Ahad, 22 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 21 Jul 2012 11:04 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Alhamdulilah! Malaysia Kian Teguh Disebalik Krisis. Terima kasih YAB PM @NajibRazak #Vote4BN

Posted: 21 Jul 2012 03:17 PM PDT

New York, Hong Kong, London...Kuala Lumpur? Malaysia kini sedang giat berkembang. Kini, negara ini hanya perlu mengekalkan momentum.

Negara Asia Tenggara ini mempunyai tawaran awam permulaan (IPO) kedua dan ketiga terbesar dunia bagi tahun ini - RM10.4 billion bagi penyenaraian Felda Global Ventures dan IPO IHH Healthcare sebanyak RM6.3 billion. Manakala tanda aras bagi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) pula memecahkan rekod pada hari Rabu lalu kerana mencapai kenaikan sebanyak 7% bagi tahun ini.

Sokongan terhadap ekuiti Malaysia adalah antara faktor utama. IPO Felda sebagai contoh, banyak dibeli oleh pelabur yang berlatarbelakangkan kerajaan seperti anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Simpanan persaraan yang wajib diambil adalah antara perkara yang banyak membantu meningkatkan pasaran tempatan.

Ekonomi Malaysia turut menjana pendapatan yang baik. kadar pengangguran adalah rendah, kadar inflasi adalah pada kadar 2%. Kadar pertumbuhan produk domestik kasar adalah pada kadar 5%. Perkara-perkara tersebut adalah penting kerana pasaran saham Malaysia kebanyakannya terdiri daripada syarikat-syarikat domestik.

Kadar eksport juga semakin meningkat. Komoditi-komoditi seperti minyak sawit, petroleum dan gas merangkumi suku daripada keseluruhan kadar eksport, manakala selebihnya dirangkumi oleh barang-barang elektronik dan barangan kilang. HSBC menyatakan bahawa kadar eksport Malaysia hanya turun sebanyak 2% sejak Ogos lalu, berbanding dengan 13% bagi Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Bank-bank Malaysia juga kelihatan teguh. Kualiti aset yang kuat dan pengurangan kadar hutang bagi bank-bank Eropah tidak memberikan sebarang ancaman.

Namun, masih lagi terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira. Kadar pasaran dunia yang agak lemah mungkin akan menjatuhkan ekonomi. kadar keseluruhan eksport adalah pada kadar 16% - lebih tinggi berbanding dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

Politik juga memainkan peranan penting bagi meningkatkan kadar ekonomi. Perdana Menteri Najib Razak mahu menaiktaraf infrastuktur dan menaikkan kadar pelaburan bagi sektor-sektor seperti minyak dan juga pelancongan. Para pelabur perlu berharap agar agenda ini kekal walaupun keputusan bagi PRU yang akan datang masih lagi tidak dapat dipastikan.


Kadar indeks dagangan pula berada pada kadar 15 daripada pendapatan semasa. Beberapa penganalisis yang menyatakan bahawa ini sudah cukup banyak dan mewah. Malaysia mempunyai momentum. Namun, kini segalanya bergantung kepada keadaan politik dan juga kadar kelemahan pasaran dunia. - Cynthia Koons


Dipetik dari The Wall Street Journal
Khamis, 19 Julai 2012
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pengundi Cina Seputeh Sokong BN. Padan Muka @teresakok #YBMalas #BN4WP @razlanrafii @umbkl

Posted: 21 Jul 2012 02:17 AM PDT

SP rasa Teresa Kok sure pitam bila tengok gambar Penjaja Cina di Parlimen Seputeh yang diraikan dalam Majlis Penyerahan Lesen Penjaja Parlimen Seputeh.

Nampaknya rakan2 kita ni dah mula percaya kepada BN. Harap2 masa PRU13 nanti diterjemahkan sokongan tu dalam bentuk undi ye.


#BN4WP
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan