Isnin, 7 Mac 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


House PK

Posted: 07 Mar 2011 01:17 PM PST

House PK


KITE BAKOR! SAIFUDDIN ABDULLAH ADALAH TROJAN HORSE PKR DALAM UMNO!

Posted: 07 Mar 2011 02:59 AM PST

CILI KASI TARUK! UMB MELAKA AKAN DIBUBARKAN?

Posted: 06 Mar 2011 11:36 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 07 Mar 2011 01:12 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


Isu PANAS terkini..

Posted: 06 Mar 2011 06:42 PM PST

Artikal asal dalam blog sanggahtokjanggut.


Tamatkan kontrak Sidek sebagai KSN dan pecat Nor Yaacob..

THURSDAY, JUNE 17, 2010

KESILAPAN paling besar Perdana Menteri Najib lakukan adalah melanjutkan kontrak Sidek Hassan sebagai Ketua Setiausaha Negara.Beliau hari ini dilihat sebagai liabaliti yang cukup membebankan pentadbiran Perdana Menteri apabila pegawai-pegawai dan sebahagian besar kakitangan kerajaan mula mempersoalkan krebiliti dan intergriti beliau sebagai KSN.

Malah beliau yang mengisi kerusi KSN selepas Tan Sri Shamsudin Osman mula dipersoalkan sejauh mana iklhlas dan komitmennya untuk membantu PM Najib mengukuhkan kerajaan dan Barisan Nasional secara consensus dan menyambung semula kontrak beliau sebagai KSN sebaik sahaja PM Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia, semua pihak menganggap tindakan tersebut bukan sahaja tidak menguntungkan Najib malah tidak mampu membantu UMNO dan Barisan Nasional.

Kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang tidak senang dengan corak pentadbiran KSN ini mula memainkan peranan membocorkan banyak rahsia-rahsia kerajaan yang berkaitan dokumen-dokmen penting kerajaan kepada pembangkang dan tidak hairanlah pembangkang memperolehi data-data ataupun maklumat lengkap kerana inya dibekalkan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang berpaling tadah.

Tindakan KSN juga yang terlalu mencampuri pentadbiran Menteri-Menteri di semua kementerian juga dilihat sebagai satu campurtangan yang tidak sepatutnya berlaku malah beliau telah meletakkan kedudukan KSU di setiap kementerian kuasa mereka melebihi daripada Menteri yang dilantik untuk mengetuai kementerian berkenaan.Seperti yang pernah dituliskan sebelum ini, KSN menjadikan Menteri hanya selayak budak pencari fail.

KSN dilihat terlalu cenderung menyokong gerakan pembangkang dan maklumat rasmi kerajaan yang dibiarkan keluar terlalu mudah tanpa pengawasan hingga mampu dimiliki oleh pembangkang membuktikan bahawa tatakerja KSN tidak mampu mengawal kakitangannya yang secara terbuka menentang Barisan Nasional,kerajaan yang memerintah ketika ini. Dan penentangan kakitangan ini juga bertitik tolak daripada sikap KSN itu sendiri yang mentadbir mengikut acauannya semata-mata tanpa mahu mempeduikan orang lain.
Ianya bermula dari sikap serta tindak-tanduk Sidek yang banyak mempengaruhi kalangan kakitangan kerajaan dan mereka ini dpercayai adalah antara punca yang akan memusnah legasi kepimpinan BN selepas PRU13 nanti.

Kebencian mereka di atas keputusan Najib mengekalkan Sidek sebagai KSN menjadikan sebahagian besar daripada mereka ini berpaling tadah membenci kepimpinan Najib dan menjadi sumber maklumat kepada pihak pembangkang sekaligus merupakan kumpulan terbaru yang menentang kepimpinan daripada dalam.



Sebab itu kita tidak hairan bila beberapa dokumen-dokumen penting bocor di sana sini dan kerajaan pimpinan PM Najib diselar sebagai kerajaan yang tidak peka kepada kepentingan nasional dengan meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas pentadbiran Negara.Sementelahan pula Sidek Hassan juga berasal dari Pekan dan adakah keputusan mengekalkan ini kerana unsure-unsur kroni yang kononnya mahu dihapuskan oleh PM Najib.

Tidak cukup dengan KSN yang disifatkan sebagai Maharaja Baru dalam kepimpinan PM Najib, keputusan Perdana Menteri mengekalkan Nor Mohamed Yaacob sebagi Menteri juga menjadi kebencian yang amat sangat kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, mereka menyifatkan Nor Yaacob menyuburkan gejala rasuah dalam kementerian dan pembocoron maklumat tentang pembangunan Lapangan terbang Sungai Besi dan Pengkalan TUDM juga datang daripada pejabat beliau.

Dua Pegawainya telah ditangkap kerana disyaki menerima rasuah tetapi dalam masa yang sama, Nor Yaacob dilihat seperti melepaskan tangan enggang mengambil tanggungjawab bahawa keterlibatan mereka dalam gejala rasuah adalah berpunca daripada sikap keterbukaan beliau.Menteri Di Jabatan Perdana menteri ini bukan sahaja ti8dak berguna untuk rakyat di Pulau Pinang tetapi turut tidak berguna untuk seluruh rakyat Malaysia dan mengekalkan beliau dalam kabinet menjadikan beliau adalah sebahagian lagi pemimpin UMNO yang tidak terpuji sikapnya.

Selama ini BN mampu bertahan untuk memerintah Negara kerana mendapat sokongan padu daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan tetapi dengan sikap kerakusan kuasa Sidek Hassan yang digunakan kononnya sebagai menyahut arahan Perdana Menteri, sudah terlalu sukar untuk meredakan kebencian mereka terhadap KSN dan mangsa daripada kebencian itu adalah BN, kerajaan yang sedang memerintah Negara ini.

PM Najib harus berbuat sesuatu sekiranya beliau tidak mahu dicatatkan dalam sejarah sebagai Perdana Menteri BN yang terakhir dan sebagi punca kepada musnahnya empayar UMNO dan Barisan Nasional.Kontrak perlantikan KSN ini harus dikaji semula dan masih ramai lagi muka-muka baru yang menghargai,menyayangi serta menyanjungi kerajaan BN boleh diketengahkan daripada terus mengekalkan KSN ini yang kita sifatkan sebagai musang berbulu ayam.
Masa untuk bertindak masih belum terlewa

Kata Pakteh...!!

Posted: 07 Mar 2011 01:06 PM PST

Kata Pakteh...!!


Tahniah Tahniah Tahniah tapiiiii

Posted: 06 Mar 2011 07:11 PM PST

Tahniah kerana berjaya menyamakan kedudukan 8 berbalas 8
memandangkan kini cuma tinggal masa kecedaraan, jentera serangan perlu dipertingkatkan untuk memburu GOL. Pertahanan tak boleh alpa dengan jaringan gol yang merupakan gol penyamaan. Barisan tengah LAWAN kini kucar kacir kerana JENERAL selaku perancang utama mereka sudah kehilangan arah. Fikirannya kusut dan jiwanya tidak tenteram. Fokusnya bukan lagi untuk menjaringkan gol tetapi menyelamatkan diri...

Striker BN kini perlu pertajamkan sentuhan penyudah malah disaat ini, PENYERANG TULIN amat diperlukan. Pakteh yakin masa kecederaan sudah tinggal sikittt lagi dan akhirnya hanya masa tambahan yang diberikan pengadil. Lebih gawat, Golden goal akan diguna pakai untuk menentukan juara. BN tidak ada pilihan lain melainkan menjaringkan gol.

Pengurus pasukan sudah memberikan isyarat bahawa hanya kemenangan akan menentukan survival pasukan dalam liga yang semakin mencabar.

Ada tak penyerang hebat di SIK?...ada tak pemain tengah yang mampu mengkucar kacirkan pertahanan lawan di KEDAH?. Pakteh nampak ada kelibat pemain yang mampu menjaringkan gol sendiri....AWAS..

Corak bertahan sudah tidak boleh dipraktikkan terutama utk jangkamasa yang lama....taktikal perlu diubah segera...jika tak mampu...letak jawatan seperti Mustakeem di Perlis atau nak kami rakyat sergah suruh letak jawatan seperti Coach football Kedah?...

p/s: PRU13 mempunyai padang yang samarata...tidak ada alasan PADANG jika tertewas samada BN atau PAS atau PKR atau DAP atau KITA.

THE FLYING KICK

Posted: 07 Mar 2011 01:03 PM PST

DIMENSI

Posted: 07 Mar 2011 11:49 AM PST

DIMENSI


GEMPARRR!!: BOM Jangka bakal meledak?

Posted: 07 Mar 2011 07:55 AM PST

Belakangkan demokrasi umpama bom jangka - Ayahpinlah Nicky Ajizii

Beliau berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya 'dia mahu kerasi' sehingga pilihanraya sebenar sudah tidak wujud di Negara ini.



jaga2 rakyat malaysia..hasutan terhadap rakyat nak menjahanamkan negara sudah bermula. kata2 dari orang yang tak menerima takdir mahupun ketentuan qada dan qadar allah s.w.t bisa membuatkan seseorang itu hilang akal. Dengan ertikata sebenar "GILA ISEM"

Al-jubury: hang dah gila kaaa? hang sedaq tak hang buat apa naaa?
Ayahpinlah Nicky Ajizzi: alang2 kito doh kalah, kito g syurgo samo2 hak..hak..hak

Bila demokrasi telah di laksanakan, mereka jadikan alasan untuk memberontak di sebabkan tak dapat menerima kekalahan. Tapi bila mereka menang berturut2 di 2 bukit tak pulak membebel atau mengomel. Malah memuji demokrasi masih subur di negara ni.

Bermacam2 alasan mereka timbulkan kalau dah kalah. "biarkan mereka leka dengan kemenangan ni. PAS pasti akan bangkit pada pru13 nanti..bla..bla..bla. ahhh dah masak sangat dengan perangai parti sesat nih.

Tapi tengok ape yg penyokong tegar bagi alasan paling bodoh..

JASIN 6 Mac – Kemenangan dua calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau membuktikan sokongan rakyat terhadap Pas semakin terhakis.

"sepatutnya Muhyiddin BERTERIMA KASIH kepada kepimpinan PAS, bukan memaki PAS sebegini biadab. PAS sebenarnya MENGHADIAHKAN kekuatan semula UMNO, bukan sebab UMNO itu kuat semula atas usaha sendiri" - tulang ayam meluahkan rase tak puas hati dengan kenyataan tpm yang menyifatkan kemenangan 2-0 membuktikan rakyat telah mula menolak kepimpinan parti sesat.

Yang peliknye si tulang ayam ni kate tpm maki? ade ker ayat2 mencarut kat situ? ade ke ayat celako...celako...celako dalam perenggan tu?..bangang punye tulang!

Yang si ayahpinlah nicky ajizzi tak puas hati dengan demokrasi ape kehe? Apa 'kerasi' yang sebenarnya ayahpinlah nicky ajizzi nak lagi?...anuwar punye tak cukup keras lagi?

Pirahhhhh mabok! harkkk ptuihh!!

Rajahmas

Posted: 07 Mar 2011 11:30 AM PST

Rajahmas


Keputusan rasmi PRK Merlimau dan Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 04:37 PM PST

KEPUTUSAN RASMI DUN MERLIMAU

Roslan Ahmad (BN) - 5,962 undi

Yuhaizad Abdullah (PAS) - 2,319 undi

Majoriti - 3,643

Undi ditolak - 135



KEPUTUSAN RASMI DUN KERDAU

Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN) - 5,060 undi

Hassanuddin Salim - 2,336 undi

Majoriti - 2,724

Undi ditolak - 94


Di Merlimau, BN meraih peningkatan undi sebanyak 570 undi. Pada Pilihanraya Umum 2008, calon BN (Mohd Hidhir Abu Hassan) telah memperoleh undi sebanyak 2,154 mengatasi calon PAS (Jasme Tompang) 2,827.

Sementara di Kerdau pula, BN memperoleh kenaikan undi yang lebih tinggi berbanding 2008 iaitu sebanyak 1109 undi. Keputusan Pilihanraya Umum 2008, calon BN (Zaharuddin Abu Kassim) telah memperoleh 1,625 mengatasi calon PAS (Hassanudin Salim) dengan 2,520.

Di sini kita boleh membuat satu kesimpulan bahawa keyakinan rakyat terhadap BN semakin meningkat. Dakwaan PR khususnya PAS yang mengatakan kononnya BN semakin ditolak rakyat adalah tidak benar sama sekali. Ternyata PAS sekarang terhimpit dengan harapan palsu oleh penyokong-penyokongnya, malah mengalami kekalahan yang mengaibkan bukan sahaja kalah tetapi gagal meraih peningkatan undi dari kalangan orang melayu sendiri.

Syabas BN, dengan kemenangan sejak PRK Bagan Pinang ini maka terbuktilah kesungguhan kerajaan membawa kemajuan dan mengekalkan kemakmuran dihargai rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

PEJUANG BANGSA

Posted: 07 Mar 2011 11:28 AM PST

PEJUANG BANGSA


PAS kini tertekan sokongan Melayu merosot , DAP & Anwar jadi punca

Posted: 07 Mar 2011 09:17 AM PST



Isu agama yang dibangkitkan tidak diterima rakyat, hubungan dengan DAP yang mencurigakan, serta Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu liabiliti adalah antara faktor yang dinilai oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai punca kekalahan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau.

"Saya nampak PAS dalam keadaan tertekan sekarang ini terutama apabila isu agama yang dibangkitkan oleh mereka tidak diterima rakyat.

"Di samping itu hubungan mereka dengan DAP yang terlalu selesa, dipandang dengan rasa curiga di kalangan pengundi, terutama orang Melayu.

"Ini menunjukkan bahawa hubungan yang diperkatakan sebagai "Pakatan Rakyat" tidak merupakan satu bentuk kerjasama yang kukuh, kini rapuh sebenarnya," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai istiadat pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen yang ke-12 yang disempurnakan oleh SPB Yang Dipertuan Agong, Isnin.

Najib berkata, kerapuhan hubungan itu disebabkan percanggahan pendirian masing-masing yang menyebabkan orangramai tidak yakin dengan bentuk kerjasama itu.

Katanya kerjasama itu hanya bersifat luaran tetapi tidak berasaskan kepada pendirian hakiki yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat.

Pada sidang media itu Najib turut ditanya sama ada beliau bersetuju bahawa faktor Anwar Ibrahim adalah satu liabiliti kepada PAS.

"Saya dengar PAS pun tak berapa senang hati kalau dia (Anwar) turun waktu pilihanraya kecil. Malah ada juga pihak yang menghantar mesej supaya dia tidak datang semasa pilihanraya kecil.. Sesama dia nampaknya sudah tunjuk rasa tak yakin di antara satu dengan lain," kata Najib.

Terdahulu, Najib berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Kerdau dan Merlimau menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan semakin meningkat.

Najib berkata antara faktor utama kejayaan BN di Merlimau dan Kerdau ialah pemilihan calon yang boleh menang serta kerjasama sepasukan yang baik.

Ditanya samada kejayaan BN dalam beberapa PRK memberii gambaran yang baik untuk menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum

"Kejayaan hari ini mengukuhkan lagi apa yang kita telah lihat dalam trend kebelakangan ini yang mana sokongan kepada BN semakin meningkat dan kukuh. Di Kerdau pencapaian kita melebihi 2004 dan Merlimau melebihi 2008.

"Ini bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sebuah pilihanraya sahaja. Ia menunjukkan aliran atau trend yang semakin memihak kepada BN.

Kejayaan ini berdasarkan pelbagai faktor, tetapi jentera BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yasin dan dibantu oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Datuk Seri Adnan Yaakob,telah menjalankan peranan sebagai satu pasukan, termasuk parti komponen dan sayap UMNO yang telah memperlihatkan usaha yang lancar dan harmoni," katanya.

Menurut Najib, apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh parti pembangkang tak dapat diterima oleh rakyat kerana mereka yakin BN dapat memberikan harapan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik di samping mampu menyelesaikan masalah.

Najib juga mengakui merasakan angin perubahan di kalangan pengundi-pengundi bukan Melayu yang semakin memihak kepada BN.

"Ke mana kami pergi, kita lihat mereka lebih spontan menunjukkan kemesraan kepada BN dan saya berharap apa yang kita lihat selama ini dapat diperkukuhkan.

"Rakyat semakin yakin dengan halatuju BN dan semakin hari kita telah dapat membuktikan bahawa apa yang telah kita janjikan itu mampu kita laksanakan," tambah Najib.

"Bagi Sarawak, saya berharap sokongan berterusan. Tetapi pilihanraya negeri dan nasional, keadaannya tidak sama.

"Kita harus mengambilkira beberapa faktor tempatan. Ada tiga peringkat untuk menentukan situasi semasa pilihanraya, iaitu isu tempatan, negeri dan pusat," katanya.

Najib tertawa apabila diasak lagi mengenai tarikh Pilihanraya Umum, Beliau sekadar menjawab, alirannya (trend) menggalakkan. Agenda Daily

Saifudin Abdullah perlekehkan blogger pro BN tidak intelektual !

Posted: 07 Mar 2011 03:33 AM PST



Aku sudah lama dok  hantam YB Timb Menteri yang terkenal  dengan gelaran  " This is not my job "  di Termerloh  ini  sejak isu pecah pintu di UPM oleh Pro M ketika pilihanraya kampus  .  Dia membela budak2 anti kerajaan ini dan memperlekehkan staf universiti sebagai Mubarak Kecil .

Kali ini tindak tanduknya semakin kurang ajar nampaknya dengan menghina para blogger pro BN yang membantu jentera BN di PRK Kerdau dan Merlimau .  Lepas itu siap lagi cakap dekat blogger nak balun blogger !


"Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu Masa Je"


Aku tak boleh terima sama sekali rakan2 blogger seperti Papa Gomo dan lain2 yang berjuang di  Kerdau  untuk kuasa politik UMNO dihina oleh seorang Pak Menteri seperti Saifuddin . 

Apa hina sangat ka blogger sehingga digelarkan tidak intelektual ?? 

Pandai sangat ka hang tentang NEW POLITIC !  ....Apakah hang ini satu geng dengan Anwar Ibrahim yang dok pejuangkan politik baru ?? 

Apakah Saifuddin hanya iktiraf  golongan mahasiswa saja sebagai intelektual dah layak duduk semeja dengannya ? maklumlah blogger ini semua bukan ada degree macam mahasiswa Pro M ...


PB isytihar akan bersama GAP , PAPA GOMO untuk berpencak silat dengan YB Y ini !!!


LINK

 Saifudin Apa punya wakil rakyat ! 

Minda Saifuddin Abdullah jadi mangsa liwat Anwar 

Gambar menarik kejayaan menang besar BN di Kerdau & Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 05:19 PM PST

2 - 0 ..BN menang besar menumbangkan PAS di Kerdau & Merlimau



"Kemenangan di Merlimau dan Kerdau meneruskan momentum kejayaan di Galas, Batu Sapi dan Tenang, tetapi ia tidak menggambarkan senario politik menjelang pilihan raya umum nanti,"   
                                                                                                                                               

Calon BN Merlimau , Roslan Ahmad meraikan kejayaan bersama TPM & KM



ucapan tahniah kepada calon BN Ustaz Syed Ibrahim di atas 
kemenangan di Kerdau

Pure Shiite

Posted: 07 Mar 2011 11:16 AM PST

Pure Shiite


TBH RCI The "MACC 6" Telco Data...Time for Jolobu Bingai to look at Section 265 & 268

Posted: 07 Mar 2011 11:11 AM PST

IPOHMALAY

Posted: 07 Mar 2011 09:10 AM PST

IPOHMALAY


Hot! Media Indon Cari Gaduh Lagi!

Posted: 07 Mar 2011 03:23 AM PST

Senin, 07/03/2011 16:25 WIB
Penumpang Pesawat Pakistan yang Dipaksa Mendarat Didata


Jakarta - Pesawat milik maskapai Pakistan International Airlines (PIA) dipaksa mendarat di Bandara Sultan Hasanuddin, Makassar. Kini penumpang pesawat tersebut tengah didata oleh otoritas Lanud Hasanuddin.

"Penumpang pesawat 54 orang (sebelumnya ditulis 49) dan masih didata. Karena masih didata, kita belum tahu isinya warga negara mana," ujar Kapuspen TNI Laksma Iskandar Sitompul saat dihubungi detikcom, Senin (7/3/2011) pukul 16.10 WIB.

Apakah benar di dalam pesawat tersebut terdapat militer Malaysia? "Kami belum tahu, karena pendataan membutuhkan waktu. Yang jelas pesawat itu terbang di teritori kita tanpa izin," terang Iskandar.

Hal yang sama disampaikan Kadispen AU Marsma Bambang Samoedro. Pengecekan identitas penumpang masih dilakukan. Selama perizinan belum dipenuhi, pesawat masih akan ditahan di Lanud Hasanuddin.

"Pesawat tersebut dicegat dan dipaksa (mendarat) oleh 2 Sukhoi kita. Tidak ada perlawanan, karena itu kan pesawat komersil," ujar Bambang.


Teman tak kisahlah kalau orang Cina tak bersifat patriotik sebab orang Melayu sendiri tak kurangnya lemah dalam patriotisme. Diludah, dibakar bendera, dilempar tahi malah dicepuk studentnya di Indon, tapi masih nak juga ke Indon. Terbaru, media Indon buat hal lagi. Kisah sebentar tadi berlaku di mana pesawat Pakistan ditahan di Makasar, dalam perjalanan Dili - Kuala Lumpur kerana didakwa tiada izin melintas udara Indon. Soalan yang dimainkan ialah, apakah pesawat tersebut membawa pegawai tentera Malaysia? Mereka belum reda lagi kebiadaban dan ketaksuban mereka untuk menentang negara ini.

Akhirnya, disahkan bahawa semua penumpang adalah orang awam. Kunjungan beribu-ribu orang negara ini menghabiskan berpuluh-puluh ribu ringgit sehari di negara mereka tidak dianggap menguntungkan. Mereka yang bodoh, atau kita yang bongok? Anda fikirkan. Bagi teman, no more Indon. Penerbangan ke Jakarta 25 Mac, teman batalkan.

Bob Lokman Terus Berlawak Di Dalam PAS

Posted: 06 Mar 2011 11:14 PM PST

Ketika penganalisis akhbar NST menyebut punca orang Melayu semakin menyokong BN ialah kerana mereka melihat bahawa ketidakpastian masa depan anak-anak mereka menjadi lebih parah jika diletakkan di tangan PAS-DAP-PKR, beberapa hari sebelum itu, pelawak Bob Lokman menyebut dia menyetai PAS kerana bimbangkan masa depan anak-anaknya.

Teman jelas hendak menjadi penyampai kepada maksud hati Bob Lokman yang tidak pandai menjaga anak ini bahawa di bawah pimpinan Barisan Nasional sekalipun, mak bapak teman berjaya memberi penjelasan yang baik kepada anak-anaknya tentang betapa tidak baiknya untuk menumpukan kepada dunia hiburan.

Teman boleh cipta lagu juga, boleh tulis sajak, bait-bait kata indah, malah adik teman juga pada masa lapangnya selalu pergi jamming sekadar berhibur.

We are not make living with entertainment industry. Kami tidak dialu-alukan untuk hidup berkutipkan wang-wang dari dunia selebriti hiburan dan glamourous, seperti mana Bob Lokman kecapi untuk tempoh perpuluh-puluh tahun.

Bok Lokman pernah tertambat, terhanyut atau terperosok dalam arus seni yang dia sendiri pilih. Kerajaan memerintah tidak memaksa untuk dia menjadi orang yang hanyut tak bertebing selama ini. Itu kan dia yang sendiri pilih.

Begitu jugalah nasib dan masa depan anaknya. Bukan kerajaan yang perlu mengambil alih tugas ibu dan bapa membentuk masa depan. Tegar sungguh untuk Bob Lokman menyebut sesuatu yang menggambarkan bahawa dirinya sendiri pada suatu hari nanti akan sedar bahawa apa yang difikirnya betul hakikatnya akan sekadar memperlihatkan ketidakbetulannya di kemudian hari.

Ketika bapanya menyertai PAS, tidak mustahil anaknya akan menyertai DAP demi masa depan yang lebih baik, menurut lawak dari bapanya. Hahaha. Sebenarnya apa yang membuatkan Bob Lokman mengotorkan keinsafannya dengan menyertai politik ?

Seperti Melayu tipikal yang lain, ianya adalah disebabkan kekecewaannya kerana perkara-perkara tertentu. Jika dia merupakan seorang pejuang Islam yang ikhlas, bukan PAS yang menjadi lambang perjuangan. Lebih baik menjalankan dakwah bersama karkun.

Bob Lokman oh Bob Lokman. Another penyapu behind the door leaf.

Jangan Impikan Malaysia Yang Aman Sekiranya Akhbar Cina Masih Dibiarkan Wujud

Posted: 06 Mar 2011 08:46 PM PST

PANTAU AKHBAR PENGHASUT

SAYA pembaca setia Utusan Malaysia manakala ayah saya Sin Chew Daily. Ayah ialah Cina Muslim dan mak Melayu. Kadang-kadang saya selalu bertelingkah dengan ayah hanya disebabkan mempertahankan akhbar masing-masing. Walaupun kami berbeza pendapat tapi saya tidak pernah kata yang akhbar Sin Chew Daily pembohong dan menyiarkan berita tidak benar, tetapi tidak pada ayah.

Ayah selalu kata Utusan Malaysia adalah akhbar pembohong, akhbar UMNO, menyiarkan berita-berita yang hanya berpihak pada kerajaan padahal ayah tidak pernah membaca Utusan Malaysia.

Apa yang dia kata adalah menerusi pembacaan dalam akhbar Sin Chew Daily. Bagi dia, DAP dan Lim Guan Eng adalah terbaik. Pelik tak? Sebenarnya apakah yang disiarkan dalam akhbar Sin Chew Daily sehingga ayah boleh berfikiran demikian? Saya pun tak pernah membacanya sebab saya hanya boleh membaca bahasa Cina mudah dan bertutur sahaja. Dahulu ayah memang memihak pada kerajaan tetapi berubah hanya disebabkan akhbar Sin Chew Daily. Ini bermakna akhbar ini telah berjaya merubah pendirian ayah untuk tidak memihak kepada kerajaan. Itu ayah saya, bagaimana dengan orang lain? Saya risau masa depan Malaysia jika kerajaan tidak memantau akhbar-akhbar yang bersifat menghasut , berbau perkauman dan yang menyiarkan berita bersifat provokasi.

YANG INGIN MALAYSIA AMAN


Bagi teman, biar teman cepuk bapak miker dengan Sin Chew Daily nya, atau rebus surat khabor Cina penipu bapak miker tu, dan bagi dia minum sampai terbongkang.

Teman tak cakap bohong. Selagi negara ada akhbar Cina penipu, rakyat tak bakar akhbar penipu ini, dan orang macam bapak miker wujud lagi di tanahair ini, miker tak payah nak mimpikan Malaysia yang aman.

Perlu diingat, surat khabar Cina di Indonesia dan Filipina telah lama dihapuskan padahal orang Cina di negara tersebut lebih ramai dari di negara ini.

Sebab apa? sebab terbukti akhbar Cina adalah anti-nasional dan menyemai pepecahan. Mengapa inginkan Malaysia yang aman sekiranya agen pepecahan penipu ini terus dibiarkan?

Ini bukan hasutan UMNO. Ini adalah wadah kebangkitan mana-mana bangsa pribumi di dunia ini yang hilang sabar. Nasib akhbar Cina di Malaysia dijamin tidak lama.

Husni Jangan Terlalu Me'manjoi'kan Tambun

Posted: 06 Mar 2011 06:42 PM PST

Pusat Khidmat Bergerak BN bantu atasi masalah rakyat

IPOH 6 Mac - Barisan Nasional (BN) mewujudkan Pusat Khidmat Bergerak di Parlimen Tambun dalam usaha membantu rakyat di kawasan itu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, usaha itu akan membolehkan rakyat mengemukakan pelbagai masalah yang mereka hadapi untuk dibantu.

Selain itu, katanya, penubuhan pusat itu juga membolehkan masyarakat setempat menjalinkan hubungan silaturahim sesama mereka.

"Ramai yang hidup dalam penderitaan dan kesusahan terutama masyarakat di luar negara dan kita di negara ini bernasib baik kerana kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pusat Khidmat Bergerak BN Parlimen Tambun di Dewan Serbaguna Gugusan Manjoi.

Sebanyak 13 agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyertai program tersebut.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, kawasan Manjoi kini mengalami perubahan yang pesat dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti sekolah agama rakyat, perpustakaan desa, pejabat tanah, gelanggang rakyat, pasar baru dan surau.

Terdahulu, Ahmad Husni menyampaikan dermasiswa Yayasan Perak bernilai RM29,700 kepada 35 pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Setiap pelajar menerima antara RM300 dan RM1,000.

PAS Bakal Sebut Pengundi Merlimau & Kerdau Sebagai 'Bodoh'

Posted: 06 Mar 2011 04:27 PM PST

Kemenangan bergaya BN di Merlimau dan Kerdau bakal membuatkan PAS mengutuk dan mengeji para pengundi di DUN dua tersebut; satu tabiat biasa yang sinonim dengan orang Islam ala PAS - iaitu Islam ala Muamar Ghadafi - yang tidak menerima hakikat.

Ini biasa mereka lakukan dengan menuduh pengundi di Sarawak memakai cawat, dan pengundi di pendalaman Kelantan yang dimenangi BN adalah bodoh.

Sepatutnya, merekalah yang perlu menilai kebodohan diri mereka sendiri dan hentikan lawak-lawak jenaka yang tidak menjadi sesuatu yang diperlukan dalam politik. Oh lupa. PAS memerlukan lawak jenaka. Jika tidak, mereka tidak menjaja juri Raja Lawak musim lalu, Bob Lokman yang sudah puas bermaksiatan untuk mengadakan Lawak Tour.

KUALA LUMPUR 6 Mac – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu hari ini dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.

Di DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di DUN Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Air (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).

Bagi DUN Merlimau, majoriti yang diperoleh oleh calon BN meningkat kepada 3,643 undi berbanding Pilihan Raya Umum 2008 sebanyak 2,154 undi. Begitu juga di DUN Kerdau, majoriti undi BN bertambah daripada 1,615 undi pada tahun 2008 kepada 2,724 undi pada pilihan raya kecil kali ini.

Pandangan ustazSAID

Posted: 07 Mar 2011 09:09 AM PST

Pandangan ustazSAID


PBBS MEMACU PROSES TRANFORMASI

Posted: 06 Mar 2011 06:43 PM PST


BEAUFORT: Hampir seribu orang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati Persatuan Biasya Bersatu Sabah (PBBS) dari seluruh daerah di negeri ini akan menghadiri mesyuarat agung kali ke 20 yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac ini bertempat di Dewan Masyarakat Baru Beaufort.

Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Abd Sani (gambar) berkata dari jumlah tersebut sebanyak 514 orang perwakilan dari 257 buah cawangan akan menghantar pewakilannya ke mesyuarat agung kali ini dan selebihnya merupakan permerhati dari cawangan cawangan (PBBS)

Menurut Awang Anak Presiden (PBBS) yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ( gambar) dijangka akan melakukan upacara perasmian mesyuarat agung kali ini.

Tambahnya empat perkara akan di sentuh dalam ucapan dasar presiden kali ini yang menyentuh soal pendidikan, ekonomi,sosial dan agama

" Empat perkara yang akan disentuh dalam ucapan dasar persiden kali ini merupakan asas bagi menjayakan matlamat mentranformasikan (PBBS) dalam menyokong Gagasan 1 Malaysia bagi memacu anjakan paradigma masyarakat biaya menghadapi cabaran di alap baru khususnya dalam mengisi keperluan pembangunan sebagai sebuah negara maju menjelang 2020" katanya ketika ditemui di sini pagi kemarin.

Menurut Awang Anak ucapan dasar ini akan dibahaskan oleh para perwakilan yang hadir bagi mencari resolasi yang terbaik dalam menjayakan proses tranformasi tersebut dan ianya akan turut di gulung oleh Timbalan dan Naib-Naib Presiden diakhir persidangan.

Sehubungan dengan itu Awang Anak turut mengingatkan agar para perwakilan yang hadir ke mesyuarat agung kali ini memanafaatkanya sebagai wadah untuk bertukar tukar pandangan disamping mengemukan idea dan pandangan khususnya untuk memperkasakan lagi hala tuju perjuangan (PBBS) bagi menghadapi cabaran mendatang.

Dalam perkembangan lain Awang Anak juga meminta agar cawangan cawangan yang belum lagi menghantar senarai perwakilan,permerhati serta laporan mesyuarat agung di cawangan masing-masing agar dapat mengemukanya secepat mugkin kepada urussetia persidangan di ibu Pejabat (PBBS) bagi memudahkan pihak pengurusan menyediakan segala keperluan bagi mempestikan persidangan kali ini berjalan dengan baik dan teratur.

Sumber: mpbeaufort.blogspot

tunku

Posted: 07 Mar 2011 03:42 AM PST

tunku


BN must work extra hard from now on as things getting tougher.

Posted: 06 Mar 2011 08:10 AM PST

BN's Victory Is Like An Endorsement Of Government Policies

JASIN, March 6 (Bernama) -- The Barisan Nasional's (BN) impressive victory in the by-elections for the state constituencies of Merlimau, here and Kerdau, in Pahang is like an endorsement of the economic and social programmes initiated by the government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said that at the same time, the voters clearly rejected the PAS struggles through the orange book and Islamic country.
"This is an indication that the PAS struggles are not accepted by the Malays. This is not the first time because they had been defeated in Galas, Batu Sapi and today in Merlimau and Kerdau," he told reporters after attending the announcement on the victory of the BN candidate at the vote tallying centre for the Merlimau by-election at the Politeknik Merlimau, here Sunday night.
Muhyiddin, who is also the BN deputy chairman, said several issues that were highlighted could be explained to the voters, including issues on the economy, price hikes and education which were well received.
BN retained the Merlimau state seat when its candidate, Roslan Ahmad, defeated PAS candidate Yuhaizad Abdullah with a majority of 3,643 votes. Roslan received 5,962 votes while Yuhaizad had 2,319.
BN also retained the Kerdau state seat when its candidate, Syed Ibrahim Syed Ahmad beat PAS candidate Hassanuddin Salim with a 2,724-vote majority. Syed Ibrahim polled 5,060 votes while Hassanuddin had 2,336.
Muhyiddin said the BN victories tonight, which were most significant and encouraging, were also a manifestation of the feel good factor which repeated the momentum of the previous by-elections.
"This is a good momentum where the development and economic policies adopted by Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam in Melaka and Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob were accepted," he said.
Asked whether the victories would lead to the 13th general election, Muhyiddin said: "Although the win in the by-election was an excellent result, it does not reflect the national scenario in general."
"The general election will be faced when the party machineries work harder and are focused and there are no party problems at the divisional levels so that we can achieve an outcome that we can be proud of," he said.
Muhyiddin said the BN victories tonight reflected the support of the Malay community which was very good as well as that of the Indian community which was also very good.
"I thank the component parties MIC, PPP and Makkal Sakthi because of the percentage (of voter turnout) and support to the BN," he said.
He said the support of the Chinese community showed an increase too but not as good as the votes from the Malays and Indians.
"I hope that in future, the votes from the Chinese community will be bigger when they understand our policies," he said.
On the general election, he said only the Prime Minister knew better and it was all up to him.
Asked whether the victory was also based on the factor of the young candidate fielded by the BN, Muhyiddin said it was also a factor but what was obvious was that the candidate must have integrity besides being clean and a 'winnable' candidate.
Also present were Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, PPP president Datuk M.Kayveas and other BN leaders.

tunku : BN must not get carried away by these wins in by-elections as it does not reflects the exact scenario.though the supoorts are increasing for BN , they still need extra hard work to win the next GE. we believe BN is going in right direction now and we hope everyone in BN will work harder and as a solid unit they will be able to defeat pr and get back the 2/3 majority.the key word now is work harder as things getting tougher from now on.

BN WINS DOUBLE WITH BIGGER MAJORITY

Posted: 06 Mar 2011 04:44 AM PST

8.18pm: Kerdau

BN - 5,060

PAS - 2,336

Majority - 2,724

The EC declares that Umno's Syed Ibrahim Syed Ahmad the winner of the Kerdau by-election.



8.14pm: Merlimau

Official EC results

BN - 5,962
PAS - 2,339
Majority - 3,623

The EC announces that Umno's Roslan Ahmad is the new state representative for Merlimau. He will be sworn in at Malacca state assembly tomorrow.


tunku : THANK YOU VOTERS. you made wise choice.

anakbukitgantang says

Posted: 07 Mar 2011 03:26 AM PST

anakbukitgantang says


Rahsia Negara Tanggungjawab Bersama

Posted: 07 Mar 2011 03:17 AM PST

Rahsia negara tanggungjawab bersama


Oleh JENERAL TAN SRI DATUK SRI AZIZAN ARIFFIN - Panglima Angkatan Tentera Malaysia
Petikan dari Utusan Malaysia 7 Mac 2011



PERUBAHAN ke atas persekitaran strategik, perkembangan teknologi maklumat dan revolusi dalam hal ehwal ketenteraan telah mencorakkan wajah peperangan masa hadapan. Sejajar itu, rancangan pembangunan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah direncanakan secara capability-based yang menyaksikan proses memperkasakan ATM melibatkan perolehan peralatan dan persenjataan baru dibuat secara berperingkat.

Kesinambungannya, ATM sedang giat melaksanakan pelan peningkatan keupayaan angkatan yang merupakan dimensi keempatnya ataupun lebih dikenali sebagai Fourth Dimension Malaysian Armed Forces. ATM yakin usaha ini akan melonjakkan keupayaannya pada masa hadapan dari segi pelaksanaan operasi, cegah rintang yang kredibel serta kelebihan asimetri dan penggandaan kekuatan yang akan mengurangkan jurang keupayaan masa kini.

Sesungguhnya, hanya ketumbukan yang mantap akan dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa ATM benar-benar mampu melindungi kedaulatan dan kepentingan strategik negara. Keprihatinan berterusan kerajaan terhadap keperluan tersebut amat ATM hargai. Hasilnya, dapat dilihat pada hari ini di mana sistem pertahanan negara kini diperkuatkan lagi dengan kehadiran aset-aset kapital pertahanan yang moden dan berteknologi tinggi.

Tujuan pemodenan tersebut bukanlah untuk kita berlumba atau bermegah dengan mana-mana negara, tetapi semata-mata demi menentukan pembangunan ekonomi dan sosial yang stabil, keselamatan dan kedaulatan negara kekal di tahap yang tinggi serta membolehkan kita menyumbang terhadap keselamatan dan kestabilan serantau dengan efektif.

Dalam proses transformasi keupayaan ini, ATM akur akan keperluan untuk berbelanja secara berhemah. Langkah untuk mengubah rancangan perolehan peralatan berdasarkan ancaman (threat-based) kepada keupayaan (capability-based) merupakan satu langkah yang bertepatan. Pembangunan keupayaan secara capability-based mampu mempersiapkan ATM untuk menghadapi ancaman yang lebih meluas (multi spectrum) dengan kos yang lebih rendah.

Sungguhpun demikian, perolehan peralatan ketenteraan dewasa ini bukannya murah, malahan semakin hari semakin meningkat. Ini kerana nilai bagi setiap peralatan dan persenjataan bergantung kepada teknologi yang khusus untuk keperluan ATM serta menghadapi dinamisme perkembangan keselamatan serantau yang mempengaruhi keselamatan negara.

Pihak pengeluar persenjataan dan peralatan lazimnya akan membuat penyesuaian bagi memenuhi keperluan yang digariskan oleh ATM. Pakej sebegini semestinya mempunyai kos yang jauh berbeza dengan peralatan atau persenjataan yang dibeli secara off the shelf (mengikut spesifikasi pihak pengeluar). Kos tersebut belum mengambil kira aspek nilai tambah seperti kos penyelidikan dan pembangunan (R&D), perolehan teknologi, pemindahan teknologi, perkhidmatan sokongan dan sebagainya.

Secara jelas, adalah tidak wajar untuk membuat perbandingan bajet pertahanan sesebuah negara dengan negara-negara lain secara emotional equation tanpa memahami keperluan khusus sebenar negara tersebut, terutama sekali kepada negara-negara membangun. Sebagai pengguna dalam bidang pertahanan yang telah sekian lama mendokong keperluan pertahanan negara, ATM sentiasa mematuhi prosedur yang ketat serta melakukan pertimbangan dan kajian yang terperinci di antara kos dan keupayaan sebelum mengesyorkan setiap rancangan perolehan kepada kerajaan.

Keupayaan pertahanan negara adalah rahsia negara yang perlu dipertahankan oleh setiap lapisan warga Malaysia yang mempunyai akses terhadapnya. Rahsia keupayaan pertahanan negara boleh diibaratkan seperti rahsia keselamatan rumah kita. Melalui pandangan mata kasar, orang luar boleh mengetahui bahawa rumah kita berpagar dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lain.

Namun begitu, mereka tidak akan mengetahui ciri-ciri terperinci mengenai keselamatan dan hal ehwal dalaman rumah kita, jika tidak diberitahu. Apabila rahsia atau ciri-ciri terperinci ini diketahui umum, secara langsung aspek keselamatan dan rahsia dalam rumah kita akan dikompromi dan terdedah kepada pelbagai ancaman seperti jenayah, tohmahan dan fitnah.

Begitulah juga dengan kerahsiaan keupayaan ATM termasuk perolehan kelengkapan, sistem dan teknologi pertahanan tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ia akan menjejaskan kesiagaan pertahanan negara dan semangat juang pasukan keselamatan. Sehubungan itu, rancangan pemilikan aset strategik ATM yang merupakan maklumat berdarjah perlu dilindungi kerahsiaannya.

Pendedahan maklumat berhubung keupayaan dan rancangan aset-aset pertahanan negara sewenang-wenangnya, tanpa ada kesedaran tentang implikasi negatif terhadap kewibawaan ATM dan kemampuan pertahanan negara pada masa hadapan, tidak sepatutnya berlaku.

Umum perlu sedar bahawa sebarang kompromi mengenainya akan menjejaskan tahap kesiagaan dan keupayaan ATM dalam melindungi kedaulatan negara. Secara sedar atau tidak, tindakan tersebut juga jelas bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi Negara.

ATM, seperti mana-mana organisasi kerajaan yang lain, mengikuti proses perolehan yang ditetapkan kerajaan. ATM juga akur, sebagai stake-holder, rakyat perlu maklum akan perolehan aset-aset utama pertahanan negara. Namun, ciri-ciri terperinci sistem pertahanan tidak sepatutnya dihebahkan, kerana ia adalah rahsia dan strategi ketenteraan untuk ATM menghadapi musuh ketika krisis atau peperangan.

Pendedahan rahsia tersebut adalah umpama pucuk dicita ulam mendatang kepada musuh, ini kerana bukanlah mudah untuk mendapatkan rahsia negara seumpama ini. Tiada mana-mana negara secara sukarela mendedahkan rahsia ketenteraan mereka, melainkan melalui tindakan pengintipan, sabotaj atau pengkhianatan. Secara sedar atau tidak, usaha keterlaluan dalam mempolemik serta mendedahkan perolehan dan keupayaan ATM, umpama mencemuh dan memperlekehkan pasukan keselamatan.

Harus diingat bahawa pasukan keselamatan inilah yang selama ini telah menjamin kedaulatan dan keselamatan negara semasa era konfrontasi dan darurat. Pasukan keselamatan inilah juga yang akan sentiasa berjuang di masa hadapan demi memastikan negara kita kekal berdaulat dan rakyat hidup dengan aman sejahtera.

Keghairahan mempersenda dan mendedahkan keupayaan sistem pertahanan negara akan meletakkan pasukan keselamatan berada dalam kedudukan yang 'disadvantage', kerana segala rahsianya telah didedahkan. Natijahnya, tindakan mendedahkan rahsia negara seperti ini tersasar jauh daripada semangat patriotisme yang sejati.

PENULIS ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia

Apakah ini imej Islam?

Posted: 06 Mar 2011 05:03 PM PST





Islam adalah ugama yang aman

Penganut  ugama Islam memegang amanah Allah untuk beribadah kepada Allah. Seorang insan yang telah mencapai tahap makrifat akan takut untuk mengeluarkan kata kata yang  akan menyakiti hati diri orang disekelilingnya  apatah lagi lawan. Ingatlah dosa lidah itu yang akan mengheret kamu ke neraka.

Sayangnya amanah ini tidak diikuti oleh sebilangan peraih undi pada hari pengundian di Merlimau.

Video ini diambil dari blog blog 1peluru.blogspot.com

(INDONESIAN VERSION) PROF. ARYSIO SANTOS IN ATLANTIS - THE LOST CONTINEN...

Posted: 06 Mar 2011 06:18 AM PST

RIDHUAN TEE

Posted: 07 Mar 2011 03:25 AM PST

RIDHUAN TEE


Beza antara politik Melayu dan Cina

Posted: 06 Mar 2011 04:13 PM PST

Orang nombor dua PKR baru-baru ini begitu marahkan Pas kerana Pas dikatakan turut mengintai kawasan PKR dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau terus mengeluarkan kenyataan bahawa dalam Pakatan Rakyat, tiada lagi formula Pas akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, Dap di kawasan Majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. Sekarang, Pas dikatakan juga mahu kawasan bercampur.

Umum mengetahui, secara tradisinya, selama ini Pas bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kekalahan Pas dalam beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini, menjadikan PKR begitu bernafsu mengintai kawasan Pas. PKR merasakan mereka kuat. Sedangkan pada masa sama mereka tahu, kekuatan mereka bergantung kepada Pas.

Kini Pas mempertaruhkan dua kerusi di DUN Kerdau dan Merlimau, kawasan majoriti Melayu. Keputusannya telahpun diketahui. Pas boleh dikatakan 'kalah teruk'. Selepas ini, PKR akan berkata, mereka lebih layak bertanding di kawasan Pas, daripada Pas bertanding di kawasan PKR. Nampaknya, PKR begitu bernafsu besar untuk menambah kerusi bagi menguasai beberapa negeri lain dan impian mereka untuk menguasai Putrajaya. Mampukah mereka?

Tanpa menamakan kawasan terlibat, orang nombor dua PKR berkata, mahukan kerusi mereka lebih banyak daripada Pas, sama ada di kawasan majoriti Melayu mahupun bercampur. Saya yakin, isu pembahagian kerusi antara PKR dan Pas akan menjadi hangat menjelang PRU 13 akan datang. Tidak mustahil kedua-dua parti ini mengintai kerusi yang sama.

Sebagai parti yang lebih tua dan lebih tersusun daripada PKR, sudah tentu Pas memerlukan lebih kredit berbanding PKR. Tetapi PKR tidak berfikir sebegitu. PKR juga akan melihat pada kerusi-kerusi yang Pas dan Dap tewas, meskipun kedua-dua parti tertua itu mempunyai sokongan akar umbi di bahagian yang majoriti pengundinya ialah Melayu dan Cina.

Pandangan rakus pemimpin PKR telah menimbulkan kemarahan pimpinan Pas. Pas mengingatkan orang nombor dua PKR itu, supaya jangan cakap sesuka hati sebelum dibincangkan di peringkat tertinggi Pakatan Rakyat. Jawatan kanan yang dimenangi akhir tahun lalu, bukanlah petanda yang beliau bagus dan mendapat sokongan akar umbi.

Setiausaha Agung Pas berkata, PKR seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.

Pas mengingatkan pemimpin PKR tersebut bahawa beliau tidak layak bercakap dan mendakwa Pas mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.

Dalam mengulas isu ini, ternyata parti setahun jagung ini merasakan dirinya cukup kuat setelah mendapat kemenangan yang tidak disangka-sangka pada PRU 12 tahun 2008. Walaupun Selangor jatuh ke tangan mereka, itu bukan bermakna mereka kuat. Mereka tidak tahu bagaimana susah payahnya Pas berjuang hingga ke hari ini. Sepatutnya Pas tidak memberikan laluan kepada PKR di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tetapi ada dasar kesepakatan, Pas memberikan laluan untuk mereka bertanding.

Adalah tidak mustahil Pas turut mengintai kawasan bercampur memandangkan sokongan pengundi Melayunya mengalami kemerosotan. Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di Johor bulan lalu menyaksikan 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada Umno. Begitu juga kerusi di Hulu Selangor, Galas dan Manek Urai semasa diadakan pilihan raya kecil tahun lalu dan 2009.

Pas perlu berhati-hati dengan rakan sepakatannya. Keputusan di Merlimau dan Kerdau sudah membuktikan segalanya. Kekalahan ini akan dijadikan hujah utama bahawa Pas tidak mendapat sokongan politik dalam konteks sebenar atau mungkin tidak relevan. Isyarat ini akan memberi makna bahawa PKR lah sebenarnya parti altenatif kepada Pas.

Inilah rata-rata persepsi PKR sekarang. Mungkin benar, mungkin tidak. Jika benar, saya cadangkan Pas memberikan laluan kepada PKR, kita lihat sejauhmanakah kekuatan mereka? Saya yakin jika dibuat kajian secara jujur, bukan Islam (Dap) lebih selesa dan mempercayai PKR daripada Pas. Hujahnya mudah, PKR tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, berbanding Pas.

Maka, tidak hairan jika agenda Islam tidak menonjolkan di negeri yang perintah oleh Dap dan PKR. Bantuan kepada sekolah agama dan urus tadbir Umar Abdul Aziz hanya wayang untuk mencairkan orang Melayu. Cadangan Pas untuk mengharamkan judi loteri di Kelantan begitu ditentang hebat oleh Dap dari segala peringkat. Juga tidak ketinggalan parti bukan Islam yang lain.

Pas nampaknya tidak ada pilihan, terpaksa akur. PAS tidak boleh menang jika bersendirian. Umno tidak menjadi pilihan Pas. Pada Pas, Umno lebih bahaya daripada Dap. Selaku parti yang senior, sepatutnya PAS bertindak lebih matang dalam menangani politik Malaysia secara keseluruhan, terutama dua pilihan raya kecil ini. Pendekatan terlalu keras terhadap Umno tidak menguntung Islam, juga orang Melayu. Jika Pas bisikkan kepada Umno akan haramnya judi dan nombor ekor, sekurang-kurangnya Umno akan dengar, walaupun mungkin pengharamannya belum dapat dilaksanakan.

Benar, kita tidak diminta dilahir menjadi Melayu (Cina, India dan lain-lain), yang penting adalah Islam. Tetapi tidakkah kita sedar bahawa perlembagaan menetapkan Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Maknanya, dua-dua perlu diberikan perhatian kerana dua dalam satu (Islam). Lemah satu, lemahlah satu lagi, kerana Melayu dan Islam telah sinonim.

Lihatlah bagaimana orang bukan Melayu berpolitik. DUN Tenang telah terbukti, kini beralih ke Merlimau. Pada waktu getir inilah segala tuntutan dikemukakan oleh bukan Melayu demi kepentingan dan survival bangsa. Pada mereka kepentingan bangsa mesti diutamakan berbanding yang lain. Segala ruang dan peluang digunakan sepenuhnya. Tidak seperti kita, agenda bangsa dan agama entah ke mana.

Seperti yang dijangka, ketika penamaan calon DUN Merlimau, 106 NGO Cina di Melaka di bawah naungan Dong Lian (sepupu Dong Zong dan Dong Jiao Zong) mengemukakan empat tuntutan pilihan raya (suqiu). Sokongan undi Cina dikatakan bergantung sejauhmanakah tuntutan dapat dipenuhi?

Saya selaku orang Cina, amat mengharapkan masyarakat Cina dapat berfikir dan bertindak secara matang, jika mereka benar-benar inginkan masa depan negara yang lebih bermakna. Politik gertak dan ugut sebegini amat tidak sihat dalam masyarakat majmuk.

Trend pengundian Cina hari ini bukan lagi berasaskan parti dan calon tetapi sejauhmanakah tuntutan mereka dipenuhi, terutama di kawasan majoriti Melayu, yang mana undi mereka akan menjadi undi penentu kejayaan parti politik yang bertanding.

Sikap ini tidak menyerlah jika pertandingan berlaku di kawasan majoriti Cina, kerana pilihan mereka sudah jelas. Jika sikap ini diterjemahkan juga, maka akan lebih terserlah dan terbuktilah dapatan saya selama ini bahawa sikap ultra kiasu menguasai segalanya. Jangan bertindak seperti gergaji dua mata, kiri kanan mau makan.

Jelas di sini bahawa cara orang Melayu dan bukan Melayu berfikir dan berpolitik begitu berbeza. Hala tuju dan matlamat mereka amat jelas. Malangnya, kita masih kabur. Ada yang masih bertindak begitu fanatik calon dan fanatik kepartian.

Antara tuntutan Dong Lian di Merlimau adalah: pertama, layanan sama rata sekolah kebangsaan dan sekolah vernacular. Kedua, kerajaan mesti mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC). Ketiga, kerajaan mesti membantu lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina di Melaka dan akhirnya mengembalikan status warganegara kepada pejuang kebangsaan Cina, mendiang Lim Lian Geok yang ditarik balik pada tahun 1961.

Isu sekolah vernacular dan UEC tidak perlu saya terangkan lagi kerana ramai sudah mengetahuinya melalui penulisan saya sebelum ini. Namun, saya yakin tidak ramai kalangan kita yang mengenali mendiang Lian Geok. Kenapa nama beliau begitu penting dan sentiasa berkumandang? Elok juga kita lihat untuk dijadikan teladan.

Lian Geok yang meninggal pada tahun 1985, dianggap pejuang yang amat berjasa kepada kaum Cina, terutama ketika memimpin Dong Jiao Zong. Setiap tahun ada saja sambutan mengingati perjuangan dan jasa beliau tanpa berkecuali. Beliau adalah ikon. Perjuangan mempertahankan kewujudan sekolah vernakular adalah satu jihad dan hidup matinya.

Bila membaca belangsukawanya, saya pun rasa 'kagum' dalam konteks kenapa umat Islam tidak mempunyai 'pemikiran' seperti beliau. Semangat dan perjuangan memartabatkan pendidikan Cina tidak pernah luntur. Lian Geok meletakkan agenda bahasa dan bangsa di tempat pertama, sehingga terpaksa melupakan kemewahan hidup. Berbanding kita hari ini, agenda memperkasakan bangsa dan bahasa kebangsaan masih tunggang langgang.

Kata-kata keramat Lian Geok yang terus menjadi pegangan orang Cina adalah: "orang Cina mesti menghantar anak mereka ke sekolah Cina. Sekolah Cina adalah ibarat nyawa dan roh. Jika orang Cina mahu memastikan mereka tetap Cina, tidak ada cara lain melainkan bersekolah Cina. Ini amat penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal usul atau akar Cina".

Patrioat yang sebenar pada Lian Geok bukanlah setakat mengibarkan bendera ketika merdeka, tetapi mereka yang berkorban untuk kebenaran, keadilan dan persamaan. Pada Lian Geok, beliau adalah seorang patrioat. Perjuangan beliau menjadi sumber inspirasi kepada majoriti persatuan Cina hari ini. Sama ada wajar atau tidak, kita fikirlah sendiri.

Maka tidak hairanlah Presiden MCA baru-baru ini menggunakan psikologi berbalik dengan mencabar kerajaan yang dipimpin Pakatan Rakyat supaya mengambil lulusan UEC sebagai pegawai atau kakitangan kerajaan pimpinan mereka, daripada terus mendesak Umno supaya menambah sekolah dan mengiktiraf sekolah vernakular terbabit. Jika Pakatan Rakyat menyahut cabaran ini, ia akan menjadi precedent.

Namun, Pakatan Rakyat tidak mampu melakukannya kerana tertakluk kepada undang-undang kerajaan pusat. Terbaharu, Dap pula memulangkan paku buah kerasnya dengan meminta MCA dan Gerakan supaya mendesak kerajaan pusat (UMNO) mengiktiraf dan mengambil lulusan UEC di sektor awam. Kita tunggu tindakan mereka selanjutnya.

Insiden yang sama berlaku seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sin Chew, di SJKC Hau Lim, Muar, Johor. Persatuan Cina mendesak supaya guru bahasa Melayu yang tidak menguasai bahasa Mandarin supaya ditukarkan serta merta. Mereka mahukan guru yang mengajar bahasa Melayu mesti menguasai bahasa Mandarin pada masa sama.

Guru Bahasa Melayu di sana dikatakan terpaksa meminta bantuan murid Cina untuk menterjemahkan subjek bahasa Melayu yang diajar ke dalam bahasa Mandarin. Persoalan saya, apa sebenarnya yang diajar dan dipertuturkan oleh ibubapa ketika berada di rumah? Mereka telah tahu, anak mereka tidak boleh berbahasa Melayu, tidak adakah inisiatif dibuat untuk memandaikan mereka dalam bahasa Melayu? Apa kewajipan kita sebenarnya sebagai warganegara terhadap bahasa kebangsaan yang jelas termaktub dalam perlembagaan?

Satu lagi kebimbangan Dong Jiao Zong adalah ada kalangan segelintir ibu bapa dan pelajar Cina mulai menentang tindakan mewajibkan mereka mengambil subjek bahasa Mandarin di peringkat SPM seperti yang berlaku di salah sebuah sekolah di Selangor. Jika dibiarkan, masa depan bahasa mandarin dan SJKC akan tergugat. Saya amat pelik, mereka tidak pernah bimbang anak mereka gagal bahasa Melayu, tetapi mereka amat bimbang jika anak mereka tidak mengambil subjek bahasa Mandarin. Kemudian mendesak supaya kerajaan mengiktiraf UEC. Adakah tindakan ini wajar? Fikirkanlah secara waras wahai bangsaku.

Pada saya suara generasi baru Cina ini perlu didengar. Masyarakat yang terlalu cauvanis tidak akan membawa kita ke mana-mana.

ADI JAGAT PUTRA

Posted: 07 Mar 2011 03:07 AM PST

ADI JAGAT PUTRA


TAHNIAH ATAS KEMENANGAN BN DI MERLIMAU DAN KERDAU

Posted: 06 Mar 2011 03:13 PM PST

TAHNIAH KEPADA Y.B ROSLAN AHMAD ( MERLIMAU ) DAN Y.B SYED IBARAHIM ( KERDAU )ATAS KEMENANGAN SAUDARA PADA PILIHANRAYA KECIL KALI INI.SEMOGA SAUDARA DAPAT MENJALANKAN TUGAS UNTUK MEMBANTU RAKYAT DENGAN BAIK.

TAHNIAH JUGA KEPADA SEMUA PENGUNDI DI N27 MERLIMAU DAN N28 KERDAU KERANA DENGAN BIJAK DAN YAKIN UNTUK MENGUNDI BARISAN NASIONAL DAN MEMBERIKAN KEMENANGAN YANG BESAR PADA PRK KALI INI.INI KERANA MEREKA SEMUA YAKIN HANYA BARISAN NASIONAL SAHAJA LAH YANG DAPAT MEMBELA NASIB MEREKA.INI MEMBUKTIKAN BAHAWA PAS TIDAK DITERIMA DAN DITOLAK OLEH PENGUNDI-PENGUNDI DI KEDUA - DUA DEWAN UNDANGAN NEGERI INI.INI BOLEH KITA LIHAT DENGAN PERTAMBAHAN MAJORITI PADA KEDUA-DUA DUN.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS PADA KEDUA-DUA YANG BERHORMAT

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 07 Mar 2011 03:05 AM PST

AL-Kesah AloQStaQ


UMNO KEDAH & 4 NEGERI UTARA ... Dah Dapat Momentum Ka Belom ??

Posted: 06 Mar 2011 05:00 PM PST

AloQStaQBlog mengucapkan jutaan Tahniah kepada seluruh pengundi di dua DUN bertanding Piliharaya Kecil N27Merlimau dan N28Kerdau di atas keputusan & pemilihan bijak anda memilih wakil rakyat bagi kawasan tersebut. TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! Pilihan anda memang tepat !...

Juga sekalung tahniah kepada seluruh warga kerja dan tenaga jentera parti BN yang selama tempoh berkempen telah menjalankan tugas kempen memenangkan calon BN, dan akhir sekali TAHNIAH kepada kedua-dua wakil rakyat baharu yang diisytiharkan oleh SPR malam tadi.

Jalankanlah amanah yang dibebani di atas bahu kalian dengan sempurna. Itu bukan jawatan untuk didabik dada, itu adalah ujian Allah untuk kamu laksanakan dan bertanggungjawab ke atasnya.

OK, dah menang besor, kita seronok, jangan sampai lupo diri ... puak sana yang kalah tu sekarang dah kembali sedaq dan depa ada masa untuk berjuang menentang semula kita di PRU13 yang bakal menjelang tak berapa bulan lagi ! Puak BN nak seronok seketika boleh saja, tapi jangan terus leka dengan kemenangan sejak akhir-akhir ni. Cukuplah sekadar seronok dalam dua-tiga hari, cukuplah.

Banyak lagi kerja kita untuk kita laksanakan. PRU13 semakin hampir, sudahkah kita bersedia?

Lupa pulak aku, aku nak ucap sekalung tahniah juga kepada barisan kepimpinan yang turun berkempen di Kerdau & Merlimau sejak dua minggu lepas. Khasnya kepada PM dan TPM. Jasa kalian amatlah disanjung tinggi. Selain PM & TPM , ramai pemimpin luar yang turut membantu khususnya pemimpin-pemimpin negeri utara yang sanggup turun meredah hujan, gerimis, belukar, denai, semak dan lopak-lopak di serata kampung di Kerdau & Merlimau sana.

Nampaknya ukuran sikap pengundi dan cuaca politik Malaysia sudah boleh di baca kali ini (walaupun ianya tidak menjadi bacaan rasmi) bagi BN untuk menentukan tarikh tepat untuk PRU13.

Ianya sedikit sebanyak membantu BN membuat review semula simulasi pilihanraya demi menentukan survival BN di PRU13 kelak. Tak perlu BN gunakan ukuran DUN Tenang, DUN Kerdau & DUN Merlimau secara total, tapi ketiga-tiga DUN ini menunjukkan rakyat kembali secara perlahan-lahan kepada BN semula, khususnya kaum Cina & India serta pengundi-pengundi baharu yang mengundi di saluran 3 & 4.

Secara kasarnya, Dato' Sri Najib dan Tan Sri Muhyiddin sekarang dah mula mendapat MOMENTUM mereka di negeri-negeri sebelah Selatan Tanahair. Walaupun sekadar beberapa tempat sahaja yang ditaqdirkan ada PRK sepanjang penggal ini, ianya menunjukkan sedikit peningkatan sokongan telah kembali kepangkuan Dato' Sri Najib & Tan Sri Muhyiddin.

Cuma yang AloQStaQBlog bimbangkan kini adalah : MACAMANA PULAK DENGAN MOMENTUM POLITIK DI NEGERI-NEGERI UTARA (KHASNYA) KEDAH ? ... PENANG ? ... PERAK ? ... dan tak lupa PERLIS ? ... 

Siapa yang berani memberi jaminan bahawa rakyat di negeri-negeri tersebut kini juga sudah berubah sikap kembalikan sokongan kepada Dato' Sri Najib dan BN ? ... Ada berani ?

Bagi aku, keempat-empat negeri Utara tersebut belum sedia diuji oleh Allah mengenai sikap pengundi terhadap BN pasca PRU12 dahulu ... Sementelah pulak sikap orang-orang Utara khasnya orang Kedah ni, agak pelik sikit. Depa ni susah untuk diukur tahap sokongan secara luaran. Kadang-kadang, dalam satu majlis keramaian, ada orang UMNO dan PAS boleh duduk sekali macam adik-beradik dan bersaudara rapat. Tapi, dalam masa yang sama juga, ada yang tak boleh duduk sekali kerana berbeza fahaman politik. Ada masjid yang imam/khatibnya PAS, tetapi bila berkhutbah tidak mengaitkan politik, tetapi ada juga sebaliknya. Pelik sungguh sikap orang Kedah ni,kan? ...

Jadi, tumpuan kepimpinan UMNO Pusat perlu dilebihkan kepada negeri-negeri Utara tanahair pada masa kini.tidak pasti bila akan diisytiharkan oleh PM & SPR tapi pastinya DAH DEKAT SANGAT!.

Walaupun begitu punya dekat PRU13 dengan kita, UMNO Kedah (dan negeri-negeri Utara) masih belum dapat menjamin tahap ukuran sokongan rakyatnya sama ada sudah kembali menyokong UMNO / BN sehinggakan boleh menang dengan selesa? kelabu asap? atau masih hitam gelap?

Apakah pengundi-pengundi di Kedah masih berada di tahap sokongan 50-50 ? yang masih belum pasti nak memilih yang mana satu, BN atau Pakatan Rakyat ...

Wallohua'lam bissawabbb ...
Sapa pun tak berani nak jawabbbb...

Kerana apa tak berani nak jawab ? ... 

Adakah kerana orang Utara khususnya orang Kedah, agak sukar untuk dibaca sikapnya?

Atau Gerak kerja UMNO Kedah masih lemah dan tidak cukup 'Ummmpphh!' untuk rakyat kembali menyokongnya?

Atau Jentera UMNO/BN sudah merasa Syok Sendiri dan leka dengan mengandaikan bahawa rakyat telah kembali menyokong UMNO/BN selepas melihat situasi di KERDAU & MERLIMAU ?

ADAKAH UMNO KEDAH TELAH MEMPEROLEHI MOMENTUMNYA UNTUK BERTARUNG DI PRU13 ? ...

Ada sapa-sapa yang berani menjawab persoalan ini ? ...
Tulus Ikhlas :
AloQStaQ
07 March 2011
9:00 Pagi

PAPA GOMO

Posted: 07 Mar 2011 01:35 AM PST

PAPA GOMO


Blogger GAP Kaki Bodek?, Flying Kick Sudah Terajang, Dato Y Timbalan Menteri Nak Balun Blogger

Posted: 06 Mar 2011 10:10 PM PST




Blogger Gerakan Anti PKR Bodek Dato Ahmad Maslan dan Dato Hamidah Osman? Emmm betul ke GAP bodek mereka berdua ni? KLIK DI SINI

Gomo pun sama dan senada dengan GAP, memang terbukti bahawasanya Tok Mat dan Kak Midah yang di dalam Jawatan Penerangan UMNO ini banyak membantu apabila tiba setiap kali PRK yang ada.

Yang mana turun PRK pasti tahu apa peranan mereka berdua ini yang berani dan tahu sudut mana untuk serangan dan menagkis serangan. Bukan kata Gomo pun nak Bodek sama seperti GAP tapi ini lah realitinya.

Syabas kepada Tok Mat dan kak Midah kerana banyak membantu para Blogger selama PRK ini. Jasa mu di kenang.....

Berlainan pula dengan Unit Media Baru UMNO (UMB) di bawah EXCO Pemuda Umno Malaysia Tun Faizal. Blogger The Flying Kick ada menulis mengenai hal ini KLIK DI SINI.

Gomo tak bersetuju dengan sepenuhnya apa yang di katakan oleh Blogger The Flying Kick namun memang ada part part tertentu yang berlaku. Siapa turun PRK maka tahulah mereka macam mana Nasib Blogger ni. Asyik Chair Meeting je tapi apa pun takda...Hampeh

Emmm Pemimpin pemimpin lain??? Memang ada membantu para Blogger ni, tak di nafikan hal ni dan tak perlulah nak sebut nama nama mereka. Tapi ada juga Seorang Timbalan Menteri Dato Y yang bangsat bila menyatakan di hadapan Gomo dan 3 orang Blogger lain tempoh hari sewaktu di Kerdau:


"Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu Masa Je"

Emmm tu lah kata kata Timbalan menteri Dato Y, siapa dia?Nanti kita sambung lain hari, he he he... Cuma Gomo pun nak ingatkan Dato Y tu. Kalau nak Balun Blogger cuba lah. Dan harap jangan tangguh bila nak balun Blogger ni. Tak kira lah U ni Timbalan Menteri ke Menteri ke tapi Toksah lah nak Ugut mengugut bebudak Blogger.

Apa sekalipun Gomo, dan rakan rakan Blogger yang lain tetap meneruskan perjuangan memastikan Kemenangan BN pada PRU 13 ini. Kita bukan bermusuh dengan Barisan Nasional tapi kita berperang dengan watak watak Angkuh dan Bingai yang ada dalam UMNO Barisan Nasional.



Blogger Nyamuk @ Jalanan akan terus Menyerang Pakatan Pembangkang!!!

Psssttt..Kita bukan mengejar pangkat, kita nak berjuang demi UMNO dan Barisan Nasional

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

SODOMY 18 SX - Gambar Ini FITNAH Besar Terhadap Anwar Ibrahim

Posted: 06 Mar 2011 06:05 PM PST



Kecoh pasal Nuar Berahim yang gambar nya telah pun di rakam CCTV dan telah pun di edarkan waktu ini. Emmm benarkah gambar tersebut merupakan Gambar Anwar Ibrahim?

Serius Gomo nak nayatakan di sini bahawa Gambar di atas ini adalah gambar yang bukan di rakam sewaktu Anwar Ibrahim di Kondo tempat kejadian Liwat Berlaku. Mana mungkin Gambar ini tersebar sedangkan Anwar Brahim tidak ke Kondo waktu kejadian liwat berlaku.


Gomo nak ingatkan kepada kita semua bahawa pada Tarikh Kejadian Anwar Ibrahim sedang bermesyuarat dan ianya telah pun di sahkan oleh Kak Wan isteri kepada Anwar Ibrahim.




Gomo pinta kepada pihak Peguambela Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh untuk menyangkal Gambar di atas ini merupakan Gambar Anwar yang di rakam oleh CCTV di Kondo tersebut. Pihak Peguambela Anwar Ibrahim mesti menjelaskan kepada rakyat akan hal yang sebenar.

Gomo mencadangkan agar Rakaman Penuh CCTV di Kondo tempat kejadian Liwat Berlaku di benarkan oleh Pihak Mahkamah untuk di pertontonkan kepada Rakyat Malaysia. Pihak Peguambela Anwar Ibrahim mesti membersihkan nama Anwar Ibrahim dalam hal ini.


DEDAHKAN VIDEO RAKAMAN CCTV KEPADA RAKYAT MALAYSIA!!!


Psssttt....Amacam??? Setuju tak kawan Kawan??? He he he


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sekurang Kurangnya Hargai lah Blogger Nyamuk Seperti Kami Wahai Pemimpin BN

Posted: 06 Mar 2011 07:53 AM PST




Gomo takde lah nak ulas panjang malam ni dalam meraikan kemenangan BN di PRK Merlimau dan Kerdau. Namun Gomo nak ambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada angkatan Blogger nyamuk yang berjuang sepanjang tempoh PRK ini.

Tak kira lah sama ada blogger nyamuk yang hadir menjalankan misi di Merlimau, Kerdau ataupun di mana sahaja anda semua adalah yang terbaik.

Namun Gomo sebenarnya agak terkilan dan kecewa apabila kita para blogger nyamuk ini kadang kala di pandang sepi oleh BN. Bukan semua yang tak menghargai blogger nyamuk, ada mereka yang prihatin dan peka kepada kita blogger nyamuk ni.

Gomo sebenarnya agak terkilan kerana ada pemimpin yang merasakan blogger blogger nyamuk ini tidak membantu kepada kemenangan BN. Malah ada di antara mereka merasakan blogger nyamuk ini merupakan beban kepada BN kerana berkemungkinan membocorkan maklumat.

Kita blogger nyamuk bukanlah Parasit yang menjadi pengkhianat kepada parti keramat UMNO. Kita berjuang kerana kesedaran kita sendiri dan bukan arahan dari mana mana pihak. Kita lakukan semua ini kerana sayang dan kasih kepada kerajaan, sayang pada Islam, sayang pada bangsa dan negara.

Kita bukannya pandai nak mintak projek sana sini, apa yang kita inginkan adalah penghargaan dalam bersama sama berjuang memastikan kemenangan BN pada PRU13 ini.

Gomo tidak ingin menceritakan sepenuhnya hal ini namun sekadar nak ingatkan kepada mereka yang mempunyai pengaruh dan jawatan dalam bidang tertentu agar sekali sekala pandanglah kami.

Semoga angkatan Blogger Jalanan @ Nyamuk yang ada hari ini akan terus berjuang memastikan kemenangan BN pada PRU Sarawak dan PRU 13 ini. Sesungguhnya perjuangan kita ikhlas dan bukan nak melobi jawatan dalam parti mahupun kerajaan.


Perjuangan Belum Selesai.
Published with Blogger-droid v1.6.7

LIVE PRK KERDAU & MERLIMAU - Keputusan Terkini N27 & N28

Posted: 06 Mar 2011 03:35 AM PST




Keptusan Tak Rasmi setelah selesai pengiraan undi di PRK Kerdau & Merlimau

N28 Kerdau
BN 5060
PAS 2336
MAJORITY 2724


N27 Merlimau
BN 5917
PAS 2317
MAJORITY 3600

Selamat Jalan Pakatan Haram
Published with Blogger-droid v1.6.7

LIVE PRK KERDAU BN MENANG BESAR MAJORITY 2724

Posted: 06 Mar 2011 03:04 AM PST



BN 5060
PAS 2336
Majority 2724

syukur atas kemenangan bermakna Barisan Nasional ini. Tahniah kepada calon, jentera BN dan juga para pejuang cyber.

Merlimau juga kita menang Besar. Syukur!!!

Published with Blogger-droid v1.6.7

LIVE PRK KERDAU Keputusan Pilihanraya N28 With Papa Gomo

Posted: 06 Mar 2011 02:56 AM PST




BN 5060
PAS 2336
Majority 2724


***Keputusan Tak Rasmi
Published with Blogger-droid v1.6.7

PANEH MIANG

Posted: 07 Mar 2011 01:28 AM PST

PANEH MIANG


memPASkan UMNO

Posted: 06 Mar 2011 08:22 PM PST

1. Pertamanya kami nak ucap tahniah kepada jentera BN kerana menang dengan majoriti lebih besar di PRK DUN Kerdau [5,060 (majoriti 2,724) undi] dan DUN Merlimau [5,962 (majoriti 3,643) undi] berbanding keputusan PRU-12. Majoriti rakyat di kedua kawasan telah meletakkan harapan dengan memberi amanah untuk YB BN meneruskan khidmat.

2. Keduanya kami juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada team blogger mesra kerajaan yang tidak henti-henti berkempen dan membuat liputan PRK Kerdau dan Merlimau. Tiada siapa yang boleh menafikan pengaruh kumpulan blogger pro kerajaan yang sangat besar tanpa perlu dibiayai atau ditaja. Merekalah sebenarnya NADI BN hari ini. Harapnya ada MKT UMNO dan BN yang maklum dan menghargai segala pengorbanan pasukan blogger ini.

3. Seterusnya kami nak ucap takziah kepada parti (bukan agama) Pas yang dah selalu sangat kalah. Strategi menjual syurga, neraka, hudud dan negara Islam untuk meraih undi tidak lagi laku di zaman ini.

4. Tentera Islam zaman Rasulullah saw dan para sahabat dulu pun lebih banyak menang perang berbanding kalah, jadi mustahillah Pas tak sedar-sedar lagi.

5. Dah 56 tahun berlalu sejak kali pertama Pas bertanding dalam pilihanraya 1955. Cukup-cukuplah tu. Marilah bersatu padu dalam UMNO. Jika UMNO buat silap, maka tegurlah saja dalam parti itu. Umpama Imam terkhilaf dalam solat berjemaah, hanya makmum yang layak menegur kerana makmum saja yang dibenarkan menjadi pengganti Imam. Tak boleh doh orang dalam tandas di luar musalla pulak yang jerit "Subhanallah" bagi membetulkan Imam yang terkhilaf dalam solat jemaah.

6. Ikut logiknya, jika parti Pas dibubarkan dan semua bekas ahlinya menyertai UMNO, maka tidak mustahil kepimpinan UMNO suatu hari nanti mampu diPASkan. Jika semua ahli Pas yang menyertai UMNO mahu mengangkat Nik Aziz sebagai Presiden UMNO pun boleh. Ketika itu nak ubah Perlembagaan UMNO ikut kehendak Pas pun tiada siapa yang mampu menghalang.

7. Dan seandainya 'mimpi' perpaduan itu benar-benar berlaku, pastinya umat Melayu di negara ini semakin digeruni sang harbi.

8. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Surah A-li 'Imraan, Ayat 31.

POST MORTEM MERLIMAU DAN KERDAU

Posted: 06 Mar 2011 06:22 AM PST

Apokah punco kokalahan toghuk PAS kek koduo-duo DUN tosobut. Antaronya adolah;

1. DS Rais Yatim telah mengarahkan segalo hantu-hantu yang ado kek RTM, TV3 dan panggung po'ie mongundi kek sinun. Hantu-hantu yang tolah diarah tu adolah seperti borikut:-

a. Hantu Rayo
b. Hantu Penanggal
c. Hantu Ngangkung
d. Hantu Jopun
e. Pontianak
f. Hantu Kak Limah Balik Rumah Kerdau dan Rumah Merlimau
g. Mambang Hijau dan Mambang Tanah (pinjam daripado filim P. Ramlee. Kok tak cayo bulih baco Haprakdaily).

2. PAS turunkan hargo gulo sikit bona kek Kerdau. Cubo turunkan sampai 20 sen sekilo, gorenti PAS monang.

3. PAS tak dapek menyediokan bas secukupnyo untuk pongundi mereka di hantar ko syurgo. Cubo sewo KTM ko, Airasia ko, MAS ko, tontu ramai yang bulih naik.

4. PAS tak sompek nak mentarbiahkan pengundi-pengundi kek sinun. Pas masih leko nak mencari kesalahan dan memalukan calon BN jo. Jadi, orang-orang kek sinun masih lagi jahilliah macam Nik Ajis cakap kek Tenang dulu.

Atuk raso cukuplah dulu post mortem yang sompek dibuek. Kok nak tau lagi bacolah Haprakdaily, gerenti banyak lagi. Hi hi hi (tu bukan bunyi hantu mongilai doh).

Aspirasi Bangsa

Posted: 07 Mar 2011 01:21 AM PST

Aspirasi Bangsa


PRK Merlimau : Keputusan tidak rasmi BN menang majoriti 3623

Posted: 06 Mar 2011 03:35 AM PST

PRK Merlimau : BN kini dahului dengan majoriti 3372

Posted: 06 Mar 2011 03:00 AM PST

PRK Merlimau : PKR sabotaj PAS!!!

Posted: 06 Mar 2011 01:18 AM PST

HERO KECIK

Posted: 07 Mar 2011 01:13 AM PST

HERO KECIK


PRK Kerdau: Nah Kau! BN Pukul Habis!

Posted: 06 Mar 2011 04:26 AM PST

Pilihan raya kecil N28 Kerdau dimenangi oleh Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724.

Berikut keputusan undian untuk Pilihan Raya Kecil N28 Kerdau yang mula diterima:

Keputusan Semasa: BN 5060 / PAS 2336 / Majoriti 2,724
Peratusan Perbezaan Undi: 36.83 peratus


8.56 malam

UNDI POS:

Kertas undi dikeluarkan 51: BN 39/ PAS 11. Satu kertas tidak dikembalikan.

SALURAN 1
:
Kampung Seri Tanjung:
Kertas dikeluarkan 205 : BN 146 / PAS: 55 / Undi ditolak 4
SK Kerdau:,
Kertas dikeluarkan 259: BN 152 / PAS 103 / Ditolak 4
SK Lipat Kajang:
Kertas dikeluarkan 346: BN 243 / PAS / 99 / Ditolak 4
SK Pulau Pasir Mandi:
Kertas dikeluarkan 254: BN 144 / PAS 108 / Ditolak 2
SK Jengka 25:
Kertas dikeluarkan 351: BN 307 / PAS 43 / Ditolak 1
Balai Raya Kg. Kerai:
Kertas dikeluarkan 335: BN 286 / PAS 44 / Ditolak 5
SMK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 303: BN 204 / PAS 93 / Ditolak 6
SK Kuala Tekal:
Kertas dikeluarkan 310: BN 241 / PAS 64 / Ditolak 5
SK LKTP Jengka 23:
Kertas dikeluarkan 334: BN 236 / PAS 95 / Ditolak 3
Dewan Puspa Rumpun Makmur:
kertas dikeluarkan 257: BN 199 / PAS 51 / Ditolak 7
SK Teluk Sentang:
Kertas dikeluarkan 528: BN 297 / PAS 226 /Ditolak 5
SK Paya Taram:
Kertas dikeluarkan 276: BN 184 / PAS 83 / Ditolak 9
SK Jengka 22:
Kertas dikeluarkan 281: BN 182 / PAS 94 / Ditolak 5

SALURAN 2:
SK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 302: BN 155 / PAS 144 / Ditolak 3
SMK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 401: BN 267 / PAS 132 / Ditolak 2
SK LKTP Jengka 23:
Kertas dikeluarkan 530: BN 390 / PAS 133 / Ditolak 7
Dewan Puspa Rumpun Makmur:
Kertas dikeluarkan 231: BN 213 / PAS 108 / Ditolak 0
SK Paya Taram:
Kertas dikeluarkan 381: BN 224 / PAS 133 / Ditolak 4
SK Jengka 22:
Kertas dikeluarkan 320: BN 224 / PAS 94 / Ditolak 2

SALURAN 3:
SMK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 381: BN 227 / PAS 152 / Ditolak 2
SK LKTP Jengka 23:
Kertas dikeluarkan 482: BN 297 / PAS 177 / Ditolak 8
SK Jengka 22:
Kertas dikeluarkan 279: BN 183 / PAS 94 / Ditolak 2

Keputusan Pilihan Raya Kecil N28 Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 03:55 AM PST

Berikut keputusan undian untuk Pilihan Raya Kecil N28 Kerdau yang mula diterima:

7.40 Petang

UNDI POS:

Kertas undi dikeluarkan 51. BN 39/ PAS 11. Satu kertas tidak dikembalikan.

SALURAN 1
:
Kampung Seri Tanjung:
Kertas dikeluarkan 205 : BN 146 / PAS: 55 / Undi ditolak 4
SK Kerdau:,
Kertas dikeluarkan 259: BN 152 / PAS 103 / Ditolak 4
SK Lipat Kajang:
Kertas dikeluarkan 346: BN 243 / PAS / 99 / Ditolak 4
SK Pulau Pasir Mandi:
Kertas dikeluarkan 254: BN 144 / PAS 108 / Ditolak 2
SK Jengka 25:
Kertas dikeluarkan 351: BN 307 / PAS 43 / Ditolak 1
Balai Raya Kg. Kerai:
Kertas dikeluarkan 335: BN 286 / PAS 44 / Ditolak 5
SMK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 303: BN 204 / PAS 93 / Ditolak 6
SK Kuala Tekal:
Kertas dikeluarkan 310: BN 241 / PAS 64 / Ditolak 5
SK LKTP Jengka 23:
Kertas dikeluarkan 334: BN 236 / PAS 95 / Ditolak 3
Dewan Puspa Rumpun Makmur:
kertas dikeluarkan 257: BN 199 / PAS 51 / Ditolak 7



SALURAN 2:
SK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 302: BN 155 / PAS 144 / Ditolak 3
SMK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 401: BN 267 / PAS 132 / Ditolak 2
SK LKTP Jengka 23:
Kertas dikeluarkan 530: BN 390 / PAS 133 / Ditolak 7
Dewan Puspa Rumpun Makmur:
Kertas dikeluarkan 231: BN 213 /. PAS 108 / Ditolak 0

SALURAN 3:
SMK Kerdau:
Kertas dikeluarkan 381: BN 227 / PAS 152 / Ditolak 2
SK LKTP Jengka 23:
Kertas dikeluarkan 482: BN 297 / PAS 177 / Ditolak 8

Keputusan Semasa: BN 3746 / PAS 1612 / MAJORITI 2,134
Peratusan Perbezaan Undi: 39.83 PERATUS

Sahabat-Gunung

Posted: 07 Mar 2011 01:12 AM PST

Sahabat-Gunung


Menuju Kenikmatan

Posted: 06 Mar 2011 10:30 PM PST


Wah, pic nie dah tersebar, pic Nuar Brahim sedang melangkah bergaya menuju kenikmatan... Apa yang dituju, apa yang nikmat, hanya Nuar sahaja yang boleh menjawabnya .....

Namun menurut PAPA GOMO, ketika itu, Nuar sedang bermesyuarat. Ia disahkan sendiri oleh isterinya, Wan Azizah.... Kalau macam tu, itu bukanlah Nuar yang sedang menuju kenikmatan .....

Arghhh... Biar betul .... Mana mungkin Nuar boleh berada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.....


Nik Aziz Punca PAS & MU Kalah 2-0

Posted: 06 Mar 2011 06:07 PM PST

Yer, hari nie semua dah mengetahui bahawa Pas kalah 0-2 semalam kepada BN di Merlimau dan Kerdau, sama gak dengan MU kalah di Anfield 1-3.

Jika di pentas pilihanraya ..... Roslan dan Syed Ibra merupakan hero BN kepada rakyat di Merlimau dan Kerdau, di pentas bolasepak pula, Dirt Kuyt merupakan hero kepada penyokong Liverpool di Anfield...

Hakikatnya, Nik Aziz yang bersalah bila PAS kalah 0-2 .... sebabnya Nik Aziz tak sempat mengeluarkan FATWA baru sebelum hari mengundi di Merlimau dan Kerdau sebagaimana fatwa yang dia keluarkan di Tenang .....

Undi Pas masuk syurga, undi BN masuk neraka ...... sebabnya dia dah tertido .... eerrmmmm .... sebab dia tertido gak lah, dia tak sempat tengok MU dibaham Liverpool malam tadi....

Syed Ibra Janji Pastikan Kebajikan Rakyat Kerdau Terjamin

Posted: 06 Mar 2011 05:49 AM PST

Wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang baru, Syed Ibrahim Syed Ahmad berjanji akan memastikan isu berhubung kebajikan rakyat di kawasannya diberi perhatian sewajarnya.

Jelas beliau perkara berkenaan selaras dengan permintaan rakyat di kawasan berkenaan sewaktu beliau berkempen pada pilihan raya kecil DUN itu.

"Perkara pertama yang akan saya beri perhatian ialah mengenai
kebajikan dan kemudahan harian rakyat.

"Perhatian sewajarnya akan saya berikan untuk semua peringkat...ini
janji saya dahulu sewaktu berkempen," katanya pada sidang selepas diumumkan sebagai wakil rakyat DUN berkenaan.

Pada pilihan raya DUN Kerdau Naib Ketua Umno Bahagian Umno Kuala Krau itu menewaskan calon PAS dengan majoriti besar sebanyak 2,724 undi.

Syed Ibrahim memperolehi undi sebanyak 5,060 undi manakala PAS hanya mendapat 2,336 undi.

Selain itu Syed Ibrahim turut bersyukur diatas kemenangannya itu dan berterima kasih kepada semua jentera BN yang membantu sepanjang tempoh berkempen.

"Kemenangan ini juga menunjukkan bahawa rakyat senang dan suka kepad BN," katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kemenangan Berganda BN- Lambang Penerimaan Rakyat Kepada BN

Posted: 06 Mar 2011 05:38 AM PST

Temerloh, 6 Mac- Kita bersyukur di atas kemenangan Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad atas kemenangannya pada hari ini. Kita juga ingin mengucapkan tahniah atas kerja keras jentera BN sepanjang tempoh berkempen selama 9 hari ini untuk memastikan kemenangan calon BN hari ini, ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

"Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat Kerdau dan rakyat Pahang secara umumnya, dan ia memberikan motivasi daripada Perlis sampailah ke Sabah. Mudah-mudahan Barisan Nasional akan terus di hati rakyat Malaysia dengan kemenangan berganda di Kerdau, di Merlimau dan di pilihan raya sebelum ini," ujarnya ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kerdau di Dewan Tun Razak, Temerloh.

Dalam masa yang sama, Ahmad menegaskan antara punca peningkatan majoriti yang diperolehi calon BN adalah kerana keyakinan pengundi kepada pucuk pimpinan BN terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, selain itu jentera BN telah melaksanakan tugas dengan berkesan dan dasar-dasar yang dibawa kerajaan BN diyakini dan diterima oleh rakyat.

"Selain itu, calon kita juga memainkan peranan penting dalam peningkatan majoriti BN kali ini. kedua-dua calon kita di Merlimau dan khususnya di Kerdau ini, Syed Ibrahim yang cukup dikenali dan diterima oleh masyarakat di Kerdau.

Dalam masa yang sama, penambahan undi di Felda sebagai kita punya `fix deposit' di kawasan ini," tambahnya.

Dalam masa yang sama, Ahmad Maslan yakin dengan kemenangan berganda, selain tiga pilihan raya kecil di Galas, Batu Sapid dan Tenang baru-baru ini, tentunya memberi motivasi yang cukup hebat daripada Perlis sampailah ke Sabah, untuk BN menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka akan diadakan dalam masa yang terdekat.

BN 2- Pas 0

Posted: 06 Mar 2011 05:02 AM PST

Confirm... BN menang 2-0 malam. nie hasil jaringan Syed Ibrahim di Kerdau dan Roslan di Merlimau.

Keputusan PRK DUN Kerdau: Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menang dgn majoriti 2,724. BN mendapat 5,060; Pas 2,336; peratus perbezaan undi 36.83-

Pilihan Raya DUN Merlimau, Calon BN Roslan Ahmad menang dengan majoriti 3,643. BN mendapat 5,962 manakala Pas 2,319 undi

Alhamdulillah .... Moga kedua-dua wakil rakyat nie akan melaksanakan segala tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kena Reject Lagi

Posted: 06 Mar 2011 04:11 AM PST

Masih belum diumumkan, walaupun kesemua 23 peti undi termasuk undi pos telah dikira.....

Menunggu SPR umum sahaja, calon reject Pas terus direject buat kali ketiga...

BN menang 2724 undi di Kerdau....

Tahniah Syed Ibra...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BN Dahului Di Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 03:41 AM PST

Setakat jam 7.40malam, calon BN, Syed Ibrahim mendahului calon Reject Pas, Hassanuddin.

Setakat ini, BN mendahului dengan majoriti 2,134 undi dengan peratus perbezaan undi 39.83%.

Alhamdulillah.... Tunggu berita selanjutnya selepas ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BN 2 : Pas 0 - Liverpool 2 : MU 0

Posted: 06 Mar 2011 03:17 AM PST

Malam nie ada dua keputusan yang sangat aku nantikan... Sangat penting dan amat mustahak.

Ramalan aku mudah, BN menang 2-0 ke atas Pas hasil jaringan Syed Ibrahim dan Roslan manakala Liverpool juga menang 2-0 hasil jaringan cantik Meireles dan Luis Suarez....

Bagaimana keputusannya, akan kita nantikan pada masa-masa berikutnya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pas Pasti Terkangkang ......

Posted: 05 Mar 2011 11:38 PM PST


Hari nie, Pas pasti terKANGKANG ...... tengok sahajalah makcik Pas nie, dah awal-awal lagi terkangkang .... Kalau ADUN Selising ada, kan susah ....

Taipingmali (tm)

Posted: 07 Mar 2011 01:12 AM PST

Taipingmali (tm)


Fw:

Posted: 06 Mar 2011 10:15 PM PST

UMB DAN BPN

Posted: 06 Mar 2011 09:10 PM PST

MELAKA BUBAR UNIT MEDIA BARU!!!!

Posted: 06 Mar 2011 09:02 PM PST

Fw: KEMANA SYAITAN BELAAN NIK AZIZ ??

Posted: 06 Mar 2011 08:06 PM PST

BN Kekalkan Kerusi DUN Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 07:23 AM PST

Keep BN state seats Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 07:18 AM PST

provokasi penganut PASyaitonnirrojim!

Posted: 06 Mar 2011 06:45 AM PST

TVSelangor09 06032011 BN Kekalkan Kubu Kuat Merlimau, Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 06:34 AM PST

Jom halau Yuhaizat

Posted: 06 Mar 2011 04:50 AM PST

Merlimau Mukathir

Posted: 06 Mar 2011 04:00 AM PST

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA

Posted: 06 Mar 2011 03:39 AM PST

Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 03:06 AM PST

Keputusan resmi Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 02:58 AM PST

Latest from Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 02:55 AM PST

Lagiiii Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 02:53 AM PST

Lagi info Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 02:42 AM PST

PAS YANG TAKBUR

Posted: 06 Mar 2011 02:38 AM PST

Kerdau terkini

Posted: 06 Mar 2011 02:26 AM PST

Lagi keputusan

Posted: 06 Mar 2011 02:25 AM PST

Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 02:24 AM PST

Kerdau lagi

Posted: 06 Mar 2011 02:17 AM PST

Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 02:05 AM PST

TERKINI: BN MENDAHULUI DI KERDAU DAN MERLIMAU

Posted: 06 Mar 2011 01:29 AM PST

Belantan

Posted: 06 Mar 2011 11:28 PM PST

Belantan


Keputusan rasmi PRK DUN Merlimau dan Kerdau : BN menang dikedua-dua kerusi!

Posted: 06 Mar 2011 05:13 AM PST


PRK MERLIMAU

BN : 5992
PAS : 2316
UNDI ROSAK : 130
MAJORITI : 3643 ( MENINGKAT 1489 UNDI )
PERATUS PENGUNDIAN : 75%
PAS SUSUT 204 UNDI BERBANDING PADA PRU 12

PRK KERDAU

BN : 5060
PAS : 2336
UNDI ROSAK : 90
MAJORITI : 2724
PERATUS PENGUNDIAN : 83.20 %

BN MENINGKAT 1109 UNDI
PAS SUSUT 184 UNDI BERBANDING PADA PRU 12

Terima kasih diucapkan kepada semua pengundi-pengundi di DUN Kerdau dan Merlimau kerana menterjemahkan sokongan anda semua dengan menyokong dan mengundi BN ( Barisan Nasional ).

Tahniah BN...Syabas diucapkan kepada semua jentera pilihanraya dan peraih undi serta kesemua yang terlibat secara langsung ataupun tidak yang bekerja keras demi membantu kejayaan mengekalkan kerusi yang ditandingi.

Tidak lupa juga kepada blogger-blogger yang bergerak dibarisan hadapan...tahniah dan terima kasih diatas usaha keras anda semua.

1 Malaysia. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Syukur alhamdulillah.

Suara Politik
Taminsari

The Unspinners

Posted: 06 Mar 2011 11:25 PM PST

The Unspinners


Saifuddin Abdullah: Apa punya wakil rakyat!!!

Posted: 06 Mar 2011 10:42 PM PST

Merilmau/Kerdau: Peduli result, Asal gua buat duit

Posted: 06 Mar 2011 02:50 AM PST

Merlimau: Sam Ketot kena kutuk Skuad Liwat

Posted: 06 Mar 2011 12:30 AM PST

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 06 Mar 2011 11:14 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


TERKINI: Video PAS Mengamuk Di Kerdau.

Posted: 06 Mar 2011 05:52 AM PST

Penyokong pas mengamuk di kerdau akibat tak dapat menerima kekalahan mereka di sana, video ini dirakam oleh seorang peniaga yang kebetulan berada di situ.


ALLAH Masih Sayangkan UMNO, BN Menang Di Merlimau & Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 04:07 AM PST


Dun Merlimau

Barisan Nasional : 4533

PAS : 1671

MAJORITI :


Dun Kerdau

Barisan Nasional : 3746

PAS : 1612

MAJORITI : 2134

TERKINI: Keputusan Tidak Rasmi PRK Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 02:40 AM PST

Keputusan Terkini (tidak rasmi) Pilihanraya Kecil Dun Kerdau
_________________________________
Keputusan Tidak Rasmi Setakat Jam 7 Malam

BARISAN NASIONAL: 4817

PAS: 2201

MAJORITI: 2616
__________________________
Pulau Pasir Mandi

BARISAN NASIONAL: 144

PAS
: 108


MAJORITI: 36

UNDI ROSAK:

___________________________
Jumlah Keseluruhan Undi Setakat Ini:

BARISAN NASIONAL: 2992

PAS: 1265

___________________________
Rumpun Makmur

BARISAN NASIONAL
: 412


PAS
: 159


MAJORITI: 253

UNDI ROSAK:

________________________________
Jumlah Keseluruhan Undi Setakat Ini:


BARISAN NASIONAL: 2470

PAS:
1126
_____________________
Kuala Tekal

BARISAN NASIONAL: 241

PAS
: 64


MAJORITI: 177

UNDI ROSAK: 5

___________________________
Desa Murni

BARISAN NASIONAL
: 698


PAS
: 377


MAJORITI:

UNDI ROSAK: 10
_________________________

Peti Undi Lipat Kajang

BARISAN NASIONAL: 243

PAS
: 99


MAJORITI: 141

UNDI ROSAK: 4

SILA REFRESH SETIAP 3 MINIT.

PAS Menang Di Kerdau....

Posted: 06 Mar 2011 01:09 AM PST

Pas menang di kerdau... tapi menang sorak je la, zikir, mengaji lepas tu maki hamun orang, sampaikan makcik yang pakai baju dan tudung merah yang nak pergi mengundi pun dia makinya, depa ingatkan makcik tu perayu undi bn, punya lah bahalol penyokong pas ni. kejadian berlaku di peti undi smk kerdau.

Pusat pengundian dah tutup, peratusan terakhir keluar undi di dun kerdau 81.5%, aku akan siarkan keputusan tidak rasmi pada jam 6 petang ini, apa pun korang tengok la gambar aku yang tak seberapa ni.




Lengang, pengundi di peti undi felda 23 awal-awal lagi dah keluar mengundi.

Pun lengang jugak, peti undi felda jengka 22, awal-awal jugak mereka dah keluar undi.




sekupangdua

Posted: 06 Mar 2011 11:07 PM PST

sekupangdua


K.O 2-0, BN MENANG DI SEMUA SALURAN!!! HANCUR PAS HANCUR!

Posted: 06 Mar 2011 10:22 PM PST

TAHNIAH BN!!! Hebat, Amat Positif SUARA RAKYAT yang menangkan BN di Semua saluran termasuk di Pos Paling Panas di Daerah mengundi RUMPUN MAKMUR dimana DEBAT bertentang Muka antaranya, Umi Hafilda & Anuar Ibrahim dan juga beberapa tokoh pidato terbaik termasuk Dato' Ibrahim Ali dari PERKASA. Daerah Mengundi di Rumpun Makmur yang melibatkan 587 pegundi yang mengundi semalam memperlihatkan kedua-dua saluran melebihi 100% ke 400% perbezaan diantara BN menandingi Calon PAS Hassanuddin Salim memperlihatkan kematangan Rakyat menerima dan menilai ISU serta kempen yang di bawa oleh Calon-calon samada BN ataupun PAS sendiri. Pengundi yang keluar dalam kadar 83% menunjukan positif serta perihatin rakyat terhadap tanggung jawab dengan kemelut terutama PAS yang dari dulu (PRU 12) sehingga nak ke PRU 13 begitu RAJIN berkempen dan ceramah sebagai hadiah untuk Rakyat yang memilih PAS. Mungkin terlalu banyak dengan ceramah dan KEMPEN sehingga Rakyat sudah mula bosan dan muak yang di sumbat ke mulut rakyat sampai nak pilihanraya balik! tak ada lain, ceramah, kutuk, fitnah... Mana dia perjuangan untuk rakyat, ekonomi, pelajaran, kemiskinan, pembangunan dan segala HAK RAKYAT yang dijanjikan sebagai Manifesto Perjuangan PAKATAN RAKYAT yang di tabur sebelum ini.
RUMPUN MAKMUR juga menyimpan rekod peratusan golongan Muda yang tinggi bila dalam kadar 100% majoriti di saluran dua meninggalkan PAS. Bagi saluran pertama pula, kita maklum golongan umur 45 tahun keatas jauh menjarakan sokongan kepada BN dari PAS hampir 4kali ganda dari apa yang PAS perolehi, nampaknya boleh lah kita huraikan bahawa Genarasi Muda di sini sudah mula bijak memilih dalam menilai Isu yang di bawa oleh calon-calon malah mengikuti dan boleh menganalisa kesahihan isu atau kes yang di gembar gembur kan di dada akhbar, kaca TV, di radio malah di media alamaya atau internet. Seperti yang kita lihat dalam laporan berita TV dan media -media kehadiran ramai di dini yang mencecah sehingga 3 ribu bermakna ramai penonton yang hadir bukan pengundi di kawasan tersebut.
Lebih menakjubkan Bukan sahaja di Kerdau yang mempunyai 22 saluran mengundi  malah di Merlimau juga BN menang di semua 21 saluran mengundi, nampaknya slogan yang sering di laungkan olh PAS memakan diri sendiri... terpaksalah di tukar ke UMNO ganti PAS dan slogan laugan yang mereka sebatikan bertukar jadi HANCUR,  HANCUR,  HANCUR... PAS HANCUR!