Selasa, 29 November 2011

BLOG - BLOG PARTI DAP

BLOG - BLOG PARTI DAP


Lim Lip Eng

Posted: 29 Nov 2011 07:53 AM PST

Lim Lip Eng


TTDI market relocation sparks protest

Posted: 28 Nov 2011 05:23 PM PST

The TTDI market attracts shoppers from all over the Klang Valley. It is also notable for being among the cleanest wet markets in the city. Pic by Nurul Shafina Jemenon
Source: http://www.nst.com.my/streets/central/ttdi-market-relocation-sparks-protest-1.12118 (By NOEL ACHARIAM, 29/11/2011)
The Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Residents' Association (RA) and TTDI Market Traders Association are saying no to the demolition or relocation of the market. Instead, they want the 25-year-old complex upgraded. The associations also want a pedestrian bridge and a multi-storey car park built for the convenience of the shoppers and commuters, in line with the development of the Sungai Buloh-Kajang MRT station, near the Caltex petrol station.
TTDI Market Traders Association deputy chairman Mohd Zaini Zainal Abidin said they had heard two years ago that the market would be demolished to make way for development. It was only last month that it was confirmed that a development proposal had been submitted to City Hall. "We want this market to be retained. Not a single one of us will agree to any new development here. We had stated so when there was a proposal for an MRT station here. Together with the TTDI RA, we will submit a proposal to City Hall for the construction of a pedestrian bridge to connect the market, and a multi-storey car park on the parking lot adjacent to the market. This way, it is a win-win situation for both market goers and those wanting to board the MRT "Building these could be a form of corporate social responsibility, and the connectivity could boost MRT ridership," he said.
Currently, the market has 150 parking bays catering for an average of 1,000 visitors daily from all over the Klang Valley.
The market, he added, was in dire need of upgrading. The areas needing attention are the public toilets and leaking pipes. The last enhancement work to take place was about five years ago, when the walls on the first floor were given a fresh coat of paint. The market's traders were relocated here from the former Central Market in Jalan Hang Kasturi. TTDI Market Traders Association advisor Ramli Ismail said the market must be maintained for its sentimental value and history. "We must think about how difficult it was for the traders to shift here back then, and how they have worked hard to make their business grow. "It is not fair to them. We will be sad if this market ceases to exist here. Where would the shoppers, who have been coming here for so long, go?" he said.
Also present were TTDI RA chairman Mohd Hatim Abdullah, TTDI Market Traders Association president Jenny Loo and Segambut MP Lim Lip Eng. Lim said he was informed of the proposal by a private developer to redevelop the land on which the market sits by Mayor Tan Sri Ahmad Fuad Ismail. "However, he told me it has neither been approved nor rejected. He said the opinions of the traders would be taken into consideration before a decision was made. The views of residents should also be taken into account. I will support the majority's view," he said.
Jenny Hong, who has sold soya bean milk and tau fu far at the market for as long as the market has stood, was unhappy about the proposal to demolish the market, which she said was a second home to her. "I have formed a special bond with the residents and visitors. We have become friends after so long," she said.
Fishmonger Ng Kean Leong, whose grandfather started the business in Central Market back in 1987, said there was no need of re-development in the already high-density TTDI. "More importantly, I cannot imagine not doing business here. My family was in Central Market and here for a very long time," said the 27-year-old.
Lawyer M.Idris, who has lived in TTDI and shopped at the market since 1986, said: "This market needs to be upgraded, not moved. It is a meeting place for TTDI folk, and where families go to shop. "It is nice and clean, and it caters for not only TTDI folk, but also Damansara Heights, Seri Hartamas and Kota Damansara folk."
Related news: TTDI traders hope for integration with MRT line http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/11/29/central/9990877&sec=central


Lim Guan Eng

Posted: 29 Nov 2011 02:00 AM PST

Lim Guan Eng


Menentang Rang Undang-undang Perhimpunan “Haram” Yang Akan Mengharamkan Hak Berhimpun (BM/BC)

Posted: 29 Nov 2011 01:44 AM PST

Menentang Rang Undang-undang Perhimpunan "Haram" Yang Akan Mengharamkan Hak Berhimpun, Memberikan Kuasa Mutlak Kepada Polis Yang Memihak Kepada BN Untuk Membenarkannya Atau Tidak Dan Menghakis Lagi Hak Asasi Manusia Di Malaysia.

Tuan yang dipertua,

Di ambang Hari Malaysia yang ke-48 pada 15 September 2011, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis untuk menyelaraskannya dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan rakyat untuk "berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata", dan supaya mematuhi norma-norma antarabangsa.

Malangnya, tidak disangka bahawa negara-negara "antarabangsa" yang dirujuk beliau merupakan negara-negara Zimbabwe dan Myanmar.

Namun sekarang, nampaknya negara Myanmar pun sudah menjadi sebuah negara demokratik yang lebih bebas jika dibandingkan dengan Malaysia. Rang Undang-Undang yang baru diluluskan oleh Parlimen Myanmar hanya memerlukan pemberitahuan awal kepada pihak polis selama 5 hari, manakala Rang Undang-Undang yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini memerlukan pemberitahuan yang jauh lagi awal.

Sungguhpun YAB Perdana Menteri mengumumkan pindaan akan dibuat agar notis pemberitahuan dipendekkan daripada 30 hari kepada 10 hari, ia jauh lebih panjang daripada apa yang diamalkan daripada sebuah negara berkuku besi seperti Myanmar. Adakah Malaysia kini lebih teruk daripada Myanmar?

Ini jelas membuktikan bahawa Program Transformasi Politik yang diuar-uarkan adalah satu penipuan semata-mata. Dalam ucapannya tempoh hari, YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Rang Undang-Undang ini akan menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan tanpa bersenjata, tetapi hakikatnya Rang Undang-Undang ini adalah satu cubaan untuk meningkatkan kawalan dan larangan ke atas hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Jelas juga bahawa Rang Undang-Undang yang dicadangkan ini telah mengambil petikan-petikan yang berbunyi merdu daripada undang-undang negara demokratik lain seperti Queensland dan United Kingdom, dan telah memutar-belitkannya kepada alat untuk menindas rakyat. Saya ingin bertanyakan samada Rang Undang-undang ini diciplak daripada model Queensland Peaceful Assembly Act 1992 dan sekiranya ia mengapa tidak mengikuti keseluruhannya yang berteraskan hak asasi manusia. Sebaliknya yang baik tidak diikuti iaitu Rang Undang-undang ini telah ambil yang keruh, buang yang jernih pula.

Dalam versi Queensland, hanya notis 5 hari diperlukan di bawah seksyen 10 di mana ia dianggap diluluskan sekiranya tidak ada perintah mahkamah yang menghalang/mengharamkannya seperti berikut:-

Approval of public assembly

(1) A public assembly is taken to have been approved for the purposes of section 7(c) if, after the giving of the assembly notice for the assembly—

(a) the required notice of permission for the assembly has been given to the organiser of the assembly; or

(b) if the assembly notice was given not less than 5 business days before the day on which the assembly is held—a Magistrates Court has not made an order under section 12 refusing to authorise the holding of the assembly; or

(c) if the assembly notice was given less than 5 business days before the day on which the assembly is held—a Magistrates Court has made an order under section 14 authorising the holding of the assembly.

(2) The required notice of permission for a public assembly is—

(a) a notice by the Commissioner stating that the Commissioner does not oppose the holding of the assembly; and

(b) if the assembly notice was given to a local authority—a notice by the local authority stating that the authority does not oppose the holding of the assembly; and

(c) if the place of assembly is a place for the time being open to or used by the public by the express or implied consent of the owner or occupier or on payment of money—a notice by the owner or occupier of the place consenting to the holding of the assembly.

(3) A notice mentioned in subsection (2) must be in writing.

Tuan yang dipertua, biarkan saya mengulas.

Pertama sekali, saya ingin menyentuh tentang salah satu kehendak atau keperluan dalam Rang Undang-Undang ini yang telah menjana pelbagai kontroversi. Keperluan untuk memberi pemberitahuan awal kepada pihak polis jelas bertujuan untuk menangguhkan perhimpunan selama mungkin supaya tujuan perhimpunan akan menjadi lapuk. Ini adalah satu muslihat yang kotor, dan sekarang Kerajaan pun terpaksa membuat "go-astern" untuk mengkaji semula tempoh pemberitahuan. Walau pun dikurangkan kepada 10 hari, ia tetap 10 hari terlalu lama.

Di UK dan Queensland, langsung tidak ada kewajipan untuk memberi pemberitahuan awal kepada pihak polis, melainkan dalam keadaan tertentu. Di UK, pemberitahuan 6 hari awal hanya diperlukan apabila perarakan awam akan diadakan, iaitu untuk tujuan mengurus dan menyenggarakan aliran trafik. Di Queensland, pemberitahuan 5 hari bekerja hanya diperlukan apabila perhimpunan itu memerlukan imuniti daripada kesalahan menghalang laluan awam di bawah Akta Trafik.

Bagi Rang Undang-Undang yang sedang dicadangkan dalam Dewan yang mulia ini pula, pemberitahuan diperlukan bagi semua perhimpunan awam kecuali di sesuatu tempat perhimpunan yang ditetapkan oleh Menteri atau jika jatuh di bawah Jadual Ketiga.

Definisi tempat awam pula termasuk apa-apa kawasan yang terbuka kepada umum seperti hotel, restoran atau dewan kuliah, dan kegagalan untuk memberi pemberitahuan awal akan mengakibatkan denda maksima RM10,000. Lagipun kegagalan untuk bersurai akan dikenakan denda maksima RM20,000. Denda dua kali ini RM10,000 dan RM20,000 adalah lebih berat berbanding dengan hukuman perhimpunan haram sebelum ini sekali sahaja sebanyak maksima RM10,000/-.

Kedua, definisi perhimpunan yang digunakan adalah terlalu lebar sampai pelbagai acara yang biasa juga termasuk sebagai sesuatu perhimpunan dalam konteks Rang Undang-Undang ini. Oleh kerana itu, Jadual Ketiga terpaksa ditambah untuk menjelaskan jenis-jenis perhimpunan awam yang dibenarkan tanpa pemberitahuan kepada pihak polis.

Namun begitu, skop Jadual Ketiga ini jelas mempunyai pelbagai kekurangan. Sebagai contoh, perhimpunan keluarga dibenarkan tetapi bagaimana dengan perhimpunan sekumpulan sahabat? Perhimpunan perkahwinan dibenarkan tetapi bagaimana pula dengan majlis harijadi yang tidak ternyata dalam Jadual Ketiga?

Mengikut Rang Undang-Undang yang dibentangkan ini, pemberitahuan 10 hari perlu diberi kepada pihak polis jika sesiapa ingin mengadakan majlis ulangtahun perkahwinan atau majlis harijadi di sebuah tempat awam seperti hotel atau restoran, kecuali jika tempat perhimpunan itu telah ditetapkan oleh Menteri.

Tambahan pula, Menteri mempunyai kuasa tanpa batasan untuk meminda Jadual Ketiga dan untuk menetapkan atau menarik balik tetapan yang diberi kepada sesuatu tempat. Apakah yang akan berlaku jika Menteri secara tiba-tiba membuat keputusan bahawa majlis keluarga juga tidak boleh diadakan tanpa pemberitahuan kepada pihak polis? Bagaimana jika Menteri memutus untuk menarik balik ketetapan sesuatu hotel sebagai tempat perhimpunan yang sah? Kuasa arbitrari yang terletak di tangan Menteri ini adalah tidak wajar sama sekali dan akan mengakibatkan banyak masalah.

Ketiga, Rang Undang-Undang ini memberi pihak polis kuasa untuk mengenakan pelbagai sekatan dan syarat ke atas tarikh, masa dan tempoh sesuatu perhimpunan, tempat perhimpunan, kaedah perhimpunan, kelakuan para peserta perhimpunan, atau apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu atau sesuai. Dalam erti kata lain, pihak polis akan mempunyai kuasa untuk memutuskan bila, berapa lama, mana, siapa yang mengambil bahagian dan juga isi kandungan sesuatu ceramah. Jelas Rang Undang-Undang ini bukan digubal untuk menggalakkan kebebasan untuk berhimpun, tetapi sebaliknya menjadikan rakyat sebagai boneka polis.

Rekod polis yang memihak kepada BN dan menentang PR tidak menimbulkan keyakinan orangramai. Perhimpunan ganas oleh BN atau pro-BN dibiarkan tanpa sebarang tindakan manakala perhimpunan aman yang dianggap pro-PR ataupun anti-BN dikenakan tindakan ganas.

Lihatlah perhimpunan aman Bersih yang dikutuk kuat seluruh dunia. Bandingkanlah dengan perhimpunan ganas oleh UMNO di Komtar dan tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai 2011 yang dihadiri oleh Senator Ezam Mohd Nor.

Dalam perhimpunan ganas itu, Ezam bukan sahaja mahu menggulingkan kerajaan negeri saya tanpa menunggu pilihanraya tetapi para demonstrasi telah menghentikan trafik di tengah Jambatan Pulau Pinang yang menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 10km. Lagi teruk dua wartawan yang meliputi demonstrasi dipukul. Sehingga sekarang mereka serta samseng yang pukul wartawan tidak diambil tindakan.

Bolehkah polis dipercayai bertindak adil dan bebas. Sungguhpun hampir setiap minggu ada protes jalanraya di Pulau Pinang oleh mereka yang pro-BN hak demonstrasi secara aman haruslah disokong. Tetapi tindakan keras harus diambil ke atas mereka yang mengganas ataupun mahu mengancam dengan menghantarkan keranda. Mana negeri yang akan membenarkan Mat Rempit pun demonstrasi sampai Mat Rempit pun boleh "diescort" polis buat demonstrasi menggelarkan saya "rasis" kerana tidak sediakan "racing track" Mat Rempit. Kalau di negeri BN pula, Mat Rempit yang cuba buat demonstrasi akan ditahan polis dengan serta-merta.

Keempat, terdapat larangan mutlak ke atas semua perhimpunan yang diadakan dalam lingkungan 50 meter daripada tempat-tempat larangan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama. Tempat-tempat larangan ini termasuk stesyen minyak, hospital, balai bomba, lapangan terbang, landasan keretapi, terminal pengangkutan awam darat, pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan, marina, tempat ibadat, tadika dan sekolah. Saya ingin menegaskan di sini bahawa larangan mutlak ke atas tempat-tempat larangan ini tidak boleh ditarik balik dengan apa-apa pemberitahuan, permit atau pengecualian daripada Menteri, dan pelanggaran larangan ini akan mengakibatkan denda RM10,000.

Larangan mutlak ke atas tempat-tempat larangan ini juga bermakna bahawa semua perhimpunan sekolah adalah haram kerana berlaku di dalam tempat larangan. Ini juga bermakna segala perhimpunan atau acara sukan di Stadium Merdeka adalah haram kerana berada dalam lingkungan 50 meter dari SMK Victoria. Ini juga bermakna segala mesyuarat yang berlaku di dalam Badan Peguam Malaysia adalah haram kerana berada dalam linkungan 50 meter daripada sebuah jambatan.

Ini juga bermakna apa-apa perhimpunan yang berlaku di Persiaran Gurney atau Padang Kota di Pulau Pinang, termasuk "Sudut Pidato", adalah haram kerana berada dalam linkungan 50 meter daripada laut antara Pulau Pinang dan Butterworth, iaitu had yang diwartakan sebagai Pelabuhan Pulau Pinang. Ini juga bermakna jika rumah seseorang itu berada di sebelah stesyen minyak, orang itu tidak boleh mengadakan kenduri atau rumah terbuka, melainkan beliau tidak kisah didenda RM20,000.

Hujah kelima saya berkenaan dengan larangan mutlak ke atas protes jalanan. Adakah Kerajaan begitu takut dengan Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu sampai mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menghindari daripada berlakunya perhimpunan sedemikian?

Tidak ada mana-mana negara demokratik dalam dunia ini yang melarang sama sekali protes jalanan. Namun di Malaysia, sesiapa yang mengambil bahagian dalam protes jalanan akan didenda RM10,000. Ataupun kemungkinan ini merupakan salah satu cara untuk mengurangkan hutang Kerajaan yang kian mendadak, kerana jika kesemua 50,000 peserta Bersih 2.0 dikenakan denda RM10,000, Kerajaan akan mengumpul sebanyak RM500 juta. Tidak cukupkah dengan GST yang ingin diperkenalkan, sampai orang yang hendak berhimpun pun terpaksa dikenakan cukai?

Kenapa Kerajaan begitu gentar dengan rakyat? Adakah Kerajaan ingat bahawa pada tahun 1946, beribu-ribu rakyat Melayu telah mengambil bahagian dalam perhimpunan gergasi di seluruh Malaya untuk menentang gagasan Malayan Union? Jika Rang Undang-Undang ini berkuatkuasa pada tahun 1946, perhimpunan anti-Malayan Union sudah tidak mungkin dapat berlaku dan UMNO tidak mungkin akan dibentukkan. Sememangnya UMNO ini mudah lupa.

Tuan yang dipertua,

DAP dan PR menentang Rang Undang-undang Perhimpunan "Haram" yang akan mengharamkan hak berhimpun, memberikan kuasa mutlak kepada polis yang memihak kepada BN untuk membenarkannya atau tidak dan menghakis lagi hak asasi manusia di Malaysia. Jangan cemarkan imej negara Malaysia dengan meluluskan Rang Undang-undang ini. Rang Undang-Undang ini tidak boleh diselamatkan dengan apa-apa pembetulan atau pindaan, dan harus ditarik balik dengan serta merta dan digubal semula.

Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG

Ucapan Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Semasa Menentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat Pada 29.11.2011.

——–Mandarin Translation—

民主行动党秘书长及峇眼区国会议员林冠英于2011年11月29日在国会下议院反对和平集会法的演讲。

反对将集会自由权利视为非法的"非法"和平集会法。这项法案赋予偏邦国阵的警察批准与否的绝对权力,这项法案也再次侵蚀大马的人权。

回溯2011年9月15第48届马来西亚日前夕,首相宣布政府将重新检讨警察法令第27条以符合联邦宪法第10章所确保人民能在"不携带武器下和集会自由,并且根据国际集会惯例。"

很不幸的,让人难以预料所谓的"国际",参考的竟然是津巴布韦及缅甸诸国。

然而,目前纵观缅甸局势,该国的民主进展似乎比马来西亚更自由了。缅甸国会刚通过的法案,集会只需5天前通s知警方即可,可是我们这肃穆的国会殿堂所提成的和平集会法案却要求离集会非常早的日子就必须通知警方。

虽然首相已经宣布向警方发出集会通知将从30天缩短至10天,但仍然还是比世人所知的缅甸铁幕政权所要求的还要长。难道马来西亚现在比缅甸还糟糕?

很明显的,喧嚣高唱的所谓政治转型计划只是一个骗局。首相较早前说明这项法案是赋予人民享有在不携带武器下和平集会的自由,但是这项法案的真正目的反而是提高限制及阻止人民应享有的集会自由。

明显的国阵正选择性沿用一些民主国家如昆士兰及英国的和平集会法,偷龙转凤来对付我们的人民。我要问和平集会法是不是抄袭1992年昆士兰和平集会法的模式,如果是的话,那为何没有完整抄足其真正强调是人权?相反的我们的和平集会法却好的不学,学坏的,弃清流以取浊溪。

在昆士兰的版本中,集会通知在第10条文中列明只需5天,而且只要没有法庭发出庭令阻止及视为非法,不然一旦通知将被视为已批准如下:

公众集会批准

(1)一旦发出集会通知,公众集会将在第7(c)条文下被当作已经批准:

(a)集会准证已经发出给主办集会者,或——

(b) 若该集会通知在超过集会5天前发出,同时地庭没有行使第12条问的命令拒绝赋予该集会的权利,或——

(c) 若集会通知在少于集会5天前通知,同时地庭行使第14条文命令赋予主办集会的权利。

(2) 要求的集会准证如下—

(a) 专员须发出的准证,注明专员不反对该集会,及——

(b)若向地方当局发出集会通知,则地方当局须发出准证,注明地方当局不反对该集会,及——

(c)若集会地点是暂时性;或用以公众表达用途;或地点拥有者或占有者所默许;或付费使用,需要地点拥有者及占有者的集会批准准证。

(3)第(2)子条文下所指的准证,皆须以书面形式发出。

议长请容许我解释,

首先,我要触及该法案内引起争议的必要性及必需性。必需尽早向警方发出集会通知,很明显是要尽可能拖延集会举行,让集会目的失去时效性。这是个肮脏的欺骗手段,如今政府终于踩煞车,重新检讨要求发出集会通知的时间。如今,虽然递减至10天,但是10天还是太长了。

除非有特定情况,在英国或昆士兰根本不必向警方发出集会通知。在英国,当公众游行,只需要在6天前发出集会通知,目的只是要准备管理及疏导游行时的交通。同样的,在昆士兰只是为了避免触犯阻挡公共交通的法令,所以须在5天前发出集会通知。

在我们这个尊崇的国会殿堂所正在提呈的这项法案,却要求所有公众集会必须发出集会通知,除了部长所指定的地点,或是如图表(3)所列明的地方。

公众地方的定义包括了酒店、餐厅或人民讲堂,在这些地方集会若没尽早发出集会通知,将会最高罚款1万令吉,若还不取消解散集会将罚款2万令吉。这1万令吉与2万令吉的双重罚款,比之前的非法集会的一次性最高1万令吉的法款逞罚还来得重。

第二,集会的定义实在太广泛了,连许多普通的事件都属于这个和平集会法案的范围内。因此被逼增加第三附表,以说明各种无需知会警方的和平集会种类。

虽然如此,这个第三附表的范围很明显地存在多项不足之处。比如,家庭集会是被允许的,但是一群好友的集会又作何解?婚姻的集会也是被允许,但是不被列入第三附表的生日会应如何?

根据被提呈的法案,若有任何人欲在公共场合如酒店或餐厅,举行结婚周年庆或者是生日会,须在10天前知会警方,除非有关的集会地点是由部长所决定的。

再说,在第三附表下,部长拥有不受限制的权力以修改第三附表,以及决定或收回已经给予某一地方的批准。试问,要是部长突然间决定家庭餐会也不准在没有知会警方的情况下举行,那该怎么办?或者是部长决定收回某家酒店作为合法集会地点的决定时,应该怎么样?部长手中特有的专断权力是不适当的,也会引起很多问题的。

第三,这项法案赋予警方权力,以施加各种限制及条件在集会的日期、时间、集会期限、集会地点、集会的方式、参与集会者的行为举止,或者是任何被答为需要或适当的事件。换句话说,警方有权力决定集会在什么时候举行、多久、谁会参与,以及某个演讲会的内容。很明显的,这个和平集会法案不是修定来鼓励自由集会,反之,把人民变成了警察的傀儡。

警方倾向国阵、反民联的记录,也引起了民众对这项法案的信心动摇。警方纵容国阵或亲国阵者的暴力集会,从未对这些人采取任何行动;反观,亲民联或反国阵的和平集会,却遭警方以暴力行动对待。

看看那被全球关注的"净选盟2.0"和平集会,以及2011年7月1日由巫统在光大及槟城大桥中央的暴力集会相比就有比较,而巫统的上议员依占也出现在有关的暴力集会中。

在那场暴力集会中,依占不只是扬言称不需要等到大选就可以推翻我所领导的槟城州政府,参与示威者更在大桥的中央,截停车辆,引发了长达10公里的车龙。更糟糕的是,两名负责采访的记者被示威者殴打。截至目前为止,那些涉及者及殴打记者的流氓依然逍遥法外,没有被采取任何的行动。

我们还可以相信我们的警方是会公平及自由地执行任务吗?在槟城,虽然几乎每个星期都有由亲国阵者主导的街头示威,但我们应支持捍卫和平示威的权力。不过,对于那些暴力示威者,以及送棺材以恐吓者的行为,则需要采取严厉的行动对付。在马来西亚有哪一个州属允许飙车党示威,到连飙车党都能够获得警车开路护送的?这些飙车党点名称我是种族主义者(rasis),只因为我没有为他们准备一条飙车跑道(racing track)。换作是在国阵执政的州属,这些试图要示威的飙车党会立刻被警方扣留了。

第四,当局禁止在附表一的禁区50公尺范围内集会。这些地点包括油站、医院、消防局、机场、

火车轨道、陆路交通中心、港口、水坝、集水区、滤水站、发电站、码头、桥梁、海港、宗教场所、幼稚园及学校。我在此强调,这些禁区的禁令是不能够被收回、也不会从部长处获得准证及豁免权,一旦违例,则须面对1万令吉的罚款、

这些禁止集会地点的禁令意味着,全部在学校举行的集会都是非法的,因为地点是在禁区内。这也意味着在独立广场举行的一切集会及运动会也是非法的,因不它是在维多利亚中学(SMK Victoria)的50公尺范围内。这项禁令也表示,所有在马来西亚律师公会召开的会议都是非法的,因为它是在一座桥的50公尺范围内。

同样的,这也意味着任何在新关仔角或旧关仔角的集会,包括在民联州政府设立的言论广场所举行的一切集会都是非法的,只因它位于槟岛及北海海港的50公尺范围内,也就是槟城港口在宪报上的权限。这也表示,若某人的屋子在油站的隔壁的话,那这个人就不可以在他的家里举办任何形式的门户开放或宴会,除非他不介意被罚2万令吉。

我的第五个要点是有关游行集会的禁令。政府是不是怕了2011年7月9日的净选盟2.0游行,而不择手段避免类似的集会重演?

世界上没有一个民主国家是禁止游行集会的。但是在马来西亚,任何一名参与游行集会者将会被罚款1万令吉。也许,这是政府欲减轻国家债务的良策?若以参与净选盟2.0游行的5万人次、每人罚款1万令吉的话,那么政府就可以筹获5亿令吉基金了。难道我们的服务税还缴不够吗?竟然连集会也被逼缴税。

为什么政府这么惧怕人民?政府是不是忆起在1946年时,成千马来人在整个马来亚参与反马来联邦的集会?如果这项法案是在1946年生效的话,那么反马来联邦集会就不可能发生,而巫统就不可能诞生了。这个事实,巫统却这么健忘。

民主行动党及民联反对"非法和平集会法案",因为它禁止集会的权利、赋予警方过多的权力以倾向国阵,进一步削夺马来西亚的人权。请不要通过这项法案来污染了马来西亚的国家形象。这个法案是不可能通过任何的修正或更改来挽救,并且应该被收回及重新制定。

林冠英

Lim Kit Siang

Posted: 29 Nov 2011 12:07 AM PST

Lim Kit Siang


Najib’s “clarification” is proof that PAB is the worst and most slipshod bill in 54-year parliamentary history

Posted: 28 Nov 2011 12:55 AM PST

The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak’s last-minute clarification today of the Peaceful Assembly Bill (PAB) is testimony that the PAB is the worst and most slipshod bill ever drafted in the 54-year history of Malaysian Parliament as well as raising questions about Najib’s bona fides in political reforms and transformation. Najib blamed Pakatan Rakyat [...]

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员

Posted: 28 Nov 2011 09:09 PM PST

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员


ceramah in Sungai Petani, Kedah on 15th Dec, 2011

Posted: 28 Nov 2011 08:32 AM PST

MY VOICE FOR NATION

Posted: 28 Nov 2011 01:03 PM PST

MY VOICE FOR NATION


Lawyers want BN, Pakatan MPs to reject assembly law

Posted: 28 Nov 2011 02:15 AM PST

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 29 Nov 2011 01:36 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Ucapan Pengulungan Ketua Umum Pada Kongres Nasional Ke-8

Posted: 28 Nov 2011 09:10 PM PST

Amanat penting yang disampaikan oleh Ketua Umum kepada semua perwakilan dan pemerhati Kongres Nasional ke-8. DSAI berucap dalam ucapan pengulunganya pada Kongres Nasional ke-8 di Pulai Spring Resort, Johor Bharu. Kongres yang terakhir sebelum kita semua bertempur di PRU 13. Wajib Tonton

Part 1

Part 2
Part 3
Part 4

Anwar Ibrahim

Posted: 28 Nov 2011 07:46 PM PST

Anwar Ibrahim


Najib’s Promises Are Off to a Poor Start A Bill to Regulate Protests is Stricter Than Current Law.

Posted: 28 Nov 2011 07:06 PM PST

The Wall Street Journal

When Prime Minister Najib Razak promised in September to abolish several repressive laws, many opposition politicians withheld their applause. They said they would wait to see what the government proposed as replacement laws. They were right to be skeptical.

The Peaceful Assembly Bill, put forward by the National Front government last Tuesday to amend the 1967 Police Act, is the first in the series of laws that Mr. Najib pledged would honor the promises in the Malaysian constitution and bring its human rights “in line with international norms.” It is certainly good news that the bill would free protest organizers from the obligation to get a government permit. But its other provisions are more restrictive than the existing law.

For instance, the bill would prohibit moving assemblies such as street protests altogether. It prohibits Malaysians under the age of 21 from organizing gatherings and those under 15 from participating in them. And it prohibits assemblies near hospitals, schools or places of worship. Non-citizens lose all rights to participate. The bill also requires that organizers give police 30 days’ notice of any assembly. Since the definition of an assembly is broad, the bill could be read as outlawing school field trips.

The bill’s greatest threat to civil liberties is the arbitrary power it gives authorities to disallow or restrict gatherings. The police would also get absolute power to direct the organizers of an assembly once it is underway, as well as wide discretion on when and how to disperse it. The bill establishes no positive obligation for the police to uphold the right to freedom of assembly.

The Malaysian Bar condemned the bill as unconstitutional and criticized the government for having introduced it without public consultation. In response to the furor, Law Minister Nazri Aziz pledged to amend the bill to reduce the notice period assembly organizers must give to 10 days, the Star newspaper reported. But the government still wants to pass the bill in the lower house of parliament today.

The government deserves credit for lifting the decades-old emergency declarations and repealing the Banishment Act and Restricted Residence Act. Mr. Najib is taking the country in the direction of more political freedom, in large part because this is a popular measure and elections are expected early next year.

But the Peaceful Assembly Bill raises new doubts about whether the prime minister will follow international norms when it comes time to replace the Internal Security Act, which allows indefinite detention without trial. Withdrawing the bill and reconsidering how to protect the right to assembly would reassure every Malaysian who cares about his rights.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Perhimpunan Aman: Majlis Peguam Gubal RUU Alternatif ‘Mesra’, Notis Lima Hari

Posted: 28 Nov 2011 06:28 PM PST

The Malaysian Insider

Majlis Peguam merangka Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 alternatif kepada rang undang-undang kontroversial dibawa pentadbiran Najib, beberapa jam sebelum ia hendak dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang disediakan Majlis Peguam ini akan dikemukakan kepada kerajaan pada kempen Walk For Freedom ke bangunan Parlimen, pukul 11.30 pagi ini.

Semalam, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) menulis surat terbuka kepada kesemua Ahli Parlimen agar menolak Rang Undang-undang Perhimpunan Aman, sebaliknya meminta mereka selaku wakil rakyat terpilih mempertimbangkan syor mereka dan merujuk kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen.

Sebelum ini banyak pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pembangkang mendakwa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 pentadbiran Najib dibuat secara tergesa-gesa dengan mengekang kebebasan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa undang-undang itu sebagai pengganti kepada pemansuhan Seksyen 27 Akta Polis.

Di bawah rang undang-undang alternatif itu, Majlis Peguam mengesyorkan penganjur hanya perlu memberi notis lima hari berbanding 30 hari yang diperuntukkan oleh pentadbiran Najib sebelum ini.

Ekoran kritikan dan kecaman ramai, pentadbiran Najib bersetuju agar ia dikurangkan kepada 10 hari. Kabinet memutuskan tujuh pindaan dalam mesyuarat mingguannya Jumaat lalu.

Semalam, Najib mendakwa banyak pihak salah tafsir kandungan rang undang-undang dibawa beliau.

"Apabila satu perhimpunan hendak diadakan, penganjur perlu memaklumkan OCPD dalam bentuk tulisan sekurang-kurangnya lima hari sebelum perhimpunan," kata RUU Perhimpunan Aman disediakan oleh Majlis Peguam, yang diedarkan kepada media.

Selain itu katanya, notis tidak perlu diberi kepada perhimpunan-perhimpunan aman yang tidak munasabah atau tidak praktikal untuk dilakukan, antaranya kempen pilihan raya.

Peruntukan lain disyorkan termasuklah:

- OCPD, selepas menerima notis, akan mengadakan perbincangan dengan penganjur dengan niat mahu memudahkan penganjuran perhimpunan aman

- OCPD perlu memaklumkan penganjur jika apa-apa syarat hendak dikenakan dalam tempoh 48 jam selepas menerima notis

- Pembentukan Lembaga Perhimpunan Aman dengan 25 anggota, antara lain untuk mendengar sebarang permohonan daripada OCPD atau penganjur, mewujudkan kefahaman mendalam di kalangan orang ramai mengenai isu-isu berkaitan perhimpunan awam yang aman

- Tugas anggota di tempat perhimpunan aman

- Tiada anggota polis harus berada di kawasan perhimpunan persendirian

- Peranan pihak media

- Hukuman denda ke atas penganjur yang melanggar undang-undang ini tidak melebihi RM5,000

- Anggota polis yang melanggar akta ini, yang disabitkan kesalahan boleh didenda RM5,000

Di bahagian nota penjelasan dalam RUU Perhimpunan Aman alternatifnya, Majlis Peguam berkata, pendekatan kerajaan dalam menyediakan hak untuk berhimpun adalah terlalu terhad dan terbatas selain tidak selari dengan norma-norma antarabangsa ataupun kemajuan dalam hak asasi manusia yang turut diapirasikan oleh rakyat Malaysia.

"Majlis Peguam merangka rang undang-undang ini dengan hasrat mahu menggalak dan memudahkan kebebasan untuk mengadakan perhimpunan aman," kata nota keterangan itu lagi.

Ia juga menyebut bahawa tindakan kerajaan mengharamkan protes jalanan menunjukkan tiada bidang kuasa progresif melakukan sedemikian.

Malah, Majlis Peguam juga berkata rang undang-undang dibawa kerajaan meletakkan kuasa dan kawalan keterlaluan ke atas bahu polis yang sudah pun memikul beban besar dalam tugas dan tanggungjawab seharian.

Sehubungan itu katanya, peruntukan tersebut tidak boleh diterima sebab polis menjadi "hakim dan juri sendiri dalam perkara berkaitan dengan kebebasan berhimpun."

Satu lagi perkara ditekankan dalam RUU Perhimpunan Aman Majlis Peguam ialah definisi mengenai perhimpunan awam, di mana ia menggariskannya sebagai satu pertemuan melibatkan lebih daripada 50 orang, yang diadakan di kawasan awam sama ada di kawasan tertentu atau yang bergerak, dan ini termasuklah kempen pilihan raya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pergerakan ‘Occupy’ Akan ‘Duduki’ Parlimen, Hari Ini

Posted: 28 Nov 2011 05:34 PM PST

Malaysiakini

Sekumpulan aktivis bertujuan membawa pergerakan antarabangsa 'Occupy' ke bangunan Parlimen esok, sebagai bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual dibahaskan dan dibentang untuk bacaan kali kedua.

Sehubungan itu, Occupy meminta orang ramai berhimpun di hadapan bangunan Parlimen selama tiga hari berturut-turut, bermula jam 11 pagi esok.

occupy dataran merdeka 151011 night programme story imageKumpulan itu dipelopori Dewan Perhimpunan Rakyat KL yang sebelum ini terbabit dengan pergerakan Occupy Dataran yang mengadakan pelbagai aktiviti di Dataran Merdeka sejak Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan media, kumpulan itu berkata rang undang-undang yang cuba dibentangkan kerajaan BN itu bertujuan menyekat kebebasan rakyat tanpa sebrang rundingan dengan orang ramai.Dakwa mereka, tindakan itu jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di negara ini.

“Kami, Dewan Perhimpunan Rakyat KL, berpendapat bahawa amalan semasa membuat keputusan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia adalah tidak demokratik. Ini kerana tidak ada ruang untuk orang ramai mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan.

“Kami berpendapat bahawa kebebasan untuk berhimpun secara aman tanpa sekatan adalah asas dalam mana-mana demokrasi yang berfungsi. Malah, hak itu juga dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” petik kenyataan itu.

Menurut kumpulan itu , rang udang-undang itu jelas mendiskriminasikan bukan warganegara, kanak-kanak dan belia di bawah umur 21 tahun kerana kumpulan-kumpulan berrkenan dilarang daripada menganjurkan perhimpunan.

“Rang undang-undang memperuntukan pihak berkuasa untuk menetapkan di mana dan bagaimana perhimpunan boleh diadakan. Intipati hak untuk berhimpun secara aman lenyap dengan sekatan seumpama ini.”

Justeru, Occupy menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang itu pada kadar segera dan mencadangkan suara rakyat diambil kira sebelum mana-mana undang-undang atau polisi digubal.

Selain Occupy, Majlis Peguam juga telah mengarahkan semua peguam di bawah persatuan itu untuk turut berarak bermula dari Kelab Tasik Diraja ke bangunan Parlimen, pada jam 11 pagi bagi menyerahkan nota bantahan.

Persatuan Dayak Iban Sarawak, sebuah NGO di Kuching pula akan mengadakan bantahan di Bangunan Lama Mahkamah di Kuching.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Amanat Dato Seri Anwar Ibrahim Sempena Kongres KEADILAN Ke 8

Posted: 28 Nov 2011 05:24 PM PST




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Umno Kini Parah, Akibat Buatan Pemimpinnya Sendiri

Posted: 27 Nov 2011 11:52 PM PST

Malaysia Chronicle

Perhimpunan pada disember 2011 akan menjadi penebus pskologi untuk Umno sebelum ia berdean dengan pilihanraya. Ada pengkritik yang berpendapat bahawa keputusan sudah pun dibuat dan Umno tidak dapat diselamatkan. Umno sudahpun dianggap lemah dibawah kepimpinan ini.

Walaubagaimanapun, ramai dikalangan pemimpin Umno akan tetap mengutarakan retorik tidak tidak masuk akal untuk memastikan ahlinya menyokong mereka pada Pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan berkemungkinan besar awal tahun depan. Tidak ramai dikalangan mereka sedar bahawa kebanyakkan ahli mereka sebenarnya gundah gulana memikirkan kepimpinan parti.

Ramai ahli yang sedar bahawa tidak semuanya baik diantara parti itu dengan BN. Imej yang semakin teruk telag menyebabkan kebanyakkan ahlinya menjadi terdesak. Mereka sekarang tidak mempunyai banyak pilihan dan terus menggunakan seks, bangsa, agama dan kesetiaan untuk memenangi hati pengundi Melayu. Strategi itu juga tidak memberikan impak yang baik untuk parti untuk pilihanraya seterusnya.

Delegasi itu nanti, walaupun berasa kecewa, mungkin akan tidak menyentuh mengenai hal-hal yang penting yang merosakkan Umno kerana elemen feudal mereka akan menyebabkan wujud pendekatan laissez-affair dalam politik. Delegasi akan berkemungkinan berdiam diri kerana takut mereka akan dicela sekiranyan mereka mengkritik pemimpin.

Retorik panas daripada delegasi semasa perhimpunan itu akan menjadi seperti icing pada kek yang buruk. Tindakan mengapi-apikan sentiment agama dan bangsa hanya akan menutup kelemahan mereka seraya mengaburi pandangan ahli mereka. Ramai ahli akan tetap menghadiri persidangan tetapi mereka tetap berasa marah terhadap prestasi pemimpin Umno. Kebanyakkan pemimpin mereka sekarang ini sememangnya tidak menyinar langsung.

Mereka sedar bahawa kebanyakkan pemimpin Umno merupakan beban buat parti itu sendiri yang sudahpun berusia 55 tahun dan mereka mungkin juga mahu pembangkang menang dalam pilihanraya seterusnya supaya ini dapat menyedarkan dan membersihkan Umno. Ini adalah harapan terpendam ahli Umno memandangkan mereka tidak boleh dilihat menyuarakan kekecewaan mereka di perhimpunan itu nanti kerana takut boleh di ambil tindakan. Drama-drama dan gimik-gimik perhimpunan itu nanti akan tetap di ketengahkan oleh media kerajaan walaupun orang ramai sebenarnya tidak lagi berminat dengannya.

Menunggang kuda yang salah

Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat seperti suka menunggang kuda tetapi, beliau tidak cukup mengkaji kuda yang suka meruntuhkan tiang sosial masyarakat Malaysia. Beliau sebenarnya telah menunggang kuda yang salah iaitu Perkasa untuk membawa kejayaan kepada Umno dan BN pada pilihanraya umum tahun depan.

Mahathir sedang membuatkan kehadirannya dalam Perkasa dirasai dan mengetengahkan Najib Razak sebagai pemimpin yang lemah dan cuba sedaya upaya mengatur Umno dan BN untuk membaikpulih imej nya sebagai perdana menteri. Najib dilihat oleh ramai sebagai membawa banyak masalah personal dan psikologi bersama beliau. Beliau gagal meredakan kemelut dalam Umno dan Mahathir sedar akan perkara ini.

Mahathir lantang mengkritik polisi kerajaan yang dibuat oleh mereka yang mentadbir selepas beliau – yang dipilihnya sendiri, Abdullah Badawi. Gagal untuk menutup mulut beliau dan tidak mahu melihat Umno jatuh ibarat pokok yang buruk, beliau telah sekali lagi bersuara mengenai beberapa polisi Najib walaupun dengan rasa was-was kerana takut Najib akan jatuh dan Umno juga musnah.

Mahathir sedar bahawa masalah peribadi pemimpin, rasuah yang semakin menjadi-jadi, penyalahgunaan wang cukai, kelembapan ekonomi, ketidak-adilan dan kecekapan kerajaan akan membawa negara kepada kehancuran.

Ahli UMNO yang berharap

Mahathir merasakan bahawa jika dia terus mengkritik Najib dengan keras, UMNO akan hancur dan tidak boleh diperbaiki. Jika dia senyap UMNO akan jatuh. Pada masa-masa tertentu, Mahathir terpaksa menghadapi dilema ini – bukan sebab dia sayang Najib tetapi dia terlalu cinta pada UMNO.

Mahathir juga terhutang budi dengan Allahyarham ayahanda Najib, Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua Malaysia), kerana membawa dia kembali ke dalam UMNO selepas dia dipecat daripada parti pada tahun 1969 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama negara. Apa lagi, Mahathir juga tidak sanggup melihat musuh politik nombor satunya, Anwar Ibrahim, menjadi perdana menteri – sekurang-kurangnya semasa dia masih wujud. Tidak mengapa jika Anwar menjadi Perdana Menteri selepas kematian beliau. Atas sebab ini, Mahathir telah menyokong Perkasa – menunggang ‘kuda’ yang salah dan memikirkan bahawa pasukan UMNO yang ditolak ini boleh menyelamatkan UMNO. Beliau telah mencipta satu kesilapan besar untuk dirinya sendiri dan UMNO dengan langkah ini.

Jika dikaji selidik dalam talian ini boleh diambil sebagai penunjuk keadaan, maka UMNO akan menghadapi masalah dalam dalam pilihan raya umum akan datang. Sejumlah besar responden dari kalangan 1879 pengundi Melayu yang berpotensi dan 1657 pengundi bukan Melayu di negara ini (limitasi pengajian: Korpus hanya terdiri daripada mereka yang mempunyai akses kepada Internet) tidak berpihak kepada Mahathir, Perkasa mahupun Ibrahim Ali:

# 1 Apakah Mahathir masih relevan kepada orang Melayu? Ya (29 peratus) Tidak (68 peratus) No response (3 peratus)

# 2 Bolehkah Perkasa membantu UMNO memenangi Pilihan Raya Umum akan datang? Ya (9 peratus) Tidak (83 peratus) No response (8 peratus)

# 3 Apakah Perkasa suatu liabiliti kepada UMNO? Ya (84 peratus), Tiada (9 peratus), No response (7 peratus)

# 4 Adakah UMNO memerlukan Perkasa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang? Ya (3 peratus), No (85 peratus), No response (12 peratus)

# 5 Adakah parti-parti komponen Barisan Nasional (di luar UMNO) selesa dengan Perkasa? Ya (1 peratus), No (94 peratus) No response (5 peratus).

# 6 Perkasa menjejaskan peluang bukan Melayu mengundi untuk Barisan Nasional (BN)? Ya (87 peratus), Tiada (3 peratus), No response (10 peratus)

# 7 Apakah Perkasa liabiliti kepada Barisan Nasional (BN)? Ya (93 peratus), Tiada (3 peratus), No response (4 peratus)

# 8 Patutkah Perkasa menjadi sebuah parti politik? Ya (18 peratus), No (54 peratus), No response (28 peratus)

# 9 Apakah Perkasa ikhlas dalam peranannya dalam menyatukan orang Melayu? Ya (5 peratus), No (86 peratus), No response (9 peratus)

# 10 Adakah Perkasamemcahbelahkan orang Melayu lebih daripada menyatukan mereka? Ya (79 peratus), No (11 peratus), No response (10 peratus)

# 11 Adakah Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (9 peratus), No (79 peratus), No response (12 peratus)

# 12 Adakah bukan Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (2 peratus), No (95 peratus), No response (3 peratus).

# 13Patutkah UMNO berbaik-baik dengan Perkasa untuk mendapatkan semula undi Melayu? Ya (8 peratus), No (83 peratus), No response (9 peratus)

# 14 PAtutkah UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa? Ya (87 peratus), Tiada (6 peratus), No response (7 peratus).

# 15 Bolehkah sekiranya Perkasa menjadi satu platform yang lebih baik untuk orang Melayu berbanding UMNO, PAS atau PKR? Ya (4 peratus), No (89 peratus) No response (7 peratus).

Najib dilihat sebagai pemimpin yang lemah

Bertentangan dengan apa yang Mahathir fikirkan mengenai dirinya, kebanyakan pengkritik melabelkan beliau sebagai dinasor dalam politik Malaysia. Kepada rakyat, beliau telah dianggap sebagai sudah melepasi jangka hayat politik beliau, konservatif, tua dan tidak relevan.Mahathir yang keras kepala masih belum mahu menarik brek politiknya walaupun dengan usia tuanya itu dan selepas meninggalkan kerajaan 8 tahun yang lalu – dan ini lebih mengecewakan beberapa pemain muda dalam UMNO, seperti Khairy Jamaluddin.

Banyak lagi dalam UMNO yang tidak berada dalam buku baik beliau, tidak cukup gembira kerana Mahathir mati terhadap mereka. Najib, yang dilihat sebagai pemimpin yang lemah, tidak mempunyai pilihan lain tetapi sedang berhati-hati supaya tidak menyinggung perasaan Mahathir, kerana dia mampu membawa kembali apa yang telah berlaku kepada pendahulunya, Abdullah, perdana menteri kelima Malaysia. Namun, akhir-akhir ini, Mahathir telah agak terganggu dengan beberapa keadaan yang tidak menyenangkan yang berlaku dalam UMNO. Kepada kepimpinan yang ada sekarang, Mahathir tidak akan teragak-agak untuk memberi petunjuk bahawa bagi setiap lelaki yang ‘gagal’, ada seorang wanita.

UMNO kini dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai parti yang lemah dan bersandar sepenuhnya kepada Perkasa untuk memenangi sokongan Melayu yang telah hilang. Sebaliknya, Perkasa, telah dengan jayanya membawa perkauman seraya memberi imej buruk kepada UMNO. UMNO telah membuat kesilapan besar dalam politik dengan memberi gambaran kepada rakyat bahawa Perkasa adalah pasangan sejiwa parti itu dan ini telah menimbulkan kemarahan MCA, MIC dan Gerakan.

Oleh itu, Perkasa bukanlah aset kepada UMNO, ia telah memakan diri sendiri dan ini membuatkan imej BN terjejas dengan teruk. Perkasa – sebuah organisasi yang tidak penting dalam politik Malaysia – juga ditolak pihak yang berpendirian sederhana di dalam UMNO. UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan undi penting dalam pilihan raya umum akan datang jika Perkasa dibiarkan berbuat sesuka hati dan Mahathir berterusan merungut tentang rasa tidak puas hati mengenai hal-ehwal UMNO.

Mahathir silap dalam analisisnya pada tahun 2008 mengenai hasil pilihan raya umum. BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum 2008 bukan kerana perpecahan Melayu tetapi orang Melayu sebenarnya bersatu dalam melumpuhkan BN kerana keangkuhan dan ketidakcekapannya.Keputusan pilihan raya bukan sahaja menunjukkan kehadiran perpaduan Melayu di negara ini tetapi juga perpaduan Malaysia yang menjadi petanda baik bahawa Malaysia adalah untuk semua orang.

BN menyerahkan 82 kerusi persekutuan dan lima kerajaan negeri kepada pembangkang dalam pilihan raya Mac 2008 dan ini telah mencerminkan demokrasi yang sihat di negara ini yang dalam jangka masa panjang akan membawa keadilan politik yang lebih baik kepada negara. Kelihatan seperti bukan sahaja sejumlah besar orang Melayu tidak akan menyokong UMNO, malah kebanyakan daripada kumpulan etnik yang lain juga tidak akan mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang.

Rakyat Malaysia akan menjadi Bangsa Malaysia

Pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan sekali lagi undi perpecahan di kalangan semua kaum di negara ini. Kaum atau agama tidak akan menjadi kriteria utama yang akan menentukan gabungan yang akan mendapat kemenangan. Isu-isu yang akan mempengaruhi keputusan pilihan raya umum yang akan datang adalah ekonomi, rasuah, kadar jenayah yang semakin meningkat, sistem pendidikan yang lemah dan kos hidup yang tinggi. Bangsa dan agama tidak akan menjadi pembolehubah yang penting dalam menentukan gerak balas pengundi. Rasuah, skandal, kepura-puraan di kalangan pemimpin dan keangkuhan – adalah sesuatu yang biasa di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN – inilah yang akan membawa rakyat pelbagai kaum dan agama untuk bersama-sama menggulingkan tuan-tuan politik yang sedia ada di peringkat persekutuan.

Sekali lagi, orang bukan Islam tidak akan teragak-agak untuk mengundi PAS dan orang Melayu juga tidak ragu-ragu untuk mengundi calon-calon yang bukan Islam kali ini. Penekanan secara tiba-tiba Mahathir dan Ketuanan Melayu tidak akan berjaya kerana orang ramai melihat ini sebagai helah politik UMNO untuk terus berkuasa dan kekal angkuh. Atas alasan ini, kelihatan seperti rakyat Malaysia akan menjadi Bangsa Malaysia, yang tidak henti-henti dicanangkan oleh Mahathir semasa tempoh beliau sebagai Perdana Menteri dan idea beliau ini didokumenkan dalam Memoirs (2011). Mahathir seharusnya berasa gembira melihat visi beliau yang akan menjadi kenyataan – Bangsa Malaysia – kini menjadi kenyataan selepas beliau tidak lagi menjadi perdana menteri negara:

“Kita perlu mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Walaupun lahir dari pelbagai kaum, semua rakyat Malaysia telah melihat diri mereka sebagai rakyat dari negara yang sama.Walaupun berbeza asal-usul kita, kita menuju ke arah yang sama. Kita juga mungkin berbeza dari segi politik tetapi kesetiaan dan dedikasi kepada negara tidak tergugat. Kami semua, tanpa pemisah atau had, sebahagian daripada satu Bangsa Malaysia – satu umat Malaysia, satu tapi pelbagai “(p597-8).

UMNO perlu undi bukan Melayu sepertimana ia memerlukan undi Melayu, UMNO tidak boleh dilihat sebagai parti Melayu ‘unggul’ seperti yang Perkasa atau Mahathir mahukan.UMNO telah mengambil petunjuk dari PAS, PKR dan DAP di mana pemimpin-pemimpin mereka secara rasional berpendapat bahawa parti-parti politik harus memenuhi keperluan masyarakat yang berbilang kaum walaupun terdapat kepelbagaian dalam bangsa atau agama.

UMNO menolak Perkasa yang membuang masa mereka memperjuangkan isu-isu perkauman yang mungkin relevan dalam tahun 1940-an tetapi tidak dalam era ini. Ektrimis kaum juga harus sedar bahawa bangsa Melayu bukanlah baka tulen. Mereka banyak bercampur-campur dan sebahagian besar daripada mereka lebih toleransi kepada orang-orang berbilang kaum dan beragama lain. Orang-orang Melayu moden tidak melihat pada bangsa atau agama sebagai perkara-perkara yang penting dalam politik. Mereka kini mencari pendidikan, ekonomi dan kerajaan yang bebas rasuah untuk membawa Malaysia ke arah di mana semua rakyat akan mempunyai peluang yang sama dalam masyarakat.

Bangsa dan agama tidak akan memberi banyak kesan dalam politik semasa pilihan raya umum akan datang. Malangnya, UMNO, Perkasa, dan Mahathir ketinggalan dalam pemikiran politik mereka. Pluralisme atau perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang lebih dikehendaki oleh generasi sekarang- orang Melayu dan rakyat Malaysia secara umum.

Bangsa Melayu telah berubah menjadi orang-orang yang matang

UMNO, PAS dan PKR mungkin tidak mempunyai masalah untuk menarik ahli-ahli komuniti yang berbakat. Melayu tidak hidup dalam kepompong seperti pada tahun 1950-an ‘atau sebelum itu. Bangsa Melayu telah berubah menjadi orang-orang yang matang yang sanggup untuk menampung mana-mana parti politik yang boleh membawa kepada sebuah kerajaan yang bersih rasuah.

Pilihan raya umum dijangka akan diadakan sekitar awal tahun depan – akan menjadi suatu tugas yang sukar bagi BN untuk mengekalkan Putrajaya. Untuk BN memperoleh dua pertiga majoriti seperti biasa adalah agak sukar untuuk direalisasi. Ada kemungkinan bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya ini dengan majoriti mudah. Rakyat berwajah baru – orang Melayu Cina, India dan Orang Asli sudah bersedia untuk memperbaharui politik dan tadbir urus negara. UMNO dan BN akan berakhir dan menjilat luka-luka mereka sebelum mereka boleh kembali dalam pilihan raya umum masa depan, dan kali ini mungkin dengan pasukan yang lebih bersih.

Sistem dua parti kini semakin serasi dengan jiwa rakyat Malaysia dan ini membimbangkan pemikir UMNO lebih daripada ahli-ahli biasa. Apabila pembangkang semakin popular di kebanyakan negeri, ahli-ahli UMNO akan lebih fokus kepada imej mereka daripada menyatukan parti.

Berjuta-juta ringgit dibazirkan untuk membina imej dan wang yang dibelanjakan untuk rakyat asing untuk tujuan ini mungkin lebih baik digunakan untuk membantu rakyat. Semua akronim hebat untuk pembaharuan ekonomi dan mengherankan minda mereka yang seperti Warren Buffett dan Carlos Slim – belum diterjemahkan ke realiti selepas hampir empat tahun UMNO / BN menjadi kerajaan. Mahathir sedar bahawa tiada apa-apa yang nyata berlaku dalam ekonomi. Apabila tidak banyak langkah yang telah diambil dan ini mengingatkan rakyat Malaysia kepada pemimpin yang terdahulu – Abdullah – yang sedang tidur semasa tugasnya selama hampir dua penggal sebagai Perdana Menteri.

Tiada cara untuk atasi kelemahan

UMNO sangat kuat rasuah sehinggalah ke terasnya kata Mahathir. UMNO akan kucar-kacir dan pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan parti itu kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan. Terdapat puak dan perbalahan dalaman dalam parti. Ramai yang mengintai peluang menjadi pemimpin-pemimpin cawangan. Terdapat ramai yang mengharapkan UMNO untuk membawa masuk wang dan kontrak untuk mereka.

Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun-tahun yang lepas telah menunjukkan bagaimana wang pembayar cukai telah dengan cuai dibelanjakan. Pesalah rasuah telah dilepaskan untuk memelihara imej UMNO dan kerajaan. Dana yang sepatutnya digunakan untuk menghasilkan daging lembu berakhir dengan pembelian kondominium untuk ‘lembu suci’, begitu juga percutian dan melaksanakan Umrah. Kemelut RM250 juta NFC telah menarik minat yang meluas dikalangan orang awam dan kekecewaan mereka. Pemimpin pula senyap mengenai isu ini.

Tiada siapa dalam UMNO akan mempersoalkan perkara ini kerana setiap ahlinya mempunyai aspirasi untuk menjadi kaya melalui parti. Dari membeli mi Maggie ke kapal selam, rakyat melihat wang pembayar cukai telah disalahguna. Najib terlalu sibuk membina imej peribadinya sehinggakan beliau tiada masa untuk memastikan dana awam dibelanjakan dengan betul.

Mahathir juga bukan penyelesaian untuk UMNO kerana beliau dilihat sebagai orang di belakang kumpulan ekstrimis – Perkasa. MCA, MIC dan Gerakan tidak menyukai Mahathir kerana dilihat mereka sebagai berdiri di atas nama bangsa. UMNO juga secara beransur-ansur menjadi lebih tidak relevan kepada nasib orang Melayu tulen atau pribumi disebabkan campuran India Muslim, Arab, Indonesia dan banyak bangsa asing lain.

Banyak cawangan UMNO kini diketuai oleh mereka yang berfikiran wang dan sesetengah daripada mereka bukanlah Melayu tulen atau yang Asli. Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan Disember ini akan menyaksikan satu protes senyap daripada wakil-wakil terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang sedia ada kerana mereka mempunyai firasat bahawa UMNO dan BN akan mempunyai harapan yang sedikit untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

UMNO meninggal dunia akhirnya

Kali ini perwakilan UMNO perlu bimbang mengenai imej kendur parti tersebut. Pilihan raya umum akan datang akan melihat sistem dua parti berbalah untuk kuasa yang boleh membawa kepada kematian akhirnya. Kerajaan yang mengamalkan rasuah pasti tidak akan menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Disember tidak syak lagi akan menjadi suam-suam kuku kerana delegasi takut membangkitkan isu yang menyelebungi parti itu dan memikirkan penyelesaian untuknya. Perwakilan akan menghadiri perhimpunan itu dengan perasaan teragak-agak kerana mereka tidak akan mampu untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Seolah-olah mereka tidak gembira dengan kepimpinan mereka dan akan teragak-agak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Pelantikan menteri kebanyakkan melalui pintu belakang telah mengecewakan banyak ahli UMNO. Mereka juga melihat pelantikan Ezam Mohd Nor dan Nallakarupan KS – sebagai senator sebagai helah politik untuk menyelamatkan kepimpinan atasan lebih daripada segala-galanya. Ini telah menghina kebijaksanaan kebanyakkan ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia biasa, dan dianggap oleh rakyat sebagai satu pembaziran wang pembayar cukai.

Ekonomi terus lemah dengan kos sara hidup meningkat. Berjuta-juta ringgit yang dibelanjakan untuk membina imej pemimpin disia-siakan dan tidak memihak kepada akar umbi. Pengundi juga tidak gembira dengan rasuah yang berleluasa dalam kerajaan dan politik berat sebelah dan pilih kasih yang berlaku di dalam BN serta memburukkan imej Umno.

Dalam UMNO, minda Melayu agak feudal dan kebenaran tidak dapat diucapkan secara langsung, terutama apabila ia menyentuh tentang orang-orang diperingkat tertinggi dalam hierarki politik atau sosial. Mereka akan menyimpannya seperti bom masa dalam perasaan dalaman mereka sehingga pilihan raya umum akan datang ia akan meletup. Ramai ahli UMNO akan mengundi pembangkang seperti apa yang mereka lakukan pada tahun 2008 – inilah satu-satunya cara untuk memperbaiki akhlak UMNO dan BN mengenai politik dan tadbir urus yang sepatutnya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Debat NFC: Khairy Tidak Menolak, Kita Akan Teruskan – Rafizi

Posted: 27 Nov 2011 09:40 PM PST

KeadilanDaily

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, debat bersama Khairy Jamaluddin berkenaan isu penyelewengan wang rakyat dalam Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) tetap akan diteruskan seperti tarikh yang dicadangkan 12 Disember ini.

"Kita (KEADILAN) akan teruskan kerana dia (Khairy) tidak pernah membuat kenyataan menolak debat ini malah sebelum itu pernah membuat kenyataan di media arus perdana bahawa beliau bersedia,"
"Dia (Khairy) telah membuat kenyataan secara terbuka melalui twitternya dan (berkata) akan pertimbangkan. Jadi bagi saya dia sebenarnya telah menerima jemputan tersebut dan tidak ada masalah dengan tarikh," kata Rafizi.

Pada 18 November lalu, Rafizi menghantar surat jemputan kepada Ketua Pemuda Umno itu berhubung tawaran debat berkenaan.

Menurut Rafizi, beliau bercadang menghantar satu lagi surat bagi memperincikan tempat dan masa debat tersebut dalam minggu ini.

"Minggu ni kita akan selesaikan tempat dan penganjur, namun berkenaan cadangan format kita akan bincangkan lebih lanjut dengan beliau dalam surat," katanya.

Tambahnya beliau turut menyambut baik tawaran  TV Selangor (TVS) untuk menyiarkan siaran secara langsung menerusi sesawangnya.

"Memang kita akan jemput TV Selangor untuk membuat siaran langsung dan saya akan berbincang dengan lebih lanjut dengan mereka," kata beliau.

Rafizi sebelum ini mencabar Khairy berdebat dengannya ekoran sikapnya yang begitu ghairah membela Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang didakwa terlibat dengan skandal NFC tersebut.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan penyelewengan dana sebanyak RM250 oleh NFC yang gagal meletakkan sasarannya untuk memenuhi keperluan pasaran daging tempatan.

Selain perbelanjaan lawatan ke luar negara, sebanyak RM116 juta dilabur dalam simpanan tetap yang memberi keuntungan atas angin lebih RM600,000.

KEADILAN turut mendedahkan NFC  membeli sebuah kondominum mewah bernilai RM9.8 Juta dan turut membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama suami dan anaknya.

Dalam pada itu, pelbagai urus niaga dan pemindahan wang turut dikesan melibatkan syarikat dan  restoran mewah milik keluarga Shahrizat, termasuk di Singapura.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Wee Choo Keong

Posted: 28 Nov 2011 03:37 PM PST

Wee Choo Keong


WAU! AJ briefed PAC: Firefly loss RM89 mil & CCF

Posted: 28 Nov 2011 10:39 AM PST

AJ briefed PAC on 21-11-2011 about “HIS” New Business Plans to save MAS. Why MAS losing? 37 out of 107 do not cover variable costs Notes: Unfortunately, AJ only informed PAC of the KL-Cape Town – Beuenos Aires, KL Johannesburg, KL – Dubai – Dammam, KK – Seoul, KK – Perth, KK – Tokyo and [...]