Selasa, 14 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 14 Aug 2012 03:22 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


10 akhir Ramadhan ... JOM Iktikaf ...

Posted: 13 Aug 2012 09:06 PM PDT

Dari edaran  Pengerusi Masjid Temerloh  Jaya mengenai iktikaf .. 

1. Definasi iktikaf ..
Iktikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang di lakukan oleh orang tertentu dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu ( lihat Fathul Bari 4:344)  Dalil Al Quran yang bermaksud : " Dan janganlah kamu campuri mereka itu , sedang kamu beriktikaf di dalam masjid " Al Baqarah ayat 187 . Dari Aisyah r.a " Nabi saw beriktikaf  pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya , setelah kewafatan baginda isteri isteri baginda pun beriktikaf " ( HR Bukhari ).   

2. Hukum :
Iktikaf  merupakan sunnah muakkadah / sunat yang sangat di tuntut kerana Rasul saw tidak pernah meninggalkan nya .  Iktikaf boleh di lakukan pada bila bila masa dan ia sangat di tekankan pada 10 hari akhir Ramadhan kerana Rasul saw sentiasa melakukannya . Ulama bersepakat bahawa iktikaf tidak mempunyai had masa maksima akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum waktu iktikaf .

Shaikh Ibn Bazz menyatakan bahawa Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama' Maliki  berpendapat tempoh minima ialah satu hari ( Majmu' al Fatwa ) . Manakala tempat melakukan iktikaf , al Hafiz Ibnu Hajar ra berkata di syaratkan melakukan iktikaf di masjid .  ( Fathul Bari ) dan Imam Malik ra berpendapat ia sah di lakukan di mana mana masjid yang di dirikan solat 5 waktu secara berjemaah  ( dalam istilah di Malaysia ia di panggil Musollah atau Surau ) 

3. Bilakah bermulanya waktu iktikaf  10 akhir Ramadhan ?
Masuk ke masjid sebelum masuk Maghrib 20 Ramadhan . Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab . Ulama jua berbeza pandapat pada waktu bilakah perlu keluar daripada masjid , pada waktu Maghrib akhir Ramadhan atau selepas solat Aidil fitri ?

4. Bolehkan wanita beriktikaf .
" Aisyah ra  meminta izin untuk beriktikaf maka baginda mengizinknnya " 

5. Perkara yang membatalkan iktikaf . 
a. Keluar masjid tanpa alasan syar'i dan tanpa ada keperluan yang mendesak .
b. Jima' ( bersetubuh) - Ibn Munzir telah menukil ijma' / kesepakatan ulama' bahawa yang di maksudkan   
    dengan ' mubasyaroh' dalam surah Al Baqarah ayat 187 adalah jima' ( hubungan intim ) Fathul Bari 4/722. 

6. Adab adab iktikaf ..
a. Seseorang hendaklah berdoa , zikir , berselawat pada nabi saw , mempelajari  Al Quran , dan mengkaji 
    Hadis .  Di makruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat .     
    (Shahih Fiqh Sunnah  2/150/158 ) . 
b. Sentiasa menjaga kebersihan diri semasa beriktikaf  . Dia hendalah memakai wangi wangian , berpakaian 
    elok dan  mandi .
c. Kebersihan masjid juga hendaklah di jaga serta peralatan di kemaskan agar tidak mengganggu  orang yang 
    solat .
 
7. Yang di bolehkan ketika beriktikaf .
a. Keluar masjid di sebsbkan ada hajat yang mesti di tunaikan seperti untuk makan minum dan hajat yang lain 
b. Melakukan hal hal harus seperti bercakap cakap dengan orang lain .
c. Isteri yang mengunjungi suami yang beriktikaf dan berdua duaan  dengan nya .
d. Mandi dan berwudhu di masjid .
e. Membawa kelengkapan tidur seperti tilam , bantal untuk tidur di masjid .

8. Memburu Lailatul Qadar 
" Carilah malam al Qadr pada ( malam malam ) yang ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan 
  Ramadhan " Al Qadr 1-3 . dan berdoalah  untuk kebaikan dengan doa yang ikhlas dan merendah diri    
  tawadu' terhadap Allah dan penuh pengharapan .

" Ya Allah temukan lah aku dengan malam al Qadr dan terimalah taubat dan doa hamba mu ini ..." 
 gambar hiasan ... ruku' dan sujud kepada hanya Allah ..
 sujud syukor ..  ketika  IM / Morsi menang di Mesir 
 dalam kegawatan perang .. solah tetap di kerjakan ... 
 jemaah yang di impikan  di rumah pemimpin .. 
pemimpin menyeru  solah bersamanya  ..

Sebagai seruan untuk diri .. Ramadhan masih berbaki 4 hari .... sibuklah dengan Allah mencari redahNya ..
teruskan perjuangan ... 

simi latif ..   

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 14 Aug 2012 01:34 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Berita bergambar: Biarlah anda sendiri bercerita!!!

Posted: 13 Aug 2012 10:29 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Sembang sembang dengan Rakan Rakan Pkr Jimmy Puah dan Danny Tan..di Permas semalam apa yang menarik baju yang di pakai oleh Danny Tan..beliau sebut saya tak takut Hudud,habis siapa sebenarnya yang takut dengan Hudud ?

Nukilan Abu Luqman

Morsi ‘makin kuat’ selepas rombakan tentera

Posted: 13 Aug 2012 07:45 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Presiden Mesir Mohamed Morsi makin berkuasa selepas keputusan "revolusioner" menawarkan persaraan kepada Menteri Pertahanan yang berpengaruh dan mengawal kuasa tentera, lapor media negara itu.

(Morsi bersama Tantawi dan Sami)

Dalam langkah mengejut pada Ahad lalu, Morsi menawarkan persaraan kepada Menteri Pertahanan, Marsyal Tantawi, 76, dan Ketua Staf Angkatan Tentera Sami Anan, dan membatalkan dokumen perlembagaan yang memberikan kuasa perundangan dan lain-lain kuasa kepada pihak tentera.

Suratkhabar Al-Akhbar yang dimiliki pihak kerajaan melaporkan penawaran persaraan Tantawi, yang mengetuai Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (Supreme Council of the Armed Forces) untuk tempoh setahun lebih selepas demonstrasi jalanan besar-besaran yang memaksa Mubarak untuk meletak jawatan, sebagai satu "keputusan revolusioner".

"Ikhwan secara rasminya berkuasa," lapor suratkhabar bebas Al-Watan, merujuk kepada Ikhwanul Muslimin, kumpulan Islamis yang menyokong dan disokong Morsi.

Walau bagaimanapun, tidak semua media menyambut baik langkah itu, di Kaherah, akhbar bebas Al-Shorouk melahirkan kebimbangan terhadap tindakan itu, berkata ini bermakna Morsi telah mengumpul 'kuasa individu' yang lebih besar daripada apa yang dilakukan Mubarak".

Penjelasan Presiden

Beribu-ribu penyokong Ikhwan membanjiri Dataran Tahrir, Kaherah – tempat bermulanya revolusi yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak tahun lepas - untuk menyambut keputusan itu Ahad lalu.

"Rakyat menyokong keputusan presiden," laung orang ramai.

Namun ada pihak yang menyelar pemecatan Tantawi, yang dilaporkan secara rasmi sebagai persaraan. "Tantawi, bercakap benarlah, adakah Morsi memecat anda?" kata mereka.

Dalam ucapan lewat malam Ahad lalu, Morsi menafikan cuba meminggirkan tentera, tetapi bertindak demi kepentingan negara.

"Saya tidak pernah bermaksud, melalui keputusan saya, meminggirkan atau berlaku tidak adil terhadap sesiapa sahaja, tetapi saya bertindak demikian supaya kita maju ke arah masa depan yang lebih baik, dengan generasi baru, semangat baru yang sudah lama ditunggu-tunggu," katanya.

"Saya tidak berniat untuk memalukan institusi," katanya kerana beliau lebih memikirkan kepentingan negara.

Morsi juga meminda perlembagaan interim untuk menafikan tentera apa-apa peranan dalam proses membuat dasar awam, belanjawan dan undang-undang, dan hak untuk memilih Dewan Undangan bagi merangka perlembagaan yang kekal untuk era Mesir selepas Mubarak.

"Presiden telah memutuskan untuk membatalkan perisytiharan perlembagaan yang diterima pakai pada Jun 17 oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera," jurucakap Morsi, Youssef Ali berkata.

Mustafa al-Najar, bekas ahli parlimen Mesir yang dibubarkan, berkata langkah Morsi adalah satu langkah besar dalam peralihan ke arah demokrasi.

"Tiada risiko sama ada rampasan kuasa dari pihak tentera sekarang, atau masa hadapan terhadap Presiden Mesir, seperti yang dipercayai sesetengah pihak," al-Najar berkata.

"Keadaan itu telah diselesaikan dengan memperkenalkan satu keputusan yang memuaskan banyak pihak.

"Kita telah menyempurnakan sebahagian besar tempoh peralihan yang akan disempurnakan dengan merangka perlembagaan."

harakahdaily/-

Bertadaruslah dengan ikhlas, bukannya meniru-niru

Posted: 13 Aug 2012 06:25 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Maksudnya: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya),

maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur" (Surah Al-Baqarah ayat 185).

Syukur dan tahniah kepada sebuah parti kebangsaan-sekular yang tersohor di negara ini kerana sudah meniru program-program yang kebiasaannya dibuat oleh Gerakan Islam.

Kenyataan ini saya kemukakan apabila meneliti sebuah akhbar harian, hari ini (23 Ramadhan1433/12 Ogos 2012) pada laman 10 yang kononnya ada sebuah parti itu menganjurkan tadarus al-Quran yang disertai 1,000 anak muda.

Sekadar ingatan, pihak Kerajaan Negeri Kelantan setakat ini telah mengadakan 20 siri tadarus al-Quran pada setiap Ramadan. Ini bermakna selama 22 tahun pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan telah 20 tahun berturut-turut (sejak tahun 1992) program tadarus menjadi amalan di semua jajahan dan mukim. Tadarus Kerajaan Negeri ini telah disertai ratusan ribu orang pada setiap tahun (sebulan Ramadan). Misalnya pada tahun lalu sahaja untuk tempoh satu petang diadakan Tadarus Anak Muda melibatkan 10,000 anak muda berhimpun di Padang Perdana, Kota Bharu. Ini sebagai cara Kerajaan Negeri membudayakan tadarus sebagai amalan yang disunnah oleh Nabi Muhammad SAW.

Justeru, cara Gerakan Islam akan tetap menghidupkan amalan tadarus sebagai satu tarikan yang pastinya dicukai oleh Allah dan rasul-Nya. Maka bagi Kerajaan Kelantan melaksanakannya atas niat untuk menyuburkan budaya al-Quran dalam kehidupan seharian. Sesuai dengan kesedaran baru anak muda sekarang yang mahukan penghayatan al-Quran.

Sesungguhnya program ke arah penghayatan al-Quran hanya ada dalam parti yang berjuang atas nama Gerakan Islam. Sekiranya ada parti kebangsaan-sekular yang meniru-niru cara Gerakan Islam, maka boleh jadi ia hanya sebagai kempen mendapat tarikan anak muda. Ini kerana cara kempen sebenar bagi parti seperti itu ialah kebendaan – fokusnya material, harta, dan keduniaan.

Ingatlah, sebagaimana bapa munafik Abdullah Bin Ubai yang sanggup membina masjid dirar atas semata-mata ingin menyaingi masjid nabi yang begitu makmur. Kononnya dengan cara itu, orang ramai akan beralih kepadanya. Ternyata cara kempen Abdullah Bin Ubai itu ditolak oleh Nabi dan umat Islam. Justeru cara kempen seumpama itu adalah bahaya kepada masyarakat.

Apa yang dikehendaki oleh Islam ialah sebagai firman-Nya:

"…Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya daripada al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki daripada limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agama-Nya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya daripada al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas)…" (Surah Al-Muzammil ayat 20).

Natijahnya, al-Quran adalah kalam Allah yang wajib dibaca dan diamal, bukan semata-mata diprogramkan untuk berkempen. Amatlah bahaya apabila ada yang bertadarus (membaca) al-Quran bertujuan meniru-niru.

harakahdaily/-

Seorang lagi tokoh Umno Sabah akan keluar parti

Posted: 13 Aug 2012 06:15 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira-kira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Menurut penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar, tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim kelmarin tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu.
Berikut ialah tulisan beliau di dalam blog http://www.msomelayu.blogspot.com/
Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah katanya bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim semalam tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu.

Mungkin ia ada kena mengena dengan kunjungan pintas Najib Razak kelmarin. Namun begitu tidak ada maklumat mengesahkan apakah tokoh berkenaan ada bertemua dengan Najib.

Tindakan tokoh Umno ini akan menambahkan lagi goncangan politik di Sabah. Beliau yang merupakan tokoh boleh menarik sokongan Melayu akan memberi kesan besar kepada Umno. Penghijrahan beliau kelak akan menjadikan Umno Sabah ketiadaan tokoh veteran yang menjadi perintis asal Umno di negeri berkenaan.

Tokoh-tokoh Umno Sabah kini seperti Musa Aman, Shafei Apdal adalah tokoh baru yang muncul selepas Umno menang di Sabah.

Mengenai tokoh Umno itu mungkin beliau akan mengistyharkan lepas raya kelak sempena dengan himpunan besar-besaran Pakatan Rakyat yang akan dirangkakan selepas raya.

harakahdaily/-

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS- HUDUD : DAP MENENTANG, UMNO MENOLAKNYA

Posted: 13 Aug 2012 06:00 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pendahuluan : Sumber memahami ajaran Islam

Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci Al Quran dan cara pelaksanaanya melalui hadith-hadith yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim.

Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan Al Quran,

tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram. Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan. Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya. Kemudian dikoyak rabak merosakkannya. Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya, kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.

Keseluruhan surah Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah) dan ayat – ayatnya yang menyatakan hukum jenayah Islam di antaranya hukum Hudud. Ketika Islam memerintah negara masyarakat majmuk pelbagai bangsa, penganut berbagai agama dan aqidah menjadi rakyat. Berlakunya perbezaan agama dan aqidah dan mecetuskan perbahasan dengan kalangan bukan Islam secara terbuka.

Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 120 :

Maksudnya : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".

Banyak lagi ayat-ayat yang tegas daripada surah yang lain yang bersifat Madaniyyah, di antaranya jawapan kepada soalan dan tuduhan kaum bukan Islam yang hidup bersama masyarakat Islam, daripada kalangan Yahudi, Nasrani dan kabilah musyrikin yang belum Islam serta kumpulan munafik yang berpura-pura Islam. Mereka adalah kalangan yang tidak ada kuasa pemerintahan dan bebas bercakap tanpa larangan. Ada pun ayat-ayat peperangan adalah bagi menghadapi musuh yang datang menyerang atau membuat persediaan untuk berperang.

Dalam konsep hubungan berbagai kaum, Islam mendahulukan perdamaian dan mengharamkan paksaan dalam berdakwah. Ini kerana paksaan tidak memberi makna Islam yang sebenar, tetapi hanya melahirkan golongan munafik. Allah berfirman dalam Al Quran (al-Hujurat :14) mendedahkan sikap sebenar kaum badawi :

Maksudnya : Orang-orang A'rab(badawi) berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah Islam". dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Tiada paksaan menerima hudud untuk bukan Islam

Apabila kaum Yahudi yang berpegang kepada kitab suci Taurah, walaupun di dalamnya ada hukum hudud yang sama dalam Al Quran, namun Allah memerintah Rasulullah S.A.W. tidak memaksanya. Firman Allah (al-maidah : 42) :

Maksudnya : Dan jika mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka (biarkan); dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

Ayat ini antaranya menjadi dalil kepada pada pendapat yang menyatakan bahawa tiada paksaan hukuman hudud terhadap orang bukan Islam sebagaimana pendapat dari mazhab Maliki yang diamalkan dalam masyarakat majmuk di utara Afrika dan Andalusia dan mazhab Hanafi yang berkembang dalam masyarakat majmuk di Iraq, India dan China. Berbeza dengan Mazhab Syafei yang tersebar di tanah Hijaz dan semenanjung arab yang terdiri daripada penganut Islam, ahli kitab dan Majusi.

Saya memuji betapa bijaksana para pendakwah kalangan ulama yang membawa Islam di alam Nusantara termasuk Tanah Melayu. Kerajaan Islam Melaka berabad lalu menyediakan dua undang-undang jenayah sama ada undang jenayah Islam termasuk undang-undang Hudud atau undang-undang adat bagi kaum bukan Islam Hindu dan Budha. Di Kedah masih ada rumah ibadat Hindu Melayu di Merbok yang tidak dimusnahkan oleh kerajaannya. Di Terengganu tempat penemuan batu bersurat yang mencatatkan undang-undang Hudud, masih digunakan rumah ibadat agama Budha dikampung Jeram Terengganu.

Al Quran mewajibkan pelaksanaan yang adil dalam perkara kemanusiaan yang sama dalam konsep Negara berkebajikan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa yang adil dalam menangani hak beragama, berbudaya, bekerja, menangani kemiskinan dan sebagainya.

PAS dan dasarnya

PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka. Maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa melarang dan memaksa dalam perkara yang berbeza. Ada perkara boleh bertolak ansur dan ada perkara yang tidak boleh berganjak. Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang Islam itu wajib bertanggungjawab di atas syarat yang ditetapkan, melainkan syarat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal".

Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli PAS meminum arak dan memakan daging khinzir, maka PAS juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir. Perlembagaan PAS mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli PAS yang meminum arak dan memakan daging khinzir. Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli UMNO yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.

Begitulah nyatanya PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya. Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan UMNO yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini. Berbeza dengan UMNO yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad. PAS adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu UMNO yang mudah lupa.

Sejak awal kemerdekaan PAS memperjuangkan Syariat Allah wajib ditegakkan, termasuklah hukum Hudud. Sejak awal kemerdekaan juga para pemimpin Umno menentang hukum Islam seperti hukum Hudud. Hanya berhukum sekadar yang diizinkan oleh kerajaan penjajah Inggeris. Maka pada masa itu hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. PAS tetap beranggapan sikap UMNO itu kerana kejahilan dan terus bersabar mengemukakan hujah dan melarang ahli-ahlinya yang melampau dalam menghukum.

Hinggalah yang melampau itu melompat ke dalam UMNO. Berkat kesabaran itu maka tidak ada lagi kenyataan menentang secara terbuka di waktu ini. Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan "Hudud PAS" atau "belum tiba masanya" walau pun berlalu masa setengah abad.

PAS mengemukan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud diperingkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi. Undang-undang tersebut digubal oleh jawatankuasa khas bersama daripada PAS dan kerajaan negeri melibatkan beberapa ahli Majlis Syura Ulama dan pakar undang–undang seperti Tun Saleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara, al-Marhum Prof Dr Ahmad Ibrahim (tokoh akademik dan ahli PAS Singapura) Almarhum Prof Dr Saedun Awang (tokoh akademik dan Mantan Mufti Brunei Darussalam). Apa yang berlaku ialah, pihak UIA di bawah kerajaan UMNO lah yang mengarahkan kedua tokoh akademik meletakkan jawatan sebagai panel ini, namun urusannya dapat diselesaikan.

Rang undang-undangnya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum. Dengan jasa baik YBM Tengku Razaleigh Hamzah, maka dijemput semua parti-parti politik termasuk komponen BN yang dipimpin UMNO dan NGO berbagai agama. Keseluruhannya hadir kecuali BN. Semua pandangan dan kritikan didengar dan dijawab. Selepasnya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri yang PAS mendapat sokongan majoriti.

Akhirnya diperkenankan oleh DYMM Sultan dikedua-kedua negeri. Ada pun pelaksanaannya bergantung mengikut proses perlembagaan di bawah kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno. Kalau UMNO boleh meminda perlembagaan mengambil kesempatan kesilapan seorang sultan dengan mengambil kuasa bagi kepentingannya, mengapa tidak boleh menyelesaikan perlembagaan bagi melaksanakan undang Islam?

Hudud ditolak oleh UMNO

Kemudian daripada itu, kerajaan Kelantan mendapat surat amaran daripada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO. Kerajaan Terengganu dan Kelantan didakwa dimahkamah oleh pemimpin UMNO kerana undang-undang tersebut. Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan UMNO tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan. Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya PAS ?

Inilah dia dua sikap yang berbeza. DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah UMNO yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak Hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas. DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan UMNO hilang akal.

Hakikatnya ialah tema "Hudud" ini telah dan kembali lagi menjadi kitaran isu musim pilihanraya oleh UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, tanpa rasa bertanggungjawab terhadap panduan agama Islam yang murni. Sedangkan merekalah yang sebenarnya sekian lama menolak hukum hudud ini !

Sekian untuk pusingan pertama, sila tunggu pusingan berikut kalau ada silat gayungnya.

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Contoh kebodohan blogger mesra Umno menyebarkan fitnah

Posted: 13 Aug 2012 05:30 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Blog mesra UMNO sedang menyebar cerita kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput oleh paderi gay ke majlis resepsinya baru-baru ini. Untuk menguatkan dakwaan itu, mereka menyiarkan gambar kad jemputan kononnya milik pasangan gay itu yang tertera nama DSAI.

Melalui kad itu, mereka cuba menggambarkan bahawa paderi gay itu menjemput DSAI atas dasar kononnya DSAI menyokong amalan lesbian dan homoseksual di negara ini. Mungkin juga untuk menguatkan dakwaan fitnah kes liwat sebelum ini dan sudah tentu untuk meracun orang Melayu agar tidak menyokong Pakatan Rakyat.
Macam lahanat.

Blog yang mana? Cuba baca di sini.
Cerita majlis resepsi paderi gay itu di sini.
Logiknya, kalau kad itu untuk DSAI, bagaimana kad itu ada pada mereka? Sudah tentulah kad itu ada pada DSAI.

harakahdaily/-

Etnik Rohingya di Arakan makin kritikal

Posted: 13 Aug 2012 05:00 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendapat berita terkini dari Arakan berkenaan nasib umat Islam Rohingya tertindas menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut dalam seminggu lagi.

Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid, sejak dari Ramadhan umat Islam di sana tidak boleh solat hampir semua di masjid pada semua waktu terutama di bandar.

"Hanya masjid di kampung sahaja yang dibenarkan solat Zohor dan Asar sahaja. Solat Jumaat tidak dibenar sama sekali.

"Hanya dibenarkan 10 orang sahaja, itu pun perlu bagi senarai nama kepada pihak polis. Solat tarawih tidak dibenarkan sama sekali di semua masjid," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, di daerah Maungdaw terdapat 178 masjid dan surau sementara di kawasan bandar ada lebih kurang 20 masjid.

Menurutnya, hampir semua harta di rumah etnik Rohingya yang diserang dirampas terutama di kawasan kuarter 5, selatan Maungdaw.

Beliau menjelaskan, kebanyakan mereka tidak dapat berpuasa kerana ketiadaan makanan sama sekali.

Tambahnya lagi, jika ada yang berpuasa hanya memakan nasi sahaja tanpa sebarang lauk dan meminum air telaga dan air hujan kerana sekarang musim hujan.

Menurut Azmi, makanan tidak dapat dibeli kerana tidak selamat untuk membeli di kedai etnik Rakheine dan memang, tidak dibenar menjual makanan kepada orang Islam, jika ada yang menjual dijual dengan harga dua kali ganda.


"Kesengsaraan kaum Rohingya pada bulan Ramadhan kali ini amat meruncing. Laporan yang Mapim terima jelas menunjukkan bahawa mereka tidak akan menikmati Aidil Fitri untuk tahun ini," ujarnya.

Justeru, kata Azmi, Mapim sangat mengharapkan semua pihak dari kalangan umat Islam di seluruh negara tidak melupakan penderitaan saudara Islam di Arakan.

"Mereka sangat mendambakan sumbangan bantuan dengan kadar segera," ujarnya.

Sehingga ini, kata Mohd Azmi bantuan makanan sebanyak 5 kontena sudah siap dihantar.

Menurutnya, Mapim hanya menunggu kebenaran masuk ke Arakan dan kesediaan pihak kerajaan untuk kapal kargo masuk ke pelabuhan.

harakahdaily/-

Sudahkah kita merebut peluang ini?

Posted: 13 Aug 2012 09:00 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Kita selalu diberitahu oleh tok-tok guru tentang tawaran khusus pada bulan Ramadan berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a:
عَنْ أبي هريرة، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ، وَوَسَطُهُ مَغْفِرَةٌ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ " ابن عساكر

Maksudnya: Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Awal bulan Ramadan rahmah, pertengahannya maghfirah (pengampunan) dan akhirnya pembebasan daripada api neraka." Riwayat Ibnu Asakir)

Persoalannya, siapa yang sudah mendapat rahmat Allah pada fasa pertama Ramadan? Rahmat Allah ialah kasih sayang Allah, tentu semua orang memperolehnya. Buktinya, kita boleh mengecap nikmat Allah dengan mudah. Kita masih bertenaga untuk beribadah. Kalau kita masih berdosa dengan Allah, masih dilihat oleh Allah. Tetapi siapa yang mensyukurinya?

Apabila masuk fasa kedua, Allah sediakan peluang keampunan. Tetapi adakah kita mengambil peluang untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita? Kebanyakan manusia membiarkan masa itu tanpa meminta ampun, malah terus melakukan dosa. Mereka seharusnya bertaubat dalam tempoh itu kerana Allah bersedia menerima taubat hambanya. Alangkah ruginya manusia ini.

Dalam hal ini bukan sahaja orang politik tidak berhenti buat dosa; mengumpat, menyebar fitnah, orang ramai juga turut diheret ke kancah itu tanpa sedar. Apakah mereka mengharapkan Allah ampun dosa mereka sedangkan mereka tidak pernah memohon ampun dan bertaubat?

Sebenarnya kalau mereka sedar bahawa mereka berdosa, pasti mereka berhenti daripada tabiat itu, sebaliknya mereka sentiasa ingat Allah, ingat hukuman Allah, ingat kebaikan Allah sudah cukup untuk Allah memaafkan mereka. Demikian itu disokong oleh hadis berikut.

Umar r.a. meriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW bahawa dalam bulan Ramadan sesiapa yang mengingati Allah SWT akan diampunkan dosanya dan sesiapa yang meminta sesuatu daripada Allah SWT tidak akan dihampakan.

Kini sudah masuk fasa ketiga, pembebasan daripada api neraka. Maknanya Allah tawarkan peluang dibebaskan daripada api neraka. Siapa yang mengambil peluang ini? Ramai yang sudah mengosongkan surau dan masjid, ramai yang masih lalai daripada melakukan ibadah. Bolehkah dalam keadaan itu mereka beroleh pembebasan api neraka.
Sebenarnya dalam fasa ini, kita perlu banyak berdoa agar kita dibebaskan daripada api neraka. Tapi tahukah anda ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka berdasarkan hadis berikut.

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW telah bersabda. "Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa seorang yang dizalimi. Allah SWT akan mengangkatnya ke atas awan dan dibuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah SWT akan berfirman, "Demi kemuliaan-Ku, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika (demi sesuatu muslihat)."

Menyentuh bulan puasa, sepatutnya kita berdoa pada siang hari sewaktu berpuasa. Sepatutnya kita kurang bercakap sia-sia sebaliknya peluang itu dipenuhi dengan berdoa. Kalau mereka tidak mahu berdoa bermakna mereka tidak minat pengampunan Allah dan tidak minat diselamatkan daripada neraka. Nauzubillah.

Oleh yang demikian beberapa hari yang berbaki ini marilah kita banyak berdoa agar kita selamat daripada api neraka. Dan kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat menyambut hari raya Idulfitri, maaf zahir dan batin, Kullu amin wa antum bikhair.

Ahmad Baei Jaafar

Mahkamah tolak saman Umno Selangor terhadap Harakah

Posted: 13 Aug 2012 04:23 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membuat keputusan menolak saman yang dibuat oleh Umno Selangor berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mengatakan, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.

Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rauf Jusof, Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno
adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membuat pendakwaan.

Hakim juga turut memutuskan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.

Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.

Mustafa yang ditemui di lobi mahkamah menyatakan kes saman telah selesai dan ia berlangsung dalam masa yang singkat.

"Terima kasih kepada barisan peguam yang mengendalikan kes ini dan apa yang kita ketahui tadi ia telah selesai dengan baik.

"Hakim telah menolak permohonan dari Umno terhadap tindakan saman itu, syukur segalanya telah selesai," jelasnya.

Peguam yang mewakil defendan adalah Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman manakala plantif pula diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Turut hadir di mahkamah hari ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Dalam saman itu, Mohd Zin menuntut semua defendan membayar ganti rugi RM10 juta termasuk ganti rugi keterlaluan atau teladan untuk libel dan faedah empat peratus setahun.

Saman tersebut dibuat berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, pada 3 Ogos lalu.

harakahdaily/-

Celupar: Teras anggap Nazri tidak layak dilantik

Posted: 13 Aug 2012 03:42 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen seperti Datuk Seri Mohammad Nazri Aziz tidak layak dilantik jika mengamalkan mulut yang celupar yang merosakkan imej Islam di kaca mata orang bukan Islam, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Mohammad Nazri yang merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kata-kata yang hina.

Katanya, adalah sangat tidak wajar malah menunjukkan kebiadaban sebagai seorang pimpinan Melayu Muslim terutama pada bulan Ramadhan.

Menurut Mohd Azmi, bulan Ramadhan sepatutnya menjadi bulan semua umat Islam menahan segala keburukan peribadi yang tercela.

Ini, ujarnya termasuk menahan lidah dari kata-kata yang buruk bukan sahaja kepada diri sendiri apatah lagi kepada orang lain.

"Kami mendapati inilah akibatnya dari terlalu mendalam perasaan permusuhan politik sehingga batas-batas akhlaq dalam bertutur tidak dipelihara," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Nazri tidak peduli betapa kemuliaan bulan Ramadhan sangat menuntut seorang Muslim menjadikan ibadat puasa sebagai benteng menghindari kata-kata yang buruk.

"Beliau nampaknya tidak mempedulikan aikbat dari kata-kata yang buruk dan menghina orang lain. Apatah lagi sebagai seorang wakil rakyat, beliau gagal menunjukkan akhlak yang baik dari segi berbicara.

"Kami kesal bagaimana seorang ahli Parlimen yang sudah lama malah berpengalaman sebagai seorang menteri, menunjukkan contoh yang buruk kepada masyarakat," ujarnya lagi.

Bagi Azmi, dendam kesumat dalam berpolitik telah melupakan Nazri betapa perlunya menjaga akhlak yang baik dan menjaga tutur kata yang mulia apabila mengeluarkan kenyataan.

"Inilah yang membuat rakyat amat muak dan mual dengan budaya politik di kalangan ahli politik yang terlalu ghairah dengan menyerang musuh tanpa menghirau implikasi kepada akhlak sebagai tunjang kepada keperibadian yang dituntut oleh Islam," katanya.

Katanya lagi, kenyataan Nazri yang buruk dan kesat itu dikeluarkan dalam bulan Ramadhan yang sepatutnya membina kehalusan kepribadian dalam pelbagai aspek.

Beliau berkata, ahli agama perlu menegur ahli politik seperti itu supaya ia tidak menjadi budaya yang boleh menghina kemuliaan Islam itu sendiri.

Justeru, ujarnya lagi Teras menggesa suatu etika berpolitik Islam diamalkan oleh semua ahli politik di negara ini.

Beliau menambah, budaya memfitnah dan mencerca dengan kata-kata di luar batas akhlak hendaklah dihentikan.

"Kaum muslimin yang peka dan serius untuk melahirkan budaya politik yang sihat dan bermaruah perlu menolak mereka yang bertindak dengan melampau hanya untuk meraih undi," katanya.

Harakah Daily

Pertemuan sulit yang terbuka di Sabah

Posted: 13 Aug 2012 03:41 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

DARI KOTA KINABALU

Mungkin terlalu awal untuk saya mengatakan Sabah akan tumbang dan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi kalau orang bertanya saya mengenai Sabah, saya akan jawab Sabah kini sudah separuh dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Kedudukan Sabah kini berbanding dengan Sarawak, Sabah lebih bahaya kepada BN. Wajar kalau Najib Razak perlu kerap turun ke Sabah untuk menyelamatkan kapalnya yang bakal karam.

Alhamdulilah saya dapat saksi sendiri apa yang berlaku di Sabah kini. Berbaloilah saya turun ke Sarawak dan Sabah bagi mengikuti operkembangan yang sedang berlaku.

Sabah kini ibarat sebuah kapal yang sedang karam bagi UBN. Makin hari kapal itu makin senget dan bakal ghaib akan ditelan lautan. Sudah tidak ada iktiar dan usaha untuk menyalamatkan Sabah. Umno kini hanya boleh berdoa dan menyediakan mangku untuk menanda air mata saja. Selepas ini ketua menteri Sabah bukan lagi dari Umno tetapi dari Pakatan Rakyat.

Seorang pegawai tinggi kerajaan dipetik sebagai berkata, ..Najib bawalah berapa ratus billion ke Sabah tidak boleh menyelamatkan Sabah. BN akan kalah di Sabah. Sejajar itu saya teringat kata-kata seorang hartawan Sarawak malam tadi yang mengatakan dia kini sedang berkempen supaya rakyat Sarawak ambil duit tetapi undi pembangkang.

Maksudnya wang tidak akan memberi apa-apa erti dan jaminan lagi untuk Umno selamatkan Sabah. Rakyat Sabah memang mahukan wang, tetapi kali ini mereka tidak mungkin akan mengundi BN lagi. Mungkin kerana menyedari itu... dengan melihat body language rakyat Sabah menyebabkan pegawai kerajaan itu bermadah demikian. Ertinya Sabah sudah tenat dan sukar untuk diselmatkan lagi.

Cerita Sabah akan tumbang ini saya dengar sejak beberapa minggu lagi. Sejak keberanian Lajim Ukin dan Wilfread Bamburing mengambil tindakan keluar parti meninggakkan BN. Tindakan itu mencetus semangat baru di kalangan rakyat Sabah dan menjadi membentuk momentum hari ini. Tetapi saya tidak begitu yakin kerana saya tidak apat melihat sendiri perkembangan di Sabah. Menjadi perangai saya sukar untuk mempercayai sesuatu yang hanya di khabarkan sehinggalah saya lihat, rasa dan alamai sendiri.

Semasa di Makkah dua minggu lepas juga saya sudah medapat berita berkenaan. Bahawa berlaku gelombang dan kesesaran politik besar di Sabah. Anihnya gelombang itu bukan kerana ia meriak dari Kuala Lumpur, tetapi ia meletus di Sabah sendiri. Gelombang yang bakal menenggelamkan kerajaan UBN Sabah bukan panggilan dari Kuala Lumpur tetapi ia muncul dari Sabah sendiri.

Atas tanggungjawab itu maka saya menyusahkan diri terbang ke Kuching kemudian ke Sabah untuk semata-mata untuk melihat dengan mata kepala saya sendiri mengenai apa yang berlaku. Pada catatan permulaan ini saya tidak mahu membongkar berbagai kepelikan dan keanihan yang berlaku di Sabah yang mengarah kepada perubahan besar politik di negeri bawah bayu ini. Cukup kalau saya menyebut pertemuan Anwar dengan para pemimpin politik Sabah tengah hari tadi mengesahkan kata-kata bahawa Sabah akan tumbang. Para arkitek politik Sabah sedang merangka bagaimana proses penumbangan itu dan memikirkan pula bagaimana untuk membangun bentuk politik baru.

Belum pernah rasanya peristiwa seperti ini berlaku. Dan ini amat menggembirakan Anwar saya kira yang secara tidak langsung perjuangan Anwar selama 10 tahun dalam kandang penderitaan sudah disedari akan kepentingan dan keperluannya. Anwar kini sedang mengutip hasil dari perjuangannya menyedar dan membela rakyat yang dilakukannya.

Bertempat di sebuah hotel di bandaraya Kota Kinabalu Anwar mengadakan satu pertemuan separuh sulit dengan beberapa tokoh politik Sabah. Sebaik tiba di airport Anwar ke hotel berkenaan. Di situ sudah sedia menanti tokoh-tokoh politik Sabah untuk berjumpa dengan beliau. Anwar hari ini diletak sebagai dewa yang akan membuka lembaran baru di Sabah.

Ketika saya menjenguk masuk ke dalam bilik pertemuan itu ditingkat satu hotel berkenaan, ternampak Yong Teck Lee, Jefari Ketingan serta beberapa orang pimpinan kanan PKR dan juga DAP serta beberapa tokoh lain. Sejurus itu mereka berdua keluar dan menaiki ke tingkat atas untuk bertemu dengan Anwar. Lajim Ukin dan beberapa tokoh lain sudah pun bersama Anwar, mungkin dalam bilik peristirehatan Anwar.

Menurut maklumat pertemuan itu antara lain memulakan rangka kerja lebih mantap bagaimana hendak menyelaraskan parti-parti politik yang akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Mungkin formula dicari bagaimana strategi tepat bagi menumbangkan kerajaan UBN Sabah.

Ikut sama hadir dalam pertemuan itu ialah pemimpin DAP Sabah dan Kuala Lumpur. Tokoh yang saya nampak dan kenal ialah Teresa Kok. Pertemuan itu mesra dan penuh bersemangat. Setiap wajah yang tersapa oleh mata cerita dan sumringah.

Cuma apa yang mungkin sedikit mengilankan, saya tidak nampak wakil Pas yang hadir. Kalau wakil Pas turut sama hadir maka boleh disifatkan pertemuan tengah hari tadi penting dan menjadi titik tolak ke arah pakatan menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Musa Aman.

Ulasan selanjut akan bersambung sekembali ke KL nanti. [k.k sabah. 4:17 pm 11/08/12]
Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/08/pertemuan-sulit-yang-terbuka-di-sabah.html

Harakah Daily

Haron Din: Kafir Harbi tidak wujud tanpa Negara Islam

Posted: 13 Aug 2012 03:39 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Tidak wujud istilah penggunaan 'kafir harbi' selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din (gambar).

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.

Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.

"Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.

"Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud," katanya.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

Harakah Daily

Fitnah maha dahsyat blogger Umno Kedah

Posted: 13 Aug 2012 03:38 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mereka menyiarkan foto-foto lucah yang entah dikutip dari mana bagi membohongi umat manusia bahawa itu program yang dibenarkan oleh kerajaan PAS Kedah.

Menurut blog http://kedahla.blogspot.com, walhal itu adalah sebesar-besar fitnah dan pembohongan yang diulang-ulang saban waktu.

Berikut adalah petikan ulasan daripada blog tersebut yang ditulis oleh Tok Senapi.

Apakah mereka sudah tidak sabar menunggu 'rakan-rakan mereka' yang sedang dirantai dibebaskan menjelang akhir Ramadhan? Maka mereka mengambil alih kerja jahat iblis syaitan untuk terus menyesatkan manusia dengan fitnah yang maha dahsyat ini?

Mereka menyiarkan foto-foto lucah yang entah dikutip dari mana bagi membohongi umat manusia bahawa itu program yang dibenarkan oleh kerajaan PAS Kedah, walhal itu adalah sebesar-besar fitnah dan pembohongan yang diulang-ulang saban waktu.

Mereka sangat percaya dengan falsafah Goeble Menteri Propaganda Hitler yang berkata, "Pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan dipercayai orang." Mereka langsung tidak takut azab Allah terhadap pemfitnah, pembohong, penipu dan penyesat umat manusia.

Mereka menyiarkan foto-foto lucah tanpa memikirkan kesannya terhadap akhlak masyarakat yang melihat foto-foto seperti itu.

Dalam kamus hidup mereka tiada halal, haram, dosa, pahala, mereka akan buat apa sahaja kejahatan asal dapat memuaskan kehendak juhalak nafsu para pemimpin atasan mereka yang memberi sedikit upah kepada mereka?

Kepada umat manusia yang membaca pendedahan perihal fitnah jahat blogger UMNO ini fikirkanlah... adakah golongan terkutuk macam UMNO ini layak kita sokong??? Waliyazubillahiminzalikk...

Harakah Daily

Selangor cadang kempen pandu selamat berpanjangan

Posted: 13 Aug 2012 03:36 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan agar satu kempen berpanjangan diadakan untuk menyemai budaya memandu selamat secara mendalam di kalangan pemandu negara ini.

Ia bertujuan untuk mempastikan jalan raya di negara ini selamat diguna oleh semua penggunannya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Aidil Fitri di Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Guthrie pagi ini.

Sempena kempen ini, beliau telah mengedarkan kit balik kampung kepada semua pemandu yang mengandungi risalah keselamatan, penerangan tentang kerajaan negeri Selangor, buah kurma dan juga air mineral.

Kit ini akan diedarkan secara besar-besaran mulai hari ini kepada semua rakyat Selangor yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Ia akan diedarkan di stesen-stesen bas, keretapi, plaza tol dan lain-lain tempat orang ramai berkumpul dan dalam perjalanan ke kampung masing-masing.

Dalam program pagi ini, Khalis sempat berinteraksi dengan pengguna kenderaan yang melalui tol berkenaan.

Tujuannya hanya satu, mahu mereka memandu dengan selamat semoga dapat berjumpa lagi selepas hari raya nanti.

Harakah Daily

Hudud: DAP Menentang, Umno Menolaknya

Posted: 13 Aug 2012 03:17 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pendahuluan: Sumber memahami ajaran Islam

Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci Al Quran dan cara pelaksanaanya melalui hadith-hadith yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim.
Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan Al Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram. Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan.Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya.Kemudian dikoyak rabak merosakkannya.Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya, kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.

Keseluruhan surah Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah) dan ayat – ayatnya yang menyatakan hukum jenayah Islam diantaranya hukum Hudud.Ketika Islam memerintah negara masyarakat majmuk berbagai bangsa, penganut berbagai agama dan aqidah menjadi rakyat.Berlakunya perbezaan agama dan aqidah dan mecetuskan perbahasan dengan kalangan bukan Islam secara terbuka.

Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 120 :

Maksudnya: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".

Banyak lagi ayat-ayat yang tegas daripada surah yang lain yang bersifat Madaniyyah, diantaranya jawapan kepada soalan dan tuduhan kaum bukan Islam yang hidup bersama masyarakat Islam, daripada kalangan Yahudi, Nasrani dan kabilah musyrikin yang belum Islam serta kumpulan munafik yang berpura-pura Islam. Mereka adalah kalangan yang tidak ada kuasa pemerintahan dan bebas bercakap tanpa larangan.Ada pun ayat-ayat peperangan adalah bagi menghadapi musuh yang datang menyerang atau membuat persediaan untuk berperang.

Dalam konsep hubungan berbagai kaum, Islam mendahulukan perdamaian dan mengharamkan paksaan dalam berdakwah.Ini kerana paksaan tidak memberi makna Islam yang sebenar, tetapi hanya melahirkan golongan munafik. Allah berfirman dalam Al Quran (al-Hujurat :14) mendedahkan sikap sebenar kaum badawi:

Maksudnya: Orang-orang A'rab(badawi) berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah Islam". dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Tiada paksaan menerima hudud untuk bukan Islam

Apabila kaum Yahudi yang berpegang kepada kitab suci Taurah, walaupun di dalamnya ada hukum hudud yang sama dalam Al Quran, namun Allah memerintah Rasulullah S.A.W. tidak memaksanya. Firman Allah (al-maidah : 42) :

Maksudnya: Dan jika mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka (biarkan); dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

Ayat ini antaranya menjadi dalil kepada pada pendapat yang menyatakan bahawa tiada paksaan hukuman hudud terhadap orang bukan Islam sebagaimana pendapat dari mazhab Maliki yang diamalkan dalam masyarakat majmuk di utara Afrika dan Andalusia dan mazhab Hanafi yang berkembang dalam masyarakat majmuk di Iraq, India dan China. Berbeza dengan Mazhab Syafei yang tersebar ditanah Hijaz dan semenanjung arab yang terdiri daripada penganut Islam, ahli kitab dan Majusi.

Saya memuji betapa bijaksana para pendakwah kalangan ulama yang membawa Islam di alam Nusantara termasuk Tanah Melayu. Kerajaan Islam Melaka berabad lalu menyediakan dua undang-undang jenayah sama ada undang jenayah Islam termasuk undang-undang Hudud atau undang-undang adat bagi kaum bukan Islam Hindu dan Budha. Di Kedah masih ada rumah ibadat Hindu Melayu di Merbok yang tidak dimusnahkan oleh kerajaannya.Di Terengganu tempat penemuan batu bersurat yang mencatatkan undang-undang Hudud, masih digunakan rumah ibadat agama Budha dikampung Jeram Terengganu.

Al Quran mewajibkan pelaksanaan yang adil dalam perkara kemanusiaan yang sama dalam konsep Negara berkebajikan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa yang adil dalam menangani hak beragama, berbudaya, bekerja, menangani kemiskinan dan sebagainya.

PAS dan dasarnya

PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka. Maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa melarang dan memaksa dalam perkara yang berbeza.Ada perkara boleh bertolak ansur dan ada perkara yang tidak boleh berganjak. Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang Islam itu wajib bertanggungjawab diatas syarat yang ditetapkan, melainkan syarat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal".

Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli PAS meminum arak dan memakan daging khinzir, maka PAS juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir. Perlembagaan PAS mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli PAS yang meminum arak dan memakan daging khinzir. Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli UMNO yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.
Begitulah nyatanya PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya. Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan UMNO yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini.Berbeza dengan UMNO yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad.PAS adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu UMNO yang mudah lupa.

Sejak awal kemerdekaan PAS memperjuangkan Syariat Allah wajib ditegakkan, termasuklah hukum Hudud.Sejak awal kemerdekaan juga para pemimpin Umno menentang hukum Islam seperti hukum Hudud.Hanya berhukum sekadar yang diizinkan oleh kerajaan penjajah Inggeris. Maka pada masa itu hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. PAS tetap beranggapan sikap UMNO itu kerana kejahilan dan terus bersabar mengemukakan hujah dan melarang ahli-ahlinya yang melampau dalam menghukum. Hinggalah yang melampau itu melompat ke dalam UMNO.Berkat kesabaran itu maka tidak ada lagi kenyataan menentang secara terbuka di waktu ini.Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan "Hudud PAS" atau "belum tiba masanya" walau pun berlalu masa setengah abad.

PAS mengemukan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud diperingkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi. Undang-undang tersebut digubal oleh jawatankuasa khas bersama daripada PAS dan kerajaan negeri melibatkan beberapa ahli Majlis Syura Ulama dan pakar undang–undang seperti Tun Saleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara, al-Marhum Prof Dr Ahmad Ibrahim (tokoh akademik dan ahli PAS Singapura) Almarhum Prof Dr Saedun Awang (tokoh akademik dan Mantan Mufti Brunei Darussalam). Apa yang berlaku ialah, pihak UIA dibawah kerajaan UMNO lah yang mengarahkan kedua tokoh akademik meletakkan jawatan sebagai panel ini, namun urusannya dapat diselesaikan.

Rang undang-undangnya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum.Dengan jasa baik YBM Tengku Razaliegh Hamzah, maka dijemput semua parti-parti politik termasuk komponen BN yang dipimpin UMNO dan NGO berbagai agama.Keseluruhannya hadir kecuali BN. Semua pandangan dan kritikan didengar dan dijawab.Selepasnya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri yang PAS mendapat sokongan majoriti.Akhirnya diperkenankan oleh DYMM Sultan dikedua-kedua negeri. Ada pun pelaksanaannya bergantung mengikut proses perlembagaan dibawah kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno. Kalau UMNO boleh meminda perlembagaan mengambil kesempatan kesilapan seorang sultan dengan mengambil kuasa bagi kepentingannya, mengapa tidak boleh menyelesaikan perlembagaan bagi melaksanakan undang Islam?

Hudud ditolak oleh UMNO

Kemudian daripada itu, kerajaan Kelantan mendapat surat amaran daripada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO. Kerajaan Terengganu dan Kelantan didakwa dimahkamah oleh pemimpin UMNO kerana undang-undang tersebut. Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan UMNO tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan.Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah dibawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya PAS?
Inilah dia dua sikap yang berbeza. DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah UMNO yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak Hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas. DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan UMNO hilang akal.
Hakikatnya ialah tema "Hudud" ini telah dan kembali lagi menjadi kitaran isu musim pilihanraya oleh UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, tanpa rasa bertanggungjawab terhadap panduan agama Islam yang murni. Sedangkan merekalah yang sebenarnya sekian lama menolak hukum hudud ini !
Sekian untuk pusingan pertama, sila tunggu pusingan berikut kalau ada silat gayungnya.


PRESIDEN PAS

Harakah Daily

Sidang khas OIC diharap dapat atasi isu umat Islam

Posted: 13 Aug 2012 03:15 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS mengharapkan Sidang Kemuncak Luar Biasa ke-4 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menangani isu-isu dan tuntutan umat Islam di dunia.

Persidangan kemuncak luar biasa itu akan diadakan pada 14 dan 15 Ogos ini di Kota suci Mekah dan kali terakhir berlangsung adalah pada tahun 2005.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang ditemui di mahkamah pagi tadi berkata sudah sampai masanya pemimpin di dalam OIC mengambil satu langkah yang betul-betul tegas dalam menangani isu kaum Rohingya agar kekejaman tidak terus berlaku.

"OIC perlu mengambil satu keputusan dan tindakan yang tegas dalam soal kekejaman terhadap umat Islam terutamanya dalam konfilk kaum Rohingya agar ia dapat diatasi segera.

"Namun melihat kepada apa yang berlaku sebelum ini keputusan-keputusan yang dibuat oleh OIC tidak begitu efektif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi," katanya.

Tambahnya lagi, sempena bulan Ramadhan dan persidangan pula diadakan di Kota Suci Mekah maka ketegasan dalam menyelesaikan konflik kekejaman terhadap umat Islam perlu disegerakan serta menjadi keutamaan.

Mustafa juga berharap OIC bukan sahaja mengambil ketegasan terhadap konflik Rohingya agar dapat diselesaikan malah isu-isu lain berkaitan umat Islam juga ditangani dengan lebih baik.

Jelasnya lagi, kerajaan Malaysia sudah menyatakan pendirian berhubung kaum Rohingya yang masih teragak-agak untuk bertindak serta tidak bersungguh-sungguh dalam mencari jalan penyelesaian itu.

"Kita berharap OIC akan menjadi satu badan yang efektif dan terus dihormati.

"Sebagai mewakili Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan pendirian selaras dengan apa yang diputuskan oleh OIC berhubung kekejaman terhadap kaum Rohingya," sambungnya.

Difahamkan ketua-ketua negara yang dijangka hadir ialah dari Bahrain, Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Yemen, Libya, Mesir, Turki, Lebanon, Senegal dan Brunei.

Harakah Daily

Parlimen bubar jika PAS, DAP berpecah

Posted: 13 Aug 2012 03:14 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Parlimen dibubar jika PAS, DAP berpecah, inilah yang ditunggu. Nampaknya skrip yang dimainkan oleh media Umno terutama Utusan dan RTM tidak menjadi," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Sepatutnya, kata beliau Pilihan raya Umum ke-13 sudah berlangsung tahun 2011 tetapi suasana tidak mengizinkan kerana tidak menyebelahi pihak BN.

Beliau menegaskan, hubungan PAS dan DAP semakin kukuh walaupun diasak, kerana kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat yang bijak menyelesaikan di meja perundingan.

Justeru, ujarnya BN sedar jika gagal memecahkan perpaduan kedua parti itu, maka mimpi buruk akan menjadi kenyataan yang mana kerajaan Pusat akan tumbang pada PRU13.

Katanya, Umno amat memerlukan kepada sokongan orang bukan Islam kerana undi Melayu sudah tidak lagi menjadi penyelamat kepada Umno terutama di kalangan generasi muda.

"Mereka inilah yang membawa perubahan politik kepada ibu bapa mereka," ujarnya dalam satu kenyataan.

Selama ini, kata Idris Umno berjaya mendapat sokongan orang bukan Islam dengan memberi gambaran yang buruk mengenai PAS, tetapi selepas PRU 2008 keadaan sudah berubah.

Katanya lagi, kalau PAS-DAP tidak berpecah, ertinya gelap masa depan Umno untuk mendapat sokongan orang bukan Islam.

Terbaru, ujar beliau kenyatan Ustaz Abdullah Sa'amah Pondok Geting Tumpat yang mengatakan haram undi DAP, kerana ia kafir harbi.

"Kenyataan ini tidak lebih daripada untuk memulih tenaga zahir dan batin Umno yang semakin lemah," katanya lagi.

Malangnya, ujarv Idris kenyataan itu telah memakan Umno dan MCA.

Katanya, rakyat mula melihat kembali kenyataan pemimpin Umno yang menolak dan menghina hukum Islam secara berfakta.

Menurutnya, penghinaan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang biadab kepada Islam dan menghina wakil rakyat Datuk Ayub sebagai hilang akal.

Beliau menambah, MCA juga yang banyak menghina dan memperelkehkan Umno dalam isu hudud.

"Sekarang rakyat menilai balik, siapa sebenaranya bahaya kepada Islam. Pemimpin Umno sudah hilang jantan apabila diperlakukan oleh MCA," ujarnya.

Jelasnya, hampir lima tahun DAP menguasai Pulau Pinang tetapi tidak ada satu pun masjid, surau dirobohkan dan ustaz ditangkap.

Tambahnya, tetapi perkara ini berlaku di negeri Selangor sewaktu Umno memerintah.

Katanya, rakyat masih segar dalam ingatan yang mana Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, surau di Puchong Perdana ditutup.

"Surau di Kampung Berembang Ampang diroboh, Masjid Bujal di Kemaman diruntuh. Apakah hukum sokong parti yang khianat rumah Allah? kata beliau.

Justeru, katanya tidak ada apa yang rugi kepada PAS dan Islam kerana bertahaluf dengan DAP.

"Yang rugi ialah Umno dan sekutunya kerana tidak lagi boleh bermaharajalela mengkhianat rakyat dan menghina Islam apabila mereka hilang kuasa," ujarnya.

Harakah Daily

Dokumen saman Syabas siap selepas Aidilfitri

Posted: 13 Aug 2012 03:13 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) tetap akan meneruskan tindakan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas) yang sehingga kini masih belum memberikan jawapan berhubung 7 persoalan yang dikemukakan sebelum ini.

Pengerusinya, Charles Santiago (gambar) berkata, tindakan saman ini tetap diteruskan meskipun Kerajaan Persekutuan bersetuju memberikan laluan kepada Kerajaan Negeri untuk melakukan penstrukturan semula air kerana sebelum ini Syabas mendakwa 'berlakunya krisis air' di Selangor.

"Sepatutnya Rabu ini (15 Ogos) kami akan mengemukakan tuntutan saman. Tapi pihak peguam memaklumkan beliau masih lagi dalam proses menyediakan dokumen. Kita akan failkan selepas Aidilfitri," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Sebelum ini, CAWP bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menghantar memorandum kepada Syabas bagi menjawab tujuh persoalan berhubung krisis air yang didakwa berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketujuh-tujuh isu itu ialah pengaliran air mentah dari empangan dan stesen pengepaman ke dalam loji rawatan, bacaan meter aliran keluar air yang telah dirawat ke loji rawatan masing-masing bagi tempoh yang sama dan bacaan meter aliran keluar air yang telah dirawat ke sistem pengagihan kepada pengguna melalui Syabas.

Persoalan lain yang dikemukan dalam memorandum berkenaan adalah buku log dan meter tentukur yang disahkan, bil-bil elektrik dari 1 Januari hingga 15 Julai tahun ini, penggunaan kimia bagi tempoh yang sama dan bil pembayaran Puncak Niaga Sdn Bhd kepada Syabas untuk air yang dijual bagi tempoh yang sama.

Harakah Daily

Pemuda PAS kumpul RM50,000 dari profesional muda

Posted: 13 Aug 2012 03:12 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Sejumlah RM50,000 berjaya disumbangkan oleh para profesional muda PAS yang berhimpun dan mengikuti program 'Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya' Sabtu lepas.

Program yang bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Seksyen 7, Shah Alam itu berjaya menghimpunkan 600 orang profesional muda.

Di samping lebih 500 peserta di kalangan muslimin dan muslimat yang hadir berhimpun di Shah Alam, program penuh bersejarah ini turut diikuti oleh hampir 100 peserta di luar negara, Sabah dan Sarawak secara 'live video-conferencing'.

Antaranya dari Dublin, Manchester, Lancaster, Dubai, Miri, Bintulu, dan Kota Kinabalu, di samping saluran 'live audio- streaming' yang diikuti secara langsung di lebih 50 lokasi serata dunia.

Bertemakan agenda "Maknakan Kemenangan", program ini dilihat amat bertepatan dengan iklim politik negara semasa yang menatijahkan kesedaran dan kebangkitan rakyat, khususnya kelompok anak muda, yang mengharapkan bentuk bernegara dan bermasyarakat yang lebih baik di Malaysia.

Pemuda PAS melihat PRU-13 bakal menyaksikan pertembungan pilihanraya paling sengit dalam sejarah Malaysia, tatkala BN mahu merampas kembali majoriti 2/3 di parlimen.

Di samping lanskap politik semasa yang tidak menentu, khususnya peranan pihak media yang rancak memainkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat, pertambahan komposisi pengundi muda yang dianggarkan mencecah 52% jika parlimen dibubarkan pada suku pertama 2013 juga memberikan makna yang besar.

Di dalam ucapan perasmian, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menyeru seluruh profesional muda membina kepakaran demi agenda mengisi kemenangan pasca PRU-13.

Beliau merujuk kejayaan teman-teman profesional muda di kalangan Ikhwanul Muslimin berjaya memastikan peralihan kuasa di bumi Mesir pasca regim Hosni Mubarak berjalan dengan baik mengikut acuan Islam.

Ustaz Nasrudin Hassan turut mengingatkan profesional muda yang hadir bahawa PRU-13 ini bakal menjadi medan pertembungan polisi oleh setiap parti politik yang bertanding untuk mengemukakan gagasan dasar dan program yang mampu menarik sokongan pengundi.

Ia memberikan fokus kepada memperbaiki masalah sosio-ekonomi rakyat bawahan di samping kebimbangan terhadap dayatahan ekonomi negara yang menanggung beban hutang yang kian meningkat, hasil daripada pemborosan dan salah urus tadbir kewangan oleh pemimpin negara.
Justeru, golongan profesional muda perlu mempersiapkan diri dalam menggalas agenda penting ini, kata Nasrudin.

Beliau menambah, agenda pembaharuan ini, yang boleh dibahagikan kepada aspek penambahbaikan (corrective) dan penyusunan-semula (restructuring), sudah pasti menuntut kepada komitmen dan kepakaran dari semua peringkat penggubal dasar dan pelaksana polisi, khususnya di kalangan profesional muda.

Beliau turut melahirkan rasa bangga di atas penganjuran program ini, dan dengan penuh yakin menzahirkan bahawa Pemuda PAS dan Ameerah bersedia melahirkan generasi muda yang terbaik.

Berdasarkan sambutan yang di luar jangka, Pemuda PAS sudah mengatur tindakan selanjutnya hasil daripada Xpresi ini, antaranya mengemaskini kumpulan pakar (expert group) di kalangan profesional muda.

Ia bakal dibuat secara lebih sistematik, penyaluran kepakaran profesional muda untuk Pimpinan dan Ahli Parlimen PAS, serta penganjuran diskusi serta wacana polisi dalam agenda mempersiapkan anak muda mengisi dan memakna kemenangan di Putrajaya, insyaAllah.

Ekoran kejayaan mereka menyumbangkan RM500,000 untuk PAS, ia dilihat sebagai manifestasi kebersamaan profesional muda dalam menjayakan misi PAS dan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, seterusnya sebagai simbol kebersamaan profesional muda dalam agenda Membangun Negara Berkebajikan kelak.

Rata-rata peserta yang ditemui teruja dan berpuasa hati dengan mutu penganjuran dan pengisian Xpresi Profesional Muda ini.

Saudara Ir Nazim Khir yang merupakan jurutera bertauliah berkata, "Walaupun pendirian politik kami tidak dapat dizahirkan atas faktor amalan demokrasi yang tidak sihat di Malaysia, namun ia tidak pernah melunturkan semangat dan tekad kami untuk memberi sumbangan berdasarkan kepakaran masing-masing dalam agenda membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera."

Pandangan beliau turut disokong Dr Ghazali Abdullah yang merupakan seorang pakar perubatan yang menyebut, "Program ini berjaya memberi peluang kepada profesional muda yang berjiwa besar berinteraksi secara 'menegak' (vertikal ) untuk meluahkan pandangan, idea dan kritikan terhadap pimpinan pemuda dan pusat, di samping ruang interaksi 'mendatar' (horizontal) untuk kami profesional muda ini, saling berkenalan membina jaringan (networking) dari profesion yang pelbagai."

Di akhir Xpresi tersebut, para profesional muda melafazkan ikrar sokongan demi menjayakan misi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13, seterusnya berjanji untuk berperanan aktif dalam usaha mengisi dan memakna kemenangan, selaras dengan agenda membangun Negara Berkebajikan.


Tokoh-tokoh

Bersempena program ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia berbesar hati mengiktiraf sumbangan dan jasa tokoh-tokoh profesional tanahair di atas kepakaran dalam profesion yang diceburi di samping menghargai jasa dan bakti besar yang ditabur terhadap agama dan negara.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tn Hj Mohamad Sabu. Anugerah – anugerah tersebut adalah:

Anugerah Tokoh Profesional Muda - dianugerahkan kepada Dr Sufyan Hassan bagi menghargai kepakaran dan jasa beliau dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan gagasan polisi negara;

Anugerah Tokoh Profesional Harapan - dianugerahkan kepada Dr Syed Khalid yang telah menempa nama dalam bidang perubatan dan sukarelawan, dalam dan luar negara.

Anugerah Tokoh Profesional Antarabangsa - dianugerahkan kepada Ir Jufri Bade di atas kejayaan beliau menempa kepakaran di bumi Eropah dan peranan beliau dalam membina komuniti rakyat Malaysia di Eropah.

Anugerah Tokoh Profesional Terbilang – dianugerahkan kepada Almarhum Tan Sri Professor Ameritus Ahmad Ibrahim di atas sumbangan besar beliau yang terpahat dalam sejarah perundangan dan dasar pentadbiran negara, di samping jasa beliau dalam bidang pendidikan dan kemasyarakatan yang tiada tandingan.

Anugerah Tokoh Profesional Tarbiah – dianugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru Datuk Yahya Othman di atas usaha gigih dan jasa beliau yang amat besar dalam mendidik, mengasuh dan mentarbiah generasi dai'e yang bertebaran di Malaysia dan seluruh dunia

Di dalam ucapan penutup, Haji Mohamad Sabu menyeru para profesional muda, mempersiapkan diri dengan ilmu dan kepakaran dalam menjayakan misi mencapai kemenangan dalam PRU13 dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha mengisi kemenangan mengikut acuan Negara Berkebajikan.

Beliau turut memuji Pemuda PAS di atas penganjuran program yang sangat baik ini, dan melahirkan keyakinan beliau bahwa PAS mempunyai masa depan yang sangat cerah, hasil dokongan generasi muda yang punyai idealism, kepakaran dan tekad untuk membangun Negara Berkebajikan.

Harakah Daily

Hudud: PAS tetap minta Majlis Fatwa bersidang

Posted: 13 Aug 2012 03:10 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Majlis Fatwa tidak akan membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana DAP menolak hukum Hudud adalah fatwa yang betul dengan pandangan syarak, bakal mengundang pelbagai persoalan lain, kerana bukan hanya DAP yang menolak hudud bahkan secara jelas UMNO juga menolak hukum hudud, sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 September 2011 (rujuk http://www.malaysiakini.com/news/176760). Ini bermakna rakyat juga diingatkan bahawa haram mengundi UMNO kerana menolak hukum Allah.

Bahkan bagi PAS dan umat Islam Malaysia, penolakan Umno sebenarnya jauh lebih besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum tersebut, berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat untuk melaksanakannya.

Media pro UMNO sering cuba menghinakan di minda orang Melayu hubungan antara PAS dan DAP. Walhal hubungan UMNO-MCA adalah jauh lebih teruk – dengan presidennya yang pernah terpalit dengan masalah moral, mempertikai hukum bersalam lelaki perempuan bukan mahram, membuat komen buruk terhadap negara Islam dan pernah menghina hukum hudud sebegitu rupa sehingga melabel ianya sebagai penyebab negara mundur dan menyaman kerajaan negeri Kelantan untuk membanteras judi.

Bahkan, MCA memberi amaran kepada rakan sebarisannya Umno bahawa MCA akan menarik diri dari BN seandainya Umno berhasrat melaksanakan hukum hudud. Amaran tersebut disertai dengan anggapan bahawa ADUN Kemelah yang mencadangkan cadangan tersebut sebagai tidak berakal. Umno terus senyap, sedangkan sebelumnya pelbagai kenyataan sokongan kepada cadangan tersebut dikeluarkan.

Mengapa pula Umno tidak menarik diri daripada BN sebagaimana Umno sering menyuruh PAS untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat?

Sebelum PAS membuat hubungan tahaluf silasi dengan DAP, Umno sendiri, yang kononnya memperjuangkan Islam pernah membawa kes ke mahkamah untuk halang Hudud di Kelantan.

Berlatar-belakangkan itu, bilamana Mufti Perak menyatakan haram menyokong DAP kerana menolak hudud, maka rakyat mulai bertanya apakah pula hukum memberi undi pada Umno? Jika logik dan pembaris yang sama digunakan, maka tentulah juga haram dan berdosa.

Perdirian PAS dalam hal ini sungguh jelas bahawa sebagai umat Islam, kita wajib menerima dan berusaha agar hukum Allah dapat ditegakkan, kerana selagi ianya tidak tertegak, selama itulah umat Islam menanggung dosa.

PAS meminta Majlis Fatwa melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Sammah ini secara menyeluruh, bukan hanya setakat isu mengundi. Ia termasuklah kenyataan beliau bahawa DAP adalah kafir harbi, manakala MCA, MIC sebagai kafir zimmi.

Kerana mengkategorikan kafir harbi mempunyai implikasi yang besar dari sudut syarak. Ia melibatkan pelbagai muamalah antara umat Islam dengan golongan tersebut, termasuklah haram bermuamalah, berurus niaga, bahkan boleh memerangi mereka. Ini perlukan penjelasan dan kenyataan segera dari Majlis Fatwa, sebelum sesuatu yang buruk berlaku di atas kejahilan rakyat.

Apa yang mendukacitakan ialah kegagalan Harussani melihat dan memahami secara dekat alasan DAP yang menolak hudud. Penolakannya atas alasan bercanggah dengan perlembagaan negara. Bukan atas faktor lain.

Maka faktor ini perlu diperbetulkan dengan prinsip Islam. Kerana faktor penolakan seseorang terhadap bukan hudud juga mempengaruhi hukuman. Kerana itu, Allah mengkategorikan golongan yang menolak ini sebagai fasiq, zalim dan kafir. Kalau yang menolak itu bukan Islam, apakah kategori mereka? Tentulah ianya diluar konteks ayat, kerana memang mereka tidak beriman dengan wahyu Allah.

Persoalan utama ialah bagaimana pula orang Islam yang menolak hukum Allah? Bagaimana kalau mereka rakyat biasa, yang jahil, yang mempunyai kuasa, yang alim tetapi degil, dan yang anti kepada hukum Allah? Tentulah hukum antara mereka gidak sama.

PAS tetap menuntut Majlis Fatwa segera bersidang bagi mengkaji keseluruhan kenyataan dari Abdullah Samaah yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia itu. Sebenarnya masih banyak kenyataan beliau yang jelas memperlekeh Rasulullah dalam bentuk senda gurau, sinis, dan melampau yang boleh dilihat dalam pelbagai blog.

Majlis Fatwa haruslah menggunakan pembaris yang sama untuk menilai semua isu secara objektif. Haram sama sekali untuk menggunakan pembaris yang tidak sama untuk Umno dan pihak yang lain.

Tiada yang pelik untuk DAP dan sebilangan rakyat bukan Islam menolak hukum Hudud setelah Umno-BN sendiri merosakkan imej Islam untuk 5 dekad lamanya. Penolakan hukum hudud oleh DAP sering diperbesarkan di media pro-BN, manakala penolakan MCA dan Umno disorokkan semata-mata adalah untuk menyerang PAS, yang Umno tahu lawan terbesarnya di medan politik pada PRU-13.

DAP menang, Umno tak semestinya tumbang. PAS menang, maka sudah pasti Umno akan tumbang bersama BN. MCA tidak boleh diselamatkan lagi maka Umno mengambil keputusan demi survival politik untuk merenggangkan lagi hubungan antara kaum untuk menjaga undi Melayu-Islam dalam taktik politik terbarunya.

Umat Islam diharap dalam membuka mata jelas dalam isu ini – munafik dan hipokrit sebenarnya adalah ancaman terbesar kepada Islam.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
13 Ogos 2012

Harakah Daily

Hudud: Mengapa tidak tegur Abdullah Saamah?

Posted: 13 Aug 2012 03:09 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa bersidang dan bukannya berdasarkan kenyataan peribadi satu dua mufti dan tidak membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana menolak pelaksanaan hukum Hudud.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata ini kerana Umno dan MCA juga jelas menolak hukum hudud sebagaimana yang disebut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 September 2011 yang lalu.

Katanya, PAS tetap menuntut Majlis Fatwa segera bersidang bagi mengkaji keseluruhan kenyataan dari Abdullah Samaah yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia minggu lepas.

"Sebenarnya masih banyak kenyataan beliau yang jelas memperlekeh Rasulullah dalam bentuk senda gurau, sinis, dan melampau yang boleh dilihat dalam pelbagai blog.

"Majlis Fatwa haruslah menggunakan pembaris yang sama untuk menilai semua isu secara objektif. Haram sama sekali untuk menggunakan pembaris yang tidak sama untuk Umno dan pihak yang lain," tegas beliau.

Dari sudut penolakan hukum Hudud, Tuan Ibrahim berkata penolakan Umno sebenarnya jauh lebih besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum tersebut, berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat untuk melaksanakannya.

Apa yang mendukacitakan, tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu ialah kegagalan Harussani melihat dan memahami secara dekat alasan DAP yang menolak hudud atas alasan bercanggah dengan perlembagaan negara dan bukan atas faktor lain.

"Maka faktor ini perlu diperbetulkan dengan prinsip Islam. Kerana faktor penolakan seseorang terhadap bukan hudud juga mempengaruhi hukuman. Kerana itu, Allah mengkategorikan golongan yang menolak ini sebagai fasiq, zalim dan kafir.

"Kalau yang menolak itu bukan Islam, apakah kategori mereka? Tentulah ianya diluar konteks ayat, kerana memang mereka tidak beriman dengan wahyu Allah," tegas beliau.

Persoalan utama ialah bagaimana pula orang Islam yang menolak hukum Allah? Bagaimana kalau mereka rakyat biasa, yang jahil, yang mempunyai kuasa, yang alim tetapi degil, dan yang anti kepada hukum Allah? Tentulah hukum antara mereka gidak sama, tegasnya.

Kata Tuan Ibrahim, tiada yang perlu dipelikkan untuk DAP dan sebilangan rakyat bukan Islam menolak hukum Hudud setelah Umno-BN sendiri merosakkan imej Islam untuk 5 dekad lamanya.

Akan tetapi, penolakan hukum Hudud oleh DAP sering diperbesarkan di media pro-BN, manakala penolakan MCA dan Umno disorokkan, kata beliau adalah semata-mata untuk menyerang PAS, yang Umno tahu lawan terbesarnya di medan politik pada PRU-13.

"DAP menang, Umno tak semestinya tumbang. PAS menang, maka sudah pasti Umno akan tumbang bersama BN. MCA tidak boleh diselamatkan lagi maka Umno mengambil keputusan demi survival politik untuk meregangkan lagi hubungan antara kaum untuk menjaga undi Melayu-Islam dalam taktik politik terbarunya.

"Umat Islam diharap dalam membuka mata jelas dalam isu ini – munafik dan hipokrit sebenarnya adalah ancaman terbesar kepada Islam," tegas beliau.

Harakah Daily

Nik Aziz: Jika kibar Jalur Gemilang, bendera Pas juga perlu

Posted: 13 Aug 2012 02:15 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tidak akan mengendurkan semangat berpolitik walaupun negara akan menyambut Bulan Kemerdekaan bulan depan.

Mengakui bahawa sambutan kemerdekaan penting, Nik Aziz berkata, politik tetap akan menentukan pemerintahan dan hala tuju sesebuah negara.

"Kita tidak boleh melupakan 'bendera parti' walaupun Kempen Kibar Jalur Gemilang diadakan. Kalau tidak ada parti, maka negara atau negeri tidak dapat diperintah.

"Zaman dahulu, zaman tidak ada parti politik. Justeru negara atau negeri pada masa itu diperintah oleh raja-raja. Tetapi sekarang ada parti politik, maka di samping Jalur Gemilang, bendera parti perlu ada," katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang membaca perutusan kemerdekaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

sinar harian/-

250 maut gempa bumi di Iran

Posted: 13 Aug 2012 01:50 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SEBAHAGIAN orang melakukan kerja-kerja mencari mangsa gempa bumi di Kampung Baje-Baj dekat bandar Varzaghan semalam.

DUBAI - Beberapa buah hospital di barat laut Iran semalam menerima limpahan ribuan mangsa gempa bumi yang berlaku di sekitar bandar Tabriz kelmarin dengan mengakibatkan 250 orang terbunuh.

Ribuan penduduk lagi membuat khemah dan tidur di jalanan selepas gegaran gempa bumi berlaku.

Menurut beberapa pegawai, angka kecederaan dan kematian mungkin meningkat dengan ratusan mangsa masih terperangkap di celah runtuhan.

Anggota-anggota penyelamat berusaha untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan dalam kejadian gempa bumi yang berlaku pada bulan Ramadan.

"Saya melihat sejumlah orang yang rumah mereka musnah sepenuhnya dan semua ternakan mereka turut mati," kata seorang jurugambar tempatan, Tahir Sadati menerusi telefon kepada agensi berita Reuters.

Menurutnya, dia melihat beberapa buah kampung mengalami kemusnahan teruk.

"Suatu perkara yang baik ialah gempa bumi itu berlaku ketika ramai orang tidak berada di dalam rumah.

"Jika ia berlaku pada waktu malam, angka kematian akan menjadi lebih buruk," katanya.

Kawasan yang teruk dilanda kemusnahan terletak di kampung-kampung luar bandar yang mengelilingi bandar Ahar, Varzaghan dan Harees dekat bandar utama Tabriz, menurut laporan media Iran.

Kebanyakan kampung sukar untuk dilalui menerusi jalan sekali gus menjejaskan usaha-usaha menyelamat.

Beberapa hospital di Tabriz, Ardabil dan bandar-bandar lain mempunyai ramai mangsa yang cedera.

Terdapat barisan pesakit yang panjang menunggu untuk dirawat.

Menurut seorang penduduk, dia pergi mendermakan darah di sebuah hospital kelmarin dan melihat kakitangan hospital terlalu sibuk untuk merawat pesakit yang ramai.

Kebanyakan pesakit dihantar oleh keluarga mereka sekali gus menunjukkan kekurangan ambulans.

"Orang ramai takut dan tidak mahu kembali ke rumah mereka kerana bimbang bangunan (tempat tinggal mereka) tidak selamat," kata seorang penduduk.

Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa bumi pertama berlaku pada kekuatan 6.4 magnitud.

Ia berlaku 60 kilometer ke timur laut bandar Tabriz.

Gempa bumi kedua berukuran 6.3 magnitud dan berlaku 11 minit kemudian dekat Varzaghan, 49 kilometer ke timur laut Tabriz.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Hassan Ghadami, sebanyak 110 buah kampung mengalami kerosakan.

Jurucakap Pertubuhan Palang Merah, Hossein Derakhshan memberitahu agensi berita Fars, lebih 2,000 orang dipercayai cedera.

Seorang pegawai Pertubuhan Palang Merah, Mahmoud Mozafar memberitahu agensi berita Mehr, kira-kira 16,000 orang telah diberi bantuan kecemasan.

Seorang wakil rakyat, Mohammad Hassan-Nejad berkata, jika bantuan tidak dipertingkatkan, angka kematian akan meningkat.

Bekalan air, elektrik dan telefon di Varzaghan terputus sekali gus menjejaskan usaha-usaha menyelamat, lapor Press TV.

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Zeinab di Kampung Mirza Ali Kandi memberitahu agensi berita AFP, dia melihat adiknya berumur lapan tahun dan kakaknya mati di depan matanya.

"Saya berada di luar rumah untuk bermain apabila ia (gempa bumi pertama berlaku.

"Saya berlari ke luar melihat adik saya dan mendapati dia berada di bawah runtuhan. Saya cuba untuk menariknya keluar. Kemudian saya mendengar kakak saya menangis dan apabila saya menoleh, batu besar berada di atas kepalanya. Saya kemudian berlari," katanya sambil menangis.

- Agensi

Jangan caci hudud, kata Nik Aziz

Posted: 13 Aug 2012 01:33 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak mengeluarkan perkataan 'cacian'.

Nik Aziz bagaimanapun berkata, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam.

"Saya setuju, biar (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan sampai mencaci," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenyataan Karpal yang berterusan mempersoalkan pemimpin Pas yang mahu melaksanakan hudud di negara ini dengan alasan ia tidak termaktub dalam perlembagaan negara.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelaksanaan hukuman hudud memberi kesan langsung kepada masyarakat berbanding pelaksanaan hukuman yang dipraktikkan sekarang.

"Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah, pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong tangan.

"Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri," katanya.

Ditanya, tindakan Karpal menjejaskan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz berkata, orang ramai harus memikirkan siapa yang menolak sebenarnya menolak hukuman hudud.

" Jika kita tidak undi DAP kerana tolak hudud, macam mana dengan Umno yang juga menolak pelaksanaan hukuman itu," katanya.

sinar harian/-

Arab Saudi sumbang AS$50 juta

Posted: 13 Aug 2012 01:16 AM PDT

24 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SEJUMLAH penduduk Muslim di Jakarta, Indonesia semalam memegang kain pemidang bagi mendesak keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan.

RIYADH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah (gambar kecil) mengarahkan bantuan sebanyak AS$50 juta (RM155.79 juta) dihantar kepada etnik Rohingya di Myanmar.

Menurut sebuah kumpulan hak asasi manusia, penduduk Muslim itu menjadi sasaran serangan pembunuhan, rogol, perpindahan secara paksa dan pembersihan etnik.

"Raja Abdullah telah mengarahkan bahawa bantuan berjumlah AS$50 juta akan diperuntukan kepada warga Muslim Rohingya di Myanmar," menurut satu laporan yang disiarkan media Arab Saudi semalam.

Bagaimanapun, media itu tidak menyatakan pihak yang melakukan penderaan ke atas etnik Rohingya.

Pertubuhan hak asasi Human Rights Watch menyatakan pada 1 Ogos lalu bahawa etnik Rohingya ditangkap beramai-ramai, dibunuh dan dirogol anggota-anggota pihak berkuasa.

Terdapat 800,000 etnik Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai penduduk di Myanmar.

Pada minggu lalu, Kabinet Arab Saudi mengutuk keganasan terhadap penduduk Muslim di Myanmar.

Dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 31 Julai lalu di Jeddah, Arab Saudi, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak anggota-anggotanya menghantar bantuan kepada etnik Rohingya.

Keganasan di Rohingya bermula pada Jun lalu setelah beberapa orang daripada etnik itu dituduh merogol seorang wanita etnik Rakhine yang beragama Buddha.

Kumpulan etnik Rakhine kemudian menyerang penduduk Rohingya sehingga menyebabkan sebahagian mereka melarikan diri ke Bangladesh.

- Agensi

Idris Ahmad

Posted: 13 Aug 2012 11:04 PM PDT

Idris Ahmad


Pas -Dap Berpecah, Parlimen Bubar.

Posted: 13 Aug 2012 12:18 AM PDT

Pas -Dap Berpecah, Parlimen Bubar.
Idris Hj Ahmad
13/8/12
 

Sepatutnya pilihanraya ke 13 sudah berlangsung tahun 2011. Tetapi suasana tidak  mengizinkan, kerana tidak menyebelahi pihak BN. Parlimen dibubar jika Pas-Dap berbecah, inilah yang ditunggu. Nampaknya skrip yang dimainkan oleh media Umno terutama Utusan Dan RTM tidak  menjadi. Hubungan kedua parti ini semakin kukuh walaupun diasak, kerana kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat yang bijak menyelesaikan di meja perundingan.

BN sedar jika gagal memecahkan perpaduan kedua parti ini, maka mimpi buruk akan menjadi kenyataan, kerajaan Pusat akan tumbang.  Umno amat  memerlukan kepada sokongan orang bukan Islam. Undi Melayu sudah tidak  lagi menjadi penyelamat kepada Umno terutama di kalangan generasi muda. Mereka inilah yang membawa perubahan politik kepada ibu bapa mereka.

Selama ini Umno berjaya mendapat sokongan orang bukan Islam dengan memberi gambaran yang buruk mengenai Pas, tetapi selepas PRU 2008 keadaan sudah berubah.
Kalau Pas-Dap tidak berpecah, ertinya gelap masa depan Umno untuk mendapat sokongan orang bukan Islam.

Terbaru  kenyatan Ustaz Abdullah Sa'amah Pondok Geting Tumpat yang mengatakan haram undi Dap, kerana ia kafir harbi. Kenyataan ini tidak lebih daripada untuk memulih tenaga zahir dan batin Umno yang semakin lemah.

Malangnya kenyataan ini telah memakan Umno dan Mca. Rakyat  mula melihat kembali kenyataan pemimpin Umno yang menolak dan menghina hukum Islam secara berfakta. Penghinaan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang biadab kepada Islam dan menghina wakil rakyat Datuk Ayub sebagai hilang akal. Mca juga  yang banyak menghina dan  memperelkehkan Umno dalam isu hudud.  Sekarang rakyat menilai balik, siapa sebenaranya bahaya kepada Islam. Pemimpin Umno sudah hilang jantan apabila diperlakukan oleh MCA.

Hampir lima tahun DAP menguasai Pulau Pinang, tidak ada satu pun masjid, surau dan Ustaz ditangkap. Tetapi perkara ini berlaku di negeri Selangor sewaktu Umno memerintah. Rakyat masih segar dalam ingatan,  Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau di Puchong Perdana ditutup. Surau di Kampung Berembang Ampang diroboh, Masjid Bujal di Kemaman diruntuh. Apakah hukum sokong parti yang kianat rumah Allah?. Tidak ada apa yang rugi kepada Pas dan Islam kerana bertahaluf dengan Dap. Yang rugi ialah Umno dan sekutunya kerana tidak lagi boleh bermaharajalela mengkianat rakyat dan menghina Islam apabila mereka hilang kuasa.
 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Pilihanraya, Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 13 Aug 2012 09:18 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Program DUN Johol

Posted: 13 Aug 2012 05:45 PM PDT


Jom Qiamullail

Posted: 13 Aug 2012 05:45 PM PDT


Yayasan Bukhary atau RHB yang sumbang Masjid Seremban 2?

Posted: 13 Aug 2012 12:01 AM PDT

Satu laporan menyebut Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menyumbang RM7.5 juta untuk pembinaan Masjid Seremban 2, manakala laporan lain pula menyebut Tan Sri Rashid Hussain, Pengerusi RHB Bank bersetuju membangunkan serta mewakafkan tanah dan Masjid Seremban 2 yang bernilai RM10 juta.

Apakah tanah untuk mendirikan Masjid Seremban 2 adalah milik Tan Sri Rashid Hussain sebelum ini dan kos pembinaan Masjid tersebut adalah usahasama Tan Sri Rashid Hussain dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan jumlah keseluruhan projek RM17.5 juta?

SEREMBAN : 16 Ogos 2011 –  Di majlis ini juga, Majlis perjanjian pembinaan Masjid di Seremban 2 telah berlangsung yang mana Tan Sri Rashid Hussain, Pengerusi RHB Bank telah dengan mulia hati bersetuju membangunkan serta mewakafkan tanah dan Masjid tersebut yang bernilai RM10 juta dan diserahkan kepada MAINS menguruskannya kelak.

BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN
Khamis September 10, 2009
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini. Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir. Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Rembau Hari Ini

Posted: 13 Aug 2012 07:38 PM PDT

Rembau Hari Ini


Jom Qiamullail

Posted: 13 Aug 2012 05:47 PM PDT


PAS LENGGONG

Posted: 13 Aug 2012 07:23 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 12 Aug 2012 11:00 PM PDT


Haron Din: Kafir Harbi tidak wujud tanpa Negara Islam

Mohd Ezli Mashut, Selangorku,13 Ogs 2012
SHAH ALAM: Tidak wujud istilah penggunaan 'kafir harbi' selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din (gambar).

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.

Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.

"Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.

"Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud," katanya.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

Posted: 12 Aug 2012 10:58 PM PDT


Mahkamah tolak saman Umno Selangor terhadap Harakah

Muhammad Faizal,13 Ogs 2012
SHAH ALAM:Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membuat keputusan menolak saman yang dibuat oleh Umno Selangor berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mengatakan, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.

Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rauf Jusof, Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno
adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membuat pendakwaan.

Hakim juga turut memutuskan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.

Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.

Mustafa yang ditemui di lobi mahkamah menyatakan kes saman telah selesai dan ia berlangsung dalam masa yang singkat.

"Terima kasih kepada barisan peguam yang mengendalikan kes ini dan apa yang kita ketahui tadi ia telah selesai dengan baik.

"Hakim telah menolak permohonan dari Umno terhadap tindakan saman itu, syukur segalanya telah selesai," jelasnya.

Peguam yang mewakil defendan adalah Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman manakala plantif pula diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Turut hadir di mahkamah hari ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Dalam saman itu, Mohd Zin menuntut semua defendan membayar ganti rugi RM10 juta termasuk ganti rugi keterlaluan atau teladan untuk libel dan faedah empat peratus setahun.

Saman tersebut dibuat berhubung serbuan Jabatan  Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, pada 3 Ogos lalu.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 13 Aug 2012 07:08 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Dengan duit yang ada, usahalah untuk membeli pahala...

Posted: 12 Aug 2012 09:36 PM PDT

Alhamdulillah, kita hampir menyempurnakan Ramadhan. Pejuang-pejuang Islam sangat beruntung kerana di bulan Ramadhan, Al Quran yang mereka tadarus merupakan dasar mereka sendiri. Ini bermakna mereka sedang membaca dasar-dasar perjuangan mereka yang termaktub dalam Al Quran. Pejuang-pejuang sekular teramat rugi kerana mereka tidak mempunyai kitab untuk mereka tadarus. Jika mereka tadarus Al Quran sekalipun, kitab itu tidak mereka jadikan sebagai dasar. Sebab itu menjadi seorang pejuang Islam benar-benar suatu tuah yang diberikan oleh Allah Taala. 
Ramadhan mengajar kita untuk cakna kepada orang yang tidak berkemampuan. Allah Taala menciptakan di dunia ini orang-orang kurang berkemampuan untuk menjadi ujian kepada orang-orang yang mampu. Di akhirat nanti akan ditanya, setakat mana orang-orang yang mampu ini menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang kurang mampu. Sebab itu saudara-saudara kita yang kurang mampu sedikit untung sebab terlepas soalan ini di akhirat nanti. Manakala yang berkemampuan perlu pastikan duit kita pada hari ini kita peruntukan untuk beli pahala selain beli pakaian, laut pauk, beras dan keperluan hidup. Bila kita membeli belah di kedai, kita tukar duit dengan barang, sebab itu kita tidak sayang belanjakan duit kerana nampak barang di depan mata. Namun sedarkah kita bila kita laburkan duit untuk kebaikan, seperti kita beli pahala dengan duit kita. Walaupun pahala ini benda tak nampak, tapi itulah saham kita di akhirat.

Sahabat-sahabat Nabi Radiallahuanhum, juga hadir dari pelbagai latar belakang. Antara mereka golonggan Ahlus Suffah yang tak memiliki apa-apa. Menjadikan bilik-bilik berhampiran Masjid Nabi di Madinah sebagai tempat tinggal. Antaranya Abu Hurairah r.a. sahabat Nabi yang banyak meriwayatkan hadis, Tetapi kekurangan dan kemiskinan tidak sama sekali dijadikan alasan untuk meminggirkan diri dari perjuangan. Mereka adalah pejuang-pejuang saf hadapan di medan jihad, hafal Al Quran serta tinggi ilmu pengetahuan.
Ada Sahabat yang dianugerahkan kekayaan seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf radiallahuanhuma.

Kekayaan mereka berdua adalah rahmat bagi golongan fakir dan miskin. Sungguh murni ajaran agama Allah. Islam telah mengajar kita, rezeki yang mengalir ke kantung kita, bukan milik kita seorang. Ianya juga adalah milik orang lain yang diamanahkan melalui poket kita. Dari sinilah lahirlah sebuah masyarakat yang hebat, penuh rahmat dan kasih sayang antara sesama hamba Allah.

Tanggungjawab sesama saudara seagama sebenarnya masih terlalu banyak yang belum kita lunaskan. Kerana itulah, ada teguran dicatatkan oleh Dr Yusof Qaradhawy di dalam bukunya 'Fiqh Al-Awlawiyyat' tentang sikap sebahagian kaum Muslimin yang tidak diragui keikhlasan mereka dalam beramal, tetapi rapuhnya penilaian mereka dalam bab keutamaan.

Antaranya ditegur tentang sikap sebahagian Muslimin yang tergolong kaya, mampu menunaikan haji untuk kali yang kedua, ketiga dan seterusnya. Tetapi apabila diajukan kepada mereka, alangkah baiknya sekiranya dana dan perbelanjaan yang digunakan untuk menunaikan ibadat sunat itu disalurkan untuk sesuatu yang lebih penting dan mendesak seperti urusan kebajikan anak-anak yatim, tabung untuk para mujahidin yang berjuang di jalan Allah, membantu ummat Islam yang sedang teraniaya seperti di Rohingya, usaha menghadapi gerakan kristianisasi di wilayah-wilayah ummat Islam seperti Indonesia, Bangladesh dan Afrika ataupun dana untuk usaha-usaha penyusunan buku-buku dan terjemahan bagi melahirkan ummat Islam yang berpengetahuan, pasti kebanyakkan mereka akan menoleh ke arah lain dan tidak bersetuju dengan cadangan-cadangan tersebut.

Apatah lagi ibadat haji dan umrah yang mereka kerjakan untuk kali kedua dan ketiga adalah tergolong sunnah bukan wajib lagi tetapi tugas menegakkan agama Allah, memerangi orang-orang kafir yang menceroboh dan mencabul hak-hak dan kehormatan kaum Muslimin adalah tugas yang telah difardhukan dan ditetapkan oleh Syariat Islam. Lebih-lebih lagi di saat kaum Muslimin berhadapan dengan bahaya kehancuran kerohanian dan kebendaan.

Paling dekat dengan kita... seorang sahabat dari Selatan Thai ada memaklumkan, konflik yang berpanjangan di sana telah meninggalkan kira-kira 3,600 anak yatim piatu yang memerlukan pembelaan.
Di Indonesia, gerakan Kristianisasi begitu deras dan lancar dengan dana dan sumber kewangan yang cukup besar dari pertubuhan-pertubuhan Kristian antarabangsa. Sementara kaum Muslimin sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan dan seumpamanya untuk mendirikan pusat-pusat dakwah dan pengajian Islam bagi menghadapi arus Kristianisasi yang sangat deras itu.

Apabila individu Muslim meninggalkan tugas dan kewajipan yang mesti dilakukan, lantas kepada siapakah lagi maslahah dan kepentingan kaum Muslimin hendak diserahkan?



DPP Gopeng

Posted: 13 Aug 2012 03:47 PM PDT

DPP Gopeng


Radzi Zainon hulur bantuan sepanjang Ramadhan tahun ini

Posted: 13 Aug 2012 09:08 AM PDT

Radzi Zainon hulur bantuan sepanjang Ramadhan tahun ini
Desa Pakatan- 12 Ogos 2012
Ramadhan saban tahun tetap menjadi pilihan utama bagi Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat PAS  DUN Sungai Rapat untuk menabur bantuan dan kebajikan kepada rakyat di DUN Sungai Rapat.
Selain khidmat sebagai pentazkirah tetap setiap malam dengan isi tazkirah yang sarat berkenaan motivasi ibadah dan akhlak, beliau juga giat berjumpa dengan rakyat yang memerlukan bantuan.
Semalam beliau dengan kerjasama UPU Desa Pakatan  telah mengagihkan wang zakat kepada hampir 30 orang asnaf yang layak termasuk seorang muslimah yang bakal melanjutkan pengajian ke Jordan di Surau Taman Pinji Mewah. Selepas mengedar duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, majlis berbuka puasa antara asnaf zakat bersama warga PAS Desa Pakatan dan PAS Kawasan Gopeng berlangsung dengan begitu meriah.
"Walaupun dengan kekangan kewangan PAS yang agak terhad, tetapi Alhamdulillah, ramai penyumbang infaq dan zakat yang kami perolehi dapat disegerakan untuk disalur kepada yang 'berhak' tanpa perlu menunggu terlalu lama. Malah semakin kami turun menghulur bantuan, pintu rezeki untuk pertambahan sumbangan daripada para mukhlisin kelihatan memberangsangkan", jelas Radzi Zainon yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng kepada Media Sungai Rapat.
Saudara Radzi Zainon yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Radzi di DUN Sungai Rapat ini  juga telah mengagih bantuan Pusat Khidmat di beberapa tempat lain seperti di Taman Temara, Kampung Sungai Rokam, Kampung Rapat Jaya Tambahan, Changkat Larang, Kampung Ara Payung dan beberapa kampung lain.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat








Dupahang's Weblog

Posted: 13 Aug 2012 11:22 AM PDT

Dupahang's Weblog


Siapa Sebenarnya Abdullah Saamah?

Posted: 13 Aug 2012 09:36 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 13 Aug 2012 11:17 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 13 Aug 2012 12:17 AM PDT


Parlimen bubar jika PAS, DAP berpecah

Harakahdaily,13 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: "Parlimen dibubar jika PAS, DAP berpecah, inilah yang ditunggu. Nampaknya skrip yang dimainkan oleh media Umno terutama Utusan dan RTM tidak  menjadi," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Sepatutnya, kata beliau Pilihan raya Umum ke-13 sudah berlangsung tahun 2011 tetapi suasana tidak mengizinkan kerana tidak menyebelahi pihak BN.

Beliau menegaskan, hubungan PAS dan DAP semakin kukuh walaupun diasak, kerana kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat yang bijak menyelesaikan di meja perundingan.

Justeru, ujarnya BN sedar jika gagal memecahkan perpaduan kedua parti itu, maka mimpi buruk akan menjadi kenyataan yang mana kerajaan Pusat akan tumbang pada PRU13.

Katanya, Umno amat memerlukan kepada sokongan orang bukan Islam kerana undi Melayu sudah tidak lagi menjadi penyelamat kepada Umno terutama di kalangan generasi muda.

"Mereka inilah yang membawa perubahan politik kepada ibu bapa mereka," ujarnya dalam satu kenyataan.

Selama ini, kata Idris Umno berjaya mendapat sokongan orang bukan Islam dengan memberi gambaran yang buruk mengenai PAS, tetapi selepas PRU 2008 keadaan sudah berubah.

Katanya lagi, kalau PAS-DAP tidak berpecah, ertinya gelap masa depan Umno untuk mendapat sokongan orang bukan Islam.

Terbaru, ujar beliau  kenyatan Ustaz Abdullah Sa'amah Pondok Geting Tumpat yang mengatakan haram undi DAP, kerana ia kafir harbi.

"Kenyataan ini tidak lebih daripada untuk memulih tenaga zahir dan batin Umno yang semakin lemah," katanya lagi.

Malangnya, ujarv Idris kenyataan itu telah memakan Umno dan MCA.

Katanya, rakyat  mula melihat kembali kenyataan pemimpin Umno yang menolak dan menghina hukum Islam secara berfakta.

Menurutnya, penghinaan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang biadab kepada Islam dan menghina wakil rakyat Datuk Ayub sebagai hilang akal.

Beliau menambah, MCA juga  yang banyak menghina dan  memperelkehkan Umno dalam isu hudud.

"Sekarang rakyat menilai balik, siapa sebenaranya bahaya kepada Islam. Pemimpin Umno sudah hilang jantan apabila diperlakukan oleh MCA," ujarnya.

Jelasnya, hampir lima tahun DAP menguasai Pulau Pinang tetapi tidak ada satu pun masjid, surau dirobohkan dan ustaz ditangkap.

Tambahnya, tetapi perkara ini berlaku di negeri Selangor sewaktu Umno memerintah.

Katanya, rakyat masih segar dalam ingatan yang mana Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, surau di Puchong Perdana ditutup.

"Surau di Kampung Berembang Ampang diroboh, Masjid Bujal di Kemaman diruntuh. Apakah hukum sokong parti yang khianat rumah Allah? kata beliau.

Justeru, katanya tidak ada apa yang rugi kepada PAS dan Islam kerana bertahaluf dengan DAP.

"Yang rugi ialah Umno dan sekutunya kerana tidak lagi boleh bermaharajalela mengkhianat rakyat dan menghina Islam apabila mereka hilang kuasa," ujarnya.

Posted: 13 Aug 2012 12:14 AM PDT


Hudud: Mengapa tidak tegur Abdullah Saamah?

Harakahdaily,13 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa bersidang dan bukannya berdasarkan kenyataan peribadi satu dua mufti dan tidak membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana menolak pelaksanaan hukum Hudud.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata ini kerana Umno dan MCA juga jelas menolak hukum hudud sebagaimana yang disebut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 September 2011 yang lalu.

Katanya, PAS tetap menuntut Majlis Fatwa segera bersidang bagi mengkaji keseluruhan kenyataan dari Abdullah Samaah yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia minggu lepas.

"Sebenarnya masih banyak kenyataan beliau yang jelas memperlekeh Rasulullah dalam bentuk senda gurau, sinis, dan melampau yang boleh dilihat dalam pelbagai blog.

"Majlis Fatwa haruslah menggunakan pembaris yang sama untuk menilai semua isu secara objektif. Haram sama sekali untuk menggunakan pembaris yang tidak sama untuk Umno dan pihak yang lain," tegas beliau.

Dari sudut penolakan hukum Hudud, Tuan Ibrahim berkata penolakan Umno sebenarnya jauh lebih besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum tersebut, berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat untuk melaksanakannya.

Apa yang mendukacitakan, tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu ialah kegagalan Harussani melihat dan memahami secara dekat alasan DAP yang menolak hudud atas alasan bercanggah dengan perlembagaan negara dan bukan atas faktor lain.

"Maka faktor ini perlu diperbetulkan dengan prinsip Islam. Kerana faktor penolakan seseorang terhadap bukan hudud juga mempengaruhi hukuman. Kerana itu, Allah mengkategorikan golongan yang menolak ini sebagai fasiq, zalim dan kafir.

"Kalau yang menolak itu bukan Islam, apakah kategori mereka? Tentulah ianya diluar konteks ayat, kerana memang mereka tidak beriman dengan wahyu Allah," tegas beliau.

Persoalan utama ialah bagaimana pula orang Islam yang menolak hukum Allah? Bagaimana kalau mereka rakyat biasa, yang jahil, yang mempunyai kuasa, yang alim tetapi degil, dan yang anti kepada hukum Allah? Tentulah hukum antara mereka gidak sama, tegasnya.

Kata Tuan Ibrahim, tiada yang perlu dipelikkan untuk DAP dan sebilangan rakyat bukan Islam menolak hukum Hudud setelah Umno-BN sendiri merosakkan imej Islam untuk 5 dekad lamanya.

Akan tetapi, penolakan hukum Hudud oleh DAP sering diperbesarkan di media pro-BN, manakala penolakan MCA dan Umno disorokkan, kata beliau adalah semata-mata untuk menyerang PAS, yang Umno tahu lawan terbesarnya di medan politik pada PRU-13.

"DAP menang, Umno tak semestinya tumbang. PAS menang, maka sudah pasti Umno akan tumbang bersama BN. MCA tidak boleh diselamatkan lagi maka Umno mengambil keputusan demi survival politik untuk meregangkan lagi hubungan antara kaum untuk menjaga undi Melayu-Islam dalam taktik politik terbarunya.

"Umat Islam diharap dalam membuka mata jelas dalam isu ini – munafik dan hipokrit sebenarnya adalah ancaman terbesar kepada Islam," tegas beliau.







Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 13 Aug 2012 11:16 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pemuda PAS kumpul RM50,000 dari profesional muda

Posted: 12 Aug 2012 11:21 PM PDT


SHAH ALAM: Sejumlah RM50,000 berjaya disumbangkan oleh para profesional muda PAS  yang  berhimpun dan mengikuti program 'Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya' Sabtu lepas.

Program yang bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Seksyen 7, Shah Alam itu berjaya menghimpunkan 600 orang profesional muda.

Di samping  lebih 500 peserta di kalangan muslimin dan muslimat yang hadir berhimpun di Shah Alam, program penuh bersejarah ini turut diikuti oleh hampir 100 peserta di luar negara, Sabah dan Sarawak  secara 'live video-conferencing'.

Antaranya dari Dublin, Manchester, Lancaster, Dubai, Miri, Bintulu, dan Kota Kinabalu, di samping saluran 'live audio- streaming' yang diikuti secara langsung di lebih 50 lokasi serata dunia.

Bertemakan agenda "Maknakan Kemenangan", program ini dilihat amat bertepatan dengan iklim politik negara semasa yang menatijahkan kesedaran dan kebangkitan rakyat, khususnya kelompok anak muda, yang mengharapkan bentuk bernegara dan bermasyarakat yang lebih baik di Malaysia.

Pemuda PAS melihat PRU-13 bakal menyaksikan pertembungan pilihanraya paling sengit dalam sejarah Malaysia, tatkala BN mahu merampas kembali majoriti 2/3 di parlimen.

Di samping lanskap politik semasa yang tidak menentu, khususnya peranan pihak media yang rancak memainkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat, pertambahan komposisi pengundi muda yang dianggarkan mencecah 52% jika parlimen dibubarkan pada suku pertama 2013 juga memberikan makna yang besar.

Di dalam ucapan perasmian, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menyeru seluruh profesional muda membina kepakaran demi agenda mengisi kemenangan pasca PRU-13.

Beliau merujuk kejayaan teman-teman profesional muda di kalangan Ikhwanul Muslimin berjaya memastikan peralihan kuasa di bumi Mesir pasca regim Hosni Mubarak berjalan dengan baik mengikut acuan Islam.

Ustaz Nasrudin Hassan turut mengingatkan profesional muda yang hadir bahawa PRU-13 ini bakal menjadi medan pertembungan polisi oleh setiap parti politik yang bertanding untuk mengemukakan gagasan dasar dan program yang mampu menarik sokongan pengundi.

Ia memberikan fokus kepada memperbaiki masalah sosio-ekonomi rakyat  bawahan di samping kebimbangan terhadap dayatahan ekonomi negara yang menanggung beban hutang yang kian meningkat, hasil daripada pemborosan dan salah urus tadbir kewangan oleh pemimpin negara.
Justeru, golongan profesional muda perlu mempersiapkan diri dalam menggalas agenda penting ini, kata Nasrudin.

Beliau menambah, agenda pembaharuan ini, yang boleh dibahagikan kepada aspek  penambahbaikan (corrective) dan penyusunan-semula (restructuring), sudah pasti menuntut kepada komitmen dan kepakaran dari semua peringkat penggubal dasar dan pelaksana polisi, khususnya di kalangan profesional muda.

Beliau turut melahirkan rasa bangga di atas penganjuran program ini, dan dengan penuh yakin menzahirkan bahawa Pemuda PAS dan Ameerah bersedia melahirkan generasi muda yang terbaik.

Berdasarkan sambutan yang di luar jangka, Pemuda PAS sudah mengatur tindakan selanjutnya hasil daripada Xpresi ini, antaranya mengemaskini kumpulan pakar (expert group) di kalangan profesional muda.

Ia bakal dibuat secara lebih sistematik, penyaluran kepakaran profesional muda untuk Pimpinan dan Ahli Parlimen PAS, serta penganjuran diskusi serta wacana polisi dalam agenda mempersiapkan anak muda mengisi dan memakna kemenangan di Putrajaya, insyaAllah.

Ekoran kejayaan mereka menyumbangkan RM500,000 untuk PAS, ia dilihat sebagai manifestasi kebersamaan profesional muda dalam menjayakan misi PAS dan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, seterusnya sebagai simbol kebersamaan profesional muda dalam agenda Membangun Negara Berkebajikan kelak.

Rata-rata peserta yang ditemui teruja dan berpuasa hati dengan mutu penganjuran dan pengisian Xpresi Profesional Muda ini.

Saudara Ir Nazim Khir yang merupakan jurutera bertauliah berkata, "Walaupun pendirian politik kami tidak dapat dizahirkan atas faktor amalan demokrasi yang tidak sihat di Malaysia, namun ia tidak pernah melunturkan semangat dan tekad kami untuk memberi sumbangan berdasarkan kepakaran masing-masing dalam agenda membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera."

Pandangan beliau turut disokong Dr Ghazali Abdullah yang merupakan seorang pakar perubatan yang menyebut, "Program ini berjaya memberi peluang kepada profesional muda yang berjiwa besar berinteraksi secara 'menegak'  (vertikal ) untuk meluahkan pandangan, idea dan kritikan terhadap pimpinan pemuda dan pusat, di samping ruang interaksi 'mendatar' (horizontal) untuk kami profesional muda ini, saling berkenalan membina jaringan (networking) dari profesion yang pelbagai."

Di akhir Xpresi tersebut, para profesional muda melafazkan ikrar sokongan demi menjayakan misi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13, seterusnya berjanji untuk berperanan aktif dalam usaha mengisi dan memakna kemenangan, selaras dengan agenda membangun Negara Berkebajikan.


Tokoh-tokoh


Bersempena program ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia berbesar hati mengiktiraf sumbangan dan jasa tokoh-tokoh profesional tanahair di atas kepakaran dalam profesion yang diceburi di samping menghargai jasa dan bakti besar yang ditabur terhadap agama dan negara.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tn Hj Mohamad Sabu. Anugerah – anugerah tersebut adalah:

Anugerah Tokoh Profesional Muda - dianugerahkan kepada  Dr Sufyan Hassan bagi menghargai kepakaran dan jasa beliau dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan gagasan polisi negara;

Anugerah Tokoh Profesional Harapan  - dianugerahkan kepada Dr Syed Khalid yang telah menempa nama dalam bidang perubatan dan sukarelawan, dalam dan luar negara.

Anugerah Tokoh Profesional Antarabangsa - dianugerahkan kepada Ir Jufri Bade di atas kejayaan  beliau menempa kepakaran di bumi Eropah dan peranan beliau dalam membina komuniti rakyat Malaysia di Eropah.

Anugerah Tokoh Profesional Terbilang – dianugerahkan kepada Almarhum Tan Sri Professor Ameritus Ahmad Ibrahim di atas sumbangan besar beliau yang terpahat dalam sejarah perundangan dan dasar pentadbiran negara, di samping jasa beliau dalam bidang pendidikan dan kemasyarakatan yang tiada tandingan.

Anugerah Tokoh Profesional Tarbiah – dianugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru Datuk Yahya Othman di atas usaha gigih dan jasa beliau yang amat besar dalam mendidik, mengasuh dan mentarbiah generasi dai'e yang bertebaran di Malaysia dan seluruh dunia

Di dalam ucapan penutup,  Haji Mohamad Sabu menyeru para profesional muda, mempersiapkan diri dengan ilmu dan kepakaran dalam menjayakan misi mencapai kemenangan dalam PRU13 dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha mengisi kemenangan mengikut acuan Negara Berkebajikan.

Beliau turut memuji Pemuda PAS di atas penganjuran program yang sangat baik ini, dan melahirkan keyakinan beliau bahwa PAS mempunyai masa depan yang sangat cerah, hasil dokongan generasi muda yang punyai idealism, kepakaran dan tekad untuk membangun Negara Berkebajikan.

Mahkamah tolak saman Umno Selangor terhadap Harakah

Posted: 12 Aug 2012 11:20 PM PDT


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membuat keputusan menolak saman yang dibuat oleh Umno Selangor berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mengatakan, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.

Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rauf Jusof, Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno
adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membuat pendakwaan.

Hakim juga turut memutuskan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.

Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.

Mustafa yang ditemui di lobi mahkamah menyatakan kes saman telah selesai dan ia berlangsung dalam masa yang singkat.

"Terima kasih kepada barisan peguam yang mengendalikan kes ini dan apa yang kita ketahui tadi ia telah selesai dengan baik.

"Hakim telah menolak permohonan dari Umno terhadap tindakan saman itu, syukur segalanya telah selesai," jelasnya.

Peguam yang mewakil defendan adalah Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman manakala plantif pula diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Turut hadir di mahkamah hari ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Dalam saman itu, Mohd Zin menuntut semua defendan membayar ganti rugi RM10 juta termasuk ganti rugi keterlaluan atau teladan untuk libel dan faedah empat peratus setahun.

Saman tersebut dibuat berhubung serbuan Jabatan  Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, pada 3 Ogos lalu.

Pemuda Guchil

Posted: 13 Aug 2012 09:53 AM PDT

Pemuda Guchil


Kafir Harbi Tidak Wujud Selagi Tidak Tertegak Negara Islam - Haron Din

Posted: 12 Aug 2012 04:32 PM PDT

Blogger Pro UMNO Kickdefella mohon maaf , bayar kos kepada Perbadanan Ladang Rakyat

Posted: 12 Aug 2012 04:29 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 13 Aug 2012 09:19 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


HUDUD: peluru UMNO BN untuk setiap PRU. Hukum Tuhan dikatakan hukum PAS?

Posted: 13 Aug 2012 08:56 AM PDT

PAS: DAP tak pernah bawa hudud ke mahkamah
11:03AM Ogos 12 2012  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang menghairankan.
Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam.
Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan, kata Abdul Hadi.
"Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak.
"Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah.
"Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Isu tersebut timbul ekoran laporan Utusan secara berturut-turut minggu lalu yang mendakwa haram bagi orang Islam menyokong DAP.
Laporan itu antara lainnya menyatakan bahawa DAP  "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Laporan yang memetik kenyataan seorang guru pondok itu ditangkis pemimpin Pakatan, antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kempen pelampau agama.
Anwar juga berkata, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.

Kenyataan itu disambut Mahathir yang berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.
Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.

KUIS mahu melahirkan insan beradab sebagai 'core business'

Posted: 12 Aug 2012 09:36 AM PDT

BANGI
DYMM Sultan Selangor mencemar duli beriftar dan bertarawikh di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR sebagai rutin tahunan baginda.

KUIS berazam menongkah arus mengetengahkan sistem mentarbiyyahkan insan untuk kompeten di dunia tanpa mengabaikan masa depan di akhirat.Bahkan lebih daripada itu... KUIS mahu pelajarnya akhirat-centric disamping  mencari ilmu dan skil untuk berjaya di dunia.

Untuk itu, pelajar harus faham dan sedar makna dirinya sebagai insan. Nilai seorang insan amat kurang manusia yang tahu. Apakah nilai manusia daripada perspektif si hubbud dunya?
Kita doakan agar KUIS mampu melahirkan hubbud akhirah dan khalifatul fil ardh agar mencapai standard pendidikan al KHALIQ.Amin

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Aug 2012 09:16 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Yayasan Bukhary atau RHB yang sumbang Masjid Seremban 2?

Posted: 13 Aug 2012 12:00 AM PDT

Satu laporan menyebut Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menyumbang RM7.5 juta untuk pembinaan Masjid Seremban 2, manakala laporan lain pula menyebut Tan Sri Rashid Hussain, Pengerusi RHB Bank bersetuju membangunkan serta mewakafkan tanah dan Masjid Seremban 2 yang bernilai RM10 juta.

Apakah tanah untuk mendirikan Masjid Seremban 2 adalah milik Tan Sri Rashid Hussain sebelum ini dan kos pembinaan Masjid tersebut adalah usahasama Tan Sri Rashid Hussain dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan jumlah keseluruhan projek RM17.5 juta?

SEREMBAN : 16 Ogos 2011 –  Di majlis ini juga, Majlis perjanjian pembinaan Masjid di Seremban 2 telah berlangsung yang mana Tan Sri Rashid Hussain, Pengerusi RHB Bank telah dengan mulia hati bersetuju membangunkan serta mewakafkan tanah dan Masjid tersebut yang bernilai RM10 juta dan diserahkan kepada MAINS menguruskannya kelak.

BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN
Khamis September 10, 2009
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini. Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir. Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bekas Imam Masjid Al Aqsa dihalang ceramah di Sabah?

Posted: 12 Aug 2012 10:21 PM PDT

Diberitakan Syaikh Mahmud Siyam (Mantan Imam Masjid Al Aqsa) dalam misi memberi penerangan mengenai penderitaan rakyat Palestin di masjid di Sabah, namun Syaikh Mahmud Siyam telah dihalang oleh pihak tertentu daripada memberikan ceramah. Benarkah berita tersebut?

Pembinaan Masjid Seremban 2 dibatalkan?

Posted: 12 Aug 2012 08:23 PM PDT

Jika kita buat carian di Google mengenai Masjid Seremban 2, apabila ditaip Pembatalan Masjid Seremban 2 akan keluar paparan berikut ; "Membina Dan Menyiapkan Masjid Seremban 2 …. Pembatalan perlaksanaan projek yang telah dimaklumkan oleh ICU JPM". Pautannya adalah dilaman web JKR , tetapi apabila diklik pautannya, ianya tidak dapat diakses.

Ada sesiapa yang mengetahui status sebenar Projek Pembinaan Masjid Seremban 2 ini? Siapa kontraktor yang telah dilantik untuk membina masjid ini, jika tender sebelum ini telah dikeluarkan?

**************
Masjid Seremban 2 terbengkalai bahan kempen pembangkang
Berita Harian 13 Mei 2009

KETIKA kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan melakukan upacara pecah tanah projek pembinaan masjid untuk kegunaan masyarakat Islam yang tinggal di sekitar Seremban 2.

Bagaimanapun, sehingga kini pembinaannya belum menjadi kenyataan sehingga dijadikan isu bualan serta bahan kempen parti pembangkang.

Bagi saya, pembinaan masjid berkenaan perlu disegerakan.

Ia akan memudahkan penduduk yang tinggal di taman perumahan di sekitar Seremban 2 seperti Taman Oakland, Taman Megah, Bukit Kepayang dan taman lain dapat menunaikan sembahyang dengan selesa terutama solat Jumaat.

Untuk makluman, Taman Oakland, Taman Megah, Bukit Kepayang tidak mempunyai masjid.

Sembahyang Jumaat kini diadakan di sebuah surau Seremban 2 yang tidak dapat lagi menampung peningkatan jumlah jemaah.

Ia bukan saja menjadi tumpuan penduduk yang bermastautin di Seremban 2 tetapi juga kakitangan kerajaan yang bekerja seperti di Pejabat Tanah Daerah, Polis, bomba dan swasta, pekerja kilang, kakitangan pusat perniagaan Tesco dan Jusco di kawasan itu.

Kesesakan itu menimbulkan keadaan tidak selesa kepada jemaah.

Adalah menjadi harapan saya dan penduduk lain agar pembinaan masjid itu dapat disegerakan demi faedah penduduk yang bermastautin di sekitar kawasan Seremban 2 untuk menunaikan tuntutan agama.

JEMAAH SURAU,
Seremban, Negeri Sembilan.


Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini.

Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.

Beliau berkata, pembinaan masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9 juta yang boleh menampung 2,500 jemaah akan dibina menerusi derma dan sumbangan Yayasan Albukhary di Taman Ekar.

Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Kempunan masjid

Penduduk Seremban 2 kecewa tiada petunjuk projek akan dimulakan selepas majlis peletakan batu asas dua tahun lalu

SEREMBAN 2: Walaupun sudah lebih dua tahun majlis peletakan batu asas Masjid Seremban 2, di sini berlangsung, hingga kini hanya papan tanda projek kelihatan tanpa sebarang petunjuk projek itu akan dimulakan dalam masa terdekat. Tinjauan

Berita Harian ke tapak itu di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 mendapati, lalang dan pokok liar memenuhi kawasan yang sudah diratakan tanpa kewujudan sebarang cerucuk atau mesin.

Penduduk mendakwa, keadaan tapak terbiar itu seolah-olah memberi gambaran projek pembinaan masjid yang sebelum ini dikhabarkan bernilai RM7.5 juta tidak akan dimulakan dalam waktu terdekat.

Mereka kesal kerana walaupun Seremban 2 kini berkembang pesat dengan banyak kawasan perumahan baru serta pejabat dibuka dan bilangan penduduk dianggarkan puluhan ribuan orang, kemudahan masjid masih terabai.

Lebih dikesalkan, penduduk mendakwa mereka sebelum ini diberitahu peruntukan pembinaan satu-satunya masjid yang dikatakan mampu menempatkan 3,000 jemaah pada satu masa di Seremban 2 itu sudah diluluskan Jabatan Perdana Menteri.

Berikutan ketiadaan masjid itu, penduduk dan pekerja di Seremban 2 serta beberapa kawasan sekitar, termasuk buruh binaan warga asing, terpaksa menggunakan Surau Al-Ikhlas di Garden Homes yang kecil untuk menunaikan solat Jumaat atau pergi ke masjid yang lebih jauh di Mambau atau Taman Bukit Chedang.

Norazam Nayan, 44, berkata penduduk kawasan itu sangat memerlukan sebuah masjid yang selesa untuk menjadi pusat kegiatan komuniti masyarakat Islam yang bersepadu.

"Buat masa ini, tiada satu pun tempat di Seremban 2 yang boleh menjadi pusat kepada semua aktiviti keagamaan atau masyarakat Islam, menyebabkan setiap surau di kawasan perumahan hanya menjalankan aktiviti peringkat taman.

"Bukan kita tidak mahu bersatu padu, tetapi bagaimana hendak bersatu menganjurkan atau bekerjasama dalam aktiviti lebih besar yang dapat merapatkan silaturahim masyarakat Islam di sini jika kita tidak mempunyai masjid," katanya.

Beliau yang menyokong visi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan komuniti lengkap dengan kedai dan klinik, merayu kerajaan segera menjadikan impian masyarakat Islam di kawasan itu satu kenyataan.

Bagi Nor Rahmat Sulaiman, 47, keadaan di Seremban 2 sebenarnya agak janggal kerana amat jarang bagi sesebuah kawasan yang mempunyai ramai masyarakat Islam tidak mempunyai masjid.

"Jika kita pergi ke mana-mana sekali pun, terutama kawasan bandar baru seperti ini (Seremban 2), pasti akan menemui masjid. Bagaimanapun, keadaan di sini amat berbeza kerana tiada masjid walaupun dilengkapi segala kemudahan lain termasuk beberapa sekolah dan pasar raya," katanya.

Mahmood Shariff, 57, yakin kerajaan mempunyai rancangan untuk mendirikan masjid di kawasan itu tetapi tidak pasti faktor yang menjadi penghalang kepada pembinaannya.

"Dua tahun lalu, kita dijanjikan pembinaannya dengan batu asas serta majlis pecah tanah sudah dilakukan. Itu bermakna kerajaan memang ada perancangan dan tidak meminggirkan keperluan utama masyarakat Islam di sini.

"Namun, projek itu kemudian senyap dan tapak berkenaan langsung tidak terusik, menyebabkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Apa pun, kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan berharap kerajaan menyegerakan pembinaannya demi kepentingan bersama," katanya.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan yang enggan namanya disiarkan, berkata projek itu sudah diluluskan pada 2008, tetapi peruntukan pembinaan ditangguhkan atas sebab tertentu.

"Buat masa ini, permohonan untuk mendapatkan peruntukan yang dijanjikan sebelum ini sedang giat diusahakan kerana kita menyedari keperluan yang mendesak," katanya.

KHIDMAT MERU

Posted: 13 Aug 2012 09:10 AM PDT

KHIDMAT MERU


MENYAMPAIKAN TAZKIRAH RAMADHAN DAN SUMBANGAN UNTUK ASNAF

Posted: 12 Aug 2012 05:47 PM PDT





YB Dr Rani telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan dan memberikan sumbangan makanan dan wang kepada lebih dari 35 orang asnaf di Masjid Al Barokah di Kg Bukit Cerakah Jaya.
Turut hadir ialah Datuk Ketua Kampung, Saudara Azhar Sapidin yang membantu mengumpulkan asnaf tersebut.

GURU-GURU PASTI DAN VETERAN AKTIVIS PAS DIRAIKAN

Posted: 12 Aug 2012 04:52 PM PDT





Beberapa orang veteran Pas, Guru-guru Pasti dan Unit Amal di raikan dalam Majlis Berbuka Puasa Semarak Kasih yang dianjurkan bersama oleh Bahagian Lajnah Kebajikan BPPNS dan  Pusat Khidmat Masyarakat Kota Alam Shah .
YB Dr Rani selaku PJ Pas Selangor dan YB Dr Mariah selaku Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat dan Pengerusi Lajnah Kebajikan Pusat telah turun padang untuk menyampaikan sedikit sumbangan dan sijil penghargaan kepada aktivis-aktivis PAS tersebut.

Jasindaily Online

Posted: 13 Aug 2012 09:08 AM PDT

Jasindaily Online


Tak yakin dengan Najib punca Senator BN Sabah sertai Pakatan

Posted: 12 Aug 2012 03:11 PM PDT


 Senator Datuk Maijol Mahap tidak yakin terhadap kewibawaan Suruhanjaya Diraja  (RCI) yang diumum Datuk Seri Najib Razak, pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Bercakap di perhimpunan Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Kota Marudu, beliau berkata, rakyat Sabah menunggu bertahun-tahun lamanya tetapi masalah pendatang tanpa izin tidak pernah selesai.
Justeru, katanya, bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu mengisytihar keluar BN kerana  tiada sebab untuk beliau yakin dengan pengumuman pada saat-saat akhir yang dibuat Perdana Menteri itu.

Pada 11 Ogos lalu, Najib mengumumkan pembentukan RCI berhubung pendatang tanpa izin di Sabah dan akan dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Steve Shim dan dianggotai empat lagi panel.
Dalam majlis itu, Maijol menyatakan beliau meninggalkan BN adalah kerana hilang keyakinan bahawa BN benar-benar bersungguh-sungguh mahu membela nasib penduduk Sabah.
"Saya tidak ingin dimaki oleh generasi akan datang kerana tidak berjuang," katanya yang turut mengumumkan untuk meninggalkan semua jawatannya dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan .
Turut hadir, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden, Tian Chua; dan pengasas APS, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
Dalam pada itu, Bumburing dalam ucapannya berkata, Najib hanya mengumumkan pembentukan RCI apabila protes untuk meninggalkan BN mencapai tahap tertinggi.

"BN kata Sabah adalah fixed deposit (simpanan tetap). Saya nak tanya, fixed deposit daripada siapa? Orang Sabah atau pendatang tanpa izin?" katanya lagi.

ARC MELAKA TEMBUSI DUN SG RAMBAI

Posted: 12 Aug 2012 02:05 PM PDT

ARC Melaka melangkah lagi dengan tertubuhnya ARC DUN Sungai Rambai pada 8 Ogos 2012 di Parit Perawas. Perasmian disempurnakan Oleh Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek selaku YDP Kawasan. Turut serta KP DPPK Jasin, saudara Aminudin Jalil, Hjh Kintan Man selaku Penyelia Dun Sungai Rambai, Abd Karim Kasim, Pengerusi MTD Sg Rambai dan pimpinan pemuda PAS Kawasan Jasin....Tahniah kepada 20 0rang ahli ARC yang baru ...




gambar lain sila klik 

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 13 Aug 2012 07:22 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TOLAK SAMAN : UMNO SELANGOR DITOLAK MAHKAMAH

Posted: 12 Aug 2012 10:23 PM PDT

EHYA' RAMADHAN 1433: TAZKIRAH - RAMADHAN MENCARI RAHMAT ALLAH SWT.

Posted: 12 Aug 2012 10:19 PM PDT

KAFIR HARBI : TIDAK WUJUD TANPA NEGARA ISLAM.

Posted: 12 Aug 2012 08:43 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 13 Aug 2012 03:08 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Politik Sabah semakin getir buat Barisan Nasional

Posted: 12 Aug 2012 07:06 AM PDT

Pakatan Rakyat (PR) hari ini menerima seorang lagi pemimpin senior Barisan Nasional (BN) Sabah — Senator Datuk Maijol Mahap — sekaligus melihatkan pergolakan dalam parti pemerintah di negeri itu.
Mahap, naib presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) mengumumkan untuk keluar parti dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu, kira-kira 100km dari Kota Kinabalu tengah hari ini.
Majlis itu dihadiri oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Kota Kinabalu dari DAP Hiew King Cheu, pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan timbalan pengerusi Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Parlimen Kota Marudu kini dipegang oleh menteri persekutuan, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili yang juga timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), rakan UPKO di BN Sabah.
Dalam ucapannya, Maijol  berkata perubahan akan berlaku di Sabah dan seterusnya di Malaysia.
Keputusan pilihan raya 2008 BN hilang dua pertiga majoriti dan terus berkuasa kerana diselamatkan oleh kerusi parlimen di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.
"Bagi saya, semua ini berlaku dan akan terus berlanjutan kerana satu faktor dan faktornya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dia telah mencipta satu semangat untuk berubah di Malaysia dan ini akan mencetuskan sistem dua parti dan saya menyokong perkara ini," katanya lagi.
Maijol juga menjangkakan lebih ramai lagi yang akan melompat setelah pada bulan lalu ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin keluar dari parti masing-masing untuk menyokong PR.
Kedua mereka berada di rumah Maijol hari ini, keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan kelewatan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
Hanya selepas beberapa hari mereka meninggalkan parti, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan RCI yang diputuskan kabinet pada 8 Febuari yang lalu.
Perdana menteri juga memberitahu lapan perkara dalam penubuhan RCI di Kota Kinabalu semalam, selepas bertemu dengan pemimpin BN negeri.

Salam Perjuangan

Posted: 12 Aug 2012 11:37 PM PDT

Salam Perjuangan


KAFIR HARBI - UTUSAN MALAYSIA CETUSKAN PROVOKASI

Posted: 12 Aug 2012 08:08 AM PDT

23 Ramadhan 1433 H | 12 Ogos 2012

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.

Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.

Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.

Di zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan bukan Islam.

Pengkelasan Abdullah Sama'ah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.

Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim. 'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusanitu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.

'Fatwa' liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusankerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP.

Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP. Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil ke atas Abdullah.

Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum.

Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama. - Malaysiakini

Dr. Maszlee Malik, Pensyarah UIA

PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 Aug 2012 09:06 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Komik Kucing pun tahu sayang Rasulullah

Posted: 11 Aug 2012 11:59 PM PDT

Siri komik yang dihasilkan oleh Ustaz Zakaria Talib (Ibnu Zakirin) dari Kg Air Melintang, Kota, Negeri Sembilan. Cetakan terbaru berjudul NAK IKUT SIAPA? Siri 1, 2 dan 3.

Antara yang menarik dalam komik tersebut ialah ;
~ Hukum memakai selipar orang lain tanpa izin
~ Jenis-jenis salam zina
~ Kesalahan ketika ziarah rumah orang
~ Cara menipu diri
~ Kedudukan butang baju dan kocek
~ Ilmu yang tak diamal
~ dan banyak lagi

Cuma RM5 senaskhah, edisi dan cetakan terhad. Untuk mendapatkannya sila hubungi Ustaz Zakaria di 019-2865129

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 12 Aug 2012 07:40 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Berbuka Di Siang Hari

Posted: 12 Aug 2012 01:27 AM PDT


pix_gal0
Kota Murmansk disinari cahaya matahari 24 jam sepanjang Ramadan 

Dubai: Buat pertama kalinya dalam masa beberapa puluh tahun, Ramadan tahun ini berlangsung ketika musim panas yang dianggap paling sukar hingga ada tempat penduduk Islam hanya berbuka selepas 20 jam.

Selain musim panas kali ini disifatkan sebagai paling panas, ia juga menyebabkan tempoh berpuasa lebih panjang setiap hari. 


Di bandaraya pelabuhan barat laut Russia, Murmansk, penduduk Islam di sana berpuasa dan berbuka pada waktu siang sepanjang Ramadan. 

Murmansk ketika ini disinari cahaya matahari selama 24 jam, bermakna tidak ada waktu yang jelas bagi penduduk Islam di negara itu untuk mula berpuasa dan berbuka. 

Imam Besar Dubai, Dr Ali Mashael berkata, penduduk di wilayah berkenaan perlu berpuasa mengikut waktu yang sama dengan negara paling hampir kepada mereka yang mempunyai waktu siang dan malam yang jelas. 

Ikut negara paling hampir 
Beliau menjelaskan bahawa dalam situasi seperti ini penduduk kawasan terbabit perlu mengikut waktu Imsak, Subuh dan Maghrib di negara yang paling hampir kepada mereka sebagai sumber rujukan. 

Di bahagian lain di dunia turut menyaksikan umat Islam berpuasa 20 jam sehari terutama mereka yang tinggal di Reykjavik, Iceland. Sama dengan ibu negara Denmark, Copenhagen di mana penduduk Islam yang menjadi masyarakat minoriti berpuasa selama lebih 19 jam. 

Di bandaraya berjiran Scandinavia, Helsinki, Finland tempoh berpuasa di sana juga hampir 19 jam manakala Holland dan London masing-masing adalah 18 dan 17 jam. 

Dr Mashael berkata, walaupun puasa selama 17 hingga 20 jam disifatkan sebagai terlalu lama tetapi umat Islam tiada pilihan selain mengikut waktu matahari terbit dan terbenam di tempat masing-masing untuk berbuka atau bersahur. 

baca artikel pemuh...di sini.

Rembau Hari Ini

Posted: 12 Aug 2012 07:08 PM PDT

Rembau Hari Ini


Komik Kucing pun tahu sayang Rasulullah

Posted: 11 Aug 2012 11:48 PM PDT

Siri komik yang dihasilkan oleh Ustaz Zakaria Talib (Ibnu Zakirin) dari Kg Air Melintang, Kota, Negeri Sembilan. Cetakan terbaru berjudul NAK IKUT SIAPA? Siri 1, 2 dan 3.

Antara yang menarik dalam komik tersebut ialah ;
~ Hukum memakai selipar orang lain tanpa izin
~ Jenis-jenis salam zina
~ Kesalahan ketika ziarah rumah orang
~ Cara menipu diri
~ Kedudukan butang baju dan kocek
~ Ilmu yang tak diamal
~ dan banyak lagi

Cuma RM5 senaskhah, edisi dan cetakan terhad. Untuk mendapatkannya sila hubungi Ustaz Zakaria di 019-2865129

Sungai tempat kelahiran MB N.Sembilan tercemar

Posted: 11 Aug 2012 07:56 PM PDT

Semoga rintihan dan masalah yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu oleh penduduk Kg Kundur, tempat kelahiran YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan, mendapat perhatian semua pihak yang berkaitan.

Air sungai berubah kehitaman
12 Ogos 2012

REMBAU – Penduduk di beberapa perkampungan berdekatan Kundur bimbang dengan keadaan air sungai yang dipercayai tercemar dan berwarna kehitaman sejak beberapa tahun lalu.

Salah seorang penduduk, Bahadin Md Seh, 73, berkata, dia menyedari keadaan sungai berkenaan mulai berubah warna sejak beberapa tahun lalu dan dipercayai berpunca dari sebuah kilang kelapa sawit berdekatan lokasi perkampungan berkenaan.

"Susulan keadaan air sungai yang berubah warna dan kotor selama beberapa tahun itu, ternakan seperti lembu serta kerbau juga tidak mahu minum air sungai yang mana ia menguatkan lagi keyakinan penduduk sungai di lokasi ini semakin tercemar," katanya.

Bagi Ramlan Darmin, 47, dia sebagai penduduk bimbang sekiranya air sungai kotor dan tercemar berkenaan akan mengundang penyakit kepada penduduk terutamanya yang sememangnya gemar mandi di situ.

"Anak-anak pun dah takut nak mandi air sungai, takut dapat penyakit dan lebih ketara lagi, jika dahulu penduduk boleh menangkap pelbagai jenis ikan kini aktiviti berkenaan tidak dapat dilakukan lagi," katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kundur Hulu, Zubir Jamal berkata, dia ada menerima aduan daripada penduduk yang bimbang dengan masalah sungai tercemar berkenaan.

Menurutnya, perkara berkenaan sudah berlanjutan agak lama, bagaimanapun tiada aduan yang diketengahkan penduduk ke pihak Jabatan Alam Sekitar (Jas) dan berharap agar ia dapat disiasat oleh pihak berkaitan.

"Sungai yang tercemar ini melibatkan sungai kundur sepanjang lima ke enam kilometer dan seterusnya mengalir ke sungai Kundur Tengah, Kundur Hilir terus sampai ke Lubok China," katanya.


Biografi YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Mei 1956. Bersekolah di Rantau dan Sekolah Menengah Tengku Durah, Seremban, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1977. http://mbn9.com/biografi/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan