Khamis, 27 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Dec 2012 09:34 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Malunya Felda dipijak oleh orang BN

Posted: 26 Dec 2012 03:06 PM PST


26 Dis 2012 

TAMPIN: Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim menyifatkan tindakan petugas Barisan Nasional (BN) yang berdiri atas kenderaan rasmi pengurusan Felda sambil mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) ketika menghalang Kembara Oren masuk ke Felda Bukit Rokan Barat pada hari Ahad lepas amat memalukan.

"Malu sungguh bila melihat seorang lelaki yang mengibarkan bendera BN berdiri dan memijak bumbung kenderaan rasmi Felda .

"Demi mempertahankan politik sempit, dahlah terpekik mengeluarkan kata-kata kesat, sanggup pula memijak kenderaan Felda.

"Demi BN, pegawai Felda pula hanya membiarkan tindakan tersebut. Dimana maruah Felda dan pegawai Felda itu sendiri.

"Sebagai peneroka Felda Rokan, saya mendapati ramai yang membuat kekecohan di Felda Bukit Rokan Barat dan Felda Bukit Rokan Utara ini bukanlah peneroka Felda sebaliknya orang luar yang saya kira sudah tentu orang Umno dari luar Felda," kata Zakaria.

Zakaria yang juga merupakan peneroka Felda Bukit Rokan turut berkata bahawa majoriti yang membuat kekecohan menghalang konvoi adalah budak luar.

"Saya orang sini dan saya kenal kebanyakkan mereka. Ramai daripada mereka merupakan remaja termasuk remaja bawah umur.

"Kita boleh melihat bagaimana ada diantara remaja dibawah umur ini turut memegang kayu.

"Kita ada bukti bergambar remaja memegang kayu dalam kekecohan itu dan seorang lelaki berdiri (memijak) bumbung kenderaan Felda," ujar Zakaria.

DPP PADANG TERAP

Posted: 26 Dec 2012 09:22 PM PST

DPP PADANG TERAP


Terbukti ini adalah fitnah jahat budak UMNO Naka

Posted: 25 Dec 2012 11:45 PM PST



UMNO dan FITNAH ibarat GARAM dan MASIN!


Aktivis UMNO Pekan Naka @ Wan Suhaizi Wan Senu

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 26 Dec 2012 09:21 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Jelajah Tawan Kg Gajah buka mata Gen X, Gen Y & Boomers

Posted: 26 Dec 2012 04:57 AM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 26 Dec 2012 07:23 PM PST

PAS Kawasan Miri


Saman Ekor Untuk Mencari Untung atau Menjaga Keselamatan Pengguna Jalanraya?

Posted: 26 Dec 2012 01:15 AM PST

'Saman Ekor' atau Perangkap Kelajuan Tidak Adil Kepada Pengguna Jalanraya
MIRI – 'Saman Ekor' atau perangkap kelajuan yang dikenakan kepada pengguna jalanraya amat mengelirukan dan tidak adil kepada pengguna jalanraya. Antara masalah yang menjadi persoalan kepada pengguna jalanraya ialah tiada tanda amaran atau peringatan kepada pengguna jalanraya terutama sekali di kawasan yang dilarang memandu laju.

Baru-baru ini kita menerima banyak aduan dari pengguna jalanraya tentang masalah saman ekor yang dikenakan keatas mereka. Salah seorang pengadu, Abu Anak Alui tidak puas hati terhadap saman yang dikenakan keatasnya, antara sebabnya ialah tarikh saman yang terdapat dalam surat saman dan tarikh dalam gambar agak mengelirukan.

Tarikh saman dalam gambar tercatit pada bulan Mei tetapi dalam surat saman tercatit pada bulan September. Beliau juga tidak puas hati kerana tiada tanda amaran di kawasan dimana beliau dikenakan saman ekor oleh pihak polis.

Pihak polis atau pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya meletakkan tanda amaran atau peringatan di kawasan dilarang memandu laju untuk mengingatkan pengguna jalanraya supaya memandu perlahan.

Pengguna jalanraya berhak tahu mengapa mereka mesti disaman di kawasan yang tiada tanda amaran. Sudah tentu pengguna jalanraya yang mengguna lebuhraya tidak perasan apabila memandu laju kerana kalau memandu secara perlahan sudah pasti boleh menyebabkan pemandu rasa bosan dan mengantuk terlebih lagi jalan jauh yang tidak banyak kenderaan. Lagi pun jalanraya atau lebuhraya di Sarawak agak berliku-liku dan jalan tidak rata.

Mereka terasa terlalu beban untuk membayar saman ekor tanpa mengetahui kesalahan sebenar mereka walaupun ada gambar yang dirakam oleh pihak polis. Pengguna jalanraya juga berhak mengetahui, adakah mesin yang merakam kelajuan kenderaan tersebut, sama tercatit dengan kelajuan yang tercatit dalam meter kenderaan yang dipandu oleh pengguna jalanraya?

Berapa lama jangkahayat bateri perangkap kelajuan tersebut boleh bertahan, setelah digunakan dan adakah ianya dijamin boleh mencatit tepat dengan kelajuan sebenar kendaraan yang dirakam. Mengapa pihak polis mesti bersembunyi di celah-celah pokok atau sebagainya untuk merakam pemandu laju?  Adakah tujuan mereka semata-mata untuk menyaman atau menjaga keselamatan pengguna jalanraya?
Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa sebelum mengenakan saman kepada pengguna jalanraya untuk mengelak salah faham.

Kita mencadangkan kepada pihak berkuasa agar setiap jalanraya yang hendak melakukan saman ekor atau perangkap kelajuan perlu diletak tanda amaran atau tanda peringatan agar pemandu lebih berhati-hati memandu dalam kawasan tersebut.  Pihak polis atau JPJ perlu memberi amaran kepada pengguna jalanraya sebelum menyaman mereka, ada kemungkinan mereka ada masalah atau ada kecemasan ketika itu yang menyebabkan mereka terpaksa memandu laju.  Kalau pengguna jalanraya masih juga melanggar peraturan jalanraya atau degil, pihak polis atau JPJ boleh mengambil tindakan yang sewajarnya keatas mereka.

Apalah ertinya menyaman pengguna jalanraya, sedangkan masalah keselamatan di jalanraya masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Kita mengesa pihak berkuasa mengkaji semula saman ekor ini yang dijalankan sekarang kerana ianya tidak adil kepada pengguna jalanraya tanpa mengetahui kesalahan mereka yang sebenar.   Carilah keadah atau jalan penyelesaian yang terbaik selain menyaman untuk mengatasi masalah keselamatan jalanraya agar ianya memberi kebaikan untuk semua. Kita tidak menentang peraturan jalanraya tetapi biarlah ianya adil dan tidak menyusahkan pengguna. Keselamatan jalanraya memang patut diberi keutamaan demi kebaikan untuk semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
'Saman ekor' (postal summonses) or Speed ​​Trap Unfair to Road Users
 MIRI - 'Saman ekor' (postal summonses) or Speed trap is very confusing to road users and unfair to motorists. Among the questions in issue to the road users are no warning signs or reminders to road users especially in speeding prohibited areas.

Recently we received complaints from road users about problems of 'Saman ekor' (postal summonses) which imposed on them. One of the complainants, Abu Anak Alui dissatisfaction with the suit imposed upon him, the reason is the date of the summons which is in a letter of summons and the date in the picture is somewhat misleading.

Date of the summons in the picture recorded in May but in the letter of summons stated in September. He also unhappy because there are no warnings signs in the areas where he was summons by the police.

The police or the Road Transport Department (JPJ) should put a warning or caution signs at the speeding prohibited area to remind motorists to drive slowly.

Road users deserve to know why they must be sued in areas without warning signs. Of course, the road users which use of the highway had not noticed when driving fast because when drive slowly certainly can cause drivers feel tired and sleepy especially remote road not many vehicles. Furthermore, the road or highway in Sarawak somewhat is meandering and uneven roads.

They feel too burden to pay for the 'Saman ekor' (postal summonses) without knowing their real offense although recorded by the police. Motorists are entitled to know, is the machine that records the vehicle's speed, the same speed as stated by which stated in the vehicles meter driven by the motorist?

How long is the speed traps battery life span can endure, after being used and is it guaranteed to accurately record the actual vehicle speed recorded. Why the police must hide among the trees or the like to capture the speed drivers?  Is their purpose merely to sue or take care of safety of the road users?
These are questions that must be answered by the authorities before imposing summons to the road users to avoid misunderstandings.

We proposed to the authorities that every road to do 'Saman ekor' (postal summonses) or speed traps should be placed a warning signs or reminder signs so that drivers more cautious driving in the area.  The police or JPJ should warn road users before they sue, there is a possibility they have a problem or there is an emergency at the time that forcing them had to drive fast. If the driver still defiant and not obey the road rules is up to the discretion of the police or JPJ to take appropriate action on them.


What significance suing the road users, while road safety problem has yet to be fully resolved.  We urge the authorities to review the 'Saman ekor' (postal summonses) conducted now because it is not fair to the road users without knowing their real offense.  Look for a method or the best solution besides suing to overcome road safety problems that it is beneficial to all. We are not against the road rules but let it fair and not burden the user. Road safety should always be a priority for the betterment of all.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 26 Dec 2012 11:54 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


JOM Pakat mari ramai2...!!!

Posted: 25 Dec 2012 04:46 PM PST


Makluman Pindaan Tempat Ceramah

Posted: 25 Dec 2012 04:40 PM PST


Pemuda PAS Machang Menziarahi Mangsa Banjir Di Kg Tengah, Pangkal Chuit (Dun Temangan)

Posted: 25 Dec 2012 04:07 PM PST







Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek

Posted: 25 Dec 2012 04:01 PM PST


KOTA BHARU: Beberapa badan bukan kerajaan dan Umno diminta bertanya kepada bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.

Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan  Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.

Demikian kata Ustaz Fadli Shaari (gambar), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.

Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.


(Surat Awang Adek dan Peter Chin yang menyokong projek)

Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.

Hari ini, 25 Disember 2012, dilaporkan di dada-dada akhbar desakan NGO Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wira PERKASA dan Pertubuhan Minda Orang Muda (MOM) agar penjelasan dibuat oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Begitu juga akhbar semalam 24 Disember 2012 di mana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

"Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net," katanya.

Menurut beliau, ia bukan projek rahsia kerana telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Surat kelulusan pula telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

"Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Justeru, katanya, beliau meminta semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini.

Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, Fadli menulis, "saya kira OMBAK boleh bersabar."

"Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya berikutan cadangan Menteri Besar Kelantan agar pihak yang memfitnahnya sebelum ini disaman.

Pemuda PAS Machang Menziarahi Mangsa Banjir Di Sekitar Machang

Posted: 25 Dec 2012 04:01 PM PST































Tuan Ibrahim ketuai skuad PAS beri bantuan banjir

Posted: 25 Dec 2012 03:54 PM PST

(Skuad bantuan banjir Pahang menurunkan bahan bantuan untuk mangsa banjir)

KUANTAN: PAS Pahang mengerah seluruh petugasnya agar bergerak ke Kuantan bagi membantu mangsa banjir yang disifatkan paling buruk dalam sejarah negeri itu.

Arahan supaya jentera PAS digerakkan di semua kawasan banjir itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempengerusikan mesyuarat Perhubungan PAS Pahang di Temerloh hari ini.

"Kita telah pilih Masjid Al Fatah, Kuantan sebagai Bilik Gerakan Bantuan Banjir kita," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim berkata, mereka akan memberikan pelbagai bantuan dalam bentuk tenaga, makanan dan nasihat kepada mangsa.

Antara bahan makanan yang diedarkan adalah berupa roti, biskut, makanan segera, sardin dan lain-lain lagi di samping air bersih.

(Petugas PAS sibuk membungkus bahan makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir)


Bandar Kuantan dilanda banjir kilat paling teruk dalam sejarahnya sehingga melumpuhkan keseluruhan bandar itu.

Kenderaan tidak dapat bergerak dan rosak ditenggelami air manakala rumah yang dilanda banjir pula penuh dengan lumpur.

Kedatangan banjir yang mengejut itu menyebabkan banyak harta benda dan barangan milik mangsa tidak dapat di selamatkan.


(Anggota Unit Amal turun menemui mangsa banjir dengan membawa bantuan. Baju hijau adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong.)

Menurut wartawan Harakahdaily yang berada di Chendor iaitu sempadan dengan Terengganu, air banjir dikatakan semakin naik sekarang ini.

Ia menyebabkan bantuan agak sukar disampaikan tanpa kenderaan yang sesuai khasnya bot.

Anak muda jelajah Malaysia tarik ke #KL112

Posted: 25 Dec 2012 03:53 PM PST

KOTA BHARU: Bagi menggandakan momentum mobilisasi ke arah Hari Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 (#KL112), satu inisiatif besar telah disusun oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ia dilakukan dengan kerjasama sekutu anak muda terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia dan dengan sokongan seketreriat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Mereka akan mengadakan roadshow Jelajah Anak Muda Menuju #KL112 dengan menjengah ke seluruh negara bagi bertemu anak muda.

Mereka menjemput semua NGO yang mempunyai tuntutan rakyat untuk hadir ke pentas jelajah ini bagi terus mengajak orang ramai agar hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh yang dimaksudkan.

"NGO diberi keutamaan dan setakat ini, hampir semua venue jelajah akan dihiasi oleh warna-warna NGO bertuntutan," kata Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard.

Harapan secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 agar maklumat jelajah bersifat 'countdown HKR' ini dapat dihebahkan sebaik yang mungkin bagi memberikan impak terbesar menjelang perhimpunan paling besar dalam sejarah negara – yang menampilkan… 1 Juta Rakyat, tambah beliau.

Untuk itu, pelancaran gilang-gemilang akan bermula di Kelantan pada 26 Disember, iaitu 16 hari menjelang #KL112.

Selepas itu, Jelajah Anak Muda akan menjengah semua negeri di semenanjung dengan 12 lokasi dan kemuncak jelajah 'Final Countdown' akan berlangsung di lokasi bersejarah negara iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 mengira detik 12 Januari 2012

TG Nik Aziz lelong barang peribadi di Makan Malam PAS N9

Posted: 25 Dec 2012 03:52 PM PST



SEREMBAN: Dalam usaha untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam pada hari Jumaat, 28 Disember ini.

Majlis makan malam tersebut akan bermula pada jam 08.00 malam di City Kingdom Hotel Ballroom di Taman AST, Seremban. Tetamu istimewa ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Setiausaha program, Mohd Hassan Tamby, selain daripada ucapan Tuan Guru Nik Aziz, apa yang istimewa pada malam tersebut ialah Tuan Guru Nik Aziz akan turut melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau.

Hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan.

Turut hadir dan akan memberikan ucapan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan beberapa kepemimpinan utama PAS Negeri Sembilan.

Tiket berharga RM100 untuk setiap seorang (satu kerusi) boleh dibeli dengan menghubungi Mohd Hassan di talian 019-2171942 atau Hakki di talian 013-3840022.

Sesiapa yang ingin menyumbang kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun 0503-0010-0004-62.

Dalam masa 2 jam, 60 rumah ditenggelami banjir

Posted: 25 Dec 2012 03:52 PM PST

(Skuad Banjir PAS Indera Mahkota yang diketuai Ustaz Fadhil Nor [berkopiah] membawa mangsa banjir yang lumpuh di Bukit Pelindung ke tempat selamat)

KUANTAN: Dalam tempoh 2 jam saja hampir 60 buah rumah di tenggelami banjir kilat beserta lumpur yang terburuk dalam sejarah taman yang terletak di kawasan Bukit Pelindung, Beserah dekat sini.

Hujan lebat bermula sebelumnya membuatkan semua penduduk di situ berada dalam keadaan resah memikirkan keselamatan harta benda dan keluarga memandangkan banjir di perumahan tersebut seolah-olah 'acara wajib' tahunan.

Pada sekitar jam 7 pagi air mulai naik selepas hujan lebat seketika namun ianya surut segera sebaik hujan reda.

(Taman perumahan Bukit Pelindung ditenggelami banjir lumpur)


Namun pada jam 10 pagi hujan mulai lebat dan dalam tempoh yang singkat, kawasan tersebut bertukar menjadi lautan lumpur di sertai arus yang laju memusnahkan banyak harta benda penduduk.

Kekecewaan penduduk jelas terpampar di wajah mereka lantaran masalah ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya dan pelbagai laporan dan sidang media telah di buat namun tiada perubahan yang di buat oleh pihak berwajib.

Seorang wakil penduduk yang di temui berkata mereka memang teramat kecewa dengan sikap yang di tunjukkan oleh pihak agensi yang terbabit dalam menangani isu ini.

Justeru beliau mengharapkan agar Pakatan Rakyat dapat memainkan peranan menekan pihak kerajaan untuk menyelesaikan segera masalah mereka ini walaupun terpaksa meminta campurtangan pihak istana.


(Jalan Pelindung Perdana menjadi kawasan perdana dilanda banjir kilat)

Mengulas isu berkenaan, Timbalan Pengarah Skuad Banjir PAS Indera Mahkota, Encik Mahmud Yaakub menyatakan rasa simpati yang mendalam terhadap kesulitan yang di alami oleh penduduk Taman Pelindung Perdana yang sehingga kini tidak di pedulikan oleh kerajaan BN.
Pihak kami secara konsisten memantau keadaan di sini bermula malam sebelumnya dan pada pagi kejadian dan bertindak semaksimum mungkin dalam membantu penduduk serta menghubungi pihak berwajib.

"Sepatutnya jika pihak kerajaan prihatin sudah tentu ada pemantau dari agensi terlibat berada di sekitar kawasan ini bukan hanya bertindak selepas air surut," katanya kesal.


(Pasukan Unit Amal bermesyuarat sebelum turun membantu mangsa banjir)

Selain skuad banjir, Unit Amal menjadi tenaga penting dalam menghadapi banjir kali ini.

Mereka bersedia dan mengadakan perbincangan bagaimana mahu membantu mangsa banjir.

Banjir terburuk di Kuantan dalam sejarah

Posted: 25 Dec 2012 03:51 PM PST


(Sebelah Berjaya Mega Mall)

KUANTAN: Hujan lebat lebih daripada 10 jam telah menyebabkan bandar Kuantan dilanda banjir terburuk dalam sejarah hari ini.

Pelbagai gambar yang memperlihatkan jalan-jalan utama dan kenderaan ditenggelami air sedang hangat dikongsikan di laman sosial media.

(Kawasan terminal bas Kuantan penuh dengan air)

Antara jalan yang ditenggalami air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad dan Jalan Beserah.

Ombar di Laut China Selatan dilaporkan mencecah 4 meter berdasarkan pengamatan seorang nelayan di Balok yang dihubungi Harakahdaily.

Kawasan-kawasan popular seperti Berjaya Megamall, Sri Dagangan, East Coast Mall and Zenith Hotel diselubungi air dengan kenderaan dilihat di bawah air setinggi paras pinggan.

Bekas Pengerusi NUTP (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) Ismail Nihat yang menetap di Taman Tas memberitahu Harakahdaily hujan lebat bermula 2 pagi semalam sehingga tengahari tadi sebelum beransur menjadi gerimis.


(Suasana cemas di bawah sebuah hotel 5 bintang di Kuantan)

"Saya menelefon staf saya di pejabat (Jalan Darat Makbar), mereka memberitahu saya seluruh kawasan sekitar pejabat banjir dan menasihatkan saya agar tinggal di rumah," katanya.

Hujan, katanya, baru berhenti ketika waktu Isyak, tapi langit masih mendung dikhuatiri akan hujan semula.

Ada laporan berkata banjir kilat di Kuantan kali ini mungkin disebabkan hujan lebat yang bertembung dengan air pasang di laut.

Ismail yang kini berusia 61 tahun berkata ini adalah banjir terburuk di bandar Kuantan setakat ini.

"Banjir besar di tahun 1971 pun bandar Kuantan tak seteruk macam ini," katanya.


(Jalan Wong Ah Jang di tengah bandar Kuantan)

Seorang lagi penduduk di Semambu, Steven Say berkata beliau dimaklumkan jirannya dalam keadaan cemas kerana air banjir sudah melalui ruang tamu rumah.

"Saya berada di KL. Jiran saya menghubungi saya untuk memaklumkan keadaan. Jiran saya suruh jangan balik sebab seluruh kawasan perumahan (di Taman Tunas Jaya) ditenggelami air. Ini yang terburuk selama 20 tahun kami tinggal di kawasan itu," katanya.

Sementara itu, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang membuat tinjauan daripada udara  untuk melihat  keadaan banjir kilat yang melanda Kuantan.

Beliau menyeru kerajaan Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengkaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan.


(Suasana di tengah pusat bandar)

Kata baginda, banjir kilat bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat tapi banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh keluar.

PAS Pahang dan Unit Amal turut telah turun ke padang untuk membantu penduduk. Bagi yang memerlukan bantuan, boleh hubungi PAS Pahang : Sharudin 0139191721 Fadli 0199111163.

Jasindaily Online

Posted: 26 Dec 2012 09:38 AM PST

Jasindaily Online


Bas Duble Dacker Nyaris Terbakar

Posted: 26 Dec 2012 02:49 AM PST






Jangan Terlepas Peluang Ini ..

Posted: 26 Dec 2012 02:30 AM PST


Jelajah Himpunan Anak Muda Himpunan Kebangkitan Rakyat 
Kuala Lumpur 12/1/2013

Tarikh : 1 Januari 2013
Masa : 8.30 Malam 
Tempat : Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru , Melaka 
Anjuran : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 
dengan Kerjasama PAS Bukit Baru, Bukit Katil Melaka

Jom Bersama Kita Gegarkan DUN DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM !!!

Melayu Diperbodohkan Atau Sememangnya Suka Diperbodohkan

Posted: 26 Dec 2012 02:25 AM PST


Hampir 55 Tahun mereka memerintah Malaysia dan kita kini telah sedar apa yang mereka janjikan hanyalah untuk memperbodohkan bangsa sahaja. Konon berbangga dengan Slogan Bersih Cekap dan Amanah, rupanya rakyat ditipu oleh bangsanya sendiri . Mereka menyapu BERSIH , Tidak Cekap dan Suka Pecah Amanah. Kononnya menjanjikan negara yang aman dan makmur tapi kalau kita nilaikan dari gambaran diatas jelas apa yang cuba dilakukan ialah menyekat kemaraan amarah rakyat yang menuntut perubahan. 

Jika Anda benar-benar inginkan perubahan , Jom bersama kita sama-sama buat perubahan, Ini Kali ... Tukar Kerajaan yang Sedia ada .. 

Karnival Mesra Anak Muda

Posted: 26 Dec 2012 02:18 AM PST


Isu Kalimat ALLAH : Ikut Ketetapan Majlis Fatwa

Posted: 26 Dec 2012 12:23 AM PST

Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan semua pihak tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini. Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi.

 "Keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible perlu dihormati semua kaum," katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu. Hasan berkata, di Pulau Pinang, telah diwartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

 "Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam. "Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan. Beliau pun tahu perkara ini, kita sudah maklumkan dan peraturan sudah diwartakan,"

Pas: Bible BM wajar guna Tuhan, bukan ALLAH

Posted: 26 Dec 2012 12:22 AM PST

PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal. Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

 Pas melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian. Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk. 

 Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah 'Lord'. Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara), tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik. Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama seperti kalimah Dua Shahadah dan ALLAH, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini./ Sinar 

 * Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat

Keputusan Saman Khairy Ditangguhkan

Posted: 26 Dec 2012 12:19 AM PST


Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang ditetapkan untuk pendengaran Rabu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, digantung. 

Panel tiga hakim diketuai Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut sementara menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau memfailkan pembelaan dalam saman berkenaan.


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 26 Dec 2012 09:37 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


OKU di beri perhatian di sekolah oleh kerajaan SELANGOR

Posted: 26 Dec 2012 07:09 AM PST

Selangor Naiktaraf Kemudahan OKU Di Sekolah
 
SHAH ALAM 25 DIS: Kerajaan Negeri Selangor kini melaksanakan 14 projek menaiktaraf sekolah yang melibatkan tujuh buah sekolah rendah dan tujuh buah sekolah menengah khusus bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini.

Projek menaiktaraf ini giat dilaksanakan sebagai usaha diperingkat akar umbi dengan memperbanyakkan lagi pusat pendidikan bagi golongan OKU supaya mendapat pendidikan yang sama rata dalam masyarakat.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri juga bercadang mengembangkan lagi projek menaiktaraf ini kepada sekolah-sekolah lain di masa akan datang supaya infrastruktur yang disediakan mesra OKU.
oku ii

"Institusi pendidikan perlu diberikan hak sama-rata khususnya kepada golongan ini supaya mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya seterusnya dapat menjamin kehidupan dan pekerjaan di masa hadapan," katanya ketika sesi soal jawab bersama wakil-wakil OKU di Konvensyen Dan Dialog Interaktif OKU di Dewan Jubli Perak Shah Alam.

Turut hadir selaku panel adalah Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor, Masturah Bajuri, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Selangor, Kama Shaffeei, Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat (JKM) Selangor, Tuan Nik Omar Nik Abdul Rahman, dan Ketua Penyelia Jururawat Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Cheoh Siew Tin.

Jelas Rodziah, Kerajaan Negeri prihatin terhadap golongan ini termasuk peluang mendapatkan rumah sendiri mesra OKU, program wanita OKU melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan insuran khairat kematian sebanyak RM2,500.

Malah katanya, program kesedaran kepada segenap masyarakat akan dianjurkan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan golongan OKU dengan masyarakat sekeliling.
Sementara itu, golongan OKU kini diwajibkan mendaftar dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan kebajikan dan bantuan dapat dirasai golongan ini.

Rodziah berkata, Kerajaan Negeri akan mengadakan Kempen Pendaftaran OKU peringkat negeri Selangor dan satu laman web khas dengan kerjasama agensi luar seperti JKT dan JKM akan diwujudkan untuk golongan ini.
oku iii

"Sehingga tahun 2012, seramai 22,000 OKU berdaftar di negeri ini dan dipercayai masih ramai lagi OKU yang belum berdaftar," katanya lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah JKT Selangor, Masturah Bajuri berkata, pihaknya akan membantu mendapatkan pekerjaan bagi OKU yang berminat mendapatkan pekerjaan di sesebuah syarikat.
"Jika seseorang OKU berminat untuk mendapatkan pekerjaan di sesebuah syarikat yang berhampiran dengan rumahnya, JKT sendiri akan membantu dengan menghantarkan sendiri permohonan individu OKU terbabit ke syarikat tersebut dan kebanyakkan permohonan melalui JKT berjaya mendapatkan pekerjaan," katanya.

KERA DI HUTAN DISUSUKAN ATAU SISTEM ROJAK?

Posted: 25 Dec 2012 09:49 PM PST

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa itu..

Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyambut baik cadangan tersebut berikutan sejarah awal pendidikan bahasa Inggeris di negara ini pada akhir abad ke-19 didominasi guru-guru dari India yang dibawa penjajah untuk mengajar di sekolah mubaligh dan sekolah bahasa Inggeris di negara kita.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan mengambil guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar di negara ini.

Guru BI dari India perlu kajian mendalam - NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan mengambil guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar di negara ini.

Presidennya Hashim Adnan berkata perbincangan perlu dilakukan dengan pakar  dalam bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan menguntungkan kerajaan.
   
"Kajian lebih mendalam perlu diatur supaya ia tidak menjadi kerugian di mana-mana pihak. Kedua, adalah lebih baik perbincangan dibuat dengan para profesor bahasa Inggeris di negara ini bersama kesatuan dan kementerian dan apa keputusan dibuat selepas itu sudah pasti akan menguntungkan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.
   
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa itu.
   
Najib yang berada di India bagi menghadiri Sidang Kemuncak  Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula semalam, berkata cadangan itu sebagai tambahan kepada program yang dilaksanakan dengan Amerika Syarikat (AS), Yayasan Fullbright dan Suruhanjaya Amerika Syarikat Mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE) sebelum ini.

Di bawah program dengan AS itu, Pembantu Guru Bahasa Inggeris  (ETA) dari negara itu ditempatkan di beberapa sekolah terpilih seluruh negara khususnya di luar bandar.
   
Hashim turut mencadangkan supaya guru-guru bahasa Inggeris  yang telah bersara diambil bagi mengajar bahasa itu berikutan mereka dari budaya dan latar belakang sama serta mengetahui kaedah untuk mengajar pelajar Malaysia.
   
"Diharap (cadangan itu) tidak akan dilaksanakan kerana ia sangat  merumitkan. Budak-budak akan menjadi bahan uji kaji dan ini tidak sihat kepada pelajar yang ingin mendapatkan pelajaran bahasa Inggeris daripada orang yang berlainan punca dan latar belakang," katanya.
   
Beliau juga berkata adalah memadai dengan guru-guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat untuk mengajar bahasa itu di negara ini kerana jika dicampuradukkan, bukan sahaja menjadi beban kepada pelajar tetapi juga sistem pendidikan negara.
   
Bagaimanapun, katanya bayaran untuk memanggil guru-guru yang telah bersara untuk mengajar bahasa Inggeris juga perlu setimpal dengan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bahasa tersebut.
    Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul
Rahim pula mencadangkan supaya kerajaan mengambil guru bahasa Inggeris dari England jika kerajaan mempunyai peruntukan untuk mengambil guru dalam bahasa itu dari luar.
   
"Guru bahasa Inggeris Fullbright itu ok sebab Amerika Syarikat dan aksen mereka boleh terima, tetapi aksen orang dari India pekat. Kita rasa kalau betul nak membantu pelajar, jika bajet itu ada, kenapa kita tak ambil guru bahasa Inggeris dari England.
   
"Sebab kita dulu belajar bahasa Inggeris daripada orang Britain  sebab itu kita berterusan macam ini," katanya.

Beliau juga berkata jika kerajaan mahu mendapatkan kepakaran daripada negara berkenaan, adalah lebih baik guru dalam bidang sains dan matematik diambil berikutan itu adalah kepakaran mereka.
   
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyambut baik cadangan tersebut berikutan sejarah awal pendidikan bahasa Inggeris di negara ini pada akhir abad ke-19 didominasi guru-guru dari India yang dibawa penjajah untuk mengajar di sekolah mubaligh dan sekolah bahasa Inggeris di negara ini.
   
"Daripada sejarah yang dilihat, mereka banyak memberi perkhidmatan dalam bidang pendidikan terutama ramai lepasan sekolah mubaligh menjadi pemimpin dan tokoh ternama negara. Sejarah telah lama berakar umbi di negara kita.
   
"Jika guru-guru dari India dibawa kembali, saya rasa tidak mendatangkan masalah kerana boleh membawa kebaikan berdasarkan sejarah yang dilihat dulu," katanya.
   
Beliau berkata guru yang akan dibawa masuk juga adalah guru cemerlang dan bilangan guru di India adalah 10 kali ganda daripada bilangan guru di negara ini iaitu seramai 400,000 orang dan sudah tentu kementerian mempunyai banyak pilihan untuk memilih guru terbaik untuk mengajar di negara ini.
   
"Di India juga, sistem pendidikan mereka lebih menggunakan  bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan sudah tentu dari segi kepakaran tidak timbul masalah.
   
"Jadi, atas sebab-sebab itu, saya rasa cadangan itu begitu baik  untuk dilaksanakan pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pemuda Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam kenyataannya berpendapat cadangan itu adalah langkah yang baik tetapi menegaskan terdapat beberapa masalah yang perlu ditangani sebelum pengambilan itu boleh dilakukan.
   
Beliau berkata antara masalah itu seperti perbezaan budaya dan  sebutan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh pendidik dari luar negara ini mungkin sukar difahami oleh pelajar Malaysia.
   
"Berdasarkan pengalaman saya, membawa pendidik asing  mengajar bahasa Inggeris ia adalah usaha yang baik, tetapi mereka mesti diberi taklimat tentang budaya tempatan dan tingkah laku pelajar.
   
"Sebagai contoh, sebahagian pensyarah Barat yang pernah  mengajar di sini memberi komen pelajar Malaysia sangat pasif di dalam kelas kerana tidak bercakap.
   
"Tetapi mereka gagal menyedari bahawa pelajar Asia lazimnya kurang lantang berbanding pelajar Barat disebabkan hakikat bahawa pandangan pengajar harus dihormati dan tidak dicabar," katanya.
   
Justeru katanya, malu atau takut diejek oleh rakan-rakan mereka  adalah antara sebab mengapa mereka berbuat demikian.
   
"Bagaimanapun, langkah pengambilan tenaga pengajar asing tidak berpanjangan di masa depan kerana kosnya yang tinggi. Ia hanya sebagai langkah sementara. Lebih ramai guru bahasa Inggeris harus dilatih untuk mengelak kita daripada terlalu bergantung kepada orang luar," katanya.



'Nak import dari India, graduan ISMP menganggur'

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 26 Dec 2012 09:27 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Pemalas Boleh Mengukuhkan Umno.

Posted: 25 Dec 2012 08:53 PM PST

Oleh : Ustaz Idris Ahmad
Pengarah Jabatan Tarbiah Pas Pusat


Pemalas ialah sifat mazmumah (keji), yang tidak patut ada di dalam diri orang Islam, lebih lagi kepada ahli Pas yang memikul risalah perjuangan yang besar. Nabi SAW telah mengajar  kita berdoa kepada Allah supaya penyakit ini tidak melekat di batang tubuh kita. Sebagaimana doanya "Ya Allah jauhkan aku daripada ditimpa penyakit lemah dan malas, dan jauhkan aku  dari kalangan orag yang dibeban hutang". Islam tidak akan berkembang jika mereka yang terdahulu merupakan orang yang malas. Semua Nabi-Nabi yang diutuskan Allah seorang yang rajin dan tekun di dalam kerja mereka. Pas juga tidak berkembang pesat sehingga hai ini jika orang yang terdahulu dari kalangan mereka yamg malas. Tidak ada istilah menganggur dalam  menjalankan tugas perjuangan. Malahan mereka bekerja siang malam untuk menyebarkan risalah Allah di atas muka bumi ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Nabi Noh AS yang dicatat di dalam al-Quran "Aku berdakwah kaum aku siang malam, tetapi tidak bertambah malahan mereka lari daripada aku". (Nuh 71:5)

Qudwah kita ialah para Rasul, kerana mereka merupakan ikon yang palng unggul dan paling rajin di kalangan manusia. 


Kita jangan jadi penganggur dan pemalas di dalam parti. Sebenarnya banyak kerja yang boleh kita lakukan. Jangan apabila sebut kerja di dalam parti hanya ceramah sahaja atau perlu berada di saf hadapan sahaja. Buatlah kerja asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada parti dan jamaah. Apa yang penting ikatan kita dengan jamaah. Duduklah di dalam apa posisi sekali pun. Jangan menjadi manusia yang rajin mencari kesalahn parti, tetapi malas bekerja. Pemikiran yang silap, jika ada di kalangan kita yang dimaksudkan terlibat dengan parti ialah mereka berceramah dan hanya memegang jawatan penting di dalam parti sahaja. Ada setengah di kalangan kita   yang berkemampuan hanya menggerakkan Pas di peringkat cawangan sahaja. Sebenarnya kekuatan Pas ialah berada di peringkat cawangan. Cawangan sahaja yang ada ahli. Mereka yang berada di cawangan boleh membuat culaan yan paling tepat kerana mereka kenal siapa yan berada di dalam daftar pemilih. Setengah dari kalanga mereka yang hanya mampu memberi wang kerana tidak berani menunjulkan diri atas sebab-sebab yang tertentu.Ada yang terlibat untuk urus PASTI di peringkat cawangan sahaja.Ertinya  apa sahaja tugas yang boleh menguntungkan parti maka bererti kita tergolong dari kalangan orang yang rajin, bukan seorang yang malas. Jangan kita menjadi manusia yang tidak memberi sumbangan kepada parti, lebih malang  membuat masalah kepada parti. Mereka ini rajin juga, tetapi rajin menghentam pimpinan yang bekerja. Tidak ada langsung simpati dan kasihan kepada mereka yang bekerja. Seolah-olah di dunia ini, mereka seorang sahaja yang betul.

Pemerhatian  saya di dalam parti, seorang yang rajin walaupun pada peringakat awal dia kurang cerdik, akhirnya ia menjadi seorang yang cerdik dalam jamaah. Tetapi seorang yang malas, walaupun seorang yang cerdik, lama kelamaan beliau menjadi seorang bodoh di dalam parti. Kunci kepada kejayaan seorang ialah rajin. Sifat malas membunuh benih kecerdikan, seperti pepatah Melayu menyebut "Belakang parang, jika diasah lama kelamaan ia menjadi tajam".

Walaupun perjuangan Pas ini benar kerana berpegang kepada dasar yang tidak pernah diubah samaada sewaktu menang atau kalah, samaada keseorangan atau berkawan. Seperti di dalam Perlembagaan Pas Fasa 3 "Dasar Pas ialah Islam". namun jika ahli dan pimpinannya malas ia tidak akan mendatangkan kejayaan. Sebaliknya Umno yang dasar perjuangannya hanya untuk  kepentingan duniawi sahaja, jikalau ahlinya rajin, maka Allah akan beri  kejayaan kepada parti mereka. Sebagaimana Firman Allah SWT "Allah tidak menukarkan sunnah peraturannya". (Fatir 35:43). Oleh itu kita tidak boleh mengharapkan kemenangan tanpa berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Sepatutnya kita kena insaf, jika kita malas secara tidak langsung kita telah membantu menguatkan Umno. Mereka  suka jika kita malas bekerja. Mereka resah apabila melihat ahli Pas agresif dan tekun ketika bekerja. Pemimpin Umno tidak lena idur jika di setiap cawangan mempunayai seorang dua ahli Pas yang bekerja dengan agresif. Jangan  kita berdegar-degar marah kepada Umno. Kadang-kadang marah kepada Umno sehingga tidak boleh bertindih bayang. Malangnya dari segi gerak kekrja parti " zero"

Sebab Seorang Itu Pemalas

@Seorang mejadi pemalas berpunca dariapa sikap sendiri. Tabiat pemalas yang sudah bersarang di dalam sanubari sehingga menjadi darah daging dan tidak berusaha untuk berubah.

@Sikap mengharapkan orang lain yang buat. Dia menganggap orang lain sudah buat, maka tidak perlu dia menyibukkan diri untuk buat kerja jamaah. Beliau boleh berpeluk tubuh sahaja.

@Berkawan dengan orang yang  malas.Banyak sifat manusia dibentuk oleh kawan. Sifat ini menyebabkan manusia menjadi pemalas kerana dipengaruhi oleh kawan. Sebab itu nabi SAW menginngatkan kepada kita supaya pilih kawan yang baik kerana ia banyak membentuk watak kita. Sabda Rasulullah SAW "Manusia bersama dengan rakannya, perhatikan siapa rakannya".

@Tidak rasa bersalah sedangkan beliau beristirehat di rumah dan berborak kosong di kedai kopi. Kita minta berlindung daripada Allah menjadikan hati kita mati dan tidak sensitif sehingga merasa tidak bersalah apabila malas buat kerja. Sebenarnya orang yang malas kerana hatinya sudah mati dan tidak ada perasaan untuk membantu parti.

@Tidak mahu menurunkan status kedudukan kerana anggapannya beliau hanya layak berada di tahap yang tinggi sahaja. Kerja kecil-kecilan ini bukan taraf beliau. Apabila tidak dapat berada di tahap ini maka ia menjadi penganggur di dalam parti.

@Kurang mengingati mati dan mengabaikan akhirat. Apabila unsur ini tidak ada menyebabkan hatinya mati dan tidak bermaya. Memang kerja buat di dalam jamaah ialah sebagai bekalan kita selepas mati. Nasib malang akan menimpa kepada kita jika unsur ini sudah hilang dariapda sanubari dan kalbu kita.

@Bergaul denga orang yang berjiwa kecil. Orang malas ialah mereka yang berjiwa kecil. Anggapan mereka Pas tidak mampu  melawan kekuatan musuh yang mempunyai kelengkapan.  Apabila kita rapat dengan mereka secara tidak langsung akan mengurangkan semangat untuk berjuang.memberi semangat berjuang. Banyak aktivis parti yang kecundang setelah berkawan  dengan orang yang berjiwa kecil. Sedangkan Nabi SAW bersabda "bukanlah kaya itu kaya harta, tetapi kaya jiwa"

Pemuda Guchil

Posted: 26 Dec 2012 09:23 AM PST

Pemuda Guchil


32 rahsia penting Yahudi

Posted: 26 Dec 2012 07:33 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 Dec 2012 09:11 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Batalkan ambil guru dari India, utamakan graduan tempatan

Posted: 25 Dec 2012 11:56 PM PST



26 Dis 2012 : KEADILAN gesa kerajaan Umno BN batalkan hasrat pengambilan guru Bahasa Inggeris dari India, sebaliknya mengutamakan guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dalam negara yang masih menganggur.

Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, KEADILAN sokong usaha memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, namun mempersoal kewajaran kaedah yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Najib tidak memberi alasan kukuh mengapa guru dari India akan memberi nilai tambah dalam sistem pendidikan negara.

"Lebih-lebih lagi, kerajaan wajar mengambil graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) tempatan. Ramai graduan ISMP khususnya dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak menerima tawaran pekerjaan di sekolah kebangsaan.

"Sedangkan, pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi sahkan 7,000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengambilan guru dari India hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 26 Dec 2012 07:10 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


GLOBAL : RAKYAT MESIR TERIMA DRAF PERLEMBAGAAN BARU!

Posted: 26 Dec 2012 12:28 AM PST

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 26 Dec 2012 03:44 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Program Jom Bersama PAS

Posted: 25 Dec 2012 05:19 AM PST

Program Jom Bersama PAS
akan diadakan selama empat
 hari berturut-turut di sekitar
DUN Bukit Payong
Datanglah beramai-ramai
ke setiap acara yang disediakan
Jangan lupa ajak semua
keluarga dan kawan-kawan
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan