Ahad, 24 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


D'Perbatasan

Posted: 24 Jul 2011 07:37 PM PDT

Tukar Tiub

Posted: 24 Jul 2011 07:13 PM PDT

Tukar Tiub


PROGRAM MALAM INI ANTI MATI

Posted: 24 Jul 2011 06:25 PM PDT



FORUM DI KUANTAN MALAM INI



NOTA:

semua di jemput hadir
untuk program malam ini
perjuangan di gebeng menentang
ajen maut beru bermula

kilang radioaktif ini adalah
pembantu rakyat pahanag untuk
menjatuhkan gerombolan

jika diuli baik baik
jika digoreng indah indah
ribuan rakyat akan turun ke jalan raya

ini lebih jelas
ini lebih dapat di pandang
sang maut di hadapan mata

jika tak nak anak kepala dua
jika tahu mahu tangan bercabang tiga
maka tidak ada jalana lain
melainkan bagun ke jalan raya!



PERJUANAGN BARU BERMULA







MACAM MANA SELUAR BOLEH KOYAK?

Posted: 24 Jul 2011 10:58 AM PDT



SOALAN PERLU JAWAPAN



nota:

soalan ialah:

macam mana seluar teoh beng hock
bahagian punggung boleh koyak?

teoh terjun tingkap
macam mana seluar boleh koyak?

bukan sahaja seluar koyak
seluar dalam pun koyak

jawapan yang masuk akal ialah:

teoh ditarik maka seluarnya koyak
teoh ditarik bagiti kuat selali
hingga seluar dalam koyak

selagi pertanyaan kenapa seluar teoh koyak tidak dijawab
maka orang ramai percaya bahawa teoh dibunuh
kemudian ditarik dari bangunan dan diletakan
di atas lantai

ini lebih meyakinkan kerana seluar teoh koyak




ADA PIHAK CUBA PERLEKEH SURUHANJAYA DIRAJA - meloya

KUALA LUMPUR 24 Julai - Pihak yang tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock bahawa pembantu khas seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor itu membunuh diri, dilihat seolah-olah cuba memperlekehkan konsep penubuhan suruhanjaya tersebut.

Anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Syed Akhbar Ali berkata, tindakan itu juga boleh dianggap seperti tidak menghormati segala undang-undang yang terdapat di negara ini.

"Saya tidak faham mengapa mereka tidak boleh terima keputusan tersebut pada hal suruhanjaya itu ditubuhkan atas kehendak orang ramai dan mengikut proses undang-undang dan Perlembagaan negara.

"Sekiranya mereka terima keputusan bila suka dan tolak keputusan apabila ia tidak berpihak kepada mereka, maka mereka tidak memberi penghormatan kepada penubuhan suruhanjaya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – Tiewnama

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…TOLONG JANGAN PUTAR BELIT BERITA…. kah kah kah..

woit..TOLONG JANGAN TIPU DAN BODOHKAN MAK CIK FELDA… kah kah kah…

woit…TOLONG JANGAN BUAT FITNAH DAN TOHMAH…. kah kah kah..

woit..TOLONG BUKTIKAN SIAPA YANG CUBA PERLEKEH… kah kah kah..

kah kah kah…MANA ADA CUBAAN PERLEKEH SURUHANJAYA DIRAJA…kah kah kah..

woit…BUKAN CUBA PERLEKEH….MEMANG DIPERLEKEH…kah kah kah..

kah kah kah…JAGAN BUAT BUAT TAK SEDAR…. kah kah kah..

kah kah kah….JANGAN NAK BERLAPIK LAPIK NAK TIPU ORANG RAMAI… kah kah kah..

kah kah kah…TIDAK ADA CUBA CUBA… TERUS DIPERLEKEH… kah kah kah


SIAPA JANTAN KE TIGA?

Posted: 24 Jul 2011 10:53 AM PDT



SIAPA GUNDEK ITU





HANTAR PULANG BOURDON BUKTI NAJIB TAKUT RAHSIA SCORPENE – LATHEEFA
– keadilan daily

Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketaku Najib Razak.

Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.

"Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut," katanya kepada Keadilandaily

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
kita rakyat malaysia benasib baik
satu minggu media dunia membincangkanb hal bersih
satu minggu media dunia membincangkan keganasan polis malaysia
satu minggu media dunia tibai mat mongol

tetiba minggu ini peguam hak asasi manusia dari peranchis
telah dihalau keluar
ini berita baik
ini propaganda baik untuk kita

tak pasal pasal
sekali lagi media dunia buat laporan
minggu dulu mereka buat laporan
tapi masih ada yang kureng yakin
bila peguam ini kena halau
semua media barat amat yakin
rosmah dan najib ini mesti pergi

nota:
itu pasal sembab kata pilihanraya
tak lama lagi dalm beberapa bulan
muhyiddin mahu pilihanraya cepat
ini bertjuan agar rosmah dan najib terbarai
kah kah kah

bila rosmah dan najib terbarai
maka sembab aakan naik tahtha
kah kah kah



BEBASKAN TAHANAN POLITIK


MAT MONGOL KENA TIBAI LAGI

Posted: 24 Jul 2011 10:36 AM PDT




JAGA ANAK BADAK NAK LARI



nota:
kalau gambar ini bukan gambar anak badak
gambar apa agaknya?
mungkinkah gambar anak ikan paus?
mungkinkah gambar anak beruang biru
kah kah kah



DIPLOMAT : EU TIMBANG HANTAR BADAN PEMANTAU, SPR TIDAK WIBAWA – minsider

Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.

"Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.

Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

"(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… PADAN MUKA…. kah kah kah..

kah kah kah… SEKARANG NEGARA EROPAH TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN…. kah kah kah..

kah kah kah…NEGARA KESATUAN ERIOPAH ANGGAP SPR TAK ADA KUALITI…. kah kah kah..

kah kah kah…PADAN MUKA… PILIHARAYA TIPU…. kah kah kah..

NOTA:

masanya telah sampai
untuk memanggil pemerhati dari luar

kalau pilihanraya yang aka datang
masih main tipu
tak berubah
4 tuntutan awal tidak di jalankan

maka bukan saja pemerhati luar sahaja patut datang
askar dari luar pun patut datang
hajar sikit
macam hajar saddam hussein
degil tak mahu beri rakyat kebebasan

NOTA:
dari kajian awal pilihanraya kali ini
adalah pilihanraya akhir untuk gerombolan dan kaum kerabatnya
tetapi jika gerombolan masih juga berkuasa
maka jelas mereka telah menipu

mereka telah menggunakan undi hantu
mereka telah menggunkan undi pos
mereka telah memnggunakan mat bangla sebagai pengundi
mereka telah menggunakan mat indon sebagai pengundi

ANAK NAK BERANCUK PAKAI DUIT SENDIRI

Posted: 24 Jul 2011 01:29 AM PDT



MULUT BESAR



nota:

mulut besar adalah tanda tanda
suka makan free




MAJLIS PERKAHWINAN MEWAH BERI IMPAK NEGATIF – berita hairan

KUALA LUMPUR: Perkahwinan yang menelan perbelanjaan melampau mencecah jutaan ringgit boleh memberikan impak sosial yang negatif jika ia dilaksanakan hanya semata-mata memenuhi elemen menunjuk-nunjuk hingga mengetepikan matlamat sebenar perkahwinan.

Dari segi sosial pula, kebanyakan majlis perkahwinan mewah besar-besaran yang dianjurkan di negara ini sudah dicampur aduk dengan pelbagai elemen selain dimanipulasi sesetengah pihak bagi mendapat keuntungan khususnya membabitkan selebriti dalam memastikan barangan yang ditaja mendapat publisiti meluas.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata apa yang lebih membimbangkan adalah aliran berbelanja mewah akhirnya menjadi ikutan hingga ada pasangan sanggup berhutang bagi memastikan majlis berlangsung dengan gilang gemilang yang akhirnya memberikan kesan jangka masa panjang selepas perkahwinan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… NAK BUAT KENDURI ANAK NAK BERANCUK BUATLAH…. kah kah kah..

kah kah kah…INI SAMPAI PAKAI DUIT KERAJAAN APA HAL…. kah kah kah..

kah kah kah…MATLAMAT ASAL NAK BERANCUK…. kah kah kah..

kah kah kah….BERANCUK LAAA SESAMA SENDIRI... JAGAN PAKAI DUIT KERAJAAN… kah kah kah..

kah kah kah...TAK ADA KELAS PUNYA MUNKEEE...kah ah klah..

DARI ARKIB DETUK.COM

Selasa, Jun 7, 2011-07

NAJIB TERDESAK ..PINANG ANAK GUNA DUIT RAKYAT?

Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.

Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya.Jika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

Menurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah.

Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

NOTA:
ini memang berita pelik
mengikut adat
yang meminang pihak lelaki
ini yang meminang pihak perempuan

mungkin dah bunting
kah kah kah


MULUT EEE


SILA TERANGKAN KENAPA SELUAR BENG HOCK KOYAK

Posted: 24 Jul 2011 12:42 AM PDT



INI SATU SOALAN



nota:

perhatikan gambar ini bdetul betul
bagaiman seluar ini koyak
bukan sahaja seluar koyak
jelas seluar dalam yang berwana hitam juga koyak

teoh dikatakan terjun
kalau terjun macam mana seluar ini koyak
mesti dia kena tarik kerana itu seluar ini koyak



JANGAN PERTIKAI SURUHANJAYA DIRAJA -meloya

Najib Razak berkata, Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock telah menjalankan tanggungjawabnya dengan membuat keputusan berdasarkan kebenaran dan ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak.

Menurut Najib suruhanjaya tersebut bebas dan adil, malah, ditubuhkan atas nama Yang di-Pertuan Agung dengan pelantikan individu yang berwibawa dan mempunyai kredibeliti menganggotainya.

"Jika mana-mana pihak tidak puas hati, sebab sudah membuat kesimpulan dan mahukan laporan yang dibuat mencerminkan pemikiran mereka, jadi kehendak mereka, tidak adillah," kata beliau pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…KENAPA TAK BOLEH PERTIKAI…. kah kah kah..

kah kah kah..KALAU SURUHANJAYA ITU BODOH DAN BANGANG… kah kah kah..

kah kah kah…TAK KAN NAK IKUT SAJA…kah kah kah..

NOTA:
contoh yang paling ketara
ialah kenapa seluar teoh beng hock
di bahagian punhgung koyak rabak?

kenapa ini tidak ditimbulkan?

bagaimana seluar ini jadi koyak?
bagaimana seluar ini rabak?

kalau terjun timgkap macam mana seluar ini terkoyak?

inilah soalan yang terus akan ditanya

secara ilmiah bahagaian ini akan koyak rabak
jika teoh di tarik

selagi soalan ini todfak di jawab
kepala bana suruhanjaya apa pun tidak akan dipercayai
bawalah obama ke
bawalah sarkozy ke
bawalah raja mana pun
semua akan dilihat hampeh
jika soalan kenapa seluar ini koyak tidak dijawab


MULUT BESAR



nota:
mulut besar yang suka makan free
ini boleh dipertikai tak?
kenapa mulut besar
kah kah kah


MARU BELAJAR ILMU MENGENAL MULUT

Posted: 23 Jul 2011 10:54 PM PDT




PERHATIKAN BETUL BETUL




nota:

mulut yang luas
adalah tanda tanda
akal yang pendek
sila google : les inpactlex toujnque
kah kah kah



INI PUN MULUT BESAR




HISHAM: PIHAK BUAT LAPORAN PALSU AKAN DIDAKWA - mkini

Pihak yang membuat laporan palsu mengenai tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu perlu diheret ke muka pengadilan sebagai pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya melontarkan pelbagai tuduhan terhadap pihak berkuasa.

Hishammuddin Hussein berkata pihak yang membuat laporan palsu kepada polis perlu bertanggungjawab dengan tindakan mereka.

Sehubungan itu beliau mahu polis dan Pejabat Peguam Negara menjalankan siasatan terperinci bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang membuat laporan palsu berkenaan.

"Jelas apa yang mereka buat ini (laporan palsu) merupakan taktik politik sempit hanya nak mencemarkan nama baik pihak PDRM," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…MUNKEEE LANCHOW INI TAK ADA ORANG AMBIL POT…. kah kah kah..

kah kah kah...MUNKEEE CAKAP SORANG DIRI.... kah kah kah..

kah kah kah...MUNKEEE SYIOK SENDIRI.... kah kah kah..


BERITA SAHEH:

dari maklumat yang diterima
ketika gerakan anti-ppsmi dulu dijalankan
telah ada beberapa pertemuan dibuat
dengan munkee ini

apa yang jelas dari dari pemerhatian
gerakan anti-ppsmi ini ialah:

munkee ini tidak tahu bila nak marah
dan bilak nak ketawa
antara marah munkee ini
dengan ketawa munkee ini
kelihatan sama

dari kajian ilmiah sila: buka google kalau tak percaya : reaksi semacam ini
ialah tanda seseorang terencat akal atau dalam bahasa saitifiknya
mengalami tanda tanda down syndrome
kah kah kah

NOTA:
kabinet kerjaan mat mongolcukup hebat
ada terlibat dalam kes bunuh
ada terlibat dalam kes rogol
dan ada terencat akal
kah kah kah


PERMULAAN


nota:

ini permulaan mulut besar
tanda tanda suka makan free
kah kah kah


PARTI PUNDEK PUNDEK PUNDEK

Posted: 23 Jul 2011 08:47 PM PDT




KALAU TAK PUNDEK APA LAGI









nota:
kalau tak pundek
mesti panddy kutty
kah kah kah




BERSIH BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEMATIAN BAHARUDDIN - mkini

Keluarga Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan B9 Julai lalu seharusnya menuntut maaf daripada BERSIH 2.0 serta penganjur dan pemimpin Pakatan Rakyat, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), M Kayveas

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata BERSIH yang harus meminta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya tidak saja terhadap Allahyarham Baharuddin, tetapi juga sesiapa saja yang cedera dan mengalami penderitaan akibat perarakan haram itu.

"Apa jua yang berlaku, adalah kerana kedegilan BERSIH. Apa yang BERSIH lakukan tidak menguntungkan sesiapa, kecuali memburukkan nama negara yang kita cintai ini," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…DATUK PUNDEK PUNDEK TOMPANG SEMANGKOK… kah kah kah..

kah kah kah..TAK SANGKA PUNDEK PUNDEK INI ADA LAGI… kah kah kah..

kah kah kah…INGATKAN DAH PADAM…. kah kah kah..

woit..DULU TAHUN 2001 KETIKA DEWAN TUNKU CANCELOR TERBAKAR…kah kah kah..

kah kah kah…PUNDEK PUNDEK INI MENGAKU ADA BUKTI.. .PUNDEK INI TAHU SIAPA BAKAR…. kah kah kah..

kah kah kah..BILA MELAYU KATA INI AUTA KELING MARAH…. kah kah kah..

kah kah kah…TAPI INILAH HAKIKATNYA…. SAMPAI SEKRANG PUNDEK PUNDEK INI TAK HANTAR LAPORAN….kah kah kah..

nota:

sila check hak kerakyatan pundek ini
perkasa patut jadikan ini teras perjuangan

kerana pundek pundek ini dulu pernah kata
ibrahim ali ini bodoh kah kah kah

pundek ini juga kata roslan kassim peguam bangang
kah kah kah






INI CONTOH KETUANAN ORANG PUTEH

Posted: 23 Jul 2011 07:52 PM PDT





TAHZIAH KEPADA WARGA NORWAY YANG GUGUR
TAHZIAH KEPADA ANAK ANAK MUDA NORWAY
YANG TEWAS

DUNIA BERSAMA KAMU




MUKA ORANG JAHAT



NOTA:

ini muka Anders Behring Breivik
malaon dari kumpulan kanan yang rasis
malaon ini telah bertanggung jawab mengebom
pejabat kearjaan norway - juga pejabat perdana menteri norway

hingga ke saat ini 92 warga norway telah tewas
akibat kerja jahat malaon ini


nota:
kita wajib waspada dengan kumpulan rasis
dan perkauman yang melaungkan
ketuanan melayu
ketuanan china
ketuanan india
ketuanan orang puteh
ketuanan orang itam
ketuanan agama aku saja yng betul
atau ketuanan rosmah


nota:
akhbar dan media eropah juga
kelihatan gila dan sasau
terutama beberapa minit dan jam sesudah letupan bom ini terjadi

media eropah terus melapor ini kerja kumpulan islam
tanpa berlapik media eropah mengarah pembacanya
melihat ini kerja kumpulan jihad termasuk rangkaian al-qeada

AWAS!
jangan terperangkap dalam ajenda besar
yang sedang dilakar dan dirancanga secara tersusun dan licik
oleh kaum pemodal antarabangsa
tujuan mereka ialah untuk memiliki dunia ini
dan menjadikan warga dunia ini hamba kepada mereka

kaum kapitalis antarabangsa dengan jaringan sedang
menyusun strateji untuk memastikan rakyat dunia akan
tunduk kepada sistem kapitalis

NOTA:
kita tunggu beberapa hari lagi
pasti ada cerita cerita baru yang akan muncul
tentang bagaimana malaon ini dapat membeli 5 tan kimia untuk buat bom
kita tunggu maklumat tentang dari mana malaon ini dapat senjata

biasanya dibelakang semua ini adalah
kumpulan yang lebih tersusun
kalau di afghanistan mereka melahirkan al-qaeda
tidak mustahil yang ini juga adalah kerja dari tangan yang sama


ALHUSSEYN

Posted: 24 Jul 2011 03:43 PM PDT

ALHUSSEYN


Najib tak cukup tanah didarat…

Posted: 24 Jul 2011 08:43 AM PDT


Sebagaimana halnya dua kapal selam Scorpene yang dilaporkan tidak boleh menyelam, maka begitu jugalah halnya yang menimpa PM Najib.

Walaupun baru-baru ini , Najib berjaya menghambat pulang peguam Perancis, William Bourdon sejurus mendarat di KLIA, Najib kini tidak cukup tanah untuk lari dan ibarat hanya berlindung disebalik lalang sehelai.

Ini kerana Polis Perancis telah mendapat " dokumen penting" dalam siasatan transaksi kapal selam Scorpene .

Asia Sentinel melaporkan pendedahan peguam tersebut bahawa polis telah mendapat dokumen yang cukup penting.

"Ada kemungkinan bahawa pada bulan September, kita harus mempunyai akses kepada kesimpulan polis yang pertama dari semua siasatan yang telah berlaku dalam tempoh 18 bulan yang lalu. " katanya.

Menurut laporan di sini, personaliti misteri yang mengembara ke Macau dan Hong Kong bersama dengan perunding kapal selam , Razak Baginda adalah seorang VVIP. Terdapat spekulasi panas bahawa orang ini ialah Najib sendiri.

Jelasnya, kes tersebut bukan sahaja berkaitan isu sogokan tetapi juga melibatkan kes pembunuhan Altantuya. Perbicaraan Scorpenes dijangka didengar di mahkamah terbuka Perancis pada bulan Ogos atau September.

Ini akan membuka jalan untuk pembukaan semula perbicaraan pembunuhan Altantuya, yang berakhir dengan dua bekas pengawal peribadi Najib dihukum gantung pada 2006.Walau bagaimanapun, 'dalang' pembunuhan tersebut dipercayai masih lagi bebas.

Biometric : Najib menambah kayakan kroni dan mahu terus menipu rakyat

Posted: 23 Jul 2011 11:09 PM PDT



PM Najib berkata, sebagai salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil, SPR akan melaksanakan sistem biometric.

Kononnya sistem biometric akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini, katanya di sini

Dengan bongkaknya, PM Najib mendakwa "…negara-negara maju pun tak buat!"
Bila tengok Najib kata gitu dalam berita siaran teevee malam tadi, rasa nak tergelak pun ada, nak marah pun ada!

Apakah Najib sangka bila negara ini menggunakan sistem biometric , maka negara yang sedang membangun ini tiba-tiba dengan sekelip mata menjadi lebih baik dan lebih maju daripada negara-negara maju ?

Selain mahu mengelak dari menggunakan dakwat kekal sebagaimana dicadangkan oleh BERSIH, Najib bertujuan untuk menambah kayakan kroninya dan mahu terus menipu rakyat!Entah berapa juta akan dihabiskan untuk membeli sistem tersebut.

SPR pernah bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke-12 lalu dan telah membelanjakan kira-kira RM2.9 juta membeli 48,000 botol dakwat kekal dari India tetapi penggunaannya dibatalkan empat hari menjelang hari pengundian atas alasan keselamatan konon bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis.

Tuntutan BERSIH supaya menggunakan dakwat kekal adalah lebih murah, mudah dan sangat berkesan bagi mengelakan pengundi hantu.

Simbol negara yang memalukan

Posted: 23 Jul 2011 09:21 PM PDT

Kompleks Sukan Bukit Jalil yang menelan kos pembinaan RM800 juta dan pernah menjadi simbol kebanggaan negara kerana menempatkan Sukan Komonwel ke-16 pada Sept 1998 dahulu.

Tetapi hanya dalam masa 13 tahun berlalu, simbol kebanggan negara ini telah begitu jauh berubah wajah.Keadaannya agak terbiar kerana tidak diurus dengan baik dan sangat memalukan negara.Lihat laporannya di sini

Kerabu Bersuara ®

Posted: 24 Jul 2011 03:39 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Salinan Report Polis Mat Sabu

Posted: 24 Jul 2011 06:52 AM PDT

https://lh6.googleusercontent.com/-od6A5e3C4Pw/TivMHVVhPFI/AAAAAAAAVT0/-3VcTlrf6lA/s800/Repot%252520Bang%252520Mat.jpg

Bersih 2.0 :Drama kejar mengejar aku, Mat Sabu, polis

Posted: 24 Jul 2011 05:02 AM PDT

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Kali ini aku ingin ber­kongsi cerita pra, semasa dan pasca himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Kita mulakan dengan fasa pra perhimpunan. Aku dan Mat Sabu berada di luar negara kerana bererehat sebentar dek terlalu banyak kes Mahkamah yang melibatkanku (peguam) dan Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu (anakguam) yang juga Timbalan Presiden PAS.

Di luar negara kami berbincang adakah Mat Sabu perlu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 8 Julai iaitu sehari sebelum Himpunan Bersih. Mat Sabu agak risau dicekup pada 8 Julai di Pulau Pinang maka ter­lepas untuk menyertai himpunan Bersih. Aku katakan pada Mat Sabu bahawa kami perlu hadir pada 8 Julai di mahkamah.

Maka pada hari tersebut, kami berdua berlepas ke Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Subang pada jam 6.55 pagi. Di Pulau Pinang aku dan Mat Sabu hadir di Mahkamah Tinggi bagi rayuan kes oleh Pendakwaraya ke atas keputusan Mahkamah Majistret di Jawi yang membebaskan Mat Sabu dan sembilan yang lain. Tapi jahatnya pihak pendakwaraya, mereka hanya merayu kes Mat Sabu sahaja.

Alhamdulillah di Pulau Pinang Mat Sabu tidak ditangkap. Ramai yang menyapa Mat Sabu tanpa mengira bangsa di Pulau Pinang dan semua bersemangat bercerita tentang Bersih dan tindakan polis yang mereka kata agak kururang siuman. Jam 6.30 petang, kami sampai di Subang. Kenderaan dan petugas keselamatan PAS menanti kami. Di Lapangan Terbang Bayan Lepas, kami membeli baju warna kuning yang bakal dipakai di perhimpunan Bersih 2.0 keesokan harinya.

Pemandu yang membawa kami beritahu banyak sekatan jalan polis dan jika naik kereta tidak selamat. Dua buah motosikal disediakan untuk kami. Sampai di sebuah stesen minyak, Mat Sabu membonceng motosikal untuk dibawa ke sebuah hotel di ibu kota dan aku pula dibawa ke rumah. Kami berjanji akan jumpa malam itu di hotel.

Sebaik sahaja sampai di rumah, aku membersihkan diri dan jam 12 malam berjumpa Mat Sabu di sebuah hotel di ibu kota.

Pagi 9 Julai, aku tinggalkan Mat Sabu di bilik hotel dan turun minum. Aku hanya berseluar jeans hitam dan ber­baju T merah (tapi bukan Patriot). Aku minum di gerai mamak tidak jauh dari hotel. Ramai ahli PAS turut minum dan menyapaku. Kepala aku hanya memikir satu perkara; bagaimana nak melepasi banyak sekatan jalan polis? Aku dan Mat Sabu saling ber­hubungan melalui SMS (khidmat pesanan ringkas).

Tiba-tiba aku terima SMS dari sahabat PAS Johor yang secara kebetulan dapat maklumat daripada seorang kawan lain yang berada di hotel penginapan Mat Sabu. SMS itu berbunyi; "Beritahu akhie Hanipa jangan balik ke hotel kerana polis sedang cari dia."

Aku forwardkan SMS itu kepada Mat Sabu. Aku minta kawan yang minum bersama aku untuk lihat keadaan di hotel. Kawan aku pergi ke hotel dan beritahu ramai polis berkeliaran. Aku menelefon Dr Mohd Hatta Ramli dan beliau minta aku dan Mat Sabu ke Masjid Negara jika boleh lepas dari kepungan polis. Aku beritahu Mat Sabu apa yang Dr Hatta beritahu. Mat Sabu kata kita ke sana untuk solat Zohor. Maka petugas keselamatan menyediakan dua motor dengan dua penunggang. Aku naik satu motor dan Mat Sabu naik satu motor yang lain.

Sebaik sahaja Mat Sabu berjaya turun ke bawah (polis tidak menyedari Mat Sabu sudah terlepas), kedua-dua motor memecut deras membawa kami. Aku amat gayat membonceng motor yang dipandu laju. Tiba-tiba motor yang membawa Mat Sabu berhenti kerana dalam jarak 100 meter ada sekatan jalan polis. Kami cuba masuk ke kawasan perumahan dan tidak semena-mena kenderaan pacuan empat roda polis dan dua kereta peronda meluru laju dan membrek di hadapan motor kami.

Kami cuba berpatah balik tetapi dikepung dan pacuan empat roda polis dengan sengaja melanggar motosikal yang dinaiki Mat Sabu. Aku nampak bahagian depan jip Pajero itu melanggar kaki Mat Sabu.

Kedua-dua motosikal yang kami naiki jatuh dan beberapa anggota polis bertindak ala gangster menerpa kami sambil berteriak. Aku dijatuhkan dan muka aku ditekan oleh polis sehingga ter­kena roda motosikal. Aku lihat Mat Sabu dalam kesakitan dan memberitahu polis bahawa dia tidak boleh berjalan.

Tanganku digari ke belakang dan dimasukkan ke dalam kereta peronda. Aku protes tangkapan tersebut dan memberitahu polis yang aku seorang peguam. Namaku juga tiada dalam perintah mahkamah. ACP Fairuz (yang juga aku kenal kerana akulah peguam yang menyoal balas beliau dalam kes himpunan Protes) hanya mengatakan beliau "ikut arahan". Jawapan standard polis.

Kami berempat dibawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana Mat Sabu kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Di Jinjang aku dikenali oleh beberapa anggota polis yang bekerja di mahkamah dan mereka agak terkejut kerana aku ditangkap. Apabila merereka kata pada aku "maaf tuan' polis yang lain pula terkejut. Aku bersyarah panjang pada polis tentang hak orang yang ditangkap dan sedikit sebanyak mereka akur.

Aku dimasukkan ke dalam sel bersama-sama dua pemandu motosikal yang membawa kami. Di dalam sel, rupanya sudah ada merereka yang ditangkap kerana perhimpunan Bersih. Apabila aku ingin bersolat Zohor, polis arahkan aku berpindah sel. Aku dibawa ke sel baru dan di situ aku terserempak dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam sel seorang diri. Aku juga melihat seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar juga dalam sel seorang diri. Aku diletakkan dalam sel bersebelahan Mahfuz. Kami bertiga dikurung di sel berasingan seorang diri (solitary confinement).

Tidak lama kemudian Tian Chua pula dimasukkan ke dalam sel di sebelah aku. Selepas itu Mat Sabu pula dimasukkan ke dalam sel di depan sel kami. Beliau hanya berkain pelekat dan kaki berbalut.

Mat Sabu berjalan terdencot-dencot. Tidak lama lepas itu Sivarasa Rasiah pula dimasukkan dalam sel di sebelah sel Mat Sabu. Maka kami ber­bual (sahut-menyahut) dengan nada ria antara satu sama lain.

Nampaknya, polis boleh menahan kami tetapi tidak boleh mencabut kegembiraan kami menentang kezaliman polis dan BN.

PRU-13: Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, kata Muhyiddin

Posted: 24 Jul 2011 04:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional (BN) merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU.

"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di sini hari ini.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata dasar kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat adalah pra-syarat kedua yang perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu beliau menegaskan, semua anggota parti komponen BN harus terus mendukung perjuangan kerajaan dalam mendahulukan rakyat dalam setiap aspek sosial dan ekonomi.

Ini merupakan teras penubuhan parti-parti komponen BN yang mahu memperjuang dan membela nasib rakyat, kata Muhyiddin.

"Seperti juga IPF, perjuangannya bukan untuk mendiang Pandithan, tetapi untuk membela nasib rakyat jelata supaya menjadi lebih baik dan usaha ini perlu diteruskan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan bahawa perpaduan nasional negara ini perlu dipertahankan dan mana-mana anasir jahat harus ditentang.

Mengambil contoh serangan berkembar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Oslo, Norway yang kini telah mengorbankan lebih 90 nyawa, Muhyiddin berkata perkara sedemikian tidak harus dibenarkan berlaku di sini.

"Kalau ada pihak yang mahu memporak-perandakan kita dengan politik sempit, kita harus menentang mereka," katanya.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya kepada hampir 2,000 anggota IPF, Timbalan Perdana Menteri mengiktiraf sokongan dan peranan IPF kepada BN selama ini walaupun hasratnya untuk menjadi parti komponen BN belum tercapai.

Beliau mencadangkan supaya Presiden IPF M. Sambathan menyediakan dan mengemukakan kepada beliau projek yang mahu dilaksanakan oleh parti itu dalam membantu rakyat.

"Saya juga berjanji akan memberi peruntukan untuk pelaksanaan operasi...aktiviti-aktiviti boleh dijalankan dengan sebaik-baiknya," katanya.

Sultan Kelantan Dianugerahkan Darjah Kerabat Perak

Posted: 23 Jul 2011 10:13 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada Ahad berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK) kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Penganugerahan darjah itu diterima oleh Sultan Muhammad V daripada Sultan Azlan Shah dalam satu istiadat di Bilik Menghadap Merah, Istana Perak, Bukit Persekutuan pada 11.15 pagi.

Sultan Muhammad V kemudian berkenan menyembahkan cenderahati kepada Sultan Azlan Shah.

Turut hadir Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.- BERNAMA

kami rakyat kelantan merafak sembah buat Sultan Kelantan. Allahukhbar!

Jawapan Kepada Isu Penyingkiran Datin Sabariah Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) Yayasan Selangor

Posted: 23 Jul 2011 07:21 PM PDT

Oleh Yayasan Selangor

1. Isu yang disiarkan oleh Malaysia Today pada 22 Julai 2011 berkenaan PENYINGKIRAN TIMBALAN PENGURUS BESAR (PENDIDIKAN) YAYASAN SELANGOR adalah isu lama yang sedang dalam proses penyiasatan di Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Selangor.

2. Penyiaran kisah ini bolehlah dianggap sebagai usaha beliau atau pihak-pihak yang menyokong beliau untuk meraih simpati dan berniat jahat dengan memberikan gambaran buruk terhadap pengurusan Yayasan Selangor.

3. Beliau sebenarnya "bernasib baik" kerana diterima bekerja di Yayasan Selangor sejak tahun 1998 dan "survive" walaupun Laporan Siasatan Audit Dalam Yayasan Selangor yang bertarikh 18 Mei 1999 dengan jelas mengesyorkan supaya perkhidmatan beliau ditamatkan.

4. Ini kerana penemuan audit itu mendapati bahawa beliau telah memalsukan nama jawatan dan gaji akhir beliau semasa bekerja di Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd., iaitu kononnya beliau bertugas sebagai akuantan dengan gaji sebanyak RM5,500.00 sebulan, sedangkan pihak pengurusan hotel itu mengesahkan bahawa beliau hanyalah seorang Pegawai Akaun dengan gaji sebanyak RM3,500.00.

5. Hal ini mendorong pihak pengurusan Yayasan Selangor pada tahun 1998 menawarkannya jawatan tetap selaku Pengurus Kewangan dan Pentadbiran Gred N1 (setara dengan Gred 54 kini) dengan gaji sebanyak RM5,859.00.

6. Laporan Audit Dalam itu "lenyap" begitu sahaja apabila beliau berkahwin dengan Dato' Zolkarnain Abd. Rahman, Pengurus Besar Yayasan Selangor yang menyandang jawatan itu pada tahun 1999 hingga 2001.

7. Seperti staf yang lain, beliau dinilai mengikut prestasi semasa dan beberapa kali ditukarkan ke jawatan lain atas keperluan organisasi.

8. Beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) pada 1 Ogos 2010 melalui surat bertarikh 12 Julai 2010 rujukan no. (91)dlm.YS/SM/03/037 dengan Gred Utama C (VU7).

9. Perlantikan itu dengan jelas menyebut perkara 2.8 Pengesahan Jawatan dan Tempoh Percubaan yang berbunyi:

"Pengesahan jawatan puan adalah tertakluk kepada prestasi kerja puan di sepanjang tempoh percubaan iaitu selama enam (6) bulan. Puan boleh dikembalikan ke jawatan asal oleh Yayasan Selangor dengan gred dan tanggagaji yang asal sekiranya prestasi kerja puan dalam tempoh tersebut tidak memuaskan."

10. En. Ilham Marzuki selaku Pengurus Besar Yayasan Selangor mendapati prestasi Datin Sabariah Ahmad selaku Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) adalah tidak memuaskan, dan pada 10 November 2010, Pengurus Besar telah memaklumkan hal ini kepada YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

11. Beliau turut memaklumkan bahawa Datin Sabariah Ahmad telah dikembalikan ke jawatan asalnya selaku Pengurus Kanan Hal Ehwal Pelajar (mulai 1 November 2010), iaitu jawatan yang disandangnya mulai 3 Mei 2010 (sehingga dilantik sebagai Pemangku Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) pada 1 Julai 2010 dan seteruskan dinaikkan sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan).

12. Oleh sebab beliau membuat aduan kepada Dato' Menteri Besar Selangor yang kononnya beliau dianiaya dan arahan supaya beliau diletakkan semula (reinstated) ke jawatan asalnya, maka pada 3 Disember 2010, beliau telah dikembalikan ke jawatan Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan).

13. Pada 8 Disember 2010, semua gaji dan elaun tertunggak telah dibayar kepada beliau. Ini bermakna beliau telah menerima hak beliau sebagaimana yang dikehendaki.

14. Mengikut laporan Bahagian Sumber Manusia, beliau tidak hadir ke pejabat pada 1 - 3 Disember 2010, tetapi pihak Sumber Manusia ketika itu tidak mengambil apa-apa tindakan, walaupun Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor menyatakan bahawa sesiapa yang tidak hadir 2 hari berturut-turut menurut fasal 4.6.1:

"... seseorang kakitangan yang tidak hadir bertugas selama 2 hari berturut-turut tanpa mendapat cuti yang sah atau tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada ketua bahagian atau tanpa sebab-sebab yang munasabah adalah satu kesalahan dan disifatkan telah menamatkan perkhidmatannya secara sukarela dengan Yayasan Selangor."

15. Beliau kemudian mendapat cuti sakit secara bersambung-sambung pada 4 hingga 17 Disember 2010.

16. Sayugia dicatatkan bahawa sepanjang tahun 2008, beliau pernah mengambil cuti sakit (klinik biasa) selama 63 hari dan cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital selama 150 hari.

17. Manakala pada tahun 2009, beliau telah mengambil cuti sakit (klinik biasa) sebanyak 22 hari dan cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital sebanyak 60 hari.

18. Beliau sebenarnya sekali lagi bernasib baik kerana Bahagian Sumber Manusia ketika itu patut merujuk kes kesihatan beliau kepada Panel Perubatan untuk diberi pertimbangan khas.

19. Berdasarkan perkara 12 dan 13 di atas, kes beliau sepatutnya sudah selesai dan tiada lagi kes berbangkit.

20. Bagaimanapun, pada 21 Disember 2010, beliau telah menulis surat yang kononnya beliau telah diberhentikan kerja secara terancang (constructive dismissal) hanya atas alasan pejabat beliau dipindahkan ke Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur.

21. Sesungguhnya perpindahan beliau ke tempat tersebut adalah supaya beliau memberikan tumpuan kepada permasalahan kemerosotan pencapaian pelajar yang merupakan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab beliau di Bahagian Pendidikan.

22. En. Ilham Marzuki selaku Pengurus Besar Yayasan Selangor tidak sama sekali berniat jahat terhadap beliau kerana sepanjang perkhidmatan Datin Sabariah di bawah pengurusannya, beliau telah tiga kali dinaikkan pangkat, iaitu sebagai Pengurus Kanan pada 3 Mei 2010 dan sebagai Pemangku Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) pada 1 Julai 2010, dan seterusnya sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) pada 1 Ogos 2010.

23. Sekiranya beliau ditempatkan di ibu pejabat di Petaling Jaya, seperti amalan sebelum ini, keberkesanan tugasan beliau tidak dapat diukur. Oleh itu, dengan keberadaan beliau di lokasi khusus pelajar, beliau sepatutnya diharapkan dapat memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar.

24. Apa yang didakwa sebagai constructive dismissal hanyalah "persepsi" beliau bagi menutup kelemahan prestasi beliau dan masalah cuti sakit yang berpanjangan.

25. Perlu dingatkan bahawa jawatan sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) yang beliau sandang itu masih dalam tempoh percubaan (1 Ogos 2010 hingga 30 Januari 2011). Adalah menjadi hak Pengurus Besar untuk menilai dan membuat keputusan mengenai prestasi beliau sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan).

26. Oleh kerana beliau telah membuat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Selangor, kes beliau kini masih di peringkat awal dan tiada sebarang keputusan dicapai setakat ini. Oleh itu, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang rumusan demi keadilan kedua-dua pihak.

27. Yayasan Selangor bersedia mematuhi sebarang keputusan yang berasaskan undang-undang dan tidak berniat untuk berlaku tidak adil kepada beliau dan sesiapa sahaja, asalkan kepentingan majikan dan pekerja terpelihara.

28. Adalah ditegaskan bahawa kedudukan staf sebagai sebahagian daripada pasukan pengurusan Yayasan Selangor tertakluk kepada Skim Perkhidmatan, kepentingan organisasi dan rakyat Negeri Selangor. Prestasi kakitangan sentiasa dipantau supaya kehadiran mereka berbaloi dan setimpal dengan gaji, elaun dan kemudahan yang diterima.

Disediakan oleh:

Bahagian Sumber Manusia
Yayasan Selangor.
23 Julai 2011.


TERDAHULU BERKAITAN ISU


Penyingkiran Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) Yayasan Selangor


Ilham telah mengarahkan supaya surat perpindahan Datin Sabariah dikeluarkan dengan segera. Ilham juga mengarahkan supaya semua aset milik Yayasan Selangor yang ada pada Datin Sabariah diambil semula. Datin Sabariah telah menyerahkan semua aset pada hari yang sama, 29 Oktober 2010.


Datin Sabariah Ahmad merupakan seorang kakitangan tetap Yayasan Selangor dan akan bersara wajib bila mencapai umur 55 tahun pada penghujung 2011.

Beliau merupakan isteri kepada mantan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Dato' Zurkarnain A. Rahman (1998-2000).

Datin Sabariah dinaikkan jawatan sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) dengan tempoh percubaan selama enam bulan yang bermula dari 1 hb. Ogos 2010.

Pada hari Jumaat 29 Oktober 2010, Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki telah berjumpa semua kakitangan di surau Menara Yayasan Selangor.

Ilham membaca surat layang yang dihantar kepada ketua isteri beliau. Isteri Ilham bekerja di Jabatan Perancangan Ekonomi (EPU) di Putrajaya.

Ilham mengesahkan KEBENARAN bahwa (a) dia, Ilham Marzuki adalah ahli PAS yang suka menyebut kata-kata lucah seperti pundek, pukimak, kongkek, babi dan (b) Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Mohd Saifulruddin bin Sulaiman adalah seorang samseng setinggan yang memiliki banyak kereta.

Di akhir perjumpaan itu, Ilham memberitahu kakitangan yang hadir bahwa penulis surat tersebut dilahirkan di Melaka dan dibesarkan di Johor. Orang-orang lama Yayasan membuat kesimpulan bahawa Datin Sabariah, Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) adalah orang dimaksudkan oleh Ilham.

Selesai perjumpaan itu, Ilham telah mengarahkan supaya surat perpindahan Datin Sabariah dikeluarkan dengan segera. Ilham juga mengarahkan supaya semua aset milik Yayasan Selangor yang ada pada Datin Sabariah diambil semula. Datin Sabariah telah menyerahkan semua aset pada hari yang sama, 29 Oktober 2010.

Surat perpindahan menyebut bahawa Datin Sabariah ditukar ke Bahagian Sumber Manusia SUK pada 1 November 2010.

Pejabat SUK mempersoalkan perpindahan mendadak Datin Sabariah kerana lazimnya sebarang proses penempatan pegawai dari anak syarikat hendaklah dimulakan dengan permohonan rasmi dari Pengurus Besar anak syarikat kepada Pejabat SUK/Menteri Besar.

Alasan yang diberikan oleh Ilham ialah Datin Sabariah tidak mampu menjalankan tugas-tugas sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) dengan memuaskan. Datin Sabariah telah diturunkan pangkat dan gaji dan elaun-elaun sebagai Timbalan Pengurus Besar telahpun ditarik balik.

Semasa ditempatkan di Bhg Sumber Manusia SUK, Datin Sabariah telah cuba untuk mendapatkan bantuan Setiausaha Politik MB, Puan Faekah dan MB sendiri untuk dipindahkan balik ke pejabat beliau di Yayasan Selangor, Petaling Jaya. Malangnya beliau tidak mendapat layanan yang sewajarnya.

Pada 1 Disember 2010 Datin Sabariah telah menulis surat kepada MB Selangor menyatakan ketidakpuasaan hati beliau terhadap tindakan memindahkan beliau ke SUK tanpa sebarang alasan yang munasabah. Di dalam surat berkenaan Datin Sabariah telah memberi tempoh kepada MB untuk memindahkan beliau kembali ke jawatan Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) atau bersedia untuk menghadapi tindakan perundangan.

Datin Sabariah diarah pulang ke Yayasan Selangor tetap tidak dibenarkan kembali ke Pejabat Timbalan Pengurus Besar (Pendidikan) di Menara Yayasan Selangor, PJ. Sebaliknya beliau ditempatkan di Asrama Yayasan Selangor, Kuala Lumpur.

Datin Sabariah telah meletakkan jawatan pada pertengahan Disember 2010 dan membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Selangor. Kes beliau telah didengar pada bulan Mac 2011. Sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan muktamad dicapai.

Serangan di Norway, Islam jadi mangsa

Posted: 23 Jul 2011 07:16 PM PDT

Serangan di Norway yang telah mengorbankan lebih 90 nyawa terus mencetuskan debat panjang berhubung Islam dan terorisme, walaupun serangan itu tidak melibatkan Muslim.

Di sejumlah media Barat, hakikat bahawa penyerang, Anders Behring Breivik ialah pelampau Kristian berhaluan kanan dan bukan individu atau kumpulan ekstemis Muslim kini mendatangkan satu beban berkaitan nilai kewartawanan mereka.

Banyak media Barat kini terpaksa berdepan bukti bahawa Islam tidak mempunyai kaitan dengan serangan itu.

Akhbar-akhbar berpengaruh seperti New York Times, Washington Post, Financial Times dan Telegraph terjerumus dalam perangkap Islamofobia mereka sendiri apabila sejak awal mengaitkan kejadian itu dengan kumpulan Muslim, tanpa sebarang bukti atau petunjuk yang jelas.

Satu contoh jelas ialah kolumnis Washington Post, Jennifer Rubin yang dengan yakin mengaitkan serangan itu dengan kumpulan Muslim, dan mengambil kesempatan mengkritik usaha mengawal peningkatan peruntukan pertahanan Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sendiri dilaporkan memasukkan kejadian itu ke dalam tajuk besar "perang menentang terorisme" yang dipimpin AS.

Akhbar seperti Telegraph, walaupun tidak menyatakan dengan jelas, merujuk kepada laporan bahawa ada kumpulan Muslim yang mengaku bertanggungjawab, seolah-olah memberi petunjuk awal tentang siapa yang bertanggungjawab.

Selain prejudis yang telah terbina sejak lama dan tidak dapat dikawal, perkembangan ini mendedahkan satu kelemahan besar dalam wacana di media Barat yang mudah menerima perspektif tertentu untuk membentuk segala sudut pandang mereka.

Jelas sekali serangan itu dilihat dari perspektif "perang menentang terorisme" dalam dunia "pasca-911" yang cenderung simplistik. Perspektif ini memudahkan kaitan dengan al-Qaeda atau Islam, ekoran pemahaman yang telah lama terbina.

Seperti yang pernah dilihat sebelum ini, teroris itu kini cuba diasingkan dengan menyifatkannya sebagai seorang yang bertindak sendiri, atau seorang yang gila, tidak seperti dalam kes serangan melibatkan Muslim yang dengan mudah dikaitkan dengan agama Islam.

Kes ini menjadi satu lagi contoh pandangan menyeleweng yang dibina oleh satu wacana yang berjalan atas asas-asas yang salah, sesuatu yang wajar diberi perhatian oleh semua termasuk warga Malaysia yang kini berdepan satu tempoh yang mencabar.

Pemahaman menyeleweng terhadap Muslim dan agama Islam kini turut memberi kesan kepada sesetengah pihak di negara kita, menjadikan pandangan mereka selari dengan pemahaman yang dibina atas asas yang salah itu.

Kumpulan-kumpulan tertentu, termasuk dalam gabungan parti pembangkang sendiri juga masih kuat dipengaruhi perspektif seperti itu, sehingga mengaburkan pandangan mereka dalam menilai Islam.

Kejadian di Norway semalam, dan respons segera terhadap tragedi itu kini dapat dinilai untuk dijadikan pengajaran, untuk berdepan cabaran suasana politik yang menguji pada masa ini.

http://siasahdaily.blogspot.com/2011/07/serangan-di-norway-islam-jadi-mangsa.html

Biaqpila

Posted: 24 Jul 2011 03:34 PM PDT

Biaqpila


Hantar pulang Bourdon bukti Najib takut rahsia Scorpene- Latheefa

Posted: 24 Jul 2011 03:00 PM PDT



(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Lathhefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.
"Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut," katanya kepada Keadilandaily.
Beliau berkata demikian dalam reaksinya berhubung tindakan Jabatan Imigresen menahan Bourdon di Pusat Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengahari tadi.
Peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu ditahan pegawai imigresen ketika pesawat yang dinaikinya tiba di KLIA dari Pulau Pinang, selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Suaram di Bayan Baru malam tadi.
Bourdoun sepatutnya hadir pada majlis yang sama di Dewan Sivik Petaling Jaya malam ini dan Ipoh pada 23 Julai.
Namun ketika tiba di KLIA, beliau ditahan lebih lima jam tanpa diberikan sebarang akses bertemu peguam. Berikutan itu, Bourdon yang dijadual pulang semula ke Paris pada Ahad ini akan menaiki pesawat pulang jam 11.30 malam ini.
Dalam pada itu, Latheefa berkata Bourdon memberitahunya yang dia diarahkan untuk menandatangani satu dokumen dalam bahasa Malaysia, namun enggan berbuat demikian.
"Ini satu penghinaan dan melanggar hak asasi seorang manusia. Kita tak tahu apakah dokumen yang diarah untuk ditandatangani oleh William.
"Seseorang itu mempunyai hak untuk tahu kandungan dan sebab sebelum menandatangai apa-apa dokumen. Setiap negara perlu menghormati hak-hak ini," jelas Latheefa.
Beliau turut kesal dengan sikap pegawai Imigresen yang menengking dan menghalang pengarah Suaram), Cythia Gabriel yang mahu bertemu peguam itu.
Sementara itu jurucakap Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri yang dihubungi berkata, Jabatan Imigresen menghantar William kembali ke negaranya dengan menggunakan Akta Imigresen.
Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan berbincang bersama Suaram untuk memikirkan tindakan lanjut berhubung tindakan Jabatan Imigresen.

KD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AWAS IMEJ SEKSI DI FACEBOOK

Posted: 24 Jul 2011 09:38 AM PDT




SERINGKALI kita melihat pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook.

Ayat-ayat yang digunakan pula berbaur seks dan sangat jelas untuk difahami bagi menambahkan lagi keinginan seseorang untuk melihatnya.

Terdorong oleh nafsu, butang diklik tetapi tiada apa yang berlaku. Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.

Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.

Aktiviti tersebut semakin kerap dapat dilihat di laman-laman sosial sejajar dengan kenaikan kadar penembusan Internet terutama laman sosial di Malaysia.

Menurut syarikat yang menjalankan kajian pemasaran Internet, comScore, Malaysia adalah negara kedua paling tinggi aktiviti penembusan rangkaian sosial di Asia Tenggara iaitu sebanyak 91 peratus selepas Filipina.

Link jahat

Tambahan pula, menurut Peneraju Perniagaan Norton rantau Asia Selatan, Symantec, Effendy Ibrahim, Laporan Jenayah Siber Norton 2010 menemui 65 peratus pengguna internet di Malaysia tidak meletakkan seting akaun laman sosial mereka kepada tahap paling tinggi.

"Ia menjadikan informasi lebih mudah dilihat pada bila-bila masa. Selain itu, kajian turut menemui kebanyakan penjenayah siber menggunakan laman sosial sebagai tempat menghantar link ringkas ke laman web yang berniat jahat," ulasnya lagi.



Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet.

Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.

Tambah Effendy, dalam tempoh masa tiga bulan pada tahun 2010, dua pertiga link-link jahat itu berada dalam paparan News Feed laman sosial, manakala 73 peratus daripadanya telah diklik sebanyak 11 kali atau lebih.

"Ia membuktikan penggunaan link-link yang dipos itu sangat efektif," ujarnya ringkas.

Sehingga bulan Mac 2011, kata Effendy, CyberSecurity Malaysia telah mengenalpasti sekurang-kurang 900 laman phishing yang menyasarkan kepada institusi kewangan.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat perbankan dan laporan mendapati secara purata sebanyak 260,000 identiti telah didedahkan pada tahun 2010.

Dakwa Effendy lagi, dalam pemerhatian mereka, informasi kad kredit yang berharga itu didagangkan di pasaran gelap online pada harga serendah 30 sen perdata sahaja.

Jenayah siber secara dalam talian akan meningkat setiap tahun dan sukar dihapuskan sama sekali. Symantec telah mengesan sebanyak 286 juta ancaman baru pada tahun 2010.

Ia bersamaan sembilan ancaman baru untuk setiap saat sepanjang tahun.

Jenis link


DENGAN hanya satu klik, penjenayah siber mudah mencuri segala maklumat pelayar Internet.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Johary Mustapha, 33, berkata, terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.

"Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.

"Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan," ulasnya ketika dihubungi Infiniti baru-baru ini.

Menurut Johary, pautan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dianggap sebagai kreatif memanipulasi orang ramai supaya melawat laman web mereka.

Tambahnya, link sebegitu tidak akan merosakkan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis pautan yang lagi satu.

Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.

Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada apa yang berlaku.

Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih cepat.


AKTIVITI phishing dilakukan bertujuan sama ada untuk membuat pengiklanan atau yang lebih berbahaya untukmendapatkan maklumat penting anda.

"Serangan Adware sangat berbeza dengan virus, ia tidak akan memberi kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi, berkemampuan mengumpul semua data yang pengguna masukkan," katanya.

Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci, nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.

Ujar Johary lagi, pengguna dinasihat supaya berhati-hati dengan arahan memuat naik fail yang mempunyai nama domain .exe dan .bat kerana apabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data menjadi lebih mudah.

"Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran Pop-up akan muncul," ulasnya lagi.

Bagaimanapun, Johary menambah bagi perbankan internet, tahap keselamatannya tinggi hingga ke tahap dua atau tiga seperti memerlukan pengguna membuat pengesahan melalui telefon bimbit.

kosmo


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lebih 80 Ditembak Mati, 7 Terkorban Dalam Letupan Bom Di Norway

Posted: 23 Jul 2011 09:00 PM PDT


Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP



OSLO, Norway: Seorang rakyat Norway yang menyamar sebagai pegawai polis dipercayai menembak mati sekurang-kurangnya 80 pekhemah di sebuah pulau dekat sini, Sabtu.



Menurut Pengarah Polis, Oystein Maeland, pihaknya hanya menyedari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku beberapa jam selepas berlakunya satu letupan di sini yang mengorbankan tujuh orang.



Katanya, polis berjaya menemui banyak mayat dan menganggarkan jumlah mangsa mungkin meningkat.

Seorang lelaki yang cedera diberi rawatan di Oslo, Norway, Sabtu. Letupan bom tersebut merosakkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg. Letupan itu juga menyebabkan lain-lain bangunan terbakar. – Foto REUTERS



"Ramai lagi yang cedera tetapi bilangan tidak diketahui buat masa ini," katanya.



Polis percaya letupan tersebut dilakukan oleh suspek yang sama.



Setakat ini, polis berjaya menahan seorang suspek warga tempatan tetapi enggan mendedahkan namanya.



Sementara itu, badan penyiaran Norway, NRK mengenalpastikan suspek ialah Anders Behring Breivik, 32 dan berkata, polis menggeledah pangsapurinya di sini semalaman.

Kepulan asap keluar dari bangunan yang terbakar ekoran serangan bom di Oslo, Norway. – Foto REUTERS



NRK dan lain-lain media menyiarkan foto suspek yang berambut perang muda dan bermata biru.



Seorang pegawai polis berkata siasatan awal menunjukkan suspek membuat serangan tersebut seorang diri dan ia tidak berkait dengan sebarang organisasi pengganas.



"Ia nampaknya kerja orang gila," katanya. - AP



mstar


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: AYAM

Posted: 23 Jul 2011 06:00 PM PDT



Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan seekor ayam panggang... Beberapa minit kemudian pesanannya sampai...

Ketika sedang dia menikmati makanannya...pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu.Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada...maaf ya encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah... lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. Lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu.
Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayam tersebut, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

Posted: 24 Jul 2011 03:16 PM PDT

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


POLIS MALAYSIA PENIPU !!!

Posted: 24 Jul 2011 08:11 AM PDT


Semasa himpunan bersih masih berlaku, aku dimaklumkan bahawa mat sabu ditangkap. Padaku, itu berita biasa, kerana beliau salah seorang yang mengapalai himpunan aman tersebut. Kalau polis boleh tangkap demonstran bawahan, inikan pula pimpinan demonstran.

Tetapi, aku tidak tahu pula sehingga mat sabu dilanggar proton waja. Cumanya, selepas itu, terbaca dalam beberapa laman blog dan web yang menyatakan perkara tersebut.
Satu hari, semasa aku sedang menyampaikan satu syarahan di Jalan kebun, aku dihubungi Mat Sabu. Beliau minta aku hadir berjumpa dengan beliau di rumah. Selesai menunaikan solat isyak, aku terus menuju ke rumah beliau di Shah alam.

Aku agak terkejut, apabila dapati Mat Sabu terbaring. Jangka awalku, kecedaraan mat sabu itu tidaklah serius sangat. Rupa-rupanya agak parah sehingga tidak boleh berjalan. Beliau bergerak pun, samada dipimpin, bertongkat ataupun dengan berkerusi.roda.

***

Tiga hari kemudian, aku berjumpa dengan Hisyamuddin Rais di port biasa kami. Di sana, Hisyam maklumkan kepadaku bahawa Mat sabu akan lakukan pembedahan untuk.masukkan skrew pada kaki beliau.

Dalam perjalanan pulang, aku telefon Mat Sabu dan bertanyakan hal itu. Mat.Sabu membenarkan berita itu dan menyatakan bahawa pembedahan itu berlaku pada hari jumaat.
Semasa pembedahan berlaku, aku di kelantan. Setelah pulang, aku menziarahi Mat Sabu di hospital KPJ di shah Alam. Ternyata, Mat Sabu masih tidak boleh berjalan, kecuali.berkerusi roda dan bertongkat sahaja.

Sehari dua ini, puak-puak UMNO dan pihak polis menyebut bahawa Mat Sabu hanya berlakun. Mendengar dan membaca berita sebegini, menyebabkan semakin benci aku kepada UMNO dan pihak polis kerana sanggup menipu dengan jua sekalipun, waima ia sudah terbukti sepertimana terbuktinya siang dan malam.

DIALOG RAKYAT

Posted: 24 Jul 2011 03:14 PM PDT

DIALOG RAKYAT


15 alat sulit ‘mak nyah’ dikebumikan secara terhormat

Posted: 23 Jul 2011 11:21 PM PDT

WARKAH DAILY


KUALA LUMPUR: Umpama benci tapi sayang, segelintir mak nyah yang 'membuang' alat sulit bagi mencapai impian menjadi wanita tidak rela alat sulit mereka terbiar begitu saja, sebaliknya meminta diuruskan dengan cara terhormat.



KONTROVERSI: Rakyat Malaysia, Fatine Young (nama asal Mohd. Fadzil Min Bahari), kiri ketika bersama 'suaminya' dari UK yang dinikahi sedikit masa dulu.

Seperti jenazah yang disemadikan di tanah perkuburan, begitulah 'perjalanan terakhir' alat sulit golongan berkenaan yang dibuang menerusi pembedahan penukaran jantina.

Mendedahkan perkara itu, bekas presiden Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan, Mimi Zarina, 62, berkata sehingga hari ini ada sekurang-kurangnya 15 pusara 'anu' tanpa batu nesan di tanah perkuburan sekitar ibu kota, Mimi mengakui semua alat sulit itu diserahkan kepadanya dari 1980-an hinggalah yang terbaru tahun lalu untuk diuruskan.

"Daripada dipotong dan dibuang tak tentu hala, biarlah ia (alat sulit yang dibuang itu) diuruskan dengan cara elok. Saya secara sukarela membantu menguruskannya.

"Bagi yang mengenali saya, mereka menyerahkan alat sulit untuk diuruskan. Hakikatnya, mak nyah yang mempunyai impian menjadi wanita sejati dengan melakukan pembedahan penukaran jantina tidak ambil kisah dengan alat sulit yang 'dipotong'.

"Namun tidak semua begitu kerana ada juga yang sedar ia perlu diuruskan dengan cara yang elok," katanya ketika ditemui Metro Ahad, baru-baru ini.

Menurut Mimi, 15 alat sulit yang diterima untuk diuruskan itu siap 'dibungkus' di dalam botol mengandungi cecair kimia dan dibaluti dengan beg plastik khas.

"Bungkusan itu bukan dibuat sendiri, sebaliknya disediakan oleh doktor di hospital tempat melakukan pembedahan. Saya hanya menerima dan menguruskannya dengan bantuan seorang 'Pak Sheikh'.

"Seperti menguruskan jenazah, bungkusan berkenaan ditalkin dan dikebumikan. Semua 15 alat sulit itu ditanam di tanah perkuburan berbeza sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Ketika ditanya milik siapa semua alat sulit itu, Mimi enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.

Bagaimanapun, Mimi berkata, 15 alat sulit itu hanya sebilangan kecil milik mak nyah yang melakukan pembedahan penukaran jantina kerana dia yakin ramai lagi membuang saja.

"Yang mahu alat sulit disempurnakan dengan cara elok, mereka berjumpa saya, manakala yang tidak ambil kisah tinggalkan saja di hospital tempat mereka melakukan pembedahan atau buang ikut suka.

"Sudahnya, ada yang datang berjumpa saya meminta tolong kerana 'anunya' datang dalam mimpi dan mengganggu tidur setiap malam," katanya yang terkenal dan dihormati di kalangan mak nyah, malah menjadi tempat rujukan golongan berkenaan.

Mimi mengakui tidak bersetuju dengan tindakan mak nyah melakukan pembedahan menukar jantina kerana kesan jangka panjang yang diterima bakal menyeksa diri.

"Baru-baru ini, tiga mak nyah yang mahu menukar jantina meminta pendapat saya. Saya beri mereka 'syarahan', termasuk kesan buruk akibat perbuatan itu.

"Mereka yang tergamak menjalani pembedahan itu kerana terikut-ikut dan kadangkala melakukannya demi teman lelaki," katanya.

Mimi berkata, ada beberapa mak nyah yang melakukan pembedahan berjumpanya semula selepas beberapa tahun.

"Ada yang mengadu sakit di kemaluan, malah ada yang bernanah. Tidak kurang bercakap seperti orang gila dan ada juga menyatakan hasrat membunuh diri.

"Semua itu berlaku kerana kesan buang kemaluan. Lelaki tetap lelaki dan apabila melakukan pembedahan seperti itu ia bukan saja berisiko didatangi penyakit, tetapi pada masa sama psikologi terganggu," katanya.

Mimi turut mendedahkan ada mak nyah menukar jantina yang terlepas berkahwin dengan lelaki satu ketika dulu, namun berpisah selepas diketahui keluarga.

"Paling menyedihkan, ada yang berhijrah ke luar negara, apabila pulang tidak tahu berselawat dan al-Fatihah. Memilukan bila usianya bukan lagi muda," katanya. -HMetro

Lynas: Adnan perlekeh bantahan penduduk, pentingkan keuntungan

Posted: 23 Jul 2011 11:17 PM PDT




WarkahDaily

Siapa tak tahu, ekonomi Pahang berada dalam keadaan tenat tapi dengan kehadiran projek memproses nadir bumi (rare earth), Lynas Corporation Ltd di bumi Pahang, nampak semacam melegakan hati Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Kedatangan orang Australia bawa projek proses nadir bumi yang ditolak rakyat Australia kerana bahaya, tapi pemimpin Umno-BN Pahang rela dibina di bumi Pahang, biar bahaya sekali pun asalkan keuntungan dapat.

Bagi pemimpin Umno-BN Pahang, hasil projek tu nanti dapat la juga 'tutup' ketirisan wang yang menyebabkan Pahang kini berada dalam krisis kewangan yang teruk.

Sebelum ini, laporan Ketua Audit Negara mengenai hutang kerajaan BN Pahang mencecah RM2.17 bilion sehingga Pahang dikategorikan dalam negeri yang bermasalah pengurusan kewangan dan berada dalam kritikal untuk bankrap. Pahang turut mengalami defisit belanjawan 13 tahun berturut-turut.

Dengan adanya Lynas walaupun bahaya kepada masyarakat setempat, tapi untung punya pasal, semuanya disapunya.

Itulah sebabnya Adnan Yaakob begitu marah dengan penduduk yang menolak projek Lynas diadakan di Pahang. Adnan turut menyifatkan pihak yang menolak Lynas khususnya penduduk tempatan sebagai tidak rasional.

Dakwaan Adnan tidak masuk akal

Namun apa yang dituduh Adnan tidak masuk akal sama sekali kerana kini kerajaan dan Lynas terpaksa akur buat sementara waktu untuk meneruskan pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi itu demi memberi laluan untuk kajian dan siasatan menyeluruh terhadap alam sekitar hasil daripada bantahan penduduk yang menolak Lynas.

Atas tuduhan melulu itu, Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung isu berkenaan.

Dipetik dari Harakahdaily, Pertemuan ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adnan mengenai kenyataan beliau sebelum ini yang menyifatkan pihak yang menolak Lynas khususnya penduduk tempatan sebagai tidak rasional.

Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar mempersoalkan kenyataan itu kerana menurutnya segala pandangan pihak yang menolak Lynas sedang diguna pakai oleh kerajaan dan Lynas yang dimiliki Australia itu.

"Kalau Adnan kata kita tak rasional kenapa pandangan-pandangan yang kita beri digunapakai oleh kerajaan termasuk Lynas sendiri?



Projek pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth), Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang.

"Setelah mendapat banyak bantahan daripada penduduk, Lynas baru nak buka kilang dia untuk lawatan dan hari ini baru ada kesedaran di peringkat Jabatan Alam Sekitar untuk buat EIA (laporan alam sekitar) secara terperinci dan diedarkan kepada orang ramai," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur kelmarin.

Terdahulu, beliau bersama Badar yang merupakan NGO di bawah lajnah pengguna mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang meluluskan pembinaan kilang tersebut.

MITI diwakili setiausahanya, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria dan turut bersama dalam pertemuan itu ialah Pengarah Lembaga Perlesenan Atom Negara Raja Abdul Aziz Raja Adnan selain wakil daripada JAS, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), kementerian kesihatan dan beberapa agensi lagi.

Dalam pertemuan tersebut, Badar mempersoalkan beberapa perkara antaranya mengenai hubungan MITI dan MIDA sehingga tertubuhnya kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng.

Mereka juga meminta MITI menjelaskan mengapa kelulusan membina kilang Lamp dikeluarkan pada 2007 sedangkan lesen pengilangan dikeluarkan oleh MITI pada 2008.

Selain itu Badar turut mempersoal tindakan MITI mengeluarkan kelulusan lesen pengilangan sebelum kelulusan laporan EIA dikeluarkan pada 2008.

"Masih banyak prosedur yang tidak jelas dalam pembinaan kilang ini yang sudah tentu akan menimbulkan pelbagai masalah terutamanya dari segi keselamatan penduduk berhampiran," katanya.

Sehubungan itu, Badar juga mengadakan pertemuan dengan Lajnah Guaman PAS bagi mengemukakan tindakan undang-undang bagi menyekat pembinaan kilang itu yang dikatakan sudah 65 peratus siap.

Menurutnya juga, tidak terlalu awal untuk pihaknya menaruh harapan untuk menang jika tindakan undang-undang diambil berdasarkan pengalaman kemenangan penduduk Semenyih, Negeri Sembilan yang membantah pembinaan insinerator bagi pelupusan sisa pepejal pada 2007.

"Saya melihat peluang untuk menang besar banyak prosedur yang tidak dipatuhi dan belum diikuti oleh Lynas seperti laporan EIA ataupun berkaiatn pembinaan kilang tidak lengkap," katanya yang merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting menbantah insinerator Broga.

Tambahnya, penduduk Balok, Kuantan akan dijadikan plaintif dalam afidavit yang akan difailkan.

Ketahui berkaitan Lynas

Nasib Polis Di Bawah Pemerintahn BN

Posted: 23 Jul 2011 11:15 PM PDT

http://idrisahmad.wordpress.com/

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-AOJV_6tUUaQbKYds7WqyIiI9mqqO0uiPRKVOpW8OzuUOFQwxJUPCbdbTz4d5uWNX4xP34eLjkzLhajgvDJ70lFDl-VqqGqrjlsvjZ3c3C8P3fV8cy1GusnYEkewuxE6Rfr99gT9Nrgg/s1600/RMP_T-Baton.jpg2Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat.

Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis. Sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui you tube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis. Beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman ini boleh diedit.

Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohd Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya, ditambah pula dengan menuduh Mohd Sabu tidak cedera. Sedangkan satu dunia tahu bahawa Mohd Sabu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya di mana pergi Datuk Seri Hishamudin? Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13.


Istimewanya PATI, Hinanya Anak Negeri?

Posted: 23 Jul 2011 11:14 PM PDT

Oleh : RAHMAN IBRAHIM (sabahkini)

BETAPA hinanya Anak Negeri Sabah kerana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tanpa teragak-agak menghantar jentolak untuk meranapkan rumah mereka di beberapa kampung di Likas, Inanam dan Sepanggar atas alasan rumah mereka adalah Setinggan; sinonim dengan pepatah Melayu, hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat.

Tetapi bagi PATI yang berasal daripada Pulau Gaya setelah mendapat kad pengenalan projek, Haji Sidek, dengan bantuan Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang mengangkat sumpah sebagai Sultan Sulu, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim II; begitu bermegah dengan Istana yang dibina secara haram di atas tanah simpanan milik kerajaan di Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Haji Sidek membeli lot tanah berkenaan seluas 900 kaki persegi tetapi telah menceroboh tanah simpanan kerajaan dengan membina dua buah rumah di satu lot kosong dengan keluasan yang sama tetapi direzabkan untuk kegunaan kerajaan (open space).

Walaupun isu ini telah hangat di Facebook sejak jun tahun lalu, namun DBKK seolah-olah tidak mempedulikan keluhan rakyat, sekalipun Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai turut memberi respon sambil lewa.

Yeo Boon Hai memberi komen dengan mengatakan bangunan tersebut adalah dalam tanah persendirian, cuma tidak ikut syarat DBKK maka OC tidak di luluskan. "Tadi pagi saya sudah arah architectnya waktu memenuhi syarat DBKK".

Namun setelah didesak, Yeo Boon Hai akhirnya mencatatkan, "According to my officer, both are in their land. One has to go. We are waiting for their architect to respone..."

Namun seorang Forumer, Ansari Abdullah menyatakan bahawa rumah tersebut bukan dalam geran hak milik tetapi dalam tanah simpanan jalan awam yang sekarang ini dipagar secara haram. Ini menghalang penglihatan pengguna jalan raya dan sudahpun menyebabkan beberapa kemalangan Jalan Raya.

Bagaimanapun Yeo Boon Hai tidak lagi memberikan sebarang respon sehingga kini dan tidak ada sebarang tindakan daripada DBKK.

Dalam pada itu, seorang Anak Negeri Sabah, Hossin Bayani Omar berkata, beliau masih ingat bila DBKK beri surat amaran robohkan rumah orang kampung Tanjung Aru yang didirikan di tanah kerajaan sejak berpuluh tahun sebelum kelahiran beliau iaitu 42 tahun lalu, tanpa sebarang pampasan.

Tindakan kejam kerajaan tersebut kata Hossin hanya dipandang sebelah mata oleh Wakil Rakyat dan penduduk terpaksa akur robohkan rumah mereka untuk pembangunan jalan dan projek keindahan kampung. Tetapi sampai ke hari ini, janji tinggal janji.

Sabahkini.net akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar, Datuk Abidin Madingkir dalam masa terdekat.


Zahid, Kalau Telus Kenapa Halang & Halau Bourdon?

Posted: 23 Jul 2011 10:55 PM PDT

KELAB GREENBOC


Z
ahid: Jangan buruk imej k'jaan dengan isu Scorpene

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002.

Zahid diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin di majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.

"Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di Semporna.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.

"Jangan hanya menuduh sebelah pihak...Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu. - Bernama




Ulasan GB

Hah, kalau telus kenapa halau peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin?

Tindakan kerajaan menghalau peguam berkenaan JELAS menunjukkan kerajaan Malaysia bodoh dan bangang kerana dengan cara sedemikian nama Malaysia telah tercemar dan imej negara terjejas di mata dunia.

Adalah jelas juga bahawa tindakan menghantar pulang peguam berkenaan adalah kerana ketakutan kerajaan rahsia pembelian kapalselam berkenaan terbongkar, berhubung-kait pula dengan kes kematian Altantuya yang melibatkan beberap figur utama pemimpin negara.

Esok lusa - kebenaran PASTI terbongkar juga walau cuba dihalang dengan pelbagai cara!

DEAS : Kenapa Hendak Membazir Kalau Boleh Guna Dakwat Kekal?

Posted: 23 Jul 2011 10:54 PM PDT

Ditulis oleh Salmiah Drahsin


SHAH ALAM : Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.
Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.

" Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal.

" Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan,"katanya kepada Tv Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13.

Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat.

"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik(menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih)walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata.

Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan.

"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi.

Hakikatnya menurut Wan Saiful, tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini.

" Saya rasa ada manfaat jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian,"tegas Wan Saiful.
" Tapi saya boleh faham sekiranya saya berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang saya hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Saya akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan,"katanya lagi.

Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya.

Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih.

Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat.



RapidKL rugi RM10 juta akibat kecurian kabel

Posted: 23 Jul 2011 10:35 PM PDT

BERNAMA


Pengendali perkhidmatan dua aliran transit aliran ringan (LRT) Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) kerugian kira-kira RM10 juta akibat kecurian kabel pada sistem semboyannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengurus Besar Bahagian Operasi Rel RaipdKL, Bukhari Mohamed berkata setakat ini terdapat 20 kes dilaporkan membabitkan kehilangan kabel pada sistem itu di semua aliran LRT terutamanya di kawasan Ampang dan Sri Petaling.

"Tahun lepas RapidKL mengalami kerugian RM15 juta akibat kehilangan kabel sistem itu yang menjejaskan sistem perkhidmatan LRT terutamanya di aliran Ampang," katanya kepada media di sini selepas menyertai program Latihan Kecemasan 2011 di LRT Sungai Besi, yang berakhir kira-kira pada pukul 1 pagi hari ini.

"Pencerobohan ini menyukarkan sistem operasi perjalanan LRT terutamanya dalam aspek perjalanan, kelajuan dan jarak masa," katanya.

Mengenai program latihan kecemasan itu, Bukhari berkata program itu turut melibatkan kerjasama antaranya pihak polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi memberi pendedahan kepada kakitangan RapidKL ketika berhadapan dengan situasi kebakaran di stesen LRT.

"Ini adalah latihan kebakaran pertama bagi tahun ini yang melibatkan 300 orang kakitangan RapidKL termasuk anggota polis dan bomba. Kita juga merancang untuk membuat latihan ini di LRT Kelana Jaya pada bulan September tahun ini," katanya.

RapidKL juga merupakan pengendali perkhidmatan bas RapidKL dan bas perantara.


PAS: Mengapa mahu siarkan selepas dua minggu?

Posted: 23 Jul 2011 10:31 PM PDT

MALAYSIA KINI


Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu dan akan disiarkan melalui rangkaian televisyen yang dikuasai kerajaan dan Umno mengenai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen hitam putih, kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad.

NONE"Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat," kata Idris (pertama dari kanan, berketayap) dalam satu kenyataan media.

Menurut pemimpin PAS itu, polis sekarang berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika berdepan dengan tunjuk perasaan aman BERSIH 2.0 yang lalu.

Terbaru, katanya, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis kepada peserta perhimpunan.

NONE"Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan keganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

"Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis," katanya.

Menurut Idris, beberapa soalan patut dibangkitka, antaranya kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Justeru, katanya adalah mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman yang menunjukkan polis bertindak ganas itu boleh disunting.

"Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?" soalnya.

Nasib polis

NONEBeliau merujuk taklimat Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid, Khamis lalu yang berkata tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal timbalan presiden PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero," kata Salleh.

Malah, wartawan yang hadir ditunjukkan video sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

NONEMenurut Idris, Mohamad Sabu juga dituduh tidak cedera oleh pihak polis termasuk pemimpin Umno yang mendakwa beliau berlakon.


"Sedangkan satu dunia tahu bahawa timbalan presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu," katanya.

Menurut beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta BERSIH dan perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.

"Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

"Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti," katanya.

Video polis sahih

rais yatimSemalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video perhimpunan 9 Julai lalu yang dirakamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata apa-apa video mahupun gambar yang dapat menjawab tomahan yang mendakwa pihak berkuasa berlaku zalim terhadap para peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu, perlu didedahkan kepada orang ramai.

NONEMengenai sama ada video itu kelak akan disiarkan berulang kali atau tidak, Rais berkata semua itu akan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian.

Antara klip rakaman yang dipertontonkan kepada wartawan pada Khamis lalu adalah mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia, Baharudin Ahmad, pada perhimpunan 9 Julai itu.

Polis menafikan lelaki itu dibelasah pihak berkuasa dan mendakwa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan.

funeral baharudin bersih protesterSalleh juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

"Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

"Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula," katanya.

NONETimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula semasa di Melaka, semalam berkata video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh polis adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik.

RTM dan TV3

NONESementara Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata beliau telah menyerahkan rakaman video itu kepada stesen penyiaran termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.

Rakaman video polis itu turut menunjukkan layanan baik polis terhadap pemimpin BERSIH termasuk pengerusinya Datuk S Ambiga, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

NONEAda juga babak di mana polis memakaikan topeng penutup hidung dan mulut kepada Nurul Izzah dan dalam video itu itu turut menayangkan keterangan ikhlas Hadi di Lapangan Terbang Terengganu bahawa beliau mengaku menerima layanan yang baik daripada polis kepada penyokong-penyokongnya.

Video itu turut menayangkan bagaimana orang ramai ditahan dengan cara baik, diminta NONEmenunjukkan kad pengenalan diri dan beg, orang tua yang mengalami sakit pinggang dibantu polis untuk naik di atas kereta polis dan pertanyaan kepada tahanan dengan berhemah.

"Mereka juga tidak digari...Malah, mereka diberi kebenaran untuk menghubungi ahli keluarga...Kesemua yang ditahan juga dihantar ke pusat tahanan sementara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan pelbagai persediaan dilakukan antaranya tempat menunggu (untuk proses dokumentasi) yang selesa, makanan dan minuman, tempat bersolat dan berwuduk," kata polis.

Malaysia juara tilawah al-Quran antarabangsa

Posted: 23 Jul 2011 10:28 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan dari Malaysia masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 yang berlangsung di ibu negara malam tadi.

Amirrahman dan Suraya juga muncul johan pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Laporan Bernama Online menyebut johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 89.26 peratus manakala johan qariah mendapat 88.33 peratus.

Sementara itu, Saudi M. Gandisa dari Filipina (88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.30 peratus) dari Indonesia masing-masing muncul sebagai naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Mesir iaitu Abdel Bast Mohamed (87.88 peratus) dan qariah dari Singapura Nur Azizah Sholichin (86.17 peratus) yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM13,600, cenderamata serta sijil penyertaan.

Peserta-peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.

Majlis tilawah yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah itu berlangsung selama lapan malam sejak 16 Julai lalu dan disertai 81 peserta termasuk 50 qari, dari 50 negara termasuk Sri Lanka, Sudan, Thailand, Senegal serta Gambia.

Sementara itu, Amirrahman, 29, yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata beliau amat bersyukur dengan kejayaan itu meskipun kurang sihat pada hari pembacaan sekali gus dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Beliau berkata kemenangan itu akan menjadi pendorong mendidik generasi muda agar bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu al-Quran.

Suraya, 39, juga mengakui tidak menduga akan mendapat kejayaan itu setelah menjadi johan qariah pada peringkat kebangsaan dan pernah mendapat tempat naib johan peringkat antarabangsa pada 2002.

"Cita-cita saya telah tercapai untuk menjulang kejuaraan pada peringkat antarabangsa selepas berehat dari bidang tilawah selama sembilan tahun," katanya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tiada sebab saya perlu tipu, Mat Sabu anggap polis berbohong

Posted: 23 Jul 2011 10:18 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR— Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu mempertahankan dakwaannya ke atas polis sebelum ini bahawa motosikal diboncengnya telah dirempuh kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Sehubungan itu Mohamad yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" (gambar) berkata, beliau tiada sebab untuk berbohong berhubung nasib dialaminya tiga minggu lalu.

"Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim," kata Mohamad dalam temu bual dibawa oleh Harakah keluaran terbaru dengan tajuk muka depan "Jumpa di mahkamah" dan tajuk di muka kedua "Timbalan Presiden PAS anggap polis berbohong".

Justeru kata Mohamad, kesemua imej dan rakaman yang dikeluarkan oleh polis mengenai kemalangan melibatkan beliau pada 9 Julai lalu adalah tidak benar.

"Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

"Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor," kata beliau dalam temu bual terbaru ini.

Sebelum ini Mohamad mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.

Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamen yang terkoyak.

Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa Mohamad dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak menghalang hasrat Mohamad yang dilapor mahu menyaman polis atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan Bersih.

Kata beliau, polis tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau individu yang mahu menyaman PDRM termasuk oleh anggota dan pegawai polis sendiri.

"Itu hak individu, kita (PDRM) tak menghalang (saman). Kita agensi yang profesional," kata beliau.

"Kita dah jalankan tugas kita dengan memberi penjelasan dan gambaran apa yang berlaku itu semalam (tayangan video) . . . terpulang kepada mana-mana pihak untuk buat penilaian," katanya.

Laporan media kelmarin menyebut Mohamad telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada PDRM kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan motosikal diboncengnya.

Sehari sebelum itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid pada sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin nombor dua PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero," katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mohamad. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

Mengenai keadaannya sekarang, Mohamad berkata, "Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukkan besi sudah pun selesai."

"Selepas seminggu pembedahan iaitu pada 15 Julai lalu, saya sudah boleh meletakan kaki kanan ke lantai, tidak macam mula kena dulu terpaksa, dipapah atau bertongkat tanpa meletakan tapak kaki ke lantai sebab rasa sakit yang teramat sangat di bahagian lutut," kata beliau lagi.

Dalam perkembangan yang sama, Mohamad yakin Suhakam akan menjalankan siasatan dengan telus berhubung aduan yang dibuat minggu lalu.

"Sebab itu kita ada suruhanjaya penyiasat, kehakiman atau badan Suhakam. Namun saya beri kepercayaan kepada Suhakam kerana ia lebih telus membuat siasatan kerana ia bersikap tengah daripada siasatan polis.

"Jika polis tidak kasar bagaimana boleh ada kematian, kecederaan seperti saudara (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad yang menerima jahitan di kepala, sahabat kita dari Balik Pulau yang menerima 20 jahitan luar dan bahagian dalam mulut, pengiring Datuk Seri Anwar dan banyak lagi.

"Sedangkan perhimpunan kita aman, tidak membawa apa-apa barangan sehingga mengakibatkan pihak polis bertindak di luar batasan," kata beliau.

Ditanya sama ada perhimpunan tempoh hari sudah memadai, Mohamad berkata, "tidak memadai lagi untuk kita berpuas hati sebab sampai saat ini SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) belum pun berbincang untuk menerima tuntutan Bersih 2.0, begitu juga kerajaan yang berkuasa."

"Mereka berdiam diri tetapi cuba mengalih pandangan rakyat dengan cerita kononnya pembangkang memperkudakan Bersih 2.0 di samping membuat tuduhan polis bertindak jahat dan keterlaluan.

"Sekiranya SPR atau kerajaan masih berdegil tidak mustahil satu lagi kebangkitan rakyat Bersih 3.0 akan bergema dengan kumpulan yang lebih besar. Apa pun kita tunggu dalam masa tiga bulan akan datang," katanya.

Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa

Posted: 23 Jul 2011 10:16 PM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.

"Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.

Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

"(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.

Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.

Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.

"Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka," katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir.

Kenapa polis tak tayang insiden langgar Mat Sabu sepenuhnya??

Posted: 23 Jul 2011 05:32 PM PDT


Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011.

Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat.

Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis. Sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui you tube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis. Beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman ini boleh diedit.

Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohd Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya, ditambah pula dengan menuduh Mohd Sabu tidak cedera.

Sedangkan satu dunia tahu bahawa Mohd Sabu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya di mana pergi Datuk Seri Hishamudin? Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13.

Ustaz Idris Ahmad
AJK PAS Pusat

BERSIH 2.0 ; Alasan kerajaan dan polis umpama filem Seniman Bujang Lapok'

Posted: 23 Jul 2011 05:29 PM PDT



KUALA TERENGGANU - Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan sehingga Oktober depan, anggota Parlimen Pakatan Rakyat akan menyoal Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak dari manakah gas pemedih mata yang digunakan oleh polis menembak peserta BERSIH 2.0 dibeli.

Ahli Parlimen Machang berkata demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Khalid Bakar yang tidak menafikan dakwaan gas tersebut adalah sama sebagaimana yang digunakan pasukan keselamatan Israel untuk menembak pejuang Palestin.

[Gambar - Saifuddin ketika menyampaikan ceramah di MTT, dengan cara popularnya, memancarkan gambar-gambar di skrin melalui LCD, menjadikan khalayak lebih jelas tentang sesuatu isu]

"Ada dakwaan menyebut, gas (ber)jenama ini, ALS ini dibuat di Amerika Israel pun guna gas yang sama, sasaran Israel umat Islam Palestin,

"kita punya pun brand jenama ini beli dari Amerika juga, Timbalan Ketua Polis Negara kata, tak tahu jangan cakap, tapi dia tak nafi beli dimana,

"kalau dia tak mahu jawab tak apa, kalau Najib belum bubar lagi Parlimen, bulan 10 ni sidang Parlimen, kita tanya dari manakah gas pemedih mata yang polis Malaysia guna,"ujarnya ketika menyampaikan ceramah penerangan disini, 21 dan 22 Julai.

Pada 21 Julai, Saifuddin dalam rangka lawatannya dua hari ke negeri Terengganu, menyampaikan ceramah di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyah, Kuala Nerus, manakal pada 22 Julai, di Batu Burok, Kuala Terengganu.

Menurutnya, yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga akan menyoal Menteri Dalam Negeri Dato' Hishamuddin Hussein, tentang tindakan polis terhadap para himpunan BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman pada 9 Julai lalu.

Oleh itu, menurutnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengelak dengan memberi alasan demi alasan untuk menutup kezaliman dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.

Sebelum tu, beliau berkata, kerajaan Umno-BN dan polis terus menafikan mereka telah membidik gas pemedih mata dan menembak air kimia beracun kearah Hospital Tung Shin

Beliau membidas penafian Pengarah Ketenteraman Awam, Dato' Salleh Rashid umpama cerita P.Ramlee adegan mentafsir mimpi dalam filem 'Seniman Bujang Lapok'.

"Nak menegakkan benang (yang) basah, Mat Sabu.....??? Mat Sabu jatuh sendiri...dia (Dato' Salleh) kata, dia boleh bohong macam tu saja... tak semena-mena...(Mat Sabu) boleh jatuh,

"(Macamana pula) Khalid Samad....tiba-tiba kena jahit di belakang (kepala)...sebab apa..??? tiba-tiba Khalid Samad hantuk kepala dia pada tiang??,"soal Saifudin dengan nada sinis, memperli alasan-alasan tidak masuk akal pihak polis dan kerajaan.

TOLONG JANGAN PERSIAKAN `ANUGERAH IBRAHIM ALI"

Posted: 23 Jul 2011 05:23 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


TERAMAT rasa dukacita dan sedih sekali apabila UITM menafikan adanya anugerah `Ibrahim Ali' walaupun difahamkan orang tua tu sudah pun sanggup jadi penaja, sediakan hadiah untuk anugerah menggunakan namanya sendiri. Rasa sedih di hati ini bercampur baur dengan rasa mahu ketawa berdekah-dekah.

Siapa Ibrahim Ali? Siapa tidak kenal, ertinya mereka bukan Melayu yang bodoh. Ibrahim Ali adalah Presiden PERKASA yang melalak setiap malam di kaca TV beberapa minggu sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Beliau bersilih ganti dengan Tok Guru Silat yang pernah dibuang ke Pulau Jerjak dulu bersahut-sahutan di TV memberi amaran pada BERSIH. Masuk `line' juga ketika itu beberapa pencacai Wakil Rakyat lompat seperti si Zahrain dan yang terbuang seperti Zul Kulim yang 110% itu. Tak mahu kalah juga, Ali Rustam yang memberi amaran kununnya beliau tidak boleh kawan anak-anak buah silatnya jika BERSIH tetap teruskan perhimpunan.

Ada BERSIH kisah? Sepanjang hari Perhimpunan BERSIH yang aman kemudiannya `tidak diaman'kan itu berlangsung, mana muka Ibrahim Ali? Tok Guru Silat? Dikatakan geng-geng Tok Guru Silat sebenarnya hadir dengan sejumlah 50,000 orang lengkap bertanjak dan berkeris telanjang tanpa sarung tetapi mereka menggunakan ilmu ghaib. Sebab itu mereka tidak kelihatan walaupun seekor. Di mana pula geng-geng PERKASA? Dengar khabarnya mereka berkumpul sejumlah 20, 000 ditolak 19, 980 orang berkumpul di sebuah restoren minum teh sambil menonton TV menayangkan drama BERSIH 2.0. Anak buah Ali Rustam? Mungkin terkandas bas atau sedang menonton video Eskay di rumah Rahim Tambi.

Maka, memang wajar Ibrahim Ali diberi penghormatan atas nama Anugerah Ibrahim Ali. Jika UITM tidak berselera mahu iktiraf anugerah tersebut, saya fikir ada baiknya anugerah atau piala itu diserahkan kepada sekolah-sekolah rendah di perkampungan Orang Asli di Gua Musang. Sewaktu sekolah tersebut mengadakan sukan olahraga nanti, kita berikan kepada murid yang berjaya menjadi johan `melompat katak' paling tinggi atau paling kerap melompat. Saya harap idea bernas saya ini diterima sebaik mungkin demi menjaga nama Ibrahim Ali yang kita sayangi itu./wfauzdin.blogspot.com

Biometerik: Najib Menyuluh Apa Yang Sudah Terang

Posted: 23 Jul 2011 05:19 PM PDT

MSO

SELEPAS kembali dari berjumpa dengan Pope Benedict, Najib Razak sekonyang-konyang memberi tahu dunia Malaysia yang kerajaan setuju Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan sistem biometerik dalam mengesah pengundi yang sah pada pilihan raya akan datang. Katanya peruntukan untuk tujuan itu akan disediakan. Berapa?

Sekali pandangan persetujuan kerajaan itu seolah-olah ia memberi reaksi ke atas tuntutan Bersih untuk membaikipulihkan sistem pilihan raya negara ini akan berjalan secara bersik, adil dan telus. Persetujuan itu menggembarkan perdana menteri prihatin atas desakan umum. Tetapi sebenarnya sistem biometerik itu bukan termasuk dalam lapan tuntutan Bersih.

Apa yang Bersih tuntutan ialah antara lain akses media yang adil, penggunaan dakwat kekal kepada pengundi, membersihkan pendaftaran yang bertindah dan bertindang dan sebagainya. Adapun pengenalan biometerik yang dipersetujui Najib itu tidak pun termasuk dalam tuntutan itu. Kenapa Najib bermurah hati membenarkan atau memperkenalan sesutau yang tidak dituntut? Tentu ada motifnya. Selalunya beruk tidak akan hingguk 'selongennya' kalau tidak ada mengada.

Jadi rakyat jangan terkeliru dengan kemurahan hati Najib itu. Walaupun dia baru berjumpa dengan orang paling suci dalam agama Kristian, Pope Benedict tetapi persetujuan memberikan SPR menggunakan sistem biometerik itu tidak menggambarkan kesucian dan kekudusan hati Najib. Ia ada undang di sebalik batu di sebalik kesediaan untuk memenuhi tuntutan. Kebenaran atau pengenalan sistem itu adalah untuk keuntungan UBN dalam pilihan raya. Harus difaham UBN tidak akan melalu sesuatu yang melabakan pembangkang, hatta apa yang dilakukan itu afalah tuntutan dan kehendak undang-undang. Sebaliknya demi menghalangkan pembangkan UBN sedia merogol dan meliwat apa saja undang-undang.

UBN terpaksa melakukan itu kerana keadaan waktu ini sangat terdesak.

Saya kira Najib tidak ikhlas untuk membersihkan pilihan raya negara ini. Najib dan sukusakatnya termasuk Mahathir Mohamad tahu kalau pilihan raya ini dijalankan dengan bersih, telus dan adil UBN sudah lama bungkus dan hanyut. Tidak payahlah Najib bersumpah laknat untuk mengatakan pilihan raya ini bersih, adil dan telus. Mungkin dia boleh menipu mereka yang kahil maklumat ataupun sudah kabur mata kerana taksub kepada pemimpin kerajaan.

Kenapa Najib mudah bersetuju memberi kebenaran kepada SPR menggunakan sistem berkenaan? Kita akan denga ulasan daripada pemimpin-pemimpin politik pembangkang selepas ini. Esok mungkin ramai yang memberi pandangan terhadap isu ini. Tetapi apa yang saya nampak kerana sistem itu akan mengguntungkan UBN sebab itulah ia diperkenalkan. Menerusi sistem ini UBN akan mendapat pengundi 'hantu'. Pengundi hantu ini terlebih dahulu didaftarkan atau melalui sistem berkenaan.

Tidak syak lagi sistem biometerik yang bakal menelan ratusan juta ringgit itu adalah tali hayat terakhir UBN sebelum tersembam.

Beberapa minggu lalu timbalan perdana menteri, Udin anak Yassin mengumumkan kerajaan akan melakukan pemutihan terhadap Pendatang Tanpa Izin (Pati) di negara ini. Salah satu syarat yang perlu dilakukan ialah Pati dikenakan pemeriksaan biometerik atau dalam erti kata lain identiti mereka disimpan dalam data khas. Data itu juga menghuraikan akan status dan juga latar belakang mereka.

Bila mereka melalui sistem ini bermakna identiti mereka akan disimpan dalam data khas. Apa kena mengena sistem biometerik ini dengan pilihan raya? Bagaimana mereka akan digunakan untuk membantu UBN dalam pilihan raya? Sebelum mengundi - dan proses itu kini sedang berjalan mereka akan diberikan kad pengenalan sementara yang membolehkan mereka menjadi pengundi. Selepas mereka melalui sistem biometerik ini mereka akan didaftar sebagai pengundi secara automatik.

Proses ini sedang berlaku sekarang ini. Tanya kepada 300 agensi yang diberi tanggungjawab (berbayar) melakukan pemutihan ini, ada yang jujur menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Misalnya satu keluarga Pati dari Indonesia yang menjadi rakan kepada seorang rakan saya dengan bangga menceritakan yang beliau sudah mendapat kad pengenalan biru negara ini. Apakah erti semua ini.

Jadi apabila mereka diberikan kad pengenalan mereka akan mempunyai suara untuk mengundi. Bila sistem biometerik digunakan pada hari mengundi tidak memberi apa-apa masalah kepada mereka kerana data peribadi mereka sudah pun dimasukan dalam sistem bimeteri berkenaan. Sebaliknya apa yang akan menjadi masalah ialah kepada pengundi asal yang lahir dan membesar di negara ini yang beberapa kali pernah mengundi. Tidak mustahil apabila sistem biometerik digunakan nanti mereka tidak dapat mengundi kerana ditunjukkan oleh sistem itu sebagai tidak sah. Sistem tali hayat UBN ini boleh menggelapkan mana-mana pengundi yang dikenal sebagai pengundi tegar oposisi.

Penggunaan sistem biomterik ini adalah tektik dan strategi terbaru UBN untuk menang dan memastikan kuasanya yang sudah meniru itu kekal. Sebenarnya pengumuman Najib hari ini adalah tidak ubah seperti lagak orang yang senganja mendedahkan apa yang sudah berada dalam terang. Protes terhadap pendaftaran Pati ini sudah pun kecoh dan kecur sebelum ini. Beberapa pendedahan telah pun dibuat berhubung kerja jahat UBN ini. Tetapi ia dinafikan hidup-hidup oleh SPR dan juga UBN.

Saya rasa sekiranya SPR bersetuju dan akur dengan tawaran Najib itu ia akan mendatangkan bala besar kepada pembangkang. Usah bersih untuk mewujudkan pengundian bersih dan adil bukan saja tidak tercapai tetapi akan jadi lebih kotor dan hampak dari yang ada sekarang ini.

Nah, baik Bersih, parti-parti pembangkang perlu memastikan sistem biometerik - yang akan menjadi 'berukmeterik' ini tidak dilaksanakan. Kalau ia dilaksana saya bolehlah menganggap usaha itu sebagai rampasan kuasa oleh UBN ke atas negara ini melalui sistem atau tidakan haram yang dihalalkan. Biometeri adalah berukmeterik

UMNO juara celaru rakyat

Posted: 23 Jul 2011 05:09 PM PDT

PASPB


MARANG - Umno adalah satu puak yang sangat suka sekiranya orang ramai keliru dengan sesuatu perkara penting kerana itulah peluang terbaik mereka untuk menangguk di air keruh.

Contoh yang terbaik adalah isu yang ditimbulkan mereka dengan mengatakan bahawa PAS sudah membuang dasar Islamnya semata-mata kerana tunduk kepada DAP dengan pengenalan tema muktamar Membangun Negara Berkebajikan baru-baru ini.

Mereka dengan sengaja memainkan isu itu melalui sodaldu-sodaldu mereka di merata-rata tempat dengan harapan isu itu akan mengelirukan masyarakat dan mempercayai bahawa Islam bukan lagi dasar yang diperjuangkan PAS.

Dalam ceramah yang diadakan di PASTI Bukit Payong semalam,Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah telah merungkaikan kekeliruan itu dengan memberikan perbezaan antara dasar dengan tema muktamar.

Beliau menjelaskan bahawa dasar PAS dalam perlembagaannya,fasal 3 dengan jelas menyebut dasar PAS adalah Islam, sekaligus membuktikan dasar PAS masih meletakkan Islam di tempat teratas.

Manakala tema muktamar pula adalah untuk menjelaskan halatuju tahunan parti yang sentiasa berubah setiap tahun.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu turut menyentuh isu berkaitan BERSIH 2.0 dimana menurutnya situasi ketika perhimpunan aman itu menjelaskan kepada masyarakat bahawa Umno membenci orang melayu.

"Mengapa ketika tangkapan dibuat, mereka menangkap pemimpin melayu sahaja?Sedangkan Lim Kit Siang ada,Lim Guan Eng ada, tapi tak ditangkap, mengapa?

Sebab mereka nak tipu rakyat sedangkan sebenarnya mereka benci kepada pemimpin melayu yang lain dari mereka. Dalam ketika lain mereka kata mereka membela melayu,"terang beliau.

Ustaz Mohd Nor menegaskan, PAS sentiasa berusaha menjelaskan kepada rakyat perkara yang sepatutnya rakyat tahu kerana PAS adalah parti yang bertanggungjawab dan tidak mahu memperbodohkan rakyat hanya kerana ingin berkuasa.

Beliau mengakhiri ceramahnya dengan memberi peringatan terutamanya kepada Umno bahawa hidup ini bukan sekali di atas dunia ini sahaja,tetapi kita akan hidup sekali lagi dan dihisab oleh Allah sebelum kita dihantar samada ke syurga atau ke neraka.

Ceramah itu turut disertai oleh Badrul Hisham Shaharin (CheGu Bard) dan Ustaz Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai).

Majlis kemudiannya dihangatkan pula oleh CheGu Bard (kanan) dengan pendedahan-pendedahan berserta fakta-fakta yang cukup merimaskan Umno BN.

Antaranya ialah apabila Umno mengamuk memainkan isu ketuanan melayu kerana Pulau Pinang diperintah Lim Guan Eng dari DAP.

Sedangkan ketika Umno mempunyai 15 kerusi DUN, dan Gerakan hanya bertahan dengan lapan kerusi pada tahun 2004, mereka dengan lapang dada mengangkat Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri.

Menurut CheGu Bard yang juga Ketua Cabang Rembau, ini kerana asalkan puak-puak Umno dapat projek mereka tak kisah kalau melayu hancur sekalipun.

"Dalam isu tanah Kampung Baru, di Parlimen, Lim Kit Siang yang tentang cadangan untuk mengagihkannya kepada bukan melayu, akan tetapi pemimpin Umno setuju nak bagi.Ini ke melindungi hak melayu?,"tanya beliau.

Antara lain pendedahan yang dibuat ialah berkenaan perbelanjaan isteri Perdana Menteri Malaysia yang dia anggap saing tak tumpah seperti Imelda Marcos isteri bekas Presiden Filipina yang begitu gila berbelanja.

Juga berkenaan penyelewangan pemberian tanah di Felcra Sungai Malau, Perak yang telah diberikan kepada kroni yang tidak layak.

Bagi memahamkan pendengar tentang definasi demokrasi yang sebenar, beliau menerangkan dalam demokrasi sebenarnya kerajaan yang sepatutnya takut kepada rakyat.

Bukannya rakyat yang takutkan kerajaan seperti yang berlaku di Malaysia sekarang ini.

Beliau kemudiannya menggesa agar pendokong-pendokong PR agar sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan penyokong Umno bagi menyampaikan maklumat kepada mereka.

Ini kerana penyokong Umno telah dipesongkan pemikiran mereka oleh Umno daripada mendapat maklumat sebenar.

Manakala penceramah terakhir, Ustaz Firdaus Jaafar (kiri)pula yakin dan percaya bahawa pasukan polis boleh dibentuk menjadi lebih berhemah apabila PR memerintah.

Dan rakyat pasti tidak akan benci dan takut lagi kepada polis lagi dengan imej mereka yang sepatutnya melindungi rakyat dan lebih bersikap profesional.

Menyentuh berkenaan individu yang menfailkan saman kepada kerajaan Kelantan kerana mengharamkan judi, beliau hairan apa yang biro agama dan ulamak muda Umno lakukan.

Sedangkan mereka sentiasa melaung-laungkan bahawa mereka adalah parti yang melindungi Islam.

Berkenaan isu larangan pusat hiburan beroperasi dalam bulan ramadhan di Kedah pula, beliau berkata Umno dan MCA sendiri bercelaru dan tak sekata sesama mereka.

Umno setuju dengan kerajaan PAS Kedah untuk tidak membenarkan orang Islam dari memasuki pusat hiburan sedangkan MCA pula kata larangan itu menafikan hak asasi manusia.

Tetapi di Melaka,Umno tidak pula halang cadangan kerajaan negeri untuk melanjutkan masa operasi pusat hiburan dari pukul satu kepada pukul tiga.

Mengakhiri pidatonya, beliau meyakinkan pendengar bahawa PAS memerintah tidak dengan cara politik kampung seperti Umno, tetapi PAS mengangkat demokrasi

SPRM: 3 pegawai dilucutkan daripada sebarang tugas operasi siasatan

Posted: 23 Jul 2011 05:06 PM PDT

SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah dikeluarkan pada hari Khamis, 21 Julai 2011.

Beberapa cadangan dalam Suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar (CCTV), mewujudkan "Video Interview Room" (VIR), semua pelanggan dilayan diaras bawah bagi bangunan milik SPRM, pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM dan sebagainya. Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.

Merujuk kepada kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meminta pihak polis menjalankan siasatan mengenai salahlaku tiga orang pegawai yang disebutkan dalam Laporan Suruhanjaya tersebut. SPRM akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.

SPRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.

SPRM juga mengambil tindakan susulan proaktif serta merta berhubung cadangan tindakan ke atas ketiga-tiga pegawai SPRM tersebut dengan:

1. Menubuhkan satu Pasukan Khas Siasatan berhubung tohmahan ke atas ketiga-tiga pegawai tersebut. Pasukan ini diketuai oleh Zakaria bin Haji Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Professionalisme) yang akan menjalankan siasatan susulan dalaman yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif; dan

2. Hasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam. Mereka-mereka ini adalah Mohd Noor Abdullah, Muhammad bin Mohd Noor, Wan Abdul Wahab bin Abdullah dan V.Ravindran.

Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan.

*Kenyataan daripada SPRM berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock.

Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene

Posted: 23 Jul 2011 04:52 PM PDT

Susan Loone


EKSKLUSIF Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pegawai tinggi Malaysia, mungkin dapat menyingkap misteri yang menyelubungi kematian Altantuya Shaariibuu.

Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia.

NONEBourdon (kiri), yang telah ditahan pegawai imigresen di apangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan.

Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata: "Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai pembunuhannya (Altantuya)."

Perbicaraan kes tersebut berakhir pada tahun 2008 dengan dua pengawal peribadi Najib, yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Kedua-duanya sedang merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

altantuya razak baginda mongolian murder 020707 short hairPemerhati mengatakan, walaupun ia perbicaraan berprofil tinggi,
tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan
Altantuya belum terjawab: mengapa dia dibunuh dan siapakah yang mengarahkan pembunuhannya?

Najib - sebagai menteri pertahanan bertanggungjawab atas urusniaga pembelian kapal selam Scorpene - telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan tersebut.

Mengenai kes Suaram yang difailkan peguam itu di Paris tahun lalu, Bourdon berkata, beliau yakin akan mendapat mengakses kepada dokumen dan fail yang berkaitan, tidak lama lagi.

Pendedahan ini dijangka akan mengheret pegawai berprofil tinggi Malaysia yang dikatakan telah menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit daripada urusniaga pembelian kapal selam tersebut.

Bourdon berkata, kes itu masih di tahap siasatan di mana polis masih menyoalsiasat saksi-saksi.

Bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Bourdon telah memohon kepada pendakwaraya untuk membolehkan NGO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu diterima sebagai plaintif sivil di mahkamah.

Jika diterima, katanya, seorang hakim akan dilantik untuk mengendalikan kes itu.

RTM akan siarkan video polis pada himpunan BERSIH

Posted: 23 Jul 2011 04:45 PM PDT

BERNAMA


Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video perhimpunan 9 Julai lalu yang dirakamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

NONEBeliau berkata apa-apa video mahupun gambar yang dapat menjawab tomahan yang mendakwa pihak berkuasa berlaku zalim terhadap para peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu, perlu didedahkan kepada orang ramai.

"Sehubungan itu, RTM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu menyiarkan perkara sebenar kepada masyarakat.

"Dan saya yakin setakat ini (video) yang telah diberikan oleh PDRM, ia sahih dan boleh digunakan sebagai maklumat am dan khusus kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian komputer riba 1Malaysia kepada 30 pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Tampin di Dewan Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min, Gemencheh, dekatTampin, hari ini.

NONETurut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor yang juga anggota Parlimen Tampin dan pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Khalid Ramli.

Mengenai sama ada video itu kelak akan disiarkan berulang kali atau tidak, Rais berkata semua itu akan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian.


ADUN wanita pertama S'wak meninggal dunia

Posted: 23 Jul 2011 04:44 PM PDT

BERNAMA


Tokoh politik veteran Sarawak yang juga wanita pertama menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Tra Zehnder, meninggal dunia kira-kira 9.30 malam tadi di Hospital Umum Sarawak di Kuching kerana sakit tua.

Mendiang Tra, 84, meninggalkan tujuh anak.

Beliau menjadi ADUN dari tahun 1960 hingga 1963 dan merupakan pengasas kepada persatuan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), sebuah perkumpulan wanita Dayak negeri yang masih aktif dan berpengaruh sehingga kini, pernah menjadi sebagai setiausaha kehormat pada tahun 1960 sebelum dilantik menjadi presiden (1964-1966).

Pada tahun 1962, mendiang mewakili Sarawak Dayak National Union (SDNU) dalam mesyuarat pembentukan Suruhanjaya Cobbold dan juga wanita pertama menjadi Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak (1996-2002).

Beliau adalah juga wanita pertama dilantik sebagai Iban Temenggong, satu jawatan ketua kaum tempatan negeri, bagi Bahagian Kuching mulai Julai 1988 hingga Februari 1996.

Antara sumbangan besar mendiang kepada Sarawak khasnya masyarakat Dayak ialah dalam menjadikan sambutan Gawai Dayak sebagai sambutan peringkat nasional dan majlis rasmi kerajaan.

Mendiang juga telah mencadangkan agar 1 Jun setiap tahun dijadikan hari sambutan perayaan Gawai Dayak sebagai pengiktirafan kepada masyarakat kaum Dayak yang terdapat di Sarawak dan sehingga kini diraikan setiap tahun pada 1 dan 2 Jun.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata mendiang Tra telah banyak berjasa kepada pembangunan Sarawak terutama sekali pembangunan sosio ekonomi wanita dan patut dijadikan contoh kepada wanita zaman sekarang.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching, Taib, yang juga Presiden PBB, turut mengucapkan takziah dan menganggap mendiang Tra akan meninggalkan legasi yang akan diingati sampai bila-bila dalam sejarah negeri ini.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Wanita PBB Datin Fatimah Abdullah berkata salah satu legasi yang ditinggalkan oleh mendiang kepada sejarah pembangunan negara dan negeri ialah aspek mengekalkan kebudayaan dan warisan Sarawak.

"Beliau banyak memberi inspirasi kepada wanita di negeri ini," katanya sambil menambah mendiang Tra ialah seorang yang suka merendah diri dan bersopan-santun.


Najib sambut hari jadi ke-58 dengan 'pulut kuning'

Posted: 23 Jul 2011 04:24 PM PDT

BERNAMA


Umno Negeri Kedah hari ini mengadakan majlis meraikan ulang tahun ke-58 Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, dalam rangka lawatan sehari ke Perlis.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di lapangan terbang itu pada 9.30 pagi dan sambutan bermula sebaik sahaja beliau memasuki Kompleks Bunga Raya.

Hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri dan isteri ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, pemimpin parti-parti komponen BN Kedah dan Perlis serta pemimpin kerajaan negeri Perlis selain kira-kira 2,000 rakyat pelbagai kaum.

Sebaik memasuki balai ketibaan VIP itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membacakan doa selamat tiba. Kemudian hadirin yang ada menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Najib sebelum Perdana Menteri memotong pulut kuning dua tingkat diikuti bacaan doa oleh Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Fadzli Abdul Halim.

Perdana Menteri lahir pada 23 Julai 1953.

Selepas majlis itu, Perdana Menteri dan isteri serta rombongannya bertolak ke Perlis untuk memulakan lawatan kerja.

Sementara itu, Najib memulakan lawatan kerjanya ke Perlis dengan melawat pasar sehari atau lebih dikenali di negeri ini sebagai nat, di Balai Baru, Beseri pada kira-kira 10.50 pagi.

Perdana Menteri yang diiringi Md Isa meluangkan masa hampir setengah jam beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung di pasar sehari itu serta berhenti minum teh di warung Jamil Salleh, 62.

Selepas itu, Najib bertolak ke Istana Arau untuk menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Perdana Menteri yang baru pulang daripada melakukan lawatan kerja ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari sejak 11 Julai, telah turun padang sebaik tiba di ibu negara semalam.

Pada tengah hari ini, Perdana Menteri akan menyertai 10,000 rakyat negeri ini pada majlis kenduri rakyat di bawah Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 sebelum mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN negeri.

Kemudiannya beliau dijadual menyampaikan sumbangan kepada iman-iman masjid dan sekolah agama di negeri ini dan melawat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Aik di Arau.


Retreat PAS Melaka rangka gerak kerja PRU 13

Posted: 23 Jul 2011 04:15 PM PDT

Ahmad Danial


AYER KEROH: 'Retreat' Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) yang dilangsung di sini hari ini berjaya membentuk rangka kerja dan perancangan aktiviti terbaik bagi menghadapi suasana politik semasa dan Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Retreat tersebut yang dijalankan sehari suntuk mengumpulkan seluruh kepimpinan PAS Negeri dan kawasan disifatkan amat berjaya.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam ucapan aluannya pada program tersebut optimis PAS Melaka berjaya menguasai politik Melaka dalam masa terdekat.

"Kepimpinan PAS mesti terjun ke tengah masyarakat bagi menangani isu-isu masyarakat di samping berusaha memperkenalkan PAS di tengah masyarakat.

"Kita mesti berusaha untuk menjadi juara rakyat dalam apa juga isu. PAS mesti sentiasa kehadapan dalam apa juga isu," kata beliau.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri Shaikh Abdul Aziz berkata retreat kali ini lebih menumpukan kepada gerak kerja pilihanraya dan pentadbiran parti.

"Kita merancang untuk menjalankan beberapa retreat bagi mengkaji, merancang dan seterusnya menggerakkan seluruh jentera parti bagi mendepani isu semasa dan politik negeri Melaka yang amat mencabar bagi PAS," tambah Asri.

Beliau berkata situasi politik di negeri Melaka mula berubah dengan pelbagai isu mutakhir yang menyebabkan rakyat mula membuka mata untuk menilai semula sokongan mereka kepada BN.

Menurutnya, beberapa siri retreat akan dijalankan dari masa ke semasa dengan menumpukan kepada pelbagai perkara dan isu.

Kes Teoh: Jangan persoal keputusan suruhanjaya, kata Najib

Posted: 23 Jul 2011 04:07 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KANGAR – Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat tidak sepatutnya mempersoalkan keputusan suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock kerana ia dibuat berdasarkan kebenaran.

Dipetik Bernama Online, Perdana Menteri berkata suruhanjaya itu yang ditubuhkan di atas nama Yang di-Pertuan Agong merupakan sebuah badan yang bebas, adil dan mempunyai kredibiliti, dan sebarang kesimpulan yang dicapainya "adalah dalam bentuk kebenaran."

"Jangan persoalkan kesimpulan (yang dibuat oleh suruhanjaya itu) kerana ianya akan menggagalkan tujuan penubuhan RCI (suruhanjaya)," katanya.

Beliau berkata jika rakyat berterusan mempersoalkan kepada kesimpulan yang dicapai oleh suruhanjaya itu, "apa lagi alternatif lain yang ada" untuk menjalankan siasatan bagi menyiasat kematian Teoh.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai suara-suara yang masih tidak berpuas hati dengan kesimpulan yang dicapai oleh suruhanjaya itu mengenai punca kematian Teoh bahawa dia membunuh diri, termasuk keluarga Teoh, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Perlis di sini hari ini.

Najib yang mengadakan lawatan sehari ke Perlis hari ini berkata mereka yang dilantik menganggotai suruhanjaya itu adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kredibiliti.

Suruhanjaya itu diberi tanggungjawab menyiasat punca kematian Teoh, setiausaha politik anggota Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Mengenai tiga pegawai penyiasat SPRM yang didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada, Najib berkata tindakan terhadap mereka perlu dibuat mengikut peraturan pentadbiran dan undang-undang sedia ada.

Perdana Menteri berkata siasatan perlu dijalankan sebelum sebarang tindakan sewajarnya diambil ke atas mereka.

Ajijoi

Posted: 24 Jul 2011 03:08 PM PDT

Ajijoi


Seminar Motivasi Kecemerlangan UPSR 2011 berjaya mencapai sasaran

Posted: 24 Jul 2011 05:45 AM PDT


IPOH (24.07.11) - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bakal menjelang tidak lama lagi. Selain persiapan para pelajar didalam mengulangkaji dan menelaah mata pelajaran yang diambil, minda mereka juga perlu dipersiapkan untuk menghadapi peperiksaan besar itu.

Bagi tujuan tersebut, pihak Pusat Khidmat Masyarakat (Pakatan Rakyat) Dun Sg Rapat telah mengambil inisiatif menganjurkan satu seminar motivasi bagi memastikan para pelajar disekitar Dun Sg Rapat cemerlang didalam peperiksaan mereka kelak.


Bertempat di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falah, Taman Desa Pelancongan, Lahat, yang juga memainkan peranan sebagai penganjur bersama, Seminar Motivasi Kecemerlangan UPSR 2011 yang dikendalikan oleh Saudara Radzi Bin Zainon, seorang motivasi yang berpengalaman telah berjaya mencerahkan minda 120 orang pelajar yang hadir daripada sekolah-sekolah sekitar Dun Sg Rapat dengan pengisian-pengisian yang terarah kepada kecemerlangan didalam menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

Dengan bantuan alat pandang-dengar serta kaedah-kaedah terkini yang berkesan, disulami pula ciri-ciri berbentuk Islami, terlihat kesan yang ketara kepada para pelajar yang hadir dari jam 8 pagi sehinggalah jam 1 tengahari tadi akan input-input yang penting di dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Keluarnya mereka daripada dewan seminar seusai motivasi tadi, disajikan dengan makan tengahari yang telah disediakan. Sebelum itu, mereka juga telah diberikan kuih-muih untuk kudapan waktu rehat.

Para pelajar mendaftar menerusi borang yang diedarkan sekitar sekolah rendah didalam Dun Sg Rapat

Para pelajar menyemak nama mereka didalam senarai daftar

Kaunter pendaftaran yang sibuk melayan para pelajar mendaftar sebelum memasuki dewan

Alat pandang-dengar digunakan untuk membantu penyampaian dengan lebih berkesan

Saudara Radzi Zainon mengendalikan seminar motivasi kecemerlangan UPSR

Pengalaman Sdr Radzi mengendalikan seminar, berjaya menarik sepenuh perhatian pelajar

Makan tengahari disediakan pihak Pusat Khidmat Masyarakat (Pakatan Rakyat) Dun Sg Rapat dengan bantuan Sekolah Rendah Agama Al-Falah

Para pelajar beratur mengambil makanan

Ada yang makan nasi, ada juga yang selesa dengan hanya kuih dan air minum

Ibu bapa berbual dengan Sdr Radzi Zainon. Rata-rata berpuas hati dengan kejayaan seminar motivasi hari ini.

Kejayaan seminar motivasi hari ini jelas kelihatan diwajah bukan sahaja para pelajar tetapi ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dengan harapan sesuatu dapat disuntik sebagai semangat untuk mencapai kecemerlangan didalam peperiksaan UPSR nanti. Bagi pihak penganjur pula, semangat yang diberikan dengan sambutan hari ini akan memacu azam mereka untuk mengadakan siri seminar motivasi untuk peperiksaan PMR dan SPM pula dimasa akan datang.

Semoga seminar motivasi sebegini akan diteruskan demi masa depan anak-anak kita semua. Syabas buat pihak penganjur yang prihatin dengan pembelajaran para pelajar agar kecemerlangan milik mereka dimasa hadapan.

DUNIACACAMARBA

Posted: 24 Jul 2011 03:03 PM PDT

DUNIACACAMARBA


Besarnya Ikan Yu!

Posted: 24 Jul 2011 05:00 AM PDT



Seorang penyelam bertindak berani apabila menyelam berhampiran dengan mulut seekor ikan yu gergasi di luar perairan Isla Mujeres, di Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej penyelam itu dirakamkan oleh seorang jurugambar, Mauricio Handler.Handler menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk merakamkan gambar yang menakjubkan di dasar laut.

Ikan yu gergasi mempunyai mulut selebar 1.5 meter dan 350 barisan gigi. Panjang haiwan itu boleh mencecah lebih 12.65 meter manakala beratnya lebih 21.5 tan. Namun, ikan ini tidak berbahaya kepada manusia. 


P/s: Fuh!!!

[Wajib Baca] Pendedahan Susulan Kontroversi Cincin RM 24/73 Juta!!!

Posted: 23 Jul 2011 11:20 PM PDT


Saya petik: 

Siapa Sebenarnya "Abd Najid Razak"? Pemilik Tandatangan Borang K2 Cincin RM24Juta !!
[Edyesdotcom] Anda semua jangan terkejut. Namanya pegawai kastam ini Abd Najid Razak, seakan-akan nama Perdana Menteri kita. Pegawai inilah yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam K2 yang kononnya menjadi petunjuk utama cincin berlian 'Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon' bernilai RM24Juta itu telah keluar dari Malaysia dan dibawa ke Singapura. 
Sebelum diteruskan entry ini, jangan kita lupa bagaimana pihak-pihak terdesak menggunakan hujah yang kononnya terdapat sebuah pameran 'sulit' di tempat yang juga 'sulit', untuk tetamu VVIP yang sulit. Semuanya serba sulit hingga rakyat agak kesulitan untuk mempercayainya. Pameran serba sulit itu dikatakan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 17-19 April 2011 dan seterusnya di'terbangkan' ke Singapura pada 20hb April. Atas sebab itulah terbitnya borang kastam K2.

Dengan borang K2 yang sama, Imelda Rosmah cuba diselamatkan kerana telah tertera nama Imelda Rosmah pada borang kastam K1(rekod kemasukkan/import barang dagangan). Anda boleh klik entry bertajuk 'Cetakan Borang Kastam Diubah Untuk Selamatkan Imelda Rosmah!!' untuk mengetahui bagaimana cubaan selamatkan Imelda Rosmah diikhtiarkan. Entry ini khas untuk pegawai kastam yang bertanggungjawab ke atas borang yang di'lulus' olehnya.
Di bawah ini adalah satu keratan yang menunjukkan nama, tandatangan, jawatan dan cawangan pegawai tersebut, perhatikan dengan baik semua maklumat yang tertera;


Sila klik gambar ini untuk melihat imej penuh borang K2

Antara maklumat yang tertera dan dapat dibaca mengikut turutan (dan juga 'case sensitive') ialah;
ABDUL NAJID BIN ABDUL RAZAK
Penguasa Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
PUSAT PERDAGANGAN ZON BEBAS
KLIA SEPANG
bp. Penolong Kanan Pengarah Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
KLIA
Tetapi ada satu line maklumat yang tidak dapat dibaca melainkan dengan pemerhatian mendalam. 'Line' tersebut ialah;
B/P PENOLONG PENGARAH KASTAM
LIA KUALA LUMPUR
Ini menimbulkan keraguan pada borang kastam K2 yang digunakan untuk menyelamatkan Imelda Rosmah. Anda lihat betul-betul, seolah-olah ada cop yang bertindan dua kali. Tunggu siri pendedahan akan datang sedikit masa lagi. Pendedahan yang akan memperincikan segala kepincangan borang K2. Kita tinggalkan dulu keraguan ini, bak lagu nyanyian Vanessa William hasil nukilan Phil Galdston - "Save the Best for Last".  
Berbalik kepada pegawai kastam di atas. Setelah diusul periksa dengan keterbatasan maklumat yang diperolehi, dapat dikenalpasti melalui laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia yang telah dikemaskini hingga bulan Julai 2011, bahawa Abd Najid sebenarnya bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Latihan (Latihan) yang bertempat di Aras 9 Selatan. Daripada maklumat online tersebut, 'Aras 9 Selatan' merujuk kepada alamat Putrajaya kerana maklumat nombor telifon pejabatnya yang berpangkal 03-888X XXXX.  
Lihat printscreen di bawah, dan disertakan juga pautan-pautan dari mana datangnya printscreen tersebut;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/muat-turun/finish/5/533

Keratan di bawah ini pula maklumat yang juga menunjukkan Abd Najid bertugas di bawah Cawangan Perkhidmatan/Latihan yang juga tertera nombor sambungan sepertimana keratan di atas;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/component/qcontacts/233-cawangan-perkhidmatanlatihan-latihan/611-abd-najid-b-abdul-razak

Bukankah perkara berbangkit ini menimbulkan keraguan? Siapa sebenarnya Abd Najid ? Adakah Abd Najid merupakan pegawai yang sepatutnya menurunkan tandatangan le atas borang K2 tersebut, sedangkan beliau bukan dari Cawangan Pemeriksaan Penumpang yang berpejabat di KLIA ?

Imej printscreen bersama pautan-pautan di laman rasmi KDRM (yang diupdate hingga bulan Julai 2011) seharusnya menjadi satu petunjuk betapa ragunya nama pegawai yang bertanggungjawab menurunkan tandatangan pada borang K2. Tidakkah Cawangan Pemeriksaan Penumpang mempunyai pegawainya sendiri untuk meluluskan borang K2 tersebut? Atau adakah kerana suatu misi sulit, terpaksa mengimport pegawai dari cawangan lain dari Putrajaya untuk kelulusan borang kastam K2 ?

Untuk pengetahuan, perakuan K2 dilakukan di kargo KLIA untuk eksport berkapasiti kargo manakala untuk kapasiti 'hand carry' pula, terdapat kaunternya dalam lapangan terbang KLIA itu sendiri. Diyakini kaunter itu juga menempatkan pegawai bertugas untuk memberi pengesahan borang K2 dan seterusnya pelepasan eksport dengan menandatangan borang kastam K2 sepertimana yang dilakukan oleh Abd Najid.

Kita rakyat berhak merasa curiga di atas kepincangan demi kepincangan yang tidak dapat dielakkan ketika 'kemungkinan' cubaan menipu untuk menyelamatkan VVIP tertentu kerap berlaku. Cukup-cukuplah kita lebih 50 tahun ditipu, kini dengan teknologi maklumat, dengan adanya maklumat, dengan kekuatan maklumat, rakyat tidak lagi mudah terpedaya.

Sebagai penutup, ingin saya ulang pendirian dalam entry ini. Nama Abd Najid dilibatkan dalam entry ini kerana nama tersebut tertera dalam borang kastam K2 yang kita bincangkan. Tiada niat untuk mempersenda si penama, tetapi hanya menampilkan maklumat di atas keterbatasan maklumat. Ini kerana terdapat usaha untuk menghalang daripada maklumat diperolehi dengan mudah, sedangkan maklumat itu sepatutnya tiada masalah untuk didedahkan demi kepercayaan rakyat ke atas agensi-agensi terpenting kerajaan. Ia termasuklah agensi polis, imigresen, SPR dan juga termasuklah kastam.

Nilaikanlah setiap maklumat itu dengan kebijaksanaan yang telah dikurniaNya. Tok Kaduk sudah habis zamannya, Pak Pandir makin bijaksana, Lebai tidak lagi malang. Ayuh bersama ombak perubahan.

P/s: Jurublog pencacai sedang memutarbelitkan cerita ini. Mujur ada jurublog pro-PR berusaha mendedahkan hal ini.

[Gambar] Gila! Sambil Memandu Sambil Melakukan Hubungan Seks! Gila!

Posted: 23 Jul 2011 05:30 PM PDT





Saya layari sebuah laman sesawang yang memaparkan pelbagai video berkaitan dengan pelbagai perkara termasuklah yang berkaitan dengan artis, perkara pelik, dan sebagainya. Salah satu daripada ribuan video yang dipaparkan di situ adalah tentang sepasang kekasih (mungkin suami isteri) melakukan hubungan seks, dalam masa yang sama, si lelaki sedang memandu di sebuah lebuh raya.

Gila!

Insiden ini telah dirakam oleh pembonceng motosikal yang terkejut dengan aksi berahi yang disaksikan oleh mereka di lebuh raya tersebut. Mengikut keterangan video, aksi berahi- berani mati itu dirakamkan di Interstate 290, lebuh raya di sekitar Chicago. 

Berdasakan paparan video, si wanita itu berada di atas lelaki yang sedang memandu keretanya.

P/s: Jangan tiru! Gila!

AKU INGIN BEBAS

Posted: 24 Jul 2011 01:22 PM PDT

AKU INGIN BEBAS


BN TIDAK PUNYA BANYAK MASA

Posted: 24 Jul 2011 05:48 AM PDT


KUALA LUMPUR, 24 Julai — Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional (BN) merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU.

"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di sini hari ini.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata dasar kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat adalah pra-syarat kedua yang perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu beliau menegaskan, semua anggota parti komponen BN harus terus mendukung perjuangan kerajaan dalam mendahulukan rakyat dalam setiap aspek sosial dan ekonomi.

Ini merupakan teras penubuhan parti-parti komponen BN yang mahu memperjuang dan membela nasib rakyat, kata Muhyiddin.

"Seperti juga IPF, perjuangannya bukan untuk mendiang Pandithan, tetapi untuk membela nasib rakyat jelata supaya menjadi lebih baik dan usaha ini perlu diteruskan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan bahawa perpaduan nasional negara ini perlu dipertahankan dan mana-mana anasir jahat harus ditentang.

Mengambil contoh serangan berkembar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Oslo, Norway yang kini telah mengorbankan lebih 90 nyawa, Muhyiddin berkata perkara sedemikian tidak harus dibenarkan berlaku di sini.

"Kalau ada pihak yang mahu memporak-perandakan kita dengan politik sempit, kita harus menentang mereka," katanya.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya kepada hampir 2,000 anggota IPF, Timbalan Perdana Menteri mengiktiraf sokongan dan peranan IPF kepada BN selama ini walaupun hasratnya untuk menjadi parti komponen BN belum tercapai.

Beliau mencadangkan supaya Presiden IPF M. Sambathan menyediakan dan mengemukakan kepada beliau projek yang mahu dilaksanakan oleh parti itu dalam membantu rakyat.

"Saya juga berjanji akan memberi peruntukan untuk pelaksanaan operasi...aktiviti-aktiviti boleh dijalankan dengan sebaik-baiknya," katanya. [malaysian insider]

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 24 Jul 2011 01:07 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


CINCIN RM24JUTA - SIAPA ABD. NAJID RAZAK?

Posted: 23 Jul 2011 11:39 PM PDT

Addin

Posted: 24 Jul 2011 11:33 AM PDT

Addin


Panas!! Rumah Tangga Taib Mahmud Dan Ragad Bergoncang?

Posted: 24 Jul 2011 09:53 AM PDT

Dalam cerita dongeng dulu-dulu yang selalu kita baca.. Pada suatu masa dahulu, seorang putera bertemu dengan wanita yang paling indah di dunia ... dan cerita itu akan berakhir dengan, dan supaya mereka berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya ... Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berumur 75 telah berkahwin dengan gadis berusia 29 tahun, Ragad Waleed Alkurdi untuk enam bulan, 3 minggu dan 4 hari sehingga Jumaat, 22 Julai ini. 


Apakah perkahwinan itu akan menjadi satu perkara yang selama-lamanya bagi Taib dan Ragad? Dalam kehidupan sebenar, mungkin mereka tidak gembira selama-lamanya, agak sukar di dunia moden dengan gaya hidup yang tertekan. Seperti perkahwinan kebanyakan, sebagai hari bertukar menjadi minggu dan bulan, cinta boleh terbang keluar dari tingkap, manakala puas hati berjalan masuk melalui pintu.

Desas-desus perkahwinan kedua Taib bermula hanya beberapa bulan sebelum perkahwinan itu benar-benar menjadi kenyataan, tetapi ramai orang sekeliling ragu. Taib dikenali sebagai seorang lelaki yang mempunyai isteri terdahulu iaitu Laila Taib.

Sentiasa berbanding dengan isteri pertama



Laila dilahirkan di Poland dan tiba di Sarawak pada tahun 1959 mengahwini Taib pada masa muda dan sentiasa berada di latar belakang kehidupan politik yang berwarna-warni  suaminya. Pasangan itu mempunyai empat orang anak dan 15 cucu. Laila dikatakan cukup disayangi oleh ahli-ahli Perkim Sarawak iaitu sehingga hari ini.


Ragad yang cantik molek  yang masih menjadi misteri sebagai hari dia mula-mula melangkah ke Sarawak. Walaupun ada yang berkata beliau adalah beketurunan Lubnan dan anak saudara abang ipar Taib Mamhmud terdahulu, Robert Geneid tapi belum dapat di sahkan.

Ragad menggiurkan dan sensual,  digunakan untuk tiba di majlis-majlis awam di tangan Taib. Kedua-dua sentiasa berpakaian warna yang sama dan pura-pura malu dalam tingkah laku mereka pada peringkat awal perkahwinan mereka.


Apabila duduk di pentas dengan semua mata kepada mereka, Taib tidak akan malu untuk menyentuh tangannya atau berbisik manis kepadanya. Beliau, sebaliknya, mempunyai mata hanya untuk beliau dan pemimpin-pemimpin itu senyuman mutiara kepadanya setiap masa.


Ragad tidak mengetahui tempatnya. Di majlis-majlis awam, dia akan duduk diam dan tersenyum sekitar. Walaupun, dia bercampur dengan orang-orang kampung atau kampung semasa perbicaraan kempen Taib, dia sentiasa dijauhkan dari pemberita. Pengawal peribadi sekitar dia pastikan bahawa Ragad tidak dirapti oleh media untuk ditemuramah.

Bayi yang akan datang?


Apabila Taib merayakan ulang tahun 75, yang dikelilingi oleh ahli keluarga, dia mencelupkan jarinya ke dalam aising dan memberi isteri muda rasa pertama. Malah, ia seolah-olah perkahwinan yang dibuat di langit.


Semua orang kini menunggu dengan nafas lega untuk melihat jika ada akan menjadi bayi dalam perjalanan. Lagipun, orang kaya tidak hanya menyimpan wang dalam bank-bank, mereka juga boleh mempunyai bank sperma peribadi mereka sendiri.


Jika Ragad ingin  mempunyai bayi bersama-sama Taib, kawan-kawan rapat keluarga mengatakan ia akan memberi gangguan kepada anak Taib iaitu Sulaiman. Sulaiman sudah bercanggah dengan bapanya dan yang paling tidak berpuas hati dengan perkahwinan Taib iaitu Hanifah, bayi Ragad akan menjadi  anggota termuda keluarga.


Orang yang rapat dengan keluarga mengatakan bahawa perkahwinan Taib dan Ragad memberi kejutan buat   Hanifah. Ketika ditemui pemberita media Cina, beliau memberitahu mereka bahawa ayahnya masih terlepas ibunya dan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk berkahwin.


Hanifah, 44 tahun  telah dituduh mempengaruhi editor di New Sarawak Tribune, selepas editor kanan telah digantung untuk kerana meletakkan tajuk berita, "Apakah Taib menguji air" September lalu. Tidak mempunyai pengalaman sebagai orang surat khabar, dia menukar Tribune menjadi alat propaganda kerajaan, dengan mengalami kerugian bulanan yang besar. Kakitangan editorial kanan telah berkata akan meletak jawatan dan bekerja di syarikat akhbar pesaing.

Bahagia selama-lamanya



Tetapi di sebalik semua muka tersenyum, adakah wanita baru dalam kehidupan Taib menjadikan dia bahagia? Dan dia tidak membuat dia bahagia? Terdapat cakap-cakap bahawa Taib telah melepaskan kemarahannya apabila dia kembali suatu petang mendapati bahawa isteri muda itu tidak ada di rumah. Adakah dia berasa daripada tempat dalam kehidupan muda bertenaga dan ini menjadikan dia lebih posesif?


Ragad dikatakan suka memandu kereta laju. Apakah Taib kepadanya jika dia membuat keputusan untuk mencuba salah satu daripada banyak kereta cepat di rumah mereka dengan pergi 150 batu sejam?


Kita tertanya-tanya jika dia kesepian, atau digunakan untuk makanan dan cuaca di sini. Walaupun dikenali untuk mengambil kursus bahasa Inggeris dengan tutor di rumah, beliau nampaknya mempunyai beberapa orang kawan. Sudah tentu, langkah-anak perempuan bongsu Hanifah yang 15 tahun lebih tua tidak akan bertukar-tukar gosip gadis dengannya.

Sangkar



Kehidupan di Sarawak boleh bertukar menjadi sebuah sangkar untuk seorang puteri yang pertukaran belia dan kebebasan untuk kekayaan dan budaya baru yang jauh berbeza dari sendiri. Adakah ia berbaloi? Taib mengambil isteri baru mungkin kelihatan baik di pandangan mata, terutama apabila ia datang kepada sesi foto dengan piala yang indah di sisinya.  

Tetapi semua orang tahu bahawa tambahan baru kepada keluarga akan sentiasa membawa masalah baru ke dalam lipatan. Sudah ada khabar angin bertiup kencang bahawa anak-anak beliau tidak gembira dengan ibu baru yang pasti akan mahu berkongsi pai keluarga atau sebaliknya kek Sarawak dengan mereka. Sebagaimana yang mereka katakan, lebih ramai lelaki kurang bahagian.


Apa sahaja boleh berlaku di belakang tabir di kediaman Taib, rakyat Sarawak masih tertanya-tanya dan menunggu untuk melihat bagaimana jika dia akan membuat keputusan untuk bersara dan meluangkan lebih masa dengan isteri barunya yang cantik.


Tetapi kemudian beberapa pengkritik menunjukkan bahawa kemungkinan, Taib boleh memutuskan untuk meneruskan dikatakan merompak dari golongan miskin apatah lagi kini, kerana tanggungjawab tambahan dan tekanan yang datang dari isteri baru yang benar-benar eksotik.

Di terjemah dari Malaysia Cronicle.


Addin :

Jikalau betul perkara ini berlaku, mungkin kehidupan Taib Mahmud sekeluarga akibat tiada keberkatan  ekoran selama ini merompak dan menjarah harta rakyat.. Doa insan yang dizalimi tidak di hijab di sisi Allah S.W.T..
 


  

Kesatuan Eropah Akui SPR "Milik" UMNO BN

Posted: 23 Jul 2011 09:49 PM PDT

Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa. Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.


"Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider. Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir. Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan. Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008. 

"(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990. Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang. 

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu. Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR. Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka. 

"Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka," katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu. Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya. 

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir.

Addin :

Kini satu dunia sudah tau kepincangan SPR.. kalau bebas kenapa tak dibenarkan pemantau bebas macam pilihanraya di luar negara. Bak kata pepatah "berani kerana benar, takut kerana salah"..


Najib Hormati Paderi, Benci Ulama?

Posted: 23 Jul 2011 07:56 PM PDT

Atas niat atau atas alasan apa, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bertemu Pope Benedict di Vatican? Hanya beliau dan Allah s.w.t. juga yang Maha mengetahuinya. Kalau niat bertemu Pope Benedict semata-mata untuk mengharapkan pemimpin negara-negara Barat termasuk Amerika yang hampir kesemuanya beragama Kristian bagi mengendurkan kutukan ke atas tindakan tidak demokratik dalam menangani himpunan Bersih2.0, maka Najib sebenarnya telah gagal. Najib mesti belajar dari senario yang melanda dunia Arab dan Afrika, walaupun Hillary Clinton cuba untuk mengendurkan kebencian rakyat ke atas para pemimpin boneka Amerika yang menjadi pecacai kepada George Bush, Obama dan Hillary Clinton; yang sekian lama bertindak menzalimi rakyat mereka.


Akhirnya, para pemimpin zalim yang lena dibuai dengan kemewahan takhta dan singgahsana berdekad lamanya, terpaksa tunduk akur dengan desakan yang kemuncaknya menyaksikan rakyat sudah berani mempertaruhkan nyawa mereka, bagi merealisasikan impian wujudnya negara yang diterajui oleh pemimpin yang adil dan mempunyai ciri-ciri berkebajikan.

Kunjungan hormat oleh Najib ke atas Pope Benedict wajar diberikan sokongan oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia. Ia adalah simbolik di atas sifat seorang manusia yang dinukilkan dalam Alquran sebagai 'kepelbagaian bangsa yang dijadikan oleh Allah untuk kita saling kenal-mengenali antara satu dengan yang lain'.

Saranan Najib supaya penganut pelbagai agama menghormati antara satu dengan yang lain mesti disertai dengan terjemahan praktis mengiktiraf dan menghormati perintah Allah, yang menghendaki setiap hambaNya tunduk kepada peraturan hidup yang digariskan dalam kitab yang Tan Sri Muhyiddin akui sebagai kitab yang mengandungi mukjizat iaitu Al-Quranul Qarim.

Satu ungkapan dalam bahasa Inggeris yang cukup popular 'Easier said than done' yang maknanya lebih kurang 'mudah cakap dari dilaksanakan'; membawa maksud bahawa hanya pemimpin yang komited kepada prinsip agama sahaja mampu menyerlahkan konsistensi dalam segala tindak-tanduk mereka.

Najib dan kerajaan UMNO/BN mengamalkan sifat talam dua muka dan memakai topeng yang berbeza ketika berada di luar negara. Menasihati manusia supaya mempunyai rasa hormat terhadap manusia lain yang berbeza agama mesti bermula dari pemimpin dan hendaklah dimulakan dalam negara ini terlebih dahulu.

Najib mesti membuktikan 'cakap serupa bikin' dengan menghormati mandat rakyat Kelantan supaya memberikan kebenaran ke atas Kerajaan Kelantan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan.

Penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan telah ditentang kuat oleh UMNO/BN yang diterajui oleh Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr. Mahathir. Sekarang masanya untuk Najib membuktikan bahawa dia seorang pemimpin yang punya prinsip yang konsisten yang bercakap dengan nada yang sama ketika berada di luar negara dan ketika berada dalam negara.

Kalau tidak, rakyat akan kata 'ini pemimpin auta', cakap tak serupa bikin! Dalam ucapan kepada lebih 3,000 penyokongnya di Sepang, Najib menyatakan kesediaan kerajaan untuk berinteraksi dengan mana-mana pihak yang cintakan keadilan dan menghormati kepemimpinan Islam.

Najib juga menyentuh tentang sifat kesederhanaan dan menganjurkan supaya rakyat menjadikan kesederhanaan sebagai amalan dalam kehidupan mereka. Sekali lagi, Najib mesti membuktikan bahawa dia faham erti kesederhaan.

Membaiki rumah Perdana Menteri dengan perbelanjaan mencecah sehingga lebih RM40 juta adalah keterlaluan, bukan sederhana! Memberikan kebenaran awal supaya Himpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium lalu, kemudian menarik balik kebenaran tersebut, bukan sifat sederhana tetapi sifat seorang 'pembelit'.

Menghormati Pope Benedict, tetapi memperlekeh seorang Menteri Besar bertaraf ulama berjiwa rakyat adalah keterlaluan, bukan sederhana. Merampas wang royalti milik Negeri Kelantan, tetapi melepaskan begitu sahajaTanjung Pagar serta Pulau Batu Putih kepada Singapura adalah melampau, bukan sederhana.

Memancutkan air berasid kepada penyokong perhimpunan aman BERISH 2.0 adalah keterlaluan, bukan sederhana. Saya menasihatkan Najib supaya belajar daripada sejarah keperibadian Muhammad al-Fateh yang digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri.

Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah.

Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan kezaliman yang telah dilakukan oleh penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan Muhammad al-Fateh, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus melafazkan keislaman mereka.

Menyelami sejarah tokoh-tokoh Islam zaman lampau dan kontemporari, yang kepentingan mereka hanya untuk agama dan ummah; pasti akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menerima hakikat bahawa kekuasaan hanyalah bersifat sementara dan ia hanya wajar dipertahankan melalui prinsip manusiawi dengan menolak jalan songang penuh penipuan.

Kuasa mesti tunduk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Yang Maha Berkuasa kerana bumi yang kita diami ini adalah milik Yang Maha Berkuasa dan kita pasti akan dikembalikan kepadaNya pada saat dan tempat yang Dia sahaja yang mengetahuinya./sabahkini

PERAKITE

Posted: 24 Jul 2011 11:23 AM PDT

PERAKITE


SULTAN BERJIWA RAKYAT

Posted: 23 Jul 2011 06:57 PM PDT


SULTAN MUHAMMAD BENAR-BENAR BERJIWA RAKYAT
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam benar-benar berjiwa Rakyat apabila merendah diri dengan mencemar duli mengutip sampah untuk dicontoh rakyat baginda supaya mementingkan kebersihan persekitaran.

Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T berwarna merah, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini.
Majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi diadakan di situ kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong.

"Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda.

Majlis itu anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu.

Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dan rakyat.

JKKK kena siap sedia hadapi cabaran

Posted: 23 Jul 2011 06:54 PM PDT

JKKK Pulau Pinang hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan  segala informasi kerjabuat kerajaan negeri Pulau Pinang, khususnya dalam menangani cabaran yang dihadapi, kata Timbalan ketua Menteri  Dato Mansor Othman.
Ismail, Anuar dan Syawal (PPK)

Beliau berkata, JKKK adalah sebahagian daripada jentera penting kerajaan negeri dalam  menyalurkan maklumat, serta input rakyat .


Mansor berkata demikian kepada lebih 150 pengerusi dan setiausaha JKKK di bahagian Seberang Prai yang menghadiri kem kempimpinan dan motivasi anjuran Jabatan Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang di Butterworth.


Beliau juga mengingatkan JKKK agar  melaksanakan tugasan penuh  amanah dan bertanggungjawab kerana JKKK mencerminkan kewibawaan kerajaan negeri .


Pada majlis berkenaan JKKK didedahkan dengan konsep memantapkan pengurusan dan cerminan perpektif politik pakatan rakyat, kaedah berkomunikasi dan melihat ruang keterbukaan yang wujud dalam mengenengahkan diri sebagai pemimpin.


Antara penceramah pada majlis itu ialah Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Haji Ismail Yusof dan Pegawai Penerangan, Jabaatan Komunikasi Ketua Menteri Haji Anuar Hashim.

shalehudin

Posted: 24 Jul 2011 11:13 AM PDT

shalehudin


Woii... zaman Tok Nadoq dulu boleh laa... haha...

Posted: 24 Jul 2011 09:47 AM PDT

Video polis sesuai zaman TV hitam putih
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih.

"Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.

Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

"Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis," ujarnya.

Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit.

"Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?" soalnya.

Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka.

Persoalannya, tamb ah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin.

"Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

"Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti," katanya.

Apa yang Kit Siang merapu nih... kahkahkah...

Posted: 24 Jul 2011 08:47 AM PDT

'Paksa hingga bunuh diri sama dengan membunuh' – Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR : DAP menyifatkan tindakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memaksa secara agresif sehingga menyebabkan Teoh Beng Hock membunuh diri adalah sama dengan tindakan membunuh.

Sehubungan itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuntut SPRM bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

"Paksa sehingga bunuh diri turut mirip tindakan membunuh, oleh itu, SPRM bertanggungjawab berhadapan dengan kesannya," kata Lim Kit Siang.

"Anda tidak boleh ada satu situasi ia bukan (kes) dibunuh tetapi (sebaliknya) (tekanan) paksaan (ke arah) membunuh diri," kata beliau, lapor Harakahdaily.

Teoh Beng Hock dilaporkan membunuh diri ekoran taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan oleh tiga pegawai SPRM seperti mana diberitahu Suruhanjaya Diraja Menyiasat kematian mendiang.

Media semalam melaporkan ibu kepada mendiang Beng Hock menolak hasil siasatan dan keputusan yang menyatakan kematian anaknya berpunca bunuh diri.

Teng Huw Hoi, 58, berkata beliau tetap yakin bahawa Teoh tidak membunuh diri atas alasan anaknya itu seorang yang baik.

"Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri," katanya kepada pemberita.

Enggan mengulas lanjut, Teng sebaliknya menyerahkan kepada pihak peguam untuk mengeluarkan kenyataan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Haha... Najib kena perangkap...

Posted: 24 Jul 2011 05:30 AM PDT

Halau peguam Scorpene bukti Najib sembunyikan sesuatu – Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Pengusiran Bourdon membuktikan ada sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

"Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, Perdana Menteri kita yang 'dicintai'. Sebab itu tindakan tidak munasabah diambil (mengusir Bourdon).

"Saya fikir, kerana kerajaan mengusir beliau dengan cara yang tidak baik, ia membantu perjuangan kita. Ini semua ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib," katanya dipetik Malaysiakini, yang terkilan kerana tidak berpeluang bersemuka dengan peguam hak asasi tersohor itu.

Seorang lagi Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, tahanan ke atas Bourdon mengimbas semula ingatannya terhadap apa yang terjadi kepada bintang Hollywood Malaysia, Datuk Michelle Yeoh yang disenarai hitam oleh junta tentera Myanmar kerana berlakon sebagai pejuang pro-demokrasi negara Aung San Suu Kyi dalam satu filem.

"Sedih saya katakan, tindakan (kerajaan Malaysia) ini membawa kita ke tahap seperti Burma," katanya.

Lakaran Scorpene oleh Zunar dibeli untuk sumbangan kos kes Scorpene di Perancis

Kartunis Zunar pula mempersoalkan mengapa Bourdon dilarang masuk ke negara ini untuk bercakap mengenai kebenaran sedangkan Najib pula bebas ke luar negara menyampaikan maklumat tidak tepat.

"Mengapa Bourdon tidak boleh ke mari dan memberitahu kita perkara yang sebenarnya, sedangkan Perdana Menteri kita boleh ke luar negara menyebarkan pembohongan?" soalnya.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang didakwanya tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.

Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia yang tidak difahaminya.

Malah, katanya, Bourdon turut 'diundang' untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.

"Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama tiga hari," katanya.

Mereka berkata demikian pada majlis makan malam di Dewan Sivik Petaling Jaya, malam semalam bagi mengutip derma bagi perbicaraan kes 'Scorpene' di Paris, September ini.

Kira-kira 500 orang hadir bagi membuktikan solidariti mereka kepada peguam berusia 55 tahun yang diupah oleh Suaram dan NGO hak asasi manusia yang lain.

Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya.

Mereka percaya firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu. Bayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.

Pengganas Kristian... dah 98 orang mati...

Posted: 24 Jul 2011 04:00 AM PDT

Norway shooter traumatises nation, up to 98 dead
July 24, 2011

A photograph of Norwegian attack suspect Anders Behring Breivik is broadcast by Norwegian television July 23, 2011. — Reuters /TV2 Norway pic

SUNDVOLLEN, Norway, July 24 — Norwegian police searched for more victims and a possible second gunman yesterday after a suspected right-wing zealot killed up to 98 people in a shooting spree and bomb attack.

Anders Behring Breivik, 32, was arrested after Friday's massacre of young people on a tiny forested holiday island that was hosting the annual summer camp for the youth wing of Norway's ruling Labour party.

Prime Minister Jens Stoltenberg, sharing the shocked mood in this normally safe, quiet country of 4.8 million, said: "A paradise island has been transformed into a hell."

Breivik, a Norwegian, was also charged with the bombing of Oslo's government district that killed seven people hours earlier. If convicted on the terrorism charges, he would face a maximum of 21 years in jail, police said.

Breivik had belonged to an anti-immigration party and wrote blogs attacking multiculturalism and Islam, but police said he had been unknown to them.

A video on the YouTube website promoting a fight against Islam apparently shows pictures of Breivik, wearing a wetsuit and pointing an automatic weapon.

The district attacked in Oslo is the heart of power in Norway. But security is not tight in a country unused to such violence and better known for awarding the Nobel Peace Prize and mediating in conflicts, including the Middle East and Sri Lanka.

Home-grown anti-government militants have struck elsewhere in the past, notably in the United States, where Timothy McVeigh killed 168 people with a truck bomb in Oklahoma City in 1995.

Witnesses said the gunman, wearing a police uniform, went on a prolonged shooting orgy on Utoeya island northwest of Oslo, picking off his prey unchallenged as youngsters scattered in panic or jumped in the lake to swim for the mainland.

A police SWAT team eventually arrived from Oslo, 30km away, to seize Breivik after nearly 90 minutes of firing, acting police chief Sveinung Sponheim told a news conference.

"We don't know yet" if he acted alone, Sponheim said, adding that Breivik had surrendered immediately and had confessed. He defended the time it took to arrive, saying there were delays with getting a boat.

'This is pure evil'

Sponheim said 85 people were known to have died in the shooting and seven in the Oslo bomb blast. The overall death toll could reach 98 if some missing people turned out to have died.

Police gave no figure for the number wounded in Norway's worst violence since World War Two.

Last night, the prime minister toured damaged buildings in central Oslo and said that he could not rule out that more bodies might be inside.

"There are still people missing . . . one cannot rule out anything," he said. "This is evil. This is pure evil." A chunk of debris fell off a building as he stood in the street.

Labour Party youth member Erik Kursetgjerde described the panic on Utoeya when the gunman began shooting.

"I heard screams. I heard people begging for their lives and I heard shots," Kursetgjerde, 18, told Reuters outside a hotel in the nearby town of Sundvollen, where many survivors were taken. "He just blew them away. I was certain I was going to die.

"People ran everywhere. They panicked and climbed into trees. People got trampled."

A young man is comforted as he mourns for the victims of the massacre on an island in the countryside and the bomb blast in the capital Oslo July 23, 2011. — Reuters pic

Dressed as he was as a policeman, the killer "would tell people to come over: 'It's OK, you're safe, we're coming to help you'. And then I saw about 20 people come towards him and he shot them at close range," Kursetgjerde said.

He said he ran and hid between cliffs, then swam into the lake and nearly drowned. "Someone (in a boat) rescued me. They saved my life."

Norwegian NRK television showed blurred pictures taken from a helicopter of a man, apparently in police uniform, standing with his arm outstretched amid numerous victims, some prone on the rocky shore, others floating in the water.

"This lasted for hours," Foreign Minister Jonas Gahr Stoere told a news conference, describing the killings on the island northwest of Oslo where about 600 young people had gathered.

The bloodbath was believed to be the deadliest attack by a lone gunman anywhere in modern times.

Police combed the island and the lake, even using a mini-submarine to search the water, police inspector Bjoerne Erik Sem-Jacobsen told Reuters. "We don't know how many people were on the island, therefore we have to search further."

US President Barack Obama called Stoltenberg yesterday to offer US condolences over the killings, and pledged assistance if needed.

The suspect, tall and blond, owned an organic farming company called Breivik Geofarm, which a supply company said he had used to buy fertiliser — possibly to make the Oslo bomb. Forensic experts scoured the facility for evidence yesterday.

"These are goods that were delivered on May 4," Oddny Estenstad, a spokeswoman at farm supply chain Felleskjoepet Agri, told Reuters. "It was six tonnes of fertiliser, which is a small, normal order for a standard agricultural producer."

It was not clear if Breivik, a member of a gun club, according to local media, had more than one weapon or whether he had stocked ammunition on Utoeya, where police found explosives.

Initial speculation after the Oslo blast had focussed on Islamist militant groups, but it appears that only Breivik — and perhaps unidentified associates — was involved.

Far-right views

A screen grab made July 23, 2011 shows an entry on a Twitter page under the account name AndersBBreivik. — Reuters pic

Officials pointed to Breivik's far-right views. "I think it's appropriate to underline that politically motivated violence that Norway has seen in the modern age has come from the extreme rightist side," Stoere, the foreign minister, said.

Breivik's Facebook page was blocked, but a cached version describes a conservative Christian from Oslo.

The profile veers between references to lofty political philosophers and gory popular films, television shows and video games. The Facebook account appears to have been set up on July 17. The site lists no "friends" or social connections.

Breivik's profile lists interests including hunting, political and stock analysis, with tastes in music ranging from classical to trance, a hypnotic form of dance music.

The Norwegian daily Verdens Gang quoted a friend as saying Breivik became a right-wing extremist in his late 20s. It said he expressed strong nationalistic views in online debates and had been a strong opponent of multiculturalism.

Survivors described scenes of terror as the gunman stalked his victims, many of whom were confused by his police uniform.

"It was total chaos . . . I think several lost their lives as they tried to get over to the mainland," said Jorgen Benone.

"I saw people being shot. I tried to sit as quietly as possible. I was hiding behind some stones. I saw him once, just 20, 30 metres away from me. I thought 'I'm terrified for my life', I thought of all the people I love."

Stoltenberg flew by helicopter to a hotel in the nearby town of Sundvollen, where many survivors were being counselled and interviewed by police. Relatives converged on the hotel to reunite with their loved ones or to identify their dead.

"A whole world is thinking of them," the prime minister said, his voice cracking with emotion.

Norwegian King Harald, Queen Sonja and Crown Prince Haakon also visited the hotel to comfort survivors and their families.

About 10 policemen guarded Breivik's registered address in a four-storey red brick building in west Oslo. — Reuters

Kesian kat POLIS... kahkahkah...

Posted: 24 Jul 2011 02:00 AM PDT

Polis Malaysia Ada Iras-Iras Mahathir Mohamad
Oleh Mohd Sayuti Omar

MAKIN dijelaskan nampaknya makin celaru dan makin orang menjadi 'rohok' untuk mempercayai setiap apa yang diuberi tahu. Itulah apa yang berlaku kepada Polis Diraja Malayisa (PDRM) hari ini dalam kes Bersih. Nampaknya polis sudah kehabisan modal dan kata-kata untuk menyakinkan rakyat yang mereka bertindak mersa dan melayan himpunan Bersih dengan aman.

Kebodohan juga semakin hari semakin luas 'terbahar'.

Video yang merakam aksi himpunan berkenaan bagi menunjukkan perangai polis baik juga gagal memberi kepuasan kepada orang ramai. Penyiaran video sekerat-sekerat dan tidak sepenuhnya menyebabkan orang sangsi dengan tindakan polis.

Beigtu juga teknik atau cara mencari kambing hitam untuk menunjukkan polis baik juga tidak berhasil. Dari sudut mana sekali pun orang ramai tetap menganggao polis yang bersalah. Kalau ada orang mengangguk mengatakan polis baik itu hanya di depan saja, tetapi di belakang orang akan menyumpah polis.

Baik polis mengaku saja mana-mana kekasaran yang dibuatnya pada peserta Bersih tempoh hari. Pengakuan atau mengalu kesilapan lebih menyerlahkan integriti pasukan itu. Tidak dinafikan ada juga polis yang berhati malaikat dan berperangai baik dalam melayani peserta himpunan. Tetapi polis yang baik ini ditenggelami oleh tindakan polis yang kasar dan jahat.

Saya tidak fikir semua gambar dalam protal berita dan blog adalah palsu rekaan atau tokok tambah. Setengah gambar itu dirakam oleh orang ramai yang berada di hadapan lokasi atau kejadian polis menyerang dan menembak. Mereka tidak mempunyai motif apa-apa melainkan merakam reakiti yang mereka saksi. Polis juga kena akui bahawa dalam pasukan itu ada serigala yang lapar, yang meleleh air liur melihat anak-anak muda yang bersorak.

Bukankah anggota FRU atau unit tindakan khas (UTK) diajar supaya menjadi berang dan bengkeng untuk menghadapi orang ramai. Mereka dilantih macam anjing pemburu untuk mengesan dada. Pantang mereka terlepas mereka akan mengamuk. Yang patut dikutuk siang malam inilah ketua mereka yang menerima pendekataan begitu. Anjing tidak salah tetapi tuan anjing.

Selain menunjukkan sikap beberapa perserta himpunan yang provok polis, patut polis tunjuk juga bagaimana para peserta yang membantu anggotanya yang terkena gas pemedih mata. Di depan mata saya saya nampak ada polis yang terjatuh longkang kerana melarikan diri bila di baling klister gas pemedih mata.

Saya sendiri melihat bagaimana anak-anak muda membantu memberi air kepada polis yang terkena gas pemedih yang dibaling oleh para peserta apabila mereka menyambut atau mnangkap kelosong gas yang melucur ke arah mereka.

Bersikap adil dalam semua keadaan kerana keadilan itulah yang akan mengukur kejujur dan kebenaran kita.

Kenapa polis terus buat provokasi dan membela diri secara melulu. Misalnya tuduhan Mat Sabu bohong berlaku adalah melampau. Kata polis naib presiden Pas itu berlaku untuk menangih simpati. Walaupun kalau benar Mat Sabu berbuat begitu tetapi tidak bijak polis yang menuduh demikian kerana sudah pasti penyokong Bersih akan marah. Di sinilah dangkalnya politik polis.

Orang yang tidak tergamak menipu atau pun berfikir betul tidak akan menerima dakwaan polis Mat Sabu berlakon. Takkan Mat Sabu berlaku sampai lututnya kena bedah. Kata polis Mat Sabu tercedera kerana motorsikap yang dinaikinya melanggar pembahagi jalan. Polis tidak cerita kenapa penunggang itu mlanggar pembahagi jalan. Takkan driver yang bawa Mat Sabu itu babuk sengaja langgar pembahagi jalan.

Bijak Mat Sabu tidak membalas tembak dengan polis atas dakwaan itu. Mah Sabu arahkan peguamnya supaya menyaman polis atas kejadian itu. Biarlah mahkamah membuat keputusan apakah Naib Presiden Pas itu berlakon atau sebaliknya.

Kenyataan-kenyataan dan kesimpulan bodoh terus dikeluarkan oleh polis. Terbaru menurut Pengarah Ketenteraman Awam, (nama lupa sebab tak popular), tiga tulang rusuk Baharuddin Ahmad patah bukan disebabkan angkara polis. Tetapi ia patah kerana pertolongan CPR - tekan dada di lakukan oleh ke atasnya untuk menyelamatkan arwah. Logikah kalau bantuan untuk menyelamatkan (CPR) dilakukan sampai patah tulang rusuk?

Msasakan begitu bengong sekali mereka yang memabntu menekan dada Baharuddin memberi CPR kepadanya tekan sampai patah tulang rusuk? Logikah? Apakah tidak ada kejadian lain di sebalik itu yang tidak terjumpa oleh oleh polis. Misalnya berlaku pergelutan dan menyebabkan dadanya di tendang atau dipukul dengan kuat?

Polis boleh melepaskan diri untuk tidak disabitkan dengan kematiannya. Tetapi alasan yang diberikan biarlah logik dan munasabah. Belum pernah terdengar dalam sepanjang hayat saya orang yang diberi bantuan CPR patah tiga tulang rusuknya. Kenapa tidak direka cerita tulang rusuk Baharuddin patah keran aia terjatuh atas pili bomba semasa melarikan diri dari tembakan gas pemedih mata oleh polis?

Alasan yang diberikan polis ini tak ubah alasan yang pernah diberikan Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim apabila mata bekas TPM itu lebam kerrana ditumbuk Rahim Nor. Mahathir kata, mata Anwar lebam kerana Anwar sengaja menghantukkan mukanya ke lutut untuk mendapat simpati.

Selepas didedahkan oleh suruhanjaya di raja baru diketahui kenapa mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh Rahim Nor, bekas ketua polis negara. Kalau bekas KPN boleh tumbuk mata tahanan yang digari dan ditutup muka, apalah nak hairankan dengan tindakan anak cucu cicitnya ke atas himpunan Bersih itu. Biarlah kalau bapak jahat anak akan khianat!

Sekali lagi dinyatakan polis alasan direka-reka tidak akan menyelesaikan masalah. Buatlah penjelasan sepanjang mana kalau ia tidak ikhlas ia akan dipertikaikan. Makin dijelas makin marah dan benci orang kepada polis. Kalau benar polis ingin menyelesaikan perkara ini membuang persepsi buruk ke atasnya mengakulah dengan jujur dan ikhlas, bahawa ada tempat-tempat mereka tersilap atau terlebih. Rakyat boleh mengampuninya kerana bumi manalah yang tidak ditimpa hujan.

Benang yang basah tidak akan boleh ditegakkan, tanduk kerbau dewasa yang bengkoknya hampir menjadi bulatan tidak senang untuk diperbetulkan. Apa yang polis lakukan dalam kes Bersih ini tak ubah seperti tikus yang hendak membaiki labu, makin lama bukan makin baik tetapi makin luas lubang kebusukannya.

http://msomelayu.blogspot.com/

Maap Jib, pulut tu tak leh kaler lain dah... haha...

Posted: 24 Jul 2011 01:40 AM PDT

Piem Umno Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor, memotong pulut KUNING semperna sambutan ulang tahun kelahiran beliau ke 58 anjuran Badan Perhubungan Umno Kedah, di Bilik Bunga Raya Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, hari ini. - Foto Syaharim Abidin

Pasai apa seluar koyak bontot...

Posted: 24 Jul 2011 12:45 AM PDT

LIHAT GAMBAR INI DENGAR JUJUR

nota:
lihat betul betul gambar ini
tanya diri secara jujur

kalau beng hock terjun tingkap
macam mana seluar dibontot boleh koyak

seluar dibahagian bontot koyak jika
beng hock di heret

untuk timbulkan soalan ini
tak perlu pergi universiti
pandanga gambar ini sekali dah tahu

kenapa soal seluar korak di bontot
tak ada yang menimbulkan
semua senyal buat donno
buat tak nampak!

Bro: TT

Alahaiii... PDRM oiii...

Posted: 23 Jul 2011 09:30 PM PDT

TPiem Umno, Muhyiddin Yassin kata, rakaman video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik.

Yang lain tu politik, yang PDRM tu ja dakk...
Yang lain tu palsu, yang PDRM tu ja yang asli...
Yang lain tu dah di' modify, yang PDRM tu dakk...
Hangpa tengok sendiri la betoi ka dak si Muhyiddin ni kata...




Peacefully BERSIH 2.0

Posted: 23 Jul 2011 08:29 PM PDT

"BERANI KERANA BENAR!"

Posted: 24 Jul 2011 11:06 AM PDT

"BERANI KERANA BENAR!"


Keesaan Allah dalam surah al-Ikhlas

Posted: 24 Jul 2011 01:52 AM PDT

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Dinukilkan di sini sebahagian pendapat dan penegasan Ibn Qayyim al-Jauziyah menerusi kitabnya Hidayatul Hayari fi Ajwibatil Yahud wa al-Nasara terhadap ciri-ciri Allah bagi agama Islam berbanding Kristian sebagai menjelaskan lagi perbezaan maksud lafaz Allah bagi kedua-dua agama ini.

* Sesungguhnya Allah SWT adalah satu, tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya, tidak ada bandingan yang setara dengan-Nya, tidak ada pengawal, tidak ada penasihat, tidak ada penolong dan tidak ada pemberi syafaat kecuali dengan izin-Nya.

* Dia tidak mempunyai bapa, anak, keturunan, isteri dan tidak mempunyai kesamaan dengan selain-Nya.

* Dia Maha Kaya dengan zat-Nya, tidak makan, tidak minum dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.

* Zat-Nya tidak bersatu dengan makhluk-Nya dan tiada makhluk yang menyatu ke dalam zat-Nya.

* Dia Maha Ada, tidak pernah hilang dan tidak pernah mewakilkan urusan kerajaan-Nya kepada selain dari-Nya.

* Dia Maha Sempurna dan hanya Dia yang memiliki kesempurnaan.

Firman Allah SWT: Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

Abu Su'ud dalam tafsirnya berkata: Nama Allah diulangi sehingga dua kali, iaitu pada ayat pertama dan ayat kedua dengan menjelaskan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah tempat pergantungan semua makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan.

Pada ayat yang pertama ditegaskan tentang keEsaan-Nya, untuk menjelaskan betapa bersih-Nya Allah dari berbilang dan bersusun, dan dengan menjelaskan bahawa Dialah tempat bergantung segala makhluk, dan jelaslah bahawa pada-Nya terkumpul segala sifat kesempurnaan.

Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaan-Nya, tidak pernah berkurang.

Berkenaan perkataan al-Samad, ada banyak tafsiran, antaranya:

* Al-Samad yang tiada rongga padanya seperti pendapat al-Hasan, Ikrimah, al-Dahhak dan Ibn Jubair.

* Yang tidak makan dan minum seperti pendapat al-Sya'bi.

* Yang kekal tanpa binasa seperti pendapat Qatadah.

* Tidak beranak dan tidak diperanakkan seperti pendapat Muhammad bin Ka'ab.

* Segala manusia memohon hajat kepada-Nya seperti pendapat Ibn Abbas.

* Ia adalah penghulu yang bersifat Maha Tinggi seperti kata Abu Wa'il dan Sufyan.

* Ia bersifat sempurna yang tiada cacat celanya seperti pendapat Muqatil.

* Ia adalah tempat segala hajat dan pertolongan, seperti kata al-Suddi.

8 Ia terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu seperti kata Abu Hurairah.

8 Ia boleh melakukan apa sahaja dan menghukum mengikut kehendaknya.

Al-Maraghi berkata: Allah SWT yang menjadikan tumpuan semua hamba dan mereka menghadapkan diri kepada-Nya untuk menyelesaikan kepentingan mereka tanpa perantaraan dan penolong.

Dengan demikian, ketentuan ini membatalkan kepercayaan kaum Musyrikin Arab yang mempercayai adanya perantara dan penolong juga membanteras kepercayaan penganut agama lain yang bawa pemimpin agama mereka itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan kerana menerima perantaraan bagi orang lain untuk mencapai apa yang mereka cari.

Ini disebabkan mereka selalu kembali kepada perantaraan-perantaraan itu baik selama hidup mahupun setelah meninggal dunia. Mereka berdiri di sisi kubur-kubur itu dengan penuh khusyuk dan tunduk sebagaimana tunduknya mereka kepada Allah SWT bahkan lebih daripada itu.

Firman Allah SWT: Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.

Mengikut Dr. Said Abdul Azim dalam bukunya Qul Ya Ahlal Kitab Lastum 'Ala Syai' menyebut berkenaan usul yang disepakati ini:

* Bahawa Allah bersifat qadim, wahdaniyyah tanpa sekutu pada kerajaan-Nya.

* Bahawa Dia tiada bapa, tiada seumpama-Nya, tiada isteri dan tiada menyamai dengan sekelian makhluk-Nya.

* Bahawa Dia Maha Kaya dengan zat-Nya, tidak makan dan minum serta tidak berhajat kepada makhluk.

* Bahawa Dia tidak berubah dan tidak menerima kebinasaan seperti tua, sakit, mengantuk, tidur, lupa, takut, dukacita dan lain-lain.

* Bahawa Dia tidak serupa sesuatupun daripada makhluk, sama ada pada zat, sifat dan perbuatan-Nya.

* Bahawa Dia tidak mengambil tempat pada sesuatupun daripada makhluk-Nya.

* Bahawa Dia lebih agung daripada sesuatu, lebih besar daripada sesuatu dan Maha Tinggi daripada sesuatu.

* Bahawa Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

* Bahawa Dia Maha Mengetahui dengan setiap sesuatu sama ada tersembunyi atau yang terang.

* Bahawa Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

* Bahawa Dia Maha Penyaksi yang tiada ghaib sesuatupun daripada-Nya.

* Bahawa Dia bersifat abadi lagi kekal selama-lamanya.

* Bahawa Dia berkata-kata sama ada arahan atau larangan.

* Bahawa Dia Maha Benar pada janji dan khabar-Nya.

* Bahawa Dia bersifat samad yang semua makhluk berhajat kepada-Nya.

* Bahawa Dia bersifat Maha Suci, Maha Sejahtera yang terlepas daripada sebarang aib dan kekurangan.

* Bahawa Dia bersifat Maha Sempurna dengan kesempurnaan yang mutlak.

* Bahawa Dia Maha Adil yang sekali-kali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.

Ibn Qayyim berkata: "Ini adalah perkara yang disepakati oleh semua Kitab dan Rasul dan ia sebagai satu ketetapan yang tidak harus datang syariat yang menyalahinya. Begitu juga yang dikhabarkan oleh Nabi SAW menyalahinya pada asal, sedangkan golongan penyembah salib meninggalkan konsep triniti semuanya di samping berpegang dengan perkara yang menjadi syubhah daripada makna dan yang mujmal daripada lafaz".

Fadilat surah al-Ikhlas

Ibn al-Qayyim di dalam Zad al-Ma'ad menukilkan: Nabi SAW selalu membaca pada solat sunat Fajar dan solat witir surah al-Ikhlas dan surah al-Kafirun. Ini kerana kedua-dua surah ini mengumpulkan tauhid ilmu dan amal, tauhid makrifat dan iradat, tauhid iktikad dan tujuan.

Surah al-Ikhlas mengandungi tauhid iktikad dan makrifat dan apa yang wajib dipandang tetap teguh pada Allah menurut akal murni, iaitu Esa dan tunggal. Dia adalah pergantungan yang tetap, yang pada-Nya terkumpul segala sifat kesempurnaan, dan tidak pernah berkurangan dari segi mana pun.

Dia ternafi daripada beranak dan diperanakkan, kerana jika keduanya itu ada, Dia tidak jadi pergantungan lagi dan KeEsaannya tidak bersih lagi. Dan nafi atau tiadanya kufu', tandingan, bandingan dan gandingan adalah menafikan penyerupaan, perumpamaan ataupun pandangan lain.

Oleh kerana itulah, surah ini mengandungi segala kesempurnaan bagi Allah dan menafikan segala kekurangan. Inilah dia pokok tauhid menurut ilmiah dan menurut akidah, yang melepaskan orang yang berpegang teguh kepadanya daripada kesesatan dan mempersekutukan.

Dinyatakan di sini beberapa fadilat surah al-Ikhlas, antaranya:

* Daripada Abu Sa'd, ada seorang yang mendengar seorang lelaki membaca surah al-Ikhlas dengan berulang kali. Pada keesokannya, ia datang menemui Nabi SAW lalu ia menyebutkan cerita itu kepada beliau seolah-olah ia merasa surah itu sangat sedikit.

Lalu Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Demi jiwaku ditangan-Nya, sesungguhnya surah itu menyamai satu pertiga al-Quran".

* Ibn Abbas r.a berkata: Surah al-Zalzalah sama nilainya dengan separuh al-Quran. Surah al-Ikhlas sama dengan sepertiga al-Quran. (riwayat al-Hakim)

* Dari Aisyah r.anha bahawa Nabi SAW pada suatu ketika telah mengirim pasukan tentera. Panglima tentera tersebut setiap kali solat yang dibacanya kuat akan menutup bacaan dengan surah al-Ikhlas.

Apabila pulang hal tersebut dikhabarkan kepada Nabi SAW. Lantas Baginda suruh bertanya sebabnya. Panglima tersebut menjawab: Itu adalah sifat Allah SWT yang bersifat Rahman dan saya amat suka membacanya. Mendengar keterangan tersebut, Baginda bersabda: Katakanlah kepadanya, bahwa Allah reda kepadanya.

* Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Aku menemui Rasulullah SAW, tiba-tiba Baginda mendengar seorang lelaki membaca surah Ikhlas. Lantas Baginda bersabda: Wajiblah. Aku bertanya apakah yang wajib itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: masuk syurga.

Surah ini memuatkan penolakan musyrikin dengan segala bentuknya. Allah SWT mengingkari zat-Nya mempunyai sifat memerlukan kepada yang lain dengan firman-Nya. Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa mentauhidkan Allah dan makrifah dengan-Nya. Amin.

PRO REFORM

Posted: 24 Jul 2011 09:42 AM PDT

PRO REFORM


Diplomat : EU Timbang Hantar Pemantau Bebas, SPR Tidak Wibawa

Posted: 23 Jul 2011 07:38 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 JULAI : Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.


Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.

"Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.

Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

"(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.

Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.

Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.

"Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka," katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir.

- TVSnews

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 24 Jul 2011 09:39 AM PDT

BRIGED MP SEGAMBUT


Kematian Teoh: SPRM lucutkan tugas tiga pegawai

Posted: 24 Jul 2011 08:28 AM PDT

Dua hari selepas laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock didedahkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan tiga pegawainya yang dikatakan bertanggungjawab telah dilucutkan daripada tugas operasi siasatan.
NONEKetiga-tiga mereka adalah - pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim (kiri), yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Teoh.

Suruhanjaya itu juga telah membentuk sebuah panel siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Professionalisme) Datuk Zakaria Jaffar untuk menjalankan siasatan dalaman susulan yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif berhubung dakwaan dalam laporan itu ke atas ketiga-tiga mereka.

"Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

"SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.
azlanHasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam.

"Mereka-mereka ini adalah Datuk Mohd Noor Abdullah, Datuk Muhammad Mohd Noor, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah dan V Ravindran," petik kenyataan itu.
SPRM juga berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.
Menurut kenyataan itu, SPRM menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

NONE"Beberapa cadangan dalam Suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar (CCTV), mewujudkan 'Video Interview Room' (VIR), semua pelanggan dilayan di aras bawah bagi bangunan milik SPRM, pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM dan sebagainya.

"Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.," petik kenyataan itu.

Ia juga berkata SPRM akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.

A Mum Of Three Mohd

Posted: 24 Jul 2011 09:31 AM PDT

A Mum Of Three Mohd


Siapa anda percaya?? Mat Sabu atau Polis??

Posted: 24 Jul 2011 09:00 AM PDT


Polis RAJA diMalaysia terKANTOI dan terMANTOI. Kantoi-mantoi beb!!

Report Polis Mat Sabu dan Video Pengakuan Mat Sabu telah men-KANTOI-kan video penafian keluaran PRDM. [sini]

Ini sedikit sedutan daripada laporan polis Mat Sabu yang mengkantoikan penafian polis.



Itu ler padahnya kalau buat kerja.... tak buat homework terlebih dahulu tapi hentam kromo jer. Bangkai gajah susah nak dilindungi. Ini pulak video aduan Mat Sabu di Suhakam.



Sekarang, apa macam??

Mat Sabu kata dia dilanggar kereta Waja polis sedangkan polis kata Mat Sabu tidak dilanggar oleh polis. Siapa yang putar beli cerita.... Mat Sabu atau polis??

Aku rasa kalau kita buat surver, cerita siapa yang anda percaya.... Mat Sabu atau PRDM?? Pasti banyak afundi akan pergi kepada Mat Sabu. Sebabnya.... rakyat dah tak percaya pada polis dah. Integriti mereka dah hancuuuss!!

[sumber]

Jelesnya aku dengan rakyat Kelantan

Posted: 24 Jul 2011 04:46 AM PDT


Sejuk mata memandang.... Inilah yang dikatakan Sultan berjiwa rakyat. Baginda sanggup turun padang bersama-sama dengan rakyat untuk bergotong royong bagi menjaga kebersihan alam sekitar, terutama di tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pelancong.

Aha.... inilah baru dikatakan Kepimpinan Melalui Teladan dari seorang Sultan yang disayangi rakyatnya. Semogo Allah s.w.t terus kekalkan baginda dengan sifat yang mulia tersebut dan merahmati kehidupan baginda.... amin.

Dan hari ini, baginda Sultan Kelantan telah dianugerahi Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK) daripada Sultan Perak.

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK) kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Penganugerahan darjah itu diterima oleh Sultan Muhammad V daripada Sultan Azlan Shah dalam satu istiadat di Bilik Menghadap Merah, Istana Perak, Bukit Persekutuan pada 11.15 pagi.

Sultan Muhammad V kemudian berkenan menyembahkan cenderahati kepada Sultan Azlan Shah. Turut hadir, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; dan Mufti Perak' Tan Sri Dr Harussani Zakaria. - BERNAMA

Alangkah baik sekiranya lebih ramai sultan-sultan di Malaysia bersifat rendah diri dan benar-benar berjiwa rakyat seperti baginda.

[sumber]

Allah s.w.t dah makbulkan doa Najib

Posted: 23 Jul 2011 11:30 PM PDT


Aaaikk.... si Zahid Hamidi, Wak Bagan Datoh, tetiba pulak datang 'bulan' dan terus meroyan sakan. Dia bagi warning kepada semua orang agar jangan sekali-kali memburukan imej negara pasal pembelian Scorpene. Mengikut kata dia.... pembelian kapal selam tu telus.

Kah kah kah kah.....

Telus?? Depa berani ler kata telus, sebab 'teloq' PRDM, SPRM, Pejabat PeguamNegara serta Mahkamah dalam genggaman depa. Kalau puak-puak ni cakap banyak jer, 'teloq' depa akan dipicit. Ouchh!!! Terus diam. Ater.... kalau dah sekat orang daripada bercakap tentang skandal itu, maknanya TAK TELUS ler wak oi. Kalau telus, apa nak ditakutkan. Hangpa nak cakap.... cakap pi la. Tapi.....??? Aha, iniler yang dikatakan telus ala 1Malaysia.

Walau bagaimanapun, 'teloq' si William Bourdon, depa tak dapat nak genggam dan kalau dah tak dapat nak genggam, bermakan tak boleh ler nak dipicit. Sebab tu, mamat ni berani cakap tentang hasil siasatan yang dilakukannya di Perancis berkaitan skandal Scorpene. Kerajaan Malaysia kata telus..... pihak di Perancis kata crooked!! Urusan pembelian amat kotor hingga ada yang maut. Ooooo..... dasatnyer!!

Sebenarnya wak... pihak yang terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene itu ler yang telah mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Jangan salahkan orang lain. Jangan gertak orang lain. Kes ini bukan lagi kes tempatan tetapi dah jadi kes yang menarik perhatian antarabangsa. Malaysia has gone GLOKAL dengan skandal Scorpene ini. Haaaiii.... bukankah itu yang Najib mahukan untuk booosstkan imej Malaysia.

Masih tergiang-ngiang lagi kata-kata Najib tu dulu. Nah... sekarang, thanks to Najib, Malaysia dah berjaya catch the world's attention, apa nak kecoh-kecoh lagi?? Allah s.w.t. dah makbulkan doa Najib, patut bersyukur ler.

Back to 'telus' yang dikatakan oleh Wak Bagan Datoh dalam skandal pembelian Scorpene tu... kita wait and see outcome court di Perancis itu nanti, okay?? Then, kita buat comparison atau perbandingan antara erti 'telus' yang sebenar dengan 'telus' ala 1Malaysia. Sebabnya...... mahkamah di sana ada integriti dan boleh dipercayai kerana 'telor' mereka tidak ada sesiapa yang genggam dan tidak ada sesiapa yang nak picit. They're FREE...!!

Hello Wak Bagan Datoh...,

Kalau anda nak tau, imej Malaysia sudah transformed menjadi begitu hodoh, terutama sekali sejak era Najib menjadi Piemnya. It has gone from bad to worse. Na'uzubillah... please don't make it worst.

Kesian tanah airku ini.... Bersabarlah dulu, okay?? InsyaAllah, jika Pakatan Rakyat memerintah, kami akan bersihkan semula imejmu, ibu pertiwiku. I love you Malaysia!!

[sumber]

Ambik kau SPR...!! Dunia sudah bersuara

Posted: 23 Jul 2011 09:55 PM PDT


SPR dikatakan sebuah badan bebas. Ia mengendalikan pilihan raya di Malaysia. Oleh itu... semestinya ia mesti bebas dan mesti dilihat bebas. Tapi.... apa berlaku??

SPR dilihat sangat tidak bebas kerana sangat condong kepada parti yang memerintah iaitu UMporNO@BN. Itu bukan lagi persepsi tetapi sudah menjadi realiti. Kini, bukan saja rakyat yang dapat melihat keadaan sonsang yang berlaku tetapi juga pihak luar yang berada di sini. Mereka berpendapat SPR sudah tidak berwibawa. Merela sudah hilang kepercayaan kepada SPR untuk melaksanakan proses demokrasi secara adil dan telus dalam aspek pengendalian proses pilihan raya di Malaysia.

Lantas.... ini tindakan yang mereka akan ambil:


KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.

"Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.

Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

"(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.

Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.

Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.

"Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka," katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir.

So, you see.... bukan BERSIH 2.0 yang mencemarkan imej Malaysia di mata dunia tetapi SPR dan kerajaan Malaysia sendiri. Oleh itu.... jangan sesuka hati menuding jari kepada orang lain atas perbuatan durjana sendiri. Sekarang, apabila dunia luar sudah bersuara.... siapa malu??? Ha ha ha.... Besar kemaluannya tu!!

Hidup BERSIH 2.0!! Hidup Rakyat!!


Syabas Rais anak Yatim!!

Posted: 23 Jul 2011 07:55 PM PDT


Pada hari baik dan bulan baik ni, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas kepada Rais anak Yatim, kerana telah sekali lagi berjaya mempamerkan tahap kebangangan yang superb.

Ini adalah kerana di zaman milenium ini, dia masih percaya bahawa masih ada golongan di Malaysia ini, yang masih menyokong fahaman komunisme. La.... nampak sangat yang atuk Rais kita ni masih berkhayal dan berada di zaman darurat. Ha ha ha.... suatu khayalan yang sengaja diwujudkan untuk menghalalkan penangkapan 6 anggota PSM, di samping cuba memberi gambaran negatif kepada BERSIH 2.0.

Alahai.... Rais anak Yatim. Siapa lu mau kencing?? Ooooppss.... lupa pulak. Masih ada yang dia boleh kelentong dan perbodohkan. Aha... para makcik dan pakcik serta para atuk dan nenek yang berada, nun jauh di kawasan Felda dan luar bandar. Derang.... bolehlah ekau kelentong dan temberang, sebab derang tak terdedah kepada maklumat di internet atau pun media alternatif.

Kesian derang.... Maklumat yang derang ada, adalah daripada media-media propaganda gerombolan ekau. Hari-hari otak derang disumbat dengan satu demi satu propaganda murahan daripada korang. Camne ler otak derang nak terbukak?? Dah terlalu padat dengan propaganda. Dah jadi bonggok dan totok!! Haaa... species yang macam ni bolehler korang tipu dan terus-terusan korang perbodohkan.

In fact.... di kawasan sedemikianlah masih ada tinggalnya saki baki nadi korang. Ya.... nadi yang menjadi penyambung nyawa kepada kelangsungan hayat korang. Tapi, ingat... hari demi hari, mereka ini menjadi semakin pupus. Dan.... yang ada pun, mungkin akan di-brainwash-kan pulak oleh anak-anak mereka yang ada akai... dan yang tinggal di kawasan-kawasan bandar. Hopefully.... otak mereka yang telah dibonsaikan selam ini, akan bercambah semula. Jam tu... mampuslah korang!!

Tapi.... aku rasa ramai yang dah tak berapa nak percaya propaganda tentang ancaman komunis yang cuba dimomok-momokan oleh si Rais anak Yatim ni. Taktik lama dan itulah modal mereka. Gerombolan UMporNO hanya tahu menggunakan taktik tradisional untuk momokkan rakyat. It's soooo outdated!! Old pesen maa.... Impak not so strong la.

Tambahan pulak, semua orang tahu yang komunis dah mati kutu. Bukan saja di Malaysia, tetapi juga di dunia. Komunis yang dok ada pun dah dilute... dah cayor dek perubahan sosial dan tuntutan ekonomi. Komunisme dah tak laku dah.... Ia hanya dah tinggal nama jer, tapi... rohnya dah tiada. Jadi... usah nak cong lebih-lebih ler!!

Apa-apa pun.... bagus juga ekau buat citer bodoh tentang komunis ni, sebab ia menonjolkan lagi kebodohan diri sendiri. Jadi.... sekali lagi, SYABAS!!

[sumber]

SPR: Satu kebodohan...

Posted: 23 Jul 2011 05:45 PM PDT


SPR pekak badak, kerajaan tarak otak!! Ikut jer cakap si pekak badak. Aha.... ikut ada makna tu. Kalau tak dak makna dan tak boleh di'perguna', sudah tentu depa tak ikut punya.

Weh.... rakyat mintak penggunaan dakwat kekal , bukannya sistem biometrik. Najib kata negara maju pun tak pakai sistem biometrik ni. Ha ha ha... Kalau negeri maju pun tak pakai, mengapa Malaysia nak pakai?? Apakah nak tunjuk yang Malaysia lebih maju daripada negara maju?? Derang bukan bodoh nak pakai sesuatu yang menelan kos yang tinggi. Kalau ada yang baik dan berkesan serta murah.... buat apa nak membazir duit??

Astaghfirullahalazim.... Sebab tu, kerajaan 1Malaysia begitu sinonim dengan pembaziran!!

Bangang betoi!! Negeri maju yang banyak duit tu pun.... ada akai dan masih nak berjimat dan tak mau membazir, tapi Malaysia??? Korang nilai ler sendiri bertapa 'pandai'nya kerajaan pimpinan Najib mengurus kewangan negara dan membelanjakannya. Dalam keadaan negara terhimpit dengan kemerosotan ekonomi serta bebanan hutang yang menggunung, derang masih nak membazir lagi. Itu sebabnya, kita dah berulang kali kata.... tak mustahil negara Malaysia ni bangkrap, kalau terus diperintah oleh kerajaan BN. Yang akan membangkrap Malaysia bukan Pakatan Rakyat tetapi BN.

Seperkara lagi.... negara maju tak perlu pun pakai sistem biometrik tu, sebab sistem pilihan raya mereka telus. Very transparent dan fair maa. Badan yang mengendalikan pilihan raya mereka mempunyai integriti yang tinggi. Orang percaya dan tidak curiga. Tidak seperti SPR di Malaysia... ia sudah menjadi seolah-olah anggota komponen Barisan Nasional. Ia sudah tak bebas.... siapa mau percaya lagi?? Mati hidup balik, rakyat tak percaya.

Yang kita pelik..... mengapa SPR dan kerajaan begitu fobia sangat dengan penggunaan dakwat kekal?? Sedangkan, penggunaan dakwat kekal sudah terbukti berkesan. No way penipuan dapat dilakukan. Once you dah undi.... that's it. No way you can undi lagi. Cepat serta mudah dan juga lebih murah. Moreover.... banyak negara yang telah menggunakannya. Tak timbul masalah pun. Semua pihak ok jer. Satisfaction guaranteed!!

Instead.... SPR beriya-iya nak gunakan sistem biometrik. Sudahler menelan kos yang tinggi, namun.... keberkesananya belum terbukti lagi . Dan, selagi tak terbukti keberkesanannya bermakna... masih ada ruang untuk manipulasi. Sebab itu, ramai yang skeptikal akan penggunaannya. Takut ada ruang penipuan si sebalik penggunaanya. Itulah risiko yang rakyat dipaksa terima.

Kita mintak yang lain.... yang lain pulak mereka beri. Tak ke bangang namanya tu?? Ha ha ha.... SPR badak pekak yang membangangkan diri untuk terus melakukan manipulasi bagi menyambung nyawa parti yang dah nak mati!!

Sebab itu..... mereka tak berani nak pertimbang dan laksanakan permintaan BERSIH 2.0. Sekiranya, sistem pilihan raya bebas, adil dan telus,.... maka sudah pastinya UMporNO@BN akan.... innalillahiwainnailaihirojiun. Alhamdulillah ler, jika ini berlaku.

[sumber]

Bila Harimau Sudah Menaip...

Posted: 24 Jul 2011 09:31 AM PDT

Bila Harimau Sudah Menaip...


Harimau Malaya Mengaum!!

Posted: 23 Jul 2011 02:07 PM PDT

Game malam tadi, takdelah mengaum sangat. Rasa bintat gua pada benteng pertahanan sudah tak dapat dibendung lagi. Gua menyumpah depan TV bila bola level budak sekolah rendah pun boleh menggegar gawang Malaysia. Datok K. Rajagopal perlu mempertimbangkan muka-muka lain untuk memantapkan pasukan kesayangan kita, Harimau Malaya.

Kita tunjukkan bahawa Sang Singa Yang BerPura-Pura bisa kalah pada Sang Harimau Menaip Malaya!

Nama-nama yang wajar DIHARAMKAN masuk stadium B.J.:

  • Sarbani Alawi
  • Mahali Jasuli
  • Fadhli Shas
Nama-nama yang perlu menyarung Baju KUNING:

  • "The Cicakman" Farizal
  • "The Bunker" Subramaniam
  • "Kapla" Hafiz Mesbah
  • Karpal Singh
Jangan lupa pada Shafiee "The Bomber" Sali dan Amirulhadi "Playmaker" Zainal...bagi mereka 90 minit.

Gua taknak marah kat sini sebab kalah bukan ertinya mati. Gua kecewa tapi itu bukan alasan untuk gua mengamuk. Jika perpaduan dan semangat Rakyat tanah Melayu mahu dihidupkan, sukan boleh menjadi wadah yang terbaik.

Mana tidaknya, Edyesdotcom boleh "kamjat" dan "comolot" dengan ArmandPJU dalam twitter sepanjang perlawanan tadi...bukan melalui PERKASA atau mana-mana parti politik!


Anak Sungai Derhaka

Posted: 24 Jul 2011 09:15 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Mat Sabu dilanggar Pajero atau Waja? Jawapan buat Pencacai UMNO...

Posted: 24 Jul 2011 06:23 AM PDT


Sabtu lalu apabila aku menyiarkan Rakaman Video Penuh, Mat Sabu dilanggar Polis yang boleh di lihat di (SINI), ada pencacai UMNO yang mendakwa dalam report Mat Sabu telah mendakwa beliau telah dilanggar oleh Jip Polis, sekarang beliau mendakwa di langgar oleh Waja Polis pula..

Aku tak tahu dari mana pencacai itu melihat Laporan Polis yang telah dibuat oleh Mat Sabu itu..


Samada Mat Sabu telah dilanggar oleh Kereta Kebal, Land Rover atau Pajero mahupun Waja pihak Polis.. perkara utamanya ialah Mat Sabu telah dilanggar oleh pihak Polis..

Laporan Polis dibawah membuktikan apa yang tertera di dalam Video adalah selari dengan apa yang dilaporkan kepada Polis..

Laporan yang dibuat oleh pada 14 Julai 2011 secara jelas bertulis bahawa beliau telah dirempuh oleh kereta Waja Polis pada 9 Julai 2011 bukan Kereta Kebal, Pajero, Land Rover, Kapal Terbang mahupun Helikopter tapi beliau dirempuh oleh Waja pihak Polis..

From Report Bang Mat


Sila lihat Video kenyataan Mat Sabu mengenai apa yang melanggarnya semasa Sidang Media di Pejabat SUHAKAM bertarikh 13hb. Julai, 2011 di (Perisik Rakyat)

Najib anggap Wang Kerajaan itu milik UMNO?

Posted: 24 Jul 2011 12:09 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merendah-rendahkan usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjimat cermat demi memastikan hasil mahsul negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor.

Sebaliknya, Khalid berkata Najib harus sedar betapa duit berbilion ringgit yang kononnya disumbangkan kerajaan persekutuan kepada rakyat selama ini sememangnya hak mereka hasil daripada cukai yang dipungut kerajaan pusat.

"Semua yang diberikan oleh kerajaan persekutuan (adalah) dari cukai rakyat. (Tetapi) yang kita berikan adalah daripada hasil pasir yang kita lakukan daripada perlombongan pasir dan untungnya kita kembalikan kepada rakyat.


"Kalau kerajaan persekutuan nak bagi kepada rakyat, berilah kepada rakyat. Buat apa saya nak halang, berikan sahajalah. Itu memang hak rakyat," katanya selepas menghadiri Majlis Konvensyen Pengurusan Masjid dan Penyerahan Sumbangan Moreh Bulan Ramadhan, di sini, hari ini.

Najib semalam berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tertentu heboh dengan pemberian RM100 kepada rakyat.

Katanya, kerajaan pimpinannya telah memperuntukkan berbilion ringgit kepada rakyat namun tidak menguar-uarkannya seperti kerajaan Pakatan Rakyat.

"Mereka sebelah sana, itulah sikapnya. Beri RM100 sudah riuh sekampung. Kerajaan Barisan Nasional sudah beri berbilion ringgit kepada rakyat tapi pihak sana pukul gendang lebih kuat," Najib dipetik sebagai berkata.

Namun menurut Khalid, kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cara dan strategi tersendiri untuk bersama-sama membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat mutakhir ini.

"Cara yang kita lakukan adalah terus kepada rakyat. Kita ada senarai nama mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan layak," katanya.

Sejak Mac 2008, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat memperkenalkan program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor '(MES).

Terbaru, program 'Jom Shopping' yang dilancarkan kerajaan negeri menyaksikan baucer bernilai RM100 diberikan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas untuk membeli belah.

Sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta diperuntukkan untuk program ini yang diperolehi daripada keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.

Khalid menjelaskan, berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan beberapa institusi sebelum ini mendapati penggunaan orang tengah merupakan antara punca berlakunya ketirisan dalam menyalurkan sumbangan yang diberikan.

"Tetapi cara yang dibuat dalam pengurusan yang lepas dan sebagai orang yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan banyak institusi, saya dapati ialah apa yang disumbangkan mesti melalui orang tengah.

"Maknanya kalau ingin beri, berikan kepada cawangan atau bahagian Umno, selepas itu baru turun kepada peringkat bawah. Itu adalah cara berlakunya ketirisan. Ada pula tauke yang ambil sedikit dan tidak sampai terus kepada rakyat.

"Jadi kalau betul-betul Perdana Menteri hendak buat, buat macam apa yang kerajaan negeri Selangor buat, terus kepada rakyat. Jangan ada ketirisan," katanya.

Antara Program MES lain adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Skim Pinjaman Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).



TVS News

Sistem Biometrik kan Mahal.. jadi komisyennya pun tinggi.. Dakwat Kekal?

Posted: 23 Jul 2011 10:56 PM PDT

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan mempertikaikan tindakan kerajaanyang bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.

"Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai." Katanya.

Jawapannya adalah mudah.. selain dari boleh dimanipulasi oleh mereka, perlaksanaan Sistem Biometrik memerlukan belanja yang tinggi untuk menyediakan system sokongan oleh itu komisyen yang diperolehi oleh mereka juga adalah tinggi.


Berbeza dengan penggunaan dakwat kekal yang murah dan mudah, kelihatan ketinggalan zaman tapi ruang untuk menipu dengan mengundi dua atau tiga kali adalah tiada.. kecuali potong jari..

Sedikit tentang dakwat kekal.. dakwat kekal ialah dakwat yang yang digunakan sebagai tanda pada jari setelah seseorang itu mengundi, ianya kekal dalam jangkamasa 24 jam.. aku terangkan pasal ada pencacai UMNO yang berkata.. sekarangkan kita dah guna dakwat kekal.. jadi mahu dakwat kekal yang macam mana lagi?

Buat pencacai yang bangang tu.. itu dakwat untuk menulis.. yang diminta ialah penggunaan dakwat sebagai tanda sudah mengundi..


IDEAS : Kenapa Hendak Membazir Kalau Boleh Guna Dakwat Kekal?

SHAH ALAM 24 JULAI : Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.

" Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal.

" Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan,"katanya kepada Tv Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13.

Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat.

"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik(menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih)walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata.

Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan.

"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi.

Hakikatnya menurut Wan Saiful, tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini.

" Saya rasa ada manfaat jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian,"tegas Wan Saiful.

" Tapi saya boleh faham sekiranya saya berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang saya hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Saya akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan,"katanya lagi.

Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya.

Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih.

Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat.


TVS News

SPR Tidak berwibawa - EU

Posted: 23 Jul 2011 10:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.


Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.

"Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.

Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

"(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.

Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.

Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.

"Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka," katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir.


The Malaysian Insider

Senyum Tangis Sendu

Posted: 24 Jul 2011 09:05 AM PDT

Senyum Tangis Sendu


Digilis Depan Mata

Posted: 23 Jul 2011 07:26 PM PDT

ALOR GAJAH - Seorang remaja tergamam apabila melihat sendiri bapa saudaranya digilis beberapa buah kenderaan sehingga hancur dalam kemalangan di Kilometer 207, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini malam kelmarin. 

ANGGOTA polis dan kakitangan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) mengangkat mayat Abd. Aziz di Kilometer 207, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Alor Gajah, Melaka malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, pemandu lori , Abd. Aziz Ramli, 46, mati di tempat kejadian setelah dilanggar sebuah kereta ketika menyeberangi lebuh raya berkenaan. Mayatnya yang tercampak ke seberang jalan kemudian digilis sehingga hancur oleh beberapa kenderaan lain yang tidak menyedari terdapat mayat di atas lebuh raya berkenaan.

Anak saudara mangsa, Muhammad Amirul Ridzuan Mohd. Sabri, 17, yang melihat sendiri kejadian berkenaan berkata, sebelum kejadian, lori yang dipandu bapa saudaranya itu dan dia yang menjadi kelindan kehabisan minyak ketika dalam perjalanan dari Subang ke Melaka. 

Menurutnya, disebabkan lori berkenaan kehabisan minyak, arwah terpaksa menumpang kereta ke stesen minyak berhampiran dan menumpang lagi kereta lain setelah membeli minyak.

"Ketika kemalangan berlaku, arwah sudah membeli minyak dan sedang menyeberangi jalan dari arah bertentangan untuk kembali ke lori. "Ketika tiba di laluan paling kanan, arwah dilanggar oleh sebuah kereta sehingga terputus dua dan tercampak ke seberang jalan sebelum digilis beberapa kereta lain hingga hancur," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka semalam. 

Muhammad Amirul Ridzuan berkata, dia yang melihat kejadian itu tergamam sebentar sebelum cuba menahan kereta untuk memohon pertolongan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

pemuda cheh

Posted: 24 Jul 2011 09:02 AM PDT

pemuda cheh


17 Kali menipu Allah SWT dalam sehari

Posted: 23 Jul 2011 07:54 PM PDT

http://www.albiladdaily.com/newsm/7327.jpg
Tatkala seseorang meminta segelas air  daripada orang lain, lalu orang itu memberinya, tetapi dia menolak pula, maka jenis apakah orang seperti ini ?

Dan dia meminta lagi air  kepada orang yang sama sampai berkali-kali, dan setiap kali orang itu memberikan air yang dimintanya, dia menolaknya lagi. Maka apakah boleh dia tersebut dikelaskan  sebagai orang gila, sombong, pendusta dan mempermain – mainkan?
Sah – sah gelaran ini akan diberikan kepadanya. Jutaan umat Islam di seluruh penjuru dunia melaksanakan solat, dan mereka semua membaca al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun solat yang tanpanya solat tidak akan sah.
Mereka membacanya tujuh belas kali dalam sehari semalam. ini tidak termasuk yang dibaca dalam solat – solat sunat rawatib, yang jika dihitung jumlahnya mencapai lebih dari itu. Ertinya, mereka berdoa sampai berkali-kali dalam setiap kali membaca: "Kepada-Mu kami menyembah, dan kepada-Mu kami meminta pertolongan. "(Al-Fatihah: 5).
Tetapi realiti berbicara lain. Lidah mengucapkan, "Hanya kepada-Mu kami beribadah." Yakni, hanya kepada-Mu Kami tunduk dan hanya kepada-Mu kami patuh, mengikuti, berserah diri, dan tunduk. Kami tidak takut, kecuali kepada-Mu, kami tidak berharap kecuali kepada- Mu ,kami tidak tunduk kepada hukum selain hukum-Mu, dan kami tidak takut kepada seorang pun melainkan hanya kepada-Mu
Tetapi, mereka tetap tunduk kepada manusia, bertepuk tangan buat mereka yang membuat sistem perundang undang – undang yang diambil dan selain sistem perundang Allah. Mereka takut ketika ada seseorang yang mengancam akan memutuskan sumber rezeki atau nyawanya. Mereka mengangkat tuhan-tuhan selain Allah. Mereka tunduk, patuh, dan takut kepada tuhan tuhan tersebut, melaksanakan perintahnya dan berserah diri kepadanya.
Hawa nafsu dan keinginan, isteri-isteri, harta, pakaian, pangkat, dan seluruh perhiasan duniawi, adalah tuhan-tuhan mereka selain Allah. Namun demikian, mereka tetap mengucapkan lebih dan tujuh belas kali dalam sehari semalam: "Hanya kepada-Mu kami menyembah."
Mereka juga mengucapkan, "Dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan." Ertinya: "Kami, wahai Rabb, jika terkena musibah, bencana, sangat memerlukan-Mu, kerana kami sangat lemah, kami tidak datang kepada seorang pun selain Engkau untuk meminta tolong dan membebaskan kami dari bencana itu."
Tetapi realiti berbicara lain. Jika ditimpa bencana atau kesulitan, mereka datang kepada sesama makhluk sebelum sang Khaliq. Mereka berkeyakinan bahawa makhluk tersebut memiliki kuasa untuk memberi manfaat atau mudharat, sementara mereka menganggap terlalu rendah untuk datang, berlindung, dan bersimpuh di hadapan Allah swt.
Selanjutnya, mereka mengucapkan, " Tunjukkanlah kami ke Jalan yang lurus. "(Al-Fatihah:6).
Iaitu jalan yang dilalui oleh para salafus soleh, para pengikut anbiya', sahabat, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia hingga hari kiamat kelak. Tetapi, mereka tetap terus berbuat maksiat, seperti riba, zina, memandang sesuatu yang diharamkan oleh Allah, berdusta, ghibah, namimah 'mengadu domba', menipu, dengki, mempertuhankan dunia, dan tidak berpegang teguh pada agama. Maka hidayah apa yang mereka kehendaki?
Apakah ini bererti bahawa jutaan umat Islam di seluruh penjuru dunia berdusta di hadapan Allah dan menipu-Nya 17 kali dalam sehari semalam.
Keadaan mereka itu tidak beza dengan "orang gila" yang meminta air kepada kawannya dan ketika air itu diberikan, dia malah menolaknya. Apakah itu merupakan kebiasaan yang mendarah daging sehingga memisahkan hubungan antara perkataan dan perbuatan?
Atau itu adalah kebiasaan berbohong yang menyelimuti kehidupan kita sehingga kita tidak dapat lagi membezakan antara berdusta kepada manusia dengan berdusta kepada Allah?
Atau hal itu semacam suatu zat yang menutup hati, semacam karat, yang membutakan mata hati manusia?
Atau itu merupakan kemaksiatan yang membutakan hati? Atau semuanya itu benar? Jika benar, maka ini adalah malapetaka besar yang menimpa umat ini.
Allah berfirman:
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan." (ash shaff : 9)

Al Ikram

Posted: 24 Jul 2011 09:02 AM PDT

Al Ikram


DEMOLITION EXPERT DIES

Posted: 23 Jul 2011 05:03 PM PDT

Cendawan MALAYA

Posted: 24 Jul 2011 07:33 AM PDT

Cendawan MALAYA


SIAPA SANGKA..?? SEGALA2NYA BERKEMUNGKINAN

Posted: 23 Jul 2011 09:23 PM PDT

Kita perlu berfikir diluar garis-garis kebiasaan. Kita perlu bersedia untuk menghadapi perkara-perkara diluar dugaan.


1. Siapa pernah meramalkan sebelum tahun 1987, bahawa Tengku Razaleigh akan disingkir oleh Mahathir dari Umno…sedangkan Tengku Razaleigh yang membawa Mahathir masuk Umno selepas Mahathir disingkir oleh Tengku Abdul Rahman.

2. Siapa sangka bahawa Anwar akan disingkir oleh Mahathir..sedangkan Anwar bersedia untuk mendakap Mahathir dan meninggalkan rakan-rakannya dalam PAS..malah menjadi musuh Pas. Dan pada tahun 1999, Anwar kembali mendakap Pas selepas disingkir oleh Mahathir.

3. Siapa sangka pada tahun 1999, Tengku Razaleigh yang bermusuhan dengan Mahathir kembali berdakap menentang Anwar yang sebelum itu berdakap dengan Mahathir menentang Tengku Razaleigh?

4. Siapa sangka..Mahathir kembali pada tahun 2008 dan menyerang Abdullah Badawi…Perdana Menteri yang dipilih olehnya sendiri.

5. Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Muhyiddin tahun depan?
6. Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Khairy Jamaludin tahun depan?
7. Apakah tidak mungkin Mahathir kembali menentang Najib tahun depan?

8. Apakah tidak mungkin Anwar akan dipenjarakan tahun depan?

"Siapa sangka, segala2nya berkemungkinan boleh berlaku....."

Maklumat seterusnya baca lagi dari blog ADUKA TARUNA.... di sini

Pendapat peribadi hamba.

Posted: 24 Jul 2011 07:25 AM PDT

Pendapat peribadi hamba.


BERIBU2 PENGUNDI HANTU INDIA DAPAT KP DI PUSAT DAMANSARA PETANG SEMALAM?

Posted: 23 Jul 2011 03:30 PM PDT