Khamis, 15 Disember 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


RAKYAT MARHAEN

Posted: 15 Dec 2011 09:24 PM PST

RAKYAT MARHAEN


Will Najib Apologise And Rein In Utusan Malaysia?

Posted: 15 Dec 2011 08:42 PM PST


Today there is a complete blackout in Utusan Malaysia of yesterday's Penang High Court judgment against the UMNO-owned newspaper for defamation against Penang Chief Minister and DAP Secretary-General Lim Guan Eng for its article "Kebiadaban Lim Guan Eng" published on 20th December 2010 and the order by the judge Justice George Varughese that Utusan pay general and aggravated damages of RM200,000 plus costs of RM25,000.
Who would have doubted that it would be front-page headline story in Utusan Malaysia today if Utusan had won the defamation suit against Guan Eng?
Although the Utusan Malaysia's irresponsible blackout of the Varughese judgment because it was not in its favour is not unexpected, it serves to confirm how irresponsible and trashy a newpaper Utusan Malaysia has become in the past three years.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM berdiam terhadap status siasat Taib Mahmud

Posted: 15 Dec 2011 08:35 PM PST

Pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas berhubung status siasatan terhadap dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ironinya, pegawai itu - ketua bahagian siasatan MACC Azmi Mohd - melakukannya dalam forum anjuran badan pemerhati rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) untuk membincangkan amalan rasuah dalam pengurusan hutan dan pembangunan mapan semalam.Read More / Baca Lagi >>

Anwar: ETP will make M'sians poorer in 2020

Posted: 15 Dec 2011 08:32 PM PST

Opposition Leader Anwar Ibrahim today warned that Malaysians will become poorer in 2020, with an additional 1.7 million people earning below RM1,500, under the current Economic Transformation Programmes (ETP).
In addition, he claimed the brainchild of Prime Minister Najib Abdul Razak will widen the income gap in society based on the projection of ETP.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar musnah ETP Najib, 8.3 juta rakyat miskin pada 2020

Posted: 15 Dec 2011 08:31 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim 'memusnahkan' Program Transformasi Ekonomi (ETP) Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi dengan memberikan amaran, lebih daripada 8.3 juta rakyat Malaysia akan tergolong sebagai miskin menjelang 2020 jika ETP berterusan.
(Anwar menunjukkan 3 dari empat orang miskin di Malaysia adalah Melayu dan Bumiputra)

Anwar menyatakan bahawa tanggapan ETP bahawa pendapatan rakyat Malaysia akan berkembang pada 3.6 peratus dan inflasi akan berada pada tahap 2.8 peratus setahun untuk satu dekad akan datang (2010-2020) adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana berdasarkan statistik satu dekad yang lepas (2001-2010), pendapatan rakyat Malaysia hanyalah sekadar 2.6 peratus berdasarkan data Kementerian Sumber Manusia dan inflasi adalah jauh lebih tinggi, 4.4 peratus pada 2001-2005 dan 6.6 peratus pada 2005-2009.
Read More / Baca Lagi >>

Amaran Anwar: M'sia bertambah miskin 2020

Posted: 15 Dec 2011 08:30 PM PST

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).

Dakwanya, idea yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga akan melebarkan jurang pendapatan masyarakat berdasarkan unjuran ETP.

Penasihat ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucap utamanya dalam majlis makan malam anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Liwat II : Di sebalik tarikh 9 Jan.2012

Posted: 15 Dec 2011 08:28 PM PST

Game changer?: Selebriti dan parti politik (Bhg 2/3)

Posted: 15 Dec 2011 08:19 PM PST

2. Selebriti dan kempen politik

Sasterawan A Samid Said kini menjadi seniman paling lantang berkempen untuk pakatan pembangkang, menggesa segera dilakukan "regime change," iaitu menukar pemerintah Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Samad Said merupakan seniman yang agak lewat menyatakan pendirian politik secara jelas, tidak seperti seniman lain contohnya Sasterawan Negara Prof Emiritus Datuk Shahnon Ahmad, yang memanaskan politik negara dengan novel kritik pentadbiran Mahathir, Shit.

Penglibatan sasterawan besar seperti Shahnon dan Samad Said menjadi berita panas pada masa penglibatan aktif mereka, kerana kedudukan mereka dan juga mesej yang mereka sampaikan.Read More / Baca Lagi >>

DNBN Kuburkan BN : Rakyat Bangkit

Posted: 15 Dec 2011 08:17 PM PST

DNBN Kuburkan BN : Pemimpin terkini memperbodohkan rakyat & utamakan rasuah

Posted: 15 Dec 2011 08:17 PM PST

DNBN Kuburkan BN : 22 tahun pemerintahan penyelewengan, rasuah & kezaliman

Posted: 15 Dec 2011 08:16 PM PST

DNBN Kuburkan BN : DEB - Membasmikan kemiskinan rakyat atau kayakan pemi...

Posted: 15 Dec 2011 08:15 PM PST

DNBN Kuburkan BN : Merdeka - UMNO bersama rakyat atau British?

Posted: 15 Dec 2011 08:14 PM PST

DNBN Kuburkan BN : Pembukaan

Posted: 15 Dec 2011 08:13 PM PST

Taking the DNBN Kuburkan BN initiative to the Malay heartlands

Posted: 15 Dec 2011 08:13 PM PST

Over the last one month, in a stealth exercise, more than 200,000 copies of a DNBN KUBURKAN BN DI PRU13 documentary have been distributed to our Pakcik2, Makcik2 and Adik2 in the kampungs throughout Malaya.
For some time now, we have realised that even as many of us are able to get at the truth as to what is happening in our country, our brothers and sisters in the Malay heartlands, on a daily basis, are fed doses and doses of lies, fear mongering, divisive reports and hate rhetoric by the main stream media.
Read More / Baca Lagi >>

ABU not owned by anyone, says Chegubard

Posted: 15 Dec 2011 08:11 PM PST

The Asalkan Bukan Umno (Anyone But Umno) movement is not owned by anyone, says one of its core members Badrul Hisham Shaharin.
Badrul, or better known as Chegubard, said ABU has been around for a long time, but now it has been given a new 'color' with the main objective of uniting the rakyat to fight against Umno which he claims has been dividing the people all this while.
"So today we unite simultaneously throughout the nation starting from 9 December 2011," said Chegubard during a press conference at the Rapat Rakyat: Asalkan Bukan Umno ceramah today.
Read More / Baca Lagi >>

SBPA: Jangan sain lagi kata Cuepacs

Posted: 15 Dec 2011 08:05 PM PST


Penin... penin... penin kepala kakitangan awam kerajaan. Ada pihak suruh sain tapi ada pulak pihak yang kata jangan sain dulu.

Jangan sain kerana ada yang kurang jelas... kurang paham... ada elemen tak dipersetujui yang aniaya kakitangan awam kerajaan. Demi keadilan, beri mereka lebih masa... Biar Cuepacs settlekan dulu... Dah puas hati, baru sain. Usiyy... Keliru demer weh!!

Tak sain kalau, melepas nak dapat gaji lebih. Macam mana sekarang?? Sain atau tak sain... ??

SBPA: Cuepacs bantah, arah staf kerajaan tidak tandatangan borang opsyen

SBPA Memang Tak Adil

Posted: 15 Dec 2011 08:00 PM PST

Syabas CUEPACS kerana telah menolak pelaksanaan SBPA kerana ia memang tidak adil kepada kakitangan bawahan. Pada tahap ini apa yang ditawarkan kepada kakitangan bawahan adalah semakan gaji sahaja sebab itulah kenaikannya terlalu sedikit (antara RM80.00 hingga RM280.00 aje.

Kononnya pelarasan gaji kakitangan bawahan akan dibuat pada tahun 2014, pelarasan elaun pula akan dibuat pada tahun 2013. Tetapi yang peliknya melalui SBPA ini Kumpulan Premier yang baru diwujudkan dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi sudahpun menikmati kenaikan 100% elaun dan gaji mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Janji Politik PM : Hanya Kakitangan Yang Memilih SKIM SBPA Dapat Kenaikan Gaji

Posted: 15 Dec 2011 07:57 PM PST

Oleh Kamaruzaman Mohamad

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bersetuju dengan saranan Cuepacs yang mendesak kakitangan awam agar tidak menandatangani borang opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diedarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Cubaan penguatkuasaan SBPA kepada 1.2 juta kakitangan awam tanpa memberikan maklumat yang mencukupi adalah satu penganiayaan.

DPPWP dimaklumkan, hanya kakitangan yang menandatangani SBPA sahaja yang akan menerima kenaikan gaji sebanyak 7-13 peratus seperti yang di umumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan bajet yang lalu. Manakala kakitangan yang mahu mengunakan skim perkhidmatan berdasarkan SSM dan SSB akan kekal menerima tangga gaji sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Anti-Umno group targets Malay heartland with viral video

Posted: 15 Dec 2011 07:56 PM PST

A screenshot of the videos taken from Haris Ibrahim's People's Parliament website. (http://harismibrahim.wordpress.com)
KUALA LUMPUR, Dec 15 – Frustrated by rural Malays' poor access to alternative sources of news, an anti-Umno coalition has launched an online video it hopes will break Barisan Nasional's (BN) media monopoly in key heartland areas. Jumping between archive photos and documentary footage, the 104-minute "DN Tumbangkan BN" video by Asalkan Bukan Umno (ABU) hopes to undercut Umno's claim that it has always fought for Malaysians and the good of the country.
ABU comprises the Socialist Party of Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) and the Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), among others.
The central theme of the video is former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad's alleged abuse of the New Economic Policy (NEP) to enrich cronies, which ABU claims not only resulted in persistent poverty but also worsening race relations.
Read More / Baca Lagi >>

Mazlan: Anak tiada agenda politik, Felda perlu beri maklumat betul

Posted: 15 Dec 2011 07:49 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menafikan pihaknya ada agenda politik, sebaliknya menegaskan hanya mahukan penjelasan penuh kepada para peneroka mengenai pelan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Menurut Pengerusinya Mazlan Aliman, belum terlambat lagi pengurusan Felda berbuat demikian memandangkan masanya masih jauh lagi untuk disenaraikan.
"Apa yang dilakukan Tan Sri Isa Samad yang enggan menggunakan pendekatan ilmu amat dikesali," kata beliau ketika menyokong usaha Gabungan Generasi Wawasan Felda yang bersetuju membentuk pakatan dengan Jawatankuasa Perunding Felda (JKPP) untuk mengkaji merit langkah penyenaraian agensi itu di Bursa Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Hasan Ali: ‘Pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar’

Posted: 15 Dec 2011 07:48 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Datuk Dr Hasan Ali sambil menafikan penglibatan Umno berhubung segala isu melibatkan diri beliau yang kini menjadi polemik di kalangan pemimpin utama PAS, mahu parti itu "berlapang dada dan berjiwa besar."
Sehubungan itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini menasihatkan pemimpin-pemimpin partinya berhenti membuat tohmahan sedemikian dan jangan berfikiran tertutup.
"Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda Umno tanpa memberikan bukti," katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Hasan (gambar) mengeluarkan reaksi itu ekoran kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam yang menyifatkan Hasan dan bekas timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi : Noh nafi ada kaitan video hina Hudud

Posted: 15 Dec 2011 07:47 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) menafikan dakwaan satu video klip bahawa beliau ada kaitan dengan video klip hina hukum hudud.

Menurut Noh, ia adalah satu pakatan jahat pembangkang yang cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin di negeri Selangor.

"Apa lagi isu, melainkan cara pemimpin pembangkang yang akan serang secara peribadi pemimpin-pemimpin (Barisan Nasional) terutama saya yang berada di Selangor supaya kredibiliti saya hilang (dan) rakyat Selangor tidak percaya kepada kepimpinan saya," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional anjuran Majlis Profesor Negara di Kuala Lumpur , Khamis.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Zalimi GSTT

Posted: 15 Dec 2011 07:46 PM PST

Oleh USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR berasa sedih dan kesal di atas tindakan Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menganiayai dan menzalimi seramai lebih kurang 8,000 tenaga Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dengan penukaran kontrak perkhidmatan baru mereka yang cukup membebankan.

Penukaran baru "Kontrak Khidmat kepada Kontrak untuk Berkhidmat" telah menyebabkan para GSTT terpaksa bertugas pada setiap hari termasuk hari sabtu, ahad dan cuti umum walaupun tiada sesi pembelajaran. Sebarang ketidakhadiran akan menyebabkan gaji mereka dipotong. Kontrak baru ini juga menghendaki para GSTT memulangkan semula perbezaan gaji yang telah diterima sejak bulan Oktober hingga Disember sebanyak RM 3,476 setiap seorang. Selain itu, kontrak baru menafikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) GSTT terbabit.

Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor cukup kecewa kerana pemakluman kepada para GSTT mengenai penukaran kontrak tersebut adalah pada 10 Nov lalu sedangkan tarikh penguatkuasaan kontrak bermula pada 17 Oktober. Adakah GSTT bukan daripada rakyat Malaysia yang boleh diperlakukan dan diperhambakan sedemikian rupa?
Read More / Baca Lagi >>

Kalau kita ada James Bond 007

Posted: 15 Dec 2011 07:42 PM PST

Oleh : ABDUL JALIL ALI
Kalaulah kita ada seorang seperti James Bond, pasti banyak masalah dan skanhttp://jokesprank.com/blog/wp-content/uploads/2011/02/James-Bond-Cartoon.jpgdal besar dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Upah sahaja agen 007 itu, dan kita tidak perlu membuang banyak masa, tenaga dan RM untuk menyelesaikan satu-satu kes.
Sejak dulu kita memang suka menubuhkan Jawatankuasa Khas, Jawatankuasa Penyiasat, Suruhanjaya Bebas, Suruhanjaya Diraja dan lain-lain seumpamanya. Kita juga sudah banyak menubuhkan tribunal itu dan tribunal ini.



Pantang berlaku sesuatu yang luar biasa sikit, cepat-cepat kita menubuhkan jawatankuasa untuk bertindak. Tanah runtuh, tubuh jawatankuasa khas. Kapal bocor, tubuh jawatankuasa menyiasat. Stadium rebah, jambatan runtuh, bangunan terbenam, semua kena tubuh jawatankuasa khas.
Read More / Baca Lagi >>

Polemik dalaman PAS, garis politik akhirnya dilukis

Posted: 15 Dec 2011 07:28 PM PST

Oleh Amin Iskandar
Sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan, cerita-cerita tentang perkahwinan polithttp://politikharian.com/wp-content/uploads/2011/02/pas-koyak.....jpgik diantara PAS dan Umno tidak pernah berhenti.
Di negeri Selangor, diberitakan terdapat usaha untuk mengahwinkan kedua musuh tradisi bagi membentuk kerajaan kononnya untuk memastikan hak orang-orang Melayu terbela.

Begitu juga di negeri Perak, terdapat juga usaha yang sama. Sayang seribu kali sayang.
Tahun 2008 bukanlah seperti tahun 60an atau 70an dahulu dimana retorik politik Melayu laku untuk dijual.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak seuntung ayahnya. Dahulu arwah Tun Abdul Razak mampu untuk menarik PAS menyertai Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>

Kopitiam Bang Nan

Posted: 15 Dec 2011 09:18 PM PST

Kopitiam Bang Nan


Dari Harakahdaily: Jangan kata aku memandai-mandai pulak ya!!

Posted: 15 Dec 2011 12:50 AM PST

Tahniah Tok Pa!!

Saya rasa lebih dari itu (terperangkap dalam agenda Umno) tetapi biarlah saya reserve komen seterusnya dan sekadar mengucapkan tahniah kepada Tok Pa yang saya pasti mewakili pucuk pimpinan parti.

Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Walaubagaimana pun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.

dollah yankee

Posted: 15 Dec 2011 09:05 PM PST

dollah yankee


Pengundi hantu kah mereka ini??

Posted: 15 Dec 2011 05:51 PM PST

sebuah mesjid di-dalam kampong itu.
Tangkap anak ular,adalah hobi budak-budak Cambodia


Yang ini hobi orang-orang tua Cambodia dalam kampong tu

Tahu kah kita semua yang di-dalam sebuah kampong dalam daerah Pekan,Pahang terdapat kampong orang-orang Cambodia?

Di-katakan yang telah banyak tahun dua, tiga ribu orang Cambodia ini telah tinggal di-kampong Pulau Keladi dalam daerah Pekan dan telah mengatakan yang Malaysia adalah kampong kedua mereka, dan ada ramai juga yang dah anggap mereka orang melayu Malaysia.

Kebanyakan orang-orang Cambodia ini terlibat dalam bidang pertanian.

Menurut mereka, mereka mula datang ke-sini sejak 20 tahun yang lalu kerana melarikan diri dari perang dan telah di-benarkan olih kerajaan Malaysia untuk tinggal di-situ.

Selepas group mula-mula yang datang ini di-benarkan tinggal di-sini, mereka mula memanggil adik beradik, sanak saudara dan kawan-kawan mereka dari Cambodia untuk tinggal sama dan di-katakan populasi mereka telah mencecah sepuluh ke lima belas ribu orang.

Nota: ceduk sikit dari Sin Chew Daily

dollah yankee -
ada kah mereka-mereka ini semua pengundi hantu??


Tukar Tiub

Posted: 15 Dec 2011 08:03 PM PST

Tukar Tiub


JANGAN MINTA BELAS KASEHAN - BANGUN DAN LAWAN

Posted: 15 Dec 2011 05:58 PM PST




JADIKAN MOGOK SATU BUDAYA


tunjuk perasaan dan demonstrasi
kini telah menjadi darah daging kita
demo telah menjadi manifestasi politik kita

maka telah sampai masanya
kita melangkah ke hadapan
ke satu tahap yang lebih tersusun
dimana kaum buruh dan kaum pekerja
dapat meneruskan perjaungan mereka
melalui mogok

sejarah tanah melayu ini
penuh dengan perjuangan mogok kaum buruh
sejarah negara kita ini
ialah sejarah perjuangan kaum buruh
menuntut hak

mogok adalah senjata ampuh kaum buruh!


JADI MOGOK SATU BUDAYA

















JERMAN MOGOK- AKHIRNYA MENJADI REPUBLIK












ARAB MOGOK - AKHIRNYA RUNTUH REJIM MUBARAK


NOTA:
ini mogok besar di ghazal el-mahalla mesir
mogok tahun 2006 ini menuntut pembayatan upah
yang berpaatutan - ini mogok pekerja tektil mesir
yang membawa kejatuhan mubarak

tanpa sokongan kaum buruh
tidak mungkin berlaku
dataran tahrir

tanpa sokongan kaum buruh
tiadak akan berlaku
perubahan sosial


HIMPUNAN BESAR BESARAN BANTAH AKTA PEKERJA
- harakah daily

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Satu himpunan besar-besaran akan diadakan pada 25 Februari 2012 akan datang bagi mendesak kerajaan menarik balik pindaan Akta Pekerja 1955 yang dijangka diluluskan oleh Dewan Negara hari ini.

Himpunan yang disifatkan sebesar himpunan Bersih 2.0 itu bakal menghimpunkan seluruh kesatuan pekerja dan orang ramai untuk menyatakan bantahan mereka di Kula Lumpur.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani tindakan tersebut adalah sebagai kemuncak bantahan yang telah diadakan sebelum ini yang menyaksikan pihak kerajaan tidak berbuat apa-apa.

"25 Februari tahun hadapan adalah isyarat rakyat kepada kerajaan dan kita akan melancarkan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, ia akan menjadi himpunan terbesar selepas BERSIH 2.0.

"Begini sahaja cara untuk kita melakukan desakan kepada rakyat sebelum ia direalisasikan pada kertas undi," katanya yang menyertai perhimpunan bantah Akta Kerja di hadapan Bangunan Parlimen hari ini .

Menurutnya, himpunan tersebut juga diadakan demi menyelamatkan generasi akan datang terhadap kedegilan kerajaan.

Kelulusan akta tersebut ujarnya hanya akan mewujudkan satu senario penjualan pekerja di mana semua pekerja akan berstatus kontrak yang boleh ditendang bila-bila masa oleh majikan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI BERITA BAIK.... kah kah kah...

kah kah kah...INI BERITA HANGAT.... kah kah kah..

kah kah kah.... ANAK SEMUA BANGSA WAJIB SOKONG.... kah kah kah...

kah kah kah.... ANAK MUDA SEMUA WAJIB TURUN....kah kah kah..

kah kah kah...INI MASA DEPAN NEGARA..... kah kah kah...

woit... INI GARIS POLITIK BAGUN MEMBELA NASIB SENDIRI....kah kah kah..

kah kah kah...TAK PAYAH MINTA TOLONG DARI ORANG LAIN ...kah kah kah..

woit...NAK GAJI MAHAL... LAWAN TUAN PUNYA SYARIKAT...kah kah kah kah...

woit...NAK OVERTIME... NAK CUTI SAKIT.... LAWAN MAJIKAN... LAWAN TUAN PUNYA KOMPENI...kah kah kah..

woit...TAK SUKA UNDANG UNDANG...LAWAN KERAJAAN.... kah kah kah

kah kah kah...DALAM DUNIA HARI INI...FESHEN TERBARU IALAH LAWAN KERAJAAN.... kah kah ah


NOTA:
bawa kembali mogok
sebagai politik kaum buruh



APA YANG COOL DAN APA YANG POYO

Posted: 15 Dec 2011 05:29 PM PST




INI PALING COOL



CADANGAN DARI PEMBACA

aku cadangkan firdaus zolkifli a k a mesin cetak sbg manusia paling cool tahun ini. juga fesyen rambut tercool. status2 FB dia pun cool, keh3.

Warna hitam cam t shirt abu tu "cool". Bayangkn kalo kita trun dgn serba hitam, hitam sehitam hitamnye hehehe... Cool. Mana nk dpt t shirt tuu... Cool
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/16/11

poyo, daftar jadi ahli sayap pemuda Umno, PAS, PKR. cool: jadi ABU kah kah kah. tiada siapa jadi bos politik kita. kita adalah bos kita sendiri. amacam?
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

cool dude tahun ini sudah tentu Mohamed Bouazizi. Pembakar semangat arab tu. Yang cool bawak basikal g kerja, yg masih cool tidur lambat bangun lambat..yang poyo, isap rokok skang dah poyo laa..

yang poyo gua rasa ketua amk tu, siapa namanya tu yang gendut tu, dia tu sesuai laa dengan puteri umno tu kahkahkah

fesyen yang cool pakai baju koyak lengan, peghh cool bro..style rambut gua tengok sekarang ni budak2 into Faux-hawk laa, jenis mohawk tipu punya, tak cool la bagi gua, puih! tempat paling cool kuala kubu bharu laa, rilekk er chill..buku paling cool TAPAI feveret gua ni bro, tapi gua tak cool sangat laa sebab gua pinjam kawan punya, kawan gua tu kira coolio laa..aaa lagi paling cool tahun ni jambang laa, gua tengok mat saleh pun into jambang tahun ni, nampak garang bukan jenis k-pork laa..amacam list gua ni bro? boleh pergi jauh tak?
By Cap Ayam on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11



politikus paling cool - mat sabu warna paling cool - kuning rokok paling cool - surya, marlboro baju paling cool - generation 709, bersih 2.0 seluar paling cool - levi's 501 tarikh paling cool - 9 julai kasut paling cool - boot dr martens
By suara rakyat on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

politikus paling cool - mat sabu warna paling cool - kuning seluar paling cool - levi's 501 baju paling cool - generation 709, bersih 2.0 kasut paling cool - boot dr martens rokok paling cool - surya, marlboro tarikh paling cool - 9 julai sasterawan paling cool - a samad said
By suara rakyat on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

bro yang gambarnya sedang sepak carnister masa bersih 2.0 paling cool!
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11



cool - samad said,ambiga,TT,ong kim swee,kalid ibrahim,mat sabu,mat indera,team 4x100 malaysia,lim guan eng,azrai khor n team N9 poyo - brahim ali and the perkasa kompeni,KJ,SPR,sahrizat,ko kay kim,KOAM,tv1,tv3,team takraw malaysia zaid ibrahim???
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

TT, sorry to say. dalam list aku, sejak nak ke penghujung tahun ni, aku masukkan TT sebagai antara yang poyo kerana banyak NATO.
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

aku rasa trend hitam bleh cool kot cam sample baju ABU tu. bayangkan gerakan rakyat bergerak serba hitam di tengah2 ibukota kl. hitam sehitam hitamnya, biar khairi je gerakan bangla merah dia huahahah..... podha chit patriot.... P/s kalo baju itam tu bukak for sale, bg la info mana ble dpt. aku nk 1
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

warna paling cool - kuning politikus paling cool - mat sabu rokok paling cool - surya & marlboro kasut paling cool - dr martens seluar paling cool - levi's 501 band paling cool - dum dum tak
By suara rakyat on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB



DATARAN MERDEKA PETANG ESOK


DUA TIGA EKOR MALAON DALAM PAS BIKIN KACAU

Posted: 15 Dec 2011 10:15 AM PST




LAWAN DAN LAWAN





MAHFUZ : HASAN ALI BOLEH KELUAR PAS SERTAI UMNO JIKA MAHU – minsider

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Mahfuz Omar.

"Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih," kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.

"Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu," kata beliau lagi.

Hasan (gambar), yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.





SU AGUNG PAS : HASAN , NASHARUDIN TERPERANGKAP AGENDA UMNO - minsider

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali menyifatkan Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAMPAK JELAS PAS TAK MINAT DENGAN DUA MALAON INI...... kah kah kah

NOTA:
gerombolan tahu orang melayu telah berpindah
ada masuk pkr ada masuk pas
cara terbaik untuk terus berkuasa ialah memecahkan
pakatan rakyat
kalau pakatan pecah – gerombolan selamat

cara terbaik memecahkan pakatan ialah melalui pas
cara terbaik melalui pas ialah dengan menggunakan
dua tiga ekor malaon dalam pas
malaon malaon yang diharapkan
buat onar
buat kacau
dengan harapan pas akan meninggalkan pakatan

malaon ini telah diberi janji
apa janji itu masih belum jelas
yang jelas mereka akan menjadi menteri
yang jelas bank tak akan kacau asan ali
yang jelas nasarudin akan diangap cerdik oleh gerombolan
kah kah kah


HEGEMONI SEMENANJUNG KE ATAS SABAH DAN SARAWAK

Posted: 14 Dec 2011 10:19 PM PST





PALING COOL



BERSIH DAN SARAWAK

Ada sesuatu yang tidak kena antara hubungan kita dengan Sabah dan Sarawak. Ini bukan tentang tentang ramainya politikus dan aktivis NGO yang dilarang masuk ke Sarawak. Sikap yang saya maksudkan ini agak halus dan mungkin tidak disedari oleh Orang Semenanjung.

Biar saya surahkan disini satu kesah yang berlaku di hadapan mata saya ketika mengikuti kempen pilihan raya Sarawak pada bulan April yang lalu. Saya ke Miri mengekori para aktivis Pakatan Rakyat untuk membuat laporan di Suara Keadilan dan di blog. Sesekali saya juga turut juga berceramah di rumah-rumah panjang.

Pada malam terakhir saya telah datang mengikuti Ceramah Penutupm disebuah perkampongan rumah panjang. Kampong rumah panjang ini terletak diluar kota Miri yang majoriti penduduknya berbangsa Iban Kristian. Saya sampai awal satelah hampir dua jam dengan kereta.

Apabila saya sampai ke tempat ceramah saya terfikir mungkin baginilah betuk rupa ceramah politik di Semenanjung ketika sebelum atau sesudah beberapa tahun British mengundur diri. Ketika itu belum bayak lagi jalan raya. Ketika tidak banyak kawasan kampong yang ada api leterik atau air paip.

Saya ternampak anak-anak kecil bogel bekeliaran. Ibu dan kakak mencangkong dan berdiri dalam gelap menunggu ceramah bermula. Pak Cik dan Abah Abah berdiri berlabon sesama sendiri sambil merokok dibelakang basikal mereka. Beberapa orang Abang Moto telah memberhentikan motor tidak jauh di padang ceramah.

Pentas ceramah pun tidak gah – hanya varanda rumah seorang penyokong tegar Pakatan Rakyat. Alat pembesar suara pada malam itu tidak lumayan tetapi cukup untuk 400 orang pendengar. Dua lampu kalimantan yang disambung dari rumah telah cuba menerangkan pandang rumput yang lecah.

Tetapi bukan ini ibu ceritanya. Yang menjadi cerita ialah ceramah seorang aktivis Pakatan Rakyat dari Terengganu. Mamat berumur empat puluhan ini cekap berceramah. Mungkin dia sering berceramah di masjid atau di surau. Ayat dari mulutnya tersusun baik. Hujahnya juga teratur.

Tetapi saya terperanjat dan meloncat masuk ke kawasn gelap apabila Si Mamat ini mula mengutuk Taib Mahmud. Tangannya menunjuk-nunjuk ke arah rumah panjang di hadapan kami. Dia mengutuk Taib Mahmud kerana kalau di Malaysia Rumah Panjang ini hanya untuk sementara. Lalu Si Mamat dengan bengis lagi marah menyoal Taib Mahmud – kenapa di Sarawak ini masih ada lagi warga yang duduk dirumah panjang bertahun-tahun.

Ini bukan lawak Rumah Panjang. Ini episod politik dan kesah benar. Dan sayalah Tok Perawi saheh yang membawa surah ini ke pengetahuan umum.

Apabila saya terdengar isi ucapan tentang Rumah Panjang ini saya disedarkan bahawa memang wujud, malah ramai Orang Semenanjung tidak faham tentang budaya, kehidupan dan politik Sabah dan Sarawak. Kebebalan memahami budaya Rumah Panjang di Serawak ini samalah seperti komen Haji Hadi tentang 'cawat' orang Sarawak. Apa yang jelas disini ialah wujudnya rasa angkuh – aku lebih berbudaya dari kamu – dan aku dari Semenanjung memiliki moral yang lebih tinggi dari kamu yang di Sarawak.

Hegemoni budaya dan politik yang dijalankan oleh United Malay National Organisation terhadap Sabah dan Sarawak nampak jelah telah juga mempengaruhi cara berfikir para aktivis dan pemimpin politik dari Pakatan Rakyat. Mengenai Sabah dan Sarawak saya perhatikan tidak berapa jauh bezanya budaya politik Pakatan Rakyat dengan yang diamalkan oleh United Malay National Organisation. Malah hegemoni United Malay National Organisation itu pun sana diguna pakai oleh Pakatan Rakyat.

Minggu lalu saya sekali lagi pergi ke Sarawak. Kali ini bukan untuk berkempen tetapi untuk menerangkan tentang 8 Tuntutan Bersih kepada sebanyak mungkin aktivis dan warga Sarawak. Yang menjadi tuan rumah kami NGO tempatan penyokong Bersih.

Dalam dua forum terbuka di Kuching dan Miri telah dijalankan. Forum ini walau pun tidak diiklankan tetapi telah mendapat sambutan. Ramai warga yang datang dan ingin mengambil tahu tentang konsep demokrasi dalam pilihanraya yang bersih dan adil. Malah di Kuching ramai anak anak muda yang turut sama berforum. Di Miri walau pun forum ini diadakan pada jam 2.00 petang – sambutan cukup menjanjikan – sehinggakan kami kekurangan kerusi duduk.

Saya hanya menerangkan satu persatu tuntutan Bersih sejelas, setuntas mungkin. Saya campurkan juga dengan humour politik. Kelihatan tidak ada perbezaan antara warga Semenanjung dengan warga Kuching untuk menghayati humour politik yang saya taburkan. Tetapi disesi soal jawab saya sekali lagi melihat dengan jelas tentang kehodohan hegemoni Semenanjung terhadap Sarawak.

Dari dua forum Bersih ini memang saheh bukan sahaja Mamat Penceramah dari Terangganu tidak faham apa itu Rumah Panjang. Badan NGO yang seharusnya memiliki kesedaran budaya politik yang lebih matang pun terperangkap sama dalam hegemoni budaya politik United Malay National Organisation.

Contoh terbaik ialah tentang tuntutan Bersih ke 4 : memanjangkan masa pilihan raya minima 21 hari. Ketika PRU11 tahun 2004 dahulu warga Malaysia hanya diberi 8 hari untuk membuat pilihan siapa yang berhak untuk mewakili mereka. Dalam sejarah pilihanraya inilah masa berkempen yang paling singkat. Saya masih ingat lagi apbila masa 8 hari ini diumumkan oleh SPR hanya ada beberapa kritikan dan bantahan dari Parti Pembangkang pada ketika itu. Yang didengar hanyalah suara-suara lemah. Tidak ada protest yang menakjubkan berlaku

Kita tidak ada langsung mendengar apa-apa komen atau bantahan dari Sabah atau Sarawak? Atau ketika itu kita pekak? Kenapa agaknya tidak ada suara bantahan yang lantang? Saya berani menjawab disini bahawa Hadi Awang , Wan Azzizh dan Lim Kit Siang tidak memiliki kesedaran yang tuntas tentang makna dan implikasi kempen 8 hari untuk warga Sarawak. Justeru mereka tidak meloncat dan mengambur.

Untuk memperkuatkan apa yang saya nyatakan biar saya surahkan kesah-kesah PRU yang baru saya pungut dari Kuching dan Miri. . Memang saheh pada PRU11 dahulu kerana masa berkempen terlalu singkat ada sebahagian dari warga di kawasan pendalaman Sarawak yang tidak tahu bahawa piliharaya akan diadakan. Ertinya mereka tidak mengundi sisapa pun. Bukan tidak mahu mengundi tetapi apabila helikopter datang untuk memungut kertas undi tidak ada sesiapa yang telah turun mengundi.

Tidak percaya apa yang saya surahkan ini?

Saya sendiri pun baru dikejut dan disedarkan tentang hakikat keluasan bumi Kenyalang ini. Memang dari peta kita melihat Sarawak ini agak besar sadikit dari Semenanjung. Mata kita hanya melihat peta tanpa apa-apa pemahaman yang jelas. Dalam masa yang sama peta Atlas ini adalah lakaran kuasa imperialis dimana negara Eropah memang diperlihatkan lebih besar berbanding dengan negara Dunia Ketiga. Justeru kesedaran kita tentang wilayah kita sendiri pun amat terhad.

Kedudukan Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan membuatkan kita di Semenanjung ini gagal untuk memahami makna hakikat sebenarnya keluasan Sabah atau Sarawak itu. Kita hanya tahu bumi Sabah dan Sarawak itu luas tetapi kita tidak merasakan keluasan itu.

Tahukah para pembaca bahawa Perlimen P216 Hulu Rajang amat-amat luas. Dalam kawasan Parlimen ini ada dua DUN . DUN Belaga N51 dan DUN Baleh N50. Jangan terperanjat bila saya nyatakan bahawa Parlimen Hulu Rajang ini luasnya - seluas Pahang. Malah DUN Baleh sahaja keluasannya hampir menyamai Terengganu.

Di dalam wilayah seluas Pahang ini ada terdapat 234 rumah panjang. Ada 10,000 Iban 7,000 Orang Hulu – sadikit warga Melayu dan China. Jumlah pengundi di kawasan ini ialah 17,696. Sila hitung - berapa kali ganda jumlah pengundi disini berbanding dengan pengundi di Putrajaya?

Kita sebagai warga Semenanjung sila tanya diri kita sendiri – apakah mungkin kita melakukan kempen ke seluruh Pahang dan di seluruh Terengganu dalam masa satu minggu lebih. Apakah mungkin kita melawat ke semua 234 rumah panjang ini dalam masa dua minggu? Jawabnya mustahil. Ini kerja orang gila.

Jika jawabnya mustahil dan jika ini kerja orang gila maka inilah bukti bahawa SPR ini adalah barua United Malay National Organisation. Saya berani berkata sedemikian kerana amat jelas konspirasi SPR yang menetapkan masa bekempen yang singkat ini hanya bertujuan untuk memastikan United Malay National Organisation akan terus berkuasa.

Saya menimbulkan kesah ini kerana warga di Sarawak selama ini telah membantah masa berkempen yang diberikan oleh SPR. Malah mereka juga merasa amat amat kecewa dengan tuntuan Bersih yang hanya mahu menuntut masa minima 21 hari. Untuk warga Serawak 21 hari ini bukan masa minima tetapi masa mandatori. Ini lah yang saya dengar dari forum dan pebincangan Bersih di Kuching dan Miri.

Pada hemat saya jika masa berkempen ini tidak dipanjangkan oleh SPR - semakin jelas menunjukkan piliharaya kita tidak adil dan tidak telus. Sesudah membaca apa yang saya tulis ini dan SPR tidak memanjang waktu berkempen maka terbukti jelas PRU13 ini nanti akan dimenangi oleh United Malay National Organisation dengan cara tipu.

Untuk warga Sabah dan Sarawak – memanjangkan waktu berkempen adalah tuntutan hak keadilan yang paling minima. Menafikan ini bukan satu kezaliman tetapi satu keganasan. Justeru warga Sarawak bukan hanya mahu 21 hari masa berkempen tetapi mahu masa yang lebih panjang.

Justeru mereka berharap NGO di Semenanjung apabila membuat tuntutan yang mencakupi kepentingan bersama tidak akan dipengaruhi oleh hegemoni budaya United Malay National Organisation. Ujian awal sebagai usha untuk memecahkan hegemoni ini ialah mengharamkam penggunaan ayat: Sabah dan Sarawak masuk Malaysia pada thun 1963. Faham? Sabah dan Sarawak tidak pernah masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak bersama Semenanjung menubuhkan Malaysia. Faha, tak? (TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45




LIHAT KEMBALI SEJARAH PERJUNGAN RAKYAT

Posted: 14 Dec 2011 09:04 PM PST



JADIKAN JALAN RAYA PARLIMEN KITA


anak anak muda
aku tuliskan ini
untuk kamu

anak anak muda
aku lakarkan ini
untuk kamu

anak anak muda
aku rakamkan ini
untuk kamu

kau lihatlah
kau dengarlah
gegak gempita laungan perjuangan
dengar bisikan dan ombak
sejarah perjuangan bangsa

anak anak muda
jika kau belum lahir ketika itu
jika kau ketika itu masih dalam mimpi berahi sang ibu
jika kau ketika itu masih dalm mimpi berahi sang ayah
kau lihatlah
kau bukakan mata hati mu
untuk melihat lakaran sejarah

anak anak muda
jika ketika itu kau masih bersekolah
hari ini kau telah dewasa
hari ini kau telah punya kekasih
tarik tangan kekasih mu
dan lihat sejarah perjuangan bangsa

anak anak muda
tarik tangan kekasih mu
genggam erat
dan acungkan ke langit
laungan suaran perjuangan

abang ibu ayah dan kakak
ketika itu
kita semua masih muda
kita bersepatu dan bercelana
kita berlari dan bergema
kita tersenyum dalam perjuangan
kita sebaris penuh harapan

ingatkan kembali
kenangkan kembali
niat dan cita cita
harapan dan mimpi kita
ketika kita bertemu di jalan raya

detik detik itu
datang kembali
detik detik itu
tidak pernah pergi

anak anak muda
mari bersama membuat sejarah
anak anak muda ingatlah
akhirnya dunia ini milik kamu

anak semua bangsa
marilah kita jadikan jalan raya
parlimen kita

anak semua bangsa
jangan hidup dalam harapan
mati menunggu janji
genggamkan tangan
satu saf kita bergerak

mari kita bersama melakar
sejarah negara bangsa


SEJARAH PEERJUANGAN BANGSA



BERITA UNTUK KETUA AMK - SILA SUSUN DAN BAWA ANAK MUDA KE JALAN RAYA

Posted: 14 Dec 2011 08:37 PM PST



NOTA:

berita ini sebenarunay ditujukan khas
untuk shamsul iskandar ketua amk

berita in secara resmi mencabar
apakah shamsul iskandar ada keupayan
untuk menyusun anak anak muda
pada 9 januari nanti untuk turun berdemo


NOTA:
kalau tak ada demo
poyolaaaa amk
dan yang tinngal hanya
mat keropok lekor
kah kah kah






NASIB ANWAR DIKETAHUI 9 JANUARI – mkini


Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim akan berpanjangan sehingga 2012 apabila keputusan ditetapkan untuk disampaikan pada 9 Januari.

"Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dia pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perbicaraan itu ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan lalu, selepas bermula hampir dua tahun lalu.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

TUGAS SEJARAH UNTUK AMK


NOTA:
kalau tak turun ke jalan raya
nampak sangat amk ini
perjuangan keropok lekor
kah kah kah

NOTA:
apa dia perjuangan keropok lekor?
tunngu dan nanti
akan disurahkan
tidak lama lagi
kah kah kah

PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB

Posted: 14 Dec 2011 08:03 PM PST




INI TANDA COOL




SIAPA COOL - APA YANG COOL -
SIAPA POYO - APA YANG POYO



tim tukar tiub sedang meneliti
siapa cool dude untuk tahun ini
siapa cool dude untuk tahun akan datang
apa yang cool
apa yang masih cool
apa yang telah poyo
siapa yang poyo

feshen apa yang cool
style rambut mana yang cool
warna apa yang cool

cafe mana yang cool
wilayah mana yang cool
untuk bersantai dan dilihat cool

membuat apa yang cool
memmbuat apa yang poyo

buku apa paling cool untuk dibaca
buku apa paling poyo
muka siapa paling cool
muka siapa paling poyo

sesiapa ada cadangan
sila hantar seberapa segera

tunggu dan nanti senarai cool
hanya tukar tiub membuat trend
hanya tukar tiub pemula feshen
hanya tukar tiub mengubah fikrah

siapa bertukar tiub dia wujud
i tukar tiub therefore i exist
je tukar tiub donc je suis

PENDATANG BARU YANG COOL



GoMalaysian

Posted: 15 Dec 2011 07:34 PM PST

GoMalaysian


Berita Berita Yang Berkaitan Dengan Hasan Ali

Posted: 15 Dec 2011 04:19 AM PST


Hasan Ali menjadi amat popular kebelakangan ini selepas terdapat khabar angin bahawa dia tidak dapat bertanding dalam pilihan raya pada masa akan datang...

Berita berita yang berkaitan dengan Hasan Ali:

Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

baca seterusnya di http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7073-hasan-nasharudin-terperangkap-dalam-agenda-umno


Mahfuz: Hasan Ali boleh keluar PAS sertai Umno jika mahu

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Datuk Mahfuz Omar.

"Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih," kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.

"Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu," kata beliau lagi.

Hasan (gambar), yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

"PAS tidak pernah membantah (jika ada mana-mana ahli mahu meninggalkan parti). Ia satu demokrasi. Itu hak mereka," kata Mahfuz lagi.

"Hasan Ali bersedia untuk memberi sokongan beliau kepada parti yang berjuang bagi hak orang Melayu. Tindakan beliau mahu memperjuangkan Islam adalah baik, PAS juga memperjuangkan Islam," katanya lagi.

baca seterusnya di http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahfuz-hasan-ali-boleh-keluar-pas-sertai-umno-jika-mahu/

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

PAS Selangor yakin Hasan Ali kekal ahli

PETALING JAYA: PAS Selangor yakin exco kerajaan negeri , Datuk Hasan Ali akan terus kekal bersama PAS.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Rani Osman juga menafikan Hasan digugurkan sebagai calon untuk pilihan umum akan datang.

Sambil menyifatkan laporan berhubung pengguguran itu hanya 'mainan media', Abdul Rani menegaskan perkara tersebut masih belum muktamad.

"Melalui laporan Saari Sungib (Ketua Penerangan PAS Selangor) beliau juga menyatakan laporan itu bukan muktamad. Senarai itu rahsia malah saya sendiri belum melihat laporan ini. Timbul kekeliruan kerana kita ingat pilihan raya akan diadakan pada bulan November…maka wujud hal-hal seperti ini.

"Kita tidak mengugurkan nama sesiapa. Malah sekarang kita masih buka ruang untuk PAS negeri menghantar nama calon. Segala keputusan terakhir akan dibuat oleh PAS Pusat.

"Saya diasak pelbagai pertanyaan mengenai Hasan Ali ini, tapi saya yakin beliau akan kekal di dalam PAS," katanya ketika dihubungi FMT.
Abdul Rani turut menepis dakwaan segelintir pihak kononnya wujud gerakan dalam PAS bersama DAP untuk mengekang Hasan dalam parti Islam itu.

baca seterusnya di http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/15/pas-selangor-yakin-hasan-ali-kekal-ahli/

D'Perbatasan

Posted: 15 Dec 2011 07:24 PM PST

ALHUSSEYN

Posted: 15 Dec 2011 03:55 PM PST

ALHUSSEYN


Gerombolan Lembu Gila Menyerang Pejabat Umno Cheras

Posted: 15 Dec 2011 09:41 AM PST

Tidak ada apa-apa reaksi dari pemimpin Umno diatas saranan Ketua Umno Cheras, Syed Ali, yang meminta Shahrizat berundur ekoran isu Fidlot. Shahrizat sendiri pun senyap sepi.

Tetapi secara tidak semena-mena, selepas munculnya berita tentang seekor siamang menyerang kanak-kanak di zoo negara, kini tersebar pula berita tentang satu gerombolan lembu gila yang kemungkinan besar terlepas dari kandang Fidlot National telah menyerang Syed Ali di pejabatnya - Umno Cheras. Lihat gambar- gambar lain di sini

DUNIACACAMARBA

Posted: 15 Dec 2011 03:53 PM PST

DUNIACACAMARBA


Kakitangan Jangan Gembira Sangat dengan Terima Kenaikan Gaji Lumayan, Cuba Baca Buruknya SBPA di Sini

Posted: 15 Dec 2011 07:45 AM PST


Saya petik:

SBPA Didakwa Aniaya Kakitangan Awam

[HD] Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN diyakini bukanlah satu sistem yang baik, sebaliknya akan menganiaya kakitangan sektor awam.

Keyakinan itu disandarkan kepada beberapa faktor, terutama berkaitan sistem pemarkahan prestasi kakitangan awam yang pasti terdedah dengan pelbagai bentuk manipulasi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, menerusi sistem baru itu, pemarkahan prestasi kakitangan awam akan dinilai oleh kakitangan atasan, tetapi penilaian tersebut diyakini tidak akan berlaku dengan adil.

Menurutnya, meskipun penilaian prestasi itu sesuatu yang baik bagi menggalakkan perkembangan prestasi di kalangan kakitangan awam, tetapi penilaian tersebut diyakini bukan sekadar berdasarkan prestasi, sebaliknya atas faktor-faktor lain.

Katanya, situasi itu akan menjadikan mereka yang benar-benar berprestasi dan berintegriti tidak akan dinilai sebagai berprestasi, sebaliknya mereka yang bijak 'membodek boss' pula yang akan diutamakan.

"Saya yakin itulah yang akan berlaku. Jadi pada saya, sistem SBPA itu tidak wajar diperkenalkan oleh kerajaan kerana ia pasti akan menimbulkan pelbagai kecelaruan dalam sektor awam," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.   

Sistem SBPA yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan sekarang seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.       

Dalam SBPA itu banyak perubahan yang akan dilakukan dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam, dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja.

Antara lain yang terkandung dalam sistem tersebut termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.

Dalam sistem baru itu juga, pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.

Bagi penjawat awam yang menerima opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG dengan tempoh bagi kenaikan gred antara DG41 ke DG44 dan DG44 ke DG48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja, berbanding sebelum ini selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan.

Menurut Mahfuz, setelah diteliti opsyen SBPA dengan menyeluruh, ternyata penilaian atau pemarkahan prestasi kakitangan akan dibuat dengan 3 peringkat, manakala mereka yang dicatatkan markah bawah 70 peratus akan dinasihatkan bersara atau dipersarakan.
"Sistem pemarkahan sememangnya amat jelas terdedah kepada manipulasi. Mereka yang akan diberikan markah tinggi itu nanti diyakini akan turut didasarkan kepada sokongan mereka terhadap parti Kerajaan BN yang memerintah.

"Sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang, mereka pasti akan diberikan markah prestasi yang rendak, walaupun merekalah sebenarnya yang betul-betul berprestasi dan wajar diutamakan
," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau memberikan contoh kepada nasib buruk yang menimpa beberapa orang guru yang sememangnya cukup berwibawa tetapi menyokong pembangkang yang bukan sahaja dinafikan kenaikan pangkat, tetapi telah ditukar ke kawasan pedalaman.

Katanya, begitu juga dengan nasib yang telah menimpa Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, sehingga telah diturunkan pangkat sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

"Walaupun Datuk Judin sememangnya cukup bertanggungjawab, berprestasi dan berintegriti, tetapi disebabkan sikapnya yang tidak menyokong tindakan-tindakan yang tidak elok para pemimpin BN, beliau akhir telah diturunkan pangkat.

"Saya yakin kejadian seperti itu pasti akan berlaku dengan berleluasa nanti apabila sistem baru itu digunakan, sehingga menyebabkan banyak kakitangan awam yang teraniaya," tegas beliau.


CUEPACS Bantah

[TMI] KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

"Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

"Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

"Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat," kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau 'exit policy'.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, "(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar."

"Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan," katanya. Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

"Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas," kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.
P/s: Rata-rata kawan TM yang berkhidmat dalam kerajaan sedang mencongak kenaikan gaji yang bakal diterima mulai tahun depan. Ada yang mendapat pertambahan pendapatan yang cukup lumayan. Sambil mencongak, fikir juga buruknya!


[Video] DSAI Ikrar Berjuang Walau dari dalam Penjara & 9 Januari Keputusan Drama Liwat 2 dan PRU 13

Posted: 15 Dec 2011 07:00 AM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim berikirar akan terus memperjuangkan keadilan meskipun beliau mungkin dipenjarakan kerana Drama Liwat II. Bercakap kepada wartawan selepas Hakim Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari depan bagi membuat keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah prinsipnya untuk menegakkan keadilan.

"Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan."

"Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?" katanya.

Beliau turut membangkitkan tarikh keputusan 9 Januari yang kemungkinan akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke 13 diadakan.  

Cadang Mahu Kahwin Bulan April, Tetapi Sudah "Tidur" Kongsi Toto

Posted: 15 Dec 2011 04:14 AM PST


Saya petik:
[SH] LEDANG – Seorang pekerja bengkel membaiki jentera yang sudah berkahwin tergamak mengaku bujang apabila disoal siasat penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) ketika dicekup berkhalwat, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 21 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi ketika sedang berdua-duaan dalam sebuah rumah di Batu 1 ½ Tanjung Agas, di sini, untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, lelaki itu mengaku sudah tujuh tahun berkahwin dan memiliki dua anak yang kini menetap di Melaka selepas didesak PPADL.

Dia juga mendakwa datang ke rumah teman wanitanya untuk berehat seketika, tetapi tertidur kerana keletihan selepas pulang bekerja dari Johor Bahru.

Manakala, pasangannya adalah warganegara Kemboja dan baru sahaja memeluk Islam pada Julai lalu.

Mereka berkenalan sejak setahun lalu dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada April tahun depan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Zainal Kadiran memeriksa rumah itu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

"PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T paras lutut sedang baring di atas tilam," katanya.

Pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati dan Balai Polis Sagil untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut, sebelum dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing," katanya.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


"Hasan, Nasha Terperangkap..."

Posted: 15 Dec 2011 03:00 AM PST


Saya petik:

[MK] Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti, lapor Harakahdaily.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama organ parti Harakah dan Harakahdaily di Kuala Lumpur, hari ini.

Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib dilaporkan berkata, Hasan tidak menerima pencalonan mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

'Kekecewaan tidak terpilih'
Hasan pula selepas itu dilaporkan berkata akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja.

Mengulas perkara itu, Mustafa berkata, kenyataan itu menggambarkan Dr Hasan seolah-olah mempersoal dasar Islam yang diperjuangkan PAS dan terpengaruh dengan tuduhan parti itu diperalatkan DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," beliau dipetik sebagai berkata kepada organ parti PAS.

Mustafa juga dilaporkan turut menegur Saari yang dianggap mendahului parti sedangkan urusan calon pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

Bagaimanapun, veteran PAS itu berkata, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti kerana ahli menyokong dasar Islam dan bukannya individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.


 P/s: Tidak mustahil Hassan Ali dan Nasharudin akan bertanding dalam PRU atas tiket BN!


Respons Mahfuz terhadap HASAN ALI - Tepat&Padat

Posted: 15 Dec 2011 02:16 AM PST


Saya petik:
[MK] PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (kanan) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.

Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS
negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, PAS tidak pernah membantah mana-mana anggotanya meninggalkan parti kerana ia merupakan hak dalam negara demokrasi.
Beliau bagaimapun berkata tidak pasti bahawa khabar angin itu benar ataupun tidak.

Anggota parlimen Pokok Sena itu menegaskan, PAS mampu menangani perkara itu jika berlaku kerana pernah melalui pengalaman seumpamanya sebelum ini.

"Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar.

"Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa," katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan.

Mahfuz juga menegaskan, PAS sentiasa bergerak sebagai sebuah organisasi dan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu untuk tujuan itu.
 
 
 
P/s: Saya suka jawapan yang diberikan oleh YB Mahfuz. Tidak berselindung, tidak berpura-pura, tidak berdolak-dalik. Tepat dan padat. Agaknya, respons ini juga harus ditujukan kepada Nasharuddin yang mendapat slot khas di berita TV3 semalam, selepas 5-6 minit berita tentang Lim Boon Chan keluar PKR menjadi berita utama. (Kalau berita keluar parti diberi liputan utama oleh TV3, anda faham-fahamlah maksudnya!).


[Video] Mengapa Hajah Rosmah TIDAK Pakai Tudung? Dengar Jawapan al -Ustazz Pencacai UMCO

Posted: 14 Dec 2011 11:24 PM PST



P/s: Lawak! 
Inilah yang dikatakan "sokong bawa rebah".


Pasangan Pelajar yang Bercinta DIBENAR Mandi Bersama

Posted: 14 Dec 2011 08:22 PM PST


Kadang-kadang kita rasa pelik dengan polisi di China. Kerajaan di sana agak tegas apabila membabitkan penularan budaya Barat melalui internet dan filem di negara itu. Hasilnya, macam-macam polisi tegas diwujudkan untuk menyekat pengaruh itu.

Namun, polisi pusat mandian di sebuah universiti di wilayah Shaanxi, barat laut China membenarkan pasangan pelajar yang bercinta  mandi bersama-sama di dalam bilik peribadi seperti yang dilaporkan oleh China Business News dan China Daily ini bukan sahaja mencetuskan kontroversi, malah bertentangan dengan polisi moral kerajaan China. 

Pusat mandian tiga tingkat di Northwestern Polytechnical University di Bandar Xi'an menyediakan tujuh bilik mandi peribadi untuk pasangan pelajar pada kos 15 Yuan (RM7.50) untuk mandian biasa dan 18 Yuan (RM9) untuk mandian di tab.

Pusat mandian itu dikendalikan oleh kontraktor swasta dan dibuka kepada pelajar, kakitangan fakulti, dan keluarga mereka kata seorang pekerja kepada akhbar yang menjalankan liputan selepas mendapat maklumat daripada pelajar.

Pelajar menyuarakan pendapat yang berbeza-beza tentang hal ini.

"Saya tidak boleh menerima polisi ini," kata graduan bernama Xu

"Walaupun pelajar sudah dewasa, mandi bersama-sama dengan kekasih adalah perkara peribadi, namun hal ini akan memberikan kesan yang buruk jika polisi itu dibenarkan di  pusat mandian kolej." - DCM



P/s: Saya setuju sangat dengan pendapat pelajar itu! Kata orang sambil menyelam minum air, dalam hal ini, sambil mandi, sudah tentulah ehem-ehem.

Rosak moral!

Angkara Peragut, Jururawat MAUT

Posted: 14 Dec 2011 07:59 PM PST


Saya petik:

[SH] GEORGETOWN - Kejam perkataan paling sesuai diberikan kepada individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang jururawat pelatih sebuah hospital swasta dekat sini, malam kelmarin.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, G Malathi, 24, maut dipercayai diragut sebelum terbabas berikutan gagal mengawal moto­sikalnya di Jalan Residensi, dekat sini.

"Mangsa dipercayai bergelut dengan peragut yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda berseorangan.

"Mangsa anak kedua daripada tiga beradik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terbabas, namun punca kemalangan masih disia­sat.

Menurutnya, dompet dan telefon bimbitnya juga gagal ditemui.

Difahamkan, mangsa yang baru setahun bekerja di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister dekat sini mempunyai kelulusan Diploma Kejururawatan dari sebuah institut pengajian tinggi swasta di negeri ini dan berasal dari Gelugor.

Ketika ditemui, mangsa berpakaian kemeja T dan dalam keadaan terbaring, manakala motosikalnya berada berhampiran pada jarak kurang lima meter dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1989.

"Mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya," katanya.



Kerabu Bersuara ®

Posted: 15 Dec 2011 03:52 PM PST

Kerabu Bersuara ®


DAP Inginkan Kerusi MB Selangor?

Posted: 15 Dec 2011 04:58 AM PST

Kebelakangan ini ditimbulkan pula isu kononnya DAP ingin meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu supaya boleh merampas kerusi MB di Negeri Selangor. Pelik saya. Adakah perlu diletakkan Melayu di kawasan majoriti Melayu untuk menjadi MB? Kalau calon Melayu DAP menang di kawasan Cina tidak boleh jadi MB kah? Mesti menang di kawasan Melayu? Hairan dibuatnya. Di mana pula perkara ini termaktub?

Hakikatnya ini hanya cerita-cerita dogeng yang dihasilkan imaginasi jahat UMNO dan surat khabar lidah bercabang UMNO. Jenis imaginasi yang yang boleh menghalalkan RM 250 Juta untuk Shahrizat dan keluarganya serta dianggap isu NFC suatu fitnah yang dirancang pembangkang!

DAP adalah parti berbilang kaum. Ianya bukan parti Cina. Karpal Singh bukan Cina! DAP pernah mempunyai beberapa pemimpin Melayu yang terkenal tetapi malangnya ia di'kenakan' imej parti Cina oleh pihak UMNO. Ia juga di'kena'kan imej anti-Melayu oleh UMNO juga. Apakah yang pernah dilakukan di Pulau Pinang atau di Selangor yang membuktikan DAP adalah anti-Melayu? Tiada apa dan banyak pula program yang membantu Melayu dan Islam yang disokongnya.

Untuk membebaskan diri mereka dari imej yang dipaksa ke atas mereka, maka DAP mengemukakan cadangan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kami dari PAS dan PKR memahami hasrat mereka dan keinginan mereka untuk bebaskan diri mereka dari kerja jahat UMNO ini. Namun sebagai rakan yang saling nasihat menasihati, kami menjangka ianya sesuatu yang akan diserang oleh UMNO sebagai bukti DAP gila kuasa di Selangor; dan PAS bersama PKR mengkhianati kepentingan politik Melayu.

Maka di dalam suasana yang sentiasa ingin dihangatkan oleh UMNO atas semagat perkauman, tindakan yang dicadangkan DAP itu dilihat sebagai sesuatu yang mampu memburukkan lagi keadaaan. Oleh yang demikian, cadangan DAP agak sukar untuk diterima. Kerana ada pengadu-domba yang bergerak bebas di kalangan masyarakat. Kumpulan penghasut dan penipu rakyat yang berkeliaran merata, menembusi ruang udara melalui Radio dan TV, meracuni pemikiran rakyat, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN.

Sebenarnya parti yang jelas hanya untuk kaum Cina adalah MCA. Tiada India, Singh ataupun Melayu di dalam MCA. Namun tidak pula MCA diserang UMNO walaupun memperlekehkan hukum hudud. Jelas sekali ianya hanya mainan politik sedangkan mereka berkapit rapat dengan tauke-tauke MCA.

Dalam pada itu, soal MB pula tidak pernah timbul. PR bukan seperti BN yang hanya mementingkan jawatan dan imbuhan sahaja. Asalkan PR memerintah dan rakyat diberi pembelaan, maka kami semua menganggap matlamat telah tercapai. Syarat tambahan bagi PAS pula ialah soal usaha meningkatkan kefahaman rakyat terhadap Islam. Selagimana usaha ini tidak dihalang, maka PAS akan berpuas hati. Tidak timbul persoalan DAP atau PAS inginkan jawatan MB.

Kami semua menyokong penuh TS Khalid sebagai MB dan oleh itu persoalan menggantikan MB tidak pernah timbul. Hanya ditimbulkan oleh pencacai UMNO yang ingin PR bersengketa sesama sendiri. Namun ianya umpan yang mungkin terkesan bagi UMNO, tetapi tidak bagi PR.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Rakyat Bangkit Anwar Di Penjara Mana Sekali Pun

Posted: 15 Dec 2011 01:00 AM PST

Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

Aidila Razak

Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.

Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.

Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Hasan Ali Kena Sedar Mainan Licik Umno!

Posted: 15 Dec 2011 12:50 AM PST

'Hasan, Nasha terperangkap dalam agenda Umno'

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti, lapor Harakahdaily.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama organ parti Harakah dan Harakahdaily di Kuala Lumpur, hari ini.

Panas! Usaha Untuk Jatuhkan Muhyyidin Dan Gantikan Dengan Zahid Hamidi Dalam Perancangan?

Posted: 14 Dec 2011 09:02 PM PST

Daripada maklumat yang belum dipastikan, beberapa laman web sedang bersiap sedia dilancarkan untuk menjatuhkan TPM sekarang iaitu Muhyiddin.

Dikhabarkan juga usaha ini dibuat untuk menaikkan nama Zahid Hamidi untuk berada di kedudukan no 2 sekali gus menjadi TPM yang baru selepas PRU13 nanti.

Usaha mengaitkan beberapa kes dan masalah krisis kepercayaan antara ahli Umno dibuat supaya imej Muhyiddin juga akan terpalit.

Beberapa blogger pihak Umno juga sudah bersiap sedia untuk menyerang.

Kita sama-sama tunggu la, tengok apa yang terjadi nanti.

Terima kasih kepada sahabat, seorang blogger Umno yang kongsi maklumat ini. Adakah betul-betul Muhyiddin akan jatuh?

Selepas dua tahun, liwat II memasuki pusingan akhir

Posted: 14 Dec 2011 07:30 PM PST

Aidila Razak

Selepas hampir dua tahun, perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memasuki pusingan terakhir dengan pasukan pembelaan mengemukakan hujah balas penggulungan akhir pihak pendakwaan sebelum keputusan diumumkan.

Antara isu-isu yang dijangka ditimbulkan pada jawapan mereka hari ini adalah mengenai kredibiliti tiga saksi pakar pembelaan yang 'diserang' oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semasa penggulungannya Selasa lalu.

Yusof, yang juga Peguam Cara II Negara menyifatkan kenyataan pakar bedah ortopedik Anwar, Dr Thomas Hoogland berbentuk "spekulatif". Ini kerana kali terakhir doktor tulang belakang dari Belanda memeriksa tertuduh adalah pada tahun 2005 dan beliau tidak dapat benar-benar mengesahkan sama ada keadaan Anwar telah kembali pulih daripada menghalangnya melakukan aksi seks.

Seorang lagi saksi pembela, pakar DNA Dr Brian McDonald pula disifatkan sebagai "flip flop" dalam memberi keterangan dan merupakan "pakar yang dibayar" untuk menyokong kes pembelaan,.

Manakala keterangan pakar forensik, Dr David Wells pula berkecuali yang terbaik.

Yusof juga berkata keterangan Anwar dari kandang tertuduh ketika dipanggil membela diri adalah penafian semata-mata serta gagal menggugat bukti pendakwaan.

Katanya, adalah jelas sama sekali pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan pada penutupan kes pembelaan.

Menurut beliau, Anwar dalam keterangan dari kandang tertuduh tidak memberi versinya mengenai dakwaan insiden itu bagi mematahkan keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang menjadi pengadu dalam kes itu.

Katanya adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh selain penafian mutlak mempunyai hubungan seksual dengan pengadu, tertuduh tidak sama sekali mempertikaikan bukti pihak pendakwaan.

Mohamed Yusof berkata Anwar dalam kenyataannya juga tidak sama sekali menafikan bahawa beliau berada di tempat yang didakwa berlaku kejadian itu pada masa dan tarikh tersebut.

Biaqpila

Posted: 15 Dec 2011 03:42 PM PST

Biaqpila




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Mat sabu beri laluan kpd Umno untuk ceramah Di pentas PR Di Johor

Posted: 15 Dec 2011 02:00 PM PST

MAAF INI BUKAN FILEM PORNO KELUARAN UMPORNO

Posted: 15 Dec 2011 08:53 AM PST

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak

Posted: 14 Dec 2011 11:00 PM PST

Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.

Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.

Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.

Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.

Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.

Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.

Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang.

Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.


Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayaksumber http://www.info-gallery.org/2011

Berasmara dalam relung air

Posted: 14 Dec 2011 08:00 PM PST


LUNAS - Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) menahan sepasang kekasih berusia 14 dan 16 tahun dalam lubang relung air yang ditinggalkan di belakang premis memproses getah beku di Paya Besar kira-kira jam 2 petang semalam.

Pengurus kilang yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia ternampak beberapa pekerjanya memanjat tebing kilang dan mengintai ke luar premis, manakala salah seorang daripadanya memaklumkan kepadanya berhubung perbuatan pasangan terbabit yang sedang berasmara.

"Ini bukan kali pertama pasangan ini melakukan perbuatan sumbang di sini. Sehingga kini pekerja di kilang saya telah menemui mereka sebanyak tiga kali.

"Saya terkejut apabila pekerja saya memaklumkan pasangan itu sedang berbaring sambil berasmara. Saya kemudian memaklumkan kepada unit MPV untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pasangan itu," katanya.

Dalam pada itu, pengurus terbabit berharap pihak terlibat melihat permasalahan perlakuan seks kalangan remaja bawah umur terutama pelajar sekolah dengan lebih serius, bagi mengelakkan berlakunya kes buang anak, rogol dan lain-lain melibatkan mereka.

Difahamkan pihak PPKM menyerahkan kes kepada anggota unit MPV untuk tindakan lanjut sejurus penahanan itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak terlibat.

Menurutnya polis akan menjalankan siasatan jika ada laporan dibuat terhadap mangsa terlibat.

"Perlakuan seks remaja bawah umur sama ada pasangan perempuan rela ataupun tidak, ia akan diklasifikasikan sebagai rogol dan ini merupakan kesalahan jenayah serius.

"Bagaimanapun waris harus membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan. Sehingga kini kebanyakan kes rogol melibatkan pasangan kekasih bawah umur berlaku kerana suka sama suka," katanya.

Katanya, gejala ini mula menular ke pelajar sekolah rendah dan ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna supaya mereka tidak mudah terlibat dalam sebarang perlakuan berunsurkan maksiat dalam usia muda.

SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KAKI FITNAH KENA BAYAQ SAMAN LAGI

Posted: 14 Dec 2011 06:21 PM PST

DEY MACHA!!!
KERJA DEPA TABOQ FITNAH
LEPAS TU BAYAQ SAMAN FITNAH
KAH! KAH! KAH!

DAH LA SURATKHABAQ TAK LAKU
NAK KENA BAYAQ SAMAN PULAK
KAH! KAH! KAH!

LEBIH BAIK HANGPA PI BELA LEMBU
BOLEH JUGAK BELI KONDO
KAH! KAH! KAH!



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng' yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

NONESehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang 'rasis' dan 'anti-Melayu' dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema  'A People's Government for the Real Malaysians' pada 19 Disember lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese semasa penghakimannya menggariskan tujuh para yang Utusan dikatakan telah memfitnah Lim.

Beliau juga sempat memberi ucapan ringkas mengenai "kewartawanan bertanggungjawab" dan mengingatkan pemberita supaya melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan mengesahkan kenyataan yang diterima jika tidak mahu dikenakan dakwaan memfitnah.

Pada sidang media di luar mahkamah, Lim berkata Utusan memang mahu memfitnah dirinya dan DAP.

Katanya, akhbar milik Umno itu mempersalahkan dirinya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk.

"Saya berpendapat jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian," kata Lim.

"Saya fikir mereka akan membanyar pampasan itu dan terus memfitnah saya dan DAP."



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 15 Dec 2011 02:28 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT


SEMUA SEMANGAT BERTANDING

Posted: 14 Dec 2011 06:50 PM PST

Semua bersemangat menjadi calun pilihan raya.

Yang uzur pun bersemangat.

Yang tak ada wang deposit pilihan raya pun bersemangat.

 Yang malas berkhidmat dengan parti pun bersemangat.

Yang tak reti bercakap pun bersemangat.

Yang tak ada kawasan pun bersemangat

Yang kedekut pun bersemangat

Yang tak popular dengan orang bawahan pun bersemangat

Itulah penangan "zaman boleh menang". Woooo

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 15 Dec 2011 02:15 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


7 GULONGAN MANUSIA - PEMBENTUKAN MASYARAKAT MADANI

Posted: 14 Dec 2011 03:17 PM PST

AKU INGIN BEBAS

Posted: 15 Dec 2011 01:49 PM PST

AKU INGIN BEBAS


HASAN, NASHARUDIN TERPERANGKAP DALAM AGENDA UMNO

Posted: 15 Dec 2011 02:19 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Walaubagaimana pun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya. harakahdaily.net

AdukaTaruna

Posted: 15 Dec 2011 12:18 PM PST

AdukaTaruna


Video Langgar Jambatan Yahya Petra

Posted: 15 Dec 2011 04:51 AM PST

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : http://youtu.be/-KPJnCn_9hE



Hina hudud : Apabila video lawan video.

Posted: 14 Dec 2011 11:23 PM PST

Tahniah Dewan Pemuda PAS.

Sumber : http://youtu.be/HLPN09XzoaM



shalehudin

Posted: 15 Dec 2011 12:04 PM PST

shalehudin


Bengong betoi mamat nih... kahkahkah...

Posted: 15 Dec 2011 09:33 AM PST

Pengucapan bebal disana sini

Dalam dua minggu ini, saya ingat saya sudah mendengar semua kenyataan tolol dan bebal dalam negara kita. Rupa2 nya saya salah. Tiba2 senator Ezam Mohd Nor mengeluarkan suatu kenyataan yang mengatasi kebebalan kenyataan2 yang sudah2.

Mula saya ingat Muhyiddin Yassin sudah tebiat bila menakutkan orang Melayu mengenai ancaman keatas Melayu oleh bangsa lain. Setelah itu, ketua penerangan Umno mengukuhkan lagi rasa cemas pemimpin parti yang kian tenat bila menyatakan pandangan bebal yang sama. Jika DAP dan orang Cina memerintah negara habis lah orang Melayu, habis lah Islam dan habislah Raja2 Melayu.

Sana sini orang bercakap. Adakah pemimpin Umno sudah jadi bingung? DAP yang bukan Kristian mahu mengkristiankan orang Melayu? Yang sepatutnya di soalkan orang Melayu ialah mengapa terjadi nya murtad di kalangan orang Melayu? Adakah kebajikan mereka tidak di jaga oleh pihak yang berwajib? Mengapa aqidah mereka teruk sedangkan masyarakat Melayu di lemaskan dengan 1,001 program keIslaman?

Islam yang sudah sempurna berada dalam ancaman? Hello, yang terancam dan berada dalam keadaan yang teruk ialah orang Muslim dan majoriti Muslim dalam negara kita ialah orang Melayu. Keadaan mereka terjadi demikian disebabkan sistem pemerintahan dan cara orang Umno berpolitik.

Orang Cina yang berjumlah lebih kecil mahu menjatuhkan orang Melayu yang merupakan 65 peratus penduduk negara ini? Tauke Cina kalau dapat, hendak lagi baik dengan raja2 Melayu sebab melalui sistem raja, mereka dapat menguasai lebih banyak bisnes dan pengaruh. Sebab itu, saya menganggap bila dua pemimpin Umno dari Johor ini mengeluarkan kenyataan bebal tersebut, Umno sudah cemas dan kebingungan.

Tapi, bila Ezam Mohd Noor yang mendakwa DAP akan menjadikan Malaysia sebuah Singapura, saya rasa trademark Umno dan orang2 yang menyokong nya, ialah mereka semua sudah buang tebiat. Mengikut hemat orang Melayu, orang yang buang tebiat, ialah orang yang hampir mati. Demikian agaknya, yang terjadi keatas Umno sekarang.

Elok rasanya kita jawab kenyataan Ezam. Apa salahnya jika Malaysia jadi kaya dan kekayaan tersebut di nikmati oleh semua berbanding pada masa sekarang dimana kekayaan dan nikmat ekonomi di monopoli oleh segelintir orang yang rasuah? Apa salahnya negara kita menjadi negara macam Singapura di mana perkhidmatan awamnya kelas pertama? Dan apa salahnya negara kita jadi macam Singapura yang mengenakan disiplin yang ketat keatas rasuah?

Bila kita bercakap pasal rasuah, di manakah kotak2 yang pernah di laungkan oleh Ezam Mohd Nor yang di katakan mengandungi maklumat mengenai kes2 rasuah oleh pimpinan Umno? Rasuahlah yang merupakan kezaliman yang paling teruk merosakkan orang Melayu. Apabila sesebuah negara rasuah, amat sukarlah untuk pemimpin yang berada dalam sistem tersebut, melakukan perubahan.

Tidakkah kamu lihat apa jadi kepada orang Melayu di Singapura? Maka saya jawab apa yang terjadi kepada mereka? Walaupun kita enggan mengakuinya, pandangan dunia Melayu Singapura berbeza dengan pandangan Melayu Malaysia. Orang Melayu Singapura sedar bahawa mau tidak mahu, mereka terpaksa cultivate diri dengan ciri2 menjayakan diri melalui kerja keras dan mengelokkan diri dari segi mental. Orang Melayu Singapura merupakan hanya 15 peratus dari penduduk di sana. Mustahillah suatu kumpulan minoriti dapat menguasai kumpulan yang majoriti. Apatah lagi jika yang majoriti juga kuat dari segi ekonomi dan dari segi mempunyai kelompok kuasa intelek yang lebih tinggi.

Bahkan apa yang terjadi keatas orang Melayu di Singapura patut menjadi peringatan dan pengajaran kepada orang Melayu Malaysia. Satu bangsa yang meletakkan masa depan mereka keatas kepercayaan mutlak dalam tangan orang lain hanya menempah masa depan yang sengsara. Orang Melayu Singapura sepatutnya mengingatkan orang Melayu di Malaysia peri pentingnya bergantung kepada kekuatan diri sendiri.

Dan orang Melayu di Singapura, mengingat kita di Malaysia, kita mesti menolak pemimpin yang bodoh. Kita mesti tolak pemimpin yang rasuah. Orang Melayu Singapura mentertatwakan orang Melayu Malaysia sebab sejak 13 tahun kebelakangan ini, orang Melayu Malaysia di penjarai oleh soal seks pemimpin Melayu lain. Bangsa lain hendak maju, kita asyik obsess dengan citarasa seks Anwar Ibrahim. — sakmongkol.blogspot.com

Hebatnya Rosmah... kahkahkah...

Posted: 15 Dec 2011 06:20 AM PST

Rosmah sebagai penentu PRU ke-13?

SHAH ALAM, 14 DIS – Adakah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, akan menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum akan datang?

Sama ada berseloroh atau serius, soalan itu telah dibangkitkan oleh seorang hadirin wacana 'PRU13: Undi Siapa Jadi Penentu' anjuran Sinar Harian di sini semalam yang panas dengan idea dan cadangan para pembicara.

Mereka yang menyertai wacana itu adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden KITA Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dari Universiti Malaya. Moderator wacana ialah Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa.

Menjawab persoalan itu, tokoh politik Datuk Zaid Ibrahim yang juga Presiden KITA berkata, demi kebaikan Malaysia, rakyat yang tidak berada dalam lingkungan politik tidak sepatutnya terpengaruh dengan gosip-gosip sebegitu.

"Sama ada Rosmah jadi penentu PRU13, saya sebenarnya merasakan dia ada memainkan peranan penting.

"Tetapi saya rasa eloklah buat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), bukan sahaja Rosmah malah Tun Mahathir Mohamad pun janganlah masuk campur. Kalau dah berhenti, berhentilah.

"Inilah masalah parti pemerintah yang memerintah terlalu lama yang merasakan seolah-olah perlu dinasihati, perlu menjaga hati, perlu menjaga itu, ini… Sampai bila?" katanya.

Jelas Zaid yang sebelum ini seorang menteri kerajaan persekutuan dan kemudian menyertai PKR sebelum meninggalkannya untuk menubuhkan KITA, jika Najib serius dengan reformasi, perkara yang lama sepatutnya ditinggalkan sahaja.

Namun, katanya, apa yang rakyat lihat adalah wujudnya kuasa-kuasa di belakang tabir yang memainkan peranan dalam politik tanah air yang semakin dibenci oleh orang ramai.

Dr Abu Hassan pula berkata, jika seseorang itu terbukti telah menyalahgunakan duit rakyat, maka rakyatlah yang berhak untuk menumbangkan mereka dalam PRU13.

"Tidak kira dia isteri Perdana Menteri, anak Perdana Menteri dan sebagainya, seandainya benarlah mereka telah menggunakan duit negara yang sepatutnya digunakan untuk rakyat, termasuk untuk membaiki sistem pengangkutan awam kita yang teruk ini, maka mereka harus ditentang, harus dijatuhkan," katanya.

Beliau menjelaskan, rakyat boleh melakukan perubahan untuk mengubah indeks kebebasan, demokrasi dan rasuah negara.

"Mengapa kita harus sayang pada parti yang tidak mampu melakukan janji yang mereka katakan. Jika mereka tak dapat lakukan janji itu, kita harus tukar dan beri pada yang lain.

"Kita tidak perlu bimbang jika mana-mana parti akan jatuh untuk digantikan dengan yang lain kerana ia adalah proses membina sebuah tamadun," tambah beliau.

Nurul Izzah pula mahu Najib menjamin pilihan raya yang bersih, malah menjelaskan PKR sanggup menerima apa sahaja keputusan jika proses pilihan raya yang benar-benar adil dan bersih dilaksanakan.

Malah, beliau mencabar Perdana Menteri menterjemahkan slogan 1Malaysianya dengan bertanding di kerusi Parlimen yang majmuk seperti Parlimen Lembah Pantai yang diwakilinya dalam PRU 2008.

"Kerusi (yang diwakli Najib sekarang) di Parlimen Pekan adalah 93 peratus pengundi Melayu. Jika benar Najib adalah pemimpin untuk semua kaum, sila bertanding di Lembah Pantai," ujarnya.

Saifuddin pula yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional dilihat tertekan dalam wacanan itu kerana bersikap defensif dalam usaha mempertahankan parti dan kerajaan yang diwakilinya.

Walau pun bersetuju dengan beberapa pandangan pemimpin Pakatan dalam wacana tersebut, beliau tetap mempertahankan kepimpinan Najib dan menonjolkan keyakinannya bahawa BN akan menang besar dalam PRU13.

"Bagi saya, pengundi yang mengundi pembangkang dalam PRU yang lalu akan kembali menyokong BN manakala yang telah memilih BN akan kekal dengan BN dan pengundi-pengundi baru pula akan mengundi BN," jelasnya.

Menurutnya, mereka menyokong usaha transformasi Najib yang kononnya sedang membuat perubahan baik untuk rakyat. – Roketkini.com

Tu dia aiihh, AURA Mat Sabu... kahkahkah...

Posted: 15 Dec 2011 01:30 AM PST

UMNO GAGAL Halang, MAT SABU Tawan Penduduk MUAR

Seperti yang dijangka, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan. Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara.

Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS,PKR. Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu. Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan. Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi.

Akhirnya selepas giliran Chegu'Bard berucap selesai dan tiba giliran kepada Mat Sabu, kumpulan anak yang berkumpul di atas motor ini bergabung pula dengan sekumpulan JKRT (Jawatan Kuasa Rukun Tetangga) yang lengkap memakai vest JKRT. Sebelum itu kumpulan JKRT ini hanya berada disepanjang jalan dan ramai yang menyangkakan mereka antara anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga lalulintas yang sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi.

Rupa-rupanya sangkaan itu meleset sama sekali apabila. Kumpulan JKRT ini rupanya menjadi pencacai UMNO untuk mengangkat poster-poster provokasi terhadap Mat Sabu. Kumpulan yang bergabung ini dianggarkan sekitar 50 orang berarak sehingga di luar pintu pagar masuk ke rumah Sdr Zainudin, iaitu tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat ceramah. Mereka tidak dapat masuk ke dalam kawasan ceramah kerana Unit Amal, SAMM dan skuad AMK sudah bersedia di situ menantikan kehadiran mereka.

Akhirnya selepas perbincangan, dua orang wakil daripada kumpulan ini diberikan keizinan untuk berjumpa Mat Sabu dan menyampaikan memorendum. Dua wakil ini ialah Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang datang di atas kapasiti sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dan seorang lagi ialah Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais. Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu.

Alhamdulillah, walaupun budaya politik cacian, hinaan dan samseng yang ditunjukkan oleh kumpulan ini pada awalnya bertujuan untuk menimbulkan huru-hara. Namun kematangan yang ditunjukkan oleh Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor malah para penyokong PR lainnya yang tidak memperdulikan laungan dan ejekan mereka. Sebaliknya memberikan ruang kepada wakil-wakil mereka untuk bertemu sendiri Mat Sabu dan diberi ruang untuk berucap. Tujuan mereka supaya huru-hara berlaku sekaligus memaksa pihak Polis menamatkan program malam tadi lebih awal tidak berlaku.

Tahniah kepada PR kerana mengajar kumpulan ini erti politik matang apabila setiap wakil ini diberikan ruang untuk berucap dipentas mereka.

Antara yang menarik di dalam ucapan wakil-wakil mereka malam tadi, Mat Sabu sekali lagi disebut sebagai 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu'. Jika sebelum ini Mat Sabu dipanggil oleh YB dan Datuk oleh PERKASA ketika berhadapan secara empat mata. Tetapi malam tadi, gelaran 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu' diucapkan sendiri di atas pentas kepada orang ramai. Gelaran-gelaran yang 'tidak tepat' itu menimbulkan rasa lucu dan geli hati pada orang ramai apatah lagi Mat Sabu yang tersenyum mendengar gelaran-gelaran itu.

Sebenarnya asas ketakutan UMNO itu tidak sukar dibaca. Namun begitu, UMNO masih berselindung dibawah ngo-ngo dan badan belia bagi menggambarkan ketakutan mereka ini di atas kebangkitan rakyat, terutama rakyat di Muar khususnya. Gambar-gambar di bawah menjadi bukti kehadiran ribuan pengunjung tempatan yang datang untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam tadi. Perkarangan tapak ceramah yang penuh sesak sehingga melimpah ke luar jalan, menunjukkan rakyat Muar sudah muak dengan UMNO dan dahagakan perubahan pimpinan di Muar. Inilah sebabnya, dan puncanya mereka takut dengan aura Mat Sabu yang mampu menarik rakyat keluar untuk mendengar hujah-hujahnya.

Akhirnya selepas dua wakil kumpulan yang hendak mengusir Mat Sabu ini selesai berucap dan menyerahkan sendiri memorendum kepada Mat Sabu. Kumpulan yang berkumpul di luar pintu pagar masuk tadi bersurai dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu ada di antara mereka yang tidak pulang, tetapi menyorok ditempat-tempat yang gelap untuk mendengar ceramah Mat Sabu.

Sekumpulan anak muda bersama bendera BN, berkumpul di atas motorsikal menunggu arahan untuk menggempur tempat ceramah.

Sekitar 50 orang yang mendakwa sebagai penduduk yang menentang kehadiran Mat Sabu bersedia untuk menggempur betul-betuldi hadapan pagar masuk ke tempat ceramah bersama kain rentang provokasi terhadap Mat Sabu.

Ahli Rukun Tetangga (memakai vest) sekadar menjadi pencacai UMNO malam tadi untuk mengangkat poster provokasi.

'PERGI JAHANAM SABU KEPARAT'...lagi poster yang dianggkat oleh pemuda bertopi logo JKRT.

Dan seperti biasa...selepas kumpulan tadi tiba dihadapan pintu pagar tempat ceramah dan melaungkan pelbagai kata cacian dan hinaan terhadap Mat Sabu, barulah FRU tiba untuk membuat benteng bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Antara pegawai polis yang berkawal di bawah pentas ceramah.

Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang naik ke pentas ceramah sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli UMNO Seumur Hidup (03109330) dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Setiausaha UMNO Cawangan Sri Serdang, Pegawai Khas Kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali (ADUN Bukit Naning, Johor), AJK Gerakan Belia 4B Negeri Johor dan Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri.

Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais diberikan ruang untuk berucap sambil diperhatikan oleh Chegu'Bard.



Chegu'Bard sedang menyampai ceramah

Mat Sabu, Chua Jui Meng menerima 300 borang kemasukan PKR dan PAS daripada Sdr Zainudin,selaku tuan rumah dan juga antara bekas pemimpin UMNO yang kuat di Simpang Pt No.3 sebelum ini.

Aura Mat Sabu berjaya menarik ramai pengunjung malam tadi.

Sdr Zainudin berucap dan menyeru penduduk Pt No.3 supaya meninggalkan UMNO dan bersama Pakatan Rakyat.



-pulakdah

Bab ni memang aku sokong sangat Mahaguru58

Posted: 15 Dec 2011 12:00 AM PST

Bila Ketua2 Agama Islam engkar Perintah Allah Surah An Nur Ayat ke 31

Bilamana Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 13 pada tahun 2006 dahulu, saya bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana akhirnya kita mendapat Raja Permaisuri Agong yang kedua tahu menutup aurat baginda bila muncul dikhalayak ramai selepas Tuanku Siti Aishah, Raja Permaisuri Almarhum Sultan Salahudin Shah, Sultan Selangor sebelum ini.

Tidak lupa saya turut mengaminkan doa para khatib semasa Solat Jumaat untuk kesejahteraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selama Tuanku Sultan Mizan bertugas memikul amanah memimpin negara.

Tuanku Siti Aishah, Raja Permaisuri Agong pertama berhijab di dalam Malaysia

Ada kalanya saya merasa terkilan bilamana Baginda Sultan Mizan tidak tegas bersuara menangani hal ehwal urusan Agama Islam tatkala pemimpin kaffir harbi didalam negara kita berani mempersoalkan kedudukan agama Islam atau berkata nesta terhadap institusi agama rasmi negara? Namun, saya serahkan perkara itu kepada pertimbangan Allahu Ta'ala untuk menghakimi 'Ketua Agama Islam' negara ini di Yaum al Mahsyar nanti.

Kekhuatiran saya mengenai nasib dan masa depan umat Islam seMalaysia untuk jangkamasa 5 tahun akan datang, bertambah sebaik sahaja diumumkan bahawa Sultan Kedah telah dilantik memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke 14 bermula semalam.

Ini disebabkan kegagalan baginda untuk memastikan yang Raja Permaisuri akur terhadap Perintah Allahu Ta'ala didalam Surah An Nur ayat ke 31 yang mewajibkan mana mana perempuan yang sudah mencapai akli baligh untuk menutup aurat masing masing bila di hadapan mereka yang bukan muhrim bagi nya seperti diwahyukan dibawah:


Transliteration

Waqul lilmu/minati yaghdudnamin absarihinna wayahfathnafuroojahunna wala yubdeena zeenatahunna illa mathahara minha walyadribnabikhumurihinna AAala juyoobihinna wala yubdeenazeenatahunna illa libuAAoolatihinna aw aba-ihinnaaw aba-i buAAoolatihinna aw abna-ihinna awabna-i buAAoolatihinna aw ikhwanihinna aw baneeikhwanihinna aw banee akhawatihinna aw nisa-ihinnaaw ma malakat aymanuhunna awi attabiAAeenaghayri olee al-irbati mina arrijali awi attifliallatheena lam yathharoo AAala AAawratiannisa-i wala yadribnabi-arjulihinna liyuAAlama ma yukhfeena min zeenatihinnawatooboo ila Allahi jameeAAan ayyuhaalmu/minoona laAAallakum tuflihoon

Terjemahan:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Sadaqallah hal Adzhim!

Perintah Allah didalam Surah An Nur ayat ke 31, Al Qur'anul Karim.

Amat malang sekali bagi umat Islam negara ini bilamana kita menyaksikan pelanggaran terhadap perintah Allahu Ta'ala ini oleh mereka yang menjadi isteri kepada Ketua2 Agama Islam negara Malaysia semberono sahaja tampil duduk dengan megah didalam Majlis Santapan Di Raja sempena Upacara Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke14 dengan tidak menutup aurat masing masing secara sempurna selayak kedudukan masing masing sebagai Raja Permaisuri negeri masing masing dan juga isteri Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong terkini!

Apakah Duli Duli Tuanku berkenan tidak tahu akan kewajipan baginda masing masing untuk memastikan permaisuri tuanku tuanku berkenaan menutup aurat dengan sempurna bila hadir didalam upacara majlis rasmi kerajaan dan negara?

Saya khuatir bahawa pelanggaran terhadap perintah Allahu Ta'ala ini akan di ikuti kebanyakan mereka yang juga merupakan isteri para pembesar negara yang lain?

Isteri Perdana Menteri dan juga isteri Menteri Penerangan sudah pasti riang gumbira mendapat Raja Permaisuri Agong bersanggul karan kerana mereka sekian lama ini semberono sahaja keluar dikhalayak ramai tanpa hijab atau jilbab!

Nak kata mereka miskin tak mampu membeli kain tudung, harta masing masing melimpah ruah tak cukup tas tangan untuk menyimpannya?

Saya sudah bertekad bahawa sekiranya keadaan ini tidak ditangani oleh Ketua2 Agama Islam berkenaan dengan kadar segera untuk menurunkan tangan dan tidak akan mengaminkan do'a kesejahteraan bagi mereka yang terbabit semasa Solat Jumaat atau mana mana majlis yang meraikan mereka.

Saya rasa sekelian mufti dan penasihat agama istana istana berkenaan GAGAL mentarbiyyah kaum kerabat di raja dan para pembesar pemerintah negara ini.

Sia sia sahaja masing masing gah berbangga dengan ilmu pengetahuan mencakupi sekelian bab bab pengajian agama Islam tetapi ternyata lemah dan tidak berguna untuk membimbing yang terlibat.

Apatah lagi golongan ulama kaki ampu dan pembodek yang menghalalkan kelemahan para pemimpin negara berkenaan dengan mengeluarkan pelbagai alasan demi untuk mendapatkan apa apa keistimewaan dan kedudukan didalam susun galur siyasah pemerintahan negara?

Minta maaf le. Tok Mamu tak reti nak kipas mereka yang gagal memimpin isteri masing masing tetapi ada hati nak mengaku ketua begitu begini terutama didalam bab Agama Islam negara kita. Munafik bersifat begini!

Matlamat tidak menghalalkan cara beb. Sembang deraih lah macamana pun?

Yang haram tetap haram dan sia sia lah kehidupan sesiapa sahaja yang mendiamkan perkara melibatkan maruah umat Islam seperti ini hanya kerna takut kehilangan kedudukan atau darjat duniawi.

Buat pedoman kaum wanita yang mengaku dirinya beriman, ini saya lampirkan pedoman buat anda:


Ini pula kesalahan2 yang dilakukan oleh wanita Muslim Malaysia walaupun berjilbab kononnya?

Sebarkan lah kepada semua rangkaian siber anda.

Mudah2an bermanfaat pada semua. Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Untuk gambar yang lebih jelas, sila ke sini: mahaguru58.blogspot.com

Perasan betoi orang tua nih, masuk bakui angkat sendiri...

Posted: 14 Dec 2011 10:00 PM PST

Shahidan Kassim: 'Saya calon boleh menang'

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau adalah seorang "winnable candidate" iaitu calon boleh menang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Menteri Besar Perlis itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis kawasan Tambun Tulang berkata keyakinannya itu berdasarkan pandangan rakyat terutama di kawasan yang diwakilinya.

"Semua rakyat tahu. Kalau tidak ada hal saya tak akan keluar dari Perlis.

"Saya akan duduk dari pagi sampai ke malam di kawasan saya sahaja... jumpa rakyat dan sebagainya. Kalau macam itu bukan 'winnable candidate', apa makna sebenarnya?" katanya dipetik Bernama Online.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertanding semula pada pilihan raya umum datang, Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Arau, itu terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Dalam laman Facebook beliau, Shahidan turut mengulas mengenai calon boleh menang bagi semua kawasan di Perlis, dengan memberi penilaian iaitu baik, sederhana baik, buruk, terburuk kepada mereka.

"Ada sesetengah pihak mempersoalkan kenapa saya buat macam itu.

"Masalahnya rakyat dah bercakap (menilai) macam itu. Bukan kita yang buat penilaian tetapi rakyat yang membuat penilaian. Jadi saya bagi pandangan rakyat apa yang berlaku. Kita bercakap (mengenai winnable candidate) tapi tak ada ciri yang jelas," katanya.

Shahidan berkata bahawa dalam menyelesaikan masalah rakyat, seorang calon boleh menang tidak akan memberi alasan tidak ada peruntukan dan sebagainya, sebaliknya perlu berikhtiar dan berusaha termasuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

"Rakyat tak faham (soal peruntukan) itu. Kalau calon boleh menang, dia perlu berkorban. Tetapi pada masa yang sama hakikatnya ialah bukan semua masalah boleh diselesaikan serta merta oleh kerajaan," katanya.

Mengenai senario politik semasa, beliau berkata negara tidak akan kekal aman sekiranya kemenangan berpihak kepada minoriti yang mahu menguasai majoriti.

Katanya penduduk Malaysia merangkumi 67 peratus kaum Melayu dan Bumiputera, 22 peratus Cina dan lapan peratus India, jadi kemenangan wakil rakyat mesti mewakili nisbah mengikut kaum untuk keharmonian negara.

"PAS tak akan jadi pemerintah sebab dia minoriti. Kalau nak jadi pemerintah pun DAP. Tapi kalau dia jadi pemerintah pun, bolehkah dia mewakili rakyat secara keseluruhan?" kata Shahidan.

Menyentuh politik di Perlis, beliau berkata, Umno dan BN boleh mengekalkan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang dengan syarat parti dapat memperkukuhkan perpaduan anggota dan mempunyai jentera pilihan raya yang berkesan.

"Kita boleh menang dengan cemerlang dan boleh kalah dengan teruk. Isu dalaman kena diperbetulkan. Begitu juga dengan orang yang menyokong MCA. Tapi di peringkat akar umbi, jentera sudah bergerak di seluruh negeri," katanya.

Shahidan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri telah menunjukkan jalan terbaik dan memberi contoh kepada kepimpinan peringkat bawahan supaya bermula sekarang bagi memenangi hati rakyat.

"Siapa yang tak mahu ikut perubahan dia mesti diubah," katanya. -TMI

Panas!! Anwar silap besar, Karpal Singh bakal perlingkup masa depan politiknya...

Posted: 14 Dec 2011 08:00 PM PST

Kes Fitnah II Datuk Seri Anwar: Apa Motif Karpal Singh?

SEBAGAI seorang peguam kanan yang berpengalaman, penulis tidak rasa YB Karpal Singh mempunyai masalah untuk menggulung kes fitnah yang membabitkan Datuk Seri Anwar tanpa dalam masa yang sama, menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh merosakkan dan menghancurkan karier politik Anwar dimasa hadapan.

Justeru, penulis tidak faham kenapa dalam penggulungan kesnya semalam (sebelum Timbalan Pendakwaraya mengambil tempat), Karpal lebih banyak menimbulkan hujah-hujah yang menjurus kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku tapi atas kapasiti suka sama suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa Saiful.

Penulis boleh faham tujuan Karpal membangkitkan perkara tersebut – untuk menimbulkan keraguan ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar seterusnya mencerahkan peluangnya untuk dibebaskan. Tetapi sedarkah Karpal bahawa perbuatannya itu hanya akan merosakkan karier politik Anwar dalam jangka masa panjang – kalau pun tidak 'membunuhnya' (karier politik) terus!!

Tidak ada gunanya Anwar terlepas daripada pertuduhan yang ini tapi masyarakat kekal memandangnya sebagai peliwat. Rakyat hari ini semakin bijak, bukan seperti 20-30 tahun lepas ketika Karpal memulakan kariernya sebagai peguam. Ketika itu yang dilihat orang hanyalah keputusan bersalah atau tidak sahaja, alasan disebalik keputusan itu orang tidak peduli.

Nak mengaksesnya (alasan penghakiman) juga bukan mudah.

Tapi hari ini berbeza keadaannya. Dengan akses internet yang meluas, rakyat boleh membaca alasan penghakiman yang membebaskan Anwar seperti mana keadaannya pada 2004 dalam perbicaraan fitnah liwat 1. Benar ketika itu Anwar dibebaskan tapi stigma masyarakat dan diapi-apikan oleh musuh Anwar ialah, Anwar dibebas secara teknikal (tarikh kejadian yang berubah-ubah), bukan kerana tidak meliwat.

Bagi mengukuhkan tuduhan mereka, alasan penghakiman yang menjelaskan perkara tersebut dimuat turun dari internet dan digunakan secara meluas sebagai bukti untuk melengkapkan dakwaan bahawa Anwar sememangnya seorang peliwat (walaupun dibebaskan).

Kesilapan pasukan pembelaan Anwar ketika itu tidak menyemak semula alasan penghakiman yang mengesahkan penglibatan Anwar dalam hubungan homoseksual, menyebabkan sehingga ke hari ini masih ada segelintir rakyat yang percaya Anwar benar-benar seorang peliwat.

Rakyat hari ini mahukan satu penjelasan yang muktamad dari perbicaraan ini iaitu sama ada Anwar meliwat Saiful atau tidak. Soal secara paksa atau secara suka-suka ini bukan masalahnya, yang penting adakah kejadian liwat itu benar-benar berlaku. Menjadi tugas Karpal Singh sebagai ketua peguambela Anwar untuk memastikan bahawa dari segala apa segi pun Anwar bebas dari 'bayangan' liwat yang menghantuinya sejak 1998 lagi.

Tambah buruk lagi kalau keputusan hakim nanti benar-benar menjadi seperti mana yang dihendaki oleh Karpal (liwat secara suka sama suka), Anwar masih lagi tidak terlepas daripada kemungkinan dituduh dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan pula.

Memang benar sistem perundangan negara tidak membenarkan pesalah yang dibebaskan daripada pertuduhan dibawah Seksyen tertentu, dituduh semula dibawah Seksyen yang sama, tapi kini kita bercakap tentang 2 Seksyen (377B dan 377C) berbeza dibawah Kanun keseksaan yang sama.

Penulis dari dulu pun mempersoalkan kebijakan memilih Karpal Singh sebagai peguam untuk mengetuai kes Datuk Seri Anwar. Bukan soal kebolehannya tapi kerana Karpal mempunyai sejarah yang panjang membela tertuduh daripada pertuduhan tanpa mengambil kira kesan-kesan langsung selepas dari itu.

Disamping 'dosanya' membangkitkan isu liwat Anwar di Parlimen pada 1997.

Yang penting pada Karpal (malah mana-mana pengamal profession perundangan sekalipun) ialah menang kes, soal ia akan mencemarkan imej tertuduh atau tidak selepas proses perbicaraan selesai, itu bukan masalah mereka. Asal duit masuk cukuplah.

Sebagai peguam dan ahli politik dalam masa yang sama, Karpal perlu sedar bahawa tertuduh dalam kes ini bukan orang biasa, kita bercakap tentang bakal Perdana Menteri Malaysia dan imej sebagai peliwat ini tidak baik untuk dirinya dan negara ini.

Kalau majoriti penduduk negara barat pun masih memandang hina amalan homoseksual dan pelakunya apatah lagi di Malaysia yang dihuni majoriti orang Melayu beragama Islam.

Karpal perlu ingat, jika dalam kes pembunuhan model Altantunya, Pakatan Rakyat berjaya juga mengaitkan dengan Perdana Menteri dan isteri melalui 'calit-calit' kecil berkaitan dengan kes tersebut, tidak mustahil dimasa hadapan bila Datuk Seri Anwar pula yang menjadi Perdana Menteri, keadaan sama boleh digunakan musuh politik beliau untuk menjatuhkan karier politiknya.

Apatah lagi bila 'calit' yang kita cakapkan ini bukan kecil tapi besar saiznya.

Sebenarnya ada banyak lagi 'kecacatan' yang penulis lihat dari cara Karpal mengendalikan kes pembelaan Anwar, antaranya menyerahkan kepada peguam-peguam yang lebih 'junior' dalam pasukan pembelaannya untuk menggulung hujah mengenai perkara-perkara rumit berkaitan DNA lelaki Y dalam dubor Saiful yang dikatakan sepadan dengan DNA Anwar.

Tetapi penulis memberi keutamaan kepada soal yang dibincangkan di atas kerana ia mempunyai kesan jangka panjang kepada karier politik Datuk Seri Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri Malaysia.- SPR

Susah jugak kerja usung tilam nih... kahkahkah...

Posted: 14 Dec 2011 06:00 PM PST

Musa Hassan Saman Tiga blog Pro-Pakatan Rakyat

Kuala Lumpur - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com. -utaranews

Sedap jugak dia ni tibai Hassan Ali... hihi...

Posted: 14 Dec 2011 04:00 PM PST

Dr Hassan Ali Perlu Hormati Prinsip Pas, Atau Pas Perlu Hormati Prinsip Beliau?

DR HASSAN ALI menyebut beliau mempunyai tiga prinsip yang PAS mesti menghormatinya iaitu prinsip Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja. Jika ketiga-tiga prinsip ini PAS tidak menghormatinya, beliau menyebut bahawa berkemungkinan bersedia untuk mengambil keputusan keluar dari PAS setelah berbincang dengan beberapa rakannya termasuk para-para Mufti. 

Itulah hakikat yang boleh disimpulkan setelah membaca kenyataan beliau di SINI. Persoalan pertama, adakah selama ini PAS tidak menghormati ketiga-tiga prinsip yang beliau sebutkan itu? Dan, adakah Dr Hassan Ali juga menghormati prinsip di dalam PAS? Mudah kata, PAS kah yang perlu menghormati prinsip Dr Hassan Ali atau Dr Hassan Ali sebagai Jemaah PAS yang perlu mematuhi prinsip PAS? Ini mengelirukan.

Secara teorinya, ketiga-tiga prinsip Dr Hassan Ali itu amat baik tetapi ada prinsip yang hukumnya mutlak dan ada yang bersyarat. Prinsip Islam, sudah tentu hukumnya mutlak kerana Islam itu hukum tertinggi. Prinsip Melayu, ianya tidak mutlak kerana Melayu bukan Islam dan Islam juga bukan Melayu. Prinsip ketiga juga tidak mutlak kerana menghormati atau taat kepada Raja-Raja hanya sekiranya institusi itu taat kepada Allah dan Rasul. Di dalam Perlembagaan juga, Raja-Raja mesti tunduk kepada Perlembagaan yang digubal di dalam Dun atau Parlimen.

Di mana silapnya Dr Hassan Ali? Silapnya Dr Hassan Ali adalah kerana beliau menjauhkan diri dari Jemaahnya sendiri. Banyak keputusan yang dibuat oleh PAS seolah-olah tidak memberi erti kepada Dr Hassan Ali kerana kononnya beliau mempunyai prinsip Islamnya tersendiri. Pada ketika Kerajaan Negeri Selangor mempunyai masalah dengan perlantikan SUK, Datuk Khusrin dan masalah ini dikongsi juga oleh PAS, PKR dan DAP, berbeza pula dengan Dr Hassan Ali ketika itu. Pada waktu PAS dan PKR membuat keputusan tidak mahu terlibat di dalam perhimpunan anjuran NGO di Stadium Shah Alam yang kononnya untuk menangani masalah Murtad, tindakan ini tidak memberi erti pada DR Hassan Ali.

Pada waktu ramai di kalangan YB-YB PAS (kebanyakannya berilmu agama yang tinggi) merungut kerana setelah PR memerintah Selangor mereka tidak boleh membaca Khutbah atau bertazkirah di dalam masjid di seluruh negeri Selangor hanya kerana tiada Tauliah, Dr Hassan Ali menyokong JAIS di dalam perkara ini. Dr Hassan Ali menyertai perhimpunan menangani isu murtad di Stadium Shah Alam atas alasan amat sensitif dengan gejala murtad yang berleluasa, tetapi di dalam masa yang sama Bob Lokman diheret ke mahkamah kerana memberi tazkirah tanpa Tauliah. Di mana suara Dr Hassan Ali dan apakah tindakan beliau selantang seperti di dalam isu serbuan gereja?

Saya juga sebenarnya tidak bersetuju apabila Shaari Sungip, Ketua Penerangan PAS mendedahkan bahawa nama Dr Hassan Ali tidak tersenarai di dalam majoriti yang dipilih sebagai calon untuk bertanding di dalam PRU akan datang. Sepatutnya tidak perlu didedahkan kerana lihat sekarang, Dr Hassan Ali cuba kaitkan pendedahan tersebut dengan anugerah yang beliau terima dari Sultan Selangor. Kita tidak peduli samada beliau terima anugerah atau tidak, malahan kita tidak mahu berfikir atas sebab apa beliau menerima anugerah tersebut. Mungkin ada sebabnya beliau layak dan itu adalah rezekinya maka kita tidak boleh pertikaikan. Cuma, kita mahu tahu mengapa begitu sukar untuk Dr Hassan Ali menerima prinsip dan pendekatan PAS, tetapi di dalam masa yang sama beliau menuntut PAS menghormati prinsipnya?

Dr Hassan Ali patut memahami dan sedar bahawa Negeri Selangor walaupun diperintah oleh PR, tetapi kerajaan negeri diketuai oleh PKR bukan PAS. Justeru itu, kerjasama di antara PKR, PAS dan DAP perlu kepada pendekatan yang sudah tentu berbeza dengan negeri yang diketuai oleh PAS. Sedangkan, di Negeri Kedah yang diketuai oleh PAS sendiri pun berbeza pendekatannya dengan Negeri Kelantan yang juga diketuai oleh PAS. Sebab apa? Ini adalah kerana situasi di Kelantan dan Kedah mempunyai perbezaan khususnya dari segi polarisasi kaum yang memerlukan kaedah yang berbeza tetapi tetap menuju ke arah dasar dasar dan prinsip PAS. Apatah lagi negeri yang diketuai oleh PKR mahupun DAP.

Ada suara-suara sumbang terutamanya dari Umno yang sememangnya mengharapkan Dr Hassan Ali menyeberang kepada parti sekutu Apco itu mendakwa bahawa PKR dan DAP sebenarnya menjadi dalang kepada hilangnya sokongan ahli-ahli PAS kepada Dr Hassan Ali. Benarkah begitu? Jika begitu, mengapa MB Selagor dari PKR itu tidak melucutkan sahaja jawatan Exco Agama yang dipegang oleh Dr Hassan Ali sekarang? Jawapannya tidak samasekali. PKR dan DAP tidak memberi kesan kepada pengaruh Dr Hassan Ali. Sokongan kepada beliau ditentukan oleh ahli-ahli PAS sendiri terutamanya di Selangor setelah melihat sendiri gelagat Dr Hassan Ali selama ini. Igauan `rundingan dalam gelap' bersama Umno tahun 2008 mungkin sering menganggu tidor ahli-ahli PAS yang semakin meluat dengan Umno sekarang.

Pada saya, sekiranya Dr Hassan Ali mahu meninggalkan PAS hanya kerana PAS tidak menghormati prinsip beliau maka Dr Hassan Ali lebih layak untuk bertindak sedemikian. Ini adalah kerana jika semua ahli atau pemimpin PAS bersikap seperti beliau, sudah pasti PAS sudah lama berkubur. Mursyidul Am PAS sendiri pun tidak pernah berkata sedemikian. PAS wujud sehingga kini adalah kerana PAS tetap berpegang pada dasar Islamnya yang berijtihad di dalam keadaan yang memerlukan di samping ketaatan ahli kepada keputusan Jemaah. /wfauzdin.blogspot.com

Kisah menarik nih pasai KD Tun Razak...

Posted: 14 Dec 2011 02:30 PM PST

Latar Belakang KD TUN RAZAK.


KD TUN RAZAK

Dinamakan bersempena nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jsa negarawan ulung itu di atas sumbangan beliau kepada kemerdekaan,pemodenan,pentadbiran dan pembangunan Negara.

Lambang

Langit Biru Muda
sentiasa berwaspada terhadap semua ancaman termasuklah dari udara dalam menjaga keselamatan perairan Negara

Ombak Putih
Cabaran,keazaman dan semangat kental yang perlu dilalui serta dimiliki oleh setiap warga Kapal Selam semasa melaksanakan tugas mereka.

Laut Biru Tua
Beroperasi di lautan samudera yang luas tanpa had batasan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan Negara.Ianya melambangkan kecekalan dan ketabahan warga kapal selam dalam melaksanakan tugas dengan risiko yang amat tinggi.

Ikan Lumba Lumba warna kuning
lambang kepakaran anggota kapal selam yang berkeupayaan melaksanakan sebarang tugas dengan penuh tanggungjawab,efisien dan bijaksana demi menjunjung kedaulatan Negara

Fin kapal selam di permukaan
Mempamerkan keupayaan kapal selam sebagai aset martim yang paling digeruni.Ianya juga melambangkan keupayaan kapal selam beroperasi secara senyap dan penuh muslihat serta sukar dikesan pihak musuh.

Latar Belakang KD Tun Razak

Perolehan kapal selam telah meningkatkan kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM)secara keseluruhannya kerana ia mempunyai faktor cegah rintang dan force multiplier.mengambil kira kepentingan ini,keperluan kapal selam telah didaftarkan oleh TLDM sejak sekian lama

sebagai persiapan awal ke arah penubuhan angkatan kapal selam,TLDM telah menghantar beberapa Pegawai dan anggota mengikuti kursus dan latihan kelayakan kapal selam di beberapa buah negara seperti Australia,Turki dan Perancis sejak tahun 80-an lagi.inisiatif ini sejajar denganb hasrat TLDM mewujudkan tenaga pakar dalam bidang kapal selam.namum begitu,hasrat ini tidak menjadi kenyataan kerana beberapa kekangan yang dihadapi pada masa tersebut.

projek kapal selam telah diberi nafas baru apabila pihak kerajaan pada 3 Mei 2000 memutuskan agar kajian kesesuaian ke atas beberapa buah kapal selam dilaksanakan oleh kementerian pertahanan.

17 April 01
pasukan kajian tawaran kapal selam ditubuhkan untuk menilai setiap tawaran yang diterima.

05 jun 02
kerajaan Malaysia telah menandatangani kontrak perolehan 2 buah kapal selam jenisSCORPENE bersama pakej latihan dan bantuan logistik bersepadu(ILS)dengan konsortium bernama ARMARIS yang dianggotai oleh syarikat DCNS,Perancis dan syarikat NAVANTIA,Sepanyol.

25 Okt 02
kontrak ini mula berkuatkuasa.

21 Feb 03
titik bersejarah dalam pembinaan KD TRZ bermula dengan upacara pemotongan besi pertama.

24 Jul 07
Upacara penyambungan kedua dua bahagian kapal selam di limbungan Navantia,cartagena sepanyol telah disempurnakan oleh mantan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali.

8 Okt 08
Upacara pelancaran dan penamaan KD TRZ di limbungan Navantia,Cartagena sepanyol telah disempurnakan oleh Seri Paduka Naginda(SPB)Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

4 Nov 09
KD TRZ telah diserahkan seara rasmi kepada Kerajaan Malaysia.

5 Nov 09
KD TRZ telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM dengan kekuatan anak kapal seramai 32 pegawai dan anggota lain lain pangkat.majlis pentaulihan disempurnakan oleh panglima Tentera Laut Ybhg Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar.

19 Feb 10
Pelayaran dari cartagena,Sepanyol ke Toulon Perancis sebagai persediaan pelayaran pulang dan juga rutin senggaraan Assisted Maintenance Period(AMP)pertama.

30 April 10
KD TRZ telah memulakan pelayaran sulang dari Toulon Perancis.Pelayaran memakan masa selama 72 hari dengan persinggahan di 4 buah pelabuhan bagi tujuan ulang bekal iaitu di Iskandariah Mesir,Jeddah Arab Saudi,salalah Oman dan Cochin India serta Tambatan Pangkalan TLDM Lumut(TPL)sebelum tiba di pangkalan TLDM Kota Kinabalu(PTKK),Sabah.

2 Jul 10
Sambutan Ketibaan KD TRZ Di Lumut.DYMM sultan Perak,Sultan Azlan Muhibbiddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussof Izzuddin Shah telah berkenaan berangkat ke majlis tersebut.DYMM Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Ibni Al Marhum Sultan,Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad an PTL,Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Shah Hj Jaafar telah bersama sama belayar dengan KD TRZ dari perairan Pulau Jarak menuju ke TPL,DYMM Sultan Selangor turut berkenan menguji keupayaan Kapal untuk menyelam di kedalaman terhad di sekitar peraiaran Pangkor.

15 Jul 10
KD TRZ tiba di PTKK disambut meriah Oleh Yang Dipertua Negeri Sabah,Tun Ahmad Shah Abdullah.ketibaan ini melengkapkan Pelayaran pulang KD TRZ dari Perancis ke Malaysia.

25 Jul 11
kunjungan kedua DYMM Sultan Selangor ke kapal,bagina telah berkenan bersantap bersama warga kapal.

Spesifikasi Kapal


1) panjang keseluruhan: 67.56 Meter
2) Lebar keseluruhan: 8 Meter(termasuk Hydroplane)
3) Lebar Pressure Hul: 6.2 meter
4) Draught Purata: 5.4 Meter
5) Sesaran Permukaan: 1,599 tan
6) Sesaran selaman: 1,758 tan
7) Reserved Bouyancy: 9 peratus
8) Kelajuan Maksima: 20 Knots (menyelam),12 Knots (permukaan)
9) krew: 35 Krew
10) ketahanan operasi: 45 hari

Visi
Pencegah rintangan Maritim yang efektif dan kredibel

Misi
mencegah rintangan ancaman terhadap keaulatan dan kepentingan Maritime Malaysia.

Addin

Posted: 15 Dec 2011 11:09 AM PST

Addin


Panas!! Video Ali Rustam Terkena Sawan..

Posted: 15 Dec 2011 09:16 AM PST

Ini bukan kali pertama ceramah PAS di ganggu, sudah berkali-kali apabila adanya ceramah PAS di kawasan Bukit Katil seperti di Bukit Baruang, Bukit Baru, Ayer Molek, dan lain-lain. Ali Rustam juga kadang-kadang akan turun berceramah. Selain Ali Rustam, ada juga beberapa penceramah tetap UMNO yang turut berceramah termasuk 'usetaz' upahan UMNO. Ini lah standard KM Melaka, sanggup datang jadi penganggu ceramah PAS di Bukit Baru, Melaka. 

Sama sahaja standard JKKK. Cakap pula merapu, banyak hina Kelantan dan Pulau Pinang. Untuk pengetahuan, Dun Bukit Baru merupakan Dun di mana Ali Rustam bertanding pada PRU lepas, di fahamkan juga, PRU13 nanti beliau tidak akan bertanding di Dun Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil kerana kebarangkalian beliau akan kalah tinggi. Ali Rustam mungkin akan bertanding di Parlimen Tangga Batu, parlimen di mana terdapatnya beribu-ribu undi pos tentera.


Ni pula video BONUS...anak buah Ali Rustam...sama kan? 


~aizat legendz blog

Addin :

Addin pernah masuk sidang DUN Melaka, Ali Rustam jikalau berhujah pun tak faham dan sering tak menjawab soalan yang di beri. Ini kan pulak ceramah.. lagilah merepek tak tentu arah.


Bongkar!! Individu Di Sebalik Video Hina Hudud

Posted: 15 Dec 2011 05:41 AM PST


Face book Mat Dollah a.ka (ajaff8@gmail.com) : https://www.facebook.com/mat.dollah = The page you requested was not found. page not found ? kah kah kah ! 
 
Ini orang sudah ilang teloor! muka macam pecah pintu, hebat lawan hukum Allah. takkan sudah delete facebook? kah kah kah! Facebook di padam pada lebih kurang jam 3 pagi, 12 Disember 2011.

Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi. Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews. Guna user name matamata. Disyaki sebagai dalang di sebalik Sembang Rakyat yang hina hudud dikatakan member kepada Noh Omar. Mohamed berbaju putih?

Dari komen matamata di SINI: http://www.blogger.com/comment.g?blogID=3627702608120546195&postID=9207546394047934021 Saye Mohamed Bin Abdullah mempunyai 2 orang isteri dan 11 orang anak.Isteri pertama:
A-Zainab Jussoh
anak:
1-Mohamad Redha
2-Nur Aisyah
3-Mohamad Suhaimi
4-Nurul Ain
5-Nurul Huda
B-Rohani Zainal Abidin
anak:
1-Siti Fatimah
2-Al Hussein
3-Siti Khodijah
4-Ali Zainal Abidin
5-Siti Mariam
6-Siti Sarah

Begitulah serba sedikit tentang keluarga kami, malah masih ramai lagi ahli keluarge yang masih berade di Daek, Lingga, Bintan, Jakarta, Bandung, Jogja dll. Jika anda termasuk dalam salasilah ini sila hubungi saye di ajaff8@gmail.com atau matdollah2002@yahoo.com. Keluarga ajaff8 / matamata / matdollah:

Gambar di atas cilok dari fb anak mat dollah yg bernama Aisyah Mohamed (Nur Aisyah):

Pendedahahan khas siapa dibelakang SEMBANG RAKYAT yang menghina ISLAM dan Allah, juga menghina rakyat kelantan dan umat islam seluruhnya. Kami telah mendapat maklumat dari beberapa sumber dan ini hasilnya, jelas siapa mereka dan apa tujuan mereka, harap UMNO boeh jawab di dunia sebelum Allah soal di akhirat. Bermula dari e-mail (ajaff8@gmail.com) [ADMIN SEMBANG RAKYAT] kami boleh bongkar semua siapa dalang disebalik video yang hina ini, MOGA Allah balas setiap apa yang mereka kerjakan. amin.

LINK INFO UNTUK SEMUA MAKLUMAT DIBAWAH :

http://website.informer.com/Matamata+Syarikat+Kaya+Raya.html
http://who.is/whois/sembangrakyat.org/
http://melayubangkit.com/index.php?page=staff
http://sembangrakyat.org/

Administrative Contact:
Syarikat Kaya Raya
Matamata ()
2 tmn. aman
sijangkang
Kelang
Selangor,47500
MY
Tel. +603.564456

Technical Contact:
Syarikat Kaya Raya
Matamata ()
2 tmn. aman
sijangkang
Kelang
Selangor,47500
MY
Tel. +603.564456

Billing Contact:
Syarikat Kaya Raya
Matamata ()
2 tmn. aman
sijangkang
Kelang
Selangor,47500
MY
Tel. +603.564456


Ini FB beliau iaitu ADMIN (www.sembangrakyat.org) yang membuat video MENGHINA ALLAH DAN RASULULLAH, UMAT ISLAM, RAKYAT KELANTAN SELURUHNYA., sila hebahkan dan sebarkan.. TERIMA KASIH.

AKAUN FB 1 : https://www.facebook.com/profile.php?id=100000742330090&ref=ffl
AKAUN FB 2 (fake) : fairusajaff@gmail.com : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002682323624

INI VIDEO BELIAU YANG MENGHINA ALLAH DAN RASULULLAH, UMAT ISLAM, RAKYAT KELANTAN SELURUHNYA.

1 : http://www.youtube.com/watch?v=APDXOormKqY&feature=share

2: http://www.youtube.com/watch?v=GhcdAhZBbXc&feature=share

PENDEDAHAN : SIAPA (ajaff8@gmail.com) ADMIN www.sembangrakyat.org ? Ini akaun-akaun beliau.


Panas!! Lagi Ahli UMNO Masuk PAS..

Posted: 14 Dec 2011 08:32 PM PST

Umno di Terengganu diakui berada dalam keadaan semakin lemah sekarang oleh ahli-ahli parti itu sendiri, sehingga menyebabkan orang ramai semakin hilang keyakinan terhadap Umno BN untuk terus memerintah di negeri itu.Realiti itu terserlah apabila ahli-ahli Umno di Terengganu kini semakin ramai yang mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, bagi bersama-sama merealisasikan harapan "PAS Ganti Umno" di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, perbezaan sikap dan tindakan para pemimpin Umno BN dan PAS dapat dinilai sendiri oleh rakyat Terengganu hasil dari pemerintahan PAS di negeri itu pada tahun 1989 lalu, walaupun hanya untuk tempoh sepenggal.

Menurutnya, sepanjang PAS memerintah, seluruh rakyat Terengganu sendiri dapat merasakan betapa mudahnya urusan antara kerajaan dan rakyat dalam pelbagai perkara termasuk berkaitan pengurniaan tanah kepada rakyat.

Katanya, selain itu, rakyat Terengganu sendiri mengetahui sejak PAS memerintah tidak lagi dikenakan cukai pintu di kawasan-kawasan perbandaran, di samping tidak mengalami kesukaran dari segi karenah birokrasi.

"Sepanjang PAS memerintah, rakyat Terengganu juga tahu tidak terdapat penyelewengan dan salahguna kuasa dan rasuah di kalangan para pemimpin PAS sehingga tak ada seorang pun pemimpin PAS yang boleh diheret ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

9 Disember 2011 lalu, 80 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Banggol Donas yang terletak dalam kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Salahuddin.

40 orang daripada mereka terdiri daripada bekas Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan kampung tersebut, dengan diketuai bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Salleh Embong, sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan di kawasan itu.

Penyerahan borang keahlian PAS daripada bekas Puteri diketuai oleh bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Kampung itu, Rosni Hassan, 37, atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Bercakap kepada media pada majlis itu, Salleh dan Rosni mengakui tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS berpunca dari kehilangan keyakinan mereka sendiri dengan sikap para pemimpin Umno BN di Terengganu yang kini semakin mengabaikan tanggungjawabnya kepada orang ramai, melainkan hanya kepada kroni-kroni mereka sendiri dalam parti itu.

Mereka turut mengakui tindakan mereka itu pasti memberi tamparan hebat kepada Umno Dun Teluk Pasu khususnya dan Umno Kuala Nerus serta negeri amnya, lantaran kekecewaan ahli-ahli parti itu sendiri terhadap para pemimpin mereka.

Antara contoh yang diberikan oleh kedua-dua mereka berhubung perkara itu termasuklah hal-hal yang berkaitan projek pembinaan jalan yang melibatkan tanah serta rumah penduduk di kampung tersebut yang jelas terdapat unsur salahguna kuasa.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu, Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Nerus, M Sukrimun Shamsuddin; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Naib YDP Kuala Nerus, Ustaz Ismail Mamat; Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim dan Setiausaha PAS Kuala Nerus, Zakaria Dagang.

Menurut Salahuddin, kemasukan 80 orang ahli Umno ke dalam PAS itu sememangnya mencipta sejarah yang amat membanggakan PAS, memandangkan sebelum ini amat jarang ahli-ahli parti itu di Terengganu menyertai PAS secara serentak sebanyak itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yakin tindakan 80 bekas ahli Umno itu merupakan sebahagian dari lambang kebangkitan golongan muda untuk bersama-sama melakukan perubahan politik di negeri itu.

"Banyak faktor yang dilihat oleh ahli-ahli Umno sendiri dan genarasi muda sekarang yang mendorong mereka menyertai PAS. Antaranya termasuklah perpaduan utuh di kalangan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri berbanding Umno BN, sehingga tidak berlaku kem-kem dalam PAS.

"Keadaan itu berbeza dengan Umno khususnya di Terengganu sehingga berlakunya kem Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Idris Jusoh ekoran perebutan jawatan dan kuasa, sehingga akhirnya rakyat sendiri yang mengakui mereka terabai," katanya.

Beliau berharap agar penyertaan 80 orang bekas ahli Umno itu ke dalam PAS akan dijadikan titik renungan oleh ahli-ahli Umno BN lain di Terengganu untuk bersama-sama berhijrah ke dalam PAS.

Tindakan itu, tegasnya, amat penting untuk membolehkan PAS merampas Terengganu dari Umno BN pada PRU Ke-13 akan datang, bagi membolehkan PAS melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik terhadap rakyat seperti yang diharapkan oleh orang ramai sendiri.

pemuda cheh

Posted: 15 Dec 2011 10:30 AM PST

pemuda cheh


Surat Nabi Muhammad SAW Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery

Posted: 14 Dec 2011 05:00 PM PST

Surat Nabi Muhammad Kepada Paderi St. Catherine's Monastery

Pada tahun 628 Nabi Muhammad SAW mengeluarkan Piagam Anugerah kepada biarawan St. Catherine Monastery di Mount Sinai. 

Surat ini mengandungi tentang aspek-aspek hak asasi manusia termasuk perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka, dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.

St. Catherine's Monostery

Di bawah adalah terjemahan dokumen tersebut di dalam bahasa Inggeris :-

"This is a message from Muhammad ibn Abdullah, as a covenant to those who adopt Christianity, near and far, we are with them.

Verily I, the servants, the helpers, and my followers defend them, because Christians are my citizens; and by Allah! I hold out against anything that displeases them.

No compulsion is to be on them.

Neither are their judges to be removed from their jobs nor their monks from their monasteries.

No one is to destroy a house of their religion, to damage it, or to carry anything from it to the Muslims' houses.

Should anyone take any of these, he would spoil God's covenant and disobey His Prophet. Verily, they are my allies and have my secure charter against all that they hate.

No one is to force them to travel or to oblige them to fight.

The Muslims are to fight for them.

If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visiting her church to pray.

Their churches are to be respected. They are neither to be prevented from repairing them nor the sacredness of their covenants.

No one of the nation (Muslims) is to disobey the covenant till the Last Day (end of the world)."

Surat Nabi Muhammad yang berada di St. Catherine's Monostery 

Maksudnya :-

"Ini adalah mesej dari Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, jauh mahupun dekat, kita bersama dengan mereka.

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka.

Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka.

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka.

Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam.

Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang.

Orang-orang Islam berjuang untuk mereka.

Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa.

Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya.

Tiada satu negarapun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia)."

Topkapi Palace yang menyimpan salinan asal perjanjian


Pada tahun 1517, piagam asli ini diambil oleh Sultan Selim I dari Turki dan kini berada di Muzium Topkapi di Istanbul. Akan tetapi Sultan memberikan salinan piagam tersebut kepada para biarawan, dan mengkaji isi piagam tersebut.

Dari koleksi besar gulungan kuno dan moden yang diawetkan di perpustakaan biara, jelaslah bahawa Perjanjian Nabi, walaupun asli ataupun hanya salinan, jelas memberikan hak dan perlindungan untuk umat Kristian.

A Mum Of Three Mohd

Posted: 15 Dec 2011 10:29 AM PST

A Mum Of Three Mohd


Dari Gerakan kau berasal kepada Gerakan kau kembali

Posted: 15 Dec 2011 07:45 AM PST


Dari Gerakan kau berasal
Kepada Gerakan kau kembali
Dari terus mencari pasal
Alhamdulillah-lah kau dah pergi


PKR 'gembira' Lim Boon Chang keluar parti
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 15 Dis: Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Pulau Pinang mengalu-alukan perletakan jawatan Ketua Cabang KeAdiLan Bukit Gelugor, Lim Boon Chang (gambar) untuk sertai parti lamanya, Gerakan yang kian karam dalam arus politik tanahair.

Ketuanya, Amir Ghazali ketika dihubungi menegaskan, keputusan itu tepat sekali kerana parti tidak mahu wujudnya individu yang mencari kesempatan untuk bertanding di satu-satu kerusi serta seringkali mengungut parti sekiranya permintaanya tidak diterima.

"Sebelum dipecat lebih baik beliau letak jawatan kerana sikap yang ditunjukan mula melampau. Biar dia karam di laut bersama nakhoda Gerakan yang sudah jelas melakukan penyelewengan demi penyelewengan, "ujarnya gembira.

Baginya, tidak elok parti menyimpan individu yang sering mengambil kesempatan sedemikian kerana keputusan siapa yang akan dicalonkan atau di kerusi mana dicalonkan bukan keputusan peribadi sebaliknya adalah keputusan parti.

Penghijrahan kembali beliau ke Parti Gerakan pastinya mengundang padah kepada Gerakan pimpinan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon yang kini tidak lagi mempunyai kekuatan semaksima dulu selepas berbagai isu dikaitkan denganya ketika bertindak sebagai Ketua Menteri beberapa penggal.

"Biarlah dia belayar bernakhodakan bekas ketuanya dulu yang terkenal dengan suka menyeleweng dan mengambil kesempatan mengaut keuntungan, " tegas beliau.

Lim Boon Chang pernah menganggotai Gerakan selama 15 tahun mengambil keputusan menganggotai PKR kira-kira tiga tahun lalu dan tengahari tadi mengambil keputusan meletakan semua jawatan dalam parti dan menyertai semula Gerakan dengan alasan PKR sudah tidak releven apabila kebanyakan suara yang hadir dari peringkat bawahan tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan.-HarakahDaily

Berjuang Terus Berjuang!!

Posted: 15 Dec 2011 05:45 AM PST


Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara
Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.

Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.

Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.-Mkini

Kita hanya boleh meramal tapi Allah SWT jualah penentunya. Ada kata, Anwar akan ke dalam. Ada kata dia akan dibebaskan. Whatever ler...

Tapi jika ketentuan takdir Anwar ke dalam... mungkin ada yang kecewa, tapi jangan putus asa. Perjuangan kena diteruskan. Lawan tetap Lawan.

Anwar masuk penjara, UMNO pasti masuk kubur menuju ke neraka1!

Kita bawa semangat juang Anwar ke luar. Dengan semangat dan kudrat, kita berjuang untuk menjatuhkan UMNO@BN bagi kita tegakkan semula keadilan di bumi Malaysia.

Anwar terpenjara... kita pula terus mara. Lawan Tetap Lawan!!

The frustrated sour grapes

Posted: 15 Dec 2011 04:00 AM PST


Al-kisahnya bermula macam ni...

Mula-mula terlior dan termakan umpan. Dek terlalu syok dengan umpan-umpan yang diberi, maka jadi lupa diri. Berkhayal dengan impian indah, lalu tersalah langkah dan termasuk perangkap. Aduuhhh!!

Mungkin kini, baru tersedar yang diri sudah berada dalam perangkap. Akibat terlajak perbuatan, kini nak keluar salah, tak keluar pun salah. Semua jadi serba salah dan tak tentu arah. Malah... banyak orang pun dah marah-marah.

Kalau udah masuk perangkap, alamatnya akan jadi lauk UMNO untuk diratah-ratah ler. Alahai kesiannyer....

Nak salah siapa sekarang??

Salahkan kegelojohan serta kebodohan diri sendiri.

Nak buat apa sekarang??

Ketuk kepala dan tanya akai!!


KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Walaubagaimana pun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.-HarakahDaily

Bye-bye Hassan Ali...

Posted: 15 Dec 2011 02:04 AM PST


PAS bergerak sebagai sebuah organisasi. So... kalau Hassan Ali nak pergi... pergiler??

Aha... kali ini bukan aku yang cakap. Kali ini Mahfuz Omar yang cakap. Don't play-play.... Itu suara Naib Presiden PAS. Eh... eh... seirama pulak suara kita ek??

Mahfuz: Hasan mahu keluar PAS, silakan
Jimadie Shah Othman
4:30PM Dis 15, 2011

PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (kanan) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.

Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, PAS tidak pernah membantah mana-mana anggotanya meninggalkan parti kerana ia merupakan hak dalam negara demokrasi.

Beliau bagaimapun berkata tidak pasti bahawa khabar angin itu benar ataupun tidak.

Anggota parlimen Pokok Sena itu menegaskan, PAS mampu menangani perkara itu jika berlaku kerana pernah melalui pengalaman seumpamanya sebelum ini.

"Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar.

"Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa," katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan.

Mahfuz juga menegaskan, PAS sentiasa bergerak sebagai sebuah organisasi dan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu untuk tujuan itu.-Mkini

Hahahahaa.... Mahfuz saran Hassan pergi... No hal punyer ler. Itu small matter. Dia pergi, parti tak rugi. Tambah pulak, kepergiannyer nanti, insyaAllah akan direstui dan dia rasanyer tak akan dirindui. Kalau dia pergi pun, bukan sebab kepincangan parti tetapi akibat perbuatan sendiri yang pandai-pandai nak kahwinkan PAS dengan UMNO walau pun PAS tak sudi. Memandai-mandai jer dia...

Berkali-kali keputusan telah diberi. Pas sekali-sekali tak mau bernikah dengan UMNO tapi dengan muka tak malu tetap mengatakan dia rela berjumpa PM untuk tujuan itu. Weh.... sapa lantik you jadi broker??

Nampak gayanyer, obvious dia yang beriya-iya suka sangat pada UMNO. Parti tak suruh pun dia merelakan diri terhegeh-hegeh nak juga-juga bersatu dengan UMNO.
Itu sepasal... Dia juga nampaknya cuba beri gambaran seolah-olah dia sorang je ler yang sayangkan Islam.

Itu bukan aku kata... Itu Pak Bakaq Penarik Beca yang kata. Persepsi negatif yang cuba diberikan, seolah-olah bersama Pakatan Rakyat, PAS susah nak perjuang dan memartabatkan Islam. Seolah-olah 'tangan' PAS terikat. Jadi, sebagai seorang yang sayangkan Islam... dia kena bertindak secala solo. Aaaii.. lupa pulak ke dia pada hak orang bukan-Islam di negara ini.

Dia cuba beri gambaran... hanya dengan berkahwin dengan UMNO sajalah PAS boleh memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu. Itu sebab dia beriya-iya bergesel-gesel badan dengan UMNO. . Ater... mengkalor udah macam tu, kamu sorang jer ler yang pergi peluk UMNO. Aaaa... kalau si Nasha nak, ajak dia sekali. Ada juga kawan. Idak ler nanti keseorangan...

So... jangan tunggu lama-lama. Bye-bye Hassan Ali...

Dah agak dah...

Posted: 15 Dec 2011 12:15 AM PST


Mahkamah tak benar PAS cabar bil perhimpunan

Hazlan Zakaria
12:12PM Dis 15, 2011

Permohonan PAS mendapatkan kebenaran bagi mencabar dan menghentikan Akta Perhimpunan Aman ditolak dengan kos oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini.

Hakim Rohana Yusof berkata, sekurang-kurangan dua daripada pemohonon merupakan anggota parlimen dan berpeluang luas membincangkan dan menentangnya daripada diluluskan dalam dewan daripada menyalahguna proses mahkamah bagi tujuan itu.

Beliau juga berkata, permohonan itu pramatang kerana akta itu masih belum menjadi undang-undang; dan sekiranya sudah menjadi undang-undang, kesahannya masih boleh dicabar di mahkamah.

Percubaan oleh mahkamah untuk membetulkan atau memutuskan mengenai perkara itu akan mengganggu proses undang-undang parlimen dan melanggar doktrin pengasingan kuasa, tambah Rohana.

Hakim mengarahkah kos RM8,000 dibayar kepada kerajaan.

PAS pada 2 Disember lalu memfailkan semakan kehakiman terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan.

Dalam saman yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad (atas, berbaju putih) Sabu dan dua anggota parlimennya, mereka antaranya menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan/atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.

Dua lagi pemohon ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Hatta Ramli (Kuala Krai). Mereka diwakili peguam PAS Hanipa Maidin.-Mkini

Rasa cuak gua terjawab hari. Apabila PAS ambil langkah ini... aku dah rasa cuak. Isyyy.... boleh berjaya ke??

Bukan nak perkecil-kecilkan usaha PAS tapi mengenangkan ini negara Malaysia Boleh, maka rasa sangsi pada Mahkamahnya begitu menebal sekali. Tambah-tambah pulak... ini usaha untuk 'lawan' keputusan kerajaan.

Pulak tu malaon yang top-top yang berada dalam sistem kehakiman Malaysia Boleh semuanya dilihat macam 'lembu' kena cucuk hidung. Itu persepsinya.

Well... berusaha dan mencuba tak salah. Bagus tu... tapi apabila keputusan yang diberikan macam ini.... sakit hati weh!!

Sebab tu... tak der cara lain untuk memperbetul segala kepincangan ini selain... melalui kotak undi. Kerajaan yang ditunjangi UMNO ini mesti kita tumbangkan agar kita dapat ubah sistem yang pincang ini.

Bukan untuk kepentingan politik kita, tetapi demi keadilan untuk rakyat. Ya, demi mempertahankan hak rakyat agar tidak sewenang-wenangnya dicabuli oleh pemerintah yang bacul.

Demi maruah rakyat.... jom tumbangkan UMNO@BN!!

Dasar kerajaan lembu

Posted: 14 Dec 2011 10:45 PM PST


Kalau sudah kerajaan lembu, semua pihak nak diperlembukan.

Gilerrr..!! Hari Ahad pun nak kena kerja??

Woit!! Nak perlembu orang pun berpada-pada ler. Mereka bukan lembu... mereka manusia!!


Kontrak baru wajibkan guru sandaran kerja setiap hari

Seramai 8,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengeluh dan merayu kerajaan mempertimbangkan semula kontrak perkhidmatan baru mereka yang dianggap membebankan termasuk perlu hadir di sekolah pada hari Sabtu dan Ahad.

Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak GSTT Shamil Nor berkata penukaran daripada "Kontrak Khidmat kepada Kontrak untuk Berkhidmat juga menghendaki guru berkenaan memulangkan semula perbezaan gaji yang telah diterima sejak bulan Oktober hingga Disember berjumlah RM 3,476 setiap seorang.

"Kontrak yang baru ini juga tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain perlu hadir di sekolah tujuh hari seminggu termasuk cuti umum, sungguhpun tiada sesi pembelajaran atau gaji dipotong," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Pemuda Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau juga berkata di samping itu semua mereka hanya dimaklumkan mengenai penukaran kontrak itu pada 10 Nov sedangkan kontrak ini telah berkuat kuasa pada 17 Okt.

"Walaupun kontrak yang baru ini telah berkuat kuasa namun saya dimaklumkan terdapat Pejabat Pendidikan Daerah yang masih tidak memaklumkan perkara itu kepada guru sandaran di daerah mereka sedangkan esok semua guru sandaran diminta menandatangani Surat Akujanji berhubung kontrak yang baru itu," katanya.

Sementara itu Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung masalah itu.

- Bernama

[sumber]

Perjuangan belum selesai

Posted: 14 Dec 2011 09:15 PM PST


Keputusan kes liwat Anwar 9 Januari
December 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Penggulungan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan penghujung hari ini dengan keputusan akan diketahui pada 9 Januari depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengumumkan tarikh keputusan kes di akhir sesi penghujahan pagi ini.-MI

9 Januari nanti, jangan terkejut!! Sebab... ini bukan ke negara Malaysia Boleh!! Apa-apa boleh berlaku. Jangan menaruh harapan sangat pada keputusan Mahkamah Malaysia Boleh. Bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.

Samada Anwar di luar ke, atau Anwar ke dalam ke.... perjuangan tetap akan diteruskan. Lawan, kita akan tetap lawan!!

Perjuangan kita belum selesai. UMNO mesti kita kuburkan. Putrajaya mesti kita tawan. Malaysia mesti kita selamatkan. Kuasa rakyat mesti kita daulatkan.

Ayuh kita gembeling tenaga, bersatu hati dan kukuhkan kerjasama untuk menghadapi PRU13!!

Hahahaha.. UBAH!! Masukkan UMNO ke dalam tanah!!

Kamu sudah EXPIRED!!

Posted: 14 Dec 2011 07:52 PM PST


Isu calon: PAS pelik sekarang, bidas Nasharudin Mat Isa

December 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa membidas golongan tertentu dalam PAS, yang menurutnya "pelik" dan mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya umum ke-13.

Nasharudin yang turut dinamakan sebagai antara calon yang akan digugurkan berkata, beliau hairan dengan perkembangan terkini dalam PAS.

Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga disebut-sebut akan digugurkan tetapi dinafikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad lalu atas alasan pemilihan calon belum dimuktamadkan.

"Saya ada hubungi Dr Hasan dan menyatakan sokongan kepadanya. Saya pelik bila tengok ada pihak mendakwa beliau dan saya akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum.

"Mengikut amalan PAS, biasanya presiden yang umumkan siapa bertanding di mana. Tapi tiba-tiba ada pula individu peringkat bawah yang membuat kenyataan," katanya dipetik Berita Harian. [Sepenuhnya di sini]

Nak pelik apa....?? Pihak itu mungkin cuba menyampaikan hasrat hati akar umbi serta para penyokong yang tak mahu mereka yang mengkhianati keputusan jemaah parti menjadi calon.

Ya... walau pun calon mesti melalui pucuk pimpinan tapi suara akar umbi mesti dengar juga. Jadi... ada pihak kena bagi signal terlebih dahulu, semoga pucuk pimpinan parti alert akan kehendak akar umbi dan para penyokong PAS@Pakatan Rakyat.

Macam juga UMNO@BN... kita juga mahukan calon yang boleh menang di samping mempunyai integriti serta kepercayaan akar umbi serta para penyokong yang lain. Yang nak mengundi mereka terutama di kawasan bandar bukan orang PAS saja, tetapi yang duduk di atas pagar serta para penyokong daripada pelbagai bangsa dan agama. PAS for All, kan??

Rata-rata golongan ini sudah hilang kepercayaan kepada kedua-dua broker UG tersebut kerana telah mengkhianati kepercayaan mereka. PAS akan hilang undi mereka jika terus mencalonkan kedua-dua pengkhianat ini??

Ingat... musuh utama kita ialah UMNO@BN. UMNO nak kita tumporkan. Dan, UMNO ini memang liat nyawanya. So... untuk tewaskan mereka, kita kena bijak mengatur strategi. Salah satunya ialah faktor calon itu sendiri. Sebab itu... kedua-dua Hassan Ali dan juga Nasharuddin kini dianggap sebagai calon yang tak boleh menjaminkan kemengangan kepada PAS. Rugi tau...

Jadi... kedua-dua Nasaruddin dan Hassan Ali tak payahlah susah-susah mempertikan apa yang pihak itu dan ini buat. Tak kiraler sama ada bertanding sebagai calon luar atau tidak, tapi terima sajalah hakikat yang anda sudah tidak dikehendaki lagi sebagai calon bagi PRU13 kali ini. Mungkin bukan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi KAMI... para penyokong PAS@Pakatan Rakyat serta akar umbi parti sendiri.

Maaf. KAMI.... sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada anda berdua kerana apabila kami jdengar nama anda atau lihat rupa anda.... UMNO yang kami nampak. Ya... UMNO, musuh utama yang nak kita tumbangkan!!

Pelik... mengapa mereka tak dapat terima hakikat yang tarikh expired mereka sudah sampai? Cukup-cukup ler tu... Anda telah diberi peluang tetapi anda khianat. Terimalah hakikat.

Haissyy, susah-susah... kalau nak bertanding jugak, masuk UMNO sajalah.

Amacam..??

Anak Sungai Derhaka

Posted: 15 Dec 2011 10:13 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Scandal Fidlot : Utusan mula menyerang Shahrizat?

Posted: 15 Dec 2011 08:30 AM PST



Melalui penulisannya Pengarang kanan Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia , Datuk Zaini Hassan dalam kolum 'Cuit' pada 14 Jan 2011, telah meminta pemimpin kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti supaya berundur secara sukarela dan tidak menunggu hingga diarahkan oleh presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak.


"Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela.

"Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan (kiri) dalam kolum 'Cuit'.


Photobucket

Nampak macam ikhlas penulisannya tapi sebenarnya tiada bezanya dengan khabar angin yang dibawa oleh para pencacai UMNO diperingkat akar umbi kononnya Shahrizat akan meletak jawatan ekoran dari Scandal NFC.

Shahrizat dikhabarkan oleh mereka akan meletakkan jawatan kerana menurut para pencacai yang membawa khabar angin UMNO tidak memerlukan pemimpin yang sebegitu perangainya.. yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan keluarga kononnya…

Kononnya lagi jika Shahrizat tidak meletakkan jawatan Ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi akan mendesak beliau untuk meletakkan jawatan..

Tujuan sebenar hanyalah untuk menipu demi mengembalikan keyakinan Makcik-Makcik dan juga Pakcik-Pakcik di kampung-kampung dan juga di Felda yang mula membuka mata dan meragui pimpinan UMNO ekoran pendedahan Ketua Audit Negara mengenai kepincangan dalam pengurusan NFC.

*******************************************

Pemimpin kontroversi Umno diminta berundur

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno, hari ini meminta pemimpin kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti supaya berundur secara sukarela dan tidak menunggu hingga diarahkan oleh presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela.

"Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan (kiri) dalam kolum 'Cuit'.

"Sebagai pemimpin yang bernaung di bawah seorang presiden parti, hormatilah dan percayalah beliau. Janganlah buat lagi kenyataan dalam akhbar; 'saya serahkan nasib kepada PM'.

"Keputusan di tangan tuan-tuan YB sekalian. Buatlah sendiri keputusan. Jangan letak tekanan itu kepada Presiden," katanya.

Meskipun Zaini tidak menamakan sebarang pemimpin, mesejnya dilihat menjadikan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebagai sasaran. Ini kerana Shahrizat terbabit dengan kontroversi yang menyelubungi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan syarikat milik suaminya.

Pada perhimpunan agung Umno dua minggu lalu, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata beliau akan menyerahkan soal pencalonannya di tangan presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam ruangannya itu yang bertajuk 'PRU13: Menanti siapakah YB-YB sukarela mahu berundur...', Zaini melahirkan kekecewaannya kerana tidak ada wakil rakyat Umno yang mahu memberi laluan kepada muka-muka baru pada pilihan raya umum akan datang.

"Sehingga kini tiada mana-mana YB yang sanggup menyahut seruan presiden mereka supaya berundur diri secara sukarela bagi memudahkan beliau membuat keputusan.

"Masing-masing mengambil langkah tunggu dan lihat. Masing-masing merasa bimbang yang teramat sangat kedudukan mereka yang sudah berakar umbi itu akan terlucut atau tumbang dilanda taufan," tulisnya.

Najib pada hari akhir perhimpunan itu berkata, sebagai orang Umno mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya.


Malaysiakini

Apalah BODOH sangat dua orang ni??

Posted: 15 Dec 2011 04:07 AM PST



Rasulullah S.A.W pernah berpesan dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim yang bermaksud: orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama, yang membawa maksudnya jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali.


Atau dalam lain ayat.. sebodoh-bodoh manusia ialah orang yang dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama contohnya korang bacalah di bawah..

SU Agung PAS: Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan PAS Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hasan turut menggambarkan beliau seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Bagaimanapun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.

The Malaysian Insider

RBF (Ruang Bicara Faisal) ke ni?.. Sihatnya dia....

Posted: 15 Dec 2011 12:35 AM PST



Tulis seorang sahabat yang kini telah menjadi celebrity, lelaki di dalam gambar di atas adalah Blogger Pro UMNO iaitu pemilik Blog RBF Online, Muhammad Faizal bin Rohban Ahmad bin Syamsyi yang kini sedang berhadapan dengan saman dari Husam Musa kerana fitnah.


Untuk pengetahuan, pemilik Blog RBF Online (Ruang Bicara Faisal) telah disaman oleh Husam Musa kerana menulis dan menyiarkan satu artikel berbentuk fitnah terhadap Husam dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 bertajuk bertajuk "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta."

Perbicaraan sedang berlangsung kini.

Semalam Muhammad Faizal bin Rohban Ahmad bin Syamsyi telah menafikan bahawa beliau adalah pemilik Blog tersebut .. biasalah pencacai UMNO.. dah berak tengah jalan mana nak mengaku punya..

Sahabat atau Celebriti tersebut telah menjawab artikel dari Blog Pro UMNO yang bertajuk "Husam Dayus".

Blog Pro UMNO menyifatkan Datuk Husam Musa yang juga Exco Kanan kerajaan Pas Kelantan sebagai dayus dan penakut kerana secara tiba-tiba menukar peguam ketika perbicaraan kes samannya terhadap Mohd. Faisal Rohban Ahmad masuk ke fasa pembelaan,

Dalam kes berkenaan, Pendakwa (Husam) menggunakan khidmat 2 orang peguam iaitu Hisham Fauzi dan juga Zainal Abidin, jadi tidak timbul isu "Husam mohon untuk menukar peguam" semasa perbicaraan berlangsung seperti yang dilapor portal pro UMNO/BN tersebut menurut celebrity itu - sepenuhnya sila klik di link diakhir entry.

Dalam perbicaraan tersebut juga, pihak Pendakwa tidak ada dan tidak pernah memohon untuk menukar peguam, jauh sekali membuat permohonan untuk menangguhkan kes.

Berbalik kepada gambar di atas.. besar-besar rupa-rupanya Blogger Belaan UMNO ni.. selain dari RBF ini, Ikon Arak 1Malaysia si Parpukari dan BigDog juga besar saiz badannya… kenapa agaknya?

Baca laporan atau jawapan Celebrity tersebut di ( SINI )

Kenapa aku panggil beliau sebagai Celebrity sila lihat di ( SINI )

Inikah sebabnya Lim Boo Chang keluar PKR?

Posted: 14 Dec 2011 10:43 PM PST

Sebelum itu.. ini dari apa yang aku ketahui..

Sebab utama Lim Boo Chang keluar PKR hanyalah demi meneruskan karriernya di dalam politik sahaja, bukan dibeli atau hilang keyakinan terhadap Parti.

Menurut sumber ini kerana apabila mengetahui bahawa namanya tidak tersenarai sebagai calon yang boleh menang pada PRU-13 nanti bagi kerusi PKR beliau telah mengambil tindakan untuk keluar dari PKR.


Pertemuan dengan beberapa pemimpin Gerakan telah dilakukan disebuah hotel 5 Bintang dalam Bandaraya Georgetown sekitar jam 2.30 pagi dua minggu yang lalu..

Sumber tersebut juga mengatakan yang Lim Boo Chang akan di-tawarkan untuk bertanding pada PRU-13 dengan membawa bendera Parti Gerakan.

Mungkin bagi Lim Boo Chang ni.. lompat parti bukan perkara luar biasa pasal dah dia dah biasa… tak perlu kita nak kutuk dia lebih-lebih, itu hak dia.. lagipun Negara kita kan negara demokrasi..

Cuma aku kurang pasti bagaimana PKR mengenalpasti samada ADUN yang ada sekarang 'Calon boleh menang atau tidak' kerana ada seorang ADUN tu.. dikatakan bakal kalah oleh 4 pihak yang mengadakan survey di kawasannya tapi dengar cerita masih akan bertanding.

4 pihak yang dimaksudkan ialah pihak yang berada diluar penguasaan PKR.. he..he..he..

Baca apa alasan yang disediakan oleh Ketua AMK Pulau Pinang di bawah ini.. inilah kelebihan PKR, boleh bercakap tak perlu ikut hiraki dalam Parti, sepatutnya jawapan dari Pengerusi Perhubungan atau Ketua Penerangan bukannya Ketua AMK!

******************************************


PKR 'gembira' Lim Boon Chang keluar parti

PULAU PINANG, 15 Dis: Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Pulau Pinang mengalu-alukan perletakan jawatan Ketua Cabang KeAdiLan Bukit Gelugor, Lim Boon Chang (gambar) untuk sertai parti lamanya, Gerakan yang kian karam dalam arus politik tanahair.

Ketuanya, Amir Ghazali ketika dihubungi menegaskan, keputusan itu tepat sekali kerana parti tidak mahu wujudnya individu yang mencari kesempatan untuk bertanding di satu-satu kerusi serta seringkali mengungut parti sekiranya permintaanya tidak diterima.

"Sebelum dipecat lebih baik beliau letak jawatan kerana sikap yang ditunjukan mula melampau. Biar dia karam di laut bersama nakhoda Gerakan yang sudah jelas melakukan penyelewengan demi penyelewengan, "ujarnya gembira.

Baginya, tidak elok parti menyimpan individu yang sering mengambil kesempatan sedemikian kerana keputusan siapa yang akan dicalonkan atau di kerusi mana dicalonkan bukan keputusan peribadi sebaliknya adalah keputusan parti.

Penghijrahan kembali beliau ke Parti Gerakan pastinya mengundang padah kepada Gerakan pimpinan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon yang kini tidak lagi mempunyai kekuatan semaksima dulu selepas berbagai isu dikaitkan denganya ketika bertindak sebagai Ketua Menteri beberapa penggal.

"Biarlah dia belayar bernakhodakan bekas ketuanya dulu yang terkenal dengan suka menyeleweng dan mengambil kesempatan mengaut keuntungan, " tegas beliau.

Lim Boon Chang pernah menganggotai Gerakan selama 15 tahun mengambil keputusan menganggotai PKR kira-kira tiga tahun lalu dan tengahari tadi mengambil keputusan meletakan semua jawatan dalam parti dan menyertai semula Gerakan dengan alasan PKR sudah tidak releven apabila kebanyakan suara yang hadir dari peringkat bawahan tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan.

Harakahdaily

Tuduhan Liwat : Ke Putrajaya atau Penjara, diketahui 9 Jan

Posted: 14 Dec 2011 08:09 PM PST



Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpanjangan sehingga 2012 apabila keputusan ditetapkan untuk disampaikan pada 9 Januari.


"Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dia pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perbicaraan itu ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan lalu, selepas bermula hampir dua tahun lalu.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. - Malaysiakini


Sebelum itu Keadilandaily melaporkan..

Peguam bidas hujah pendakwa raya

KUALA LUMPUR 15 Dis: Kes perbicaraan Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki pusingan terakhir apabila peguam hari ini mengemukakan hujah balas terhadap penggulungan akhir pihak pendakwaan, sebelum keputusan diumumkan.

Antara isu yang dijangka ditumpukan pasukan peguam bela Anwar hari ini ialah kredibiliti tiga saksi pakar pembelaan yang dipertikaikan ketua pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semasa penggulungannya Selasa lalu.

Pakar berkenaan ialah Dr Thomas Hoogland yang memeriksa kecederaan tulang belakang Anwar pada 2005, dan mengesahkan ketidakupayaan Anwar melakukan aksi fitnah berkenaan.

Manakala dua lagi ialah pakar DNA Dr Brian McDonald dan pakar forensik, Dr David Wells.

Isnin lalu, peguam Anwar, Karpal Singh ketika menggulung hujah turut mendesak mahkamah memanggil semula bekas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan pengadu,Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi memastikan keputusan perbicaraan dilakukan dengan adil.

Menurut Karpal, hakim perlu meneliti keterangan pembelaan yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh sebagai rujukan terhadap bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan.

Karpal juga menegaskan adalah mustahil Saiful menuruti semua arahan Anwar ketika kejadian itu berlaku, dan mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian.

http://www.keadilandaily.com/?p=24362

Najib minta nyawa dari kaum Cina..

Posted: 14 Dec 2011 05:38 PM PST



Laporan media sebelum ini menyebut aliran sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum 2008, berdasarkan laporan tersebut Najib meminta kaum Cina agar terus menyokong kerajaan pimpinannya kerana telah banyak membantu mereka.


Apabila berada di dalam Perhimpunan Agung UMNO, ucapan Najib hanyalah berkisar tentang Melayu, Melayu dan Melayu sahaja seolah-olah tiada kaum lain didalam Malaysia ini apa yang penting baginya ialah Ketuanan Melayu tetapi apabila berada di dalam kelompok masyarakat Cina pula.. Najib terpaksa merayu.. merayu untuk mengekalkan kuasa.

Agenda 1Malaysia yang dibawanya kelihatan sudah mampus dalam Perhimpunan Agung UMNO itu, kini beliau cuba mahu menghidupkannya semula dalam pertemuan dengan masyarakat Tao.

*******************************************

Najib: BN bantu kaum Cina, kaum Cina 'kena sokong kerajaan'

KLANG, Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat khususnya kaum Cina agar terus menyokong kerajaan pimpinannya kerana telah banyak mereka.

Laporan media sebelum ini menyebut aliran sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum 2008.

Berucap pada jamuan makan malam Perpaduan Agama Tao Selangor di Pandamaran di sini malam tadi, Najib (gambar) yang juga Pengerusi BN berkata peluang perniagaan untuk masyarakat Cina tidak pernah disekat dan ini dapat dilihat daripada penguasaan mereka terhadap sebahagian besar perniagaan dalam negara.

"Mereka berjaya kerana kita amalkan dasar ekonomi yang bebas. Kita jamin keamanan dalam negara dan kestabilan dalam negara.

"Kita berlaku adil kepada semua kaum. Orang Cina boleh maju kerana dasar kita. Tidak ada orang Cina yang boleh kata mereka kaya tanpa pertolongan kerajaan," katanya dipetik Bernama Online.

Kata beliau, selain kaum lain, kerajaan juga memberikan penukaran tanah, lesen bank, lesen beras, lesen gula kepada kaum Cina untuk membantu membangunkan ekonomi mereka.

"Oleh itu, rakyat haruslah sokong apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya.

Dalam ucapannya, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, berbilang agama supaya memberi penekanan kepada titik persamaan dalam nilai agama masing-masing demi membina Malaysia yang lebih bersatu padu.

Beliau berkata walaupun setiap agama berbeza dalam mengajar perkara yang baik tetapi nilainya tetap bersandar kepada nilai-nilai universal seperti bersopan, menghormati orang tua, amanah dan rajin bekerja.

"Kalau kita boleh menekankan nilai-nilai bersama, maka kita ada titik persamaan antara sesama kita. Kita boleh memupuk warganegara yang baik tak kira sama ada Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Tao... yang penting warganegara yang baik yang sayang pada negara, setia pada negara hormat undang-undang dan kaum agama yang lain," katanya.

Najib menambah, pengasas Malaysia yang diketuai Tunku Abdul Rahman mempunyai pandangan jauh untuk mentadbir negara yang kompleks seperti Malaysia.

"Justeru, rakyat dan pemimpin-pemimpin perlu mempunyai sikap bertolak ansur. Kalau kita nak semua yang kita tuntut, pastilah kita akan berbalah atau bergaduh antara satu sama lain," katanya.

Selain itu, katanya rakyat Malaysia juga mempunyai sikap saling menghormati antara satu sama lain terhadap aspek agama dan budaya seperti yang ditampilkan oleh penganjur majlis itu, Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Selangor, yang menyediakan makanan halal untuk jemputan Islam.

"Saya datang malam ini bersama MIC, MCA, PPP, Gerakan kerana kita menghormati agama Tao sebab itu kami ada bersama-sama dalam majlis ini," katanya sambil berterima kasih dengan sambutan yang diterima pada majlis itu, yang dihadiri kira-kira 15,000 orang daripada pelbagai kaum dan agama.

Najib juga berkata Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan berteraskan dasar-dasar inklusif terutamanya dalam pembasmian kemiskinan yang tidak mengira kaum dalam menghulurkan bantuan.

"Bila kerajaan beri (bantuan sekolah) RM100, kita beri kepada setiap pelajar tidak kira sama ada Sekolah Kebangsaan, Cina, Tamil dan Sekolah Agama dan dalam sedikit masa lagi kita beri (bantuan rakyat 1 Malaysia) RM500 pula kepada mereka berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 (sebulan)," katanya.

Menurutnya kerajaan telah melakukan banyak perkara untuk menjamin Malaysia maju ke hadapan sebagai negara berpendapatan tinggi termasuk mengurangkan kerenah birokrasi.


The Malaysian Insider

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 15 Dec 2011 09:36 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


Isu Hasan Ali: Nik Aziz minta rujuk PAS Selangor

Posted: 15 Dec 2011 07:20 AM PST

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan anggota parti supaya merujuk pucuk pimpinan di peringkat negeri masing-masing berhubung sebarang isu yang berkait ahli di negeri tersebut.

Katanya, adalah sangat tidak wajar jika anggota parti hanya mempercayai maklumat dari laporan media perdana semata-mata tanpa mendapat penjelasan daripada pimpinan di peringkat negeri terlebih dahulu.

Menjadikan media perdana sebagai rujukan kata sama sekali tidak patut memandangkan ianya hanya dikuasai oleh Umno dan BN semata-mata.

"Jadi amat silap sekiranya kita menjadikan media berkenaan sebagai tempat untuk mengetahui perkembangan PAS dan ahlinya," ujarnya pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung kedudukan anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu temual dengan Harakah dan Harakahdaily hari ini menyifatkan Hasan sebagai 'terperangkap' dengan egenda Umno untuk memecah belahkan parti.

Ianya termasuk kenyataan Hasan yang secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno

Mengulas lanjut Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau juga perlu merujuk kepada pemimpin parti di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung perkara tersebut.

"Saya bukan orang negeri Selangor, saya duduk di peringkat atas.

"Setakat ni saya belum mengetahui lagi berhubung perkara itu, jadi kena tanya PAS Selangor," ujarnya.

Katanya, apa yang digegerkan dalam media berhubung anggota exco itu, belum tentu betul, mungkin ianya hanya khabar angin.

Terdahulu beliau merasmikan pra pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12), di sebuah hotel di sini.

HASSAN ALI KELUAR PAS?

Posted: 15 Dec 2011 06:30 AM PST

PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

NONE"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (kanan) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.

Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS
negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, PAS tidak pernah membantah mana-mana anggotanya meninggalkan parti kerana ia merupakan hak dalam negara demokrasi.

azlanBeliau bagaimapun berkata tidak pasti bahawa khabar angin itu benar ataupun tidak.

Anggota parlimen Pokok Sena itu menegaskan, PAS mampu menangani perkara itu jika berlaku kerana pernah melalui pengalaman seumpamanya sebelum ini.

"Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar.

"Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa," katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan.

Mahfuz juga menegaskan, PAS sentiasa bergerak sebagai sebuah organisasi dan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu untuk tujuan itu.

'HASAN ALI , NASHA terperangkap dalam agenda Umno'

Posted: 15 Dec 2011 01:04 AM PST

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

NONEMustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti, lapor Harakahdaily.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama organ parti Harakah dan Harakahdaily di Kuala Lumpur, hari ini.

[Berita penuh menyusul]

INI BUKTI NAJIB KUKU BESI?

Posted: 14 Dec 2011 08:00 PM PST

Seramai 15 orang mahasiswa ditahan polis ketika terbabit dalam perhimpunan flashmob di KL Sental dekat ibu negara bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa makin dikekang kerajaan.

student flashmob at kl central 141211 06Mereka antara kira-kira 30 orang yang menyertai bantahan senyap di depan pintu utama stesen transit itu, yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.
Namun, hanya beberapa minit selepas sempat berkumpul, kira-kira 25 mahu mereka bersurai tetapi ini tidak dihiraukan oleh mereka. Polis kemudian mula bertindak dan menangkap mereka.
15 daripada mereka dibawa ke balai polis berhampiran.
Kumpulan mahasiswa itu menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan.
student flashmob at kl central 141211 07Mereka membawa sepanduk dan poster yang berbunyi 'Kami bersatu untuk kebebasan akademik' dan 'Berikan autonomi keada universiti' dan juga kertas bersaiz A4 yang tertera perkataan 'bebas'.
Ketua polis daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberi mereka dua minit untuk menyampaikan mesej dan kemudiannya mengarahkan mahasiswa berkenaan supaya bersurai.
Pelajar pada mulanya hanya mendiamkan diri dan mengikuti Mohd Safwan yang secara tiba-tiba bergerak ke arah orang ramai.

Polis bertindakbalas dan dalam pergelutan kecil itu, sepanduk dan poster pelajar dirampas dan sebahagian daripada mereka ditangkap.

Wan Bari kemudian mengarahkan anggotanya membawa Black Maria. Tetapi tidak pasti sama ada mereka yang ditangkap itu dibawa ke tempat lain.
Adalah dipercayai mahasiswa itu mungkin didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Polis.
[Baca berita penuh]
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitter berkata beliau sedang memantau kes itu.

JIKA ANWAR DIDAPATI BERSALAH:NAJIB YANG PATUT DIPERSALAHKAN?

Posted: 14 Dec 2011 04:24 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi.

Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.

NONEMenurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya  "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan", kolumnis hal ehwal luar negera itu  menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu".

"Malaysia adalah rakan dagang yang penting, rakan pengawalan senjata dan juga anggota sekutu gabungan Afghanistan. Tetapi rekod hak asasi manusia kerajaannya dan amalan demokrasi negara itu perlu diberi lebih penelitian ...

"Apabila pengalaman pahit Anwar menghampiri kemuncaknya, nampaknya tidak mungkin bahawa penanda aras ini akan dipenuhi. Persoalan seterusnya ialah: apa yang akan rakyat Malaysia dan rakan-rakan mereka lakukan?"

Menurut Tidall, dakwaan liwat yang dilemparkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima negeri pada pilihan raya umum 2008, "seolah-olah bukan suatu kebetulan".

"Sebagai pemimpin berkarisma pakatan pembangkang, Anwar merupakan cabaran terbesar bagi Najib untuk terus berkuasa," katanya.

[Baca berita penuh]

Al Ikram

Posted: 15 Dec 2011 09:12 AM PST

Al Ikram


BILA LEMBU RAJA SONGLAP JADI PEMIMPIN

Posted: 14 Dec 2011 06:23 PM PST

Pendapat peribadi hamba.

Posted: 15 Dec 2011 08:43 AM PST

Pendapat peribadi hamba.


BERHATI-HATI KAWAN, DENGAN MALAYSIAKINI.

Posted: 15 Dec 2011 01:37 AM PST

KRAI Utara

Posted: 15 Dec 2011 08:11 AM PST

KRAI Utara


OH!: Artis Mana Pulak sertai Program ggatih beskal ni?

Posted: 15 Dec 2011 12:20 AM PST

oooo..namo dio FIXIE...baru tau..

 program menunggang basikal fixie dalam program ggatih d kuala krai anjuran jawtankuasa belia sukan n ngo negeri kelantan. 

marshal?

bukan gambo semoh yg telanjang rambut di depan...

cuaca mendung....

kaler mano lu suko...blue n white? 

timbalan exco sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah...wa tadak tuah laaa.

lu memang best bro...

sek mano pulok ni bukok langkoh...

silat pulot ke silat pe ni?

pak cik kaki gendang ni bukan kaki GEBANG!

Biru mato hitam ko..

sek kito bleh menang ari ni,

abe uji jadi orang paling peting! kalau dio tok jatuh "flag" sampai petang laaa tak  gerak beskal tu...


Pahang Daily Online

Posted: 15 Dec 2011 07:25 AM PST

Pahang Daily Online


Eksklusif: 'Projek SMS Blaster', Ada Yang Berjaya Dapat 'Lima Angka Sehari' Dengan Program Ini !!

Posted: 14 Dec 2011 11:27 PM PST

Percayakah anda jika dikatakan ada yang sudah menjana pendapatan sehingga lima angka setiap hari dengan Projek SMS Blaster www.1whp.net sekarang ini. Itulah hakikatnya, yang sudah pasti mengejutkan semua pihak sebenarnya. Kini projek tersebut semakin meletup di pasaran dan semakin ramai rakyat Malaysia yang menyertainya. Apa yang menarik, peluang ini terbuka kepada mereka yang mempunyai telefon bimbit (HP) sahaja. Bayangkan dengan modal serendah RM55 anda berpeluang mencipta pendapatan lumayan sehingga mencecah lima angka setiap hari. Sesuatu yang sungguh menakjubkan, dan ramai sudah mengecapinya. Justeru itu, kepada mereka yang masih belum mendaftar untuk menyertai program ini digesa berbuat demikian dengan segera. Ini kerana, banyak kawasan di seluruh negara yang masih belum diterokai oleh usahan sedia ada. Anda mempunyai dua pilihan sertai program ini, satunya menjadi pengguna SMS Blaster dan Portal Pengiklanan yang disediakan. Paling hebat, walau pun anda hanya pengguna tetapi anda tetap akan mendapat imbuhan yang datang terus ke dalam telefon bimbit anda. Syarikat memperuntukan, imbuhan secara adil dan saksama dalam konsep tolong menolong antara satu sama lain yang sukar anda temui sebelum ini. Namun, bagi mereka yang mahu menjadi usahawan ICT untuk memasarkan produk ini maka mereka akan menjana pendapatan yang lebih lumayan. Bayangkan satu produk SMS Blaster yang terjual anda akan dibayar komisyen RM40 atas bayaran RM55 yang orang lain keluarkan. Inilah yang membuatkan mereka yang menyertai program ini kini semakin agreasif untuk memasarkanya.


Bukti, menakjubkan bila ada yang berjaya mendapat pendapatan sebegini

Justeru, kami dengan bangganya mempelawa seluruh rakyat Malaysia yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan secara sambilan atau sepenuh masa agar bertindak segera. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kerana jika anda
simpan duit RM55 di mana-mana bank sekali pun, tidak mungkin ia akan berkembang menjadi ratusan dan ribuan ringgit. Namun, menerusi program ini ia mampu melakukannya. Kami juga membuka peluang kepada anda yang berminat untuk mengatur taklimat (melebihi 20 orang) di mana-mana lokasi seluruh negara sekarang.



[Selepas anda lakukan tugas di atas, sila tunggu beberapa minit untuk Server membalasa mesej bagi mengesahkan anda sudah berdaftar dengan program ini cuma belum diaktifkan lagi. Sila forwarkan maklumat APP#NAMA#IC#ALAMAT ANDA ke talian hotline o19-2845511 untuk tindakan selanjutnya bagi membolehkan akaun anda diaktifkan. Kepada anda yang sudah membuat arahan Pre-Registration ini, sila ikuti langkah kedua bagi tujuan pembayaran berdasarkan maklumat yang telah dihantar sebelum ini. Jangan persiakan peluang ini begitu sahaja kerana inilah caranya untuk anda menjana pendapatan dengan produk terhebat dan modal termurah di pasaran sekarang. Kami masih memerlukan lebih ramai usahawan yang berwibawa untuk menjalankan perniagaan ICT ini. Kejayaan adalah hak milik kita bersama. Buatlah tindakan segera sekarang].

Mahkamah: Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim Akan Di Ketahui Pada 9 Januari Tahun Hadapan!

Posted: 14 Dec 2011 09:57 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Dis - Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpanjangan sehingga 2012 apabila keputusan ditetapkan untuk disampaikan pada 9 Januari. "Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dia pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Perbicaraan itu ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan lalu, selepas bermula hampir dua tahun lalu. Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. Sementera itu tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Anwar hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat. Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya. Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya. Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Saiful Bukhari itu "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan. Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung. Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada Ketua Pembangkang itu. Akhbar The Guardian UK, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar Ibrahim apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Anwar dan Wan Azizah bersama anak-anaknya di mahkamah pagi tadi

[Apapun keputusan, maka sudah pasti ia akan menjurus kepada pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum Ke-13 sebenarnya. Ramai yang meramalkan Anwar akan
"ke dalam semula" berdasarkan beberapa fakta yang jelas sekali cuba diselewengkan. Anwar khabarnya akan datang ke Pahang jam 9.00 malam esok (16 Disember) dalam program "Demi Rakyat Menjelang PRU-13" di Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad Kuantan. Beliau sebelum itu akan program Minum Petang anjuran Cabang Keadilan Temerloh bertempat di Shakira Cafe, Batu 1, Temerloh bermula jam 5.00 petang. Persoalannya sekarang, apakah rakyat boleh menerima apa jua keputusan yang bakal diumumkan itu?. Kami amat yakin, satu lagi gelombang reformasi pasti akan melanda jika keputusan kontroversi itiu diambil. Rakyat sebenarnya melihat, kes Liwat II yang dihadapi oleh Anwar itu adalah percaturan pemimpin UMNO BN untuk memastikan riwayat politik beliau berakhir].

Isu Panas: ADUN Kuala Semantan, YB Syed Hamid Nafi Dakwaan 'Dia Terlibat' Dengan Projek Lynas !

Posted: 14 Dec 2011 07:10 PM PST

TEMERLOH, 15 Dis - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad (foto) semalam tampil memberi penjelasan menafikan keterlibatan beliau dalam kontrak melibatkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebagaimana disiarkan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini. Dalam sidang medianya di pejabat Perhubungan PAS Pahang, beliau mendakwa ia berpunca daripada kesilapan Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob dalam kenyataannya ketika membentangkan Bajet 2012 yang mengaitkan beliau melalui rakan kongsi telah mendapat kontrak Lynas. Kenyataan tersebut telah dipetik dan dieksplotasi oleh akhbar berkenaan. "Saya ingin menegaskan bahawa, saya menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan sebarang kontrak dengan syarikat berkenaan walau setengah sen pun seperti yang dipetik akhbar berkenaan. "Malah pada ucapan penggulungan oleh Menteri Besar, beliau telah membetulkan kenyataannya sebelum itu bukannya rakan kongsi tetapi rakan seperjuangan yang merujuk kepada ahli PAS lain yang telah menerima kontrak daripada syarikat berkenaan. "Malangnya pembetulan tersebut tidak disiarkan oleh akhbar berkenaan membuatkan pelbagai tanggapan buruk terhadap saya," katanya. "Saya agak dukacita dengan cara akhbar harian memuatkan berita di mana banyak perkara yang saya sebagai wakil rakyat sebutkan di dalam Dewan Undangan Negeri untuk kepentingan orang ramai, telah tidak mereka siarkan.


Inilah keratan akhbar Berita Harian yang merujuk kenyataan MB Pahang itu
"Umpamanya dalam sidang baru-baru ini saya telah menyentuh tentang kewajaran PBT membenarkan banyak program konsert di Taman Kubang Gajah sedangkan kesan kepada kerosakan akhlak muda-mudi sepatutnya juga diambil kira. "Saya juga telah membangkitkan kerugian PBT yang membina jambatan gantung merentangi sungai di Kuala Semantan yang melibatkan kos sebanyak RM399,000. Tetapi hanya boleh dinaiki oleh dua orang dalam satu-satu masa. Ini sudah tentu membawa kepada pembaziran. "Saya juga menawarkan pemuda-pemuda PAS untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Namun semuanya tidak diketengahkan oleh media," katanya. Mengenai Lynas, beliau berkata prinsipnya ialah sentiasa bersama rakyat, selagi mana rakyat tidak meyakini keselamatan mereka terjamin maka saya tetap bersama rakyat. Beliau juga tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang kepada mana-mana pihak kerana menganggap semua itu salah faham semata-mata.

[Penafian yang dibuat oleh YB Syed Hamid ini sedikit melegakan penyokong PAS di Pahang. ADUN terbabit tidak wajar menyerang PDO berhubung artikel PAS Pahang Perlu Berani Bertindak Siasat Dua ADUN Di Kata Terlibat Dengan Projek Lynas dan artikel ADUN PAS Menyokong Dasar Kerajaan BN Serta Ucapkan Terima Kasih Kepada MB Dan PM terutamanya berhubung dengan gambar yang kami siarkan. Ini kerana gambar tersebut hanyalah hiasan semata-mata bagi menunjukkan betapa akrabnya ADUN terbabit dengan pemimpin UMNO BN selama ini. Malah, beliau juga dilihat begitu akrab serta menyanjung tinggi segala usaha kerajaan UMNO BN selama ini. Sedangkan dia adalah DUN Pembangkang, yang sepatutnya mencari isu untuk dibawa ke Sidang DUN untuk membela rakyat. Apapun, kami harap kemelut yang mengaitkan ADUN PAS ini akan berakhir, cuma "Orang PAS" yang mendapat projek Lynas sahaja yang masih belum diselesaikan sekarang. Harapan kita agar isu ini dapat berakhir secara berhemah sebelum Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jika tidak, sudah pasti ia akan dijadikan senjata BN menyerang pembangkang].

Isu Rakyat: 'Penduduk Temerloh' Minta Kerajaan Negeri Selesaikan Masalah Operasi Bas City Liner!

Posted: 14 Dec 2011 11:20 AM PST

TEMERLOH 15 Dis - Kerajaan Negeri Pahang diminta supaya menyelesaikan masalah operasi perkhidmatan bas henti-henti yang dikendalikan oleh syarikat City Liner bagi memastikan pengangkutan awam itu kembali pulih seperti sediakala. Selain itu, lebih 30 pemandu bas syarikat tersebut kehilangan sumber pendapatan utama dan mendesak kerajaan negeri campur tangan dalam menyelesaikan masalah tersebut. Seorang pemandu bas, Ahmad Bila Adam, 46, berkata, pemandu dan penumpang merayu kerajaan menyelesaikan masalah itu segera memandangkan perkhidmatan pengangkutan itu menjadi keutamaan penduduk di daerah itu. Menurutnya, sejak bekerja dengan syarikat itu lebih 20 tahun lalu, masalah yang berlaku kali ini agak perit kerana kehilangan sumber pendapatan utama dalam keadaan harga barangan semakin mahal sekarang. "Kami tidak ada punca pendapatan lain, sebab itu menggesa kerajaan negeri atau agensi berkaitan berkaitan campur tangan dalam isu ini. "Mereka kena turun sendiri dan sekurang-kurangnya adakan perbincangan supaya perkara itu diselesaikan segera," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman di Stesen Bas Henti-Henti di Lurah Semantan baru-baru ini. Seorang lagi pemandu bas, Mohd. Safran Abdul Karim berkata, pendapatan mereka kini hanya bergantung pada gaji pokok antara RM300 dan RM600 sebulan. Menurutnya, dia sendiri dibayar di bawah RM400 sebulan dan pendapatan sebanyak itu tidak cukup untuk menyara keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah. Dalam pada itu, seorang penumpang bas, Shamsudin Bakar, 95, yang menggunakan perkhidmatan bas berkenaan sebagai pengangkutan utama ke bandar Temerloh merayu supaya kerajaan menyelesaikan isu berkenaan. Menurutnya, sebelum ini, masalah itu tidak pernah wujud dan berharap kerajaan dapat menyelesaikan demi kepentingan rakyat. Bagi Jumina Juhani 49, dari Temerloh Jaya berkata, dulu dia hanya membayar RM1.60 untuk ke bandar Temerloh dengan menaiki bas, tetapi kini beliau terpaksa bayar RM10 sehari menaiki teksi untuk ke sana. sumber

[Kerajaan Negeri Pahang wajar melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah pengangkutan bas awam di Temerloh ini. Ia kerana, ketiadaan bas City Liner terbabit telah mengundang lebih banyak kesulitan kepada para pengguna. Jika Menteri Besar Negeri Sembilan boleh campurtangan masalah yang sama di Seremban baru-baru ini, maka kenapa tidak MB Pahang juga melakukan tindakan yang sama. Masalah bas awam ini bukan sahaja melanda warga Temerloh, malah di Kuantan sendiri senarionya adalah sama. Kerajaan perlu sedar kerumitan yang dihadapi oleh para pengguna terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Ketiadaan bas awam menyebabkan mereka terpaksa berbelanja besar untuk menaiki teksi ke destinasi yang ingin ditujui. Langkah sebaiknya perlulah dilakukan segera untuk mengurangkan bebanan rakyat yang amat memerlukan pengangkutan bas awam ini sebenarnya. Rakyat didahulukan].

OTAI MANJUNG

Posted: 15 Dec 2011 07:20 AM PST

OTAI MANJUNG


DS NIZAR: HIJRAH ITU PERUBAHAN

Posted: 15 Dec 2011 07:00 AM PST

10.12.2011, Pekan Beruas, Perak. (RRNP2/6)

 Rapat Rakyat Negeri Perak (RRNP) 'Bersatu Menuju Ke Putrajaya' anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Beruas.

 

YB SIVAKUMAR: BLACK METALIC

Posted: 15 Dec 2011 06:12 AM PST

10.12.2011, Pekan Beruas, Perak. (RRNP1/6)

 Rapat Rakyat Negeri Perak (RRNP) 'Bersatu Menuju Ke Putrajaya' anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Beruas.