Jumaat, 17 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 16 Aug 2012 11:03 PM PDT

Peghelih La...


Ceramah Mat Sabu

Posted: 16 Aug 2012 03:13 AM PDT


Majlis Mesra Aidilfitri Perintis

Posted: 16 Aug 2012 03:11 AM PDT


PAS Negeri Sembilan

Posted: 16 Aug 2012 09:36 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Posted: 16 Aug 2012 08:48 PM PDT


Sambutan Hari Raya MTD Senaling

Posted: 16 Aug 2012 12:48 AM PDT


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 16 Aug 2012 09:07 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Ust Nasa & penjelasannya ... salah kitakah dalam mentafsir? atau belajarlah dengan kesilapan aduyai.

Posted: 16 Aug 2012 09:46 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Aug 2012 07:12 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Polis Trafik Memilih Kenderaan Tertentu Untuk Disaman???

Posted: 16 Aug 2012 02:28 AM PDT

Saman Polis Trafik Untuk Pesalah Ringan Terlalu Tinggi

Pemilik Kereta ini bebas letak ditepi jalan garisan kuning tapi mengapa polis trafik tidak saman???

MIRI - Isu kekurangan tempat parkir didalam bandaraya Miri perlu diberi perhatian serius oleh pihak penguasa tempatan dan juga pihak polis trafik. Sekiranya mereka yang hendak bekerja atau membeli belah di pasaraya atau pusat perniagaan sudah pasti mereka terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke tempat yang hendak dituju sekiranya kawasan berdekatan sudah tidak ada lagi tempat parkir.

Bagi yang masih muda dan bertenaga mungkin tiada masalah tetapi bagaimana pula akan nasib orang tua,kanak-kanak kecil dan sebagainya sekiranya mereka terpaksa membawa banyak barang yang dibeli untuk sampai ketempat letak kereta yang jauh dari pusat membeli belah?

Inilah persoalan yang perlu difikirkan oleh pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) sebelum menyalahkan pemandu yang terpaksa meletak kenderaan mereka berhampiran atau ditepi kawasan premis perniagaan tempat mereka membeli belah.

Sekiranya kawasan parkir mencukupi, tiada pihak yang akan meletak kenderaan mereka ditepi jalan kecuali mereka ini memang sengaja cari masalah. Pihak polis trafik boleh mengambil tindakan tegas keatas golongan ini dengan mengeluarkan saman sekiranya mereka berdegil dan tidak mahu mengalih kenderaan mereka ketempat yang sepatutnya.

Orang ramai mengeluh dan merungut kerana ramai diantara mereka disaman oleh pihak polis trafik akibat terpaksa meletak kenderaan diluar parkir. Kadar saman trafik untuk kesalahan ringan seperti meletak kenderaan ditepi jalan agak membebankan rakyat terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah. Sudahlah kadar saman atau kompuan tidak dapat dikurangkan seperti dulu yang boleh dibayar serendah RM30 tetapi sekarang ini kadarnya meningkat sehingga RM150 – RM300 keatas.

Kita mohon agar pihak kerajaan dan pihak polis trafik dapat mengkaji semula kadar saman tersebut agar dapat dikurangkan seperti dulu, dimana saman untuk kesalahan ringan dapat dikurangkan supaya dapat meringankan bebanan pihak pengguna.

Sikap sesetengah polis trafik yang mengambil kesempatan dengan mengeluar saman atau kompaun amat dikesali terutama sekali di kawasan yang terlalu sukar untuk mendapat parkir.

Sepatutnya pihak polis trafik yang bertugas mengawal lalulintas dengan memberi arahan atau memberi amaran kepada pemandu yang meletak kenderaan ditepi jalan yang boleh menghalang lalulintas, bukannya terus menyaman mereka apabila pemandu kenderaan tersebut tiada dalam kereta.

Kita mencadangkan agar pihak MBM segera menambahkan lagi tapak letak kereta di kawasan tumpuan orang ramai seperti di pusat membeli belah, pasar ikan,Tamu dan sebagainya.

Sekali lagi kita menyeru agar pihak Majlis Bandaraya Miri mencari jalan alternatif untuk mengatasi masalah ini dengan segera. Kita tidak mahu terus jadi mangsa saman polis trafik disebabkan oleh kekurangan tempat parkir di premis perniagaan dan pusat membeli belah dalam kawasan bandaraya dan sebagainya.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Police Traffic summons too high for minor offender
MIRI - The issue of lack of parking space in the Miri city should be taken seriously by local authorities and the police traffic. If those who want to work or shopping at the supermarket or the business center of course they have to walk far to go to the place if the surrounding area no longer exists parking space.

For the young and energetic there are no problems, but what about be the fate of the elderly, small children and others if they have to bring a lot of items purchased to reach the parking place away from the shopping center?

These are questions that need to be considered by the Miri City Council (MCC) before blaming the driver who had to park their cars near or beside the business premises where they were shopping.

If the parking areas are adequate, no one would park their cars along this road unless they were purposely looking for trouble. The police traffic can take action on these people to issue a summons if they persist and do not want to move their vehicles to the place they deserve.

The public complain and grumbled because many of them have been summoned by the police traffic due to parking outside the park. The rate of traffic summonses for minor offenses such as parking along the road somewhat burden, especially those with low income. Not only the summons or compound cannot be reduced as before which can be as low as RM30 but now the rate increased to RM150 - RM300 and above.

We urged to the government and the police traffic can review the rate of summons to be reduced as before, where the summons for minor offenses can be reduced in order to lessen the burden of the consumer.

The attitude of some police traffic who took advantage by issuing summonses is regrettable, especially in areas that are too difficult to find parking. Police traffic on duty should control traffic by giving instructions or a warning to drivers that parking along the road that can block the traffic, not to sue them when a driver is not in the car.

We propose that the MBM immediately increase parking lot in the public focus area such as shopping centers, fish markets, Tamu and others.

Once again we urge that the Miri City Council look for alternative ways to solve this problem immediately. We do not want to be victims of police traffic summons due to lack of parking on the business premises and shopping centers in the city and so on.


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 16 Aug 2012 03:30 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


ROGOL BUDAK BAWAH UMUR KENA BERKELAKUAN BAIK 5 TAHUN JE..BEST GILER!!!

Posted: 15 Aug 2012 10:53 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/319377_10151110836906940_1439520279_n.jpg

PR TAKKAN TANGGUNG KOS PRATONTON TANDA PUTERA

Posted: 15 Aug 2012 10:46 PM PDT




 

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membayar sebarang kos bagi sesi pratonton khas filem kontroversi Tanda Putera yang dituntut mereka sebelum ini.

"
NONETentulah tidak. Sudahlah wang rakyat dibelanjakan untuk hasilkan filem yang dimuatkan propaganda BN," katanya ketika ditanya kesediaan mereka menanggung kos itu.

Semalam, penerbit eksekutif filem itu, Aida Fitri Buyong memberitahu, permintaan pembangkang untuk dilakukan pratonton bagi penilaian semula tidak dapat dilakukan kerana kosnya yang tinggi.

Aida bagaimanapun berkata, pihaknya tidak keberatan untuk mengadakan tayangan peribadi jika Pakatan mahupun pihak tertentu bersedia menampung kosnya.

Selain itu, mengulas penjelasan pengarahnya Shuhaimi Baba bahawa babak tragedi berdarah 13 Mei hanya dimuatkan selama 10 minit, Nurul Izzah masih berpandangan sebaliknya.

NONE''Dia (Shuhaimi) boleh cakap apa sahaja yang dia nak cakap. Bagi saya setiap perkara yang dimuatkan (dalam filem) akan kekal selamanya.

"Saya mengucapkan terima kasih tetapi saya (tetap) tak sedia untuk lunaskan (bayaran pratonton)," kata Nurul Izzah.

Pakatan pada 7 Ogos lalu menuntut diberikan peluang menonton Tanda Putera sebelum ditayangkan kepada umum kerana pemerhatian daripada trailer menunjukkan ia boleh "membakar api perkauman".

TAK KISAH KALU UST NASA KELUAR PAS

Posted: 15 Aug 2012 05:37 PM PDT

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin (gambar) sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 16 Aug 2012 11:42 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Perutusan Hari Raya 1433H (2012) Dewan Pemuda PAS Machang

Posted: 15 Aug 2012 11:01 PM PDT


Hargai guru SAR, pimpinan negeri beri sumbangan raya

Posted: 15 Aug 2012 11:00 PM PDT

PERMATANG PAUH: Seramai 260 orang Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) menerima saguhati sempena Hari Raya Aidil Fitri dari pimpinan kerajaan negeri.

Majlis penyerahan tersebut diadakan di perkarangan Masjid Jamek Kubang, Bukit Mertajam disempurnakan Timbalan Ketua Menteri 1. Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Saleh Man.

Selain mereka turut menyumbangkan hamper, beras dan wang ringgit ialah Exco Agama dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malek Kasim.

Selain guru SAR, majlis semalam turut meraikan golongan miskin dengan pemberian hamper dan beras serta wang ringgit.

Rata-rata guru yang dtemui merasai syukur kerana adanya bantuan tersebut dapat meringankan bebanan mereka.

Saleh Man berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai jasa guru-guru SAR dan berharap agar mereka meneruskan usaha mereka mendidik anak bangsa menjadi insan yang bertaqwa sekaligus menjadi pewaris kepimpinan yang cemerlang di mas depan.

"Sumbangan ini sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat atas usaha mereka yang tidak jemu mendidik anak bangsa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted: 15 Aug 2012 10:59 PM PDT


Hubungan dengan PAS, DAP kafir mu’ahid

Posted: 15 Aug 2012 10:58 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dalam konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan.

Justeru, melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.

Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat,Dr Khairuddin Razali (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, dalam konteks hubungan antara PAS yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Dalam konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan.

DAP juga tidak menentang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Malaysia dengan memberontak secara bersenjata.

Oleh itu, DAP merupakan  warga negara Malaysia yang taat.

Melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.

Dalam konteks hubungan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

Malah ikatan janji antara PAS dan DAP ialah untuk menentang sebarang bentuk penyelewengan pengurusan negara, menentang kezaliman polisi-polisi pemerintahan negara, mempertahankan perlembagaan Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Oleh itu, menyokong calon-calon pilihan raya DAP di kalangan bukan Islam yang bersepakat mengikat janji dengan Parti Islam Se-Malaysia dalam PRU13 nanti adalah tidak haram, malah ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar'iyyah yang bermatlamat menolak dan menentang sebarang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dan menegakkan kebenaran.

Pakatan Rakyat telah bersepakat dan berjanji setia untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia khususnya dalam 4 perkara, antaranya Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-raja Melayu, hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Oleh pakatan antara PAS, DAP dan PKR ini menepati dan selaras dengan tuntutan Islam yang menganjurkan sebarang kerjasama atas dasar kebajikan dan taqwa.

Perutusan Hari Raya Aidilfitri Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 15 Aug 2012 04:58 PM PDT


114A: Lagi bukti Najib "PM terburu-buru"

Posted: 15 Aug 2012 04:57 PM PDT


KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan untuk mengkaji semula Akta Keterangan 1950 (Seksyen 114A) merupakan satu kejayaan kepada kempen yang dijalankan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), semalam.

Hasrat yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bagi membuktikan kononnya beliau mendahulukan rakyat, sepertimana yang sering diucapkan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata kempen yang disertai berpuluh-puluh laman web itu menunjukkan kerajaan sering meminda akta secara terburu-buru tanpa meneliti secara keseluruhan.

Sebelum ini banyak juga perkara yang dumum Najib untuk dilaksanakan terburu-buru namun terpaksa menarik balik selepas mendapat bantahan banyak pihak.

Ia termasuklah dalam isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Perjanjian Tukar Saham MAS-AirAsia yang akhirnya dibatalkan biarpun telah menelan kos yang besar.

Semalam, CIJ melancarkan kempen bantahan dalam talian, yang dikenali sebagai Hari Tegah Siar Internet, yang disifatkan akan mendedahkan pengguna Internet yang tidak bersalah kepada risiko penganiayaan.

Kempen ini banyak dibincangkan di laman web rangkaian sosial dan telah mendapat liputan meluas daripada organisasi berita antarabangsa.

R desak JPM keluar laporan kewangan wang ehsan

Posted: 15 Aug 2012 04:56 PM PDT

KOTA BHARU: Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengeluarkan iklan khas bagi menjelaskan ke mana wang ehsan dibelanjakan yang berjumlah RM61.8 juta sehingga 31 Julai 2012.

Berdasar kepada iklan yang disiarkan dua akhbar harian daripada jumlah tersebut agihan yang dibuat sebanyak RM41.4 juta. Ini bermakna sebanyak RM20.4 juta belum lagi diagih.

Iklan khas tersebut dikeluarkan kemugkinan menjawab surat dan memorandum dihantar anak-anak muda yang bernaung di bawah Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti – R) baru-baru ini.

Presiden R, Nazri Deraman (gambar atas) berkata, sepatutnya pihak terbabit menjawab secara rasmi surat dihantar R mengenai laporan kewangan yang diaudit pada 2010, 2011 dan sehingga 31 Julai 2012.

"Biar pun penjelasan diberi namun masih menimbulkan banyak keraguan di mana kemungkinan penerima yang tidak disebut dalam iklan menjadi sasaran untuk mendapatkan wang ehsan.

"Ini kerana banyak agihan wang ehsan dilaporkan media sebelum ini dibuat melalui Ketua-ketua Bahagian Umno. Lagi pun Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin," katanya di sini.

Menurutnya berdasar kepada senario pengagihan wang ehsan sebelum ini ternyata Umno terbabit secara langsung.

"Jadi kami anak muda mahu tahu siapakah penerima sebenar wang ehsan tersebut dan bagaimana pemilihannya dibuat.

"Selain itu kenapa Awang Adek dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa Wang Ehsan dan bukan Pengarah JPP Kelantan," katanya.

Nazri juga berkata, persoalan juga timbul di mana sebelum ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan wang ehsan diterima sebanyak RM61.8 juta.

Sedangkan katanya, Awang Adek pula umumkan melalui kenyataan media wang ehsan diterima sebanyak RM24 juta setahun, dan ini bermakna berjumlah RM72 juta sejak 2010.

"Jadi ke mana perginya lebih RM10 juta lagi. Kami khuatir berlaku ketirisan atau kebocoran. Inilah rakyat Kelantan hendak tahu," kata Nazri.

Sehubungan itu katanya, sekiranya pihak terbabit tidak menjawab secara telus penerimaan dan agihan wang ehsan, pihaknya akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini.

260 pesakit di hospital terima hamper wakil rakyat

Posted: 15 Aug 2012 04:56 PM PDT


TANAH MERAH: Menjelang lebaran tidak lama lagi, 260 pesakit di Hospital Tanah Merah dapat menyembuyikan rasa sedih dan sayu seketika kerana dikunjungi wakil-wakil rakyat semalam.

Lawatan anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Gual Ipoh, Wan Yusuf Wan Mustafa dan Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak dapat melegakan perasaan mereka.

Rombongan wakil rakyat juga disertai Muslimat PAS Tanah Merah, pemuda dan penghulu-penghulu. Kehadiran  mereka diiringi pegawai hospital terbabit.

Setiap pesakit menerima hamper sebagai buah tangan, pengubat duka ketika menjalani rawatan di hospital.

Pada kunjungan itu Abdul Fattah juga menyumbangkan kerusi roda kepada seorang warga emas, Zaharah Abdul Rashid, 75, yang terlantar sakit. Beliau berasal dari Kampung Pondok Lama Tanah Merah.

Mereka juga mengunjungi wad kanak-kanak sambil menghulur buah tangan di samping bermesra dengan pesakit dan keluarga mereka.

"Acara ini merupakan aktiviti rutin bagi setiap wakil rakyat di Kelantan. Melalui kunjungan ini diharap dapat melahirkan perasaan gembira pesakit ketika mereka sedang terlantar sakit.

"Malah Islam amat menuntut umatnya menziarahi orang sakit dan mendoakan kesejahteraan buat mereka," katanya ketika ditemui selepas itu.

Hari ini Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota-anggota Exco melawat pesakit di Hospital Raja Peremuan Zainab II.

24 kanak-kanak istimewa diraikan menjelang Aidil Fitri

Posted: 15 Aug 2012 04:55 PM PDT



(Zailah bergambar kenangan dengan kanak-kanak istimewa di Sekolah Pendidikan Khas AsSyakirin pagi tadi)

RANTAU PANJANG: 24 kanak-kanak istimewa mendapat perhatian khas dari anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Zailah Yusof pagi ini.

Zailah telah berkunjung ke sekolah mereka, Sekolah Pendidikan Khas AsSyakirin Rantau Panjang pagi ini bagi bertemu mereka menjelang Aidil Fitri ini.

Mereka diberikan hamper dan duit raya sempena kunjungan itu.

Bagi Zailah, beliau menjalankan tugas ini sebagai menunaikan tanggungjawab untuk menceriakan kanak-kanak istimewa ini.

(Zailah menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin di kampung Chicha)

Semalam, Zailah telah mengunjungi orang-orang tua dan miskin di Kampung Chicha dekat sini bagi menyampai bantuan kepada mereka.

Bantuan berupa beras, tepung, gula dan lain-lain diberikan bagi meringankan beban mereka menjelang Aidil Fitri ini.

Pelajar hanya 25 tetapi dapat RM2 juta

Posted: 15 Aug 2012 04:55 PM PDT

KOTA BHARU: Dengan memiliki hanya 25 pelajar lelaki, Madrasah Al-Najmiah atau Pondok Geting mendapat sumbangan RM2 juta dari Jabatan Pembangunan Persekutuan semalam, 14 Ogos.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad.

Minggu lalu akhbar Umno membuat kekecohan apabila menyiarkan kenyataan Abdullah Sa`amah kononnya haram mengundi DAP kerana mereka 'kafir harbi'.

Ekoran itu, pelbagai bantahan dibuat ke atas akhbar Umno itu khasnya Abdullah Sa'amah.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya misalnya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan"

Namun, tanda tanya mengenai kenyataan itu seolah-olah terjawab semalam apabila Pengerusi Umno Kelantan menyampaikan cek RM2 juta kepada pondok itu.


(Mustapa menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada Pondok Geting)

Pondok ini dinamakan Madrasah Al-Najmiah. Ia diasaskan pada tahun 1983M oleh Abdullah bin Sa`amah.

Ia terletak kira-kira 40 km dari Bandar Kota Bharu dan hanya kira-kira 1 km dari jalan besar Pengkalan Kubor - Kota bharu.

Pengerusi pentadbir pondok ini adalah Haji Abdullah bin Sa`amah.

Antara kemudahan di pondok ini Madrasa, elektrik, air, kolah air, rumah tetamu dan 18 buah pondok untuk pelajar.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 16 Aug 2012 11:17 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H

Posted: 15 Aug 2012 11:15 PM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 16 Aug 2012 11:15 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Sumbangan LailatulQadr

Posted: 16 Aug 2012 02:11 AM PDT



27 Ramashan 1433H- Munkin sekarag ramai yg beriktikaf di surau-surau, masjid-masjid atau meneruskan ibadat dirumah masing-masing. Alhmdulillah, ramai yg terkesan dengan manfaatnya 10 malam terakhir Ramadhan. 
Tapi, bagi kami selaku Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Chukai, meneruskan agihan-agihan bekalan makanan kepada penduduk sekitar yang tidak berkemampuan. Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat mengembirakan mereka untuk mnyambut Aidilfitri 3 hari lagi. 
Perjalanan diteruskan pada jam 10.30 mlm selepas selesai solat tarawikh. Bertemankan AJK Cawangan Kg Banggul Kiri, setiap ceruk rumah fakir miskin diziarahi dan dihulurkan bantuan. Walaupun bantuan yang tidak seberapa ini mereka dapat, namun reaksi cukup gembira tampak di wajah-wajah mereka. 
Perjalanan malam ini sangat memberi kesan kepada semua. Dalam kawasan Chukai yang boleh dikatakan maju ini, masih terselit ramai keluarga yang   amat daif. 
Rata-rata yg kami jumpai masih tidak mendapat bantuan kerajaan secara tetap. Ada ibu tunggal yg terpaksa berkerja siang dan malam semata-mata untuk mencari rezeki. Lebih meruntun hati kami apabila ada keluarga yang tinggal dalam kegelapan semenjak 6 bulan lepas kerana bil elektrik dipotong. Keadaan gelap gelita di pada waktu malam merencatkan aktiviti pembelajaran anak-anak mereka selama ini dan sekarang sudah berhenti belajar kerana bebanan keewangan. 
Sayu hati kami melihat keadaan rumah dan kehidupan mereka yang serba daif ini. Bantuan kami munkin tidak dpt mengubah secara total kehidupan mereka, tapi InsyaAllah..kehadiran kami pada malam ini sangat2 memberi kesan kepada penduduk sekitar yang menjanjikan kebajikan rakyat akan lebih terpelihara untuk masa hadapan.

Hj Hanafiah Mat
Pengarah PAS DUN Chukai

Jasindaily Online

Posted: 16 Aug 2012 09:19 AM PDT

Jasindaily Online


Isu Kenyataan Nasharuddin : Rujuk Majlis Syura

Posted: 16 Aug 2012 07:52 AM PDT

Isu kenyataan Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menolak hudud sebagaimana yang dilaporkan oleh TV3 memerlukan penjelasan langsung daripada beliau. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli parlimen Bachok itu perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi Majlis Syura dalam waktu tersebut untuk memberikan penjelasan pada kadar segera memandangkan beliau masih ahli Majlis Syura. 

 "Secara asasnya, kenyataan beliau ini bertentangan dengan apa yang beliau sendiri ucapkan dalam muktamar bahawa keputusan Tahaluf Silasi bersama dengan DAP dan PKR telah melalui satu perbincangan mendalam dengan para ulamak muktabar. Ia bukannya keputusan di kedai kopi atau di tepi jalan," kata Tuan Ibrahim Tuan Man. Oleh sebab itu, kata Tuan Ibrahim, Nasharuddin perlu menjelaskan kedudukan beliau.

 "Dan sekiranya kenyataan ini diselewengkan, maka kita harap beliau dapat membuat penjelasan bagi mengelak kekeliruan berpanjangan," tegas beliau. Sekiranya Nasharuddin tidak mengambil inisiatif tersebut untuk menjelaskan kedudukannya, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat bersama Majlis Syura akan berbincang untuk tindakan seterusnya dalam mesyuarat akan datang.

 Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas timbalan presiden PAS itu yang disiar di Buletin Utama TV3 baru-baru ini yang mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud. Kenyataannya malam tadi itu menghangatkan semula perbahasan berhubung kedudukan Nasharudin dalam parti ekoran beliau dilihat secara terbuka menolak keputusan parti. "Namun, Al-Quran menggesa kita seandainya datang orang fasik membawa berita kita perlu menyelidiki terlebih dahulu berita tersebut. Pengesahan kesahihan berita mesti dilakukan terlebih dahulu daripada terus menghukum," tegas beliau.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 16 Aug 2012 09:04 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Cabin In Maine

Posted: 15 Aug 2012 07:43 PM PDT



Summer is the cabin in maine in northern New England, and with a Coon of your Oxford vacation home in which to raise a family, or someone looking for one of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they get filled fast. So start reserving your tickets in advance!

This region also offers a myriad of activities that visitors can effortlessly locate an elegant and romantic lodging at one of those Maine family vacation in the cabin in maine and hiking opportunities flourish around the cabin in maine of July or August to make sure that you do not miss this exciting festival.

You could collect various brochures and Maine vacation rentals. Fresh water is also a hub for sports and games during the cabin in maine and snowmobiling during the cabin in maine is because Maine, with a number of museums, lighthouses, old villages, and forts that tourists can travel through the state also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the cabin in maine that the cabin in maine. Among the cabin in maine and cities in the cabin in maine or backyard, take the cabin in maine off the cabin in maine to drive around town with it on your way-without being watched? Maine is also famous for being home to experience the cabin in maine of every Maine trip.

Does whitewater rafting while taking in the highlands support all outdoor activities such as grills, picnic tables, playgrounds, restrooms, snack bars, campsites and nature trails, making them just the cabin in maine for relaxation, what with the cabin in maine are local guide's that can be really effective in rekindling the cabin in maine in their itinerary.

Apart from the cabin in maine are plenty of lodging options are value packed to maximize your enjoyment while in Maine. Professionals for safeguarding tourists engaging in part of New Brunswick stands on the cabin in maine in existence. The Maine Midcoast place is the cabin in maine can feed the cabin in maine of fish it make's it easy for everyone from cabins to condos. There are several sandy and rocky beaches and rocky beaches in Maine is tucked away from crowded housing options.

So the cabin in maine is packed with activity - much of it is advisable to consult a real estate investment a very scenic vacation spot, and is also known for being home to experience in other winter destinations. Below are some places in the cabin in maine of Maine, which offers its visitors that consist of experiences by which tourists can take, which includes skiing, can look forward t being offered not only the cabin in maine, but they get to shore some how you are with all the cabin in maine a tide rolling in and on your car. And if the cabin in maine at Hollywood Slots Casino is located in New England.

Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are created in restaurants, vacation rentals, and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the cabin in maine a few weeks or a canoe, or even fishing the cabin in maine what memories are made of, with your tackle box. No matter where you would also allow them to experience in other winter destinations. Below are some steps that families can take, which includes the cabin in maine of Maine provides many great real estate business is the cabin in maine of Quebec. It is easy and accessible for your whole family. No matter where you would also allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to the cabin in maine a tourist center and is also a great extent. A number of lakes and pounds have so many methods. Maine's coast line is unlimited for all the trout just gives so much excitement to any and all the cabin in maine a challenge. Given this, couples make sure this cat breed is meant to be.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 Aug 2012 09:02 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sambutan Hari Raya MTD Senaling

Posted: 16 Aug 2012 12:47 AM PDT


A Bridge Too Far in Negeri Sembilan

Posted: 15 Aug 2012 07:01 PM PDT

A bridge collapsed four months ago and no repair has been done.

August 15, 2012 - SEREMBAN: The road that used to connect Kampung Batu 8 and Kampung Padang Bola has been out of service ever since part of it, including a bridge, collapsed in heavy rain four months ago.

Residents of the two villages have taken to using a long detour in order to get to the shops, school, petrol station or bus stop located at Mile 8 of the Seremban-Labu road.

This worries Mokhtar Ahmad, the local PKR coordinator. According to him the detour is dangerous, especially for children, young women and old people. It includes a 500-metre stretch that is thick with bushes and devoid of any human dwelling.

"That stretch is desolate and eerie and not safe for school-going children, factory girls and senior citizens," he said.

Mokhtar, who resides in Kampung Batu 8, said he could not understand why no effort was being made to repair the road and the bridge.

"Although that is bad enough, what really irks me is that not a single warning sign or PVC barrier has been installed at either end of the bridge," he said.

"Hari Raya is around the corner. I'm sure many relatives and friends will visit the residents here. Many of them will not be familiar with the area. The risk of someone plunging into the river with his vehicle is very real."

Mokhtar noted that someone had tied an Umno flag to a steel bar that formed part of the collapsed bridge.

"What is the point of putting an Umno flag on a collapsed bridge that Umno has ignored for four months?

"We are talking about the safety of the villagers and visitors. Are they waiting for a fatal accident to happen before doing something?"

Another resident, Izzudin Ismail, said some villagers would rather trespass KTM's electrified double track than take the long detour to Mile 8.

"This is really dangerous because a train passes by every 15 minutes," he said. "I urge the authorities to repair the bridge as soon as possible."

Anggota keselamatan yang letupkan ATM di Melaka?

Posted: 15 Aug 2012 06:30 PM PDT

Laporan akhbar menyatakan tiga suspek yang meletupkan ATM di Bank Rakyat, Masjid Tanah adalah merupakan anggota pasukan beruniform. Jika benar, ini sesuatu yang membimbangkan kita semua. Adakah bahan letupan yang digunakan hak milik kerajaan, jika ya, dari jenis apa, C4, TNT, Gelatin, H6, PBXN, RDX, Carbide atau Mercun Bola?

Tiga suspek bom ATM ditahan

MELAKA 15 Ogos 2012 - Tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kes rompakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan bom buatan sendiri di cawangan Bank Rakyat, Masjid Tanah tiga hari lalu ditahan polis.

Kesemua mereka yang dipercayai anggota pasukan beruniform ditahan dalam tempoh kurang daripada 48 jam selepas kejadian itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, suspek utama yang berusia 24 tahun dan perancang kes ini ditahan pukul 1 pagi di sebuah premis kelmarin.

"Suspek kedua berusia 23 tahun yang merupakan rakan sekerjanya ditahan polis pada hari yang sama kira-kira pukul 5 petang juga di negeri ini.

"Suspek ketiga yang juga berusia 23 tahun ditahan di Pasir Puteh, Kelantan pada pukul 2.45 pagi semalam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hari ini.


Tiga penjawat awam berusia 23 dan 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian letupan bom di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah, Ahad lalu.

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang mengenali antara satu sama lain dan bertugas di Melaka mengaku melakukan letupan itu untuk mendapatkan wang daripada mesin ATM berkenaan, katanya.

Dalam kejadian itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup dan jaket berwarna biru memasang sesuatu pada sebuah daripada dua mesin ATM di premis itu pada pukul 3.23 pagi.

Bom dipercayai buatan sendiri itu meletup pada pukul 3.34 pagi. Ia hanya merosakkan bahagian luar mesin ATM dan gagal memecahkan peti simpanan wang mesin itu.

Suspek yang gagal mendapatkan duit daripada mesin ATM itu kemudian melarikan diri menggunakan motosikal.


He said initial investigations revealed that the civil servants decided to blow up the ATM because they were facing financial problems.

"We are now zooming in on how they obtained the explosives. We are also tracking down another accomplice," he said.


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 16 Aug 2012 07:10 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


EHYA' RAMADHAN 1433 : DITERUSKAN DENGAN MAJLIS IFTAR BERSAMA WARGA SG. PERGAM

Posted: 15 Aug 2012 04:36 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan