Sabtu, 24 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 24 Dec 2011 01:49 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Dr Khir : Saya Dijadikan Kambing Hitam

Posted: 23 Dec 2011 01:40 AM PST

Bekas Menteri Besar Selangor telah didapati bersalah atas tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar membeli rumah dan harta di bawah harga pasaran. Beliau berkata beliau telah dijadikan kambing hitam untk tujuan politik. Ironinya beliau hanya akan memberikan respond mengenai masa depan beliau dalam politik selepas 9 Jan iaitu tarikh keputusan perbicaraan kes liwat DSAI. Beliau [...]

PAS BANDAR LAGUNA

Posted: 24 Dec 2011 01:40 AM PST

PAS BANDAR LAGUNA


MerdekaReview - Hasan Ali tidak baca sejarah parti?

Posted: 23 Dec 2011 05:59 PM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 24 Dec 2011 01:04 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Saya tarik balik kritik Negara Berkebajikan - Hasan Ali

Posted: 23 Dec 2011 11:10 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

"Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

"Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

"Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

"Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan," katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.

Rakyat Korea beri penghormatan terakhir kepada Kim Jong il

Posted: 23 Dec 2011 07:33 PM PST

28 Muharram 1433H - RAKYAT Korea Utara membanjiri Kim Il Sung Square bagi memberikan penghormatan terakhir kepada bekas pemimpinnya, Kim Jong il di Pyongyang, Jumaat (waktu tempatan). Malah, jutaan rakyat negara itu di kawasan perkampungan dan bandar seluruh negara turut berkabung. Imej diambil menerusi televisyen KRT - Foto AP

Al Fatihah : Adun Tendong meninggal dunia

Posted: 23 Dec 2011 04:50 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

PASIR MAS, 24 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Tendong, Dr Muhammad Md Daud (Gambar) telah pulang kerahmatullah jam 12.55 malam tadi.

Menurut Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Haji Hanifa Ahmad, Dr Muhammad dipercayai mendapat serangan jantung.

Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan tengah hari ini iaitu selepas solat zohor.

Hanifa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimaklumkan dan dijangka akan hadir sama untuk menyolatkan jenazah tersebut.

Jenazah Adun berkenaan kini berada di rumah di Lorong Haji Daud, Kampung Perakap, Bunut Susu.

Hanifa berkata, pagi kelmarin allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan untuk penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Hanifa juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham.

Al Fatihah : Hamid Othman meninggal

Posted: 23 Dec 2011 04:48 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman

Bekas Menteri di JPM diserang angin ahmar ketika bekerja

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman,(Gambar) 72, meninggal dunia semalam dipercayai akibat serangan angin ahmar. Allahyarham yang bertugas sebagai Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd meninggal dunia kira-kira jam 4.45 petang ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

Pegawai peribadinya, Nor Azhar Yusof, berkata sebelum serangan itu beliau kelihatan sihat namun tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

"Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

"Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata jenazah Abdul Hamid dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong.

Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (KEWAJA) itu meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin serta lima orang cucu.

Allahyarham yang dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah pernah mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.

Abdul Hamid memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1995 sehingga 1999. Sebelum itu pada tahun 1990 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 2001, Abdul Hamid dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Penasihat Agama kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009. – BERNAMA

Gempa bumi kuat gegar Christchurch

Posted: 23 Dec 2011 04:41 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kawasan New Brighton dan Burwood ditenggelami banjir lumpur selepas gempa bumi dengan kekuatan 5.8 melanda Christchurch semalam.
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kawasan New Brighton dan Burwood ditenggelami banjir lumpur selepas gempa bumi dengan kekuatan 5.8 melanda Christchurch semalam.

Empat mangsa terselamat, semua kompleks beli-belah terpaksa ditutup

WELLINGTON: Gempa bumi kuat melanda bandaraya Christchurch di New Zealand semalam, menggegarkan bangunan, menyebabkan barangan di atas rak runtuh serta mencetuskan panik di kalangan penduduk yang sibuk membeli belah. Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan bandar terselamat daripada kerosakan besar.
Seorang penduduk cedera di sebuah pusat beli belah di bandar dan dirawat di hospital, empat orang diselamatkan selepas terperangkap akibat runtuhan batu, kata polis Christchurch dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan jelas atau kerosakan meluas di bandar, yang baru pulih daripada gempa bumi Februari lalu yang mengorbankan 182 orang serta merosakkan kebanyakan kawasan di bandar lama.

Agensi Pemantau Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan, gempa pertama dengan magnitud 5.8 berlaku tengah hari semalam, 26 kilometer di utara Christchurch dengan kedalaman empat kilometer, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Beberapa minit kemudian, satu gegaran susulan dengan magnitud 5.3 pula melanda dan kira-kira sejam selepas itu, bandar itu digegarkan dengan gempa magnitud 5.8. Kedua-dua gegaran susulan berlaku pada kedalaman kurang lima kilometer.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran tsunami.
Lapangan terbang bandaraya itu dikosongkan selepas gempa pertama dan semua pusat beli belah di bandar itu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengurus Pihak Berkuasa Pemulihan Gempa Bumi Canterbury, Warwick Isaacs, berkata kebanyakan bangunan dikosongkan "sebagai langkah kecemasan."

Kawasan itu merekodkan lebih 7,000 gempa susulan sejak gempa bumi dengan magnitud 7 menggegarkan bandaraya itu pada 4 September tahun lalu.

"Runtuhan batu dan banjir lumput berlaku di sebuah kawasan apabila tekanan gempa memaksa air bawah tanah memancut menerusi tanah yang longgar, di beberapa kawasan," kata Isaacs kepada Radio Nasional New Zealand.

"Ada banyak barang jatuh dari almari, rak di kedai berulang kali. Ia bermula perlahan kemudian kuat. Ia adalah gegaran besar namun bukan mengejutkan atau seganas Februari lalu," kata penduduk Christchurch Rita Langley.

Keadaan gegaran teruk berlaku di bandar pelabuhan berhampiran di Lyttelton, pusat gempa 22 Februari lalu.

"Kami tinggal di dalam bangunan sehingga gegaran berhenti. Kemudian barulah kami keluar," kata penduduk Andrew Turner. "Penduduk secara emosinya terkejut dengan apa yang berlaku tengah hari ini."

Kira-kira 15,000 rumah dilaporkan terputus bekalan elektrik selepas jaringan bekalan rosak di pinggir timur bandar ini. Perkhidmatan pembetungan juga terputus. Beratus kilometer pembetung dan saluran air dibaiki di bandar itu sejak gempa Februari lalu.

Sebahagian bangunan yang runtuh dan sebuah rumah kosong runtuh selepas gempa semalam, kata polis.

Pengurus Persatuan Perniagaan Pusat Bandar Paul Lonsdale berkata gempa itu muncul ketika hari paling buruk buat peruncit, dengan penduduk bergegas menghabiskan beli belah untuk Krismas.

Walaupun gempa besar, tiada kerosakan nyata di daerah pusat perniagaan, di mana 28 kedai dibuka semula di kontena perkapalan selepas bangunan mereka musnah dalam gempa Februari lalu, katanya. – AP

40 maut dalam serangan bom berani mati di Syria

Posted: 23 Dec 2011 04:39 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

DAMSYIK 24 Dis. - Lebih 40 orang terbunuh dalam dua serangan bom berani mati di bangunan-bangunan kerajaan di sini, semalam, kata Kementerian Luar Syria.

Menteri Luar Syria, Faisal Meqdad berkata, serangan itu menyebabkan lebih 40 orang maut manakala 100 lagi cedera.

"Kejadian ini merupakan 'hadiah' daripada pengganas dan al-Qaeda untuk pasukan pemantau dari Liga Arab yang baru tiba di negara ini," katanya. - AFP

Saluran minyak Colombia meletup, 7 maut

Posted: 23 Dec 2011 04:37 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

BOGOTA 24 Dis. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 60 lagi cedera dalam kejadian letupan saluran paip minyak di barat Colombia, awal pagi semalam.

Datuk Bandar Dosquebradas, Luz Ensueno Betancur berkata, kejadian itu mungkin ada kaitan dengan kes kecurian minyak.

Katanya, punca letupan masih lagi disiasat. - AFP

Satelit komunikasi Rusia terhempas selepas dilancarkan

Posted: 23 Dec 2011 04:35 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

MOSCOW 24 Dis. - Sebuah satelit Rusia dilaporkan terhempas di Siberia, selepas dilancarkan, semalam, menjadikan ia sebagai kejadian terbaru membabitkan program angkasa negara Komunis itu yang menemui beberapa kegagalan pada tahun lalu.

Agensi berita Interfax yang memetik sumber agensi angkasa Rusia berkata, satelit komunikasi Meridian 'terhempas di kawasan Siberia' sebaik berlepas dari tapak pelancaran Plesetsk.

Katanya, satelit itu dipercayai terhempas di pekan Tobolsk di barat Siberia. - AFP

Anak gadis saya tiada kewarganegaraan

Posted: 23 Dec 2011 01:58 AM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -
Dr Juanda Jaya

Maaf, mengikut sistem kami, ana perempuan tuan statusnya bukan kewarganegaraan Malaysia. Ini dinyatakan dalam sistem kami. Kami tiada pilihan. Sila lihat sendiri.

Itulah kata kata pegawai JPN berinisial M, setelah saya disuruh menemuinya oleh staf wanita F di kaunter. No giliran saya pagi ini no 4, setelah Jumaat lepas saya perlu menunggu sehingga hampir 100 nombor untuk dapatkan giliran perkhidmatan membuat kad pengenalan anak gadis saya yang sudah lanjut berusia lebih 12 tahun.

Inilah kejutan di awal pagi Jumaat 23 Disember 2011 di Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak Kuching ke atas diri saya. Saya datang seawal jam 730 pagi untuk mengelakkan kesesakan di kaunter yang mendapat anugerah kaunter terbaik Negara tahun 2008.

Saya tidak pernah ada pengalaman yang baik di Wisma Persekutuan Sarawak. Dah pelbagai khidmat kerajaan persekutuan yang saya buat, dpd pasport, kad pengenalan, surat beranak, pejabat pelajaran, dan lain sebagainya, tidak pernah ada pengalaman yang baik untuk saya sebagai rakyat Sarawak yang menjadi sebahagian dpd Malaysia. Kalau boleh mengelak, memang saya tidak mahu berurusan dengan Jabatan Persekutuan yang ada di Sarawak. Amat berbeza dengan kaunter kerajaan di Semenanjung, teramat jauh lebih baik. Barangkali kami di Sarawak lebih suka memendam rasa berdiam durja ditadbir oleh orang lain.

Punca dan dosa saya pada hari ini ialah saya suka ambil nombor giliran seperti rakyat marhaen yang lain kerana lebih suka berbaris ikut BARISAN. Bukan potong barisan dengan terus berjumpa boss yang sedia melayan VVip di dalam biliknya. Berbaris di kaunter sudah jadi kebiasaan saya untuk merasai denyut nadi rakyat. Saya pernah dimaki di kaunter oleh pegawai kerajaan, tetapi bila siap urusan dan menyedari siapa orangnya, mereka hanya tersipu sipu dan tetap enggan meminta maaf. Pengalaman azab berbaris di kaunter kerajaan ini sudah lama saya rasai sejak menuntut di al Azhar Cairo sewaktu membuat visa tahunan. Tapi pengalaman di kaunter Malaysia tidaklah lebih baik dpd kaunter kerajaan Mubarak di Mesir waktu itu.

Apakah perasaan anda sebagai bumiputera negara ini yang jelas disebutkan bangsanya dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bangsa asal dan warganegara tulin negara tercinta ini serta telah dijamin mendapat segala hak yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini, tetapi tiba tiba hak itu dinafikan oleh sistem negara yang anda cintai itu. Hak yang paling minima adalah mendapatkan kewarganegaraan. Bukannya hak mendapatkan lesen balak atau projek atas angin. Namun hak itu dinafikan oleh sistem yang ada. Saya berbangga berbangsa Melanau dan tetap memastikan anak anak saya kekal mewarisi bangsa yang saya cintai ini. Malangnya, bangsa ini hanya wujud di wilayah ini sahaja.

Ya, isteri saya rakyat Indonesia, masih warganegara di sana dan saya masih enggan memohon menukar kerakyatannya kerana berbangga isteri saya warga Indonesia, walaupun banyak pihak menawarkan untuk memudahkan urusan permohonan berkenaan. Tetapi kenapa anak gadis saya yang tiada dosanya jadi mangsa? Dia bukan warganegara Indonesia. Kami baru sahaja ke Jakarta awal Disember lalu untuk menziarahi keponakannya di sana menggunakan passport Malaysia. Tetapi kenapa bila saya hendak membuat Kad Pengenalannya, dalam sistem JPN dinyatakan anak saya itu bukan warganegara? Anak saya stateless! Sistem apa ini? Apakah kita di Afrika atau di Zimbabwe yang tengah huru hara? Pada saat ramai orang asing dikatakan diberikan hak warganegara, tiba tiba anak gadis saya yang berbangsa bumiputera asal Sarawak, Melanau, yang jelas nama bangsanya disebut dalam Perlembagaan Malaysia dijamin hak warganegaranya, tiba tiba dinyatakan bukan warganegara Malaysia.

Di manakah laungan kerajaan bahawa segalanya kini semakin efisien dan sistem kita semakin lebih dipercayai berbanding dahulu? Saya cuba mengisi borang Jpn itu sebaik mungkin menurut contoh yang dibuat pihak Jpn sendiri. Tetapi jelas di sana tiada peraturan menyebut bahawa perlu bawa sijil kahwin? Dulu sewaktu membuat Kad pengenalan anak anak yang lain, tidak ada pulak mereka minta surat kahwin. Wow! Bila jumpa pegawai Jpn si M itu, dia kata dalam Iso JpN kata perlukan surat nikah bagi warganegara yang kahwin dengan rakyat asing? Tetapi di papan kenyataan tak pulak disebut panduan berkenaan. Wah! Kenapa begitu sekali? Padahal rakyat asing dikurniakan hak warganegara oleh Menteri Dalam Negeri, maka mengapa anak kepada lelaki berwarganegara Malaysia dinafikan hak warganegaranya? Entahlah!

Betul, tertulis status di skrin situ, nama anak saya, status anak gadis saya, X Warganegara, tetapi bangsa masih tertulis berbangsa MELANAU.

Apa sudah jadi pada sistem negara kita ini? Siapakah yang sudi membantu mendapatkan kewarganegaraan anak gadis saya?

Dr Juanda bin Jaya,
Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Malaysia
Adjunct Professor at University Malaysia Perlis (UNIMAP)
Visiting Professor at Management and Science University, Malaysia (MSU)
ex-Visiting Fellow at
Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS)
University of Oxford

Reezal Merican dituntut mohon maaf 24 jam

Posted: 23 Dec 2011 01:53 AM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican dituntut memohon maaf kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam tempoh 24 jam melalui akhbar Utusan Malaysia, ekoran kenyataan fitnahnya terhadap mahasiswa.

Sekiranya Reezal tidak memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, SMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap beliau melalui saluran perundangan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abd Razab berkata, tuntutan tersebut dibuat berikutan kenyataan fitnah Reezal yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri seperti yang disiarkan Utusan Malaysia pada 21 Disember lalu.

Menurutnya, kenyataan Reezal itu dilihat berniat jahat dengan cuba memburukkan SMM dan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

Katanya, realiti sebenarnya, bendera Perdana Menteri hanya diturunkan dalam tempoh masa kurang lima minit dan kemudian dinaikkan semula dalam keadaan baik.

"SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin kerajaan dan pemimpin Umno terlalu dangkal kerana hanya bersifat sentimen sokongan terhadap Perdana Menteri.

"Kenyataan mereka itu tanpa mengulas langsung mengenai kebebasan akademik yang diutarakan oleh mahasiswa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Sementara itu, tegasnya, SMM mengecam sekeras-kerasnya pihak yang mengancam dan mengugut Adam Adli berikutan protes yang dilancarkan terhadap Perdana Menteri.

SMM melihat perbuatan tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan menyalahi prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Katanya, SMM menghormati hak setiap pihak untuk mengkritik dan bersuara namun perbuatan mengugut sehingga ancaman bunuh bukanlah perkara yang wajar dan hanya mengeruhkan keadaan.

"SMM khususnya Adam Adli tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak memohon maaf kepada Perdana Menteri walaupun terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab terus memberi ugutan dan ancaman.

"Hal ini kerana tindakan menurunkan bendera PM pada 17 Disember lalu dilakukan dengan penuh sedar dan didasari dengan mesej yang jelas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.

SMM, tambahnya, menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap pihak yang mengugut Adam dengan ancaman bunuh bagi memelihara suasana demokrasi negara agar sentiasa dipagari kedaulatan undang-undang.

Sidang media itu diadakan selepas beliau menemani Adam memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selama sejam.

Turut menemani Adam, peguam Fadiah Nadwa dan pemimpin Bebas.

Harakahdaily/-

Pegawai SPRM serbu pejabat NFC

Posted: 23 Dec 2011 01:50 AM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -


Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Enam pegawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Solaris Mont Kiara pada sekitar 2.50 petang, dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul di situ.

Pegawai berkenaan, diketuai pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, dilihat keluar daripada premis berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut.

Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.

NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.

Malaysiakini/-

Identiti 'Datuk' NFC mula diketahui

Posted: 23 Dec 2011 01:48 AM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

Seorang usahawan berusia 45 tahun yang ditahan polis, dilaporkan berhubung siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation, dipercayai memiliki beberapa syarikat.

Antaranya, satu syarikat pengangkutan yang pada satu ketika pernah mempromosi perusahaan itu melalui iklan di saluran televisyen nasional.

Syarikat yang dikatakan mempunyai modal berbayar RM200,000 itu juga didakwa menyediakan perkhidmatan untuk bayaran bil dan juga cukai jalan melalui rangkaiannya di seluruh negeri.

NONEUsahawan yang didakwa bergelar 'Datuk' itu turut memiliki syarikat limosin yang menyediakan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur.

Selain perkhidmatan pengangkutan biasa, profil syarikat berkenaan turut mendakwa menyediakan perkhidmatan limosin dilengkapi pengawal peribadi untuk pelanggan VVIP.

Profil itu juga mendakwa lelaki tersebut berpengalaman dalam menguruskan projek pemasaran berskala besar, antaranya bernilai lebih RM1.5 bilion.

Menurut polis, suspek juga menjalankan perniagaan agensi pekerja asing.

Pengarah jabatan siasatan jenayah komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan semalam dilaporkan sebagai berkata, lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan itu pada hari Rabu berhubung cubaan untuk menyogok pegawai polis.

Syed Ismail juga berkata suspek pernah ditahan sebelum ini berhubung siasatan ke atas dua kes penipuan, masing-masing di Bercham dan juga di Cheras mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,

Syed Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan laporan media yang mengaitkan lelaki berkenaan dengan skandal NFC.

Polis telah mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut. MK/-

Peghelih La...

Posted: 23 Dec 2011 11:52 PM PST

Peghelih La...


PRESIDEN PAS: POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA

Posted: 22 Dec 2011 11:12 PM PST

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah : Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan).

BACA LAGI DI SINI >>

PAS LENGGONG

Posted: 23 Dec 2011 07:05 PM PST

PAS LENGGONG


Pembohongan dan fitnah si tongong kepada PAS

Posted: 23 Dec 2011 02:32 AM PST

Semoga laknat Allah ke atasnya-amin
Di mana 2, negara Islam lazim nya mereka berpecah, kerana fahaman,Sunni atau syiah.ia. Berlaku beratus tahun,dari zaman selepas Saidina Ali. Tapi Di. Malaysia amat kalut, kita berpecah kerana menyokong UMNO ATAU PAS,( PAS LAK UJUD DARI PERUT UMNO ) Dan kini makin kalut ,berpecah kerana pro kerajaan atau Si Nuar..sama2, lah kita persembahkan jawapan kita di akhirat esok

Apa macam hanya yang munafik sahaja yang tak mengaku.

Posted: 23 Dec 2011 02:29 AM PST



KUALA LUMPUR 23 Dis: Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain. Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.[keadilandaily].

PAS memiliki cara penyelesaian tersendiri

Posted: 22 Dec 2011 07:39 PM PST

Terima keputusan syura dalam apa jua tindakan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia mendukung keputusan PAS melalui mesyuarat Lujnah Politiknya yang disokong oleh kenyataan al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyusul selepas itu untuk memanggil tiga orang yang terlibat dengan pertikaian yang telah mencetuskan keresahan ahli dan penyokong PAS sejak beberapa hari kebelakangan ini bagi mendapatkan penjelasan 'rasmi' dan tindakan seterusnya.

"Kembali kepada mesyuarat atau syura adalah kembali kepada Allah, rasul-Nya dan ulil amri (syura) sebagai mana diseru oleh al-Quran, DPPM dengan penuh tawaduk meyakini bahawa menerima keputusan syura dalam menentukan apa-apa tindakan ke atas mereka yang terlibat adalah satu amal ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya," kata timbalan ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kepada Harakahdaily.

Katanya, ketaatan kepada Allah akan mendekatkan parti PAS kepada janji-janji agung daripada Allah ke atas hamba-hamba-Nya yang berjuang di jalan-Nya.

Ini, ujarnya seperti yang dipertegaskan oleh DPPM sebelum ini, setiap perselisihan yang berlaku hendaklah diadili seadilnya oleh hakim yang diberi kuasa oleh ugama.

Justeru, kata beliau sebarang penghukuman awal oleh mana-mana pihak, luar dan dalam parti, adalah tertolak kerana ia pasti menambahkan kerosakan.

"Seperti kata al-Mursyidul Am, ia hanyalah ribut kecil yang dikencangkan oleh pihak yang enggan melihat kesepaduan jamaah Islam," katanya.

Beliau berkata, DPPM dengan ini menawarkan kepada pihak yang bertelagah apa yang ditawarkan oleh Allah di dalam al-Quran iaitu kembalilah kepada jalan-Nya yang terbentang luas.

"Semoga Allah merapatkan kembali talian iman dan ukhuwwah sesama ahli," katanya lagi.

Adam Adli, anda tidak keseorangan

Posted: 22 Dec 2011 07:38 PM PST


KUALA LUMPUR, 23 Dis: "Insya Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli," tegas Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Beliau menegaskan demikian sebagai respons terhadap tindak balas ke atas Adam Adli yang sangat keterlaluan.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) itu, ludah, pukul dan terkini ugutan bunuh ke atas Adam telah melepasi batas kewarasan manusia bertamaddun.

Katanya, sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Datuk Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan.

"Telah saya tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Datuk Seri Najib perlu ditangani secara diplomasi," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, selaku mahasiswa dan intelek muda tentunya mempunyai asas kukuh kenapa Adam bertindak sedemikian.

Jsuteru, beliau menggesa supaya diberi peluang kepada Adam membuat penjelasan kenapa melakukan sedemikian.

Ini, katanya kerana beliau percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya.

Sebagai contoh, kata Nasrudin beliau sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu.

"Tegas saya nyatakan bahawa tindakan saya menurunkan bendera tersebut sebagai satu isyarat jelas bahawa Sweden tidak lagi dihormati apabila rakyatnya sewenang-wenang menghina Nabi Besar Muhammad s.a.w," jelasnya.

Katanya, perbuatan menurunkan bendera tidak lagi sepadan dengan tindakan mereka menghina Rasulullah saw.

"Begitulah saya melihat kes Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan beliau saja-saja pergi menurunkan bendera Datuk Seri Najib. Masih banyak kerja lain yang boleh dilakukan oleh beliau," ujarnya.

Tambahnya, tindakan nekad itu adalah isyarat atau merupakan satu mesej yang ingin disampaikan oleh Adam kepada Datuk Seri Najib.

"Selaku kerajaan, dengarlah suara hati anak muda itu. Jangan perkecilkan beliau. Jangan sangka beliau keseorangan," katanya.

Paling tidak, katanya mahasiswa, anak-anak muda yang terpinggir akan sepadu bersama Adam Adli.

"Saya selaku Ketua DPPM sekali lagi menyatakan rasa kesal dengan tindak balas di luar batas kewarasan tersebut.

"Saya harap Adam Adli bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah SWT. Anda tidak keseorangan. Dewan Pemuda PAS turut bersama anda," ujarnya lagi.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 23 Dec 2011 04:12 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


CADANGAN AMPUH YA AMPUN NAJIB , RAMAI AKAN MENGUNDI PAKATAN RAKYAT !

Posted: 23 Dec 2011 02:08 AM PST

DAP mencadangkan sokongan dwipartisan untuk lanjutan umur persaraan pekerja sektor swasta selaras dengan sektor awam, iaitu kepada 58 tahun ataupun 60 tahun seperti yang dicadangkan. Masa sudah tiba bagi Kerajaan BN untuk melaksanakan lanjutan umur persaraan untuk sektor swasta sebelum pilihan raya umum yang akan datang.Di seluruh dunia, makin sukar untuk menemui negara yang menetapkan umur persaraan di bawah 60 tahun. Kebanyakan negara Europah menetapkan 65 sebagai umur persaraan, manakala negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jerman menetapkannya sebagai 67 tahun. Negara jiran kita seperti Thailand pun sudah menetapkan 60 sebagai umur persaraan.Dunia sejagat sedang melihat lanjutan umur persaraan disebabkan jangka hayat yang kian meningkat ekoran daripada kemajuan dalam sains kesihatan, ketersediaan perubatan, pemakanan yang lebih berkhasiat dan gaya hidup yang lebih sihat secara am. Ini juga jelas dilihat di Malaysia di mana jangka hayat secara purata telah meningkat kepada 75, berbanding dengan 61 pada tahun 1970.Disebabkan peningkatan jangka hayat ini, orang yang berumur sekitar 55 hingga 60 tahun sebenarnya berada dalam zaman paling produktif, dan pengalaman mereka haruslah digunakan secara optimum dan tidak dibazir. Mereka harus diberi peluang untuk menyumbang dan bukan dibiar begitu sahaja.Umur persaraan yang lebih tinggi juga akan membenarkan rakyat Malaysia mengumpul lebih pendapatan, terutama sekali dalam iklim ekonomi yang tidak menentu ini. Mengikut KWSP, 73% daripada pencarumnya mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 sewaktu bersara manakala hanya 17% mempunyai simpanan melebihi RM100,000.Bagaimanakah seseorang itu diharapkan untuk menyara kehidupan selama 20 tahun dengan simpanan sebanyak RM50,000? Dengan lanjutan umur persaraan, orang akan diberi peluang untuk mengumpul lebih banyak kerana dapat bekerja lebih lama dalam lingkungan gaji yang lebih tinggi.Yang lebih membimbangkan, Laporan Tahunan Bank Negara 2010 telah mendedahkan bahawa jumlah hutang isi rumah setakat akhir tahun 2010 berada di tahap RM581 bilion ataupun 76% daripada KDNK. Ini bermakna Malaysia mempunyai tahap hutang isi rumah yang kedua paling tinggi di Asia selepas Korea Selatan. Nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8% pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang. Nisbah bayaran hutang lebih daripada 33% dianggap kurang baik. Biasanya, institusi kewangan tidak akan memberi pinjaman jika jumlah bayaran faedah melebihi satu pertiga pendapatan. Amat jelas bahawa negara Malaysia sedang menjadi negara yang berhutang, apatah lagi dengan Kerajaan Persekutuan yang memimpin dengan pemberian wang pinjaman kepada rakyat.Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK kian meningkat dari tahun ke tahun, dari 53.1% pada 2010, 53.8% pada 2011 kepada 54.8% pada 2012. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pula telah melonjak 71% dalam empat tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007.Inilah satu perbezaan yang ketara di antara kerajaan-kerajaan BN dan PR. PR tidak memberi wang pinjaman kepada rakyat kerana hutang piutang itu kelak akan dibayar oleh rakyat juga. Kerajaan Negeri PR memberi wang yang diperolehi daripada belanjawan lebihan, di mana rakyat atau anak-anak mereka tidak akan dibebani hutang.Dengan hutang isi rumah yang sangat tinggi di Malaysia, dan tanpa apa-apa pertolongan daripada Kerajaan Persekutuan BN yang sendiri berhutang piutang, rakyat terpaksa bekerja lebih lama untuk menampung diri dan keluarga mereka. Siapa yang mahu bekerja jika boleh bersara?Untuk sebab ini, DAP menggesa supaya umur persaraan dalam sektor swasta dilanjutkan selaras dengan lanjutan yang dibuat untuk sektor awam. *Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

SIAPA SALAH , MUFTI GAGAL TUNJUK SURAT NIKAH ?

Posted: 23 Dec 2011 12:34 AM PST

Mufti Perlis hadapi masalah daftar Kad Pengenalan anak Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mempertikaikan proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuching yang didakwa menyusahkan pengguna dalam prosedur mendaftar kad pengenalan.NONEKatanya, beliau sendiri mengalami perkara itu ketika cuba mendaftarkan seorang anak perempuannya awal pagi ini di pejabat berkenaan di Wisma Persekutuan Sarawak, Kuching.Jelasnya, anak keduanya yang berusia 12 tahun itu telahpun mempunyai pasport dan surat beranak berstatus warganegara Malaysia berbangsa Melanau, namun dinyatakan sebaliknya dalam sistem JPN.Malah, beliau juga diminta untuk menyerahkan bukti perkahwinannya dengan isteri beliau, seorang warga Indonesia untuk pendaftaran berkenaan, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini."Petugas kaunter kata ini prosedur baru tapi kenapa tidak dimaklumkan prosedur ini di papan kenyataan?"(Petugas kaunter) kata dalam ketetapan (prosedur standard) SOP dia, siapa kahwin warganegara asing kena bawa surat nikah. Tapi dalam panduan (kepada pengguna) tak disebut perkara itu."Bila dia telefon bahagian surat beranak, dia kata tak ada salinan surat nikah," katanya.Katanya lagi, petugas berkenaan memberi alasan bahawa bahagian surat beranak jabatan itu tidak mempunyai salinan sijil perkahwinannya dengan isteri beliau."Macam mana boleh berlaku sedangkan anak saya dah ada surat beranak, ada pasport tapi nak buat IC tak boleh?," soalnya."Surat nikah itu ada, tapi pada prosedur dia tak sebut. Kalau ada keperluan dia kena maklumkan dan ada sebab kenapa."Perkara ini menyusahkan orang yang datang jauh dari luar bandar dan tak ada maklumat, kena minta cuti dan sebagainya, dan ditambah lagi dengan kesesakan di kaunter," katanya lagi.Beliau turut mempertikaikan mengapa jabatan itu tidak dapat berkongsi maklumat daripada jabatan imigresen yang mengeluarkan pasport anaknya."Kenapa tak boleh rangkaikan maklumat (antara jabatan) sedangkan semuanya guna sistem berkomputer?," soalnya lagi.Beliau menjangkakan akan berdepan masalah yang sama apabila mendaftarkan empat orang lagi anaknya untuk mendapatkan kad pengenalan, walau mereka telah mempunyai sijil kelahiran dan juga pasport warganegara Malaysia."Pihak kerajaan sepatutnya permudahkanlah. Kita dah ada surat beranak dan kad pengenalan itu untuk memudahkan proses seterusnya."Bukannya bila dah ada kad pengenalan, bermakna surat beranak dan pasport tak ada faedah lagi," tambahnya.Banyak Pengajaran dari peristiwa di atas :-1. Karenah birokrasi atau prosidur berhati-hati?2. Mufti Perlis menegur kenapa Sistem kerajaan tidak dirangkaikan atau bersepadu.3. Perkara ini sebenarnya dah banyak berlaku dengan orang biasa cuma bila kena batang hidung orang besar atau terkenal atau VIP barulah terangkat punggung pegawai kerajaan yang bertugas.

GARA-GARA MEMBANTAH QAZAF, MENTERI AGAMA TERIMA AZAB

Posted: 22 Dec 2011 07:33 PM PST

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.Bagaimanapun, laporan itu menyatakan jumlah tersebut telah dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan.Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.Menurutnya lagi, pada 29 April 2010, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 juga menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu.Laporan itu menyebut, MAIWP melantik firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir mewakili mereka atas pegangan jawatan mereka dalam MAIWP.Laporan Audit Negara menjawab soalan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid, oleh tiga ahli parlimen – Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).Jawapan Azmi yang melampirkan laporan Audit Negara itu bertarikh 14 Disember, dan disiarkan dalam blog Nurul Izzah.Laporan itu menyebut bahawa peruntukan wang zakat yang didahulukan itu, telah dibayar balik sebelum penutupan akuan MAIWP tahun 2010 dan telah disahkan oleh pihak audit.

WAHAI RAKYAT MALAYSIA , RAKYAT FELDA ! FELDA DALAM BAHAYA

Posted: 22 Dec 2011 04:49 PM PST

Saman KPF, FGV di Mahkamah Tinggi esok: Datang beramai-ramaiTEMERLOH: Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini esok.Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, saman pemula tersebut adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Hplding."Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka," katanya dalam sidang media di pejabat Perhubungan PAS Pahang hari ini.Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Mazlan berkata, penyenaraian yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan hanya bakal menggali kubur untuk peneroka."Sebenarnya tindakan tersebut hanya untuk dapatkan dana sebesar RM3 bilion untuk agenda tertentu menjelang April nanti. Kita kenal siapa dalangnya, syarikat pelabur dan kita akan dedahkan apabila sampai masanya nanti."Anak juga akan buat bantahan kali kedua di tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad kerana kita tidak berpuas hati dengan jawapannya yang mengatakan beliau belum menjadi Pengerusi KPF sedangkan dia sudah bertindak sebagai penjawat itu berdasarkan surat pelantikan daripada Perdana Menteri," katanya.Mengenai prestasi KPF, Mazlan memberitahu, pada masa ini koperasi terbesar dan paling berjaya itu sudah memperolehi RM5 bilion setahun sehingga menjana keuntungan sebanyak RM800 juta dan rizab tunainya sahaja melebihi RM1.1 bilion."Sebab itu kita bersama 11 NGO pada masa ini minta semua pihak menyekat penyenaraian saham FGVH ke Bursa Malaysia supaya terus berkembang. Kami ada maklumat bahawa penyenaraian hanyalah konspirasi tertinggi untuk dapatkan dana daripada Felda."Mereka ini ada agenda lain dan bukan wang semata-mata. Sebab itu kita mahu kerajaan juga menyekat usaha ini kerana ia melibat maruah negara dan isu keuntungan durian runtuh kepada peneroka sebenarnya tidak berbangkit langsung.Mengenai Isa Samad, Mazlan memberitahu Pengerusi Felda itu telah bertindak di luar bidang kuasa beliau kerana sedang berusaha menyingkirkan orang-orang yang dianggap tidak boleh bekerjasama dengannya."Baru-baru ini Pengurus Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dicutikan, Kemudian saya dengar Timbalan Pengarah Pembangunan yang juga Setiausaha KPF diarah berpindah ke Putrajaya dan hari in Timbalan Pengarah Besar pula dikeluarkan oleh Isa."Saya diberitahu ada 18 orang lagi pegawai kanan yang akan dikenakan tindakan. Jadi kita mahu Cuepacs bertindak segera kerana tindakan oleh Isa ini dilakukan sewenang-wenangnya hanya kerana mereka ini dianggap tidak boleh bekerjasama," katanya.Posted by Selamatkan Pahang

LANGKAH TERBAIK !

Posted: 22 Dec 2011 04:19 PM PST

'JANGAN BAGI PELURU UNTUK DISERANG' - TGNA26 Muharram 1433 H | 22 December 2011Saya ingin memberikan sedikit ulasan berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.Saya menyokong sepenuhnya keputusan ini dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.Selaku Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak. Justeru, dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas.Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan. Dalam hal ini, negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS ini.Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti. Selesaikan perselisihan pandangan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh. Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa. Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya-allah.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 23 Dec 2011 03:51 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


KHIR TERLEPAS PENJARA TAPI HILANG KELAYAKAN BERTANDING PRU-13

Posted: 22 Dec 2011 11:31 PM PST

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi hari ini akan membawa kesnya itu ke Mahkamah Rayuan bagi mengurangkan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak.


Beliau dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

TOBASCO & HP SOURCE HARAM!!!

Posted: 22 Dec 2011 10:59 PM PST



... jangan le makan benda-benda yang pelik-pelik... mesti ade benda yang pelik-pelik di dalamnya

NFC : KAWAN PADA SHAHRIZATPUNYE LAKI DITAHAN SPRM

Posted: 22 Dec 2011 05:08 PM PST

(SH) - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' ditahan reman selepas cuba menyogok beberapa pegawai polis yang sedang menjalankan siasatan kes jenayah komersial dipercayai ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).


Ahli pernigaan berumur 45 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Perdana kira-kira jam 4.06 petang kelmarin.

Pengarah JSJK, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan Agensi Pekerja Asing dan syarikat pengangkutan teksi ini ditahan reman selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

"Suspek kini diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 23 Dec 2011 09:49 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Keputusan Cemerlang PMR 2011 Sekolah Agama di N.Sembilan

Posted: 22 Dec 2011 04:31 PM PST

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan PMR semalam.

Tahniah juga khusus untuk para pelajar, guru serta ibu bapa dari Sekolah Menengah Agama Rembau dan Sekolah Menengah Agama Dato Kelana Petra Maamor (SMAD KLANA), Seremban yang menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan bersejarah apabila 5 pelajar dari dari Sekolah Menengah Agama Rembau dan 9 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Dato Kelana Petra Maamor mendapat keputusan 9A.

Begitu juga dengan Sekolah Tinggi Islam As Sofa dengan 4 pelajarnya mendapat 9A dengan peningkatan mendadak GPS iaitu 1.80

Pada tahun 2010 hanya 1 orang pelajar mendapat 9A dari SMA Rembau dan hanya 2 orang pelajar mendapat 9A dari SMAD KLANA.

Harap dapat dikongsi bersama keputusan PMR sekolah menengah agama lain di Negeri Sembilan samada yang milik kerajaan mahu pun swasta.

Dari Blog SMA Rembau :

TAHNIAH PMR TERBAIK SELEPAS 52 TAHUN
2011-
GPS- 2.06
Bilangan 9A- 5 orang
%Pencapaian- 80.3

2010
GPS- 2.08
Bilangan 9A- 1 orang
%Pencapaian- 73.4

http://smarembau.blogspot.com

Dari Blog Sekolah Tinggi Islam As Sofa

ANALISIS DAN KEPUTUSAN PMR 2011
SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA

9A
1. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MUHAMMAD SUFIAN
2. MUHAMMAD SABIRIN BIN MD ZAHAR
3. AMEERA AQIELA BT ABDUL HADI
4. NUR HIDAYAH BINTI AZLAN

8A
MUHAMMAD AMSYAR HARITH BIN MOKHLIS
SHEIKH AFFAN HAZIQ BIN SHEIKH OBID
NUR ASMAUL HUSNA BINTI MUHD YATIM
NUSAIBAH BT MOHD ZAHRI
SHARIFAH FATIN AFIQAH BT SYED UZIR
SHARIFAH ZEYNAH BINTI ABDUL RAHMAN AL HADAD
SYAMIN NATASYA BINTI ZAINUDDIN
WARDAH BINTI RAMLI


7A
ABDULLAH SHUIB BIN MOHD MAZRI

MEOR MUHAMMAD HAKIM BIN MEOR ABDUL RAZAK
NURUL AFRINA BT. ABD. RAHMAN

6A
M MOHD AMIR ARSYAD BIN MOHD YUSOFF
2. MUHAMMAD AMIRUL SUFFIAN BIN AMRAN

GRED PURATA SEKOLAH = 1.80 *MENINGKAT MENDADAK

http://sekolahtinggiislamassofa.blogspot.com

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 23 Dec 2011 09:47 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Siapa yang nak sangat ganti YAB TOK GURU untuk jadi MB Kelantan dulu?

Posted: 23 Dec 2011 05:08 AM PST

Masuk derma ke akaun ahli politik 'tak boleh diterima'
Badan pemantau rasuah - Transparency International Malaysia (TIM)  - berkata tiada alasan yang sah untuk memasukkan sumbangan - politik atau tidak - ke dalam akaun bank peribadi.

Bercakap kepada Malaysiakini, Presidennya, Datuk Paul Low berkata amalan sedemikian membuka mengakibatkan berlaku penyalahgunaan.

"Menerima sumbangan melalui akaun bank individu sememangnya langsung tidak boleh diterima. Ia membuka banyak ruang untuk penipuan dan tuntutan falsu. Ia boleh disalahgunakan," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Low berkata ia masih sukar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan kes.

"Ia akan menjadi sukar untuk membuktikan rasuah kerana tidak ada peraturan-peraturan yang mengatakan bahawa ahli politik tidak boleh menerima sumbangan," katanya.

Semalam, Awang mengakui menerima sumbangan wang tunai dalam tiga akaun peribadinya, tetapi berkata wang tunai itu adalah untuk program kebajikan di Bachok, di mana beliau merupakan ketua Umno bahagian.

KHIDMAT MERU

Posted: 23 Dec 2011 09:21 AM PST

KHIDMAT MERU


PEMBERIAN RAWATAN DAN KERUSI RODA SECARA PERCUMA

Posted: 22 Dec 2011 07:35 AM PST

















Sebagai wakil rakyat yang prihatin dan peka terhadap masaalah rakyat, YB Dr Abd Rani senantiasa meluangkan masa melawat, merawat dan memberikan kerusi-kerusi roda kepada rakyat yang memerlukannya tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik mereka.


Pakatan Rakyat berkonsepkan Merakyatkan Ekonomi Selangor bertekad untuk memulangkan segala kekayaan dan hasil bumi Negeri Selangor kepada rakyat marhain yang layak menikmatinya.














PAS Kulaijaya

Posted: 23 Dec 2011 07:12 AM PST

PAS Kulaijaya


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS :DALAM POLITIK ADA FEQAHNYA

Posted: 22 Dec 2011 05:14 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 23 Dec 2011 03:15 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


PSG tells HA to stop media tirade against PAS

Posted: 22 Dec 2011 07:05 AM PST

Former Selangor PAS commissioner Hasan Ali was delivered another sharp rebuke today by PAS secretary general Mustafa Ali, telling the Selangor state Exco to stop using the media to criticise the Islamic party and emulate former deputy president Nasharudin Mat Isa by coming clean and shutting the door at UMNO.
Speaking to reporters, Mustafa who had earlier accused Hasan of dancing to UMNO's tune, said he would himself stop airing his views on Hasan if the latter stops issuing public statements on PAS, which Mustafa described as baseless criticism.
"When he makes wild claims, of course other PAS leaders would answer him back for the sake of the party. To stop this feud, it is simple. Hasan needs to stop talking. Then I too will stop talking as there will be no need to respond to his statements," said Mustafa.
Hasan, who had been given wide coverage by UMNO-owned media, again spoke to TV3 last night in what is being seen by many as a prelude to his impending defection.
Among others, the one-time television motivational speaker claimed that the 'professionals' now outnumber the ulama in PAS. He also poured scorn on the party's benevolent state concept agreed during PAS Muktamar in June, claiming that PAS had deviated from its Islamic struggle.
Although both Hasan and Nasharuddin echoed each other in their views, the latter yesterday made it clear that he would remain loyal to the Islamic party and dismissed speculation that he would jump ship.
In contrast, Hasan revealed that  he had agreement with the views of Malay right-wing politician Zulkifli Noordin, who left PKR last year citing his "love for Islam". Zulkifli had since embraced UMNO's Perkasa and accused PKR de-facto leader of sodomy.

Nik AzizHasan's claim of defending the ulama in PAS however did not impress the party's shura (Consultative) council leader Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, who said he would be the first to speak out if indeed Hasan's allegations were true. 

"Hence, the allegation that the benevolent state introduced by PAS president had deviated from the original struggle is nonsense," said the Kelantan Menteri Besar in a statement.
Mustafa, meanwhile, reiterated his earlier claim that Hasan fell victim to UMNO's game.
"Being trapped in UMNO's agenda does not need one to quit PAS and join UMNO. If the person had quit the party and joined UMNO, he would not be taken seriously by and his allegations will not have any influence on PAS members as he is no longer believable.
"The more dangerous trap that every member and leader must realise is when one continues to stay in the party and makes many baseless allegations against PAS and its principle. If this happens, the individual not only can influence the enemy but at the same confuse his own members with his baseless claims," stressed Mustafa, who disagreed with the suggestion that Hasan would join UMNO.
"I don't think UMNO will accept him as well. I was ready to forgive him... but when he criticised the party and made baseless statements against the party, I cannot forgive... I cannot keep quiet," said the veteran PAS leader from Terengganu.
Mustafa's latest statement comes in the wake of an announcement by information chief Tuan Ibrahim Tuan Man that the party would call Nasharuddin, Hasan and Selangor PAS information chief Saari Sungip to explain their recent media statements.
"With the general election looming, PAS will not tolerate any sabotage whether internal or external that could affect the party's final preparation," said Tuan Ibrahim, who reminded members to embrace teamwork.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 23 Dec 2011 01:15 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Adam Adli, anda tidak keseorangan

Posted: 23 Dec 2011 12:17 AM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Dis: "Insya Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli," tegas Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Beliau menegaskan demikian sebagai respons terhadap tindak balas ke atas Adam Adli yang sangat keterlaluan.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) itu, ludah, pukul dan terkini ugutan bunuh ke atas Adam telah melepasi batas kewarasan manusia bertamaddun.

Katanya, sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Datuk Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan.

"Telah saya tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Datuk Seri Najib perlu ditangani secara diplomasi," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, selaku mahasiswa dan intelek muda tentunya mempunyai asas kukuh kenapa Adam bertindak sedemikian.

Jsuteru, beliau menggesa supaya diberi peluang kepada Adam membuat penjelasan kenapa melakukan sedemikian.

Ini, katanya kerana beliau percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya.

Sebagai contoh, kata Nasrudin beliau sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu.

"Tegas saya nyatakan bahawa tindakan saya menurunkan bendera tersebut sebagai satu isyarat jelas bahawa Sweden tidak lagi dihormati apabila rakyatnya sewenang-wenang menghina Nabi Besar Muhammad s.a.w," jelasnya.

Katanya, perbuatan menurunkan bendera tidak lagi sepadan dengan tindakan mereka menghina Rasulullah saw.

"Begitulah saya melihat kes Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan beliau saja-saja pergi menurunkan bendera Datuk Seri Najib. Masih banyak kerja lain yang boleh dilakukan oleh beliau," ujarnya.

Tambahnya, tindakan nekad itu adalah isyarat atau merupakan satu mesej yang ingin disampaikan oleh Adam kepada Datuk Seri Najib.

"Selaku kerajaan, dengarlah suara hati anak muda itu. Jangan perkecilkan beliau. Jangan sangka beliau keseorangan," katanya.

Paling tidak, katanya mahasiswa, anak-anak muda yang terpinggir akan sepadu bersama Adam Adli.

"Saya selaku Ketua DPPM sekali lagi menyatakan rasa kesal dengan tindak balas di luar batas kewarasan tersebut.

"Saya harap Adam Adli bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah SWT. Anda tidak keseorangan. Dewan Pemuda PAS turut bersama anda," ujarnya lagi.

Harakah Daily

Hanya jalani rawatan biasa - Nik Aziz

Posted: 23 Dec 2011 12:06 AM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 23 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pihak tertentu agar tidak menyebarkan fitnah berhubung keadaan kesihatan dirinya yang menjalani rawatan baru-baru ini.

Katanya, dakwaan bahawa beliau berada dalam kritikal sehingga menerima rawatan intensif semasa berada di Hospital Universiti Malaysia (HUSM) baru-baru ini adalah tidak betul.

Menyangkal dakwaan itu Nik Aziz, 80, berkata, sudah menjadi rutin dia akan membuat pemeriksaan berkala di hospital terbabit supaya keadaan kesihatan sentiasa stabil dan memuaskan.

"Sudah menjadi kebiasaan saya buat pemeriksaan di hospital tiga bulan, ada( dakwaan) kata saya sakit, itu kerja orang yang tidak kenal dosa, " katanya ketika ditemui media di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Isnin lalu Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan dibenarkan pulang pagi semalam.

Bagaiamanapun, maklumat yang tersebar luas di internet menyatakan beliau berada dalam keadaan kritikal.

Semalam juga beliau turut mengeluarkan kenyataan menyatakan pendirian berhubung isu dalaman parti membabitkan bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip.

Dalam responya beliau menasihatkan semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti.

Beliau juga menyokong keputusan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat untuk memanggil ketiga-tiga individu tersebut memberikan penjelasan.

Harakah Daily

NFC: Pasukan Khas SPRM perlu panggil Muhyiddin

Posted: 23 Dec 2011 12:02 AM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Dis: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis agar turut memanggil anggota kabinet yang ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, ianya termasuk memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan pada tahun 2008.

Selain Muhyiddin ujarnya, SPRM juga perlu memanggil Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek tersebut di luar kabinet.

"SPRM dan polis perlu tunjuk ketelusan dan integriti mereka dengan memanggil anggota kabinet termasuk PM dan TPM.

"Kita tidak mahu ianya hanya sekadar menyiasat ke mana dana RM250 juta itu dibelanjakan oleh syarikat NFC," katanya kepada Harakahdaily.

Semalam SPRM mengumumkan akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat aduan berhubung NFC.

Pasukan itu akan diketuai oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga mahu SPRM menyiasat laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa wang disalurkan sepenuhnya pada 2008 hingga 2009 namun perjanjian hanya dibuat penghujung 2010.

"Nampaknya setakat ini SPRM tidak bersedia meluaskan siasatan kepada anggota kabinet yang terlibat.

"Seperti ada yang cuba sempitkan siasatan hanya kepada NFC dan Shahrizat," katanya Mahfuz lagi.

Aduan ke SPRM itu dibuat beberapa pihak termasuk kelmarin oleh PKR yang membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Shah Alam.

Laporan tersebut menjurus kepada kerugian dialami syarikat NFC yang dimiliki suami Menteri Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan penyelewengan dana RM250 juta yang diberikan kerajaan.

Ianya termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar dan pembiayaan percutian keluarga Shahrizat ke luar negara.

Selain itu, NFC juga sebelum ini didedahkan membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya.

Terbaru, keluarga Shahrizat turut didakwa membeli kondominium mewah berharga RM9.9 juta di Singapura, yang turut disyaki menggunakan wang NFC.

"Jika amalan ini (tidak menyiasat anggota kabinet terlibat) berterusan, ia adalah berbuatan curang," kata Mahfuz.

Harakah Daily

Muslimat Pas pastikan sokongan

Posted: 22 Dec 2011 11:38 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat Pas Terengganu menggambarkan jentera sayap parti itu berada di peringkat pecutan bagi membantu kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketuanya, Safinah Jusoh berkata, persiapan mengadakan pilihan raya akan datang dilakukan dengan lebih proaktif ketika ini untuk memastikan golongan sasaran memberi sokongan padu kepada parti.

"Kita tidak berlumba tetapi peringkat ini adalah untuk memastikan kita sentiasa ke hadapan supaya segala persiapan lengkap sebelum pilihan raya untuk memilih pemimpin dalam lima tahun akan datang," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, pihaknya kerap turun padang dengan pergerakan dilakukan di setiap kawasan bagi memastikan pelaksanaan menyeluruh di akar umbi.

Menurutnya, aktiviti di peringkat negeri pula dikurangkan kerana melihat keutamaan tertentu bagi memastikan rakyat berasa mereka didekati oleh pemimpin Muslimat di kawasan masing-masing.

"Banyak manfaat kita peroleh dengan mendekati mereka terutama dapat memperkemaskan keyakinan terhadap Pas selain tarik pengundi baru," katanya.

Mengulas lanjut berhubung pe-ngundi wanita, beliau berkata, penjelasan terperinci perlu disampaikan supaya mereka mengetahui perkara sebenar berhubung politik semasa yang berlaku pada hari ini.

Menurutnya, walaupun golongan wanita tidak seperti pengundi lelaki, namun mereka yang faham dengan situasi sekarang akan membuat penilaian bagi membuat pilihan terbaik menjelang pilihan raya akan datang.

"Kita tidak menolak ada golongan tidak faham kedudukan sebenar kerana hanya mendapat maklumat daripada media arus perdana tidak seperti pengundi muda mendapat maklumat lebih luas melalui internet," katanya.

Sinar Harian

Pemuda maut jatuh lori

Posted: 22 Dec 2011 11:32 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

SEMANTAN HULU – Seorang pemuda maut serta merta setelah terjatuh daripada lori yang dinaikinya sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 8 Jalan Cheroh – Gesing pada jam 3.30 petang, kelmarin.

Ketua Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata, mangsa, Kam Kah Wai, 19, berasal daripada Kampung Sempalit.

Menurutnya, ketika ­kejadian mangsa berada ­dalam lori di bahagian belakang ­dalam perjalanan dari Semantan ke Raub.

"Setibanya di tempat kejadian, tiba-tiba mangsa terjatuh daripada lori lalu terkena cermin hadapan dan besi pengadang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Mohd Nazlan berkata, ketika kejadian cuaca cerah dan jalan juga dalam keadaan baik.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Raub bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Sinar Harian

Trauma dicekik pesakit mental

Posted: 22 Dec 2011 11:30 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

ALOR BAKONG - Seorang warga emas trauma dan mengalami sakit di bahagian leher sejak dicekik seorang pemuda yang mengalami masalah mental pada Selasa lalu.

Anak mangsa, Harsani Basri, 47, berkata, ibunya, Hasipah Ngah Kassim, 81, ada mengadu sakit di bahagian leher dan hanya boleh makan bubur serta makanan lembut sahaja.

Menurutnya, ibunya masih terkejut dengan peristiwa itu bagaimanapun, dia sekeluarga berusaha membantu Hasipah dengan memberikan semangat untuk melupakannya.

"Kami juga tidak mahu tinggal ibu bersendirian di rumah, kerana dia masih dalam keadaan trauma dengan kejadian tempoh hari," katanya ketika dikunjungi Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin di rumah Hasipah, di Alor Bakong, di sini, semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, Hasipah berada seorang diri di rumahnya diserang pemuda sakit mental yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya kira-kira jam 4.30 petang.

Hasipah mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan kiri, dada dan leher akibat kejadian itu.

Lelaki berkenaan ditahan oleh polis untuk siasatan dan kini yang ditahan di wad Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Teluk lntan.

Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, kejadian yang berlaku ini merupakan salah satu kes yang serius kerana boleh berlaku bila-bila masa dan sesiapa sahaja.

Menurutnya, di kawasan Dun Sungai Manik terdapat kes pesakit mental yang dalam pemantauan Unit Psikiatri dan kesihatan mental Hospital Teluk lntan (UPKMTI).

"Saya menerima laporan itu setiap bulan mengenai kes pesakit mental dari UPKMTI tetapi tidak pula dinyatakan sama ada kes itu serius atau tidak.

"Malahan, saya tidak mahu berlaku lagi kes pembunuhan seperti yang berlaku di Taman Perumahan Mawar, Langkap pada Ogos tahun lalu," katanya.

Justeru itu, Zainol Fadzi meminta UPKMTI bertindak lebih telus untuk menahan mana-mana kes pesakit mental yang didapati membahayakan keselamatan orang ramai untuk mengelakkan kejadian seperti berlaku.

Sinar Harian

Mat gian punca kebakaran

Posted: 22 Dec 2011 11:26 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM – Mat gian atau penagih dadah yang sering menjadikan sebuah bangunan terbengkalai dekat Jalan Betek, di sini, sebagai port melepaskan gian dipercayai menjadi punca ia terbakar dalam satu kejadian, malam kelmarin.

Kejadian disedari orang awam yang dikatakan terlihat kelibat mat gian beredar dari kawasan tersebut sejurus selepas tingkat atas bangunan dua tingkat itu terbakar.

Api dipercayai bermula dari hujung bangunan yang menempatkan beberapa bekas lot kedai, sebelum merebak ke beberapa bahagian yang lain.

Bagaimanapun, tiada kecederaan mahu pun kemalangan jiwa dilaporkan berikutan ketika kejadian, bangunan itu kosong dan tidak berpenghuni.

Penguasa Bomba Zon Perai, Alias Musa ketika ditemui di lokasi kejadian memberitahu, kebakaran hanya melibatkan sebahagian daripada bangunan yang juga bekas tapak pasa raya yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi, kepulan asap memenuhi ruang udara sekitar kawasan berkenaan, namun pihaknya berjaya mengawal api dari terus merebak dalam masa lima minit.

"Kita menerima panggilan orang awam pada jam 8.57 malam dan tiba lima minit kemudian.

"Sebanyak lima jentera dengan kekuatan 24 anggota dari Balai Perai dan Bukit Mertajam, dibantu bomba sukarela dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus kemudian dan berusaha memadam kebakaran dari terus merebak," katanya.

Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sinar Harian

Penduduk dinasihat waspada

Posted: 22 Dec 2011 11:23 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

KAMPUNG GENUANG INDIA - Penduduk sekitar Genuang India dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga dengan paras air yang semakin naik sepanjang hari untuk keselamatan bersama.

Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, sehingga jam 3 petang semalam belum ada penduduk kampung ini berpindah ke pusat pemindahan memandangkan rumah mereka masih lagi selamat didiami sehingga kini.

Walau bagaimanapun ka­tanya, sebuah keluarga di Kampung Melayu Raya sudah mula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir pagi semalam apabila rumah mereka dinaiki air. Manakala beberapa perumahan di kawasan sama berada dalam keadaan berjaga jaga.

"Skuad Banjir di bawah Dun Kemelah buat pemantauan 24 jam bagi persekitaran yang mudah dinaiki air untuk memberi isyarat awal kepada penduduk supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum rumah mereka ditenggelami air.

"Sehingga kini mangsa banjir Dun Kemelah membabitkan lapan keluarga dengan tiga pusat pemindahan dibuka sehingga jam 4 petang semalam dengan jumlah tertinggi mangsa di pusat pemindahan Pogoh seramai 35 orang," katanya.

Menurutnya, dari segi keperluan makanan tidak timbul masalah kepada mangsa banjir yang telah ditempatkan di pusat pemindahan dan semuanya cukup selain barang keperluan harian yang mereka bawa sendiri seperti bantal, selimut dan sebagainya.

Ayub menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan air yang mungkin akan naik tanpa disedari contohnya ketika tidur dan mengikuti segala arahan yang dikeluarkan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

"Pengalaman banjir awal tahun lalu kita lihat masih terdapat segelintir mangsa yang berdegil untuk keluar dan terus tinggal di rumah mereka meskipun air telah naik.

"Dengan adanya Skuad Bencana ini kita harap hasil pemantauan yang kerap dilakukan mampu membantu penduduk di bawah Dun Kemelah menerima input terkini tentang paras air sebelum berpindah ke pusat pemindahan," katanya kepada Sinar Harian ketika meninjau keadaan paras air di kampung berkenaan semalam.

Sinar Harian

Lantai licin undang kebimbangan

Posted: 22 Dec 2011 11:19 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

MERSING - Segelintir pengguna dan peniaga meminta pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap struktur binaan lantai yang tidak sempurna di Jalan Ismail berhampiran Pasar Mini Mersing, di sini.

Mereka mendakwa lantai yang dibina itu tidak sekata menyebabkan air bertakung ketika hujan.

Malah terdapat juga berlakunya beberapa insiden pengunjung tergelincir selepas melalui laluan berkenan dan terpijak di lantai yang licin.

Pengadu, Faridah Ibrahim ,43, berkata, lantai berkenaan perlu diperbaiki dengan segera kerana dikhuatiri menyebabkan kemalangan sehingga mencederakan.

"Lebih menyukarkan peniaga apabila berlakunya hujan, air akan naik sehingga ke pintu kedai," katanya.

"Saya merayu kepada pihak yang berkenaan supaya memperbetulkan lantai tersebut bagi kemudahan semua pihak," katanya kepada Sinar Harian.

Manakala, Chin Siew, 63, berkata, keselamatan pengguna perlu diutamakan sebelum berlakunya kemalangan.

Menurutnya, walaupun lantai berkenaan pada dasarnya nampak tidak bermasalah, namun setiap kali hujan mesti ada mangsa yang tergelincir.

Chin Siew berkata, dia berharap pihak yang dipertanggungjawab bagi pembinaan projek itu mengambil perhatian serius dan tampil memberi penjelasan berhubung perkara yang dibangkitkan.

"Kita tidak mahu apabila kejadian tidak diingini berlaku, pelbagai pihak mula menuding jari menyalahkan antara satu sama lain dan tidak mahu bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Zainal Eran berkata, pihaknya akan memantau dan mengatasi masalah itu.

"Kita akan menilai perkara yang dibangkitkan ini dan akan mengambil tindakan sepatutnya dalam usaha memberi keselesaan untuk semua pihak," katanya.

Sinar Harian

Dua penyamun tewas

Posted: 22 Dec 2011 11:14 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

BATU PAHAT - Taktik dua lelaki menggunakan topi polis sebagai pelindung kegiatan samun selama ini menemui noktah apabila aktiviti mereka dilihat awam dan dikesan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Suspek dipercayai aktif menyamun di sekitar Muar, Melaka dan sebahagian Negeri Sembilan ini sengaja meletakkan topi polis di bahagian belakang kereta yang digunakan bagi mengaburi pandangan polis apabila sekatan dijalankan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kedua-dua suspek berkenaan ditahan setelah menyamun seorang wanita di tempat letak kereta di daerah ini dan dilihat orang awam pada 17 Disember lalu.

Menurutnya, orang awam yang melihat kegiatan itu terus menghubungi bilik gerakan IPD Batu Pahat dan tindakan segera mengesan kenderaan berkenaan dilakukan Unit MPV.

"Setelah berjaya mengesan kenderaan suspek iaitu Proton Perdana bernombor pendaftaran Melaka di sekitar Jalan Tanjung Laboh, Unit MPV terus mengejar kereta berkenaan.

"Walau bagaimanapun, kereta terbabit telah terbabas dan kedua-dua suspek cuba melarikan diri tetapi salah seorang berjaya ditahan manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri di kebun kelapa sawit berhampiran. Siasatan awal di kereta suspek, polis menjumpai satu topi polis dipercayai digunakan untuk mengaburi pandangan pihak berkuasa selama ini," katanya pada sidang media di IPD Batu Pahat, semalam.

Din berkata, dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9), seorang lagi suspek berjaya ditahan keesokan harinya kira-kita jam 8.30 pagi di kawasan kampung berhampiran.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek ini dipercayai telah melakukan pelbagai kes jenayah lain berdasarkan beberapa peralatan dan dokumen mangsa yang ada di dalam kereta yang digunakan.

"Dipercayai kedua-dua suspek ini telah melakukan pelbagai kesalahan dan pernah ditahan atas kesalahan seperti kes samun, ragut, curi kereta dan motosikal, selain mereka juga positif dadah. Kes yang melibatkan kedua-dua suspek ini, akan disiasat di bawah Seksyen 395, Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan.

"Dalam kes ini, pihak polis memuji tindakan orang awam yang menghubungi terus pihak polis setelah melihat kes jenayah dan kepada sesiapa yang terlihat apa juga kegiatan jenayah berlaku mereka boleh menghubungi talian Hotline IPD Batu Pahat iaitu 07-4343999 dengan segera," katanya.

Sinar Harian

Kurang upaya tak halang keputusan cemerlang

Posted: 22 Dec 2011 11:11 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

PENDANG - Meskipun dilahirkan sebagai insan istimewa, Muhammad Hadi Darus, 15, membuktikan mampu mencapai kejayaan setelah mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Anak kedua daripada lima beradik ini ternyata begitu teruja apabila menerima keputusan berkenaan walaupun pada mulanya hanya menyasarkan 8A daripada sembilan mata pelajaran yang diambil.

Menurutnya, ia diperolehi hasil sokongan dan dorongan semua pihak termasuk keluarga, guru dan rakan.

"Sewaktu peperiksaan percubaan, saya mendapat 8A 1B (B untuk subjek sejarah), dan dalam peperiksaan sebenar saya agak khuatir terhadap tiga subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

"Saya selalu berdoa dan menunaikan solat hajat. Kini gembira dan bersyukur kerana berjaya mencapai keputusan cemerlang yang membanggakan semua pihak, khususnya kedua ibu bapa saya," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tiang, semalam.

Anak kepada pasangan yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Felda Sungai Tiang, Darus Dariman, 51, dan Halimah Che Pa, 49, turut mendapat keputusan cemerlang 4A1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), bercita-cita menjadi pensyarah.

"Sewaktu kecil, ada juga yang mengejek tetapi kini tidak lagi, sebaliknya rakan dan guru-guru sentiasa memberi galakan dan semangat kepada saya.

"Malah, saya juga ada seorang rakan karib, Muhammad Fikri Ishak (15), yang banyak membantu sewaktu saya berada di sekolah," katanya yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Kedah.

Sinar Harian difahamkan, Muhammad Hadi yang menulis menggunakan kaki tidak memerlukan masa tambahan sewaktu menjawab soalan peperiksaan.

Sementara itu, ibunya, Halimah, yang menemani Muhammad Hadi untuk mengambil keputusan peperiksaan, bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu anaknya di sekolah.

Menurutnya, mereka sekeluarga sentiasa memberi sokongan penuh kepada Muhammad Hadi agar anaknya itu tidak merasai sebarang kekurangan walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.

"Muhammad Hadi suka berdikari dan tidak mahu terlalu bergantung kepada orang lain,. Setiap pagi ayahnya akan menghantar dan menjemput Muhammad Hadi pulang dari sekolah.

"Malah, jika hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di SMA Kedah, salah seorang daripada kami akan memohon untuk ditukarkan ke Alor Setar bagi memastikan Muhammad Hadi dapat meneruskan pelajaran dengan selesa," katanya.

Pengetua SMK Sungai Tiang, Mohd Khirruddin Idris berkata, sekolah menyediakan kemudahan untuk Muhammad Hadi belajar dengan selesa termasuk menempatkan kelas Muhammad Hadi di aras bawah untuk memudahkan pergerakannya.

"Dia adalah pelajar istimewa pertama di sekolah ini yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.

"Muhammad Hadi adalah seorang pelajar yang suka berdikari dan aktif seperti pelajar normal lain," katanya.

Sinar Harian

Terhumban dalam longkang

Posted: 22 Dec 2011 11:05 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

SALAK BARU – Gara-gara jalan licin, sebuah kereta jenis Produa Viva yang dipandu oleh seorang remaja tercampak ke dalam longkang besar di sebuah selekoh berhampiran Taman Delima, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, penduduk di kawasan berhampiran mendakwa lokasi berkenaan sering berlaku kemalangan disebabkan beberapa faktor termasuk keadaan jalan raya dan kecuaian pemandu.

Mangsa kemalangan, Khairul Anuar, 22, berkata, kejadian berlaku dalam sekelip mata sahaja dan tiba-tiba sahaja dia terhumban ke dalam longkang besar di tepi jalan.

Menurutnya, walaupun keadaan keretanya mengalami kerosakan agak teruk tetapi dia masih bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang dan ketika itu cuaca hujan menyebabkan jalan licin serta kereta dipandu hilang kawalan.

"Selepas itu kereta dipandu terus terhumban masuk ke dalam longkang besar dan saya tidak dapat berbuat apa-apa.

"Sewaktu kejadian saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Sungai Siput ke rumah di Karai dan memang sering menggunakan jalan ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Sungai Siput, Superitendan Azman Salim mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu dan dua lagi kes kemalangan dilaporkan berlaku di Jalan Datuk Shee Koon Lim.

Jelasnya, berdasarkan laporan, kemalangan melibatkan remaja berkenaan berlaku disebabkan mangsa terlanggar lopak air dan terbabas sendiri.

"Dalam masa lebih kurang setengah jam dua kes melibatkan sebuah kereta tiba-tiba berasap dipercayai enjin rosak," katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan dan berlaku kira-kira jam 4.30 petang.

"Manakala satu lagi kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan seorang lelaki warga Myanmar berusia 20-an yang menunggang basikal.

"Dalam kejadian itu, lelaki berkenaan cuba menyeberang jalan dan dilanggar sebuah kereta yang kebetulan melalui jalan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kaki serta luka di bahagian tangan," katanya.

Sinar Harian

Desak naikkan harga padi

Posted: 22 Dec 2011 11:02 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

TANJUNG PIANDANG – Seramai 100 petani di beberapa kawasan di Kerian mengadakan demonstrasi aman di pekan Tanjung Piandang bagi mendesak pengilang Padi di daerah ini, menaikkan harga padi, semalam.

Antara petani yang terlibat dalam piket itu berasal dari Tanjung Piandang, Bagan Tiang, Sungai Bakau, Sungai Kota, Bagan Serai, Sungai Acheh dan Sungai Baru serta beberapa lagi kawasan berhampiran.

Wakil Petani Kawasan Sungai Bakau, Jalan Sempadan, Mohd Abu Hair, 33, berkata, tindakan itu dilakukan bagi memastikan harga padi di daerah ini diselaraskan seperti daerah lain di Perak.

Menurutnya, harga belian padi di daerah ini adalah RM1,070 setan manakala di daerah lain pula RM1,400 untuk satu tan.

"Harga padi di sini rendah berbanding daerah lain termasuk Sekinchan iaitu RM1,310 setan manakala Langkap pulaRM1,200 setan.

"Keadaan itu menyebabkan banyak petani mengeluh kerugian kerana terpaksa menanggung pelbagai kos yang kini meningkat termasuk sewaan jentera, baja dan racun yang berkualiti," katanya kepada Sinar Harian.

Wakil Petani Kawasan Sungai Baru, Juhari Arbain, 34, pula berkata, pengilang sepatutnya menyelaraskan harga dan tidak membandingkan harga pembelian mengikut daerah.

Jelasnya, ini kerana, kualiti padi yang diberikan petani di sini tidak banyak bezanya dengan daerah lain.

"Kenapa harga belian padi berbeza-beza mengikut daerah sedangkan kualitinya lebih kurang sama.

"Hal ini dilihat adalah tidak adil kepada petani seperti kami di sini," katanya.

Juhari berkata, jika hal itu terus berlarutan petani di sini tidak dapat memberikan prestasi yang baik berbanding sebelumnya.

Katanya, pihak kerajaan khususnya Jabatan Pertanian dan agensi terlibat perlu memainkan peranan agar nasib petani di sini terus terbela.

Kos pengangkutan kurang

Bagi Petani Kawasan Tanjung Piandang Kang Leang Chai, 30, dari segi jarak dan kos pengangkutan sudah semestinya pengambilan padi dari daerah Kerian lebih menjimatkan berbanding daerah lain.

Menurutnya, sepatutnya, petani di daerah ini menerima lebih banyak berbanding daerah lain kerana menjimatkan dari segi pengangkutan.

"Tetapi hal sebaliknya berlaku, jadi sebagai petani kami mahu pihak kerajaan meneliti semula harga beli bagi setiap tan di Kerian," katanya.

Petani Kawasan Bagan Tiang, Mohd Zulkifli Baharom, 47, berkata, kami menggesa pihak pengilang mengkaji semula tahap pembayaran pada kadar RM1,070 setan ataupun diselaraskan semua harga bagi setiap daerah.

Katanya, selain itu, pelbagai masalah dihadapi petani memerlukan perhatian kerajaan termasuk menyelaraskan sistem pengairan yang dipantau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Kita juga berharap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) memainkan peranan membela nasib petani demi peningkatan hasil seperti yang diharapkan," katanya.

Kaji semula masalah petani

Sementara itu, Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari berkata, kerajaan perlu mengkaji masalah dibangkitkan petani di sini yang mahukan harga pembelian padi dinaikkan ataupun diselaraskan dengan daerah lain di Perak.

Jelasnya, kerajaan boleh mendesak pengilang menaikkan harga belian padi kepada lebih tinggi.

"Jika hendak dibandingkan kualiti padi di daerah ini, tidak banyak bezanya namun, harga beliannya dibezakan tanpa alasan munasabah.

"Selain itu, masalah berbangkit seperti sistem pengairan dan urus selia padi dari Jabatan Pertanian perlu juga diberi perhatian serius jika mahu peningkatan padi Negara terus melonjak dari tahun ke tahun," katanya.

Sinar Harian

Mangsa banjir makin meningkat

Posted: 22 Dec 2011 10:59 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHARU - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat daripada 908 orang pada pukul 10 malam tadi kepada 932 orang pada 9 pagi ini.

Portal banjir Majlis Keselamatan Negara menunjukkan pusat pemindahan yang dibuka juga meningkat daripada 22 kepada 27 pusat.

Pusat-pusat pemindahan itu ialah di Segamat (13), Mersing (sembilan) dan Batu Pahat (lima).

Mersing mempunyai jumlah mangsa teramai iaitu 432 orang daripada 112 keluarga, Segamat (335 daripada 81 keluarga) dan Batu Pahat (165 daripada 42 keluarga).

Hujan yang sangat lebat menyumbang kepada kenaikan air banjir dengan taburan melebihi 60mm dengan jumlah tertinggi yang dicatatkan ialah 176mm di Endau, Mersing.

Manakala Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat meningkat ke paras bahaya 9.21 meter manakala Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (6.11m).

Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencapai paras amaran 2.77m, Sungai Bekok di Empangan Bekok dan Sungai Senggarang di Senggarang Batu Pahat masing-masing mencatatkan paras amaran air sungai pada 16.53m dan 3.18m manakala Sungai Segamat di Segamat, Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat masing-masing 9.18m dan 19.55m.

Sinar Harian

Khir Toyo dihukum penjara 12 bulan

Posted: 22 Dec 2011 10:55 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Sinar Harian

Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun

Posted: 22 Dec 2011 10:07 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

NONEKhir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

khir toyo mansion 060709 06Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Malaysiakini/-

Propaganda musuh terhenti, fokus kemungkaran BN

Posted: 22 Dec 2011 07:34 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa yakin, polemik dalaman PAS yang dicipta oleh propaganda musuh sudah terhenti dan fokus rakyat kini terarah kepada semua kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan BN hari ini.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, media seperti mahu menimbulkan prejudis terhadap PAS dengan menimbulkan polemik yang sengaja direka-reka.

"Sebaliknya media mahu lensa rakyat melupakan isu-isu besar yang sedang melingkari negara ini seperti penyelewengan dana rakyat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, krisis kepercayaan dalam parti pemerintah, serta polisi dan undang-undang yang membelenggu rakyat.

"Kesemua ini adalah isu yang perlu dihadapkan kerana melibatkan kepentingan rakyat yang lebih utama," ujarnya.

Katanya, DPP Malaysia dan rakyat tentunya tidak sabar menunggu perubahan yang bakal dijelmakan dalam PRU ke 13 nanti bersama Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera.

Sehubungan itu, ujarnya DPP Malaysia menghargai keikhlasan dan tekad yang ditunjukkan Ustaz Nasharudin Mat Isa yang bertegas mempertahankan Islam melalui PAS dengan tiada niat sedikitpun mahu menyertai Umno seperti yang ditohmah.

Bagi DPP Malaysia, tambahnya itu adalah satu contoh terbaik buat semua pendukung PAS betapa kentalnya iltizam yang ditunjukkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Menurutnya, meskipun difitnah dari pelbagai pihak, beliau masih tetap teguh berpegang kepada perjuangan PAS yang selama ini didukungnya, malah segala tohmahan yang dilemparkan tidak sedikitpun merencatkan perjuangan beliau.

"Sudah tentu kenyataan terbuka beliau untuk terus bersama dengan perjuangan Islam dalam PAS menyejukkan dan melegakan hati seluruh penyokong dan pendokong perjuangan Islam ini.

"Keperibadian yang tinggi ini adalah natijah dari proses tarbiyah yang ada dalam PAS selama ini," katanya lagi.

Katanya, kejayaan proses tarbiyah PAS bukan menjadikan seseorang itu hebat penampilannya, lebih dari itu menjadikan akidah perjuangannya kental dan tidak mudah goyah walau apa pun ujian yang melanda.

Beliau menambah, proses tarbiyah PAS membina setiap diri ahli dan anggota berjiwa besar dalam menghadapi segala macam tribulasi.

Kerana itulah, ujarnya PAS terus bertahan sehingga sekarang meskipun diserang dari pelbagai penjuru dan ruang.

Justeru, tegasnya DPP Malaysia menganggap semua tohmahan terhadap Nasharudin merupakan mainan media yang mahu melaga-lagakan perpaduan yang kukuh dan ukhwah yang erat di kalangan pemimpin PAS.

Harakah Daily

Maahad Muhammadi Perempuan terbaik sekolah Yik

Posted: 22 Dec 2011 07:18 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 23 Dis: Maahad Muhammadi Perempuan muncul sekolah terbaik sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) setelah mendapat keputusan cemerlang 100 peratus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Manakala Maahad Tahfiz Sains Al-Quraan, Bistanul Ariffin, Berangan, Tumpat pula menduduki tempat kedua terbaik seluruh Kelantan yang juga mendapat keputusan 100 peratus kejayaan.

Kejayaan luar biasa yang sebelum ini hanya dicapai enam peratus bagi 9A, kini mencecah kepada 40.7 peratus, berbanding Maahad Muhammadi Perempuan 40.9 peratus.

Menariknya, pasangan kembar Nurul Aina dan Nurul Aini Mat Sidik, 15, antara yang memperolehi 9A sekolah itu.

Mudir Maahad Muhammadi Perempuan, Ustaz Mansor Daud ketika berucap pada majlis pengisytiharan itu semalam memberitahu, seramai 167 pelajar yang menduduki peperiksaan itu telah memperolehi 9A.

"Ianya satu pencapaian yang amat membanggakan dan kita sendiri tidak menduganya.

"Sebelum ini Yik meletakkan target pada kita, 95 peratus, kita rasa ianya tidak mampu melepasinya, namun inilah ketetapan Allah, alhamdulillah," ujarnya.

Mudir Maahad Tahfiz Sains Al-Quran Bistanul Ariffin, Ustaz Suhaimi Sulaiman pula, menyifatkan kejayaan itu bukan hanya keberkatan sekolah aliran agama sahaja, sebaliknya pelajar juga menghafal al-Quran.

Harakah Daily

LPF: Tarik balik keputusan tidak tapis filem

Posted: 22 Dec 2011 07:15 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang tidak lagi akan menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya menyerahkan peranan itu kepada pengarah dan penerbit filem.

Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan DPPWP, Fadhil Osman (gambar) berkata pihaknya melihat keputusan itu amat tidak wajar kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pelbagai perlanggaran dalam disiplin filem di negara ini khususnya membabitkan adegan-adegan yang tidak wajar menjadi tontotan umum.

Katanya, DPPWP menganggap keputusan ini amat membahayakan terutama kepada industri perfileman negara memandangkan kuasa menapis sesebuah filem diserahkan sepenuhnya kepada pengarah dan penerbit filem.

Sudah tentu, katanya filem itu akan ditapis mengikut selera dan citarasa pengarah atau penerbit.

Beliau menambah, penerbit atau pengarah pula akan melihat kepada kehendak dan citarasa penonton semasa bukan mengikut hukum agama.

"Isu moraliti dalam filem akan dipandang remeh dan boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran menurut hawa nafsu oleh mereka yang berkepentingan.

"Keputusan ini juga boleh menyebabkan industri pefileman negara berkecamuk dan boleh mengundang pelbagai kemarahan orang ramai," ujarnya kepada Harakahdaily.

Bagi mereka, ujarnya keuntungan adalah keutamaan dengan mengikut pasaran semasa tanpa mengerti persoalan hala dan haram sesuatu filem yang ditayangkan.

Bagi DPPWP, katanya LPF perlu melihat kepada suasana dan permasalahan dalam masyarakat hari ini khususnya terhadap anak-anak muda.

Dengan peningkatan gejala sosial yang semakin parah, kata beliau apakah LPF mahu menambah lagi masalah sosial dalam negara ini hasil daripada penayangan filem yang tidak tertapis.

Beliau berkata, DPPWP bimbang pengaruh filem akan menyebabkan keruntuhan akhlak remaja yang lebih serius sebagaimana yang berlaku kepada masyarakat di negara Barat.

"Kawalan atau tapisan yang dilakukan oleh LPF selama ini boleh meyakinkan untuk sesebuah filem ditonton oleh setiap lapisan masyarakat," katanya.

Menurutnya lagi, meskipun tidaklah sempurna, setidak-tidaknya, tidak ada adegan yang terlepas pandang serta prinsip akauntabiliti akan dipertanggungjawabkan terhadap pihak terlibat dalam menerbitkan sesebuah filem.

"Dengan ini barulah industri filem di negara ini mampu berkembang dengan sihat dan baik," katanya.

Justeru, tambah beliau DPPWP mendesak LPF agar menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem pada tahun depan.

Katanya, LPF perlu melihat maslahat umum dengan melihat kesan daripada keputusan itu kepada masyarakat terutama generasi muda hari ini dan masa depan negara.

Harakah Daily

Terima keputusan syura dalam apa jua tindakan

Posted: 22 Dec 2011 07:10 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia mendukung keputusan PAS melalui mesyuarat Lujnah Politiknya yang disokong oleh kenyataan al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyusul selepas itu untuk memanggil tiga orang yang terlibat dengan pertikaian yang telah mencetuskan keresahan ahli dan penyokong PAS sejak beberapa hari kebelakangan ini bagi mendapatkan penjelasan 'rasmi' dan tindakan seterusnya.

"Kembali kepada mesyuarat atau syura adalah kembali kepada Allah, rasul-Nya dan ulil amri (syura) sebagai mana diseru oleh al-Quran, DPPM dengan penuh tawaduk meyakini bahawa menerima keputusan syura dalam menentukan apa-apa tindakan ke atas mereka yang terlibat adalah satu amal ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya," kata timbalan ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kepada Harakahdaily.

Katanya, ketaatan kepada Allah akan mendekatkan parti PAS kepada janji-janji agung daripada Allah ke atas hamba-hamba-Nya yang berjuang di jalan-Nya.

Ini, ujarnya seperti yang dipertegaskan oleh DPPM sebelum ini, setiap perselisihan yang berlaku hendaklah diadili seadilnya oleh hakim yang diberi kuasa oleh ugama.

Justeru, kata beliau sebarang penghukuman awal oleh mana-mana pihak, luar dan dalam parti, adalah tertolak kerana ia pasti menambahkan kerosakan.

"Seperti kata al-Mursyidul Am, ia hanyalah ribut kecil yang dikencangkan oleh pihak yang enggan melihat kesepaduan jamaah Islam," katanya.

Beliau berkata, DPPM dengan ini menawarkan kepada pihak yang bertelagah apa yang ditawarkan oleh Allah di dalam al-Quran iaitu kembalilah kepada jalan-Nya yang terbentang luas.

"Semoga Allah merapatkan kembali talian iman dan ukhuwwah sesama ahli," katanya lagi.

Harakah Daily

Anak saman KPF, FGVH hari ini

Posted: 22 Dec 2011 06:49 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

TEMERLOH - Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini jam 10 pagi.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, saman pemula itu adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding.

"Kita akan mulakan perjuangan dengan bersama-sama lebih 10 NGO solat hajat di perkarangan mahkamah Temerloh esok (hari ini).

"Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka," katanya di pejabat Perhubungan Pas Pahang di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruh Jaya Pas Pahang.

Mazlan berkata, penyenaraian yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan hanya bakal menggali kubur untuk peneroka.

"Sebenarnya tindakan tersebut hanya untuk dapatkan dana sebesar RM3 bilion untuk agenda tertentu menjelang April nanti. Kita kenal siapa dalangnya, syarikat pelabur dan kita akan dedahkan apabila sampai masanya nanti.

"Anak juga akan buat bantahan kali kedua di tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad kerana kita tidak berpuas hati dengan jawapannya yang mengatakan beliau belum menjadi Pengerusi KPF sedangkan dia sudah bertindak sebagai penjawat itu berdasarkan surat pelantikan daripada Perdana Menteri," katanya.

Mengenai prestasi KPF, Mazlan memberitahu, pada masa ini koperasi terbesar dan paling berjaya itu sudah mendapat RM5 bilion perolehan setahun sehingga menjana keuntungan sebanyak RM800 juta dan rizab tunainya sahaja melebihi RM1.1 bilion.

"Sebab itu kita bersama NGO pada masa ini minta semua pihak menyekat penyenaraian saham FGVH ke Bursa Malaysia supaya terus berkembang. Kami ada maklumat bahawa penyenaraian hanyalah konspirasi tertinggi untuk dapatkan dana daripada Felda.

"Mereka ini ada agenda lain dan bukan wang semata-mata. Sebab itu kita mahu kerajaan juga menyekat usaha ini kerana ia melibat maruah negara dan isu keuntungan durian runtuh kepada peneroka sebenarnya tidak berbangkit langsung," katanya.

Sinar Harian

Peratusan gred A meningkat

Posted: 22 Dec 2011 06:47 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Seramai 7,571 daripada 76,829 pelajar mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Selangor.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Mahmud Karim berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 0.73 peratus berbanding pencapaian pelajar pada tahun lalu, iaitu melibatkan 6,907 orang yang memperoleh semua A.

Menurutnya, Gred Purata Nasional (GPN) juga menunjukkan peningkatan daripada 2.56, berbanding 2.60 pada tahun lalu, iaitu pertambahan sebanyak 0.4 peratus.

"Nilai gred purata yang kita capai pada tahun ini melebihi sasaran JPS, iaitu 2.58. Lagi kecil nilai itu, lebih baik keputusannya," katanya.

Mahmud berkata, empat pelajar istimewa antara individu yang mendapat keputusan cemerlang dengan dua daripada mereka mendapat 8A, manakala dua lagi memperoleh 7A.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, keputus­an PMR 2011 merekod­kan keputus­an terbaik dalam tempoh lapan tahun.

Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP), Datuk Khairil Awang berkata, pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR 2011 bagi Wilayah Persekutuan (WP) meningkat berdasarkan GPN, iaitu 2.54 berbanding 2.59 pada 2010.

"Nilai GPN WP sebanyak 2.54 mengatasi Gred Purata Nasional, iaitu 2.71 di mana sejumlah 25,353 calon mendaftar untuk menduduki PMR 2011 iaitu 22,739 orang (89.69 peratus) adalah calon daripada sekolah di bawah kelolaan Kemen­terian Pelajaran Malaysia, manakala 2,614 orang (10.31 peratus) adalah calon dari sekolah swasta," katanya selepas Majlis Penyerahan Keputusan PMR 2011 kepada sembilan pelajar yang mencapai gred A dalam semua mata pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seri Rampai Kuala Lumpur, semalam.

Khairil berkata, calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat 193 orang iaitu daripada 2,103 orang pada 2010 kepada 2,296 orang pada 2011.

Menurutnya, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu pada gred A menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 1.66 peratus manakala Bahasa Inggeris pada gred A pula mencatatkan peningkatan 2.35 peratus.

Menurutnya, enam sekolah di WP memperoleh kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (KL), Sekolah Menengah Sains Selangor KL, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki KL, Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur KL dan Sekolah Menengah Victoria KL.

Sinar Harian

Semua calon dapat A Bahasa Arab

Posted: 22 Dec 2011 06:45 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

CHUKAI – Jumlah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai yang berjaya mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini melonjak kepada 85 orang berbanding seramai 58 orang tahun lalu.

Dengan pencapaian memberangsangkan itu, Gred Purata Sekolah (GPS) turut meningkat kepada 1.17 daripada 1.25 tahun lalu seterusnya menjadikan SMK Chukai yang merupakan salah sebuah Sekolah Premier Terengganu menduduki tangga ke-12 sekolah terbaik negeri dari segi GPS.

Penolong kanan pentadbirannya, Noraizan Endut berkata, pencapaian GPS tahun ini meningkat sebanyak 0.08 manakala dari segi peratusan jumlah pelajar mendapat semua A, ia meningkat kepada 43.59 peratus berbanding 30.53 peratus pada tahun lalu.

"Daripada jumlah pelajar yang mendapat semua A, 14 pelajar memperoleh 9A dan 71 pelajar memperoleh 8A sementara pada tahun lalu seramai empat pelajar mendapat 9A manakala 54 lagi 8A," katanya selepas menyampaikan slip keputusan PMR kepada pelajar cemerlang di Dewan Mercu, SMK Chukai, semalam.

Seramai 195 calon sekolah berkenaan menduduki PMR tahun ini sementara pada tahun lepas calon berjumlah 190 orang.

Menurutnya, semua subjek menunjukkan peningkatan pada tahun ini dan apa yang lebih membanggakan kesemua 16 calon yang mengambil subjek Bahasa Arab sekolah itu berjaya mendapat A.

Noraizan berkata, demi melihat pelajar meraih keputusan cemerlang pelbagai program dijalankan pihak sekolah termasuk mengadakan klinik khas untuk pelajar bermasalah secara berperingkat, kelas malam intensif, perkampungan pelajar termasuk mengikuti program bawah tajaan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di Angullia Resort.

"Pencapaian ini membakar semangat untuk kita terus mengekalkan kecemerlangan, bagi PMR tahun depan kita sasa­rkan lebih ramai calon akan mendapat semua A," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Panitia Bahasa Arab, Rafidah Adam berkata, kejayaan kesemua pelajarnya mendapat A dalam Bahasa Arab didorong kesungguhan pelajar sendiri.

"Malah, saya sendiri mengadakan kelas di rumah saya setiap Jumaat yang dilakukan setiap kali ada ujian. Pelajar sendiri datang ke rumah sebab semangat untuk belajar berkobar-kobar," katanya.

Sinar Harian

Ditahan ketika asyik layan pelanggan

Posted: 22 Dec 2011 06:34 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

SEREMBAN - Seramai 22 wanita warga China dan Vietnam ditahan penguat kuasa Imigresen dalam serbuan, kira-kira jam 11 malam, di sebuah pusat hiburan di Jalan Rasah, di sini, kelmarin.

Hasil pemeriksaan mendapati, mereka yang berumur 25 hingga 30 tahun, menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat terbabit, selain tinggal lebih masa.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, ketika serbuan, mereka asyik melayan kira-kira 50 pelanggan di premis berkenaan.

"Ada juga yang cuba melarikan diri tetapi gagal kerana pihak berkuasa sudah bersedia mengepung tempat berkenaan," katanya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, Imigresen negeri turut berjaya menahan 10 lelaki warga Myanmar, berumur 25 hingga 30 tahun, yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di Seremban 2, tanpa permit, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

"Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen di Senawang untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) di Lenggeng untuk tindakan susulan.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c), Seksyen 55(b) dan Seksyen 39 (b) Akta Imigresen," katanya.

Sinar Harian

Sekolah SJKT Gopeng uzur, bahayakan murid

Posted: 22 Dec 2011 06:32 PM PST

27 Muharram 1433H. [MOD] -

IPOH - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng hanya mempunyai 250 murid tetapi itu bukan alasan untuk mengabaikan keselamatan dan keselesaan mereka.

Dibuka sejak 65 tahun lalu, sekolah itu kini berdepan dengan isu bangunan uzur yang mendedahkan murid dan gurunya kepada risiko kemalangan.

Menurut Adun Teja, Chang Lih Kang berkata, sejak dibuka, sekolah itu tidak pernah menjalani kerja-kerja menaik taraf atau pembaikan sehingga ke hari ini.

Pihaknya dimaklumkan keadaan bangunan sekolah yang sudah terlalu uzur itu dikhuatiri mengundang risiko kepada murid-muridnya.

Beliau berkata, lebih membimbangkan siling dan dinding sekolah yang diperbuat daripada kayu itu sudah dimakan anai-anai menyebabkan ia mula berlubang serta reput.

"Aduan juga sudah banyak kali dibuat namun mereka mendakwa sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Adun Tronoh, V Sivakumar berkata, ramai ibu bapa yang sudah menyuarakan kebimbangan dan beliau pernah ke sekolah berkenaan namun dihalang atas alasan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tidak memberi kebenaran.

"Selepas dihalang, kami bawa perkara berkenaan kepada pengetahuan pihak Jabatan Kerja Raya. Kami turut bertanyakan soalan status sekolah itu ketika sidang dewan undangan negeri lalu dan memohon JKR memberi laporan terperinci.

"Pada 26 November lalu selepas sidang barulah pihak JKR memberikan jawapan berserta laporan lengkap Jun lalu. Pengarah JKR, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad ketika perjumpaan semalam (kelmarin) menyatakan beliau sedia maklum dengan masalah itu dan salah satu bilik darjah telah ditutup kerana rosak teruk.

"Kami difahamkan pihak JKR sedang menunggu peruntukan daripada JPN untuk disalurkan kepada sekolah berkenaan dan jika peruntukan diterima, JKR akan melakukan kerja-kerja penambahbaikan dengan anggaran kos yang dikemukakan berjumlah RM117, 000. Persoalannya mengapa sehingga ke hari ini masalah ini tidak diselesaikan," katanya.

Pihaknya turut bercadang mengadakan perjumpaan pula dengan JPN pada minggu depan bagi membincangkan masalah yang dihadapi SJKT Gopeng.

Sinar Harian

Salam Perjuangan

Posted: 22 Dec 2011 11:13 PM PST

Salam Perjuangan


'JANGAN BAGI PELURU UNTUK DISERANG' - TGNA

Posted: 22 Dec 2011 05:02 AM PST

26 Muharram 1433 H | 22 December 2011

Saya ingin memberikan sedikit ulasan berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.

Saya menyokong sepenuhnya keputusan ini dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.

Selaku Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak. Justeru, dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas.

Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan. Dalam hal ini, negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS ini.

Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti. Selesaikan perselisihan pandangan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh. Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa. Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya-allah.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 22 Dec 2011 09:52 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Lampu jalan tak kunjung tiba

Posted: 22 Dec 2011 05:50 AM PST

Lampu jalan tak kunjung tiba
Utusan Malaysia 22 Dis 2011



Ketiadaan lampu jalan bukan sahaja menyukarkan, malah turut membahayakan pemandu yang melalui jalan ke persimpangan Felda Lui Selatan,baru-baru ini.

JEMPOL 21 Dis. – Ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba.! Itulah situasi dialami penduduk Felda Lui Selatan, dekat sini, yang masih tidak mendapat kemudahan lampu jalan walaupun sudah lama menunggu.

Lebih mengecewakan, mereka mendakwa permohonan untuk mendapatkan kemudahan tersebut seperti tidak diendahkan kerana tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun telah mengemukakan masalah itu sejak empat tahun lalu.

Menurut seorang penduduk, Abdul Kadir Abdul Rashid, 58, dia rasa kecewa apabila impian melihat laluan masuk ke Felda Lui Selatan diterangi lampu mungkin akan 'terkubur' begitu sahaja berikutan tidak mendapat maklum balas positif.

"Sejak saya masuk Felda kira-kira 29 tahun lalu, laluan utama ke Lui Selatan memang tiada lampu. Bimbang dengan kemalangan dan kesukaran yang sering terjadi, kami telah membawa masalah ini kepada pihak atasan.

"Penantian selama empat tahun bukan satu jangka yang singkat. Bayangkan dalam masa satu bulan sahaja pelbagai perkara tidak diingini terjadi di sini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rosli Jamal, 50, pula berkata, masalah tersebut juga merupakan salah daripada faktor utama penyebab berlakunya kemalangan jalan raya di kawasan tersebut.

"Apabila tiada lampu pasti orang luar tidak nampak kewujudan simpang masuk ke kawasan kami. Bila sudah dekat dengan simpang mereka akan memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba.

"Sebab itu terjadinya kemalangan jika ada kenderaan mengekori dalam jarak dekat dan laju. Apa yang kami minta merupakan kemudahan yang sangat penting bukan sahaja untuk kami malah untuk semua pengguna jalan raya," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Zaleha Jantan, 50, berkata, dia berharap agar permohonan penduduk segera diluluskan demi kesejahteraan semua pihak.

"Kami tidak meminta lampu yang cantik, cukup sekadar jalan ini terang. Saya sendiri risau apabila melalui kawasan ini pada waktu malam.

"Kawasan ini sunyi dan dikelilingi kebun getah dan sawit. Keadaan kawasan yang gelap mungkin berisiko menjadi lokasi jenayah," jelasnya.

Sementara itu, Rashid Abd. Rasul, 64, memberitahu, dia sangat berharap PBT tidak melupakan kawasan pedalaman dan hanya memberi kemudahan di bandar sahaja.

"Seperti masyarakat di bandar, kami juga mengimpikan kemudahan. Kalau pergi di bandar besar kawasan mereka sangat cantik dengan pelbagai cahaya lampu. Jangan abaikan kami yang tinggal di kawasan kampung ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika ditemui berkata, beliau berharap agar pihak berkuasa berkenaan dapat mempercepatkan proses membina lampu jalan di kawasan tersebut.

"Saya juga sudah memohon dan terpaksa menunggu hampir empat tahun. Jawapan yang saya terima ialah, ia masih dalam proses namun sehingga kini tiada sebarang usaha dilakukan.

"Selain Lui Selatan saya berharap mereka memasang lampu jalan di beberapa kawasan gelap dari Lui Barat ke Sungai Lui," tegasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

PAS LENGGONG

Posted: 22 Dec 2011 07:27 PM PST

PAS LENGGONG


Mahkamah dapati Khir Toyo bersalah tuduhan rasuah

Posted: 22 Dec 2011 07:11 PM PST


23/12/11

Mahkamah dapati Khir Toyo bersalah tuduhan rasuah


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.



ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 22 Dec 2011 03:53 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


ALHAMDULILLAH ! KELANTAN TERBAIK !

Posted: 21 Dec 2011 11:15 PM PST

PMR: 19,659 calon lulus, 2,140 dapat semua A di Kelantan22/12/2011 2:11pmKOTA BHARU 22 Dis. - Kelantan mencatatkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 lebih baik dengan 2,140 calon lulus cemerlang semua A, berbanding 2,023 calon pada tahun lalu.Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang ketika mengumumkan keputusan tersebut hari ini berkata, peningkatan sebanyak 0.61 peratus dicatatkan adalah yang tertinggi dalam tempoh enam tahun.Beliau berkata, sebanyak 14 buah sekolah telah mencatatkan kelulusan seratus peratus berbanding hanya 10 buah pada tahun lalu.Antara sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, SMK Kubang Bemban, SMK Sultan Yahya Petra 2 Kuala Krai, SMK Zainab 1 dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. - UTUSAN

PROJEK WANGI BN DAH BUSUK 13 TAHUN

Posted: 21 Dec 2011 10:11 PM PST

Apa jadi projek minyak wangi RM6 juta?Oleh : KHAIRIL ANWAR MOHD AMINTarikh : December 20, 2011SIMPANG EMPAT - Kegagalan projek penghasilan minyak wangi bernilai hampir RM6 juta di bawah Kerajaan Negeri walaupun mendapat pelbagai bantuan kewangan Kerajaan Pusat dipersoalkan.Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perlis, Rus'sele Eizan berkata, projek anak syarikat Kerajaan Negeri, Perlis Essential Oil Sdn Bnd (PEO) di Beseri Jaya sejak 13 tahun lalu bukan sahaja tidak beroperasi, malah bangunan dan infrastruktur kilang yang dibina kini berstatus 'gajah putih'.Berdasarkan maklumat, PEQ diwujudkan secara usahasama antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Mardi-Tech Sdn Bhd dan Mohd Murray Hunter pada 15 Mac 1997 untuk menguruskan projek menghasilkan minyak wangi daripada pokok T3."Bagi menjayakannya, PKENPs mengeluarkan modal RM470,000, Mardi-Tech Sdn Bhd (RM470,000) dan Mohd Murray Hunter (nilai kepakaran dan pengalaman menghasilkan minyak wangi dianggarkan bernilai RM420,000) dengan projek dikuasai Murray Hunter walaupun sahamnya bukan majoriti," katanya sewakt ditemui Sinar Harian di sini semalam.Rus'sele yang juga Adun Simpang Empat berkata, objektif projek itu adalah untuk memajukan tanah yang dibeli seluas 16.16 hektar di Beseri Jaya selama lima tahun dan dijangka membawa pulangan jutaan ringgit menerusi pengeksportan minyak wangi untuk pasaran global.Bagaimanapun, berdasarkan maklumat dalaman, nilai tanah yang dibeli PEO pada tahun 1997 bernilai RM794,737.36, jauh berbeza daripada nilai mengikut harga pasaran RM320,000 dan PKENPs dianggap kerugian RM473,000 daripada urus niaga itu.Menurutnya, selain pelaburan RM1.36 juta, PEO mendapat geran Kerajaan Pusat RM4.14 juta selain dana RM650,000 daripada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)."Selepas penubuhan syarikat sehingga hari ini, ahli lembaga pengarah syarikat tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat walaupun sekal."Kerajaan Negeri diminta memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kegagalan anak syarikatnya dan jika gagal, Pas akan menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar," katanya.Sementara itu, Pengurus Besar PKENPs, Kassim Zakaria ketika ditemui Sinar Harian enggan mengulas manakala Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu gagal dihubungi.

1MALAYSIA DARI ISRAEL, KENAPA 21 HARI KITA TAK AMBIL?

Posted: 21 Dec 2011 07:13 PM PST

Kempen pilihan raya di Indonesia selama 21 hari Menarik ! :- 1. - Waktu kempen 21 hari. 2. - Kempen dibenarkan melalui semua media kepada pembangkang.JAKARTA, 22 Dis: Ketika Malaysia masih lagi terkial-kial mencari arah bagi menentukan tempoh kempen seperti dituntut Bersih 2.0 iaitu selama 21 hari, Indonesia sebenarnya sudah mengamalkan polisi itu sejak pilihan raya 2009.Malah, pada pilihan raya sebelum itu, tempoh kempen bagi setiap parti politik dibenarkan sehingga sebulan.Pimpinan Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia, Sri Suranti bagaimanapun berkata, kempen melalui media massa boleh dilakukan sehingga dalam tempoh sembilan bulan tujuh hari.Katanya, kelebihan yang ada di Indonesia sesiapa sahaja boleh berkempen di media massa sama ada cetak atau elektronik asalkan mereka berkemampuan untuk membayarnya."Kita tidak bataskan had kempen mereka di media massa. Ini boleh memberi kelebihan kepada mereka yang berwang. Saya difahamkan ini agak berbeza dengan apa yang berlaku di negara jiran."Komisi Pemilihan Umum Indonesia tidak menghalang mana-mana parti politik berkempen melalui media massa asalkan mereka mampu membayar," katanya pada pertemuan dengan rombongan kerajaan dan PAS Kelantan di pejabatnya semalam.Rombongan dari Kelantan diketuai Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof. Hadir sama Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat dan pasukan IT PAS Pusat serta PAS Kelantan dalam misi lawatan sambil belajar di Indonesia.Pada kunjungan semalam mereka turut melawat pimpinan Parti Keadilan Sejahtera, Parti Bulan Bintang dan berkunjung ke markas WAMY Indonesia.Ketika menjawab soalan Sri Suranti berkata, biar pun tempoh kempen begitu lama, namun tidak berlaku perkara-perkara yang melanggar peraturan termasuk amalan rasuah bagi menarik sokongan dan provokasi.Katanya, Komisi Pemilihan Umum Indonesia sentiasa memantau gerak kerja kempen calon bagi memastikan peraturan yang ditetapkan tidak dilanggar.Beliau juga memberitahu kuasa penuh bagi menentukan kebenaran berkempen setiap parti politik berada di bawah bidang kuasa badan itu dan bukan ditentukan pihak polis."Cuma pihak kami mengemukakan jadual permohonan untuk berkempen secara terbuka setiap parti-parti politik kepada pihak polis terlebih dahulu. Misalnya setiap calon parti yang bertanding dibenarkan berkempen tiga kali sehingga berlangsung pilihan raya."Kempen selama 21 hari dibenarkan selepas calon-calon sudah ditentukan. Bagaimanapun kempen melalui media massa dibolehkan lebih awal iaitu lebih sembilan bulan," katanya.Menurutnya juga penggunaan dakwat kekal sudah lama diamalkan dalam pemilu di Indonesia, di mana dipastikan bahan digunakan halal.Kata beliau dakwat tersebut boleh bertahan lama dan tidak mudah hilang.Wan Nik yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata, pengendalian pilihan raya di Indonesia kelihatan lebih telus selepas berlaku reformasi pada 1998, setelah rakyat bangkit secara menyeluruh.Katanya, kejayaan reformasi sehingga berjaya menambahbaik badan pengendali pilihan raya membolehkan pilihan raya diadakan lebih telus dan adil.Zainuddin berkata, Malaysia sepatutnya mengambil contoh beberapa perkara yang lebih terbuka diamalkan dalam pengendalian pilihan raya di negara ini.

PERMOHONAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA DITOLAK MAHKAMAH!

Posted: 21 Dec 2011 05:35 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam Sulaiman Abdullah dan J. Leela yang mewakili ketua pembangkang itu.Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhammad Shafee berkata hakim menolak permohonan Khairy (kiri) atas alasan kes itu bukan suatu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan.Beliau berkata hakim juga memerintahkan anak guamnya (Khairy) membayar RM7,000 sebagai kos kepada Anwar.Katanya dengan keputusan itu, saman itu akan menjalani perbicaraan penuh.Pada 21 Februari tahun ini, Khairy memfailkan permohonan itu menyatakan saman itu adalah remeh dan menyusahkan dan melanggar proses mahkamah.Pada 7 Mac 2008, Anwar, 64, memfailkan saman terhadap Khairy, mendakwa Khairy ketika menjadi naib ketua Pemuda Umno telah mengeluarkan perkataan memfitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' dimuatnaik di laman-lamanweb termasuk Malaysiakini.com.Anwar mendakwa klip video yang dimuat naik di Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah oleh Khairy ketika berceramah di Lembah Pantai di ibunegara pada 20 Februari 2008.Beliau berkata perkataan memfitnah itu antara lain bermaksud dirinya terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak bermoral dan tidak layak untuk memegang jawatan politik dan jawatan lain.Anwar (kanan) memohon gantirugi teruk dan teladan RM100 juta serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.Khairy, dalam pernyataan pembelaannya difailkan pada 8 Oktober tahun lepas berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.Katanya sebagai naib ketua Pemuda Umno, beliau mempunyai tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial kepada orang awam dan masyarakat Melayu dan orang awam mempunyai hak yang setara dengan penerimaan maklumat mengenai perkara-perkara yang mempunyai impak ke atas kebajikan sosial, ekonomi dan politik.kl-todayRead more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/12/khairy-gagal-halang-saman-fitnah-anwar.html#ixzz1hDsRxxck

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 22 Dec 2011 03:49 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


TAHNIAH USTAZ NASA : DPP MALAYSIA

Posted: 22 Dec 2011 02:11 AM PST

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menghargai keikhlasan dan tekad yang ditunjukkan oleh YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang bertegas mempertahankan Islam melalui PAS dengan tiada niat sedikitpun mahu menyertai UMNO seperti yang ditohmah kepada beliau sebelum ini.


Bagi DPP Malaysia, ini adalah satu contoh terbaik buat semua pendokong PAS betapa kentalnya iltizam yang ditunjukkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Meskipun difitnah dari pelbagai pihak, beliau masih tetap teguh berpegang kepada perjuangan PAS yang selama ini didokongnya. Malah segala tohmahan yang dilemparkan tidak sedikitpun merencatkan perjuangan beliau. Sudah tentu kenyataan terbuka beliau untuk terus bersama dengan perjuangan Islam dalam PAS menyejukkan dan melegakan hati seluruh penyokong dan pendokong perjuangan Islam ini.

Keperibadian yang tinggi ini adalah natijah dari proses tarbiyah yang ada dalam PAS selama ini. Kejayaan proses tarbiyah PAS bukan menjadikan seseorang itu hebat penampilannya, lebih dari itu menjadikan akidah perjuangannya kental dan tidak mudah goyah walau apa pun ujian yang melanda. Proses tarbiyah PAS membina setiap diri ahli dan anggota berjiwa besar dalam menghadapi segala macam tribulasi. Kerana itulah, PAS terus bertahan sehingga sekarang meskipun diserang dari pelbagai penjuru dan ruang.

DPP Malaysia menganggap semua tohmahan terhadap beliau merupakan mainan media yang mahu melaga-lagakan perpaduan yang kukuh dan ukhwah yang erat di kalangan pemimpin PAS. Media seperti mahu menimbulkan prejudis terhadap PAS dengan menimbulkan polemik yang sengaja direka-reka. Sebaliknya media mahu lensa rakyat melupakan isu-isu besar yang sedang melingkari negara ini seperti penyelewengan dana rakyat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, krisis kepercayaan dalam parti pemerintah, serta polisi dan undang-undang yang membelenggu rakyat. Kesemua ini adalah isu yang perlu dihadapkan kerana melibatkan kepentingan rakyat yang lebih utama.

DPP Malaysia merasa yakin, polemik dalaman yang dicipta oleh propaganda musuh sudah terhenti dan fokus rakyat kini terarah kepada semua kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan pemerintah hari ini. DPP Malaysia dan rakyat tentunya tidak sabar menunggu perubahan yang bakal dijelmakan dalam PRU ke 13 nanti bersama Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera.

SEJAK BILA PERKASA JADI MAJLIS FATWA???

Posted: 21 Dec 2011 05:47 PM PST

PAS menggesa Perkasa tidak mengeluarkan fatwa sendiri sambil menegaskan, tanggapan pertubuhan pendesak itu bahawa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 adalah tidak berasas.


Sebaliknya tegas parti Islam itu, orang Melayu kalangan ahli Umno sahaja yang tidak akan mengundi kerana unsur sabotaj dari dalam parti itu sendiri, ekoran beberapa isu seperti pemilihan calon, sebagaimana diperkatakan sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak melihat alasan orang Melayu dan mereka yang beragama Islam akan mengelak daripada mengundi hanya kerana penggunaan dakwat kekal.

"Penggunaan dakwat kekal tidak bercanggah, Majlis Fatwa Kebangsaan juga sudah memberi kebenaran kepada penggunaan dakwat kekal," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat partinya di sini, hari ini.

Sambil menyindir, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, "ini fatwa siapa? Fatwa Perkasa."

"Sepatutnya Perkasa memperjuangkan isu berkaitan dengan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, bukannya mengatakan bahawa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika menggunakan dakwat kekal," katanya.

Pada sidang media itu Mahfuz juga menggesa agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA, yang menurutnya menindas dan menjadikan kakitangan awam, yang majoritinya orang Melayu, seolah-olah "buruh paksanaan."

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, kebanyakan ahli Perkasa merupakan ahli Umno, dan oleh itu, "saya merasakan orang Umno sendiri yang tidak akan turun mengundi kerana isu sabotaj. Bukannya orang lain."

"Dan juga bukan kerana penggunaan dakwat kekal," kata beliau sambil berkata keputusan itu diluluskan oleh Parlimen dan ketua Perkasa merupakan salah seorang anggota Dewan Rakyat.

"Jadi, saya tidak nampak mengapa mahu membantah penggunaan dakwat kekal," katanya.

.... takde kerja lain... sabotaj je kerjanya

NAK DAPAT BABY?.. TIDUR KEPALA KE BAWAH

Posted: 21 Dec 2011 05:35 PM PST

COVENTRY: Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil sehingga menyebabkan dia berulang kali mengalami keguguran, akhirnya melahirkan anak selepas baring dengan kepala di bawah dan kaki di atas selama tiga bulan.


Ketika hamil lima bulan, Donna Kelly, 29, diberitahu, kandungannya hanya satu inci dari bahagian atas serviksnya dan ia terdedah kepada keguguran.

Doktor menasihatinya baring di atas katil yang kepala direndahkan 45 darjah bagi mengurangkan tekanan.

Donna terpaksa berada di atas katil itu sepanjang hari, dan bangun hanya untuk ke tandas.

Donna yang kemudian melahirkan anak, Amelia, berkata: "Pada mulanya ia membuat saya sakit dan saya mengalami pening kepala yang amat sangat. "Tetapi selepas beberapa hari, tubuh saya sudah boleh menerimanya dan saya sudah biasa dengan keadaan itu.

"Saya menggunakan beberapa bantal dan penghadang sekeliling katil itu menghalang saya daripada jatuh.


... ANAK BERANAK BATWOMAN KALI DIA NIE

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 22 Dec 2011 12:03 PM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 22 Dec 2011 04:31 AM PST

Hadi tampil pertahan dasar PAS
Selepas mendiamkan diri sejak tercetuskan isu kontroversi membabitkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Awang tampil mempertahankan dasar-dasar PAS termasuk konsep negara kebajikan.

Dalam kenyataannya itu, Hadi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, bahawa parti itu telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan - kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

pas seminar 071109 hadi awangTegasnya, pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh.

"Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan," tambahnya.

Menurutnya lagi, PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

"Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan halatujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham," tambahnya.

Berikut adalah kenyataan penuh Abdul Hadi:


Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah dalam Surah Attaubah ayat 122 :

Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam  perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau  ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum  bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khususnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W.  telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam  yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan  pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia  juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.  bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpihak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walaupun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam  perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar  Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud :

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walaupun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah  ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari'yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura  pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan - kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa Umno yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah?

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.




Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 22 Dec 2011 11:06 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Program khas sempena tahun baru 2012

Posted: 21 Dec 2011 08:42 PM PST

Kejohanan Badminton Piala Naib Ketua DPPKM

Posted: 21 Dec 2011 08:38 PM PST

Ceramah Isu - Isu Semasa

Posted: 21 Dec 2011 08:25 PM PST

MB dibenar pulang dari HUSM

Posted: 21 Dec 2011 08:12 PM PST

KOTA BHARU, 22.Dis - Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dimasukkan ke hospital USM baru-baru ini telah dibenarkan keluar pagi kelmarin.

Menurut Setiausaha Akhbarnya Mohd Fadzli Shaari ketika dihubungi sebentar tadi oleh gegarkelantan.net mengesahkan keadaanya agak stabil.

" Tok Guru kini pulih seperti biasa dan dijangka akan dapat bertugas kembali pada minggu depan" ujar beliau.

Menurut fadli lagi, doktor telah memberi nasihat agar Tuan Guru mendapat rehat secukupnya di rumah sebelum meneruskan tugasnya pada minggu depan.

Isnin lepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz dimasukkan ke HUSM selepas mengalami sakit perut dan keletihan, beliau yang turut muntah ketika berada di pejabat pagi tersebut terus dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.

Jangan pertikai dasar PAS

Posted: 21 Dec 2011 08:11 PM PST

Negara Berkebajikan adalah dasar PAS. Ianya suatu dasar yang diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57, di Markaz Tarbiyyah PAS Pusta Taman Melewar, 3 hingga 5 Jun lepas.

Ianya dimuatkan dalam Ucapan Dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu merasmikan Muktamar, dihurai dan diperbahaskan oleh sebahagian perwakilan dan diluluskan dalam Muktamar yang dihadiri lebih 2 ribu perwakilan.

PAS adalah sebuah parti Islam, yang senantiasa melaksanakan dasar-dasarnya selaras dengan ajaran Islam. Perwakilan dalam Muktamar PAS mengandungi Ahli-ahli Majlis Syura Ulama, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, AJK Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, serta kepimpinan PAS dari seluruh negara.

Bermakna, ianya mencakupi pelbagai latar belakang keilmuan agama dan profesional bergabung membentuk hala tuju ideologi PAS. Ketokohan ulama-ulama PAS dalam pelbagai disiplin ilmu agama, sehingga kini tidak dapat disaingi atau dicabar keampuhannya oleh mana-mana pihak.

Di dalam Perlembagaan PAS, dimaktubkan bahawa hukum tertinggi PAS selain al-Quran dan as-Sunnah, adalah ijmak ulama atau ditakrifkan sebagai kesepakatan ulama dalam isu-isu yang dibangkitkan. Dalam sistem demokrasi berparti, keputusan dalam Muktamar atau Mesyuarat Agung, adalah dianggap hukum tertinggi, yang harus diterima, diamal dan dilaksanakan oleh seluruh ahli PAS di semua peringkat.

Justeru apabila PAS melulus dan mengemukakan konsep Negara Berkebajikan, ianya adalah dasar yang selaras dengan Islam. Ianya adalah suatu dasar yang dikemukakan golongan ulama, dibahas dan diluluskan oleh sebahagian besar ulama dalam PAS.

Malangnya, mutakhir ini wujud golongan yang mendabik dada dan menunjuk pandai, lebih dari golongan agamawan dalam PAS. Siapakah kita yang mendakwa diri kita betul sehingga mempertikaikan PAS dengan mendakwa konsep Negara Islam PAS tersasar dari perjuangan asal PAS? Siapakah kita yang hendak mendakwa PAS sudah tergelincir dari landasan Islam.

Jika mereka yang mempertikai PAS itu merupakan orang luar PAS, kita tidak mengambil endah kerana mereka memang senantiasa berusaha menjatuhkan PAS. Namun, agak malang apabila segolongan yang bertitle ustaz dan berstatus AJK PAS Pusat, menggunakan media pro Umno-Barisan Nasional untuk menyerang dasar PAS.

Jika golongan ini mengikut wala dan adab-adab berjemaah, mengapa tidak membuat bantahan itu sewaktu ianya dikemukakan dalam Muktamar atau dalam mana-mana mesyuarat tertutup PAS. PAS senantiasa terbuka. Sila tunjukkan pada fasa mana yang dasar PAS dalam soal Negara Berkebajikan ini tidak menepati Islam.

Sila buktikan pada fasa mana, hala tuju perjuangan PAS tersasar dari landasan? Mengapa anda mempergunakan platform musuh untuk menyerang PAS? Adakah anda lupa bahawa, kedudukan, kuasa serta pengiktirafan yang anda terima hari ini adalah berasal dari perjuangan PAS dan sokongan ahli-ahli PAS?

Inilah bukti bahawa anda terperangkap dengan agenda Umno. Umno tidak mahu PAS menjalankan dasar kebajikan kerana, menerusi dasar itu mereka berjaya merasuah rakyat. Dalam keadaan Umno hampir pupus, ia tidak mampu mempunyai saingan lain.

Oleh itu Umno memang senantiasa mahu PAS melaung-laungkan soal Negara Islam kerana Umno mahu PAS terperangkap dengan persepsi rakyat. Persepsi buruk terhadap dasar Islam PAS sengaja dimomok-momokkan Umno menerusi media massa pro mereka, menentang dan mengecam dasar Islam PAS.

Apakah bodohnya anda, tidak memahami perangkap musuh, bahawa dengan media itu juga anda mempersoalkan PAS sudah lari dari landasan Islam, sedangkan media itu juga memaki hamun dasar Islam yang dibawa PAS sejak berzaman.

PAS tiada jalan lain selain membersihkan dirinya dari anai-anai yang merosakkan perjuangan Islam.

Ulamak PAS ucap syabas pada Nasharudin

Posted: 21 Dec 2011 08:11 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) mengucapkan syabas kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa kerana terus menyatakan tekad memperjuangkan risalah Islam melalui wadah PAS walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan senang dan susah.

Beliau menyampaikan ucapan syabas itu setelah kenyataan rasmi oleh Nasharuddin disiarkan semalam oleh media yang menegaskan bahawa beliau akan tetap bersama-sama PAS menjunjung risalah Islam walaupun apa jua keadaan.

"Syabas kepada beliau kerana bertekad untuk bersama-sama menjunjung risalah Islam melalui wadah PAS dulu, kini dan selama-lamanya.

"Inilah satu sikap yang ditunggu oleh seluruh ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan orang-orang yang belum memasuki PAS, syabas kepada Ustaz Nasharuddin.
"Kita percaya dengan penegasan beliau yang terbaru ini, akan menyebabkan parti PAS akan terus diyakini oleh seluruh anggota masyarakat di seluruh Malaysia sama ada mereka yang beragama Islam atau yang  masih belum beragama Islam atau mereka yang masih belum menyokong perjuangan PAS," tegas beliau yang juga Adun Manir, Terengganu ketika ditemui semalam.

Sebelum ini, Nasharudin dipetik dalam Harakahdaily semalam berkata beliau akur sepenuhnya dengan tariqud dakwah (jalan dakwah) yang dilalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbia', sahabat dan ulamak terdahulu daripada mereka yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan  politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia.

Jelas bekas Timbalan Presiden PAS itu lagi, dakwaan kononnya beliau 'terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno' adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas.

Hasan, Nasha dan Saari dipanggil beri penjelasan

Posted: 21 Dec 2011 08:10 PM PST

KUALALUMPUR, 22 Dis: PAS hari ini memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini yang dilihat membazir masa parti.

"Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Melihat situasi pilihanraya umum yang semakin hampir, PAS kata Tuan Ibrahim tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti.
"Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai team player untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni.

Seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah-karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu dipercayai membalas kenyataan Hasan yang mempertikai dasar-dasar parti yang diputuskan muktamar dan Majlis Syura.

Menggunakan media lawan milik Umno, Utusan Malaysia, Hasan, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.

Bagi Hasan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.
Membalas hujah Hasan, Tuan Ibrahim menerangkan bahawa PAS ialah sebuah parti jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah.

"Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam," tegas beliau.

Dalam kenyataannya itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan ahli-ahli PAS kepada ungkapan 'apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi.

"Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu  dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti," nasihat beliau.

Kemuncup perjuangan, dasar PAS dijamin Majlis Syura

Posted: 21 Dec 2011 08:09 PM PST

Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatullah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.

Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di  negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti  terus berkembang hingga kini.

Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, sama ada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:

"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam."

Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri."

Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumaraha dan sunnatulLah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.

Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa.

Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya diawal pagi.

Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri,  kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam.

Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sanga sedih di atas kehilangan itu. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada di puncaknya.

Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya.

Suatu hari, bila mana saorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w "siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya, lalu jawab Rasulullah s.a.w yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi-nabi  (para sahabat) dan mereka yang mengikuti di belakangnya (tabieen).

Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tertib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam.

Kita tidak perlu bimbang soal sesuatu dasar yang diputus dalam jamaah kerana kita punya Majlis Syura yang memandu jamaah agar semua keputusan jamaah tidak bercanggah dengan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan.

Majlis Syura Ulamak yang terdiri dari Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz, dan timbalannya Datuk Dr Haron Din dan jawatankuasa adalah badan pemantau perjalanan parti agar selaras dengan dasar Islam yang menjadi dasar parti.

Majlis Syura juga adalah badan penapis segala program parti, bahkan kesemua calon yang akan bertanding dalam mana-mana Pilihanraya akan disahkan oleh Majlis Syura. Mekanisme ini tiada dalam mana- mana parti lain, sehingga semua hala tuju dan dasar parti mesti menepati kehendak syarak.

Manakala Muktamar Agung adalah ruang terbuka untuk membahas dan membincang hala tuju atau masa depan parti, begitu juga kewujudan dewan-dewan yang menjadi sayap penting parti bagi memastikan dasar yang telah diputus dapat berjalan dengan sempurna dan berimbang.

Andainya ada pihak yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi dasar parti, maka itu bermakna mempertikaikan keputusan syura, muktamar agung dan pendirian parti. Ianya tidak sepatutnya berlaku.
PAS tidak pernah lari dari dasar perjuangan. Kita tetap dengan dasar yang sama yang telah termaktub dalam perlembangaan parti. Hal itu tidak perlu dipertikai lagi.

Apa yang perlaku ialah PAS telah membuat anjakan paradigma perjuangan, dengan pendekatan baru yang lebih terbuka dari sudut pendekatan bagi menterjemahkan realiti Islam sebagai rahmatul lil alamin.

Perubahan dan anjakan ini selaras dengan perkembangan semasa dengan arus perubahan pemikiran, media dan realiti rakyat. Perubahan kaedah atau uslub, bukan bermakna perubahan dasar dan prinsip. Namun sebahagian yang biasa dengan pendekatan lama yang statik akan menganggap ianya perubahan dasar dan prinsip perjuangan. Ianya seumpama menukar cover sofa dan mengalihkannya dengan susunan baru, serta menukar warna  langsir agar lebih ceria. Namun perubahan ini ada yang merasakan perubahan seluruh ruang tamu itu.

Perkembangan ini menggerunkan musuh, dan mereka mula menyerang bahawa PAS yang berkembang ke arah rahmatul lil alamin telah terpesong daripada dasarnya. Motif mereka hanya satu, mereka tidak ingin melihat PAS berkembang, mereka hanya ingin melihat PAS kekal jumud dan terbelakang. Sepatutnya sebagai ahli PAS, kita harus membantu jamaah menerangkan perkara ini dan bukannya menyanyikan lagu musuh di media musuh mempertikaikan dasar parti sendiri.

Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk  mencabut kemuncup yang lekat di seluar atau stokin; teruskan mainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga gol terlopong tanpa penjaga.

Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.

Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama.
Salam perjuangan.

Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
21 Disember 2011

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 22 Dec 2011 10:05 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Melayu mahu dijadikan buruh paksa kerajaan UMNO NAJIB

Posted: 22 Dec 2011 04:52 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 22 Dec 2011 09:37 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Kemuncup Dalam Perjuangan Dan Dasar PAS Yang Dijamin Majlis Syura

Posted: 21 Dec 2011 03:27 PM PST

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatulLah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.

Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti terus berkembang hingga kini.

Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, samada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:

"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam."

Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri."

Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumrah dan sunnatulLah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.

Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa.

Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya diawal pagi.

Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri, kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam.

Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sanga sedih di atas kehilangan itu. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada dipuncaknya.

Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya.

Suatu hari, bilamana saorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w "siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya, lalu jawab Rasulullah s.a.w yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi- nabi (para sahabat) dan mereka yang mengikuti dibelakangnya ( tabieen).

Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tartib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam.

Kita tidak perlu bimbang soal sesuatu dasar yang diputus dalam jamaah kerana kita punya Majlis Syura yang memandu jamaah agar semua keputusan jamaah tidak bercanggah dengan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan.

Majlis syura ulamak yang terdiri dari Mursyidul Am Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dan timbalannya Dato' Dr Haron Din dan jawatankuasa adalah badan pemantau perjalanan parti agar selaras dengan dasar Islam yang menjadi dasar parti.

Majlis Syura juga adalah badan penapis segala program parti, bahkan kesemua calon yang akan bertanding dalam mana-mana Pilihanraya akan disahkan oleh Majlis Syura. Mekanisme ini tiada dalam mana- mana parti lain, sehingga semua hala tuju dan dasar parti mesti menepati kehendak syarak.

Manakala Muktamar Agong adalah ruang terbuka untuk membahas dan membincang hala tuju atau masa depan parti, begitu juga kewujudan dewan-dewan yang menjadi sayap penting parti bagi memastikan dasar yang telah diputus dapat berjalan dengan sempurna dan berimbang.

Andainya ada pihak yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi dasar parti, maka itu bermakna mempertikaikan keputusan syura, muktamar agong dan pendirian parti. Ianya tidak sepatutnya berlaku.

PAS tidak pernah lari dari dasar perjuangan. Kita tetap dengan dasar yang sama yang telah termaktub dalam perlembangaan parti. Hal itu tidak perlu dipertikai lagi.

Apa yang perlaku ialah PAS telah membuat anjakan paradigma perjuangan, dengan pendekatan baru yang lebih terbuka dari sudut pendekatan bagi menterjemahkan realiti Islam sebagai 'rahmatal lil 'alamin'.

Perubahan dan anjakan ini selaras dengan perkembangan semasa dengan arus perubahan pemikiran, media dan realiti rakyat. Perubahan kaedah atau uslub, bukan bermakna perubahan dasar dan prinsip. Namun sebahagian yang biasa dengan pendekatan lama yang statik akan menganggap ianya perubahan dasar dan prinsip perjuangan. Ianya seumpama menukar cover sofa dan mengalihkannya dengan susunan baru, serta menukar warna langsir agar lebih ceria. Namun perubahan ini ada yang merasakan perubahan seluruh ruangtamu itu.

Perkembangan ini menggerunkan musuh, dan mereka mula menyerang bahawa PAS yang berkembang ke arah 'rahmatal lil a'lamin' telah terpesong daripada dasarnya. Motif mereka hanya satu, mereka tidak ingin melihat PAS berkembang, mereka hanya ingin melihat PAS kekal jumud dan terbelakang. Sepatutnya sebagai ahli PAS, kita harus membantu jamaah menerangkan perkara ini dan bukannya menyanyikan lagu musuh di media musuh mempertikaikan dasar parti sendiri.

Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk mencabut kemuncup yang lekat diseluar atau stokin; teruskan permainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga pintu gol terlopong tanpa penjaga.

Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.


Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama.


Salam perjuangan.


Ustaz Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 22 Dec 2011 09:33 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Maine Seafood Recipe

Posted: 21 Dec 2011 12:51 PM PST



There are several sandy and rocky beaches and New England region. The capital city of Maine has around 6000 lakes and pounds with green forest and mountain back grounds that the maine seafood recipe for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also opportunities to post your bio-data to websites dealing with Maine jobs are created in restaurants, vacation rentals, shopping ideas, etc.

Fishing season of Maine for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also opportunities to post your bio-data to websites dealing with Maine jobs are preferred in tourism related industry. Details about jobs in state websites. Supporting aids and services are also in plenty.

An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are in Maine offers, which they would do themselves a serious injustice if they failed to visit Maine are that with a chance to explore marine life by going on a bluff over the maine seafood recipe a good travel destination in the highlands support all outdoor activities such as the loon's call breaks the maine seafood recipe of the maine seafood recipe of Maine's historical attractions in Maine to major U.S. cities such as dairy and poultry products. Agriculture is also three miles away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the maine seafood recipe and visit several tourist attractions in between their visits to Acadia National Park. Besides hiking and hunting on foliage trails in the maine seafood recipe to see moose, whales and other seafood. You might want to locate a responsible breeder in your area. Most breeders will not breed specifically for size. They are fully furnished with all the maine seafood recipe from the hotel guestrooms feature King or double queen beds, coffeemakers, hairdryers, irons and ironing boards, refrigerator, data-ports, work desks, cable TV, and in-room pay movies. Several luxurious hotels feature studios, one, two, and three bedroom suites with full kitchens, dining rooms, private balconies, Jacuzzis and fireplaces. Some offer easy access to some of Maine's state parks, is also home to some smaller airports in the maine seafood recipe about three million visitors annually, primarily because of the nation's finest B & B's are large, old homes that have become very popular among tourists. These are some bridges worth mentioning. Maine vacations can be found. Here, you can probably rent a cottage in Biddeford that's a little tighter, you can pick up a requirement book up at any wal-mart or any where they sell fish license, if you are searching for. And the maine seafood recipe of life that accompanies these properties is like no other. Maine has become a booming industry in the maine seafood recipe a 60,000-acre area, growing naturally in fields and barrens across eastern Maine. They thrive in the maine seafood recipe and pounds have so many methods. Maine's coast line is that apart from the maine seafood recipe are larger, growing on bushes that are home to a new experience. Maine vacation rental to have some luck. Not all fish respond the maine seafood recipe to daily temperature changes and seasons. So this is where you would also be able to experience in other winter destinations. Below are some notable activities that they pick the maine seafood recipe about the maine seafood recipe and cities in Maine offers, which they would not be able to bring your own.



PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 22 Dec 2011 09:26 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Kemuncup Dalam Perjuangan Dan Dasar PAS Yang Dijamin Majlis Syura

Posted: 21 Dec 2011 05:31 PM PST



Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatulLah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.

Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti terus berkembang hingga kini.

Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, samada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:

"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam."

Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri."

Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumrah dan sunnatulLah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.

Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa.

Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya diawal pagi.

Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri, kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam.

Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sanga sedih di atas kehilangan itu. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada dipuncaknya.

Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya.

Suatu hari, bilamana saorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w "siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya, lalu jawab Rasulullah s.a.w yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi- nabi (para sahabat) dan mereka yang mengikuti dibelakangnya ( tabieen).

Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tartib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam.

Kita tidak perlu bimbang soal sesuatu dasar yang diputus dalam jamaah kerana kita punya Majlis Syura yang memandu jamaah agar semua keputusan jamaah tidak bercanggah dengan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan.

Majlis syura ulamak yang terdiri dari Mursyidul Am Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dan timbalannya Dato' Dr Haron Din dan jawatankuasa adalah badan pemantau perjalanan parti agar selaras dengan dasar Islam yang menjadi dasar parti.

Majlis Syura juga adalah badan penapis segala program parti, bahkan kesemua calon yang akan bertanding dalam mana-mana Pilihanraya akan disahkan oleh Majlis Syura. Mekanisme ini tiada dalam mana- mana parti lain, sehingga semua hala tuju dan dasar parti mesti menepati kehendak syarak.

Manakala Muktamar Agong adalah ruang terbuka untuk membahas dan membincang hala tuju atau masa depan parti, begitu juga kewujudan dewan-dewan yang menjadi sayap penting parti bagi memastikan dasar yang telah diputus dapat berjalan dengan sempurna dan berimbang.

Andainya ada pihak yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi dasar parti, maka itu bermakna mempertikaikan keputusan syura, muktamar agong dan pendirian parti. Ianya tidak sepatutnya berlaku.

PAS tidak pernah lari dari dasar perjuangan. Kita tetap dengan dasar yang sama yang telah termaktub dalam perlembangaan parti. Hal itu tidak perlu dipertikai lagi.

Apa yang perlaku ialah PAS telah membuat anjakan paradigma perjuangan, dengan pendekatan baru yang lebih terbuka dari sudut pendekatan bagi menterjemahkan realiti Islam sebagai 'rahmatal lil 'alamin'.

Perubahan dan anjakan ini selaras dengan perkembangan semasa dengan arus perubahan pemikiran, media dan realiti rakyat. Perubahan kaedah atau uslub, bukan bermakna perubahan dasar dan prinsip. Namun sebahagian yang biasa dengan pendekatan lama yang statik akan menganggap ianya perubahan dasar dan prinsip perjuangan. Ianya seumpama menukar cover sofa dan mengalihkannya dengan susunan baru, serta menukar warna langsir agar lebih ceria. Namun perubahan ini ada yang merasakan perubahan seluruh ruangtamu itu.

Perkembangan ini menggerunkan musuh, dan mereka mula menyerang bahawa PAS yang berkembang ke arah 'rahmatal lil a'lamin' telah terpesong daripada dasarnya. Motif mereka hanya satu, mereka tidak ingin melihat PAS berkembang, mereka hanya ingin melihat PAS kekal jumud dan terbelakang. Sepatutnya sebagai ahli PAS, kita harus membantu jamaah menerangkan perkara ini dan bukannya menyanyikan lagu musuh di media musuh mempertikaikan dasar parti sendiri.

Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk mencabut kemuncup yang lekat diseluar atau stokin; teruskan permainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga pintu gol terlopong tanpa penjaga.

Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.

Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama.

Salam perjuangan.

Ustaz Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemuda Umno Guna Gangster Ugut Mahasiswa

Posted: 21 Dec 2011 05:24 PM PST


Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan Pemuda Umno menggunakan gangster untuk mengugut ibu bapa Adam Adli di Pulau Pinang.

Pertubuhan itu mendakwa Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian.

SAMM kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin menyatakan solidariti bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memperjuangkan kebebasan akedemik.

"Kita secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun, siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa," katanya.

SMS dan panggilan telefon

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Adam diugut dalam media baru termasuk SMS dan panggilan telefon.

"Setelah berjumpa Adam, saya menasihatkan Adam membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata, tunjuk perasaan mahasiswa pada Sabtu lalu adalah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini.

Katanya, jika Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk perasaan tersebut pasti tidak berlaku.

Katanya, kehadiran kumpulan lebih 400 mahasiswa selepas mereka menghantar memorandum di Suhakam selepas Timbalan Menteri

Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka. -FMT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 22 Dec 2011 09:09 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Dilarang majikan untuk menunaikan solat

Posted: 22 Dec 2011 06:54 AM PST

Dari laman web Aduan Rakyat Online
Dilarang majikan untuk menunaikan solat
December 22nd, 2011

Assalamu'alaikum.

Saya merupakan salah seorang pekerja dalam sebuah syarikat telekomunikasi swasta gergasi berkait kerajaan (TM). Perkara yang amat saya kesali dan marah adalah banyak kes sudah dan masih berlaku terutama di kalangan pekerja swasta yang dihalang atau disusahkan prosedur untuk mendirikan rukun yang menjadi teras dalam agama Islam iaitu solat!

Sebelum ini saya hanya mendengar cerita dari mulut rakan-rakan sahaja namun kali ini saya sendiri yang menjadi mangsanya! Jikalau ada majikan atau pegawai atasan yang melepaskan pekerjanya untuk solat pun, ia perlu melalui proses yang sengaja disusah-susahkan seperti menulis / merekodkan nama dan memaklumkan kepada pegawai atasan. Dan jika diberi keizinan pun, kebanyakkan pekerja terpaksa terkejar-kejar masa pendek yang diberikan (5 minit).

Lebih malang, di suatu tempat yang bilangan pekerjanya mencapai ratusan orang, terpaksa berhimpit-himpit di ruang solat yang hanya boleh memuatkan maksimum 7-8 orang! Hari ini saya telah ditegur hanya kerana mendirikan Solat Isya' sekaligus mengambil wudhu' yang jumlah masa diambil hanyalah tak lebih 7-8 minit!

Ini satu pencabulan terhadap hak saya sebagai seorang muslim! Saya amat berharap pihak berwajib mengambil perhatian dan membuat sesuatu terhadap isu ini. Amat malang apabila perkara ini cukup dirumitkan namun pada masa yang sama pekerja bawahan yang satu bangsa dengan orang atasan saya yang suka melepak, bersembang dan kerap merayau-rayu sewaktu bekerja di hadapan beliau langsung tidak diambil tindakan!

Dari
Pekerja bawahan teraniaya.
By: Dzul

http://www.aduanrakyat.com.my/dilarang-majikan-untuk-menunaikan-solat

Perkhidmatan KTM sangat teruk

Posted: 22 Dec 2011 06:53 AM PST

Dari laman web Aduan Rakyat Online
Perkhidmatan KTM sangat teruk
December 22nd, 2011

Saya sudah banyak kali menggunakan perkhidmatan KTM. Kelewatan tren untuk tiba di stesen terlalu kerap terjadi iaitu setiap kali saya menggunakan perkhidmatan ini. Apabila tren lambat, orang semakin ramai menunggu dan ini menyebabkan tren terlalu padat dengan penumpang.

Tambahan lagi, suara yang memberitahu nama stesen seterusnya tidak jelas. Jadi saya tidak dapat mengetahui nama-nama stesen yang disebut malah nama stesen di papan tanda di luar juga tidak dapat dilihat kerana penumpang terlalu ramai yang berdiri. Perkhidmatan KTM sangat teruk terutamanya ketika waktu pulang kerja. Alat penghawa dingin tidak berfungsi, udara di dalam tren amat tidak menyenangkan dan seterusnya menyebabkan ada penumpang yang pitam.

Seperti pada hari ini, 21 Disember 2011, tren Pelabuhan Klang dipenuhi penumpang sehinggakan langsung tidak dapat berganjak dari tempat berdiri. Sesampainya tren di stesen Angkasapuri, ia telah rosak dan salah seorang pekerja KTM mengarahkan kami (penumpang) keluar dan menunggu tren lain dalam masa yang sangat lama.

Saya sebagai wakil rakyat ingin meminta pihak bertanggungjawab mempertingkatkan mutu perkhidmatan KTM memandangkan ramai orang menggunakan perkhidmatan ini dan saya pasti telah ramai yang menyuarakan perkara yang sama. Sekian, Terima Kasih.

By: ann

http://www.aduanrakyat.com.my/perkhidmatan-ktm-sangat-teruk

Aduan dibuat, tindakan tiada

Posted: 22 Dec 2011 05:49 AM PST

Aduan dibuat, tindakan tiada
Utusan Malaysia 22 Dis 2011

BARU-BARU ini Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai telah berjaya menyelesaikan 90 peratus aduan yang diterima. Saya ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai. Namun, apa yang diperkatakan nampaknya hanya indah khabar dari rupa.

Saya telah membuat aduan mengenai kedudukan pokok besar di tebing bukit belakang rumah saya melalui Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan pada 18 November 2011 lalu. Saya hanya menerima maklumbalas mengenai aduan saya pada 7 Disember 2011 yang memohon saya merujuk kepada Jabatan Landskap.

Sehinga kini setelah sebulan berlalu masih tiada tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Nilai. Tembok simen yang menutupi bukit telah mula retak. Saya telah menghubungi pihak Jabatan Landskap untuk bertanyakan status aduan saya. Jawapan yang saya terima tiada pegawai.

Begitu juga saya menghubungi Jabatan Hal Ehwal Komuniti & Aduan Awam, saya dimaklumkan, "Kami akan semak". Oleh yang demikian adakah pihak Majlis Perbandaran Nilai ingin melihat berlakunya tanah runtuh di belakang rumah saya, barulah tindakan akan diambil?

Sebenarnya pokok ini tidak dibersihkan ketika penebangan pokok di kawasan yang sama pada tahun lalu. Ketika proses pembersihan dilakukan pokok ini tertinggal. Kakitangan Majlis Perbandaran Nilai juga memasuki kawasan rumah saya dengan memanjat pintu pagar walaupun telah dilarang oleh jiran-jiran. Sepatutnya mereka menyusur di tepi bukit tersebut, bukannya memanjat pagar rumah saya.

Mereka juga telah membuka ampaian baju dan menggunakan tali ampaian sebagai pengikat pokok. Perkara ini saya telah membuat laporan kepada Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Setiausaha Majlis. Namun, tiada jawapan sehingga kini.

Saya berpendapat sekiranya kakitangan Majlis Perbandaran Nilai berhati-hati di dalam pembersihan sebelum ini pasti pokok tersebut tidak akan membesar sehingga menyebabkan lapisan simen pecah. Saya mohon pihak Majlis Perbandaran Nilai mengambil tindakan yang sewajarnya.

PENDUDUK KECEWA
Seremban, Negeri Sembilan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan