaan.

Pekerja Syarikat Keselamatan Suspek Utama Kebanyakan Kes Kecurian ATM

Posted: 23 Aug 2012 12:48 AM PDT



KUALA LUMPUR: Polis mencatatkan kejayaan dalam penyiasatan mereka berhubung kecurian mesin pengeluaran automatik (ATM) di Lembah Klang.

Mereka percaya kebanyakan kes dilakukan oleh kakitangan yang berkhidmat di syarikat keselamatan yang memindahkan wang ke ATM dan juga bekerja sebagai juruteknik dan mekanik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datik Ku Chin Wah berkata, mereka merupakan suspek utama kerana kecurian dilakukan dengan pakar tanpa membuatkan penggera berbunyi.

"Pekerja syarikat keselamatan mempunyai pengetahuan mendalam tentang bagaimana penggera berfungsi. Mereka juga merupakan juruteknik dan mekanik ATM terlatih dan tahu bagaimana untuk mengeksploitasi langkah-langkah keselamatan.

"Tambahan pula, kecurian sering berlaku sejurus selepas sejumlah besar wang dimasukkan ke dalam ATM, yang hanya akan diketahui oleh bank dan pekerja di syarikat keselamatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur di sini Rabu.

Polis yakin bahawa terdapat beberapa kumpulan yang khusus dalam kecurian ATM dan setakat ini telah mengenal pasti dua daripada mereka di Lembah Klang yang merupakan pekerja di syarikat keselamatan.

"Mereka terlibat sama ada mencuri ATM itu atau mereka merupakan perancang bagi kumpulan-kumpulan itu melatih yang lain untuk melakukan jenayah," kata Ku.

Di KAJANG, polis berkata, mereka menjejaki dua juruteknik dan seorang mekanik ATM
berhubung penglibatan mereka dalam cubaan mencuri mesin berkenaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, tiga lelaki, dalam lingkungan 20 dan 30 tahun, dipercayai merupakan antara yang terlibat dalam percubaan mencuri ATM pada 15 Ogos lalu oleh sekumpulan lima individu.

Seorang pengawal keselamatan telah mengesan mereka yang cuba untuk membuka ATM menggunakan pemotong logam oksi-asetilena dan menangkap salah seorang daripada mereka selepas berlaku pergelutan.

Polis menahan seorang lagi selepas tindakan susulan.

Ab Rashid memberitahu para pemberita bahawa dua individu itu hanya mencuba untuk mencuri mesin itu tetapi percaya kumpulan itu telah pun mencuri ATM yang sama pada Januari lepas dan berjaya melarikan kira-kira RM40,000.

"Kita hanya boleh mengaitkan kumpulan itu dengan dua kes pada masa ini, tetapi akan bekerjasama dengan daerah lain untuk mengenal pasti sama ada mereka turut terlibat dalam kecurian ATM lain," katanya.

Ab Rashid meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tiga suspek berkenaan supaya menghubungi talian hotline polis 03-2052 9999 atau balai polis berdekatan.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib berjatam beliau tidak pasti mengenai penglibatan petugas di syarikat keselamatan terlibat dalam kecurian ATM.

"Lebih banyak siasatan diperlukan," kata beliau.

Peluang cerah PR menang 14 kerusi DUN, 5 parlimen di Pahang

Posted: 23 Aug 2012 12:36 AM PDT

Blog tulahan.blogspot.com.au

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/pahang.jpgPahang adalah negeri kurang mendapat perhatian pemerhati politik semasa mereka membuat ramalan keputusan PRU 13. Setakat ini, tidak satu pun ramalan yang mengatakan Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Ramai yang menjangka perubahan akan berlaku di negeri-negeri Selatan Semenanjung dalam PRU 13. 




Kemungkinan disebabkan banyaknya kerusi campuran di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Walaupun ada kerusi campuran di Pahang , namun tidak sebanyak di negeri Selatan Semenanjung.


Seperti juga negeri Pantai Timur Semenanjung  iaiatu Kelantan dan Terengganu, kebanyakan kerusi di Pahang mempunyai majoriti pengundi Melayu lebih 70 peratus. Justeru itu, ramai yang menjangkakan BN akan mudah menawan negeri ini , tambahan pula hampir semua kawasan majoriti Melayu mempunyai kawasan kubu kuat UMNO iaitu Felda.

Selain felda , Orang Asli yang menjadi pengundi tetap BN dalam setiap pilihanraya mempunyai jumlah yang agak ramai di setiap dun di Pahang. Purata 5 – 10% daripada jumlah pengundi adalah pengundi Orang Asli.

Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa Pahang mempunyai kelebihan dari segi jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR yang lebih tinggi berbanding negeri Selatan Semenanjung. Sokongan pengundi Melayu kepada PR di Pahang menjangkau purata 30 hingga 55 peratus.

PAS pernah menang 6 kerusi pada PRU 1999 di kawasan majoriti Melayu. Malah semasa PRU 12 , PAS menang 2 kerusi di Kuala Semantan yang mempunyai 77% jumlah pengundi Melayu dan Baserah yang mempunyai 72% jumlah pengundi Melayu.

Tidak seperti negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung , sokongan pengundi Cina kepada PAS dan PKR semasa PRU 12 puratanya kurang daripada 55% tidak seperti sokongan kepada DAP yang mencecah purata 70%. Pada PRU 12 , DAP kekal menang di Triang dan merampas Tras dari BN.

Berdasarkan jangkaan sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR, banyak kerusi yang mempunyai kurang 70 % jumlah pengundi Melayu akan menghadapi persaingan sengit antara PR dan BN.

DAP dijangka mudah mengekalkan kemenangan di Triang dan Tras, malah akan menambah kerusi di Bilut, Ketari , Sabai dan Mentakap yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 50%. DAP juga dijangka menang di Tanah Rata yang sebelum ini dimenangi calon bebas.

DAP juga berpeluang menang kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Raub yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 50%.

Isu Lynas yang panas di Kuantan memberi peluang besar kepada PKR untuk menang di kerusi Dun Semambu dan Teruntum , serta mengekalkan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR memberi peluang kepada PKR di kerusi Dun Ceka dan Benta dalam parlimen Lipis, Damak dalam parlimen Jerantut , Lanchang dalam parlimen Temerloh serta Jenderak dalam parlimen Kuala Krau. PKR juga dijangka menang di Parlimen Bentong.

Sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR juga akan membantu PAS menang di kerusi Dun Tanjung Lumpur dalam parlimen Kuantan, mengekalkan kerusi Dun Baserah dalam parlimen Indera Mahkota dan Kuala Semantan dalam parlimen Temerloh. Begitu juga parlimen Temerloh, Lipis, Bera.

Kemenangan di kerusi majoriti Melayu yang ditandingi PAS banyak bergantung kepada kekuatan jentera PAS sendiri . Walaupun bertanding di kawasan felda, PAS mempunyai kekuatan sokongan Melayu yang hampir setanding dengan UMNO di beberapa kerusi Dun dan parlimen.

Antara kerusi Dun yang PAS berpeluang menang ialah Inderapura dalam parlimen Kuantan ,Jengka dan Kerdau dalam parlimen kuala Krau, Guai dalam parlimen Bera, Padang Tengku dalam parlimen Lipis, Tahan dalam parlimen Jerantut serta parlimen Kuala Krau dan Jerantut.

PAS mampu menang di kerusi-kerusi ini memandang ada di antara kerusi-kerusi pernah dimenangi PAS semasa PRU 1999.

Berdasarkan faktor jumlah pengundi Cina, isu Lynas, sokongan pengundi Melayu dan majoriti PRU12. PR berpeluang cerah menang 14 daripada 42 kerusi Dun dan 5 kerusi parlimen daripada 14 kerusi parlimen.
6
6 kerusi Dun yang DAP ada peluang cerah untuk menang :

1.   Triang
2.   Tras
3.   Tanah Rata
4.   Sabai
5.   Ketari
6.   Bilut
3 kerusi Dun yang PKR ada peluang cerah untuk menang :
1.   Damak
2.   Teruntum
3.   Semambu
5 kerusi Dun yang PAS ada peluang cerah untuk menang :
1.   Baserah
2.   Kuala Semantan
3.   Tanjung Lumpur
4.   Inderapura
5.   Jengka
5 kerusi parlimen yang PR ada peluang cerah untuk menang :
1.   Kuantan
2.   Indera Mahkota
3.   Bentong
4.   Cameron Highlands
5.   Temerloh
Manakala PR juga ada peluang untuk menang di 9 kerusi Dun dan 5 kerusi parlimen tetapi tidak secerah kerusi di atas. 
1 kerusi Dun yang DAP ada peluang untuk menang :
1.   Mentakap
4 kerusi Dun yang PKR ada peluang untuk menang :
1.   Ceka
2.   Benta
3.   Jenderak
4.   Lanchang
4 kerusi Dun yang PAS ada peluang untuk menang :
1.   Padang Tengku
2.   Guai
3.   Tahan
4.   Kerdau
5 kerusi parlimen yang PR ada peluang untuk menang :
1.   Raub
2.   Jerantut
3.   Bera
4.   Lipis
5.   Kuala Krau

Hanya jika menang kesemua kerusi di atas barulah PR boleh membentuk kerajaan dengan 23 daripada 42 kerusi Dun. Keadaan sukar inilah yang menyebabkan ramai yang tidak menjangkakan Pahang mampu ditawan PR dalam PRU 13.

Bayi 23 hari Diliwat Bapa

Posted: 23 Aug 2012 12:32 AM PDT

SABAH DAILY

Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

 Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

"Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam ". Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera. -http://apekepelik.blogspot.com

Posted: 23 Aug 2012 12:27 AM PDT

RAFIZI RAMLI

Saya merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk "Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?". Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.

Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian KEADILAN selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan.

Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.

Pun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno/Barisan Nasional yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara. Pemimpin seperti Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa KEADILAN.

Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan Umno/Barisan Nasional setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno/Barisan Nasional berhubung penurunan harga kereta?

Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional).

Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN. Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakeretadengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen.

Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar.

KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah:

1. Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;

2. Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;

3. Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;

4. Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;

5. Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan

6. Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.

Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, KEADILAN akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan Umno/Barisan Nasional yang seterusnya kerana saya yakin Umno/Barisan Nasional tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Sejenak Bersama ADUN Sekinchan

Posted: 23 Aug 2012 12:18 AM PDT

JASIN DAILY

Ng Suee Lim adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada golongan yang biasa hadir ke ceramah Pakatan Rakyat di Selangor, Johor dan Melaka. ADUN Sekinchan ini merupakan satu-satunya wakil rakyat berbangsa Tionghua yang mampu bercakap Jawa dengan fasih dan menyebut istilah Arab dengan lancar dalam ceramahnya. Malaysiakini menemubual Ng sebelum Aidil Fitri lalu untuk menelusuri perjalanan politik dan memahami personaliti timbalan setiausaha DAP Selangor ini. Menurut Ng, beliau mula belajar bahasa Jawa apabila bekerja secara sambilan di kantin bapa angkatnya, seorang orang kuat Umno di Kapar yang juga jirannya di Kampung Tok Muda, Batu 12 1/2 selama hampir sepuluh tahun. Beliau mula bekerja sambilan seawal Darjah Lima demi membantu keluarganya yang tidak berpendapatan besar pada masa itu. Kebetulan, bapa angkatnya menggaji ramai orang berketurunan Jawa dan sebagai seorang kanak-kanak, beliau sering dibuli dan dimarahi pekerja lain dalam bahasa Jawa.

 Lama kelamaan beliau memahami butir bicara percakapan pekerja lain dan mula menguasai bahasa itu sedikit demi sedikit. Hubungannya yang sangat akrab dengan keluarga angkat Melayunya turut menyebabkan beliau menghabiskan musim cuti sekolah selama dua bulan dengan tinggal di rumah mereka. "Selesai bekerja, saya tinggal di rumah mereka. Di rumah mereka saya dapat makan ayam. Walaupun rumah saya sebelah sahaja saya tak balik," kata Ng tertawa besar mengimbau sejarahnya. 'Orang Cina takut hudud' Minat Ng dalam politik mula bercambah apabila sering dibawa bapa saudaranya, seorang penyokong tegar Lim Kit Siang ke majlis ceramah dan makan malam DAP. "Dia beli tiket (makan malam DAP) dia akan beli dua. Satu untuk dia dan satu untuk saya," kata Ng yang bertindak sebagai jurubahasa kerana bapa saudaranya hanya menguasai dialek Hokkien dengan baik. Minatnya yang semakin mendalam terhadap politik diteruskan lagi dengan membantu kempen DAP menerusi cawangan Kota, Klang. 

 Malah, Ng pernah membantu kempen Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang pada masa itu merupakan ahli DAP dan bertanding kerusi Kuala Lumpur Bandar (kini Bukit Bintang). Wee Choo Keong kini adalah ahli parlimen bebas selepas berpaling tadah daripada PKR dan Pakatan Rakyat. Menurut Ng, pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 mendorongnya terlibat lebih serius dalam politik. "Saya tengok cara Mahathir layan Anwar pada masa itu saya tak boleh terima, ini zalim," kata Ng yang berikrar untuk menumbangkan Umno dan BN dengan lebih bersungguh-sungguh selepas peristiwa itu.

 Tiga hari sebelum penamaan calon pilihan raya tahun 1999, beliau diminta Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor sekarang, Datuk Teng Chang Khim untuk bertanding di Sekinchan. Satu-satunya sebab Ng diminta untuk bertanding di situ adalah kerana pemimpin DAP tempatan sudah putus asa untuk menang. Tidak cukup dengan itu, satu lagi cabaran baru menanti Ng apabila pemimpin DAP tempatan enggan membantunya kerana beliau bukan anak tempatan dan mereka tidak yakin dengan usianya yang terlalu muda. "Waktu itu dana pun orang (DAP) tak mahu bagi. Ada orang sumbangkan dana masuk ke cawangan tetapi saya kena cari sendiri," kata Ng. Beliau tewas dalam pilihan raya itu dengan majoriti 2044 undi. 

 Bagaimana pun, Ng mendapati kekalahannya adalah kerana kehilangan banyak undi Cina yang pada masa itu dimomokkan dengan ketakutan terhadap undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan PAS di Kelantan. Bagi menangani persepsi negatif tersebut, Ng mengambil pendekatan yang unik yang menggabungkan hobinya yang gemar melancong dan kerjayanya sebelum ini. Bina jentera DAP Sekinchan Beliau menganjurkan rombongan untuk orang-orang Cina di Sekinchan melawat Kelantan bagi melihat sendiri negeri itu secara lebih dekat. "Saya dahulu pernah jadi pemandu pelancong sambilan jadi saya buat keputusan anjur lawatan ke Kelantan. "Setiap tiga bulan satu trip saya bawa ke Kelantan. Pergi ke Tumpat tengok patung Buddha terpanjang di Asia Tenggara. "Balik mereka boleh cakap di kedai kopi 'Ini MCA tipulah mana ada di Kelantan tak boleh makan babi'," kata Ng. Pada masa sama, beliau berjaya menanam keyakinan di kalangan sebahagian pemimpin DAP setempat untuk membantunya membina kembali jentera DAP Sekinchan. 

 Beliau yang pada masa itu menetap di Shah Alam berusaha turun ke Sekinchan sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk mendekati masyarakat walaupun kalah dalam pilihan raya. "Kalau ada masalah (setempat) kita panggil wartawan kita dedahkan. Kalau tiada masalah kita minum-minum di kedai eratkan hubungan," kata Ng. Usaha beliau membuahkan hasil apabila pada pilihan raya tahun 2004, beliau menang kerusi Sekinchan. Menurut Ng, sokongan besar kepada BN sewaktu Tun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri menyebabkan kerusi yang dimenangi pembangkang di Selangor berkurangan daripada enam kerusi pada tahun 1999 kepada dua kerusi sahaja pada tahun 2004. 

 Malah, beliau sendiri hanya menang dengan majoriti 344 undi sahaja dan menjadi wakil pembangkang dalam DUN Selangor bersama Teng Chang Khim yang menang kerusi Sungai Pinang. Mengambil iktibar daripada kemenangan itu, Ng terus menggunakan strategi yang sama dan berjaya meyakinkan penduduk Sekinchan untuk terus mengundi beliau buat kali kedua pada tahun 2008. "Di luar bandar rakyat mementingkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain," kata Ng. Beliau kini gembira dapat membantu penduduk Sekinchan dalam kapasiti lebih besar sebagai ADUN kawasan itu. Malah, sokongan rakyat Sekinchan terhadap DAP juga semakin baik sekarang ini. "Dahulu kita buat jamuan satu tiket RM25 kita pergi rumah ke rumah empat buah kampung kita jual tiket.

 "Kita cuma mampu jual 60 ke 70 meja sahaja. Sekarang kita jual RM50 satu tiket kita dapat jual sekitar 250 meja," katanya. Ng yang sebelum ini turut pernah terlibat dalam pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan sektor pembinaan nyata gembira apabila dapat berceramah kepada orang ramai untuk terus menyokong Pakatan Rakyat. "Dahulu pernah meniaga larut malam, sekarang pun meniaga larut malam dengan ceramah politik. "Dalam tiga tahun setengah ini malam-malam saya terus motivasikan mereka (hadirin ceramah)," kata Ng yang ketawa kecil.

UMNO kena jawab isu MCA tolak hudud

Posted: 22 Aug 2012 04:37 PM PDT

KL TODAY

 

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu pemimpin Umno memberi respons terlebih dahulu berhubung kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyentuh isu hudud sebelum beliau mengulas pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Mursyidul Am Pas ini berkata, Soi Lek sebelum ini secara berterusan menghina hudud dan pernah melabel seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dari Johor sebagai "hilang akal" kerana mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.

"Saya diminta respons tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini.

"Dalam akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respons daripada pemimpin parti. Buat masa ini, itu sudah memadai," kata beliau dalam satu entri ringkas menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, "saya ingin membaca respons pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud."

Menteri Besar Kelantan berkata demikian berhubung laporan terbaru berhubung pendirian Karpal, yang baru-baru ini berkata akan mengambil tindakan mahkamah ke atas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Karpal dalam mempertahankan pendirian DAP menolak hukum hudud sebelum ini terlajak kata sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Beliau dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.

Dua bulan lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Di pihak Pas, mereka menyambut baik dan menyokong penuh cadangan itu bairpun dilaksanakan di negeri di kuasai Umno.

Namun tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.

Sehubungan itu, Nik Aziz berkata, beliau hanya akan memberi respon terhadap kenyataan Karpal selepas melihat respon Umno terhadap kenyataan Soi Lek itu.

"Pihak media sila dapatkan kenyataan dari pemimpin Umno terlebih dahulu untuk tatapan semua," katanya.

Wanita 27 tahun maut akibat dijangkiti H1N1

Posted: 22 Aug 2012 04:34 PM PDT


Bernama


 
Seorang wanita berusia 27 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) di Negeri Sembilan beberapa hari lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Zailan Adnan.

Beliau berkata pihaknya telah melakukan siasatan terperinci dan keadaan adalah terkawal serta tiada penularan wabak itu.

"Kami telah menjalankan siasatan terperinci dan telah memastikan tidak ada di kalangan keluarga mangsa yang dijangkiti H1N1," katanya ketika dihubungi di Seremban hari ini.  

Dr Zailan berkata wanita yang bekerja di Singapura itu pulang ke negeri ini beberapa hari lepas untuk bercuti, dan telah jatuh sakit serta menerima rawatan di sebuah hospital, di Seremban sebelum meninggal dunia.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik atau membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu.- Bernama

Puteri Umno Sabah sokong naikkan royalti minyak

Posted: 22 Aug 2012 04:33 PM PDT

Bernama


 
Puteri Umno Sabah berharap perbincangan membabitkan semakan semula royalti minyak akan membawa keuntungan kepada Sabah dan negara.

"Memang patut royalti minyak Sabah dikaji semula. Kita memang mahu ianya dinaikkan.

"Tetapi kita juga berharap hasilnya nanti memberi keadaan menang-menang kepada rakyat dan kerajaan," kata Ketuanya Musliati Moslimin, di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau yang ditemui pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannya, ditanya mengenai kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam, yang dilapor berkata kerajaan negeri terbuka mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat berhubung isu itu.

Musliati juga yakin perbincangan akan menghasilkan keputusan positif  berikutan hubungan baik kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.- Bernama

Amaran keras MCA: Di mana suara ulama Umno, mufti

Posted: 22 Aug 2012 04:28 PM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam di negara ini dicemari dengan penghinaan-penghinaan terhadap Islam.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar) ekoran Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim yang telah mengeluarkan satu kenyataan kelmarin dengan berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"Saya menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, dalam keadaan negara ini yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

"Beliau seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.

"Apakah beliau lebih berkuasa daripada perlembagaan negara serta majoriti rakyat di negara ini?" ujarnya.

Dalam keadaan demikian, kata beliau tidak sedikitpun pemimpin Umno yang kononnya juara Islam bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut.

Katanya lagi, Barisan Nasional bukan baharu tahun ini ditubuhkan, tetapi ia sudah menjangkau puluhan tahun lamanya.

Beliau berkata, Umno yang mengaku sebagai parti Islam dan pemimpin sebuah gabungan parti-parti di negara ini yang bernama Barisan Nasional, ternyata gagal mendakwahkan parti komponennya supaya menghormati Islam.

Tambahnya, selama berpuluh tahun Umno sanggup membiarkan MCA dan parti-parti lainnya jahil terhadap Islam malah sehingga sanggup menghina agama Islam.

Riduan menambah, agak menjengkelkan kerana ada pihak terlalu kuat menghentam DAP yang dikatakan anti Islam sehingga ada kenyataan menyatakan haram mengundi DAP dalam pilihanraya umum.

Tambahnya, tetapi apabila MCA secara jelas dan bangga menyatakan pendiriannya menolak sebuah negara Islam, tiada seorang pun ulama Umno yang bersuara.

"Di mana suara para mufti dan ulama dalam hal demikian?" soal Riduan.

Malah, ujarnya Presiden MCA pernah mengugut untuk berpisah dengan Umno jika Umno mahu laksanakan hudud.

"Apakah hukumnya mengundi parti yang secara berterus-terang menolak negara Islam di negara ini?" katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta para ulama Umno mengeluarkan kenyataan dan pendirian jelas berhubung kenyataan terbaru.

Riduan juga meminta para ulama termasuk para mufti menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan pemimpin MCA ini.

"Saya juga mencabar supaya Presiden Umno menyatakan pendiriannya dan memberi amaran keras terhadap MCA, jika tidak pun terus menyingkir keluar MCA dari BN," tegasnya.

Mat Sabu: Isu Nasha dibawa ke biro politik PAS

Posted: 22 Aug 2012 04:24 PM PDT

Abdul Rahim Sabri


PAS dijangka membincangkan isu kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu mungkin menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat Biro Politik parti itu yang dijadual pada Sabtu ini.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini agenda rasmi mesyuarat itu pas muktamar 130610 nasharuddin mat isa 1masih belum dimaklumkan oleh Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.

"Kemungkinan (perkara itu) kita akan bincang. Sudah tentu (ahli jawatankuasa biro) akan ditimbulkan perkara itu," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Nasharuddin (kiri) yang juga ahli parlimen Bachok dalam laporan TV3 dan Utusan Malaysia sebelum ini dilaporkan mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud.

Pengerusi DAP Karpal Singh juga dilaporkan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang susulan kenyataan Nasharuddin yang mendakwa peguam terkenal itu seorang yang anti Islam kerana menentang hukum hudud.

Bagaimanapun, Nasharuddin yang ahli Majlis Syura PAS mempertahankan kenyataannya dan sedia berdepan Karpal di mahkamah.

Sementara itu, dalam ceramahnya malam tadi, Mohamad menganggap wujudnya perbincangan mengenai hukum hudud khususnya di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu merupakan "satu perkembangan yang sihat dan baik".

NONE"(Kalau dulu nak) laksana hudud, (ada tuduhan akan) busuk sungai Kelantan. Banyak tangan (dilempar ke situ). Batu tak boleh buat jalan (kerana hukuman rejam).

"Tapi sekarang ia menjadi perbincangan antara kaum, semua agama. Ia satu perkembangan yang sihat.

"(Hukum hudud) bagi orang Islam sensitif... (Kalau) Karpal Singh tolak, saya tak panik, tapi kalau (beliau) terima, saya rasa pelik. Tapi bila orang Islam tolak hudud, kita tak kata apa," katanya.

Sambil membaca petikan kiriman SMS daripada seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak yang menyatakan "Islam menyatukan kita" , Mohamad menganggap perbincangan tentang hukum itu di kalangan bukan Islam memperlihatkan "satu perkembangan yang baik" berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Perdebatan (hukum) syariah (jadi perbincangan) semua kaum... (Ini) satu perkembangan baik, ia jadi perbincangan ilmiah sekarang," katanya.

Polis berkas 6 anggota 'Geng Susu Kangkang'

Posted: 22 Aug 2012 04:22 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR- Enam anggota 'Geng Susu Kangkang' yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam serbuan pada 16 dan 17 Ogos lepas.
  
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata turut ditahan tujuh individu bersubahat termasuk dua pemilik kedai yang membeli susu berkenaan.
  
Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.
   
"Susulan penahanan itu, pada hari yang sama, membawa polis ke sebuah kedai ubat di Kuchai Lama sebelum menahan lima lelaki, dua daripadanya dipercayai pemilik kedai berkenaan yang membeli susu-susu daripada geng itu," katanya ketika dihubungi.
  
Beliau berkata dua wanita warga Indonesia, dipercayai pembantu kedai turut ditahan.

Keesokannya polis menahan dua lelaki dari Sabah, yang merupakan anggota geng terbabit di Klang, menjadikan tangkapan keseluruhan 13 orang, berumur antara 20 dan 48 tahun.
  
Ab. Rashid berkata geng itu dikesan menggunakan modus operandi sama dengan kecurian susu berjenama di Perlis dan Kedah beberapa bulan lalu, iaitu dengan memasukkan kotak-kotak susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam jubah mereka sebelum keluar dari kedai.
  
"Sebahagian anggota geng akan menunggu di luar kedai dengan membawa parang, penyembur lada sulah dan batang besi yang akan digunakan sekiranya anggota geng yang berada di dalam kedai itu dihalang pekerja kedai," katanya.
  
Ab. Rashid berkata pekerja terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan diri terancam.
  
Katanya susu tepung berjenama yang berharga RM80 sekotak dijual separuh daripada harga pasaran. -Bernama

locengwangsa

Posted: 23 Aug 2012 03:12 PM PDT

locengwangsa


HUDUD DI'MATADOR'KAN OLEH SIAPA?

Posted: 23 Aug 2012 11:21 AM PDT

Muslimeen United

Posted: 23 Aug 2012 01:09 PM PDT

Muslimeen United


Panas! Pendedahan Dana Rakyat RM2.7 Billion Untuk Isi Kantong Umno Selangor (Video)

Posted: 23 Aug 2012 03:51 AM PDT


RM2.7 bilion ringgit diambil dari rakyat Malaysia ( Kerajaan Pusat )dan diserahkan kepada Umno Selangor setiap tahun.

Jika disalurkan melalui saluran betul, RM2.7 bilion barangkali lebih dari cukup untuk menaik taraf bantuan kesihatan dan pendidikan untuk 27 juta rakyat Malaysia.

Sebaliknya PM Najib Abdul Razak mengagihkan wang tersebut kepada ketua-ketua negeri, bahagian dan cawangan Umno.

Drama Ummi Hafilda Di Pagi Raya Terkantoi..

Posted: 23 Aug 2012 01:26 AM PDT


Ada sumber mengatakan kerja-kerja bodoh yang dilakukan oleh Ummi Hafilda ini adalah hasil buah pemikiran seorang pemimpin UMNO yang terlibat dengan satu kes rasuah, beliau adalah Master Mind yang menggerakkan Ummi Hafilda untuk menyerang Anwar dan Azmin..


KETIKA umat Islam sedang meraikan hari kemenangan, ada seorang manusia tergamak mengheret ibunya sendiri ke kancah politik untuk mengaibkan abangnya sendiri.

Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.

Kononnya Mak Tom membawa diri sehingga beraya di perantauan kerana kecil hati dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.

Apa yang melucukan, adik beradik Umi Hafilda yang lain tiada seorang pun yang sanggup melayan "kerja gila" beliau beraya di perantauan tak tentu pasal.

Terpaksalah Umi Hafilda menggunakan khidmat pelakon tambahan iaitu dua orang kanak-kanak yang tiada kaitan langsung dengan keluarganya untuk muncul di Buletin Utama TV3.

Di saat Umi Hafilda melakukan "kerja gila" beraya di Melaka, adik beradiknya yang lain pula berkumpul beramai-ramai di rumah kakak mereka di AU2 Hulu Kelang.

Manakala Azmin Ali beraya di Taiping Perak kerana mengikut giliran untuk beraya di kampung isterinya.

Kata Ummi Hafilda, kononnya Azmin Ali buang keluarga.

Tapi nampaknya dia sendiri yang melarikan diri daripada keluarga dan mencolek Mak Tom untuk beraya bersamanya di perantauan.


Segar di ingatan bagaimana Ummi mengheret Mak Tom ke dalam kereta Polis semata-mata mahu Mak Tom berkempen untuk Umno pada tahun 1999 dahulu...

Barangkali PRU 13 ini, Ummi Hafilda akan paksa Mak Tom jadi calon Barisan Nasional pula untuk menentang Azmin Ali di mana-mana kawasan yang ditandingi oleh beliau.
milosuam

Hudud: Tak timbul soal PAS-DAP berpecah

Posted: 23 Aug 2012 01:22 AM PDT



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa orang Islam sama sekali tidak boleh menolak hukum hudud kerana ianya adalah hukum yang ditetapkan oleh agama dan bukan ideologi ciptaan manusia.

"Isu ini tidak perlu dibincang kerana ia adalah hukum agama, bukan ideologi, kalau hukum dunia, kita boleh tolak, tetapi sebagai orang Islam, (jika) tolak agama bermakna akan terima pembalasan di akhirat kelak," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Pas Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama, di sini, semalam.

(Gambar: Tuan Guru sedang megambil juadahnya ketika majlis Aidilfitri PAS Kawasan Pengkalan Chepa di sini semalam)

Sementara itu ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan keupayaan hukum hudud untuk mengatasi jenayah, Tuan Guru Nik Aziz berkata berbanding undang-undang ciptaan manusia, hudud jauh lebih baik.

Jika dibandingkan dengan hukuman gantung sampai mati, hudud jauh lebih baik walaupun pencuri dipotong tangannya atas kesalahan itu.
"Sekurang-kurangnya, dia (pesalah) masih boleh bekerja dan hukuman yang diterima, boleh jadi pengajaran kepada masyarakat. Undang-undang Islam sudah semestinya cukup adil. Buat salah, terima hukuman yang setimpal dengan kesalahan," katanya lagi.

Beliau juga yakin kenyataan Pengerusi DAP itu tidak menjejaskan hubungan kedua-dua parti itu dalam Pakatan Rakyat.

"Tidak timbul soal perpecahan kerana sekarang kita tidak menghadapi masalah dan perkara ini hanya diperbesar-besarkan bagi menimbulkan kekeliruan," katanya. -Hrkh

Reka Isu Bukti Umno Takut Dengan Perpaduan Pakatan – Anwar

Posted: 23 Aug 2012 01:21 AM PDT



Permatang Pauh: Kekuatan gabungan KEADILAN, PAS dan DAP menakutkan Umno BN hingga parti pemerintah itu mereka-reka isu bagi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Menegaskan ia taktik Umno BN menjelang pilihan raya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Umno sengaja mereka-reka isu bagi melaga-laga pemimpin Pakatan.

"Jika ia terjadi, mereka akan mula menyusun strategi bagi meranapkan sokongan kuat terhadap Pakatan

"Pelbagai bentuk isu akan mereka mainkan. Ini termasuklah agihan dan kedudukan kerusi dalam pilihan raya," kata Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman di Taman Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang semalam.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pimpinan PAS dan DAP.

Menyatakan keakraban perpaduan KEADILAN-PAS-DAP akan menjatuhkan Umno BN, Anwar berkata, Pakatan tidak akan mengikut tarian parti pemerintah itu.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan supaya tidak mudah melatah dengan isu yang dimainkan Umno BN, sebaliknya memelihara kekuatan sedia ada.

"Apabila kita tidak melatah, isu yang mereka timbulkan akan mati dan berlalu begitu sahaja," katanya. -KD

Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud

Posted: 23 Aug 2012 01:20 AM PDT


Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

NONE"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan 'sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan' adalah melampaui batasan agama.

"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa golongan yang menolak hukum hudud yang tertulis di dalam al-Quran sahaja yang akan terkeluar daripada Islam.

Golongan yang menolak penafsiran oleh para sarjana atau mana-mana individu mengenai undang-undang Islam itu, tidak akan jatuh hukum sehingga murtad, katanya.
''Sebagai seorang muslim, kita tak boleh persoalkan hukum tuhan. Cuma di sini ada perbezaan dalam menafsirkan undang-undang hudud.

islam religion muslim 1''Ada tiga. Pertama, bagi orang yang menentang hukum yang ada di dalam al-Quran, dia terkeluar agama. Bagi orang yang menentang penafsiran tidak semestinya mereka menentang hudud tetapi mereka hanya menentang penafsiran (hukuman) hudud.

"Dan ketiga, apabila seseorang mengatakan, hukuman itu tidak dapat dilaksanakan pada zaman ini kerana tidak cukup syarat atau suasana tidak sesuai, tidak boleh dikatakan mereka sebagai menentang hudud," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengulas lanjut perkara itu, Mohd Asri berkata, hukum hudud yang termaktub di dalam al-Quran boleh memberi lebih daripada satu penafsiran.

Katanya, mereka yang memberi penafsiran mengenai hukuman itu pula tidak semestinya menentang Islam. Sebaliknya, hanya melontarkan pandangan mengenai hukuman tersebut.

"Umpamanya (bila ada yang bertanya) apa syarat tangan untuk dipotong, apa kesan jika tangan dipotong. Serta beberapa pandangan sarjana mengenai hukuman ini. Jika beberapa pandangan terhadap penafsiran itu yang berlaku sekarang, itu bukan menentang hudud.

"Kalau tolak penafsiran, sebagai contoh, PAS- mengenai enakmen liwat atau kes zina dan empat orang saksi. Itu bukan menentang al-quran tetapi (menentang) penafsiran," jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd Asri berpendapat, situasi yang berlaku sekarang bukan mengenai seseorang yang menentang hukum Allah itu tetapi hanya memberikan pendapat mengenai kesesuaian melaksanakan hukuman berkenaan.

NONE"Saya rasa kini mereka bukan menentang hukum tuhan tetapi memberi pendapat dengan mengatakan suasana sama ada sesuai atau tidak untuk melaksanakan hudud. Bukan hudud itu tidak sesuai tetapi suasana.

"Kita kena tahu sama ada orang itu pertikaikan hudud itu sendiri atau mengatakan hukuman itu sesuai atau tidak sesuai. kalau pertikai hudud itu sendiri, dia telah keluar agama tetapi kalau menentang penafsiran hudud itu, tidak sampai hingga terkeluar daripada agama," katanya lagi.

Kelantan promosi hudud
Dalam tulisan di blognya itu, beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.

Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.

"Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan.

"Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.
Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: "Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya".
NONE"Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat.
"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan.

"Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya," kata Dr Mohd Asri lagi.
Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.
Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.
BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu. -M'kini

Isu Nasharuddin: Biar Luncai Terjun Dengan Labu-labunya - Subky Latif

Posted: 23 Aug 2012 01:19 AM PDT


PAS diam saja apa Nasharudin kata

Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud.

PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.

Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.

Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.

Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presiden PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan tidak hilang, sebaliknya dia naik.

Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa.

Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepak, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya.

Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka.

Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja pathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti.

Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS.

Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama selepas pembebasan Putrajaya nanti.

Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat.


Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu.

Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang disambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap.

Biarkan saja Luncai terjun dengan labu-labunya. -Subky Latif/HD

Takut kalah PRU, Dr M rayu rakyat undi ‘syaitan dalam BN’

Posted: 23 Aug 2012 01:18 AM PDT

Sakit kepala Mahathir memikirkan jika Anwar jadi PM.

KUALA LUMPUR 23 Ogos: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal" membawa pengertian lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali dalam BN" dari mengundi "Malaikat yang belum pasti dalam Pakatan Rakyat".

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan menafsir demikian dan menyifatkan tindakan mantan Perdana Menteri itu menyamakan BN dengan syaitan sebagai tidak pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.

"Kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan agak menakutkan, SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir, namun akhirnya tafsiran inilah paling sesuai untuk kenyataan ini," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengkritik Mahathir kerana menyamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

"Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza.
"Namun SAMM melihat persamaan lebih relevan yang dimaksudkan Mahathir iaitu antara Obama dengan janji perubahannya dan Najib Razak dengan transformasi palsu serta janji yang tidak pernah ditepatinya," kata Edy sinis.

"Salah satu para kenyataan Mahathir begitu mencuit hati kononnya "tidak ada jaminan Pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan," katanya.

"Ia seolah-olah Mahathir sedang bercakap di depan cermin, kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno BN, dan atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak BN," jelas beliau sambil mengingatkan peristiwa pada malam kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 2008 di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen 'rahsia'.

Tidak cukup dengan itu, katanya dokumen yang terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan 'bukti' dan kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 nanti dengan lebih panik jika BN tumbang.

Tambahnya, kenyataan Mahathir di dalam blognya itu membuktikan beliau sebenarnya akur dan mengakui perubahan sokongan rakyat pada PRU-13 yang akan menyebabkan Umno BN tumbang.

"Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi," kata beliau lagi.
-sumber

AKU INGIN BEBAS

Posted: 23 Aug 2012 01:07 PM PDT

AKU INGIN BEBAS


DEMI PEMBANGUNAN KUBUR CINA JADI MANGSA

Posted: 22 Aug 2012 10:46 PM PDT

Kalau lah kejadian ini berlaku di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat nescaya heboh dalam akhbar atau media elektronik UMNO dicanang mengatakan kerajaan pakatan zalim dengan rakyat demi pembangunan.

Seperti biasa media pencacai UMNO akan berdiam diri jika ianya berlaku di negeri di bawah pentadbiran UMNO-BN kecuali media yang sedikit telus di dalam laporan mereka.

Gambar hiasan
 
JOHOR BAHRU - Keputusan Kerajaan Negeri mengalihkan tapak perkuburan bukan Islam di Pengerang, Kota Tinggi menimbulkan rasa terkilan dan tidak puas hati di kalangan penduduk di mukim berkenaan.

Kira-kira 40 penduduk Pengerang  hadir menunjukkan sokongan kepada panel peguam dilantik bagi mendapatkan Perintah Certiorari untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri terhadap pengalihan tapak perkuburan itu.

Chong Chun Yet, 38, berkata, segala keputusan yang mahu dibuat seharusnya mendahulukan penduduk terlebih dahulu, sebaliknya Kerajaan Negeri mengetepikan mereka sekali gus gagal mendapatkan maklum balas sewajarnya.

"Tanah perkuburan ini sudah berusia beratus tahun lamanya. Tiba-tiba mahu dialihkan untuk mendahulukan projek pembangunan.

"Apa salahnya mereka bertemu dan berunding bersama kami dahulu," katanya.
Sementara itu, Sim Seng San, 48, berkata, penduduk pernah berdialog dengan wakil rakyat kawasan mengenai bantahan dibuat, tetapi suara dilontarkan tidak didengari dan dibawa ke mana-mana.

Addin

Posted: 23 Aug 2012 11:33 AM PDT

Addin


'Perang Dingin' Antara DAP Dan PKR P. Pinang Bertambah Buruk?

Posted: 23 Aug 2012 11:11 AM PDT

GEORGETOWN - Adakah benar sedang berlaku perang dingin antara PKR dengan DAP Pulau Pinang yang turut melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.Dalam diam, komponen Pakatan Rakyat itu juga didakwa saling tidak mempercayai antara satu sama lain akibat ingin mempertahankan survival politik masing-masing di negeri ini.Bahang ini menjadi lebih panas apabila sejak seminggu lalu, heboh mengenai beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' yang antara lain dikatkan turut mengandungi kecaman terhadap Guan Eng.

Dalam minit yang didakwa dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang dan dihadiri lapan ahli jawatankuasa PKR Negeri antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRU, calon yang akan bertanding, calon yang akan digugurkan serta 'habuan' yang boleh diraih jika PR berjaya menawan Putrajaya termasuk mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan diplomatik. ~sinarharian


Suspek Bakar Teman Wanita Di Tahan

Posted: 23 Aug 2012 09:46 AM PDT

SHAH ALAM - Polis menahan suspek kes bakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki,16, sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanita di Rumah Panjang Setapak Jaya, awal pagi semalam.

"Kedua-dua mereka berjaya ditahan hasil maklumat yang disalurkan oleh orang awam."Mereka direman selama lima hari bermula tangkapan sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan," katanya dipetik menerusi laman facebook miliknya, semalam.Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki, Mohd Amir Mohd Anuar, 18, bagi membantu siasatan kes bakar teman wanitanya. ~sinarharian


Followers 52K Tak Akan Lah Palsu Kot.. Agak-Agaklah Pemuda Umno

Posted: 23 Aug 2012 09:34 AM PDT


IPOH – Gesaan agar tindakan tegas diambil terhadap Pemuda Umno di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan berikutan kewujudan laman sosial yang memaparkan poster berbaur hasutan tidak masuk akal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, sepatutnya isu Facebook 'palsu', yang kononnya didalangi Pergerakan Pemuda Umno itu, tidak seharusnya diperbesarkan kerana belum terbukti kesahihannya."Hanya sekiranya mereka (Pemuda Umno) didapati bersalah di bawah undang-undang Malaysia, maka seksyen itu boleh digunakan sebagai prosedur jika ada bukti sebelum pihak mahkamah yakin ia satu kesalahan," katanya.

Beliau berkata, akta berkenaan hanyalah prosedur untuk menyabitkan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.Oleh itu katanya, Pemuda Umno tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen terbabit."Sehingga hari ini, pihak pendakwar raya masih belum menerima hasil siasatan polis untuk mendakwa Pemuda Umno di bawah apa-apa undang-undang Malaysia, lagipun sayap parti berkenaan boleh menafikan perkara itu bagi menegakkan keadilan," katanya.



Nazri tidak menolak kemungkinan isu seumpama itu timbul berikutan kurang faham sesetengah pihak mengenai perundangan dalam negara.Semalam, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, polis sedang menyiasat laporan mengenai kewujudan laman sosial Facebook palsu menggunakan nama 'Pemuda Umno Malaysia'yang memaparkan poster berbaur hasutan.

Setakat semalam hanya satu laporan polis mengenai laman Facebook palsu itu diterima.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman sosial Facebook itu.

Poster dalam Facebook itu berbentuk tinjauan - "jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepadagabungan pembangkang, Pakatan Rakyat." ~sinarharian


Dr. Asri Kata Sesiapa Yang Persenda Hudud Boleh Murtad.. Sudah Tentulah Umno

Posted: 23 Aug 2012 05:15 AM PDT

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993."Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan 'sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan' adalah melampaui batasan agama.

"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.Beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.

Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi."Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. "Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.

Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: "Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya"."Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. "Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.

Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. "Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya," kata Dr Mohd Asri lagi.Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu. ~mkini



Panas!! Umi Hafilda Terkantoi Lagi..

Posted: 23 Aug 2012 03:33 AM PDT

Tiba-tiba 'timeline' laman sosial Twitter penulis penuh dengan 'tweet' Azwan Ali.Rupa-rupanya, selebriti 'panas' yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah 'naik angin' dengan sebuah stesen televisyen.Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya.

Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya.Selepas beberapa minit kemudian, 'timeline' penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik.Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan 'sesuatu' selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom.Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang?

Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin 'hangat'.Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul.

Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari.Rupanya tidak!Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya.

Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut.Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat. ~mynewshub








PRU13 : PKR Mahu Kerusi Bachok

Posted: 23 Aug 2012 01:29 AM PDT

KOTA BHARU- PKR Kelantan mengesahkan memohon pertimbangan Pas negeri untuk pertukaran kerusi Parlimen Bachok dengan Machang sekali gus membuka laluan kepada PKR meletakkan calon 'harapan' bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir mengakui pihaknya telah menghantar surat cadangan berhubung perkara itu kepada PKR Pusat dan Pas Kelantan sebelum Ramadan lalu.


Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada kedua-dua pihak tersebut memandangkan sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas.

"Surat cadangan tersebut kita hantar sebelum puasa lagi tetapi sampai sekarang masih tiada sebarang jawapan. Tetapi apa jua keputusan daripada pihak Pas nanti kita terima dengan hati terbuka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam. 

Memetik laporan sebuah blog bertajuk 'Teka Teki Di Kerusi Parlimen Bachok' terdapat desas-desus yang mengatakan PKR Kelantan telah mengemukakan cadangan agar kerusi Parlimen Machang yang kini dimiliki parti ditukar dengan kerusi Pas di Bachok.

Dalam kenyataan menerus blog itu menyatakan nama bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh merupakan calon yang disebutkan-sebutkan memiliki kredibiliti berdepan saingan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada PRU13. 

Mengulas lebih lanjut berhubung dakwaan blog tersebut tidak menafikan kemampuan Zaiyadi untuk bertaruh dengan Awang Adek sekiranya menjadi calon PKR pada pilihan raya kelak kerana terdiri daripada keluarga besar yang berpengaruh sekali gus berkemampuan meraih sokongan penduduk Bachok.

Ditanya objektif cadangan pertukaran kerusi tersebut berkemungkinan faktor PKR Kelantan bermasalah di Machang termasuk Saifuddin Nasution Ismail akan bertanding di Kedah, beliau menafikannya dan menegaskan idea itu sekadar strategi parti untuk berhadapan PRU13. Menurutnya, dakwaan yang mengatakan Saifuddin akan beralih arah ke negeri sebelah utara berkenaan disifatkan sebagai khabar angin sahaja yang tidak ada kesahihan fakta yang tepat.

" Biasanya kalau ada masalah dalam parti, mana-mana parti pun akan berhadapan masalah untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan ini tiada kaitan dengan cadangan tersebut," katanya. Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, kini PKR Kelantan memiliki sekurang-kurangnya tiga calon muka baru yang tersenarai untuk bertanding kerusi Parlimen Machang. 

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung hal calon itu kerana semuanya bergantung atas keputusan PKR Pusat yang berhak membuat pemilihan. Pada PRU13, Pas yang mencalonkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menang mengalahkan Awang Adek. ~sinarharian

Kenapa Kubur Wanita Digali Lebih Dalam Dari Lelaki?

Posted: 22 Aug 2012 09:48 PM PDT


Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?

Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). "Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.

Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, Allah SWT juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..


Telok Bakong Online

Posted: 23 Aug 2012 11:26 AM PDT

Telok Bakong Online


Selamat Hari Raya Dari Kami TIM TBO

Posted: 22 Aug 2012 11:49 PM PDT


Selamat Hari Raya Kami Ucapkan Maaf Zahir dan Batin dari Tim TBO.Sebarang salah laku dan kesilapan semasa penulisan harap dimaafkan.Tapi tiada lah aku nak minta maap dari Geng Songkok Tinggi tu...pasai aku tak de rasa nya buat salah kat deme..Deme yang banyak buat salah pada rakyat...

shalehudin

Posted: 23 Aug 2012 11:07 AM PDT

shalehudin


Bangsa Umno dilarang BACA, takut tak sampai akai

Posted: 23 Aug 2012 09:00 AM PDT

MAT INDERA PEJUANG KEMERDEKAAN - ANGKAT SENJATA LAWAN BRITISH


PEJUANG KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

UNTUK YANG MASIH KURANG SEDAR

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk - Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau budak suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja budak suruhan British.


Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascis Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascis Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan antiimperialis.

Kuasa imperialis kulit putih (white colonial power) - Portugis, Belanda dan British - datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi - bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya, gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di kepulauan nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong - adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman , sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul-betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi, sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan merdeka! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampuh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja tidak berani melaungkan merdeka malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oksigen'. Masih tidak jelas, apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan 'hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram , hidup Melayu, masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan hidup Melayu hari ini adalah kaum mamak yang semakin disangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa mereke ini suka melaungkan hidup Melayu memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar: TIDAK - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan masa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampuh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Perkataan 'darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan 'darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.


Apabila darurat diistiharkan, kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.


Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian pada tahun 1948, pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association - semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi budak suruhan British yang setia. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia. Akhirnya Tunku menjadi pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini, pada September 2011, United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas rumah pasung Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuagan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indera - seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahihkan bahawa United Malay National Organistaion adalah budak suruhan setia British. Ini kerana sarjan ketua rumah pasung Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey - seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya mengharubirukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja budak suruhan yang setia malah telah menjadi amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasung Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen.(TT)

KIBARKAN SANG SAKA TANAH MELAYU


NOTA:
tulisan ini telah dikeluarkan tahun lalu
tahun ini di ulang siar untuk
kita semua mengingati kemabli
pejuangan gerila pembebasan
tanah melayu yang angkat
senajat lawan british!


WAJIB BACA: Hikayat setan ngan iblis

Posted: 23 Aug 2012 08:33 AM PDT

Kalau BN adalah parti syaitan, maka Umno mestilah Iblis — Sakmongkol AK47

23 OGOS — Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. Maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka Umno sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. Umno ialah parti Iblis.

Jumlah penduduk negara ini ialah kira-kira 29 juta orang. Dari jumlah tersebut, Melayu merupakan 65 peratus, Cina 25 peratus , India 7.5 peratus dan lain-lain sebanyak 1.3 peratus. Dalam lain perkataan jumlah orang Melayu lebih kurang 19 juta orang.

Ahli Umno ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli Umno. Kita ramai dari ahli Umno. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi tak perlu takut apa apa pada Umno. Kalau ahli Umno mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jadi tidak benar kalau Umno mati, maka orang Melayu akan hancur.

Seorang ahli Umno mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu. Jadi tidak benar juga kalau Umno mati, maka Islam dan Raja-raja Melayu akan musnah. Yang mati Dr Mahathir, Najib, Muhyiddin, Noh Omar. Melayu lain terus hidup. Demikian juga. Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup. Kalau MIC mati, orang India tetap hidup.

Demikian juga kita menolak hasutan Umno. Umno kata kalau Umno tewas maka orang Cina akan ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang, Cina 3 orang dan India seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau India dan Cina bergabung, adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?

Oleh kerana Umno cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam bahasa yang bodoh-bodoh. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh-bodoh mulai sekarang sebab Dr Mahathir kata, ahli Umno semuanya hampas.

Yang jadi sasaran khianat puak Umno ialah DAP. Sebab Umno iri hati DAP boleh bermuafakat dengan PAS. Lagi pun orang Melayu merasakan tidak ada masaalah menyokong DAP sebab mereka tetap Melayu dan tetap Islam. Kita tukar wadah, bukan tukar aqidah.

Kita ada 222 kerusi Parlimen. Siapa dapat 112 kerusi, dapatlah membentuk kerajaan majority mudah. Berapa kerusi yang akan DAP tandingi? Adalah sebanyak 50 kerusi mungkin. Kalau menang semua pun, takkan boleh menubuhkan kerajaan.

Mengapalah Umno mahu membodohkan orang Melayu?

Ingat, dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli Umno. Kita ramai, mereka sedikit. Mati seorang ahli Umno, ada 5 lagi orang Melayu. Takde hal.

Kalau Umno mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab kenyataan bodoh seperti ini. Tidak semua orang Cina kristian. Lebih ramai Cina dan India bukan beragama Kristian. Lebih elok orang Cina mengkristiankan orang Cina dan India terlebih dahulu daripada bercakap mengenai mengkristiankan orang Melayu.

Ramai dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir malam semalam. Umno boleh kelentong ahli-ahli mereka jika mereka mahu, tapi janganlah anggap orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli Umno.

Baru-baru ini, Pemuda Umno membuat lapuran polis kerana ada penyibaran di Internet mengatakan bahawa kalau kita mahu agama Kristian jadi agama rasmi, maka undilah Pakatan. Kita tidak tahu sama ada siaran Internet ini dilakukan oleh Pemuda Umno atau tidak. Tapi ada kemungkinan besar ianya kerja Pemuda Umno yang kian terdesak. Setelah mendapati menebal muka di stesyen bas, keretapi dan mengagihkan sogokan barangan dan juadah tidak berhasil, besar kemungkinan Pemuda Umno tukar kepada tektik jahat. Menghasut. Kalau ia disiarkan melalui Internet, kita suruh lah MCMC menyiasatnya. Tentu dengan pantas mereka akan tahu, darimana mulanya penyiaran nya.

Pengalaman saya dalam Umno mengatakan bahawa tidak mustahil kerja kotor ini dilakukan oleh Umno. Bukankah Dr Mahathir mengakui bahawa Umno syaitan? Dalam BN, Umno adalah penghulu syaitan. Penghulu syaitan ialah Iblis. Bolehlah kita sebut Umno sebagai Tun Iblis. MCA Tan Sri syaitan. Dan MIC Datuk syaitan.

Semenjak tahun 1981, Umno dipimpin oleh seorang India. Ketika Riz Khan, pengacara temubual CNN bertanya Dr Mahathir adakah Tuan seorang India? Dr Mahathir menjawab dia "by definition" adalah seorang Melayu. Apalah yang susahnya nak jawab dia Melayu atau tidak? Sebab dia bukan Melayu kerana itulah dia berbelit-belit nak jawab dia Melayu. Definisi Melayu amat mudah, beragama Islam bercakap Melayu dan berbudaya Melayu adalah Melayu. Maka tidak hairanlah kita bila Dr Mahathir kata pendatang haram yang masuk ke Sabah adalah Melayu sebab dari definisinya mereka telah memenuhi syarat-syarat seperti jugak Dr Mahathir.

Dan semenjak tahun 1981, dasar ekonomi kerajaan Umno/BN adalah pro kaya. Pro golongan elit. Umno pegang kuasa, menguasai kerajaan dan setiap struktur kerajaan. Dengan ada kuasa tentulah munasabah kita sangka bahawa banyak kepincangan dalam negara kita, terutama yang melibatkan kepentingan Melayu sudah dibaiki. Rupa-rupanya tidak.

Jurang pendapatan dikalangan orang Melayu adalah yang terbesar. Jika kita bandingkan jurang pendapatan di kalangan Cina sama Cina atau India sama India. Apa pasal? Sebab dasar kerajaan seperti perbelanjaan kerajaan atau public expenditure adalah pro orang kaya.

Sebab itu saya kata, dasar Umno ialah BumiPutera. Dalam istilah tersebut terdapat dua komponen. Bumi mewakili rakyat biasa manakala Putera mewakili Melayu elit, bangsawan, anak raja, anak pemimpin Umno dan seumpamanya. Yang makin kaya ialah golongan Putera dan yang makin menderita ialah golongan Bumi.

Kita ambil contoh. Peneroka FELDA boleh kita anggap sebagai orang Melayu biasa. Ada 112, 655 keluarga FELDA. Bila syarikat FELDA disenaraikan, setiap keluarga dapat 800 unit. 800 unit kalau di jual dapat wang pendapatan. Isa Samad mewakili Melayu terpilih. Mengikut cerita dia dapat 180,000 unit saham. Kita terima ini sebagai benar walaupun kita tahu Isa Samad dapat juta-juta unit saham FGV.

Kalau kita banding pendapatan peneroka (Melayu biasa) dengan Isa Samad (Melayu elit), bagaimana?

Katalah premium saham ialah RM1. Tanpa menolak kos pembiayaan pembelian saham, Melayu biasa dapat RM800. Melayu istimewa dan elit dapat RM180,000. Berapa kali ganda pendapatan tersebut? 225 kali lebih besar.

Jadi kita tahu dan sedar bahawa penyenaraian FGV adalah satu lagi dasar PM Najib yang pro Putera dan bangsawan daripada pro rakyat biasa.

Ini pun masih tidak disedari oleh orang Melayu. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).


Dr Asri ni TIBAI sapa pulak dahh... [BACA]

Posted: 23 Aug 2012 03:00 AM PDT

Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.
"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan 'sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan' adalah melampaui batasan agama. 
"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.
Beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.

Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.
"Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. 
"Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.
Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: "Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya".


"Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. 
"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. 
"Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya," kata Dr Mohd Asri lagi.
Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.

BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu.- Malaysiakini


Nik Aziz tunggu bola TANGGUNG Umno... hehe...

Posted: 22 Aug 2012 11:25 PM PDT

Hudud: TG Nik Aziz tunggu Umno respon MCA

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu pemimpin Umno memberi respon terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berhubung isu hudud sebelum beliau mengulas kenyataan Karpal Singh.

Menurutnya, Soli Lek sebelum ini secara berterusan menghina hukum hudud dan pernah melabelkan seorang Adun Umno di Johor sebagai 'hilang akal' kerana mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.
"Saya diminta respon tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini. Di dalam akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respon dari pemimpin parti. Buat masa ini, itu sudah memadai. 
"Manakala saya, saya ingin membaca respon pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud," tulisnya dalam Facebook pagi ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap desakan banyak pihak yang mahu beliau memberi pandangan berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh dalam isu hudud.

Karpal dalam mempertahankan pendirian DAP menolak hukum hudud sebelum ini terlajak kata sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Beliau dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.

Sebelum ini, Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Di pihak PAS, mereka menyambut baik dan menyokong penuh cadangan itu bairpun dilaksanakan di negeri di kuasai Umno.

Namun tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau hanya akan memebri respon terhadap kenyataan Karpal selepas melihat respon Umno terhadap kenyataan Soi Lek itu.
"Pihak media sila dapatkan kenyataan dari pemimpin Umno terlebih dahulu untuk tatapan semua," katanya.- Harakahdaily
P/S: Mampuih keraih la kalau nak tengok Umno berani TIBAI presiden parti tokey-tokey tuh pasai isu hudud neh...


BONGKAR: Umno memang busuk perut

Posted: 22 Aug 2012 07:35 PM PDT

PROPAGANDA & FITNAH - SINONIM DGN BUDAYA UMNO/BN

Era APU :
Di era lapan puluhan dulu, Tengku Razaliegh Hamzah pernah mengetuai gabungan parti pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah / APU!. Kekuatan APU walaupun tidak sehebat Pakatan Rakyat hari ini ia tetap membimbangkan UmnoBn. Tentu kita masih ingat,. peristiwa dua tiga hari sebelum PRU 1990, dimana Umno telah membuat fitnah besar kepada Tengku Razaliegh dan APU. Gambar palsu Tengku Razali memakai tengkolok berlambangkan salib telah disiar oleh seluruh media milik Umno. Ku Li kononnya telah diresapi semangat kristian ! dan bersubahat dengan pemimpin keristian dari Sabah untuk menegakkan kristian sebagai agama resmi di Malaysia menggantikan Islam. Pemimpin APU tidak berkeupayaan untuk membuat penafian kerana kesuntuklan masa dan sememang dasar akhbar arus perdana tidak memberi ruang dan peluang kepada pembangkang ! Oleh kerana zaman itu belum ada kemudahan internet sebagai media alternatif, maka sebahagian besar rakyat percaya dengan penipuan yang dibuat oleh UmnoBn. Akhirnya UmnoBn menang dalam PRU,.. menang dengan cara menipu dan memfitnah!!

Era REFORMASI :
Peristiwa fitnah dan pemecatan DS Anwar Ibrahim tahun 1998 yang dirancang oleh mantan PM Tun Dr Mahathir,. rupa-rupa membawa seribu hikmah untuk rakyat Malaysia! Sejak peristiwa itu segala-galanya telah berubah, bermula dengan kebangkitan gelombang semangat REFOMASI dan penubuhan parti perbagai kaum – Parti Keadilan Rakyat yang ketuai Datin Sri Wan Azizah. Hari ini orang Melayu sudah serik untuk percaya dengan janji-janji lunak pemimpin Umno! Mereka sudah cukup meluat dengan berita dan cerita-cerita yang dibawa oleh media penipu milik Umno, yakni Utusan, berita Harian RTM dan TV3. Cukuplah 50 tahun rakyat ditipu.

Era MERDEKA RAKYAT :
Para pemimpin UMNO sangat sedar,.orang Melayu semakin meminggirkan Umno. Kaum bukan Melayu pula memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim. TG Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang. UmnoBn cukup gusar andainya mereka tewas kali ini sudah pasti seribu satu satu macam kes rasuah dan penyelewengan mereka akan terbongkar. Maka mahu tak mahu pilihan yang ada buat Umno ialah menggunakan tektik lama yang dikitar semula, iaitu isu agama !

Maka para pemimpin Umno pun berhujjahlah kehulu kehilir memberitahu rakyat bahawa agama Islam akan berkubur tak lama lagi. Media arus perdana pro Umno tak habis-habis menyiarkan cerita karut ini agar orang Melayu akan marah kepada DAP dan kaum Cina umumnya. Gendang diketuk ke seluruh Negara kononnya kalau Pakatan Rakyat memerintah agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi Persekutuan. Pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP akan menobatkan kristian sebagai agama rasmi Negara. Satu perkara yang langsung tak masuk akal,. kerana untuk mengubah sesuatu dasar atau perlembagaan ia memerlukan persetujuan sekurang-kurang 2/3 ahli parlimen. Sedangkan Ahli Parlimen DAP yang ada tak sampai pun 1/3!
P/S : Mana mungkin cerita bodoh itu boleh terjadi ! Tidak lojik langsung DAP boleh mengubah perlembagaan Negara dengan sewenang-wenangnya,.. melainkan semua pemimpin PAS dan PKR sudah dipukau oleh DAP !!! Duhai seluruh rakyat yang semakin matang dan bijak ! Sedarlah! Umno takkan berhenti membuat kerja tipu dan fitnah, walaupuin terpaksa menggadai agama !!!


Dah enam cucu, elok la bersara... hehe...

Posted: 22 Aug 2012 05:20 PM PDT

ADUN Teluk Air Tawar Tidak Bertanding Semula Dalam PRU-13

Jahara Hamid.

BUTTERWORTH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid berkata, beliau tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya akan datang, dan akan memberi laluan kepada darah muda.

Jahara yang berusia 61 tahun, dan mempunyai dua anak lelaki serta enam cucu, berkata beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya sekarang apabila tempohnya berakhir.
"Saya sudah bersedia untuk bersara dan membantu melatih beberapa calon muda yang berpotensi untuk menggantikan saya. Ia terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menggantikan saya. 
"Kami mahu mempunyai satu pasukan yang baik (dengan calon-calon Barisan Nasional-BN di Pulau Pinang), dan saya bersedia untuk melepaskannya," katanya kepada para pemberita di rumah terbuka Hari Raya di Taman Robina, Teluk Air Tawar di sini, Selasa.
Jahara berkata, beliau tidak percaya "memegangnya selama-lamanya" bagi kedudukan itu, sambil menambah beliau sudah pun membuat keputusan untuk bersara, dalam separuh tempoh lima tahunnya.

Menurut Jahara, beliau mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga dan memberi perhatian kepada kerja-kerja oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jahara, yang mulai aktif dalam politik sejak tahun 1983, berkhidmat dalam dua tempoh sebagai exco negeri yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Keluarga, Wanita, Belia dan Sukan.

Beliau merupakan ADUN-BN kedua yang tidak bercadang untuk bertanding semula dalam pilihan raya akan datang, selepas ketua pembangkang negeri, ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim.

GAMBAR banjir kilat kat Kolumpo

Posted: 22 Aug 2012 12:00 PM PDT

Banjir Kilat Landa Segambut, Kuala Lumpur Ogos 2012

Hujan lebat yang berlaku menyebabkan beberapa kawasan terutama di sekitar Segambut mengalami banjir kilat. Antara kawasan yang dinaiki air ialah Masjid Ubaidiah, Stesen Kereta Api Segambut, Kampung Lekuk Kelapa, Kampung Kasipillay dan Taman Kolam Air Sentul.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Derahman berkata, pihaknya segera menghantar anggota untuk operasi menyelamat ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam mengenai banjir itu pada pukul 4.04 petang, 21 Ogos...


pemuda cheh

Posted: 23 Aug 2012 09:55 AM PDT

pemuda cheh


Kimia dalam gincu, ubat gigi boleh bawa masalah jantung, otot

Posted: 22 Aug 2012 02:48 PM PDT

 Sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, menurut para penyelidik.
Mereka mendapati Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah, boleh menghalang proses otot, termasuk jantung, menerima isyarat dari otak.
Dalam ujian ke atas tikus, mereka mendapati satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan.
Para penyelidik lantas memberi amaran bahawa ada bukti kukuh ia mungkin menjejas kesihatan manusia.
Namun, pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras Triclosan dalam produk adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding pendedah yang dialami manusia.

Saintis menganggap bahan kimia itu, yang dirangka bagi menghalang pencegahan bakteria di hospital, diproses dengan segera oleh tubuh tanpa kesan membahayakan.
Bagaimanapun, penyelidik di Universiti California, Amerika Syarikat, berkata ia mungkin kekal aktif dan dipindahkan ke organ tubuh, menyebabkan kerosakan.
Penemuan itu menyediakan bukti kukuh ia mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar, kata Profesor Isaac Pessah, yang mengetuai penyelidikan itu.
Beliau berkata bagi seorang sihat, satu penurunan 10 peratus dalam fungsi jantung mungkin tiada kesan.
Namun, jika seseorang itu mempunyai penyakit jantung ia mungkin satu perbezaan besar.
Pasukan itu menyuntik sekumpulan tikus dengan Triclosan. Mereka melihat satu pengurangan ketara fungsi jantung sebelah kiri dalam tempoh 20 minit.

Al Ikram

Posted: 23 Aug 2012 09:52 AM PDT

Al Ikram


BIAR LUNCAI TERJUN

Posted: 22 Aug 2012 09:37 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 23 Aug 2012 09:48 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


No men allowed ... Sorry ...?

Posted: 23 Aug 2012 05:40 AM PDT

No men allowed ...?
Sorry ...?

Aik ...? ADUN ni macam dot.dot jer ...?

Posted: 22 Aug 2012 04:35 PM PDT

""Kalau ada khutbah menyentuh sikap pemimpin
tertentu yang flop flip dalam isu royalti, ia
tidak boleh dinafikan lagi kerana ia
benar-benar berlaku.

"Ada pemimpin yang sebelum ini bermati-matian
membuat kenyataan perairan Kelantan tidak terbabit
dengan carigali minyak dan gas.

"Namun sekarang cuba digambarkan seolah-olah dia
pula yang menjadi juara bagi mendapatkan hak ke
atas royalti petroleum. Apakah jenis pemimpin macam
ini. Mereka kelihatan begitu panik sekarang," katanya.

Kata beliau, rakyat sudah muak dengan lagak pemimpin
seperti itu, dan tidak menjadi kesalahan bagi mereka
untuk menterjemahkan dalam khutbah Aidilfitri atau
mana-mana ucapan."

Petikan dari sini ...

Anak Sungai Derhaka

Posted: 23 Aug 2012 09:38 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Gelar Guan Eng sebagai 'angkuh', DAP tuntut penjelasan Datuk Mansor Othman.

Posted: 23 Aug 2012 06:26 AM PDT


DAP Pulau Pinang akan menuntut penjelasan rasmi daripada rakan kongsinya PKR berhubung kebocoran minit mesyuarat yang terbocor di Internet, didakwa mengandungi komen yang memperkecilkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata, kandungan dokumen yang bocor itu turut mengandungi kenyataan ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman yang menggelarkan Lim sebagai pemimpin "angkuh".

Beliau turut menafikan dakwaan pemimpin PKR tersebut, seperti yang dipetik dalam dokumen berkenaan, bahawa DAP ingin bertanding di lebih banyak kerusi di Pulau Pinang serta kemungkinan berlakunya pertembungan tiga penjuru dengan parti dalam Pakatan Rakyat.

"Segala komen berhubung susunan kerusi di Pulau Pinang yang dilaporkan dalam portal berita itu hanya dibuat dalam konteks perbincangan pilihan raya dalaman PKR dan tidak mencerminkan realiti sama sekali," kata Chow yang juga anggota majlis kerajaan negeri.

Chow mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang memetik Mansor sebagai berkata, minit mesyuarat yang bocor itu sememangnya mencerminkan isu yang diambil berat oleh anggota parti itu.

Minit mesyuarat berkenaan, yang menyatakan dengan terperinci mesyuarat strategik PKR bertarikh 19 Mac itu dimuatkan dalam satu blog gelagatanwar.wordpress.com pada bulan Jun lalu.

Menurut dokumen tersebut, beberapa pemimpin PKR, termasuk Mansor membincangkan mengenai agihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang.

Dalam perbincangan itu, beberapa pemimpin PKR menyatakan kebimbangan mereka mengenai rundingan kerusi dengan DAP, parti yang paling dominan antara komponen Pakatan di negeri tersebut, dan juga kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam dokumen itu juga, Mansor meyakinkan pemimpin bawahannya bahawa beliau tidak akan berganjak dan menggesa timbalan ketuanya, Law Choo Kiang untuk menyediakan senarai kedua – dengan sekurang-kurangnya 10 anggota berbangsa Cina sebagai persediaan sekiranya mereka perlu berdepan DAP dalam pertandingan tiga penjuru.

Ia turut menyatakan bahawa Mansor menyebut mengenai pengaruh calon Cina PKR sebagai "ancaman" kepada DAP.

Mansor dalam minit berkenaan juga menyatakan bahawa sukar untuk bekerjasama dengan Lim kerana ketua menteri itu semakin "angkuh", dan Lim juga dianggap sebagai "tokong" oleh golongan Cina tempatan - Malaysiakini

Minit mesyuarat yang bocor itu boleh dibaca di ( SINI )

Siapa bocorkan 'Minit Mesyuarat PKR' ini kepada Blogger UMNO??

Posted: 23 Aug 2012 01:54 AM PDT


Hari ini Malaysiakini melaporkan Ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 dibocorkan di Internet.

Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di satu blog yang tidak dikenali.

Sebenarnya aku telah diminta membantu mencari siapakah dalang yang membocorkan minit mesyuarat tersebut kepada Blogger Pro UMNO pada 3 Ogos lalu..

Bila aku jenguk ke Blog yang dinyatakan itu.. dan baca keseluruhan apa yang didedahkannya itu.. aku dapati satu nama yang telah turut berada di dalam mesyuarat itu telah tiada..

Mengapa agaknya?? sedangkan setiap kehadiran dalam mesyuarat akan dicatatkan ..

Menariknya kebanyakkan maklumat yang ada tersiar di dalam Blog itu menunjukkan ianya datang dari individu yang berada disekitar pemimpin tertinggi PKR.. maksud aku individu yang dipercayai..

Ini adalah keseluruhan minit mesyuarat yang dikatakan sebagai 'Mesyuarat Strategik Parti' antara Datuk Mansor Othman dan juga PASUKAN Keadilan.

Untuk makluman semua kumpulan yang dinamakan sebagai PASUKAN ini terdiri dari Ahli-ahli PKR yang bukan berbangsa Melayu, mereka merupakan penggerak utama dalam mendapatkan undi dari kaum Cina buat PKR.

PKR (PP) Strategic Meeting On Preparations for PRU13

ATTENDEES:-

Dr Mansor Othman – PKR Vice President, PKR State Liaison Committee Chairman and Penang Deputy Chief Minister
Felix Ooi - MPPP Councilor and Timb Ketua Cabang PKR Bkt Bendera
Tan Seng Keat – MPPP Councillor and Timb Ketua Cabang Bayan Baru
Raymond Ong – Bekas calon DUN Batu Uban
Jason Ong – Adun Kebun Bunga n Ketua Cabang Bkt Bendera
Ng Cheng Siang- MPPP Councillor and Ketua Pemuda Bhgn Tanjung
Cheah Peng Guan – Ketua Ranting Batu Uban
Law Choo Kiang- State eco and Timb Ketua Phubungan Negeri And John Ooi (the operative)


POINT 1

Mansor said – Penang scenario quite different with DAP's drive now (DAP adalah dictator dalam pentadbiran negeri PP) The incumbent chinese would stay (for PKR In the next PRU) Lau will be there Hock Leong (ADUN Machang Bubuk) would be changed (he would be replaced in next PRU)

All incumbents except hock leong, i think u people have to convince him (convince hock leong not to stab in next PRU) We have to put a young candidate (to replace hock leong)..bukan we dont like him as he has done a good job You as a group (attendees at this meeting) have to think..must prepare names and leave to pusat to decide To put young candidate.. You orang ada opinion..i will listen

Mansor said : On seats and candidacy..i leave it to pusat Thats why i said 5+ 1 (five state seats and 1 parliament to be contested by PKR) We are considering hj razali to replace him there I look at the winning factor..maybe we have to look chinese who have more chance than malay in pantai jerejak (to win pantai jerejak)..decision is still pusat lah…

I have talked to felix and ready to stand there (Pantai jerejak) but up to pusat Whatever pusat finalised we will support

Question: Datuk what about DAP..die orang ada mintak dr kita ka?
Mansor replied : "I will not budge in..die mintak apapun. Because chinese candidate to them is ancaman la.. Orang kita yang entice to go there…(DAP sees PKR Chinese candidates as threat as they (PKR) can win. DAP despite being part of PR wants to kill off PKR in next PRU and control power in Penang by themselve)
Statement: But i think this time there will no fight (for seats between dap and pkr) and remain status quo
To this Mansor replied: "Tak tentu.. belom finalised. Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy. Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak. They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR)."
Question: What if they threaten a 3-corner fight if we dont bow to their their (dap) demand?
Mansor replied " "We will fight ..thats y i asked to preapare another list..like sg pinang, jawi… I have asked Lau to prepare..kite tak mau bising but we have to get ready for possibility."
"Must have names in potential seats..seri delima…sg pinang…you must prepare a number of extra candidates.not only 5…this election you must hv at least 10 chinese candidates..
Politics is the art of possibilities..macam2..but we hope not to believe in all our members, Prepare some extra names….get more young people..

Mansor : Machang bubok ada resentlment..(problem) he (incumbent) might not get it..

Question: Resistant from where?

Mansor replied: Dalam kawasan pun ada,,,Die (hock leong) pun ada history sikit tak brapa (turn kawasan)…kita tak mau kata..i sayang la die..we were together.. i was chairman and he was timbalan…u kene cakap hock leong..nanti i tak mau die bertanding bebas..

Pusat might throw in kai loon (for machang bubok)…he is from penang what.. Others in meeting objected..

He is from Bukit Mertajam you know..permatang pauh..

Question: What is our strategy in getting more seat from DAP in future?

Mansor: Where? In Penang? We prepare ghost areas lah.. get prepared.. die orang lawan satu u orang lawan la..
Question: The watihah will be issue if there is 3-corner fight..

Mansor: We hope not happen..kita pun tau dap tak strong..Guan eng macam tokong u know..to the chinese…U cannot deny that..he is just like a tokong…

Itu yg buat die org sombng,,,very2 angkuh and arrogant..Get ourselves stronger..Every seat kita target nak bertanding..kene ada orang

Stock ready candidates for areas nak bertanding, I have already asked Lau to identify areas for pkr to stand, Die lawan kacau tampat kita, kite kene lawan
Kita menang putra jaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahaha, Duta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…

U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcra, Thousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB..

If u win putrajaya, duta.. foreign affairs beratus jobs for us…U think u want to retain umno guy …no way…

Senator?

Makan angin sahaja kita..tak pikir masalah banjir…These are the things ..putrajaya can open flood gates for us…

Mansor: Seats i agree…Cume seng kiat tolong talk to haji rashid…i have already called him..I punya problem…tasek gelugor punya cabang…johari kassim…mintak duit..

Kalau bukan sebab election..i will kick these people out…I might give that seat to pas..sebb pas mintak one more seat sangat..

Mokhtar…boss nak turun sg acheh..die suruh orang boikot sbab tak go thru cabang die.. And he is the s/usaha phubungan negeri

Tulis surat sume jkkk ..and u imagine surat dapat kat umno… Bila umno dapat..ayoyo…mampuih kita

Die punya argument…sebab tak discuss dgn die..juz like that…Ini big boss punya programm..see the kind of problem we are dealing..

Tu la..jadi duta cukup la…

Now our job we kick umno..we have to swallow everything..we must not give an inch to umno..cannot make mistake..mistake mcam ni lah…

During election time, u all must come to malay areas..sg lembu, kg cross..u divide among urself…

Siapa yang bocorkan?? Hmmm... tudinglah jari kesemua arah... kerana itu lebih mudah..

Azmin Ali tak balik beraya?.. Ummi Hafilda Kantoi lagi..

Posted: 22 Aug 2012 10:02 PM PDT


Ada sumber mengatakan kerja-kerja bodoh yang dilakukan oleh Ummi Hafilda ini adalah hasil buah pemikiran seorang pemimpin UMNO yang terlibat dengan satu kes rasuah, beliau adalah Master Mind yang menggerakkan Ummi Hafilda untuk menyerang Anwar dan Azmin..

KETIKA umat Islam sedang meraikan hari kemenangan, ada seorang manusia tergamak mengheret ibunya sendiri ke kancah politik untuk mengaibkan abangnya sendiri.

Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.

Kononnya Mak Tom membawa diri sehingga beraya di perantauan kerana kecil hati dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.

Apa yang melucukan, adik beradik Umi Hafilda yang lain tiada seorang pun yang sanggup melayan "kerja gila" beliau beraya di perantauan tak tentu pasal.

Terpaksalah Umi Hafilda menggunakan khidmat pelakon tambahan iaitu dua orang kanak-kanak yang tiada kaitan langsung dengan keluarganya untuk muncul di Buletin Utama TV3.

Di saat Umi Hafilda melakukan "kerja gila" beraya di Melaka, adik beradiknya yang lain pula berkumpul beramai-ramai di rumah kakak mereka di AU2 Hulu Kelang.

Manakala Azmin Ali beraya di Taiping Perak kerana mengikut giliran untuk beraya di kampung isterinya.

Kata Ummi Hafilda, kononnya Azmin Ali buang keluarga.

Tapi nampaknya dia sendiri yang melarikan diri daripada keluarga dan mencolek Mak Tom untuk beraya bersamanya di perantauan.

Segar di ingatan bagaimana Ummi mengheret Mak Tom ke dalam kereta Polis semata-mata mahu Mak Tom berkempen untuk Umno pada tahun 1999 dahulu...

Barangkali PRU 13 ini, Ummi Hafilda akan paksa Mak Tom jadi calon Barisan Nasional pula untuk menentang Azmin Ali di mana-mana kawasan yang ditandingi oleh beliau.


MiLo SuaM

Pahang Daily Online

Posted: 23 Aug 2012 07:55 AM PDT

Pahang Daily Online


Panas: Blogger Cucumatkilau Gesa PAS Desak DAP Pecat Karpal Singh Kerana Jelas Semakin Biadap !

Posted: 22 Aug 2012 08:51 PM PDT

Semakin hari semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat yang mula sangsi dengan keikhlasan Pengerusi DAP dalam meneruskan perjuangannya bersama Pakatan Rakyat. Ini berikutan tindakan dan beberapa kenyataan biadap dan menghina agama Islam terus dilemparkan oleh pemimpin terbabit, walau pun pucuk pimpinan parti itu sendiri sebenarnya menyokong pendirian PAS mengenai Islam. Tindakan Karpal itu, bukan sahaja mencemarkan imej dan maruah Islam malah juga telah menyebabkan ramai orang Melayu yang beragama Islam kini ragu-ragu dengan keutuhan dan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat itu sendiri. Terbaru, Blogger Cucumatkilau (foto) yang telah lebih setahun bergerak sebagai aktivis bebas selepas meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengulas tentang isu ini. Sebelum ini beliau telah dihentam hebat oleh penyokong pembangkang gara-gara menyelar tindakan PAS yang mahu mengambil tindakan tegas terhadap bekas Timbalan Presiden parti itu, Ustaz Nasharuddin Mat Isa gara-gara kenyataannya yang menyuruh PAS keluar dari gagasan Pakatan Rakyat dan kelibatnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Mekah baru-baru ini. Berbagai kutukan dan cacian dilontarkan sendiri oleh penyokong Pakatan Rakyat gara-gara kenyataan panas di laman sembang sosial di facebooknya itu. Terbaru, dalam posting diblognya beliau mengeluarkan kenyataan panas jika Parti Islam SeMalaysia (PAS) boleh mengambil tindakan tegas sehingga terpaksa memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali kerana persoalkan tindakan Karpal menghuna Hudud, maka mengapa mereka tidak berani mendesak tindakan yang sama tidak dilakukan oleh Parti Demokratik Rakyat (DAP) terhadap Pengerusinya ini. Kenyataan beliau ini pasti mengundang kemarahan penyokong pembangkang terhadap dirinya, namun bagi blogger terbabit beliau berhak menegur kerana dia tidak terikat dengan mana-mana politik kepartian sekarang ini. Malah, katanya terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS untuk mendengar atau pun tidak kerana Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS sendiri pun ada mengeluarkan kenyataan yang sama tentang isu Karpal Singh ini sebenarnya. Baca kenyataan beliau di sini Jika PAS Berani Pecat Dr.Hassan Ali Maka Mereka Juga Sepatutnya Berani Desak DAP Pecat Karpal Singh !!

Panas: Hari Raya Di Sambut Suram, Isu Air Terus Membelenggu Penduduk Felda Jengka 7, Pahang!

Posted: 22 Aug 2012 08:15 PM PDT

MARAN, 23 Ogos - Perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini sekali lagi disambut dalam keadaan suram oleh para penduduk Felda Jengka 7 dekat sini. Ia berikutan masalah bekalan air yang menimpa kampung terbabit sejak berpuluh tahun yang lalu masih gagal diatasi sehingga ke saat ini. Orang ramai yang ditemui begitu kecewa kerana kerajaan masih tidak mendengar rintihan mereka dan kini saban tahun terpaksa berhadapan dengan isu berkenaan terutamanya menjelang hari raya. Terdahulu, PDO pernah mendedahkan beberapa isu berkaitan masalah berkenaan sebelum ini. Namun, isu yang menghantui sebahagian besar penduduk di kawasan terbabit masih gagal diselesaikan walau pun berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak terbabit. Tambah menyedihkan apabila pemimpin setempat yang diharapkan membawa isu tersebut ke pihak atasan seolah-olah cuba mencari jalan pula untuk menutup masalah terbabit dari pengetahuan pihak yang sepatutnya. Malah, terdapat laporan ada penduduk yang diugut dan akan dikenakan tindakan jika menghebahkan isu berkenaan kepada media dan sebagainya. Akhirnya penduduk terpaksa menanggung bebanan itu dan ia benar-benar menyusahkan anak perantauan yang pulang berhariraya setiap tahun. Perkara ini didedahkan dalam laman sebmbang sosial salah seorang generasi kedua peneroka yang sudah tidak tahan lagi dengan masalah terbabit baru-baru ini. Berbagai komentar panas diterima berkiatan isu itu. "Ha3...permimpin tiada ilmu...lulus atas politik power...Kalau Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka ( LKWJ ) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara ( DARA ) tidak ditutup isu air.di jengka.....dah lama selesai ...hu3...Kalau kerajaan Malaysia tidak tutup agensi LKWJ dan DARA pasti....Muadzam Shah dan Jengka akan maju macam negeri Johor. KAJORA,KESEDA,MADA..Menempa pembanggunan...DI Daerah PEKAN dan Daerah ROMPIN ,MARAN,TEMELOH JERANTUT,LIPIS.BENTONG..dan JENGKA PUSAT itu tersendiri....peluang perkerjaan anak watan dan anak peneroka..disebab ....permimpin tiada ilmu...ahli Palimen tiada ilmu...PAHANG jadi negeri mundur dan ketinggalan 20 tahun kebelakang..malunya nak negeri Pahang..FIKIR2 lah", kata Desa Keranji Muadzam Shah tentang isu ini.


Walau pun air dihantar oleh PAIP tetapi mereka katanya tidak tahu isu itu
bukankan ini sesuatu yang sunggug melucukan, mana pergi Tok Empat

Sementara itu, Pengundi DUN pula berkata "DULU DULU .... Perkara Infrastruktur begini DISERAHKAN KEPADA LEMBAGA wILAYAH jENGKA untuk selesaikan Ini kerana JBA tiada bajet dan engeneer yang design tetapi ini hari Lembaga JENGKA sudah di tutup". Paling menyedihkan bagi mereka yang ada anak kecil seperti kata Siti Rohaizan ini"saya pn btemu jdh ngan org jgka 7 n skrg menetap d jgka 7..saya sokong sgt semua komen2 kt ats,sbb kt jgka 7 ni bkn time raya je xde air..time x raya pn sama..dlm seminggu 3 ari je ade air..org yg ade ank kecil cam saya plg rasa susahnya bila bdepan mslh ni..tp org jgka 7 sndiri cam redha je bab ni sbb dah set dlm minda semua yg bn wt semuanya btl..kononnya sanggup ssh asalkn bn yg bkuasa..camane la yb bn nk wt keje sbb kalu x wt keje pn rakyat ttp sokong dia jgk". Tambah sayu apabila anak-anak dan cucu cicit warga Jengka 7 pulang ke kampung halaman baru-baru ini. Masalah diajukan kepada Perbadanan Air Pahang Berhad (PAIP), namun anehnya pihak terbabit mengatakan mereka tidak mendapat laporan ketika menghantar bekalan air menggunakan lori di kawasan itu baru-baru ini. Ia sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku jika pemimpin setempat bekerja untuk rakyat dan tidak menutup isu berkenaan. Mereka lebih utamakan menutup imej yang tercalar dari membawa masalah rakyat kepada pihak atasan. Apakah pemimpin sebegini layak dikekalkan?. Mereka hanya menjaga tembolok masing-masing dengan elaun yang diterima tetapi tidak mahu memikirkan masalah yang ditanggung rakyat!.

[Felda Jengka 7 adalah kubu kuat UMNO BN yang terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor yang diwakili oleh Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak yang meninggal dunia baru-baru ini. Kini kawasan terbabit tidak lagi mempunyai Wakil Rakyat dan terpaksa menunggu selepas Pilihanraya Umum ke-13 akan datang untuk mendapat ADUN yang baru. Soalnya, apakah isu ini dapat selesai?. Inilah yang menimbulkan persoalan kerana berpuluh tahun BN berkuasa di situ masalah tetap berlaku. Malah, semakin hari semakin teruk seperti sekarang. Justeru, para peneroka dan generasi kedua Felda berkenaan digesa menunjukkan ajar kepada pemimpin setempat yang masih lena diulit mimpi. Bayangkan mereka sanggup biarkan anak-anak buah menderita dengan masalah air yang berlarutan hampir 40 tahun asalkan BN terus berkuasa. Tiada langsung fikiran untuk lakukan perubahan demi menjaga kepentingan rakyat setempat. Maka, sudah tiba rakyat membuat perubahan pada PRU-13 ini agar isu ini dapat selesai dengan segera apabila sokongan beralih arah nanti. Jika tidak maka para penduduk Jengka 7 akan menderita buat selamanya. Mujurlah media arus perdana tidak siarkan berita ini demi menjaga kepentingan pihak atasan. Harapan rakyat agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menjaga dulu rakyat di Pahang ini sebelum menuding jari menuduh Kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor tidak pandai menguruskan air di negeri berkenaan. Inilah yang dikatakan "gajah didepan mata tak nampak tapi kuman diseberang laut nampak". Senario yang berlaku ini sungguh memalukan kita sebenarnya].

Poster Fitnah, Jika Facebook Palsu Mana Mungkin Capaian "Fans" Boleh Cecah Puluhan Ribu Orang!

Posted: 22 Aug 2012 11:28 AM PDT

Ramai pihak kini mempertikaikan tindakan pihak polis yang tidak mahu menggunakan Seksyen 114A Akta Keterangan bagi menyiasat isu panas dari laman sembang sosial "Pemuda UMNO Malaysia" yang telah menyentuh sensitiviti agama dan boleh merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Malah ramai yang kecewa kerana perbuatan tersebut jelas sekali tertakluk dibawah akta baru yang diperkenalkan oleh kerajaan UMNO BN sendiri sebenarnya. Seolah-olah "terkena batang hidung sendiri", kini terdapat usaha dari kalangan pemuda UMNO cuba untuk mengelak kononnya perbuatan itu bukan dilakukan oleh Pemuda UMNO. Malah lebih menarik lagi apabila beliau mengatakan akaun facebook berkenaan bukanlah milik Pemuda UMNO Malaysia. Laporan polis juga dibuat berhubung kandungan yang didakwa berunsur hasutan itu. Namun, persoalan yang timbul jika benar akaun itu bukan milik pemuda UMNO maka mana mungkin peminat (Fans) atau pengikutnya boleh mencecah lebih daripada 50,000 orang?. Apapun ramai yang melihat Pemuda UMNO akan terlepas daripada akta zalim ini kerana mereka adalah sayap kanan parti yang berkuasa di negara kita sebenarnya. Ini bermakna Seksyen 114A Akta Keterangan itu tidak syak lagi adalah satu undang-undang yang digubal khas untuk menyekat pengaruh Pakatan Rakyat menerusi media baru. Mereka yang akan menjadi mangsa sudah pastilah akan difokuskan kepada pemimpin pembangkang itu sendiri selepas ini. Mana mungkin pemimpin dan ahli UMNO akan didakwa oleh akta yang penuh simbolik ini. Sebab itu kita tidak hairan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah boleh menyatakan secara terbuka polis tidak akan menggunakan Seksyen 114A Akta Keterangan bagi menyiasatkes tersebut. Kononnya, seksyen 114A merujuk kepada prosedur dalam cubaan membuktikan jenayah di mahkamah. Malah lebih mengejutkan bila beliau juga berkata polis akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 233 bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Katanya lagi, terpulang kepada pejabat peguam negara untuk menentukan pendakwaan bawah seksyen yang mana. Seksyen 233 merujuk kepada penyalahgunaan penggunaan kemudahan jaringan atau perkhidmatan jaringan.

[Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak sebelum berkata laporan polis telah dibuat bagi menggesa siasatan berhubung pengendali dan pentadbir laman facebook tersebut yang kini mempunyai 50,000 pengikut dijalankan. Malah beliau katanya menyedari kewujudan laman sosial palsu tersebut pada Sabtu lepas yang meletakkan profilnya sebagai 'Pemuda Umno Malaysia' dan mengeluarkan satu paparan poster berbaur hasutan dengan tulisan "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'. Insiden sebegini bukan sahaja boleh memecah-belahkan rakyat tetapi juga membuahkan fitnah dan imej salah kepada Pemuda Umno kata beliau selepas membuat laporan itu pada pukul 4 petang di Balai Polis Tun H.S Lee di sini hari ini. Ibdilillah yang juga Anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO berkata laporan itu dibuat selepas diarahkan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk berbuat demikian. Persoalannya sekarang, jika ia bukan milik Pemuda UMNO atau palsu mana mungkin capaian peminatnya boleh mencecah puluhan ribu].

PENOREH GETAH

Posted: 23 Aug 2012 07:45 AM PDT

PENOREH GETAH


KL DIBANJIRI WARGA ASING

Posted: 23 Aug 2012 03:47 AM PDT

Berlagak Macam Le Negara Sendiri..

KUALA LUMPUR: Ketika warga tempatan berpusu-pusu meninggalkan ibu kota bagi meraikan Aidilfitri di kampung, berlainan pula dengan warga asing yang dilihat semakin ramai membanjiri bandar raya.

Bagaimanapun, kebanjiran warga asing terbabit turut menimbulkan masalah kerana ramai di kalangan mereka degil dan pengotor.

Sebagai contoh, ada warga asing, terutama dari Myanmar, menjual sirih di sepanjang kaki lima bangunan di Lebuh Pudu dan Pasar Seni, menyebabkan kawasan berkenaan dicemari air ludahan sirih yang menjijikkan.

Bukan saja kotor, keadaan sesak yang 'menghimpunkan' warga Myanmar terbabit merimaskan, selain mengancam keselamatan rakyat tempatan.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, kebanyakan warga asing terbabit melepak secara berkumpulan dengan menghabiskan masa di tempat terbuka, menyebabkan wartawan terasa seperti berada di negara asing kerana hampir setiap sudut pusat beli-belah dipenuhi warga Myanmar, malah kebanyakan bas yang menurunkan penumpang turut dipenuhi 'orang' mereka.

Warga tempatan, Kamarul Mohd Hussin, 38 berkata, senario itu adalah biasa, apatah lagi menjelang cuti umum atau hari minggu.

"Tidak kira sama ada raya atau tidak, di sinilah tempat mereka. Tanpa rasa malu, mereka tidur dan berlagak seperti berada di negara sendiri, malah kita rakyat tempatan pula takut dengan mereka.

"Keadaan di sini benar-benar mengecewakan. Bukan itu saja, ada kala mereka bergaduh dan membuat kacau hingga menimbulkan rasa tidak senang hati.

"Lihatlah, mana ada rakyat tempatan di sini. Semuanya rakyat Myanmar, malah saya pelik bagaimana mereka mendapat lesen perniagaan," katanya.

KRAI Utara

Posted: 23 Aug 2012 07:45 AM PDT

KRAI Utara


Oh! Setan itu macam ahli umno...dr cakap!

Posted: 22 Aug 2012 04:39 PM PDT

Wa sejak kecik lagi memang tak pernah lekang dengan nasihat ni, wa ingat lu pun sama aa, nak pulak kalau main sampai santak senja. Pasti aje ibu bapak lu akan lekas2 jerit suruh lu orang pulang dengan mengingatkan bahaya hantu setan ramai baru keluar. "oii, tak reti nak balik umah ke, nak kena "kidnap" ngan hantu setan ke!" lebih kurang camtu le, dan kita yang budak pon lekas pulang, bimbang jugak nanti di tangkap hantu setan, nantinya di kerkah batang tengkuk macam dalam citer drakula. Walhalnya xdak sekor pon budak yang kita dengor mati di cekik hantu setan.

Kita memang la takut hantu setan ni, walaupun dahhhh besor panjang ni. Tapi dalam takut tu pon kita tak pernah pon kenai macam mana ropa hantu setan ni. Wa pon masa kecik selalu tanya ropa hantu setan ngan orang tua2, dan jawapannya hantu tu mesti lah rupanya mengerikan, ooo maca tu! Setan plak? Setan tu dia sikit atas, dia ni tak main dahhh sakat2 orang ni! Dio tukang hasut je....beza cam pencurik telor ayam ngan pak man telo cakap orang tua tu.ooo macam tu.

Tapi, semalam barulah gua tau rupanya sangkaan itu meleset sajaa....dan gua lebih percaya orang ini dalam mengambarkan setan setan itu, maklum laaa dia bukan orang tua kampong gua! Dia dr tua beb! Sefaham gua setan tu macam orang UMNO jer rupa dia.....dia cakap, bukan gua.

Lebih baik ‘syaitan yang dikenali’, pesan Dr M kepada pengundi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.“BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.“Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.“Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta  lebih rendah untuk rakyat Malaysia.Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” katanya.“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - The Malaysian Insider

Oh! Artis: Azwan ali kecam TV3, perguna ibu untuk kepentingan politik!

Posted: 22 Aug 2012 04:38 PM PDT

Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed Azmin Ali.“Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 (lihat di SINI ) yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.“Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai ‘jijik’.“Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,” tulisnya.Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘ Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=34834

labun KulupSakah...

Posted: 23 Aug 2012 03:24 AM PDT

labun KulupSakah...


Nasi Lemak punya kisah

Posted: 22 Aug 2012 07:29 PM PDT

Setelah bergelumang rendang, ketupat dan lemang tekak ini mula ingin kembali kepada fitrah. Semalam Sham masak lemak ikan tongkol taruk peria, timun dan petai cicah sambal tempoyak dan keli goreng, ini memang terangkat.
Pagi tadi aku teringin cari nasi lemak tapi seluruh pelosok tanahair Kajang gagal ditemui. Ramai penjaja masih cuti beraya. Ada sebuah restoran tu ramai sangat orang berbaris.Aku hanya akan mengiktiraf nasi lemak jika ia:-
1. Dibungkus dengan daun pisang. kalau daun pisang itu dilayur terlebih dahulu adalah bonus. Aromanya lebih menangkap.Masalah hari ini ada penjaja yang gagal membungkus nasi lemak daun pisang apabila permukaan daun pisang yang berlilin itu dibungkus di bahagian luar. Ramai penjaja Indonesia buat begini kerana katanya bahagian itu kotor. Mereka membungkusnya dengan permukaan belakang. Ini gagal!

2. Nasi lemak bermaksud wajib ada sambal tumis, ikan bilis, kacang goreng dan telur rebus selain nasi yang harum berdaun pandan dan bersantan. Ikan bilis gred lekeh yang keras dan bikin tercekik adalah gagal. Lauk sampingan seperti ayam, kerang, sotong itu aksesori tambahan. Itu sunat. Tanpa bahan wajib, ia gagal.
Aku tahu kos bahan mentah meningkat sebab aku dan Sham pernah jual nasi lemak. Sekilo kacang tanah, ikan bilis, bawang dan cili kering mahal sekarang dan jika jual nasi lemak biasa lebih dari RM1.50 pelanggan akan merungut. Inilah dilema penjaja nasi lemak. Orang besar tak tahu sebab di rumah kopi atau hotel sepinggan nasi lemak lebih RM10. Orang besar yang biasa makan di sini tak heran. Mereka punya 'taste' hancur!
Namun begitu nasi lemak yang dibungkus dengan polisterin, kertas minyak atau diletakkan di dalam pinggan apatah lagi pinggan yang direkabentukkan seperti daun pisang adalah segagal-gagal makanan di alam semesta ini sejak nabi Adam diciptakan hinggalah Izrafil meniup sangkakala.

PULAUKAN NASI LEMAK YANG DIBUNGKUS DENGAN POLISTERIN!

KE-U-TA-MA-AN

Posted: 22 Aug 2012 11:33 AM PDT

cakap Inggerisnya 'Priority'. Kita kena belajar memberikan keutamaan yang mana perlu didahulukan, diutamakan. mendahulukan orang yang susah, miskin, sakit dari yang senang, kaya dan lapang. Tapi kaseh sayang tak boleh dipaksa, keikhlasam bukan boleh dilakon-lakonkan... keutamaan atau prioritinya... MENGENAL BUKAN MENGHAFAL

Merah Hitam

Posted: 23 Aug 2012 03:19 AM PDT

Merah Hitam


Ramai lagi tahanan ISA bebas pada 31 Ogos?

Posted: 22 Aug 2012 08:04 PM PDT

"Alhamdulillah dan terima kasih pada semua yang telah membantu kami sekeluarga, kami amat gembira dapat bersatu semula..." begitu ceria suara Sdr Abduh, seorang tahanan ISA dari Tawau yang di bebaskan 2 hari menjelang Aidilfitri 2012.Beliau yang di tahan pada 13 Nov 2011 di kurung tanpa bicara di Kem Kamunting lebih 8 bulan.

"Saya pun tidak terfikir akan 'di pilih' sebagai salah seorang yang di bebaskan. Saya set di minda akan di kurung 2 tahun, namun tiba-tiba saya di panggil dan di beritahu bahawa saya akan dibebaskan ....Amat jelas, ini semua jelas permain politik saja. Bila nak raya, penguasa ISA ingin di lihat sebagai manusia yang baik dan bertimbang rasa, lalu ada beberapa tahanan ISA di bebaskan....."tambah beliau lagi.

"Walau apa pun, semua ini terjadi dengan izin Allah. Kami dapat merasai nasib pejuang Islam di zaman dulu yang pernah di penjarakan oleh mereka yang anti-Islam..." ujar beliau yang merasakan ada lagi tahanan ISA yang bakal dibebaskan menjelang 31 ogos ini.

Saya masih teringat pada bulan Nov 2011 dulu, ibu Abduh datang ke K.L untuk menghadiri sidang akhbar di Parlimen. Ketika itu beliau tidak tahu bagaimana keadaan anak beliau . Sebelum pulang ke Tawau, GMI berjanji membawa ibunya melawat Abduh di Bukit Aman.Puan L menangis sambil memilih beberapa jenis makanan ringan untuk di bawa ketika melawat Abduh........
Ini lah wajah isteri dan anak-anak yang terlalu gembira dengan kepulangan insan yang amat di rindui. Puan N yang baru melahirkan anak ke 4 pasangan ini sujud syukur dengan kepulagan suami ke pangkuan mereka sekeluarga.
"Akak pernah pergi ke rumah kamu dan jumpa anak-anak....semuanya nampak sedih je.." kataku dalam perbualan telefon tadi.
"Ya kak, kita tak pernah jumpa tapi ada satu gambar akak di sebuah majalah di simpan di Kem. Majalah itu di baca oleh ramai tahanan dan memberi semangat untuk menghadapi kehidupan di Kemta.." tambah beliau sambil ketawa.
"Oooohhhh ye ke? Pelik juga gambar tu boleh lepas sekatan polis dan di simpan di sana ya...."
aku turut ketawa....

Posted: 22 Aug 2012 07:57 PM PDT

edyesdotcom

Posted: 23 Aug 2012 03:15 AM PDT

edyesdotcom


Mahathir Bercakap Depan Cermin

Posted: 22 Aug 2012 06:43 PM PDT

MiLo SuaM

Posted: 23 Aug 2012 01:42 AM PDT

MiLo SuaM


Strategi Umi Hafilda perkudakan Mak Tom, makan diri

Posted: 22 Aug 2012 09:10 PM PDT

KETIKA umat Islam sedang meraikan hari kemenangan, ada seorang manusia tergamak mengheret ibunya sendiri ke kancah politik untuk mengaibkan abangnya sendiri.

Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.

Kononnya Mak Tom membawa diri sehingga beraya di perantauan kerana kecil hati dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.



Apa yang melucukan, adik beradik Umi Hafilda yang lain tiada seorang pun yang sanggup melayan "kerja gila" beliau beraya di perantauan tak tentu pasal.

Terpaksalah Umi Hafilda menggunakan khidmat pelakon tambahan iaitu dua orang kanak-kanak yang tiada kaitan langsung dengan keluarganya untuk muncul di Buletin Utama TV3.

Di saat Umi Hafilda melakukan "kerja gila" beraya di Melaka, adik beradiknya yang lain pula berkumpul beramai-ramai di rumah kakak mereka di AU2 Hulu Kelang.

Manakala Azmin Ali beraya di Taiping Perak kerana mengikut giliran untuk beraya di kampung isterinya.

Kata Ummi Hafilda, kononnya Azmin Ali buang keluarga. Tapi nampaknya dia sendiri yang melarikan diri daripada keluarga dan mencolek Mak Tom untuk beraya bersamanya di perantauan.

Segar di ingatan bagaimana Ummi mengheret Mak Tom ke dalam kereta Polis semata-mata mahu Mak Tom berkempen untuk Umno pada tahun 1999 dahulu...

Barangkali PRU 13 ini, Ummi Hafilda akan paksa Mak Tom jadi calon Barisan Nasional pula untuk menentang Azmin Ali di mana-mana kawasan yang ditandingi oleh beliau.

ReJaM© "Woi Ummi! Hari Raya bukan hari untuk buat kerja gila kah kah kah... "

ANAK SENGAT

Posted: 23 Aug 2012 01:26 AM PDT

ANAK SENGAT


KETUA PEMUDA DAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS YANG TAK CERDIK???

Posted: 22 Aug 2012 05:10 PM PDT

Aku malas nak ulas pasal dalaman PAS yang memang tak sudah akhir akhir ni...Biasalah .... dah nak menang.... Bila perjuangan dah mula nampak peluang ... begitulah penghujungnya ...Bagi yng berjuang tanpa asas agama yang jelas... kerap kali tersasar dalam perjuangan... Bagi yang membaca buku ulama haraki terutama Fathi Yakan yang menulis tentang " mereka yang gugur dalam perjuangan" dan Dr Syed Noh " penyakit  dalam perjalanan dakwah" pastinya tenang menghadapi situasi perjuangan.

Aku malas nak ulas bukan kerana apa... hanya kerana aku tahu ...mereka lebih baik dari umNO ... cuma mereka ini boleh jadi perosak yang mengalih arah perjuangan bila dah menang!!. Menjadi masalah yang terpaksa pulak dibersihkan... namun bukan jadi  musuh seperti umNO!!!... umNO yang menjadi musuh adalah pemimpinnya... bukan ahli dan penyokong umNO bawahan yang hanya seperti dicucuk hidung... Hakikat ini mesti di fahami..!!!

Ramai penyokong PAS akhir akhir ini mula keliru antara jati diri PAS sebagai sebuah gerakan dakwah dan politik berbanding rakan dalam Pakatan yang hanya hidup atas nyawa politik. Mereka mahu PAS dan pemimpinnya menjadi seperti rakan politik lain yang hanya menumpu soal politik... soal isu... !!!! lupa soal dasar...

Apakah mereka lupa bahawa isu boleh saja berubah dan basi... namun dasar adalah perkara besar yang tak boleh di ubah sampai bila bila...!!! jika berubah... hilanglah jati diri sebuah parti politik atau gerakan.!!! 

Tg Presiden dan Tg Mursyidul Am seringkali mengajak kita fokus kepada perjuangan... Isu yang hendak dibangkitkan ialah isu dasar... isu semasa penting... sangat penting... namun meninggalkan isu dasar ibarat orang yang menangkap ikan di lautan luas dengan hanya berenang dan meninggalkan kapalnya...!!!

 Tumpuan sebenar aku ialah adanya orang PAS yang marah dengan kenyataan pemimpin terutama pemuda yang menegur kenyataan Karpal singh yang keterlaluan dalam isu hudud!!!.... Bagi mereka Karpal singh adalah isu kecil dan perlu menumpukan kepada musuh... Orang yang menegur Karpal di anggap tidak bijak!!!... Yang aku heran... orang seperti inilah yang menegur Presidwn dan menyerangnya bertubi tubi dulu atas alasan menyelamatkan parti dan tidak salah mengkritik!!!

Mengapa dalam isu Karpal yang menyentuh Islam dan Perjuangan PAS tak boleh ditegur???.. Mengapa dulunya bersungguh menyerang pimpinan terutama Ulama atas alasan demokrasi dan keterbukaan??? sehingga mengkritik  asas wala' dalam perjuangan??? cepat betul berubah....

Alasan menumpukan musuh yang lebih besar..??? apakah menyerang Islam itu tidak besar..??? kena serang MCA yang menentang Islam dan hudud juga... Memang pun pemimpin kita menyerang MCA yang menentang Islam... Bukan MCA, MIC.. umNO malah DAP dan siapa sahaja yang menyentuh dasar perjuangan PAS dan Islam mesti ditentang!!!

Aku tak fikir ada orang PAS yang anggap isu kritikan Karpal itu soal kecil... Jika begitu... mereka tidak jelas dasar perjuangan PAS dan "perlu disekolahkan dalam sekolah Tarbiah PAS" agar jati diri PAS kembali dalam diri mereka...

Jangan hanya kerana mereka rakan dalam Pakatan Rakyat menjadikan kita buta, pekak dan tuli hingga membiarkan mereka melakukan sesukanya terhadap kita... Apakah hanya kerana kita bersahabat lalu membiarkan mereka bebas masuk bilik tidur kita dan menganggu anak isteri kita... Sungguh tidak bermaruah manusia yang bersahabat sebegini... !!! takkan kalau ianya musuh... nak tumpang solat di rumah pun tak boleh ???

Tanpa berminat memanjangkan isu ini... sekadar penjelasan bagi yang membaca agar menumpukan matlamat yang jelas terhadap perjuangan kita... menegakkan Islam... bukan hanya Putrajaya... renunglah hadis yang di bahaskan oleh Almarhum Fathi Yakan dalam buku yang diterjemahkan dengan nama Bahtera perjuangan dari Anas bin Malik..." Orang mukmin itu di antara lima musuh, Mukmin yang hasad, Munafiq yang marah, Kafir yang memerangi, Syaitan yang menyesatkan dan nafsu yang ingin mengalahkan..."