Isnin, 17 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Azman Ibrahim

Posted: 16 Dec 2012 07:39 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Saya ingin menyumbang kepada Islam – Dato’ Mokhtar

Posted: 16 Dec 2012 07:31 PM PST

Dungun, 15 Disember 2012 – Bekas Pengarah Esekutif Bernas Berhad, Dato' Mokhtar Hamid menegaskan bahawa tujuan utama beliau menyertai Pas adalah untuk memberi sumbangan kepada Islam dan Pas adalah wadah yang benar dalam memperjuangkan kedaulatan Islam.

Tegas beliau lagi, Umno bukan hanya mengkhianati Islam tetapi turut mengkhianati rakyat Terengganu dan Kelantan yang majoritinya adalah Melayu Islam apabila menafikan pemberian hak royalty minyak kepada kepada dua negeri ini.

Beliau yang merupakan anak jati Paka menyerahkan borang permohonan menyertai Pas kepada Mursyidul Am, Dato' Bentara Setia, Tuan Guru Haji Nik abdul Aziz Nik Mat sempena dengan perasmian program Pas Ganti Umno siri ke 6 (PGU 6) yang berlangsung di Dataran PGU Paka pada 14 dan 15 Disember 2012.

Pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan, beliau mengakui sangat selesa untuk bersama dengan pimpinan Pas bagi turut sama menyumbang bakti kepada parti

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Dec 2012 07:25 PM PST

PAS Kawasan Miri


Masalah Kampung Yang Perlu Perhatian Kerajaan BN

Posted: 16 Dec 2012 03:59 PM PST

Masalah Jalan, Peparitan Dan Sampah Merumitkan Penduduk Kampung Perpaduan Lusut Jaya Taman Tunku.
LAMBIR - Kampung Perpaduan off Jalan Taman Tunku adalah antara kampung yang terletak dalam kawasan Lusut Jaya dimana terdapat juga kampung seperti Kampung Bidayuh dan lain-lain. Penduduk yang tinggal di Kampung Perpaduan kebanyakannya dari kaum Bumiputera berbilang bangsa dan terdapat juga keluarga dari kaum Cina.

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Perpaduan adalah jalanraya yang becak terutama sekali musim hujan kerana jalannya berlopak dan berlumpur kerana tidak berbatu dan berturap.

Apabila musim hujan, air akan melimpah keatas jalan disebabkan sistem perparitan yang tidak teratur untuk aliran air keluar. Masalah ini amatlah merumitkan bagi penduduk kampung untuk keluar menjalankan urusan harian mereka kerana inilah satu-satunya jalan keluar masuk yang menghubungkan mereka ke tempat kediaman mereka.

Mereka memohon agar pihak kerajaan mengggunakan peruntukan jalan kampung untuk menurap jalan dan juga memasang lampu jalan itu dengan segera untuk keselamatan penduduk.

Selain masalah jalanraya, penduduk kampung juga memohon pihak berwajib agar dapat mengantikan paip air yang sedia ada kepada paip yang lebih besar supaya tekanan air cukup kuat lagi bagi menampung keperluan harian penduduk di situ, dan dijangka penduduk baru bermastautin akan meningkat pada masa akan datang dalam kawasan itu.

Difahamkan kesulitan penduduk kampung berlaku apabila batang paip air pecah disebabkan oleh berat muatan kenderaan berat, yang mengangkut barang-barang seperti perkakas binaan perumahan dan sebagainya.  Batang paip air sedia ada mudah pecah disebabkan kenderaan berat melintasi batang paip air yang dibentang atau diletak diatas tepi jalan.

Penduduk kampung juga memohon pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) agar dapat menyediakan tong sampah yang lebih besar di setiap kawasan-kawasan strategik bagi memudahkan penduduk kampung membuang sampah mereka.

Difahamkan oleh kerana tiada tong sampah yang lebih besar untuk menampung semua sampah dari kampung yang berdekatan kampung Lusut Jaya ini, maka mereka di paksa rela /terpaksa mencampakkan sampah ke tepi jalan masuk ke Kpg Lusut Jaya di belakang Sekolah Kebangsaan Temenggong Datuk Muip Tmn Tunku Miri yang tidak jauh dari gereja Anglican 'St.Barnabas'.

Kalau tiada tindakan segera diambil dari pihak yang berwajib, ini akan menyebabkan persekitaran yang tidak sehat dan boleh menyebabkan merebaknya penyakit yang berjangkit.

Tidak dinafikan oleh kerana kurangnya kemudahan asas seperti tong sampah besar dan lain-lain kemudahan mereka yang kurang bertanggungjawab terpaksa mengambil jalan pintas dengan membuang sampah merata-rata tempat di tepi jalan seperti kata pepatah "seperti kerbau membawa lumpur semuanya akan terpalit".

Kita mengesa agar pihak berkuasa tempatan segera mengatasi masalah ini dari terus berlarutan yang boleh menyebabkan ganguan serta keselamatan penduduk disitu. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan amat kita hargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Public's complaints "Road problem, drainage and waste complicating the Kampung Perpaduan Lusut Jaya Taman Tunku residents"
LAMBIR - Kampung Perpaduan off Jalan Taman Tunku, Upper River is one of the villages located in the Lusut Jaya, where there is also a village such as Bidayuh village and others. Residents living in the Kampung Perpaduan are mostly from the natives of different races and there is also a Chinese family.

The main problem faced by the people in the Kampung Perpaduan is a muddy road especially rainy season because the road is lot of puddles, muddy, no gravel road and paved.

Whenever there is a rainy season the water will spill over the road due to improper drainage system for water flow out. This problem is very cumbersome for the villagers to carry out their daily business because this is the only way in and out that connects them to their living quarters. They urged the government to use the provisions of the village roads to pave the roads and the street lights immediately for the safety of the residents.

Besides the road problems, the villagers also requested the authorities to be able to replace the existing water pipe to a larger pipe so that the water pressure is strong enough yet to meet daily needs of the residents, and it is expected the new resident population will increase in the future in the area.

It is understood that the villagers' difficulties occur when the water pipes burst caused by a load of heavy vehicles, which transport goods such as housing construction tools and so on. The existing water pipe break easily due to heavy vehicles crossing the water pipe laid or parked on the roadside.

The villagers also request Miri City Council (MCC) to provide larger bins in each strategic area to facilitate villagers throw their garbage.

It is understood as there were no larger bins to accommodate all waste from the nearby Kpg Lusut Jaya, they had to throw the garbage into the roadside behind Sekolah Kebangsaan Temenggong Datuk Muip, Taman Tunku Miri, not far from the Anglican church 'St.Barnabas'.

If no immediate action is taken by the authorities, this will result in an environment that is not healthy and can cause the spread of infectious disease.

No doubt by the lack of basic facilities such as large bins and other facilities for the less responsible had to take shortcuts to throw garbage everywhere on the roadside as the saying goes "like buffalo bring mud all will be implicated".

We urge the local authorities immediately to overcome this problem from persisted that can cause disruption and safety of the residents there. The cooperation with the local authorities is very much appreciated.

Dupahang's Weblog

Posted: 16 Dec 2012 11:43 AM PST

Dupahang's Weblog


RENUNGAN – Calon Melayu Yang Tanding Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Tertewas !!

Posted: 15 Dec 2012 09:22 PM PST

GEORGETOWN, 16 Dis – Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) tersingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung, semalam. Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat [...]

Demonstrasi Pekerja CIMB Di Bangunan CIMB (Depan SOGO)

Posted: 15 Dec 2012 09:19 PM PST

ami Boikot Buletin Utama TV3 Pekerja CIMB Berdemo Pagi Tadi Berhampiran Sogo, Di Hadapan Bangunan CIMB Membantah Pengurusan CIMB. Sumber: Facebook – Kami Boikot Buletin Utama TV3

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 16 Dec 2012 11:24 AM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Ceramah Menjelang PRU 13

Posted: 16 Dec 2012 12:35 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 16 Dec 2012 11:23 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 15 Dec 2012 06:13 PM PST


Lebih 50,000 Memeriahkan HKR-PGU6.0 Malam Pertama

  • PDF
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmoWvkR1xqItif98kKFLa_GfHIZwRwDY65_smXmiu0E5ZFt7zywI8ONvEM26yy_1ndTOOb6GzN28Y4Q57XouUQn5Km0I9fcz57JxGmsfcMB-iagqymG7qCuoosIeHMyfdN1fFOi25RAvU/s1600/kam2457(d)-hkr4.jpgDUNGUN - Kehadiran lebih 50,000 rakyat berbilang bangsa dan agama di tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu, Paka, Dungun Terengganu hari ini telah membuktikan kejayaan pakatan rakyat berjaya memikat hati rakyat dengan pelbagai isu negeri dan negara tengah malam semalam.

Kehadiran ketua rapat umum Dato' Seri Anuar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Haji Mohd Sabu, wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu) dan NGO-NGO dari seluruh negara berjaya membakar semangat kearah perubahan yang lebih baik.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti.

"Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu. PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN," tegasnya.

Menurutnya, pemimpin Umno negeri kini semakin angkuh dengan rakyat termasuk merampas tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS negeri sebelum ini.

"Bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk Sekolah Agama Al-Bayan di Paka tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka," ujarnya.

Dato' seri Anuar Ibrahim turut mengulangi "jika pakatan rakyat memperolehi kerajaan hari ini, turun harga minyak" katanya.

Tan Sri Kadir Sheikh Fadzilr dalam ucapannya, beliau membongkarkan kelemahan dan ketirisan wang rakyat dari hasil penipuan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN pada hari ini.

Pelbagai isu yang timbul dripada kegagalan Barisan Nasional mengotakan janji-janji yang ditabur ketika PRU sebelum ini, Hak rakyat dinodai dengan 100 keluarga petani yang buka tanah sejak 36 tahun lalu seluas 200 ekar telah dirampas oleh Umno dan dijadikan jelapang padi negeri dengan keluasan 1000 ekar.

"Penduduk lansung tidak diberi pampasan hasil usaha mereka yang hampir 40 tahun..kezaliman Umno terserlah,"katanya

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 16 Dec 2012 11:07 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PAS, PKR, DAP berbeza dengan Umno, MCA, MIC

Posted: 16 Dec 2012 12:55 AM PST


DUNGUN: Kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang dibenarkan dalam Islam selagi tidak melanggar dasar prinsip Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, kerjasama PAS dengan PKR dan DAP tidak boleh disamakan dengan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi, Ustaz Hadi berkata, PAS tetap dengan prinsip mereka yang mengangkat martabat Islam walaupun bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam politik.

Beliau membacakan ayat lapan Surah Al-Mumtahanah yang bermaksudi: "Allah tak melarang kamu mengadakan hubungan dengan orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air".

"Dia (Umno)  kata dulu PAS kata tak boleh kerjasama dengan orang kafir pada tahun 60-an dulu (tapi) sekarang kita pula kerjasama dengan kafir.

"Kerjasama Umno, MCA  dan MIC haram kerana kerjasama yang menggadai dasar, prinsip, akhlak dan keperibadian orang Islam.

"Kerjasama PAS, kita dengan sifat kita, kekuatan kita. Macam ikan dalam laut tetap segar walaupun air masin.

"Kerjasama Umno dengan orang bukan Islam, (mereka)  jadi hanyut,  arak dan judi kalau ada lesen halal. Kalau tak ada lesen haram. PAS tegas, yang haram tetap haram," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.

Beliau juga berkata, PAS tegas dengan prinsipnya dan bebas memecat ahli yang melakukan kesalahan.

Ini katanya berbeza dengan Umno kerana Umno memisahkan agama dan politik.

"Dulu selepas PAS bekerjasama dengan Perikatan, ada wakil rakyat PAS menari. Maka PAS pecat dia.

"Dalam PAS kalau kita ada wakil rakyat Islam yang minuim arak, berjudi, menari, kalau dapat laporan kita pecat dia.

"Dalam undang-undang Umno tak boleh pecat  kerana agama suku politik suku," katanya.

Turut berucap malam tadi ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Program kacau bubur asyura perdana hijratul rasul 1434H & meraikan kejuaraan 3 piala treble Red Warriors

Posted: 16 Dec 2012 12:54 AM PST









Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang

Posted: 15 Dec 2012 03:54 PM PST

Para hadirin berdiri mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat kerana padang becak.

NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam ini.

Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.

Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Aksi menarik Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu.

Lim Guan Eng menyampajkan ucapan.

Ito turut memeriahkan himpunan.

Auto show menarik perhatian hadirin.

PRU13: PAS Pulau Pinang yakin tambah kerusi

Posted: 15 Dec 2012 03:53 PM PST


NIBONG TEBAL: PAS Pulau Pinang terus mengulangi tekad untuk menambah bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Pesuruhjayanya, Datuk Saleh Man berkata, buat masa ini PAS hanya mempunyai satu kerusi sahaja iaitu Permatang Pasir.

Beliau yang juga Adun kawasan berkenaan melahirkan keyakinan PAS mampu menambah kerusi berdasarkan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, dengan semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat negeri ini, bukan sahaja PAS dapat menambah kerusi bahkan kerajaan negeri dapat dipertahankan.

"Kita lihat semangat rakyat dalam program seperti ini, tak dapat tidak kita dapat sokongan rakyat dan keyakinan rakyat untuk kita tumbangkan BN dalam pilihan raya umum nanti," ujarnya ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri berharap rakyat terus berdoa supaya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang terus mendapat mandat dalam pilihan raya umum nanti untuk memajukan negeri ini.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang berucap selepas itu menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar 'I help you, you help me'.

Katanya, kerajaan yang bertindak sedemikian ialah kerajaan samseng.

Beliau berkata, kerajaan negeri terus melaksanakan dasar untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat sama ada mereka menyokong atau sebaliknya.

Justeru, jelasnya dasar kerajaan Pakatan Rakyat berbeza dengan BN dalam melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk kesejahteraan rakyat.

Saya hadir kerana didakwa sakit berat -TG Nik Aziz

Posted: 15 Dec 2012 03:53 PM PST


DUNGUN: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dia gagahkan dirinya datang ke himpunan PAS Ganti Umno (PGU) di sini kerana didakwa 'sakit berat' oleh Umno.

"Saya hadir di PGU Terengganu sebab ada orang telefon setiausaha saya kata Umno kata Nik Aziz sakit berat.

"Saya kata, 'Ini kena pergi ini'. Alhamdulilah saya dapat hadir," kata Tuan Guru Nik Aziz ketika berucap merasmikan perhimpunan ini pagi tadi.

PGU ke 6 berjalan di Kuala Paka mulai pagi tadi hingga malam ini.

Semalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Terengganu berjalan di tempat yang sama.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu antara tertamu utama yang berucap dalam himpunan malam tadi.

Malam ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Abdul Hadi Awang dan bekas timbalan menteri, Datuk Yahya Lampong antara tetamu utama yang akan berucap.

Datuk Mokhtar Hamid sertai PAS, anggap Umno tergelincir

Posted: 15 Dec 2012 03:53 PM PST

Datuk Mokhtar mengisi borang permohonan keahlian PAS di atas pentas PGU.

DUNGUN: Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS petang tadi mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini,  Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat.

"Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan.

"Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah,  tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka.

Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara.

"Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS.

"Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga.

"Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin.

Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada  Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi.

DAP ajak PR buat perubahan 3 serangkai

Posted: 15 Dec 2012 03:52 PM PST


BAYAN BARU: Pakatan Rakyat mesti menghadapi tiga cabaran utama sekiranya mahukan  mandat yang jitu daripada rakyat serta sanggup menjadi Kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum nanti sesuai dengan tema 'Perubahan Ditanganmu'.

Demikian kata Setiausaha Agung, Lim Guan Eng ketika berucap dalam Ucapan Dasar Kongres Ke 16 DAP Kebangsaan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Bayan Baru pagi tadi.

Menurutnya, pertama mesti memastikan Pakatan Rakyat kukuh walaupun banyak dugaan ditempuhi

Keduanya ialah pastikan kemenangan Pilihanraya Umum akan datang dan ketiga ialah untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang baru Pakatan Rakyat mesti mengubah langskap politik menjadi parti yang besih daripada rasuah.

Jika gagal jelasnya, bermakna Malaysia berada di tahap lama malahan boleh buruk lagi ekoran mempunyai kepimpinan yang rekodnya tidak cemerlang.

"Kita ada tiga serangkai cabaran yang perlu dibuat bersama dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ketiga-tiganya penting untuk memastikan Barisan Nasional (BN) tumbang dan hilang kuasa, " tegasnya.

DAP jelas Lim, tetap berkongsi tanggungjawab dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se Malaysia (PAS) bagi merealisasikan impian mendaki Putra Jaya sepertimana yang tertakluk dalam Common Policy Framewok dan Buku Jingga.

DAP juga percaya semua kepimpinan semua parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai semangat yang cukup tinggi  untuk memberikan tumpuan memenangi warga pertengahan Malaysia.

Islam

Menyentuh mengenai Islam katanya, DAP tidak menyebelahi MCA yang menyerang Islam sebaliknya mempertahankanya apabila cubaan mengaitkan dengan rasuah dan kemiskinan.

Bahkan, DAP juga mempertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap pembohongan dari MCA kononya beliau merelakan lelaki Islam untuk merogol wanita bukan Islam.

"DAP mempertahankan Islam apabila MCA menyerang Islam dengan cuba mengaitkan dengan rasuah dn kemiskinan, mempertahankan Menteri Besar Kelantan dan memperbetulkan tuduhan MCA yang memperkecilkan calon wanita PAS semasa pilihanraya kecil Dun Tenang, Johor kerana enggan berjabat tangan dengan lelaki, " ujar beliau lagi.

Beliau yakin tiga serangkai itu dapat menangkis anggapan sinis golongan yang tidak senang dengan tindakan Pakatan Rakyat menentang BN secara agresif untuk menerangkan  kepada keseluruhan rakyat yang selama ini tidak senang dengan keangkuhan kepimpinan UMNO dan BN.

Rakyat juga dinasihatkan jangan terpengaruh dengan dakyat politik kotor BN yang melampau.
MCA yang tidak bermoral berganding dengan Gerakan yang tidak mempunyai keberanian ataupun pendirian manakala MIC sendiri tidak mempunyai arah tuju dan hanya memimpin dari belakang.

Ujar Lim, jalan menuju ke Putra Jaya akan menjadi mudah dengan formula baru berdasarkan kepercayaan sesama sendiri selari dengan apa yang ada dalam Buku Jingga.

"Rakyat dinasihatkan jangan sekali- kali terpengaruh dengan  ancaman dan dakyah politik yang kotor. Sebaliknya cekalkan prinsip dengan semangat baru, " katanya.

Walaupun ramai lagi masyarakat Islam dan bukan Islam mempersoalkan samada Pakatan Rakyat mampu menjalinkan permulaan ini ianya tidak menjadi masalah sebab yang penting sekarang ialah gerak kerja mesti kuat dan sehala.

Justeru itu, BN cuba menimbulkan ketakutan untuk  memastikan kekuasaan mereka terus kekal kerana kekalahan dalam pilihanraya umum nanti membuatkan mereka tidak senang duduk kerana ada antaranya akan dipenjarakan.

Waris perjuang lawan kepincangan Ketengah

Posted: 15 Dec 2012 03:51 PM PST


DUNGUN: Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) memberi jaminan akan terus membantu rakyat keluar dari belenggu kemiskinan akibat kepincangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Presidennya, Roslan Ismail (gambar) berkata banyak kepincangan yang harus diperbetul sejak  kewujudan Ketengah 20 tahun lalu.

"Waris ditubuhkan untuk bela nasib rakyat khususya di kawasan luar bandar.

"Ketengah gagal menyelesaikan masalah kemiskinan penduduk dan gagal menyediakan peluang pekerjaaan seperti yang dijanjikan," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi.

Justeru beliau berjanji akan meneruskan perjuangan Waris walaupun selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya.

"Perjuangan Waris bukan setakat ini namun akan diteruskan sehingga Pakatan Rakyat berada di Putrajaya.

"Kita sedih kerana masih terdapat penduduk Ketengah dan Kesedar tak mampu nak bayar rumah RM50 sebulan.

"Apa gunanya rancangan kemajuan yang ditubuhkan kerajaan jika akhirnya menyusahkan rakyat," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan melakukan pembaziran apabila menubuhkan kolej di Ketengah sedangkan pelajarnya tidak sampai 20 orang.

"Ketengah tubuhkan kolej pada 2002 tapi 2012 kita dapati bangunan berdiri tapi pelajar hanya 18 orang, pensyarah 16 orang.

"Apa sebenarnya matlamat penubuhan kolej ini sedangkan rakyat ketengah terus berada dalam paras kemiskinan," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.

Najib rampas hak royalti Terengganu - Saifudin

Posted: 15 Dec 2012 03:51 PM PST


DUNGUN: Datuk Seri Najib Razak disifatkan sanggup untuk merampas hak royalti rakyat Terengganu untuk diserahkan kepada Pahang bagi mempastikan kemenangannya di Pekan.

(Saifudin berucap di HKR Terengganu)

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata, langkah ini amat jelas satu tindakan Najib untuk mempertahankan kerusinya itu.

Ini kerana, kajian yang dibuat oleh syarikat carigali minyak Lundin Oil dari Perancis mengesahkan telaga minyak itu terletak di luar pantai Terengganu bukannya Pahang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu di hadapan kira-kira 50,000 orang yang menyertai himpunan di Kuala Paka itu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengesahkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telaga minyak yang baru ditemui itu terletak dalam kawasan Terengganu.

Syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini.

Najib dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, "Medan minyak ini terletak kira-kira 160 km di luar persisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

"Penemuan ini telah membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Penyu Basin.

"Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua di dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.

"Berasaskan pertimbangan yang adil dan saksama, dan mengambil kira negeri-negeri yang telah dibayar wang ehsan sebelum ini, serta komitmen kerajaan untuk terus memastikan pembangunan serta manfaat dapat dirasai oleh negeri-negeri.

"Dalam hal ini, bergantung kepada anggaran pengeluaran, negeri Pahang dijangka akan menerima wang ehsan sekitar 100 juta setahun apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014."

Sultan Pahang pula meminta rakyat ikut sahaja kerana ia telah dinyatakan oleh Perdana Menteri.


Paling banyak hutang




(Orang ramai yang memenuhi HKR Terengganu)

Dalam ucapannya itu juga, Saifudin berkata, Najib adalah Perdana Menteri yang paling banyak berhutang.

Najib juga, katanya, cuba bermacam cara untuk memecahkan Pakatan tetapi kebangkitan rakyat akan memberi jawapan yang jelas pada PRU 13.

Bagi beliau, masa sudah sampai untuk BN menjadi pembangkang di parlimen pula.

Bagi Saifuddin, ucapan para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU 12)   telah menyebut lebih 398 kali nama Anwar Ibrahim.

"Ini membuktikan ketakutan Umno terhadap Anwar," katanya.

Umno kini, kata Saifudin, mengunakan sentimen Melayu dan perkauman untuk menyelamatkan mereka.

"Rakyat kini tertekan dengan gaya pimpinan Umno yang makin menyeksakan rakyat. Rakyat akan ubah kerajaan pada pru 13," katanya disambut teriakan takbir dari para hadhirin yang memenuhi kawasan himpunan itu.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 16 Dec 2012 09:50 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


10 Taktik Kotor UMNO/BN Yang Rakyat Wajib Ketahui

Posted: 15 Dec 2012 06:32 PM PST


Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon membongkarkan 10 taktik kotor UMNO/BN untuk terus berkuasa di tanahair kita. Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu persimpangan sejarah penting bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan keangkuhan kuasa UMNO/BN lebih daripada 55 tahun.

Keinginan rakyat berjuang untuk perubahan di Malaysia semakin kuat. Rakyat mahu selamatkan Malaysia daripada masalah politik, ekonomi, sosial serta pendidikan yang kian hari kian serius. Kehidupan rakyat juga dalam keadaan yang susah di mana beban yang semakin berat.

Dalam PRU13, sebanyak 13,052,374 pengundi yang akan menentukan masa depan negara kita. Samada negara kita akan mengembalikan hak kepada rakyat, banteras rasuah dan menubuhkan Malaysia yang baru yang berasaskan dengan prinsip kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Sebagai seorang pengundi yang bijak maka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat yang tepat. Oleh itu, semua pengundi perlu mengetahui 10 taktik kotor yang seringkali dipergunakan oleh UMNO/BN sejak dulu lagi agar tidak tertipu lagi.

Taktik KOTOR 1: Tidak Berupaya Bezakan Negara dan Parti.
Sebagai balasan perjuangan kemerdekaan, UMNO/BN telah rampas tanah rakyat dengan terang-terang. 24 keping tanah komersial di Selangor telah dijual dengan RM1 persegi menunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO/BN.

Taktik KOTOR 2: Salahguna Kuasa Untuk Kepentingan Politik.
Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan menuduh Menteri Dalam Negeri campur tangan politik ke atas pasukan polis. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dipergunakan untuk menyiasat badan bukan kerajaan NGO SUARAM yang menfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar dan memindah kakitangan awam di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat untuk menjejaskan urus tadbir kerajaan negeri. Semua adalah contoh salahguna kuasa yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Taktik KOTOR 3: Politik Perkauman.
Walupun negara telah merdeka lebih 55 tahun, tetapi UMNO/BN masih mewarisi politik 'pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah British. Dengan politik perkauman sempit seperti kuasa orang Melayu tergugat dan Insiden Mei 13 mungkin berulang yang dibawa oleh PERKASA dan Pemuda UMNO, maka konsep 1 Malaysia hanya menjadi satu slogan kosong yang tidak bermakna sahaja.

Taktik KOTOR 4: Politik Wang.
Presiden MCA Chua Soi Lek menyatakan bahawa politik wang bukan rasuah. Keluarga PM Najib Razak terlibat dalam projek Kementerian Pertahanan yang melibatkan sebanyak RM100 juta. Ketua Menteri Musa Aman yang terlibat secara langsung dalam RM40 juta wang seludup. Kesemua ini hanya merupakan sebahagian kecil politik wang dan rasuah UMNO/BN. Kredibiiti dan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bankrap.

Taktik KOTOR 5: Penipuan dalam Pilihanraya.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didapati adalah ahli UMNO. Senarai pengundi yang tidak bersih serta mempunyai pengundi hantu. Media tidak bebas, masa kempen terlalu singkat serta peraturan yang berat sebelah. Walaupun BERSIH 2.0 telah mendesak kerajaan untuk menjalankan reformasi sistem pilihanraya tetapi tiada perkembangan yang positif.

Taktik KOTOR 6: Akta Zalim Menindas Hak Asasi.
Walaupun PM Najib Razak berjanji untuk mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), tetapi diganti dengan dua akta yang terus membenarkan kerajaan membuat penahanan tanpa perbicaraan. Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Perhimpunan Aman adalah akta-akta zalim yang dijadikan alat kepada UMNO/BN untuk mencabuli hak asasi rakyat.

Taktik KOTOR 7: Menguasai Media dan Putar-Belit.
Utusan Malaysia, TV3 dan RTM yang dikuasai oleh UMNO/BN telah menjadi alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat. Liputan yang berat sebelah serta putar-belitkan sesuatu isu telah menyebabkan media massa tersebut hilang kredibiliti dan profesionalisme. Media massa tersebut juga tidak berupaya membuka minda masyarakat umum.

Taktik KOTOR 8: Fitnah dan Aibkan Pembangkang.
Tuduhan fitnah yang sering dibuat oleh UMNO/BN ke atas Pakatan Rakyat seperti hasut rakyat guling kerajaan melalui demonstrasi atau belajar dari Arab Spring, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Peserta demonstrasi didakwa membawa senjata atau menyerang polis adalah taktik kotor UMNO/BN yang tipikal.

Taktik KOTOR 9: Budaya politk samseng dan ganas.
Banyak ceramah umum Pakatan Rakyat telah diganggu dan diserang oleh penyokong UMNO/BN. Politik samseng seperti baling batu, rosakkan banner, bakar bendara parti serta SMS ugutan sering diamalkan oleh UMNO/BN yang tidak berani untuk berdebat atau berhujah. Puak samseng tersebut masih bermaharajarela sampai hari ini.

Taktik KOTOR 10 Alih Fokus dan Tipu Helah.
Apabila ditentang kuat oleh masyarakat sivil seperti BERSIH 2.0 dan Himpunan Hijau, UMNO/BN akan mengalih fokus untuk meredakan bantahan daripada masyarakat umum. Dalam isu Lynas, kerajaan UMNO/BN sanggup menipu rakyat dengan menyatakan produk sisa radioaktif akan dihantar keluar ke luar negera walaupun dilarang oleh Waigani Convention. Kesemua ini adalah tipu helah UMNO/BN.

Oleh itu, AMK menyeru kepada semua pengundi khasnya pengundi baru mesti mengetahui 10 taktik KOTOR UMNO/BN. Jangan kita terpedaya dengan manfaat segera yang berjangka masa pendek atau terperangkap oleh UMNO/BN yang telah pecah amanah yang diberikan oleh rakyat.

Marilah kita bersatu untuk menolak politik perkauman dan UMNO/BN untuk mendirikan sebuah Malaysia Baru yang bebas, adil dan demokrasi.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia - HarakahDaily

Pemuda Guchil

Posted: 16 Dec 2012 09:41 AM PST

Pemuda Guchil


Ratapan Orang UMNO Berbeza-beza

Posted: 16 Dec 2012 06:58 AM PST

Perdana Menteri 1 Malaysia???

Posted: 16 Dec 2012 03:01 AM PST

Jasindaily Online

Posted: 16 Dec 2012 09:32 AM PST

Jasindaily Online


SK Seri Duyong Disalahguna

Posted: 16 Dec 2012 12:44 AM PST


Dek kerana terpaksa dan tidak dapat mencari tempat untuk melaksanakan aktiviti, UMNO Duyong telah menyalahgunakan Sekolah Kebangsaan Seri Duyong untuk melaksanakan aktiviti mereka. 



Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan

Posted: 16 Dec 2012 12:39 AM PST

Pada pagi tadi telah berlangsung majlis penyampaian sumbangan dan bantuan persekolahan sesi 2013 bagi Dun N27 Merlimau bertempat di Kampung Chinchin hulu Jasin. 

Program yang telah disempurnakan oleh pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Tuan Haji Adly Zahari ini telah bermula jam 9.00 pagi.

 Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin , Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah dan Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin, Saudara Aminuddin bin Jalil. Majlis Penyampaian Sumbangan ini merupakan agenda tahunan yang dilaksanakan oleh MTD Merlimau dengan tujuan untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga para pelajar sekolah yang berada dalam Dun Merlimau. 

perlaksanaan program ini juga diharapkan dapat memberikan suntikan semangat kepada para pelajar khususnya yang bakal memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2013 yang akan bermula pada 2 Januari 2013 nanti.



Perbezaan Antara Pegawai Kebajikan Pelajar Melaka dan Selangor

Posted: 16 Dec 2012 12:28 AM PST


Perangai Sebenar Pegawai Kebajikan UMNO Melaka Mesir

Posted: 16 Dec 2012 12:26 AM PST

Penghantaran pegawai sia2 dengan bayaran yang tinggi (RM13 ribu seorg)..dan pegawai yang tidak berkelayakan seperti Wan Motor(hanya mempunyai sedikit kemahiran motor sudah layak menjadi pegawai) :-) ttpi dtg mnyusahkan pelajar dan persatuan juga mmpunyai agenda politik sila klik 

Klik Untuk Imej lebih jelas

Hakikat Kehidupan Pegawai UMNO Melaka Mesir

Posted: 16 Dec 2012 12:22 AM PST


Klik untuk imej lebih jelas

Kerajaan Menipu lagi ..

Posted: 15 Dec 2012 03:18 PM PST

Satu lagi projek penipuan Umno dan Barisan Nasional yang selama ini berjaya diselindungkan dari pengetahuan kita dalam negara kini terbongkar ke seluruh dunia! Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa "sengaja" memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP. Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan ketara. Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM "memudahkan" silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara.


 "Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara kita," kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan 'A' yang diperolehi semasa peperiksaan," tambah mereka. Jelas kedua-dua pemimpin DAP tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan apabila Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011 yang menunjukkan Malaysia merupakan negara yang mana pelajarnya mengalami penurunan mendadak bagi dua mata pelajaran tersebut. Kajian berkenaan menunjukkan Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei (Taiwan), Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas. Pelajar berusia 14 tahun Malaysia juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya mereka di Israel dengan 516 mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449) disamping hanya di hadapan Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan mendapat 427 mata.

 Dalam bidang sains, Malaysia mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan hanya mendapat mata tipis berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang mendapat 420 mata. Singapura mendapat mata tertinggi dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea Selatan (560), Jepun (558), Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand dengan 451 mata. Tambah mereka, walaupun TIMSS menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap sistem pendidikan kita, lebih mengejutkan pelajar di sekolah menengah di negara ini terus memperolehi keputusan membanggakan setiap tahun bagi mata pelajaran matematik dan sains bagi PMR dan SPM. "Penurunan Malaysia dalam pencapaian TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara lain jelas menunjukkan perbezaan ketara dalam pencapaian oleh pelajar yang sama dalam PMR dan SPM," kata Pua dan Ong. Purata mata bagi TIMSS ialah 500 mata, dengan negara yang menunjukkan mata melebihi angka tersebut dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang tersebut, manakala di bawah mata tersebut dianggap tidak mencapai prestasi yang dikehendaki. Tony dan Ong turut menunjukkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di negara ini. 

 "Bagi PMR, secara lebih tepat, mereka yang memperolehi A dalam matematik meningkat daripada 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011, manakala bagi mata pelajaran sains, meningkat daripada 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011. "Pada masa sama, keputusan SPM kita pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik sejak lima tahun, apabila Gred Purata Kebangsaan menunjukkan peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011 (gred yang lebih rendah adalah skor yang baik)," kata mereka. TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut. 

 Dalam kajian TIMSS menunjukkan Malaysia masih tidak mencapai prestasi yang baik dalam tiga kajian sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang dianggap penting untuk negara mencapai negara berpendapatan tinggi. Pada tahun 2007, purata pelajar Malaysia mendapat 474 mata di dalam matematik dan 471 di dalam sains dalam kajian TIMSS. Pada tahun 1999, purata bagi pelajar ialah 519 mata bagi matematik dan 492 bagi sains. Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan (NEB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini jelas Tony dan Ong perlu mengakui secara terbuka kementerian berkenaan melakukan tindakan "memudahkan" silibus dalam sistem pendidikan negara. "NEB perlu secara terbuka mengakui terdapatnya tindakan memudahkan sistem pendidikan kita," kata mereka. 

 "Pelan tersebut bukan sahaja mengabaikan perkara itu, malah turut memuji pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM. "Sekiranya Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin gagal untuk memulihkan proses tersebut, dan meningkatkan standard peperiksaan dan silibus kita, kami yakin, bukan hanya setakan NEB akan gagal, kedudukan Malaysia dalam TIMSS akan terus menjunam pada masa akan datang," tegas mereka lagi. Jalan Pulang 

 Rujuk laporan Trends in International Math and Science Study ( TIMSS ) 2011 [ http://www.ncpublicschools.org/docs/newsroom/news/2012-13/timss-report.pdf ]

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 16 Dec 2012 09:10 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


"Putrajaya -insyaallah- akan ditawan oleh Islam!" - YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Posted: 16 Dec 2012 04:45 AM PST

DUNGUN, 15 Disember 2012: YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang memperingatkan kepada masyarakat Malaysia supaya tidak terpedaya dengan kemewahan dunia yang sementara. Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah penutup PGU 6.0 yang bertempat di Paka, Dungun.

Pada permulaan ucapan tersebut, beliau membaca Surah Al-Baqarah ayat 247. Ayat tersebut menceritakan perihal Bani Israel pada zaman dahulu yang mempersoalkan Thalut yang dipilih oleh Allah Taala sebagai pemimpin sedangkan Thalut bukanlah dalam kalangan orang yang berharta.

" Duit adalah alat, bukan matlamat kehidupan kita. Kena ingat. UMNO mengajar duit menjadi matlamat. Inilah ilmu yang diajar oleh Firaun, yang diajar oleh Abu Jahal, ilmu yang dibawa oleh Dajjal di akhir zaman" tegas beliau sebagai peringatan untuk seluruh lapisan masyarakat.

Selepas itu, beliau membaca ayat 51 daripada Surah Az-Zukhruf . Ayat ini pula mengisahkan kesombongan Firaun yang mendakwa kononnya segala kemewahan dan kemajuan di Mesir adalah di bawah telunjuk dan jasanya. Kesombongan inilah yang membawa kezaliman kepada rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO di Malaysia. Kezaliman yang paling nyata adalah tidak meletakkan syariat Allah sebagai panduan dalam memerintah rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menceritakan janji Nabi Sollallahu'alaihiwasallam kepada sahabat Sayyidina 'Adiyy Radiallahu'anhu bahawa kemenangan pasti berpihak kepada Islam.

" ... macam Putrajaya - insyaallah- akan ditawan oleh Islam. Jangan takut", jelas Tuan Guru menambahkan keyakinan para hadirin.


Dalam masa yang sama, Adun Rhu Rendang itu turut menyebut beberapa kezaliman yang dilakukan oleh UMNO kepada masarakat Melayu dan umat Islam. Mereka sekadar mendakwa memperjuangkan nasib Melayu tetapi merekalah pengkhianat kepada bangsa dan agama. Penahanan royalti kepada Kelantan dan Terengganu membuktikan UMNO bukanlah ikhlas dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

Dalam kesempatan tersebut, beliau memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba bergurau dan bermain dengan syariat Allah. Pelbagai tuduhan buruk terhadap hukum Allah Taala pasti mengundang kemurkaan daripada Allah Taala.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 Dec 2012 09:09 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Masalah Air di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah

Posted: 15 Dec 2012 04:04 PM PST


Aduanrakyat.com 16 Dis 2012 - Saya adalah salah seorang penjaga kepada pelajar di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. Mohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/ Negeri, Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Bekalan Air dan yang terbabit melihat secara serius Masalah Air yang dihadapi oleh pelajar di kolej matrikulasi tersebut. .

Masalah yang telah berlanjutan sekian lama menyebabkan pelajar2 mengadu kepada ibu bapa/ penjaga.

Keadaan bertambah serius sejak kebelakangan ini dan pihak Kolej Matrikulasi/ terbabit hanya mampu membekalkan air yang tercemar kepada para pelajar.

Ada pelajar terpaka keluar hingga ke Kuala Lumpur menumpang rumah kawan atau kenalan/ saudara untuk tujuan mandi/ membasuh pakaian. Keadaan ini amat membimbangkan terutama dari aspek keselamatan pelajar2.

Mohon pihak terbabit memandang serius masalah ini. Ini melibatkan masalah kesihatan dan keperluan asas yang sepatutnya disediakan sebaik mungkin kepada pelajar2 di Kolej Matrikulasi tersebut.

Kami hanya disensasikan oleh berita2 masalah air di negeri di bawah Pakatan Pembangkang..tapi sebenarnya masalah air di negeri bawah pentadbiran BN juga berlaku sudah sekian lama..

Mohon tolong selesaikan masalah air di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah ini..Pelajar2 ini adalah aset negara..macam mana mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran sekiranya kebersihan serta keselesaan diri berada pada peringkat yang teruk.

Mohon pihak terbabit mengambil tindakan segera.

Terima kasih.

By: Amir


CERAMAH UMUM

Posted: 15 Dec 2012 04:03 PM PST


Tiada ulasan:

Catat Ulasan