Ahad, 11 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Mar 2012 01:12 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


14 pejuang Palestin maut, 20 cedera

Posted: 10 Mar 2012 07:09 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ANGGOTA polis Hamas memeriksa bangkai sebuah kenderaan yang menjadi sasaran serangan udara Israel di Bandar Gaza kelmarin.

BANDAR GAZA, Wilayah Palestin - Sebanyak 14 pejuang Palestin terbunuh manakala sekurang-kurangnya 20 orang cedera dalam beberapa serangan udara Israel ke atas Genting Gaza, kata beberapa pegawai perubatan Palestin semalam.

Tentera Israel berkata, tentera udara rejim Zionis melancarkan 13 serangan udara merangkumi pelbagai sasaran termasuk ke atas seorang ketua militan Palestin.

Serangan tersebut berlaku selepas pihak Palestin membedil puluhan roket dan mortar ke selatan Israel bermula pagi kelmarin dengan menyebabkan empat orang cedera, seorang daripada mereka parah.

Serangan balas yang dilancarkan tentera udara Israel meragut nyawa ketua Jawatankuasa Penentangan Popular (PRC), Zohair Al-Qaisi dan seorang anggota kumpulan berkenaan, Mahmud Hanani.

Susulan kematian mereka, PRC mengancam akan membalas dendam. Sekitar 45 roket dilancarkan tidak lama kemudian ke arah selatan Israel.

Pada masa yang sama, Briged Al-Quds yang merupakan sayap tentera kumpulan Jihad Islam menyatakan siri serangan udara rejim Zionis itu membunuh sepuluh anggota mereka.

"Beberapa pesawat menyerang dua fasiliti pembuatan senjata dan dua tapak pelancar roket di utara Genting Gaza, sebuah kilang membuat senjata di tengah Genting Gaza dan tapak aktiviti keganasan di selatan Genting Gaza," kata tentera Israel dalam satu kenyataan semalam.

"Serangan dilancarkan bagi membalas bedilan roket terhadap komuniti Israel," jelas kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan sama, sistem pertahanan peluru berpandu Kubah Besi Israel memintas sepuluh peluru roket yang disasarkan ke bandar Beersheva, Ashdod dan Ashkelon di selatan Israel yang secara keseluruhan dihuni lebih 500,000 penduduk. - AFP

Pecah tembelang kahwin dua kerana Facebook

Posted: 10 Mar 2012 07:07 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Tembelang seorang lelaki beristeri dua di AS pecah selepas kedua-dua isterinya menjadi kenalan di laman perkongsian sosial Facebook.

Undang-undang AS melarang lelaki memiliki lebih daripada seorang isteri pada masa yang sama.

Susulan pembongkaran tersebut, seorang pegawai pemulihan akhlak, Alan L. O'Neill didakwa kerana mengamalkan bigami atau beristeri dua.

Menurut kertas pertuduhan yang difailkan Khamis lalu, O'Neill mengahwini seorang wanita pada 2001, berpindah pada 2009 dan menukar namanya sebelum berkahwin lain tanpa menceraikan isteri pertamanya.

Isteri tua pertama kali menyedari O'Neill berkahwin lain apabila dia menjadi kenalan madunya melalui pautan "Orang yang mungkin anda kenali" di Facebook.

"Isteri pertama kemudian melihat laman Facebook isteri kedua dan melihat suaminya bersama kek perkahwinan," kata pendakwa raya daerah Pierce County, Mark Lindquist kepada agensi berita Associated Press (AP)

Isteri pertama kemudian berkunjung ke apartmen madunya dan berulang kali menyoal suaminya sama ada mereka sudah bercerai tetapi dia menjawab: "Tidak, kita masih suami isteri.,"

O'Neill, 41, sebelum ini menggunakan nama Alan Fulk. Dia yang dihadapkan ke mahkamah Khamis lepas boleh dipenjara lima tahun jika didapati bersalah. - Agensi

Remaja belasah pelajar Malaysia dijel 7 tahun

Posted: 10 Mar 2012 07:03 PM PST

16 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -


Beau Isagba

LONDON - Seorang remaja Britain dipenjara tujuh tahun kelmarin kerana membelasah sehingga mematahkan tulang rahang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli ketika bandar raya ini dilanda rusuhan tahun lalu.

Beau Isagba, 18, mengaku salah pada perbicaraan sebelum ini kerana mencederakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) berusia 21 tahun itu dan menyamun basikalnya di Barking, timur bandar raya ini pada 8 Ogos tahun lalu.

Rakaman selepas Asyraf diserang yang menunjukkan dua lelaki mencuri beberapa barangan di dalam beg sandang mangsa dengan berpura-pura membantunya telah mencetuskan kemarahan orang ramai selepas ia tersebar di laman perkongsian video YouTube.

Hakim Witold Pawlak memutuskan di Mahkamah Diraja Wood Green, utara bandar raya ini bahawa Isagba akan ditahan di sebuah institusi pemulihan belia dan dijangka dibebaskan secara bersyarat selepas menjalani hukuman selama 42 bulan.

"Saya harap hukuman ini akan mendorong mereka yang berniat jahat seperti kamu, berfikir dua kali sebelum bertindak di samping meyakinkan orang awam dan pelawat ke negara ini bahawa perbuatan seperti ini akan diberikan balasan setimpal," kata Pawlak.

Seminggu lalu, barisan juri di sebuah mahkamah di sini memutuskan dua lelaki berusia 22 tahun, John Kafunda dan Reece Donovan bersalah kerana mencuri barang-barang milik Asyraf. Hukuman terhadap mereka akan diputuskan Selasa ini. - AFP

Menteri EU tolak penyelesaian di Syria

Posted: 10 Mar 2012 07:03 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

COPENHAGEN – Menteri-Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) menolak penyelesaian menggunakan tentera diambil ke atas Syria dan mengulangi gesaan supaya Presiden Bashar al-Assad menghentikan pembunuhan dengan segera.

"Syria bukan Libya. Apa yang paling kami bimbangkan adalah risiko tercetusnya perang saudara di negara itu dan jika ia berlaku, Assad perlu bertanggungjawab," kata Menteri Luar Perancis, Alain Juppe dalam satu mesyuarat Menteri-Menteri Luar EU di Copenhagen, semalam.

Qatar menggesa penempatan pasukan tentera pengaman Arab dan antarabangsa di Syria, tetapi Juppe bersama rakan sejawatnya dari EU menolak gesaan itu. – AFP

145 dikhuatiri maut dalam kejadian salji runtuh

Posted: 10 Mar 2012 06:58 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KABUL 11 Mac – Sekurang-kurangnya 145 orang hilang dan dipercayai maut akibat insiden runtuhan salji yang melanda wilayah Badakhshan, timur laut Afghanistan minggu lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Pegawai Afghanistan awal semalam meletakkan angka korban akibat siri runtuhan salji sejak 4 Mac lalu itu seramai 56 orang di daerah Shekay, Badakhshan.

PBB dalam pada itu turut memberi amaran banjir mungkin akan berlaku dalam tempoh beberapa minggu akan datang ekoran pencairan salji.

Afghanistan dilanda musim salji paling buruk dalam tempoh 15 tahun yang telah meragut banyak nyawa. – AFP

Terengganu, Kelantan, Kedah layak suku akhir Piala FA

Posted: 10 Mar 2012 06:49 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 11 Mac - Juara bertahan Terengganu, Kelantan dan Kedah merupakan antara lapan pasukan yang menempah tiket ke peringkat suku akhir Piala FA selepas menumpaskan lawan masing-masing, malam tadi.

Penyerang Terengganu Mohd Ashaari Shamsuddin muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-49 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Juara dua kali pada 2000 dan 2011 itu bagaimanapun berhadapan laluan getir pada suku akhir selepas dijadualkan bertemu dengan pendatang baru, Lions XII yang mengalahkan NS Betaria, 2-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Jiran mereka, Kelantan yang juga naib juara Piala FA turut layak setelah mencatatkan kemenangan tipis, 3-2 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Baharu.

Tiga gol skuad Kijang dijaringkan oleh Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-30), Indra Putra Mahayuddin (minit ke-43) dan kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi (minit ke-65).

Manakala dua gol Kuala Lumpur dijaringkan oleh Muhd Afiq Azmi pada minit ke-39 dan Fazuan Abdullah pada minit-minit akhir permainan.

Kelantan akan bertemu dengan SPA FC pada perlawanan suku akhir selepas pasukan kelab dari Lembah Klang itu mengalahkan kelab dari Kemboja Preach Khan Reach FC, 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Mengikuti jejak langkah dua pasukan dari Pantai Timur itu ialah Kedah yang turut mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas jiran mereka, Perlis di Stadium Darul Aman.

Tiga gol skuad Kenari dijaringkan oleh Mohd Khyril Muhymeen pada minit ketujuh dan 37) serta Amar Rohidan pada minit ke-24 manakala dua gol pasukan pelawat dihasilkan oleh Mohd Rizal Ghazali pada minit ke-21 dan pemain import dari Sierra Leon, Henry Lewis pada minit ke-66.

Skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu akan bertemu dengan pasukan kelab dari Terengganu, T-Team yang menumpaskan Pahang 3-2 di Stadium Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.

Sementara itu, hajat juara lima kali Piala FA, Selangor untuk melangkah ke peringkat suku akhir tidak kesampaian apabila mereka kalah 4-5 kepada Johor FC menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2 dalam masa penuh perlawanan.

Dua gol Selangor dijaringkan oleh Azidan Sarudin pada minit ke-30 dan Mohd Asrarudin Putra Omar pada minit ke-55 manakala dua gol Johor FC dihasilkan oleh Ahmad Fauzi Saari pada minit ke-58 dan penyerang import dari Brazil Arthur Henrique Bernhardt pada minit ke-64.

Peringkat suku akhir Piala FA yang menggunakan format timbal balik akan berlangsung pada 24 dan 27 Mac ini. — BERNAMA

Muslimat PAS pertikai dana PM lawat seluruh negara

Posted: 10 Mar 2012 06:46 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Dewan Muslimat PAS hari ini mempertikaikan wang dana yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengadakan lawatannya ke seluruh negara.

Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebagai seorang perdana menteri, Najib sepatutnya dapat membezakan bila beliau turun sebagai seorang ketua negara dan sebagai ahli politik.

"Dia seorang perdana menteri, dia juga presiden Umno. Rakyat tak dapat bezakan dia pergi ke setiap negeri-negeri itu sebagai apa?" soalnya dalam satu sidang media hari ini.

"Sebagai perdana menteri, dia turun menggunakan perbelanjaan rakyat tetapi membuat kerja-kerja untuk parti," katanya yang mendakwa ianya satu penyelewengan dan menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan berkempen untuk Umno.

Selain itu, Mariah turut membidas tindakan Najib yang menurutnya dengan mudah membuat keputusan untuk membatalkan skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dan menyifatkannya sebagai satu pembaziran.

Jelasnya, tindakan itu juga menunjukkan Najib tidak serius untuk mentadbir negara.

"Keputusan SBPA dimansuhkan begitu sahaja sedangkan sudah berapa banyak dana kerajaan digunakan untuk membuat perbincangan, mesyuarat dan perbentangan. Ini pembaziran," tambahnya

Sementara itu, dalam sidang media sama, Mariah juga berkata, Muslimat PAS mensasarkan 50 peratus calon dewan itu daripada golongan muda untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Mariah, beliau yakin bahawa sokongan daripada golongan muda adalah penting bagi menentukan kemenangan PAS.

"Tumpuan Muslimat ialah di kawasan yang ramai pengundi wanita kerana undi wanita adalah penting untuk tentu kemenangan selain daripada undi golongan muda.

"Bagaimanapun, kita akan bekerjasama dengan wanita DAP dan PKR bagi memastikan kemenangan pilihan raya akan datang," katanya

Menurut Mariah, pihaknya telah mengemukakan lebih 30 senarai nama calon kepada pimpinan tertinggi parti bagi memilih calon yang mampu memberi kemenangan kepada PAS.

Beliau berkata, pada masa sama, Muslimat tidak sesekali mengenepikan calon-calon lama yang berpotensi di samping memberi nama baru.

"(Calon) Yang lama kita masih akan kekalkan yang mana ada tempat-tempat tertentu pada pilihan raya dulu mereka bagus. Tetapi nama-nama baru dari golongan muda pun ada. Ia merangkumi semua kawasan. Luar bandar, dalam bandar. Semua ada.

"Muslimat telah 80 peratus bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diumumkan pada bila-bila masa. Kami yakin, jika Muslimat di beri peluang, kita boleh dapat sokongan rakyat," katanya.

Malaysiakini/-

Rafizi minta PM kemuka bukti biayai anak bertunang

Posted: 10 Mar 2012 06:43 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
Malaysiakini/-

Sambil menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebaliknya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab lapan perkara dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak dibayar oleh rakyat.

- Pertama, Najib perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;

- Kedua, Najib perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan olehnya (Rafizi) adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;

Nooryana Najwa Najib and Daniyar Nazarbayev- Ketiga, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri
mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;

- Keempat, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;

- Kelima, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;

- Keenam, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia;

- Ketujuh, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan

- Kelapan, Najib perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.

"Sekiranya perdana menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia," tegas Rafizi dalam satu kenyataan.

Jika tidak, tambahnya, perdana menteri akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang didakwanya, menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.
Menurut Rafizi, beliau menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh PMO menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Najib pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui PMO.

"Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.

"Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam BN memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu," tambahnya.

NONE

Idris Ahmad

Posted: 10 Mar 2012 11:31 PM PST

Idris Ahmad


PAKATAN RAKYAT KUAT, RAKYAT DAPAT NIKMAT

Posted: 10 Mar 2012 02:17 AM PST

PAKATAN RAKYAT KUAT, RAKYAT DAPAT NIKMAT

Idris Ahmad
8/3/12
Kualiti hidup rakyat semakin meningkat sejak Pakatan Rakyat kuat. Selama ini pemimpin BN melayan rakyat sekadar melepas batuk di tangga. Banyak nikmat yang diperolehi oleh rakyat apabila BN tenat. Berbagai usaha untuk menarik hati rakyat  supaya menyokong BN. 

Antara faedah yang rakyat perolehi,  terbaru kerajaan  memansuhkan tol di Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan tol di Batu 11 menghala ke Kajang. Mansuhkan tol Lebuhraya Pantai di Kampung Medan menghala ke Kuala Lumpur.   GST, saman ekor, cukai 6%  pra bayar telepone, 1 Care Malaysia telah  ditangguhkan. Begitu juga, kadar tol tidak dinaikkan, harga petrol tidak dinaikkan semuanya gara-gara takut rakyat menolak BN di dalam PRU.

Rakyat tidak pernah terbayang sejak merdeka 55 tahun, tiba-tiba kerajaan memberi wang RM500 kepada rakyat yang pendapatan isi keluarga bawah RM3000.00. Kerajaan terpaksa mencari wang sebanyak RM2.5 bilion. Begitu juga RM100.00 kepada setiap pelajar sekolah dan RM200.00 untuk pelajar universiti.Semuanya gara-gara tidak tahan dengan asakan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Pilihanraya, Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 10 Mar 2012 09:25 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Mohon Sumbangan untuk PASTI di Seremban

Posted: 09 Mar 2012 11:01 PM PST


Dimaklumkan pihak pengurusan PASTI Al-Ikhwan di Taman Paroi Jaya, Seremban mengalukan-alukan sumbangan untuk menaiktaraf alat bantuan mengajar antara TV LCD yang kosnya sekitar RM 1,500.00.

Kepada mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Pengurus Pasti Al-Ikhwan iaitu Encik Nor Azlan di talian 013-9313107.

Alamat :

PASTI Al-Ikhwan

No 166, Jalan Nuri, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban

E-mel : pastialikhwan@yahoo.com

Laman web : http://pasti-al-ikhwan.blogspot.com

Laman web PASTI N.Sembilan : http://pasti-n9.blogspot.com

Dr Azman Ibrahim

Posted: 10 Mar 2012 07:25 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Futsal Pemuda Jabi

Posted: 09 Mar 2012 09:27 PM PST

  Bertempat di Dewan Komuniti Felda Selasih, Jabi, suasana kemeriahan begitu terasa selama 2 malam berturut pada 8 dan 9 Mac semalam, apabila berlangsungnya Kejohanan Futsal Pemuda Jabi yang melibatkan penyertaan 17 pasukan dari seluruh DUN Jabi.
Pasukan yang bertanding memperagakan skill masing-masing

Kejohanan yang bermatlamatkan untuk mengumpulkan kelompok anak-anak muda, bersukan sambil mengeratkan silaturrahim ternyata mendapat sambutan meriah baik di kalangan pasukan yang bertanding dan masyarakat sekitar yang datang untuk turut menyaksikannya.

senarai pasukan yang mengambil bahagian

Perlu dimaklumi bahawa Felda Selasih adalah kubu kuat Umno yang kelihatan begitu kebal untuk ditembusi. Lantas kehadiran berduyun-duyun anak-anak muda PAS ke lokasi kubu kuat Umno adalah satu fenomena baru yang sangat memberansangkan. Saya melihat peluang untuk bersua muka dan bertanya khabar masyarakat sekitar adalah satu kesempatan emas dalam rangka untuk merungkai tembok pemisah yang wujud antara kita.
sebahagian penonton yang hadir

Kesempatan bertanya khabar bersama Timbalan Pengerusi JKKK Felda Selasih yang menjadi penonton setia sepanjang kejohanan berlangsung ternyata merungkai banyak fakta yang selama ini agak tersembunyi terutamanya masalah krisis moral dan sosial belia Felda yang diluahkannya berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Beliau memaklumkan, pihak pengurusan Felda Selasih seakan telah menemui jalan buntu dan berlepas tangan untuk menangani keadaan yang semakin membarah, lantas beliau meletakkan harapan yang cukup tinggi supaya kita boleh melakukan sesuatu.

Kejohanan yang dilangsungkan secara liga ini akhirnya menobatkan pasukan Jabi A sebagai juara dengan membawa pulang hadiah hamper, wang tunai RM200 serta hadiah iringan setelah mengalahkan pasukan adik, Jabi B dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit.
Timbalan Pengarah Dun menyampaikan hadiah

Ketika menyampaikan ucapan pada majlis penutup, saya mengingatkan semua yang hadir bahawa di mana pun bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung, kita adalah hamba Allah. Sebagai seorang Islam kita mampu menjadikan setiap aktiviti harian sebagai suatu ibadat termasuklah bekerja dan bersukan dengan janji ganjaran pahala oleh Allah apabila syarat-syarat tertentu dipatuhi terutamanya niat dan menjauhi unsur-unsur yang boleh mengundang kemurkaan Allah.

Rembau Hari Ini

Posted: 10 Mar 2012 07:11 PM PST

Rembau Hari Ini


Rayuan Derma Baik pulih Surau di N.Sembilan

Posted: 09 Mar 2012 08:50 PM PST



(Sumber dari Blog Bintongan)

Surau Kampong Bukit Bintongan

71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus

6 Mac 2012

Assalamualaikum

Y.Bhg. Saudara dan Saudari, Tuan dan Puan


RAYUAN DERMA PERIBADI UNTUK MEMBIAYAI PROJEK MEMBAIK PULIH TANDAS DAN BILIK AIR LELAKI SURAU DAN MEMBAIK PULIH PAGAR KUBUR KG BUKIT BINTONGAN REMBAU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Surau Kg Bukit Bintongan telah merancang untuk melaksanakan projek baik pulih tandas dan bilik air Surau dan juga pagar kubur yang roboh di alamat yg tersebut diatas.

Kami bagi pihak AJK Pentadbiran Surau Kg Bukit Bintongan, ingin merayu kepada para muslimin dan muslimat agar dapat memberi sumbangan derma peribadi , zakat serta apa jua bentuk sokongan bagi membiayai dan menjayakan baik pulih tandas dan bilik air surau Kg Bukit Bintongan Rembau Negeri Sembilan ini.

Projek baik pulih tandas dan bilik air surau dan pagar kubur Kg Bukit Bintongan Rembau adalah berasaskan kepada konsep surau sebagai Sebuah Madrasah Islam yang Moden, Pusat Komuniti Bersepadu bagi pelbagai kegiatan penduduk atau jemaah, iaitu tempat beribadah, pengajian ilmu, penyebarah dakwah dan disamping itu sebagai sebuah pusat komuniti yang menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk masyarakat setempat khususnya serta masyarakat di persekitarannya.

Oleh yang demikian anggaran perbelanjaan keseluruhan baik pulih ialah RM30,000.00 (Tiga Puluh Ribu sahaja).

Besarlah harapan kami agar Y.Bhg, Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian dapat memberi sumbangan dalam bentuk tajaan, Derma, Wakaf zakat dan sebagainya bagi menjayakan Projek yang di rancangkan.

Sumbangan boleh di buat secara tunai, cek berpalang atau secara "on line" kepada akaun;

AKAUN SIMPANAN SURAU KG BUKIT BINTONGAN REMBAU NEGERI SEMBILAN, Akaun simpanan No: 562414005431 CIMB Rembau

Sumbangan Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan akan dicatatkan didalam webs ini sebagai penghargaan.

Segala sumbangan Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan kami ucapkan ribuan terima kasih.

[Kamruddin Hitam]

Pengerusi

Sumber : http://bintongan.blogspot.com/2012/03/rayuan-derma.html

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 10 Mar 2012 03:10 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PENYELEWENG TAK LEPAS BILA HEBATNYA PEMUDA PAS

Posted: 10 Mar 2012 01:47 PM PST

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] hari ini mededahkan bahawasanya berlaku penyelewengan di dalam urus tadbir zakat oleh MAIWP. Pendedahan ini diketuai oleh Saudara Kamaruzaman Mohamad selaku Pengarah Task Force Zakat DPPM, Saudara Yusapiza Yaacob selaku Penolong Setiausaha 3 DPPM dan Saudara Suhaimi Abdul Aziz selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

"Sidang media ini adalah kerana Dato' Seri Jamil Khir selaku Menteri Agama enggan menjawab persoalan-persoalan yang telah kami timbulkan dalam siri pendedahan yang terdahulu", jelas saudara Kamaruzaman Mohamad selaku pengarah task force zakat DPPM. Antara yang pernah ditimbulkan oleh DPPM ialah :

1. Mengapa lebih 40% duit zakat tidak pergi langsung ke asnaf,
2. Mengapa sehingga RM 23 juta diberikan kepada Amil,
3. Apakah perincian perbelanjaan RM 2 juta bagi belanja mengurus Yayasan Taqwa (YT) dan minta didedahkan akaun YT,
4. Dimana bukti RM 800,000 yang tidak dinyatakan dalam Laporan Maiwp di bawa ke 2011,
5. Dimana hasil audit dalaman YT.

Hari ini, DPPM dalam sidang medianya telah mendedahkan 2 dokumen yang berkaitan dengan satu transaksi wang zakat ke Yayasan Taqwa. " Pada kami, transaksi seperti ini mengandungi conflict of interest dan pelanggaran kepada konsep urus tadbir yang baik.

Dokumen tersebut menjelaskan berlakunya permohonan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Baitulmal terhadap permohonan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan melalui Pengurus Besar Yayasan Taqwa Haji Ahmad Ayob Haji Ibrahim dengan pertambahan kepada RM4 juta daripada RM1 juta yang dipohon.

"Kenapa peruntukan yang diluluskan lebih dari yang dipohon? Ke manakah pula wang RM 4 Juta itu dibelanjakan? Dan sila dedahkan segera audit dalaman Yayasan Taqwa segera", tegas beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, wang zakat adalah harta orang Islam yang diambil dan dipertanggungjawabkan kepada institusi tertentu untuk mengagihkannya kepada asnaf yang telah ditetapkan. Beliau juga memuji tindakan MAIWP yang telah membentuk satu skuad untuk mencari asnaf baru-baru seperti yang dilaporkan di dalam Utusan pada 17 Febuari.

"Tindakan menubuhkan skuad ini merupakan satu tindakan yang menarik berkemungkinan rentetan daripada siri pendedahan yang telah kita buat sebelum ini. Penubuhan skuad ini juga memberi bukti bahawasanya masih ada asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan. Hari ini sekiranya kita melihat di sekitar Bandaraya kita ini, nescaya kita akan terjumpa masyarakat gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal".

Tambah beliau lagi, "Sepatutnya tidak perlu ada Yayasan Taqwa kerana sudah ada Baitulmal yang berperanan selaku pengurus dan juga pengagih kepada wang zakat. Sampai RM2 juta wang yang diperlukan untuk membiayai kos pengurusan Yayasan Taqwa ini. Kita mengandaikan sekiranya dipecahkan kepada angka RM5 ribu untuk diagihkan, hampir 400 orang akan mendapat manfaat dengan jumlah RM2 juta itu tadi. Jadi kami berpendapat Yayasan Taqwa perlu ditutup dan pekerjanya perlu diserap masuk ke dalam MAIWP!".

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga hari ini meminta daripada Dato' Seri Jamil Khir untuk menjawap dengan kadar segera persoalan yang ditimbulkan oleh mereka.

"Kami beri tempoh seminggu, sekiranya masih mendiamkan diri dan tidak memberikan jawapan yang memuaskan hati umat Islam, kami akan buat laporan polis atau kepada pihak SPRM untuk menyiasat perkara ini", tegas beliau.

Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada Dato' Seri Jamil Khir untuk menjelaskan 3 perkara tersebut :

1. Kenapa peruntukan yang diluluskan lebih dari yang dipohon?
2. Ke manakah wang RM4 Juta itu dibelanjakan?
3. Dedahkan audit dalaman Yayasan Taqwa segera !
Jazakallahu Khaira al-Jaza'
PAS for ALL
Membangun Bersama Islam

RUPANYA ADA ORANG DAH GUNA SBPA?

Posted: 10 Mar 2012 01:43 PM PST

Ya…mereka (Kumpulan Premier SBPA) dah dapat "merasa" dulu duit gaji SBPA sejak daripada 1 Januari 20112 yang lalu. Masing-masing sudah menerima gaji SBPA terlebih dahulu berbanding kakitangan awam lain yang ketika itu masih lagi bergelut dengan isu penangguhan & semakan semula SBPA.
Dan ada sumber yang mengatakan, ada jabatan yang telah memberikan awal gaji SBPA untuk bulan 1,2. Itu semua dibuat berdasarkan budi bicara jabatan tersebut. Ini kerana ada jabatan yang berpendapat dan mengambil keputusan tersebut atas beberapa pertimbangan dan alasan:

Tidak kira ada semakan semula atau rombakan sekalipun, mereka merasakan mesti perubahan yang bakal dilakukan pada masa itu, hasilnya samada lebih tinggi atau paling tidak pun sama dengan SBPA
Itu jangkaan mereka. Tetapi….
Akhirnya, selepas batal SBPA, kumpulan Premier termasuklah JUSA ini tidak naik sebanyak SBPA seperti yang disangka-sangkakan. Begitu juga gred-gred bawah jabatan tersebut pun ada yang sudah menerima terlebih dahulu.
Itu sebablah mereka mahu pulangkan semula gaji SBPA tersebut
Dan, sumber itu juga yang mengatakan sebahagian daripada 36 pegawai tinggi kerajaan dari Kumpulan Premier itu telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah untuk memulangkan semula semua gaji SBPA kepada kerajaan.
Ada kalangan daripada kumpulan premier yang sudah menerima 2 kali gaji SBPA sejak mereka bersetuju dan menurunkan tandangan pada Disember 2011.
Walaubagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijangka akan membuat keputusan dalam mesyuarat minggu hadapan yang bakal dihadiri wakil-wakil dari kementerian, jabatan dan agensi kerajaanterhadap terdapat persoalan melibatkan kumpulan ini :
penjawat awam dan pesara yang sudah memperolehi bayaran gaji dan pencen mengikut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
mencari mekanisme yang bersesuaian untuk menyelesaikannya
Tuntutan Terbaru Cuepacs
CUEPACS berharap kerajaan dapat mempercepatkan penubuhan suruhanjaya khas bagi melaksanakan penambahbaikkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan kakitangan awam sekarang
Penambahbaikan termasuk hal berkaitan isu gaji maksimum kakitangan yang lama berkhidmat. Ini kerana, selepas menerima kenaikan 13 peratus, gaji mereka akan menjadi maksimum semula
CUEPACS juga memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran kepada kakitangan yang tidak memilih opsyen saraan 60 tahun, supaya berpeluang menandatanganinya semula.
P/S : Sama-sama kita nantikan pendirian dan keputusan yang bakal diambil JPA pada minggu hadapan. Apa respon anda pula?
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 3/11/2012 12:12:00 AM

BN PUNYA FAKTA PENDIDIKAN PENUH AUTA DAN AKTA !

Posted: 10 Mar 2012 05:53 AM PST

Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurang majoriti mudah, kalau majoriti 2/3 atau lebih itu bermakna memang BN/UMNO ditolak bukan bulat-bulat tapi bulat bola(spear orang putih kata).
Seingat teman semasa tahun 1969 hingga 1975 atau hingga 1979 takda pula sekolah rendah atau menengah yang minta ibu-bapa beri sumbangan untuk beli kertas buat soalan dan untuk salinan kepada murid-murid. Tapi 10 tahun terkini yang teman sedar, ibubapa murid selalu terima surat dari sekolah minta sumbangan wang untuk modal fotostat dan persediaan soalan. Persoalannya dimana freenya atau percumanya pendidikan di bawah pentadbiran Barisan Nasional?
Pakatan Rakyat meletakkan tugas keutamaan Pendidikan Percuma bila memegang tampuk pemerintahan Malaysia kelak.


Anwar: Pakatan tak berniat kejar majoriti dua pertiga

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pakatan pembangkang tidak berniat untuk mengejar majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen.

Menurutnya, asalkan Pakatan Rakyat menang dengan majoriti mudah dalam pilihan raya umum akan datang, ia akan memulakan tugas memulihkan institusi-institusi negara yang sedang tenat.

anwar youth dialogue 100312 anwar"Siapa kata kita mahu majoriti dua pertiga? Pakatan hanya mahu menang. Jika kita boleh capai ini ... perkara yang paling penting adalah
untuk memperbaiki institusi kami, termasuk badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam," katanya semasa berdialog dengan belia di Kuala Lumpur.

'Pendidikan percuma untuk semua'

Anwar juga menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan ini akan memansuhkan keperluan untuk PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

Ditanya mengapa beliau tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) semasa menjadi menteri pelajaran, Anwar mengakui bahawa ia adalah sukar untuk melawan bos, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Anwar berkata beliau telah mencadangkan draf Akta Pendidikan yang merangkumi universiti yang boleh menjadikan AUKU tidak relevan, tetapi menegaskan ia tidak bergerak di bawah menteri pendidikan berikutnya.

Sementara itu, salah seorang peserta dialog tersebut secara terus terang tetapi berseloroh bertanya siapakah yang akan menggantikan Anwar sekiranya beliau meninggal dunia.

Secara berseloroh juga, Anwar menjawab: 'Saya belum pun mula, awak sudah mahu ganti".

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa isu itu bergantung kepada proses demokrasi, di mana dalam konteks PKR, penggantinya akan terdiri daripada pemimpin parti itu sekarang.

Dicatat Oleh jeebond

ADA WARTAWAN BERANI TANYA ? KEBENARANNYA !

Posted: 09 Mar 2012 07:23 PM PST

Dokumen yang membuktikan Najib guna wang Rakyat biaya Majlis Pertunangan Anaknya


Ketika Najib sibuk mempromosikan menu rakyat 1Malaysia kepada rakyat, majlis pertunangan anaknya sendiri beliau lebih memilih untuk menghidangkan makanan mirip santapan di raja kepada tetamu yang hadir."Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa," katanya.

"Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan."

Menurut Rafizi, majlis pertunangan anak Najib dengan pasangan dari Kazakhstan telah menelan belanja RM409,767 itu berlangsung di Seri Perdana dan ditanggung rakyat kerana berdasarkan dokumen pembayaran yang dikeluarkan pihak katering majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

PERDANA MENTERI SELEWENG WANG RAKYAT UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ANAK BELIAU?

Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.

Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:

~Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang = RM18,792

~Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang = RM309,975

~Kos pengendalian = RM81,000

Jumlah = RM409,767

Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.

Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.

KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAn berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
9 MAC 2012

CUBA FIKIR SIAPA KIKIR !

Posted: 09 Mar 2012 06:12 PM PST

BN kata melalui Ketuanya yang UMNO iaitu DS Najib bahawa pentadbirannya memberi kemudahan pelajaran percuma kepada rakyat baik sekolah rendah atau menegah Malaysia. Betulkah? Benarkah? Ada buktikah ?
Ok katakan BN/UMNO kata sekolah percuma , memang ibu-bapa tak kena bayar bina sekolah tapi perbelanjaan atau bajet diambil dari dari wang kutipan cukai yang dikenakan kebanyakan kepada rakyat bukan wang UMNO atau BN.
Ibu bapa sebagai rakyat wajar sedar dimana , setiap kali mula sekolah yuran perlu dibayar walau tahun 2012 yuran tidak perlu dibayar ..tapi.yuran PIBG perlu dibayar. Sekolah di Malaysia kebanyakkannya bergantung harap kepada yuran PIBG dan kuasa PIBG untuk memantu sekolah dari segi kewangan bukan lagi sebagai pengerat hubungan anak sebagai murid dan guru.
Di tempat teman, nak beli langsir , nak baiki tandas hingga nak beli atap pelindung hujan pun mengharapkan PIBG.
Memang kita akui, guru ibarat telan mati emak dan luah mati emak bila nak beri pendidikan terbaik kepada murid mereka. Bila tiada wang bagaimana guru nak beli kertas untuk memperbanyakkan latihan dan ujian kepada murid mereka.Nak harapkan Kementerian Pelajaran maka jangan harap lah. Kenapa kerajaan BN tidak sediakan cukup peruntukan kepada sekolah agar sekolah tidak perlu meminta sumbangan dari PIBG atau ibubapa? Kenapa menyusahkan ibu-bapa yang kebanyakannya susah?
Malaysia sebagai pengeluar minyak petrol, gas dan minyak sawit memang kaya dari Negara Brunei kenapa tidak boleh menjadikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Malaysia sebenarnya lebih kaya dari negara Brunei tapi kenapa masih minta-minta wang dari ibubapa, lepastu buat walkthon la, hari kantin dan sebagainya.
KITA HARAP PRU13 AKAN MEMBERI KEMENANGAN MUTLAK KEPADA PAKATAN RAKYAT DAN ANTARA NYA YANG KITA INGIN LIHAT IALAH PENDIDIKAN PERCUMA SECARA TOTAL DI MALAYSIA, IBUBAPA HANYA MENYEDIAKAN BELANJA ANAK, PAKAIAN DAN DUIT TAMBANG.

KHIDMAT MERU

Posted: 10 Mar 2012 09:30 AM PST

KHIDMAT MERU


DR RANI MELAWAT MANGSA BANJIR DI HULU LANGAT

Posted: 10 Mar 2012 03:17 AM PST




















Banjir besar dan terburuk yang melanda Hulu Langat telah menyebabkan banyak kerugian dan kehilangan harta benda dikalangan penduduk disana.


Lebih dari 1200 penduduk telah dipindahkan di Dewan Ahmad Razali, Balai Penghulu Batu dan SK Sungai Serai.


YB Dr Rani yang sempat melawat Pusat Pemindahan Mangsa Banjir tersebut diberitahu oleh penduduk kampung bahawa hujan yang turun dengan lebat tanpa berhenti dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam itu telah menyebabkan air naik sampai ketahap bumbung rumah mereka.


Unit Amal dan ahli-ahli Pas setempat dan dari luar kawasan telah turun padang dan bertungkus lumus membantu memindahkan penduduk, menarik kenderaan mereka dan menyediakan pakaian dan makanan untuk mereka.


















Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 Mar 2012 09:06 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Mohon Sumbangan untuk PASTI di Seremban

Posted: 09 Mar 2012 10:59 PM PST


Dimaklumkan pihak pengurusan PASTI Al-Ikhwan di Taman Paroi Jaya, Seremban mengalukan-alukan sumbangan untuk menaiktaraf alat bantuan mengajar antara TV LCD yang kosnya sekitar RM 1,500.00.

Kepada mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Pengurus Pasti Al-Ikhwan iaitu Encik Nor Azlan di talian 013-9313107.

Alamat :

PASTI Al-Ikhwan

No 166, Jalan Nuri, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban

E-mel : pastialikhwan@yahoo.com

Laman web : http://pasti-al-ikhwan.blogspot.com

Laman web PASTI N.Sembilan : http://pasti-n9.blogspot.com

aBantuan perkapita sekolah agama tertangguh 6 tahun

Posted: 09 Mar 2012 08:54 PM PST

PM berkata kerajaan menyediakan peruntukan RM95 juta setahun untuk membiayai bantuan perkapita bagi sekolah agama yang sebelum ini tertunggak selama lima hingga enam tahun. Adakah RM95 juta tersebut jumlah keseluruhan yang tertunggak sejak enam tahun yang lalu atau untuk tahun 2012 sahaja? Kenapa sebuah institusi agama Islam yang amat penting iaitu sekolah agama, bantuan perkapita boleh tertangguh sehingga 6 tahun, sedangkan umat Islam membayar zakat setiap tahun?

RM100 juta untuk sekolah agama

10 Mac 2012

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM100 juta untuk penambahbaikan sekolah agama di seluruh negara pada tahun ini.

Menurutnya, kerajaan turut menyediakan peruntukan RM95 juta setahun untuk membiayai bantuan perkapita bagi sekolah agama yang sebelum ini tertunggak selama lima hingga enam tahun.

"Memang kalau diikutkan untuk keseluruhan sekolah tidak mencukupi, tetapi ia adalah peningkatan peruntukan yang telah luluskan," katanya pada Majlis Perasmian Sekolah Agama Taman Molek, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam pada itu, Najib turut memuji usaha Kerajaan Negeri yang tidak bergantung sepenuhnya kepada peruntukan Kerajaan Pusat untuk membangunkan sekolah agama negeri.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/rm100-juta-untuk-sekolah-agama-1.31011


Mahathir: Bantuan perkapita tidak akan disambung semula

Feb 20, 2003

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi bahawa kerajaan tidak akan meneruskan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat yang dihentikan sejak tahun lepas.

Kenyataan itu bercanggah dengan jaminan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa pihak SAR boleh memohon semula bantuan itu, sewaktu berdebat dengan timbalan ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, Ahad lalu.

Malah, Nazri yang juga ahli Parlimen Chenderoh, menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah berniat untuk menutup SAR dan langkah memberhentikan bantuan perkapita bersifat sementara.

Sebaliknya, Dr Mahathir hari ini mengulangi bahawa kerajaan tidak akan meneruskan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat yang dihentikan sejak tahun lepas.

Sebaliknya kerajaan akan mengkaji semula isi kandungan pelajaran agama Islam dan modul baru ini akan diajar kepada pelajar sekolah kebangsaan, kata Dr Mahathir kepada pemberita setelah mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami tidak akan memberi bantuan kepada sekolah agama rakyat. Yang kita utamakan ialah pelajaran agama Islam dan ia akan disampaikan kepada murid sekolah kebangsaan.

Ajaran sampingan

"Kita perlu mengkaji semula kandungan pelajaran agama Islam kerana kita dapati kebanyakannya tidak memberi tumpuan atau tekanan dalam ajaran yang sebenarnya, yang disampaikan kepada murid kita. Dengan itu anak-anak kita, apabila dewasa, tidak dapat manfaat sepenuhnya dari ajaran Islam yang diajar," katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan mendapati mata pelajaran Islam juga tidak mempunyai "asas" kerana ia gagal memberi tumpuan kepada ajaran asas mengenai Islam tetapi lebih menyentuh kepada ajaran sampingan seperti cara pemakaian.

"Umpamanya, tumpuan diberi dalam hal pakaian, sama ada warna putih atau hitam. Itu menjadi lebih utama dari ajaran yang datang dari ibadat-ibadat yang diwajibkan," katanya lagi.

Ditanya sama ada kerajaan akan mencontohi modul pengajaran pengajaran Islam negeri Johor, Dr Mahathir berkata, kerajaan bersikap terbuka dan akan mengkaji semua aspek, termasuk pendekatan yang dipraktik di Johor.

Apa yang penting, katanya, ialah kandungan pelajaran Islam itu, kerana kerajaan mahu memastikan ianya lebih menekan kepada pembentukan peribadi Islam dan kehidupan secara Islam kepada para pelajar.

Beliau juga mendakwa modul pelajaran agama Islam sekarang cetek dan para pelajar hanya didedahkan kepada tafsiran yang cetek.

Bantahan

"Sepatutnya, bila kita belajar agama, kita akan menjadi manusia yang baik dan berjaya. Sebagai contoh, ada yang menyebutkan tentang azan di mana umat Islam diseru bersembahyang dan menuju kejayaan.

"Kejayaan bermakna kejayaan dalam kehidupan kita. Tapi orang ini mentafsirkan kejayaan dengan cara yang cukup terhad...iaitu kejayaan bersembahyang. Sebenarnya kita disuruh mencapai kejayaan dalam kehidupan kita...tapi itu tidak diberi tekanan," katanya lagi.

Pada 25 Okt tahun lalu, Dr Mahathir mengumumkan bahawa kerajaan akan memberhentikan bantuan perkapita kepada SAR kerana mendapati mereka tidak mengajar agama Islam yang betul.

Tidak lama kemudian, Kementerian Pendidikan pula menyatakan bahawa semua guru dan pelajar di SAR akan diserapkan ke sekolah kebangsaan.

Sejak itu, banyak pihak termasuk Gerakan Bertindak Umat Selamatkan SAR (Gegar) telah

menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan itu dan berpendapat sistem pendidikan SAR perlu dipertahankan.

Kini terdapat lebih 260 SAR di negara ini, membabitkan 74,000 pelajar peringkat rendah dan menengah. Sehingga ini, kira-kira 14,000 pelajar SAR telah beralih ke sekolah kebangsaan.

http://www.malaysiakini.com/news/14515

Arahan rekod kecenderungan politik guru ditarik balik

Posted: 09 Mar 2012 08:53 PM PST

Mac 9, 2012 - Pejabat Pendidikan Tawau hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik kakitangan mereka.

Arahan asal yang meminta guru besar mengkategorikan kakitangan mereka, termasuk guru, sebagai 'hitam', 'kelabu' dan 'putih' mengikut kecenderungan politik masing-masing, adalah satu "kesilapan", kata pegawai pendidikan daerah, Darman Shah Asakil kepada Malaysiakini hari ini.

Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara.

"Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.

"Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik," katanya.

Jabatannya, tambah Darman Shah, telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua guru besar memaklumkan kepada mereka tentang penarikan balik arahan asal itu.

Awal hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi memberitahu Malaysiakini tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

http://www.malaysiakini.com/news/191635


Rayuan Derma Baik pulih Surau di N.Sembilan

Posted: 09 Mar 2012 08:52 PM PST

(Sumber dari Blog Bintongan)

Surau Kampong Bukit Bintongan, 71300 Rembau

Negeri Sembilan Darul Khusus

6 Mac 2012

Assalamualaikum

Y.Bhg. Saudara dan Saudari, Tuan dan Puan


RAYUAN DERMA PERIBADI UNTUK MEMBIAYAI PROJEK MEMBAIK PULIH TANDAS DAN BILIK AIR LELAKI SURAU DAN MEMBAIK PULIH PAGAR KUBUR KG BUKIT BINTONGAN REMBAU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Surau Kg Bukit Bintongan telah merancang untuk melaksanakan projek baik pulih tandas dan bilik air Surau dan juga pagar kubur yang roboh di alamat yg tersebut diatas.

Kami bagi pihak AJK Pentadbiran Surau Kg Bukit Bintongan, ingin merayu kepada para muslimin dan muslimat agar dapat memberi sumbangan derma peribadi , zakat serta apa jua bentuk sokongan bagi membiayai dan menjayakan baik pulih tandas dan bilik air surau Kg Bukit Bintongan Rembau Negeri Sembilan ini.

Projek baik pulih tandas dan bilik air surau dan pagar kubur Kg Bukit Bintongan Rembau adalah berasaskan kepada konsep surau sebagai Sebuah Madrasah Islam yang Moden, Pusat Komuniti Bersepadu bagi pelbagai kegiatan penduduk atau jemaah, iaitu tempat beribadah, pengajian ilmu, penyebarah dakwah dan disamping itu sebagai sebuah pusat komuniti yang menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk masyarakat setempat khususnya serta masyarakat di persekitarannya.

Oleh yang demikian anggaran perbelanjaan keseluruhan baik pulih ialah RM30,000.00 (Tiga Puluh Ribu sahaja).

Besarlah harapan kami agar Y.Bhg, Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian dapat memberi sumbangan dalam bentuk tajaan, Derma, Wakaf zakat dan sebagainya bagi menjayakan Projek yang di rancangkan.

Sumbangan boleh di buat secara tunai, cek berpalang atau secara "on line" kepada akaun;

AKAUN SIMPANAN SURAU KG BUKIT BINTONGAN REMBAU NEGERI SEMBILAN, Akaun simpanan No: 562414005431 CIMB Rembau

Sumbangan Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan akan dicatatkan didalam webs ini sebagai penghargaan.

Segala sumbangan Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan kami ucapkan ribuan terima kasih.

[Kamruddin Hitam]

Pengerusi

Sumber : http://bintongan.blogspot.com/2012/03/rayuan-derma.html

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 10 Mar 2012 07:45 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TRAGEDI TSUNAMI : JEPUN SELEPAS SETAHUN

Posted: 10 Mar 2012 06:55 AM PST

HARI KELUARGA RAPATKAN UKHWAH

Posted: 10 Mar 2012 01:39 AM PST

MAJLIS : SEMBANG WARUNG BOB LOKMAN & PAK JABIT

Posted: 09 Mar 2012 11:59 PM PST

TAPAK WARISAN PALESTIN

Posted: 09 Mar 2012 05:09 PM PST

ISLAM ITU SENDIRI ADA SENINYA - TG. NIK AZIZ

Posted: 09 Mar 2012 05:05 PM PST

BUKTI 1 MALAYSIA NAJIB GAGAL

Posted: 09 Mar 2012 04:58 PM PST

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 10 Mar 2012 07:18 AM PST

Dewan Pemuda PAS Tawau


Posted: 09 Mar 2012 10:17 PM PST

mtdchenderoh

Posted: 10 Mar 2012 07:07 AM PST

mtdchenderoh


DATO' SITI SALMAH vs CIKGU ZAINON di DUN CHENDEROH

Posted: 09 Mar 2012 08:23 PM PST




Kedudukan Dato' Siti Salmah (ADUN Chenderoh) kini dilihat semakin tergugat berikutan wujudnya gerakan team UMNO yang tidak mahukan beliau bertanding di DUN Chenderoh pada PRU ke- 13 akan datang. Maklumat yang diterima daripada penyokong - penyokong UMNO yang mahukan tempat tersebut diambil alih oleh kepimpinan UMNO yang lain.

Keluhan penyokong- penyokong UMNO rata- rata tidak berpuas hati dengan sikap Dato' Siti yang dilihat hanya menunjukkan muka apabila ada majlis- majlis rasmi terutama yang melibatkan Ahli Parlimen serta musim hampir tibanya pilihanraya sahaja.

Kekayaan Dato' Siti dan ahli keluarganya bukan lagi rahsia di kalangan penyokong- penyokong UMNO tempatan. Projek- projek terutamanya yang melibatkan kerajaan negeri banyak dibolot oleh syarikat- syarikat keluarganya dan kroni- kroninya. Malah isu pemberian tanah kerajaan di Kampung Chegar Galah suatu ketika dulu menjadi panas disebabkan sebahagian besar individu yang memperolehi tanah berkenaan terdiri daripada orang luar termasuk dari kalangan ahli keluarganya. Menyedari protes yang dihadapi dari penduduk tempatan senarai penerima tersebut telah dirombak semula dan dibuat pengubahsuaian.

Oleh yang demikian, kini wujud kumpulan yang menjalankan kempen yang terancang bagi memastikan calon lain menggantikan Dato' Siti pada PRU ke- 13. Antara nama popular yang sedang giat menjalankan kempen ialah Cikgu Zainon (Setiausaha Sulit, Ahli Parlimen Padang Rengas)

Kedudukan beliau di peringkat Parlimen memberikan kelebihan kepadanya untuk mempromosikan diri. Rata- rata penyokong UMNO mahukan beliau untuk bertanding kerana beliau merupakan anak tempatan yang tinggal di Kampung Beluru. Apatah lagi, beliau seringkali akan mewakili Dato' Nazri Aziz dalam majlis- majlis rasmi apabila Dato' Nazri tidak dapat hadir.

UPU Beluru merupakan antara UPU yang paling ramai jumlah pengundi di DUN Chenderoh. Cabaran Cikgu Zainon dikatakan terpaksa berusaha mendapatkan sokongan pengundi wanita yang dilihat lebih cenderong untuk menyokong Dato' Siti Salmah.

Persaingan kedua- dua kem ini semakin sengit di mana pelobi- pelobi mereka sedang bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan sokongan penyokong UMNO.

Terkini... Dato' Siti tidak berpuas hati dengan program yang dilakukan oleh Cikgu Zainon di Kg. Beluru yang tidak menjemput beliau selaku ADUN dilihat cuba membelakangkan beliau.

Seorang penyokong tegar UMNO dari Chegar Galah yang tidak mahu namanya disiarkan secara peribadi memilih Cikgu Zainon sebagai calon BN yang terbaik untuk bertanding di Dun Chenderoh pada PRU ke- 13 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan