Rabu, 31 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 31 Aug 2011 01:46 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Anwar: Imej Najib tercalar, rakyat mahu k'jaan baru

Posted: 30 Aug 2011 07:38 PM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -

Kemerosotan tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jatuh enam mata kepada 59 peratus adalah petanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBagaimanapun, Anwar dalam wawancaranya di TV Selangor berkata Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat, khususnya di luar bandar yang masih di bawah pengaruh Umno-BN.

"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda kerajaan.

"Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center pada Isnin lalu dalam laporannya mendedahkan bahawa kemerosotan tahap puas hati terhadap Najib itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat.

azlanIni kerana pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan kerajaan pimpinannya, baru-baru ini.

Menurut kajian Merdeka Center itu kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada Jun tahun lalu.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 turut mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.

Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya oleh BERSIH 2.0.

azlan"Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk S Ambiga (pengerusi BERSIH 2.0) memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong (menuntut) pilihan raya adil?" kata Anwar.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata sebarang perubahan polisi yang bakal dilaksanakan oleh Najib sebagai sudah terlewat kerana presiden Umno itu telah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.

"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan pilihan raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an.

libya sirte final assault rebel fighter 1"Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar lagi.

Hasil kajian Merdeka Center itu turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

NONEBagaimanapun, tidak seorangpun pemimpin Umno dan BN menerima keputusan kajian berkenaan berbanding reaksi mereka apabila badan bancian yang sama menunjukkan tahap puas hati Najib pada tahap yang tinggi satu ketika dahulu.

Malah, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menempelak kajian Merdeka Center itu dan berkata kepimpinan Najib diterima majoriti rakyat di negara ini.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan perdana menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti perdana menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

NONE"Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya.

Menurut Rais, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Najib dan kerajaan BN secara ikhlas.

Malaysiakini/-

10 negara Arab raya semalam

Posted: 30 Aug 2011 07:36 PM PDT

Ramadhan 1432H. [MOD] -

UMAT Islam mengerjakan solat di malam terakhir Ramadan di Masjidilharam, Mekah, Isnin lalu, sehari sebelum sambutan Aidilfitri. Bilangan umat Islam yang ramai di Tanah Suci sekarang menyebabkan jemaah melimpah ke luar masjid. - REUTERS



AMMAN 30 Ogos - Arab Saudi dan sekurang-kurangnya 10 negara Arab lain meraikan sambutan Aidilfitri hari ini.

Sambutan tersebut diraikan apabila Istana Diraja Arab Saudi mengeluarkan kenyataan selepas melihat anak bulan Syawal pada malam semalam.

Selain Arab Saudi, Jordan, Syria, Lebanon, Mesir, Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yemen, Sudan dan Palestin turut meraikan sambutan tersebut hari ini.

Dalam pada itu, Oman, Iran dan puak Syiah di negara-negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Rabu.

Menurut ajaran Islam, bulan Ramadan akan bermula dan berakhir selepas melihat anak bulan. - dpa



Indonesia, Brunei isytihar sambut raya hari ini

Posted: 30 Aug 2011 07:34 PM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -

JAKARTA 30 Ogos - Kerajaan Indonesia mengisytiharkan bulan tidak berada di kedudukan tepat untuk mengakhiri bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri ditangguhkan sehari kepada esok.

Kerajaan Brunei turut mengisytiharkan 1 Syawal bermula esok.

Di Indonesia menimbulkan kekeliruan pada umat Islam di republik itu yang menjangka Aidilfitri disambut hari ini.

Seorang suri rumah, Nur Arifah tidak menjangkakan pengisytiharan kerajaan tersebut yang diumumkan lewat Isnin dan telah bangun awal untuk memasak daging bagi keluarganya di Jakarta.

"Anak saudara saya semua sudah berkumpul di rumah bapa saya untuk menyambut Aidilfitri dengan pakaian baru tetapi ia salah hari.

''Pasar sudah pun tutup, jadi saya tidak dapat menyediakan masakan baru. Kami mungkin kena makan mi segera pada Aidilfitri esok,'' ujarnya.

Ahli falak dan badan-badan agama menasihatkan kerajaan Indonesia bahawa bulan terlalu rendah untuk diisytiharkan Aidilfitri.

Bagaimanapun, ahli Muhammadiyah, kumpulan agama kedua terbesar di Indonesia, menyambut Aidilfitri hari ini, memandangkan ahli falak menyatakan ia disambut hari ini. Negara-negara lain seperti Arab Saudi, merayakan Aidilfitri hari ini.

"Keadaan agak kelam-kabut. Orang ramai terpaksa menukar jadual yang mereka telah tetapkan banyak hari sebelum ini,'' kata Icha Susanto, pengurus akaun di sebuah firma swasta di republik itu.

"Kami kecewa kerana adalah sukar bagi anggota keluarga untuk berkumpul di satu tempa disebabkan pertukaran Hari Lebaran,'' ujarnya.

Susanto, 31, berkata, dia juga kasihan kepada keluarga dan penjaja makanan yang terpaksa membuang makanan yang telah mereka sediakan untuk hari pertama daripada tiga hari sambutan Aidilfitri. - REUTERS/ AFP

Keluarga Gaddafi lari ke Algeria

Posted: 30 Aug 2011 07:29 PM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 30 Ogos - Isteri pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan tiga orang anaknya melarikan diri ke Algeria semalam, menjadi petanda jelas Gaddafi kini sudah tidak lagi berkuasa di negara ini.

Kementerian Luar Algeria dalam satu kenyataan mengesahkan isteri Gaddafi, Safia bersama dua anak lelakinya, Hannibal dan Mohamed serta anak perempuannya, Aisha memasuki negara itu.

Ia berkata, pihak berkuasa Algeria telah memaklumkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden Majlis Keselamatan PBB dan ketua Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).

Pembantu pemimpin NTC, Ahmed Jibril berkata, pihaknya akan menggesa pihak berkuasa Algeria menghantar pulang ahli keluarga Gaddafi untuk dibicarakan di atas pelbagai dakwaan.

''Anak-anak Gaddafi memainkan peranan penting dalam tentera, kehidupan dan ekonomi Libya. Hannibal mengetuai syarikat pengangkutan maritim, Mohammed pula adalah ahli jawatankuasa kontinjen Olimpik negara manakala Aisha merupakan peguam yang membantu dalam pembelaan diktator Iraq yang digulingkan, Saddam Hussein,'' katanya.

Jurucakap NTC, Ahmed Bani berkata, pihaknya tidak terkejut mendengar laporan Algeria menerima keluarga Gaddafi itu.

Sebelum ini, pemberontak pernah menuduh Algeria menyediakan askar upahan kepada Gaddafi sejak pemberontakan bermula enam bulan lalu.

Ahmed semalam berkata, pemberontak mungkin berjaya membunuh seorang lagi anak Gaddafi, Khamis dalam satu pertempuran dengan konvoi tentera di bandar Tarhouna pada Sabtu lalu.

''Mayat dalam kereta yang musnah dalam pertempuran itu tidak dapat dikenal pasti. Tetapi kami yakin Khamis sudah mati kerana askar yang ditangkap mendakwa mereka merupakan pengawal peribadinya,'' ujarnya.

Dalam pada itu, kedudukan Gaddafi masih belum diketahui di mana mereka yang rapat dengan pemimpin Libya itu mendakwa beliau masih berada di negara ini dan berusaha merampas kembali kuasanya.

''Gaddafi masih mampu melakukan sesuatu pada saat-saat akhir,'' kata pemimpin pemberontak, Abdul-Jalil kepada pegawai NATO di Qatar.

Di Washington, pentadbiran Presiden Barack Obama menyatakan pihaknya tidak mempunyai maklumat Gaddafi berada di luar Libya. - Agensi

ADUN cina takbir Raya rumah ke rumah

Posted: 30 Aug 2011 01:43 AM PDT

1 Syawal 1432H. [MOD] -
bumiperak.blogspot.com

IPOH 1 Syawal : ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai turut serta dalam majlis ziarah dan bertakbir dari rumah ke rumah di Taman Panglima Ipoh bersama dengan lebih 50 orang penduduk di sini.

Chan Ming Kai berpakaian baju Melayu bersongkok telah bersama dari awal hingga ke 12 rumah terakhir. Tuan rumah menyambut penuh mesra dengan tetamu istimewa wakil rakyat dari Keadilan ini turut serta dalam rombongan penduduk. Turut bersama anak-anak yang lebih ceria dengan duit raya yang diterima.





Majlis Rumah Terbuka Yang di-Pertuan Agong.

Posted: 30 Aug 2011 01:41 AM PDT


1 Syawal 1432H. [MOD] -Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin (tiga,kiri) dan Raja Pemaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah (lima,kiri) bersalaman bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka kepada orang ramai sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara di Kuala Lumpur, Selasa.

Berita bergambar ADUN Titi Serong.

Posted: 30 Aug 2011 01:00 AM PDT

1 Syawal 1432H. [MOD] -

Drs. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan khutbah Hari Raya Aidil Fitri di Surau Hj Asmawi Kedai 4 Sungai Kota dalam DUN Titi Serong.
Penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir selepas solat aidil fitri.
Isteri ADUN Titi Serong, Pn. Nor Ainah menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak perempuan yang hadir.
Jemaah yang hadir sedang mengikuti khutbah hari raya yang disampaikan oleh Drs. Khalil.
Bergambar bersama Isteri dalam kunjungan kerumah Ibu mertua di Parit Tok Ngah
Gambar keluarga sempena Aidil Fitri tahun ini.
Drs. Khalil Sedang menyampaikan Khutbah Raya.

Bergambar dengan Isteri.

Salam Perjuangan

Posted: 30 Aug 2011 11:49 PM PDT

Salam Perjuangan


BERSIKAP JUJUR DENGAN SEJARAH, CAKAPLAH BENAR WALAUPUN IA PAHIT

Posted: 30 Aug 2011 07:09 PM PDT

2 Syawal 1432H | 31 August 2011

Isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas ini - "Apakah British dan kuncunya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?" ditafsirkan.

Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.

Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang. 

Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, mereka telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka. Namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan. Maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.

Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British.

Atas penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero. Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?

Jika kedua-duanya pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya.

Secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.

Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang  hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero.

Kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.

Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat? 

Secara menafsir sejarah secara jujur, semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun.

Namun demikian, kita tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya "menghalau penjajah" – namun apa yang pasti, "menghalau penjajah" merupakan common goal yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.

Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. 'Cakaplah benar, walaupun ia pahit.'

Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu.

Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British.

Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.

Inilah tafsiran sejarah secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era. Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS menghalau penjajah.

Sejarah yang paling kritikal juga berlaku di zaman peralihan antara Jepun dan British – di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British.

Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.

Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini.

Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
31 Ogos 2011

20 NGO SOKONG MAT SABU, MINTA POLIS LEBIH ADIL

Posted: 30 Aug 2011 05:50 PM PDT

2 Syawal 1432H | 31 August 2011

Angkatan Warga Aman Malaysia sambil melahirkan sokongan kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan tanpa sikap pilih kasih ke atas aduan dibuat berhubung isu komunis dan pejuang kemerdekaan.

"Angkatan Warga Aman Malaysia yang mewakili 20 pertubuhan bukan kerajaan menyokong penuh pandangan Timbalan Presiden PAS sebagai betul. Mat Sabu telah mengecam laporan Utusan Malaysia yang mendakwa beliau telah menyokong pengganas komunis dalam insiden Bukit Kepong sebagai hero," kata Setiausaha Agungnya S Barathidasan dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga kini, Ezam 'kebal' dari sebarang tindakan

Semalam, Timbalan Ketua Polis, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini sebanyak 49 laporan polis diterima dan kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan kenyataan Mohamad yang dikatakan menghina pasukan polis minggu lalu.

Sehubungan itu kata Barathidasan, pihaknya ingin tahu apa sudah jadi dengan Utusan Malaysia, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Senator Mohd Ezam yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur mencetuskan ketegangan kaum.

"Mengapa sehingga kini polis tidak mengambil apa-apa tindakan apabila Angkatan Warga Aman Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan lain membuat laporan ke atas mereka? Mengapa ada sikap pilih kasih? Adakah rakyat akan ada kepercayaan dan keyakinan ke atas PDRM kita?" kata beliau. - themalaysianinsider

DUN CHINI

Posted: 30 Aug 2011 07:30 PM PDT

DUN CHINI


Mat Indera Sebagai Perjuang Kemerdekaan (komen)

Posted: 30 Aug 2011 03:19 AM PDT


Mat Indra ternyata seoarng pejuang sama dengan tokoh-tokoh yang lain seperti Rashid Maiden dan Chin Peng..tetapi pengorbanan beliau tidak di hargai oleh masyarakat yang kebanyakan nya mereka menuduh golongan in membabi buta tanpa mencari bukti-bukti bagi mengukuh kan tuduhan Mat Indra adalah seoarng penghianat bangsa....sedang kan aliran beliau juga sama ..ingin memerdekakan negara dari serangan penjajah.............. - Pippo








Askar dan polis kerja dibawah british...maka ianya talibarut penjajahlah. Mereka berjuang untuk kekalkan kuasa penjajah di malaya, oleh itu siapa yang melawan british mereka anggap musuh. Orang melayu kalau diumpan dengan wang cukup senang untuk BELOT dengan bangsanya sendiri. Mat Indera ini dari kacamata saya ianya seorang yang berjiwa merdeka dan ada semangat setia bangsa serta tidak tunduk dengan kemewahan dunia. Orang melayu lain ibarat ayam daging yang digemokkan untuk disembelih oleh penjajah british. Akibat perangai melayu yang tidak tetap pendirian inilah maka hingga sekarang dijajah oleh wakil british ?...UMNO lah ngok. - IATTIB

....

Saya baru membaca apa yg saudara tulis mengenai peribadi abang saya.saya ucapkan berbanyak terima kaseh.

Dia bukan saorang komunis tetapi dia saorang Islam sejati,masuk hutan keran mahu melawan penjajah British yg menjajah kita pada masa itu. - bahrom shah bin indra

....

Kekadangku rase, kerana polis le kite lambat merdeka, mereka digunakan untuk menangkap dan menyiksa pejuang yang berjuang sebenar2nya mempertahankan tanahair. Force 136 seperti cerita sarjan hasan hanya berjuang untuk bebaskan dari Jepun bagi pihak British, setelah Jepun kalah terus balik ke kampung, tiada keinginan untuk memerdekakan tanah air dari penjajah, mentadbir tanah air sendiri. - AFirdaus

.....

asalamualaikum pada semua pembaca..yer betol apa yg ayah saya katakan(bahrom shah bin Indra)..mat Indra bukan komunis..PEACE - bahar@din

saya ingin membetulkan ayat jay bond...atuk sy mat indra bkn petualang tetapi dia ingin menentang penjajahan British ke atas tanah melayu...sekian sy anak kpd bahrom shah(bahar_bts@yahoo.com)

.....

There are too many spaculations over the net about this particular uncle of mine. I can see uncle Rom and his son here too. Berjuang demi Melayu - itulah arwah. Ramai yg memperkotak katikkan sesuka hati thadap perjuangan beliau. Ramai yang mencemuh dan memaki hamun. Tapi, pernah kah generasi2 baru cuba mendalami isu sebenar pada zaman itu? Generasi skg, hanya mendengar dan membaca. Silap sumber, maka silaplah pemahaman mereka. Cuba lah generasi (bukan merayu, mahu kamu berfikir), letakkan diri kamu di tahun 1948-1952.. Buang segala kemudahan yg ada depan mata, letak diri kamu di dalam sebuah rumah di dalam kebun yg dikelilingi hutan.. Apakah yg kamu boleh buat untuk diri dan bangsa sendiri?? Berjuang tidak semestinya memegang senjata - singkap wikipedia apa itu warfare? Berapa bahagiankah warfare?? Cuba fikirkan. Kamu adalah generasi baru, generasi maju. Malaysia dah maju, anak-anak yg bijak pandai. Propah yg dsebarkan oleh brits dan juga melayu yg tkabur dengan habuan di waktu itu - mjadikan arwah musuh sedangkan perjuangan beliau sama dengan apa yg dperjuangkan oleh Melayu lain. Apa? Kemerdekaan.. Yg mbunuh, bukan beliau. Yg menyiksa rakyat, bukan beliau. Malah beliau sampai di BK selepas BK di serang. Pernah kah kamu tfikir, berapa melayu yg telah arwah selamatkan? Siapakah yg menangis semasa beliau di gantung? Melayu juga.. Kenapa?? Sebab Melayu pada waktu itu, tahu apa yg diperjuangkan beliau. Siapakah yg tersenyum di waktu itu?? Kamu fikirkan lah sendiri.. - UNknow

....

saya org banjar batu pahat..menurut cerita org tua saya..mmg betulla apa yg korg cakap.mat indera bukan komunis - jamal

...

pokok pangkalnya sekarang adakah Mat Indera seorang komunis?

adakah dia berfahaman komunis?

bukankah dia ahli rejimen ke 10?

bukankah bukan semua ahli rejimen ke 10, malah tiada seorang pun yang terbukti berideologi komunis?

kalau yang politik kiri tu memang hampir semuanya, tapi tak semua yang kiri itu komunis.

ingat, kalau tak kerana British hambat semua pejuang kiri Melayu demi memenangkan puak kanan (baca: bourgeois/bangsawan kanan Melayu) yang akan jadi pak turut British, puak kiri takkan lari masuk ke hutan mendapatkan perlindungan dari PKM.

Orang Melayu Johor waktu tu tak sedoboh Melayu sekarang.

Mereka sendiri tak criminalize Mat Indera. Bagi mereka PKM adalah PKM, Rejimen ke-10 adalah R-10. Polis juga di satu pihak pada waktu itu sudah dilihat Melayu dengan pandangan yang rendah kerana kronisme dan korupsi.

Tidak sampai 10 tahun sebelum UMNO mula berkuasa (pilihanraya pertama adalah pada 1949), orang Melayu tak suka dengan UMNO.

Gelora perjuangan Melayu bangkit dengan API, AWAS, SEDAR, KMM, dll. yang mana tokoh-tokohnya adalah mereka yang berada di dalam Rejimen ke-10.

Hanya setelah zaman 50an baru masyarakat pandang rendah pada tokoh-tokoh tersebut setelah ejen-ejen propaganda UMNO menyebarkan fitnah terhadap mereka (cth: Shamsiah Fakeh bunuh anak sendiri dalam hutan, dsb).


Polis hanya balaci pemerintah.


Zaman British diorang ikut cakap British, zaman UMNO ikut cakap UMNO. - Megat Seri Rama
.....


antara ucapan Mat Sabu - ....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong.... agnako
.......



Polis pejuang kemerdekaan?

Tok Janggut pejuang penjajahan kalau gitu?



Lt. Adnan pejuang kemerdekaaan?

Lawan Jepun demi British?
.........


--end--

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8475

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 30 Aug 2011 03:33 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Pendedahan Hajjah Sitt Al Wuzara...

Posted: 30 Aug 2011 09:22 AM PDT


Satu kumpulan hackers telah berjaya menjejaki siapa sebenarnya Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara laknatullah...

Layari facebook http://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif dan lihat setiap perkembangan ttg penjejakkan si laknatullah nih..

Polis kena bertindak segera...!!!


JENAYAH WUJUD SEBAB GAGALNYA TAQWA : TG NIK AZIZ

Posted: 29 Aug 2011 08:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jenayah akidah seperti murtad berpunca daripada ketakwaan yang tidak dipupuk dalam diri masyarakat.
Sehubungan itu beliau menyeru kepada semua pihak agar marilah kita menjadikan takwa sebagai asas dalam setiap sudut kehidupan kita.

Katanya, setelah umat Islam menjalani tarbiyah Ramadan selama sebulan dengan ibadat seperti puasa, qiam, bacaan al-Quran dan sebagainya, "kita diperintahkan untuk menyambut Hari Raya sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan menewaskan hawa nafsu."

"Semoga Ramadan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertakwa sebagaimana natijah serta hikmah puasa itu sendiri," kata beliau dalam perutusan sempena Aidilfitri yang dikeluarkan hari ini.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, takwa ertinya pelindung dan apa yang dimaksudkan dengan pelindung ialah pelindung daripada api neraka.

"Justeru, apabila masyarakat yang bertakwa berjaya diwujudkan hasil daripada tarbiyah di bulan Ramadan, Insya-Allah tidak akan berlaku kes-kes rasuah, penipuan, pecah amanah dan sebagainya. Ini kerana punca kepada semua jenayah ini ialah kerana manusia tidak bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala," katanya.

Beliau juga berkata, "Alhamdulillah, tahun ini Hari Raya disambut hampir serentak dengan Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 2011."

"Saya berharap biarlah sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini dapat dihayati dengan makna kemerdekaan yang sebenar iaitu merdeka daripada penjajahan hawa nafsu dan seterusnya melaksanakan setiap perintah Allah Subhanahu Wataala."

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 30 Aug 2011 03:17 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SEDARLAH ! UMNO ADALAH PEMUTARBELIT YANG SEDANG MENGUBAH SEJARAH ANWAR

Posted: 30 Aug 2011 01:14 PM PDT

Mat Sabu dikatakan menghina Pejuang oleh Lidah Rasmi UMNO bilamana beliau menganggap Mat Indera yang telah mengetuai Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Tarikh serangan telah dilakukan ialah pada 23 Februari 1950, iaitu tujuh tahun sebelum Malaysia Merdeka.. faham betul-betul.. TUJUH tahun sebelum Merdeka bukannya selepas Malaysia merdeka iaitu pada tahun 1957 lebih lanjut ANDA baca di SINI.

Kerana kenyataannya itu satu kertas siasatan telah dibuka berhubung laporan Utusan Malaysia yang mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, menghina pasukan polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Jika Mohamad Sabu dikatakan menghina Pejuang yang Berkhidmat untuj penjajah British dengan menganggap Mat Indera sebagai Hero sebenar… Apakah pula tindakan yang akan dikenakan terhadap Berita Harian kerana pada 13 Disember 2010, Berita Harian telah menyiarkan satu artikel dengan tajuk "Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera".

Dalam artikel yang disiarkan oleh Berita Harian ini (sila baca di bawah) Mat Indera dianggap sebagai Pejuang oleh masyarakat Jawa Ponorogo dan dilabel sebagai petualang oleh Kerajaan Inggeris.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya.

MUJUR MAKMUM BUKAN KAYU

Posted: 30 Aug 2011 06:59 AM PDT


BESUT, 30 Ogos -- Umat Islam di Kampung Seberang dan beberapa kawasan sekitar Jerteh hari ini buat pertama kalinya berpeluang menunaikan Solat Aidil Fitri di Masjid Kayu bernilai RM12 juta yang baru siap dibina beberapa minggu lalu di Kampung Seberang Jerteh disini hari ini. Masjid yang diilhamkan Pengerusi Mara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh berkonsepkan 100 peratus penggunaan kayu jati yang boleh menampung kira-kira 1,000 jemaah dan merupakan satu-satunya yang terdapat di negara ini.

AWAS ! NAJIB PM AKAN SETUJU SEBAB ADA UDANG SEBALIK BATU!

Posted: 30 Aug 2011 12:30 AM PDT

Komen : Dengan pendaftaran bERBIOMETRIK berjuta orang PATI maka Najib berlakun dengan bertalik tali dengan BERSIH dan rakyat yang bangkit kununnya beliau dan SPR tidak setuju dengan dakwat kekal. Jangan terkejut jika tidak lama lagi beliau dan SPR akan bersetuju menerima sistem dakwat kekal selepas mengundi kerana Najib PM yakin walau guna dakwat kekal beliau akan dapat undi melalui PATI yang telah mendaftar dan akan menjadi penduduk Malaysia yang layak menggundi. Ini berdasarkan siasatan dan penemuan bukti oleh Pemuda PAS Selangor barubaru ini.

Hampir separuh daripada rakyat negara ini tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara awal bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.

Hasil kajian firma itu yang dikeluarkan hari ini menunjukkan 48 peratus tidak bersetuju dengan cara digunakan oleh pentadbiran Najib manakala 39 peratus melahirkan pendirian bersetuju.

Mengikut pecahan kaum, pendirian tidak berpuas hati sangat tinggi di kalangan masyarakat Cina iaitu 68 peratus, diikuti 55 peratus melibatkan orang India dan 37 peratus kalangan Melayu.

Bagaimanapun dari segi puas hati, responden kalangan Melayu merekodkan 53 peratus, 28 peratus di pihak kaum India dan 17 peratus orang Cina.
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=15988

SUBHANALLAH KAT KUWAIT, KALAU KAT M'SIA BUKAN ISLAM NAK MASUK MASJID DAN BACA AYAT QURAN PUN DILARANG

Posted: 29 Aug 2011 04:30 PM PDT

1,000 Peluk Islam Sepanjang Ramadan Di Kuwait, Malaysia Berapa Orang?
Labels: Agama, Islam, Masyarakat

Seramai seribu orang yang terdiri daripada expatriates yang bekerja di negara Kuwait telah memeluk Islam sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Ia adalah hasil usaha keras kerajaan Kuwait berserta kerjasama daripada penduduk negara tersebut.

Ia adalah hasil daripada usaha menyebarkan pengetahuan tentang Islam, dialog, dan juga logik yang meyakinkan orang bukan Islam. Usaha dakwah di Kuwait untuk menyebarkan Islam dalam program yang sama bermula sejak tahun 1978 dan sejak itu sudah seramai 53,000 orang bukan Islam telah berjaya didakwah untuk memeluk Islam.


Laporan berkenaan jumlah orang bukan Islam yang telah memeluk Islam di negara kita seolah-olah menjadi satu maklumat rahsia yang tidak dibentangkan seperti mana di negara Kuwait. Mungkin ia adalah sesuatu yang sensitif di negara kita memandangkan suasana berbagai bangsa dan agama yang ada di sini.

Walaupun ia sensitif, namun tidak ada lansung halangan untuk pihak berwajib yang mengendalikan hal ehwal agama Islam di negara kita untuk menjadikan ianya satu agenda penting negara dengan sentiasa membentangkan hasil dari usaha dakwah mereka. Perlembagaan membenarkan aktiviti dakwah Islam kepada non-muslim di Malaysia, jadi kenapa nak takut dan segan.

Badan-badan NGO Islam perlu mendesak agar jumlah bukan Islam memeluk Islam di negara kita hasil daripada dakwah jabatan agama menjadi KPI bagi jabatan tersebut dan Menterinya Khir Baharom perlu bertanggung jawab merealisasikan KPI tersebut.

Lebih elok agar badan-badan NGO dan juga orang seperti YB Zul Kulim menumpukan usaha menekan kerajaan menjadikan usaha dakwah Islam melalui penerangan, perbincangan dan meyakin oran bukan Islam kepada Islam sebagai satu agenda negara daripada menjadi hero ajak orang berjihad menghapuskan musuh setiap kali isu agama di sensasikan

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 30 Aug 2011 03:15 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


SALAM AIDIL FITRI DARI PEMUDA LADANG

Posted: 30 Aug 2011 05:45 AM PDT

Kuala Terengganu - Aidil Fitri disambut meriah diseluruh
negara oleh umat islam di Malaysia. Dalam kesederhanaan
dan penuh bersyukur umat islam sama-sama bergembira dan
menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tersayang.

Kami Pemuda PAS Ladang mengucapkan selamat hari raya
kepada semua, semoga roh Ramadhan menyelinap ke dalam
sanubari dan jiwa agar kental menjadi pejuang membela
keadilan dan mengembalikan Islam di puncak tahtanya.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir n Bathin

Batu Gajah Mari

Posted: 30 Aug 2011 11:22 AM PDT

Batu Gajah Mari


Wah.. Najib jadi Imam Solat Raya.. hehe

Posted: 30 Aug 2011 05:18 AM PDT


KHIDMAT MERU

Posted: 30 Aug 2011 09:46 AM PDT

KHIDMAT MERU


MENZIARAHI KUBUR

Posted: 29 Aug 2011 04:20 PM PDT






















JOM PULANG KE KAMPUNG

Posted: 29 Aug 2011 09:31 AM PDT




























Kempen Jom Pulang Ke Kampong anjuran DHPP dan Ahli Majlis MPK telah berjaya mencapai sasarannya di Perhentian Bas Klang Sentral, Meru.


Ustaz Nur Najhan Mohd Salleh dan Encik Deepakaran bersama pembantu-pembantu mereka terdiri dari ahli Unit Amal, kumpulan muslimah dan beberapa tenaga dari kaum Cina dan India telah turun padang untuk membekalkan minuman dan makanan ringan bagi orang ramai yang sedang menunggu giliran di Klang Sentral untuk bertemu keluarga di kampung masing-masing.


YB Dr Rani bersama datuk Ketua Kampung Bukit Kapar, Meru, Kg Budiman dan Kg Bukit Kerayong turut hadir mengambil bahagian dalam meriahkan lagi program tersebut.



















SURAU AL FALAH MERAIKAN GOLONGAN ASNAF

Posted: 29 Aug 2011 08:55 AM PDT




















Golongan asnaf di kariah Surau Al Falah Bt 8 Kg Bukit Kapar berasa sedikit lega apabila mendapat sumbangan beras dan wang dari Tuan Pengerusi dan JK Surau Al Falah sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri.



YB Dr Rani mengingatkan bahawa walaupun sumbangan itu datang dari pihak surau dan pihak Kerajaan Negeri tetapi hakikatnya ianya datang dari Allah swt.



Jangan sampai wang yang diterima digunakan untuk tujuan lain selain apa yang dihalalkan oleh syarak, ujar beliau.













Pemuda Bersamamu v3

Posted: 30 Aug 2011 09:45 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Video Raya : Tahniah PAS Gombak

Posted: 29 Aug 2011 01:40 PM PDT

Tahniah PAS Kawasan Gombak kerana berjaya menghasilkan video kreatif ini

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 30 Aug 2011 09:35 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Bagaimana PAS nak kahwin dengan UMNO KALAU PEMIMPIN umno kata PAS pro komunis?!

Posted: 30 Aug 2011 07:54 AM PDT

Decide if Mat Sabu is an Islamist or communist, Guan Eng tells critics
By Shannon Teoh
August 30, 2011

Guan Eng greets Tan Sri Koh Tsu Koon, Minister in the Prime Minister's Department, at Najib's open house in Putrajaya. — Jack Ooi pic
PUTRAJAYA, Aug 30 — Lim Guan Eng has challenged critics of Pakatan Rakyat (PR) colleague Mohamad Sabu to make up their minds over whether the PAS deputy president is an Islamic extremist or a communist.

The DAP secretary-general said that he had been detained under the Internal Security Act (ISA) in 1987 during the Operation Lalang clampdown along with Mohamad, who was then accused of being an Islamic fundamentalist.

"Now, they are saying he is supporting communism. Is there any credibility to these accusations?" he told reporters at the prime minister's Hari Raya open house today.

On Satuday, Umno-owned Utusan Malaysia quoted Mohamad as saying that the communists who attacked the Bukit Kepong police station during the pre-Independence communist insurgency were heroes.

The newspaper accused him of disparaging the country's armed forces and expressing support for communists but Mohamad, popularly known as Mat Sabu, has since denied the report and accused the Malay-language daily of fabricating the quote.

"Utusan lied...they made up stories about my speech," Mohamad told The Malaysian Insider.

"When I checked back and looked at the recording, the word 'communist' wasn't found in my speech," he said, adding that he will sue the newspaper.

The Malay daily launched a full-scale assault against Mohamad on Sunday over his alleged remarks, carrying eight pages worth of comments and criticisms against him, ranging from top Umno leaders like Umno deputy president and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to ex-soldiers who had fought communists during the Bukit Kepong police station attack.

The newspaper also accused Mohamad of wanting to re-write history to turn Malaysia into a republic.

Lim, who is also Penang chief minister, likened the attacks on Mohamad to those made against him for being anti-Malay and also anti-Chinese at the same time.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan