Sabtu, 25 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 25 Feb 2012 01:23 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Tujuh marin terbunuh dua helikopter tentera AS bertembung

Posted: 25 Feb 2012 01:15 AM PST


3 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - PHOENIX 24 Feb. - Dua buah helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) kelmarin bertembung semasa mengadakan latihan di kawasan gurun di sempadan Arizona-California, menyebabkan kesemua tujuh askar Marin yang menaiki pesawat itu terbunuh.

Jurucakap unit Sayap Pesawat Udara Marin Ketiga, Leftenan Pertama Maureen Dooley berkata, dua helikopter terbabit mengadakan operasi latihan pada waktu malam semasa pelanggaran itu berlaku kira-kira pukul 8 malam kelmarin (11 pagi waktu Malaysia semalam).

Menurutnya, lima anggota Marin menaiki helikopter UH-1Y Huey manakala dua lagi menaiki helikopter penyerang AH-1W Cobra.

Katanya, tiada pesawat lain yang terbang bersama dua helikopter tersebut ketika kedua-duanya bertembung di kawasan gurun tenggara California yang bersempadan dengan Arizona.

Sarjan Dustin Dunk dari unit Meriam Marin berkata, sepasukan anggota Marin dikerah ke tempat kejadian sebaik saja kejadian itu dimaklumkan.

"Keadaan cuaca dan persekitaran bukan penyebab kemalangan itu berlaku," katanya.

Namun Dunk enggan mengulas sama ada pelanggaran itu berpunca daripada alat penglihatan malam yang digunakan oleh krew terbabit. - REUTERS

PM buktikan dia jahil prinsip pentadbiran yang baik

Posted: 25 Feb 2012 01:10 AM PST

3 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 25 Feb: Pengakuan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa beliau tidak menjemput Ketua Negeri Pakatan Rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar menunjukkan beliau jahil tentang prinsip pentadbiran yang baik.

Beliau juga mengenepikan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata beliau hairan bagaimana PM dengan tanpa rasa bersalah mengakui bahawa mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional.

Sedangkan, katanya, mensyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Selaku penjawat awam, Ketua Setiausaha Negara sepatutnya bertindak secara profesional dan tidak boleh hadir dalam sebuah mesyuarat yang berbentuk kepartian," kata beliau.

Tan Sri Khalid berkata, tindakan Najib ini seolah-olah mahu membina laluan kepada tindakan yang tidak demokraktik kerana tindakan beliau itu umpama memberitahu kepada kakitangan perkhidmatan awam supaya mendiskriminasikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"KSN sepatutnya mempunyai kekuatan untuk memberitahu Perdana Menteri bahawa mesyuarat itu satu diskriminasi dan beliau (KSN) tidak sepatutnya dilibatkan," katanya.

Menteri Besar turut mempersoalkan pembiayaan mesyuarat berkenaan.

"Siapakah yang membayar untuk mesyuarat tersebut? Kerajaan Pusat atau Barisan Nasional? Jika ianya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, mana mungkin Perdana Menteri boleh dengan angkuh mengatakan mesyuarat itu adalah amalan biasa dan tidak melanggar mana-mana aturan," katanya.

PM selaku ketua negara harus menunjukkan teladan yang baik terutama kepada penjawat awam jika beliau benar-benar mahu melaksanakan transformasi dalam negara ini, tegas Khalid. (HD)

Himpunan Hijau 2.0 setelah perbincangan buntu

Posted: 25 Feb 2012 01:05 AM PST


3 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Hazayani Zakaria,
25 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Himpunan Hijau 2.0 yang akan berlangsung esok tercetus setelah beberapa perbincangan dengan pihak bertanggungjawab menemui jalan buntu.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (gambar) berkata, PAS sangat kecewa dengan maklum balas daripada beberapa pihak seperti Jabatan Alam Sekitar Pahang dan pejabat Menteri Besar sendiri berhubung kerisauan mereka mengenai risiko projek pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan.

"Bantahan kita dan himpunan esok berdasarkan beberapa perbincangan, bukan terus kepada perhimpunan.

"Pada mulanya kita mengadakan perbincangan dan dialog dengan pihak berkuasa dan saya sendiri pernah mengeatuai perbincangan dengan agensi kerajaan termasuk dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri," kata beliau kepada Harakahdaily semalam.

Malah katanya, sesi dialog juga sepatutnya diadakan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, namun beliau enggan bertemu dengan pihaknya mahupun menerima memorandum bantahan.

"Sebelum bertemu pihak yang lebih tinggi, Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) terlebih dahulu menyerahkan memeorandum ke pejabat Menteri Besar Pahang tapi beliau enggan bertemu dengan kita," katanya yang merupakan penasihat Badar.

Justeru katanya, perhimpunan esok merupakan kemuncak kepada usaha sebelum ini dan sebagai tanda solidariti lebih 80 badan bukan kerajaan (NGO) bersama penduduk Kuantan yang sedang berhadapan bahaya.

"Himpunan ini tidak ada perarakan hanya menghimpunkan rakyat seluruh negara dan khususnya rakyat Kuantan untuk menyatakan hasrat dan menyatakan pandangan dan isi hati mereka di atas pelaksanaan operasi kilang Lynas di Kuantan.

"Kita akan berhimpun secara aman ada pembacaan sajak oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan ada sedikit ucapan oleh NGO-NGO dan pemimpin politik.

"Selepas itu NGO-NGO akan menyatakan deklarasi mereka berkaitan pembangunan kilang lynas yang berisiko tinggi ini, mereka akan tandatangan bantahan mereka dan mereka akan buat penyataan secara beramai-ramai," katanya.

Sementara itu, perhimpunan esok berpindah ke Padang Kemunting, kira-kira setengah kilometer dari tapak asal himpunan iaitu Padang MPK. - (HD)

Idris Ahmad

Posted: 24 Feb 2012 11:11 PM PST

Idris Ahmad


DEB GAGAL, POLITIK DENDAM DAN DISKRIMINASI

Posted: 24 Feb 2012 02:14 AM PST

Kegagalan Dasar Ekonomi Baru  berpunca daripada sikap dendam dan diskriminasi pemimpin Umno terhadap sesama bangsa. Walaupun dasar ini telah tamat pada tahun 1990, yakni hampir 22 tahun. Namun objektif DEB untuk membolehkan ekuti Bumiputera sebanyak 30% gagal, ia hanya mencapai 18% sahaja ketika dasar ini tamat.
.
Kegagalan ini telah menarik perhatian Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Tun Azlan menegur kegagalan DEB berpunca daripada orang yang melaksanakannya, bukan salah dasarnya.

Kenapa DEB gagal?. Kenapa hendak salahkan bangsa lain? Kenapa hendak salahkan Pakatan Rakyat?Sedangkan 2/3 daripada anggota kabinet ialah orang melayu. Hampir 80 peratus pegawai kerajaan yang mengendalikan urusan orang Melayu ialah orang Islam.

Apakah kegagalan DEB suatu yang dirancang dan membiarkan orang Melayu merempat. Dengan ini  ia boleh dijadikan modal pemimpin negara memenuhi tembolok mereka dengan alasan untuk mendapat projek bagi membela Melayu. Walaupun hakikatnya projek ini tidak sampai kepada sasaran.

DEB tidak akan berjaya jika sikap pilih kasih dan sikap politik dendam yang  tidak menghormati kebebasan untuk memilih kerajaan yang demokratik.Kelantan adalah kayu ukur bagaimana Umno yang mendakwa parti Melayu telah menindas orang Melayu. . Apa dosa rakyat  Kelantan sehingga sanggup diketepikan kerana mereka memilih Pas untuk menerajui negeri mereka. Sejak 1991 terdapat 118 projek pusat disekat, antaranya ialah Lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Kerai yang diluluskan sejak Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Pihak kerajaan Kelantan telah mengambil iniasitif sendiri untuk membina lebuhraya dengan anggaran kos RM1.5-RM1.8 bilion. Tender telah ditutup pada 9 Februari 2012.

Perkara yang sama berlaku kepada penyokong Pakatan Rakyat di kampung yang dinafikan hak mereka untuk mendapat  baja, tanah, bantuan kewangan,tapak niaga, kontrak kecilan.

Sekiranya Pas dan PR diberi mandat ia mampu untuk membela rakyat termiskin. Kelantan yang serba kekurangan mampu mengurangkan tahap kemiskinan nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam . Rahsia kejayaan ini ialah pemimpin yang amanah dan tidak pilih kasih berdasarkan kepada fahaman ideologi
Kayu ukur yang ditunjukkan oleh kerajaan BN terhadap kerajaan Kelantan yang dipilih secara sah sejak 1990 adalah contoh politik dendam yang tidak berkesudahan.

Jika sikap yang ada,  rancanglah apa sahaja dasar untuk orang Melayu ia  akan menemui kegagalan, jika yang memerintah ini ialah Umno BN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Ekonomi, Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 Feb 2012 09:32 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Munajat Perdana Jelajah N.Sembilan Feb ke Mei 2012

Posted: 24 Feb 2012 12:34 AM PST

MAJLIS MUNAJAT PERDANA
Masa : 11 mlm hingga 7 pagi

Tarikh : 24 Feb 2012, Jumaat
Tempat : Serting

Tarikh : 3 Mac 2012, Sabtu
Tempat : Lenggeng

Tarikh : 9 Mac 2012, Jumaat
Tempat : Paroi

Tarikh : 16 Mac 2012, Jumaat
Tempat : Senaling

Tarikh : 23 Mac 2012, Jumaat
Tempat : Gemencheh

Tarikh : 30 Mac 2012, Jumaat
Tempat : Kuala Klawang

Tarikh : 6 Apr 2012, Jumaat
Tempat : Labu

Tarikh : 13 Apr 2012, Jumaat
Tempat : Johol

Tarikh : 20 Apr 2012, Jumaat
Tempat : Chembong

Tarikh : 27 Apr 2012, Jumaat
Tempat : Bagan Pinang

Tarikh : 4 Mei 2012, Jumaat
Tempat : Kota

Tarikh : 12 Mei 2012, Jumaat
Tempat : Sungai Lui

Anjuran Dewan Ulama' PAS Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Ustaz Abd Hadi 019-6627374
Ustaz Nazri 019-6644320



Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 24 Feb 2012 03:10 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Bakar al-Quran: Ratusan berdemo di kedutaan AS bersama Hasan Ali

Posted: 24 Feb 2012 04:26 AM PST



KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika berhubung tindakan tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, Selasa lalu.

Memorandum tersebut diserahkan sendiri oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan kepada pegawai keselamatan kedutaan dengan diiringi Ketua Penerangan DPPP, Ridhuan Md Noor dan Ketua DPP Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Kira-kira 200 orang mengiringi serahan memorandum itu terdiri daripada pemuda dan pemudi termasuk Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis).

Mereka berarak dari Masjid Tabung Haji selepas menunaikan solat Jumaat menuju ke kedutaan AS  dengan dikawal kira-kira 50 anggota polis.

Laungan takbir, laknat Amerika, hidup Islam bergema sepanjang perarakan aman itu.

Berucap kepada peserta perarakan selepas serahan memorandum, Nasrudin berkata, antara isi kandungan memorandum itu ialah memberi amaran keras kepada Amerika agar tidak mengulangi tindakan jahat yang mencemarkan keharmonian antara agama itu.

"Kita berharap ini kali terakhir peristiwa ini berlaku dan jika tindakan mencemarkan kesucian al-Quran ini berulang, kita tidak teragak-agak melakukan demonstrasi besar-besaran," katanya disambut laungan takbir.

Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira jam 3 petang dengan bacaan doa oleh Nasrudin dalam keadaan hujan lebat.

Pada 2010, Gereja Florida telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila merancang untuk membakar al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.

Rancangan serupa, ujarnya diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulang tahun peristiwa 11 September, malah pembakaran al-Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.



Al-Quran pada waktu itu telah direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku, al-Quran dibakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam.

KENANGAN CEBISAN NOTA BUAT ADIK FARIS....

Posted: 23 Feb 2012 07:46 PM PST

Baca cebisan daripada ucapan dihantar oleh kakak dan abang arwah Faris ketika dia mula terlantar di hospital pada 1 Februari lalu.


Kini semua harapan itu ternyata hanya tinggal harapan, Allah lebih menyayangi adik bongsu mereka.




Namun Allah lebih sayangkannya...

BANTAH BAKAR QURAN : JATI..HASAN ALI... AYOH KE KEDUTAAN US SELEPAS JUMAAT

Posted: 23 Feb 2012 05:27 PM PST

Ayuh kita semua tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa bersama-sama yang cintakan Islam



24 Februari 2012

Selepas Solat Jumaat

Berkumpul di Masjid Tabung Haji Jalan Tun Razak

... jemput sekali Dr Hassan Ali dan pendokong-penyokong JATI bersama kita daulatkan Agama Allah dari dihinjak-hinjak oleh kafir laknatullah....

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 24 Feb 2012 01:45 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Konvoi Lujnah Penerangan PAS Pusat Ke Melaka siri 3

Posted: 23 Feb 2012 03:35 PM PST

Pada sesi malam,

terdapat beberapa program yang berlangsung serentak.

Dimulai dengan kuliah magrib di beberapa tempat, Tuan Guru Presiden di Serkam, Tuan Ibrahim Tuan Man di Bukit Katil dan Ustaz Misbahul Munir di Pantai Kundor.

Selepas isyak, ceramah perdana diadakan di Surau Hj Ali, Permatang Pasir melibatkan Tuan Guru Presiden, Hj Adli (Pesuruhjaya Pas Melaka) dan beberapa pimpinan PR. Di Kuala Linggi juga diaadakan ceramah perdana melibatkan Dato' seri Nizar, Ustaz Misbahul Munir dan beberapa pimpinan PR.

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa membatalkan ucapan kerana ada kecemasan dan perlu berada di kota Bharu, kelantan sebelum Subuh.

Menariknya dalam ceramah perdana di Permatang Pasir,diselitkan sekali dengan pelancaran buku Negara Berkebajikan peringkat melaka dan 2 orang bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS iaitu bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin dan bekas Timbalan Pengrah Hospital Besar Melaka, Dr Hj Khalid Kassim. Datuk Sahak Sudin menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup dan Dr Hj Khalid Kassim menerima sijil keahlian daripada Tuan Guru Presiden.

Kemasukan kedua-dua mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN Melaka selama lebih dari 54 tahun.

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun.

Berikut Gambar yang sempat dirakam:orang ramai mula membanjiri perkarangan surau Hj Ali, jangkaan lebih 3000 orang

ketibaan TGHH disambut oleh pimpinan PR melaka

persatuan Seni Silat Bukit Pegoh membuat persembahan menyambut ketibaan TGHH

Majlis pelancaran buku Negara Berkebajikan, turut kelihat Samsul Iskandar (Ketua AMK), Hj Adli (Pesuruhjaya PAS melaka), Dr Khalid dan Goh Leong San (Pengerusi DAP Melaka)

Turut kelihatan Ust Zulkifli Ismail, ketua Dewan Ulama' PAS Melaka

Dr Khalid menerima sijil ahli PAS daripada TGHH

Gaya seorang ulama' memberi kata-kata semangat kepada rakyat bagi menegakkan Islam di Bumi Melaka

Selesai majlis, para tetamu dijamu dengan sedikit kuih muih.

Moga dengan rahmat kehadiran Tuan Guru Presiden ke Melaka akan menaikkan semangat ahli dan penyokong Pas untuk terus memartabatkan Islam di Bumi Melaka. InsyaAllah.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (Al-Baqarah :214)

TAKBIR, TAKBIR, TAKBIR

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 24 Feb 2012 11:24 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Antara DPPKM Bertemu Pemuda UPU Takel

Posted: 24 Feb 2012 06:41 AM PST

Bakar al-Quran: Ratusan berdemo di kedutaan AS

Posted: 24 Feb 2012 06:39 AM PST




(Demo membantah tindakan Amerika di perkarangan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika berhubung tindakan tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, Selasa lalu.

Memorandum tersebut diserahkan sendiri oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan kepada pegawai keselamatan kedutaan dengan diiringi Ketua Penerangan DPPP, Ridhuan Md Noor dan Ketua DPP Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Kira-kira 200 orang mengiringi serahan memorandum itu terdiri daripada pemuda dan pemudi termasuk Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis).

Mereka berarak dari Masjid Tabung Haji selepas menunaikan solat Jumaat menuju ke kedutaan AS  dengan dikawal kira-kira 50 anggota polis.

Laungan takbir, laknat Amerika, hidup Islam bergema sepanjang perarakan aman itu.

Berucap kepada peserta perarakan selepas serahan memorandum, Nasrudin berkata, antara isi kandungan memorandum itu ialah memberi amaran keras kepada Amerika agar tidak mengulangi tindakan jahat yang mencemarkan keharmonian antara agama itu.

"Kita berharap ini kali terakhir peristiwa ini berlaku dan jika tindakan mencemarkan kesucian al-Quran ini berulang, kita tidak teragak-agak melakukan demonstrasi besar-besaran," katanya disambut laungan takbir.

Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira jam 3 petang dengan bacaan doa oleh Nasrudin dalam keadaan hujan lebat.

Pada 2010, Gereja Florida telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila merancang untuk membakar al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.

Rancangan serupa, ujarnya diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulang tahun peristiwa 11 September, malah pembakaran al-Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.

Al-Quran pada waktu itu telah direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku, al-Quran dibakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam.

Kejohanan Futsal Tautan Ukhwah Pemuda PAS Dun Temangan

Posted: 24 Feb 2012 06:38 AM PST





Abdullah Ali yakin PAS dapat Terengganu balik

Posted: 24 Feb 2012 06:36 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Bekas lagenda bola sepak negara, Haji Abdullah Ali yakin, PAS dan Pakatan Rakyat boleh memenangi negeri Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang ini.

(Abdullah Ali bercakap dalam rancangan Persepsi Harakahdaily)

"Dengan saya menyertai PAS, saya boleh membantu untuk memberikan kesedaran khasnya orang baru untuk menyokong PAS," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Abdullah Ali, bekas pemain bola sepak negara yang terkenal dengan tendangan 'inswinger' dari sudut penalti di lewat 1970an dan awal 1980an dahulu.

Pasukan Malaysia yang disertai beliau pernah layak ke sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 tetapi tidak berjaya menyertai kejohanan itu kerana Malaysia menarik diri dari menyertai Olimpik Moscow ekoran serangan Rusia ke atas Afghanistan.

Baru-baru ini, Abdullah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

Hari ini Abdullah menyertai wawancara di Harakahdaily untuk rancangan "Persepsi".

Dalam rancangan itu, Abdullah melahirkan keyakinan beliau dengan barisan pimpinan baru PAS Terengganu yang ada mampu mengembalikan negeri itu ke tangan PAS selepas kehilangannya pada pilihan raya 2004.

"Insya Allah kita sama-sama doa dan kerja kuat. Saya juga telah bercakap dengan jawatankuasa PAS Terengganu, kalau ada program saya boleh bantu PAS di Terengganu.

"Insya Allah, kali ini Terengganu akan dimenangi balik oleh Pakatan Rakyat," kata Abdullah.

Ketika ditanya kenapa menyertai PAS, Abdullah berkata, suasana politik sekarang yang ada sangat tidak baik akibat dari sikap Umno sendiri.

"Misalnya skandal NFC yang diberikan pinjaman RM250 juta.

"Begitu juga yang berlaku di sebelah kampung saya, Kampung Surau Haji Mat Zin. Rakyat di sini sangat  miskin. Pemimpin Umno hanya datang semasa pilihan raya membawa lori yang berisi makanan untuk diberikan kepada rakyat.

"Ini cara yang tidak baik sepatutnya kita ikut macam Khalifah Omar Al Khattab yang datang malam-malam melihat rakyat untuk menjaga kebajikan mereka," katanya.

Nizar setuju debat dengan Zambry

Posted: 24 Feb 2012 06:33 AM PST


IPOH, 24 Feb: "Saya menyahut seruan Pemuda PAS Perak untuk berdebat dengan  Dr Zambry."

Demikian tegas Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung dengan seruan Dewan Pemuda PAS Perak yang mahukan beliau duduk di satu pentas untuk berdebat  Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurutnya, itu adalah saranan yang baik untuk mengemukakan inspirasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kepada umum khususnya rakyat Perak.

"Saya sedia debat pada bila-bila masa sahaja dan saya harap dapat direalisasikan sebelum PRU13," kata Nizar ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, ini bukan kali pertama kesediannya untuk berdebat malah sudah menyatakan kesudiaannya untuk berdebat dengan Dr Zambry kira-kira dua tahun lalu.

"Saya berharap perdebatan ini diadakan di tempat terbuka supaya rakyat dapat menghadirinya seterusnya menilai aspirasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Rasanya lebih baik disiarkan secara langsung di TV," ujarnya.

Tambahnya, selepas 'rampasan kuasa' oleh BN 7 Februari 2009, pelbagai kemusykilan yang belum dapat dirungkai serta rakyat masih mahukan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.

"Saya berharap Dr Zambry dapat menyahut pelawaan debat demi negeri Perak tercinta ini," tegas beliau.

Semalam, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh menyatakan hasrat untuk merealisasikan perdebatan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Cadangan ini timbul selepas kejayaan menemukan dua pemimpin utama cina iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Pulau Pinang baru-baru ini.

Jawatan PM: Najib hipokrit untuk takutkan Melayu

Posted: 23 Feb 2012 03:01 PM PST


KUALA LUMPUR, 23 Feb: Rakyat negara ini, terutama orang Melayu, tidak perlu risau mengenai kedudukan perdana menteri kerana walau apa pun yang terjadi jawatan perdana menteri tetap akan disandang oleh orang Melayu di tanah air kita.

Walaupun dalam Perlembagaan Malaysia tidak dinyatakan jawatan perdana menteri mestilah disandang oleh orang Melayu, tetapi perlaksanaan dalam negara tetap menjanjikan Perdana Menteri Malaysia tidak akan beralih kepada bangsa lain.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan para pemimpin Umno yang mengatakan jawatan perdana menteri akan disandang oleh bangsa lain sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang, ternyata tidak berasas.

Menurutnya, dakwaan tersebut sebaliknya ternyata hanya memperlihatkan sikap hipokrit para pemimpin Umno BN untuk menakutkan rakyat terutama di kalangan orang Melayu.

Katanya, dakwaan mereka itu sebenarnya merupakan politik hipokrit untuk menakutkan satu-satu kaum bagi kepentingan politik mereka, tetapi ia tetap tidak akan merugikan Pakatan Rakyat, sebaliknya akan memberikan kesan buruk kepada Umno dan BN sendiri.

"Malah rakyat negara ini sendiri pun sudah tahu, bagaimana jawatan perdana menteri akan dipegang oleh bangsa lain khususnya kaum Cina sekiranya Pakatan Rakyat menang, sedangkan DAP sendiri tidak berminat untuk menjadi perdana menteri.

"Perkara itu telah ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP sendiri yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis Pakatan Rakyat sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.

Perdana Menteri dalam kenyataannya seperti yang disiarkan media tempatan baru-baru meminta orang-orang Melayu agar tidak menyokong PAS kerana jika diberikan undi kepada PAS bermakna akan memberikan kuasa kepada DAP, sehingga boleh menyebabkan jawatan perdana menteri akan beralih kepada kaum lain khususnya Cina.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek meminta kaum Cina agar tidak mengundi DAP pada PRU Ke-13 akan datang kerana jika mengundi DAP bermakna akan memberikan kuasa kepada PAS yang akan mendominam Pakatan Rakyat.

Perkara itu dibangkitkan oleh Soi Lek menerusi program debatnya bersama Lim Guan Eng yang berlangsung selama dua jam dan turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Awani baru-baru ini.

Dakwaan tersebut semakin diapi-apikan lagi oleh mereka dengan bermodalkan kata-kata Guan Eng dalam debatnya itu yang mengatakan bangsa lain juga boleh menjadi perdana menteri di negara ini.

Menurut Mahfuz, pada hal kata-kata Lim Guan Eng itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia memang dirujuk kepada Perlembagaan Malaysia sendiri.

"Dalam Perlembagaan Malaysia memang tidak dinyatakan jawatan perdana menteri mesti disandang oleh orang Melayu. Perkara itu pun pernah disebut oleh pemimpin Umno sendiri khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri dulu.

"Kenyataan Tun Dr Mahathir itu telah disiarkan menerusi media yang dikuasai Umno sendiri pada 23 September 2010, tetapi ia tak pun disanggah oleh pemimpin-pemimpin Umno lain dan tak pun dijadikan isu," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Bagaimanapun, apabila perkara itu disebut oleh Lim Guan Eng, katanya, ia telah dijadikan modal penting oleh Umno untuk menakutkan orang Melayu, walaupun mereka sendiri sudah tahu realiti sebenar mengenai perkara itu.

"Itulah sikap para pemimpin Umno. Mereka ternyata begitu hipokrit sehingga sanggup bertindak untuk menakutkan rakyat dan mengenepikan fakta yang sebenar.

"Ia ternyata berbeza dengan sikap para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang sememangnya sentiasa berkata benar berdasarkan fakta untuk memberikan maklumat yang benar kepada rakyat.

"Selebihnya, terpulanglah kepada rakyat sendiri untuk menilainya. Tetapi fakta tetap fakta. Berdasarkan fakta juga, walau apa pun terjadi, perdana menteri tetap orang Melayu," katanya.

Ketetapan tersebut, tegasnya, bukan hanya telah pun disepakati oleh para pemimpin Umno dan parti-parti komponen dalam BN, tetapi juga turut disepakati oleh para pemimpin PAS dan para pemimpin parti-parti yang terdapat dalam Pakatan Rakyat.

"Rakyat tidak perlu takut mengenai perkara itu dan tidak sepatutnya terpengaruh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN itu.

"Sebaliknya, kita minta Umno dan BN hentikanlah politik hipokrit seperti itu kerana politik hipokrit perkauman sudah tiada tempat lagi dalam politik Malaysia sekarang," ujar beliau.

Sekitar Majlis Perasmian Bilik Gerakan Pemuda PAS Dun Pulai Chondong

Posted: 23 Feb 2012 03:00 PM PST










Penyenaraian Felda dan cadangan balas Pemuda PAS

Posted: 23 Feb 2012 02:43 PM PST

1.    Usaha mencari rezeki dan memakmurkan tanah sebagai sumber pendapatan yang halal adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam dan dikira sebagai salah satu daripada cabang ibadah. Di dalam lipatan sejarah Islam, banyak riwayat yang mencatitkan penglibatan nabi-nabi terdahulu di dalam aktiviti-aktiviti pertanian dan penternakan di samping melaksanakan tugasan utama mereka iaitu menyampaikan risalah dakwah kepada manusia agar mentauhidkan diri kepada Allah s.w.t.

2.    Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. dikenali sebagai penggembala kambing yang paling dipercayai ketika di usia remaja, Nabi turut menggalakkan aktiviti pertanian dijalankan oleh para sahabat sebagai sumber pendapatan utama. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah, Baginda telah menganjurkan agar usaha pertanian dipertingkatkan di bumi Madinah yang pada ketika itu sememangnya sebuah lembah wadi yang subur. Malah kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah di dalam usaha-usaha pertanian.

"Dari Jabir r.a. berkata: Kami biasa menyewa tanah dengan mendapatkan sebagai dari hasil (mukhabarah), kemudian kami mendapat hasil tanah itu begini dan begini. Maka sabda Rasulullah s.a.w:"Barangsiapa memiliki tanah, maka tanamilah sendiri atau suruhlah saudaranya untuk menanaminya, kalau tidak, tinggalkanlah." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

3.    Dalam konteks di Malaysia, inisiatif yang diambil oleh Almarhum Tun Abdul Razak dalam memperkenalkan skim tanah rancangan FELDA yang bertujuan memberi pemilikan tanah kepada rakyat sebagai sumber aktiviti ekonomi yang mampan amatlah dihargai. Dasar yang penuh berwawasan ini adalah amat signifikan dalam menjayakan agenda peningkatan tahap sosia-ekonomi rakyat di luar bandar, khususnya kepada golongan belia dan yang kurang berkemampuan.

4.    Namun, tujuan asal penubuhan FELDA ini sedikit sebanyak mula terhakis dek peredaran zaman dan campurtangan politik yang menjejaskan hak dan masa depan peneroka dan generasi seterusnya.

Polemik Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH)


5.    Pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (Pemuda PAS) menyambut baik perintah injunksi interim oleh Mahkamah Tinggi Kuantan dan notis pembatalan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari 2012, serta mengucapkan sekalung tahniah kepada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang gigih menyedarkan rakyat dan peneroka akan kesan buruk natijah cadangan penyenaraian ini.

6.    Pemuda PAS berpendapat cadangan penyenaraian FGVH ini perlu ditolak atas empat premis berikut:

i.        Hak tanah - Penyerahan hak tanah peneroka kepada FGVH adalah bertentangan dengan tujuan asal penubuhan FELDA dan merugikan peneroka dalam jangka masa panjang;

ii.        Peneroka membuat keputusan tanpa nasihat kewangan – Tatkala penganalisis dan pengurus dana pelaburan masih menunggu butiran cadangan penyenaraian, adalah tidak munasabah untuk perwakilan KPF untuk membuat keputusan menyokong atau membantah cadangan ini, tanpa nasihat kewangan yang menyeluruh berkenaan impak untung-rugi, seterusnya memberi mandat kepada Lembaga Pengarah untuk merunding dan memutuskan terma penyenaraian. Setiap ahli dan perwakilan KPF berhak mendapat nasihat dan butiran terperinci sebelum membuat keputusan pelaburan yang bernilai berbilion ringgit ini;

iii.        Imbuhan 'durian runtuh' – Laba keuntungan jangka pendek kepada peneroka yang masih belum pasti nilainya, malah tidak setimpal dengan risiko yang diambil oleh peneroka yang menggadaikan pemilikan tanah masing-masing;

iv.        Tiada keperluan ekonomi untuk penyenaraian – Lazimnya, sesebuah entiti perniagaan akan disenaraikan sebagai langkah menambah modal untuk menampung keperluan perniagaan yang lebih besar. Dalam keadaan Felda Holdings dan KPF yang mencatatkan keuntungan hasil daripada perniagaan perladangan, adalah tidak ekonomikal untuk mereka dipaksa menampung risiko dan kerugian yang ditanggung oleh FGVH.

7.    Pemuda PAS mengulangi komitmen untuk berganding-bahu dengan semua pihak khususnya ANAK serta rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan NGO-NGO untuk menggerakkan program penerangan dan kesedaran melalui penganjuran aktiviti santai bersama generasi belia FELDA yang telah dan akan kami laksanakan di peringkat Pemuda PAS Kawasan, antaranya siri jelajah Jom Ubah dan program 'Orang Muda Geng Kita'.

8.    Di samping program-program turun padang, Pemuda PAS berpendapat sudah tiba masanya pihak-pihak yang prihatin ini duduk semeja untuk mencari formula terbaik bagi membantah cadangan penyenaraian FGVH dengan mengemukakan cadangan balas (counter-offer) untuk dikemukakan kepada golongan peneroka sebagai pilihan untuk menolak cadangan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.

9.    Pemuda PAS dengan berbesar hati tampil dengan enam gagasan berikut sebagai kerangka awal perbincangan 'Cadangan Balas Pakatan Rakyat Terhadap Cadangan Penyenaraian FGVH':

i.        Penstrukturan korporat - Kekalkan status 51% sedia ada (status-quo) KPF yang menjamin hak peneroka sebagai pemilik mutlak terhadap tanah, operasi, dan keuntungan FELDA;

ii.        Penstrukturan model perniagaan – Melupuskan perniagaan-perniagaan bukan teras (divestment of non-core business) yang mengalami kerugian atau menyumbangkan keuntungan yang kecil berbanding kos pengurusan yang tinggi. Ini sebagaimana yang telah diambil oleh Sime Darby dan Khazanah Nasional sebagai langkah mengoptimakan agihan modal (capital allocation) dan memaksimakan keuntungan (profit maximization) kepada pemegang saham. FELDA boleh mengambil model strategi perniagaan "more upstream, profitable downstream" (peningkatan hasil di huluan, peningkatan keuntungan di hiliran) dan langkah ini diunjurkan mampu meningkatkan 15% keuntungan dalam tempoh tiga tahun;

iii.        Partisipasi peneroka dalam aktiviti ekonomi FELDA – Keutamaan diberi kepada pihak koperasi dan anak peneroka dalam aspek peluang pekerjaan dan pemberian kontrak seperti perbekalan baja, kerja tanaman semula, perbekalan pekerja, penyelenggaraan ladang peneroka, projek landskap, penyelenggaraan aset, penternakan haiwan, tanaman kontan dan seumpamanya. Selain mampu menjana pendapatan sampingan kepada peneroka, diunjurkan hampir 300 peluang pekerjaan mampu dihasilkan di setiap 300 gugusan rancangan FELDA yang membawa kepada angka 90,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia seluruhnya;

iv.        Sistem pewarisan – Menggantikan sistem penama pewaris yang digunapakai sekarang kepada sistem pewarisan Islam seperti wasiat, faraidh, dan waqaf. Agensi Amanah Raya boleh dilantik untuk memberi khidmat nasihat kepada pihak FELDA dan peneroka bagi memastikan 100% pemilikan tanah peneroka tidak terlepas tangan kepada pihak tidak bertanggungjawab;

v.        Etika urus tadbir dan professionalisma – Amalan tender terbuka dan penglibatan wakil peneroka di dalam jawatankuasa tender, sistem gred perahan minyak (OER) yang telus, pembudayaan etika urus tadbir dan amanah yang tinggi di peringkat pembuat keputusan dan pengurusan, memperkenalkan skim penjawatan dan gaji yang lebih kompetitif, serta mengurangkan campurtangan politik di dalam pengurusan FELDA. Keuntungan FELDA sedia ada diunjurkan mampu meningkat 25% dalam tempoh 5 tahun jika diurus tadbir dengan penuh amanah (governance);

vi.        Amalan operasi lestari (sustainability) – Mengemaskini manual kerja di ladang kelapa sawit mengikut piawaian antarabangsa RSPO dan amalan terbaik yang digunapakai oleh pemain industri perladangan yang lain seperti Sime Darby, IOI dan KLK.

10.  Sekali lagi kami Pemuda PAS tegaskan, jangan dikhianati tujuan asal penubuhan FELDA dan bersamalah kita membela hak peneroka FELDA.

------------------------------------------
1) Nasrudin Hassan adalah Ketua Pemuda PAS Malaysia. Beliau sendiri merupakan seorang anak peneroka yang membesar di rancangan FELDA Keratong, Pahang.

2) Mohd Syahir Sulaiman adalah Pengarah Institut Polisi Studi DPPM.

Bai'ah: Pemuda PAS sedia fahamkan Dr Mahathir

Posted: 23 Feb 2012 02:42 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia sedia menawarkan pengajian khas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjelaskan ketidakfahaman bekas perdana menteri itu berhubung isu bai'ah.

Naib ketuanya Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, kenyataan Dr Mahathir mengenai isu ba'iah seperti yang dilapor media hari ini hanya menampakkan kejahilan beliau di dalam agama.

"Pemuda PAS sedia menawarkan kepada Tun Dr Mahathir sesi pengajian untuk memberikan kefahaman mengenai isu bai'ah ini.

"Bai'ah adalah satu perjanjian di antara dua pihak yang menuntut kepada kesetiaan. Bai'ah yang dilakukan di dalam PAS bukan seperti mana ikrar atau sumpah yang diucapkan oleh ahli Umno dalam memberi kesetiaan dan ketaatan kepada pemimpinnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang menyebut, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sepatutnya meminta ahli PAS berbai'ah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas hal sama menjelaskan, bai'ah dalam PAS mempunyai nas dan sandaran yang kukuh dalam sejarah dan keilmuan Islam.

Bahkan, kata beliau dalam Al Quran dan Hadis secara jelas membicarakan soal bai'ah samada sewaktu perjanjian Aqabah, Hudaibiyah, dan lainnya, semuanya membuktikan ba'iah ada asas kukuh.

Jelas beliau lagi, PAS menggunakan kaedah bai'ah kepada calon yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya dengan taburan duit.

"Mereka yang telah memenangi kerusi samada Dun atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat.

"Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak," soalnya.

Atas dasar itulah, kata Tuan Ibrahim, PAS membuat bai'ah kepada semua calon, di mana mereka yang menang atas tiket parti adalah dilarang lompat parti, keluar parti bahkan, sekiranya dipecat dari parti, mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi.

Air: NGO Umno ghairah burukkan Kelantan

Posted: 23 Feb 2012 02:41 PM PST


KOTA BHARU, 23 Feb: Mungkin kerana terlalu ghairah mahu memburukkan kerajaan negeri, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) mendesak diserahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Sedangkan bidang kuasa SPAN hanya mengeluarkan lesen kepada pengendali perkhidmatan bekalan air. Lesen yang dikeluarkan mencakupi kategori Lesen Kemudahan dan Lesen Perkhidmatan.

MTRK ada kaitan dengan Datuk Ibrahim Ali, sekarang diketuai adiknya, Azmi Ali dilaporkan mahu mengadakan perhimpunan Sabtu ini bagi mendesak kerajaan negeri menyerah pengurusan air kepada SPAN.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (gambar) berkata, pihak terbabit jangan terlalu ghairah sehingga mengeluarkan kenyataan seolah-olah tidak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku.

Katanya, Akta SPAN mula dikuatkuasakan pada Februari 2007, manakala Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (IPA) 2006 berkuatkuasa 1 Januari 2008.

"Sebelum penstrukturan baru, perkhidmatan bekalan air bagi setiap negeri diurus selia kerajaan negeri dan operator air yang dilantik.

"Melalui konsep penstrukturan semula, kerajaan negeri mempunyai autoriti sepenuhnya ke atas sumber air mentah, manakala kerajaan Persekutuan melalui SPAN dan operator air mempunyai autoriti ke atas pengoperasian sistem bekalan air negeri.

"Ia bertujuan mencapai penyeragaman standard dan polisi perkhidmatan air bagi semua operator air di Malaysia," katanya di sini.

Azmi dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu akan melancarkan kempen sejuta tandatangan untuk diserah kepada kerajaan negeri melalui satu perhimpunan yang akan diadakan di hadapan Kota Darulnaim.

Md Anizam berkata, kerajaan negeri telah membuat keputusan bersetuju melakukan migrasi dengan memajak aset kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Katanya, sekarang di peringkat akhir menyiapkan dokumen-dokumen perjanjian sebelum tandatangani dalam tempoh terdekat ini.

PAAB ditubuhkan pada Mei 2006 dengan objektif utama sebagai pemegang lesen kemudahan sistem bekalan air dan pembentungan di Semenanjung Malaysia dan Labuan.

Selain itu mengambil alih pinjaman bekalan air kerajaan Persekutuan daripada negeri-negeri.

PAAB juga menyediakan kemudahan bekalan air kepada pemegang lesen perkhidmatan dengan bertindak sebagai pembiaya untuk projek-projek pembangunan prasarana bekalan air.

Md Anizam berkata, tidak berbangkit mahu menyerah pengurusan air kepada SPAN kerana badan itu entiti yang berlainan.

Katanya juga kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berusaha meningkat prasarana bekalan air selepas mendapat pinjaman mudah lebih RM500 juta bermula 2003.

"Sedangkan sebelum itu Kelantan dinafikan sebarang peruntukan dan pinjaman. Cuba bayangkan dalam tempoh 13 tahun disisihkan. Dan sudah tentu mengambil masa untuk dipulihkan semula.

"Pinjaman diberi pula bukan sekaligus. Lagi pun masalah air bukan hanya berlaku di Kelantan. Masalah itu berlaku di mana-mana sahaja memandangkan jumlah penduduk semakin bertambah," ujarnya.

Bagaimanapun katanya masalah tekanan rendah yang berlaku di beberapa tempat sebelum ini sudah diselesai dan banyak projek perumahan baru dilaksanakan.

Antara kawasan pertumbuhan baru iaitu Lembah Sireh, Bandar Baru Tunjung, dan Kubang Kerian tidak berbangkit masalah bekalan air.

Mansuh ISA: Juham fail rayuan masa terdekat

Posted: 23 Feb 2012 02:40 PM PST


KUALA LUMPUR, 23 Feb: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) berpendirian hukuman penjara 1 hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam yang dikenakan ke atas orang empat belas daripada 11 individu yang ditahan kerana dikatakan terlibat dalam perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri di sekitar Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 lalu menunjukkan janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA hanya retorik semata-mata.


"Jika benar semua pihak menurut dan akur dengan iltizam Perdana Menteri, sudah tentu pertuduhan itu sudah ditarik balik lebih awal lagi," kata Ketua Unit Tindakan Undang-undang Jenayah Juham, Azizzul Shariman.

Katanya, Juham melihat hukuman itu jelas membuktikan Barisan Nasional telah membuat suatu penipuan besar kepada seluruh rakyat Malaysia tatkala Perdana Menteri pada malam hari Malaysia tahun lalu mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta kononnya akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Beliau yang mengetuai 10 orang barisan peguam Juham yang mewakili 11 orang daripada keseluruhan yang ditangkap berhujah di mahkamah semalam bahawa mahkamah seharusnya mengambil kira keputusan kerajaan yang berhasrat memansuhkan ISA dan meminda Akta Polis sebelum menjatuhkan hukuman terhadap semua yang ditangkap.

Jelasnya, walaupun mahkamah memutuskan kesemua yang ditangkap bersalah, Juham yakin keterangan menunjukkan sebaliknya iaitu apa yang berlaku adalah satu luahan rasa rakyat terhadap kezaliman ISA yang juga dijamin di dalam perlembagaan.

"Juham bertegas bahawa janji Kerajaan Barisan Nasional untuk memansuhkan ISA hanyalah sekadar gula-gula kepada rakyat untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum yang ke-13," tegasnya kepada Harakahdaily.

Malah, katanya tindakan Kerajaan Barisan Nasional mendakwa kesemua yang ditangkap dari awal lagi merupakan suatu langkah ke belakang tatkala majoriti daripada rakyat Malaysia mahukan ISA dimansuhkan sepenuhnya.

"Adakah ini pelan transformasi yang diumumkan Perdana Menteri?" soalnya.

Maka, ujar beliau benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno Barisan Nasional ingin memartabatkan Malaysia sebagai  sebuah Negara yang paling demokrasi di dunia.

Namun pada hakikatnya, tambah beliau Umno Barisan Nasional masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu akta kuku besi ISA bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada Umno Barisan Nasional.

"Walaupun kita akur dengan keputusan itu, Juham akan meneruskan perjuangan membebaskan kesemua yang ditangkap di peringkat rayuan dan yakin bahawa rayuan ini mempunyai merit yang sangat kuat di mana Juham akan memfailkan rayuan dalam masa terdekat bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tersebut ke Mahkamah Tinggi.


"Malah, kes ini juga jelas suatu pendakwaan bermotifkan politik di mana fakta kes juga amat longgar untuk mensabitkan kesemua yang ditangkap terlibat di dalam perhimpunan haram," jelasnya lagi.

Sabah sebenarnya paling miskin - Husam

Posted: 23 Feb 2012 02:40 PM PST


KOTA BHARU, 23 Feb: Pakatan Rakyat akan menumpu strategi bagaimana untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini dan bukannya untuk mendedahkan negeri mana yang paling miskin.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata pendedahan terhadap negeri mana yang paling miskin membuktikan kegagalan sebagai pemerintah.

Beliau berkata demikikan kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tuan Razak yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin di negara ini sewaktu berucap di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

"Dalam PAS, di mana saya selaku Pengerusi Menifesto Pilihanraya,  tugas kami bukan untuk mendedahkan negeri mana paling miskin sebaliknya bagaimana mengurangkan kemiskinan,"ujarnya.

Beliau juga turut menolak kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin memandangkan isu itu sudah lama dijelaskan.

"Saya sebenarnya  sudah jemu untuk memberi fakta berhubung perkara ini.

"Waktu mesyuarat di Jabatan Perdana sendiripun fakta-fakta yang jelas telah dikeluarkan berhubung kedudukan tahap negeri di negara ini.

Menurut Husam kenyataan Perdana Menteri berupa satu penghinaan terhadap negeri dan rakyat Kelantan disamping bertujuan politik.

Tambahnya, pada masa yang sama untuk menyedapkan rakyat Sabah kononnya negeri itu kaya walhal mereka negeri paling miskin di negara ini.

"Selain Sabah, turut disenaraikan paling miskin Sarawak, Terengganu. Malah Kelantan menduduki tempat keenam dari atas,"ujarnya.

Ekoran kenyataan Perdana Menteri, Husam turut menempelak Najib yang telah menjadi  wakilrakyat hampir 30 tahun tetapi gagal membawa agenda pembaharuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

"Saya rasa ada sesuatu yan tidak kena dengan pendekatan itu.

"Malah baru ni pun Perdana Menteri  sendiri menyampaikan bantuan zakat dalam Parlimen Pekan, selepas jadi Adun, Ahli Parlimen, timbalan menteri, Menteri Besar, menteri  dan kini Perdana Pernteri,  tetapi masih menyampaikan zakat dalam parlimen sendiri,"ujarnya.

Tambahnya, ini menunjukkan Najib gagal mengatasi masaalah kemiskinan di tempat sendiri apa lagi Malaysia.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 24 Feb 2012 09:30 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Munajat Perdana Jelajah N.Sembilan Feb ke Mei 2012

Posted: 24 Feb 2012 12:36 AM PST



MAJLIS MUNAJAT PERDANA
Masa : 11 mlm hingga 7 pagi

Tarikh : 24 Feb 2012, Jumaat
Tempat : Serting

Tarikh : 3 Mac 2012, Sabtu
Tempat : Lenggeng

Tarikh : 9 Mac 2012, Jumaat
Tempat : Paroi

Tarikh : 16 Mac 2012, Jumaat
Tempat : Senaling

Tarikh : 23 Mac 2012, Jumaat
Tempat : Gemencheh

Tarikh : 30 Mac 2012, Jumaat
Tempat : Kuala Klawang

Tarikh : 6 Apr 2012, Jumaat
Tempat : Labu

Tarikh : 13 Apr 2012, Jumaat
Tempat : Johol

Tarikh : 20 Apr 2012, Jumaat
Tempat : Chembong

Tarikh : 27 Apr 2012, Jumaat
Tempat : Bagan Pinang

Tarikh : 4 Mei 2012, Jumaat
Tempat : Kota

Tarikh : 12 Mei 2012, Jumaat
Tempat : Sungai Lui

Anjuran Dewan Ulama' PAS Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Ustaz Abd Hadi 019-6627374
Ustaz Nazri 019-6644320

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 24 Feb 2012 07:11 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


LIQA' FIKRI : TAHALLUF SIASAH " DAP ATAU UMNO ? "

Posted: 24 Feb 2012 06:59 AM PST

AL - AQSA : YAHUDI SEMAKIN MELAMPAU

Posted: 24 Feb 2012 05:15 AM PST

APA LAGI UMAT ISLAM NANTIKAN ? AYUH BERSATU..!!

Posted: 23 Feb 2012 07:36 PM PST

TAZKIRAH JUMAAT : SYUKURI NIKMAT ALLAH SWT

Posted: 23 Feb 2012 07:27 PM PST

BETUL KE MINTAK MAAF ?? CUKUP SEKADAR TU KE..

Posted: 23 Feb 2012 05:04 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan