Khamis, 12 Julai 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 12 Jul 2012 01:25 PM PDT

Duke of UMNO


EKSKLUSIF..!!! ASAL USUL PUSAT HIBURAN PAS KEDAH YANG LEBIH BEST DARI DANOKKK..!!!

Posted: 12 Jul 2012 12:09 AM PDT


Semalam seronok tak tengok aku promosi pusat hiburan PAS? Best? House Bar of PAS Kedah, best? Okay...sekarang aku nak cerita sikit asal-usul macamana House Bar of PAS Kedah tu.

Actually, House Bar of PAS Kedah tu aku jangka mula beroperasi pada sekitar lewat tahun 2011. Tahun lepas. Maknanya, baru lagi la tu. Masa UMNO jadi kerajaan, pusat hiburan tu belum ada lagi...

Tapi, Grand Opening Ceremony (majlis pelancaran) pusat hiburan PAS tu diadakan pada 2 April 2012. Tahun ni, kan? Dan sekarang ni bulan 7, maknanya baru dilancarkan 3 bulan lalu...

Alamat penuh House Bar of PAS Kedah ni ialah di...Jalan Alor Mengkudu, 05400 Alor Setar, Kedah. Pusat hiburan ni bukan kat Danok macam blogger PAS dok fitnah aku tu tauuuu..!!! Heh! No. telefonnya 017-419 4**5. Terletak bersebelahan dengan Caltex Alor Mengkudu...heh!



Majlis pelancaran pada 2 April 2012...Dr. Ismail Salleh rasmikan?
Aku nak tanya...masa nak buat House Bar Of PAS Kedah tu, Exco Agama hangpa tu tak bantah ka? MB kata apa? Exco Kerajaan Tempatan buat tak tau dan luluskan macam tu saja?

Lepas diluluskan, kenapa hangpa tak pantau pusat hiburan PAS tu? Alaaa...hantar la Unit Amal dok tiap-tiap malam kat depan pusat hiburan PAS tu. Mana-mana umat Islam cuba nak masuk, Unit Amal hangpa wajib  halang depa. Kalau depa degil, tangkap...

Apa? Unit Amal takdak kuasa? Heh! Bukan Unit Amal ada kuasa ka? Aku dengaq, Unit Amal ni lebih hebat dari polis! Amar maqruuf wannahyu anil mungkar..! Kan?





Tak payah la hangpa nak salahkan tauke dan pekerja pusat hiburan tu. Depa cari makan. Depa bukan Islam pun dan depa mana ada halal atau haram. Depa tak salah...

Siapa yang salah? Tu hangpa kena tanya Azizan Razak. Dia suruh buat kerja cara Islam. Jadi, pusat hiburan kat Kedah ni semua buat kerja cara Islam la kot...heh!


Amacam? Ada berani pi suruh Unit Amal dok depan House Bar of PAS Kedah? Atau Unit Amal semuanya teloq dah kena genggam dengan DAP? Heh! Hangpa boleh biar DAP genggam teloq hangpa, noooo..? Heh!

JAWAPAN UNTUK GENG PAS YANG LIDAH BERCABANG-CABANG..!!!

Posted: 11 Jul 2012 10:38 PM PDT


Actually geng blogger PAS tujukan kata-kata ni kat geng UMNO kononnya lidah kami bercabang. Alhamdulillah. Kami terima teguran tu dengan positif dan kini telah berubah, insyaAllah.

Lagipun, PM pun dah sebut slogan "janji ditepati", kan? Setahu aku, UMNO tak pernah mungkir janji. Cuma mungkin lupa. Biasalah..Melayu ni kadang-kadang senang lupa. Jadi, tolonglah ingatkan dengan cara yang berkhikmah dan diredhai Allah SWT...

Tapi kali ni, aku tujukan balik kata-kata kat atas tu kat semua geng-geng PAS di Kedah. Bukan apa, kali ni memang tepat kena kat hangpa balik. Hangpa memang menyusahkan orang lain dengan perangai hangpa yang semua orang meluat, menyampah dan benci...

So...tolong betulkan balik lidah hangpa yang bercabang-cabang tu. Sapa ajaq hangpa jadi bercabang? Anwar Berahim? Heh! Ubah sebelum malaikat maut tu mai jemput hangpa...heh!

Psssssttt..!!! PAS KEDAH GEMPUR PUSAT HIBURAN DI SG. PETANI SEMALAM..???

Posted: 11 Jul 2012 09:04 PM PDT


Kesan dari pendedahan aku semalam, beberapa pihak dalam PAS tak dapat menahan rasa malu dan marah depa terhadap para kepimpinan PAS Kedah yang tak buat kerja makan gaji buta sambil goyang teloq di rumah masing-masing...

Maka depa pun kelam kabut semalam kumpul orang. Kononnya nak buat pemantauan pusat-pusat hiburan kat Sg Petani. Heh! Hangpa nak pantau gerakan sapa sebenarnya, pusat hiburan atau kami bloggers pro-UMNO? Heh!

Aku nak muntah, boleh? Dah 4 tahun perintah Kedah, lepas aku bongkarkan baru hangpa nak pi serbu pantau pusat-pusat hiburan tu? Kepala hotak hangpa! Patutnya hangpa pi serbu tukang bagi lesen tu..!!! Cepat pi demo guling atas jalan desak Exco Kerajaan Tempatan letak jawatan!

Tu pun kalau hangpa ada teloq laaaa... Errr...puak-puak PAS ni ada teloq? Heh! Ka hangpa semua bapuk macam Anwar Berahim?
Woi Aduka Taruna..terlepas pandang kepala bapak hang! Pusat hiburan tu 1km je dari Pusat Khidmat DUN Alor Mengkudu! Bingai la bagi alasan bodo lagu tu...hang ingat Dr. Ismail Salleh tu bodo dan buta ka? Dia celik laaaaa...
Kalau pantau pusat hiburan tu pun, apa yang hangpa boleh buat? Hangpa boleh bakar pusat hiburan tu? Depa ada lesen la bro...silap-silap hangpa yang "ke dalam" nanti. Errr..sapa yang bagi lesen? Heh! Takkan kerajaan UMNO/BN pulak kot...? Dah 4 tahun dah UMNO/BN tak kerja kat Wisma tu...heh!

Nak pantau kami? Heh! Sorry la bro. Kami tak pi tempat-tempat lagu tu. Tu semua kami trace sendiri je...gambar pun ambik dari Facebook..tolong promosi tempat-tempat "menarik" di DUN Alor Mengkudu...DUN bawah PAS la tu kan...heh! Kami tolong promosi sajaaaa...takkan marah kot?

Amcam semalam? Berapa ramai UNIT AMAL yang turun? Berapa banyak pusat hiburan yang hangpa dah bakar? 4? 5? 50? 400? Heh! Buat la apa pun hangpa nak..sekarang kan hangpa yang perintah Kedah.. lagi pun Kedah ni bapak hangpa yang punya...! Heh!

Cuma aku pesan, tak payah la nak kritik sangat dasar pusat hiburan tu. Pusat hiburan tu untuk golongan bukan Islam. Dulu BN memang benarkan dan luluskan lesen. Tapi hangpa kafirkan kami sebab semua tu...

Tapi sekarang ni hangpa pulak yang lebih-lebih sampai hilang kawalan? Heh! Mengata orang, PAS yang lebihhhh...!!! Heh! Malu kaaa..??? Oooo...baru tau rasa malu ka? Dulu masa kafirkan UMNO dulu tak rasa malu? Kepala bapak hangpa!

PANASSSS..!!! BLOGGER PAS KEDAH TERPAKSA FITNAH BLOGGER PRO-UMNO KEDAH UNTUK COVER MALU..!!!

Posted: 11 Jul 2012 07:34 PM PDT



Sebenarnya aku sedih bila difitnah begini. Semalam, lepas kami blogger pro-UMNO/BN Kedah membongkar sebuah pusat hiburan, House Bar OF PAS KEDAH, blogger PAS Kedah fitnah kami ada pergi buat maksiat ke Danok..

Kat sini aku nak buat pengakuan, aku tak pernah cross boarder ke Siam seumur hidup. Mungkin aku pernah pergi ke luar negara, tapi aku tak pernah ke Thailand. Hangpa semua nak ketawakan aku atau nak kata aku tipu, lantaklah. Tapi aku memang tak pernah ke sana pun.



Aku ingat, bila depa ni blogger PAS, maka depa tak siarkan berita fitnah. Maklum la..depa kan "suci, murni, tulus, mulus, kudusssss". Tapi, aku tak sangka depa sanggup fitnah kami...

Ni aku bagi alamat penuh dan lokasi sebenar House Bar Of PAS Kedah tu....



Aku nak pesan la kat blogger-blogger PAS Kedah. Kalau betul pun malu dan terdesak sangat nak cover malu PAS kat Kedah, tak payah la buat dosa fitnah... Tak pasal-pasal je dapat dosa besaqqq, kan? 

Aku dedahkan isu ni bukan nak suruh hangpa maki hamun sana sini. Aku cuma nak hangpa tau ada gerakan dalam PAS sendiri yang nak musnahkan Azizan Razak tu. Hangpa pi la cari sendiri siapa...

Sebenarnya, kami tak pi pun ke situ. Semua gambar tu kami ambik dari facebook milik House Bar Of PAS Kedah tu...bukan apa...kami tolong promosikan pusat hiburan PAS kat Alor Mengkudu tu....

Bukan Phahrolrazi atau Dr. Ismail. Aku dengar depa dua orang tu "keldai" suruhan saja. Ciri-ciri orang yang aku maksudkan tu ialah "dia masih muda, seorang ADUN, bapanya seorang ahli UMNO, dia bekas ahli UMNO dan dia berbini 2"..Dialah "kuda trojan" sebenar...heh! Terkejut???!!!

Nampaknya Dr. Ismail Salleh lepas ni famous la dia....heh! Kan? Dia dah boleh jadi "superstar", terkenal dengan House Bar Of PAS Kedah yang ada kat tempat dia. Errr...dia ada pi rasmi tempat tu kaaa..??? Heh!

LAWAK PAGI INI..ISTERI GUAN ENG AKUI SOI LEK LAGI "UMMMPPHH..!!!"

Posted: 11 Jul 2012 06:09 PM PDT


Antara Soi Lek dengan Guan Eng, Betty akui bahawa Soi Lek lebih "best"..!!!

Maksudnya, Soi Lek gentleman sebab mengaku ada mistress dan letak jawatan masa kantoi...

Tapi Guan Eng tak mengaku..!!! Tak gentleman laaaa..!!! Heh!

Alaaa..Betty tau laaa...bukannya dia tak kenal "Rainbow"....

Pernah berkongsi katil..??? Heh!

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 12 Jul 2012 01:24 PM PDT

Kedah Ke KL - MctHeory


SOSIALL!! Awie Rogol Gadis Bawah Umur??

Posted: 12 Jul 2012 11:41 AM PDT



BESUT - Rahsia seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini yang sering keluar melalui tingkap bilik tidurnya untuk bertemu teman lelaki pada awal pagi pecah tembelang apabila perbuatan itu disedari ibunya.

Rahsia itu terbongkar pada jam 2.30 pagi, Sabtu lalu oleh ibu remaja itu apabila dia terjaga daripada tidur kemudian selepas memeriksa bilik tidur anaknya namun mendapati anaknya tidak ada di dalam bilik manakala pintu tingkap terbuka.

Lebih malang, gara-gara tindakan mencuri keluar pada awal pagi menyebabkan pelajar itu mendakwa dirogol teman lelakinya yang dikenali dengan panggilan Awie yang tinggal bersebelahan rumahnya di sebuah kampung dekat Kuala Besut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu, sebaik menyedari anaknya tidak ada di dalam bilik, ibu mangsa pergi ke rumah jirannya itu dan mendapati mangsa berada di ruang tamu rumah bersama Awie. Menurutnya, ibu mangsa terus membawa anaknya pulang.

"Ibu mangsa turut mengesyaki Awie melakukan hubungan seks dengan anaknya kerana anaknya mengaku beberapa kali pergi ke rumah suspek ketika ibu dan ahli keluarganya sedang tidur," katanya

Noorzainy berkata, polis sudah mengenal pasti suspek berumur 35 tahun yang sudah berkahwin itu dan usaha memburunya sedang giat dilakukan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - SINAR


McTheory:
Cehh.. ingat Awie penyanyi.. rupanya Awie lain..

KASI PANASS!! Kisah Anwar dan Pakatan Haram Penipu Besar di Selangor!! #AntiPR

Posted: 12 Jul 2012 05:40 AM PDT


Ceramah Hassan Basri di Sungai Lalang, Sungai Petani, mendedahkan betapa Anwar dan Pakatan Haram Selangor menipu rakyat Selangor!!

Sebenarnyaa.. kisah Selangor ni lebih kurang sama macam kisah kerajaan Kedah juga.. ha ha..

EKSKLUSIF!! Video NGO Kedah Mengamuk!! #TukarKedah

Posted: 12 Jul 2012 02:12 AM PDT



Sebanyak 16 wakil NGO telah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Kuala Muda bagi membantah tindakan persatuan ANAK yang di bayang PAS mengadakan Himpunn OREN bagi membantah penyeneraian FGVH ke papan bursa Malaysia.

Ternyata tujuan Himpunan OREN hanyalah bermotifkan politik untuk menarik kebenci rakyat dengan apa yang di lakukan . kerajaan dalam membantu peneroka FELDA .

Team Media Kedah

TUDIAA!! Adun Pas yang Larikan Diri Tu Tukar Kawasan Pulak? #AdunMalas Hahahahaha...

Posted: 11 Jul 2012 11:12 PM PDT



Yb Nasir Mustafa ialah Adun bagi kawasan kubang rotan dimana baru baru ini terdapat kes terbaru membabitkan PA beliau yang ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki menipu orang ramai dengan mengutip wang pendahuluan bagi memiliki sebuah rumah kos rendah yang tidak pernah wujud sama sekali..

Cabaran pernah dibuat kepada beliau supaya menjelaskan sendiri siapa sebenarnya Ah Keng (pembantu peribadi yang paling dipercayai) oleh YB Nasir (baca sini)  Namun sehingga kini beliau hanya berdiam diri..

Semalam Adun yang sama juga dikatakan melarikan diri dari  orang kampung. Kini tukar kawasan la pulak.. kelakar betul la Adun Pas Kubang Rotan ni. Ehh.. Kubang Rotan ke Kubang Pasu? hahahaha..

Sudah la Nasir ni antara Adun Pas yang paling malas bekerja di kawasan. Kini muncul dengan pelbagai kontroversi, Mc dok nampak jangka hayat Nasir kat Kubang Rotan dah tak lama.

Malah si Nasir juga pernah menyindir Datuk Latt Shariman Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah, yang ketika itu sedang lepak minum bersama Mc. Ketika itu kami baru pulang dari melawat rumah terbakar.. katanya "YB bukan BOMBA" sungguh riak dan sombong Nasir ketika tu.

Apakah Nasir lupa kuasa ditangan rakyat? Dunia berputar.. kadang-kadang diatas, kadang-kadang dibawah.. tunggu laaa..


McTheory:
Ni baru sorang Adun Pas yang kongkalikong! Banyak lagiii...

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Lagi Cerita Warden Cabul Anak Yatim!! #TukarKedah

Posted: 11 Jul 2012 08:15 PM PDT


Kalau pembaca masih ingat mengenai kisah anak yatim yang dicabul wardennya disebuah Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan seliaan Kerajaan Negeri Kedah. Mc ada cerita terbaru mengenai perkara ini. Pada yang belum pernah baca, boleh klik kat SINI

Selepas pendedahan yang dilakukan oleh Mc dan Team Media Kedah, Mc diberitahu, pengurusan rumah Anak Yatim yang diselia oleh kerajaan negeri Kedah itu, telah mengelabah dan mula mencari siapa dalang yang telah membocorkan maklumat pengurusan kepada kami.

Tindakan paling drastik yang mereka buat adalah dengan menghalau kesemua anak yatim keluar dari rumah tersebut dan menutupnya dengan tujuan tertentu.

Sesungguhnya tindakan pengurusan rumah anak yatim terbabit sungguh mengejutkan. Kenapa mereka bertindak demikian? Apakah ada salahgunakuasa dan salah laku lain yang mereka lakukan didalam pengurusan rumah anak yatim terbabit? Apakah rumah anak yatim itu telah menjadi sumber utama poket kepada mereka yang menguruskan rumah anak yatim?

Mc juga diberitahu bahawa, selama rumah anak yatim itu di bawah kerajaan negeri Pas, ia tidak pernah dipantau dan diaudit oleh pihak berwajib untuk mengetahui bahawa ada salahguna kewangan utama rumah anak yatim tersebut. Apakah kita yakin pihak pengurusan rumah anak yatim itu bersifat jujur tentang kewangan dan derma yang diterima oleh anak yatim? Atau ada tangan-tangan ghaib yang cepat mengambil dan mengunakan harta anak yatim dengan jalan yang tidak betul?

Mc memandang serius perkara ini. Harta anak yatim bukan boleh digunakan sesuka hati. Begitu juga dengan derma yang diberikan oleh orang ramai kepada mereka. Sudah la mereka diperlakukan sebagai hamba seks pemuas nafsu binatang haram jadah warden tu. Hak mereka pulak dipergunakan sesuka hati. Apa punya manusia ni?? Ada agama ka takdak?

Insyallah Mc akan bawakan detail mengenai perkara ini. Kita bongkarr habis-habisan!! Pii jahanam pada semua pemakan harta anak yatim!!



McTheory:
Kenapa bila Pas ambil alih.. semua ini pun berlaku?? pernah fikir tak?

PANASS AIHH!! Tarian Separa Bogel Di Restui Pas Kedah?? #TukarKedah #KedahMaksiat

Posted: 11 Jul 2012 05:34 PM PDT


Semalam ada cyertroopers Pas mencabar Mc untuk menunjukkan lagi gambar kelab malam yang dikatakan dibuka di Alor Setar, Kedah. Kat bawah ni Mc harap, cybertroopers Pas tu berpuas hati dengan gambar pintu gerbang dan nama kelab yang terpapar dibawah. Malah untuk pengetahuannya, kelab malam ini berada tidak jauh daripada Pusat Khidmat ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh, seorang ADUN PAS..!!! kurang dari 1KM!!


Siapa percaya kelab malam yang menghidangkan tarian perempuan separuh bogel boleh berada di Bandaraya Alor Setar, yang sepatutnya diiktiraf Bandaraya Islam oleh Pas Kedah. Namun apa jadi? Pendedahan semalam dan hari ini membuktikan bahawa Pas Kedah hanya cakap saja lebih, tapi perlaksanaannya GAGAL!!


Apakah kerajaan Pas Kedah mahu mengatakan bahawa mereka tidak tahu mengenai perkara ini? Sedangkan kelab malam ini diluluskan oleh Exco kerajaan negeri sendiri!! Apa lagi yang boleh kita harapkan kepada kerajaan Pas Kedah?

Pembangunan Infrastruktur? GAGAL!!

Pembangunan rumah kos rendah? GAGAL!!

Pembangunan pendapatan negeri? GAGAL!!

Pembangunan Akidah Ummah? GAGAL!!

Meningkatkan moral rakyat? GAGAL!!

Meningkatkan peluang pekerjaan? GAGAL!!

Malah Pas Kedah GAGAL disetiap bidang keutamaan penting sebagai kerajaan negeri. Apa lagi yang boleh kita harapkan kepada kerajaan negeri seperti ini?

Tak reti-reti nak tukar? Tunggu apa lagi.. mehh la kita KALEH kerajaan Pas Kedah!! Ada Pas tak menambah, takdak Pas lagi bagus!! heh..


McTheory:
Tambah kelab malam dan china doll pandai la depa..

Apa Yang Tersirat

Posted: 12 Jul 2012 01:12 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Rakyat Pulau Pinang tidak perhatin lagi

Posted: 11 Jul 2012 11:59 PM PDT

Rakyat Pulau Pinang tidak perhatin lagi. Bayangkan tujuh orang telah berjalan sambil melihat mangsa ragut Tan Kim Chuan (gambar), 60, tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan ketika dia sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan dengan tengkorak yang retak di kawasan rumah pangsa Rifle Range.

Rakaman CCTV menunjukkan dia terbaring di jalan raya selama kira-kira tujuh minit.

Kim Chuan, yang jatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan raya dalam kejadian pukul 6.02 pagi pada Selasa, meninggal dunia akibat kecederaan itu sembilan jam kemudian di Hospital Pulau Pinang.

Kakaknya Lay Yong, 63, mahu orang ramai yang lalu-lalang "mendengar suara hati mereka".

"Mereka yang melihatnya seharusnya melakukan sesuatu dengan sekurang-kurangnya menjerit untuk mendapatkan bantuan.

"Bagaimana mereka hanya boleh berjalan sahaja? Saya marah tetapi apa yang boleh saya buat?" Lay Yong berkata di bilik mayat Hospital Pulau Pinang, Rabu.

Pegawai penyiasat berkongsi kesedihan dengan Lay Yong di Hospital P.Pinang.

Dia berkata Kim Chuan ketika itu dalam perjalanan ke kedai kopi milik keluarga di Carnarvon Street.

Dia akan menaiki bas setiap pagi untuk membantu di kedai kopi itu.

"Kakak saya jenis orang yang tidak akan teragak-agak untuk membantu orang lain. Peragut yang melakukan ini sangat kejam," katanya.

Kim Chuan, seorang janda yang baru sahaja berpindah ke rumah pangsa Rifle Range dua minggu lalu, berjalan seorang diri berhampiran Blok J kawasan tersebut apabila beg tangannya diragut oleh penunggang motosikal.

Kira-kira pukul 6.10 pagi, tiga orang yang baik hati telah mengangkatnya ke tepi jalan dan memanggil ambulans.

Ketua Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan di kepala.

"Dia mengalami pendarahan dalaman di kepala dan bahagian belakang tengkoraknya retak akibat terjatuh ke atas jalan dengan tekanan yang kuat," katanya.

Mayatnya akan dibakar di Batu Gantong pada pukul 2 petang, Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis P.Pinang ACP Gan Kong Meng menggesa orang ramai untuk membantu polis dalam menangkap suspek.

"Disebabkan kita tidak dapat berada semua tempat pada setiap masa, kami menghargai maklumat daripada orang ramai, terutamanya daripada mereka yang mungkin telah menyaksikan kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Kim Chuan.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Satu tindak balas lebih cepat mungkin dapat menyelamatkan hidupnya," kata ACP Gan.

PR Belanja sakan wang rakyat Selangor

Posted: 11 Jul 2012 11:36 PM PDT

Satu siasatan dalaman Perbendaharaan Selangor menemui pelbagai ketidakaturan dalam perolehan barang dan perkhidmatan untuk Karnival Terima Kasih Rakyat, karnival politik dalam bulan Mac untuk meraikan ulang tahun keempat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Karnival berkenaan melibatkan 15 pembekal dengan lebih RM1 juta barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan.

Kebanyakan bayaran kepada pembekal ditangguhkan buat sementara selepas dinasihati perbendaharaan negeri. Bagaimanapun, sehingga semalam, pembekal masih lagi beratur di bangunan kerajaan negeri merayu untuk mendapatkan bayaran yang tertangguh.

Ketidakaturan dalam proses itu termasuk ketiadaan sebut harga kelulusan bagi perolehan barangan dan perkhidmatan melebihi RM50,000, pembekal gagal mendaftar dengan perbendaharaan negeri dan persekutuan, dan pembekal membekalkan barangan dan perkhidmatan yang tidak termasuk dalam bidang perniagaan seperti didaftarkan.

Bukti Penyerang Bersamurai "Imam Mahadi" Pro Pembangkang

Posted: 11 Jul 2012 10:37 PM PDT


Alamak... ini sudah lain macam, rupa-rupanya kedua-dua individu yang mengamuk di Komplek B JPM Isnin lalu dihantar ke lokasi itu oleh isteri dan suami masing-masing.

Identiti mereka yang menghantar dua suspek itu dikenal pasti oleh polis berdasarkan siasatan yang dilakukan susulan kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah  mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.

"Polis mengesahkan kedua-dua mereka dihantar oleh suami dan isteri masing-masing. Siasatan masih berjalan dan polis akan mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya selepas ini," katanya dipetik dari Utusan.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang kelmarin, seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bersama seorang wanita, Muhdalina Ahmad, 28, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B JPM menggunakan dua bilah pedang samurai.

Khalil Afandi terbunuh manakala Muhdalina cedera selepas terkena se-das tembakan yang dilepaskan oleh polis.

Siasatan awal polis percaya kedua-dua suspek itu mengalami masalah mental setelah mengikuti satu kumpulan ajaran sesat.

Ditanya adakah polis sudah memanggil dan mengambil keterangan pasangan kedua-dua suspek, Chin Wah berkata, polis akan siasat mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, polis sedang mengesan seorang individu yang namanya disebut berulang kali dalam blog dan juga Facebook milik Khalil Afandi Abd Hamid yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, lelaki itu akan disiasat sama ada dia turut mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

"Kita akan siasat kes ini secara menyeluruh termasuk kandungan blog yang ada hubungan dengan lelaki itu (Khalil) dan juga mereka yang namanya dinyatakan dalam blog itu," katanya.

Mengikut catatan yang dipercayai dibuat oleh Khalil dalam blognya, dia dalam perjuangan untuk tawan negara dan dunia bersama individu itu.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan itu, lelaki terbabit dalam blog yang sama turut membuat pengakuan terbuka yang disertakan nama dan nombor kad pengenalannya mengakui bahawa dia "akan sentiasa bersama dengan Khalil hadapi satu pertembungan yang pasti berlaku antara kami dengan Dajal."

Dalam salah satu akaun Facebook Khalil, turut dipaparkan gambar yang dinyatakan sebagai gambar mereka berdua dengan komen yang bermotif perjuangan untuk menakluk negara.

Selain mereka berdua, ada beberapa individu lain yang turut menghantar kenyataan dalam laman blog itu namun hanya menggunakan nama samaran.

BERITA SEBELUM INI

Amuk di JPM: Misteri-misteri yang belum dirungkai...

Macam-macam andaian dibuat mengenai apa sebenarnya yang sebenarnya laku di Komplek B JPM Putrajaya Isnin lalu. Apa yang menjadi persoalan ramai tentulah kenapa mereka berdua, Khalil Afandi Hamid dan Muhdalina Ahmad pi serang tempat macam itu dengan senjata berbahaya.

Kalau tengok dari facebook Kamal Afandi, dia mengaku sekolah menengah MRSM Pengkalan Chepa, antara sekolah asrama penuh terbaik negara. Dan Muhdalina pula bekas penuntut UIAM, sudah bersuami dan mempunyai anak kecil, yang kata sumber kepada Agendadaily "Masih menyusu...".

Pelik memang pelik, macam mana orang-orang cerdik boleh jadi macam itu. Pi serang komplek strategik hendak gulingkan kerajaan hanya berdua dan bersenjata pedang samurai. Masuk akal ke?

Polis pada Selasa keluar kenyataan bahawa mereka sedang kesan individu yang hantar pasangan tersebut ke JPM pada hari kejadian.

Polis juga mengesahkan lelaki yang serang Komplek B tersebut adalah masalah mental.

Bagi yang rajin seach itu ini dalam internet, jumpa blog Kamal Afandi, jayanegara1234.blogspot.com, sekali baca pun kita tahu, ada benda yang tidak kena dengan mamat ini.

Dari cara dia tulis blog yang baru buka Mei lalu itu, Kamal rasa macam dia adalah 'The Chosen One'. Dia suka tengok filem sains fiksyen The Matrix dan beberapa lagi filem yang berkisar kepada kisah kepahlawanan seperti Highlander. 

Dalam blog itu, tulisannya sukar difahami dan melompat-lompat, mengambarkan 'state of mind' penulisnya. Semua pemimpin politik dia kutuk, PAS ke UMNO ke, termasuk mufti dan raja. Tulisannya mengutuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang katanya tinggal di rumah besar dan juga pemimpin PAS Datuk Dr Harun Din kerana memiliki kereta jenis Mercedes.

Kamal yang berasal dari Kampung Lindungan Jaya PJS Selangor semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM Serdang selepas selesai bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

Difahamkan, tiada saudara mara yang menghadiri pengkebumian tersebut, kerana dilarang oleh isterinya. Motif larangan tidak pulak diketahui kenapa. Jadinya, jenazah beliau disempurnakan oleh pihak polis dengan bantuan kakitangan UPM.

Sementara itu, Muhdalina yang kini masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya dikatakan sangat taksub terhadap lelaki itu walaupun baru mengenalinya.

Suaminya yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan isterinya terkena ilmu hitam lelaki berkenaan yang mendakwa Imam Mahadi.

"Saya tidak sangka dia sanggup mengikutnya walaupun baru mengenalinya beberapa hari lalu. Muhdalina tidak pernah berperangai pelik, tetapi dua tiga hari lalu dia berkelakuan aneh dan amat taksub terhadap lelaki berkenaan," katanya kepada pemberita di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Muhdalina dikawal rapi dua anggota polis wanita. Setakat petang semalam, tiada anggota keluarga dibenarkan menemuinya kecuali suaminya yang berkesempatan menyerahkan makanan kira-kira jam 1 tengahari.

Wanita berkenaan meninggalkan dua anaknya bersama ibu bapanya di Kota Damansara pada Ahad lalu dengan alasan ada urusan perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari.

Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, Muhdalina cedera di peha kanan, manakala lelaki bersamanya, Khalil yang mendakwa Imam Mahadi mati ditembak.

Bapa Muhdalena pula berkata, beliau sekeluarga masih terkejut dan sukar menerima hakikat pembabitan anak mereka.

Ahmad Adam, 55, seorang peniaga nasi lemak, berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas membaca laporan pembabitan anak keduanya itu di sebuah laman sosial.

"Saya hubungi telefonnya tetapi panggilan dijawab seorang anggota polis. Dia minta saya ke Balai Polis Putrajaya untuk memberi keterangan. Saya terkejut dan kecewa kerana walaupun dia belajar tinggi (lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi terjebak dalam kes itu.

"Walaupun tidak bersekolah agama sepenuhnya, dia memang belajar sedikit pasal Islam pada sebelah petang," katanya.

Beliau ditemui ketika cuba melawat anaknya, ditemani isteri, Siti Marliah Marjunid, 55; anaknya sulungnya, Ariffin serta dua anak Muhdalena, iaitu Mohd Fariz Kharizmi, 2, dan Mia Ratisya berusia setahun lebih.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melawat Muhdalena kerana difahamkan polis belum merekodkan keterangannya. Dia ditahan reman mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Harap-harap banyak mesteri ini terungkai secepat mungkin supaya kita faham apa sebenarnya yang berlaku sehingga jadi yang yang terlah terjadi di Komplek B JPM Isnin lalu.

Ini antara kisah terbaru lelaki dan wanita mengamuk di JPM...tulisan terakhir di blog tajuk...hidup dan mati

Misteri kejadian lelaki dan wanita yang mengamuk guna pedang samurai di Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya jam 2.30 petang Isnin yang mengejutkan makin terungkai sedikit demi sedikit.

Ini ada kali pertama dalam sejarah negara ada orang bertindak sebegitu di perkarangan sebuah bangunan pentabiran negara.Ramai yang bingung dan tertanya-tanya apa halnya kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh membertitahu Selasa lelaki yang mati , Khalil Afandi Hamid setelah cedera ditembak polis dan pasangannya,wanita , Muhdalina Ahmad yang mengamuk itu dipercayai mempunyai masalah mental ekoran ajaran sesat yang diikuti mereka.

Katanya mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan yang tidak mengamalkan pemerintahan Islam.

Beliau bagaimanapun kata kejadian itu tidak ada kaitan dengan politik dan minta semua pihak tidak buat spekulasi.

Menurut Salleh polis terpaksa lepaskan tembakan dalam kejadian itu dalam usaha pertahankan diri.

Beliau juga berkata polis kini sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang menghilangkan diri selepas membawa mereka ke Kompleks B,JPM yang terletak sebelah jalan tidak jauh dari kompleks utama JPM yakni Perdan Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri

Sebelum ini dilaporkan Mereka berdua bukan pasangan suami isteri dan dipercayai kenal satu sama lain sekitar seminggu menerusi laman sembang.

Sementara itu laman blog dipercayai milik lelaki yang mengamuk ituhttp://www.jayanegara1234.blogspot.com telah menarik perhatian ramai.

Tulisannya terakhir di blog berkenaan pada 30 Jun lalu bertajuk HIDUP DAN MATI....... apa yang dipertaruhkan.

Melayari blog berkenaan didapati tulisannya yang agak sukar difahami dan memneningkan menyentuh soal agama dan sebagainya memberi gambaran tentang dirinya.

Dalam pada itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam posting di facebooknya mengenai kejadian amuk itu memberitahu polis kini sedang menyiasat motif, kaitan serta perancangan lelaki dan wanita itu.

"Beri mereka masa untuk buat kerja,'' katanya.

Serentak dengan itu beliau memberi jaminan pihaknya tidak pernah berkompromi dalam soal keselamatan Perdana Menteri.

Sementara itu Ahmad Adam ,bapa kepada Muhdalina, wanita yang mengamuk itu memberitahu dia menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dua hari lepas. 

Penjual nasi lemak berumur 55 tahun, itu berkata, anaknya meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan.

Katanya, setahunya Muhdalina , anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta di Pelabuhan Utara,Pelabuhan Klang tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka.

"Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya Selasa.

"Saya kesal dengan apa yang dia buat," kata Ahmad sambil menambah beliau mendapat tahu tentang kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya setelah mendail nombor telefon bimbit anaknya itu.

Muhdalina ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Ibunya ,Siti Marliah Marjunit berusia 55 tahun ketika ditemui di perkarangan hospital itu berkata: "Makcik terkejut. Makcik tak tahu nak cakap apa. Makcik sedih sangat".

Katanya anaknya tinggal di Klang.

Ahmad dan Siti Marliah belum dapat menemui Muhdalina kerana polis masih belum ambil keterangan darinya lagi.

Tinjauan di wad pengasingan Hospital Putrajaya mendapati Muhdalina yang berskaf hitam sedang berbaring di katil dan dikawal dua anggota polis wanita.

Sementara itu suaminya yang juga pemandu lori mendakwa isterinya terpengaruh dengan laman blog lelaki itu dan beberapa hari sebelum kejadian isterinya berperangai pelik dan dilihat taksub dengan Imam Mahadi.

Cucu Tok Selampit

Posted: 12 Jul 2012 01:11 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Himpunan Oren - Mazlan Aliman Kemaruk Letak Gambar Pak Lah & Ku Li Atas Poster

Posted: 12 Jul 2012 01:00 AM PDT



Macam-macam cara dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk menarik perhatian ramai terhadap program mengarut anjuran mereka termasuklah yang terbaru gambar Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah digunakan oleh PAS untuk mempromosikan Himpunan Oren Anti FGV dengan tujuan mengabui mata khalayak. Si empunya diri langsung tidak menunjukkan sebarang minat untuk hadir, memandai-mandai pula dimanipulasi gambar kedua-dua tokoh tersebut demi untuk meramaikan hadirin dalam majlis anjuran PAS itu.

Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap penganjur himpunan tersebut sepatutnya berasa malu bila program anjurannya terpaksa menumpang nama dan gambar orang lain. Alasan kononnya penggunaan gambar Pak lah dan Ku Li sebagai daya tarikan langsung tak boleh diterima akal. Itu namanya alasan yang kebudak-budakan dan menipu. Kita tahulah tabiat menipu dan membohong sambil lidah berbelit-belit sudah jadi amalan pemimpin PAS sejak tahun 1950-an lagi, tapi kot kalau terdesak sangat pun janganlah sampai ditarik sekali nama orang lain untuk bergelumang dengan penipuan. 


Dahlah menipu dan memanipulasi nama dan gambar pemimpin UMNO, himpunan yang kononnya untuk kumpulkan peneroka kini dah jadi himpunan ahli PAS pula bila surat pekeliling dihantar mengarahkan kehadiran ahli dari seluruh peringkat untuk ramaikan majlis. Nampak sangat majoriti golongan peneroka memboikot himpunan sia-sia tersebut, itu pasal terpaksa dikerah ahli sendiri untuk mengelakkan dari menjadi bahan gelak tawa orang ramai. Akhbar Harakah juga tidak terkecuali menyiarkan amanat Presiden.

Dua kali menipu bermakna bab-bab menipu ini sudah sebati dalam sanubari pemimpin PAS. Satu menipu orang ramai dengan memanipulasi gambar pemimpin UMNO dan kedua menipu masyarakat dengan mengatakan ahli PAS yang akan hadir semuanya peneroka. Terdesak sangat nak cari laba politik, maka langkah desperado sedemikian rupa diguna pakai, langsung tak menepati ciri-ciri sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Jenis manusia munafik dan perangai macam musyrikin Mekah saling tak tumpah macam perangai Abu Jahal dan Abu Lahab. Patutlah lebih 60 tahun PAS hidup atas muka bumi, hanya kecelakaan dan perpecahan sesama umat Islam saja yang berjaya dibawa oleh PAS.

Laknatullah punya perangai.

Isu "Rompak Emas Kelantan" - Penyakit Tak Tahu Ustaz Azizan Dah Melekat Kat Nik Aziz

Posted: 11 Jul 2012 07:30 PM PDT


Memang senang betul kerja Menteri Besar di negeri-negeri Pakatan Haram. Siang malam keluar ceramah. Kantung tabung derma harus dipenuhkan. Negeri terbiar dan pembangunan terbantut. Masalah Rakyat tidak diperdulikan. Sekiranya ada berlaku penyelewengan dan skandal, Menteri Besar atau Ketua Menteri tiba-tiba mendapat penyakit insomnia atau penyakit pelupa.

Begitu juga dengan skandal curi emas di Kelantan yang berlaku berleluasa. Adalah tidak masuk akal seorang Menteri Besar tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di bawah kawalannya, sedangkan berpuluh-puluh tapak perlombongan haram telah beroperasi sekian lama di beberapa daerah di negeri itu. Tidak seperti Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang diperintah oleh BN, setiap soalan yang ditanya oleh wartawan akan dijawab dengan fakta. Tiada istilah "Saya tak tahu".

Nampak gayanya, penyakit "Saya tak tau" yang dialami oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan sudah berjangkit dengan Menteri Besar Kelantan ini. Ustaz Azizan ketika ditanya kenapakah Kelab-Kelab Bogel dengan penari tiang berleluasa di Kedah mengalahkan Danok, beliau hanya menjawab, "Saya tak tau". Nik Aziz ketika ditanya tentang kecurian emas di Kelantan, beliau menjawab, "Ambo tak tahu. No komen. Tanya Husam". Lim Guan Eng kita tak payahlah tanya pasal skandal Rainbow, pasti dipusingnya 180 darjah. Cuma CTS puji dengan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim. Beliau tidak akan menjawab tak tahu, sebaliknya "ki kita aaakan siasat", kiii kita aa aakan kaji" dan sebagainya.

THE FLYING KICK

Posted: 12 Jul 2012 01:05 PM PDT

THE FLYING KICK


NIK AZIZ CUBA HILANGKAN RASA BERSALAHNYA DENGAN MELAHIRKAN KEKECEWAAN BERHUBUNG PERCERAIAN WARGA EMAS!!!

Posted: 12 Jul 2012 06:30 AM PDT

MACAM DIDUGA, PENYOKONG PAKATAN KATA NINJA PUTRAJAYA ADALAH LAKONAN POLIS!!!

Posted: 12 Jul 2012 05:00 AM PDT

PAS KENA BERHENTI MENIPU, AMAR MAKRUF TAK TERPISAH DARI NAHI MUNGKAR!!!

Posted: 12 Jul 2012 04:15 AM PDT

NASIHAT BUAT PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN!!!

Posted: 12 Jul 2012 03:30 AM PDT

UMNO-BN BAWA MASUK 11 PELACUR VIETNAM DI KAWASAN RONNIE LIU!!!

Posted: 12 Jul 2012 02:25 AM PDT

PENYOKONG SELAK KAIN ADUN MERBAU PULAS!!!

Posted: 11 Jul 2012 08:51 PM PDT

RONNIE LIU DILUDAH SINDIKET PELACURANNYA SENDIRI!!!

Posted: 11 Jul 2012 07:15 PM PDT

HASAN ALI PUNCA GURU AGAMA DICERAIKAN SUAMI DENGAN TALAK SATU!!!

Posted: 11 Jul 2012 04:55 PM PDT

DIMENSI

Posted: 12 Jul 2012 11:46 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Anuwar Wak Kelentong

Posted: 11 Jul 2012 10:34 PM PDT



RASANYA lebih ramai akan ketawa atau paling tidak senyum sinis berbanding dengan mereka yang terharu jika Anwar Ibrahim mengambil keputusan bersaradaripada arena politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal ke Putrajaya selepas PRU13.
Malah saya yakin segelintir mereka yang terharu mengalirkan air mata. Cuma air mata dimaksudkan seperti ungkapan dalam bahasa Inggeris, "crocodile tears". Tapi lawak mengenai persaraan ini dipertingkatkan lagi Anwar kerana kononnya selepas itu dia mahu kembali menjadi pensyarah.
"Nak balik jadi pensyarah di Yayasan Anda ke?" sindir seorang wartawan yang kebetulan bersama saya tatkala topik ini timbul. "Yayasan Anda dah lama tenggelam. Hanyut bersama idealisme asal Anwar," jawab saya. Apa pun Anwar memang kaya dengan idealisme.

Baginya pemimpin lain, tidak mempunyai idealisme. Jika tidak masakan tatkala saya menyerahkan buku karangan saya "Tunku – Idealisme Dalam Kenangan" di pejabatnya ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, Anwar yang duduk pada jarak, persis Maharaja China purba dengan khadamnya menoleh kepada pembantunya dan berkata, kira-kira begini: "Tunku ada idealisme ke?"

Itu kisah lama dulu ketika Anwar hanya beberapa tapak lagi menjadi Perdana Menteri dan melihat dirinya sebagai pembawa panji perubahan, bukan sahaja Malaysia, malah Asia sebagaimana yang disebut dalam buku "The Asian Renaissance". Namun, idealisme tersebut sudah lama lenyap sebagaimana lenyapnya Yayasan Anda.

Yang masih berbaki hanyalah idealisme untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malah idealisme yang satu ini juga nampaknya sedang menempuh hari-hari terakhir. Sebagai ahli politik, Anwar suka bercakap. Malah sebelum jadi orang politik pun, Anwar memang suka bercakap.

Anwar cakap penuh dengan keyakinan, memukau dan mudah dipercayai mereka yang mendengarnya. Jika tidak, masakan ramai mempercayai ada orang yang mati kebuluran di Baling. Sehingga beberapa minggu lalu Anwar masih lagi begitu yakin umpannya mengenai penghapusan pinjaman PTPTN, subsidi minyak, itu percuma dan ini percuma akan mengena.

Namun masa yang beredar menunjukkan Pakatan Rakyat kian kehilangan tapak kalangan pengundi. Tak pasti sama ada jemaah Pas menganggap Anwar sebagai aset atau hal sedemikian tidak dikongsi secara menyeluruh.

Namun, sudah ada suara-suara yang mengatakan beliau adalah sebenarnya liabiliti buat parti tersebut. Bagi pemimpin Pas yang menyokong Anwar mereka mungkin terlupa betapa kebanyakan penyokong parti adalah bukan ahli politik.

Mereka tidak memerlukan strategi politik tetapi melihat Pas sebagai satu wadah perjuangan agama Islam yang tidak mudah tercemar daripada perkara yang songsang hukum. Justeru mereka mempersoalkan apakah Pas hari ini sama seperti Pas dulu yang bersendirian dalam memperjuangkan pembentukan sebuah Malaysia yang ditakrifkan sebagai sebuah negara Islam
menurut acuan parti tersebut?

Atau apakah acuan itu kini sudah diubahsuai untuk turut sama memuatkan ramuan negara Islam ala-Anwar Ibrahim dengan diadun bersama sedikit rempah ratus DAP? Di sebalik cita-cita menjadi Perdana Menteri, tiada sesiapa dapat menafikan Anwar adalah pemimpin yang 'extraordinary personality'. Pada zaman kemuncaknya, kehadiran Anwar di atas pentas menjamin
kehadiran 50,000 orang.

Pendek kata ada yang sanggup berpimpin serta datang bertongkat. Tetapi hari ini kalau ada 5,000 yang hadir, boleh dikira bagus. Dulu Anwar adalah "darling" media Barat, dan mungkin juga
dunia dan pemimpin Barat. Apa sahaja yang dikatakan Anwar diterima dan disebarkan kepada dunia. Tapi itu dulu.

Hari ini, baik Barat mahupun Timur dan hatta dalam Malaysia sekalipun, semakin ramai yang kurang mempercayai Anwar. Justeru apabila Anwar mengatakan akan bersara sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13, atau dengan kata lain gagal menjadi Perdana Menteri maka ramai yang menganggapnya sebagai satu lagi lawak jenaka.

Anwar cukup menyedari ramuan yang harus ada sekiranya dia mahu mengejar mimpi ke Putrajaya iaitu kesatuan antara partinya PKR dengan DAP dan Pas dan kesatuan antara DAP dan Pas sendiri. Misinya sebagai pendamai bukan mudah kerana menyatukan Pas dengan DAP adalah ibarat cuba mencapai persefahaman antara itik dan ayam.

Apakah ketidakpastian seperti ini menyebabkan Anwar semacam mengangkat bendera putih awal-awal lagi? Atau apakah ia satu lagi strategi Anwar untuk setidak-tidaknya merealisasikan idealisme yang satu ini?

Apapun, sekiranya Anwar benar-benar sudah dapat meneka kegagalan Pakatan Rakyat dan sudah mula 'cover line' lalu dikatakan mahu bersara, maka apa yang pasti rakyat Malaysia tidak akan terkilan? Mereka menduga berbanding beberapa kerat dalam PR yang akan memujuk agar Anwar mengubah pendiriannya. - SH

Omegay: Mazlan ANAK derhake - FGVH dah terbang tinggi..dia jek ketinggalan kapalterbang!

Posted: 11 Jul 2012 05:25 PM PDT


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihak polis  telah memberi kebenaran mengadakan Himpuan Oren Selamatkan Felda bagi menuntut hak peneroka di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala LumpurJalan Duta, Sabtu ini.

Mazlan berkata, pihak polis telah membenarkan perhimpunan secara aman itu pada jam 2 petang dipekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengelak kejadian yang tidak diingini dan atas faktor keselamatan.

"Kita telah berunding dengan pihak polis dan polis telah setuju untuk kami berhimpun di kawasan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Dalam pada masa yang sama kami juga telah menghantar surat memohon kebenaran daripada pihak instana dan masih menunggu tindakan susulan mereka," katanya.

Anak akan menghantar memorandum kepada Istana Negara pada hari yang sama, jam 3.30 petang.

Menurutnya, pihak istana telah meminta senarai ahli yang terlibat untk penyerahan memorandum nanti dan meyemak terlebih dahulu.

Menurutnya, mereka telah membuat rundingan sebanyak dua kali dengan pihak polis bagi memberi persetujuan terhadap perhimpunan dan perarakan jalanan yang bakal disertai lebih 20,000 orang yang bermula dari Masjid Persekutuan sehingga ke Kompleks MahkamahJalan Duta.

"Polis memang tak benarkan kami berarak, namun kami telah hantar surat permohonan untuk meneruskan rancangan tersebut.

"Kami bagi masa sehingga Jumaat ini (13 Julai) untuk mendapat keputusan daripada pihal berkuasa kerana perhimpunan kami itu adalah secara aman," katanya lagi ketika dihubungi Sinar Harian Online.

ahhhhh karuttt!!...ANAK derhake hari ni dapat kebenaran untuk mengadakan perhimpunan oren bagi menuntut hak peneroka???..FGVH dah pun di senaraikan ke bursa saham..majoriti peneroka felda kat mesia ni dah mula menikmati laba dan akan ada lebih besar lagi ganjaran yang bakal mereka terima di masa akan datang!

malah ada di kalangan ANAK derhake sendiri pun dah sapu duit RM15 ribu!!..kalau mazlan haramjadah cakap itu duit rakyat dan tak perlu kecoh2 sebab itu hak rakyat, memang dia muke tembok lerrr!!..kalau kerajaan tak berusaha macam mane Felda nak berkembang sampai ke tahap sekarang dan warga felda mampu merasa duit durian runtuh tuh?..nak tunggu anuwar tutuh belakang baru dapat upah??

pihak polis tak payah ler nak layan atau benarkan spesis ANAK derhake ni berterusan menderhaka kat yang di pertuan agung macam ambiga dah lakukan!!..ANAK takde asas kukuh nak bantah penyenaraian FGVH selain menimbulkan fitnah dan cubaan untuk mengagalkan felda menjadi sebuah syarikat rakyat (warga felda) yang paling berjaya di dunia!

beliau hanya menyambung kerja2 kotor bershit otak kuning ambingai aje!..lagi pun mazlan tak beri sebarang jaminan bahwa perhimpunan tersebut berjalan dengan aman seperti yang di janjikan. nak kawal 20,000 ekor lembu oren??..nak kontrol 2, 3 ekor lembu dari ragut RM15 ribu pun tak terdaya inikan pulak 20,000??
lu nak bikin kecoh ape lagi mazlan?? >XD

PEJUANG BANGSA

Posted: 12 Jul 2012 11:31 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Wardina pertahan Abby Abadi masuk Pakatan & dianiaya..

Posted: 12 Jul 2012 11:11 AM PDT




Nampaknya, keceluparan Abby Abadi menghentam pihak Polis didalam isu tahanan I.S.A semakin hebat beb..

 Korang baca sendiri apa yang Abby tulis dalam wall Facebook dia.., memang melampau dia punya fitnah kann... Abby tuduh Polis pukul tahanan dan juga fitnah Polis suruh tahanan I.S.A minum air kencing sendiri... Wohaa..., dahsyat tu beb...

 Yang bestnya.., segala perlakuan Abby seolah mendapat sokongan dari Wardina.. Tak percaya??? Tengok je status twitter beliau dibawah...

 Wardina kata Abby dianiaya dan beliau yakin keputusan Abby join Pakatan.-MPP ONLINE-



Skandal: Guan Eng kena tibai lagi bekas pemimpin DAP!

Posted: 12 Jul 2012 01:36 AM PDT

Guan Eng dicabar lagi bersumpah dan menjalani ujian pembohongqn oleh bekas pemimpin Dap iaitu Razali Rahman jika benar mengamalkan CAT.

GPB yakin lidah biawak ini tak berani buat kerana memang dia sudah banyak kali kantoi berbohong.



IPOHMALAY

Posted: 12 Jul 2012 09:24 AM PDT

IPOHMALAY


Undi PAS Masuk Syurga Lubuk Pemfitnah

Posted: 12 Jul 2012 12:03 AM PDT



Tertarik dengan gambar yang dimainkan oleh cybertroopers 'low class' Pakatan Rakyat di laman facebook mereka kebelakangan ini. Gambar di atas disebarkan oleh cybertroopers PR dalam usaha mereka memburukkan kerajaan Barisan Nasional.

Setelah diselidik rupanya jambatan serta gambar yang dimainkan oleh mereka merupakan satu fitnah jahat ke atas kerajaan. Nampaknya Nik Aziz masih gagal menerangkan tentang dosa fitnah ke atas cybertroopers mereka yang siang malam membicarakan soal perjuangan Islam.

Kalau tidak menipu bukanlah namanya pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Sudah menjadi "trend" perangai buruk pemimpin-pemimpin mereka iaitu berbohong dan menipu akan diikuti oleh juak-juak mereka yang menjadi cybertroopers berbayar sama ada di blog, laman sosial Facebook maupun di Twitter. 
Terbaru, pembohongan dan spin jahat yang cuba dilakukan ialah gambar sebuah jambatan gantung yang kononnya terdapat di Malaysia yang kononnya membahayakan pelajar-pelajar kita yang hendak ke sekolah.
Kalau melihatkan posting di atas yang dibuat oleh facebookers "Jom Lawan UMNO", sememangnya Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional amat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Pihak cybertroppers pembangkang terlupa bahawa maklumat di zaman maklumat hanya di hujung jari, bantuan Google adalah semudah ABC. Cuba lihat realiti di bawah:
Haish! Semakin hari lawak yang dibuat oleh Pakatan Haram sudah mencapai tahap lawak bodoh gaban!

NIK AZIZ MENGHALALKAN FITNAH? UNDI PAS MASUK SYURGA? YA SYURGA DUNIA KEPADA PEMFITNAH YANG SIAL HIDUPNYA.


Derek Fernandez Hantam Ronnie Liu

Posted: 11 Jul 2012 10:22 PM PDT


Jelas sekali dalam rancangan Soal Jawab di TV3 malam tadi, Derek Fernandez secara tidak langsung menghentam Exco Kerajaan Tempatan, Pendidikan dan Jawatankuasa Penyelidikan, Ronnie Liu berkaitan isu padang di Kelana Jaya.

Ini jelas menunjukkan bagaimana melingkupnya corak pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor dengan berleluasanya pindaan draf rancangan yang telah ditutup untuk bantahan.

Sudah tentulah Ronnie Liu perlu menangkis serangan bawah tanah yang dilancarkan oleh Derek Fernandez yang telah memberi implikasi yang tidak baik ke atas reputasinya yang belum pernah pun dilihat baik.

Draf tersebut di dapati telah dilakukan terlalu banyak pindaan dan 'rampasan' ke atas tanah-tanah lapang di kawasan MBPJ yang disediakan oleh pemaju untuk dibangunkan oleh kerajaan negeri sebagai kawasan prasarana bagi penduduk sesebuah kawasan.

Pindaan ini kebanyakannya bertujuan untuk melambungkan harga tanah yang dirampas itu, supaya ia boleh dijual dan dimajukan oleh pemaju sebagai kawasan komersil dan ini berlaku tanpa pengetahuan Datuk bandar dan Ahli Majlis sendiri.

Walaubagaimanapun kes ini masih dalam siasatan dan auditan dan buat masa ini, pastilah Ronnie Liew Taik Lalat sedang panas punggung.

Jika berlaku pindaan haram dengan jumlah yang sangat banyak di dalam draf rancangan  MBPJ, bayangkanlah bagaimana pula majlis-majlis perbandaran dan daerah yang lain?


Mazlan Aliman Pujuk Pak Lah Masuk PAS

Posted: 11 Jul 2012 09:06 PM PDT

Selepas puas menghina Pak Lah semasa beliau menjadi PM, PAS seperti biasa, mengambil langkah muka seposen mereka, mahu menarik Pak Lah menyertai PAS.

Amat hairanlah kita dengan pendirian PAS yang semakin hari semakin tunggang langgang apabila melihat kenyataan ini. 

Tambahan pula, dengan tidak merujuk mana-mana kenyataan, mereka berani pula menegaskan bahawa Pak lah sebenarnya merupakan ahli PAS secara semulajadinya. 

Kuatkah PAS apabila terpaksa dengan terang-terangan cuba menarik masuk tokoh negara ?

Kuatkah PAS apabila artis-artis senja yang menyertai mereka terus ditauliahkan dengan taraf cendikiawan agama dan menaikkan mereka di pentas-pentas ceramah mereka? 

Sungguh kelabu asap.


(Malaysia Digest) - PAS has declared its intent to rope in former Prime Minister Tun Abdullah Badawi as a key member of the party. 
This is because they believe that Abdullah, popularly known as Pak Lah, is already "a PAS member by nature." 
In the shock announcement today, PAS central committee member Mazlan Aliman (pic) said he will approach Abdullah and persuade him to join the Islamic party. 
"This is my goal. I will pursue this aim regardless of how many years it would take," he told reporters during a press conference at the PAS headquarters in Jalan Raja Laut here today. 
Mazlan expressed confidence that he would be able to coax Abdullah into joining the party.
"Tun (Abdullah) is already a PAS member by nature. I am confident that I will be able to influence him to join PAS just like I did with Datuk Ramli Buyong, after two years of persuading the latter," he said.
Dek sebab kenyataan itulah Mazlan Aliman memasukkan gambar Pak Lah dalam poster Himpunan Oren mereka .

ADUN Sungkai Tipu Keluarga Murid Mangsa Lemas

Posted: 11 Jul 2012 07:38 PM PDT

Timbalan Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan MIC Kebangsaan, Datuk R. Ramanan menyelar kegagalan pakatan pembangkang menunaikan janji membantu keluarga mangsa tragedi jambatan runtuh yang meragut tiga murid di Kuala Dipang, Perak, Oktober 2009. 

 Menurut beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan yang berlagak 'hero' cuba membantu menyelesaikan masalah keluarga mangsa termasuk memfailkan saman bagi pihak mereka. 

 Beliau difahamkan, ADUN Sungkai itu telah berjanji memberi guaman percuma kepada keluarga mangsa bagi menuntut ganti rugi, selain mengarahkan keluarga tiga murid terbabit membuat kenyataan akhbar yang berpihak kepada Sivanesan dan pakatan pembangkang. "Namun apabila Sivanesan telah memfailkan saman tuntutan, beliau kemudiannya mengemukakan satu perjanjian dengan keluarga mangsa. 

"Antara perjanjian itu, keluarga mangsa perlu membayar lapan peratus kepadanya bagi yuran guaman," katanya di sini hari ini. Dalam kejadian pada 26 Oktober 2009, tiga murid terbabit menyertai 298 murid tahun empat, lima dan enam dari seluruh Kinta Selatan mengikuti Perkhemahan 1Malaysia selama empat hari di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan. 

Pada November 2009, tiga bapa kepada tiga pelajar yang meninggal dunia dalam tragedi jambatan gantung runtuh terbabit memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta daripada 10 defendan. 

Menurut Ramanan, apa yang dilakukan Sivanesan itu adalah tidak berperikemanusiaan, sekali gus membuktikan beliau bukan seorang wakil rakyat yang boleh diharapkan. Jelasnya, tindakan itu juga membuktikan Sivanesan tidak beretika dalam melaksanakan tanggungjawab membela nasib rakyat di kawasan itu. 

Beliau menambah, ADUN Sungkai itu turut mempergunakan keluarga mangsa untuk menaikkan agenda politiknya dan pakatan pembangkang semasa kenyataan akhbar dibuat. "Ia satu tindakan yang tidak beretika dan sangat memalukan kerana sanggup mempergunakan kesusahan seseorang demi agenda politik sendiri," ujarnya. Sementara itu, Ramanan berkata, beliau secara peribadi akan membantu keluarga mangsa tersebut bagi menyelesaikan kes mereka.

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 12 Jul 2012 07:28 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


FOTO.!!! Demo GPRS Bantah Pentadbiran Kerajaan Selangor...Khalid Lari Beb....

Posted: 11 Jul 2012 12:18 PM PDT

SHAH ALAM, 11 JULAI - Kira-kira 200 orang mengadakan demonstrasi aman di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini, bagi membantah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa membenarkan penyelewengan berleluasa.

Bantahan tersebut yang bermula berkumpul di Dataran Shah Alam adalah anjuran NGO, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Antara rasa tidak puas hati mereka, termasuk dakwaan salah tadbir urus melibatkan Universiti Industri Selangor (Unisel), Yayasan Selangor dan kemelut padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.

Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke bangunan SUK bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Khalid dengan membawa sepanduk dan kain rentang tertera "Kami Benci Pakatan Rakyat".

Demonstrasi ini turut mendapat sokongan daripada beberapa NGO lain yang turut menyertainya. Antaranya, adalah Persatuan Bekas Veteran Tentera Malaysia, Waris Malaya, Belia 4B, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan juga beberapa kumpulan pendesak India yang mendakwa masyarakat itu terus dipinggirkan.

Dari tinjauan, mendapati mereka berang kerana mendakwa Abdul Khalid mengetepikan nasib kaum tersebut.

Sambil melaungkan "Khalid Bodoh" mereka mengegarkan pagar SUK dan melemparkan air botol minuman ke dalam kawasan SUK.

Dalam memorandumnya, GPRS mendesak kerajaan negeri Selangor memecat ahli politik Pakatan Rakyat yang menduduki Lembaga Pengarah Unisel kerana mempolitikkan institusi itu.

Mereka juga menuntut kerajaan negeri mendedahkan laporan kewangan Unisel serta menyatakan jumlah kemasukan serta pelajar dari tahun 2008 hingga 2012.

GPRS yang diwakili oleh Zubir Zainuddin dan Mohammad Zainal Khamis menyerahkan memorandum tersebut kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Norzaton Aini Mohd Kassim.

"Kami mewakili rakyat seluruh Selangor yang tidak berpuas hati jadi kita menubuhkan satu gerakan iaitu Gerakan Prihatin Rakyat Selangor untuk menyampaikan ketidak puasan hati rakyat Selangor mengenai kepincangan, penyelewengan, dan penipuan yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Maka pada hari ini memorandum mengenai tiga isu, iaitu isu Unisel, penyelewengan Yayasan selangor, dan rampasan padang bola di Kelana Jaya," kata Zubir.

Mengenai penyelewengan Yayasan Selangor pula, kumpulan tersebut menuntut supaya seorang pengawai kanan Yayasan Selangor yang mengaku melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta dipecat.
GPRS juga mendesak supaya kerajaan negeri mengembalikan Padang PKNS di Kelana Jaya kepada penduduk setempat. Katanya, Abdul Khalid wajar mengekalkan padang PKNS sebagai pusat rekreasi dan bukannya sebagai tapak projek komersial.

Turut hadir pada hari ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Wong Koon Mun, ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak, ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus, dan ADUN Sungai Pelek, Yap Ee Wah yang datang memberi sokongan kepada himpunan tersebut.

FOTO !! SELANGOR GEGAR DENGAN BILLBOARD NOH OMAR DAN PM.!!!

Posted: 11 Jul 2012 11:48 AM PDT

Kerajaan Negeri Takut Pada Billboard2 Noh Omar dan PM. Semua Billboard Noh Omar, PM Akan di Roboh oleh MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR Apa Salahnya Billboard Ini..?

Hanya sekadar paparan SELAMAT DATANG dan letak gambar Perdana Menteri..takkan nak jadikan isu...atau sekadar nak kona dari isu ketirisan dan kelemahan kerajaan Pakatan Selangor..? ke guana..?

PAS Selangor kena 'ngap' lagi dengan DAP...

Posted: 11 Jul 2012 11:11 AM PDT

Mana satu yang betul? Ini yang boleh peningkan kepala bila tiga pemimpin PAS Selangor memberi pendapat berbeza dalam isu peraturan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengasingkan lelaki dan wanita belum berkahwin ketika menonton wayang di daerah itu.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pertahan keputusan MDKS tetapi ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad kata itu hanya notis macam amaran larang orang Melayu Islam beli arak dan nombor ekor.

Ketua mereka, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pula dakwa keputusan itu dibuat Jabatan Perlesenan MDKS sewaktu pengeluaran lesen dahulu dan belum dibawa ke peringkat mesyuarat penuh majlis.

Namun yang pasti cadangan dan pelaksanaan tersebut dibuat Ahli Majlis MDKS mewakili PAS.

Jadi 'flip flop' pula bila teliti kenyataan Khalid, Dzulkefly dan Dr Rani yang berbeza-beza itu.

Apapun, semua itu tidak lebih wayang PAS untuk jaga hati Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu yang arahkan pelaksanaan garis panduan pisahkan lelaki dan wanita belum berkahwin dalam pawagam ditangguhkan sehingga kajian menyeluruh mengenainya selesai.

Arahan itu dibuat selepas media melaporkan panduan baru yang diperkenalkan MDKS terhadap pengunjung panggung wayang milik Lotus Five Star Cinemas bertempat di pusat membeli-belah 1 Plaza.

Garis panduan itu menghendaki pengunjung lelaki dan wanita yang belum berkahwin agar diasingkan kedudukan tempat duduk ketika menonton wayang.

Peliknya, cepat sungguh Ronnie keluarkan arahan itu sedangkan dalam isu kebimbangan rakyat Selangor pasal rumah urut yang tumbuh macam cendawan selepas kerajaan PKR memerintah, wakil rakyat DAP itu buat-buat tidak dengar saja.

Bukan rahsia lagi beribu-ribu rumah urut terutama tanpa lesen di kawasan pinggir dan luar bandar naik satu demi satu sedangkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor, jumlahnya cuma beratus sahaja.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga jaga Hal Ehwal Agama Islam mengakui perkara itu selepas pendedahan Utusan Malaysia tidak lama dulu.

Beliau janji nak ambil tindakan tetapi hingga sekarang yang bertindak hanya polis dan pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen.

Dalam isu peraturan MDKS, Khalid masih tutup mulut kerana Ronnie awal-awal lagi sudah bersuara.

Amat menghairankan suara Ronnie buat pemimpin PAS akur saja padahal arahan itu berkaitan tuntutan agama yang melarang bukan muhrim berdua-duaan.

Sepatutnya PAS Selangor secara total menyokong peraturan itu lagipun ianya dicadangkan ahli majlis dari PAS selepas aduan orang ramai terutama ibu bapa yang membawa anak-anak menonton tetapi ada pasangan lelaki dan wanita pula 'berlakon' aksi tidak senonoh dalam pawagam.

Ini diakui sendiri Khalid Samad kerana katanya pawagam tempat awam bukan tempat pasangan memadu kasih.

Bila tiga pemimpin PAS ini 'flip flop', teringat kes Datuk Dr Hasan Ali dalam serbuan ke Gereja Methodist Damansara Utama tahun lalu.

Khalid dilihat menentang tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan isu itu berlarutan hingga akhirnya Dr Hasan kena pecat dari PAS dan gugur jawatan Exco Agama.

Kali ini, ahli majlis MDKS dari PAS yang kemukakan cadangan itu tentu kena 'taram' juga oleh PAS Selangor kerana dianggap memandai-mandai buat peraturan tersebut.

Silap haribulan, ahli majlis itu juga boleh digugurkan keahlian atau dipecat dari PAS.

Patut sangatlah Dr Hasan pening kepala masa jadi Pesuruhjaya PAS Selangor kerana banyak hal berkaitan kepentingan agama Islam diperkotak-katik oleh DAP termasuk isu rampasan jualan arak di tempat awam sekitar Shah Alam.

Bila Ronnie bersuara, arak dirampas boleh dipulangkan semula dan Dr Hasan terpaksa 'berjabat tangan' dengan Ronnie bagi menunjukkan PAS dan DAP 'ngam' tetapi sebaliknya PAS Selangor sudah kena 'ngap' dengan DAP.

Sekarang ramai nak lihat apa reaksi Khalid Ibrahim yang jaga Exco Agama.

Beranikah dia buat keputusan kekalkan peraturan itu serta kuatkuasakan di pawagam seluruh Selangor.

Jawapannya mungkin sudah ada kerana Menteri Besar itu tentu tidak mahu kena 'ngap' dengan Ronnie pula.

Maklumlah, kalau Ronnie akur keputusan PAS, beliau pula nanti kena 'ngap' dengan pengundi-pengundi Cina yang menyokong DAP.

Jadi kesudahannya dalam isu untuk jaga kepentingan Islam ini, PAS Selangor sekali lagi kena 'ngap'.

Kalau hal-hal kecil begini sudah kena 'ngap'...beranikah ambil langkah yang lebih besar tanpa 'menyinggung' DAP?

anakbukitgantang says

Posted: 12 Jul 2012 03:43 AM PDT

anakbukitgantang says


Teguran ikhlas kepada Abby yang berjinak jinak dengan Wahhabi

Posted: 11 Jul 2012 05:12 PM PDT

Lewat ini Abby Abady, Aisyah dan Hairie Othman sudah menunjukkan kecenderungan untuk kembali ke pangkal jalan. Bagaimanapun jalan pulang yang mereka pilih terpesong kerana  mereka mencari Tok Guru politik yang sesat. Sesat bila tok guru ini mengatakan "Allah berjisim" -atau "Allah berjari tapi tak sama dengan makluk"-jelas ia menyalahi akidah kerana kenyataan itu mujassimah dan menurut Imam Syafie sudah kafir dan wajib mengucap kembali 2 kalimah syahadah! (Rujuk Syarah Ustaz Zamihan Al Ghairi pada minit 1.12 dalam video di bawah)

Jika ikhlas nak belajar ugama pentas politik bukan tempatnya-belajarlah jadi Datuk Sarimah yang belajar ugama secara bersanad supaya selamat dunia dan akhirat!


Atas dasar persaudaraaan Islam saya menyeru mereka agar berguru dengan guru ugama Islam ASWJ yang mempunyai ilmu bersanad agar selamat kita di dunia dan akhirat. Al  Imam Syafie berkata bahawa "tidak boleh mengkafirkan seseorang muslim selagi dia bersolat menghadap kiblat kecuali jika dia menjisimkan Allah" Oleh itu bagi Abby yang terikut ikut ajaran Wahhabi saya mohon agar dia bertaubat dan mengucapkan 2 kalimah syahadah kembali.

Contoh terbaik ialah Datuk Sarimah Ahmad yang mengaji ugama dengan Ustaz Alwi Al Bakaniyy dan mendapat ilmu yang bersanad. Maka jalan pulang yang dipilih oleh Datuk Sarimah adalah selamat kerana ia beriktikad Allah ada tanpa bertempat yakni pegangan Islam ASWJ.

Datuk Sarimah belajar ilmu ugama bersanad-gambar dengan ehsan ustaz Alwi Al Bakaniyy

"Alhamdulillah...baru selesai pengajian aqidah muslimin bersama seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan jemaah selama sehari setengah. Beliau berpegang teguh dgn aqidah Aswj Asyairah 'Allah wujud tanpa tempat' dan membenci ajaran sesat Musyabbihah Mujassimah Wahabi, Syiah, Hizbuttahrir dll ajaran sesat. Beliau tidak masuk mana2 parti politik utk mncari kebenaran Islam..kpd mana2 artis atau umat islam yg ingin mendapatkan Nur Iman jgn terpngaruh dgn dakyah2 yg sesat.....Allahuakbar!"-Ustaz Alwi Al Bakaniyy


Dengar penerangan Ustaz Zamihan dalam video youtube dan teguran dia atas Nik Aziz dan Azhar Idrus di bawah dengan dalil yang jelas.


bumiyang

Posted: 12 Jul 2012 03:33 AM PDT

bumiyang


Begitu Hina Orang Melayu di Mata Lim Kit Siang???

Posted: 11 Jul 2012 08:36 PM PDT

Lagi Cerita Pasal Taksub - Ceraikan Isteri Kerana Mengikuti Ceramah Dr Hasan Ali???

Posted: 11 Jul 2012 07:02 PM PDT

tunku

Posted: 12 Jul 2012 03:24 AM PDT

tunku


Political differences take ultimate toll on elderly couple

Posted: 11 Jul 2012 07:26 PM PDT

PASIR MAS: After 14 years of marriage, a couple here split up when the husband allegedly could no longer convince his wife to join his political party.
Yahya Ibrahim, 78, divorced religious teacher Che Hasnah Che Ahmad, 61, both of Kampung Chabang Tiga in Chetok, in the Lower Syariah Court yesterday.
She alleged that her husband had accused her of deviating from Islam for not supporting his party.
Che Hasnah, who claims to be a staunch supporter of Barisan Nasional, said her husband was an ardent follower of PAS.
Unhappy ending: Yahya leaving the Lower Syariah Court in Pasir Mas after divorcing his wife of 14 years.
She said that although he had for years tried to "convert" her to join PAS, the issue that broke the camel's back was when she atttended a ceramah by former PAS vice-president Datuk Dr Hasan Ali in Tanah Merah on June 11.
"I did not know I was attending the ceramah by Hasan Ali because I merely took a lift to the venue from a friend, who said there would be a lucky draw there," she said, adding that Yahya had given her permission to attend the event.
Che Hasnah, who teaches the Quran to about 100 students, was formerly the Chabang Tiga Wanita Umno branch chief.
Before filing for divorce, he told me he no longer wants to live with me. - Che Hasnah Che Ahmad
She said Yahya had never questioned her support for Barisan until lately, when he travelled frequently to Kota Baru to attend PAS ceramah.
"Everytime he comes home, we would get into an argument. Before filing for divorce, he told me he no longer wants to live with me and would move to live with his children from his first marriage," she told reporters outside the courthouse.
Earlier, after Yahya pronounced the divorce, Syariah judge Mohd Hafiz Daud ordered him to pay Che Hasnah RM200 for mutaah (a gift for the wife after divorce) and RM600 for edah (financial sustenance for three months before the annulment of marriage).
The media failed to interview Yahya, who successfully evaded reporters.

tunku : this is what pas preaches. their Islam is exclusively for them only. those who does not support their party they are not Muslim according to the teaching of certain pas leaders. it is them who are deviating from Islam. Muslims should stay away from pas.

PAS: Kuala Selangor cineplex notices merely reminders

Posted: 11 Jul 2012 09:00 AM PDT

SHAH ALAM: The notices put up at a Kuala Selangor cineplex stating that unmarried Muslim couples should not sit together are merely reminders, said Selangor PAS commissioner Dr Rani Osman.
He said the decision to compel the cinema operator to put up the reminders were made by the licensing department of the Kuala Selangor District Council (MDKS).
"It has not been brought to the full board council meeting yet. It was discussed by the licensing department," he told a press conference at the lobby of the state assembly on Wednesday.
It was widely reported that Lotus Five Star, the only cinema in Kuala Selangor had put up notices informing unmarried Muslim couples that they were banned from sitting side-by-side.
State executive councillor Ronnie Liu immediately asked for the ruling to be deferred and discussed further at MDKS' full board meeting.
Selangor PAS deputy commissioner Khalid Samad admitted the party's MDKS councillors had made the proposal, but they had no intention of imposing Islamic values on non-Muslims.
"The cinema is a public space for family entertainment. Families go to the cinema and they complain of seeing couples make out.
"So we want to remind the public to behave. Do not make the cinema a poor man's nightclub," said Khalid.
PAS' Kuala Selangor MP Dr Dzukefly Ahmad said the matter would be discussed at MDKS' full board meeting at the end of the month.
Selangor MCA Youth chief Dr Kow Cheong Wei said a temporary freeze on the ruling left the possibility that the gender segregation might be fully enforced in the future.
"The rakyat cannot continue to rely on face-saving temporary relief from contentious, divisive issues that face their states.
"Instead, I strongly urge Pakatan Rakyat to issue a public declaration denouncing further gender segregation rulings in their respective states.
"It can start by permanently retracting the recent cinema ruling enforced by MDKS," he said.
MCA's Sungai Pelek assemblyman Yap Ee Wah said it would be difficult for Pakatan to earn the trust of voters if it flip-flops on its policies.
"While MDKS has withdrawn the directive in the wake of public criticism, the above-mentioned examples prove how PAS creates and enforces rulings on its own will, and at the expense of the people while DAP and PKR sit idly by," he said in a statement.

tunku :this is another example how islamic pas is? its haram in Islam for unmarried couple to sit very closely as they will surely be touching each other, so why only as reminder. take action against them if you really want to uphold Islamic teaching. why only a reminder? the answer is very simple.they are afraid of dap and pkr. dap tell them to shut up, they back off. this is how islamic pas is today.

Politik Harian

Posted: 12 Jul 2012 03:15 AM PDT

Politik Harian


PR Panggil Peneroka ‘Perompak’

Posted: 12 Jul 2012 01:00 AM PDT


Amat mengejutkan apabila laman web Suara PR telah dengan biadapnya menggelar para peneroka Felda sebagai perompak, dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Peneroka Perompak Duit Rakyat' yang disiarkan semalam.

Alasan laman tersebut ialah kerana pembahagian wang RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka pada Mei lepas adalah dibuat sebelum Felda Global Ventures (FGV) disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Justeru, menurut penulis tersebut, "wang berjumlah RM 1.69 billion yang diperuntukkan untuk membiayai 'durian runtuh' itu semestinya datang dari wang kerajaan (sebut wang rakyat) kerana Felda sendiri tidak ada wang kerana agensi itu sendiri bakal diisytiharkan bankrap."

Tambahnya lagi, "disebabkan itu, mungkin ada program kerajaan untuk kebajikan rakyat yang lebih besar terpaksa ditangguhkan dulu untuk menyelesaikan janji 'durian runtuh kepada peneroka Felda dan keluarga masing-masing yang berjumlah sekitar 300,000 orang ini."

Apa nak dikata, nampaknya, hadap sekali penulis tersebut dengan program kebajikan rakyat oleh kerajaan. Takut benar dia tidak dapat menikmati program kebajikan dari kerajaan kerana kebanyakan wang telah diberikan kepada warga Felda.

Namun, dalam artikel yang sama, penulis tersebut juga menghentam program-program kebajikan rakyat ini sebagai haram dan rasuah.

Entah manusia jenis apa yang langsung tidak ada maruah terhegeh-hegeh mengharap wang yang dituduhnya sendiri sebagai 'rasuah' dan haram.

Dan bagaimana pula wang 'durian runtuh' itu dikatakannya wang rakyat sedangkan wang tersebut adalah hasil dari jerit perih peneroka serta kecekapan pengurusan Felda sendiri? Wang RM15,000 yang dibayar kepada setiap peneroka atau jumlah keseluruhan, RM1.69 billion, adalah hasil dari pelupusan kepentingan Felda Badan Berkanun (Felda BB) kepada FGVHB yang berjumlah RM5.65 billion sebagai proses penyenaraian.

Justeru, tidak timbul wang tersebut sebagai wang rakyat atau wang kerajaan, tetapi bolehlah dianggap sebagai bonus terkumpul yang dijana sendiri oleh Felda dan warganya sebagai sebuah pasukan besar.

Pembangkang boleh memutar-belit apa saja tetapi yang pastinya, peneroka tidak mungkin akan dapat menikmati wang tersebut jika pengurusan Felda tidak cekap. Malah peneroka tidak mungkin dapat menikmati pendapatan bulanan yang lumayan yang mereka nikmati hari ini, jika pengurusan Felda tidak berkredibiliti atau berintegriti.

Lebih dari itu, peneroka kemungkinan besar masih belum keluar dari kemiskinan dan memiliki rumah dan tanah sendiri sekiranya kerajaan tidak mengilhamkan Felda sejak awal dahulu, bagi membantu mereka.

Hakikatnya, Felda adalah bukti keikhlasan, keprihatinan dan kecekapan kerajaan Barisan Nasional.

Dan kini, selain pendapatan tetap yang dinikmati melalui Felda, peneroka juga berpeluang mendapat keuntungan dengan pemilikan saham. Malah, melalui penyenaraian ini juga akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas sekali gus memberikan pulangan bukan sahaja dari segi wang, tetapi juga dari segi kemudahan dan peluang pekerjaan kepada generasi Felda yang akan datang.

Dengan itu, laman Suara PR tentunya dengki sehingga sanggup menggelarkan peneroka sebagai perompak akibat telah tersasul dan terlanjur mengharamkan 'durian runtuh' dan kini meleleh air liur melihat warga Felda menikmatinya.

Saifudin Nasution Di Halau Dari Kelantan

Posted: 11 Jul 2012 11:00 PM PDT


Disebalik lakonan riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang khususnya PAS & DAP mempertikaikan pendedahan maklumat berhubung pembahagian kerusi parlimen yang memberi kelebihan besar kepada DAP, rasanya tidak salah untuk kita berkongsi satu lagi fakta menarik berkaitan isu ini.

Seperti kita maklum, sudah menjadi kebiasaan seseorang pemimpin politik pembangkang dari luar Kelantan yang dianggap 'bernilai' atau setidak-tidaknya rapat dengan pimpinan PAS negeri akan diberi peluang membina kerjaya politik mereka di negeri tersebut.

Ada antara mereka merupakan pemimpin PAS dari Selangor, Kedah dan ada juga pemimpin dari parti lain yang merupakan teman sekedudukan dan sebantal, yang penting ialah rapat dengan perintis lebuhraya prepaid dan pandai mencuit hati tok gundu Pulau Melaka.

Bagaimanapun, memandangkan PAS Kelantan sekarang sedang berkecamuk dek kerana bunga-bunga kebangkitan rakyat Kelantan menolak kepimpinan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, mahu tidak mahu ahli politik dari luar terpaksa dihalau keluar bagi mengurangkan impak kebangkitan tersebut.

Dalam PRU 2008 misalnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Machang mewakili PKR dan menguasai kerusi tersebut mengalahkan calon BN, Sazmi Miah dengan majoriti 1,460 undi.

Mengikut maklumat yang diperolehi, Saifuddin terpaksa dihalau ke Kedah untuk 'disembelih' di Kulim Bandar Baharu manakala tempatnya di Machang bakal diisi oleh calon tempatan dari PKR yang bernama Mohd Hishamuddin.

Berkemungkinan 'tukang sembelih' yang akan berentap dengan Saifuddin nanti di Kulim Bandar Baharu ialah bekas peguam utama Anwar Ibrahim iaitu Zulkifli Noordin yang sekarang ini adalah ahli Parlimen bagi kawasan tersebut.

Eloklah begitu, khidmat Saifuddin selama sepenggal menjadi wakil rakyat di Machang habuk pun tarak. Siang malam asyik sibuk memanjang dengan teori dan propaganda hingga kerap lupa amanah yang rakyat Machang dambakan.

Dari satu segi, langkah PAS 'meminta' PKR memindahkan Saifuddin mungkin dilihat cara terbaik untuk mengendurkan kemarahan rakyat yang saban hari bangkit memprotes kelemahan urus tadbir kerajaan negeri, tapi ia tidak bermakna kebangkitan rakyat marhaen dapat dipadamkan begitu sahaja.

Yang pastinya dalam usaha mempertahankan sisa-sisa pemerintahannya di Kelantan, PAS terpaksa melakukan apa saja sementara masih berbaki sekelumit detik masa.

Semestinya, Salahuddin Ayub yang juga antara pemimpin politik paling awal diminta berambus ke negeri asal untuk 'dibunuh' kerjaya politiknya, tidak lagi keseorangan membawa rajuk hati kerana kini sudah pasti 'kuburnya' akan ditemani sama oleh Saifuddin Nasution.

Lim Guan Eng Perlu Jalani Ujian Poligraf

Posted: 11 Jul 2012 08:18 PM PDT


Cadangan pemimpin MIC, Datuk Ramanan Ramakrishnan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjalani ujian pembohongan (poligraf) sewajarnya disambut baik memandangkan itu antara caranya untuk mengetahui kebenaran kes moral yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Tika ini orang ramai khususnya penyokong DAP dari kalangan kaum wanita agak tersentuh hati mereka dengan dakwaan skandal Lim Guan Eng dengan seorang wanita muda yang bernama Ng Phaik Kheng.

Sukar untuk mereka menerima hakikat kelakuan curang seorang suami pada isterinya apatah lagi bila wanita yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng adalah pekerjanya sendiri.

Justeru itu, cadangan penggunaan mesin poligraf untuk mengesan siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kemelut isu moral ini amat molek disegerakan.

Sebagai pemimpin muda DAP yang meningkat naik dalam dunia politik hasil pertolongan 'tongkat ajaib' yang dimiliki ayahnya yang juga Penasihat DAP, sepatutnya Lim Guan Eng memiliki keberanian untuk menyahut cabaran tersebut.

Jika selama ini aura amalan nepotisme dan dinasti Lim yang kerap menjadi pelindung kepada kerjaya politiknya, mengapa tidak untuk pertama kalinya beliau menggunakan inisiatif dan fikiran sendiri untuk secara sukarela menjalani ujian poligraf itu.

Bagi memastikan ujian poligraf ini mencapai matlamat dan mampu menutup mulut pengkritiknya, disarankan kepada Lim Guan Eng untuk membawa bersama isteri beliau, Betty Chew yang juga merupakan wakil rakyat DAP bagi DUN Kota Laksamana, Melaka.

Turut disarankan menyertai ujian itu nanti ialah Ng Phaik Kheng, wanita 'malang' yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.

Adalah lebih baik sekiranya ujian itu nanti dilaksanakan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam bagi membuktikan ketelusan dan memuaskan hati semua pihak.

Soal dari mana mahu dipinjam mesin tersebut tidak menjadi kerumitan kerana agensi-agensi penyiasatan tertentu pasti sahaja ada yang memilikinya.

Rasanya Lim Kit Siang sendiri pun tiada halangan untuk membenarkan anak jantan kesayangan bersama-sama menantu garangnya itu menjalani ujian mengesan penipuan tersebut.

Lim Kit Siang selaku pelopor politik dinasti dan pengamal nepotisme paling lama dalam sejarah tanahair tentunya tidak sanggup melihat anak lelaki dan menantu perempuannya dikenali sebagai pembohong, penipu dan pengecut.

Cukuplah gelaran tersebut hanya lekat di dahi Anwar Ibrahim hingga kini hanya dek kerana takutnya dia dengan ujian mesin poligraf. Dah namanya penipu dan pembohong tentulah takut dengan mesin mengesan pembohongan, tak begitu?

Sahabat-Gunung

Posted: 12 Jul 2012 01:49 AM PDT

Sahabat-Gunung


Pusat Urut, Hiburan bukan punca masalah sosial tetapi PBT - Ronnie

Posted: 11 Jul 2012 06:30 PM PDT


Sidang DUN semalam, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu menolak alasan kewujudan rumah urut dan pusat hiburan sebagai penyumbang kepada masalah sosial di Selangor.

Mantap beb kenyataan dier nie? Dia dah buat kajian ker pusat dan rumah-rumah urut terbabit?

Tapi dalam masa yang sama, dia kata masalah sosial yang membabitkan aktiviti berkenaan adalah isu penguatkuasaan yang memerlukan operasi bersepadu yang harus dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Apa ke mangkuk si Ronnie nie …. Dia kan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri …. Dah sah lah PBT di bawah kuasanya sebagai EXCO ….

Ini maknanya dia gagal …..

Benarkah DAP Hanya Akan Bertanding 60 Kerusi?

Posted: 11 Jul 2012 04:41 PM PDT


Pengagihan kerusi pilihanraya bagi parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih kabur.   Walhal, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan bahawa pembahagian kerusi PRU telah pun dimuktamadkan. 

Dan nampaknya sekali lagi Anwar menipu. 

Dari sumber-sumber tertentu, kita telah dimaklumkan bahawa PKR akan bertanding 66 kerusi.  Manakala PAS sebelum ini ada mewar-warkan bahawa mereka akan bertanding 80 kerusi.  Namun, mengikut perkiraan berdasarkan PRU yang lepas, PAS hanya mampu meletakkan 66 kerusi sahaja dan itupun hanya berjaya memenangi 22 kerusi. 

Justeru, jika PAS ingin bertanding 80 kerusi menunjukkan betapa PAS itu akan tetap dengan angan-angan Mat Jeninnya. 

Kita juga dapat membaca sikap berhati-hati Hadi Awang dalam memperkatakan soal kerusi, kerana Hadi hanya menyebut 'mungkin akan bertanding 80 kerusi' iaitu bukannya satu kepastian lagi. 

Kita amat faham betapa hati Hadi Awang akan bergetar apabila menyebut nama DAP.  Kerana itu, Hadi tidak berani meletakkan angka muktamad, tetapi hanya menganggarkan sahaja akan jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS dalam PRU nanti.  Tidak mungkin Hadi akan mengumumkan jumlah muktamad tanpa restu DAP terlebih dahulu. 

Bagaimanapun, elok kita ketepikan angan-angan Mat Jenin PAS dan melihat dari segi logik.  Logiknya, PAS hanya akan bertanding sekitar 66 kerusi, dan PKR telah pun memuktamadkan bertanding 66 kerusi juga, maka pastinya kerusi lebihan sebanyak 90 lagi adalah milik DAP.  

Tidak mungkin DAP akan benar-benar bertanding 60 kerusi sahaja seperti kata Lim Kit Siang kepada Malaysian Insider, kerana jika benar, bermakna PR hanya akan bertanding 192 kerusi sahaja keseluruhannya. 

Mungkin ada yang terpedaya dengan hujah DAP dan PAS bahawa ini hanyalah spekulasi jahat BN untuk memecahbelahkan PR, tetapi apa yang dinyatakan di sini adalah analisis berdasarkan logik dan bukannya angan-angan Mat Jenin. 

Perlu diingatkan bahawa DAP telah bertanding 47 kerusi dalam PRU yang lepas dan memenangi 28 darinya, yang mana mengatasi jumlah yang dimenangi oleh kedua-dua rakan sekutunya.  Maka tidak mungkin DAP akan mengalah meletakkan kerusi yang jauh lebih sedikit dari kedua-dua mereka dalam PRU kali ini.

Percayalah, seperti yang ditekankan oleh Lim Guan Eng secara tidak langsung dalam perdebatannya dengan Chua Soi Lek baru-baru ini, iaitu DAP tidak sekali-kali menerima konsep kerjasama dengan PAS dan PKR sepertimana UMNO-MCA-MIC.   Sebaliknya DAP akan sentiasa memastikan kedudukannya jauh lebih tinggi dari sekutu-sekutu hapraknya.  

Justeru, kesukaran DAP dan PAS menyatakan jumlah muktamad kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU nanti adalah bukti bahawa PR menghadapi krisis dalaman iaitu dilema antara sikap kiasu (DAP) dengan tekanan majoriti (pengundi Melayu). 

Yang pasti, perkataan kiasu (takut kalah) itu sendiri sudah menyatakan segala-galanya iaitu DAP tidak akan sekali-kali beralah.   - (Haprak-Daily)

Tindakan Kurang Ajar Terhadap Ibu Yusmadi Yusof

Posted: 11 Jul 2012 09:26 AM PDT


Aku dengan Yusmadi Yusof (MP Balik Pulau) memang berbeza ideology politik tetapi tindakan yang aku sifatkan KURANG AJAR terhadap ibu Yusmadi Yusuf tidak harus berlaku ….

Kalau ko nak rompak pun, rompak ajerlah tapi janganlah sampai nak tumbuk orang tua tu….. Cuba korang (si perompak) bayangkan kalau aku tumbuk mak ko… apa perasaan ko ….

Tapi mungkinkah tindakan rompak dan tumbuk ibu Yusmadi ini, sekali lagi UMNO dan Barisan Nasional akan dipersalahkan oleh pihak Pakatan Rakyat atau dari Yusmadi sendiri?

Mungkinkah……

Dolak Dalih Isu Talam : Khalid Main Politik Gaya Anwar

Posted: 11 Jul 2012 08:50 AM PDT



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diminta agar tidak berdolak dalik berhubung isu penyelewengan yang melibatkan Talam Corporation ekoran tindakannya yang menolak perbincangan penuh mengenai isu tersebut dalam persidangan DUN Selangor hari ini.
Biarpun Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mencadangkan agar MB Selangor mengambil peluang untuk menjelaskan isu tersebut dalam pesidangan DUN Selangor, namun ternyata Tan Sri Khalid kemudiannya menolak perbincangan penuh mengenai isu tersebut dengan alasan isu ini perlu diserahkan kepada pakar untuk diteliti terlebih dulu.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Maslynoor Abdul Latiff, Menteri Besar sebagai ketua eksekutif negeri perlu mengambil tanggungjawab penuh untuk menjawab isu berhubung penyelewengan dana Talam Corporation tanpa sebarang dolak dalih lagi.
"MB adalah individu yang bertanggungjawab untuk memperjelaskan perkara ini kepada rakyat di Selangor. Beliau tidak boleh mengambil sikap berdolak dalih dalam isu ini kerana ia melibatkan sejumlah wang rakyat yang begitu besar.
"Sikap beliau yang menolak sebarang perbincangan dan penjelasan mengenai isu Talam ini bagaikan memberi gambaran bahawa kerajaan Selangor di bawah pentadbiran PKR  bukanlah satu kerajaan yang telus dan terbuka sepertimana yang mereka hebohkan sebelum ini," ujar beliau di sini hari ini.
Tambahnya lagi, sikap berdolak dalik MB Selangor berhubung isu ini saling tak tumpah seperti sikap Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi sebarang isu penyelewengan atau salah laku yang berkait dengan kepimpinan peringkat tertinggi parti tersebut.
"Malah, Anwar sendiri sebagai penasihat ekonomi Selangor turut bertanggungjawab menjelaskan isu ini kerana jawatannya sebagai penasihat ekonomi . Sudah pasti beliau juga akan dimaklumkan sekiranya berlaku sebarang transaksi wang kerajaan apatah lagi dengan jumlah yang begitu besar," akhiri beliau.

Taipingmali (tm)

Posted: 12 Jul 2012 01:10 AM PDT

Taipingmali (tm)


Taksub Politik Nik Aziz:

Posted: 12 Jul 2012 12:00 AM PDT

Bekas suami mak cik seorang bekas pesara Tentera, juga orang kuat YB. Hj. Halim, ADUN Chetok Pasir Mas, anak didik Nik Aziz, terlalu taksubkan Hj. Halim dan PAS sehingga sangup meceraikan isterinya dan pernah mengatakan kepada Bekas Isterinya serta orang kampung, kalau tidak sokong PAS masuk neraka.

Bekas Isteri beliau adalah seorang guru Al-Quran yang menerima elaun sebanyak RM400 sebulan, dibayar oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Mak Cik ini seorang Ahli UMNO dan aktif dalam Chetok.

Pelik perangai orang yang taksub dengan Pas, bukan saja sanggup mengkafirkan orang Umno, mengharamkan pernikahan anak Pas dengan anak Umno, mengharamkan sembelihan orang Umno, mengharamkan imam orang Umno. Sudah banyak kes-kes perceraian berlaku kerana pasangan tidak menyokong Pas.

Kalau sokong Umno haram, bagaimana rezeki yang telah menjadi darah daging bekas tentera ini, bagaimana pula duit yang dimakan dari gaji isteri beliau?

Sudah lah Pas, usah lah jadi sesat, menyesal dan bertaubatlah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nama Pak Lah Sengaja diaibkan

Posted: 11 Jul 2012 11:19 PM PDT

Dalam poster atau banner yang dihebohkan oleh Mazlan Aliman kononnya Ku Li dan Pak Lah akan hadir dalam perhimpunan oren adalah fitnah jahat puak-puak yang meroyan dengan FGV.

TM baru mendapat pengesahan dari Kepala Batas. Pak Lah tetap menyokong dasar dan misi yang dibawa oleh Felda dan Najib.

Muktamat , Mazlan Aliman akan menangis tak berlagu kerana programnya tidak akan mendapat sambutan rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bantahan NGO Kedah terhadap himpunan Oren di DSungai Petani

Posted: 11 Jul 2012 10:28 AM PDT

Published on Jul 11, 2012 by TheAkufaiz
11/07/2012- Sebanyak 16 wakil NGO-NGO di Sungai Petani telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah kuala Muda membantah tindakan persatuan ANAK yang di bayangi parti PAS untuk mengadakan Himpunan Oren di Kuala Lumpur pada 14 Julai ini.

Tujuan Himpunan Oren yang hendak di laku Persatuan ANAK dan PAS mengadakan hanyalah mahu meemporak perandakan ke amanan Malaysia.

Lim Guan Eng Perlu Jalani Ujian Poligraf

Posted: 11 Jul 2012 10:06 AM PDT

Cadangan pemimpin MIC, Datuk Ramanan Ramakrishnan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjalani ujian pembohongan (poligraf) sewajarnya disambut baik memandangkan itu antara caranya untuk mengetahui kebenaran kes moral yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Tika ini orang ramai khususnya penyokong DAP dari kalangan kaum wanita agak tersentuh hati mereka dengan dakwaan skandal Lim Guan Eng dengan seorang wanita muda yang bernama Ng Phaik Kheng.

Sukar untuk mereka menerima hakikat kelakuan curang seorang suami pada isterinya apatah lagi bila wanita yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng adalah pekerjanya sendiri.

Justeru itu, cadangan penggunaan mesin poligraf untuk mengesan siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kemelut isu moral ini amat molek disegerakan.

Sebagai pemimpin muda DAP yang meningkat naik dalam dunia politik hasil pertolongan 'tongkat ajaib' yang dimiliki ayahnya yang juga Penasihat DAP, sepatutnya Lim Guan Eng memiliki keberanian untuk menyahut cabaran tersebut.

Jika selama ini aura amalan nepotisme dan dinasti Lim yang kerap menjadi pelindung kepada kerjaya politiknya, mengapa tidak untuk pertama kalinya beliau menggunakan inisiatif dan fikiran sendiri untuk secara sukarela menjalani ujian poligraf itu.

Bagi memastikan ujian poligraf ini mencapai matlamat dan mampu menutup mulut pengkritiknya, disarankan kepada Lim Guan Eng untuk membawa bersama isteri beliau, Betty Chew yang juga merupakan wakil rakyat DAP bagi DUN Kota Laksamana, Melaka.

Turut disarankan menyertai ujian itu nanti ialah Ng Phaik Kheng, wanita 'malang' yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.

Adalah lebih baik sekiranya ujian itu nanti dilaksanakan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam bagi membuktikan ketelusan dan memuaskan hati semua pihak.

Soal dari mana mahu dipinjam mesin tersebut tidak menjadi kerumitan kerana agensi-agensi penyiasatan tertentu pasti sahaja ada yang memilikinya.

Rasanya Lim Kit Siang sendiri pun tiada halangan untuk membenarkan anak jantan kesayangan bersama-sama menantu garangnya itu menjalani ujian mengesan penipuan tersebut.

Lim Kit Siang selaku pelopor politik dinasti dan pengamal nepotisme paling lama dalam sejarah tanahair tentunya tidak sanggup melihat anak lelaki dan menantu perempuannya dikenali sebagai pembohong, penipu dan pengecut.

Cukuplah gelaran tersebut hanya lekat di dahi Anwar Ibrahim hingga kini hanya dek kerana takutnya dia dengan ujian mesin poligraf. Dah namanya penipu dan pembohong tentulah takut dengan mesin mengesan pembohongan, tak begitu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penari 'hot' dari negeri berkebajikan

Posted: 11 Jul 2012 09:44 AM PDT

Ni apa cerita ni? Tak mau ajak Exco Agama masuk join sekali ka? Taulan Rasul takmau keluar fatwa ka? Gerakan ni ditaja Phahrolrazi utk sabotaj Azizan???


Nama manjanya Fyna Erna...kerja di HOUSE BAR OF PAS KEDAH..cuba bayangkan kalau anak dara Azizan Razak, Taulan, Amiruddin, Mahfuz Omar, Phahrolrazi atau Dr. Ismail Salleh kerja kat situ...depa sanggup tengok anak depa hanyut?


PAS Larut sudah sampai tahap riak dan bongkak

Posted: 11 Jul 2012 09:38 AM PDT


PAS sekadar sebuah parti politik yang kaya dan taksub dengan bendera semata2...
Dari zaman aku kecil sehinggalah ke zaman aku tua ni, aku lihat Pas benar2 taksub dengan bendera dan aku percaya bahawa Malaysian Book Of Record patut memberikan pengiktirafan kepada Pas sebagai satu2nya parti politik di Malaysia yang mempunyai bendera yang paling banyak..tidak cukup di tiang lampu yang dulunya LLN (kini TNB), tiang telekom, lampu isyarat, tiang papan tanda, kepala simpang, titi, jambatan, pokok, dinding gunung, bumbung rumah dan berbagai2 lagi lah..hatta kat atas tangki air taman perumahan pun jadi mangsa pasang bendera..tetapi barang harus diingat, bendera yang banyak bukanlah melambangkan kekuatan malah kadang2 aku kesian bila tengok bendera dah jadi mcm sesungut sotong bila ditiup angin..rakyat tak boleh cari makan kalau sekadar dengan bendera yang megah jer...orang nak tengok perkhidmatan dan bukannya bendera yang berkibar sahaja -Mukther Rizam

Pemuda MIC bantah perhimpunan Oren

Posted: 11 Jul 2012 09:19 AM PDT

Petang tadi Ketua Pemuda MIC Perak merangkap Ketua Pemuda MIC Bahagian Taiping Saudara M. Veeran telah membuat laporan polis di IPD Taiping membantah perhimpunan Oren yang akan diadakan hujung minggu ini oleh parti pembangkang.

Di fahamkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Abdullah Badawi akan turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bila lagi nak buat bantahan?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Govt help widow pay house rent

Posted: 11 Jul 2012 08:37 AM PDT

LUMUT: IT was a huge relief for a widow of five when she was handed a cheque by the state government to help pay her house rent for a year recently.

Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir presented a cheque for RM1,488 to Asiah Mat, 40, at her home in Kampung Teluk Muroh near here.

He was accompanied by Manjung Municipal Council president Zamri Man and Manjung district officer Zamari Mohd Ramli.
The initiative was part of the urban poverty eradication programme.

Asiah, who pays RM124 rent monthly, received a cheque for RM1,488 to cover this year's rent. She stays with her children, aged between 9 and 19.

Meanwhile, the Manjung Municipal Council had embarked on five programmes to eradicate poverty in areas under its jurisdiction between last August and May this year.

The programmes included the urban housing project aid, aid for entrepreneur and skill training programme, entrepreneur kiosk aid project, aid for urban trust fund and aid for house rental.

Altogether, a total of RM1 million was distributed to 107 hardcore poor families under the Manjung Municipal Council's administration.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Din 'Pon' kena halau dari Kelantan seperti Mat Sabu

Posted: 11 Jul 2012 08:25 AM PDT



Saifudin Nasution Di Halau Dari Kelantan

Disebalik lakonan riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang khususnya PAS & DAP mempertikaikan pendedahan maklumat berhubung pembahagian kerusi parlimen yang memberi kelebihan besar kepada DAP, rasanya tidak salah untuk kita berkongsi satu lagi fakta menarik berkaitan isu ini.

Seperti kita maklum, sudah menjadi kebiasaan seseorang pemimpin politik pembangkang dari luar Kelantan yang dianggap 'bernilai' atau setidak-tidaknya rapat dengan pimpinan PAS negeri akan diberi peluang membina kerjaya politik mereka di negeri tersebut.

Ada antara mereka merupakan pemimpin PAS dari Selangor, Kedah dan ada juga pemimpin dari parti lain yang merupakan teman sekedudukan dan sebantal, yang penting ialah rapat dengan perintis lebuhraya prepaid dan pandai mencuit hati tok gundu Pulau Melaka.

Bagaimanapun, memandangkan PAS Kelantan sekarang sedang berkecamuk dek kerana bunga-bunga kebangkitan rakyat Kelantan menolak kepimpinan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, mahu tidak mahu ahli politik dari luar terpaksa dihalau keluar bagi mengurangkan impak kebangkitan tersebut.

Dalam PRU 2008 misalnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Machang mewakili PKR dan menguasai kerusi tersebut mengalahkan calon BN, Sazmi Miah dengan majoriti 1,460 undi.

Mengikut maklumat yang diperolehi, Saifuddin terpaksa dihalau ke Kedah untuk 'disembelih' di Kulim Bandar Baharu manakala tempatnya di Machang bakal diisi oleh calon tempatan dari PKR yang bernama Mohd Hishamuddin.

Berkemungkinan 'tukang sembelih' yang akan berentap dengan Saifuddin nanti di Kulim Bandar Baharu ialah bekas peguam utama Anwar Ibrahim iaitu Zulkifli Noordin yang sekarang ini adalah ahli Parlimen bagi kawasan tersebut.

Eloklah begitu, khidmat Saifuddin selama sepenggal menjadi wakil rakyat di Machang habuk pun tarak. Siang malam asyik sibuk memanjang dengan teori dan propaganda hingga kerap lupa amanah yang rakyat Machang dambakan.

Dari satu segi, langkah PAS 'meminta' PKR memindahkan Saifuddin mungkin dilihat cara terbaik untuk mengendurkan kemarahan rakyat yang saban hari bangkit memprotes kelemahan urus tadbir kerajaan negeri, tapi ia tidak bermakna kebangkitan rakyat marhaen dapat dipadamkan begitu sahaja.

Yang pastinya dalam usaha mempertahankan sisa-sisa pemerintahannya di Kelantan, PAS terpaksa melakukan apa saja sementara masih berbaki sekelumit detik masa.

Semestinya, Salahuddin Ayub yang juga antara pemimpin politik paling awal diminta berambus ke negeri asal untuk 'dibunuh' kerjaya politiknya, tidak lagi keseorangan membawa rajuk hati kerana kini sudah pasti 'kuburnya' akan ditemani sama oleh Saifuddin Nasution.

Nasiblah badan, habis madu sepah dibuang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khalid Mohd Ismeth (Syiah) menulis

Posted: 11 Jul 2012 05:36 AM PDT


Syria, Syiah dan Aduka Taruna

apabila terserlah isu Syria-Amerika, rupanya ada berpuluh ribu muslim yang masih bangang memilih untuk bersama Amerika.


kononnya kezaliman dan keganasan Syiah adalah lebih dahsyat berbanding New World Order tajaan Amerika. ini lah realiti golongan lebai yang mengaku berada dibawah PAS sebuah parti islam terbesar di Malaysia.


dengan kedangkalan Pemuda PAS mutakhir ini yang melancarkan demo anti-Syria (tanpa sambutan umum), telah menyerlahkan lagi 'aib parti itu. ramai golongan haraki dan juga pengkaji-pengkaji muda yang berpemikiran liberal melihat tindakan pemuda PAS sebagai golongan yang tidak faham isu dan mencemarkan reputasi parti itu dalam kalangan muda-mudi yang "sempoi" dan "liberal" serta freethinker yang juga baru sahaja nak mengenali parti Islam itu lebih dekat. Namun, dek kedangkalan dan sikap pemuda yang cepat melatah, mereka sudah tidak mahu dan takut hilang arah. begitulah survey saya ke atas golongan freethinker yang rata-rata anarkis yang mahu berkenan mengetahui mengenai pemuda gerakan Islam di Malaysia. bermula di Dataran Merdeka beberapa bulan lalu apabila Ketua Pemuda PAS hadir ke dataran dan duduk di sebelah saya semasa diskusi awam pada satu malam dalam tempoh demo 14 hari perkampungan mahasiswa di atas dataran itu, muda-mudi yang anarkis, ethist dan freethinker ini mula bertanya kepada saya siapa dia yang berkopiah duduk di sebelah saya dan siapa dia yang di"escort" oleh unit amal nya itu. seraya saya menjelaskan, saya memang berhasrat mendekatkan golongan islamis ini kepada muda-mudi tersebut(kononnya nak berdakwah) tetapi ternyata isu Syria yang dipahami oleh kedua-dua golongan itu yang berbeza telah menjadi jurang perjauhan.




Isu syria adalah berbeza dengan apa yang diterangkan Riduan Mohd Nor dalam tulisannya yang hanya ekstrim melihat isu Syria dari satu sudut pandang atau dari satu sudut yang ber"assobiyyah". kalau saudara nak baca isu Syria, belajarlah dari golongan yang lebih percaya dan lebih terbuka pemikirannya kerana itulah golongan yang adil. baca sini mengenai isu Syria: (ISU SYRIA YANG SEBENAR-tulisan Amin Iskandar "Intelektual Awam Asia") dan juga ada kenyataan TIMBALAN PRESIDEN PAS dalam tulisan Amin itu.


"barangsiapa yang memperjuangkan "assobiyyah", maka matinya dalam "jahiliyyah" - hadis muslim.


Isu Syiah juga ada ditekankan dalam tulisan bro Amin tersebut. klik dan baca link dalam braket tu.


Syiah merupakan satu mazhab yang telah dideklarasikan oleh kesatuan ulamak sedunia sebagai mazhab yang sah. ya...memang ada suara segelintir ulamak yang menolak Syiah, namun, suara itu adalah minoriti daripada kumpulan ulamak tersebut kerana yang sudah dideklarasikan adalah Syiah sebagai muslim manakala yang sibuk nak hentam syiah tu kafir dan sesat masih tidak ada sebarang "deklarasi bertulis". deklarasi adalah kesepakatan para ulamak tertinggi ahlul sunnah. itu sudah cukup bagi orang-orang syiah menerima haknya.




tok guru nik aziz juga mengiktiraf hubungan dengan Syiah.



Habib Ali al-Jufri (Ulamak Sunni terkenal) juga mengiktiraf hubungan dengan Syiah

Aduka Taruna baru-baru ini telah dipukul oleh samseng UMNO kerana Aduka memperjuangkan Royalti Minyak. apa yang UMNO takut sangat dengan kebangkitan pemuda seperti Aduka? kerana UMNO takut anak-anak muda akan jadi liberal seperti Aduka sekaligus menolak puak-puak pro-perpaduan UMNO-PAS yang ada di kelantan dan serata malaysia. hati-hati orang pro-UMNO dalam Pakatan, anak muda sudah mula ramai menjadi "liberal" dan tidak berjuang hanya kerana parti, tetapi kerana integriti.


Aduka Taruna (blogger muda terkenal) dicederakan oleh penyokong UMNO semalam



akhir kalam,


solawat dan salam buat ulangtahun kelahiran Imam Ali Alaihissalam ...

Pelajar Madinah diserang ideologi dajal

Posted: 11 Jul 2012 05:15 AM PDT

BILA PELAJAR MADINAH DISERANG "IDEOLOGI" DAJJAL!!! 


Puak-puak Dajal

Asraf Muiz

Suspek Madinah


WAHAI MUIZ, MANUSIA YANG DIBERI PELUANG OLEH ALLAH UNTUK BELAJAR DI MADINAH, BANDARAYA RASULULLAH S.A.W, AKU MEMANG AMBIL PEDULI GERAKAN KAU DALAM JALAN TELAWI, IKD DAN SEANGKATAN DENGANNYA. HATTA KAU BERDEMO DEKAT MADINAH PUN AKU AMBIL KESAH.....TAPI AKU CUKUP PELIK LAGI GANJIL, MACAM MANA ORANG YANG DIBERIKAN PELUANG OLEH ALLAH BELAJAR DI UNIVERSITI ISLAM MADINAH BOLEH BERSEKONGKOL DENGAN SI KHALID ISMATH DARI UiTM YANG DAH TERANG-TERANG MENGAKU SYIAH???? APA MASYAIKH KAT SANA TAK BAGI TAHU KAU KAH APA AQIDAH SYIAH NI??? ATAU KEPALA KAU MEMANG JENIS TAK AMBIL PUSING??? KOT YER PUN KAU KEPALA LIBERAL, TAKKAN SAMPAI KAU SANGGUP BIARKAN PENJILAT RABAI YANG MENGKAFIRKAN SAHABAT NABI INI MENJADI TEMAN 'SEPERJUANGAN' KAU??? BUKA MATA LAH OIIII.....SI KHALID ISMATH NI DAH TERANG-TERANG SYIAH!!!!

Sandiwara Syiah


PENGLIBATAN SI MUIZ DENGAN KAMI YANG DIKETUAI OLEH SYIAH KHALID ISMATH : http://pengikutsetia.blogspot.com/2012/07/kami-persatuan-mahasiswa-yang-menghasut.html
Sumber: Pena Minang

Pakatan Haram (Pas, pkr dan Dap) Panggil Peneroka Perompak

Posted: 11 Jul 2012 03:59 AM PDT

Amat mengejutkan apabila laman web Suara PR telah dengan biadapnya menggelar para peneroka Felda sebagai perompak, dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Peneroka Perompak Duit Rakyat' yang disiarkan semalam.

Alasan laman tersebut ialah kerana pembahagian wang RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka pada Mei lepas adalah dibuat sebelum Felda Global Ventures (FGV) disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Justeru, menurut penulis tersebut, "wang berjumlah RM 1.69 billion yang diperuntukkan untuk membiayai 'durian runtuh' itu semestinya datang dari wang kerajaan (sebut wang rakyat) kerana Felda sendiri tidak ada wang kerana agensi itu sendiri bakal diisytiharkan bankrap."

Tambahnya lagi, "disebabkan itu, mungkin ada program kerajaan untuk kebajikan rakyat yang lebih besar terpaksa ditangguhkan dulu untuk menyelesaikan janji 'durian runtuh kepada peneroka Felda dan keluarga masing-masing yang berjumlah sekitar 300,000 orang ini."

Apa nak dikata, nampaknya, hadap sekali penulis tersebut dengan program kebajikan rakyat oleh kerajaan. Takut benar dia tidak dapat menikmati program kebajikan dari kerajaan kerana kebanyakan wang telah diberikan kepada warga Felda.

Namun, dalam artikel yang sama, penulis tersebut juga menghentam program-program kebajikan rakyat ini sebagai haram dan rasuah.

Entah manusia jenis apa yang langsung tidak ada maruah terhegeh-hegeh mengharap wang yang dituduhnya sendiri sebagai 'rasuah' dan haram.

Dan bagaimana pula wang 'durian runtuh' itu dikatakannya wang rakyat sedangkan wang tersebut adalah hasil dari jerit perih peneroka serta kecekapan pengurusan Felda sendiri? Wang RM15,000 yang dibayar kepada setiap peneroka atau jumlah keseluruhan, RM1.69 billion, adalah hasil dari pelupusan kepentingan Felda Badan Berkanun (Felda BB) kepada FGVHB yang berjumlah RM5.65 billion sebagai proses penyenaraian.

Justeru, tidak timbul wang tersebut sebagai wang rakyat atau wang kerajaan, tetapi bolehlah dianggap sebagai bonus terkumpul yang dijana sendiri oleh Felda dan warganya sebagai sebuah pasukan besar.


Pembangkang boleh memutar-belit apa saja tetapi yang pastinya, peneroka tidak mungkin akan dapat menikmati wang tersebut jika pengurusan Felda tidak cekap. Malah peneroka tidak mungkin dapat menikmati pendapatan bulanan yang lumayan yang mereka nikmati hari ini, jika pengurusan Felda tidak berkredibiliti atau berintegriti.

Lebih dari itu, peneroka kemungkinan besar masih belum keluar dari kemiskinan dan memiliki rumah dan tanah sendiri sekiranya kerajaan tidak mengilhamkan Felda sejak awal dahulu, bagi membantu mereka.

Hakikatnya, Felda adalah bukti keikhlasan, keprihatinan dan kecekapan kerajaan Barisan Nasional.

Dan kini, selain pendapatan tetap yang dinikmati melalui Felda, peneroka juga berpeluang mendapat keuntungan dengan pemilikan saham. Malah, melalui penyenaraian ini juga akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas sekali gus memberikan pulangan bukan sahaja dari segi wang, tetapi juga dari segi kemudahan dan peluang pekerjaan kepada generasi Felda yang akan datang.

Dengan itu, laman Suara PR tentunya dengki sehingga sanggup menggelarkan peneroka sebagai perompak akibat telah tersasul dan terlanjur mengharamkan 'durian runtuh' dan kini meleleh air liur melihat warga Felda menikmatinya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Soi Lek serik debat dengan bebal Guan Eng

Posted: 11 Jul 2012 01:31 AM PDT

Memang benar kata Chua Soi Lek, puak-puak haram jadah macam LGE bukannya berdebat.

Sama lah puak-puak Pas seperti dalam wacana antara Ust Fathul Baru, Prof Dr Ridzuan Tee di Kota Bharu bulan lepas.

Cuma yang bagusnya debat Soi Lek dan Guan babun tu, penonton tidak boleh bertanya soalan, soalan ditulis dan dimasukkan ke dalam kotak. Itu dilihat cukup bagus.

Guan Babun bukan nak berdebat tetapi masuk bakul angkat sendiri.

Paling tak suka bila dia kata Malaysia tak ada masa depan, sebab itu 2 juta orang Cina berhijrah untuk bekerja di negara lain. Kalau Malaysia tak ada masa depan kenapa babun -babun Dap nak rampas Putrajaya?

Tahniah kepada Soi Lek kerana berani menyedarkan masyarakat cina dari ditipu oleh parti chauvinist cina laknat yang tak tahu untung.

Sedarlah sikit apa jasa Dap dan komunis dalam usaha mencapai kemerdekaan negara?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

oyabun

Posted: 11 Jul 2012 11:42 PM PDT

oyabun


1000 Ekar Tanah PKNS Di Taman Sains Selangor 2 Pula Dirampas Oleh Rejim Khalid Gagap?

Posted: 11 Jul 2012 07:23 AM PDT



Isu tanah telah melingkari Rejim Khalid Gagap sejak mula mereka mengambil tampuk kuasa. Kenaikan cukai tanah yang menggila di kawasan terpilih seperti di Tanjung Karang cukup untuk membuktikan ada percaturan tertentu, sedangkan kawasan Sekinchan pula mendapat faedah "kebajikan" ala DAP dengan cukai yang cukup rendah.

Strategi ini dinoktahkan dengan peringatan "Tanah Anda Akan Dirampas Sekiranya Gagal Membayar Cukai Selama 5 Tahun".

Berita yang terbaru diterima oleh penulis ialah kerajaan negeri dikhabarkan dalam percubaan untuk "merampas" sebidang tanah berkeluasan kira-kira 1000 ekar di Selangor Science Park 2 di Sepang, yang terletak berhampiran Cyberjaya dan Putrajaya.

Alasan yang dimaklumkan kepada penulis ialah kerajaan negeri telah mengenakan "Additional Premium" ke atas PKNS, sungguhpun pembayaran "First Premium" telah diselesaikan. Butiran selanjutnya akan diberikan kelak, sebaik sahaja menerima maklumat penuh.

Apa yang menghairankan penulis ialah bagaimana sebuah kerajaan negeri, bertindak untuk mengambil tanah milik anak syarikat negeri, atau GLC nya sendiri? Apa motif disebalik perkara ini?

Sungguhpun masih gagal menyelesaikan "Additional Premium", bukankah PKNS dibawah kuasa kerajaan negeri? Lupakan soal tolak ansur, kerana cara mentadbir korporat yang kejam dan keparat telah menyebabkan pelbagai kejadian urustadbir "luar biasa" yang berlaku, menyebabkan penjualan aset-aset penting negeri.

Penulis melihat perkara ini sebagai satu lagi strategi untuk menghalalkan tanah berkenaan dipindahmilik, samada dalam bentuk penjualan, atau usahasama. Ia sekadar satu prosedur, dengan "rampasan" menjadi motif utamanya.

Apakah "Additional Premium" sengaja dikenakan bagi membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa PKNS gagal membayarnya, maka tanah tersebut boleh dirampas?

PKNS, seperti yang dimaklumkan, memohon penangguhan pembayaran "Additional Premium" berkenaan, mungkin disebabkan masalah kewangan. Tentu sahaja PKNS nanti, apabila PKNS tidak mampu membayar, maka tidak lagi memiliki tanah berkenaan. Dan selepas ini, dan siapa pula akan mendapat faedah pindahmilik seterusnya?

Apakah strategi tersirat, sehingga membawa kepada kekejaman ini, sekiranya benar? Apakah pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku ke atas PKNS menyebabkan harta rakyat ini perlu dikeluarkan dari audit PKNS, atau pengetahuan umum?

Apa yang lebih membimbangkan, sebanyak RM300 juta telah dibelanjakan oleh PKNS untuk membangunkan kawasan berkenaan, yang dijangka menjadi kawasan tempat tinggal mewah.

Sekadar ingin membawa pembaca ke satu lagi persoalan, apakah tanah yang dimiliki oleh anak syarikat negeri, ingin pula dirampas oleh kerajaan negeri, hanya kerana tanah tersebut memberi faedah kepada bumiputera?

Untung benarlah kroni-kroni mereka, kerana bakal memiliki sebidang tanah yang telah dimajukan dengan kos sebesar itu. "Cuci kaki".

Berdoalah agar "rampasan" tanah ini tidak berlaku.

Sumber : Selangor Daily

Wasabi Oyabun..

AZLI SHUKRI

Posted: 11 Jul 2012 11:41 PM PDT

AZLI SHUKRI


Zunar Dibidas!

Posted: 11 Jul 2012 11:10 PM PDT


SHAH ALAM 10 Julai - Tokoh-tokoh kartunis veteran negara menasihatkan para seniman dan kartunis tidak mencampuradukkan perjuangan politik dalam karya kerana dibimbangi memberi mesej negatif kepada pembaca. Jaafar Taib yang juga salah seorang pelopor majalah Gila-Gila berkata, kartun sepatutnya dijadikan wadah ilmu bukannya digunakan untuk mengutuk pemimpin. "Kartunis sepatutnya berkarya untuk menyampaikan perkara-perkara yang positif. 

Bila ia digunakan kepada perkara negatif seperti menghina kerajaan dan pemimpin, ia ditakuti akan mengelirukan pemikiran pembaca terutamanya kanak-kanak," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama penerima Anugerah Khas Penggiat Kartun dan Penganjur Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di sini malam tadi. Majlis anjuran Konsortium Cartoonist At Work dan Kelab Putera 1Malaysia itu memberikan anugerah kepada 10 tokoh kartunis antaranya Datuk Dr. Mohd. Nor Khalid (Datuk Lat); Hassan Abd. Muthalib; Zainal Buang Hussin; Kamn Ismail; Prof. Dr. Muliyadi Mahamood; Tan Sri Lim Kok Wing; Reggie Lee; Margaret Chelatora dan Abdul Jamil Ahmad. 

Jaafar mengulas kelantangan kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam penghasilan karya yang mengutuk kerajaan serta tindakannya menolak anugerah yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Kuala Lumpur, 24 Jun lalu. Sementara itu, pencetus revolusi kartun, Mior Sariman Mior Hassan atau lebih popular dengan nama Mishar berkata, golongan kartunis tidak sewajarnya mencemarkan industri tersebut dengan penghasilan karya yang menyinggung orang lain meskipun mereka bebas memilih parti politik masing-masing. "Saya faham perjuangan politik Zunar, namun menggunakan kartun sebagai platform menyinggung hati orang lain terutamanya pemimpin adalah tidak elok. "Lebih baik hasilkan karya yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan negara," katanya. - UTUSAN

The Unspinners

Posted: 11 Jul 2012 11:38 PM PDT

Belantan

Posted: 11 Jul 2012 11:37 PM PDT

Belantan


Isu Papan Iklan - Noh Omar Selar Faekah!

Posted: 11 Jul 2012 07:34 PM PDT



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menyelar tindakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang mendakwa Noh menyalahgunakan kuasa dengan memasang papan iklan haram di kawasan Tanjung Karang dan Kuala Selangor.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, semua papan tanda berkenaan dipasang oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

"Semua itu adalah agensi Kerajaan Persekutuan, jadi memanglah papan iklan yang dinaikkan itu mempamerkan wajah saya sebagai menteri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia bukan untuk kepentingan politik tetapi bagi memaklumkan kawasan Tanjong Karang sebagai pusat pertanian utama di negeri ini," katanya.

Noh berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Cek Bantuan Modal Sekolah-sekolah Mubaligh Negeri Selangor di Jabatan Pelajaran Selangor di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Faekah yang mendakwa tujuh papan iklan besar yang memaparkan gambar Perdana Menteri dan Noh di Tanjung Karang dan Kuala Selangor dikesan dipasang tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Faekah mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menjawab kritikan Noh sebelum ini yang mendakwa kerajaan negeri hanya pandai menaikkan papan iklan tetapi usaha pembangunan golongan nelayan sebenarnya dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Noh mengulangi kritikannya terhadap kerajaan negeri yang hanya mampu menaikkan papan tanda Selamat Datang ke Pekan Ikan Segar di beberapa kawasan di Kuala Selangor dan Tanjung Karang sedangkan projek pembangunan bagi golongan nelayan dan produk ikan segar diusahakan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan.

"Apa sumbangan kerajaan negeri. Segala peruntukan membina jeti dan kompleks, kos pembelian bot dan bayaran elaun nelayan semuanya dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.

Sementara itu, Noh yang juga Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor menyampaikan bantuan modal bernilai RM1.3 juta sumbangan Kementerian Pelajaran kepada 20 buah sekolah-sekolah mubaligh di negeri ini.

"Setiap sekolah menerima bantuan wang tunai sebanyak RM50,000 yang akan digunakan bagi tujuan penyelenggaraan.

"Ini menunjukkan dasar transformasi Kerajaan Persekutuan tidak mengamalkan diskriminasi kerana tetap membantu sekolah-sekolah bukan milik kerajaan yang memerlukan bantuan," katanya.-UMO

Suara Politik
Taminsari

DAP Arah MB Khalid Minta Maaf...!!! Didakwa 'Pilih Bulu' Dalam Isu Surat Sokongan?

Posted: 11 Jul 2012 06:12 AM PDT



Tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa mengamalkan polisi pilih bulu dalam isu yang melibatkan surat sokongan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin baru-baru ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati beberapa ahli DAP.

Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Klang, Teh Teong Guan berkata, mengapa kes yang sama sebelum ini diambil tindakan tetapi kes membabitkan Faekah hanya didiamkan sahaja.

Beliau merujuk kes bekas Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tee Boon Hock yang dipecat secara rasmi pada 18 November 2009 kerana isu surat sokongan terhadap syarikat anaknya yang dikeluarkan pada 12 Ogos 2008.

"Boon Hock mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat anaknya bagi mendapatkan kontrak daripada MPK tetapi dia dipecat atas alasan melanggar kod etika undang-undang.

"Tetapi mengapa dalam isu Faekah yang lebih kurang sama dengan Boon Hock, beliau tidak diambil sebarang tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Faekah mengaku menghantar surat sokongan agar sebuah firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya 'dipertimbangkan' menjadi panel peguam di Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB), yang merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Teong Guan bersama 18 ahli DAP Klang menuntut Abdul Khalid bertindak adil dan mengambil tindakan sama terhadap Faekah seperti yang dikenakan terhadap bekas anggota parti mereka.

Kata beliau, pihaknya telah menghantar surat kepada pejabat Menteri Besar pada Jumaat lalu bagi mendesak Abdul Khalid memberikan penjelasan terperinci mengenai kedua-dua isu tersebut.

Sementara itu, Boon Hock berkata, beliau dipecat kerana gagal mengisytiharkan anaknya adalah salah seorang pengarah di dalam syarikat tersebut dalam surat berkenaan.

"Faekah juga tidak mengisytiharkan nama anak saudaranya di dalam surat sokongan untuk sebuah firma yang berkaitan dengan anak saudaranya itu.

"Jadi mengapa pilih bulu? Jika Faekah masih kekal dan saya dipecat, mana keadilannya," katanya.

Sehubungan itu, Boon Hock mendesak Abdul Khalid membuat kenyataan terbuka berhubung kesilapannya tersebut bagi mengembalikan kredibiliti dan reputasi beliau yang tercemar.

Pada Ogos 2010, Boon Hock dipecat sebagai Ahli MPK dan ahli DAP selepas didapati mengeluarkan surat sokongan menggunakan kepala surat pejabat Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu bagi mendapatkan kontrak daripada MPK untuk syarikat anaknya.

Suara Politik
Taminsari

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 11 Jul 2012 11:36 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Pelik tapi benar! Ularmak PAS lebih takutkan apek DAP daripada ALLAH SWT!

Posted: 11 Jul 2012 10:35 PM PDT


Nampaknya UMNO semakin bersungguh-sungguh untuk melaksanakan HUDUD Allah SWT tanpa pertolongan Pas. Tapi rasa kelakar pun ada juga. Macamana sebuah parti sekular dan tolak hukum Allah SWT boleh beria-ia mahu menegakkan Hudud ini?!!

Bukankah sebab sebenar Nik Aziz melabelkan UMNO itu sekular dan menolak Islam dan sekular itu kerana isu Hudud?!! Bukankah peristiwa Memali yang berpunca daripada Amanat Haji Hadi itu juga berkisarkan Hudud?!!

Jadi kalau Umno mahu Hudud, Pas sekarang bagaimana?!!



Hendak Hudud apanya kalau DAP hanya perlu hantar Ketua Kongsi Gelap mereka untuk lanyak PAS!!! Satu kenyataan sahaja sudah cukup untuk buat seluruh kepimpinan ularmak PAS terdiam membisu seribu bahasa!


*UMNO sudah terbukti terima Hudud. DAP kuffar pula setegar-tegarnya tolak Hudud dan ketuanan Islam di negara ini. Jadi mengapa PAS masih mahu bersama mereka?!!

Gempar! Benarkah @Abby_Abadi112 punca Cik Yah diceraikan?!!

Posted: 11 Jul 2012 08:19 PM PDT


Satu berita yang tidak mengejutkan kita semua. Memang Pas selamanya terkenal sebagai parti yang cenderung kepada perpecahan. Kalau perpaduan ummah pun boleh ditolak mentah-mentah oleh golongan khawarij ini, apalah sangat soal rumahtangga?!! Pada mereka golongan wanita ini tidak lebih sekadar objek seks dan pemuas nafsu serakah sahaja.

Tidak timbul langsung soal hak dan pembelaan yang sepatutnya bagi golongan hawa ini. Tidak percaya, baca sahajalah komen-komen FB di bawah artikel di atas di Sinar Harian Online.

Segala hujah bahawa si isteri WAJIB taat kepada sang suami pula hanyalah alasan untuk menghalalkan tindakan si suami tanpa mengambil kira sama ada si isteri teraniaya atau tidak. Pada penyokong hamPAS ini, apa sahaja hadis atau dalil akan digunakan untuk mempertahankan perkara yang menyebelahi mereka. Soal salah atau tidak, bukan satu pertimbangan lagi.

Inilah yang Rasulullah SAW pernah perangi satu ketika dahulu. Sifat Assobiyah yang membawa kepada perpecahan dan melemahkan ummah.

Namun pada kami, si suami sebenarnya hanyalah menjadikan alasan hadir ceramah Datuk Dr. Hasan Ali itu sebagai mengkaburi niat tersembunyi beliau. Yalah, bukankah kini ada seorang artis janda yang sedang mencari-cari calon "ustaz" sebagai suaminya?!! Manalah tahu, untung sabut timbul...

"Saya sekarang ini selalu berdamping dengan ustaz-ustaz, jadi saya mengharapkan jodoh saya dengan ustaz jugak...Allahu Akbar...! Taklah...,main-main, iklan-iklan...!"

"Sapa ustaz kat sini....? Ramai...." ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

Beliau menyatakan demikian pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor. - http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/06/abby-abadi-dah-offer-nak-cari-calon.html

RAHSIA KENAPA ANWAR MAHU BERSARA & ZURAIDAH BIG

Posted: 11 Jul 2012 06:24 PM PDT

WHAT CHOICE FOR ANWAR...RESIGN LAH KATA LELAKI THAI ITU

Mymassa telah menemui beberapa orang kuat PKR semalam, bukan Pengerusi PKR Sabah. Dipendek cerita, maka mereka mengeluarkan sendiri sebab-sebab kenapa Anwar mahu bersara. Mymassa ringkaskan untuk anda faham sebab mereka speaking Thailand, sukar sikit nak tangkap.

1. Anwar tidak dapat bertahan lagi kerana skandal demi skandal yang dilakukannya telah bocor di khalayak khususnya kepada China Doll, isteri Azmin Ali, dengan jantan dan sebagainya.

2. Video seks yang paling menakutkan Anwar yang ada dengan Nallakarupan yang kini sudah berada di tangan Dato Peguam Nallakarupan.

3. Anwar tidak dapat bayangkan jika video-video itu jatuh ke tangan Wan Azizah, Nurul Izzah dan suaminya, Nurul Huna, anak-anak Anwar, cucu Anwar.

4. Dalam perbualan itu, lelaki Thailand rasanya, kata What choice for Anwar, resign lah...

5. Selain isu seks, isu 20 akaun Anwar yang akan masuk mahkamah akan terdedah, tentu rakyat Malaysia terkejut melihat jumlah wang itu. Selain itu juga kes wang RM3 Billion.

6. Dan yang paling menghibakan Anwar berlaku minggu lalu, semasa Konvensyen PKR Pulau Pinang, walaupun hadir Rafizi Kocot, Zuraidah Big, Mansor Othman dan pemimpin-pemimpin Tertinggi PKR...namun kehadiran orang Melayu hanya 200 orang sahaja. Ini touching heart yang menghibakan Anwar.

Bersambung...


Selepas Azmin, Pembangkang Berjaya Hasilkan Seorang Lagi Anak Derhaka.

Posted: 11 Jul 2012 06:00 PM PDT


'Anak saya rosak kerana pengaruh pembangkang'

REMBAU 9 Julai - ''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."

Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.

''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.

''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.

Sehubungan itu, Kamarudin yang merupakan pendidik dan isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat Johor di atas kebiadapan anaknya itu.

Katanya lagi, Ahmad Shukri mula berubah selepas memasuki sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi pemimpin pelajar di situ.

''Masa itulah anak saya sudah belajar melakukan demonstrasi, kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut rakan-rakannya dan selalu hadir dalam seminar yang dianjurkan pembangkang," ujarnya.

Kamarudin yang kini menerima rawatan kemurungan, manakala isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai mendoakan Ahmad Shukri berubah.

''Anak saya tidak sedar selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami sekeluarga termasuklah saya dan isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang sebaliknya akan membalas budi baik kerajaan BN.

''Saya tidak pernah mengajar anak murid, mahupun anak sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan, rakyat, bapa mahupun emak," tegasnya.

Katanya lagi, difahamkan Ahmad Shukri kini berkhidmat dengan parti pembangkang di Selangor dan dijadikan 'kambing hitam' untuk melakukan kerja yang tidak bermanfaat itu.

''Hancur harapan saya dan isteri kerana pembangkang. Anak saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar," ujar Kamarudin.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm


*Kepada Ahmad Shukri dan rakan-rakan yang terlalu taksub Anwar Ibrahim, mungkin anda boleh derhaka dengan orang lain. Tetapi jangan jadi macam Azmin Ali sampai mak sendiri pun dia sanggup derhaka. Duit PTPTN pun mak bapak yang bayar, bukan Anwar Ibrahim atau Azmin yang bayar.

Posted: 11 Jul 2012 04:00 PM PDT

MUTIARA KATA

Wanita yang cantik lagi bertakwa, rumah yang besar, rezeki yang cukup dan melimpah ruah serta tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.

Yusmadi Perlu Tanya Guan Eng Kenapa Penang Makin Tak Selamat.

Posted: 11 Jul 2012 07:00 AM PDT

MyMassa ucapkan takziah kepada YB Yusmadi kerana musibah yang menimpa keluarganya.
Ibu kepada anggota Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff cedera akibat dipukul sebelum dirompak barangan kemas dan wang tunai berjumlah lebih RM30,000 awal pagi ini.
  
Mangsa, Fatimah Ahmad, 73, berkata pada kejadian pukul 4 pagi itu, seorang lelaki bertopeng telah memecah masuk ke dalam rumahnya di Jalan Baru di Balik Pulau ketika beliau sedang nyenyak tidur.
  
Katanya, beliau yang tinggal berseorangan dalam rumah itu dikejutkan oleh suspek dan memintanya menyerahkan barang berharga sambil mengacukan sebilah pisau lipat.
  
"Dari loghat percakapannya (perompak), dia orang sini (Pulau Pinang)... dia ugut hendak bunuh, tengok sahaja kilatan pisaunya, saya terus serahkan rantai emas, gelang tangan dan dua bentuk cincin yang dipakai berharga kira-kira RM30,000," katanya kepada pemberita.
  
Beliau berkata, tidak berpuas hati dengan barangan kemas itu, perompak terbabit juga memukulnya sehingga mata kirinya lebam dan bengkak sebelum lelaki itu melarikan beg tangan berisi wang RM4,000.
  
Fatimah kemudiannya menghubungi anaknya yang tinggal berhampiran untuk dibawa ke Hospital Balik Pulau sebelum membuat laporan polis.

Beliau bagaimanapun diberi rawatan pesakit luar dan keadaannya dilaporkan stabil.
  
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin ketika dihubungi berkata polis menerima laporan pada pukul 6.40 pagi dan sedang mengesan perompak terbabit.
  
"Polis percaya perompak itu bertindak bersendirian dan telah lama memerhatikan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Katanya hujan lebat memudahkan perompak itu memecah masuk rumah mangsa melalui tingkap hadapan tanpa disedari jiran.

Hatta berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat, jika sabit kesalahan - Bernama.

Cuma bila kejadian jenayah di Pulau Pinang makin meningkat, MyMassa teringat kata-kata bongkak Guan Eng yang menghina Johor dan mendakwa negerinya paling selamat.


Jika Pulau Pinang adalah lebih selamat, kenapa rumah YB Yusmadi dirompak?

Jika Pulau Pinang adalah selamat, kenapa seorang wanita diragut dan dicederakan di khalayak ramai tanpa mendapat bantuan dari rakyat Penang sendiri. Adakah orang Penang dah jadi kiasu?

Korang mesti ingat kesah Yue Yue, seorang budak perempuan di China yang di langgar dan dibiarkan kesakitan bilama mana orang-orang biarkan je die terlantar di tengah jalan kan? Yes, now happened in Malaysia, di Pulau Pinang.
Kejadian ini berlku pada 10 July 2012 (seperti gambar di bawah), seorang wanita di ragut di Pulau Pinang. Wanita itu kemudiannya di drag to tengah jalan dalam keadaan kesakitan. Malangnya, 5 orang yang lalu lalang di situ, membairkan sahaja. Setelah lama, ada la seorang hamba Allah datang menolong dan ambulance datang 1 jam kemudian. telah di beritakan 8 jam kemudian, dia mati di hospital.

Caption dari rakaman CCTV
  1. Wanita berbangsa cina di ragut.
  2. wanita itu terjatuh dan mengerang kesakitan di tengah jalan
  3. 2 orang lalu lalang hanya mampu melihat dan membiarkan sahaja wanita itu berkemungkinan meminta tolong
  4. seorang wanita lalu di situ dan membiarkan sahaja
  5. akhirnya dia di tolong dan bantu.
Baca seterusnya di sini: http://www.tokobakso.com/current-issue/kes-perempuan-dirompak-mati-dibiarkan-di-tengah-jalan-pulau-pinang.html#.T_z0rqpOar8.facebook

Kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, anda bangga sehingga menjaja ke luar negara bila kadar jenayah di negeri anda turun. Tiada satu pun ucapan terima kasih kepada PDRM. Maka bila kadar jenayah di Pulau Pinang meningkat, adakah anda akan bertanggung jawab atau menyalahkan orang lain?


*Kita tunggu jawapan dari mulut biawak ni.

Bukti Mat Sabu Mula Menunjukkan Kaitan 'Imam Mahdi' Dan PAS

Posted: 11 Jul 2012 05:00 AM PDT

Kenyataan terbaru PAS melalui Timbalan Presiden, Mat Sabu.

Berita dari Malaysian Insider

MyMassa tak pelik bila Mat Sabu bersuara mempertahankan suspek yang mengamok di Putrajaya dan cuba menyalahkan pihak Kerajaan. Ianya kerana kenyataan Mat Sabu pada malam sebelum BERSIH 3.0 yang menyentuh kaitan pertumpahan darah dan Kerajaan.



Walaupun BERSIH dan AMOK di Putrajaya adalah keadaan yang berbeza dari segi masa, namun kesan terhadap peristiwa tersebut adalah sama iaitu ada harta benda awam yang rosak.

Kesan BERSIH 3.0

Kesan amok di Putrajaya

Kepada rakyat yang menjadi pemerhati, adakah anda sebagai rakyat mahu Kerajaan menjaga keselamatan rakyat yang majoriti atau minoriti rakyat yang 'gila' sehingga mengamok sama ada di Putrajaya atau semasa BERSIH 3.0.

Pembangkang selalu menjadi jaguh kepada penjenayah. Jika sebelum ini pencuri kereta seperti Kugan mereka angkat sebgai hero dan Kerajaan Selangor memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 atas kematian mendiang. Tetapi apabila kadar jenayah meningkat, PDRM juga yang disalahkan oleh pihak pembangkang. Sedangkan, peguam-peguam dari parti pembangkang (termasuk pemimpin mereka seperti Karpal Singh) yang membela penjenayah ini sehingga ramai di antara mereka terlepas hukuman.

Sebagai seorang yang normal, sepatutnya Mat Sabu dan PAS mengucapkan terima kasih kepada polis kerana pantas mengambil tindakan sebelum arwah mencedera atau membunuh orang awam. Tapi nak buat macam mana, yang jadi pembangkang semuanya tak normal. Walaupun merekalah pembela penjenayah di Malaysia, tetapi mereka juga akan menyalahkan Kerajaan jika kadar jenayah meningkat.

Mymassa ambil contoh YB Yusmadi yang menyalahkan polis kerana menyuraikan perusuh BERSIH yang langgar arahan mahkamah supaya tak masuk kawasan Dataran Merdeka.

Tetapi bila ibu Yusmadi dirompak, polis juga yang Yusmadi cari. Aneh bukan?


* 1PAKATAN. PENJENAYAH DIDAHULUKAN, KESELAMATAN RAKYAT DIKETEPIKAN.

BN Dalam Bahaya! Gambar Nik Aziz Bertukar Menjadi Polis Angkasa Gaban

Posted: 11 Jul 2012 03:00 AM PDT

Semasa bertukar .....
Gambar dari blog Kelateloni
Selepas ...

Gila ganas Nik Aziz jadi GABAN. Macam gaban yang boleh bertukar dengan pantas, Nik Aziz pun ada kemahiran yang sama iaitu....


...Tidur dengan pantas dalam program yang dihadiri.

Kepada rakan-rakan yang sempat kenal siapa itu Polis Angkasa Gaban, jom layan video retro ini.



*Gaban-gabankan.

PANAS! Awek Hot Ni Ada Kaitan Dengan RM3 Billion Anwar Ibrahim

Posted: 11 Jul 2012 12:30 AM PDT

Siapakah gerangan awek hot ni?



Apa kaitannya dengan RM3 billion milik Anwar Ibrahim yang disimpan di luar negara?

*Sasha oh sasha....

Panglima Perang Cyber

Posted: 11 Jul 2012 11:11 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Bukti Khalil Afandi 'Imam Mahdi' Pro Pembangkang - Tulis 'Umno Bodoh Betul' di Malaysiakini

Posted: 11 Jul 2012 03:00 PM PDT


Klik imej untuk lebih jelas tulisannya...


Blogger Pembangkang Gigitan Kerengga turut menulis tentang komen Jayanegara di Malaysiakini tentang Ambiga
http://gigitankerengga.blogspot.com/2012/07/amuk-imam-mahadi-peminat-awie.html

Namun seperti biasa, tulisan beliau meminati Awie diperbesar-besarkan dan kutukan ' UMNO BODOH BETUL ' didiamkan.

Tulis beliau : 

Khalil Affandi mula menulis di Facebooknya pada 23 Mei 2012, berkaitan berita daripada portal Malaysiakini mengenai tapak niaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga.


Entri terakhir yang ditulis di Facebooknya ialah pada 5 Julai lalu mengenai artikel yang juga ditulis portal berita Malaysiakini berkaitan Uncle Seekers ditahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).


Walhal :



Nampak sangat usaha menutup point menunjukkan penyerang Khalil Afandi mengaku Imam Mahdi ini dibuat oleh pembangkang dengan rapi agar mereka dpat mengelak dari kerugian undi PRU akan datang.

Semoga hasil carian ini dapat disebarkan demi KEBENARAN menentang kepalsuan dan kebatilan pembangkang.




Ulama, umara perlu elak politik kepartian — Hasliza Hassan

Posted: 11 Jul 2012 08:12 AM PDT



FEB 9 — Ulama dan umara mempunyai hubungan istimewa. Mereka menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara. Kuasa ulama dan umara disebutkan secara khusus dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat seluruhnya akan menjadi baik dan jika kedua-duanya rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak, mereka itu ialah ulama dan umara." (Riwayat Ibn Abdul Barr).

Oleh itu, harapan tinggi diletakkan kepada dua kelompok itu untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam semua aspek pemerintahan serta isu membabitkan kepentingan umat Islam yang sentiasa berhadapan cabaran.

Timbalan Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac), Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata ulama salih akan sentiasa berusaha memberi nasihat kepada sesiapa saja termasuk pemerintah.


Katanya, nasihat ulama bukan saja memberi faedah kepada pemerintah dan rakyat di bawah pemerintahannya sehingga ulama salaf berpendapat memberi nasihat kepada pemerintah adalah lebih baik daripada menderhaka terhadap mereka.

"Apabila Imam Malik ditanya hukum memusuhi orang yang memberontak terhadap kerajaan, beliau berkata, harus jika kerajaan itu sama seperti Umar Ibn Abdul Aziz. Apabila ditanya jika pemerintah tidak seperti Umar, jawab Imam Malik, biarkan Allah bertindak terhadap kedua-dua golongan itu.

"Ulama lain juga berpandangan apa yang perlu dilakukan terhadap pemerintah ialah memberi nasihat secara baik," katanya pada sesi pembentangan kertas kerja sempena Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat lalu. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Hubungan Antara Ulama dan Umara Dalam Memperkasa Pembangunan Ummah. Katanya, pemerintah pula hendaklah sentiasa bersedia mendengar nasihat ulama dan melaksanakannya.

Majlis itu bertemakan: 'Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah' dan bertujuan menyatukan fikrah ulama dan umara bagi melahirkan generasi berkebolehan dalam segenap bidang demi mengembalikan kegemilangan Islam. Pertemuan itu juga bertujuan memberi ruang ulama dan umara berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing bagi mencipta modul pembangunan generasi serta masyarakat sebagai penyumbang pembangunan negara.

Mahmood Zuhdi berkata, pembangunan ummah hanya akan tercapai melalui hubungan baik serta kerjasama antara golongan bijak pandai dan barisan kepemimpinan. Pemuafakatan itu nanti menentukan kestabilan politik yang menjurus kepada pembangunan ekonomi.

Beliau berkata, kemajuan tidak dapat dilaksanakan di negara yang mengalami pergolakan politik tetapi sebaliknya jika politik negara itu stabil.

"Realiti di Malaysia pun sama. Kenyataan banyak menunjukkan kemajuan menjadi pesat pada waktu kepemimpinan politik stabil. Sebaliknya jika politik goyah, tiada kemajuan dicapai dan pembangunan ummah menjadi lembap," katanya.

Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim di Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim, pula membentangkan kertas kerja: 'Ulama dan Umara: Siapa Memimpin Siapa?' Beliau berkata, kekuatan negara bergantung kepada empat perkara. Empat perkara yang mesti ada dalam satu negara ialah ilmu ulama, pemerintah yang adil, kemurahan hati hartawan yang bersedia menghulurkan bantuan dan doa orang fakir.

Justeru katanya, status hubungan ulama dan umara ialah 'duduk sama rendah berdiri sama tinggi' dalam melaksanakan tanggungjawab serta pengaruh masing-masing, bukan bergabung hanya pada masa tertentu.

"Ulama dan umara perlu tahu kelemahan serta kekuatan masing-masing selain bersedia membantu, menambah mana kurang, memperkuat mana yang lemah. Kelemahan dan kekuatan salah satu daripada dua golongan ini akan menggugat kekuatan serta maruah negara," katanya.

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan status tinggi kepada Islam sebagai agama negara menuntut kerjasama antara umara dan ulama melalui pembentukan agensi agama, pusat pendidikan, perundangan serta muamalat berasaskan agama.

Ismail berkata, pentadbiran dan barisan kepemimpinan memerlukan bantuan ulama serta cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang. "Kerajaan memerlukan pandangan ulama untuk mendapatkan maklumat mengenai isu dibangkitkan dan kerajaan memerlukan kefahaman daripada sudut fatwa serta hukum Islam. Ini dapat dilakukan melalui hubungan erat ulama dan umara," katanya.

Pada masa sama katanya, institusi ulama perlu dimantapkan supaya tampil kuat, disegani serta dihormati.

Ismail berkata, tidak dinafikan ulama sekarang lahir dengan pelbagai wajah seperti dalam pergolakan mendapat kuasa politik, maka akan lahir ulama politik dan bagi yang mencari rezeki lebih pula, jadilah ulama duta produk tertentu.

Bagaimanapun, katanya, perkembangan itu tidak menjejaskan institusi ulama selagi mereka bersatu, jujur serta ikhlas menunaikan kewajipan ketika menghadapi cabaran yang menggugat agama dan umat Islam.

"Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain. Bukan semua isu negara ter-utama isu agama perlu dipolitikkan. Isu kalimah Allah juga dipolitikkan untuk mencari keuntungan politik.

"Amat menyedihkan apabila ulama sanggup menegakkan hujah yang bercanggah berdasarkan ideologi politik kepartian. Taksub dan fanatik parti politik ini sudah merebak, sekali gus menjatuh serta mencemar imej perjuangan Islam di negara ini," katanya.

Beliau menyarankan kerajaan menubuhkan Lembaga Ulama Malaysia untuk meletakkan kerjasama ulama dan umara di peringkat lebih serius. Hubungan ulama dan umara yang diinstitusikan itu membolehkan ulama bekerjasama dengan kerajaan, menasihati daripada sudut agama serta menjalankan aktiviti dipersetujui bersama. — Berita Harian

Highlight of Maulidul Rasul SAW 2012

Posted: 11 Jul 2012 07:54 AM PDT



Keterangan Majlis Mawlid :



Click to visit the original post

Tokoh Ulama Al-Azhar Keturunan Nabi Belakang Kejayaan Mesir Lawan Zionis Israel - Mesti Baca

Posted: 11 Jul 2012 05:09 AM PDT


Jasa Abdul Halim

SYEIKH Abdul Halim Mahmud bersama Anwar Saadat dalam satu ramah mesra.

SYEIKH al-Islam al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud dilahirkan pada 12 Mei 1910 bersamaan 2 Jamadilawal 1328 Hijrah di negeri Syarqiyyah, Mesir. Beliau membesar dalam keluarga yang agak senang, dihormati dan disegani oleh masyarakat setempat.

Bapanya seorang yang alim, warak, berakhlak mulia dan memiliki latar belakang agama yang kukuh. Ditambah cahaya kemuliaan nasab kedua ibu bapanya ini bersambung dengan Sayyiduna Husain bin Ali RA.


Beliau telah menghafaz al-Quran ketika usianya belum mencecah 10 tahun. Setelah menamatkan pengajian peringkat menengah Maahad al-Azhar, pada 1923, beliau terus melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar.

Di sana, beliau menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian Islam sehingga berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin.

Pada tahun 1932, beliau mendaftarkan diri sebagai penuntut University Of Sorbonne Paris sehinggalah memperoleh Ijazah Kedoktoran mengenai Tasawuf Islam dari sudut pengkajian tokoh sufi dan salafussoleh yang masyhur, al-Harith bin Asad al-Muhasibi di bawah seliaan Prof. Louis Massignon. Tesis kajian dalam Bahasa Perancis itu dianugerahkan pangkat cemerlang dan diberi kelulusan untuk dicetak bagi sebaran umum.

Kerjaya terawalnya di Mesir ialah sebagai pensyarah Ilmu Psikologi di Fakulti Bahasa Arab al-Azhar. Kemudian ditukarkan ke Fakulti Usuluddin dan dianugerahkan gelaran profesor dalam ilmu falsafah. Disebabkan kesungguhan dan komitmen yang berterusan dalam bidang ilmu, pada 1951 beliau telah dilantik pula oleh pihak universiti bagi memikul amanah sebagai Dekan Fakulti Usuluddin al-Azhar Kaherah.

Pada 1969 beliau dipertanggungjawabkan memikul amanah sebagai Setiausaha Agung Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah (Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar), kemudian sebagai Menteri Wakaf Mesir.

Dalam tempoh setahun dilantik sebagai Menteri Wakaf, beliau berjaya melaksanakan banyak perubahan dan usaha murni dengan mengurus Kementerian Wakaf sebagaimana fungsi Baitulmal di zaman Nabi SAW bagi membela nasib kaum muslimin di Mesir terutama golongan fakir miskin dan penuntut ilmu juga berkaitan dengan hal ehwal Islam yang lain.

Selepas kewafatan Syeikh al-Azhar al-Imam Muhammad al-Fahham, Presiden Anwar Saadat telah pergi menemui Syeikh Muhammad Khalil al-Khatib untuk melantiknya sebagai Syeikh al-Azhar. Akan tetapi Syeikh Muhammad Khalil telah menolaknya atas sebab-sebab tertentu yang menghalang beliau daripada menerima jawatan tersebut.

Maka Anwar Saadat pun meminta nasihat dan pandangan beliau mengenai siapakah yang seharus dilantik sebagai Syeikh al-Azhar. Melalui renungan mata hatinya, beliau telah mengusulkan agar melantik Syeikh Abdul Halim sebagai Syeikh al-Azhar yang baru. Maka Syeikh Abdul Halim secara rasminya telah dilantik dan diamanahkan memikul tanggungjawab sebagai Syeikh al-Azhar bermula pada 27 Mac 1973.

Syeikh Abdul Halim telah melakukan kunjungan rasmi dan tidak rasmi ke seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia. Kehadirannya ke Malaysia merupakan hadiah terbesar dari al-Azhar buat umat Islam di negara ini.

Kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Malaysia ialah ketika diamanahkan sebagai wakil al-Azhar. Pada 1973 setelah dilantik sebagai Syeikh al-Azhar, sekali lagi bumi Malaysia dimuliakan dengan kehadirannya apabila dijemput untuk menghadiri majlis pengisytiharan keislaman 400 keluarga di Sabah.

Beliau turut memainkan peranan dalam melaungkan seruan Islam dan meniup roh jihad ke dalam jiwa tentera Mesir menentang Israel pada 6 Oktober 1973. Beliau adalah antara ulama yang paling banyak memberikan sokongan dan dokongan terhadap perang Oktober 1973.

Beliau menziarahi kem-kem dan markas ketenteraan untuk menyampaikan ucapan dan khutbah meniup semangat jihad yang suci ke dalam jiwa tentera Mesir.

Pada masa yang sama beliau menziarahi tentera-tentera yang mengalami kecederaan dalam pertempuran ini dalam usaha memberi sedikit kekuatan untuk mereka menempuh ujian dengan tabah dan reda.

Sehinggalah pada suatu malam Syeikh Abdul Halim bermimpi melihat Rasulullah SAW mengibarkan bendera bertulis kalimah Allahu Akbar, yang menandakan bahawa kemenangan besar bakal menjadi milik tentera Mesir.

Mimpi itu akhirnya menjadi kenyataan apabila tentera Mesir berjaya menembusi serta menghancurkan kubu kuat Israel di Semenanjung Sinai yang telah dijajah oleh mereka.

Syeikh Abdul Halim kembali ke pangkuan Ilahi pada pagi Selasa 17 Oktober 1978 Masihi bersamaan 15 Zulkaedah 1397 Hijrah setelah meninggalkan jasa yang amat besar buat Islam dan kaum muslimin. Pemergiannya ditangisi oleh umat Islam di seluruh pelosok dunia sebagai satu kehilangan yang amat besar.

Jenazahnya disemadikan di Balbis, Zaqaziq Mesir dan makamnya diziarahi oleh yang jauh dan dekat. Semoga Allah SWT merahmati dan menjadikan pusaranya sebagai satu taman daripada taman-taman syurga, menghimpunkan beliau bersama nendanya yang mulia Sayyiduna Rasulullah SAW di Firdaus tertinggi pada kedudukan yang terpuji.

@CMLimGuanEng Dicabar MIC Jalani Ujian Kesan Bohong Jika Terbukti Benar !!!

Posted: 11 Jul 2012 02:49 AM PDT




Alasan paling tidak logik ialah dahi luka kerana menggaru...

Syabas Ketua Menteri Pulau Pinang atas jawapan ini.


Gambar Lim Guan Eng dengan Phaik Kheng



Kisahnya :
AKHBAR Guang Ming Daily terbitan 4 Julai menyiarkan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan dahi berplaster.
Panas. Rupa-rupanya tampalan plaster itu ada isu tersendiri. Desas-desus berlegar bahawa luka tersebut akibat dicederakan oleh isterinya, Betty Chew yang juga ADUN Kota Laksamana, Melaka.
Apakah ia berpunca daripada kemarahan Betty kononnya Guan Eng menjalin hubungan dengan bekas pembantunya, Ng Phaik Kheng?
Semalam, Betty menafikan beliau mengkasari suaminya dan juga Phek Kheng sebagaimana dakwaan yang tersiar di beberapa blog.
Pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Guan Eng, Betty juga menafikan suaminya menjalin hubungan sulit dengan Phaik Kheng.
Khabarnya pasangan tersebut tidak ceria semasa sidang akhbar yang berlangsung dalam suasana suram lalu menimbulkan tanda tanya kepada sebahagian wartawan.
Sehari sebelum itu, akhbar The Star melaporkan Guan Eng dan Betty tampil bersama di depan media tetapi dengan bahasa badan yang kurang mesra. ADUN Kota Laksamana itu pada 4 Julai lalu mengejutkan pelbagai pihak apabila beliau bersama beberapa ADUN DAP membawa kain rentang ke dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Ia sebagai membantah ADUN BN (MCA), Gan Tian Loo yang bertanyakan Betty tentang isu tersebut. Ramai yang hairan mengapa Betty enggan menjawab soalan Gan di dalam dewan sebaliknya mengalihkan isu dengan membuat kecoh keesokan harinya. Beliau tidak sepatutnya melatah dengan tindakan sebegitu.
Turut menjadi persoalan ialah sehingga hari ini, Phaik Kheng enggan mengulas walaupun diasak oleh wartawan pada satu majlis kelmarin. Ini termasuk soalan apakah tindakan beliau berhenti kerja di pejabat Guan Eng sebelum ini ada kaitan dengan dakwaan menjalin hubungan sulit dengan bosnya itu. Apabila diingatkan bahawa keengganannya untuk mengulas boleh disalahertikan sebagai tidak menafikan dakwaan tersebut, Phaik Kheng menjawab: ''tiada komen, bermakna tiada komen.''
Tidak kurang mengundang perhatian Awang ialah penjelasan Guan Eng mengapa dahinya bertampal plaster iaitu akibat luka digaru, bukannya dikasari Betty Chew. Kuatnya menggaru sampai terluka. Awang tidak tahu sama ada mahu senyum atau serius mendengar penjelasan itu. Biarlah. Awang tidak berminat untuk membuat apa-apa tafsiran. Hanya Guan Eng dan Betty yang tahu apa sebenarnya berlaku. Cuma nasihat Awang kepada Guan Eng, lain kali berhati-hatilah. Jangan sampai luka lagi, tidak kira sama ada akibat menggaru atau apa punca sekali pun.

Isra dan Mikraj Bersama Shaykh Afifuddin di Fikir Zikir TV Al Hijrah

Posted: 10 Jul 2012 09:30 AM PDT


Tarikh : 17 Jun 2012

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 11 Jul 2012 11:11 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Politik Bodoh Mazlan Aliman...

Posted: 11 Jul 2012 10:00 PM PDT


Apa perlunya gambar ini dirakam...???
Apa perlunya gambar ini dimainkan dalam blog politik pro pembangkang...???
Hanya mazlan aliman sahaja yang tahu, mungkin ini taktik terbaru mazlan aliman dalam meraih sokongan pengundi felda...
Jijik sungguh cara mazlan berpolitik, kubur tun razak pun boleh dia buat modal politik...

Rani Mukarjee Tak Ada Telor...

Posted: 11 Jul 2012 07:00 PM PDT


Rostrum yang di sediakan untuk pesuruhjaya pas selangor kosong malam tadi, bila dah kosong itu bermakna, rani tak datang berdebat dengan hasan ali dan ini juga bermakna, rani takut nak berdebat, maka kesimpulan boleh dibuat ialah, rani penakut tak ada teloq...

Kenapa Hadi Panic....???

Posted: 11 Jul 2012 05:30 AM PDT


Aku nak tanya hadi, apa perlunya dia keluarkan kenyataan macam nie? Pada aku nie kenyataan orang yang menggelabah atau panic, panic kerana dia tahu pas dah jadi paria dalam pakatan, jadi nak tunjuk kat penyokong yang pas masih releven dalam pakatan, maka kenyataan macam nie terpaksa di keluarkan.
Published with Blogger-droid v2.0.6

PenangWasabi

Posted: 11 Jul 2012 09:28 PM PDT

PenangWasabi


Petisyen ketepikan keputusan bebaskan Anwar?

Posted: 11 Jul 2012 08:09 AM PDT



Pihak pendakwaan memfailkan petisyen rayuan kelmarin bertujuan memohon Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan sekali gus bagi mensabitkan Ketua Pembangkang itu dengan tuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Petisyen tersebut yang ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin menyenaraikan sembilan alasan yang mendakwa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta semasa membuat keputusan membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di akhir kes pembelaan.

Antara alasan tersebut ialah hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah terkhilaf apabila menyatakan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada Mohd. Saiful Bukhari memandangkan beliau telah membuat penemuan di akhir kes pendakwaan bahawa profil DNA `Lelaki Y' adalah berpadanan dengan DNA Anwar.

Hakim tersebut juga di akhir kes pendakwaan menyatakan tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperoleh dari lokap yang dihuni dan digunakan Anwar untuk mengusik (tamper) sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd. Saiful Bukhari.

"Selain itu), Yang Arif Hakim telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat mendapat sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperoleh daripada sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh responden (Anwar) yang diambil dari lokap tersebut," menurut petisyen berkenaan.

Begitu juga, Hakim Mohamad Zabidin didakwa telah terkhilaf apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperoleh daripada Mohd. Saiful Bukhari sedangkan hakim tersebut telah pun memanggil Anwar membela diri di akhir kes pendakwaan.

Justeru, hakim tersebut didakwa telah terkhilaf apabila gagal memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keterangan yang dikemukakan.

Petisyen tersebut difailkan setelah Mahkamah Tinggi mengeluarkan alasan penghakiman penuh pada 2 Julai lalu iaitu enam bulan selepas keputusannya membebaskan Anwar, 64, daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penang Wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 11 Jul 2012 09:15 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Jiran Jiran Khalil Afandi Hamid Terkejut Dengan Berita Amuk

Posted: 11 Jul 2012 07:30 PM PDT




Rumah keluarga yang pernah didiami arwah Khalil Afandi Hamid di Taman Lindungan Jaya.





Sahak Mat Dan

PETALING JAYA – "Sebulan yang lalu arwah Khalil  ada datang ke rumah bersama isteri  dan anaknya bertanya khabar kami sekeluarga, dia salam banyak kali dengan saya, percakapannya agak laju dan sukar difahami," kata jiran arwah Khalil, Sahak Mat Dan, 60.

Menurutnya, Khalil tidak bercakap apa-apa mengenai aktivitinya.

"Dia lahir dan membesar di Kampung Lindungan sebelum berpindah ke sini (Taman Lindungan Jaya) sejak berkahwin dia tinggal di Puchong dan sejak itu kami jarang bertemu.

"Saya terkejut selepas mendengar berita dia ditembak mati polis kerana mengamuk di Putrajaya sedangkan di sini dia terkenal dengan sifat lemah lembut dan menghormati orang tua,"katanya ketika ditemui  di Taman Lindungan Jaya, semalam.

Hashim Abdullah


Dalam pada itu, seorang lagi jirannya Hashim Abdullah, 64, berkata, sejak ibunya  meninggal dunia pada tahun 2008 rumah itu dihuni oleh salah seorang adik lelakinya.

Menurut Hashim, arwah Khalil juga sempat bertemunya ketika datang ke situ sebulan yang lalu.

"Dia tidak cakap apa-apa cuma tanya sihat ke tidak, itu sahaja dan dia kelihatan ceria," katanya.

Difahamkan arwah Khalil merupakan anak ketiga dari enam beradik seorang  berperwatakan periang dan mudah digauli.

Adik lelaki arwah ketika ditemui di rumahnya pula enggan mengulas lanjut apa yang berlaku.

Dalam kejadian 2.30 petang kelmarin, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan polis di tangan dan bahagian ari-ari manakala rakannya Muhdalina Adam, 28, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia, terkena tembakan di paha kanan  selepas mengamuk di kompleks Pejabat Perdana Menteri.

Siapa Hantar Khalil Afandi Hamid Untuk Mengamuk di JPM?

Posted: 11 Jul 2012 05:30 PM PDT




KUALA LUMPUR - Polis telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.
   
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.
   
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.

   

"Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
   
Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya. 

   
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.  - Bernama

UNISEL Semakin Rugi Di Bawah Pentadbiran Khalid Ibrahim

Posted: 11 Jul 2012 04:00 PM PDT

Muhdalina, Pasangan Khalil Afandi Gila Internet

Posted: 11 Jul 2012 05:00 AM PDT



"Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini." demikian kata Ahmad Adam, 55, ayah Muhdalina, 28, yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Menurutnya, suspek merupakan anak kedua dari empat beradik seorang yang peramah dan baik, malah sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di Pelabuhan Utara, Klang sebelum berhenti hujung bulan lalu.

"Saya tidak sangka perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi telah menyebabkan anaknya itu terjebak dengan perkara yang tidak masuk akal seumpama itu.

"Saya percaya ini ekoran sikapnya yang 'Gila Internet' malah kami sendiri tidak pernah mengenali Khalil Afandi dan hanya kenal dia dari surat akhbar hari ini malah percaya Muhdalina hanya mengenali lelaki tersebut melalui internet sahaja," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Ahmad berkata, tiada sikap mencurigakan mengenai Ina melainkan dua hari sebelum kejadian dia menghantar dua anaknya ke rumah dan memaklumkan ada urusan untuk dua ke tiga hari malah, "kami tidak mengesyaki apa-apa."

"Dia tinggal bersama suami yang bekerja sebagai pemandu di syarikat yang sama di Rantau Panjang, Klang banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet dan bukan dikategorikan sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama tinggi," katanya.

Ahmad yang datang bersama isteri, Siti Marliah Marjunit, 55, dua anak Muhdalina, Mohd Farish Khorizmi Yusof , 2, dan Mia Ratisya Yusof, 1, dengan ditemani anak sulungnya Ariffin.

Bagaimanapun tidak dapat melawat Muhdalina.

Ahmad yang juga seorang peniaga nasi lemak berkata, anggota polis yang mengawal Muhdalina memberikan alasan anaknya masih belum diambil keterangan dan tidak dibenarkan menerima pelawat.

"Kami sekeluarga amat terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana dia seorang anak yang baik, peramah dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, malah dia juga berkelulusan  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Ahmad,  dia hanya mengetahui kejadian menimpa Muhdalina setelah dimaklumkan oleh anak sulung yang terbaca mengenai perkara itu di Internet kira-kira jam 5 petang (semalam) dan menyangka hanya rusuhan biasa

"Saya  terus menghubungi telefon bimbit Muhdalina sebelum dijawab seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

"Setelah dimaklumkan situasi Muhdalina oleh pegawai polis berkenaan, saya terus bergegas datang ke Hospital Putrajaya, namun gagal menemuinya, selepas itu saya ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya untuk mengetahui hal sebenar," katanya lagi.

Ahmad memaklumkan dia akan ke IPD Putrajaya untuk memohon kebenaran bagi melawat anaknya.

Difahamkan, Muhdalina sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di kakinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya itu terlalu taksub dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog seminggu lalu.

Dia yang datang ke Hospital Putrajaya dengan ditemani seorang rakan hanya datang menyerahkan pakaian dan barang-barang keperluan isterinya kepada anggota polis yang berkawal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin, Muhdalina  ditembak oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Putrajaya selepas mengamuk bersama Khalil Afandi yang bersenjatakan pedang samurai, pisau lipat dan keris.

Blogger Jaya Negara Disahkan Sakit Mental

Posted: 11 Jul 2012 01:59 AM PDT




GERAKAN ANTI PKR

Posted: 11 Jul 2012 09:12 PM PDT