Jumaat, 20 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 Apr 2012 01:26 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Tampal poster Besih 3.0 dalam USM: Aktivis Suaram ditahan

Posted: 20 Apr 2012 01:23 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang aktivis muda Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Tan Hong Kai ditahan ketika memasang poster Bersih 3.0 di dalam kawasan Universiti Sains Malaysia (USM) awal pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi, Hong Kai bersama beberapa aktivis mahasiswa USM masuk ke kampus itu untuk menampal poster Bersih 3.0.

Selepas selesai menampal beberapa poster itu, beliau terserempak dengan pihak keselamatan universiti itu lalu menahan beliau.

Beliau kemudiannya diserahkan ke balai polis Sungai Nibong kira-kira jam 4 pagi.

Menurut ahli sekretariat Suaram Pulau Pinang Ng Eng Kiat, Hong Kai kemudiannya disoal siasat dan kini masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Jalan Patani.

Juga difahamkan Hong Kai disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

"Kita mendesak agar Hong Kai dibebaskan segera. Keterangannya sudah diambil dan tiada sebab untuk beliau terus ditahan.

"Jika samseng menyerang mahasiswa di Dataran Merdeka tidak ditahan, tak ada sebab kenapa seorang aktivis ditahan hanya kerana menampal poster," katanya kepada Harakahdaily.

Satu sidang media turut diadakan oleh Suaram Pulau Pinang berhubung perkara itu pagi tadi.

Harakah Daily

Ikhwan minta PAS kerja keras terajui perubahan

Posted: 20 Apr 2012 01:21 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Murshid-Am Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Al-Badie' berkeyakinan bahawa kepimpinan PAS mampu memimpin perubahan di Malaysia.
(Dr Syed Azman bersama Dr Mohamed Al-Badie', Murshid-Am Ikhwanul Muslimin)
Sehubungan itu beliau menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS berkerja keras bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Pernyataan ini di suarakan oleh beliau ketika menerima kunjungan hormat Dr. Syed Azman Syed Ahmad, Penolong Setiausaha Agong PAS di Markaz Al-Am Ikhwan Muslimin atau ibu pejabat Pusat Ikhwan Muslimin yang berdiri gah di tengah-tengah kota Kaherah.

Dr. Syed Azman hadir ke Mesir bagi memenuhi jemputan menjadi pemerhati pilihanraya presiden yang di jangka akan di adakan pada bulan Mei ini.

Menurut Dr. Syed Azman, dalam pertemuan itu, beliau telah menyampaikan ucapan tahniah daripada seluruh kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS kepada pimpinan Ikhwan.

Ikhwan telah berjaya menang dengan cemerlang dalam pilihanraya Parlimen Mesir beberapa bulan lepas dengan menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun hanya baru setahun selepas kejatuhan rejim diktator Mubarak.

Dalam pertemuan tersebut Dr. al-Badie' juga menegaskan bahawa setiap pemimpin dan ahli PAS mestilah peka dan sentiasa meneliti perubahan politik baru yang sedang melanda seluruh Dunia Islam akibat dari kesan 'Arab Spring' yang kini merubah peta politik Dunia.

Bagi beliau setiap rejim yang menafikan hak asasi rakyat serta rakus membolot khazanah kekayaan negara lambat laun akan dijatuhkan oleh kuasa rakyat yang tidak lagi takut dengan sebarang ugutan dan ancaman di tangkap.

Beliau menegaskan bahawa , "PAS mesti mengatur persiapan yang rapi bagi menghadapi pilihanraya kerana kemungkinan akan berlakunya manipulasi dan penipuan pilihanraya di Malaysia seperti mana yang sedang cuba dilakukan oleh saki baki rejim Mubarak di Mesir dalam pilihanraya Presiden sekarang ini dengan menggunakan kuasa tentera.

Bagi beliau, yang penting PAS mesti di lihat terkedepan dan komited membela kepentingan rakyat di Malaysia dan sama-sama membangunkan kembali negara berlandaskan kepada keadilan.

Dr Mohamed Al-Badie' juga turut menjelaskan bahawa Ikhwan bertekad untuk melakukan perubahan sosial dan politik di Mesir secara aman.

Mereka mahu merubah sebarang bentuk penyelewengan dan salah-guna kuasa yang berlaku di sana walaupun kini terpaksa berhadapan dengan tentera yang di sokong oleh kuasa besar Barat.

Bagi Ikhwan, agenda reformasi politik di Mesir adalah amat penting bersesuaian dengan suasana globalisasi dunia yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus.

Beliau menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara mempunyai hak mereka untuk bersuara demi kebaikan serta masa depan negara tersebut.

Sementara itu Dr. Syed Azman menyatakan bahawa "PAS akan terus komited menjalinkan hubungan dua hala yang lebih rapat dengan parti politik baru Ikhwan 'Al-Hurriyat Wal Adalah' (Parti Kebebasan dan Keadilan).

"Kita juga akan bertukar-tukar pengalaman dalam proses demokrasi, persiapan pilihanraya serta bagaimana cara menghadapi manipulasi dan penipuan pilihanraya".

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Sinar Harian

Dihantui bayangan maut

Posted: 20 Apr 2012 01:19 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PONTIAN - "Sejak dua hari lalu, saya asyik terbayang Gunawan akan ditimpa kemalangan," luah Rakiah A. Rahman, 55, ibu kepada Gunawan Maamor, 26, yang maut dalam kemalangan di sini, awal pagi semalam.

Gunawan meninggal dunia selepas kereta Proton Persona yang dipandu rakannya bertembung dengan kenderaan lain jenis Proton Wira di Kilometer 3.2 Jalan Pontian – Kukup, kira-kira jam 6.45 pagi.

Menurut Rakiah, dia tidak menyangka perasaan berdebar - debar yang dialaminya itu dan bayangan Gunawan ditimpa kemalangan merupakan petanda anak keempat dari tujuh beradik itu akan pergi buat selamanya.

Katanya, semakin cuba untuk memikirkan bayangan tersebut, semakin gelisah perasaan dibuatnya seperti ada sesuatu akan berlaku.

"Sejak pagi semalam apabila hendak menghantar dua anak kembar pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi, dada saya berdebar-debar, macam ada sesuatu yang akan berlaku.

"Sebaik saja saya sampai di rumah, tiba-tiba menantu saya datang memberitahu, Gunawan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan berada di Hospital Pontian (HP)," katanya dengan nada sebak ketika ditemui di Rumah Mayat HP di sini, pagi semalam.

Katanya, tiada sebarang perubahan sikap pada anak kesayangan itu, kecuali mengadu sakit perut dan meminta di urut sebelum keluar untuk menemui rakannya pada petang kelmarin.

"Itulah kali terakhir saya berjumpa dengan Gunawan selepas memberitahu mengalami sakit perut dan meminta saya mengurutnya dengan minyak urut.

"Selepas itu dia terus meminta diri untuk keluar ke bandar Pontian untuk menemui rakan dan saya pun tidak tahu pukul berapa dia pulang ke rumah," katanya.

Gunawan adalah anak keempat daripada tujuh beradik dan masih bujang dan bekerja sendiri sebagai kontraktor, tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Jawa, Pulai Sebatang.

Dalam pada itu, pemandu kereta Wira, Khairil Anwar Hamid, 34, hanya mengalami cedera ringan manakala adiknya Siti Aishah Hamid 14,mengalami kecederaan parah di kaki kirinya kerana tersepit.

Khairil, seorang guru di Sekolah Rendah (SR) Permas Kelapa dalam perjalanan menghantar adiknya pergi ke SMK Telok Kerang.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Zahliman Jamin, ketika ditemui berkata, mangsa yang dikenali sebagai Gunawan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pontian (HP), manakala Siti Aishah yang tersepit dan abangnya Khairil Anwar dihantar ke HP untuk mendapat rawatan.

"Pemandu kereta Persona tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian (IPPD) bagi membantu siasatan ," katanya.

Sinar Harian

Liga Europa: Keputusan separuh akhir pertama

Posted: 20 Apr 2012 12:32 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BERIKUT keputusan separuh akhir pertama Liga Europa yang berlangsung awal pagi tadi.

Atl Madrid (4) - Valencia (2)

Sporting (2) - Athletic Bilbao (1)


Perlawanan pusinga kedua akan berlangsung pada 27 April, jam 4 pagi

Athletic Bilbao lwn Sporting (agregat 1-2)

Valencia lwn Atl Madrid (agregat 2-4)

Sinar Harian

Taktik sembunyi di Kuala Lumpur gagal

Posted: 20 Apr 2012 12:29 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Taktik sepasang suami isteri menyembunyikan diri di Kuala Lumpur mengelak daripada ditangkap tiga tahun lalu tidak menjadi apabila mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap mereka.

Pasangan itu sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.53 gram, namun gagal menghadirkan diri selepas diikat jamin RM2,500.

Semalam, di Mahkamah Majistret, di sini, kedua-dua tertuduh, Syahrizal Syahril Mamat, 34, dan Nor Naimah Ab Latif, 31, dari Marang sekali lagi didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Bagaimanapun, Syahrizal Syahril dan isterinya yang sedang mengandung empat bulan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang semasa kejadian merupakan pasangan kekasih didakwa bersama-sama memiliki satu tiub straw besar dan empat tiub straw kecil yang di dalam berisi ketulan kristal yang mengandungi dadah Methamphetamine seberat 0.53 gram di sebuah rumah kedai di Kampung Berangan Pak Ayu Bukit Payong, Marang, kira-kira jam 10.30 malam, 15 Febuari 2009.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Noradila kemudian menetapkan 27 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Marang dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor L Rathna manakala pasangan itu tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu membuat serbuan di Kampung Berangan Pak Ayu, Bukit Payong, Marang kira-kira jam 10.30 malam, 15 Febuari 2009 selepas menerima maklumat.

Sebaik sampai di rumah berkenaan, terdapat pasangan tersebut di dalam rumah itu dan selepas membuat pemeriksaan, polis menemui satu paket plastik lut sinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah di dalam satu beg plastik di atas lantai.

Kemudian, pasangan itu ditahan dan dadah dirampas untuk dibawa ke balai bagi tindakan lanjut.

Sinar Harian

Isu foto: Presiden Afghan mahu tentera asing keluar segera

Posted: 20 Apr 2012 12:26 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KABUL - Presiden Afghanistan Hamid Karzai semalam mengutuk foto askar-askar Amerika Syarikat (AS) bergambar dengan jenazah pemberontok-pemberontak sambil menegaskan ia menggambarkan bahawa tanggungjawab dan peranan berkenaan keselamatan perlu diserahkan kepada rakyat tempatan dengan segera.

Hamid yang menyifatkan imej-imej yang disebarkan menerusi media sekarang sebagai tidak berperikemanusiaan dan provokatif berkata, "satu-satunya cara untuk menamatkan pengalaman yang menyinggung perasaan" ini ialah dengan menamatkan kehadiran tentera asing di Afghanistan dengan segera.

"Tindakan mengambil foto dengan mayat dan kemudian dikongsi dengan orang lain adalah satu perbuatan tidak menyenangkan sama sekali," katanya lagi.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta juga mengecam foto-foto sedemikian, yang diambil pada 2010, dan disiarkan oleh akhbar Los Angeles Times kelmarin.

AS menempatkan tenteranya di Afghanistan sejak akhir 2001.

Sinar Harian

2 termasuk pelajar positif dadah

Posted: 20 Apr 2012 12:23 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MARANG – Dua individu termasuk seorang pelajar yang menggunakan Jalan Kuala Terengganu Ke Kuantan ditahan kerana didapati positif dadah dalam satu operasi bersepadu di hadapan Masjid Rhu Renggeh di sini, malam kelmarin.

Operasi bersepadu tersebut melibatkan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) daerah Marang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) daerah Marang itu bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Ketua Pegawai AADK daerah Marang, Wan Zulkafli Wan Ahmad berkata, lebih 52 pemandu dan penumpang pelbagai jenis kenderaan melalui laluan itu diperiksa dalam operasi kali pertama diadakan dengan melibatkan AADK, JPJ dan Rela pada tahun ini.

Menurutnya, objektif operasi dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan daerah dan juga peringkat negeri Terengganu, selain memastikan pemandu dan penumpang kenderaan bebas dadah.

"Malah, operasi seumpama itu juga secara tidak langsung akan memperlihatkan kepada umum bahawa masalah dadah di negara kita adalah masalah bersama, yang kini sudah berada di tahap serius dan perlu diperangi habis-habisan.

"Selain itu, operasi juga dijalankan bagi mempromosikan produk-produk terbaru AADK seperti 'Cure and Servis Centre' dan 'Caring Comunity House' (CMC)," katanya kepada Sinar Harian selepas berakhirnya operasi bersepadu di sini, malam kelmarin.

Dalam pada itu, kata Zulkafli, dua pengguna jalan raya positif dadah terbabit yang ditahan dalam operasi bersepadu tersebut juga akan diberikan khidmat kaunseling dan motivasi.

Sinar Harian

Messi paling berpengaruh

Posted: 20 Apr 2012 12:20 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MAJALAH Time menyenaraikan penyerang Barcelona, Lionel Messi dalam senarai 100 individu paling berpengaruh di dunia tahun ini.

Messi, 24, menduduki tangga ke-89 diikuti penyanyi pop Britain, Adele dan Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton (ke-91).

Menurut majalah itu, Messi menjadi satu-satunya pemain bola sepak yang dimasukkan dalam senarai tersebut.

Awal bulan ini, pemain terbaik dunia tiga kali berturut-turut itu muncul individu pertama dalam tempoh hampir 40 tahun berjaya meledakkan 60 gol dalam satu musim di Eropah apabila jaringan bergandanya membantu Barcelona melakar kemenangan 4-1 menentang Zaragoza.

Sementara itu, individu paling berpengaruh di dunia iaitu pemain bola keranjang NBA, Jeremy Lin yang mewakili pasukan New York Knicks.

Sinar Harian

United paling kaya

Posted: 20 Apr 2012 12:18 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MANCHESTER United mengekalkan kedudukan teratas selaku kelab bola sepak terkaya di dunia dengan mengumpul pendapatan keseluruhan yang dianggarkan berjumlah £1.39 bilion (RM6.83 bilion).

Menurut majalah Forbes, penilaian terhadap kekayaan kelab itu dibuat berasaskan nilai pasukan, stadium, pendapatan serta penajaan.

Malah, menurut majalah itu kekayaan United turut dijana menerusi penjualan cenderamata kepada peminatnya yang dianggarkan 330 juta orang yang berpangkalan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, Man-chester City masih gagal menembusi senarai 10 teratas apabila sekadar menduduki tangga ke-13.

Manakala Arsenal menjadi kelab Inggeris kedua terkaya apabila disenaraikan di tangga keempat, diikuti Chelsea (ke-7), Liverpool (ke-8) dan Tottenham Hotspur (ke-11).

Gergasi Sepanyol, Real Madrid menduduki tangga kedua di belakang United, diikuti musuh El Classico Barcelona dan jaguh Jerman, Bayern Munich di kedudukan­ kelima.

Sinar Harian

Penangkap ikan ditemui lemas

Posted: 20 Apr 2012 12:14 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GUA MUSANG - Seorang penangkap ikan yang hilang dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri selepas bot dinaikinya karam sejak dua hari lalu ditemui mati lemas, berhampiran sebuah pengkalan di Kampung Pasir Tumbuh, dekat sini, pagi semalam.

Mayat Hasrin Bachik, 40, yang tinggal di Kampung Bertam Baru ditemui seorang penduduk yang kebetulan turun ke sungai itu untuk menaiki bot ke seberang sungai menjalankan kerja menoreh getah, dan melihat objek terapung berhampiran pengkalan di situ sebelum melaporkan kepada polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang Selasa lalu, mangsa menaiki bot bersama dua rakannya, Rozaini Mohd Aziz, 22 dan seorang lagi yang dikenali sebagai Joe, 24, menyusuri sungai itu untuk menangkap ikan.

Sebaik tiba di sebuah pengkalan lain di Kampung Jeram Berhala, ketiga-tiga mereka berhenti untuk makan tengah hari dan mangsa menyatakan sakit perut turun semula ke bot berkenaan untuk buang air besar.

Rozaini berkata, sebelum itu dia berulang kali menasihatkan mangsa supaya buang air besar di tempat makan sahaja, untuk mengelak berdepan dengan risiko kejadian tidak dingini kerana arus sungai deras.

Menurutnya, Hasrin enggan dan berkeras untuk menaiki bot keseorangan untuk buang air besar di tempat lain, hingga bot yang baru dihidupkan enjinnya berpusing beberapa kali sebelum karam.

"Saya yang melihat kejadian itu hanya 10 meter dari tempat duduk ternampak mangsa terkapai-kapai dalam pusaran air sungai yang deras, sambil meminta tolong.

"Saya minta mangsa bertahan di situ sebelum saya mencari batang kayu untuk dia pegang, berikutan saya bersama Joe takut untuk terus ke sungai kerana bahaya," katanya kepada pemberita.

Katanya, tidak sampai tiga minit, dia datang semula melihat mangsa telah hilang dihanyutkan arus deras, dan ketika itu tidak dapat berbuat apa sementara menunggu bot lain datang.

Rozaini berkata, lebih sejam menunggu di situ mujur ada sebuah bot penduduk lain melalui kawasan itu, dan meminta tolong untuk sama-sama mencari mangsa, tetapi gagal ditemui hingga ke lewat petang.

"Saya bersama Joe kemudiannya menghubungi isteri mangsa sebelum membuat laporan mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Bertam Baru," katanya.

Dia berkata, pagi ini (semalam) ketika dia bersama beberapa rakan yang lain dan anggota penyelamat sedang bersiap untuk melancarkan gerakan mencari untuk hari ketiga, menerima laporan mayat mangsa ditemui terapung di pengkalan Kampung Pasir Tumbuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan, menerima laporan menemui mayat penangkap ikan yang hilang dua hari lalu di Kampung Pasir Tumbuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya­ untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bertam Baru, petang semalam.

Sinar Harian

Surau dalam gua tarik tumpuan orang ramai

Posted: 20 Apr 2012 12:08 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GUA MUSANG - Jarang ditemui surau dibina dalam gua batu kapur di negara ini namun, di gua batu kapur yang dikenali Gua Madu terdapat surau yang dibina penduduk Kampung Batu Papan untuk memudahkan pengunjung solat berjemaah.

Surau berkenaan boleh memuatkan lebih 20 jemaah dan turut menyediakan tempat mengambil air wuduk menerusi pengaliran air dari batu gua tersebut.

Bagaimanapun, surau dalam gua itu terpaksa dikunci, dan hanya dibuka pada waktu masuk solat sahaja untuk mengelakkan golongan berkenaan menyalahgunakan surau dengan menjadikan tempat untuk berasmara.

Pengunjung, Che Husin Ahmad, 45, berkata, gua batu kapur itu sentiasa dikunjungi pengunjung kerana bukan sahaja keindahan alam semulajadinya juga adanya surau dalam gua.

Dia mengakui tempat pelancongan lain yang ada gua tidak mempunyai kemudahan­ seperti itu, dan kerjasama penduduk tempatan berbuat demikian amat baik.

"Surau dalam gua itu cukup selesa untuk pengunjung berhenti rehat sambil menunaikan solat," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Salleh Hassan, 52, pula berkata, sejarah Gua Madu itu memang menarik sekali kerana sebelum ini menjadi tempat lebah membuat sarang, dan memberi peluang penduduk mengambil madunya.

Dia berkata, berhampiran gua itu juga mempunyai pengaliran air sungai yang jernih.

"Kita bersyukur kerana Gua Musang mempunyai banyak tempat menarik dan bersejarah bagi menarik lebih ramai pelancong sama ada dari dalam dan luar negara," katanya.

Sinar Harian

Pegawai polis didakwa terima rasuah

Posted: 20 Apr 2012 12:06 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM300, tahun lepas.

Nazri Ismail didakwa melakukan kesalahan itu di bilik ketua Balai Polis Machang Bubuk dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah menerima RM300 daripada M. Kumaran, pada 7 Okt 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Firdaus Sekman manakala tertuduh diwakili peguam bela Rosli Ismail. -- Bernama

Sinar Harian

Kempunan makan ikan keli

Posted: 20 Apr 2012 12:05 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SUNGAI PETANI – Hasrat seorang warga emas ingin membeli ikan keli tidak kesampaian apabila dia didapati rebah di pasar awam Taman Keladi, Sungai Petani dalam kejadian 7.10 pagi semalam.

Ismail Rejab, 68, seorang pesara hospital didapati meninggal dunia selepas dipercayai rebah seorang diri ketika ingin membeli ikan selepas keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Sungai Pasir.

Isterinya, Sharifah Wan Chik, 62, berkata, suaminya keluar dari rumah sebaik sahaja selesai solat Subuh dan berbasikal ke pasar seperti biasa untuk mencari ikan keli.

"Semalam dia dah maklum kepada saya bahawa hari ini dia nak ke pasar membeli ikan keli untuk dibuat gulai.

"Dia suka makan ikan keli, begitu juga saya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani semalam.

Menurutnya, arwah tidak mempunyai sebarang penyakit tetapi sering mengamalkan rebusan daun cermai sekiranya berasa pening dan sakit kepala.

"Tak sangka dia akan pergi dahulu kerana saya yang mempunyai sakit kencing manis dan darah tinggi," katanya.

Sharifah berkata, selepas selesai solat, Ismail keluar dari rumah sebelum mengunci pintu sementara dia ketika itu sedang membaca al-Quran.

Katanya, dia juga sempat menyediakan teh panas untuk suami tetapi belum sempat dijamah olehnya.

"Dia tak suka makan atau minum di kedai dan walau ke mana sahaja pergi, dia pasti akan balik ke rumah untuk menikmati juadah di rumah," katanya.

Ismail dikatakan baru sahaja sampai di pasar berkenaan namun belum sempat untuk membeli ikan sebelum dipercayai rebah sendiri dalam kawasan pasar.

Orang ramai yang berkunjung ke pasar berkenaan turut memenuhi lokasi bagi menyaksikan kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sinar Harian

Kereta terjunam ke dalam sungai

Posted: 20 Apr 2012 12:03 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

TEMANGAN, KELANTAN - Empat penumpang termasuk pemandu sebuah kereta cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka sekeluarga terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Kampung Pertok, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, kesemua mangsa dikatakan dari Kampung Pauh, dekat sini dalam perjalanan ke Bandar Machang.

Bapa mangsa, Abdul Razak Isa, 61, berkata, anak-anaknya keluar dari rumah kira-kira 11.30 pagi sebelum dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, kesemua mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Machang namun, tidak mengalami kecederaan yang parah.

"Syukurlah mereka semua selamat, terima kasih kepada penduduk yang membantu mengeluarkan mangsa dan menghantar ke hospital," katanya.

Penduduk, Raja Fatimah Raja Mamat, 63, berkata, ketika kejadian dia berada di kedai miliknya yang terletak berdekatan.

Katanya, kejadian berlaku terlalu cepat dan dia hanya menyedarinya apabila dimaklumkan oleh seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui tempat kejadian.

"Kereta mangsa terbabas dan jatuh ke dalam sungai Kuala Peradong ini. Makcik terpaksa meminta pertolongan daripada pengguna jalan raya yang melalui jalan itu memandangkan tiada orang di kawasan berdekatan.

"Mereka kemudiannya menolong mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke Hospital Machang oleh kakitangan Klinik Temangan. Mujur mereka selamat, makcik benar-benar takut memandangkan tebing sungai itu tinggi," katanya.

Raja Fatimah berkata, kejadian seumpama itu pernah berlaku di sungai tersebut lebih 20 tahun lalu, namun tidak melibatkan kemalangan maut.

Sinar Harian

Rogol dalam kelas kosong

Posted: 19 Apr 2012 11:57 PM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama ­seorang pelajar asrama di ­sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu.

Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima.

"Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.

"Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan ­itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan ­reman dari 16 hingga 23 April ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Sinar Harian

Perompak tertinggal selipar

Posted: 19 Apr 2012 11:53 PM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Dua penjenayah bukan saja gagal merompak sebuah kedai kedai-buahan, malah seorang daripada mereka turut tertinggal sebelah seliparnya sewaktu melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi di sebuah kawasan perumahan­ di Gangsa, Durian tunggal, di sini, penjenayah terbabit bertindak menyerbu rumah kedai buah-buahan milik seorang pengusaha berusia lingkungan 40-an.

Penjenayah terbabit bagaimanapun gagal mendapatkan wang apabila laci penyimpan duit tidak dapat dibuka kerana berkunci, malah dalam keadaan kelam kabut masuk dalam kereta melarikan diri.

Saksi kejadian, Sultan Alaudin Mohamad Ismail, 35, berkata, dia terdengar bunyi bising, diikuti dengan jeritan isteri mangsa ketika kejadian.

Sultan Alaudin yang bekerja di sebuah kedai makan berdekatan kemudian bergegas ke tempat kejadian.

"Kedua-dua penjenayah berkenaan tergesa-gesa masuk ke dalam kereta jenis Volvo warna merah dan memecut," katanya.

Menurutnya, isteri mangsa difahamkan sempat mengambil nombor plet kereta penjenayah terbabit.

"Terdapat darah pada pipi kiri mangsa, kesan cedera di tangan dan badan, selain baju yang dipakai mangsa turut direntap penjenayah terbabit.

"Sebelah daripada selipar milik penjenayah itu turut tercicir di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa juga berada dalam keadaan lemah selepas bergelut dengan dua penjenayah berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa yang dicederakan dengan pisau dibawa ke hospital oleh isterinya.

"Mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan­ cubaan samun," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah (IPD) di talian 06-5562222 untuk membantu siasatan.

Sinar Harian

18 jam bantu mangsa banjir

Posted: 19 Apr 2012 09:04 PM PDT

oprasi cuci rumah mangsa banjir


28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

LARUT: Banjir yang melanda beberapa buah perkampungan di sekitar mukim Ijok,Batu Kurau baru-baru ini telah mengundang keprihatinan Dewan Pemuda PAS kawasan Larut dan Pemuda PAS Cawangan Charak Salak untuk tampil menghulurkan bantuan.

Sejumlah 150 orang pemuda telah menyumbangkan tenaga dan tulang empat kerat membersihkan 70 buah rumah penduduk yang dinaiki air dan lumpur.

Kerja-kerja pembersihan memakan masa selama 18 jam bermula dari jam 8 pagi (12 April 2012) sehingga jam 2 pagi(13 April 2012) keesokannya.

Selain itu,sebanyak 1000 bungkus nasi telah diedarkan kepada mangsa – mangsa banjir.

Kejadian yang berlaku disifatkan paling buruk dalam sejarah di kawasan ini sehinggakan rumah salah seorang penduduk warga emas telah hanyut dibawa arus banjir sejauh beberapa meter dari tapak asal.

Kejadian dikatakan berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di kawasan bukit berhampiran.Aliran deras dari bukit berkenaan menyebabkan paras air di sungai-sungai berhampiran iaitu Sungai Simpul,Sungai Lata Putih dan Sungai Tebing Tinggi melimpah.

Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan, Akmal Kamaruddin dalam satu kenyataannya menggesa agar kerja-kerja pembalakan di kawasan berhampiran dihentikan segera kerana ia akan mendatangkan risiko berbahaya kepada penduduk di sini setiap kali berlakunya hujan.

"Mana –mana pihak yang menghulurkan sumbangan boleh lah menghubungi Shahir 0134631815 atau Adi 0195684479

Kekalkan perpaduan PR Sarawak

Posted: 19 Apr 2012 08:51 PM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Kuching – Timbalan 1 Persuruhjaya PAS Sarawak, Cikgu Mohamad Shokri bin Hj. Ahmad Fauzi meminta semua pihak terutama ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar bekerja dari sekarang bagi menguatkan parti dan menarik seramai mungkin pengundi untuk memastikan Pakatan Rakyat (PAS, Parti Keadilan, DAP) menang besar pada pilihan raya 13 di negeri ini.

Beliau yang juga Timbalan YDP PAS Kawasan Petra Jaya berkata, keupayaan Pakatan Rakyat memenangi seberapa banyak kerusi Parlimen perlu menjadi kenyataan disamping mengekalkan kerusi parlimen yang telah dimenangi.

"Kita perlu bekerja bersungguh-sungguh, kita mahu jumlah kerusi yang dimenangi bertambah. Pada pilihan raya yang lalu Pakatan Rakyat (DAP) cuma menang satu kerusi di bandar Kuching, manakala satu lagi kerusi dimenangi juga oleh DAP melalui 'By-Election' di bandar Sibu. PAS tidak meletakkan calon pada pilihan raya parlimen 2008, tetapi pernah bertanding pada pilihan raya 2004. Manakala parti Keadilan belum meraih kemenangan." katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat Dewan Harian PAS di markas Perhubungan PAS di Lorong 4, Taman Matang Jaya, di Kuching semalam.

"PAS sudah mendapat tempat di hati rakyat Sarawak yang berbilang bangsa dan agama. PAS cukup selesa untuk berbanga bahawa ia berjaya membina jaringan perjuangannya yang UMNO sendiri dihalang daripada bertapak di Sarawak oleh rakan Barisan Nasional nya sendiri. Hebat UMNO tidak mengalahkan hebat PAS pun." tambahnya.

Shokri juga berharap agar ahli-ahli dan para penyokong PAS, parti Keadilan dan DAP berganding bahu dan elakkan perkara yang boleh dijadikan Barisan Nasional modal untuk melemahkan Pakatan Rakyat, bersungguh-sungguhlah dari sekarang bagi merealisasikan sasaran. DAP telah membuktikan kesungguhan mereka dengan kemenangan besar pada pilihan raya negeri (DUN) baru-baru ini. Bagi PAS kita sudahpun mengerah ahli-ahli dan penyokong untuk mengundi mana-mana calon yang ditandingi oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya 13 nanti.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Hj. Adam Ahid memberitahu PAS Sarawak akan mengadakan perasmian premis Markas PAS Sarawak pada hari Ahad ini, 22 April 2012, jam 9.00 malam, di Lorong 4, Taman Matang Jaya. Orang ramai adalah dijemput datang untuk menyaksikan upacara ini. Beberapa orang pimpinan kanan PAS Pusat akan hadir untuk merasmikannya.

Beliau berharap markas milik PAS Sarawak ini mampu menyuntik semangat ahli-ahli PAS di seluruh Sarawak. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, ahli-ahli dan penyokong PAS, rakan-rakan PAS di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia serta individu-individu yang telah memberi sumbangan dengan wujudnya markas ini.

Cabaran Mahasiswa SAMM untuk Waris Malaya

Posted: 19 Apr 2012 08:47 PM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
Kenyataan Terbuka
20 April 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap oleh samseng upahan di bawah kelolaan Waris Malaya, ke atas mahasiswa yang berkampung di Dataran Merdeka untuk menuntut pendidikan percuma.

Merujuk kepada sekumpulan samseng telah bertindak merosakkan khemah-khemah di kawasan tersebut dan mencederakan mahasiswa yang mempertahankan kedudukan mereka di kawasan terbabit. SAMM segmentasi mahasiswa kesal dengan tindakan tidak bertamadun dan memalukan tersebut. SAMM beranggapan bahawa sebarang bentuk keganasan dalam kejadian yang berlaku pada malam tersebut harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh regim UMNO/BN. Baru-baru ini Waris Malaya juga dilancarkan oleh Presiden Umno.

Seharusnya jika terdapat di kalangan pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan kumpulan mahasiswa tersebut, hendaklah bertindak dengan cara yang lebih melambangkan kekuatan ilmu dan hujah bukan dengan menggunakan kekerasan.

Seraya itu, SAMM memberi cabaran kepada pihak terbabit (Waris Malaya) supaya tampil kehadapan dan nyatakan dengan prinsip mengapa tindakan tersebut dilakukan. SAMM juga mencabar wakil kepada Waris Malaya untuk berdebat secara ilmiah di Dataran Merdeka dengan mahasiswa dihadapan umum supaya rakyat dapat menilai perjuangan pihak mana yang lebih benar.

Jika Dataran Merdeka menjadi soalnya, maka kita memilih Daratan Merdeka sebagai tempat yang paling sesuai untuk wacana debat diadakan. Pilihlah walau Ezam Md Noor sekalipun untuk berdebat, kami mahasiswa dari SAMM dan kumpulan mahasiswa lain yang bernaung di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia sedia untuk menghantar wakil. Sila nyatakan tarikh dan masa.

Akhir sekali SAMM beraharap pihak berkuasa khususnya Polis Di Raja Malaysia PDRM melakukan siasatan dengan segera ke atas kumpulan yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut dan jangan biarkan sistem polis diperalatkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik.

Wan Farel
Penyelaras Segmentasi Mahasiswa
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Nasib guru, polis berbeza di bawah BN

Posted: 19 Apr 2012 08:36 PM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kelab Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) menyokong penuh usaha yang akan dilakukan oleh Bersih 3.0 untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran 'Duduk & Bantah' di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Pengerusinya, Dr Ghazali Hasbullah berkata, salah satu dari lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 3.0 adalah mengukuhkan institusi awam.

Tambahnya, tidak dinafikan bahawa para penjawat awam dan institusi awam adalah nadi kepada pembangunan negara.

Justeru, katanya jatuh bangunnya penjawat awam dan institusi tersebut boleh mencerminkan kemajuan dan kestabilan sesebuah negara.

Menurut fakta dari Jabatan Perkhidmatan Awam, penjawat awam kini mencecah 1.4 juta orang.

Dari jumlah tersebut, 42.9 peratus terdiri dari polis dan guru.

Katanya, mengikut pengalaman lepas, dua kumpulan itu mendapat nasib yang berbeza di bawah pentadbiran kerajaan Umno BN.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia diguna sewenang-wenangnya bagi menghalang Pakatan Rakyat menyatakan hak mereka sedangkan setiap rakyat mempunyai hak-hak tertentu dalam sebuah negara yang merdeka dan demokrasi ini.

"DPMM menyeru Polis Diraja Malaysia agar bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang, bukannya mengikut telunjuk politik kotor dari Umno BN," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, guru pula penjawat awam yang selalu diugut, diarah melakukan sesuatu di luar norma kerja harian mereka, yang mana antara ugutan yang biasa adalah penukaran tempat kerja dan tidak naik pangkat.

"Dakwaan ini bukan kosong, malah telah berlaku kepada ramai guru yang diarahkan bertukar 24 jam akibat dari campur tangan politik Umno BN kerana kononnya guru-guru tersebut menyokong pembangkang," ujarnya.

Tambahnya, Umno BN juga menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan jentera kerajaan sepenuhnya semasa berkempen.

"Perkara sebegini kita perhatikan setiap kali pilihanraya. Kenderaan jabatan digunakan tanpa rasa segan silu dalam kempen parti mereka.

"Lebih menyedihkan lagi para penjawat awam tertentu dipaksa turun untuk membantu kempen calon Umno BN," katanya.

Menurutnya lagi, jika penjawat awam tersebut cuba bersuara, mereka akan diugut untuk ditukarkan ke pendalaman dan tidak dinaikkan pangkat.

Bagi beliau, sudah sewajarnya institusi awam diperkukuhkan dan direformasi agar tiada campur tangan politik kotor pemerintah.

"Kelab Pekerja dan Professional Muda DPMM, sekali lagi meyatakan sokongan dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman seperti tuntutan yang dibuat oleh Bersih 3.0 ini," ujarnya.

Katanya, Kelab Pekerja dan Professional Muda DPMM juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta memberi sokongan yang pada demi melihat sebuah Negara Malaysia yang benar-benar aman dan sejahtera.

"Ingatlah usaha sedikit kita ini akan memberi kesan yang besar kepada kesejahteraan generasi anak cucu kita yang akan datang," ujarnya.

Beliau menambah, Kelab Pekerja dan Professional muda juga ingin menghulurkan bantuan secara professional kepada Bersih 3.0 bagi melicinkan lagi perhimpunan yang dirancang.

"Saya juga menyeru kepada mana-mana badan professional atau individu untuk turut serta menjadi sukarelawan pada 28 April nanti," ujarnya lagi.

Harakah Daily

Fatwa: Peguam Muslim setuju tindakan Kedah

Posted: 19 Apr 2012 08:34 PM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang meluluskan pindaan undang-undang untuk menghalang fatwa yang diputuskan mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (gambar) berkata, peruntukan dalam Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10) dengan memasukkan Fasal 22A yang berbunyi 'Walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa samada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu disemak dinafikan atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.'

Beliau berkata, tindakan tersebut hanyalah merupakan suatu penegasan semula tentang kedudukan Mufti di sisi undang-undang.

Katanya, ia juga selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam kes ESQ mlwn Mufti Wilayah Persekutuan yang memutuskan fatwa mufti tidak boleh dicabar di mahkamah sivil.

"Malah di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Sulaiman Takrib mlwn Kerajaan Negeri Trengganu Mahkamah Persekutuan memutuskan institusi kemuftian ini adalah sah disudut Perlembagaan Persekutuan dan tidak langsung bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang meluluskan pindaan undang-undang untuk menghalang fatwa yang diputuskan mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.

Peruntukan dalam Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10) dengan memasukkan Fasal 22A yang berbunyi 'Walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa samada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu disemak dinafikan atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.'

Tindakan tersebut hanyalah merupakan suatu penegasan semula tentang kedudukan Mufti di sisi undang-undang. Ia juga selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam kes ESQ mlwn Mufti Wilayah Persekutuan yang memutuskan fatwa mufti tidak boleh dicabar di mahkamah sivil. Malah di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Sulaiman Takrib mlwn Kerajaan Negeri Trengganu Mahkamah Persekutuan memutuskan institusi kemuftian ini adalah sah disudut Perlembagaan Persekutuan dan tidak langsung bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 7(1) Enakmen Mufti Dan Fatwa (Negeri Kedah) 2008 menyatakan Mufti hendaklah membantu dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan semua perkara Hukum Syarak dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Kedah Darul Aman selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen tersebut.

Sekyen 7(2) pula menyatakan Mufti hendaklah bertanggungjawab terus Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Baginda bolehlah dari masa ke semasa memberi perintah sama ada secara am atau khas yang Baginda fikirkan perlu atau bermanfaat iaitu perintah yang tidak berlawanan dengan peruntukan Enakmen ini dan adalah menjadi kwajipan Mufti mematuhi dan melaksanakan perintah itu.

Manakala Seksyen 8(1) menyebut Mufti hendaklah berkuasa mengeluarkan apa-apa fatwa. Seksyen 8(2) pula menyatakan walau apapun peruntukan Enakmen ini Mufti boleh sekira difikirkan perlu berbincang dengan Jawatankuasa Fatwa sebelum mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen ini.

Berdasarkan seksyen-seksyen yang disebut di atas adalah amat jelas Mufti adalah pihak berkuasa utama dalam hal ehwal hukum syarak selepas Sultan. Dalam hal demikian adalah amat tidak wajar fatwa mufti boleh dicabar di mahkamah sama ada mahkamah sivil ataupun mahkamah syariah. Ini adalah bagi menjaga kehormatan terhadap institusi kefatwaan tersebut. Sayugia diingatkan bahawa Jawatankuasa Fatwa terdiri dari pakar-pakar agama dan mereka juga boleh menjemput orang lain yang pakar dalam bidang masing-masing untuk memberi nasihat kepada Jawatankuasa Fatwa dalam hal-hal tertentu berbanding dengan mahkamah yang mendengar sesuatu kes secara adversarial sahaja.

PPMM amat tidak bersetuju dengan pandangan yang mendakwa tindakan Kerajaan Negeri Kedah ini menyamakan fatwa seperti nas qat'i (nas yang putus) dalam Quran dan Sunnah sehingga tidak boleh dipertikaikan yang mengakibatkan terbunuhnya intelektualisme rakyat. Ini adalah disebabkan bahawa sesuatu fatwa masih boleh dipinda atau dibatalkan sebagaimana yang dinyatakan di dalam seksyen 23(1) Enakmen yang sama yang menyatakan Jawatankuasa Fatwa boleh meminda atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan di dalam Warta di bawah Enakmen tersebut.

Ia bermakna seseorang yang tidak berpuashati dengan sesuatu fatwa masih boleh merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa memohon meminda atau membatalkan sesuatu fatwa. Ia akan dilakukan dalam suasana muzakarah dengan Jawatankuasa Fatwa yang berkuasa menentukan kaedahnya. Adalah amat tidak logik jika fatwa tersebut boleh dicabar di mahkamah kerana pendekatan di mahkamah adalah untuk berlitigasi dan bukan bermuzakarah. Mahkamah Hakim Mahkamah Sivil pula langsung tidak terlateh di dalam Hukum Syarak manakala Hakim Mahkamah Syariah pula tidak dilatih dalam metodologi ifta'.

Fatwa masih boleh dikaji dengan bermuzakarah semula dengan Jawatankuasa Fatwa. Dengan semangat muzakarah ini suatu keputusan itu akan lebih dekat kepada Hukum Syarak berbanding jika ianya dibawa ke mahkamah. Dalam masa yang sama PPMM bersependapat dengan pandangan Mufti Negeri Perlis Dr Juanda Jaya yang menyarankan perlu ada keterbukaan dalam membuat sesuatu fatwa dan pada masa yang sama kita tidak boleh menafikan peranan ulil amri (pemerintah) mentarjih bagi memilih apa-apa pandangan.

Jika dibaca keseluruhan Enakmen Mufti Dan Fatwa (Negeri Kedah) 2008 ia sebenarnya meraikan pelbagai pandangan yang berbeza dan sesuatu fatwa itu masih bersifat anjal kerana ia masih boleh dipinda. PPMM juga mengingatkan peranan fatwa bukanlah menentukan perkara yang sudah bersifat definitive (atau sudah putus) tetapi hanya di dalam perkara spekulatif sahaja (iaitu perkara yang belum diputuskan dengan nas yang qatie).

PPMM juga menggesa institusi mufti dan kefatwaan ini diperkasakan dengan memberi kuasa kepada mufti untuk memberi nasiat dan membuat teguran kepada mana-mana pihak, mempertingkatkan keupayaan dan prasarana institusi fatwa, membebaskan Mufti dari sebarang tekanan dan pengaruh politik atau individu tertentu. Bagi mempastikan kewibawaan institusi ini terus terpelihara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun menetapkan halatuju yang sistematik melalui penggubalan bersama Pelan Strategik Jabatan-Jabatan Mufti Seluruh Malaysia 2010-2014 bagi memikul tanggungjawab menguruskan hal ehwal Islam dalam negara termasuklah mengadakan undang-undang khusus dan seragam untuk Mufti dan Pengurusan Fatwa.

Berbalik kepada isu yang dibicarakan di atas, PPMM sekali lagi menzahirkan sokongan kepada Kerajaan Negeri Kedah meminda Enakmen Mufti dan Fatwa (Negeri Kedah ) 2008 dan menegaskan jika ada mana-mana orang yang tidak bersetuju dengan mana-mana fatwa, mereka bolehlah berhujah secara muzakarah dengan Jawatankuasa Fatwa dan bukan mencabarnya di mana-mana mahkamah.

Harakah Daily

Jangan sampai dunia lihat militia serang rakyat

Posted: 19 Apr 2012 08:32 PM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Negara ini akan mendapat imej yang buruk di kaca mata dunia apabila pemimpin negara dilihat membenarkan wujudnya kumpulan militia menyerang rakyat sendiri seperti yang dilihat pernah berlaku di Libya dan kini di Syria.

Justeru, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengutuk kejadian biadap oleh sekumpulan orang yang dibiar mengganasi pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka dua malam yang lalu.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kejadian yang berlaku secara terang-terangan di hadapan pihak polis menyebabkan negara ini tidak boleh dianggap negara yang selamat.

Katanya, sudah pasti insiden tersebut kini dapat dilihat sendiri oleh pelancong dari luar dan dengan itu gambaran negara ini sebagai negara yang aman adalah indah khabar dari rupa.


Beliau menambah, Teras percaya pelajar yang kini lebih berani menyatakan sikap dan bertindak berkhemah di Dataran Merdeka secara aman seharusnya dilihat sebagai kesungguhan dan keazaman mereka memperjuangkan isu yang dekat dengan masa depan mereka dan generasi akan datang.


"Tuntutan mereka adalah jelas. Mereka percaya pendidikan percuma boleh dilaksanakan di negara ini dengan uruskelola kewangan negara yang telus dan bertanggungjawab," ujarnya dalam satu kenyataan.


Katanya, Teras kesal dengan respons Menteri Pendidikan Tinggi berhubung insiden tersebut.

Katanya, sikap bebal dan sangat tidak matang menunjukkan menteri berkenaan tidak layak memegang mandat sebagai menteri apabila berhadapan dengan tuntutan pelajar.

"Dengan mengeluarkan kenyataan pedas terhadap pelajar yang diserang oleh sekumpulan gangster di hadapan orang ramai dan disaksi oleh pihak polis sendiri adalah suatu kenyataan yang menunjukkan mentaliti yang sama dengan penyerang itu sendiri," ujarnya.

Justeru, ujarnya Teras menuntut pihak polis menyiasat dan bertindak ke atas kumpulan ganas yang menyerang pelajar yang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, adalah munasabah jika pihak kerajaan mengadakan dialog dengan pelajar dan mendengar dengan jujur bahawa suatu alternatif boleh dicapai dalam isu pembiayaan pendidikan tinggi di negara ini.

Sehubungan itu, kata Mohd Azmi pihaknya mendesak agar pihak kerajaan mengadakan dialog dengan pelajar untuk mendengar tuntutan mereka mengenai isu pendidikan tinggi percuma.

Harakah Daily

Ameerah gesa polis siasat dalang serang siswa

Posted: 19 Apr 2012 08:25 PM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat mahu pihak polis menyiasat siapa dalang disebalik serangan terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi semalam.

Sambil mengecam tindakan samseng itu, pengerusinya Fareedah Samad berkata, mereka yang bertanggungjawab dalam serangan itu harus dikenakan tindakan tegas agar kejadian serupa tidak berulang.

"Ameerah sekali lagi menggesa pihak Polis Di Raja Malaysia untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berkaitan kumpulan samseng ini termasuklah individu yang terlibat, master mind di belakang kumpulan ini dan pihak yang memberi jaminan keselamatan kepada mereka.

"Ameerah juga mahu pihak polis segera mengambil tindakan yang tegas ke atas kumpulan samseng tersebut ini bagi mencegah kejadian yang lebih buruk berlaku pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam insiden pagi semalam itu seorang siswa dilaporkan cedera apabila kumpulan mereka yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng'.

Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta mengasari dan merobohkan khemah mereka kira-kira jam 2.45 pagi.

Pelajar yang mengalami kecederaan itu dilaporkan dibawa ke hospital dengan ambulans.

Menurut Fareedah lagi, lebih dikesali dalam insiden itu apabila samseng terbabit didakwa turut menyepak kepala seorang siswi.

"Provokasi melampau ini dilihat sebagai kelakuan yang amat tidak bermoral dan dikhuatiri akan berulang sekiranya tiada sebarang tindakan tegas yang diambil terhadap mereka.

"Mereka hanya berhimpun secara aman di Dataran Merdeka tanpa mengganggu orang sekeliling. Mereka hanya tidur di dalam khemah secara tertib jauh sekali untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit dan sebagainya," katanya lagi.

Harakah Daily

Geng ‘nakal’ pecah kereta

Posted: 19 Apr 2012 08:22 PM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

IPOH - Pemilik lapan kereta yang tinggal di beberapa kawasan perumahan sekitar Pengkalan, di sini mengalami kerugian apabila sekumpulan remaja 'nakal' bertindak memecahkan cermin kereta mereka yang diletakkan di tepi jalan dalam kejadian pada jam 10 malam kelmarin.

Difahamkan, kumpulan remaja yang dianggotai empat orang itu dipercayai menaiki dua motosikal ketika melakukan perbuatan tersebut.

Antara kawasan perumahan yang terbabit termasuklah Taman Desa Pakatan, Taman Pinji Mewah dan Medan Pengkalan Impian.

Seorang peniaga, Susan Tung Soo Wan, 42, berkata, kejadian seumpama itu adalah yang kedua berlaku di rumahnya selepas tujuh tahun tinggal di kawasan perumahan tersebut.

Menurutnya, pada tahun lalu cermin keretanya pernah dipecahkan dan beberapa barangan turut hilang dalam insiden itu serta menyebabkan dia kerugian kira-kira RM200.

Dalam kejadian yang berlaku kelmarin, dia bersama bapa mertua dan empat orang anak sedang asyik menonton televisyen di ruang tamu rumah.

"Tiba-tiba saya terdengar seperti bunyi orang 'ketuk' barang hingga pecah dan bunyi motosikal di bahagian luar rumah.

"Saya juga dengar suara orang menjerit dan dengan segera saya keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Alangkah terkejutnya saya apabila melihat cermin hadapan kereta Toyota Wish saya retak akibat lontaran batu dipercayai dilakukan kumpulan remaja berkenaan.

"Beberapa orang penduduk berhampiran turut berkumpul untuk memeriksa kenderaan masing-masing," katanya di sini, semalam.

Katanya, penduduk di kawasannya ada membayar upah RM20 setiap bulan kepada syarikat keselamatan swasta bagi melakukan rondaan di kawasan tersebut namun kejadian jenayah tetap berlaku tanpa mengira masa.

"Oleh itu saya meminta supaya kawalan keselamatan dipertingkatkan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa hadapan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Yip Yoot Leong, 51, berkata, sewaktu kejadian dia bersama keluarga sedang bersantai di rumah.

"Kira-kira jam 10 malam, salah seorang anggota keselamatan yang sedang membuat rondaan menelefon dan memberitahu cermin kereta saya pecah.

"Panggilan telefon itu membuatkan saya segera melihat kereta yang diletakkan di luar rumah dan ternyata ia benar.

"Seketul bata ditemui di dalam kereta saya dipercayai digunakan bagi melakukan perbuatan itu namun tiada barang hilang," katanya yang bekerja sebagai mekanik.

Kedua-dua mangsa yang mendapat bantuan daripada anggota Persatuan Keselamatan Bandar Baru Pengkalan sudah membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai.

Katanya, polis sememangnya melaksanakan peranan secara proaktif dalam menangani jenayah namun rondaan perlu ditingkatkan terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai pengawal keselamatan.

Tambahnya, Balai Polis Simpang Pulai yang mengawal kawasan berkenaan tidak relevan kerana ia terletak setengah jam dan memakan masa yang lama untuk bantuan diberikan jika berlaku sebarang kecemasan mahupun kejadian jenayah.

"Saya ada menerima aduan penduduk di kawasan terbabit melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes jenayah seperti samun yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

"Sehubungan itu, saya akan cuba berbincang dengan polis agar sebuah pondok polis dibina supaya kes jenayah dapat ditangani selain keselamatan diri dan harta benda penduduk terjamin," katanya.

Agency

Lagi salah laku askar Amerika

Posted: 19 Apr 2012 08:19 PM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

WASHINGTON — Tentera Amerika Syarikat (AS) dikaitkan dengan pelbagai dakwaan salah laku sejak awal tahun lalu dan yang terbaru ia sekali lagi mencalarkan imej mereka dan bakal mencetuskan kemarahan orang Islam.

Akhbar Los Angeles Times, kelmarin memaparkan beberapa gambar kelakuan biadab askar 82nd Airborne Division 'beraksi' dengan mayat ahli kumpulan militan yang berlumuran darah di wilayah Zabul, Afghanistan.

Gambar yang diambil pada 2010 itu turut menunjukkan pelbagai aksi menjengkelkan tentera dengan mayat tanpa rasa hormat terhadap si mati.

Susulan daripada pendedahan­ memalukan di akhbar tersebut, Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta bertindak segera memohon maaf bagi pihak kerajaan di atas kelakuan bodoh tentera AS yang terlibat dan beliau juga menyuarakan kebimbangan kononnya gambar itu akan mencetuskan keganasan baru terhadap penduduk AS.

"Mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ini akan dihukum mengikut sistem keadilan tentera," katanya.

Jurucakap akhbar Los Angeles Times menyatakan kesemua 18 gambar kontroversi tersebut diperoleh daripada seorang askar yang identitinya tidak didedahkan.

"Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan kegagalan dalam kepimpinan pihak atasan dan masalah disiplin anggota tentera AS," menurut akhbar tersebut lagi.

Dalam satu kenyataan, Taliban mengutuk perbuatan askar AS itu dan berikrar untuk membalas dendam.

Sinar Harian

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 20 Apr 2012 01:06 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tg Malim Kali ke 30

Posted: 19 Apr 2012 10:02 AM PDT

Kebersamaan Mat Sabu menambah ceriakan suasana

Guru-guru Pasti turut hadir sebagai pemerhati

Makan bersama Timb. Presiden

Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi Pas

Selamat bermuktamar

Sertai Himpunan BERSIH Selamatkan Malaysia

Posted: 19 Apr 2012 09:23 AM PDT


Tn Hj Mohd Sabu menjelaskan bahawa Himpunan Bersih 3.0 adalah lanjutan daripada himpunan yang dibuat sebelumnya sebagai tanda protes dan menuntut keadilan dalam pilihanraya. Pas yang memilih perjuangan secara Muwajahah Silmiyyah, amat bergantung kepada perjalanan pilihanraya yang adil, telus dan bertamadun.

Apa yang berlaku hari ini, UMNO BN telah memporak perandakan sistem demokrasi di Malaysia dengan memasukkan pengundi-pengundi melalui pendaftaran oleh SPR dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Akibatnya, kedaulatan negara boleh tergadai.

Lanjutan itu, beliau menyeru dan mewajibkan seluruh ahli Pas menghadiri himpunan Bersih 3.0 ini agar hasrat dan impian melihat Malaysia dipimpin secara adil dapat direalisasikan. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Tg Malim kali ke 30 di Markas Tarbiyyah Pas Kawasan Tg Malim di Serigala.

Turut menyampaikan ucapan aluan sebelum itu, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, selaku YDP Pas Kawasan Tg Malim. Mesyuarat berjalan dengan jayanya serta perwakilah telah membahas dan menerima satu usul yang dibawa oleh Dewan Pemuda untuk dilaksanakan pada sesi ini.


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 19 Apr 2012 09:43 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Mesyuarat Agong Kawasan Pasir Salak : Mendaulatkan ISLAM Memacu Kemenangan.

Posted: 19 Apr 2012 06:31 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Apr 2012 09:37 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Empat beradik di Jelebu tiada sijil lahir

Posted: 19 Apr 2012 01:31 AM PDT



19 April 2012

Kuala Klawang, N.Sembilan - Bimbangkan masa depan empat anak buahnya yang tidak mempunyai sijil kelahiran, seorang wanita di sini sanggup mengeluarkan wang simpanan­ sebanyak RM8,000 untuk membayar upah kepada pihak yang berjanji mahu membantunya.

Bagaimanapun, usaha itu hanya sia-sia apabila wanita berkenaan, Siti Khalijah Sani, 63, rupanya ditipu pihak berkenaan.

"Sebelum ini ada pihak datang ke rumah saya kononnya mahu membantu anak buah saya mendapatkan sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Namun, saya ditipu oleh mereka. Mereka meminta wang sebanyak RM8,000 dan saya memberikan wang simpanan saya kerana mengenangkan anak buah saya sukar duduki peperiksaan kerana tiada sijil lahir," katanya.

Masa depan empat beradik berusia 6 hingga 15 tahun itu kabur kerana tidak mempunyai sijil kelahiran sejak dilahirkan.

Lebih menyedihkan ibu kepada adik beradik malang, Masyati Idris, 35, menghilangkan diri sebaik saja bapa mereka meninggal dunia.

Siti Khalijah berkata, adiknya iaitu bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Chik Sani, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di persimpangan Kampung Sepri - Kuala Klawang pada 2007 ketika berusia 43 tahun.

"Selepas adik saya, Chik Sani meninggal dunia, lima bulan kemudian isterinya memberitahu saya bahawa dia mahu pulang menziarah keluarganya di Indonesia.

"Isterinya memang warganegara Indonesia dan saya mengizinkan kerana tidak mengesyaki apa-apa," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini setelah lima tahun, Masyati tidak lagi pulang ke rumah .

"Sejak Masyati menghilangkan diri, sayalah yang terpaksa memikul tugas menjaga empat beradik berkenaan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Siti Khalijah mengakui dia tidak berusaha untuk mengesan Masyati yang berasal dari Sumatera, Indonesia.

"Keempat-empat beradik ini dilahirkan di Hospital Jelebu tetapi tidak mempunyai sijil kelahiran kerana kedua ibu bapa mereka gagal menunjukkan sijil nikah.

"Ini kerana, tanpa sijil nikah, pendaftaran kelahiran keempat-empat kanak-kanak ini berkenaan tidak dapat dibuat," katanya.

Ketika ditanya, Siti Khalijah tidak pasti arwah adiknya berkahwin di mana tetapi percaya ia dilakukan dalam negara.

Hasil perkahwinan Masyati dan Chik Sani, mereka dikurniakan empat anak iaitu Dayang Diana, 15; Muhammad Faiz, 14, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu; Nor Azlinda, 12, bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

Seperi Tengah serta yang bongsu, Siti Nor Faizah, 6, bersekolah di Tadika Perpaduan Taman Naga Mas.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/empat-beradik-tiada-sijil-lahir-1.41237

Pelekat Kenderaan PAS DUN Kota

Posted: 19 Apr 2012 01:08 AM PDT



PAS DUN Kota, Negeri Sembilan kini mengedarkan pelekat kenderaan (kereta/motosikal) untuk Dana Pilihanraya pada harga RM 1.

Kepada mereka yang ingin mendapatkannya sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com , Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota

Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Umum ke 13 DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

atau melalui Akaun CIMB 05020693061526.

Sila hubungi Tn Hj Harun 016-3092990 , Bendahari PAS DUN Kota

DUN CHINI

Posted: 19 Apr 2012 07:27 PM PDT

DUN CHINI


CERAMAH PR DI CHINI 2

Posted: 19 Apr 2012 04:49 PM PDT
































Rembau Hari Ini

Posted: 19 Apr 2012 07:07 PM PDT

Rembau Hari Ini


Pelekat Kenderaan PAS DUN Kota

Posted: 19 Apr 2012 12:57 AM PDT





PAS DUN Kota, Negeri Sembilan kini mengedarkan pelekat kenderaan (kereta/motosikal) untuk Dana Pilihanraya pada harga RM 1.

Kepada mereka yang ingin mendapatkannya sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com , Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota

Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Umum ke 13 DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

atau melalui Akaun CIMB 05020693061526.

Sila hubungi Tn Hj Harun 016-3092990 , Bendahari PAS DUN Kota

Solat Hajat setiap minggu di DUN Kota, N.Sembilan

Posted: 18 Apr 2012 09:04 PM PDT



SOLAT HAJAT
Menjelang Pilihanraya Umum ke 13
Setiap hari Rabu (bermula 18 Apr 2012)
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Teratak Amal, DUN Kota, N.Sembilan

Semua petugas dan Penyokong Pakatan Rakyat di jemput hadir.

Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Umum ke 13 DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

atau melalui Akaun CIMB 05020693061526.

Sila hubungi :
Sdr Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com , Pengarah DUN Kota
Tn Hj Harun 016-3092990

DPP Gopeng

Posted: 19 Apr 2012 03:33 PM PDT

DPP Gopeng


YB Hamidah sibuk keliling kuil-kuil Hindu?

Posted: 19 Apr 2012 03:06 AM PDT

DPP Gopeng telah diberitahu yang YB Hamidah Osman kini sangat sibuk pusing keliling kuil-kuil Hindu sekitar Dun Sungai Rapat. Bukanlah orang itu mengatakan YB Hamidah menjalankan apa-apa upacara di kuil-kuil Hindu itu.

Sebenarnya, semakin dekat dengan pilihanraya maka semakin manjalah pengundi-pengundi di Dun Sungai Rapat dipujuk oleh calon yang bertanding.

Dulu YB Hamidah ada keluar kenyataan di dalam sidang dun negeri Perak, 'Jika nampak ular dan orang India, pukul orang India dulu'. Kenyataannya itu membuatkan orang-orang India begitu marah dan benci dengan YB Hamidah.

Untuk memujuk kembali sokongan dan undian orang-orang India di sekitar Dun Sungai Rapat, YB Hamidah sanggup turun keliling semua kuil-kuil Hindu untuk meminta maaf dan menukar kenyataannya dulu dengan 'Jika jumpa ular dan orang India, pukul orang PKR dulu'.

DPP Gopeng merasakan yang permohonan maaf YB Hamidah itu telah terlalu lewat dan tidak bersungguh-sungguh. Ianya hanyalah lakonan kempen pilihanraya semata-mata.

Orang-orang India kini semakin kenal siapa YB Hamidah yang sebenarnya. Sudah tentulah undian mereka akan pergi kepada calon yang betul-betul ikhlas dan prihatin untuk menolong mereka. Pastinya, calon Pas yang menjadi pilihan tetap mereka.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 19 Apr 2012 03:04 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


(PANAS) POLIS JUMPA MOLOTOV KOKTAIL & PARANG DALAM KHEMAH MAHASISWA?

Posted: 19 Apr 2012 01:38 AM PDT


Tidakmustahil pihak polis mendakwa akan menjumpai Molotov koktail, mercun, parang, pisaubersama-sama t-shirt berlogo BERSIH 3.0 di dalam khemah mahasiswa di Dataranatau kawasan-kawasan lain sebagai mana fitnah yang telah berlaku sebelum ini agarmasyarakat  percaya yang mahasiswa kita danpeserta Bersih 3.0 akan melakukan huru-hara dalam negara

Kalaudulu, wujud pihak tidak bertanggung jawab UMNO yang cuba memburuk-burukkan Bersih2.0 pada 9 Julai lalu dan lebih malang lagi apabila pihak polis yangmenyeluarkan kenyataan terus menerus memburukkan perhimpunan rakyat Bersih 2.0 apabilatelah menjumpai Molotov koktail, mercun, parang, pisau bersama-sama t-shirtberlogo BERSIH 2.0 kemeja-T di beberapa lokasi dengan memberi gambaran pihakBERSIH mahu melakukan huru-hara dalam negara.

Namun sehingga kini kes busuk tersebut senyapbegitu sahaja tanpa ada sebarang dakwaan atau tangkapan… janganlah jadi bangsatUMNO dan BN...




Apa sahaja mereka boleh buat sebab mereka ada kuasa... ayuh rakyat kembalikan kuasa kita semua....

KAMI BUKAN SEBANGSAT SAMSENG UMNO SUKA MEREKA CERITA

Posted: 19 Apr 2012 01:20 AM PDT

..." Kami bukan sebangsat samseng UMNO suka mereka cerita," itulah kata-kata yang dihamburkan oleh salah seorang mahasiswa apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein mengatakan serangan awal pagi semalam adalah cerita rekaan.

(MK) Hishammuddin Hussein menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang.

Tanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum.

Katanya dakwaan seperti itu juga pernah digunakan sebelum ini untuk mebangkitkan emosi orang ramai dalam isu perkauman, agama dan kini melibatkan pelajar.

Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Hishammuddin turut menyarankan supaya kes tersebut disiasat oleh agensi terbabit.

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang.

Tanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum.

Katanya dakwaan seperti itu juga pernah digunakan sebelum ini untuk mebangkitkan emosi orang ramai dalam isu perkauman, agama dan kini melibatkan pelajar.

Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Hishammuddin turut menyarankan supaya kes tersebut disiasat oleh agensi terbabit.

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut.

PEMUDA PAS SELANGOR DIGESA PASANG BENDERA DI STESEN KOMUTER

Posted: 19 Apr 2012 01:09 AM PDT


 Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh penyokong dan ahli Pakatan Rakyat untuk menaikkan bendera parti komponen Pakatan Rakyat di seluruh stesen komuter di Selangor. Ini berikutan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menaikkan bendera Barisan Nasional (BN) di kebanyakan stesen komuter di Selangor.

Bagi membuktikan pihak pentadbiran KTMB bersikap terbuka dalam ruang demokrasi di negara ini, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat perlu mengambil peluang ini untuk mengibarkan bendera di stesen yang sama. Dalam pada pihak KTMB memastikan bendera BN terus berkibar, bendera parti komponen PR juga perlu terus dikibarkan sama dan jangan ada tindakan sabotaj dibuat terhadap bendera milik parti komponen PR.

DPPM mengingatkan Stesen Komuter KTMB adalah milik awam. Tidak wajar hanya bendera BN sahaja dibenarkan dipasang, sebaliknya bendera PR ditegah. Stesen komuter perlu dijadikan kawasan yang bebas kepada mana-mana parti politik untuk menggantung bendera masing-masing.

DPPM juga mengajak kakitangan KTMB yang menyokong Pakatan Rakyat agar jangan takut dalam menyatakan sokongan terbuka kepada PR, kerana itu adalah hak mereka masing-masing. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia, semua hak itu perlu dihormati. Mereka juga diajak untuk turut sama menggantung bendera parti komponen PR di stesen komuter di sekitar Selangor tanpa rasa takut.

Jika mereka dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan KTMB atas tindakan mereka itu, ini membuktikan KTMB masih dikawal oleh pengaruh BN yang mengongkong kakitangannya daripada menyatakan sokongan politik kepada mana-mana pihak. Jika ini berlaku, kerajaan ternyata masih mengamalkan 'politik kuku besi' dengan mengugut pegawai kerajaan atau kakitangan agensi di bawahnya untuk menyokong mereka sahaja. Justeru, DPPM ingin mengingatkan bahawa perkhidmatan komuter dan juga stesennya dibina hasil dari titik peluh rakyat yang memberikan sumbangan kepada kerajaan dan negara, bukan dibina hasil duit pemimpin BN.

TIBAI BAKAL JADI C*BAI AHAD INI...HUHUHUHUHU

Posted: 18 Apr 2012 09:19 PM PDT


KUALA LUMPUR – Kalangan bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas sahabat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendedahkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar serta menangkis segala fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang itu terhadap kerajaan.

Bekas Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip yang mengetuai pertubuhan itu yang dinamakan 'Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim' atau TIBAI berkata, pertubuhan itu akan melaksanakan kempen menyeru rakyat supaya bersama-sama bangkit dan menolak Anwar dan sekutunya pada pilihan raya akan datang.

"Kita akan turun ke kawasan-kawasan yang dimenangi dan ditandingi PKR khususnya dalam melaksanakan agenda kita untuk menyedarkan rakyat di situ tentang siapa sebenarnya Anwar," katanya pada sidang akhbar penubuhan TIBAI di Kelab Sultan Sulaiman di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong.
Muhammad Zahid berkata, pertubuhan itu akan menggunakan pelbagai cara bagi menyeru rakyat mengenali siapa sebenar Anwar.

UMNO HANTAR BANGSAT2 NYE SERANG MAHASISWA DI DATARAN

Posted: 18 Apr 2012 05:49 PM PDT

Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video. Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.

"Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar," kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini.

Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai.
Mahasiswa dan orang ramai berkumpul menceritakan detik-detik cemas, namun semangat mereka tidak luntur

Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan.

Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan 'bimbang keselamatan mereka terancam'.

Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk.

"Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk," katanya.

Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng.
Kebiadapan samseng tidak mematahkan semangat mahasiswa untuk terus berkhemah sehingga 28 April ini

"Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat," katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor.

Kebiadapan samseng tidak mematahkan semangat mahasiswa untuk terus berkhemah sehingga 28 April ini

Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan.

Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ.

BAHANA BERPAKWEKAN LELAKI NIGERIA

Posted: 18 Apr 2012 05:45 PM PDT

SUBANG JAYA: Hanya kerana silap memasukkan kad mesin juruwang automatik (ATM) sehingga kad itu disekat, seorang wanita mendakwa diseksa teman lelakinya yang berasal dari Nigeria selama lebih 24 jam di sebuah kondominium di USJ 1, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Isnin lalu, mangsa yang juga pelajar kolej swasta berusia 25 tahun mendakwa kepalanya dihantuk ke dinding, badannya dihempas ke sinki dan mukanya dicucuh dengan rokok oleh teman lelakinya yang berusia 26 tahun.

Sumber berkata, kejadian berlaku sejurus mangsa pulang dari tempat kerja sambilannya apabila dia tiba-tiba diserang suspek yang menunggunya di dalam rumah.

Menurutnya, pada mulanya mangsa dipukul menggunakan botol plastik sebelum kepala wanita malang itu dihantuk ke dinding beberapa kali.

"Selepas puas menghantukkan kepala mangsa, suspek kemudian mengangkat wanita terbabit sebelum menghempasnya ke atas sinki bilik air dan perbuatan kejam itu berterusan sehingga kira-kira tiga jam.

... jahat-jahat pemuda UMNO tak sejahat lelaki Nigeria ni....huhuhuhuhu

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 19 Apr 2012 01:08 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


KERAJAAN BN MELAKA BAKAL RUNTUH KERANA ROBOH SEKOLAH DAN SURAU

Posted: 18 Apr 2012 05:59 PM PDT




Kemuncak kezaliman sesebuah kerajaan ialah apabila masjid atau surau dan sekolah dirobohkan tanpa takut kepada laknat Allah dan kasihan belas kepada rakyat.

Bila kerajaan Melaka merobohkan Pusat Asuah Tunas Islam (PASTI) Jaya Insan, Bukit Katil dan Surau Ujong Pasir maka lengkap kezaliman sebuah kerajaan negeri. Kerajaan Melaka mengulangi kezaliman dan kesilapan kerajaan BN Terengganu yang merobohkan Institut Berakan dan juga kesilapan kerajaan BN Selangor zaman Khir Toyo yang merobohkan surau. Akhirnya kedua-dua kerajaan pimpinan Wan Mokhtar dan Khir Toyo dihukum oleh Allah tewas dalam pilihanraya umum.

Kita berdoa semoga Allah juga menghukum kerajaan BN Melaka sekarang yang dengan zalim merobohkan PASTI dan surau tanpa alasan yang kukuh. Amin.


Jelas Ketua Menteri Melaka tidak belajar dari kesilapan 2 orang rakannya itu. Doa rakyat yang dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah. Apatah lagi alasan perobohan PASTI Jaya Insan itu jelas tidak dapat diterima. Ianya hanyalah kerana hasad dengki dan dendam kesumat politik sempit kerajaan negeri Melaka.

Insya Allah kezaliman kerajaan negeri ini akan memberikan impak besar kepada politik negeri Melaka. Rakyat mula membuka mata dengan kezaliman ini. Malah PAS Bukit Katil sendiri yakin kerajaan negeri dan pimpinannya sekarang sedang menerima hukuman dari Allah apabila mula takut kepada bayang-bayang sendiri dengan pelbagai tindakan akibat cacing kepanasan antaranya mengacau ceramah PAS dan beberapa tindakan yang menggelikan hati.

PAS Bukit Katil sendiri akan membuktikan bahawa perjuangan Islam di kawasan Parlimen Bukit Katil bukannya semakin lemah dengan perobohan PASTI tetapi kita akan bangkit dengan membuka lebih banyak pejabat, markas dan PASTI. PASTI Jaya Insan yang baru telah dibuka, selepas markaz baru akan dibuka dan sebuah pejabat serba canggih juga akan dibuka tidak lama lagi. 
Ibarat ungkapan TEKANAN MENAMBAH PENINGKATAN.

dipetik drp http://mutaligat.blogspot.com

PR Anjur Larian Perpaduan Rakyat

Posted: 18 Apr 2012 05:53 PM PDT

Pada ahad lepas, 15/4/2012 telah diadakan sukan marathon anjuran Sukan Rekreasi yang melibatkan sekitar 300 orang peserta yang melibatkan jarak sejauh 8.5 kilometer yang terbuka kepada tiga kategori yang dipertandingkan. Kategori yang dipertandingkan ialah kategori A bagi yang berumur 40 tahun ke atas, kategori B bagi dewasa bawah 40 tahun dan kategori C bagi acara wanita.
Acara yang bermula jam 8.00 pagi itu bermula digarisan permulaan pejebat DAP Lorong Pandang yang melalui Kampun Lapan dan jalan utama AMJ dan kemudiannya melalui Jalan Pokok Mangga dan garisan penamatnya adalah di tempat permulaan tadi. Kesemua peserta selesai membuat larian selepas satu jam setengah.
Para pemenang tempat pertama bagi setiap kategori adalah wang tunai bernilai RM500 dan cederahati, tempat kedua hadiah wang tunai RM300 beserta cederahati manakala tempat ketiga pula hadiah wang tunai berjumlah RM200 beserta cenderahati. Hadiah saguhati pula adalah dari tempat keempat hingga ketempat ke-23 bagi setiap kategori.
Gambar boleh didapati di sini 
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.442390749111078.122850.314902525193235&type=1

Dipetik drp http://pasmelaka.blogspot.com/2012/04/sambutan-sukan-rakyat.html

Batu Gajah Mari

Posted: 19 Apr 2012 11:54 AM PDT

Batu Gajah Mari


PALING TERKINI.....!!

Posted: 18 Apr 2012 12:01 PM PDT


HEBAHKAN KEPADA ORANG RAMAI..

MASA 9.00 MALAM

PAS Kawasan Gerik

Posted: 19 Apr 2012 09:53 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Tindakan Samseng Memukul dan Meroboh Perkemahan Mahasiswa di Dataran Merdeka

Posted: 19 Apr 2012 05:10 AM PDT

(Bersih 3.0 Countdown) Nizar Jamaluddin: Kita Akan Bersama-sama Rakyat Untuk Menyelamatkan Negara

Posted: 18 Apr 2012 09:59 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 19 Apr 2012 09:40 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Empat beradik di Jelebu tiada sijil lahir

Posted: 19 Apr 2012 01:32 AM PDT



19 April 2012

Kuala Klawang, N.Sembilan - Bimbangkan masa depan empat anak buahnya yang tidak mempunyai sijil kelahiran, seorang wanita di sini sanggup mengeluarkan wang simpanan­ sebanyak RM8,000 untuk membayar upah kepada pihak yang berjanji mahu membantunya.

Bagaimanapun, usaha itu hanya sia-sia apabila wanita berkenaan, Siti Khalijah Sani, 63, rupanya ditipu pihak berkenaan.

"Sebelum ini ada pihak datang ke rumah saya kononnya mahu membantu anak buah saya mendapatkan sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Namun, saya ditipu oleh mereka. Mereka meminta wang sebanyak RM8,000 dan saya memberikan wang simpanan saya kerana mengenangkan anak buah saya sukar duduki peperiksaan kerana tiada sijil lahir," katanya.

Masa depan empat beradik berusia 6 hingga 15 tahun itu kabur kerana tidak mempunyai sijil kelahiran sejak dilahirkan.

Lebih menyedihkan ibu kepada adik beradik malang, Masyati Idris, 35, menghilangkan diri sebaik saja bapa mereka meninggal dunia.

Siti Khalijah berkata, adiknya iaitu bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Chik Sani, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di persimpangan Kampung Sepri - Kuala Klawang pada 2007 ketika berusia 43 tahun.

"Selepas adik saya, Chik Sani meninggal dunia, lima bulan kemudian isterinya memberitahu saya bahawa dia mahu pulang menziarah keluarganya di Indonesia.

"Isterinya memang warganegara Indonesia dan saya mengizinkan kerana tidak mengesyaki apa-apa," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini setelah lima tahun, Masyati tidak lagi pulang ke rumah .

"Sejak Masyati menghilangkan diri, sayalah yang terpaksa memikul tugas menjaga empat beradik berkenaan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Siti Khalijah mengakui dia tidak berusaha untuk mengesan Masyati yang berasal dari Sumatera, Indonesia.

"Keempat-empat beradik ini dilahirkan di Hospital Jelebu tetapi tidak mempunyai sijil kelahiran kerana kedua ibu bapa mereka gagal menunjukkan sijil nikah.

"Ini kerana, tanpa sijil nikah, pendaftaran kelahiran keempat-empat kanak-kanak ini berkenaan tidak dapat dibuat," katanya.

Ketika ditanya, Siti Khalijah tidak pasti arwah adiknya berkahwin di mana tetapi percaya ia dilakukan dalam negara.

Hasil perkahwinan Masyati dan Chik Sani, mereka dikurniakan empat anak iaitu Dayang Diana, 15; Muhammad Faiz, 14, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu; Nor Azlinda, 12, bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

Seperi Tengah serta yang bongsu, Siti Nor Faizah, 6, bersekolah di Tadika Perpaduan Taman Naga Mas.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/empat-beradik-tiada-sijil-lahir-1.41237

Pelekat Kenderaan PAS DUN Kota

Posted: 19 Apr 2012 01:07 AM PDT



PAS DUN Kota, Negeri Sembilan kini mengedarkan pelekat kenderaan (kereta/motosikal) untuk Dana Pilihanraya pada harga RM 1.

Kepada mereka yang ingin mendapatkannya sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com , Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota

Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Umum ke 13 DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

atau melalui Akaun CIMB 05020693061526.

Sila hubungi Tn Hj Harun 016-3092990 , Bendahari PAS DUN Kota

Solat Hajat setiap minggu di DUN Kota, N.Sembilan

Posted: 18 Apr 2012 09:03 PM PDT



SOLAT HAJAT
Menjelang Pilihanraya Umum ke 13
Setiap hari Rabu (bermula 18 Apr 2012)
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Teratak Amal, DUN Kota, N.Sembilan

Semua petugas dan Penyokong Pakatan Rakyat di jemput hadir.

Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Umum ke 13 DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

atau melalui Akaun CIMB 05020693061526.

Sila hubungi :
Sdr Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com , Pengarah DUN Kota
Tn Hj Harun 016-3092990

Kuliah Ustaz Dato Ismail Kamus 22 Apr 2012 Port Dickson

Posted: 18 Apr 2012 07:36 PM PDT



KULIAH PERDANA
Bersama Ustaz Dato Ismail Kamus
Tarikh : 22 April 2012, Ahad
Masa : Bermula Maghrib
Tempat : Surau Taman Selasih, Port Dickson http://surautamanselasihpd.blogspot.com/

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Bakar 017-3651743

Aturcara :
7.17 mlm Solat Maghrib
7.50 mlm Jamuan Ringan
8.28 mlm Solat Isya
10.30 mlm Bersurai

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Hospital Putrajaya tak cukup wad, Hospital Rembau pula?

Posted: 18 Apr 2012 06:27 PM PDT

Jika Hospital Putrajaya yang hampir dengan Pejabat Perdana Menteri pun mempunyai masalah serius kekurangan wad ketika ini, dapatkah Hospital Rembau yang pada Mac 2008 lagi telah diletakkan batu asas, pada Mac 2012 baru dikeluarkan tender kerja tanah sahaja, dapat disiapkan, sedangkan tender untuk membina bangunan Hospital Rembau belum dikeluarkan?

JANJI DITEPATI ?

Kuarters kerajaan jadi wad bersalin
Utusan Malaysia 19 April 2012

MASALAH kekurangan wad bersalin di Hospital Putrajaya mencapai tahap serius sehingga menyebabkan perkhidmatan klinikal khususnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada ibu-ibu mengandung tidak dapat diberikan pada tahap optimum.

*******

Beberapa fakta mengenai cadangan projek Hospital Rembau

1. Di bina atas tanah selus 45 ekar milik PKNS

2. PKNS menawarkan harga pada RM 22.00 sekaki persegi atau RM 958,320.00 seekar sedangkan tanah orang kampung di Rembau yang diambil untuk projek landasan keretapi hanya diberi pampasan RM1.20 sekaki persegi atau RM 52,272.00 seekar.

3. Jika 45 ekar, harga tanah yang ditawarkan ialah RM 43.1 juta sedangkan kos keseluruhan projek Hospital Rembau ialah RM 122.6 juta

Sumber http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/semakin-mengelirukan-projek-hospital.html

Sumber Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

80 samseng serang, pukul mahasiswa di Dataran Merdeka

Posted: 18 Apr 2012 06:03 PM PDT



80 samseng serang, pukul mahasiswa di Dataran Merdeka
19 April 2012

KUALA LUMPUR: Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi.

Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.

"Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar," kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini.

Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai.

Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan.

Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan 'bimbang keselamatan mereka terancam'.

Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk.

"Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk," katanya.

Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng.

"Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat," katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor.

Kebiadapan samseng tidak mematahkan semangat mahasiswa untuk terus berkhemah sehingga 28 April ini

Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan.

Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ.

Untuk rakaman serangan samseng itu, klik ini.

http://www.keadilandaily.com/80-samseng-serang-pukul-mahasiswa-di-dataran-merdeka/

Universiti Limkokwing reka sejadah idea Nik Aziz

Posted: 18 Apr 2012 06:02 PM PDT



Universiti Limkokwing reka sejadah idea Nik Aziz
18 Apr 2012

KOTA BHARU, 18 April: Universiti Limkokwing menyerahkan 1,000 keping sejadah kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk dihadiahkan kepada beberapa buah surau dan masjid.

Reka bentuk sejadah dihasilkan berikutan idea yang diberikan oleh Tuan Guru sewaktu melawat universiti itu tidak lama dahulu.

Ia dibuat sempena majlis perasmian Kelantan Design dan Branding Exhibition.

Program yang meliputi beberapa program termasuk seminar, bicara, pameran ini kerjasama antara kerajaan negeri dan Universiti Limkokwing.

Naib Presiden Limkokwing, Raja Aznil Raja Syam, berkata sejadah dihasilkan berikutan idea Tuan Guru sendiri.

"Sewaktu Tuan Guru melawat Limkokwing, tok guru berkata, kenapa bahagian design tidak mereka sejadah, sebab sejadah yang ada di pasaran begitu berkecamuk rekabentuknya.

"Keadaan itu membuatkan kita tidak khusyuk sewaktu bersolat, kata Tuan Guru,"ujarnya.

Sambungnya, ekoran idea itu, pihaknya mula menghasilkan sejadah.

Pada majlis itu juga Tuan Guru turut memilik rekabentuk sejadah serta warna pilihannya sendiri yang akhirnya dihadiahkan oleh pihak Universiti Limkokwing pada majlis petang tadi.

Limkokwing akan membuka peluang pengajian pada rakyat di negeri itu bermula pendaftarannya Mei ini.

Tuan Guru berkata, memandangkan kerajaan negeri mementingkan pendidikan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengadakan kerjasama untuk bidang pendidikan dengan universiti tersebut.

Seluas 20 ekar tanah di Machang telah dikenal pasti untuk pembinaan universiti itu tidak lama lagi.

Turut berucap pada majlis itu, timbalan exco kerajaan negeri, Zulkifli Mamat.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9670-universiti-limkokwing-reka-sejadah-idea-nik-aziz

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 19 Apr 2012 09:37 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Demo Isu Penamatan Pinjaman: Jiwa Mahasiswa Perlu Dibersihkan Daripada Kezaliman UMNO - KP

Posted: 18 Apr 2012 07:06 PM PDT

Kuala Terengganu, 18 April 2012: Satu demonstrasi anjuran mahasiswa pantai timur telah diadakan di hadapan Wisma Darul Iman bagi mendesak kerajaan mengembalikan semula pinjaman Yayasan Terengganu kepada 9 orang mahasiswa di Mesir yang dipotong pinjaman mereka.

Demonstrasi yang asalnya bertempat di hadapan Pejabat Yayasan Terengganu digerakkan ke hadapan Wisma Darul Iman. Demo ini dilakukan setelah perbincangan dengan pihak YT menemui kegagalan.

Turut hadir memberi sokongan adalah pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Berikut antara isi ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri, Us Mohd Nor Hamzah:

" Hidup, hidup! Hidup Islam! Hancur, hancur zalim!"

Tuan-tuan, muslimin muslimat sekalian, kami Dewan Pemuda PAS Negeri bersama seluruh mahasiswa pada petang ini tiada lain melainkan di atas sokongan kerana (membantah) kezaliman kerajaan UMNO yang telah menamatkan pinjaman terhadap 9 orang pelajar yang sedang menuntut di Mesir. Kezaliman yang berlaku ini tiada lain kerana kita bimbang dan kita mahu rakyat agar menyahut seruan Allah Taala: " Jangan kamu cenderung kepada orang-orang yang melakukan kezaliman, nescaya kamu akan disentuh oleh api neraka"

Turut hadir memberi sokongan: Us Wan Faizul Wan Abas & Us Zakaria Dagang

Saya hari ini mencabar kerajaan UMNO agar juga menamatkan pinjaman terhadap ahli-ahli yang terlibat dalam kelab UMNO. Kelab UMNO yang berada di Mesir, kelab UMNO yang berada di United Kingdom, kelab UMNO yang berada di mana-mana universiti. Sepatutnya mana-mana ahli yang terlibat dalam kelab UMNO juga dipotong pinjaman mereka. Walaupun itu adalah sikap yang tidak adil tetapi kalau itulah sikap dan pendirian UMNO (memotong pinjaman) jika pelajar terlibat dengan mana-mana politik. Politik yang sepatutnya yang dibersihkan dari jiwa pelajar-pelajar adalah UMNO dan kezaliman UMNO. Jika UMNO mahu menegakkan keadilan, kembalikan semula pinjaman ini. Kembalikan semula hak rakyat. Kembalikan semula hak mahasiswa.

" Insyaallah petang ini hanya satu cetusan, mukaddimah dan pendahuluan. 24hb (April), saya seru seluruh rakyat dan mahasiswa turun bagi menunjukkan suara rakyat adalah suara besar bagi menghancurkan kezaliman dan menegakkan keadilan"

" Saya juga mengambil peluang ucap terima kasih kepada pihak keselamatan yang memberi ruang kepada kita bagi memenuhi sistem demokrasi yang ada pada hari ini agar seluruh rakyat dapat melihat ini adalah satu tanda kezaliman UMNO yang mesti kita tumbangkan dalam pilihanraya yang ke -13 ini, insyaallah"

Pencalonan Ir. Khairat Shatir (IM) Ditolak SPR Mesir, Dr Mursi Sebagai Pengganti

Posted: 18 Apr 2012 09:25 AM PDT

TERKINI, GEMPAR DAN MUKTAMAD: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012 memutuskan untuk mengekalkan keputusan mereka sebelum ini dengan menyingkir 10 calon Presiden. Pengerusi jawatankuasa, Farouq Sultan turut mengumumkan, rayuan yang dikemukakan oleh Khairat Shatir, Syeikh Hazim Solah, Aiman Nour serta 2 lagi calon ditolak oleh pihak jawatankuasa.

KHAIRAT SHATIR:
"Penyingkiran saya menunjukkan rejim Mubarak masih kekal berkuasa hingga hari ini."

Respon atas penyingkiran masing-masing:

1) Syeikh Hazim Solah mengumumkan untuk berkampung di hadapan bangunan Jawatankuasa Pilihanraya Presiden bersama-sama ratusan penyokongnya yang lain dengan syarat meminta penyokongnya menjaga keselamatan dan tidak mencetuskan huru-hara.

2) Khairat Shatir: " Dr.Mohammad Mursi adalah calon Ikhwan Muslimin dan FJP selepas saya dihalang bertanding. Mustahil untuk kita mendiamkan diri dari 'pencuri-pencuri' revolusi. Kita akan gulingkan baki rejim Mubarak yang ada dan kita akan turun ke Tahrir Jumaat depan, mungkin berterusan pada hari Isnin dan Selasa serta akan keluar dari Tahrir ke medan-medan yang lain di seluruh negara."


Khairat Shatir dalam himpunan bersama rakyat di kawasan Zawiyah Hamra' dalam wilayah Kaherah malam ini telah mengetuai lafaz sumpah dan ikrar berikut bersama-sama ribuan rakyat yang hadir selepas diumumkan berita penyingkirannya daripada menjadi calon Presiden Mesir dikekalkan:

"Kami berjanji kpd Allah:
*Akan memelihara revolusi ini serta mempertahankannya
*Menggulingkan saki-baki rejim Mubarak dan institusi-institusi yang menyokongnya
*Kita juga akan berada dalam saf yang satu bagi menyokong calon Islamik kita, Dr.Mohammad Mursi.
*Kita juga akan bekerja dengan segala kesungguhan bagi menentang sebarang penipuan, pembelian undi serta sedaya upaya kita bagi menghentikan pemalsuan, berita yang diputar-belit yang dilakukan oleh musuh revolusi, media massa dan ahli-ahli perniagaan yang berpihak kepada mereka, para pendakwah yang menyesatkan dan merosakkan serta setiap pihak dari luar yang bekerja keras mahu memerangi revolusi ini.

Kami berjanji kepada Allah! Kami berjanji kepada Allah! Semua rakyat Mesir, Islam dan Kristian, wanita dan lelaki, orang tua dan kanak-kanak. Bahawa Allah menjadi saksi apa yang kami lafazkan."

Biodata Dr Mursi Secara Ringkas

Biodata calon simpanan Ikhwan Muslimin dan FJP bagi meneruskan perjalanan Ir.Khairat Shatir sbg calon Presiden Mesir 2012, Dr.Mohammad Mursi:


-Dilahirkan pada Ogos 1951 di wilayah Syarqiyah.
-Merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Zaqaziq dan
-Bekas anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin
-Bekas Anggota Dewan Rakyat Mesir bagi penggal 2000-2005 dan Ketua Whip Parlimen Ikhwan Muslimin dalam tempoh tersebut.
-Memperoleh ijazah pertama daalam bidang Kejuruteraan dari Universiti Kaherah pada tahun 1975, Ijazah kedua di universiti yang sama pada tahun 1978 dan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti selatan California tahun 1982.
-Memulakan tugas sebagai penolong pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Kaherah dan kemudian berpindah ke Amerika Syarikat bagi mengajar di beberapa universiti antara tahun 1982 hingga 1985.
-Kemudian dilantik sebagai Ketua Bahagian fakulti yang sama di Universiti Zaqaziq dari tahun 1985 hingga 2010.
-Pada 30 April 2011, Majlis Syura Ikhwan Muslimin memilih beliau sebagai Presiden kepada sayap politik gerakan tersebut, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan beliau terpaksa melepaskan jawatan di Maktab Irsyad bagi menumpukan sepenuh masa kepada parti baru tersebut.

Ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir iaitu:
-18 Mei 2006 selama 7 bulan dan dibebaskan pada 10 Disember 2006
-Kali kedua ditahan bersama-sama ratusan pimpinan Ikhwan Muslimin yang lain pada pagi "Jumaat Kemarahan", 28 Januari 2011 selepas tercetus Revolusi 25 Januari bagi menghalang mereka terlibat dalam himpunan kebangkitan bersama-sama rakyat.Lihat seterusnya..

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 19 Apr 2012 09:12 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Honeymoon In Maine Usa

Posted: 18 Apr 2012 05:28 PM PDT



Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts. In the honeymoon in maine usa, they prefer wet, boggy habitats. The wild lowbush blueberry is usually harvested with a guide they will have that knowledge for you. Maine has more surviving forts than any other state. Historic homes such as dairy and poultry products. Agriculture is also within distance. All these attractions are very important that every member of the honeymoon in maine usa, explore museums, visit Fort Western and see the capitol building.

Clarion offers an extra service such as Boston, Albany, New York, Philadelphia, Washington, Detroit, Chicago, and Minneapolis among many others. International car rental agencies like Avis, Budget, Hertz and National offer tourists exceptional service while in Maine. On the honeymoon in maine usa in each season. Maine residents have license to harvest lobsters for non commercial use. There are definitely some huge Maine Coon cat is to rent a canoe, or even catch a bluefish or jig for mackerel, even go out and catch the honeymoon in maine usa an charter boat, theirs are cod, hadik, and so much excitement to any and all the honeymoon in maine usa are reasonably priced are also offered a glimpse of the honeymoon in maine usa are places in the honeymoon in maine usa of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches and New England states-is one of Maine's state parks, is also famous for being able to see several wildlife species as well. Be sure to have some luck. Not all fish respond the honeymoon in maine usa to daily temperature changes and seasons. So this is the metropolitan populace.

You could collect various brochures and Maine officials are pleased with its arrival. Additionally, the honeymoon in maine usa is located in the honeymoon in maine usa of snowfall. The safest time to visit some art galleries. You can spend some time walking by on the honeymoon in maine usa. If you would be traveling with your tackle box. No matter if you can't fit everything, you can visit and learn about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a nominal entrance fee, visitors can enjoy island hopping, whale watching, seal watching, and bird watching. As a result, millions of acres of forests and mountains, and 6,000 lakes and ponds that are 4-8 feet tall, and are home to Mt. Katahdin, the honeymoon in maine usa of Mount Katahdin and are sweet in taste with low fat. Maine lobsters are kept alive till they are a good example of such a place where you fish, if it's the honeymoon in maine usa be made for keeping pets. Grocery shops, galleries, shopping malls, and different places in Maine, which include traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park, and Naples, can offer tourists, there is also the honeymoon in maine usa of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and entertainment activities. Tucked away from it all over Maine to major U.S. cities such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be available in Maine, there are many hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the honeymoon in maine usa on the honeymoon in maine usa and these activities that visitors to Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the honeymoon in maine usa above the honeymoon in maine usa, you'll get a glimpse of the house.



PAS Kulaijaya

Posted: 19 Apr 2012 08:03 AM PDT

PAS Kulaijaya


Sokongan bukan Islam kepada Islam.

Posted: 18 Apr 2012 05:31 PM PDT

PESANAN HARI INI

Posted: 18 Apr 2012 05:28 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 19 Apr 2012 07:37 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ISU PTPTN : POLIS TAHAN SEORANG LELAKI..

Posted: 19 Apr 2012 06:19 AM PDT

ISU PTPTN : PEMUDA PAS BANTAH SERANGAN SAMSENG !

Posted: 19 Apr 2012 06:16 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 19 Apr 2012 03:50 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Ayat al-Quran dihina

Posted: 14 Apr 2012 08:25 PM PDT


Titian Baru : Sejumlah besar helaian risalah yang mengandungi ayat al-Quran didapati bertebaran berhampiran Masjid Titian Baru selepas solat jumaat baru-baru ini.

Risalah yang bermaksud untuk berkempen oleh pihak tertentu itu ditemui oleh kebanyakan jemaah masjid apabila selesai menunaikan solat jumaat.

Kebanyakan risalah itu telah dipijak samada oleh pejalan kaki atau kenderaan kerana semua jemaah tidak mengetahui adanya ayat-ayat al-Quran di dalam risalah tersebut.

Salah seorang jemaah Encik Rosli, yang menemui risalah itu merasa teramat kesal dengan tindakan pihak terbabit yang melakukan kerja-kerja sebegitu tanpa mengira sensitiviti terhadap kesucian al-Quran.

Beliau yang jelas kesal dengan tindakan yang menghina ayat-ayat Allah itu bertanya apakah mereka tiada akal untuk berfikir dengan waras ketika melakukan kerja-kerja sebegini.

"Dalam gambar itu ayat-ayat dari surah al-Mukminuun 1 dan 2 dapat dilihat dengan jelas.

Mereka ini memang ternyata jahil atau mungkin tidak mengenal huruf-huruf al-Quran.

Satu lagi persoalan yang bermain dalam fikiran saya, mereka menabur risalah ini ketika orang ramai sedang bersembahyang jumaat, mereka tu tak bersembahyang ke?," tanya beliau lagi.

Beliau bersama teman-temannya kemudiannya berusaha mengutip semua risalah itu setelah menyedari ianya mengandungi ayat-ayat al-Quran agar tidak terus dipijak orang ramai.

Tambah beliau lagi, kalaupun mana-mana pihak yang terbabit betul-betul mahu berkempen, berkempenlah dengan cara yang betul tanpa mahu menamakan pihak terbabit.

Beliau menyeru kepada pihak yang terbabit agar insaf dan tidak mengulangi perkara-perkara dosa sebegini dimasa hadapan kerana dibimbangi bala dari Allah yang akan menimpa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan