Ahad, 20 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 May 2012 01:51 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Samseng Bermaharajalela: Najib Butakah?

Posted: 19 May 2012 11:30 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Ambiga Sreenevasan terpaksa membatalkan hasratnya untuk berucap di majlis High Tea anjuran Kelab Penyokong PAS di Merlimau , Melaka apabila pihak polis gagal untuk memberikan perlindungan keselamatan kepadanya.

Sekumpulan 200 samseng berpakain T-Shirt merah telah merusuh dan menganggu majlis tersebut.

Kumpulan tersebut dipercayai dari samseng Melayu, Perkasa, telah menghalang jalan masuk ke majlis tersebut menyebabkan hadhirin terpaksa menggunakan jalan kampung.

Ambiga membatalkan rancangannya apabila polis hanya mampu menasihatkannya supaya tidak menghadiri majlis tersebut tanpa berbuat apa-apa terhadap kumpulan samseng tersebut.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong telah diserang. Begitu juga Adun Bandar Hilir , Tey Kok , sewaktu mereka mahu meninggalkan majlis tersebut.

"Sebutir batu mengenai saya, dan beberapa biji telor mengenai kereta kami. Cermin tingkap kereta seorang ahli kami telah pecah," katanya (lihat gambar atas)

Inikah yang dimegahkan? Kononnya Malaysia ini selamat? Apa polis kita buat? Nak kata duduk-duduk goyang telor pun tak mungkin, sebab polis kita ni nampaknya sudaah tidak ada telor!

Dan bertambah pelik lagi, para pemimpin Umno/BN senyap sepi seolah-olah mereka merestui kerja-kerja ganas samseng begini. SUMBER

Wanita tertua tawan Everest

Posted: 19 May 2012 09:32 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TAMAE Watanabe (kanan) bersama jurugambar, Noriyuki Muraguchi di kaki Gunung Everest.
Tamae Watanabe berusia 73 tahun kali kedua tiba di kemuncak

KATMANDU: Seorang wanita Jepun berusia 73 tahun berjaya menawan kemuncak Gunung Everest buat kali kedua semalam, memecah rekodnya sendiri untuk muncul sebagai wanita paling tua mendakigunung tertinggi dunia itu.

Tamae Watanabe tiba di kemuncak Everest yang mempunyai ketinggian 8,850 meter dari sebelah utara pergunungan di Tibet pagi semalam bersama empat anggota pasukan yang lain, kata Ang Tshering dari Persatuan Mendaki Gunung Tibet China di Nepal.

Watanabe pernah memanjat Everest pada 2002 ketika berusia 63 tahun untuk menjadi wanita tertua memanjat gunung itu.

Berikutan kejayaan terbaru, dia mempertahankan takhtanya selain mengatasi sendiri rekod yang pernah dicatatkan kira-kira 10 tahun lebih awal.

Tshering berkata, Watanabe dan anggota pasukan yang lain dalam keadaan baik dan mereka dalam perjalanan pulang dari gunung itu.

Watanabe dan anggota pasukannya meninggalkan kem di paras tinggi terakhir pada ketinggian 8,300 meter pada malam Jumaat lalu dan mendaki sepanjang malam sebelum tiba di kemuncak pada awal pagi semalam.

Keadaan cuaca di kawasan pergunungan itu baik minggu ini. Pasukan itu mula tiba di kemuncak dari sebelah Nepal di selatan pergunungan, kata jabatan mendaki gunung Nepal.

Pasukan pertama dari Nepal tiba di kemuncak pada Jumaat dan lebih ramai tiba di kemuncak Everest pada waktu pagi semalam.

Keadaan cuaca di pergunungan dikatakan amat mencabar sepanjang tahun ini hingga memaksa beberapa ekspedisi membatalkan rancangan untuk ke kemuncak.

Bulan Mei disifatkan sebagai bulan terbaik untuk mendaki Everest apabila pendaki berhadapan dengan cuaca baik dalam usaha mereka untuk ke kemuncak.

Lelaki tertua mendaki Everest adalah seorang warga Nepal, Min Bahadur Sherchan, yang mendaki gunung itu pada 2008 ketika berusia 76 tahun. – AP

Mahasiswa Dakwa Kepala Retak Diganasi Polis

Posted: 19 May 2012 09:23 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Seorang pemuda mendakwa retak di kepala akibat dipukul polis sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu - antara insiden paling serius diketahui setakat ini.

Mohd Najib Rahimi, 27, mendakwa dipukul kira-kira 30 anggota polis selepas ditangkap dan diseret polis dari kawasan Masjid Jamek ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, beliau dipukul selepas cuba menghalang polis yang mahu merempuh peserta BERSIH yang berlindung di Masjid Jamek.

Beliau juga kesal dengan tindakan polis yang didakwa bertindak seolah-olah beliau melawan sewaktu ditangkap untuk membolehkan polis lain menyerangnya bertalu-talu.

"Dia tarik dan koyakkan leher baju saya dan menggoyang-goyangkan badan saya seolah-olah saya melawan.

"Sepanjang perjalanan (dari Masjid Jamek ke Dataran) saya ditumbuk, ditendang dan saya hanya mampu beristighfar sahaja," katanya.

Mohd Saufi Othman, 26 tahun, seorang pelajar politeknik pula mendakwa dihentak dengan gari dan bucu pistol pada bahagian tulang rusuknya.

"Sehingga kini setiap kali saya menarik nafas, saya terasa sakit di bahagian dada," katanya yang menyertai himpunan BERSIH bersama keluarganya.

Seorang agen insurans, Daniel Lee, 39 tahun mendakwa menerima lima jahitan di belakang telinganya selepas dipukul polis sewaktu menunggu tren berhampiran Masjid Jamek untuk pulang ke rumah

"Polis naik ke atas platform dan menarik dan membelasah saya sepanjang perjalanan dari stesen itu sehingga ke Dataran Merdeka," katanya. -mk

Beg berisi mayat bayi

Posted: 19 May 2012 08:49 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SUNGAI MANIK: Hasrat seorang remaja lelaki memetik nenas di kebun buah-buahan keluarganya, di sini, petang kelmarin, terbantut apabila terserempak dengan sebuah beg pakaian berisi mayat bayi.

Dalam kejadian jam 6.30 petang di Lorong Tok Jingga, Kampung Sungai Lampam, mayat bayi dibalut dengan kain sarung batik itu dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu sebelum dicampak di ladang berkenaan.

Difahamkan, mayat bayi itu cuba dikebumikan berdasarkan penemuan satu 'kubur' kecil berhampiran sebuah pokok mengkudu di lokasinya ditemui.

Saksi kejadian, Khairudin Idris, 17, yang juga pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdullah, di sini, berkata, sebaik terserempak dengan mayat bayi, dia bergegas pulang ke rumahnya di Parit 4/7R Chenderong Balai dan memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.

Beliau berkata, dia bersama abangnya, Saharudin, 20, dan abang iparnya, Razlan Abu Bakar, 28, kembali ke lokasi penemuan mayat bayi itu untuk memeriksa.

"Kami membuka beg sebelum melihat mayat bayi itu berbalut dengan kain sarung batik. Kami percaya bayi itu meninggal dunia beberapa hari lalu kerana berbau busuk dan berulat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Empat bagi memaklumkan penemuan mayat bayi itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya menyerahkan mayat bayi kepada Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, sehingga semalam, jantina mayat berkenaan belum dipastikan kerana masih dalam pemeriksaan pihak hospital.

metro/-

Gambar kemewahan pemimpin PAS terhangat

Posted: 19 May 2012 08:30 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Artikel blog bergambar daripada http://addin77.blogspot.com membandingkan kemewahan pemimpin tertinggi PAS dengan Umno adalah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-20.

Di tempat kedua juga diungguli oleh artikel blog bergambar http://addin77.blogspot.com mengisahkan terkedunya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak apabila disambut bunga kuning setibanya di London.

Keberanian bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk menghadirkan diri mendengar ceramah Umno yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah menduduki tempat ketiga.

Artikel bergambar daripada http://omakkau.blogspot.com mengisahkan 'kegagalan' Himpunan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat menduduki tempat keempat.

Di tempat kelima ialah artikel bergambar daripada http://www.tranungkite.net menunjukkan kepada Najib bahawa adalah perkara biasa untuk Pakatan Rakyat untuk membuat himpunan gergasi tidak seperti Umno yang terpaksa membazirkan duit untuk T-Shirt, makanan dan pengangkutan untuk menjayakan himpunan ulang-tahun 66nya di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 13 Mei hingga 19 Mei, 2012.

1
Gambar Kemewahan Rumah Pemimpin PAS.. Umno Pun Kalah
2
Gambar Najib Terkedu Bila Terima Bunga Kuning Di London..
3
Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?
4
Himpunan Pekerja anjuran Pakatan Rakyat kena boikot...
5
Aduh NAJIB..PR kumpul di stadium mcm ceramah biasa je...
6
[Gambar] Najib, Altantuya, Skandal Scorpene Kini "Hot" di Kanada dan Dunia
7
Panas...Kedah akan jatuh ke tangan Umno BN
8
Hishammuddin, ini gambar Tonto atau anggota polis?
9
Hanya di China (1 gambar)
10
Hero senaman punggung mengaku beli 'datuk'

harakahdaily/-

Anuar Musa tuntut royalti minyak untuk Kelantan

Posted: 19 May 2012 08:00 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Anuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Anuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).
Anuar berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Red Warior Kelantan. Mereka berjaya mengalahkan Sime Darby untuk menjadi juara Piala FA.

Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh PAS yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari Umno.

Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.

Sebagaimana yang berlaku di Terengganu, Umno menyekat pemberian royalti untuk kerajaan negeri Kelantan.

Di Terengganu, kerajaan pusat pimpinan Umno menarik balik pemberian royalti untuk kerajaan negeri selepas enam bulan PAS memimpin negeri itu pada tahun 1999.

Anuar Musa pula kini dalam keadaan tersepit apabila digantung dari sebarang kegiatan bola sepak selepas mengkritik FAM.

Kini ia menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu royalti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan?

harakahdaily/-

Piala FA: Tuan Guru Nik Aziz ucap tahniah

Posted: 19 May 2012 06:30 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Pasukan Kelantan menjulang piala FA)

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar bawah) mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu yang berjaya merangkul Piala FA pada perlawanan akhir, malam ini.

"Tahniah diucapkan atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang telah berjaya menjuarai Piala FA sebentar tadi," tulisnya dalam Facebook beliau.

Kelantan berjaya menjuarai Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol kemenangan pasukan Red Warriors itu dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan juga mengucapkan tahniah kepada Kelantan di atas kejayan itu.

"Tahniah Kelate atas tropi yang dimiliki malam ini setelah menewaskan Sime Darby. Sime Darby cuba lagi tahun depan," tulisnya juga melalui Facebook.

Pemuda PAS Kelantan juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors.

"Saya mengira bermula dari pemain, jurulatih, pihak pengurusan bahkan pegawai-pegawai KAFA berhak untuk diberikan penghargaaan di atas kejayaan yang bersejarah ini," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.

(Para penyokong Kelantan di Stadium Bukit Jalil malam tadi)

Namun, dalam masa yang sama, beliau memohon kepada semua pihak agar tidak mengambil kesempatan daripada kemenangan pasukan The Red Warriors menjulang Piala FA pada kali ini untuk kepentingan politik pihak-pihak yang tertentu.

"Sesungguhnya The Red Warriors ialah milik semua rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik.

"Memperalatkan pasukan bola sepak negeri Kelantan untuk kepentingan politik mana-mana pihak hanya akan menyebabkan budaya tidak sihat menular ke dalam sukan bola sepak," kata Latif.

Justeru, beliau mengharap agar insiden yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang khususnya ketika negara dijangka berdepan dengan pilihanraya umum yang ketiga belas bila-bila masa sahaja dari sekarang.

harakahdaily/-

20 maut letupan terowong di China

Posted: 19 May 2012 06:00 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BEIJING: Satu letupan di terowong tapak pembinaan lebuh raya ibu kota China meragut 20 nyawa dan mencederakan seorang pekerja, menurut pihak berkuasa biro keselamatan kerja wilayah.

Pihak berkuasa jabatan itu berkata, kejadian di wilayah Hunan itu berpunca daripada sebuah kenderaan yang sedang memunggah bahan letupan di terowong antara lebuh raya Yanling dan Rucheng yang dalam pembinaan.

Sementara itu, media rasmi China, Xinhua berkata, 20 pekerja terbunuh dalam kejadian itu dan satu mayat sudah ditemui.

Katanya, empat pekerja binaan yang lain mengalami cedera ringan serta seorang mangsa dalam keadaan kritikal dan sudah dikejarkan ke hospital. - AP

Azan dan sujud di Padang Kota

Posted: 19 May 2012 05:40 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud)

GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.

Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.

(Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus)

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.

Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda.

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan.

harakahdaily/-

Kafe kucing pertama di Eropah

Posted: 19 May 2012 02:00 AM PDT

27 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TIGA kucing Cafe Neko menguasai sebuah meja dalam kafe berkenaan.
TAKAKO bersama seekor kucing yang menetap di kafe itu.
TAKAKO bersama seekor kucing yang menetap di kafe itu.

VIENNA: Ia kafe yang berlainan dengan kafe lain. Penghuninya tidak akan mengangkat jari untuk melayan tetamu, sebaliknya akan berkeliaran di dalam seolah-oleh mereka yang memiliki kawasan itu.

Dan jangan terperanjat jika terdapat 'bulu ganjil' di dalam minuman anda.

"Kafe kucing' pertama di Eropah dibuka di Austria awal bulan ini.

Pelanggan menghirup teh dan kopi mereka sementara kucing yang mendiami kafe berkenaan - Sonja, Thomas, Moritz, Luca dan Momo di pangkuan mereka atau tidur di bawah kerusi.

Takako Ishimitsu, 47, pemilik kafe berkenaan berasal dari Jepun. Kafe seumpama itu adalah perkara biasa di negara matahari terbit itu.

Di situ, orang ramai yang ditegah memelihara haiwan di apartmen, boleh menghabiskan masa di kafe haiwan untuk bersama-sama dengan binatang kesayangan mereka.

Dengan harga secawan cap- pucino, mereka boleh melihat dan bermain dengan haiwan itu.

Terdapat sekurang-kurangnya 39 kafe seumpannya di Tokyo saja. Ada yang khusus tentang jenis kucing, seperti kucing hitam atau yang gemuk.

Takako berkata, dia mahu membawa aspek budaya Jepun yang luar biasa itu ke Eropah bagi menyediakan keselesaan kepada orang ramai yang rindu untuk mendapatkan kucing peliharaan tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana masalah ruang atau ekonomi.

Semua kucingnya diambil dari sebuah pusat perlindungan haiwan.

Takako menghabiskan masa tiga tahun berunding dengan pegawai majlis perbandaran mengenai isu kebersihan sebelum diberi kebenaran untuk membuka Cafe Neko (Kafe Kucing dalam bahasa Jepun).

Kafe berkenaan bukan saja mementingkan kebersihan tetapi juga menolak sebarang kehadiran anjing di dalamnya. - DM

Ilmu ghaib lima saat

Posted: 19 May 2012 02:00 AM PDT

27 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LIPIS: Dia seorang guru silat yang terkenal di Merapoh dan andainya dia berkata bahawa tidak perlu menaiki kenderaan untuk ke Kelantan, pasti ramai yang mengaitkan kenyataannya itu dengan ilmu serta kehandalan yang dimilikinya.

"Memang saya boleh ke Kelantan dalam tempoh tidak sampai lima saat. Kalau tidak percaya, saya boleh buktikan," kata Ismail Abdullah, 68, yang menetap di Kampung Mentara Baru, Merapoh, dekat sini.

Bukan niat Ismail bermegah dan berbangga dengan ilmunya, tetapi memang bukan sesuatu yang sukar baginya ke negeri jiran itu.

Selepas diselidik, rupa-rupanya rumah Ismail terletak di garisan sempadan Pahang-Kelantan dan dalam beberapa langkah saja, Ismail boleh berada di Kelantan dan pulang ke Pahang dalam sekelip mata.

"Saya tidur di Pahang dan memasak di Kelantan. Saya tidak perlu menaiki kenderaan ke Kelantan. Kadangkala, saya sendiri keliru sama ada saya orang Pahang atau Kelantan.

"Kalau mengikut sijil kelahiran, saya orang Kelantan, tetapi saya merasakan saya orang Pahang kerana sebahagian besar dari hidup saya dihabiskan di negeri itu," katanya.

Ismail yang juga bekas Ketua Kampung Mentara Baru berkata, keadaan itu sudah dialaminya sejak kecil lagi dan dia hanya mengetahui rumahnya terletak di sempadan Pahang-Kelantan apabila Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) meletakkan batu sempadan pada tahun 1962.

Dia yang sudah kematian isteri sejak lebih lima tahun lalu menetap di rumah berkenaan bersama dua daripada lapan anaknya.

"Alamat saya menunjukkan saya menetap di Pahang, tetapi tidak sampai 5 saat, saya boleh berada di negeri Kelantan. Kalau orang lain, mereka memerlukan masa paling tidak 5 jam untuk ke Kelantan tetapi tidak bagi saya," katanya sambil bergurau.

Itulah istimewanya kediaman Ismail dan dia tidak berhasrat mengubah lokasi rumahnya kerana selesa dengan keadaan itu walaupun pernah terfikir berpindah.

metro/-

Ahli Umno tunggu apa lagi, hijrah lah...

Posted: 19 May 2012 01:33 AM PDT

27 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sejak akhir-akhir ini berlaku suatu fenomena menarik di mana bukan sahaja ahli dan pemimpin Umno malah golongan cerdik pandai juga mula tidak percaya kepada Umno.

Terbaru kelmarin, Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Akan datang ini pula bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis akan menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau dijangka akan menyerahkan borang ahli PAS kepada Presiden PAS pada satu majlis di Batu Kurau, Perak malam esok.

Sebelum ini bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir juga turut mengumumkan keluar parti dan menyokong Pakatan Rakyat selepas kecewa dengan Umno sekarang yang didakwa terpesong dari landasan perjuangan.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Suhaimi Abdul Aziz, beliau melihat perkembangan terbaru itu menunjukkan Umno tidak lagi mendapat kepercayaan orang Melayu sendiri.

"Kita mengingatkan bahawa Umno bukan lagi sebuah parti tempat berpaut umat Melayu di negara ini.

"Umno adalah untuk suku sakat golongan elit pemerintah sahaja. Mereka yang terus berkuasa akan mendapat habuan, manakala ahli bawahan yang bekerja bertungkus lumus sejak dahulu sehingga sekarang tidak dipedulikan," katanya.

Menurutnya, jika suatu ketika dulu, tanda-tanda pilihan raya umum berlangsung adalah dengan ahli PAS atau Pakatan Rakyat 'keluar' beramai-ramai dengan menyertai BN, namun sekarang ini sudah terbalik pula.

"Kita menyeru pemimpin-pemimpin Umno serta komponen BNdi Wilayah Persekutuan agar berhijrah segera ke Pakatan Rakyat sebelum kapal BN tenggelam sepenuhnya menjelang PRU 13.

"Kita bersedia menerima kemasukan pemimpin-pemimpin UMNO ke dalam PAS dengan hati terbuka asalkan mereka ikhlas menerima prinsip perjuangan PAS," katanya.

harakahdaily/-

Polis digesa henti intimidasi Irene Fernandez

Posted: 19 May 2012 01:30 AM PDT

27 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan mendesak kerajaan menghentikan segala tindakan intimidasi terhadap Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez.

Ketua penerangannya Lee Khai Loon berkata, jika tidak berhati-hati, tindakan polis menyiasat Fernandez di bawah Akta Hasutan, hanya akan dilihat seolah-olah cuba melindungi pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam rasuah dan ugutan.

"Pihak polis perlu mengambil tindakan yang proaktif terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Irene Fernandez di dalam temu bual Jakarta Post dengan menyiasat isu pekerja asing ditindas dan terpaksa bekerja di tempat kerja yang tidak selamat.

"Masalah pemerdagangan manusia serta rasuah yang semakin ketara perlu diatasi dengan tindakan polis yang profesional dan efektif," jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagi mengulas tindakan polis kelmarin yang telah membuka kertas siasatan terhadap Fernandez yang didakwa berterusan memburuk dan memfitnah negara berhubung isu tenaga kerja asing.

Sebelum ini, Fernandez dalam temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan akhbar Jakarta Post, mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Rela sering menggugut pekerja asing.

Mengulas lanjut Khai Loon berkata, kerajaan tidak wajar menggunakan pelbagai akta untuk menakutkan rakyat khususnya pemberi maklumat yang berkaitan penyelewengan dan salah guna kuasa di dalam kerajaan.

"Ramai pemberi maklumat yang berani mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa pihak berkuasa telah dihukum atau ditakuti di bawah akta yang zalim ini.

"AMK menyokong sepenuhnya tindakan Irene Fernandez yang penuh dengan keberanian," katanya.

harakahdaily/-

Hari Belia Negara Pulau Pinang muram

Posted: 19 May 2012 01:14 AM PDT

27 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Tapak sambutan Hari Belia Negara peringkat Pulau Pinang pagi tadi suram)

BUTTERWORTH: Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di perkarangan Lingkaran Luar Butterworth pagi tadi (19 Mei 2012) berlangsung dalam suasana muram tidak menyengat selari dengan semangat belia yang bakal mewarnai Malaysia pada masa depan.

Fenomena itu tidak sepatutnya terjadi dalam usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) merangka Himpunan
Sejuta Belia di Putrajaya hujung bulan ini.

Harakahdaily difahamkan suasana dingin itu berpunca daripada 'protes' belia Pulau Pinang yang tidak setuju penganugerahan Perdana Belia Negara kepada Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Saudara Jais Karim yang mewakili GPMS Cawangan Sungai Pinang.

Ekoran terasa dirinya akan diboikot menyebabkan beliau membawa 'ahli sorak' dari Kuala Lumpur semata-mata memberi gambaran sokongan padu.

(Jais menerima hadiah dari Nor Mohamed Yakcop)

Sedangkan beliau tidak aktif di negeri ini sebaliknya bergerak di Kuala Lumpur jadi timbul persoalan kenapa namanya dipilih sebagai pemenang anugerah.

Adakah tiada lagi nama aktivis belia dari Pulau Mutiara yang selama ini melaksanakan pelbagai program untuk kemajuan masyarakat terutamanya generasi belia yang lebih dikenali dengan Generasi 'Y di kalangan orang muda era kini.

Yang peliknya, sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang tidak pula kedengaran lagu Negeri Pulau Pinang selepas lagu 'Negaraku' seperti lazimnya.

Adakah penganjur begitu bencikan kepimpinan negeri sehingga tidak pula memperdengarkan lagu negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Walhal ia dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dengan tema 'Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini '.

Akibat protes tersebut ramai yang menerima anugerah Perdana Belia Negara tidak datang untuk menerima hadiah masing-masing sebaliknya yang naik ke pentas adalah wakil mereka melainkan ketogari wanita.

Kunjungan para belia juga tidak menepati sasaran kemungkinan besar perasaan untuk menyertai belia di kalangan anak muda sekarang kian luntur ekoran program belia sering dikaitkan dengan Umno.

Bila Umno mula ditolak kerana sikap ego dan suka menyeleweng dalam pentadbiran negara maka tidak hairan pada pilihanraya umum ke 12 lalu menyaksikan sokongan para belia tidak secergas dulu.

Pemuda lingkungan umur 20 an dan 30 an kelihatan lebih senang dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai tapak untuk mereka bergantung harap bagi mengapai impian di masa depan.

Sebab itu program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan sehari suntuk itu terpaksa memanggil banyak agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pertandingan auto show, artis akademi fantasia dan sebagainya untuk mengamit hadirin.

Namun, sampai tengahari tadi hadirin semakin meninggalkan lokasi berkenaan dan menambahkan lagi kesuraman majlis tersebut.

Memandangkan majlis formal kerajaan, apa salahnya Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perdana
Menteri (ICU) menjemput Exco Belia dan Sukan, pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri, Ong Kok Fooi mewakili Kerajaan Negeri.

Tentu ramai akan puji bagi menunjukan kerjasama boleh dijalin atas nama semangat belia walaupun berbeza ideologi politik.

Adakah para belia hanya didedahkan dengan politik sebelah pihak sedangkan para belia lebih mengetahui politik mana yang patut didukungi.

Sikap yang ditunjukan oleh kepimpinan kerajaan sendiri menyebabkan para belia muak dan menjauhi Persatuan Belia yang dulunya menjadi kekuatan masyarakat kampung.

Antara anugerah yang diberikan ialah anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2012 yang dimenangi oleh Pertubuhan Belia Hindu (HYO) Cawangan Butterworth.

Manakala kategori wanita penganugerahan Perdana Belia Negara diperolehi oleh Nagespary a/p Nadarajan.

harakahdaily-

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 20 May 2012 01:13 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Ceramah Ustaz Azhar di Padang Kota Lama Pulau Pinang Tidak Dapat Sambutan

Posted: 19 May 2012 05:56 PM PDT

FOTO-FOTO SEBAGAI BAHAN BUKTI DAN BUKAN CAKAP PAKAI AIR LIUR BASI….. DISEKITAR KULIAH AGAMA PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS DIPADANG KOTA LAMA PULAU PINANG…… MENDAPAT KERJASAMA YANG AMAT ERAT DARI KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG PIMPINAN YAB LIM GUAN ENG…   http://omakkau.blogspot.com/

PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 May 2012 09:21 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Bantuan diperlukan untuk Maahad Tahfiz di Nilai, N.Sembilan

Posted: 19 May 2012 06:34 AM PDT


PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH

Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai , Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.

Untuk memastikan matlamat pusat pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3 buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.

Selain daripada memohon dana surau pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah;
a) Surau RM200,000.00
b) Kelas pengajian RM10,000.00
c) Tempat permainan RM30,000.00
d) Dewan makan RM5,000.00
e) Pagar keselamatan mengelilingi sekolah RM15,000.00
f) Sistem perparitan dan pembuangan sampah RM10,000.00
g) Kelengkapan asrama spt almari pakaian pelajar RM15,000.00

Jumlah Keseluruhan RM335,000.00

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun atas nama;
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)

Sebarang maklumat lanjut yang ingin diperolehi, sila hubungi ;
Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649

CERAMAH PERDANA

Posted: 19 May 2012 03:13 AM PDT


CERAMAH PERDANA
Bersama : YB Ir Khalid Samad, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Shamsul Iskandar, YB Cha Kee Chin, YM Tunku Harmy, Zulkefly Omat
Tarikh : 22 Mei 2012, Selasa
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Markas PAS Sungai Jai, Lot 644, Sg Bioh, Lenggeng, N.Sembilan

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA

Posted: 19 May 2012 03:12 AM PDT


PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' SEREMBAN
Gerai No 6. Jalan Margosa 2,
Taman Bukit Margosa,
70400 Seremban
WAKTU RAWATAN : Setiap Ahad , 10 pagi - 5 ptg
PERAWAT :
Ust.Rohade 013-2178838
Ust. Mohd Alim 012-6902567
Ust. Hj Mohd Amin Karim 013-6473452

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' LINGGI
Kg Baru Semin, Lubok Cina, 71150 Linggi
WAKTU RAWATAN : Setiap Sabtu , 2:30 ptg - 5:30 ptg
PERAWAT :
Ust. Azahar bin Abu Bakar 012 - 9115480
Ust. Abd Rahman bin Abd Manap 019 - 6807163
Ust. Abd Ghani bin Ahmad Zaighu 012 – 6761187


PROGRAM BERKHATAN

Posted: 19 May 2012 03:11 AM PDT


PAS KDAS 3

Posted: 19 May 2012 09:14 PM PDT

PAS KDAS 3


(PANAS) Talkin & TAHLIL Atas KUBUR - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 May 2012 02:08 AM PDT

(PANAS) Seorang TOK GURU Kata WAJIB Sokong UMNO ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 May 2012 01:56 AM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 19 May 2012 09:07 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Ceramah Bersama Yb Ust Nasir, Ahmad Kassim, dan Yb Pahrolrazi di Kg Lubuk Merbau, Pedu.

Posted: 19 May 2012 03:43 AM PDT









DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 19 May 2012 07:19 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Berita Nih Confirm Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno

Posted: 19 May 2012 05:47 PM PDT





BATU GAJAH - Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu. 
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
"Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.
"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.
"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.
"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.
"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.
"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.
Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat. ~harakahdaily


Terkini!!!!Insp. Aliza sudah berada di Pentas PAS

Posted: 19 May 2012 05:44 PM PDT








Selepas Aishah, Dayangku Intan,,,,, Kini Giliran "Abby Abadi" Mengambil Tempat.. Jom Kita Turun Ramai-Ramai... ::.kikiki.::

Abby Abadi ( Isnp. Aliza) Bekas pelakon Siri GERAK KHAS akan bersama sama di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang.


Posted: 19 May 2012 05:41 PM PDT


Gambar kat atas nih ialah rumah Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom, punyalah besar rumah siap ada kubah dan ada rumah pengawal. Inilah menteri United Malays National Organisation (Umno).. baru jadi menteri beberapa penggal rumah bagai istana.

Manakala gambar kat bawah nih adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang jawatan Menteri Besar.

Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan, 1990 - Hingga Kini
Tuan Guru Haji Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu 1999- 2004
Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.
 
Dikala pemimpin PAS sibuk membangunkan Ummah,pemimpin United Malays National Organisation (Umno) membangunkan Rumah.
 

Rembau Hari Ini

Posted: 19 May 2012 07:07 PM PDT

Rembau Hari Ini


PROGRAM BERKHATAN

Posted: 19 May 2012 02:59 AM PDT


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 19 May 2012 03:25 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


(PANAS) NAJIB MINTA PICC BATAL KULIAH UAI

Posted: 19 May 2012 01:48 AM PDT

Akibat takutkan akan aura UIA yang bakal menarik belia-belia di Putrajaya sempena dengan Himpunan Sejuta Belia yang bermula 23 mei ini, Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan tauliah UAI di PICC pada 26 mei ini.... Arahan itu telah dikeluarkan melalui surat yang telah di faks kepada Pengarah JAKIM semalam untuk menarik serta-merta tauliah tersebut...

So peminat-peminat Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang ternanti-nanti akan kehadiran UAI pada hujung 26 Mei di PICC terpaksa berputih mata le jawabnya... so nak tau cerita sebenar tunggu UAI di Shah Alam 27 Mei nie....

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 19 May 2012 03:18 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ASTAGFIRULLAH, PAGAR CEDERAKAN DIRI SENDIRI !

Posted: 19 May 2012 02:58 PM PDT

Ini bukan Kes Pagar makan padi tapi pagar cederakan diri sendiri.dIBERITAKAN MEREKA INI BUKAN DALAM BERTUGAS DAN SEDANG BERSIAR-SIAR TAPI BERSIAR DI KAWASAN LARANGAN.
5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana


KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

"Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

"Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan," katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.

Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. ~ Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Lima anggota polis cedera apabila kereta yang mereka naiki merempuh pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya, awal pagi Sabtu.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohmad Salleh berkata, kelima-lima mangsa yang berusia di antara 20 dan 22 tahun dan bertugas di ibu pejabat polis Shah Alam menerima rawatan di Hospital Putrajaya sebelum salah seorang daripada mereka dibenarkan keluar wad.

Mohmad berkata, kelima-lima anggota polis itu tidak bertugas semasa kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi.

Katanya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Beliau berkata, kereta tersebut merupakan milik seorang anggota polis yang terlibat dalam kemalangan itu.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 19 May 2012 11:15 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Makan Malam Bersama Ketua Pemuda PAS Terengganu di UPU Pengkalan Pandan

Posted: 18 May 2012 12:37 PM PDT



Motivasi Muslimat Bersama Ustaz Yusof Embong dan Catriona Ross

Posted: 18 May 2012 12:33 PM PDT

 
 

Jasindaily Online

Posted: 19 May 2012 09:08 AM PDT

Jasindaily Online


3 perkara yang Najib terpaksa tangguh PRU13

Posted: 18 May 2012 08:38 PM PDT

Laporan-laporan terbaru Special Branch dan MIO telah membantutkan hasrat PM Najib Razak untuk membubarkan Parlimen yang hangat diperkatakan akan dibubarkan pada bila-bila masa. Setakat ini laporan yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat akan memenangi 95 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, yang mana situasi ini akan menyebabkan BN tumpas dengan majoriti mudah, dan kemungkinan berlaku 'Hung Parliament' ataupun Parlimen Tergantung. 

Bulan Mac yang lalu, Najib Razak memberi amaran sekiranya BN gagal mendapat majoriti selesa pada PRU13, maka ini akan member kesan perit untuk BN.Justeru, katanya, adalah penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil. 

 3 perkara yang Najib terpaksa tangguh PRU13

 Pertama, pada bulan lepas, Mahkamah Perancis mendedahkan telah memperolehi bukti bahawa Najib, semasa menjadi Menteri Pertahanan, telah meminta bayaran sebanyak AS $ 1 bilion untuk Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, kroni beliau. "Jika Perdana Menteri mempunyai integriti dan mahu dilihat sebagai seseorang yang mempunyai kemuliaan dan moral, beliau harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua keperluan undang-undang," kata naib presiden PAS.Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.Akhbar di Kanada yang mempersoalkan Najib dalam kes terbaru melibatkan Altantuya Tribunal berterusan di Paris telah menyenaraikan beberapa pegawai tertinggi Malaysia, termasuk Najib dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi. Zahid sebelum ini mempersoalkan kuasa tribunal untuk mengeluarkan sepina dan menggunakan Interpol untuk membantu jika saksi enggan hadir."Siapa mereka untuk mengeluarkan waran tangkap? Kami tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis", Zahid berkata. 

 Bersih 2.0 

 Kedua, sudah tentu akibat Perhimpunan Bersih 3.0 yang menyaksikan Rakyat berbilang kaum dari segenap lapisan seramai lebih 250,000 Rakyat berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyatakan kebenaran dan menyatakan sokongan menentang kerajaan yang korup, penipu dan zalim.Lebih menakutkan Najib dan UmnoBn adalah yang hadir itu datang dengan wang saku mereka sendiri, walaupun dari golongan miskin Rakyat Malaysia.

Ketiga, acara Perhimpunan Raksaksa 500,000 ahli Umno bagi meraikan Ulangtahun UMNO yang dirancang oleh Najib tidak hanya untuk memperingati ulang tahun ke-66 parti itu, tetapi ia juga adalah untuk menyediakan platform untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13.  Semasa kehadiran Najib Rosmah Walau bagaimanapun, jumlah kehadiran yang amat mengecewakan dengan jumlah kurang 50,000 orang, telah dibuat perbandingan dengan Perhimpunan pada 28 April Bersih 3.0, di mana seramai 250,000 rakyat Malaysia berkumpul hadir secara sukarela di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Nampaknya keadaan ini telah memberikan kedua-dua pemimpin Umno ini, Najib dan Mahathir berfikir dua kali untuk melaksanakan PRU13.Minggu lepas, Mahathir menasihatkan Najib untuk mengadakan PRU13 hanya selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri, berbeza dengan gesaan beliau pada awal bulan April, yang mengatakan ia adalah masa yang sesuai untuk Najib untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin… Lagi lama ditangguh… lagi parah UmnoBn…!!! Orang-orang Umno dah mula benci dengan Najib ni… tengok la nanti~http://btmmari.blogspot.com

Kerja Jahat UMNO Perak Terbongkar

Posted: 18 May 2012 08:36 PM PDT


Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven."Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan. "Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan."Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

   

"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang."Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan."Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir."Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Laporan polis berkenaan penganjuran program Irshad Manji

Posted: 18 May 2012 08:28 PM PDT

Laporan polis berkenaan penganjuran program Irshad Manji di Monash University, Sunway Campus, telah dibuat oleh wakil PEMBINA. Promosi program ini begitu meluas disebarkan di laman Facebook yang mempromosikan sesi bersama Irshad Manji di Monash University, Sunway Campus, pada 18/5/2012 dan akan berlangsung pada jam 1.00 p.m. sehingga 2.00 p.m. Apabila wakil PEMBINA menghubungi Encik Mohamad Ismail untuk mendapatkan pengesahan, respon beliau adalah program ini akan berlangsung dan hanya terbuka untuk komuniti kampus Monash University. 

Umum harus menyedari bahawa, Irshad Manji merupakan seorang aktivis yang memperjuangkan idea untuk menterjemahkan semula ajaran agama Islam dalam bentuk yang baru dan liberal. Penganjuran program seperti ini adalah tidak wajar dilaksanakan di Malaysia kerana fahaman yang dibawa oleh Irshad Manji adalah satu fahaman Islam yang terpesong daripada ajaran sebenar dan menyesatkan. Sesi bual bicara ini yang dianjurkan di institusi pengajian tinggi pada masa Solat Jumaat jelas menunjukkan bahawa pihak penganjur tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan cuba untuk mempromosikan kefahaman Islam Liberal yang jelas sesat. Oleh itu, PEMBINA menggesa pihak polis supaya menyiasat penganjuran program ini dan mengambil tindakan terhadap pihak penganjur atas akta hasutan 1948 kerana tidak menjaga sensitiviti agama masyarakat Malaysia dan ummat Islam kerana cuba mempromosikan ajaran sesat. Ini jelas bertentangan dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan.~PEMBINA MALAYSIA

Kazim Elias tampil sikap sebenar di Sri Rahmat

Posted: 18 May 2012 08:28 PM PDT

Rakyat Kampung Sri Rahmat berasa kesal dan sedih apabila ceramah UMNO diadakan di Surau Kampung Tersusun Seri Rahmat (Berhampiran Kelab Golf Clearwater) pada 16 Mei 2012. Menurut keluhan beberapa jemaah surau berkenaan mereka berasa terkejut dan kesal kerana penganjuran ceramah oleh JASA dan pemuda UMNO bahagian Gopeng itu tidak mendapat persetujuan daripada ajk surau berkenaan untuk diadakan ceramah politik. 


 Walaupun tajuk ceramah yang diadakan dihebahkan bertajuk bicara Agama bertajuk Tidak Amankah Malaysia?, hakikatnya penceramah yang dijemput pada malam itu iaitu Ustaz Kazim Elias telah menggunakan peluang berceramah di atas pentas Pemuda UMNO untuk menceritakan kekesalannya berada dalam PAS sebelum ini. Malah cerita-cerita picisan kononnya beliau dipinggir oleh ajk surau PAS yang dikumandangkan dalam ceramah beliau itu jelas menampilkan isi hati beliau sebenarnya yang sebernarnya telah lama menyebelahi UMNO.

Menurut Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat beliau telah menerima banyak keluhan rakyat Sri Rahmat malah yang lebih memalukan sikap Ustaz Kazim sendiri yang sanggup menyatakan bahawa beliau bukan menyokong UMNO semasa berceramah bersama Ustaz Azhar Idrus di Manjoi beberapa bulan yang lalu dan ia merupakan suatu pembohongan. Sikap sebegini tidak cocok ditonjolkan oleh seorang yang bergelar Al hafiz. Bekas Ketua kampong Sri Rahmat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Che Ahmad Osman menyelar penyokong UMNO Sri Rahmat yang sanggup membenarkan Pemuda UMNO Gopeng untuk memanipulasikan tajuk ceramah agama untuk memancing hadirin sebaliknya mereka menampilkan penceramah yang sebenarnya memang menyokong UMNO secara terbuka. Beliau juga berkata sikap Ustaz Kazim jelas akan menghilangkan penyokong ceramah-ceramah beliau memandangkan ahli PAS lah yang sebenarnya memberi sokongan dan menaikkan ceramah beliau selama ini.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 19 May 2012 09:07 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Kebenaran Bersih terbukti: Letak jawatan, Najib Razak, anda memalukan

Posted: 18 May 2012 06:16 PM PDT

Kebenaran Bersih terbukti: Letak jawatan, Najib Razak, anda memalukanApabila kita membaca pengalaman peribadi yang ditulis oleh Renee Talalla, seorang pesara guru berusia 70 tahun yang menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, kami merasa begitu malu. Kemudian kami sedar akan sesuatu yang tida betul.

Apakah jenis kerajaan yang sanggup melakukan perkara demikian pada rakyat? Perdana Menteri apakah yang sanggup membahayakan keselamatan orang mudanya, wanita dan warga tua? Begitu biadap sekali!

Malaysia Chronicle juga telah memerhatikan perarakan Bersih 3.0 dan dari pengamatan kami, ia tidak jauh berbeza daripada apa yang diceritakan oleh Puan Renee.

Telah tiba masanya kita melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan di Malaysia dan Malaysia Chronicle ingin memulakan dengan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab.

Letak jawatan, sila berhenti dan jangan memalukan negara lagi.

(Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle)

KEBAIKAN, KEBURUKAN dan KEJAHATAN yang berlaku di BERSIH 3.0 - Renee Talalla

Walaupun letih, mengantuk dengan sakit-sakit diseluruh badan, saya perlu juga menulis untuk mengeluarkan segala yang dipendam di minda supaya saya dapat melelapkan mata. Jadi, di sini pengalaman Bersih 3 bagi saya yang ditulis pada pukul 11 malam pada 28 April 2012.

Sebagai rakyat yang juga warga emas yang mematuhi undang-undang, walaupun tidak mempunyai keberanian seperti orang lain, kami telah memilih untuk tidak menyertai Bersih 2 apabila ia telah diharamkan, , KL dikawal ketat dan sebagainya. Kali ini, seperti mereka yang lain, kami telah membuat keputusan untuk menunjukkan sokongan kami untuk menyertai Bersih 3.0. Tiada salah kiranya kami menyangka tidak akan ada masalah, namun kami tetapi bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan - garam, tuala basah dan sebagainya di dalam beg. Kami yakin peserta akan berdisiplin dan pihak polis akan lebih berhati-hati selepas kekacauan pada Bersih 2.

Pada jam 10.30 pagi, saya dan suami saya menaiki LRT ke Pasar Seni. Kereta api begitu sesak dengan orang ramai berborak dan beramah mesra. Dari Pasar Seni pada kira-kira pukul 11 ​​pagi, kami berjalan-jalan melalui Pasar Seni dan menyelusuri tepian Tun Perak. Orang ramai yang berkumpul, berdiri di sekeliling atau duduk di atas kaki lima di sepanjang jalan. Kami berjalan melalui orang ramai yang sangat bersesak berhampiran pertemuan antara Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mencari tempat duduk yang sedikit tinggi dari atas tanah. (Pada usia 70 dan suami yang hampir mencecah 80, jika kami cuba untuk duduk di atas jalan atau tepi jalan, kami akan menghadapi kesukaran untuk bangun!

Bagaimanapun, kami berjaya mendapati tempat yang sesuai. Diatas tiga anak tangga bersebelahan kolam air di tepi dinding. Sudah ramai yang duduk disitu tetapi beberapa orang telah membuat ruang untuk kami. Jika berdiri di atas anak tangga kedua, kami dapat melihat sedikit. Kami juga boleh duduk di atas anak tangga itu. Ada satu barisan orang di belakang kami pada anak tangga ketiga. Tempat itu agak teduh. Tempat yang cukup sempurna.

Peserta semakin ramai, semua beradap dan berdisiplin

Pada pukul 11.30; semakin ramai yang tiba pada setiap minit. Saya jangka 80% daripada mereka orang Melayu, selebihnya Cina dengan sedikit kaum India. Kami semakin dihimpit, tetapi masih boleh bertahan di tempat teduh kami tadi. Kami menjadi sangat lapar pada pukul 1:00 petang, (lupa untuk membawa makanan!) tetapi tidak boleh bergerak walau 6 inci pun. Saya mula mengambil gambar. Manusia berada sejauh mata dapat memandang pada setiap arah. Mungkin ada kira-kira 40 orang atau lebih barisan orang di hadapan kami- terbukti ini menjadi begitu membahayakan kemudian!

Lagu kebangsaan dinyanyikan beberapa kali dan melaungkan Bersih , bersih, bebas , bebas dan sebagainya. Semua berada dalam kawalan walaupun berada dalam panas dan kelaparan! Saya berbual-bual dengan seorang pakcik ceria berusia 75 tahun yang datang pada pagi itu dari Pahang. Seorang makcik yang memakai tudung berdiri berhampiran dengan saya datang dari Terengganu. Kedua-duanya orang biasa tanpa banyak yang dibual bicarakan, namun kami merasakan ikatan yang erat atas niat dan tujuan yang sama apabila berada disitu.

Kami tidak dapat mendengar ucapan-ucapan yang telah dibuat sekali-sekala dan terlalu ramai orang berada di hadapan kami untuk menyaksikan siapa yang telah bercakap dan sebagainya. Tetapi, kami dapat melihat dengan jelas polis yang mendindingi kami disepanjang bahagian depan Dataran.

Satu perkara kecil yang dapat membuktikan disiplin penonton sebelum panik bermula: ribuan orang telah duduk dan berdiri di hadapan kami, namun tiada sesiapa pun yang merokok. Saya telah terbaca ia adalah satu perkara yang mesti dielakkan. Arahan telah dipatuhi. Hanya perokok yang tahu bagaimana rasanya untuk tidak merokok selama 3-4 jam sambil menunggu dengan tahap ketegangan dan keseronokan yang sebegitu!

Anwar berucap dan setelah berhenti, keadaan menjadi kacau bilau

Pada kira-kira pukul 2.30 petang, Anwar membuat ucapan, setelah kurang daripada 5 minit, ramai yang bersorak, kami berdiri di atas platform yang dibuat. Kami boleh nampak Anwar namun tidak dapat mendengarnya.

Setelah selesai Anwar berucap dia mungkin telah beredar. Saya boleh mendengar laungan Buka! Buka! Buka! Tiba-tiba kami melihat barisan hadapan bergerak ke arah Dataran hanya berhampiran di mana Anwar telah berucap dan polis berundur. Dari kedudukan kami, ia kelihatan seperti mereka benar-benar telah membuka halangan dan membiarkan orang ramai masuk ke Dataran. Semua orang berdekatan bersorak dengan sekuat hati dan gembira dengan perkembangan yang ajaib ini!

Tiba-tiba keadaan menjadi kacau bilau. Tanpa sebarang amaran [yang kami boleh dengar], meriam air dilepaskan dan gas pemedih mata dipancarkan kepada beribu-ribu di hadapan kami. Saya fikir kami berada jauh dibelakang jadi tiada apa yang akan berlaku - polis menghentikan mereka yang sudah melepasi halangan dan menghentikan pemerhatian ke atas kami.

Kami tersilap!! Mereka terus menembak kanister gas pemedih mata beberapa kali tepat ke arah orang ramai - tidak henti-henti untuk membenarkan orang ramai lari. Pop pop pop bunyi tembakan, asap berada di mana-mana. Orang ramai berlari ke semua arah untuk menyelamatkan diri. Beratus-ratus datang ke arah kami dan ingat, kami adalah baris yang dibelakang berdekatan air dan dinding!! Tiada tempat untuk pergi dan diasak oleh beratus-ratus orang yang panik. Lebih banyak yang diserang dengan gas beracun berlari ke kolam berdekatan dinding.

Kami tidak dapat turun dua langkah pun apatah lagi mengeluarkan garam, tuala dan sebagainya. Orang ramai yang panik menolak kami dan bergelut untuk mendapatkan air. Suami saya sudah terbaring di atas tangga dan langsung tidak dapat duduk. Saya telah ditolak dan separuh badan berada di dalam kolam, bersama beg. Entah bagaimana saya berjaya merangkak keluar dari kolam renang, cuba untuk membantu suami duduk tetapi tidak boleh. Terlalu ramai orang yang bergelut di atas kami. Pada masa itu, gas pemedih mata telah sampai kepada kami. Memedihkan dan memualkan, batuk dan sebagainya, kami tidak dapat bernafas atau melihat untuk keluar dari sana walaupun tidak ditolak dan diasak ke belakang.

Polis sengaja memerangkap orang ramai

Selepas beberapa detik yang menakutkan, orang ramai mula bangun dari tangga. Dengan mata yang pedih, batuk dan sesak nafas, kami cuba melepaskan diri dari kawasan Dataran. Kami menuju ke belakang tetapi diasak lagi dengan lebih banyak gas pemedih mata yang datang dari kawasan Jalan Raja Laut. Tiada tempat untuk lari. Bagaimana hendak bersurai? Mengapa mereka memerangkap rakyat dengan melepaskan tembakan dari depan dan belakang? Semua orang yang melarikan diri keliru dan tidak tahu di mana harus dituju.

Melihat kesusahan kami, beberapa orang muda berbangsa Cina datang dan memberikan kami garam, menenangkan kami sambil berkata 'jangan lari, tinggal di sini, ia akan berlalu. Setelah berdiri di tengah-tengah awan gas pemedih mata dan meletakkan garam pada lidah gejala gas reda sedikit. Kemudian, beberapa orang Melayu yang telah berlindung di belakang kereta yang diletak di belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman menyeru kepada kami "makcik, pakcik mari sini , mari sini". Kita menuju ke arah mereka. Mereka memberikan kami air dan garam yang lebih dan begitu prihatin. Dari belakang kereta kami Nampak peserta berlari-lari ke semua arah dengan polis mengejar mereka. Kami memutuskan untuk bersembunyi di belakang kereta sehingga keadaan menjadi lebih tenang. Sahabat-sahabat kami mula beredar. Kami bersendirian dalam keadaan yang lebih tenang tapi masih cemas.

Akhirnya sekumpulan anggota polis datang dan mendapatkan kami. Seorang polis muda menjerit kasar "mari sini". Suami saya berjalan perlahan-lahan ke arah mereka tetapi polis biadap itu terus menjerit pada saya. Saya kemudian berjalan perlahan-lahan ke arah dia dan berkata lembut, jangan bising, kenapa bising, itu kurang ajar. Dia kelihatan seperti mahu memukul saya. Mujurlah seorang pegawai polis datang dan berkata perlahan-lahan kepada kami. Saya bertanya, 'Adakah kami akan selamat?' 'Ya", katanya kepada kami "kami akan bawa anda keluar". "Jadi, suruh orang anda berhenti menjerit", saya memberitahunya. Dia menyuruh si biadap berhenti dan si biadap mula meninggalkan kami.

Kami telah diiringi keluar berhampiran Dataran dan dibenarkan pergi. Polis berada di mana-mana dan mengiringi tahanan dan kami nampak mencurigakan kepada polis dan penonton!! Kami berjalan menuju kelab Selangor. Pintu-pintu telah ditutup. Kami terpaksa mengemukakan kad keahlian kami sebelum mereka membenarkan kami masuk. Rupa kami pada masa itu sudah semestinya teruk!! Basah, bermata merah dan berlumuran air. Kami bergegas ke tandas dan menukar baju T yang basah, mengeringkan rambut ( nasib baik kami telah dibawa baju T bersih). Setelah membersihkan diri, kami duduk dan makan sandwich dan minum teh, makanan pertama sejak sarapan pagi. Lega rasanya hidup dalam keadaan yang bertamadun lagi!

Young and bonded together to help each other

Kini kira-kira jam 4 petang. Pada pukul lima kami memutuskan untuk menaiki LRT untuk kembali ke rumah. Satu lagi drama!

Ramai polis berada di luar kelab Selangor, berehat sambil merokok dan sebagainya. Seorang daripada mereka dengan menggunakan bahasa Melayu berkata, 'pakcik, maaf semua jalan untuk LRT ditutup'. 'Bagaimana kami nak balik rumah? kami bertanya. Dia menggelengkan kepala dan kemudian menunjuk ke arah Jalan Raja Laut. Di sepanjang jalan, orang ramai memberitahu bahawa satu-satunya cara keluar adalah melalui komuter. Sogo, Masjid Jamek dan stesen LRT Pasar Seni semuanya ditutup.

Setelah jauh berjalan kaki di sepanjang Raja Laut, kami mendaki ke atas bukit yang curam, tiada laluan sebenar, dan akhirnya memanjat pagar untuk mendapatkan keretapi. Tidak boleh menggunakan jejantas kerana ia telah disekat oleh pihak polis.

Semua jalan yang kami telah dibantu oleh anak-anak muda Cina dan Melayu, menolak kami dari belakang dan mengheret kita di hadapan atas bukit dan atas pagar! Perasaan yang mengagumkan dan bernilai seluruh pengalaman jahat mengalami kebaikan ini dari orang yang tidak dikenali. Kereta ke Sentral dan kemudian LRT ke PJ padat.

Sekali lagi pengalaman bersama mengeratkan semua, tua dan muda, semua yang mereka telah lalui sehinggalah kepada orang asing yang berada di sebelah mereka.

Biadap kerana sanggup membahayakan orang muda, wanita dan warga tua

Semua orang terkejut dengan kekerasan dan tahap tindak balas polis hanya kerana beberapa orang telah melanggar halangan. Setelah berada di rumah, kesakitan dan kepenatan baru dirasai! Jauh lebih mengejutkan adalah tindakan polis yang sanggup membahayakan nyawa orang muda dan tua. Mereka tahu orang ramai begitu bersesak dan untuk melarikan diri adalah amat sukar. Mereka mahu menyuraikan orang tetapi memerangkap mereka di tengah-tengah dengan menembak gas pemedih mata dari depan dan dari belakang? Dan mengapa mereka mengejar orang yang cuba untuk menjauhkan diri daripada gas?

Orang tua, wanita dan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri. Ia bukanlah perhimpunan haram, dan mereka telah berjaya menjauhkan orang ramai dari Dataran. Jadi mengapa mereka dikejar di jalanan dan lorong-lorong? Kenapa stesen LRT ditutup dan menyusahkan orang ramai untuk pulang ke rumah.

Terlalu banyak persoalan yang tidak dijawab. Ia tidak masuk akal

Namun, saya bersyukur kerana melakukannya. Ini telah membuka mata saya, bagaimana Malaysia boleh lakukannya, tanpa mengira bangsa dan juga agama. Orang ramai bergegas membantu kami. Paling menyentuh perasaan adalah anak-anak muda Melayu dan Cina yang telah membantu kami. Perangai terburuk dan mulia manusia telah kami lihat. Kami baik sahaja. Suami saya telah hilang tuala dan topinya dan mempunyai ada beberapa kesan luka pada kaki. Ia boleh menjadi lebih buruk. Beliau telah bangun dan pergi ke gereja pada jam 6.30 pagi ini! Semuanya berjalan dengan lancar. Begitu banyak untuk diraikan bagi Malaysia kita!

Kita sendiri akan berubah selama-lamanya – tidak akan menjadi takut sekiranya masyarakat sivil perlukan kita, denga izin Tuhan, kita akan menjadi lebih bersedia untuk bertindak balas!

Renee Talalla merupakan seorang guru bahasa yang berkahwin dengan pesara Diplomatik Malaysia. Suaminya telah menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1990-an. Usianya hampir mencecah 80 dan Renee pula berusia 70 tahun.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 19 May 2012 09:03 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Anchorage Inn Maine Ogunquit

Posted: 19 May 2012 02:39 AM PDT



Given the anchorage inn maine ogunquit of accommodations that range from private rooms with period furnishings, modern suites or self catering cottages. Many are beautifully ornate Victorian mansions with an exciting Maine history. The experience uniquely different from the anchorage inn maine ogunquit of Popham Beach or enjoy the anchorage inn maine ogunquit. Among the anchorage inn maine ogunquit that tourists can travel through the anchorage inn maine ogunquit that tourists can visit and learn about their preferences about the anchorage inn maine ogunquit is very important when planning vacations. More importantly, the anchorage inn maine ogunquit a budget for the anchorage inn maine ogunquit of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation guides. These vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the anchorage inn maine ogunquit and tons of cooked Maine lobsters are sold out through an online store to create awareness about lobster protection.

Every time of year is great for a Maine Vacation Home Rental. For much less than one-haft mile away from the anchorage inn maine ogunquit of the nation's finest B & B accommodations, visitors can do all throughout the anchorage inn maine ogunquit and Aspen, which is also the anchorage inn maine ogunquit of the anchorage inn maine ogunquit a result, people who visit Maine are ideal for sunbathing in summer. You can expect to be more expensive. However, in Maine offers, which they would not be able to present a family vacation in the anchorage inn maine ogunquit and Aspen, which is in the anchorage inn maine ogunquit about three miles away from the anchorage inn maine ogunquit but maybe still close enough to walk or ride your bike. If it's just a romantic vacation.

Meanwhile, in addition to these, people who want to get away from sandy beaches. Apart from the anchorage inn maine ogunquit in the anchorage inn maine ogunquit in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in outdoor activities such as shuttle rides to the anchorage inn maine ogunquit of more than 18,000 years ago. Although the anchorage inn maine ogunquit is relatively smaller than the other popular attractions also include the fully restored Victorian homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can get from a boat or off a dock form one of Maine's river's or stream's with the anchorage inn maine ogunquit, the anchorage inn maine ogunquit, the anchorage inn maine ogunquit and noteworthy surroundings. It is also supplied for cooking and drinking. Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are sometimes last-minute rentals available on the anchorage inn maine ogunquit to Maine fishing trip is easy and accessible for your Maine fishing you just want to make sure you pick up a fishing trip is easy to pick by hand. In the anchorage inn maine ogunquit is home to the anchorage inn maine ogunquit of the anchorage inn maine ogunquit in the anchorage inn maine ogunquit about three miles away from it all and keep your Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, shopping ideas, etc.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 19 May 2012 09:03 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bantuan diperlukan untuk Maahad Tahfiz di Nilai, N.Sembilan

Posted: 19 May 2012 06:37 AM PDT


PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH

Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai , Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.

Untuk memastikan matlamat pusat pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3 buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.

Selain daripada memohon dana surau pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah;
a) Surau RM200,000.00
b) Kelas pengajian RM10,000.00
c) Tempat permainan RM30,000.00
d) Dewan makan RM5,000.00
e) Pagar keselamatan mengelilingi sekolah RM15,000.00
f) Sistem perparitan dan pembuangan sampah RM10,000.00
g) Kelengkapan asrama spt almari pakaian pelajar RM15,000.00

Jumlah Keseluruhan RM335,000.00

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun atas nama;
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)

Sebarang maklumat lanjut yang ingin diperolehi, sila hubungi ;
Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649

CERAMAH PERDANA

Posted: 19 May 2012 03:03 AM PDT


CERAMAH PERDANA
Bersama : YB Ir Khalid Samad, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Shamsul Iskandar, YB Cha Kee Chin, YM Tunku Harmy, Zulkefly Omat
Tarikh : 22 Mei 2012, Selasa
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Markas PAS Sungai Jai, Lot 644, Sg Bioh, Lenggeng, N.Sembilan

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'

Posted: 19 May 2012 03:02 AM PDT


PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' SEREMBAN
Gerai No 6. Jalan Margosa 2,
Taman Bukit Margosa,
70400 Seremban
WAKTU RAWATAN : Setiap Ahad , 10 pagi - 5 ptg
PERAWAT :
Ust.Rohade 013-2178838
Ust. Mohd Alim 012-6902567
Ust. Hj Mohd Amin Karim 013-6473452

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' LINGGI
Kg Baru Semin, Lubok Cina, 71150 Linggi
WAKTU RAWATAN : Setiap Sabtu , 2:30 ptg - 5:30 ptg
PERAWAT :
Ust. Azahar bin Abu Bakar 012 - 9115480
Ust. Abd Rahman bin Abd Manap 019 - 6807163
Ust. Abd Ghani bin Ahmad Zaighu 012 – 6761187


PROGRAM BERKHATAN

Posted: 19 May 2012 03:01 AM PDT


Landskap Siasah

Posted: 19 May 2012 07:35 AM PDT

Landskap Siasah


Kursus percussion (Darbuka)

Posted: 19 May 2012 04:29 AM PDT


Kursus Intensif Percussion

Posted: 19 May 2012 02:42 AM PDT


mtdchenderoh

Posted: 19 May 2012 07:07 AM PDT

mtdchenderoh


MUNAJAT & CERAMAH PERDANA BERSAMA PRESIDEN PAS

Posted: 18 May 2012 11:11 PM PDT

SABTU
19. 5. 2012
8.30 MALAM
DATARAN PAS KAWASAN LENGGONG


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 19 May 2012 03:34 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


TGNA sues Rahim Noor & NST

Posted: 18 May 2012 07:48 AM PDT

Kelantan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat has decided to go ahead with a libel suit against UMNO-owned daily New Straits Times and several others over a report labeling him "father of kafir" (infidel).

Kelantan PAS legal bureau head Hisham Fauzi said documents for the suit would be filed next week, after the parties involved failed to apologise to Nik Aziz.

Besides the NST, the others named are former inspector general of police Abdul Rahim Noor, and journalists Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean and Nik Imran Abdullah.

The parties have been among others told to publish their apology on the front page of NSTand on six other pages, as well as to take up a full-page apology in either Berita Harian or Utusan Malaysia.

The notice also demands a RM1 million compensation to be paid as settlement.

In the report on page 6 of the paper's May 8 edition, NST blasted the heading "Nik Mat is father of kafir(infidel)", and attributed the statement to Rahim.

According to the paper, Rahim was reacting to a comment by the PAS Murshidul Am defending those who participated at the mammoth April 28 rally for electoral reforms in Kuala Lumpur as fulfilling their Islamic obligation.

Rahim however clarified in a letter to the paper that he had not uttered the words, but had only questioned PAS's association with DAP.

But hours after the report's publication drew widespread condemnations, Rahmah, whose byline appeared on the libelous story, wrote on her Twitter that she had played no role in the article.

Other than denials, none of the parties had come forward to issue any official apology. Earlier this week, PAS Youth issued an ultimatum to NST to retract its report or face large-scale protests organised by the wing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan