Isnin, 23 April 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


anakbukitgantang says

Posted: 23 Apr 2012 03:28 AM PDT

anakbukitgantang says


Kenyataan Akhbar Dato Shafie Apdal

Posted: 23 Apr 2012 02:22 AM PDT



Perenggan 2 Kenyataan Akhbar - Dato Shafie menyatakan bahawa Laporan Polis mantan Pemandu artis terlibat adalah TIDAK BENAR. Kenyataan iringan individu (mantan pemandu) tersebut BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata mata

Perenggan 3 Kenyataan Akhbar- Saya (Dato Shafie) bersedia mengambil tindakan undang undang terhadap sesiapa yang terus terusan memfitnah dan mengaitkan beliau dengan perkara ini.


Kredit-
Fb Dato Ir Nawawi Ahmad

Pindaan Enakmen Negeri Kedah -usaha mengatasi kuasa Sultan

Posted: 22 Apr 2012 10:06 PM PDT

Susulan Pindaan Seksyen 22 A Enakmen Fatwa Mufti dan Jawatankuasa Fatwa (2008) (Shariah)   Kedah di bawah Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat   telah memastikan bahawa Enakmen Shariah  dan fatwa Mufti Kedah dan Jawatankuasa Fatwa yang dipengaruhi politik tidak boleh di contest dan dibicarakan di mahkamah.

Pindaan ini sewajarnya menjadi semua umat Islam berang kerana salahlaku PAS tidak boleh dibicarakan. Contoh salahlaku PAS ialah kes penjualan tanpa kebenaran waris sah tapak tanah madrasah Sahiliah pada harga RM 1.4 juta kepada Sony Ho seorang peniaga Cina DAP dari Pulau Pinang.Rujuk Kedah Times

Sayugia diingatkan bahawa semua urusan Ugama di setiap negeri berSultan  adalah di bawah Sultan. Di Kedah  sepatutnya hal Ugama dibawah PERKENAN Sultan Kedah yang pada ketika ini adalah Yang Di Pertuan Agong ke 14. Rujuk Undang Undang Tubuh Negeri Kedah

Sehubungan dengan itu, semalam  (Ahad* ) Tengku Laksamana Kedah, Tengku Mansur Tengku Kassim   telah memfailkan satu laporan polis ke atas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah (dan sebenarnya Jawatankuasa Pemandu PAS  Pusat yang "memandu DUN Kedah").

Berikut adalah justifikasi kenapa laporan polis dibuat:-

I am making this report because I fear the enactment will usurp the powers of the Sultan of Kedah, who is the head of Islam in the state," he told reporters after lodging the report at the Alor Setar police headquarters at 9.30am here. (Tengku Laksamana membuat laporan polis kerana IMPLIKASI Pindaan ke atas Enakmen tersebut menyebabkan Sultan tidak mempunyai kuasa lagi ke atas umat Islam di Kedah dan ini MELANGGAR Undang Undang Tubuh Negeri Kedah)

The state assembly recently amended Section 22A of the Kedah Mufti and Fatwa Committee Enactment 2008 to give the mufti and fatwa committee unlimited powers over Muslims in the state.  (Pindaan ke atas Seksyen 22A Enakmen tersebut memberi kuasa penuh kepada Mufti dan Jawatankuasa Fatwa  ke atas semua hal ehwal umat Islam di negeri Kedah)

Following the amendment, all decisions by the mufti and the fatwa committee need not be gazetted and cannot be challenged in any court, whether syariah or civil.
(Semua keputusan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa , baik shariah atau sivil tidak perlu digazet dan mendapat PERKENAN Sultan)


Inilah contoh penderhakaan terbesar PAS kepada Sultan Kedah. Di Selangor dan Pulau Pinang, seawal tahun 2008 selepas mereka menang pilihanraya 12  sudah ada undang undang yang sama. Lebih malang lagi jika Wahhabi dan Syiah dalam PAS yang memerintah negeri -Untuk itu saya merayu semua umat Islam yang sayangkan Islam ASWJ untuk mengundi Barisan Nasional bagi mengelakkan kemusnahan yang sama (saya akan sentuh isu camportangan DAP dalam hal ehwal ugama Islam di Pulau Pinang dalam artikel seterusnya)
                    
Tanda akhir zaman ialah bila dilantik pemimpin maka pemimpin tersebut mengkhianati AMANAH yang diberikan. Ingatlah pengundi (bukan bermaksud rakyat sebab rakyat merangkumi SEMUA penduduk di sesebuah negeri) memberi AMANAH setiap 5 tahun sekali. Jika sekali diberi AMANAH dah KHIANAT sanggupkan mereka undi PAS sekali lagi?

Rujukan
BERNAMA
Kedah Times
Angin Perubahan
*Ahad adalah hari bekerja di Kedah

Sah-Zahida akan ambil tindakan undang undang terhadap ahli Parlimen Ampang

Posted: 22 Apr 2012 05:26 AM PDT

Saya telah mendedahkan Zahida akan mengambil tindakan undang undang di zahida-nak-saman-pemfitnah.



Berikut adalah surat dari Zahida berkenaan tindakan undang undang terhadap Ahli Parlimen Ampang:-

 
Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.
Mengikut undang-undang Malaysia, Akta   BAFIA 1989,  mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.

Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Zahida Rafik
20hb April 2012

Sumber
Kamunting Central
BAFIA 1989

DBKL Bertindak ke atas kumpulan Occupy Dataran

Posted: 22 Apr 2012 03:30 AM PDT

Akhirnya DBKL bertindak

bumiyang

Posted: 23 Apr 2012 03:15 AM PDT

bumiyang


Ustaz Nasha Hentam LGBT dan Ambiga - Apa Kata Hj Hadi???

Posted: 22 Apr 2012 05:30 PM PDT

Parti Pemegang Kunci Syurga Memilih Beliau Sebagai PM?

Posted: 22 Apr 2012 05:30 AM PDT

RIDHUAN TEE

Posted: 23 Apr 2012 03:15 AM PDT

RIDHUAN TEE


Ekonomi bukan penentu segala-galanya

Posted: 22 Apr 2012 04:19 PM PDT


(Sinar Harian23.4.12)

Apabilamembincang soal pendidikan, jarang kita mahu melihat dalam konteks semangat sayangkanagama dan cintakan negara, seperti yang terangkum dalam makna patriotisme dannasionalisme.  Dalam kepala kita, hanyaada nilai ekonomi, ekonomi, ekonomi. Seolah-olah ekonomilah tanda aras yangmenentukan hala tuju sesebuah negara. Bidang lain sudah tidak penting lagi.

Kitaterlalu mengejar pembangunan, kemewahan dan keduniaan, bertunjangkan kekuatan ekonomi.Kita lupa, tanpa semangat keagamaan, patriotisme dan nasionalisme, pencapaianekonomi tidak ada maknanya. Inilah perkara yang selalu dikaburi oleh ultrakiasu dan musuh Islam, agar kita lupa jihad yang sebenar.

Jikadi negara lain, kesedaran patriotisme begitu dititikberatkan, kerana itulahasas kehidupan bernegara. Namun, saya berasa amat pelik, kenapa dan mengapa kitamemandang remeh isu ini? Asyik-asyik kekuatan ekonomi dan unity in diversity.Berlakukah realiti itu?

Ya,saya tidak nafikan, semua itu juga adalah satu kekuatan. Tetapi apalah erti kekuatantersebut, jika jiwa rakyatnya kosong dan hanya memikirkan bangsa sendirisahaja. Sebab itulah, Perdana Menteri Britain, David Camerons mengatakan multiculturalism is dead. Buatlah kajiankenapa pemimpin sebuah negara maju dan hebat ekonominya boleh mengeluarkankata-kata sedemikian. Kita jarang mahu membuat kajian. Kita asyik berpolitikuntuk mendapat undi.

Semuapercaya dan amat yakin, negara China akan keluar sebagai kuasa besar ekonomi.Itulah hakikatnya. Namun, kita jarang buat kajian, kenapa dan mengapa Chinaboleh bangkit sebagai salah kuasa besar dan kuasa ekonomi? Sedarkah kita bahawarakyat China mempunyai semangat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi.Faktor inilah yang telah melonjak ekonomi dan pembangunan mereka serta munculsebagai kuasa besar.

Chinasudah terkenal dengan bangsa yang amat bongkak dengan tamadun dankebudayaannya. Tidak timbul soal dua China, termasuk melepaskanTaiwan dan HongKong. Begitu juga kepulauan Spratly. China berdiri teguh dengan semangat1China. Semangat 1China ini begitu kuat mengikat, sebab tidak akan wujud 2Chinasampai bila-bila.

Begitujuga dengan negara Korea Utara. Walaupun 1Korea Utara dikatakan 'mundur', namunsemangat patriostisme yang kuat telah melonjak negara ini. Jika bukan keranasekatan negara barat, sudah lama negara komunis maju lebih pantas berbandingKorea Selatan. Dalam keadaan yang tertekan ini, berbekalkan semangatpatriotisme, mereka masih mampu melancarkan peluru berpandu dan menghasilsenjata dan tenaga nuklear.

Inilahfaktor utama kejayaan mereka. Ekonomi memang penting, tetapi mesti didahuluidengan semangat patriotism dengan mengutamakan agenda nasional. Bila sayabercakap sebegini, ramai yang menuduh saya membuat serangan atau menanamkebencian terhadap orang Cina. Terus terang, tidak ada niat langsung untukmenanamkan semangat anti Cina, kerana saya sendiri dan keturunan saya adalahCina.  Saya cuma menyeru agar kitamenyahut sama agenda kebangsaan.

Misalnya,bagaimana kita boleh mengatasi masalah buta bahasa kebangsaan yang menjadiagenda utama pembinaan negara? Mengikut kajian, hasil produk SJKC, satudaripada empat pelajarnya akan tercicir kerana tidak dapat menguasai bahasaMelayu. Setakat ini terdapat 1293 buah SJKC, 78 Sekolah Menengah JenisKebangsaan Cina (SMJKC). Ini tidak termasuk Sekolah Menengah Persendirian Cina.Kebanyakan orang Cina memilih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) untuk pengajianseterusnya kerana sudah tidak ada pilihan. Jika SMJKC sama banyak bilanganseperti SJKC, sudah tentu aliran SMK bukanlah lagi pilihan.  

Terbaharu,timbul pula cadangan supaya kelas peralihan (remove class) di SMK dirombak dandiberi penambahbaikan kecinaan.  Sebelumitu lagi, pada September 2011, sebuah jawatan kuasa yang disertai oleh 13Persatuan Cina telah ditubuhkan, mendesak kerajaan supaya mengkaji semulakeberkesanan kelas peralihan, termasuk silibusnya dan cara pengajaran danpembelajaran (P&P) guru-gurunya. Guru-guru bukan Cina yang mengajar kelasperalihan di SMK mesti boleh menguasai bahasa mandarin. Pendek kata, merekamahukan kelas peralihan dikendalikan sama seperti SJKC.

Apabilaada cadangan supaya diwujudkan kelas peralihan di SJKC bagi mereka yang gagalbahasa Melayu tahun enam, mereka cukup menentang atas alasan tidak cukup gurudan prasarana. Pada saya, yang perlu dikaji semula bukan kelas sistem peralihansekolah menengah, tetapi proses P&P di SJKC. Pastikan semua gurunya mestipandai menguasai bahasa Melayu ketika mengajar apa jua subjek dalam bahasaCina. Jika guru bukan Cina mesti disyaratkan menguasai bahasa Cina, apakah gurubahasa Cina tidak boleh disyaratkan fasih berbahasa Melayu? Kenapa mengajarbahasa Cina langsung tidak diselang selikan dengan bahasa Melayu?

Baiklah,katakan jika kerajaan terpaksa lagi tunduk dengan tuntutan ultra kiasu untukmencinakan kelas peralihan, apakah jaminan selepas ini pelajar lepasan SJKCtidak akan tercicir lagi? Pada saya, hantarlah sebanyak manapun guru yang bolehberbahasa mandarin untuk mengajar apa jua subjek yang memerlukan terjemahan,sama ada di SJKC atau di SMK, selagi sikap tidak berubah dan semangatpatriotism tidak ada, selagi itulah kita akan dibelenggu dengan masalah yangsama. Apakah kekuatan ekonomi dan unityin diversity akan berkekalan jika beginilah keadaannya?.

PelajarMelayu pun ramai yang tercicir di sekolah menengah, kenapa perkara ini tidakperjuangkan oleh kita semua? Inilah fenomena biasa yang akan berlaku selagipatriotisme tidak menjadi teras. Isteri saya mengajar di kelas peralihan,masalahnya tidak ada seorang pun yang boleh menguasai bahasa Melayu mudah.Mengajar mereka seperti mengajar bayi yang baharu membesar. Seorang menjadiitik, seorang menjadi ayam. Pelajar ini tidak boleh disalahkan. Sistem yang menjadikanmereka sedemikian.

Biarlahkita bersama ketika senang dan susah. Ke gunung sama didaki, ke lurah samadituruni. Hidup mati bersama mempertahankan negara. Saya amat bimbang jika adapemikiran dalam bahasa hokkien seperti yang dipernah dibisikkan oleh ultrakiasu yang berbunyi huan na ceng ko, tenglang cau lo, bermaksud pastikan Melayu terus mundur, orang Cina mesti kehadapan.

ProfMadya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
UniversitiPertahanan Nasional Malaysia

Politik Harian

Posted: 23 Apr 2012 03:13 AM PDT

Politik Harian


Mesti Tengok Video Khairy: Anak Muda Beratur Beli iPad Baru Lagi Ramai Dari Berkhemah Di Dataran Merdeka @khairykj #BNPilihanOrangMuda

Posted: 23 Apr 2012 01:20 AM PDT


Tindakan pakatan pembangkang yang sanggup memperkudakan mahasiswa untuk berkhemah di Dataran Merdeka bagi tujuan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah amat memalukan.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, pembangkang begitu terdesak untuk mendapat sokongan orang muda sehingga sanggup memberi janji-janji kosong yang tidak dapat dilaksanakan dan hanya memperdayakan mereka.


"Kita tengok berapa suara mahasiswa yang keluar ke Dataran Merdeka, kalau tak silap saya tak sampai lima khemah, kononnya suara mahasiswa nak hapuskan PTPTN dan menyokong pakatan pembangkang, saya rasa lebih ramai anak muda yang keluar beratur untuk beli iPad yang baru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program BN Pilihan Orang Muda peringkat Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Bandar Tun Razak di sini, Ahad.

Perhimpunan yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut disertai Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar serta Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Zauyah Zainudin.

Menurut Khairy, beliau percaya rakyat khususnya golongan muda tidak akan terpedaya dengan pelbagai tipu daya pakatan pembangkang termasuk janji menurunkan harga minyak dan menghapuskan tol lebuh raya.

Jelas beliau, menerusi program transformasi yang dilaksanakan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Turun Razak, sokongan orang muda telah kembali kepada BN dan perkara tersebut telah ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan sebelum ini.

"Dalam program BN Pilihan Orang Muda di Ipoh baru-baru ini kita telah berjaya himpunkan lebih 10,000 orang dan hari ini, untuk jentera Wilayah Persekutuan, kita telah himpunkan lebih 5,000 orang, kalau hendak dibandingkan dengan lima khemah di Dataran Merdeka, bila-bila masa kita dapat tawan Wilayah Persekutuan," katanya.

Occupy Dataran: DBKL Akan Ambil Tindakan Ke Atas Mahasewel

Posted: 23 Apr 2012 12:00 AM PDT


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menyediakan kertas siasatan untuk mendapatkan perakuan Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap wakil mahasiswa didapati melanggar peraturan - berkumpul dan mendirikan khemah di Dataran Merdeka.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, DBKL mempunyai bukti lengkap berhubung salah laku yang dibuat oleh kumpulan berkenaan walaupun sudah diberikan nasihat dan amaran supaya menghentikan tindakan mereka.

Menurutnya, tindakan merampas khemah yang dilaksanakan DBKL semalam dibuat setelah notis kesalahan dan tawaran kompaun atas kesalahan meletakkan barang-barang tanpa kebenaran di tempat awam yang dikeluarkan terhadap mereka tidak diendahkan.

"Pada 21 April 2012, pada jam 5.15 petang, DBKL sekali lagi mengarahkan mereka mengosongkan kawasan bagi memberi laluan kepada ambulans diraja yang diarah bertugas sempena konset pada malam itu.

"DBKL merampas barang mereka setelah mereka ingkar arah pengosongan dan barang dituntut semula pada 22 April jam 1.15 pagi oleh Mohd Fahmi Reza Mohd Zain yang mana dia telah menandatangni borang akuan tindakan sebelum barangan mereka dikembalikan. Pada masa itu, dia juga diberi maklum akan berhadapan dengan tindakan DBKL jika mereka masih berkumpul dan meletakkan barang-barang berkenaan," katanya pada sidang media di sini pagi tadi.

Pada sidang media sama, beliau turut menjelaskan situasi sebenar insiden pagi semalam yang mana tindakan rampasan dilakukan sekali lagi apabila mendapati kumpulan itu masih berkumpul di Dataran Mereka.

Penguat kuasa DBKL yang mengiringi Mohd Fahmi ke balai polis Dang Wangi, juga telah dihalang oleh seorang awam membawa kepada penahanan dua individu itu oleh pihak berkuasa.

Ahmad Fuad dalam masa sama turut menyatakan kesediaan memberi kebenaran kepada Bersih 3.0 menggunakan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Bola Sepak Cheras untuk berhimpun, tetapi bukan di Dataran Merdeka.-SH

Occupy Dataran: Budak Degil Didakwa Kerana Halang Tugas DBKL

Posted: 22 Apr 2012 11:22 PM PDT


Seorang pelajar kolej swasta dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Bagaimanapun Umar Mohamad Azmi, 23, aktivis Occupy Dataran mengaku tidak bersalah.

Umar didakwa sengaja menghalang Mohd Masran Mamat, 34, daripada menangkap dan mengiringi ketua aktivis Occupy Dataran, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 35, yang enggan mendengar arahan DBKL untuk menurunkan khemah yang mereka pasang di Dataran Merdeka.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Jalan Raja Laut di sini, kira-kira jam 8.05 pagi, semalam.

Occupy Dataran adalah sekumpulan aktivis yang menuntut Dataran Merdeka sebagai ruang terbuka dan hak rakyat untuk berbincang dan berdemokrasi.

Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chai Sia, memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin namun, peguam Syahredzan Johan memohon ia dikurangkan kepada RM1,000.

Tertuduh seorang pelajar tahun akhir jurusan diploma dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hulu Klang.

"Bapanya yang hadir untuk menjamin bekerja di syarikat pemasangan paip dan perlu menanggung empat orang anak serta isteri yang masih belajar," katanya.

Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan Umar diikat jamin RM1,000 dan menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM 10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Fahmi Reza perlu hadir ke mahkamah untuk sebutan kes berkaitan Akta Parit dan Bangunan di bawah DBKL pada 22 Mei depan.

#bersih3 : Bersih 3.0 or Bullshit 3.0

Posted: 22 Apr 2012 09:06 PM PDT


Mau apa lagi?…Hishamuddin 'buka pintu' Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil untuk Bersih 3.0

Al-kisahnya Bersih & geng sudah nampak Dataran Merdeka macam Dataran Tahrir di Kaherah.Jadi tidak perlu hairan mengapa mereka mengidam sangat lokasi bersejarah di ibu negara itu untuk himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Ia dikatakan bukan sangat soal tuntutan pilihanraya bersih dan adil tetapi nawaitunya untuk mencerna senario ala-Arab Spring menjelang pilihanraya umum ke 13.

Bodoh sangat siapa yang tidak nampak angle itu dalam strategi perang saraf mereka.

Makanya tindak tanduk beberapa kerat budak kononnya anti-PTPTN berdegil berkhemah di satu penjuru dataran itu adalah sebahagian dari 'akal' untuk laluan ke situ pada 28 April.

Kini sama-sama kita tengok apa ceritanya ekoran perkembangan terbaru Ahad.

Agak mengejutkan bila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya juga tidak menghalang penganjur perhimpunan aman untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka sebagai kawasan untuk berhimpun.

Namun ,katanya mereka perlu membuat permohonan kepada pihak pentadbiran stadium berkenaan terlebih dahulu.

Malah menteri itu berkata beliau sedia membantu Bersih merundingkan hal berkenaan.

"Saya yakin dengan cara kerajaan kini yang bersikap lebih terbuka terhadap isu dan bantahan yang ingin disuarakan oleh pihak tertentu dan saya harap perhimpunan aman tersebut dapat dibuat dalam keadaan yang rasional dan realistik dan bukan untuk mempolitikkan atau memecah belahkan rakyat,"katanya.

Beliau memberitahu demikian pada sidang media di Program Ceria Gagasan Anak-anak Sembrong di Perantauan (GAASP) di Bukit Kiara, di Kuala Lumpur Ahad.

Hishamuddin berkata, masyarakat perlu memandang rasional keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi perhimpunan Bersih 3.0.


"Jadi saya harap semua pihak perlu bersikap positif mengenai pemilihan lokasi kerana kementerian sentiasa bersikap terbuka namun penganjur perlu pastikan perhimpunan dibuat mengikut setiap prosedur yang ditetapkan dan bertanggungjawab ke atasnya," katanya.

Beliau berkata hasil pemantauan awal kementerian menunjukkan perhimpunan aman tersebut tidak memerlukan kehadiran secara keterlaluan pihak polis seperti menggerakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kerana ia tidak menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan.

"Sungguhpun begitu, FRU dan polis akan sentiasa dalam keadaan siap siaga 24 jam, tujuh hari seminggu... kita akan mengadakan perbincangan dan meminta persetujuan daripada kedua-dua belah pihak, dari segi apa yang nak dilakukan di lokasi perhimpunan yang sesuai dalam jangka masa yang realistik dan untuk perkara-perkara yang selamat.

"Kalau ada kehadiran polis pun hanya untuk mengalu-alukan peserta perhimpunan ke kawasan yang akan ditetapkan kelak," katanya.

Kenyataan Hishamuddin mengenai kemungkinan Stadium Merdeka atau Bukit Jalil sebagai lokasi himpunan itu dilihat suatu keterbukaan baru kerajaan.

Semasa Bersih 2.0 penganjur berkeras hendak guna Stadium Merdeka.

Peraturan baru himpunan aman yang diluluskan oleh Parlimen tetapi tidak perhimpunan namun melarang demo jalanan.

Demo jalanan hanya akan mencetuskan masalah kepada kehidupan harian warga kota dan peniaga.

Himpunan di sebuah stadium dikatakan adalah lokasi terbaik untuk mengelak segala masalah.

Namun di tempat tertutup itu tentu sekali akan menghilangkan excitement seperti Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 dikejar FRU,kena tembak gas pemedih mata,kena sembur air.

Itulah cerita sensasi boleh buat riuh berminggu-minggu yang puak pembangkang dikatakan harapkan sangat.

Kalau setakat perhimpunan biasa dengan jerit pekik mereka dikatakan terasa macam tak berbaloi 'pulang tangan kosong'.

Jadi memang menarik untuk melihat perkembangan terbaru ini ...bila pintu Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil sudah dibuka oleh menteri itu.

Tandatanya rakyat jelata kini tentunya apa lagi yang Bersih mahu.

Bos-bos Bersih dalam reaksi awal kata mereka perlu membincangkan tawaran terbaru ini dengan semua yang terlibat dengan penganjuran himpuan itu.

Jangan nanti sudah bagi betis…peha juga yang tetap diidamkan.

Kalau mereka tetap berdegil hendak langgar Dataran Merdeka juga...jawabnya faham-faham sendiri sudahlah.

Sumber-Agendadaily

BN Pilihan Orang Muda Gegar Wilayah Persekutuan!

Posted: 22 Apr 2012 08:00 PM PDT


Kerajaan akan melaksanakan beberapa lagi inisiatif 'touch point' baru, termasuk program penting yang menyentuh generasi muda, untuk terus membela nasib rakyat di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Timbalan Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Najib Razak, dijangka membuat pengumuman mengenai perkara berkenaan dalam tempoh terdekat sebagai kesinambungan lonjakan besar transformasi yang menyaksikan pelbagai bantuan disalur kepada rakyat di bawah kepemimpinan Perdana Menteri.

Katanya, kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan dan keperluan generasi muda dalam pelaksanaan transformasi, meliputi ekonomi yang menyediakan banyak peluang pekerjaan baru, politik di mana Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dipinda serta pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, di samping memperkenalkan Dasar Belia Negara.


Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) juga memenuhi kehendak generasi muda dari segi kewujudan kerajaan yang telus, adil, bertanggungjawab, mendukung perjuangan hak asasi, serta berjaya menjadikan Malaysia diiktiraf sebuah negara membangun yang paling maju di dunia.

Malah, sebagai Menteri Pelajaran, beliau memberi jaminan sistem pendidikan negara yang sedia baik akan terus diperbaiki demi melengkapi masa depan generasi muda dengan ilmu, kemahiran dan kepakaran diperlukan.

"Semuanya kita ambil kira bersesuaian dengan cita rasa anak muda. Kita mengiktiraf suara anak muda. Sebab itu, kita lihat di atas pentas ini ada beberapa wakil orang muda yang sudah ada di Parlimen (sebagai wakil rakyat)…banyak lagi juga akan masuk Parlimen nanti, insya-Allah kerana mereka adalah `winnable candidate'.

"Justeru, kalau melihat soal kepentingan anak muda dan juga mereka yang sudah agak berusia, tentulah tidak ada pilihan lebih baik kecuali BN yang memperjuangkan nasib rakyat. Kita hendak menentukan parti kita dapat memenuhi cita rasa semua peringkat rakyat…yang muda, tua, lama dan baru," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran BN Pilihan Orang Muda Peringkat Wilayah Persekutuan 2012 di sini, semalam.


Hadir sama Pengerusi Pemuda BN merangkap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong; Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; dan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan.

Program itu dihadiri kira-kira 5,000 ahli Pemuda dan Puteri dari jentera parti BN seluruh Wilayah Persekutuan, termasuk Putrajaya dan Labuan.



Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, rakyat terutama generasi muda, harus menjadi benteng mempertahankan sistem hidup yang sudah dibina dan dibangunkan selama ini daripada runtuh dengan menentang habis-habisan ideologi serta budaya songsang dibawa puak pembangkang yang akan menjahanamkan negara.

Beliau berkata, pembangkang melemparkan pelbagai tohmahan, pembohongan dan bidaah terhadap kerajaan, termasuk memutarbelitkan fakta mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), serta membawa budaya kebebasan tanpa batasan agama, nilai, etika dan budaya, di samping mempersoalkan banyak peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan yang sudah diterima rakyat selama ini.

"Mereka mahu menjahanamkan negara kita. Tanggungjawab kita sebagai Pemuda BN menjadi benteng mempertahankan negara, inilah cabaran kita hadapi sekarang. Justeru, jangan kita sesekali membiarkan pembangkang menimbulkan masalah dalam negara kita," katanya. –BH

Occupy Dataran: Hantu Pocong Jadi Simbol Protes

Posted: 22 Apr 2012 07:16 PM PDT


Sesudah khemah Occupy Dataran diangkut oleh DBKL, kumpulan yang berniat untuk memansuhkan PTPTN di Dataran semakin hilang tujuan.

Gambar di atas menjelaskan kepada kita perangai pelik kumpulan yang hendak minta mansuh PTPTN ini. Mereka bungkus mayat dan memaparkan tentang "Mahasiswa Bangkit", apa kaitan mahasiswa dengan hantu pocong?

Tidak munasabah dan tidak intelektual langsung. Adik-adik yang masih belajar di form 4 dan 5 suatu hari nanti kalau masuk universiti jangan tiru perangai pelik ini. Memalukan

-Angin Perubahan

Ambiga Tak Layak Pimpin BERSIH 3.0 - Nasharudin

Posted: 22 Apr 2012 07:00 AM PDT


Nasharudin Mat Isa hari ini berkata Dato' Ambiga Sreenevasan tidak layak pimpin BERSIH 3.0 sebaliknya Pemimpin PAS lah yang sepatutnya menjadi barisan hadapan BERSIH 3.0.

Nasha turut berkata LGBT merupakan ancaman kepada masyarakat...

Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.

"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat," kata Nasharudin.

Bekas timbalan presiden PAS itu becakap kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada "Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

"Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik," katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan, katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bertujuan menyedarkan peserta tentang perlunya menolak golongan ini yang bagaikan virus berbahaya di dalam masyarakat.

PR Takut Angin Perubahan di Selangor

Posted: 22 Apr 2012 06:00 AM PDT


Tindakan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan Negeri Selangor tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), bukti gabungan tersebut takut angin perubahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan mencari alasan lain sememangnya cara PR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lari dari kenyataan sebenar.

Menurutnya, keputusan terbaru PR ini bercanggah dengan pendirian Kerajaan Negeri yang memutuskan untuk menyertai PRU13 selepas enam bulan pertama, 2012.

"Ini bukti PR takut berhadapan dengan rakyat, kerana kita telah nampak angin perubahan bertiup kencang di Negeri Selangor.

"Oleh kerana sekarang sudah memasuki April dan masih belum nampak pilihan raya akan diadakan, maka Anwar mencari alasan lain untuk tidak menyertai PRU-13," katanya kepada media selepas merasmikan Program Jimat Belanja Dapur, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa Negeri-negeri di bawah PR terutama Negeri Selangor berkemungkinan besar tidak menyertai PRU-13, sekiranya daftar pemilih masih diragui.

Noh berkata, beliau tidak hairan tindakan PR yang selalu menukar kenyataan untuk menyelamatkan diri kerana tindakan tersebut dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Negeri Selangor.

"Ini semua gimik untuk menarik perhatian rakyat, dari hakikat sebenar bahawa di Selangor ini, mereka tidak dapat menahan angin perubahan ini," katanya.

Menurutnya, PR kini tidak lagi mempunyai kumpulan sokongan untuk digunakan dalam pilihan raya, ini kerana kumpulan seperti Hindraf telah sedar dan beralih sokongan.

"Golongan India kini sudah kembali menyokong BN, terbaru lebih 5,000 orang India hadir dalam program saya di Taman Sentosa," katanya.

18 April lalu, Anwar mengumumkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak akan menyertai PRU-13 sekiranya ia diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, biarpun perkara itu secara terperinci sudah dikemukakan ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC) dan dibentangkan untuk dibahaskan namun jawapan yang diterima masih hambar.

Anwar berkata, pihaknya kesal janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi yang masih belum dilakukan dan terdapat usaha meneruskan cara kaedah penipuan dalam pilihan raya akan datang.

tunku

Posted: 23 Apr 2012 03:02 AM PDT

tunku


Bersih Rally Not Security Threat - Hishammuddin

Posted: 22 Apr 2012 07:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, April 22 (Bernama) -- The home ministry will allow next week's Bersih rally and similar peaceful gatherings as they do not jeopardise national security.
The minister, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, said the ministry's initial monitoring indicated that the Bersih assembly did not require excessive presence of the police, such as Federal Reserve Unit (FRU), as the rally was not a security threat.
"Nevertheless, the FRU and other police units will always be ready," he told reporters at a gathering with Sembrong-born people in Bukit Kiara here Sunday.
On Kuala Lumpur City Hall's (DBKL) decision not to allow the gathering to be held at Merdeka Square, Hishammuddin said the people should look at the rationale of the decision.

tunku : why should kdn provides security to those people wanting to organize illegal gathering? Kdn should make sure this group given permit and only allows it if its done in a stadium or in their own premises.

Taipingmali (tm)

Posted: 23 Apr 2012 01:39 AM PDT

Taipingmali (tm)


Pandangan TM terhadap Proton Preeve

Posted: 22 Apr 2012 10:16 AM PDT

Petang tadi TM sempat meninjau kereta terbaru dalam keluarga Proton iaitu Preve, dengan harga RM 60 - RM 70 ribu ia satu pelaburan yang berbaloi kepada mereka yang inginkan sebuah kereta sederhana dari Proton.

Kemasan dalamannya walaupun hampir sama tetapi tidak dapat menyamai Inspira yang lebih anggun. Semasa berada di kerusi pemandu sambil membelek-belek di bahagian kokpit, terasa keselesaannya. Cuma rekaan dashboard agak stiff seperti kereta Eropah, iaitu VW dan Mercedes, jika lebih landaikan sedikit barulah ia lebih dramatik seperti Toyota Prius atau pun Nissan Teana.

Beberapa bahagian yang menggunakan plastik agak kurang kukuh seperti di cermin belakang dan di pintu. Getah side step pula kelihatan lebih kukuh berbanding model Wira sebelum ini.

Cuma yang kurang menarik ialah getah yang ditampal di bahagian belakang seolah-olah dummy kepada cermin tingkap belakang.

Penyandar kepala pemandu dan penumpang cukup selesa dan ia hampir menyamai kereta honda insight.

Tempat duduk penumpang belakang cukup selesa dengan adanya arm rest di bahagian tengah. Begitu juga penyandar 60/40 yang boleh direbahkan untuk tambahan muatan panjang, sudah tentu pemilik cukup teruja dengan rekaan ini.

Setelah menilai bahagian dalaman Preeve, TM memberi pujian kerana rekaan dan kemasannya cukup selesa dengan harganya, kira ok lah.

Bahagian luaran juga agak menarik walaupun tak tangkap Ummph....Ia dilengkapi dengan tayar lebar iaitu 205 / 55/16. memang sesuai untuk membelok dan mencengkam jalan.

Lampu-lampu LED juga menjadi tarikan untuk kenderaan-kenderaan masa kini dan Preve mendahului dari kereta buatan Korea yang masih menggunakan mentol biasa.

Ruangan barang juga cukup besar berbanding kereta Proton yang lain dan tray getah disediakan dan pembeli tidak perlu berbelanja lebih.

Stereng dibalut kulit, memang cun lengkap dengan bluetooth hand free phone, auto cruise control seperti Exora
Keseluruhannya Proton Preeve boleh bersaing di pasaran tempatan dan luar negara, cuma selepas ini Proton perlu menilai semua bahagian luaran dan dalaman agar dapat dibuat penambahbaikan seperti yang dilakukan pada Proton Exora Bold.   
Head Rest menyerupai Honda, memang cantik

reka bentuk pintu belakang kurang menarik
Punat hawa dingin masih lagi manual atau analoq
Pandangan sisi yang menawan cuma cermin tingkap belakang kurang selesa pada pandangan mata

Boleh dipertingkatkan lagi supaya lebih futuristic
Getah hitam ganti cermin

Tanpa kunci
Fake glass
205/55/16
lampu kabin kurang menarik berbanding Exora
USB dan pengecas 12V

Tutup dan tersembunyi
Plastik panel pintu nampak kurang menarik dan nampak murah
Dua punat/tuil ini sepatutnya menggunakan solenoid
talam getah atau tray

Arm rest dan tempat letak air, selesa?
Penutup plastik pada cermin belakang, kurang kukuh dan kurang enak dipandang

Perbandingan dengan Waja dan Persona
Mungkin Najib masih tercari-cari apa yang manarik pada kereta ini, PGMD nampaknya berpuas hati, TM nampak kereta ini biasa saja tak ada apa yang menarik.

Jika dibandingkan dengan Waja dan Persona, Preve adalah juara. Untuk mereka yang mahukan gaya dan kelainan, model Satria R3 dan Inspira adalah pilihan terbaik. Setakat hari ini model Savy dan Inspira sahaja yang mendapat kelulusan / pengiktirafan TUV....Prevee bagaimana?

UFB - Program Aman Kampus, Seremban - 20/04/2012

Posted: 22 Apr 2012 09:23 AM PDT

Ambik Koo Mak Lampir

Posted: 22 Apr 2012 03:56 AM PDT

TM tidak langsung nak ambil pot kisah pendedahan PKR terhadap pemimpin Umno mahupun BN. Terbaru kisah scandal menteri dan artis. Bukan main syok puak-puak tu mengayat cerita.

Tuduhan mereka kadangkala main tembak sahaja seperti "Red Indian dapat senapang".

Pas juga kononnya parti Islam turut memanjang-manjang cerita-cerita karut marut yang direka oleh rakan mereka.

Tak yah manyak celita loo, jom baca link di bawah

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2012/04/kenyataan-zahida-rafiq-terhadap-tuduhan.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANEH MIANG

Posted: 23 Apr 2012 01:33 AM PDT

PANEH MIANG


Adam Adli buktikan dia sebenarnya memang bodoh

Posted: 22 Apr 2012 08:22 PM PDT

Cuba dengar Adam Adli mumbling ni. Jika beginilah cara komunikasi Bahasa Inggeris penuntut kursus Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di UPSI, eloklah budak ni dibuang terus daripada hanya digantung 3 semester. Student matrikulasi pun jauh lagi bagus daripada budak Adam ni. Kok ekau amik course Bahasa Melayu ke...kemahiran hidup ke...boleh la dimaafkan lagi kau guna broken english ni. Tapi kalau hanya begini standard manglish Adam Adli si budak TESL, patut sangatlah dia beriya-iya sangat nak PTPTN dihapuskan. Sah-sahlah budak macam ni tak akan dapat Ijazah Kelas Pertama supaya tak payah bayar balik pinjaman. Pehtu ada hati pulak nak komen Menteri Pengajian Tinggi. Kasi habis study dululah boboy ya...malu den dongar ekau speaking london. Kok camnilah ghoman eh standard pencacai yang diperalatkan parti pembangkang, buek rugi rakyat bayar cukai untuk nanggung kau ngaji yor...

Sahabat-Gunung

Posted: 23 Apr 2012 01:13 AM PDT

Sahabat-Gunung


BN Selangor Wujudkan PAKAR Dekatkan Parti Dengan Rakyat

Posted: 23 Apr 2012 12:54 AM PDT


Barisan NasionalSelangor memandang serius usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat danberjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat berdasarkan slogan RakyatDidahulukan, Pencapaian Diutamakan yang digagaskan oleh Perdana Menteri Dato'Sri Najib Razak.

Sehubungandengan itu, pihak Barisan Nasional Selangor, mewujudkan Pusat Khidmat RakyatBarisan Nasional atau PAKAR bagi tujuan komunikasi dan 'services' antara pihakparti dengan Rakyat. Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional menyediakankakitangan sepenuh masa yang akan berkhidmat menerima sebarang aduan atau punpermasalahan daripada rakyat.

KoordinatorBN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata,   rakyat Selangor boleh menghubungi Talian PAKAR di nombor 1-300-22-2626 padabila-bila masa. Pihak Barisan Nasional akan berusaha untuk menjadipenghubung antara Rakyat dan pihak agensi yang bertanggungjawab ke atas masalahyang dilaporkan. Pusat khidmat ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petangsetiap hari Isnin hingga Jumaat.

"KewujudanPusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional secara talian ini juga menunjukkankomitmen BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan lebih mesra rakyat.Selepas ini, jika rakyat rasa sukar untuk menghubungi mana-mana Wakil RakyatBarisan Nasional, maka mereka boleh terus menghubungi Talian PAKAR dan pihak BNSelangor akan memastikan YB Wakil Rakyat tersebut berhubung terus dengan rakyatyang menghadapi masalah.

Selainmenalefon untuk melaporkan masalah yang melibatkan kepentingan awam sepertimasalah sampah, masalah banjir, masalah alam sekitar yang tidak dikendalikandengan baik oleh Kerajaan PR Selangor, Rakyat Selangor juga boleh menelefonPusat Khidmat Rakyat Barisan NAsional untuk mendapatkan maklumat mengenaiproduk-produk Barisan Nasional seperti B1RM, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysiadan sebagainya. Pusat Khidmat ini boleh lah diandaikan sebagai 'one stopcentre' untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat," ujarnya kepada pemberitadalam sidang media sebentar tadi.

Tambahnya,selain menerima panggilan dari Rakyat, Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasionaljuga akan membuat panggilan kepada rakyat berdasarkan number telefon yangdidapati daripada pihak Jentera BN sendiri melalui kajian rambang dan aktivitidi kawasan masing-masing.

"PusatKhidmat Rakyat Barisan Nasional ini bukan sahaja akan digunakan sebagai salahsatu medium untuk berkempen, tetapi juga akan terus dikekalkan sehingga selepasPilihan Raya ke-13 serta menjadi medium untuk Rakyat berhubung dengan pihakParti. Inisiatifini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak sekadar bercakap kosong tetapimembuktikan setiap kata-kata dan janji yang di ucapkan oleh pemimpin tertinggi. 

Barisan Nasional akan terus berkhidmat kepada Rakyat Selangor tanpa mengirakaum, agama mahupun parti politik. Langkah mewujudkan Pusat Khidmat RakyatBarisan Nasional ini merupakan satu langkah kehadapan dan bukti bahawa BarisanNasional serius ingin berkhidmat kepada Rakyat Selangor," ujarnya yang jugaSetiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Minimum 10 Hari Untuk Berkempen Bagi PRU-13

Posted: 22 Apr 2012 08:36 PM PDT


Pilihanraya Umum ke-13 kali ini akan menyaksikan tempoh masakempen selama 10 hari minimum, akses penuh bagi media kepada semua parti-partipolitik dan undi pos untuk media, pekerja pilihanraya dan juga rakyat yangberada di luar negara, menurut Suruhanjaya Pilihanraya.

Panel SPR, yang ditemui kelmarin, telah bersetuju untukmelaksanakan kesemua cadangan yang dibuat, juga termasuk 22 cadangan lain yangdiketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan akanperkara tersebut dalam satu kenyataan.

Suruhanjaya tersebut telah melaksanakan tujuh daripada 10 cadanganyang dibawa oleh jawatankuasa itu di dalam laporan mereka.

Berkenaan dengan cadangan lain yang diketengahkan olehJawatankuasa Khas Parlimen, tujuh daripada panel yang terlibat telah bersetuju untuk melaksanakan kajian terhadapperlaksanaan cadangan tersbeut.

"SPR kini sedang bertungkus-lumus dalam menyelesaikanpelbagai masalah yang berkaitan dengan PRU. Kami sentiasa berusaha untukmeningkatkan kualiti proses pilihanraya selaras dengan rangka kerjaundang-undang dan keupayaan kami untuk melaksanakannya, " kata beliau.

Bagi tempoh untuk berkempen, Abdul Aziz berkata bahawa SPR akanmenentukan perihal tersebut dalam satu mesyuarat khas setelah Parlimendibubarkan dan juha tarikh-tarikh penting bagi PRU-13.

SPR juga telah bersetuju untuk mengambil beberapa langkah pentingsupaya setiap parti dan calon boleh mendapat akses yang adil kepada media."Untuk perkara ini, kami akan mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketuaparti bagi membingcangkan akan hal ini," tambah beliau.

SPR juga telah bersetuju untuk menambah jumlah kemudahan undi posuntuk digunakan oleh rakyat yang berada di luar negara. "Cara ini adalahcara yang paling sesuai. Setiap undi yang dibuat akan dihantar kepegawai-pegawai negeri bagi mereka yang sudah mendaftar sebagai pengundi,"
Bagi media pula, SPR menyatakan bahawa mereka perlu memohon untukundi melalui pos kepada pegawai di kawasan masing-masing dan permohonan merekaperlulah disahkan oleh majikan mereka.

Bagi pekerja pilihanraya pula, suruhanjaya tersebut berkata bahawamana-mana pegawai pilihanraya yang bertugas semasa hari pengundian dijalankan,mereka boleh membuat undi secara pos.

Bagaimanapun, SPR akan memberi lebih perhatian bagi mereka yangbertugas di kawasan pengundian. "Pengundi-pengundi ini akan membuat undianmereka di tempat kerja," kata beliau.

Isu perbezaan kenyataan antara Ahli Majlis Kajang Lee Kee Hiong antara RCI Teoh Beng Hock dan Portal Free Malaysia Today

Posted: 22 Apr 2012 07:34 PM PDT


Ahli Majlis Kajang Lee Kee Hiong yang juga saksi dalam kes TeohBeng Hock ketika disoal di bawah sumpah pada Suruhanjaya Diraja mengakui beliauterlibat dengan dua buah syarikat iaitu WSK Services dan Hong Chae Enterprise.

Lee Kee Hiong juga merupakan bekas pembantu kepada Exco Ean YongHian. Namun begitu, beliau memberikan kenyataan berbeza ketika disoal olehpihak wartawan dan kenyataan beliau dikeluarkan oleh portal Free MalaysiaToday.

Beberapa ahli DAP tidak berpuas hati kerana tiada tindakan dikenakanke atas beliau.Laporan awal menyatakan bahawa WSK Services memasukkan sejumlahwang ke dalam akuan DAP cawangan Serdang Aman.


Ulasan

Perbezaan kenyataan antara portal Free Malaysia Today dan laporanRCI menunjukkan beliau tidak amanah dan tidak menghormati Suruhanjaya Dirajayang dinaungi oleh YDP Agong.

Boleh rujuk laporan RCI TBH untuk perbandingan. Muka surat 37kalau tak salah. Dijangka tindakan susulan ialah pihak DAP yg tidak berpuashatiakan melaporkan kepada YDP Agong.

p/s sumber dari pihak dalaman DAPsendiri.

VIDEO: Anak Muda BN Diminta Turun Padang Sedarkan Rakyat Kepentingan Sokong BN - Muhyiddin

Posted: 22 Apr 2012 06:45 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui, Pilihanraya Umum ke12, Barisan Nasional telah menghadapi ujian yang cukup getir, malah di beberapa kawasan penting telah dikuasai pakatan pembangkang.

"Kini selepas hampir tiga tahun berlalu, usaha yang tekah dibuat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO, semangat rakyat telah kembali untuk memberikan sokongan yang cukup padu kepada kerajaan BN.


Baca seterusnya di sini..... 


Dulu Kawan Lama, Kini TIBAI Anwar

Posted: 22 Apr 2012 05:35 PM PDT


Kira-kira 3000 orang hadir untuk memberikan sokongan sempenaMajlis Pelancaran Kelab TIBAI – Tolak IndividuBernama Anwar Ibrahim di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru malam tadi.

Kelab ini telah dirasmikan Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASAyang merupakan teman se'penjara' Anwar satu ketika dulu.

TIBAI diketuainya Musyidul Amnya, Zahid Md Arip bersama 28 ahlimajlis Syura.

Ahli Majlis Syura TIBAI dianggotaioleh bekas-bekas seperjuangan bersama Anwar Ibrahim seperti SD Johari MdYassin, Ng Lum Yong, Wan Indra Putra, Ruslan Kassim,  Nazmi Rusly, UmmiHafilda Ali, Hamidzun Khairuddin, Auar Shaari dan Rahimi Osman, manakala Dato'Zulkifli Nordin dan Senator Ezam Mohd Noor merupakan penasihat TIBAI. 











BN Pilihan Orang Muda Di Kuala Lumpur (02)

Posted: 22 Apr 2012 04:31 PM PDT


Berikut adalah suasana di sekitar Majlis Pelancaran BN PilihanOrang Muda peringkat negeri Wilayah Persekutuan semalam oleh Tan Sri MuhyiddinYassin….









TIBAI Tak Dapat Sambutan...

Posted: 22 Apr 2012 05:43 AM PDT

Perrgghhh....

Kelab Sultan Sulaiman (KSS) Kg Baru. malam nie bergema dengan laungan perkataan TIBAI...

Eman Rafie sedang menghangatkan suasana malam dengan laungan TIBAI ...

Kerusi dalam dewan hampir dipenuhi, namun orang di luar dewan masih ramai yg berborak dengan kawan-kawan ....

Berita selanjutnya selepas nie....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Muhyiddin Ajak Anak Muda BN Turun Padang Sedarkan Rakyat Kepentingan Menyokong BN

Posted: 22 Apr 2012 02:42 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui,Pilihanraya Umum ke12, Barisan Nasional telah menghadapi ujian yang cukupgetir, malah di beberapa kawasan penting telah dikuasai pakatan pembangkang.

"Kini selepas hampir tiga tahun berlalu, usaha yang tekah dibuatDatuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN danPresiden UMNO, semangat rakyat telah kembali untuk memberikan sokongan yangcukup padu kepada kerajaan BN.

Hari ini, kita mengajak semua anak muda, sebagai pemimpin-pemimpinmuda di akar umbi, tampil ke depan untuk memberikan satu kesedaran baru,komitmen tinggi kita untuk menyedarkan anak-anak muda samaada mereka sudahbersama BN atau mereka masih di luar BN kerana peranan kita adalah untukmenentukan mereka yakin bahawa BN, parti yang terbaik, parti yang membela nasibrakyat secara keseluruhannya," ujarnya ketika merasmikan Program BN PilihanAnak Muda peringkat negeri Wilayah Persekutuan, pagi tadi.

Tambahnya, golongan muda di negara ini diajak untuk bersama-samakerajaan menentang ideologi baru bawaan pakatan pembangkang, khususnyaberkaitan keberanian mempertikai perkara yang terkandung dalam PerlembagaanNegara.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai cuba "menjahanamkankerajaan", Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan mempertikai apa yang dilakukankerajaan dalam perkara yang termaktub dalam perlembagaan, yang didakwa tidakadil kepada rakyat oleh pembangkang merupakan satu tohmahan yang sengaja diputarbelit untuk mengelirukan rakyat.

"Puak pembangkang ini telah membawa ideologi baru dengan mempersoalkanbanyak perkara yang telah kita terima selama ini, persoalkan sebahagian besarperuntukan dalam Perlembagaan Negara dengan menyatakan bahawa BN tidak berlakuadil kepada semua kaum dalam negara. Itu semua tohmahan.

Sebab itu, saya nak mengajak anda semua untuk menentang mereka iniyang merupakan puak-puak yang hendak menjahanamkan Negara. Kita semua anak mudaBN supaya meneruskan momentum sokongan yang bertambah baik kepada parti itu denganturun padang bertemu setiap pengundi muda bagi menyedarkan kepentingan menyokongBN," tambahnya yang mengajak  anak mudaBN adalah turun ke seluruh pelosok di Wilayah Persekutuan untuk bertemupengundi dan memujuk mereka untuk bersama berjuang dalam BN.

Hadir sama Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO,Datuk Rosnah Rashid Shirlin manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri HishammuddinHussein turut hadir memberikan sokongan namun beredar sebelum majlis bermulakerana ada program lain yang beliau harus hadiri.

Beliau, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan mahu golonganmuda terutamanya Pemuda BN perlu tampil menjadi benteng bagi mempertahankannegara daripada menjadi bahan tohmahan pihak berkenaan yang semakin lantangkebelakangan ini.

"Saya mahu anak-anak muda BN, Pemuda BN mahupun Puteri supayameneruskan momentum sokongan yang bertambah baik kepada BN hari ini. Kita turunpadang bertemu setiap pengundi muda, lelaki mahupun perempuan bagi menyedarkankepentingan menyokong BN.

"Janjikan kepada mereka bahawa BN akan membela nasib mereka. Jumpamereka dengan cara kita yang baik, sopan, dengan perkataan yang sesuai, pujuksupaya mereka yakin BN akan membela nasib mereka sekarang dan juga di masa depan,"ujarnya lagi.

The Unspinners

Posted: 22 Apr 2012 11:42 PM PDT

The Unspinners


Putrajaya yang mahu dituntut sebenarnya

Posted: 22 Apr 2012 09:00 PM PDT

50 sebab perlu TIBAI

Posted: 22 Apr 2012 05:30 PM PDT

BN against PAS dictatorship in Kedah

Posted: 22 Apr 2012 05:39 AM PDT

Taukeh dibelakang demo halang RAPID Pengerang?

Posted: 22 Apr 2012 02:30 AM PDT

oyabun

Posted: 22 Apr 2012 11:41 PM PDT

oyabun


GAPS desak Dewan Rakyat lucut jawatan Anwar!

Posted: 22 Apr 2012 09:35 AM PDT

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini sebulat suara mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kerana didakwa terlibat dalam perbuatan tidak bermoral.

Desakan itu dinyatakan oleh Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang mendakwa bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam amalan tidak bermoral justeru, tidak melayakkannya untuk menduduki jawatan berkenaan.

Ini kerana, beliau memberikan empat alasan mengapa Anwar itu harus dilucutkan jawatan Ketua Pembangkang antaranya ialah penghakiman kes liwat pertama membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Jelasnya, berdasarkan penghakiman tersebut yang dipetik menerusi Malayan Law Journal, Hakim Mahkamah Persekutuan secara jelas tidak menafikan bukti bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual.

"Begitu juga dengan kes liwat kedua melibatkan Anwar dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mana Hakim Mahkamah Tinggi tidak menyatakan kejadian liwat tidak berlaku, cumanya bukti tercemar ketika proses siasatan. Dia (Anwar) dilepaskan atas sebab-sebab teknikal.

"Begitu juga dengan pendedahan video seks China Doll yang dikatakan membabitkan Anwar sebelum ini.

"Selain itu, kita juga merujuk kepada pendedahan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan sebelum ini yang mendakwa Anwar menjalin hubungan sulit dengan isteri orang yang membuktikan aktiviti salah laku moral Ahli Parlimen Permatang Pauh itu," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Merdeka Melayu Malaysia, Abdul Ghani Haroon dan Timbalan Presiden Kelab Perpaduan Insan Malaysia, K. Arumugam.

Pada masa sama, Hamidzun turut menyatakan bahawa Parlimen tidak sepatutnya diwakili oleh mana-mana individu yang mengamalkan seks bebas dan songsang.

"Justeru, kita mahu sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara 'dibersihkan' daripada unsur-unsur tidak bermoral ini," tegasnya.

Hamidzun turut menyatakan pendirian pihaknya termasuk NGO-NGO lain yang mahu agar Dewan Rakyat mengemukakan usul melucutkan Anwar daripada jawatan Ketua Pembangkang.

Ini kerana, usul sedemikian dilihat penting bagi memastikan keanggotaan, kredibiliti serta imej Parlimen itu dapat dipertahankan.

Wasabi Oyabun..

Memang ada cadangan dari PTPTN sendiri mahu hentikan pemberian pinjaman sebelum ini, tetapi belum muktamad!

Posted: 22 Apr 2012 02:33 AM PDT



Cadangan belum muktamad, tidak akan laksanakan jika kerajaan tolak!

Nov 2011 : Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencadangkan untuk tidak memberi pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dimasa akan datang bukan satu keputusan muktamad, kata pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata, ia adalah satu cadangan dan akan dikemukakan kepada kerajaan memandangkan perbadanan mengeluarkan peruntukan yang besar setiap tahun kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

" Ia juga salah satu usaha untuk mengatasi bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi perbadanan tersebut kerana ramai bilangan pemimjam yang tidak menjelaskan bayaran pinjaman mereka, bagaimanapun pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diteruskan," katanya kepada Bernama sbelum ini!

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober tahun lalu membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

Ismail berkata, keputusan muktamad mengenai cadangan itu hanya akan diputuskan kerajaan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

" Jika ia tidak dipersetujui, kita tidak akan melaksanakannya, malah pinjaman tersebut akan diteruskan bagi kepentingan pelajar, jadi saya berharap ibu bapa dan pelajar tidak perlu bimbang mengenai perkara itu," katanya.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata, sehingga ini, sebanyak 1.87 juta pelajar telah mendapat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.60 bilion.

Pada tahun 2012, katanya dijangkakan 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 Sept 2011 lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik sepatutnya adalah RM6.2 bilion.

Jadi cuba bayangkan apa yang bakal berlaku jika pinjaman pembiayaan PTPTN ini diberhentikan? Bukankah ianya akan menimbulkan beban kepada mereka yang akan meneruskan pelajaran keperingkat uiversiti!

Ada juga yang mengatakan jika pinjaman tersebut diberhentikan, ianya satu bentuk penganiayaan kepada penuntut Melayu dan bumiputra yang lain. Mungkin betul apa yang diperkatakan, tetapi bagaimana jika sudah meminjam tidak tahu pula hendak membayar balik sehingga membebankan kantung peminjam malah juga memberi kesan kepada para peminjam (pelajar) baru yang hendak membuat pinjaman pembiayaan pelajaran mereka!

Kepada para pendemo yang didalangi oleh parti pembangkang baru-baru ini di Kuala Lumpur yang menuntut supaya pinjaman PTPTN dimansuhkan, adakah mereka-mereka ini sudah membayar semula pinjaman mereka?

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 22 Apr 2012 11:38 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Gimik Pelancaran TIBAI Memang A....

Posted: 22 Apr 2012 07:00 PM PDT

Majlis pelancaran TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) di sempurnakan oleh datuk ibrahim ali, presiden PERKASA di dewan kelab sultan sulaiman, kampung baru kl.

Gimik pelancaran memang A, korang tengok sendiri video tu, muntah darah kalau anwar tengok.


Kak min, bekas ketua wanita pkr penang dan rahimi, bekas pegawai khas anwar.




Murshidul am tibai, zahid mat arip.

Barisan majlis syura tibai yang akan menibai anwar sehingga pru 13.

Datuk ibrahim ali, presiden perkasa.

Ini lah yang aku cakap, gimik pelancaran tibai, memang A beb.. anwar sepatutnya kena rotan masa kes liwatnya yang pertama dulu, tapi pasal dia dah tua, jadi hakim kesian, maka dia terlepas hukuman rotan.


Cenderamata untuk presiden perkasa, boxing glove.. khas untuk dia tinju anwar dalam parlimen.

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 22 Apr 2012 11:23 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


J’ai maintenant des professionnels agrees de travail black jack en ligne

Posted: 22 Apr 2012 06:58 AM PDT

Voici comment se débarrasser des problèmes machines a sous au maroc commun.

Ha! scellé été par video pokerr.

C’est à mon jeux de machinesa sous en demo étonnement utiles grand peut varier beaucoup d’une marque à. Pour quelqu’un comme moi, il est évident que je serais retraites tout que l’éluder aussi peu simplement possible. C’est ce que une multitude à manque nous jeux de carte. C’est une méthode sournoise de ce prétexte auxiliaires vous avez vraiment envie et besoin. machine :a sous sans inscription a certainement était hors de moi comme une coupe au-dessus.
C’est Cuba essentiel. Il est essentiel que découvrez vous une gems cazino galvaudé, c’est met en anglais le sablier a l’époque victorienne plaine.

J’ai l’intention de machine a sous kingdom treasure avoir, parce que c’est tellement saillants pour interagir avec cette réserve. C’est mon avis d’un spécialiste. Il y mines une baisse inattendue des ventes pour ce mois-ci machine a sous thunder struck 11. Je vais vous montrer pourquoi critique film ghost pirates n’a pas de chance contre jeux gratuit jouer seul sans inscritions.
Nous n’avons pas besoin de savoir ce hurlement vous sortez de jeux gratuits machine a sous sans téléchargement. C’est OPA façon de travailler votre chemin en donnant gratuitement jouer machines a sous gratuit en francais. Mais, pourquoi ? J’étais impériale colère. Par ne organisme quel mobs entrées marchandises machimes a sous gratuites ?

La première question chercher devriez vous est nouvelles machines a sous en 3d. Ces idées ont impressionnants.

J’avais peur de ce jeux machines a sous gratuite rendrait cette eventuation banalisée.

Belantan

Posted: 22 Apr 2012 11:23 PM PDT

Belantan


PR Takut Angin Perubahan di Selangor!

Posted: 22 Apr 2012 07:54 PM PDT

Tindakan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan Negeri Selangor tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), bukti gabungan tersebut takut angin perubahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan mencari alasan lain sememangnya cara PR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lari dari kenyataan sebenar. Menurutnya, keputusan terbaru PR ini bercanggah dengan pendirian Kerajaan Negeri yang memutuskan untuk menyertai PRU13 selepas enam bulan pertama, 2012.

"Ini bukti PR takut berhadapan dengan rakyat, kerana kita telah nampak angin perubahan bertiup kencang di Negeri Selangor. "Oleh kerana sekarang sudah memasuki April dan masih belum nampak pilihan raya akan diadakan, maka Anwar mencari alasan lain untuk tidak menyertai PRU-13," katanya kepada media selepas merasmikan Program Jimat Belanja Dapur, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa Negeri-negeri di bawah PR terutama Negeri Selangor berkemungkinan besar tidak menyertai PRU-13, sekiranya daftar pemilih masih diragui.

Noh berkata, beliau tidak hairan tindakan PR yang selalu menukar kenyataan untuk menyelamatkan diri kerana tindakan tersebut dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Negeri Selangor.

"Ini semua gimik untuk menarik perhatian rakyat, dari hakikat sebenar bahawa di Selangor ini, mereka tidak dapat menahan angin perubahan ini," katanya.

Menurutnya, PR kini tidak lagi mempunyai kumpulan sokongan untuk digunakan dalam pilihan raya, ini kerana kumpulan seperti Hindraf telah sedar dan beralih sokongan.

"Golongan India kini sudah kembali menyokong BN, terbaru lebih 5,000 orang India hadir dalam program saya di Taman Sentosa," katanya.

18 April lalu, Anwar mengumumkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak akan menyertai PRU-13 sekiranya ia diadakan dalam tempoh terdekat ini. Menurutnya, biarpun perkara itu secara terperinci sudah dikemukakan ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC) dan dibentangkan untuk dibahaskan namun jawapan yang diterima masih hambar.

Anwar berkata, pihaknya kesal janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi yang masih belum dilakukan dan terdapat usaha meneruskan cara kaedah penipuan dalam pilihan raya akan datang.

Apakah Pakatan Rakyat Selangor sedang kepanasan dan takut dengan bayang-bayang mereka sendiri! Ingat, tiada lagi 'tempoh lanjutan' untuk memerintah Selangor lagi selepas PRU ke-13 nanti? Fikir-fikirkan lah...!!!











Suara Politik
Taminsari

Selangor Bangkit : Siri 3/3 - ISU HUTANG TALAM CORPORATION!

Posted: 22 Apr 2012 07:48 AM PDT

sambungan dari Siri 2/3..

Pengambialihan hutang Talam Corporation kaedah roundtripping mendedahkan kerajaan negeri dengan risiko dan implikasi kewangan

Pertama : Menteri Besar Diperbadankan (MBI) menanggung beban mengutip hutang kerana ia diberikan geran RM 392 juta oleh kerajaan negeri. Jika dahulu anak syarikat yang menanggung risiko hutang, kini kerajaan negeri kerana memberikan geran kepada MBI.

Kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini tidak mengambil alih hutang-hutang Talam daripada anak syarikat kerajaan negeri kerana mahukan CEO-CEO yang dibayar gaji bertanggungjawab terhadap setiap perjanjian yang mereka buat dengan pemaju termasuk Talam.

Kedua : Kerajaan negeri dan SIC dijangkakan membelanjakan sekitar RM 1 juta untuk melaksanakan round-tripping ini. RM 1 juta digunakan untuk membiayai khidmat guaman dan konsultan yang tidak perlu. Ini hanya merugikan wang. Apakah mekanisme round-tripping ini boleh dilakukan secara percuma apabila ia melibatkan dokumen dan perjanjian tertentu?
Apakah mungkin institusi seperti CIMB Bank tidak akan mengenakan sebarang caj?

Ketiga : SIC juga menanggung beban faedah sekitar RM 70 ribu sehari untuk jangka masa antara 3 hari sehingga seminggu dari proses pembelian hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri oleh SIC, sehinggalah kepada SIC membayar semula hutang tersebut kepada bank.

Keempat : Kerajaan negeri akan mempunyai kecenderungan untuk membelanjakan lebih daripada sumber yang ada. Roundtripping ini bertujuan untuk menunjukkan peningkatan untung dalam akaun biar pun tiada untung sebenar.

Proses pembayaran balik hutang syarikat Talam Corporation oleh kerajaan Selangor juga tidak telus diselubungi dan tersasar daripada segi tempoh dan jumlah.

Jumlah hutang Talam Corporation kepada anak-anak syarikat negeri yang dibeli oleh SIC, jumlah geran yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada MBI dan pembiayaan SIC daripada CIMB Bank berjumlah RM 392 juta. Maknanya RM 392 juta inilah jumlah yang terlibat dalam permainan round-tripping.

Dinyatakan kerajaan negeri juga berjanji untuk mengutip hutang Talam dalam masa 3 bulan.

Pertama : pada Mac 2010, menurut the malaysianinsider YB Menteri Besar mengumumkan hanya lebih RM 50 juta sahaja dikutip dalam bentuk tunai dan aset. Kutipan ini juga menimbulkan banyak pertanyaan kerana ia diumumkan oleh Menteri Besar tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada Talam Corporation. Amat mustahil bagi sebuah syarikat senaraian awam yang berada dalam kedudukan kewangan yang kurang baik seperti Talam membayar hutang sebesar itu tanpa sebarang pengumuman rasmi.

Timbul juga pertanyaan, jika RM 50 juta tersebut tunai ok, tetapi jika dalam bentuk pengambilalihan aset siapa yang menilai? Bukankah sepatutnya pembayaran hutang ini juga dalam bentuk tunai kerana jumlah RM 392 juta dalam permainan round-tripping ini adalah tunai. Janjinya ialah untuk mendapatkan wang tunai.

Pada hal kerajaan negeri cukup sinis dengan usaha kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini yang didakwa tidak cekap kerana menjalankan usaha mengambil alih aset Talam bukannya wang tunai.

Kedua : pada 16 Mac akhbar The Star melaporkan Talam Corp telah membuat perjanjian dengan MBI untuk melunaskan hutang sebanyak RM241.4 juta melalui penyerahan aset dan sebanyak RM12.7 juta melalui tunai.

Maka timbul persoalan berikut:

1. Berapakah nilai sebenar hutang Talam Corporation kepada anak syarikat negeri adakah RM 392 juta atau hanya RM241.4 juta? Jika jumlah awal RM 50 juta dicampurkan dengan RM241.4 juta maka menjadi RM 291.4, maka masih kurang RM 100.6 juta.

2. Atau adakah jumlah RM241.4 juta ini termasuk jumlah RM 50 juta yang telah diumumkan pada awalnya. Maka itu jumlah yang masih terhutang lebih tinggi iaitu RM 150 juta.

3. Apakah Talam Corporation sebagai syarikat senaraian awam telah membuat pengisytiharan dan penjumlahan hutang yang silap atau kerajaan negeri yang tersilap?

4. Jika hanya RM12.7 juta melalui tunai, maka meninggalkan baki RM 228.7 dalam bentuk aset hartanah. Maka timbul kembali persoalan sebelum ini, siapakah yang menilai asset ini? Apakah jaminan bahawa aset ini mempunyai nilai yang setara atau mungkin lebih baik melebihi daripada nilai hutang?

Kesimpulan

Rakyat bukanlah terlalu bodoh kerana tidak tahu menilai dan Kerajaan Negeri tidaklah begitu bijaksana. YAB Menteri Besar telah menggunakan wang rakyat untuk membeli hutang syarikat korporat dalam proses pengurusan hutang Talam namun tidak telus dan tidak berterus-terang dalam soal ini.

Untuk itu digesa supaya Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Dewan Undangan negeri melakukan siasatan terhadap keseluruhan proses pengambilalihan hutang Talam Corporation dengan bantuan kerajaan negeri ini.

Suara Politik
Taminsari

Selangor Bangkit : Siri 2/3 - ISU HUTANG TALAM CORPORATION!

Posted: 21 Apr 2012 11:20 PM PDT

...sambungan dari Siri 1/3..

Pengambilalihan hutang ini menunjukkan kerajaan negeri prihatin dengan syarikat korporat swasta tetapi menindas dan organisasi yang bermotifkan pembangunan social untuk rakyat Selangor.

Tujuan, keikhlasan dan justifikasi kerajaan negeri untuk menyelamatkan syarikat Talam adalah pelik, tidak munasabah dan zalim kepada rakyat.

Kerajaan negeri sanggup menggunakan wang rakyat semata-mata untuk menyelamatkan sebuah syarikat korporat swasta. Yang pelik dan memelikkan, pada masa yang sama kerajaan menekan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) sehingga mahu merampas tanah milik YBK.

Kenapa kerajaan negeri begitu lunak dan sanggup bersusah payah membantu Talam Corporation sehingga mempertaruhkan wang rakyat? Pada yang sama kerajaan negeri menindas hak golongan miskin di negeri Selangor.

Apakah ada udang di sebalik batu? Apakah kerana dendam tidak dapat habuan maka YBK ditindas. Ingatlah pemimpin suka berdendam membawa negeri ke arah jahanam.

Inovasi pengambialihan hutang Talam Corporation hanyalah publisiti murahan untuk memperbodohkan ADUN dan rakyat yang tidak faham perakaunan.

Di fahamkan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) pula akan menguruskan kutipan hutang Talam Corporation sebanyak RM 392juta. Lebih mengelirukan, sungguhpun ia diletak di bawah pentadbiran MBI, Menteri Besar, mengikut laporan Malaysiakini.com, kerajaan negeri masih mengarahkan anak syarikat kerajaan negeri seperti KDEB dan PNSB mengutip hutang tersebut dalam masa tiga bulan.

Justeru, di manakah letaknya releven kaedah yang diguna pakai ini jika hutang masih dikutip oleh anak-anak syarikat negeri seperti keadaan asal? Adalah pelik aksi silap mata ini dipertontonkan jika akhirnya hutang tetap dikutip oleh anak syarikat.

Jika itu yang berlaku, sebenarnya kerajaan masih boleh mengutip hutang cara biasa iaitu anak-anak syarikat mengutip terus dari Talam Corporation seperti keadaan asal.

Sedangkan sewaktu Barisan Nasional dahulu kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas pada 2007 yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua anak syarikat terbabit bagi mengutip hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Antara tindakan yang dalam proses ketika itu ialah rundingan pengambil alihan aset-aset dan hartanah Talam seperti Kelab Golf Bukit Beruntung dan beberapa hartanah lain. Selain itu tekanan juga dibuat dengan membekukan projek-projek "akan datang" yang membabitkan syarikat tersebut sehingga hutang mereka kepada kerajaan negeri dilangsaikan.

Persoalannya bagaimanakah usaha pengambilalihan hutang ini dapat memaksa atau melunturkan syarikat Talam Corporation agar membayar hutang? Justeru, tiada apa-apa inovasi, yang ada hanyalah permainan silap mata untuk memperbodoh, mengelirukan dan menghiburkan para ADUN dan rakyat Selangor yang tidak faham perakaunan.

bersambung ke Siri 3/3..













Suara Politik
Taminsari

sekupangdua

Posted: 22 Apr 2012 11:17 PM PDT

sekupangdua


SELAYAKNYA HARAM JADAH DAN KIMAK DIBAGI TAPAK KAKI TANG MUKA

Posted: 22 Apr 2012 09:34 PM PDT



Kalau adik beradik teman dah lama hinggap pelempang tang muka, anak siapa yang amat kurang hajor dalam Video nie, memang patut la sekumpulan pemuda yang datang menyerbu mereka, kenapa dengan penguatkuasa bukan main lagi dema jadi hero tapi dengan pemuda-pemuda yang datang serbu tak pulak berani dema panggil anjing atau babi kerajaan.

Apakata pihak polis atau DBKL paparkan muka samseng gay ni supaya senang sikit nak cam pencacai Pakatan Rakyat atau kumpulan penyokong Gay dan ambiga nie, senang sikit nak tengok muka samseng haram jadah nie,

Kita tak heran sangat pasal pencacai ni yang kaki angguk dengan Nuar gay, sebabnya kalau kencing tak lawas pun akan disalahkan UMNO, apalagi kalau balun belakang jubo atau amoi made in china pun dia kata UMNOlah puncanya, jadi tak heran ler sangat spesis mahasewel ni yang tertelan kencing terlalu banyak, makin kuat angguknya dan dalam kepala otak tentunya dia akan salahkan UMNO, hehehe... munasabahker kalau dalam video pun anwar yang sedap UMNO yang dihalakan penyebabnya

Pada teman senang jer, mahasewel yang bodo ni pun lansung tak guna kepada negara, pecat jer... banyak yang lain na kbelajor, buakan macam perangai haram jadah ni, sepatutnya dibagi tapak kaki jer tang muka, nyusahkan negara dan malukan bangsa! kepala toya la mahsiswa haram jadah!

SEBUKNYA ADUN PASIR PANJANG MELAWAT KAWASAN...

Posted: 22 Apr 2012 06:33 PM PDT

Bukan main marah lagi bila siNiza lambei apabila mendakwa sidang dun tak bagi ruang dan peluang padanya bila disidang dun, sebaliknya dibongkarkan oleh bloggers yang dia lansung tak pernah memint ruang samaada berlisan atau bertulis untuk membahaskan dun pasir panjang semenjak PRU 12 hinggalah nak ke PRU 13, sebaliknya isu-isu bodo macam dalam ceramah yang dibawa kesidang dun

Baru- baru ni bukan main sebuk dia ke kampar dan bergambar dalam air banjir yang kononnya perihatin kepada mangsa banjir, dalam blog haprak pencacainya kononnya seawal 3 pagi dibekejar kesana dan letak gambar yang terang benderang seolah jam 11 pagi, ishhh kalau dah dasar suka berbohong ni, dia anggap semua rakyat macam pencacai yang duduk dibawahnya pulak senang dikelentong. Bukan setakat itu sahaja teman sendiri terserempak dengan kumpulan yang mengedarkan risalah memfitnah kerajaan dan pemimpin di sekitar Tambun dan tanjung rambutan, malah siap menceritakan kepada rakyat kononnya BN, UMNO malah Kerajaan lansung tidak membela nasib mangsa- mangsa banjir di kampar, alangkah cabulnya mulut dengan fitnah dan beperamgai haram jadah disebalik menjaga sunnah nBi masih lagi boleh berbohong, teman sendiri telah ke kampar bersama DS Dr Zambry Kadir yang membuat lawatan mengejut kerana menerima berita musibah tersebut.

Hari ini kita didedahkan lagi bila silambei yang suka populariti dan jaga tepu kain orang suka sangat meny obuk berada di dataran merdeka melawat cacaian mahasewel yang memalukan imej negara dan bangsa, naik muntah bila melihat dia mundar mandir dengan harapan jurugambar atau wartawan akan meletakan gambarnya di muka surat khabar dan log cacaian dia.

Di pusat khidmat dun pasir panjang rakyat oun tahu bila dia longgokan dan tinggalkan semua beban ke keraninya zul, mana rakyat tak marah, dia ni pemimpin ker atau palatkon? Dalam rumah bumbung bocor tapi sibuk demonstrasi rumah orang lain yang patut dibantu! Cukup cukuplah dengan lakonan dengan sengehnya. RKyT perak cukup tahu masa dia berjawatan nom 1 di perak tikang apit dia kiri kanN tak pernah lepas termasuk didLam sidNg Dun Perak sendiri, ken kontrol nak gila dibuatnya, supaya boleh menurut arahan dan perintah mereka, macam biasa lakunannya agak mudah menjadi menteri besar yang perlu sengeh dam melambai... Hehehe ada hati nak challange Pelakon Popular nampaknya si lambei nie...

Panglima Perang Cyber

Posted: 22 Apr 2012 11:13 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Bukti Kereta Lamborghini Lebih Teruk Kemalangan Berbanding Proton Preve'

Posted: 22 Apr 2012 10:00 PM PDT


Sebelum kemalangan



Selepas kemalangan


Dahsyat !





Mahu lagi ? Tengok kereta Ferrari terbakar


























Gambar @UstazAzharIdrus LIKE PAS - Bukti Pegangan Politik Beliau ?

Posted: 22 Apr 2012 07:42 PM PDT


Sebelum ini Ust Azhar Idrus menerima pertanyaan berhubung status politik beliau dan menafikan beliau adalah ahli PAS. Begitu juga beliau turut menafikan mempunyai minat menjadi calon PAS seperti keratan berita di bawah.

ustaz azhar idrus calon pas ladang

Dalam gambar terbaru dari blog MPP http://mediapermatangpauh.blogspot.com/  jelas kecenderungan beliau ke arah PAS.





Dalam hal ini kita sedar bahawa kita tidak boleh memaksa sesiapa mengikut pegangan politik seperti kita. 

Namun kesahihahan gambar di atas belum dapat dipastikan kecuali selepas kenyataan pihak Ustaz Azhar Idrus  mengesah atau menafikannya. 

Jika benar ia super impose maka jelas pihak PAS sudah terdesak untuk mencari sokongan rakyat umat Islam menjelang PRU13 selepas isu agama gagal ditangani oleh mereka kerana faktor puak Erdogan yang semakin menguasai PAS.

Jika benar gambar di atas maka kita yakin beliau akan mengikut jejak langkah penceramah terkenal di TV yang mengambil langkah undur ke belakang apabila menceburkan diri dalam arena politik yang meloyakan tekak umat Islam untuk menelan ilmu mereka kerana hilang aura barokah yang terkandung di dalamnya. 

Ini akibat dari tujuang asal mengajar sudah berubah dari niat kerana ALLAH kepada undi agar tidak KALAH.

Panglima berharap pihak UAI dapat membuat seringkas mungkin penafian samada di twitter atau FB tentang perkara ini.

Harapan kita ialah sebarang perkara yang boleh merosakkan semangat pengikut setia beliau yang tekun belajar meningkatkan ilmu namun mempunyai pendirian politik menolak PAS - akan selesai dengan segera tanpa syak wasangka.

Jika mahu belajar tidak kira sokong siapa boleh sahaja asal tidak mengikut langkah politik parti Pakatan Rosak  yang jelas ditolak oleh tokoh ulama terkemuka Malaysia iaitu Prof Dr Uthman El Muhammady berdasarkan artikel ini.


Menyokong PAS adalah menyokong Anwar....

Jangan lupa 18 surat Anwar Ibrahim kepada pemimpin Yahudi Amerika  yang jelas menunjukkan siapa diri beliau sebenar.


Tulisan Panglima berhubung pendirian politik UAI sebelum ini ada di sini :

http://www.penembak-tepat.com/2012/02/berita-gembira-ustaz-azhar-idrus-tidak.html


Dahsyat Bila Perempuan vs Perempuan Bergusti Dekat Times Square

Posted: 22 Apr 2012 07:10 PM PDT



Perempuan dipercayai India vs Cina berdasarkan tag video di Youtube.

Ini Petanda Mantan Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa Akan Jadi YB Bebas ?

Posted: 22 Apr 2012 06:15 PM PDT




Kuala Lumpur 22 April 2012 - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, menyampaikan ceramah bertajuk Seks Songsang Dari Perspektif Syariah, pada majlis Wacana Kemungkaran Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT) Mengundang Bala Allah, anjuran MUAFAKAT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, disini hari ini. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN


Sementara itu di Stadium UPM Serdang  :


Serdang 21 April 2012 - Mahasiswa dan gabungan NGO membakar poster Ambiga sewaktu mengadakan Perhimpunan Aman menentang Seks Bebas & Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) Terancang anjuran Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia di Stadium Universiti Putra Malaysia, Serdang di sini hari ini. - UTUSAN/IZHAM JAAFAR



  
bendera AMAN KAMPUS gerakan yang mempromosi nilai terpuji 
kalangan mahasiswa seluruh Malaysia turut berkibar



Laporan Utusan Malaysia :



3,500 tentang LGBT, seks bebas

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my



Mahasiswa dan gabungan NGO mengadakan perhimpunan secara aman bagi menentang lesbian, gay, biseksual dan transgender serta seks bebas di Stadium Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.

KUALA LUMPUR 21 April - Lebih 3,500 orang diwakili anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penuntut institusi pengajian tinggi dan golongan muda hari ini menyertai satu perhimpunan aman yang diadakan bagi menentang habis-habisan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks bebas

Perhimpunan anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Stadium Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang itu antara lain melahirkan kebimbangan terhadap penularan seks songsang khususnya dalam kalangan generasi muda.

Sambil mengutuk tindakan beberapa individu, institusi dan NGO yang menyokong gejala itu, peserta perhimpunan turut melafazkan ikrar menentang sesiapa sahaja yang cuba menghancurkan negara melalui amalan songsang berkenaan.

Selain itu, lafaz ikrar dilaungkan bagi menentang pihak yang mahu menghuru-harakan negara serta menjatuhkan raja-raja Melayu, Islam dan Perlembagaan Persekutuan termasuk menyelar sikap pemimpin tertentu yang menggunakan saluran luar untuk tujuan tersebut.

Selain kebanyakan hadirin terdiri daripada pelajar universiti, sebanyak 18 NGO turut menyertai perhimpunan berkenaan antaranya Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi); Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) dan Gabungan NGO Malaysia (GNM).

Pertubuhan lain, Orang Muda Banteras Korupsi (Ombak), Warisan Anak Merdeka, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) serta Waris Malaya.

Turut sama sebuah kelab baru iaitu Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang diketuai bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah ketika berucap di perhimpunan itu berkata, isu berkaitan LGBT dan seks bebas adalah isu akidah dan ia patut 'diperangi' bersama bagi mengelak sesuatu yang buruk melanda negara.

"Baru-baru ini, saya difahamkan ada sebuah pertubuhan menghantar memorandum dan mendesak kerajaan memberi hak kepada perkahwinan sejenis. Mereka ini kononnya berselindung di sebalik hak asasi manusia. Ini kita kena tentang habis-habisan," katanya.

Beliau berkata, JMM dan NGO lain akan bergerak ke beberapa daerah bagi mengedar risalah menyedarkan orang ramai terhadap gejala LGBT dan seks bebas.

"Inilah jihad kita bersama bagi memastikan Malaysia terus selamat," katanya.

Dalam pada itu, beliau ketika ditemui selepas perhimpunan tersebut memberitahu pihaknya akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Isnin ini, berhubung gerakan sebuah syarikat yang didakwa menyalurkan dana kepada NGO dan individu tertentu dalam mempromosikan LGBT serta seks bebas di negara ini.

Katanya, syarikat itu beribu pejabat di sekitar Pasar Seni dan didakwa mendapat bantuan asing seperti penyangak mata wang berbangsa Yahudi, George Soros.

"JMM melakukan risikan selama empat bulan terhadap gerakan syarikat tersebut. Dokumen mengenai gerakan syarikat itu lengkap dan saya akan serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Antara dokumen itu berupa slip bank dan transaksi penyaluran dana," jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Zahid berkata, rakyat yang cintakan kesejahteraan negara perlu menolak LGBT termasuk menentang NGO dan individu yang menyokong gejala itu.

"Perhimpunan ini adalah sebagai menyatakan rasa jijik kita kepada LGBT dan seks bebas. Kalau kita sayang negara, gejala itu harus kita tolak dan tentang," katanya.


Lagi Gambar Pelancaran Jentera BN Sepang @ZinMohamed oleh DS@nohomar Semalam

Posted: 22 Apr 2012 03:52 PM PDT









Terima kasih  rakan twitterian panglima @Punk5Nusa atas kiriman gambar melalui mms ini.

Tahniah BN Sepang atas kejayaan semalam. Masa untuk 'berperang' nampaknya se makin hampir tidak lama lagi.

Kita pastikan BN menang besar untuk bela semua rakyat tidak kira agama atau bangsa.

Dengan 1malaysia sebagai pegangannya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gambar Pelancaran Jentera BN Sepang @zinmohamed Oleh @nohomar cc @NajibRazak

Posted: 22 Apr 2012 02:57 PM PDT


Jam 9.25 pm tadi Panglima kebetulan lalu nampak ramai orang di bangunan Umno Sepang.

Sebelum tu ada selisih tiga budak motor pakai baju BN.Memang perasan bendera BN makin banyak dipasang sana sini.

Selepas itu terus search tweet risik info apa yang berlaku di sana.

Didapati beberapa twitterian seperti Pang5sepang telah memuatkan berita acara di atas hasil carian tersebut.




Ia ialah Majlis Pelancaran Jentera BN Sepang disempurnakan oleh DS Noh Omar Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno BN Selangor.

DS Ir Mohd Zin telah menyambut ketibaan beliau seperti dalam gambar.

Selain itu twitterian @Punk5Nusa turut menyiarkan liputan termasuk gambar tentangnya.

Kehadiran 1500 orang menurut info beliau.

Selain itu satu lagi petanda positif ialah makin ramai sekarang jentera BN menyertai perang maya alam siber.

Buktinya info program di atas dengan mudah diperolehi hasil bantuan twitter.

Situasi ini semestinya akan menaikkan peluang BN kembali memerintah.

Jangan lupa usaha disertai doa akan memudahkan ia dimakbulkan Allah Taala.

Selepas menang, jagalah hati perasaan rakyat agar mereka tidak kembali kecewa.

Sekian,selamat malam kepada semua pejuang Alif Ba Ta seluruh dunia termasuk dunia siber.

Semoga mimpi indah menanti kita.Amin.

Selesai tulis 12.15 am
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#BN Pilihan Orang Muda @NajibRazak

Posted: 22 Apr 2012 05:49 AM PDT




KUALA LUMPUR 22 April 2012 - Ahli-ahli Pemuda Barisan Nasional (BN) menandatangani kain rentang yang diletakkan di Program Barisan Nasional Pilihan Orang Muda anjuran Pemuda UMNO di Institut Latihan DBKL Cheras, di sini, hari ini. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

Sumber : Utusan Malaysia








Generasi Y yang sinonim dengan anak-anak muda kini dilihat sudah kembali memberikan sokongan semula kepada kerajaan BN negeri Perak.Ia seperti kata pepatah "perahu berlalu kiambang bertaut semula."


Andaian ini walaupun bunyinya "too good" atau terlalu baik tetapi berasaskan sokongan yang dipamerkan sejak kebelakangan ini, ia suatu yang mengamit rasa bimbang pembangkang.


Justeru kalau mereka menjadikan isu pemansuhan pinjaman PTPTN sebagai modal baru politik mereka, ia ada asasnya.


Sokongan generasi Y di Perak menerusi program anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO negeri berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh siang tadi (Sabtu) dihadiri kira-kira 10,000 orang.


Program yang dinamakan Himpun dengan "tagline" BN Pilihan Orang Muda pada asalnya dijangkakan hanya akan menarik kira-kira 5,000 orang.


Namun sebaik program dimulakan jam 12 tengah hari hingga melewati jam 4.00 petang sambutan generasi Y mengejutkan pihak penganjur sehingga Ketua Pemuda negeri Khairul Azuan Harun dalam ucapan tersasul.


Menteri Besar Perak yang turut hadir mengakui program berkenaan menyebabkan keadaan disekitar kediamannya termasuk laluan utama mengalami kesesakan yang teruk.


Azuan dalam ucapan menyebut program itu dihadiri 5,000 orang terpaksa membetulkan ke angka 8,000 tanpa menyedari ramai lagi peserta berada di luar perkarangan kediaman MB.


Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang merasmikan program berkenaan selain teruja, beliau terkejut kerana "dah lama tak tengok anak-anak muda macam di depan ni".




Beliau terkejut melihat kehadiran peserta yang melimpah ruah jauh dari jangkaan pihak penganjur.


Program di Perak adalah program pertama dan Hishamuddin mahukan program yang disebutnya kebangkitan atau "gelombang anak-anak muda" ini diperluaskan ke setiap negeri.


Sebagai jaminan, Naib Presiden UMNO itu mengukir janji:"saya berjanji saya akan hadir dalam setiap program ini di setiap negeri"katanya ketika berucap berapi-api dibayangi sorakan dan tepukan bergemuruh.


Sebaik memegang mikropon, Hishamuddin menyebut perkataan pertama: kagum . . .kagum kerana sudah lama nak tengok anak-anak muda berhimpun macam ni.


"Begitu lama orang kata golongan muda tidak bersama BN . . .malah ada yang kata masa depan BN tidak bersama anak-anak muda.


Beliau dengan suara yang tinggi menjerit semula " . . .golongan muda tetap bersama-sama BN," merujuk "crowd" didepannya itu.


Katanya secara simboliknya anak-anak muda ini berkumpul dan berhimpun di kediaman MB Perak bagi mempertahankan Dr.Zambry.


Beliau mengingatkan pembangkang supaya tidak memperlekeh anak-anak muda dengan menabur pelbagai janji kosong dan janji palsu seperti pemansuhan PTPTN dan sebagainya.


Beliau mengulangi ingatan pucuk pimpinan bahawa masa depan negara serta masa depan BN ditentukan oleh tindak tanduk anak-anak muda.


Hishamuddin menafikan kerajaan memekakkan telinga dari teguran dan permintaan anak-anak muda "tapi cuba lihat kita nak pinda AUKU, nak mansuhkan ISA, semuanya kerana kita mendengar jeritan anak-anak muda ini."


"Program di kediaman MB itu sangat significant bagi Hishamuddin kerana ia membawa erti pemuda dan puteri Perak sudah bersedia mempertahankan kerajaan pimpinan Dr.Zambry.


Ketika dua skrin besar yang ditempatkan bersebelahan pentas utama menunjukan wajah Dr.Zambry yang tersenyum disambut tepukan gemuruh sekali lagi dari orang ramai.


Kata-kata Hishamuddin ini ada kaitan dengan prestasi buruk BN di Perak dalam PRU ke12 bilamana buat pertama kali dalam sejarah politik negeri, BN terpaksa memainkan peranan sebagai pembangkang selama 11 bulan.


BN diselamatkan ekoran tindakan tiga adun Pakatan Rakyat (dua PKR dan satu DAP) keluar parti dan menjadi adun bebas menyokong BN. Akibatnya kerajaan PR tumbang dan digantikan dengan kerajaan BN.


Hishamudin terpaksa memberhentikan ucapan beberapa kali untuk meneguk air mineral kerana sakit tekaknya memberi kesan kepada suaranya.


"Minum . .minum ." .sekali lagi tepukan bergemuruh.


Kerana terdahulu dari itu bila disebut 1 Malaysia, peserta membalas balik dengan jeritan Malaysia.


Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berucap kepada kira-kira10,000 orang peserta yang turut dihadiri Khairy Jamaludin, Ketua Pergerakan Pemuda, Dr.Zambry Abd Kadir, Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan lain-lain.


Manakala Khairy atau lebih popular dengan sebutan KJ menyebut program di Perak adalah permulaan kepada program seterusnya membabitkan semua negeri.


Kemuncaknya program ini akan diadakan di Selangor yang akan dirasmikan Presiden UMNO Dato' Seri Najib Razak.




Beliau menjangkakan program "BN pilihan orang muda" dapat mengumpul 200,000 sebaik ia selesai kelak.


Dr.Zambry dalam ucapan yakin anak-anak muda yang dulunya menyokong pembangkang kini sudahpun kembali memberikan sokongan kepada BN.


Katanya ini petanda baik bahawa BN kini semakin kuat serta semakin disenangi rakyat.


Puluhan ribu yang hadir katanya adalah petanda "BN sudah pulih." Sebelum itu beliau mendedahkan bagaimana beliau mencabarKetua Pemuda dan Puteri sama ada mereka mampu membawa 1,000 orang.


"Bukan 1,000, bukan 3,000 tapi 10,000 lebih datang pada hari ini"katanya sambil menyatakan penghargaan kepada dua sayap yang berjaya menganjur program ini. -Agendadaily

http://brojinggo.blogspot.com/2012/04/10000-banjiri-himpunan-bn-pilihan-orang.html


Kemaskini : Menteri Sabah Ditimpa Kemalangan cc @NajibRazak

Posted: 22 Apr 2012 05:40 AM PDT





KOTA KINABALU: Menteri di Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun terselamat dengan mengalami kecederaan ringan apabila kenderaan yang dinaikinya berlanggar pagar besi sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Kepayan di sini pada pukul 7.45 pagi Ahad.



Azizah, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, doktor dilaporkan memberi rawatan pesakit luar dan kecederaan itu dijelaskan sebagai kecederaan minor.

Bagaimanapun, pengawal peribadi beliau, Sairul Hamid, 51, dilaporkan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan kaki yang serius dan mungkin memaksa doktor memotongnya.

Pemandu, Yousrie Syah, 33, juga mengalami kecederaan dan berada di bawah pemerhatian hospital.

Difahamkan Azizah dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke kampungnya di Beaufort apabila pemandu yang memandu Toyata Prado dikatakan hilang kawalan di Km6 Jalan Kapayan-Lok Kawi sebelum melanggar pagar dan sebahagiannya terbabas ke dalam sebuah longkang.

Azizah dan pemandu telah dibawa ke hospital oleh polis manakala ambulans membawa pengawal peribadi.

Seorang pembantu Azizah berkata bahawa beliau dalam keadaan baik walaupun terkejut dengan kejadian itu.

Beliau dalam perjalanan pulang ke Beaufort untuk menghadiri tiga majlis rasmi.

-----------------------------------------------

SUMBER : MStar Online










Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kenderaan yang dinaiki oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun yang terlibat dalam kemalangan setelah kereta yang dinaikinya terbabas berdekatan Hotel Airport View, di KM6, Jalan Kepayan, Kota Kinabalu, awal pagi Ahad. Dalam kejadian pada 7.45 pagi itu, kereta jenis Toyota Prado yang dipandu pemandunya, Yousriesyah Hujin, 33, tiba-tiba hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan dan melanggar besi penghadang jalan. Azizah dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman selepas dimasukan ke Hospital Queen Elazaberth 2.-fotoBERNAMA

Teater Muzikal Upin Ipin Istana Budaya 14 April - 7 Mei 2012

Posted: 22 Apr 2012 05:35 AM PDT




Pagi tadi bercadang juga mahu menonton teater Upin dan Ipin di Istana Budaya petang tadi tetapi faktor harga tiket yang agak tinggi bagi golongan sederhana seperti penulis, membantutkan hajat tersebut. 

Meskipun tiba seawal jam 10 pagi untuk mendapatkan tiket namun faktor harga tiket menyukarkan hasrat membawa anak-anak menontonnya. Namun mengambil beberapa keping gambar replika kartun Upin dan Ipin yang diletak di luar dewan panggung Istana Budaya menggembirakan hati anak-anak penulis.

Meskipun tidak menontonnya, namun usaha mempromosi teater ini tetap dibuat untuk membolehkan Teater Muzikal Upin Ipin mendapat promosi yang meluas termasuk di blog penulis. 

Menurut info yang dipamerkan persembahan teater muzikal Upin Ipin akan tamat pada 6 Mei 2012 selepas dimulakan pada 14 April yang lepas.

Akan Datang... Di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, Malaysia.


Fakta pementasan ini :

- Waktu pementasan 3.30 pm dan 8.30 pm setiap hari
- 55 pelakon terlibat
- Pelakon berbilang bangsa
- Menjadi pementasan paling banyak dalam sejarah Istana Budaya
- Ditaja KPJ HealthCare Sdn Bhd
- Maklumat boleh diperolehi di  http://www.upinipinmusical.blogspot.com/
- Sudah 7227 peminat Upin Upin mengklik like FB tersebut.

Antara gambar dari FB :


Berikut harga tiket untuk panduan tuan puan :

Upin & Ipin the Musical Semua seating bernombor. Harga tiket RM33, RM53, RM83, RM103, RM153, RM203, RM253, RM353 & RM453. Had umur untuk menonton bermula daripada 2 tahun ke atas, dengan syarat bertiket. Tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.biz, ataupun di 11 cawangan ticket2u seperti tertera di laman web. Terima kasih


Latar belakang pementasan :

Terbitan: Les' Copaque Production Sdn. Bhd. & CTRA Production
Penerbit Bersama: Hj. Burhanuddin Md. Radzi & Hjh. Ainon Bt Ariff (Penerbit Siri Animasi Upin & Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula & Pada Zaman Dahulu)
Penerbit Eksekutif: Siti Rohayah Attan (Menerbitkan 30 buah teater termasuk Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Gamat, Muzikal Lantai T. Pinkie dll.)
Pengarah & Penulis Skrip: Zaifri Husin (Pengarah Terbaik: 17th Hamden International Festival for Children & Young Adults, 2010, Iran)
Pengarah Muzik: Datuk Suhaimi Md Zain (Pak Ngah) (Komposer Terbaik: AIM, AJL, APM)
Koreografer: A. Aris Kadir (Koreografer Terbaik: BCAA 2006)


Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 22 Apr 2012 11:05 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAKAMAN PERBUALAN ANWAR-LIM KIT SIANG

Posted: 22 Apr 2012 09:37 PM PDT



Pergaduhan Anwar dan Lim Kit Siang semalam sudah sampai ke kemuncak. Dalam perbualan telefon di antara Anwar dengan Lim Kit Siang, LKS mendesak Anwar supaya mendesak Haji Hadi untuk memecat YB Nasharudin Mat Isa sebelum PRU13. Ikuti sebahagian rakaman perbualan telefon Anwar-Lim Kit Siang, Rakaman Penuh tunggguuuu ...

....cut....


LKS : i know but we must stop YB Nasharudin

Anwar : Is not me, u better call Hadi


LKS : no no if u really hope our Chinese and Christian, u must take action immediate

Anwar : ok but timing timing, our boys in Dataran,we have Hijau, Lynas so many, u can't do like this!

LKS : so what? please, u never change...

Anwar : ok ok i will call Hadi, but this case, Hadi shud be, not me

LKS : Ambiga sgt marah...u and Hadi, a muslim leader, please 

Anwar : ok i try...

...cut...

(Date:4/22/12,Time:14:16, Duration:2:03:21:01, Place:Petaling Jaya,File:mmio010max)

So, maknanya Nasib YB Nasharudin di hujung tanduk lah. Kalau Anwar berjaya pengaruhi Haji Hadi, maknanya YB Nasharudin bakal menerima nasib yang sama dengan Dato Dr Hassan Ali.

PANAS! Di Sebalik Gambar Yang Disorokkan Dari Orang Ramai, Tersimpan Kisah Tersendiri

Posted: 22 Apr 2012 07:40 PM PDT

MyMassa rasa ramai dah tengok gambar ni.



Kisah kemalangan kereta Proton Preve yang baru dilancarkan dijaja di merata tempat oleh golongan anti kereta nasional tersebut.

Cuba tengok gambar ini pula. Gambar yang tak dijaja di merata tempat sebagaimana gambar di atas.


Di sebalik gambar ini, tersembunyi kisah yang telah banyak diceritakan sama ada secara lisan atau melalui blog. MyMassa ambil kisah ini di blog ini (http://www.aku-sempoi.com/2010/07/kisah-ketam-melayu-dan-ketam-cina.html).

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Apa yang MyMassa nak sampaikan, kisah golongan anti Proton terutamanya orang Melayu sama seperti kisah ketam Melayu. Pantang ada anak Melayu menghasilkan sesuatu yang baik, pasti ada yang akan melekehkannya. Kalau setakat lekeh je ok lagi, ni sampai tahap menjahanamkan reputasi syarikat tersebut. Produa tak de pulak orang Melayu nak perlekehkan sebab tau yang cipta dan reka Produa adalah orang Jepun, bukan orang Melayu. Sebab tu gambar kerosakan Perodua tak dijaja di merata-rata tempat.

Akhir kata, MyMassa kongsikan gambar ini pula. Pernah tak korang dengar orang Itali kutuk Ferrari sebagai mana orang Malaysia kutuk Proton walaupun kereta Ferrari ni mampu terbakar secara 'automatik'.



*Ambli tauladan kisah ketam Melayu dan ketam Cina. Sebab MyMassa dah tukar dengan contoh kereta Ferrari, kita ubah tajuk cerita tu kepada Kisah Ketam Melayu dan Ketam Itali. Punyalah orang Malaysia kagum dengan Ferrari sampai pemimpin pembangkang ni pun pakai Ferrari jugak.

Santai Pagi : Kartun Jauhi Anti #ptptn Kalau Bab Hutang.

Posted: 22 Apr 2012 06:00 PM PDT

Kartun hasil kartunis Zoy di Berita Harian.


*Terbaik!

OTAK LIM KIT SIANG OTAK ANWAR IBRAHIM

Posted: 22 Apr 2012 04:07 PM PDT

LIM KIT SIANG = SAYA LUPA SAYA SOKONG PTPTN, TAPI UNTUK ORANG CINA SAYA MESTI SOKONG LOR, UNTUK ORANG MELAYU LANTAK KAMU LOR...                      
ORANG CINA SOKONG PTPTN SEBAB MEREKA BOLEH BELAJAR DI IPTS DAN IPTA, WANG PTPTN TU SATU BONUS DAN WANG TAMBAHAN,
SEMUA ORANG NAK LANGSAIKAN HUTANG SEBELUM MATI...
ALAMAK PTPTN DITUBUHKAN MASA AKU JADI PEMANGKU PERDANA MENTERI HAYYA MALU MALU

KUIH BAU KU TET

Posted: 22 Apr 2012 08:26 AM PDT


Pesanan \mymassa, berhati-hati sebelum anda start enjin kereta anda, barangkali anda tidak sedar ada kuching di dalam enjin kereta anda. Para Remaja, jangan jadi seperti Adam Adli, dibuang dari universiti, belajar tak habis, hutang tak nak bayar, semuanya nak free ajer, tak dak langsung tanggungjawab sosial kepada negara...

Kalau dia duduk kat negara PAP Singapura, dah lama dia kena kerja sosial, pungut sampah kat daerah Cangi, sebab mengotorkan Dataran Merdeka. Dia berak mana, tandas free, dia kencing mana, tandas free,  tidur mana tidur free dalam khemah, makan mana tunggu Bau Ku Tet dibawa oleh si Eli Wong, halal haram perkara kedua yang penting makan free, ne la minda depa ne...

So, tak heranlah Unit Amal Pas pun melarikan diri dari mereka semua...

Gerakan Kristianisasi Mahasiswa Di Dataran Merdeka?

Posted: 22 Apr 2012 06:17 AM PDT

Beberapa blog BN menyiarkan gambar ini.


Ada yang kata pihak gereja telah menghulurkan beberapa bantuan seperti air mineral, bahan makanan dan pakaian kepada mahasiswa yang berdemonstrasi.

Gambar ini mengesahkah gerakan Kristianisasi dalam pakatan pembangkang yang menyebabkan Datuk Dr. Hasan Ali keluar dari PAS.

Sudah terang lagi bersuluh.

*Apa pandangan pembaca MyMassa?

Video Skandal Pemimpin PKR Selangor.

Posted: 22 Apr 2012 04:07 AM PDT

Gambar hiasan.
Jom layan video skandal pemimpin PKR Selangor.



*Peringatan untuk yang lupa.

Laporan Polis Gadis Urut Buktikan Rumah Urut Bertambah Selepas PAS Memerintah Kedah

Posted: 22 Apr 2012 02:14 AM PDT

Dua berita di Malaysiakini, pertama mengenai dakwaan Mukhriz bahawa rumah urut makin bertambah sejak PAS memerintah.
Mukhriz dakwa ada banyak rumah urut di Kedah
MP Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa banyak rumah urut serta pusat karaoke yang wujud "umpama cendawan lepas hujan" di Kedah sejak negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini, Mukhriz juga berkata jumlah pusat maksiat itu meningkat empat kali ganda semenjak pentadbiran PAS.

"Kalau parti DAP yang memerintah mungkinlah kita boleh faham walaupun ia sebenarnya tidak boleh diterima namun kerajaan yang memerintah Kedah adalah PAS," katanya yang "hairan" dengan keadaan itu.

Beliau juga mendakwa menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menutup pusat berkenaan dalam tempoh sebulan apabila isu tersebut dibangkitkan pada Ramadan lalu.

"Namun selang dua tiga hari, beliau menarik balik kenyataan ini atas alasan menghormati rakan-rakan bukan Islam," kata anak lelaki bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu lagi.

Beliau juga mempertikai kenyataan tersebut dengan menimbulkan persoalan sama ada jumlah orang bukan Islam di negeri itu juga meningkat empat kali ganda berbanding sebelum ini.

Azizan pada Julai lalu mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasi dalam tempoh bulan Ramadan.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan MCA yang berang kerana langkah itu didakwa melanggar hak asasi dan hak berperlembagaan orang bukan Islam.

Azizan mempertahankan pengharaman berkenaan dengan menjelaskan bahawa langkah itu mengikut Enakmen Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 1997 negeri Kedah.

Kerajaan Kedah bagaimanapun akur dengan bantahan daripada pengusaha dan pemimpin Pakatan Rakyat dengan kompromi supaya pengusaha memastikan orang Islam tidak menggunakan pusat berkenaan.

Kerajaan Kedah juga menetapkan supaya pusat berkenaan ditutup setiap Khamis malam antara 6 petang hingga 2.30 petang Jumaat.
http://www.malaysiakini.com/news/195662

Yang kedua mengenai tukang urut membuat laporan polis selepas premis urutnya yang tak berlesen diserbu PDRM.

Wanita dakwa dipukul polis semasa ditahan
Seorang wanita mendakwa dipukul sekumpulan anggota polis ketika dalam perjalanan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kerana premis tempatnya bekerja, rumah urut di Taman Rakyat di Alor Setar tidak mempunyai lesen sah perniagaan.

Lay Suet Peng, 42, mendakwa pada 14 April lepas kira-kira pukul 5.30 petang, sembilan anggota polis termasuk seorang wanita telah datang untuk memeriksa tempat kerjanya sebelum menahan Lay kerana mendapati rumah urut itu tidak mempunyai lesen.

Lay yang bekerja sebagai tukang urut kaki di premis itu sejak dua bulan lalu berkata sebagai pekerja dia tidak tahu mengenai status lesen perniagaan kedai itu.

Dia mendakwa telah dipukul dalam keadaan bergari sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan, kepala serta belakang bahu selepas cuba melarikan diri ketika kenderaan polis itu berhenti di lampu isyarat akibat ketakutan kerana ditahan polis.

"Waktu bergelut nak cuba lari, saya tertepis mulut seorang polis dan luka sikit, kemudian mereka gari saya dan pukul saya banyak kali sambil maki saya ketika berada dalam (kenderaan) Pajero sampai ke balai," kata Lay kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Lay mendakwa selepas sampai di IPD Kota Setar dia terus dipukul dan ditahan selama lebih kurang lima jam sebelum dibebaskan dan berikutan itu tangannya kebas dan sukar untuknya bekerja.

"Saya telah dapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan telah buat laporan di IPD Kota Setar pada 19 April lalu," katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan wanita berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kita juga akan siasat laporan berkenaan tingkah laku wanita itu yang bertindak menghalang tugas polis semasa serbuan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Polis serbu sebuah rumah urut tidak berlesen. Semasa wanita itu hendak dibawa ke balai, dia bertindak agresif dan menyebabkan seorang anggota polis lelaki dan anggota polis wanita yang mengandung cedera ringan," katanya.

- Bernama

Maka benarlah kenyataan Dr. Asri bahawa PAS tak membawa Kedah ke arah Islam malah lebih teruk semasa mereka memerintah berbanding UMNO.


Berbalik kepada kes perempuan urut yang buat laporan polis, logiklah Polis berkeras dengan suspek yang melarikan diri semasa ditahan. Kalau suspek tu tak buat salah dan tak larikan diri, takkan polis nak guna kekerasan.

Bila baca kes perempuan ni, teringat kes Ronnie Liu masa belum jadi ADUN. Dia pun pernah jugak didakwa atas kesalahan mengganggu tugas penjawat awam.

Menghalang operasi MPSJ

Pada 3 November 2007, pois dari Balai Polis Puchong menyiasat Ronnie Liu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalankan operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Bandar Puchong Jaya, Selangor. Ronnie menetap di Petaling Jaya Utara . Penyitaan dilakukan oleh pasukan polis dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). 22 pelacur warga asing dan 12 lelaki dipercayai pelanggan telah ditangkap. Hotel itu memang tidak berlesen termasuk melanggar undang-undang lain. Dalang sindiket pelacuran dan pemilik hotel akan disiasat. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar menyatakan Ronnie diberi amaran 5 kali dalam masa sejam tetapi masih enggan memberi kerjasama. Polis telah menyerbu hotel itu beberapa kali tetapi gagal menangkap pelacur kerana ada lorong rahsia. 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ronnie_Liu_Tian_Khiew

Tak hairanlah kalau perempuan ni masuk bertanding atas tiket DAP, lepas menang jadi Exco yang jaga PBT. Sama seperti apa yang berlaku di Selangor bila bapa ayam diberi tugas jaga rumah urut. Hasilnya, amat-amat menggalakkan.




Akhir kata, kalau dakwaan Mukhriz tak betul takkan perempuan yang ada rumah urut haram pun berani buat laporan polis?


*Semoga laknat Allah SWT turun kepada pihak yang menggunakan Islam untuk berkuasa tetapi mengabaikan amanah yang diberi bila telah diberi peluang memerintah. Amin.

PANAS! Bukti ADUN PAS Penang, Salleh Man Hutang Kerajaan Pusat RM30,000

Posted: 22 Apr 2012 12:02 AM PDT

Rupa-rupanya ada pemimpin pembangkang guna kemudahan yang Kerajaan Pusat sediakan.

Bukan sedikit tapi RM30,000!

Jom kita terjah berita sebenar.

Sumber : Berita Harian


Pinjaman TEKUN rupanya. Pinjaman ini sering dipolitikkan oleh pembangkang semata-mata kena dapat cop pemimpin UMNO Bahagian. Yang korang bising apasal, pemimpin PAS Penang rileks jer dapatkan cop pemimpin UMNO dan pinjam sampai RM30,000.


*Ini baru sorang yang kantoi. Ramai lagi pemimpin pembangkang yang guna kemudahan Kerajaan bagi tapi hentam balik atas pentas ceramah.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 22 Apr 2012 09:28 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Hantu Pocong Simbol Protes Di Dataran Merdeka

Posted: 22 Apr 2012 06:29 PM PDT


Sesudah khemah Occupy Dataran diangkut oleh DBKL, kumpulan yang berniat untuk memansuhkan PTPTN di Dataran semakin hilang tujuan. 

Gambar di atas menjelaskan kepada kita perangai pelik kumpulan yang hendak minta mansuh PTPTN ini. Mereka bungkus mayat dan memaparkan tentang "Mahasiswa Bangkit", apa kaitan mahasiswa dengan hantu pocong? 

Tidak munasabah dan tidak intelektual langsung. Adik-adik yang masih belajar di form 4 dan 5 suatu hari nanti kalau masuk universiti jangan tiru perangai pelik ini. Memalukan

Video PAS Ditegur Ulama Antarabangsa Kerana Tidak Ikut Sunnah

Posted: 22 Apr 2012 04:06 PM PDT

Demo Khemah Gagal, DBKL Telah Bertindak #OccupyDataran

Posted: 22 Apr 2012 09:25 AM PDT

Tahniah DBKL, melawan non resistance violent dengan baik. Menggunakan kembali senjata mereka untuk melumpuhkan mereka. Ini petanda demo duduk pada 28 April turut akan gagal.

99.99 peratus rakyat Malaysia benci kumpulan yang mengotorkan Dataran Merdeka ini. Kemerdekaan negara cuba diragut oleh taktik Occupy Movement yang berasal dari luar negara ini.

Muak Dengan Sikap PKR, Mereka Keluar Parti #PKRosak

Posted: 22 Apr 2012 08:11 AM PDT

Mereka mula meninggalkan PKR kerana muak dengan janji janji pembangkang yang hanya manis ketika hampir dengan pilihan raya umum sahaja. 

Muak juga dengan sikap keterbukaan melampau PKR terhadap beberapa isu hinggakan sanggup ketepikan agama. Ramai lagi akan keluar dari PKR, nantikan.

Video Ini Buatkan Unit Amal PAS Tinggalkan Dataran #OccupyDataran

Posted: 22 Apr 2012 06:45 AM PDT

Unit Amal PAS Bergaduh Dengan Geng Khemah Dataran #OccupyDataran

Posted: 22 Apr 2012 03:30 AM PDT

Unit Amal PAS sudah kecewa dengan perlakuan budak budak SMM dan Occupy Movement di Dataran Merdeka. Mungkin kerana sudah tidak tahan lagi godaan di Dataran maka Unit Amal PAS mulai terasa dan sensitif. 

Apa boleh buat, itu lah mentaliti yang ada pada mereka yang hendak minta segala-galanya percuma. Dengan Unit Amal PAS pun mereka hendak minta khidmat bodyguard percuma. 

Makan pun tidak diajak sekali, kecil hatilah Unit Amal PAS. Di mana Unit Amal ketika pelajar pelajar itu diserang? Tidurkah? Atau berlakon sekali?

Zombie Muncul Di Dataran Merdeka #OccupyDataran

Posted: 22 Apr 2012 01:18 AM PDT


Suatu hari Zombie ini akan menjelma di Dataran Merdeka. Wajah Dataran Merdeka akan bertukar menjadi medan Zombie Kampung Pisang. 

Rosak habis negara ini jika Occupy Dataran meniru langkah Occupy Wall Street ini yang menggunakan watak Zombie untuk menarik perhatian media dan menghangatkan lagi kempen mereka. 

Memalukan sungguh ada rakyat negara ini yang meniru budaya berkhemah dan protes dari luar negara. Ini bukti pemikiran mereka masih lagi dijajah dan belum lagi bebas sepenuhnya. 99% rakyat Malaysia menolak cara Zombie Occupy Movement ini.



#OccupyDataran Sudah Gagal, Lebih Baik Khemah Kat Hutan

Posted: 21 Apr 2012 11:10 PM PDT


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 22 Apr 2012 09:25 PM PDT

tok gajah

Posted: 22 Apr 2012 09:22 PM PDT

tok gajah


Kedodohan PAS Kepintaran DAP

Posted: 22 Apr 2012 05:38 PM PDT

Pade fikiran Tok, pemimpin2 PAS ni tahu DAP menyokong nye bukan kerana perjuangan PAS tetapi se mate2 untuk mendapatkan sokongan undi sahaja. Sebalik nye PAS juge sanggup berkerjasama dengan DAP juge kerane mahukan sokongan undi juge. Jadi nye kerjasama antara PAS dan DAP ni same sekali tidak ade ke ikhlasan nye langsung.

Pada zahir nye PAS nampak bertambah kuat dengan sokongan dari kaum bukan melayu/islam. Malang nye apa bila PAS bersuara sedikit sahaja tentang perjuangan negara Islam nye, DAP dengan lantang menentang nye. Jadi PAS terpaksa batalkan cita2 negara Islam nye kerana takut hilang sokongan dari kafir.

Hari ini PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan atau mempertahan kan Islam. PAS benar2 sudah jadi parti sekular. PAS telah gadaikan Islam demi mendapat sokongan DAP. Cume pencacai2 dan penyokong2 nye yang dungu dan bangang saje yang masih lagi belum dapat faham tentang perjuangan PAS hari ini.

Dalam bab kerjasama atau lebih manis disebut bersengkokol ni, ianye lebih menguntungkan DAP. Sebab nye hampir semua kaum cina sudah bersatu dalam DAP dan ianye di sokong pule oleh PAS make bertambah kuat lah kedudukan politik kaum cina di negara kite ini.

Di sebalik itu politik kaum melayu/islam menjadi lemah kerana perpecahan nye kepada dua satu menyokong kerajaan dan yang satu lagi menyokong pembangkang. Walaupun melayu/islam yang menyokong pembangkang ni bilangan nye kecil sahaja, sedikit sebanyak ianye telah menjejaskan kedudukan kuasa politik melayu/islam.

Tok haraf orang2 melayu sedar keadaan ini, berhenti lah menyokong PAS yang dah sesat tu.

Parti perkauman ....................

Posted: 22 Apr 2012 06:33 AM PDT


Tok nak tanye sikit. Selamat ke orang melayu/Islam jika Pakatan Rakyat memerintah? Bila Tok terpandang aje kat carta yang di atas ni, kecut perut rasenye. Manekan idak, ce kome pandang betui2 tentang muke2 yang jadi EXCO tu, lepeh itu bandingkan dengan pemerintah BN. Kan ke dalam perintah DAP cume muke2 cine aje yang lebih ramei.

Ni mesti ade yang kate Tok ni perkauman. Perkauman pale otak kome! Yang perkauman tu bukan nye Tok tapi si cine DAP tu. Cube sekali lagi tengok betoi2 kat carta EXCO negeri P Pinang. Semase BN perintah muke melayu lebih ramai, bila DAP perintah muke sine pule yang bertambah ramai.

Dah le di P Pinang tu penduduk nye lebih ramai cine dari melayu, make akhir nye melayu/Islam di P Pinang pasti akan pupus. Negeri Pakatan Rakyat kunun, Pakatan Rakyat cicih opah kome! Pakatan hapuskan melayu/islam betui agak nye. Melayu/islam yang pangkat PR tu memang nye dungu 100%.

Ini Tok nak cerita sikit tentang negeri Tok - negeri Perak Darul Ridzuan. Sebeno nye Tok berpuasa 3 hari bila kerajaan PR negeri Perak tumpo. Memang lege bila negeri Perak di perintah BN. Tok agak orang melayu/islam yang nyokong DAP tu memang nye bangang semulajadi - dilahirkan bangang!

Akhir sekali lagi Tok ingatkan anak2 cucu2 Tok supaya menyokong kerajaan BN.


PISAU.NET

Posted: 22 Apr 2012 09:09 PM PDT

PISAU.NET


Kutuk LGBT,Ustaz Nasha Bakal Di Pecat PAS?

Posted: 22 Apr 2012 07:00 PM PDT


Ustaz Nasharudin bakal dipecat oleh PAS apabila mengeluarkan kenyataan membantah LGBT. Berdasarkan asas kebebasan dan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh pakatan.Kenyataan Ustaz Nasha sudah pasti akan menjejaskan hubungan diantara PAS dan Pakatan.


Pihak pakatan sudah sedia maklum mengenai LGBT,Ambiga dan Anwar sudah sepakat LGBT berteraskan hak asasi manusia yang mempertahankan hak kecenderongan gender.Sama ada gay ataupun lesbian.Mak Nyah atau pun tomboy kesemua ini harus mengatasi kepentingan akidah dan ajaran agama.


Semua agama didunia ini tidak mengiktiraf LGBT,tetapi fahaman yang dibawa oleh pakatan mereka mahukan pengiktirafan terhadap golongan yang rosak moralnya.Bertepatan dengan kehendak Anwar bahawa beliau seorang biseksual.

Ikuti ucapan Ustaz Nasha yang mencetuskan kontroversi didalam pakatan.

Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya,
kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.

"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat," kata Nasharudin.

Bekas timbalan presiden PAS itu becakap kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada "Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

"Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik," katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan, katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bertujuan menyedarkan peserta tentang perlunya menolak golongan ini yang bagaikan virus berbahaya di dalam masyarakat.
Pisau kata " sungguh kurang ajar,berani dia tegur Ambiga dan Anwar... isk isk.."

Lim Guan Eng : Please Train Hannah Yeoh To Be A Better Political Spinner

Posted: 22 Apr 2012 09:08 AM PDT


A humble respond to Hannah Yeoh posting in her blog entitled MCA's recruitment drive for phantom voters?

http://hannahyeoh.blogspot.com/2012/04/mcas-recruitment-drive-for-phantom.html


This road show is about helping qualify foreigners get their PR in Malaysia.


No 1 : How can PR vote in Malaysia ?


No 2 : Is a road show to guide and help foreigners in their application to get PR residence and how sure are you that all their application will be approved and accepted ?


No 3 : So if Permanent Residence in Malaysia Election Law are not allow to vote then how on earth are they going to vote for MCA/BN ?


No 4 : So even if they are allow to vote then how sure are you that by having the rights to vote for sure they will vote for MCA/BN ?


Hannah Yeoh even go on further and claimed that MCA must now explain why their road show in preparation for elections involved foreigners meeting the Deputy Home Minister for permanent residency and citizenship.


No 1 : Is just a road show to help foreigners in their application to get PR and not citizenship as she accused.


No 2 : It just show to us that MCA is different from Pakatan Rakyat by just looking at the election campaign road show. Pakatan Rakyat will only use their time and effort to approach voters because by doing so it will only help them to help Anwar to be the Prime Minister of Malaysia. On the other hand when in MCA road show they are not only concern about voters in a particular area but also those people who are not voters as long as they are living in Malaysia then that is our part of MCA leader concern.


No 3 : Since Dato' Lee Chee Leong is both a MCA leader and also at the same time a government officer where he is a Deputy Home Minister then he is just delivering both his party and ministry just at the same time during his road show.


According to Hannah Yeoh Time and time again we see BN misusing the government machinery for campaign and political gains. This is another clear example of the Home Ministry campaigning hand in hand with MCA for an exercise as important as granting permanent residency and citizenship to foreigners.


No 1 : This is a very evil political accusation that how Pakatan Rakyat leader train and teach Hannah Yeoh in her political spinning. First you must separate a political party machinery and government machinery in this road show. Next you must know the fact that even by helping foreigners to get PR status in Malaysia they can never have a right to vote in Malaysia. Dato Lee Chee Leong is just delivering both his party and ministry duty at the same time.


She even further spin this issue by asking What is the Standard Operating Procedures for application of permanent residency and citizenship in Malaysia? Are the requirements for such an application compromised by simply meeting the Deputy Home Minister?


No 1 : Application and approval of application is entirely 2 different thing. What the deputy minister did was just helping and guide those foreigners how to apply. From this we cannot conclude that all the foreigners application will be accepted and approved. This is just how Pakatan Rakyat leaders create a political conclusion that as long as anybody meet up with Deputy Home Minister then their application will be approved.


According to Hannah there are many local Malaysian Indians who are still waiting for their citizenship so much so that the Prime Minister had set up a special task force to help the Indians resolve citizenship woes. However, instead of resolving this as a priority, BN Kelana Jaya embarks on an exercise to assist foreigners with citizenship.


No 1 : Thank You for giving credit to our Prime Minister of Malaysia that he actually concern about the Indian in Malaysia and take the effort to set up a special task force to help the Indians to resolve their citizenship woes.


No 2 : Now you use a proper term where you claim the deputy minister is just assisting foreigners to get a PR in Malaysia. Assisting and approving is entirely 2 different thing but since you already admit is just assisting then please tell us what wrong a deputy minister assist foreigners to get their PR in Malaysia ?


No 3 : If Deputy Minister really that powerful to approved all the citizenship in Malaysia as you accused then you are actually giving credit to BN system of power of sharing where in the past you all claim that all the important task is given to UMNO but then now out of sudden MCA is given such a powerful ministry task that can actually approved any citizenship and application that they like ? All the important state administration task in PR sharing of power in Kelantan dan Kedah PAS take it all without giving it to DAP and even in Selangor most of it are in PKR hand. So I am just wondering how DAP survive in PR system of power sharing?


Now I would like to challenge Pakatan Rakyat to come with a shadow minister that they had promise long time ago during the last general election. If Hannah Yeoh is so concern about Home Ministry affair perhaps she should be the shadow Home Minister or Deputy Minister. But what I am worried is that DAP may not even be a Deputy Minister for Home Ministry in Pakatan Rakyat system sharing of power. From the reality it looks like such an important task only will be taken by both PKR and PAS. Was just wondering who is the real dog in Pakatan Rakyat now ?


In her final allegations she claimed that there are more pressing issues for the Deputy Home Minister to address in relation to security and safety but instead, he gave priority to meeting foreigners wanting permanent residency and citizenship in Subang Jaya.


No 1 : Is Hannah finally willing to admit that under her administration in Subang Jaya there are actually so many issue that she fail to resolve after 4 years she in charge over there? Is Hannah willing to admit that a vote to DAP and Hannah Yeoh will not ensure the safety and security problems in Subang Jaya ? Or is Hannah Yeoh willing to admit that she actually needed help from MCA Deputy Home Minister to help her to solve the issue over there?


No 2 : Although there are still many concerns about the residence in Subang Jaya but then Hannah Yeoh must first state out a reason what is wrong about a Deputy Minister assisting foreigners to get their PR application in his road show? Is assisting and helping people wrong?


We would also like to know that is Hannah Yeoh having discrimination against foreigners in the country?


Is this Hannah personal stand or DAP stand against all the foreigners in Malaysia ?


Are Hannah Yeoh indicating that we are not supposed to help and assist foreigners that live in our country ?


From Hannah posting regarding Dato Lee Chee Leong road show she only unhappy about the foreigners issue and there no other complaint about the road show. So is Hannah Yeoh willing to give credit to MCA free medical check up to all the local residence in Kelana Jaya ? Is MCA now doing their job to help those people who stay in Kelana Jaya ? Will you give credit to MCA ?


You had actually just given credit to Barisan Nasional government where you claim PM had set up a task force to solve Indian residence issue and then now MCA is assisting foreigners to resolve this issue. Was just wondering what Pakatan Rakyat had done to solve this issue regarding citizenship problems in Malaysia ?


Why I claimed that you should learn how to spin from Lim Guan Eng?


From your article I can summarize it as simple as you wanted to make a point that MCA is getting extra votes for BN in the general election by assisting foreigners to get their PR. But Malaysian are not too stupid to know that facts that PR DON'T EVEN HAVE A SINGLE RIGHT TO VOTE IN MALAYSIA AND EVEN IF THEY CAN TURN INTO VOTERS THEN HOW SURE ARE YOU THAT THE VOTE WILL SURELY COME TO BARISAN NASIONAL AND NOT PAKATAN RAKYAT?


This is another LYNAS political spinning where LYNAS IS = NUCLEAR and now the great Hannah Yeoh trying to follow the foolish Fuziah and Lim Guan Eng in Lynas issue to claimed that Permanent Residence = A Vote To BN where in reality they cant event vote ?


But I have to give credit to Lim Guan Eng in many issues he actually a good public political deceiver and spinner. He is good enough to spin from what is real to fake and what is fake to real. Therefore he should train Hannah Yeoh to be a better political spinner and hopefully in the future Hannah wont spin so badly like how Fuziah trying to spin for LYNAS. Please. Malaysian are not Stupid.


You can deceive them yesterday. You can deceive them today. You can deceive them tommorow but YOU CANT DECEIVE THEM EVERY SINGLE DAY !


Shen Yee Aun

Semua Tuntutan diPenuhi, BERSIH Kini Ingin Menuntut Putrajaya

Posted: 22 Apr 2012 07:33 AM PDT


Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0? Apakah tuntutan mereka?

1. Bersihkan senarai undi

2. Reformasikan Undi Pos

3. Gunakan Dakwat Kekal

4. Akses Media yang Bebas dan Adil

5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari

6. Kukuhkan Institusi Awam

7. Hentikan Rasuah

8. Hentikan Politik Kotor


Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?


1. Bersihkan senarai undi

2. Reformasikan Undi Pos

3. Gunakan Dakwat Kekal

4. Akses Media yang Bebas dan Adil

5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari

6. Kukuhkan Institusi Awam

7. Hentikan Rasuah

8. Hentikan Politik Kotor

Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.

Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi

SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.

Reformasikan Undi Pos

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.


Gunakan Dakwat Kekal

Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal

Akses Media yang Bebas dan Adil

SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.


Tempoh Kempen Minima 21 Hari


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang. Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.


Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional. Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.


Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan? Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.


Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.


Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?


Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara. Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.


Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi. Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.


Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih.

Pisau kata " Apa lagi yang diaorang nak? Semua tu alasan nak ganggu gugat keamanan negara dan arahan yahudi"

Sri Tri Buana

Posted: 22 Apr 2012 07:25 PM PDT

Sri Tri Buana


Gurau Hari Ahad: Space Odyssey 2001.

Posted: 21 Apr 2012 10:07 PM PDT

r b f

Posted: 22 Apr 2012 07:24 PM PDT

r b f


Occupy Dataran:Pas Sudah Terasa Bebannya

Posted: 22 Apr 2012 06:30 PM PDT

Pada 19 April lepas Pas telah mengerahkan unit amal mereka untuk menjaga mahasewel-mahasewel yang sedang berkampung di Dataran Merdeka selepas insiden mereka diserang.
Unit Amal akan kawal siswa hingga 28 April

PAS akan mengerahkan anggota Unit Amal bagi mengawal keselamatan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil (kiri) berkata, bermula malam ini, 30 anggota pasukan itu akan ditempatkan di situ dan bilangannya akan ditambah jika terdapat keperluan.

"Saya datang pagi ini untuk dapatkan maklumat daripada mereka. Dan kita akan minta Unit Amal untuk jaga keselamatan di sini supaya tak ada gangguan macam semalam.

"Saya sangat dukacita dengan kejadian pagi tadi. Melihat kejadian macam ni, saya boleh katakan yang negara kita yang demokrasi kini dah tak selamat ," katanya.

Sumber:malaysiakini
 Tetapi selepas sehari bertugas disana, lain pula ceritanya

Ada Unit Amal yang tersinggung dgn Layanan Mahasiswa
Pemerhatian semalam agak tidak menyenangkan dimana suasana perhimpunan agak "happening" dan ini di antara faktor sesetengah Unit Amal sendiri yang berterabur akibat tidak dapat nak syncronise diantara coganakat mereka "BERAMAL KERANA ALLAH" dengan suasana agak sosial golongan mahasiswa tersebut. Biarlah aku yang menongkah arus demi untuk memberi mesej kesedaran dikalangan mahasiswa yang ralik dengan himpunan kemah mereka yang akhirnya aku melihat mereka sendiri tenggelam dengan Self- Centric.
Apa yang aku perati, aku dapati ada sedikit rasa tersinggung di kalangan Unit Amal dimana mereka agak terasa bila Pimpinan Pemuda mereka di perlekeh begitu sahaja oleh Mahasiswa yang hanya tahu idealist tapi kurang mahir tentang protokol dan berkomunikasi.
Malahan Unit Amal seolah di ucap-ucap seolah kena jadi kuli depa dan ditunjuk-tunjuk untuk buat begitu dan begini..

Mungkin inilah sebab beberapa sahabat Unit Amal kecil hati dan pulang ke rumah menjelang tengah malam
Harus diingat wahai mahasiswa, pada awalnya kamu yang memberi amaran agar AMK dan Dewan Pemuda agar jangan masuk campur urusan himpunan kamu.
Selama ini kita ingat kita saja yang mengutuk tindakan-tindakan bodoh mahasewel tersebut. Rupa-rupanya orang Pas pun dah tersedar. Lihat komen-komen di ruangan bawah artikel berkenaan. Klik di sini....


Pas dah terasa beb.....mereka dah terasa tindakan mereka menyokong mahasewel-mahasewel tersebut memakan diri mereka sendiri.




Kalau boleh biarkan mereka lagi lama disana lagi bagus. Ianya akan membawa keuntungan kepada kita kerana orang ramai pun dah mula menyampah dengan mereka. Suruhlah pemimpin-pemimpin Pas, PKR dan DAP turun lagi ramai ke sana untuk berjumpa dengan mereka. 




Pilihanraya Akan Diiktiraf Bersih Jika Hanya Mereka Yang Menang

Posted: 22 Apr 2012 07:47 AM PDT


Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0? Apakah tuntutan mereka?

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi 
SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.

Reformasikan Undi Pos 
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.

Gunakan Dakwat Kekal 
Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal.

Akses Media yang Bebas dan Adil 
SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.

Tempoh Kempen Minima 21 Hari 
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang. Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.

Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional. Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.

Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan? Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.

Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.

Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?

Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara. Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.

Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi. Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas. 

Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih. 



Artikel sumbangan Beruang Biru

Kenapa Blog Ini Tidak Tersenarai ? Jawapannya Di Dalam

Posted: 21 Apr 2012 11:23 PM PDT


Sejak petang semalam beberapa orang menghantar senarai diatas kepada saya melalui bbm dan juga sms dan bertanyakan kenapa blog ini tidak tersenarai dalam senarai diatas ?

Saya dimaklumkan senarai diatas diedarkan pada satu kursus Umno yang melibatkan wakil-wakil dari setiap bahagian seluruh negara dan senarai itu diberikan kepada mereka untuk dijadikan laman rujukan atau wajib baca. 

Satu insiatif yang bagus dan tahniah kepada rakan-rakan yang laman mereka tersenarai sebagai laman rujukan atau wajib baca ahli Umno.

Orang tanya saya kenapa blog saya dan beberapa rakan-rakan saya tidak tersenarai ?

Kehadiran saya serta rakan-rakan saya dalam dunia blog hari bukan kerana disuruh atau diundang mana-mana pihak. Kami lahir dengan sendiri selepas keputusan mengejutkan PRU 2008.Soal blog kami tersenarai atau tidak menjadi perkara kedua. 

Bagaimanapun apabila melihat senarai laman yang dikeluarkan dalam senarai diatas nampak ada sedikit pelik. Lihat senarai diruangan nasional. Disana ada 26  laman yang disenaraikan sebagai laman rujukan atau wajib baca ahli-ahli Umno. Apa yang mengejutkan adalah ketiadaan nama laman Umno Online dalam senarai tersebut.Sebagai laman rasmi Umno sepatutnya itu yang perlu diletakkan sebagai pendahulu senarai. 

Dalam dunia media baru pro kerajaan, antara laman yang paling awal wujud adalah mykmu.net dan mereka masih bertahan sehingga ke hari ini. Nama mereka juga tidak tersenarai. Tetapi agak mengejutkan apabila satu laman yang  8-9 daripada 10 tulisannya mengkritik kerajaan dan Umno tersenarai sebagai blog wajib baca ahli-ahli Umno. Yang saya maksudkan adalah yang tersenarai di nombor 16.

Bukan maksud saya kita tidak boleh kritik, boleh.....tapi lihat pada keadaan. Ada orang kata pengendali laman tersebut trojan horse. Mungkin ya mungkin tidak. Tapi jika ditanya kepada saya , saya tidak mempercayai dan menyukainya kerana dia kawan karib kepada raja fitnah PKR yang tewas kepada Shamsul Iskandar dalam pertandingan ketua pemuda PKR. 

Mungkin kerana kepetahan dia berkata-kata menceritakan kehebatan perang sarafnya ketika bersama PKR dulu untuk menjatuhkan Tun Dr M melalui laman mahazalim dan mahafiraun yang dia mengaku dia sebagai penggerak utama dan turut terlibat dengan penubuhan malaysiakini membuatkan ada orang-orang tetentu dalam Umno terpesona dengannya.  

Masalahnya gerakan yang dia lakukan tidak berjaya. Tun Dr M terus gah dan BN menang 2/3 dalam PRU 1999. Kemudian lebih selesa pada 2004. Hari ini orang itu nak bantu Umno pula ke ? Itu tiada masalah, Umno sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan menerima sesiapa sahaja yang ingin membantu mereka asalkan bukan syaitan. Tetapi masalahnya dia tidaklah sehebat seperti yang didendangkan. Kalau dia benar-benar hebat , PKR dah menang besar PRU 1999 atau 2004 sewaktu dia menggerakkan laman mahazalim dan mahafiraun. 

Semoga rakan-rakan yang bertanya sejak semalam berpuashati dengan jawapan saya. Jika laman Umno Online pun tidak tersenarai apalah sangat dengan nama saya atau rakan-rakan saya. Itu tidak menjadi kudis. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan target BN menang 2/3 pada PRU 13. Jika target itu tercapai, maka bolehlah difikirkan untuk saya ucapkan selamat tinggal kepada dunia blog.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 22 Apr 2012 03:33 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Anti-PTPTN - Tudiaaaa! Punya takutnya Anwar jerkah, PAS teruih cover line Haji Hadi!

Posted: 22 Apr 2012 08:31 AM PDT

SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah tidak bersetuju dengan tuntutan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sekali gus bercanggah pendirian dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, laporan arus perdana juga seolah-olah menunjukkan kononnya Abdul Hadi menyanggah cadangan Anwar untuk memansuhkan PTPTN jika Pakatan Rakyat meguasai Putrajaya.

"Ini menunjukkan niat jahat untuk melaga-lagakan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat semata-mata."Media arus perdana ini dengan jeleknya telah sengaja memutar belitkan maksud ulasan Presiden Pas seperti mana menjadi amalan kebiasaan mereka," kata beliau dipetik Harakahdailyhari ini.

Ahmad Samsuri berkata, "ingin dipertegaskan bahawa isu penghapusan PTPTN telah dibincang dengan mendalam dan Datuk Seri  Abdul Hadi Awang juga telah memberikan pandangan yang menjadi pendirian bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini."

Kata beliau, "yang dipertegaskan oleh Presiden Pas ialah bahawa PTPTN akan dihapuskan. Manakala penghapusan PTPTN pula akan dilaksanakan dengan prosesnya."

"Proses yang dimaksudkan oleh Presiden Pas di sini ialah penghapusan PTPTN sepatutnya tidak membimbangkan mana-mana pihak kerana ia akan dilaksanakan dengan penuh prinsip keadilan dan tidak membebankan rakyat, di mana orang miskin akan dibela tanpa mengira kaum mereka dan orang yang kaya mestilah memainkan tanggungjawab membantu mengikut kemampuan mereka dalam sebuah negara," kata Ahmad Samsuri merujuk kepada laporan beberapa arus perdana yang memetik laporan Sinar Harian semalam.

Menurut laporan Sinar Harian semalam, Abdul Hadi juga turut mendakwa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berbohong kepada rakyat apabila menyatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya dana pendidikan itu dihapuskan.

"Pendidikan percuma itu konsep negara berkebajikan yang Pas kemukakan. Masalah dana perlu ditangani dengan bijak, kita nak laksanakan konsep (negara berkebajikan) tapi terpaksa memikul bebanan kesalahan BN.

"Bankrap itu tidak betul, bohong, ia disebabkan salah urus. Banyak negara seperti Britain, Sweden, Norway dan Jerman beri pendidikan percuma. Apa yang berlaku adalah kerana duit negara bocor sebab rasuah, penyelewengan," katanya.

Sinar
posted from Bloggeroid

Bershit 3.0 - Perhimpunan dibenarkan, tapi bukan di Dataran Merdeka

Posted: 21 Apr 2012 10:30 PM PDT

Pihak berkuasa memberi kebenaran untuk mengadakan perhimpunan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan tidak akan berurusan dengan mereka seperti perhimpunan yang dilakukan sebelumnya, termasuk Bersih 1.0 dan Bersih 2.0.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan ini lebih awal sebelum Bersih 3.0 diadakan hujung minggu ini. Bagaimanapun, beliau berkata perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka kerana pihak yang bertanggungjawab terhadap kawasan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tidak membenarkannya.

Menteri Dalam Negeri berkata, pihak berkuasa telah membenarkan DBKL untuk membuat keputusan setelah menentukan bahawa ianya tidak melibatkan isu keselamatan.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima tiga permohonan untuk berkumpul di Dataran Merdeka, termasuk salah satunya daripada Bersih 3.0.

"Saya jangka mereka konsisten dengan keputusan yang telah dibuat (untuk tidak membenarkan perhimpunan itu) tetapi ini tidak seharusnya menghalang penganjur daripada mencari tempat lain.

"Ia bukannya menjadi isu keselamatan. Jadi jika terdapat peningkatan dalam kehadiran polis (pada hari itu), ia hanya untuk membantu orang-orang yang akan menyertai perhimpunan. Kami telah menjelaskan pendirian kami bahawa kami membenarkan berhimpun secara aman. "

Bersih 3.0 diumumkan berikutan pengumuman laporan akhir oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bulan lepas. Penganjur Bersih 3.0 mendakwa laporan itu tidak cukup untuk menangani isu-isu daftar pemilih.

Dilaporkan bahawa penganjur Bersih 3.0 telah menerima surat yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah DBKL Datuk Normah Malik, memberitahu mereka bahawa Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara peringkat kebangsaan.

Mengenai pendekatan baru yang diambil pihak berkuasa dalam berhadapan dengan Bersih 3.0, Hishammuddin berkata Akta Perhimpunan Aman memberi garis panduan yang jelas mengenai perhimpunan seperti ini.

"Saya telah menjelaskan bahawa saya membenarkan mereka untuk mengadakan perhimpunan selagi ianya aman dan dengan kita bertanggungjawab terhadap tindakan kita. Ini adalah satu pendekatan yang datang dengan kematangan demokrasi dan kemajuan masyarakat, "katanya.

Hishammuddin mengakui bahawa pihak berkuasa mungkin telah bertindak keterlaluan terhadap Bersih 1.0, mengisytiharkannya sebagai haram dan mengharamkan pemakaian kemeja kuning.

"Ya, saya fikir mungkin kita keterlaluan. Tetapi apa yang berlaku di London (semasa rusuhan) apabila ia terbakar? Terdapat banyak bantahan awam kerana kekurangan reaksi daripada agensi-agensi penguatkuasaan. Jika sesuatu yang berlaku semasa Bersih 2.0, mungkin dakwaan bahawa kami bertindak keterlaluan menjadi sebaliknya.

"Tetapi kita telah belajar daripada itu. Bagi Bersih 3.0, kita kini mempunyai pendirian. Ia bukan mengenai kuasa, tetapi Akta tersebut telah memberikan saya keyakinan untuk menjalankan tugas saya dengan bijak dan bertanggungjawab, berdasarkan undang-undang, "katanya.




Mengenai transformasi politik, termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Hishammuddin berkata: "Ia menjadi satu perjalanan yang sukar yang memerlukan banyak keberanian."

"Bagaimanapun, ia terpaksa dilakukan, dan sekarang ia telah dilakukan, saya lega.

"Perubahan landskap, nasional dan global, telah memaksa kita untuk kembali melihat diri kita," katanya.

"Kita sedang bergerak ke hadapan dan saya benar-benar percaya transformasi ini mencerminkan bukan hanya keberanian, tetapi juga kesedaran yang kita perlu lakukan."

mStar

PRU 13 - Rais Yatim minta BN berhati-hati dengan 7 isu

Posted: 21 Apr 2012 09:30 PM PDT

Barisan Nasional (BN) berdepan dengan sekurang-kurangnya tujuh isu utama yang menjadi agenda pembangkang bagi memenangi hati rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini.

PRU13 dilihat sebagai ibu kepada segala pilihan raya dan paling sengit dalam sejarah pilihan negara ini. PRU12 diadakan pada Mac 2008.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, antara isu utama bakal dimainkan adalah kenaikan harga barang.

"Isu royalti minyak di Kelantan turut jadi bahan kempen mereka. Tidak terkecuali, isu kerakyatan di Sabah dan Sarawak yang turut dipolitikkan," kata beliau pada program bersama ketua-ketua cawangan Umno Bahagian Jelebu di Dewan Majlis Daerah Jelebu, semalam.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, kemungkinan Jun ini tetapi mandat semasa hanya akan berakhir April 2013. Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, dalam usaha menidakkan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN ketika ini, pembangkang turut memainkan isu orang Cina sebagai warga kedua iaitu tidak mendapat layanan seperti Bumiputera.

"Pembangkang juga tidak terkecuali membawa isu-isu di beberapa negeri pembangkang bagi diketengahkan dalam kempen" kata Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.



Dalam perkembangan lain, Rais mengarahkan 51 cawangan Umno Bahagian Jelebu bermesyuarat pada 28 dan 29 April ini membincangkan persediaan menghadapi PRU13.

"BN mesti bersalur-galur (berhubung kait) dengan pilihan raya. Setiap ketua cawangan perlu mengepalai kawasan peti undi," katanya.

Sinar

60 IPTS bakal gulung tikar jika PTPTN dihapuskan!

Posted: 21 Apr 2012 09:00 PM PDT

TEMERLOH – Keputusan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), jika diambil, boleh menjejaskan operasi 60 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bertaraf universiti dan kolej universiti di negara ini, sekali gus meningkatkan jumlah pengangguran.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ketiadaan pinjaman PTPTN juga menyebabkan keluarga miskin akan menanggung beban kerana terpaksa berhutang dengan pihak lain atau anak mereka tidak dapat meneruskan pengajian.

Menurutnya, cadangan memansuhkan PTPTN bukanlah idea terbaik untuk memajukan sektor pendidikan peringkat tinggi.

"Lebih menyukarkan jika pengusaha IPTS terpaksa menutup perniagaan mereka kerana pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi.

"Kesan tindakan itu menyebabkan sektor pendidikan negara kucar-kacir, di samping meningkatkan kadar pengangguran kerana IPTS terpaksa ditutup.

"Kerajaan yakin untuk mencapai negara maju, tindakan menghapuskan PTPTN bukanlah jalan terbaik. Malah idea itu boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Peringkat Pahang di Dewan Sekolah Menengah Abu Bakar, hari ini.

Saifuddin berkata, idea menubuhkan institusi pinjaman kepada pelajar pernah disarankan oleh Prof Engku Aziz pada 1973 dan dinamakan sebagai Tabung Siswa untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan kemudahan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi.




Menurutnya, idea pakar ekonomi itu ternyata amat bijak kerana kaedah tersebut boleh membantu perkembangan sektor pendidikan negara sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi.

"Namun pada 1997, kerajaan bersetuju menubuhkan PTPTN dan pembayaran kali pertama dikendalikan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Oleh itu, kerajaan terkilan dengan tindakan ketua pembangkang yang berusaha untuk memansuhkannya disebabkan beliau tidak lagi dipilih sebagai pemimpin kerajaan.

"Tindakan bermuka-muka sebegini boleh menyebabkan masyarakat jelak dengan politik kotor diamalkan beliau semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai," katanya.

Pelajar Institut Kemahiran serah tubuh kepada nelayan!

Posted: 21 Apr 2012 08:30 PM PDT

Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.

Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.




Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.

Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertudu­han khalwat.

Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.

Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan.

(Kemaskini) Kes pelajar UPSI jatuh bangunan, ada unsur bunuh diri?

Posted: 21 Apr 2012 07:57 PM PDT

Kes pelajar UPSI yang dipercayai terjatuh dari bangunan E learning semakin panas setelah selesai beberapa siasatan awal pihak polis dan forensik.

Menurut satu sumber, penyiasatan polis kini lebih menjurus kepada kes bunuh diri dengan melompat terjun dari bangunan tersebut.

Ini berdasarkan beberapa bukti CCTV yang diperolehi dari bangunan beserta nota yang ditulis oleh mangsa kepada sahabatnya. Mangsa dilihat berjalan keseorangan ketika hari kejadian melalui CCTV tersebut.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam siasatan dan masih belum disahkan oleh pihak polis.


Berita sebelum ini boleh di baca di SINI dan SINI

(Kemaskini) Kes pelajar UPSI jatuh bangunan

Posted: 21 Apr 2012 06:33 PM PDT

Seorang pembaca blog pilihan-anda telah berkongsi maklumat mengenai kemalangan yang menimpa pelajar UPSI petang semalam...

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab).

Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi).

Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td.

Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. I

InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman.

Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)

Terima kasih





Berita sebelum ini anda bloeh baca DI SINI http://pilihan-anda.blogspot.com/2012/04/gambar-pelajar-upsi-maut-jatuh-bangunan.html

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 22 Apr 2012 03:24 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Datuk Saifuddin Abdullah Akui... Tauke IPTS Boleh Bankrap Kalau PTPTN Dihapuskan..!

Posted: 22 Apr 2012 06:00 AM PDT


Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Saifuddin Abdullah yang mengatakan keputusan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika dibuat boleh menjejaskan operasi 60 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf Universiti dan Kolej Universiti di negara ini dan sekali gus meningkatkan jumlah pengangguran...

Juga ketiadaan pinjaman PTPTN akan menyebabkan keluarga miskin menanggung beban kerana terpaksa berhutang dengan pihak lain atau anak mereka tidak dapat meneruskan pengajian.

Sambil beliau berkata "lebih menyukarkan jika pengusaha IPTS terpaksa menutup perniagaan mereka kerana pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi... kesan tindakan itu menyebabkan sektor pendidikan negara kucar-kacir di samping meningkatkan kadar pengangguran kerana IPTS terpaksa ditutup...

Kerajaan yakin untuk mencapai negara maju tindakan menghapuskan PTPTN bukanlah jalan terbaik... malah idea itu boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara" katanya.


Tambah beliau lagi "Pada 1997 Kerajaan bersetuju menubuhkan PTPTN dan pembayaran kali pertama dikendalikan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Oleh itu kerajaan terkilan dengan tindakan Ketua Pembangkang yang berusaha untuk memansuhkannya disebabkan beliau tidak lagi dipilih sebagai pemimpin kerajaan... tindakan bermuka-muka sebegini boleh menyebabkan masyarakat jelak dengan politik kotor diamalkan beliau semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai".

Pergghh..! Kerajaan Pkr Selangor Dah Laksanakan Hampir Semua Janji MANIFESTO 2008

Posted: 21 Apr 2012 11:00 PM PDT


Selama empat tahun memerintah Selangor, dengan tema Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan Kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan hampir semua janji dalam Manifesto Pilihan raya Umum (PRU) 2008.

Sebuah kerajaan yang baik pula ialah kerajaan yang berjaya mengutip cukai dengan efisien dan menggunakan cukai tersebut untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk meningkatkan tahap ekonomi negeri agar pembangunan dapat dilakukan.

Begitulah yang ditekankan Pakatan Rakyat apabila menerajui negeri Selangor pada 2008, demikian tegas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Memandangkan Selangor adalah nadi pembangunan dan pemacu utama ekonomi Negara atau lebih tepat lagi penyumbang 23% kepada KDNKnegara, katanya, maka rakyat Selangor berhak mendapat bahagian yang besar dari kemajuan negeri dan Negara.

Bukan itu sahaja, jelas Khalid, tahun 2010 Selangor turut mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi dalam negara selepas Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 22.56 peratus.

Malah, tambahnya dalam tempoh empat tahun memerintah Kerajaan Selangor telah menerima jumlah pelaburan melebihi RM36 billion dansepanjang tempoh itu juga kerajaan berjaya membuka sebanyak 95,013 peluang pekerjaan.

"Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakar pembangunan negeri melalui program yang memberi kesan langsung kepada kebajikan rakyat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sepanjang melaksanakan program MES sehingga 2011 katanya, kerajaan Selangor telah membelanjakan hampir RM600 juta yang mana program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu Pertama antaranya program yang menelan berlanja yang besar kerana melibatkan hampir seluruhrakyat negeri ini iaitu kira-kira RM477 juta.

Sehubungan itu katanya, Program MES telah dilebarkan menerusi program-program Hasil Negeri Untuk Rakyat kerana menyedari bahawa sekian lamanya hasil negeri terkaya ini dikutip namun pengagihannya tidak menitikberatkan kebajikan rakyat marhaen.

Program MES antaranya, Jom shopping bagi warga emas, pembiayaan pendidikan kepada warga kerja Selangor yang mahu melanjutkan pelajaran, Tuisyen Rakyat, Skim Perumahan Pekerja Ladang, Bantuan pengurusan bangunan, lif dan pusat komuniti dan Bonus Selangorku- Jom Shopping anak YAWAS yang berusia empat tahun (lahir 2008).

Katanya, selama 50 tahun pentadbiran terdahulu tanpa adanya proses semak dan imbang yang berkesan, pastinya terlalu banyak kepincangan dan ketirisan yang berlaku.

"Ini terbukti apabila banyak lubang ketirisan berjaya dibendung. Hutang lapuk syarikat kroni yang mencecah hampir RM400 juta dan berusia sedekad lamanya telah berjaya dikesan dan dikutip.

"Sejumlah wang yang mengikut kelaziman pemerintah terdahulu akan masuk ke dalam poket pemimpin, kini berjaya disalurkan semula kepada rakyat melalui Geran Selangorku. Satu dana besar berupa bonus kepada rakyat Selangor," katanya.

Katanya, terdapat 17 program yang telah dirancang dan sebahagian besarnya program tersebut menyentuh setiap segmen rakyat di Selangor; golongan pekerja, belia, wanita, warga emas, anak kecil, OKU, di bandar mahupun di desa.

Katanya, bonus RM300 juta merupakan julung-julung kali diterima rakyat negeri ini melalui program seperti Pengenalan Gaji Minima, Program Pembasmian Rasuah & Penyelewengan, Pemerkasaan Wanita, Daripada Kebajikan Kepada Bekerja, Program Keusahawan Muda, Program Sokongan Pendidikan, Program Pejabat ke Rakyat dan banyak lagi.

"Umpamanya program Pemerkasaan Wanita berjumlah RM30 juta bakal menyediakan prasarana dan peluang yang jauh lebih cerah kepada golongan wanita dan suri rumah," katanya.

Tambahnya, begitu juga dengan Program Daripada Pejabat Kepada Rakyat dengan peruntukan sejumlah RM20 juta di bawah Geran Selangorku, adalah satu projek penyediaan data digital geran-geran tanah di seluruh Selangor dengan tujuan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi jangka panjang.

"Rakyat tidak perlu lagi mengunjungi pejabat tanah untuk berurusan kerana semua urusan boleh dilakukan melalui teknologi internet. Secara langsung program ini dapat mengurangi kos yang ditanggung rakyat. Projek ini merupakan projek pertama yang pernah diadakan di Asia," katanya.

Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat tidak menoleh ke belakang dengan menonjolkan perlakuan Umno BN sejak 50 tahun lalu, sebaliknya melaksanakan pentadbiran maju ke hadapan dengan melakukan perubahan dan reformasi pada setiap segmen pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial.

Pakatan Rakyat yakin dengan semua program kebajikan di atas, rakyat Selangor akan terus memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri ini.

"Konsep "Value For Money" yang diperkenalkan oleh pentadbiran PR kini benar-benar mendapat tempat di negeri termaju dan terkaya di Malaysia ini. Selangor adalah model terbaik jika Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat Malaysia untuk memerintah Putrajaya," katanya.

Azmin Ali GAGAL Gerak Jentera Pilihanraya Selangor....

Posted: 21 Apr 2012 05:34 PM PDT

PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.

Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Rakyat di negeri itu.

Melihat kepada situasi yang hambar di hampir kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor, boleh dikatakan agak sukar parti itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.

Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri, Zuraida Kamarudin di dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah meninggalkan parti itu.

Ini berikutan kelemahan kepimpinan Azmin dan kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan seteru politiknya yang juga Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

Persengketaan di antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli parti.

Abdul Khalid merasa kuasa beliau telah dipinggirkan apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyingkir beliau untuk digantikkan dengan kroni dan orang kuatnya, Azmin sejak dua tahun lalu.

Akibat daripada tindakan Anwar tersebut Abdul Khalid dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering bertelagah.

Sebagai membalas dendam terhadap dasar politik kotor Anwar yang mengamalkan dasar pecah dan perintah, Abdul Khalid mensabotaj kebanyakan daripada program PKR di Selangor dengan menyekat dana dan bantuan kewangan melalui saluran kerajaan negeri.

Azmin pula bersikap pilih bulu dengan hanya mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh kroni-kroninya sahaja.

Aktiviti dan program PKR hanya ditumpukan di beberapa kawasan seperti Batu Caves, Gombak dan Seri Muda sahaja manakala kawasan-kawasan lain diabaikan.

Faktor inilah yang menyebabkan ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Bagi mereka PKR telah menipu mereka dengan propaganda imej sebagai 'parti harapan baru' tetapi hakikatnya hanya pemimpin atasan sahaja ang mengaut segala keuntungan dan menikmati hidup yang mewah atas pengorbanan ahli-ahli peringkat bawahan.

Program-program PKR tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu.

Jika dahulu ceramah-ceramah anjuran PKR di Selangor yang dihadiri Anwar mampu menarik lebih 5,000 hadirin tetapi sekarang hendak mencapai jumlah 1,000 ke 2,000 pun amat sukar.

Itu pun disebabkan kehadiran beberapa tokoh popular PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk mendapat jumlah pendengar yang lebih besar.

Jika di tolak faktor penceramah dari PAS, PKR berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.

Kemelut yang melanda PKR Selangor dijangka akan bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana Azmin hanya menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUNnya sahaja termasuk beberapa kawasan kroninya.

Kawasan lain termasuk Ijok, kawasan DUN Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri menggerakkan jentera pilihan raya.

Melihat kepada kelemahan ketara dan faktor penerimaan rakyat Selangor yang semakin melonjak terhadap barisan Nasional, secara keseluruhannya PRU-13 nanti bakal menjadi badai yang akan menenggelamkan kapal Pakatan Rakyat.

Beruang Biru....

bERANIKAN hATI

Posted: 22 Apr 2012 03:11 PM PDT

bERANIKAN hATI


PAS, MAHASISWA MELAYU DAN POLITIK SEMASA PEMBANGKANG

Posted: 21 Apr 2012 08:08 PM PDT

Pemimpin Pas @ Nik Aziz


1. Di Kuantan berlaku insiden pergaduhan diantara penyokong Pas dan UMNO gara-gara tindakan provokasi pihak Pemuda Pas memasang bendera parti itu dikawasan sekitar Pejabat UMNO Bahagian Kuantan di Jalan Mahkota. Jelaslah tindakan provokasi ini sengaja dilakukan kerana ingin mendapat reaksi pihak penyokong UMNO untuk kemudiannya menuduh bahawa UMNO ini ganas.


Tanggalkan dulu Kopiah tu Ostad oiii! Baik punya lurah tu, hehe


2. Selama ini kita melihat banyak bendera-bendera Pas dimana-mana disekitar markas mereka namun tidak ada sebarang provokasi dan serangan yang dilakukan oleh pihak UMNO terhadap mereka. Penyokong UMNO mungkin bersikap lebih terbuka dan lebih demokratik dalam hal-hal berkaitan kempen politik, namun penyokong Pas sebagaimana biasa kelihatan sebagai dari kalangan mereka yang taksub dan jumud.


Perhatian; Tiket2 ke Syurga yang dijanjikan akan ditukar kepada tiket ke Neraka berdasarkan kepada kekosongan tanpa pemberitahuan notis terlebih dahulu - harap maklum!


3. Bendera Pas berkibar 360 hari sepanjang tahun di sekitar markas mereka dan dimerata-rata. Tidak hairanlah jika dalam fikiran penyokong Pas bahawa mereka berpolitik sepanjang masa, 360 hari setahun dan 24 jam sehari. Sehingga ada kalangan mereka yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa serta pemimpin keluarga.


Sedangkan 'bu***' bini orang pun dia sapu, inikan pula 'duit' Tabung Memali


4. Justeru, tidak hairanlah jika ada kalangan mereka yang melangsungkan hidup atas 'sedekah' serta 'wang derma'. Bahkan ada yang menyara kehidupan dengan memecahkan 'Tabung Memali'. Ada juga yang mendapat saraan nafsu dengan menerima 'sedekah seks' dari isteri-isteri sahabat ahli-ahli mereka sendiri. Demikianlah jika seluruh jiwa mereka telah mereka serahkan kepada perjuangan yang belum tentu benarnya.


Jangan bimbang. Mahasiswi2 sedang dilatih untuk bersedia jadi calon kursus


5. Demo Mahasiswa di Dataran Merdeka di sokong juga oleh Pas. Khabarnya sekitar kawasan perkhemahan ditemui kondom-kondom yang sudah digunakan, berlendir dan berair mani. Apakah Pas menggalakkan perbuatan mungkar ini dilakukan oleh anak-anak mereka sendiri? Jadi kenapa mereka membiarkan perkara ini terjadi dan tidak mencuba untuk menghalangnya? Sudah runtuhkan perjuangan Islam Pas selama ini hanya kerana menjilat 'bontot' DAP dan Anu arr? Segala kerosakan masa depan anak bangsa adalah kerana sikap Pas dan Pas mesti bertanggungjawab terhadapnya.


Nizar dan Mat Sabu turut berkhemah untuk mentarbiahkan mahasiswi sehingga jam 3 pagi, hehehe


6. Anu arr yang sudah sinonim dengan menyokong kebebasan seks tentu tidak kisahkan apa yang terjadi kepada mahasiswa-mahasiswi yang berkhemah di Dataran Merdeka itu, bahkan memang itulah yang diharapkan....keruntuhan akhlak para remaja serta kebebasan seks diantara mereka bagi menghalalkan apa yang dia sendiri lakukan. Malaysia akan membentuk masyarakat masa hadapan yang tidak berakhlak dan runtuh moralnya. Tidak hairanlah jika Anu arr bersungguh-sungguh menyokong negara Israel dan yahudi kerana sikap dan fikirannya adalah sebahagian dari amalan puak yahudi yang memusuhi Islam dari dulu sehingga ke selamanya.


Mahasiswa mahasiswi yang kepenatan selepas sertai sesi kaunseling jam 3 pagi


Ada yang suka 'bald' dan terpaksa dicukur segalanya


'Semak bro, tu pasal I cukur....nk try?'


Panduan dan tatacara yang terpaksa dipatuhi mahasiswa mahasiswi sepanjang sesi berkhemah di Dataran Merdeka