Jumaat, 23 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 23 Sep 2011 02:00 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pusat Perlu Luaskan Bidang Kuasa Kerajaan Negeri Gubal Undang-Undang Islam

Posted: 23 Sep 2011 02:00 AM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 23 SEPTEMBER : Bidang kuasa kerajaan persekutuan dengan menghadkan hak kuasa kerajaan negeri bagi membentuk undang-undang berkaitan agama, jenayah dan sivil seperti pelaksanaan Undang-Undang Hudud harus dipertimbangkan semula bagi memastikan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa bagi penggubalannya, kata Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Parlimen telah melampaui kuasa dengan membuat undang-undang ke atas perkara yang sedia maklum diletakkan ke atas kerajaan negeri, jadi dengan adanya akta itu, bidang kuasa mahkamah syariah terbatas termasuk tidak mampu melaksanakan hudud," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian bagi mengulas hasrat kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan Hukum Hudud yang menjadi perjuangan PAS selama ini namun ia dibatasi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Hukum Hudud yang melibatkan perundangan agama, jenayah dan sivil menyebabkan ia tidak boleh digubal oleh negeri kerana kuasa mengubal undang-undang jenayah dan sivil hanya terletak ditangan Parlimen.

Kerajaan Negeri terbatas untuk laksanakan Hukum Hudud di bawah Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf.

Kuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah enakman negeri.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata ia bagaimanapun mampu dilaksanakan sekiranya akta tersebut diisytiharkan sebagai tidak sah di mahkamah atau kerajaan pemerintah bertindak menghapuskan akta tersebut.

"Sekiranya ada komitmen dipihak kerajaan untuk bertindak memudahkan perkara itu saya fikir ianya tidak akan mendatangkan masalah.

"Undang-undang itu adalah satu yang anamoli, suatu yang saya fikir sebagai tidak betul dalam sistem kita dan Umno sepatutnya mengambil tindakan memansuhkan undang-undang itu atau mengubahsuainya, sekirannya itu tidak berlaku, Kelantan boleh ke mahkamah untuk berhujah bagi membatalkan perkara tersebut supaya Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan menerusi pentadbiran yang ada yang ditadbir oleh Mahkamah Syariah negeri Kelantan," katanya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan sebagai berkata bahawa Pas berhasrat menubuhkan negara Islam, termasuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun walaupun bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyatakan keadaan masih belum kondusif selain kuasa Kerajaan Negeri yang terhad.

Menurutnya, sejak penubuhannya, PAS tekad menegakkan syiar Islam, malah di Kelantan parti itu sentiasa berusaha menjadikan Islam sebagai asas kehidupan.

"Kalau tidak mahu buat negara Islam, kita buat bumi sendiri, jangan menumpang bumi Allah (SWT), buat udara sendiri jangan menumpang udara Allah, buat matahari sendiri jangan menumpang matahari Allah, selagi kita menumpang di bumi Allah, maka agama yang Allah rasmikan ialah Islam," katanya kepada media selepas Himpunan Kursus Peserta Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, semalam.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong perlaksanaan hudud seperti yang dihasratkan kerajaan Kelantan.

Bagaimanapun, katanya Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dan ia adalah pandangan peribadi beliau.

"Secara dasar, saya percaya ini boleh dilaksanakan," katanya.

Anwar berkata, rancangan Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hudud adalah spesifik dan ia meliputi dua aspek penting iaitu pentadbiran yang adil kepada undang-undang Islam dan memastikan hak bukan Islam dilindungi.

Walaubagaimanapun, DAP mempunyai pandangan yang berbeza apabila Pengerusinya, Karpal Singh mempersoal kewajaran Nik Aziz melaksanakan hukum hudud yang menurutnya berlawanan dengan perlembagaan persekutuan yang menyukarkan ia dilaksanakan di negara ini buat masa ini.

Melihat kepada senario ini, Dr Abdul Aziz yang dihubungi TvSelangor berpendapat pelaksanaan Hudud tidak mencacatkan sistem undang-undang negara kerana kerangka persekutuan yang bersifat fleksibel seperti sistem perbankan islam dan konvesional boleh berjalan serentak di negara ini.

"Bagi saya, kerangka persekutuan di Malaysia sebenarnya membenarkan dan itu lah sebenarnya keindahan dan kelebihan sistem persekutuan dimana kepelbagaian itu boleh ditangani dan dijalankan, ianya seperti perbankan islam dan perbankan konvesional, ianya berjalan serentak, supaya masyarakat boleh memilih mana satu yang sesuai dengan mereka," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yakin bahawa pelaksanaan hudud mampu diterima setiap rakyat kerana ia membawa kebaikan dan menjamin kesejahteraan semua.

"Yang perlu takut adalah mereka yang bersalah, perompak dan pencuri yang merompak harta rakyat, dengan apa jua cara yang salah." katanya dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur.

tv news/-

Libya hargai Malaysia

Posted: 23 Sep 2011 01:30 AM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

ABU BAKAR menunjukkan bendera Libya selepas menerima kepemimpinan kerajaan baru diterajui NTC pada sidang media, di Kuala Lumpur, semalam.

ABU BAKAR menunjukkan bendera Libya selepas menerima kepemimpinan kerajaan baru diterajui NTC pada sidang media, di Kuala Lumpur, semalam.
Duta pelawa pelabur KL teroka peluang di Tripoli

KUALA LUMPUR: Kedutaan Libya di Malaysia mengumumkan misi diplomatik itu kini di bawah kepemimpinan kerajaan baru Libya yang diterajui Majlis Peralihan Nasional (NTC) dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York sebagai pemerintah.

Sehubungan itu, Libya mempelawa pelabur dari Malaysia mengadakan jalinan kerjasama dan menghulurkan bantuan dalam pelbagai bidang menerusi draf perancangan pembangunan negara itu merangkumi pendidikan, industri perkhidmatan, latihan, pembinaan dan industri minyak.

"Kami jemput pelabur dari Malaysia dan negara Asia Tenggara lain untuk membantu Libya dalam pelbagai bidang yang memerlukan serta menyambung kembali kerjasama yang terhenti akibat perang selama enam bulan itu.

"Kami amat berterima kasih atas sokongan pemimpin dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Libya," kata Duta Libya ke Malaysia, Dr Abu Bakar Al-Mansori katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.

Mengenai kedudukannya di Malaysia, Abu Bakar menegaskan, misi diplomatik negara itu setia kepada NTC yang mewakili rakyat Libya.

"Kami di sini, mewakili NTC yang juga rakyat Libya," katanya. Beliau memulakan khidmat sebagai duta ke negara ini sejak Januari lalu di bawah pemerintahan Muammar Gaddafi, sebelum pentadbiran diambil alih NTC selepas kejatuhan pemerintah kuku besi itu.

Sebanyak 140 negara sudah mengiktiraf kepemimpinan NTC di Libya menerusi undian di PBB dan banyak lagi negara dijangka menyertai undian itu dalam tempoh beberapa hari lagi.

Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil berucap pada PBB meyakinkan semua pihak yang Libya baru akan menjadi negara demokrasi, aman dan keselamatan terjamin dengan menghormati hak asasi manusia menerusi pilihan raya yang bakal diadakan dalam tempoh kurang lapan bulan dari sekarang.

Berhubung maklumat terbaru mengenai negaranya, beliau berkata, hampir keseluruhan bahagian di Libya sudah jatuh ke tangan NTC, manakala masih ada beberapa kawasan kecil berada dalam tangan penyokong setia Gaddafi.

"Kami (NTC) terpaksa berhati-hati menangani isu ini kerana mengutamakan keselamatan orang awam. Orang awam dipindahkan terlebih dulu sebelum serangan dilancarkan," katanya.

Abu Bakar berkata, sejak enam bulan lalu, PBB membekukan aset Libya di luar negara dan ini amat membebankan, terutama untuk pembayaran yuran pengajian bagi penuntut Libya di Malaysia.

Masalah itu dapat diselesaikan kerana Kerajaan Malaysia membantu meringankan beban bayaran yuran dan sara hidup pelajar. Ketika ini, lebih 3,000 rakyat Libya menetap di negara ini yang kebanyakannya pelajar.

Bantuan Malaysia, katanya, bukan itu saja, malah sebaik selepas pembebasan Libya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia turut menghantar bantuan perubatan kepada rakyat Libya dan Malaysia mengiktiraf NTC sejak awal lagi dan pihaknya amat menghargai sokongan ini.

"Malah, setiap hari kami hantar laporan kepada Kementerian Luar Negara mengenai perkembangan di Libya," katanya.

berita harian/-

PSC Tidak Bermakna Jika Tuntutan Bersih 2.0 Tidak Dilaksana

Posted: 23 Sep 2011 12:38 AM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 23 SEPT :Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang akan diadakan pada bulan hadapan bagi mereformasikan pilihan raya yang lebih adil dan saksama tidak bermakna sekiranya lapan tuntutan Perhimpunan Bersih 2.0 tidak ditunaikan,kata Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0, Dr. Subramaniam Pillay.

Dr Subramaniam berkata Perdana Menteri, Najib Razak perlu benar-benar konsisten menyelesaikan segala tuntutan rakyat dalam Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi memastikan matlamat penubuhan PSC tercapai sebelum PRU-13.

"Apa yang ingin kami perkatakan ialah apabila parlimen telah dibubarkan, dengan itu jawatankuasa parlimen khas perlu menyelesaikan semua cadangan dan tuntutan sebelum pilihan raya akan datang.

"Jadi sebarang tuntutan dan cadangan daripada rakyat perlu diambilkira sebelum mengadakan pilihan raya, jika tidak ia sia-sia sahaja," katanya pada satu sidang media khas Bersih 2.0.

Subramaniam berkata jawatankuasa seliaan parlimen itu yang akan dibentuk Oktober depan sudahpun menerima pelbagai kritikan setelah Najib dilihat seolah-olah tidak serius dalam menambahbaik ketempangan sistem pilihan raya.

"Jadi selagi kami prihatin, PSC boleh diteruskan tetapi kerajaan tidak boleh mengadakan pilihan raya sebelum reformasi pilihan raya dilakukan," tegasnya lagi.

Pada 9 Julai lalu Bersih 2.0 dilancarkan di sekitar ibu negara ekoran perhimpunan Bersih terdahulu yang mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR).

Antara lapan tuntutan Bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor

Dalam sidang media itu, Bersih mengumumkan akan mengadakan kempen baru 'Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13' lanjutan kepada Bersih 2.0 lalu.

Kempen tersebut akan diadakan pada 30 September ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor yang akan berlangsung pada jam 8.30 malam.

tv selangor/-

Mayat jadi rebutan sudah dibakar

Posted: 23 Sep 2011 12:33 AM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

Ketika tubuh Lawrence Selvananthan masih menjadi rebutan antara jabatan agama Islam dan keluarga Kristiannya, rakan-rakan si mati dikatakan mengambil tindakan sendiri menyempurnakan mayatnya tengah hari semalam.

Difahamkan bahawa rakan si mati, yang membawa mayatnya ke gereja di Seremban untuk upacara pengkebumian, memutuskan membakarnya dan meyimpan abunya di Segamat.

NONESituasi itu bagaimanapun memungkinan mereka menghadapi tindakan undang-undang oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), menurut anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson Ravi Munusamy yang bertindak sebagai orang tengah.

Ravi (kiri) berkata, pegawai polis muncul di kediaman keluarga Lawrence di Lukut sekitar waktu tengah malam untuk menyerahkan arahan mahkamah syariah, memaklumkan tindakan akan dikenakan pada mereka.

Status agama Lawrence, 33, yang baru meninggal dunia mencetuskan kekeliruan pada keluarganya apabila JHEINS datang ke rumah menuntut mayatnya semalam atas alasan si mati memeluk Islam tiga hari sebelumnya.

Situasi itu menimbulkan ketegangan antara keluarga dan kira-kira 30 pegawai pihak berkuasa agama dan pegawai polis.

malaysiakini/-

Umno Cuba Gadai Tanah Rezab Melayu

Posted: 23 Sep 2011 12:16 AM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 23 SEPT : Umno Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berdasarkan maklumat yang didedahkan di dalam portal Malaysia Waves, tanah rezab Melayu itu cuba dijual kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.

Menteri Besar menerima permohonan berkenaan daripada pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada tahun lalu. Dalam surat berkenaan juga dinyatakan syor Pentadbir Tanah Daerah Petaling yang menolak permohonan berkenaan atas alasan mengekalkan kouta bumiputera.

Manakala syor daripada Pejabat Tanah dan Galian pula menyatakan tidak disokong kerana pindah milik di antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera.

Keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor masih menjaga perkara berkenaan hak-hak orang Melayu di negeri ini, sekali gus menolak dakwaan Umno selama ini bahawa KEADILAN dan PAS tunduk kepada DAP.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika diminta mengulas perkara ini menggesa Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman memberi penjelasan berkenaan cubaan menggadai tanah rezab Melayu yang berada di atas nama Bahagian Umno Puchong.

Katanya, ini membuktikan kegagalan mereka dalam memperjuangkan tanah-tanah simpanan Melayu di negeri ini.

"Dalam soal ini, mereka yang memperjuangkan hak Melayu, memperjuangkan hak simpanan tanah Melayu itu sudah jauh ketinggalan, sebab yang jelas, ribuan ekar tanah hak rakyat Selangor, gagal mereka pertahankan," katanya.

Tambah Faekah lagi, sejak Pakatan mengambil alih Selangor, sudah banyak pendedahan yang dilakukan berkaitan soal tanah penganugerahan tanah yang tidak telus.

"Pada kita (kerajaan Selangor) sudah buktikan bahawa sebelum Pakatan mengambil alih pentadbiran, bahawa banyak tanah-tanah di negeri Selangor telah diberi sama ada secara pukal atau secara racik-racik kepada orang yang tidak memerlukan dan tidak sepatutnya dapat.

"Isu yang lebih besar tentang tanah ialah bagaimana ketika dahulu tanah-tanah diberikan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri, selepas itu anak-anak syarikat pula mengagih-agihkan kepada syarikat lain.

"Itu modus operandi yang sangat ketara dan kalau saya sebut satu per satu, rakyat Selangor akan terkejut sebab saya sendiri terkejut perkara itu berlaku secara berleluasa," jelas Faekah.

tv news/-

Gaddafi tinggalkan ribuan peluru berpandu

Posted: 23 Sep 2011 12:00 AM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -


 BEBERAPA pejuang anti-Muammar Gaddafi duduk di atas sebuah peluru berpandu Scud di luar sebuah kampung dekat Sirte, Libya kelmarin.

PARIS - Ribuan peluru berpandu darat ke udara yang ditinggalkan rejim Muammar Gaddafi yang tumbang di Libya tidak mendatangkan ancaman besar seperti yang dibimbangi kerana kebanyakan kumpulan militan di Afrika kurang ilmu pengetahuan dan peralatan untuk melancarkan senjata itu, kata beberapa pakar.
Peluru berpandu mudah alih SA-7 buatan bekas negara Kesatuan Soviet (USSR) yang dilengkapi peledak kuat dan alat pengesan infra merah itu boleh mencetuskan ancaman serius di Sahel yang merupakan lokasi tempat sekutu kumpulan Al-Qaeda aktif beroperasi.
Beberapa orang bimbang peluru berpandu itu akan digunakan untuk menyerang pesawat komersial jika ia jatuh ke tangan orang yang salah.
Namun, beberapa pihak lain menyatakan, ia sukar digunakan dan jika tidak dijaga dengan baik, ia akan menjadi besi sekerap.
beberapa sumber menyatakan, kebanyakan peluru berpandu itu ditemui dalam pasaran gelap di rantau Sahara Afrika yang mungkin ditawarkan kepada kumpulan-kumpulan seperti Al-Qaeda.
"Kami menerima maklumat mereka sedang mencari buku panduan (untuk menggunakannya) dalam bahasa Arab," kata seorang pakar antikeganasan Perancis kepada agensi berita AFP.
Peluru-peluru berpandu itu ditinggalkan oleh rejim Gaddafi yang tumbang menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. - Agensi

20 Amalan Murah Rezeki..

Posted: 22 Sep 2011 11:58 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

TAZKIRAH/-

Isteri Ahmad Sarbani Kesal SPRM Hebahkan Keburukan Orang & Tutup Keburukan Sendiri

Posted: 22 Sep 2011 11:51 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

Selama ini saya diam saja, tapi hari ini saya rasa terpanggil nak bagi tahu semua orang apa yang terpendam dalam isi hati saya. Mungkin dengan cara ini, saya boleh tenang..."

Demikianlah kata-kata Maziah Manap (gambar), balu Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed kepada MerdekaReview, apabila mengeluarkan satu kenyataan media pada hari ini, sebelum keputusan inkues diumumkan pada 26 September akan datang.

Maziah Manap terpanggil untuk menyanggah spekulasi peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Muhamad Shafee Abdullah, bahawa suaminya cuba melarikan diri.

"Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya," beliau berkata sedemikian dalam kenyataan medianya.

Beliau menambah, "Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah. Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam."

Selain itu, Maziah Manap yang beberapa kali menghadiri inkues kematian suaminya berkata, dirinya "confused" (terkeliru) dengan kenyataan yang berbeza daripada sesetengah pihak. Misalnya, Pengarah Wilayah Persekutuan SPRM pernah memberitahunya bahawa suaminya "rebah", namun berkata suaminya "jatuh" ketika di mahkamah. Maziah tidak mempunyai bukti, kerana beliau diberitahu melalui panggilan telefon, dan bukannya pesanan ringkas (sms).

Yang berikut adalah teks penuh kenyataan Maziah Manap

Saya adalah balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbaini Bin Mohamed. Keluarga kami masih menanggung duka nestapa akibat kematian suami saya semasa dalam tahanan SPRM pada 6 April 2011. Beban sengsara dan kesedihan yang saya dan anak-anak alami menjadi lebih berat apabila kami diaibkan dengan tohmahan dan andaian bahawa Allahyarham adalah seorang pegawai Kastam yang korup.

Itulah gambaran dan kesimpulannya apabila peguam SPRM, Muhammad Shafee Abdullah, mengeluarkan kenyataan akhbar pada 12 September 2011 bahawa SPRM tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana suami saya meninggal dunia apabila cuba melarikan diri untuk berjumpa kawannya supaya pernyataan mereka kepada SPRM dapat diselaraskan. Kenyataan akhbar tersebut dihebahkan secara meluas seolah-olah ianya suatu fakta hakiki.

Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya.

Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya.

Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah. Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam.

Baru hari ini telah keluar berita tentang penangkapan tiga orang pegawai tinggi SPRM termasuk seorang berpangkat Penolong Pesuruhjaya yang menyalahguna kuasa mereka dan "merompak" money changer di KLIA untuk sejumlah US$300,000 (RM900,000).

Kejadian pada 15 September 2011 hanya terdedah setelah dilaporkan oleh media alternatif. Sebaliknya cerita berkenaan suami saya dihebahkan secara meluas. Inikah ketelusan yang boleh diharapkan dari SPRM, PDRM dan media arus perdana?

Berhubung kenyataan peguam SPRM tentang teori kematian suami saya, saya perlu membuat penjelasan dan menyatakan secara tegas bahawa kenyataan SPRM tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan semasa Inkues dan merupakan satu tohmahan dan spekulasi oleh SPRM sehingga membabitkan nama-nama pihak ketiga.

Malahan hujahan bertulis dari peguam Zainal jelas menunjukkan bahawa:

a) tidak terdapat sebarang bukti bahawa Allahyarham terbabit dengan salah laku rasuah;
b) tidak terdapat sebarang sebab untuk Allahyarham takut dan cuba melarikan diri;
c) tiada asas kepada teori SPRM bahawa Allahyarham cuba melarikan diri untuk memberikan amaran kepada En. Zainal demi memastikan pernyataan mereka menjadi konsisten;
d) pengakuan Allahyarham yang kononnya telah diperolehi, adalah secara muslihat, perdayaan dan paksaaan dan amat bercanggah dengan pernyataan awalnya dimana Allahyarham secara tegas menafikan sebarang perlakuan rasuah; dan
e) pemadaman rakaman CCTV pada waktu kejadian selama tempoh lebih 22 jam seperti disahkan oleh pegawai forensik, ASP Fauziah Bte Che Mat, menunjukkan usaha SPRM untuk menyembunyikan kejadian sebenar.

Dalam kesedihan ini, saya hanya mampu mengharapkan supaya sebab sebenar kematian suami saya dapat diketahui dan pihak-pihak yang menyebabkan kematiannya dipertanggungjawabkan. Barulah maksud sebenar keadilan membawa erti kepada keluarga kami. -MR

Ulasan GB

Sama seperti kes Teoh Beng Hock, dimana Polis dan SPRM telah melakukan pelbagai tohmahan sehinggalah keluarga mangsa lansung tidak dapat pembelaan yang wajar sekalipun di peringkat inkues.

Keterangan-keterangan yang diberikan peringkat awal menutup segala ruang untuk kebenaran dan keadilan dibuka, sehinggakan tindakan SPRM dilihat paling betul dan wangi - ada menteri barua yang membuat pendirian serupa dengan pendirian pegawai tertinggi SPRM - bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri.

Tetapi apabila siasatan Suruhanjaya Diraja diadakan, TERBUKTI bahawa pegawai-pegawai SPRM yang bertindak menyiasat Teoh adalah kejam, angkuh dan menyalahkan kuasa mereka.

Hal yang serupa kini berlaku ke atas kes Ahmad Sarbani.

GREEN BOX/-

Rakyat Palestin bantah ucapan, kecam Obama

Posted: 22 Sep 2011 11:30 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -



RAMALLAH, Wilayah Palestin - Penduduk Palestin yang berang dengan ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama keluar untuk menunjuk perasaan di jalan-jalan raya di sini dan bandar Gaza semalam.
Mereka berhimpun untuk membantah ucapan Obama yang dibuat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York kelmarin yang disifatkan sebagai memihak kepada Israel.
Lebih 1,000 penduduk Palestin yang membawa sepanduk mengecam Obama berhimpun di luar ibu pejabat Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas di sini sebelum berarak ke pusat bandar dengan melaungkan ungkapan: "Amerika tidak tahu malu kerana menyokong penjajahan (Israel)."
Di Bandar Gaza, sekitar 300 wanita berhimpun di luar ibu pejabat PBB dengan melaungkan slogan anti-Obama dengan mereka diawasi oleh pasukan keselamatan Hamas.
Ucapan Obama pada Perhimpunan Agung PBB di bandar raya New York, AS kelmarin menerima kecaman hebat daripada seluruh penduduk Palestin.
Dalam ucapannya, Presiden AS berkenaan mengulangi bantahan Washington terhadap usaha Palestin untuk menjadi sebuah negara merdeka sebagai anggota penuh PBB.
Obama turut bersimpati dengan perjuangan Israel di rantau Asia Barat tanpa menyentuh sedikit pun tentang penjajahan Israel ke atas Palestin atau pembinaan penempatan-penempatan haram Yahudi oleh rejim Zionis. - AFP

Jangan terperangkap dengan isu yang sengaja diwujudkan

Posted: 22 Sep 2011 09:49 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

Muktakir ini, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat. Isu ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang PRU akan datang.

Isu sedemikian diwujudkan untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran.

Demikian juga isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, isu akta yang akan menggantikan ISA… semua ini adalah isu besar yang sepatutnya menjadi isu sebenar untuk PRU ke 13 kerana ianya mempunyai impak kepada rakyat secara langsung.

Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan mengiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama tenggelam dengan isu-isu yang sengaja diwujudkan.

Teknik mengalih perhatian dengan membawa isu yang sengaja diada-adakan terutama isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang tidak dijawab mereka.

Selain mengalihkan perhatian, sebenarnya tujuan asal BN sengaja mewujudkan isu ialah supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan.

Teknik ini sentiasa digunakan tidak lain tidak bukan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana. Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini.

Walaupun ada-kalanya kita terpaksa jawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya.

Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN.

Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi sebegini. Ini kerana isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi supaya PR terus berbalah dengan mereka dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit.

Seluruh jentera Pakatan Rakyat diharap tidak terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi mengalih perhatian kepada isu sebenar yang sedang dihadapi rakyat.

Sementara itu, Pakatan Rakyat juga hendaklah memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarung PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting.

Bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum. Tindakan segera bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera.

Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana segera bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan.

Gerak kerja rayuan undi, semakan daftar, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan.

Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar.

Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
23 SEPTEMBER 2011

LUAS: SYABAS perlu lebih profesional dalam isu air

Posted: 22 Sep 2011 09:27 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

Pemantauan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di tujuh empangan dan sungai-sungai utama di Selangor mendapati kedudukan paras air di semua muka sauk bagi keperluan loji pembersihan air adalah baik dan tidak membimbangkan.

Pegawai penerangan LUAS, Ishak Kamaruzaman berkata, sumber air di Selangor masih dalam keadaan yang mencukupi dengan taburan hujan yang tinggi dicatatkan di banyak kawasan terutamanya kawasan tadahan air.

"Secara purata, paras air di empangan pada tahun ini adalah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Oleh itu, katanya, dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bahawa rizab air semakin menyusut adalah satu kenyataan yang tidak profesional kerana ianya telah memberi gambaran yang salah tentang kebolehdapatan sumber air di negeri Selangor.

Secara terperinci, kata Ishak, kedudukan tahap simpanan air empangan pada 20 September 2011 adalah seperti yang berikut :

1. Empangan Sungai Selangor pada tahap 78.34 peratus.

2. Empangan Sungai Tinggi pada tahap 85.78 peratus.

3. Empangan Batu pada tahap 100 peratus (melimpah).

4. Empangan Klang Gate pada tahap 100 peratus.

5. Empangan Tasik Subang pada tahap 95.64 peratus.

6. Empangan Sungai Langat pada tahap 100 peratus (melimpah)

7. Empangan Sungai Semenyih pada tahap 100 peratus (melimpah)

Berdasarkan pemantauan itu, tambahnya, dapat di buat kesimpulan seperti yang berikut:-

i) Purata paras air empangan pada tahun 2011 adalah meningkat berbanding tahun sebelumnya;

ii) Taburan hujan yang turun di kawasan tadahan air empangan adalah tinggi;

iii) Taburan hujan yang rendah bagi Empangan Sungai Selangor pada bulan Jun dan Julai adalah 48.11mm dan

49.26mm. Manakala taburan hujan yang rendah bagi Empangan Sungai Tinggi pada bulan Jun dan Julai adalah 182mm dan 110mm. Bagaimanapun pada bulan Ogos dan September taburan hujan kembali kepada keadaan purata iaitu 200mm;

"Semenjak 2011, semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor yang dikendalikan oleh syarikat konsesi air dan diagihkan oleh SYABAS.

"Apa yang perlu ditegaskan di sini, bahawa SYABAS adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan rizab air bersih dalam tahap 10 peratus. Namun apa yang pasti adalah rizab air bersih berada pada tahap 3 peratus hingga 5 peratus kerana loji tidak berupaya menambah pengeluaran.

"Sebagai syarikat konsesi yang bertanggungjawab untuk membekalkan air bersih kepada rakyat, SYABAS sepatutnya mengambil usaha untuk mengatasi masalah ketidakupayaannya dalam memastikan rizab air bersih berada dalam tahap yang baik," tegas Ishak.

SYABAS, katanya, perlu melihat teknologi terkini untuk merawat sumber air dan menaiktaraf loji-loji sedia ada bagi menambah kapasiti loji pembersihan air tersebut.

"Jika ada pun krisis air, ianya disebabkan oleh kegagalan loji pembersihan air untuk sentiasa memastikan bekalan air bersih mencukupi.

"Secara keseluruhannya, negeri Selangor mempunyai sumber air yang mencukupi untuk memenuhi permintaan.
"Langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi meningkatkan keupayaan loji pembersihan air untuk memenuhi unjuran permintaan dan rizab air bersih," tambah Ishak.

MALAYSIAKINI/-

Pakatan perlu waspada taktik Umno BN alih isu

Posted: 22 Sep 2011 09:20 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk bertindak secara lebih bijaksana dalam menghadapi teknik alih perhatian Umno Barisan Nasional (BN) supaya isu-isu utama yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat tidak ditenggelamkan begitu saja.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata muktahir ini, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, kata beliau, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan menggiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat tenggelam dengan isu-isu yang sengaja diwujudkan.

Katanya, teknik mengalih perhatian dengan membawa isu yang sengaja diada-adakan terutama isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata Umno BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang tidak dijawab mereka.

Selain mengalihkan perhatian, kata beliau sebenarnya tujuan asal BN sengaja mewujudkan isu ialah supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan.

"Teknik ini sentiasa digunakan tidak lain tidak bukan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana.

"Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini," kata beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu, antaranya ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

Isu sedemikian, kata beliau sengaja diwujudkan oleh Umno BN untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran.

Demikian juga, isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, isu akta yang akan menggantikan ISA.

"Semua ini adalah isu besar yang sepatutnya menjadi isu sebenar untuk PRU ke 13 kerana ianya mempunyai impak kepada rakyat secara langsung," kata beliau.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan walaupun ada-kalanya terpaksa jawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya.

"Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN," nasihat beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi isu-isu yang sengaja dibangkitkan Umno BN.

Ini kerana, katanya isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi mereka supaya terus berbalah dengan Umno BN dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim turut menyeru Pakatan Rakyat untuk tidak terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi mengalih perhatian kepada isu sebenar yang sedang dihadapi rakyat dan menumpukan perhatian untuk memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarung PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting.

Katanya, bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum.

Tambahnya, tindakan segera bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera.

"Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana segera bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan," nasihat beliau.

Selain itu, katanya gerak kerja rayuan undi, semakan daftar pemilih, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa semua parti mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan.

"Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar.

"Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang," nasihat beliau lagi.

HARAKAHDAILY/-

PRU 13: Melaka akan buat kejutan – Anwar

Posted: 22 Sep 2011 09:09 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

MELAKA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya rakyat negeri ini akan membuat kejutan besar pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kelak.

"Ini firasat saya. Dalam dua, tiga bulan kebelakangan ini, kita nampak bibit-bibit kebangkitan yang ketara. Insya-Allah," katanya.

Seperti Johor, Melaka dianggap kubu kuat Umno tetapi tanggapan itu kian meleset berikutan pertambahan drastik penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu.

Ceramah itu bersempena program Pentas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Markas KEADILAN Ranting Pengkalan, Alor Gajah di sini, malam semalam.

Kira-kira 2,000 penduduk tempatan mengikuti program yang berlangsung di perkarangan markas yang terletak di perkampungan Melayu.

Naib Presiden, N Surendran; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin, hadir sama.

Pada ucapannya, Anwar yakin Melaka mampu ditawan walaupun negeri itu dilabel kubu kuat Umno berikutan keputusan PRU 12 menunjukkan banyak kubu kuat Umno dimenangi Pakatan Rakyat.

"Permatang Pauh kubu kuat Umno. Selangor juga kubu kuat Umno tapi, pada pilihan raya (umum) lalu, kita tawan. PRU 13 ini, Melaka boleh ditawan atau tidak?"

"Boleh!" sahut sorakan orang ramai dengan penuh semangat sambil sebahagian besar menjulang tangan.

Namun, kata Anwar, anak muda negeri itu perlu rajin mendapatkan maklumat sebenar penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk disebar kepada umum.

"Google. Cari sendiri. Nilaikan. Apakah ini (ucapan beliau) fitnah atau fakta yang cuba disorok kerajaan Umno. Kemudian, sebarkan," katanya.

Terdahulu, kehadiran Anwar diganggu sekumpulan Pemuda Umno diketuai Lokman Adam tanpa dihalang, apatah lagi ditangkap walaupun kira-kira 50 anggota polis 'berkawal'di Pusat Khidmat KEADILAN di Taman Asean.

Malah, ucapannya di dewan pusat khidmat itu juga disabotaj pihak tertentu apabila bekalan elektrik terputus ketika Anwar mengupas isu ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat.

(Fazallah Pit)

Merokok Dari Pandangan Islam

Posted: 22 Sep 2011 09:01 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan.

Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing,

buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi'e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:" Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri".

v. Para ulama' sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan".

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A'raf ayat 157 yang bermaksud; " Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk".

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan". (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud " menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan"
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : "Pemborosan adalah haram". Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama' muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama'-ulama' semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya "Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud" telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat'ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama' terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma' Ulama', Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

" Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama'-ulama' fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan."

"Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya."

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Sumber: e-fatwa

Aset RM72.7b milik Gaddafi ditemui

Posted: 22 Sep 2011 09:00 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -




Beberapa orang beratur di sebuah bank di Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

TRIPOLI, Libya - Pemerintah sementara Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) menyatakan, pihaknya mendapat durian runtuh apabila menemui aset berjumlah AS$23 bilion (RM72.7 bilion) di bank pusat Libya yang tidak digunakan oleh bekas pemimpin negara berkenaan, Muammar Gaddafi, lapor akhbar Financial Times semalam.
Penemuan tersebut yang dilaporkan Financial Times dapat membantu usaha NTC dalam membangunkan semula negara berkenaan.
Seorang pegawai kewangan NTC, Wafik Shater memberitahu wartawan di Dubai, bank pusat itu menyimpan wang kertas dinar Libya berjumlah beberapa bilion.
Satu bilion dinar Libya bersamaan sekitar AS$820 juta (RM2.58 bilion).
"Wang berkenaan mencukupi untuk membolehkan NTC mentadbir negara ini selama enam bulan," kata Shater.
"Kami berada dalam kedudukan kewangan yang lebih baik daripada jangkaan kami sebelum ini," tambahnya.
NTC sebelum ini merayu masyarakat antarabangsa supaya memansuhkan sekatan ke atas Libya serta membebaskan aset berjumlah sekitar AS$170 bilion (RM536.1 bilion) yang disimpan di luar negara.
Gaddafi kini dalam buruan askar-askar NTC selepas rejimnya tumbang menjelang Hari Raya Aidilfitri yang lalu selepas bertempur sejak Februari lalu. - Agensi

Konsep 1Malaysia jejaki nasib Islam Hadhari

Posted: 22 Sep 2011 08:40 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -



KOTA BHARU, 22 Sept: Berbeza berbanding slogan 1Malaysia, konsep Bertani Satu Ibadah yang diperkenalkan di Kelantan dua tahun lalu lebih mudah difahami rakyat.
Sejak dilancar pada April 2009, 1Malaysia belum mampu memberi kefahaman jelas kepada masyarakat sehingga promosi terpaksa dilakukan secara berterusan melalui media elektronik.
Malah konsep 1Malaysia dilihat menjadi semakin kabur mungkin menjejaki nasib Islam Hadhari yang kini berkubur tanpa batu nisan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, Che Abdullah Mat Nawi berkata, rakyat lebih faham dengan pendekatan Bertani Satu Ibadah yang diperkenalkan di Kelantan.
"Rakyat boleh faham konsep itu menyebabkan mereka bersungguh-sungguh melaksanakan kerja di samping amanah dan menaruh pengharapan kepada Allah swt.
"Kita nak suruh faham dan ini berlainan dengan slogan 1Malaysia. Apa yang boleh kita faham, dan kalau pun kita faham namun apakah yang kita dapat dengan 1Malaysia.
"Tetapi apabila kita menyebut Bertani Satu Ibadah menjadikan rakyat Kelantan lebih dekat dengan amalan agama biar pun sibuk mencari rezeki di mana sahaja," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini petang semalam.
Sidang media itu diadakan sempena program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan 2011 yang bermula 21 September hingga 2 Oktober ini.
Program dwitahunan itu diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV. Tema tahun ini 'Bertani Satu Ibadah Pemangkin Kecemerlangan Pertanian Kelantan'.
Lebih 100 usahawan tani termasuk dari negara jiran serta 35 gerai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan berkaitan pertanian menyertai program berkenaan.
Che Abdullah berkata, penghayatan rakyat terhadap Bertani Satu Ibadah semakin diterima meluas sekarang.
Namun anehnya kata beliau apabila ditanya kepada pelajar sekolah, konsep 1Malaysia tidak ramai yang mampu memberi jawapan.
H/daily

Kisah 10 ekor binatang istimewa

Posted: 22 Sep 2011 08:30 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

Mereka menambah lagi, "Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu," kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki.

1.Untanya Nabi Saleh

Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh menjawab dengan tenang.

"Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah?"

"Baiklah, kami akan beriman kepada Allah dan akan menerima segala ajaran kamu," jawab mereka.

Setelah satu persetujuan dimeterai, maka Nabi Saleh telah menunaikan solat. Baginda memohon kepada Allah agar mengkabulkan permintaannya seperti yang dituntut oleh kaum Tsamud. Baginda juga berdoa semoga kaum itu akan kembali ke jalan yang benar selepas melihat bukti tersebut.

Allah Maha Berkuasa. Dengan sekelip mata sahaja Allah telah mengkabulkan doa Nabi Saleh. Batu besar tadi telah merekah dan terbelah. Lalu keluarlah seekor unta betina yang besar. Unta itu mempunyai semua sifat yang disebutkan oleh kaum Tsamud.

Maka, tercenganglah semua kaum Tsamud yang melihat kejadian itu. Sebahagian daripada mereka mula mengakui kenabian Nabi Saleh. Salah seorang daripada mereka ialah seorang pemimpin kaum Tsamud yang bernama Junda bin Amru. Akan tetapi, sebahagian yang lain masih enggan beriman. Mereka tetap degil dan sombong.


2.Anak Sapinya Nabi Ibrahim,

Baca potongan surah adz-dzariyat

"Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: "Salaama".

Ibrahim menjawab: "Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal." Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka.

Ibrahim lalu berkata: "Silahkan anda makan." (Tetapi mereka tidak mau makan), karena itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: "Janganlah kamu takut", dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak)." (QS. Adz Dzariyat: 24-30)


3.Kambing Gibasnya Nabi Ismail

…Nabi Ibrahim yang dikatakan memiliki kekuatan 40 kali manusia biasa, dengan pisau yang tajam, maka menyembelih anaknya (Ismail) dan Allah melihat kepatuhan Ibrahim,

Maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk menggantikan posisi Ismail dengan kambing gibasy yang gemuk, dengan sekejab saja, ternyata yang putus kepalanya adalah kepala kambing gibasy itu dan Ismailpun diselamatkan oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillaahi Hamd.

Dari peristiwa itu telah menjadi syari'at ummat Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam untuk melaksanakan ibadah qurban…

4.Sapinya Nabi Musa

..Tatkala Nabi Musa menyampaikan cara yg diwahyukan oleh Allah itu kpd kaumnya ia ditertawakan dan diejek krn akal mereka tidak dapat menerima bhw hal yg sedemikian itu boleh terjadi.

Mereka lupa bhw Allah telah berkali-kali menunjukkan kekuasaan-Nya melalui mukjizat yg diberikan kpd Musa yg kadang kala bahkan lebih hebat dan lebih sukar utk diterima oleh akal manusia berbanding mukjizat yg mereka hadapi dlm peristiwa pembunuhan pewaris itu.

Berkata mereka kpd Musa secara mengejek: "Apakah dgn cara yg engkau usulkan itu, engkau bermaksud hendak menjadikan kami bahan ejekan dan tertawaan org?

Akan tetapi kalau memang cara yg engkau usulkan itu adalah wahyu, maka cubalah tanya kpd Tuhanmu, sapi betina atau jantankah yg harus kami sembelih?

Dan apakah sifat-sifatnya serta warna kulitnya agar kami tidak dapat salah memilih sapi yg harus kami sembelih?"

Musa menjawab: "Menurut petunjuk Allah, yg harus disembelih itu ialah sapi betina berwarna kuning tua, belum pernah dipakai untuk membajak tanah atau mengairi tanaman tidak cacat dan tidak pula ada belangnya."

Kemudian dikirimkanlah orang ke pelusuak desa dan kampung-kampung mencari sapi yang dimaksudkan itu yang akhirnya diketemukannya pada seorang anak yatim piatu yang memiliki sapi itu sebagai satu-satunya harta peninggalan ayahnya serta menjadi satu-satunya sumber nafkah hidupnya.

Ayah anak yatim itu adalah seorang fakir miskin yang soleh, ahli ibadah yang tekun yang pada saat mendekati waktu wafatnya, berdoalah kepada Allah memohon perlindungan bagi putera tunggalnya yang tidak dapat meninggalkan warisan apa-apa baginya selain seekor sapi itu.

Maka berkat doa ayah yang soleh itu terjuallah sapi si anak yatim itu dengan harga yang berlipat ganda kerana memenuhi syarat dan sifat-sifat yang diisyaratkan oleh Musa untuk disembelih.

Setelah disembelih sapi yang dibeli dari anak yatim itu, diambillah lidahnya oleh Nabi Musa, lalu dipukulkannya pada tubuh mayat, yang seketika bangunlah ia hidup kembali dgn izin Allah, menceritakan kapada Nabi Musa dan para pengikutnya bagaimana ia telah dibunuh oleh saudara-saudara sepupunya sendiri.

Demikianlah mukjizat Allah yang kesekian kalinya diperlihatkan kepada Bani Israil yang keras kepala dan keras hati itu namun belum juga dapat menghilangkan sifat-sifat bongkak dan membangkang mereka atau mengikis-habis bibit-bibit syirik dan kufur yang masih melekat pada dada dan hati mereka…

5.Ikan Yang Memakan Nabi Yunus

…Kemudian Nabi Yunus AS menaiki kapal yang dipenuhi penumpang dan muatan. Ketika mereka berada di tengah-tengah lautan maka kepal itu miring dan hampir tenggelam, dimana mereka harus mengambil salah satu keputusan antara mereka tetap berada di kapal semuanya dengan resiko mengalami kebinasaan; atau membuang sebagian dari mereka agar kapal itu menjadi ringan dan menyelamatkan sisanya.

Akhirnya mereka memilih jalan yang terakhir setelah menemui kesepakatan di antara mereka. Kemudian mereka melakukan pengundian dan sejumlah penumpang terkena undian tersebut termasuk di dalamnya Nabi Yunus AS, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman, "… kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah untuk undian." (Ash-Shaffat: 141).

Yakni ia termasuk dari orang-orang yang kalah dalam undian tersebut. Kemudian mereka pun melemparkannya ke laut, serta seekor ikan besar menelannya, akan tetapi tidak sampai mematahkan tulangnya dan merobek dagingnya.

Ketika Nabi Yunus AS berada di dalam perut ikan, maka dalam keadaan gelap (dalam perut ikan) ia berseru, "Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim." (Al-Anbiya': 87).

Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada ikan itu supaya memuntahkan Nabi Yunus AS di daerah yang tandus.

Nabi Yunus AS keluar dari perut ikan tersebut bagaikan anak burung yang baru keluar dari telur (baru menetas) kerana saking lemahnya. Kemudian Allah Ta'ala mengasihinya dan menumbuhkan sebuah pohon dari jenis pohon labu baginya, dimana pohon itu meneduhinya, sehingga ia kuat kembali.

Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi Yunus AS supaya kembali ke kaumnya, agar ia mengajari dan menyeru mereka, dan penduduk negeri itu memenuhi seruannya sebanyak seratus ribu orang atau lebih, dimana mereka beriman, sehingga Kami karuniakan kepada mereka keni'matan hidup sehingga batas waktu tertentu…

6.Khimarnya Nabi Uzair

..Uzair bangun dari kematian yang dijalaninya selama seratus tahun. Matanya mulai memandang apa yang ada di sekelilingnya lalu ia melihat kuburan di sekitarnya.

Ia mengingat-ingat bahawa ia telah tertidur. Ia kembali dari kebunnya ke desa lalu tertidur di kuburan itu. Inilah peristiwa yang dialaminya.

Matahari bersiap-siap untuk tenggelam sementara ia masih tertidur di waktu Dzuhur. Uzair berkata dalam dirinya: Aku tertidur cukup lama. Barangkali sejak Dzuhur sampai Maghrib.

Malaikat yang diutus oleh Allah s.w.t membangunkannya dan bertanya: "Berapa lama kamu tinggal di sini?"

Malaikat bertanya kepadanya: "Berapa jam engkau tidur?" Uzair menjawab: "Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari."

Malaikat yang mulia itu berkata kepadanya: "Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya. " Engkau tidur selama seratus tahun.

Allah s.w.t mematikanmu lalu menghidupkanmu agar engkau mengetahui jawapan dari pertanyaanmu ketika engkau merasa heran dari kebangkitan yang dialami oleh orang-orang yang mati.

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa sehingga tumbuhlah keimanan pada dirinya terhadap kekuasaan al-Khaliq (Sang Pencipta). Malaikat berkata sambil menunjuk makanan Uzair: "Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah."

Uzair melihat buah tin itu lalu ia mendapatinya seperti semula di mana warnanya tidak berubah dan rasanya pun tidak berubah. Telah berlalu seratus tahun tetapi bagaimana mungkin makanan itu tidak berubah?

Lalu Uzair melihat piring yang di situ ia memeras buah anggur dan meletakkan di dalamnya roti yang kering, dan ia mendapatinya seperti semula di mana minuman anggur itu masih layak untuk diminum dan roti pun masih tampak seperti semula, di mana kerasnya dan keringnya roti itu dapat dihilangkan ketika dicampur dengan perasan anggur.

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa, bagaimana mungkin seratus tahun terjadi sementara perasan anggur itu tetap seperti semula dan tidak berubah.

Malaikat merasa bahawa seakan-akan Uzair masih belum percaya atas apa yang dikatakannya. kerana itu, malaikat menunjuk keldainya sambil berkata: "Dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang- belulang)."

Uzair pun melihat ke keldainya tetapi ia tidak mendapati kecuali ia tanah dari tulang-tulang keldainya. Malaikat berkata kepadanya: "Apakah engkau ingin melihat bagaimana Allah s.w.t membangkitkan orang-orang yang mati? Lihatlah ke tanah yang di situ terletak keledaimu."

Kemudian malaikat memanggil tulang-tulang keldai itu lalu atom-atom tanah itu memenuhi panggilan malaikat sehingga ia mulai berkumpul dan bergerak dari setiap arah lalu terbentuklah tulang-tulang.

Malaikat memerintahkan otot-otot saraf daging untuk bersatu sehingga daging melekat pada tulang-tulang keldai. Sementara itu, Uzair memperhatikan semua proses itu. Akhirnya, terbentuklah tulang dan tumbuh di atasnya kulit dan rambut.

Alhasil, keldai itu kembali seperti semula setelah menjalani kematian. Malaikat memerintahkan agar roh keldai itu kembali kepadanya dan keldai pun bangkit dan berdiri. Ia mulai mengangkat ekornya dan bersuara.

Uzair menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t tersebut terjadi di depannya. Ia melihat bagaimana mukjizat Allah s.w.t yang berupa kebangkitan orang-orang yang mati setelah mereka menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat mukjizat yang terjadi di depannya,

Uzair berkata: "Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. "

Uzair bangkit dan menunggangi keldainya menuju desanya. Allah s.w.t berkehendak untuk menjadikan Uzair sebagai tanda-tanda kebesaran-Nya kepada masyarakat dan mukjizat yang hidup yang menjadi saksi atas kebenaran kebangkitan dan hari kiamat.

Uzair memasuki desanya pada waktu Maghrib. Ia tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya di mana rumah-rumah dan jalan-jalan sudah berubah, begitu juga manusia dan anak-anak yang ditemuinya.

Tak seorang pun di situ yang mengenalinya. sebaliknya, ia pun tidak mengenali mereka. Uzair meninggalkan desanya saat beliau berusia empat puluh tahun dan kembali kepadanya dan usianya masih empat puluh tahun.

Tetapi desanya sudah menjalani waktu seratus tahun sehingga rumah-rumah telah hancur dan jalan-jalan pun telah berubah dan wajah-wajah baru menghiasi tempat itu.


7.Semutnya Nabi Sulaiman

.. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, "hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari."

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa karena mendengar perkataan semut itu. Katanya,

"Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh."(An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, "Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?"
"Sebesar biji gandum," jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

"Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?" tanya Nabi Sulaiman.

"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah," jawab si semut. "Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Karena itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya."…

8.Burung Hud-Hud Nabi Sulaiman

Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman mengumpulkan dan memeriksa seluruh pengikut-pengikutnya baik dari kalangan manusia, jin dan binatang, termasuk burung-burung.

Berdasarkan pemeriksaannya, Nabi tidak melihat burung hud-hud. Karena ketidakhadiran burung hud-hud tersebut, beliau berjanji akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau bahkan menyembelihnya.

Ternyata, tidak lama kemudian, burung hud-hud datang menghadap Nabi Sulaiman. Burung hud-hud menjelaskan perihal keterlambatannya karena mencari berita tentang adanya seorang wanita yang menjadi pemimpin suatu negara dan dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar.

Atas berita yang dibawa oleh burung hud-hud tersebut, akhirnya Nabi Sulaiman mengunjungi kerajaan Saba yang dipimpin oleh ratu Balqis yang akhirnya masuk Islam dengan dakwah Nabi Sulaiman. Kisah tersebut diabadikan dalam Qur'an Surat An-Naml ayat 22-23.

Kisah tersebut menggambarkan burung hud-hud (sebagai anak buah) yang mempunyai kecerdasan dan kecemerlangan berpikir sehingga pengembaraannya dalam mencari makanan (nafkah) tidak semata untuk tujuan duniawi melainkan untuk penyebaran agama.

Burung hud-hud, di antara waktunya, memanfaatkan kesempatan mencari berita dan kabar suatu kaum karena ia berkeinginan untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka.

Melalui presentasi burung hud-hud yang gemilang serta keberanian dalam mengemukakan uzur (keterlambatan), Nabi Sulaiman dapat mengajak kaum Saba untuk mentauhidkan Allah.

9.Untanya Nabi Muhammad Saw

Ketika itu kami bersama Nabi besar Muhammad Saw tengah berada dalam sebuah peperangan.

Tiba-tiba datang seekor unta mendekati beliau, lalu untu tersebut berbicara, "Ya Rasulullah, sesungguhnya si fulan (pemilik unta tersebut) telah memanfaatkan tenagaku dari semenjak muda hinga usiaku telah tua seperti sekarang ini. Kini ia malah hendak menyembelihku. Aku berlindung kepadamu dari keinginan si fulan yang hendak menyembelihku."

Mendengar pengaduan sang unta, Rasulullah Saw memanggil sang pemilik unta dan hendak membeli unta tersebut dari pemiliknya. Orang itu malah memberikan unta tersebut kepada beliau.. Unta itu pun dibebaskan oleh Nabi kami Muhammad Saw.

Juga ketika kami tengah bersama Muhammad Saw, tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman sambil menuntun untanya. Arab baduy tersebut meminta perlindungan karena tangannya hendak dipotong, akibat kesaksian palsu beberapa orang yang berkata bohong.

Kemudian unta itu berbicara dengan Nabi kami Muhammad Saw, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang ini tidak bersalah. Para saksi inilah yang telah memberikan pengakuan palsu karena mereka telah dipaksa. Sebenarnya pencuriku adalah seorang Yahudi."

10.Anjingya Ashabul Kahfi

Anjing tersebut berwarna kuning, di surga bentuknya berubah menjadi kambing gibas, ia bernama Qithmir, ada yang mengatakan bernama Tawarum dan ada yang mengatakan bernama Huban.koranbaru

-Tulahan

Analisis Pakatan Rakyat menuju PRU 13 di Sabah

Posted: 22 Sep 2011 08:20 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -


Pendahuluan
Pada 16 September yang lalu, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia, Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Convention and Event Center, Star City, Kota Kinabalu Sabah. Konvensyen ini dihadiri oleh semua penyokong dan ahli dari Pakatan Rakyat seluruh negeri.
Konvensyen yang bermula dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang itu bertujuan untuk merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Tawaran PR
Tawaran baru Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat Sabah meliputi 20 perkara. Antaranya adalah mengenai agama, menjunjung kedaulatan negeri Sabah, menangani pendatang asing tanpa izin (PATI), pemuliharaan tanah Sabah, Borneonisasi, pengambilalihan Blok L dan M, 20 perkara autonomi Sabah, royalti minyak dan gas, dasar kabotaj, pengawalan cukai hasil negeri Sabah, kajian fungsi FELDA dan FELCRA, Yayasan Orang Asal, pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat, peranan Yayasan Sabah dan lain-lain.
Penerimaan rakyat Sabah terhadap PR pada masa ini adalah pada tahap yang amat baik. Di sesetengah kawasan, wakil PR sama ada terdiri daripada PAS, DAP atau PKR, dijadikan rujukan utama oleh masyarakat setempat untuk memberitahu masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada masalah itu, hal ini menjadi simbolik kepada ketidakcekapan wakil rakyat BN yang ada untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Menurut Ketua Penerangan Pas Sabah, Hisamudin Sulaiman yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pensiangan, apabila beliau turun mendengar keluhan dan permasalahan masyarakat di kawasannya, di samping mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh BN, pada ketika itulah masyarakat sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu dan tidak diambil berat langsung oleh wakil rakyat yang dipilih oleh mereka dalam PRU lalu.
Beliau juga mendakwa bahawa penduduk kampung memberikan kepada beliau beberapa pucuk surat yang mengandungi berbagai-bagai permintaan daripada penduduk kampung. Beliau menegaskan kepada penduduk kampung bahawa tugas wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya bukan hanya untuk memberikan beras sekilo dua ataupun memberikan 'tandas segera', tetapi ia lebih dari itu, iaitu mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.
PAS mengukuh di Sabah
Di kawasan Sandakan pula, penerimaan masyarakat terhadap PR juga pada tahap yang amat memberangsangkan. Masyarakat di sekitar Batu Sapi sangat teruja apabila mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Hadi akan turun ke kawasan mereka, namun harapan mereka untuk bertemu dengan dengan beliau tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Namun kedatangan beliau di tempat lain seperti di Tawau, amat meriah dan disambut dengan baik.
20 perkara yang ditawarkan oleh PR untuk rakyat Sabah dalam PRU ke 13 yang diurakan-urakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, merupakan antara isu yang sangat genting dan menjadi satu tuntutan kepada PR untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah jika PR berjaya menakluki 'fixed deposit' BN ini.
Antara isu yang cukup sinonim dengan rakyat negeri ini, adalah isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Di semua kawasan, terutamanya kawasan pedalaman, seperti di kawasan Pensiangan, kawasan Batu Sapi, dan kawasan Beluran serta di Merotai, penduduk kampung meneroka dan mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian atau penternakan. Apabila tanah-tanah tersebut diusahakan, ia sepatutnya menjadi milik penduduk yang mengusahakannya.
Namun, hal yang sebaliknya pula terjadi apabila kerajaan sewenang-wenangnya merampas tanah NCR tersebut. Pampasan yang dijanjikan hanya menjadi 'pemanis mulut' sahaja tanpa ada tindakan susulan. Rakyat dibiarkan turun naik ke mahkamah dan akhirnya kes ditutup.
Pembelaan yang sewajarnya dibuat oleh wakil rakyat seperti yang diharapkan oleh penduduk kampung, tidak terjadi. Malahan wakil rakyat pula hilang entah ke mana. Hanya akan muncul apabila ada program nyanyian, kebudayaan dan acara tari menari yang sememangnya sinonim dengan jiwa wakil rakyat BN negeri ini.
Tahun ini, PAS Sabah amat tekun dan gigih untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi 'fixed deposite' BN pada PRU akan datang. Pada Mei tahun ini, Konvensyen PAS Sabah yang berlangsung di Sabah Hotel, Sandakan yang bermatlamatkan "merakyatkan PAS di Sabah" telah mengusulkan juga beberapa tindakan lain antaranya untuk menyebarkan isi kandungan Buku Jingga, menarik undi masyarakat bukan Islam, mengenalpasti permasalahan masyarakat setempat, kursus pilihanraya kawasan dan penekanan kualiti ahli.
Seminar pendidikan yang diadakan di Kundasang yang turut berlangsung beberapa bulan yang lalu turut menarik perhatian. Resolusi seminar ini antaranya menubuhkan Sekolah Rendah Islam (SRI), menubuhkan Pusat Pendidikan Islam, Pusat Tahfiz, Pondok Fi Zilalil Quran, Madrasah Al Ulumiyyah wa Tarbiah dan sebagainya.
Hal ini berikutan insitusi keagamaan yang seperti ini yang kurang di Sabah. Ia merupakan langkah yang sangat bijak untuk mendekatkan rakyat Sabah terhadap ilmu keagamaan yang bersistemkan madrasah, pondok dan SRI.
Pada 17 September yang lalu pula, Konvensyen Pas Negeri Sabah telah berlangsung di Yaho Hotel, Kota Kinabalu. Konvensyen pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran semua ahli PAS dari seluruh pelusuk negeri ini. Konvensyen yang berlangsung selama sehari ini turut mengupas mengenai Negara Berkebajikan: Tawaran Pas yang telah disampaikan oleh ahli parlimen Pasir Putih Kelantan, Ustaz Muhammad Husin.
Menariknya, konvensyen kali ini menggunakan buku MENEGAKKAN PERJUANGAN: Memenangi Pilihanraya Menerusi Persiapan Tarbiyyah yang ditulis oleh Ustaz Datuk Abu Bakar Chik yang turut digunakan ketika Ijtimak Tarbawi DPPP di Rusila Terengganu pada Oktober tahun lalu.
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu 'Menegakkan Perjuangan' yang disampaikan oleh Ustaz Anuar Ali merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas 3, 'Pilihanraya adalah Jihad dan Wasilah Perjuangan' yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Sabah, Ustaz Nuruddin Abdullah dan pembentangan ketiga mengenai 'Adakah PAS boleh menang dan memerintah Malaysia' yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Hisamudin Sulaiman. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.
Jaringan PAS dan NGO
Konvensyen PAS kali ini juga disertai oleh beberapa wakil NGO yang turut serta bersama-sama memperjuangkan isu setempat, antaranya NGO ini bekerjasama dengan PAS Sabah untuk menangani isu alam sekitar yang melibatkan pembukaan lombong arang batu di Felda UMAS. Hasilnya, mereka berjaya menghentikan pembukaan lombong tersebut. Hal ini secara tidak langsung menampakkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang universal, tidak hanya merangkumi hal ehwal keagamaan semata-mata.
Di Sabah, pilihanraya Parlimen Batu Sapi yang diadakan tahun lalu adalah cerminan kepada usaha PR di Sabah, khususnya di Sandakan. Walaupun ketika itu wakil dari PKR yang menjadi calon bertanding, namun usaha untuk memenangkan calon ini turut dibantu oleh jentera dari semua parti PR. Hasilnya, lebih 3000 pengundi yang mengundi calon PKR ini. Ia merupakan satu 'hint' awal betapa rakyat Sabah mahukan perubahan yang lebih baik dan wakil rakyat dipilih biarlah menjadi mata dan telinga kepada rakyat di parlimen nanti, bukan hanya melihat dan membiarkan rakyat terseksa.
Keberkesanan pendidikan rendah PAS
Penerimaan masyarakat terhadap PAS juga turut dilihat melalui peningkatan murid yang berdaftar di PASTI yang ada di seluruh negeri. Hal ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat agar anak-anak mereka dapat dididik dengan baik dan berkonsepkan Islam.
Dakwah Islamiyyah turut dapat disebarkan secara 'bil hikmah' melalui PASTI. Rata-rata ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak ke sekolah PASTI, berpakaian tidak menepati syariat Islam dan disinilah peranan guru ditonjolkan. Beretika pakaian yang sopan dan menutup aurat merupakan tuntutan wajib untuk semua guru PASTI.
Pada masa ini juga, PASTI beroperasi di seluruh tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tidak hanya tertumpu pada sesuatu kawasan sahaja. PASTI ada di bandar-bandar besar, di flat-flat mewah dan ada juga di kawasan perumahan elit. Hal ini menunjukkan bahawa PAS mampu untuk memberikan pendidikan bukan hanya kepada golongan sasaran tertentu sahaja tetapi merangkumi kepada semua golongan.
Rintangan seteru politik
Namun, kepastian yang nyata adalah pihak BN tidak akan pernah untuk berdiam diri membiarkan Sabah jatuh ke tangan PR. Ternyata pelbagai usaha difokuskan kepada negeri ini untuk memenangkan BN di Sabah pada pilihanraya akan datang.
Ketika syawal baru-baru ini pun, Ketua Menteri turun ke semua masjid yang ada untuk menyampaikan sumbangan dan membuat rumah terbuka menjamu rakyat yang dahagakan janji ketika PRU lalu. Pemberian beras dan barang-barang keperluan lain kepada golongan sasaran seperti ibu tunggal atau orang kurang upaya sudah menjadi kelaziman untuk wakil BN apabila turun bertemu masyarakat.
Malangnya wakil BN menganggap bahawa itu sudah cukup untuk memadamkan janji-janji yang dibuat ketika PRU lalu. Rakyat Sabah sudah bertahun hidup dalam keadaan yang sama, tidak ada perubahan yang drastik walaupun Sabah merupakan negeri yang kaya pada suatu ketika dahulu. Jalan raya misalnya, hanya dibaiki apabila tiba musim pilihanraya, jambatan di kampung hanya akan dibaiki apabila wakil rakyat BN akan melawat kampung tersebut dan jalan yang berlubang hanya akan ditampal apabila Ketua Menteri melawat kawasan tersebut.
Fenomena yang amat menyedihkan. Adakah rakyat yang tinggal di kawasan itu tidak berhak untuk mendapat kemudahan yang baik? Kenapa perlu tunggu 'orang besar' masuk ke kawasan tersebut baru semuanya akan dipulihkan? Saya menyarankan agar Ketua Menteri dan jemaah menterinya berulang alik dari Sandakan ke Kota Kinabalu, atau dari mana sahaja, dengan menaiki kereta melalui jalan raya yang ada. Biar mereka turut merasai betapa sistem perhubungan jalan raya yang ada di negeri ini berada pada tahap yang amat teruk.
Di kawasan Sandakan, misalnya di kawasan pedalaman Batu 12, sehingga saat ini penduduk masih belum mendapat bekalan air bersih walhal tempat tersebut mempunyai sekolah dan petempatan. Penduduk di kawasan itu juga perlu menunggu 11 tahun untuk mendapatkan sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik.
Logik atau tidak rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapat kemudahan yang lebih baik? Sedangkan BN memerintah Sabah lebih lama daripada tempoh itu. Jika anda berkesempatan ke Sandakan, anda akan melihat sepanjang jalan dari Batu 14 hingga ke Batu 12, jalan raya sedang dalam proses pembesaran. Hal ini rentetan daripada jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Satu langkah yang amat baik dan disambut baik oleh semua penduduk namun persoalan yang timbul, kenapa sekarang usaha itu dibuat?
Kenapa tidak selepas sahaja kemenangan BN di Sabah pada PRU lalu? Bergerak pula ke kawasan bas ekspres Sandakan, anda akan melihat satu kawasan yang amat daif. Kawasan bas ekspress ini hanya terdiri daripada beberapa pondok tiket bas dan tandas serta beberapa gerai jualan makanan. Dan lebih malang lagi, kawasan bas ekspres ini tidak berbumbung.
Namun, jika anda ke Tawau atau Kota Kinabalu, anda akan dapat merasakan bahawa stesen bas ekspres yang ada setaraf dengan stesen bas ekspres di bandar utama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Cukup lengkap dan gah. Walhal, Ketua Menteri Sabah adalah anak jati Sandakan, namun mengapa Sandakan seakan-akan dianaktirikan, sedangkan Sandakan merupakan bandar terpenting selain Kota Kinabalu dan Tawau.
Stesen bas harian yang terletak di tengah-tengah bandar Sandakan turut mengalami nasib yang sama, dianaktirikan daripada pembangunan. Stesen bas ini tidak berbumbung, (kecuali stesen bas Labuk yang merupakan stesen bas swasta) dan ia sangat menyukarkan pengguna apabila hujan. Hal ini bertambah sukar apabila terdapat bas sesuatu kawasan yang adakalanya jauh dari tumpuan orang ramai.
Hal ini sudah wujud bertahun lamanya tanpa ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan negeri. Perkara ini patut dipandang dengan serius kerana kebanyakan penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Jika hal ini tidak ditangani dengan baik, ia akan membebankan rakyat. Jika alasan sempit dan tidak ada ruang yang diberikan, ia adalah tidak relevan kerana kemudahan ini adalah lebih penting daripada pembinaan kompleks membeli belah (Harbour Mall) yang semakin pesat dibangunkan di pinggir bandar Sandakan. Jika kompleks ini ada tempatnya di bandar ini, kenapa pula tidak boleh diperuntukkan tempat untuk stesen bas harian?
Masalah setinggan
Isu setinggan juga amat sinonim dengan negeri ini sama ada di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Di Sandakan, kawasan setinggan BDC yang dulunya terletak di Batu 2 dirobohkan tanpa pembelaan yang wajar diberikan kepada penduduk yang terlibat. Kawasan tersebut kononnya akan digunakan untuk mendirikan Hotel Sri Malaysia namun sehingga ke hari ini, lebih dari 5 tahun kawasan setinggan itu dirobohkan, belum pun ada tanda-tanda pembangunan dilakukan. Semuanya hanya untuk menghapuskan kawasan setinggan agar negeri ini dikatakan 'zero setinggan' walhal hakikatnya rakyat merempat dan terpaksa mencari tempat tinggal yang lebih mahal kosnya.
Adakah ini langkah yang betul-betul bijak mengurangkan kemiskinan di Sabah? Penduduk masa kini yang tinggal di kawasan setinggan bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja tempat mereka akan dirobohkan. Ketika berkunjung ke Batu Sapi Ramadhan lalu, rumah penduduk di kawasan Kampung Lupak Meluas juga ingin dirobohkan dan tidak ada seorang pun wakil rakyat yang turun menjadi 'front liner' mempertahankan penduduk.
Apabila ditanya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab merobohkan kawasan tersebut, mereka hanya menyatakan bahawa wakil rakyat mereka yang memberikan arahan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa wakil rakyat yang dipilih oleh mereka hanya 'menyayangi' mereka apabila tiba musim pilihanraya sahaja.
Isu PATI
Kebanjiran PATI di Sabah juga tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan Negeri. Tawaran PR untuk PRU akan datang adalah menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Pendaftaran PATI sebagai penduduk tetap yang dijalankan oleh kerajaan bulan lalu amat membimbangkan.
Penduduk amat takut jika hak yang sepatutnya dimiliki dirampas dan diberikan kepada PATI. Pendaftaran yang dilakukan juga amat merobek hati penduduk, kerana ada antara penduduk tetap negeri ini yang terpaksa berurusan ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan penduduk tetap, tetapi kerajaan sewenang-wenangnya memberikan hak tersebut kepada PATI.
Rakyat menghabiskan ribuan ringgit dan perlu menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan kad pengenalan, PATI pula mendapat kerakyatan hanya dalam masa beberapa jam. Bukan itu sahaja, kebanjiran PATI di Sabah turut menyebabkan kadar jenayah meningkat. Pecah rumah, mencuri, penyeludupan rokok dan sebagainya turut membimbangkan masyarakat tempatan.
Pelbagai isu yang boleh dicanang untuk menjatuhkan BN di Sabah, point utamanya adalah menyampaikan kepada masyarakat tentang maklumat dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui.
Meraih kepercayaan penduduk tidak mudah, tapi apabila kita menyampaikan kebenaran insya Allah mereka akan dapat berfikir pilihan yang lebih baik. Jika tempat mereka tidak boleh diakses menggunakan internet, kita perlu turun menyampaikan. Keadaan di Sabah amat berbeza dengan kawasan lain.
Di Sabah ada tempat yang perlu untuk menaiki kereta pacuan empat roda, ada tempat yang hanya boleh menggunakan pengangkutan air, dan ada jalan yang tidak berturap, dan tanah merah. Namun semua ini bukan halangan untuk kita membantu menyampaikan kepada masyarakat. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat di bawah bayu ini mahukan perubahan kerana semuanya sudah muak menderita di bawah pemerintahan BN yang tidak mempedulikan rakyat.
Penutup
Bahang pilihanraya semakin terasa samada akan diadakan pada tahun ini atau tidak. Pelbagai usaha harus dijalankan oleh semua jentera pilihanraya kawasan. Penculaan, mengenalpasti permasalahan setempat, mendekati golongan sasaran, menarik undi bukan Islam, memantapkan kualiti ahli dan memperbanyakkan program dan aktiviti bersifat luaran, tidak hanya tertumpu aktiviti dalaman sahaja. Jika usaha sudah dibuat sebesar Gunung Kinabalu dan sedalam Lautan China Selatan, namun jika kemenangan masih belum diberikan, bersabarlah kerana Allah SWT beserta dengan orang-orang yang sabar.
H/daily

Setelah semuanya gagal,papagomo tuduh anwar minum arak pula.

Posted: 22 Sep 2011 08:17 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

PUAS sudah Blogger kaki fitnah Papagomo mem`promote'kan bahan lucah ke dalam blognya hanya kerana untuk memberi makan anak bini dengan melakukan fitnah liwat dan video seks terhadap DS Anwar.

Disiarkan gambar lucah Anwar, orang terbayang perwatakan Papagomo. Diterbitkan pula video lucah, datang simpati orang pada Papagomo yang mungkin tidak mendapat didikan agama yang sempurna dari bapak beliau. Video seks hitam putih di dalam bilik jelas kantoi sudah. Timbul pula rakaman CCTV kali ini yang berwarna di muka pintu lift kali. Itu pun tidak jalan, bahkan pendedahan terbaru itu merosakkan kisah video seks hitam putih. Kantoi lagi.

Terbaru di dalam blognya, Papagomo menuduh DS Anwar minum arak pula. Kali ini dikaitkan dengan nama Zaid Ibrahim. Itulah hebatnya Blogger Papagomo di dalam bidang mereka fitnah. Lepas ini percayalah, beliau akan minta Anwar saman beliau sebab beliau tahu beliau `kebal' selagi Umporno berkuasa. Buktinya, telah banyak laporan dibuat terhadap Blogger tiada didikan agama ini namun kesnya terus sepi. Jadi, tidak pelik Papagomo terlalu ghairah meminta Anwar menyamannya.

Oleh: WFAUZDIN NS

PRU 13: Pakatan Rakyat Selangor selesai agih kerusi

Posted: 22 Sep 2011 08:00 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -



SHAH ALAM, 22 Sept: Isu pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Selangor bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang telah selesai yang mana masing-masing bersetuju mengekalkan jumlah kerusi mengikut  pilihan raya umum yang lepas.
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Osman (gambar)menjelaskan isu perebutan kerusi seperti yang ditimbulkan itu tidak tepat malah PAS negeri telah menyenaraikan jumlah kerusi kepada Jawatankuasa Peringkat Pusat Pakatan Rakyat bagi tujuan pertimbangan.

"Kedudukan kerusi di Selangor masih kekal iaitu 20 kerusi untuk PAS, 21 PKR dan 15 DAP,  kita telah mengemukakan senarai kerusi yang dipertandingkan dan juga senarai calon ke peringkat pusat untuk diperincikan.

"Sehingga sekarang belum ada pemindahan kerusi antara ketiga-tiga parti dan jika pada peringkat akhir perkara tersebut ditimbulkan, maka penyelesaiannya akan dilakukan d iperingkat pusat dan saya harap ia diselesaikan dengan cara yang terbaik.

"Manakala mengenai calon buat masa ini kita tidak akan mendedahkannya," jelasnya.

Rani juga menegaskan sebagaimana yang diputuskan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri menyeru seluruh ahli pengerak PAS di akar umbi di seluruh peringkat untuk giat menggerakkan jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke tiga belas (PRU13).

"PAS Selangor mendukung sasaran dan gerak kerja Pakatan Rakyat ganti Barisan Nasional di peringkat pusat dan PAS ganti Umno di Selangor.

"Selaras dengan konsep asas Negara Berkebajikan yang ditulis oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS Selangor menyeru bahawa tiba masanya bangsa Melayu Islam khasnya bersama PAS dan meninggalkan Umno dan seluruh rakyat amnya bersama Pakatan Rakyat membuat perubahan bersama PAS dalam wadah Pakatan Rakyat, gabungan baru memimpin perubahan.

"PAS menjulang perjuangan memartabatkan Islam manakala Umno mendukung perkauman sempit, Islam lebih unggul dan pasti berjaya," sambungnya lagi.

Tudung labuh

Posted: 22 Sep 2011 07:41 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

"Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?" Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, "Yang tertutup itu indah!" Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.'"

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

"Di mana?" Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia.

Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.

Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, "Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak." Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut.

Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya.

Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, "Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik." "Tudung tak labuh pun masih tutup aurat." "Don't judge people by its cover." Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung.

Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Himpunan Tazkirah/-

Gereja: PAS Selangor ucap tahniah pada Jais

Posted: 22 Sep 2011 07:40 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -



SHAH ALAM, 22 Sept: PAS Negeri Selangor hari ini mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana telah siap menyediakan dan menyerahkan laporan penuh berhubung pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berkata pada satu sidang media di Pejabat PAS Selangor Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Abd Rani Osman memberitahu satu pengumuman akan dilakukan oleh Khalid berhubung dengan laporan tersebut.

"Kami difahamkan Menteri Besar akan membuat beberapa pengumuman berhubung dengan laporan tersaebut selepas berbincang dengan Tuanku Sultan Selangor.

"Persoalan agama adaah satu perkara yang amat penting kepada seluruh rakyat Malaysia yang menganuti pelbagai agama. Selagi mana umat Islam dan institusi-institusi yang diamanahkan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Selangor serta segala peraturannya berpegang teguh dan berterusan merujuk kepada kedua sumber ini, maka kami yakin prinsip-prinsip kebenaran keadilan dan kesaksamaan akan dapat terus dipertahan dan ditegakkan.

"Oleh itu kami mendukung penuh agar urusan hal-ehwal naungan Islam di negeri ini diurustadbir oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang berasa di bawah naungan Tuanku Sultan Selangor dengan perlaksanaan, khususnya pentadbiran masjid, surau dan sekolah-sekolah agama melalui Jais yang merupakan jabatan yang dibiayai sepenuhnya di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

"Mendukung hubungan baik diantara istana dan kerajaan negeri serta institusi-institusi Islam di negeri ini, PAS Selangor telah mengutuskan surat memohon perkenaan untuk mengadap Tuanku Sultan," jelasnya yang juga Adun Meru.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Dewan Negeri Hulu Klang Shaari Sungib, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman dan juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Selangor, Noraini Hussin.

Rani dalam masa yang sama menjelaskan pihaknya menolak keras sebarang usaha untuk memisahkan politik atau siasah daripada ajaran Islam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga memberitahu sepatutnya isu gereja ini tidak sepatutnya dimanipulasi sebelum menerima laporan daripada pihak Jais.

"Prinsip keadilan sepatutnya isu gereja tidak perlu dimanipulasi dengan pelbagai andaian mahupun dakwaan dan kita sepatutnya menunggu laporan dari Jais terlebih dahulu.

"Cuma keadaan sekarang kita khuatir ada pihak akan cuba memanaskan keadaan tersebut, umat Islam perlu bersabar dan melihat bukti serta laporan yang akan diumumkan oleh Khalid nanti," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kefahaman bahawa pemimpin masyarakat dipanggil sebagai ahli politik adalah kefahaman sempit yang bercanggah dengan prinsip kesyumulan Islam.

"Dalam Islam semua aktiviti seseorang mukmin dan mukminah adah ibadat demi mendapat keredhaan Allah. Dengan aktiviti seorang ahli politik dalam Islam adalah tidak lain dan tidak bukan bertujuan sebagai ibadah demi mencapai keredhaan Allah.

"Kefahaman bahawa ahli-ahli politik tidak dibenarkan bercakap tentang Islam adalah satu bentuk fahaman sekular yang didukung oleh Umno dalam mentadbir negara dan negeri Selangor selama ini," katanya lagi.

Merujuk kepada fahaman tersebut PAS Selangor menolak fahaman songsang yang diamalkan oleh Umno dan kesan daripada itu telah mewujudkan politik menakutkan rakyat sehingga mencetuskan kebencian antara kaum.
Jumpa Jais minggu depan
Dr Abd Rani juga mengesahan pihaknya akan bertemu dengan Jais minggu hadapan bagi membincangkan isu pentauliahan mengajar di negeri ini.

Beliau menjelaskan PAS sudah menghantar surat minggu lepas dan hanya menanti jawapan daripada pihak Jais.

"Berkenaan dengan isu pentauliahan pihak kami ingin mengadakan pertemuan dengan institusi tersebut pada 27 September nanti.

"Kita akan membincangkan segala isu mahupun persoalan yang menjadi tanda tanya terhadapan pentaulihan tersebut dan berharap akan mendapat jalan penyelesaian. Kita tahu tauliah ini diberikan hanya untuk mengelak daripada wujudnya ajaran sesat dan untuk makluman dalam PAS ramai pemimpin yang memperoleh sijil dalam agama Islam diiktiraf oleh antarabangsa.

"Maka untuk mengatakan wujud ajaran sesat yang disampaikan oleh pemimpin PAS adalah tidak benar," katanya.
Khalid pula memberitahu tidak pernah ada garis panduan yang dikenakan oleh Jais dalam memberi tauliah dan setiap individu yang ingin mengajar akan dipanggil temuduga.

"Untuk memohon tauliah mengajar di Selangor tidak pernah ada garis panduan ataupun kelayakan mereka yang memohon, malah sesiapa yang ingin mengajar akan dipanggil temuduga dan dari situ baru diketahui sama ada layak atau tidak.

"Berkenaan dengan menghalang ahli-ahli politik bercakap tentang agama di masjid mahupun surau ia adalah satu tindakan yang amat pelik kerana tempat tersebut adalah tempat untuk mendekati Islam.

"Tapi tempat awam dibenarkan, kita lihat perkara ini sudah menjadi satu yang tidak boleh diterima akal. Jadi saya berharap pertemuan nanti akan menemui jalan penyelesaian berkaitan isu pentauliahan," usul Khalid.

Sebelum itu isu pentaulihan ini telah menjadi tumpuan apabila kedua-dua pemimpin PAS Khalid dan juga Dr Rani yang telah ditarik balik oleh pihak Jais apabila didapati menyampaikan tazikrah di masjid pada bulan Ramadhan yang lepas sehinggakan pihak Jais telah mendakwa Khalid di Mahkamah Syariah kerana dakwaan tersebut.
H/daily

Kartun Zunar kaitkan Umno sebagai "United Myanmar & Nepal Organization"

Posted: 22 Sep 2011 07:20 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Karya terbaru Zunar yang mengkritik dasar kerajaan BN yang memberi kerakyatan sebagai warga asing bagi tujuan politik hangat diperkatakan di ruang maya.

Dalam kartun paling terus terang dan berani itu, Zunar melukis logo parti-parti komponen BN dan mengaitkan dengan dasar tersebut antara lain menafsirkan Umno sebagai "United Myanmar and Nepal Organization."

Tinjaun dalam laman facebook kelab peminat Zunar menunjukkan sambutan yang begitu hangat, malah ada yang memberi komen sebagai kartun terbaik untuk tahun ini.

"Seperti biasa saya menafsir isu-isu politik dari otak kartun saya dan tekanan berterusan dari kerajaan mungkin membangkitkan idea yang lebih baik," kata beliau kepada Harakahdaily.

Tekanan kerajaan membolehkan Zunar menerima beberapa anugerah antarabangsa termasuk 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning dan terbaru anugerah hak asasi dari Yayasan Hellman/Hammett.

Selain itu, mulai Oktober ini dia akan berada di Sepanyol selama tiga bulan sebagai artis jemputan sebuah yayasan kesenian di Bilbao serta membuat pameran kartun di sana.

Kerana itu, Zunar akan mengadakan satu majlis bersama peminat pada hari Sabtu, 24 Sept di padang depan Amcorp Mall, Petaling Jaya dari jam 5 hingga 7 petang. Turut diadakan jualan buku-buku koleksi beliau.

"Saya berharap peminat-peminat akan datang ke majlis ini kerana ini adalah program terakhir saya sebelum keluar negara untuk tempoh yang lama," kata beliau.



H/daily

Hantu Bonceng: Peminat hargai Zizan mohon maaf

Posted: 22 Sep 2011 07:00 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pelakon filem Hantu Bonceng, Zizan Razak mulai dihujani penghormatan para peminatnya, apabila bersikap terbuka memohon maaf kepada orang ramai berhubung dialog kontroversi yang dituturkannya di dalam filem itu.

Penghormatan tersebut antara lain dikesani menerusi laman-laman blog para peminatnya yang jelas memuji sikap keterbukaan beliau mengakui kesilapannya menuturkan dialog yang menghina Islam tanpa disengajakan di dalam filem berkenaan.

Di dalam blog ustazlove.com, pemiliknya sendiri berserta beberapa orang peminat Zizan menyuarakan kesyukuran mereka kepada Allah kerana telah menggerakkan hati Zizan memohon maaf kepada para penonton dan peminat beliau di atas keterlancangannya itu.

"Ustaz Love sangat menghargai usaha beliau memohon maaf itu.. secara tak langsung, ini menunjukkan Zizan merupakan antara pelakon yang tak segan silu memohon kemaafan atas kesilapannya," tegas pemilik blog itu.

Zizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak dalam Twitternya semalam telah tampil meminta maaf atas kesilapannya menghina Rasulullah dalam filem tersebut.

"Saya faham, apa yang salah… salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde lagsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap," tegasnya.

Mengulas perkara itu, beberapa orang pemilik blog termasuk pemilik blog ustazlove dan wangerrardblogsport.com mengucapkan tahniah atas keberanian Zizan memohon maaf dan menjelaskan segala kekeliruan berhubung isu tersebut.

"Begitulah sikap yang terbaik.. Dah buat silap, mohon maaf.. kerana sebaik2 orang yg melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat," ujar mereka.

Sehubungan itu, mereka turut berharap agar Zizan diberikan keberkatan hidup dan dimurahkan rezeki oleh Allah di atas kemuliaan hati beliau itu.

Filem Hantu Bonceng ditayangkan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2011 lalu secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh lima hari ditayangkan.

Sehingga semalam, filem tersebut dilaporkan melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem kedua tertinggi dalam sejarah daripada segi kutipan apabila mencatat kutipan tiket RM8.35 juta.

Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd adalah arahan Ahmad Idham dan dibintangi Zizan, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin dan beberapa orang pelakon lain.

Filem ke-23 arahan Ahmad Idham itu merupakan filem komedi dan mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya.

Sejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit menyempurnakan mayat gadis tersebut.

Namun filem tersebut dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut "Ashaduanna Muhammadar ... syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan".

Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Sejak ditayangkan, Zizan turut dimarahi para peminatnya khususnya yang beragama Islam kerana menuturkan dialog tersebut sehingga memaksa Zizan melakukan beberapa tindakan wajar termasuk menghubungi pendakwah terkenal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus bagi bertanyakan perkara itu.

Dalam responsnya, Ustaz Azhar turut menghormati tindakan Zizan yang menghubunginya bagi bertanyakan perkara itu bagi mendapatkan kepastian dari segi hukum dan turut menasihati Zizan supaya bertaubat kepada Allah di atas keterlanjurannya itu.

Zizan dipercayai menuturkan kata-kata itu bukan atas niat menghina Islam, tetapi mengikut skrip dan akibat kejahilannya. Beliau diingatkan oleh Ustaz Azhar bukan sahaja perlu memohon maaf kepada orang ramai, malah lebih penting lagi bertaubat kepada Allah, di samping menginsafi diri agar tidak mengulangi lagi kesalahan seperti itu pada masa akan datang.
H/daily

Mahathir patut nasihat Najib tarik surat ugut Kelantan

Posted: 22 Sep 2011 06:40 PM PDT

25 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 22 Sept: "Tun Dr Mahathir Mohamadlah yang sepatutnya menasihati Perdana Menteri supaya menarik balik surat yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Dr Mahathir jangan hanya pandai menyuruh (Menteri Besar Kelantan) Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) "pi la tanya (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kot dia nak bagi (laksanakan hukum hudud)".

"Beliau sendirilah yang sepatutnya menasihati Najib supaya menarik balik surat ugutan itu.

"Kalau Dr Mahathir boleh menasihati Najib supaya menangguhkan pilihan raya, tak mungkin beliau tak boleh nasihatkan Najib supaya menarik balik surat yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan," kata Salahuddin.

Surat yang masih dalam simpanan pejabat Menteri Besar Kelantan itu dihantar kepada kerajaan Kelantan oleh Dr Mahathir sendiri atas sifatnya sebagai Perdana Menteri waktu itu.

Ketika menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir juga memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud".

Salahuddin juga menyeru Dr Mahathir menarik balaik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud.

"Sempena bulan Syawal ini, saya dengan rendah diri menyeru Dr Mahathir menarik balik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud.

"Beliau pernah menuduh perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam temubualnya dengan wartawan pada 18 Ogos 1991, Dr Mahathir dilaporkan mendakwa perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.

Dalam ucapannya pada di Papar Sabah 2 Mei 1992 pula, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata: "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".

Salahuddin berkata, Dr Mahathir sepatut berjiwa besar dan menarik balik persendaannya terhadap hukum potong tangan itu memandangkan hukum tersebut diperintahkan di dalam al-Quran.

"Kalau ada kelapangan, dengan rendah diri juga saya menyeru Dr Mahathir membaca surah al-Maidah ayat 38 dan 39," kata beliau.

Ayat tersebut membawa maksud, "Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa bertaubat (diantara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Semalam, Dr Mahathir meminta Tuan Guru melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, The Malaysian Insider melaporkan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan sokongannya kepada Kelantan yang sudah lebih sedekad berhasrat mahu melaksanakan undang-undang hudud sambil berkata perundangan yang diusahakan oleh kerajaan PAS itu melindungi hak bukan Islam.
H/daily

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 23 Sep 2011 01:14 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Jambori ARC 2011

Posted: 22 Sep 2011 08:50 AM PDT

Krisis UMNO : Najib vs Muhyidin

Posted: 22 Sep 2011 08:32 AM PDT

“Dah berasap demo gaduh dalam UMNO, tu sebab depa serang Mat Sabu sebab nak cover line Najib gaduh dengan Muhyidin” oleh : Mohd Rashidi Hassan / rashidi@harakah.net.my “DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu [...]

Salam Perjuangan

Posted: 22 Sep 2011 11:48 PM PDT

Salam Perjuangan


EKSKLUSIF - "MENGAPA SPRM HEBAH KEBURUKAN ORANG YANG BELUM TERBUKTI BERSALAH?"

Posted: 22 Sep 2011 08:34 AM PDT

23 Syawal 1432 H | 22 September 2011

Saya, Maziah Manap adalah balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbaini Bin Mohamed.  Keluarga kami masih menanggung duka nestapa akibat kematian suami saya semasa dalam tahanan SPRM pada 6 April 2011. 

Beban sengsara dan kesedihan yang saya dan anak-anak alami menjadi lebih berat apabila kami diaibkan dengan tohmahan dan andaian bahawa Allahyarham adalah seorang pegawai Kastam yang korup.


Itulah gambaran dan kesimpulannya apabila peguam SPRM, Muhammad Shafee Abdullah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 12 September 2011 bahawa SPRM tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana suami saya meninggal dunia apabila cuba melarikan diri untuk berjumpa kawannya supaya pernyataan mereka kepada SPRM dapat diselaraskan. 

Kenyataan akhbar tersebut dihebahkan secara meluas seolah-olah ianya suatu fakta hakiki. 
Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya. 

Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya.


Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukti bersalah. Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam.


Baru hari ini telah keluar berita tentang penangkapan tiga orang pegawai tinggi SPRM termasuk seorang berpangkat Penolong Pesuruhjaya yang menyalahguna kuasa mereka dan "merompak" money changer di KLIA untuk sejumlah US$300,000 (RM900,000).  Kejadian pada 15 September 2011 hanya terdedah setelah dilaporkan oleh media alternatif.  Sebaliknya cerita berkenaan suami saya dihebahkan secara meluas.  Inikah ketelusan yang boleh diharapkan dari SPRM, PDRM dan media arus perdana?


Berhubung kenyataan peguam SPRM tentang teori kematian suami saya, saya perlu membuat penjelasan dan menyatakan secara tegas bahawa kenyataan SPRM tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan semasa Inkues dan merupakan satu tohmahan dan spekulasi oleh SPRM sehingga membabitkan nama-nama pihak ketiga. 
Malahan hujahan bertulis dari peguam Zainal jelas menunjukkan bahawa:


  • tidak terdapat sebarang bukti bahawa Allahyarham terbabit dengan salah laku rasuah

  • tidak terdapat sebarang sebab untuk Allahyarham takut dan cuba melarikan diri;

  • tiada asas kepada teori SPRM bahawa Allahyarham cuba melarikan diri untuk memberikan amaran kepada En. Zainal demi memastikan pernyataan mereka menjadi konsisten;

  • pengakuan Allahyarham yang kononnya telah diperolehi, adalah secara muslihat, perdayaan dan paksaaan dan amat bercanggah dengan pernyataan awalnya di mana Allahyarham secara tegas menafikan sebarang perlakuan rasuah; dan

  • pemadaman rakaman CCTV pada waktu kejadian selama tempoh lebih 22 jam seperti disahkan oleh pegawai forensik, ASP Fauziah Bte Che Mat, menunjukkan usaha SPRM untuk menyembunyikan kejadian sebenar.
Dalam kesedihan ini, saya hanya mampu mengharapkan supaya sebab sebenar kematian suami saya dapat diketahui dan pihak-pihak yang menyebabkan kematiannya dipertanggungjawabkan. Barulah maksud sebenar keadilan membawa erti kepada keluarga kami. - merdekareview

Artikel Berkaitan : Kematian Ahmad Sarbani - 'Keterlanjuran' pegawai penyiasat cungkil keraguan

PAS Negeri Sembilan

Posted: 22 Sep 2011 09:36 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Kesal PBT lambat bertindak

Posted: 22 Sep 2011 09:30 PM PDT



Kesal PBT lambat bertindak
Sinar Harian 23 Sep 2011

GEMENCHEH – Sebahagian besar penduduk di Rumah Rakyat Kampung Tengah, di sini, kesal dan mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) lambat bertindak bagi membaik pulih tebing longkang yang runtuh berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

Sinar Harian difahamkan, tebing longkang berkenaan didakwa mulai runtuh sedikit demi sedikit sejak Mei lalu dan sehingga kini tiada langkah pembaikan diambil pihak berkenaan.

Menurut salah seorang penduduk, Mokhtar Rashid, 49, keadaan tebing longkang yang sudah lama berlarutan itu menimbulkan kebimbangan sekiranya menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes memandangkan aliran air yang tersekat.

"Longkang runtuh ini hanya menyebabkan aliran air tidak mampu mengalir dengan lancar sehingga menyebabkan ianya benar-benar berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

"Malah, aliran air yang perlahan ditambah timbunan sampah yang tidak dihanyutkan turut mengundang bau busuk.

"Ada ketikanya bau busuk ini dapat dihidu dari rumah berdekatan dan juga deretan kedai makan yang terletak hanya beberapa meter dari lokasi tebing longkang runtuh," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Mokhtar berkata, dia amat berharap supaya PBT dapat mengambil tindakan segera bagi mengelak masalah berkenaan berlanjutan.

"Kita sebagai penduduk sememangnya amat berharap supaya masalah ini akan dapat diatasi memandangkan banyak masalah lain yang timbul susulan tebing longkang runtuh ini antaranya tempat pembiakan nyamuk Aedes, binatang berbisa dan bau busuk.," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9554795.asp

Cermin kereta Adun kena pecah

Posted: 22 Sep 2011 09:29 PM PDT



Cermin kereta Adun kena pecah
Sinar Harian 23 Sep 2011

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nilai, Yap Yew Weng kerugian lebih RM1,500 apabila cermin kereta jenis Nissan X-Trail miliknya dipecah dan beberapa barangan di dalamnya hilang dipercayai dicuri, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4.30 pagi di kediamannya dekat Taman Rasah Jaya, di sini apabila cermin pintu belakang bahagian kanan keretanya dicabut dan diumpil dengan alat dipercayai pemutar skru.

Yew Weng berkata, sewaktu kejadian beliau sedang nyenyak tidur dan tidak mendengar apa berlaku di luar rumahnya.

Menurutnya, kejadian disedari kira-kira 9 pagi sewaktu beliau mahu pergi pejabat.

"Sebaik sahaja saya menghampiri kereta, saya dapati cermin pintu belakang sudah tidak ada dan cermin tingkap dicabut itu berada di bawah kereta.

"Saya mula bimbang dan mendapati komputer riba dan beg pakaian yang diletakkan dalam kereta itu hilang," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Yew Weng berkata, berdasarkan makluman daripada jirannya, sewaktu kejadian, alat penggera keretanya berbunyi, tetapi jirannya itu tidak melihat sebarang kelibat manusia di luar kawasan rumah tersebut.

Berikutan kejadian itu, Yew Weng membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9555040.asp

Isu bas awam belum selesai

Posted: 22 Sep 2011 09:29 PM PDT



Isu bas awam belum selesai
Sinar Harian 23 Sep 2011

SIMPANG DURIAN - Isu pengangkutan awam di daerah ini masih belum berkesudahan menyebabkan penduduk mahu kerajaan melakukan sesuatu dan bukan sekadar janji.

Penduduk di pekan Simpang Durian yang turut menghadapi masalah sama mahu penyelesaian isu pengangkutan awam dapat disegerakan, biarpun masalah itu sudah dibangkitkan beberapa kali sejak bertahun lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kemudahan prasarana di pekan berkenaan seperti pondok bas berada dalam keadaan baik.

Namun, apa yang mendukacitakan, tiada perkhidmatan bas dan teksi yang boleh didapati di pekan berkenaan.

Penduduk, Nur Shira Mohd Daud, 21, berkata, perkhidmatan bas di kawasan itu mula mengalami masalah sejak bulan Jun tahun lalu.

Nur Shira yang tinggal di Kampung Bemban berkata, tahun lalu, dia bergantung kepada kemudahan bas untuk ke tempat kerja.

"Dulu saya tunggu bas dalam jam 10.30 pagi dan hanya mengambil masa 10 minit untuk ke tempat kerja.

"Sekarang susah untuk mendapatkan bas dan sejak kebelakangan ini semakin teruk kerana bas hanya lalu sekali dalam sehari dan kini tidak ada bas langsung di kawasan ini,"katanya kepada Sinar Harian.

Nur Shira berkata, keadaan turut menyukarkan adik iparnya yang menuntut di sekolah berasrama di Kuala Pilah untuk pulang bercuti.

Katanya, adik iparnya terpaksa menaiki teksi yang mengenakan caj diantara RM50 hingga RM60 berbanding tambang bas RM4.50 sahaja.

"Saya harap perkhidmatan bas dapat dikembalikan ke kawasan ini kerana ia menyukarkan khususnya pelajar sekolah dan warga emas yang tidak mempunyai kenderaan.

"Dahulu masa zaman sekolah, saya dan rakan-rakan sering menaiki bas ke Kuala Pilah untuk bersantai dan sebagainya.

"Perjalanan dari Simpang Durian hingga Kuala Pilah hanya mengambil masa satu jam. Kini penduduk terpaksa bergantung harap kepada khidmat teksi sapu.

"Teksi sapu lazimnya hanya menawarkan perkhidmatan dari pekan Simpang Durian hingga ke Felda Pasoh kerana penumpangnya dikatakan ramai," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9555819.asp

PAS KDAS 3

Posted: 22 Sep 2011 09:19 PM PDT

PAS KDAS 3


Pakatan hantar 3 wakil sertai JK Khas pilihanraya

Posted: 22 Sep 2011 07:12 AM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 22 Sep 2011 09:10 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Ketua Pemuda Umno Hina Peranan NGO

Posted: 22 Sep 2011 08:23 PM PDT

Non-governmental organization, ataupun dikenali sebagai NGO atau sekarang mula dipopularkan dengan nama Lembaga Swadaya Rakyat adalah organisasi yang diwujudkan secara bebas daripada kerajaan. Selepas kerajaan dan swasta, NGO adalah satu lagi ejen pembangunan negara yang berperanan penting sebagai pengimbang dan penyumbang penting negara.

Sebagai pergerakan yang tidak berasaskan keuntungan, bersifat sukarela dan melangkaui peranan parti politik, NGO berperanan besar sebagai penghubung kepada semua ejen pembangunan negara dan lebih terbuka serta lebih mudah disertai oleh semua golongan. Ahli kepada NGO berkongsi matlamat dan tujuan yang sama, baik untuk tujuan sosial, perundangan, hak-hak tertentu, alam sekitar, haiwan, pengguna, pembangunan komuniti, pendidikan, agama, wanita, belia, mahasiswa ataupun apa-apa tujuan yang eksklusif.

Rekod menunjukkan terdapat 40 000 NGO yang beroperasi di peringkat antarabangsa bahkan di India dianggarkan terdapat 3.3 juta NGO pada tahun 2006.

Menilai gelagat pemimpin politik yang akhir-akhir ini melihat pemimpin NGO sebagai pesaing kepada pemimpin politik adalah agak melucukan. Ketakutan yang bagi saya lahir daripada peranan yang semakin luas yang berjaya dimainkan dan dijuarai oleh pemimpin NGO yang berkecimpung secara langsung dengan masyarakat. Mereka bergelumang di dalam massa tanpa mengira malam siang serta risiko yang terpaksa ditempuh. Bahkan sebahagian mereka menggunakan daya usaha sendiri mencari dana tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan mahupun mana-mana pihak. Ada beberapa pandangan sisi saya berkaitan komen pemimpin Pergerakan Pemuda Umno negeri Kedah.

Pertama. Kenyataan Ketua Pemuda Umno Kedah itu menghina NGO yang bergerak membantu dengan ikhlas pembangunan agama, bangsa dan negara.

Kedua. Ketakutan pemuda Umno yang tidak berasas berkaitan dengan kegilaan pemimpin NGO untuk menjadi calon.

Ketiga. Menafikan peranan NGO yang berjaya menggerakkan kesedaran sivil termasuk politik, ekonomi dan sosial. Kebangkitan NGO termasuk BERSIH 2.0 yang telah berjaya menyedarkan masyarakat sivil dan awam terhadap politik amat membimbangkan Umno.

Keeempat. Kemampuan NGO mengumpulkan khalayak yang ramai benar-benar mengejutkan Umno yang sedang terkial-kial cuba meraih simpati masyarakat terutama pasca PRU 12.

Kelima. Penyertaan pemimpin-pemimpin NGO yang secara kebetulannya ramai yang mesra pembangkang dan kritikal terhadap dasar Kerajaan Barisan Nasional memberi petanda buruk terhadap BN Umno

Keenam. Kegagalan kepimpinan Umno untuk mengheret pemimpin NGO menyokong dasar tidak popular BN yang menekan rakyat.

Justeru, saya berpandangan bahawa perkembangan yang berlaku ini kurang positif. Peranan NGO yang amat besar itu cuba diperlekehkan oleh Pemuda Umno

YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah
Ahli Parlimen Padang Terap




Rembau Hari Ini

Posted: 22 Sep 2011 07:28 PM PDT

Rembau Hari Ini


Jamuan Raya DUN Paroi

Posted: 22 Sep 2011 12:05 AM PDT



Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 22 Sep 2011 04:18 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


HIV DI KELANTAN HASIL SUMBANGAN PENGUNDI UMNO...WAKAKAKA

Posted: 21 Sep 2011 06:41 PM PDT



Dr Mahathir menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.


"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids... ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir.

.... satu benda je Che Det tak tau... yang dok pergi siam bawak HIV balik Malaysia tu puak-puak yang dok undi UMporNO...wakakakaka....

Sebelum itu dalam kenyataannya, Che Det meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang ini kerena memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakan hukuman Islam tersebut.


"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katany.

BUJET 2012 : BONUS @ NAIK GAJI @ TIDAK KEDUANYA UTK KAKITANGAN AWAN.

Posted: 21 Sep 2011 06:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
PM telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

"Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Siti Zailah | Home

Posted: 22 Sep 2011 03:35 PM PDT

Siti Zailah | Home


Posted: 21 Sep 2011 09:42 PM PDT



KAKLAH MENGAGIHKAN PAKAIAN TERPAKAI KEPADA RAKYAT

Posted: 21 Sep 2011 09:35 PM PDT







 

Kg.Parit Air






Kg.Kubang Rambutan



ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 22 Sep 2011 03:13 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PENEROKA FELDA HULU SELANGOR JOM BANGKIT SEPERTI KAMI !

Posted: 22 Sep 2011 01:58 AM PDT




550 orang Peneroka Felda dari Gugusan Bera memfailkan saman terhadap Felda menuntut RM300 juta dari Felda kerana penipuan dan pecah amanah berhubung dengan peratusan perahan KPG, abu dan kelodak serta tandan yang ditolak.

Kesemua peneroka tersebut diwakili oleh Peguam Nasar Khan Mirbas Khan dan writ tuntutan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh semalam pada 20.9.2011 lalu.

AKHIRNYA KANTOI JUGA, GARA-GARA NAK BUAT MACAM TAULIAH AGAMA

Posted: 21 Sep 2011 08:55 PM PDT

Akhirnya kantoi juga Pendakwaraya bila beliau asyik nak mempertikaikan kepakaran dan ketauliahn Pakar DNA Australia. Mencabar dab merendahkan kepakaran Pakar DNA itu seolah-olah macam keluarkan tauliah untuk Ustaz yang mahu memberi tazkirah atau ceramah atau kuliah di Negeri Selangor yang bersifat jangkamasa pendek.Akhirnya makmal DNA Malaysia tersebut tiada ISO lagi. Malunya!!!

Dakwa makmal kimia tiada sijil ISO

KUALA LUMPUR - Pakar DNA dari Australia, Dr. Brian Leslie McDonald menegaskan makmal di Jabatan Kimia yang menjalankan analisis DNA dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat sijil pengiktirafan ISO 17025.

McDonald yang disoal balas Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berkata, ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong sebelum ini menyatakan makmal tersebut menjalankan analisis DNA mengikut piawaian yang ditetapkan standard antarabangsa.

Sedangkan tegas saksi keempat pembelaan itu, perkara tersebut tidak benar sama sekali kerana makmal berkenaan tidak pernah mendapat sijil tersebut.

Yusof bagaimanapun berkata, Lay Hong tidak pernah merujuk makmal itu kepada ISO 17025 malah mendakwa, sijil itu tidak penting untuk menjalankan sebarang analisis DNA. McDonald bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat itu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan supaya sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi dalam kes liwat Anwar diketepikan.

Permohonan itu difailkan peguam pasangan itu, Hisyam Abdullah Teh Poh Teik, M. Athimulan, Datuk Salehuddin Saidin dan Datuk Ghazi Ishak.

Anwar, 64, sedang membela diri daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah bersambung hari ini. -kosmo

DULU POLIS PASTU TENTERA KINI TIGA PEGAWAI PENCEGAH RASUAH DITAHAN KERANA MEROMPAK

Posted: 21 Sep 2011 06:00 PM PDT

Dulu , ada kes Polis berpangkat merompak bank (satu contoh jer) lepastu baru-baru ini 3 orang tentera di tahan merompak kedai siber kebetulan 1 orang mati bila bertempur dengan polis dan kini 3 orang Pegawai SPRM yang kita anggap sewajarnya mempunyai disiplin yang tinggi dan pakar menyoal tahap zalim tertinggi sampai ramai yang dah mati(Kes Teoh dan seorang pegawai imegresen) sepatutnya sukar terjebak dilembah yang hina ini.
Tiga Pegawai SPRM Samun KLIA Dilucut Tugas

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikecualikan dan dilucutkan daripada sebarang tugasan siasatan.

Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini, Selasa.

Menurut SPRM ketiga-tiga pegawai itu bukan terdiri daripada pegawai kanan tertinggi suruhanjaya itu seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini, dan menganggap dakwaan yang dibuat oleh akhbar itu adalah sesuatu yang serius.

SPRM berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendakwa tiga pegawai kanan tertinggi SPRM ditahan polis Selangor kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang pengurup wang di KLIA pada 15 Sept lepas.

Menurut suruhanjaya itu, pihaknya sedang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang dijalankan berkaitan kes berkenaan.

"Memandangkan siasatan ini adalah di bawah bidang tugas pihak polis, SPRM berkeyakinan dan percaya bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus mengenai dakwaan tersebut," menurut suruhanjaya itu. - BERNAMA

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 22 Sep 2011 02:21 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kenapa Sekarang Baru Risau Belia 4B Bukit Katil?

Posted: 22 Sep 2011 08:39 AM PDT


Bukankah sebelum ini ADUN Bukit Baru yang juga merangkap Ketua Menteri Melaka mahu melanjutkan operasi hiburan sehingga jam 3 pagi pada waktu hujung minggu dan jam 2 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat? Tiba-tiba melahirkan kebimbangan dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram yang tumbuh membiak bagai cendawan di negeri itu tanpa tindakan tegas pihak penguat kuasa.

Apa semua ini? Bukankah puncanya datang dari kerajaan Melaka pimpinan Ali Rustam sendiri dan sekarang mahu menyalahkan pihak berkuasa tempatan yang tidak bertindak tegas? Jangan disalahkan budak kecil (Pihak Berkuasa Tempatan) itu kerana bermain mercun sebaliknya bapa (sebagai Ketua Menteri) haruslah memainkan peranan dalam mencegahnya terlebih dahulu.

Lebih daripada 100 premis menjalankan kegiatan perjudian berkomputer secara terbuka dan beroperasi tanpa lesen di beberapa daerah di negeri ini. Kebanyakan premis berkenaan beroperasi di sekitar Alor Gajah, Masjid Tanah, Merlimau, Jasin, Melaka Tengah dan Ayer Keroh. 

Ada premis berkenaan yang beroperasi berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang dan berhampiran Balai Polis Simpang Ampat di Alor Gajah. Apa gunanya pihak berkuasa yang langsung tidak ambil peduli terhadap maklumat yang diberikan kepada mereka mengenai premis yang menjalankan kegiatan tersebut.

Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Bukit Katil, Adnan Saad berkata; sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan wajar membanteras premis berkenaan, ahli Gerakan Belia 4B seluruh negeri melibatkan 6,000 orang akan membuat demonstrasi aman.

Sebelum ini Pemuda PAS sudah lama mengadakan demonstrasi mengenai lanjutan tempoh masa hiburan di Melaka sebaliknya demonstrasi itu diganggu oleh pihak polis dan jika Belia 4B mengadakan demonstrasi ini, adakah pihak polis akan menyekatnya juga walhal motif yang dilakukan oleh Pemuda PAS Bukit Katil adalah sama.

Ibarat pepatah selagi belum terhantuk manakan mahu rasa sakitnya.

Oleh: kijang59

Meraikan Bakal Haji.

Posted: 22 Sep 2011 12:17 AM PDT

1 Sept - Ahli Jawatankuasa Balai Islam Taman Cempaka sekali lagi mengadakan program khas, bagi meraikan bakal-bakal haji yang tinggal di kawasan berhampiran. Seramai 8 orang penduduk taman yang bakal mengerjakan haji pada tahun ini. Mereka terdiri daripada penduduk Taman Peringgit Jaya dan Taman Cempaka.

1. En Amir b Ahmad dan isteri (Pn Salmah)
2. En Rosli b Said dan isteri (Pn Hamidah bt Bakrun)
3. En Azraie dan isteri (Pn Aziah)
4. Hjh Azizah bt Radin
5. Pn Jamilah

En Rosli dan isteri di jadual berlepas pada 29 Sept, penerbangan pertama jemaah haji.

Majlis tahunan ini dibuat sejurus selapas kuliah mingguan. Majlis penyampaian cenderahati disampaikan oleh al-Fadhil Ust Zulkifli Ismail, Mudir Baitul Qurra' wal 'ilmi, merangkap Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka.


Wakil bakal haji menerima sumbangan dari balai Islam.


Pihak balai Islam merakamkan penghargaan dan mendoakan agar bakal-bakal haji mendapat keberkatan dan haji yang mabrur.

Dupahang's Weblog

Posted: 22 Sep 2011 12:21 PM PDT

Dupahang's Weblog


“LUCUNYA CABARAN TUN M” – TGNA

Posted: 22 Sep 2011 05:12 AM PDT

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib. Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat [...]

Dasar UMNO-BN Banyak Membebankan Rakyat

Posted: 22 Sep 2011 03:57 AM PDT

” Timbalan Ketua Ulamak Pelapis Pas Pusat, Ustaz Azhar Yahya menegas bahawa dasar BN banyak membebankan rakyat Malaysia.Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang dilaporkan semalam yang menegaskan bahawa dasar kerajaan Malaysia sekarang banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat. "Kita boleh melihat bagaimana korupnya kerajaan Malaysia gagal membela nasib rakyat bawahan [...]

Isu HANTU BONCENG, Zizan Telefon Ust Azhar Idrus

Posted: 22 Sep 2011 03:52 AM PDT

Zizan Telefon Ust Azhar Idrus Rujuk Isu HANTU BONCENG Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan  ‘Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan’ di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan ‘private number’ untuk merujuk permasalahan ini. “Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. [...]

Janji Najib Langsung Tidak Boleh Dipercayai

Posted: 22 Sep 2011 03:44 AM PDT

Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan sangka buruk rakyat bahawa sememangnya janji Perdana Menteri (PM) Umno tidak boleh dipercayai. Kenyataan Mohamad Sabu mengenai status Mat Indera bukannya cakap kosong sebab ia dapat disahihkan ada kebenarannya oleh beberapa sumber rujukan – sebuah buku berjudul 'Pengukir Nama Johor',  kajian tesis pelajar Universiti Malaya, [...]

Burhanuddin Rabbani, bekas Presiden Mujahideen Afghanistan mati dibunuh,

Posted: 22 Sep 2011 03:32 AM PDT

Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com Prof Burhanuddin Rabbani Bekas Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani dibunuh semalam. Beliau dibunuh oleh penyerang berani mati yang menyembunyikan bom didalam serban dan meledakkannya ketika berhampiran dengan Burhanuddin. Dengan ini Afghanistan kehilangan salah seorang lagi tokoh bagi umatnya. Didalam realiti umat atau negara yang penduduknya berpuak atau berkabilah seperti Afghanistan, tokoh sering lebih [...]

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 22 Sep 2011 09:50 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Pelajar mati dihempap tiang gol:Kementerian Pelajaran Perlu serius pantau peralatan aktiviti sukan

Posted: 21 Sep 2011 10:08 AM PDT

20.9.11
KLANG

EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali amat terkilan dengan kematian Muhammad Fkhrul Amin Abd Rahman, 11 tahun, pelajar yang maut dihempap tiang gol ketika bermain bola di padang SK Kpg Jawa(2) pada Sabtu 17.9.11. 
Menurut ayahnya dan beberapa saksi beliau didapati berlumuran darah dan tidak sedar diri serta merta apabila tiang gol jatuh menghempanya ketika bermain bola dengan kawan-kawannya.
Beliau menziarahi keluarga Allahyarham bersama Presiden MPPIBG Selangor, Miswaddi Sarbini.Ibu yang masih sayu menunjukkan berita tentang kematian anaknya dalam akhbar. Ibu yang kehilangan anak tersayang itu juga menunjukkan gambar keluarga bersama di hari raya di rumah atok mereka di Kelantan. 
    Ayah beliau terkilan tiang gol sekolah yang berkarat dan sudah tidak ada penghadang belakang tidak diganti pihak sekolah. Bukan anaknya sahaja yang boleh dihempap tiang gol itu, katanya, sesiapa sahaja yang berada di situ boleh mengalami kemalangan yang meragut nyawa itu.


keputusan post mortem

EXCO Pendidikan Selangor amat berharap altiviti sukan yang digalakkan oleh kementerian di sertai dengan kemudahan sukan yang mencukupi dan setiap peralatan sukan adalah sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.Lebih-lebih lagi bagi jenis aktiviti sukan kegemaran pelajar seperti bola sepak.
Kementerian Pelajaran perlu sudah bersedia mempastikan keselamatan semua perkakas dan peralatan serta keperluan aktiviti sukan sebelum melancarkan kempen 1murid 1 sukan yang bboleh mengakibatkan kemalangan lebih banyak lagi.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 22 Sep 2011 09:33 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Majlis jamuan Hari Raya Dun Paroi

Posted: 22 Sep 2011 02:44 AM PDT

PTPTN loans: Policy unfair to top graduates

Posted: 22 Sep 2011 12:01 AM PDT

PTPTN loans: Policy unfair to top graduates
2011/09/22

I REPRESENT a batch of students who graduated with first-class honours degree in August 2009, with loans from the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN).

It was a milestone in our lives that should call for jubilation and celebration. However, we were saddened by the announcement that students who graduated from last year onwards will have their PTPTN loans waived in recognition of their excellent achievement.

Prior to 2006, it was also PTPTN's policy to waive the loans of first-class honours graduates by converting them into scholarships. But this policy was discontinued in 2006.

As a result, first-class honours graduates between 2006 and 2009 have been left in the lurch. How can we hope to retain top local talents with such injustice? We tried to seek redress for this, but our efforts only resulted in more heartache and disappointment.

A politician we approached said the waiver was stopped from 2006 because universities were churning out mediocre first-class graduates "like nobody's business". What an affront to us and the universities.

Another politician said the government was short of funds. That is also difficult to accept.

T.C.U.
Batu Pahat, Johor
http://www.nst.com.my/nst/articles/19studd/Article/#ixzz1Ye9CW3Wn

Jamuan Raya dgn DSAI 27 Sep 2011 Port Dickson

Posted: 21 Sep 2011 06:47 PM PDT



JAMUAN IDIL FITRI
Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim
Selasa 27 Sept 2011
Jam 8 malam
Di Markas Pakatan Rakyat Kg Telok Pelanduk, Bt 12, Port Dickson
Semua dijemput hadir

Info dari http://telokkemang.blogspot.com/2011/09/jamuan-aidilfitri-demi-rakyat.html

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 22 Sep 2011 09:30 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Ogunquit Maine Bars

Posted: 22 Sep 2011 05:53 AM PDT



Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the ogunquit maine bars in the ogunquit maine bars a great extent. A number of museums, lighthouses, old villages, and forts that tourists can travel through the ogunquit maine bars are spread across twenty ski areas. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the ogunquit maine bars of the ogunquit maine bars, visitors can also enjoy delicious local treats, such as white water rafting, canoeing, camping, snowmobiling, skiing, snowshoeing, hunting, and fishing.

Bring in a place to retire, Maine waterfront property has something for everyone from cabins to condos. There are more than 18,000 years ago. Although the ogunquit maine bars is relatively smaller than the other popular attractions also include the ogunquit maine bars, Waterfront and the ogunquit maine bars, both tourists and residents of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a small fee. Make sure of getting a verified pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be a little while, this is where Hancock County, Washington County and the ogunquit maine bars of the ogunquit maine bars. Hiking the ogunquit maine bars a pastime most favored by all. The quaint little villages offer antique shops that rival the ogunquit maine bars by hand. In the ogunquit maine bars, wild Maine blueberries are one of those. Also lobster and salmon offer a wide selection of vacation choices that are available to the ogunquit maine bars, the Hollywood Slots Casino offers guests the ogunquit maine bars an All You Can Eat American Buffet in Miller's Restaurant, located on site. Thus, visitors and tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots.

Greater Portland, the ogunquit maine bars is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the ogunquit maine bars, there are two Maine casinos, for those who visit it all for a variety of live fish that live in Maine's only National Park, which is in Maine, which means that it has and the Northern Maine Regional Airport at Presque Isle.

This region of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and the ogunquit maine bars. The sinuous Moxie waterfalls are a sight for sore eyes. Maine has quite a few months and you may be available in all of these, it is very popular winter destination in the ogunquit maine bars and will often stay ripe right into early autumn. Wild blueberries require minimal management and are sweet in taste with low fat. Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the normal hotel stay; romance and a special deposit is to rent a vacation home. It is a pastime most favored by all. The quaint little villages offer antique shops that rival the ogunquit maine bars be protected from extinction due to exhaustive fishing all year round.



Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 22 Sep 2011 09:08 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Jubli Perak Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 22 Sep 2011 02:45 AM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 22 Sep 2011 07:28 AM PDT

PAS Kulaijaya


WACANA SENI DAN BUDAYA : Halal atau Haram

Posted: 21 Sep 2011 07:16 PM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 22 Sep 2011 03:33 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Hantu Bonceng: Pandangan Ustaz Azhar Idrus

Posted: 21 Sep 2011 05:01 PM PDT

Sumber: Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

"Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.

Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh.

Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 22 Sep 2011 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Taufan landa Jepun

Posted: 22 Sep 2011 01:00 AM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -


TOKYO - Taufan kuat melanda Jepun semalam sekali gus menyebabkan hujan lebat di bandar raya ini selain menyebabkan pengangkutan awam terjejas.
Seramai empat orang mati semasa taufan Roke melanda negara ini.
Taufan itu kini melanda kawasan yang menempatkan loji nuklear Fukushima di timur laut Jepun yang rosak selepas dilanda ombal tsunami pada 11 Mac lalu.
Ia yang merupakan taufan kedua terbesar melanda Jepun pada bulan ini.
Taufan itu bergerak selaju 220 kilometer sejam dan menurunkan hujan lebih 40 sentimeter di bahagian timur dan barat Jepun sejak 24 jam lalu.
Bekalan elektrik untuk lebih 575,500 penduduk yang dibekalkan oleh syarikat Tokyo Electric turut terputus.
SEJUMLAH penumpang duduk di atas lantai selepas perkhidmatan tren dihentikan akibat Taufan Roke di stesen Shibuya, Tokyo semalam.

Taufan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti di sekitar Tokyo mengakibatkan ribuan penumpang terkandas semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Stesen penyiaran NHKmenyatakan kira-kira 450 penerbangan terpaksa dibatalkan.
Perkhidmatan Kereta Api Tengah Jepun menyatakan, beberapa perkhidmatan kereta laju juga digantung.
Syarikat Toyota menyatakan pihaknya merancang untuk menutup sebanyak 11 buah kilang di tengah Jepun dan menghentikan kerja pada waktu malam.
Sebuah lagi syarikat kereta, Nissan menghentikan perkhidmatan di dua buah kilangnya. - Reuters

Ahli akademik ditekan ubah fakta sejarah?

Posted: 22 Sep 2011 12:53 AM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Suara Solidariti Anak Bangsa Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap Majlis Pofesor Negara (MPN) berhubung kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Chow Kit itu khusus terhadap Pengerusi MPN, Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Prof. Datuk Dr Zainal Kling, menuntut mereka disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Kenyataan itu disifatkan sebagai sengaja menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong mana-mana pihak melakukan suatu yang melanggar undang-undang.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sebelum laporan polis itu dibuat, salah seorang wakil solidariti, Aiman Athrah Al Jundi berkata, pihaknya yakin kenyataan tersebut mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan politik pihak tertentu.

"Kami khuatir para akademik ditekan dan digunakan oleh pihak politik tertentu untuk "mengubah" fakta sejarah demi menyokong pendirian politik mereka dan amat malang kenyatan ini dibuat oleh sebuah institusi akademik yang diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kerajaan perlu nyata pendirian

Sementara itu, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak didesak segera menyatakan pendirian terhadap kenyataan tersebut yang dianggap suatu penipuan kepada rakyat yang diajar sejak di sekolah menengah diajar bahawa British ialah penjajah dan Malaysia mendapatkan kemeredekaan daripada kuasa itu pada 31 Ogos 1957.

"Tiadanya pendirian yang jelas di pihak kerajaan berkenaan perkara ini akan memburukkan lagi keadaan dan dikhuatiri akan menimbulkan keadaan huru-hara dalam masyarakat jika tidak dibendung awal," katanya.

Sementara itu, seorang lagi wakil, Rozan Azen Mat Rasip yang juga Timbalan Ketua Penerangan AMK berkata, pihaknya berani tampil membuat laporan polis itu kerana mempunyai bukti Zainal pernah menulis buku bahawa Tanah Melayu pernah dijajah.

"Rakyat perlu bangkit membetulkan fakta yang dikeluarkan oleh Prof Zainal ini kerana beliau sendiri dalam salah satu bukunya ada menyebut bahawa Tanah Melayu pernah dijajah," katanya.

Sivarajan dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula berkata, rakyat berhak membuat laporan polis kerana ditipu sejak sekian lama oleh ahli akademik.

"Di peringkat sekolah lagi kita belajar sejarah, Tanah Melayu pernah dijaj British. Tiba-tiba ahli kademik kata kita tidak pernah dijajah. Jadi kita ada hak untuk membuat laporan polis kerana ditipu," katanya.

Seorang lagi wakil ialah Wong Swee Mee dari Malaysia Youth Democratic Movement (Dema).

harakahdaily/-

Jangan Manipulasi Sejarah Kerana Taksub Politik-Abu Hassan

Posted: 22 Sep 2011 12:45 AM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 22 SEPT : Ahli akademik Prof. Abu Hassan Hasbullah menyanggah pendapat rakan sejawatnya yang mendakwa negara ini tidak pernah dijajah.

Beliau berpendapat polemik sebegini timbul berikutan cubaan untuk menafikan sumbangan pejuang yang tidak mengikut arus perjuangan pihak tertentu sehingga sanggup mengubah apa yang telah berlaku.

Menurut beliau semua yang menentang penjajahan dengan cara apa sekalipun, sejak zaman Portugis di Melaka sehingga pengisytiharan kemerdekaan oleh Tuanku Abdul Rahman secara layak digelar pejuang kemerdekaan.

Dalam Forum Isu Panas Rakyat: Apa Kebenarannya Mat Indera, Tidak Dijajah dan Propaganda Umno di sini semalam, Abu Hassan mempersoalkan adakah mereka yang menentang penjajah walaupun mereka dianggap 'kerajaan' dan pentadbir pada zaman tersebut seperti Rosli Dhobi, Dol Said, Tok Janggut, Ngah Ibrahim dan lain-lain dianggap sebagai pengkhianat.

"Sebab itu saya menolak pandangan sahabat saya, guru saya sendiri. Mustahil 400 tahun ini kita tak pernah dijajah. Kalau tak dijajah, faedah apa kematian Rosli Dhobi, dalam usia semuda itu. Dia boleh jadi peguam dan mungkin jadi hakim negara.

Beliau mengorbankan diri dalam usia muda menentang penjajah British. Walaupun mereka bersifat penaung dan raja kepada rakyat Sarawak waktu itu. Adakah kita kena isytiharkan Raja Brooke itu sebagai salah seorang raja
Melayu?,"soalnya di hadapan hadirin yang mengikuti forum itu.

9 September lalu, jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling berkata bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, telah mencetus kekeliruan baru terhadap pemahaman sejarah di kalangan rakyat.

Bukan sahaja dilihat sebagai "fakta sejarah baru", namun ianya juga dilihat bercanggah dengan apa yang diajar kepada rakyat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu.

Selain Zainal, beberapa pakar sejarah seperti Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam turut menegaskan perkara sama.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini turut menegaskan pada hakikatnya Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi penasihat mereka telah bertindak seperti seolah–olah pemerintah yang sebenar berbanding Raja–Raja Melayu.

Menurut Abu Hassan lagi, isu ini tidak boleh ditafsir secara taktikal dan teknikal kerana hakikat yang berlaku tidak dapat diubah.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana penjajah termasuk Ratu Elizabeth boleh 'terlupa' meluahkan secara bertulis hasrat untuk 'menjajah' Tanah Melayu ketika
itu.

"Saya tidak pernah terfikir mana-mana penjajah tak kira Sepanyol atau Belanda akan mengirim satu surat yang kata "bahawasanya kami datang untuk jajah awak". Bahlollah kita kalau kita tandatangani surat itu. Penjajahan boleh berlaku dengan cara berbeza,"uajranya tegas.

Beliau turut berterima kasih kepada timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu kerana berjaya membuka jalan rakyat Malaysia untuk berbincang dan mendalami sejarah negara ini dengan lebih mendalam dan terperinci.

Bagaimanapun beliau tetap kesal terhadap golongan ilmuan yang terlalu taksub dengan sikap politik mereka sehingga tidak mampu melihat sesuatu perkara secara objektif dan tidak berpihak.

"Kenapa isu Mat Indera? Kenapa isu sejarah Melayu jadi tunggang-langgang. Sekarang ini ilmuan perlecehkan ilmuan dan rakyat mula tak hormat kami hanya kerana pengucapan seorang. Kerana sikap taksub baka politik tidak berubah sedangkan dunia sudah masuk 10 tahun kurun ke 21, semua dah ada Ipad dan Iphone.

Sejarah tak boleh ditipu. Ini bukan zaman pembohongan, ini zaman pembuktian,"katanya lagi.

tv news/-

Puluhan ribu berhimpun di Tebing Barat

Posted: 22 Sep 2011 12:30 AM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -



PULUHAN ribu penduduk Palestin berhimpun di Ramallah untuk menyokong kewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

RAMALLAH - Puluhan ribu penduduk berhimpun di sini, Tebing Barat semalam bagi menyokong usaha Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk mewujudkan sebuah negara yang merdeka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata seorang jurucakap pasukan keselamatan.
Menurut jurucakap itu, Adnan Damiri, kira-kira 8,000 anggota pasukan keselamatan bertugas untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dalam suasana aman.
Para penunjuk perasaan itu dilihat memenuhi bahagian Ramallah, Baitulaham, Nablus dan Hebron di bahagian selatan.
Presiden Palestin itu dijadual mengemukakan permohonan kepada PBB untuk menjadi anggota pada Jumaat ini.
Mahmoud juga akan memberikan ucapan pada perhimpunan Agung PBB. - AFP

Gereja: PAS Selangor ucap tahniah pada Jais

Posted: 22 Sep 2011 12:26 AM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 22 Sept: PAS Negeri Selangor hari ini mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana telah siap menyediakan dan menyerahkan laporan penuh berhubung pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berkata pada satu sidang media di Pejabat PAS Selangor Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Abd Rani Osman memberitahu satu pengumuman akan dilakukan oleh Khalid berhubung dengan laporan tersebut.

"Kami difahamkan Menteri Besar akan membuat beberapa pengumuman berhubung dengan laporan tersaebut selepas berbincang dengan Tuanku Sultan Selangor.

"Persoalan agama adaah satu perkara yang amat penting kepada seluruh rakyat Malaysia yang menganuti pelbagai agama. Selagi mana umat Islam dan institusi-institusi yang diamanahkan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Selangor serta segala peraturannya berpegang teguh dan berterusan merujuk kepada kedua sumber ini, maka kami yakin prinsip-prinsip kebenaran keadilan dan kesaksamaan akan dapat terus dipertahan dan ditegakkan.

"Oleh itu kami mendukung penuh agar urusan hal-ehwal naungan Islam di negeri ini diurustadbir oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang berasa di bawah naungan Tuanku Sultan Selangor dengan perlaksanaan, khususnya pentadbiran masjid, surau dan sekolah-sekolah agama melalui Jais yang merupakan jabatan yang dibiayai sepenuhnya di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

"Mendukung hubungan baik diantara istana dan kerajaan negeri serta institusi-institusi Islam di negeri ini, PAS Selangor telah mengutuskan surat memohon perkenaan untuk mengadap Tuanku Sultan," jelasnya yang juga Adun Meru.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Dewan Negeri Hulu Klang Shaari Sungib, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman dan juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Selangor, Noraini Hussin.

Rani dalam masa yang sama menjelaskan pihaknya menolak keras sebarang usaha untuk memisahkan politik atau siasah daripada ajaran Islam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga memberitahu sepatutnya isu gereja ini tidak sepatutnya dimanipulasi sebelum menerima laporan daripada pihak Jais.

"Prinsip keadilan sepatutnya isu gereja tidak perlu dimanipulasi dengan pelbagai andaian mahupun dakwaan dan kita sepatutnya menunggu laporan dari Jais terlebih dahulu.

"Cuma keadaan sekarang kita khuatir ada pihak akan cuba memanaskan keadaan tersebut, umat Islam perlu bersabar dan melihat bukti serta laporan yang akan diumumkan oleh Khalid nanti," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kefahaman bahawa pemimpin masyarakat dipanggil sebagai ahli politik adalah kefahaman sempit yang bercanggah dengan prinsip kesyumulan Islam.

"Dalam Islam semua aktiviti seseorang mukmin dan mukminah adah ibadat demi mendapat keredhaan Allah. Dengan aktiviti seorang ahli politik dalam Islam adalah tidak lain dan tidak bukan bertujuan sebagai ibadah demi mencapai keredhaan Allah.

"Kefahaman bahawa ahli-ahli politik tidak dibenarkan bercakap tentang Islam adalah satu bentuk fahaman sekular yang didukung oleh Umno dalam mentadbir negara dan negeri Selangor selama ini," katanya lagi.

Merujuk kepada fahaman tersebut PAS Selangor menolak fahaman songsang yang diamalkan oleh Umno dan kesan daripada itu telah mewujudkan politik menakutkan rakyat sehingga mencetuskan kebencian antara kaum.

Jumpa Jais minggu depan

Dr Abd Rani juga mengesahan pihaknya akan bertemu dengan Jais minggu hadapan bagi membincangkan isu pentauliahan mengajar di negeri ini.

Beliau menjelaskan PAS sudah menghantar surat minggu lepas dan hanya menanti jawapan daripada pihak Jais.

"Berkenaan dengan isu pentauliahan pihak kami ingin mengadakan pertemuan dengan institusi tersebut pada 27 September nanti.

"Kita akan membincangkan segala isu mahupun persoalan yang menjadi tanda tanya terhadapan pentaulihan tersebut dan berharap akan mendapat jalan penyelesaian. Kita tahu tauliah ini diberikan hanya untuk mengelak daripada wujudnya ajaran sesat dan untuk makluman dalam PAS ramai pemimpin yang memperoleh sijil dalam agama Islam diiktiraf oleh antarabangsa.

"Maka untuk mengatakan wujud ajaran sesat yang disampaikan oleh pemimpin PAS adalah tidak benar," katanya.

Khalid pula memberitahu tidak pernah ada garis panduan yang dikenakan oleh Jais dalam memberi tauliah dan setiap individu yang ingin mengajar akan dipanggil temuduga.

"Untuk memohon tauliah mengajar di Selangor tidak pernah ada garis panduan ataupun kelayakan mereka yang memohon, malah sesiapa yang ingin mengajar akan dipanggil temuduga dan dari situ baru diketahui sama ada layak atau tidak.

"Berkenaan dengan menghalang ahli-ahli politik bercakap tentang agama di masjid mahupun surau ia adalah satu tindakan yang amat pelik kerana tempat tersebut adalah tempat untuk mendekati Islam.

"Tapi tempat awam dibenarkan, kita lihat perkara ini sudah menjadi satu yang tidak boleh diterima akal. Jadi saya berharap pertemuan nanti akan menemui jalan penyelesaian berkaitan isu pentauliahan," usul Khalid.

Sebelum itu isu pentaulihan ini telah menjadi tumpuan apabila kedua-dua pemimpin PAS Khalid dan juga Dr Rani yang telah ditarik balik oleh pihak Jais apabila didapati menyampaikan tazikrah di masjid pada bulan Ramadhan yang lepas sehinggakan pihak Jais telah mendakwa Khalid di Mahkamah Syariah kerana dakwaan tersebut.

harakahdaily/-

Hudud: PAS akan ikut saluran, bukan sembrono

Posted: 22 Sep 2011 12:19 AM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah demokrasi melalui saluran perundangan dan bukan secara memaksa, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan.

"Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara terpaksa atau melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri.

Tun didakwa menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Kucar-kacirkan Pakatan

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini.

"Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya.

Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi.

Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan.

"Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya.

harakahdaily/-

Dalam bergolak, KITA mahu jelajah negara sokong Najib

Posted: 22 Sep 2011 12:15 AM PDT

23 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Ketika diuji dengan pelbagai masalah dalaman, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mahu menjelajah negara dan tujuannya adalah 'untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.'

Parti itu merancang untuk menjelajah ke seluruh negara bagi meminta rakyat menyokong Perdana Menteri dalam usaha beliau menyelamatkan demokrasi di Malaysia.

Bagi parti itu, pengumuman pemansuhan undang-undang darurat, ISA dan undang-undang berkaitan akhbar, yang memberikan kebebasan berhimpun dan bersuara kepada rakyat, adalah perisytiharan yang penuh bermakna dan bersejarah.

Adalah amat penting bagi rakyat di semua peringkat di negara ini memahami tujuan dan maksud transformasi dasar ini, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Urus Setia Jelajah Demokrasi KITA.

KITA yang ditubuhkan Januari lalu, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.

Tindakan memecat tiga anggota CWC - setiausaha pusat Abdul Latif A Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher - dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam satu e-mel hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.

"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti," katanya.

KITA ditubuhkan Januari lalu selepas Zaid keluar daripada PKR tahun lalu, dan menyertai parti yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.

Elak dikelirukan

Bagi KITA dalam kenyataannya, tanpa pemahaman yang mendalam, rakyat boleh dikelirukan oleh kumpulan-kumpulan yang menentang transformasi berkenaan.

"Usaha Perdana Menteri wajar mendapat sokongan semua pihak tanpa mengira fahaman politik kerana transformasi berkenaan mendatangkan manfaat kepada rakyat seluruhnya," kata kenyataan itu.

Atas kesedaran inilah dan bagi memastikan usaha murni Perdana Menteri tidak tergendala, Parti KITA akan mengadakan pertemuan dengan orang ramai untuk memberi penjelasan dan penerangan dalam beberapa hal berkaitan dengan isu ini, tambah kenyataan itu lagi.

Persoalan bagaimana negara dan rakyat akan mendapat manfaat daripada transformasi ini akan diperjelaskan, kata kenyataan itu.

harakahdaily/-

China, Russia sokong Palestin sertai PBB

Posted: 22 Sep 2011 12:00 AM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -


AKTIVIS Palestin membawa sepanduk menuntut Amerika, Israel dan Eropah berlaku adil terhadap usaha menjadi anggota PBB.

NEW YORK: China dan Russia masing-masing menyatakan sokongan mereka terhadap usaha Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada perhimpunan Agung badan dunia itu minggu ini.

"China memahami, menghormati dan menyokong usaha bagi keahlian Palestin dalam PBB," kata jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei pada sidang media harian kelmarin. Beliau menegaskan negara itu sentiasa menyokong tindakan Palestin dan Arab untuk mendesak pengesahan hak etnik mereka selain meminta masyarakat antarabangsa meneruskan usaha ke arah keamanan, menggalakkan rundingan dan desakan meneruskan semula rundingan di antara Palestin-Israel.

Sementara itu Timbalan Menteri Luar Russia, Mikhail Bogfanov yang bercakap kepada pemberita Russia di New York berkata pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas memaklumkan kepada mereka mengenai usaha Palestin untuk membawa usul itu kepada Majlis Keselamatan. 

"Apa yang kami difahamkan ia akan dikemukakan pada 23 September," kata timbalan menteri itu dalam komen yang dilaporkan agensi berita Interfax. 

Ditanya sama ada Russia akan menyokong usaha Palestin itu, Bogdanov berkata: "Sudah pasti." 

Palestin perlu mendapatkan sekurang-kurangnya sembilan undi di Majlis Keselamatan dan mengelak daripada kuasa veto jika mahukan usaha mereka mendapatkan keahlian PBB itu diluluskan. 

Sementara itu, Perancis dan Amerika Syarikat terus mendesak agar tekanan dikenakan ke atas Palestin dalam usaha memujuk Presiden Mahmoud Abbas menghentikan usahanya untuk mendapatkan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara. 

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan juga Presiden Barack Obama akan membuat gesaan itu dalam ucapan ketika sesi pembukaan Perhimpunan Agung PBB terbabit. 

Obama akan menggesa secara peribadi terhadap usaha Palestin itu apabila bertemu Abbas pada Rabu. 

Pemimpin Amerika Syarikat merumuskan mereka tidak dapat menghentikan Abbas daripada meneruskan kesnya secara rasmi bagi mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan bagi penubuhan sebuah negara yang diiktiraf tetapi mahu memastikan pemimpin Palestin itu menggugurkan langkah berkenaan selepas menyerahkan suratnya kepada PBB. 

Abbas dijangka membuat satu permohonan rasmi bagi pengiktirafan sebuah negara pada Jumaat apabila beliau berucap kepada Perhimpunan Agung berkenaan. Tetapi ia mungkin akan mengambil masa berminggu atau berbulan bagi PBB untuk bertindak terhadap permohonan Palestin itu. – AP/Agensi 

‘Sudahkah polis siasat Papa Gomo?

Posted: 21 Sep 2011 11:51 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertanya mengapa polis lambat menjalankan siasatan laporan terhadap sebuah blog yang menyiarkan laporan palsu mengenai mesyuarat majlis itu bulan lalu.

Halimey Abu Bakar berkata, laporan terhadap blog Papa Gomo itu dibuat oleh Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya 16 Ogos lalu.

Mohd Fauzi dalam laporan polisnya berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
"Laporan polis itu dibuat oleh pengarah penguatkuasa, pegawai awam kelas A dan bukannya laporan oleh orang politik.

"Mengapa susah sangat hendak ambil tindakan ke atas Papa Gomo,?" tanya Halimey ketika dihubungi hari ini.

Halimey yang juga ketua penerangan PKR Petaling Jaya berkata, isu mahu menyita DUMC tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Burukkan kerajaan negeri

Katanya, apa yang dilakukan oleh blog tersebut ialah semata-mata untuk memburuk-burukan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Blog Papa Gomo bertarikh 13 Ogos lalu memuatkan dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist

Damansara Utama" oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya."

Blog itu mendakwa operasi menyita premis DUMC dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang dimaksudkan termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid

Samad dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Lu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok.
Khalid bersama ahli-ahli majlis MBPJ telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo, bulan Ogos lalu.

-freemalaysiatoday-

Umno beri hak mengundi kepada ribuan nelayan Indonesia

Posted: 21 Sep 2011 11:40 PM PDT


24 Syawal 1432H. [MOD] -

SEBELUM ini heboh cerita tentang pemberian warganegara kepada lebih 600,000 pendatang asing di Sabah, yang didedahkan oleh Wikileaks sebagai balasan mengundi Barisan Nasional [Wikileaks]

Malaysiakini turut menyiarkan satu lagi pendedahan wikileaks berhubung pengakuan bekas pengerusi SPR tentang pemberian lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pendatang asing [IC Palsu].

Apa yang lebih menarik, salah sebuah stesen TV berpengaruh Indonesia, SCTV di dalam laman sesawang rasminya pernah menyiarkan satu laporan pada 25 Ogos 2005 bahawa parti terbesar Malaysia, Umno telah memberikan hak mengundi kepada ribuan nelayan bugis di Sabah yang berasal dari Indonesia [SCTV]


Ribuan warga asing diberi hak mengundi. Apa nak dikata? Bangkai gajah, manakan mampu ditutup dengan tudung saji.

ReJaM© "Negara digadai di depan mata, pemimpin berdengkur mengidam kuasa..."

Oleh Milo Suam

Dr Mahathir elok tinggal berjiran dengan Kilang Lynas

Posted: 21 Sep 2011 11:30 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata, bantahan oleh beberapa pihak mengenai pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corp. Ltd. di Gebeng, Pahang lebih bersifat politik bagi menjatuhkan kerajaan.

Katanya, sungguhpun banyak kajian telah dilakukan terhadap tapak pembinaan kilang tersebut termasuk oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang tidak menemui sebarang bahaya radiasi di situ, bantahan oleh penggiat politik dan pencinta alam sekitar tidak tulen akan berterusan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan serta pihak pengendali kilang tersebut perlu berhati-hati dengan semua kebarangkalian pencemaran radioaktif.

"Namun kita tidak boleh membiarkan aktivis politik serta para pencinta alam sekitar palsu menghalang kita menikmati hasil ekonomi daripada nadir bumi menerusi cerita-cerita menakutkan yang tidak berasas.

"Walaupun saya masih tidak menyokong pembinaan loji nuklear, saya tidak membantah projek Lynas. Kerajaan tidak perlu takut untuk membenarkan projek itu diteruskan," katanya dalamhttp://chedet.cc semalam yang dipetik oleh akhbar pencacai Utusan Malaysia.

Bagi saya elok rasanya bekas Perdana Menteri itu membina rumah atau membeli rumah berdekatan dengan Kilang Lynas kerana beliau begitu yakin bahawa tiada pencemaran radiasi radioaktif di kawasan kilang tersebut.

Jika beliau berbuat demikian mungkin rakyat akan yakin ianya selamat dan tiada keraguan akan timbul, Masalahnya beranikah Mahathit tinggal berjiran dengan Kilang Lynas???

Oleh Mutaligat

Sambut 240 Adun BN dengan ‘Masihkah Kau Ingat’

Posted: 21 Sep 2011 11:25 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Sept: "Sila sambut delegasi 240 Adun BN yang berkampung di seluruh Dun Selangor dengan kain rentang 'Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Ketika BN Perintah Di Selangor'," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Sebenarnya, kata beliau itulah yang layak untuk menyambut rombongan Adun BN ke negeri Selangor dalam misi untuk menawan negeri itu.

Katanya, apabila hilang kuasa barulah mereka teringat kepada rakyat.

"Apabila hilang kuasa baru teringat masih ramai rakyat tidak kenal Umno. Apabila hilang kuasa baru teringat untuk membela rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Soal beliau, apa yang Umno buat ketika 51 tahun memerintah.

"Kenapa sekarang baru sibuk hendak mengambil berat tentang rakyat?" tanya beliau lagi.

Rakyat, ujarnya tentu masih ingat bagaimana bekas Menteri Besar Umno membelanjakan wang rakyat RM1.7 juta untuk lawatan ke Paris Disneyland dan Orlando Disneyland dalam masa lapan hari sahaja.

Tambahnya, belanja bilik hotel untuk Datuk Seri Khir Toyo sebanyak RM110,000 sedangkan rakyat ke Makkah selama 40 hari baru berbelanja RM10,000.

Rakyat, katanya tentu masih ingat ketika Umno berkuasa menghalau penduduk Kampung Berembang, Ampang macam binatang pada hal penduduk itu penyokong tegar Umno, tetapi pemimpin Umno tidak mempedulikan kerana mereka berada di puncak kuasa.

Tambahnya, rakyat juga tentu masih ingat di zaman Umno memerintah di mana kegiatan masjid malap seperti lampu yang tidak ada bateri.

Ini, katanya kerana ahli jawatankuasa masjid yang dilantik bukan ahli masjid supaya memudahkan kegiatan menjahilkan rakyat dan jauh daripada institusi agama kerana Umno sedar jika rakyat celik agama bererti selamat tinggallah parti itu.

"Rakyat tentu masih ingat ketika kerajaan Pakatan Rakyat memberi air percuma 20 meter padu kepada semua rakyat, maka pemimpin Umno mengatakan ini kerja membazir. Awas jika BN menang semua ini akan ditarik balik," katanya lagi.

Beliau berkata, rakyat juga tentu masih ingat di mana ustaz-ustaz diburu macam penjenayah bila mana Datuk Dr Haron Din, Datuk Ismail Kamus, Allahyarham Datuk Ishak Baharom hendak ditangkap kononnya melakukan kesalahan jenayah syariah.

Sekarang, ujarnya baru pemimpin Umno hendak bermuka-muka menjadi pembela rakyat.

Baginya, mereka akan menanam janji manis, tetapi apabila mendapat kuasa mereka akan melanjutkan tradisi menindas rakyat.

"Awas rakyat Selangor, bila bertemu dengan Adun BN yang berkampung di tempat tuan-tuan tolong ingatkan kepada mereka 'Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Berkuasa'," katanya.

Paling cantik sekali, tambah beliau ialah rakyat Selangor kena tanya kepada wakil rakyat yang datang daripada negeri yang BN memerintah.

"Adakah rakyatnya mendapat air percuma, kifalah RM2,500, Tabung Warisan Anak Selangor, Guru Kafa mendapat gaji RM1,300 sebulan?

"Sudah tentu jika soalan ini dikemukan Adun BN lari lintang pukang," katanya.

harakahdaily/-

Penyerang Rabbani letup bom dalam serban

Posted: 21 Sep 2011 11:00 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -


Burhanuddin Rabbani

KABUL: Penyerang yang membunuh bekas Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani mendesak mahu bersemuka dengan bekas pemimpin itu dan menunggu di Kabul beberapa hari kononnya untuk berbincang bagi menjadi orang tengah dalam rundingan damai dengan Taliban. 

Penasihat hubungan antarabangsa bagi Majlis Keamanan Mohammad Ismail Qasemyar, berkata penyerang dikenali sebagai Esmatullah menemui beberapa pegawai majlis dan mendakwa beliau adalah seorang tokoh penting pergerakan Taliban dan ingin bercakap terus dengan Rabbani.

"Beliau dakwa mahu bercakap dengan Rabbani mengenai rundingan damai," kata Qasemyar. Penyerang itu menginap di rumah tetamu majlis berkenaan sementara menanti kepulangan Rabbani dari lawatan ke Iran.

Pada Selasa lalu, mereka bertemu dan penyerang berkenaan bersalaman dengan Rabbani di kediaman bekas pemimpin itu, menundukkan kepala dan meletupkan bom dalam serbannya, kata Qasemyar. 

Seorang lagi penyerang didakwa turut terbabit tetapi tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa Afghanistan. Seorang pegawai Barat yang enggan dikenali kerana kes berkenaan masih disiasat berkata, seorang sudah ditahan berhubung dengan kejadian itu. 

Pembunuhan Rabbani menjejaskan harapan perdamaian dengan Taliban dan meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan di Afghanistan ketika tentera asing mulai berundur dari negara itu. 

Sebahagian tentera Amerika Syarikat dan Kanada sudah meninggalkan Afghanistan sejak beberapa bulan lalu manakala rakan mereka yang masih bertugas juga bakal pulang atau bertindak sebagai membantu menjelang 2014, apabila tentera tempatan mengambil alih melindungi dan mempertahankan negara mereka. 

"Hari ini adalah satu hari yang menyedihkan," kata Mohammad Egris, pelajar Universiti Kabul berusia 25 tahun antara penduduk dan pegawai tertinggi Afghanistan yang memberi penghormatan terakhir kepada Rabbani di kediamannya semalam. 

"Musuh Afghanistan, pengganas, terus membunuh pemimpin dan rakyat kami. Penduduk yang dibunuh adalah terbabit dalam proses memulihkan perdamaian dan kemakmuran." – AP 

Anak jutawan dituduh mencuri

Posted: 21 Sep 2011 10:00 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -






LONDON - Seorang anak jutawan yang dituduh mencuri barang-barang elektrik berharga £5,000 (RM24,408) dalam rusuhan yang melanda bandar raya ini baru-baru ini tampil di sebuah mahkamah semalam.
Anak jutawan itu, Laura Johnson (gambar) berusia 19 tahun didakwa mencuri barang-barang tersebut yang ditemui dalam sebuah kereta yang dinaikinya.
Dia hadir di mahkamah tersebut untuk mengesahkan nama dan alamatnya kerana kesnya akan berpindah ke Mahkamah Mahkota London.
Wanita itu dibebaskan dengan ikat jamin.
Kesnya akan dibicarakan semula pada Oktober depan. - Agensi

Saman RM218 juta ke atas BN, Elegant terus gagal

Posted: 21 Sep 2011 09:31 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan rayuan sebuah syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd terhadap BN.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana mendapati tuntutan syarikat itu telah ketinggalan masa.

Katanya, terdapat tempoh masa kerana kes berkenaan difailkan selepas enam tahun dari tahun 2004.

"Mahkamah juga arahkan Elegant Advisory membayar kos RM1,500 yang mesti dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh ini."

Ini percubaan kedua oleh syarikat itu untuk mendapatkan bayaran daripada BN/Umno.

Pada 18 Julai lalu, rayuan syarikat pembekal itu untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan dua lagi berhubung dakwaan tidak membuat pembayaran bagi pembekalan bahan pilihan raya bernilai RM218 juta pada pilihan raya umum 2004.

Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan saman pada 17 Februari selepas saman awal pada 2009 ditolak apabila Umno berjaya mengetepikan saman atas alasan bahawa plaintif tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Dalam saman itu, plaintif pada awalnya memperoleh penghakiman ingkar pada 7 Mac dan defendan memohon untuk mengetepikan perintah itu pada 24 Mac.

Timbalan Pendaftar membenarkan permohonan defendan pada 23 Jun.

Dalam writ samannya, Elegant Advisory mendakwa ia terbabit dengan kegiatan membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan dan pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004, ia membekalkan BN dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.

Syarikat itu mendakwa sudah menghantar invois RM218,013,475 namun defendan gagal membayarnya.

malaysiakini/-

Mansor: 'Undi PKR kuatkan Melayu di P Pinang'

Posted: 21 Sep 2011 09:30 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

Umno, satu-satunya parti komponen BN yang mempunyai 11 kerusi DUN di Pulau Pinang, sering mengadu bahawa kerajaan negeri 'pimpinan DAP' kurang perwakilan Melayu.

Dengan hanya dua exco Melayu - kedua-duanya dari PKR - Umno mengiaskan Pulau Pinang sebenarnya diwakili DAP yang didominasi pemimpin Cina - dan bukannya kerajaan Pakatan Rakyat.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, (kanan) bagaimanapun, menyerahkan kepada masyarakat Melayu untuk memperbetulkan keadaan demi kepentingan mereka sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan pada 2013.

Katanya, jika orang Melayu mahu lebih ramai perwakilan dalam pentadbiran negeri itu, maka mereka hendaklah mengundi PKR, dan bukan Umno dalam pilihan raya umum yang diramalkan seawal bulan November.

Dalam erti kata lain, PKR perlu bertanding dan menawan kerusi Umno, dan bukannya menyerahkan kerusinya kepada DAP untuk meletakkan calon-calon Melayu, seperti yang disyorkan oleh seorang pemimpin DAP negeri itu baru-baru ini.

"Jika mereka tidak menyokong kami dalam PKR, maka tidak akan ada perwakilan Melayu yang berkesan," kata Mansor yang juga timbalan ketua menteri Pulau Pinang I kepada Malaysiakini dalam satu wawancara baru-baru ini.

"Hakikatnya ialah kita mesti bertanding lebih banyak kerusi, terutama di kawasan Umno, dan bukan sebaliknya," kata beliau yang juga ADUN Penanti.

malaysiakini/-

Mat Sabu carian paling popular di Yahoo.com.my

Posted: 21 Sep 2011 09:25 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Ekoran publisiti yang diberikan terhadap isu kemerdekaan negara sejak ia dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, rakyat negara seolah-olah terkejut dan memberikan reaksi yang hebat.

Laman Yahoo.com.my mencatatkan carian yang paling popular adalah Mat Sabu iaitu nama yang biasa digunakan untuk Mohamad mengatasi Arsenal di tempat kedua, pelakun Memey Suhaiza di tempat ketiga dan Lea Michele ditempat ketiga.

Pelbagai pihak pula menganjurkan seminar dan forum tentang kemerdekaan negara termasuk pihak universiti dan parti-parti politik dan badan bukan kerajaan.

Program rasmi dan ilmiah ini berjalan di samping perbincangan yang tidak putus-putus dalam pelbagai media di negara ini.

Forum Kuala Terengganu

Di Kuala Terengganu, badan bukan kerajaan, Ma'al Ihsan menganjurkan forum rakyat sempena merdeka yang bertajuk, penilaian semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara.

Ia akan diadakan di Dataran Ko Khidmat, Kuala Ibai pada 25 September ini mulai jam 9 malam.

Antara penal forum ini adalah Haji Mohamad Sabu sendiri, Profesor Datuk Mohamad Bakar (UM) dan Datuk Husam Musa (Exco Kelantan). Pengerusi forum ini adalah Dr Abu Hassan Hasbullah (Zentrum).

Wacana Merdeka UM

Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya melalui Jabatan Sejarah juga akan menganjurkan majlis yang hampir sama Jumaat ini bagi membincangkan kembali sejarah kemerdekaan negara ini.

Mereka akan menganjurkan Wacana Merdeka dengan tema menghayati perjuangan kemerdekaan pada 23 September ini di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastra dan Sains Sosial.

Antara yang terlibat dengan program ini adalah Profesor Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar, Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus. Mereka akan membincangkan status negeri-negeri Melayu pada era pentadbiran British.

Perbincangan ini jelas mempunyai kaitan dengan ucapan Mohamad Sabu bahawa polis di rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 adalah polis penjajah.

Ia juga berkaitan dengan kenyataan Profesor Datuk Zainal Kling bahawa British tidak menjajah Malaya tetapi hanya memberikan naungan sahaja.

Wacana Merdeka ini akan berakhir sehingga petang dan akan membariskan tokoh-tokoh sejarah dari kalangan ahli akademik bagi membincangkan isu ini.

harakahdaily/-

UMNO Akan Tumbang Dengan Dua Petua-NIZAR

Posted: 21 Sep 2011 09:23 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mengenegahkan beberapa petua khusus buat ahli-ahli PAS bagaimana mahu menang dalam Pillihan raya akan datang.

Nizar yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata UMNO Johor boleh ditumbangkan jika ahli parti itu bersedia mengorbankan masa, wang, pemikiran dan tenaga dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah swt.

Disamping itu ujarnya, fahaman 'Ketuanan Melayu' atau asobiyyah yang ditanam sedalam-dalamnya oleh para pemimpin UMNO harus dikuburkan daripada pemikiran orang Melayu.

Hal Ini kerana katanya, fahaman seperti itu adalah dilarang oleh Allah swt dan Nabi Muhammad saw dengan merujuk kepada ayat suci Al-quran dari surah al-Maidah ayat kelapan.

Malah beliau memberitahu bahawa perbezaan yang amat ketara antara PAS dan UMNO adalah dari sudut prinsip perjuangan kedua-dua parti tersebut.

'Beza PAS UMNO adalah prinsip. UMNO ketuanan Melayu. Saya cabar UMNO. Dari mana dapat prinsip ini? Ia bertentangan dengan Islam. Buktinya ada dalam Surah al Maidah, ayat 8.

'Selama ini, UMNO tanam semangat kepada orang Melayu. Musuh ketat adalah Cina dan India. MCA tanam, Melayu India musuh kita. MIC tanam, Cina Melayu musuh kita. Allah dan Nabi larang atas semangat perkauman.

'UMNO akan tumbang. Disamping berika segala-galanya kepada Allah. Buangkan ketuanan Melayu dalam diri, semangat asobiyyah. Contoh dalam perang Badar. Quraisy berjuang kerana bangsa tapi Islam boleh menang.' terangnya

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Hi Tea sempena lawatan sehari ke negeri Johor di Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, Benut, dekat sini, jumaat lepas.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Mantan Menteri Besar Perak itu berkata bahawa Gabungan mantap tiga parti pembangkang PAS, DAP dan PKR boleh menggugat keutuhan Barisan Nasional yang mengutamakan perkauman.

Sebaliknya, beliau menambah lagi, bahawa Pakatan Rakyat pula dilihat mempunyai beberapa persetujuan yang dapat dicapai secara bersama berbanding dengan kelompok dari parti dalam Barisan Nasional.

'Pakatan Rakyat bukan parti perkauman. PAS, Parti Islam SeMalaysia. DAP, Democratic Action Party. PKR, Parti Keadilan Rakyat. (manakala) UMNO, United Malays National Organisation. UMNO, Melayunya apa? Kenapa tak sebut namanya dalam Bahasa Melayu? Kalau mereka (rakyat) tahu, mereka akan tinggalkan UMNO.

'Kita bersama Pakatan Rakyat. Kita tanda tangani atas persetujuan bersama 4 perkara, iaitu 1) Islam sebagai agama rasmi. 2) Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda. 3) Hak keistimewaan Bumiputra dipertahankan. 4) Raja-raja Melayu perlu dipelihara. UMNO tiada perjanjian seperti ini dengan MCA dan MIC.' terangnya lagi.

Pada program yang sama, Nizar berkenan menyempurnakan pelancaran Jentera Pilihan raya peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian dan Menanda tangan Plaks bagi dua buah cawangan baru iaitu Kampung Permatang Duku dan Parit Betak.

Untuk rekod, Kampung Permatang Duku pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kampung Tercantik tahun 2010 dan menjadi kebanggaan kepada Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian.

Beliau turut mempersoalkan dimana kewajarannya bagaimana UMNO melancarkan segala-galanya untuk berdampingan dengan PAS, dalam masa yang sama mengecam parti itu kerana berbaik-baik dengan DAP.

Sedangkan ia merupakan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku lagi kerana UMNO sudah berada di
puncak kezaliman dan kerosakan yang nyata.

Keyakinan itu ditegaskan beliau dengan analogi mudah dengan membandingkan gaya kehidupan kebanyakan para pemimpin UMNO dengan DAP.

'UMNO lancar (serangan) segala-gala dengan PAS. (dakwanya) Kenapa tidak bersama kami Barisan Nasional. Saya nak (jawab) bagi contoh. (katakanlah)Ada dua pemimpin. Satu UMNO, yang satu lagi DAP. UMNO ajak pergi Hadyai (berhibur).

Manakala DAP pula ajak pergi minum kat warong. Nak ikut siapa? Kami tak benarkan pergi ke tempat maksiat !' ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Kira-kira 500 jemputan hadir mendengar sesi penerangan beliau itu beserta menikmati Jamuan Baryani Gam tajaan Zainuddin Catering."

selatan online/-

Sitkom hina PM Australia

Posted: 21 Sep 2011 09:20 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -


ADEGAN komedi At Home with Julia yang menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat Australia.

CANBERRA: Adegan dua pelakon komedi yang memegang watak Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dan pasangannya, Timothy Mathieson baring dibaluti bendera Australia selepas melakukan seks, dikecam Ahli Parlimen dan media yang menyifatkannya tidak menghormati bendera negara dan jawatan perdana menteri.

Lakonan komedi dalam episod ketiga siri satira berjudul At Home with Julia yang ditayangkan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) malam semalam juga dianggap bukan jenaka, sebaliknya penghinaan kepada perdana menteri wanita pertama Australia itu.

Episod keempat siri itu disifatkan lebih teruk dan tiada unsur komedi langsung punca pelbagai pihak meminta ia tidak diteruskan. 

Ahli Parlimen Parti Buruh dan pembangkang konservatif bersatu dalam kritikan mereka mengenai adegan bendera itu.

Pembantu Menteri Kewangan, Bill Shorten, berkata ada pihak menyifatkan nama anjing Guillard yang sama dengan namanya sebagai lucu, tetapi bagi beliau ia adalah ejekan kepada cita-cita politiknya. 

"Sebaik saja anda mendapati perdana menteri dan pasangannya bersama bendera itu, saya dapati ia langsung tidak menarik," kata Shorten kepada wartawan. 
Ahli Parlimen pembangkang, John Forrest menggesa ABC menarik balik episod berkenaan. 

"Saya mengutuk adegan itu," kata Forrest kepada akhbar The Age. 

ABC bagaimanapun mempertahankan adegan terbabit, menyifatkan ia tidak menghina dalam konteks episod 30 minit itu. 

"Jika ia tidak menjadi masalah bagi orang lain untuk menutup mereka dalam bendera bagi semua acara, kami tidak melihat mengapa ia tidak boleh dibalut pada tubuh perdana menteri sebagai simbol cinta," kata perbadanan itu. 

Sementara itu, Gillard menegaskan beliau tidak akan menonton program itu atau membuat ulasan mengenainya. – AP

Wanita terpendek di dunia

Posted: 21 Sep 2011 09:06 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

CHICAGO - Seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun dan hanya mempunyai ketinggian 69 sentimeter dinamakan sebagai wanita terpendek di dunia.

Bridgette Jordan, 22 dan adik bongsunya, Brad Jordan, 20, yang memiliki ketinggian 98 sentimeter turut dinobatkan sebagai 'pasangan adik-beradik paling pendek di dunia' oleh Guinness World Records.

Pasangan adik-beradik yang belajar di kolej Kaskasia di Illinois ini memang dilahirkan kerdil.

Namun kekurangan itu tetap tidak menghalang Bridgette untuk gemar menari dan mengikuti kumpulan sorak, manakala Brad menyertai gimnastik, bermain bola keranjang dan membuat persembahan silap mata.

Sebelum ini, wanita terendah di dunia ialah Elif Kocaman dari Kadirli, Turki yang mempunyai ketinggian 72 sentimeter.

Bagaimanapun, Bridgette mungkin tidak lama memegang gelaran ini kerana seorang gadis di India Jyoti Amge yang mempunyai ketinggian 70 sentimeter bakal mencapai usia 18 tahun Disember ini, sekali gus melayakkannya bertanding dalam kategori ini, menurut jurucakap Guinness. - REUTERS

Daftar semula lesen kenderaan bukti tidak cekap

Posted: 21 Sep 2011 09:01 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Arahan supaya semua pemilik kenderaan perdagangan mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan mereka membuktikan kerajaan tidak cekap, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar).

"Pertama, arahan itu menyusahkan dan membebankan kerana pengusaha dan pekerja kenderaan awam yang berpendapatan rendah terpaksa meninggalkan kerja mereka untuk mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan mereka.

"Kesusahan dan bebanan tersebut menjejaskan produktiviti dan nafkah mereka," katanya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa semua pemilik kenderaan perdagangan yang masih belum mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan mereka supaya berbuat demikian selewat-lewatnya sebelum hujung bulan ini.

Sekiranya tidak, mereka akan berdepan tindakan tegas di bawah Akta Pengangkutan Darat 2010.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya tidak akan melanjutkan tempoh untuk mendaftarkan semula lesen operasi tersebut kerana masa yang cukup telah diberikan kepada semua pemilik kenderaan tersebut.

Berikutan itu, kata beliau, jika pemilik kenderaan gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya mengikut akta sama.

Salahuddin juga mepersoalkan adalah kerajaan tidak mempunyai data kenderaan-kenderaan tersebut dan urusan mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan berkenaan dilakukan lebih cekap dan tidak menyusah dan membebankan mereka yang terlibat.

"Jika SPAD begitu ketinggalan dan tidak mempunyai 'database' yang berkaitan, ia sepatutnya boleh mendapatkan kerjasama dari kementerian dan agensi lain yang berkaitan.

"Adakah JPJ (Jabatan Penangkutan Jalan) tidak mempunyai data yang berkaitan untuk membolehkan SPAD memanfaatkannya serta menguruskan pendaftaran semula itu dapat melaksanakan urusan berkenaan dengan lebih cekap," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yang menerima aduan dari mereka yang terlibat.

Salahuddin hairan mengapa SPAD diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Sepatutnya SPAD berada di bawah Kementerian Pengangkutan. Apabila ia tidak berada di bawah kementerian berkenaan, adakah Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy tidak berkeupayaan dan tidak berkemampuan mengawalselia perjalanan SPAD?

"Atau, adakah ia bukti krisis kepercayaan para pemimpin Umno terhadap para pemimpin MCA yang berada dalam kerajaan?" tanya beliau.

harakahdaily/-

Najib tak 'cool', kata Anwar

Posted: 21 Sep 2011 08:22 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'cool'.

Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'cool'.

"Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahkamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekarang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah.

Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina.

"Saya tidak tahu apa sebab. Najib kata beliau tidak terlibat. Semua orang tahu beliau ada berjumpa dengan Saiful (pengadu) sebelum ini dan beliau juga ada menghubungi polis. Itu penting bagi kita, maklumat dan keterangan mengenai penglibatan Najib," kata Anwar.

Najib sebelum ini dihambat kontroversi apabila tindakannya berjumpa Saiful Bukhari Azlan sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar pada tahun 2008.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

malaysiakini/-

Kurangkan pengaruh syarikat tembakau

Posted: 21 Sep 2011 08:20 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -



Di Malaysia dan seluruh dunia, merokok semakin meningkat dalam kalangan penduduk. Kita kelihatan semakin kalah dalam perjuangan memandangkan lebih ramai orang yang mengamalkan tabiat menagihkan ini.

'Perang' antara aktivis prokesihatan yang mendedahkan bahaya merokok dan industri tembakau yang berpengaruh dalam lingkungan anggota kerajaan dan ahli politik begitu berat sebelah. Tidak hairanlah merokok semakin meningkat di sebalik semua usaha yang dilakukan.

Merokok membunuh lebih lima juta orang setiap tahun dan kematian tahunan global diramalkan meningkat kepada lapan juta menjelang 2030. Di Malaysia, terdapat lima juta perokok, daripadanya 0.7% adalah gadis berusia 13 hingga 18 tahun atau 35,000.

Adalah dianggarkan lebih 50% lelaki dewasa merokok dan 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan merokok seperti kanser, penyakit jantung, strok dan penyakit pernafasan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wanita merupakan kira-kira 20% daripada anggaran 1 bilion perokok dunia. Di mana sahaja mereka menjadi sasaran yang berpotensi dan bilangan mereka semakin meningkat.

Asap tembakau dipenuhi dengan 'racun' dan fakta ini telah lama dibuktikan dan didedahkan, di sebalik kempen media yang besar oleh industri tembakau untuk mengaburi kebenaran ini.

Program pendidikan kesihatan awam berhubung risiko kesihatan daripada merokok amat penting tetapi ia mestilah selari dengan langkah yang lebih kukuh bagi memaksimumkan kesan untuk membalas iklan oleh syarikat tembakau.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang terhadap peraturan dan penguatkuasaan yang longgar terhadap merokok di Malaysia. Ini menimbulkan persoalan serius berhubung kod etika dan tingkah laku kerajaan dalam menangani perkara yang berkaitan dengan syarikat tembakau. Oleh sebab itu, CAP menggesa supaya langkah segera diambil untuk menghalang daripada meningkatnya tabiat merokok.

A.    Mengadakan Kod Tingkah Laku Bagi Wakil Kerajaan

Untuk ketelusan dan menyakinkan rakyat Malaysia bahawa kerajaan serius dalam membasmi merokok, seharusnya terdapat kod tingkah laku untuk mengawal semua pegawai kerajaan yang ada kaitan dengan syarikat tembakau.

Komunikasi antara pihak mestilah jelas dan terbuka bagi mengawal sebarang pengaruh daripada ahli politik dan pegawai kerajaan terhadap industri atau untuk mengelakkan sebarang kemunculan perbuatan yang tidak sewajarnya.

Ini juga dapat mencegah 'tanggungjawab sosial korporat' digunakan oleh syarikat tembakau sebagai muslihat untuk mengadakan acara yang menggambarkan imej positif merokok.

Melalui langkah seperti itu, orang awam dan perokok akan menerima bahawa kerajaan mengambil serius dalam memerangi wabak merokok dan tidak hanya sebagai menunjuk sedangkan mereka berpakat secara sulit dengan syarikat tembakau untuk mempromosikan nama jenama mereka.

Menteri kerajaan, dan wakil kerajaan negeri dan persekutuan lain seharusnya tidak menghadiri atau merasmikan sebarang acara yang disokong, ditaja atau dianjurkan oleh syarikat tembakau kerana ini menunjukkan pengesahan atau pengiktirafan secara tersirat produk mereka.

B.    Hapuskan Pengenalan Jenama Pada Bungkusan

Perokok telah menjadi begitu jelak dengan amaran grafik yang tidak lagi menarik perhatian mereka. Pada Jun tahun ini, Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengeluarkan lebih banyak label amaran grafik yang baru untuk kotak rokok, termasuk imej pesakit dengan kanser mulut dan lelaki dengan asap rokok keluar daripada trakeotomi stoma.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan merancang supaya kotak rokok menggunakan label amaran grafik baru pada Januari. Orang telah menjadi muak dengan amaran, tidak kira bagaimana menakutkan amaran bergambar itu. Kebanyakan perokok melihat sepintas lalu pada kotak sambil terus menyalakan rokok.

Di Australia, undang-undang telah diluluskan bagi mencegah syarikat tembakau daripada memaparkan warna tanda dagangan mereka, reka bentuk dan logo pada kotak rokok. Semua kotak akan menggunakan satu warna dan nama jenama akan dikurangkan dengan tanda amaran meliputi 75% daripada bahagian depan berbanding 40% bahagian depan di Malaysia.

C.    Jadikan Merokok Sebagai Tidak Glamor

Kerajaan perlu melaksanakan aktiviti kawalan tembakau yang menjauhkan orang ramai daripada memulakan tabiat merokok, meningkatkan usaha berhenti merokok, dan mengurangkan pendedahan kepada asap pasif memandangkan matlamat kita adalah untuk gaya hidup bebas merokok.

Kita perlu menjadikan merokok sesuatu yang tidak biasa dan menjadikannya sebagai tidak glamor bagi mengurangkan berlakunya dalam kalangan belia dengan menggunakan selebriti dan melarang sebarang acara, konsert, festival yang melibatkan belia dianjurkan atau ditaja oleh syarikat tembakau.

Semakin ramai mereka yang merokok di sebalik bahayanya. Di samping glamor, mereka merokok untuk menghilangkan stres, dan mitos merokok sebagai pelepas tekanan mestilah dihapuskan.

D.    Naikkan harga rokok

Kerajaan mestilah menaikkan harga rokok agar tidak mampu dibeli oleh rakyat Malaysia atau mengurangkan aktiviti merokok dengan mengenakan duti eksais yang tinggi ke atas produk tembakau. Ia juga perlu selari dengan penguatkuasaan yang tegas untuk menghentikan penyeludupan rokok murah haram. Rakyat Malaysia menghisap sembilan bilion batang rokok haram setiap tahun.

E.    Kawal kedai yang menjual tembakau

Kerajaan perlu menghadkan kedai yang dibenarkan untuk menjual produk tembakau. Hanya kedai tembakau yang perlu diberikan lesen untuk menjual produk ini, manakala penjualan rokok di kedai bebas cukai, kedai runcit dan lain-lain tempat perlu diharamkan.


S. M. Mohamed Idris
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang

H/daily

Negeri Lain Wajar Contohi Selangor Laksana Gaji Minima

Posted: 21 Sep 2011 08:12 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -

SUNGEI WAY 22 SEPT: Langkah kerajaan negeri Selangor memperkenalkan skim gaji minima yang bermula Januari tahun hadapan disambut baik Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Pelaksanaannya yang sekian lama dinantikan, akhirnya kini dapat direalisasikan seterusnya dapat membantu meringankan beban rakyat di negeri ini, kata Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason.

Bahkan menurut beliau, pelaksanaan skim gaji minima ini sekaligus dapat memacu ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi.

"Saya rasa dengan gaji minima ini apa yang akan kita boleh menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Bila kita memberikan gaji yang sepatutnya seseorang itu patut dapat, saya pasti produktifnya akan meningkat.

" Bila anda beri gaji rendah sangat, dia bukan nak kerja. Habis waktu kerja, mereka akan cari kerja lain seperti potong rumput atau pergi kerja tempat lain. Jadi biar mereka dapat satu kerja yang berpatutan supaya mereka akan memberikan produktiviti yang sepenuhnya,"katanya kepada Tv Selangor.

Menurut beliau lagi, sebelum ini pihaknya pernah mencadangkan gaji minima diletakkan pada paras RM1,200 sebulan berdasarkan kos sara hidup rakyat di negara ini.

Namun kerajaan negeri pada pelancaran Agenda Selangorku, Pelan dan Visi Untuk Tiga Tahun mengumumkan, ia akan melaksanakan skim gaji minima kepada semua kakitangan anak syarikat kerajaan negeri dengan gaji paling rendah RM1,500 sebulan.

Dalam pada itu, diuja sama ada tindakan kerajaan negeri memperkenalkan skim gaji minima akan menjejaskan kewangan negeri, ia disanggah oleh Marimuthu.

Malah ujarnya, pelaksanaan skim gaji minima ini hakikatnya akan menguntungkan kerajaan negeri dan negara kerana ia dapat meningkatkan produktiviti kakitangannya dalam menjalankan tugas.

tv news/-

Gugur tuduhan, pandangan Mohd Sabu bukan jenayah

Posted: 21 Sep 2011 08:00 PM PDT

24 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 21 Sept: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa kerajaan menggugurkan segera tuduhan bermotifkan politik terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana pandangannya mengenai sejarah bukan jenayah.

Penyelarasnya, Yap Heng Lung berkata, pihaknya juga menggesa kerajaan berhenti daripada menakut-nakutkan mana-mana individu yang menyuarakan pandangan yang berlainanan tentang sejarah rasmi dan ideologi.

Justeru, tegasnya Suaram mengutuk tindakan pendakwaan terhadap Mohamad Sabu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas sebab mendatangkan khianat awam selepas beliau memberikan pandangan yang berbeza tentang insiden Bukit Kepong dalam sebuah ceramah pada 21 Ogos lalu di Padang Menora, Tasek Gelugor.

"Suaram berpendirian bahawa setiap individu mempunyai hak untuk bebas bersuara dan menyuarakan pandangan seperti yang termaktub dalam artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan artikel 19 dalam Deklarasi Antarabangsa Hak Asasi Manusia," ujarnya.

Menurutnya, hanya seminggu selepas Pperdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan proses reformasi dalam pentadbirannya, namun kejadian pada hari ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius dengan proses reform yang disebut-sebutkannya.

Jelas sekali, ujarnya kerajaan Najib juga tidak menunjukkan inisiatif untuk menambahbaikkan kebebasan bersuara dan keadaan hak asasi manusia serta pihak polis yang sering menyalahgunakan kuasa.

Suaram juga, katanya mengutuk keras tindakan polis yang bertindak berat sebelah.

"Mengikut penjelasan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob bahawa polis mendakwa Mat Sabu disebabkan terdapat 1,000 laporan polis terhadap Mat Sabu dan sebab itu pihak polis bertindak demikian," katanya.

Namun demikian, katanya polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam penangkapan PSM EO6 walaupun terdapat 424 laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam.

"Apakah tindakan polis terhadap laporan orang awam mengenai kenyataan berunsur perkauman oleh Presiden Perkasa selaku ahli parlimen Pasir Mas,  Ibrahim Ali?

"Mengapa sikap berat sebelah ini diamalkan sedangkan pihak polis seharusnya bersikap neutral dan bertindak ke atas semua laporan polis tanpa mengira pihak yang terlibat?" soalnya.

Justeru, ujarnya Suaram berpendapat bahawa pendakwaan terhadap Mat Sabu atas kenyataannya mengenai sejarah adalah tidak betul dan tidak profesional.

Katanya, perbincangan dan dialog perlu diadakan untuk menyelesaikan konflik terhadap fakta sejarah secepat mungkin.

H/daily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan