Isnin, 27 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 27 Jun 2011 03:09 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


catatan : 1/2 hari bersama YB

Posted: 26 Jun 2011 06:51 AM PDT

Hari ini sempat mengiringi YB setakat 5 program sahaja, itu pun dah cukup meletihkan, yang lain tak mampu nak ikut sebab keletihan dan ada komitmen yang lain yang perlu diselesaikan

YB meneruskan aktivitinya pada hari ahad ini bersama Sdr Azmi Jusuh, Ahli Majlis MPK dan Sdr Abd Majid Hassan hingga kemalam nanti.

Sekretarit yang turut serta kali ini ialah Sdr Syed Abd Malek, Sdr Shamsul, Sdr Mohd Iqbal, Tn Hj Bahaudin Dan Sdr Ikhsan

Program bermula jam 8.30 pagi dimana YB hadir pada Ijtimak Tarbawi anjuran Lajnah Tarbiyyah PAS Kota Raja yang diketuai oleh Ust Jefri Isa (Ketua Urusan Ulamak) dan Ust Yusof selaku ketua Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan.
Semua AJK PAS Kawasan dan dewan-dewan serta cawangan turut hadir untuk memenuhi hampir semua tempat duduk yang disediakan didewan Dato Fadhil Nor, Pejabat PAS Kawasan Bukit Naga.

Pada kira-kita jam 9.55 pagi YB dan rombongan bergegas pula untuk ke Kampun Baru Hicom untuk majlis kebajikan anjuran Dewan Himpunan PAS Kota Raja yang diterajui oleh S. Lakshmanan.
Atas inisiatif penganjur seramai 4 orang YB bergabung bagi menjayakan program ini yang dikhususkan bagi membantu rakyat miskin di daerah tersebut. Mereka ialah YB Khalid Samad, YB Shuhaimi Shafie, YB Dr Xavier dan YB Dr Siti Mariah sendiri.

Dalam ucapan nya pada majlis tersebut YB Shuhaimi memaklumkan bahawa sebanyak 18 daripada 25 perkara yang menjadi manifesto dalam PRU 12 yang lalu telah berjaya dilaksanakan olek Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
 Sekretariat turut membantu
Program seterusnya ialah pemeriksaaan mamogram (payudara) secara percuma yang melibat 1000 rakyat bagi setiap DUN. Kos pemeriksaan ini ialah RM 140 pada klinik swasta.

Selain itu menjelang hari raya ini mana-mana warga emas yang telah didaftar dibawah skim warga emas MES akan diberi vaucher percuma RM100 untuk membeli belah dipasaraya terpilih menjelang hari raya nanti.

Sementara itu Dr Mariah dalam ucapan nya mengakui bahawa di Kampung Baru Hicom ini masih ramai yang miskin dan perlukan bantuan untuk meringankan tanggungan mereka. Program ini bukan kali pertama dilakukan terutama oleh Pejabat DUN Sri Muda dan Parlimen Kota Raja tetapi merupakan kesinambungan dari pelbagai aktiviti seumpama ini yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Ketika YB berucap YDP En Jaafar Samsudin yang merupakan Pengarah Pilihanraya Selangor yang baru sampai kemajlis ini, begitu juga Timbalan YDP Tn Hj Norhalim yang juga merupakan Ahli Majlis MBSA.
Selepas selesai mengagihkan sumbangan, rombongan bergegas pula ke Kampung Jawa bagi menghadiri program Home Buisness anjuran Pejabat Parlimen Kota Raja di Dewan orang ramai Kampung Jawa. Dalam majlis ini YB sempat menyampai kan ucapan  ringkas dan kata-kata semangat kepad ramai peserta yang hadir dan aktiviti ini merupakan sessi terakhir program ini dan Sekretariat akan mengumpul kan seramai lebih 500 peserta yang pernah hadir ke program ini dalam satu pertandingan yang akan di adalan pada 2 Oktorber 2011 akan datang di Dewan Jubli Perak SUK.
 Sekretariat dihadapan dewan Kampung Jawa dalam program home buisness

Seterusnya rombongan YB ke Markas PAS Kampung Jawa untuk memberikan taklimat-taklimat terkini perkembangan parti dan negara selain mempromosi Bersih pada 9 Julai nanti.
 YB Berucap di markaz PAS Kampung Jawa
 Mantan YDP  PAS Kota Raja AF Ustaz Ghazali
Selepas minum Teh O rombongan kami diteruskan ke Taman Sentosa untk menghadir majlis walimatul urus ahli PAS disana. Selepas majlis ini YB meneruskan aktivitinya ke Bandar Putera mana kala kami ber5 kembali ke Bukit Naga untuk mengikuti Ijtimak disana.
Setakat inilah yang mampu kami ikut YB sebab dah kepenatan dan program terakhir YB pada malam ini ialah Ceramah Pakatan Rakyat di Dewan Klang Jaya bersama YB Nurul Izzah, YB Xavier dan lain-lain.

Sementara esok YB akan bersama program yang diatur oleh Sekretariat ialah Gerak Gempur di Pasar Malam Kandis Permai selepas Solat Maghrib.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 27 Jun 2011 01:08 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Bohong, tidak masuk akal mahu hidupkan komunis

Posted: 27 Jun 2011 01:00 AM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan keras dakwaan kerajaan bahawa mereka mempunyai agenda untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Setiausahanya, S. Arutchelvan berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar adalah tidak berasas dan tidak masuk akal serta satu pembohongan bermotifkan politik dan sandiwara pihak kerajaan.

"PSM meminta kesemua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sehingga awal pagi ini, 35 aktivis PSM dan Suara rakyat Malaysia (Suaram) yang ditahan di Tol Sungai Dua sekitar pukul 3.30 petang kelmarin masih belum dibebaskan.

Mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj dalam rangka lawatan ke Sungai Ara, Pulau Pinang untuk menghadiri kempen 'Udah Lah.. Bersaralah!!'

Menyifatkan dakwaan itu sebagai melucukan, Arutchelvan berkata, PSM ialah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ianya sudah diketahui umum.

"PSM berasa lucu bahawa pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan komunis dengan terjumpanya beberapa T-shirt dan barangan yang mempunyai imej pemimpin komunis.

"Untuk makluman polis, ini adalah skrip zaman perang dingin di mana hari ini semua bahan ini boleh didapati di pasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan.

"Selain itu, kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunis Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain," katanya.

Beliau turut mendakwa tangkapan itu adalah tindakan terancang pihak polis untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 dan cuba mewujukan suasana darurat bagi membolehkan tangkapan besar-besaran dilakukan.

"Pihak media Umno BN telah menghebohkan tohmahan dan pembohongan ini untuk menakutkan orang ramai menjelang perhimpunan Bersih 2.0.

"PSM menyokong penuh perhimpunan Bersih 2.0 walaupun kempen Udahlah...Bersaralah PSM tidak ada kena mengena dengan Bersih 2.0, tetapi pihak polis cuba mengaitkan dua aktiviti tersebut untuk menyekat perhimpunan Bersih 2.0," katanya.

Tindakan kontradik

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata penangkapan anggota PSM itu sangat bertentangan dengan pendirian kerajaan sebelum ini.

Tegasnya, kerajaan sebelum ini telahpun memberikan pengampunan kepada beberapa pemimpin PKM malah menganugerahkan sejumlah ekar tanah kepada mereka.

"Ini sangat kontradik. Saya tidak tahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin, sedar atau tidak perkara ini.

"PAS menuntut supaya kesemua mereka dibebaskan dengan segera tanpa ada sebarang cas," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan mengaitkan dengan Komunis sebagai usaha untuk membenarkan Akta Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk menangkap pemimpin Bersih seperti Operasi Lalang pada tahun 1987.

Umno sebenarnya rasa diperangi

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula, mendakwa Umno yang sebenarnya rasa diperangi dan cuba mengalihkannya dengan mendakwa PSM cuba memerangi Agong.

Umno dakwanya tidak senang dengan tindakan PSM yang menyebarkan maklumat tentang kepincangan pentadbiran negara kepada rakyat melalui kempen mereka "Udah lah...Bersaralah"

Hazayani Zakaria dan Nazri Abdullah
harakahdaily/-

Pemuda PAS dibebas awal pagi tadi

Posted: 27 Jun 2011 12:31 AM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Tujuh pemuda PAS yang ditahan jam 11 tengahari semalam kerana memakai baju Bersih 2.0 di Taman Kosas, Ampang dibebaskan kira-kira jam 2 pagi tadi.

Mereka, Fadzlulrahimi Maarof, Shahril Suhaimi, Engku Faizan Engku Husien, Adha Isa, Fathullah Azam, Rozaimi dan Shafiee Yunos dibebaskan dengan jaminan polis selepas 15 jam ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Kesemua mereka semalam ditahan kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Terdahulu lebih 100 penyokong berkumpul di perkarangan pintu masuk IPD Ampang Jaya bagi mendesak kesemua yang ditahan dibebaskan.

Mereka berhimpun sejak jam 11 malam tadi dan turut disertai Adun Lembah Jaya, Kasim Abdul Aziz dan Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin semalam mendakwa mereka memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.

Beliau juga mendakwa mereka mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit.

Sambil menyelar penahanan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan polis itu telah memberi imej buruk terhadap penguatkuasaan undang-undang negara kepada dunia luar.

"Mereka hanya memakai baju dan menjual baju Bersih, apa salahnya?

"Ini hanya akan memburukkan imej perlaksanaan demokrasi dan penguatkuasaan undang-undang negara kita," katanya.

Dalam satu lagi tangkapan, seorang pemuda, Mohamad Amin ditahan malam tadi di balai polis Gombak kerana memakai lencana kuning bertulis Bersih 2.0.

Beliau bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan direkodkan pihak polis.

Sementara itu, di padang Gombak Ria pula, majlis penerangan dan pelancaran Bersih 2.0 terpaksa ditukar kepada ceramah Israk Mikraj ekoran dihalang lebih 50 anggota polis.

Kereta penceramah, Riduan Mohamad Nor yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS turut digeledah.

Pintu pagar masuk ke Pusat Khidmat Dun Gombak juga dikepong dan orang ramai dihalang masuk.

Majlis ceramah itu bagaimanapun diteruskan selepas polis mengenakan syarat tidak menyentuh isu himpunan Bersih pada 9 Julai ini.

harakahdaily/-

Kerahan Tenaga Untuk Media Dayus Perdana

Posted: 27 Jun 2011 12:30 AM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KOMENTAR : Kini seluruh jentera media arus perdana dikerah untuk menakutkan rakyat supaya tidak menyertai Perhimpunan Bersih 9 Julai untuk menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus.

Media cetak, televisyen dan radio digerakkan untuk merakamkan "keresahan" peniaga mengenai kehilangan rezeki yang menurut media akan mencecah jutaan ringgit. Bagaimana taksiran ini dibuat – Wallahu a'lam.

Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan, seorang peguam yang amat dihormati, kini dilabel oleh media sebagai tali barut pembangkang yang mahu menjatuhkan BN menerusi demostrasi jalanan.

Rasanya tidak perlu dihuraikan di sini apa yang dilaporkan oleh akhbar dan TV mengenai pemimpin-pemimpin seperti Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan "buah hati" mereka, Anwar Ibrahim.

Akhbar The Star yang selama ini dilihat sebagai "cuba" memberi perimbangan dalam laporan-laporannya, akhirnya tunduk kepada tekanan BN, khususnya Umno, dan kini menfitnah Ambiga, Anwar dan Bersih 2.0 secara keseluruhannya.

Maka secara rasmi, The Star kini menyertai kelab media dayus perdana yang dipelopori oleh Utusan Malaysia, Berita Harian, Tv3 dan New Straits Times.

Hujah The Star dan media arus perdana lain bahawa kononnya Bersih 2.0 akan menyebabkan peniaga rugi berjuta-juta ringgit adalah dangkal dan tidak masuk akal JIKA lunas-lunas demokrasi dihormati.

Antara prinsip demokrasi yang dimaksudkan itu adalah hak rakyat berkumpul secara aman untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu yang dirasakan penting untuk negara.

Malaysia tidak akan "tutup kedai" (shutdown) mahupun mengalami kemusnahan ekonomi (meltdown) jika peserta Bersih dibenarkan berkumpul dan berarak di dua tiga batang jalan raya untuk menyampaikan sebuah memorandum kepada Istana Negara.

Namun jika polis bertindak secara provokasi iaitu menutup jalan , menahan sesiapa yang memakai baju T kuning, menembak gas pemedih mata dan air berkimia terhadap pemimpin dan peserta Bersih serta membelasah mereka dengan belantan – ya, perhimpunan Bersih akan dicemari dengan keganasan.

Segala tindakan polis yang dinyatakan di atas, berlaku pada perhimpunan Bersih pertama tahun 2007.

Sebaliknya, jika polis menjalankan tanggungjawab untuk menyuburkan demokrasi dengan memberi kerjasama kepada penganjur supaya perhimpunan Bersih dilaksanakan secara teratur, adakah ini akan mendatangkan kerugian kepada Negara?

Malah sebaliknya, ia akan menjadi mercutanda betapa suburnya amalan demokrasi di Negara ini dan akan menanam keyakinan pelancong dan pelabur asing betapa sopan, tertib dan teraturnya penghayatan demokrasi di Negara ini.

Pilihan itu hak pihak polis dan pegawai atasan serta menteri serta cabinet Malaysia. Itu baru namanya anak jantan yang sihat akal fikirannya dan murni serta ikhlas akal budinya untuk menabur bakti kepada Negara.

Kerjasama sedemikian oleh polis akan memperagakan kepada pelawat asing, sebuah Malaysia moden yang mengamalkan demokrasi tanpa menjejaskan kehidupan harian.

Tapi sayang, kerjasama polis yang diharapkan adalah ibarat pungguk rindukan bulan.

Polis sudahpun memulakan tangkapan ke atas sesiapa sahaja yang memakai T-shirt Bersih selain penganjur menjadi sasaran.

Apakah yang begitu menakutkan BN mengenai Bersih 2.0 sehingga pemimpin-pemimpin kerajaan, Pemuda Umno, Perkasa, Polis dan media dayus perdana digerakkan secara begitu agresif untuk membanterasnya?

BN sebenarnya khuatir perhimpunan Bersih akan mencetuskan gelombang kemarahan rakyat terhadap Umno-BN kerana mencabuli kewibawaan institusi-institusi seperti Suruhanjaya Pilihanraya.

Dalam beberapa minggu lepas, kebejatan SPR semakin terserlah dengan pendedahan-pendedahan yang menzahirkan masalah pengundi hantu, penukaran pengundi biasa kepada pengundi pos secara haram dan pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Ini diburukkan dengan dakwaan Projek IC Sabah - yang menyaksikan ratusan ribu warga asing diberi kerakyatan Malaysia untuk membolehkan mereka mengundi BN - kini menular ke Semenanjung Malaysia. Pertubuhan Bukan Kerajaan dan parti pembangkang khuatir Umno-BN akan mengotakan janji untuk memenangi PRU-13 dengan apa sekali cara pun.

Wartawan-wartawan kanan di akhbar The Star, New Straits Times, Tv3, malah Utusan Malaysia sendiri cukup arif mengenai isu pengundi hantu dan pengundi pos dan impaknya ke atas keputusan di kerusi-kerusi tertentu semasa PRU yang lalu.

Namun akhbar-akhbar berkenaan tidak menegur SPR di atas kepincangan-kepincangannya, tetapi memilih untuk melancarkan tohmahan dan fitnah terhadap penganjur Bersih 2.0.

Wartawan-wartawan yang pernah mewawancara Ambiga, pengerusi Bersih 2.0, akan memberi pengakuan bahawa beliau seorang berprinsip dan bukan tunduk di bawah telunjuk pembangkang mahupun kerajaan.

Malangnya, pengakuan ini tidak boleh diberikan secara terbuka kerana ia tentunya akan mengundang tindakan daripada media itu sendiri atau Kementerian Dalam Negeri . Itulah realiti politik di negara ini. Kes bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari yang dipecat oleh Utusan kerana mengkritik arah tuju laporan-laporan Utusan adalah contoh hidup dan nyata!

London, New York, New Dehli, Bangkok, Jakarta – semua bandaraya-bandaraya ini sering menyaksikan perhimpunan dan bantahan. Tiada pula laporan system ekonominya ranap kerana demonstrasi.

Hakikatnya adalah, perhimpunan yang bersih dan teratur dengan kawalan polis tidak pernah menyebabkan sebarang masalah kepada peniaga, menyusahkan rakyat atau menggugat kestabilan Negara yang mahukan kelangsungan pemerintah yang menghormati asas demokrasi.

Laksana Dahulu Tuntutan Bersih, Baru "Anak Jantan" - Dr Nasir

Posted: 27 Jun 2011 12:00 AM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 27 JUN : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak perlu ada keberanian terlebih dahulu untuk menunaikan segala tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0, jika mahu mencabar Pakatan Rakyat bersaing di arena itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang juga bekas tahanan Bersih 1 pada 2007, Najib sepatutnya hanya mencabar Pakatan Rakyat bertanding selepas beliau melaksanakan gesaan rakyat di bawah gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan di negara ini yang mahukan pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

" Kalau kita lihat semua tuntutan Bersih, ia adalah tuntutan yang memang semua orang mahukan untuk dapatkan pilihan raya yang adil.

" Kalau ini dapat kita laksanakan, lepas itu kita boleh berlawan (secara adil). Sekarang ini kalau pilihan raya memang berat sebelah. Cuba kita lihat tuntutan Bersih itu, boleh mereka kata tidak mahu.. Kalau mereka tak mahu, maknanya mereka tak mahu pilihan raya yang bersih," kata Dr Nasir merujuk kepada pendirian Najib dan rakan-rakannya dalam Umno-Barisan Nasional(BN).

Semalam Najib mencabar Pakatan Rakyat untuk berdepan dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 sebagai "anak jantan" dan bukan turun di jalanan untuk mengadakan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dakwa Najib, himpunan Bersih 2.0 bukan bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi bertujuan mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

"Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan
berdepan dengan undang-undang," Najib dipetik sebagai berkata ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di Kuala Lumpur, semalam.

Najib juga turut memberi amaran bahawa beliau akan mempertanggungjawabkan segala insiden pada hari berkenaan kepada Pakatan Rakyat dan mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan akan menerima "akibat" dari perbuatan itu.

Melihat kepada pendirian Najib dan tindakan polis mutakhir ini menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning terutamanya yang mempunyai logo Bersih jelas mencerminkan ketakutan yang begitu memuncak dalam jiwa pemimpin negara itu.

" Najib sekarang ini memang paranoid, takut pada bayang-bayang sendiri. Nampak orang baju kuning pun tak boleh.

" Oleh kerana 2008, rakyat sudah berubah. Ramai orang yang mengundi kita... tetapi oleh kerana penyelewengan, kemenangan kita itu nampak kecil kita menang (majoriti undi)," katanya.

Oleh itu katanya, segala bentuk perundangan hatta nama Yang di-Pertuan Agong akan digunakan bagi mengekang kemaraan rakyat kerana mereka tahu tuntutan yang dibawakan oleh Bersih 2.0 akan meranapkan impian mereka mempertahankan Putrajaya.

" Sekarang ini kalau kita berentap, memang berat sebelah kepada dia (Umno-BN). Sebab itu mereka tak mahu ikut Bersih, mereka akan bermasalah, mungkin mereka akan jatuh.

" (Trend pengundian) ini yang mereka takutkan sebab kalau tidak ada penyelewengan, mereka tidak akan lepas (menang pilihan raya). Sebab itu tuntutan Bersih yang sememangnya adil, tidak ada satu pun yang boleh dipertikaikan kepada sesiapa yang mahukan pilihan raya adil, inilah yang harus diikuti.. tetapi mereka tak mahu itu. Jadi kalau kata nak bertanding secara saksama, tapi tak mahu ikut cara yang betul macam mana?," kata Dr Nasir.

tv selangor/-

Tak masuk akal pakai baju Bersih nak guling Agong

Posted: 26 Jun 2011 11:30 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Pemuda PAS Pusat menyifatkan dakwaan yang mengatakan bahawa aktivis PSM mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong adalah sangat melucukan.

"Bagaimana mereka boleh memerangi Yang di-Pertuan Agong hanya dengan menaiki bas tanpa senjata dan bergerak secara terbuka di tempat awam.

"Sangat tidak masuk akal dengan persiapan membawa baju, risalah, bendera dan pembesar suara sahaja boleh menggulingkan Yang di-Pertuan Agong," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, jika usaha seumpama itu boleh mengulingkan Yang di-Pertuan Agong maka tahap keselamatan negara kita adalah sangat lemah.

Mdenurutnya, jika benar mereka berniat sedemikian tentulah mereka telah mempersiapkan diri dengan senjata, alat komunikasi yang canggih, kenderaan kalis peluru dan lain-lain lagi.

Beliau menyuatakan demikian sebagai mengulas pihak polis telah menahan 30 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang, kelmarin mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Mereka ditangkap ketika menaiki bas bagi kempen menyokong Himpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Antara yg ditangkap adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj.

Dalam tangkapan itu polis telah menjumpai 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya(PKM) iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah.

Turut ditemui 7,000 risalah PSM, 600 risalah Himpunan Bersih 2, 25 naskah sosialis, satu set pembesar suara, 15 bendera PSM dan bebarapa helai baju T.

Mereka dituduh membawa faham komunis ke negara ini dan mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Suhaizan, fahaman dan gerakan komunis bukan lagi menjadi ancaman kepada negara.

Katanya, mereka telah meletakkan senjata dan sudah menjadi masyarakat sivil sekarang.

"Perjuangan komunis sudah menjadi bahan sejarah dalam negara kita," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Katanya lagi, PSM mengiktiraf sumbangan parti-parti berhaluan kiri yang secara tidak langsung menyumbang kepada kemerdekaan negara.

Pengiktirafan PSM itu, ujarnya adalah hak mereka yang perlu kita hormati.

"Soalnya adakah pengiktirafan kepada perjuangan parti-parti berhaluan kiri sebelum merdeka boleh dianggap mengembalikan fahaman komunis yang sudah menjadi bahan sejarah?

"Apakah pengiktirafan seumpama ini boleh dianggap memerangi Yang di-Pertuan Agong?" soalnya.

Katanya, jika mereka mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong apa perlunya mereka menghantar memorandum pada Himpunan Bersih 2.

Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS sangat yakin bahawa tuduhan yang dikenakan kepada aktivis PSM adalah tuduhan yang direka semata-mata untuk menyekat kemaraan rakyat yang akan turun dalam Himpunan Bersih 2.

"Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak semua aktivis PSM tersebut dibebaskan dengan segera.

"Berikan mereka hak untuk bersuara dan berhimpun tanpa senjata seperti yang telah dijamin oleh perkara 10 Perlembagaan Malaysia," katanya lagi.

aziz muda
harakahdaily/-

Bersih: Polis soal siasat A Samad Said petang ini

Posted: 26 Jun 2011 09:30 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Tindakan Datuk A Samad Said (gambar) hadir pada majlis Bersih adalah satu tindakan terhormat oleh seorang yang bergelar Sasterawan Negara dan ia wajar dipuji, kata kartunis, Zunar.

A Samad Said dipanggil untuk disoal siasat oleh polis di Balai Dang Wangi pada jam 2.30 petang, hari ini.

Ini berikutan kehadiran beliau di majlis pelancaran Bersih pada 20 Jun lepas di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.

Menurut Zunar, kehadiran A Samad pada pelancaran itu adalah untuk bersama-sama rakyat menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

Katanya, karyawan yang bertanggungjawab adalah golongan yang paling dekat dengan rakyat.

Beliau menambah, karyawan mesti merasai degup jantung rakyat dan mendepani isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Menurutnya lagi, seseorang karyawan menjadi tidak relevan sekiranya meminggirkan tanggungjawab sosial dengan memekakkan telinga terhadap rintihan rakyat terbanyak, apatah lagi apabila berdepan dengan sebuah kerajaan yang korup, rasuah dan zalim.

"Saya menyeru karyawan-karyawan di Malaysia; penulis, penyajak, penyanyi, pelakon, pelukis, pengarah filem, pencipta lagu, penggiat teater dan sebagainya supaya bangkit dari lena yang panjang dan mengikuti jejak langkah A Samad," katanya.

harakahdaily/-

Wanita kahwin dengan mayat

Posted: 26 Jun 2011 09:27 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

Presiden Perancis lulus permohonan warga negara

LONDON: Seorang wanita berkahwin dengan teman lelakinya yang sudah mati pada satu majlis di Perancis selepas mendapat kebenaran Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Karen Jumeaux, 22, menggunakan undang-undang Perancis untuk berkahwin dengan tunangnya, Anthony Maillot, hampir dua tahun selepas terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Wanita itu menulis kepada Sarkozy meminta kebenaran berkahwin dengan tunangnya yang sudah mati dan kemudian permohonannya diluluskan kerana beliau boleh membuktikan yang mereka sudah merancang untuk berkahwin.

Pasangan itu bertemu pada 2007 dan mempunyai cahaya mata lelaki pada 2009, sebelum kekasihnya itu mati pada usia 20 tahun.

Dia memakai gaun putih melafazkan ikrar di dewan majlis di Dizy-le-Gros, timur Perancis, Khamis lalu.

Beliau berkata: "Saya tidak pernah mahu melakukan perkara ini sendirian, tetapi takdir sudah menentukan. Tambahan lagi, kami merancang untuk membesarkan anak bersama-sama.

"Saya tidak merancang untuk melakukannya sendiri. Kini, saya isterinya dan akan sentiasa menyintainya. Kami cinta pandang pertama dan menjalin hubungan selama empat tahun," katanya.

Seorang pakar undang-undang Perancis berkata, jika Maillot bertemu dengan kekasih baru selepas ini dia perlu mengemukakan permohonan cerai. – Agensi

'Kita mungkin ke ICJ': J/K Selamatkan Malaysia

Posted: 26 Jun 2011 09:22 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

Jawatankuasa Selamatkan Malaysia mungkin menimbang untuk membawanya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sekiranya tidak ada sebarang kemajuan dalam usahanya membantah pembinaan Loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Pengerusinya, Tan Bun Teet (kanan) berkata, mereka berhasrat
menggerakkan langkah serampang dua mata membantah projek kontroversi tersebut, tetapi mengakui bahawa ICJ mungkin menjadi pilihan jika mereka gagal dalam di kedua-dua usaha berkenaan.

Langkah pertama mereka ialah kunjungan ke Australia oleh 12 ahli jawatankuasa tersebut dari 3 hingga 9 Julai untuk bertemua ahli parlimen, NGO alam sekitar dan parti-parti pembangkang negara tersebut, sementara menyerahkan kepada mereka - dan Lynas Corporation - memorandum Selamatkan Malaysia, membantah isu tersebut.

Langkah kedua ialah akan memulakan pertemuan antara Selamatkan Malaylsia dengan Majlis Peguam Malaysia pada 15 hingga 16 Julai untuk membincangkan rancangan untuk memfail injunksi mahkamah bagi menghentikan pelaksanaan projek RM700 juta itu

"Jika kunjungan ke Australia dan injunksi mahkamah itu gagal membawa hasil yang positif, kita mungkin perlu mempertimbang pergi ke ICJ," kata Tan selepas pertemuan knasional NGO untuk memberi taklimat ringkas kepada NGO lain mengenai potensi bahaya dari loji memproses nadir bumi itu.

Beliau berkata jika kes tersebut dibawa ke ICJ, mereka boleh berhujah bahawa ia merupakan "kes negara maju membuli negara dunia ketiga" untuk menerima industri yang mengakibatkan pencemaran teruk.

malaysiakini/-

Koperal polis didakwa kerana minta rasuah

Posted: 26 Jun 2011 09:00 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat Koperal dipenjara 14 hari serta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan meminta suapan daripada seorang penunggang motosikal tiga tahun lalu.

Hakim Chan Jit Li yang menjatuhkan hukuman di dalam kamar turut memerintahkan penjara tambahan sebulan terhadap Nordin Muhamad Nor, 47, jika dia gagal membayar denda. Nordin yang bertugas di Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dituduh meminta RM180 daripada Khoo Shu Shan di bulatan Teluk Wanjah pada 1 Nov 2008.

Wang itu adalah sebagai dorongan supaya Khoo tidak disaman kerana tidak memiliki lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh.

metro/-

SPR, BN Jangan Sombong Terima Teguran BERSIH 2.0, Kata Dr Haron Din

Posted: 26 Jun 2011 08:47 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KUBANG PASU 27 JUN : Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya tidak sombong dalam menerima sebarang teguran serta pandangan rakyat berhubung sistem pilihan raya yang dijalankan di negara ini.

Malah katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan Umno-BN perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan realiti sebenar persepsi rakyat terhadap mereka.

Paling mudah, Dr Haron mengulas mengenai Undi Pos yang sehingga kini dipertikaikan ketelusannya oleh banyak pihak.

"Undang-undang pilihan raya pun tak adil. Kalau kita tanya mengapa ada Undi Pos, mereka kata sebab ada yang tak boleh mengundi, tak apalah. Bila tanya mengapa tak boleh buka dan bilang terus, mereka kata tak boleh sebab kena simpan di Pejabat SPR. Buat apa nak simpan? soalnya.

"Ada benda yang tak adil, sebab itu kita minta supaya mereka adil tetapi mengapa mereka tak beri. Bila ditanya sudahkah mereka melihat perbuatan ini baik atau buruk, mereka jawab baik. Baik bagaimana kalau begitu?," tegas beliau ketika berucap sempena sambutan 50 Tahun PAS Cawangan Kampung Kodiang lama di sini, kelmarin.

Dalam ucapan ringkas itu, turut mengingatkan semua pemimpin agar terus kekal dengan prinsip keadilan yang digenggam erat oleh agama Islam.

Katanya, kerana ketidakadilanlah rakyat mempersoalkan peranan kerajaan sehingga tercetusnya ketidakpuasan hati dikalangan rakyat hari ini.

Malah ujarnya, kerana ketidakadilan itu jugalah gabungan masyarakat sivil telah melancarkan himpunan raksaksa pada 9 Julai ini yakni Bersih 2.0 bagi meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Menurutnya lagi, keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu jelas menunjukkan bahawa ketidaktelusan sistem pilihan raya di negara ini di mana beliau tewas tipis dengan majoriti 300 undi tetapi mendapat lebih 500 undi rosak di peti undi tertentu.

Dr Haron Din yang bersaing Ismail Kassim yang juga merupakan adik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen Arau.

Justeru Haron mengutarakan hadis Nabi Muhammad S.A.W sebagai peringatan kepada pihak berkuasa yang pecah amanah dan menipu rakyat.

"Mana-mana pemerintah yang boleh menerima, membuat, memilih dan menolak undang-undang Islam mahupun barat. Muslim khasnya, kalau dia tipu rakyat, tak kesahla apa yang dibuat itu rasuah, tipu pilihan raya atau tipu senarai mengundi pilihan raya. Allah S.W.T akan haramkan mereka dari masuk syurga," kata beliau.

tv selangor/-

Imej bandar ganjil di kaki langit

Posted: 26 Jun 2011 08:45 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini.

HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi

Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih

Posted: 26 Jun 2011 08:30 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih. (Gambar kanan)

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu.

Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.

Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.

Mengenai himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.

harakahdaily/-

Harga melambung ketika Ramadan

Posted: 26 Jun 2011 08:00 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Trend penurunan harga barang kering, sayur-sayuran dan hasil laut yang ketara di pasaran ketika ini mungkin tidak berpanjangan.

Tinjauan Kosmo! di beberapa negeri mendapati kalangan peniaga berpendapat harga barangan tersebut dijangka kembali mahal menjelang Ramadan pada Ogos depan.

Ketika ini rata-rata harga barangan keperluan harian pengguna mengalami penurunan antara 50 sen sehingga RM5 sekilogram (kg).

Di Kuala Terengganu, seorang peniaga, Mohd. Robby Awang risau harga barangan tersebut akan mengalami kenaikan semula menjelang Ramadan pada Ogos depan.

Menurutnya, trend kenaikan semula harga barangan tersebut adalah biasa dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana barang tersebut diperoleh daripada pembekal.

"Jika harga yang kami dapat tinggi jadi kami juga harus jual dengan harga yang tinggi kepada pengguna, justeru pengguna perlu faham," katanya.

Ketika ini rata-rata harga barang keperluan pengguna di beberapa buah pasar raya di Terengganu mengalami penurunan antara RM1 hingga RM2 per kg. meskipun sesetengah barang mengalami kenaikan.

kosmo/-

200 Muslimat jayakan dasar Kerajaan Negeri tingkatkan Islam

Posted: 26 Jun 2011 07:45 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU - Sejajar dasar Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bersama Islam, pelbagai program ke arah menjayakan hasrat itu diadakan, termasuk Program Pemantapan dan Kepentingan Solat.

Program sempena Bulan Solat yang diisytiharkan Kerajaan Negeri hampir 20 tahun lalu yang diadakan pada Rejab ini.

Pegawai Halaqat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang, Zawiyah Mohamed berkata, program tahunan itu bertujuan meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran semua pihak terhadap matlamat manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Menurutnya, pada program tersebut, peserta daripada semua golongan di negeri ini diberi pendedahan secara teori dan praktikal agar dapat melaksanakan ibadah solat masing-masing dengan sempurna.

"Program ini juga bagi memperkasakan ibadah solat di kalangan individu dan masyarakat agar ia menjadi penghalang kepada perbuatan keji dan mungkar seterusnya membasmi gejala sosial secara umum untuk menjamin keamanan dan keselamatan dunia akhirat," katanya mengulas tujuan diadakan program Pemantapan dan Kepentingan Solat DUN Kijang di Masjid Mukim Semut Api, Pantai Cahaya Bulan di sini semalam.

Zawiyah berkata, selain itu, program yang bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang itu juga berfungsi bagi memantapkan kefahaman dan penghayatan terhadap tuntutan tauhid, takbir serta ibadah dalam kehidupan seperti mana yang terdapat dalam perbuatan dan bacaan solat.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan itu juga, Zawiyah berkata, seramai 200 Muslimat di DUN berkenaan terlibat dalam program yang mengupas persoalan mengenai syarat dan rukun solat serta perkara yang membatalkannya, kepentingan solat bagi orang sakit, dan bacaan dalam solat serta terjemahannya.

Menurutnya, program seperti ini ke arah melahirkan generasi mementingkan solat seterusnya sentiasa menjaga amalan Rukun Islam itu, walaupun dalam keadaan sakit.

sianarharian/-

Sindiket ekor sasar kereta VIP

Posted: 26 Jun 2011 07:30 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sindiket ramalan nombor ekor yang menjadikan orang Melayu sebagai sasaran baru kegiatan penipuan itu bukan saja memperdayakan mangsa dengan menawarkan khidmat sami Buddha yang menjanjikan kemenangan, malah turut menjadikan pemilik kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran eksklusif sebagai sasaran.

Bergiat aktif di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan umum terutama orang Melayu, sindiket terbabit dikesan menggunakan taktik mudah untuk mencari mangsa dengan menjadikan pemilik kenderaan mewah dengan 'nombor VIP' sebagai sasaran untuk memperdaya mangsa kononnya boleh menggandakan wang pertaruhan dengan pertolongan sami dari negara jiran.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, berkata pihaknya menerima aduan individu yang nyaris menjadi mangsa sindiket terbabit selepas bersetuju menyerahkan deposit RM50,000 untuk membeli nombor ekor.

Menurutnya, sindiket itu menyasarkan pemilik kenderaan daripada orang kenamaan (VIP) berdasarkan nombor pendaftaran tertentu selain jenis kereta yang diguna bagi memudahkan mereka menjerat mangsa dengan tawaran memenangi wang judi terbabit.

Katanya, mangsa yang menghubungi nombor telefon tertera akan diyakinkan dengan kebolehan 'luar biasa' sami terbabit dikatakan mampu meramal tepat cabutan empat nombor ekor dengan nilai kemenangan mencecah jutaan ringgit.

"Sebaik berhubung menerusi telefon, satu pertemuan akan diaturkan wakil sindiket terbabit dan kesempatan itu digunakan untuk memujuk mangsa menyerahkan wang kononnya digunakan untuk membeli nombor ramalan yang 'mendapat restu' sami.

"Tidak cukup dengan itu, mangsa ditunjukkan gambar MMS menunjukkan sejumlah besar wang yang kononnya dimenangi mereka yang menyertai 'pelaburan' nombor ekor berkenaan," katanya, semalam.

Muhd Khairun yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno berkata, mangsa akan ditunjukkan beberapa gambar wang berkenaan sebagai bukti kemenangan selain dipujuk menyertai pakej tertentu yang ditawarkan dengan harga berbeza.

Bagaimanapun, katanya, dalam kes terbaru minggu lalu, mangsa terselamat daripada menjadi mangsa sindiket terbabit selepas didesak menyerahkan wang kononnya sebagai imbuhan kepada sami terbabit walaupun pada awalnya bersetuju untuk berbuat demikian.

"Selepas didesak memasukkan wang ke dalam akaun, mangsa berasa tidak sedap hati dan membatalkan hasratnya menyertai skim judi terbabit. Dia membuat aduan kepada biro," katanya.

Akhbar ini minggu lalu melaporkan kegiatan satu sindiket yang aktif di Lembah Klang dikesan cuba mengedarkan risalah itu dengan meletakkannya pada cermin kenderaan milik orang Melayu di kompleks beli-belah terkemuka di ibu negara dan Selangor.

metro/-

Budak perempuan maut bawa beg berisi bom

Posted: 26 Jun 2011 07:00 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -


KABUL 27 Jun – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun terbunuh apabila sebuah beg mengandungi bom yang dibawanya meletup ketika dia menghampiri pondok polis di selatan Afghanistan, semalam.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, kanak-kanak tersebut dipercayai diarahkan oleh anggota Taliban untuk membawa beg tersebut ke pondok polis.

"Ketika dia semakin hampir dengan pondok polis, bom tersebut meletup dan meragut nyawanya," katanya. 

Reuters

Kereta bertembung lori ais: Tiga maut, tiga parah

Posted: 26 Jun 2011 06:45 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

PASIR MAS - Tiga maut manakala tiga lagi cedera parah apabila sebuah kenderaan bertembung dengan sebuah lori ais di Jalan Kota Bharu-Pasir Mas, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, tiga yang maut merupakan pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), sementara tiga lagi yang parah ialah seorang lagi pelajar kolej berkenaan dan pemandu berserta kelindan lori ais itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darulnaim, Mohd Nasir Mamat berkata, yang maut dikenali sebagai Saiful Jawahil Razali, 19, yang merupakan pemandu kenderaan; Mohd Alif Mohd Suhaimi, 19; dan Sheikh Mohd Farhan, 19.

"Saiful dan Mohd Alif berasal dari Tanah Merah manakala Sheikh Mohd Farhan dari Georgetown, Pulau Pinang.

"Manakala mangsa yang cedera parah ialah pelajar KIST, Azmi Ariffin, 19; pemandu lori, Zabri Husin, 29; dan kelindannya Mohd Azeri Mat Nawi, 24," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, menurut seorang saksi yang enggan mendedahkan identitinya, kemalangan itu berlaku apabila kenderaan Proton Iswara yang dinaiki empat pelajar KIST itu cuba memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori ais dari arah bertentangan.

Mohd Nasir berkata, dua jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas dan Kota Bharu terlibat dalam operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Pelajar KIST yang cedera parah kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, manakala pemandu dan kelindan lori kini dirawat di HRPZ II. - Bernama.

sinarharian/-

Gempa bumi sekuat 6.4 landa Papua, Indonesia

Posted: 26 Jun 2011 06:30 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -


JAKARTA 27 Jun – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan kawasan pantai wilayah Papua, malam tadi, namun tiada sebarang kerosakan atau amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa tersebut berlaku pada kedalaman 36 kilometer, kira-kira 161 kilometer dari Enarotali pada pukul 8.16 malam waktu Malaysia, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sementara itu, tiada amaran tsunami dikeluarkan dalam laman web Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

AFP

12 cedera serangan pengebom berani mati

Posted: 26 Jun 2011 06:00 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -





BAGHDAD 27 Jun – Sekurang-kurangnya 12 cedera apabila seorang pengebom berani mati yang berkerusi roda meletupkan dirinya di sebuah balai polis di pinggir utara Baghdad, semalam.

Major Jeneral Qassim al-Moussawi berkata, kejadian berlaku di pejabat ketua polis di Tarmiya, 25 kilometer utara Baghdad.

"Jumlah kecederaan mungkin akan meningkat dan 12 yang cedera itu termasuk sembilan anggota polis," katanya. 


Reuters

Anwar: Najib, saya tahu apa kamu buat di PD

Posted: 26 Jun 2011 05:30 PM PDT

25 Rejab 1432H. [MOD] -

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah paling penting untuk menentukan sama ada lelaki dalam video seks adalah Anwar.

Memandangkan pakar asing dilaporkan berkata video - yang menunjukkan pasangan melakukan aksi seks dalam sebuah bilik - 99.99 peratus menyerupai Anwar, maka Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat boleh menghakimi sendiri ketulenan video tersebut.

Anwar berkata Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Katanya, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang Port Dickson.

Anwar merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi.

Bagaimanapun, kata Anwar, bukan cara beliau untuk mencerca atau memfitnah hanya untuk menang.

Sebaliknya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mahu menang dengan moral yang mantap.

Berucap kepada kira-kira 700 hadirin, Anwar berkata kerajaan Najib tidak memberi respons sewajarnya terhadap semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

malaysiakini/-

Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) dalam kenangan

Posted: 26 Jun 2011 03:44 AM PDT

24 Rejab 1432H. [MOD] -
Riduan Mohamad Nor

Dari Gudang Ilmu Ke Kancah Siasah

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama' dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama' yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama' ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama' lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato' Haji Fadzil Mohd Noor.
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil' merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama' ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanpa mengira penat lelah dan suka 'mendengar' masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.


Latar belakang keluarga

Dato' Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama' yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini telah memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama' pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga menjadikan beliau pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.


Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama' iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962. Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa dari kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama'-ulama' Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur bakti di tanahair.


Perkahwinan

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Setelah berkahwin, isterinya menemani almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna 'Izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna'izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.


Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).


Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, 'alma mater' beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978. Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia.


Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah. Beliau juga pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia 'anti establishment' akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang rujukan dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an. Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama'-ulama' untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi masyarakat.


Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983. PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama'. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama' muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989. Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato' Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato' Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato' Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS. Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, al marhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh al marhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah. Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata merah berair kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am yang sarat dengan makna mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.

Oleh: Riduan Mohamad Nor
(Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat)

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'

Posted: 26 Jun 2011 02:09 AM PDT

24 Rejab 1432H. [MOD] -

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

NONE"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

Malaysiakini :

Ulasan :

Saya sangat bimbang dengan perkembangan mutaakhir ini yang menunjukkan Bn menggunakan sepenuhnya kekuatan pasukan keselamatan untuk memastikan segala tindakan yang dilakukan oleh rakyat walaupun tidak menyalahi peraturan lalu didakwa salah dan diugut dengan berbagai akta.

Pakatan sasar tawan 11 negeri dalam p'raya umum

Posted: 26 Jun 2011 02:04 AM PDT

24 Rejab 1432H. [MOD] -

Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:

1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;

2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan

3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis.

NONELim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.

Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.

Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.

Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim.

Malaysiakini/-

Ulasan :

Harapan besar ini merupakan harapan besar seluruh rakyat malaysia yang cintakan malaysia baru yang lebih baik dari pemerintahan BN selama lebih 50 tahun. Kerana itu semua pihak perlulah mengambil langkah aktif untuk merealisasikan hasrat itu.

Idris Ahmad

Posted: 26 Jun 2011 11:37 PM PDT

Idris Ahmad


Bersih 2, Siapa Sebenar Pengkhianat

Posted: 26 Jun 2011 07:04 PM PDT

Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengatakan penganjur Bersih khianat perjuangan rakyat adalah tuduhan yang tidak tepat. Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar?. Kenapa Bersih yang didokong oleh NGO dan parti-parti politik bertegas juga hendak berhimpun pada 9 Julai 2011. Timbalan Presiden Umno perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak. Jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah.

Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihanraya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos. Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan. Jika kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN  yang khianat kepada rakyat.

Oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi maka mereka sanggup turun ke perhimpunan Bersih. Sepatutnya beliau tidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara.

Sepatutnya kerajaan sudah matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihanraya dan usaha penambah baikan perjalanan  pilihanraya , apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang. Sebaliknya walaupun  berlaku beberapa pertemuan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan SPR,  segala pandangan yang diberi  seperti mencurah air di dalam daun keladi. Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih  tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin BN.  

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 26 Jun 2011 11:27 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Himpunan Rakyat BERSIH 2 – Demokrasi mesti di pulihkan

Posted: 26 Jun 2011 12:01 AM PDT

Oleh: Dr.Syed azman Syed ahmad

Pelbagai reaksi yang dapat di rasakan dari pengistiharan terbuka Gabungan Pilihahan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 bagi mengadakan himpunan aman di Kuala Lumpur pada 9 hb Julai akan datang.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan mendesak perhimpunan itu dibatalkan segera kerana ia boleh memburukkan imej negara dan sekiranya ia hendak diteruskan maka ia boleh diadakan di dalam stadium.

Beliau juga telah memberi amaran terbuka kepada Bersih bahawa sebarang bentuk himpunan haram "boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan".

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia juga turut menggesa rakyat Malaysia agar memboikot perhimpunan Bersih tersebut. Beberapa NGO pro-Umno pula telah membuat laporan Polis serta meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenavesan dan Timbalan Presiden Pas, Hj. Mohamad Sabu yang didakwa menjadi pencetusan serta memainkan peranan utama bagi mengadakan demonstrasi Bersih. Malahah NGO ini telah meminta pihak polis segera mengambil tindakan undang-undang serta janga teragak-agak menahan dalang utama perhimpunan Bersih di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Namun Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenavesan menegaskan bahawa Himpunan Bersih 2.0 adalah merupakan "himpunan aman rakyat" dan ia tetap akan diteruskan walaupun dibantah banyak pihak terutamanya dari Umno/BN. Bagi beliau, "Pembangkang adalah normal. Ini adalah negara demokratik.

Dalam pemerhatian saya ramai menuntut kami agar mengadakannya. Terdapat banyak rasa tidak puas hati...seperti ketika (pilihan raya) Sarawak, tidak gembira tentang rasuah dan tidak gembira mengenai institusi-institusi yang tidak bebas,"

Bagi saya, himpunan BERSIH 2 adalah himpunan rakyat yang terdiri dari semua lapisan masyarakat yang cintakan keadilan dan mahukan hak serta maruah mereka di kembalikan. Ia bukannya inisiatif yang mempunyai agenda kepartaian yang sempit. Tuntutan bersih 2 adalah amat jelas iaitu memperkukuh ruang demokrasi dengan menjamin perjalanan pilihan raya yang adil dan bersih.

Begitu juga dengan tuntutan agar Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) kembali berperanan sebagai sebuah badan bebas yang boleh di lihat dapat menjalankan pilihan raya secara adil dan telus.

Namun apa yang berlaku adalh di sebalikknya, SPR kini lebih merupakan badan yang menjadi alat serta kuda tunggangan Umno/BN. Ia di lihat oleh kebanyakan rakyat sebagai badan yang gagal berperanan untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara kita berjalan secara telus dan tidak berat sebelah.

Sesungguhnya hasrat rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman sudah tidak boleh lagi di sekat oleh mana-mana pihak. Ini adalah kerana kebanyakan tuntutan Bersih bukannya tuntutan yang baru.

Ia wujud sejak himpunan Bersih yang pertama pada tahun 2007 lagi. Namun sehingga kini ia tidak dilaksanakan dan di pandang enteng oleh pimpinan kerajaan pimpinan Umno/BN walaupun pelbagai bantahan dan memorandum telah di hantar kepada mereka. Antara tuntutan awal Bersih adalah;

1. Penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berganda (undi hantu)

2. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;

3. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang telus dan bersih;

4. menyediakan akses yang sama rata kepada media massa termasuk TV, radio dan akhbar utama kepada semua parti politik termasuk parti-parti pembangkang;

5. menbenteras penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.

Ya, inilah realiti demokrasi tempang yang wujud di negara kita sehingga kini. Apabila pilihan raya dijalankan secara tidak adil dan terlalu banyak berlaku penyelewengan maka sudah pasti rakyat akan lambat laun bangkit menuntuk kembali hak dan maruah mereka. Dan inilah juga yang telah dan sedang berlaku di Timur Tengah.

Protes besar-besaran rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan anak muda bagi menuntut hak dan kebebasan mereka sehingga kini telah berjaya menjatuhkan kerajaan autokratik di Mesir dan Tunisia. Pemimpin-pemimpin ini juga dituduh mengamalkan penipuan pilihanraya secara berleluasa serta memperalatkan Suruhanjaya Pilihan raya untuk kepentingan politik mereka.

Ayuh rakyat Malaysia. Mari kita sama-sama menyahut seruan terbuka Bersih kepada rakyat Malaysia untuk mengembalikan demokrasi dan kebebasan kita. Hak dan maruah kita sebagai warga Malaysia juga telah sejak sekian lama tercabar dek kerana keangkuhan kerajaan Umno-BN. Mari kita berani bersama dalam Himpunan Bersih 2 di Kuala Lumpur. Demi menjamin masa depan anak cucu kita, demokrasi dan kebebasan rakyat mesti dikembalikan…

Mat Sabu adalah 'senjata PAS' Untuk Menyerang Umno -Bn

Posted: 25 Jun 2011 11:57 PM PDT

Ucapan Dasar Muktamar PAS ke-57 baru-baru ini yang memberi penekanan kepada Membangun Bersama Negara Berkebajikan. Nampaknya Umno BN semakin gelisah apabila hasrat PAS itu mendapat perhatian rakyat negara ini dalam suasana kehidupan mereka yang terus dihimpit sehingga menjejaskan ekonomi keluarga. Dengan itu Umno BN mula mencanang PAS menolak Negara Islam, dan menyifatkan PAS gila kuasa sebab itulah menimbulkan kembali Negara Berkebajikan.

Timbalan Presiden PAS yang baru Muhammad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu menyifatkan Umno BN sedang mencari helah untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka. Ikuti temubual Wartawan Salmiyah Harun ketika kunjungan beliau ke Harakah baru-baru ini

Umno BN tidak putus-putus memberi persepsi negatif kepada PAS selepas PAS menekankan semua konsep Negara Berkebajikan, sehingga mengatakan PAS mula menolak Negara Islam. Apa pandangan Tuan Haji?

Pemimpin Umno kalau dia tidak bercakap adalah lebih baik, sebab orang tidak tahu yang mereka tidak tahu. Kalau dia bercakap akan terserlahlah bahawa orang akan tahu ketidaktahuan mereka itu. Negara Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW meletakkan gelaran negara itu negara yang baik mendapat pengampunan daripada Allah. Negara yang baik adalah menjalankan dasar Islam serta perundangan Islam dan sebagainya. Tun Mahathir sendiri pernah mengisytiharkan Malaysia, Negara Islam sempena dengan perhimpunan Parti Gerakan. Tetapi apa yang berubah 'substance' dalam negara itu. Sebab itu ia tidak memberi erti langsung negara Islam sebagaimana diisytihar oleh Tun Mahathir.

Negara berkebajikan ini akan diisi dengan program-program kebajikan kepada rakyat yang sebaik mungkin. Dan kita harap PAS yang akan memimpin apabila mendapat kuasa nanti, buktikan dengan menunjukkan bahawa kita negara yang telus, berkebajikan, negara yang baik, dan 'good governance' dan ini perlu dijelmakan. Kalau kita gagal menjelmakan 'good governance' ini barulah selepas itu negara berkebajikan ini akan dipertikaikan.

Oleh itu menjadi cabaran kepada kita. Umno, misalnya jika kita sebut negara Islam mereka akan cakap kita kembali ke zaman unta, bila kita sebut Negara Berkebajikan mereka kata kita meninggalkan negara Islam . Sebenarnya mereka sedang mencari helah untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka. Bukan soal dasar Islam dan negara Islam pada mereka.

PAS diberi persepsi seperti orang gila kuasa sebab itulah mereka mengubah dari konsep Negara Islam kepada Membangun Bersama Negara Berkebajikan semata-mata mahu menunju ke Putrajaya. Apa pandangan Tuan Haji?

Memang kami gila kuasa sebab kami nak ambil kuasa daripada orang yang gila. Jadi orang yang gila ini kita tidak boleh biarkan mereka terus lama memerintah. Bayangkan satu tahun berlaku kebocoran sebanyak RM28 billion, jenayah semakin meningkat, indeks rasuah kita pernah capai sehingga 5.5 ertinya peningkatan rasuah.

Pembaziran terus dilakukan termasuklah lawatan ke luar negara, sebagaimana yang berlaku hari ini. Di atas nama lawatan ke luar negara Perdana Menteri mengambil kesempatan untuk membuat kerja-kerja perkahwinan anak. Ini semua menggunakan wang rakyat begitu juga isteri Perdana Menteri menghabiskan wang rakyat seperti sekarang. Dengan itu mereka yang berkuasa perlu ditamatkan kuasa mereka.

Kita berjanji untuk membuat pentadbiran lebih baik terutama menjaga kewangan dan jikalau kita suatu hari ini melakukan kerja-kerja gila seperti ini rakyat boleh menghukum Pakatan Rakyat waktu itu. Buat masa sekarang kita mesti mengambil kuasa daripada orang yang gila ini.

Negara Berkebajikan juga adalah manifesto PAS pada PRU 2008. Mengapa dalam Muktamar PAS kali ini ia disebut kembali?

Ya kita pernah sebut Negara Berkebajikan, tetapi dalam masa sepanjang tiga tahun ini kita banyak menjawab dan memberi reaksi kepada tindakan Umno BN. Misalnya kita sibuk menjawab tentang rampasan kuasa negeri Perak, kita sibuk menjawab gerakan perkauman yang dibuat di Selangor. Kita menjawab isu-isu itu, kita juga sibuk menjawab serangan di Kedah dan di Pulau Pinang. Maka kita kurang menumpukan Negara Berkebajikan. Oleh kerana PRU sudah dekat dan ini tajaan kita kalau dapat menguasai negeri atau Putrajaya maka isu Negara Berkebajikan diperhebatkan semula. Bukan sebelum ini kita tidak sebut, tetapi kita melayan serangan yang dibuat oleh Umno BN terhadap negeri-negeri yang kita kuasai.

Mungkin ada negara berkebajikan yang menjadi aspirasi PAS?

Negara Berkebajikan yang menjadi aspirasi PAS sudah tentulah negara dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Dan sayangnya contoh-contoh negara berkebajikan ini sekarang dilaksanakan di negara barat. Orang Islam mengambil segala buruk dari jahiliah barat sebaliknya orang barat mengambil segala kebaikan yang ada dalam negara Islam. Ini yang berlaku sekarang. Sudah terbalik.

Bagaimana PAS melihat Negara Berkebajikan ini mampu melemahkan Umno BN?

Pertama sekali kita mesti mempersembahkan dari sudut pemimpin yang mesti hidup seperti atau seakan-akan Umar Abdul Aziz. Mesti bersederhana, tidak berbelanja boros dan besar dan yang pentingnya kebajikan rakyat perlu diutamakan. Yang inilah Umno tidak boleh buat. Umno memberi kebajikan kepada rakyat pada masa yang sama mereka sapu untuk mereka, lebih daripada orang lain. Dengan kehidupan serba mewah kepada diri dan keluarga mereka.

Tuan guru Abdul hadi ada menyatakan Tuan haji sebagai senjata PAS untuk menyerang Umno. Apa komen Tuan Haji?

(Ketawa). Saya menyerang Umno sejak daripada dulu. Jadi bukan perkara baru. Bukan menyerang Umno sahaja tetapi segala bentuk kemungkaran yang dilakukan. Saya sendiri tidak boleh kerja keseorangan dan mesti bergerak satu pasukan iaitu Presiden, timbalan dan naib presiden dan seluruh ahli jawatankuasa dan dewan-dewan, semua sekali kena bergerak serentak. Jadi saya yakin dalam usaha kita untuk menghadapi BN saya tidak keseorangan.

Tuan Guru Nik Aziz memberi perumpamaan Tuan Haji adalah umpama enjin kepada PAS Tuan Guru Abdul hadi Awang adalah pemandunya iaitu orang yang menekan minyak. Apakah Tuan Haji yakin pemanduan ini akan lebih hebat?

Tengok kepada pemandunya, kalau dia tekan minyak kuat enjinnya akan laju. Kalau dia tekan perlahan enjinnya akan perlahan (Ketawa). Jadi saya yakin pemandu itu memahami kapasiti enjin, berapa cc. Dan pemandu itu akan memandu mengikut kapasiti enjin itu. Dan saya yakin paduan ini baik untuk kita menggerakkan rakyat dan masyarakat.

Isu Negara Berkebajikan serlah hipokasi Umno

Posted: 25 Jun 2011 11:53 PM PDT

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Rasanya tidak ramai orang berakal akan mudah percaya jika dikatakan bahawa Umno sangat serius menjadikan pemerintahan ditunjanginya kini selari dengan tuntutan ajaran Islam. Bukan sahaja sukar mempercayainya, bahkan mungkin ada yang tergelak atau tersenyum sinis

Sebab itu teramat janggal apabila tiba-tiba para pemimpin parti asobiyah itu kini riuh mempertikaikan kenapa PAS tidak lagi mencanangkan penubuhan Negara Islam.

Kononnya apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memilih 'Membangun Negara Berkebajikan' sebagai tema ucapan dasarnya minggu lalu, ia menandakan parti itu sudah meninggalkan matlamat menubuhkan Negara Islam yang sekian lama diperjuangkannya.

Kejahilan dan kedangkalan para pemimpin Umno memahami konsep Negara Islam dalam konteks lebih menyeluruh adalah satu hal yang sudah dimaklumi. Namun persoalan yang lebih wajar ditanyakan ialah apakah keprihatinan Umno terhadap halatuju PAS itu bertitik tolak daripada hasratnya yang juga mahukan Negara Islam?

Kalau tidak kerana rekod pemerintahannya yang penuh dengan agenda mungkar dan sering pula menganjurkan perkara bercanggah dengan ajaran agama, sudah tentu tidak wajar bagi mana-mana pihak memperkecilkan komitmen Umno terhadap kedaulatan Islam di negara ini.

Malangnya, apa yang dapat dilihat, didengar dan dialami seluruh warga negara ini tidak membantu sesiapa pun memberikan kredit kepadanya di atas usaha memartabatkan hukum dan peraturan Tuhan.

Hendak dikatakan parti itu tidak berpeluang merealisasikan hasrat itu amat tidak munasabah. Ia telah diberikan kesempatan amat luas.

Lebih separuh abad selaku peneraju pemerintahan negara, tanpa pernah diselang-selikan oleh mana-mana parti lain walau seketika, sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk Umno menyempurnakan pelaksanaan agenda Islam, sekiranya ia betul-betul berhasrat sedemikian. Malangnya, hakikat itu tidak berlaku.

Mungkin itu sebab orang susah percaya jika hal ehwal menegakkan Islam cuba dikaitkan dengan sikap dan pendirian Umno. Barangkali juga ia disebabkan tabiat Umno sendiri yang bukan sahaja tidak mewarnai wajahnya dengan warna Islam, malah kerap bertindak dalam bentuk yang dinilai sebagai tidak mesra terhadap mana-mana pihak yang mahu menegakkan nilai hidup Islam.

Contohnya, selaku parti tunjang kerajaan tentu sekali Umno tidak boleh lari dari dipertanggungjawabkan apabila usaha menyemarakkan dakwah Islam dan operasi pembanterasan maksiat sering berdepan karenah birokrasi yang rumit. Bahkan dalam sebilangan kes, para pemimpin Umno sendiri tampil membantah pihak-pihak di bawah bidang kuasanya yang cuba mempertahankan peraturan Islam yang telah digunapakai sekian lama.

Dalam kes yang lebih menyerlah, Umno muncul sebagai penghalang nombor satu bagi PAS memperkenalkan undang-undang Islam di negeri-negeri diperintah parti lawannya itu. Bukankah para pemimpin parti itu yang secara terbuka memberi amaran keras kepada pemimpin kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu agar tidak meneruskan hasrat melaksanakan hukum Hudud dan Qisas suatu ketika dulu?

Sebab itu rakyat melihat sikap Umno yang kononnya amat prihatin dengan matlamat PAS menubuhkan Negara Islam kini tidak lebih suatu sandiwara politik. Ia mengingatkan kita kepada kes Hudud di Kelantan dan Terengganu dulu.

Sejurus PAS memerintah Terengganu pada akhir 1999, Umno menjadi pendesak utama agar Hudud dilaksanakan. Hampir setiap simpang jalan yang strategik dinaikan pemidang mendesak perkara itu. "Mana hudud?", "Bila lagi nak laksanakan hudud?", "Rakyat Terengganu Mahukan Hudud", baca beberapa pemidang itu.

Tidak cukup dengan itu, dalam ceramah dan program riuh-riuh anjuran Umno, isu kegagalan kerajaan PAS laksanakan Hudud turut dilaungkan.

Anehnya, apabila enakmen Hudud dan Qisas dibentang dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, empat Adun Umno mengambil pendirian berkecuali. Mereka tidak mengundi, sama ada menyokong atau membantah.

Sepatutnya dengan keghairahan melebih-lebih penjuak Umno di luar sana, kesemua empat Adun itu menjadi orang paling awal mengangkat tangan menyokong enakmen tersebut.

Hipokrasi Umno dalam menuntut pelaksanaan Hudud oleh PAS lebih terserlah apabila enakmen itu diluluskan dan kemudiannya diwartakan. Ada kenyataan pemimpin Umno mempertikai kewajaran melaksanakannya.

Ertinya, suara mereka mendesak PAS melaksanakan hukum itu sebelum itu rupa-rupanya hanya persendaan. Ia tidak lebih sekadar mewujudkan tekanan politik kepada PAS atau memberikan gambaran kegagalan pemerintahan parti itu.

Umno membuktikan ia memang tidak pernah berhasrat melihat hukum Islam itu terlaksana. Sebab itu selepas ia kembali berkuasa di Terengganu, eakmen Hudud dan Qisas 'diperap' dari pengetahuan umum, seolah-olah ia tidak pernah dibentang, diperbahas dan diluluskan Dun. Sedangkan ia telah diperkenankan Tuanku Sultan, diwartakan sebagai undang-undang sah bagi kerajaan negeri Terengganu dan hanya tunggu dilaksanakan

Itulah bukti hipokrasi Umno dalam menjunjung hukum Tuhan. Kini, episod hampir sama berkumandang lagi. Umno seolah mahu menggambarkan dirinya sebagai pihak yang paling mahukan Negara Islam. Lalu, apabila PAS tidak menyebut kalimah itu dalam muktamarnya kali ini, Umno seolah-olah menjadi pihak "paling dukacita". Cheh!

PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Jun 2011 09:37 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih

Posted: 26 Jun 2011 07:43 PM PDT



KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih.

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan MENUDUH PEMUDA TERSEBUT SEBAGAI MUNAFIK.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu.

Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.

Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4011-dihalau-keluar-masjid-kerana-pakai-baju-bersih

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 26 Jun 2011 09:28 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


Posted: 26 Jun 2011 03:39 AM PDT

Penduduk terima pemeriksaan kesihatan percuma 

MUAR - Hampir 30 penduduk Parit Bakar tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan percuma daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani Dr Mohamad Taslim.

Rawatan pemeriksaan kesihatan bagi penyakit darah tinggi dan kencing manis itu diadakan di sebuah warung di Pekan Parit Bakar, di sini.


Menurutnya, Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma ini telah dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani ini sejak lebih 10 tahun yang lalu.

"Ia adalah Program Kebajikan PAS Kawasan Muar sebagai salah satu usaha untuk mendekati rakyat.

"Kaedah ini juga menjadi langkah pencegahan untuk mengurangkan bilangan rakyat DUN Maharani daripada menghadapi penyakit kronik," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad berkata, beliau juga sering mengadakan lawatan berkala dari rumah ke rumah mengunjungi penduduk yang menghidap penyakit kronik, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang ditimpa musibah.

"Inilah adalah di antara khidmat yang dapat saya sumbang sejak sebelum menjadi Wakil Rakyat lagi.

"Rawatan seperti ini akan teruskan dikekalkan supaya manfaat ini dapat dikongsi bersama dengan rakyat di sini," katanya.

Beliau berkata, sebagai seorang doktor perubatan beliau rasa terpanggil untuk menyumbangkan kemahiran perubatan bagi memastikan rakyat di sini mempunyai tahap kesihatan yang baik.

"Saya sedar bahawa ada dalam kalangan penerima rawatan ini menghadapi kekangan untuk mendapatkan rawatan sendiri ke klinik kerana masalah pengangkutan.

"Jadi diharapkan melalui kaedah ini akan dapat memperkukuhkan hubungan di antara pemimpin dengan rakyat," katanya. 

sumber:http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story9232031.asp

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 26 Jun 2011 09:06 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Bersih 2.0: Siapa pengkhianat

Posted: 26 Jun 2011 08:38 PM PDT

KUALA LUMPUR : Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengkhianati perjuangan rakyat adalah tuduhan yang tidak tepat.

"Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad .

Beliau juga mempersoalkan kenapa Bersih 2.0 yang didukung oleh NGO dan parti-parti politik bertegas juga hendak berhimpun secara aman pada 9 Julai ini.

Tambahnya, Timbalan Presiden Umno itu perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih 2.0 bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak.

Katanya, jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah.

"Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihan raya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos?"

"Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan," tanya beliau.

Beliau berkata, jika kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang mengkhianati kepada rakyat.

Tambahnya, oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi, maka mereka sanggup turun ke perhimpunan aman Bersih.

Sepatutnya, kata beliau Muhyiddintidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara.

"Sepatutnya kerajaan sudah matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihan raya dan usaha penambah baikan perjalanan pilihan raya , apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang," katanya.

Sebaliknya, kata beliau lagi walaupun berlaku beberapa pertemuan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan SPR, segala pandangan yang diberi seperti mencurah air di dalam daun keladi.

"Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin BN," ujarnya.

Tuntutan Bersih: SPR pernah tipu rakyat

Posted: 26 Jun 2011 08:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, : Dewan Pemuda PAS Pusat ingin menyingkap kembali pembelian dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 2008 yang menelan belanja RM3 juta.

Naib ketuanya, Raja Ahmad al-Hiss berkata, dakwat itu tidak digunakan dengan pelbagai alasan sama ada daripada pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) atau daripada pihak SPR yang mengatakan bahawa Kabinet tidak bersetuju penggunaan dakwat kekal tersebut dan pihak SPR berkuasa untuk tidak meneruskan penggunaan dakwat kekal tersebut walaupun telah membelinya.

"Persoalan yang ada ketika itu, siapakah telah menipu di dalam perkara ini?" soalnya.

Katanya, jika pihak kerajaan mengatakan bahawa pihak yang berkuasa menjalankan sistem pilihan raya di dalam negara kita, ini bermakna dalam rekod bahawa SPR pernah menipu rakyat ketika itu.

Beliau berkata, adakah dengan membatalkan Himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai ini bahawa semua tuntutan Bersih akan ditunaikan dan tiada penipuan akan berlaku lagi.

Soalnya lagi, adakah janji SPR tersebut boleh diterima pakai oleh rakyat kerana rekod sedia ada SPR pernah tercalar berikutan menafikan hak rakyat dan membazir wang rakyat.

"Kami ragu akan keikhlasan SPR kerana perilaku mereka hanya ingin memastikan BN terus berkuasa dengan cara kotor dan jelas apa yang berlaku di negeri Perak telah mencalar demokrasi dalam negara kita," katanya.

Beliau menambah, ini sudah tentu rakyat kurang yakin akan kredibiliti SPR yang menggambarkan terlalu banyak keraguan yang masih tidak meyakinkan rakyat untuk menerimanya

PAS LENGGONG

Posted: 26 Jun 2011 07:38 PM PDT

PAS LENGGONG


Kekecohan yang cuba dilakukan

Posted: 25 Jun 2011 07:28 PM PDT

Pada petang hari kehadiran DSAI telah berlaku sedikit kekecohan oleh sekumpulan yang menyamar dan mengguna nama orang lenggong sedangkan pemimpin berkenaan dilenggong tidak mengetahuinya.
Penyamaran itu amat memalukan kumpulan tersebut. Malah polis diletakkan dalam keadaan serba salah.
inilah kerja jahat umno untuk menjal;ankan provokasi terhadap rakyat dan penduduk lenggong.
Selepas itu pengacau bergerak pula ke gerik.

Khalid Samad

Posted: 26 Jun 2011 07:34 PM PDT

Khalid Samad


Respon Kepada Pengunjung: Isu Rahsia Parti

Posted: 26 Jun 2011 06:17 PM PDT

Ada yang tidak akan bersetuju dengan apa yang saya tulis dan lakukan walau apa sekalipun penjelasan yang saya cuba beri. Oleh itu, saya tidak akan cuba berusaha untuk meyakinkan mereka ini. Apabila hati telah dikuasai perasaan, samada kebencian atau kecintaan, ia mampu menumpulkan akal, sehingga kebenaran sesuatu hujjah atau kepalsuannya, yang dapat difaham dan diiktiraf semua, tetap tidak dapat diakui diri sendiri. Saya doakan supaya perasaan tidak menguasai hati ahli jamaah dan sebaliknya semua hujjah yang dikemukakan dinilai atas kebenarannya dan bukan berdasarkan siapa yang menyatakannya.

Saya juga mendoakan semoga PAS tidak akan mendapat pemimpin yang menganggap 'karipap' sebagai rahsia jemaah; atau pemimpin yang menganggap cara bagaimana pengajaran yang terkandung dalam Islam dihayati pada zaman sekarang tidak perlu ditonjolkan, memadai dengan sekadar menceritakan Seerah; atau pemimpin yang angkuh, yang menganggap orang lain tidak ditamrin, sambil tidak menyatakan apa yang dianggapnya tidak kena.

Sesuatu yang dianggap rahsia adalah rahsia walaupun ianya tidak dikaitkan kepada perbincangan dalam mesyuarat. Oleh itu yang tidak rahsia tetap tidak rahsia, walaupun dikaitkan dengan perbincangan dalam mesyuarat. Sebagai contoh, ayat yang berbunyi, "kami makan karipap" dan "kami makan karipap dalam mesyuarat". Dua-dua ayat tersebut tidak mengandungi 'rahsia' walaupun ayat kedua dikaitkan dengan mesyuarat. Begitu juga ayat "Dr. Hatta lebih cergas" dan "dalam mesyuarat saya nyatakan Dr. Hatta lebih cergas". Kedua-dua ayat tidak mengandungi rahsia, lebih-lebih lagi apabila pengumuman keputusan melantik Dr. Hatta dan sebab-sebabnya telah dilakukan pimpinan. Sebaliknya, ayat yang sedemikian hanya menjelaskan pandangan saya, bukan rahsia parti.

Dalam pada itu, sesuatu yang rahsia tidak perlu dikaitkan dengan perbincangan mesyuarat untuk menjadikannya rahsia parti. Sebagai CONTOH "kita utamakan kemenangan Shah Alam berbanding Kota Raja" dan "dalam mesyuarat diputuskan kita utamakan kemenangan Shah Alam berbanding Kota Raja". Kedua-dua ayat mendedahkan rahsia strategi parti walaupun ayat pertama tidak disebut "dalam mesyuarat".

Amat penting untuk ahli jemaah memahami apa yang rahsia dan apa yang tidak. Salah faham dalam soal ini telah menghasilkan kezaliman di dalam sejarah ummat Islam. Sebagai contoh, yang melibatkan jurubina Taj Mahal apabila dianggap rekabentuk dan cara pembinaan Taj Mahal sebagai satu rahsia besar! Maka demi menjaga 'rahsia' itu, jurubina tersebut perlu dibunuh. Dan yang akan dibunuh dan yang akan membunuh terpaksa wala' kepada keputusan Sultan. Inilah di antara salah faham yang menyebabkan ummat Islam akhirnya tumpas di tangan musuh.

Kedua, persoalan menceritakan corak kepimpinan yang sediada. Ianya penting supaya rakyat memahami PAS mengikut cara kepimpinan Rasulullah (SAW). Jikakalau sekadar ingin bercerita cara Baginda memimpin, itu boleh diminta ustadz dari UMNO untuk menceritakannya. Tetapi yang lebih penting ialah untuk digambarkan bagaimana cara itu dilaksanakan oleh pimpinan PAS, supaya rakyat dan ahli faham, ianya bukan demi ilmu semata-mata, tetapi ianya untuk dihayati. Pada masa yang sama, ianya bertujuan menyanggah salah faham yang wujud di kalangan sebahagian ahli bahawa cara kepimpinan dalam PAS adalah lebih mirip cara diktator.

Yang terakhir, yang ingin saya tegur ialah golongan yang angkuh. Keangkuhan menghancurkan amalan dan yang angkuh akan dicampakkan ke dalam neraka. Perasaan riya' adalah syirik kecil dan perlu dijauhi. Kalau ada yang tidak kena dan tidak dipersetujui, sebut sahaja secara jelas perkara tersebut tanpa perasaan berlagak sebagai ilmuan besar dengan menyebut perlu mengikuti tamrin dan sebagainya. Silap-silap yang disuruh ke tamrin telah bertamrin sejak yang menyuruh masih belum dilahirkan! Nyatakan sahaja hujjah dan alasan mengapa tidak bersetuju dan sekiranya ianya benar maka akan diterima dan sekiranya ianya tidak benar, maka akan dijelaskan mengapa.

Itu sebenarnya cara untuk mengembang ilmu, bukan dengan cara menyuruh baca ini dan baca itu, atau menyuruh ke tamrin dan sebagainya. Sikap 'holier than thou' atau 'aku lebih alim dari kamu' yang seperti ini tiada tempat dalam jemaah Islam yang ahlinya menghormati pandangan semua dan berhujjah dengan cara saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Inilah di antara pengajaran yang ingin saya sampaikan melalui apa yang saya kisahkan di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Alim ulama' besar, duduk berbincang dengan orang seperti saya, mendengar hujjah dan menimbangnya atas kekuatan hujjah tanpa sama sekali menunjukkan sikap angkuh. Menjelaskan pandangan mereka yang sebaliknya atau menerima pandangan yang berbeza dan mengenepikan pandangan diri mereka sendiri. Tidak walaupun sekali mengeluarkan kata-kata, "kamu perlu ditamrinkan" kepada sesiapa. Mungkin yang mendesak seseorang itu ditamrinkan perlu ditamrinkan terlebih dahulu.

Akhir sekali, dalam isu cantas mencantas. Itu tidak ada kena mengena dengan PAS. Ianya respon saya kepada kenyataan Satim Diman. Mungkin yang membuat komen ini perlu membaca kembali artikel keseluruhannya dan bukan sekadar tajuknya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 26 Jun 2011 07:17 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Asal BERSIH ja...Apa Pun Tak Boleh (bak kata Jambu)...

Posted: 26 Jun 2011 09:23 AM PDT

8 lelaki ditahan pakai baju kuning bertulis Bersih
Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini. 

"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Amiruddin berkata kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan polis akan membebaskan mereka selepas keterangan diambil daripada mereka.

Difahamkan kesemua mereka yang dipercayai penyokong parti pembangkang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di hadapan Majid Taman Kosas kira-kira jam 11 pagi.- MK

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 26 Jun 2011 07:05 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Program Anugerah kecemerlangan dan Hi Tea

Posted: 26 Jun 2011 01:47 AM PDT

Dewan Muslimat PAS Kawasan akan menganjurkan Program Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada 27 Jun 2011 iaitu esok. Program ini diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak ahli dan penyokong PAS yang cemerlang dalam semua peperiksaan tahun 2010.

Pada sebelah malamnya pula diadakan Ceramah Umum yang menampilkan AJK PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang juga merupakan mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Sementara itu Lajnah Penerangan PAS Kawasan dan Majlis Tindakan DUN akan mengadakan Program Hi-Tea bagi mengumpul dana pada 5 Julai ini bertempat di Kg Musai, Bukit Baru. Tetamu istimewa program tersebut ialah Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub. Beliau juga akan menyampaikan ceramah di tempat yang sama bermula jam 9.00 malam.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 26 Jun 2011 03:30 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


KJ KATE DAPAT UGUTAN SEMALAM... STATEMENT KAT KLIA PULAK TUE...

Posted: 26 Jun 2011 06:48 AM PDT

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau menerima ugutan itu melalui khidmat pesanan ringkas (sms) yang dihantar pada tengah malam tadi.berhubung penyertaan mereka dalam Perhimpunan Patroit pada 9 Julai ini.

"Satu laporan polis akan dibuat hari ini oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima sms yang sama," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan turut membuat laporan polis kerana menarima SMS ugut bunuh berikutan pembabitan beliau dalam perhimpunan 9 Julai ini.

..... UMporNo mengatakan yang Ambiga membuat sendiri ugutan bunuh terhadap dirinya.... agak2 KJ sape yang pulak nak ugut bunuh dia...? sape yang tau nombor dia kalau bukan geng-geng lucah umno sendiri....wakakaka.... dan yang paling best buat statement kat wartawan di KLIA... report kat sana ke??

POLIS MALAYSIA PANDAI BACA 'JAWI'... FUYYO...

Posted: 26 Jun 2011 05:58 AM PDT

Pehhhh... Polis Malaysia pandai baca jawi.... tak sia2 harakah buat ruangan jawi.... terpakse la puak-puak nie belajar baca jawi sebab nak tau ape yg ditulis dalam harakah....
Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang di sini kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan 9 Julai ini.

"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya dipetik Bernama Online.

Amiruddin berkata kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan polis akan membebaskan mereka selepas keterangan diambil daripada mereka.

Kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di hadapan Majid Taman Kosas kira-kira 11 pagi.

BOLASEPAK PERSAHABATAN : DPPWM vs TKO

Posted: 25 Jun 2011 09:24 PM PDT

Hari ini bertempat di Padang Sekolah Teknik Kuala Lumpur diadakan perlawanan persahabatan bolasepak padang diantara DPPWM dan Terengganukito online (TKO). Perlawanan bermula sekitar jam 9.30 pagi tadi yang mana DPPWM (jersey Hitam) memulakan sepak mula. Minit ke 20, TKO dianugerahkan sepakan penalti apabila penyerangnya dibentes oleh pertahanan DPPWM dan dengan mudah menyempurnakan jaringan tersebut. Keputusan 1-0 sehingga ke akhir perlawanan walaupun DPPWM mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol. Namun takdir tidak menyebelahi pihak DPPWM






 Apapun diucapkan tahniah diatas kesungguhan dan swemangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. DPPWM mengalu-alukan sekiranya ada pemuda (termasuk UMporNo) yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan kami.

VIDEO SAAT AMMAH INDONSEIA DIQISAS...

Posted: 25 Jun 2011 04:47 PM PDT

Video ini memaparkan berita dan visual saat Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum mati di Arab Saudi pada Sabtu (18/6).

Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur.

Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih." (QS 2:178)

Dalam ayat itu disebutkan, kewajiban hukum qisas pada orang­-orang yang terbunuh, orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba sahaya dengan hamba sahaya, dan perempuan dengan perempuan. Akan tetapi barangsiapa yang diampunkan untuknya dari saudaranya seba­gian, maka hendaklah mengikuti dengan yang baik, dan tunaikan kepada- nya dengan cara yang baik.

.... sebab tue UMprNO takut nak laksana hudud ... sebab depalah pembuat maksiat No 1 kat Malaysia...

1248 LAPORAN BANTAH HIMPUNAN PERKASA & UMporNO

Posted: 25 Jun 2011 04:22 PM PDT

 Polis telah menerima sebanyak 1,248 laporan daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara membantah perhimpunan yang akan dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, laporan yang diterima itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas menghalang perhimpunan berkenaan kerana bimbang keamanan dan ketenteraman awam terjejas.

"Jumlah laporan sebanyak 1,248 telah diterima sehingga petang semalam (kelmarin)," katanya semalam.

....  bangsat Perkasa &  UMporNO  turut demo haram jugak ke?....

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 26 Jun 2011 03:07 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BERSIH BELUM APA-APA , PERKASA YANG LEBIH !

Posted: 25 Jun 2011 11:29 PM PDT


Maka bagi jawapan untuk perkara 10(1)(b)Perlembagaan persekutuan,polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijaminkan.Maka,marilah kita beramai-ramai menyahut panggilan BERSIH untuk berhimpun ditempat yang telah ditentukan pada tarih 9 julai dengan semangat 1 Malaysia dan patriot tanpa risau dan sasau.Elakkan diri dari menjadi buta huruf dan bangang keatas makna dan maksud perkara 10(1)(b) Perlembagaan persekutuan untuk rakyat malaysia umumnya.Hendaklah kita menyahut panggilan sebgaimana dibahasakan oleh orang melayu lama tidak melayu baru sebagai peribahasa atau talibun dibawah ini

Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin
Yang pekak pembakar meriam
Yang buta pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul buluh

Ayuh dengan langkah jihad dan kerakyataan Malaysia bersama BERSIH demi keadilan dan kebajikan rakyat malaysia

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 26 Jun 2011 01:27 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Umno atau Pas...?

Posted: 26 Jun 2011 01:32 AM PDT

Dupahang's Weblog

Posted: 26 Jun 2011 11:51 AM PDT

Dupahang's Weblog


HUKUM DEMONSTRASI BERSIH 2.0: ANTARA FATWA MENGHARAM DAN MENGHARUSKAN.

Posted: 26 Jun 2011 07:31 AM PDT

PENDAHULUAN Ini adalah penulisan separa ilmiah untuk menjawab beberapa pandangan yang dirasakan kurang tepat tentang hukum berdemontrasi. Ia merujuk kepada usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan beberapa NGO untuk mengadakan demontrasi yang dipanggil "BERSIH" untuk mencapai matlamat yang telah digariskan. Tulisan ini bertujuan sebagai bahan perbincangan dalaman yang masih terbuka kepada penambahbaikan bagi memantapkan [...]

“Motif tayangan dedahkan keruntuhan moral Anwar”

Posted: 26 Jun 2011 06:54 AM PDT

Kenyataan Rasmi: Ulamak Pelapis PAS Kuala Lumpur, 25 Jun 2011 – Utusan Malaysia bertarikh 25 Jun 2011 yang menyiarkan berita bertajuk: “Motif tayangan dedahkan keruntuhan moral Anwar” ketika pengakuan Datuk ‘T’ di mahkamah menyebut bahawa pendedahan dan penayangan video seks menyerupai Ketua Pembangkang adalah untuk mendedahkan keruntuhan akhlak Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak dapat [...]

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 26 Jun 2011 11:24 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


CERAMAH UMUM

Posted: 26 Jun 2011 07:30 AM PDT

DUA MALAM DI PUTRA!!!




YB SALAHUDDIN AYUB (NAIB PRESIDEN PAS)

YB AZAN ISMAIL (MP INDERA MAHKOTA)




















TN HJ MOHD SABU (TIMB PRESIDEN PAS)

PIMPINAN PKR

PIMPINAN DAP

PAS Pahang dirombak, tonjol pelapis muda

Posted: 25 Jun 2011 07:04 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 25 Jun: PAS Pahang yang selesai mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini dengan memfokuskan agenda kepada penstrukturan jawatankuasa baru badan perhubungan negeri.

Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, perubahan beberapa jawatankuasa memperlihatkan penyertaan golongan muda sebagai barisan pelapis mula ditonjol dalam menyediakan satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

PAS Pahang, katanya membuat rombakan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dengan memasukkan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi sebagai Timbalan Pesuruhjaya.

Tindakan ini dilihat sebagai satu usaha memantapkan barisan pemuda negeri sebagai tenaga penting dalam persiapan pilihanraya.

Di samping itu, Penerangan PAS Pahang juga menyaksikan perubahan, apabila Ustaz Sauhaimi Saad iaitu bekas Ketua Pemuda Negeri dilantik sebagai Ketua Penerangan manakala Ketua Pemuda Negeri disandang oleh Ustaz Shahril Azman al Hafiz.

"Mesyuarat hari ini juga telah membuat komitmen untuk menggerakkan ahli dan penyokong PAS Pahang seramai 30,000 orang untuk menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9hb Julai nanti," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS Pahang, katanya akan membantu pasukan keselamatan bagi memastikan himpunan itu akan berjalan dengan aman, dan mengecam sebarang tindakan bersifat provokasi yang cuba dicetuskan mana-mana pihak.

Tambahnya, mesyuarat juga menggesa agar ditingkatkan usaha bantahan terhadap projek Lynas yang mempunyai risiko kepada kehidupan penduduk dan alam sekitar.

Katanya, mesyuarat dimaklumkan beberapa himpunan bantahan yang berterusan diadakandi sekitar Kuantan bersama dengan pelbagai NGO dan menggesa ahli PAS turut sama dalam siri bantahan tersebut.

Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang.

Pesuruhjaya : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Pesuruhjaya 1: Ustaz Yusuf Embong

Timbalan Pesuruhjaya 2: Dr Hamzah Jaafar

Timbalan Pesuruhjaya 3: Nasruddin Hassan Tantawi

Bendahari: Ir Musanif Abd Rahman

Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Shahrir Azman Al-Hafiz

Ketua Dewan Ulamak: Ustaz Mokhtar Senik

Ketua Dewan Muslimat: Salamiah Mohd Nor

Pengarah Jabatan Pilihanraya: Abdul Majid Hassan

Ahli Jawatankuasa:

Hasanuddin Salim

Syed Hamid Syed Mohamad

Andansura Rabu

Yohanis Ahmad

Alawiyyah Abdullah

Siti Ruhani Abu Bakar

Ramli Awang Abd Rahman

PAS

Posted: 26 Jun 2011 11:16 AM PDT

PAS


Posted: 25 Jun 2011 10:34 PM PDT


KEPERLUAN BILIK GERAKAN PILIHANRAYA DPPK
Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera.
Bagi memastikan kejayaan BA dalam pilihan raya umum ke-13, dengan sukacitanya kami mengalu-alukan
sebarang bentuk bantuan yangg boleh Tuan/Puan berikan bagi memperlengkapkan bilik gerakan  dan persiapan logistik. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
1. Komputer/printer
2. Mesin fax
3. White board
4. Kerusi/meja
5. Stationery
6. PA sistem / Loud Speaker / Megaphon / Heller
7. TV//VCD player
8. Peralatan dapur
9. Bahan makanan
10. Mineral water
11. Mesin fotostat
12. Kewangan
Bagi sesiapa yg berminat membantu kami, sila hantarkan email anda kepada salah-satu dari email id di bawah dan nyatakan bentuk sumbangan yang boleh diberikan dgn kadar SEGERA!
                 pemudakuala@gmail.com
                 tongkatsunan@gmail.com
Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas sumbangan anda dalam perjuangan menegakkan yang Haq dan 
menumbangkan kezaliman.
Terima kasih.
Salam Hormat
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar
(Ibnu Yahya) - 0103957276 (SMS sahaja)

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 26 Jun 2011 11:06 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Bersih 2.0: Aktivis PSM, Suaram masih ditahan

Posted: 25 Jun 2011 09:05 PM PDT

KEPALA BATAS, 26 Jun: Sehingga awal pagi ini, 35 aktivis aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Suaram yang ditahan di Tol Sungai Dua sekitar pukul 3.30 petang semalam masih belum dibebaskan.
Mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj dalam rangka lawatan ke Sungai Ara, Pulau Pinang untuk menghadiri kempen Bersih dan 'Udah La.. Bersaralah!!' dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas untuk disoal siasat.
Harakahdaily difahamkan sebenarnya rombongan yang bertolak dari Ipoh tengah hari semalam akan mengadakan lawatan ke beberapa lokasi di Pulau Pinang sebelum bertolak pula ke Perlis untuk menghadiri majlis yang sama pada malam ini.
Beberapa orang kepimpinan PSM, Suaram, PKR dan PAS turut berada di luar IPD sehingga larut malam menanti mereka yang ditahan dibebaskan namun semuanya hampa.
Antara kepimpinan PAS yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein, Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man, Ketua Penerangan PAS Kepala Batas, Osman Ayub, Ketua Penerangan Tasek Gelugor, Abdul Rahman Kasim, Ketua Cabang PKR Kepala Batas, Latif Abdullah dan ramai lagi.

Umno BN sangat bimbang 8 tuntutan Bersih

Posted: 25 Jun 2011 09:03 PM PDT

KUBANG PASU, 25 Jun: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Umno BN sangat bimbang dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 sehingga meningkatkan usaha menyekat rakyat hadir ke himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Beliau mempersoal undang-undang yang dipakai Umno BN yang melarang rakyat memakai dan menjual baju kuning.
"Di Malaysia ini begitu ganas dan zalimnya pimpinan Umno, bila pakai baju kuning dan jual baju bersih dianggap satu kesalahan.
"Undang-undang mana yang mereka pakai? Ini satu bentuk keangkuhan kuasa dan tindakan terdesak kerajaan sebab mereka tengok kita minta pilihan raya Bersih.
"Ada mereka pertahankan kebersihan pilihan raya?" katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Dun Bukit Kayu Hitam dan Pejabat PKR Kubang Pasu petang tadi.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa orang yang ditahan dan disoal siasat kerana memakai baju berlogo Bersih 2.0 malam tadi dan hari ini.
Beliau turut mendakwa pilihan raya di Malaysia tidak ada bezanya dengan pilihan raya di Mesir sehingga rakyat bangkit melakukan perubahan.
Katanya lagi, rakyat negara ini turut mahu melakukan perubahan terutamanya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui wujudnya pertindihan daftar pemilih.
"Pilihan pilihan raya di Malaysia tidak ada beza dengan siapa yang boleh nafikan ada masalah daftar pengundi?
"Bukan sahaja PKR PAS lebih terperinci bawa kes ini yang saya lihat sendiri dari jauh. Ada ruang media yang bebas? Tidak ada.
"Apa beza pilihan raya Najib Tun Razak  dengan pilihan raya Hosni Mubarak di Mesir, tolong jelaskan.
"Mengapa rakyat dan dunia menyokong perubahan pilihan raya di Mesir dan adakah salah kita menuntut pilihan raya yang sama?" soalnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.
Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak menuntut pilihan raya untuk kepentingan mereka tapi demi rakyat.
"Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan," katanya.
Mengulas mengenai tahanan dua mahasiswa yang terlibat dalam program masyarakat di Gebeng, Kuantan petang tadi, beliau menyifatkan ianya untuk menakutkan golongan muda.
"Dia akan tangkap sesiapa yang dilihat ke depan untuk menakutkan rakyat," katanya.

300 peguam sertai himpunan Bersih 2.0

Posted: 25 Jun 2011 09:02 PM PDT

SHAH ALAM, 25 Jun: Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300  peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.

Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.

Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.

"Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen," tegasnya.

Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.

Beliau ditemui ketika memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi.

Musfari Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat sini.

Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam, di Seksyen 7.

Turut serta adalah Setiausaha PAS Selangor, Peguam Mohd Khairuddin Othman, Timbalan YDP PAS Shah Alam, Haji Azli Yusof, Ketua Pemuda kawasan, Mohd Hilmi Radzuan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Shah Alam, Jefri Zain.

Menurut Musafri, ketika beliau keluar sebaik selesai mesyuarat persiapan menganjurkan sukaneka di cawangan mereka, empat anggota polis berpakaian awam menahannya.

Mengikut Musafri Azmi, 27, beliau mengakui tidak biasa dengan tindakan polis cawangan khas (SB), terus menahan sebaik mengenal pasti terdapat lapan unit baju Bersih di tangannya.

Bendahari Pemuda Padang Jawa Petaling sambil berseloroh berkata kepada pihak polis ketika disoal siasat, tidak berbaloi beliau ditahan dari 11.30 malam hingga 210 pagi hanya kerana hendak menjual lapan helai baju yang hanya untung RM3.

Seriusnya, beliau sempat berhujah dengan anggota polis tentang sahnya Himpunan Bersih kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Lalu, jelasnya, mereka meminta beliau menghuraikan pula apa definisi demokkrasi dan menyatakan apa itu Bersih serta tuntutan lapan perkara.

Lebih dari itu, ujarnya, soalan pihak polis lebih terarah kepada siapa pengedar baju dan penggerak Bersih.

Sementara itu, Peguam Khairuddin mendesak pihak polis agar bertindak mengikut undang-undang sedia ada kerana jika betul tindakan mereka, baharu rakyat dapat menerimanya dengan baik.

"Malang bila kita minta di bawah undang-undang mana pemuda kita ditahan, mereka tidak dapat menjelaskannya dengan baik dan terperinci.

"Kerana itu, saya juga menyeru rakyat agar hadir beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 9 Julai kerana pihak polis tidak mempunyai hak untuk menahan sesiapa pun kerana himpunan kita aman," tegasnya.

Pakar Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan polis tidak boleh membuat penghakiman awal berhubung himpunan itu  dan jika dilakukan juga, jelas mereka menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan negara .

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang UIAM itu.

Sebelum itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah di Uptown Shah Alam ketika menanti makanan sampai, minta kad pengenalan, digari dan dibawa ke IPD sama.

Beliau menyerahkan kepada Peguam Latheefa Koya yang turut hadir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menahan beliau kerana memakai baju Bersih tanpa sebarang alasan kukuh.

Pihak polis mengawal jalan masuk ke Uptown sejak jam 7 malam hingga jam 4 pagi kerana ada iklan di facebook menyatakan satu majlis Pra Bersih akan dilancarkan di situ.

Kawasan pentas yang selalunya diadakan program karaoke dan juga ceramah agama sebulan sekali itu ditalimerahkan oleh pihak keselamatan. IBH

Bersih: Umno diingat tidak libatkan Agong

Posted: 25 Jun 2011 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun: PAS menyelar sikap pihak tertentu yang didakwa mahu menggunakan Yang di-Pertuan Agong bagi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai ini.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan tersebut adalah sangat tidak wajar kerana Agong merupakan tempat mengadu rakyat yang terakhir.

"Tidak sepatutnya pihak tertentu mengguna Agong untuk halang hak rakyat.

"Tindakan ini sangat tidak patut, kerana seluruh rakyat bernaung di bawah Agong dan berhak bertemu dengan baginda untuk mengadu sesuatu masalah", katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas desus yang mendakwa Umno sedang berusaha mendapatkan campurtangan Agong bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 dari diadakan.

Himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu sebelum ini mendapat kecaman khususnya dari pimpinan Umno BN.

Tidak hanya melalui kenyataan terbuka, kecaman sama juga dibuat semasa sesi perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Himpunan tersebut yang dianggarkan disertai hampir 800 ribu orang, akan berarak ke Istana Negara dengan menggunakan warna tema pakaian kuning.

Selain bagi menjunjung institusi Diraja dan demokrasi, warna kuning itu juga sebagai lambang kebebasan, ketulasan dan keadilan.

Sehingga hari ini lebih 10 orang sudah ditahan dan diambil keterangan oleh polis kerana memakai dan menjual baju kuning bercetak "Bersih 2.0" kepada orang ramai yang bakal diguna pada perhimpunan itu nanti.

Ianya dilihat usaha pencegahan awal oleh pihak polis yang memberi amaran sebelum ini untuk membuat tangkapan awal.

"Kita mengharapkan bahawa perubahan yang dituntut rakyat ini diterima oleh SPR,"katanya.

'Ketua Umno SPR' didesak letak jawatan

Posted: 25 Jun 2011 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sekali lagi mengulangi desakannya agar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu meletak jawatan.

Desakan itu dinyatakannya hari ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui wujud "pengundi hantu" dalam rumah ibu Ahli Parlimen Gombak itu yang beralamat di Kg. Klang Gate Baru.

"Wan Ahmad Wan Omar cabar saya buktikan dakwaan wujud pengundi hantu. Saya buktikan dan SPR akui. Wan Ahmad wajib berundur," katanya.
Pada satu kenyataan media hari ini, Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria mengakui enam individu secara salah didaftar ke alamat rumah Ahli Parlimen Gombak itu.
Kamaruddin berkata, lima keturunan Cina dan seorang Melayu didaftar di alamat rumah Azmin dan mengakui senario itu berlaku di kawasan lain.
Mengakui juga SPR memiliki bidang kuasa terhad bagi mengatasi masalah itu, beliau meminta pengundi hantu di rumah Azmin dan kawasan lain supaya membuat penukaran alamat yang dipercayai berdasarkan alamat kad pengenalan.
Sebelum ini, Azmin dicabar Wan Ahmad agar membuktikan dakwaannya bahawa ada penipuan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR.

Wan Ahmad berkata, Azmin tidak bercakap benar dalam isu itu.

Menyahut cabaran itu, Azmin ketika berucap pada Konvenysen Pilihan Raya KEADILAN  minggu lalu kemudiannya mendedahkan rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate memiliki 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina sedangkan ibunya tinggal berseorangan.

Nama yang didaftar di rumah ibunya ialah Mohamed Azmin Ali, Tan Teek Hock, Shamshida Taharin, Mohamed Azwan Ali, Lokman Abdul Rashid, Moufed Yazli Mohd Yazit, Aminudi Harun, Cgee Tom Yahaya, Tan Teek Fong dan Lim Hock Seng.

Bukti penyelewengan itu ujar Azmin berdasarkan daftar pemilih induk terbaru yang diwartakan 13 Mei lalu.

Sehubungan itu beliau mahu Wan Ahmad yang juga disifatkannya sebagai "Ketua Umno dalam SPR" meletak jawatan segera.

"Kekalkan Wan Ahmad Wan Omar di SPR adalah menghina institusi YDP Agong kerana institusi Raja adalah institusi yang mulia dan adil", tulisnya di Twitter.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyifatkan penipuan SPR itu sebagai "bodoh" kerana melibatkan rumah pimpinan tertinggi PKR.

Beliau juga turut mencabar Wan Ahmad meletak jawatan dan bertanding atas tiket Umno melawan Azmin di Gombak pada pilihan raya umum nanti.

Pembuktian itu juga jelasnya antara faktor kenapa Himpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini wajar diadakan.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 26 Jun 2011 09:56 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Semua insan mahukan perhatian dan kasih sayang

Posted: 26 Jun 2011 07:44 AM PDT

ADUN SELAT KLANG ziarah warga emas, orang saikt dan susah

Posted: 26 Jun 2011 07:27 AM PDT

25.6.11
YB Dr Hjh Halimah Ali meluangkan masa selepas majlis yasin, khitan anak perempuan untuk ziarah warga DUN SELAT KLANG yang kurang bernasib baik untuk memberi sedikit keceriaan dengan sentuha peribadi pemimpin dan sedikit buah tangan bersama dengan jentera PAS.

Proses 'Mengilmukan' Selangor

Posted: 26 Jun 2011 06:21 AM PDT

26.6.11
Ahad
SHAH ALAM

Sambutan Hari Ilmu Selangor ke-2 telah selamat dirasmikan YAB Dato' Menteri Besar Selangor di SACC CONVEC SHAH ALAM.
Satu kelainan pada tahun ini ialah kempen besar-besaran '15min READING BREAK' atau 'Berhenti Sejenak,Jom Baca' yang berlangsung serentak diseluruh Selangor.Bermula dari SACC Convec Shah Alam;turut disertai di
1.Sawah padi Parit 3, Daerah Sabak Bernam
2.Bukit Melawati. Daerah Kuala Selangor
3.Hospital Daerah Banting, Daerah Kuala Langat
4.Pengkalan Batu, Daerah Klang
5.Taman Tasik Cempaka,Hulu Langat
6.Empangan Sg Selangor bersama Orang Asli,Daerah Hulu Selangor
7.Air Terjun Kemensah , daerah Gombak
8.Bagan Lalang, daerah Sepang
9.Library MPSJ, Daerah Petaling

Turut menyerlkan lagi majlis sambutan Hari Ilmu Selangor ialah apabila sasterawan negara, Datuk Dr Anwar Ridwan dan A.Samad Said serta penulis-penulis dari seluruh tanah air.Majlis juga ditambah nilai dengan penganugerahkan TOKOH PENULIS SELANGOR kepada Prof.Madya Dr.Sharir.Kemudian dialog para penulis bersama YAB Dato'Menteri Besar, EXCO Pendidikan, EXCO Kebudayaan Selangor yang memberi ruang yang seluas-luasnya untuk mereka meluahkan hasrat mereka sebagai golongan yang agak terpinggir.
Turut serta dalam majlis perasmian ialah YB EXCO Dr Yakop Sapari, YB Dr Ahmad Yunus Hairi, YB Saari Sungip,YB Manoharan, Datuk Bandar MBSA, MBPJ, Ketua Jabatan dan agensi kerajaan,pengurusan tertinggi UNISEL,INPENS dan para pempamer.
Sebelah petang pula, konvensyen penulis dijalankan. Ia memberi ruang kepada kedua-dua sasterawan negara serta Tokoh Penulis Selangoruntuk memberi pandangan topik 'Merakyatkan Ilmu: Peranan Penulis dan Tanggungjawab Kerajaan'.Majlis ditutupkan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali sebagai EXCO Pendidikan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.



PAS YOUTH has inherited strong roots.It just needs nutrients and sunshine to grow well and bear fruits

Posted: 26 Jun 2011 05:29 AM PDT

PAS Youth: Any hope?
Mohd Syahir Sulaiman



Allah commands you to render back your Trusts to those to whom are entitled thereto. And whenever you judge between people, to judge with justice. Verily, most excellent is what God exhorts you to do. Verily, God is all-hearing, all-seeing. (Surah Nisa: 58)



In a recently concluded annual meeting of a mosque, of which I am the secretary-general, one of the mosque jemaah members raised his displeasure over a programme that we organised for the teenagers, namely the Geng Surau Club.

He applauded the activities: inspirational talks, futsal clinic, self-defence, photography, recreational, etc. But he grumbled about the name that we used, "Geng". It sounds like "gangster", according to him, at least.

With due respect to his seniority (a Datuk by nature and royal blessing), we enlightened him that in order to exert pull on the so-called Upin Ipin generation, a trendy and catchy term is a must. We need some flexibility here, and he accepted.

Between young and old, exists collision of interest. Even in the US Presidential Election campaign, the disparity is volatile. On one side are younger voters who would debate on fairness and equity, while the older ones would count on economic benefits for retirees.

Back in the Malaysian political landscape, it is estimated that seven million young voters, the so-called Gen-Y, will vote in the coming 13th General Election and their support will determine the outcome.
This composition of young voters could be an early signal of a new political landscape in Malaysia, voicing out structural change in the education, quality of living, employment, democracy, values and fiscal transparency.

High cost of living in Kuala Lumpur is a no secret. A salary of RM4,000 per month is enough for a basic living in Kuala Lumpur, slightly above RM6,000 ensures a decent living, and with RM10,000, the life could be really comfortable.

Instead, a significant 40 per cent Malaysian households still earn less than RM2,300 a month, as revealed by UNDP's Millennium Development Goals 2010 of Malaysia

Stirring from the failure of the Barisan Nasional government to address concerns on social problems, high cost of living, unemployment, abuse of democracy and lack of transparency and integrity, PAS Youth has forwarded their aspiration to be the champion for the young, to safeguard their welfare and reform the current state of affairs.

In the just-concluded 57th Muktamar (annual general assembly) in Shah Alam, PAS Youth Chief, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi has mooted the offer in his keynote, "Memimpin Kebangkitan Anak Muda" (Leading the Youth Uprising).

Let's post few questions to Nasrudin. Is PAS Youth ready to lead? What is the execution plan? Where is the destination? The latter will be answered definitely based on its underlying belief in the principles of Al-Quran and As-Sunnah, the former can be analysed based on an empirical situational model, while the middle is up to PAS Youth to execute its strategy.

The readiness of PAS Youth could be assessed by using McKinsey's 7S Framework. The model is based on the theory that, for an organisation to perform well, these 7 elements need to be aligned and mutually reinforcing, namely structure, strategy, systems, skills, style, staff and shared values. Together these factors determine the way an organisation operates.

Founded on its central beliefs or the shared values of the principles of Al-Quran and As-Sunnah, it is the nucleus and source of motivation for PAS Youth to fulfil its call to enjoin what is good and forbid what is wrong.

This in turn shapes the way PAS Youth see and approach things. In a snapshot, PAS Youth adopted a centralised and functional division structure, which determine the way the organisation's units relate to each other.

It has almost 165 divisions throughout the country, with active working committee at the central, state, division, and branch level. Their five-year strategic blueprint has laid down key focus area, mainly to gain acceptance and support by young voters for PAS and Pakatan Rakyat.

PAS Youth does have in place a reliable system with proper procedures, process and routines that characterise how important work is done. Besides its administrative system, it has a standard learning and development system, the so-called Tarbiyah system.

They organise periodical usrah (circle of teaching), training and mass gathering, at all level, to instil better understanding of Islam and to equip themselves with the right skill set and human resources. This is considered the glue of their strong brotherhood.

The staff, skill and style frameworks reflect the human aspect of PAS Youth. Being an open membership organisation with multi-discipline of education background shaped its appearance and exposed the organisation with different ideas and approaches. The common characteristic of PAS Youth is the sincerity, volunteerism (particularly its volunteers in Unit Amal), and ethical; the Al-Amin (Integrity) spectrum.

On the other hand, PAS Youth is perceived as lack of competency, particularly to engage in national debate on policy matters. How true is the fact? I believe, PAS Youth do have a number of qualified ulama' and professionals, diligently building-up core competencies in public and private sector, perhaps outnumbered its counterparts in PR or BN.

As their card-holder identity comes at the price of their jobs, they chose to play it safe and hopefully when the time comes, to PAS Youth we may refer, God willing.

Chris Zook, a prominent business strategist said, "Expanding into adjacent markets is tougher than it looks. Three quarter of the time, the effort fails".

He then outlined six ways for a business to grow into an adjacent space, namely: 1) Expand along the value chain, 2) Grow new products and services, 3) use new distribution channels, 4) Enter new geographies 5) Address new customer segments, 6) Move into a new business built on a strong capability. Perhaps, PAS Youth could think about it.

I applaud Nasrudin's engagement with those outside its normal circle, i.e the geng surau, to some extent do have a walkabout in KLCC, Chow Kit, and Pasar Seni to meet and greet the young on the street, besides its IT-savvy Ustaz with YouTube, Facebook, Twitter, blogs, etc. Nevertheless, a lot needs to be done.

As time is not on his side, Nasrudin shall pen down his action forward, to gain respect and trust of friend and foe in gaining support from the young for reform in this country.
Be open for critics and allow differences of ideas. Instil a steep learning curve process within its organisation.

As PAS Youth is proud to be the pipeline for leadership in PAS, it should also position itself to be the pipeline producing more statesman of Malaysia. Always forward looking and continue to engage.
As Ellen Glasgow said, "All change is not growth, as all movement is not forward".

The CHOSEN ONE

Posted: 26 Jun 2011 04:10 AM PDT

Pemuda Guchil

Posted: 26 Jun 2011 09:42 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 26 Jun 2011 09:04 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0

Posted: 26 Jun 2011 03:06 AM PDT


Sempena Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 bagi mempromosikan himpunan berkenaan. Sehubungan dengan itu DPPWP menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah :

Tempat Pertama - RM 500

Tempat Kedua - RM 200

Tempat Ketiga - RM 100


Kriteria Video Yang Dikehendaki :

1. Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit

2. Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat dan pilihanraya yang kotor

3. Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih

4. Memasukkan maklumat tarikh dan tempat Himpunan Bersih 2011

5. Memasukan maklumat 8 tuntutan Bersih, iaitu:

-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

6. Muzik atau petikan suara atau ucapan sebagai latar digalakan (Keutamaan kepada ucapan pemimpin PAS)

7. Penggunaan ayat Al-Quran @ Hadis digalakan

8. Setiap video dikehendaki meletakan nama pencipta dan nama "Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan" sebagai penerbit

9. Video yang dicipta hendaklah tidak menyentuh sensitiviti atau menghina mana-mana kaum, agama, individu atau parti.



Maklumat lain:

1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak video yang dikehendaki.

2. Video klip peserta akan turut dipaparkan dalam laman Blog DPPWP di (http://dppwp.wordpress.com) dan dibenarkan untuk dikongsi atau digunakan untuk tujuan promosi Bersih disemua jaringan sosial.

3. Peserta digalakan mempromosikan video mereka bagi mendapatkan rating penonton yang tinggi.
Link

Penghantaran dan Tarikh Tutup:

1. Video yang telah siap hendaklah di muatnaik (upload) ke laman web Youtube mengunakan akaun peserta.

2. Peserta yang telah memuatnaik (upload) video mereka hendaklah menghantar link video berkenaan di Youtube ke email berikut - hermansamsudeen@gmail dengan tajuk "Pertandingan Video" dan menyertakan:

a. Nama Peserta

b. No. Kad Pengenalan

c. No. Telefon Bimbit

d. link video di Youtube



3. Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 18 Julai 2011


Penilaian :

1. Penilaian akan dibuat berdasarkan:

a. Pematuhan kepada kriteria yang ditetapkan

b. Mesej video klip

c. Susunan plot dan jalan cerita video klip

d. Kualiti gambar dan pembikinan video klip

e. Komen dan jumlah penonton dalam Youtube


Keputusan:

1. DPPWP berhak untuk menerima atau menolak mana-mana penyertaan berdasarkan hasil penilaian kriteria yang ditetapkan tanpa sebarang makluman.

2. Keputusan mengenai 3 video terbaik akan diumumkan pada 25 Julai 2011 melalui Blog DPPWP di (http://dppwp.wordpress.com) dan juga email kepada pemenang.

Pertanyaan:
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email kepada hermansamsudeen@gmail.com atau hubungi 019-216 8557 (Herman) / 012-698 4302 (Nurul Islam).


Sekian. Terima kasih.



Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan



i n t a n h i j a u

Posted: 26 Jun 2011 07:25 AM PDT

i n t a n h i j a u


HARI BERTEMU IBU BAPA PASTI IBNU RUSYD TAMAN CICELY

Posted: 26 Jun 2011 12:28 AM PDT


TELUK INTAN, 26 Jun - PASTI Ibnu Rusyd, Taman Cicely telah mengadakan Hari Bertemu Ibu Bapa. Antara objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan di antara pihak pengurusan PASTI dengan para ibu bapa murid-murid PASTI. Majlis telah diadakan di PASTI Ibnu Rusyd, Surau Hidayatul Islamiyah, Taman Cicely dekat sini.
Adik Amirul Hakim Rizaudin, murid PASTI 6 Tahun memperdengarkan bacaan al Qur'an.
YB Anuar menyampaikan ucapan perasmian.
Pengerusi surau,Tn. Hj. Mohd. Taib (kanan) turut hadir.

ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah merasmikan program tersebut di mana kehadiran para ibu bapa begitu menggalakkan. Di dalam ucapan, beliau menegaskan intipati yang terkandung di dalam surah al Fatihah iaitu jalan-jalan orang yang diberi nikmat iaitu jalan para nabi, para siddiqin, para syuhada dan para solihin. Perkara tersebut perlu menjadi asas pendidikan kepada anak-anak.
Cikgu Abidin Sharip menyampaikan ceramah penerangan PASTI.
Sebahagian kaum ibu yang hadir.

Kemudian, Sdr. Abidin Sharip, bekas Pengarah PASTI Perak telah menyampaikan ceramah motivasi dan penerangan PASTI kepada para ibu bapa. Beliau telah menyentuh tentang kepentingan pendidikan awal anak-anak. Beliau juga menerangkan tentang sejarah penubuhan PASTI serta perbezaan antara PASTI dengan kelas pra sekolah yang lain.

Turut hadir ialah Puan Hjh. Faridah Rajiah, isteri ADUN Changkat Jong serta pengerusi surau Tn. Hj. Mohd. Taib bin Ibrahim.

Seorang ibu sedang bertemu guru PASTI.

Selepas itu, para ibu bapa berpeluang berjumpa para guru PASTI bagi mengetahui perkembangan anak masing-masing serta menanda tangani kad laporan.

intanhijau.blogspot.com

MAJLIS MAKAN MALAM DAP TELUK INTAN SEMPENA ULANG TAHUN KE-45

Posted: 25 Jun 2011 09:09 AM PDT


TELUK INTAN, 26 Jun - Pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong telah menghadiri Majlis Makan DAP Teluk Intan Sempena Ulang Tahun Ke-45. Majlis telah diadakan di Dewan SJKC San Min, Teluk Intan. Antara yang hadir ialah YDP PAS Kawasan Ustaz Ismail Che Nik, TYDP PAS Kawasan Rahmat Maliki, AJK Kawasan Mohd. Ameer, Hj. Mohamad Akram, Hj. Abidin Sharip dan Hj. Jumali Sadeli.

Majlis telah bermula jam 8.00 malam. Ia telah dihadiri oleh pimpinan PR DAP, PAS dan PKR. Antara tetamu istimewa ialah YB Dato' Seri Hj. Nizar Jamaluddin dan Penasihat DAP YB Lim Kit Siang. Turut hadir ialah Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Undang Negeri serta pimpinan parti masing-masing.






Beberapa pimpinan PR telah menyampaikan ucapan. Hj. Nizar sendiri telah berpeluang menyampaikan ucapan ringkas selain Sdr. Lim Kit Siang, YB Ng Suee Lim, YB Manogaran dan lain-lain.

Antara isi ucapan Hj. Nizar ialah BN tidak berhak menghalang PR mengambil alih Putrajya kerana Putrajaya adalah milik rakyat. Jika rakyat memilih PR dalam PRU akan datang maka BN mesti menerima dengan hati terbuka.

Beliau juga amat berharap setiap ahli dan penyokong PR menyertai Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti.

Sdr. Lim Kit Siang pula telah menyatakan tiga strategi PR pada PRU13 dalam mengambil alih Putrajaya iaitu mempertahankan empat negeri PR sedia ada, mengambil semula negeri Perak daripada BN dan menguasai negeri-negeri selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor di samping negeri-negeri pantai timur.

intanhijau.blogspot.com

Interaktif Bunut Payong

Posted: 26 Jun 2011 07:22 AM PDT

Interaktif Bunut Payong


Karnival Seni Budaya Kelantan 2011

Posted: 26 Jun 2011 01:38 AM PDT


Karnival Seni Budaya Kelantan 2011


Perasmian
...............................
1 Jun 2011
9.00 malam

YB Dato' Hj Ahmad bin Yaacob (Timbalan Menteri Besar Kelantan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan